Money politics - Horses' Mouths - 6 June 2014
Money politics in PKR?
It is hearsay with absolutely no proof. I totally deny that I have been involved in money politics. These are people trying to instigate and point fingers (at others) in the election process.
Xavier Jayakumar, PKR Kota Raja division chief, denying claims that he attempted to bribe the party's election committee, describing it as "character assassination"
Don’t ape Singapore
We don't want the same trend in this country. We want alternative voices, people's voices. Malaysiakini is one such alternative voice and they give fair coverage to both sides (of the political divide). So, this is an attempt to silence Malaysiakini and it is very unbecoming, in fact, shameful of the PM.
N Surendran, PKR vice president, slamming Prime Minister Najib Razak’s move to sue Malaysiakini
JAIS’ raid
An internal investigation is being conducted by JAIS.
Nurhamizah Othman, Selangor Islamic Affairs Department (JAIS) Public Relations and Publications Unit deputy director, on taking action against its officers who gate-crashed a Hindu wedding on Sunday if an investigation into the matter finds them guilty of misconduct
JAIS should be careful in what they do because their actions have given the wrong image not only to Malaysians, but to the world. Day by day, the global community is seeing much of the world leaning towards 'Talibanisation' because of such actions.
Asri Zainul Abidin, former Perlis Mufti, describing JAIS’ action to disrupt a Hindu wedding on suspicion that the bride was a Muslim is akin to "Talibanisation" –
Haj quota
The economy of Muslims in this country has improved and with it comes high awareness to perform haj. The list is getting longer and the limited quota means a pilgrim has to wait 50 years for his turn to arrive. I consider this as a big challenge. I will personally plead with the Saudi government for additional haj quota.
Najib Razak, Prime Minister
ISMA
Isma is supposedly made up of professionals. What kind of professionals are these who spew such hatred and racism?
Ambiga Sreevenasan, former Bar Council president, criticising Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) for sowing animosity between the races
Muslim name
To use Nadal's name as an example of a Muslim name clearly shows Ahmad Zaki's ignorance.
Ong Kian Ming, Serdang MP, criticising deputy director-general of Jais Ahmad Zaki Arshad for his remarks in justifying the disruption of a Hindu wedding ceremony on Sunday by saying that if Spanish tennis player Rafael Nadal came to Malaysia and entered a church, Jais would have to probe into it because he has a Muslim name
Sumber HD - 6-6-2014
Rakyat makin terbeban sistem baru subsidi minyak
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.
Beliau menambah, rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.
“Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.
BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan.
Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.
Beliau khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.
“Contohnya jika harga subsidi seliter petrol RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 seliter, pasaran gelap boleh berlaku apabila kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 seliter kepada ejen pasaran gelap, manakala ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 seliter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli melalui pasaran gelap,” ujarnya.
Ini, ujar beliau sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.
Sumber HD - 4-6-2014

PKR pecat keahlian ketua pengawas pemilihan
KUALA LUMPUR: PKR memecat keahlian seorang Ketua Pengawas Pemilihan parti itu kerana didakwa menyalahguna kuasanya semasa proses pengundian.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Azrai Abdullah dari cabang Hulu Langat dipecat selepas didakwa menyalahgunakan kedudukan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April lalu.
Melalui satu kenyataan, beliau juga memaklumkan tiga lagi turut digangtung keahlian atas kesalahan masing-masing.
Jol Jolhi Bee dari cabang Batang Sadong diberi surat tunjuk sebab dan digangtung keahlian sehingga siasatan selesai.
Beliau didakwa memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April 2014.
Dua lagi digangtung keahlian selama setahun iaitu Shanmuganathan a/l Velu dan Patmanathan a/l Nadarajah dari cabang Selayang.
Kedua -dua mereka didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.
Keputusan itu dibuat selepas diteliti lembaga disiplin PKR dan dibentangkan kepada mesyuarat Biro Politik parti itu semalam yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu penggantungan terhadap dua anggotanya Norizan Omar dan Azman Yaakob dari cabang Selayang ditarik balik dan hanya diberi amaran keras.
Keputusan itu dibuat selepas sesi pendengaran yang diadakan pada 31 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Pemilihan: PKR beri amaran kepada pihak luar
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kelancaran pemilihan semula yang lalu.
PKR juga, katanya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), kerana membuka ruang untuk mendengar kritikan dan komen dari semua peringkat.
Menurutnya, penambahbaikan dalam pemilihan semula yang berjalan lancar pada 31 Mei dan 1 Jun lepas, menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dari semua pihak.
"Justeru, kita harapkan agar JPP akan meneruskan usaha untuk menambahbaik proses pemilihan parti dari masa ke semasa," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam masa yang sama, tegas beliau PKR memberi amaran kepada pihak luar, agar tidak berterusan membuat kacau ganggu proses pemilihan parti yang dijalankan dengan demokratik.
Beliau menambah, daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng.
Berikutan daripada itu, kata beliau tercetusnya beberapa pelanggaran disiplin yang turut sama membabitkan beberapa ahli PKR.
Beliau menambah, sayugia ditegaskan bahawa, PKR tidak pernah memandang remeh isu disiplin.
"Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan yang ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya," tegas Adun Kajang itu lagi.
Dengan tahap disiplin yang tinggi, ujarnya insya Allah PKR pastinya, mampu untuk terus menarik minat semua pihak merentasi ras, budaya, dan agama. - HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014

Sistem baru subsidi minyak dedah kepada penyelewengan
Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.
Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:
1. Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);
2. Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran;
3. Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran.
Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat.
Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.
Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.
Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut:
1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini;
2. Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi;
3. Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah.
Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku:
1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap;
2. Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap.
Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan.
Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.
Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.
Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil.
Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini.
* Penulis adalah Ahli Parlimen Pandan.

YB DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=qETXxSGux1s
YB RR - https://www.youtube.com/watch?v=uwAas-6pbE8
YB TC (R2.0) -
https://www.youtube.com/watch?v=odHLGZhkr2c
Keluar PKR tagih habuan, keluar Umno tagih keadilan
KUALA LUMPUR: Sejarah membuktikan bahawa individu yang keluar daripada Umno bertujuan menuntut keadilan manakala yang bertindak keluar daripada parti pembangkang khususnya PKR adalah kerana mencari habuan, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Mengulas kenyataan Ketua Puteri Umno Kedah, Norashimah Md Nowar yang mendakwa ramai anggota PKR bertindak keluar parti kerana PKR "cukup bermasalah dan dikawal satu kelompok", Fahmi (gambar) menyifatkannya sebagai tohmahan yang tidak berasas dan berusaha mengalih pandangan umum daripada kepincangan kronik dalam Umno.
"Jika kita lihat, mereka yang keluar KEADILAN terutamanya bila berdekatan waktu strategik seperti musim pilihan raya kerana umpan, habuan dan tawaran.
"Ada yang keluar untuk jadi senator. Ada yang keluar untuk jadi duta. Ada yang keluar untuk jadi pengerusi yayasan besar. Ada yang keluar untuk membantu melangsaikan hutang," ujar Fahmi.
Berbanding dengan mereka yang keluar Umno khususnya di kalangan pucuk pimpinan dan pengasas, mereka jelas Fahmi menagih keadilan serta menolak dasar dan kepimpinan parti itu sendiri.
Menurut beliau, Dato' Onn Jaafar bertindak keluar Umno kerana parti itu enggan mengubah dasar dan membuka pintunya kepada kesemua rakyat Malaya manakala Tun Hussein Onn mengikuti langkah bapa beliau dan keluar Umno atas prinsip yang sama.
Presiden Umno pertama, Tunku Abdul Rahman, ujarnya keluar Umno kerana rasa teraniaya dan dahagakan keadilan buat dirinya.
"Begitu juga Tun Dr Mahathir yang pernah keluar Umno kerana terasa diri dianiaya," tambah Fahmi.
Menyentuh isu pemilihan PKR, beliau menyifatkan kenyataan dan pengumuman Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membuktikan betapa seriusnya parti dalam menangani isu disiplin dan memastikan proses berjalan lancar.
"Suara akar umbi diamati apabila aduan dan bantahan yang diterima daripada lebih 60 Cabang didengar satu per satu; setelah bukti dikumpul dan disahkan, mereka yang didapati melanggar tatatertib, tatatetika, dan disiplin parti akan dikenakan tindakan tanpa mengira bulu.
"Oleh itu, saya cadang Ketua Puteri Umno Kedah dan seluruh pimpinan parti itu untuk cermin diri sendiri dan bermuhasabah sebelum menyerang pihak lawan dengan retorik lemah sebegini," tegasnya. - HARAKAHDAILY, 30/5/2014
Sumber HD - 30-5-2014

PKR gantung keahlian Chegu Bard
KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard di antara mereka yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Chegu Bard dari Cabang Rembau diberi surat tunjuk sebab serta digantung keahlian parti serta merta sehingga siasatan selesai.
Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Chegu Bard telah membuat kenyataan media yang mendakwa proses pemilihan adalah kotor dan tidak telus.
Siasatan Lembaga Disiplin juga mendapati, beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan 'Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali' pada 12hb Mei 2014 dan disiarkan dalam laman mysuara.net dan Free Malaysia Today.
"Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik JPP dalam akhbar Berita Harian pada 21hb Mei 2014 bertajuk 'Keputusan penuh penipuan: Chegubard'," katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa kes dibentangkan dalam mesyuarat biropolitik bertarikh 27 Mei 2014 yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Antara keputusan yang dicadangkan lembaga ini dan dipersetujui oleh biropolitik melibatkan pemecatan seorang ahli anggota PKR iaitu Md Yusop Kamaruddin daripada cabang Pasir Salak, dan empat anggota digantung keahlian.
Tan Kee Kwong berkata, Yusop dipecat dari PKR kerana telah mengingkari arahan surat penggantungan dan terus menjalankan aktiviti yang mencemar nama baik Parti dengan terus membuat kritikan dan serangan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti dalam laman sosial Facebook beliau.
Manakala, biropolitik juga telah bersetuju menarik balik penggantungan keanggotaan bagi empat lagi ahlinya yang masing-masing daripada Cabang Kota Raja.
Perkara itu dibuat setelah mendengar hujah dan bukti responden dalam sesi pendengaran pada 24 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
Sumber HD - 28-5-2014

35 cabang PKR buat pengundian semula
PETALING JAYA: 22 dari 35 Cabang PKR akan membuat pemililan semula di semua peringkat, manakala selebihnya hanya membabitkan beberapa jawatan sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pemilihan semula ini dilakukan berikutan terdapat beberapa insiden yang melanggari etika pemilihan dan pelembagaan parti.
"Kita telah putuskan pemilihan semula di 35 Cabang yang membabitkan beberapa buah negeri.
"Kita turut menetapkan pada 22 Jun nanti proses pemilihan ini akan selesei sepenuhnya," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Beliau turut memberi amaran agar mana-mana cabang yang membuat pemilihan semula perlu memastikan segala arahan dan peraturan keselamatan dilakukan dengan baik.
"Kita kali ini tegas, untuk pemilihan semula setiap cabang perlu memastikan kejadian sebelum ini tidak lagi berulang dan jika ia berulang kita tidak teragak-agak untuk mengantung cabang berkenaan.
"JPP akan memasang beberapa alat perakam video bagi merakam setiap aktiviti yang berlaku, dalam masa yang sama kita turut meminta calon menyediakan alat perakam video mereka sendiri," sambung beliau.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memberitahu JPP memberi keadilan yang sepenuhnya kepada setiap aduan yang diberikan sepanjang proses pemilihan parti.
"Beri kita masa untuk meneliti setiap aduan yang dilaporkan kepada JPP, kita memberi peluang pada pengadu dan yang diadu.
"Melalui aduan ini kita mengadakan proses pendengaran sepertimana Suruhanjaya Di Raja (RCI), pengadu akan menceritakan apa yang mereka laporkan dan begitu juga mereka yang diadu.
"JPP akan meneliti sepenuhnya sebelum membuat keputusan, pada akhir pendengaran itu kita meminta kedua-dua pihak menerima keputusan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan itu tidak memihak mana-mana individu," kata beliau. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014

