Tolak perkauman dan amalan jahiliah
ANTARA pembaharuan yang ingin dibawa oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam arena politik negara ialah menolak politik perkauman dan mengamalkan politik yang bertunjangkan keadilan dan nilai-nilai sejagat. Setiap parti dalam Pakatan Rakyat sama sekali tidak mengamalkan politik berteraskan kaum atau kepuakan.
Apatah lagi bagi Parti Islam Semalaysia, PAS. Perkauman bukanlah asas kepada perjuangan melainkan Islamlah yang menjadi teras dalam setiap langkahan.
Menolak perkauman bukanlah perkara yang sekadar sambil lewa. Ia adalah amalan jahiliah yang amat dibenci oleh Rasulullah SAW yang tercinta. Ia tergambar bagaimana sabda baginda dalam satu kisah yang diceritakan oleh Jabir RA.
Menurut Jabir RA, beliau pernah mengikuti baginda Rasulullah SAW dalam suatu peperangan al-Muraisi', yang juga disebut sebagai peperangan bani al-Mustaliq. Peperangan ini berlaku pada tahun 6 hijrah.
Dalam peperangan ini, ramai sekali kaum muslimin daripada golongan Muhajirin yang turut serta. Antara mereka termasuklah seorang sahabat yang amat terkenal dengan gurau senda yang sedikit kasar. Jahjah al-Qis al-Ghifari - diceritakan seorang sahabat yang suka bergurau yang kadang kala kasar dan mendatangkan kemarahan. Beliau juga adalah seorang yang bekerja dengan sahabat, Saidina Umar al-khatab RA.
Pada satu masa, Jahjah telah bergurau dengan mencucuk dari belakang seorang sahabat dari kaum Ansar yang bernama Sinan bin Wabrah. Sinan merasa marah dengan gurauan Jahjah yang dirasakan kasar. Maka berlakulah pertelingkahan yang akhirnya menarik perhatian kaum muslimin yang lainnya.
Dalam suasana kecoh itulah terdengar seruan yang bersifat kepuakan. Terdengarlah laungan “Wahai sekalian kaum Muhajirin” di satu pihak, dan “Wahai sekalian kaum Ansar” pada pihak yang lain. Masing-masing cuba meniuap api perkauman dan kepuakan bagi membela Jahjah dan Sinan yang sedang bertelingkah.
Dalam masa kecoh itulah baginda Rasulullah SAW mendatangi mereka setelah baginda terdengar keriuhan seruan “Muhajirin” dan “Ansar”. Sebaik berada di tengah-tengah mereka, baginda bersabda yang mafhumnya “Apakah seruan yang kalian laungkan ini? Ia amat busuk dan menjijikkan”.
Sebaik mendengar tegahan daripada baginda Rasulullah SAW tersebut, baru mereka tersedar sikap keterlaluan mereka yang terbawa-bawa sifat jahiliah yang telah ditinggalkan. Perhatikan, kaum Muhajirin dan Ansar adalah kedua-duanya berbangsa arab. Mereka hanya melaungkan kata-kata yang bersifat kepuakan dan kelompok. Hal yang sedemikian telah disifatkan oleh baginda Rasulullah SAW sebagai busuk dan menjijikkan.
Apatah lagi seruan “bangsa” sebagaimana yang dilaung-laungkan dan dibangga-banggakan seperti hari ini. Bahkan ia lebih buruk apabila satu kaum mencela, mencerca dan mempersoalkan kaum yang selain daripada mereka.
Amalan perkauman dan kepuakan adalah amalan jahiliah. Islam menolak sama sekali perjuangan atas prinsip bangsa dan puak. Seruan Islam hanya satu iaitu berpadu atas prinsip-prinsip Islam yang diredhai Allah SWT.
Lebih dari itu, nilai-nilai perjuangan Islam telah mengambilkira nilai-nilai sejagat yang sesuai untuk setiap manusia. Demikianlah apabila disebut betapa baginda Rasulullah SAW itu pembawa rahmat untuk seluruh alam. Baginda Rasulullah SAW bukanlah untuk bangsa arab sahaja, baginda juga bukan untuk kaum Muhajirin atau Ansar, bahkan baginda diutuskan untuk manfaat seluruh alam hinggalah ke hari kiamat.
Berpegang pada prinsip inilah PAS menagih sokongan daripada seluruh umat Islam. Demikian juga berkawannya PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaini DAP dan PKR adalah bagi mendokong nilai-nilai sejagat yang sesuai untuk seluruh rakyat di negara ini.
Ayuh, terus beri sokongan padu kepada Pakatan Rakyat demi memastikan kita benar-benar mencintai baginda Rasulullah SAW! Menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat bermakna menambah kekuatan untuk PAS. Memperkukuhkan kekuatan PAS bermakna memperhebatkan perjuangan meletakkan kalimah Tauhid di negara ini.
Sumber HD - 29-5-2014

Masih tidak yakin pada Tuhan?
ANTARA penegasan Allah SWT sebaik difirmankan perintah melaksanakan hukuman dalam jenayah mengikut syariat Islam, akan disempurnakan oleh Nya pemeliharaan untuk seluruh manusia. Demikianlah diperturunkan sebagaimana di bawah:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Maaidah: 38)
Mengambil maksud sesuatu ayat itu diambil dari lafaz yang umum dan bukan dari sebab yang khusus, antara kelebihan yang dijanjikan Allah SWT dalam perlaksanaan syariat Islam termasuklah apa yang disebut dalam ayat di atas iaitu (suatu hukuman pencegah dari Allah). Janji Allah SWT ini bermakna akan turut terpakai kepada seluruh perlaksanaan hukuman hudud menurut hukuman jenayah Islam.
Bahkan dalam amalan perundangan semasa, antara faktor-faktor sesuatu hukuman dijatuhkan termasuklah sebagai pencegah, pemulih, pembaharuan dan pengamanan. Suatu persoalan yang mesti kita tanya, siapakah yang berkuasa ke atas hati-hati setiap pelaku atau bakal pelaku penjenayah?
Jawabnya tentu satu. Ia bukan kuasa hakim yang menjatuhkan hukuman, bukan kuasa polis yang menangkap dan menghumbankan mereka ke dalam tahanan, bukan juga pemerintah yang sentiasa gah dengan kekuasaan, tentu sekali bukan insan yang menjadi mangsa daripada jenayah yang dilakukan. Ia adalah kuasa yang dimiliki oleh Allah Tuhan sekalian alam.
Allah SWT yang mampu menahan seseorang pelaku jenayah daripada melakukan jenayah. Allah SWT juga yang mampu menggerakkan hati seseorang pelaku jenayah untuk meninggalkan jenayah yang dilakukan. Demikian pula Allah SWT lah yang membuka pintu hati seseorang penjenayah untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Dengan pelbagai kecanggihan peralatan sebagai prasarana kepada undang-undang ciptaan manusia, apakah kita pasti Allah SWT telah bersama kita untuk memastikan faktor pencegahan dan pemulihan sebagaimana dinyatakan di atas? Atau mungkinkah selama ini kita masih alpa gagalnya kita dalam membendung jenayah adalah disebabkan tiadanya campur tangan Allah SWT yang mampu memulihkan hati-hati si penjenayah?
Tanpa kembali kepada Allah SWT, setiap langkahan dan usaha kita tentu saja akan menemui jalan kegagalan. Inilah keyakinan yang mesti terpasak kukuh dalam jiwa setiap muslim.
Sebagai contoh mudah untuk sama-sama kita renungkan, cuba kita perhatikan bila seorang remaja lelaki yang dituduh atas kesalahan merogol. Seorang remaja yang dalam keadaan mabuk dengan minuman arak dan dadah, pulang ke rumah yang ada di dalamnya perempuan sama ada adik-beradik, sepupu atau saudara mara lain. Dalam keadaan mabuk, dia begitu dirangsang nafsu seksnya. Sebaik tiba di rumah, dia melihat ada seorang perempuan berbaring di ruang tamu rumah.
Dengan keadaannya yang mabuk dan terangsang, beliau melakukan pencerobohan terhadap diri perempuan ini dengan meraba dan memegang perempuan tersebut semahu-mahunya. Tiba-tiba perempuan tersebut tersedar dari tidur dan remaja lelaki ini ketakutan dan lari.
Pada kelazimannya, perempuan ini atau warisnya akan membuat laporan polis menyatakan dia telah dirogol remaja lelaki yang mabuk tersebut. Setelah siasatan dibuat dan laporan siasatan diserahkan kepada bahagiaan pendakwaan. Apa yang berlaku kemudian, remaja lelaki tersebut ditangkap seterusnya didakwa atas tuduhan merogol.
Apa yang boleh kita jangkakan dalam kes sebegini? Pertamanya sejak awal kes dikemukakan di mahkamah, pihak pendakwaan telah sedia faham kalau kes tersebut akan berpihak kepada remaja tersebut. Dakwaan rogol terhadapnya begitu meragukan dan mudah saja dipatahkan.
Keduanya, tentu tidak banyak motivasi pada pihak pendakwaan untuk berusaha menyediakan keadilan terbaik kepada perempuan yang menjadi mangsa. Ketiga dan antara yang paling utama, tiada apa yang boleh dibuat untuk menghalang remaja tersebut mengulangi perbuatannya atau bertaubat kembali ke pangkal jalan.
Jika kita sebutkan betapa hudud tidak sesuai dengan realiti sebagaimana ditegaskan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 25 September 2011 dalam TheStar Online yang bertajuk “Najib: No hudud in Malaysia”, saya tegaskan pula contoh di atas adalah realiti gagalnya undang-undang yang ada pada masa kini.
