1.07 juta undi rosak bukti rakyat Mesir tolak Sisi
KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) memandang sinis kemenangan Abdul Fattah al-Sisi dalam Pilihan Raya Presiden Mesir semalam.
“LA PPM menganggap kemenangan beliau sebagai tidak mutlak kerana melakukan pelbagai penipuan selain kezaliman terhadap rakyat Mesir,” ujar Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Apa yang dikesali, katanya dalam keadaan penolakan rakyat yang memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir, rejim al-Sisi telah melakukan pembohongan dengan melanjutkan tempoh pengundian selama sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus.
Kata beliau, 92 peratus undian yang diperolehinya semalam bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana ia hasil daripada penipuan, pemaksaan dan juga ugutan terhadap rakyat negara itu.
Menurutnya, undi rosak yang berjumlah 1.07 juta menggambarkan bahawa rakyat Mesir tidak mahu mengangkat Al-Sisi sebagai pemimpin sebenar.
“Sikap sebenar rakyat Mesir terhadap beliau adalah mesej jelas bahawa rakyat Mesir menolak pemerintahan beliau sebagai Presiden dan beliau perlu meletak jawatan sekiranya benar beliau seorang yang berwibawa dan mempunyai prinsip,“ ujarnya lagi.
Bahkan, katanya Al Sisi sebenarnya tidak layak bertanding kerana pelbagai jenayah yang dilakukannya terhadap Presiden sah yang digulingkan, Mohammad Morsi, menjatuhkan hukuman mati terhadaqp pemimpin Ikhwan Muslimin serta membunuh ribuan rakyat pada tahun lepas.
“Sepatutnya beliau diadili, dihukum akibat kejahatannya itu serta tidak dibenarkan bertanding jawatan Presiden Mesir.
“Lebih memalukan lagi apabila beliau enggan membenarkan Presiden Morsi dibebaskan serta bertanding dengan beliau bagi jawatan Presiden,” katanya.
Kata beliau, kemenangan Al Sisi melengkapkan sikap kediktatorannya yang mewarisi kezaliman Hosni Mubarak.
Tambahnya lagi, Sisi sekarang adalah jelmaan Mubarak di era baharu dengan sikap dan tindakan yang sama terhahap rakyat Mesir.
Sisi juga, ujarnya adalah Firaun zaman moden yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan memaksa rakyat tunduk kepada pemerintahannya.
“LA PPM berharap negara-negara Arab serta Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan Al Sisi sebagai Presiden yang sah sehingga beliau membebaskan Mohammad Morsi dan mengembalikan pemerintahan yang digulingkan kepada Morsi.
“Hanya Morsi pemerintah yang diterima oleh rakyat Mesir sehinggalah Pilihan Raya Presiden Mesir baharu yang dijalankan dengan benar-benar bersih, telus dan diterima rakyat sebagai mandat mengangkat Presiden negara tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014
Sumber HD - 31-5-2014
“LA PPM menganggap kemenangan beliau sebagai tidak mutlak kerana melakukan pelbagai penipuan selain kezaliman terhadap rakyat Mesir,” ujar Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Apa yang dikesali, katanya dalam keadaan penolakan rakyat yang memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir, rejim al-Sisi telah melakukan pembohongan dengan melanjutkan tempoh pengundian selama sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus.
Kata beliau, 92 peratus undian yang diperolehinya semalam bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana ia hasil daripada penipuan, pemaksaan dan juga ugutan terhadap rakyat negara itu.
Menurutnya, undi rosak yang berjumlah 1.07 juta menggambarkan bahawa rakyat Mesir tidak mahu mengangkat Al-Sisi sebagai pemimpin sebenar.
“Sikap sebenar rakyat Mesir terhadap beliau adalah mesej jelas bahawa rakyat Mesir menolak pemerintahan beliau sebagai Presiden dan beliau perlu meletak jawatan sekiranya benar beliau seorang yang berwibawa dan mempunyai prinsip,“ ujarnya lagi.
Bahkan, katanya Al Sisi sebenarnya tidak layak bertanding kerana pelbagai jenayah yang dilakukannya terhadap Presiden sah yang digulingkan, Mohammad Morsi, menjatuhkan hukuman mati terhadaqp pemimpin Ikhwan Muslimin serta membunuh ribuan rakyat pada tahun lepas.
“Sepatutnya beliau diadili, dihukum akibat kejahatannya itu serta tidak dibenarkan bertanding jawatan Presiden Mesir.
“Lebih memalukan lagi apabila beliau enggan membenarkan Presiden Morsi dibebaskan serta bertanding dengan beliau bagi jawatan Presiden,” katanya.
Kata beliau, kemenangan Al Sisi melengkapkan sikap kediktatorannya yang mewarisi kezaliman Hosni Mubarak.
Tambahnya lagi, Sisi sekarang adalah jelmaan Mubarak di era baharu dengan sikap dan tindakan yang sama terhahap rakyat Mesir.
Sisi juga, ujarnya adalah Firaun zaman moden yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan memaksa rakyat tunduk kepada pemerintahannya.
“LA PPM berharap negara-negara Arab serta Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan Al Sisi sebagai Presiden yang sah sehingga beliau membebaskan Mohammad Morsi dan mengembalikan pemerintahan yang digulingkan kepada Morsi.
“Hanya Morsi pemerintah yang diterima oleh rakyat Mesir sehinggalah Pilihan Raya Presiden Mesir baharu yang dijalankan dengan benar-benar bersih, telus dan diterima rakyat sebagai mandat mengangkat Presiden negara tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014
Sumber HD - 31-5-2014
Lakonan murahan Pemuda Umno di P Pinang, pejabat DAP
KUALA LUMPUR: Reaksi Pemuda Umno yang bertindak keterlaluan di Dun Pulau Pinang dan usaha untuk membakar ibu pejabat DAP adalah tidak lebih dari siri lakonan murahan pemuda Umno semata-mata.
“Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pimpinan atasan.
“Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman,” ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mereka faham sebahagian sokongan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas adalah disebabkan oleh agenda perkauman kononnya DAP akan berkuasa melalui Pakatan Rakyat.
Katanya, rakyat yang terpesona dengan agenda ini telah terpengaruh dengan permainan Umno.
Beliau pernah bertemu dengan pengundi yang berkata "saya rela bayar tol lebih, rela barang naik asalkan Cina tidak memerintah".
Dengan itu, tambahnya agenda perkauman mesti sentiasa dipanaskan agar Umno terus berkuasa.
Justeru, kata Suhaizan minda rakyat mesti selalu disegarkan dengan agenda perkauman.
Katanya, aksi-aksi ganas di Dun atau cubaan untuk membakar pejabat DAP adalah ramuan yang cukup untuk Perkasa dan Isma menyambut lakonan pemuda Umno.
“Percayalah bahawa pemuda Umno tidak akan bertindak lebih daripada itu jika rakyat tidak menyambut lakonan mereka,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, jika lakonan Pemuda Umno disambut oleh rakyat maka Umno yang akan mendapat keuntungan.
“Media akan menggambarkan negara tidak lagi aman kerana Pakatan Rakyat yang kuat, akhirnya juara adalah Umno dan yang menjadi mangsa adalah Pakatan Rakyat,” katanya.
Suhaizan menambah, sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei 1969 atau tangkapan ISA akibat daripada isu perkauman sebelum ini menguntungkan Umno.
Justeru, beliau mengingatkan anak muda Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan murahan pemuda Umno itu.
“Biarkan Pemuda Umno tenggelam dengan labu-labunya,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
“Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pimpinan atasan.
“Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman,” ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mereka faham sebahagian sokongan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas adalah disebabkan oleh agenda perkauman kononnya DAP akan berkuasa melalui Pakatan Rakyat.
Katanya, rakyat yang terpesona dengan agenda ini telah terpengaruh dengan permainan Umno.
Beliau pernah bertemu dengan pengundi yang berkata "saya rela bayar tol lebih, rela barang naik asalkan Cina tidak memerintah".
Dengan itu, tambahnya agenda perkauman mesti sentiasa dipanaskan agar Umno terus berkuasa.
Justeru, kata Suhaizan minda rakyat mesti selalu disegarkan dengan agenda perkauman.
Katanya, aksi-aksi ganas di Dun atau cubaan untuk membakar pejabat DAP adalah ramuan yang cukup untuk Perkasa dan Isma menyambut lakonan pemuda Umno.
“Percayalah bahawa pemuda Umno tidak akan bertindak lebih daripada itu jika rakyat tidak menyambut lakonan mereka,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, jika lakonan Pemuda Umno disambut oleh rakyat maka Umno yang akan mendapat keuntungan.
“Media akan menggambarkan negara tidak lagi aman kerana Pakatan Rakyat yang kuat, akhirnya juara adalah Umno dan yang menjadi mangsa adalah Pakatan Rakyat,” katanya.
Suhaizan menambah, sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei 1969 atau tangkapan ISA akibat daripada isu perkauman sebelum ini menguntungkan Umno.
Justeru, beliau mengingatkan anak muda Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan murahan pemuda Umno itu.
“Biarkan Pemuda Umno tenggelam dengan labu-labunya,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
Pastikan pemilik menikmati pembangunan Kampung Baru
LAJNAH Tanah dan Pembangunan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LTPB PPM) meminta Perbadanan Kampung Baru (PKB) meletakkan kepentingan penduduk Kampung Baru sebagai keutamaan dalam melaksanakan agenda pembangunan di kampung tersebut. Sehubungan itu, LTPB PPM bersetuju dengan cadangan beberapa wakil penduduk supaya penduduk Kampung Baru bergabung dan dilibatkan sama untuk membangunkan kampung mereka. Penggabungan adalah langkah baik bagi menyatukan pendapat dalam memastikan hak mereka terus terpelihara serta memudahkan proses rundingan dan pembangunan nanti.
LTPB PPM juga meminta kerajaan segera menetapkan nilai bagi satu kaki persegi sebelum Deraf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) 2020 dibentangkan Jun depan. Jika dakwaan PKB bahawa 88 peratus daripada 2,388 pemilik tanah bersetuju membangunkan semula kampung mereka, amat penting bagi pemilik mengetahui nilai tanah mereka. Ia penting supaya penduduk dapat merancang dan bersepakat tentang pembangunan yang bersesuaian. yang tidak diinginkan ialah apabila ada unsur penipuan atau sengaja meletakkan harga tanah pada kadar yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa yang sebenar dan mengakibatkan pemilik menanggung kerugian.
LTPB PPM mengingatkan bahawa Kampung Baru adalah antara kampung tradisi Melayu yang masih dipertahankan di Kuala Lumpur. Lihatlah kepada keseluruhan landskap Kuala Lumpur dan hitung berapa lagi kampung yang masih ada. Sebahagian besar sudah hilang ditelan oleh pembangunan, dan hanya nama serta sejarah sahaja yang tinggal di tapak asal kampung mereka.
Justeru, dalam usaha kerancakan pelan pembangunan di kawasan sekitar pastikan ia tidak akan meminggirkan cadangan pemilik tanah sedia ada. Pemilik dan penduduk kampung berhak menikmati hasil pembangunan di tanah mereka, menjadi peserta dan bukan sekadar pemerhati semata-mata. Pengalaman penduduk kampung-kampung sebelum ini amat menyedihkan apabila akhirnya pembangunan yang dicanang hanya menguntungkan pihak pemaju, pembeli dan pihak luar lain sehingga meminggirkan langsung penduduk asal. Penduduk asal terpaksa berpindah, merempat dan meninggalkan kampung mereka tanpa mendapat pampasan yang sewajarnya ibarat menagih ihsan di tanah air sendiri.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ialah Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar, Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 21-5-2014
LTPB PPM juga meminta kerajaan segera menetapkan nilai bagi satu kaki persegi sebelum Deraf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) 2020 dibentangkan Jun depan. Jika dakwaan PKB bahawa 88 peratus daripada 2,388 pemilik tanah bersetuju membangunkan semula kampung mereka, amat penting bagi pemilik mengetahui nilai tanah mereka. Ia penting supaya penduduk dapat merancang dan bersepakat tentang pembangunan yang bersesuaian. yang tidak diinginkan ialah apabila ada unsur penipuan atau sengaja meletakkan harga tanah pada kadar yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa yang sebenar dan mengakibatkan pemilik menanggung kerugian.
LTPB PPM mengingatkan bahawa Kampung Baru adalah antara kampung tradisi Melayu yang masih dipertahankan di Kuala Lumpur. Lihatlah kepada keseluruhan landskap Kuala Lumpur dan hitung berapa lagi kampung yang masih ada. Sebahagian besar sudah hilang ditelan oleh pembangunan, dan hanya nama serta sejarah sahaja yang tinggal di tapak asal kampung mereka.
Justeru, dalam usaha kerancakan pelan pembangunan di kawasan sekitar pastikan ia tidak akan meminggirkan cadangan pemilik tanah sedia ada. Pemilik dan penduduk kampung berhak menikmati hasil pembangunan di tanah mereka, menjadi peserta dan bukan sekadar pemerhati semata-mata. Pengalaman penduduk kampung-kampung sebelum ini amat menyedihkan apabila akhirnya pembangunan yang dicanang hanya menguntungkan pihak pemaju, pembeli dan pihak luar lain sehingga meminggirkan langsung penduduk asal. Penduduk asal terpaksa berpindah, merempat dan meninggalkan kampung mereka tanpa mendapat pampasan yang sewajarnya ibarat menagih ihsan di tanah air sendiri.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ialah Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar, Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 21-5-2014
Kehilangan Ustaz Abdul Ghani sukar dicari ganti
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengah hari tadi.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, PPM turut merasa sedih dan pilu dengan kehilangan sang murabbi ummah itu.
Katanya, PPM menyifatkan pemergian almarhum Ustaz Abdul Ghani ke rahmatullah adalah suatu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di Malaysia khususnya PAS serta rakyat umumnya.
Beliau berkata, almarhum adalah pemimpin disegani oleh kawan dan lawan, malah seangkatan dengan pemimpin hebat PAS seperti Almarhum Ustaz Datuk Harun Taib, Almarhum Ustaz Yahya Othman, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Almarhum Datuk Fadzil Noor.
“Beliau adalah pemimpin terbilang, menjadi contoh melalui kepimpinan dan teladan yang ditunjukkan beliau terhadap generasi muda,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menambah, pemergian Ustaz Abdul Ghani bererti hilangnya seorang lagi permata ummah, ulama dan pendakwah cekal kerana kehidupannya diabadikan buat perjuangan Islam bersama dengan PAS.
“Beliau tidak gentar diugut, ditohmah dan diambil tindakan, dimusuhi dan dijauhi. Wang ringgit, keringat dan masa ditaburinya tanpa kesal dan jemu.
“Tanpa pangkat dan kedudukan tinggi, tanpa penghormatan, sanjungan serta pujian tidak melemahkan perjuangannya. Baginya perjuangan Islam adalah segala-galanya tanpa mempedulikan risiko yang bakal ditanggungnya,” kata Suhaizan lagi.
Tambahnya, ilmu almarhum yang tinggi dicurahkan buat membimbing ummah yang mana masjid, markaz, surau dan segala agensi mampu dihadirinya tanpa letih dan alasan bagi menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.
Muridnya, kata beliau juga berjumlah ribuan orang dan merata ke pelosok negara serta berjaya dalam pelbagai bidang keilmuan.
“PPM mendoakan agar roh almarhum ditempatkan sebagai insan soleh dan diterima amalnya oleh Allah SWT. PPM berharap semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian berat ini,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Sumber HD - 19-5-2014
Lokap selagi tak bayar, ini polis atau samseng?
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) pada 17 Mei 2014.
SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.
Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.
Pertama: Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?
Kedua: Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?
ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.
Prosedur Waran Tangkap.
Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.
Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi had laju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.
Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.
The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.
Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Menyelesaikan Waran Tangkap.
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan:
Section 40. Warrants, to whom directed.
(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.
(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.
Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.
Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.
ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?
Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.
Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.
Jangan jadi ketam.
*Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Pengguna, Pekerja & Alam Sekitar DPPM.
Sumber HD - 19-5-2014
SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.
Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.
Pertama: Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?
Kedua: Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?
ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.
Prosedur Waran Tangkap.
Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.
Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi had laju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.
Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.
Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.
The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.
Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Menyelesaikan Waran Tangkap.
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan:
Section 40. Warrants, to whom directed.
(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.
(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.
Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.
Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.
ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?
Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.
Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.
Jangan jadi ketam.
*Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Pengguna, Pekerja & Alam Sekitar DPPM.
Sumber HD - 19-5-2014
Hari Guru: Tahniah, simpati dan terima kasih
PEMUDA PAS Malaysia (PPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2014 yang bertemakan “Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” kepada para guru di seluruh negara. Ucapan penghargaan dan terima kasih setingginya kami ucapkan kepada para pendidik yang penuh tekun dan dedikasi memberikan sepenuh masa berkhidmat dalam membangunkan generasi umat di negara ini. Semoga keikhlasan dan komitmen mereka dalam dunia pendidikan diberi ganjaran setimpal di sisi Allah SWT.
PPM merasa amat bangga dan kagum dengan kerjaya seorang guru. Malah, seluruh rakyat Malaysia juga merasa terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan para guru yang terus menuai bakti mendidik menjadi insan berguna pada hari ini. Dari kecil bermula seawal pra sekolah, sekolah rendah, menengah sehingga ke universiti para guru memainkan peranan penting melahirkan pakar dan profesional dalam bidang masing-masing sehingga menjadi insan berguna buat masyarakat dan negara.
Dengan perkembangan sains dan teknologi, bilangan pelajar, sekolah dan pendidik yang bertambah, kita meyakini cabaran juga semakin hebat. Para guru perlu meneroka pelbagai bidang kemahiran bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dapat memenuhi keperluan semasa. Pastinya sistem lama perlu diolah kembali dengan mencari kaedah baharu supaya pelajar bersemangat, mudah memahami, senang berinteraksi, lebih kompetitif di samping mengikuti budaya dan trend semasa.
Namun demikian, PPM merasa amat simpati dengan bebanan tugas dan tanggungjawab para guru yang semakin bertambah. Daripada aspek mengajar di kelas-kelas, memeriksa markah pelajar, mengisi borang dan laporan serta jadual pembelajaran sehinggalah kepada kerja-kerja tambahan lain yang luar daripada bidang tugas mereka. Sesungguhnya bebanan yang mereka pikul perlu dinilai semula agar mereka berperanan pada tempat yang sepatutnya. Bebanan tugas yang berlebihan dikhuatiri akan menjejaskan prestasi mereka di sekolah dan seterusnya menjejaskan prestasi pelajar-pelajar.
Dengan pengorbanan mereka yang besar ini wajarlah kerajaan menghargai mereka dan meletakkan mereka sesuai dengan jasa dan sumbangan mereka. Aspek kebajikan, bantuan, kemudahan dan keselesaan buat para guru perlu menjadi keutamaan. Profesion keguruan perlu diangkat menjadi profesion sepenting kepakaran teknikal yang lain dan dapat memenuhi tuntutan semasa dalam masyarakat.
