Blog terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Di UMS, pelajar digantung pengajian kerana bantah rampas kedai
KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Labuan menggantung pengajian tiga mahasiswa selama satu semester kerana terbabit dalam himpunan membantah tindakan universiti merampas kedai yang diusahakan mahasiswa adalah satu bentuk penghinaan.
Menurut Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Fahmi Zainol, tindakan disiplin juga dikenakan terhadap pelajar lain yang terlibat dalam perhimpunan itu.
Tiga pelajar yang digantung pengajian ialah Muhammad Fadhil, Siti Aisyah Naser dan Liyana Zafirah.
“Lapan daripada mereka telah dikenakan tindakan dibuang daripada kolej kediaman,” kata Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
Bagi membantah tindakan UMS itu, tambah beliau, Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU & Akta 174 telah dilancarkan dan satu memorandum telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
“Penyerahan memorandum ini adalah untuk menggesa pihak Suhakam memandang serius perkara ini dan meminta kerajaan agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta 174 yang telah banyak menyekat kebebasan suara mahasiswa,” tegas beliau.
Antara kumpulan mahasiswa yang turut menyokong penyerahan memorandum itu adalah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Sisters In Movement (SIM), Pro Mahasiswa Nasional, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Pro Mahasiswa Universiti Malaya.
Menurut Fahmi, gerakan yang sama telah ditubuhkan mahasiswa pada 2009 bagi mendesak kerajaan segera memansuhkan AUKU.
Hasilnya pada tahun 2012 satu pindaan telah dibuat dan mahasiswa dibenarkan untuk bergiat aktif dalam politik diluar kampus. – HARAKAHDAILY, 6/5/2014
Sumber HD - 6-6-2014

Hasilnya pada tahun 2012 satu pindaan telah dibuat dan mahasiswa dibenarkan untuk bergiat aktif dalam politik diluar kampus. – HARAKAH, 6/5/2014
Sumber HD -6-6-2014
Anggota tentera maut, dua awam cedera ditembak di Lahad Datu
KOTA KINABALU: Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan di hadapan kedai Gemilang 24 Jam di kawasan Pekan Lahad Datu awal hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.
Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.
Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian belakang sebelah kiri badan, kata Hamza ketika dihubungi Bernama.
Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Hamza berkata semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat.
"Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," kata Hamza.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah dari luar. - Bernama
Sumber HD - 28-5-2014

Tipu diculik, bekas penjawat awam ditahan
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang bekas penjawat awam kerana memeras ugut isterinya selepas mendakwa dia diculik sehingga meminta wang tebusan sebanyak RM8,000 dua minggu lepas.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata lelaki yang berumur awal 30-an itu ditahan semasa mengeluarkan wang dari mesin teller automatik (ATM) pada kira-kira jam 3.00 petang di sekitar bandaraya ini, pada 16 Mei lalu.
"Pada 15 Mei, isteri mangsa yang berumur 22 tahun menerima beberapa keping gambar mangsa dan meminta memasukkan wang ke dalam akaun untuk membebaskannya.
"Hasil siasatan lanjut, polis mendapati dia mengadakan-adakan cerita diculik oleh sekumpulan lelaki pada 7 Mei lalu," katanya pada sidang media di sini, Rabu.
Jauteh berkata polis turut merampas sembilan sim kad termasuk salah satu daripadanya digunakan untuk menghubungi isterinya dan melakukan pemerasan.
Dalam perkembangan lain, katanya, polis menahan seorang suspek tanpa pengenalan diri kerana melakukan rompakan bersenjata di Telipok pada pukul 9.45 malam, Isnin lepas.
Beliau berkata polis menemui sebilah pedang samurai bersama suspek lelaki yang berumur 29 tahun dipercayai digunakan untuk merompak serta sebuah motosikal curi.
"Polis sedang menjejaki seorang lagi rakan suspek kerana melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang kerugian kira-kira RM4,000 pada kejadian 4.30 petang itu, Sabtu lepas," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 22-5-2014

Tuntut naik royalti, Sabah bila lagi
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Dun Sarawak atas keberanian meluluskan usul tuntutan royalti petroleum 20% kepada Kerajaan Persekutuan.
"Lebih membanggakan kami adalah usul ini mendapat sokongan penuh daripada kesemua 68 orang Adun yang hadir secara sebulat suara," kata ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.
Hal ini, katanya secara tidak langsung telah membuktikan kematangan berpolitik di Sarawak terhadap kepentingan bersama dan sekaligus menjadi penanda aras tentang erti berpolitik demi kepentingan rakyat dalam sebuah kerangka demokrasi.
Namun, ujar beliau Pemuda PAS Sabah cukup hairan tatkala terdapat usul daripada pembangkang dalam sidang Dun Sabah baru-baru ini termasuk desakan 3 sayap pemuda BN sendiri iaitu PBS, PBRS dan UPKO jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman ketika ucapan penggulungan amat mengecewakan dengan menyatakan berpuas hati terhadap royalti 5% kerana terdapat peningkatan jumlah royalti diterima dari RM750.9 juta pada 2008 kepada RM975.3 juta pada 2013, atau peningkatan hampir 30 peratus dalam tempoh lima tahun.
Beliau berkata, Musa memberi contoh bagaimana pelaburan yang dibuat oleh Petronas di pembangunan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), projek Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), dan tempat projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) memberi manfaat kepada Sabah.
"Pada kami bukan jumlah royalti atau pelaburan yang diterima itu yang patut menjadi kayu ukur tetapi bagaimana meletakkan keperluan sebenar negeri dan rakyat di samping hak sebagai tuan punya perut bumi dimana minyak tersebut dikeluarkan," ujarnya lagi.
Menurutnya, Sabah dan Sarawak dalam keadaan ini mempunyai kedudukan yang lebih istimewa kerana memiliki autonomi tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian Malaysia 1963.
Tambahnya, dalam isu minyak contohnya di bawah Ordinan Tanah kedua-dua negeri ini dan North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954 jelas menunjukkan sempadan perairan Sabah dan Sarawak yang sepatutnya kedua-dua negeri ini mempunyai hak ke atasnya.
"Inilah yang dilakukan oleh Datuk Adenan Satim setelah ditabalkan menjadi Ketua Menteri Sarawak, meletakkan kedudukan sebenar Sarawak pada tempat yang sewajarnya sebagaimana yang telah dijamin dalam Perjanjian Malaysia," katanya.
Katanya, tuntutan kenaikan 20% di Sidang Dun Sarawak ini adalah dilihat sebahagian daripada usaha tersebut.
Untuk itu, kata beliau Pemuda PAS Sabah menyeru agar semua Adun di negeri itu agar lebih berani untuk mengambil tindakan yang sama bagi mengemukakan tuntutan rasmi kepada Kuala Lumpur bagi faedah seluruh rakyat di negeri itu melalui sidang Dun yang akan datang. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014

Pistol buatan Israel dirampas dari pengganas Sulu
KOTA KINABALU: Sepucuk pistol yang tertera tulisan 'Made In Israel' ialah antara senjata yang dirampas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.
ASP Mursalim Mohd Salleh berkata beliau merampas pistol Bul M5 selepas berlaku pertempuran kecil antara pasukan keselamatan dan kira-kira 30 hingga 35 penceroboh yang bersenjata semasa operasi "cut-off" pada 6 hingga 7 Mac tahun lepas.
Ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Datuk Abdul Wahab Mohamed untuk menerangkan secara khusus mengenai pistol itu, saksi ke-27 pihak pendakwa itu berkata ia diperbuat daripada perak dengan pemegang berwarna hitam dan pada pemegangnya terdapat tulisan kecil huruf M dengan nombor 5 dalam tulisan.
Ia juga mengandungi magazin berwarna perak tanpa peluru, kata beliau.
"Ada tulisan ‘Made in Israel’ (pada pistol)," beliau memberitahu mahkamah.
Pistol Bul M5 itu dikenal pasti oleh Mursalim di mahkamah bersama tiga lagi pistol - revolver, pistol jenis Armscor bersama magazin tanpa peluru dan pistol jenis Gold Cup National Match bersama magazin dengan lima butir peluru dan sebutir lagi peluru dalam ruang peluru pistol.
Komander platun Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berkata beliau merampas 12 magazin di lokasi pertempuran kecil - lapan magazin bagi peluru 7.62mm, satu magazin peluru 9mm, satu magazin bagi peluru semi-automatik dan dua magazin bagi peluru jenis 303 yang digunakan bagi raifal Garand.
Saksi itu berkata beliau juga merampas 186 peluru pelbagai saiz dan jenama.
Tiga puluh orang iaitu 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi orang yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - Bernama
Sumber HD - 8-5-2014

Lagi penculikan di Sabah, prestasi Esscom dipertikai
PETALING JAYA: Episod kejadian penculikan yang berlaku di Sabah akan menggugat jumlah kehadiran pelancong ke negara ini memandangkan ia melibatkan aspek keselamatan.
Ahli Palimen Batu, Tian Chua berkata, prestasi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan peruntukan lebih RM200 juta semakin dipertikaikan ekoran kejadian menggugat keselamatan kerap berulang.
“Sepatutnya ada peningkatan dari segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan. Malangnya kita lihat tidak ada langkah-langkah kecemasan tambahan.
“Dikhuatiri jika perkara ini berulang dan boleh menjatuhkan keyakinan pelancong,” katanya dalam sidang media di sini.
Jelasnya sektor perlancongan sedia ada sudah tergugat ditambah dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.
Katanya, menteri dan agensi bertanggungjawab perlu menjawab perkara ini secara telus tanpa perlu memberikan alasan.
Dalam kejadian penculikan terbaru, Pengurus Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengendalikan ladang ikan warganegara China, Yang Zailin dilaporkan diculik di Silam, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi tadi.
Dipercayai bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu melarikan diri ke arah selatan Filipina.
Sebelum itu, pada kira-kira pukul 11 malam Ahad, empat lelaki berpakaian seragam ala tentera merompak seorang guru dan tiga rakan beliau yang memancing di perairan Sungai Bilis di Tanjung Labian dengan melarikan dua enjin bot sangkut dan satu enjin bot pam.
Ia merupakan penculikan kedua dalam tempoh hampir sebulan.
Pada 2 April lalu, pelancong China Gao Hua Yuan, 29, dan seorang pekerja resort Marcy Darawan, 40, diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Singamata Reef Resort di Semporna.
Sumber HD - 6-5-2014

Sandakan tanah subur untuk berdakwah
Sandakan, merupakan sebuah daerah di timur Sabah yang berkapasiti hampir 400,000 penduduk. Hampir 60,000 daripadanya berbangsa cina, 22,000 berbangsa melayu, dan selebihnya adalah kombinasi pelbagai kaum bumiputra seperti Bugis, Bajau, Dusun, Kadazan, Sungai, Suluk, dan sebagainya. Dianggarkan lebih dari 200,000 penduduknya adalah beragama Islam.
