Ekonomi Islam terus mengukuh di arena global
BRUSSELS: Cabaran utama yang dihadapi oleh 'ekonomi Islam' adalah pengetahuan dan pemahaman tentang amalan dan sikap kepenggunan orang Islam (Muslims) dan keperluan mereka masih lagi dangkal, demikian menurut seorang pakar ekonomi dan kewangan Islam dari Belgium, Laurent Marliere.
Dalam temubual dengan Kuwait News Agency (KUNA) beliau berkata walaupun kewangan Islam merupakan salah satu sektor yang paling kehadapan dan matang di dalam ekonomi Islam, ia masih belum mampu membuat tembusan yang meluas kerana perkembangannya masih dipacu industri (industry-driven) bukannya dipacu pasaran (market-driven).
Istilah 'ekonomi Islam' boleh dilihat dari pelbagi sudut. Sesetengah pihak melihatnya sebagai sebuah ekonomi yang merangkumi 57 buah negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC).
Ada pula pihak yang melihat istilah 'ekonomi Islam' itu bermakna produk-produk yang ditawarkan yang mematuhi Syariah (perundangan Islam) seperti produk kewangan dan makanan, misalnya. Satu pihak lagi melihat 'ekonomi Islam' bererti sebuah segmen dalam ekonomi global yang memfokuskan perhatian kepada pengguna-pengguna orang Islam tanpa mengira lokasi geografi.
Islam dan penganutnya adalah sebuah paradigma global yang mempunyai keperluan dan kehendak yang khusus yang perlu dipenuhi sewajarnya.
Fakta bahawa forum-forum berkaitan ekonomi Islam yang utama seperti Forum Ekonomi Dunia Islam (WIRF) mengadakan perjumpaan tahunannya di negara-negara bukan Islam adalah bukti ekonomi Islam adalah satu fenomena global, demikian menurut Marliere yang juga merupakan rakan kongsi utama firma ISFIN, sebuah firma guaman Syariah yang mempunyai cawangan di 60 buah negara.
Dari sudut angka, kita boleh menyatakan bahawa 1.65 bilion orang Islam adalah satu ummah (negara) yang merupakan sebuah pasaran ekonomi Islam. Namun, beliau memerhatikan bahawa orang-orang Islam di seluruh dunia tidaklah serupa dari segi amalan dan sikap kepenggunaan mereka. Pasaran ekonomi Islam malah berpotensi lebih besar kerana produk Islam juga berpotensi diminati dan dikehendaki oleh orang-orang bukan Islam (non-Muslims).
Beliau merujuk kepada penemuan kajiselidik yang dibuat oleh Thomson Reuters yang menunjukkan bahawa perbelanjaan global oleh pengguna-pengguna Muslim dalam sektor makanan dan gaya hidup mencecah USD1.62 trilion dalam tahun 2012 dan diunjurkan meningkat kepada USD2.47 trilion dalam tahun 2018.
Dalam tahun 2012, aset kewangan Islam dianggarkan berjumlah USD1.35 trilion (yang diketahui) dan ianya berkembangan pada kadar 15 hingga 20 peratus setahun di kebanyakan zon pasaran. Laporan berkenaan menganggarkan nilai potensi aset perbankan Islam di dalam pasaran-pasaran utama mencecah USD4.1 trilion.
“Ekonomi Islam merentasi ke luar negara-negara Islam. Adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa pemain-pemain utama (misalnya, pembekal produk yang digunakan oleh orang Islam) di dalam pasaran Islam berpangkalan di negara-negara Barat,” menurut Marleire.
Marleire berpendapat, dengan semata-mata meniru apa yang telah dibuat oleh Malaysia di dalam kewangan Islam adalah tidak realistik kerana model Malaysia, walaupun merupakan satu contoh untuk dunia, tidak benar-benar berjaya kerana jangkauan pencapaiannya tidak lebih dari dalam ruang serantau. Ia gagal menjadi model global.
Beliau menyatakan bahawa peta dunia tidak lagi tertumpu di rantau Atlantik atau hubungan di antara Eropah dan Amerika, tetapi sekarang ianya sedang beralih ke rantau Asia-Pasifik dan berpendapat bahawa rantau Teluk khususnya Dubai, bakal menjadi sebuah pusat utama (hab) bagi kewangan Islam.
"(Ini kerana) Dubai telah berjaya mengkombinasikan budaya kosmopolitan Timur dan Barat yang memudahkan urusan pernigaan dan perdagangan,” kata Marliere (KUNA).
_______________
Artikel ini disiarkan di dalam NVO News, Ahad, 27 April 2014. Terjemahan oleh Dr. Rosli Yaakop.
Sumber HD - 29-4-2014
Terowong RM340 juta: Rakyat mahu penjelasan munasabah
- Apr 23, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau, pada sidang media di pejabatnya hari ini memberitahu selain kos yang tinggi iaitu RM340 juta, ia turut mengundang risiko keselamatan.
"Saya mahu pihak kerajaan tampil memberi penjelasan kenapa memilih untuk membina terowong yang risiko keselamatan amat tinggi.
"Saya mahu penjelasan yang munasabah dan bukannya penjelasan politik," katanya.
Khalid berkata, beliau difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid ada mencabar beliau sebagai bukan pakar dalam bidang berkenaan.
"Ia saya akui saya bukan pakar, Azhar hanya berani cabar dalam mesyuarat sahaja tetapi tidak di luar, walaupun kenyataan tak disiarkan tetapi maklumat itu saya perolehi.