PPM juga mengucapkan setinggi perhargaan kepada guru-guru PASTI seluruh negara. Jasa dan sumbangan mereka yang besar menjadikan institusi PASTI terus disegani antara pra sekolah terbaik dan terulung di negara ini. Yang membanggakan, jumlah PASTI dan pelajarnya semakin bertambah berlipat kali ganda setiap tahun, menandakan bahawa keyakinan masyarakat terhadap PASTI sebagai tempat mendidik anak-anak mereka. Keyakinan itu dibuktikan dengan prestasi membanggakan para asatizah di PASTI yang memberikan komitmen terbaik mereka. Sehingga ke hari ini Pemuda PAS terus dihormati adalah kerana sumbangan PASTI di kawasan dan cawangan yang berterusan dalam aspek kemasyarakatan, kebajikan, dan pendidikan di tengah-tengah masyarakat. Justeru, PPM berusaha memastikan kebajikan dan nasib guru PASTI terus dibela dan dibantu sesuai dengan pengorbanan mereka.
PPM mengharapkan, para guru terus sabar dan tekun bersungguh-sungguh dalam usaha memastikan kejayaan pelajar terus diraih. Sasaran mencapai sebagai sebuah negara maju perlu diiring bersama dengan kejayaan melahirkan pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam semua bidang.
Suhaizan Kaiat ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 16-5-2014
PPM merasa amat bangga dan kagum dengan kerjaya seorang guru. Malah, seluruh rakyat Malaysia juga merasa terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan para guru yang terus menuai bakti mendidik menjadi insan berguna pada hari ini. Dari kecil bermula seawal pra sekolah, sekolah rendah, menengah sehingga ke universiti para guru memainkan peranan penting melahirkan pakar dan profesional dalam bidang masing-masing sehingga menjadi insan berguna buat masyarakat dan negara.
Dengan perkembangan sains dan teknologi, bilangan pelajar, sekolah dan pendidik yang bertambah, kita meyakini cabaran juga semakin hebat. Para guru perlu meneroka pelbagai bidang kemahiran bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dapat memenuhi keperluan semasa. Pastinya sistem lama perlu diolah kembali dengan mencari kaedah baharu supaya pelajar bersemangat, mudah memahami, senang berinteraksi, lebih kompetitif di samping mengikuti budaya dan trend semasa.
Namun demikian, PPM merasa amat simpati dengan bebanan tugas dan tanggungjawab para guru yang semakin bertambah. Daripada aspek mengajar di kelas-kelas, memeriksa markah pelajar, mengisi borang dan laporan serta jadual pembelajaran sehinggalah kepada kerja-kerja tambahan lain yang luar daripada bidang tugas mereka. Sesungguhnya bebanan yang mereka pikul perlu dinilai semula agar mereka berperanan pada tempat yang sepatutnya. Bebanan tugas yang berlebihan dikhuatiri akan menjejaskan prestasi mereka di sekolah dan seterusnya menjejaskan prestasi pelajar-pelajar.
Dengan pengorbanan mereka yang besar ini wajarlah kerajaan menghargai mereka dan meletakkan mereka sesuai dengan jasa dan sumbangan mereka. Aspek kebajikan, bantuan, kemudahan dan keselesaan buat para guru perlu menjadi keutamaan. Profesion keguruan perlu diangkat menjadi profesion sepenting kepakaran teknikal yang lain dan dapat memenuhi tuntutan semasa dalam masyarakat.
PPM juga mengucapkan setinggi perhargaan kepada guru-guru PASTI seluruh negara. Jasa dan sumbangan mereka yang besar menjadikan institusi PASTI terus disegani antara pra sekolah terbaik dan terulung di negara ini. Yang membanggakan, jumlah PASTI dan pelajarnya semakin bertambah berlipat kali ganda setiap tahun, menandakan bahawa keyakinan masyarakat terhadap PASTI sebagai tempat mendidik anak-anak mereka. Keyakinan itu dibuktikan dengan prestasi membanggakan para asatizah di PASTI yang memberikan komitmen terbaik mereka. Sehingga ke hari ini Pemuda PAS terus dihormati adalah kerana sumbangan PASTI di kawasan dan cawangan yang berterusan dalam aspek kemasyarakatan, kebajikan, dan pendidikan di tengah-tengah masyarakat. Justeru, PPM berusaha memastikan kebajikan dan nasib guru PASTI terus dibela dan dibantu sesuai dengan pengorbanan mereka.
PPM mengharapkan, para guru terus sabar dan tekun bersungguh-sungguh dalam usaha memastikan kejayaan pelajar terus diraih. Sasaran mencapai sebagai sebuah negara maju perlu diiring bersama dengan kejayaan melahirkan pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam semua bidang.
Suhaizan Kaiat ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 16-5-2014
Pemuda PAS bantah pendakwaan terpilih pelajar UiTM, UM
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia memandang berat pendakwaan yang dilakukan terhadap mahasiswa UiTM Sabah di bawah Akta 174 Institusi-Institusi Pendidikan 1976 dan juga empat orang mahasiswa Universiti Malaya yang diberikan surat tunjuk sebab atas dakwaan membantah TPPA ketika kehadiran Barack Obama.
Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, pendakwaan itu bercanggah dengan semangat perlembagaan negara dan pindaan yang dilakukan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti berpolitik, bersuara dan berhimpun.
"Walaupun UiTM tertakluk kepada Akta 174 Institusi Institusi 1976, ia bercanggah dengan semangat Auku yang menaungi IPT IPT lain seluruh Malaysia.
"Di kala kerajaan meminda Auku dengan membuka ruang demokrasi kepada mahasiswa di IPT, pengecualian berlaku di UiTM dan perkara ini amat tidak rasional dan mesti dipinda segera.
"Pihak pentadbiran UiTM perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan kesemua tuduhan yang dikenakan kepada mahasiswa terbabit," tegas beliau dalam satu kenyataan media.
Pelajar UiTM Sabah , Mohd Fathihie Gadius dikenakan 11 tuduhan kerana menggunakan facebook mengkritik masalah keselamatan universiti, membantah kes pencerobohan asrama siswi, menyatakan sokongan kepada persatuan lain tanpa kebenaran pihak universiti dan menyatakan sikapnya terhadap GST.
Fathihie juga dituduh terlibat dengan beberapa demonstrasi pelajar di UMS.
Nasaei menyifatkan kesemua tuduhan tersebut sebagai "sangat ganjil, memualkan dan merendah-rendahkan tahap intelektual mahasiswa".
Beliau mempersoalkan sama ada para pelajar UiTM perlu mendapatkan kebenaran pentadbiran sebelum menulis di facebook.
Sehubungan itu beliau menggesa pertuduhan terhadap Fathihie digugurkan bagi menjaga imej UiTM daripada di pandang rendah dunia akademik.
"Begitu juga dengan kes empat mahasiswa Universiti Malaya. Pihak pentadbiran Universiti dan kerajaan usah memalukan dunia apabila cuba bertindak terhadap pembantah TPPA tersebut.
"Dunia maju biasa dengan bantahan bantahan awam dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan hatta Presiden US sendiri tidak terkejut dengan bantahan tersebut.
"Mahasiswa mempunyai hak sebagaimana warganegara yang lain untuk bersuara, menyatakan bantahan dan memperjuangkan hak mereka sebagai warga negara," tegas beliau lagi.
Nasaei turut menggesa agar segera meminda Akta Institusi-Institusi Pendidikan 1976 yang bercanggah dengan semangat perlembagaan yang memberi hak bersuara kepada seluruh warga negara.
Pemuda PAS, ujarnya sedia menyediakan khidmat guaman bagi kedua-dua kes melibatkan UM dan UiTM tersebut. - HARAKAH, 15/5/2014
Sumber HD - 15-5-2014
Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, pendakwaan itu bercanggah dengan semangat perlembagaan negara dan pindaan yang dilakukan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti berpolitik, bersuara dan berhimpun.
"Walaupun UiTM tertakluk kepada Akta 174 Institusi Institusi 1976, ia bercanggah dengan semangat Auku yang menaungi IPT IPT lain seluruh Malaysia.
"Di kala kerajaan meminda Auku dengan membuka ruang demokrasi kepada mahasiswa di IPT, pengecualian berlaku di UiTM dan perkara ini amat tidak rasional dan mesti dipinda segera.
"Pihak pentadbiran UiTM perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan kesemua tuduhan yang dikenakan kepada mahasiswa terbabit," tegas beliau dalam satu kenyataan media.
Pelajar UiTM Sabah , Mohd Fathihie Gadius dikenakan 11 tuduhan kerana menggunakan facebook mengkritik masalah keselamatan universiti, membantah kes pencerobohan asrama siswi, menyatakan sokongan kepada persatuan lain tanpa kebenaran pihak universiti dan menyatakan sikapnya terhadap GST.
Fathihie juga dituduh terlibat dengan beberapa demonstrasi pelajar di UMS.
Nasaei menyifatkan kesemua tuduhan tersebut sebagai "sangat ganjil, memualkan dan merendah-rendahkan tahap intelektual mahasiswa".
Beliau mempersoalkan sama ada para pelajar UiTM perlu mendapatkan kebenaran pentadbiran sebelum menulis di facebook.
Sehubungan itu beliau menggesa pertuduhan terhadap Fathihie digugurkan bagi menjaga imej UiTM daripada di pandang rendah dunia akademik.
"Begitu juga dengan kes empat mahasiswa Universiti Malaya. Pihak pentadbiran Universiti dan kerajaan usah memalukan dunia apabila cuba bertindak terhadap pembantah TPPA tersebut.
"Dunia maju biasa dengan bantahan bantahan awam dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan hatta Presiden US sendiri tidak terkejut dengan bantahan tersebut.
"Mahasiswa mempunyai hak sebagaimana warganegara yang lain untuk bersuara, menyatakan bantahan dan memperjuangkan hak mereka sebagai warga negara," tegas beliau lagi.
Nasaei turut menggesa agar segera meminda Akta Institusi-Institusi Pendidikan 1976 yang bercanggah dengan semangat perlembagaan yang memberi hak bersuara kepada seluruh warga negara.
Pemuda PAS, ujarnya sedia menyediakan khidmat guaman bagi kedua-dua kes melibatkan UM dan UiTM tersebut. - HARAKAH, 15/5/2014
Sumber HD - 15-5-2014
Bila lagi Najib mahu mansuh Akta Hasutan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan jika benar-benar mahu melakukan transformasi di dalam pentadbirannya.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, transformasi yang berjaya adalah memansuhkan Akta Hasutan yang telah mengikat rakyat negara ini untuk menyatakan keadilan.
"Akta ini sebenarnya disalahgunakan oleh pemerintah demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi dengan membuat dakwaan terpilih," katanya kepada Harakahdaily.
Suhaizan berkata, mana-mana pihak yang pro kepada kerajaan walaupun sering kali melontarkan isu-isu sensitif termasuk perkauman, mereka tidak dikenakan tindakan.
Sebaliknya kata beliau, jika isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat begitu mudah kerajaan mengambil tindakan melalui menteri-menteri yang berkuasa.
"Ekstrim agam yang pro BN dibiarkan begitu sahaja, misalnya kes kepala lembu di Shah Alam disenyapkan begitu sahaja bila mereka jumpa menteri berkenaan," katanya.
Pemuda PAS kesal dengan pendakwaan terpilih kerana mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan menyebabkan Akta Hasutan disalahgunakan.
Jelasnya, sudah tiba masanya Najib memansuhkan akta ini yang turut disokong oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa lawatan beliau ke negara baru-baru ini.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.
Najib kemudiaannya mengulangi janji sama pada Julai 2013 semasa temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) mengatakan akta tersebut akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Tahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta tersebut.
Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, minggu ini menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan penglibatannya dalam klip video berjudul "Onederful Malaysia" pada Februari lalu.
Sumber HD - 9-5-2014
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, transformasi yang berjaya adalah memansuhkan Akta Hasutan yang telah mengikat rakyat negara ini untuk menyatakan keadilan.
"Akta ini sebenarnya disalahgunakan oleh pemerintah demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi dengan membuat dakwaan terpilih," katanya kepada Harakahdaily.
Suhaizan berkata, mana-mana pihak yang pro kepada kerajaan walaupun sering kali melontarkan isu-isu sensitif termasuk perkauman, mereka tidak dikenakan tindakan.
Sebaliknya kata beliau, jika isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat begitu mudah kerajaan mengambil tindakan melalui menteri-menteri yang berkuasa.
"Ekstrim agam yang pro BN dibiarkan begitu sahaja, misalnya kes kepala lembu di Shah Alam disenyapkan begitu sahaja bila mereka jumpa menteri berkenaan," katanya.
Pemuda PAS kesal dengan pendakwaan terpilih kerana mendakwa mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan menyebabkan Akta Hasutan disalahgunakan.
Jelasnya, sudah tiba masanya Najib memansuhkan akta ini yang turut disokong oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa lawatan beliau ke negara baru-baru ini.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan akan memansuhkan Akta Hasutan selepas mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara.
Najib kemudiaannya mengulangi janji sama pada Julai 2013 semasa temubual dengan media antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) mengatakan akta tersebut akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Tahun lalu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; aktivis PAS, Tamrin Ghafar bersama aktivis sivil, Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang didakwa mengikut akta tersebut.
Terbaru, mendiang Karpal Singh juga tidak terlepas daripada didakwa mengikut akta sama dan didenda RM4,000 serta berdepan dengan hukuman penjara.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, minggu ini menjadi mangsa terbaru didakwa mengikut Akta Hasutan susulan penglibatannya dalam klip video berjudul "Onederful Malaysia" pada Februari lalu.
Sumber HD - 9-5-2014
Celupar hina wanita bertudung: Bubar sahaja ulama muda Umno
KUALA LUMPUR: Kenyataan menyamakan wanita bertudung yang menyertai Himpunan Bantah 501, di Dataran Merdeka, Khamis lalu sebagai pelacur adalah biadab, menghina dan hilang akal, tegas Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha Majlis Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman @ Abu Amru itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang waras.
Apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu, jelas beliau hanya menyuarakan penentangan terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina wanita Islam yang bertudung labuh.
"Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama yang digunakan oleh mereka," ujar Nasaie.
Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.
Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno, namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada organisasi tersebut.
Sehubungan itu, Nasaei menuntut Mohd Radzi memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan buruknya.
"Pemuda PAS menyanjung tinggi wanita-wanita yang turun ke Dataran Merdeka dalam himpunan Khamis lalu dan mereka adalah wanita mulia yang sanggup berkorban demi masa depan Malaysia.
"Perjuangan mereka menentang GST mesti diberi penghargaan, bukan dihina dengan gelaran buruk seperti dilakukan ulama muda Umno tersebut," katanya. - HARAKAHDAILY, 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, ungkapan yang terbit daripada Setiausaha Majlis Ulama Muda Umno, Mohd Radzi Othman @ Abu Amru itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang waras.
Apatah lagi wanita yang hadir dalam perhimpunan itu, jelas beliau hanya menyuarakan penentangan terhadap keputusan kerajaan menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Pemuda PAS dengan ini menggesa Pemuda Umno agar bertindak segera membatalkan cadangan penubuhan Majlis Ulama Muda Umno setelah setiausaha badan tersebut mengeluarkan kenyataan yang sangat menghina wanita Islam yang bertudung labuh.
"Ia penting bagi menjaga nama baik agama Islam khususnya nama ulama yang digunakan oleh mereka," ujar Nasaie.
Menurut beliau, kenyataan biadab itu diungkap selepas beberapa hari Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno di bawah Akademi Pemuda Umno.
Walaupun disebut penubuhan tersebut bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar agama dari luar negara memberi sumbangan kepada Umno, namun bagi Nasaei, tindakan awal penerajui majlis itu menyamakan wanita bertudung labuh sebagai pelacur memberi gambaran buruk kepada organisasi tersebut.
Sehubungan itu, Nasaei menuntut Mohd Radzi memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan buruknya.
"Pemuda PAS menyanjung tinggi wanita-wanita yang turun ke Dataran Merdeka dalam himpunan Khamis lalu dan mereka adalah wanita mulia yang sanggup berkorban demi masa depan Malaysia.
"Perjuangan mereka menentang GST mesti diberi penghargaan, bukan dihina dengan gelaran buruk seperti dilakukan ulama muda Umno tersebut," katanya. - HARAKAHDAILY, 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014
Syariah: Pemuda PAS kutuk provokasi MCA
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mengutuk kenyataan Pemuda MCA yang mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, ugutan Pemuda MCA itu jelas menggambarkan sikap provokatif dan antidemokrasi apabila begitu keras berusaha menutup ruang demokrasi kepada PAS untuk melaksanakan hasratnya melalui jalan demokrasi.
"Tindakan tersebut juga menggambarkan sikap MCA yang terus menerus anti kepada Islam dan ini merupakan satu kegagalan kepada Umno untuk mendidik MCA," tegas Suhaizan.
Beliau seterusnya menuntut Umno bertanggungjawab dengan kenyataan Pemuda MCA tersebut yang secara jelas menggambarkan kejahilan mereka untuk menghormati hak penganut Islam mengamalkan ajaran agama mereka.
Menurut beliau, sikap Umno yang berdiam diri sejak sekian lama terhadap banyak kenyataan pimpinan MCA yang menghina Islam menggambarkan pendirian sebenar parti Melayu itu yang tidak serius mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dalam satu kenyataan yang dipetik The Sun Daily hari ini, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat pada Jun ini bertujuan "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini.
"Rang undang-undang itu akan mengakibatkan krisis perlembagaan dan memecahbelahkan negara. Jika ia diluluskan Parlimen, tidak ada jalan untuk berpatah balik," ujar Chong. HARAKAHDAILY, 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, ugutan Pemuda MCA itu jelas menggambarkan sikap provokatif dan antidemokrasi apabila begitu keras berusaha menutup ruang demokrasi kepada PAS untuk melaksanakan hasratnya melalui jalan demokrasi.
"Tindakan tersebut juga menggambarkan sikap MCA yang terus menerus anti kepada Islam dan ini merupakan satu kegagalan kepada Umno untuk mendidik MCA," tegas Suhaizan.
Beliau seterusnya menuntut Umno bertanggungjawab dengan kenyataan Pemuda MCA tersebut yang secara jelas menggambarkan kejahilan mereka untuk menghormati hak penganut Islam mengamalkan ajaran agama mereka.
Menurut beliau, sikap Umno yang berdiam diri sejak sekian lama terhadap banyak kenyataan pimpinan MCA yang menghina Islam menggambarkan pendirian sebenar parti Melayu itu yang tidak serius mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dalam satu kenyataan yang dipetik The Sun Daily hari ini, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat pada Jun ini bertujuan "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini.
"Rang undang-undang itu akan mengakibatkan krisis perlembagaan dan memecahbelahkan negara. Jika ia diluluskan Parlimen, tidak ada jalan untuk berpatah balik," ujar Chong. HARAKAHDAILY, 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Catatan sejam bersama Humza Yousaf, Menteri Scotland
- Apr 19, 2014
- SUHAIZAN KAIAT
*Catatan oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Malaysia yang sedang dalam lawatan ke United Kingdom.