Sosio ekonominya kelihatan wujud kasta yang berbeza. Yang kaya tersangat kaya, mereka memonopoli tanah-tanah di Sandakan sehinggakan harga tanah di Sandakan sangat mahal. Yang sederhana kebanyakannya di kalangan kakitangan kerajaan dan yang mempunyai kerja yang sesuai. Dan masyarakat yang dalam kategori miskin tersangat ramai. Situasi ini sangat jelas dengan kewujudan ribuan rumah-rumah atas air dan di lereng-lereng bukit. Bas mini adalah pengangkutan utama di Sandakan lantaran ketidakmampuan kebanyakan rakyat memiliki kenderaan sendiri. Malah, sebuah rumah yang didiami oleh gabungan beberapa keluarga juga adalah perkara biasa di sini lantara harga rumah tersangat mahal kerana telah dikawal oleh kapitalis & kegagalan politikus membantu rakyat marhaen.
Dari segi dakwah Islam, kerancakan dakwah di Sandakan bagai langit dengan bumi jika ingin dibandingkan dengan Lembah Klang ataupun Kelantan. Namun, bibit2 kerancakan telah wujud dan memerlukan sokongan dari semua muslim.Kewujudan pelbagai organisasi Islam seperti PAS, Jemaah Tabligh, kumpulan Maulid & Habaib, Hizbut Tahrir, AJK Masjid-masjid, Kelab Cinta Rasul, dan sebagainya. Kumpulan yang pelbagai dengan pendekatan dakwah yang berbeza mebentuk satu warna warni dakwah Islam yang sangat cantik dan menarik.
Yang terbaru adalah Usrah Kaki Lima (UK5), yang mendekati masyarakat melalui method yang dekat dengan kecenderungan orang muda. Dengan mottonya “Dari masjid ke kaki lima”, UK5 cuba menarik golongan muda untuk mendalami agama. Program-program pengisian agama secara santai di restoran, pasar dan lain-lain turut menampilkan aktiviti seperti busking, karaoke dan sebagainya. UK5 juga bergerak aktif melalui laman sosial di page facebook “Usrah Kaki 5- UK5”.
Namun begitu, kewujudan beberapa organisasi Islam ini tidak mampu untuk memenuhi keperluan ilmu agama ratusan ribu rakyat Sandakan. Saya mendapat maklumat penceramah-penceramah agama yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid di Sandakan hanyalah sekitar 10 orang sahaja. Dengan keluasan sandakan yang hampir menyamai sebuah negeri di Semenanjung Malaysia dan jumlah penduduk yang ramai, 10 orang ini tidak mampu memenuhi keperluan dan kelaparan rakyat terhadap ilmu agama.
Justeru, saya merayu kepada pencinta-pencinta dakwah dari semenanjung samada graduan agama ataupu tidak, untuk mempertimbangkan peluang dakwah di Sandakan yang sangat subur. Jika di Lembah Klang mempunyai tersangat ramai penceramah sehinggakan ada masjid yang boleh buat 3 kuliah agama sehari. Berbeza di sini, permintaan pengajian agama banyak, tapi penceramah agamanya kurang. Semoga Allah memberkati segala usaha aktivis-aktivs dakwah seluruh Malaysia.
Sumber HD - 28-4-2014
50 tahun Sabah, miskin tegar masih 'segar'
Dipin Abu Bakar bukanlah sosok yang mahu ditonjolkan. Namun luahannya sebagai wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) di kampung itu, sesuatu yang mengejutkan.
"Sebelum pilihan raya umum-13, kerajaan BN berjanji kampung tradisi ini akan dikekalkan tetapi sebaik sahaja selesai, mereka halau kami.
"Sedangkan kami mengundi BN...sudah lebih 30 tahun kami duduk di sini," katanya dalam bahasa pekat yang adakalanya sukar difahami.
Beliau menukilkan perasaan sambil menunjukkan kad sebagai ahli Gerakan, kompenen BN sewaktu Harakah berkunjung ke Kampung Muhibbah, kampung atas air di Batu 2, Sandakan,Sabah tahun lalu.
Sedang menyelusuri kampung yang rata-ratanya memacak bendera BN, kami disapa oleh Simon bin Loo dan isterinya, berketurunan Kadazan dengan nada resah, kerana diarah berpindah.
"Kami bagai kerbau dicucuk hidung..bah!
"Kami tak ada duit..disuruh bayar deposit untuk duduk rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bayar sewa sampai mati...tak boleh milik rumah, " kata isterinya yang mengasuh enam orang anak, hasil bersama Simon.
Tanah kediaman mereka akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan komersial yang memberi pulangan kepada kerajaan BN Sabah.
Mengamati perkampungan itu, sukar dibayangkan setelah 50 tahun Sabah menyertai Malaysia pada 16 September 1963, kehidupan mereka sungguh menghayat. Bukan kemiskinan biasa tetapi tegar!
Air tidak bersih, sekadar menadah hujan dan nyalaan lampu bergantung jentera generator adalah penyambung hayat perkampungan yang didiami lebih 2,000 penduduk.
Sebuah rumah layaknya seperti reban ayam, didiami adakalanya sehingga 10 orang termasuk anak menantu cucu dan dipisahkan dengan sebuah bilik bertirai sehelai kain nipis.
Bukan itu sahaja, paling memeranjatkan lebih 3,000 kanak-kanak Sandakan tidak dapat masuk sekolah. Bukan kemiskinan menjadi halangan sebaliknya karenah birokrasi kerajaan menyediakan dokumen sijil lahir yang tanpanya, sukar untuk mendapat pendidikan sempurna.
Bagi setiap kes, paling cepat diselesaikan dalam setahun. Menunggu tempoh sebegitu lama, dewasa mereka akhirnya menjadi bukan sahaj buta huruf tetapi buta warna!
Aneh, gaya penampilan, suara lantang dan 'pencak silat' ahli-ahli parlimen Sabah yang gah di Dewan Rakyat, mengelabui mata. Harta melimpah, rumah besar, kereta mewah dan melayang di awan biru ke sini sana seperti tidak menggambarkan kehidupan rakyat yang hidup di negeri bawah bayu.
Menjadi bahan jenaka ramai, seorang wanita yang tidak boleh langsung berbahasa melayu boleh dipilih menjadi wakil rakyat BN Sabah dan diletakkan harapan besar untuk menyelami susah senang penduduk yang tidak mengerti apa sepotong laras pun bahasa penjajah.
Dengan kos sara hidup tinggi dan gaji murah, sekitar RM300-RM400 sebulan bagi pekerja kilang, apa ertinya bulan dan bintang yang dijanjikan BN di sana sini.
Harakah berkesempatan ke kawasan Kampung Ulu Dusun,di diiringi dua orang guru daripada Semenanjung, 50 kilometer daripada Parlimen Kinabatangan yang mana wakil rakyatnya Dato' Bung Mokhtar mendabik dada bahawa kenaikan bahan bakar tidak memberi kesan kepada orang kampung.
Kata lancangnya hampir tepat kerana penduduk kampung di kawasannya amat daif kehidupan mereka yang sekadar berjalan kaki dan tidak mampu membeli motosikal apatah lagi kereta!
Rentetan itu, harga barang menjadi naik. Telur sebiji atau ikan seekor dikongsi ramai yang menjadi hidangan mengalas perut bagi yang tinggal jauh di pendalaman.
Guru itu kemudian menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi berlambang dacing dan berbaju t-shirt biru.
"Mereka pakai baju BN bukan kerana mereka taksub kepada parti itu tetapi itulah satu-satu baju yang elok dan topi yang pernah dimilikinya selama hidupnya," katanya.
Pendidikan agama juga jauh ketinggalan. Sekolah agama rakyat diwujud, namun pelaksanaannya acuh tak acuh. Ada bangunan dan ramai pelajar, tiada pula guru kata guru tersebut.
"Itu belum bab nikah. Ramai yang menikah tidak ikut peraturan menyebabkan tidak ada sijil nikah dan status anak mereka diragui.
"Nak sekolah dan nak cari kerja, memang masa depan mereka susah. Bapa kerja nelayan. Ada kerja pelayan restoran hanya dengan gaji RM10 sehari," katanya memandu kereta.
Beberapa kali, tubuh kami terentak kerana jalan yang dilalui ada yang tidak berturap dan jika bertar, ada lubang dan pecah teruk berpunca daripada kualiti bahan rendah akibat rasuah, kata guru itu.
Pilu mendengar cerita, rakannya Ahmad dari utara semenanjung yang duduk bersebelahn dengan saya di belakang kereta. Mengajar jauh di pendalaman, terpaksa menaiki bot selama 8 jam untuk membeli barang keperluan seminggu sekali di pekan berdekatan.
Atas dasar kesedaran dan tanpa sebarang bayaran, mengajar orang kampung tidak kira apa 'ideologi bendera', di waktu luar sekolah supaya celik agama dan boleh mengaji Quran.
"Kemudian JKKK desak kerajaan tukarkan saya ke tempat lain, sedangkan saya juga mengajar keluarga mereka sampai tahu membaca al-Quran," katanya menggangap itu sebagai ujian dan cabaran sebagai pendidik yang mahu melihat perubahan minda masyarakat.
Bukan itu sahaja, ancaman kerajaan BN Sabah terhadap aduan dan suara lantang penduduk, dengan pelbagai teknik menakutkan sukar untuk dipatahkan yang akhirnya menyebabkan ramai yang kunci mulut dan terus dihimpit kesusahan.
Harakah tinggalkan sisi gelap kisah Sandakan yang tidak upaya dirungkai selama tiga hari kunjungan, jauh sekali mampu menyusuri denai lecak pendalaman negeri bawah bayu yang menghidangkan pelbagai cerita duka, indah khabar dari rupa.

- Apr 13, 2014
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Yang Dipertua PAS bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar Dr. Ali Akbar Gulasan.
Turut hadir Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail dan Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Abdillah Matlin.
Menurut Dr. Ali Akhbar pertandingan futsal tersebut diadakan bertujuan menggalakkan anak muda beriadah dan bersukan.
"Selain mengeratkan lagi hubungan PAS dengan anak muda di Sepanggar, kita juga menggalakkan anak muda beriadah dan mengamalkan cara hidup sihat seperti mana disarankan dalam Islam agar tidak terjebak dengan gejala kurang sihat yang semakin membimbangkan,” ujarnya.
Sebanyak 16 buah pasukan terdiri daripada anak muda sekitar Sepanggar telah berentap dalam pertandingan futsal tersebut.
Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM700, medal dan hamper telah dimenangi oleh pasukan KKHS FC. Manakala hadiah tempat kedua dan tempat ketiga masing-masing RM500 dan RM300 beserta medal dan hamper.
Hadiah telah disampaikan sendiri oleh YDP PAS Sepanggar. Program berakhir pada jam 4.00 petang.
Sumber HD - 13-4-2014
- Apr 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Penculik yang melibatkan kumpulan bersenjata api dari luar negara itu telah melarikan seorang pelancong wanita berasal dari China manakala seorang lagi berasal dari Filipina yang juga merupakan pekerja resort peranginan berkenaan.
