Royalti 20%: Husam harap 3 negeri ikut Sarawak
KUALA LUMPUR: Langkah Dun Sarawak meluluskan usul menuntut royalti petroleum dinaikkan kepada 20% adalah sangat penting dan akan membuka jalan kepada penyusunan menyeluruh industri petroleum negara.
“Saya mengucapkan tahniah di atas keberanian Kerajaan Sarawak. Saya berharap tiga negeri pengeluar yang lain dapat mengambil langkah yang sama,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berikutan perkembangan itu, beliau mencadangkan juga negeri negeri pengeluar petroleum yang rata-rata miskin dapat sama menuntut equity dalam Petronas sama seperti Kerajaan Malaysia bagi membolehkan negeri-negeri pengeluar menikmati pembahagian kekayaan petroleum yang lebih saksama.
Buat masa ini, ujarnya hampir 48% pendapatan Malaysia adalah dari hasil petroleum terdiri dari cukai, royalti dan dividen sedangkan negeri-negeri masih tertinggal dan limpahan ekonomi dari kekayaan ini gagal diagihkan sepenuhnya. - HARAKAHDAILY 8/5/2014
“Saya mengucapkan tahniah di atas keberanian Kerajaan Sarawak. Saya berharap tiga negeri pengeluar yang lain dapat mengambil langkah yang sama,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Berikutan perkembangan itu, beliau mencadangkan juga negeri negeri pengeluar petroleum yang rata-rata miskin dapat sama menuntut equity dalam Petronas sama seperti Kerajaan Malaysia bagi membolehkan negeri-negeri pengeluar menikmati pembahagian kekayaan petroleum yang lebih saksama.
Buat masa ini, ujarnya hampir 48% pendapatan Malaysia adalah dari hasil petroleum terdiri dari cukai, royalti dan dividen sedangkan negeri-negeri masih tertinggal dan limpahan ekonomi dari kekayaan ini gagal diagihkan sepenuhnya. - HARAKAHDAILY 8/5/2014
Sumber HD - 8-5-2014
Hudud: Najib ketepikan sokongan Jamil Khir
- Apr 26, 2014
- ASLANI M
Malah ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen dengan memberi gambaran awal Umno bersedia menyokong enakmen berkenaan, dijawab pula Datuk Seri Najib Razak perundangan syariah tersebut belum sesuai lagi dilaksanakan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, mungkinkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membuat ucapan di parlimen hanya sekadar syok dengan ucapannya sendiri tanpa merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu.
Katanya, kalau diteliti video ucapan menteri terbabit seolah-olah dengan jelas Umno akan menyokong enakmen tersebut apabila dibawa ke parlimen.
“Namun sekarang ucapan itu seperti disanggah Perdana Menteri apabila membayangkan belum sampai masalah hudud dilaksanakan, biar pun menurutnya Umno tidak pernah menolak hudud.
“Belum apa-apa lagi sudah wujud pertentangan antara pemimpin Umno. Mungkinkah ketika berucap di parlimen menteri sekadar mengikut rentak selepas diasak anggota parlimen Pakatan Rakyat,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Buluh Kubu di sini malam tadi.
Ketika berucap di parlimen sebelum ini Jamil Khir membayangkan Umno akan menyokong enakmen tersebut untuk membolehkan dilaksanakan di Kelantan.
Beliau juga berkata, kelazimannya usul persendirian dibenarkan dibawa selepas selesai segala urusan berkaitan kerajaan, iaitu ketika persidangan parlimen berada di penghujung.
Katanya, usul tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan menteri sebelum dapat dibentangkan.
Husam juga berkata, pelaksanaan perundangan syariah diusahakan di Kelantan bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang semakin berleluasa sekarang.
“Biarlah Kelantan menjadi model pelaksanaan perundangan tersebut. Usaha itu dilakukan bukan bertujuan hendak bertembung dengan mana-mana pihak termasuk rakan—rakan dalam Pakatan Rakyat.
“Oleh itu saya meminta semua pihak lebih matang. Sekarang rakyat mahu melihat siapa yang akan menyokong atau menentang pelaksanaan perundangan Islam.
“Bukan lagi soal boleh laksana atau tidak. Isu tersebut menjadi celaru kerana media massa tidak memainkan peranan bagi menjelaskan lagi tuntutan agama tersebut bagi membolehkan rakyat memahami,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
Husam menang saman terhadap blogger Umno
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.
Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.
Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.
Pada perbicaraan kali ini, Husam diwakili oleh peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim. Manakala pihak responden/defendan diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri.
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 5-3-2014
1MDB: Tarif elektrik mungkin terus naik
- Feb 25, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta kerajaan tidak menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB kerana rakyat yang akan menanggung beban kenaikan tarif elektrik.
