FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Monday, January 20, 2014

SAYANG SARAWAK (JILID 3)


NIAH: Perjalanan yang penuh dengan bukit curam, jalan rosak dan agak sempit untuk sampai ke Rumah Panjang (RH) Jelani di Saeh Niah dari jalan utama Miri-Bintulu adalah antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk menyelamatkan harta benda RH Jelani.

Rumah Panjang Jelani hangus teruk akibat kebakaran beberapa hari yang lalu.

Tiada kemalangan jiwa berlaku cuma mereka hanya sempat melarikan diri tanpa sempat menyelamat harta benda mereka yang tertinggal dalam rumah panjang tersebut.

Baru-baru ini kita melawat sambil memberi sumbangan kebajikan untuk mangsa rumah terbakar di RH Jelani di Saeh Niah.

Menurut mangsa, mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka dan mereka ada membuat panggilan bomba untuk memadam api tetapi apabila pihak bomba sampai, rumah mereka sudah hangus terbakar.

Pihak bomba yang datang dari bandaraya Miri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke RH Jelani kerana perjalanan dari bandaraya Miri ke Niah sudah lebih sejam, jalan masuk yang berbukit curam dan sempit menyukarkan lagi pihak bomba sampai ke kawasan rumah panjang tersebut.

Walaupun jalan kampung sudah dinaik tarafkan tetapi ada sesetengah kawasan jalannya masih berlumpur dan sukar untuk sampai ke pedalaman.

Sepatutnya pihak kerajaan sudah lama membina balai Bomba di Bekenu dan Niah untuk memudahkan pihak bomba datang lebih awal untuk menyelamatkan harta benda penduduk di rumah panjang dan kampung di sekitar kawasan tersebut dari terbakar hangus.

Jalan yang berbukit curam dan jalan sempit berlumpur juga antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Untuk pencegahan awal, kita cadangkan adakan suatu unit khas penyelamat di kawasan rumah panjang dan kampung untuk mencegah api dari merebak.

Setiap rumah panjang perlu ada pemadam api dan juga pili bomba sebagai pencegahan awal dari api merebak.

Penduduk kampung dan juga rumah panjang perlu diberi latihan memadam api sebagai suatu latihan pencegahan awal.

Jalan di luar bandar juga perlu diperbaiki dan tar sepenuhnya untuk memudahkan pihak bomba dan juga untuk kemudahan penduduk luar bandar.

Beri kemudahan asas kepada penduduk luar bandar agar mereka tidak terpinggir dari arus pembangunan.

Masalah kebakaran rumah di luar bandar sukar dikawal sekiranya masalah infrastruktur tidak disediakan dengan sebaik mungkin.

Kita amat simpati kepada mangsa kebakaran yang sering terjadi di luar bandar kerana mereka sukar untuk mendapat bantuan kecemasan jika diperlukan.

Kita menggesa pihak kerajaan dapat mengatasi masalah penduduk luar bandar yang sukar mendapat bantuan kecemasan ini dengan membina infrastruktur seperti yang diperuntukkan dalam bajet 2014. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Sumber HD - 20-1-2014

No comments:

Post a Comment