Naik harga, apa diperlukan?
- Feb 21, 2014
- DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
Dalam menerima berita ini, bagi yang banyak merasa terkesan, kita boleh menerimanya dengan dua cara.
1. Secara negatif dan kecewa serta bantah
Ini respon biasa bagi kebanyakan individu, ia juga fitrah manusia yang merasa sukar, kecewa, bimbang, risau dan takut dengan risiko baru bagi mereka. Justeru, tidak perlu untuk kita terus menganggap mereka yang ‘melenting’ sambil sebagai tidak bersyukur, tidak bijak atau apa jua konotasi negatif. Ini kerana kesusahan itu sememangnya dirasai dan kekecewaan itu adalah respon spontan.
Sebenarnya apa yang membuatkan rakyat tidak berpuas hati adalah disebabkan ada sesetengah pegawai-pegawai kerajaan boros dengan menggunakan duit yang dipungut (melalui cukai dan hasil mahsul Negara milik awam) daripada rakyat itu sendiri. Laporan Ketua Audit Negara membuktikan ketirisan dan pemborosan itu berlaku. Akhirnya mereka yang kecewa ini anggap rakyat akhirnya yang menanggung beban. Itulah yang menyebabkan mereka sukar menerima dengan positif.
Dalam sistem demokrasi di Malaysia, jika sekumpulan rakyat menganggap kenaikan ini salah, mereka bebas mengutarakan bantahan melalui saluran yang sebaiknya. Adukan kepada wakil rakyat YB masing-masing, NGO-NGO yang boleh diharap, media massa seperti, di ruangan komen akhbar, rangkaian sosial pemimpin dan sendiri dan sebagainya bagi menyatakan bantahan secara bernas bukan secara terlalu emosi dan mencaci maki.
Kita sebagai individu atau rakyat memang berharap pihak pemimpin menunjuk contoh terlebih dahulu, ini penting bagi menunjukkan mereka memahami keluhan rakyat. Seeloknya mereka memberi contoh dengan perbuatan, seperti memotong elaun, gaji mereka atau apa sahaja yang menunjukkan kesungguhan mereka dalam merasai kesusahan rakyat, mereka perlu lakukannya. Sebelas langkah awal penjimatan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri adalah salah satu jalan baik, namun perlu dibuktikan dengan lebih giat lagi disebabkan tekanan yang jatuh kepda rakyat adalah sangat berat sekarang. Jika mereka melakukannya perkara sedemikian, rakyat akan lebih positif dan mudah terima kesukaran yang dihadapi.
2. Secara positif dan bersedia dengan pelbagai perubahan.
Dalam pada masa rakyat membantah dan mengharapkan pihak berwajib mendengar rintihan, kita tidak boleh elak kecuali perlu juga bersedia untuk berhadapan dengan situasi baru ini sama ada dengan mengubah gaya hidup dan mengurus perbelanjaan dengan lebih berhemah. Kehidupan mesti diteruskan. Jangan terlampau negatif dalam mengenangkan kenaikan kos-kos ini sehingga menjatuhkan prestasi kerja dan kualiti diri pula.
Diri yang tertekan juga boleh membuatkan kualiti kesihatan dan kualiti bersama keluarga akan merosot. Akhirnya apa yang diharapkan terlepas dan apa yang sedang dalam kuasa dan keputusan kita pula bermasalah, sebab itu kita tidak boleh terlampau fikir negatif kerana ia akan membuatkan diri kita sedih dan buntu.
Justeru, apa-apa yang dalam kekuasaan kita untuk mengubahnya, kita perlu semak semula. Jangan hanya ditunggu faktor luaran berubah untuk membawa kebaikan kepada diri kita. Manakala apa-apa yang di luar kuasa kita untuk mengubahkan serta merta, kita sama-sama berusaha melalui saluran yang disebut sebelum ini.
APA YANG BOLEH DIUBAH?
Pada kebanyakan orang, mungkin banyak perkara boleh dilakukan untuk berjimat dan mengubah gaya hidup. Sebagai contoh :-
Kos Hiburan : Perlu buang kos untuk elemen hiburan melalaikan dalam rumahtangga. Contohnya jika selama ini kita ada mengambil siaran televisyen berbayar, mungkin kita tidak perlu mengambilnya pada tahun ini jika mahu berjimat. Jika mahu ambil, kurangkan pakej yang diambil. Begitu juga dengan internet. Tidak perlu dipasang di rumah. Buatlah setiap kerja yang memerlukan penggunaan internet di pejabat. Jika mempunyai telefon 3G, tidak perlulah menggunakan internet jika tidak penting. Tidak perlu melayari facebook mahupun twitter. Tidak perlulah chit-chat jika tidak penting. Gunakan telefon untuk urusan penting sahaja.
Kos Percutian : Pada musim cuti, kebiasaannya bagi yang telah berkeluarga mereka ingin bercuti bersama. Bercuti bersama keluarga ini mesti diteruskan namun kos boleh dikurangkan iaitu dengan bercuti di kawasan percutian percuma seperti kawasan air terjun, air panas dan sebagainya.
Kos perhiasan kediaman : Maksud saya perhiasan rumah dan bahagiannya. Cukuplah dengan perabot yang sedia ada selagi ia masih boleh berfungsi. Menukar alatan rumah memerlukan kos yang tinggi, jika berhutang itu lebih berbahaya lagi. Demikian juga langsir, alas meja, pinggan mangkuk cantik dan sebagainya.
Kos Makanan : Jika selama ini kita suka makan di luar, kurangkan amalan itu. Kembalikan dapur untuk berasap. Para isteri boleh mula memasak bekal untuk dibawa suami dan anak setiap pagi. Memang cara ini nampak remeh tetapi secara terkumpul ia boleh menjimatkan.
