Aku tak habis fikir bagaimana ini terjadi (gambar)
Cermin gelap: Ada juga polis bercakap bagi pihak rakyat
Point penting;
1. PDRM tidak mempunyai stastistik (fakta) yang menyokong kenyataan kaitkan jenayah dengan cermin gelap.
2. Dalam erti kata lain, PDRM tiada bukti yang boleh mengaitkan penggunaan cermin gelap dengan perlakuan jenayah di negara ini.
3. Yang cakap neh polis juga. Bahagian risikan. Pangkat senior asisten komisioner. Datuk Abdul Manaf Abdul Razak.
4. Dia juga setuju undang2 berkaitan penggunaan cermin gelap perlu dikaji semula.
5. Tidak relevan larangan penggunaan cermin gelap dan kaitkan ia dengan jenayah kerana kebanyakan penjenayah yang buat jenayah bukan naik kereta cermin gelap. Naik kereta biasa selalunya dan biasa pakai topeng.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 20-5-2014
Kejar keuntungan besar, leher rakyat dijerut?
KUALA LUMPUR: Rakyat menjadi mangsa apabila kerajaan lebih berminat menjaga kepentingan sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.
“BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi,” ulas blogger Kelab Greenboc.
Sedangkan, menurutnya rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal.
Katanya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.
Keuntungan TNB pada tahun lepas ialah RM4.61 bilion.
“Apakah kerana mengejar matlamat untuk mencapai keuntungan yang lebih besar daripada itu menyebabkan leher rakyat perlu dijerut dengan kenaikan kadar tarif?” ujarnya.
Baca di sini
Sumber HD - 18-5-2014
Tanya bapak menteri berkenaan 'cermin gelap'
Soalan Untuk AHLI PARLIMEN tanya bapak menteri berkenaan "cermin gelap"
Abdullah AR
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan.
Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Justeru itu kami ingin bertanya:
APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?
Jika BOLEH:
Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.
Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang.. Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.
Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.
Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.
Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.
Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.
P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 18-5-2014
Apa kata Rosmah, nak kenduri tiba-tiba jawatan PM Najib direntap
APA TINDAKKAN ROSMAH KALAU LAGI 7 HARI NAK DIADAKAN KENDURI TIBA-TIBA NAJIB DIRENTAP JAWATAN PM?
Akibat tidak cermat menguruskan politik negeri Terengganu kini BN terguling sekali lagi apabila Ahmad Said ADUN Kijal mengumumkan keluar BN berserta dengan dua lagi ADUN.
Ahmad Said yang memohon kepada Najib untuk tangguh perletakan jawatannya sehingga selesai kenduri anaknya ternyata keciwa apabila rayuannya itu dibakul sampah kan oleh Najib atas alasan itu masaalah peribadi
Ahmad.http://www.astroawani.com/
UMNO seringkali dilaungkan sebagai parti keramat. Keramatnya UMNO kerana mendukung adat budaya Melayu dan Islam sebagai tunggak utama.
Masyarakat Melayu hampir setiap cuti sekolah gemar mengadakan kenduri samada istiadat perkahwinan, kenduri arwah, kenduri kesyukuran, kenduri mendapat cahaya mata dan macam-macam kenduri.
Bagi Melayu elitis kenduri hanya membuang masa dan menambah obesiti tetapi kenduri juga adalah medium perhubungan siratulrahim. Politikus yang kerap turun jumpa rakyat melalui kenduri akan mudah mendapat tempat di hati rakyat biarpun tidak berpelajaran.
Ahmad akan mendapat simpati orang-orang Melayu akar umbi apabila alasannya tidak diperkenankan oleh Najib. Cuba bayangkan jawatan Najib direntap turun seminggu sebelum kenduri anaknya? Mungkin Rosmah akan 'menggila' lebih dari isteri Ahmad Said.
Najib mungkin terasa kuat dan hebat selepas berselfie dengan Obama tempoh hari.
NAJIB TERBAWA-BAWA KONON HEBAT BERSAMA OBAMA |
Akibat tidak cermat menguruskan politik negeri Terengganu kini BN terguling sekali lagi apabila Ahmad Said ADUN Kijal mengumumkan keluar BN berserta dengan dua lagi ADUN.
Ahmad Said yang memohon kepada Najib untuk tangguh perletakan jawatannya sehingga selesai kenduri anaknya ternyata keciwa apabila rayuannya itu dibakul sampah kan oleh Najib atas alasan itu masaalah peribadi
Ahmad.http://www.astroawani.com/
UMNO seringkali dilaungkan sebagai parti keramat. Keramatnya UMNO kerana mendukung adat budaya Melayu dan Islam sebagai tunggak utama.
Masyarakat Melayu hampir setiap cuti sekolah gemar mengadakan kenduri samada istiadat perkahwinan, kenduri arwah, kenduri kesyukuran, kenduri mendapat cahaya mata dan macam-macam kenduri.
Bagi Melayu elitis kenduri hanya membuang masa dan menambah obesiti tetapi kenduri juga adalah medium perhubungan siratulrahim. Politikus yang kerap turun jumpa rakyat melalui kenduri akan mudah mendapat tempat di hati rakyat biarpun tidak berpelajaran.
Ahmad akan mendapat simpati orang-orang Melayu akar umbi apabila alasannya tidak diperkenankan oleh Najib. Cuba bayangkan jawatan Najib direntap turun seminggu sebelum kenduri anaknya? Mungkin Rosmah akan 'menggila' lebih dari isteri Ahmad Said.
Najib mungkin terasa kuat dan hebat selepas berselfie dengan Obama tempoh hari.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 14-5-2014
Usia sendiri pun Umno berbohong
Umno parti paling kuat berbohong, sampai usia mereka sendiri pun 1Malaysia dikencingnya..!!