Ironisnya, Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Mohamad Husain penculikan itu berlaku hanya selang beberapa bulan daripada peristiwa sebelum ini yang terjadi pada 15 November 2013 apabila seorang lelaki warganegara Taiwan ditembak mati dan isterinya pula telah diculik.
Menurutnya, masih segar dalam ingatan kes yang menggemparkan negara pada tahun lalu lebih 200 orang bersenjata api mendarat di Tanduo, Lahad Datu.
Sejak peristiwa itu, ujarnya beberapa kali penceroboh cuba menyusup masuk ke perairan Sabah.
“Mala petaka apakah yang menimpa negeri Sabah khususnya rakyat negeri ini?” soal beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, nyawa terdedah kepada ancaman bahaya dan menggugat keselamatan.
“Di manakah tanggungjawab pihak kerajaan terutama Kerajaan Persekutuan yang diamanahkan menjaga ketenteraman awam dan negara dari serangan musuh dan penceroboh?” soalnya lagi.
Seterusnya beliau bertanya mengapa dengan tertubuhnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang melibatkan 10 daerah di Timur Sabah, musuh masih lolos?
Justeru, ujar beliau kerajaan sewajarnya mengkaji semula penubuhan Esscom.
“PAS Sabah sangat bersimpati atas kesengsaraan petani dan nelayan yang bergantung hidup di kawasan laut,” ujarnya.
Begitu juga, katanya para pengusaha resort dan perhotelan serta industri pelancongan turut juga mendapat kesannya.
Justeru,kata beliau PAS Sabah menegaskan supaya kerajaan menambahbaik kawalan perairan negeri itu agar semua rakyat dapat hidup aman dan selamat.
Sumber HD - 8-4-2014
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
“Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.
“Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini,” kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
Menurutnya, Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.
Justeru, ujar beliau pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara itu.
Beliau berkata, Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.
Menurutnya, Malaysia yang mendakwa sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.
“PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut,” tegasnya.
Sumber HD - 7-4-2014
- Apr 07, 2014
- ARIF ATAN
Ketua Pemudanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata, insiden yang berlaku di Resort Singgamata itu bukti jaminan Kerajaan Pusat di sebalik penubuhan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak terlaksana.
"Pemuda merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan militan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu tahun lepas.
"Hal ini seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang telah bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu," jelasnya dalam kenyataan kepada Harakah.
Sehubungan itu, Lahirul menggesa rakyat Sabah bangkit menuntut hak mereka yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negeri tersebut terpelihara.
"Kami berharap peristiwa ini dijadikan iktibar buat kita di Sabah ini tentang bagaimana layanan Kerajaan BN kepada kita berkaitan isu keselamatan," ujarnya lagi.
Sumber HD - 7-4-2014
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin (gambar) berkata majikan juga harus dikenakan tindakan kerana mengutamakan pengambilan pekerja asing bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar pengusaha Singamata Adventures Reef Resort, lokasi penculikan dua wanita iaitu seorang pelancong warga China dan seorang pekerja warga Filipina, menghentikan operasi dan bukan mengkritik Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).
"Kes penculikan itu menjadi masalah kerana pihak resort tidak harus sewenang-wenangnya memberi peluang pekerjaan kepada warga asing daripada tempatan atas alasan dapat memberi gaji lebih murah, dan pekerja harus ditapis bukan oleh peniaga tapi pihak polis," katanya.
Yahya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian Putatan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada Rabu lepas, Goa Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40, diculik tujuh lelaki bersenjata pada kira-kira 10.30 malam selepas menceroboh resort itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Yahya mencadangkan pengusaha resort membuka pusat penginapan di kawasan yang tidak terpencil bagi memudahkan pengawalan oleh pihak berkuasa, termasuk Esscom.
Beliau juga bersetuju Esscom harus mengambil tindakan serius bagi menangani kejadian itu termasuk menempatkan lebih ramai polis bantuan terlatih di kawasan terbabit.
Sementara itu, Yahya yang Ketua Umno Bahagian Putatan, berkata anggota Umno harus mengekalkan semangat kesetiaan kepada parti, pemimpin dan negara bagi mengelak sebarang perpecahan serta perbalahan yang merugikan perjuangan parti.
"Walaupun tahun ini tiada pemilihan, kita sebagai anggota mesti menjalankan mesyuarat dengan betul dan mengikut tata cara peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan parti," katanya. - Bernama
Sumber HD - 7-4-2014
- Apr 07, 2014
- ER TECK HWA
Tanpa ingin meletakkan sepenuhnya beban kesalahan kepada ESSCOM semata-mata namun, kejadian penculikan ini sekali lagi menunjukkan pintu sempadan kita begitu mudah lolos. Saya sering membangkitkan persoalan tahap keselamatan pintu sempadan Negara sama ada pada sesi Dewan Rakyat penggal lepas mahupun yang sedang berlangsung sekarang ini.
Bidang kuasa ESSCOM
Kejadian penculikan ini akhirnya telah mencelikkan kita semua betapa selama ini sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini yang telah diberikan peruntukan beratus juta rupanya tidak mempunyai bidang kuasa. ESSCOM hanyalah penyelaras yang melibatkan pelbagai agensi semata-mata.
Sungguhpun, ESSCOM tidak mempunyai kuasa untuk mengawal semua agensi-agensi tersebut tetapi sebagai penyelaras ESSCOM seharusnya mempunyai tanggungjawab penuh bagi menyelia peranan dan kawalan antara agensi bagi memastikan tiada ruang dapat ditembusi oleh penculik-penculik mahupun mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap Negara kita.
Ramai telah pun membangkitkan persoalan bidangkuasa ini. Pejabat Peguam Negara perlu segera tampil memperjelaskan perkara pokok ini. Apakah sebenarnya tugas, tanggungjawab, peranan dan bidangkuasa ESSCOM? Tidak wajar kita membelanjakan lebih RM200 juta untuk satu perkara yang tidak jelas peranan dan bidangkuasa.
Siapakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap ESSCOM memandangkan ESSCOM ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri?
Peningkatan Tahap Siapsiaga
Apabila berlaku tragedi Tanduo, Lahad Datu, kita semua bersetuju betapa aspek keselamatan di Pantai Timur Sabah segera ditingkatkan. Dan apabila ESSCOM ditubuhkan untuk mengawal 10 kawasan di ESSZONE, ia merupakan satu permulaan yang agak baik.
Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan ESSCOM untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka setelah tragedi ini berlaku. Malah, Kabinet juga akan meneliti semula semua aset-aset yang disediakan untuk ESSCOM.
Dan apabila ESSCOM ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri seharusnya pemantauan dan kajian berterusan harus kerap dilakukan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan juga risikan sentiasa berada di tahap terbaik bagi mengelakkan kejadian seumpama ini terjadi.
November 2013 iaitu selepas 7 bulan ESSCOM ditubuhkan, negara digegarkan dengan tragedi penculikan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah yang akhirnya meragut 1 nyawa manakala pasangannya ditahan lebih sebulan sehinggalah keluarga mangsa membayar wang tebusan. Kini, selepas setahun terjadi lagi. Apakah Kerajaan dan Kabinet ingin mengatakan bahawa ESSCOM masih lagi longgar dan tidak cukup bersedia atau tidak mempunyai cukup aset untuk menghalang terjadinya kes seumpama ini?
Apa sudah jadi dengan latihan simulasi penculikan di pusat peranginan di Sabah? Apa yang berlaku pula terhadap Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) yang dikatakan berupaya memintas aktiviti penjenayah? Bagaimana Prosedur Operasi Standard yang digunapakai bagi tujuan mengawal dan mengekang penjenayah?
Satu persoalan lagi, adakah terdapat ruang-ruang kelemahan risikan sehingga menyebabkan QRF tidak dapat memintas kumpulan penculik ini sama ada sewaktu mereka memasuki atau keluar dari kawasan tersebut?
Geografi Sabah
Hujah yang menyatakan bahawa keadaan geografi di Pantai Timur Sabah ini menyukarkan usaha mengawal sempadan juga merupakan satu alasan yang tipikal dan lemah. Tidak ada mana-mana individu pun yang selama ini tidak mengetahui mengenai keadaan geografi di sana. Seharusnya, sewaktu penubuhan ESSCOM lagi, perkara ini telah diambil kira dan diperhalusi secara komprehensif. Perancangan teliti seharusnya telah dirangka sewaktu penubuhan. Bukannya, hujah ini akan terus digunakan sebagai satu alasan bagi menutup kelompangan yang berlaku. Ini terus menunjukkan kegagalan pihak Kerajaan dalam mengawal keselamatan perairan Sabah.
Malah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar nampaknya masih gagal mempelajari kesilapan beliau dalam memberikan sebarang kenyataan. Jika sebelum ini, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di dalam Dewan Rakyat yang tidak sensitif terhadap isu rogol, kini sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan yang dangkal.
Mengatakan bahawa Singmata Resort ini merupakan satu pusat peranginan yang terpencil sehinggakan meminta untuk ditutup adalah merupakan kenyataan yang tidak mencerminkan status Timbalan Menteri Dalam Negeri. Hakikatnya, Singmata Resort ini hanya terletak kira-kira 1.5 km daripada Bandar Semporna dan memerlukan hanya 15-20 minit jika menaiki bot daripada jeti Semporna. Walaupun benar, kita tidak boleh menjamin keselamatan pengunjung 100%, kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri ini menunjukkan seolah-olah beliau cuba mencuci tangan daripada masalah yang berlaku dengan terus memberikan alasan yang lemah.
Keadaan geografi dan perairan di Sabah adalah merupakan permata yang berharga kepada sektor pelancongan Negara kita. Kita tidak boleh terus mengarahkan pusat peranginan tumpuan pelancong ini ditutup hanya kerana kita gagal dalam mengawal keselamatan.
Kegagalan APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan antara agensi yang terlibat di dalam ESSCOM. Malah, APMM ini juga telah diberikan banyak peruntukan termasuklah dalam aspek pemilikan aset Pasukan Polis Marin sewaktu penubuhannya dahulu.
Dalam jawapan kepada soalan Dewan Rakyat bertarikh 22 Oktober 2013 kepada saya, Menteri Dalam Negeri telah mengakui bahawa sebenarnya APMM ini telah dilihat gagal dalam menjalankan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka. Menteri juga telah mencadangkan agar Pasukan Polis Marin diperkukuh dan diperkasakan semula dengan dikembalikan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar termasuklah memperluaskan kawasan tanggungjawab di laut.
Adakah Kerajaan tidak menyedari akan kegagalan APMM ini? Seharusnya agensi-agensi yang terlibat di dalam ESSCOM ini boleh diyakini dan tidak tercalar kredibilitinya. Bagaimana satu agensi yang telah dikatakan gagal oleh Menteri Dalam Negeri masih terus dibiarkan berada di dalam ESSCOM dan ditugaskan untuk menjaga sempadan perairan Negara yang sangat berisiko ini?
Penutup
ESSCOM walaupun satu langkah yang bagus dalam menjaga sempadan perairan Negara namun seperti juga yang berlaku dalam banyak dasar selama ini apabila perlaksanaan dan penguatkuasaan yang rapuh telah menjejaskan keupayaan agensi ini.
