Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Abby Abadi harap dapat selesai secara baik
KUALA LUMPUR: Abby Abadi redha dengan ketentuan perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar tetapi masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik, lapor mStar Online.
Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diberitahu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.
Bekas suami Abby, Norman Halim pernah memberitahu dia terkejut apabila mengetahui mengenai situasi Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan.
Sebelum ini, para peminat Abby mendoakan agar rumah tangganya yang dipercayai menghadapi masalah pertengahan Mei agar kembali pulih.
Kebanyakan mereka mengharapkan Abby tabah menghadapi ujian rumah tangga dengan tenang.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 29/5/2014
AA - http://www.youtube.com/watch?v=SQH4wod9qd0
Sumber HD - 29-5-2014

Luah perasaan hati pada mesyuarat Karyawan
KUALA LUMPUR: Berikutan pelbagai isu yang telah dihadapi oleh para penggiat industrI filem dan televisyen tanah air, satu usaha telah dilakukan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara penerbit dan artis bagi memajukan industri perfileman tempatan.
Sehubungan itu, mesyuarat mengenai perkara itu bakal berlangsung di Finas pada 3 Jun ini, jam 3 petang.
“Kami sudah lama merancang untuk mengadakan perjumpaan ini tetapi sering ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, baru-baru ini banyak isu yang telah ditangani oleh Karyawan, yang mengaitkan hubungan antara artis dan produser termasuk masalah kelewatan mendapat bayaran, khidmat dibatalkan pada saat akhir, ketiadaan kontrak yang standard serta keadaan lokasi yang kurang sempurna.
“Mungkin ada isu-isu lain yang akan dibangkitkan seperti royalti dan hak cipta tetapi pada peringkat permulaan ini kami rasa elok kita memberi fokus kepada perkara asas seperti kontrak dan masalah lokasi yang tidak sesuai,” katanya.
Menurutnya, mesyuarat itu tidak melibatkan pegawai Finas atau agensi kerajaan yang lain.
“Oleh sebab kami ingin mereka yang hadir meluahkan perasaan hati mereka tanpa ragu-ragu,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/5/2014

Nina Iskandar bertudung datang dari hati
PELAKON baru dari Brunei, Nina Iskandar merupakan antara artis yang telah mengenakan tudung. Dia mula bertudung kira-kira sebulan yang lalu.
Selaras dengan pelaksanaan undang-undang Islam di negara asalnya Brunei, Nina turut mengenakan tudung. Walaupun ada yang mempertikaikan keikhlasannya, namun dia dengan tegas menyatakan bahawa perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.
"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.
Keikhlasannya tidak perlu dipertikaikan. Hal ini kerana, dia boleh untuk tidak bertudung kerana dia berada di luar Brunei yang tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Namun, dia memilih untuk bertudung – sementelahan pula dalam perkara wajib ikhlas atau tidak bukan persoalannya.
“Jangan terlalu cepat untuk mendakwa dan membuat sangkaan yang bukan-bukan. Saya cuma manusia biasa yang tak sempurna, sama macam kamu. Mungkin hanya ini yang kamu boleh lihat dengan mata kasar, tapi kamu tidak tahu isi hati saya dan niat saya. Saya hanya manusia, tidak pernah sempurna dan tak akan sempurna...” jelasnya dalam Facebook.
Nina sebelum ini pernah berlakon dalam filem Ada Apa Dengan Rina di Brunei dan empat filem lagi di Malaysia iaitu Muka Surat Cinta, Lu Gua Bro, Sniper dan Pengantin Malam.
Semoga nina terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukan.
Sumber HD - 27-5-2014

Syed Aiman pilih drama mampu didik masyarakat
KOTA BHARU: Dengan faktor usianya kini yang mencecah 39 tahun, artis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini hanya memilih jalan cerita yang dapat memberikan pengajaran yang baik pada masyarakat.
Syed Aiman atau nama penuhnya Syed Kamaruzaman Syed Mahmod, berkata berbanding peringkat awal ketika menceburkan diri dalam lakonan, beliau kini lebih memilih jalan cerita yang mampu mendidik masyarakat.
“Dengan faktor usia sekarang ini saya lebih memilih jalan cerita yang bercorak kekeluargaan, Islamik dan seumpamanya.
“Kalau diawal pembabitan saya berlakon dahulu lainlah saya terima saja, ketika itu mungkin saya ingin mencari pengalaman dahulu,” ujarnya yang telah berlakon sejak 12 tahun lalu.
Katanya, beliau melihat pada pengisian skrip yang lebih memberi manfaat pada masyarakat, apa lagi kini penulis skrip drama tv semakin bertambah.
“Bagaimanapun sebagai seorang pelakon saya berharap hasil lakonan kita memberi kesan pada jiwa masyarakat sehingga penonton mengambil iktibar dari jalan cerita berkenaan.
“Walaupun kita sendiripun bukanlah seorang yang baik sangat contohnya, tetapi diharap lakonan dari skrip yang baik akan memberi contoh pada diri kita sebagai pelakon dan masyarakat juga,” ujarnya yang dibesarkan di Kampung Salor.
Pada masa yang sama beliau turut mencadangkan kepada penulis skrip drama tv khususnya agar memperbanyakkan drama yang sedemikian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis baru-baru ini.
Sehingga kini, Syed Aiman masih berlakon dan baru selesai membuat penggambaran telemovie terbaru 13 episod untuk siaran RTM bertajuk 'Doa Untuk Tiga Wanita'.
Menurutnya, drama tersebut mengisahkan pergolakan dalam rumahtangga bagaimana seorang suami (Syed Aiman) yang berhadapan dengan masaalah bersama isteri, ibu dan mentua.
Drama tersebut lebih kepada pengajaran dan berunsur dakwah dijangka disiar bulan Oktober ini. - HARAKAHDAILY, 26/5/2014
Sumber HD - 26-5-2014

Kempen PRK Teluk Intan: Apa kata Wardina Safiyyah
KUALA LUMPUR: “Melihat kepada rancak kempen pilihan raya, saya jadi termangu-mangu,” tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook
Justeru, beliau sangat mengharapkan agar kedua-dua kem dapat berkempen secara sihat.
“Tidak perlu character assassination untuk menunjukkan kalian lebih baik daripada yang lain,” tulisnya lagi.
Berikut tulisan penuh beliau.
Petang tadi, saya sempat menonton berita Edisi 7. Ada kisah tentang pilihan raya kecil Teluk Intan. Dalam footage berita, banyak dimuatkan video beberapa tempat tersohor di situ. Antaranya pasar kering dan basah, Menara Condong, Pejabat Tanah dan Daerah, laluan hadapan mahkamah dan beberapa kawasan di tepian sungai.