Empat anggota PKR dipecat
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan memecat empat anggota parti itu manakala sebelas orang lagi digantung keanggotaan.
Menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong, keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota sepanjang berlangsungnya pemilihan parti itu.
Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 20hb Mei 2014, yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.
Mereka yang dipecat, Radin Sharifuddin Mohamad Yasin dari Cabang Selayang kerana merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11hb Mei 2014.
Kumar Guru A/L Retnasamy dari Cabang Alor Setar dipecat kerana sewaktu proses pemilihan Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014, beliau telah mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri oleh beliau dan telah memasukkan kertas-kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun beliau bukan anggota Cabang Kota Raja.
Anggota PKR dari Cabang Hulu Selangor, Zulkifli Abdullah turut dipecat kerana beliau telah menjerit dan menuduh TS Abdul Khalid bin Ibrahim dengan kata-kata 'rasuah' dan 'penipu' selepas sidang media Ketua Umum bersama calon-calon Timbalan Presiden pada 16 Mei lalu.
Manakala Ahmad Jufliz Datuk Faiza dari Cabang Setiawangsa dilucutkan keanggotaan kerana tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.
11 orang lagi diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta merta sehingga siasatan selesai. Iaitu lima anggota daripada Cabang Selayang dan enam daripada Cabang Kota Raja serta seorang daripada Cabang Hulu Selangor. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
DJA - https://www.youtube.com/watch?v=upmDKJRDkOY

Naik tarif elektrik untuk tampung hutang negara
KUALA LUMPUR: Mustahil bagi syarikat bekalan elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian dalam masa terdekat memandangkan ia mencatat keuntungan bersih berbillion ringgit setahun.
Pengerusi Biro Pengguna PKR, Yahya Sahri (gambar) berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan terpaksa menaikkan tariff elektrik bagi melindungi syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan.
“Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk menggunakan elektrik ini, jadi saya tak nampak dari aspek apa yang TNB ini rugi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41 bilion tahun sebelumnya.
Tambah Yahya, kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian bertambah.
“Sekarang ini ekonomi negara kita di tahap yang parah, kemungkinan besar TNB menjadi (salah satu) sumber menampung hutang negara. Dengan cara ini, dana dapat dikumpulkan dengan cepat dan kerajaan akan gunakan untuk tanggung kos hutang tersebut,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa, kenaikan ini akan membebankan rakyat yang terpaksa membayar elektrik dengan harga yang tinggi, dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran Najib. – HARAKAHDAILY, 18/5/2014
Sumber HD - 18-5-2014

Elak kenaikan tarif: TNB perlu henti guna khidmat IPP
SHAH ALAM: Rakyat di negara ini tidak perlu berdepan kenaikan tarif elektrik yang melampau jika Kerajaan Pusat menamatkan perjanjian yang memerlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli elektrik dengan harga tinggi daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Mantan Timbalan Presiden PKR, Senator Syed Husin Ali, berkata IPP memperoleh sekurang-kurangnya RM20 bilion subsidi daripada kerajaan dengan tujuan ‘melindungi’ dan ‘menyelamatkan’ syarikat itu.
Katanya, ekoran itu TNB ‘dipaksa’ membeli bekalan elektrik daripada syarikat berkenaan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi dan membebankan rakyat.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) kata dia tiada pilihan melainkan terpaksa naikkan tarif elektrik. Jika kerajaan hentikan TNB daripada beli mahal (elektrik) dengan IPP tentu harga tidak perlu naik.
“Memang ingin selamatkan IPP yang dapat subsidi RM20 bilion sebab kalau ikut perjanjian yang Tun Mahathir buat, TNB kena beli elektrik mahal daripada IPP. Rugilah. Rakyat beban!” kata Syed Husin di twitternya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula secara sinis di twitternya menganggap keuntungan RM1.742 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2013 yang diperoleh TNB adalah satu’ kerugian’ buat Najib.
Katanya, disebabkan itu kerajaan BN tidak lagi mempunyai pilihan lain selain menaikkan tarif elektrik tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.
“Untung RM1.7 bilion itu bagi Najib rugi,” katanya.
Najib dalam satu majlis bersama kakitangan TNB baru-baru ini berkata kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya.
Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat. - Selangor Kini

Jangan samakan dengan SPR - Anwar
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak laporan media milik Umno yang meminta parti itu tidak menunding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan penipuan pada pilihanraya umum lalu.
Beliau berkata, tidak wajar menyamakan PKR dengan SPR yang dilihat bersekongkol dengan Umno untuk memastikan kemenangan kepada parti itu.
"Ia berbeza, PKR tidak bersekongkol untuk menentukan kemenangan sesiapa, kita tegas dalam setiap tindakan serta tidak melindungi sesiapa pun.
"Kita akan dedah siapa yang terlibat, yang salah tetap salah dan bukan prinsip kita untuk melindunginya," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Tambah beliau, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan terus bertindak jika ada laporan mengatakan wujud penipuan dengan menangguh pemilihan bagi memastikan siasatan menyeluruh atas dakwaan tersebut.
"Ada laporan wujud penipuan, JPP akan bertindak dengan menangguhkan pemilihan tetapi ia tidak berlaku pada SPR, mereka tetap meneruskan serta melindunginya.
"Kita tidak bertolak ansur yang didapati bersalah serta melanggar peraturan pemilihan dan parti, keanggotaan mereka kita akan lucutkan," sambung beliau.
Anwar yang memberitahu, kehadiran ketiga-tiga calon Timbalan Presiden PKR pada sidang media bersamanya hari ini membuktikan PKR memberi sokongan penuh kepada pemilihan parti untuk terus bergerak dalam menambah proses pemilihan parti.
"Kita telah belajar dari kesilapan pemilihan yang lalu, penambahbaikan terus dilakukan, memang wujud kelemahan dari segi logistik serta petugas pada pemilihan kali ini.
"kita akan pastikan JPP bertindak dan membaiki kelemahan yang dikenalpasti untuk tempat pemilihan-pemilihan yang tertangguh," katanya. - HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014
'Orang luar' cetus keganasan, pecat ahli jika terlibat
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu akan memecat keanggotaan jika terdapat bukti ahli yang terlibat dalam kekecohan dan penipuan pada pemilihan PKR.
Pada sidang media hari ini beliau berkata, pimpinan PKR mengamati perjalanan pemilihan parti yang telah berjalan tiga minggu berturut-turut dengan cukup serius.
"Kita tegas sekiranya ada isu cacat cela dalam pengundian termasuk penipuan, gangsterisme dan displin, maka siasatan penuh wajib dijalankan dan tindakan displin harus diambil.
"Harus ditegaskan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Displin PKR telah diarah supaya tidak melindungi mana-mana anggota sekali pun," jelasnya di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Menurut beliau lagi, lapan anggota PKR telah digantung keanggotaan bagi membantu siasatan berkaitan pemilihan parti.
"Saya difahamkan lembaga displin parti kini bermesyuarat setiap hari bagi mempercepatkan proses siasatan.
"Pimpinan PKR amat perihatin tentang insiden kekerasan dan gansterisme yang berlaku, terutamanya proses pengundian di Selangor," sambung beliau.
Tambah beliau, berdasarkan bukti video dan foto mendapati terdapat elemen bukan anggota parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan mengagalkan proses pengundian.
"Saya turut difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk PKR sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac yang lalu.
"Pimpinan PKR, telah mengarahkan JPP dan lembaga displin menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan displin yang cukup keras mesti diambil bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang parti," sambung beliau lagi.
Ketika ditanya tentang dakwaan ada pihak yang ingin membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), jelasnya PKR telah memastikan segala proses pemilihan telah mengikuti arahan dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan parti mahupun ROS. - HARAKAHDAILY 16/5/2014
YB DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=4gpesVzq2FE
Sumber HD - 16-5-2014
Perbaiki skim perkhidmatan guru, skim rangsangan tugas pedalaman
SELAIN daripada kedua ibu bapa, guru adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita, berperanan mencorak pemikiran dan masa depan kita.
Guru adalah insan yang mengajarkan kita dan mendedahkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan, dengan pengetahuan itulah yang membentuk kita mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam mengejar cita-cita.
Hasil didikan guru, menjadikan seseorang itu berjaya mendapat pendidikan yang cemerlang, berjaya di dalam kerja dan menggapai kemahsyuran dalam kehidupan.
Walau tinggi mana pun darjat dan pangkat seseorang, mereka harus ingat bahawa mereka, merupakan seorang 'bekas pelajar' yang tetap terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mendidik mereka pada masa dahulu.
Menghormati guru dan memuliakan mereka, sebagaimana kita memuliakan kedua-dua ibu bapa kita, adalah bersesuaian dengan tuntutan Islam dan kepercayaan sejagat.
Kita dididik untuk memberi tumpuan kepada ilmu yang diajarkan, melaksanakan arahan guru dan meninggalkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah.
Kita juga dididik untuk sentiasa mengucapkan salam hormat setiap kali bertemu dengan guru, bercakap dengan mereka dengan sopan santun dan membantu guru tatkala mereka memerlukan pertolongan.
Oleh kerana itu, bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014, adalah disarankan agar, semangat ini harus kita teruskan.
Penghormatan terhadap guru, harus kekal disanubari kita.
Bersempena Hari Guru ini juga, bagi pihak Parti Keadilan Rakyat, kita mengharapkan para guru terus berperanan, berusaha mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan daya intelek.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat juga bertekad, untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu tinggi dan menjamin peluang yang saksama kepada seluruh rakyat.
Justeru, kita akan berjuang untuk berusaha meningkatkan mutu pendidikan guru, bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
Kita mahu menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
Dan yang paling penting, kita berharat untuk mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
Kepada semua guru yang tercinta, Selamat Hari Guru buat anda!
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Pemilihan PKR: Tarikh baru untuk cabang bermasalah
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR akan mengeluarkan tarikh baru kepada semua cabang bermasalah yang diarah untuk membuat pemilihan semula.
Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, mesyuarat biro politik parti itu semalam bersetuju memberi ruang yang lebih kepada cabang-cabang terbabit untuk membuat persiapan.
Menurutnya, ia termasuk persiapan logistik, mengenalpasti premis tempat pemilihan yang lebih kondusif, serta penyediaan jumlah pengawas dan petugas yang lebih ramai bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan lebih lancar.
"Tumpuan dan penelitian yang lebih juga akan diberikan kepada cabang-cabang yang mempunyai jumlah anggota yang ramai," katanya dalam satu kenyataan.
"Untuk itu, JPP akan mengeluarkan satu tarikh baru untuk semua pemilihan semula yang melibatkan Cabang-Cabang di Sabah, Sarawak dan Semenanjung," ujarnya lagi sambil berharap ianya dilaksanakan dalam kadar yang munasabah. - HARAKAHDAILY 15/5/2014
Sumber HD - 15-5-2014

Lapan anggota PKR dikenakan tindakan disiplin
KUALA LUMPUR: Lapan ahli PKR telah diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keahlian sehingga siasatan selesai kerana terbabit dalam insiden ugutan, mengkritik jawatankuasa pemilihan parti dan melakukan kekecohan sepanjang kempen pemilihan parti itu berlangsung.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota.
Kes-kes tersebut, ujarnya telahdibentangkan dalam mesyuarat biro politik parti itu pada 14 Mei lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu turut dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota biro politik.
Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui biro politik parti:
1) MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)
Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Puan Faridah, pembantu khas Penyelaras Dun Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras Dun Bukit Melawati.
Mustapha akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
2) S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."
S Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
3) BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.
Bobinath akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
4) MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".
Monniza akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
5) MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan parti secara terbuka di laman facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."
Md Yusop akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
6) K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)
Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara pemilihan parti."
K Gunasekaran akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
7) NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)
Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.
Noor Azman akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
8) AHMAD JUFLIZ DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)
Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.
Ahmad Jufliz akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. - HARAKAHDAILY, 15/5/2014

Kecoh pemilihan PKR: JPP akan bertindak tegas
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengarahkan petugas pemilihan mengecam pihak yang menimbulkan kekacauan di pusat pengundian Pemilihan PKR 2014 peringkat Selangor yang berlangsung, pada 11 Mei lalu.
Pengecaman itu dijalankan bagi membolehkan tindakan tegas diambil sama ada membatalkan kemenangan, digantung atau dipecat keahlian mereka yang terbabit daripada parti.
Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul, berkata siasatan dan pengecaman itu turut dijalankan terhadap insiden menendang peti undi yang berlaku di Kuala Langat.
“Di Kuala Langat, lima minit lagi sebelum ditutup, lima anak muda Melayu masuk ke dewan dan tanpa sepatah perkataan terus tendang peti undi, berselerak kertas undi yang kita tidak tahu apa puncanya.
“Kita siasat apa yang berlaku. Kita tidak batalkan Kuala Langat sebab ingin tunjukkan bahawa kamu boleh bertindak dengan sebarang cara tetapi JPP tidak akan bertoleransi dengan gangguan ini.
“Kita arahkan kepada semua petugas untuk meneliti orang yang buat kacau dalam video dan gambar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.
Johari juga tidak menolak kemungkinan kekacauan itu dilakukan orang luar yang dibawa masuk pihak tertentu bagi merosakkan proses dan keputusan pemilihan kali ini.
Selain Jawatankuasa Aduan Pemilihan yang dipengerusikan Abdul Malek Hussain, Jawatankuasa Displin PKR juga mengadakan pendengaran terhadap calon yang didapati melanggar tata etika parti.
Terdahulu, sebelum sidang media dimulakan, calon Ketua Cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam yang kebetulan terserempak dengan wartawan Selangor Kini memberitahu beliau akan menghadap jawatankuasa displin.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara lanjut kenapa beliau dipanggil jawatankuasa terbabit. - Selangor Kini