Apa pun juga langkah dan dasar yang kita ambil, jika masalah pengurusan, perlaksanaan dan penguatkuasaan lemah dan rapuh, kita tidak dapat menggunakan peranan dengan maksimum. Akhirnya, perbelanjaan yang telah kita peruntukkan hanya membawa kerugian tanpa keputusan yang baik dan diharapkan serta seterusnya atas nama pengukuhan, kita akan terus mengeluarkan perbelanjaan demi perbelanjaan.
Persoalannya, berapa banyak lagi perbelanjaan yang perlu kita keluarkan setiap tahun jika kita terus berada di dalam keadaan urustadbir, perlaksanaan dan penguatkuasaan yang lemah? Inilah masalah utama Negara kita. Bukan dasar yang tidak bagus tetapi urustadbir dan perlaksanaan Kerajaan itu sendiri yang berdepan masalah.
Er Teck Hwa ialah Ahli Parlimen Kawasan Bakri, Johor
Sumber HD - 7-4-2014
- Apr 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sabah melahirkan rasa terkilan dengan peristiwa penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.
“Kami merakamkan takziah dan simpati yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap semuanya akan berjaya diselesaikan dengan baik,” ujar Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya merasakan insiden pada kali ini merupakan satu lampu merah kepada rakyat Sabah agar lebih berhati-hati untuk mempercayai janji Kerajaan Pusat bahawa masalah keselamatan di Sabah akan terjamin melalui pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
“Kami merasakan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa pencerobohan Tanduo tempoh hari,” katanya lagi.
Hal ini, ujarnya seakan-akan mensia-siakan pengorbanan anggota keselamatan negara yang bergadai nyawa semasa Ops Daulat dahulu.
Tambah beliau, pihaknya dengan ini juga mengambil kesempatan supaya rakyat Sabah bangkit bukan sahaja untuk menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 bahkan sudah tiba masanya untuk mereka memastikan keselamatan dan kedaulatan sendiri dengan lebih serius.
“Kami juga senada dengan mantan Ketua Menteri Sabah yang menawarkan RM500 tersebut sebagai manifestasi kekecewaan dan kemarahan kita sebagai rakyat negara berdaulat ini.
“Akhirnya kami mengharapkan agar peristiwa ini dijadikan iktibar buat kita di Sabah ini tentang bagaimana layanan Kerajaan BN kepada kita berkaitan isu keselamatan,” katanya.
Sumber HD - 5-4-2014
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China.
Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.
Menurut penulis Shahbudin Husin, dalam insiden penculikan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.
“Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia-China, demikian tulisan itu dipetik.
“Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China,” tulis beliau lagi.
Justeru, Shahbudin mempersoalkan siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu?
Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu? Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?
Baca di sini
Sumber HD - 4-4-2014
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu ini dan telah beberapa kali membangkitkannya sebelum ini.
Malah kata beliau, gesaan itu juga merupakan salah satu agenda yang diletakkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat dan misi Negara Berkebajikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
"Sepatutnya Musa Aman bukan sekadar mendengar cadangan tersebut tetapi terus bertindak, misalnya dengan membentangkan di DUN Sabah ataupun dibentangkan oleh ahli-ahli Parlimen BN Sabah di Parlimen Malaysia.
"PAS Sabah bersama rakan Pakatan Rakyat begitu yakin sekiranya royalti ini dinaikkan dan seterusnya parti pemerintah tidak mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, rakyat Sabah akan lebih terbela dari pelbagai sudut khususnya sosio-ekonomi mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyarankan agar kerajaan menimbang menambah bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, daripada lima peratus kepada 20 peratus.
Pemuda PBS Datuk Jake Nointin, Arthur Sen (Upko) dan Arthur Kurup (PBRS)dipetik sebagai berkata mereka akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan tidak lama lagi.
Mereka dilaporkan menyuarakan saranan itu berikutan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini yang meminta agar kadar bayaran royalti minyak kepada negeri ini dinaikkan kepada 20 peratus.
Sumber HD - 4-4-2014
Seorang kanak-kanak mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, Putatan mencuba uniform sekolah baru di sebuah pasaraya.
Program kebajikan yang diusahakan PAS Kawasan Putatan ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga mangsa yang kediaman mereka musnah dijilat api dalam satu kejadian bulan lalu.
Sejumlah 14 rumah musnah dalam kejadian itu mengakibatkan 26 keluarga dengan 106 orang hilang tempat tinggal.
Kesemua mangsa adalah penduduk tempatan dan telah menetap di kampung tersebut sejak lebih 50 tahun.
Pada program tersebut, sejumlah 27 anak-anak mangsa kebakaran dibelikan pakaian baru hasil sumbangan derma orang ramai.
PAS kawasan turut menyumbangkan keperluan asas kepada mangsa kebakaran.
Sebelum daripada ini, mangsa yang ditempatkan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Putatan turut menerima sumbangan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.
Turut mengiringi Aminuddin ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamid Ismail serta anggota Jabatan Amal Putatan.
Kepada orang ramai yang bersimpati kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank aktivis PAS Putatan, Bostaman Jumat no. 160184091122.
Hantarkan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Bostaman (011 2620 4714) atau Arwin (016 805 9172) dengan memaklumkan jumlah sumbangan.
Program bantuan untuk mangsa kebakaran diusahakan Jabatan Amal PAS Putatan dan Pusat Aduan rakyat Dun Tanjung Aru.
Sumber HD - 3-4-2014
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
LABUAN: Perpaduan nasional hanya akan dicapai jika rakyat negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dilayan secara adil dan saksama di bidang sosial, ekonomi dan politik, kata Yang Dipertua PAS Labuan, Hamir Zahari.
Berucap pada majlis Dialog Perpaduan anjuran Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di Anjung Budaya Taman Damai, Layang Layangan, dekat sini, 15 Mac lalu, Hamir berkata sebagai sebuah negara berbilang bangsa, layanan adil kepada seluruh rakyat adalah penting dan sentimen perkauman perlulah dijauhi.
Sambil memetik ayat 13 Surah Al-Hujarat tentang manusia yang diciptakan Allah SWT daripada pelbagai bangsa, beliau berkata keadilan sosial perlu ditegakkan bagi menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Janganlah kerana kerakusan untuk meraih keuntungan atau mileage politik yang bersifat sementara, akan memusnahkan (keharmonian kaum). Maka di kala kerosakan sudah berlaku, semua pihak akan menderita dan sebarang langkah pembaikkan sudah tidak berguna lagi,” tegas beliau.
Hamir (gambar) turut menyentuh peranan media yang perlu melapor dengan adil dan mengelak daripada memainkan isu berbau perkauman seperti yang berlaku sebaik pilihan raya umum (PRU) ke-13 berakhir.
Beliau juga mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak menjemput wakil PKR pada pertemuan itu.
“Kenapa PKR Labuan tidak ada dalam senarai jemputan? Kalau kita nak bercakap soal perpaduan maka kita kena libatkan semua pihak untuk mendapatkan feedback daripada seluruh rakyat,” saran beliau pada program yang dimudahcarakan oleh Ahli MKPN, Tan Sri Lee Lam Tye.
Dalam ucapannya juga, Hamir menyentuh keperluan bagi setiap pertubuhan berdaftar untuk menggunakan kemudahan awam seperti dewan orang ramai bagi melaksanakan aktiviti berpersatuan.
Di sudut ekonomi, beliau membangkitkan jurang pembangunan antara Malaysia Timur dan Semenanjung.
Menurutnya, walaupun Labuan sebagai contoh menyumbang lebih RM1.43 bilion kepada pendapatan negara pada 2012 namun penbangunan prasarana di pulau ini tidak sejajar dengan hasilnya.
“Kami pasti perolehan Labuan hasil daripada industri minyak dan gas dan institusi kewangan luar pesisir semakin meningkat pada tahun kewangan 2013. Rakyat ingin tahu bagaimana hasil pendapatan ini digunakan untuk pembangunan Labuan khususnya?” soal beliau.
Hamir juga membangkit cadangan pembinaan jambatan Labuan–Menumbok yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar Sabah.
“Apa perkembangan cadangan pembinaan jambatan ini? Bagi kami, projek jambatan ini berupaya memupuk perpaduan jika dilaksanakan,” jelasnya.
Beliau berharap agar perbezaan ideologi politik tidak menjadi batu penghalang kepada perpaduan penduduk Labuan malah mahukan pulau ini menjadi perintis perpaduan nasional yang diharapkan.
Sumber HD - 21-3-2014
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
SEMPORNA: Rumah bekas ketua kampung Simunul dekat sini musnah dalam satu kebakaran petang tadi. Kampung Simunul menjadi tumpuan negara awal tahun lalu apabila lapan anggota keselamatan maut akibat serangan hendap kumpulan pengganas Sulu. Foto SRFM
Sumber HD - 12-3-2014
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata dalam kejadian kira-kira 1.51 tengah hari itu, seorang lelaki sedang berurusan di pejabat itu cedera ringan dan dirawat anggota Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS).
"Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.51 tengah hari dan mengarahkan tiga jentera berserta 24 anggota ke tempat kejadian, yang dapat mengawal kebakaran pada 2.20 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata api dapat dipadamkan dengan cepat kerana bangunan itu dilengkapi sistem semburan air atau 'sprinkler' yang berfungsi baik.
"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari kawasan luar (bangunan pejabat) dan pihak forensik bomba akan mempercepatkan proses siasatan kerana ini merupakan pejabat penting kerajaan," katanya.
Beliau berkata jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat.
Sementara itu, seorang pekerja wanita jabatan itu yang enggan namanya disiarkan berkata ketika kejadian hanya beberapa pekerja bertugas manakala kira-kira 45 lagi kakitangan sedang menghadiri seminar pengurusan integriti di Jabatan Arkib cawangan Sabah di sini.
Beliau menerima panggilan daripada rakannya pada kira-kira 1.45 tengah hari memberitahu tentang kejadian itu.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif yang turut melawat tempat kejadian berkata ini merupakan kebakaran kali kedua berlaku selepas satu kebakaran kecil sebelum ini.
Menurutnya, kira-kira 1,000 kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan bekerja di Wisma Muis setinggi 10 tingkat. - Bernama
Sumber HD - 10-3-2014
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Seorang komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam beliau hanya memerhati dua penceroboh mati selepas rebah ditembak semasa operasi bagi menghalang penceroboh melepaskan diri dari Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu tahun lepas.
Sarjan Zulkifli Buang berkata pada kira-kira 3 petang 6 Mac tahun lepas, beliau terdengar bunyi tembakan yang dipercayainya datang dari arah pasukan DSP Abdul Rani Alias yang melakukan operasi pembersihan bersama-sama pasukan Angkatan Tentera Malaysia di satu kawasan di kampung itu.
