Ingatlah 10 petua kehidupan ini sepanjang masa
Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu kamu menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.
1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda kamu, selain kamu. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan kamu.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Kamu akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
10. Senyum selalu. Bukan kamu seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah kamu cumalah mainan minda kamu. Yang ada hanyalah cabaran sementara.
Dari ayahandamu. Senyum
Sumber HD - 2-6-2014
Kes rogol: Undang-undang yang ada tidak gerunkan penjenayah
KUALA LUMPUR: PAS menyeru pelbagai pihak khususnya Umno yang menunjangi pemerintahan negara ini supaya tidak hanya terkejut dengan kejadian rogol membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Kelantan sebaliknya mencari jalan ke arah penyelesaian yang lebih holistik.
Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, kejadian tersebut membuktikan betapa penjenayah tidak gentar mahupun gerun terhadap sistem perundangan yang ada kini.
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau menambah, kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak.
Menurutnya, walaupun manusia berhadapan dengan ketakutan, kebimbangan terhadap keselamatan diri, anak- anak serta harta benda namun kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat meskipun ketidakberkesanannya semakin terserlah hari ke hari.
Ustaz Tuan Ibrahim kesal kerana masih wujud sesetengah pihak yang enggan mengakui bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius.
Manusia, ujarnya tetap berdegil untuk memilih peraturan lain yang dianggap hebat dengan menolak undang-undang yang diturunkan Allah SWT.
"Kes dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan menggemparkan pelbagai pihak. Kejadian malang yang menimpa pelajar tersebut seharusnya membuka mata pemimpin negara khususnya dan rakyat umum bagi melihat betapa teruknya keadaan masyarakat hari ini.
"Masyarakat kini melihat kejadian jenayah rogol, dadah, bunuh, kecurian dan ragut sebagai berita semasa yang biasa.
"Bahkan kejadian di Ketereh itu pun kalau kejadian hanya melibatkan seorang remaja lelaki merogol seorang remaja perempuan, masyarakat tidak akan merasai kejadian pelik," kesal beliau.
Menurut beliau, Allah SWT telah menurunkan sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.
Sehubungan itu, sistem perundangan Islam perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan masyarakat dari penjenayah.
Mengulas kejadian yang berlaku di Ketereh itu, beliau berkata, walaupun suspek tidak boleh diadili menurut hukum hudud jika sistem perundangan Islam dikuatkuasakan ekoran wujud pelbagai keraguan, namun suspek boleh diadili di bawah perundangan takzir.
"Hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," ujarnya.- HARAKAHDAILY, 30/5/2014
Sumber HD - 30-5-2014
Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, kejadian tersebut membuktikan betapa penjenayah tidak gentar mahupun gerun terhadap sistem perundangan yang ada kini.
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau menambah, kes rogol, penderaan seksual, pembuangan bayi, penderaan kanak- kanak, peningkatan ketagihan dadah dan arak di kalangan remaja adalah gejala yang wajib diberi perhatian semua pihak.
Menurutnya, walaupun manusia berhadapan dengan ketakutan, kebimbangan terhadap keselamatan diri, anak- anak serta harta benda namun kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat meskipun ketidakberkesanannya semakin terserlah hari ke hari.
Ustaz Tuan Ibrahim kesal kerana masih wujud sesetengah pihak yang enggan mengakui bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius.
Manusia, ujarnya tetap berdegil untuk memilih peraturan lain yang dianggap hebat dengan menolak undang-undang yang diturunkan Allah SWT.
"Kes dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan menggemparkan pelbagai pihak. Kejadian malang yang menimpa pelajar tersebut seharusnya membuka mata pemimpin negara khususnya dan rakyat umum bagi melihat betapa teruknya keadaan masyarakat hari ini.
"Masyarakat kini melihat kejadian jenayah rogol, dadah, bunuh, kecurian dan ragut sebagai berita semasa yang biasa.
"Bahkan kejadian di Ketereh itu pun kalau kejadian hanya melibatkan seorang remaja lelaki merogol seorang remaja perempuan, masyarakat tidak akan merasai kejadian pelik," kesal beliau.
Menurut beliau, Allah SWT telah menurunkan sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.
Sehubungan itu, sistem perundangan Islam perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan masyarakat dari penjenayah.
Mengulas kejadian yang berlaku di Ketereh itu, beliau berkata, walaupun suspek tidak boleh diadili menurut hukum hudud jika sistem perundangan Islam dikuatkuasakan ekoran wujud pelbagai keraguan, namun suspek boleh diadili di bawah perundangan takzir.
"Hukum takzir boleh lebih keras dari hudud sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat," ujarnya.- HARAKAHDAILY, 30/5/2014
Sumber HD - 30-5-2014
Selamatkan Sungai Pahang
Sungai Pahang kini berada pada tahap kritikal di mana airnya dipenuhi dengan lumpur dan kini bertukar menjadi sangat keruh.
Keadaan Sungai Pahang yang mengalir lesu serta semakin cetek memerlukan pemantauan dan tindakan segera semua pihak.
PAS Pahang mendapati peningkatan aktiviti melombong bijih besi serta pembersihan bijih tanpa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar antara punca berlakunya pencemaran di sebahagian anak anak sungai yang menyumbang kepada pencemaran air di Sungai Pahang.
