Nasib baik Karpal mati
TAHNIAH kepada Ramkarpal Singh Deo dan Pakatan Rakyat atas kemenangan majoriti besarnya dalam PRK Bukit Gelugur yang boleh dikira tiada perlawanan itu.
Meskipun majoritinya sedikit merosot berbanding dengan majoriti mendiang Karpal setahun lalu, tetapi ia adalah kemenangan besar yang lebih bererti DAP/Pakatan Rakyat tidak susah lagi untuk menghadapi Barisan Nasional.
Tiada orang BN yang sedia bertanding di kerusi Karpal sekalipun Karpal sudah mati. BN tidak meletakkan calon bukan justeru apa-apa stretegi tetapi BN dan kerabatnya seperti sudah mati di Bukit Gelugur. Rupanya bukan Karpal saja yang mati, BN juga sudah mati di situ. Dengan matinya Karpal tahulah semua BN juga mati.
MCA dan Gerakan selalunya berebut kawasan. Sejak lebih 30 tahun MCA minta diberi kerusi lebih di Pulau Pinang supaya ia dapat membukti ialah pemimpin Cina dalam BN. Demikian juga Gerakan di samping mempertahankan pimpinan Cina di Pulau Pinang, ia minta diberi kerusi lebih di seluruh negara supaya ia dapat jadi parti Cina yang utama dalam BN.
Di Bukit Gelugur kedua-duanya berebut tidak mahu kerusi. Maka BN untuk berlaku adil perkenan supaya tiada siapa bertanding supaya tidak ada parti dalam BN yang taraniaya di kawasan yang ditinggalkan oleh mendiang Karpal.
PRK itu diadakan kerana Karpal meninggal dunia. Bukan kerana Karpal hilang kelayakan untuk kekal sebagai Anggota Parlimen. Karpal sebenarnya sudah didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan berkata tidak sopan ke bawah Duli Sultan Perak. Hukum yang dijatuhkan, dia tidak layak lagi duduk di Parlimen.
Kerusinya belum kosong kerana dia memfailkan rayuan. Nasibnya menunggu mahkamah rayuan itu senipis kulit bawang. Kulit bawang boleh koyak dan boleh tidak koyak.
Jawapannya ialah Bukit Gelugur bersedia untuk mengadakan PRK selepas saja selesai PRK Kajang. Tetapi apakah harapan BN untuk merampas kawasan itu kiranya mahkamah menolak rayuan Karpal? Harapannya lagi nipis seperti kulit bawang, tetapi memang tiada harapan.
MCA dan Gerakan mendoakan mahkamah moga-moga menerima rayuan Karpal supaya mereka tidak berdepan dengan malu dipukul mati dalam PRK Bukit Gelugur. Dengan puluhan ribu majoriti Karpal Mei 2013 dulu, tiada mungkin untuk mengurangkannya di bawah 10 ribu.
Walaupun kerabat Pakatan menyumpah terhadap keputusan mahkamah mensabitkan kesalahan Karpal dan lebih menyumpah apabila hukumannya tidak lagi melayakkannya kekal berada di Parlimen, tetapi apabila Karpal merayu, giliran BN pula terutama Umno akan menyumpah kalau rayuan Karpal ditolak.
Jika Pilihan Raya Kecil diadakan kerabat BN akan bertelagah tidak mahu bertanding. Jika bertanding, masing-masing akan menghabiskan duit. BN tidak boleh tidak pasang poster seperti Pemilu di Indonesia. BN tidak boleh tidak berbelanja. Belanjanya besar. Siapa hendak memberi duit.
Di luar Bukit Gelugur mungkin ada saudagar memberi sumbangan. Di Bukit Gelugur siapa hendak memberi sumbangan. MCA sendiri terasa rugi hendak mengeluarkan duit. Gerakan tidak mahu memikul beban MCA itu. Nescaya habislah duit BN yang didapatinya dari baksis projek-projek mega.
Dan semua kerabat BN yang turun ke Bukit Gelugur akan menyumpah dengan keputusan mahkamah. Kerja mahkamah adalah untuk menentukan keadilan, tetapi ia boleh menyusahkan BN, Umno, Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain.
Mahkamah telah terselamat dari takwil semua pihak apabila Karpal maut dalam kemalangan jalanraya. Nasib baik Karpal mati. Jika tidak orang akan membicarakan mahkamah di luar mahkamah.
Sumber HD - 4-6-2014

Penyingkiran Nizar usah disentuh
ADALAH wajar segala kebaikan Almarhum Sultan Azlan Shah disebut apabila menyentuh belasungkawa kemangkatan baginda. Dalam memperingati Almarhum pastikan yang baik itu disepakat oleh semua.
Yang tidak disepakati seperti penyingkiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin elok tidak disentuh. Apabila ia disentuh, ia mengundang komen pihak yang mengira penyingkiran itu tidak tepat dalam menyelesaikan krisis rampasan kuasa di Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat oleh Barisan Nasional.
Beberapa ulasan mengkagumi baginda dalam isu itu termasuk oleh pakar/profesor undang-undang. Rakyat jelata bangga beroleh seorang Sultan, satu-satunya di dunia, pernah menjadi Ketua Hakim Negara dan banyak penghakiman baginda dihormati.
Tetapi Almarhum adalah manusia yang ada kekurangannya. Sebagai seorang hakim tertinggi pandangannya tentang undang-undang diberi perhatian oleh semua, tetapi tidaklah setiap keputusan diakui semata-mata kerana ia dibuat oleh seorang hakim yang berprestij. Pengiktirafan tentang penghakiman bergantung kepada ketepatannya, bukan kerana kedudukan sebagai bekas Ketua Hakim Negara.
Nabi Daud AS adalah raja dan hakim yang adil tetapi ada penghakimannya yang dikira adil tetapi boleh dibaiki lagi.
Kes seorang peladang mengadu tanamannya habis dimusnahkan binatang ternakan seorang gembala. Gembala mengaku ternakannya memusnahkan kebun pengadu. Keputusan baginda ialah binatang ternakan diserahkan kepada peladang sebagai ganti rugi. Kira-kira ia satu keputusan yang adil.
Tetapi Nabi Sulaiman AS, putera Nabi Daud mengira keputusan itu tidak tepat. Lalu dianjurnya supaya di samping ternakan itu diserahkan kepada peladang dan hak atas hasilnya, maka ladang pekebun itu diserahkan pula kepada penternak untuk dimajukan. Apabila ladang itu mengeluarkan hasil semula, kebun itu diserah semula kepada tuannya dan semua ternakan dipulangkan balik kepada penternak.
Jika Nabi pernah membuat keputusan kurang tetap tentulah manusia biasa, sepintar mana pun, boleh membuat kesilapan.
Dalam kes penyingkiran Nizar, kita tidak boleh berpegang kepada peruntukan perlembagaan dan undang-undang saja. Faktor keadilan dan suasana yang berlaku perlu diambil kira. Jika undang-undang Allah yang sempurna seperti hudud Rasulullah SAW tidak laksanakan hukum atas pengakuan seorang wanita yang berzina atas sebab keselamatan masa depan anak yang dikandungnya, dan Khalifah Umar al-Khatab tidak potong tangan jiran miskin yang mencuri makan dari kejiranannya kerana kelaparan, maka undang-undang ciptaan manusia juga ada ruang pengecualian.
Dalam kes Pakatan Rakyat Perak hilang majoriti disebabkan oleh empat ADUN hilang serentak beberapa ketika dan apabila muncul mengaku tidak lagi menyokong kerajaan Nizar. Dari sudut perlembagaan memang Pakatan sudah hilang majoriti, tidak layak lagi meneruskan pemerintahan. Tetapi dari segi peraturan juga Menteri Besar juga tidak boleh dipecat oleh sesiapa termasuk Raja yang melantiknya dulu.
Bagaimana tiga ADUN Pakatan boleh hilang serentak? Apakah perundangan tidak wajib menyiasat kejadian itu? Ikut hilang serentak ialah ADUN BN Bota yang secara sukarela jadi ADUN Pakatan, kembali ke pangukuan BN selepas hilang. Apakah tiada ruang dari sudut keadilan orang-orang diminta memberi keterangan/kesaksian mengapa mereka derhaka?
Dengan berpegang kepada perlembagaan saja, apakah hakim telah melaksanakan keadilan? Atau dengan berpegang pada perlembagaan, tidak mungkin keadilan diabaikan? Kebijaksanaan juga penting dalam menegakkan keadilan. Nabi kecualikan hukum atas penzina dan Saidina Umar RA tidak tidak potong tangan pencuri atas sebab kebijaksanaan.
Raja berperlembagaan boleh tidak mendengar nasihat PM/MB, tetapi ia dianggap ganjil. Tidak ganjilkah Nizar dipecat tanpa peruntukan yang jelas dan tidak ganjilkah nasihat Nizar agar DUN dibubarkan diketepikan? Ternyata aspek keadilan dan kebijaksanaan tidak diperhatikan dalam kejadian di Perak itu.
Bagi yang hidup menyebut hal yang tidak disepakati dan tidak jelas tentang Almarhum ternyata tidak bijaksana.
Sumber HD - 3-6-2014

Hudud Umno macam tak solat
SAYA tonton wacana hudud di TV1 yang libatkan antara lain Hanifa Maidin dari PAS dan Datuk Alwi Adun Umno Kelantan yang cetuskan isu hudud jadi perbahasan sekarang.
Hanifa menganjurkan agar Umno yang bentang di Parlimen bagi kuatkuasakan hudud. Pertama, Umno sudah mengaku ia tidak pernah tolak hudud. Kedua usul kerajaan diutamakan oleh Parlimen dari usul persendirian terutama jika daripada pembangkang.
Jika usul persendirian disenarai dalam acara yang Parlimen bakal bentang, ia jadi agenda harus saja. Perkara harus boleh bincang dan boleh tidak bincang. Jika ia daripada kerajaan, ia ibarat wajib atau paling kurang sunat mu’akad.
Jawab Alwi ia adalah program PAS, maka PASlah bawa. Sekalipun hudud itu tidak pernah ditolak oleh Umno tetapi belum sampai masanya bagi Umno untuk menguatkuasakannya.
Maka peranan Umno sekarang, logiknya sekadar sokong tetapi belum bercadang untuk mendahului PAS.
Justeru, hudud itu perintah Allah, apa yang menyebabkan Umno belum bercadang menguatkuasakannya sekalipun sudah berkuasa lebih separuh abad? Pada hal ia kata ia tidak pernah tolak hudud.
Ia mengaku beriman dengan hudud. Adakah imannya itu wajib, sunat atau harus? Jika wajib, sempurna iman itu apabila dilaksanakan. Seperti solat wajib. Yang mengaku beriman dengan solat tapi tak solat, imannya kalau ada hanya senipis kulit bawang. Jika iman itu justeru sunat, tidaklah ia wajib tetapi lebih baik ditunaikan. Jika tidak ditunaikan, ia tiada berhajat untuk menambah imannya.
Tetapi kalau harus, ia boleh dibuat dan boleh tidak dibuat. Jika iman terhadap hudud itu sekadar harus, ia boleh ditolak dan boleh tidak ditolak.
Wajib hudud pagi PAS sebagai sifatnya pihak yang tidak berkuasa. Peranannya adalah menuntut supaya ia dilaksanakan. Yang berkuasa melaksanakannya ialah kerajaan. Maka wajib bagi kerajaan dan Umno sebagai yang menguasai kerajaan adalah jauh lebih wajib dari kewajipan pihak yang menutut seperti PAS dan rakyat yang lain.
Umno boleh buat kalau ia mahu buat kerana ia berkuasa dan ia merdeka. Ia bukan berstatus hamba. Seorang yang beriman dengan solat, dia merdeka, dia mesti solat. Jika ia tidak solat, dia tidak menghidupkan iman. Jika Umno beriman dengan hudud, imannya adalah iman wajib, jika dia tidak laksanakan imannya, dia adalah seperti orang beriman kepada solat tapi tidak solat.
Orang mengaku beriman kepada hudud tetapi belum bercadang melaksanakan hudud, kalau dia mati, dia mati seperti mati orang yang mengaku beriman kepada solat tapi tidak bercadang untuk solat lagi.
Atau sama diibaratkan kepada seorang yang sudah mengakui Islam agama yang benar tetapi menangguh memeluk Islam atas sebab tertentu. Mungkin hujah sebabnya terlalu kuat. Tetapi jika mati sebelum sempat memeluk Islam, maka matinya adalah mati kafir.
Jika Umno mengaku tidak menolak hudud, tetapi tidak mahu membentang usul melaksanakan hudud, biarkan PAS saja yang membentangkannya, ia sekadar hendak menyokong saja, apa kata kalau PAS tidak berjaya membentangkannya apa yang Umno dapat? Kalau PAS dapat membentangkannya, maka Umno pun sokong, maka dapatlah Umno pahala menyokong. Tapi PAS dapat pahala lebih banyak. PAS dapat isi dan kuah, Umno dapat kuah saja.
Kalau ia membentangnya atau ia bersama membentangnya, maka pahalanya lebih besar dari sekadar menyokong. Tapi kalau PAS tak dapat bentang, Umno tiada peluang menyokong, tinggallah pahala untuk Umno niat menyokong. Bercadang menyokong benda yang baik dapat satu pahala. Pahala itu sajalah ia dapat.
Niat solat dapat satu pahala. Tunai solat dapat satu pahala lagi. Kalau niat solat tapi tidak solat, dosa tinggal solat telan pahala niat solat yang satu itu.
Sumber HD - 27-5-2014

PAS segeralah layan Gerakan
SEKALIPUN Gerakan ikut menentang hudud, tetapi parti itu saja yang dilihat sedikit terbuka dalam menghadapi isu Kelantan hendak mendaulatkan hudud.
Tentangannya tidaklah kurang dari lain-lain parti, tetapi ia saja yang membuat cadangan untuk berjumpa pimpinan PAS bagi mendapat penjelasan tentang hudud dan mengapa PAS bersungguh untuk membawa usul persendirian di parlimen mengenainya.
PAS jangan menunggu lama, segeralah buka pintu melayannya, jika kurang nyiru halaman ditadahkan.
Belum tentu Gerakan begitu mudah untuk menerima hudud setelah mendengar penjelasan PAS, tetapi Gerakan telah membuat tindakan politik yang betul dan positif dalam isu ini.
Ia mahu mendengar dulu tentang apa yang ia tidak tahu supaya ia tidak dikata menentangnya secara membabi buta. Jika ia setelah mengetahui dan memahaminya, menentang juga, maka biarlah ia menentang dalam keadaan ia tahu apa yang ditentangnya.
Jika boleh meneruskan sikap yang sedikit terbuka itu, maka ia tidak menyukarkan Umno untuk mengambil langkah menyokong hudud sebagaimana yang dibayangkan oleh pimpinannya.
Sekalipun kita belum pasti apakah Umno memang bersedia menyokongnya, kita mesti bersikap positif terhadap hasrat yang dinyatakannya setakat ini. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya tidak berubah dan tidak ragu-ragu lagi dalam perkara itu.
Setakat ini Umno baru menyatakan ia beriman dengan hukum Allah itu tetapi iman itu tidak setakat dinyatakan tetapi iman itu hanya diterima setelah dilaksanakan. Moga-moga tidaklah ia jadi seperti ahli kitab, mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah nabi akhir zaman yang disebut dalam Taurat dan Injil, tetapi setelah mendapati baginda nabi yang dijanjikan itu, Yahudi dan Nasrani menolaknya kerana nabi itu bukan dari Bani Israil.
Sekarang Gerakan adalah lebih lembut dari MCA dan MIC. Ia tidak sekadar menyenangkan sedikit PAS tetapi ia boleh menyenangkan Umno yang mulai terbuka tentang hudud.
Jika Gerakan sudah minta bertemu PAS, maka PAS jangan tunggu Gerakan datang kepada PAS, PAS mesti bersedia untuk pergi kepada Gerakan. Bukan sekadar Ustaz Hadi Awang menyediakan masa menerima pemimpin Gerakan datang mendengar penjelasannya, bahkan PAS sedia hadir ke perhimpunan agungnya untuk menjelaskan betapa hudud tidak menjadi undang-undang yang merugikan Gerakan jika ia dilaksanakan.
Jangan tunggu Gerakan membuat program untuk mendengar undang-undang itu tetapi PAS mesti membincangkan untuk mengadakan program bersama supaya hudud boleh diseminar kepada Gerakan di semua peringkat.
Jika PAS mengambil pendekatan bukan hendak merenggangkannya dari Umno dan Barisan Nasional, tetapi jika ia tahu apa itu hudud, maka ia boleh membantu Umno yang belum mengetahuinya supaya tahu perkara itu. Dengan Gerakan tahu tentang hudud ia boleh memberitahu kepada komponen BN yang lain betapa ruginya hudud ditentang.
Dan jika PAS dapat mengadakan pertemuan dengan Gerakan, bukan ia bercadang untuk menjauhkan diri dari DAP dan Pakatan Rakyat. Sekalipun Gerakan dilihat lebih lembut dari DAP dalam isu ini, tetapi tidaklah PAS untuk menduakan DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebaik mana pun kesediaan Gerakan untuk mendengar penjelasan PAS itu tetapi hubungan dengan DAP setakat ini adalah betul dan perbezaan PAS dengan DAP dalam isu itu tidak mengubah pendirian PAS terhadap DAP.
Sekali pun tercapai satu masa nanti Gerakan menerima apa yang PAS jelaskan hingga menyebabkan Gerakan terfikir untuk bersama PAS dalam Pakatan Rakyat atau tidak mahu bersama BN lagi, maka PAS mesti mendapatkan persetujuan DAP dulu.
Moga-moga Gerakan yang memahaminya dapat membantu PAS untuk menyampaikan maklumat itu kepada DAP. Apa pun tentulah DAP lebih senang menerima penjelasan dari PAS, bukan dari pihak lain.
Sumber HD - 21-5-2014

Betul-betul drama Tiga Abdul
YANG dikatakan krisis politik kerajaan Terengganu berikutan penggantian Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said benar-benar satu drama Tiga Abdul.
Ketiga-tiga Abdul itu ialah Ahmad Said, Adun Kijal, Embi yang digugurkan, Adun Buki Besi, Roslee Daud dan Adun Ajil, Ghazali Taib.
Sebaik Embi itu digugurkan dia mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatan dalam parti kecuali Adun Kijal. Dalam masa beberapa jam, Ghazali Taib dan Roslee Daud pula keluar parti.
Ada beberapa Adun dikatakan hendak keluar juga tetapi tidak jadi.
Yang tiga tadi jadi keluar dan jadi Adun bebas.
Ia sudah jadi drama di Terengganu. Kecut perut semua pemimpin Umno kerana dengan tiga keluar parti menjadikan Adun kerajaan BN tinggal 14. Ia sudah kurang dari Adun Pakatan Rakyat yang ada 15. Untuk beberapa jam Umno/BN sudah jadi minoriti.
Pada masa itu mereka bukan main-main. Betul-betul mereka sudah bukan orang Umno. Cuma mereka tidak koyakkan kad keahlian Umno. Tak koyak pun mereka menyusahkan Presiden Umno dan kesemua pemimpin dan ahli Umno.
Keadaan itu samalah seperi yang dihadapi oleh PAS Terengganu dalam tahun 1960. Beberapa Adunnya dipujuk dan dilarikan. Di Perak tahun 2009 tiga Adun Pakatan Rakyat didapati hilang. Polis tidak mencari kehilangan mereka bersama dengan seorang Adun Bota dari BN yang baru masuk PKR.
Lepas seminggu ke empat-empat muncul serentak di khalayak umum, satu jadi Umno semula dan yang lain jadi Adun Bebas. Semua drama tahun 1960 dan 2009 itu adalah atas sebab luaran. Semuanya diperdaya dan terpedaya.