Apakah dengan terlepasnya peluang membawa remaja tersebut ke pangkuan ajaran Islam, dan gagalnya keadilan diberikan kepada mangsa telah pun memenuhi Maqasid Syariah yang disebut dalam laporan 2011 tersebut? Cukup sukar untuk kita fahami bila Perdana Menteri dengan yakin menyatakan bahawa Malaysia telah memenuhi kehendak Maqasid Syariah meskipun hudud tidak dilaksanakan.
Harus diingat, melaksanakan seluruh syariat yang ditetapkan Allah SWT adalah suatu kewajipan. Sengaja meninggalkan apa yang disyariatkan Allah SWT menggambarkan tidak ada keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang berkuasa dan Maha Mengetahui segala-galanya.
Perjuangan ini tidak mudah. Tanpa sokongan seluruh umat, ia mudah saja goyah. Tanpa ikatan kuat dalam jemaah, ia mudah saja patah.
Berbalik pada apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri, apakah skala yang digunakan oleh beliau bagi mengukur tahap kepatuhan syariah pemerintahan dalam negara? Apa yang boleh disimpulkan hanyalah satu iaitu kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri yang ada bukanlah boleh digantung harap untuk mendaulatkan Islam sebagaimana diperintah Tuhan. Mereka telah diberi kuasa oleh rakyat dengan izin Allah SWT, maka rakyat jugalah yang boleh menggantikan mereka dengan izin Allah, Tuhan yang memiliki seluruh kerajaan.
Sumber HD - 26-5-2014

Aku, OKU di Malaysia
NAJIB baru sahaja dianugerahi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina. Seluruh rakan-rakan dan pensyarah di fakultinya amat bangga dengan Najib.
Begitu juga bertambah bangga ibu bapa, adik-adiknya dan keluarganya. Meskipun dalam keadaan kurang upaya dan mempunyai kecacatan, Najib Berjaya merangkul segulung ijazah dengan anugerah khas fakulti sekali.
Paling gembira ialah ibu Najib sendiri. Beliaulah yang menemani Najib sepanjang waktu pengajiannya di Universiti. Ibu makcik Ijat rela berpisah dengan suaminya Pak Run, hanya ingin melihat Najib seorang anaknya yang OKU Berjaya dalam pengajiannya.
Makcik Ijat perlu menemani Najib sepanjang pengajiannya kerana prasarana dan kemudahan yang ada masih kurang untuk menampung keperluan Najib, seorang OKU.
Setelah beberapa minggu balik ke kampong, Najib menyatakan hasratnya untuk cuba mendapatkan pekerjaan. Pakcik Run dan makcik Ijat cuba membantu Najib sambil bertanya bagaimanakah untuk Najib mendapatkan pekerjaan dengan kelulusan yang ada padanya.
Setelah mendapatkan pandangan penghulu kampong dan Tok Penggawa di kampong mereka, Pak Run mengajak Najib untuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Mereka sememangnya tahu bahawa JKM dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal OKU di negara ini.
“Oh, kami ada menyediakan bantuan am dan elaun pekerja cacat pak cik”. Kata pegawai di JKM kepada Pak Run dan Najib sebaik mereka menyatakan hasrat mereka.
“Jadi apakah saluran yang sesuai untuk saya mendapatkan pekerjaan dan kerjaya?” Najib mengajukan persoalan.
“Oh, tu awak boleh isi borang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) atau lain-lain, buat permohonan macam orang lain jugalah.” Balas pegawai JKM.
“Jadi di sini tak ada saluran khusus?” Najib bertanya lagi.
“Kami hanya sediakan bantuan-bantuan dan elaun-elaun tertentu saja, cik Najib dan pakcik.” Balas pegawai JKM.
“Ok, takpa. Saya cuba.” Jawab Najib kemudian keluar dari pejabat bersama bapanya.
Najib termenung sambil minum di kedai tepi bangunan bersama bapanya. “Yah, kalau di luar negara, kerajaan mereka ada sediakan satu pusat untuk OKU. OKU yang macam-macam kecacatan boleh datang sana untuk dapatkan khidmat nasihat dan apa saja. Cara nak sambung belajar, cari kerja, berniaga, bahkan lebih dari itu. Macam-macam pusat tu adakan khidmat untuk OKU yang pelbagai kecacatan.”. cerita Najib pada Pak Run yang teruja mendengarnya.
(bersambung…..)
Sumber HD - 22-5-2014

Anak muda di Teluk Intan harapan perjuangan
DOA saya dalam Pilihan Raya Kecil PRK Teluk Intan tidak lain tidak bukan, moga kemenangan bergaya diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat dari DAP. Sebaik DAP mengumumkan seorang anak muda sebagai calon, segera ingatan saya terimbau dengan strategi-strategi yang dibawa oleh Rasulullah SAW sepanjang melalui tempoh perjuangan.
Penghormatan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anak muda bagi memastikan kemenangan dalam perjuangan bukan sedikit. Bahkan boleh dikatakan dalam banyak pertempuran dan percaturan strategi, anak muda adalah dominan dalam gerakan-gerakan yang kritikal.
Rasulullah SAW sepanjang masa sentiasa memberi pengiktirafan yang cukup tinggi kepada setiap keupayaan dan kesungguhan anak-anak muda dalam perjuangan. Antara yang pernah diceritakan oleh Anas dalam hadith Riwayat Imam Bukhari, disebutkan bagaimana matinya Abu Jahal di tangan dua anak muda.
Ketika selesai perang Badar, Rasulullah SAW menanyakan para sahabat apa jadi kepada Abul Jahal? Lalu ibnu Masud mencari-cari jasad Abu Jahal. Sebaik menemukan jasad Abu Jahal, disampaikan berita kematian Abu Jahal kepada Rasulullah SAW.
Dalam perang tersebut, Abu Jahal telah dibunuh oleh pedang dari dua anak muda. Mereka ialah Muaz Ibn Amr Ibn Jumuh dan Muaz Ibn Afra.
Disebabkan kedua-dua mereka ini saling tidak mengenali Abu Jahal, sebaik bermulanya perang, mereka menanyakan sahabat-sahabat yang lebih dewasa siapakah antara tentera-tentera musyrikin tersebut Abu Jahal. Lalu mereka akhirnya ditunjukkan kepada Abu Jahal.
Diringkaskan cerita, sebaik berhadapan dengan Abu Jahal, kedua-dua anak muda yang berani dan bersemangat ini menetak pedang mereka ke tubuh badan Abu Jahal. Setelah dipastikan kematian Abu Jahal, mereka berdua pergi mendapatkan baginda Rasulullah SAW.
Sebaik bertemu baginda Rasulullah SAW, kedua-duanya mengaku bahawa mereka telah membunuh Abu Jahal. Setiap dari mereka mendakwa dialah yang membunuh. Ini sikap anak muda. Agresif dan sentiasa senang dengan penghargaan.
Baginda Rasulullah SAW lalu menanyakan di manakah pedang mereka berdua. Kedua-duanya lalu menunjukkan pedang masing-masing yang didapati oleh Rasulullah SAW masih berlumuran darah.
Rasulullah SAW kemudiannya memperakui bahawa mereka kedua-duanya adalah pembunuh Abu Jahal sekaligus telah berjasa kepada Islam.
Bahkan apabila kita mengimbau suasana getir ketika perang Ahzab, baginda Rasul Allah SAW amat menyantuni kerenah anak-anak muda ketika baginda sama-sama memecahkan batu dan menggali parit.
Terlebih awal dari itu, sirah telah menampilkan seorang anak muda Talut yang berjaya mengalahkan tentera Jalut. Talut seorang pemuda yang bukan kaya harta. Yang ada pada beliau adalah kekuatan fizikal dan kekuatan akal.
Suasana politik hari ini penuh cabaran. Apa yang kita tempuhi semalam tidak sekali-kali akan ditempuh lagi pada hari esok. Hari esok suasana tidak lagi sama.
Jadikanlah apa yang diajar Rasul ullah SAW sebagai panduan. Biasa-biasakanlah beri amanah baru kepada anak-anak muda. Biasa-biasakanlah anak muda bertempur dalam medan ini dengan nasihat dan naungan bermakna dari mereka yang lebih dewasa dalam langkahan perjuangan.
Masa ini masa terbaik untuk persiapkan pimpinan masa muka. Apatah lagi, perjuangan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah sentiasa mendambakan usaha terbaik untuk raih anugerah terbaik iaitu redha Allah SWT.
Selaku umat Islam, kita bukan sekadar pengikut kepada pencetus pembaharuan. Jadilah kita peneroka langkahan yang sentiasa bersedia mencetus penambahbaikan.
Sumber HD - 20-5-2014

OKU, usahakan perubahan tanpa henti!
SETINGGI syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi dengan pertemuan santai Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan “MPPOK” bersama YB DR Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung di Kota Darul Naim semalam.
Pertemuan santai ini bermula dengan usaha janji temu yang dilakukan oleh Setiausaha Kerja MPPOK, Mohd Kufri Omar (gambar, berdiri di tengah berbaju kuning) sejak beberapa minggu yang lalu.
Dalam suasana cukup santai, selain memberi taklimat tentang MPPOK, YB Dr Ramli turut mendengar tentang persoalan isu yang didepani oleh OKU sama ada secara setempat mahpun secara menyeluruh.
Dengan OKU yang berdaftar seramai 477,549 pada bulan Mac lalu, Kelantan dianggarkan mempunyai 39,000 OKU yang berdaftar.
Objektif utama MPPOK di Kelantan adalah berusaha meletakkan perencanaan pembangunan OKU itu selari dengan amalan berkebajikan berteraskan penyediaan hak atas dasar keperluan dan kebajikan.