Contohnya, tinjauan PAS Pahang ke kawasan perlombongan bijih besi di Kerambit, Lipis sangat mengejutkan apabila air pembersihan bijih besi dialirkan terus ke anak sungai yang menyebabkan pencemaran luar biasa mepada sungai tersebut.
Aktiviti harian yang akan berjalan bertahun-tahun ini seandainyan tidak dibendong akan mengancam hidupan air serta aktiviti pelancongan di sekitar sungai Pahang.
Jabatan Alam Sekitar perlu lebih tegas memantau serta mengmambil tindakan perundangan ke atas syarikat perlombongan yang tidak mengikuti peraturan, khususnya soal pembersihan bijih besi yang dialirkan terus ke anak-anak sungai.
Pemantauan berterusan serta tindakan tegas pihak berkuasa diharap dapat menyelamatkan Sungai Pahang daripada pencemaran, air yang keruh berlumpur yang mengancam kehidupan sungai, ikan sangkar dan aktiviti pelancongan serta memudaratkan lagi masalah banjir ketika musim tengkujuh.
Pesuruhjaya PAS Pahang
Naib Presiden PAS
23 Mei 2014
Sumber HD - 23-5-2014
Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus.
Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Bila Jimmy gagal dalam peperiksaan, Cikgu Ibrahim menulis dengan pen warna merah.
Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah.
Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya, kerana terpaksa sara keluarga, terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan dia lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenyum.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau cikgu dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim.
Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.
Selamat Hari Guru.
Senyum...
Sumber HD - 16-5-2014
Alkisah laut bergelora
Sekumpulan sepuluh kawan sedang menaiki kapal untuk merentasi benua.
Mereka bergilir-gilir mengemudi kapal. Pengembaraan laut mereka tenang sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan ribut di tengah laut.
Angin dan hujan lebat mengayunkan ombak setinggi 5 meter 2 kaki yang ganas.
Antara 10 sahabat tadi, hanya AChik tidak panik melihat keadaan laut ganas.
AChik terus mengemudi kapal untuk mengharungi ribut tersebut. AChik membuat keputusan untuk belajar ke arah selatan untuk menjauhi ribut meskipun destinasi mereka di arah utara.
Ada yang tidak bersetuju. Ada yang setuju. Akan tetapi, AChik terus mengemudi mengikut keputusannya. Yang penting semua selamat.
Keputusan AChik terbukti betul. Semua terselamat. Achik menukar haluan kembali ke utara melalui tepi ruangan ribut.
Tetiba seorang sahabat bernama Aziz bersuara:
“Ada sebabnya Allah menjadikan laut bergelora. Kalau laut tenang sahaja, semua boleh jadi kapten kapal ini. Tapi dengan ribut tadi, baru kita tahu siapa antara kita betul-betul layak jadi kapten,” katanya sambil menepuk bahu Achik.
Wahai anakku,
Di dalam bahtera perjuangan ini, kamu tidak mungkin dapat lari daripada ribut taufan. Tapi pada waktu ini jugalah, kamu akan dapat melihat perkara yang terlindung daripada kamu di hari-hari yang tenang.
Senyum.
Sumber FBTITM - 11-5-2014
Sekumpulan sepuluh kawan sedang menaiki kapal untuk merentasi benua.
Mereka bergilir-gilir mengemudi kapal. Pengembaraan laut mereka tenang sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan ribut di tengah laut.
Angin dan hujan lebat mengayunkan ombak setinggi 5 meter 2 kaki yang ganas.
Antara 10 sahabat tadi, hanya AChik tidak panik melihat keadaan laut ganas.
AChik terus mengemudi kapal untuk mengharungi ribut tersebut. AChik membuat keputusan untuk belajar ke arah selatan untuk menjauhi ribut meskipun destinasi mereka di arah utara.
Ada yang tidak bersetuju. Ada yang setuju. Akan tetapi, AChik terus mengemudi mengikut keputusannya. Yang penting semua selamat.
Keputusan AChik terbukti betul. Semua terselamat. Achik menukar haluan kembali ke utara melalui tepi ruangan ribut.
Tetiba seorang sahabat bernama Aziz bersuara:
“Ada sebabnya Allah menjadikan laut bergelora. Kalau laut tenang sahaja, semua boleh jadi kapten kapal ini. Tapi dengan ribut tadi, baru kita tahu siapa antara kita betul-betul layak jadi kapten,” katanya sambil menepuk bahu Achik.
Wahai anakku,
Di dalam bahtera perjuangan ini, kamu tidak mungkin dapat lari daripada ribut taufan. Tapi pada waktu ini jugalah, kamu akan dapat melihat perkara yang terlindung daripada kamu di hari-hari yang tenang.
Senyum.
Sumber FBTITM - 11-5-2014
Maafkan adik...adik sayang abang
Alkisah dua beradik…
Satu masa dahulu, ada dua beradik yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi antara satu sama lain.
Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama.
Kerjasama utuh antara dua adik beradik sebelum itu akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau serta melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.
Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu rumah si abang. Lalu abang membuka pintu dan melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.
“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh buat?”