Yang tidak terpedaya hanya empat Adun PAS Kelantan tahun 60-an juga hilang menjelang sidang Dun. Mereka diumumkan oleh orang lain untuk keluar PAS dan menyertai Perikatan untuk undi tidak percaya kepada kerajaan PAS. Polis tidak buat apa-apa terhadap Adun yang ‘diculik’ itu. Mereka itu walau pun telah diperdaya oleh pihak luar tetapi tidak terpedaya. Apabila mereka dibebaskan di Dewan Dun Kelantan, mereka pun pergi duduk di kerusi kerajaan.
Ada pun tiga Adun Umno Terengganu yang jadi bebas itu tidak diperdaya oleh sesiapa. Mereka sendiri justeru kecewa dan tidak puas hati lalu keluar Umno. Mereka adalah berani pada hal mereka tahu akan risiko Adun Umno atau MPnya derhaka pada Umno.
Tindakan mereka boleh menumbangkan kerajaan Terengganu. Belum pernah Adun Umno tergamak berbuat demikian. Adun BN Sarawak – bukan Umno – tetapi PBB pernah keluar parti beramai-ramai untuk menumbangkan kerajaan Taib Mahmud. Memang Taib boleh dikalahkan oleh undi tidak percaya. Tetapi Taib bertindak cepat membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Dalam pillihan negeri PBB menang semula.
Tiga Adun Bebas Terengganu itu adalah seperti Tiga Abdul yang boleh menumbang kerajaan jika mereka menyokong Pakatan Rakyat.
Mereka telah membuat sejarah. Tiada orang Umno yang berani seperti Ahmad Said. Tetapi beraninya tidak sampai tiga hari. Ketiga-tiga mereka membuat sejarah dalam Umno tetapi sejarah itu cuma untuk tiga hari sahaa. Lepas itu tidak jadi sejarah lagi, tetapi ia tidak lebih dari drama.
Najib tidak perlu memberi amaran dan tidak perlu marah. Ketiga-tiga sudah tidak jadi orang yang berani lagi. Najib tidak perlu buat apa-apa. Mereka boleh suruh ahli Umno kepung rumah masing-masing. Kalau ada dalam rumah tak boleh keluar. Kalau berada di luar rumah tak boleh balik.
Mereka pun jadi Umno semula. Mereka betul-betul macam Tiga Abdul.
Sumber HD - 19-5-2014

Peluang Gerakan ganti MCA
SETAKAT ini sikap Gerakan lebih lunak daripada MCA tentang isu hudud sekalipun kedua-duanya tidak beriman dengan undang-undang jinayat Islam itu.
Sekalipun DAP sepanjang lebih 40 tahun dilihat lebih ke depan sebagai mewakili suara bukan Islam di negara ini, tetapi dalam isu hudud MCA mahu mengambil alih tempat DAP itu.
Pemuda MCA hendak mengadakan pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP PAS memasukinya bagi membentangkan usul persendiriannya pada hari itu nanti. Dan lebih berani MCA akan mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional kiranya Umno memihak kepada usul hudud itu.
Berbeza dengan sikap Gerakan. Ia hendak mendengar dulu hujah Umno mengapa ia mendorong kerajaan Kelantan untuk membawa perkara itu ke Parlimen. Dan mungkin juga ia boleh mengambil cara DAP belum menyokong cadangan PAS tetapi ia sentiasa bersemuka dengan PAS bagi mendengar daripada PAS dan memberitahu PAS mengapa ia belum dapat menerima hudud.
Ertinya Gerakan boleh bertemu dengan PAS bagi mendengar dan menyatakan sikapnya mengapa ia belum dapat menerima hudud pada masa ini.
Mungkin Gerakan tidak boleh buat lebih baik daripada DAP, tetapi ia adalah lunak daripada MCA sekurang-kurang walau pun belum ada rancangan untuk mendapatkan penjelasan daripada PAS tetapi ia mahu mendengar penjelasan Umno.
MCA adalah keras dan tidak terbuka. Ia tidak bercadang untuk mendengar penjelasan Umno tetapi hendak mengkaji muafakatnya dengan Umno dalam Barisan Nasional kiranya Umno jadi pro hudud.
Mungkin MCA belum bersedia membina pagar manusia di Parlimen bagi menghalang MP Umno masuk Parlimen, kerana polis tidak akan biarkan MCA menghalang MP Umno masuk Parlimen. Jika benar MCA tegas, pagar manusia yang dirancangnya itu mesti menyekat sama Umno termasuk Perdana Menteri, kerana Perdana Menteri adalah Umno.
Umno baru sebahagian yang beriman kepada hudud. Belum 100 peratas ahli dan pemimpinnya beriman kepada hudud. Beriman kepada hudud bukan sekadar mengaku beriman tetapi mestilah melaksanakannya.
Sebelum Umno membuktikan ia beriman kepada hudud, MCA sudah memberi kata dua kepadanya. Sokong hudud atau MCA keluar BN atau MCA keluarkan Umno dari BN.
Jika MP Ismail Ibrahim, Timalan Menteri di JPM mencerminkan sikap Umno, ia tidak akan pujuk MCA untuk kekal dalam BN.
Dengan imej yang MCA warisi sekarang, ia belum mampu menjadi suara tunggal Cina dalam BN. Iman Umno kepada hudud tidak wajar ditentukan oleh MCA. Dan kiranya MCA perlu keluar dari BN, BN tidak akan kosong dengan suara Cina. Umno masih ada Gerakan, SUPP, PPP yang mewakili suara Cina dalam BN.
Lebih 40 tahun Gerakan menunggu dalam BN untuk menggantikan MCA tetapi Umno tidak memberi laluan kepadanya untuk menggantikan MCA kecuali di Pulau Pinang.
Dengan sikap Gerakan hendak mendengar Umno dulu tentang hudud, maka Gerakan telah menyediakan politik yang lebih lunak dibandingkan dengan MCA. Jika MCA merasa perlu meninggalkan BN, Gerakan boleh menjadi ganti MCA.
Jika MCA meninggalkan BN, bukan kerana Umno tidak mahu kepadanya tetapi MCA tidak lagi dapat menerima pimpinan Umno. Umno jangan bimbang kepada ancaman MCA. Adanya MCA dalam BN, ia tidak membantu mendapatkan sokongan bukan Melayu. Dan jika Gerakan terus rasional, ia boleh jadi pimpinan baru Cina dalam BN.
Dengan situasi baru jika MCA tegas dan berani jangan terima tawaran kembali ke Kabinet.
Sumber HD - 16-5-2014

Khalid Ibrahim akan berundur
SELEPAS lebih sebulan PRK Kajang dan hampir tiga bulan setelah disebut-sebut jawatan Menteri Besar Selangor akan diganti oleh orang lain, maka Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa inilah penggal terakhirnya sebagai Menter Besar Selangor.
Semasa disebut-sebut DUN Kajang dikosongkan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar, Khalid tidak membuat sebarang ulasan. Setelah Anwar dinamakan sebagai calon PKR di DUN Kajang dan Khalid jadi pengarah PRK itu, komennya tentang kedudukannya sebagai MB Selangor ialah, ‘Kita beri menang PRK Kajang dulu.’
Dan apabila dia bersuara baru-baru ini dia akan melepaskan jawatan setelah penggalnya sekarang tamat, bagi saya ia bukan satu cerita baru daripadanya.
Semasa saya menjadi tetamunya berbuka puasa di Subang Jaya puasa lalu sebelum PRU 13, dia memberitahu saya, lepas sepenggal lagi dia tidak akan menjadi Menteri Besar lagi. Nak jadi apa pula? Akan menjadi menteri dalam kerajaan pusatkah?
Kerana dalam majlis berbuka puasa tetamunya ramai, kami tidak memanjangkan percakapan tentangnya kerana apabila diganggu oleh orang lain sabjek yang disebut itu putus.
Tetapi apabila saya sebut dia akan jadi menteri di Putrajaya pulakah, dia sempat tersenyum dan tidak sempat memberi komen.
Semasa bulan puasa itu semua tertumpu kepada PRU 13 yang akan tiba bila-bila masa, wawasan semua adalah untuk mengambil Putrajaya. Jika ia tercapai, Khalid jadi Menteri Besar sepenggal lagi, maka kiraan saya, dia akan hilang sepenggal dalam pentadbiran pusat sedang dalam penyusunan kerajaan ketika memulakan perubahan tentulah dia diperlukan sama dalam membetulkan kepincangan yang ditinggalkan kerajaan Najib itu.
Pada saya ketika itu dia sudah boleh lepaskan kerajaan Selangor bagi bersama membetul dan menyusun semula pentadbairan pusat bersama dengan lain-lain tokoh Pakatan Rakyat. Masa itu Selangor itu boleh disambung oleh orang lain pula.
Kiranya Putrajaya dapat dibebaskan masa itu, Khalid boleh berada di mana-mana saja baik terus sebagai Menteri Besar Selangor atau berada dalam kerajaan pusat. Tetapi memandangkan kerajaan pusat yang ditinggalkan oleh BN itu kosong dan lompong di mana-mana Pakatan Rakyat memerlukan banyak menteri berkebolehan untuk membaiki kewangan dan ekonomi negara.
Khalid yang ketika itu sudah meletakkan Selangor pada landasan yang kukuh dan dia diketahui banyak pengalaman korporat, adalah antara orang yang boleh berperanan membangunkan semula kewangan dan ekonomi negara.
Jika masa itu dia kekal ssebagai MB Selangor juga, maka kepakarannya dikira tidak digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan kerajaan pusat. Itu wawasan pada masa itu.
Semuanya tidak berbangkit lagi apabila Putrajaya tidak dapat dibebaskan pada PRU 13 setahun lalu. Semuanya terus berada seperti sebelum PRU itu juga.
Tetapi dari apa yang diberitahunya pada saya, dia suka sepenggal lagi di Selangor sekalipun Putrajaya boleh dibebaskan, maka tentulah banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan.
Apabila dia yang terakhirnya menyebut dia seolah-olah akan kekal sebagai MB sehingga penggal kedua ini berakhir, kira-kira hendak menutup semua desas-desus dia hendak dihentikan dan politik pun telah diredakan Anwar tidak jadi bertanding di Kajang.
Dan dengan dia tidak menyambung khidmat sebagai MB lagi setelah selesai dua penggal, tentulah dia mahu menyempurnakan idealisma tempoh terbaik bagi seorang pemimpin mentadbir ialah dua penggal atau kurang dari 10 tahun.
Apa pun jika dia berundur nanti, kiranya dia masih bertenaga dan masa itu Putrajaya dapat dibebaskan, maka boleh dia beralih tempat memberikan sumbangan, bersama membaiki pentadbiran dan maruah kerajaan pusat yang berkecai itu.
Sumber HD - 11-5-2014

Mujur Karpal mati
KITA tidak mahu Karpal Singh mati dan tidak juga mendoakan supaya dia mati. Dengan mendiang itu mati Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugur pun diadakan.
Jika dia tidak mati, pun Pilihan Raya Kecil itu mungkin diadakan juga, tetapi tidaklah sesegera apabila dia mati. Jika dia tidak mati, kemungkinan PRK itu bergantung kepada keputusan rayuan perbicaraannya terhadap hukuman ke atas atas kes menyinggung Sultan Perak.
Jika rayuan berjaya, tiada PRK itu jika Peguam Negara tidak memfailkan pula rayuan lagi. Rayuan balas itu mungkin kerana kemenangan rayuan Nizar Jamaluddin atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak telah rayu balas oleh pejabat Peguam Negara.
Apa pun keputusan hakim atas kes Karpal mendedahkan Bukit Gelugur kepada Pilihan Raya Kecil.
Jika PRK itu diadakan atas keputusan hakim, maka akan ada yang mengira hakim-hakim yang terlibat telah menyembelih Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Najib.
Perbelanjaan satu PRK ada besar. Orang yang amat menjaga kewangan kerajaan boleh merasa kesal dengan PRK itu kerana banyak duit kerajaan habis dalam PRK itu ia boleh dielakkan kiranya hakim hari itu tidak membuat keputusan sedemikian terhadap Karpal
Sebagaimana orang mentakwil kewajaran mengadakan PRK Kajang, maka orang buat takwil yang serupa memaksa PRK Bukit Gelugur diadakan.
Takwil itu dibuat justeru BN tidak mungkin menang. Seorang MCA atau seorang Gerakan akan dikorban lagi. Duit parti habis sedang ia tidak boleh menang. Kita akan melihat calon DAP akan mengisi semula kerusi Parlimen itu.
Jika perbicaraan itu dibuat mengikt hudud, jika kes itu termasuk dalam bidang itu, semangat mahkamah ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh boleh dibebaskan, bukan seperti undang-undang yang ada bagaimana yang didakwa mesti dihukum.
Peluang Karpal tidak dihukum dulu lebih cerah. Hakim mensabitkannya dan mungkin juga kes itu menyebabkan PRK.
BN tiada pilihan melainkan menyertai PRK yang ia tidak boleh menang. Ia bukanlah dasar BN dan Umno. Pembangkang menyertai pilihan raya yang ia tidak boleh menang kerana politik menghendaki ada pertandingan. BN wajar disekat daripada menang tanpa bertandng.
Tetapi BN dan Umno tiada polisi itu. Ia mahu menang saja. Cuma sekarang BN dipaksa menyertai PRK yang ia tidak boleh menang.
Maka Pakatan Rakyat/DAP di Bukit Gelugur mengasah parang untuk menyembelih BN dan BN tidak dapat mengelak daripada menyerahkan lehernya untuk untuk disembelih. Masa itu orang BN akan menyumpah keputusan hakim menyebabkan lehernya disembelih.
Apabila Karpal mati PRK diadakan, maka selamatlah hakim dari takwil BN. Mujur juga Karpal mati, maka PRK diadakan bukan justeru keputusan mahkamah.
Orang yang sangat menjaga duit kerajaan tidak dapat berkata-kata kerana PRK itu diadakan atas sebab kematian. Mati tidak boleh ditakwil kerana ajal boleh berlaku bila-bila masa.
Jika PRK itu satu kesempatan yang terbaik untuk menelanjang segala keburukan kerajaan, maka tidak boleh berdalih ia gara-gara kerja hakim. PRK itu akan jadi medan untuk menyampaikan hujuh keburukan GST dan TPP. PRU13 dulu tiada GST dan TPP. Itupun undi popular Karpal melangit.
Dengan semua barang naik kecuali kangkung dan Getah Segerap saja turun, majoriti DAP mungkin bertambah. PRK Teluk Intan satu lagi korban BN.
Jika ada pula PRK di Permatang Pauh dan mungkin diikut oleh Batu, kita akan menyaksi PR sibuk mengasah pisau sembelihnya.
Sumber HD - 9-5-2014
Obama takut mati di Malaysia
JUSTERU kerana takut mati di negara orang lain, maka Presiden Barack Obama bawa motokar rasmi Presiden Amerika semasa melawat Malaysia baru-baru ini.
Motokarnya tiba di Kuala Lumpur dulu entah berapa hari sebelum dia tiba dan tentunya sudah tiba bersama motokar itu bagi merintis jalan-jalan yang hendak dilalui selama tiga hari di negara ini.
Bukan kali ini saja Presiden Amerika datang begitu. Dalam kunjungan Presiden Johnson, hampir 50 tahun, juga membawa motokar sendiri.
Berbalah pegawai-pegawai Malaysia dengan pegawai Amerika tentang Amerika tidak mahu menggunakan motokar kepunyaan Malaysia.
Mereka tidak percaya kepada wibawa kerajaan Malaysia untuk menjaga keselamatan hingga tidak mahu menggunakan motokar dan pemandu orang lain. Mereka bawa semuanya sendiri dari Washington.
Dipercayai ke mana-mana juga Presiden Amerika ke luar negara, motokarnya tiba dulu. Adakah semasa lawatan ke empat negara Asia baru ini, ia menghantar empat motokar atau tiga motokar saja. Adakah motokar yang digunakan di Jepun dihantar ke Kuala Lumpur sebaik dia bertolak ke Korea Selatan? Dan selepas meninggalkan Korea motokarnya dihantar ke Manila?
Tentulah kerajaan Malaysia 50 tahun rasa tersinggung Presiden Amerika tidak mahu menggunakan kemudahan dalam dan ia adalah tanda Amerika percaya kapada keselamatan motokar dan ia tidak mahu ada orang lain dalam motokar Presidennya selain dari pegawai kesematan mereka sendiri.
Pada masa kunjungan Johnson itu Amerika tidak suka menggunakan podium lain dari yang dibawanya bila Presiden berucap. Ia mahu podium atau restrom sendiri yang ada lambang Presiden Amerika.
Mengapa Obama tidak boleh menggunakan motokar orang lain? Kerana dia terlalu takut mati di negara orang lain. Bagi menjamin dia tidak ditembak seperti yang terjadi ke atas Presiden John Kennedy maka dia gunakan motokar kebalnya.
Dunia ini memang ada motokar kalis peluru, tetapi motokar yang Presiden Amerika gunakan itu adalah lebih kalis dari yang lain. Berapa inci besi pintu dan bumbung motokar itu dan berapa inci pula tebal cerminnya, maka mungkin langsung Presidennya boleh terkena peluru semasa dalam motokar.
Belum ada Presiden Amerika ditembak di luar negara. Dan belum ada pemimpin asing ditembak semasa berada di Malaysia.
Adakah Raja, Presiden dan Perdana Menteri lain di dunia tidak menjadi sasaran peluru apabila berada di negara orang? Seolah-olah di dunia ini Presiden Amerika saja jadi sasaran penembak dan pemubunuh?
Ia sebenarnya bukti sombong dan bongkaknya Amerika terhadap negara-negara lain dan semua Presidennya ditanamkan rasa takut mati ditembak.
Berbeza dengan pemimpin Islam. Nabi Muhammad SAW masuk membebaskan Mekah tanpa perisai. Baginda masuk ke tengah Masjidil Haram sendirian bagi membersihkan Kaabah dari sarang berhala sedang kawasan itu masih penuh dengan penentang Islam.
Saidina Umar al-Khatab berangkat ke Baitul Maqdis dari Madinah berdua dengan penjaga untanya saja bagi menerima kuasa pemerintahan kota itu dari penguasa Rom. Sebagai Khalifah, Sadina Umar tidur di pangkin di bawah kebun kurma tanpa pengawal.
Presiden Morsi ketika mengambil jwatan Presiden Mesar menolak pegawal keselamatan yang berlebihan. Beliau lebih selesa tanpa pengawal.
Orang-orang yang beriman itu tiada takut mati dan tiada takut kepada sesiapa selain dari Allah.
Amerika adalah negara kuasa terbesar di dunia. Tiada negara boleh memperlecehnya. Semua orang takut kepadanya. Tetapi Presiden Amerika terlalu takut kepada semua orang. Mereka tidak mempercayai sesiapa. Raja zalim selalu tidak makan sesuatu sebelum makanan itu dicuba dulu oleh hamba. Setelah itu tidak mati barulah raja itu memakannya. Ertinya raja zalim makan sisa hambanya.
Sumber HD - 7-5-2014

Terengganu ikut Karpal tolak hudud
TERENGGANU ikut siapa apabila Dewan Undangan Negerinya menolak cadangan melaksanakan hudud sedang ketika itu banyak lapisan Umno bercakap untuk menyokong pelaksanaan hudud?
Untuk kata ia mengikut Umno, hati Umno mula berbolak balik tentang hudud atau loghat orang Terengganu berbolok.
Jika ikutkan semangat setengah orang Umno mahu sekarang juga hudud itu dilaksanakan, atau ia seolah-olah lebih bersemangat daripada PAS. Dalam keadaan seperti kerajaan yang didukung oleh Umno di Terengganu patut tangguh dulu keputusannya, bukan tolak buat-buat.
