Tok Guru, pulanglah ke pangkuanku
1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang Tok Guruku Ayahanda Abdul Hadi yang kini terlantar di hospital nun jauh di negara orang, sedang aku tidak mampu untuk pergi menziarahinya. Hanya sekadar mengirim salam melalui orang yang mampu pergi menziarahi tokoh Daei ummah itu. Entahkan salamku sampai atau tidak? Entahkan Tok Guru perasan aku menitip salam dan doa buatnya atau tidak? Aku tidak tahu dan ia membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.
2. Tok Guru bagai ayahku sendiri biarpun ia bukan ayah kandungku. Aku membesar di mihrab ilmunya dan Tok Gurulah sumber inspirasiku sejak remaja, tempat aku menadah ilmu wahyu di Masjid Rusila. Aku juga sempat menghadam sebahagian besar buku Ma'alim Fit Toriq dari bimbingan ayahanda Tok Guru sewaktu aku berkampung di Rusila suatu ketika dahulu. Kefahaman Islam yang diterapkan oleh Tok Gurulah menyebabkan aku meninggalkan pengajianku di Sekolah Menengah Marang ke Pondok Pasir Tumbuh bagi mendalami urusan agama dan perjuangan Islam ini. Kerana aku mahu menjadi seperti Tok Guru.
3. Kini Tok Guruku telah dimamah usia dan lebih mencerut rasa apabila Tok guru terlantar di hospital sementara aku terpaksa mengatur pelbagai aktiviti santai dan rehlah bersama anak isteri bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran hilang upaya untuk terbang ke Istanbul menziarahi Tok Guru. Aku selidik harga tiket dan sekurang-kurangnya aku perlukan RM3500 untuk sampai ke sana. Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada Geng Ustaz yang bertungkus lumus memungut dana dari anggota Geng Ustaz bagi menghantar aku ke Instanbul. Tapi jauh disudut hati ini, tak sanggup pula aku menyusahkan sahabat-sahabat Geng Ustaz yang sememangnya bekerja keras mencari dana untuk urusan kebajikan ummah serta program pencerahan agama kepada masyarakat. Biarlah wang itu digunakan untuk kepentingan yang lebih umum.
4. Aku terus mendoakan Tok Guru agar segera sihat dan segera pulang. Sungguh aku merinduimu Tok Guru. Entah mengapa? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga anak dan isteri kehairanan, untuk siapa kesedihan itu. Ya Allah... Bilakah Tok Guru akan pulang? Cepatlah balik... Jangan lama-lama di sana, aku merinduimu. Ya Allah... Kurniakan keafiatan buat Tok Guru! Kerana aku yakin ummah masih memerlukan bimbingan dan pimpinan Tok Guru, biarpun ramai juga memusuhi Tok Guru malah bergembira apabila Tok Guru sakit begitu. Demi Allah! Pulanglah Tok Guru, aku sanggup mendepani musuh-musuh itu bersamamu bagi menegakkan Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini.
5. Secara zahirnya, aku tidaklah rapat dengan Tok Guru sebagaimana rapatnya Dr Samsuri setiausaha politiknya kerana beliau selalu mengiringi Tok Guru ke mana sahaja. Bukan aku tidak mahu mendampingi Tok Guru sepanjang masa. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku ingin mendampingi sepanjang masa sehingga aku juga dapat rasa keberuntungan sahabatku Ustaz Khalil yang menjadi anak kandung Tok Guru. Begitulah aku juga sangat cemburu dengan keberuntungan milik sahabatku Ust Nik Mohd Abduh yang menjadi anak kandung kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah... Sebetulnya, Aku tidak mahu kehadiranku disamping Tok Guru mengganggu rehat dan keselesaannya. Aku tak banyak berbual dengan Tok Guru kerana aku bimbang tersalah cakap lalu mengguris perasaannya. Aku tidak berhujjah mempertahankan kepimpinan dan keputusan Tok Guru dihadapannya kerana aku bimbang meninggi suara dihadapannya lalu menjatuhkan air mukanya. Aku hanya berlagak biasa dihadapannya sedang aku mahu menjadi orang yang dekat dan rapat dengan Tok Guru seperti dekat dan rapatnya sahabat se"Besut"ku Dr Samsuri.
Ya Allah ! Bawalah pulang Tok Guru ke pangkuanku segera! Aku sedang menanti penuh kerinduan!
Sumber HD - 5-6-2014
Kenyataan menteri bukan jaminan barang tidak disorok
KUALA LUMPUR: Para pengguna sudah serik mengalami keadaan ketiadaan barangan kegunaan harian setiap kali menjelang bulan puasa dan musim perayaan.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan demikian setelah meneliti beberapa laporan berita berkenaan isu penawaran bahan-bahan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak dalam pasaran.
Katanya, walaupun semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tanah Merah memaklumkan bahawa belum menerima aduan berhubung kekurangan bekalan bahan-bahan itu dalam pasaran negeri, berbeza pula dengan apa yang berlaku di Kedah apabila dilaporkan bahawa sejak minggu lepas lagi para pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu.
Menruutnya, kenyataan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malik semalam bahawa bekalan bahan-bahan itu mencukupi untuk sepanjang bulan Ramadan bukanlah suatu jaminan yang pasti dan kuat untuk mengelakkan gejala menyorok barang dan memanipulasi harga daripada berlaku.
"Al-Ihtikar atau perbuatan menyorok barangan keperluan awam dalam keadaan masyarakat sangat berhajat kepadanya yang dilakukan dengan tujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar adalah perbuatan yang memperlihatkan keburukan akhlak dan etika dalam perniagaan berpunca daripada sikap tamak dan rakus," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya lagi, kesan daripada perbuatan itu khususnya oleh pemborong akan menyebabkan para peruncit pula terpaksa mengehadkan penjualan kepada para pembeli dan ada pula sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Natijahnya, kata beliau para pengguna yang mendapat kesan negatif kerana kekurangan barang-barang keperluan harian di samping harga yang terus melambung tinggi.
Oleh yang demikian, beliau sangat berharap agar kerajaan dapat mengadakan tindakan lebih proaktif bagi membendung segera gejala itu sebelum tibanya Ramadan dan musim perayaan Idul Fitri akan datang.
Justeru, tegasnya para pemborong dan peruncit yang berpotensi melakukan salah laku ini harus dipantau oleh pihak penguatkuasa dan jika disahkan mereka melakukannya, tindakan membatalkan lesen pernigaan mereka perlu dibuat bagi memberi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan demikian setelah meneliti beberapa laporan berita berkenaan isu penawaran bahan-bahan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak dalam pasaran.
Katanya, walaupun semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tanah Merah memaklumkan bahawa belum menerima aduan berhubung kekurangan bekalan bahan-bahan itu dalam pasaran negeri, berbeza pula dengan apa yang berlaku di Kedah apabila dilaporkan bahawa sejak minggu lepas lagi para pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu.
Menruutnya, kenyataan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malik semalam bahawa bekalan bahan-bahan itu mencukupi untuk sepanjang bulan Ramadan bukanlah suatu jaminan yang pasti dan kuat untuk mengelakkan gejala menyorok barang dan memanipulasi harga daripada berlaku.
"Al-Ihtikar atau perbuatan menyorok barangan keperluan awam dalam keadaan masyarakat sangat berhajat kepadanya yang dilakukan dengan tujuan untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar adalah perbuatan yang memperlihatkan keburukan akhlak dan etika dalam perniagaan berpunca daripada sikap tamak dan rakus," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya lagi, kesan daripada perbuatan itu khususnya oleh pemborong akan menyebabkan para peruncit pula terpaksa mengehadkan penjualan kepada para pembeli dan ada pula sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Natijahnya, kata beliau para pengguna yang mendapat kesan negatif kerana kekurangan barang-barang keperluan harian di samping harga yang terus melambung tinggi.
Oleh yang demikian, beliau sangat berharap agar kerajaan dapat mengadakan tindakan lebih proaktif bagi membendung segera gejala itu sebelum tibanya Ramadan dan musim perayaan Idul Fitri akan datang.
Justeru, tegasnya para pemborong dan peruncit yang berpotensi melakukan salah laku ini harus dipantau oleh pihak penguatkuasa dan jika disahkan mereka melakukannya, tindakan membatalkan lesen pernigaan mereka perlu dibuat bagi memberi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang lain. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Cemburu Allah
Riwayat: Bukhari
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
Huraian Hadith:
Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.
Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.
Sumber FBNHT - 3-6-2014
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”
Huraian Hadith:
Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.
Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.
Sumber FBNHT - 3-6-2014
Meminta Pada Yang Berkuasa
Riwayat: (Muslim)Hadith:
Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...
