Kerajaan perpaduan Hamas-Fatah: Sinar baru perjuangan Palestin
KAMI mengalu-alukan langkah terbaru untuk mewujudkan satu perjanjian perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Adalah dengan harapan yang tinggi, pertikaian yang sedemikian lama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak , Fatah dan Hamas, sepatutnya diselesaikan dan perpaduan akan memberi peluang untuk perjuangan yang lebih kompak dan bersatu padu untuk membela nasib rakyat Palestin.
Kami sedia maklum bahawa kerajaan baru yang mengangkat sumpah pada hari Isnin baru-baru ini akan diharap menjadi suara yang lebih kukuh dan padu untuk terus mendesak agar Palestin dibebaskan.
Pengumuman yang dibuat oleh Mahmud Abbas bahawa, " Hari ini, dengan pembentukan kerajaan konsensus kebangsaan , kami mengumumkan pengakhiran kepada perpecahan Palestin yang telah banyak memudaratkan negara kita " sudah pasti mempunyai kesan yang besar dalam mana-mana perjanjian semasa dan akan datang dengan Israel.
Kami menyokong bahawa kerajaan konsensus itu adalah untuk "semua rakyat Palestin " sebagaimana yang diucapkan oleh pegawai-pegawai Hamas dan jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri apabila kabinet baru mengangkat sumpah yang terdiri daripada calon bebas politik dilakukan di Ramallah.
Kami mengutuk perbuatan pihak berkuasa Israel yang menghalang tiga wakil Gaza untuk ke Ramallah untuk mengangkat sumpah dalam kerajaan baru itu. Kami mendesak agensi antarabangsa untuk campur tangan jika Israel mengambil langkah untuk mengagalkan perjanjian perpaduan antara Fatah dan Hamas itu.
Reaksi Perdana Menteri Israel ,Benjamin Netanyahu , iaitu " kami amat khuatir " dengan keputusan Amerika Syarikat yang ingin mengekalkan hubungan dengan kerajaan Palestin baru itu, tanpa ragu lagi, mencerminkan agenda lama Israel untuk memecahbelahkan rakyat Palestin demi mengekalkan penguasaan mereka ke atas tanah Palestin.
Israel tidak mempunyai hak untuk menghalang sebarang usaha kumpulan Palestin untuk bersatu serta mendapatkan sokongan daripada komuniti antarabangsa. Inisiatif pihak Palestin untuk mengujudkan satu kesepakatan antara mereka adalah hak mutlak mereka demi menentukan masa depan mereka .
Komen Benjamin Netanyahu itu sepatutnya memberi isyarat kepada dunia bahawa Israel bertekad untuk meneruskan pendekatan pecah dan perintah untuk berhadapan dengan gerakan penentangan dari pejuang-pejuang Palestin. Kata beliau " Semua pihak yang benar-benar tulus mencari keamanan mesti menolak penerimaan Hamas oleh Presiden Abbas " , menggambarkan sikap hipokrit Perdana Menteri Israel. Sejak bila Israel bersifat " tulus" untuk keamanan?
Kami menyeru masyarakat dunia supaya memulaukan kerajaan Israel kerana pendiriannya yang menentang perjanjian yang dimeterai antara Fatah dan Hamas. Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk pendirian Israel yang tidak munasabah itu.
Pakatan yang dibuat oleh Hamas dan Fatah untuk kebaikan semua rakyat Palestin, sepatutnya disambut baik oleh dunia kerana adalah jelas bahawa perpaduan adalah satu-satunya cara untuk menangani banyak pencabulan hak asasi manusia yang dihadapi oleh rakyat Palestin sejak penguasaan tentera Israel ke atas Palestin.
Dengan wjujudnya perpaduan antara pentadbiran di Gaza dan Tebing Barat dan penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan, kami menuntut agar pengepungan ke atas Gaza oleh Israel dihentikan dan sempadan Rafah dibuka dan beroperasi semula secara normal untuk memungkinkan orang ramai mempunyai akses merentasi sempadan Rafah ke Gaza.
Masyarakat dunia sepatutnya menuntut pihak berkuasa Mesir supaya membolehkan aliran yang lancar untuk rakyat dan barangan masuk dan keluar Gaza tanpa sekatan. Penamatan pengepungan ke atas Gaza, yang dikenakan oleh Israel secara haram sejak 2006 , seharusnya menjadi tumpuan seterusnya oleh kerajaan Palestin yang baru.
Pengepungan oleh Israel adalah hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza yang telah memilih Hamas secara demokratik pada tahun 2006. Pengepungan ke atas darat, laut dan udara Gaza secara unilateral dan secara haram yang dikenakan oleh Israel sejak kemenangan pilihan raya Hamas pada tahun 2006 ketika Pilihanraya Majlis Perundangan Palestin , menyebabkan Gaza menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia .
Malangnya masyarakat dunia kelihatan tidak berdaya bertindak , dikala kemusnahan hampir setiap infrastruktur, kematian rakyat awam, penafian bantuan kemanusiaan ke Gaza dan pengeboman terowong , disebabkan serangan kejam Israel dalam dua pencerobohan dilancarkan terhadap Gaza. Kehidupan di Gaza sangat rumit dan tidak berperikemanusiaan . Usaha menamatkan kepungan ke atas Gaza mesti menjadi keutamaan oleh masyarakat dunia demi menyokong kerajaan perpaduan itu.
Mengakhiri pengepungan ke atas Gaza adalah perkara paling utama. Perjanjian perpaduan perlu melonjakkan usaha untuk menghentikan pengepungan melalui mobilisasi antarabangsa. Dunia mesti berdiri bersama-sama dengan Palestin untuk menamatkan sekatan itu.
Kami menggesa semua kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa memberikan sokongan penuh dan sokongan kepada kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah untuk mencapai matlamat dalam mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.
Kami menyokong sambutan baik PBB yang mengiktiraf kerajaan baru Palestin dan menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan penuh untuk menyatukan kembali Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Bantuan kewangan untuk pembangunan Palestin harus dipercepatkan dan tidak boleh terjejas oleh pengurusan dana yang tidak efesien.
Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf kerajaan baru itu dan terus menyokong kepimpinan politik Palestin. Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk mengusulkan kepada OIC dan PBB untuk membina momentum sokongan kepada kerajaan perpaduan Palestin.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM
Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
Ahmad Awang, Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia
SM Mohd Idris, Pengerusi Citizens International
Mohideen Kader, Penyelaras Universal Justice Network
Dr Roslan Mohd Nor Malaysian Association of Ulama
Wan Tarmizi Abdul Aziz, Pengupayaan Melayu
Aminah Zakariah, Pengerusi, Salimah
Mohd Ibrahim, Pengerusi Rahmat Care
Sumber HD - 6-6-2014

DNA babi: Cadangan bakar kilang keterlaluan
KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah pertubuhan dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury.
“Abim berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan,” ujar presidennya, Amidi Abd Manan.
Begitu juga, katanya dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang perlu diperbaiki.
Namun, kata beliau Abim memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini.
“Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam.
“Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan,” ujarnya lagi.
Begitu juga, tambanya jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram.
“Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam,” katanya.
Amidi menjelaskan, Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi.
Kata beliau, kenyataan seperti itu boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam.
Menurutnya lagi, ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah.
“Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah,” katanya. - HARAKAHDAILY 27/5/2014
Sumber HD - 27-5-2014

DNA babi: PUM gesa boikot produk Cadbury
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.
Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.
Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.
“Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury ini dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Katanya, pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.
PUM juga, ujar beliau mengalu-alukan masyarakat Islam yang prihatin agar meningkatkan kesedaran halal dengan menjemput mana-mana makmal kimia untuk membuat ujian terhadap sesuatu produk, dan memohon pengesahan daripada Jabatan Makmal Malaysia atau sekiranya terdapat keraguan pada mana-mana produk yang mempunyai sijil halal.
Tambahnya, PUM menasihatkan agar syarikat-syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda mengenai perkara halal dalam produk yang dikeluarkan.
Beliau menegaskan, para pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
PUM juga, kata beliau sangat kesal kerana syarikat Cadbury tidak langsung menyatakan permohonan maaf secara terbuka.
“PUM menggesa supaya mereka memohon maaf kepada para pengguna terhadap perkara ini,” ujarnya.
Menruutnya, sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf menunjukkan keangkuhan syarikat tersebut.
“PUM turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa yang telah menemui kes produk yang mengandungi DNA khinzir ini,” ujar beliau. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Sumber HD - 25-5-2014

Kesatuan ummah syarat untuk bebaskan al-Aqsa
PERSIDANGAN Pembebasan Masjid al-Aqsa dan Umat Tertindas menegaskan jika Masjid al-Aqsa mahu dibebaskan, maka kesatuan umat adalah prasyarat terpenting yang mesti dilakukan. Persidangan yang dianjur oleh Sekretariat Himpunan Ulama Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kesatuan Ulama Muslimin SeDunia cawangan Malaysia serta ABIM dan SALIMAH itu bersetuju bahawa perbezaan ideologi politik dan aliran mahzah tidak harus menjadi penghalang untuk umat bersatu mencapai cita-ciata membebaskan tanah Palestin sekaligus Masjid al-Aqsa.
Seramai 200 orang delegasi dari negara luar dan dari dalam negara yang bersidang dua hari iaitu 17-18 hb Rejab/ Mei 2014 di sebuah hotel di Shah Alam itu telah mendengar perbahasan dan pembentangan 18 buah kertas kerja mengenai isu pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin sekali mengenai umat tertindas di seluruh dunia sempena peringatan 66 tahun Hari Nakbah 2014.
Delegasi dan pembicara terdiri dari negara Mesir, Lubnan, Turki, Palestin, Indonesia, Kemboja, Iran, Qatar, Syria, Thailand, India, dan Myanmar telah turut hadir dan menyumbang kepada persidangan yang julung kali diadakan.
Persidangan itu menegaskan semula pendirian bahawa seluruh komuniti antarabangsa yang mahukan keamanan dan kestabilan di Asia Barat, menuntut pencerobohan ke atas tanah Palestin secara berterusan sehingga kini adalah haram dan warga Palestin mesti dikembalikan hak mereka untuk pulang ke tanah asal milik mereka, jika keamanan mahu dicapai di rantau tersebut.
Ucapatama yang disampaikan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang, Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syeikh Muhammad Hassan Tibroiyyan (Penolong Setiausaha Agong dan Bahagian Antarabangsa Majma' Alami Li Taqrib Baina Mazahib Islamiah), masing-masing menegaskan supaya dalam soal Masjid al-Aqsa dan membebaskan Palestin, umat Islam perlu bersatu dan mengenepikan perbezaan.
Isu yang asasi iaitu keadilan dan membela hak rakyat Palestin yang ternafi, harus merentas kepentingan kelompok. Sesungguhnya kesengsaraan umat Palestin yang merupakan hasil dari komplot kuasa imperialis Amerika, Britain dan Zionis memperalatkan pemimpin negara-negara Arab menyebabkan isu ini berlanjutan lebih 66 tahun.
Ustaz Abdul Ghani Samsudin selaku Pengerusi SHURA dalam ucapan pembukaannya menegaskan, "Perlunya mendokong gagasan rekonsialisasi berbaik-baik antara sesama kaum, bangsa dan negara yang berdaulat. Khasnya rancangan rekonsialisasi dan musalahah antara kumpulan dan pejuang Palestin atas andaian itu adalah anak tangga pertama ke arah matlamat perpaduan, pengukuhan kekuatan dan seterusnya meningkatkan kekebalan mereka. Bahkan ini merupakan langkah pertama untuk merampas kembali hak mereka dan pulang ke tanah air dan ke kampung halaman dengan jaya."
Beliau mengatakan, "Oleh sebab isu Aqsa dan Palestin adalah isu umat Islam sejagat, maka ia memerlukan daya usaha daripada semua pihak; sama ada individu mahupun kumpulan. Pada hemat saya, umat Islam semuanya perlu kembali komited; beriltizam mematuhi sumber-sumber asli ajaran Islam yang murni; iaitu Quran dan Sunnah. Berpegang kepada asas yang thabit dan mengutamakan kepentingan tertinggi umat. Menjauhkan diri daripada sebarang tindakan yang membawa kepada kesesatan, perpecahan dan kemusnahan."
Persidangan itu telah menghasilkan Resolusi 20 Perkara yang telah dibentang oleh Ustaz Ahmad Awang, selaku Timbalan Pengerusi Persidangan dan Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia.
Beliau bermula dengan mengingatkan masyarakat antarabangsa perlu faham bahawa mandat Britain kepada Zionis untuk membentuk secara haram negara Israel berasaskan Deklarasi Balfour 1917 membuktikan BritIsh memainkan peranan aktif dan menjadi kuasa penting melahirkan Israel.