Dengan sokongan dan doa semua pihak, kami yakin perubahan dapat diikhtiarkan bagi meletakkan Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya sebagai bumi yang mesra OKU.

Berprinsipkah aku?
DALAM kitab Sahihnya, Imam Bukhari ada menukilkan perihal ketegasan yang digambarkan pada Nabi Yusuf AS dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW menyebut peri pentingnya seorang itu mempertahankan prinsip dalam apa jua keadaan.
Dengan menyandarkan kisah Nabi Yusuf AS, Rasulullah SAW pernah mengisahkan bagaimana ketika Nabi Yusuf AS mempertahankan prinsipnya ketika saat baginda ingin dikeluarkan dari penjara. Ketika hendak dilepaskan daripada tahanan, Nabi Yusuf AS tidak segera keluar bahkan menanyakan kepada pegawai yang diutus raja Mesir tentang wanita-wanita yang terpotong jarinya sejurus sebelum baginda dipenjarakan.
Jika diteliti sehalus-halusnya, kisah yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW ini amat hebat pengajarannya. Bagi Nabi Yusuf AS, pembebasan baginda dari penjara bukanlah matlamat paling utama. Yang paling penting, baginda perlu memastikan baginda dibersihkan dan dibebaskan daripada segala tuduhan jahat dan fitnah yang direka.
Ia dapat difahami apabila baginda tidak segera keluar sebaik dilepaskan. Bahkan menanyakan perihal wanita-wanita yang terpotong jarinya kerana wanitalah yang membawa baginda dipenjara. Dalam keadaan manusia biasa, apalah lagi nak dikesahkan cerita lama? Yang penting hanyalah keluar dari penjara dan bebas daripada kurungan.
Namun bukan itu yang diajar daripada kisah nabi Yusuf AS tersebut. Dengan kata lain, apa guna aku dibebaskan tanpa namaku dibersihkan? Itulah prinsip dan ketegasan yang ditampilkan oleh nabi Yusuf AS.
Mengambil pengajaran daripada apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW, dalam mempertahankan nilai diri secara peribadi prinsip pun mesti diperteguhkan. Apatah lagi dalam mendokong sesuatu perjuangan?
Apakah makna suatu perjuangan jika ia hanya berpaksi kepada suasana semasa ibarat lalang yang melentuk liuk yang hanya menurut arah angin bertiup? Apatah lagi apabila seseorang itu diletakkan sebagai pendokong utama dan barisan kepimpinan terhadapan?
Seseorang pendokong yang berjuang atas prinsip yang teguh tidak akan mudah goyah dengan apa jua cabaran dan rintangan. Ia akan terus siap siaga sama ada diberi jawatan atau tidak.
Ungkapan ini mudah untuk dikata. Namun ia tidak mudah untuk dikota. Jika pun seseorang itu teguh prinsip dan pendiriannya, apakah mereka yang di sekelilingnya dalam kedudukan yang sama? Prinsip dan pendirian seseorang itu boleh saja digugat dengan rangsangan sekeliling yang sifatnya mendatang.
Lihat saja apa yang berlaku di negeri Tok Ku Paluh 14 Mei yang lalu. Apakah begitu mudah untuk berubah keluar dan masuk parti umpama tukar pakaian pagi dan petang?
Perjuangan dalam politik bukan soal aku benci dan marahkan kamu. Ia bukan soal kau tak peduli aku merajuk hati. Ia soal agama, bangsa dan negara. Jika soal remeh temeh tak mampu ditanggung, bagaimana pula soal yang lebih besar dan menggunung?
Justeru, episod yang berlaku seharusnya membuka mata seluruh jelata rakyat. Ia cukup mendedahkan siapa yang boleh dipercaya dan siapa yang hanya mampu memperdaya.
Bagi umat Islam, kita telah ada acuan dan teladan untuk jadi ikutan. Teruslah berguru agar titisan ilmu mampu memandu kita mencari redha Ilahi dengan betulnya memilih teraju.
Sumber HD - 15-5-2014

Setahun yang berlalu
SETAHUN baru saja berlalu Pilihan Raya Umum PRU 13. Namun luka kerana terpedaya dengan sistem yang memungkinkan kerajaan minoriti 47 peratus memerintah negara masih terasa tanpa dapat dihilangkan dengan apa jua janji manis yang ditabur. Setahun juga kita melihat cabaran dan dugaan terus ditempuh Pakatan Rakyat bagi menjadi galang ganti Barisan Nasional dalam persada politik Negara.
Dalam mencari penawar pada luka perjuangan inilah saya terjumpa dengan satu hadis Baginda Rasul Allah SAW dari periwayatan Imam Bukhari yang baik untuk dikongsi. Dalam masa Baginda Rasul Allah SAW menyiapkan tentera Islam ke medan Badar, berceritalah Ibnu Masud tentang suatu peristiwa.
Ibnu Masud mencerita ketika Baginda Rasul SAW bersiap, berkatalah seorang sahabat, Al-Miqdad bin Al-Aswad kepada Baginda Rasul Allah SAW yang bermaksud:
“Wahai Rasul Allah, kami sekali-kali tidak akan berkata sebagaimana pengikut Nabi musa iaitu wahai Musa, pergilah kamu berperang bersama-sama Tuhanmu dan kami akan menunggu di sini. Bahkan kami akan bersama-samamu ya Rasul Allah di kanan, di kirimu, di depanmu dan di belakangmu.”
Ibnu Masud menceritakan sebaik Baginda Rasulullah SAW mendengarkan kata-kata Al-Miqdad Al-Aswad, ceria wajahnya meskipun dalam keadaan penuh getir. Ibnu Masud menyambung betapa beliau terkilan kerana kata-kata Al-Miqdad Al-Aswad yang amat disenangi oleh Rasulullah SAW itu tidak keluar dari mulutnya tetapi keluar dari bibir Al-Miqdad.
Apa yang dapat kita pelajari dari hadith ini?
Pertamanya, para sahabat RA sentiasa bersikap supportif atau menyokong dengan penuh ketaatan dan bersepadu setiap apa yang diputuskan oleh baginda Rasul Allah SAW. Sahabat telah menunjukkan satu sifat dalam proses kepimpinan iaitu setiap pengikut akan senantiasa tertakluk kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh Baginda Rasulullah SAW selaku pimpinan utama.
Keduanya, Baginda Rasulullah SAW mengajar kita betapa hebatnya seorang pemimpin itu, ia tetap memerlukan pendokong dan pengikut yang setia. Dalam banyak keadaan terutama dalam suasana kritikal, para pendokong dan penasihat yang bersikap supportif amat diperlukan.
Mencontohi apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat RA, amat sesuai untuk kita terapkan dalam perjuangan hari ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tempoh satu tahun ini telah banyak menyaksikan pelbagai cabaran dan ujian yang perlu ditempuh dalam mengharungi perjuangan jihad.
Rupa-rupanya kian jauh kita melangkah, kian getir cabaran yang perlu didepani. Ia hanyalah dengan satu matlamat iaitu meletakkan kalimah Tauhid pada tempat yang teratas. Nyatanya apa yang disangka jauh daripada apa yang nyata.
Dalam menempuhi hari-hari mendatang, wajarlah tempoh setahun yang berlalu dijadikan titik-titik teladan dan sempadan. Sesiapa saja pimpinan di pelbagai peringkat, para pengikut dan pendokong sentiasa dahagakan bimbingan dan arahan padu untuk merempuh cabaran yang mendatang.
Suasana masa depan tidak akan sama dengan suasana setahun lepas atau masa yang lampau. Kesiapsiagaan pada tahap yang terbaik sentiasa diperlukan bagi memastikan bahtera perjuangan ini terarah pada distinasi yang sudah ditentukan meskipun masih belum kelihatan daratannya.
Ombak dan gelombang di hadapan belum tentu pernah kita tempuhi. Justeru, perkukuhkanlah tali persaudaraan dengan ikatan akidah yang tidak mudah goyang. Moga dengan iltizam yang ditunjukkan, kemenangan menanti di hadapan. Kita serah kepada yang empunya alam untuk menentukan masa dan waktunya.
Sumber HD - 7-5-2014

Bantah GST, jangan terhenti di 501
PETANG kelmarin 1 Mei 2014 bersamaan 1 Rajab 1435H, rakyat telah membuktikan bahawa himpunan aman tidak akan mencetuskan sebarang kejadian tidak diingini selagi mana tiada gangguan dari mana-mana anasir. Lebih khusus lagi, ia membuktikan bahawa rakyat yang menolak kerajaan yang hanya bertongkatkan 47 peratus sokongan pengundi tidak sekali-kali bersifat ganas dan mencetus huru hara dalam himpunan 501.
Hampir kesemua media utama pada malam hari mengucap syukur dengan himpunan aman yang berlangsung tanpa sebarang kekecohan. Mugnkin mereka juga baru sahaja sedar bahawa 52 peratus pengundi yang bersama Pakatan Rakyat amat cintakan kedamaian dan keamanan. Baru juga mereka sedar bahawa himpunan 501 adalah semata-mata ingin menunjukkan sikap rakyat yang sekali-kali tidak menerima perlaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan atau popular di sebut “GST”.
Bukan soal untuk gulingkan kerajaan atau apa saja istilah yang mencemar demokrasi. Hanya bayang-bayang mereka yang lemah sahaja rasa gerun dan gundah gulana dengan sikap yang ditunjukkan oleh kekuatan rakyat.
Persoalannya apakah sudah memadai dengan himpunan 501 tersebut? Pada pandangan saya, demi untuk membantah perlaksanaan GST, ia masih jauh dari mencukupi.