"Persoalan saya mudah sahaja, kenapa pilih bina terowong sedangkan membina jejantas adalah lebih murah iaitu RM50 juta sahaja, malah risiko keselamatan amat rendah.
"Selain itu juga orang akan nampak jejantas tersebut, bila kita bina dengan kemudahan yang terbaik, terowong apa yang kita nampak sebab ia berada di bawah tanah," katanya.
Sumber HD - 23-4-2014
Cukuplah dabik dada dengan pengurangan miskin tegar
- Apr 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Malah, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, ia memberikan gambaran yang salah, terutamanya dalam keadaan kerajaan enggan menakrifkan kembali garisan kemiskinan itu.
Justeru, ujarnya cukuplah dengan mendabik dada berbangga dengan pengurangan golongan miskin tegar kepada 1.7 peratus (2012).
“Tiba masanya kita menaiktaraf cara menilai kadar kemiskinan yang setaraf dengan negara-negara berpendapatan tinggi lainnya.
“Sekiranya tidak, kita hanya akan terus menggelapkan harapan serta kesejahteraan masa depan rakyat,” ujarnya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Parti Keadilan Rakyat menekankan peripentingnya prinsip keadilan sosial; yang dilihat menerusi kelangsungan program jaringan keselamatan sosial mempersiap rakyat menangani masa depan ekonomi yang semakin mencabar.
Dengan ‘household debt’ yang begitu besar, itu pada 140 peratus berbanding dengan pendapatan, rakyat Malaysia terus dicengkam dengan beban yang begitu besar. Untuk setiap RM1 yang diperolehi, seorang rakyat menanggung RM1.40 hutang. Hutang ini sebahagian besarnya datang daripada menanggung hutang perumahan dan kereta yang begitu tinggi di Malaysia.
Tambahan, pekerja juga sengsara dengan pulangan sedia ada. Sebanyak 28 peratus sahaja daripada KDNK Malaysia disumbangkan oleh gaji dan upah pekerja sementara lebih 67 peratus disumbangkan oleh keuntungan perniagaan. Tambahan dengan kenaikan gaji sebenar sejak sepuluh yang tahun lepas adalah negatif, bermakna jika dibandingkan dengan kadar inflasi, gaji semakin menurun.
Pun begitu, kerajaan BN masih menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kejayaan-kejayaan seperti; jumlah penurunan golongan miskin tegar yang semakin kecil iaitu sebanyak 1.7 peratus pada tahun 2012 dibandingkan dengan 49.7 peratus pada 1970; dan pemberian wang BR1M tahun ini kepada seramai 7.9 juta orang.
Sebenarnya, perancangan masa depan rakyat di bawah BN amat menakutkan. Pertama, peratus gaji pekerja yang dibawa pulang daripada KDNK bakal jatuh daripada 28 peratus seperti yang disebut, hingga sekadar 21 peratus menjelang 2020! Perangkaan inilah yang disasar PEMANDU dalam Program Transformasi Ekonomi mereka, sedangkan di Korea Selatan pekerja membawa pulang gaji sebanyak 45.8 peratus; walhal Singapura sebanyak 42 peratus.
Kedua, seperti dinyatakan oleh Professor Fatimah Kari dari Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan UM; menerusi potongan subsidi kerajaan secara berperingkat, rakyat, terutamanya isirumah Melayu dan Bumiputra yang miskin adalah golongan yang paling terkesan kelak, sama ada di bandar atau di luar bandar; kadar kemiskinan ini dijangkakan akan kembali seperti pada tahun 1970 dalam tempoh terdekat atau sederhana sekiranya isu jurang pendapatan tidak dikawal menerusi polisi-polisi kerajaan.
Model ekonomi yang digunapakai Dr Fatimah juga menunjukkan bahawa pemotongan subsidi tersebut juga meningkatkan kadar kemiskinan bangsa Cina dan India di bandar dan luar bandar, walaupun kesannya tidak begitu mendadak dibandingkan dengan golongan Bumiputra. Yang terpenting, BR1M dikenalpasti sebagai pemberian yang tidak mampu menyelamatkan rakyat daripada perangkap kemiskinan yang bakal menanti!
Pada ketika ini indeks GINI Malaysia berada pada 0.43, salah satu tertinggi di dunia dan bilamana kita berada di tangga 45 bersebelahan negara Botswana dan Belarus dalam laporan gaji purata International Labor Organisation, maka nyata sekali pendapatan rakyat rendah.
Kesan pemotongan subsidi bahan api, kajian itu telah mendapati bahawa pertambahan sebanyak 37.5 peratus daripada bumiputra bandar dan 23.3 peratus daripada bumiputra luar bandar akan berada dalam risiko miskin tegar oleh kerana pemotongan subsidi itu. Mereka ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi sekiranya terjadi kejadian yang tidak disangka seperti bencana alam atau kematian pencari nafkah.
Justeru, dalam mengenalpasti golongan berisiko tinggi ini, KeADILan mencadangkan kaedah baru buat Malaysia dalam memastikan masa depan kita terjamin menerusi penggunaan Indeks Kemiskinan Multidimensi (Multidimensional Poverty Index) atau MPI.
MPI mengukur tahap kekurangan pada tahap individu, iaitu pada dimensi kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan. Indeks ini boleh digunakan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kehidupan orang miskin, dan perbandingan antara bandar dan luar bandar; antara etnik dan pelbagai lagi demografik masyarakat.