Yang terus bersuara lantang tidak dapat menerima hudud apabila isu ini berbangkit semula baru-baru ini ialah mendiang Karpal Singh. Dia memang tegas dari dulu lagi tidak menerima hudud.Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak terima hudud. Sikap Karpal itu adalah sikap DAP setakat ini.
Karpal dan DAP adalah seteru Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud.
Apa yang DUN Terengganu buat baru-baru ini ialah melaksanakan apa yang Karpal Singh dan DAP mahu. Kita boleh andaikan jika Karpal masih bersama kita sekarang maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap DUN Terengganu. Walaupun Karpal itu boleh dikira anti Umno tetapi dalam hudud sebelum dia menemui ajalnya, dia boleh berkira dengan keuptusan kerajaaan Terengganu itu.
Maka siapa yang DUN Terengganu ikut apabila dia menolak hudud baru-baru ini dari segi logiknya ialah Negeri Terengganu itu adalah mengikut Karpal Singh walaupun Karpal tidak pergi berjumpa dengan Umno Terengganu minta Terengganu minta mereka menolak cadangan yang dikemukakan oleh PAS itu.
Memang Umno selama-lama dari sikap rasminya adalah bersama Karpal menenanag hudud. Tetapi sekarang ini Umno menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga sentiasa menyuarakan sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi sedia jadi kuda tungangan DAP.
Tapi dalam isu hudud PAS tidak dapat ditunggangi oleh Karpal, sebaliknya Umno tidak mahu dikata masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno Terengganu sedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.
Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno boleh jadi kuda tunggangan Karpal atau DAP, tetapi dalam isu hudud Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurang ikut Karpal
Jika kita tanya Umno, adakah mereka suka kepada Karpal, lalu jawab mereka, mereka tidak suka dan mereka tidak akan suka. Tetapi dalam is hudud seperti yang ditunjukkan di DUN Terengganu itu mereka sudah buktikan bahawa mereka adalah sama dengan Karpal.
Bagi PAS memang dari mula telah tahu akan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya. Hudud hanya ada pada Islam dan ia telah lebih awal sebahagian dari akidah syariat Nabi Musa AS dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih.
Orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka tetapi mereka juga menolak hukum yang disyaiatkan oleh Nabi Isa al-Masih.
Orang Islam juga ramai yang sudah sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sejalan dengan Karpal, baik Karpal ada atau tidak ada.
Sumber HD - 2-5-2014

Cara PM mengelak hudud
Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud cuma ia tidak melaksanakan saja.
Sebelum hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya dapat memberikan keadilan.
Dalam dalihnya itu seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah menghalang.
Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira Najib sebagai menolak.
Jika Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.
Adakah alasan yang Najib beri itu satu hujah atau ia sekadar dalih untuk tidak menyokong jika usul persendirian PAS di Parlimen nanti.
Najib bagaimana pun mengaku hudud itu hukum Allah.
Mengikut adab Islam yang beriman apabila Allah menentukan sesuatu, maka jin dan manusia mandatori sami’na wa ata’na – dengar dan taat.
Sekalian nabi sami’na wa ata’na apa juga ketentuan Allah. Hanya iblis yang berdalih. Maka iblis digugurkan akidah dan jadilah ia kafir.
Apabila Alllah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu hukum, mandatori mukminin dan mukminat sami’na wa ata’na. Kecuali bas eksperes dilarang laju dari hadnya, yang Allah dan Rasul SAW tidak putuskan, bolehlah kerajaan Malalysia halusi pelaksanaannya.
Adakah dengan kenyataan Najib dalam himpunan Yayasan Pondok di Kedah itu masih dalam lingkungan hamba yang sami’na wa ata’na atau dia sudah termasuk dalam orang berloyar buruk terhadap pelaksasnaan hukum Allah itu?
Kewajipan siapa melaksanakan hudud, hukum yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya?
Untuk sekalian orang-orang yang muttaqin – mereka yang takwa. Justeru orang-orang yang takwa itu tidak boleh bertindak sendiri, maka kewajipan pertama berada di tangan ulil amri. Bagi Malaysia ulil amri itu Yang Di Pertuan Agong dan sekalian Raja bertakhta.
Ulil amri memberi kuasa kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri menjalankan pemerintahan baginda pihak baginda ulil amri. Jika ketua kerajaan tidak sami’na wa ata’na dua pihak bertanya mengapa hudud ditangguhkan?
Pertama ulil amri yang sami’na wa ata’na kepada kepada Allah dan Rasul-Nya dan kedua rakyat yang takwa. Kewajipan kedua menegur kerajaan secara demokrasi. Kerana demokrasi itu juga institusi yang Islam boleh terima pakai, maka sesuatu boleh dibuat terhadap kerajaan yang banyak dalih.
Sumber HD - 30-4-2014

Orang bijak berfikir serupa
Dua atau tiga hari selepas saya turunkan dalam Facebook betapa ruginya kita dapat memberi masa berdakwah tentang hudud kepada mendiang Karpal Singh, saya terbaca kenyataan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am akan rasa terkilannya tidak sempat menerangkan kebaikan peraturan Islam kepadanya sedang mereka sudah boleh duduk semeja dengannya.
Kami berdua tidak berhubung sama sendiri tentang tragedi Karpal Singh. Terdapat pandangan spontan yang serupa.
Inilah agaknya yang dikatakan kata-kata hikmat Orang Putih, wise men think alike iaitu orang bijak berfikir serupa.
Saya tidaklah termasuk dalam kalangan orang bijaksana seperti yang dimaksudkan oleh kata-kata hikmat itu. Tetapi sekadar hendak menyebutkan apa yang saya rasa tentang kehilangan Karpal itu sama dirasakan oleh Tok Guru. Ertinya saya menulis betul tentang kerugian dan peluang yang terlepas itu.
Adalah benar mendiang amat lantang menolak politik PAS yang mahu memperkasakan Islam. Sejak tahun 1999 mendiang sedikit kendur kerana PAS dan DAP terikat dengan politik Barisan Alternatif. Lima tahunnya yang terakhir, dia masih belum memahami keindahan hudud tetapi dia boleh duduk semeja dengan pemimpin PAS bukan sekali dua bahkan acap. Walaupun dia belum menerima tuntutan PAS itu tetapi beliau sudah berpendirian, semua masalah boleh dibincang.
Dulu persepsi kita, dia seolah-olah anti Islam, tetapi sejak berkawan dengan PAS, dia saja yang menyediakan kuih hari jadi di rumah untuk Tok Guru Nik Aziz. Saya tiada pengetahuan Tok Guru pernah memotong kek hari jadi atau pulut kuning hari jadi dalam hidupnya, tetapi Tok Guru pergi ke rumah Karpal bagi meraikan Karpal yang meraikannya.
Tidaklah Karpal hendak menjadikan Tok Guru seperti lain-lain orang yang berbudaya barat, tapi itulah caranya untuk mendekati dan memahami Tok Guru..
Kata Asyraf, juara Imam Muda musim pertama, Karpallah orang pertama meraikan kejayaannya.
Karpal tidak mencapai kejayaan politik atas sokongan orang Melayu dan Islam. Dia naik atas sokongan pengundi Cina. Dengan caranya tidak ada apa-apa kepentingannya dari orang Melayu dan Islam bila dia meraikan hari jadi Tok Guru dan kejayaan Imam Muda Asyraf. Dan tidak ada dalam ingatannya dia akan bertanding di kawasan Melayu.
Maka yang dibuatnya itu adalah kerana meraikan orang yang dikenalinya dan setelah dia pun sudah menjalin politik dengan parti politik Islam.
Dalam hidupnya, tidak banyak masanya bersama orang Islam. Apabila dia menceburi politik sekitar 40 tahun lalu, dia terus berada di tengah politik yang menjauhkannya dari orang Melayu. Masanya untuk mengetahui Islam tidak ada. Islam yang diketahuinya adalah dari mulut musuh Islam.
Hanya kurang dari 10 tahun terakhir ini baru dia berpengalaman bercakap dengan penyokong parti yang tegas dan lantang menyuarakan Islam. Semuanya sibok dengan kerja dan politik masing-masing. Peluang tidak banyak baginya untuk bersama orang PAS dan orang Islam, tidak sebanyak masa yang Anwar Ibrahim beri untuk bersama bukan Islam.
Dan PAS pun mesti mengakui tumpuan untuk memahamkan Islam kepada orang bukan Islam pun tidak cukup. PAS sudah bersama Karpal tetapi ia belum sempat banyak benda, Karpal pun sudah tiada.
PAS dan orang Islam sudah tidak dapat buat apa lagi pada Karpal yang sudah tidak ada. Tetapi rakan-rakan Karpal yang masih ada adalah ramai. Yang hendak dibuat supaya mereka tidak terbiar seperti Karpal yang tidak diperhatikan?
Sumber HD - 29-4-2014

Generasi loyar terakhir pra hudud
Malam itu saya mendengar satu taklimat tentang dalih puak yang menolak pelaksanaan hudud kononnya ialah masyarakat majmuk yang wujud di negara ini.
Pagi esoknya saya terbaca di akhbar, kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berdalih hudud tidak dilaksana justeru kewujudan masyarakat majmuk.
Ia adalah alasan lama pimpinan genarasi Melayu pasca merdeka betapa hudud tidak boleh dilaksanakan. Tetapi generasi itu sudah mengecil. Yang mati seolah-olah tidak berganti. Suara pro hudud atau kenyataan pro syurga kian lantang malah dalam kalangan generasi Umno.
Pengamal undang-undang dalam kerajaan yang berwibawa seperti berkurang atau tidak meyakinkan kerajaan yang ada. Justeru Jabatan Peguam Negara tidak mempercayai pegawai kanannya untuk menangani perbicaraan liwat-2 Anwar, lalu mentauliahkan peguam luar kerajaan Tan Sri Shafie Abdullah mengendalikannya.
Sekarang ada satu kes lagi diserahkan kepada Tan Sri itu. Biasanya orang menggunakan khidmat peguam membela mereka di mahkamah. Di bawah pentadbiran Peguam Negara Gani Patail ini, kerajaan pula menggunakan peguam luar mendakwa kes di mahkamah. Setengahnya membahasakan Jabatan Peguam Negara dan mahkamah mulai diswasta.
Ada yang berpendapat menswastakan satu dua kes kepada peguam Shafie Abdullah adalah langkah awal bagi menggantikannya sebagai Peguam Negara selepas Gani Patail yang lambat laun akan tamat juga perkhidmatannya.
Jika ini yang berlaku tidak pelik dalam sistem mahkamah kita. Biasa saja kejaksaan melantik hakim daripada kalangan pengamal peguam luar. Tetapi tidak melantik peguam itu terus menjadi Timbakan Ketua Hakim Negara sebagai persediaan untuk untuk menjadi Ketua Hakim Negara seperti yang berlaku kepada Tun Zaki Azmi.
Seolah-olah tiada hakim yang kanan dalam perkhidmatan hakim untuk menjadi Ketua Hakim Negara sehingga ia mencari orang luar. Seperti jabatan peguam negara ketandusan pegawai yang berwibawa bagi mengendalikan kes Anwar dan jika benar ia persediaan bagi menjadi Peguam Negara yang baru, maka ia tanda jabatan itu tidak pegawai yang berwibawa atau tiada orang yang dipercayai.
Apa pun Gani Patail dan Shafie Abdullah dan pengamal undang-undang yang seangkatan dengan mereka dilihat sebagai generasi terakhir dalam kalangan kita yang terasa apa-apa tentang pentingnya hudud dilaksanakan.
Generasi yang seangkatan dengan Hanifa Maidin baik dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan kebanyakan ada iltizam dengan hudud. Boleh dikatakan setiap graduan undang-undang dari kebanyakan universiti di negara selepas Hanifa Maidin, MP PAS Sepang adalah orang yang sudah didedahkan dengan keindahan hudud sejak dalam kampus lagi.
Apakah mereka ini menyatakan pendirian menuntut hudud dilaksanakan segara atau mereka berkhidmat di mana-mana, tidak menunjukkan siapa mereka, tetapi mereka boleh dikira orang senyum di mulut dan senyum di hati apabila seruan hudud dilaungkan.
Dan apabila hudud dikuatkuasakan, seolah-olah negara sudah sedia dengan orang-orang yang cukup mengambil tanggungjawab.
Apakah usul persendirian dari PAS di Parlimen dilulus atau tidak, ia perkara kedua. Yang jelas Gani Patail dan Shafie Abdullah sudah dikelilingi oleh angkatan pro hudud. Tidak mustahil generasi kedua mereka adalah yang terkhir berfikiran seperti baru-baru merdeka dulu. Apabila semuanya mati, pupuslah generasi itu.
Sumber HD - 28-4-2014

Hudud, Muhyiddin kurang positif
- Apr 25, 2014
- SUBKY LATIF
Dalam kenyataannya kepada media di Pulau Pinang, dia hendak tengok dulu, usul itu selari dengan Islam atau tidak.
Suaranya itu adalah lanjutan sikap Umno zaman Mahathir yang menempelak enakmen jenayah Islam 2 Kelantan dan enakmen yang di Terengganu sebagai hudud PAS, bukannya hudud Islam. Muhyiddin tidaklah tuding usul persendiran PAS itu hudud PAS, dengan berkata ia selari dengan Islam atau tidak, samalah dengan Umno dulu, sedang Umno sekarang mula terbuka tentangnya.
Mana ada hudud selain dari Islam?
Noktah dalam kepada Muhyiddin itu samalah dengan kerenah Umno sebelum era Mahathir yang menempelak dakwah yang mula berkembang masa itu sebagai dakwah songsang. Asal yang dinama dakwah, mana ada songsang. Yang songsang ialah ajaran sesat.
Alhamdulilah dakwah yang ditohmah songsang itu yang membuka transformasi pikiran dan politik Umno mulai positif terhadap hudud.
Otak pertama positif tentang hudud itu, ia terima secara positif dulu. Lepas itu ia tengok usul itu apa kurang dan lebihnya dan komen bagi jadikan ia lebih kukuh dan lebih positif. Otak pertama misti pro bukan ragu.
Yang ragu tentang hudud itu adalah perangai ahli kitab. Hudud yang al-Quran panjangkan itu sudah diwajibkan dalam Taurat dan Injil. Undang-undang Allah sudah disyariatkan oleh Nabi Musa dan dilanjutkan oleh Nabi Isa al-Masih.
Apabila syariat Nabi Muhammad SAW sambung peruntukan itu, ahli kitab takwil ia seperti yang Taurat mahukah dan sepuak lagi tanya ia seperti yang Injil ajarkah?
Kedua-dua kumpulan ahli kitab itu bukan pula beriman kepada yang Taurat kehendaki dan yang Injil tuntut. Mereka tolak yang al-Quran ajar sebagai dalih saja. Sebenarnya Taurat dan Injil pun mereka lensing.
Jangan ikut perangai ahli kitab itu! Zaman sudah berubah, mereka degil. Yang dulu pun mereka tidak ikut, syariat yang baru pun mereka ingkar.
Hormatilah pandangan positif setengah orang Umno secara terbuka menunggu usul PAS itu. Mereka setengahnya pemimpin Umno juga tetapi bukanlah yang teratas. Ekor sudah positif, kepala pula yang tidak dapat mengikut perubahan.
Jangan Timbalan Perdana Menteri sekadar hendak berdalih untuk kaji dan undi teliti dulu. Itulah yang Almarhum TS Hamid Othman, ulama Umno 20 tahun kata tentang desakan hudud termasuk yang diluluskan di Kelantan itu.
Katanya, kita hendak kaji dulu.
Sudah 20 tahun kaji, apa yang dikaji?
Kaji dalam al-Quran memang tidak ada teruna dan dara yang berzina dihukum sebat 80 kali. Ia ada dalam hadis saja.
Jangan jadi seperti pemikiran anti hadis. Yang tiada dalam al-Quran walaupun dalam hadis, tidak boleh dipakai. Yang betul-betul yang ada dalam al-Quran saja. Kajian yang serupa itu hingga kiamat pun tidak akan ada jawapan.
Janji untuk kaji dan teliti yang TPM sebut itu seperti mengulangi janji TS Almarhum Hamid dulu. Sekarang tidak janji kaji lagi. Yang semua mahu kaji laksana. Jangan sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor lagi!
Sumber HD - 25-4-2014
Takziah atas musibah bas dua tingkat
- Apr 21, 2014
- SUBKY LATIF
Kalimat-kalimat itu tidak sekadar kepada yang terkorban dan keluarga bahkan buat tragedi keseluruhnya syarikat bas dan warga pekerjanya.
Sekaliannya adalah mangsa musibah itu tetapi yang paling malang dalam tragedi itulah yang terkorban dan cedera parah.
Bersabarlah sekalian atas ketentuan Allah itu yang tentu ada hikmatnya. Apapun masing-masing telah tahu apa yang terjadi dan tahu nasib masing-masing. Selepas berduka cita beberapa ketika, maka bolehlah dibawa bertenang mengingati Allah atas kebijaksanaan-Nya.
Tidaklah masing-masing terus berteka teki dan gundah seperti keluarga pesawat MH370 yang sudah sebulan lebih belum diketahui nasib sebenar.
Adapun tindakan yang mungkin dikenakan pada pihak yang cuai dalam musibah bas dua tingkat itu tentulah tidak dibuat atas dendam, ia berlaku justeru kecuaian manusia, tiada siapa yang mengsengajakannya. Tindakan yang dikenakan bukan kerana tidak redha atas takdir, tetapi ia bagi meningkatkan keprihatinan berkhidmat sebaik mungkin, beringat-ingat betapa kecuaian menyusahkan banyak pihak.
Siapa yang banyak sabarnya banyaklah kebaikannya di sisi Tuhan seru sekalian alam.
Tentang kejadian itu teringat saya sekitar 10 tahun dulu, anak saya yang belajar di Maahad Muhamadi Kota Bharu yang hendak ke Kuala Lumpur dengan bas dua tingkat. Antara yang mendorongnya ialah untuk merasa pengalaman mengembara dengan bas dua tingkat. Bas setingkat sudah biasa.
Pak Lah, Dato Abdullah Che Nawi, Exco Kelantan yang ketika itu belum jadi wakil rakyat, menasihatkan saya supaya memveto cadangan anak saya itu kerana pada pandangannya, pengembaraan bas dua tingkat buat negara kita lebih banyak negatif dari positifnya.
Apa lagilah pengembaraan itu jauh dan malam. Dia tidak menasihatkan anak saya mencari pengalaman yang diingininya.
Nasihat itu kami terima. Saya pun jadi macam Duta Amerika di PBB memveto apa juga resolusi yang menyusahkan Israel. Saya veto.
Saya tidak minta hujah terperinci daripada Pak Lah tentang bahayanya lebih banyak dari kebaikannya. Mengapa penggunaannya lebih berisiko buat negara kita daripada tempat lain?
Pengetahuannya tentu boleh dikongsi oleh penguasa jalan raya, penguasa kenderaan bermotor dan bahagian keselamatan ralan raya di PDRM, JPJ dan lain-lain.
Jika perkhidmatan bas dua tingkat hendak digunakan sebagai perkhidmatan penting, apa yang perlu disedia dan diadakan supaya risikonya adalah minima.
Bagi pengusaha yang mahu mengurangkan kos penyelenggaraan bas dua tingkat mungkin lebih menguntungkan. Lebih banyak penumpang boleh diangkut dengan sebuah kenderaan dalam satu perjalanan, mengurangkan pemandu dan pekerja. Mungkin menyelaraskan bagi semua bas dua tingkat saja, tuntutan menaikkan tambang berkurangan justeru pendapatan yang dijana berbaloi dibandingkan dengan kos penyelenggaraan itu.