Demikian juga apakah cukup dengan himpunan 501 kita hanya perlu menantikan pilihan raya umum akan datang untuk menghentikan perlaksanaan GST? Kalau saya seorang penyokong Barisan Nasional, saya masih boleh tidur lena kerana BN masih cukup ampuh untuk ditumbangkan dalam pilihan raya umum sekaligus mampu melaksanakan GST.
Justeru, kepada mereka yang cukup sedar peri zalimnya GST, tindakan susulan mesti dirancang agar GST benar-benar dibatalkan. Kita masih ada ruang dan peluang untuk memastikan GST tidak gah dilaksanakan di Malaysia.
Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan sesuatu rang undang-undang hanya akan menjadi undang-undang yang berkuatkuasa sebaik diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong secara langsung atau tidak langsung.
Perlu kita tahu, setiap rang undang-undang yang hendak dibawa kepada Yang Dipertuan Agong kemudian diwarta dan disiarkan, perlu ada satu tarikh kuatkuasa yang telah ditetapkan oleh Menteri bertanggungjawab dan perlu dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan. Dalam isu GST, tarikh yang diimpikan oleh kerajaan BN ialah April 2015.
Yang boleh kita lakukan sekarang? Pilihan pertama, rang undang-undang GST boleh dibatalkan untuk disembahkan kepada Yang Dipertuan Agong. Tidak perlu persembahkan rang undang-undang tersebut untuk diperkenan.
Jika pun rang undang-undang tersebut akan dipersembah untuk diperkenan, dengan desakan berterusan dari rakyat, Menteri masih boleh membatalkan undang-undang tersebut dari berkuatkuasa. Persoalannya apakah rakyat yang digambarkan oleh 52 peratus ini mampu member desakan dan tekanan kepada kerajaan BN untuk benar-benar mendahului keperluan rakyat?
Di sinilah keutuhan suara dan kesungguhan para pimpinan dan penggiat rakyat diperlukan. Dengan apa cara sekalipun, suara rakyat mesti mampu diterjemah agar GST tidak akan menjadi agen kezaliman menindas kehidupan rakyat yang telah sedia derita.
Harus diingat, GST tidak hanya membebani penyokong Pakatan Rakyat dan pembangkang semata-mata. Ia akan turut dirasai oleh penyokong BN dan sesiapa sahaja selagi ia mendiami bumi Malaysia.
Justeru, jadikan himpunan 501 sebagai mata rantai perjuangan rakyat. Ia bukan suatu permulaan yang baru. Apatah lagi ia bukan suatu pengakhiran kepada gema suara rakyat. Hanya mereka yang tiada mata hati yang akan mengabaikan derita dan sengsara rakyat.
Sumber HD - 3-5-2014

TPPA, kita adalah buruh Amerika!
Apa istimewanya Malaysia hinggakan Obama begitu teruja untuk mencemar duli demokrasinya datang ke Malaysia? Bukan Obama jahil tentang pelbagai undang-undang mencalar demokrasi yang telah diluluskan di Parlimen. Bukan Obama jahil bahawa kerajaan yang ada hanya didokong oleh 47% rakyat dalam Pilihan Raya Umum PRU 13 lalu. Begitu juga Obama tentu arif betapa Malaysia terkial-kial menangani pelbagai isu terkini sebagaimana terserlah dalam pencarian MH370.
Biarlah demokrasi di Malaysia terasa pincang dan tidak cocok dengan apa yang diperjuangkan Amerika. Tak mengapa 52% rakyat menolak kepimpinan kerajaan yang ada. Selepas lawatan Lyndon Johnson 1966, Obama sanggup menjadi Presiden Amerika Syarikat yang mencemar duli demokrasinya demi hajat yang menggunung di Malaysia.
Obama tentu yakin dengan hanya berbekalkan kekuatan 47% sokongan rakyat, Barisan Nasional BN, perlu mencari talian hayat yang mampu meletakkan mereka kekal di puncak kuasa. Justeru, Amerika ada ubat segera bagi memulihkan penyakit yang dideritai BN. Namun, ubat itu tidak percuma. Ubat itu adalah maruah dan kedaulatan Negara. Ubat itu jugalah yang akan melonjakkan Amerika ke persada antarabangsa.
Antara Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Malaysia, masing-masing ada percaturan untuk negara dan peribadi. Rahsia di sebalik Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPPA telah diketahui dunia. Bahkan dunia melihat dengan terang dan jelas langkahan tarian penuh kesumbangan dimainkan oleh Amerika dalam mencapai agenda TPPA tajaannya.
Yang boleh disimpulkan, hanya kerajaan yang kepimpinannya lemah dan terdesak sahaja yang akan tunduk dan akur terhadap TPPA tajaan Amerika Syarikat. Sebagaimana yang pernah dibentangkan di kongres Amerika Syarikat hamper dua tahun yang lalu, kongres telah diyakinkan betapa TPPA amat perlu bagi kelangsungan dan survival Amerika Syarikat di pentas dunia.
Ini diyakinkan pula dengan siri-siri ucapan Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Thomas Donilon di pelbagai tempat. Dalam satu ucapan beliau di India pada 2013, satu analisa telah dikeluarkan oleh Institute for Defence Studies and Analyses betapa Amerika Syarikat pada waktu ini sedang mengalami penguncupan ekonomi yang meletakkan Amerika Syarikat pada tahap sukar.
Dalam ucapannya, Donilon telah menggariskan 5 strategi dalam menampilkan TPPA sebagai satu model ekonomi baru. Pertamanya ia adalah bertujuan mengukuhkan pakatan sedia ada terutamanya dengan Negara Jepun, Korea Selatan , Thailand, Filipina dan Australia.
Keduanya ia bertujuan memperincikan terma-terma perkongsian dengan kuasa-kuasa baru termasuklah India yang dilihat sebagai pintu rantau asia pasifik abad ke-21, dan Indonesia yang disifatkan sebagai rakan global baru Amerika Syarikat.
Strategi ketiga yang antara terpenting bagi Amerika Syarikat ialah membina hubungan yang stabil, produktif, dan konstruktif dengan kuasa baru Asia, China. Hubungan Amerika-China dilihat perlu dijenamakan agar dilihat bersifat (kerjasama dan persaingan). Amerika cukup sedar betapa China menaruh sikap kewaspadaan pada tahap tinggi dengan apa yang dilaungkan oleh Amerika bagi menjayakan agenda TPP.
Mengupaya institusi serantau dan membantu membina persekitaran ekonomi serantau yang dapat mengekalkan kemakmuran untuk dikongsi bersama merupakan strategi keempat dan kelima menurut Donilon. Pengukuhan ekonomi adalah suatu keperluan yang mesti diselarikan dengan kekuatan ketenteraan. TPP akan menjadi pelengkap kepada siri-siri Perkongisan Pelaburan dan Perdagangan Trans Atlantik kepada Amerika Syarikat.
Ia cukup nyata pergantungan Amerika Syarikat kepada kejayaan meyakinkan negara-negara seperti Malaysia untuk bersetuju menyertai dan menandatangani TPPA. Bagi Obama, penggal keduanya mesti diperguna untuk meletakkan suatu keadaan yang lebih selesa buat Amerika Syarikat. Bagi Obama, beliau tidak perlu melibatkan Amerika Syarikat dengan misi-misi keamanan sebagaimana amalan presiden terdahulu. Baginya, penguasaan ekonomi di pentas dunia adalah sama penting dengan penguasaan ketenteraan.
Saya cukup sedar sekadar tulisan kerdil ini, ia tidak akan mampu menghalang keangkuhan Amerika Syarikat dalam memastikan agenda TPPAnya Berjaya. Namun apa yang pasti, sebagai rakyat kita akan menjadi pelengkap yang cukup bermakna kepada misi membangunkan semula ekonomi Amerika Syarikat. Kita adalah buruh terhormat kepada pembangunan semula ekonomi Amerika Syarikat apabila negara menandatangani TPPA.
Itulah antara hadiah paling istimewa yang diberikan oleh 47% pengundi untuk sama-sama dinikmati oleh 52% rakyat yang tidak lagi menaruh percaya kepada peneraju kerajaan hari ini.
Sumber HD - 28-4-2014

Tragedi, masa untuk muhasabah diri
- Mar 31, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Dalam menilai semula hala tuju negara termasuklah keupayaan mengurus krisis dan mendepani cabaran global masa hadapan, kemantapan dan keupayaan pimpinan negara kini perlu dilihat dan dinilai semula oleh setiap warga negara. Apakah selama ini Malaysia telah dipimpin oleh sosok-sosok kepimpinan yang cukup berwibawa? Mengambil pengajaran daripada yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW, kita hanya dibenarkan mengukur dan menilai sesuatu dengan apa-apa yang terzahir.
Yang akan saya nyatakan dalam tulisan ini hanyalah sebahagian fakta-fakta besar yang secara langsung berkait dengan tragedi yang berlaku. dengan memberi masa yang sewajarnya, harus setiap mereka yang berupaya mentelaah pelbagai fakta-fakta lanjut sebagai muhasabah agar kelemahan yang ada tidak lagi berulang.
Terbaru media memaklumkan Malaysia Airline System (MAS) akan membuka suatu pusat bantuan keluarga di Perth bagi menyediakan kemudahan kepada keluarga mangsa MH370. Sebelum itu, MAS juga telah diberitakan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mengadakan pelbagai khidmat sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat.
Peruntukan yang besar ini belum lagi mengambilkira pelbagai kemungkinan termasuklah prosiding mahkamah yang dibawa oleh mana-mana pihak terhadap MAS sebagaimana petisyen yang telah mula difailkan dari Amerika Syarikat. Satu persoalan timbul, apakah justifikasinya apabila MAS begitu bersikap pemurah dengan membelanjakan wang yang banyak sedangkan episod ini masih belum tentu hujung akhirnya?