Teluk Intan, atau orang lama di situ mengenalinya sebagai Teluk Anson. Ia kota kecil yang manis dan anggun dari segi sejarah dan peradaban. Sederhana, namun mewah dari kaca mata saya.
Banyak kenangan manis, pahit dan getir yang saya lalui di situ, sewaktu saya bertugas pasca perpindahan dari Pulau Pinang. Setiap lokasi yang ditunjukkan, nyata menyimpan pelbagai kenangan jatuh bangun dan jerih payah saya.
Saya tinggal di situ dengan seorang teman yang merupakan seorang doktor perubatan. Orangnya cantik, namun ulahnya juga gila-gila seperti saya. Pernah, kami makan durian di bawah sinki pada waktu tengah malam, dek mengidam yang bersangatan. Mengapa di bawah sinki? Sebab, kami bersembunyi daripada intipan jiran sebelah yang suka menjenguk melalui cermin tingkap dapur. Heheh...
Melihat kepada rancak kempen pilihan raya, saya jadi termangu-mangu. Saya sangat mengharapkan agar kedua-dua kem dapat berkempen secara sihat. Tidak perlu "character assassination" untuk menunjukkan kalian lebih baik daripada yang lain.
Sungguh, dengan memburukkan orang lain, dengan mengeji perjalanan kehidupan orang, dengan mengoyakkan maruah dan keperibadian yang mahu diselindungkan, tidak akan menjadikan kalian lebih mulia dan terkehadapan.
Simpanlah umpatan dan caci maki ke dalam guni, kemudian ikat dengan tali kemas-kemas, humban ke laut lepas. Tiada untung saat maruah orang lain diperhitung buat tatapan umum.
Menjadi pemimpin yang sopan dan tahu akal budi, serta tahu menghargai, akan menjadikan kalian tampak anggun berseri.
Kita tidak mampu menghalang kemaraan orang. Biarkan bintang mereka bergemerlapan. Jika kita mahu bintang kita ikut bersinar, usahalah dengan jalan paling baik, tanpa melukakan dan mencarikkan perasaan orang. Tuhan pasti bersama-sama dengan kalian yang berusaha menggunakan jalan halal, dan natijahnya adalah kemenangan. - HARAKAHDAILY 23/5/2014
Sumber HD - 23-5-2014

Sharifah Aini redha ditakdir pulang ke rahmatullah
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Sharifah Ali redha jika ditakdirkan sudah sampai masanya pulang ke rahmatullah.
“Jika ditakdirkan Allah sampai masanya untuk saya pulang ke rahmatullah, jika ditakdirkan ujian yang Allah berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah, dengan hati yang damai, saya tenang dan redha dengan apa yang telah ditetapkan,” tulisnya menerusi facebook, kelmarin.
Berikut adalah coretan beliau beserta tulisan Khalilah di facebook 20 Mei lalu.
Saya Khalilah sahabat baik Datuk Sharifah Aini (Kak Pah)
Terlebih dahulu, saya ingin mengingatkan keluarga FB yang budiman...jika ingin comment...saya dengan rendah hati memohon, tulislah dengan bermaruah dan beradab. Itu menunjukkan siapa kita dan keturunan kita. Jaga percakapan dan ingatkan DOSA. Jika terasa nak menulis yang tidak elok...beristighafar & tahan nafsu yang jahat...Saya tidak mahu anda menanggung dosa yang anda sendiri akan bawa ke liang lahad...maka rugilah semua pahala Amalan anda selama ini diberikan kepada orang yang kita umpat dan khianati.
Saya ingin memberitahu Kak Pah pada waktu ini berada di Hospital Swasta dan sedang menjalani rawatan rapi dari Pakar perubatan.
Beliau sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya kepada anda semua. Selama beliau berinteraksi dengan anda, keluarga FB yang AMAT beliau kasihi, jika ada sebarang kesilapan, bicara yang menyinggung perasaan atau keterlanjuran bahasa, Kak Pah dengan setulus hati memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kerana kita manusia tidak selalu sempurna...kita manusia selalu mendambakan maaf dan keampunan dariNYA, oleh itu ikhlaskanlah hati untuk memaafkan sesama manusia...moga Allah memaakan segala kekhilafan kita.
Inilah pesanan Kak Pah:
"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA...Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yang ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah...dengan hati yang damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yang saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah...saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA...saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yang telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!
Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada...gunakanlah FB ini kearah kebaikkan...untuk menjaga Silaturrahim...untuk saling menasihati...bukan untuk mengumpat...menabur fitnah...dan segala perbuatan yang sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.
Begitu pantas masa berlalu...45 tahun saya bergelar anak seni.......terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman...pahit dan manis...begitu ramai yang telah membesar dengan lagu-lagu saya... namun yang pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yang telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yang telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yang berlaku, saya ingin anda tahu yang saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.
Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini."

Norman tanya, Abby balas 'Ok! Saya ada Allah...
KUALA LUMPUR: "Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'
"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata pelakon Norman Hakim dipetik mStar Online.
Norman berkata, beliau terkejut apabila mengetahui mengenai situasi bekas isterinya, Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Katanya, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar menemui jalan penyelesaian.
"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya," ujarnya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai 2013, sehari menjelangnya Ramadan.
Beliau pernah berkahwin dengan Norman yang dikurniakan tiga orang anak.
Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.
Sumber HD - 22-5-2014

Kisah Sharifah Aini dijangkiti H1N1
KUALA LUMPUR: "Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang ke majlis anda dan ke rumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak," tulis penyanyi lagenda, Datuk Sharifah Aini menerusi facebooknya, Jumaat lepas.
Menurutnya, apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita lakukan untuk diri kita, takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecilkan hati orang lain dan dikatakan sombong.
Berikut tulisan penuh beliau.
AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi &
diRahmati ALLAH hingga akhir hayat….Selamat bertemu kembali.
SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita….takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong…Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang ke majlis anda dan ke rumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak……apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2…Bacalah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.
Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.
Surau di rumah saya sentiasa dimanafaatkan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendekkan cerita surau itu digunakan dengan sebaiknya.
Di sini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…
Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi…malam ketiga bunyi batuknya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya….setiap kali dia memeluk saya….tangan saya berpeluh…dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya…memeluk bibik2 saya…hanya selepas itu saya difahamkan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.….juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama………Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga…..Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi….sila lah datang.
Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas - batuk dan sengal satu badan…Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung…adik saya batuk dan demam - kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga……..Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA (Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasingkan dengan pesakit yang lain.
Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru…saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital….saya masih belum sihat sepenuhnya...baru 90% sembuh.
Saudara yang diRahmati ALLAH….berhati2 bila membuat majlis di rumah….kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita…terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah…lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenarnya tidak digalakkan…kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina…tapi lebih kepada sifat berhati-hati….Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.
Jazakumullahu khayran.
Sumber HD - 12-5-2014

Artis berhijrah yakin rezeki daripada Allah
MUTAAKHIR ini, kalangan artis dan celebriti yang berhijrah mendalami agama Islam semakin ramai.
Walaupun menghadapi cabaran akan hilang sebahagian mata pencarian, namun ada juga yang rezekinya makin melimpah ruah. Semua itu dihadapi dengan tabah oleh mereka demi kecintaan kepada agama.
“Rezeki saya masih ada dalam industri dan tawaran masih diterima. Namun, Kalau dulu, lakonan menjadi perkara utama, kini tidak lagi. Saya lebih mengutamakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan terlebih dahulu.
Ada tawaran yang diberi terpaksa ditolak atas kepadatan jadual. Selain itu, saya juga akan lebih 'selektif' untuk memilih jalan cerita dan watak, bersesuaian dengan imej saya kini.” ujar Yatt Hamzah.
"Kalau nak dibandingkan dengan dahulu, memang sekarang susah sikit nak cari makan dalam bidang lakonan. Tapi, saya anggap ianya sebagai rezeki dari Allah SWT. Jika saya tidak dipilih, itu maknanya bukan rezeki saya," jelas Lisdawati.
Tambah Lisda, kekurangan tawaran lakonan membuatkannya terpanggil untuk menerima tawaran dalam bidang motivasi dan ceramah bebas.
“Alhamdulillah, tawaran persembahan, berlakon dan mengacara masih banyak saya dapat. Syukur, setiap minggu saya akan dapat undangan persembahan di seluruh Malaysia." kata Siti Nordiana.
"Tawaran yang diterima masih sama seperti dahulu. Saya tidak rasa penghijrahan ini memberi masalah buat golongan artis seperti saya kerana ianya terpulang kepada rezeki masing-masing." terang Enot.
"Saya akui, sejak berhijrah, tawaran lakonan semakin berkurangan. Namun, saya memandangnya sebagai perkara positif dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah SWT. Walaupun kurang tawaran, namun, saya masih terlibat dalam pengacaraan dan bidang penulisan buku." ulas Diana Amir.
Semoga mereka terus istiqamah dalam perjuangan sabar dalam mendepani apa-apa juga cabaran.
- Sumber: Sinar Harian
Sumber HD - 7-5-2014
Wardina Safiyyah lebih popular selepas berhijab
KUALA LUMPUR: “Saya menjadi lebih popular kerana saya memakai hijab,” kata pengacara, Wardina Safiyyah dipetik daripada blog Rotikaya.
Justeru, katanya suka atau tidak, wartawan mesti menulis tentang dirinya yang memiliki segalanya dan terkenal namun mahu memakai hijab.
“Perhatian media itu membuatkan saya lebih popular,” ujarnya lagi.
Beliau dijemput untuk memberi pandangan tentang wanita yang bertudung di dalam dunia moden ketika ini dan bagaimana beliau sebagai seorang selebriti mampu mengekalkan kerjaya yang cemerlang selepas berhijab.
Sumber HD - 4-5-2014

Yatt Hamzah sedih peminat bergaduh di alam maya
KUALA LUMPUR: Yatt Hamzah melahirkan rasa dukacita melihat peminat bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan.
"Saya sedih melihat peminat dan pengikut laman sosial bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan. Ada yang menyebelahi dan ada yang membangkang tindakan selebriti," ujarnya dipetik Sinar Harian.
Justeru, beliau yang berhijrah sejak dua tahun lalu tidak tahu adakah selebriti itu sendiri membaca komen-komen dan pergaduhan peminat mereka.
"Namun, bagi saya, adalah tidak elok jika kita bersubahat dan menyokong perkara yang tidak baik," ujar pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu.
Bagi beliau, ada baiknya jika kita berdoa agar mereka berubah dan jika mahu menegur hendaklah menggunakan platform yang tidak mengaibkan seseorang contohnya, secara personal di inbox.
Sumber HD - 2-5-2014
Sidek Hussain tidak galak anak jadi artis
KUALA LUMPUR: Allahyarham Sidek Hussain tidak pernah menggalakkan anak-anaknya menceburkan diri dalam dunia seni.
"Dia mahu anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dalam bidang-bidang tertentu, dia juga tidak pernah menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkahnya," kata isteri allahyarham, Selbiah Sulaiman, 61, dipetik blog myartis.
Selbiah menambah, pemergian suaminya kehilangan besar buat keluarga kerana allahyarham bukan setakat suami, malah dianggap sebagai rakan baik yang sentiasa ada pada ketika susah dan senang.
Allahyarham mempunyai seorang anak dengan Selbiah iaitu Mohd Adam, 23, yang kini bertugas sebagai doktor pelatih di sebuah hospital di Sabah.
Manakala empat orang anak daripada perkahwinan pertamanya bertugas sebagai guru dan pegawai bank.
Sidek meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada jam 11.55 malam Ahad kerana kanser tahap empat.
Beliau dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mac lepas setelah pengsan ketika membeli barang untuk cucunya di Kuala Lumpur.
Doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya yang dihidapi sejak berusia 20-an ialah sejenis kanser. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
Sumber HD - 30-4-2014

Kami mungkin bersatu semula - Adam AF
KUALA LUMPUR: “Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula,” kata Adam AF.
Kenyataan Adam itu dipetik daripada blog Katak Comel mengenai perceraiannya dengan Fiza Elite.
Beliau disahkan bercerai talak satu semalam dan sememangnya cerita mereka tidak dapat lari daripada persoalan yang muncul dalam kalangan para peminat dunia hiburan.
“Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan," ujarnya yang ditemui media selepas prosiding kes penceraian.
Menurutnya, beliau dan Fiza sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan namun menganggap tiada jodoh lagi antara mereka.
Sumber HD - 29-4-2014

- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Beberapa blog turut menyiarkan petikan daripada penjelasan Ustaz Don.
Dalam video itu, beliau menjelaskan beberapa perkara yang dianggap penting seperti motif penyebaran video tersebut.
