Kahwin di kuil: Rapuhnya akidah umat
Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Hindu di kuil di Petaling Jaya berikutan aduan pengantin perempuan yang dipercayai beragama Islam semalam mengundang pandangan pelbagai pihak. Tidak kurang yang mengecam, mengutuk tindakan Jais sebagai tidak menghormati hak dan pegangan penganut agama lain. Ada yang marah kerana Jais mengganggu majlis perkahwinan dan budaya masyarakat dan agama Hindu.
Bagi umat Islam, tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam dari terkeluar dari garis Islam. Serbuan mungkin terpaksa dilakukan setelah mendapat maklumat tepat mengenai keislaman gadis itu bagi ‘membebaskan’ akidah beliau dari terjerumus ke lembah kemusnahan yang lebih parah di kemudian hari.
Menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam berkahwin dengan penganut agama lain tanpa pasangan bukan Islam itu memeluk agama Islam. Islam tidak membenarkan pula penganut Islam menukar agama kepada agama lain kerana ia adalah murtad dan kesalahan paling besar dalam Islam adalah keluar dari agamanya sendiri. Ia jelas difahami oleh penganut mazhab Ahli sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Tindakan gadis terbabit berkahwin di kuil dengan mengikut segala amalan dan ajaran Hindu dikhuatiri akan menjejaskan akidahnya serta melanggar syariat Islam. Perkahwinannya di sisi Islam tidak sah dan akan menyebabkan zuriat yang diperolehi juga tidak sah taraf.
Kes ini menjadi pengajaran betapa seriusnya masalah akidah dan akhlak dalam masyarakat. Kejahilan adalah faktor utama mengapa wanita itu sanggup mengenepikan ajaran agamanya demi meraih ‘cinta sejati’ bersama pasangannya. Akidah umat boleh dijual beli hanya untuk kelangsungan perkahwinan dan percintaan. Seolah-olah akidah dan syahadah adalah perkara remeh yang boleh disampingkan kerana keperluan dan tuntutan hidup.
Isu keruntuhan akidah perlu diangkat kembali dalam masyarakat supaya kepekaan dan keprihatinan semua pihak dapat diberi perhatian. Keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam di negeri-negeri sama-sama berperanan agar setiap individu tidak dipesongkan oleh penyakit akidah. ‘Percintaan songsang’ seperti ini boleh dielakkan andai kefahaman dan penghayatan Islam disemai dalam diri setiap individu. Kajian dan survey terbaharu juga perlu dibuat untuk mengenalpasti sejauh mana ancaman murtad terhadap umat Islam. Dibimbangi percintaan dan perkahwinan dijadikan sebagai senjata paling ampuh bagi memastikan akidah umat Islam melayang.
*Penulis adalah AJK PAS Pusat
-HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014
Bagi umat Islam, tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam dari terkeluar dari garis Islam. Serbuan mungkin terpaksa dilakukan setelah mendapat maklumat tepat mengenai keislaman gadis itu bagi ‘membebaskan’ akidah beliau dari terjerumus ke lembah kemusnahan yang lebih parah di kemudian hari.
Menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam berkahwin dengan penganut agama lain tanpa pasangan bukan Islam itu memeluk agama Islam. Islam tidak membenarkan pula penganut Islam menukar agama kepada agama lain kerana ia adalah murtad dan kesalahan paling besar dalam Islam adalah keluar dari agamanya sendiri. Ia jelas difahami oleh penganut mazhab Ahli sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Tindakan gadis terbabit berkahwin di kuil dengan mengikut segala amalan dan ajaran Hindu dikhuatiri akan menjejaskan akidahnya serta melanggar syariat Islam. Perkahwinannya di sisi Islam tidak sah dan akan menyebabkan zuriat yang diperolehi juga tidak sah taraf.
Kes ini menjadi pengajaran betapa seriusnya masalah akidah dan akhlak dalam masyarakat. Kejahilan adalah faktor utama mengapa wanita itu sanggup mengenepikan ajaran agamanya demi meraih ‘cinta sejati’ bersama pasangannya. Akidah umat boleh dijual beli hanya untuk kelangsungan perkahwinan dan percintaan. Seolah-olah akidah dan syahadah adalah perkara remeh yang boleh disampingkan kerana keperluan dan tuntutan hidup.
Isu keruntuhan akidah perlu diangkat kembali dalam masyarakat supaya kepekaan dan keprihatinan semua pihak dapat diberi perhatian. Keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam di negeri-negeri sama-sama berperanan agar setiap individu tidak dipesongkan oleh penyakit akidah. ‘Percintaan songsang’ seperti ini boleh dielakkan andai kefahaman dan penghayatan Islam disemai dalam diri setiap individu. Kajian dan survey terbaharu juga perlu dibuat untuk mengenalpasti sejauh mana ancaman murtad terhadap umat Islam. Dibimbangi percintaan dan perkahwinan dijadikan sebagai senjata paling ampuh bagi memastikan akidah umat Islam melayang.
*Penulis adalah AJK PAS Pusat
-HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014
DNA babi: Produk muslim sebagai alternatif
Isu kandungan babi (porcine) dalam coklat kegemaran ramai Cadbury menjadi polemik negara buat seketika.
Ia menjadi gempar dengan ramai pihak membangkitkan kemarahan kerana ianya telah dijual berleluasa dan dimakan oleh orang ramai tanpa pemantauan sehinggalah akhirnya pendedahan oleh kerajaan baru-baru ini.
Ada cadangan beberapa pihak yang keterlaluan, terkeluar dari garis Islam dan menimbulkan rasa tidak senang dalam masyarakat termasuk mahu membakar kilang Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd.
Namun begitu Cadangan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad supaya tindakan tegas diambil terhadap syarikat Cadbury dilihat agak wajar, pertengahan dan boleh diambil perhatian.
Tindakan tegas ini amat penting sebagai suatu pengajaran berharga buat syarikat terbabit dan mana-mana syarikat lain agar mengambil sikap berhati-hati dalam menyediakan makanan mereka.
Sikap sambil lewa dengan tidak memerhatikan kandungan makanan sehingga bahan terlarang ada dalam makanan dianggap sebagai menipu.
Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak boleh diterima khususnya bagi umat Islam.
Bagi saya, syarikat terbabit telah melakukan suatu penyelewengan kerana berniat jahat bagi memastikan darah daging umat Islam tidak suci kerana memakan makanan yang haram kandungannya.
Perbuatan ini dianggap sebagai khianat atau sabotaj dan menutup operasi syarikat adalah hukuman paling setimpal atas perbuatan mereka.
Tindakan menyita atau menutup syarikat terbabit buat tempoh tertentu adalah paling wajar dan bersesuaian memandangkan tindakan yang sama dibuat terhadap premis-premis yang tidak mematuhi syariah dalam menyediakan makanan termasuk pengusaha bukan Muslim, premis kotor dan makanan tidak halal disediakan terhadap pembeli.
Isu kandungan halal dan haram dalam makanan perlu menjadi perhatian yang serius pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan.
Oleh kerana terlalu banyak produk yang dijual di pasaran terbuka, maka pemantauan yang ketat dan kerap perlu dibuat bagi memastikan produk makanannya benar-benar menepati piawaian dan standard halal yang ditetapkan.
Dalam hal ini, bagi mengelakkan polemik yang lebih besar dan sebagai pengajaran bersama, produk keluaran syarikat tempatan perlu menjadi pilihan utama bagi rakyat berbanding produk syarikat luar negara kerana pemantauan terhadap pengeluaran produk ini mudah dibuat manakala pengusahanya memahami budaya dan kehendak masyarakat tempatan.
Namun begitu, pemantauan ketat dengan pemeriksaan berkala, ujikaji makmal yang kerap dan menyediakan pegawai syariah juga perlu dilakukan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.
Bagi umat Islam pula, sudah tiba masanya produk keluaran pengusaha dan syarikat Muslim mendapat tempat di hati mereka.
Produk syarikat atau pengusaha Muslim tidak kurang hebat dari segi kualiti, rasa dan sifatnya. Selain halal, ia juga dapat membantu mengembangkan produksi dan ekonomi umat Islam di negara ini.
Kerajaan pula perlu meletakkan polisi agar syarikat keluaran Muslim dan pengusaha tempatan diberi tempat yang meluas di pasaraya mega dan di pasaran terbuka agar mereka juga menjadi pilihan pengguna di negara ini.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber HD - 28-5-2014
Ia menjadi gempar dengan ramai pihak membangkitkan kemarahan kerana ianya telah dijual berleluasa dan dimakan oleh orang ramai tanpa pemantauan sehinggalah akhirnya pendedahan oleh kerajaan baru-baru ini.
Ada cadangan beberapa pihak yang keterlaluan, terkeluar dari garis Islam dan menimbulkan rasa tidak senang dalam masyarakat termasuk mahu membakar kilang Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd.
Namun begitu Cadangan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad supaya tindakan tegas diambil terhadap syarikat Cadbury dilihat agak wajar, pertengahan dan boleh diambil perhatian.
Tindakan tegas ini amat penting sebagai suatu pengajaran berharga buat syarikat terbabit dan mana-mana syarikat lain agar mengambil sikap berhati-hati dalam menyediakan makanan mereka.
Sikap sambil lewa dengan tidak memerhatikan kandungan makanan sehingga bahan terlarang ada dalam makanan dianggap sebagai menipu.
Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak boleh diterima khususnya bagi umat Islam.
Bagi saya, syarikat terbabit telah melakukan suatu penyelewengan kerana berniat jahat bagi memastikan darah daging umat Islam tidak suci kerana memakan makanan yang haram kandungannya.
Perbuatan ini dianggap sebagai khianat atau sabotaj dan menutup operasi syarikat adalah hukuman paling setimpal atas perbuatan mereka.
Tindakan menyita atau menutup syarikat terbabit buat tempoh tertentu adalah paling wajar dan bersesuaian memandangkan tindakan yang sama dibuat terhadap premis-premis yang tidak mematuhi syariah dalam menyediakan makanan termasuk pengusaha bukan Muslim, premis kotor dan makanan tidak halal disediakan terhadap pembeli.
Isu kandungan halal dan haram dalam makanan perlu menjadi perhatian yang serius pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan.
Oleh kerana terlalu banyak produk yang dijual di pasaran terbuka, maka pemantauan yang ketat dan kerap perlu dibuat bagi memastikan produk makanannya benar-benar menepati piawaian dan standard halal yang ditetapkan.
Dalam hal ini, bagi mengelakkan polemik yang lebih besar dan sebagai pengajaran bersama, produk keluaran syarikat tempatan perlu menjadi pilihan utama bagi rakyat berbanding produk syarikat luar negara kerana pemantauan terhadap pengeluaran produk ini mudah dibuat manakala pengusahanya memahami budaya dan kehendak masyarakat tempatan.
Namun begitu, pemantauan ketat dengan pemeriksaan berkala, ujikaji makmal yang kerap dan menyediakan pegawai syariah juga perlu dilakukan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari.
Bagi umat Islam pula, sudah tiba masanya produk keluaran pengusaha dan syarikat Muslim mendapat tempat di hati mereka.
Produk syarikat atau pengusaha Muslim tidak kurang hebat dari segi kualiti, rasa dan sifatnya. Selain halal, ia juga dapat membantu mengembangkan produksi dan ekonomi umat Islam di negara ini.