Huraian Hadith:
Status manusia adalah sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Untuk itu, manusia dilengkapkan dengan kesedaran moral yang harus selalu dikawal, jika tidak ingin terjatuh ke dalam kedudukan yang rendah. Dengan demikian, dalam kehidupan manusia sebagai ciptaan Allah, terdapat dua pola hubungan iaitu pola yang didasarkan pada kedudukan manusia sebagai khalifah Allah dan sebagai hamba Allah. Kedua pola ini harus dijalani secara seimbang, lurus dan teguh dan tidak hanya mengambil yang satu dan mengabaikan yang lain.
Sumber TNHT/HD - 2-6-2014
DNA babi cabar kewibawaan status halal Jakim
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas seperti denda dan pembatalan sijil halal dan lesen pernigaan perlu dibuat terhadap pihak yang tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan, kata Nasrudin Hassan.
Bagi Ahli Parlimen Temerloh itu, pengesahan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kelmarin bahawa dua sampel produk keluaran Cadbury Dairy Milk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine) adalah sangat mengejutkan dan mengecewakan banyak pihak.
"Pertama, kerana tragedi ini menyebabkan umat Islam akan terkesan dengan implikasi negatif daripada pengambilan bahan makanan haram khususnya pada aspek spiritual dan tingkah-laku mereka," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Menurutnya, usaha mereka untuk memenuhi kriteria ‘halalan thoyyiba’ pada sudut pemakanan disia-siakan dengan pengambilan produk berkenaan tanpa sedar disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak-pihak tertentu.
Sebagai pengguna, ujarnya tiada pilihan lain melainkan memilih produk yang telah ditentusahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun pengguna tetap juga terdedah kepada pengambilan produk yang mengandungi bahan diharamkan.
Kedua, kata beliau kerana insiden tersebut telah mencabar kewibawaan status halal Jakim.
Kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebelum daripada ini yang menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah membabitkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat kini mula diragui.
Sementelah lagi, ujarnya pada Mac lalu baru sahaja dibongkarkan kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.
Katanya, kejadian seumpama ini hanya memalukan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal apabila diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal pada April lalu.
"Oleh demikian, saya mendesak pihak kerajaan dan Jakim agar segera mengambil tindakan proaktif dan afirmatif dengan melakukan pemeriksaan dan audit mengejut secara besar-besar kepada semua pengeluar produk makanan khususnya yang telah diberikan sijil halal oleh Jakim sebelum daripada ini," katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2014
Sumber HD - 26-5-2014
Bagi Ahli Parlimen Temerloh itu, pengesahan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kelmarin bahawa dua sampel produk keluaran Cadbury Dairy Milk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine) adalah sangat mengejutkan dan mengecewakan banyak pihak.
"Pertama, kerana tragedi ini menyebabkan umat Islam akan terkesan dengan implikasi negatif daripada pengambilan bahan makanan haram khususnya pada aspek spiritual dan tingkah-laku mereka," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Menurutnya, usaha mereka untuk memenuhi kriteria ‘halalan thoyyiba’ pada sudut pemakanan disia-siakan dengan pengambilan produk berkenaan tanpa sedar disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak-pihak tertentu.
Sebagai pengguna, ujarnya tiada pilihan lain melainkan memilih produk yang telah ditentusahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun pengguna tetap juga terdedah kepada pengambilan produk yang mengandungi bahan diharamkan.
Kedua, kata beliau kerana insiden tersebut telah mencabar kewibawaan status halal Jakim.
Kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha sebelum daripada ini yang menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah membabitkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat kini mula diragui.
Sementelah lagi, ujarnya pada Mac lalu baru sahaja dibongkarkan kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.
Katanya, kejadian seumpama ini hanya memalukan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal apabila diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal pada April lalu.
"Oleh demikian, saya mendesak pihak kerajaan dan Jakim agar segera mengambil tindakan proaktif dan afirmatif dengan melakukan pemeriksaan dan audit mengejut secara besar-besar kepada semua pengeluar produk makanan khususnya yang telah diberikan sijil halal oleh Jakim sebelum daripada ini," katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2014
Sumber HD - 26-5-2014
Nasrudin ziarah bekas wartawan Bernama
TEMERLOH: “Saya doakan Abang Zuki cepat-cepat sembuh dan boleh menulis lagi,” demikian doa dan kata-kata perangsang oleh Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan ketika menziarah bekas wartawan Bernama Zuki Mohd Yunus, 73.
Zuki yang terlantar tidak boleh bergerak bebas akibat komplikasi sakit lutut sejak empat tahun lalu, dikunjungi Ustaz Nasharudin di rumahnya di Kampung Bukit Kelulut, kira-kira lima kilometer dari pusat bandar ini.
Bagi penduduk Temerloh, mereka mengenali Zuki sebagai seorang tua yang sering berbasikal ke balai polis atau ke mahkamah, pejabat kerajaan, hadir dalam majlis pembesar, bertemu rakyat dan keluar masuk kampung mencari sumber berita.
“Sekarang saya tidak boleh keluar berbasikal lagi mencari berita seperti dulu tapi masih menulis dari rumah... ustaz,” kata Zuki kepada Nasrudin dalam keadaan sebak.
Katanya, beliau mula mengalami kesakitan lutut apabila terseliuh ketika membuat satu liputan program seorang menteri di Bentong beberapa tahun lalu. Kesakitan itu berlarutan hingga beberapa bulan.
Pada mulanya sebelah kaki dan beliau masih boleh menggunakan tongkat, tetapi kini beliau tidak mampu berdiri lagi. Doktor kemudiannya mengesahkan akibat komplikasi kepada penyakit aritritis.
Zuki yang mempunyai tiga orang anak yang semuanya perempuan, mula menulis sejak 1970-an menyertai Bernama pada 1989 dan sebelum itu beliau menjadi pemberita sambilan untuk akhbar Berita Harian dan Watan.
Menurutnya, sejak dulu penulisan beliau banyak ditumpukan kepada cerita-cerita yang membela masyarakat dan human interest sehinggalah beliau dikenali dan menjadi tempat aduan orang ramai.
“Boleh dikatakan perjuangan penulisan masa dulu ialah menuntut kemudahan prasarana dan infrastruktur kampung-kampung yang baru merdeka. Begitu juga dengan pendedahan penderitaan orang kampung Tapi masa itu saya hanya dibayar RM1.30 seperenggan,” ceritanya ketika diminta mengulas perbezaan penulisan dulu dan sekarang.
Sebagai penulis Zuki juga tidak dapat lari “diburu” ahli politik yang mahukan publisiti secara tidak langsung daripada penulisannya.
Apa yang menarik, beliau pernah menaikkan nama-nama besar tokoh politik dari daerah ini seperti Datuk Hamzah Abu Samah, Datuk Sabaruddin Chik dan beberapa orang exco seperti Datuk Awang Ngah dan Datuk Bahari Tan Sri Yahya.
Namun baginya itu semua kerja kebajikan yang patut dilakukan oleh seorang penulis.
“Sekitar 40 tahun saya dalam dunia penulisan, kini sudah empat tahun terdampar dan hanya mampu mengensot dalam rumah,” katanya sambil tergelak tetapi memiliki maksud yang dalam.
Jasa Zuki tidak dilupakan begitu saja. Pada Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-78 beliau telah dianugerahkan gelaran Pingat Jasa Kebaktian (PJK) bagi mengenang jasanya dalam dunia penulisan. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014
Sedia berdialog dengan MCA demo 'Tolak Hudud PAS'
KUALA LUMPUR: Nasrudin Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua peserta demonstrasi yang berhimpun secara aman di hadapan Pusat Komuniti Parlimen Temerloh semalam.
Ini, katanya kerana ini telah menunjukkan mereka di kalangan rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap isu pelaksanaan hukuman hudud di negeri Kelantan.
Beliau selaku Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian merujuk kepada demonstrasi yang dianjurkan pihak MCA bersama Gabungan Persatuan Cina Temerloh semalam yang berlangsung kira-kira pukul 11.15 pagi dengan membawa sepanduk ‘Say No To Pas Hudud’ dan berarak ke pejabat ahli parlimen sambil melaungkan ‘Tolak Hudud Pas’.
Justeru, beliau menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan pihak MCA bersama Gabungan Persatuan Cina Temerloh bagi menyelesaikan polemik isu pelaksanaan hukuman hudud yang menjadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
"Saya memahami bahawa isu perlaksanaan hukuman hudud ini timbul bukan sahaja dari kalangan masyarakat non-muslim, malah masyarakat muslim sendiri sebahagian masih memerlukan pencerahan mengenai pelaksanaan hukuman hudud ini secara keseluruhannya," tulis beliau menerusi facebook.
Jelasnya, dialog itu khusus bertujuan untuk merungkai segala salah faham berkenaan pelaksanaan hudud di samping mereka boleh menyuarakan perkara yang tidak mereka faham tentang pelaksanaannya.