Ukuran kemiskinan dengan menggunakan garis kemiskinan tidak lagi mencukupi untuk menerangkan dengan jelas tentang kemiskinan, malahan ianya memberikan gambaran yang salah, terutamanya dalam keadaan kerajaan enggan menakrifkan kembali garisan kemiskinan itu.
Cukuplah dengan mendabik dada berbangga dengan pengurangan golongan miskin tegar kepada 1.7 peratus (2012)! Tiba masanya kita menaiktaraf cara menilai kadar kemiskinan yang setaraf dengan negara-negara berpendapatan tinggi lainnya. Sekiranya tidak, kita hanya akan terus menggelapkan harapan serta kesejahteraan masa depan rakyat.
Sumber HD - 15-4-2014
Hukuman penjara Anwar leburkan konsensus nasional
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ‘semangat palsu’ rekonsiliasi nasional itu gagal diterjemahkan dengan jujur sungguhpun Ketua Pembangkang telah menyahutnya dengan agenda Konsensus Nasional.
“Detik hitam ini tanpa kita sedari telah mencambah rasa prejudis pendokong dan penyokong PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, terhadap kerajaan BN.
“Walau kita akui kepentingan rakyat harus dikedepankan, namun penindasan dan pendakwaan yang bersifat ‘mala fide’ ini terus menyukarkan keadaan dan mengusutkan lagi ruang kematangan berpolitik,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor.
Menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu sebagai satu lagi titik hitam kepada sistem kehakiman negara, beliau menggesa Anwar dibebaskan terus daripada pendakwaan-pendakwaan yang bersifat serangan peribadi.
Menurut beliau, Malaysia sewajarnya sudah melepasi tahap kematangan berpolitik dan mampu fokus kepada agenda pembangunan negara, bukan lagi serangan-serangan politik kotor yang mensasarkan batang tubuh pemimpin.
Rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat diminta bertenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan.
“Konspirasi terancang ini harus diteliti dan ditangani secara bijak dan praktikal,” tegasnya.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Jumaat lalu mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Mohd Lazim pada 2008 sekaligus mengetepikan keputusan tidak bersalah Mahkamah Tinggi pada 2012 dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas beliau.
Sumber HD - 9-3-2014
Syiah: Iran bertindak balas, Umno mengaku silap
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Malah tindakan itu juga telah menyebabkan seorang menteri BN menghubungi pemimpin PAS, meminta bantuan agar parti islam itu memulihkan hubungan dagangan kedua-dua negara.
Malah menurut satu sumber, menteri berkenaan turut mengakui serangan melampau Umno BN terhadap Syiah sebelum ini adalah langkah yang silap.
Ianya memuncak apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.
Ekoran tindakan itu, Malaysia dilihat sebagai negara pertama di dunia mengharamkan Syiah.
Dakwaan menteri Umno menghubungi PAS itu turut disahkan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider hari ini.
"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata beliau yang enggan menamakan menteri terbabit.
Iran kini didakwa tidak mahu lagi membeli minyak sawit dari Malayisa malah sudah mula mencari alternatif bekalan itu dari negara pengeluar yang lain.
Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.
Selain itu, Iran juga didakwa enggan membenarkan Malaysia melalui syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada menjalankan aktiviti cari gali di negara itu.
"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," kata Syed Azman.
PAS mempunyai hubungan akrab dengan gerakan Islam antarabangsa termasuk di Iran.
Dalam beberapa isu khususnya krisis di Asia Tengah dan Timur Tengah, PAS turut berperanan dan terlibat dalam rundingan penyelesaian di peringkat gerakan Islam global.
Sumber HD - 3-3-2014
Kempen kembalikan Bernas kepada matlamat asal
- Feb 26, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, Bernas ditubuhkan pada tahun 1994 adalah untuk mengambil alih peranan Lembaga Padi Negara (LPN) dalam menguruskan stok penimbal beras negara dan bekalan beras, selain bertujuan untuk melindungi petani.
Katanya, Bernas juga berperanan bagi memastikan bekalan beras yang mencukupi di negara ini serta melindungi kepentingan orang ramai, dengan memastikan pengguna menikmati bekalan beras berkualiti pada harga yang stabil dan adil.
"Sekarang kita lihat peranan Bernas sudah jauh tersasar sehingga kerajaan hilang Bernas dan menyimpang dari tujuan asal sehingga menjejaskan kepentingan petani dan penguna," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Tambah beliau, memandangkan kegagalan kerajaan untuk bertindak dalam menjaga kepentingan petani dan pengguna, kempen ini perlu dilakukan bagi memulihkan matlamat asal Bernas dengan tujuan melindungi kebajikan dan kepentingan petani.
Menurutnya, kebenaran yang diberikan kerajaan terhadap Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk mengambil alih kawalan Bernas membolehkan tokoh korporat berkait Umno itu menikmati keistimewaan mengimport beras percuma tanpa duti sehingga 2021.
Penguasaan Syed Mokhtar dengan kebenaran kerajaan di dalam Bernas itu membolehkan beliau membawa Bernas kepada tahap penswastaan dan mempunyai kawalan mutlak kepada industri beras negara.
"Objektif yang ingin kita capai dalam kempen ini adalah untuk menamatkan status pengimport tunggal beras Bernas seperti yang diberikan kepada Syed Mokhtar, dengan membenarkan lebih banyak syarikat-syarikat memasuki ke dalam pasaran, bagi membolehkan persaingan harga berlaku.