"Beberapa minit kemudian, kami melihat lima hingga enam orang berlari membawa senjata menyerupai 'rifle' ke arah kumpulan saya yang membuat operasi 'cut-off'," katanya semasa pemeriksaan utama yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Zulkifli berkata semasa lima hingga enam orang penceroboh itu berlari ke arah pasukannya, jaraknya ialah kira-kira 30 meter.
"Selepas itu, kumpulan saya melepaskan tembakan ke arah mereka secara serentak. Dua daripada mereka rebah ke bumi," katanya.
Menjawab soalan Abdul Wahab sama ada terdapat senjata pada penceroboh yang rebah itu, Zulkifli berkata beliau tidak pasti kerana pasukannya tidak membuat pemeriksaan.
"Saya hanya memerhati dan pastikan penceroboh mati. Kami tidak buat pemeriksaan sebab keadaan masih tidak selamat dan mendedahkan saya dan pasukan saya kepada tembakan (dari penceroboh) lain," jelasnya.
Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memeriksa gambar udara di Kampung Tanduo, yang diambilnya susulan pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina di kampung itu pada Februari tahun lepas.
Beliau hanya ditugaskan untuk mengambil gambar udara kampung itu dan kemudian memindahkan gambar berkenaan dari kameranya ke komputer sekembali di Markas Taktikal VAT69 di Felda Sahabat 16, Lahad Datu.
"Saya tidak periksa gambar-gambar yang saya ambil. Gambar-gambar itu untuk penilaian pegawai-pegawai lain yang diberi tugas itu (menilai gambar)," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan.
Zulkifli berkata beliau telah mengambil lebih 700 keping gambar pada 23, 27 dan 28 Feb tahun lepas.
Semasa misi mengambil gambar udara di Kampung Tanduo, beliau hanya dapat melihat bentuk muka bumi, pokok kelapa sawit, jalan dan struktur bangunan yang terdapat di kampung itu.
Mahkamah membicarakan 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Feb dan 10 April, seramai 22 orang termasuk dua rakyat Malaysia dituduh menganggotai kumpulan pengganas, dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya adalah anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.
Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.
Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah, disambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 5-3-2014
- Feb 28, 2014
- Published Date
- JAMHURI MOHAMED
Delegasi Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (Pro M UMSKAL) bersama Pihak Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Sabah (GAMIS) dan Pro Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu (Pro M UMSKK) telah melakukan satu demonstrasi aman di hadapan bangunan Canselori UMS semalam.
Demonstrasi aman ini diadakan sebagai bantahan terhadap tindakan Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Madya Dr Ismail Ali yang telah merampas premis kedai mahasiswa (G-Shop) kendalian Sekretariat Masjid Al Hikmah (SM).
Delegasi mahasiswa juga telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (TNC HEPA UMS), Prof Datuk Kassim Haji Md Mansur di pejabat beliau. Perkara ini diajukan kepada pihak TNC HEPA UMS setelah usaha penyelesaian antara pihak SM dan Pengarah UMSKAL menemui jalan buntu.
Tiga orang wakil delegasi mahasiswa dibenarkan masuk ke pejabat TNC HEPA UMS untuk menyerahkan memorandum dan berbincang mengenai rampasan premis G-Shop. Perbincangan yang mengambil masa hampir 2 jam itu walau bagaimanapun gagal mendapat kata putus daripada TNC HEPA UMS.
Namun, beliau berjanji akan turun ke Labuan pada minggu hadapan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuklah isu status pendaftaran SM yang masih tidak diluluskan walaupun permohonan telah dibuat sejak setahun lepas.
Berkaitan rampasan G-Shop, TNC HEPA UMS akan berbincang dengan pihak Pengarah UMSKAL, namun tiada sebarang jaminan dapat diberikan untuk G-Shop terus beroperasi di premis sedia ada. Beliau mengatakan G-Shop itu adalah keistimewaan yang diberikan kepada mahasiswa dan bukannya hak mahasiswa. Namun jika berbalik kepada fungsi asal premis tersebut, sememangnya mahasiswa mempunyai hak untuk terus berniaga kerana premis itu ditubuhkan memang untuk mahasiswa bukan pengusaha luar.
Walaupun tiada hitam putih hasil daripada perbincangan tersebut, pihak delegasi mahasiswa mengharapkan TNC HEPA UMS dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Pihak Delegasi Solidariti Mahasiswa UMSKAL bersama GAMIS Sabah dan Pro Mahasiswa mengucapkan terima kasih kepada pihak TNC HEPA UMS di atas sifat keterbukaan dan sanggup meluangkan untuk mendengar sendiri masalah yang berlaku. Sifat sebeginilah yang seharusnya ada pada setiap pemimpin universiti bagi memastikan pelajar atau mahasiswa sentiasa didahulukan.
Pro M UMSKAL menggesa pihak Pengarah UMSKAL untuk mengembalikan G-Shop yang dirampas kepada SM. Pro M UMSKAL berpendirian rampasan merupakan istilah yang tepat untuk digunakan kerana proses pengambilan semula premis tersebut tidak menggambarkan tata kelola yang profesional.
Pengarah UMSKAL merampas kedai tersebut tanpa memberi justifikasi yang jelas mengapa kedai tersebut perlu diambil semula. Jika pihak SM ada melakukan kesalahan sepanjang menguruskan G-Shop, pihak Pengarah UMSKAL sewajarnya menyatakan terlebih dahulu kesalahan tersebut, dan bukannya terus menghukum tanpa memberi peluang kepada SM untuk membuat penjelasan.
Jika Pengarah UMSKAL mengatakan SM sebuah organisasi tidak berdaftar sebagai alasan untuk merampas G-Shop, maka mengapakah tiga Pengarah Kampus sebelum ini memberi kelulusan untuk SM menguruskan kedai tersebut. Bahkan SM telah diberi kepercayaan untuk mengedalikan kedai tersebut selama lapan tahun.
Apakah Profesor Madya Dr Ismail Bin Ali cuba mengatakan tiga orang Pengarah terdahulu tersalah dalam memberi kelulusan kepada SM? SM merasakan Pengarah UMSKAL terlupa bahawa penubuhan SM telah dicadang sendiri oleh mantan TNC HEP UMS, Prof. Dr Amran Ahmed pada tahun 2008 sebagai sebuah organisasi yang akan membantu Bahagian Hal Ehwal Masjid (BAHEIM) UMSKAL.
Melihat kepada isu yang berlaku, Pro M UMSKAL menggesa kepimpinan tertinggi UMS meneliti semula kualiti pemimpin universiti yang dilantik khususnya di UMSKAL ini. Di sebalik istilah Transformasi Politik dan Good Governance yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, sikap Pengarah UMSKAL tidak mencerminkan semangat transformasi yang sama. Perdana Menteri juga dalam ucapan Hari Malaysia tahun 2012 pernah menyebutkan bahawa zaman pemimpin tahu segalanya sudah berakhir. Namun Pengarah UMSKAL seakan-akan tidak langsung menghayati iltizam tersebut dan terus meminggirkan mahasiswa dalam proses membuat keputusan.
Isu rampasan premis kedai mahasiswa ini juga membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih bermasalah dan perlu dimansuhkan segera. Peruntukan seksyen 16 AUKU memberi Absolute Power kepada Ketua Pengarah bagi sesebuah Universiti untuk membuat sebarang keputusan. Kuasa mutlak inilah yang sering disalahguna oleh pemimpin Universiti seperti Pengarah UMSKAL untuk membuat keputusan kuku besi sekaligus mengetepikan kepentingan mahasiswa sebagai kumpulan akar umbi dalam universiti.
Jamhuri Mohamed, Aktivis Pro Mahasiswa UMSKAL.
Sumber HD - 28-2-2014
- Feb 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Sejak 19 Febuari lalu sehingga semalam (23 Feb), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah memberikan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir di tiga buah daerah iaitu Beaufort, Tenom dan Pensiangan.
Dalam misi itu, seramai 30 mahasiswa terlibat daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah turun padang menjayakan misi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
“Sumbangan berupa makanan dan keperluan harian adalah hasil kutipan derma yang diadakan baru-baru ini di Gaya Street Kota Kinabalu,” ujar Presidennya, Mohd Fathihie Daimin.
Katanya, misi bantuan yang dilancarkan oleh Gamis Sabah pada 19 dan 20 Feb di Tenom melibatkan Kg Bunut dan Kg Maka Punti, di Pensiangan melibatkan Kg Membulu pada 20 Feb, pada 22 dan 23 Feb di Kg Mempulut dengan penyampaian sumbangan berupa keperluan makanan kepada 50 buah keluarga yang terlibat banjir.
Beliau memberitahu, antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan baktisiswa bersama masyarakat, pembersihan rumah, bersama badan bukan kerajaan di samping menyambut saudara baru.
Selain itu, pihak Gamis Sabah turut mengadakan penyelidikan berkenaan punca berlakunya banjir.
Hasilnya, kata beliau mahasiswa mendapati punca utama berlakunya banjir adalah aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
Tambahnya, aktiviti pembalakan tidak terkawal mengakibatkan kawasan tadahan air dikawasan tinggi musnah dan menyebabkan air terus mengalir ke kawasan lebih rendah.
Kesannya, kata beliau kenaikan paras air secara mendadak berlaku dan mengakibatkan banjir di beberapa tempat berdekatan kerana terdapat lebih 30 buah kampung terlibat dalam insiden banjir baru-baru ini.
“Dalam pada itu, pihak Gamis Sabah mengingatkan kepada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Hutan dan agensi-agensi terlibat, agar memandang serius punca banjir ini berlaku,” katanya.
Katanya lagi, pemantauan ke atas aktiviti pembalakan dari semasa ke semasa perlu ditingkatkan dan seharusnya menepati garis panduan yang telah ditetapkan.
Pihak Gamis Sabah juga, ujarnya menggesa tindakan tegas diambil ke atas sebarang tindakan pembalakan secara haram dan tidak menepati garis panduan yang ditetapkan.
“Pihak Gamis Sabah turut merakamkan jutaan penghargaan kepada para penderma sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.
Sumber HD - 24-2-2014
- Feb 22, 2014
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: Selang sebulan selepas kejadian kebakaran melibatkan 18 buah rumah di Kampung Cenderamata 2, Likas, kebakaran berlaku lagi di Kampung Rampaian, Sepanggar, baru-baru ini.
Dilaporkan, kebakaran di Kampung Rampaian melibatkan 6 buah rumah yang mengalami kemusnahan teruk.
Menurut penduduk, kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan kuat tong gas di dapur salah sebuah rumah.
Kebakaran kemudiannya merebak ke rumah-rumah di sekitarnya. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ekoran kebakaran tersebut, Pemuda PAS Sepanggar, menggesa pihak Bomba dan Penyelamat meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang pencegahan kebakaran.
Ketuanya, Abdillah Matlin berkata Pemuda PAS Sepanggar bersedia menjadi perantara masyarakat awam dengan pihak Bomba dalam usaha meningkatkan kesedaran itu.
"Kita sedia menjadi perantara dan bekerjasama dengan pihak Bomba demi kepentingan awam,” ujarnya lagi.
Selain itu, PAS Sepanggar akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa kebakaran.
