Jangan politikkan hudud, semoga calon PR menang
Hudud adalah pendirian dan dasar PAS sejak awal penubuhannya. Pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum islam ini sudah dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan PAS iaitu dalam Fasal 5 (1) dibawah tujuan PAS yang berbunyi:
"memperjuangkan wujudnya dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup islam dan okum-hukumnya menuju keredhaan Allah."
Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau di mana posisi dan situasi yang mereka tempuhi.
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua agar jangan sekali-kali mempolitikkan hak Allah ini iaitu hudud. Hudud hendaklah dijadikan bahan pendidikan dan penerangannya adalah berpandukan kitab suci al-Quran dan bukannya dijadikan bahan cakap politik apatah lagi disertakan dengan unsur-unsur ejekan serta penolakan terhadapnya.
Merujuk kepada kenyataan calon DAP bagi PRK Teluk Intan untuk tidak memberi undian apabila rang undang-undang persendirian bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan dikuatkuasakan setelah dibawa ke Parlimen nanti, Dewan Ulamak PAS Pusat ingin jelaskan di sini beberapa perkara:
1. Seseorang yang beragama Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud. Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang Islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan.
2. Masih ramai pengundi Melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut. Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama Islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat.
3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengharapkan agar PRK bagi Parlimen Teluk Intan berjalan dengan lancar dan ahli-ahli PAS yang datang berkempen bagi calon Pakatan Rakyat hendaklah menjaga tatasusila semasa tempoh tersebut semoga kemenangan berpihak kepada calon daripada Pakatan Rakyat.
"Rahmat Untuk Semua"
YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
Sumber HD - 22-5-2014

Zikir dan doa kebaikan untuk politik Terengganu
1. Dalam situasi krisis politik negeri Terengganu yang sedang belaku sekarang Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa seluruh rakyat membanyakkan doa khususnya dalam solat 5 waktu dan solat-solat sunat agar negeri Terengganu diberikan kestabilan politik menerusi pentadbiran dan pemerintahan yang berlandaskan Islam yang akan memberikan kerahmatan kepada seluruh rakyat.
2. Kerajaan adalah milik Allah. Dia memberikan amanah berkerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
3. Disarankan membaca zikir dan doa berikut:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
اللهم وَلِّ أمُورنا خيارنا
و لا تولِّ أمورنا شرارنا
و اجعل و لايتنا في من خافك و اتقاك و اتبع رضاك
آمين يا رب العلمين
Ya Allah lantiklah untuk urusan kami orang-orang yang terbaik di kalangan kami.
Jangan engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami
Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takutkan Engkau, bertaqwa kepada Engkau dan menurut redha Engkau..amin wahai Rabb sekalian alam.
Sumber HD - 14-5-2014
Khairy perlu didik Majlis Ulama Umno
KUALA LUMPUR: Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa Setiausaha Ulamak Muda Umno, Mohd Radzi Othman membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam khususnya muslimah yang hadir pada Himpunan Bantah 501 pada 1 Mei lalu.
Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya (gambar) berkata, kenyataan itu sememangnya suatu fitnah ke atas kehormatan dan kesucian serta maruah keperibadian seorang muslimah.
Tegasnya, muslimah yang melibatkan diri dalam himpunan itu jelas berpakaian menutup aurat bertepatan dengan tuntutan Islam yang sudah cukup jelas lagi nyata perbezaannya jika hendak disamakan dengan pelacur.
Radzi dalam entrinya di laman facebook menganggap muslimah bertudung labuh yang hadir pada perhimpunan membantah GST, 1 Mei lalu seperti "pelacur kelas atasan".
"Tindakan menyamakan peserta muslimah dengan perumpamaan sedemikian umpama memfitnah sekumpulan wanita baik lagi suci dengan tuduhan yang melampau lagi bercanggah dengan syarak.
"Muslimah atau srikandi pada zaman Rasulullah s.a.w. juga turut keluar berjihad di medan melibatkan perjuangan Islam, apatah lagi demonstrasi aman yang disertai muslimah dalam keadaan yang terjaga akhlak, terkawal pergaulan meskipun disaat padatan demonstran.
"Inilah hasil didikan tarbiah yang mendisiplinkan diri mereka dengan iman, Islam dan akhlak dimana sahaja mereka berada," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, laungan yang terbit dari mulut para muslimah bukanlah aurat.
Tambahnya, laungan takbir dan semangat lain yang jika hendak ditimbangi pada neraca syarak sekalipun masih lagi dalam khilaf yang muktabar.
