Junta Thailand umum tubuh pusat perdamaian
BANGKOK: Tentera junta Thailand mengumumkan penubuhan pusat perdamaian bagi mewujudkan suasana harmoni dan keamanan di negara itu ketika protes membantah rampasan kuasa pada 22 Mei berterusan.
Jurucakap junta, Kol Wintai Suwaree juga mengesahkan bahawa bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra telah dibebaskan.
Wintai berkata pusat perdamaian itu akan ditubuhkan di bahagian-bahagian utama dan di empat wilayah tentera di seluruh negara untuk menyatukan rakyat Thailand yang berpecah akibat politik selama beberapa tahun.
Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan butiran lengkap rancangan itu kecuali semua pihak akan diundang termasuk mereka yang tidak terlibat dalam kemelut politik.
Berhubung pembebasan Yingluck yangg ditahan pada Jumaat, beliau berkata Yingluck mungkin berada di Chiangmai, tempat kelahirannya ataupun masih berada di Bangkok.
"Benar beliau telah dibebaskan sekarang, beliau berada di rumah. Saya tidak tahu sama ada beliau berada di Chiangmai atau Bangkok," kata Wintai ketika menjawab soalan pada sidang media di sini semalam.
Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara belum membebaskan beberapa tahanan tetapi Wintai berkata jumlah mereka yang ditahan dan mereka yang dibebaskan akan diumumkan pada sidang media hari ini.
Sementara itu, seorang anggota utama Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck, Chaturon Chaisaeng, ditahan oleh tentera selepas mengadakan sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) semalam.
Beliau tidak melawan apabila tentera datang dan menahannya di hadapan wakil media.
Di Bangkok, penunjuk perasaan anti rampasan kuasa terus mengadakan bantahan selama beberapa jam setiap hari.
Bagaimanapun, mereka bersurai pada petang sebelum perintah berkurung pada malam hari bermula. - Bernama
Sumber HD - 28-5-2014
'Pakatan Merah Putih' mungkin dapat sekutu baru - Prabowo
JAKARTA: Calon presiden Prabowo Subianto (gambar) dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) berkata sebuah parti politik 'berpengaruh' mungkin bergabung ke 'Pakatan Merah Putih' yang mendokongnya pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.
"Insya-Allah, satu parti politik besar akan bergabung menyokong pasangan saya sebagai calon presiden," kata beliau selepas melantik Awang Faroek Ishak sebagai ketua kempen pasangan Prabowo-Hatta Rajasa untuk wilayah Kalimantan Timur-Kalimantan Utara pada Sabtu.
Selain Gerindra, pasangan itu mendapat sokongan Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Bulan Bintang (PBB) dan Parti Golongan Karya (Golkar).
Daripada 12 parti politik yang bertanding pada Pemilu Parlimen 9 April lepas, hanya Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang belum menentukan pendirian bergabung dengan mana-mana pakatan pada Pemilu Presiden akan datang.
Prabowo berkata perbincangan dengan Parti Demokrat sedang giat dilakukan dan mereka sudah dipanggil oleh parti itu untuk menyampaikan hala tuju 'Pakatan Merah Putih'. - Bernama
Sumber HD - 26-5-2014

Rakaman CCTV detik mahasiswi Unpad diperkosa
[VIDEO] Rakaman CCTV Detik2 Mahasiswi Malaysia Diperkosa
Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan diperkosa oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan.
Pelajar itu kemudiannya telah ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat beliau diculik, Sabtu lalu. Walau bagaimanapun, pelajar itu pertama kali telah diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang menemuinya dalam keadaan terhoyong-hayang sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan.
Ikuti seterusnya cerita suami isteri tersebut, seperti yang dilaporkan oleh detiknews.com:
Mahasiswi Unpad Korban Pemerkosaan itu Menangis dan Mengaku Diculik
sa
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Sumber HD - 25-5-2014

Bandung - Di pagi buta itu Tata Sumitra (45) dan Tuminah (43), suami istri pedagang kopi di Lembang tak menyangka bisa menemui kejadian yang di luar dugaan. Seorang perempuan terhuyung meminta pertolongan. Perempuan itu mengaku diperkosa dan diminta dibawa ke dokter.