Kerajaan pula perlu meletakkan polisi agar syarikat keluaran Muslim dan pengusaha tempatan diberi tempat yang meluas di pasaraya mega dan di pasaran terbuka agar mereka juga menjadi pilihan pengguna di negara ini.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber HD - 28-5-2014
Perancangan 'sabotaj' untuk burukkan Khairy?
KEJADIAN ahli-ahli Umno mengamuk sehingga menceroboh masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap menebal rasis ahli-ahli parti Melayu terbesar itu.
Angin perkauman itu cuba dimarakkan dengan demonstrasi pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang mengancam membakar ibu pejabat DAP. Lantas, tindakan ahli-ahli Umno Pulau Pinang dan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mendapat reaksi kritikan dan kutukan pelbagai pihak, termasuk rakan komponen BN, MCA.
Isu pencerobohan DUN Pulau Pinang dan ugutan 'membakar bangunan DAP' adalah isu serius dan melibatkan keselamatan awam.
Lebih-lebih lagi ia melibatkan sentimen perkauman, yang boleh mencetus ketidak senangan etnik di negara ini.
Pihak keselamatan sepatutnya campur tangan dengan tidak membiarkan keadaan berlarutan yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan yang memburukkan keadaan.
Disebalik 'keberanian' ahli Umno Pulau Pinang dan 'kejantanan' Pemuda Umno WP, ia sebenarnya menunjukkan pendeknya akal ahli-ahli Umno dalam membuat sesuatu tindakan.
Ia adalah politik tidak matang, ketinggalan zaman dan politik jumud oleh golongan tersepit yang mahu meraih simpati rakyat khususnya orang Melayu.
Rakyat membacanya sebagai usaha mengalih isu daripada kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan GST kepada mencari simpati dengan memainkan lakonan perkauman seperti ini.
Malah boleh dikatakan, tindakan Pemuda Umno WP sebenarnya telah menconteng arang ke muka Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Seakan kejadian ini sebagai mesej tersirat dari musuh politik pemimpin tertinggi Pemuda Umno dari dalam sendiri bahawa kepemimpinan Khairy terlalu lemah sehingga gagal mengawal ahli-ahli Pemuda Umno bertindak secara membabi buta.
Mungkin mesejnya supaya ahli Umno melihat kepemimpinan Khairy perlu ditukar atau dicabar.
Mungkin juga ia suatu sabotaj terhadap pucuk pimpinan Umno, yang dilihat semakin lemah dan tidak lagi mencengkam kukuh seluruh ahli dan cawangan-cawangan Umno.
*Penulis adalah AJK PAS Pusat
Sumber HD - 25-5-2014
Ustaz Abdul Ghani berjuang tanpa lelah
"Enta tulis buku apa sekarang?"
"Baguslah...terus menulis" pesan Ustaz Ghani lirih, dia tak jemu menghambur kata-kata yang inspiratif, juga kerana mantan exco Abim yang popular dalam dekad 1970-an ini begitu dekat dengan dunia akademik.
Almarhum adalah mantan pensyarah UTM yang juga seorang pendakwah yang sangat aktif mudik ke seluruh negara memberikan pengisian semenjak zaman muda.
Ustaz Abdul Ghani dengan suara serak basah mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan Islam, semasa menuntut di Mesir dalam bidang syariah, almarhum adalah tokoh pimpinan pelajar yang menggerakkan PMRAM.
Semenjak zaman bergelar aktivis pelajar, beliau sangat vokal dengan dasar-dasar negara yang tidak mesra Islam. Menuntut ilmu di bumi Mesir, tanah leluhur yang sarat dengan medan pertembungan iman dan kufur telah menyemai sikap beliau terhadap perjuangan Islam.
Bumi Hasan al-Banna ini telah mengajar beliau getir dan nuansa perjuangan, melihat kezaliman regim terhadap anggota Ikhwanul Muslimin di zaman Anwar Sadat yang menyaksikan mass crackdown terhadap puluhan ribu anggota Ikhwanul Muslimin yang menentang perjanjian Camp David.
Beliau menyintai gerakan amal tarbawi, menyusun gerakan anak muda supaya perjuangan Islam rendang dengan "alfahmu", bukan dengan terjahan semangat kosong.
Pulang ke tanah air, gerakan sosio politik anak muda iaitu Abim sedang menjadi fenomenal dan menampung suara vokal berorientasikan Islam kerana keberadaan PAS dalam kerajaan campuran.
Beliau dan almarhum Ustaz Fadzil Noor, Nakhaie Ahmad antara graduan Al Azhar yang berada dalam barisan Abim Pusat. Ustaz Ghani bergerak ke kampus-kampus, juga saran anak muda yang lain untuk menyatukan saff anak muda beraliran Islam.
Beliau pernah menjawat jawatan Exco Dakwah Abim yang popular, berusaha menyebarkan fikrah Ikhwanul Muslimin melalui tulisan tokoh-tokoh mereka.
Abim pula memegang jaringan kampus dibawah gerakan PKPIM dalam dasawarsa 70an yang sedang marak dengan kebangkitan Islam. Gerakan sosio politik ini adalah simbiosis dengan PAS dalam dekad itu seperti kajian Mutalib Hussein, seorang sarjana dari Singapura.
Apabila PAS ditendang keluar daripada koalisi BN pada tahun 1977, seterusnya hilang pengkalan kuasa di Kelantan pada tahun 1978, sosok utama pejuang Islam Indonesia, almarhum Dr Mohamad Natsir telah mencadangkan pemindahan darah muda dilakukan terhadap tubuh PAS.
Ustaz Fadzil Noor, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Nakhaie Ahmad, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah antara "young blood" yang memasuki PAS pada tahun 1978 saat PAS dilihat lemah.
Almarhum terkenal kerana ketegasannya berdakwah dan cukup berdisiplin, semasa berkhidmat sebagai pensyarah UTM, beliau sangat terkenal di negara ini. Wajahnya muncul di kaca TV, tegas berbicara dan beliau pernah dinobatkan oleh Jawi sebagai pendakwah terbaik Wilayah Persekutuan.
Dalam dekad 80-an dan 90-an,kaset-kaset kuliah serta forum beliau beredar ke seluruh negara, juga padat mengisi program agama sebaris dengan Dr Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Pak Yazid Jaafar.
Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Melaka dan di zaman beliaulah konsep markas tarbiah yang dikenali sebagai Balai Islam diperkenalkan di Melaka. Di balai-balai Islam inilah bergeraknya pengajian ilmu kerana masjid-masjid Melaka terdapat kekangan untuk mengajar ilmu agama.
Almarhum juga beberapa kali bertanding dalam Pilihan raya Umum di Melaka, namun negeri adat ini sangat kebal dengan Umno sehinggalah PAS mendapat anak sulungnya dalam PRU13.
Ustaz juga adalah pengasas kepada surau dan sekolah al-Mustaqimah Cheras, berbakti kepada masyarakat sehinggalah beliau terbaring di atas tilam. Ribuan anggota masyarakat sentiasa mengunjungi untuk bertanya khabar, mendoakan beliau agar terus sihat.
Kini almarhum telah mengadap Ilahi dengan segunung kebaktian kepada ummah, jasanya tak mampu diremehkan, malah terakam antara pendakwah yang tak lelah menyampaikan ilmu.
Saya teringat kali terakhir berforum dengannya di Masjid al-Aman Ampang, hujahan almarhum menyebabkan khalayak mengalir air mata, juga saya melihat ada genangan air mata di pipi almarhum. Fahamlah saya bahawa beliau bercakap daripada lubuk hatinya yang paling dalam, tembus pada hati manusia yang mendengar kalam beliau.
"Berjuanglah...sehingga kita berehat di akhirat" kalimah itu sangat mengesankan saya.
Berehatlah sang murabbi, kami adalah saksi mata atas kecekalanmu berdakwah sepanjang hayat. Al-Fatihah!
Penulis ialah AJK PAS Pusat, pendakwah dan perunding motivasi.
Sumber HD - 19-5-2014
MH 370: Meletak jawatan adalah harga menebus kesilapan
DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengakui kesilapan atau ‘tersalah langkah’ dalam misi pencarian pesawat MH370. Kenyataan beliau diperjelaskan dengan pengakuan bahawa kerajaan tidak mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.
Pengakuan beliau hanya berlaku selepas usaha mencari dan menyelamat berlangsung selama lebih dua bulan dengan melibatkan beberapa puluh buah negara dan membelanjakan berjuta ringgit untuk mencari pesawat yang hilang itu. Kesudahannya sehingga sekarang pesawat itu belum ditemui.
Pengakuan PM bererti kerajaan khususnya pasukan keselamatan telah melakukan sesuatu yang silap apabila lambat bertindak apabila memulakan operasi hanya selepas empat jam daripada maklumat kehilangannya. Dalam aspek keselamatan negara, segala perkara perlu dipantau dan dikawal ketat terutama yang melibatkan pergerakan udara. Apabila ada sebuah pesawat yang hilang dari radar, sepatutnya dalam masa beberapa minit tindakan segera perlu dibuat untuk mengesannya kembali termasuk operasi mencari dan menyelamat. Membiarkan selama empat jam untuk menggerakkan operasi dianggap terlalu lewat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan ratusan nyawa boleh melayang dalam tempoh tersebut. Barangkali pesawat mampu untuk dikesan jika operasi mencari dan menyelamat digerakkan cepat dan dan tidaklah ia hilang seperti mana sekarang.
Soal keselamatan negara adalah sesuatu yang serius dan kita tidak boleh bermain-main dengan kesilapan ini daripada terus berulang. Jika serapuh dan selemah ini negara ini dipantau, mungkin kejadian lebih buruk boleh berlaku. Musuh-musuh negara boleh mengambil kesempatan untuk menyerang mana-mana sistem pertahanan negara atau lokasi strategik negara. Paling tidak, kebarangkalian pesawat hilang boleh berlaku lagi pada bila-bila masa.
Jika PM sudah mengakui, ia menandakan ada pihak yang perlu dipersalahkan. Kesemua pihak berkaitan perlu bertanggungjawab atas kesilapan besar ini yang semestinya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika PM Korea Selatan berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan atas insiden karam di negara tersebut yang mengorbankan 300 orang, apakah atas perkara yang sama PM Malaysia tidak boleh bertanggungjawab atas kehilangan nyawa dan pesawat (belum ditemui) yang berjumlah 227 orang serta 12 anak kapal? Sewajarnya jika PM seorang yang bermaruah, beliau bersama Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan meletak jawatan atas kegagalan mereka melaksanakan misi besar ini. Jangan hanya dituding kepada pegawai tertinggi dalam pasukan tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan, sedangkan ketua negara sendiri bebas tanpa dipertanggungjawabkan.
Dr Riduan Mohd Nor ialah Ahli jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 16-5-2014
Pengakuan beliau hanya berlaku selepas usaha mencari dan menyelamat berlangsung selama lebih dua bulan dengan melibatkan beberapa puluh buah negara dan membelanjakan berjuta ringgit untuk mencari pesawat yang hilang itu. Kesudahannya sehingga sekarang pesawat itu belum ditemui.
Pengakuan PM bererti kerajaan khususnya pasukan keselamatan telah melakukan sesuatu yang silap apabila lambat bertindak apabila memulakan operasi hanya selepas empat jam daripada maklumat kehilangannya. Dalam aspek keselamatan negara, segala perkara perlu dipantau dan dikawal ketat terutama yang melibatkan pergerakan udara. Apabila ada sebuah pesawat yang hilang dari radar, sepatutnya dalam masa beberapa minit tindakan segera perlu dibuat untuk mengesannya kembali termasuk operasi mencari dan menyelamat. Membiarkan selama empat jam untuk menggerakkan operasi dianggap terlalu lewat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan ratusan nyawa boleh melayang dalam tempoh tersebut. Barangkali pesawat mampu untuk dikesan jika operasi mencari dan menyelamat digerakkan cepat dan dan tidaklah ia hilang seperti mana sekarang.