Pada 17 April yang lalu, saya bersama-sama Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan Jubri Bade, Pengerusi PAS Representative Council (PRC UK), telah bertemu Humza Yousaf - ahli parlimen di Scotland, merangkap Menteri Hubungan Luar dan Pembangunan Antarabangsa Scotland.
Pertemuan ini berlangsung di pejabat The Scottish Goverment selama satu jam.
Dalam pertemuan itu, Humza memaklumkan tentang Isu yang diperjuangkan oleh Scotland ketika ini yakni memperjuangkan kemerdekaan daripada kerajaan British. Satu referendum rakyat Scotland akan dilaksanakan pada September 2014 bagi menentukan penerimaan rakyat sama ada bersama menerima kemerdekaan atau kekal dibawah kuasa British. Humza yg beragama Islam adalah daripada parti Scottish National Party (SNP).
Berdasarkan kaji selidik yang telah dilaksanakan oleh SNP, sokongan terhadap kemerdekaan telah meningkat daripada 36% kepada 47%. SNP sedang berusaha melobi bagi mendapatkan kemerdekaan.
Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Scotland untuk membenarkan referendum dilaksanakan. Jika referendum ini berjaya maka Scotland diberi masa 18 bulan untuk persiapan kemerdekaan negara mereka.
Antara isu yang pro dan kontra kemerdekaan ini adalah penggunaan mata wang pound kerajaan British. Kerajaan British tidak membenarkan Scotland yang merdeka menggunakan mata wang British. Scotland yang merdeka juga tidak termasuk EU (European Union). Permohonan untuk masuk EU akan berhadapan dengan bantahan daripada British.
Walau bagaimanapun SNP berkeyakinan penuh bahawa pendapatan hasil negeri daripada sumber petroleum, pertanian, penternakan dan lain-lain akan membolehkan Scotland mampu mentadbir negaranya sendiri. Pasukan polis dan tentera akan diberi pilihan sama ada bersama Scotland atau British.
Menariknya, SNP diberi hak untuk mempromosi agenda kemerdekaan mereka dalam media arus perdana British. Sesuatu yg tidak berlaku dalam negara kita.
Sumber HD - 19-4-2014
SMS hasutan kaitkan Pemuda PAS hina jenazah Karpal palsu
- Apr 17, 2014
- AHMAD TAJDID
SMS biadap dan menyalahi akhlak Islam itu mendakwa kononnya Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat akan melakukan upacara terkutuk terhadap jenazah mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaei Ismail (gambar), SMS itu satu fitnah apatah lagi Suhaizan tidak berada dalam negara kerana menunaikan umrah.
"Saya mendapat maklum penyebaran SMS hasutan atas nama Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS yang akan melakukan upacara terkutuk terhadap mendiang Karpal Singh.
"Ianya satu fitnah dan satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.
"Buat masa sekarang Ketua Pemuda PAS sedang menunaikan ibadah umrah dan ziarah di Madinah. Harap maklum," kenyataan ringkas Nasaei dipetik.
Sumber HD - 17-4-2014
Antara ketirisan bakat dan kemampuan negara
- Apr 16, 2014
- KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Berdasarkan rekod, setelah 3 tahun berlalu Talent Corp telah meluluskan kira-kira 2,100 diaspora Malaysia untuk kembali berkhidmat di tanah air.
Menurut data, ekoran daripada peningkatan tahap pendidikan di Malaysia, jumlah graduan bekerja masih berada pada paras yang tinggi iaitu sekitar 1.26 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2013.
Pada masa yang sama, negara juga mempunyai kira-kira 1,200 institut latihan kemahiran awam dan swasta. Ini menunjukkan bahawa sepatutnya Malaysia tidak berhadapan dengan kekurangan jumlah pekerja mahir tempatan setiap tahun demi untuk mencapai 50 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2020.
Manakala, jumlah pekerja asing yang berdaftar di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara aktif yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada akhir tahun 2012 adalah berjumlah 1.6 juta orang. Dua per tiga atau 71 peratus daripadanya adalah pekerja kurang mahir yang bekerja di sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Mereka memenuhi permintaan pekerja kurang mahir.
Menyonsong misi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020, negara sangat memerlukan majoriti pekerja berkemahiran tinggi untuk memangkin transformasi ekonomi yang berinsentifkan tenaga buruh.
Sehingga hujung Disember 2013, hanya 3.4 juta (28%) daripada 13.7 juta jumlah tenaga kerja adalah pekerja mahir. Jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan prestasi negara maju yang lain. Persoalannya, adakah misi tersebut akan tercapai?
Satu lagi isu penting yang berkaitan untuk mencapai misi tenaga mahir tempatan tersebut adalah penarikan bakat Malaysia yang mengalir di pasaran global.
Jika dirujuk kepada laporan Bank Dunia dan Talent Corp pada tahun 2010, lebih sejuta rakyat Malaysia diaspora dan satu pertiga daripadanya berusia 25 tahun ke atas, mempunyai pendidikan tertiari dan merupakan pekerja yang berkemahiran. Kebanyakan mereka berkhidmat di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Singapura, UAE dan Qatar.
Kerajaan khususnya Talent Corp bukan hanya perlu menarik golongan pakar sahaja, malah perlu memikirkan lebih serius bagaimana menarik satu pertiga diaspora pekerja mahir Malaysia untuk memenuhi pasaran buruh dengan faktor tarikan ekonomi yang lebih menarik di samping membentuk iklim sosio-politik yang lebih menggalakkan. Ini bukan soal pengurangan kebergantungan pekerja asing semata-mata tetapi bagaimana kerajaan bersifat lebih inovatif untuk mengemudi cabaran ini.
Tidak dapat dinafikan, negara-negara sedang membangun berhadapan dengan kadar migrasi yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor serta insentif. Antara yang biasa dikemukakan ialah tahap pendapatan, peluang pekerjaan yang bersesuaian serta kualiti hidup di negara luar.
Walaupun kadar ketirisan bakat tidak berada dalam mod negatif berbanding peratus jumlah pekerja mahir, namun negara kita berhadapan dengan insufficient talents khususnya dalam memacu pertumbuhan perkembangan sektor ekonomi dalam tempoh 6 tahun mendatang.
Dalam hal ini kerajaan harus meneliti semula indikator umum yang telah digariskan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) sepertimana yang telah dipaparkan menerusi The Global Talent Index (GTI) untuk menyukat kemampuan negara dalam menarik serta mengukuh kedudukan bakat di Malaysia. Antara komponen utama untuk diberikan perhatian khusus adalah kualiti pendidikan, kecukupan bakat, produktiviti pekerjaan dan kualiti hidup.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kek pendidikan dalam bajet. Malah, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, kerajaan sanggup membiayai kos rundingan kepada salah sebuah syarikat pemikir global (profit based think tank) McKinsey & Co sebanyak RM 20 juta sehingga mengabaikan kepakaran yang sedia ada di negara ini. Ia tidak termasuk kos-kos membina sistem pentaksiran baru, menggaji guru-guru bahasa Inggeris luar negara dan lain-lain.
Hakikatnya, pelaburan pendidikan yang dibuat tidak mencerminkan pencapaian sebenar jika digandingkan dengan negara-negara luar.
Jurang pencapaian pendidikan di Malaysia semakin melebar menerusi dua indikator khas kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan peringkat antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Survey (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA). mecatatkan rekod kemerosotan berturut-turut dalam kedua-dua indikator tersebut sejak tahun 2009 hingga 2011.
Mampukah Timbalan Perdana Menteri mengukuh fundamental dan meningkatkan keyakinan rakyat dalam tiga gelombang transformasi pendidikan bagi tempoh 13 tahun (2013-2025)?
Faktor upah bulanan adalah antara pertimbangan utama. Meskipun purata upah bulanan meningkat 6% pada 2012, namun masih bergelut untuk meneruskan hidup khususnya di kawasan bandar-bandar utama.
Kenyataan ini boleh disemak melalui satu kajian survey terbaru yang dilakukan oleh Jobstreet ke atas 2062 orang graduan pada bulan Mac lalu. 63 peratus responden yang berpendapatan sebanyak RM2,500 sebulan membelanjakan RM1,500 sebulan untuk keperluan asas, membayar liabiliti hutang kenderaan serta bayaran balik pinjaman pendidikan. 60% daripada mereka menjangkakan gaji pertama yang akan diperolehi adalah sekitar RM3,500 sebulan sedangkan para majikan berupaya untuk membayar antara RM2,500 ke RM2,800 sahaja.
Selain itu, mudah-mudahan pembentangan private bills mengenai implementasi hudud dapat mengendurkan kebimbangan rakyat terhadap isu jenayah berat yang semakin kritikal di negara ini.
Sudah menjadi harapan kami, agar pelaksanaan tuntutan Syariah ini dapat mengurangkan kadar jenayah berat seterusnya mengundang keharmonian dikalangan masyarakat.
Perasaan selamat di negara sendiri sudah diragut dengan kejadian jenayah kejam yang boleh berlaku secara mudah sama ada di dalam mahupun di luar rumah.
Apatah lagi, pelbagai isu keselamatan pertahanan negara turut menjadi perhatian serius ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, kebarangkalian ancaman pihak asing dalam MH370 serta penculikan di Semporna.
Setiap warga Malaysia prihatin terhadap negaranya. Perasaan kasih terhadap tanah tumpah darahnya ini sesekali tidak pudar. Rakyat mahukan pentadbiran negara yang lebih efisyen dan berwibawa.
Kita optimis jika negara ini ditadbir dengan tata-kelola yang berhemah, pengurusan ekonomi yang pruden, pembangunan sosial yang mampan, dan kesuburan kerukunan masyarakat majmuk, maka secara automatik rakyat Malaysia yang berada di negara luar akan pulang untuk menabur bakti di negaranya sendiri.
Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 16-4-2014
Apa jaminan kerajaan pesta biadap tidak berulang
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Di samping iklan yang diedarkan cukup provokatif, program seperti ini tidak mencerminkan etika dan norma masyarakat timur yang santun dan berbudaya sopan,” ujar Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi kepada Harakahdaily.
Katanya, di kala masyarakat masih bersedih dan terkejut dengan kejadian kehilangan pesawat MH 370 serta kes kematian pengunjung konsert liar Future Music Festival Asia di Bukit Jalil yang masih di dalam siasatan, masih ada penganjur yang kurang keinsafan dan sanggup menganjurkan program-program liar dan biadap seperti itu.
Justeru, beliau bertanya apa faedahnya acara liar seperti itu selain dari menyebabkan lebih banyak masalah sosial dan insiden keselamatan akan berlaku.
Beliau berkata, seperti di dalam kes konsert liar di Bukit Jalil tempoh hari, penggunaan arak secara berlebihan dan penyalahgunaan dadah begitu meluas.
“Walaupun selepas desakan PAS dan NGO ianya telah dibatalkan apa jaminannya program seperti ini tidak berulang.
“Sampai bila kerajaan hanya akan mengambil tindakan selepas berlaku bantahan rakyat,” ujarnya lagi.
Sesungguhnya, jelas beliau kemungkaran seperti itu cuma akan mengundang murka Allah SWT dan akan menjadi penyebab kepada lebih banyak dugaan dan masalah menimpa negara dan masyarakat.
Menurutnya, Pemuda PAS akan menghantar memorandum sebagai teguran kepada pihak kerajaan atas kelekaan membiarkan penganjuran program hedonis seperti itu.
“Pada masa yang sama, kita menggesa pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, pihak polis dan Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tuntas menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas termasuklah tindakan menarik lesen operator sebagai ingatan kepada semua pihak untuk tidak menjalankan program-program seperti ini,” katanya.
Sumber HD - 10-4-2014
Mursi, Erdogan dan PAS: Hendak ke mana kita?
- Apr 04, 2014
- MOHD NASAIE ISMAIL
Peristiwa pengharaman laman sosoal “tweeter” oleh Erdogan sehinggalah penyertaan PKS dalam pilihan raya Presiden di Indonesia juga menarik diperhatikan.
Di Malaysia, walaupun parti pemerintah belum bertukar dan ruang demokrasi secara rasminya masih tertutup, tetapi tekanan yang diberikan oleh rakyat, kesedaran masyarakat sivil dan perkembangan media baru telah meletakkan demokrasi itu sedikit terbuka.
Akibatnya, perlumbaan untuk memenangi pilihan raya semakin deras aksinya, bahkan fitnahnya juga. Penyertaan organisasi nonpartisan seperti Isma, JATI (secara tidak langsung) dan kemunculan calon-calon bebas di semenanjung adalah suatu yang agak baru.
Begitu juga dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi akibat daripada asakan kuat Pakatan Rakyat terhadap BN, menyebabkan jumlah rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pilihan raya semakin membesar.
Walaupun sebahagian besar mereka ini tidak membantu kemenangan PAS, tetapi untuk tempoh yang panjang ia menguntungkan Negara.
MURSI & ERDOGAN
Penggulingan Mursi setelah setahun memerintah merupakan satu tragedi demokrasi. Dalam keadaan dunia awalnya memuji demokrasi di Mesir yang semakin terbuka, tetapi apabila ia memberi kemenangan kepada kumpulan Islam, maka mereka diharamkan menyertainya.
Guling, tangkap dan bunuh penyokong Mursi merupakan satu kehinaan kepada demokrasi. Oleh itu, ke mana hendak pergi gerakan Islam? Adakah perlu kepada mereka untuk keluar daripada jalan demokrasi yang jelas dicabul sedemian rupa?
Kita pergi pula kepada Erdogan di Turki. Setelah partinya memenangi pilihan raya parlimen buat kali ketiga hampir 50 peratus kerusi dibolot AK Parti, tiada jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyekat kemaraan Erdogan dan AK Parti. Lalu dibuat Gezi Move untuk menggulingkan Erdogan.
Atas nama kebebasan dan demokrasi, tunjuk rasa diadakan saban hari. Kemuncaknya menteri-menteri dan anak kepada Erdogan sendiri telah dituduh terlibat dengan rasuah. Media-media Barat membantu kempen menjatuhkan kerajaan AK Parti. Erdogan bertindak balas dengan terbuka.
Membenarkan demonstrasi aman, menjawab media terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada kerajaannya. Namun ia tidak menghentikan usaha menjatuhkan AK Parti. Demokrasi dan media yang terbuka diguna sepuasnya untuk membelasah beliau dan memfitnah menterinya.
FITNAH MEDIA
Teringat kerajaan Mursi sebelum penggulingan. Apabila gambaran ganas selama ini diberikan kepada Ikhwan, maka apabila mereka berkuasa, mereka cuba mempraktikkan demokrasi seluasnya. Dibuka kebebasan kepada akhbar hatta yang mengkritik kerajaan. Malangnya ada media yang mengambil kesempatan untuk memfitnah, menghasut rakyat dan menipu atas tujuan memburukkan Mursi.
Daripada 12 akhbar utama, hanya dua sahaja menyebelahi beliau atau memberitakan secara adil. Bakinya sarat dengan fitnah dan adu domba. Mursi tidak bertindak atas dasar menghormati hak demokrasi dan kebebasan media. Akibatnya rakyat termakan hasutan dan bangkit bersama Tamarud menggulingkan beliau. Setelah digulingkan, tentera mengambil alih kerajaan.
Jadi di mana demokrasi yang dilaungkan rakyat itu? Mereka mengatakan Mursi tutup demokrasi, tetapi setelah beliau digulingkan sebenarnya demokrasi telah tertutup rapat. Hari ini rakyat baru sedar akan demokrasi hasil revolusi 11 Januari dahulu telah dicabul.
Erdogan bertindak pantas menutup “Tweeter” yang menjadi sarang fitnah kepada kerajaannya. Lalu Barat dan dunia mengutuk Erdogan kerana tidak demokratik. Tetapi kalau mereka berjaya gulingkan Erdogan dan AK Parti, maka itulah sebenar-benarnya kematian kepada demokrasi.
Demokrasi itu hak, tetapi kawalan terhadapnya adalah perlu agar jenama demokrasi tidak boleh dihalalkan untuk membunuh demokrasi yang hakiki. Inilah yang berlaku di Mesir, mereka menggunakan ruang demokrasi untuk menutup demokrasi. Jadi ke mana hendak pergi gerakan Islam? Apabila terus diasak sedemikian rupa?
HIJAU LAWAN BIRU
Berbalik kepada Negara kita Malaysia. Jika dahulu perlawanannya diantara PAS lawan Umno. Jelasnya hijau lawan biru atau putih lawan hitam. Tetapi apabila memasuki dekad terkini, ia sudah semakin berbeza. Politiknya tidak lagi dua warna, tetapi berwarna warni. Bahkan kelabu warna.
Orang Melayu Islam di kampung boleh menggantung bendera DAP dan orang Cina di Bandar sudah boleh membawa bendera PAS. Itu kelabu warna dan ia sangat positif ke arah memecahkan monopoli BN yang menggunakan tembok perkauman. Tetapi yang berlawan dengan Umno sekarang bukan lagi satu parti, tetapi berbilang parti. Sama ada parti dalam Pakatan Rakyat ataupun luar Pakatan.
Munculnya parti politik baru atau gerakan NGO yang berpolitik dan juga NGI (individu berpengaruh) yang juga berpolitik. Semuanya hendak tumbangkan BN. Tetapi jalan dan dasarnya berbeza-beza. Pendekatannya juga berbeza-beza.
Bahkan kumpulan Islam lain daripada PAS pun sudah mula memberanikan diri terjun dalam demokrasi sama ada secara bersendirian seperti ISMA ataupun secara tidak langsung menyertai parti yang ada. Lalu, pilihan ditangan rakyat sudah bertambah bukan sekadar parti atau gerakan anti BN semata-mata, tetapi parti dan gerakan bernama Islam pun.
Jika dahulu, parti atau gerakan apa sekalipun ditubuhkan, ia tidak bertahan lama. PAS sahaja boleh bertahan disebabkan lama, ahlinya ramai dan jenteranya kuat. Tetapi memasuki era baru media semakin terbuka ini, adakah jaminan ahli dan jentera yang ramai menjadi asbab kita terus dominan dan tidak terjejas dengan kemunculan ‘golongan baru’ ini?
Gerakan yang dilakukan oleh 10-20 orang sahaja yang hanya “bermain” di Lembah Klang, tidak mustahil mendapat tempat di mata rakyat kerana penampilan, aksi dan tawaran mereka sampai kepada rakyat melalui media. Itu dalam keadaan media belum terbuka. Kalau terbuka sungguh pasca kejatuhan BN, maka cabarannya lebih besar.
BUKAN UNTUK MENAKUTKAN
Cukup! Tulisan ini bukan untuk menakutkan. Tetapi mengajak kita bersama berfikir, jalan terbaik untuk kita terus tampil relevan di tengah masyarakat dan berjaya mengharungi cabaran yang sangat unik di zaman ini.
PAS yang sudah berusia 63 tahun merupakan gerakan yang jitu keazaman untuk melaksanakan Islam secara syumul untuk mensejahterakan rakyat Malaysia dunia dan akhirat.
Pengorbanan mereka yang terdahulu dalam kalangan alim ulama dan para aktivis parti terlalu besar berbanding kita yang menyambung perjuangan ini. Bahkan ada diantara mereka yang terkorban nyawa mereka seperti As-Syahid ustaz Ibrahim Libya, Haji Abdul Samad Ghul dan lain-lain.