"Bantuan kecemasan seperti makanan, pakaian, air dan peralatan persekolahan memang telah kita sediakan di bilik gerakan dan akan kita berikan pada kadar segera,” tambahnya.
Sumber HD - 22-2-2014
- Feb 21, 2014
- Suriati Sidek Ahmad
Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: "Saya buat yang terbaik dan hanya berserah kepada Allah" kata seorang anggota komando VAT69 dalam perbicaraan di sini ketika menceritakan detik berdepan dengan sekumpulan enam atau tujuh penceroboh bersenjata semasa menjalankan tinjauan rapat di Kampung Tanduo tahun lepas.
Komando VAT69 Insp Rosmadi Rosli berkata pada ketika itu beliau mempunyai keyakinan yang rendah bahawa sekumpulan penceroboh itu tidak akan melepaskan tembakan ke arahnya semasa mereka melihatnya di kawasan surau, di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, pukul 7 pagi.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N.Sivananthan, bagaimana beliau yakin penceroboh bersenjata itu tidak akan menembaknya, Rosmadi berkata "Saya buat yang terbaik dan buat apa yang termampu. Pada ketika itu saya hanya berserah kepada Allah."
Ditanya lagi sama ada ada cubaan daripada penceroboh itu untuk menyerang beliau dan pasukannya, Rosmadi berkata mereka tidak cuba untuk menyerang pasukannya tetapi mereka tidak berganjak dari tempat mereka berdiri.
Rosmadi yang mengetuai Sektor E, semasa melakukan tinjauan rapat itu juga bersetuju dengan cadangan Sivananthan bahawa semasa beliau berkata "You go, I go", tidak ada cubaan daripada penceroboh yang ketika itu berada di hadapan pasukannya untuk menyerang mereka.
Saksi pendakwa ke sembilan itu berkata empat atau lima anggota kumpulan penceroboh itu memakai pakaian celoreng dan dua antara mereka memegang senjata api.
Rosmadi berkata penceroboh itu berdiri di hadapan pasukannya pada jarak 10 hingga 15 meter.
Kepada soalan lain Rosmadi juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa pasukannya tidak membuat sebarang justifikasi semasa menembak mati dua orang penceroboh semasa operasi pembersihan dilakukan di Kampung Tanjung Batu pada 7 Mac tahun lepas.
"Sekiranya pasukan kami terserempak dengan penceroboh ini, arahan yang diberi oleh ketua kami ialah kami mesti lihat keadaan pada waktu itu dan cara musuh datang kepada kami," katanya pada perbicaraan 30 individu yang didakwa terhadap pelbagai pertuduhan berkaitan kegiatan pengganas di Sabah tahun lepas.
Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa semasa mereka menjalankan operasi di kawasan itu sekiranya ada orang datang ke situ, orang akan dianggap musuh dan mereka akan menembak orang berkenaan.
Sebanyak 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dalam kes ini. Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.
Perbicaran di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 21-2-2014
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, mangsa daripada 444 keluarga itu dibenarkan pulang ke rumah mereka sejak 10.30 pagi ini.
"Seramai 295 mangsa daripada 79 keluarga di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang pada 11 pagi.
"Tiga pusat pemindahan yang lain iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort III, Dewan Baru Beaufort dan Dewan Kampung Kukut ditutup bermula pukul 10.30 pagi tadi," kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama.
Paras air Sungai Padas kembali normal pada 7.57 meter. Dua pusat pemindahan iaitu Dewan Sri Dayang Lumadan dan surau Kampung Sungai Bukau ditutup semalam.
Berikutan itu, Bilik Gerakan Banjir turut ditutup serentak dengan penutupan pusat pemindahan berkenaan.
Sejak banjir melanda daerah ini minggu lepas, pihak keselamatan telah memindahkan hampir 3,000 penduduk dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Isnin lepas iaitu hampir 2,500 mangsa daripada 710 keluarga di enam pusat pemindahan.
Keadaan banjir di Tenom juga sudah pulih dan semua pusat pemindahan ditutup Isnin lepas. - Bernama
Sumber HD - 19-2-2014
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
DSP Hakemal Hawari memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pasukan itu sentiasa mematuhi arahan dan taklimat pegawai tinggi mereka sebelum memulakan operasi.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N.Sivananthan, Hakemal berkata beliau akan membuat pembetulan ke atas anggota pasukannya jika mereka bertindak secara tidak bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan.
Sivananthan: Adakah anda bersetuju bahawa sebagai pegawai pemerintah, menjadi tanggungjawab kamu untuk memastikan bahawa semua pegawai dan anggota mematuhi arahan pegawai tinggi sebelum tugasan kamu di Kg Tanjung Batu?
Hakemal: Bersetuju.
Beliau menjelaskan bahawa arahan diberi oleh ketuanya Datuk Abdul Rashid Harun ialah bahawa jika pasukan itu terserempak dengan penceroboh di Kg Tanjung Batu, mereka dikehendaki menangkap penceroboh jika penceroboh mahu menyerah diri atau bertindak balas jika penceroboh melepaskan tembakan terhadap mereka.
Hakemal menarik perhatian bahawa pasukannya akan melepaskan tembakan jika mereka ditembak atau jika nyawa mereka terancam.
Saksi kelapan itu juga bersetuju dengan andaian Sivananthan bahawa semasa operasi pengusiran penceroboh di Kg Tanjung Batu, tiada senjata api dijumpai daripada mana-mana enam penceroboh yang ditembak mati.
Hakemal berkata beliau tidak memeriksa mayat keenam-enam mereka.
Kepada soalan sama ada beliau ada menemui mayat penceroboh yang ditembak mati selepas operasi pengusiran di Kg Tanduo, Hakemal berkata ya, walaupun beliau tidak pasti jumlahnya tetapi lebih daripada 10 mayat.
"Saya tak pasti berapa jumlahnya, Saya juga tak pasti pakaian mereka sebab mayat itu bertindih," katanya pada perbicaraan 30 individu yang dituduh melancarkan kegiatan pengganas di Sabah tahun lepas.
Terdahulu, Hakemal bersetuju dengan andaian Sivanathan bahawa Sektor A hingga E di Kg Tanduo pada dasarnya ditubuhkan untuk meliputi lokasi penceroboh tersebut.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa 161 komando VAT69 dikerah di kelima-lima sektor di Kg Tanduo.
Semasa pemeriksaan semula oleh Tan Sri Abdul Gani Patail mengapa dia tidak memeriksa enam mayat itu pada masa itu, Hakemal berkata pada waktu itu apa yang penting adalah keselamatan nyawanya dan anggota kumpulannya.
Dua puluh dua daripada 30 tertuduh termasuk dua rakyat Malaysia, menghadapi pertuduhan secara bersama melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.
Seorang daripada mereka menghadapi dua pertuduhan tambahan merekrut anggota bagi kumpulan pengganas dan melindungi individu-individu yang dipercayai anggota kumpulan pengganas.
Dalam pada itu, lima daripada lapan tertuduh menghadapi pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas sementara seorang lagi, wanita Malaysia, dituduh melindungi individu-individu yang dipercayai anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi menghadapi pertuduhan cuba melindungi individu-individu dipercayai anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung, bersambung hari ini. Perbicaraan berlangsung di Jabatan Penjara Sabah. - Bernama
Sumber HD - 19-2-2014
- Feb 17, 2014
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: Sekumpulan mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Gegar, telah mengadakan kutipan derma untuk mangsa banjir di Beaufort, Tenom dan Keningau.
Kutipan tersebut telah diadakan di Gaya Street Kota Kinabalu bermula 9.00 pagi.
Menurut Timbalan Pengerusi 1, Kahirul Yunus, kutipan sumbangan itu dilakukan sebagai satu inisiatif pihak mahasiswa dalam meringankan beban mangsa banjir.
"Kutipan hari ini akan digunakan untuk membeli barangan makanan dan peralatan lain bagi meringankan beban mangsa banjir. Kita akan berikan sumbangan ini secepat mungkin,” ujarnya.
Turut diadakan deklamasi sajak, edaran risalah dan ucapan daripada wakil-wakil NGO semasa kutipan berlangsung.
Bercakap kepada media, Pengerusi Sinergi Gerakan Muslimat Muda, Liyana Hayatun Syamilla, menyatakan bantuan daripada mahasiswa tidak akan berhenti di situ sebaliknya akan diteruskan dengan aktiviti pembersihan rumah-rumah mangsa banjir.
"Ia tidak berhenti di sini, selepas ini kita (mahasiswa) akan turun ke lapangan, bertemu mangsa banjir dan bergotong-royong membersihkan halaman rumah mereka yang terkena banjir,” katanya.
Sebanyak RM2,303.65 berjaya dikumpulkan dan program berakhir tengah hari tadi.
Sumber HD - 17-2-2014
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa, carian pihaknya mendapati visual yang digunakan TV3 tersebut sebenarnya rakaman lama bertarikh 29 Mei 2007.
“Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.
“TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom,” kata Fariz dipetik Selangorku.
Isu banjir di Sabah mendapat perhatian banyak pihak apabila kerajaan didakwa lambat menghantar bantuan malah tidak diberi perhatian serius berbanding banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Disember tahun lalu.
Beberapa pihak mengecam kerajaan yang didakwa bersikap 'double standard' dalam tindakan mereka berhubung perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Fariz berkata, tiada sebab sesebuah stesyen televisyen mengkaburkan sebahagian video dalam laporan mereka kecuali berkaitan dengan wajah suspek jenayah.
Kata Fariz lagi, beliau tidak menolak kemungkinan, tindakan 'penipuan' tersebut dibuat sebagai mahu menutup malu Umno yang didakwa lambat memberi bantuan banjir.
"TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum," lapor web itu lagi.
Beliau juga mendakwa, taktik ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.
Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.
Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.
Sumber HD - 17-2-2014
- Feb 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Beberapa kawasan di Sabah telah dilanda banjir yang merupakan di antara yang terburuk.
Daerah-daerah utama yang dilanda banjir tersebut adalah Beaufort, Sipitang, Keningau dan Tenom.
“Misi bantuan PAS Sabah sudahpun digerakkan ke kawasan-kawasan malang tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Pemuda PAS Sabah dan Jabatan Amal PAS Sabah telah mula menghantar misi bantuan ke kawasan-kawasan tersebut khususnya di daerah Beaufort bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.
Beliau berkata, beberapa siri bantuan ke kawasan lain juga akan terus digerakkan dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, ujarnya PAS Sabah memohon sumbangan orang ramai melalui akaun Bank Islam atas Nama PAS Negeri Sabah bernombor 10016010082855.
Tambahnya, PAS Sabah juga akan membuat tinjauan ke kawasan-kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai keperluan sebenar oleh mangsa banjir tersebut.
“PAS Sabah juga mengharapkan semua mangsa banjir akan terus bersabar dengan ujian ini,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 16-2-2014
- Feb 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata operasi yang membabitkan 171 pembanci di Kampung Muhibbah dan Forest itu berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini mahupun ancaman keselamatan.
