Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
DNA babi: Banyak lagi produk makanan yang diragui
KUALA LUMPUR: Ameerah Wilayah Persekutuan (Ameerah WP) merasa bimbang dengan perkembangan terkini penemuan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Coklat Cadbury juga antara yang digemari oleh kebanyakan orang, termasuk umat Islam.
“Penemuan ini pastinya menggemparkan kerana Coklat Cadbury sebelum ini dilabelkan sebagai halal dan ianya dijual berleluasa di kebanyakan kedai serbaneka di negara ini,” ujar ketuanya, Khairi Syutina Mahmood kepada Harakahdaily.
Katanya, Ameerah WP merasa hairan mengapa kandungan coklat yang mengandungi 'porcine' tidak dikesan awal sehingga tindakan boleh diambil termasuk mengharamkannya serta menarik balik jualannya di seluruh negara.
Tambahnya, dalam keadaan sekarang sudah berapa ribu kuantiti coklat tersebut dimakan dan menjadi darah daging kepada umat Islam, dan dikhuatiri memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan keberkatan dalam kehidupan.
Apa yang memusykilkan, ujar beliau entah berapa banyak lagi produk yang mengandungi barang haram dijual dan dimiliki dalam pasaran terbuka.
“Umat Islam pasti merasa was-was membeli produk makanan meskipun memiliki logo halal Jakim kerana bimbang ianya tidak halal,” katanya lagi.
Justeru, kata beliau Ameerah WP mengharapkan Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat kajian menyeluruh terhadap semua produk dan mengisytiharkan produk-produk yang halal atau tidak.
Menurutnya, dalam media sosial telah tersebar dengan meluas pelbagai produk lain yang dikategorikan sebagai tidak halal.
Kata beliau, kesahihan maklumat oleh Jakim penting bagi mengelakkan keraguan di kalangan umat Islam. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Sumber HD - 25-5-2014

AMEERAH Terengganu bantah kenyataan ulama muda Umno
1.Islam sebagai agama langit yang suci dan teragung sangat menghormati dan menjaga kehormatan para wanita. Kedudukan wanita dalam Islam diangkat di tempat yang sepatutnya sesuai dengan jasa dan pengorbanan kaum hawa yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kaum adam seperti tugas pejuang di dalam rumah tangga mahupun di medan luar rumah. Oleh itu, memberikan pandangan mahupun kenyataan yang ditujukan kepada muslimah haruslah berhati-hati. Ia tidak harus dilemparkan sewenang-wenangnya tanpa asas dan mengikut emosi dan pegangan politik yang sempit.
2.AMEERAH yang bermotokan “Menerajui Perubahan Generasi Baru” memberi perhatian untuk menggiatkan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan meningkatkan partisipasi generasi wanita muda dalam membangunkan masyarakat. Turun sebagai demonstran dalam Himpunan 1 Mei adalah bukti kesedaran wanita muda yang ingin menuntut masa depan yang lebih baik dari kerajaan, bukan yang meresahkan jiwa dan nurani rakyat.
3.Justeru itu pihak AMEERAH Negeri Terengganu sebagai sayap muda Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu amat kesal dengan kenyataan dari pihak ulama muda Umno yang mengatakan para demonstran muslimah bertudung labuh yang adalah pelacur kelas atasan. Ia merupakan satu kenyataan yang biadap, dangkal dan menyalahi akhlak seorang lelaki muslim.
4.Biarpun ia menyatakan apa yang diutarakan secara analogi namun ia sangat merendahkan kaum muslimah yang turun ke jalanan demi memperjuangkan nasib rakyat yang sedang ditindas oleh kerajaan. Rasulullah SAW mahupun sahabat sangat mengalu-alukan pendapat wanita dan membenarkan wanita terjun ke medan juang. Apatah lagi demonstran melibatkn pergerakan minimal yang tidak sampai mendedahkan aurat para muslimah. Mengaitkan perbuatan menggoda seperti yang dilakukan para pelacur pula langsung tidak berasas dan meletakkan maruah wanita Islam di tempat yang tidak sepatutnya
5.AMEERAH negeri Terengganu dengan ini mendesak Setiausaha Ulama Muda Umno terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua demonstran muslimah yang terlibat dan mengharapkan agar selepas ini perlakuan ini tidak diulangi.
Sumber HD - 6-5-2014

'Cakap berirama' bantah GST (2)
Aktivis Ameerah WP menyampaikan coral speaking membantah GST di hadapan kompleks membeli belah Sogo.