Kos-kos Kecantikan : Kos alatan kecantikan perlu dikurangkan, segala jenis bedak, krim, vitamin C dan pelbagai kosmetik perlu dikurangkan. Kita perlu tukar cara hidup. Penjimatan yang kecil jangan sesekali dirasakan tiada erti. Ia besar ertinya.
Mungkin cara-cara ini memang tidak menyeronokkan untuk diterima. Tetapi cara ini boleh mengelakkan diri daripada berhutang. Terjebak dalam hutang tanpa kemampuan membayarnya adalah pintu kepada ribuan masalah baru kepada diri. Kenaikan kos memang mudah mendorong kita berhutang justeru minimakan keperluan berhutang.
Jangan sesekali kita berhutang dan meminjam wang daripada ‘ah long’ untuk membayar hutang yang sedia ada. Meminjam dengan ‘ah long’ bakal memudaratkan diri kita dan ahli keluarga sendiri.
BAGAIMANA BISNES SAMPINGAN?
Berkaitan dengan keperluan sama ada perlu melakukan bisnes sambilan dan sebagainya bagi mencari wang lebih. Bagi saya, bisnes memerlukan kemahiran berbeza. Agak sukar untuk mengatakan boleh berjaya atau tidak. Bisnes tidak mudah.
Ada orang pandai bisnes. Ada juga yang tidak langsung tahu untuk buat bisnes. Jika mahu berniaga, keputusan itu baik. Jika tidak pandai berniaga, tetapi mahu juga mencuba dalam perniagaan yang kurang risiko dengan modal jangan lebih dari RM 1000, mereka boleh berniaga di hadapan rumah ataupun di pasar pagi, malam atau tani. Contohnya mereka boleh menjual air minuman kerana bisnes ini dikenalpasti rendah risiko dan kurang risikonya.
Dalam keghairahan mencari bisnes, WAJIB dijauhi bisnes yang haram seperti FOREX trading, skim pyramid, skim cepat kaya, pelaburan riba. Mengambil rasuah, pecah amanah wang syarikat dan kerajaan, menipu. Nabi mengingatkan dalam hadis yang sohih:-
Ertinya : Takutlah kamu kepada Allah dan perindahkan pencarian rezekimu (cara halal). Jangan disebabkan kelewatan kamu mendapat rezeki sehingga kamu mencarinya dengan melakukan maksiat kepada Allah sesungguhnya ia (rezeki) itu di sisi Allah, dan tidak kamu akan dapatinya (rezeki berkat) kecuali melalui ketaatan kepadanya. (Riwayat An-Nasaie; hadis sohih)
Selain itu, jika diri ada kemahiran tertentu, boleh juga gunakan kemahiran itu untuk mencari wang. Sebagai contoh, jika pandai menjahit atau memasak, gunakannya untuk menambah pendapatan sampingan. Pokoknya saya mencadangkan agar diusahakan ilmu kemahiran yang baru hatta terpaksa melaburkan sedikit wang bagi mendapatkan skill ilmu baru ini. Jangan biarkan diri berada di takuk lama.
Segala kenaikan ini memang menyukar ramai khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Cuma, sama-sama keadaan sukar kita usaha jadikannya sebagai batu loncatan memperbaiki diri, itu lebih baik dari sekadar merungut dan memikirkan penderitaan yang ditanggung. Jadikan ia peluang untuk menjana pendapatan baru. Kita perlu keluar daripada zon selesa dan biasa. Mana tahu daripada apa yang kita buat secara sambilan ini kita dapat menjumpai bakat baru yang terpendam sebelum, juga tiba-tiba mampu melonjakkan kita ke tahap sangat baik.
BEBERAPA TIPS RINGKAS
Berikut beberapa tip positif yang boleh diguna pakai dalam menghadapi keadaan ekonomi dan harga barang yang semakin meningkat ini.
1.Mantap aqidah : Perlu diyakini setiap rezeki yang kita terima itu datangnya dari Allah. Jangan lupa berdoa dan terus berusaha untuk mendapatkannya. Banyakkan taubat dan istighfar kerana ia kunci rezeki sebagaimana disebutkan oleh Allah.
Nabi menegaskan:-
Ertinya : seluruh umat jikalau mereka berpadu untuk memberi manfaat kepadamu, tidak akan mendapatimu kecuali apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah untukmu, dan sekiranya mereka berpadu untuk memudaratkanmu, tiada keburukan menganiamu kecuali apa yang telah ditaqdirkan ke atasmu. ( Riwayat At-Tirmidzi, Hadis Hasan Sohih)
Demikianlah, pentingnya menyedari dan menginsafi bahawa pendapatan dan rezeki kita TIDAK AKAN LARI dan TIDAK AKAN BOLEH DIRAMPAS oleh orang lain. Juga amat penting sentiasa menyakini kekuasan Allah dalam seluruh pendapatan dan rezeki. Jangan sesekali, terpesong aqidah kerana ujian dunia dan manusia.
2.Perhalusi kekuatan dan kelemahan diri : Kita perlu membuat penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan. Nilaikan yang mana boleh membawa keuntungan dan menambah kewangan. Jika perlu, usahakan bertemu dan mendapat pandangan mereka yang berjaya. Kenal diri amat penting bagi merangka perancangan ke hadapan.
3.Yakin diri tetapi jangan terlampau yakin: Dapatkan keyakinan dari perbincangan dan pembacaan.
4.Usahakan kerjasama dengan keluarga dan sahabat : Jika seorang diri mungkin lebih mudah kita ditipu atau tersalah jalan. Justeru, membentuk rakan kongsi dari kalangan mereka yang dipercayai adalah satu kaedah baik mengurangkan risiko.
5.Berfikir di luar kotak : Kita perlu ada sikap kekreatifan untuk buat satu kelainan daripada biasa.
6.Mesti berubah : Kita mesti ada perubahan gaya hidup. Dari malas kepada rajin, dari boros kepada berjimat, dari tidur subuh kepada bangun awal merangka perancangan hari.