Oleh itu, usaha membebaskan Palestin dan al-Quds, perlu diiringi dengan usaha melebarkan penyebaran maklumat mengenai latar belakang isu Palestin yang sebenar. usaha ini perlu diutamakan kerana massa awam perlu memhami konteks sejarah yang berlaku dan mengenal pasti bahawa setiap generasi akan terus menuntut pembebasan al-Aqsa, al-Quds dan Palestine.
Oleh hal yang demikian agensi antarabangsa seperti OIC perlu menjalinkan kerjasama dengan organisasi, institusi dan pergerakkan sivil yang beriltizam untuk membebaskan Palestin.
Persidangan juga mengusulkan bahawa penyelesaian dua negara tidak akan berjaya. Malah penyelesaian yang sepatutnya diusahakan ialah supaya Israel dibubar supaya negara Palestin ditegakkan semula dan rakyat Palestin dan Yahudi boleh tinggal dalam satu negara iaitu Palestin.
Segala pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel keatas rakyat Palestin hendaklah diadili. Oleh itu, persidangan ini mendesak supaya pihak berkuasa Palestin hendaklah menandatangani Rome Treaty supaya ia boleh merujuk semua aduan rakyat Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat dan mendakwa pemimpin-pemimpin dan pegawai Israel yang bertanggungjawab ke atas perlakuan jenayah terhadap kemanusian dihukum.
Resolusi persidangan juga bersepakat menegaskan bahawa Israel adalah negara apartheid. Lantaran itu kempen antarabangsa yang serupa sebagaimana dilakukan keatas Afrika Selatan perlu dilancarkan keatas Israel sehingga ia boleh memberi kesan yang sama iaitu membubarkan negara rasis itu. Oleh sebab itu persidangan ini memperakui pelancaran kempen Boikot , Divestment dan Sanksi (BDS) untuk menyokong kempen yang telah dimulakan oleh gerakan boikot rakyat Palestin sejak 1945 lagi.
Kini ternyata perlanggaran perjanjian antara Mesir dan Israel dan antara pihak Berkuasa Palestin dan Israel telah berlaku, maka digesa supaya Mesir dan pihak berkuasa Palestin menraik diri daripada perjanjian tersebut.
Dalam Resolusi 20 poin itu, mengesa peranan media Islam supaya mempromosi secara agresif isu kesatuan umat Islam daripada pelbagai aliran dalam Islam berdasarkan Deklarasi Amman dan mengusahakan organisasi Taqrib di negara-negara yang bersesuaian.
Untuk mengukuhkan usaha ini suatu front ulama dan cedikiawan Untuk Pembebasan Palestin diwujudkan dan ia diwakili oleh anggota yang boleh memonilisasi masyarakat awam mengenai isu Palestin.
Juga sangat penting ditubuh forum dan wadah serta NGO yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang prihatin terhadap isu keadilan untuk rakyat Palestin serta menangani penindasan yang berlaku ke atas seluruh umat Islam yang tertindas di negara-negara lain. Gabungan suara menentang kezaliman perlu diketengahkan sebagai suatu gelombang di seluruh dunia.
Perbahasan berbangkit juga meliputi saranan menubuhkan sebuah Institusi untuk Palestin dan Kajian Palestin bertujuan menghasilkan bahan dan penyebaran maklumat kepada awam untuk mendidik masyarakat awam terutama generasi muda mengenai isu Palestin. Institusi ini juga berfungsi untuk melatih seramai mungkin aktivis untuk berkempen mengenai isu Palestin berasaskan kepakaran dan kemahiran masing-masing. Segala maklumat perlu disalurkan kepada institusi Masjid dan musolla.
Resolusi persidangan menggagaskan persiapan menghasilkan blueprint untuk merangka silibus sejarah Palestin dan hal ehwal Palestin untuk diperkenalkan dalam pembelajaran di sekolah dan juga di peringkat pengajian tinggi. Generasi muda perlu dididik untuk mendapat gambaran yang jelas dan betul bagi menghadapi salah informasi mengeni isu Palestin yang dilancar oleh media Barat yang dikuasai oleh Zionis.
Sebab itu juga dituntut pemikir Muslim dan pihak berkuasa agama mengenengahkan fatwa yang berkait isu Palestin terutama isu boikot dan mengalihkan pelaburan terhadap produk dan pelbagai perkhidmatan Israel.
Semua peserta bersepakat untuk menggelarkan Jumaat terakhir bulan Rejab diisytiharkan sebagai Hari al-Aqsa dan aktiviti yang berkaitan pembebasan Masjid al-Aqsa perlu dilaksanakan. Juga diusulkan supaya satu Jumaat dikhususkan setiap bulan supaya seluruh umat Islam membaca Qunut Nazilah untuk membebaskan Masjid al-Aqsa, al-Quds dan Palestin.
Persidangan OIC bersama anggotanya dan NGO digesa supaya mengadakan sidang khas setiap dua tahun untuk menyemak kemajuan gerak kerja pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin .
Khalid Abu Samra, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Bantuan Palestin mengatakan dengan tegas bahawa menjadi mimpi kaum Muslimin di seluruh dunia, siang dan malam untuk melihat dan merasakan kemerdekaan Palestin dan bebasnya al-Aqsa.
Menurutnya, musuh-musuh Islam mengobarkan permusuhan antara kaum muslimin, mereka mengobarkan peperangan antara kaum muslimin melalui isu politik, perbezaan kaum dan lain-lainnya yang akan menghalangi persatuan umat Islam dan mengantarkan mereka pada cita-citanya, menghancurkan kaum muslimin.
Beliau meneruskan lagi, “Musuh-musuh Islam ingin melihat darah umat Islam mengalir daripada sesama tangan kaum muslimin. Mereka ingin membakar kaum muslimin dengan sesama kaum muslimin sendiri. Mereka telah berhasil mengalihkan pandangan kaum muslimin dari usaha pembebasan al-Aqsa.”
“Ketika Masjidil Aqsa dibakar pada tahun 1968, adalah hari yang paling suram bagi umat Islam. Saya berharap peristiwa ini menyatukan kaum muslimin, dan saya merasa hari itu adalah hari yang cerah, meski Baitul al-Aqsa terbakar tapi saya merasa ini akan menjadi alasan umat Islam akan bersatu. Tapi hari berikutnya menjadi hari yang paling sedih buat saya, kerana ternyata tidak ada pergerakan daripada umat Islam untuk membebaskan al-Aqsa dan Palestin. Persatuan semakin jauh, dan perpecahan semakin dalam.”
Dengan sangat sedih beliau menegaskan, “Organisasi Zionis telah berhasil menyibukkan kita daripada pandangan dan pekerjaan yang seharusnya menjadi perhatian dan usaha yang paling keras yang sepatutnya dilakukan kaum Muslimin.”
Satu persatu peristiwa pedih terus menerus dialami oleh kaum Muslimin di Palestin. Tapi masyarakat dan rakyat Palestin, tidak berhenti dan terus-menerus berusaha untuk kembali ke bumi Palestin. Umat Islam Palestin yang teraniaya dan terusir ke Lubnan, Syria, dan berbagai wilayah terus menerus berjuang untuk kembali ke tanah dan negeri mereka.
Para ibu senantiasa mendendangkan lagu buaian kepada anak-anak dan bayi mereka untuk kembali ke negeri mereka Palestina. Para ayah mendidik anak-anak mereka dengan cita-cita besar untuk pulang kembali ke tanah air mereka. Kakak dan nenek juga terus menerus mendongengkan bahawa Palestin dan al-Aqsa harus dikembalikan, direbut kembali oleh kaum muslimin.
Dalam sesi yang pertama, tampil juga sebagai pembicara Agus Sudarmadji dari Aqsa Working Groups Indonesia yang membentangkan kertas kerja tentang peranan yang sepatutnya diambil oleh seluruh komponen umat Islam demi membebaskan Palestina dan al-Aqsa. Saat ini, kondisi kaum Muslimin dari tingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi sedang mendapatkan musibah perpecahan yang sangat besar dan kehilangan cita-cita serta tidak memiliki orientasi yang betul dalam berfikir secara terfokus kepada matlamat yang utama iaitu membebaskan Masjid al-Aqsa.
Kondisi masyarakat muslim saat ini menurut Agus Sudarmadji, pada tingkat umat mengalami perpecahan yang sangat hebat, dikepung kemiskinan, lemah secara intelektual, lemah secara ekonomi, lemah secara ukhuwah dan akhirnya sangat rendah kepeduliannya. “Pada tingkat pemimpin, kepimpinan mereka tidak bersifat melayani, memiliki jurang dan jarak yang sangat lebar dengan umat dan yang dipimpin, cara berpikir dan cara memimpinnya sangat mengikuti Barat, dan akhirnya rendah pula kepeduliannya pada urusan umat Islam.”
Aqsa Working Group telah melakukan beberapa langkah jitu seperti melakukan pendidikan keluarga, dengan orientasi memperkenalkan dan mewariskan perjuangan kaum Muslimin di seluruh dunia. “Pada peringkat pendidikan, kami juga telah membangun sekolah dan ma’ahad yang secara konsisten mendidik para pelajar untuk memahami masalah Palestina dan al-Aqsa.”
Pembicara yang lain, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia mencermati tentang sisi sejarah yang akan terus menjadi sengketa Palestin di antara agama-agama dunia. Dalam pembentangannya, Kamaruzaman Yusoff menitipkan pesan, bahawa urusan dan masalah Palestin tidak boleh kita titipkan kepada orang lain, apalagi agama lain. “Hal ini kerana dari waktu ke waktu kita melihat dan mendengar, bahwa orang seluruh dunia berjanji untuk menyelesaikan masalah Palestin tapi semuanya mengkhianati janjinya.”
Amerika dengan presidennya silih berganti, Bush, Obama, juga Menteri Luarnya, semua janji yang diucapkannya tidak ada yang terlaksana. “Bahkan kaum muslimin mendapatkan tantangan baru dari Barat dengan mendeskriditkan Jihad sebagai terorisme!”
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ketua Lujnah Antarabangsa PAS memberikan pembentangan tentang usaha-usaha memobilisasi masyarakat internasional untuk membebaskan Baitul Maqdis. “Kegagalan kaum muslimin dalam mempertahankan Palestina dan al-Aqsa, salah satunya memang kerana kita gagal bersatu. Hamas dan Fatah sampai hari ini belum menemukan titik temu di antara mereka.”
Selain itu, ketidakseimbangan antara Israel dan Palestin juga menjadi perhatian Syed Azman. Kekuatan militer Israel sangat luar biasa, sementara kekuatan Palestina adalah sifar. “Namun, kekuatan perjuangan rakyat Palestin tidak pernah lentur. Walaupun ketidakseimbangan kapasiti militeri antara Israel dan pejuang Palestin adalah luar biasa sehingga secara gambaran umum mustahil pejuang Palestin boleh bertahan."
Presiden MAPIM, Cikgu Azmi Abdul Hamid membentangkan keperluan Persidangan memberi perhatian kepada nasib umat Islam minoriti yang tertindas. Pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan, pengusiran, penafian hak ekonomi, politik dan sosial, diskriminasi berlaku dipelbagai benua. Beliau mengungkapkan perlunya suatu lembaga yang mengusahakan pembelaan ke atas jutaan nasib umat Islam di India, China, Eropah, US, Russia, Myanmar, Thailand, Filipina dan Sri Langka. Gagasan sebuah Pusat Antarabangsa Ehwal Muslim Minoriti diketengahkan.
Cikgu Azmi juga menyarankan supaya persidangan bersepakat melancarkan kempen BDS yang merupakan senjata ampuh semua individu boleh terlibat bagi menuntut keadilan dan menekankan Israel supaya mematuhi desakan antarabangsa mengembalikan hak Masjid al-Aqsa ke tangan umat Islam dan tanah Palestin di bebaskan.
Sumber HD - 21-5-2014

Jangan sampai pidato kalian jadi kudis dan kurap
Barangkali memang kriteria pemimpin mesti mempunyai kebolehan bercakap dan berpidato. Namun demikian, bukan semua pemimpin mampu berpidato dengan baik. Ada yang hanya mampu berpidato musim-musiman iaitu ketika musim pilihanraya sahaja.
Selepas itu pidatonya semakin garau, bingit dan akhirnya lesu-bisu. Ada yang mampu berpidato dalam nada memaki hamun dan menghalau-halau, tidak kurang juga yang mampu berpidato dengan baik, lunak dan menjadi pencetus revolusi.
Kata bijak pandai, “If a man wishes to become a great orator, he must first become a student of the great orators who have become before him”. Orator dan pemidato yang baik mesti mempunyai 3 komponen utama di dalam pengucapan atau pidatonya iaitu: stail (gaya), pengisian (substance) dan impak.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa memang terdapat pemidato-pemidato di kalangan pemimpin dunia yang mampu berpidato dengan gaya, substance dan impak. Nama-nama seperti Theodore Roosevelt, Winston Churchill, John F Kennedy, Ronald Reagan, Sukarno, Hamka dan Dr Burhanuddin Al Helmy membarisi barisan pemidato unggul dalam kelas tersendiri.