Sumber HD - 13-5-2014
Pemilihan PKR: 17 cabang belum selesai, keputusan 19 Mei
SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya 17 cabang lagi masih belum selesai proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, keputusan penuh dijangka 19 Mei ini iaitu sejurus semua cabang selesai menjalankan proses pengundian.
“Kita tunggu semua proses pemilihan berakhir pada 18 Mei. Kita masih ada lagi 17 atau 18 (pemilihan cabang).
“Kita akan kendalikan beberapa cabang yang kita tangguhkan dan batalkan akibat masalah teknikal dan masalah keraguan,” katanya dipetik Selangorkini.
Pada 5 Mei lalu, JPP telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincang isu-isu berkaitan perjalanan Pemilihan 2014, khususnya isu 17 Cabang yang mana proses pengundian telah didapati bermasalah. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Hasil mesyuarat itu memutuskan 17 cabang berkenaan akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17 Mei 2014.
Sumber HD - 11-5-2014

Tugas ibu selagi mata tidak tertutup - Wan Azizah
SUBANG JAYA: Golongan wanita hari ini dinasihatkan untuk bijak memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan, seterusnya membentuk generasi yang baik pada masa hadapan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita bukan sahaja terpaksa menggalas tugas professional di luar tetapi turut menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.
Bagaimanapun keadaan ini, katanya, tidak akan menghalang seorang wanita untuk melakukan yang terbaik demi keluarga tersayang.
“Seperti saya, walaupun dalam keadaan sekarang sudah tua, saya masih lagi kadang kala rasa bersalah andai saya tidak melakukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kerana saya tinggalkan mereka untuk keluar bekerja.
“Tugas ibu ini tidak akan habis, tugas ibu hanya selesai apabila sudah tutup mata.
“Ketika itu, barulah seorang ibu akan berhenti daripada memikirkan keluarga dan anak-anak,” ucapnya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin yang diraikan dalam Sambutan Hari Ibu anjuran Pejabat DUN Subang Jaya di Dewan Serbaguna SS15 di sini semalam.
Hadir sama ialah Adun Subang Jaya yang juga Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
Mengulas sambutan hari ini, Hannah berkata pihaknya berhasrat untuk mengadakan lagi keraian serupa bagi mengukuhkan perhubungan antara komuniti di Subang Jaya.
“Hari ini kita menjemput wanita daripada pelbagai kumpulan termasuk daripada masjid, gereja, tokong Buddha dan kuil Hindu untuk mereka berkumpul bersama dalam satu majlis.
“Dengan ini, setiap mereka dapat bertukar pandangan, saling berkenalan dalam satu suasana harmoni.
“Ini dapat memupuk rasa kasih antara kita semua dan mengukuhkan ikatan yang terjalin,” katanya.

MCA parti ‘flip-flop’
PETALING JAYA: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula kabinet seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.
Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.
“Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN,” kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.
Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.
Bagi kerusi negeri, MCA cuma dapat 11 kerusi dalam PRU13, berbanding 31 kerusi dalam PRU12 daripada 90 kerusi yang diperuntukkan oleh BN sehingga ada yang menggelarkan MCA sebagai ‘parti 7-Eleven’.
Malahan di Pulau Pinang calon BN di kerusi Dun Pengkalan Kota, menerima tamparan hebat dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon DAP apabila hanya berjaya memperoleh 1,803 daripada 17,468 undi dan hilang wang pertaruhan.
Wong Chen berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ahli PAS di kawasan Kelana Jaya berhasrat mengadakan ceramah atau taklimat bagi menerangkan soal hudud kepada masyarakat.
“Apa yang penting katanya, soal ekonomi dan sistem pemerintahan sedia ada perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum soal hudud ini dapat dibicarakan dengan lebih luas,” kata beliau. – Selangor Kini
Sumber HD - 10-5-2014

Saifuddin maklum ada cadangan beliau tarik diri
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada anggota parti yang telah menjalani musim pemilihan hingga ke minggu terakhir.
Katanya, walaupun ada beberapa kelemahan teknikal dan aduan, beliau berpendapat ia telah ditangani secara telus dan terbuka sehinggakan beberapa cabang diarah untuk mengundi semula.
Menurutnya, semangat ketelusan itu cukup berbeza dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak melayan langsung aduan rakyat dan menolak mentah-mentah penipuan nyata oleh Umno Barisan Nasional.
"Bagi saya, keputusan pemilihan kelak adalah sama penting dengan ketelusan dan budaya sepanjang proses pemilihan agar kita menjunjung semangat reformasi yang diperjuangkan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, beliau dan rakan-rakan akan terus berkempen secara sihat untuk pemilihan di minggu terakhir ini yang melibatkan negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
Katanya, pasukan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari anak-anak muda akan ditempatkan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan untuk merayu undi demi meraikan demokrasi.
Saifuddin juga sedia maklum ada pendapat yang mencadangkan agar beliau menarik diri untuk memberi laluan kepada pertembungan di antara Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya percaya setiap calon mempunyai kelebihan dan agenda yang baik yang telah dibentangkan kepada anggota parti, justeru sebaiknya kita menghormati pesta demokrasi di dalam parti ini.
"Selamat maju jaya dan semoga semangat reformasi dan demokrasi terus subur," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014

Pemilihan PKR: Azmin, Nurul Izzah, Amiruddin dahului pencabar
KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi pemilihan PKR sehingga 4 Mei, menyaksikan penyandang Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali terus mendahului dua pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Keputusan rasmi itu menyaksikan Azmin memperolehi 9,876 undi, manakala Khalid mendapat 6,217 undi dan Saifuddin sebanyak 5,717 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwr mendahului pencabar-pencabar lain dengan mendapat 13,013 undi, diikuti Tian Chua (11,845) dan Rafizi Ramli (10,561).
Sementara itu, untuk jawatan Ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin juga dilihat mengatasi pencabarnya dengan mendapat 3,180 undi berbanding Exco Selangor, Rodziah Ismail dengan 2,626 undi.
Dalam pada itu, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari dengan 1,619 undi mendahului dua pencabarnya.
Dengan perbezaan hanya 68 undi, persaingan sengit berlaku antara Amiruddin dengan pencabar terdekat beliau, Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendapat 1,540 undi.
Seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus memperolehi 1,036 undi.
Pemilihan seterusnya pada 10 Mei untuk Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan, sementara itu bagi Negeri Selangor pemilihan akan dilakukan pada 11 Mei.
Pengundian PKR bermula 25 April lalu dan akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei depan.
Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti itu layak mengundi. Kesemua jawatan tertinggi parti ditandingi kecuali Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa bertanding. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014

Telefon Azmin digodam untuk pecah belah Pakatan
KUALA LUMPUR: Telefon bimbit dan nombor talian yang digunakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sekali lagi telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Perilaku khianat ini dipercayai bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar kenyataan pejabat Timbalan Presiden PKR.
Justeru, menurut kenyataan itu tindakan segera sedang diambil. - HARAKAHDAILY 1/5/2014
Sumber HD - 1-5-2014

Batal pemilihan jika ada penipuan - Anwar
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menangguh atau membatalkan pemilihan jika didapati wujud penipuan atau kecuaian.
Beliau berkata, PKR tidak boleh bertolak ansur atau berkompromi dengan sesiapa pun termasuk pemimpin tinggi parti dalam hal tersebut.
"Kita bukan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melindungi yang salah.
"Kita tegas tak kira siapa, wujud unsur kecuaian mahupun penipuan, JPP perlu menangguhkan segera pemilihan dan membatalkan undia yang telah dibuat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Beliau turut memberitahu arahan untuk melakukan siasatan telah dilakukan sebaik sahaja terdapat aduan penipuan diterima pada pemilihan kali ini.
"JPP juga bukan seperti SPR, mereka tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak.
"Kita telah arahkan siasatan segera dilakukan sebaik sahaja ada aduan penipuan diterima. Saya tegaskan kita berkecuali dan tidak akan melindungi sesiapa," sambung beliau.
Sementara itu, dalam kenyataan lain, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, dakwaan tersebut masih dalam siasatan dan akan diumumkan secepat mungkin.
Katanya, keputusan rasmi dari negeri Sarawak, Johor, Pahang dan Melaka bakal diumumkan JPP dalam masa yang terdekat.
Semalam Johari berkata akan menyiasat berhubung dakwaan penipuan undi mengaitkan calon timbalan Presiden PKR di batang Sadong Sarawak.
Beliau sendiri menjelaskan akan turun ke Batang Sadong bagi mendapatkan situasi sebenar sebagaimana yang di desak oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
‘Terima kasih doakan kubur saya bercahaya kelak’
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara sinis ‘berterima kasih’ kepada pihak yang sudi menggelarkan beliau sebagai mujahidah selain berdoa kuburnya turut bercahaya kelak, lapor Selangor Kini.
Beliau yang juga Adun Kajang berkata demikian sebagai respons kepada penyebaran gambar yang mendakwa beliau telah meninggal dunia serta kubur bercahaya ketika dikebumikan.
“Saya bersyukurlah dia panggil mujahidah dan kubur bercahaya tu Insya Allah,” katanya kepada Selangor Kini.
Sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi gambar seorang wanita yang telah meninggal dunia selain kubur bercahaya di Taiping, Perak dengan meletakkan muka Wan Azizah.
Paparan tersebut dibuat melalui akaun Facebook Blue Wave Army.

Sumber HD - 28-4-2014
JK Pemilihan Pusat PKR siasat dakwaan tipu undi
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR menegaskan akan menyiasat berhubung dakwaan penipuan undi melibatkan calon timbalan Presiden PKR di batang Sadong Sarawak.
Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, beliau sendiri akan turun ke Batang Sadong bagi mendapatkan situasi sebenar sebagaimana yang di desak oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
"Persoalan Cikgu Bard desak kita akan siasat. Saya kena pergi sendiri ke sana. Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.
“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Bagaimanapun, Johari sedikit sebanyak telah mendapat laporan berhubung insiden itu dan turut menjelaskan mengapa proses pemilihan dibuat di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak.
"Hotel dipilih kerana tidak ada tempat lain yang sesuai, jadi kita pilih hotel bajet. Sebaik sahaja tamat proses membuang undi, kita dan wakil calon membawa tong itu ke bilik. Buka tong dan kira (kertas undi).
"Kemudian calon MT datang dan ada kelewatan untuk membuka pintu kebetulan pula berlaku 'black out'," katanya.
Ekoran kelewatan membuka pintu, katanya, dua calon Majlis Tertinggi tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu pintu dibuka selepas beberapa minit dan melihat kertas undi berselerak.
"Keadaan ini bertambah kecoh, apabila dimuat naik dalam media sosial dan kita sebagai JPP kena tenangkan semua orang," katanya.
Badrul Hisham mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR.
Beliau mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.
Beliau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard menegaskan JPP PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan timbalan presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang di Sarawak.
Gambar menunjukkan beberapa lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu tersebar meluas di media sosial.
Johari tidak menafikan menerima beberapa aduan mengenai perkara itu.
Ramachandran tarik diri
Sementara itu, calon Timbalan Presiden PKR Datuk K. Ramachandran menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 26 April baru-baru ini.
Keputusan ini katanya, kerana kecewa dengan tingkah laku calon-calon yang terlalu ghairah berkempen hingga melupai penderitaan yang ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan kes Fitnah 2.
Beliau akan memberi komitmen dan menyokong sepenuhnya calon Datuk Saifuddin Nasution sebagai timbalan presiden pada pemilihan kali ini.
"Saya yakin beliau mampu membantu presiden membawa parti ini ke mercu kejayaan dan bersama Pakatan Rakyat menewaskan BN dalam PRU14 nanti," katanya dalam sidang media berkenaan.
Beliau juga merayu ahli PKR khususnya kaum India agar memberi sokongan kepada Saifuddin untuk jawatan timbalan presiden.
"Kepada ahli parti dari kaum India, jangan amalkan slogan kempen anggota India pilih anggota India sahaja.
"Kita mesti membuka ruang kepada semua kaum kerana kita memilih pemimpin yang terbaik di kalangan kita," katanya yang menyertai PKR atas kesedaran Malaysia mesti meninggalkan politik lama.
Ramachandram percaya Saifuddin satu-satunya calon timbalan presiden yang menyuarakan bantahan terhadap kerajaan dalam usaha untuk memenjarakan Anwar Ibrahim.
"Beliau terlibat sepenuhnya dalam siri program Reformasi 2.0 bersama-sama dengan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar," katanya. - HARAKAHDAILY 28/4/2014