7. Berfikir besar : Minda kita perlu ‘thinking big’ atau berfikir besar. Jangan berputus asa kerana ia akan membuatkan hormon kita menurun juga. Tetapi jangan pula terlalu bercita-cita tinggi kerana jika tidak berjaya kita akan kecewa. Setiap yang dibuat perlu berpada-pada.
http://www.zaharuddin.net/
Sumber HD - 21-2-2014
Pengguna kelas pertengahan meningkat 4.8 bilion
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, pada masa ini terdapat 1.8 bilion pengguna kelas pertengahan di dunia dan bahawa 3 bilion lagi dijangka menjelang 2030.
"Sembilan puluh peratus daripada pertambahan itu adalah dari rantau Asia Pasifik. Bandaraya di negara membangun menghadapi cabaran paling getir," kata Sir David pada forum "Low Carbon Cities (Opportunities and Challenges) di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Britain Simon Featherstone di sini, semalam.
Beliau berkata penduduk di kawasan bandar di Asia dianggarkan mencecah 3.3 bilion dan 1.3 bilion di kawasan bandar di Afrika menjelang 2050.
"Semua negara harus bekerjasama bagi menangani kadar penggunaan sumber dunia sekarang dan dalam hubungan ini pembangunan bandar secara mapan adalah penting untuk mengawal pertambahan penduduk dunia," kata beliau.
Beliau berkata memandangkan peningkatan pengguna kelas pertengahan, beberapa cabaran dihadapi termasuk hakikat bahawa 95 peratus daripada pengeluaran makanan terlalu bergantung kepada minyak, 80 peratus daripada jumlah penduduk dunia tinggal di kawasan yang keselamatan perairan menghadapi ancaman.
Sir David berkata 60 peratus daripada ekosistem dunia sama ada telah mengalami kemerosotan atau diguna pakai secara tidak mapan dan 11 peratus daripada kawasan sumber yang masih ada mungkin lenyap menjelang 2050.
"Berdasarkan perubahan iklim seperti peningkatan paras laut dan suhu, adalah jelas kita harus mengubah secara radikal tingkah-laku kita," kata beliau.
Ketua pegawai eksekutif Green Tech Malaysia Ahmad Hadri Haris, yang bertindak sebagai moderator, berkata sudah tiba masanya bagi semua pihak untuk bekerjasama menangani perubahan iklim sebelum terlambat.
Ahmad Hadri berkata tidak ada model pembangunan bandar yang lebih baik daripada Iskandar Malaysia, yang menyediakan pelan pembangunan kehijauan yang lengkap dari 2006 hingga 2025.
"Saya berpendapat ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.
Kita harus melihat keseluruhan perspektif bagi bandaraya di Malaysia dan bagaimana kita boleh melaksanakannya secara mapan," kata beliau.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perancangan dan Pematuhan Iskandar Malaysia, Maimunah Jaffar berkata pihaknya menggerakkan rancangan asas Masyarakat Rendah Karbon yangh mengandungi pelan tindakan 12 perkara bagi membantu mengurangkan pelepasan karbon.
"Malaysia telahpun mendahului usaha dalam mengurangkan karbon dengan pelaksanaan dasar-dasar dan insentif. Tetapi usaha itu masih bersifat sukarela dan bukan di peringkat pengawasan. Jadi terpulanglah kepada pihak bekuasa atau agensi kerajaan sama ada mahu mengambil langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon," kata beliau.
Kira-kira 100 peserta tempatan dan antarabangsa dari sektor kerajaan dan swasta menghadiri forum itu. - Bernama
Sumber HD - 18-2-2014
Harga tanggungjawab k’jaan, jangan salahkan orang tengah
- Feb 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Beliau berkata, sebelum kerajaan menuduh orang tengah memanipulasi harga, kerajaan terlebih dahulu perlu mengkaji faktor berlakunya demikian.
"Yang membuat keputusan dan membenarkan kenaikan harga barang berlaku ialah orang atas. Jangan jadikan orang tengah sebagai alat untuk menutup kesalahan mereka.
"Kerajaan harus sedar pemborong, orang tengah dan peniaga terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik. Semua itu memberi kesan kepada harga barang," kata beliau ketika dihubungi Harakadaily hari ini.
Beliau juga berkata, Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus mengambil langkah yang sesuai bagi mengekang kenaikan harga barang dan melakukan pemantauan dengan mengambil kira semua keadaan.
Cadangan agar pengguna memboikot peniaga dan orang tengah tidak akan menyelesaikan masalah.
"Menteri ada kuasa di parlimen, mereka boleh pemantauan sepanjang masa, bukan hanya bermusim dan mencari kaedah yang sesuai agar semua pihak mendapat keuntungan, bukan pemborong, orang tengah sahaja yang untung.
"Boikot ialah jalan yang paling akhir harus diambil kerana ada pelbagai kaedah untuk memastikan tiada pihak yang mengambil untung atas kesusahan orang lain," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan boleh mengembalikan subsidi kepada rakyat seperti subsisi minyak dan gula supaya pemborong, orang tengah dan peniaga boleh menjual barang-barang dengan harga biasa.
"Saya mengecam tindakan kerajaan yang hanya tahu menyalahkan orang tengah tetapi tidak berusaha melakukan sesuatu.
"Kalau kerajaan boleh umum tiada kenaikan tol tahun ini, kenapa tidak boleh umum kembalikan subsidi minyak dan gula?
"Kerajaan boleh lakukan bak kat apepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih," katanya.
Sumber HD - 13-2-2014
Boikot peniaga jual harga tinggi
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Gerakan Pengguna Selangor, Datuk Dr Jacob George (gambar) berkata kadar kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor di seluruh dunia tetapi masyarakat sendiri seharusnya lebih bijak dalam menangani peningkatan harga itu.