Tidak semua pidato pemimpin ini akhirnya akan meyakinkan rakyat apatah lagi ia pidato dengan senandung lagu yang sama. Jika tidak berkempen dengan aib dan fitnah, ia pastilah taburan janji manis yang semakin memualkan.
Maka teringatlah saya kepada sajak oleh seorang sasterawan terkenal Indonesia, Pak Mustofa Bisri di dalam puisinya, “Jangan Berpidato” [Bisri: 1993]
Jangan Berpidato!
Kata-katamu yang paling bijak
Hanyalah bedak murah yang tak sanggup lagi
Menutupi koreng-borok-kurap-kudis-panu-mu
Peradaban koreng!
Hak asasi borok!
Perdamaian kurap!
Demokrasi kudis!
Humanisasi panu!
Berlagaklah adi siapa peduli
Bangunanmu tinggal cantik di luar
Tinggal menunggu saat ambyar
Puisi ini mengacu kepada kenyataan bahawa penguasa pada saat berpidato seringkali menjanjikan sesuatu. Pada kenyataannya, kata-kata yang dijanjikan tersebut hanya berfungsi seperti bedak iaitu untuk menutupi kekurangan-kekurangan yang ada. Oleh kerana itu, sebaiknya pemimpin tidak berpidato, hal in diekspresikan melalui kalimat “Jangan Berpidato”.
Pak Mustafa Bisri juga menggunakan perkataan koreng, borok, kurap, kudis dan panu yang merupakan jenis-jenis penyakit kulit. Manakala “Peradaban, hak asasi, perdamaian, demokrasi dan humanisasi” merupakan aspek-aspek yang sering dijanjikan dalam pidato penguasa.
Aspek-aspek tersebut sebenarnya merupakan aspek-aspek yang manis untuk didengar tetapi kemudian sekaligus menjadi menjijikkan dan memuakkan seperti penyakit kulit. Hal ini disebabkan kata-kata tersebut hanya manis di mulut sahaja tetapi tidak ada perwujudannya.
Pembicaraan yang hanya manis di mulut sahaja menyebabkan sebuah krisis kepercayaan terhadap penguasa, sehingga pidato dan bicara sang penguasa tersebut langsung tidak lagi dipedulikan rakyat.
Krisis kepercayaan yang wujud ini akan menyebabkan kemegahan sebuah Negara menjadi luntur dan lambat laun akan runtuh. Maka di saat itu, pidato berapi dan berasap mana pun tidak akan dapat lagi membeli hati dan keyakinan rakyat.
Sayugia ingin saya berpesan bahawa, pidato manis tidak dapat menutup isu rasuah dan moral yang korup. Kempen yang berapi tidak dapat menukarkan persengketaan kaum yang sedang rapuh menjadi harmoni sekiranya setiap hari kempen ini diapi-apikan dengan sentimen perkauman yang mencucuh prasangka.
Kata-kata pemimpin tidak boleh bernada rajuk dan mungkir. Asal merajuk, mulalah rakyat di bawah ini dihalau dan diperkecilkan. Malah kemungkiran janji ini adalah yang paling menakjubkan! Janji hari ini harga tidak naik kerana untung, belum sempat sampai besok, harga dinaikkan kerana sudah ketentuan dan tidak dapat dielakkan.
Begitu juga janji untuk melaksanakan agenda demokrasi yang lebih demokratik, menjunjung Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga hak dan kepentingan, kemungkiran juga berlaku apabila pemimpin mengamalkan hak asasi terpilih dan gagal mendamaikan kepelbagaian rakyat yang mesti disantuni dan disikapi dengan bijak. Kegagalan memahami bahasa rakyat dan keperitan hidup rakyat marhaen juga suatu kemungkiran yang sukar dimaafkan.
Ucapan, pidato dan bicara pemimpin ini ibarat candu yang didambakan oleh para pendengarnya. Tetapi jika ia hanya pidato basa-basi, tiada siapa yang mahu mendengarnya. Generasi muda juga semakin cerdik dan enggan diperbodohkan. Pidato oleh pembesar yang membaca teks hasil perahan otak orang lain menjadikan pemimpin itu tidak bermaya dan hanya mampu menjadi pembaca teks yang baik.
Sampai bila pemimpin akan berpidato tanpa idealisme dan menganggap rakyat akan menerima tanpa kritikan dan berfikir? Berpidatolah dengan menggunakan bahasa yang difahami rakyat, beraku janjilah dengan janji yang diakhiri dengan Insya Allah, jagalah pertuturan agar bahasa yang digunakan tidak melukakan rakyat, berbahasalah dengan bahasa yang melunakkan dan mendidik rakyat.
Sebagaimana kisah Nabi Sulaiman yang sudi mendengar dan mengerti bahasa rakyat semut dan penderitaan rakyat semut. Selamat berpidato kepada semua wakil yang diankat oleh rakyat, tetapi jangan sampai pidato kalian menjadi kudis, panau dan kurap di mata rakyat!
Penulis ialah Naib Presiden Abim.

Sumber HD - 19-5-2014
Hudud: IMAM kesali kenyataan Presiden MAA
KUALA LUMPUR: Semua pihak di negara ini dinasihati menghormati hak penganut Islam untuk melaksanakan undang-undang syariah memandangkan ia dilaksanakan bagi kepentingan umat Islam.
Sehubungan itu, sebarang kenyataan yang mengelirukan berhubung syariah Islam perlu dielakkan kerana Islam adalah agama yang terbuka serta menghormati pendapat dan peraturan yang diamalkan oleh agama lain.
Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Prof Dato’ Dr Abd Rahim Mohamad (gambar) turut kesal dengan kenyataan yang dibuat Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MAA) seperti dipetik The Malaysian Insider (25 April 2014) yang mengulas tentang hukum hudud.
Kenyataan itu antara lain menyebut, semua pengamal perubatan adalah berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak perlu mematuhi mana-mana peraturan kerajaan negeri.
Presiden MAA itu juga dilaporkan berkata, "ini termasuklah turut berkhidmat sebagai penyembelih dalam pelaksanaan hudud atau menggunakan senjata tajam (kapak)."
"Kenyataan ini adalah sangat memalukan, apatah lagi ianya datang daripada Presiden MAA," kesal beliau.
Berikut disiarkan sedutan kenyataan media IMAM:
1. Islam adalah cara hidup yang secara menyeluruh meliputi zahir dan batin, kini dan hidup selepasnya. Ia bukanlah sekadar kepercayaan yang boleh disalahtafsirkan tetapi ia juga merupakan pemerhatian dan pelaksanaan menyeluruh di dalam kehidupan manusia meliputi berbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, pendidikan, politik dan juga kesihatan.
2. Undang-undang syariah Islam termasuk Hudud, hanyalah melibatkan jenayah berat seperti mencuri, membunuh, pelakuan seks terlarang. Setiap kesalahan ini akan dihukum oleh mana-mana undang-undang tanpa pengecualian.
3. Hudud adalah undang-undang yang kompleks di mana ia menarik perhatian mereka yang selama ini tidak pernah sedar bagaimana cara dan pelaksanaannya. Undang-undang Hudud sesungguhnya adalah sangat adil, saksama dan terpelihara.
4. Tujuan diturunkan syariah (Maqasid Syari’ah) adalah untuk memelihara keadilan dan kepentingan awam (maslahah ammah). Mahkamah Syariah dengan itu diberi mandat untuk melaksanakan hukum syariah tanpa takut dan memihak.
5. Allah memerintahkan pelaksanaan Hudud dilakukan di hadapan orang ramai adalah bertujuan untuk mendidik dan menginsafkan semua. Ia bukanlah untuk memalukan si pesalah. Semua yang terlibat adalah mereka yang terlatih dan dilantik. IMAM percaya ahli professional yang terlibat adalah mereka yang bertauliah. Sehinga kini sebarang pelaksanaan undang-undang di Malaysia akan dilakukan dengan kehadiran ahli perubatan bertauliah. Begitu juga dengan pelaksanaan hudud di negara Islam yang lain.
6. Seperti di dalam angkat sumpah ahli perubatan Islam, para doktor tidak dibenarkan untuk menjalankan pemotongan anggota badan manusia di mana tiada perubatan yang sesuai untuk pelumpuhan anggota badan manusia. Para doktor yang hendak membuang anggota badan yang terkena gangrene, perlu membuatnya di dalam keadaan pesakit dibius terlebih dahulu supaya mereka tidak merasa sakit. Hukuman Hudud ini diadakan supaya timbul rasa sakit, takut dan bertaubat kepada pesalah dan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan. Melalui pelaksanaan Hudud, bius sama sekali tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun ia terbuka kepada perdebatan dan IMAM bersedia menerima mana-mana pendapat berdasarkan hujah Syariah yang berkaitan untuk diamalkan oleh doktor-doktor Islam.
7. Islam adalah agama yang terbuka dan berlandaskan Sunnatullah. Sudah tentunya ia menghormati pendapat dan peraturan yang diamalkan oleh agama lain. Setiap Muslim adalah berhak diperintah di bawah undang-undang Syariah dan kita perlu memahami undang-undang Islam untuk kepentingan umat Islam sendiri. Paling tidak, pihak IMAM meminta semua pihak lain agak menghormati Islam dan juga undang-undang Syariah.
PROF DATUK DR ABD RAHIM MOHAMAD
Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)
Sumber HD - 29-4-2014
Hudud: Pakar perubatan muslim sedia bantu
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.
"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.
"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.
Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.
Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.
"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.
Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
Hudud: Abim gesa tarik balik kenyataan ‘makan sup tangan’
- Apr 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.
“Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w,” ujarnya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
MEMETIK kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad menerusi saluran Astro Awani pada 17 April 2014 yang menyebut berkaitan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan tersebut.
Tun Mahathir selaku salah seorang pemimpin dunia Islam yang disegani, sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan dalam hal yang berkaitan dengan perundangan syariah.
Pandangan beliau yang menyatakan bahawa adalah tidak adil jika berlaku perbezaan hukuman antara warganegara bagi kesalahan yang sama boleh menimbulkan kekeliruan.
Beliau memberikan contoh nanti ramai orang Islam akan kudung tangan kerana mencuri sedangkan kesalahan yang sama bagi mereka yang bukan Islam hanya 2 bulan penjara.
Kenyataan ini seolah-olah mahu menggambarkan bahawa hukum Islam adalah berat, tidak munasabah dan terlalu kejam.
Beliau perlu memahami bahawa pembuktian di bawah peruntukan hudud adalah berdasarkan kepada prinsip 'Beyond the shadow of doubt' yang jauh melangkaui 'Beyond reasonable doubt' bagi menjamin hak tertuduh dan sekaligus sebagai amaran dan pendidikan kepada masyarakat.
Keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.
Kenyataan Tun Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud.
Selain daripada itu, pernyataan secara bersahaja yang disebut oleh beliau, bahawa hukuman dera bagi pesalah zina tidak terkandung dalam al-Quran hanya terdapat dalam hadith sebagai satu cubaan, untuk menafikan hukuman tersebut sebagai bukan sebahagian daripada hukum Islam dan juga kedudukan hadith sebagai sumber hukum selepas al-Quran.
Jelas kenyataan ini penuh dengan kekeliruan. Hadith merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran dengan penyataan yang tegas berkaitan ketaatan kita kepada Allah dan kepada Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan yang mutlak tidak berbelah bahagi.
Justeru segala pengakuan, perbuatan dan perilaku baginda adalah manifestasi kepada tuntutan al-Quran yang sahih.
Abim berpandangan adalah lebih baik pandangan beliau tidak diketengahkan kepada awam dan beliau sendiri tidak mengeluarkan pandangan yang sebegini.
Ini adalah untuk keadilan kepada hukum Islam itu sendiri, kerana memberikan pernyataan yang tidak berdasarkan ilmu yang tepat hanya meletakkan hukum Islam bukan pada tempatnya (zalim).
Maka bagi menjamin keadilan terhadap hukum Islam Tun Mahathir perlu untuk lebih cermat dengan mendalami ilmu berkaitan perundangan Islam dari sumber yang muktabar.
Mengehadkan sumber hukum hanya kepada al-Quran tanpa hadith, ijmak dan juga qias adalah cara berfikir yang berbahaya dan boleh menjerumuskan kita ke arah kesesatan.
Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam.
Abim menyanjung usaha yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dalam mengangkat martabat Islam tetapi pernyataan sebegini amat berbahaya dan mengelirukan.
Abim juga berpandangan penentangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan oleh beberapa parti baik di pihak BN mahu pun PR kemungkinan adalah berpunca dari kenyataan beliau ini.
Jika sebelum ini sindiran seperti "kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan" dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah s.a.w.
Sumber HD - 22-4-2014
Jawapan kepada penyelewengan anti-Hadis
- Apr 15, 2014
- PROF DR OMAR YAAKOB
Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang ‘hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum’, mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.
Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.
Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini, di atas prinsip Islam membenarkan perbezaan pendapat.
Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pegangan yang primer dan kaedah perolehan hukum yang jelas dan sistematik.
Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan) selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer tadi. Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan pada hemat saya inilah juga cara yang dibawa oleh generasi Islam yang terdahulu.
Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Syiah dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini.
Di antara penyelewengan ketara kumpulan anti-hadis. golongan ini ialah mereka telah memperkecilkan dan meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiya' seluruhnya. Bagi mereka tugas Rasul tidak lain hanya sekadar alat menyampaikan al-Qur'an.
Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup Rasulullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat.
Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran. Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi di dalam al-Quran.
Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas mebayangkan bahawa manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayat-ayat Allah. Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh.
kenapa perlu diutus Rasul?
Di dalam Surah Mumtahanah Allah memberikan penyataan yang jelas bahawa Nabi Ibrahim ialah sebaik-baik ikutan bagi kita (umat Islam), dalam nada yang sama seperti di dalam Surah al-Ahzab Allah menyebut bahwa Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ikutan.
Adakah boleh mereka dijadikan ikutan sekiranya fungsi mereka hanya sebagai robot penyampai wahyu sedangkan diri, akhlak dan perbuatan mereka tidak menjadi sumber akhlak dan amalan kita?
Jelas kepada kita bahawa gambaran Rasul sebagai robot penyampai wahyu bukan datangnya dari pemahaman keseluruhan ayat-ayat al-Quran tetapi sebaliknya andaian-andaian dan mainan hawa-nafsu golongan anti-hadis sendiri.
Sungguh menakjubkan! Jika hanya itu tugasnya, kenapa perlu Allah membangkitkan Rasul dari kalangan manusia sedangkan Allah yang Maha Berkuasa boleh, sekiranya menghendaki, menurunkan kitab tanpa perantaraan Rasul dari kalangan manusia?
Jika hanya itu tugas rasul, kenapa perlu diutus seorang Rasul yang terbukti berakhlak mulia sejak sebelum kenabian baginda?
Kenapa perlu seorang Rasul yang perlu bertungkus-lumus, berlumuran darah dan bermandi keringat selama dua puluh tiga tahun?
Kenapa perlu seorang manusia yang disokong oleh kumpulan sahabat berjiwa kental, yang berkorban jiwa raga untuk mempertahankan Rasulullah dan risalah yang dibawanya?
Kenapa perlu seorang Rasul yang menunjukkan secara praktik cara pelaksanaan hukum-hakam yang termaktub di dalam al-Quran?
Golongan anti-hadis melihat Rasululullah hanya sebagai seorang tokoh sejarah, sama seperti mereka melihat Napoleon atau Julius Caesar; hanya sebagai tokoh yang telah mencipta sejarah, tidak lebih dari itu.
Oleh itu mereka tidak menganggap kata-katanya maupun perbuatannya sebagai penting. Bagi mereka kononnya yang penting ialah, Rasulullah telah berjaya melaksanakan tugasnya menyampaikan al-Quran kepada umat manusia. Kemudian, pandai-pandailah manusia memanfaatkan al-Quran tersebut mengikut cara mereka masing-masing! Apa yang telah dibuat oleh Rasulullah semasa hidup baginda tidak penting atau membawa apa-apa makna kepada kehidupan kita kini!
Kita sungguh sangsi dengan tanggapan golongan anti-hadis tentang kehidupan harian Rasulullah dan para sahabat baginda. Bagi mereka seolah-olah dalam sepanjang 23 tahun kenabian baginda, baginda membisu seribu bahasa, tidak menjawab segala persoalan yang pasti banyak sekali ditimbulkan oleh para sahabat baginda yang mahu melaksanakan tuntutan ibadat kepada Allah.
Mengikut tafsiran golongan ini juga, semua perbuatan dan tingkah-laku baginda dan para sahabat hanyalah sekadar menurut 'adat dan kebiasaan orang Arab ketika itu' sahaja; lantas tidak memberi erti kepada peraturan, hukum dan perundangan kita masa kini, kecuali hanya apa yang tertera di dalam al-Quran. Lagi sekali kehidupan Rasulullah diremehkan kepada seorang manusia `robot'.
Menangani Penyewelengan Kumpulan Anti-Hadis
Golongan anti-hadis yang wujud di Malaysia dan peringkat antarabangsa sering menggunakan nama yang pelbagai bagi diri mereka sendiri. Di Malaysia, mereka kadang-kadang menggunakan nama kumpulan ‘pro-al-Quran’ untuk menampakkan seolah-olah kononnya orang lain ‘anti-al-Quran’.
Di dalam internet, mereka mempamerkan diri mereka sebagai kumpulan ‘Muslim sebenar’ atau kumpulan ‘Submitters (yang tunduk)’. Walau apa pun nama atau label yang digunakan, mereka tidak lari daripada ciri mereka yang paling penting yakni mempertikaikan kedudukan hadis sebagai salah satu sumber primer dalam perundangan Islam. Bagi mereka hadis hanyalah ciptaan ulama yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam sebenar.
Pelbagai usaha telah dibuat untuk membawa kumpulan ini ke pangkal jalan. Ada yang secara keras serta perbahasan, ada yang secara diplomasi dan perbincangan. Namun, semuanya tidak berjaya kerana masing-masing bertitik-tolak dari prinsip asas yang berbeza .
Saya dapati perbahasan yang sering diutarakan selama ini bagi menentang aliran anti-hadis mempunyai dua kelemahan.
Pertama, ramai pembela hadis terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh golongan anti-hadis dengan mengutarakan hadis-hadis yang menyebutkan perlunya kita berpegang kepada hadis. Oleh kerana mereka telah menolak hadis, maka meletakkan hadis sebagai hujjah tidak wajar.
Kedua, ayat-ayat al-Quran yang diutarakan oleh sebahagian pembela hadis bagi menjelaskan kesesatan golongan anti-hadis walaupun qat’i thubutnya tetapi dzanni dari sudut dilalahnya. Ini tidak mungkin berkesan terutama dalam menghadapi golongan yang menganggap mereka berhak membuat tafsiran al-Quran sendiri mengikut hawa nafsu mereka. Mereka tidak semestinya bersetuju dengan tafsiran yang kita buat, sama seperti tidak bersetujunya kita dengan tafsiran yang mereka buat.
Oleh itu di sini, saya mengambil pendekatan yang rasional yang saya yakin boleh menggugat akar-umbi golongan ini.
Pandangan (atau tesis) anti-hadis boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: “Apa yang ada dalam kitab hadis bukan berasal dari Rasulullah; seandainya ia betul berasal dari Rasulullah pun, ia tidak mempunyai apa-apa erti bagi agama Islam”.
Oleh itu, dalam kita menilai atau mempertikaikan kebenaran pandangan mereka ini, kita perlu menimbang secara rasional dua persoalan asas berikut:
Adakah benar Rasulullah mengucapkan perkataan atau melakukan sesuatu seperti yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis? Yakni adakah yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis itu fakta sejarah atau hanya sesuatu yang diada-adakan.
Jika benar kata-kata tersebut diucapkan dan perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda, apakah ia harus kita anggap sebagai hanya fakta sejarah atau ianya mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada itu. Adakah kata-kata tersebut mempunyai legal-standing?
Kedua-dua persoalan ini penting dipertimbangkan bagi menjawab isu asas yang sering dibangkitkan oleh golongan anti-hadis. Walaupun kedua-dua persoalan itu kait-mengait, soalan-soalan tersebut harus juga dalam masa yang sama dipertimbangkan secara berasingan kerana soalan yang pertama menyangkut masalah kesahihan fakta sejarah manakala soalan kedua berkaitan dengan persoalan asas perundangan.
Tanggung jawab membuktikan terletak pada anti-hadis
Untuk menjawab soalan yang pertama, kita perlu menilai kaedah yang digunakan untuk mempersoalkan kebenaran hadis sebagai satu fakta sejarah yang sahih. Soalan ini amat penting dijawab kerana hanya jika kita bersetuju bahawa apa yang dilaporkan sebagai ‘hadis’ di dalam kitab-kitab hadis adalah sebenarnya fakta sejarah baharulah kita boleh mempertimbangkan soalan kedua.
Menurut golongan anti-hadis, "...Rasulullah tidak mengucapkan atau melakukan seperti mana yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis. Rasulullah menjalani kehidupan, yang berbeza daripada laporan dalam hadis. Hadis yang ada bukan fakta sejarah; malah ianya hanya rekaan para ulamak yang datang sesudah baginda wafat.”
Kaedah yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin mengkritik, mencabar atau mempertikaikan 'well-documented and accepted fact' adalah pihak tersebut patut mendatangkan bukti yang boleh meyakinkan bahwa fakta tersebut tidak benar.
Seorang yang ingin mempertikaikan atau mencabar kenyataan “merokok membahayakan kesihatan” misalnya sepatutnya mendatangkan bukti dan alasan yang nyata dan objektif bagi menyokong bantahan beliau tersebut.
Bagi fakta historis juga, sipembawa pandangan yang berbeza dari kefahaman dan pegangan umum harus mendatangkan bukti.
Misalnya jika seseorang ingin mengatakan bahawa “orang-orang Portugis tidak pernah menakluk Melaka” atau 'peperangan tidak pernah pernah terjadi di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawwiyah' contohnya, maka beliau mesti membawa bukti yang dapat menegakkan pandangannya yang bercanggah dengan 'well-documented and accepted historical fact' tersebut.
Oleh itu, tanggung-jawab membuktikan (the burden of proof) bahwa hadis tersebut ialah bukan catatan sejarah sebenarnya tertanggung pada golongan anti-hadis.
Sehingga kini, golongan anti-hadis masih tidak dapat membawa bukti secara objektif dan saintifik yang meyakinkan bahawa:
Rasulullah dan para sahabat baginda menjalani kehidupan yang berlainan daripada yang digambarkan oleh koleksi hadis dan kitab-kitab klasik yang lain (seerah, tafsir dan seumpamanya). Tidak ada dokumen yang boleh dibawa ke hadapan untuk memberi gambaran alternatif mengenai ucapan, perbuatan dan jalan kehidupan yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.
Terdapat kecacatan menyeluruh di dalam sistem yang digunakan oleh ulama hadis dalam mengutip, mengesahkan dan mengklasifikasikan laporan-laporan tersebut.
himpunan hadis yang ada kini hanyalah rekaan semata-mata.
Pendek kata, apa yang diutarakan oleh golongan ini selama ini hanyalah andai-andaian yang tidak saintifik dan tidak berpijak di bumi nyata.
Kemungkinan perawi merekacipta hadis amat minimum dan tiada kepentingan bagi mereka berbuat demikian
Sekiranya di teliti, sebenarnya semua riwayat-riwayat hadis sahih telah melalui satu kaedah penapisan yang saintifik dan ketat oleh ulama hadis.
Melalui kaedah ini, ulama hadis berusaha keras memastikan kebarangkalian 'fabrikasi' dapat diminimumkan. Misalnya mereka memastikan semua 'sanad' (chain of narration) riwayat tersebut bersambungan tanpa putus sehingga kepada Rasulullah s.a.w..
Juga dipastikan perawinya adalah orang yang boleh dipercayai. Berbanding dengan orang yang meriwayatkan sejarah seorang Tokoh biasa, perawi diperiksa untuk memastikan beliau ialah orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, yang yakin tentang dosa-pahala, sedar tentang besarnya dosa berdusta atas nama Rasul s.a.w..
Begitu juga mereka telah menyiasat untuk memastikan bahawa seseorang perawi pernah bertemu dengan perawi yang sebelumnya dan seterusnya.
Salah satu alasan yang mungkin boleh digunakan oleh orang yang mempertikaikan kesahihan hadis ialah 'pendustaan' oleh sumber pertama yakni para sahabah (na'uzubillah) dan perawi seterusnya.
Tetapi cuba pertimbangkan bahawa daripada ‘well-documented fact’ bagi para sahabat, perkara 'berbohong di atas nama Nabi s.a.w.' ini adalah sesuatu hampir mustahil.
Bagaimana mungkin satu generasi yang bermandi darah dan keringat bersama Nabi untuk menegakkan tamaddun manusia bermoral boleh meruntuhkan tamaddun tersebut dengan cara tidak bermoral i.e. berdusta atas nama Nabi s.a.w.?
Satu persoalan yang lagi yang patut ditimbulkan... untuk apa perlu perawi berdusta atas nama Nabi s.a.w.?
Apakah kepentingan (interest) peribadi atau kumpulan yang didapati untuk mereka berbuat demikian sedangkan hampir kesemua daripada hadis-hadis sahih tidak langsung memberi malah menjanjikan apa-apa keistimewaan atau kepentingan kepada golongan atau individu tertentu; baik siperawi, maupun orang lain.
Kebanyakannya daripada hadis merupakan hanya laporan yang 'straightforward' tentang peribadi, ucapan dan perbuatan Rasululullah mengenai prinsip-prinsip asas Islam dan cara melaksanakannya secara praktik.