Pemilihan PKR: Khalid tak mahu kait kritikan Jeff Ooi
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
“Saya tidak mahu menghubung kait (dengan pemilihan PKR). Apabila saya buat (andaian) itu, saya pula yang mungkin membuat fitnah tentang perkara tersebut,” katanya pada sidang media semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan Jeff Ooiwakil terhadapnya dalam laman Facebook semalam.
Ooi semalam dalam nada marah bercampur kecewa mendesak Khalid dipecat kerana masalah catuan air di negeri yang menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya, Selangor.
Mengulas desakan itu, Khalid berkata Ooi tidak mempunyai kuasa untuk mendesak beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Saya ingat dia tiada kuasa (desak saya dipecat),” katanya.
Ditanya adakah beliau akan bertindak terhadap kritikan berkenaan, Abdul Khalid menegaskan ia tidak perlu kerana perkara itu membabitkan kematangan dan kewibawaan seorang pemimpin.
Proses pengundian bagi Pemilihan PKR 2014 sudah bermula semalam dan akan berlangsung hingga 11 Mei depan.
Abdul Khalid adalah salah seorang calon bertanding bagi kerusi Timbalam Presiden PKR.
Beliau berdepan penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk K. Ramachandran mengumumkan menarik diri daripada bertanding semalam. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.
Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.
Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.
"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.
"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.
Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.
"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.
"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
Polis siasat Tian Chua, kenyataan berbaur hasutan
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948, Seksyen 124C Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
"Ucapan Tian Chua kira-kira pukul 9 malam itu seolah-olah menjatuhkan sistem perlembagaan negara ini dan kita masih siasat apa motif sebenar ucapan itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Mengulas rancangan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 Mei ini, Khairi berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang notis memaklumkan penganjuran perhimpunan itu.
"Pihak penganjur telah membuat pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad namun mereka (penganjur) masih belum mengemukakan notis.
Beliau berkata berdasarkan undang-undang, penganjur perlu menghantar notis 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan. - Bernama
Sumber HD - 23-4-2014
YB DJA - https://www.youtube.com/watch?v=an6CTs6kSZw
Ada bukti campurtangan PM dalam geran RM100 juta
- Apr 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mempunyai bukti berupa surat kelulusan dari Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd untuk pembangunan "gasifier steam boiler plant" iaitu sebuah projek komersil.
Surat kelulusan itu merujuk kepada surat daripada Pejabat Perdana Menteri yang bertarikh 21 November, 2013 selepas syarikat terbabit menulis surat permohonan kepada Najib selaku perdana menteri pada 15 November, 2013.
Beliau berkata, pemberian geran untuk perojek komersil dengan jumlah dana rakyat sebanyak RM100 juta itu bertentangan dengan prosedur biasa.
Ini kerana geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF).
Malah kata beliau, geran R&D diberikan adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya untuk satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta.
"Ini adalah salah satu geran yang terbesar pernah diberikan. Dibawah skim geran R&D Mosti hasil campur tangan perdana menteri sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur," katanya Rafizi.
Mengulas lanjut beliau berkata, jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?
Menurut Rafizi, oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberika ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan.
"Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran.
"Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil.
"Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion," katanya sambil mendakwa mempunyai beberapa lagi dokumen lengkap.
Sumber HD - 21-4-2014
Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan dianggap pincang
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 2 membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap pincang, defensif dan tidak boleh dipertahankan, kata peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran.
Surendran merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan yang mengkritik keputusan membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, menerima bukti dikemukakan peguam Saiful Azlan Bukhari dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.
“Pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta. Secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir,” kata Surendran (gambar) dalam kenyataannya.
Menurut beliau, tidak pernah sebelum ini hakim bertindak "keluar dari lingkungan kes" dengan mengatakan bahawa "rayuan akan ditolak dengan serta-merta".
Surendran yakin pandangan tiga hakim Mahkamah Rayuan itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.
“Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.
“Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kes dan bukannya hal-hal asing.
“Sebaliknya ia menimbulkan persoalan tentang kesaksamaan dan objektif hakim. Keadilan perlu bukan sahaja dilakukan, tetapi mesti dilihat untuk dilakukan,” tegas Surendran.
Tambahnya, hakim membuat kesimpulan berdasarkan keputusan Anwar untuk tidak mengangkat sumpah dari kandang saksi, sedangkan di bawah undang-undang jenayah, adalah hak tertuduh membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang.
Surendran merujuk Nelson Mandela yang berbuat demikian dalam kes Rivonia pada 1963 dan Anwar dan melakukannya juga dalam kes Fitnah II kerana diletakkan dalam perbicaraan yang tidak adil dengan sistem politik yang membawanya ke kandang tertubuh.
“Pengadilan Mahkamah Rayuan telah melangkaui semua duluan undang-undang dengan mengkritik Anwar,” kata Surendran. - KeadilanDaily.com
Sumber HD - 20-4-2014
PKR rakam takziah kepada keluarga Karpal
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucap takziah kepada keluarga mendiang, “Takziah! Kepada waris dan keluarga mendiang Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Seorang yang kita kenali sebagai pejuang keadilan yang meletakkan dirinya sepenuhnya membela rakyat. Moga keluarga tabah dan sabar dengan dugaan. Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang rakyat.”
Sementara itu Tian Chua menyifatkan suatu kehilangan besar kerana mendiang Karpal menjadi inspirasi beliau dalam memperjuangkan keadilan.
R. Sivarasa pula berasakan kesedihan akibat kehilangan mendiang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.
Dalam pada itu Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN dalam kenyataan medianya, bagi pihak KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat keluarga Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugur dan mantan Pengerusi Kebangsaan DAP. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu beliau, Michael.
KEADILAN turut memanjangkan ucapan takziah kepada rakan-rakan seperjuangan dalam DAP yang kehilangan seorang pemimpin yang cukup hebat, disayangi kawan dan disegani lawan.
Semoga jasa YB Karpal sebagai pejuang hak asasi, peguam yang sentiasa mempertahankan Perlembagaan, dan pemimpin yang berprinsip dan berintegriti sentiasa menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik dan lebih adil untuk semua.
Sumber HD - 17-4-2014
Polis sahkan rampas telefon Tian, siasat bawah akta hasutan
- Apr 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Bernama yang memetik kenyataan Khairi sebagai berkata, telefon bimbit Naib Presiden PKR itu disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948.
"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," kata Khairi.
Sementara itu, Tian melalui akaun twitternya turut memaklumkan rampasan itu malam tadi.
“Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka menghina saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.
“Rakan-rakan, saya kini tidak boleh dihubungi…Celakalah negara polis!,” kata Tian di twitter.
Difahamkan ketika serbuan kira-kira jam 7.30 semalam, Tian sedang menyertai satu mesyuarat di hotel tersebut.
Polis turut merampas seunit komputer tablet dan telefon bimbit milik Tian.
Tian berkata, rampasan itu berikutan tulisan beliau di twitter yang didakwa polis sebagai ‘menghasut’.
Salam perkembangan sama, Tian memaklumkan akan membuat satu laporan polis berhubung insiden rampasan itu jam 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Sumber HD - 15-4-2014
Hutang: Khutbah Jakim juga perlu tegur pemimpin
- Apr 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
Jakim dalam dua siri khutbah Jumaat di masjid seluruh Wilayah Persekutuan baru-baru ini mengutarakan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari aspek tanggungjawab bersama untuk memakmurkan ekonomi negara.
Setiasauaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan Jakim yang sangat tersisih dengan realiti sebuah kehidupan rakyat bawahan yang akan terbeban dengan GST nanti.
"Saya tertanya-tanya sama ada Jakim ambil maklum kurang dua juta tenaga kerja yang bayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai pada angka RM4,000 sebulan. Maka kecil sangat rakyat yang bayar.
"Ini bermaksud jurang pendapatan miskin sangat luas sedangkan pelaksanaan GST memberi kesan keseluruhan termasuk rakyat berpendapatan rendah," katanya di sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Beliau turut membidas Jakim, sama ada mereka tahu bahawa hutang yang ditanggung oleh pemerintah hari ini sama banyak dengan hutang yang ditanggung oleh pemerintah-pemerintah sebelum ini.
"Dikumpul bersama hutang-hutang perdana menteri yang lepas-lepas sama banyak dengan hutang yang dibuat oleh Najib Tun Razak hari ini. Mana mungkin Jakim mengabaikannya," katanya.
Tegas Saifuddin, tujuan khutbah disampaikan setiap hari Jumaat adalah untuk menegur atau menasihati siapa sahaja termasuk pemimpin.
"Ini tidak, Jakim hanya ingatkan rakyat jangan berhutang sedangkan hutang oleh Najib?
"Saya fikir sudah sampai masanya Jakim melihat pelaksanaan GST bebankan rakyat," katanya.
Justeru, katanya sepatutnya Jakim menggariskan kandungan khutbah tentang pembaziran dan ketirisan yang sudah tentunya ditegur oleh Ketua Audit Negara saban tahun namun, pembaziran tetap juga berlaku.
DSNI - http://www.youtube.com/watch?v=1qRqO1cEPKk
Sumber HD - 14-4-2014
Hudud di Kelantan: PKR tunggu penjelasan PAS
- Apr 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat tetapi belum ada keputusan sehingga diperincikan di peringkat Lajnah Politik PAS Pusat.
"Barulah PKR boleh mengambil pendirian selepas PAS memberi penerangan, mekanisma, kesan undang-undang itu. Sudah tentu kami kena bincang semula. Kami sedia berbincang," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Keadilan di Tropicana hari ini.
Katanya, Pakatan Rakyat telah mencapai tiga perkara dalan isu ini antaranya, Majlis Presiden menghormati enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang melalui Dun yang sah pada 1993 sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.
Bahkan katanya, Majlis Presiden juga akui kerjasama politik Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan BN jika tidak ketidakadilan rakyat akan terus dirasai.
"Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran politik pilihan raya untuk kalahkan BN. Ini keputusan terakhir yang masih kekal.
"Keputusan sekarang Pakatan Rakyat terikat dengan keputusan itu. PKR juga terikat," katanya.
Tegas Saifuddin, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat memberi keutamaan kepada kerjasama ke arah politik untuk jatuhkan BN.
"Ini harus diberi keutamaan seluruh pimpinan. Saya suka anjurkan keutamaan kukuhkan Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno BN," tambahnya.
DSNI - http://www.youtube.com/watch?v=M1_NKS7NLzg
Sumber HD - 14-4-2014
Tian Chua nafi grafik kata solat Jumaat bazir air
- Apr 09, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Grafik itu memaparkan wajah Ahli Parlimen Batu itu disertakan tulisan kononnya beliau menyokong kenaikan tarif air yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang.
Malah dalam grafik itu, Tian juga kononnya berkata umat Islam bersolat Jumaat banyak membazirkan air.
"Saya tidak pernah komen apa-apa pasal kenaikan air di Pulau Pinang.
"Ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka saya hina orang Islam solat," kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau tidak menolak tindakan tersebut sebagai taktik jahat pihak tertentu untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat terutama yang bukan Melayu.
Katanya grafik itu dikesan dalam Facebook dan juga blog Anti DAP Club.
Dalam pada itu beliau akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat laporan polis.
"Saya harap ada tindakan cepat sama seperti beberapa post di facebook yang berunsur tidak hormat kepada pemimpin BN," kata beliau.
Tiga hari lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan...pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan...Al-Fatihah".
Sumber HD - 9-4-2014
PAS, PKR bersedih atas pemergian Irene Fernandez
- Apr 01, 2014
- BASHIR ISHAK
Dalam kenyataannya, Pengerusi Lajnah, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata pemergian mendiang Irene yang juga mesra dengan panggilan 'Kakak Irene' adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan hak asasi manusia, pengembalian demokrasi tulen dan perjuangan hak-hak pekerja di dalam negara ini.
"Irene yang saya kenali sejak dari awal tahun 1970-an sentiasa konsisten dalam perjuangannya termasuk sejak beliau menganggotai Majlis Belia Malaysia pada awal tahun 1970-an lagi.