Apa pun keutamaan untuk semua ialah keselamatan. Pilihan untuk semua keselamatan dan kemudahan.
Saya berterima kasih atas pandangan Pak Lah. Apa yang ingatkannya 10 tahun telah membantu saya mengelakkan keburukan. Sekalipun bas setengah juga selalu menemui musibah, tetapi risikonya kurang. Walapun bas dua tingkat jarang musibah tetapi risikonya buruknya lebih dari bas setingkat. Gayat naik dua tingkat lebih dari yang setingkat.
Sumber HD - 21-4-2014
Dari KL ke Beijing berakhir di Lautan Hindi
- Apr 17, 2014
- SUBKY LATIF
Kapal terbang itu tidak tiba di Beijing. Setelah dua jam di udara ia hilang dari pusat kawalan di Kuala Lumpur, tiada imbasnya dalam radar. Bahkan tiada dalam kesan radar Vietnam dan China.
Ke mana hilangnya?
Itulah yang dikatakan sesat. Sesat itu ialah tidak tiba ke distinasinya. Ke mana sesatnya?
Setelah berhari-hari dicari antara perjalanannya dari KL ke Beijing itu, di Laut China Selatan, di hutan belantara Vietnam dan daratan China, tidak dapat dikesan. Jika apa-apa berlaku sepatutnya ia ada di sekitar laluan penerbangannya itu.
Setelah masuk dua minggu, disepakati oleh semua pakar ia sesat hingga ke selatan Lautan Hindi yang pernah ada dalam jangkaan pesawat kita lalu di situ. Ia dikatakan berakhir di situ.
Betulkah ia berakhir di situ? Begitulah sepakat para pakar antarabangsa, ia tiada di tempat lain melainkan di situ saja yang ada isyaratnya.
Itulah ajaibnya. Ia padahal hendak ke Beijing. Macam mana boleh melencong ke selatan Lautan Hindi? Apa pun yang berlaku kalau ia hilang, ia sepatutnya sesat di sekitar perjalanannya itu saja. Jika ia hilang arah, ia boleh atah balik ke Kuala Lumpur. Tetapi ia tidak nampak jalan ke depan dan ketika ia dikatakan berpatah balik ke belakang, ia seperti tidak nampak lagi Kuala Lumpur, ia dikatakan melanggar ruang udara semenanjung dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.
Ia macam meraba-raba mencari arah, membiarkan saja ke mana pesawat itu pergi.
Ada pakar pengesan barang yang hilang di udara, di darat dan di lautan, melalui ala-alat canggih antara bumi dan langit ada imej objek yang mungkin ia terkesan di selatan Luatan Hindi yang jadi pusat pencarian sekarang. Semuanya ke situ. Dari jauh ada kesannya di situ. Apabila didekati, ia hilang.
Apakah ia memang di situ atau ia disangka ada di situ? Macam kisah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim AS yang ditinggalkan baginda di Mekah yang tidak berorang dengan puteranya Ismail. Siti Hajar mencari air antara Bukit Safa dan Marwah. Ia nampak macam kilauan air di arah Marwah. Ia berburu ke situ. Tiba di situ kilauan itu hilang. Nampak pula kilauan itu arah bukit Safar. Ke situ pula. Tiba di situ, ia hilang pula.
Akhirnya ia jumpa sumber air zamzam di tempat yang tiada kilauan air.
Pesawat itu bemula berada di langit. Ia hilang di langit. Lepas itu ia dikatakan berada dalam air di Lautan Hindi. Berkerumun semua kapal dan kapalterbang, imej itu hilang. Barang dalam air diintai dari udara dan permukaan laut. Tidak nampak imbas yang se dalam empat kilometer di dasar laut.
Dua kapal selam yang dibeli dari Perancis tidak digunakan untuk melihat apa yang ada dalam air yang dalam.
Kita menunggu hingga jumpa walaupun hingga bila-bila. Keluarga saya menunggu dua datuk saudara adik-beradik yang hilang selepas perang Jepun selesai dulu. Seorang daripadanya abang ipar Tun Abdullah Ayub.
Kami tidak mahu kata sesuatu yang buruk berlaka ke atas mereka selain dari hilang. Bukan sekadar empat tahun kami menunggu. Sudah masuk 70 tahun sekarang, ayah, emak dan isteri masing-masing semuanya sudah meninggal. Kami masih menunggu khabar mereka.
Sumber HD - 17-4-2014
Baling, Tun Musa kena dua kali jawab
- Apr 14, 2014
- SUBKY LATIF
Seminggu sebelum perhimpunan itu berlangsung nama Tun Musa tiba-tiba timbul bersabit dengan peristiwa di Baling juga iaitu mengenai isu berdarah di Mamali yang menyebabkan 14 syahid termasuk Ibrahim Libya dan empat polis terkorban.
Beliau ditanya dalam Wacana di Kota Bharu di mana Perdana Menteri Mahathir pada hari kejadian itu? Jawabnya, dia belum berangkat ke Beijing lagi. Sekalipun Musa sebagai menteri yang meluluskan tindakan di Memali itu menasihatkan Mahathir lebih membatalkan kunjungan ke China bagi menangani isu Memali itu tetapi dia hendak ke China juga.
Berikut dengan jawapannya di Kota Bharu itu Tun Musa telah membuat kenyataan menerima tanggungjawab dan akauntabiliti peristiwa itu dan mengira peristiwa Memali itu menjadi titik hitam politiknya.
Dia sudah jawab tentang kebertanggungjawaban awalnya atas isu Memali itu.
Ketika ekoran jawapannya itu belum reda, himpunan tentang kejatuhan harga getah berlangsung di Baling sebagai yang dirancang. Jika demo 40 tahun dulu dikatakan penoreh di Baling, Sik dan kawasan sekitar ada yang makan ubi gadung, maka sekilo getah sekitar RM2 lebih sekarang mereka hendak makan apa?
Makan getah sajalah!
Maka Musa Hitam yang ada peranan meredakan demo Baling pertama atau Baling 1.0 dulu mungkin perlu menjawab sekali lagi kerana dia ada jawapan tentang hal itu ketika itu. Dengan demo Baling 2.0 itu, Musa mungkin perlu membuat dua jawapan tentang Baling dalam masa dua minggu.
Musa mungkin tidak mahu diingat sebagai orang politik lagi, tetapi dengan isu Baling dia ada peranan penting, jawapan daripadanya boleh membantu rakyat mendapat pencerahan atas isu politik yang penting pada zamannya dulu.
Jawapan yang kedua ini sedang ditunggu. Tun Musa masa itu adalah Menteri Perusdahaan Utama. Industeri getah termasuk dalam bidang tanggungjawabnya. Kejatuhan harga getah sudah berlajutan puluhan tahun sebelum dia jadi menteri itu. Dan pada masanya pula dikatakan ada penoreh mati makan ubi gadung.
Tiada orang politik kerajaan mampu mengendurkan kemarahan rakyat. Polis menasihatkan keselamatannya tidak terjamin jika dia turun menghadapi tunjuk perasaan orang kampung itu. Dia degil, sedia menemui mereka tanpa kawalan polis.
Di tengah kutuk dan maki hamun itu Musa menjawab semua yang dibantah keadanya dan syukur dia tidak diapa-apakan. Kemarahan rakyat itu dapat diredakan dengan rayuannya untuk melihat perkara yang dibangkitkan.
Dia keluar dengan program untuk mewujudkan stok penimbal getah. Jika skim itu berjaya nasib pekebun getah dapat dibela dan harga yang menasabah, mereka dijamin makan nasi. Tidak perlu lagi berulamkan ubi gadung.
Tidak diketahui apa jadi selepas itu? Adakah penoreh dapat hidup tanpa ubi gadung dan apa jadi pada stok penimbal itu. Tetapi perkembangan polilltik di Baling terus mendapat perhatian. Bukan sekadar orang miskin menghalang polis mengambil Ibrahim Lilbya, wakil rakyat Baling acap bertukar antara BN dan PAS.
Sekarang getah jatuh lagi. Di tengah semua harga barang naik, harga yang turun getah saja.
Tun Musa yang sudah bersara politik itu boleh memberi jawapan, mana tahu kalau ia dapat menyenangkan hati orang Baling dan penoreh di seluruh negara.
Sumber HD - 14-4-2014
Adakah Mahathir berbohong di Parlimen?
- Apr 09, 2014
- SUBKY LATIF
Tun Musa memberitahu saya sendiri hal ini di pejabatnya tidak lama selepas kejadian itu. Dan ia disebutkan pula oleh Tun Musa di Kelantan baru-baru ini.
Apakah selepas dua hari atau tiga hari baru dia ke sana, adalah ketepatan yang tidak penting, yang pentingnya dia belum lagi berlepas.
Sekarang timbul soal Perdana Menteri itu berbohong. Apabila dia belum berlepas dikatakannya dia sudah berada di sana, dia sudah bercakap tidak betul. Bercakanp tidak betul, ertinya dia berbohong.
Cuma yang hendak dipastikan sekarang ialah adakah dia berbohong di Parlimen atau di luar Parlimen atau kedua-dua sekali di Parlimen dan di luar Parlimen. Di mana jua dia bercakap, tetap dia berbohong.
Tetapi ada kesan moral yang lebih buruk kalau dia berbohong di Parlimen. Sekadar berbohong di luar Parlimen dikira berdoa kepada agama Islam. Pada yang bukan Islam dosa itu tidak dihiraukan sangat. Dosa yang lebih besar pun mereka tidak kira.
Tetapi berbohong di Parlimen dikira salah oleh semua. Parlimen diterima oleh semua yang bermoral dan bertamadun sebagai Dewan yang mulia yang anggotanya tidak boleh berbohong. Amat marah masing-masing kalau Parlimen dicemari.
Rakyat Britain seluruhnya amat marah kepada John Profumo, Menteri Perang pada zaman Harold MacMilan menjadi Perdana Menteri. Pada zamannyalah kemerdekaan Tanah Melayu dicapai.
John Profumo terlibat dengan skandal zina dalam isu Christine Keeler yang melibatkan sama diplomat Soviet Union. Skandel itu amat sensitif kepada Britain kerana ia melibat keselamatannya. Apakah melalui asmara tiga segi itu rahsia dibocorkan kepada Soviet?
Profumo menafikannya di Parlimen. Akhirnya setelah perkara itu terus dikorek publik, John Profumo mengaku hubungannya dengan nona itu. Riuh rendah negara. Dia didesak meletakkan jawatan dan dia meletakkan jawatan. Menteri Perang adalah jawatan boleh menggantikan Perdana Menteri.
Wartawan kanan Britain yang menjadi tok guru saya dan berpuluh lagi pelatih wartawan Malaysia tahun 1963, Mr Brawn namanya menjelaskan kepada kami di Kuala Lumpur, kesalahan yang rakyat Britain marah kepadanya ialah kerana dia berbohong di Parlimen.
Sekalipun yang mula dibangkitkan adalah kemungkinan skandal zinanya, tetapi bagi kebanyakan orang, zina itu adalah kelemahan manusia dan siapa di antara mereka yang bebas dari kelemahan itu. Ia tidak sensitif bagi mereka.
Parlimen tidak boleh terima ialah dia berbohong di Parlimen. Sekalipun dia minta maaf kepada semua atas pembohongannya, kerana ia dibuat di Parlimen, dia tidak dapat dimaafkan. Kelayakannya sebagai ahli Parlimen dipersoal.
Isu Mamali itu tidak sekadar berbangkit di Parlimen bahkan kertas putih mengenainya telah dibentangkan. Pembentangan kertas putih itu telah dibangkit sebagai antara hal yang dibohongi. Kisah dia masih ada dalam negeri tetapi dikatakan sudah berada di Beijing adalah satu pembohongan. Ada tidak pembohongan ini dibuat di Parlimen dan adakah kandungan kertas putih itu juga mengandungi pembohongan kepada Parlimen?
Apa kedudukan seorang anggota Parlimen yang menjadi Perdana Menteri pula jika dibuktikan dia berbohong di Dewan yang mulia? Adakah dia layak lagi menerima segala kemudahan sejak ia dilakukan termasuk pencen Parlimen?
Sumber HD - 9-4-2014
Mahkamah perlukan satu Azlan Shah lagi
- Apr 07, 2014
- SUBKY LATIF
Apakah Peguam Negara ada wibawa untuk menangani perkara berkedudukan tinggi ini menjadi perhatian.
Pada zaman awal kemerdekaan dulu kejaksaan ada wibawa untuk menangani kes yang melibatkan anak raja bertakhta atau anak raja yang termasuk dalam salur galur waris takhta.
Pihak pendakwa ada kejantanan untuk mendakwa dan ada hakim yang ada wibawa untuk menjalankan keadilan.
Apakah ketika itu sistem keadilan memang berwibawa atau ia berwibawa kerana adanya seorang anak raja menjadi hakim iaitu Hakim Raja Azlan Shah.
Peguam Negara masa itu berani mendakwa dan Hakim Raja Azlan Shah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Seorang waris Sultan Perak yang menunggu giliran untuk menjadi Sultan telah didakwa dan seorang yang bergelar Raja Muda Johor telah dihadapkan ke mahkamah. Apa kes mereka carilah sendiri.
Tetapi kes berprofail tinggi itu telah diserahkan kepada Hakim Azlan Shah untuk menghakiminya. Apakah masa itu keberanian sistem kehakiman itu kebetulan adanya anak raja yang dihormati menjadi hakim atau kehakiman benar-benar berwibawa, maka anak raja boleh didakwa, boleh dianalisis, tetapi yang penting anak raja yang berkemungkinan menjadi Raja didakwa.
Hakim Raja Azlan Shah telah menjalankan tanggungjawab, kedua-dua kes itu telah disabitkan.
Apakah mahkamah ada keberanian untuk menangani kes Tengku Mahkota yang dikatakan membelasah seseorang yang ada sekarang?
Saya tidak dapat mengagak. Mungkin negara sekali lagi perlukan seorang lagi Hakim Raja Azlan Shah baik secara kebetulan atau tidak. Raja Azlan Shah baru itu mestilah ada wibawa seperti Hakim Raja Azlan Shah yang kemudiannya menjadi Sultan Perak dan pernah menjadi Yang Dipertuan Agung.
Mungkin kita tidak perlu fikirkan ada lagi anak raja jadi hakim dan kemudiannya naik takhta, tetapi yang dikehendaki oleh kejaksaan Malaysia ialah hakim seperti Azlan Shah dan Peguam Negaranya juga macam Raja Azlan Shah.
Biar mana-mana hakim asal menjadi hakim mesti ada keberanian seperti yang Hakim Raja Azlan Shah pernah tunaikan. Apakah kebetulan keberaniannya itu kerana baginda juga anak raja, yang penting hakim itu sendiri berani dan berwibawa seperti Raja yang dikehendaki juga.
Tidak kira hakim itu anak Orang Asli, tetapi dengan sokongan kerajaan yang juga berwibawa, yang penting kita perlu hakim seperti Azlan Shah lagi, bukan sekadar seorang tetapi semua orang.
Jangan jadikan Hakim Raja Azlan Shah itu sebagai satu legenda, yang selepas itu tidak ada lagi hakim yang layak menghakimi kes yang melibatkan anak-anak istana.
Amat malang bagi hakim bukan saja tidak berani melihat muka anak raja, melihat anak menteri pun tak berani. Jika hakim kita jenis ini belaka, maka mahkamah dan kejaksaan itu bukanlah untuk menegakkan keadilan untuk semua, ia akan dilihat hanya untuk rakyat jembel.
Apa pun semua merasakan kes seorang Tengku Mahkota yang terbaharu itu, sebagai permulaan memerlukan seorng lagi Hakim Azlan Shah. Kita perlu hakim macam itu bukan kerana anti raja dan anti sistem beraja, tetapi demi keluruhan undang-undang seperti yang Rukun Negara mahu.
Sumber HD - 7-4-2014
MOU air Selangor yang bijaksana
- Apr 01, 2014
- SUBKY LATIF
Tetapi ia adalah satu penyelesaian yang mengikut bahasa orang sekarang menang-menang. Pada pandangan kasarnya negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak kalah dan kerajaan BN Malaysia pun tidak kalah. Walaupun Selangor tidak menang semua, kerajaan pusat BN pun tidak menang semua.
Yang dikehendaki oleh kerajaan Selangor ialah ia mahu menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor yang Wilayah Persekutuan Lembah Kelang termasuk di dalamnya. Ia mahu memberi apa yang dijanjikannya dalam manifesto PRU 2008.
Ia mahu memberi air percuma bagi yang bilnya tidak melebihi 20 meter padu sebulan, tiada kenaikan tarif air dalam jangka waktu belum difikirkan lamanya, cukup air terawat di luar masa bencana dan lain-lain.
Semua kemudahan dan kebajikan rakyat tidak berikan diberikan selagi semua agensi air yang dikonsensi itu tidak dipulangkan pentadbirannya kepada kerajaan Selangor.
Maka kerajaan Selangor seperti membeli semua syarikat berkenaan dengan tawaran harga yang tinggi sekitar RM9 bilion. Jumlah itu adalah termasuk mengambil alih semua eset dan pinjaman bank serta keuntungan bagi orang-orang yang bertuah mendapat konsensi itu. Kerajaan pusat pula bagi memudahkan Selangor dapat apa yang dimahunya menambah pula RM2 bilion supaya senang konsesi melepaskan harta Qarun itu.
Selangor tidak mahu loji Langat-2 itu tetapi tiada cara kerajaan pusat hendak menjaga air mukanya kalau loji itu tidak diterima sama. Payah bagi kerajaan pusat dan si konsensi untuk melepaskan konsensinya jika loji itu tidak disetujui.
Lagi pun di akhirnya nanti Selangor dapat loji yang besar dan canggih.
Ada tanda-tanda tawaran yang dibuat oleh kerajaan Selangor adalah satu hadiah Selongor pihak-pihak yang bertuah itu. Si konsensi tidak menerima tawaran Selangor itu kerana ia tidak mahu hilang kilang duitnya atau ia tidak cukup dengan hadiah itu.
Jika kedua-dua pihak hendak berkeras kepala, ada tanda-tanda kerajaan Selangor akan dapat semula semua tanpa membuat apa-apa tawaran. Dikatakan ada peraturan kerajaan Selangor boleh ambil bodoh saja khazanah itu tanpa beri apa-apa kepada sekalian ahli perniagaan itu.
Tetapi kalau kerajaan Selangor buat macam itu, seperti ia merampas dan memilik negerikan semua syarikat itu seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ala sosialis yang merampas semua syarikat asing.
Ada payahnya dari segi imej dan budi bahasa bagi kerajaan Selangor, tetapi Selangor boleh ambil tindakan begitu. Kalau itu yang terjadi akan berbalah sakanlah kesemuanya tetapi Selangor boleh dapat percuma apa yang ia hendak.
Tapi Selangor tidak mahu ambil milik itu mengikut cara Tuan Mugabee di Zimbabwe. Jangan rampas rezeki orang walaupun cara mereka mendapatkannya dulu penuh dengan tanda tanya.
Menteri Besar Selangor adalah bapa saudagar kepada semua saudagar, tahu apa susah dan kerenahnya jika berbalah dengan sekalian saudagar.
Caranya dia tidak ambil percuma milik yang dia tidak salah dari segi peraturan. Orang selama ini mendapat tuah masih ada lagi tuahnya. Tidaklah hilang rezeki langsung. Ada juga royalti dan lain-lain keuntungan. Cuma mereka tidak boleh jadi raja air untuk buat apa mereka suka.