Pada Sabtu (17/5) pukul 03.30 WIB, Tuminah sang istri selama beberapa menit sempat berbicara berdua dengan mahasiswi Unpad korban pemerkosaan itu, kala sang suami mencari angkot untuk korban. Di pangkuan Tuminah, mahasiswi itu bercerita sambil menangis.
"Si neng (panggilan dalam bahasa Sunda untuk perempuan muda-red) nangis terus," jelas Tuminah yang ditemui di rumahnya di Lembang, Bandung, Kamis (22/5/2014).
Tuminah menghibur perempuan yang disebutnya cantik itu. "Si neng katanya dari Malaysia, kuliah di Unpad, tinggal di Jatinangor," jelas Tuminah.
Sambil membelai tubuh dan rambut mahasiswi itu, Tuminah menenangkan korban. "Si neng ngaku diculik, pas mau cari makan," jelas Tuminah.
Tuminah ikut bersedih saat mendengar cerita korban. Tak kuasa dia juga ikut berkaca-kaca. Pengakuan perempuan itu amat mengiris hatinya. "Si neng ngaku diculik orang pakai mobil, terus diperkosa," tutur Tuminah.
Tak lama sang suami datang dengan Angkot dan membawa korban ke rumah sakit terdekat. Mahasiswi Unpad itu ditemukan berjalan sempoyongan tak jauh dari terminal bus Grafika di kawasan Tangkuban Perahu, Lembang.
Dia memakai celana jeans, kaos hitam, dan sweater. Saat ditemukan Tata, sweater terikat di leher korban. Korban juga tak mengenakan alas kaki. Tangan korban terasa dingin, sedang kulit tampak keriput seperti kedinginan. -detiknews
klik untuk baca
Calon Presiden mahu pindahkan ibu negara Indonesia
Prabowo (kiri) dan Hatta dalam satu rapat umum kempen calon presiden.
Kedua-dua tokoh politik itu seperti dipetik oleh kompas.com pada Khamis, sebagai berkata langkah tersebut adalah bagi mempercepat pembangunan infrastruktur Indonesia bagi tempoh lima tahun akan datang.
Namun, dalam visi serta misi Prabowo-Hatta yang diberikan kepada Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) menjelang pemilihan umum itu, tidak dinyatakan lokasi ibu kota yang baharu tersebut.
Bagi mempercepat pembangunan infrastruktur, Prabowo-Hatta berkata ialah dengan menyokong proses penghasilan dari kegiatan ekonomi utama pada enam koridor 'Masterplan Percepatan dan Perluasan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI)'.
Selain membangun prasarana di seluruh wilayah Indonesia berupa jalan dan jambatan, rancangan mempercepat pembangunan infrastruktur juga ialah dengan menyegerakan pembangunan pengairan dan pelabuhan perikanan pesisir.
Mengikut perancangan, mereka akan membangunkan 3,000km jalan raya nasional baharu yang moden serta 4,000km rel kereta api.
"Bagi tujuan itu, anggaran perbelanjaan ke daerah untuk pembangunan dan pemeliharaan infrastruktur dan kemudahan awam di provinsi dan kota atau daerah akan diperbesar," kata kedua-dua pemimpin berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 23-5-2014
Rakyat M'sia dinasihat tangguh lawatan ke Thailand
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihat menimbangkan untuk menangguhkan lawatan tidak perlu ke Thailand susulan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh Tentera Diraja Thailand.
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang kini berada di Thailand perlu berwaspada dan memantau perkembangan menerusi media tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
"Tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas dengan perkembangan terkini di Thailand," menurut kementerian itu.
Katanya Malaysia berharap semua pihak di Thailand terus berusaha untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap kemelut yang dihadapi di negara itu.