Soal keselamatan negara adalah sesuatu yang serius dan kita tidak boleh bermain-main dengan kesilapan ini daripada terus berulang. Jika serapuh dan selemah ini negara ini dipantau, mungkin kejadian lebih buruk boleh berlaku. Musuh-musuh negara boleh mengambil kesempatan untuk menyerang mana-mana sistem pertahanan negara atau lokasi strategik negara. Paling tidak, kebarangkalian pesawat hilang boleh berlaku lagi pada bila-bila masa.
Jika PM sudah mengakui, ia menandakan ada pihak yang perlu dipersalahkan. Kesemua pihak berkaitan perlu bertanggungjawab atas kesilapan besar ini yang semestinya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika PM Korea Selatan berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan atas insiden karam di negara tersebut yang mengorbankan 300 orang, apakah atas perkara yang sama PM Malaysia tidak boleh bertanggungjawab atas kehilangan nyawa dan pesawat (belum ditemui) yang berjumlah 227 orang serta 12 anak kapal? Sewajarnya jika PM seorang yang bermaruah, beliau bersama Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pertahanan meletak jawatan atas kegagalan mereka melaksanakan misi besar ini. Jangan hanya dituding kepada pegawai tertinggi dalam pasukan tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan, sedangkan ketua negara sendiri bebas tanpa dipertanggungjawabkan.
Dr Riduan Mohd Nor ialah Ahli jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 16-5-2014
Keselamatan Obama: Jangan lupa rakyat sendiri
- Apr 24, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Umum mengetahui bahawa Presiden AS mempunyai banyak musuh. Ia menandakan polisi negaranya yang tidak mahu bersahabat dengan negara-negara lain, terutama pesaing global. Malah, negara kerdil juga menjadi bahan belasahan negara Uncle Sam itu seperti yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan lain-lain.
Membahayakan keselamatan Presiden AS akan membahayakan keselamatan negara ini sendiri. Jika berlaku apa-apa terhadap Barrack Obama semasa lawatannya nanti, maka sudah pasti negara turut terancam. AS tidak teragak-agak untuk menyerang mana-mana negara yang membahayakan pemimpin utamanya. Itulah risiko yang dihadapi dan negara memperketatkan keselamatan bagi menyambut ketibaannya bagi menjaga keselamatan rakyat dan negara juga dalam erti yang sebenarnya.
Dalam pada Malaysia menetapkan kadar keselamatan terhebat bagi menyambut ketibaan Presiden AS itu, suka diingatkan juga bahawa kadar keselamatan yang tinggi juga perlu diberikan kepada warga negara Malaysia sendiri. Meskipun Presiden AS ada keistimewaannya tersendiri yang mesti dilebihkan, namun jangan sampai keselamatan rakyat pula terabai. Isu jenayah yang berlaku di negara ini menjadi semakin serius dengan aksi ngeri menggunakan senjata ringan dan berat. Kecederaan dan kematian adalah risiko yang sentiasa dihadapi oleh mangsa sama ada dalam bentuk jenayah rompakan, samun, ragut, rogol, mahupun penculikan.
Kejadian penculikan di Semporna, Sabah dengan dua wanita menjadi mangsa dan samun melibatkan sebuah kapal yang kerugian 2 juta liter minyak diesel semalam di Pelabuhan Kelang benar-benar mengejutkan banyak pihak. Selain itu, misteri kehilangan pesawat MAS MH370 membuka mata bahawa keselamatan rakyat di negara ini sudah lama terancam.
Yang diinginkan, jika keselamatan Presiden AS menjadi keutamaan, dengan pasukan keselamatan negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, layanan yang sama atau hampir serupa diberikan kepada rakyat warga negara. Ia bukan bermakna pihak keselamatan perlu menjejaskan rutin warga negara atau mengubah landskap negara serta membelanjakan ratusan juta ringgit. Yang penting, tahap keselamatan dipertingkatkan dengan memastikan rakyat Malaysia merasa tenteram dan selesa dengan keamanan di negaranya. Yang diharapkan, jenayah akan terkawal manakala kawasan sempadan negara sentiasa dilindungi dari golongan lanun dan penjenayah.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 24-4-2014
Misi Muslim Care di khemah pelarian Syria: Berselimut duka
- Apr 19, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Mentari terik menyengat kami ketika rombongan misi Muslim Care tiba di khemah pelarian Syria di sempadan Jordan, suhu tidak menentu dengan waktu malam yang dingin menyucuk tulang hitam. Kami menyewa sebuah lori untuk memunggah barang-barang keperluan untuk pelarian yang agak terabai kerana jumlah mereka di dalam negara Jordan sahaja telah mencecah dua juta orang.
Krisis yang berlaku di bumi Syria telah berlangsung selama tiga tahun dan menelan korban ratusan ribu jiwa, kemusnahan skala besar serta menyebabkan sebahagian rakyat Syria keluar daripada negara dan menjadi pengungsi di sempadan Turki, Jordan, Iraq dan juga Lubnan. Muslim Care, mengambil tanggungjawab untuk turut membantu meringankan beban rakyat Syria semenjak tahun pertama krisis berlaku dan misi kali ini ialah misi yang kesebelas dilaksanakan.
Misi kali ini agak istimewa kerana turut disertai oleh selebriti tanahair seperti Heliza Hilmi, Salima Habibi, Ustaz Syed Kader al-Jofree, kumpulan UNIC. Selebriti dan juga pendakwah ini turut memainkan peranan dalam menebar kepedulian terhadap isu penderitaan Syria dan juga menjalankan kempen mengutip dana kemanusiaan yang digerakkan oleh Muslim Care Malaysia.
Rombongan misi kemanusiaan bergerak pantas setelah membeli barang-barang keperluan di bandar Irbid, dengan semangat yang membuncah tinggi untuk menyelami denyut nadi rakyat Syria. Ustaz Rashdan, yang begitu banyak pengalaman di khemah pelarian telah melancarkan urusan misi, berunding dengan Abu Jamil yang bertindak sebagai ketua di khemah pelarian. Urusan agihan mestilah dikendalikan dengan baik agar tidak timbul kerusuhan, seperti banyak kes berlaku sebelum ini, ada pelarian yang bertindak melontar batu akibat tidak berpuas hati dengan agihan.
Abu Jamil memberikan arahan supaya semua penghuni tetap di khemah masing-masing dan kami akan bergerak daripada satu khemah ke satu khemah yang lain. Tergambar wajah-wajah kegembiraan yang mula menguntumkan senyuman apabila dihulurkan bungkusan keperluan dan juga duit tunai, ada anggota misi yang menyeka airmata apabila melihat kedhaifan di dalam khemah pelarian.
"Macam mana mereka hidup... ana tak dapat bayangkan," luah Bazli UNIC perlahan menatap wajah bocah kecil berkaki ayam.
"Ya Allah.. ya Allah... tak tergambar dahsyatnya mereka boleh hidup begini," rintih Heliza, khemah yang sempit tanpa kemudahan, bagaimana musim sejuk yang melampau sebelum ini mereka mampu bertahan.
"Ular... ular... ularrr" jerit seorang anggota misi, kelihatan seekor ular bersaiz besar dan panjang dikejar dua pemuda dan akhirnya riuh rendah dengan pesta membunuh seekor ular yang kelihatan licik. Ratusan berhimpun seolah merayakan tertangkapnya penjahat.
"Ini biasa di kawasan pelarian ini, kawasan padang yang terbuka, tak terurus," satu suara melontar komen. Saya melepaskan pandangan ke arah belakang kawasan pelarian, terhampar padang yang luas. Anak-anak kelihatan gembira dengan kehadiran anggota misi, coklat, wafer dan pelbagai makanan ringan untuk kanak-kanak bertukar tangan. Sorotan cahaya kegembiraan terpancar daripada kolam mata anak-anak kecil ini. Pakaian mereka kumuh dengan guratan wajah kekurangan gizi.
"Orang miskin tak mampu mnyembunyikan kemiskinan mereka," saya teringat akan ungkapan guru saya puluhan tahun yang lampau. Anak-anak kecil terus memanggil kawan-kawan mereka yang lain, sehingga menarik kanak-kanak daripada khemah pelarian yang bersebelahan.
Sampai bila mereka akan berada dikawasan kumuh dan terbiar ini? Hanya masa yang akan menjawab pertanyaan ini . Kami terus bergerak dari khemah ke khemah dengan senarai nama yang telah disiapkan oleh wakil Muslim Care Jordan. Ada yang ingin meminta lebih bantuan tetapi kami mengehadkan setiap khemah satu bungkusan.
Sumber HD - 19-4-2014
Hormati nilai demokrasi di Kelantan
- Apr 15, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Ia telahpun diluluskan oleh Sidang Dun Kelantan dan langkah membawa usul ke Parlimen adalah langkah susulan bagi memastikan pelaksaannya kelak benar-benar terjamin tanpa halangan oleh mana-mana pihak.
Dijangkakan usul ini akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan PAS telah pun bersedia menghadapinya.
Usul ini akan menjadi suatu sejarah di negara ini bahawa setelah berpuluh tahun merdeka, syariat Islam bakal terlaksana di Kelantan. Atau juga sebaliknya menjadi sejarah moden bahawa sebuah negara umat Islam yang majoritinya beragama Islam menolak Syariat Islam di negaranya sendiri.
Sejauh mana kekuatan PAS untuk disokong oleh majoriti Ahli Parlimen juga akan dilihat dalam usul yang akan dibentangkan nanti.
Paling penting, umat Islam di negara ini akan menjadi saksi bahawa PAS pernah berusaha membentangkan undang-Undang Syariat Islam di Parlimen untuk diaplikasikan manakala dunia Islam pula akan menjadi pemerhati benarkah Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen atau sebaliknya.
Yang perlu difahami oleh semua pihak bahawa dalam sebuah negara demokrasi di negara ini, suara majoriti rakyat menjadi pemutus dalam sesuatu perkara yang akan dilaksanakan.
Dalam hal ini, kerajaan negeri Kelantan telah dipilih oleh majoriti rakyat. Keputusan melaksanakan undang-undang Syariat Islam adalah keputusan bersama yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri tersebut. Tidak perlu mana-mana pihak melenting dengan keputusan ini atas dasar sentimen semata-mata.
Jika benar kita menghormati demokrasi dan mengangkatnya tinggi, maka, wajar semua pihak menghormati keputusan kerajaan Kelantan tersebut.
Pastinya kerajaan Kelantan tidak menggadaikan masa depan rakyat apabila membuat keputusan mahu melaksanakan Syariat Islam, bahkan ia membela nasib rakyat di negeri itu.
Seharusnya semua pihak memberikan peluang kepada kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang syariat Islam.
Jika ianya baik untuk kerajaan negeri itu dan rakyatnya, teruskanlah dan mungkin menjadi model pula kepada kerajaan negeri yang lain.
Jika ianya buruk dan membawa implikasi yang buruk, maka rakyat berhak menentukan keputusannya dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber HD - 15-4-2014
Tragedi Memali: Mahathir jangan cepat lupa
- Mar 31, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Memali berlaku di tengah gejolak kebangkitan Islam yang sedang menyerbu dunia Islam termasuk Malaysia.