PAS juga sudah memainkan peranan besar dalam menstabilkan keamanan dunia dan membantu perkembangan rakan-rakan gerakan Islam di rantau lain.
Penglibatan Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden dan tokoh ‘geliga’ politik antarabangsa merupakan satu legasi dan aset penting. Kesederhanaan berfikir dan tegas prinsip beliau menyebabkan kita berjaya menyatukan daerah di Yaman yang bergolak, Acheh dan kerajaan Indonesia, Mindanou di Selatan Filipina dan juga penglibatan di Afghanistan, Iraq, Syria dan Mesir sendiri. Legasi kita cukup cemerlang dan mesti dipertahankan.
Oleh itu sebagai penyambung gerakan Islam ini yang berdiri di sebuah negara bermasyarakat majmuk, maka formula dan kesegaran perlu kepada pergerakan kita. Baik Mesir atau Turki, banyak pengajaran boleh diambil, tetapi formulanya tetap tidak sama.
Toleransi dan akhlak mulia menjadi senjata menarik sokongan masyarakat luar daripada kebiasaan PAS. Keteguhan prinsip dan tarbiah yang munazzamah akan sentiasa meningkatkan kualiti diri dan menjadi platform penting untuk memuhasabah diri dan gerakan.
Semoga PAS terus melangkah gagah maju ke depan mensejahterakan rakyat Malaysia dan negaranya.
_______________________
Mohd Nasaie Ismail ialah Setiausaha Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 4-4-2014
Jenayah Syariah: Juham sokong ketetapan Kelantan
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
1) Membawa rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan Parlimen memberi kebenaran di bawah peruntukan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 dapat dilaksanakan; dan
2) Membawa rang undang-undang persendirian (private bill) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 untuk memberi bidangkuasa menjatuhkan hukuman yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah bagi tujuan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam.
Pengarah Juham, Noorazmir Zakaria berkata, bagi memperkemaskan lagi persediaan ke arah perlaksanaan enakmen tersebut dan bagi mengelakkan rang undang-undang yang bakal di bawa itu dari di cabar atas alasan ultra vires perlembagaan dan lain-lain teknikaliti undang-undang, Juham mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan turut memasukkan usul agar Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan tafsiran perkataan ‘undang-undang’ turut dipinda.
“Pindaan yang dicadangkan ialah dengan memasukkan undang-undang Islam sebagai salah satu takrifan kepada perkataan ‘undang-undang’ yang terkandung di dalam Perkara 160 (2) tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pada masa ini istilah ‘undang’undang’ yang digunakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah meliputi undang-undang bertulis, common law, dan apa-apa adat (custom) atau kelaziman (usage) yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan Malaysia atau mana-mana bahagiannya.
“Dengan pindaan ini, maka dengan sendirinya undang-undang Islam akan diiktiraf di dalam Perlembagan sebagai salah satu sumber kepada undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata, Juham juga telah menubuhkan suatu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh peguam-peguam yang mahir di dalam undang-undang sivil dan syariah bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan di dalam melaksanakan keputusan yang dicapai oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana di atas.
Sumber HD - 2-4-2014
Ribuan sertai bantahan hukuman mati 529 rakyat Mesir
- Mar 28, 2014
- FOTO MOHD NASIR SUDIN
Mereka mula berarak ke pejabat kedutaan selepas solat Jumaat sebagai membantah hukuman mati yang djatuhkan mahkamah Mesir di Minya kepada 529 rakyat negara itu, Isnin lalu.
Beberapa pemimpin menyampaikan ucapan pada himpunan tersebut.
Sumber HD - 28-3-2014
Mesir 529: Tabahlah wahai saudaraku
- Mar 27, 2014
- HAMBALI AKRAM
Bagi saya, hukuman ini merupakan suatu pencabulan kepada sistem demokrasi dalam dunia moden dan wajar diberi perhatian oleh kita. Dalam hal ini dapat dilihat dengan jelas sifat berat sebelah kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dan PBB yang selama ini kononnya begitu menyanjung demokrasi.
Kerajaan Mesir yang ada pada hari ini merupakan kerajaan yang tidak dipilih melalui demokrasi dan pilihan raya berbanding kerajaan pimpinan Morsi. Sepatutnya, awal-awal lagi sebaik sahaja kerajaan Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi mendapat sokongan jitu semua pihak.
Bagi Amerika Syarikat, walaupun kerajaan ini dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, namun para pemimpinnya tidak membawa aspirasi mereka maka kerajaan Morsi mesti digulingkan melalui proksinya iaitu General al-Sisi.
Oleh itu, jelaslah bahawa demokrasi yang dicanangkan hanyalah diiktiraf jika yang terpilih menang itu yang bersedia bersekongkol dengan Amerika Syarikat. Jika tidak, pihak yang menang itu mestilah dijatuhkan dengan cara apa sekalipun.
Contoh lain ialah kerajaan Hugo Chavez di Venezuela. Kerajaan Chavez turut diganggu gugat oleh Amerika dan pernah berlaku rampasan kuasa oleh proksinya. Namun, rakyat bangkit melawan dan akhirnya mengembalikan Chaves ke tampuk kuasa.
Yang mampu kita lakukan ialah berdoa agar mereka yang dijatuhkan hukuman itu bersabar dan moga memperoleh syahid.
Sumber HD - 27-3-2014
Munajat solidariti 529 penyokong Ikhwan malam ini
- Mar 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook semalam menyatakan solat hajat dan munajat itu solidariti kepada 529 mangsa kezaliman rejim as-Sisi.
Katanya, majlis itu diadakan selepas solat Isyak di seluruh masjid, surau dan markaz tarbiyah PAS.
Pada 24 Mac lalu, mahkamah di selatan Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden negara itu yang sah, Dr Mohamed Morsi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamad Badie.
Menurut Al-Jazeera, hukuman mati yang dijatuhkan itu telah mencetuskan kritikan banyak pihak kerana ramai mempertikaikan prosiding perbicaraan terbabit yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.
Pakar undang-undang memaklumkan keputusan mengejut itu mungkin boleh ditarik balik dengan mengemukakan rayuan.
Sementara itu, Amnesty International turut mengecam keputusan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Bagaimanapun hukuman kepada 683 lagi penyokong Ikhwan pada perbicaraan kedua hari berikutnya ditangguhkan kepada 28 April ini.
Sumber HD - 27-3-2014
Himpunan Solidariti kutuk kekejaman regim kudeta Mesir
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Himpunan aman ini akan berlangsung selepas solat Jumaat, 28 Mac ini bertempat di hadapan Kedutaan Mesir, Jalan Ampang dekat sini.
Sehubungan itu, para peserta himpunan diminta bersolat Jumaat di Surau Nurul Hikmah, Hotel De Palma, Ampang (dan bukannya di Masjid Tabung Haji) sebelum berarak ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat.
“Himpunan ini akan dihadiri bersama pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, tokoh tempatan dan antarabangsa. Umat Islam seluruh dunia akan turut sama berarak dan berhimpun di negara masing-masing pada hari Jumaat ini dengan tujuan yang sama,” ujar Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
Beliau mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya agar hadir beramai-ramai bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim regim kudeta Mesir.
“Rakyat Mesir yang bangkit membela pemerintahan yang digulingkan secara kudeta, Dr Mohammad Morsi dibantai dan dibunuh sesuka hati. Mereka yang ditangkap pula ada yang diseksa, dan sebilangan mereka pula terpenjara dan ada yang dihukum mati seperti 529 orang Ikhwan Muslimin ini.
“Tidak mungkin umat Islam yang mengaku bersaudara akan duduk diam membiarkan kezaliman bermaharajalela di bumi para Anbiya’ itu tanpa tekanan, bantahan mahupun kecaman,” tegas beliau.
Suhaizan menggalakkan para peserta himpunan supaya membawa poster dan sepanduk yang membawa mesej mengecam dan mengutuk kezaliman Abdul Fattah As Sisi serta mendesak pembebasan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dan kesemua mereka yang dizalimi regim tentera Mesir.
“ Apa yang diharapkan adalah pemimpin negara Islam lainnya juga akan turut sama bangkit membantah dan mengutuk keputusan mahkamah ini supaya rejim As Sisi tunduk kepada tekanan antarabangsa.
“Pemuda PAS juga mendesak kerajaan Malaysia segera bertindak tegas dalam memberi tekanan kepada Mesir untuk menghentikan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri,” katanya.
Kedutaan Mesir, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sumber HD - 26-3-2014
Hukuman mati ke atas 529 anggota Ikhwan terus dikutuk
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Dr Mohammed Morsi kelmarin.
“Keputusan ini merupakan hukuman mati kolektif yang terbesar dalam sejarah moden Mesir.
“Ia bukan sahaja menghukum mati kumpulan yang didakwa bersalah akan tetapi merupakan hukuman mati ke atas demokrasi dan keadilan,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Dr Mohammad Morsi kelmarin.
Keputusan ini merupakan hukuman mati kolektif yang terbesar dalam sejarah moden Mesir. Ia bukan sahaja menghukum mati kumpulan yang didakwa bersalah akan tetapi merupakan hukuman mati ke atas demokrasi dan keadilan.
Pendakwaan sepatutnya dikenakan ke atas pegawai tentera yang bertindak mengarah pembunuhan ke atas rakyat awam yang berdemonstrasi menentang kudeta.
Kami yakin hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka adalah atas arahan tentera dan ia merupakan suatu konspirasi menyeluruh untuk menghapuskan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir sekaligus membunuh demokrasi yang dituntut oleh rakyat Mesir.
Setakat ini Ikhwan Muslimin adalah satu-satunya gerakan yang boleh menggugat kuasa tentera. Gerakan itu berjaya memimpin rakyat menentang kudeta tentera merampas kuasa yang menggulingkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya yang bebas pada 2012.
Sudah dijangka Ikhwanul Muslimin yang diharamkan oleh regim tentera menjadi sasaran. Dalam usaha tentera mengekang kebangkitan rakyat, rakyat tetap tidak berganjak. Sejak Julai tahun lalu sehingga kini rakyat terus melancarkan penentangan terhadap kezaliman regim yang merampas kuasa rakyat.
Rakyat Mesir berhak untuk bangkit menentang regim tentera yang bertindak zalim menahan ribuan orang awam dan membunuh ratusan lagi.
Jelas perbicaraan itu adalah bertujuan hanya sebagai proses formaliti untuk mengabsahkan tindakan tentera padahal peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka. Para hakim tidak membenarkan hujah balas dan peguam defenden tidak pun dipanggil untuk berhujah bagi pihak mereka yang dituduh.
Perbicaraan itu dilaksanakan di mahkamah yang tidak bebas malah di bawah telunjuk tentera untuk memastikan penentang regim tentera itu dihapuskan. Mahkamah Mesir telah diperalat oleh pemerintah tentera untuk bertindak ke atas anggota Ikhwan dan semua penentang regim tentera itu.
Kesan keputusan mahkamah ini dan bakal diteruskan ke atas ratusan lagi dalam senarai tentera, akan pasti mencetuskan kebangkitan rakyat bukan sahaja di Mesir malah diseluruh negara-negara Asia Barat. Ia membawa implikasi besar kepada revolusi dan kebangkitan rakyat Arab yang tercetus sejak awal 2011.
Gerakan Ikhwan Muslimin dikambinghitamkan oleh regim yang mengambil alih kuasa bagi memastikan kelompok Islam tidak berpeluang menampilkan alternatif kepada regim sebelumnya yang ditumbangkan oleh Arab Spring.
Dalam analisis global, pihak Barat sememangnya tidak mahu kebangkitan rakyat Arab berakhir dengan kuasa beralih ketangan kelompok Islam. Lantaran itu tidak mengejut segala tindakan menindas kelompok Islam terutama gerakan Ikhwan Muslimin tidak didukung oleh kuasa Barat walaupun atas nama hak demokrasi rakyat Mesir. Sebab itu tindakan regim tentera tidak dikecam oleh kuasa Barat walaupun jelas ia melanggar hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa serta hak demokrasi rakyat Mesir.
Hukuman yang tidak pernah berlaku seumpama ini pasti akan merangsang regim yang lain yang masih berkuasa seperti di Arab Saudi, Kuwait dan UEA akan turut mengambil langkah yang sama untuk bertindak menghapuskan sebarang anasir Ikhwan Muslimin yang bergerak di negara-negara tersebut.
Masyarakat antarabangsa tidak boleh bersikap hipokrit dengan membisu ke atas keputusan mahkamah tersebut. Keputusan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka adalah keputusan politik semata-mata bukan keputusan keadilan.
Kami menuntut agar keputusan mahkamah itu dibatalkan dan kedudukan Presiden Republik diserah kembali kepada Dr Mohammad Morsi yang pilih rakyat dengan sah.
Kami menggesa seluruh gerakan Islam di dunia mengutuk keputusan mahkaman tersebut dan menuntut supaya mereka yang didakwa diberi peluang membela diri dengan adil atau dibebaskan.
Keputusan ini hendaklah disanggah di peringkat antarabangsa seperti yang dilakukan ke atas Perdana Menteri Bangladesh Syeikh Hasina yang menggunakan mahkamah tribunal yang tidak diterima oleh antarabangsa untuk menghukum mati pemimpin Jamaat Islami.
Kami juga menggesa suatu persidangan gerakan Islam sedunia diadakan segera untuk menentukan tindakan ke atas kerajaan tentera yang tidak sah di Mesir itu dan menuntut ia menghentikan kezaliman, penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang dihidupkan kembali selepas revolusi 2011.
Sumber HD - 25-3-2014
Hukuman mati ahli Ikhwan, Pemuda PAS demo Jumaat ini
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Himpunan itu akan dianjurkan bersama NGO Islam, rakan-rakan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysi yang prihatin.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, demonstrasi itu akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan akan berarak ke kedutaan Mesir.
Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan, Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang direka cipta.
Kes ini dilihat dibuat melalui perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh.
Ianya dibuat selepas langkah pertama iaitu mengharamkan penubuhan Ikhwan Muslimin beberapa bulan sebelum ini.
Dalam pada itu, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengecam keputusan itu.
Beliau turut menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
"PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir.
"Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat," kata beliau.
Sumber HD - 25-3-2014
MH370: Tuduh juruterbang sabotaj tindakan biadap
- Mar 17, 2014
- ANIS NAZRI
Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.
Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.
"Tindakan media luar itu tidak boleh diterima. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pengganas Al-Qaeda pada 2007 lalu, yang akhirnya diarahkan untuk memohon maaf kepada Ustaz Hadi beserta ganti rugi teladan," kata beliau.
Selain menegaskan dakwaan itu juga menjatuhkan reputasi negara, Raja Iskandar turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau beranggapan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan ia berniat jahat dan berpendirian isu keputusan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim tidak perlu diheret dalam konflik besar ini yang boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia.
Dalam masa sama, Raja Iskandar berharap semua pihak tidak berteori dengan mengemukakan spekulasi liar sehingga mengganggu emosi keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini.
"Pemuda PAS tidak sesekali bersetuju jika andaian dibuat dan menjatuhkan hukuman kepada juruterbang dan pembantunya tanpa ada asas dan bukti yang kukuh," kata beliau lagi.
Sumber HD - 17-3-2014
Konsert maut: Mudahnya anak muda dapat dadah
- Mar 17, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) kesal dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal mengawal aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Aktiviti itu termasuklah penganjuran konsert bebas dadah dan alkohol di Stadium Bukit Jalil pada 14 Mac lepas yang telah mengundang kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya menghantar memorandum berhubung insiden kematian di Festival Future Music Asia kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.
"PPM mempersoalkan bagaimana festival ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan?
Bagaimana pula pemantauan yang longgar dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga penyalahgunaan dadah dan alkohol?" katanya kepada Harakahdaily.
Suhaizan hairan apabila dadah dengan mudah disebarkan secara berleluasa dalam program tersebut.
Tambahnya, keadaan ini mewujudkan kebimbangan dadah adalah bahan yang bukan lagi terlarang, mudah didapati, dan senang disebarkan terutama di dalam konsert seperti itu.
Tegasnya, Kementerian Belia dan Sukan juga dilihat tidak mengambil berat dengan pembangunan belia sehingga membiarkan aktiviti seperti ini berlangsung malah merosakkan belia.
"Di saat rakyat merasa sedih ekoran pelbagai musibah dan ujian berat yang ditanggung di negara ini termasuk kehilangan pesawat MH370, segelintir rakyat pula sanggup berfoya-foya dengan aktiviti kurang berfaedah," katanya.
Justeru katanya, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap Syarikat Live Scape Sdn Bhd sebagai penganjur festival yang gagal mempastikan program bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Tegasnya, kerajaan mestilah mempastikan sebarang penganjuran aktiviti seperti ini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan langkah-langkah pencegahan wajib dipertingkatkan.
"Kerajaan wajib mempastikan sebarang aktviti yang melibatkan khususnya belia beragama Islam daripada terlibat dengan pengunaan minuman keras yang jelas dilarang oleh agama Islam.
"Kerajaan dan NGO sewajarnya mempromosikan pelbagai penganjuran aktiviti yang boleh membawa belia membina masa depan yang lebih cemerlang," katanya.
SK - https://www.youtube.com/watch?v=HXkKFzOgPfk
Sumber HD - 17-3-2014
Liqa' Khas Pemuda PAS bersama Presiden 5 April
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, program ini bakal melibatkan pimpinan pemuda peringkat kawasan dan ahli ahli jawatankuasa lujnah dan jabatan peringkat pusat.
"Program ini berbentuk penyampaian amanat dan perkembangan politik semasa Malaysia dan dunia oleh Presiden.
"Ia juga bagi memberi peluang kepada pimpinan akar umbi pemuda untuk berdialog dengan Presiden dan pimpinan utama Pemuda PAS Malaysia," kata beliau kepada Harakahdaily.
Dalam program itu juga, pemuda PAS akan membentangkan halatuju dan agenda mereka sepanjang sesi ini bagi memberi peluang terbuka kepada pimpinan di peringkat kawasan untuk memberi pandangan, kritikan dan cadangan.
"Kebiasaannya dihujung sesi diwaktu muktamar sahaja mereka diberi peluang memuhasabah Pemuda Pusat.
"Tetapi kali ini, pimpinan kawasan diberi peluang untuk turut sama membentuk halatuju Pemuda PAS Malaysia," kata beliau lagi.
Menurut Suhaizan, selepas tamat program itu yang diadakan di sebelah pagi, pemuda PAS juga akan menyertai Himpunan Baling yang diadakan di sebelah petang untuk memperjuangkan hak penoreh getah, petani dan lain lain.
Pada sebelah malam pula, Presiden PAS akan menghadiri ceramah perdana sempena Himpunan Derita Baling bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang di Kupang.
Sehari sebelum itu, Ustaz Hadi juga dijangka akan menghadiri Majlis Makan Malam Dana Kompleks PAS Kedah.