Tetapi katanya, fitnah "pelacur kelas atasan" kepada muslimat yang menyahut seruan jihad menegur pemerintah adalah suatu yang jelas dosanya dan mengundang penyesalan di akhirat.
Kesongsangan Ulamak Muda Umno ini jelas beliau menggambarkan kefahaman amanah ilmu yang telah dibakulsampahkan dalam menilai saingan politik mereka.
Jelasnya, jika golongan semacam pelacur agama seperti ini disumbatkan dalam barisan ulama dalam Majlis Ulama Umno, maka umum sudah tahu apakah peranan mereka.
"Majlis Ulama Umno itu letaknya bukan di bawah ketiak Pemuda tetapi dicelah lutut sahaja iaitu di bawah Akademi sahaja. Maka memang layak ulama Umno dicerukdapurkan.
"Kedudukannya dah diperendahkan, bila bersuara sememangnya jelas memang rendah akhlak dan ilmunya.
"Amat memalukan di kala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bercakap mengenai hudud, ulama mudanya memfitnah muslimah yang merupakan pejuang hudud. Maka bertambahlah tugas Khairy yang bukan sahaja perlu mentarbiyyah MCA tetapi 'menyekolahkan' ulama mudanya," kata beliau.
Menurut Ustaz Azhar, Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat tetap berpendirian bahawa wanita sama ada bertudung labuh mahupun tidak, telah bersama-sama turun berdemonstrasi aman memaparkan solidariti serta membantah kezaliman GST. - HARAKAHDAILY, 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014

Tiada "Jalan Potong" untuk jemaah Islam raih kemenangan
- Apr 10, 2014
- USTAZ MOKHTAR SENIK
Firman Allah SWT;
“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah SAW itu adalah contoh ikutan yang terbaik bagi orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah dengan banyak.” (Surah Ahzab: 21)
2.Antara perkara yang ditunjuk contoh oleh Rasulullah SAW ialah uslub dakwah dan perjuangan. Kerana harus kita yakin dan beriktikad bahawa pendekatan Rasulullah SAW dalam dakwah dan perjuangannya adalah "pendekatan terbaik" yang ditunjukkan oleh Allah kepada kita semua. Hal ini kerana setiap tutur kata dan tindak tanduk baginda adalah "wahyu" Allah SWT.
3.Justeru, mana-mana gerakan Islam di dunia ini wajib menjadikan panduan suci itu sebagai panduan asas dan utama dalam kerangka perjuangan mereka. Adapun pendekatan lain yg difikirkan sebagai "hikmah" adalah sekadar penambahbaikan semata-mata.
4.Jika dilihat kepada perjalanan dakwah Rasulullah SAW, kita akan dapati tiga asas umum dibangunkan oleh Baginda SAW:
4.1. Akidah Yang Sejahtera.
Langkah pertama dakwah Ar-Rasul SAW ialah membangunkan akidah tauhid. Meruntuhkan segala bentuk kesyirikan terhadap Allah. Hal ini menunjukkan bahawa bangunan dakwah dan perjuangan Baginda dibangunkan di atas dasar yang tiada sebarang kompromi dengan segala bentuk kesyirikan.
4.2: Sejajar Dengan Syariat.
Gerakan suci Rasulullah SAW adalah gerakan yang sukatannya adalah panduan syariat. Wahyu Allah sentiasa mengawalselia pendekatan seruan dakwah Baginda, sama ada perkara yang berkaitan dengan hukum hakam ibadah, mahupun soal-soal yang berkaitan dengan manusia lain yg melibatkan soal-soal sosial, ekonomi dan politik.
4.3: Ikhlas Kerana Allah.
Para sahabat diasuh dan dididik agar sentiasa menjadikan matlamat perjuangan dan kehidupan mereka semata-mata kerana Allah. Mereka ditarbiyyah untuk menghayati erti "ubudiyyatillah" dalam setiap denyut nafas kehidupan mereka.
5.Itulah lorong dan denai perjuangan Rasulullah SAW. Yang disifatkan oleh Allah sebagai "siratal mustaqim".
“Inilah jalanKu yang lurus. Maka ikutlah oleh kamu sekelian". (Surah Al-an'am: 153)
6.Jalan inilah jalan yang paling selamat. Jalan yang paling suci dan paling dekat untuk meraih kemenangan yang hakiki di dunia dan akhirat.
7.Justeru, mana-mana gerakan Islam di dunia ini wajib menjadikan jalan ini silibus perjuangan mereka. Dalam silibus ini ada subject akidah, syariat, akhlak dan jihad.