Beliau juga mempertikaikan tujuan video video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal dibuat dan disebarkan melalui media sosial itu.
Petikan penjelasan Ustaz Dom daripada beberapa blog sebagaimana berikut:
Tuan-tuan tidak bagi orang rujuk wikipedia, youtube apa semua untuk nak ambik hujah tapi dengan hanya video sekerat, tuan-tuan jadikan hujah ke atas saya.
Yang pembuat video sekerat-kerat ini, kita tau dah yang ini propaganda, tapi kita juga boleh terjebak.
Tuan-tuan tidak rujuk, tanya pada saya pun dan in fact, tuan-tuan takdak pun dalam majlis tu, wallahualam, tapi macam orang cakap macam adalah.
Kalaulah video macam ni boleh mengganggu gugat kita, hubungan baik kita, kawan-kawan, boleh jadi macam ni, berhati-hati lah tuan-tuan. Senang sangat orang nak bagi putus silaturahim.
Kalau ada benda tak puas hati, mai cakap depan-depan.
Video kompilasi
Video penjelasan
Sumber HD - 17-4-2014
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua.
Ini ekoran tulisannya menerusi facebook pada 14 April yang menyeru para ulama, ustaz dan mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Ustaz Don Daniyal yang dikongsi orang ramai melalui facebook dan blog.
Tulisan beliau itu sebagai respons kepada penyebaran video yang bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal melalui media sosial.
Berikut tulisan Wardina di facebooknya semalam.
Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email.
Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair.
Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan?
Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita.
Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik.
Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung...video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz.
Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.
Sumber HD - 16-4-2014
- Apr 06, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan rayuan, permohonan, pengharapan dari setiap hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa kerana Allah itu maha mendengar.
Apa yang penting, bulatkan pengharapan hanya pada Allah, lakukan sesungguhnya melalui amalan murni yang digalakkan oleh syariat.
Artis Noryn Aziz atau nama sebenar Norazmahwati Abdul Aziz, 38, tidak putus-putus berdoa dan bermunajat pada Allah untuk mendapatkan zuriat selepas berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrain Shah lebih empat tahun lalu.
Selain mendapat rawatan akupuntur, Noryn tidak meninggalkan kaedah Islam, iaitu menunaikan solat sunat hajat, tahajjud dan solat sunat Dhuha.
“Alhamdulillah, Noryn menunaikan solat sunat Dhuha, sebab untuk mendapatkan rezeki dari Allah kita kena rajin berusaha dan meminta.
“Rezeki ni bukan hanya harta benda, wang ringgit sahaja, sebaliknya zuriat juga. Walau apa keadaan sekalipun kita jangan lupa Allah kerana Allah yang akan memberi apa yang kita mahu, bukannya orang lain,”ujarnya.
Berkongsi lagi tips untuk mendapatkan zuriat, beliau mengakui pernah berkongsi ilmu dengan isteri Mursyidul Am PAS, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak ketika ke Kelantan tahun lalu.
Menurutnya, beberapa bacaan dari ayat-ayat al-Quran diajar Tuan Sabariah dan beliau amalkan sehingga akhirnya khabar gembira diperolehi Januari lalu.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah impian saya dan suami untuk mendapatkan anak tercapai dan Alhamdulillah doktor mengesahkan bayi yang saya kandung ni sehat,” ujarnya.
Berikutan kehamilannya itu, beliau kini mengurangkan aktiviti pertunjukan kecuali menghadiri program kebajikan atau yang perlu sahaja.
Aktiviti harian beliau kini banyak dihabiskan dengan membaca Al-Quran serta buku-buku ilmiah.
Katanya, ruang yang paling sesuai baginya membaca Al-Quran adalah antara solat Maghrib dan Isyak.
“Sementara menunggu solat Isyak, saya membaca Al-Quran dahulu, saya rasa inilah ruang yang begitu sesuai, kita juga boleh membacanya dengan baik serta tidak terkejar-kejar,”ujarnya.
Pada masa yang sama Noryn masih memenuhi kelas agamanya iaitu mempelajari tafsir Al-Quran dan hadis dengan menghadiri kelas Al-Quran.
Baginya, amat tidak wajar hanya membaca tanpa mengetahui maksud ayat yang dibaca.
“Satu lagi tips yang saya dapat, beristighfar banyak-banyak setiap hari di samping berdoa, Insya Allah dengan jiwa yang bersih dan pengharapan yang tinggi Allah akan perkenankan,” ujarnya.
Pada masa yang sama Noryn turut menjual pakaian muslimah dengan jenama sendiri.
Bagi Noryn untuk menjadi seorang artis tidak salah asalkan seseorang itu tahu mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi.
“Dalam kita bersama masyarakat, berhibur, namun pada masa yang sama kita jangan lupakan akhirat,” ujarnya.
Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, Noryn lebih menumpukan persembahan tertutup yang hanya dihadiri oleh penonton wanita sahaja.
Sumber HD - 6-4-2014
- Mar 08, 2014
- http://tikaqbuloh.blogspot.com
Mengenakan pakaian serba putih dengan jubah dan serban. Alhamdulillah kedua-keduanya selamat dinikahkan walaupun pada awalnya kemungkinan pernikahan ini ditunda terlalu besar akibat serangan demam denggi yang dihidapi oleh Syamsul Yusof.
Kita yang merancang Allah yang menentukan. Syamsul dilaporkan juga masih berada dalam keadaan yang lemah. Diharap Syamsul dan Puteri Sarah bahagia dalam melayari bahtera alam perkahwinan sehingga sampai ke syurga. Amin
Sumber HD - 8-3-2014
- Feb 16, 2014
- WAWANCARA | SAIDAH HAIRAN
Siapa sasaran Lajnah Kesenian dan Kebudayaan?
Sudah tentu Melayu kampung dan desa kerana di sini sebenarnya PAS kalah. Lebih 52 peratus undi di negara ini wanita, jadi kita kena fokus program golongan muda dan golongan berusia.
Kita tengok kalau di kawasan kampung kita kena sesuaikan program itu ikut kawasan. Kalau kawasan itu baru dan belum terima idea hiburan untuk wanita kita berikan dalam format yang diubahsuai. Kalau kita buat program di kawasan bandar yang boleh terima perkara ini, kita boleh buat program yang gah dan jemput artis yang ternama untuk berbicara.
Saya rasa dari segi lajnah Kesenian untuk muslimah kita tidak boleh ambik macam pendekatan Lajnah Kesenian Muslimin sebab mereka buat program gempak. Saya rasa untuk wanita masih tidak sesuai sebab hiburan ini masih ramai yang belum terbuka fikiran.