Beliau meletakkan jaminan bahawa semua pihak akui negara kita kini berdepan dengan kadar indeks jenayah yang kian meningkat termasuk kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah berat di Malaysia juga isu keselamatan yang semakin meruncing.
Jelasnya lagi, perlaksanaan Kanun Jenayah Syariyyah adalah salah satu penyelesaian atau alternatif kepada kegagalan semasa yang dihadapi oleh undang-undang konvensional hari ini.
Justeru itu, kata beliau atas hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, penerangan mengenai hukuman hudud juga perlu dihormati dan diadili sebaiknya supaya isu jenayah dan keselamatan yang sedang melanda negara dapat dibendung dengan lebih berkesan.
Katanya, surat tawaran dialog itu akan dikeluarkan pejabat Ahli Parlimen Temerloh hari ini.
"Saya mengharapkan semua pihak terutamanya MCA dan Gabungan Persatuan Cina Temerloh bersedia untuk berdialog dengan kami bagi menjelaskan apa yang mencetus salah faham mereka terhadap Islam dan peraksanaan hukuman yang ditetapkan oleh Islam," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiah PAS Pusat.
Tambahnya, bila dan di mana majlis dialog itu terpulang kepada kesediaan MCA dan saya perlu mendapat respons balas dari pihak mereka terlebih dahulu setelah mereka menerima surat itu
Beliau berkata, dialog adalah salah satu jalan terbaik untuk memberi jawapan kepada 1001 persoalan yang mencetus kebimbangan mereka terhadap hasrat Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syari'yyah dan mana-mana pihak yang keliru sewajarnya mengambil penjelasan terlebih dahulu sebelum menentang.
Sumber HD - 5-5-2014
Ini, katanya kerana ini telah menunjukkan mereka di kalangan rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap isu pelaksanaan hukuman hudud di negeri Kelantan.
Beliau selaku Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian merujuk kepada demonstrasi yang dianjurkan pihak MCA bersama Gabungan Persatuan Cina Temerloh semalam yang berlangsung kira-kira pukul 11.15 pagi dengan membawa sepanduk ‘Say No To Pas Hudud’ dan berarak ke pejabat ahli parlimen sambil melaungkan ‘Tolak Hudud Pas’.
Justeru, beliau menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan pihak MCA bersama Gabungan Persatuan Cina Temerloh bagi menyelesaikan polemik isu pelaksanaan hukuman hudud yang menjadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
"Saya memahami bahawa isu perlaksanaan hukuman hudud ini timbul bukan sahaja dari kalangan masyarakat non-muslim, malah masyarakat muslim sendiri sebahagian masih memerlukan pencerahan mengenai pelaksanaan hukuman hudud ini secara keseluruhannya," tulis beliau menerusi facebook.
Jelasnya, dialog itu khusus bertujuan untuk merungkai segala salah faham berkenaan pelaksanaan hudud di samping mereka boleh menyuarakan perkara yang tidak mereka faham tentang pelaksanaannya.
Beliau meletakkan jaminan bahawa semua pihak akui negara kita kini berdepan dengan kadar indeks jenayah yang kian meningkat termasuk kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah berat di Malaysia juga isu keselamatan yang semakin meruncing.
Jelasnya lagi, perlaksanaan Kanun Jenayah Syariyyah adalah salah satu penyelesaian atau alternatif kepada kegagalan semasa yang dihadapi oleh undang-undang konvensional hari ini.
Justeru itu, kata beliau atas hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, penerangan mengenai hukuman hudud juga perlu dihormati dan diadili sebaiknya supaya isu jenayah dan keselamatan yang sedang melanda negara dapat dibendung dengan lebih berkesan.
Katanya, surat tawaran dialog itu akan dikeluarkan pejabat Ahli Parlimen Temerloh hari ini.
"Saya mengharapkan semua pihak terutamanya MCA dan Gabungan Persatuan Cina Temerloh bersedia untuk berdialog dengan kami bagi menjelaskan apa yang mencetus salah faham mereka terhadap Islam dan peraksanaan hukuman yang ditetapkan oleh Islam," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiah PAS Pusat.
Tambahnya, bila dan di mana majlis dialog itu terpulang kepada kesediaan MCA dan saya perlu mendapat respons balas dari pihak mereka terlebih dahulu setelah mereka menerima surat itu
Beliau berkata, dialog adalah salah satu jalan terbaik untuk memberi jawapan kepada 1001 persoalan yang mencetus kebimbangan mereka terhadap hasrat Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syari'yyah dan mana-mana pihak yang keliru sewajarnya mengambil penjelasan terlebih dahulu sebelum menentang.
Sumber HD - 5-5-2014
Lihat gambar, apa yang terlintas di fikiran anda
Lihat gambar ini.
Nyatakan apa yang terlintas di fikiran anda?
Boleh nyatakan ayat anda untuk dijadikan ungkapan yang sesuai.
Sumber HD - 3-5-2014
PAS: Tahaaluf siasi dan hudud
- Apr 11, 2014
- NASRUDIN BIN HASSAN
2.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik. Justeru itu, ia hanya mencakupi urusan politik tanpa sekali-kali melibatkan dasar dan prinsip parti yang diperjuangkan. Masing-masing parti yang menjadi kompenan tahaaluf siasi tidak boleh mencampuri, memaksa apatah lagi menghalang dasar perjuangan yang dianut oleh parti-parti kompenan yang lain.
3.Tahaaluf Siasi adalah kerjasama politik bukan kerjasama dasar perjuangan, juga bukan kerjasama fikrah, ibadah dan akidah. Ia kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing-masing namun bekerjasama di antara satu sama lain dalam perkara yang dimeterai bersama.
4.Hudud ialah Kanun Jenayah Syariah Islam yang adil dan bijaksana justeru ia adalah bersumber daripada Allah SWT Tuhan yang mencipta manusia dan sekelian alam. Suatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara muhkamat lagi muktamad di dalam al-Quranil Karim dan ia merupakan sebahagian daripada Syariat Islam yang wajib ditegakkan oleh hamba Allah SWT sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
5.Hudud adalah hukum Islam dan ia sebahagian daripada keseluruhan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS malah termaktub di dalam perlembagaan PAS bahawa Islam adalah dasar PAS. Benar, ia bukan agenda dan perjuangan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah dasar dan agenda perjuangan PAS. Insya-Allah PAS akan mengemukakan Private Bill di Parlimen ke arah implementation Kanun Jenayah Syariah Islam II (Hudud) di Kelantan setelah sekian lama ia di luluskan di DUN Kelantan.
6.Hudud adalah juzuk Islam yang tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah solusi kepada isu nasional yang sekian lama buntu ditangani oleh undang-undang dan peraturan manusia. Ini adalah masa terbaik untuk PAS mengemukakannya ke Parlimen, sementelah pula Menteri di Jabatan Menteri membuka laluan agar Private Bill dibentang pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ahli Parlimen muslim sewajibnya menyokong demikian juga Ahli Parlimen non muslim diharapkan turut memberi sokongan kerana ia adalah undang-undang Allah SWT yang adil untuk semua.
7.Justeru, membentang "Private Bill" Kanun Jenayah Syariah Islam (Hudud) ke Parlimen tidak akan menjejaskan Tahaaluf Siasi atau kerjasama politik PAS dengan parti-parti rakan yang lain. Sebagaimana Tahaaluf Siasi juga bukanlah penghalang untuk PAS membentang Private Bill tersebut ke Parlimen.
Sumber HD - 11-4-2014
Kembali ke pangkal jalan
- Apr 09, 2014
- NASRUDIN HASSAN
Jika benar pesta ini dianjurkan dan mendapat kelulusan, kami mengutuk penganjuran pesta Topless Friday Beach Party yang akan diadakan di The Pool, Jalan Ampang pada 11 April 2014 (Jumaat) ini.
Jika penganjuran ini masih akan diteruskan, ia jelas mencabar kuasa Allah dan mengundang murka-Nya yang lebih besar lagi.
Pesta liar begini didapati banyak dianjurkan di sekitar kawasan ‘Segi Tiga Emas Kuala Lumpur’ hampir setiap malam terutama di premis-premis persendirian. Seolah-olah pesta-pesta liar ini tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan dan juga pihak berkuasa agama negeri.
Tidak keterlaluan jika premis-premis ini dilindungi oleh sindiket kumpulan mafia sehingga ia dilihat kebal dengan peruntukan undang-undang.
Kami menggesa pihak Jabatan Agama Islam (JAWI), pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur segera mengambil tindakan ke atas mana-mana premis yang didapati mengadakan pesta liar, keterlaluan dan bercanggah dengan undang-undang.
Kami menjadikan precedent cases seperti penguatkuasaan undang-undang di sebuah pub The Ship, Damansara Utama pada 10 Jun 2000 dan penguatkuasaan undang-undang di The Zouk, Jalan Ampang pada 13 Januari 2005 yang melibatkan intervensi politik daripada pihak kerajaan sebagai justifikasi yang releven untuk diambil tindakan.