"Irene adalah pejuang NGO yang berani dan terbukti sanggup melalui pelbagai tekanan dan kesengsaraan terutamanya dalam memperjuangkan nasib para pekerja tanpa mengira gender, ras, keturunan atau kepercayaan.
"Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Irene di atas pemergian beliau," jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam perutusan takziahnya menyifatkan perjuangan menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman sesama manusia oleh mendiang Dr Irene Fernandez akan dikenang dan diteruskan.
Menurutnya, Irene ialah seorang aktivis gigih yang telah melalui berbagai proses ujian dan pengalaman dalam usahanya menegakkan hak keinsanan dan keadilan untuk semua khususnya dalam membela nasib wanita, pekerja ladang, aktivisme antipemerdagangan manusia dan mempertahankan hak wanita mangsa penderaan fizikal dan seksual.
"Pertembungan beliau dengan status quo dan mereka yang berkuasa bukanlah perkara yang asing, sehingga pernah ditahan di bawah ISA.
"Di awal perjuangannya telah melaksanakan berbagai usaha advokasi, perlindungan dan pendakwaan untuk memberdaya rakyat ke arah menjadi asertif terhadap hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
"Usaha-usaha beliau juga dihargai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Menurut Rodziah (gambar), mendiang Irene tidak jemu mendidik lapisan baru aktivis untuk memiliki pengetahun dalam berbagai isu seperti perundangan, keganasan, perlindungan mangsa keganasan, strategi advokasi dan mekanismenya, kepekaan gender dan hak-hak pekerja rakyat Malaysia dan migran dalam bidang pekerjaan formal dan informal.
"Malaysia dan dunia telah kehilangan satu suara yang lantang dan tegas menentang pencabulan hak mereka yang lemah dan dieksploitasi. Tetapi mendiang Irene Fernandez telah meninggalkan warisan lelaki dan wanita seperti beliau yang juga lantang dan tegas terhadap sebarang bentuk kezaliman.
"Irene Fernandez akan dikenang kerana jasanya kepada umat manusia," ujarnya.
Sumber HD - 1-4-2014
Nurul Izzah, suami lantik jawatankuasa pendamai
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.
Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dihadiri Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir.
Ketika ditemui pemberita, Zulkifli berkata mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.
Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri pihak media enggan mengulas lanjut kes perceraiannya dan sambil tersenyum, berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi kami."
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. -
Sumber HD - 1-4-2014
Apakah rancangan kerajaan bagi pelajar yang gagal?
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
“Melihatkan kepada angka kegagalan yang sebesar ini menunjukkan bahawa selama ini kerajaan terlalu menumpukan perhatian kepada pelajar yang cemerlang, sehingga meminggirkan mereka yang gagal, yang lebih memerlukan dukungan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan.
Justeru, Naib Presiden PKR itu mempersoalkan apakah sebenarnya perancangan kerajaan dalam membantu pelajar yang gagal itu di samping memperbaiki kualiti dan mutu pendidikan dalam meningkatkan daya saing para pelajar yang lain.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Dua minggu lepas, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan sejumlah 13,970 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang A dalam semua subjek; suatu peningkatan sebanyak 0.05 peratus berbanding dengan tahun 2012.
Pun begitu, saya lebih terkesan apabila mendapati statistik daripada Kementerian sendiri yang menunjukkan bahawa 14.5 peratus atau 68,208 daripada 470,395 calon telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Bandingkan 408 orang calon yang mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan 128 orang pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran.
Melihatkan kepada angka kegagalan yang sebesar ini menunjukkan bahawa selama ini kerajaan terlalu menumpukan perhatian kepada pelajar yang cemerlang, sehingga meminggirkan mereka yang gagal, yang lebih memerlukan dukungan.
Apakah sebenarnya perancangan kerajaan dalam membantu anak-anak yang gagal ini; di samping memperbaiki kualiti dan mutu pendidikan dalam meningkatkan daya saing anak-anak lainnya?
Kerajaan perlu mengambil tindakan yang komprehensif untuk membantu pelajar yang gagal ini; meningkatkan “employability” mereka; dan seterusnya memastikan mereka ini menyumbangkan tenaga secara positif ke arah peningkatan ekonomi mereka sendiri secara khususnya, dan peningkatan ekonomi negara secara amnya.
Dr Frederico Gil Sander, sorang pakar ekonomi Bank Dunia berkata dalam sebuah laporan yang rakyat Malaysia perlu sedar dan berwaspada kerana pelajar luar bandar di Vietnam, sebuah negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia, mempunyai keputusan yang lebih baik.
Beliau turut menambah, krisis pendidikan ini adalah lebih berbahaya dan mengejutkan dari isu jumlah hutang isi rumah rakyat Malaysia.
Berbanding dengan Vietnam, pelajar Malaysia berada lebih kurang 2.5 tahun di belakang pelajar Vietnam dalam mata pelajaran Matematik, dan dalam mata pelajaran Sains pula, pelajar Malaysia berada 2.8 tahun di belakang pelajar Vietnam. Dan berbanding pelajar Singapura, Korea dan China, pelajar Malaysia terkebelakang sebanyak 4 tahun!
Dari segi pendidikan peringkat tinggi, kadar kemasukan di Malaysia cumalah 25 peratus sahaja, bandingkan angka ini dengan Korea Selatan, iaitu pada 90 peratus.
Melihatkan bagi setiap pelajar yang mendapat semua dalam semua subjek yang diambil dalam SPM, ada lebih kurang lima (5) pelajar yang gagal dalam peperiksaan ini, kerajaan perlu mengambil suatu inisiatif bagi mengkaji kenapakah perkara seperti ini berlaku.
Adakah sistem pendidikan Malaysia terlalu rigid dan tidak mengambil kira kecenderungan-kecenderungan yang berbeza dalam mewujudkan suatu kurikulum yang lebih komprehensif?
Adakah bakat-bakat semula jadi yang wujud dalam setiap individu tidak diolah supaya lebih ramai daripada pelajar kita dapat mencapai kecemerlangan di dalam bidang-bidang yang berbeza?
Kita memerlukan sebuah reformasi pendidikan yang radikal demi menyelamatkan anak-anak kita daripada jurang pendidikan yang jelas kelihatan berlaku pada masa ini.
Kita bertanggungjawab untuk memastikan 68,208 orang calon SPM yang gagal pada tahun lepas, dan juga calon calon yang gagal pada tahun-tahun terdahulunya, tidak dibiarkan terumbang-ambing dalam mencari peluang untuk menyumbangkan tenaga dalam pembinaan ekonomi negara.
Sekali lagi saya ingin menyeru kepada Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan agar mengajak kesemua pihak yang berkepentingan agar kita sama-sama berbincang, untuk mencari penyelesaian kepada kegetiran pendidikan yang melanda anak-anak kita pada ketika ini.
Sebagai langkah pertama, sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan pendidikan mestilah ditubuhkan.
Kita semua mestilah berganding bahu, melupakan perbezaan politik agar masa depan anak-anak kita akan terjamin. Berikan perhatian kepada semua anak-anak kita, bukan sekadar anak-anak emas.
Sumber HD - 1-4-2014
Nasihat ayah dorong Dayangku Intan aktif berpolitik
- Apr 01, 2014
- Salmah Mat Husain
Dayangku Intan kini aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat.
Bagi mendekati golongan ini, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mengambil keputusan terjun ke medan politik.
“Dengan cara ini Intan dapat menyelami perasaan mereka, dapat membantu meringankan bebanan mereka bersama pimpinan PKR dan wanita PKR seluruhnya,” ujar beliau.
Artis yang terkenal dengan lagu ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’ sekitar era 80-an itu memilih untuk berhijab pada awal tahun 2005.
Sejauh mana tinggi sekalipun dunia glamour, namun menyedari tuntutan syariat, Dayangku Intan akhirnya akur untuk bertudung.
Dengan tidak pernah meninggalkan dunia artisnya, Dayangku Intan memulakan langkah untuk menyertai politik dan bersama PKR pada 2012.
Pada masa yang sama beliau dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu untuk menentang Datuk Seri Azalina Othman Said di kawasan parlimen Pengerang.
Walaupun tewas pada PRU itu, namun perjuangannya untuk membela nasib rakyat tidak pernah berakhir.
Berhubung dengan pencalonannya untuk jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR, beliau berkata ianya sebagai memenuhi hasrat arwah ayahnya, Tengku Abdul Hamid.
“Ayah Intan sebelum meninggal dunia baru-baru ini sering menasihati Intan agar meneruskan perjuangan ini.
“Mungkin dengan cara ini Intan akan lebih melangkah jauh dalam memperjuangkan nasib rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun tetap berazam untuk meneruskan kerjaya politiknya walaupun tidak terpilih ke jawatan penting parti yang disertainya.
"Intan menyertai politik untuk meletakkan diri pada peringkat kepimpinanan wanita dengan tujuan membangkitkan semangat perjuangan anak muda agar bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen, beliau masih aktif menyanyi memenuhi jemputan khususnya di negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat dan majlis keraian yang lain.
Biarpun aktif dalam politik, namun Intan yang juga mengetuai Biro Kesenian dan Kebudayaan Wanita PKR masih aktif dalam nyanyian.
Intan bakal bertanding merebut jawatan itu menghadapi Haniza Mohd Talha dan Rusnah Anai.
Sumber HD - 1-4-2014
Aktivis pekerja Irene Fernandez meninggal dunia
- Mar 31, 2014
- HARAKAHDAILY
Irene Fernandez (gambar) ialah seorang ahli politik PKR dan aktivis hal pekerja asing di Malaysia yang juga pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita Sdn. Bhd.
Beliau merupakan wanita Malaysia yang terkenal kerana berani mempertahankan hak asasi manusia seperti hak pekerja asing di Malaysia.
Pada 1995 beliau mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk "Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres" (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan).
Berikutan tuduhan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Irene mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tetapi pada 24 November 2008, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Irene Fernandez setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan berita itu.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Irene mewakili PKR telah bertanding di kawasan parlimen P97 – Subang, Selangor namun tewas kepada calon BN. - Selangorkini
Sumber HD - 31-3-2014
Azizah bertanding Presiden PKR jika Anwar dihalang
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding Presiden PKR pada pemilihan 2014 demi menjaga kepentingan dan masa depan parti.
Ini, jelas beliau sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat meneruskan pencalonan untuk jawatan itu.
Beliau yang juga Adun Kajang menyatakan demikian dalam satu kenyataan, semalam. Semalam adalah hari pencalonan bagi Pemilihan PKR 2014.
Katanya, keluarga besar PKR akan meraikan demokrasi dan menghidupkan erti Reformasi dalam memilih saf kepemimpinan PKR bagi penggal yang akan datang.
“Kita juga sedar bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Presiden PKR dan telahpun dicalonkan sedemikian.
“Namun rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa; tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding,” ujarnya.
Katanya lagi, kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan Presiden PKR secara sah.
Justeru, jelasnya dengan pemahaman dan pengamatan persada politik mutakhir ini, serta memahami kebijakan yang diperlukan dalam menghadapi musuh seperti Umno BN yang sering menggunakan taktik politik kotor, maka beliau telah menerima cadangan beberapa anggota parti untuk menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Presiden PKR.
Sumber HD - 30-3-2014
Empat calon rebut kerusi Timbalan Presiden PKR
- Mar 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, ianya bakal menyaksikan perebutan empat penjuru.
Keempat-empat mereka adalah penyandang jawatan itu Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua dan seorang lagi Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Berikut, senarai pencalonan yang disiarkan web rasmi PKR, Keadilandaily.com.
Presiden
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Naib Presiden
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamal Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Shaari
13) Lee Chin Cheh
Ketua AMK
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus
Ketua Wanita Pusat
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin
Sumber HD - 29-3-2014
Tian Chua bertanding Timbalan Presiden PKR
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu mengumumkan perkara itu kepada Selangor Kini melalui khidmat pesanan ringkas.
“Ya, saya akan serah borang pencalonan esok, ” katanya, di sini, hari ini.
Keputusaan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat bakal berlangsung di ibu pejabat PKR, pada 29 Mac (esok).
Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.
Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula 25 April dan berakhir 11 Mei ini.
Barisan kepimpinan PKR akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei ini selepas proses pengundian di seluruh negara selesai.
Sumber HD - 28-3-2014
Rodziah umum tanding Ketua Wanita Pusat PKR
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
“Ia adalah di atas keyakinan bahawa Wanita PKR akan dipimpin untuk melaksanakan Agenda Reformasi dengan santunan, gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan yang sudah sedia diperolehi model-modelnya dari pengalaman saya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor,” ujarnya dalam saatu kenyataan.
Katanya, keyakinan dari anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi juga menggesa agar adanya suatu perubahan dalam Sayap Wanita yang membolehkan kepimpinan baru menerajui Sayap Wanita PKR.
Menurutnya, pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.
Exco Kerajaan Selangor itu menambah, ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala iktikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti.