YANG NIE PALING BEST
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 11-5-2014
Kisah Kadir jumpa guru dengan pencapaian Najib
KUALA LUMPUR: "Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurutnya, guru itu katakan kepadanya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu.
"Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu lagi.
Berikut ialah tulisan penuh beliau.
DEMIKIAN masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.
Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.
Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."
Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg.mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”
Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.
Kepada cikgu dari Kuantan yang hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:
“Kalau pada suatu pagi yang berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadat maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin, timbang rasa dan sama rata.”
Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi iaitu pada pada 6 Mei genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.
Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.
Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta banyak lagi slogan dan motto.
Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas.
Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu.
Terima kasih.
Sumber HD - 2-5-2014

Status terakhir Facebook Adzlin Lin sebelum kembali ke rahmatullah
- Apr 26, 2014
- http://greenboc.blogspot.com
Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi dari Ipoh, Perak dan telah meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52 am hari Ahad kerana menghidap kanser payudara dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya.
Dan berikut ialah status terakhir yang elah dimuat naik di facebook miliknya 4 hari sebelum kematiannya.
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh beliau dan dimasukkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang solehah.... Al-fatihah.
BACA: [BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya
BACA: Respon Mufti Perak Mengenai Kubur Ibu Tunggal Yang Bercahaya
Sumber HD - 26-4-2014
Persepsi lawan realiti dalam era internet
- Apr 22, 2014
- A KADIR JASIN
IDR adalah badan pemikir yang ditubuhkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir bagi menyemarakkan semula tradisi berfikir serta membantu menyelidik hal-hal berkaitan siasah dan pentadbiran negeri.
Dua majlis diadakan. Satu membabitkan kalangan politik Barisan Nasional bertempat di kediaman rasmi MB dan satu lagi melibatkan kakitangan kerajaan awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kita berbincang mengenai peranan media baru dan lama, khususnya media sosial dalam pembentukan persepsi dan persoalan sama ada media massa turut menjadi mangsa tragedi MH370.
Saya kata, dalam bidang maklumat dan propaganda, persepsi sama penting dan dalam hal-hal tertentu lebih penting daripada fakta dan realiti. Kita tidak boleh lari lagi daripada mengakui peranan media sosial dan kewartawanan jelata dalam pembentukan persepsi – buruk atau baik.
Pemerintah dan parti-parti politik perlu memahami penghijrahan audiens daripada media tradisional/media arus perdana kepada media atas talian, khususnya media sosial dalam usaha mereka merancang strategi komunikasi masing-masing.
Konspirasi Media Asing
Menjawab hujah dan pertanyaan peserta, saya berkata yang saya tidak nampak ada konspirasi (persekongkolan) oleh media massa luar untuk membusukkan nama Malaysia, khususnya dalam peristiwa kehilangan pesawat MH370 MAS pada 8 Mac lalu.
Daripada pemerhatian saya, selain beberapa berita yang sedikit disensasikan dan disuntik dengan unsur-unsur nasionalisme serta emosi, khususnya oleh media massa China, laporan mengenai tragedi itu umumnya faktual.
Saya maklumkan kepada audiens bahawa selagi pesawat itu tidak ditemui, selagi itulah media massa akan melaporkannya dan mengisi ruang yang tidak terjawab dengan teori dan spekulasi. Selepas itu, sekiranya pesawat berkenaan ditemui, siasatan mengenainya pula akan menjadi tumpuan pemberitaan.
Saya katakan kepada audiens yang kita perlu terlebih dulu melihat ke dalam diri kita sebelum menyalahkan media massa dan pihak luar jika imej antarabangsa kita rosak.
Saya sebutkan berkenaan orang kita yang tidak berhati perut (tapi ada duit) yang mendera pekerja asing mereka sehingga luka parah atau mati. Patutlah kalau negara kita dicaci cerca oleh media massa luar. Kita sendiri mengutuk kedurjanaan seperti itu.
Kemudian, dalam kita hangat membincangkan kecekapan TUDM mengawal ruang udara kita berkaitan kehilangan MH370, kita dikejutkan dengan berita seorang pegawainya ditangkap di Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata.
Ini selepas seorang warganegara kita bernama Leonard Francis atau Fat Leonard (Leonard Gemuk) yang berpangkalan di Singapura ditangkap dan didakwa di Amerika atas tuduhan menipu Tentera Laut Amerika.
Jadi bolehkah kita menuduh media massa asing memburukkan imej negara kita dengan melaporkan kejadian-kejadian seumpama itu sedangkan media massa kita pun melakukan yang sama?
Sebaliknya kita wajib mengutuk dan, di mana yang boleh, menghukum rakyat kita yang melakukan jenayah dan kesalahan undang-undang di luar negara sehingga membusukkan imej negara.
Orang macam inilah yang boleh dituduh tidak patriotik, bukan orang yang menegur pemerintah demi memperbetulkan kesalahan untuk kebaikan dan kelangsungan negara dan bangsa.
Saya ulangi mesej bahawa kita mengundi memilih wakil untuk memerintah. Kita tidak memilih anak, bini, menantu dan kawan rakan mereka. Adalah menjadi kewajipan ahli parti, pengundi, pembayar cukai dan warganegara menegur wakil yang mereka pilih. Inilah inti pati demokrasi – kerajaan rakyat, dipilih oleh rakyat untuk rakyat.
Membunuh pembawa berita (killing the messenger) tidak akan menyelesaikan masalah kalau apa yang dikatakan itu benar.
Seorang pembawa khabar buruk dilenyapkan, berpuluh yang lain akan muncul. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan setiap orang yang memiliki komputer dan telefon pintar menjadi wartawan jelata jika mereka mahu.