Menurut Husam, syarikat lain yang bersaing dengan 1MDB ialah YTL Corporation Berhad.
Bagaimanapun, 1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.
"Kalau 1MDB dipilih kita akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.
Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.
"Adakah rakyat Malaysia perlu membayar kos elektrik yang lebih mahal semata-mata nak bayar kepada 1MBD sedangkan ada saingan yang lebih murah dengan saingannya YTL," kata pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, beliau turut mempersoal 1MDB yang membayar harga lebih mahal sebanyak RM2.65 billion untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) Ananda dan Genting.
Pada Mac 2012 Syarikat 1MDB membelanjakan sebanyak RM8.5 billion untuk membeli Tanjong Energy Holding.
Pada Ogos 2012 1MDB berbelanja sebanyak RM2.35 billion untuk membayar faedah 75 peratus Genting Sanyen Power.
"1MDB menghasilkan perolehan sebanyak RM1 billion setahun. Jumlah yang hanya cukup untuk membayar bunga tetapi masih tidak mencukupi untuk membayar hutang secara keseluruhan," katanya.
Tambah beliau lagi, mengikut perolehan dari Internal Rate of Return (IRR) yang lazimnya digunakan untuk mengukur keuntungan pelaburan dan rata-rata kadar yang biasa diperlukan adalah antara 10 hingga 12 peratus.
IRR bagi Tanjong Energy Holding ialah sebanyak 5.2 peratus manakala IRR bagi Genting Sanyen Power ialah 0.5 peratus.
"Mengikut kadar semasa untuk mendapatkan IRR 10 peratus, 1MDB perlu membayar hanya RM8.2 billion iaitu RM2.65 billion lebih tinggi. Megapa ini terjadi?" soalnya.
YB DHM - http://www.youtube.com/watch?v=QaamNdikkWs
YB DHM - http://www.youtube.com/watch?v=QaamNdikkWs
Sumber HD - 25-2-2014
NST diperintah bayar RM350,000 kepada Husam
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.
Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.
Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.
Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.
Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.
Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.
Sumber HD - 17-2-2014
Husam cadang kerajaan negeri runding elak saman
- Jan 29, 2014
- Salmah Mat Husain
Bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika mencadangkan perkara itu berkata, ianya tidak perlu sampai ke peringkat mahkamah memandangkan perkara itu dapat diselesaikan secara baik.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan saman Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) yang menuntut ganti rugi daripada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya itu.
Husam ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Ibrah Dari Kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat" anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat semalam.
"Suka saya nasihatkan kedua-dua syarikat berunding dahulu, tidak perlu saman menyaman di mahkamah, surat mereka kepada kerajaan negeri mungkin lupa dilayan.
"Tetapi saya harap kerajaan panggil balik syarikat berkenaan untuk berunding dan dengar apa pandangan mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, saya yakin Kelantan setuju," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Husam memaklumkan kesediaan sebuah syarikat dari China untuk membina lebuhraya sejauh 73 kilometer itu tanpa tol dengan jaminan pembayaran dari Kerajaan Persekutuan.
Beliau berharap kerajaan negeri turut mempertimbangkan cadangan tersebut memandangkan negeri itu mempunyai banyak alternatif untuk menjayakan pembinaan lebuhraya itu.
“Kelantan harus bersikap terbuka dan yakin sekiranya kerajaan negeri memanggil balik syarikat sebelum inipun perkara ini dapat diselesaikan,” ujarnya.
DHI menuntut RM225 juta, iaitu anggaran nilai keuntungan yang tidak akan diperolehi disebabkan pelanggaran kontrak oleh defendan.
Syarikat tersebut mendakwa telah membelanjakan kira-kira RM5juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.
Plaintif juga menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Saman difailkan Tetuan Fernandez & Selvarajah, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini kelmarin.
Sumber HD - 29-1-2014
Kangkung turun harga kerana tiada pembabitan kroni
- Jan 28, 2014
- Salmah Mat Husain
Menurutnya, kenaikan harga kangkung tidak berlaku kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung.
“Sekiranya sayuran itu dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Ibrah dari kisah Nabi Yusof:
Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai, dekat sini hari ini.
Program sehari itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.
Ucaptama majlis disampaikan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Husam menambah, akibat tiadanya agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat, kepentingan kroni dan peribadi membuatkan rakyat menderita.
“Kerana itu kehidupan rakyat pelbagai peringkat, apa lagi yang berpendapatan rendah dihimpit kenaikan harga barang khususnya keperluan harian,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri,dan para pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sumber HD - 28-1-2014
No comments:
Post a Comment