"Selain itu juga kita berharap kerajaan melantik satu badan awam untuk mengawal selia dan menantau industri beras bagi memastikan kepentingan dan kebajikan para pertani dan pengguna dilindungi," sambung beliau.
Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Negeri Kedah turut memberitahu, kempen tersebut akan memberi tumpuan semula kepada dasar pertanian negara dalam meningkatkan pengeluaran beras tempatan ke taraf sara diri yang mencukupi untuk mengurangkan pengantungan kepada beras import, selain meningkatkan kebajikan dan pendapat petani.
"Pesawah padi merupakan tulang belakang kepada negara kita dalam menghasilkan beras, dan kita bertindak sekarang untuk menghilangkan tanggapan sedih.
"Selama ini kita berpendapat dengan menjadi petani adalah arah untuk menjadi miskin, tetapi pendapat ini akan kita ubah agar mereka yang menjadi petani terus dihormati serta menperolehi pendapatan setaraf dengan rakyat lain dalam negara ini," kata beliau.
Sumber HD - 26-2-2014
Konsensus Nasional: Tiga bulan lambat, kata Saifuddin
- Feb 26, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Namun kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, tempoh tiga bulan untuk Najib membentangkan plan konsensus itu sangat lambat.
Menurutnya, isu ketegangan kaum yang melibatkan agama semakin merisaukan, kerajaan perlu mengambil satu langkah drastik dalam isu tersebut sebelum perancangan konsensus dibentangkan.
"Kalau kita hendak tunggu tiga bulan perancangan konsensus, satu perancangan yang agak lambat.
"Sekarang isu ketegangan kaum yang membabitkan agama amat merisaukan, sembelih ayam ataupun pelbagai ugutan telah berlaku dan ini satu perkara yang tidak boleh kita biarkan.
"Tiga bulan bermacam-macam boleh berlaku, sebagai tanda keseriusan kerajaan dalam hal ini, Najib perlu ada pendekatan untuk menyelesaikannya," sambung beliau.
Jelas Saifuddin, Pakatan Rakyat telah menetapkan isu-isu yang membabitkan rakyat seperti bebanan sara hidup, ketegangan kaum, kenaikan harga barang dan soal ekonomi yang akan menjadi agenda utama dalam konsensus itu nanti.
"Kita tidak mahu meletakkan siapa juara dalam isu konsensus, apa yang penting adalah hak rakyat itu kita utamakan.
"Dalam isu rakyat kita tidak boleh menunggu tiga bulan...banyak perkara yang akan berlaku, perlu ada perancangan segera dari pihak kerajaan terhadap apa yang berlaku," kata beliau.
Beliau turut menyatakan, isu maklumbalas Najib ini akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat akan datang sebelum berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat 8 Mac nanti.
DSN - https://www.youtube.com/watch?v=VkhXrbYLpBA
Sumber HD - 26-2-2014
Harga runcit beras perlu diturunkan
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Leung, agensi berita Reuters 19 Februari lalu melaporkan berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan ini.
“Di bawah skim subsidi padi Thailand, petani dibayar sebanyak 15,000 baht bagi setiap tan. Apabila skim subsidi ini dihapuskan, petani dijangka terpaksa menjual padi pada harga pasaran terbuka sekitar 8000 hingga 9000 baht sahaja iaitu 47% lebih rendah,” ujar Leung (gambar).
Petani Thailand juga, tambah Leung terpaksa menjual padi pada harga rendah kerana kekurangan tangki simpanan beras kerajaan yang tidak membolehkan beras disimpan lama sehingga harga pulih.
“Pengksport Thai meramalkan penurunan harga beras hancur 5% daripada USD375/tan (RM1,238/tan) kepada USD350/tan (RM1,155/tan), harga terendah dalam 7 tahun,” jelas beliau.
Menurut Leung, di masa yang sama India dan Vietnam juga bakal mengalami penurunan harga beras akibat daripada hasil tuaian yang tinggi.
Sehubungan itu beliau yakin Malaysia sebagai negara pengimport beras bakal menikmati harga beras import yang yang lebih murah seterusnya menguntungkan Bernas.
Beliau meramalkan keuntungan Bernas akan meningkat 40% kepada RM165 juta pada masa terdekat kerana penurunan harga beras antarabangsa akibat pengeluaran berlebihan di Thailand, Vietnam, India dan Pakistan.
“Sekiranya harga beras di pasaran tempatan tetap kekal diparas lama, Bernas bakal mendapat keuntungan besar yang tentunya akan memanfaatkan pemiliknya, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari,” ujarnya.
Sumber HD - 23-2-2014
Insurans kenderaan: Jaga hak rakyat, bukan utama kroni
- Feb 07, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Namum perkara tersebut terus menjadi persoalan apabila sebelum kelulusan kadar kenaikan tersebut ia langsung tidak dimaklumkan kepada rakyat serta pengguna kenderaan.
Berkata kepada Harakahdaily, Dr Rosli Yaakop menjelaskan walaupun rakyat hanya membayar insurans kenderaan pada setiap tahun tetapi sebagai pengguna tindakan tidak memaklumkan kepada mereka berhubung cadangan kenaikan tarif adalah suatu yang tidak wajar.
Jelasnya, kerajaan mahupun BNM perlu mendapat maklum balas dari rakyat terlebih dahulu mengenai cadangan kenaikan tarif dan ia perlu diputuskan berdasarkan pandangan rakyat sebelum keputusan kelulusan itu diperolehi.