Kuasa membentuk persepsi dan mengawal pengaliran maklumat bukan lagi hak mutlak pemerintah dan parti-parti politik. Monopoli penjanaan persepsi dan penyaluran maklumat sudah dipecahkan oleh ledakan ICT.
http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber HD - 22-4-2014
Wajib berhati-hati sebelum buka KLIA2 – Kadir Jasin
- Apr 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian tulis Datuk A Kadir Jasin (gambar) di dalam blognya semalam.
Justeru, baginya pendedahan salah urus pentadbiran melalui Laporan Ketua Audit Negara 2013 ibarat cerita tahi gigi kalau dibandingkan dengan salah urus pembinaan terminal penerbangan ekonomi KLIA2 yang bukan saja terlewat dua tahun, tetapi juga menelan belanja dua kali ganda - daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Menurutnya, kontrak utama KLIA2 diberikan kepada usaha sama UEM-Bina Puri Berhad. UEM adalah GLC milik Khazanah Nasional manakala Bina Puri adalah syarikat pembinaan yang ada kaitan dengan MCA.
Tambahnya, tidak hairanlah kalau pelanggan utama terminal baru itu, Air Asia Berhad mempertikaikan kesediaan dan keselamatan terminal yang dijadualkan beroperasi pada 2 Mei ini.
Media massa, antara lain melaporkan keretakan landasan dan apron serta kesediaan sistem bagasi.
Bayangkan, ujarnya apa akan terjadi kepada imej kita sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini atau masalah teknikal besar di terminal baru itu.
“Dalam hal kelewatan dan pergandaan kos KLIA2, kita wajib menuntut agar penyiasatan rapi dan bebas dilakukan ke atas pihak-pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad dan kontraktor utama.
“Mesti ada pihak yang tidak cekap, tidak teliti dan tidak telus sebaliknya korup sehingga berlaku kelewatan, pergandaan kos dan mutu kerja yang dipertikaikan,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 9-4-2014
Biarkan papan tanda amaran berbicara
- Mar 06, 2014
- http://omakkau.blogspot.com
Serahkan kepada kebijaksanaan para pembaca, penjenguk dan pengkritik blog Omak Kau melihat, memikir dan menilai serta mencapai kata putus.
Sumber HD - 6-3-2014
Bukti, BR1M cukup untuk belanja selama setahun tersebar
- Feb 23, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Info grafik tersebut mendedahkan fakta bahawa duit BR1M yang diterima sebanyak RM650 cukup untuk perbelanjaan berhemah selama setahun. Malah masih ada baki RM22.10.
Berikut info grafik yang dimaksudkan.
Namun hasil pengiraan aku, sebenarnya duit BR1M RM650 itu sebenarnya cukup untuk perbelanjaan selama 17 tahun, malah masih ada baki RM29.20 jika dibelanjakan sehari "seposen"~ MiLoSuaM
.. Apa yang macai dah tolong kira tu nampak macam untuk seorang makan saja tu..
Bagaimana pula kalau dalam keluarga tersebut terdapat lima atau enam orang?.. cukup ke?
Kalau nak tahan lebih lama duit BR1M tu makan kangkung sajalah... mahu lima atau enam belas tahun boleh tahan duit tu.. ha..ha..ha...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumber HD - 23-2-2014
'Penyamun' itu pakai baju lambang apa?
- Feb 10, 2014
- http://greenboc.blogspot.com
[KANTOI] "Penyamun" Itu Pakai Baju Lambang Apa?
Penyamun bangang kena cekup
BANTING: Tindakan dua penjenayah menggunakan nombor pendaftaran kereta sama ketika melakukan jenayah sebelum ini berjaya diberkas kelmarin.
Lihat di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumbeer HD - 10-2-2014
YTM Tunku mempunyai 'sense of humour' yang tinggi
- Feb 08, 2014
- ASPAN ALIAS
Beliau meninggalkan untuk rakyat Malaysia sebuah negara yang merdeka dan beliau adalah penyambung dan penyempurnaan kepada gerakan kemerdekaan negara pada 1957 dahulu setelah melalui liku-liku politik dengan segala masam dan manis perjuangan beliau.
(Di antara foto penulis dengan Tunku yang dirakam pada tahun 1988.)
Tunku telah berjaya membina sebuah negara merdeka setelah berjuang bersama rakan-rakan seangkatan beliau dengan menjawat jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri jugalah Persekutuan Malaysia terbentuk setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu pada 16 September 1963 dahulu.
Beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970 setelah beliau merekodkan kecemerlangan sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia Merdeka. Dalam masa yang sama beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang mashyur terutamanya di kalangan negara-negara Komanwel dan merupakan seorang Perdana Menteri yang dihormati masyarakat antarabangsa. Di antara sumbangan beliau ialah penyingkiran Afrika Selatan dari Komanwel dengan cadangan dan desakan Tunku Abdul Rahman. Tunku merupakan seorang penyumbang besar kepada tamatnya kerajaan apartheid Afrika Selatan itu.
Tunku seorang yang minat dalam bidang sukan dan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tahap kecemerlangan sukan amat tinggi di kalangan negara serantau. Di antara acara sukan yang sangat dikenang ramai ialah Pesta Bola Merdeka setiap tahun, mengambil sempena tarikh dan waktu menyambut kemerdekaan negara setiap tahun. Banyak lagi acara sukan antarabangsa telah diusahakan oleh Tunku. Sukan yang beliau minat secara peribadi adalah golf dan beliau bermain golf hampir sepanjang usia beliau yang sihat dan bertenaga.
Sepanjang hayat Tunku, beliau telah mengorbankan seluruh kehidupan beliau kepada negara dan semasa beliau meninggal, beliau tidak mempunyai apa-apa kekayaan seperti bekas-bekas pemimpin negara sekarang ini. Dan rekod kecemerlangan perjuangan beliau, telah diketahui umum yang beliau telah mengorbankan segala harta yang beliau ada untuk membiayai perjuangan kemerdekaan di samping mendapat bantuan rakyat yang bersama bergolok dan bergadai untuk mencapai sebuah negara merdeka yang kita semua perolehi hari ini.