"Operasi bancian bermula 8.30 pagi hingga 4 petang. Kita berjaya membanci sekitar 1,700 rumah daripada 4,982 yang perlu dibanci di empat buah kampung," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Operasi empat hari itu akan turut melibatkan Kampung Mangkalinau dan Cahaya Baru.
"Hari ini, kita mulakan operasi bancian di Kampung Cahaya Baru. Berdasarkan anggaran awal terdapat sekitar 1,688 rumah di kampung air ini, dan kita juga akan meneruskan bancian di Kampung Muhibbah.
"Jika semuanya berjalan dengan baik dan cuaca mengizinkan, kita yakin dapat menyiapkan bancian dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.
Sambil mengharapkan penduduk dan ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung memberi kerjasama penuh, Mohammad berkata program itu bertujuan mengumpul maklumat mengenai bilangan rumah, penduduk, rumah keluarga serta demografi penduduk warganegara dan bukan warganegara.
Katanya Sandakan merupakan satu daripada tiga daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang dipilih sebagai projek perintis program itu.
Dua lagi ialah Semporna dan Lahad Datu.
Beliau berkata hasil maklumat bancian itu akan membantu pihaknya dan kerajaan merancang program penempatan semula penduduk dengan lebih baik.
Esszone yang diwujudkan kerajaan susulan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun lepas, merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - Bernama
Sumber HD - 16-2-2014
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jamie Alip berkata sekolah-sekolah yang terbabit ialah masing-masing 13 di daerah Beaufort dan Keningau, enam di Tenom dan dua sekolah masing-masing di Sandakan dan Nabawan.
"Sehingga pukul 12 tengah hari ini, 36 buah sekolah itu telah diarah tutup melibatkan jumlah pelajar seramai 6,156 orang dan 714 guru," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah supaya melaporkan sebarang kerosakan di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir serta mahu pihak sekolah mengutamakan keselamatan pelajar. - Bernama
Sumber HD - 13-2-2014
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Sandakan ACP Rowell Marong berkata operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi ini, membabitkan polis dan bomba.
Lelaki yang dikenali sebagai Tang Weng Liang, 30-an, dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu untuk membunuh diri selepas putus cinta dengan teman wanitanya, kata Rowell kepada pemberita selepas perhimpunan bulan polis Sandakan, di sini hari ini.
Katanya polis menerima laporan kehilangan Tang daripada keluarganya pada pukul 7 malam. – Bernama
Sumber HD - 13-2-2014
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu pasukan komando VAT69 di sektor A di Kampung Tanduo, Lahad Datu diserang penceroboh bersenjata pada 1 Mac lepas ketika dalam perjalanan untuk memberi pertolongan kepada rakan-rakan mereka yang sedang bertempur di sektor masing-masing.
Inspektor Sahar Omar, yang mengetuai tiga patrol di sektor A ketika menjalankan operasi tinjau rapat di kampung tersebut, berkata beliau dan pasukannya diarahkan oleh ketua sektor tersebut DSP Hakemal Hawari untuk memberi bantuan selepas mendengar tembakan dari arah sektor B dan C.
"DSP Hakemal mengarahkan saya dan pasukan saya untuk memberi bantuan dan berpecah dalam kumpulan kecil bergerak menuju kawasan bunyi tembakan. Kami bergerak dalam keadaan berlari.
"Dalam perjalanan ke arah sektor B dan C, kami jumpa sebuah rumah di mana kami diserang (ditembak) bertubi-tubi. Musuh (penceroboh) berada di tanah (bawah rumah) ketika itu," katanya.
Saksi ketujuh itu berkata beliau dan pasukannya terus mencari perlindungan dan membalas tembakan penceroboh.
Menurut Sahar, selepas kira-kira 10 minit berbalas tembakan, beliau mengarahkan anggota pasukannya supaya berundur kerana sukar untuk mencari perlindungan.
"Disebabkan kuasa tembakan musuh dan bentuk muka bumi yang tidak berpihak kepada kami, saya membuat keputusan untuk mengarahkan pasukan saya untuk berundur kerana kawasan lapang dan tidak ada perlindungan," katanya.
Beliau berkata tiada anggota pasukannya yang tercedera mahupun terkorban dalam insiden itu.
Selepas bertempur dengan penceroboh tersebut, Sahar berkata beliau dan pasukannya tidak dapat membantu rakan-rakan mereka di sektor B dan C kerana kedudukan mereka yang jauh iaitu kira-kira 1km.
Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed jika mendapat sebarang arahan daripada Hakemal selepas pertempuran itu, Sahar berkata Hakemal mengarahkannya dan pasukannya untuk mencari kawasan yang selamat untuk berlindung, sementara menunggu bantuan rakan-rakan mereka yang ditugaskan di sektor E.
Sahar memberitahu mahkamah pada 6 Mac tahun lepas kira-kira pukul 3.30 petang, beliau dan pasukannya menembak mati tiga pengganas di Kampung Tanjung Batu ketika menjalankan operasi 'cut-off' bagi menyekat penceroboh daripada terlepas dari kampung itu.
"Setelah saya bersama pasukan saya dalam kedudukan 'cut-off', kedengaran tembakan dari arah kawasan pasukan DSP Abdul Rani Alias di hadapan kawasan tanggungjawab saya dan pasukan saya.
"Dalam masa lebih kurang 10-15 minit lepas dengar bunyi tembakan (dari arah pasukan Abdul Rani), kelihatan tiga lelaki - dua berpakaian celoreng penuh dan berparang, dan seorang memakai separuh celoreng iaitu kemeja T dan seluar celoreng menuju ke arah kami," katanya.
Sahar berkata ketika tiga lelaki itu dalam jarak kira-kira 30 meter dari pasukannya, beliau dan pasukannya melepaskan tembakan ke arah tiga lelaki tersebut yang terus rebah.
Tiga puluh tertuduh, yang terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalam kes ini.
Sesetengah mereka menghadapi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, membawa masuk orang untuk menganggotai kumpulan pengganas atau secara sengaja melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah, bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 13-2-2014
- Feb 11, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.
Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi semalam, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira pukul 7 pagi.
"Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem," katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussop berkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit.
"Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, " katanya.
Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. - Bernama
Sumber HD - 11-2-2014
- Feb 11, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu komando VAT69 melepaskan tembakan ke arah penceroboh di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam satu operasi pada 6 Mac tahun lepas.
DSP Anwar Rosdi berkata dalam kejadian pada 3 petang itu, beliau dan anggota pasukannya membuat rondaan dalam operasi 'cut-off' bagi menghalang penceroboh melepaskan diri daripada kampung itu apabila mereka ternampak lima atau enam lelaki bersenjata menuju ke arah mereka.
"Dalam jarak lebih kurang 30 meter, kumpulan saya melepaskan tembakan ke arah penceroboh bersenjata," katanya.
Menjawab soalan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada penceroboh berkenaan membalas tembakan, Anwar berkata "Ya."
Saksi keenam dalam pendengaran kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu tahun lepas itu berkata pertempuran berlangsung selama 10 minit dan selepas itu, beliau dan anggota pasukannya kembali ke kedudukan seperti yang ditugaskan kepada mereka.
Anwar berkata dua jam kemudian, beliau dan anggotanya membuat pemeriksaan di kawasan penceroboh terbabit membalas tembakan mereka.
"Kami menjumpai dua mayat penceroboh bersenjata, tetapi tidak jumpa apa-apa pada tubuh mereka," katanya.
Anwar berkata selain membuat pemeriksaan di tempat berlaku tembak-menembak ketika menjalankan operasi itu, beliau dan anggotanya tidak menjalankan penggeledahan terperinci di tempat kejadian kerana keadaan di Kampung Tanjung Batu masih berbahaya ketika itu.
Kata pegawai polis itu Pemerintah Taktikal Operasi Datuk Abdul Rashid Harun memerintah beliau dan anggota pasukannya terus berada di tempat tugasan mereka hingga 9 Mac.
Anwar berkata pada 12 Mac, beliau diperintah mengetuai sekumpulan penembak tepat bagi membantu Angkatan Tentera Malaysia membuat pengawasan di Kampung Tanduo hingga 16 Mac.
Kata Anwar, beliau dan Inspektor Rosli Wahab bersama 12 penembak tepat pergi ke Kampung Tungku pada pukul 2 pagi 19 Mac untuk menjalankan tugas mengawasi kawasan itu hingga 21 Mac.
Sebelum itu, Anwar diminta melihat 11 gambar Kampung Tanduo yang dirakam dari udara, yang pernah dibincang beliau dengan pegawai atasannya serta para pegawai VAT69 pada 28 Feb.
Abdul Gani: Selepas melihat gambar-gambar ini, dua daripadanya (setiap satu) menunjukkan seorang penceroboh bersenjata menghala senjatanya ke arah helikopter; dua gambar menunjukkan penceroboh bersenjata berada di bawah pohon kelapa sawit; sekeping gambar menunjukkan seorang penceroboh bersenjata memakai baju T dan seluar celoreng; dan lima gambar penceroboh bersenjata membuat rondaaan, apakah pendapat yang anda beri dalam perbincangan itu tentang tindakan dan tujuan mereka (penceroboh bersenjata)?
Anwar: Mereka bertujuan mahu menentang pasukan keselamatan.
Abdul Gani: Apa yang kamu maksudkan dengan 'menentang pasukan keselamatan?
Anwar: Mereka mencabar dan mahu menentang pasukan keselamatan kerana mereka mengacukan senjata ke arah helikopter. Mereka juga membuat persediaan dengan membuat rondaan supaya tiada yang boleh masuk Kampung Tanduo.
Tiga puluh tertuduh, yang terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalam kes ini.
Sesetengah mereka menghadapi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, membawa masuk orang untuk menganggotai kumpulan pengganas atau secara sengaja melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Pendengaran di hadapan hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah, bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 11-2-2014
- Jan 29, 2014
- HARAKAHDAILY
DSP Abdul Rani Alias, komando VAT69 yang mengetuai kawasan Sektor D memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dalam kejadian berbalas tembakan selama sejam itu pasukannya tidak nampak sebarang pergerakan musuh tetapi hanya nampak cahaya senjata api keluar dari kawasan semak.
Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan pendakwaan, saksi kelima itu berkata kejadian berbalas tembakan itu berlaku semasa pasukannya membuat tinjauan rapat di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lepas.
Abdul Gani: Semasa kejadian berbalas tembakan itu ada kamu nampak pergerakan orang?
Abdul Rani: Saya tidak nampak, saya nampak kesan cahaya tembakan senjata api.
Abdul Gani: Semasa pasukan kamu mula-mula ditembak apa yang kamu lakukan?
Abdul Rani: Ketika itu saya dan Lans Koperal (Mohammad) Qayyum (Aiqal Zolkifli) berada di barisan hadapan. Apabila pasukan kami mula ditembak dan apabila mendengar Qayyum cedera ditembak, pada masa itu pasukan saya mula membalas tembakan.
Abdul Gani: Berapa lama pasukan kamu berbalas-balas tembakan?