“Ya,” jawab si abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar di kebun belah sana itu. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami bergaduh besar, dan dia ambil bulldozer lalu mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kami. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci kepada saya. Saya nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”
“Lihat kayu balak di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi saya kelihatan buat selama-lamanya,” tambah si abang lagi.
Riduan mengangguk. “Saya faham situasi encik. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang encik mahu itu.”
Selepas itu, si abang itu terpaksa ke bandar selama seminggu untuk mencari pelanggan baru.
Setelah menyediakan semua bahan mentah untuk Riduan – si abang terus ke bandar.
Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.
Si abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.
Setibanya di kebun, si abang terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat apa yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan menjadi bengis.
Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.
Apabila terjumpa Riduan, si abang dengan marah mahu berkata, tetapi belum sempat dia berkata, si adik menyampuk “Apa awak buat…." Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.
“Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik… Adik yang tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.
Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.
Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.
“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata si abang.
“Saya nak pergi, terdapat banyak lagi jambatan yang sedang menunggu saya untuk dibina,” kata Riduan.
“Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya si abang yang masih tidak memahami niat Riduan.
“Apa gunanya kehebatan ilmu membina saya jika saya gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata?
"Apa gunanya umur panjang kalau kita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan.
"Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi.
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk engkau mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan keburukan dan mencari masalah.
Wahai anakku,
Jika kamu seorang yang positif, kamu akan suka meringankan masalah sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah.
Jadilah seorang yang positif dengan mengecilkan masalah yang besar, daripada menjadi seorang yang negatif membesarkan masalah yang kecil.
Senyum kerana Allah menyuruh kita terus berusaha untuk mencapai kemenangan.
Sumber HD - 1-5-2014
Hudud: Kita nak tunggu MCA keluar BN - Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR: PAS mencabar MCA agar bertindak keluar daripada BN ekoran penentangan berterusan parti itu terhadap penerimaan positif Umno dalam isu hudud.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN.
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu.
"Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini.
"Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti.
Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN.
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu.
"Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini.
"Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti.
Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Hudud: PAS terkejut kenyataan Muhyiddin
KUALA LUMPUR: PAS terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Umno mahu berkerjasama dengan PAS untuk memberikan pemahaman tentang hudud.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Muhyiddin itu sekaligus memberi maksud bahawa Umno tidak pernah berbuat apa-apa untuk menjelaskan isu hudud kepada masyarakat selama ini.
"Kita terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang baru nak bagi penjelasan.
"Selepas 50 tahun lebih dah merdeka... maknanya Umno tak buat apa-apa selama ini untuk memberi kefahaman tentang undang-undang Islam," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu semalam yang berkata mereka ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
Jelas Muhyiddin, adalah penting untuk duduk semeja dan berbincang sebelum PAS bertindak membawa Rang Undang-Undang Persendirian Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan ke Parlimen.
Muhyiddin juga memberitahu cadangan itu telah diutarakan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam.
Dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin juga turut membayangkan bahawa Umno sukar untuk menyokong usul yang akan dibawa oleh PAS itu.
"Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna.
"Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara," katanya.
Pada masa yang sama beliau juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak memahami hudud. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
TITM - http://www.youtube.com/watch?v=J94jfqbZOBk
Sumber HD - 28-4-2014
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Muhyiddin itu sekaligus memberi maksud bahawa Umno tidak pernah berbuat apa-apa untuk menjelaskan isu hudud kepada masyarakat selama ini.
"Kita terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang baru nak bagi penjelasan.
"Selepas 50 tahun lebih dah merdeka... maknanya Umno tak buat apa-apa selama ini untuk memberi kefahaman tentang undang-undang Islam," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu semalam yang berkata mereka ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.
Jelas Muhyiddin, adalah penting untuk duduk semeja dan berbincang sebelum PAS bertindak membawa Rang Undang-Undang Persendirian Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan ke Parlimen.
Muhyiddin juga memberitahu cadangan itu telah diutarakan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam.
Dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin juga turut membayangkan bahawa Umno sukar untuk menyokong usul yang akan dibawa oleh PAS itu.
"Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna.
"Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara," katanya.
Pada masa yang sama beliau juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak memahami hudud. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
TITM - http://www.youtube.com/watch?v=J94jfqbZOBk
Sumber HD - 28-4-2014
Agama adalah nyawa bagi kehidupan muslim
- Apr 25, 2014
- DATUK TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Agama bukan bahan tempelan bagi memenuhi syarat digelar muslim, atau perkara yang diterima dalam sesetengah keadaan dalam memenuhi keperluan hidup, sebagaimana pakaian, yang boleh dipakai bila mana perlu dan ditanggal bila mana tidak memerlukannya. Ia juga bukan seumpama makanan, yang boleh di ambil bila mana lapar dan ditinggal bila mana merasa kenyang. Bagi umat Islam, agama adalah nadi, jantung dan nyawa bagi kehidupan muslim.
Agama adalah asas kehidupan, asas penilaian dan asas bagi segala tindakan, keyakinan dan kepercayaan. Di atasnyalah berdiri segala tindakan, penilaian dan keyakinan. Kerana persoalan agama inilah umat Islam terdiri dari pelbagai tahap dan golongan. Walau semuanya muslim.