Angin kebangkitan Islam menyeruak dinding kejahilan umat, anak-anak muda menjadi peserta barisan hadapan yang mengumandangkan keperluan untuk kembali menghayati Islam sebagai cara hidup.
Tragedi Memali hampir sama dengan apa yang berlaku di Tanjung Periuk, Indonesia pada awal dekad 80-an. Pembunuhan orang awam yang disyaki pengganas oleh pihak keselamatan di zaman Order Baru, bahkan menahan ramai yang lain selepas peristiwa itu termasuk tokoh pemuda Islam Indonesia, A. M. Fatwa yang ditahan apabila berkhutbah selepas peristiwa tersebut.
Gerakan usrah pemuda dan kampus universiti dianggap menggugat pemerintah Indonesia. Gerakan tarbiah seperti yang digerakkan oleh Kiai Rahmat Abdullah diintai oleh unit perisikan regim kerana bimbang mengancam hegemoni daulah, malah ada yang terperosok dalam penjara seperti Abdul Kadir Jelani.
Peristiwa berdarah Memali juga hampir menyerupai peristiwa berdarah Masjid Merah (Lal Mosque) di Pakistan. Sebuah pusat pengajian agama yang dikelilingi kediaman pelajar digempur oleh pasukan keselamatan Pakistan yang pro-Amerika di bawah regim Pervev Musharraf sehingga mengorban nyawa dan mencederakan pelajar.
Muntahan peluru memamah jasad guru dan para pelajar tanpa mengenal ampun. Guru dan pelajar di Lal Mosque ini kononnya penyokong Taliban dan menentang kerajaan dan harganya amat mahal, mereka meregang nyawa di hujung senjata api yang dibekalkan Amerika kepada pihak keselamatan Pakistan.
Sebelum peristiwa ini, pelajar-pelajar di madrasah ini sangat aktif mencegah maksiat termasuk para pelajar wanita yang berburqa yang berani turun ke tempat maksiat dengan rotan di tangan mereka.
Media yang sekular menggambarkan pelajar ini diresapi pemujaan terhadap Taliban dan menentang kerajaan.
Perjalanan kisah Tanjung Periuk, peristiwa Talangsari, tragedi Takbai, pembunuhan di Masjid Merah Pakistan, pembantaian di Hamah Syria adalah hampir sama koreografinya, walaupun dalam jangka waktu yang berbeza. Sketsa berdarah merah mewarnai kanvas putih orang beriman, mereka disakiti kerana akidah.
Tuduhlah mereka sebagai pengganas untuk menghalalkan darah yang tumpah. Memali dan peristiwa seumpamanya akan terus berlaku sepanjang zaman di mana-mana sahaja belahan dunia selagi mana dunia belum berakhir.
Memali terus dibohongi sejarahnya oleh regim,termasuk di Muzium Polis di mana mereka tetap digambarkan sebagai penjenayah dan pengganas. Namun kabut hitam sejarah ini mula terungkai satu persatu.
Kini dengan pendedahan Dato Musa Hitam berkaitan Dr Mahathir yang berada dalam negara pada tanggal 19 November 1985 sangat menarik. Mahathir masih menghirup udara ini dan beliau wajib diadili akibat pembantaian Memali yang kejam itu.
Bersihkan sejarah Memali dan Ustaz Ibrahim Mahmud bersama pengikutnya, padamkan noda sejarah versi tirani walau hampir 30 tahun tragedi ini telah berlalu.
Tragedi ini wajib diluruskan sejarahnya dan keadilan wajar berteleku disinggahsananya.
Sumber HD - 31-3-2014
Ketika dunia Islam kaku, Erdogan lantang kecam Mesir
- Mar 27, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Isu hukuman mati Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohamed Badie bersama 529 orang penyokong Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir beberapa hari lalu seperti tidak mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dunia Islam.
Ia seakan berita basi dan tidak sensasi, apatah lagi mengetuk pintu hati pemerintah negara Islam untuk sama-sama bangkit melenting dengan keputusan mahkamah rimba Mesir.
Hanya rakyat di negara masing-masing yang bangun berdemonstrasi, berarak memberi bantahan tanda kemarahan umat yang tidak terungkapkan.
Hanya seorang pemimpin yang bangun mengkritik Mesir dan dunia, dan beliau adalah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki.
Lihatlah betapa beraninya beliau berucap di hadapan rakyatnya tanpa mengendahkan risiko dan pandangan Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Israel yang sentiasa mengintai musuh-musuh mereka untuk diratah selepas ini.
Sebelum ini beliau juga yang lantang bersuara membela umat Islam yang dibunuh di Syria dan Semenanjung Gaza.
Ketika pemimpin Islam dunia sibuk dibuai kesenangan dan lena dengan dunia masing-masing, Erdogan bangun membela mangsa yang dizalimi.
Seharusnya pemimpin Islam dunia merasa malu dengan keberanian Erdogan menyuarakan pembelaannya.
Sebelum ini, apabila pemimpin Jamiat El-Islamiy Bangladesh dihukum mati, tidak ada seorang pun pemimpin negara Islam menentang hukuman ini.
Sekarang berlaku pada pemimpin IM, dan selepas ini berlaku pula terhadap mana-mana pemimpin Islam di mana-mana negara, mungkin juga nada sepi dan kaku yang sama dimainkan tanpa sebarang tindakan.
Dan hanya Erdogan sebagai pemimpin tunggal negara Islam yang mewakili pemimpin dunia Islam bersuara membela mangsa dizalimi, seolah-olah hanya Erdogan seorang pemimpin negara Islam di dunia ketika ini.
Saya juga merasa sedih kerana pemimpin Malaysia tidak merasa terpanggil untuk turut prihatin menangisi kematian demokrasi di Mesir.
Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara memandang sepi isu ini, seakan-akan ia tiada kena mengena dengan umat Islam, dan apa yang berlaku di Mesir adalah urusan dalaman mereka justeru Malaysia tidak akan mencampurinya.
Saya melihat, jika inisiatif dilakukan oleh Malaysia, dengan Perdana Menteri berusaha mendapatkan sokongan negara Islam lainnya, serta tegas dengan prinsip sebagaimana Erdogan, selain menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan lain-lainnya, pasti ia akan menjadi isu global yang hangat.
Rejim Abdul Fattah As Sisi pasti tidak akan merasa selamat dan berfikir dua kali untuk terus mengganas dibuminya.
Negara umat Islam adalah kuat dan utuh jika mereka bersatu yang tidak mungkin dapat dicabar oleh musuh utama, iaitu Israel dan Amerika Syarikat.
Semenanjung Gaza dan Palestin, Mesir dan Syria tidak mampu diusik jika semua pemimpin memainkan peranan utama menghalang kezaliman terus berlaku.
Namun umat Islam menyedari betapa lemahnya pemimpin negara ini serta negara-negara Islam dalam menangani isu seperti ini.
Beruntungnya Turki kerana melahirkan insan sehebat Recep Tayyip Erdogan yang mengharum namanya menjadi benteng mempertahankan umat di zaman ini.
Sumber HD - 27-3-2014
Konsert, budaya hedonisme dan perlecehan jati diri
- Mar 21, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Langit menjadi saksi sejarah betapa hodohnya perlakuan ratusan ribu anak-anak muda yang menjadi khalayak pesta Woodstock di penghujung dekad 1960-an, sehinggalah beberapa kali pesta pora Woodstock ini berlangsung. Irama Rock mula mengambil tempat dalam hati anak-anak muda Eropah akibat bantahan mereka kepada Perang Amerika di Vietnam. Penjajahan kuasa kapitalisme dunia, Amerika Syarikat menimbulkan bantahan awam dan protes bersemarak dalam pelbagai bentuk termasuk genre muzik. Jalur ideologi sosialis dengan pakaian budaya Bohemian sedang melanda anak muda, bahkan yang sedang menggalang gelaran mahasiswa sekalipun. Lagu-lagu rock, juga Raggae yang bertemakan kedamaian, anti perang, anti kerajaan, juga satira politik mula menjadi siulan anak muda.
Kumpulan rock seperti the WHO, Santana, Deep Purple, Eagles, Led Zeppelin, pemain gitar tersohor Jimmy Hendrix mula menjadi menjadi hero barisan hadapan dunia anak muda ranggi menyuarakan aspirasi protes dan juga berekspresi sebagai generasi baru yang mula meninggalkan cara berfikir orang lama. Begitu juga dengan irama Raggae yang menonjolkan Bob Marley dengan lagu -lagu protes yang lebih merakyat.
Kehadiran musik genre Rock, raggae dan blues ini bukan sekadar lagu namun mengheret kepada cara hidup Bohemian yang bebas dan akhirnya juga akrab dengan dadah dan kehidupan bebas tak bertunjang agama. Konsert Woodstock, seolah ijtimak antarabangsa menghimpun pencandu muzik adalah gambaran kebejatan jiwa anak muda. Penggunaan dadah, pergaduhan sehingga membawa kematian kepada peserta-peserta konsert, akhirnya menimbul perdebatan kepada masyarakat rasional bahawa budaya konsert ini tidak memberikan manfaat kepada pembinaan generasi anak muda.
Konsert-konsert genre rock terus menggegarkan belahan dunia Eropah di Madison Square, Berlin, Praque, Rock Palace, Lolapalooza dan pelbagai lagi medan anak muda dipanah sihir untuk berhimpun seterusnya mewabakkan penagihan dadah dan seks bebas di Barat. Lebih jauh, dengan munculnya Black Metal dan Thrash Metal, budaya konsert semakin liar, bahkan dengan lirik-lirik lagu yang memuja dunia mistik, dengan ritual yang sesat.
Malangnya, kebejatan budaya konsert ini juga menular ke negara- negara umat Islam seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya sehingga membius anak muda dengan pelbagai penyakit sosial yang lain pula. Di tanah air kita, sekitar pertengahan dekad 1980-an fenomena konsert Rock mula menggila dengan konsert 'Battle Of The Bands', munculnya kumpulan-kumpulan Rock seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tak sedikit pula era itu Pemuda PAS turun membantah dan akhirnya beberapa negeri seperti Terengganu terpaksa akur dengan bantahan tegas daripada Pemuda PAS yang menentang budaya hedonisme yang melunturkan jati diri muslim anak muda. Walaupun tindakan itu tidak popular pada mata pengundi dan masyarakat liberal pragmatis, namun itulah sumbangan untuk menyelamatkan akhlak generasi muda negara ini.
Konsert-konsert artis antarabangsa juga dibantah dengan serius oleh Pemuda PAS, seperti konsert Scorpions dan Metallica, sehingga penganjur antarabangsa mengambil jalan selamat dengan mengadakan konsert rock antarabanga di Pulau Sentosa Singapura. Fenomena konsert liar juga terjadi di negara Indonesia sehingga membawa kepada kematian pengunjung, bahkan kejadian membakar stadium seperti yang berlaku dalam konsert Metallica beberapa tahun lepas di Jakarta.
Kini, bahana konsert bukan sahaja menutaskan budaya pergaulan bebas yang memualkan , malah dengan kemunculan konsert muzik techno yang mesra pil dadah serta seks rambang makin menyebabkan anak muda terpelanting jauh daripada adab dan norma beragama. Tiada untungnya budaya konsert ini jika dihujjahkan oleh pak menteri untuk menumpuk wang pada kantung negara. Akhlak, budaya, juga paling penting agama jauh, lebih berharga untuk kita bandingkan dengan nilai wang.