Perlu diingat, MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mewakili kepentingan negara. Bila kita menyebut kepentingan negara, setiap dari warga negara mempunyai kepentingan tersendiri dalam operasi syarikat penerbangan negara tersebut.
Dalam masa kita mendepani pelbagai kemelut dalam tragedi MH370 ini, timbul pula pelancaran satelit baru ke orbit yang dijadualkan pada Mei tahun ini. Tragedi MH370 telah membongkar seluas-luasnya betapa teknologi satelit amat perlu dan ia bukan sekadar dalam industri hiburan semata-mata.
Hamper seluruh tempoh tragedi, kita terus dipaparkan bahawa Malaysia hanya menerima maklumat daripada satelit-satelit bukan dalam kawalan kita. Timbul persoalan apakah fungsi satelit-satelit yang dilancarkan ke orbit sejak 1996 dahulu?
Apakah syarikat yang disebut peneraju pengendali satelit di rantau Asia, MEASAT Global Berhad (MEASAT) langsung tiada upaya membantu kerajaan dalam membekalkan data-data yang diperlukan? Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tokoh yang dipertanggungjawabkan dalam hal komunikasi negara memaklumkan, satelit ke enam milik syarikat tersebut yang dibina dengan kos sebanyak RM1.25 bilion dijadualkan dilancarkan di pangkalan udara Eropah, French Guiana dalam bulan Mei akan datang.
Sejarah MEASAT bukan lagi rahsia. Projek yang dimulakan oleh syarikat Binariang Sdn Bhd yang merupakan sebahagian dari kumpulan Maxis telah diinisiatifkan bagi mendokong capaian teknologi tinggi menjelang 2020 dalam wawasan yang dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohammed. Apakah perbelanjaan wang Negara yang begitu tinggi selama ini hanya bermanfaat dalam sebaran digital Direct-To-Home (DTH) yang selama ini digunapakai oleh saluran TV pelbagai saluran iaitu Astro semata-mata?
Dengan sebahagian kecil fakta yang dikemukan ini, saya begitu terusik dengan satu persoalan apakah selama ini perancangan teknologi komunikasi negara hanya mengambilkira pandangan tokoh-tokoh yang berkepentingan peribadi semata-mata? Mengapakah bagai diabai kepentingan negara dalam proses membuat setiap keputusan peringkat tertinggi?
Demikian juga halnya kita bagai dilupakan dengan keupayaan radarr tentera yang memakan jutaan ringgit yang dipasang di Gong Kedak, Terengganu dan Kelantan. Kegagalan pihak kerajaan mendedahkan (air turn back) yang sebenarnya mampu dikesan oleh radarr “Marcony” menjadikan pelbagai andaian timbul. Keupayaan radar tentera buatan Itali dan Britain ini bukan calang-calang. Di manakah wibawa kendalian alatan-alatan canggih ini apabila kerja-kerja mencari dan menyelamat terus berlarutan selama seminggu di laut China Selatan? Walhal dengan pengurusan yang baik, kita sebenarnya tidak perlu membazir tenaga dan wang ringgit melakukan pelbagai operasi sebelum beralih ke sebelah barat semenanjung Malaysia dan lautan Hindi.
Justeru, saya amat tidak bersetuju dengan seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan usul berkaitan di Dewan Rakyat pada 25 Mac agar tragedi MH370 tidak dipolitikkan. Dengan begitu banyak fakta-fakta kepincangan yang boleh dilihat, rakyat wajar meneliti keupayaan sebenar kerajaan yang ada pada hari ini.
Tragedi 8 Mac sebenarnya memberi ruang yang cukup banyak untuk kita muhasabah diri. Justeru, selain menginsafi setiap kelemahan dan perbaiki untuk kepentingan masa hadapan, sesungguhnya setiap dari kita hanyalah hamba kerdil kepada kuasa Tuhan yang maha perkasa. Kepada-Nya sahajalah kita kembali serentak dengan usaha-usaha memperkukuhkan jati diri.
Sumber HD - 31-3-2014
Bersediakah kita kembali kepada Tuhan?
- Mar 27, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Perancangan jahat itu diatur dengan mengambilkira semua faktor. Selain memastikan baginda Rasulullah SAW tidak terlepas, aspek perundangan semasa juga diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Setelah kesepakatan dimuktamadkan, gerak kerja yang cukup sofistikated pada waktu itu dengan memenuhi segala aspek perundangan dilaksanakan. Rumah baginda dikepung pada malam tanpa mereka sedari bahawa Allah SWT juga mengatur untuk menggagalkan perancangan jahat tersebut.
Perancangan Quraisy Mekah tersebut telah digagalkan oleh perencanaan Allah SWT yang sesempurnanya. Perencanaan Quraisy gagal dengan ketaqwaan baginda Rasulullah SAW yang bulat dan jitu, yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Rabul Alamin demi memikul tanggungjawab jihad.
Jelasnya tiadalah upaya manusia ini melainkan segalanya dengan izin Allah SWT. Ini bukan teori atau siri-siri hipotisis. Ia adalah satu keyakinan dan hakikat sebenar kejadian insan di muka bumi ini.
Merenung hakikat makhluk inilah, apakah kita cukup sedar dengan apa yang ditimpakan kepada kita dewasa ini? Bukan kita mempertikaikan maklumat dan data-data yang diberi. Sekadar memanfaatkan akal yang dikurniai Ilahi, tidak salah untuk kita memerah keringat menganalisa fakta-fakta yang ada.
Musibah yang telah menimpa pesawat MH370 tidak seharusnya diberi penilaian duniawi semata-mata. Selaku umat Islam, musibah ini sewajipnya menjadikan kita insaf betapa hanya Allah tempat kita bergantung dan menyerah diri. Hanya dengan perhambaan yang mutlak kepada-Nya sahajalah yang mampu memelihara kita dari segala kejahatan dunia yang berbagai rupa.
Pada hari isnin 24 Mac, sehari selepas Pilihan Raya Kecil Kajang berlangsung, kita menerima maklumat berkaitan pesawat malang dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang datangnya dari pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
Rumusan kehilangan pesawat di Selatan Lautan Hindi tersebut adalah dari analisa data-data satelit. Bahkan lebih awal dari itu, kita juga telah menerima pelbagai data-data satelit yang pelbagai. Ada yang diiakan dan ada yang dinafikan kemudian diperakui.
Sebagai contoh, pada sekitar 13 Mac, Wall Street Journal telah melaporkan data yang dihantar secara automatik daripada enjin pesawat MH370 menunjukkan kapal terbang itu terus terbang selama empat jam selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan pada 1.30 pagi. Fakta ini kemudiaannya dinafikan apabila mereka yang bertanggungjawab menegaskan pihak Boeing dan pembuat enjin iaitu Rolls-Royce telah menafikan pernah mendedahkan maklumat bahawa pesawat MH370 terus terbang selepas hilang.
Ketika Wall Street Journal mendedahkan fakta yang dinafikan pada awalnya kemudiaan diakui, kita sedang bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat di Laut China Selatan. Hanya beberapa hari kemudiaan baru diumumkan tamatnya operasi di China Selatan dan berpindah di sekitar Lautan Hindi.
Segala data dan maklumat yang dinyatakan di atas datangnya dari pelbagai sumber dan hampir kesemuanya di bawah kawalan pihak luar dan kita tiada akses mutlak terhadapnya. Dalam memerhatikan fakta yang ada, saya tidak dapat menafikan apa yang bermain di fikiran. Untuk menilai musibah MH370 dengan mengenepikan nilaian politik, ia hanya suatu hipokrasi.
Sejak tahun-tahun mutakhir ini, Malaysia telah menerima pelbagai konotasi negatif natijah dari kelemahan kepimpinan negara yang dipertikaikan oleh banyak pihak. Tanpa menyatakan satu demi satu, ia terus dibuktikan apabila kerajaan yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum PRU13 adalah kerajaan yang ditolak oleh 52% rakyat.
Tidak kurang penting yang perlu kita sedari, kedudukan Malaysia di tengah-tengah jalan perdagangan Barat dan Timur, ia cukup strategik dan menjadi perhatian ramai penganalisa. Dalam menilai keseluruhan fakta, sejauh manakah kita telah bersedia mendepani cabaran globalisasi yang kadangkala tidak terjangkau oleh kotak fikir yang biasa-biasa saja?
Justeru, kita sebenarnya tidak punya banyak pilihan. Selain mempertingkatkan capaian ilmu moden dalam kalangan rakyat, wibawa kepimpinan Negara mesti dipulihkan agar pelbagai macam konotasi buruk dapat dihapuskan. Apatah lagi selaku kepimpinan yang mengaku Islam, kembali kepada Tuhan yang esa tidak boleh lagi didikompromi. Allah SWT selaku Tuhan sekalian alam bukan hanya Tuhan ketika musibah menimpa, bahkan Ia ialah Tuhan sepanjang masa yang maha perkasa.
Sumber HD - 27-3-2014
MH370: Mari raih kasih sayang Tuhan
- Mar 13, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Allah SWT juga maha tahu setiap jawapan kepada setiap persoalan dalam misteri MH370. Terlalu rugi bila mana apa-apa yang berlaku kini dibiarkan berlalu tanpa kita menoleh kepada kekuasaan yang maha agong dan hanya sekadar berusaha dalam pencarian dengan diiringi doa.