"Perkara ini telah lama berlaku, apabila berlakunya kenaikan tarif insurans kenderaan ia hanya dilaporakn dalam akhbar dan itu pun setelah mendapat kelulusan.
"Bagi saya kerajaan dan BNM perlu mencari mekanisma di mana sebelum cadangan kenaikan tarif dilakukan, rakyat perlu dimaklumkan agar mendapat maklum balas daripada mereka.
"Pandangan rakyat perlu diambil kira, dan mereka tidak perlu dibebankan demi kepentingan syarikat insurans dalam negara ini," jelas beliau yang merupakan pakar ekonomi.
Beliau turut berharap agar satu konsultan pengguna berkenaan isu ini diwujudkan bagi memberi penerangan mengenai sebarang cadangan kenaikan kadar.
BNM melalui satu laporan mengatakan kadar tarif baharu itu akan berkuatkuasa pada 15 Februari ini ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.
Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.
Jelas Dr Rosli lagi, situasi sekarang pihak BNM hanya menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sahaja sedangkan rakya tidak mendapat apa-apa notis makluman.
"Setiap tahun tidak ada pengurangan apabila rakyat memperbaharui insurans kenderaan mereka, walaupun hanya tempoh setahun sekali tetapi ia turut membebani rakyat.
"Kita tahu pemilik kenderaan sentiasa mengharapkan kadar bayaran insurans mereka berkurangan setiap tahun tetapi itu tidak pernah berlaku sebaliknya mereka tetap membayar pada kadar yang sama," sambung beliau.
Katanya, pelarasan tarif ini dilakukan adalah disebabkan wujud penipuan dalam tuntutan kemalangan sehinggakan syarikat menggesa kenaikan tarif tersebut.
"Kenaikan ini tidak lain adalah wujud penipuan dalam tuntutan insurans kemalangan dari pihak tidak bertanggungjawab maka pihak insurans menggesa kerajaaan melaksanakannya bagi menampung kerugian.
"Dalam hal ini kerajaan perlu membuat pemantuan yang lebih tegas agar penipuan yang ada ini dapat dibendung dan secara tidak langsung rakyat menikmati kadar yang lebih rendah pada setiap tahun," katanya lagi.
Dr Rosli yang menggesa sebarang keputusan kenaikan tarif kadar harga, kerajaan perlu mengambil kira hak rakyat terlebih dahulu dan bukannya menjaga kepentingan kroni sahaja.
Sumber HD - 7-2-2014
Tol: Kerajaan akur suara desakan rakyat
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar berkata, keputusan kerajaan itu menunjukkan bantahan rakyat melalui NGO serta ahli politik termasuk ahli parlimen, ada kesannya.
"Ini menunjukkan desakan yang dibuat oleh NGO seperti Turun, sayap politik seperti Pemuda PAS dan juga ahli parlimen di Dewan Rakyat, ada kesanya.
"Desakan ini telah memaksa kerajaan untuk membekukan kenaikkan kadar tol tahun ini. Ini satu kejayaan awal," katanya kepada Harakahdaily.
Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, usaha mendesak kerajaan agar tidak melaksanakan polisi-polisi yang akan meningkatkan kos hidup rakyat ini wajar diteruskan.
Malah kata beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang ini adalah medan terbaik untuk meneruskan desakan kepada kerajaan.
"PRK kajang ini medan meneruskan lagi desakan kepada kerajaan. Pengundi di kajang perlu menghantar isyarat yang jelas dengan tidak mengundi BN.
"Jika Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti lebih besar, tidak mustahil GST juga akan dibatalkan," katanya lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol tidak akan dinaikkan pada tahun ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.
Sumber HD - 7-2-2014
Barang naik: Di mana lagi rakyat harus berjimat?
- Feb 06, 2014
- ANIS NAZRI
Nasihat agar rakyat berjimat-cermat dan memikirkan keperluan melebihi keinginan dianggap satu tamparan yang menyakitkan apabila rakyat sudah tidak tahu di mana dan apa lagi yang boleh dijimatkan.
"Di mana lagi rakyat harus berjimat? Pada saya, rakyat sudah puas berjimat. Kalau harga barangan, mungkin pembeli boleh memilih untuk tidak membeli barangan yang meningkat harganya. Tapi kalau kenaikan tarif elektrik, di mana lagi mahu berjimat sedangkan semuanya menggunakan tenaga tersebut. Takkan mahu berjimat dengan kembali ke dapur kayu?" kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily sebagai mengulas rungutan pengguna ekoran kenaikan tarif elektrik yang mula dirasai mereka bermula Januari lalu.
Tegas Anuar, biarpun kerajaan mengatakan hanya pengguna elektrik yang melebihi 300kwh sahaja dikenakan kenaikan tersebut, hakikatnya kesan berantai dari kenaikan itu turut dirasai mereka.
Sebagai contoh, kebanyakan kedai makan bertindak menaikkan harga minuman, khususnya minuman berais kerana terpaksa menyimpan ais batu, selain menyimpan bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran di dalam peti ais.
"Memang ada pengguna domestik yang tidak kena dengan kenaikan tarif elektrik itu, tapi bila pengguna industri dan komersial terbeban dengan tarif itu, sudah tentu mereka terpaksa meningkatkan harga barangan ekoran kos operasi meningkat.
"Mahu atau tidak pengguna domestik tadi terpaksa membayar mahal untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik," tegas beliau lagi.