Ada orang Islam yang menghayati sepenuhnya segala ajaran Islam, dengan penuh kepercayaan, keimanan, dan kesungguhan sehingga keyakinannya menyerap dalam seluruh akal budinya. Golongan ini dipanggil mukmin.
Manakala ada dalam kalangan orang Islam yang hanya sekadar percaya beberapa kewajipan asas agama khususnya hubungan dengan Allah, sedang keyakinannya tidak meresap ke dalam seluruh akal budinya, ia bercampur baur antara taat dan maksiat. Golongan ini dinamakan golongan muslim asi, atau fasik.
Sama halnya dengan orang Islam yang hidup membelakangkan tanggungjawab terhaap Allah seperti mengabaikan sembahyang, puasa, zakat, haji serta melakukan pelbagai dosa dan larangan Allah, namun ia masih berkeyakinan kewajipan yang mesti dilaksanakan, atau masih berkeyakinan dan tahu perbuatan haram, namun dilakukan kerana kelemahan imannya, atau kerana malas dan cuai, maka golongan ini dinamakan golongan fasik. Iaitu golongan yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat kepada Allah.
Manakala sesaorang yang melanggar kewajipan asas seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lainnya dengan penuh keyakinan ianya BUKAN SATU KEWAJIPAN, atau tidak haram melakukan larangan Allah seperti berzina, minum arak, berjudi dan lainnya, sekiranya dilakukan dengan pengetahuannya maka golongan ini dipanggil murtad. Yakni telah terkeluar dari lingkungan seorang muslim. Kerana ia telah MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH, ATAU MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN oleh Allah.
Maka sebagai seorang muslim mereka mesti menerima, beramal dan mematuhi apa jua kewajipan Allah ke atasnya, dan meninggal apa jua larangan Allah. Maka kita mesti mengetahui apakah perkara kewajipan dan apa pula perkara yang dilarang oleh Allah. Mengetahui perkara ini termasuk fardu ain, yang mesti dipelajarai oleh setiap muslim.
Di manakah hudud , qisas dan takzir.
Ia sebahagian kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah demi kebaikan, keselamatan, kesejahteraan masyakat bagi menjamain keharmonian, keamanan dan keselamatan harta, nyawa, maruah, akal fikiran dan agama yang menjadi teras tersebut.
Maka tanggungjawab ini mesti difahami oleh seluruh masyarakat muslim atau non muslim. Maka adalah sangat janggal dan bercanggah dengan asas agama Islam bila mana ada dalam kalangan muslim atau non muslim meminta agar umat Islam tidak melaksanakan sistem perundangan Islam (hudud, qisas atau takzir ) ke atas umat Islam, kerana Ia satu kewajipan bagi pemerintah Islam.
Sumber HD - 25-4-2014
Jangan dengki dengan rezeki orang lain
- Apr 09, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.
Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.
Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.
Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”
Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.
Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.
Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.
“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.
Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.
Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.
Senyum.
Sumber HD - 9-4-2014
Misteri ‘hilang’ beberapa hari 'kembali' ke alam manusia
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.
Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia.
“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.
“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.
Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.
“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut.
“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 11-3-2014
Romantiknya seorang ahli tajwid dengan isteri
- Mar 06, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.
Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.
Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang.
Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.
Sejenak pandangan kita bertemu, lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.
Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...
Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.
Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.
Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!
Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .
Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, hanya boleh berhenti di salah
satunya, kau atau aku?
Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Lam Syamsiah, cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.
Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.
Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, terhenti sempurna di akhir hayat.
Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, seperti itulah pand anganku ketika melihatmu.
Layaknya huruf Tafkhim, namamu pun bercetak tebal di fikiranku
Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, begitu juga aku ya ng hanya untukmu.
Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.
Sumber HD - 6-3-2014
Engkau adalah bangkai yang berjalan
- Feb 27, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Wahai anakku.
Seorang ayah yang kasih pada anaknya bilamana ia salah ditegur dan dipukulnya atau dibiar dan dimanjakannya. Manakah yang akan menyelamatkan anaknya? Seorang anak tidak faham kenapa ayahnya memarahi atau memukulnya, lalu ia mengganggap ayahnya membencinya dan melihat ayah yang memanja anaknya sebagai tindakan yang betul. Lalu itulah yang akan merosakkan anaknya.
Wahai anakku.
Yang membimbangkan aku dalam jamaah ini ialah hilangnya thiqah seseorang pada orang yang lebih alim darinya atau lebih tinggi jawatan darinya. Jawatan dalam jamaah tidak sama dengan jawatan dalam jabatan atau syarikat.
Wahai anakku.
Bila mana hilang thiqah seseorang maka hilanglah rasa hormatnya dan akan hilang pulalah penghormatan orang lain kepadanya.
Wahai anakku.
Belajarlah adab dengan berguru kepada guru yang mursyid dan buanglah egomu kerana itulah keburukan yang sangat menjijikkan. Engkau adalah bangkai yang berjalan membawa keburukan selagi engkau belum berjaya membuang ego dari dirimu. Semua kita dari Adam dan Adam dari tanah.
Salam. Senyum.