Kami akan terus menyokong penguatkuasaan ini dan percaya ia bahawa tindakan tersebut menurut lunas perundangan yang sah.
Walaupun begitu, kami akui isu ini akan didebatkan kerana seringkali penguatkuasaan undang-undang anti-maksiat dilakukan, ia seringkali diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang menganggapnya sebagai tingkah laku moral yang bersifat urusan peribadi.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 9-4-2014
Kempen dakwah Malaysia tolak konsert liar malam ini
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Sukarelawan kempen ini akan berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut bermula jam 8 malam, sebelum bergerak ke lokasi yang ditetapkan pada jam 9 malam.
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, mereka yang mahu menyertai kempen ini diminta mengenakan pakaian putih dan hadir awal di tempat berkumpul.
"Kita akan turun mengedar risalah dan kempen dakwah 'Tiada lagi Konsert Liar di Malaysia'," kata beliau.
Maklumat lanjut berhubung kempen ini juga boleh didapati di www.facebook.com/MalaysiaTolakKonsertLiar.
Kempen ini diadakan berikutan insiden enam remaja meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) 15 Mac lalu.
Dilaporkanseorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Sumber HD - 26-3-2014
Buku Jalanan perlukan sokongan kerajaan - Nasrudin
- Mar 20, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mahu kerajaan memberikan sokongan kepada anak muda yang menggerakkan aktiviti Buku Jalanan.
Memberi contoh aktiviti Buku Jalanan Temerloh, beliau berkata, kerajaan harus memberikan perhatian terhadap usaha anak muda yang mahu membudayakan cinta buku dalam masyarakat.
"Anak muda di Temerloh lebih setahun yang lalu telah mengasaskan Buku Jalanan sebagai satu langkah kreativiti mereka membangun minda dengan mengisi aktiviti mereka.
"Kerajaan mesti bangunkan perkara ini bukan meluluskan dan membenarkan judi dalam negara kita yang merosakkan masa depan rakyat dan mencetus jenayah di kalangan mereka," kata beliau ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Buku Jalanan Temerloh dijadikan program bulanan Ahli Parlimen Temerloh dalam usaha menjadikan Temerloh bandar ilmu.
Februari lalu, Nasrudin hadir membedah buku dalam aktiviti Buku Jalanan Termerloh.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat menyifatkan aktiviti Buku Jalanan sebagai aktiviti pelancongan domestik yang memberi manfaat kepada pengunjung khususnya anak muda.
Selain Temerloh, Buku Jalanan mempunyai cawangan hampir di setiap negeri seperti Shah Alam, TITI, Seremban, Ipoh, Jitra, Padang Kota, Dataran Pahlawan , Kota Kinabalu dan Kuching.
Buku Jalanan adalah aktiviti di bawah kelolaan kolektif anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai rakan kepada Mas Joko.
Ia merupakan perpustakaan yang tidak mengamalkan birokrasi sebagaimana yang kebiasaannya bagi sebuah perpustakaan tipikal di Malaysia.
Pengunjung buku jalanan boleh membaca serta meminjam buku dengan percuma.
Selain membaca buku, aktiviti seperti baca puisi turut diadakan agar lebih menarik perhatian anak muda.
Sumber HD - 20-3-2014
Batalkan satu lagi pesta liar: Life in Color Malaysia
- Mar 18, 2014
- NASRUDIN BIN HASSAN
Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.
Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.
Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.
Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya :
"Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."
Sumber HD - 18-3-2014
Ujian musibah tanda hamba dikasihi Allah
- Mar 09, 2014
- NASRUDIN HASSAN
Hadith:
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat: at-Tirmizi)
Huraian Hadith:
Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
Sumber HD - 9-3-2014
Seminar Pengukuhan Aqidah (SPA)
- Mar 05, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Namun aqidah juga boleh rosak, luntur dan batal jika sekiranya seseorang itu mempunyai pemahaman dan keyakinan yang salah terhadap Islam dan Iman. Sebagai usaha untuk memastikan setiap daripada kita memiliki aqidah yang benar dan kukuh, hal ini seharusnya bermula dengan kefahaman yang kukuh dan penghayatan yang mendalam terhadap Islam, yakni agama yang diwahyukan oleh Allah swt.
3. Mutakhir ini, terlalu banyak berlakunya salah faham terhadap agama Islam yang suci ini. Lebih parah lagi, apabila ada di antara mereka yang meyakini bahawa fahaman salah itu sebagai sesuatu benar sehingga mereka berani untuk bercakap, menulis dan menyebarkannya kepada umum tanpa menyedari bahawa fahaman itu sungguh bertentangan dengan syariat Allah swt.
4. Ketika ini, sebahagian masyarakat diselubungi kejahilan di samping sebahagian ulamaknya pula lesu membisu seribu bahasa, maka tidak hairanlah pemikiran songsang, fahaman salah dan ajaran sesat begitu pantas berkembang dalam negara kita. Lebih malang lagi, apabila sebahagiannya menganggap bahawa itulah Islam yang sebenar kerana fahaman itu disandarkan secara tidak bertanggungjawab kepada Islam. Maka menularlah fahaman Islam Liberal, pluralisme, sekularisme, syiah dan sebagainya di tengah-tengah masyarakat global. Sungguh perkara ini wajib ditangani segera.
5. Dengan penuh rasa tanggungjawab, Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menganjurkan siri Seminar Pengukuhan Aqidah (SPA) yang akan direalisasikan ke seluruh negara dengan membawa pelbagai topik dan subjek yang bersesuaian untuk menjawab dan menangani krisis aqidah yang kian menular hari ini. Seminar Pengukuhan Aqidah 1 (SPA 1) akan dilangsungkan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 15 Mac 2014
Tempat : Dewan UNISEL Shah Alam
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 am - 2.00 pm
Tajuk : Perbedaan Mazhab Menurut Perspektif Ahlis Sunnah.
Pendaftaran : PERCUMA
Kuliyyah 1 : Perbedaan Mazhab Menurut Perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Oleh : Yb. Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
- Presiden PAS
Kuliyyah 2 : Syiah Menurut Perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah
Oleh : Prof Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi .
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah
Kuliyyah 3 : ( Penutup ) Kebatilan Golongan Anti Hadis
Oleh : Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
- Naib Presiden PAS
Justeru semua dijemput hadhir bagi sama-sama menjayakan seminar ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran kita semua akan dapat membentuk individu muslim yang akan menyebarluaskan aqidah islamiyah yang sohih kepada masyarakat sebagai usaha membentuk peribadi muslim yang soleh..
Tempat terhad kepada 1000 orang peserta sahaja. Semoga kitalah yang terpilih untuk berada di taman syurga yang bersamanya ada malaikat yang mendoakan.
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 5-3-2014
Selagi FAM tidak berubah menghambat keperluan zaman
- Mar 04, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan tindakan melemparkan bom asap dan membakar suar lalu melemparkannya ke padang kerana bimbangkan keselamatan penonton dan pemain, saya kira ada suatu yang lebih besar daripada itu ialah perubahan yang perlu dilakukan oleh FAM,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau sendiri telah membangkitkan perkara itu beberapa kali di Parlimen agar FAM melakukan sesuatu untuk mengembalikan maruah bolasepak tanah air, terutama perkara yang melibatkan kepimpinan FAM itu sendiri.
“Saya kira itulah asas tragedi di Stadium Selayang tempoh hari,” katanya lagi.
Menurutnya, selama mana FAM tidak berubah menghambat keperluan zaman dan tuntutan bola sepak semasa negara, maka selagi itulah insiden seperti itu dijangka akan terus berlaku dan mungkin keadaan semakin sulit dan getir untk ditangani.
Justeru, ujarnya FAM tidak boleh memekakkan telinga dan membutakan mata dari mendengar dan menyaksikan keluhan dan getusan rasa penyokong bola sepak tanah air seperti Ultras Malaya.
Tambahnya, tanpa penonton dan penyokong yang menyerikan sukan bola sepak tanahair maka hilanglah erti bola dan sepak dalam sukan bolasepak negara.
Katanya lagi, FAM mesti segera sedar perkara ini.
“Bukan hanya mereka mengurus pemain dan pertanding tetapi juga mereka mesti peka dengan kemahuan penonton,” katanya.
Mereka, ujarnya mahu kualiti sukan bola sepak, menang kalah bukan persoalan asas kerana ia adat sesebuah pertandingan.
Namun, kata beliau kualiti yang didambakan.
“Kualiti ini bermula dari pengurusan dan pentadbiran sukan bolasepak negara dan FAM adalah yang bertanggungjawab langsung selain kementerian Belia dan Sukan. Bertindaklah sebelum parah,” ujarnya.