Justeru, katanya kerajaan perlu memikirkan kesan berantai yang akan berlaku sebelum bertindak meningkatkan harga sesuatu barangan dan perkhidmatan, apatah lagi dengan keuntungan melipat-ganda yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Jika kerajaan boleh menangguhkan kenaikan harga tol seperti yang diumumkan semalam, tegas Anuar ia membuktikan kerajaan boleh untuk tidak menaikkan harga sesuatu barangan mahupun perkhidmatan, bagaikan pepatah yang mengatakan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.
Sebaliknya, tegas Anuar kerajaan seharusnya mencari mekanisme terbaik bagi meningkatkan pendapatan negara tanpa menghakis kuasa beli rakyat di negara ini, yang mana pendapatan rakyat masih berada pada taraf yang rendah.
Dalam pada itu, Anuar berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak yang akan terus memberi tekanan kepada kerajaan, sama ada daripada PAS, mahupun NGO bagi membantah kenaikan tarif elektrik ini.
Purata kenaikan tarif elektrik ini sebanyak 10.6 peratus atau 3.03 sen kilowatts (kWh) per jam bagi pengguna domestik, 16.85 peratus atau 6.91 sen/kWh bagi pengguna komersial, dan 16.85 peratus atau 5.21 sen/kWh bagi pengguna industri.
Biarpun kenaikan itu dikatakan baik untuk TNB, ia merupakan sesuatu yang buruk bagi beberapa industri besar seperti sektor simen, sarung tangan getah, besi dan bahan binaan.
Sumber HD - 6-2-2014
Enggan beri penjelasan, lebih baik AG letak jawatan
- Feb 06, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau berkata, walaupun AG mempunyai hak dalam membuat pendakwaan, Abdul Gani perlu bersikap telus serta profesional dalam kes yang berprofil tinggi dan bukannya bersikap pendakwaan terpilih.
"Saya merasakan Abdul Gani tidak profesional dalam kes tersebut, walaupun ada laporan mengatakan pendakwaan akan dilakukan pada 29 Januari lalu tetapi sehingga ini senyap begitu sahaja.
"Kalau Peguam Negara enggan beri penjelasan lebih baik letak jawatan, kita lihat bila membabitkan kes profil tinggi Umno akan menyepi tetapi membabitkan pembangkang terlalu cepat pendakwaan dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily.
Menurut Ahli Parlimen Sepang itu lagi, kelewatan serta keengganan AG membuat pendakwaan dan penjelasan menyebabkan pelbagai spekulasi timbul sehingga membabitkan campur tangan politik dalam kes tersebut.
Jelasnya, Abdul Gani tidak perlu melenting jika perkara itu dibangkitkan rakyat kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya sebagai Peguam Negara.
"Kita tidak mahu wujud campur tangan politik dalam kes tersebut sehinggakan pendakwaan dilengahkan. Kalau ada yang terbabit perlu diheret sekali," sambungnya yang merupakan peguam.
Hanipa yakin dengan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kes tersebut mempunyai bukti kukuh untuk dilakukan pendakwaan.
SPRM, dalam kenyataan sebelum ini berkata seorang bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil dan pengarah daripada Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam yang diketuainya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.
Beliau disiasat kerana disyaki menyelewengan dana rakyat di bawah skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.
Sumber HD - 6-2-2014
Tol tidak naik untuk senangkan pengundi BN Kajang
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol.
“Walaupun mereka berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2013 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, Kerajaan Persekutuan BN telah mengumumkan bahawa akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pernah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan.
Justeru, kata beliau BN jelas sekali hanya menukar nada, tetapi tidak mengubah kata-katanya apabila syarikat konsesi lebuhraya tidak rugi sedikitpun malah masih mengaut untung dengan bayaran pampasan sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
“Ini bukanlah jalan penyelesaian yang tepat memandangkan RM400 juta tersebut akhirnya akan ditanggung dan dibayar juga oleh rakyat.
“Kenapa mesti beberapa syarikat konsesi tol mendapat faedah hasil kerugian 28 juta rakyat biasa?” tanya beliau.
Baginya, penyelesaian jangka pendek ini hanyalah untuk tahun ini, kadar tol pastinya akan naik juga pada tahun 2015 kecuali seandainya Kerajaan Persekutuan BN membekukan kenaikan tersebut juga dan membayar pampasan RM400 juta sekali lagi.
Menurutnya lagi, langkah taktikal demi pilihanraya kecil Kajang ini menunjukkan bahawa BN sudah sama sekali terlupa bagaimana untuk mentadbir dan hanya melakukan pendekatan memerintah sehari demi sehari hanya berdasarkan ketergesaan politik dan bukan prinsip kepentingan umum.
Ahli Parlimen Bagan itu menambah, reformasi sebenar terhadap kontrak lebuhraya yang begitu berat sebelah hanya dapat dilaksanakan apabila tidak ada keperluan untuk menggunakan wang rakyat bagi membuat bayaran pampasan kepada syarikat tol oleh Kerajaan Persekutuan apabila kenaikan kadar tol ditunda atau dimansuhkan.
Lagipun, ujarnya kebanyakan operator lebuhraya bertol sudahpun mendapat faedah dan pulangan modal asal (operator Jambatan Pulau Pinang telah mengutip lebih RM2 bilion, dengan kos asal RM1.3 bilion); apa yang mereka perolehi sekarang adalah keuntungan bersih semata-mata.