Kerajaan dan masyarakat sivil negara ini wajib menghalang budaya konsert yang meratah jatidiri anak muda, negara ini sudah terlalu tenat dengan pelbagai penyakit sosial. Peningkatan kes jenayah, penyalahgunaan najis dadah, kelahiran anak luar nikah, mewabak 'sensate culture' dan pelbagai sampah sosial juga adalah manifestasi gagal urus negara oleh regim negara ini. Kita menuai apa yang kita tanam, generasi Rabbani tidak lahir daripada nuansa budaya yang bobrok, maka hentikan segera kegilaan ini.
(Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat)
Sumber HD - 21-3-2014
Mencari MH370: Jangan campur aduk dengan khurafat
- Mar 12, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai pelbagai kemahiran dan kemampuan tersendiri. Dalam keadaan teknologi canggih, jika tidak mampu mengesan lokasi pesawat itu berada, kaedah alternatif diperlukan supaya setiap orang berperanan membantu mencari pesawat MH370. Kerajaan telahpun menggunakan pelbagai cara, daripada Angkatan Tentera, Polis, Maritim, sehinggalah kepada nelayan dikerah bagi membantu mencari pesawat itu.
Namun demikian, menggunakan khidmat bomoh, apatah lagi menggunakan khidmat jin adalah dilarang dan diharamkan dalam Islam. Saya merasa kesal kerana ada segelintir masyarakat yang masih meletakkan harapan tinggi kepada perbuatan khurafat dan tahyul melalui perantaraan jin dengan kaedah perbomohan. Dalam usaha berikhtiar mencari pesawat MH370 yang hilang, jangan pula sampai menggunakan perkara yang terlarang dan diharamkan dalam Islam.
Di dalam Al Qur’an Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (an-Nisa’: ayat 48). Firman Allah lagi yang maksudnya "Janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat yang demikian itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang yang zalim" (Yunus:106). Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya," Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu tertolak".
Saya merasa bimbang kerana sudahlah pesawat tidak dijumpai, orang ramai pula diperbodohkan dengan aksi yang melucukan, malah mendapat dosa kerana percayakan perkara khurafat. Yang dikhuatiri orang ramai akan terjerumus kepada perbuatan syirik kerana meyakini kepada kekuasaan jin melebihi kekuasaan Allah SWT.
Sepatutnya, sebagai umat Islam, ikhtiar yang paling baik adalah menyerahkan diri kepada Allah SWT. Solat hajat, bermunajat, berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT adalah jalan terbaik daripada menyerahkan nasib kepada para bomoh. Allah SWT mencipta setiap makhluk dan Allah SWT lebih mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini. Dalam saat genting seperti ini, seharusnya jagalah sensitif amalan agama dan jangan sesekali melakukan maksiat kepada Allah SWT. Saya bimbang, dengan munajat dan solat Hajat yang dilakukan bercampur baur dengan perbuatan khurafat dan syirik, akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT terhadap hamba-Nya sehingga memberi kesan terhadap usaha yang dijalankan ini.
Saya menyeru semua umat Islam agar kembali menyerahkan diri kepada Allah SWT, yakin dan bersangka baik kepada Allah SWT dan tidak sesekali melakukan perbuatan mungkar. Mungkin ia menjadi sebab bagi Allah mempermudah ujian yang sedang ditanggung di negara ini.
Sumber HD - 12-3-2014
Jenayah: PDRM perlu pelan bertindak
- Mar 07, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Bagi ramai pihak, soal siapa bersalah dan angka mana yang lebih tepat sama ada MyWatch ataupun pihak PDRM sendiri bukan persoalan pokok. Kebimbangan utama adalah kadar jenayah semakin meningkat dan ramai melihat jenayah berlaku di depan mata, jika tidak pun melalui media. Baru dua hari yang lepas, seorang anggota polis mati dibunuh manakala seorang lagi cedera parah diserang oleh warga asing dalam aksi yang dramatik.
Jika anggota keselamatan sendiri cedera diserang dan dibunuh, apakah nasib keselamatan warga tempatan di kawasan sunyi mahupun di kawasan awam. Nampaknya warga asing semakin berani mendedahkan identiti mereka, mencabar undang-undang dan tidak gerun kepada keselamatan negara. Jika ia berterusan berlaku, jenayah akan menjadi semakin tidak terkawal dan boleh jadi ia adalah bencana utama negara suatu masa nanti. Saya merasakan, mungkin sudah sampai masanya kerajaan memikirkan secara serius menangani kebanjiran warga asing kerana mereka juga adalah faktor penyumbang jenayah di negara ini.
Isu senjata api yang mudah dimiliki juga wajar dikaji dan dipantau ketat. Sama ada sempadan negara yang mudah dilolos oleh penyeludup senjata, kawalan keselamatan yang longgar di perairan negara, ataupun gejala rasuah yang berleluasa menyebabkan senjata api ibarat barang permainan yang mudah dimiliki, kesemua ini perlu diberikan perhatian. Jika seorang peronda polis memiliki senjata api ringan, penjenayah pada hari ini mempunyai machine gun dan mampu menewaskan pasukan keselamatan dengan mudah, lalu melarikan diri.
Apa yang menghairankan, sejak kebelakangan ini juga semakin bercambah kumpulan kongsi gelap, gangster dan samseng di merata-rata tempat. Mereka ini menguasai lorong gelap, kawasan hitam, serta lokasi-lokasi tertentu. Malah, sudah semakin ramai mampu menjadi ‘pembunuh upahan’, menembak dan membunuh mangsa di mana-mana sahaja berbekalkan upah yang tinggi. Sepatutnya, ini tidak berlaku di negara ini. Dalam keadaan pasukan keselamatan negara ditambah paukan sokongan yang bertugas membantu mengawal keamanan negara, kumpulan samseng dan kongsi gelap tidak wajar dibiarkan bebas. Mereka perlu dibasmi, diperangi umpama musuh nombor satu negara dan dijadikan agenda bertindak PDRM buat beberapa tahun ini.
Perlu dipersoalkan juga, jenayah kecurian, samun, rompak dan ragut seringkali dikaitkan dengan dadah dan pelakunya biasanya adalah penagih tegar yang terdesak dengan ketagihan dadah. Saban tahun, meskipun dijadikan agenda besar menangani masalah dadah, ia masih tetap berlaku dan penghuni pusat pemulihan dadah mahupun penjara semakin bertambah. Mungkin juga method, strategi, kempen kesedaran ataupun rasuah sendiri yang berlegar di sekitar pihak keselamatan mengakibatkan penyalahgunaan dadah tetap berlaku.
Saya masih meletakkan keyakinan PDRM mampu menggalas tugas mengawal keselamatan negara berdasarkan kemampuan dan kecanggihan peralatan termasuk teknologi yang dimiliki oleh pasukan tersebut. Dengan pasukan risikan yang mantap, strategi yang berkesan, usaha gigih yang berterusan ditambah dengan profesionalisme dan kejujuran PDRM serta pasukan sokongan yang lain jenayah boleh dibanteras. Ianya lebih berkesan dengan sumbangan dan peranan masyarakat, yang melihat bahawa jenayah adalah musuh nombor satu dan semua pihak perlu memeranginya.
*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 7-3-2014
Memperingati kejatuhan Khilafah Uthmaniah 3 Mac 1924
- Mar 04, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.
Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.
Turki mempunyai sejarah panjang sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam. Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.
Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan "The Young Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.
Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924. Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya kepada Islam dan orang-orang beriman.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis. Negara umat Islam juga telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan nilai serta tersudut dalam semua sektorsehingga memunculkan faham pan islamisme untuk mendobrak hegemoni Barat.
Empat tahun selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub Continent, Masyumi di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an-Nur di Turki dan pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.
3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.
Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat.
Sumber HD - 4-3-2014
Baling, derita rakyat jembel, kebangkitan rakyat
- Feb 26, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Baling sekali lagi dikejutkan dengan kebangkitan rakyat yang didokong oleh gerakan mahasiswa dalam peristiwa Baling 1974, berakar daripada harga getah yang merudum yang membawa penderitaan kepada rakyat. Rakyat jembel mengikat perut, inflasi juga menikam tajam kantung ekonomi mereka, akhirnya gerakan mahasiswa dengan pelbagai jalur ideologi menyatukan kekuatan. Kebangkitan rakyat Baling akhirnya memicu kebangkitan gerakan mahasiswa. Bantahan awam akhirnya terseret ke ibu kota kuala Lumpur, ribuan anak muda kampus universiti yang berhimpun di Padang Kelab Selangor.
Himpunan mahasiswa seterusnya membawa tangkapan besar besaran pimpinan mahasiswa di bawah ISA, seketika negara gempar geger dengan kebangkitan rakyat dan mahasiswa. Peristiwa ini membawa kepada pindaan Akta Universiti Dan Kolej pada tahun 1975, seterusnya mengheret zaman gelap gerakan mahasiswa berdekad- dekad selepas itu.
Baling juga menjadi titik tumpuan negara apabila berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985, iaitu seramai 14 orang penyokong PAS telah terkorban dalam tragedi pertembungan akibat salah arahan rejim BN. Ustaz Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai ustaz Ibrahim Libya, seorang ulama yang aktif mengajar masyarakat di negeri utara dimusuhi oleh Umno dan memalit pelbagai fitnah sehingga membawa peristiwa Memali yang berdarah. Peristiwa menyebabkan nama Kampung Memali di Baling kedah meniti bibir ke bibir rakyat, tak ubah peristiwa Talangsari dan tanjung Periuk di Indonesia.
Baling kini, mengulangi keperitan hidup masyarakat agraria dekad 70-an dengan harga getah yang teruk. Kenaikan harga barang keperluan begitu menjerut leher masyarakat luar bandar. Baling adalah mewakili seluruh masyarakat Malaysia yang kini dihempap derita bertindan tindih sebaik PRU13, janji-janji muluk BN sebelum kempen adalah pembohongan nyata dan madah berhelah.
Satu demi satu barang keperluan asas mencanak harga dan kuasa beli rakyat yang merosot jatuh.
Kebangkitan rakyat Baling akan menghantar isyarat ke seluruh negara bahawa masa untuk rejim ini semakin suntuk, perkasakan kesedaran rakyat luar bandar untuk memaku keranda BN dalam PRU ke 14.
Sumber HD - 26-2-2014
Debat ilmiah: Mahu Kassim menjawab tohmahannya
- Feb 19, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Kasim Ahmad bukanlah nama kecil dalam pergulatan sosio politik negara ini semenjak dasawarsa 70-an, sosok ini pernah mendekam dalam tahanan politik ISA kamunting kerana anutan politiknya.
Juga mantan presiden PSRM ini menggegerkan tanah air dengan isu gerakan anti hadith yang ditentang hangat oleh tokoh-tokoh PAS dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Ustaz Amaluddin Darus dan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Kasim Ahmad tidak keseorangan dalam membawa jalur pemikiran mengkritik hadith dengan erti kata lain menyanggah kemuliaan Ar Rasul SAW, beliau mempunyai khalayak dan peminatnya yang tersendiri termasuk tokoh-tokoh besar negara ini.