Sumber HD - 4-3-2014
Jaga nama baik Harimau Malaya - Nasrudin
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau mengulas perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak negara itu dengan pasukan Filipina di Stadium Selayang, Sabtu lalu
Katanya, Harimau Malaya adalah pasukan bolasepak yang perlu kepada disiplin yang tinggi, justeru pertandingan itu bukan hanya soal kemenangan tetapi juga maruah dan nilai.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkesempatan menyaksikan perlawanan persahabatan berkenaan yang telah dicemari insiden menyala dan membaling suar ke padang.
Sebagai peminat Harimau Malaya, beliau agak terkilan dengan insiden yang menjatuhkan reputasi pasukan negara di mata dunia.
Katanya, walaupun para pemain Harimau Malaya tidak terlibat tetapi penonton juga adalah sebahagian dari pasukan.
“Saya berharap situasi ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Kawal emosi dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya lagi.
Perlawanan persahabatan itu kesudahan dengan keputusan 0-0.
Sumber HD - 3-3-2014
Dakwah ini bukan saya yang mulakannya
- Feb 28, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Hari ini nampaknya sekali lagi saya terpaksa meminta maaf dan kali ini kepada pihak Buku Jalanan Temerloh pula ekoran tajuk berita mengenainya di Harakah telah menimbulkan salah faham kononnya sayalah merintis buku jalanan di Temerloh. Walhal Buku Jalanan telah sekian lama bertapak di situ. Saya hanya datang untuk mempromosikan Buku Jalanan itu dengan lebih luas kerana saya sangat teruja dengan kreativiti Aktivis Buku Jalanan yang saya anggap sebagai "mini open university"
3. Mungkin salah faham yang timbul ialah apabila Harakah bertanya kepada saya mengenai program bedah buku jalanan yang dianjur bersama oleh DPP Kawasan Temerloh, Aktivis Buku Jalanan dan Sekretariat Parlimen P.088 Temerloh tempohari. Saya menjawab, ya... Bedah buku ini kali pertama saya adakan dan saya lontarkan idea untuk mengadakan bedah buku terbuka di lokasi Buku Jalanan beberapa bulan yang lalu sewaktu saya mengadakan usrah dengan Jabatan Amal Kawasan Temerloh.
4. Tidak timbul saya claim bahawa Buku Jalanan adalah dirintis oleh saya kerana kehadhiran saya ke Temerloh, saya dapati Buku Jalanan itu telah sekian lama bertapak di situ. Oleh sebab konsep dan aktiviti sangat baik untuk masyarakat, lalu saya berfikir bagaimana untuk mempromosikannya.
5. Apapun, sekali lagi buat seluruh Aktivis Buku Jalanan, saya mohon maaf atas salah faham yang timbul dan insyaallah saya tidak akan ganggu lagi kalian. Semoga berjaya dan terus maju dalam memperkasakan aktiviti Buku Jalanan tersebut.
6. Ada orang bertanya kenapa saya tidak cari sahaja idea baru ? Ya... Idea baru memang menarik.
Namun peringkat ini saya lebih berminat memperkasa dan melebarluaskan lagi produk sedia ada selama produk itu baik dan bermanfaat untuk masyarakat. Sama seperti soalan kenapa saya tidak menubuhkan sekolah pondok atau Maahad Tahfiz, saya jawab saya lebih suka membantu dan memperkukuhkan pondok dan Maahad Tahfiz yang sedia ada berbanding saya buka yang baru tetapi yang sedia ada pun tidak luas pengaruh dan lebar upayanya untuk berdiri sebagai sebuah pusat pengajian yang ulung.
7. Bukan tiada idea baru tetapi saya melihat produk sedia ada perlu diberi nafas baru agar lebih bertenaga. Sebagaimana saya juga membenarkan malah mengalu-alukan apa jua produk yang saya hasilkan sama ada buku, jenama program dan aktiviti dakwah yang daya lakukan untuk dikembang luas oleh siapa jua. Semoga dimanfaatkan oleh seramai mungkin. Demi Allah, saya bukan memburu nama dan kemasyhuran tetapi apa yang saya kejar ialah redha Allah SWT dan kesan yang boleh dimanfaatkan oleh ummah. Saya hanya penyambung baton dakwah dan perjuangan Islam ini sebagaimana bukan saya yang memulakannya dan juga bukan saya yang akan menamatkannya.
Sumber HD - 28-2-2014
Cukuplah Allah tempat kita menyerah
- Feb 22, 2014
- NASRUDIN HASSAN
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW: “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah)”. (Riwayat: Tirmizi dan katanya Hadis ini Hasan)
Huraian Hadith:
Islam mengingatkan umatnya supaya jangan terlalu cintakan dunia sehingga mengabaikan amalan akhirat
Umat Islam dikehendaki mengingati hari kiamat dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai bekalan hari akhirat.
Apabila mendengar cerita mengenai hari kiamat hendaklah kita berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil”.
Malaikat Israfil bertugas meniup sangkakala sebagai tanda bermulanya hari kiamat.
Orang yang beriman pasti merasa takut kepada kiamat kerana kejadiannya sangat dahsyat
Kita hendaklah memohon pertolongan Allah dan berlindung kepadanya daripada sengsara hari kiamat serta meninggalkan amalan soleh.
Rasulullah SAW bimbang andaikata kiamat berlaku ke atas umatnya yang soleh (di waktu mereka masih hidup) walaupun junjungan mengetahui bahawa kiamat akan berlaku ke atas manusia-manusia yang jahat dan kafir (setelah dimatikan setiap orang yang beriman).
Sumber HD - 22-2-2014
Timbalan Menteri akui PBS susah
- Feb 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian ulas Nasrudin Hasan, Ahli Parlimen Temerloh merangkap AJK PAS Pusat. Ulasan beliau merujuk kepada berita dalam yang disiarkan dalam The Star Online semalam. Kamalanathan mencuba sendiri sistem tersebut ketika kunjungannya ke beberapa buah sekolah di kajang semalam.
Beliau mengambil masa lebih dua minit untuk memasukkan data seorang pelajar ke dalam sistem.
“Walaubagaimanapun, saya memberi pujian terhadap usahanya dalam memahami keluhan para guru dalam menggunakan sistem ini.”
“Saya melihat antara masalah utama yang dihadapi oleh para guru hari ini adalah mengurus hal ehwal pentadbiran kerana terlalu banyak sistem offline dan online yang perlu dilakukan. Ini tidak termasuk dengan pelbagai aktiviti bersama para pelajar, dikalangan guru dan ibu bapa.”
“Oleh yang demikian, bebanan pengurusan ini membantutkan fokus utama mereka dalam mendidik para pelajar bukan hanya dalam aspek kurikulum, tetapi aspek kokurikulum dan juga syakhsiyah mereka. Ini tugasan utama para guru. Jika fokus utama ini terjejas, maka dibimbangi hasil yang diinginkan untuk melahirkan para pelajar sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara tidak tercapai.” Ujar Nasrudin dalam kenyataan medianya.
Nasrudin juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk mengambil serius bantahan daripada guru-guru khususnya daripada kumpulan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) dan Parent Action Group for Education (PAGE). Beliau juga mahukan agar sistem ini ditangguhkan dulu untuk dilakukan sama ada dilakukan secara online atau manual. Selepas kata sepakat diperoleh antara semua pihak mengenai beberapa perkara asas, barulah diimplementasi sistem berkenaan.
Sumber HD - 22-2-2014
Percukaian dan Negara Berkebajikan
- Feb 18, 2014
- NASRUDIN HASSAN
1.Seperti juga tata kelola perbankan Islam yang dipandu oleh jawatankuasa syariah, bukankah menjadi suatu praktis unggul bagi kerajaan mempunyai jawatankuasa syariah kewangannya yang tersendiri? Yang menjadi keutamaan ialah memastikan aliran sumber kewangan untuk membiaya emolumen perkhidmatan awam yang sepatutnya dibayar dengan hasil yang jelas halalnya.
2.Hal ini kerana wang gaji dan elaun yang diberikan akan digunakan untuk membiaya kehidupan berkeluarga, makan dan minum suami, isteri dan anak-anak. Apakah pengasingan ini sudah berlaku atau pun sekadar isu picisan dalam kepedulian pemerintah? Di manakah cakna kerajaan dalam soal ini jika mahu ekonomi kita berkat .
3.Agenda keempat - “Percukaian dan Negara Berkebajikan”
Satu dari sisi penting idea kenegaraan PAS iaitu “Negara Berkebajikan” ialah komponen cukai. Percukaian di negara-negara kebajikan konvensional secara puratanya adalah tinggi tetapi Negara Berkebajikan menyasarkan cukai hanya sekadar keperluan. Justeru itu kita menolak GST bukan atas sebab nama GST semata-mata. Kita menolak GST kerana kita tahu, rakyat tahu, malah kerajaan pun tahu bahawa negara belum lagi kehabisan idea dan kaedah untuk melakukan penjimatan, mengawal kos, membanteras rasuah, kebocoran dan ketirisan sebelum sesuatu cukai baru atau cukai ganti khususnya cukai seperti GST dilaksanakan.