Sumber HD - 27-2-2014
Siasat penganjur seminar, bimbing Kassim Ahmad
- Feb 19, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Kenyataan beliau bukanlah perkara baru, bahkan buku beliau turut diharamkan dan diyakini boleh membawa kerosakan aqidah.
Pelbagai fatwa serta kecaman telah dilakukan sebelum ini, nampaknya ia tidak berkesan untuk mengubah pendirian dan kefahaman salahnya terhadap ajaran Islam.
Melihat latar belakang beliau, pandangannya bukanlah sesuatu yang pelik kerana kejahilan adalah musuh utama manusia, namun tidak menyedari kejahilan adalah lebih besar lagi.
Lantaran itu wujudnya istilah seperti jahil murakkab, iaitu seseorang yang tidak menyedari bahawa ia tidak mengetahui. Atau dalam bahasa biasa "dia tidak tahu yang dia tidak tahu”.
Kalaulah ianya hanya sekadar Kassim Ahmad, mungkin tidaklah besar sangat untuk diulas dan diberi perhatian.
Namun bila mana pemikiran salah ini diterima dan dibahas sebagai suatu pemikiran yang dianggap hebat, maka ia akan menjadi masalah. Ia ibarat bongkah ais di atas permukaan laut, walau yang kelihatan hanya seketul ais yang kecil, namun di bawahnya jauh lebih besar dari apa yang dilihat.
Apa yang perlu dibuat?
Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) khususnya, dan Majlis Agama Islam Negeri mesti melihat isu ini secara serius untuk diatasi. Sekadar mengeluarkan fatwa sahaja tanpa tindakan hanya akan menjadikan ia satu bahan ketawa masyarakat.
Kalau ajaran al-Arqam diburu sehingga akar umbinya, maka sepatutnya ajaran yang menyimpang ini juga mesti diatasi.
Saya melihat serangan dan kecaman tidak akan menyelesaikan masalah. Kefahaman salah beliau perlu diperbetulkan melalui perbincangan dan diskusi yang penuh hikmah.
Memang pelik pemikiran beliau, akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk diatasi.
Ambil contoh gesaan beliau agar al-Quran ditafsir semula, dan penafsirannya mestilah berdasarkan al-Quran sahaja, bukan Hadis dan bukan pandangan para sahabat atau para alim ulama.
Persoalannya, kalau beliau menolak Hadis, bagaimana beliau boleh beriman dengan al-Quran kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. dan Baginda membacakan al-Quran ini?
Umpamanya, di dalam al-Quran, Allah memerintahkan sujud, bagaimana kita nak tahu cara perbuatan sujud tersebut kalau bukan melalui cara yang ditunjukkan Rasullulah s.a.w.?
Demikian juga puasa, zakat dan seluruh ajaran al-Quran. Kalaulah Rasulullah s.a.w. bukan pentafsir kepada al-Quran, apakah kita lebih layak mentafsirnya?
Kassim Ahmad, dan orang-orang Islam yang lain yang jelas dilihat keliru perlu dipanggil, diperbetulkan dan diberi kefahaman sebenar terhadap kekeliruan tersebut.
Seandainya beliau telah dipanggil dan diberi penjelasan, maka jangan pula ada penganjur yang merasai hebat pemikiran salah beliau sehingga sanggup menganjurkan wacana pemikiran beliau.
Lebih dukacita beberapa orang mufti dan pemimpin agama yang biasa cepat mengeluarkan pandangan yang melibatkan pembangkang terus diam membisu tidak mengeluarkan kenyataan kecaman sebagaimana biasa.
Apakah ini membuktikan politik melebihi segalanya termasuk isu akidah bagi mereka ini? Wallahu a'lam.
Yang dikhuatiri PAS ialah tindakan mereka yang sudi membisu dalam hal ini akan dilihat oleh orang yang jahil bahawa apa yang disebut Kassim Ahmad boleh diterima.
Jakim perlu memanggil penganjur dan mendapatkan keterangan, bahkan pihak berwajib perlu bertindak kerana pelbagai pihak telah membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.
Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 19-2-2014
1 minit berlalu 60 saat kamu hampiri kematian
- Feb 10, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Kehebatan Ali dalam berlari memang dikenali di kampungnya.
Satu hari ada pertandingan berlari di kampungnya. Cuacanya panas. Ramai orang kampung datang menyaksikan pertandingan tersebut, termasuk seorang tua yang datang jauh untuk menyaksikan kehebatan Ali yang didengarinya.
Perlumbaan pertama bermula. Meskipun sengit, Ali dengan semangat tidak mengalahnya telah berlari dengan segala jiwa, tenaga dan kekentalan dan memenangi perlumbaan pertama.
Orang ramai bertepuk gemuruh dan menyorak untuk Ali. Tapi orang tua itu tidak memberikan sebarang reaksi. Ali terpandang orang tua itu, pelik tapi tidak peduli. Bagi Ali, rasa bangga dan dipentingkan lebih utama.
Esok harinya, perlumbaan kedua bermula, dengan lebih ramai pelari muda untuk menyaingi Ali. Ali tetap menang dan hadirin semakin gila menyorak untuk Ali. Walaupun seronok, Ali tetap berasa pelik pada reaksi orang tua itu, yang tidak memberikan sebarang reaksi.