Sumber HD - 11-3-2014
Kontrak RM180 juta: Pemuda PAS tuntut penjelasan Kastam
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Penerangannya, Zaharudin Muhammad (gambar) membuat gesaan itu merujuk laporan akhbar The Star 14 Februari lalu yang bertajuk, MyEG lands Customs job.
Laporan berkenaan menyatakan MyEG Services Bhd telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai RM180 juta daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melaksanakan projek Customs Online Tax Reporting (Electronic Monitoring System - EMS) bermula 1 April ini.
MyEG Services Bhd telah mengumumkan pada bulan lepas bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pilot project - Customs Service Tax monitoring system yang telah diperolehi oleh konsortium MyEG Integrated Networks Sdn Bhd. MyEG Services Bhd mempunyai saham minoriti bernilai 40% dalam konsortium berkenaan.
“Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia rentetan daripada pendedahan yang dibuat oleh akhbar The Edge Malaysia edisi 1003,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, akhbar berkenaan mempersoalkan mengapa kontrak mewah itu diberikan kepada konsortium berkenaan kerana kredibiliti dua syarikat yang memiliki 60% saham daripada konsortium tersebut meragukan.
Menurutnya, dua syarikat tersebut ialah Orca Capital Sdn Bhd (40%) dan Simple Solutions Technologies Sdn Bhd (20%).
Beliau menambah, menurut laporan kewangan berakhir Jun 2013, Orca Capital Sdn Bhd tidak mempunyai hasil tetapi mempunyai RM6.2 juta aset dan RM4.3 juta liabiliti. Manakala, Simple Solutions Technologies tidak mendedahkan laporan kewangan mereka sejak 2008 dan hanya mempunyai modal berbayar berjumlah RM 4 sahaja.
“Oleh yang demikian, saya memberikan tempoh masa dalam bulan Mac ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ia isu ini dikemukakan kepada pihak berkuasa,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 7-3-2014
Tengku Adnan juga terkena sindrom '10 peratus'
- Mar 03, 2014
- ANIS NAZRI
Sindrom berkenaan dilihat berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang mengatakan tidak sampai 10 peratus pemilik hartanah di Wilayah Persekutuan yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, berkata statistik 10 peratus yang dikatakan Ku Nan itu mengingatkannya tentang kenyataan Nong Chik berkaitan hanya 10 peratus penduduk Kampung Baru menentang pembangunan semula kawasan itu.
"Apabila saya membaca kenyataan Ku Nan tentang 10 peratus itu, saya teringat Raja Nong Chik yang turut memberikan statistik serupa ketika isu bantahan ke atas pembangunan semula Kampung Baru. Agaknya, menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan ini memang memiliki sindrom 10 peratus," tegas beliau dalam nada sinis kepada Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut kenyataan Ku Nan itu, Zamri mempersoalkan bagaimana Ku Nan mendapat angka berkenaan, sedangkan ketika ini sesi pendengaran atau bantahan awam mengenai kenaikan cukai taksiran itu masih belum selesai.
Katanya, untuk meletakkan sesuatu angka mahupun statistik berkenaan sesuatu perkara itu memerlukan semua prosedur dimuktamadkan terlebih dahulu.
"Difahamkan, bantahan awam atau pendengaran itu akan berakhir 31 Mac ini. Masih banyak penduduk yang belum dipanggil untuk mendengar dan mendapatkan penjelasan daripada DBKL berkaitan kadar tersebut. Jelas, proses itu belum selesai. Bagaimana beliau dapat angka 10 peratus itu?" soal Zamri.
Sementara itu, alasan tiada sebarang semakan kenaikan kadar cukai dilakukan DBKL sejak 21 tahun yang kononnya mewajarkan kenaikan itu dilakukan tahun ini, Zamri berkata kegagalan itu bukan salah rakyat, sebaliknya DBKL yang membiarkannya tiada semakan hingga menyebabkan ia tertangguh.
Jelas beliau, ekoran kegagalan kerajaan membuat semakan terhadap kadar cukai secara berperingkat, menyebabkan kenaikan yang dicadangkan tahun ini begitu mendadak dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
"Kita faham memang sudah lama semakan tidak dilakukan, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan kadar cukai hingga melebihi 100 peratus. Jika kenaikan itu dilakukan secara berperingkat, ia tidak begitu membebankan rakyat, lebih-lebih lagi pada tahun 2014 yang disifatkan tahun keperitan rakyat" tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Zamri menyeru warga kota Wilayah Persekutuan untuk terus peka dengan perkembangan isu ini, khususnya berkaitan bantahan awam yang dianjurkan DBKL itu.
Katanya, jika penduduk tidak menghadiri bantahan tersebut, kerajaan akan beranggapan rakyat bersetuju serta menggazetkan kenaikan tersebut dan seterusnya rakyat terpaksa membayar kadar cukai baru untuk pertengahan tahun kedua ini.
Lebih malang lagi, tambah Zamri rakyat terpaksa membayar kenaikan mendadak cukai tersebut dalam keadaan wan tersebut tidak tahu disalurkan ke mana.
"Peruntukan untuk DBKL sudah besar dari kutipan cukai daripada pihak komersial yang bagai cendawan tumbuh. Tapi kewangan tersebut tidak tahu ke mana, sedangkan Wilayah Persekutuan masih menghadapi masalah asas seperti masalah longkang yang tersumbat, dan sebagainya," tegas beliau.
Ku Nan, dalam kenyataannya semalam menegaskan tidak sampai 10 peratus daripada 166,000 pemilik hartanah yang membantah kenaikan cukai taksiran hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu
Beliau dilaporkan berkata walaupun DBKL telah mengambil inisiatif mengadakan sesi tersebut yang memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pendapat mereka, namun jumlah yang hadir adalah sedikit.
Sumber HD - 3-3-2014
Jadilah manusia biasa yang luarbiasa
- Mar 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Zon tengah yang meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Perak berlangsung di PPAS Shah Alam dan dihadiri seramai 76 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan pemuda negeri dan kawasan, unit Amal dan Pasti.
Sepanjang program tersebut, peserta berpeluang menimba pengalaman daripada penceramah jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar seperti tokoh korporat, pakar motivasi dan sebagainya.
Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap pengerusi program turut berkongsi pengalaman beliau dan memberikan kata-kata semangat.
“Jadilah manusia biasa yang luarbiasa. Manusia yang luarbiasa ialah yang bekerja atau bertindak secara luarbiasa dan melaksanakan jihad. Salah satu syarat untuk menjadi manusia yang luar biasa seseorang itu mesti banyak membaca,” ujar Ir Khairil Nizam.
Beliau menyebut dua tokoh yang disifatkannya sebagai pemimpin organissai yang cemerlang tetapi kurang dikenali umum iaitu Raja Tun Mohar Raja Badiozaman dan Tan Sri Mohd Hassan Marican. Mereka berdua disifatkan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang wajar diteladani.
“Saya percaya, pengalaman dan ilmu yang tuan-tuan dapat ketika program ini dapat digunakan dan dimanafaatkan apabila kembali ke kawasan masing-masing.” Ujar Ir Khairil lagi.
Selain itu antara tokoh lain yang turut dijadikan contoh ialah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Hadi Awang.
Tokoh antarabangsa pula yang dijadikan bahan contoh ialah Umar Mokhtar, Martin Luther King dan Mahatma Ghandi.
Kesemua tokoh tersebut mempunyai ciri-ciri kempimpinan yang dapat dijadikan teladan bagi pemuda untuk dicontohi.
Selain mendengar dan berkongsi pengalaman dengan tokoh-tokoh jemputan, peserta juga didedahkan dengan aktiviti pada sesi petangnya. Dalam aktiviti tersebut segala ilmu yang diperoleh daripada sesi pagi diaplikasikan dalam aktiviti tersebut.
Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan kembali dapatan mereka untuk dibincangkan dan dibahaskan.
Sumber HD - 2-3-2014
Air percuma di KL ringankan beban warga kota
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Lajnah Tanah dan Bandar, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata langkah itu tentunya menguntungkan warga kota yang kini dihimpit dengan kos kehidupan di bandar yang sangat tinggi.
Katanya, peluang itu lebih cerah apabila kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.
"Jika (pemberian air percuma) ini berlaku, Tan Sri Khalid menempa suatu lagi kejayaan dengan memastikan penduduk KL juga mampu menikmati kemudahan sama seperti rakyat di negeri Selangor.
"Sememangnya warga KL memerlukan kemudahan-kemudahan seperti ini bagi meringankan bebanan hidup mereka terlebih lagi dengan kenaikan kos hidup," kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu beliau turut memuji langkah kerajaan Selangor yang akhirnya dapat mencari penyelesaian isu air yang tidak berkesudahan, dengan pengambil alihan syarikat konsesi air tersebutmelalui MoU dengan kerajaan pusat.
"Bagi saya, sudah tiba masanya kerajaan (pusat) meletakkan kepentingan rakyat di hadapan melebihi kepentingan parti dan perbezaan politik.
"Dengan demikian, semua rakyat mendapat manfaat sekiranya pemimpin negara mampu bermuafakat dan duduk semeja menyelesaikan masalah rakyat," katanya.
Sumber HD - 2-3-2014
Krisis Afrika: Pemuda PAS gesa Malaysia bertindak
- Feb 28, 2014
- HARAKAHDAILY
LAPPM difahamkan, lebih 15,000 orang kebanyakannya penduduk Islam di republik tersebut yang berlindung di kem penempatan sementara, terkepung dan berdepan dengan ugutan bunuh oleh kumpulan-kumpulan bersenjata militia.
Antara lokasi yang teruk terjejas dengan keganasan ini adalah di Bangui dan Bandar Boda, Boar serta Bossangoa.
“LAPPM melahirkan kebimbangan terhadap nasib umat Islam di sana yang mungkin sama dengan umat Islam di Rohingya, Myanmar atau di Syria yang dibunuh setiap hari,” ujar Pengerusi LAPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Katanya, umat Islam yang menjadi golongan minoriti terus menjadi mangsa dibuli, dibunuh dan diperlakukan di luar nilai kemanusiaan oleh golongan ekstremis.
Pastinya, ujar beliau umat Islam dunia tidak rela mendengar pembantaian dan pembunuhan umat Islam berlaku di mana-mana negara termasuk di Afrika Tengah.
Justeru, ujarnya LAPPM mendesak kerajaan Malaysia menyatakan bantahan dan kecaman secara terbuka terhadap tindakan kejam pihak militia dan meminta supaya semua pihak meletak senjata dengan melakukan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.
Tambahnya, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan orang awam khususnya umat Islam di Afrika Tengah terus terbela.
“Krisis kemanusiaan yang berakhir dengan tragedi berdarah bukanlah jalan penyesaian sebaliknya rundingan bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya keadaan semakin tegang, LAPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Afrika Tengah dan memanggil pulang duta Malaysia di sana.
Sumber HD - 28-2-2014
Hologram: Jangan ambil untung melalui Al-Quran
- Feb 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) telah tampil membantah tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dengan sebab-sebab yang munasabah.
“Kami dimaklumkan, pelekat hologram yang diselaraskan oleh kerajaan itu dikenakan caj yang tinggi,” ujar Bendahari PPM, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, pengeluar mendakwa, harga yang dikenakan itu sangat tidak munasabah sedangkan kos serta kualiti pencetakan pelekat hologram itu tidaklah tinggi.
Bagi PPM, ujar beliau kerajaan mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk melaksanakannya namun kerajaan seharusnya berbincang secara terperinci dengan mengambil kira pandangan semua pihak terutama pengeluar bagi mengenalpasti pro dan kontra penggunaan pelekat hologram itu sebelum ianya dikuatkuasaan.
Namun, katanya Pemuda PAS melihat tiada kewajarannya untuk melaksanakan sistem pelekat hologram ini oleh kerana Kementerian Dalam Negeri mempunyai ahli panel penilai dan penyemak yang bertauliah.
“Ramai pengeluar mengadukan pelbagai rungutan kepada pihak kami tentang pengeluaran hologram yang telah menjejaskan perniagaan mereka apabila mengalami kemerosotan kadar jualan kira-kira 30 peratus dan peniaga juga menanggung kerugian kerana terpaksa memulangkan semula naskhah yang tiada hologram kepada penerbit selepas diberi surat amaran oleh penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri,” katanya lagi.
Justeru, tambanya PPM berpendapat, kerajaan tidak seharusnya membebankan lagi pengeluar Al-Quran yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pelekat hologram itu ditambah lagi kos pengurusan dan perusahaan semakin tinggi ketika ini disebabkan pelbagai kenaikan yang dibuat oleh kerajaan termasuklah harga minyak petrol dan tarif elektrik.
Justeru, ujar beliau kerajaan jangan mengambil satu tindakan yang tidak wajar hingga menjejaskan pengeluaran Al-Quran dalam kalangan rakyat dengan meluas.
Katanya, kerajaan perlu tahu, Al-Quran bukanlah satu benda yang boleh dijual demi meraih keuntungan yang tinggi sebaliknya ianya perlu dijual dengan kadar munasabah dan penjual sangat mematuhi perkara tersebut.
“Kami menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaan hologram sebaliknya memantapkan dan menambah baik sistem yang ada,” katanya lagi.
Sumber HD - 28-2-2014
Penswastaan: Nasib 71 penjawat awam MOSTI tidak menentu
- Feb 27, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut Exco Pemuda PAS Malaysia, Zulhazmi Shariff, hari ini adalah hari terakhir penjawat awam Skim tertutup Institut Genom Malaysia (MGI), Institut Agrobioteknologi Malaysia (ABI) dan Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Malaysia (IPHARM) memberikan jawapan surat tawaran berkhidmat dengan NIBM.
Seramai 71 penjawat awam di agensi di bawah MOSTI ini diberi pilihan secara paksa sama ada menerima opsyen sebagai kakitangan NIBM atau dibersarakan.
Difahamkan, jika tidak menjawab atau menolak tawaran tersebut maka mereka akan diberhentikan atau dipecat mengikut Seksyen 10(5)(b) Akta Pencen 1980.
"Dalam keadaaan Timbalan Menteri MOSTI keluarkan kenyataan pada 19 Feb 2014 bahawa pengkorporatan ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, pihak MOSTI masih menekan dan memaksa para penjawat awam menyerahkan surat tawaran hari ini.
"Nasib Penjawat Awam Malaysia dihujung tanduk sekarang ini," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Malaysia kepada Harakahdaily hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus pula berkata, tidak mustahil penjawat awam di sektor lain turut mendapat nasib yang sama atas nama transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jika Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh BN boleh buat tindakan sebegini kepada penjawat awam di tiga Institut Kajian dan Penyelidikan, apa jaminan penjawat awam lain tidak akan menerima nasib yang sama?
"Ini adalah mimpi ngeri kepada seluruh penjawat awam yang ada sekarang," katanya.
Menurut beliau juga, majoriti penjawat awam yang terlibat itu terdiri daripada anak muda berumur 20-an dan baru bekerja.
"Majoriti yang diminta membuat pilihan itu ialah anak muda Melayu. Di mana slogan Hidup Melayu yang dilaungkan Umno?" soalnya.
Sumber HD - 27-2-2014
Belajar Undang-Undang Bersama Pengarah Juham
- Feb 27, 2014
- NOORAZMIR ZAKARIA
1. Q. Apa Maksud JID?
A. JID bermaksud ‘Judgment in Default’ atau dalam bahasa Melayu disebut Penghakiman Ingkar. Ia terbahagi kepada dua iaitu Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan.
Penghakiman Ingkar Kehadiran bermaksud Penghakiman yang dimasukkan setelah pihak Defendan gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan.
Penghakiman Ingkar Pembelaan pula boleh dimasukkan terhadap Defendan yang telah pun memfailkan Memorandum Kehadiran, namun Defendan kemudiannya gagal untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan.
2. Q. Adakah JID terpakai untuk kes jenayah?
A. Tidak, JID hanya terpakai untuk kes-kes sivil sahaja berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
3. Q. Bagaimana Writ dan Pernyataan Tuntutan perlu diserahkan kepada Defendan?
A. Writ dan Pernyataan Tuntutan boleh diserahkan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan. Tarikh penerimaan adalah bermula dari tarikh penerimaan kad AR Berdaftar tersebut atau tarikh penerimaan yang ditandatangani di Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut.
Sekiranya Plaintif gagal untuk menyerahkan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut kepada Defendan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan, Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah untuk menyerahkan Writ dan Pernyataan Tuntutan secara penyampaian ganti iaitu dengan cara mengiklankan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut di akhbar tempatan dan penampalan di premis Defendan dan/atau penampalan di papan notis Mahkamah.
4. Q. Apa yang saya harus lakukan setelah menerima Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut?
A. Anda perlu memfailkan Memorandum Kehadiran di Mahkamah dalam tempoh 14 hari. Sekiranya anda diwakili Peguam, Peguam anda yang perlu memfailkan Memorandum Kehadiran tersebut.
5. Q. Apa yang akan berlaku sekiranya saya atau Peguam saya gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut?
A. Setelah Plaintif memfailkan Perakuan Ketidakhadiran berserta Afidavit Penyampaian bagi membuktikan serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan telah dibuat dalam tempoh 14 hari, maka Plaintif boleh memasukkan JID (Penghakiman Ingkar) terhadap anda.
6. Q. Adakah JID masih boleh direkodkan sekiranya saya atau Peguam saya sememangnya hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan yang ditetapkan?
A. Sekiranya anda gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari, JID masih tetap boleh direkodkan terhadap anda walaupun anda hadir pada tarikh sebutan yang ditetapkan.
7. Q. Jadi, apakah tujuan tarikh sebutan tersebut ditetapkan sekiranya JID masih boleh direkodkan terhadap saya?
A. Tarikh sebutan hanyalah untuk tujuan pengurusan kes semata-mata bagi memudahkan pihak Mahkamah mengetahui status serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan dan sama ada Defendan ada memasukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.
8. Q. Tapi bukankah dahulu kehadiran Defendan ke Mahkamah pada tarikh sebutan sudah memadai bagi tujuan merekodkan kehadiran Defendan?
A. Ya, itu dahulu iaitu bagi kes-kes di Mahkamah Rendah. Ia tidak terpakai lagi pada waktu sekarang berdasarkan kepada pindaan undang-undang yang terkini di dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Walaupun anda atau Peguam anda hadir ke Mahkamah pada tarikh sebutan yang ditetapkan, ia tidak memberi sebarang makna sekiranya anda gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.
9. Q. Adakah Peguam Plaintif perlu memaklumkan kepada Peguam saya dahulu sebelum JID itu direkodkan?
A. Ya, Peguam Plaintif harus memaklumkan kepada Peguam anda dalam tempoh 7 hari sebelum JID itu direkodkan tentang hasrat Plaintif untuk merekodkan JID sepertimana yang dikehendaki oleh Aturan 56 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978
10. Q. Bagaimana sekiranya Peguam Plaintif tidak memaklumkan kepada Peguam saya dahulu sebelum JID itu direkodkan?
A. Tindakan Peguam Plaintif itu adalah bersalahan dengan etika sebagai seorang Peguam di mana Peguam anda boleh melaporkan hal itu kepada Majlis Peguam.