"Jika harga barang keperluan naik biasanya akan berlaku peningkatan kos sara hidup tetapi rakyat jangan cepat melatah kerana ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelak pertambahan perbelanjaan seharian.
"Kalau pengguna membeli barang keperluan mahupun ke kedai makan, sepatutnya mereka sendiri perlu pilih dengan tidak membeli di kedai menawarkan harga yang tinggi, dalam erti kata lain, boikot saja peniaga yang tidak mematuhi harga ditetapkan kerajaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.
Tambah Jacob, hanya dengan cara memboikot peniaga yang menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan kerajaan sahaja dapat membantu mengurangkan kadar peningkatan kos sara hidup, terutama bagi penduduk di kawasan bandar.
Mengulas lanjut, Jacob berkata tindakan memboikot bukan untuk melumpuhkan perniagaan seseorang sebaliknya ia adalah hak pengguna itu sendiri untuk memilih tawaran barangan mengikut ketetapan harga kerajaan seterusnya membantu menstabilkan kos sara hidup pada masa kini.
"Dalam hal ini, pengguna perlu tahu bahawa mereka ada hak memilih kedai yang mampu beri harga terbaik, jadi peniaga perlu lebih peka dan tidak menjual harga melambung tinggi. Jika peniaga ada masalah operasi, mereka boleh datang rujuk pada kita dan kita boleh bantu," katanya.
Justeru itu, katanya, dalam menangani kos sara hidup yang dikatakan semakin meningkat, masyarakat perlu sentiasa mengawal perbelanjaan seharian mereka dan membuat pilihan harga paling terbaik mengikut kemampuan sendiri.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, Azizan Ariffin pula berkata sehingga kini, harga pasaran semasa bagi barangan keperluan masih terkawal namun pemantauan dari semasa ke semasa tetap dijalankan.
"Setakat hari ini, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan malah ada yang menjual dengan harga yang lebih murah dan ia dilihat menyokong saranan kerajaan," katanya.
Azizan berkata harga barangan seperti sayur, ayam standard, ikan, daging dan telur masih terkawal dan tiada lagi aduan diterima pihaknya mengenai penjualan barangan berkenaan melebihi had harga yang ditetapkan kerajaan.
Katanya, mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga barang sesuka hati akan didakwa terus di mahkamah tanpa dikenakan kompaun dan ia menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menstabilkan kenaikan harga barangan keperluan. - Bernama
Sumber HD - 5-2-2014
Naik harga: Kenapa kami pula yang kena?
- Feb 04, 2014
- SURATMAN BASHIR
Hal ini kerana, kempen pemantauan harga yang dijalankan amat tidak adil dan menindas golongan peniaga macam kami. Pelabagai ugutan dan denda yang bakal dikenakan jika harga yang kami jual gagal mematuhi harga yang ditetapkan.
Tahukah kerajaan Umno-BN bahawa kami bukan sesuka hati menaikkan harga barang. Jika tindakan dikenakan kepada kami, bagaimana pula dengan pemborong dan pengilang yang sesuka hati menaikan harga barang? Adakah mereka juga akan didenda seperti kami?
Yang Umno-BN nampak hanyalah kesalahan kami kerana kamilah yang berdiri di barisan hadapan sekali dan mudah untuk dikambinghitamkan.
Ketahuilah bahawa, anda juga – Umno-BN – penyumbang utama kepada segala kenaikan harga barangan ini. Jika anda menaikkan harga barang tertentu, anda akan mengemukan pelbagai hujah dan alasan tidak masuk akal dan memaksa rakyat menerimanya – sampai menggunakan hujah “ketentuan Allah”.
Kenapa apabila kami menaikkan harga barang sejajar dengan kenaikan yang Umno-BN buat, kami dihukum? Anda pula terlepas.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menghukum parti pemerintah yang tidak perihatin nasib rakyat. Mungkin pilihan raya umum lambat lagi, namun kita boleh bersedia dari sekarang dan mari mulakan dengan PRK Kajang!
Sumber HD - 4-2-2014
Harga barang: RTM wajar anjur debat Reezal-Khai Loon
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) harus merancang dengan secepat yang mungkin satu debat terbuka di antara Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Reezal Merican dan Adun Macang Bubok Lee Khai Loon mengenai isu kenaikan harga pelbagai barangan.
Dengan gesaan 35 NGO pertubuhan masyarakat sivil dalam satu kenyataan bersama, hari ini.
Bagi mereka, biarlah rakyat jelata mendengar penjelasan Barisan Nasional dan dasar alternatif Pakatan Rakyat dan dengan ini Malaysia akan bergorak langkah ke satu kebudayaan demokrasi yang lebih matang.
Berikut kenyataan mereka.
Kami, pertubuhan masyarakat sivil yang menandatangani di bawah, mengutuk Umno negeri Pulau Pinang memutarbelitkan himpunan kangkung yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Macang Bubok Lee Khai Loon dan menjadikannya satu isu perkauman.
Himpunan kangkung tersebut cuma membantah kenaikan harga barangan, tetapi telah diputarbelitkan menjadi isu kerajaan Pulau Pinang yang meminggir dan menindas kaum Melayu.
Selepas Umno Pulau Pinang menjalankan dua demonstrasi, Lee Khai Loon telah menerima beberapa sms berunsur ugutan bunuh.
Malah peserta demonstrasi Umno Pulau Pinang telah membawa sepanduk yang dituliskan ‘Mahu lagi 13 Mei’ dan memukul seorang pemuda yang melalui tempat demonstrasi tersebut. Motosikal pemuda tersebut hilang selepas beliau diserang oleh peserta demonstrasi.
Tindakan keganasan terhadap warganegara biasa dan mengugut Ahli Undangan Negeri telah melanggar undang-undang jenayah Malaysia, oleh yang demikian pihak polis mestilah menyiasat suspek di bawah Kanun Acara Jenayah dengan segera.