Sebagai generasi yang jauh muda dari beliau, saya secara peribadi merupakan peminat kepimpinan yang amat kuat terhadap Tunku dan saya sempat berkenalan dan berbaik dengan beliau semasa pengakhir hayatnya. Saya berbangga sebagai seorang individu yang beliau kenali, walaupun saya mengenali beliau hanya semasa beliau sudah lama bersara dan dalam kesihatan yang sudah menurun.
Saya sempat berulang kerumahnya di Bukit Tunku beberapa hari dalam setiap minggu untuk memberikan penghormati kepada beliau. Walaupun beliau sudah kurang jarak penglihatan beliau, saya tetap merasakan kebanggaan untuk bersama Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, beberapa tahun akhir hayat beliau.
Sikap dan sifat ‘magnanimous’ beliau susah untuk dicari ganti dan beliau sebenar-benarnya menyayangi rakyat berbilang kaum di negara ini Tunku orang yang sangat sederhana dan begitu tinggi nilai kemanusiaannya. Tunku amat susah untuk dicari ganti.
Sifat periang beliau amat menyenangkan semasa berada bersama beliau walaupun dalam usia beliau yang sudah lanjut dan tidak lagi mempunyai kesihatan yang seperti sedia kala semasa saya mendekati beliau.
Tunku pernah bercerita yang beliau semasa mudanya sangat nakal dan malas belajar. Tunku pernah berkata beliau pernah mendapat kad ucapan tahniah dari ramai kawan-kawan semasa di London kerana beliau lulus peperiksaan yang beliau tidak dudukinya. Beliau hairan bagaimana mereka mengucapkan ‘congratulations’ kepada beliau sedang beliau tidak pun duduk peperiksaan itu.
Rupa-rupanya yang berjaya cemerlang itu ialah Tunku Abdul Rahman Tuanku Muhamad (Yang di-Pertuan Agong Pertama) dari Negeri Sembilan yang berjaya dan bukannya beliau. “Depa ingat ayah yang lulus periksa, depa tak tau yang lulus periksa tu ialah Tuanku Abdul Rahman dari NS. Ayah periksa pun tak duduk, macam mana boleh luluih!” katanya tersenyum kepada saya.
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya bertanya kepada beliau kenapa masih hisap rokok dalam usia 85 tahun. “patik nak tanya, kenapa ayah hisap rokok lagi. Ayah kan dah tua?” Tunku dengan pantas menjawab, “Biak pi lah… memang patut mati pun, umur ayah sudah 85 tahun. Dulu ada sorang doktor selalu minta ayah berhenti hisap rokok, takut kalau ayah mati cepat. Tapi ayah buat tak tau aja. Sampai sekarang ayah hidup lagi”
“Doktor mana yang nasihat tu ayah?” saya terus bertanya. Tunku jawab, “Adalah sorang doktor tu. Dia pun dah mati lama daah!” jawabnya sambil gelak kecil dalam keadaan kurang tahap penglihatan itu. Sesungguhnya beliau mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan amat selesa bersama beliau dalam keuzuran beliau itu.
Saya tidak dapat melupakan pemimpin ulung kita ini walaupun saya hanya mengenali beliau semasa hujung hayat beliau dan kita wajar mendoakan roh beliau agar sentiasa berada sebaris dengan roh-roh syuhada dan sentiasa dalam keampunan Allah swt. Hasil perjuangan dalam kehidupan, beliau meninggalkan negara yang merdeka.
Mangkatnya Tunku dalam keadaan sebagai orang biasa, tiada harta dan anak-anak beliau tidak mempunyai apa-apa kekayaan yang beliau tinggalkan untuk mereka. Beliau tidak ada jet mewah dan beliau tidak meninggalkan anak-anak dengan ‘business empire’ yang besar-besar dan tidak ada keturunan beliau yang beliau letakkan sebagai pemimpin besar negara dan negeri. Tunku tidak pernah menggunakan kedudukan beliau untuk menyusahkan rakyat membayar hutang perniagaan anak-anaknya.
Jasa Tunku amat besar kepada negara dan kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita hasil perjuangan beliau dengan rakan-rakan seperjuangan beliau yang semuanya sudah tiada lagi bersama kita kini. Kehadiran Tunku dalam dunia ini semata-mata untuk negara Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Malaysia dan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Tunku juga memainkan peranan di kalangan negara-negara Islam dengan usaha gigih beliau menubuhkan OIC selepas beliau bersara dari jawatan awam negara kita sebagai Perdana Menteri.
Amat besar jasa beliau kepada dunia dengan ubudiah yang bernilai tinggi kepada kehendak agama dan umat keseluruhannya. Beliau tiada slogan yang besar-besar dan tiada retorik dalam kepimpinan beliau.
Al-fatihah - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 8-2-2014
Najib sesuai jadi pemimpin ketika aman walaupun berdarah bangsawan
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi blogger Shahbudin Husin, meskipun Najib mempunyai ramai penyokong dah kelihatan menonjol, tetapi semuanya itu bukan kerana kualiti kepimpinan atau ketegasannya dalam menyelesaikan masalah.
“Penonjolannya lebih terapung kerana keupayaannya mewujudkan rangkaian dan menjaga penyokong serta mereka yang setia dengan sikap kemurahan hati dan sedia menolong mereka yang datang meminta bantuan dengannya,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/ semalam.
Menurutnya, dalam banyak isu kritikal yang berlaku dalam negara sejak dulu, ketegasan Najib hampir tidak menonjol.