Kita kena bergerak perlahan dan berhati-hati supaya perkara ini tidak menjadi satu fitnah kepada kita. Bila kita sudah dapat dekat dengan kumpulan sasaran ini mudah untuk kita masuk.
Benarkah tanggapan penduduk kampung bahawa PAS ini ekstrem?
Pemerhatian saya kalau di kampung adat masih kuat. Jadi apabila kita terlalu segalanya Islamik, walaupun kita hendak semua itu, tapi orang-orang macam ini susah hendak terima. Sebab adat ini sudah berpuluh-puluh tahun. Kalau di kampung mereka hendak lagi joget lambak… jadi perkara ini kita tidak boleh terus hukum, tapi kita kena perlahan-lahan.
Sekarang ini kita kena mengubah strategi untuk kita masuk dalam kelompok itu dan tidak menakutkan mereka. Sekarang ini kita nampak mereka macam takut. Kadang-kadang PAS ini mereka label sebagai ekstrem. Macam di kampung saya. Bersalam (lelaki perempuan bukan mahram) pun tidak boleh (ini mereka anggap ekstrem). Ini isu sensitif. Jadi ini kita kena perlahan-lahan tegur.
Masa orang mula-mula tahu saya masuk PAS ada yang mengatakan; "Aishah dah berubah dah tak nak campur dengan kita." Ini tanggapan mereka.
Kadang-kadang kita buat program sesama kelompok kita dan tidak jemput orang lain untuk sama-sama dengan kita. Jika ini berterusan nanti mubaligh Kristian yang jemput mereka.
Apakah yang perlu PAS lakukan untuk dekati kelompok ini?
Salah satu daripadanya, PAS kena lihat juga dunia hiburan. Dulu tidak ada artis yang hendak bersama. Kita kena siapkan diri di mana kedudukan artis jika PAS memerintah. Kita kena jelas garis panduan kita. Panduan untuk orang Islam muslimah dan panduan untuk orang bukan Islam dan macam mana kita hendak satukan.
Ini satu perkara yang sangat penting sebab orang Malaysia suka berhibur. Dalam kajian dunia, Malaysia berada di tempat ke-10 rakyatnya suka berhibur.
Kita kena ingat industri muzik ini bukan sahaja golongan artis tapi penulis lirik, pengarah filem, pengilang dan semua yang terlibat (saya anggarkan) lebih kurang 6 peratus daripada jumlah penduduk. Lebih kurang 2 juta yang terlibat dalam dunia muzik. Kita kena bersiap sedia dan kena tentukan hala tuju 2 juta orang ini.
Kita lihat Indonesia sangat advance mengislamkan hiburan. Indonesia ada artis Islamik, macam mana telitinya mereka buat kerja sehingga penulis skrip nak tulis skrip mereka ambil wudhuk dan berdoa kepada Allah supaya diberi ilham. Begitu juga pengarah memastikan pelakon mesti berlakon yang tidak ada adegan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram. Perkara ini sebenarnya kita boleh buat.
Daripada mula saya bercakap di hadapan Presiden PAS, saya mengharapkan orang bijak pandai dalam agama ini berada dalam bidang seni. Supaya mereka boleh jadi rujukan kepada penggiat seni.
Bila kita buat jadual untuk shooting mereka buka dengan doa tentukan adegan tidak ada berpegang dengan orang yang bukan muhrim.
Kita lihat filem Iran dapat award. Sedangkan filem Iran tidak ada adegan berpelukan dan pelakon wanita mereka menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa filem tidak semestinya ada adegan buka aurat untuk menjadikan cerita yang baik.
Kita ramai artis wanita jadi kena banyakkan program untuk mereka. Kalau tidak Allah bagi bakat yang baik kepada mereka, macam saya ada suara yang baik hendak buat apa?
Ini satu industri yang kita kena bangunkan. Kita kena bagi golongan artis ruang bekerja. Kita buat pusat hiburan wanita atau banyakkan program untuk wanita untuk mereka bergiat. Jadi artis wanita tidak payah berhenti kerja, mereka ada bakat boleh teruskan. Ini kalau kita mahu ambil pendirian untuk perempuan kepada perempuan.
Jika kita perintah, apa yang kita hendak buat kepada golongan artis. Tak kan kita hendak suruh mereka berhenti, ini (babitkan periuk nasi) dua juta orang. Golongan ni memang pandai menulis, memang pandai menyanyi, takkan nak suruh mereka menjual kuih. Kita kena ambil perhatian kalau tidak kita tidak akan dapat sokongan daripada golongan artis.
Pada mulanya selepas pilihan raya umum, PAS tidak berapa tahu hendak buat apa dengan golongan artis. Sebenarnya, program kawasan tak semestinya buat ceramah saja, kalau hendak buat kesenian panggil artis. Tak semestinya artis kena tukar jadi penceramah, tak kena dengan jiwa mereka.
Macam Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat suruh buat pementasan. Seronok kami. Kita dapat berkarya tapi semua ikut landasan. Tidak ada pegang-pegang. Saya sebagai Umu Jamil isteri Abu Nawas. Orang tahu juga, jadi perkara macam ini jika kita mula buat, insyAllah berjaya dan boleh diterima masyarakat.
Sekarang ini sayang, kebanyakkan daripada Pengarah filem beranggapan filem tidak akan laku jika tidak ada adegan berpelukan dan sebagainya. Jadi, kita kena didik ahli jemaah hingga pembuat filem.
Saya tengok sudah ramai pengarah filem yang menghala ke arah Islam. Kita tarbiyah kumpulan ini supaya mereka ada kesedaran. Kita tarik. Apabila mereka ada kesedaran, secara tidak langsung mereka akan tulis dalam filem dan drama mereka. Begitu juga dengan penulis lirik, mereka akan menulis senikata berunsurkan kesedaran Islam.
Penulis lirik ini sangat penting kerana mereka akan memberi makna dalam lirik lagu. Ini pentingnya kita gunakan seni untuk dakwah dan sampaikan mesej bahawa kita boleh jadi Islamik tapi tidak hilang pekerjaan.
Sekarang ini ramai artis yang tidak mahu sokong PAS sebab mereka beranggapan macam mana nak teruskan hidup. Sebab itu PAS kena tentukan hala tuju dan kita kena beri mereka meneruskan profesyen mereka. Jika tidak seolah-olah kita macam tabur pasir kepada periuk nasi mereka. Kita hendak ajak mereka menyokong kita dan suruh mereka berhenti dan mereka ini hendak buat apa.?
Apa perbezaan ketara sebelum dan selepas masuk PAS?