Apabila politikus perkauman memanipulasikan isu-isu palsu yang memecah-belahkan kaum-kaum serta menggunakan taktik ugutan bunuh dan keganasan, fokus isu-isu ekonomi yang mempengaruhi semua rakyat telah dialihkan dan wacana awam kesusahan hidup rakyat jelata terpaksa berundur berikutan politik samseng parti pemerintah.
Sebenarnya dasar kerajaan yang mengurangkan subsidi telah menyebabkan kenaikan harga petrol, gula, bekalan elektrik, cukai taksiran dan bayaran tol lebuhraya, tambahan pula cukai GST akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Dasar-dasar tersebut telah menyebabkan kehidupan rakyat kelas bawahan semakin perit.
Malangnya parti pemerintah telah menggunakan taktik keganasan dan ugutan untuk memadam kritikan dasar-dasar ekonomi kerajaan dan sekali gus mengalih perhatian menjadikan kritikan dasar ekonomi sebagai isu perkauman. Ini memang merupakan kemerosotan politik demokrasi.
Sehingga kini, Perdana Menteri Najib Razak masih berdiam diri terhadap tindakan Umno Pulau Pinang.
Adakah beliau bersetuju dengan tindakan keganasan dan ugutan berdarah oleh parti pimpinan beliau?
Sifat Najib yang tidak mengutuk keganasan politik yang berlaku menunjukan dasar-dasar kerajaan seperti transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan slogan rakyat diutamakan telah gagal dan sekarang bergantung kepada politik perkauman untuk menghentikan kritikan terhadapnya.
Ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional hari ini masih tiada banyak perbezaan jika dibandingkan dengan pemerintahan autokrasi Mahathir Mohamad.
Kami ingin menasihati Umno dan kerajaan BN bahawa politik perkauman telah menemui kekalahan pertama dalam pilihanraya umum ke-12 dan Barisan Nasional mengalami kehilangan lebih banyak kawasan parlimen dalam pilihanraya ke-13.
Ini menunjukkan rakyat seluruh negara bertekad menolak politik perkauman dan menuntut demokrasi dan keadilan masyarakat secara menyeluruh.
Sekiranya Umno terus memanipulasi isu-isu perkauman dan semakin menjauhi dari kehendak rakyat serta trend dunia, tentunya rakyat akan membuat penghakiman yang sewajarnya terhadap politik samseng dan perkauman Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Parti-parti komponen Barisan Nasional sepatutnya kembali kepada perdebatan rasional dan berkeyakinan menyangkal kritikan parti pembangkang.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) harus merancangkan dengan secepat yang mungkin satu debat terbuka di antara Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Reezal Merican dan Adun Macang Bubok Lee Khai Loon mengenai isu kenaikan harga pelbagai barangan.
Biarlah rakyat jelata mendengar penjelasan Barisan Nasional dan dasar alternatif Pakatan Rakyat dan dengan ini Malaysia akan bergorak langkah ke satu kebudayaan demokrasi yang lebih matang.
Yang Menandatangani:
1. Baram Kini
2. Bersih Sibu
3. Bukit Koman Ban Cyanide Action Committee
4. ENGAGE
5. Group of Concerned Citizens (GCC)
6. Hands of Malaysians Extended (HOME)
7. Islamic Renaissance Front
8. Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor
9. Jihad for Justice
10. Johor Yellow Flame (JYF)
11. Kelab Bangsar Utama
12. Kill the Bill
13. Lightup Borneo
14. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
15. Malaysians for Beng Hock
16. Mamas Bersih
17. National Indian Action Team (NIAT)
18. Northern Green Youth
19. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor
20. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka
21. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan
22. Pemuda Persatuan Wui Leng KL dan Selangor
23. Perak Young Graduate Association
24. Persatuan Kesedaran Kominiti Selangor (EMPOWER)
25. Persatuan Prihatian KL dan Selangor
26. Persatuan Alumni PBTUSM Bahagian Utara
27. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL
28. Semparuthi Iyakkam
29. Solidarity for Civil Rights in China
30. Sunflower Electoral Education Movement
31. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
32. Universiti Malaya New Youth Association
33. Xue Le Shu Yuan
34. Youth for Change (Y4C)
35. 528 Media Action Group
Sumber HD - 23-1-2014
Muhyiddin jelas langkah k'jaan bendung kenaikan harga
- Jan 21, 2014
- Khairdzir Md Yunus
Beliau berkata satu daripadanya ialah penubuhan jawatankuasa kabinet, dipengerusikan beliau sendiri, untuk memantau kenaikan kos hidup di dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada majlis makan malam dengan Majlis Penuntut Malaysia di United Kingdom dan Eire (Ireland) di sebuah hotel di sini pada Isnin malam.
Muhyiddin berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom dari Isnin untuk menghadiri Forum Pendidikan Sedunia 2014, perhimpunan terbesar menteri-menteri pendidikan dan kemahiran di dunia yang dihadiri 97 menteri mewakili 100 negara dari 20 hingga 22 Jan.
Menjelaskan isu menjejaskan rakyat itu telah diperdebat secara meluas di tanah air, Muhyiddin berkata antara langkah diambil jawatankuasa kabinet ialah turun padang untuk mengenai pasti punca kenaikan harga berkenaan.
"Kami turun padang untuk meninjau kenaikan harga dan mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang.
"Banyak faktor menyebabkan harga naik. Apa yang menyebabkan kos meningkat - adakah disebabkan dasar-dasar kerajaan atau peniaga tidak bertanggungjawab?" katanya.
Muhyiddin berkata kenaikan harga tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Memberikan contoh London, beliau berkata disebalik menjadi antara bandar raya paling mahal di dunia untuk dihuni, ia masih mempunyai banyak tempat menarik untuk membeli-belah.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan mengkaji harga berkenaan dan akan campur tangan untuk memastikan rakyat mendapat keadilan.