Dengan kata-kata lain, selain usaha dengan penuh bijaksana dalam mengesan MH370, iringan doa dan munajat memohon belas ihsan yang maha kuasa, apa yang tidak kurang pentingnya adalah iltizam kita untuk patuh kepada setiap perintahnya dan akur untuk meninggalkan setiap larangannya.
misteri yang dialami MH370 adalah rentetan pelbagai peristiwa sukar yang kita saksikan mutakhir ini. Dengan cuaca di luar kebisaan, banjir di luar dugaan dan pelbagai cubaan yang ditimpakan, apakah semuanya telah cukup menginsafkan kita betapa Allah SWT itu maha berkuasa tanpa ada yang mampu menghalang?
Mahu tidak mahu, suka atau pun tidak, setiap dari kita yang meyakini Allah SWT adalah Tuhan setiap alam, kini sekali lagi ditunjukkan jalan untuk kita pulang dari jauh tersasar di dalam kehidupan.
Ditentukan kini dengan misteri yang ditimpakan, seluruh dunia meletakkan perhatian kepada kita. Allah maha bijaksana. Setiap yang berlaku telah menjadi sunnahnya pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan biarkan apa yang berlaku berlalu tanpa kita tampilkan hebatnya Islam.
Khusus untuk pemerintah utama negara, apakah masa yang berlalu masih belum cukup untuk kita sedia patuh pada setiap perintah dan larangan Tuhan? Kini masa terbaik untuk lakukan perubahan. Tidakkah boleh pada waktu ini selain kita berusaha, berdoa dan bermunajat, raihlah belas ihsan Tuhan dengan satu keiltizaman melaksanakan syariatnya dengan segala kemampuan.
Hentikan serta merta hidangan arak yang menjadi kemurkaan Allah Rabul Jalil dalam setiap penerbangan yang menjadi kendalian Malaysia Airline System, MAS. Laksanakan syariat Allah dengan arahan menutup aurat dan amalan solat dalam setiap penerbangan yang diadakan. Lazimi setiap penerbangan dengan peringatan ke hadrat Tuhan.
Sekurang-kurangnya hal-hal ini telah sekian lama menjadi kedukaan umat Islam dalam setiap penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan dalam negara. Kini masa terbaik untuk lakukan perubahan. Pohonlah kasih sayang Allah dengan keazaman yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Musibah ini sewajipnya memberi kita suatu kesedaran dan keinsafan. Secanggih mana pun sistem dibina manusia, sehebat mana pun strategi diatur selagi datangnya dari makhluk, mana mungkin segalanya terhasil tanpa izin Dia yang maha esa.
Umpama sebuah rumah indah yang dipenuhi semak samun, keindahannya hanya akan terserlah setelah segala semak samun dibersihkan. Demikianlah manusia, selagi dosa menjadi amalan, mana mungkin kasih sayang Tuhan diraih bagi mengharungi cabaran kehidupan. Ayuh, bersihkan negara dari segala macam kedurjanaan dan kemungkaran.
Sumber HD - 13-3-2014
Hanya dengan RM10 setiap bulan
- Mar 05, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Mereka yang menerima perbelanjaan makanan tersebut hanya perlu mencatatkan namanya dalam buku penerima bantuan setiap kali perbelanjaan diberikan. jika yang datang itu ketua keluarga, dia hanya perlu menulis setiap nama ahli keluarganya yang memerlukan bantuan makanan tersebut.
Menurut mubaligh tersebut, ada antara yang datang mendapatkan bantuan bukan sekali dua sahaja, bahkan kerap dan berkali-kali. Pihaknya tidak sekali-kali pernah mengajak orang-orang Islam yang datang mempercayai agama selain dari Islam. Namun hanya dengan kebaikan dan kebajikan yang diterima itulah akhirnya mereka yang beragama Islam berpaling kepada mereka, percayakan agama selain dari Islam.
Termenung panjang saya apabila mendengar cerita rakan saya tersebut. Apakah orang Melayu yang beragama Islam masih gagal menampilkan sikap berkebajikan dan kebaikan sesama Islam? Bahkan bukankah Islam itu cukup luas nilai berkebajikan dan kebaikan yang disaran untuk dilakukan oleh setiap penganutnya?
Bahkan dalam dunia persuratan melayu, kebajikan telah ditafsirkan cukup meluas. Ia bukan sebagaimana yang digambarkan oleh banyak pihak iaitu sekadar memberi dan menderma semata-mata. Dalam memberi makna “kebajikan”, Kamus Dewan Edisi Empat memberi makna kebajikan iaitu “..sesuatu yang membawa kebaikan, perbuatan baik, berbuat kebaikan kepada orang…”.
Sementara itu, indahnya nilai-nilai “berkebajikan” dalam Islam cukup hebat apabila ia difahami secukupnya. Selain menitikberatkan kehidupan duniawi, berkebajikan dalam Islam turut mengutamakan kesiapsagaan umat Islam kepada kehidupan hari akhirat. Justeru, suka atau tidak, al-Quran dan Sunnahlah sumber rujukan utama kita selain ijmak ulama dan kias.
Bermula dengan keimanan sepenuhnya kepada Allah SWT, keyakinan kepada berlakunya qiamat, memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta menampilkan nilai-nilai kebaikan sejagat adalah termasuk sebagai nilai-nilai berkebajikan di dalam Islam. Yang nyata, Islam menetapkan berkebajikan adalah lebih dari sekadar kepada sumbangan harta atau pemberian semata-mata. Ia merangkumi seluruh sifat kelakuan perhambaan kepada Allah SWT dan hubungan kasih sayang sesama manusia.
Justeru, mendokong nilai-nilai berkebajikan itulah menjadikan gerak kerja Lajnah Kebajikan Dan Kamasyarakatan PAS LKKP cukup luas dan lebar. Bayangkanlah dengan mendokong aspirasi berkebajikan sebagaimana kehendak Allah dan Rasul-Nya, kita akan mampu untuk mengajak seluruh manusia untuk merasai betapa indahnya Islam sekali gus bersama bahu membahu dalam perjuangan mendaulatkan Islam.
Selain Sekretariat Prihatin Orang Kurang Upaya, LKKP di peringkat pusat turut membentuk unit-unit lain bagi menggalas tanggungjawab tersebut. Unit-unit lain tersebut termasuklah Unit Semarak Kasih Ramadan, Qurban Perdana, Skuad Prihatin, Baitul Muslim, Kem Anak Soleh, Ziarah Prihatin, Jaringan Kebajikan Sivil @ NGO, Asnaf, Kebajikan Antarabangsa (Mustadh'afin), dan Dana. Misi Negara berkebajikan yang telah dihebahkan dan diterima sebelum ini adalah menjadi teras utama kepada LKKP pusat dalam usaha membawa PAS kepada masyarakat umum.
Gerak kerja ini akan lebih terserlah dengan dokongan seluruh umat Islam umumnya dan para penyokong dan pendokong PAS khususnya. Setiap mereka yang ingin bersama kami tapi terbatas dengan kekangan masa dan tenaga, memadailah memberi sumbangan kecil sebanyak RM10 setiap bulan ke akaun LKKP bagi memastikan gerak kerja yang ingin dilakukan tidak terlalu dibatasi dengan kekangan kewangan. Ayuh, mari bersama kami menyemarakkan perjuangan jihad ini dengan melebarkan sayap berkebajikan ke setiap jiwa di setiap ceruk alam.
Sumbang kepada Dana Kami Prihatin, Bank Islam (M) Bhd, No. akaun: 1211-3010-026-150.
Sumber HD - 5-3-2014
Kaji semula hukuman mati mandatori
- Feb 13, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Chandran a/l Paskaran telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 16 April 2008 yang membawa hukuman mati. Keprihatian Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor hingga hukuman tersebut ditangguhkan cukup signifikan di kala berlakunya desakan hukuman mati dihapuskan.
Dalam amalan undang-undang yang terpakai hari ini, selain hukuman mati dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan jenayah bunuh, paling ketara ia turut dikenakan kepada mereka yang disabitkan dengan jenayah pengedaran dadah dan yang berkaitan kesalahan senjata api. Saya tidak akan menyentuh secara terperinci setiap butiran yang melibatkan kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman mati tersebut.
Yang perlu kita renung dan insaf, meskipun kesalahan terlibat boleh berakhir dengan kehilangan nyawa, ironinya bilangan jenayah yang terlibat tidak menunjukkan penurunan. Lihat saja kesalahan-kesalahan melibatkan pengedaran dadah. Saban waktu kita sentiasa dipaparkan di pelbagai media tentang aktiviti pengedaran dadah yang ditumpaskan oleh pihak berkuasa.
Dalam masa yang ada kini, saya berpendapat ia adalah antara waktu-waktu terbaik untuk setiap pendokong Islam dan lebih khusus mereka yang terlibat dengan kerja-kerja dakwah mengenengahkan secara konkrit penyelesaian syariat Islam terhadap pelbagai kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat. Prinsip menjaga lima kemaslahatan yang ditekankan Islam iaitu agama, nyawa, harta benda, keturunan, dan maruah mesti disebar luas agar difahami selengkapnya oleh masyarakat.
Lihat saja dan teliti sirah yang ditampilkan sepanjang tamadun Islam bermula pada zaman Rasul Allah SAW. Untuk menjatuhkan hukuman dalam jenayah-jenayah berat seperti berzina, mencuri, membunuh dan seumpamanya, ia bukanlah suatu proses yang mudah. Yang jelas, Islam begitu memperlihatkan kewaspadaan dalam menjatuhkan hukuman dan membentuk sikap integriti kepada sipelaku jenayah.
Sikap ketinggian peribadi sipelaku jenayah mengakibatkan dia begitu insaf dengan jenayah yang dilakukan hingga menyebabkan sipelaku meminta hukuman dijatuhkan agar bebas dari tanggungan di akhirat. Ia bukan sekadar sirah untuk dinikmati pengkisahannya. Ia adalah suatu olahan hukuman yang cukup sempurna yang perlu diketengahkan pada hari ini.