8."Thoriqah Thohirah" (laluan suci) ini tetap dan sentiasa menjadi thoriq terbaik dan terunggul sehingga kiamat. Dengan itu, mana-mana gerakan Islam tidak perlu mengambil silibus asing untuk mempercepatkan perjalanan mereka menuju matlamat perjuangan.
9.Mana-mana pendokong gerakan Islam yang merasakan ada sistem dan pedekatan lain yang lebih cepat dan lebih baik untuk meraih kemenangan, selain pendekatan Rasulullah SAW, adalah merupakan "kecelaruan fikrah" yang wajib diperbetulkan dan fikrah seumpama itu perlu "dinyahkan" daripada menguasi jamaah.
10.Dengan itu, kita tegaskan bahawa tiada apa-apa kebaikan sedikitpun daripada aliran-aliran pemikiran songsang itu untuk diimport oleh jemaah Islam. Liberalisme, pluralisme, islamisasi, islam hadhari, islam wasotihiyyah dan apa jua isme dan aliran pemikiran batil yang ada bukan sahaja tidak diperlukan, bahkan semuanya adalah "pemusnah" kepada perjuangan yg suci ini.
Firman Allah SWT;
"Apakah kamu mahu mencari kemuliaan di sisi mereka?. Sesunguhnya kemuliaan itu seluruhnya di sisi Allah." (Surah al-Nisa: 139)
11.Berpegang teguhlah dengan "tali Allah". Tiada hebatnya perjuangan ini jika syirik terhadap Allah. Tiada hebatnya perjuangan ini jika melalui uslub yang diharamkan Allah, dan tiada hebatnya perjuangan ini jika bukan kerana Allah.
*Ustaz Mokhtar Senik ialah Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, merangkap Timb. Ketua Lajnah Penerangan DUPP
Sumber HD - 10-4-2014
‘Teruskan perjuangan sekalipun dihukum gantung’
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.
Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir.
Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.
Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak).
Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian.
Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung.
Jangan kalian sangka mereka yang gugur di jalan Allah itu telah mati bahkan mereka sebenarnya hidup dan diberi rezeki yang melimpah di sisi Allah.
Kami mengutuk dan mengkritik keras keputusan mahkamah yang cetek lagi rakus yang telah diadili oleh barisan hakim perampas kuasa ke atas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Badie dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Katatni dengan hukuman gantung sampai mati.
Di sini, kami sertakan penghormatan tinggi terhadap ketabahan para singa Allah di zaman yang diseliputi kezaliman dan sesungguhnya kezaliman pasti akan berakhir walau apa keadaan sekalipun.
Allah pasti bersama kalian serta tidak sekali-kali akan mengurangkan pahala segala amalan dan usaha kalian dan Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya.
Bersabarlah wahai seluruh keluarga Ikhwan Muslimin, maka sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir dan insya Allah, Allah menjanjikan syurga-syurga-Nya kepada kalian.
Ya Allah, anugerahlah kemenangan kepada pejuang agama-Mu di Mesir.
Sumber HD - 25-3-2014
Ulama perlu tangkis tohmahan di internet
- Mar 18, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO: RIZAL
KOTA BHARU: Golongan ulama hendaklah tampil menangkis segala tohmahan dilemparkan pihak musuh yang menyerang Islam melalui internet.
Menteri Besar Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ulama hendaklah melengkapkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat bagi membolehkan mereka menjawab isu dalam media baru sekarang.
“Golongan ulama dan guru pondok merupakan benteng terakhir umat Islam dalam mempertahankan aqidah ummah.
“Sudah sampai masanya ulama menjadi tunggak bagi menangkis penyelewengan aqidah yang disebarkan golongan murtad,” ujarnya pada majlis Ijtima’ Guru-Guru Pondok Seluruh Kelantan di Dewan Teratai hari ini.
Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Shairazi Atiqullah.
Seramai 150 guru pondok menyertai program tersebut yang diadakan di Dewan Teratai.
Pada majlis itu seramai 200 guru pondok menerima sumbangan berjumlah RM200,000 daripada kerajaan negeri sebagai menghargai jasa dan keringat mereka.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, guru-guru pondok bertebaran di seluruh Kelantan tidak pernah mengenal erti penat lelah menyebarkan dakwah Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ajaran Islam yang disebar golongan ulama sejak zaman awal perkembangan Islam di rantau ini begitu mahal nilainya.
Katanya, melalui mereka ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w sampai kepada kita di seluruh pelosok dunia.
Sumber HD - 18-3-2014
MH370: Dewan Ulama saran solat hajat
- Mar 10, 2014
- Salmah Mat Husain
Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau juga berharap umat Islam termasuk rakyat Kelantan bertenang menerima berita yang mengejutkan itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Menurutnya, doa serta munajat perlu dipanjatkan sentiasa bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamat penumpang pesawat terbabit.