Beliau berpandangan, dengan darah bangsawan yang mengalir dalam tubuh, Najib sebenarnya lebih sesuai menjadi pemimpin ketika aman dan bukannya dalam suasana krisis.
Sebab itu, katanya daripada kekurangan majoriti 30 kerusi dalam pilihan raya 2008, jumlah itu makin berkurangan kepada 23 kerusi sahaja dalam pilihan raya 2013 lalu.
“Kebarangkalian untuk majoriti terus berkurang atau mungkin kalah terus tidak dapat ditolak lagi jika Najib terus berada di kedudukannya sekarang,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 1-2-2014
Shahnaz Laghari pilot wanita pertama berniqab
- Jan 28, 2014
- http://bloggerpakatan.com
SHAHNAZ LAGHARI PILOT WANITA PERTAMA BERNIQAB - GUINESS BOOK OF WORLD RECORD
Kapten PILOT Shahnaz LAGHARI adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berniqab ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat. Beliau berkemampuan mengendalikan kapalterbang secara solo dengan pakaian niqab penuh.
.
Beliau adalah pemegang rekod dunia Guinness Book of World Record sebagai juruterbang wanita pertama berniqab penuh. Beliau adalah pejuang hak kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak wanita.dan pernah bertanding dalam pilihanraya Pakistan 2012 sebagai calon bebas dengan menggunakan logo lembu.. (ini yg tak sedap ni... teringat umno la pulak... wakaka)
Selain menjawat jawatan pengerusi Persatuan Pilot Wanita Pakistan, beliau juga melakukan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk orang miskin Pakistan.
Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan-persatuan Islam Pakistan
bergambar dengan kapal terbangnya |
Sebaik selesai penerbangan |
Berucap dalam seminar Minhaj-ul-Quran Women League |
TIDAK pasti berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang percaya tentang apa juga penjelasan Perdana Menteri Najib Razak mengenai apa jua perkara. Beberapa hari lalu, dengan wajah selamba yang sudah hilang seri dan komersialnya, Najib muncul di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan.
Bercakap kepada kakitangan kementerian berkenaan seolah-olah bercakap kepada seluruh negara, Najib tidak ketinggalan menyelitkan perihal ejekan dan cemuhan ‘kangkung’ yang diterimanya dari rakyat Malaysia pelbagai lapisan. Namun, seseorang boleh membayangkan berapa ramai percaya atau yakin dengan penjelasan beliau.
Untuk menekankan kononnya beliau sememangnya faham konsep penawaran dan bekalan dalam pengurusan ekonomi makro (ekononi negara), menurut Najib tujuan beliau (dibaca, menarik dan mengurangkan subsidi; membiarkan kenaikan barangan dan perkhidmatan tanpa apa juga bentuk mekanisme kawalan; membiarkan matawang ringgit berada pada paras terendah di tukaran wang asing akibat simpanan luar yang terlalu berlebihan, iaitu bernilai sembilan bulan import tertahan berbanding tiga bulan import tertahan sebagaimana diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk negara kaya dan maju; membiarkan hutang negara menghampiri had dibenarkan undang-undang sehingga pengkadaran kredit antarabangsa mengalami penurunan gred; dan macam-macam lagi), "bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa lonjakan ekonomi."
obses perkataan
Tidak dapat dinafikan kebanyakan ahli politik Umno terkena penyakit ‘obses perkataan’ apabila menjadi pemimpin dan apatah lagi apabila menduduki jawatan kerajaan. Perkataan kegemaran Najib ialah ‘transformasi’. Sikit-sikit transformasi seolah-olah dengan jentik jari eknomi Malaysia boleh menjalani proses perubahan struktur semalaman.
Tujuannya sudah tentulah bagi menceritakan kepada rakyat Malaysia dan dunia, dia tahu apa yang dilakukannya dan dia memiliki resepi yang tidak ada pada sesiapapun termasuk pakar ekonomi terulung sekalipun.
Kini Najib bercakap tentang ‘lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi’. Apakah Najib secara serius yakin, Malaysia akan menjadi negara maju dan rakyatnya akan berpendapatan tinggi’ hanya dengan satu ‘lonjakan’? Apakah usaha menyusun semula struktur ekonomi sesebuah negara seperti melonjakkan diri untuk melangkah longkang?
Barangkali filem Hollywood ‘The Transformer’ memberikan inspirasi untuk Najib menggunakan perkataan ‘transformasi’. Kepada minda Najib jika sebuah robot boleh ditukarkan sekelip mata menjadi sebuah trak gempur, maka perihal sama boleh digunakan untuk meyakinkan rakyat Malaysia.
Justeru jika adapun sesuatu yang menyerlah tentang Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ialah betapa beliau gemar mencipta atau memperkenalkan istilah baru yang bunyinya cukup ‘bombastik’ kepada rakyat kampung dan mereka yang kurang faham tentang ekonomi.
Kini perkataan ‘lonjakan’ kian menjadi perkataan ‘favourite’ Najib. Walaupun tidaklah sebombastik ‘transformasi’ namun ia memberikan semacam ‘ummph’ kepada resipi ekonomi di awang-awangan beliau.
bukan sekadar lonjakan
Begitupun, setiap pakar ekonomi arif betapa untuk menjadikan sebuah negara miskin atau membangun kepada sebuah negara maju bukanlah boleh dibuat dengan hanya sekadar lonjakan. Malah jika terdapat usaha gigih ke arah lonjakan sekalipun, ia akan membawa padah.
Contoh paling jelas adalah apabila China ketika dipimpin oleh Mao Zedong (yang tak arif tentang ekonomi) melancarkan kempen ‘Lonjakan Besar Kehadapan’ (The Great Leap Forward) di antara 1958 sehingga 1961 bagi mentransformasikan negara tersebut dari berasaskan ekonomi tani kepada ekonomi berasaskan industri.