Berbalik kepada desakan menghapuskan hukuman mati madatori, yang dilakukan oleh kumpulan pendesak sama ada secara global mahupun tempatan, boleh disifatkan ia dilakukan secara berterusan. Hasilnya sejak 2010, kerajaan Malaysia melalui menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal perundangan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyatakan kesediaan kerajaan meneliti secara serius ke arah menghapuskan hukuman mati mandatori di Malaysia.
Dua tahun kemudian, Jabatan Peguam Negara pula menyatakan kesediaan untuk mengemukakan suatu draf undang-undang yang memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati dalam kesalahan pengedaran dadah yang sebelum ini hukuman mati adalah mandatori.
Seterusnya dalam bulan Julai 2013, Majlis Peguam Malaysia telah pun menerbitkan satu kajian analisa yang dibuat secara langsung di lapangan. Hasil daripada analisa yang dibuat, sedikit sahaja responden yang bersetuju dengan hukuman mandatori dan majoritinya menggambarkan hukuman mandatori perlu diberi kajian yang amat serius.
Terbaru, meskipun pihak kerajaan terus menyatakan komitmen sebagaimana dalam satu dialog berkaitan hukuman mati mandatori di bangunan Parlimen Malaysia pada 14 November 2013, nasib 900 orang yang sedang menantikan perlaksanaan hukuman mati dijatuhkan masih menjadi tanda tanya. Apakah mereka akan dijatuhkan hukuman mati yang akhirnya hukuman mati ini akan dihapuskan? Adakah pihak kerajaan bersedia menangguhkan hukuman mati semua yang terlibat tanpa ada campurtangan dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku?
Yang nyata, kaedah hukuman mati dalam kebanyakan kes jenayah berat telah tidak lagi diyakini mampu mengekang kegiatan jenayah yang kian berleluasa. Apabila Islam hadir dengan membendung jenayah dengan sifat semulajadi manusia, apakah selaku pendokong Islam kita ingin sekadar tunggu dan lihat tanpa melakukan sesuatu demi menampilkan sempurnanya Islam?
Sumber HD - 13-2-2014
Perjuangan Islam selamanya terasa pedih
- Feb 06, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Ibnu Kathir menceritakan (dalam al-Bidayah wa al-Nihayah) jawapan Mafruq bin ‘Amru, Hani’ bin Qabishah, al-Muthanna bin Harithah dan al-Nu’man bin Syarik ketika diajak memeluk Islam oleh Rasulullah. Kata mereka: Barangkali perkara yang kamu seru kepada kami ini adalah antara perkara yang dibenci raja-raja. Begitu juga apa yang diriwayatkan dari sirah Rasulullah s.a.w. apabila baginda berdakwah kepada orang ramai tentang Islam agar bersyahadah, dua orang lelaki Badwi dari kalangan yang hadir berkata “Ini adalah perkara yang dibenci oleh raja-raja (pemerintah). Kerana inilah kamu akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang ‘ajam (bukan Arab).”
Selain itu, dalam menceritakan kisah sejurus selepas Rasul Allah S.A.W dan bani Hashim dibelenggu dengan tiga tahun sekatan ekonomi di Mekah, dalam firmannya Allah S.W.T telah membuat satu penegasan kepada Rasul Allah S.A.W sebagai pedoman untuk kita semua: Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkanmu (wahai Muhammad) dari apa yang “Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya dan (kalau engkau melakukan yang demikian) barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.” (Al-Israa' 73-75).
Apa yang dipaparkan melalui sirah perjuangan Islam terdahulu dan apa yang disampaikan oleh Al-Quran dan Rasul Allah SAW jelas menyatakan bahawa perjuangan Islam itu akan terus dihalang dengan apa jua usaha. Gagal dengan cara halus dan lembut, musuh-musuh Islam akan bergabung tenaga mengumpul kekuatan untuk mendepani Islam dengan kekerasan.
Begitu juga gagal dengan kekerasan, mereka akan kembali secara diplomasi member tekanan kepada perjuangan Islam agar cita-cita mendaulatkan Islam tetap terhalang. Helah, muslihat, perdaya dan penipuan akan selalu menyelubungi kelangsungan perjuangan Islam sepanjang zaman.
Mahu tidak mahu setiap pendokong Islam wajip bersedia pada setiap masa dan saat dengan segala kekuatan untuk berusaha meletakkan Islam pada tempatnya. Demikian pula perlu bersiapsiaga untuk mempertahankan Islam bila ada saja usaha-usaha mencemari kesuciannya.
Apatah lagi bila kita menjadikan perjuangan Islam sebagai matlamat dalam gerakan parti politik seperti hari ini. Selain kemantapan dalam memahami Islam itu sendiri, kefahaman yang cukup jitu terhadap system yang kita depani adalah suatu kewajipan.
Memahatkan Islam untuk ianya gah berada dalam setiap lapangan kehidupan seperti hari ini suatu yang cukup getir. Kita berhadapan dengan suatu system yang telah cukup punah. Benarlah apa yang dipaparkan sirah betapa bimbang hilangnya kuasa dan kekayaan akan menjadikan manusia sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan cita-cita mereka tercapai tanpa diganggu gugat.
Bila kita menetapkan medan demokrasi itu sebagai wadah perjuangan, mahu tidak mahu kita wajip mengenalpasti setiap cabaran dan rintangan yang ada. Jika Rasul Allah dan para sahabat berhadapan dengan kaum munafik, kafir, raja-raja Rom dan Parsi, suasananya tetap sama pada hari ini. Apa yang beza hanyalah nama dan watak-watak semasa.
Jika Rasul Allah dan para sahabat mengumpul kekuatan dengan pelbagai cara termasuklah berbaik dengan mereka yang di luar kelompok Mekah dan Madinah, samalah halnya hari ini. Pada setiap ruang pasti ada mereka yang sedia bersama kita untuk mendepani setiap kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku di sekeliling dan persekitaran.
Apa yang ketara hari ini masyarakat kian menunjukkan kecenderungan untuk kembali kepada Islam. Usah kita bersenang lenang dengan situasi ini. Akan ada saingan kita yang muncul dengan pelbagai wajah, menyatakan mereka juga inginkan Islam didaulatkan.
Jahatnya sebahagian hamba Allah yang akur kepada nafsu kuasa dan harta benda akan sentiasa ada. Demi memastikan apa yang diingini dan dicita dikecapi, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mewujudkan persepsi bahawa mereka cukup Islami. Bijaksana dalam mengatur gerak adalah keperluan. Wajah-wajah munafik, kufur dan bermuka-muka akan sepanjang masa mengelililingi kita.
Memadailah Allah S.W.T sebagai pelindung. Memadailah Rasul Allah S.A.W sebagai pendorong. Ikhlaskan hati agar dunia tidak menjadikan kita hilang arah, tiada bijaksana dalam mengatur gerak.
Sumber HD - 6-2-2014
Tumbangkan BN, bukan mustahil!
- Jan 30, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Mari kita perhati dan renung sejenak beberapa lakaran peristiwa sebaik 2014 membuka tirainya. Bermula dengan himpunan TURUN, seawal detik 12:00 tengah malam, 1 Januari lagi rakyat telah menyuarakan secara sungguh-sungguh peri keperitan kenaikan kos hidup yang dihadapi.
Suara rakyat dalam himpunan turun bukan saja sekadar untuk dirai oleh pimpinan Pakatan Rakyat. lebih dari itu ia perlu diraikan dan diberi perhatian oleh pimpinan Barisan Nasional.
Yang mengalami kenaikan kos hidup bukanlah rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat semata-mata. Bahkan ia dirasai oleh setiap jelata rakyat termasuklah penyokong tegar Barisan Nasional yang luar dan dalam jiwanya dikatakan biru.
Rupa-rupanya kita tak perlu tunggu lama. Belum pun habis bulan pertama 2014, Perdana Menteri secara terus memperakui benarnya himpunan turun dengan melancarkan program turunkan harga di pasaraya di ibu kota. Apakah maknanya ini? Saya fikir apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri tersebut tidak akan sekali-kali mampu menurunkan kos hidup yang mencekik leher rakyat kini.
Kenaikan kos hidup bukanlah sekadar dipengaruhi iklim ekonomi global atau seumpamanya. Yang paling jelas, kegagalan kerajaan Barisan Nasional mengatasi pelbagai ketirisan sebagaimana laporan Ketua Juru Audit Negara suatu yang mesti diperakui oleh setiap pimpinan politik.
Gagalnya pengurusan kerajaan Barisan Nasional bukanlah kegagalan Perdana Menteri seorang diri. Bahkan ia bukanlah salah isteri beliau yang dikatakan sering berbelanja mewah dengan sumber Negara.
Ia adalah tanggungjawab seluruh kabinet Malaysia. ia adalah tanggungjawab seluruh kepimpinan politik negara yang mesti berusaha mencari jalan keluar.
Tanggungjawab bersama “Collective responsibility” adalah suatu penegasan langsung dari Bab 3, Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43. Bersama-sama tanggungjawab bersama ini juga ialah faktor kepercayaan yang disebut “confident” terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Beberapa waktu lepas, Ahli Parlimen Pokok Sena ada menyebutkan tentang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang perlu dikemukakan oleh parlimen Malaysia. Bolehkah kalau setiap pimpinan politik negara melihat cadangan YB Mahfuz Omar ini bukan sebagai berkepentingan untuk Pakatan Rakyat semata-mata? Tidak salah untuk setiap pimpinan politik khususnya ahli-ahli parlimen melihat peruntukan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan berkaitan undi tidak percaya adalah suatu peruntukan berkepentingan awam.
