FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Wednesday, January 15, 2014

KETUA PEMBANGKANG - DSAI


PETALING JAYA: Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet dalam mengekang kenaikan harga barang tidak mampu menyelesaikan bebanan hidup rakyat jika dasar monopoli gagal dimansuhkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kegagalan kerajaan memansuhkan monopoli itu menyebabkan persaingan harga tidak dapat dilaksanakan.

Malah jelasnya, mereka yang menguasai sektor pembekalan barang keperluan akan menaikan harga mengikut kehendak mereka sendiri.

"Untuk apa penubuhan jawatankuasa tersebut sedangkan kerajaan masih lagi tidak mahu memansuhkan monopoli yang ada sekarang.

"Kita lihat seperti gula siapa monopoli dan apa berlaku kepada harga gula sekarang, jika dasar ini dimansuhkan pasti wujud persaingan harga dan yang dapat untung adalah rakyat.

"Bagi kami dari Pakatan Rakyat ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhan," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.

Menurut beliau, kerajaan perlu mempunyai dasar tersebut jika betul untuk membantu rakyat yang hidup mereka semakin tertekan.

"Ubah dasar hapuskan monopoli itu paling utama baru wujud jawatankuasa jika mereka benar-benar ingin membantu rakyat.

"Jangan hanya bangga dapat turunkan harga kangkung sebab kangkung tidak ada syarikat gergasi yang monopoli, boleh la kerajaan bangga.

"Jika ada yang monopoli pasti melambung tinggi harga tersebut," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambah Ketua Umum PKR itu lagi, mengekang atau menambah kawalan harga bukan langkah terbaik untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga kerana perkara paling utama adalah membuat pengawalan dari peringkat awal lagi dan dasar yang jelas.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataannya memberitahu penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet oleh kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup diharap mampu mengekang kenaikan harga barangan oleh peniaga.

Beliau berharap jawatankuasa khas segera membuat keputusan yang mengembirakan rakyat dalam masa terdekat ini, seperti menambah kawalan harga barang atau senarai barang kawalan harga.

DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=75hVQHsaZGc

Sumber HD - 16-1-2014

No comments:

Post a Comment