Akhirnya bukan sahaja kempen tersebut gagal, ‘lonjakan’ yang cuba dipaksakan oleh Mao ke atas rakyatnya mengakibatkan malapetaka berskala besar dalam apa yang dinamakan sebagai ‘Great Chinese Famine’ (Kebuluran Besar China) dan mengakibatkan sebanyak di antara 18 hingga 45 juta nyawa rakyat terkorban.
Sejarahwan terkemuka Belanda Frank Dikotter dalam bukunya, Mao’s Great Famine merumuskan Lonjakan Besar Kehadapan China bukan menghasilkan motivasi ekonomi tetapi sebaliknya "memotivasikan satu daripada penyembelihan beramai-ramai manusia terbesar dalam sejarah manusia".
Lonjakan tajaan Najib bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia belum sampai ke peringkat sebagaimana dialami dalam The Great Chinese Famine. Tetapi dengan kadar inflasi pasca-bajet meningkat pada angka 3.2 peratus Disember lalu (sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan) berbanding 1.2 peratus setahun lalu; kenaikan harga minyak sebanyak 10 peratus; tarif elektrik 15 peratus; pelbagai barangan dan perkhidmatan pelbagai peratus.
Matawang ringgit yang terus melemah dengan penurunan 1.5 peratus lagi sejak awal tahun; dan cukai GST serta kenaikan tol lebuhraya yang bakal dikuatkuasakan; dan macam-macam lagi, tidak mustahil Malaysia dan rakyatnya sedang bergerak deras ke arah mala petaka ekonomi.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”
Dalam sebutan masyarakat Melayu pula: "Bagai tikus membaiki labu."
Sumber HD - 28-1-2014
Tiada guna latihan media jika menteri kurang cerdik
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sementara kita menghargai sedikit kewajaran para menteri diwajibkan menjalani latihan media tersebut, sudah tentulah Najib juga merupakan pemimpin yang paling wajib menghadiri kelas latihan media, bukan saja kerana beliau turut sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya serta menjadi persendaan rakyat seperti kangkung dan haramjadah, bahkan juga kerana beliaulah yang paling kerap bercakap dengan media,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Tetapi, baginya yang lebih wajar daripada latihan media ini ialah kita seharusnya juga menyerari bahawa keluarnya kenyataan ‘bodoh’ dan ‘kurang cerdik’ daripada menteri-menteri ini bukanlah kerana mereka tidak mempunyai latihan media dan ia boleh diperbaiki dengan hanya menghadiri latihan yang singkat, sebaliknya ia menandakan mereka yang dilantik itu memang daripada kalangan yang kurang cerdik, tidak berilmu, merasa diri lebih pandai dan sering emosional.
Menurutnya, kalau sudah jenis itu yang kebanyakannya dilantik sebagai menteri, memanglah tidak dapat dielakkan daripada keluarnya kenyataan-kenyataan ‘bodoh’ dan ‘kurang cerdik’ walaupun setelah menjalani pelbagai latihan media.
Beliau berpandangan, latihan media mungkin hanya menjadikan mereka kelihatan sedikit pandai dan cerdik tetapi tidak akan menjadikan mereka benar-benar seorang pemimpin yang cerdik dan pandai sepanjang masa.
Baca di sini
Sumber HD - 27-1-2014
Najib PM tak berguna! kata blogger pro Umno
- Jan 26, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Najib Kangkung! Najib PM tak berguna! kata Blogger Pro UMNO
Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Hebat Zahid Hamidi ketuai KDN, macam-macam idea
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Langkah yang dilakukan bukan bertujuan menidakkan peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang diketuai oleh Hasan Malek itu, menurut Zahid lagi akan dilakukan dengan menghantar anggota polis berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ada.
Menurut Ahmad Zahid lagi, pihaknya telah membuat kajian mengenai harga yang dibeli oleh pemborong sebenarnya adalah murah tetapi apabila dijual dengan harga melampau kepada peruncit, maka peruncit terpaksa menaikkan harga barang yang mereka jual.
Beliau juga menambah, tindakan pihak polis memantau harga barang ini bukan bertujuan mengganggu peniaga tetapi semata-mata dilakukan atas dasar keprihatinan terhadap kenaikan harga barang yang menjadi rungutan ramai sekarang.
“Hebatkan Zahid Hamidi sejak beliau mengetuai Kementerian Dalam Negeri? Macam-macam idea beliau ada,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Baca lagi
Sumber HD - 26-1-2014
Sayangnya Najib membaiki labu
- Jan 24, 2014
- Shirzad Lifeboat
TIDAK pasti berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang percaya tentang apa juga penjelasan Perdana Menteri Najib Razak mengenai apa jua perkara. Beberapa hari lalu, dengan wajah selamba yang sudah hilang seri dan komersialnya, Najib muncul di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan.
Bercakap kepada kakitangan kementerian berkenaan seolah-olah bercakap kepada seluruh negara, Najib tidak ketinggalan menyelitkan perihal ejekan dan cemuhan ‘kangkung’ yang diterimanya dari rakyat Malaysia pelbagai lapisan. Namun, seseorang boleh membayangkan berapa ramai percaya atau yakin dengan penjelasan beliau.