Dulu saya keluar sebagai Aishah penyanyi, jadi apa saya buat saya cakap macam “suka hati aku la”. Apabila bersama PAS ke mana saya pergi saya bawa nama PAS, jadi saya kena hati-hati. Kita kena tunjukkan akhlak yang baik supaya adik-adik lain akan terbuka hati. Ini satu cara dakwah yang paling berkesan. Mana-mana saya pergi, saya bawa lambang PAS.
Apabila kita kata kita sebagai muslimat, orang tak berani cakap tak tentu dan orang tak berani hendak buat tak tentu dengan kita. Ini menunjukkan pandangan orang terhadap Muslimat PAS tinggi.
Saya tetap dengan sikap kelakar dan gurauan saya. Alhamudlilah bila bernaung di bawah bendera PAS macam menjadi lingkungan bagi saya. Maknanya kerana kita hendak muslimat PAS dihormati. Jadi kita kena tunjukkan akhlak yang baik dan dihormati.
Sumber HD - 16-2-2014
- Feb 15, 2014
- WAWANCARA|SAIDAH HAIRAN
Ikuti bahagian kedua wawancaraAhli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat dengan wakil Harakahdaily, SAIDAH HAIRAN di kediaman Aishah di Ampang Jaya, baru-baru ini.
Komen Aishah tentang kecenderungan artis untuk bertudung dan mengikuti program anjuran PAS?
Alhamdulilalh saya seronok sangat. Apabila saya tengok adik-adik sudah berani buat program, ini satu peredaran yang baik. Saya bukan hendak suruh semua orang jadi ahli politik. Kita kena sedarkan setiap orang apa juga pekerjaan mesti berdasarkan Islam. Kalau hendak jadi ahli sukan jadilah yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Kalau kita lihat pemain bola yang gaji hebat di luar negara, cukup masa dia akan letak bola dan solat. Kita harap golongan artis walaupun dia menyanyi, dia menutup aurat dan mengamalkan akhlak yang baik. Dia boleh jadi role model yang baik. Jika kita tidak tunjuk role model yang baik nanti orang luar yang ambik tempat itu. Itu yang ada K-pop dan sebagainya.
Artis memang seronok mereka diberi ruang untuk memberi pandangan. Masa zaman saya dulu bila hendak pakai tudung semua orang takut. Kalau aku pakai tudung orang panggil lagi tak untuk buat show. Anak pula kecil-kecil lagi. Ini yang sering bermain dalam fikiran artis.
Jadi bila seorang sudah buat dan tengok semua kehidupan (artis bertudung) macam biasa, maka mereka kata ini satu perkara yang baik. Bagi saya bukan lagi isu tudung atau tidak bertudung tetapi macam mana kita hendak ajak mereka memperhalusi fesyen tudung.
Bagaimana hendak menutup aurat. Kalau kita lihat orang pakai tudung memang macam-macam. Sebab akhir zaman ini Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita ada orang yang pakai tudung, tapi macam orang yang tidak pakai baju (bertelanjang).
Jadi kita kena tambahkan ilmu tentang cara hendak menutup aurat yang sebenarnya. Bila artis berfesyen menutup aurat jadi peminat itu akan tahu, cara mereka berpakaian itu sebenarnya mereka mendidik peminat. Ini yang kita hendak.
Kita hendak tarbiyah supaya mereka ada ilmu ada kesedaran dan dia buat secara tak langsung peminat akan ikut. Jadi kalau artis yang disayang digilai dia pakai tudung dengan baik, peminat akan ikut sama. Ini kuasa atau kelebihan golongan artis, yang patut kita gunakan.
Adakah Aishah akan kembali menyanyi?
Saya memang menyanyi tapi tidak sekerap dulu. Saya masih mahu berada dalam industri muzik. Saya akan tengok program, sebab saya hendak jumpa golongan artis ini susah. Ini sangat penting. Saya tidak pernah kata saya tidak akan menyanyi lagi. Berkenaan suara (wanita) ada khilaf di situ.
Sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam saya nyanyi. Jadi kalau ada khilaf kita kena hormati khilaf itu, Kita tidak boleh kata haram bila ada perbezaan pendapat.
Perkara ini sangat sentisitif. Sebagai (pengerusi) lajnah baru (Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat) saya perlu berhati-hati membawa isu ini. Sebab takut nanti ada golongan yang hendak bersama dengan kita akan jadi takut. Jadi kita kena ajar ada perbezaan pandangan.
Apa perancangan program lajnah yang Aishah ketuai?
Kebanyakan wanita suka hiburan sesama wanita. Pertama saya hendak lakukan latihan taknikal untuk setiap wakil dari setiap negeri supaya mereka belajar macam mana hendak uruskan sistem audio.
Kita mesti ada kumpulan teknikal. Apa pun program kita buat kalau sistem audio tidak bagus seluruh program itu jadi tidak bagus. Ini yang kita kena mulakan dulu.
Saya hendak ‘memelayukan PAS’ (baca: menarik sokongan Melayu kepada PAS). Ini sangat penting untuk masa depan kita bagi menghadapi PRU ke-14. Kita ada Lajnah Tarbiyah tapi sebenarnya Lajnah Kesenian dan Kebudayaan boleh menjalankan peranan yang penting untuk mendekatkan masyarakat luar bandar dengan PAS. Ini supaya orang luar tidak takut dengan PAS.
Sekarang ini masih ada orang Melayu yang takut dengan PAS dan kita kena buka minda mereka.
Kita kena ajak orang kampung bersama-sama mendekati PAS. Seni ini macam-macam antaranya pantun, syair, gurindam, sajak dan lakonan. Bagi permulaan dalam lajnah ini, saya hendak AJK lajnah kena bagus bab kesenian. Kita mesti bersedia bila-bila masa jika diperlukan sama ada untuk marhaban, baca puisi, sajak dan apa-apa sahaja. Sebab itu apabila kita hendak jadi ketua kita kena tahu bidang kita. Saya hendak AJK lajnah mempunyai kepakaran dan kena belajar ini penting.
Kita kena perkenalkan AJK kita ini satu pembaharuan untuk menunjukkan kita ada kefahaman. Sekurang-kurangnya bila kita ada keyakinan kita akan rasa perasaan orang yang ada di atas pentas itu macam mana. Kadang-kadang kita tahu komen tapi kita tak tahu macam mana persiapan untuk buat persembahan. Jadi bila AJK tahu macam mana hendak buat persembahan, maknanya kita ada AJK yang faham situasi itu.