Untuk apa seorang yang telah bergadai nyawa dengan Nabi s.a.w. menggadaikan maruahnya dengan menyatakan sesuatu yang kononnya “tak pernah dibuat atau diucapkan oleh Nabi”?
Apa pula untungnya seorang perawi di generasi lainnya kononnya mahu “berdusta” dengan meriwayatkan misalnya bahawa Nabi menyuruh kita “makan dengan tangan kanan” atau “memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah”?
Jelas di sini bahawa periwayat hadis tidak mempunyai interest/kepentingan yang hendak dijaga atau diperolehi ketika mereka meriwayatkan hadis-hadis tersebut.
Selain daripada itu, harus diingat bahawa kebanyakan hadis diriwayatkan oleh lebih dari satu sanad.
Ini bermakna, ramai sahabat yang meriwayatkan perbuatan atau perkataan Nabi secara berasingan kepada generasi seterusnya yang berasingan sehingga melahirkan 'chain-of-narration' yang berbeza tetapi meriwayatkan sesuatu laporan yang sama atau hampir sama.
Sesungguhnya, tidak ada tokoh lain di dunia ini yang setiap laporan mengenai perkataan dan perbuatannya diberikan tapisan yang begitu teliti dan rapi. Ini tidak syak lagi menjadikan laporan dan riwayat yang dilaporkan oleh kitab-kitab hadis sahih sebagai fakta sejarah yang tidak dapat ditolak. Rasululah telah benar-benar memperkatakan apa yang diriwayatkan, membuat seperti apa yang telah diriwayatkan dan mengakuri sebagaimana yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis sahih.
Fakta sejarah yang mempunyai legal-standing
Daripada perbincangan sebelum ini, telah jelas bagi kita bahawa rekod laporan/riwayat yang termaktub di dalam kitab-kitab hadis sahih telah melepasi penelitian dan penapisan yang rapi bagi menjamin kesahihannya. Ini bermakna apa yang ternyata itu benar-benar mencerminkan kehidupan Rasululah, perbuatan dan tutur katanya.
Setakat ini kita belum melihat gambaran alternatif kehidupan baginda selain daripada yang diutarakan di dalam koleksi hadis sahih.
Bertolak daripada noktah ini, mari kita lihat persoalan yang kedua; adakah perbuatan dan perkataan Rasulullah mempunyai legal standing sebagai sumber primer dalam Islam.
Menurut dakwaan golongan anti-hadis, bagaimana sahih sekalipun riwayat dari Nabi, ianya hanyalah merupakan catatan sejarah yang tidak bermakna; tidak memberi erti kepada agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Menurut mereka apa yang ada dalam al-Quran itulah yang kita diwajibkan mengikutinya, yang lain daripada itu semuanya tidak boleh diambil kira dalam menetapkan prinsip-prinsip asas Islam serta hukum hakamnya.
Apa motif Rasulullah?
Satu persoalan yang harus dijawab ialah, sekiranya benar Rasulullah berkata atau berbuat seperti yang diriwayatkan, maka kenapakah baginda bertindak demikian? Adakah hanya kerana baginda menurut adat resam orang Arab di sekitar baginda semata-mata? Atau baginda bertindak secara tabi'i/natural sepertimana orang lain juga bertindak dalam keadaan yang baginda hadapi? Atau baginda sengaja mengada-ngadakan cara dan perbuatan yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam yang Allah turunkan melalui al-Quran.
Sekiranya kita meneliti sejarah hidup baginda, meneliti tiap-tiap tutur-kata dan perbuatan baginda, jelas jawapan bagi persoalan-persoalan di atas adalah negatif. Jelas kepada kita bahawa baginda tidak hanya mengikut cara yang dilakukan oleh nenek-moyang baginda.
Juga, walaupun terdapat perkara yang dilakukan oleh baginda yang merupakan perkara yang tabii sebagai seorang manusia dan seorang Arab, tetapi dalam banyak hal yang lain jelas baginda tidak semata-mata melakukan perkara yang tabi'i/ natural yang dilakukan oleh orang lain di dalam kedudukan beliau. Menuduh baginda mengada-adakan sesuatu yang tidak diperintah oleh Allah adalah satu pendustaan yang membawa kepada kekafiran... astaghfirullah.
Kita ambil satu contoh satu perbuatan dan perkataan yang masyhur 'widely reported' berkenaan baginda yakni mengenai solat.
Menurut golongan anti-hadis, al-Quran kononnya menyuruh kita solat tiga kali sehari; pagi, petang dan malam. Tetapi terdapat banyak hadis yang menegaskan bahawa Rasulullah melalui perkataan dan perbuatannya menunjukkan bahawa solat fardhu lima kali sehari. Riwayat-riwayat mengenai ini sahih belaka. Bahkan kita yakin bahawa tidak ada kepentingan peribadi bagi seseorang hendak meriwayatkan hadis seperti itu secara palsu.
Sesudah kita yakin bahawa semua yang diriwayatkan mengenai solat lima waktu itu adalah sahih dan fakta sejarah, cuba kita pertimbangkan sebab Rasulullah melakukan atau mengatakan sedemikian?
Sekiranya diteliti, baginda bukan sekadar mengikuti tradisi Arab, bukan juga kerana beliau memandai-mandai. Maka kita tidak boleh membuat kesimpulan lain selain daripada bahawa Rasulullah melakukan dan menyebutkan yang demikian sebagai penjelas kepada ayat yang menyebutkan solat dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.
Begitu juga mengenai tata-cara solat. Menurut golongan anti-hadis, al-Quran tidak menjelaskan tata-cara solat dan oleh kerana Rasulullah cuma solat seperti yang dikerjakan oleh orang-orang Arab ketika itu, maka mereka boleh solat mengikut apa cara yang mereka suka!
Ini jelas bertentangan dengan sejarah kerana sejarah menerangkan bahawa cara solat Nabi seperti yang diterangkan di dalam hadis-hadis sahih tidak pernah dibuat oleh orang Arab sebelum baginda.
Apa motif sebenar anti-hadis?
Saya tidak berhajat hendak memperincikan segenap segi penyelewengan golongan anti-hadis. Pokoknya, kita berhadapan dengan satu golongan yang menggunakan semata-mata akal masing-masing untuk mentafsirkan apa yang mereka faham dari al-Quran.
Maka tidak hairanlah apa yang akan lahir bukan lagi Islam tetapi satu bentuk ajaran yang tidak ada kena mengena dengan Islam yang kita kenal. Oleh itu timbullah suasana ajaran baru seperti juga Qadiani dan Syiah.
Motif sebenar golongan anti-hadis telah didedahkan oleh Muhammad Asad menulis di dalam bukunya "Islam at the Cross Roads":
... The rejection of authentic Traditions, either as a whole or in part, is a purely emotional matter, and has failed to establish itself as the result of unprejudiced, scientific investigation. But the motive behind such an oppositional attitude among many Muslims of our time can easily be traced. This motive lies in the impossibility of bringing our present, degenerate ways of living and thinking into line with the true spirit of Islam as reflected in the Sunnah of our Prophet. In order to justify their own shortcomings and the shortcomings of their environment, these pseudo-critics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah: because, it this were done, they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they please - that is, everyone according to his own inclinations and turn of mind. And in this way the exceptional position of Islam as a moral and practical, individual and social code would be utterly destroyed....
Anti-Hadis adalah sebahagian gerakan modenis
Almarhum Muhammad Asad telah mendedahkan motif sebenar kumpulan anti-hadis. Di sebalik seruan kumpulan ini menolak hadis sebagai sumber hukum terselit hasrat untuk mengambil dari ajaran Islam apa yang berkenan dengan hati dan sesuai dengan pemikiran masing-masing... "...pseudocritics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah: because, it this were done, they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they please - that is, everyone according to his own inclinations and turn of mind..." . Masing-masing akan mempunyai cara pemahaman yang tersendiri, agamanya yang tersendiri... tepuk dada tanya selera!
Sebenarnya apa yang diutarakan oleh golongan anti hadis masa-kini bukanlah satu perkara yang baharu. Misalnya, keinginan berpegang kepada Islam mengikut selera masing-masing ini telah diakui oleh Prof. Asaf Fyzee (The Modern Approach to Islam (1963)), ".. kepercayaan saya adalah kepunyaan saya, difesyenkan mengikut hidup saya, berdasarkan falsafah saya, pengalaman saya.. saya juga memberikan setiap Muslim hak memfesyenkan kepercayaannya sendiri.."
Sementara itu, Dr. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam (1966) telah menyebutkan " Sembahyang lima waktu tidak disebut di dalam al-Quran.... hakikat sembahyang tiga waktu yang asal ditenggelami oleh hadis yang direka bagi menyokong idea tersebut".
Orientalis berkulit coklat seperti mereka inilah yang mencanangkan idea Joseph Schact (Origin of Mohamedan Jurisprudence (1955)) bahawa hadis adalah rekaan ulama Damsyik. Idea songsang yang dibawa oleh orientalis berkulit putih sukar diterima oleh umat Islam tetapi racun bersalut gula yang kini disebarkan pula oleh murid-murid mereka yang berkulit coklat dan sawo-matang mungkin lebih mudah disambut oleh sebahagian umat yang kurang berhati-hati.
Orang-orang seperti ini jugalah yang mempelopori idea "..untuk kemajuan umat Islam (kononnya) al-Quran mesti ditafsir untuk menyesuaikannya dengan kehendak dan citarasa manusia masakini dengan menurut aliran falsafah tamaddun moden". Oleh itu Asaf Fyzee juga menyatakan " ...Kita tidak perlu kembali kepada al-Quran. Kita mesti membawanya ke hadapan, memahaminya dan mengaplikasikannya kepada keadaan sekarang dan mempercayainya selagi ianya sesuai dengan abad kedua puluh".
Penulisan orang-orang seperti Syed Amer Ali (Spirit of Islam (1922)) yang antara lain menyarankan supaya poligami dihapuskan, Dr. Taha Hussein (On PreIslamic Poetry (1926)) yang memperkecilkan kewibawaan dan keilmuan Imam-Imam hadis memainkan rentak yang sama.
Apabila Islam ditafsirkan sewenang-wenangnya maka yang lahir nanti bukannya Islam tetapi hanyalah kumpulan nilai-nilai sejagat yang difikirkan sesuai dengan abad dua puluh satu.
Sekiranya ini dibiarkan berlaku maka bukan Islam yang mentadbir, mengarahkan dan menentukan corak kehidupan manusia tetapi sebaliknya manusia yang akan mengarahkan, memerintahkan dan menentukan corak Islam yang 'sesuai dengan zaman'.
Akan timbul konsep moral baharu di mana kriteria baik dan buruk, benar dan salah bukannya dari tuntutan ilahi tetapi berdasarkan persepsi subjektif seseorang individu atau sesebuah masyarakat mengenai apa yang baik dan buruk baginya.
Jika ini dibiarkan berterusan, berkemungkinan (na'uzubillah) Islam juga akan menerima nasib seperti yang diterima oleh agama Kristian setelah isi kitab Injil dibiarkan ditafsirkan sewenang-wenangnya kononnya mengikut peredaran zaman (contohnya Church of England kini memandang remeh bahkan meng'halal'kan riba, arak, judi, homoseksualiti, hubungan di luar nikah dan pengguguran anak).
Kita tidak menolak kemungkinan golongan yang melaungkan slogan pemodenan dan 'progresif' ini ikhlas mahukan Islam maju dan berkembang di era menjelang abad 21. Namun, apa pun niat kita, kita perlu berhati-hati dengan kaedah yang digunakan. Pada hemat saya, kebangkitan Islam tidak mungkin terjadi sehingga kita memutuskan hubungan pemikiran dan neraca penilaian kita daripada pengaruh luar.
Malangnya, walaupun sudah beberapa dekad kita membebaskan diri daripada belenggu penjajahan fizikal penjajah, namun ramai umat Islam yang masih terjajah akal fikiran dan pandangan hidup; masih mempunyai 'inferiority complex', masih merasa rendah diri dengan falsafah dan idealisme Barat sehingga sanggup menilai deennya dengan perspektif penjajah.
__________________
Prof Dr Omar bin Yaakob ialah Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sumber HD - 15-4-2014
Luaskan peranan Mahkamah Syariah untuk pengharmonian dua bidang kuasa
- Apr 08, 2014
- MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.
Namun konflik di sebalik peruntukan ini timbul bila mana isu pembubaran perkahwinan sepasang suami isteri disebabkan salah seorang dari mereka bertindak menukar agama. Bermula dari pembubaran perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama anak-anak mereka di bawah umur 18 tahun.
Beberapa siri kes yang berlaku sebelum ini seperti Mohd. Ridzuan Abdullah (K. Pathmanaban v Indira Ghandhi), Muhammad Abdullah @ Moorthy, Mohd Shafie (Saravanan) yang melibatkan isu yang sama gagal untuk memuaskan hati kedua-dua pihak dan sudah tentu tamparan lebih hebat diberikan kepada status bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.