Untuk menekankan kononnya beliau sememangnya faham konsep penawaran dan bekalan dalam pengurusan ekonomi makro (ekononi negara), menurut Najib tujuan beliau (dibaca, menarik dan mengurangkan subsidi; membiarkan kenaikan barangan dan perkhidmatan tanpa apa juga bentuk mekanisme kawalan; membiarkan matawang ringgit berada pada paras terendah di tukaran wang asing akibat simpanan luar yang terlalu berlebihan, iaitu bernilai sembilan bulan import tertahan berbanding tiga bulan import tertahan sebagaimana diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk negara kaya dan maju; membiarkan hutang negara menghampiri had dibenarkan undang-undang sehingga pengkadaran kredit antarabangsa mengalami penurunan gred; dan macam-macam lagi), "bukan untuk membebankan rakyat, tetapi mencapai lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi yang tidak mungkin berjaya tanpa lonjakan ekonomi."
obses perkataan
Tidak dapat dinafikan kebanyakan ahli politik Umno terkena penyakit ‘obses perkataan’ apabila menjadi pemimpin dan apatah lagi apabila menduduki jawatan kerajaan. Perkataan kegemaran Najib ialah ‘transformasi’. Sikit-sikit transformasi seolah-olah dengan jentik jari eknomi Malaysia boleh menjalani proses perubahan struktur semalaman.
Tujuannya sudah tentulah bagi menceritakan kepada rakyat Malaysia dan dunia, dia tahu apa yang dilakukannya dan dia memiliki resepi yang tidak ada pada sesiapapun termasuk pakar ekonomi terulung sekalipun.
Kini Najib bercakap tentang ‘lonjakan negara maju dan berpendapatan tinggi’. Apakah Najib secara serius yakin, Malaysia akan menjadi negara maju dan rakyatnya akan berpendapatan tinggi’ hanya dengan satu ‘lonjakan’? Apakah usaha menyusun semula struktur ekonomi sesebuah negara seperti melonjakkan diri untuk melangkah longkang?
Barangkali filem Hollywood ‘The Transformer’ memberikan inspirasi untuk Najib menggunakan perkataan ‘transformasi’. Kepada minda Najib jika sebuah robot boleh ditukarkan sekelip mata menjadi sebuah trak gempur, maka perihal sama boleh digunakan untuk meyakinkan rakyat Malaysia.
Justeru jika adapun sesuatu yang menyerlah tentang Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ialah betapa beliau gemar mencipta atau memperkenalkan istilah baru yang bunyinya cukup ‘bombastik’ kepada rakyat kampung dan mereka yang kurang faham tentang ekonomi.
Kini perkataan ‘lonjakan’ kian menjadi perkataan ‘favourite’ Najib. Walaupun tidaklah sebombastik ‘transformasi’ namun ia memberikan semacam ‘ummph’ kepada resipi ekonomi di awang-awangan beliau.
bukan sekadar lonjakan
Begitupun, setiap pakar ekonomi arif betapa untuk menjadikan sebuah negara miskin atau membangun kepada sebuah negara maju bukanlah boleh dibuat dengan hanya sekadar lonjakan. Malah jika terdapat usaha gigih ke arah lonjakan sekalipun, ia akan membawa padah.
Contoh paling jelas adalah apabila China ketika dipimpin oleh Mao Zedong (yang tak arif tentang ekonomi) melancarkan kempen ‘Lonjakan Besar Kehadapan’ (The Great Leap Forward) di antara 1958 sehingga 1961 bagi mentransformasikan negara tersebut dari berasaskan ekonomi tani kepada ekonomi berasaskan industri.
Akhirnya bukan sahaja kempen tersebut gagal, ‘lonjakan’ yang cuba dipaksakan oleh Mao ke atas rakyatnya mengakibatkan malapetaka berskala besar dalam apa yang dinamakan sebagai ‘Great Chinese Famine’ (Kebuluran Besar China) dan mengakibatkan sebanyak di antara 18 hingga 45 juta nyawa rakyat terkorban.
Sejarahwan terkemuka Belanda Frank Dikotter dalam bukunya, Mao’s Great Famine merumuskan Lonjakan Besar Kehadapan China bukan menghasilkan motivasi ekonomi tetapi sebaliknya "memotivasikan satu daripada penyembelihan beramai-ramai manusia terbesar dalam sejarah manusia".
Lonjakan tajaan Najib bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia belum sampai ke peringkat sebagaimana dialami dalam The Great Chinese Famine. Tetapi dengan kadar inflasi pasca-bajet meningkat pada angka 3.2 peratus Disember lalu (sebagaimana dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan) berbanding 1.2 peratus setahun lalu; kenaikan harga minyak sebanyak 10 peratus; tarif elektrik 15 peratus; pelbagai barangan dan perkhidmatan pelbagai peratus.
Matawang ringgit yang terus melemah dengan penurunan 1.5 peratus lagi sejak awal tahun; dan cukai GST serta kenaikan tol lebuhraya yang bakal dikuatkuasakan; dan macam-macam lagi, tidak mustahil Malaysia dan rakyatnya sedang bergerak deras ke arah mala petaka ekonomi.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”
Dalam sebutan masyarakat Melayu pula: "Bagai tikus membaiki labu."
Sumber HD - 24-1-2014
TG Haron Din nafi jadi pawang tangkap buaya!
- Jan 22, 2014
- http://www.ekeleh.com
Berita TG Haron Din menangkap buaya sebelum ini kurang tepat. Admin minta maaf atas kesilapan fakta tersebut, yang dikeluarkan sendiri oleh admin FB beliau. TG Haron Din belum menjadi pawang buaya. Berikut penafian di FB beliau.
PENAFIAN
Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan bahawa gambar (contoh spt dilampirkan) dan maklumat yang tersebar melalui Facebook dan media perhubungan lain pada hari ini mengenai penangkapan buaya oleh tuan guru adalah KURANG TEPAT. Buaya tersebut adalah diperolehi daripada pihak yang dibenarkan untuk aktiviti yang dijalankan oleh Darusyiffa’ Warrafahah Brunei Darussalam.
Tiada buaya dicederakan atau terbunuh dalam aktiviti ini, ianya akan dipulangkan setelah aktiviti selesai. Berhati-hati dan dapatkan sumber yang sahih dalam menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti dan kata-kata hikmah daripada tuan guru.