Saya hendak seni itu lebih daripada itu. Saya minat seni kraftangan. Ini orang Melayu suka. Jadi untuk kita dekat dengan orang Melayu kita anjurkan pertandingan kraftangan, gubahan dan sebagainya.
Sasaran saya apabila kita sudah buat bermacam-macam program di Muktamar nanti, kita boleh buat persembahan. Kita boleh buat persembahan di malam perasmian Muktamar adalah salah satu acara yang paling penting untuk PAS, jadi kita kena bagi ruang dan peluang tunjukkan apa yang lajnah kita buat.
Sumber HD - 15-2-2014
- Feb 14, 2014
- WAWANCARA|SAIDAH HAIRAN
Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation (1988) telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Sekembalinya ke tanah air, Aishah bergerak aktif di bidang nyanyian.
Album solo studio pertamanya terbit pada 1990. Ia memuatkan 10 lagu termasuk lagu instrumental "Camar Yang Pulang" dan dua lagu berirama Melayu asli, "Bahtera Merdeka" dan "Syurga Di Telapak Kaki Ibu". Lagu "Janji Manismu" ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah paling mendapat tempat di hati pendengar. Lagu itu dinobatkan sebagai Juara Lagu 1990 anjuran TV3 dengan mengalahkan lagu "Suci Dalam Debu" dendangan kumpulan Iklim dan "Sejati" alunan Awie.
Fenomena Aishah berterusan apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem, Berita Harian dan RTM. Aishah turut memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.
Pada 1991, beliau muncul dengan album kedua, Aishah II terbitan Adnan Abu Hassan yang memuatkan lagu hits "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem Syakila bersama Rahim Maarof dan Kuza. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem.
Aishah tampil dengan album Aishah III - Asia Sedunia (1992) dengan lagu popular "Selanjur Bercinta". Pada tahun ini juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.
Album Wajah membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu Cinta Beralih Arah (ciptaan Jari dan lirik Habsah Hassan) menjadi Juara Lagu 1995. Lagu itu turut memenangi kategori Balada. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu.
Pada tahun itu, Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
Lain-lain album yang dihasilkan Aishah adalah Klasik (1993); Wajah (1995); Memori Klasik (1996); Tiada Duka Untuk Apa (1997); Tiada Akhirnya (1998); Pulanglah Perantau (2000); Kurnia (2006) dan Anak (2010).
Aishah mula tampil di pentas ceramah PAS pada 2011. Beliau mengakui pengalaman hidupnya sebagai ibu tunggal banyak mempengaruhi keputusannya untuk bersama parti Islam itu. Beliau memilih PAS untuk melaksanakan usaha dakwah dan sebagai platform mempertahankan akidah ummah.
Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 mewakili PAS untuk kerusi Parlimen Jempol mencabar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Kini beliau menjawat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat dan mengetuai Lajnah Kebudayaan dan Kesenian. Ikuti temubual beliau dengan wakil Harakahdaily, SAIDAH HAIRAN di kediamannya, di Ampang Jaya, baru-baru ini.
Mengapa memilih PAS?
Melalui perhatian saya ada parti yang memenangkan bangsa walaupun kita bangsa yang sama yang dipertahankan kononnya. Ada parti yang bukan bangsa kita dan ada parti yang kita tak pasti perjalanan politiknya. Apa yang penting dalam banyak parti, PAS sahaja yang betul-betul perjuangan terasnya Islam.
Perjuangan PAS terasnya Islam itu tidak pernah berganjak. Dalam hidup ini kita hendak cari apa. Apakah kita hanya mahu mencari ketuanan Melayu. Bila kita sudah lahir Melayu apa sahaja yang kita buat, bila mati tetap Melayu. Tapi walaupun kita lahir sebagai orang Islam kalau perjalanan hidup kita tidak betul-betul, mati kita belum tentu lagi Islam.
Saya perhatikan melalui aktiviti dan program, saya suka tengok jenis-jenis orang. Jenis orang yang ada latarbelakang agama itu lain jika dibandingkan dengan kelompok kuat kepada bangsa dan politik yang tidak pasti ke mana arah tujunya. Berbanding apabila ada Islam di situ bukan nak kata sempurna tapi ada kekuatannya.
Perasaan dan pengalaman terpilih sebagai calon pilihan raya?
Memang ini satu cabaran dan kadang-kadang saya rasa berada dalam dua bidang. Kadang-kadang saya rasa tidak artis dan tidak ahli politik. Ada masa saya dua-dua.
Memang situasinya kalau di Malaysia, Dayang Ku Intan sahaja yang faham, sebab kita mengalami situasi yang sama. Ini kerana ia tidak pernah berlaku dalam industri muzik atau dalam arena politik. Jadi kami ini seolah-olah macam satu percubaan.
Kadang-kadang tekanan itu memang ada tapi bagi saya akhirnya kita balik kepada niat awal. Niat saya sebenarnya supaya Islam itu akan menjadi tiang seri kepada negara kita. Apa-apapun ia berlandaskan kepada Islam walaupun bukan kepada orang Islam. Jika orang bukan Islam faham tentang hukum Islam, saya rasa dia tidak akan ada masalah, malahan dia rasa dia akan lebih selamat dalam negara yang menjalankan hukum Islam.
Selepas pilihan raya saya teruskan perjalanan kehidupan dan Alhamdulillah saya berada dalam kelompok jemaah. Namun, situasi itu kadang-kadang saya tidak pasti, orang ini peminat ke atau orang ini tidak suka sebab saya sokong PAS.
Hari pertama saya balik selepas PRU, saya makan bersama anak di luar. Ada seorang wanita, dia nampak saya, dia tak mahu duduk dengan saya. Dia pergi meja lain dan bercerita; apa lagi hendak... orang semua sudah pakai tudung. Saya tahu dia cakap macam tu hendak bagi saya dengar. Padahal kalau dia betul-betul berani boleh duduk dengan saya.
Daripada kenyataan wanita itu, ini menunjukkan seolah-olah apabila kita sudah bertudung, kita sudah jadi orang yang hebat. Ini kenyataan jahil. Memang lah pada mula-mula bila kita pakai tudung... wah macam dah baik sangat. Padahal dalam Islam ini banyak lagi yang perlu dipelajari. Bagi saya, orang macam ini yang perlu ditarbiyah.
Bila ada sentimen Melayu yang terlalu kuat, bila adat kita diletak atas daripada agama selalu menjadi masalah. Agama dengan Islam bercanggah. Sampai balik kampung saya serba salah nak salam ke tak dengan saudara mara lelaki sebab ada pertalian saudara.