“Semoga anggota keluarga mangsa bersabar menerima berita sedih ini serta mengambil maklumat dari pihak yang benar-benar sah agar tidak timbul sebarang spekulasi. Kita masih berharap semoga MH370 ditemui,”ujarnya.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman facebooknya berkata, kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu memandangkan pembantu juruterbang pesawat MH370 ialah rakyat Kelantan.
“Kerajaan Kelantan bersedia menghulurkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban keluarga terbabit,” ujarnya.
Sumber HD - 10-3-2014
Berdoalah agar Allah selamatkan penumpang MAS
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sama-sama kita doakan semua penumpang selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
“Kepada semua ahli keluarga, jangan putus-putus berdoa memohon kesejahteraan daripada Allah SWT,” ujar beliau menerusi facebook.
Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada Allah memberi keselamatan terbaik untuk penumpang MAS dengan Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya,” ujar Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan ringkas.
Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, kepada ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati kalian dan banyakkan berdoa.
Katanya, antara doa yang elok dibaca ialah حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ yang bermaksud: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri".
Sumber HD - 8-3-2014

Kegigihan Pak Yazid berdakwah jadi pedoman
- Feb 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, almarhum merupakan pejuang tegar gerakan Islam PAS dan menjadi tenaga penggerak seawal kemerdekaan negara sehingga pernah menggalas amanah antaranya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Selangor, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Perak, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.
“Malah almarhum berkorban masa, usia, tenaga dan harta dengan menjadi staf Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Almarhum juga, katanya menjadi tenaga penggerak kuliah ilmu sebagai pendakwah untuk tempoh yang panjang di Lembah Klang khususnya berpusat di Kampung Baru, ibu negara sejak 1980-an sehinggalah saat pemergian beliau.
“Semoga kegigihan beliau berdakwah dan terlibat dengan kerja-kerja gerakan Islam menjadi pedoman generasi terkemudian,” katanya lagi.
Sumber HD - 10-2-2014
Ustaz Nik Zawawi dilantik pemangku Naib Ketua Ulamak
- Feb 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Penghargaan kepada Allahyarham Ustaz Harun itu adalah antara keputusan pada mesyuarat bulanan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini malam tadi.
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri memberitahu, mesyuarat juga sebulat suara melantik pengarah pilihan raya dewan itu, Datuk Ustaz Nik Muhammad Zawawi Saleh sebagai Pemangku Naib Ketua dan AJK PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011).
“Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat sepertimana kenyataan Presiden bahawa PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu PKR dalam PRK Kajang berdasarkan keperluan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sumber HD - 8-2-2014
Jangan api-apikan sensitiviti kaum dan agama
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Di Pulau Pinang, ujarnya rentetan daripada isu penggunaan kalimah Allah berlaku provokasi molotov cocktail di gereja dan kain rentang ‘Jesus Anak Allah’ menimbulkan ketegangan.
Sebelum ini, di Shah Alam terdapat pihak tertentu mengheret kepala lembu dan membuang kepala babi di masjid.
Tambahnya, terkini respons sebuah NGO terhadap seorang ahli politik dilihat keterlaluan yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Justeru, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas segera serta penyiasatan yang adil tanpa memilih bulu terhadap mana-mana pihak yang mengapi-apikan sensitiviti perkauman dan agama di negara ini.
Menurutnya, slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh PM perlu digarap berlandaskan penyelesaian Islam yang melihat manusia sebagai anak cucu Nabi Adam yang perlu diberikan hak kemanusiaan dan kerakyatan serta meraikan kepelbagaian dan perbezaan.
“Hanya penyelesaian Islam dan bukannya perkauman boleh menyatupadukan masyarakat dan membentuk intergrasi nasional,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan.
Sumber HD - 7-2-2014
Anti Islam di Myanmar makin parah, perlu tindakan segera
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, laporan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Januari lalu menunjukkan situasi terkini umat Islam di Rakhine berada dalam keadaan yang kronik.
Tambahnya, menurut laporan PBB pada 13 Jan yang lalu 40 orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh di perkampungan Du Cheer Yar Tan tambahan kepada 8 orang yang dibunuh sebelumnya pada 9 Jan 2014 di perkampungan sama.
“Sebagai sebuah kerajaan umat Islam, Kerajaan Malaysia mesti memainkan peranan lebih aktif dalam menangani isu antara kaum dan agama di Myanmar,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, permintaan Kementerian Luar agar Kerajaan Myanmar mengambil tindakan konkrit terhadap isu ini pada Oktober lalu masih belum cukup.