Abdul Rani: Selama sejam.
Abdul Rani memberitahu mahkamah bahawa jarak pasukannya dengan penceroboh itu kira-kira 400 meter dan semasa pasukannya mara ke hadapan pada jarak 200 meter, pasukannya telah ditembak oleh penceroboh itu.
Saksi itu berkata selepas kejadian tembakan berhenti, pasukannya diarahkan supaya berundur dari Sektor D dan selepas itu pasukannya memeriksa kelengkapan senjata dan peluru.
Beliau berkata keesokannya pada 2 Mei 2013, beliau mengarahkan beberapa anggotanya memasuki semula ke Sektor D untuk membuat tinjauan.
"Selepas membuat tinjauan pukul 4.30 petang, kira-kira pada pukul 5.30 petang anggota saya keluar dan memaklumkan kepada saya bahawa mereka berjaya menangkap seorang lelaki di kawasan itu," katanya.
Kepada soalan lain Abdul Gani, saksi itu berkata lelaki yang berjaya ditangkap itu dibawa ke Balai Polis Cenderawasih, yang berhampiran dengan kawasan Sektor D.
Beliau berkata lelaki itu dijumpai sedang bersembunyi di kawasan itu bersama-sama sebuah beg.
Bagaimanapun ketika ditanya Abdul Gani sama ada dia boleh mengecam lelaki itu, anggota komando VAT69 itu berkata "tidak".
Abdul Rani berkata dalam kejadian berbalas tembakan itu dua anggota VAT69 iaitu Koperal Sabaruddin Daud yang ditugaskan melaksanakan operasi rapat di kawasan Sektor B dan Inspektor Zulkifli Mamat dari Sektor C telah terkorban.
"Selepas kejadian tembak berhenti, saya telah berjumpa dengan DSP Anwar Rosdi yang mengetuai kawasan Sektor C. Pada masa itu saya mendapat tahu dua anggota kami telah terkorban," katanya.
Abdul Rani berkata kumpulannya telah bergabung dengan kumpulan kawasan Sektor B dan C semasa kejadian tembakan itu.
Beliau berkata seorang anggotanya dari Sektor D, iaitu Lans Koperal Qayyum telah cedera ditembak di bahu kanannya.
Terdahulu Abdul Gani menunjukkan 11 keping gambar yang diambil jurugambar VAT69 semasa membuat tinjauan udara menggunakan helikopter di Kampung Tanduo pada 28 Feb 2013, kepada Abdul Rani.
Kepada sekeping gambar, Abdul Rani menjelaskan bahawa berdasarkan gambar itu kelihatan seorang lelaki yang memakai pakaian celoreng telah mengacu senjata api kepada jurugambar itu.
Ketika ditanya Abdul Gani, bagaimana dia pasti lelaki itu sedang mengacukan senjata api kepada jurugambar itu, saksi itu berkata "cara dia pegang senjata api dan cara pandangan dia".
Kepada sekeping gambar lain, saksi itu berkata kelihatan seorang lagi lelaki berpakaian celoreng mengangkat parang menggunakan tangan kanannya kepada jurugambar itu.
Semasa Abdul Gani meminta saksi itu menjelaskan apakah jenis senjata api yang digunakan lelaki-lelaki berpakaian celoreng itu, Abdul Rani berkata kebanyakan adalah "M16".
Abdul Rani berkata sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah rumah di mana terdapat dua orang lelaki berada di bawah rumah manakala seorang lagi berada di beranda rumah itu.
Di tepi rumah itu terdapat satu bendera berwarna hijau, putih dan kuning yang digantung di tepi sebatang pokok.
Kepada soalan Abdul Gani mengenai sekeping gambar lain yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengibarkan sehelai tuala kecil berwarna putih adakah ia menunjukkan perilaku orang yang hendak menyerah kalah, saksi itu menjawab "tidak".
Mengenai sekeping gambar yang menunjukkan sebuah rumah dua tingkat berdekatan dengan jalan keluar ke Kampung Tanduo, iaitu di luar rumah terdapat dua buah jengkaut, Abdul Rani menjelaskan jengkaut itu digunakan lelaki-lelaki berpakaian celoreng itu untuk mengorek lubang bagi membina kubu.
Seramai 27 tertuduh warganegara Filipina dan tiga lagi rakyat Malaysia dituduh melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.
Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.
Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan masing-masing antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah, bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 29-1-2014
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Kesemua mangsa adalah lelaki berusia lingkungan 60-an dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Seorang penduduk kampung, Abdul Ghani Amat, 49, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mereka sedang mengangkat jenazah abang sepupunya yang meninggal dunia semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.
Katanya ketika kejadian dia bersama beberapa lelaki lain yang mengangkat jenazah sudah melalui beranda rumah itu dan berada di tangga.
"Tiba-tiba lantai beranda rumah runtuh dan mereka yang masih berdiri di atas lantai itu dianggarkan 20 orang jatuh ke tanah," katanya kepada Bernama.
Abdul Ghani berkata empat orang mengalami luka setelah terkena serpihan kayu lantai yang patah dengan tiga daripada mereka dihantar oleh penduduk kampung ke hospital dan seorang lagi oleh ambulans.
Lantai beranda rumah itu runtuh disebabkan tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atas lantai dalam satu masa, katanya. - Bernama
Sumber HD - 28-1-2014
- Jan 26, 2014
- MOHD KHAIRUDDIN DAUD
KOTA KINABALU: Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negeri Sabah, PAS Sepanggar telah mengedarkan buah limau sempena Tahun Baru Cina.
Sebanyak 1,000 biji buah limau telah diedarkan kepada masyarkat di pekan Kuala Menggatal.
Bercakap kepada media, Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Abdillah Matlin, berkata program itu merupakan program tahunan sempena Tahun Baru Cina.
"Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita telah turun kepada masyarakat sempena Tahun Baru Cina dengan mengedarkan buah limau kepada masyarakat di sini,” katanya.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat, khususnya PAS sangat komited dalam menjaga hubungan antara kaum di negeri Sabah.
"Satu keunikan negeri Sabah adalah kaya dengan pelbagai kaum, bangsa dan adat resam. Pakatan Rakyat, khususnya PAS, sangat komited dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Dan Islam itu sendiri menyeru untuk saling kenal mengenali dan hormat-menghormati,” ujarnya.
Edaran buah limau mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Turut diedarkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan Risalah Berita Sepanggarkini.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir tengah hari tadi.
Sumber HD - 26-1-2014
PAS Sabah selesai perlantikan jawatankuasa
- Jan 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Perlantikan tersebut dibuat pada satu mesyuarat di sini pada 11 Januari lalu.
Berikut adalah senarai penuh lantikan Jawatankuasa PAS Sabah bagi sesi 2013-2015 tersebut.
Pesuruhjaya
Mohd Aminudin Aling
Timbalan Pesuruhjaya 1
Haji Ahmad Dullah
Timbalan Pesuruhjaya 2
Dr Ali Hassan
Timbalan Pesuruhjaya 3
Hamid Ismail
Setiausaha
Ustaz Hj Ag Laiman Hj Ikin
Penolong Setiausaha 1
Ahmad Fauzi Samsudin
Penolong Setiausaha 2
Kasman Karate
Penolong Setiausaha 3
Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi
Bendahari
Aspar Akbar
Ketua Penerangan
Mohamad Husain
Pengarah Pilihanraya
Abdul Wahid Rafie
AJK yang dilantik
Haji Mohd Khairi Abdullah
Haji Zaidi Sarbini
Nemron Loveh
Haji Ariffin Sani
Fatmawaty Yusof
Daud Jalaluddin
Sumber HD - 17-1-2014
Posisi komando VAT69 di Kg Tanduo disedari pengganas
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA KINABALU: Seorang komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini posisi beliau dan rakannya ketika melaksanakan operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas disedari beberapa individu kumpulan penceroboh bersenjata.
Koperal Azman Ampong, 38, berkata beliau dan rakannya Koperal Mohd Tarmizi Hashim melihat lima atau enam orang, yang antara mereka memegang senjata api dan ada yang membawa senjata tajam seperti parang di pinggang.
"Apabila kumpulan itu menyedari kehadiran kami, seorang daripada mereka menunjuk ke arah kami dan kemudian memanggil kawan-kawannya untuk memerhati ke arah kami.
"Pada masa sama, kelihatan ada antara satu atau dua orang seolah-olah melambaikan tangan ke arah belakang mereka yang saya faham seolah-olah memanggil kumpulan yang lain.
"Kemudian, kelihatan lebih ramai datang ke arah mereka, lebih kurang 20-40 orang," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 tertuduh yang menghadapi pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini.
Azman berkata seorang lelaki dilihat menghulurkan sebatang kayu kepada seorang lagi lelaki, dipercayai ketua kumpulan itu, untuk dijadikan tongkat yang mempunyai sekeping kertas putih bersaiz A4 di atasnya.
"Ketua kumpulan itu bergerak ke arah kami. Apabila dalam jarak 30-60 kaki di hadapan kami, saya melihat dua orang mengekorinya dengan membawa senjata api.
"Kemudian, ketua kumpulan itu terus bercakap ke arah saya dalam bahasa Suluk 'Ayau kamu rindi, muit kamu' sebanyak tiga kali dan menunjukkan gaya menghalau dengan tangannya," katanya.
Azman, yang dilahirkan di Pulau Bum-Bum, Semporna, berkata beliau memahami apa yang diperkatakan lelaki itu, walaupun tidak fasih bahasa Suluk.
Kemudian ayat itu dialih bahasa oleh penterjermah bahasa Suluk mahkamah yang memberi makna (lelaki itu berkata): "Jangan berada di sini. Balik kamu".
Azman berkata beliau dan Mohd Tarmizi hanya mendiamkan diri selepas lelaki itu berkata demikian.
"Mungkin mereka sedar kami tidak buat apa-apa atau tidak faham apa yang dituturkan. Dia terus melaungkan 'Allahu Akbar' sebanyak dua kali dan tiba-tiba, dua lelaki di belakangnya melepaskan tembakan ke arah kami," katanya.
Menurutnya, beliau dan rakannya tidak membalas tembakan, tetapi beliau terasa sejuk di paha kanannya dua minit selepas penceroboh melepaskan tembakan.
"Rupanya saya terkena tembakan, di tempat terkena tembakan itu saya terasa sejuk sangat," katanya.
Azman berkata selain paha kanan, beliau juga ditembak di pinggang bahagian belakang.
Azman juga berkata Mohd Tarmizi turut terkena tembakan di betis kiri dan lengan kiri.
Ketika ditanya oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail: "Apa yang kamu cakap dengan Mohd Tarmizi selepas menyedari kamu terkena tembakan?" Azman berkata beliau tanya rakannya jika mampu lepaskan tembakan.
"Apabila dia (Mohd Tarmizi) jawab 'ya' saya terus cakap 'tunggu apa lagi, 'buddy' (kawan), tembaklah' dan terus kami lancarkan tembakan," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bersambung petang ini. - Bernama
Sumber HD - 16-1-2014
No comments:
Post a Comment