Pilihan buat si konsensi ialah mahu rezeki melillih lagi walaupun hilang milik atau tak mahu dapat apa-apa lagi. Langkah yang bijaksana itu, beli balik dengan harga yang patut supaya semua pihak dapat apa yang patut. Walapun konsensi tidak lagi dapat semua tetapi ia tidak pula hilang semua. Yang penting Selangor dapat yang ia mahu.
Sumber HD - 1-4-2014
Bersatu takziah atas MH370
- Mar 31, 2014
- SUBKY LATIF
Maka usul itu tidak dibantah oleh sesiapa. Ia diterima oleh semua dan tidak sukar untuk diluluskan.. Tiada suatu yang pelik atas sikap sekata itu. Ia hanya akan dikira pelik kalau ada yang membangkang.
Kiranya dalam usul menyatakan kepiluan itu ada yang membangkang, maka yang membangkang itu adalah gila.
Memang Parlimen wajar dan wajib membuat usul itu dan keluarga dan sahabat setiap orang yang hilang itu berhak mendapat takziah itu tidak kira sekaliannya sudah tiada di dunia, atau ada yang terkandas dan terdampar di mana rimba seperti cerita Robinson Cruso yang terkenal itu. Kehilangan itu adalah kemalangan dan musibah mesti diberi penghormatan.
Mungkin Parlimen jarang-jarang ada persetujuan semua atas sesuatu yang diusul kecuali dalam perkara takziah. Seperti takziah kepada mana-mana bekas Perdana Menteri yang mati.
Tetapi tidak boleh pula sesiapa bercakap di depan publik bahawa Parlimen kita mencapai kejayaan kerana semua MP tidak membangkang usul Perdana Menteri atau Perdana Menteri beroleh kejayaan besar justeru usulnya diterima oleh semua. Selemah-lemah Perdana Menteri atau menteri-menteri apabila membawa usul seperti ini nescaya dilulus oleh sesiapa jua.
Orang akan marah dan kutuk kalau tragedi besar seperti itu tidak dihadiahkan takziah. Tiada pula sesiapa patut diberi tahniah kerana membuat usul yang amat penting itu.
Tiadalah cerdik sesiapa yang memperjuangkan perpaduan dan penyatuan berkata kita sudah mula bersatu dan dapat menjalin perpaduan dengan penerimaan semua atas usul itu.
Kita bersekata atas takziah atas kehilangan itu. Itu saja. Jangan kita bangga sangat, kerana kemalangan itu kita dapat bersatu.
Kita bersatu kerana Allah dan atas kejadian itu kita bersatu mengingati Allah kerana Allah dengan segala ilmu dan hikmah-Nya mentakdirkan kejadian itu, dan kejadian itu adalah tanda kebesaran-Nya. Atas kebijaksanaan-Nya pesawat yang menuju Beijing itu tiada dijumpai di sekitar antara Kuala Lumpur dan Beijing tetapi dipercayai berada di dasar selatan Lautan Hindi.
Jika kita bangga atas usul itu diterima semua sebagai tanda rakyat sekalian boleh bersatu dan ia mungkin jadi permulaan untuk bersatu, maka nanti orang kehilangan atau kemalangan itu boleh membawa sekaliannya bersatu padu.
Kerana percakaran itu satu keburukan, maka semua yang boleh memulakan perpaduan dan membawa perpaduan adalah rahmat dan nikmat. Jika kita banggakan apa yang dipersetujui itu sebagai rahmat membawa tuah, maka nanti orang suka supaya kapal terbang penumpang kita selalu hilang. Maka lepas ini patutlah pesawat kita selalu hilang supaya bertambah dekatlah kita kepada perpaduan.
Memang kehilangan itu ada hikmatnya dan penerimaan usul takziah oleh semua itu ada hikmatnya. Hanya Allah yang tahu akan hikmah. Akan tetapi orang-orang yang berfikir saja mendapat pengajaran dari hikmah yang ghaib itu. Hikmah itu adalah bagi mengajak semua orang menerima kebesaran Allah dan masing-masing menyembah Allah yang esa.
Bersatulah kerana Allah dan bukan bersatu kerana kehilangan kapal terbang. Kita pilu kehilangan pesawat dan orang-orang yang di dalamnya kerana ia dikira berita buruk untuk semula. Kita tidak boleh bergembira atas keburukan kerana Allah saja yang tahu atas hal-hal yang kita rasa buruk.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi.
Sumber HD - 31-3-2014
Apa dosa musibah MH370?
- Mar 28, 2014
- SUBKY LATIF
Apabila musibah itu menimpa pesawat kita sebagai kepunyaan sebuah negara Islam, maka kita kena percaya bahawa ia adalah balasan dosa kita oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Apabila kita kata dosa kita, maka ia mungkin dosa oleh individu, oleh syarikat, oleh masyarakat dan oleh pemimpin kerajaan dan kerajaan. Kita tidak tahu siapa tetapi ia adalah balasan dari dosa antara kita.
Oleh sebab musibah itu adalah terhadap penerbangan MAS kepunyaan negara Islam, maka dosa yang pertama kita terpaksa tumpukan kepada MAS, walaupun ia mungkin bukan justeru MAS.
Dosa paling besar MAS sama seperti dosa syarikat penerbangan kepunyaan negara bukan Islam ialah menjamu arak percuma kepada penumpangnya.
Arak adalah barang yang besar laknatnya. Dosa itu bukan sekadar kaki botol, tetapi yang mengeluar, mengilang, mengedar dan pelayan yang menghidangnya pun sama panggu dengan peminumnya.
Sejak MAS ditubuhkan sudah berapa banyak tempayan arak yang sudah dihidangkan dan ramai mana pula orang yang mendapat dosa daripada jamuan percuma itu?
Siapa yang menanggung dosa itu? Yang pertama kerajaan yang membenarkannya dan pemimpin kerajaan yang secara kolektif meluluskannya. Kemudian MAS sendiri termasuk lembaga pengarahnya dan kaki tangannya. Kemudian rakyat yang menyokong kerajaan yang berdosa itu. Dan kemudian kepada seluruh rakyat yang tahu hal itu iaitu kita, apa yang masing-masing buat terhadap amalan laknat itu?
Jika ia dilakukan oleh syarikat kepunyaan negara bukan Islam, ia adalah perbuatan yang menambah gelapkan hati mereka yang sememangnya sudah gelap. Mereka memang puak Allah kira musuh-Nya. Amalan mereka itu menyebabkan bertambah payah terbuka hatinya kepada iman.
Sebagai syarikat kepunyaan negara dan masyarakat Islam, kita tahu dosanya dan balasannya di dunia dan di akhirat.
Kaki tangan penerbangan yang terlibat dalam musibah tidak terlibat membuat dasar, tetapi mereka makan gaji di syarikat yang mengamalkan laknat. Sekalian penumpang mungkin tiada kena mengena.
Mereka ada jenis orang. Pertama orang yang soleh. Apabila musibah itu menimpa mereka ia adalah ujian. Ujian itu memberi pahala jika ia lulus. Ada ujian yang memberi syahid. Wallah waklam. Kedua orang yang tiada kena mengena tetapi ada dosa lain. Jadi musibah untuk mereka disekalikan dengan musibah MH370 itu.
Bagi mangsa, ada ganjaran dan balasan yang sepadan buat masing-masing, tetapi musibah itu adalah ingatan kepada orang yang hidup sama ada membetulkan kesalahan atau terus tidak mendapat pengajaran.
Bagi MAS, pengarahnya, kerajaan dan menteri sebesar mana pun dosa mereka musibah itu adalah kecil kerana ia belum membinasakan sistem MAS itu pada keseluruhannya, belum meruntuhkan kerajaan, menteri-menteri masih menjadi menteri.
Pesawat milik negara Islam tiada tong arak di dalamnya, memulakan doa sebelum berlepas, ada petunjuk kiblat di langit mana pun berada. Kita kata Iran itu Syiah tetapi pramugarinya menutup aurat.
Maka jadikanlah musibah itu peluang bertaubat dan mengisi MAS dengan adab dan akhlak Islam, biar kaki tangan Islamnya menegakkan solat, membayar zakat dan tidak meninggalkan puasa.
Sumber HD - 28-3-2014
Jenaka kisah pilot fanatik Anwar
- Mar 25, 2014
- SUBKY LATIF
Moral jenaka itu adalah demi memberi kesan nagatif kepada Anwar dan pilot itu sendiri.
Gara-gara fanatiknya kepada Anwar lalu dia tidak dapat menerima keputusan mahkamah memenjarakan Anwar hingga dia melakukan apa saja hingga menyebabkan pesawat yang dipandunya hilang sekonyong-konyong.
Dia mungkin trauma, mungkin hilang fikiran atau gila, dan mungkin juga diserang sakit jantung, boleh mengancam keselamatan pesawat dan jiwa penumpang dan sekalian anak kapal.
Antara pengikut Anwar yang cuba digambarkan ialah ada orang yang macam ini yang boleh buat apa saja dan orang Anwar ini boleh menggemparkan dunia.
Antara penyokong Anwar itu memang ada yang fanatik seperti juga penyokong Mahathir dan penyokong Najib. Penyokongnya yang lain itu tidak pula sampai tidak dapat mengawal perasaan. Tidak penyokong di kalangan pemandu teksi lampu trafik dan melanggar pokok atau tiada pemandu lori memandu laju hingga melanggar kenderaan lain dan masuk gaung.
Kapten kapal terbang penumpang biasanya telah diuji mental dan fisikalnya. Tidak mudah panik dan dicabar. Cukup ketahanan dan kesabarannya. Tinggi disiplin dan tanggungjawabnya. Payah untuk memikirkan mungkin seorang seperti boleh jadi begitu sekalipun dia fanatik Anwar.
Tetapi tidak pula mustahil ada pemain boleh yang dipercayai sihat, tumbang dan mati ketika bermain. Ada orang segar sekonyong-konyong sakit jantung ketika menonton Muhammad Ali kalah tinju di TV. Tidak mustahil pilot itu boleh trauma atau gila kerana keputusan hakim itu.
Hang Jebat dulu mengamuk dan derhaka kerana tidak dapat terima hukuman yang dikenakan kepada Hang Tuah. Walaupun orang kutuk Hang Jebat tapi ada yang marah pada Raja kerana tak usul periksa menjatuhkan hukum dan ramai yang salahkan Temenggung kerana memfitnah Hang Tuah.
Jika betul keptan itu fanatik dan boleh gila dengan hukuman yang dipertikai itu, apakah kita boleh salahkan orang yang tiba-tiba gila bertindak menghilangkan pesawat dan semua muatannya?
Apakah kita mesti marah kepada orang fanatik saja atau kita boleh pulangkah kepada hakim yang buat keputusan menyebabkan keptan itu gila atau diserang sakit jantung?
Bolehkah hakim dan mahkamah berpuas hati membuat hukuman yang tidak popular yang boleh mengakibatkan pesawat penumpang hilang dan dunia jadi haru biru?
Orang kata, orang politik memang gila dan gila kuasa, sanggup bunuh dan buat apa saja asal dapat kuasa dan kekalkan kuasa termasuk memahkamahkan Anwar. Pendakwa memang kerjanya mahu menang bicara kerana malu besar kalau kalah.
Maka sekarang semua orang jahat dan ada kelemahannya termasuk yang mendakwa dan yang didakwa. Maka keadilan itu dipercayakan kepada mahkamah dan hakim. Justeru mereka dihormati dengan Yang Arif.
Hukum atas Anwar sudah dibuat. Adakah hakim betul? Atau tidak betul? Ia dipertikai. Yang pertikai itu pun bukan tidak boleh dipertikai pula. Tetapi keputusan hakim itu dikatakan telah menyebabkan kapten gila.
Maka boleh hakim terlepas tanggungjawab atas kapal terbang hilang itu, kerana puncanya ada pilot tidak dapat terima keputusan itu dan berlakulah apa yang berlaku. Bolehkah hakim seronok dengan keputusannya dan boleh tidur mengenangkan sekalian keluarga penumpang tidak tidur-tidur kerana bimbangkan nasib penumpang dan anak kapal.
Sumber HD - 25-3-2014
Mengundang bala di tengah bala
- Mar 19, 2014
- SUBKY LATIF
Air rahmat. Apabila air berlebihan menjadi banjir ia jadi bencana. Panas yangbukan-bukan juga bencana. Bencana banjir kerana berlebihan air. Bencana panas pula hingga sumber air kering kontang tidak berair. Berlebihan air susah, tidak berair pun susah.
Di sinilah nikmatnya wasatiyyah – keserdanaan. Air sekadar secukupnya dan sepanas-panas pun tetap berair yang tidak memerlukan sedikit catuan pun.
Demikianlah bencana bertimpa-timpa. Selapas banjir, datanglah panas yang tidak menitiskan setitis air pun. Ia menyebabkan sumber air kering kontang hingga bekalan air putus dan catuan terpaksa dikenakan. Tumbuhan kering di sana sini hingga pantang terkena percikan bungi api, lalu terbakar di sana sini.
Tengah-tengah panas membakar itu datang pula jerebu yang sepekat-pekatnya hingga membahayakan kesihatan untuk semua.
Jangan kata kenaikan kos sara hidup yang menjolok mata yang dirasa oleh semua terutama yang berpendapatan rendah bukan bencana. Tengah-tengah ujian dan bala yanag berganda-ganda itu meletup pula kisah ghaib pesawat penumpang MH370 dengan penumpang dan awak-awaknya.
Maka menyeru semua kepada semua masing-masing mendirikan solat hajat berdoa minta hujan, rendah suhu panas, cerahkan jerebu dan selamatkan pesawat dan sekalian penumpang-penumpangnya hilang serta kru sekalian.
Semua bencana itu adalah ujian Allah untuk semua, ia adalah balasan dan bala Allah untuk semua atas segala macam kesalahan manusia – maksiat dan kezaliman masing-masing, mendustakan perintah dan hukum Allah oleh setengahnya, menghina Nabi SAW dengan mencampakkan hadisnya ke bakul sampah.
Menyedari ia bala dari-Nya maka sekalian bertaubat minta diampun segala dosa, menganjurkan solat hajat di merata-rata dan sewajarnya manusia berjanji tidak terlanjur maksiat lagi jika mahu semua bencana itu ditarik Allah semula. Kita mesti bersetuju bahawa semua bencana itu tidak sekadar terjadi begitu saja tetapi adalah ujian dan balasan Allah atas dosa terkumpul masing-masing.
Bencana itu adalah gara-gara manusia, maka cara mengelakkannya dari bertambah bala adalah jangan meneruskan segala maksiat yang menundang bala Allah itu.
Ketika penduduk Malaysia merasa parahnya bala dan ujian Allah itu dan memohon ia ditarik balik, ada pula manusia yang tidak merasa serik atas bala lalu menganjurkan pesta maksiat besar-besaran yang dinamai Future Music Festival Asia, menggabung 70 pancaragam terhebat dari 30 negara Asia dan dunia, diberi permit oleh kerajaan wasatiyah Malaysia dia adakan di Stadium Bukit Jalil.
FMFA 2014 itu adalah sambungan pesta Woodstock awal tahun 1970-an dulu yang dikecam oleh semua pihak. Pesta maksiat yang dikutuk pada zaman Perdana Menteri Tun Razak dulu itu tiba-tiba diadakan pula pada zaman anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
Ia diadakan mula Khamis empat hari selepas tragedi MH370 hilang, beberapa minggu selepas wanaca anti-hadis dianjurkan, setelah lebih sebulan panas melanda, hampir sebulan bermula putus air dan dalam minggu diserbu jerebu, polis memberi permit, penguasa Stadium Bukit Jalil memberi izin dan kerajaan Malaysia merestuinya.
Ketika semua penduduk menjerit ketiadaan air, peritnya panas, kering dan teerbakarnya tumbuh-tumbuhan, kerajaan membenarkan kegiatan yang mengundang bala diadakan. Mana penasihat agama Perdana Menteri, mana ulama dalam Majlis tertinggi Umno, membiarkan maksiat raksaksa itu diadakan.
Setelah enam peserta mati kerana mengambil dadah berlebihan barulah hari ketiganya dibatalkan. Benar-benar kerajaan dan pemimpinnya yang Islam tidak belajar daripada bala Allah itu.
Sumber HD - 19-3-2014
Dua musibah dalam 24 jam
- Mar 13, 2014
- SUBKY LATIF
Kata saya pada kedua-dua musibah itu, ‘Inna lillah wainna ilaihirojiun.’
Yang pertama, musibah yang menimpa rakyat khususnya di Kajang dan Selangor ia berita Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.
Bagi Anwar ia adalah ulangan ujian kali ketiga dipenjara. Bagi sesetengah orang mukmin, penjara bukan celaka baginya, bahkan ia penuh hikmah buatnya seperti yang dilalui oleh Nabi Yusuf AS dan ulama muktabar. Hamka menamatkan Tafsir al-Azhar dalam penjara. Sayyid Qutb menghasilkan tafsirnya yang masyhur semasa tahanan.
Ternyata nama Sayyid Qutb dijunjung melangit lama dan selama-lama selepas matinya tetapi regim yang memenjaranya busuk melentung zaman berzaman.
Bukan mustahil wangian kasturi memancar dari bilik penjara Anwar ke awan dan ke udara, tetapi yang menghantarnya merengkok pekung tak terhidu di mana saja ia berada.
Paling meratap ialah warga Selangor yang hilang peluang untuk mendapat pimpinan cemerlang secara langsung daripadanya. Musibah yang menimpanya satu tragedi buat bangsa Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh dia dipenjarakan.
Usaha rakyat untuk menjadikannya Perdana Menteri dalam PRU akan datang seperti tersekat kecuali mahkamah membuat keputusan yang lain.
Bukan dia yang hendak jadi Perdana Menteri tetapi rakyat yang hendak menjadikannya Perdana Menteri. Tiada mungkin dia jadi Perdana Menteri sekadar cita-citanya sedang rakyat tidak mahu.
Pencita keadilan dan kebenaran tidak ghairah sangat dia hendak jadi Perdana Menteri semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka mahu sangat dia jadi Perdana Menteri selepas itu. Ia masih tersekat, tetapi rakyat jangan putus asa. Jalannya ke situ belum putus selagi ajalnya belum tiba.
Musibah bagi semua kerana pembelaan dan perubahan tertangguh oleh penjara yang ada di tengah jalan di antara Bangunan Parlimen ke Putrajaya.
Sedang bulan dan matahari bagaikan gerhana oleh musibah itu datang pula musibah yang kedua tragedi sebuah pesawat MAS yang hendak ke Beijing hilang dari udara. Sukar memungkinkan ia dan muatan 239 orang itu terselamat kecuali ia ke ruang angkasa lepas, ia mungkin boleh turun semula ke orbit bumi. Tetapi ia tidak ke angkasa lepas tetapi ia hilang sama ada di permukaan bumi atau di dasar laut yang terbentang.
Malam sebelum ia terbang saya mengikuti stesyen TV CNN, BBC dan Al-Jazeera membincangkan musibah negara atas yang menimpa Anwar Ibrahim. Siang esoknya, siang malam stesyen TV yang sama membincangkan musibah kedua negara itu.
Kedua-duanya diratapi oleh dunia media dunia. Rangka pesawat mungkin boleh ditemui tetapi muatannya yang hilang tidak mungkin boleh dikembalikan. Tiada yang dapat dinyatakan selain dari kalungan takziah untuk semua – negara, rakyat dan keluarga mangsa.
Kekuasaan Allah. Dibawa-Nya penumpang dari serata dunia ke Kuala Lumpur. Bersama mereka masuk ke perut pesawat yang sama untuk sama-sama hilang di angkasa raya.
Tetapi Anwar masih boleh balik. Dia cuma dipinjamkan sementara ke penjara. Jarang ada pemimpin negara merdeka dan demokrasi dipenjara berkali-kali selain daripadanya. Lainlah pada zaman penjajah dulu.