"Isu ini perlu dikendalikan secara holistik," katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata Malaysia perlu terus mempunyai dasar-dasar fiskal yang baik untuk membolehkannya menguruskan situasi itu.
"Kami mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima dan 5.5 peratus. Kami mempunyai dana-dana dan banyak peluang kerja yang telah menarik lebih dua juta pekerja asing ke negara, dengan antara 500,000 dan satu juta daripada mereka pendatang tanpa izin," katanya.
Beliau berkata Malaysia turut menikmati kadar inflasi rendah, antara 2.5 dan 3 peratus, dan telah hampir mencecah tenaga kerja penuh.
"Disebalik kejayaan negara dalam menguruskan ekonomi, Malaysia masih perlu berhemah dalam perbelanjaannya dan sepatutnya mencapai defisit fiskal kurang daripada 30 peratus, kata Muhyiddin sambil menjelaskan kerajaan baru-baru ini mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan.
"Jika tidak, situasi ekonomi akan memberi kesan kepada rakyat biasa," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga terbuka kepada idea dan cadangan pihak lain.
Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) atau UKEC secara rasminya diasaskan pada 1995 dan berperanan sebagai platform kepada penuntut Malaysia di rantau ini, di peringkat ijazah pertama dan ijazah lanjutan, untuk berinteraksi. - Bernama
Sumber HD - 21-1-2014
Himpunan kata-kata lawak
- Jan 21, 2014
- HAMBALI AKRAM
Siapa yang tidak pernah dengar ungkapan “harga minyak (petrol dan diesel) di Malaysia masih murah berbanding negara jiran” – kata-kata yang sering dijadikan alasan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Selepas ungkapan ini menjadi klise – kerajaan menukar pula kepada “kerajaan mengurangkan subsidi minyak...” – perkara yang sama tetapi cuba diselindung daripada sudut sebenar.
Selain itu, ungkapan “Kalau ayam mahal, jangan makan ayam,” – ujar menteri berkaitan berhubung rungutan rakyat apabila harga ayam yang semakin mahal. Juga – “kerajaan menaikkan harga gula untuk mengelakkan rakyat kena kencing manis.” – perihatinnya kerajaan pada kesihatan rakyat.
Apabila rakyat marah-marah kerana tol bakal dinaikkan, maka menteri berkaitan, berkata, “Guna jalan yang tidak bertol...” Ketika tarif elektrik naik, kerajaan dengan rendah hatinya menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kenaikan tidak membebankan rakyat!
Tidak lupa juga bahawa sang penasihat menyeru rakyat supaya menerima segala kenaikan itu sebagai ketentuan Allah dan rakyat tak perlu merusuh sehingga menyusahkan diri sendiri. Namun yang peliknya ketika harga kangkung turun, rakyat disuruh berterima kasih kepada kerajaan. Bukankah penurunan harga kangkung itu juga ketentuan Allah, kenapa pula mesti berterima kasih kepada kerajaan?
Yang pasti, jika tidak suka segala kenaikan ini, silalah pindah ke negara lain. Ya, betul, jika tidak sukakan apa-apa yang kerajaan Selangor, Pulau Pinang & Kelantan buat – jangan bising-bising, silalah keluar dari negeri tersebut! Amacam?
Kesimpulannya, kadang kala rakyat perlukan penglipur lara ini untuk mengubat kerisauan akibat kos hidup semakin meningkat. Terima kasih bapak menteri kerana sudi menghiburkan kami.
Sumber HD - 21-1-2014
Barang naik: Kerajaan kambing hitamkan peniaga
- Jan 20, 2014
- HASBULLAH NAJIB
Pasca PRU13 memperlihatkan tekanan yang dihadapi rakyat apabila kenaikan harga barangan keperluan serta kos hidup mereka akibat pelarasan subsidi yang telah dilaksanakan kerajaan. Dengan menggunakan alasan "ke arah negara maju, untuk kebaikan negara" dan lain-lain alasan manis untuk terus "mengangkungkan" minda rakyat bagi menghalalkan segala tindakan mereka.
Umum mengetahui apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu adalah bagi menutup segala ketirisan dan keborosan yang dilakukan oleh mereka sehingga menyebabkan negara kini berhadapan dengan masalah ekonomi dan hutang negara yang sangat tinggi.
Rakyat sendiri dapat melihat dengan mudah sebagai contoh, setiap kali pilihan raya kecil berlangsung, kerajaan akan menabur berbilion ringgit dengan janji pembangunan dan sebagainya bagi memancing undi rakyat. Ini tidak termasuk lagi ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sepertimana yang dilapor oleh Ketua Audit Negara.
Episod Kambing Hitam-Peniaga, Pengusaha Tersepit
Kini apabila rakyat mula menyatakan kemarahan mereka terhadap kenaikan kos hidup yang menggila ini melalui himpunan aman, media sosial dan lain-lain lagi, kerajaan tersedar bahawa tindakan mereka itu mengundang kemarahan rakyat. Maka untuk kembali menjadi hero kepada rakyat, para peniaga pula dipersalahkan.
Dalam beberapa hari ini kita dapat lihat di media, kerajaan cuba berlagak kembali sebagai pembela rakyat apabila Perdana Menteri mengumumkan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Kelmarin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata, kerajaan akan membatalkan lesen pengedar, pembekal dan pengimport barang keperluan harian jika mereka terus menaikkan harga barang. Maka dalam keadaan kos pengangkutan, penghasilan, bahan mentah dan lain-lain meningkat adakah wajar peniaga disalahkan untuk menampung keuntungan mereka?
Teori Domino Dalam Kenaikan Harga Barangan Keperluan
Untuk memahami perkara asas ekonomi sesebuah negara, kita tidak perlu kepada ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi. Kerajaan juga tidak perlu menubuhkan jawatankuasa khas kononnya bagi mengkaji punca kenaikan harga barang kerana teori domino ini amat mudah difahami.