Sumber HD - 6-2-2014
Turun harga kereta: Realiti atau fantasi
- Jan 22, 2014
- MUHAMAD SIDEK
Keduanya, saya berpendapat tiada apa yang menarik daripada pengumuman tersebut. Harga kereta CBU hybrid bakal naik. Dan kerajaan tidak bersedia mengurangkan duti eksais – dan ini bermakna tiada penurunan harga! Yang disebut akan turun secara berperingkat pada 2018 nanti – boleh percaya ke?
Pada masa yang sama tiada satupun pelan yang kukuh dibentangkan bagaimana harga kereta boleh dikurangkan. Sekadar mengadakan sidang akhbar memberitahu harga kereta akan turun beberapa tahun lagi – tanpa pelan yang munasabah – hanyalah retorik untuk menyejukkan kemarahan rakyat ketika kos sara hidup meningkat dengan drastik.
Kerajaan juga tidak menyediakan pelan untuk membantu para peniaga kereta terpakai dan pembeli yang sedia ada. Sepatutnya, jika harga kereta akan diturunkan 2 – 3 tahun akan datang, kerajaan wajar menyediakan pelan kepada peniaga kereta terpakai seperti merendahkan kadar faedah pinjaman kereta terpakai kepada kurang dari 1 peratus mulai sekarang.
Bagi pembeli sekarang dan sebelum penurunan, mereka di beri peluang untuk refinance serta kadar faedah yang rendah supaya semua pihak dapat manfaatnya. Jika tidak, dalam tempoh 2 – 3 akan datang industri automotif mungkin akan terjejas kerana sudah pasti rakyat akan menangguhkan pembelian sehingga baru yang lebih rendah.
Walau bagaimanapun, pengumuman ini tidak memberi apa-apa manfaat langsung kepada rakyat dalam tempoh terdekat kerana yang rakya mahukan ialah realiti bukan fantasi.
Sumber HD - 22-1-2014
DAN: Satu lagi dasar tidak capai keperluan sebenar
- Jan 21, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan baru-baru ini adalah dasar yang sepatutnya datang lebih awal bagi memastikan industri automobil negara dapat dirombak bersesuaian dengan keperluan EEV atau kenderaan bertenaga efektif dan keperluan lain berkaitan dengan kesannya kepada industri, pengeluar dan pengguna.
“Walaupun kita menyambut baik namun ada beberapa perkara yang tidak disebut dalam dasar ini yang ada kaitan dengan penstrukturan semula dasar automotif negara,” tulis Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam blognya.
Menurutnya, dasar itu masih memperlihatkan flip-flop apabila isu menghapuskan AP (permit import) yang dijadualkan pada 2015 tidak digarap dengan bijak sehingga terbentuk orang tengah yang mengaut keuntungan besar dari harga kereta yang dijual kepada rakyat.
Beliau berkata, AP yang sepatutnya menjana pendapatan jika diapungkan akan memberi keuntungan kepada kerajaan namun selama ini industri automotif negara dicemari dengan penyalahgunaan AP yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak kroni tertentu.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, kualiti bahan api tahap Euro 4 mesti dilaksanakan segera seperti yang termaktub dalam DAN 2009.
Tegas beliau, tidak ada gunanya memenuhi kehendak EEV jika jenis bahan api yang ada sekarang iaitu Euro 2 masih digunakan memandangkan tahap penjimatan tenaganya tidak berapa efektif.
Menurutnya, sukar untuk para industri melahirkan kereta bertenaga efisyen di pasaran Malaysia jika bahan apinya masih lagi di tahap Euro 2. Satu mekanisma harga dan subsidi diperlukan dalam DAN untuk memperkenalkan Euro 4.
“Perlu dijelaskan kepada rakyat apakah penurunan harga kereta kerana cukai eksais dihapuskan ataukah ia harga promosi yang dibuat oleh syarikat penjual kereta, lalu rakyat terkeliru antara penurunan sebenar atau penurunan kerana pihak penjual mengadakan promosi,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata, bagi pemeriksaan kenderaan secara sukarela, kerajaan harus bersikap terbuka dengan memberi peluang kepada berbagai syarikat syarikat lain dan bukan dimonopoli oleh Puspakom semata-mata.
Tambahnya, tanpa melihat keseluruhan kesan DAN kepada rakyat dan kepada keberkesanan sebenar tenaga dalam industri automotif DAN hanya akan menjadi satu lagi dasar yang tidak mencapai keperluan sebenar.
Sumber HD - 21-1-2014
Harga kereta: NAP hanya kosmetik, setengah masak
- Jan 21, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dalam ramai melihat isu pemotongan duti eksais dan permit import (AP) tidak disentuh dalam Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014), PAS melihat secara 'big picture' menyifatkan pengumuman itu hanya sebagai kosmetik semata-mata.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman NAP2014 oleh kerajaan semalam tidak lebih kepada tempelan dan jauh lagi untuk berdepan cabaran sebenar.
Menurut Dr. Dzulkefly, NAP juga dilihat dibuat dalam keadaan cuba mengaut keuntungan satu pihak iaitu DRB-HICOM.
"DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen," katanya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Disamping apa yang jelas menjadi kemarahan rakyat tentang kedudukan AP (Approved Permit) yang masih mahu dikaji selepas Tahun Baru Cina, amarah rakyat juga naik ke paras yang membuak apabila Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak mengumumkan tentang penghapusan Duti Eksais. Cukai ini yang bertanggungjawab -mengekalkan harga kereta pada paras yang tinggi. Ia adalah dasar dan kaedah bagaimana kerajaan melindung perusahaan automobile di Negara ini yakni Proton yang merupakan milik kerajaan dahulu. Namun, Proton jelasnya bukan lagi milik kerajaan tetapi milik swasta!