Sumber HD - 13-3-2014
Tempelak Allah al-Quran dicemar
- Mar 12, 2014
- SUBKY LATIF
Tidak berlaku al-Quran dikoyak, dicampak di merata hingga ke mangkuk tandas jika tidak dengan izin Allah.
Naskah aI-Quran adalah kitab Allah dan masjid adalah rumah Allah. Semuanya kepunyaan Allah, mulia lagi suci. Sepatutnya Allah lindungi keselamatannya daripada dicemari dan dicerobohi.
Tetapi kita telah saksikan ada makhluk yang mendiami negara kita, khususnya di Besut dan di Kesultanan Terengganu, tidak takut kepada Allah dan Islam melakukan apa yang telah berlaku.
Kita boleh serah kepada polis untuk bertindak dan mungkin si bedebah dapat dihukum. Tetapi berpuas hatikah umat Islam dengan mengutuk dan memburu sekalian pengkhianat bedebah itu?
Yang melakukan itu adalah bedebah yang khianat. Kaki mereka terdorong ke situ dan tangan mereka didorong membaling dan mengoyak rabak kitab-kitab suci sehina itu. Yang mendorongkan semuanya adalah Allah dan yang terjadi adalah dengan izin Allah.
Mengapa?
Allah hanya pelihara ayat-ayat suci-Nya tetapi tugas menjaga naskah kitabnya dan rumah-Nya adalah kerja umatnya. Allah tidak jaga kitab dan rumah ibadat yang tidak dijaga oleh umatnya.
Yang terjadi di dua kampung itu adalah amaran Allah kepada Islam di negara ini, bukan sekadar untuk Besut dan Terengganu, tetapi ingatan kepada rakyat Yang Dipertuan Agung, kerajaan Barisan Nasional dan penyokongnya adakah masing-masing sudah menjaga keselamatan kandungan dan ajaran kitabya dan rumah ibadat-Nya?
Kaabah adalah rumah Allah yang paling dekat dengan hati Allah dan jauh suci dan mulianya dari dua buah masjid di Besut. Masjid dan naskhah al-Quran itu dibina dan dibeli kerajaan dan rakyat yang belum tentu suci duit dan niatnya jika dibandingkan suci dan mulianya niat Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail membina Kaabah.
Betapa penganut agama Nabi Ibrahim tidak memelihara keselamatan Kaabah, Allah izin ia dicemari dengan terdirinya ratusan berhala memenuhi persekitaran Masjidil Haram. Kaabah dilihat kecil dibandingkan dengan berhala yang banyak. Ia adalah tempelak Allah kepada umat selepas baginda.
Allah tidak pelihara segala kitab Islam yang tidak dijaga oleh penduduk Baghdad apabila datang tentera Tartar melanda pusat pentadbiran empayar Islam itu. Hingga bangun satu generasi dari bekas pnceroboh Tartar dan umat Islam Iraq membebaskan agama Allah itu.
Allah tidak menjaga Baitul Maqdis dari dilanda tentera salib dan Yahudi Israel kerana umat Islam tidak menjaga keselamatan agamanya dan wilayahnya.
Fitnah yang melanda Masjid Limbongan dan masjid di Kampung Raja adalah amaran awal kepada Islam Malaysia apakah mereka sudah memelihara ajaran dan al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya bagi menyelamat Islam dan umatnya di Malaysia.
Tidakkah umat Islam terfikir sebelum naskah al-Quran dan surah Yassin itu disumbat ke mangkuk tandas, kerajaan dan umat Islam selepas merdeka telah mencampakkan terlebih dulu ajaran al-Quran ke lantai dan mangkuk jamban.
Kita jangan tengok kitab suci itu dicampak ke jamban saja, tetapi kita kena insaf akan ajaran al-Quran dicampak ke situ lebih dulu. Jika kita tidak betulkan kerajaan dan umat dengan ajaran al-Quran yang betul, maka jangan terkejut jadi macam nasib Pattani yang pernah menyumbang para ulama masyhur di nusantara, kini menjadi wilayah naungan bukan Islam.
Laporan polis tidak menjamin kemuliaan al-Quran tetapi mendaulatkan ajarannya yang menjamin keselamatannya.
Sumber HD - 12-3-2014
Asyraf jangan jadikan YADIM cawangan BTN
- Mar 06, 2014
- SUBKY LATIF
Mengadakan dakwah untuk pelajar adalah baik tetapi Dr Asyraf Wajidi Dasuki jangan jadikan program dakwah itu bagi menjadikan mereka Umno seramai-ramainya.
Cukuplah kerja mengUmnokan seramai-ramainya dibuat oleh Biro Tata Negara dengan kerjasama dengan kedutaan di setiap negara itu. Yayasan Dakwah buat program dakwah untuk semua supaya masing-masing dapat didekatkan dengan akhlak Islam.
Biar kerja mengepung pelajar Islam di perantuan itu dijaga oleh Khairy Jamaluddin sebagai sifatnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan. Biar dia guna peruntukan kementeriannya bagi menyambung spesies Umno dalam kalangan anak muda itu.
Jika YADIM pula buat kerja yang sama, maka banyak sangat pihak yang membuat kerja yang sama dan akhirnya nanti YADIM hilang fokus tentang tujuan ia dibentuk. Boleh buat kerja sambilan tetapi jangan nanti dilihat YADIM sama seperti BTN atau cawangan BTN sebagai pusat sumber menyebarkan perkauman.
Yayasan Dakwah sepatutnya bekerja untuk mendekat sekalian rakyat majmuk kepada Islam dengan menyampaikan seruan Islam kepada mereka. Jika tidak, semua rakyat dapat menerima Islam biarlah majoritinya berfikiran Islam.
Seperti Buddha, Hindu dan Islam sendiri dengan pesatnya penyebaran ajaran Nasara, sekalipun tidak semua menukar agama, ramai yang kekal dengan agama Islam tetapi mereka berfikiran barat. Fikiran barat adalah adunan fikiran Kristian dan Yahudi. Ramai orang Islam mendirikan masjid dan mendirikan solat tetapi berfikiran barat. Mereka menolak syariat sekali pun ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Jika orang Buddha dan Hindu boleh kekal Buddha dan Hindu berfikiran Kristian-Yahudi, apa susahnya kekal dengan agama masing-masing tetapi berfikiran Islam. Apabila ia berfikiran Islam, maka sudah dekat hatinya dengan Islam. Seorang Hindu berfikiran Islam hatinya dekat dengan hati orang Islam yang berfikiran Islam. Tetapi Islam yang tidak berfikiran Islam hatinya jauh dari saudara Islamnya yang berfikiran Islam.
Mana orang Islam yang tidak berfikiran Islam? Itulah sekular, lilberalisma, pluralisma dan lain-lain.
Kerja Islam jadi susah kerana adanya orang Islam seperti ini. Yayasan Dakwah yang ditubuhkan lepas 13 Mei dulu, bukan saja tidak berjaya mendekat Islam kepada masyarakat majmuk, malah yang dulunya libralisma dan pluralisma yang tidak diketahui dulu menjadi percambahan fikiran sekarang.
Ini tanda Yayasan Dakwah tidak berkesan. Penganut agama lain adalah sangat jauh dengan Islam. Banyak masalah menyampaikan dakwah walaupun ia bukan tidak dapat dibuat. Sebagai badan yang dekat dengan kerajaan, ia dekat dengan Umno. Ia tidak dipeduli Yayasan Dakwah selama ini. Maka anak Dasuki ini patut jangan biarkan Umno jauh dari fikiran Islam.
Sasaran pertamanya, sebarkan fikiran Islam seluas-luasnya dalam kalangan ahli dan pengikut Umno supaya tiada lagi yang berfikiran sekular barat yang ditunjangi oleh pemikiran Yahudi-Nasrani.
Selain ia sepatutnya menyelaraskan segara NGO dakwah yang benyak, adakan penyatuan fikrah dan bertindak sejalan, ia mesti ada dasar bagi mengisi kementerian pelajaran dengan pengisian dakwah. Biar dalam kementerian itu ada pengarah dakwahnya, supaya karikulum dan pelajaran yang disampaikan mengandungi misi dakwah.
Bahkan setiap jabatan ada pegawai dakwah yang kerjanya bukan sekadar menyampai kuliah tengah hari tetapi memikirkan dasar dakwah yang perlu ditetap dan dipantau.
Semua pengatur dakwah di jabatan kerajaan dan badan swasta berpusat sumbar dari Yayasan Dakwah. Sebelum mengepung anak muda menjadi Umno, pastikan dakwah itu berjaya dalam Umno dulu. Jika tidak, anak Dasuki tidak lebih dari seorng makan gaji seperti Jamil Khir dan Abdullah Zain.
Sumber HD - 6-3-2014
Sultan disaran turut sama solat Istisqa’
- Feb 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Saranan itu dibuat penulis veteran yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Subky Latif (gambar) di laman Facebook beliau.
Subky turut menyarankan alim ulama di negeri-negeri beraja supaya memohon perkenan Sultan agar turut bersama rakyat dalam solat Istisqa’.
Beliau memberikan contoh yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz apabila seorang Arab Badwi yang terkejut dengan hasil tanamannya yang berlipat kali ganda yakin bahawa kemakmuran yang dianugerahi Allah SWT itu disebabkan oleh khalifah baru yang bersifat adil.
“Seorang Badwi dapati hasil tanamannya bertambah. Katanya mesti khalifah baru yang memerintah. Dia sangka saja. Rupanya betul, yang memerintah Umar Abdul Aziz. Badwi itu tidak tahu. Bila khalifah peduli, makmurlah negeri,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, solat Istisqa’ akan diadakan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah esok bermula jam 9.30 pagi.
Solat Istisqa’ juga akan diadakan pada pagi yang sama di dataran Stadium MPS berhadapan Restoran Tu Dia Pak Tam, Bandar Baru Selayang dan Padang Komuniti Kampung Sungai Kantan, Kajang.
Pada Ahad, 2 Mac, solat Istisqa’ akan diadakan di tempat letak kereta Central Puteri Park (PCP), Bandar Tasik Puteri, Rawang bermula jam 8.00 pagi. Khutbah akan disampaikan Imam Madrasah As-Siddiqin, Ustaz Mohamad Zuhdi Mat Piah.
Sumber HD - 28-2-2014
Kembalikah Cina Kajang ke pangkuan MCA?
- Feb 28, 2014
- SUBKY LATIF
Dengan mengira ia sudah berubah, belum cukup untuk mengubah sikap pengundi Cina yang sekurang-kurangnya sudah tiga kali menolak calon MCA.
Pengundi Cina Kajang adalah penuntut pilihan raya DUN itu selama ini. Justeru ia setia pada BN sebelum PRU 2004, pembangkang baik PAS mahupun DAP gagal merampas Kajang. PAS boleh menang apabila pengundi Cina mengundi Dr Shafie dalalm PRU 2004.
Pengundi Cina Kajang adalah antara pengundi Cina yang awal di seluruh negara melepaskan sikap sentimen Cinanya apabila calon MCA berdepan dengan calon PAS. Jika pengundi Cina lari dari MCA kepada DAP adalah perkara biasa. Tetapi pengundi Cina undi siapa saja asal bukan MCA dan pilihan mereka pula PAS adalah satu sikap menarik perhatian.
Ertinya pengundi Cina Kajang sejak tahun 2004 telah keluar dari kepompong perkauman. Apabila persempadanan baru selepas 2004, sebahagian Kajang dimasuk ke DUN Bangi, Dr Shafie melepaskan Kajang kepada Bangi, maka Kajang diberi kepada PKR dengan calonnya Cina. Cina memilih Cina PKR, tidak memlih Cina BN.
Kalau Cina Kajang sedia memilih Melayu PAS asal bukan MCA, maka lebih mudah Cina Kajang memilih Cina PKR kalau isu perkauman dibangkitkan. PRU13 Cina Kajang menolak lagi MCA. Sudah tiga PRU Cina Kajang menolak MCA/BN. Ini tanda Cina Kajang bebas dari gejala perkauman.
Dalam susana ini Mei Fun jadi calon MCA yang baru dan berubah. Tentulah Cina hendak tengok perubahannya dulu. Setakat ini yang berubah pimpinan. Jika pun MCA berubah, bagi Cina Umno dan Najib belum berubah. Perubahan MCA tidak memadai kerana MCA belum bebas dari stigma Umno dan Najib.
Apa yang MCA harapkan dari Cina Kajang adalah perkauman Cinanya. Janji perubahan dan ia MCA baru tidak memberi jaminan, kerana antara Cina Kajang itu adalah anak muda yang bersama DAP dan PKR. MCA tegar adalah MCA tahun 1950-an. Kebanyakannya sudah mati. Cina baru dibangunkan atas bebas dari perkauman adalah bersama DAP dan PKR yang bersekutu dengan PAS.
Yang MCA lawan sekarang ialah Anwar Ibrahim. Peratus Cina yang menyokong Anwar lebih tinggi dari peratus Melayu. Yang bencikan Anwar hanya Melayu Umno.
Presiden baru MCA Liow Tiong Lai datang ke Kajang dengan modal hendak mendedahkan keburukan Anwar. Yang mengata Anwar buruk Dr Mahthir dan Najib saja. Apakah mereka tidak dilihat buruk oleh Cina? Dan MCA pula tidakkah buruk. Anwar tidak perlu kata MCA buruk, lepaskan Lim Kit Siang dan DAP serta Tian Chua, mereka boleh ceritakan apa pula buruknya MCA.
Jika MCA kata Anwar buruk, Cina Kajang akan membuat perbandingan siapa lebih buruk antara Anwar, Najib dan Dr Mahathir?
Selain Allah, hanya Cina tahu siapa lebih buruk antara ketiga itu. Waktu PRK Kajang ini, rasanya eloklah Najib tidak datang ke Kajang. Ia tidak akan menguntungkan calon MCA. Najib boleh dibawa ke tengah orang Melayu saja. Tugas MCA sekarang ialah meyakinkan Cina tentang Najib lebih utama dari memburukkan Anwar. Sebelum ia dapat meyakinkan Cina tentang Najib, ia perlu yakinkan Cina tentang MCA dulu.
Sumber HD - 28-2-2014
Bagaimana kalau pengundi BN pulau PRK Kajang?
- Feb 25, 2014
- SUBKY LATIF
Penyertaan itu kira-kira mereka masuk dalam perangkap Anwar dan seperti dialatkan oleh Anwar.
Bagi mengelakkan supaya Anwar tidak menang percuma dan tidak mahu BN khususnya Umno dikira kalah sebelum bertanding, maka itulah mereka terpaksa letak calon.
Pemimpn BN tiada pilihan. Sekalipun mereka benci pada Anwar dan pura-pura benci dengan PRK sedemikian justeru membazir wang kerajaan yang juga wang rakyat, mereka terpaksa bertanding walaupun mereka tahu mereka diperolok oleh Anwar.
Tetapi penyokong dan pengundi tetap BN tidak semestinya ikut pemimpin-pemimpinnya yang diperangkap oleh apa yang dikatakan permainan politik peribadi Anwar itu. Para pemimpin terpaksa juga bertanding kerana tidak mahu malu dan tidak mahu dilihat malu.
Maka penyokongnya boleh bertindak lain dari yang dibuat oleh pemimpin dengan tidak turun mengundi. Jika mereka mengundi, mereka masuk perangkap Anwar sedang mereka bencikan Anwar serba serbi.
Jika betul tak mahu diperalat Anwar, biarkan saja dia berpolitik seorang diri. Mungkin yang tinggi marahnya kepada Anwar tidak mahu mengundi. Rafizi Ramli tidak menjangkakan ada yang macam itu dan sudah meramalkan peratus yang memulaukan pengundian itu terlalu kecil.
BN pun ada kebimbangan dan ada yang berkepala angin lalu tidak mengundi, semata-mata kerana tidak mahu masuk dalam jebak Anwar.
Justeru TPM Muhyiddin Yassin kata, BN tidak beri laluan mudah kepada Anwar dan Dr Mahahtir pula mahu semuanya turun bagi mengalahkan Anwar.
Antara yang mereka marah sangat Anwar ialah kerana dia dan partinya memperolokkan demokrasi dan cemar demokrasi olehnya.
Jika mereka libatkan diri dan sertai PRK dengan mengundi, maka mereka jayakan politik Anwar. Sukalah Anwar. Apa yang menyukakan Anwar? Mereka tidak mengundi. Tiada apa rugi Anwar jika mereka tidak mengundi. Ia memudahkan lagi Anwar menang dan ia menambah pula majoriti PKR.
BN pun memang takut kepada pengikutnya yang berkepala angin itu. Jika mereka tidak mengundi malu besarlah BN. Seolah-olah ia membantu Anwar menang besar.
Dari baca politik payah bagi Anwar kalah. BN pun tahu. Memang ia payah menang. Apa yang BN harap dari PRK itu ialah menambah undinya dan mengurang majoriti Anwar. Maka kempen besar BN sekarang ialah menggesa supaya penokongnya jangan memulaukan pengundian.
Jika perlu mereka dihulur lebih, hulurlah lebih dari selalu kerana BN tidak mahu undinya merosot dan majoriti Anwar naik.
Sekalipun Anwar dirasakan akan menang, tetapi dia bukan tidak boleh dikalahkan. Harapan dia dikalahkan hanya dengan menjadikan Dr Mahathir sebagai calon. Itupun belum tentu menang, tetapi dia saja yang ada harapan bagi mengalahkan Anwar.
Dr Mahathir tidak membantu BN sekadar membangkitkan kelemahan Anwar. Tiada banyak kesan. Tetapi dengan dia sendiri terjun, barulah kesannya naik. Kalau Tun M hendak melihat Anwar kalah, turunlah sebagai calon BN. Tak usah malu.
Lainlah kalau dia takut kalah!
Sumber HD - 25-2-2014
Bahkan depa kata saya nyanyuk
- Feb 20, 2014
- SUBKY LATIF
Saya tidak boleh bersangka buruk terhadap orang yang sangka dan rasa saya nyanyuk, kerana mungkin juga saya nyanyuk. Seperti gila. Orang gila tidak tahu dia gila. Kalau kita kata gila pada orang gila, nescaya dia kata pada kita, ‘Kamu gilakah kata aku gila?’
Yang tahu kita gila bukan kita, tetapi orang lain tahu kita gila.
Begitulah juga nyanyuk. Sehingga pada saat ini saya tidak tahu saya nyanyuk. Saya tahu apa yang saya tulis dan kebanyakannya saya ingat apa yang saya tulis. Ada juga yang saya kurang ingat. Adakah itu tanda saya sudah nyanyuk?
Yang betul tahu saya nyanyukkah atau tidak ialah orang lain. Mungkin betul mereka yang sangka dan kata saya nyanyuk. Mungkin seorang yang kata begitu, belum tentu saya betul nyanyuk, tetapi beberapa orang kata begitu, mungkin juga mereka betul.
Saya masih tidak seperti orang gila yang apabila dikata gilla, maka dikata balik pada orang itu dia yang gila. Saya tidak kata nyanyuk pada orang yang kata saya nyanyuk, supaya orang dapat sangka saya tidak nyanyuk.
Mungkin yang kata saya nyanyuk itu belum nyanyuk dan mungkin juga ada yang nyanyuk, tetapi tidak nyanyuk saya kata nyanyuk, maka sahlah saya nyanyuk seperti orang gila kata orang tidak gila yang kata dia gila itu yang gila.
Tetapi yang kata saya nyanyuk itu mungkin tiada kata saya nyanyuk terhadap tulisan saya yang lain. Tidak ada yang respons kata nyanyuk. Saya dikata nyanyuk kerana menulis saya tidak mahu berbalah dengan Anwar yang mereka rasa banyak mengata baik tentang Anwar.