Mendengar sorakan yang semakin riuh, Ali terasa kembang dan menjerit, “Jom lumba lagi! Jom lumba lagi!”
Orang tua itu tetiba bersuara. “Saya ingin menaja perlumbaan ketiga. Ali sudi sertai? 3 pelumba sahaja kali ini.”
“Sudah tentu,” kata Ali.
Orang tua meletakkan Ali di tengah. Kemudian orang tua itu membawa seorang nenek tua dan seorang buta untuk berlumba dengan Ali.
“Apa ini? Ini aku jalan pun menang,” bisik Ali di hatinya.
Perlumbaan ketiga pun bermula. Ali berlari dengan secepat hati ke garisan penamat. Nenek dan orang buta tidak sampaipun di tengah perlumbaan, Ali sudah menghabiskan lariannya.
“Aku menang lagi,” jerit Ali sambil menggengam tangannya ke langit.
Namun kali ini. Tiada sorakan daripada para hadirin. Sunyi.
Ali berasa pelik dan terkejut. Mengapa tiada sorakan kali ini? Mengapa tiada yang gila memuji?
“Mengapa ini berlaku? Mengapa mereka tidak meraikan kemenangan saya?” tanya Ali pada orang tua itu.
Orang tua itu berkata: “Lumba lagi. Kali ini pastikan kamu tiba di garisan penamat bersama dengan nenek dan orang buta itu.”
Ali bersetuju.
Perlumbaan keempat bermula. Kali ini Ali memegang tangan nenek dan orang buta dan sama-sama melepasi garisan penamat.
Para hadirin memberikan sorakan semangat sehinggalah akhir perlumbaan. Mereka melambai-lambai ke arah Ali. Ali terasa pelik, apa bezanya?
Orang tua itu memandang Ali sambil mengangguk kepalanya.
“Pakcik, saya tak faham. Kali ini mereka sorak untuk apa? Siapa antara kita bertiga yang menang?” tanya Ali.
Orang tua itu meletakkan tangan di belakang bahu Ali. “Dalam perlumbaan ini, kamu menang jauh lebih banyak daripada perlumbaan-perlumbaan yang lepas kerana perlumbaan ini mereka tidak menyorak untuk siapa yang menang.”
Wahai anakku,
Kadang-kala kamu terlupa erti kehidupan sebenar. Ia bukan diukur daripada jumlah angka di akaun bank, ia bukan diukur daripada jumlah pujian, ia bukan diukur daripada kedudukan, ia bukan diukur daripada jumlah sanjungan manusia dan ia bukan diukur daripada jumlah harta.
Ia diukur daripada perbuatan amal dan pahala kamu yang tidak dapat dihisab di dunia ini. Berlumbalah untuk perkara-perkara amal yang membanyakkan pahala.
Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa., akan tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua tiada bernilai melainkan pahala.
Setiap 1 minit yang berlalu bermaksud 60 saat kamu menghampiri kematian, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.
Senyum
Sumber HD - 10-2-2014
Teresa Kok: PAS kecam provokasi melampau
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
“Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam,” tegas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan, seolah-olah ianya selaras dengan kehendak syarak.
Beliau berkata, PAS mengesahkan agar semua pihak bertindak mengikut lunas perundangan dan membawa sebarang isu yang dianggap melampau kepada pihak berkuasa.
Lebih sedih, ujar beliau apabila tindakan menggalakkan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita.
“Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat. Jangan pula memberi alasan tiada masa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihatkan agar berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun.
“Cukuplah bermain isu agama dan bangsa tatkala nilai wang ringgit, yang jatuh ke paras terendah RM2.624 berbanding mata wang Singapura dan ekonomi negara semakin malap,” ujarnya sinis.
Sumber HD - 7-2-2014
Apa maksud tiada kenaikan tol tahun ini?
- Feb 07, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Apakah syarikat konsesi ini 100% milikan swasta?
Tidak.
Sebahagian besarnya adalah syarikat milik kerajaan.
Jika kadar tol dinaikkan, rakyat juga yang akan membayar RM400 juta ini kepada syarikat konsesi, tapi terus dari poket rakyat sendiri.
Jika RM400 juta dibayar terus dari poket rakyat sendiri, kerajaan mempunyai lebihan RM400 juta duit rakyat untuk digunakan (atau dibazirkan, renunglah sendiri).
Oleh itu, yang membayar kepada syarikat konsesi ialah rakyat juga, cuma sama ada dari poket sendiri untuk kadar tol yang lebih tinggi atau melalui kerajaan yang mendapat hak menjaga duit rakyat melalui kemenangan PRU.
Bagaimana pula dengan tahun depan? Berapa pampasan yang perlu dibayar untuk mengelak kadar tol dinaikkan? Atau berapa kadar kenaikan tol yang bakal dicadangkan? Berapa lama situasi menyedihkan ini perlu berterusan?
Persoalannya ialah mengapa perlu dinaikkan kadar tol atau membayar pampasan kepada syarikat konsesi?
Apakah syarikat konsesi sedang mengalami kerugian kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya semakin menurun?
Apakah syarikat konsesi sedang mengalami kerugian kerana rakyat kini ada pilihan lain untuk tidak menggunakan lebuhraya?