‘Shariah courts don’t compete with civil courts’
Penulis melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan dapat direalisasikan.
Mahkamah Syariah di India
Penulis pernah menghadiri jemputan dari Islamic Council of Victoria (ICV) dalam beberapa pertemuan ke arah merangka satu sistem Mahkamah Syariah khusus untuk mengendali kes yang melibatkan isu kekeluargaan warga Muslim di Australia.
Dalam pertemuan tersebut, penulis telah melontarkan konflik bidang kuasa yang akan berlaku sekiranya salah seorang dari pasangan bertindak menukar agama. Maka, dalam konteks di Australia, penulis mencadangkan satu sistem bidang kuasa yang jelas iaitu kedua-dua pasangan harus bersetuju untuk membawa kes yang dipertikaikan di Mahkamah Syariah. Dalam kes di mana jika hanya salah seorang pasangan yang ingin merujuk kes tersebut di Mahkamah Syariah, maka kes pertikaian tersebut wajib diadili oleh Mahkamah Sivil. Sistem sebegini juga telah dipraktikkan di beberapa negara Minoriti Muslim lain seperti di Mumbai, India.
Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia sistem bidang kuasa tersebut tidak dapat direalisasikan memandangkan peruntukan undang-undang termasuk undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan meletakkan keistimewaan tertentu pada kedudukan Mahkamah Syariah yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil.
Namun, beberapa peruntukan undang-undang yang wujud telah meletakkan status Mahkamah Syariah berada pada kedudukan yang janggal. Sebagai contoh, dalam hal pembubaran perkahwinan Mahkamah Syariah pula yang menutup pintu mereka kepada orang bukan Islam kerana enakmen negeri membabitkan undang-undang Islam telah meletakkan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan memutuskan perkara di mana kedua-dua pihak mestilah beragama Islam.
Justeru, bagi mendapatkan keadilan, pasangan bukan Islam sudah tentu akan membawa kes mereka ke Mahkamah Sivil kerana ia satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk memperoleh keadilan dan hak. Maka, sudah tentu persoalan keistimewaan bidang kuasa Mahkamah Syariah akan timbul apabila perintah yang keluar dari Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.
Seksyen 51 Law Reform Act (LRA) 1976 menyatakan bahawa:
(1) “Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.”
(2) “The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife or husband, and for the support, care and custody of the children of the marriage, if any, and may attach any conditions to the decree of the dissolution as it thinks fit”
Manakala Seksyen 2 Law Reform Act (LRA) 1976 menyatakan bahawa “Court” bermaksud the High Court or a Judge thereof or, where a Sessions Court Judge has jurisdiction by virtue of subsection (2), the Sessions Court or a Sessions Court Judge of that Court
Mahkamah Syariah sebagai medium keadilan
Penulis percaya bahawa konflik akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan salah seorang pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan.
Kebenaran ini perlu kerana ia melibatkan hak seseorang yang merasakan diri mereka terinaya. Dari sudut itu, penulis melihat betapa peranan Mahkamah Syariah dapat dikembangkan hingga menjadi sandaran kepada bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.
Di Brunei contohnya, peruntukan undang-undang Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999 tidak menghalang Mahkamah Syariah untuk mendengar dan mengadili kes yang melibatkan bukan Islam di mana peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam tersebut terpakai dalam sebarang hal di mana sekurang-kurangnya satu pihak menganut agama Islam.
Malah, pihak bukan Islam sendiri menyedari bahawa undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah berperanan menawarkan keadilan yang lebih baik kepada pihak yang bertikai berbanding undang-undang sivil.
Sementara itu, penulis juga melihat keperluan untuk hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama ini untuk dilatih dan didedahkan dengan sistem undang-undang sivil, yang meliputi prosedur dan “substantive” termasuk kes-kes yang menjadi “precedent” serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Law Reform Act (LRA) 1976.
Pihak bukan Islam juga terhad dalam kes sebegini yang bersangkutan dengan hak mereka mungkin harus diberikan kebenaran untuk mengambil peguam dari kalangan bukan Islam untuk mewakili mereka sekiranya perlu sebagai langkah bagi memastikan Mahkamah Syariah tidak dilihat sebagai badan yang menafikan hak orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.
Penulis berpendapat, sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ia merupakan bibit-bibit kepada keharmonian dan percantuman kedua-dua bidang kuasa Mahkamah. Bapa Perundangan Negara, Allahyarham Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, Tun Abdul Hamid Mohammad (bekas Ketua Hakim Negara) dan Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkmah Agung) adalah tokoh penting yang dulu pernah mencadangkan percantuman beberapa bahagian khusus antara Mahkamah Syariah dan Sivil.
Penulis ialah Setiausaha Agung Abim yang juga peguambela dan peguamcara.
Sumber HD - 8-4-2014
Hukuman mati: M'sia perlu desak Mesir henti kezaliman
- Mar 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung PUM Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kerajaan Malaysia harus menunjukkan keberanian dan menyatakan pendirian yang tegas dalam hal ini.
"Sepertimana kehadiran Perdana Menteri ke Gaza pada bulan Januari 2013 yang lalu bagi memberi sokongan kepada penduduk Gaza, sekurang-kurangnya tindakan yang sama atau bantahan kepada Mesir harus dilakukan untuk memberi sokongan moral kepada Ikhwanul Muslimin," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini.
Malau beliau mempersoal, di mana suara bantahan hak asasi negara barat yang dilihat membisu dalam isu ini.
"Amat malang sekali apabila kuasa barat dan sekutunya di timur tengah tidak langsung menyatakan bantahan terhadap keputusan terhadap 529 orang tersebut.
"Mereka golongan yang tidak bersalah. Mereka adalah penyokong Dr Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah tetapi digulingkan oleh pihak tentera pimpinan Jeneral Al-Sisi.
"Apakah kesalahan mereka hanya menyokong Presiden yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi pilihanraya," soal beliau.
Sumber HD - 29-3-2014
Dakwaan ke atas Kasim sejajar dengan undang-undang - PPMM
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter perundangan, perlembagaan dan syariah,” ujar Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam kenyataan kepada Harakahdaily malam tadi.
Justeru, katanya PPMM menegaskan bahawa setiap kebebasan yang dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada had yang telah digariskan.
Tambahnya, tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem perundangan di dunia ini.
Menurutnya, PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa.
Beliau berkata, beban pembuktian untuk mensabitkan Kasim bersalah atas kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.
“PPMM percaya pihak penguatkuasa agama telahpun menjalankan siasatan yang wajar sehingga Ketua Pendakwa Syarie membuat keputusan untuk mendakwa Kasim Ahmad kerana terdapat bukti-bukti yang mencukupi,” katanya.
Katanya lagi, Kasim diberi hak sepenuhnya untuk meminta perbicaraan di dalam mahkamah sekiranya beliau berpendirian tidak bersalah atas dakwaan tersebut.
“PPMM percaya perbicaraan yang adil akan dijalankan di dalam prosiding terhadap beliau,” ujarnya lagi.
Oleh yang demikian, jelas beliau PPMM menasihatkan Kasim menumpukan pembelaan di dalam prosiding tersebut bukan meraih simpati melalui media.
Tambahnya, PPMM mengalu-alukan tindakan pendakwaan yang dilakukan oleh Pendakwa Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan kerana kemarahan masyarakat Islam arus perdana akan dapat diredakan dengan pendakwaan ini di samping tidak memberi ruang kepada 'perbicaraan melalui media' dalam isu ini.
Baginya, pendakwaan terhadap Kasim juga memberi isyarat kepada individu dan kumpulan lain yang acap kali menguji kesabaran umat Islam dengan pelbagai kritikan, tindakan dan perkataan yang menghina dan tidak menghormati agama Islam.
Sumber HD - 28-3-2014
AFMY gesa dunia bantah keputusan mahkamah Mesir
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusinya, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, tindakan itu membuktikan bahawa sistem demokrasi di Mesir yang kian lemah dalam melindungi hak asasi dan maruah rakyat sehingga sanggup mengorbankan rakyat sendiri dalam pertarungan politik di negara tersebut seperti yang berlaku di Dataran Raba’ah Al Adawiyyah sebelum dari ini.
Katanya, rentetan sejarah memaparkan bahawa Ikhwanul Muslimin sentiasa ditindas dan ramai ahlinya telah dipenjara dan ada antaranya syahid akibat kekejaman oleh pemerintah Mesir seperti Jamal Abdul Nasser dan Anwar Sadat sejak berdekad-dekad tahun yang lepas.
AFMY juga, ujar beliau akan memastikan kesemua organisasi-organisasi belia dan pelajar Islam di seluruh Asia yang bernaung di bawah AFMY untuk bangkit dalam membantah keputusan yang disifatkan sebagai jenayah kemanusiaan moden.
“Justeru itu, AFMY menyeru seluruh masyarakat dunia tidak kira latar belakang NGO mahupun dari kalangan kerajaan untuk bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Sumber HD - 25-3-2014
MH370: Abim harap nama baik, imej dapat dibersihkan
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, ini berdasarkan perkembangan dan maklumat yang diumumkan oleh Perdana Menteri berikutan satu analisis data yang diterima oleh beliau.
“Namun Abim juga berterusan mendoakan agar segala petunjuk terus dikurniakan Allah bagi merungkai segala masalah yang mungkin menjadi punca kepada tragedi ini,” ujarnya.
Menurutnya, Abim memandang berat semua tuduhan, prasangka dan kelemahan pentadbiran yang dilemparkan berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata.
Justeru, kata beliau Abim mahukan agar pihak yang bertanggungjawab dapat menggerakkan siasatan untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan daripada berulang kembali.
Begitu juga, ujarnya dengan pihak yang dipersalahkan atas dasar permusuhan sempit dan sangkaan buruk yang terburu-buru, Abim mengharapkan nama baik serta imej mereka dapat dibersihkan.
Tambah beliau, Abim juga kesal ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi hero dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga mengguris parasaan keluarga mangsa dan boleh mengundang kemurkaan Allah.
“Dari tragedi ini marilah kita merafakkan keinsafsan kita atas kelemahan dan kekerdilan kita berbanding kekuasaan dan kebijaksanaan Allah yang Maha Mengetahui segala hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 25-3-2014
Abim kecam hukuman mati kepada 529 penyokong Morsi
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi, Dr Mohamad Morsi.
“Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya,” tegas Presidennya, Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan.
Katanya, hukuman itu jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.
Cengkaman itu, ujarnya meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak menafikan samasekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara.
Abim, jelasnya menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi.
Esok, Selasa 25 Mac 2014, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1,200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.
Menurutnya, usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berleluasa dengan 'pembunuhan kehakiman' terhadap 529 mangsa terbaru ini.
Tambahnya, anggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat “domestik” serta tidak mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya dikikis.
Beliau berkata, pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrain, UAE dan Arab Saudi.
“Abim menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia.
“Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri,” tegasnya.
Oleh itu, kata beliau Abim menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini.
“Demi ke arah memartabatkan demokrasi, kebebasan, serta karamah insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. We are all ikhwan (kita semua adalah bersaudara),” tegasnya lagi.
“Lebih dahsyat dari regim Mubarak,” ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan yang turut mengulas hukuman mati itu menerusi facebook.
Antara yang dijatuhkan hukuman mati itu ialah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badi’ dan Presiden FJP, Dr Mohamed Saad Katatni.
Sumber HD - 24-3-2014
Luahan abang gadis yang mati di konsert FMFA
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
“Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya,” tulisnya di dalam facebook milik adiknya semalam, sebagaimana di bawah.
Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.
Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi.
Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini.
Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala.
Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.
Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.
Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.
Sumber HD - 17-3-2014
FMFA: Logo syarikat arak tertera di sesawang rasmi
- Mar 17, 2014
- JUFITRI JOHA
Di kala Malaysia diselubungi dengan jerebu, kemarau dan kesedihan dengan insiden kehilangan Pesawat MH370, penganjuran acara hiburan ini dianggap tidak sensitif bahkan daripada segi prinsipnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada generasi muda Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Ia sekadar mengulangi siri-siri hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat semenjak tahun 1980-an yang menyuburkan lagi budaya hedonisme iaitu budaya berhibur dan berlibur semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri atau ‘pleasure’. Tambah memburukkan apabila menurut teori deskriftif hedonisme dianggap sebagai matlamat hidup dan sumber nilai moral (the highest level in life and as a source of moral values).
Manusia apatah lagi generasi muda memerlukan hiburan namun hiburan mestilah yang dibenarkan oleh batas agama, norma masyarakat dan nilai ketimuran. Hiburan mestilah bermatlamat dan mempunyai falsafah yang mendidik generasi muda ke arah mengingati Sang Pencipta, membuat amal kebaikan dan menjunjung nilai leluhur insani.