Sebagai contoh mudah, sebuah kilang pastinya memerlukan tenaga eletrik bagi menjalankan penghasilan sesuatu barangan keperluan, maka dengan kenaikan tarif eletrik, sudah pasti kos penghasilan barangan tersebut juga meningkat, begitu juga dengan bahan api seperti diesel dan petrol yang turut meningkatkan kos penghantaran dan pengedaran barangan keperluan untuk diniagakan. Ini tidak termasuk lagi kos bahan mentah dan lain lain perkara yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu barangan keperluan.
Maka tidak hairanlah mengapa pengusaha dan peniaga terpaksa menaikkan harga barangan keperluan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Jika kerajaan menuding jari sepenuhnya kepada pihak peniaga semata- mata dalam isu ini, maka jelaslah bahawa kerajaan kita merupakan kerajaan yang hipokrit dan zalim.
Kerajaan Boros, Rakyat Tanggung Beban
Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib hari ini boros dalam pentadbirannya dan beliau sendiri menasihati kerajaan hari ini agak tidak boros. Bukti yang jelas kita boleh lihat melalui laporan Ketua Audit Negara yang lepas bagaimana pembaziran yang tidak munasabah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan hingga mencecah angka billion!
Akibat keborosan kerajaan dalam mengurus kewangan negara, langkah terakhir mereka untuk memulihkan ekonomi negara adalah dengan menarik subsidi terhadap rakyat yang akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung kos hidup yang menggila dan mereka kian terbeban di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang mana slogannya ketika pilihan raya umum lalu "BN Menang, Rakyat Senang".
Sumber HD - 20-1-2014
Harga barang naik: Salahkan Anwar Ibrahim sajalah Ku Nan...
- Jan 19, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Nampaknya setelah menyedari kenaikan harga barang secara besar-besaran yang bermula pada awal tahun ini benar-benar menghimpit hidup rakyat, pemimpin UMNO/BN mula meletakkan kesalahan pada pihak lain pula..
Sekali lagi mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan kononnya orang tengah memainkan peranan dalam hal kenaikan harga barang ini.
Dan seperti biasa akhirnya mereka meletakkan kesalahan pada Pakatan Rakyat..
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap “orang tengah” yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.
Beliau berkata “orang tengah” ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN.
“Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu “kangkung” sebagai bodoh.
"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu 'connotation' (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.
"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya ~ The Malaysian Insider
Inilah hasilnya bila orang bodoh dilantik sebagai pemimpin..
Yang menaikkan harga Diesel dan Petrol ialah BN dan yang meluluskan kenaikkan tarif elektrik ialah BN juga..
Kedua-duanya memberikan kesan kepada kos pengeluaran sesebuah industri oleh itu untuk mengekalkan keuntungan harga produk yang dikeluarkan terpaksa ditingkatkan.
Oleh kerana harga produk meningkat, untuk mengekalkan keuntungan mereka para pemborong atau orang tengah terpaksa menaikkan harga produk..
Macam tu punya mudahpun pemimpin UMNO tak boleh berfikir.. betullah kata Mahathir dalam UMNO ni yang bodoh dilantik sebagai pemimpin supaya mudah diperbodohkan oleh ahli-ahlinya..
Selepas salahkan orang tengah disalahkan pula Pakatan Rakyat..
Salahkan Anwar Ibrahim terus kan lebih senang.. tentu macai akan percaya 100%...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumber HD - 19-1-2014
Orang tengah: Ku Nan cuba alih isu harga barang naik
- Jan 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil lebih-lebih lagi apabila menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.
Katanya, kenyataan menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak.
Beliau berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan rakyat dalam kenyataannya tempoh hari bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari 1.2% pada Disember 2012 ke 2.9% pada November 2013, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda.
Baginya, Ku Nan dan kerajaan Umno BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti itu dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif.
Tambahnya, harga petrol patut diturunkan, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar perlu dipecahkan, dan pelbagai kenaikan yang dicadangkan seperti kadar tol, tarif elektrik, dan cukai GST wajib ditarikbalik.
“Sekurang-kurangnya kerajaan Umno BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang Rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sumber HD - 19-1-2014
Barang naik: Menteri Wilayah salahkan pula 'orang tengah'
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu 'kangkung' sebagai bodoh.
"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu connotation (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.
"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kenaikan harga barang.
"Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
"Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya.
Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia. - Bernama
Sumber HD - 18-1-20114
Percikan api perkauman dalam isu kenaikan harga barang
- Jan 18, 2014
- AHMAD TAJDID
Foto darisungaiderhaka@blogspot.com
ISU kenaikan harga barang yang mendominasi politik negara ekoran kenaikan harga minyak dan kos-kos pengeluaran memasuki episod hodoh apabila cuba dijadikan isu perkauman oleh parti-parti kerabat BN khususnya Umno.
Dimulai dengan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ‘sedih’ melihat anak-anak muda Melayu ‘diperalatkan pembangkang’ dalam Himpunan Turun malam 31 Disember lalu, terbaru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.
Bagi Keng Liang, demonstran Himpunan Turun didominasi anak-anak muda Melayu sedangkan anak-anak muda Cina dan India bergembira menyambut tahun baru di pawagam, pasar raya dan lain-lain tempat.
Tengku Adnan pula mendakwa 'orang tengah' cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," kata beliau kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, 18 Januari lalu.
Keng Liang pula menulis secara berurutan dalam twitternya yang antara lain menyebut: “selalu dlm demo jalan yg kena tangkap majority kaum Melayu. Kenapa adik2 perlu diperguna? Pernah Nampak adik2 kaum Cina? Fikirlah masa depan…”
Strategi meniup sentimen kaum dan agama dalam apa juga isu membabitkan politik negara memang menjadi senjata utama Umno, MCA dan Gerakan.