Legasi kesesatan kelompok anti hadith pernah bersarang dalam JAM atau jamaah al-Quran Malaysia, seterusnya Forum Islam Liberal yang juga menjadi pemicu kepada tersebarnya fahaman Islam liberal dan jua pluralisme agama di tanah leluhur ini. Negara ini juga harus berterima kasih kepada agamawan dan gerakaan Islam yang berusaha membendung aliran anti hadith yang juga mengakar di bumi Mesir dan juga Indonesia.
Kasim Ahmad dalam bukunya "Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik" telah menyenaraikan lebih dari sepuluh perkara yang menurut beliau hadis memberi kenyataan yang bercanggah dengan Al-Quran;
1.Menurut beliau; Al-Quran menegaskan bahawa rujukan kaum muslimin hanya satu sahaja ialah kitab Al-Quran. Namun hadis menegaskan ada dua iaitu Al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadis).
2.Al-Quran menyebutkan lima sahaja rukun iman, sedangkan hadis menyebut enam iaitu dengan menambah Qadha dan Qadar.
3.Al-Quran mengajar syahadah hanya Lailaha-Illallah, tetapi hadis menambah Muhammadur-Rasulullah. Tambahan tersebut menurut Kasim bercanggah dengan ayat yang memerintahkan agar jangan menyengutukan Allah dengan sesiapapun.
4.Al-Quran melarang mendewa-dewakan manusia. Namun hadis memerintahkan agar mendewakan Rasulullah (Nabi Muhammad) iaitu dengan berselawat kepadanya ketika membuka dan menutup doa dan juga apabila mendengar namanya disebut.
5.Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tidak memiliki kuasa syafaat, namun hadis menjelaskan bahawa Nabi Muhammad mempunyai kuasa syafaat.
6.Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak diberi mukjizat melainkan Al-Quran. Namun hadis menceritakan bermacam-macam mukjizat Nabi Muhammad selain al-Quran.
7.Menurut al-Quran, Nabi Isa telah wafat. Namun hadis menjelaskan bahawa beliau tidak mati dan akan turun di akhir zaman untuk membunuh Dajjal.
8.Al-Quran tidak menetapkan sebarang hukuman bagi orang murtad. Namun hadis menetapkan bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh.
9.Al-Quran menetapkan hukuman ke atas orang berzina hanya sebatan sahaja, namun hadis menambah satu lagi hukuman iaitu rejam.
10.Al-Quran memerintahkan manusia menggunakan akal dan fikiran. Namun hadis pula melarangnya di mana Rasulullah SAW pernah berkata "Sesiapa mentafsir al-Quran mengikut fikirannya, biarlah ia menghuni neraka".
11.Al-Quran mengajar kebebasan beragama iaitu terdapat ayat menyebutkan "Tiada paksaan di dalam agama". Namun hadis menetapkan orang yang murtad dihukum bunuh. Hukum ini menurut Kasim berasal dari Taurat. (Lihat; halaman 139-151). Buku Kasim yang mempertikai banyak ajaran Islam ini bertebaran dalam dalam negara dan wajib dijawab dengan ilmiah oleh para sarjana Islam supaya akidah umat Islam terpelihara.
Saya merasa hairan akan keberanian melulu Kasim Ahmad terhadap al-hadith bahkan al-Quran itu sendiri, contohnya Kasim dalam tulisannya telah meragui ayat terakhir daripada surah at Taubah dimana sosok yang kontroversi ini mendakwa;
"Tiap-tiap surah dalam al Quran dibuka dengan kenyataan" dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih" dikenali sebagai Basmalah, kecuali surah sembilan (yakni Surah at-Taubah). Ketiadaan Basmalah dari surah 9 menimbulkan kehairanan kepada ahli-ahli tafsir selama 14 abad.
Banyak teori telah dikemukakan untuk menghuraikan fenomena ini. Sekarang kita tahu bahawa ketiadaan Basmalah memainkan peranan penting sebagai satu ciri dalam mukjizat matematik Quran dan juga satu tanda daripada Allah bahawa surah 9 (surah Taubah) telah dicemar dan perlu dibersihkan"(lihat buku Kasim Ahmad, hadith, jawapan kepada pengkritik, halaman 61).
Dua ayat yang terakhir surah at-Taubah yang didakwa oleh Kasim sebagai mencemari al Quran (yakni menurut beliau ayat tersebut sebenarnya bukanlah ayat al Quran, tetapi ditambah oleh para Sahabat) berbunyi:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy Yang Besar."
Kasim sebenarnya mempunyai niat buruk tersendiri disebalik kritikannya terhadap ayat tersebut.
Ayat-ayat di atas memuji Rasulullah SAW yang kita cintai. Maka Kassim yang memicu polemik ini harus berani berdepan secara terbuka dengan agamawan yang memiliki disiplin ilmu dalam bidang ulum al-hadith.
Pihak lajnah Dakwah akan menganjurkan debat ilmiah dalam masa yang terdekat dan kita akan membariskan Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi untuk menjernihkan kekeliruan Kasim yang memudharatkan pemikiran umat Islam. Nasruddin Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Dakwah Pusat juga pernah berhadapan dengan Astora Jabat pada suatu ketika dahulu di Pandan Indah dan pihak kami mengharapkan Kasim tidak memberikan alasan untuk tidak bersemuka dalam polemik yang beliau cetuskan sejak puluhan tahun ini. Dayung sudah ditangan, ayuh kita berkolek!
Ustaz Riduan ialah Setiausaha Lujnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 19-2-2014
Kenakan tindakan tegas terhadap Kassim Ahmad
- Feb 18, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama telah diseleweng melalui amalan “kasta paderi” iaitu mereka (golongan ulama) melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.
Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi. Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminarkan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimana program sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat. Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat.
Pastinya kenyataan Dr Kassim mengundang kemarahan jutaan umat Islam di negara malah di seluruh dunia. Nabi Muhammad SAW adalah insan kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari ini sehingga disambut kelahirannya setiap tahun. Mencintai Rasulullah SAW adalah ibadah, menjamin syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga daripada Allah SWT. Rasulullah SAW adalah insan maksum yang boleh dicintai dan diagungkan, kerana ia sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat Islam. Mengguris peribadi Rasulullah SAW bererti mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.
Beliau juga gagal memahami bahawa para ulama adalah pewaris Nabi SAW. Ketiadaan Nabi SAW menjadikan para ulama sebagai galang ganti yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Memusuhi ulama (yang benar) bererti juga memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah SAW. Apakah kerana beliau gagal menempatkan diri bersama para ulama maka para ulama pula perlu dibenci?
Selain itu, saya menganggap Dr Kassim terlalu dangkal dalam soal hukum asas berkaitan agama Islam. Rambut menjadi topik perbincangan dengan kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok juga beliau menyatakan di manakah bahagian wanita yang dianggap sebagai aurat dan bukan aurat, dan saya kira ribuan ulama dan cendekiawan Islam bangkit untuk ‘sekolahkan’ beliau dengan ilmu asas Islam.
Saya amat bersetuju agar tindakan keras diambil terhadap penganjur manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan hukum yang jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. Masyarakat perlu dijernihkan pemikiran daripada kenyataan songsang sebegini manakala beliau sendiri perlu diberikan status supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana difahami dan diajarkan oleh agama Islam.
Dr Riduan Mohd Nor ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 18-2-2014
Suburkan street dakwah menjelang hari kekasih
- Feb 13, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Bagi Islam, tidak ada istilah ‘Hari Kekasih’, kerana kekasih sebenar adalah pasangan yang halal melalui ikatan perkahwinan. Mengingati pasangan sebagai kekasih bukan pada hari tertentu, tetapi sepanjang masa tanda kasih dan cinta sesama insan. Agama Islam tidak menerima konsep Valentine’s Day kerana ia menyumbang pelbagai keburukan serta dosa kepada penyambutnya. Haramnya kerana sambutannya, kaitannya dengan agama lain, kerana sejarahnya dan juga kesannya kepada masyarakat.
Justeru, Hari Kekasih tidak perlu disambut dan tidak wajar juga dijadikan event untuk apa sahaja acara serta aktiviti sama ada melalui media, TV, radio mahupun promosi di hotel, restoran mewah dan eksklusif atau di mana sahaja. Bagi umat Islam, banyak lagi peristiwa hebat dan bersejarah yang perlu diraikan, dikenang dan disambut secara besar-besaran.
Masih ramai umat Islam yang tidak mengetahui bahawa menyambut Hari Kekasih adalah haram. Dakwah secara berterusan dan menyeluruh perlu sampai kepada golongan masyarakat agar tidak ada sambutan Hari Kekasih, lebih dari itu, tidak ada perlakuan tidak senonoh, sumbang, maksiat sehingga kepada perzinaan dan lain-lain lagi pada tarikh tersebut. Kita tidak mengharapkan hasil daripada hubungan romantis dan terlarang semasa sambutan Hari Kekasih, di akhir tahun ini ramai gadis Melayu Islam melahirkan anak luar nikah yang menambahkan statistik anak luar nikah negara.
Oleh hal yang demikian, Street Dakwah, nama yang sedang dipopularkan saat ini, perlu diluncurkan ke tengah masyarakat sebagai jalan pencegahan terhadap kegiatan maksiat sempena Hari Kekasih. Kaedahnya umum dan santai, meliputi pelbagai strategi dan pendekatan bagi mendekati anak-anak muda. Dalam keasyikan pasangan mengambil kesempatan di malam sambutan Hari Kekasih ini, Street Dakwah masuk ke celah lorong-lorong gelap dan sunyi, menjejaki premis-premis dicurigai, taman-taman tasik yang sepi, hotel bajet dan mewah, serta rumah-rumah bujang agar tidak ada pasangan bermaksiat di dalamnya.
Saya begitu harapkan, Street Dakwah ini digerakkan oleh PAS di kawasan-kawasan, NGO dan Persatuan yang prihatin serta pihak berkuasa. Biarlah kita berpenat seharian, dibantah dan dihalang oleh pelaku maksiat asalkan dapat menyelamatkan maruah ribuan anak-anak muda Islam daripada hanyut dengan noda dan dosa.
DR RIDUAN MOHD NOR
Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat
Sumber HD - 13-2-2014
Belasungkawa: Pak Yazid berjuang di saat PAS masih dagang
Bergerak dengan duit semua sendiri,"ujarnya dengan penuh semangat dan penuh keterujaan mengimbau kembali nostalgia gerakan Islam era dekad 50-an dan 60-an.
"Ana (saya) ceramah di Kelantan,,. Dekat Kubang Kerian... orang tak ada,,, kena sorak lagi. Baru mula ceramah, pemuda tahan lasak (Umno) sorak beramai-ramai," Pak Yazid mengimbau bongkah kenangan, termasuk era tangkapan ISA kepada ulama PAS di awal dekad 60-an.
PAS terus memberikan pencerahan kepada masyarakat, jatuh dan bangun seterusnya muncullah PAS sebagaimana yang tersergam hari ini.
Beliau mencicip air yang terhidang di Restoran Taqwa Taman Melewar Gombak, sesekali membetulkan tempat duduk dan memandang sekeliling dengan penuh bahagia. Ramai yang tersenyum dan mengangkat tangan ke arah sosok daie tersohor ini. Dia murah senyuman dan tabiatnya yang mesra.
Ustaz Yazid terus bercerita… bersulam jenaka, kadang seolah perih mengenang teman-teman yang telah meninggalkan alam yang sementara ini. Saya melontar soalan demi soalan untuk megukuhkan maklumat kajian sarjana tentang 'Pengaruh Ikhwanul Muslimin terhadap perjuangan PAS' di tanah air ini.