Apakah tanpa menaikkan kadar tol atau membayar pampasan, syarikat konsesi akan terus bankrap tahun ini?
Tidak.
Semua ini berlaku kerana perjanjian berat sebelah kerajaan bersama syarikat konsesi yang menjamin keuntungan melampau berdekad lamanya untuk syarikat konsesi.
Yang kerajaan tidak menjawab selama ini ialah mengapa kerajaan SANGGUP menandatangani satu perjanjian sedemikian yang hanya merugikan rakyat?
Rakyat perlu bertanya pada kerajaan, apakah wajar RM400 juta itu dibayar? Mengapa kerajaan tidak berani membatalkan perjanjian dengan syarikat konsesi?
Syarikat konsesi yang ingin menaikkan kadar tol dan menerima pampasan mesti menunjukkan:
- Syarikat sedang mengalami kerugian, atau keuntungan menurun untuk tiga tahun berturut-turut.
- Jumlah pelanggan (yakni kenderaan yang menggunakan lebuhraya) mengurang untuk tiga tahun berturut-turut.
- Peningkatan kos penyelenggaraan lebuhraya yang menjejaskan keuntungan untuk tiga tahun berturut-turut.
- Syarikat konsesi kelewatan 5 tahun untuk mendapatkan kembali pelaburan untuk membina lebuhraya seperti yang dipersetujui.
Sekiranya mengalami empat symptom ini, maka wajarlah kerajaan membenarkan tindakan untuk menaikkan kadar tol atau membayar pampasan.
Tindakan menaikkan kadar tol atau membayar pampasan tidak boleh berdasarkan kesilapan kerajaan menandatangani perjanjian semata-mata.
Kalau kerajaan berani melanggar perjanjian untuk tidak membayar royalti kepada kerajaan Kelantan, mengapa tidak pula ia berani membuat perjanjian baru dengan syarikat konsesi?
Daripada membayar pampasan, mengapa duit tersebut tidak digunakan untuk membeli keseluruhan syarikat konsesi untuk menjadi milik kerajaan 100% dan akhirnya kerajaan dapat membatalkan perjanjian tol berat sebelah itu tanpa halangan?
Mengapa kerajaan tidak berfikir ke arah itu? Siapa yang ingin dikayakan di dalam syarikat konsesi tersebut? Apakah alasan untuk syarikat konsesi mendapat keuntungan melampau?
Tepuk dada tanya sendiri.
Sehingga ada kerajaan yang baru, terimalah hakikat bahawa di bawah Umno BN, sama ada rakyat membayar syarikat konsesi daripada duit poket sendiri ataupun melalui kerajaan yang diamanahkan menjaga duit rakyat, rakyat tetap orang yang membayar tol pada kadar yang lebih tinggi.
Yang lain cumalah mainan kata-kata.
Hanya untuk renungan.
Senyum.
Naib Presiden PAS
7 Februari 2014
Sumber HD - 7-2-2014
Ah Seng dan Pak Chong
- Jan 31, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Setibanya di rumah, Ah Seng seperti biasa disambut dengan penuh kesayangan oleh keluarganya. Menjadi kewajiban untuk mereka yang bekerja untuk memberikan duit kepada ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua sebagai tanda ketaatan.
Rumah kampung Ah Seng hanyalah rumah terus setingkat. Di belakang rumah, dapur menghadap dapur.
Setibanya di dapur, Ah Seng terlihat Pak Chong, jirannya sedang memasak untuk makan besar sekeluarga.
“Pak Chong, 'Gong Xi Fa Cai'” jerit Ah Seng pada Pak Chong.
Pak Chong melihat ke arah Ah Seng: “Oi, lama tak jumpa. Sihat?”
“Baik sahaja,” jawab Ah Seng.
“Ah Seng, tak perlu ucap untuk pakcik jadi kaya. (Gong Xi Fa Cai adalah ucapan untuk seseorang menjadi kaya) Kaya tak guna bila tua-tua ini. Yang penting semua keluarga selamat dan badan sihat,” jawab Pak Chong.
“Mengapa Pak Chong? Pak Chong tak sihat ke?” jawab Ah Seng.
“Ya. Mungkin kali ini ialah kali terakhir pakcik masak untuk keluarga. Tahun depan mungkin tak berpeluang lagi. Pakcik dapat kanser prostat tahap 3,” jawab Pak Chong.
“Maaf Pak Chong…” jawab Ah Seng.
“Ingatlah Ah Seng. Jagalah tubuh badanmu. Lakukan apa yang patut supaya badan kekal sihat. Jangan malas. Kalau kamu boleh rajin mencari duit, mengapa tidak rajin menjaga badan Tuhan bagi. Pakcik dulu hebat cari duit, sekarang ada duit pun tak leh repair badan yang pakcik hancurkan tanpa penjagaan.
“Pakcik rela menukar semua duit pakcik sekarang untuk mendapat balik kesihatan dan masa yang hilang bersama keluarga dan cucu pakcik. Tapi sayang, pakcik dah tua baru faham perkara ini. Pakcik selama ini rasa duit adalah segala-galanya. Sebenarnya bukan duit. Manusia paling kaya ialah manusia yang sihat. Selagi dia sihat, selagi itulah dia boleh mencari duit,” jawab Pak Chong.