4.Pemerintah perlu sedar bahawa cukai dilakukan cuma dalam keadaan terpaksa. Tetapi malang bagi pemerintah, cukai seperti GST menjadi sumber baru pendapatan dan kekayaan negara. Inilah yang dikatakan sebagai “berniaga dengan rakyat”. Satu sudut dilihat Kerajaan memberi. BRIM, baucer buku dan sebagainya, kita perlu sedar, itu adalah pemberian yang sumbernya dipungut dari rakyat - setelah pendapatan rakyat diambil oleh kerajaan melalui cukai pendapatan. Sekarang Kerajaan nak ambil lagi, kali ini daripada perbelanjaan rakyat pula melalui GST. Sudahlah sebelum ini rakyat berdepan pemotongan subsidi bahan bakar, pemotongan 34 sen subsidi gula dan sebagainya. Inilah disebut sebagai Belanjawan Untuk Rakyat dari Rakyat. Dia bagi kepada rakyat, apa yang diambil daripada rakyat. Zahirnya nampak kerajaan beri kepada rakyat, kemudian ambil balik. Orang kampung kata inilah perbuatan "buruk siku"
5.Selayaknya, sebelum GST dikenakan ke atas rakyat:
a.Siasat dan bawa kepada pengadilan, mereka yang menyebabkan kehilangan saham-saham peruntukan Bumiputera berjumlah 52 billion ringgit. Jumlah ini pastinya ada disesuatu tempat dan kembalikan semula ke khazanah rakyat.
b.Potong penggunaan jet peribadi kerajaan yang telah melibatkan perbelanjaan 104 juta ringgit dalam masa 3 tahun! Potong juga penggunaan elektrik yang berjumlah sehingga 110 juta ringgit manakala 1.9 juta ringgit untuk bil air untuk rumah Perdana Menteri dan timbalan Perdana Menteri
c.Tangguhkan program yang kurang nilai tambah. Contoh yang dibangkitkan oleh rakyat ialah seperti program PLKN yang berjumlah 800 juta ringgit setahun.
Nasrudin Hassan ialah Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 18-2-2014
Bedah buku jalanan produk pelancongan ilmu - Nasrudin
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
TEMERLOH: Program Bedah Buku di tapak Buku Jalanan Taman Esplanade di sini, semalam berlangsung secara santai, ‘simple’ namun meriah.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada aktivis Buku Jalanan.
Beliau berkata, ia menjadi aktiviti Pelancongan Domestik yang berupaya menarik pengunjung sambil menikmati keindahan alam sekitar di pesisiran Sungai Pahang.
“Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa aktiviti Buku Jalanan ini menjadi bukti bahawa anak muda Temerloh khasnya sangat cintai buku dan ilmu,” ujarnya.
Justeru itu, beliau mengharapkan kerajaan segera menubuhkan Pusat Pengajian Tinggi Awam di bumi titik tengah Semenanjung bagi merancakkan lagi pertumbuhan ilmu dan tamadun di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya.
Sumber HD - 17-2-2014
Berjuanglah mencari redha Allah tanpa henti
- Feb 16, 2014
- NASRUDIN HASSAN
2. Jangan gadai apatah lagi menjual prinsip perjuangan suci yang kita dukung hanya semata-mata kerana kilauan harta dan dana berbilion ringgit yang tersaji di hadapan kita, justeru nilai perjuangan berlandaskan Islam dalam memburu mardhatillah adalah suatu yang sangat tinggi nilainya tanpa mampu ditukar dengan wang ringgit.
3. Perjuangan yang kita dukung ini tidak terhenti sekadar memburu kuasa dan harta tetapi jauh lebih besar dan tinggi nilai daripada segalanya iaitu mendaulatkan Islam lalu mentadbir urusan hidup ini sama ada sosial, ekonomi mahupun politik berdasarkan Islam. Apakah hasrat mendaulatkan Islam ini telah mula luntur dari jiwa kita atau kita telah mula terasa penat dan jemu merentasi jauhnya perjalanan dan panjangnya masa?
Lupakah kita kepada Firman Allah swt:
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu faedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). (Surah At Taubah: 42)
4. Sejarah menunjukkan bahawa salah satu usaha licik musuh untuk mematikan gerak langkah dan setidak-tidaknya memperlahankan rentak perjuangan Islam ini ialah dengan menyajikan pelbagai rupa tawaran yang mempesonakan berupa material tetapi Nabi saw telah mendidik kita supaya menolaknya agar kita tidak menjadi pak turut mereka. Telah dirakamkan kisah sebagaimana yang dinukil dalam sirah Ibnu Hisyam bahawa Utbah bin Rabia'h mewakili Quraisy menemui Rasulullah saw dengan membawa tawaran istemewa kepada Nabi s.a w:
: يا ابن أخي ، إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا مالا ، وإن كنت تريد به شرفا سودناك علينا ، حتى لا نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا ؛
maksudnya: "wahai anak saudaraku ! jika sekiranya perjuangan yang engkau bawa ini adalah kerana mahukan harta nescaya kami sedia mengumpulkan harta kami sehingga engkau menjadi tokoh yang paling kaya di kalangan kami. Jika sekiranya perjuangan yang engkau bawa ini adalah kerana mahukan kemuliaan nescaya kami sedia melantik engkau menjadi pemimpin kami sehingga kami tidak akan memutuskan apa jua keputusan tanpamu. Jika sekiranya perjuangan yang engkau bawa ini adalah kerana engkau mahu menjadi raja, nescaya kami akan menabalkan engkau sebagai raja kami".
5. Semua tawaran itu ditolak oleh Nabi s.a.w. Bukankah semua tawaran itu bakal menjadi jambatan "road to Makkah and Madinah"? Kenapa Nabi saw tidak menerimanya? Apakah tahap perkiraan dan percaturan Nabi s.a.w. telalu dangkal dan rendah? Ya ... tiada siapa yang berani membuat tanggapan begitu kepada Nabi s.a.w. kerana Nabi s.a.w. adalah pengasas perjuangan ini. Nabi adalah pemimpin yang "fatanah" (bijaksana). Nabi s.a.w. tidak membuat percaturan untuk kepentingan diri tetapi mengangkat agenda perjuangan yang lebih besar iaitu Islam dan ummatnya.
6. Ingatlah teman! Erti perjuangan bukan pada harta, pengaruh dan kedudukan, sebaliknya erti perjuangan pada pengorbanan mendepani cabaran lalu menjulang agenda Islam dan ummah. Berjuanglah mencari redha Allah swt tanpa henti, sehinggalah Islam tegak berdaulat di atas tanah air kita atau kita mati kerananya. Awas! jangan tergoda dek pesona material dan pangkat. Terus bangkit dan mara memangkas dan memenggal penyelewengan, penipuan dan kebatilan.
Selamat Berjuang.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 16-2-2014
Digitalisasi buku teks, langkah baik tapi bukan utama
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Baginya, fasa I pengenalan buku teks digital itu yang masih mengekalkan buku teks bercetak adalah boleh dianggap sebagai langkah terkehadapan dan diharapkan dapat membantu meningkatan prestasi pendidikan negara.
“Namun demikian, saya merasa sangat bimbang dengan nasib masa depan projek digitalisasi buku teks ini akibat sikap kerajaan yang sering ‘flip-flop’ dalam meluluskan dan melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sikap tidak cermat dan terburu-buru kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu juga mengakibatkan dasar-dasar itu tidak mencapai matlamat sasarannya serta melibatkan tanggungan kos kerugian yang besar oleh kerajaan.
Sebagai contoh, katanya PPSMI yang diperkenalkan dan dilaksanakan, akhirnya terpaksa dimansuhkan setelah mendapat maklum balas negatif dan bantahan terhadapnya oleh pelbagai pihak.
Terbaru pula, tambah beliau ialah berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sudah diperkenalkan lebih setahun dikesan bermasalah pada sistem perkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS itu sendiri.
Katanya, arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan kelmarin supaya PBS dikaji semula memperlihatkan dan membuktikan sikap tidak cermat dan berhati-hati kerajaan dalam mengurus polisi dan dasar pendidikan negara sehingga pendidikan negara diiktiraf oleh intitusi antarabangsa sebagai berprestasi rendah dan tidak berkualiti.
“Oleh demikian, saya mendesak dan menasihatkan kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah-masalah sedia ada khususnya yang berkaitan dengan PBS,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Beliau berkata, para guru dan pelajar sangat terkesan dan terbeban dengan pelaksanaannya yang tidak teliti oleh kerajaan.