Sketsa ini berlangsung pada tahun 2002, usai ceramah umum di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar.
Beliau sering hadir dalam ceramah-ceramah besar yang dianjurkan oleh parti, Kehadirannya dihormati oleh semua abnaul harakah. Tidak pelik kerana Pak Yazid begitu lama terlibat dengan perjuangan PAS.
Beliau mantan ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat dan lain-lain jawatan penting.
Anak kelahiran Perak ini sangat berwarna warni pengalamannya. Beliau antara perajurit negara yang pernah bergabung dengan Force 136, terlibat dengan perbarisan hari kemerdekaan yang sangat berharga pada tanggal 31 Ogos 1957.
Pak Yazid berlangbuana ke seluruh negara untuk menyebarkan fikrah perjuangan PAS dalam dekad 1960-an. Beliau memimpin anak muda dan juga telah menggunakan kitab ' Peraturan dan Arahan’ nukilan Imam Hasan al Banna sebagai teks usrah. Beliau sangat kagum dengan perjuangan Ikwanul Muslimin di Mesir yang menggerakkan tarbiah dan jihad taalim untuk memancang kefahaman Islam yang syumul dalam masyarakat.
Almarhum banyak berkorban, beliau menjadi staf Pejabat Agung PAS dari tahun 1964 hingga 1974. Banyak pengalaman yang diraih dan menjadi saksi sejarah tentang denai perjuangan harakatul ummah ini.
Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) menentang Tun Abdul Razak di kawasan Parlimen Pekan, juga pengalamannya secara langsung bertembung dengaan pemuda tahan lasak Umno dalam dekad 60-an. Zaman edan itu menyaksikan tindakan ganas pemuda tahan lasak sehingga tahap menumpahkan darah penyokong PAS, malah sehingga terbunuhnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdul Samad Gol Mianji.
Almarhum Pak Yazid adalah seorang yang rajin belajar, beliau aktif dalam gerakan dan dalam masa yang sama mengambil peluang belajar dan terus belajar. Kecintaan pada ilmu itulah yang memunculkan beliau kemudiannya sebagai pendakwah tersohor Lembah Klang dalam dekad 80-an dan 1990-an.
Rumah beliau di Kampung Baru Kuala Lumpur menjadi markas ilmu yang penting setiap hari Ahad sehingga mencecah ribuan pencinta ilmu. Rumah Pak Yazid juga seolah tempat mereka yang memerlukan bantuan datang mengadu. Ramai yang memohon bantuan duit ringgit untuk menyambung pelajaran. Maka Pak Yazid memanfaatkan kehadiran ramai ke majlis ilmu pagi Ahad untuk menyempurnakan hajat mereka yang memerlukan.
Selepas peristiwa Memali 1985 juga, beliau banyak membantu keluarga syuhada yang kesusahan, termasuk membiayai pendidikan anak syuhada.
Beliau akhirnya dengan dokongan masyarakat membuka Al-Ikhwan, sebuah pusat pengajian dan juga tempat membantu orang miskin.
Almarhum terus aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid, surau, pejabat-pejabat dan pelbagai institusi sehinggalah rakaman kaset-kaset beliau antara yang laris dalam dekad 80-an dan awal 90-an.
Sosok yang peramah ini akhirnya semakin merosot kesihatannya dan beliau kembali menghadap Ilahi dengan penuh kebaktian, jasa yang menggunung kepada rakyat miskin juga pernah memimpin PAS dengan pelbagai jawatan.
Alfatihah, buat sang daie mesra masyarakat ini.
_____________
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber HD - 9-2-2014
Hampanya tiada penurunan tol tahun ini
- Feb 06, 2014
- DR RIDUAN MOHD NOR
Sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu dan meringankan beban rakyat seboleh mungkin. Menjadi dasar kerajaan, duit kerajaan hasil cukai rakyat itulah yang seharusnya digunakan untuk membela kembali rakyat, agar jangan mereka terbeban lagi. Jika kerajaan menaikkan kadar tol dalam keadaan pampasan kepada syarikat tol juga sudah diberi, maka ia berhak menjadi berita sensasi negara.
Cuma terkilannya, kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM 400 juta kepada syarikat konsesi tol ‘sebagai ganti rugi’ selepas semakan kadar tol dibekukan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi. Ia bermaksud, dalam kata ‘ganti rugi’ tersebut syarikat konsesi tol masih mendapat keuntungan berlipat kali ganda, berjuta-juta ringgit dikumpulkan hasil tol manakala kerajaan pula ‘top up’ dengan ganti rugi kerana tidak mengikut perjanjian untuk menaikkan kadar tol tiga tahun lepas. Syarikat konsesi mendapat laba dan keuntungan dua kali, satu daripada rakyat yang membayar tol manakala satu lagi daripada pampasan kerajaan kepada mereka.
Pengumuman ini tidak melegakan rakyat kerana rakyat sudah tidak tertanggung dengan pelbagai bebanan kos hidup yang meninggi hasil dari kenaikan harga barangan terutama barang keperluan. Tidak menaikkan harga tol tidak bererti melapangkan dada rakyat yang sempit. Rakyat masih sukar bernafas, tercungap-cungap kelemasan namun belum sampai tahap nazak. Menaikkan harga tol mungkin akan menazakkan rakyat dan mungkin juga sesetengahnya akan ‘mati’.
Mengekalkan harga tol dalam keadaan sekarang tidak mengubah hidup rakyat, kerana kerajaan juga maklum rakyat sedia terhimpit dengan bebanan hidup. Yang rakyat mahukan bukannya dikekalkan harga tol dengan kadar sekarang, tetapi harga tol baharu yang diturunkan jika tidak pun dihapuskan terus seperti ikrar Pakatan Rakyat semasa kempen PRU ke 13 lalu. TPM nampaknya tidak berani mengambil langkah membela rakyat dengan mengurangkan harga tol. Idea ini seperti tidak terfikir dibenaknya kerana baginya langkah ini akan merugikan kerajaan serta syarikat konsesi tol, walaupun rakyat mendapat keuntungannya.
Malangnya inilah mentaliti pemimpin negara sekarang. Bagi mereka biarlah mereka dan kerajaan untung dan kaya raya, asalkan rakyat rugi dan merana. Lebih mengecewakan apabila mereka sanggup mengikut kehendak syarikat konsesi tol, sekalipun terpaksa membayar pampasan jika tidak menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang ditetapkan, daripada mengikut kehendak dan kemampuan rakyat di negara ini. Besarnya nilai beberapa kerat tokoh korporat kaya raya itu di mata mereka daripada nilai berjuta rakyat di negara ini.
*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD - 6-2-2014
Pemuafakatan politik PAS: Meruak kabut sejarah
- Feb 04, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Selepas mencapai kemerdekaan, pihak oposisi yang mengadakan pemuafakatan politik ialah parti berhaluan sosialis iaitu Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh. Jalur Melayu dan Cina sosialis-marhaenism ini juga menjadi kelompok yang kuat berkubu di bandar dan pinggir bandar dan menjenamakan mereka sebagai Sosialist Front (SF). PAS yang mula dipimpin oleh Dr Burhanuddin al-Helmi pada tahun 1956 mengakar kukuh di kawasan Melayu dan seterusnya memenangi negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959.
PAS pernah berpakat dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar sehingga pengasas Umno itu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. PAS, selepas tragedi 13 Mei 1969 telah dijemput untuk berada dalam koalisi baru yang dinamakan Barisan Nasional, walaupun telah membayar harga yang mahal apabila segelintir pemimpin dan ahlinya tidak bersetuju dengan tindakan PAS ang dipimpin oleh Datuk Asri. Suara vokal PAS yang mula mengendur akibat berada dalam kerajaan campuran, maka anak-anak muda bernuansa Islam menubuhkan ABIM pada tahun 1971. PAS semasa dalam kerajaan campuran telah melakukan pemberdayaan Islamisasi dalam pentadbiran, antaranya menghapuskan iklan arak di media perdana, mewujudkan laungan azan di media eletronik, mengadakan bulan dakwah, mengaktifkan YADIM dan pelbagai jasa yang masih dikecapi masyarakat negara ini.
Jodoh PAS tidak panjang bersama BN. Umno tidak pernah jujur bersahabat dan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. BN menaja serpihan yang dikenali sebagai Berjasa dalam pilihan raya umum tahun 1978 dan PAS hilang pangkalan kuasanya di Kelantan. Awan hitam pekat mengarak di dada langit, namun tempohnya singkat apabila ulama-ulama PAS dengan pantas menggerakkan gerakan jihad ta'lim serta pentarbiahan kepada ahli yang agak merosot akibat keputusan teruk PRU 1978.
Dalam dekad 1980-an, di tengah gelombang kebangkitan Islam pencapaian PAS dalam persaingan demokrasi agak suram dan dramatik. PRU 1982, aktivis gerakan Islam terpanar dengan kemasukan Presiden ABIM ke dalam Umno, juga menyaksikan masyarakat yang teruja dengan peralihan kepimpinan negara pada tahun 1981. Mahathir menggantikan Husein Onn dan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai Islam (PNI), diikuti beberapa institusi berbau Islam sebagai tarikan pesona untuk masyarakat Muslim negara ini mengekalkan sokongan kepada kerajaan BN. Dalam PRU 1986, PAS cuba membina hubungan dengan kaum Cina negara ini dengan penubuhan CCC (Chinese Consultative Council), namun PAS dipukul dengan keputusan paling teruk dalam sejarah penyertaannya di medan persaingan kuasa. PAS hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa, yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Nik Arsyad.
Langit tak selalu siram, sinar mentari akhirnya memancar terik, berkat dedikasi dan keikhlasan amilin PAS, Allah menghadirkan kekuatan demi kekuatan apabila sistem dokongan PAS mula melebar akibat program pencerahan semakin mengisi ruang masyarakat. Kelompok kelas menengah Melayu semakin bertambah manakala kebejatan pemerintahan regim BN makin dihidu rakyat. Umno berpecah pada tahun 1987, antara kem Mahathir dan kem Ku Li, menatijahkan lahirnya parti Semangat 46.
Pilihan raya kecil Teluk Pasu Terengganu pada tahun 1989, menyaksikan calon PAS, Ustaz Harun Taib memenangi kerusi panas tersebut. PRK itu menjadi asas permulaan untuk pemuafakatan politik yang lebih menyakinkan kepada front Melayu Islam negara ini. Angkatan Perpaduan Ummah yang digagaskan untuk PRU 1990 menyaksikan PAS, Semangat 46, Berjasa, Hamim berjaya menyapu bersih semua kerusi di Kelantan. PAS memperolehi manfaat paling besar dengan kembalinya negeri jantung Melayu itu kepada parti Islam tertua negara ini.
Gegaran politik paling dramatik yang berlaku akibat pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, juga menyaksikan lanskap dan demografi politik Malaysia berubah dengan pantas. PAS yang dipimpin oleh almarhum Datuk Fadhil Noor telah menguruskan kebangkitan rakyat dengan berkesan, tertubuhnya GERAK, seterusnya pakatan politik pelbagai kaum dan jaringan sivil yang menghantar kejayaan besar PAS dalam PRU 1999.
PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN di seluruh negara dalam PRU 1999. Barisan Alternatif yang menampilkan PAS, Parti Keadilan, DAP memberikan tentangan sengit kepada koalisi BN. Terengganu dan Kelantan diperintah oleh PAS, dua buah negeri yang didominasi oleh orang Melayu .