Pernah berlaku ketika kempen, saya tak salam dengan seorang pakcik, dia marah dan maki saya pasal saya tak bersalam dengan dia. Padahal sebenarnya bila kita dalami ilmu agama perkara ini tidak ada pertikailan lagi. Itulah dia cabaran.
Alhamdulillah dengan kawan-kawan artis setakat ini yang saya jumpa semua ok... Rupanya ramai yang saya lihat yang tak berani bersuara tapi mereka sokong dari jauh.
Sebenarnya bukan semua orang berani dan bukan semua orang yang boleh buat, mungkin Allah belum bagi keyakinan kepada mereka untuk bersuara, tetapi sokongan mereka itu sudah cukup bagus.
Ini satu cabaran yang menarik dan saya harap apa yang saya buat sekarang ini tidak menjejaskan hubungan sesama artis. Kadang-kadang saya berada di tengah antara golongan artis dengan pihak pimpinan. Kadang-kadang saya harap tidak ada banyak buat kesalahan.
Saya bimbang jika buat kesalahan sebelah golongan artis kata; "Ha... itulah masuk lagi politik". Sebelah pimpinan kata; "Ha... ambil lagi artis".
Kita kena sangat berhati-hati dalam hubungan ini.
Bersambung esok...
Sumber HD - 14-2-2014
- Feb 04, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Menurut Aishah, industri hiburan bukan hanya terdiri daripada penyanyi dan pelakon malah merangkumi pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu sehingga pekerja di kilang cakera padat.
"PAS kena lihat dunia hiburan dan mendekati golongan ini. PAS juga mesti menjelaskan garis panduan terhadap golongan artis wanita supaya mereka dapat meneruskan karier apabila mereka menyokong PAS," katanya ketika diwawancara Harakahdaily di rumahnya dekat sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, PAS perlu bersiap sedia untuk menentukan hala tuju para karyawan dan pekerja industri hiburan bagi memastikan mereka tidak kehilangan pekerjaan jika memberi undi kepada calon-calon PAS untuk membentuk kerajaan.
"Pertama kali saya berjumpa dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, saya cakap dengan Presiden, saya harap orang bijak pandai seperti golongan ustaz berada dalam dunia seni supaya mereka boleh dijadikan rujukan penggiat seni," katanya.
Menurutnya, negara jiran Indonesia sudah kehadapan dalam dunia hiburan Islam dengan adanya artis Islamik dan pengarah filem yang berpegang dengan ajaran Islam.
Sutradara (pengarah) yang menjiwai Islam, ujarnya tidak membenarkan adegan berpegangan tangan dengan bukan muhrim dalam filem dan drama arahan mereka.
Beliau menyarankan agar industri muzik terus dibangunkan dengan memberi peluang kepada golongan artis untuk meneruskan pekerjaan dengan mematuhi tuntutan syarak.
"Kita kena tentukan hala tuju hiburan di negara ini jika PAS mahu memerintah negara. Jika tidak ada hala tuju yang jelas seolah-olah PAS menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka," katanya.
Beliau menambah, adalah tidak munasabah bagi PAS meraih sokongan golongan artis tetapi di masa yang sama tidak berusaha membela nasib mereka.
"Kita ramai artis wanita, jadi banyakkan program wanita. Jika tidak mengapa Allah bagi bakat dan suara yang baik (kepada mereka). Sudah tentu ada kelebihannya," katanya.
Mengulas tentang objektif penubuhan Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Muslimat PAS Pusat, beliau menjelaskan lajnah itu akan berusaha melaksanakan program-program kesenian dan kebudayaan khususnya bagi mendekati masyarakat Melayu di kampung dan kawasan luar bandar.
Menurutnya, sejumlah 52 peratus pengundi negara terdiri daripada golongan wanita dan lajnah pimpinannya mesasarkan golongan muda dan berusia untuk didekati.
Ikuti wawancara bersama Aishah pada keluaran Harakah akan datang.
Sumber HD - 4-2-2014
- Feb 01, 2014
- MOHD SABRI SAID
JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.
Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.
"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour.
Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.
Bagi mereka, perkara yang sudah biarkan ia pergi kerana yang penting matlamat masa depan diteruskan dengan penuh kesedaran.
Menyentuh mengenai masa silam sambung Aishah, mula mendapat hidayah apabila kehilangan emak saudara serta rasa terlalu ingin bertudung selepas itu.
"Selepas kematian emak saudara tiba saya rasa lain pada diri. Kehendak bertudung rasa makin menghampiri. Bila bertanya pada diri kenapa tidak boleh bertudung sedangkan semasa menziarahi emak saudara boleh pakai sampai seharian," terangnya.
Manakala Farah Asyikin pula menjelaskan, ia berpunca daripada penceraian yang membawa kepada kemurungan dan sepi.
Beliau sanggup bermain dengan kucing untuk menghilangkan perasaan sunyi.
Katanya, kucing yang dijumpai di tepi jalan itulah sebenarnya teman bercakap untuk menghilangkan 'stress'.
"Kemusnahan rumah tangga pertama membuatkan diri terumbang ambing. Lalu memasuki peraduan nyanyian sebagai suka-suka dan cuba merakamkan album namun ada saja rintangan yang datang," ujarnya.
Sumber HD - 1 -2-2014
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu.
"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’?
"Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
"Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my.
Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya.
“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi.
Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.
Sumber HD - 28-1-2014
Mumtaz sokong ‘pusingan U’ Mizz Nina
- Jan 26, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi ketika ditemui Harakahdaily berkata, hasrat Mizz Nina sebenarnya selari dengan tuntutan agama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mizz Nina yang tidak lagi mahu membuat persembahan di hadapan penonton berlainan jantina.
Semalam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman berkata, beliau akan mengurangkan aktiviti nyanyian kerana akan menumpukan perhatian pada ibadat dan perniagaan semata-mata.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Bengkel Word Hijab Day di sebuah pusat membeli belah semalam.
“Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah. Selayaknya kelebihan itu disesuaikan dengan syariat.
“Menyanyi di khalayak wanita sahaja dengan lirik yang bersesuaian, insya Allah akan dikira ibadat dan membawa keberkatan,” ujarnya.
Menurut Mumtaz (gambar), walaupun dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen Barat, Mizz Nina membuat pusingan U untuk kembali kepada syariat.
“Pendirian itu perlu diberikan penghargaan dan sebagai seorang muslimah saya pastinya amat berbangga dengan perkembangan itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendoakan supaya Mizz Nina istiqamah dengan prinsip Islam sebenar.
Sumber HD - 26-1-2014
No comments:
Post a Comment