“Gesaan dari akar umbi itu adalah amanah bagi saya, yang akan saya genggam erat dan memohon agar sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus,” katanya.
Beliau yakin wanita-wanita anggota parti yang berkebolehan wajar juga menawarkan diri mereka untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.
Katanya, ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkapi.
Sumber HD - 28-3-2014
Nombor telefon Nurul Izzah dipercayai digodam
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Kenyataan Pejabat Ahli Parlimen itu memaklumkan talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya.
“Kami percaya, perbuatan ini dilakukan dengan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang,” ujar kenyataan semalam.
Justeru, pihaknya berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas kelakuan khianat terhadap Naib Presiden PKR itu.
Sumber HD - 15-3-2014
Rafizi hanya andaian, Khalid rancang penerangan terbuka
- Mar 03, 2014
- SELANGOR KINI
“Saya ingat angka ini berpandu kepada andaian kerana ia tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Aset Air Negara.
“Saya tidak mahu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul proses perjanjian antara kedua-dua pihak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa penstrukturan semula industri air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan merugikan rakyat.
Rafizi pada sidang media pagi ini mendakwa penstrukturan dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan anggaran awal RM9.65 bilion.
Sehubungan itu, Abdul Khalid merancang beberapa siri penerangan terbuka mengenai memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan itu diadakan bagi memberi lebih penjelasan.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang, beliau berkata, ia perlu bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak tepat, timbul.
Untuk itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Selangor akan meminta kelulusan Kerajaan Pusat untuk melepaskan dokumen perjanjian kepada umum melalui pertemuan esok.
“Kebenaran itu perlu kerana dokumen berkenaan milikan bersama. Kalau itu milikan negeri sahaja, maka kita ada kuasa untuk sebar kepada umum tetapi ia melibatkan (perjanjian) dua pihak.
Sumber HD - 3-3-2014
MoU air: 4 spekulasi perlu penjelasan segera Khalid
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian dinyatakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung MoU berkenaan.
“Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandang dalam satu kenytaan, sebagaimana di bawah.
Penstrukturan industri air di Selangor dan Lembah Klang bakal menjadi salah satu dari projek yang ditanggung dana awam yang terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sebagai seorang yang sebelum ini paling lantang mengkritik apabila perjanjian konsesi dan perjanjian kerajaan dirahsiakan, saya berhadapan dilema besar apabila Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai penstrukturan air yang isi kandungannya dirahsiakan dari rakyat.
Pada masa yang sama, saya telah mendapat satu salinan softcopy MoU itu pada hari Khamis 27 Februari 2014. Salinan itu diperolehi melalui Puan Arfaezah Aziz, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Melalui beberapa sumber, saya telah mengesahkan bahawa MoU yang ditandatangani adalah MoU yang sama dengan salinan softcopy yang saya perolehi.
Oleh itu, atas dasar prinsip ketelusan dan kesedaran (a matter of conscience) saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan MoU ini. Ada beberapa persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang bersabit dengan kepentingan awam.
Adalah menjadi harapan saya MoU dan komitmen yang dimeterai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini bolehlah dibahaskan dengan seobjektif mungkin demi menjamin kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.
Urusniaga dibiayai rakyat
Keseluruhan urusniaga jual beli aset air dan pajakan aset air yang terlibat di dalam penstrukturan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dana rakyat.
Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan membeli aset air ini dari Kerajaan Negeri dan pemegang konsesi sedia ada. Pembelian oleh agensi Kerajaan Persekutuan ini akan dibiayai melalui penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, ia samalah dengan Kerajaan Persekutuan berhutang untuk membayar pemegang konsesi sedia ada.
Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat.
PAAB kemudiannya akan memajak pula aset air ini (empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain) kepada syarikat baru yang dilantik sebagai operator selepas penstrukturan. PAAB akan mengenakan bayaran pajakan tahunan (annual lease charges) ke atas operator ini. Lebih tinggi pinjaman yang ditanggung PAAB (dijamin Kerajaan Persekutuan), maka lebih tinggilah bayaran pajakan tahunan yang dikenakan ke atas operator kerana PAAB perlu mengumpul dana untuk membayar balik hutang.
Lebih tinggi bayaran pajakan tahunan, maka lebih tinggi kos yang ditanggung operator. Ini bermakna operator tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif air di Selangor untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada PAAB.
Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung kos pembinaan Projek Langat 2 melalui kaedah yang sama dan melibatkan dana awam, maka lebih tinggi kos Projek Langat 2 makin tinggilah hutang negara dan tarif air yang ditanggung rakyat.
Oleh itu, harga pampasan kepada pemegang konsesi sedia ada akan membawa kesan yang besar kepada rakyat melalui:
1. Hutang negara yang diambil oleh PAAB dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan (ditanggung oleh rakyat)
2. Kenaikan tarif air akibat bayaran pajakan tahunan yang lebih tinggi (ditanggung oleh rakyat)
Kesan isi kandungan MoU
Saya khuatir isi kandungan MoU adalah berat sebelah yang berpihak kepada Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek.
Projek Langat 2: Mengikat hanya di pihak kerajaan negeri
Pertama, keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat, kecualilah yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.
Rujuk Artikel 5(b) di dalam MoU yang secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab Kerajaan Selangor ialah “memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.”
Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang. Tidak ada satu artikel lain pun di dalam MoU itu yang dirujuk sebagai mengikat (binding and irrevocable) kecualilah Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2. Malah Artikel 5(b) ditulis khusus dalam konteks kelulusan Projek Langat 2.
Dari MoU itu, jelas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memberi Kebenaran Merancang secara serta merta (rujuk Artikel 5(a)) dan semua kebenaran lain termasuklah pengambilan dan pendaftaran tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU.
Ini bermakna, Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan.
Dengan lulusnya Projek Langat 2, kedudukan Kerajaan Selangor untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu penstrukturan air adalah tempang.
Tidak menyentuh mengenai pemegang konsesi sedia ada
Kedua, MoU itu langsung tidak merungkai masalah terbesar yang selama ini membantutkan rundingan penstrukturan air iaitu keengganan pemegang konsesi sedia ada terutamanya Puncak Niaga dan Syabas menerima harga tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor.
Di dalam MoU, tidak ada satu artikel pun yang merujuk kepada persoalan ini. Ia hanya disebut secara tidak langsung di dalam Artikel 3 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memudahcara (facilitate) penstrukturan melalui peruntukan undang-undang, itu pun tidak mengikat kerana ia hanya satu persefahaman.
Ini bermakna, walaupun Projek Langat 2 telah diluluskan, status rundingan dengan pemegang konsesi adalah di takuk lama iaitu belum selesai. Tawaran yang dibuat Kerajaan Selangor perlu dijawab oleh pemegang konsesi menjelang 10 Mac 2013.
Jika pemegang konsesi bersetuju, rakyat perlu tahu secara terperinci harga tawaran akhir da nisi kandungan perjanjian untuk menilai kenapakah pemegang-pemegang konsesi ini tiba-tiba bersetuju kalau harga tawaran tetap sama, sedangkan mereka menentang selama ini.
Jika pemegang konsesi tidak bersetuju, maknanya Kerajaan Selangor terpaksa berunding dan mencari jalan baru kerana tidak ada komitmen yang mengikat di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan penstrukturan ini.
RM2 bilion tambahan untuk ambil alih ekuiti pemegang konsesi sedia ada
Ketiga, Artikel 4(iii) menyebut bahawa “ selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air.”
Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion.
Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan).
Proses kelulusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Keempat, kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Negeri adalah dimandatkan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco). Oleh kerana MoU ini tidak dibentangkan di Exco kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan (seperti kenyataan Puan Faekah Hussin yang merundingkan MoU ini), maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat Exco.
Tanpa kelulusan Mesyuarat Exco, kesahihan MoU ini boleh dipersoalkan.
Empat perkara di atas adalah maklum balas yang boleh menimbulkan spekulasi dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN.
Sumber HD - 3-3-2014
Michael Chia bersalah, siapa di belakangnya - Rafizi
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.
“Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Micheal Chia dihukum penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan semalam selepas disabitkan bersalah dalam skandal menipu melibatkan wang RM2.5 juta 10 tahun lalu.
Rafizi berkata, hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya.
Menurutnya, Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak.
“Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak,” ujarnya lagi.
Sebab itu, kata Rafizi keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.
Dengan keputusan bersalah itu, beliau menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri
“Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini,” ujarnya.
Apatah lagi, ujar beliau apabila Nazri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.
Menurutnya lagi, walaupun keputusan terhadap Michael Chia itu adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.
“Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas,” ujar Ahli Parlimen Pandan itu.
Sumber HD - 27-2-2014
Rekahan di landasan KLIA2, menteri perlu bertindak tegas
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
“Apakah tindakan yang akan diambil ke atas kontraktor projek ini, yang pada ketika ini sudah jelas tidak mampu menghasilkan sebuah lapangan terbang yang berkualiti?” tanya beliau.
Beliau berkata, sekiranya kerosakan seperti itu terjadi sebelum lapangan terbang itu dibuka, bagaimana pula keadaannya selepas dibuka.
“Saya amat bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan ini apabila ianya dibuka kelak,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang mendedahkan beberapa gambar rekahan pada beberapa kawasan landasan, termasuk sebuah ruang pesawat di KLIA2.
Susulan daripada rekahan ini, sekali lagi saya menyeru kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar memberi penjelasan yang terperinci kepada kesemua rakyat Malaysia, apakah tindakan yang akan diambil ke atas kontraktor projek ini, yang pada ketika ini sudah jelas tidak mampu menghasilkan sebuah lapangan terbang yang berkualiti.
Sekiranya kerosakan seperti ini terjadi sebelum lapangan terbang ini dibuka, bagaimana pula keadaannya selepas dibuka? Saya amat bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan ini apabila ianya dibuka kelak.
Pemangku Menteri juga perlu menjelaskan, adakah kerosakan yang terbaru ini akan menangguhkan lagi pembukaan lapangan terbang ini, yang pada ketika ini dijadualkan akan dibuka pada 2 Mei 2014? Berapakah kos yang bakal ditanggung oleh pembayar cukai untuk membetulkan kerosakan ini? Dan apakah kerajaan akan memeriksa dengan lebih halus kualiti pembinaan yang telah dijalankan oleh UEMC-Bina Puri, memandangkan pelbagai kelemahan demi kelemahan didedahkan sepanjang projek ini berlangsung?
Sudah tiba masanya kerajaan bertegas mengambil tindakan yang sewajarnya, memandangkan isu rekahan ini melibatkan keselamatan penumpang. Pemangku Menteri Pengangkutan telah membuat kenyataan, “Pihak yang terlibat dalam pembinaan dan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 diminta meletakkan kepentingan nasional bagi menjayakan permulaan operasinya pada 2 Mei ini.” Dengan mengambil pendekatan yang sama, saya menggesa kerajaan Malaysia agar meletakkan kepentingan nasional dalam tindakan yang bakal diambil atas pendedahan yang terbaru ini.
Demi kepentingan nasional, kerajaan tidak boleh menyembunyikan atau berdiam diri atas kelemahan dalam pembinaan lapangan terbang ini. Pada Julai 2013, Pemangku Menteri Pengangkutan telah berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk memantau projek KLIA 2 bagi memastikannya siap dalam tempoh ditetapkan, tanpa sebarang kelewatan lagi.
Beliau menambah jawatankuasa itu akan memberi laporan secara mingguan bagi membolehkan beliau memantau pelaksanaan projek itu secara lebih dekat. Saya ingin menuntut agar laporan-laporan jawatankuasa ini didedahkan untuk penelitian awam. Pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk orang awam, syarikat penerbangan kos rendah dan ahli politik berhak meneliti laporan-laporan ini untuk menyiasat kepincangan-kepincangan projek dan punca ia berlaku.
Seraya dengan itu, saya telah pun mengutuskan sebuah surat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, memohon sebuah lawatan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke tapak projek KLIA2, agar kami dapat memantau sendiri keadaan projek ini.
Saya menyeru Datuk Seri Hishammuddin agar menyambut baik permohonan saya atas nama ketelusan, dan mengaturkan lawatan ini dengan kadar segera.