Episod pemuafakatan politik pelbagai kaum makin terserlah dengan berlakunya tsunami politik pada tahun 2008, lima buah negeri tumbang kepada parti oposisi yang akhirnya dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat. Semenjak 2008, serangan hodoh BN terhadap PR tidak pernah berhenti sehingga kini. Pelbagai drama, kejutan demi kejutan sentiasa berlaku, ramai pemain politik sama ada PR dan BN turun dan naik daripada panggung politik sehinggalah kini.
Pakatan Rakyat tidak pernah sunyi dilambung gelombang, diterjah krisis, disepuh masalah, apatah lagi dengan pelbagai variasi para penyokongnya. Koalisi paling besar pengaruhnya ini dalam sejarah parti oposisi berjaya membentuk kerajaan negeri dan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam PRU13. Keberadaan PR menjadi kuasa semak dan imbang yang kuat kepada regim BN dan dua blok kuasa politik ini menjadi pilihan rakyat negara ini. PAS dalam sejarahnya melalui pelbagai tajribah politik dalam usaha memenangi rakyat serta salah satu usaha parti Islam ini melebarkan dakwah. Kebijakan politik PAS ini akhirnya juga diadaptasi oleh gerakan Islam di dunia seperti memunculkan MMA di Pakistan, koalisi parti-parti muslim yangtelaah menyatukan Jamiatul Ulama dan Jamiat Islami. PAS tidak pernah mengkhianati rakan pemuafakatannya dalam sejarah, pernah sepi bersendirian, disakiti teman tahalluf siyasi namun harakatul ummah ini dengan jiwa yang besar terus membadai perjuangan. Keikhlasan berteman inilah antara sifir congak paling ampuh mengapa parti Islam ini makin melebar sokongan dan dokongan termasuk kaum bukan Islam.
Hormatilah PAS sebagai teman pemuafakatan politik, jangan sakiti gerakan Islam ini kerana sejarah menunjukkan PAS tidak pernah rugi dalam berkawan. Parti berbasis aqidah ini mempunyai prinsip dan didokong jutaan manusia, ia terus bergerak dan mara untuk menyampaikan dakwah dan merengkuh sokongan siasah untuk menunjang Syariah dalam tanah air tercinta ini. Tiada madah berhelah, kerana obligasi akhirat adalah matlamat pasti harakatul ummah ini.
(Penulis ialah Setiausaha lujnah Dakwah PAS Pusat)
Sumber HD - 4-2-2014
Libatkan rakyat dalam permuafakatan nasional
- Jan 31, 2014
- HARAKAHDAILY
AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor berkata, rakyat tidak mahu dikorbankan dengan politik polemik buat kesekian kalinya, dan rakyat bosan mengadap isu yang direka dan dibentangkan setiap hari bagi meraih keuntungan pihak terbabit, sedangkan negara terus dihimpit dengan hutang yang tinggi, kos sara hidup yang melampau disamping bebanan cukai yang keterlaluan ditanggung.
“Selesaikan masalah rakyat adalah agenda besar permuafakatan nasional dan libatkan semua pihak termasuk rakyat di peringkat bawahan agar mereka juga mampu menyumbang dalam memastikan rekonsiliasi nasional menjadi agenda besar negara,” ujarnya menerusi facebook, sebagaimana di bawah
Ketika idea rekonsiliasi atau permuafakatan nasional dicanang di seluruh negara, pilihanraya kecil Dun Kajang terpaksa diadakan berikutan Adun tersebut, Lin Chin Cheh meletak jawatan.
Tanpa angin tanpa ribut, tanpa kematian tiba-tiba pilihanraya kecil terpaksa diadakan di Dun berkenaan.
Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu PRK Kajang, kerana terlalu ramai ahli politik dan pemimpin yang meluahkan kemarahan, kekecewaan tidak kurang juga yang memuji tindakan pemimpin PKR itu.
Permuafakatan nasional adalah agenda perpaduan dengan tujuan membina sebuah negara yang harmaoni, bersatu, aman, makmur.
Ia adalah idea baik dan bernas kerana semua pihak boleh duduk semeja berbincang meskipun berlainan agenda politik malah ideologi pegangan politik mereka.
Demi negara, kesemua pihak harus akur dengan kepentingan bersama dan mencapai kata sepakat bagi memastikan negara dapat di terajui dengan baik.
Soalnya, mampukah kesemua pihak terbabit bermuafakat dengan jujur dan ikhlas tanpa ada kepentingan peribadi mahupun politik tertentu di sebaliknya?
Adakah tidak ada suatu perbincangan belakang tabir yang merencanakan sesuatu termasuk mengatur skrip politik negara dengan perjalanan yang sedemikian rupa, bagi melestarikan cita-cita dan kehendak mereka?
Apakah PRK Dun Kajang juga adalah hasil perbincangan tahap tertinggi pihak berkaitan dan adakah ia terjemahan daripada rekonsiliasi nasional yang dislogankan itu?
Apa yang pasti, Perdana Menteri gemar bermain dengan istilah yang begitu hebat pada pandangan rakyat namun kosong pada pengisian dan kaku pada penghayatannya.
Slogan 1Malaysia’, ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, endless possibilities’ adalah mainan beliau sejak dahulu dan terkini menggunakan istilah rekonsiliasi nasional bagi menjustifikasikan tindakan politik beliau.
Yang penting di sisi rakyat, bukannya slogan yang dilaungkan itu tetapi apakah hasil dari kesemua slogan yang diungkapkan malah dijenamakan sehingga menggunakan jutaan duit negara itu.
Mengikut rekod, slogan-slogan tersebut terus berlalu mengikut rentak politik selera semasa dan menjadi sejarah tatapan generasi akan datang.
Kesannya tiada yang membanggakan rakyat melainkan hanya kepada kepentingan golongan tertentu.
Jika permuafakatan nasional menjadi agenda teras pemimpin negara, PM perlu berani berterus terang apakah agenda utamanya, natijah yang diharap akhir daripada agenda ini serta kepentingan utamanya kepada rakyat.
Rakyat tidak mahu dikorbankan dengan politik polemik buat kesekian kalinya, dan rakyat bosan mengadap isu yang direka dan dibentangkan setiap hari bagi meraih keuntungan pihak terbabit, sedangkan negara terus dihimpit dengan hutang yang tinggi, kos sara hidup yang melampau disamping bebanan cukai yang keterlaluan ditanggung.
Selesaikan masalah rakyat adalah agenda besar permuafakatan nasional dan libatkan semua pihak termasuk rakyat di peringkat bawahan agar mereka juga mampu menyumbang dalam memastikan rekonsiliasi nasional menjadi agenda besar negara.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sumber HD - 31-1-2014
Kembara dakwah di Tawau dan Sandakan
- Jan 28, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Muslim Care Malaysia, NGO kemanusiaan tanpa sempadan memilih daerah ini untuk misi jelajah Borneo yang diadakan setiap bulan oleh badan itu, dengan anggota misi kali ini seramai 15 orang. Dengan anggota pelbagai latarbelakang sosial seperti doktor, arkitek, pendidik, artis , misi kali ini mengadakan pelbagai program dakwah dan khidmat masyarakat. Antaranya di kampung Kuala Apas, anggota misi mengadakan khidmat kesihatan percuma, bengkel smart solat dan motivasi kepada pelajar dan masyarakat.
Kuala Apas antara kampung di Tawau yang mempunyai ramai penduduk miskin tegar, dengan tahap latar belakang pendidikan yang rendah. Di sini juga Muslim Care memberikan sumbangan kepada fakir miskin dan mengadakan klinik gigi bergerak yang mendapat sambutan hangat penduduk setempat. Program forum perdana juga telah diadakan di masjid daerah bertemakan maulid Nabi serta pengkhianatan Yahudi terhadap ar Rasul SAW.
Misi juga cuba menerobos ruang dakwah inklusif dengan mengadakan street dakwah yang menampilkan zuar XPDC, di mana anak-anak muda cuba didekati untuk mereka kembali kepada fitrah. Tergambar riak kegembiraan anak muda Tawau serta membuka minat mereka untuk mengenali dengan lebih dekat agenda Islam.
Rombongan Muslim Care seterusnya meredah awan ke Sandakan untuk terus mengadakan khidmat bakti di kampung Gum- gum dan Kampung Sundang Air di Batu Sapi. Di kedua buah kampung ini juga anggota misi menjalankan khidmat masyarakat seperti bengkel solat dan motivasi, khidmat kesihatan percuma, bantuan makanan asas kepada fakir miskin, pemeriksaan gigi percuma oleh pengamal perubatan Muslim Care yang terlatih.
Kehidupan sebahagian besar penduduk kampung ini sangat dhaif, termasuk ramai penduduk miskin yang tidak memiliki kad pengenalan , kadar buta huruf yang tinggi serta literasi agama sangat kritikal. Ramai anak remaja yangvtidak tahu mengucap syahadah dan tidak pandai bersolat, namun mereka kelihatan sangat teruja dengan motivasi khas yang diberikan oleh Zuar XPDC.
Program dakwah di Sandakan juga berkolaborasi dengan Usrah Kaki lima, badan bukan profit yag kini mula menjadi fenomena anak muda di Sandakan. Muslim Care mengadakan santai anak muda di jalanan dan juga tempat tumpuan ramai bersama kelompok anak muda usrah kaki lima. Pelbagai watak anak muda ranggi turut menyertai program ini dan kelihatan mereka tidak berganjak apabila mendengar tazkirah agama yang diselangseli dengan persembahan.
Anak-anak muda sekitar Sandakan sesekali turut sama- sama menyanyikan lagu- lagu XpDC seperti 'semangat yang hilang','hentian ini',' penyesalan' dan beberapa lagu yang turut dipersembahkan oleh anak muda tempatan. Pelbagai program dakwah yang diatur padat oleh banyak pihak di Sandakan berjalan dengan lancar termasuk forum perdana maulid serta penerangan perdana isu Palestin dan Syria.
Rombongan Muslim Care sebelum pulang diraikan oleh Haji Hamzah, mantan Pesuruhjaya Sabah yang juga seorang peguam terkenal di Sandakan. Beliau mengharapkan usaha dakwah dan kebajikan di Sabah terus dibantu oleh banyak pihak dari Semenanjung, juga mengharapkan sektor pendidikan Islam di Borneo terus diberikan fokus perdana oleh gerakan Islam.
Sumber HD - 28-1-2014
Tribut buat Ustaz Harun Taib: Murabbi, ayahanda dan teman
- Jan 25, 2014
- DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Haron Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU Institut Jantung Negara (IJN).
Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program Ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua-dua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulamak PAS.
Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Datuk Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang menggoncang sukma.
Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat, beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80-an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam.
Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.
Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982, seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS.
Dalam pertengahan dekad 1980-an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya Pasti telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini.
Bersama teman-teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulamak PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan Dun Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya, Hilmi mewakili konstitusi tersebut.
Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di Dun Manir.
Beliau antara 10 orang calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan Umno, Semangat 46.
Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti 'Muslimat Pembangun Ummah', 'Berbilang-bilang Jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.
Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami.
Isterinya, Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS. Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembek, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.
Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco Kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu.
Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah.
Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Kolej Sains dan Teknologi al-Quran (Kostaq), Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (Kospint), pemerkasaan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.
Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembek di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai. Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah.
Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus.
Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata-kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...al-Fatihah.
Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat.
Sumber HD - 25-1-2014
No comments:
Post a Comment