Sebagaimana hukum talak, undi tidak percaya di Parlimen boleh dijadikan sebagai antara penawar mujarab bagi membendung berlakunya salah urus tadbir negara daripada terus berlarutan. Apakah pula peranan sekalian pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat?
Pilihan Raya Kecil PRK Kajang yang dirangka begitu straeigik adalah ruang terbaik untuk memacu ke arah itu. Sehabis dhaif pastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang dengan berlipat kali ganda. PRK Kajang adalah antara benteng maruah Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Perdana Menteri Malaysia.
Sebagaimana diketahui umum, sistem pilihan raya di Malaysia cukup kritikal. Perlulah kita sedar meskipun Pakatan Rakyat mempunyai undi popular 52%, dengan sistem yang digubal perundangan yang sah pada masa kini, Pakatan Rakyat cukup sukar untuk menang dalam pilihan raya umum pada bila-bila masa.
Justeru tindakan yang cukup mantap dan agresif berlunaskan undang-undang mesti dirangka dan diteruskan. Jika setiap dari kita mengimpikan sebuah negara berdaulat yang benar-benar dapat dinikmati kemakmurannya oleh rakyat, kita sesungguhnya tiada banyak pilihan dan masa.
Sumber HD - 30-1-2014
PRK Kajang, buktikan Pakatan untuk rakyat!
- Jan 29, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Mengambilkira kemuafakatan dalam Pakatan Rakyat dan fokus utama ialah menumbangkan Barisan Nasional, saya percaya tindakan perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kajang tentunya dilatari motif yang cukup kuat.
Justeru, saya benar-benar berharap perkara berikut diambilkira oleh teraju utama Pakatan Rakyat bagi mendepani suasana yang di luar jangkaan ramai pihak ini:
1.Seluruh jentera terutamanya pimpinan Pakatan Rakyat mestilah bersedia untuk membuat satu lonjakan yang benar-benar ampuh bagi menampilkan Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya pengganti tunggal kepada Barisan Nasional untuk menerajui Malaysia.
2.Seluruh pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat mestilah dipacu dengan seoptimum mungkin bagi memastikan tumbangnya Barisan Nasional.
3.Sebarang perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor perlulah mampu menampilkan suatu perubahan terhadap corak dan gaya dalam perencanaan serta perlaksanaan pembangunan OKU yang pelbagai katagori.
4.Sebarang pembaharuan kepimpinan di Selangor mestilah mampu memberi impak dan kesan kepada gerakan memperkasakan rakyat bagi memastikan kebersamaan rakyat yang cukup jitu kepada Pakatan Rakyat di peringkat nasional.
Saya penuh percaya dengan gagalnya Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum PRU13 yang lalu, Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah yang cukup agresif bagi mendepani cabaran menumbangkan Barisan Nasional.
Dalam menelusuri pelbagai ujian dan cabaran itulah suatu hal yang tidak mudah diketepikan peri kekuatan yang ada pada aura Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan sisa umur yang ada, kekuatan aura perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh disia-siakan demi merealisasikan Malaysia baru bersama Pakatan Rakyat.
Dalam hal-ehwal pembangunan OKU, selain negeri-negeri Kelantan dan Pulau Pinang, sebagai mewakili suara OKU saya amat berharap untuk melihat suatu perencanaan dan perlaksanaan yang lebih terkehadapan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Dengan kedudukan kewangan yang cukup kukuh, Selangor seharusnya mampu muncul sebagai model terbaik dalam membangunkan OKU.
Sumber HD - 29-1-2014
Apa maknanya mengupayakan OKU?
- Jan 23, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Antara program yang diatur sempena sambutan hari Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan 21 Januari lalu termasuklah forum yang bertajuk “Rasulullah Gilap OKU”. Forum tersebut telah dipaneli oleh dua orang OKU Mohd Hafiz Halim dan Ustaz Harun Ismail masing-masingnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Islam Kelantan.
Jika sebelum ini setiap program yang berupa dialog atau forum yang dihadiri oleh wakil JKM, antara banyak soalan yang ditimbulkan ialah berkisar elaun dan bantuan. Namun ia tidak berlaku dalam forum di Dewan Teratai, Kota Darul Naim ini.
Mungkin terlalu awal untuk saya lontarkan apakah ini kesan dari gerakan OKU Kelantan yang menerapkan nilai-nilai hak dalam membangunkan OKU dan bukan lagi nilai kebajikan yang berteraskan pemberian dan sumbangan. Persoalan bagaimana OKU itu mampu diupayakan dan bagaimana OKU itu mampu mengabdikan diri secara sempurna kepada pencipta menjadi dominan dalam bicara sepanjang satu jam setengah itu.
Menyebut bagaimana OKU perlu terus berusaha mengabdikan diri kepada Allah SWT yang menciptakan kecacatan itu bukan suatu yang baru. Bahkan ia telah biasa diperkata sama ada dari penceramah-penceramah umum mahupun wakil-wakil OKU di pelbagai tempat dan wacana. Namun apabila disebut OKU mesti diupayakan, ia menjadi titik persoalan ramai pihak hatta dari OKU sendiri.
Apabila OKU itu telah sinonim dikaitkan dengan “kurang upaya”, kalimat mengupayakan OKU mudah saja mengundang pelbagai pertanyaan. Apakah mengupayakan OKU itu menjadikan seorang yang kurang upaya penglihatan dapat melihat? Apakah ia bermakna menjadikan mereka yang kurang upaya mendengar itu dapat mendengar? Apakah ia bermakna menjadikan mereka yang kurang upaya fizikal (pengguna kerusi roda) itu mampu berlari tanpa kerusi rodanya lagi? Demikian juga apakah ia bermakna menjadikan mereka yang kurang upaya intelek itu bersifat seperti mana insan yang sempurna inteleknya?
Jawapan kepada soalan-soalan di atas mudah, iaitu tidak. Apa yang dimaksudkan dengan “mengupayakan OKU” itu ialah menghapuskan setiap halangan atau faktor yang berada di sekeliling atau persekitaran OKU agar ia mampu menampilkan potensi diri sebenar yang telah sedia ada yang dikurniakan Ilahi dalam diri setiap manusia.
Dengan mewujudkan persekitaran yang bebas dari halangan, OKU itu akan mampu atau berupaya melakukan suatu kerja atau bertindak dalam ruang potensi yang ada pada dirinya. Sebagai contoh, mari kita ambil satu kajian kes yang melibatkan seorang OKU Intelektual.
Dalam keadaan biasa, OKU ini dilihat tidak mampu menguruskan dirinya sekali gus dilihat tidak banyak memberi manfaat kepada manusia lain. Namun dengan pendidikan yang sesuai dengan kecacatannya, ia akan mampu mengurus diri dan akhirnya mampu berinteraksi dengan masyarakat dan persekitaran.
Bahkan telah ada OKU yang pada asalnya dilihat tidak mampu memberi manfaat kepada masyarakat akhirnya mampu menjadi seorang peniaga yang disukai ramai. Dalam hal OKU intelektual ini, kita bukan mengimpikan untuk beliau menjadi seorang pemikir yang hebat. Dalam bidang pembelajaran pula, kita bukan mendesak untuk beliau diberi pendidikan untuk mencapai semua A dalam mata pelajarannya.
Yang kita inginkan hanyalah menjadikan ia berupaya mengurus diri dan berinteraksi dengan persekitarannya dengan sifat asas kemanusiaan.
Menghapuskan halangan bagi mengupayakan OKU itu termasuk juga membina persepsi masyarakat yang menjurus kepada menerima OKU itu dengan potensi yang ada pada dirinya. Masyarakat perlu berfikir bahawa seorang OKU dengan kecacatan pasti mampu melakukan suatu yang manusia lain mampu lakukan bila OKU itu diberi peluang dengan menyediakan prasarana yang sesuai.
Sebagai contoh lain, cuba kita perhatikan suatu negeri yang tidak mempunyai landasan keretapi seperti negeri Terengganu. Dengan membawa lokomotif ke Terengganu, ia akan menimbulkan suatu kehairanan pada persekitaran. Masyarakat akan terpinga-pinga dengan lokomotif yang ada tanpa landasan yang sesuai. namun lokomotif tersebut akan dihargai bila landasan dibina dan stesen-stesen diwujudkan.
Demikianlah dengan seorang OKU. OKU mudah dilihat tidak berupaya apabila beliau dikelilingi oleh manusia yang tidak serupa dengannya yang disebut manusia normal. Apa kata kalau di kawasan itu semuanya OKU? Isu kecacatan tidak lagi timbul melainkan seluruh kawasan itu akan disediakan dengan struktur-struktur yang sesuai dengan penghuninya yang cacat.
Justeru, cabaran hari ini bukan suatu yang mudah. Namun ia tidak pula sukar bila masyarakat dan pimpinan di pelbagai peringkat sedia membuat perubahan. Apa yang sedang dimulakan di Kelantan perlu menjadi ikutan.
Dengan kehadiran seluruh pimpinan masyarakat termasuklah penyelia dan ahli Dewan Undangan Negeri berserta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam sambutan hari OKU Kelantan, respon yang diterima amat memberangsangkan. Penyertaan pimpinan sejak awal program dimulakan hinggalah selesai membuka ruang kesedaran cukup baik bahawa pembangunan OKU di Kelantan bukan terletak atas bahu YB Mumtaz Mad Nawi, eksko yang bertanggungjawab semata-mata. Ia adalah tanggungjawab semua pihak yang perlu dipikul secara kolektif.
Sekalung budi dan tahniah untuk YB Mumtaz Mad Nawi dan pasukan perlaksana dan kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Moga sinar Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam terus mampu dijelmakan bagi membangunkan OKU di Negara ini.
Sumber HD - 23-1-2014
No comments:
Post a Comment