Abim juga memandang amat serius penganjuran FMFA ini kerana ia dijadikan sebahagian daripada agenda utama pelancongan negara dan disenaraikan sebagai acara penting dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. Ini bermakna ia merupakan acara yang diiktiraf dan didukung oleh pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan semenjak 2012. Janganlah kerana FMFA ini dianggap berkelas antarabangsa dan dapat menggamit ramai pelancong luar serta menjana pendapatan negara maka prinsip dan masa depan pembangunan belia Malaysia digadaikan. Abim sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan seluruh pimpinan pergerakan belia Malaysia berasa kesal dengan isu ini kerana usaha membangun dan meruntuh belia berjalan selari, justeru usaha pembangunan belia akan menjadi sia-sia.
Tambah memburukkan lagi keadaan apabila penganjur FMFA di Malaysia iaitu Livescape jika dilihat daripada laman sesawang rasmi mereka tertera logo-logo syarikat arak dan rokok seperti Jagermeister, Carlsberg, Asahi Beer dan British American Tobacco. Livescape sebagai youth-centric music and creative events agency harus lebih peka dan menjauhi syarikat syarikat berbasis arak dan rokok ini demi kebaikan dan kesejahteraan belia dan masyarakat Malaysia. Walaupun FMFA dikatakan sekadar festival hiburan semata-mata namun unsur hedonisme pada kebiasaannya sudah sebati dengan percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, penyalahgunaan dadah, one night stand, arak, perjudian, parti liar, eksploitasi wanita dan materialisme.
Oleh yang demikian pihak Abim:
1.) Mendesak Kerajaan dan Kementerian Pelancongan agar menamatkan terus penganjuran FMFA di Malaysia serta acara-acara hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat positif. Acara-acara hiburan alternatif yang lebih bermanfaat wajar mengambil tempat. Kerajaan harus serius menjadi ‘leading by example’ bagi memastikan Malaysia menjadi Negara yang baik dan diampuni Tuhan (Baldaton Toyyibatun wa Rabbun Ghafur).
2.) Menyeru pihak-pihak penganjur acara hiburan khususnya yang beragama Islam menghormati nilai-nilai keagamaan dan ketimuran serta mengikut garis panduan hiburan khususnya yang digariskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandangkan Malaysia merupakan sebuah Negara Islam dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
3.) Mendesak pihak polis meneruskan siasatan terperinci terhadap penganjuran FMFA dan mana-mana penganjur acara hiburan agar memastikan acara-acara sebegini benar-benar bebas daripada usur-unsur arak dan dadah yang mengundang padah dan kehilangan nyawa yang berharga generasi muda yang hadir.
4.) Menyarankan pihak ibubapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah tanggungan mereka agar tidak terjebak dengan acara hiburan yang melampau.
5.) Menasihatkan para belia agar mengambil iktibar daripada kejadian kematian 6 anak muda di acara FMFA dengan menjauhi arak, rokok dan dadah serta pandai memilih rakan dan hiburan yang bermanfaat seperti konsert-konsert nasyid, kebudayaan dan kemanusiaan. Belia Islam disarankan mendekati majlis ilmu, majlis zikir dan majlis berselawat yang mendidik jiwa.
6.) Mengesyorkan pihak pertubuhan masyarakat madani harus terus berperanan membimbing generasi muda melalui pendekatan kerja belia agar mereka diberikan bimbingan dan panduan khususnya tentang cara berhibur yang dibenarkan oleh agama dan norma ketimuran melalui bimbingan personal, penganjuran seminar, usrah dan media sosial.
7.) Menyarankan pengamal-pengamal media dan pihak-pihak penganjur hiburan positif agar terus meningkatkan kapasiti menghidangkan hiburan-hiburan bermanfaat dan kreatif bagi menarik generasi muda ke arah perkara-perkara positif.
Pihak Abim menyeru agar seluruh rakyat Malaysia komited bekerjasama menjayakan agenda hiburan bermatlamat dan mendidik bagi memastikan kita menyiapkan generasi muda unggul menjelang 2020 dan bukannya generasi muda yang lemah dan lalai dengan hiburan semata-mata.
Penulis ialah Naib Presiden (Pembangunan Belia dan Intelektual) Abim.
Sumber HD - 17-3-2014
‘Kami berjaya bertemu penganjur Pink Dot Penang’
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, kami berjaya bertemu wakil penganjur Pink Dot Penang, mendengar pandangan komuniti minoriti, berbincang dalam suasana yang santai dan harmoni,” kata Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu memberitahu, pada pertemuan itu pihaknya telah memberi pandangan dan cadangan daripada perspektif Islam.
Justeru, jelas beliau pihaknya bersetuju untuk memperbanyakkan pertemuan dan dialog seperti itu pada masa akan datang bagi memanfaatkan peluang dakwah yang tersedia.
“Kesudian wakil penganjur untuk bertemu, amat kami hargai,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 15-3-2014
Pemuda PAS hargai batal Pink Dot Penang 2014
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha DPPNPP, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata pihaknya dan Lajnah Dakwah PPM juga mengucapkan syabas atas respons proaktif pihak kerajaan negeri khasnya Datuk Abdul Malik Abul Kasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna setelah diajukan perkara itu kepada beliau.
“Kami difahamkan pihak penganjur akan bertemu pihak YB Datuk Abdul Malik seberapa segera mungkin untuk memberi penjelasan,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan.
Kaanya, berdasarkan rujukan yang dibuat terhadap laman sesawang Pink Dot Singapore, acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran di Hong Lim Park Singapore pada tahun 2013 yang lalu bertujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap sebagai suatu yang negatif.
Kata beliau, pihaknya dan Lajnah Dakwah PPM sedang berusaha untuk bertemu pihak penganjur bagi tujuan berbincang serta menyatakan pendirian secara lebih diplomatik dan berhikmah.
Sumber HD - 14-3-2014
Pink Dot Penang 2014 rai kumpulan LGBT - Abim
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyatakan demikian dengan merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara diadakan pada 29 Mac itu.
Katanya, Abim berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.
Beliau berkata, berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.
Justeru, tegasnya Abim memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama.
“Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Namun Abim juga, ujarnya menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT.
“Walau bagaimanapun, Abim melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, jelasnya Abim juga akan mengemukakan surat bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk Pejabat Perdana Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.
Selain itu, ujar beliau akan membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.
Sumber HD - 13-3-2014
Sistem kehakiman negara perlu bebas, adil & berakhlak
Dalam satu kenyataan media, Presidennya Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, terdapat unsur-unsur keraguan dalam proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang mensabitkan Anwar bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.
Antara keraguan yang timbul, jelas beliau adalah tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada 7-10 April 2014 diawalkan kepada 6-7 Mac, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
Ikram juga mempertikaikan keputusan sabitan dan hukuman pada hari akhir perbicaraan iaitu 7 Mac.
"Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini," tegas Dr Mohd Parid.
Ikram turut mempersoalkan penolakan permohonan peguambela oleh mahkamah untuk menangguhkan mitigasi hukuman bertujuan membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan.
"Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi," katanya.
Sehubungan itu, tambah Dr Mohd Parid, Ikram memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Anwar.
Beliau menambah, keputusan diambil Anwar untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak memberi sebarang makna jika persoalan dan kegusaran yang timbul dalam proses perundangan negara tidak ditangani secara profesional dan berintegriti.
Berdasarkan senario yang berlaku, Ikram secara tegas menuntut institusi kehakiman negara memastikan "keadilan bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan".
Sistem kehakiman negara juga, tambah beliau perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.
"Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak," ujar Dr Mohd Parid.
Sumber HD - 11-3-2014
Murtad: Jangan berbohong dengan gambar palsu
- Mar 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyatakan demikian ekoran sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian.
Beliau berkata, walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, Allah SWT melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat 105 surah al-Nahl dan melalui hadith Nabi SAW yang mulia "sesiapa yg menipu maka dia bukan dari kalangan ku". (HR Abu Hurairah)
“Sebagai umat Islam di negara yang kita kasihi ini, kita perlu mengambil pendekatan berdakwah dengan hikmah seperti mana firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl 125 yang bermaksud: Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat peringatan yang baik dan perbahasan yang terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan menyelesaikan punca sebenar seorang Muslim tergamak untuk meninggalkan agama Islam.
“Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa buah negeri, didapati gejala ini adalah gejala yang parah, tetapi majoriti yang memohon keluar dari Islam adalah saudara baru dan bukan dari bangsa Melayu,” ujarnya lagi.
Tambahnya, Ikram menyeru umat dan badan-badan Islam untuk melaksanakan tanggungjawab persaudaraan sesama kita, berdakwah kepada yang belum Islam dan mengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia.
Justeru, kata beliau Ikram juga menyeru umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk bersikap tabayyun iaitu meneliti dan menyemak sesuatu berita hingga jelas benarnya berita berkenaan sebelum memutuskan tindakan atau pandangan.
Beliau berkata, sikap demikian amatlah penting dalam menjaga kemurniaan Islam dan keharmonian agama serta kaum terutama apabila ada pihak yang mungkin ingin memecahbelahkan rakyat dan umat Islam.
Sumber HD - 6-3-2014
Abim sambut cabaran debat Kassim Ahmad
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Naib presidennya Hasri Harun berkata, pada pasa sama Kassim Ahmad juga perlu bersedia mengubah serta berhenti mengeluarkan pandangan tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama’, dan tradisi keilmuan Islam.
"Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah memperlihat seolah-olah mendapat “endorsement” dari pihak kerajaan.
"Jika terbukti dan diputuskan idea dan pemikiran Kasim Ahmad bercanggah dengan Islam maka beliau perlu berhenti menyebarkan pandangan beliau dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hasri berkata Abim pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya.
Menerusi dialog tersebut katanya, anggota panel Abim yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden ABIM (pada ketika itu) Dr Abdul Halim El-Muhammady telah menjawab satu persatu dakwaan kontroversi yang dilontarkan oleh beliau yang secara jelas bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
"Sepanjang dialog tersebut, beliau (Kassim Ahmad) gagal menjawab serta mengemukakan hujah di atas setiap persoalan yang dikemukakan," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Abim juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Islam dan Al-Hadith : Dialog Bersama Kassim Ahmad – Satu Analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah S.A.W.” cetakan 1991 dan 1995.
Buku tersebut telah membentangkan hujah dari segi metadologi, sumber autoriti, dan sejarah pengumpulan Hadis serta beberapa sudut lain bagi menolak buku beliau “Hadis: Satu Penilaian Semula”.
Tambah beliau, sikap angkuh Kassim Ahmad telah mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri memandangkan tiada perkara yang memalukan nilai intelektual seseorang yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana itu tidak meraikan pandangan pihak lain dalam siri dialog.
"Justeru, perdebatan dengan individu sebegini sememangnya tidak akan memberi apa-apa makna atau mencapai sebarang tujuan yang positif dalam mencari kebenaran.
Beliau juga mendesak kerajaan khususnya Jabatan Agama memainkan peranan untuk mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan ke atas ajaran sesat lain dalam negara kerana pemikiran beliau secara jelas berlawanan dengan prinsip ajaran Islam.
Semalam Kassim Ahmad yang dilihat sebagai tokoh pemikiran anti hadis, mencabar pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" untuk berdebat.
Dalam seminar di Putrajaya Ahad lalu itu, Kassim mendakwa bahawa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama, umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua dan rambut bukanlah aurat wanita.
Sumber HD - 18-2-2014
Perancangan: Abim gesa PBS ditangguhkan serta merta
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
“Abim berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.
Sehubungan itu, ujarnya Abim merakamkan kekesalan kerana para pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.
Permasalahan SPPBS yang dijangka hanya dapat diselesaikan pada April ini, adalah satu di antara berpuluh permasalahan yang perlu diselesaikan.
Ia menunjukkan satu kecuaian yang besar yang menggendalakan seluruh mekanisme PBS ini.
Justeru itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut agar pelaksanaan PBS ini ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin.
Abim berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara.
Masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.
Begitu juga dengan para pemimpin terutamanya Menteri Pendidikan Pertama dan Kedua serta para pegawai Kementerian Pendidikan perlu menghayati konsep dan kaedah pelaksanaan PBS ini bagi menjamin keutuhannya.
Penggantungan ini perlu dilakukan sehingga:
1. Kajian yang menyeluruh serta model pelaksanaan diuji sepenuhnya bagi menjangka segala keperluan serta faktor perencat kepada PBS ini.
2. Penerangan yang jelas dan menyeluruh kepada semua lapisan rakyat Malaysia khususnya melibatkan pihak PIBG harus dilakukan demi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan maklumat di setiap peringkat pelaksanaan serta untuk memastikan aspirasi besar dari dasar ini benar-benar difahami oleh ibu-bapa.
3. Latihan dan kursus berkaitan pentaksiran seperti pembinaan instrumen yang sesuai dan berkesan diberikan kepada para guru. Begitu juga latihan dalam membina kaedah pengajaran dan pengujian bagi mentafsir dokumen yang diperlukan.
