FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Sunday, January 19, 2014

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI - PENGARAH PILIHANRAYA MUSLIMAT PAS MALAYSIA


1. Jangan hadapi kritikan massa terhadap PM Najib berkaitan isu kangkung dengan menukarnya menjadi satu pergeseran kaum dan agama. Umno seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai jalan keluar bila sudah tidak lagi boleh berjawab secara bijak dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

2. Membangkitkan isu Ketuanan Melayu dalam konteks kritikan umum hatta sindiran dunia terhadap "kekangkungan politik Malaysia" hanya menzahirkan kelemahan dan kemelesetan akal dan hati budi umno. Seolah mahu menutup "kebodohan" dengan kuasa kuku besi dan pembodohan yang hanya akan menambahburukkan wajah Malaysia dan kepimpinan politik yang ada keseluruhannya.

3. Tindakan Pemuda umno yang cuba mengingatkan kaum Cina dengan nada dan bau ugutan bahawa kononnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akan mungkin berulang jika terus mengkritik PM Najib hanya menzahirkan tanggapan betapa umno adalah dalang sebenar di sebalik tragedi berdarah dalam sejarah yang lepas. Umno wajar memahami zaman keris tombak dan lembing sudah lama berakhir. Maka hadapilah zaman ini dengan kebijaksanaan dengan awal memastikan Presiden umno yang diangkat adalah orang yang bukan "sekangkung" Datuk Seri Najib, kerana apa yang berlaku kini hanyalah impak daripada salah pilih pimpinan yang bukan sahaja memalukan bangsa Melayu tetapi juga negara Malaysia di peringkat dunia.

4. Umno jangan fikir rakyat Malaysia yang ada pada hari ini adalah sama seperti tahun 1969 yang lepas.

5. Kita tidak akan mudah "dikangkungkan" dan tidak teragak-agak untuk menggerakkan laporan polis di seluruh negara terhadap sikap dan tindak tanduk ugutan perkauman Umno yang semakin menjadi-jadi.

6. Isu kangkung adalah isu sebenar nilai hidup rakyat di mata pemimpin politik Malaysia dan lebih malang bila ianya diucapkan sendiri oleh PM dalam nada dan keadaan yang sangat memalukan dan merendahkan aqal dan hati budinya sebagai seorang pembesar negara.

7. Ia isu hidup mati dan periuk nasi rakyat. Semuanya akibat kegagalan umno BN mengurus tadbir ekonomi rakyat secara berkesan. Hatta gagal merakyatkan kekayaan hasil mahsul Malaysia.

*Penulis adalah Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia

Sumber HD - 19-1-2014

No comments:

Post a Comment