Ini kerana, kata beliau rakyat telah dikecewakan oleh Kerajaan Malaysia apabila kerajaan dilihat gagal memberikan mesej penting menerusi Sukan Sea yang berlangsung di Myanmar, Disember lalu.
Justeru, tegasnya bagi memperbaharui tanggungjawab kemanusiaan ini, nota bantahan rasmi kerajaan perlu dikemukakan segera.
Beliau menambah, usul juga perlu dikemukakan oleh kerajaan di Parlimen yang bakal bersidang bermula 10 Mac nanti bagi mengecam sikap dingin kerajaan Myanmar dalam menangani isu ini.
“Saya yakin, jika mahu, Kerajaan Malaysia mampu melakukan lebih jauh lagi seperti mana yang dilakukan dalam proses damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) tahun lalu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 5-2-2014
Rakyat jadi mangsa igauan status negara maju
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
“Hari ini ia menjadi igauan ngeri rakyat kerana mereka akhirnya menjadi mangsa yang mesti dikorbankan menerusi peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Impian status negara maju sepatutnya memberi nilai tambah kebahagiaan hidup kepada rakyat namun yang berlaku adalah sebaliknya. Hari ini ia menjadi igauan ngeri rakyat kerana mereka akhirnya menjadi mangsa yang mesti dikorbankan menerusi peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal.
Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (September), Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen. Sebulan selepas kenaikan itu (Oktober), harga pula dinaikkan sebanyak 34 sen. Menjelang tahun 2014 (Disember), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 4.99 sen.
Adakah ‘pakej kenaikan’ ini munasabah?
Walaupun perbahasan kenaikan ini agak kompleks, cukuplah jika ia dikatakan adalah berpunca daripada polisi rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan beban kewangan awam demi untuk mengejar status negara maju dan berpendapatan tinggi 6 tahun lagi.
Kerajaan Malaysia menjadi umpama ketam mengajar anak berjalan betul. Jika kerajaan menyalahkan rakyat kerana sikap dan gaya hidup menyebabkan tekanan kewangan peribadi, maka tabiat buruk yang sama sebenarnya diwarisi daripada kerajaan.
Persoalannya, beban kewangan negara yang sedang dipikul oleh kerajaan hari ini siapakah penyebabnya?
Beban kewangan awam adalah akibat daripada pengurusan kerajaan yang tidak pruden.
Mengapa perbelanjaan tambahan 2012 diluluskan sebanyak RM12.17 bilion pada pertengahan tahun lalu?
Mengapa ketirisan yang didakwa oleh Menteri Kewangan Kedua dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 berjumlah RM1.5 bilion?
Mengapa hutang kerajaan konsisten meningkat dari tahun 2001 sehingga mencapai kemuncak paling tinggi pada tahun 2012 iaitu RM502.4 bilion bersamaan 53.7% daripada KDNK?
Setiap rakyat menanggung hampir RM17,000.
Mengapa indeks komposit FTSE Bursa Malaysia jatuh sebanyak 22.46 mata pada Julai lalu?
Mengapa dalam tempoh yang hampir sama, nilai ringgit ditutup pada kadar paling rendah berbanding dolar Amerika sejak 3 tahun lalu?
Tiba masanya rakyat bangkit menolak polisi dan dasar ekonomi membebankan yang sedang dilaksana dan dipraktikakan oleh kerajaan.
Pilihanraya masih jauh. Namun ia tidak bererti rakyat perlu berdiam diri dan tunduk pada apa yang berlaku.
Protes sekurang-kurangnya di alam maya perlu digerakkan menggambarkan ketidakpuasan hati rakyat. Kerajaan perlu diberi peringatan oleh rakyat!
Sumber HD - 23-1-2014
Guru bertudung: Dewan Ulamak tuntut penjelasan kementerian
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Pendidikan isu guru wanita Islam diarahkan membuka tudung jika ingin terus mengajar di SJKC Nan Ya di Kota Tinggi, Johor.
Penjelasan awal Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman seperti mana dilaporkan akhbar pada 14 Jan lalu mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut dan siasatan kes ini telah selesai dan dihantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut.
“Perkara seumpama ini jika benar-benar berlaku melibatkan keharmonian beragama antara masyarakat Malaysia,” ujar Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.
Katanya, kelewatan memberikan penjelasan akan mengundang pelbagai persepsi negatif dan dibimbangi ada pihak yang cuba mengambil keuntungan politik dengan mempolitikkan isu seumpama ini.
Sumber HD - 16-1-2014
No comments:
Post a Comment