Sumber HD - 13-2-2014
Semarak Street Dakwah
- Feb 12, 2014
- NASRUDIN HASSAN
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (berdakwah) kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah kepada Allah)!" (Surah Fussilat: 33)
2. Dakwah dianjurkan oleh Allah swt kepada seluruh hambaNya untuk menyelamatkan ummah yang leka dan lalai. Ia mempunyai methodologi tersendiri dan approach yang pelbagai. Namun Allah swt mengajar kita agar lunaskan tanggungjawab dakwah dengan penuh kebijaksanaan. Firman Allah swt:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125)
3. Subjek dakwah yang penting selepas dae'i (pendakwah) dan madu'u (sasaran dakwah) ialah uslub atau approach. Ia adalah mekanisme untuk memastikan dakwah berkesan dan mencapai matlamat serta objektif yang digariskan. Bertitik tolak dari prinsip ini, Lajnah Dakwah PAS Pusat senantiasa memantau pendekatan kontemporary yang boleh dimanfaatkan secara meluas kearah memenangi hati dan pemikiran ummah yang pelbagai latar belakang dan depan supaya menerima dan menghayati cara hidup Islam.
4. Street Dakwah atau Dakwah Jalanan adalah antara approach yang popular masakini dan mendapat perhatian ramai. Lebih menarik apabila ia sangat berkesan dan unik untuk mendekati masyarakat awam yang jauh terpisah dari manhaj kehidupan Islam yang tulen. Umumnya dakwah di negara kita masih berlegar dalam 4 penjuru masjid dan surau. Pula masih berkisar dengan pendekatan kuliah dan ceramah. Sungguhpun Street Dakwah telah menjadi satu pendekatan dakwah yang begitu popular diperingkat antarabangsa, tetapi Street Dakwah di negara kita masih memerlukan sentuhan dari pelbagai pihak untuk menyemarakkannya ke seluruh negara.
5. Insyaallah, Lajnah Dakwah PAS Pusat akan melancarkan gerakan Street Dakwahnya pada 23 Feb 2014 ini di Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia dan Lajnah Dakwah Wilayah Persekutuan sebagai usaha untuk memperkaya dan menyemarakkan gerak kerja dakwah di bumi bertuah ini.
6. Saya juga mengharapkan Lajnah Dakwah PAS Negeri dan Kawasan dapat diaktifkan semaksimum mungkin dengan pelbagai pendekatan yang berkesan dan menarik bagi memastikan risalah Islam ini meresap ke dalam setiap hati sanubari ummah. Matlamat, objektif dan falsafah atau konsep Lajnah Dakwah boleh diperolehi dari Pengerusi Lajnah Dakwah Negeri masing-masing.
Antara yang boleh digerakkan secara aktif ialah Street Dakwah yang boleh diserikan wajah pendekatannya dengan pelbagai tema dan konsep.
7. Saya tertarik dengan pendekatan yang telah diambil oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sewaktu menggerakkan Street Dakwah di Pulau Mutiara itu dan membawa tema "Menutup Aurat".
Mengangkat slogan "Cantik Tak Saya?" Street Dakwah yang bertemakan Menutup Aurat itu sangat berjaya dan berkesan. Masih banyak tema dan konsep yang boleh diketengahkan dalam usaha merancakkan Street Dakwah ini, antaranya "Mudahnya Sola", "Tak Naklah Zina !" , " Ruginya Berjudi " dan lain-lain. Saya ucapkan selamat berjuang dan berdakwah kepada semua. Infiru!
(Bangkitlah!) Anda memerlukan Islam dan usaha dakwah ini demi masa depan ummah yang gemilang.
Rahmat Untuk Semua
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 12-2-2014
Baucar Kerja RM35 sehari langkah simplistik
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini, katanya termasuk mengubah paras garis kemiskinan bandar yang dilihat kurang relevan serta dapat mengumpulkan lebih ramai masyarakat bandar untuk diberikan insentif serta bantuan.
Beliau menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Jobs Malaysia) mengenai program Baucar Kerja khusus untuk menangani beban kewangan yang dialami oleh golongan miskin bandar.
Katanya, menurut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 76% rakyat Malaysia akan menetap di kawasan bandar menjelang tahun 2015. Pembentukan urban agglomerations atau situasi kepesatan urbanisasi akan menatijahkan pelbagai impak sosio-ekonomi khususnya yang berkaitan dengan golongan miskin bandar.
Tambahnya, menurut Presiden Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia pada tahun 2012, definisi kemiskinan bandar mengikut konsep relatif ialah isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan.
Beliau berkata, walaupun satu kajian pernah dilakukan sebelum ini yang menunjukkan perbelanjaan isi rumah di bandar sekitar RM2,465 sebulan, namun ia belum mengambil kira kadar inflasi terkini termasuk kenaikan indeks harga pengguna yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Negara bagi suku keempat tahun lalu.
“Saya juga bimbang laporan-laporan tersebut tidak mencerminkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh golongan miskin bandar hari ini,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Maka, ujar beliau cadangan untuk memberi Baucar Kerja bersyarat sebanyak RM35 sehari dianggap terlalu simplistik dan berjangka pendek.
“Saya juga bimbang jika ramai yang memilih dua kerja, waktu pagi dan malam, maka kualiti institusi keluarga akan rapuh dan kehidupan rakyat tidak seimbang,” katanya lagi.
Sumber HD - 4-2-2014
Ekonomi Islam: Malaysia boleh belajar dari Turki
- Jan 29, 2014
- NASRUDIN BIN HASSAN
2.Namun sehingga ini, Turki masih merupakan antara pasaran menyinar di dalam ekonomi Eropah yang rata-ratanya merudum. Pengalaman Turki ini, saya percaya risiko-risiko yang dibangkitkan ada benarnya dan sebarang usaha untuk mewujudkan ekonomi tanpa kadar faedah perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati, apatah lagi apabila komuniti kewangan antarabangsa mula berkonspirasi menyuntik keraguan di dalam pasaran. Begitu pun komitmen Perdana Menteri Turki yang mahu melihat orang-orang Turki “mendapat untung dengan berkerja, dan bukannya melalui kadar faedah” merupakan satu komitmen yang berani.
3.Visi pemerintah Turki ini membuka ruang ijtihad yang sepatutnya diteladani pemerintah Malaysia sekiranya kita benar-benar beriman kepada larangan Riba’.
Agenda Kedua - Program Pengurusan Hutang Negara
Pembentangan Bajet 2014 saya kira kerajaan tidak mengumumkan langkah konkrit untuk menangani hutang negara selain dari meletakkan beban kelangsungan biaya kerajaan ke atas rakyat melalui program percukaian GST. Masalah ini ibarat gajah di dalam bilik yang tidak diendahkan.
4.Menurut Islam, hukum hutang adalah harus malah ulama menafsirkan memberi hutang itu lebih utama dari bersadaqah. Sekalipun hutang itu dibenarkan tetapi apabila menjadi berlebihan dan bertransformasi pula menjadi suatu ketagihan, ia akan menjadi punca ketidakstabilan, punca keresahan dan hilangnya keberkatan di dalam muamalah. Hakikatnya, inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita ini dan ia menghalang keberkatan dalam muamalah kenegaraan dan bermasyarakat.
5.Buktinya, hutang fiskal kita terus meningkat, dan dalam kadar yang membimbangkan. Sepanjang tempoh 1970 hingga tahun 2000, hutang kita meningkat sehingga lebih sedikit dari 100 bilion ringgit. Dari tahun 2000 sehingga 2012, yakni tempoh 12 tahun sahaja, hutang kita meningkat mendadak dari 100 bilion sehingga 420 bilion ringgit. Perdana Menteri pernah berkata rakyat ketagih subsidi, tetapi nampaknya kerajaan sendiri pun ketagih berhutang.
6.Mengikut rekod sejak 1970, Malaysia mengamalkan bajet defisit setiap tahun kecuali untuk sebahagian kecil tahun-tahun 90-an. Tidak cukup setakat itu, saban tahun termasuklah untuk 2013, kerajaan memohon peruntukan tambahan secara puratanya dalam lingkungan 7 hingga 10 billion ringgit setahun. Bukankah ini satu bentuk ketagihan kepada hutang?
7. Peringatan Nabi SAW mengenai hutang adalah jelas, ertinya:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : "Jika seseorang berhutang, apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mengingkari." ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
8.Bila membaca hadis ini, saya terimbau kembali kenyataan-kenyataan kerajaan mengenai hutang negara. Tahun 2009, Datuk Idris Jala yang bertanggungjawab terhadap program-program PEMANDU memeranjatkan negara dengan mengatakan Malaysia akan bangkrap. Tahun 2012, Datuk Idris Jala menegaskan program transformasi negara telah berjaya menjauhkan Malaysia dari kebangkrapan.