Muslimat muda di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia ini membuat persembahan 'choral speaking' di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo, dekat sini, semalam sebagai cara menarik perhatian orang ramai mengenai isu yang diketengahkan.
Selain 'choral speaking', kira-kira 50 aktivis Ameerah WP mengadakan 'flashmob' dengan masing-masing memegang plakad 'Bantah GST', 'Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)', 'Bantah Konsert Liar', 'Say Yes to Hudud', 'Pray for MH370', dan 'Tolak Anti-Hadis'.
Penasihat Ameerah WP, Dr Rosni Adam yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Wilayah Persekutuan hadir menyampaikan ucapan.
Turut berucap Setiausaha Ameerah Malaysia, Nurul Syuhada Shuib.
Aktiviti tersebut diselang-seli dengan persembahan 'busking' oleh sekumpulan anak muda yang dijemput khas.
Menurut pengarah program, Mahirah Abd Rashid, program di khalayak umum itu pertama kali diadakan selepas Ameerah WP dilancarkan pada Januari lepas.
"Kami memang sudah merancang awal program ini untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu penting kepada masyarakat.
"Memandangkan isu-isu yang dibawa adalah 'isu berat', jadi kami mengambil inisiatif menyampaikannya dalam bentuk yang santai begini.
"Di samping orang ramai yang lalu-lalang untuk membeli-belah, mereka akan berhenti untuk mendengar apa yang kami sampaikan," katanya.
Orang ramai yang lalu di kawasan tersebut kelihatan berminat dengan pendekatan yang digunakan dan ada yang berhenti untuk mendengar dan mengambil gambar mereka.
Mereka turut mengedarkan epal hijau dan risalah berkaitan kepada orang ramai.
Pada akhir program, mereka memegang kain rentang sepanjang 10 meter bertulis isu-isu yang dibangkitkan.
Program tersebut berlangsung secara aman dan mendapat kerjasama pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - HARAKAHDAILY, 5/5/2014
Mempamerkan sepanduk panjang mengandungi isu-isu semasa di penghujung program gelombang epal hijau.
Sumber HD - 5-5-2014
Isu kos sara hidup hangatkan pelancaran Ameerah WP
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pentas wanita muda yang akan membicarakan isu kenaikan harga barang dari sudut pandang wanita akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada Ahad ini.
Ceramah bertajuk 'Kenaikan Harga Barang Menggugat Kebebasan Wanita' akan menampilkan Ketua Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Faridah Samad dan Ketua Srikandi PRK, Siti Aishah Shaik Ismail.
Ia diadakan bersempena perasmian pelancaran Ameerah Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan pada akhir 2013, hasil persetujuan saf kepimpinan baru Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) sesi 2013-2015.
Majlis pelancaran akan bermula pada jam 2.30 petang dan akan dirasmikan oleh Faridah sendiri.
Ketua DMPWP, Nuridah Salleh yang juga penasihat Ameerah Wilayah Persekutuan akan turut hadir menyerikan majlis.
Majlis ini terbuka kepada semua wanita muda di sekitar Wilayah Persekutuan dan pendaftaran untuk menjadi ahli Fan Club Ameerah Wilayah Persekutuan akan dibuka.
100 orang terawal mendaftar sebagai Fan Club Ameerah Wilayah Persekutuan akan menerima cenderahati menarik.
Sementara itu, Nuridah berkata, sudah tiba masanya wanita muda PAS di Wilayah Persekutuan digabungkan dalam satu organisasi bagi mendekati pengundi-pengundi muda di ibu kota.
Menyahut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi AWang agar muslimat memberikan tumpuan yang lebih kepada pengundi muda wanita, Nuridah berkata Ameerah Wilayah Persekutuan akan berusaha mengajak wanita muda agar cakna politik dan peka kepada isu-isu semasa khususnya berkaitan wanita.
"Gerak kerja pilihan raya kena bermula dari sekarang secara tersusun. Jadi menjadi tugas Ameerah Wilayah Persekutuan mendekati wanita muda untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan memilih pemimpin," katanya kepada Harakahdaily.
Ameerah Malaysia ditubuhkan pada 1 Oktober 2011 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri di majlis sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang.
Ameerah Malaysia seterusnya melebarkan sayap ke seluruh negeri dan bergerak secara langsung sebagai tenaga muslimat muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Sumber HD - 24-1-2014
No comments:
Post a Comment