Sekali lagi saya menyeru kerajaan agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan isu KLIA2, dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional - bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan Lapangan Terbang ini mematuhi spesifikasi piawaian keselamatan antarabangsa dan memberikan lebih kawalan kepada penyeliaan kos pembinaan KLIA2. Kerajaan tidak lagi boleh berdolak-dalik dalam isu ini, dan mesti membuat sesuatu yang drastik dengan segera, agar kepentingan nasional dapat dipelihara.
Sumber HD - 27-2-2014
PKR dakwa Zaid pernah melobi supaya lulus tanah
- Feb 26, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa beliau terpaksa mendedahkan perkara itu selepas melihat calon bebas itu secara lantang membuat cabaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ketelusan dan integriti.
Rafizi memberitahu, dalam tempoh pendek setahun lebih menjadi anggota PKR, Zaid kata beliau tanpa segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengannya.
Ahli Parlimen Pandan itu merujuk kepada dua lot tanah, di mana Zaid menggesa Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakannya.
"Ada email antara saya dengan beliau (Zaid) dalam urusan tersebut, Zaid meminta saya yang dulu sebagai ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor melobi Menteri Besar agar meluluskan cadangan atas kedua-dua lot tanah tersebut.
"Saya maklumkan kepada Anwar dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam," kata beliau.
Jelas Rafizi, beliau pada dasarnya hanya ingin mendiamkan diri, tetapi apabila melihat Zaid mempersoalkan tentang ketelusan dan integriti Anwar, maka beliau terpaksa dedahkan perkara itu.
"Jika beliau (Zaid) ingin berkempen atas platform ketelusan dan integriti sebagai gambaran ingin menyelamatkan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah, maka Zaid juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara ini," katanya.
YB RR - https://www.youtube.com/watch?v=8j_Dkh98DIQ
Sumber HD - 26-2-2014
Pemimpin dilihat ‘hebat’ bila anak dapat projek mega
- Feb 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.
Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.
"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.
"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Saifuddin menegaskan, ‘kehebatan’ seseorang pemimpin itu hanya dilihat apabila ia dapat menjadikan ahli keluarga sebagai individu terkaya dengan pemberian projek mega dan dapat mengumpul hutang negara dengan lebih banyak.
DSN - https://www.youtube.com/watch?v=t5-JzS9Rj6c
Sumber HD - 26-2-2014
Ini saya wakil rakyat, bagaimana rakyat biasa - Rafizi
- Feb 25, 2014
- SALMIYAH HARUN
PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.
Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.
"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.
"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.
"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.
Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.
"Saya tunggu, ditolak tolak. Tidak ada wakil seorang pun yang hendak terima memo ini. Langsung tidak menghormati tetamu yang datang.
"Ini saya sebagai wakil rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang datang hendak berjumpa dengan PM sendiri," katanya dengan nada kesal.
Bagaimanapun Rafizi percaya tindakan tidak mahu terima memorandum ini sama ada tidak hormati rakyat atau takut dengan Taib Mahmud.
Memorandum serta bukti terbaru dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud yang hampir 100 muka surat itu turut dikepilkan sekali desakan agar Najib menangguhkan pelantikan Taib sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak sehingga dakwaan kes rasuah disiasat semula.
Pagi tadi Rafizi turut menyerahkan bukti terkini kes balak keluarga Taib Mahmud kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber HD - 25-2-2014
Saman RM2 juta: PKR ambil langkah selesai cara baik
- Feb 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyatakan demikian merujuk kes saman fitnah di mana Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi, Terengganu, Mohd Shamsul Mat Amin.
Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, pimpinan PKR telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman itu tidak perlu diteruskan.
Namun, jelasnya Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13.
Sumber HD - 25-2-2014
Kepimpinan baru PKR paling lewat 13 Mei
- Feb 13, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PRK, Datuk Johari Abdul menjelaskan pihaknya akan memastikan keputusan penuh dapat diumumkan secepat yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul.
"Beberapa tarikh telah ditetapkan, iaitu penamaan calon diperingkat pusat akan diadakan pada 29 Mac dan bagi peringkat Cabang akan diada mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini," jelasnya pada sidang media katanya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya lagi, tarikh pengundian akan berlangsung selama tiga minggu dengan setiap ahli dibenarkan mengundi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.
"Pemilihan kali ini melibatkan semua anggota iaitu seorang anggota untuk satu undi.
"Syarat minima ahli yang ingin mengundi mestilah menganggotai parti sekurang-kurang 12 bulan atau setahun," katanya.
Beliau yang turut menegaskan mana-mana anggota yang melanggar tatatertib seperti terlibat politik wang, menawarkan hadiah atau janji dan disahkan kesalahan tersebut akan diambil tindakan.
Sumber HD - 13-2-2014
Penolakan lesen FZ.com sahkan ranking merudum kebebasan media negara
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan KDN ini sangat mengejutkan dan “sangat aneh” memandangkan Mahkamah Tinggi baru sahaja memberi kebenaran kepada The Edge Communications untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman terhadap KDN berkenaan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan kelulusan permit tersebut.
“Perkara ini muncul sejurus selepas suratkhabar The Heat digantung untuk beberapa minggu oleh KDN.
“Alasan-alasan penggantungan The Heat yang diberikan oleh kementerian tersebut tidak kukuh dan sangat tidak jelas lalu menimbulkan persoalan, mengapa langkah ini diperlukan?” tambah Adun Seri Setia itu.
Menurut Nik Nazmi, ketika Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Sans Frontieres) meletakkan Malaysia di kedudukan 147 dunia di dalam kedudukan kebebasan media, tindakan KDN itu mengesahkan laporan badan bebas antarabangsa itu.
Malah tambahnya, ranking terbaru ini meletakkan negara di kedudukan terendah dunia sejak senarai itu mula dikeluarkan malah lebih rendah berbanding Myanmar.
“Sukar untuk menterjemahkan penggantungan-penggantungan suratkhabar baru-baru ini sebagai perkara lain melainkan bukti kukuh bahawa Kerajaan Najib Razak kini semakin takutkan bayang-bayang dan tidak boleh menerima sebarang kritikan.
“Ironisnya, pentadbiran yang sama ini membenarkan pula beberapa pertubuhan-pertubuhan yang kononnya NGO untuk mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan membuat ugutan keganasan tanpa sebarang halangan,” kesal beliau.
Semua episod ini, jelas Nik Nazmi menunjukkan janji-janji Perdana Menteri tentang perubahan adalah satu penipuan.
“Rakyat Malaysia sekarang boleh menghakimi sendiri betapa kosongnya janji-janji tersebut, khususnya pindaan-pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) yang membuat sedikit sahaja untuk melindungi media daripada penyalahgunaan kuasa dan dolak-dalih politik,” tegasnya.
Media yang bebas dan adil, kata beliau adalah perlu untuk masyarakat berfungsi dan makmur malah Malaysia tidak akan berjaya untuk menjadi sebuah negara yang maju tanpanya.
“Kerajaan ini – jika benar-benar serius tentang perubahan dan membuat hidup rakyat Malaysia lebih baik – mestilah menolak peruntukan-peruntukan kejamdi dalam Akta 1984, pastikan liputan yang adil di dalam media aliran utama dan bergerak ke arah melindungi hak untuk bersuara,” ujar beliau lagi.
Sumber HD - 13-2-2014
Kenaikan premium insurans kenderaan tambah beban rakyat
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tatkala kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 23 Februari ini, bayaran premium untuk insurans kenderaan dinaikkan tanpa sebarang pemakluman rasmi.
Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), kenaikan premium insurans kenderaan itu pastinya membebankan rakyat kerana ia bakal meningkatkan kos pemilikan kereta yang sudah pun tinggi akibat keengganan kerajaan BN menghapuskan duti eksais ke atas kenderaan.
“Saya merujuk kepada keputusan kerajaan BN yang dibuat dalam tahun 2012 untuk membenarkan kenaikan premium (insurans) kereta setiap tahun sehingga tahun 2016.
“Kadar baru premium insurans kereta akan dikuatkuasakan bermula 15 Februari 2014 ekoran dari keputusan menaikkan kadar premium insurans tahunan itu,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Menurut Rafizi, kadar premium insuran kereta ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan persekutuan.
Kenaikan kadar premium insurans ini, jelas beliau berpunca daripada kelulusan yang diberikan kerajaan BN.
Rafizi menambah, keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan premium insurans kenderaan secara jelas mempermainkan harapan rakyat yang mahukan kos pemilikan kereta di Malaysia diturunkan.
“Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan segera supaya kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta merta mengambil kira kesusahan rakyat sekarang dan kegagalan beliau mengotakan janji untuk menurunkan harga kereta.
“Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihanraya Kecil Kajang kelak,” tegas beliau.
Dilaporkan kadar premium kenderaan akan mengalami kenaikan 15% mulai 15 Februari ini.
Notis pemberitahuan berhubung perkara tersebut telah pun diterima pengusaha insurans dan takaful.
Sumber HD - 9-2-2014
Ingat kepincangan Umno negeri sebelum dedah kelemahan Anwar
- Feb 07, 2014
- Mohd Sabri Said
Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali (gambar) berkata, pihaknya bersedia mendedahkan "Diari Jambu" Umno Pulau Pinang khususnya Umno Bahagian Permatang Pauh yang dikepalai Zaidi sepanjang kempen PRK Kajang nanti.
Amir menyifatkan kenyataan Zaidi umpama bola tanggung untuk Pakatan Rakyat negeri.
Antara isu yang bakal dibawa NGO Pulau Pinang pada kempen PRK Dun Kajang adalah tindakan pemimpin Umno negeri menggadai tanah milik orang Melayu di negeri tersebut.
Antaranya, jelas beliau adalah isu penjualan tanah orang Melayu seluas 362 hektar di Kampung Terang, Balik Pulau oleh sebuah syarikat yang dimiliki pemimpin Umno negeri.
Syarikat tersebut, ujarnya memperolehi keuntungan 'atas angin' berjumlah RM5.5 juta hasil penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM13.5 juta.
"Zaidi kena jelaskan terlebih dahulu penyelewengan syarikat milik pemimpin Umno ini sebelum berhasrat mendedahkan kelemahan Anwar di Kajang kelak, " saran beliau.
Antara NGO negeri yang akan membantu kempen Pakatan Rakyat di Kajang adalah Bara, Turun, Ragas, Jingga 13, Hapus dan Langgar.
Zaidi dalam satu kenyataan media baru-baru ini menyatakan kesediaan Umno Bahagian Permatang Pauh untuk menghantar 30 petugas sepenuh masa bagi membantu kempen BN di Dun Kajang.
"Kami akan hadir di sana dengan segala maklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang," kata Zaidi yang baru menerajui Umno bahagian September lalu.
Menurut Zaidi, Umno Bahagian juga akan membentuk pasukan untuk berkunjung dari rumah ke rumah di kawasan Permatang Pauh bagi mengumpulkan masalah rakyat yang gagal diselesaikan Anwar.
Beliau berharap "segala pendedahan , kejutan dan kempen" yang dilakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi Dun Kajang untuk menolak Anwar.
Sumber HD - 7-2-2014
Aktivis politik mengaku hantar surat palsu letak jawatan Adun
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Namun bekas pekerja swasta yang berumur lingkungan 60-an itu berkata dia tidak mengetahui isi kandungan surat itu.
Surat itu dikatakan dihantar ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki tersebut tampil memberi maklumat sejurus mendapat berita mengenai surat palsu berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa dia diupah oleh seorang lelaki tidak dikenalinya untuk menghantar surat itu ke Pejabat DUN Perak selepas hadir di salah sebuah penjumpaan politik di Kajang, Selangor baru-baru ini.
"Dia juga mengaku menghantar surat berkenaan tetapi tidak mengetahui kandungan sebenar surat itu dan hanya melaksanakan apa yang diarahkan," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Pasir Puteh hari ini.
Acryl berkata pihak polis turut mengambil keterangan daripada Adun Hutan Melintang dari Parti Keadilan Rakyat, S.Kesavan (gambar) semalam bagi membantu siasatan.
"Polis juga telah merakam percakapan dua orang saksi iaitu Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Pejabat SUK (Setia Usaha Kerajaan Negeri) dan Pembantu Tadbir di Pejabat Menteri Besar serta telah menyambung percakapan seorang pengadu," katanya.
Polis juga telah merampas surat palsu asal yang diterima oleh Pejabat Menteri Besar, katanya.
Acryl berkata pihak polis akan terus menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti dan mengesan lelaki yang didakwa mengupah bagi penghantaran surat itu.
Sementara itu Kesavan menafikan beliau telah keluar parti seperti yang didakwa melalui surat itu yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S.K Devamany pada Selasa lepas.
Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 7-2-2014
Konsesi: Rakyat berdepan kenaikan tol tahun depan
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, bagi Pengarah Strategi PKR itu, keputusan kabinet Kerajaan Persekutuan untuk tidak menaikkan tol tahun ini merupakan satu kejayaan kepada suara rakyat dan gerakan protes yang terus membantah sebarang kenaikan harga.
Katanya, keputusan itu juga membuktikan bahawa pendirian PKR selama ini bahawa perjanjian konsesi yang telah memberi keuntungan besar kepada pemegang konsesi wajar disemak semula berasaskan perkara-perkara berikut:
* Pemegang konsesi yang telah mendapat pulangan modal sepenuhnya dari pelaburan tidak wajar terus mengenakan tol pada kadar yang tinggi atas alasan ingin mendapat pulangan pelaburan
* Perjanjian konsesi perlu dikemaskini dengan angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan dan perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan yang terkini supaya kadar tol yang disemak nanti bukanlah untuk memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi
Beliau berkata, sekiranya kedua-dua konsep mudah itu dilaksanakan di dalam rundingan semula konsesi tol, sudah tentu tidak ada syarikat pemegang konsesi yang mendapat kadar keuntungan sehingga 50% hingga 60% seperti sekarang.
Katanya, keuntungan yang berlipat kali ganda dari pelaburan dan kos itu menunjukkan bahawa perjanjian konsesi sekarang benar-benar berat sebelah.
“Atas arahan kabinet sendiri agar rundingan semula perjanjian konsesi dipertimbangkan, saya menyeru supaya matlamat rundingan semula itu adalah untuk melaksanakan kedua-dua konsep di atas, bukannya untuk memanjangkan lagi tempoh konsesi sebagai pampasan kepada arahan tidak menaikkan tol,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, jika perjanjian konsesi terus berat sebelah dan tidak mengambil kira dua perkara di atas, rakyat akan berdepan dengan kenaikan tol pada tahun depan.
Sumber HD - 6-2-2014
Apakah status sebenar pembinaan KLIA2?
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, kenyataan UEMC-Bina Puri menyatakan bahawa mereka gagal untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) sebelum 31 Januari disebabkan isu yang ‘tidak dijangka’ tidak boleh diterima pakai.
“Sekiranya dua pertiga bangunan terminal utama tidak menepati piawaian, ini merupakan hasil dari pembinaan kurang berkualiti dan tidak menepati taraf yang telah ditetapkan,” ujarnya yang juga Naib Presiden PKR dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
The Star hari ini membongkar keadaan yang mana sebahagian besar daripada bangunan terminal utama di KLIA2 masih belum mencapai piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Ini merupakan sebuah kontradiksi dengan kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang dalam laporan TV3 7 Januari menyatakan bahawa “pembangunan terminal kos rendah baharu, KLIA2 yang kini 98% siap dijamin akan menerima sijil siap dan pematuhan CCC menjelang hujung bulan ini”.
Menteri Pengangkutan wajib menjelaskan kepada umum atas dasar apakah kenyataan ini dibuat, kerana ia bercanggah dengan dapatan dari pelbagai agensi kerajaan yang memeriksa bangunan tersebut, termasuk Majlis Perbandaran Sepang, Jabatan Bomba dan Indah Water Konsortium yang mendapati bahawa 65 peratus daripada bangunan terminal utama tidak mematuhi piawaian keselamatan.
Malah, pemeriksaan oleh agensi-agensi tersebut juga telah mendapati bahawa paip-paip pembetungan merekah, dan tidak boleh digunakan.
Saya pernah membangkitkan pada Mac 2013 tentang kos pembinaan KLIA2 serta mempersoalkan adakah terminal baru tersebut akan siap dalam masa yang telah ditetapkan.
Sejak isu tersebut dibangkitkan, tarikh pelancaran 28 Jun 2013 telah pun berlalu dan kita masih lagi tidak mempunyai terminal KLIA2 seperti yang telah digembar-gemburkan selama ini.
Pada sidang Parlimen bulan Julai 2013, rakyat juga telah dikejutkan dengan pengumuman oleh YB Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa kos pembinaan telah meningkat dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Lebih malang, pada 12 September 2012 berlaku kegagalan sistem di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang terpaksa beroperasi tanpa radar dan frekuensi radio selama dua jam.
Kontroversi rasional penilaian dan pemilihan kontraktor sistem masih belum selesai; adakah sistem yang sama, dibekalkan oleh kontraktor yang sama bakal digunakan untuk KLIA2.
Pengumuman pada Oktober 2013 bahawa KLIA2 - terminal tambang kos rendah yang terbesar di dunia – akan mula beroperasi pada bulan Mei 2014 adalah berita yang dinanti-nantikan oleh semua kerana tarikh siap KLIA2 telah ditangguh berkali-kali sejak ia memberikan tender pada tahun 2009.
Laporan berita terbaru yang bercanggah dengan dakwaan menteri sekali lagi mempertikaikan tarikh selesainya pembinaan KLIA2.
Sekiranya laporan daripada agensi kerajaan menyatakan bahawa sebahagian besar daripada bangunan terminal belum boleh digunakan, ia bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Hishamuddin.
Adakah Menteri cuma mengulangi jaminan yang telah diberikan pihak kontraktor UEMC-Bina Puri, tanpa mengambil kira laporan dari agensi-agensi yang bertanggungjawab?
Setelah beberapa kali pembukaan KLIA2 ini ditangguhkan, rakyat berhak mendapat penjelasan mengapa perkara seperti ini masih lagi berlaku.
Kenyataan UEMC-Bina Puri menyatakan bahawa “mereka gagal untuk mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) sebelum 31 Januari disebabkan isu yang ‘tidak dijangka’” tidak boleh diterima pakai.
Sekiranya dua pertiga bangunan terminal utama tidak menepati piawaian, ini merupakan hasil dari pembinaan kurang berkualiti dan tidak menepati taraf yang telah ditetapkan.
Pada sidang parlimen akan datang, saya akan mengusulkan agenda reformasi parlimen bermula dengan penubuhan jawatankuasa parlimen untuk menangani dasar fiskal, pertahanan dan keselamatan dalam negeri, perdagangan domestik dan antarabangsa, pendidikan dan pengangkutan awam.
Ini termasuk juga penubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkenaan isu KLIA2, dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional - bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan Lapangan Terbang ini mematuhi spesifikasi piawaian keselamatan antarabangsa dan memberikan lebih kawalan kepada penyeliaan kos pembinaan KLIA.
Agenda reformasi parlimen ini adalah penting demi mendalami isu-isu secara terperinci untuk menjaga kepentingan rakyat.
Sudah tiba masanya prinsip timbang tara dan pemisahan kuasa dilaksanakan melalui pengupayaan peranan parlimen oleh pelbagai jawatankuasa tetap dan terpilih.
Sumber HD - 5-2-2014
Saya masih setia dengan PKR - Kesavan
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan tidak timbul langsung soal keluar parti kerana beliau masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat
"Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya dalam satu surat rasmi hari ini.
Semalam, kecoh berita Adun itu keluar parti apabila satu surat palsu bertarikh 2 Februari 2014 yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S K Devamany, yang menggunakan namanya tersebar di internet termasuk di media-media sosial.
Surat mendakwa kononnya beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR secara rela hati berkuat kuasa Ahad lepas.
Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.
Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak.
Bagaimanapun PKR dalam satu kenyataan semalam telah menafikan perkara itu.
Sumber HD - 5-2-2014
Berita Adun Hutan Melintang keluar PKR palsu
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
"KEADILAN (PKR) telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan a/l Subramaniam, Adun Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.
"Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut," kenyataan tiga perenggan Fahmi dipetik.
Sumber HD - 4-2-2014
Anwar tanding bukan soal hendak jawatan - Azmin
- Jan 29, 2014
- SALMIYAH HARUN
Beliau berkata, keputusan yang dibuat parti itu bukan mudah tetapi ia perlu komitmen oleh PKR dan Pakatan Rakyat bahawa PRK Kajang nanti akan menjadi bukti lonjakan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Dalam PRU lalu kita mendapat undi popular 52 peratus, insyallah di PRK Kajang nanti ia akan terus melonjakkan sokongan rakyat kepada kita seterusnya pada PRU14," katanya ketika berucap dalam Taklimat Pilihan Raya N25 Kajang di Sungai Sekamat.
Beliau turut menafikan bahawa Anwar kemaruk untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebaliknya menyifatkan pengorbanan Anwar yang dilihat sebagai pimpinan peringkat negara namun sanggup turun ke peringkat bawah.
"Anwar pemimpin politik bertaraf dunia dia bukan milik Malaysia, Kajang, Selangor sahaja tetapi negara di Timur Tengah perlukan beliau.
"Bukan soal jawatan! Kalau hendak jadi PM tahun 2008 lagi dah jadi. Kalau ikut telunjuk Dr Mahathir dah lama dah ," katanya di hadapan kira-kira lebih 150 petugas jentera pilihan raya.
Bagaimanapun Azmin turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangam bersama Pesuruhjaya PAS selangor Iskandar Samad dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebagai persiapan untuk PRK nanti.
"Saya sudah hubungi mereka berdua pagi ini dan lepas ini kami akan adakan perbincangan serius untuk lihat bentuk kerjasama dan permuafakatan Pakatan Rakyat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja di Kajang nanti,"katanya.
Sumber HD - 29-1-2014
PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang
- Jan 28, 2014
- Muhammad Faizal
Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.
"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.
Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.
Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.
"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.
"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.
Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.
Sumber HD - 28-1-2014
Anwar tanding di Kajang - Khalid
- Jan 28, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Perkara itu diumumkan Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
"Kita telah mengadakan perbincangan di peringkat pusat termasuk dengan pimpinan pakatan rakyat.
"Bagi Dun Kajang, Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa PKR yang akan bertanding dan PKR hari ini memutuskan bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding di Dun Kajang," katanya.
Sidang media itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan juga Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh semalam.
YAB - http://www.youtube.com/watch?v=qHdTEXwJpZA
Sumber HD - 28-1-2014
Kosong kerusi untuk kukuhkan Pakatan Rakyat - Lee
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat Dun N25 Kajang.
“Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Biro Komunikasi PKR, malam ini.
Petang tadi, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi Dun Kajang kosong ekoran perletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Sumber HD - 27-1-2014
AMK Pulau Pinang kecam serangan ke atas gereja
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Dr Afif Bahardin (gambar) dalam satu kenyataan media menggesa polis dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas insiden tersebut.
"Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang," tegas beliau.
AMK Pulau Pinang juga, tambahnya berharap agar setiap lapisan masyarakat di negeri itu terus kekal tenang dan sama-sama menyeru kepada semangat toleransi dan hormat menghormati di antara pelbagai kaum dan agama.
"AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan menggesa Kerajaan BN Pusat menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini," ujarnya.
Sumber HD - 27-1-2014
Dun Kajang kosong, Adun letak jawatan
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Ekoran daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, lapor Selangor Kini.
Hannah berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Lee hari ini.
“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi Dun N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari,” kata Hannah dalam sidang media di sini, hari ini.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
Sumber HD - 27-1-2014
Lucu: MB balik dari Antartika, cuaca Terengganu sejuk?
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu?
“Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetik KeadilanDaily.
Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).
Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).
Bagaimanapun, kelmarin, YDSM menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.
Justeru, Azan yang juga Adun Bandar turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan.
“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan Antartika,” katanya.
Seterusnya beliau mempersoalkan apakah belanja itu ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.
“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari Antartika,” ujarnya sinis.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.
Sumber HD - 26-1-2014
Kangkung: Adun Machang Bubuk beri keterangan kepada polis
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Lee berkata beliau menerima surat daripada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Hasan Mohamad Salih pada 21 Jan yang memintanya datang ke Jabatan Siasatan Jenayah IPD di sini.
Kata Lee, beliau pergi ke IPD pada pukul 2.30 petang dan polis merakam kenyataannya selama 40 minit.
"Saya memberi kerjasama sepenuhnya dan berharap keterangan saya itu dapat membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmatnya di Alma, di sini hari ini.
Sementara itu, Lee berkata 'flash mob' kangkung yang diadakan itu tidak membawa apa-apa maksud untuk menghina sesiapa.
"Apa yang berlaku pada hari itu tidak membawa apa-apa keganasan dan tidak membangkitkan sentimen dan saya hanya menggunakan kangkung sebagai satu contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh perdana menteri," katanya. - Bernama
Sumber HD - 24-1-2014
Beri ruang peribadi pada waktu ini - Nurul Izzah
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini melahirkan rasa sedih dengan cubaan gangguan oleh pihak tertentu yang menyentuh perkara peribadi beliau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sedang berusaha gigih untuk memastikan kelangsungan perkahwinan beliau.
Berikut kenyataan ringkas beliau bersama Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar
Sumber HD - 23-1-2014
No comments:
Post a Comment