9.Perdana Menteri pun terus melukis gambar-gambar indah mengenai ekonomi negara biar pun hutang bertambah dan kos sara hidup meningkat. Hanya apabila Fitch Ratings menurun taraf piawai fiskal kita, barulah pemerintah tersentak. Kerajaan pun panik, memotong subsidi petrol biarpun harga petrokarbon global pada dasarnya stabil. Sudah terkena baru terngadah lalu rakyat dimangsakan. Maaf jika saya katakan, bukankah perilaku pemerintah ini satu pendustaan? Benarlah kata-kata Rasullulah saw.
10.Terdapat satu hadis lain pula, Nabi SAW diriwayatkan berkata, ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya," Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?; "Benar" Jawab Rasulullah." (Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif)
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan
Sumber HD - 29-1-2014
RON 95 dijangka naik sebelum BR1M diagih
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
“Pengurangan subsidi terhadap big ticket items iaitu seperti petrol, diesel, tol serta elektrik mampu menjana penjimatan yang besar kepada kerajaan,” kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.
Beliau berkata, menurut anggaran Pemandu, kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel seharusnya dinaikkan sebanyak 10 sen seliter setiap 6 bulan.
Katanya, kenaikan tersebut akan disusuli dengan pelbagai langkah mitigasi untuk meringankan beban rakyat dan kerajaan akan menikmati lebih penjimatan setiap tahun.
Bagi tol, ujarnya kenaikan akan tetap berlaku sepertimana dalam perjanjian konsesi.
Beliau menambah, beberapa signal awal telah diberikan oleh kerajaan antaranya kenyataan Perdana Menteri berhubung langkah pemberian subsidi bersasar khususnya mengenai petrol RON 95.
Menurutnya lagi, pihak Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia juga telah membuat tinjauan yang mendakwa kos pengangkutan awam akan naik antara 25 peratus hingga 30 peratus sekiranya kadar tol akan dinaikkan tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, ujar beliau ia bergantung kepada tahap pengawalan defisit dan hutang kerajaan.
“Cuma apa yang dibimbangkan ialah peningkatan hasil yang diperoleh oleh kerajaan tidak disalurkan secara tepat bagi memulihkan kewangan awam,” katanya.
Contohnya, kata beliau Laporan Ekonomi 2013/2014 menunjukkan kerajaan mempunyai peningkatan perolehan hasil, namun lebihan tersebut tidak digunakan secara efisyen untuk mengurangkan beban hutang, sebaliknya menambah perbelanjaan mengurus kerajaan.
Tambah beliau, biasanya ramai yang menelah, strategi dan pendekatan kerajaan adalah 3+2 atau 4+1.
Beliau berkata, tiga tahun selepas pilihanraya umum diadakan adalah tempoh terbaik untuk mendapat pulangan daripada menekan rakyat, manakala dua tahun selepas itu adalah tempoh memujuk serta membeli undi rakyat.
“Jika kenaikan ini berlaku, maka terbukti bahawa kerajaan melakukan pengkhianatan terhadap segala janji yang ditaburkan. Diharap rakyat tidak mudah lupa dan bingkas menuntut keadilan,” ujarnya.
Sumber HD - 27-1-2014
Cintailah Rasulullah s.a.w.
- Jan 26, 2014
- NASRUDIN HASSAN
Sabda Nabi saw:
لا يؤمنُ أحدُكم حتَّى أكونَ أَحَبَّ إليه مِنْ والِدِهِ و وَلَدِهِ و النَّاسِ أجمعين
"Tidak beriman seseorang kamu (dalam erti kata iman yang sebenar) sehinggalah Aku ini terlebih kasih kepadanya berbanding bapa dan anaknya serta seluruh ummat manusia." (Riwayat Imam Bukhari)
2. Kecintaan kita sebagai orang yang beriman kepada Nabi saw selayaknya mengatasi segala-galanya sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah swt. Kegagalan mencintai Allah dan RasulNya serta perjuangan menegakkan Islam hanya menjerumuskan ke lembah fasik. Firman Allah swt :
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah: Ayat 24]
3. Antara tanda atau alamat mahabbatun Nabi s.a.w. (Kecintaan Kepada Nabi s.a.w.)
a) Menjunjung dan menghidupkan sunnah Baginda s.a.w. Ikut cara hidup Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Aali Imran: ayat 31)
b) Senantiasa mengingati dan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab: Ayat 56)
c) Menerima apa yang diputuskan oleh Nabi s.a.w. sebagai keputusan muktamad tanpa ragu.
Firman Allah swt:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan (ragu) dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah An Nisa': Ayat 65)
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 26-1-2014
Jangan biar pasaran bebas tentukan harga
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, kerajaan harus bertanggungjawab dan mencampuri secara minimum penetapan harga dalam pasaran bagi memberikan keadilan kepada agen-agen ekonomi yang lain seperti pembeli dan penjual.
Beliau menjelaskan, Imam Ibn Taimiyyah telah berpesan mengenai topik Al-Hasabah, jika kemaslahatan orang ramai tidak dapat dipenuhi kecuali dengan berlakunya pengawalan terhadap harga, maka laksanakanlah pengawalan harga ke atas mereka dengan cara yang adil dan saksama.
“Jika masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kemaslahatan mereka tanpa sebarang kawalan harga, maka ia tidak boleh dilaksanakan,” jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.
Menurutnya lagi, pemberian subsidi kepada barang atau utiliti utama merupakan tanggungjawab kerajaan.
Beliau menambah, pengawasan terhadap pasaran dapat memastikan kuasa penawaran tidak tercemar dengan unsur penipuan, monopoli serta manipulasi daripada pihak-pihak tertentu.
Namun, katanya tindakan kerajaan untuk memantau secara dekat harga-harga di pasaran mestilah dilakukan secara telus dan benar.
Nasrudin berpandangan, faktor utama kenaikan kos barang-barang keperluan pada hari ini adalah disebabkan oleh kesan domino pengurangan subsidi bahan bakar, gula dan tarif elektrik.
Tambahnya, tindakan rasionalisasi subsidi yang dilakukan sejak pertengahan tahun lalu dianggap tidak releven dengan situasi ekonomi semasa.
Malah, katanya ia dilihat hanya sekadar tindakan politik pihak Barisan Nasional selepas memenangi 49% undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Justeru, ujar beliau kerajaan tidak wajar mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan rakyat berhak untuk menikmati kadar inflasi yang lebih rendah.
Katanya, jika kos sara hidup terus tinggi bagi tempoh 8 bulan lagi, maka rakyat akan terus terbeban sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan pada Suku Kedua tahun depan.
Beliau berkata, rakyat kesal dengan sikap kerajaan yang gagal mengurus kewangan awam sehingga terpaksa mengalihkan beban terus ke bahu rakyat.
“Kesilapan kerajaan inilah yang tidak mewajarkan untuk membiarkan harga ditentukan dengan kuasa pasaran. Kerajaan BN harus dihukum. Rakyat mesti terus dibela!” ujarnya lagi.
Sumber HD - 23-1-2014
Islam itu adil
- Jan 18, 2014
- .
1. Antara prinsip Islam ialah adil kepada semua. Bukan sahaja kepada ummat manusia bahkan termasuk tumbuh - tumbuhan dan binatang. Ia menepati konsep Rahmatan Lil A'lamin ( Rahmat kepada sekelian Alam ). Adil di dalam Islam bukan suatu pilihan malah ia adalah satu kewajipan. Sebagaimana zalim itu diharamkan oleh Allah swt, demikianlah Adil itu diwajibkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.huma
مَنْ أَعانَ على خُصُوْمَةٍ بِظُلْمٍ أو يُعِينُ على ظُلمٍ لَمْ يَزَلْ في سَخَطِ اللهِ حتَّى يَنْزِعَ
"Sesiapa yang membantu persengketaan dengan cara zalim atau membantu kezaliman, maka ia senantiasa berada di bawah kemurkaan Allah swt sehinggalah dia meninggalkan perbuatan itu dan bertaubat. (Riwayat Ibnu Majah)
Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Maidah: Ayat 8)
2. Setiap kita mestilah berlaku adil justeru itulah yang diajar oleh Islam, khasnya pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin ialah memegang amanah dan urusan rakyat atau orang dipimpin oleh mereka. Maka adil adalah syarat utama menjadikan ia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan di redhai oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw dari Abi Hurairah Rha.
((سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ)).ـ
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya kelak :
Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua: Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga: Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima: Insan yang di ajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata: ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam: Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Adil bagi pihak rakyat pula ialah mentaati pemimpin yang adil dan bertaqwa serta bersedia menasihati andainya mereka menyeleweng dari amanah dan menindas rakyat yang dipimpin oleh mereka. Mengampu atau menyembunyikan kezaliman pemerintah juga satu kezaliman apatah lagi cenderung untuk bersama dengan kezaliman yang dilakukan. Firman Allah swt :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud: Ayat 113)
Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 18-1-2014
No comments:
Post a Comment