11. Q. Saya telah disaman fitnah dan JID telah direkodkan ke atas saya. Di dalam JID itu, saya telah diperintahkan untuk membayar RM2 juta. Adakah ini bermakna saya perlu membayar RM2 juta itu kepada Plaintif?
A. Tindakan Plaintif yang merekodkan JID dengan nilai RM2 juta itu adalah salah dan bertentangan dengan Aturan 13 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Nilai gantirugi bagi Saman fitnah hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah semata-mata. Dalam kes Saman fitnah, kegagalan Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan hanya boleh menyebabkan Plaintif merekodkan Penghakiman Interlokutori semata-mata. Kemudiannya, nilai gantirugi hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah melalui pendengaran Notis Taksiran yang perlu difailkan oleh Plaintif.
Justeru di dalam kes anda itu, anda mempunyai peluang yang cerah untuk mengenepikan JID tersebut memandangkan Peguam Plaintif dengan jelas telah menyalahi Aturan 13 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012
12. Q. Apa yang Peguam saya harus lakukan untuk mengenepikan JID tersebut?
A. Peguam anda harus memfailkan Notis Permohonan untuk mengenepikan JID tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh JID itu direkodkan.
13. Q. Apa yang Peguam saya harus buktikan bagi memastikan JID itu boleh diketepikan?
A. Melalui Notis Permohonan untuk mengenepikan JID tersebut, Peguam anda harus membuktikan sama ada JID tersebut direkodkan secara tidak betul (tidak teratur); contohnya JID tersebut direkodkan walaupun tarikh penerimaan Writ dan Pernyataan Tuntutan masih belum genap 14 hari. Sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa JID tersebut tidak teratur, maka JID tersebut boleh diketepikan secara ex debito justitiae (as of right).
14. Q. Sekiranya JID tersebut sememangnya teratur, adakah saya masih boleh mengenepikan JID tersebut ?
A. YA. Sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa JID itu sememangnya teratur, maka Mahkamah seterusnya akan melihat sama ada pihak anda mempunyai pembelaan bermerit.
15. Q. Apa yang dimaksudkan dengan pembelaan bermerit?
A. Pembelaan bermerit bermaksud anda sebagai Defendan mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk membuktikan bahawa dakwaan Plaintif di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda adalah tidak betul.
16. Q. Jadi, adakah saya perlu membawa saksi ke Mahkamah bagi membuktikan saya mempunyai pembelaan bermerit?
A. TIDAK. Di peringkat Notis Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ini, anda hanya perlu melampirkan Cadangan Pernyataan Pembelaan yang merangkumi alasan-alasan bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Melalui Cadangan Pernyataan Pembelaan tersebut, Mahkamah akan meneliti sama ada anda mempunyai alasan yang kukuh bagi membidas dakwaan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap anda. Sekiranya Mahkamah berpuas hati, maka JID itu boleh diketepikan.
17. Q. Apakah contoh alasan-alasan atau pembelaan bermerit tersebut?
A. Sebagai contoh di dalam kes saman fitnah (defamation), anda boleh mengemukakan kepada Mahkamah bahawa anda mempunyai pembelaan berdasarkan kepada komen yang adil (fair comment), atau komen anda itu terlindung di bawah perlindungan bersyarat, atau komen anda itu adalah berdasarkan justifikasi. Berdasarkan kepada pembelaan-pembelaan ini sahaja, Mahkamah lazimnya akan membenarkan JID itu diketepikan. Hal ini kerana bagi membuktikan setiap pembelaan tersebut, Defendan pastinya perlu memanggil saksi atau mengemukakan dokumen yang berkaitan bagi membuktikan setiap pembelaannya itu. Apabila Mahkamah mendapati bahawa terdapat keperluan bagi Defendan untuk mengemukakan saksi-saksi, maka atas alasan itu sahaja Mahkamah akan mengenepikan JID tersebut.
Malah dalam kes saman fitnah, tugas pembuktian bahawa wujudnya kata-kata fitnah adalah terletak sepenuhnya kepada Plaintif. Berdasarkan kepada Akta Keterangan 1950, Plaintif harus membawa saksi atau mengemukakan dokumen bagi membuktikan setiap alegasi yang dibuat. Kegagalan Plaintif berbuat demikian boleh menyebabkan Saman Plaintif itu ditolak.
Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai Saman Fitnah ini dalam siri-siri yang akan dating.
18. Q. Sekiranya JID itu berjaya diketepikan, maka apakah kesan JID itu kepada saya?
A. JID itu tidak lagi memberi apa-apa kesan kepada anda. Sebaliknya, kes itu akan diteruskan untuk proses perbicaraan dan anda boleh memfailkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan perbicaraan.
19. Q. Berdasarkan kepada pengalaman Peguam, adakah mudah untuk mengenepikan sesuatu JID itu?
A. Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, JID yang melibatkan kes-kes saman fitnah berpeluang besar untuk Mahkamah ketepikan. Hal ini kerana pihak Defendan sudah pasti mempunyai pembelaan yang bermerit mahupun saksi-saksi dalam menjawab setiap dakwaan Plaintif. Sebagai contoh, dalam kes PAS yang disaman oleh Majlis Perbandaran Kemaman pada tahun 2013 baru-baru ini di mana saya sendiri menjadi Peguam bagi pihak PAS. Di dalam kes tersebut Majlis Perbandaran Kemaman pada asalnya telah pun merekodkan JID terhadap PAS. Namun, Mahkamah kemudiannya telah membenarkan permohonan saya untuk mengenepikan JID tersebut atas alasan Defendan mempunyai Pembelaan bermerit walaupun JID itu sendiri adalah teratur.
Malah, Mahkamah lazimnya akan mengenepikan sesuatu JID untuk memberi peluang kepada Defendan membuktikan pembelaannya dan hak untuk didengar melalui perbicaraan secara adil bersesuaian dengan prinsip keadilan asasi (natural justice)
20. Q. Jadi, apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan kemungkinan JID direkodkan terhadap saya?
A. Yang penting, anda harus cakna sekiranya mendapati anda telah diserahkan dengan sesuatu Writ dan Pernyataan Tuntutan. Sekiranya anda ingin diwakili Peguam, anda perlu hubungi Peguam anda dengan seberapa segera bagi membolehkan Peguam anda memfailkan Memorandum Kehadiran dalam tempoh 14 hari tersebut.
21. Q. Bagaimana saya boleh menghubungi JUHAM sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut?
A. Anda boleh email pertanyaan anda ke juhampusat@gmail.com . Anda juga boleh melayari laman sesawang www.loyarpas.com serta facebook kami di https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Undang-Undang-Hak-Asasi-Manusia.
Sekian.
Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 27-2-2014
Penswastaan: 71 penjawat awam agensi MOSTI terainaya
- Feb 26, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA | M NASIR
Seramai 71 penjawat awam di bawah Institut Genom Malaysia (MGI), Institut Agro-bioteknologi Malaysia (ABI) dan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM) diberi pilihan secara paksa sama ada menerima opsyen sebagai kakitangan NIBM atau dibersarakan.
Difahamkan jika mereka tidak memilih salah satu daripadanya, mereka terpaksa berhenti kerja kerana jawatan yang terlibat akan dihapuskan.
Menurut Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, 71 penjawat awam itu diberi masa sehingga 28 Februari untuk memilih opsyen yang diberikan.
Katanya, apa yang dikesalkan apabila majoriti mereka berumur 20-an dan baru bekerja sebagai penjawat awam dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai penganiayaan kepada mereka yang terlibat.
"Kami tidak membuat apa-apa tuduhan cuma kami minta pihak MOSTI memberi penjelasan mengenai perkara ini dan apa jaminan kepada nasib penjawat awam ini?
"Mereka cuma ada masa lebih kurang dua hari lagi untuk membuat keputusan dan jika tidak secara automatik akan dibuang kerja," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Turut dipersoalkan adalah tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak membenarkan 71 orang ini terus menjadi penjawat awam di jabatan atau agensi lain sedangkan agensi tersebut bersedia menerima mereka.
"Dalam memorandum yang diserahkan mereka kepada Pemuda PAS, mereka memberitahu ada jabatan lain yang mahu menerima mereka dengan jawatan yang sama dan memang ada kekosongan tetapi kenapa JPA tidak membenarkan mereka berbuat demikian?" soalnya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS Malaysia, Zulhazmi Shariff mempersoal motif ketiga-tiga institut itu diswastakan.
"Bidang di ketiga-tiga institut tersebut adalah melibatkan penyelidikan yang penting kepda pembangunan dan kemajuan sains di Malaysia, oleh itu kenapa ia perlu diswastakan?
"Apakah jaminan kepada aset atau kajian yang akan dijalankan oleh NIBM tidak digadaikan atau dijual kepada pihak lain?
"Institut penyelidikan ini bukan macam TNB, Telekom atau Pos Malaysia yang bergantung kepada bisnes. Ini institut penyelidikan yang sudah tentu menggunakan dana kerajaan untuk membuat penyelidikan. Kenapa mahu diswastakan" soalnya.
Tambah beliau, walaupun MOSTI bersetuju menangguhkan pengkorporatan tiga institut tersebut namun ia akan dilaksanakan dan membabitkan nasib kakitangannya.
19 Februari lalu, MOSTI bersetuju menangguhkan sementara pengkorporatan tiga agensinya pada 1 Mac ini sehingga tempoh yang belum ditetapkan.
Sumber HD - 26-2-2014
PBS, AES contoh 'penangguhan' yang menipu rakyat
- Feb 24, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Jelas beliau, PBS mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2014 bermula dengan para pelajar tingkatan tiga, yang mana mereka tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti tahun-tahun sebelum ini.
Sistem ini mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan guru-guru terbeban dengan tugasan melampau.
Selepas dibantah secara terbuka oleh para guru, barulah kerajaan mengumumkan ianya ditangguhkan.
Namun, dalam keadaan diumumkan penangguhan, pihak Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah masih bermesyuarat dengan guru-guru dan dimaklumkan bahawa PBS dilaksanakan seperti biasa.
"Jika benar PBS ditangguhkan, kenapa tiada suatu tempoh tertentu? Apa akan berlaku kepada para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini?.
"Adakah mereka tertakluk dengan PBS atau kembali kepada peperiksaan PMR seperti dahulu? Adakah KPM fikirkan hal ini?" soal beliau.
Isu PBS ini katanya hampir sama dengan isu AES yang mula dilaksanakan pada 22 September 2012 untuk kononnya mengurangkan kemalangan maut di jalanraya.
Perlaksanaannya juga mempunyai pelbagai masalah dan mengundang bantahan orang ramai.
Akhirnya Peguam Negara membekukan semua prosiding AES di Mahkamah bermula 18 Disember 2012 sehingga hari ini dan menagguhkan perlaksanaan AES sehingga dimaklumkan kelak.
"Walau bagaimanapun sehingga hari ini AES masih beroperasi, saman-saman AES masih dikeluarkan dan Kerajaan masih meminta penerima saman AES membayar walaupun Peguam Negara masih belum mengumumkan penarikan balik penangguhan prosiding Mahkamah," Kata Zulhazmi.
Apa yang dirisaukan, kata Zulhazmi, tindakan pembekuan tersebut bersifat sementara untuk meredakan kemarahan rakyat.
Malah lebih malang kata beliau kerajaan cuba menipu rakyat dengan penangguhan tetapi pada dasarnya ianya masih berjalan.
Sumber HD - 24-2-2014
Himpunan 5 April imbau kejatuhan harga getah 1974
- Feb 24, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut ketuanya, Suhaizan Kaiat, sokongan tersebut sebagai tanda solidariti Pemuda PAS kepada penoreh getah di seluruh negara yang sedang tertekan akibat kejatuhan harga getah yang teruk.
Perhimpunan anjuran PAS Kedah itu akan bermula jam dua petang dan dijangka berlangsung sehingga lewat malam.
"Perhimpunan ini mengambil masa yang panjang dengan pelbagai aktiviti dan peserta himpunan akan mengimbau perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, Gerakan Suara Orang Kampung yang menggabungkan petani, penoreh dan nelayan akan dilancarkan pada 6 Mac depan di hadapan Bangunan Lembaga Getah Asli di Jalan Ampang, dekat sini.
Mereka akan berhimpun pada waktu makan tengah hari bagi menunjukkan kepada orang ramai mengenai tuntutan mereka kepada kerajaan agar menyelesaikan harga getah, padi dan masalah nelayan.
"Pemuda PAS juga akan bersama-sama gerakan ini sebagai simbolik kepada tuntutan golongan ini agar kerajaan segera mengambil tindakan berhubung isu ini," katanya lagi.
Sementara itu, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan kerajaan memperuntukkan sejumlah subsidi kepada penoreh sebagai penyelesaian jangka pendek sementara proses kajian dan semakan yang lebih terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga getah.
Pemuda PAS juga mendesak kerajaan bertindak segera merangsang usaha penyelidikan menghasilkan produk berasaskan getah untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Setakat ini produk berasaskan getah adalah tayar, benang getah, katerer dan sarung tangan.
Penyelidikan penghasilan produk berasaskan getah asli dalam bidang kritikel seperti aplikasi kejuruteraan, perubatan, merin dan pembinaan perlu diberi perhatian.
"Produk berasaskan getah asli ini adalah lebih mesra alam sekitar berbanding getah tiruan.
"Maka sepatutnya negara mempromosikan getah asli sebagai produk mesra alam sekitar di seluruh dunia.
"Tapi malangnya penyelidikan getah seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan sehingga produk berasaskan getah asli tidak mampu bersaing dengan produk berasaskan getah tiruan," katanya.
Baru-baru ini, penoreh getah di sekitar Sik, Padang Terap dan Baling telah mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing bagi membantah sikap kerajaan yang berdiam diri dalam berhadapan masalah harga getah ini.
Mereka menuntut agar harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada RM4 sekilogram.
Getah sekerap hari ini berada pada harga RM2.50 sekilogram sahaja.
Selain itu, Gerakan Suara Orang Kampung yang menggabungkan petani, penoreh dan nelayan akan dilancarkan pada 6 Mac depan di hadapan Bangunan Lembaga Getah Asli di Jalan Ampang, dekat sini.
Mereka akan berhimpun pada waktu makan tengah hari bagi menunjukkan kepada orang ramai mengenai tuntutan mereka kepada kerajaan agar menyelesaikan harga getah, padi dan masalah nelayan.
"Pemuda PAS juga akan bersama-sama gerakan ini sebagai simbolik kepada tuntutan golongan ini agar kerajaan segera mengambil tindakan berhubung isu ini," katanya lagi.
Sementara itu, Pemuda PAS mencadangkan kerajaan kerajaan memperuntukkan sejumlah subsidi kepada penoreh sebagai penyelesaian jangka pendek sementara proses kajian dan semakan yang lebih terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah kejatuhan harga getah.
Pemuda PAS juga mendesak kerajaan bertindak segera merangsang usaha penyelidikan menghasilkan produk berasaskan getah untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Setakat ini produk berasaskan getah adalah tayar, benang getah, katerer dan sarung tangan.
Penyelidikan penghasilan produk berasaskan getah asli dalam bidang kritikel seperti aplikasi kejuruteraan, perubatan, merin dan pembinaan perlu diberi perhatian.
"Produk berasaskan getah asli ini adalah lebih mesra alam sekitar berbanding getah tiruan.
"Maka sepatutnya negara mempromosikan getah asli sebagai produk mesra alam sekitar di seluruh dunia.
"Tapi malangnya penyelidikan getah seolah-olah tidak mendapat perhatian kerajaan sehingga produk berasaskan getah asli tidak mampu bersaing dengan produk berasaskan getah tiruan," katanya.
Baru-baru ini, penoreh getah di sekitar Sik, Padang Terap dan Baling telah mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing bagi membantah sikap kerajaan yang berdiam diri dalam berhadapan masalah harga getah ini.
Mereka menuntut agar harga lantai getah sekerap dinaikkan kepada RM4 sekilogram.
Getah sekerap hari ini berada pada harga RM2.50 sekilogram sahaja.
Sumber HD - 24-2-2014
Harga jatuh: Pemuda PAS bertemu penoreh getah
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausahanya, Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, Rabu dan Khamis minggu ini lawatan pertama akan diketuai oleh Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat ke Padang Terap dan Baling, Kedah.
“Pemuda PAS juga akan menyertai demonstrasi penoreh-penoreh getah Kuala Nerang di Pekan Naka petang Rabu ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, tujuan program turun padang itu adalah untuk menyelami kehidupan penoreh getah yang tertekan akibat kejatuhan harga komoditi tersebut di samping memberi sokongan kepada gerakan penoreh getah untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya bertindak membantu penoreh getah yang susah di seluruh negara.
Jelasnya, Pemuda PAS akan bertemu penoreh getah di kebun dan rumah mereka dan berdialog dengan mereka bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini sebelum mengambil tindakan seterusnya.
“Kita ingin mengingatkan kepada kerajaan, atas faktor apa sekalipun harga komoditi ini jatuh, kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan kehidupan rakyat tersebut,” katanya.
Apatah lagi, kata beliau ianya berlaku di tengah kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada pihak kerajaan sendiri.
Sumber HD - 19-2-2014
Kurang defisit: Teruskan program rasionalisasi subsidi
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, kerajaan tidak perlu mendabik dada dengan penurunan kepada 3.9 peratus defisit fiskal tahun 2013 berbanding 4.5 peratus pada tahun 2012 kerana ia telah memaksa rakyat mengikat perut dengan siri-siri kenaikan barang kawalan sehingga mencatatkan peningkatan kadar inflasi 2.1 peratus.
Beliau menyatakan demikian merujuk kepada Laporan Ekonomi dan Kewangan Suku Keempat 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 12 Februari lalu.
Tambahnya, defisit fiskal yang berkurangan tersebut didorong oleh pengurangan perbelanjaan operasi kerajaan sebanyak 4.6 peratus berikutan emolumen dan subsidi yang lebih rendah di samping peningkatan pendapatan negara yang terhasil daripada cukai syarikat sebanyak 6.8 peratus dan pendapatan pelaburan yang tinggi.
“Dengan kadar lebihan kewangan ini, maka saya ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya bersikap pruden dalam mengurus pendapatan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Sebagai contoh, kata beliau pada tahun 2011 dan 2012, kerajaan mencatatkan peningkatan hasil dari RM185.4 bilion kepada RM207.9 bilion.
Namun, katanya peningkatan hasil tersebut tidak mampu mengurangkan hutang kerajaan.
Sebaliknya, tambah beliau berlaku peningkatan perbelanjaan mengurus yang ketara khususnya bagi pembayaran emolumen dan subsidi.
“Oleh itu, sebelum kerajaan terus merasionalisasi subsidi sehingga menghimpit rakyat, maka saya sarankan agar Perdana Menteri menstruktur semula saiz agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat 8 suruhanjaya, 5 agensi pusat, 42 jabatan dan agensi, 5 badan berkanun dan 6 institusi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat.
Menurutnya, merujuk kepada ringkasan anggaran jumlah perbelanjaan mengurus dan membangun bagi Jabatan Perdana Menteri sahaja bagi tahun 2014 mencecah RM16.4 bilion berbanding perbelanjaan sebenar tahun 2012 berjumlah RM13.7 bilion.
“Adakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan tidak perlu di bawah Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu?” tanya beliau.
Daripada aspek strukturnya, kata beliau mungkin terdapat beberapa agensi yang boleh dikecil dan digabungkan peranannya atau diserapkan kepada agensi yang lebih besar bagi mengoptimakan fungsi dan peruntukannya.
Beliau menambah, antara agensi yang boleh disemak semula seperti Lembaga Penasihat, Pejabat Penasihat Sains, Unit Inovasi Khas, Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri, Pejabat Seranta Felda, Unit Kawal Selia Felda dan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata).
“Saya yakin jika Perdana Menteri mampu mengutamakan penjimatan dalam struktur kerajaan terlebih dahulu, maka sudah pasti ia lebih mampu mengawal perbelanjaan kerajaan seterusnya mampu mencapai pengurangan defisit yang lebih besar menjelang 2020 nanti,” katanya.
Sumber HD - 18-2-2014
FDI: Pelaburan mesti beri kelebihan kepada negara
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
“Saya berharap pelaburan yang berjumlah RM38.77 bilion sepertimana yang diumumkan Jumaat lalu tidak hanya menguntungkan pihak pelabur kerana kos operasi di negara ini yang rendah, namun ia juga mampu memberikan impak kepada sektor ekonomi negara terutamanya perkembangan teknologi dan penggunaan tenaga mahir tempatan secara maksimum,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin.
Katanya, walaupun menurut pakar ekonomi negara, peningkatan pelaburan langsung ini adalah signal kepada keyakinan politikal ekonomi negara, namun pelaburan tersebut mestilah bersifat selektif.
Beliau berkata, isunya adalah apakah jenis pelaburan yang telah diterima dan bagaimana ia boleh memberi impak bagi menangani kadar pertumbuhan pendapatan bulanan rakyat dan ekonomi negara.
Menurutnya, jika pelaburan tersebut hanya mengeluarkan produk mereka sahaja, maka sudah pasti pulangan pelaburan kepada negara bersifat jangka pendek semata-mata.
Disebabkan pelaburan tersebut lebih menumpukan industri berasaskan insentif modal berbanding buruh, maka tanya beliau adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan tenaga mahir yang dianggarkan tidak lebih 30% untuk memacu dan menggerakkan industri berteknologi tinggi.
“Bagaimana pula pelaburan ini mampu memujuk pekerja mahir negara yang sedang berkhidmat di luar negara menabur bakti di Malaysia?” tanya beliau lagi.
Dalam hal ini, tambah beliau apa yang penting juga adalah langkah memberdaya potensi dan kepakaran anak muda untuk mengadaptasi nilai positif budaya kerja negara luar dalam industri kritikal seperti Jepun dan Jerman.
Ini, katanya dapat dilakukan dengan inisiatif 'internship' atau pertukaran perkhidmatan di pejabat korporat peringkat antarabangsa dalam tempoh tertentu.
“Inilah masanya untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan keseimbangan peranan pihak MIDA dan Talent Corporation memenuhi tuntutan kewangan negara disamping memberi limpahan kebaikan kepada para pekerja mahir tempatan untuk mengisi kelompongan pasaran buruh serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja mahir asing,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 17-2-2014
Konsensus Nasional: Najib digesa segera beri perincian
- Feb 15, 2014
- ANIS NAZRI
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata jika konsensus itu sesuatu perkara yang baik, Najib tidak perlu berlengah-lengah untuk menjelaskan kandungan konsensus tersebut secara terperinci.
Bercakap pada sidang media di Pusat Media PAS, di sini, Suhaizan berkata rakyat ternanti-nanti apa yang terkandung dalam konsensus itu, selain makna dan manfaatnya secara keseluruhannya.
"Kita harap Najib segera menjelaskan tentang makna, kandungan konsensus itu jika ia memang baik. Ramai yang ternanti-nanti penjelasan daripada Najib," tegas beliau.
Dalam perkembangan lain, Suhaizan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyatakan status siasatan ke atas kes bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.
Sehingga kini, tegas Suhaizan, SPRM tidak pernah memaklumkan status siasatan berkaitan kes yang disabitkan ke atas Taib sebelum ini sehingga beliau akan dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru.
Semalam, Pemuda PAS Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong agar tidak memperkenankan pelantikan Taib sebagai TYT selagi tidak dibersihkan.
Sumber HD - 15-2-2014
Pemuda PAS sedia demo desak k'jaan selesai harga getah
- Feb 15, 2014
- ANIS NAZRI
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata jika Najib dan kerajaan tidak mengambil langkah serius bagi membantu golongan penoreh ini, himpunan itu akan digerakkan dalam tempoh terdekat.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, Suhaizan berkata pihaknya akan bersama-sama rakyat, khususnya para penoreh yang terkesan dengan situasi ini.
Bagaimanapun, beliau belum memutuskan tarikh sebenar himpunan tersebut akan diadakan.
"Kita mendapat respons daripada rakyat di Kedah, sudah ada beberapa himpunan yang mendesak kerajaan mencari jalan untuk atasi masalah ini. Sebelum ini ada dibuat di Sik.
"Jika kerajaan masih tidak ambil peduli, kita gerakkan secara besar-besaran untuk menyokong dan membantu penoreh di Kedah dan juga seluruh negara," tegas beliau lagi.
Beliau difahamkan harga getah hari ini sudah jatuh sehingga Rm1.90 sekilo berbanding pernah mencapai sehingga RM5 sekilo sebelum ini.
Dalam pada itu, Suhaizan berkata kerajaan perlu mencari jalan untuk meningkatkan harga getah bagi membantu golongan tersebut.
Sebaliknya, jika usaha itu tidak boleh dilakukan, beliau mendesak kerajaan untuk mencari alternatif lain yang boleh membantu golongan penoreh yang kini mengalami zaman kesengsaraan mereka.
"Hari ini, peningkatan harga barang naik tanpa boleh dihalang, ditambah pula dengan harga getah yang menjunam. Keadaan tersebut menyebabkan para penoreh ini semakin terhimpit kehidupannya. Justeru, kerajaan perlu segera cari jalan bagi atasi perkara ini," tegas beliau.
Turut serta pada sidang media itu timbalan ketua, Ustaz Khalil Abdul Hadi; setiausaha, Nasaie Ismail; ketua penerangan, Ustaz Zaharudin Mohamad; dan pengarah pilihan raya pemuda, Mohd Sany Hamzan.
Sumber HD - 15-2-2014
Pemuda PAS rayu sumbangan mangsa banjir Sabah
- Feb 15, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia membuka akaun khas bagi membantu mamgsa banjir di Beuford, Keningau dan Tenok Sabah.
Pengerusinya, Muhammad Hafiz Musa berkata, orang ramai di seluruh negara di seru menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir berkenaan.
"Banjir yang berlaku paling lewat akhir bulan Januari baru-baru ini mengikut gelombang banjir negara menyaksikan kemusnahan banyak harta benda.
"Pemuda PAS bersimpati dengan nasib mereka dan mengambil ketetapan untuk membantu masyarakat di sana,"ujarnya.
Sehubungan itu, sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melalui akaun Maybank: 560232000360.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Tabung Rakyat Prihatin melalui akaun Maybank Islamik: 564025400414.
Sebarang sumbangan boleh dimaklumkan ke talian 013-9837377.
Hafiz berkata, sumbangan masyarakat di negara ini semestinya amat bernilai buat mangsa-mangsa bencana.
"Pemuda PAS Malaysia saya dahului dengan rakaman ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan,"ujarnya.
Sumber HD - 15-2-2014
Tampar: Juham cadang Zahid diberi 'tuisyen percuma'
- Feb 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata kenyataan bahawa tidak salah menawarkan penampar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti yang dibuat NGO pro Umno hanya menyerlahkan kedangkalan menteri Umno itu.
"Adalah sangat tidak munasabah dan cukup dangkal bagi seorang menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh YB Teresa dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan.
"Jika sebegitu sekali jahilnya Zahid tentang undang-undang, maka Juham merasakan adalah sangat wajar sekiranya Penasihat Undang-Undang KDN atau Penasihat Undang-Undang Umno memberi ‘tuisyen percuma’ bagi ‘menyekolahkan’ Zahid," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, dalam isu ini juga, memperlihatkan agensi penguatkuasa seperti berat sebelah dan double standard lebih-lebih lagi jika ianya berkait dengan Umno.
"Ini membenarkan sangkaan selama ini bahawa di Malaysia wujud dua set undang-undang yang berbeza dari segi penguatkuasaannya iaitu untuk pemimpin Umno BNdan seluruh suku sakat serta penyokongnya dan satu set lagi untuk rakyat biasa terutama yang tidak menyokong Umno BN," jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Seksyen 503 memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Jika dibaca lanjut Seksyen 506 tersebut katanya, sekiranya intimidasi jenayah itu dilakukan hingga ke tahap melakukan ugutan untuk membunuh atau mengakibatkan kecederaan teruk (grievous hurt) kepada seseorang, si pelaku boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
"Jika dilihat peruntukan Seksyen 506 ini, jelas menunjukkan bahawa kenyataan Zahid bahawa hanya jika tawaran membunuh Teresa dikeluarkan barulah ianya dianggap sebagai satu kesalahan jenayah, adalah suatu kenyataan yang menyalahi sama sekali hakikat sebenar peruntukan undang-undang berkaitan perkata tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan kenyataan penasihat undang-undang kepada NGO-NGO pro-Umno terbabit yang secara janggal ‘mengaplikasikan’ teori asas di dalam undang-undang kontrak apabila beliau menyatakan bahawa tawaran menampar tersebut adalah sekadar ‘invitation to treat’ dan bukannya satu ancaman.
Menyifatkan ianya sebagai kenyataan yang melucukan, Norazmir yakin kenyataan tersebut dibuat kerana terlalu ghairah mempertahankan perkara yang salah hingga sanggup mengeluarkan teori-teori pelik.
"Padahal persoalan samada tawaran tersebut adalah benar-benar suatu ‘offer’ atau hanya ‘invitation to treat’ adalah tidak relevan sama sekali kerana isu di sini bukanlah suatu dispute berkaitan dengan mana-mana kontrak atau perjanjian di antara mana-mana pihak yang bertelagah.
"Undang-Undang Kontrak adalah suatu cabang di bawah undang-undang sivil dan tidak berkaitan dengan persoalan undang-undang jenayah. Tetapi tawaran menampar ini jelas suatu isu jenayah yang berkaitan dengan ancaman untuk mencederakan seseorang di luar dari batas undang," ujar beliau lagi.
Peguam tersebut jelasnya, cuba menunjuk jaguh kononnya pakar di dalam undang-undang, tetapi nampaknya dia juga tidak memahami sepenuhnya peruntukan di dalam Akta Kontrak 1950.
Dalam hal ini kata Norazmir, jika sekalipun terdapatnya ‘offer’, ‘acceptance’ dan ‘consideration’ yang memenuhi rukun asas dalam sesuatu kontrak, ianya tetap merupakan suatu kontrak yang tidak sah (void) kerana tawaran menampar seseorang adalah suatu jenayah dan dengan itu ianya adalah perkara yang menyalahi undang-undang (unlawful) sebagaimana peruntukan Seksyen 24 dan Seksyen 25 Akta Kontrak 1950.
Sumber HD - 15-2-2014
Akhbar: Apa lagi yang tinggal dalam demokrasi di Malaysia
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, selemah-lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Malaysia mencatat kedudukan ke tangga 92 pada tahun 2006.
“Kebebasan yang kita mahukan bukan secara mutlak. Ia mestilah berasaskan kepada nilai-nilai universal di samping menghormati tatasusila masyarakat di negara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, tambahnya para penggiat media mestilah bertanggungjawab dalam melapor dan menerang sesuatu isu dengan penuh beretika dan adil.
Malah, kata beliau terdapat akhbar-akhbar yang dilihat sengaja mencetus sentimen perkauman dan fitnah tanpa sebarang pendakwaan daripada pihak polis.
Dalam seruan ke arah kebebasan akhbar dengan beretika, maka beliau menggesa pihak kerajaan mengkaji semula kerelevanan permit penerbitan di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 bagi mengelakkan birokrasi serta kenaan syarat yang keterlaluan.
Contohnya, kata beliau sikap Kementerian Dalam Negeri yang bebas menggantung dan membatalkan permit penerbitan terhadap Harakah, Suara Keadilan, The Heat dan FZ Daily kerana sebab yang tidak munasabah.
“Dalam hal ini, komuniti dan penggiat media atau akhbar harus membentuk kawanan yang ampuh untuk terus membebaskan diri daripada cengkaman politik dan berdiri teguh menyebar kebenaran tanpa takut,” ujarnya.
Malah, beliau setuju dengan cadangan untuk mengadakan Hari Media Kebangsaan yang dianjur serta diselia oleh mereka sendiri di samping menggubal ikrar integriti akhbar yang berwibawa dan adil.
Katanya, kedua-dua pelan transformasi tidak menatijahkan hasil yang bermakna sama seperti kegagalan aspirasi 1Malaysia dalam memupuk keharmonian nasional.
“Apa lagi yang tinggal dalam demokrasi di Malaysia?” tanya beliau.
Sumber HD - 14-2-2014
Getah jatuh: Jangan tunggu Peristiwa Ubi Gadung berulang
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausahanya Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, pihaknya mendapat aduan bahawa ramai penoreh getah kini berdepan keadaan sukar untuk meneruskan kehidupan mereka selepas harga getah jatuh kepada paras paling rendah dalam sejarah 10 tahun penurunannya.
"Kerajaan jangan tunggu sehingga 'Peristiwa Ubi Gadung 1974' berulang kembali baru hendak bertindak.
"Peristiwa yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat keracunan selepas diberi makan ubi gadung oleh keluarganya akibat tidak mampu membeli makanan disebabkan harga getah rendah.
"Hasil peristiwa ini jugalah menjadi pencetus kebangkitan rakyat pada tahun tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily.
Menurut beliau juga, pihaknya juga menerima aduan bahawa ada pekebun getah di beberapa daerah di Kedah dan negeri-negeri lain yang tidak mampu membeli lauk pauk untuk sajian harian disebabkan hasil jualan getah yang merosot teruk.
Malah katanya, suasana ini sangat serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak kerajaan untuk menanganinya.
"Keberanian pekebun getah di Baling yang keluar berdemonstrasi minggu lepas memberi petunjuk tekanan hidup di tahap maksima sedang melanda penduduk.
"Tambahan pula kejatuhan harga getah ini berlaku di tengah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi di tahun ini. Oleh itu, sebelum terlewat kerajaan mesti bertindak segera menangani kemelut ini," kata beliau lagi.
Beberapa media sebelum ini melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 sekilogram dan berbeza-beza mengikut negeri.
Terbaru harga getah skrab di lapangan hari ini mencecah RM2.43 sekilogram di beberapa negeri termasuk Johor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Sumber HD - 13-2-2014
Naik cukai: Hendak suruh warga KL mengemis?
- Feb 11, 2014
- AHMAD ZAMRI
Saya meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meneruskan cadangan untuk menaikkan cukai taksiran Kuala Lumpur seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku tahun ini. Difahamkan DBKL telah mengeluarkan notis kepada penduduk dengan kadar baharu kenaikan cukai mulai Jun – Disember 2014 dan fasa demi fasa penduduk dipanggil bagi menerima rasional kenaikan kadar cukai pintu tersebut.
Lewat tahun lepas, beribu warga Kuala Lumpur telah menyerahkan surat bantahan bersama bil dan no akaun mereka kepada DBKL. Mereka mewakili keseluruhan penduduk Kuala Lumpur yang tidak mahu cukai pintu di Kuala Lumpur dinaikkan. Sepatutnya kehadiran beribu-ribu surat bantahan penduduk KL ke pejabat DBKL sudah cukup memberi suatu amaran jelas bahawa penduduk KL tidak bersedia menerima sebarang kenaikan lagi buat masa terdekat dan DBKL serta Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memahami isyarat ini.
Bagi mereka, DBKL perlu mengambil kira kesusahan dan penderitaan rakyat dalam menanggung bebanan hidup ekoran kenaikan kos sara hidup yang meningkat. Dalam tahun lepas dan tahun ini sahaja pelbagai kenaikan telah ‘dinikmati’ oleh rakyat daripada harga petrol, tarif eletrik, gula dan lain-lain lagi. Malah, harga tol di beberapa lebuhraya telah pun dinaikkan mulai 1 Januari 2014.
Tahun hadapan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula akan diperkenalkan. Justeru, apa lagi yang tinggal buat rakyat untuk mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan pendapatan yang tidak meningkat naik melainkan bebanan demi bebanan ditanggung.
Soalnya, apa keperluan cukai taksiran di Kuala Lumpur dinaikkan pada waktu ini? Mengapa perlu memangsakan rakyat hanya semata-mata kerana kerajaan menjadi buntu memikirkan soal perbelanjaan yang melebihi pendapatan? Dalam keadaan majoriti penduduk Kuala Lumpur berpendapatan sederhana malah masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, DBKL pula sewenang-wenangnya menaikkan cukai taksiran. Mahu rakyat hidup merempat di bawah jambatan, mengemis meminta simpati, berhutang keliling pinggang atau mahu rakyat bekerja siang dan malam hanya semata-mata mahu meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga di bandaraya ini?
Dalam hal ini, sepatutnya DBKL berusaha gigih memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat menikmati hidup di tengah-tengah bandaraya ini. Aspek kebajikan dengan memenuhi infrastruktur dan kemudahan awam adalah terlebih utama untuk ditunaikan daripada menjerut leher rakyat.
Lagipun, masih banyak masalah dihadapi oleh penduduk Kuala Lumpur seperti isu trafik yang tidak pernah selesai, perumahan, kebersihan, parkir, jenayah dan lain-lain. Daripada DBKL berbelanja ratusan juta ringgit untuk sambutan tahun baru, majlis keraian tertentu dan lain-lain, adalah lebih dimanfaatkan duit tersebut untuk keperluan dan kebajikan rakyat di Kuala Lumpur ini.
*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 11-2-2014
Survey Seks pada pelajar: Rasional atau tidak?
- Feb 08, 2014
- IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Daripada pendedahan kes yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB J Arulkumar, kajian tersebut tidak diselia secara rasmi oleh pihak jabatan pendidikan termasuk pakar.
Perkara ini dibimbangi boleh mengelirukan responden dalam kalangan para pelajar sekolah rendah termasuk ibu bapa mereka.
Meskipun mungkin objektif kajian itu adalah baik, namun tindakan tersebut kurang sesuai dan boleh memberikan implikasi negatif. Seharusnya, mereka diberikan pendedahan kepada asas-asas pembinaan kualiti insan bukan membuka persoalan-persoalan yang kurang sesuai dengan umur mereka.
Kajian seumpama ini dijangka berkaitan dengan cadangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 untuk menggubal kurikulum modul pendidikan seks ekoran peningkatan kes buang bayi dikalangan remaja. Namun, modul tersebut masih dalam pendebatan.