2. PM Najib boleh iltizam dan komited untuk melakukan ‘rasionalisasi subsidi’ walaupun akan membebankan rakyat, tetapi apabila sesuatu tindakan jelas merugikan atau menjejaskan kepentingan ‘kroni2nya’, maka dia tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk merungkaikan atau menamatkannya walaupun dengan berbuat akan mendatang penambahan pendapatan, mengurangkan beban kepada rakyat dan merancakkan lagi ekonomi. Ini hakikat yang terserlah dalam kes AP yang telah pun disaran oleh pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat supaya menghentikan pemberian AP atau melelongkan AP kepada pembida secara terbuka dan dari jumlah yang dikeluarkan sekarang, boleh sahaja menjana pendapatan baru sebanyak RM2.5 bilion ke RM3bilion.
3. Kedua-dua isu AP dan Duti Eksais akan kekal menjadikan rakyat terbeban pembiayaan bulanan yang tinggi (20% dari jumlah pendapatan bulanan) sekaligus mengurangkan pendapatan boleh berbelanja rakyat.
4. Penelitian terperinci akan menjadikan rakyat lebih marah apabila rakyat sedar bahawa yang mengaut keuntungan besar ialah satu pihak yakni DRB-HICOM! Disamping mengekalkan inspeksi sukarela (voluntary inspection) oleh 55 Pusat Inspeksi Puspakom yang dimilikki DRB-HiCOM, NAP juga akan kemudiannya menjadikan ia satu yang wajib atau mandatory bukan sahaja kepada kenderaan komersial tetapi juga kepada private atau ‘passengers’.
5. Dasar NAP yang baru dilancarkan memberikan pelbagai insentif yang ‘boleh dirundingkan’ (negotiated basis) untuk menggamit FDI dari pemain-pemain gergasi automotif asing ke dalam industri automotif ini khususnya kepada bidang pembuatan ‘enegry-efficient vehicles’ atau EEV.
6. DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen.
7. Dasar baru NAP akan mengangkat sekatan dalam pembuatan kenderaan EEV yang dulunya mesti melebihi kuasa 1800 cc dan pada paras harga RM150,000 sekaligus melindungi Proton.
Tetapi dakwaannya kini mengangkat sekatan ini pun tidak akan menjejaskan perniagaan Proton kerana kenderaan-kenderaan EEV yang lengkap dengan sistem engin serta teknologi yang maju (advanced) sekali tidak akan dalam kategori kereta-kereta Proton.
8. Jelasnya NAP yang baru ini mahu memacu satu ‘catching-up game’ bagi mampu bersaing dengan keupayaan negara jiran khasnya Thailand dan Indonesia.
9. Apakah insentif yang diberikan memadai berbanding dengan Negara-negara jiran? Benarkah NAP telah benar-benar menggarap keperluan untuk mewujudkan satu ‘ecosystem’ yang lebih mampan dan komprehensif? Ataukah, sepert pemerhatian sesetengah pihak para ‘analysts’ pasaran,ia hanya memberi ‘special advantage’ kepada pihak tertentu?
10. Apakah NAP sekali lupa tentang isu penggunaan Euro 4 berbanding Euro 2 yang digunakan hingga kini? Menteri telah berjanji untuk menukarkan penggunaaan bahan bakar, petrol dan diesel yang lebih efisien yakni Euro 3 dalam soalan saya pada tahun 2010 di Parlimen. NAP tidak langsung menyentuh hal ini. Sekali lagi kerajaan menumpu tentang dasar yang menguntungkan pihak-pihak tertentu dan bukannya untuk membangun industry secara keseluruhannya!
11. Akhirnya Program Pembangunan Vendor. Tidak juga disentuh secara terperinci bagaimana industri otomotif ini akan didayakan lagi daya-saingnya dengan peningkatan keupayaan pihak vendor samada disegi kualiti, keefisienan serta ‘kos per unit’ pembuatan parts.
12. OEM atau Original Equipments Manufacturers (dari negara asing) mahukan Vendor tempatan yang punya keupayaan. OEM mendapat insentif rebat eksais dari usaha tambah-nilai local ( local-value added) yang mereka lakukan. Vendor tidak boleh lagi mengharapkan didukung oleh industri kalau tidak mempunyai daya-inisiatif untuk memajukan syarikat kalau pun mereka bumiputera.
13. Dasar-dasar NAP tidak jelas membawa satu pendekatan ‘Game Changer’ yang dihajati pelbagai pihak. Paling baiknya ia dilihat sebagai satu yang kurang masak atau kurang empuk. Dengan masa yang cukup telah diberikan, kalau sekadar hanya yang dibentangkan masih tidak ada sifatnya ‘Kosmetik’ atau ‘Tampal-Tempil’ atau ‘Tweaking’ dalam BInya, maka Perubahan’ yang ditunggu rakyat dan juga pemain industry tidak kesampaian….
14. Sekali lagi Najib dan kali ini bersama Mustapha Mohammad mengcewakan!
Dr Dzul : GST - https://www.youtube.com/watch?v=wEfyIKyF_JQ
Sumber HD - 21-1-2014
No comments:
Post a Comment