Setakat ini baru satu tulisan itulah dikatakan saya nyanyuk. Mungkin yang lain juga ada gejala nyanyuk, tetapi belum ada yang sanggup kata saya sudah nyanyuk.
Jika tulisan tentang Anwar yang satu itu dikata saya nyanyuk, yang lain tidak, maka tidak kuat bukti bagi kata saya nyanyuk. Atau belum tepat bagi mensabitkan saya betul-betul nyanyuk.
Nyanyuk itu lazim masalah yang menimpa orang tua. Tidaklah semua yang tua itu nyanyuk. Hanya setengah saja yang nyanyuk. Kebanyakannya mati tidak sempat nyanyuk. Tetapi ada juga yang muda sudah nyanyuk. Jika yang tua nyanyuk adalah benda biasa. Yang tidak biasa ialah kalau yang muda yang nyanyuk.
Adakah saya nyanyuk atau nyanyuk-nyanyuk? Apa beza antara dua itu? Seperti gila. Yang dikata gila betul dia gila. Yang dikata gila-gila belum gila. Jika saya dikata nyanyuk-nyanyuk ertinya tidak nyanyuk.
Maka sayugia saya berdoa, ‘Ya Allah! Jauhilah aku daripada nyanyuk. Dan matikanlah aku sebelum aku nyanyuk! Amin! Moga-moga sekalian pembaca menyahut Amin supaya saya terelak dari nyanyuk.
Ada yang kata, kalau Anwar jadi Perdana Menteri, saya nak jadi apa? Dan apa Anwar nak bagi? Satu saja yang mahu daripadanya. Beri saya satu jawatan bergaji tetapi tidak perlu buat kerja.
Dengan gaji tetap itu duduk di rumah menulis. Orang tak bayar pun tak apa, kerana dengan gaji tetap itu saya boleh hidup walaupun bayaran tulisan itu murah atau tidak dibayar.
Gilakah Anwar nak beri saya gaji tanpa kerja? Tidak dia gila. Dia boleh ikut cara Saidina Umar al-Khatab beri pencen kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang awal.
Adapun tulisan saya yang menguntungkan Anwar adalah analisis saya. Bukan saya memujanya tetapi analisis itu didapati begitu. Kedua, Anwar adalah orang yang ditindas. Saya bencikan penindasan, maka kita patut bela sesiapa saja yang ditindas.
Membela orang yang ditindas tidak nyanyuk.
Sumber HD - 20-2-2014
Bagilah Kajang pada MCA
- Feb 18, 2014
- SUBKY LATIF
Pandangan awal yang mahukan MCA dikecualikan dari menjadi calon di situ ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Dan yang terakhir ialah NGO lebih Umno dari Umno iaitu Perkasa.
Khairy bersikap demikian justeru tidak berpegang kepada fikah politik UMNO/BN bahawa Kajang sudah ditradisikan milik MCA. Ikut fikah itu MCA adalah calon payah menang. Khairy berpegang kepada falsafah politik Najib yang mahu calon mudah menang.
Sehingga rencana ini ditulis Najib belum memberi pencerahan tentang calon Kajang itu. Dia mungkin celaru dan keliru. Fikah politik yang dianutinya Kajang adalah untuk MCA. Falsafah politiknya pula mahukan calon mudah menang. MCA sehingga ini adalah kumpulan payah menang.
Bukan sekadar MCA payah menang, Barisan Nasional tidak kira calon parti mana pun dirasakan payah menang. Sekalipun BN pinjam calon dari PKR sendiri Tian Chua, apabila dia gunakan lambang dacing untuk menentang Anwar, dia tidak lagi jadi calon senang menang.
Dalam kalangan masyarakat termasuk Cina, Lee Lam Thye adalah personaliti yang amat disenangi. Terbaik dari semua. Tidak diramal menang di Kajang. Maka itu payahnya memberi peluang kepada MCA.
Jika Najib berpegang kepada fikah politik BN, meletakkan calon MCA bercanggah dengan falsafah politiknya.
Bedasarkan pandangan popular tadi, Kajang wajar diberi kepada MCA, bukan kerana ia senang menang, tetapi justeru fikrah politik tadi. Di sinilah kuatnya Umno dan BN dengan ciri Melayunya, biar mati anak, jangan mati adat. Biar BN kalah asal Kajang kekal bagi MCA.
Pengundi Cina Kajang adalah antara yang awal membuat perubahan. Ketika pengundi Cina dihantui takutkan PAS sekalipun mereka meluat dengan Umno, Cina Kajang sudah dulu dari semua.
Ketika itu Cina sudah mahukan perubahan, tetapi apabila calon yang menentang BN adalah PAS, ramai antara mereka justeru takutkan PAS terpaksa mengundi BN juga. Tetapi Cina Kajang mengundi PAS dengan calonnya Dr Shafie. Bukan semua Cina mengundi Dr Shafie. Tetapi menentu yang cukup dari Cina diberi kepada PAS, Dr Shafie menang di Kajang dalam PRU 2004.
Yang PAS kalah di mana-mana sebelum ini ialah ia tidak undi Cina dan India. Dengan jumlah tertentu Cina Kajang mengundi PAS, kecundanglah MCA.
SPR pecah sempadan pillihan raya. Kajang dipecah dengan Bangi. Dr Shafie bertanding di Bangi, Kajang diberi kepada Cina PKR. Jika Melayu PAS pun Cina Kajang undi, apa lagi PKR yang meletakkan Cina pada PRU 2008. PRU 2013, PKR tukar kepada Cina lain. MCA kalah juga.
Sebelum pengundi Cina di seluruh negara terbuka hatinya untuk berubah bersama Pakatan Rakyat, tak kira calonnya dari PAS atau yang lain, Cina Kajang sudah mendahului.
Adakah setelah Cina rata-rata terbuka hati untuk mengundi MCA lagi, maka Cina Kajang terbalik semula, lalu memberi undi kepada MCA pula? Suatu kemungkinan tidak terfikir oleh sesiapa.
MCA pun tidaklah berminat sangat. Tetapi bagi menjaga air muka, ia akui sanggup. Baginya memenangi Kajang tidak berbangkit, tetapi kalau peluang tidak diberi kepadanya, ia seperti BN membunuhnya. Maka beri jugalah Kajang pada MCA!
Sumber HD - 18-2-2014
Perginya Yazid Jaafar
- Feb 12, 2014
- SUBKY LATIF
Pak Yazid meninggal di Hospital Kuala Lumpur setelah banyak kali keluar masuk hospital dan pernah lebih dari sekali banyak hari tidak sedarkan diri. Itulah yang dikatakan usianya memang liat.
Saya tidak sempat bertemunya selepas dia keluar hospital dan setelah banyak hari tidak sedar untuk bertanyakan apa yang dinampak dan diingatnya selama tidak sedarkan diri itu?
Saya pernah bertanya seorang yang hampir seusia Pak Yazid yang pulih dari tidur lamanya di hospital tentang yang dialaminya selama tidak sedar itu. Jawabnya, ‘Ajaib’, Banyak yang pelik dilihatnya yang tidak dapat hendak diceritakan.
Saya kenal lama Pak Yazid sebagai orang tertua PAS sejak sebelum saya menyertai PAS hujung tahun 70-an. Dia sudah tidak giat politik selama saya bergiat politik di Kuala Lumpur.
Pada zaman cergasnya dalam politik, dia adalah seorang yang sehebat Mat Sabu dan Mahfuz Omar, berada di baris depan menggempur Umno baik di desa dan di pekan. Justeru sukar mencari calon yang handal untuk menentang Tun Razak di Pekan dalam PRU 1969, PAS menghantarnya menjadi calon bagi tidak memberi laluan mudah kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
Kira-kira dia adalah panglima PAS pada zaman Datuk Asri yang payah ada saingannya, tetapi mengundur dari politik yang aktif apabila PAS menyertai kerajaan campuran Perikatan-PAS tahun 1973 dan menyertai BN selepas itu.
Masa tidak aktifnya itu beliau dan Ustaz Hassan Shukri membantu Ustaz Ashari Mohamad mengasaskan Arqam bagi menjalankan kegiatan dakwah. Dia tidak keluar PAS tetapi mahu meneruskan kegiatan dakwah PAS melalui Arqam dan tidak menyaingi PAS dari segi politik dan tidak menentang PAS tetapi menjadi ahli PAS.
Dia tidak lagi bersama Arqam setelah tidak terikut dengan pimpinan Arqam, penuh masa menjadi pendakwah bebas yang diminati ramai termasuk penyokong Umno. Dia boleh masuk jabatan-jabatan kerajaan meskipun mereka tahu dia orang PAS dan pernah jadi orang kuat PAS.
Kuliah ilmu yang dianjurkannya setiap pagi Ahad di rumah di antara Masjid Kampung Baru dan Pasar Minggu Kampung Baru dihadiri ratusan orang, menyebabkan jalan depan rumahnya sesak. Kegiatan dijayakan oleh penceramah jemputan menjadikan Pak Yazid diminti oleh ramai.
Pak Yazid bukan ustaz. Dia bekas angkatan pasukan keselamatan. Dia tidak mengajar ilmu Islam yang tinggi-tinggi tetapi mengajak orang sedar kepada Islam dan minat kepada Islam. Sekolah Islam bagi Pak Yazid ialah melalui ceramah pimpinan PAS. Dia catit apa yang pimpinan sampai tentang Islam dan menyampaikan pula kepada orang lain.
Seorang penyokong pekat Umno, Nik Jaafar berkata, dia lebih tahu tentang Islam dari Yazid, tetapi dia tidak dapat sampai mesej dakwah seperti Pak Yazid. Pak Yazid berceramah di suraunya. Kata Nik Jaafar, ‘Yazid kata, siapa yang menjelaskan bil air surau ini, sejuk kuburnya nanti, siapa jelaskan bil eletrik, terang kuburnya nanti.’
Lepas itu bil air dan api surau itu hilang kerana ada saja orang yang menjelaskannya.
Pak Yazid tidak pernah mengaji di pondok dan sekolah agama, tetapi dia mengalahkan setengah orang yang mengaji tinggi tetapi tidak mengajar. Dia tidak mengaji tetapi dia berdakwah. Dakwahnya diiktraf oleh masyarakat.
Itulah anak Terong yang berhijrah ke Kuala Lumpur melalui PAS, menjadi pendakwah yang merentasi semua genarasi dan menembusi semua benteng politik. Tidak banyak jenazah di luar Terengganu diimamkan oleh Ustaz Abdl Hadi Awang, tetapi jenazah Pak Yazid diimamkan beliau.
Sumber HD - 12-2-2014
- Feb 12, 2014
- SUBKY ABDUL LATIF
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.
Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.
Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.
Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.
Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.
Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.
Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.
Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.
Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.
Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.
Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.
Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.
Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.
Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.
Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.
Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.
Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.
Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.
Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.
Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.
Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.
Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.
Sumber HD - 12-2-2014
PKR sudah dulu di Kajang
- Feb 07, 2014
- SUBKY LATIF
Di tempat lain saya tidak tahu. Saya ke situ bukan hendak menengok hal-hal itu. Tetapi saya berada di kawasan panas politik dan cuaca – tiada redup dan hujan seminggu ini.
Saya ke situ lepas Jumaat. Dan Anwar Ibrahim sudah solat Jumaat di sebuah masjid di kawasan akan bertanding PRK nanti.
Berapa lama Anwar merancang untuk mengadakan PRK di Kajang tidak diketahui. Tetapi kurang dari 2 jam ADUNnya mengemukakan surat perletakan jawatan, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar adalah calon PKR di DUN Kajang.
Sebelum saya ke Kajang, Azmin Ali pun terus turun ke Kajang berjumpa dengan orang-orang yang nak dijumpainya, membuat penjelasan dan mengerahkan persiapan.
Sehari selepas saya balik dari Kajang turunlah Anwar, Azmin dan Khalid Ibrahim ke perkampungan Sekamat mengadakan kempen pertamanya. Diumumkan Menteri Besar sendiri menjadi pengarah PKR bagi pilihan raya itu. Kehadiran tidak dikira hingga jalan tidak dapat dilalui kenderaan.
Manakala Umno dan BN masih sibuk mempertikai kewajaran Adun meletak jawatan dan untung ruginya PRK diadakan ketika orang tidak terfikir tentang politik pilihan raya. Umno masih tercari-cari calon. Mahu amanahkan MCA lagikah atau tukar parti komponen?
Sekarang semua orang Kajang tahu Anwar adalah calon PKR. Semuanya sudah dan sedang membincangkan buruk baik dan untung ruginya mengundi Anwar. Calon BN belum ada. Pemuda Umno mahukan orang Melayu jadi calon kerana MCA tidak dapat jadi denak untuk memenangi hati pengundi Cina.
Kalau majoriti pengundi Cina memberi undi kepada Anwar, Anwar memerlukan sekurang-kurangnya satu pertiga dari undi Melayu untuk memberi kemenangan mudah baginya. Kalau dia dapat separuh, ia adalah bonus baginya.
Maka Umno sekarang hendak meraih sekurang-kurangnya 60 ke 70 peratus undi Melayu. Kalau calon itu MCA, ia tidak yakin dapat sokongan Melayu sebesar itu. Itulah sebabnya ia mahukan calon itu kepada Umno.
Ada MCA memikirkan Datuk Chong Wei jadi calon. Kalau lawan badminton, Anwar akan kalah dalam masa beberapa minit saja. Tapi ini bukan temasya sukan.
Siapa tokoh MCA yang boleh mengimbangi Anwar? Yang paling baik setakat ini ialah Tan Sri Ong Ka Ting, Presiden baru dan Timbalan Presiden barunya tidak dapat menyamai Ong Ka Ting.
Tetapi adakah Ong Ka Ting hendak melepaskan jawatan Dutanya ke Beijing.
Akan calon dari Umno. Siapa orang Umno yang disukai oleh Cina? Najib? Dengan harga barang yang ada, seorang Cina pun dia tidak akan dapat. Yang terbaik dari Umno hanya Tengku Razaleigh. Mungkin Cina boleh bagi undi tetapi banyak mana?
Ikut loghat Kelantan Ku Li tok seh.
Mungkin ketika rencana ini keluar BN sudah mengemukakan calon, tetapi ia sudah agak lewat dibandingkan dengan Anwar yang sudah ke depan jauh.
Dengan keadaan yang ada, lambatnya ia turun ke Kajang, harapan BN hanya kalau Anwar boleh jadi macam arnab yang berlumba dengan kura-kura. Ia tertidur tengah jalan hingga kura-kura mendahului arnab. Anwar bukanlah kekura dan bukan arnab.
Sumber HD - 7-2-2014
Anak Azam ada istana di syurga
- Feb 05, 2014
- SUBKY LATIF
Sekalipun terlambat saya menyampaikan takziah kepada mereka, tetapi dengan layanan istimewa yang diberikan oleh masyarakat dan kerajaan Turki terhadap pengkebumian Amar, tidak salah kiranya takziah saya itu ditukar kepada tahniah untuk kedua ibu bapa itu.
Amar seorang talib iaitu pelajar agama yang cemerlang, justeru penguasaannya terhadap pengajiannya, dalam waktu yang singkat, dia berjaya mencapai kecemerlangan yang luar biasa hingga menarik perhatian masyarakat Islam Turki. Ilmu yang dituntutnya ialah segala keperluan yang mencakup bidang dakwah khususnya tentang sejarah empayar Othmaniyah.
Saya juga 20 tahun lalu menghantar anak ke Turki yang saya impikan untuk menjadi kepakaran dalam sejarah keagungan empayar itu seperti pencapaian satu-satunya pakar di bidang itu iaitu Abdul Hamid Alga yang berasal dari Britain.
Dakwah Islam memerlukan penguasaan ilmu itu. Impian itu tidak tercapai, tetapi anak Azam sedang memanjat tangga ke puncak itu ketika kembali ke pangkuan Allah.
Maka putera bertuah itu dimakamkan bersama kuburan seorang sahabat Rasulullah di Istanbul, makam yang lazimnya di khasnya kepada pemimpin dan ulama tersohor. Pengkebumian Amar dihadiri oleh pembesar dan ulama terkenal Turki.
Dalam kedua kemunculan ibu bapanya di TV, saya kagum dengan ketabahan dan ketenangan ibu yang kehilangan anak laki-laki tunggal itu. Dia reda dengan kejadian itu, mungkin dapat saya samakan dengan kebanggaan seorang ibu di zaman Rasulullah SAW yang bangga mendengar berita anaknya syahid dalam jihad.
Saya dengar doa kedua ibu bapa itu moga-moga Amar diberi ganjaran dan kebahagian di alam akhirat. Amin.
Saya yakin doa ibu dan bapa Amar itu memang diperkenan Allah, kerana saya teringat akan hadis sahih Rasulullah SAW yang bermaksud, betapa seorang pelajar yang mati semasa menuntut ilmu, Allah sediakan istana di syurga sebesar dari rumah yang didiaminya bersama ibu bapa hingga ke tempat kematiannya.
Amar diyakini berada dalam kategori yang bertuah ini bahawa istana yang dijanjikan untuknya adalah sebesar dari Malaysia hingga ke Istanbul. Bayangkan betapa besar istananya itu hingga kita mengambil masa sekitar tujuh atau lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Istana itu adalah merentas benua. Jika bentuk istana itu bulat atau empat persegi dibina di muka bumi ini nescaya ia merangkum sebahagian besar benua Asia, Afrika Utara dan timur Eropah yang di dalamnya mungkin termasuk Rom dan sebahagian dari Perancis.
Dalam Islam apa jua harta dan kekayaan yang dimiliki oleh seorang anak adalah kepunyaan ibu dan bapa, sama ada anak itu suka atau tidak suka, secara atomatis ibu bapa berhak atasnya.
Istana yang dijanjikan untuk Amar adalah hartanya di syurga, moga-moga syafaat dari anak yang soleh ini melempah kepada ibu bapanya yang beriman, dan dipercayai merasa aman dengan ganjaran yang diperoleh dari anak seperti itu. Jika kedua ibu bapa itu kekal dalam iman, tentulah istana anaknya itu juga adalah istananya.
Maka saya tidak menyinggong Azam dan isterinya jika saya tukar takziah kepada tahniah atas berita yang tentunya satu kegembiraan.
Sumber HD - 5-2-2014
Tiada pelik calon PM jadi MB
- Feb 02, 2014
- SUBKY LATIF
Tetapi ada yang terasa tidak layak baginya untuknya jadi Menteri Besar sedang dia adalah calon Perdana Menteri. Adakah calon Perdana Menteri hendak turun ke negeri pula.
Dalam politik tiada yang mustahil.
Willy Brandt adalah ketua SPD, parti pembangkang Jerman Barat. Dia bukan orang Berlin Barat tetapi dia datang bertanding untuk menjadi Datuk Bandar Berlin Barat. Dia berjaya membangunkan Berlin Barat.
Sebagai Datuk Bandar yang berjaya dia bersetuju mengadakan kerajaan campuran dengan parti kerajaan, menjadikan kerajaan German barat sebuah kerajaan yang kuat dan ekonomi German Barat melambung.
Lepas itu dia tidak mahu lagi bergabung, dia jadi Censelor yng terbilang.
Richard Nixon, calon Presiden Parti Repulikan yang dikalahkan oleh Presiden John Kennedy. Dia berhijrah dari negerinya Calfornia ke New York. Sebagai bekas calon Presiden dia bertanding jawatan Gabenor New York. Dia menang. Dari situ dia jadi calon Presiden sekali lagi dan dia menang.
Kalau Anwar jadi Menteri Besar, dia jadi Menteri Besar negeri yang termaju di Malaysia. Di negara-negara Arab itu kawan dia belaka. Di Amerika dan di Britain kawan dia saja. Untuk dapat pelaburan tidaklah susah sangat.