4. Pemantapan struktur pentadbiran dan organisasi di Kementerian Pendidikan yang mengikut keperluan PBS seperti kewujudan kelompok guru pakar yang betul-betul boleh memberi bimbingan yang berkesan.
5. Mengupaya Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara agar mampu menjadi tempat rujuk dan pemain barisan hadapan dalam pelaksanaan PBS ini.
6. Bilangan murid dalam kelas sesuai dengan pelaksanaan PBS ini. Nisbah hanya wajar mengambil kira jumlah guru yang terlibat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) sahaja. Maka jumlah guru dan bilangan sekolah perlu ditambah mengikut keperluan lokaliti.
7. Sistem sokongan guru dalam melaksanakan PBS perlu dilengkapkan terlebih dahulu bagi menjamin kelancaran pelaksanaannya.
Abim merakamkan kekesalan kerana para pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.
Akhirnya kita menganiayai anak bangsa sendiri yang diperlakukan seperti tikus putih yang menjadi bahan ekperimen yang merugikan.
Pengulangan kesilapan yang serupa menunjukkan pendidikan kita ditadbir dan diurus dengan penuh kecuaian dan kelemahan.
Abim juga menyarankan agar sebarang penambahbaikan dan perubahan pada mana-mana peringkat dalam sistem pendidikan sama ada dasar, pengurusan mahu pun prasarana hendaklah menerusi satu kajian yang utuh demi kebaikan dan manfaat generasi masa hadapan.
Sebarang perubahan yang bersifat populis perlu dihindari atas keghairahan mahu meninggalkan legasi yang boleh merencatkan pengukuhan sistem pendidikan arus perdana secara menyeluruh.
Sumber HD - 17-2-2014
PUM kesal penganjuran Seminar Kassim Ahmad
- Feb 16, 2014
- HARAKAHDAILY
“Apakah mereka tidak sensitif dengan penganjuran seminar tokoh penentang hadis Rasulullah SAW ini?
“Apakah Yayasan ini turut bersekongkol menentang Sunnah dan Hadis Rasulullah SAW?” tanya Setiausaha Agung PUM, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Tegasnya, PUM kesal dengan sikap yang tidak sensitif ini sedangkan dalam perkara lain kita bersungguh-sungguh mempertahankan Islam seperti dalam kes Kalimah Allah.
“Tetapi masih ada pihak yang ingin menjadi juara menentang hadis; bahkan ianya datang dari Institusi Perdana. Sungguh pelik,” katanya lagi.
Tambahnya, adalah sangat wajar bagi pihak berkuasa agama untuk menegur dan memberi amaran keras dalam hal ini kerana ianya mempertikai autoriti Hadis Nabawi.
Katanya, PUM turut menerima aduan yang disampaikan kepada PUM semalam:
"Tadi baru berakhir sesi seminar pertama berkenaan karya Kassim Ahmad dengan Kassim Ahmad sendiri juga turut hadir. Malangnya dan adalah amat mendukacitakan sekali tidak ada seorang pun wakil dari bidang agama, ulama' mahupun asatizah yang hadir untuk membetulkan penyelewengan tafsiran para ahli panel, Pak Kassim Ahmad, para hadirin tentang hadith.
Masing-masing bersetuju dengan Pak Kassim bahawa, hadis riwayat Imam Bukhari Dan Muslim tidak authentic dan mempertikaikan validity hadis. Lebih dahsyat lagi ramai ilmuwan yang bukan berlatar belakangkan bidang agama mengatakan hadis tidak boleh dijadikan sumber hukum. Banyak lagi kesalahan dan penyelewengan hujah tentang hadis, ulama' dan al quran yang diajukan. Namun tidak ada seorang pun orang yang mempunyai kelayakan dalam bidang agama pun di dalam dewan tadi yang hadir dapat mematahkan hujah-hujah mereka mahupun memberikan penjelasan yang lebih tepat mengikut perspektif agama."
Justeru, tegasnya suka PUM mengingatkan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan gaya fikir Kassim Ahmad dan pendukungnya.
“Janganlah kita menjadi penentang hadis dan sunnah Rasulullah SAW,” tegasnya lagi.
Beliau berkata, institusi agama seperti JAKIM, JAWI, Jabatan-Jabatan Agama, Jabatan-Jabatan Mufti dan lain-lain institusi agama perlu berperanan dalam menangani penganjuran seumpama ini.
Sumber HD - 16-2-2014
Antara samseng bola sepak dan sumpah al-Quran
- Feb 13, 2014
- MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Terbaru, kita digemparkan dengan insiden pergaduhan dan kekecohan yang didakwa melibatkan beberapa pihak di dalam Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan. Seperti mana yang kita sedia maklum, laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telahpun dibuat dan siasatan berkenaan insiden tersebut sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Isu angkat sumpah menggunakan Kitab Suci Al-Quran
Namun, situasi terkini menyaksikan isu agama telah diheret dalam insiden ini. Hal ini berlaku apabila upacara angkat sumpah dengan bersaksikan Kitab Suci Al-Quran telah dijalankan oleh sebuah pasukan kelab di Timur tanah air dengan tujuan ‘menegakkan kebenaran' bagi pihak mereka. Konsep sumpah di dalam Islam - petikan daripada blog Dr Zulkifli Hassan. (Sila rujuk: http://zulkiflihasan.wordpress.com/2014/02/11/memahami-konsep-sumpah-dalam-islam/).
Konsep sumpah di dalam Islam merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu difahami secara mendalam oleh pengamal undang-undang manakala kesedaran dan kefahaman asas pada konsep ini perlu diserap dan diperjelaskan kepada masyarakat. Akibat dari ketidak atau kurang fahaman atau buat-buat tak faham pada konsep sumpah ini membuatkan ketidakselesaan dan persengketaan di dalam masyarakat.
Desakan pihak tertentu untuk bersumpah dalam pelbagai aspek menunjukkan krisis intelektual dan kedangkalan tahap kefahaman Islam. Kini sumpah juga diheret dalam kancah bola sepak negara. Begitu jelas ketidakfahaman dan tahap kesedaran masyarakat mengenai konsep sumpah ini. Sumpah yang boleh diterima pakai untuk sabitan kes adalah sumpah yang dibuat di mahkamah dan menurut syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumpah sebagai kaedah pembuktian hanya terpakai di dalam kes mal dan ianya tidak boleh diterima di dalam kes jenayah seperti kes liwat, zina, qazaf dan sebagainya. Sumpah di luar mahkamah bukanlah sesuatu perkara yang digalakkan di dalam Islam.
Sumpah mubahalah misalnya, bukanlah boleh dilaksanakan sesuka hati sesedap rasa. Ianya hanya boleh dilakukan sekiranya pelbagai cara lain telah dilaksanakan dan tiada kaedah lain lagi yang boleh menyelesaikan perselisihan. Dalam aspek kaedah bersumpah pula, amalan bersumpah menjunjung atau mencium atau mengusap atau mengangkat al-Quran bukanlah tuntutan ajaran Islam.
Sumpah cukup dengan menyebut nama Allah S.W.T atau sifat-sifatNya.
Adab masyarakat bertamadun dan hubungan harmoni sesama manusia
Seperti yang kita sedia maklum, sukan bola sepak kaya dengan kejohanan dan peminat fanatik sarwajagat.
Menyedari bahawa sukan bola sepak diangkat sebagai sukan nombor satu paling diminati di Malaysia, ABIM berharap agar para penyokong dan pegawai yang terlibat dalam mengendalikan pasukan masing-masing, dapat menunjukkan sikap serta nilai budaya yang murni sebagai orang Timur, khususnya yang beragama Islam.
ABIM konsisten menyatakan bahawa Islam tidak menghalang umatnya daripada terlibat dalam bidang sukan. Sesungguhnya, Rasulullah SAW sendiri menggalakkan umat manusia untuk beriadah untuk tujuan kesihatan dan kekuatan fizikal serta minda. Malahan, sukan boleh saja menjadi ibadah sekiranya dilaksanakan dengan menjaga adab-adab dalam bersukan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT.
Hal yang demikian, ABIM menyeru supaya semua penyokong bola sepak tanah air agar dapat memelihara adab, akhlak dan tatasusila ketika memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. ABIM memohon kepada semua pihak yang berkenaan agar dapat menghentikan fitnah, caci-maki dan kebencian sesama kita, kerana asas semangat kesukanan ialah bermatlamatkan perpaduan.
Tidak banyak yang dapat kita kecapi melalui kata-kata makian, melainkan permusuhan berpanjangan dan kemurkaan TUHAN. Sesungguhnya, gejala samseng yang merusuh atau hooliganisme dalam bola sepak bukanlah sesuatu yang sesuai dengan norma masyarakat bertamadun.
Gejala samseng atau perusuh bola sepak tersebut yang kebiasaannya membabitkan kekacauan serta kecederaan, bukanlah sesuatu yang perlu kita angkat dan banggakan. Perpaduan Menerusi Sukan ABIM dengan ini memohon kepada semua pihak agar bertenang dan menunggu hasil siasatan polis serta bersatu hati dalam membangunkan sukan di negara kita.
Hal ini bertepatan dengan seruan Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin yang konsisten mempromosikan perpaduan menerusi sukan. Perkara ini juga selari dengan objektif penubuhan Kementerian Belia dan Sukan sendiri, iaitu untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
ABIM menyeru kepada semua pihak agar lebih peka dalam menangani isu yang dihadapi, selain mengharapkan wujudnya perubahan minda rakyat ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang lebih bertanggungjawab, berdaya saing dan harmonis.
Kita semua tidak mahu insiden-insiden memalukan seperti ini berulang, seterusnya membantutkan perkembangan sukan di negara kita, selain mencalarkan imej Malaysia di mata dunia. Semoga kita semua dapat menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih matang, berhemah dan berhikmah. Majulah sukan untuk negara. Hidup Malaysia kita.
Penulis ialah Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sumber HD - 13-2-2014
Perkauman: NGO Islam sokong PR, BN bincang bersama
- Jan 24, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: NGO Islam mengalu-alukan usaha Pakatan Rakyat untuk duduk bersama Umno BN bagi membincangkan isu perkauman dengan segera bagi mencari formula terbaik demi memelihara kesejahteraan rakyat negara ini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan berkata, saranan Pakatan Rakyat itu wajar disambut oleh Umno BN sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu menjaga kesejahteraan rakyat negara ini.
"Terutama kepada Umno yang sering dilihat membakar api perkauman dan wajar diterima oleh Umno jika benar-benar memikirkan kesejahteraan negara," katanya kepada Harakahdaily.
Namun, Abim kesal apabila perkara sensitif yang dijaga dengan tertib oleh kerajaan dipermainkan sewenang-wenangnya untuk meraih sokongan tanpa memikirkan risiko yang berlaku.
"Emosi rakyat sedang dibakar dengan api perkauman sebelum perkara ini jadi tidak terkawal wajar pihak yang terlibat terutama pemimpin parti politik duduk bersama berbincang," katanya.
Cadangan Pakatan Rakyat itu, bagi beliau satu tindakan yang menunjukkan kematangan berpolitik dan wajar disambut oleh Umno BN.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Zaid Kamaruddin berkata, walaupun saranan ini 'overdue' tetapi ianya satu usaha yang bagus kerana ianya memperlihatkan kemuafakatan parti-parti politik demi menjaga kepentingan negara dan rakyat.
Tambahnya, kepentingan itu terutamanya bagi mengelak membawa isu-isu perkauman yang boleh mengundang perpecahan.
Namun kata beliau, perkara ini harus ditangani dengan tepat dan bijaksana bukan dipolitikkan.
"Lebih baik parti-parti politik duduk bersama bagaimana hendak selesaikan isu perkauman yang sering ditimbulkan oleh pihak tertentu, jika tidak ditangani dengan baik rakyat akan rugi.
"Jika dibiarkan dibimbangi suasana akan bertambah buruk dan semakin sukar untuk ditangani. Kenyataan Pakatan Rakyat yang baik dan wajar untuk Umno BN sahut," katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, Majlis Pakatan Rakyat sepakat mengajak Umno BN untuk duduk bersama membincangkan isu perkauman yang dilihat semakin dijadikan modal oleh pihak tertentu bagi menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat.
Keadaan ini berikutan, ada pihak cuba menimbulkan provokasi seperti mahukan peristiwa 13 Mei berulang setelah tidak berpuas hati apabila rakyat mengadakan demonstrasi 'Kangkung' sebagai bantahan terhadap kenaikan harga barang di Pulau Pinang tempoh hari.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu juga menegaskan bahawa demonstrasi 'kangkung' itu tiada kaitan dengan isu perkauman sebaliknya ianya adalah isu ekonomi iaitu kenaikan harga barang yang telah membuatkan rakyat semakin terhimpit.
Sumber HD - 24-1-2014
No comments:
Post a Comment