Sumber HD - 22-1-2014
Sudah terlambat Dr Mahathir kritik Najib
- Jan 21, 2014
- Shirzad Lifeboat
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang. Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.
Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.
Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.
Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu. Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.
Lupakan tentang kangkung. Bolehkah sesiapa menamakan 10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara. Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.
Rasanya lima pun susah. Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.
Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.
Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini, Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.
Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua? Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat dan negara Malaysia.
Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku. Dalam lain perkataan sudah terlambat.
Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan. Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.
Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”.
Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?
Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?
Sumber HD - 21-1-2014
Boleh menangis Mufti Perak bila tengok gambar ini
- Jan 21, 2014
- http://naimnikmat.blogspot.com
Sumber HD - 21-1-2014
Najib dihormati jika letak jawatan demi rakyat
- Jan 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, Najib perlu mempunyai jiwa yang besar dan mengundurkan diri dari menanggung tanggungjawab yang tidak dapat diselesaikannya itu.
“Malahan tindakan beliau meletakkan jawatan itu akan membuatkan rakyat menghormati beliau kerana beliau akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat negara dan rakyat menjadi kacau-bilau,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, penyelesaian terhadap masalah yang negara hadapi sekarang tidak boleh ditunggu sehingga pilihanraya yang akan datang.
Baginya, ia perlu diadakan dan dilakukan sekarang kerana sementara menunggu pilihanraya yang akan datang, negara akan menjadi lebih buruk lagi keadaannya dan takut ia tidak boleh diubati lagi.
“Jika benar Najib mahu menunaikan janjinya untuk mendahulukan rakyat maka kehendak rakyat sekarang ialah untuk beliau berundur dari memegang jawatan PM itu.
“Dahulukanlah kehendak rakyat seperti dalam slogan binaan beliau itu,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 20-1-2014
Najib sedih kenyataannya pasal kangkung dipermainkan
- Jan 17, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.
Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet.
Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.
Lihat video ucapannyanya di SINI
Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.
Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.
"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Ha..ha..ha... kesiannya kat dia.. tak payah nak sedihlah Najib.. sepatutnya beliau sedar kenapa kesilapannya dipermainkan oleh majoriti warga internet dan faham apa makna disebalik serangan itu..
Maknanya rakyat dah menyampah dengan dia, jadi eloklah letak jawatan dan digantikan dengan lain-lain pemimpin UMNO/BN yang ada...
Tapi Najib bohong bila dia kata harga kangkung turun.. lihat di SINI
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 17-1-2014
Rupa-rupanya Najib pun dua kali lima juga
- Jan 17, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.
Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.
Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas?
Sebelum ini, apabila timbul isu kangkung yang dilihat begitu mengaibkan Perdana Menteri sehingga program bantuan banjir yang dilakukannya tidak diperkatakan lagi, ramai yang menyalahkan jentera maya milik UMNO yang dilihat begitu lembab dan tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka.
Dengan membiarkan isu itu sarat dipermainkan sementara jentera maya pro UMNO tidak bertindak balas, ketempangan UMNO dalam hal ini amat ketara sekali. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kalau dalam isu kangkung pun, mereka sudah patah kaki dan hilang upaya untuk meneruskan perjuangan, bagaimana untuk menghadapi pilihanraya nanti yang tentunya akan timbul isu-isu lebih rumit dan mencabar lagi.
Dalam masa yang sama, pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal media di JPM juga turut dipersalahkan kerana dilihat telah gagal dalam fungsinya berikutan isu kangkung ini. Tidak ada sebarang usaha untuk menjawab, memberi penjelasan atau menyerang balas daripada pihak JPM sendiri.
Ketika itu, sementara Najib sudah terperosok dan lunyai dipersendakan, para pegawai dan penasihatnya pula seolah-olah tidak tahu berbuat apa-apa untuk mempertahankan bos mereka.
Tetapi sekarang semuanya sudah terjawab. Najib sendiri rupa-rupanya mengambil masa hampir seminggu untuk mendapat ilham bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai contoh kangkung yang digunakan dalam ucapannya itu.
Penjelasan yang lambat dan terlewat ini sudah tidak memberi apa-apa makna lagi dalam memperbaiki kerosakan persepsi yang telah pun berlaku. Semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi.
Rupa-rupanya tidaklah boleh dipersalahkan seratus-peratus jentera maya, pegawai di JPM, para pemimpin UMNO yang tidak bangun membela Najib atau sesiapa saja kerana Najib sendiri pun begitu lambat bertindak balas mengenainya. Lebih-lebih lagi jentera maya pro UMNO juga sedang menghadapi krisis sekarang ini berikutan kemarahan sebahagian daripadanya yang merasakan mereka tidak lagi dipedulikan oleh sejak berakhirnya PRU 13 lalu.
Kalau sudah Najib sendiri mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang begitu lambat dan perlahan, orang dibawahnya tentulah jauh lebih lembab lagi. - http://shahbudindotcom.blogspot.com
Sumber HD - 17-1-2014
Kangkung: Patutlah blogger pro Umno tak melawan...
- Jan 16, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Kangkung: Patutlah Blogger Pro UMNO Tak Melawan.. Ada Krisis Rupanya..
Akhirnya aku temui juga sebab mengapa Blogger-blogger UMNO yang punya nama dan pengaruh langsung tidak melawan serangan dari pihak Blogger-blogger Pakatan Rakyat dalam isu Najib dan Kangkung ini..
Jawapannya aku temui setelah semalaman melayari Blog-blog Pro UMNO dan aku temuinya dalam satu blog Pro UMNO yang paling aku suka baca The Unspinner..
The Unspinner dalam penulisannya telah mendedahkan sebab mengapa Blogger-blogger Pro UMNO yang ternama nampak tidak bermaya dalam menangkis isu ini..
Baca lagi
Sumber HD - 16-1-2014
No comments:
Post a Comment