Pada bulan Jun 2010, sekumpulan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan kajian bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dan telah mendedahkan 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar terdedah kepada seks bebas sehingga menggugurkan janin. Ia berpunca daripada kekurangan penerapan latihan akhlak yang baik.
Oleh hal yang demikian, kami berharap agar pihak sekolah terus menyuburkan agenda pendidikan Islam dan moral dikalangan pelajar untuk mengukuh jatidiri mereka bagi mendepani cabaran semasa yang terlalu rencam hari ini.
Islam menegaskan dalam peringkat usia kanak-kanak sekitar 7 hingga 14 tahun, mereka seharusnya ditekankan kepada aspek pelaksanaan ibadah dengan penuh bertanggungjawab. Malah, adalah lebih efektif sekiranya ibu bapa mengambil peranan dan memberikan pendedahan awal mengenai perkara-perkara ini terhadap para pelajar di rumah.
Pemuda PAS Malaysia menyeru rakyat Malaysia seluruhnya supaya kita dapat bersama-sama memberikan usaha yg terbaik dalam mengawal selia penglibatan anak-anak kita. Didiklah mereka dgn agama dgn mengenal Tuhannya kerana itulah yang akan menjadi ketahanan jatidiri mereka.
Ir Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 8-2-2014
Tampar RM500: Islam tidak ajar cara begitu
- Feb 07, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, tawaran tersebut sangat membahayakan kerana satu cara menggalakkan orang ramai melakukan jenayah selain memburukkan imej NGO Islam.
"Saya anggap ini suatu tindakan yang memalukan kerana dilakukan oleh NGO Islam dan Islam tidak mengajar orang dengan cara begitu.
"Bila mereka tawar nak bagi RM500 kemudian tambah jadi RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Teresa, bayangkan kalau aksi itu dibuat kerana nak dapat duit, itu akan mengundang bahaya dan satu jenayah," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Semalam, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menaikkan tawaran daripada RM 500 kepada RM1,200 kepada orang ramai yang menampar Teresa ekoran kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Suhaizan turut mengecam tindakan mereka menyembelih ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan tidak berfaedah.
"Apa yang mereka dapat bila lumur darah ayam pada kain rentang pimpinan Pakatan? Apa yang mereka dapat?
"Apakah tak ada cara lain untuk menegur pemimpin kalau pemimpin itu barangkali melakukan perkara tak baik?
"Kalau lumur dengan darah ayam apa yang dia dapat selain menimbulkan kemarahan?" soalnya.
Sementara itu, Exco Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee berkata, individu yang membuat tawaran itu boleh didakwa di bawah Seksyen 507 kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Kalau ada laporan polis, orang yang buat tawaran itu boleh didakwa di bawah Seksyen 507 kerana melakukan ugutan janayah kepada orang lain," katanya yang juga Pengarah Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 7-2-2014
TYT S'wak: Mohon Agong pertimbang tidak lantik Taib
- Feb 07, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan untuk tidak melantik Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak selagi belum dibersihkan daripada tuduhan rasuah.
Tindakan ini diputuskan ekoran desas-desus Taib akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan akan dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.
Desas-desus ini semakin kuat kerana perkhidmatan Yang di-Pertua Negeri sekarang, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan tamat pada 28 Februari ini.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Taib mesti dibersihkan dahulu daripada dakwaan rahsuah sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.
"Pemuda akan bertemu dengan pihak Istana Negara bagi memohon Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan untuk tidak melantik Taib sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak selagi beliau belum dibersihkan daripada rasuah dan pengesahan tapisan tidak dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat Sarawak," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Suhaizan juga berkata, Pemuda PAS Malaysia memandang serius kemungkinan Taib akan menjadi Yang di-Pertua Negeri kerana beliau sering dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru pihaknya akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak Taib disiasat dan didakwa.
"Sebelum ini SPRM seolah-olah berhalangan untuk mendakwa Taib malah kami dimaklumkan SPRM gagal menyiasat sepenuhnya beliau mungkin kerana kuasa yang dimilikinya.
"Justeru kami melihat perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri merupakan peluang keemasan bagi SPRM untuk membuka semula kertas siasatan sebelum ini dan menjalankan penyiasatan baru dan pendakwaan," tegasnya.
Selain itu Pemuda PAS Malaysia juga menuntut penjelasan dan jawapan balas daripada Pusat Zakat Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara berkenaan status zakat, cukai dan skandal beliau serta pengesahan tapisan daripada agensi berkenaan sebelum beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.
"Jika beliau gagal dihadapkan ke muka pengadilan tetapi tetap dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak, rakyat akan menyaksikan pengulangan kes yang sama seperti yang berlaku ke atas Tan Sri Khlail Yaakob di Melaka, apabila tuduhan dan aduan rasuah ke atas beliau lenyap sama sekali setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Exco Pemuda PAS Malaysia Sany Hamzan dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Jangkaan Taib akan meletakkan jawatan mula timbul selepas beliau itu memanggil mesyuarat tergempar bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri hujung minggu ini.
Taib memerintah Sarawak sejak 33 tahun bermula tahun 1981 dan merupakan pemimpin kerajaan yang berkhidmat paling lama di negara ini.
SK - https://www.youtube.com/watch?v=iahvFiHwzGg
Sumber HD - 7-2-2014
Enam agenda pastikan Pemuda PAS di hadapan - Suhaizan
- Jan 29, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau menyedari bahawa Pemuda PAS dilihat kurang berkesan dalam mendepani isu rakyat dan penyelesaian kepada perkara itu menjadi fokus utama.
"Kita mahu Pemuda PAS menguruskan isu-isu rakyat dengan lebih konsisten dan berkesan dan ini bertujuan agar pemuda lebih mendepani isu tersebut dan menyelesaikannya sehingga peringkat akhir," jelasnya dalam satu temubual bersama Harakah dan Harakahdaily.
Kedua, Pemuda PAS juga ujarnya akan meneruskan agenda yang dibuat pemimpin sesi sebelumnya.
"Pemuda juga akan memberi fokus kepada pengundi Melayu terutamanya golongan muda, yang memerlukan satu mekanisme dan menggerakkan agenda bersepadu dalam urusan tersebut.
"Dalam urusan membabitkan pengundi muda kita telah menubuhkan Jabatan Pendidikan politik," sambung beliau.
Menurut Suhaizan, pemuda juga akan menjadikan pendekatan dakwah baru sebagai agenda penting mereka.
Katanya, pemuda akan menerokai dimensi dakwah baru dengan konsep yang lebih kreatif dan berkesan, dan bagi tujuan itu Lajnah Dakwah dan Penerangan dipisahkan untuk gerak kerja yang lebih fokus.
Menurut beliau, melalui penekanan ini pendakwahan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang Islam kepaada masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan konsep santai.
"Pemuda juga menetapkan konsep tarbiyah dan perkaderan, ini merupakan perkara paling asas dalam parti, generasi baru yang memerlukan sentuhan yang lebih dinamik.
"Perkaderan, memang kita melahirkan ramai petugas-petugas tetapi itu hanya meliputi peringkat bawah dan hanya di dalam parti, mulai sekarang kita akan memberi fokus di mana pemuda akan melahirkan pemimpin yang bukan sahaja berwibawa di peringkat parti tetap juga di peringkat nasional.
Selain itu katanya, pemuda juga memberi tumpuan kepada sistem pengurusan yang lebih sistematik di semua peringkat.
"Kita perlu ada satu mekanisme yang yang betul serta rangka kerja yang lebih selaras bagi tujuan kerja yang lebih efisyen," kata beliau lagi.
Turut serta pada sesi temubual itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Nasaie Ismail.
SK : https://www.youtube.com/watch?v=JcDqfOPeaPI
Sumber HD - 29-1-2014
Khalid, Azmin digesa henti berbalah
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, ketika rakyat sedang dihimpit kenaikan kos sara hidup akibat tatakelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan UMNO/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Suhaizan menyeru agar pertelagahan dalaman itu ditamatkan segera.
“Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sewajarnya memberikan keutamaan serta fokus yang tidak berbelah bahagi kearah isu-isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Ia akan menjadi cerminan perbezaan antara pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Umno/BN; bukannya mempertajamkan lagi konflik dalaman yang hanya akan meruntuhkan tanggapan baik rakyat terhadap Pakatan,” ujarnya.
Beliau menambah, kemampuan meraih 53 peratus undi popular dalam PRU13 lalu seharusnya memberikan keinsafan kepada Pakatan Rakyat bahawa lebih separuh rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi kepada Pakatan untuk membawa reformasi dalam pentadbiran negara.
Suhaizan mahu pemimpin Pakatan Rakyat mengelak politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan seperti diamalkan Umno/BN yang akhirnya memangsakan rakyat.
“Sebarang isu dalaman perlu diselesaikan segera mengikut saluran parti dan tidak wajar sama sekali dibiarkan melarat sehingga menghakis persepsi baik terhadap Pakatan yang telah dibina selama ini,” ujarnya.
Beliau menjelaskan bahawa teguran yang dibuat bukan bertujuan 'menjaga tepi kain orang' tetapi satu nasihat dan teguran bagi memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta maslahat rakyat.
Sumber HD - 26-1-2014
Siapa pengganti Lee Chong Wei?
- Jan 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan pemain nombor empat dunia, Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan kemenangan 'straight set'.
Kemenangan kali kesepuluh Datuk Lee Chong Wei ini seharusnya menjadi pemangkin kepada pemain-pemain muda di luar sana untuk sama-sama menjejaki apa yang telah dikecapi oleh beliau.
“Kehebatan beliau bukan sahaja sekadar jaguh kampung tetapi merupakan seorang pemain dunia nombor satu,” ujar Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin.
Beliau berkata, Ching Wei boleh dianggap sebagai lagenda dan ikon sukan tanah air sebaris dengan tokoh-tokoh atlet lain seperti Datuk Nicol David, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Namun, ujarnya kehebatan manusia sememangnya mempunyai batasannya kerana sampai satu ketika, seseorang itu harus berundur dan memberikan muka-muka baru untuk meneruskan perjuangan.
Begitu juga halnya dengan Datuk Lee Chong Wei, katanya.
Katanya, hasrat untuk persaraannya telah diumum oleh Chong Wei sendiri selepas memenangi kejuaraan kelmarin seharusnya dipandang berat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurutnya, Malaysia mempunyai ramai pelapis baru namun tidak ramai diketengahkan di peringkat dunia, menyebabkan negara ketandusan pemain yang bertaraf dunia.
Beliau berkata, Malaysia seharusnya risau dengan negara-negara yang telah mempunyai pelapis bertaraf dunia yang kian menyengat seperti China, Indonesia, Jepun dan Thailand.
Katanya lagi, ketandusan pemain bukan sahaja pada pemain perseorangan lelaki, malah ianya melibatkan pemain perseorangan wanita dan beregu.
“Lihat sahaja pemain seperti Chen Long dari China, Ratchanok Intanon dari Thailand, mereka adalah dari kumpulan pelapis muda yang kian naik mendapat nama di pentas dunia,” ujarnya.
Bahkan, kata beliau mereka juga mampu mengalahkan beberapa nama senior di peringkat antarabangsa.
“Situasi inilah yang nampaknya tidak berlaku di Malaysia. Kita hanya gah dengan satu nama sahaja, dan satu nama ini sahajalah yang dijulang di segenap dunia,” katanya lagi.
Khairil Nizam menambah, kehebatan Datuk Lee Chong Wei boleh disifatkan ‘one man show’ kerana sejak menjadi pemain nombor 1 dunia, Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan Piala Thomas sejak tahun 1992 walhal beliau sudah beberapa kali merangkul kejuaraan All England.
Oleh sebab itu, ujar beliau pucuk pimpinan BAM yang kini diterajui oleh Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff harus segera memikirkan sesuatu formula ajaib untuk merangkul kembali piala yang berprestij tersebut setelah ketiadaan Lee Chong Wei.
Dalam masa yang sama, beliau menyarankan program pembangunan sukan belia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin seharusnya tidak dipandang sepi demi kebaikan dan mutu sukan badminton negara.
“Apakah Malaysia akan berputih mata sekali lagi untuk Kejohanan Piala Thomas 2014 di New Delhi, India? BAM mungkin ada jawapannya,” kata beliau lagi.
Sumber HD - 22-1-2014
Apa lagi rakyat Sabah boleh harapkan daripada BN
- Jan 20, 2014
- Khairil Nizam Khirudin
Pada hari Rabu, 15 Januari yang lepas, saya berangkat bersama rombongan pimpinan Pemuda PAS Malaysia ke Bumi Di Bawah Bayu. Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda turut serta dalam rombongan tersebut. Selain menghadiri perbicaraan di mahkamah, kami juga menyantuni anak anak muda dan rakyat Sabah dengan pelbagai program yang telaha disusun. Antaranya dialog anak muda, kuliah di surau-surau dan program turun kawasan.
Antara tempat yang sempat saya turun kawasan adalah di Batu Sapi. Ianya terletak lebih kurang 10km daripada bandar Sandakan. Malang bagi warga Batu Sapi apabila mereka mengalami kerosakan jalan hampir 5km terutama di kawasan Taman Po Hing dan ianya telah berlarutan lebih daripada 3 tahun.
Apabila ditanya adakah sudah diadukan kepada Ahli Parlimen dan Adun berkenaan? Riak wajah mereka menampakkan kekesalan dan kecewa. Mereka sudah puas meminta Ahli Parlimen Batu Sapi daripada BN (PBS), Linda Tsen Thau Lin dan Adun Sekong (Umno), Shamsuddin Yahya menyelenggara jalan tersebut,namun setelah berlalu PRU13, Aku Janji mereka hanya tinggal janji.
Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah mengemukakan soalan dalam parlimen berkenaan status jalan berkenaan pada sesi Parlimen yang lepas. Menteri Kerja Raya, dalam jawapan bertulisnya menyatakan bahawa jalan raya tersebut mendapat peruntukan khas melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan telah memperuntukkan RM24 juta untuk menyelenggara jalan tersebut. Namun jalan raya tersebut tidak menerima Sijil Perakuan Siap Kerja oleh JKR Sabab walaupun telah dibuka pada awam sejak 2012. Ia kerana terdapat kecacatan jalan raya yang masih belum diselenggara oleh pihak kontraktor dan JKR Sabah akan menggunakan deposit kontraktor jika ia masih tidak diselanggara.
Realitinya, keadaan jalan raya tersebut sangat menyedihkan (boleh rujuk gambar saya bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust. Muhd. Kholil Abd. Hadi, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa pimpinan Pemuda PAS Sabah dan rakyat) dan membahayakan kepada pengguna jalan raya terutamanya yang berbasikal, bermotorsikal dan kereta kecil. Kebarangkalian mereka terjatuh berisiko tinggi dan ini meresahkan penduduk Batu Sapi. Pihak JKR Sabah juga tidak berusaha menyelenggara projek tersebut walaupun aduan telah dilakukan.
Maka, saya mengesyorkan beberapa cadangan hasil pertemuan bersama penduduk sekitar;
1. Kementerian Kerja Raya mesti memastikan kontraktor yang dilantik menggunakan bahan yang sesuai untuk jalan yang digunakan oleh kenderaan berat, contohnya kontraktor yang membina jalan raya menuju Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. Ia penting kerana geografi muka bumi Sabah yang berbukit bukau menjadikam jalan rayanya digunakan dengan kenderaan berat dan besar seperti pacuan 4 roda, lori, bas dan sebagainya. Sekaligus dapat menjimatkan perbendaharaan Negara daripada acap kali menyelenggara jalan raya yang tidak berkualiti di saat harga barang naik kecuali sayur kangkung sahaja yang turun!
2) Pihak JKR Sabah hendaklah melantik kontraktor yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik, dan bukannya dari kalangan kroni untuk menyelenggara projek tinggalan kontraktor lama. Perkara ini sudah sinonim dengan BN. Mereka lebih mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak daripada kredibiliti dan kualiti kontraktor tersebut. Hasilnya, projek yang dilaksanakan ibarat melepas batuk di tepi tangga. Kesannya kembali kepada rakyat yang menanggung kepayahan apabila kemudahan asas seperti jalan raya tidak sempurna.
3) Saya menyeru penduduk tempatan membuat laporan kepada SPRM untuk memulakan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan duit peruntukan bagi pembinaan jalan tersebut. Kita tidak akan redha dan tidak akan diam apabila di saat rakyat tertekan dengan kos sara hidup menekan tetapi pemimpin BN sesuka hati memanipulasi wang rakyat demi kantung mereka kekal penuh.
Projek ini hanya salah satu contoh salah urus tadbir BN sebagai pemerintah. Belum lagi dibongkarkan lebih banyak lagi projek projek yang bermasalah, tidak siap dan terbelengkalai. Di Wilayah Persekutuan sendiri pelbagai projek yang bermasalah dan merugikan rakyat.
Teringat orang orang tua selalu sebut berkenaan UMNO dan BN. Mereka memuja BN kerana merekalah yang membina jalan, sekolah, jambatan, menyediakan itu dan ini. Tanpa BN, mereka merasakan Malaysia tidak membangun seperti sekarang.
Nah, sekarang BN bagaimana? Jalan raya tidak siap, jambatan roboh, stadium runtuh, harga barang naik, minyak naik, gula naik, tarif elektrik naik dan sebagainya.
Apa lagi kita boleh harap pada BN?
Ini Kalilah, PRU 14 Betul-betul TUKAR!
*Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 20-1-2014
Kait peristiwa 13 Mei zahir mentaliti 'kangkung' Umno
- Jan 20, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Umno BN agar tidak memanipulasi isu 'kangkung' untuk menjadi senjata perkauman mereka demi mengalih kemarahan rakyat terjadap kerajaan ekoran kenaikan kos hidup.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, berkata, isu 'kangkung' yang menjadi siulan anak muda ketika ini adalah sebagai protes sinis terhadap realiti tekanan hidup yang dihadapi mereka.
Malah kata beliau, isu 'kangkung' yang ditimbulkan itu pada hakikatnya tiada kaitan langsung dengan peristiwa 13 Mei.
"Isu ini berlaku secara tidak langsung. Pada awalnya kreatifnya anak-anak muda hari ini menzahirkan isu kangkung sebagai bahan lawak walaupun ada mesej tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.
"Tetapi Umno BN pula mengheret isu ini menjadi isu perkauman. Walhal bukan bukan orang Cina malah orang Melayu juga membangkitkan isu kangkung," katanya kepada Harakahdaily.
Begitu juga dalam himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru lalu katanya, Umno BN cuba mengaitkan rakyat dengan isu 'bughah'.
"Isu utama yang patut diselesaikan oleh kerajaan adalah isu kenaikan harga barang. Kenapa perlu kaitkan dengan isu perkauman?," tegasnya.
Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan membantah 'flash mob kangkung' di hadapan Sanway Carnival Mall, Seberang Jaya Pulau Pinang.
Namun di dalam perhimpunan itu, Umno negeri cuba mengulangi ancaman 13 Mei dengan membawa sepanduk yang berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?”
Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan “ABCD - Asal Bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.
Sumber HD - 20-1-2014
No comments:
Post a Comment