“Ah Seng, tolong sediakan meja makan,” jerit ayah Ah Seng dari dalam rumah.
“Cepat pergi. Bila tua, Ah Seng akan tahu, inilah perkara yang sebenarnya paling bernilai di dalam kehidupan,” jawab Pak Chong.
Wahai anakku,
Betulkah kamu sayang pada badanmu? Jika ya, mengapa kamu sanggup membiarkannya tidak bersukan untuk sekian lama? Jika ya, mengapa kamu sanggup menyuapkannya dengan makanan tidak sihat untuk sekian lama? Jika ya, mengapa kamu tiada disiplin untuk menjaganya sebagaimana kamu menjaga kereta kamu.
Jangan tunggu sampai hari badan kamu mengkhianati kamu, baru engkau insaf dan kesal kezaliman yang kamu lakukan kepada badan kamu.
Senyum.
Kepada mereka yang meraikan Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baru dan semoga sihat selalu.
Long ma jing shen (Sihat dan cerdas selalu).
Sumber HD - 31-1-2014
Beg ini kosong, mengapa?
- Jan 23, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Alkisah beg kerja hitam
Seorang lelaki bangun di tengah padang. Matahari kelihatan terik tapi suasana mendung diselubungi awan hitam. Dia tidak tahu mengapa dia berada di padang. Di padang mana pun tidak dikenalinya.
Tetiba ada seorang pakcik menepuk di belakangnya.
“Dah sampai masa. Dah kena jalan. Dah tak ada masa. Cepat jalan,” jerit pakcik itu sambil menolak belakangnya untuk bergerak.
“Nak pergi mana?” tanya lelaki itu.
“Pergi tempat yang kamu tak pernah pergi,” jawab pakcik itu.
Pakcik itu memberikan satu beg kerja hitam pada lelaki itu.
“Apa dalam ini?” tanya lelaki itu.
“Benda peninggalan milik kamu,” jawab pakcik.
“Benda peninggalan saya? Saya tertinggal di mana? Baju? Duit?” tanya lelaki itu.
“Bukan. Semua ini bukan milik kamu, ia milik bumi,” jawab pakcik itu.
“Apakah itu ingatan saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Ingatan kamu milik masa,” jawab pakcik itu.
“Apakah di dalamnya kemahiran saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Kemahiranmu milik situasi di mana kamu menggunakan kemahiran kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu ada kawan dan keluarga saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Tidak. Mereka milik laluan hidup kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu isteri dan anak saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Mereka milik hatimu?” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu jasad saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Jasadmu milik habuk,” jawab pakcik itu lagi.
“Saya tak faham. Jadi apakah dalam beg hitam ini?” tanya lelaki itu sambil membuka beg tersebut.
Sejurus dibuka, lelaki itu terus menangis.
“Beg ini kosong. Mengapa?” tanya lelaki itu.
“Itulah yang kamu miliki – waktu ini. Waktu ini kamu kena pilih antara bangun atau ikut aku,” jawab pakcik itu.
Tetiba…
“Encik, boleh dengar tak? Encik boleh dengar tak? Siapa nama encik? Tahukah siapa encik?” lelaki itu kedengaran suara seorang perempuan bertanya padanya.
Lelaki itu membuka mata, dalam samar-samar lelaki tersebut terlihat seorang jururawat sedang berkata-kata dengannya.
Setelah sedar, lelaki tersebut baru tahu dia terlibat dengan satu kemalangan yang dahsyat. Nasib baik tiada yang mati, hanya dia koma seketika dan dibawa ke hospital dengan luka di kepala.
Lelaki itu melihat ada beg hitam kerjanya di tepi katil…
Rupanya tadi perbualan dengan pakcik itu hanya dalam mimpinya sewaktunya koma. Dia hampir mati, menurut jururawat yang merawatnya tadi.
Namun perbualan dengan pakcik itu diingatnya sehingga hari ini – bahawa manusia tiada mempunyai apa-apa di duniawi ini. “Itulah yang kamu miliki – waktu ini.”
Lelaki itu membuka beg hitam kerjanya – dalamnya terdapat satu nota kad yang dihadiahkan oleh Ustaz Azizan. Lelaki tidak sempat membacanya lagi.
“Jangan butai nafsu kamu dengan mengejar benda-benda yang kamu tidak boleh bawa ke akhirat. Ayah doakan Allah membuka mindamu untuk kamu memahami apa yang ditulis ayah,” baca nota yang ditulis ustaz kesayangannya yang dipanggilnya ‘Ayah’.
Wahai anakku,
Segalanya hanya sementara. Apabila kamu meninggalkan dunia ini, tiada apa yang boleh dibawa. Oleh itu, jangan terlalu taksub mengejar kebendaan ciptaan manusia.
Belajarlah hidup dengan nikmat bersyukur dengan apa yang ada daripada merungut dengan apa yang tiada. Semestinya yang ada sebenarnya jauh lebih bernilai daripada apa yang tiada.
Senyum
Sumber HD - 23-1-2014
No comments:
Post a Comment