FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Saturday, January 18, 2014

KOLUM DMO - KETUA PENERANGAN PAS PUSAT / PJ KEDAH




KUALA LUMPUR: Rakyat akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyatakan rasa tidak yakin kerajaan Umno akan menyambut baik seruan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah supaya SPR dipimpin oleh seseorang yang tidak dilihat mewakili BN.

"Apalah sangat saranan Saifuddin di sisi kerajaan Umno sedangkan janji Perdana Menteri untuk letak SPR di bawah jawatankuasa khas parlimen pun semakin kelihatan akan jadi janji kangkung.

"Macam-macam Najib janjikan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

"Tol tidak akan dinaikkan, letrik tidak akan dinaikkan, minyak tidak akan dinaikkan dan pelbagai janji lain lagi.

"Semuanya Najib mungkir! Janji Najib adalah janji kangkung! Sebab itulah satu dunia akan terkejut kalau Najib setuju SPR diletakkan di bawah Parlimen," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jun lalu, Najib berkata, untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Mengulas lanjut saranan Saifuddin untuk memperbaiki SPR itu, Mahfuz berkata, sejak bertahun-tahun dulu lagi PAS mendesak supaya SPR diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

"Hanya bila di bawah pengawasan Parlimen barulah professionalisme SPR dapat berdiri teguh," kata Mahfuz.

Beliau menggesa rakyat melipatgandakan tuntutan agar kesemua pengarah SPR sekarang meletak jawatan atau diberhentikan.

Mahfuz bagaimanapun mengingatkan, tuntutan tersebut pasti akan diperangi habis-habisan oleh Umno kerana pentadbiran Najib lebih memerlukan SPR yang memihak kepada Umno berbanding pentadbiran kesemua perdana menteri sebelum ini.

"Dahulu orang kata Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah perdana menteri paling lemah.

"Apa yang berlaku kini menujukkan Najiblah perdana menteri paling lemah dan dia lebih memerlukan SPR berbanding kesemua perdana menteri sebelum beliau," katanya.

Menurut Mahfuz, pentadbiran Najib sudah tidak memahami isi hati, hasrat dan permaslahan rakyat.

"Jangan mimpi segala program transformasi politik, ekonomi dan sosial Najib akan memberi impak positif kepada rakyat dan negara.

"Program-program tersebut hanyalah wayang untuk menutup pemborosan, perbuatan mengkayakan kroni dan membelasah harta negara," katanya.

Sumber  HD - 18-1-2014

No comments:

Post a Comment