Tidak kiralah sama ada isu yang dibincangkan itu benar-benar menyentuh sentimen agama dan kaum seperti isu kalimah Allah dan pembinaan rumah ibadah, sentimen kaum dan agama juga cuba sedaya upaya dikaitkan para pemimpin BN dengan isu-isu kepentingan bersama yang melewati fahaman agama dan kaum seperti rasuah, penyelewengan, pemborosan dan kenaikan harga barang.
Apa yang gagal difahami pemimpin BN khususnya Keng Liang, isu-isu kepentingan bersama tidak lagi menarik minat hanya sebahagian segmen masyarakat; malah kesedaran umum berhubung isu rasuah, kronisme, penyelewengan, pemborosan dan terkini, kenaikan harga barang telah melewati batas bangsa, agama dan pegangan politik.
Sehubungan itulah kita dapat melihat bagaimana perhimpunan Bersih 3.0 di Stadium Merdeka dan beberapa siri perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya sejurus berakhirnya pilihan raya umum ke-13 dihadiri rakyat pelbagai kaum dan agama dan tidak disambut oleh rakyat daripada kelompok bangsa tertentu.
Kempen membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dimulakan dengan Himpunan Turun di Dataran Merdeka, yang dihangatkan pula dengan isu kangkung oleh Perdana Menteri, turut menarik perhatian rakyat pelbagai kaum. Hinggakan pemimpin Umno Pulau Pinang cuba menangguk di air keruh dengan mengadakan perhimpunan mengecam DAP bagi membantah flashmob membantah kenaikan harga barang yang diadakan masyarakat Tionghoa di Machang Bubuk.
Bagi Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno, janganlah cuba bermain api dengan menyalahkan ‘orang tengah’ dalam krisis kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat. Beliau perlu menyedari bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kini adalah hasil daripada keputusan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel atas premis ‘rasionalisasi subsidi’. Siapakah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti anggota kabinet jika bukan orang Melayu?
Siapakah juga peneraju syarikat tenaga elektrik negara – Tenaga Nasional yang menaikkan tarif elektrik jika bukannya Melayu? Siapakah pemilik syarikat konsesi tol di negara ini yang diberi lampu hijau menaikkan kadar tol di lebuhraya jika bukannya orang Melayu? Dan siapakah juga tauke korporat yang menguasai industri gula, beras dan tepung negara jika bukan seorang Melayu?
Paling tidak pun beliau harus mengakui bahawa kelompok saudagar yang menguasai urusan peruncitan di negara ini kebanyakan terdiri daripada penyokong dan pendokong MCA dan bukannya DAP. Malah MCA sendiri dianggotai para saudagar dan tauke Tionghoa yang rapat dengan pemimpin Umno dan bukannya PAS ataupun PKR.
Tidak payahlah Tengku Adnan cuba menyeret sentimen kaum dan agama dalam isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Lebih elok bagi beliau mencontohi Timbalan Perdana Menteri yang mula belajar turun padang ke premis perniagaan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi harga barang keperluan harian dan mendengar keluhan rakyat.
Sumber HD - 18-1-2014
Selepas Najib dikangkungkan, barulah menteri sibuk ke pasar
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
“Hanya setelah dikangkungkan juga, barulah Najib dan semua menteri kabinet faham suara kemarahan rakyat,” tulis blogger Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, jika tidak kerana episod kangkung Najib, sudah tentu semua menteri masih lena diulit mimpi dan bercakap dalam mempertahankan kenaikan harga barang.
Baginya, langsung tidak menampakkan mereka itu menyebelahi rakyat sedangkan ketika memerlukan undi dan sokongan, rakyatlah yang sering dipuji dan diberi sanjungan.
“Kepada penggiat media sosial yang mencetuskan idea mengangkungkan Najib sehingga ia menjadi fenomena antarabangsa dan kemudian menyedarkan pimpinan kerajaan daripada lena dek khayal air ketum, rakyat tentunya amat terhutang budi kepada mereka itu,” tulisnya lagi.
Bagi beliau, tanpa mereka dan jika Najib tidak dikangkungkan, tidak pernah Muhyiddin melakukan empat lawatan hanya dalam satu pagi.
Baca di sini
Sumber HD - 18-1-2014
Barang naik: Kenyataan Khairy sangat mengecewakan
- Jan 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.
“Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian ’membodek bossnya’ mengikut rekodnya.
Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.
Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan leih lagi selepas GST.
“Betul, Khairy wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa Inflasi jenis ini yakni ‘kenaikan kerana kos’ atau cost-push inflation berbeza dengan ‘kenaikan kerana permintaan’ atau demand pull-inflation, boleh disebabkan kerana cuaca buruk,” jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.
Tetapi, tambah beliau sifat inflasi disebabkan cuaca ialah ‘sementara’ atau temporary price hike or disruption.
“Tetapi yang kita hadapi ini bukan satu yang bersifat sementara. Khairy wajar tahu,” ujarnya.
Beliau menjelaskan sifat inflasi ini ialah sustained inflationary pressure dan trend ini akan berkekalan selagi factor-faktor punca pencetusnya tidak ditangani.
Katanya lagi, faktor-faktor itu ialah “tarikan subsidi” secara “serentak” pelbagai barang ‘kritikal’ seperti bahan bakar – petrol dan diesel, gula, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam termasuk tol di samping amalan monopoli yang megherot pasaran, penswastaan dan perjanjian konsesi yang tempang yang menaikkan kos seperti tol lebuh raya dan tarif elektrik dan subsidi yang regresif atau tidak kena sasaran seperti berbilion ringgit kepada IPP.
“Maka Inflasi ini ialah hasil cetusan Putrajaya – Putrajaya-induced inflation dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah ‘Krisis-Ciptaan Putrajaya atau Putrajaya-induced crisis,” ujarnya.
Sumber HD - 17-1-2014
No comments:
Post a Comment