Cuma yang dibangkitkan setengah orang ialah sukakah Sultan berMenteri Besarkan dia? Macam-macamlah yang boleh dikata tentang perkenan Sultan itu.
Adalah benar perkenan Sultan itu penting. Perlantikan itu mesti dibuat oleh Raja. Tetapi Raja Berperlembagaan tidak boleh buat sesuka hati seperti zaman Raja Bersiung dulu. Raja tidak bijaksana berpolitik.
Justeru jangan seret Raja dalam politik. Raja berpolitik tidak boleh, menyokong parti politik pun tak boleh. Belajarlah dari kejadian Sultan Perak diseret dalam politik dalam kes rampasan kuasa terhadap Menteri Besar Nizar Jamaluddin.
Dolah Badawi dan Najib seronok kerana dapat gulingkan Nizar. Tetapi apa orang kata tentang Raja. Seronokkah Najib tengok Sultan jadi buah mulut orang di gerai dan di jalanan?
Biar orang politik berbalah sesama mereka tentang Menteri Besar. Kerja orang politik mesti berbalah. Bukan politik dunia kalau tidak berbalah.
Tetapi Raja jangan berbalah dengan orang politik. Payah raja nanti. Bila Raja diseret dan Raja suka diseret, maka bersedialah Raja menghadapi tempias poliltik itu.
Apa akan jadi kalau Raja dikata begitu dan begini oleh rakyat? Akan jadilah ada orang suka raja dan yang tidak suka raja. Jauhkah jadi Raja macam itu.
Buat macam Raja Siam. Bangkok dan seluruh Thailand lumpuh berminggu-minggu bahkan berbulan. Gara-gara orang politik berbalah. Raja buat tidak tahu saja. Dibiarkannya. Lantaklah apa mereka hendak buat.
Tetapi panggil mereka atau apa acara yang melibatkan Raja, sekalian yang berbalah itu menerap dan merangkak di depan Raja. Seluruh Bangkok tunjuk perasaan. Apabila tiba hari keputeraan Raja cuti tunjuk perasaan. Selepas itu disambung semula.
Siapa sayang Raja jangan bangkit Raja begitu dan begini. Zaman sekarang zaman Facebook. Kalau orang takut guna facebook, nanti suasana kembali ke alam surat layang. Ia lebih teruk.
Tunggu dan dengarlah apa nak jadi?
Sumber HD - 2-2-2014
Kos hidup bukan salah kerajaan, bahkan peniaga?
- Jan 30, 2014
- SUBKY LATIF
Ramai yang didapati melanggar etika berniaga kerana tidak meletakkan tanda harga dan menjual dengan harga yang tinggi.
Ada yang diberi amaran dan ada juga dikatakan akan dakwa.
Operasi seperti ini elok tetapi patut sudah lama diadakan. Bukan sesudah semua orang kecoh dihimpit krisis harga yang melambung dan menjolok mata. Patutnya pemantauan itu dibuat berterusan, bukan dilakukan seperti menyerbu pusat GRO dan judi tak berlesen atau menyerbu kediaman PATI.
Adakan merinyu yang sentiasa memasuki pasar, restoren, kedai runcit dan gerai-gerai, mungkin tidak setiap hari masuk ke setiap premis perniagaan, tetapi seorang merinyu itu patut ada di kawasan-kawasan meninjau setiap hari di gerai yang berlainan. Tiga atau empat hari sekali masuk semula ke premis yang sama.
Mereka boleh masuk kedai menyamar sebagai pelanggan bertanyakan harga apa juga barang. Tidak perlu pakaian seragam. Mereka boleh mengenalkan sebagai penguat kuasa dengan menunjukkan kad kuasa seperti yang kita saksikan dibuat oleh penyiasat bebas atau agen CIA dalam filem-filem barat.
Dengan demikian tiadalah teh tarik naik setiap naik gula dan roti canai berubah harga apabila tepung naik. Peniaga pun akan berdisiplin mematuhi etika berjual beli.
Akan kali ini turun semua kaki tangan kementerian memeriksa harga. Setiap tempat yang mereka datangi, mereka jumpalah orang yang melanggar etika, menaikkan harga jualan masing-masing.
Orang-orang yang melanggar seterusnya kehendak kerajaan itu diberi amaran dan diancam dengan tindakan keras. Tidak diketahui untuk berapa lama pemantauan itu akan berjalan? Adakah ia terhenti apabila dirasakan tidak ada pelanggaran lagi? Apakah sekadar untuk menghadapi raya Tahun Baru Cina atau setakat redanya isu kenaikan kos sara hidup?
Setakat ini dirasakan seperti ada kesan. Peniaga pun menurut apa yang diarahkan.
Yang kita dapat lihat ialah peniaga bedebah inilah punca melambung kos sara hidup itu. Dirasakan peniaga semua peringkat dari pengeluar, pengedar, peniaga borong, peruncit dan penjajalah yang menggunakan kesempatan dari kenaikan minyak, gula dan tarif eletrik bagi mengenakan kos tinggi kepada pelanggaran masing-masing.
Mereka seperti pihak yanag mahu mengaut untung berlebihan dan sebanyak-banyak, tidak untung kurang dari biasa.
Sekarang pengguna cuba diyakinkan oleh kerajaan krisis kos hidup itu adalah gara-gara peniaga bedebah itu, bukanlah justeru kenaikan minyak, gula dan lain-lain. Dan bukanlah gara-gara kerajaan hendak menghapuskan sabsidi yang tidak tertanggung olehnya itu.
Sekaliannya tertumpu kepada Ops Harga 2.0 itu. Kurang tumpuan masing-masing tentang kenaikan minyak, gula dan tarif eletrik. Memang antara kita ramai orang tidak sedar sekali menderita gara-gara kenaikan oleh kerajaan tetap mengira tindakan kerajaan itu betul dan wajar. Kala tidak buat begitu kononnya kerajaan dan negara akan mampus. Orang macam ini samalah dengan hamba Bani Israil yang firaun tindas. Bunuh bayi laki-laki mereka pun betul juga Firaun.
Kita tahu apakah kos sara hidup itu akan normal dalam waktu yang terdekat justeru Ops 2.0 itu.
Dapatkah kerajaan menyerahkan semua angkara itu kepada peniaga? Seolah-olah puncanya bukan kerajaan. Jika angkara itu bulat-bulat diserahkan kepada peniaga, terlepaslah kerajaan dari menerima balanya. Dapatlah kerajaan mengekalkan tindakan menaikkan minyak, gula dan tarif elektrik itu. Bolehlah lepas ini ia menaikkan tol yang tertangguh itu.
Tuntutan pengguna sebenarnya bukan atas kenaikan barang saja tetapi mahu minyak, gula dan tarif itu diturunkan. Ops itu adalah daya kerajaan baling batu sembunyai tangan.
Sumber HD - 30-1-2014
Adakah Tun Razak seorang berjasa besar?
- Jan 26, 2014
- SUBKY LATIF
Sebagai orang kanan Tunku Abdul Rahman Putra, baik dalam kerajaan mahu pun dalam Umno ramai yang melihatnya sebagai seorang yang lebih bertenaga dari Tunku dan ramai yang mengharapkan dia jadi lebih besar dan lebih hebat dari Tunku.
Banyak yang merasakan kejayaan pentadbiran Tunku adalah atas peranan dan kerja kuat Tun Razak. Tun Razak muncul sebagai imej orang yang bekerja dan seorang pemikir. Serius dan kurang gelak ketawa. Berbeza dengan imej Tunku yang dirasakan seorang yang suka dikelilingi orangramai, sentiasa riang dan gelak ketawa, suka berjenaka. Dengan imej itu dia dikira kurang bekerja.
Lalu orang terasa kewujudan Bilik Gerakan – tempat pengumpulan data dan pelan pembangunan negara, pembentukan Bank Bumiputera, MARA, Felda, Penyata Razak – perakam falsafah dan dasar pelajaran kebangsaan, dan lain-lain yang wujud pada zaman Tunku dikira dicetuskan oleh Tun Razak.
Kata Setiausaha Politik Tunku, Yap Chin Kui, cicit Yap Ah Loy kepada saya, Tunku adalah pemimpin. Pemimpin biasanya memanfaatkan orang-orang di bawahnya membuat itu dan ini mengikut apa yang dikehendakinya. Pemimpin mahu itu dan ini, Tun Razaklah yang melaksanakan perancangannya sebagai pemimpin.
Sebelum Tun Razak menjadi Perdana Menteri tetapi sudah mengambil alih pimpinan kerajaan, benda besar yang diadakan ialah Rukun Negara. Yang terbesar sesudah menjadi Perdana Menteri melahirkan Dasar Ekonomi Baru, mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara pro-barat kepada sebuah negara berkecuali, mewujudkan Asia Tenggara sebagai rantau aman, bebas dan berkecuali.
Tetapi penuh masa sebagai Perdana Menteri Tun Razak berdepan dengan krisis berat Umno, perpecahan antara Umno yang dipimpinnya dengan Pemuda Umno yang dipimpin oleh Datuk Harun Idris. Isu besar tidak dapat diselesaikannya - Umno diserapi komunis. Ketika beliau meninggal dua isu ini – krisis Umno dan komunis memasuki Umno – diwariskan kepada penggantinya.
Jika Tun Razak itu dirasakan disanjung tinggi oleh semua khususnya orang Melayu, tetapi dua pertiga dari tempoh Perdana Menterinya, pimpinan dan pemerintahannya dikritik terus menerus oleh Tunku Abdul Rahman.
Kebanyakan tulisan mingguan Tunku dalam Sunday Star adalah menyentuh kelemahan Tun Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Isi rencana Tunku itu adalah tentang kekecewaannya terhadap kepimpinan Tun Razak, lebih lantang dari kritik Dr Mahathir terdapat kekecewaannya terhadap pimpinan Najib.
Kritik Mahathir adalah sekali sekala dan tidak diperincikan. Kritik Tunku adalah setiap minggu dan diperincikan dengan fakta dan hujah.
Kalau kita kata Tunku nyanyuk, mengkritik orang kanan yang pernah dipercayainya, dia bukanlah orang celupar seperti Mahathir. Tulisan Tunku menjadi perhatian dan perbualan ramai dan sumber maklumat penting bagi diplomat dan wartawan asing.
Pandangan Tunku itu berbeza dengan apa yang ramai orang persepsi tentang Tun Razak. Orang ramai kenal dan mengetahui Tun dari jauh dan Tunku mengenal Tun dari dekat sejak sebelum merdeka. Adalah orang awam lebih memahami Tun dari Tunku dan apakah pandangan orang ramai lebih baik dari pandangan seorang Bapa Malaysia, bekas Presiden Umno dan Bekas Perdana Menteri.
Saya rasa belum ada ahli sejarah dan sarjana membuat kajian tentang kritik Tunku itu. Dengan teguran berterusan Tunku terhadap penggantinya itu menyebabkan saya menangguhkan tentang kedudukan Tun Razak sebagai pemimpin besar dan berwibawa. Keputusan hanya boleh saya buat setelah ada kajian mendapati teguran Tunku itu tidak berasas.
Sumber HD - 26-1-2014
Ujian iman bagi pasangan kita di Sweden
- Jan 24, 2014
- SUBKY LATIF
Anak-anak mereka sekarang diletakkan di bawah jagaan satu keluarga yang bersedia mengambil tanggungjawab menyediakan makanan halal, lain-lain layanan yang wajar bagi kanak-kanak termasuk menguruskan pergi/balik sekolah mereka.
Keluarga angkat sementara itu tidak seagama dengan kanak-kanak itu. Tetapi kita boleh bersangka baik ia dapat memberi layanan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam termasuklah mengingatkan mereka tentang solat.
Bagaimana anak-anak itu dapat melakukan solat tanpa dirotan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang negara itu.
Memandangkan pasangan itu telah merotan anaknya tidak solat, dipercayai pasangan itu telah mendidik anak-anaknya sebagai yang dikehendaki oleh Islam. Ertinya bukan sekadar solat tetapi didikan mengajarnya membaca al-Quran dan sebagainya. Tentulah layanan itu tidak diperoleh oleh anak-anak di bawah keluarga angkat itu.
Sekalipun anak-anak yang tidak selesa dengan layanan yang terbaik dari keluarga itu dan mungkin diserahkan kepada keluarga Islam, sebaik mana sekalipun layanannya tidaklah sama dengan asuhan ibu bapa sendiri.
Kita wajar hormati pasangan itu kerana merotan anak yang tidak solat. Islam menghendaki ibu/bapa Islam memperkenalkan solat apabila anak berusia tujuh tahun. Pukul kalau tidak solat setelah berusia sepuluh tahun.
Saya jarang mendengar ibu bapa memukul anak tidak solat bila berusia sepuluh tahun. Hingga berbelas tahun tidak lagi solat tidak diapa-apakan oleh bapa dan ibu. Tetapi pasangan itu dihukum tahan dan penjara oleh kerajaan Sweden kepada merotan anak tidak solat.
Sekalipun keluarga itu sudah menunaikan tanggungjawabnya mengikut ajaran Islam tetapi undang-undang Sweden yang ketat itu tidak membenarkan anak-anak didera sekalipun yang dilakukan oleh pasangan itu bukanlah mendera anak-anak sebaliknya mengajarnya bagi menjadi anak yang soleh dan solehah, tetapi ia berlawanan dengan undang-undang negara itu.
Penjelasan bahawa yang dilakukan itu adalah pukul kasih bagi memastikan anak jadi soleh, ia tidak diterima oleh kerajaan Sweden. Setakat ini Wisma Putra dapat menggunakan diplomasi pujuk, mula-mula memindahkan kanak-kanak itu kepada penjagaan Islam.
Apakah tidak mungkin bagi Perdana Menteri bercakap kepada rakan sejawatnya di Swedan bagi melonggar tindakan teradap pasangan itu. Bukan membebaskan mereka dari hukuman tetapi menukar hukuman kepada mengusir mereka dari negara itu dan tidak datang ke Sweden selama-lamanya.
Mereka tidak melakukan jenayah berat. Mungkin memukul anak satu kesalahan tetapi anak itu tidak sampai cedera berat.
Apapun pasangan itu telah menunaikan tanggungjawab yang dikehendaki oleh Islam. Kita wajar memuji dan menghormatinya. Dari segi Islam mereka tidak ada kesalahan. Apa yang menimpa mereka adalah ujian Allah tentang iman mereka.
Memang ujian itu amat berat. Demkianlah kesungguhan iman seseorang itu pasti melalui ujian. Lagi kuat iman seseorang lagi berat ujiannya.
Sayugia sekalian umat Islam mendoakan supaya kedua mereka berjaya melalui ujian besar itu. Kita doakan supaya mereka tidak menyesal atas apa yang dilakukan. Islam menghendaki apabila seseorang diuji seberat itu hendaklah bersabar.
Mereka telah bertindak betul terhadap anak-anak. Moga-moga Allah membantu mereka dapat melalui ujian berat itu. Moga-moga Allah lindungi mereka dan anak-anak mereka. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul.
Sumber HD - 24-1-2014
Wasatiyah dan agama kesederhanaan
- Jan 20, 2014
- SUBKY LATIF
Hanya agamawan Abdullah Zain yang tahu apa sebenarnya konsep yang dimasyhurkan Perdana Menteri Najib sebagai satu gagasan memakmurkan Islam terutama dalam negara Islam dan masyarakat majmuk.
Beliau adalah penasihat agama kepada Perdana Menteri, maka sepatutnya dialah pakar rujuk Perdana Menteri apabila mengenengahkan sesuatu gagasan yang berkaitan Islam. Bukan saja dia sebagai orang yang menyempurnakan Perdana Menteri dengan pemikiran itu, bahkan dia juga adalah orang utama dan terpenting bagi melaksanakan sasarannya.
Tanggapan masyarakat Wasatiyah ialah ganti Islam Hadhari. Islam Hadhari berakhir dengan berakhirnya pentadbiran Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri. Konsep Islam Hadhari itu sinonim dengan pemimpin itu. Bila dia tidak ada, iapun tidak ada.
Tidak diketahui wasatiyah ini sebagai lanjutan Islam Hadhari. Yang jelas pantang bagi Najib mengaitkannya dengan Islam Hadhari. Kalau Islam Hadhari kini diletakkan di muzium, maka tidak mungkinkah Wasatiyah yang diperkenalkan kepada semua pemimpin Islam dunia juga bakal ditempatkan di muzium juga selepas tiada Najib.
Maka Ustaz Abdullah Zain kena beri penuh masa supaya Wasatiyah itu jelas buat semua.
Wasatiyah itu kesederahanaan. Kesederhanaan itu apa? Apakah ia hendak mendakwahkan orang bahawa agama Islam itu adalah agama yang sederhana atau amalan penganut terhadap agama itu mesti sederhana.
Ada pun Islam itu sebagai agama sederhana adalah jelas iaitu ia agama yang sederhana dibandingkan agama-agama lain. Kalau agama Yahudi meletakkan bangsanya sebagai bangsa utama manakala lain-lain bangsa adalah rendah di sisi Tuhan dan di sisi manusia, Islam meletakkan bangsa di tempat kedua. Yang utama manusia yang taqwa, ada pun manusia dan bangsa itu semuanya sama.
Kalau dalam Kristian Katholik tiada konsep cerai, Islam boleh cerai walaupun tindakan yang tidak digalakkan. Kalau paderi tidak boleh kahwin tetapi mufti boleh kahwin. Kalau muslim boleh beristeri empat dalam satu masa, ada penganut agama tertentu tidak dilarang beristeri berbelas dan berpuluh. Kalau syariat Nabi Musa AS taubatnya dengan membunuh diri, syariat Nabi Muhammad SAW bertaubat dengan menyesali maksiat yang dilakukan dan tidak berniat mengulanginya lagi.
Bukan sekadar Islam itu sederhana dibanding dengan lain-lain agama, Islam sendiri menggalakkan penganutnya hidup sederhana dan tidak berlebihan. Boleh bermotokar bagi yang mampu tetapi tidak digalakkan yang mampu membuat koleksi kereta mewah. Makan dan minumlah barang yang halal sekadar mengelakkan lapar, bukan makan hingga buncit perut dan minum hingga pecah perut.
Adapun dalam ibadat, tunai semua yang wajib, banyakkan yang sunat, jauhi semua yang maksiat dan subahat. Tidaklah sederhana itu masjid pergi, kelab malam pun pergi, atau siang puasa malam minum todi. Bukan sekolah agama dibina dan kilang arak pun dibina.
Orang yang sederhana mesti anti rasuah dan anti boros. Bila ia anti dadah, ia juga mesti anti arak.
Jika konsep wasatiyah dibolehkan siapa hendak bertudung kepala, tak bertudungpun tak mengapa. Judi itu haram kalau tak berlesen, tetapi halal bila ada lesen. Jika pelaksanaan Islam sepenuhnya tidak menggambarkan amalan kesederhanaan, bila menutup kilang arak dan kedai juga tidak dikira melakukan kesederhanaan, kerana kesederhanaan itu ada semua, maka dibimbangi konsep wasatiyah sama dengan Islam liberal.
Jika dalam amalan wasatiyah itu tidak menjurus kepada pelaksanaan syariat, tidak menuju ke arah pembasmian kemungkaran, maka wasatiyah boleh diertikan kalimah yang seerti dengan Islam liberal. Jangan jadi macam sekolah orientalis mengadakan pengajian Islam. Islam yang dipelajari untuk menjadi ulama tetapi untuk menghancurkan Islam.
Jika ia tidak telus, ia berakhir selepas Najib berundur dan bertambah lagi produk muzium.
Sumber HD - 20-1-2014
No comments:
Post a Comment