Malaysia akan terus memantau perkembangan politik di Thailand, menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687 028 4659 (selepas waktu bekerja). - Bernama
Sumber HD - 21-5-2014

Undang-undang tentera sehingga keamanan Thailand pulih
BANGKOK: Panglima Tentera Thailand Jen Prayuth Chan-Ocha berkata undang-undang tentera yang diisytiharkan di negara itu awal pagi semalam akan ditarik balik apabila keamanan dan ketenteraman kembali pulih di negara itu.
Beliau menyeru semua pihak yang terlibat supaya mencari penyelesaian terhadap konflik itu dengan segera.
Jen Prayuth berkata beliau tidak tahu berapa lama undang-undang tentera akan dikuatkuasakan di negara itu.
"Kami tidak akan membenarkan pertumpahan darah berlaku di negara ini," kata beliau dalam sidang media selepas menemui pegawai kanan kerajaan, wakil perusahaan negara, pertubuhan profesional dan sosial dari seluruh negara, di sini semalam.
Ketika ditanya sama ada ia akan menyebabkan rampasan kuasa, beliau berkata: "Ia adalah soalan yang tiada siapa akan menjawab. Saya tidak akan menjawab apa-apa. Jangan membuat andaian sendiri."
Ketika undang-undang tentera diisytiharkan di seluruh negara, kerajaan awam sementara masih terus berfungsi tetapi operasi pengaman dikenali sebagai Markas Pemeliharaan Keamanan dan Ketenteraman telah ditubuhkan dengan Jen Prayuth sendiri sebagai pengarah.
Beliau enggan memberitahu jika ada rancangan untuk mengenakan perintah berkurung tetapi sebaliknya secara bergurau menjawab "kenakan perintah berkurung ke atas wartawan dahulu" apabila pemberita memintanya memberi jawapan.
Sementara itu, anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Somchai Srisutthiyakorn berkata kerajaan sementara telah menghantar surat kepada SPR dengan mencadangkan 3 Ogos sebagai tarikh baharu bagi pilihan raya umum.
Cadangan sebelumnya adalah 20 Julai.
Beliau berkata kerajaan sementara juga bersetuju supaya draf perintah diraja berhubung pilihan raya mengandungi peruntukan yang menyebut bahawa pilihan raya boleh ditunda jika berlaku darurat.
Kerajaan juga menegaskan bahawa pemangku Perdana Menteri Niwatthamrong Boonsongpaisan mempunyai kuasa untuk mengemukakan draf itu untuk mendapat perkenan diraja, kata beliau.
Somchai berkata kerajaan mahu SPR memberi jawapan menjelang 23 Mei dan mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu esok.
Niwatthamrong juga mengulas tentang undang-undang tentera yang diisytiharkan oleh tentera untuk memelihara ketenteraman dan mengembalikan keamanan di negara itu.
Beliau berkata kerajaan juga menaruh harapan yang sama bagi keamanan negara dan berharap undang-undang tentera dikuatkuasakan secara aman tanpa keganasan dan diskriminasi dan mengikut undang-undang selaras dengan dasar kerajaan sekarang.
"Tindakan Tentera Diraja Thailand mestilah berdasarkan prinsip Perlembagaan dan Demokrasi dengan Raja sebagai ketua negara," kata beliau. - Bernama

Thailand isytihar undang-undang tentera
BANGKOK: Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh negara itu berkuat kuasa serta-merta, awal pagi ini.
Perintah itu diumumkan stesen televisyen tentera, TV5 Channel, pada 3 pagi bertujuan memulihkan keamanan dan ketenteraman di negara itu.
Anggota tentera dikerah mengawal stesen televisyen di Bangkok.
Undang-undang tentera itu diumumkan di tengah-tengah persediaan penyokong prokerajaan kumpulan Baju Merah dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan terbesar minggu ini.
Penyokong Baju Merah berhimpun di Jalan Aksa di pinggir Bangkok, manakala penyokong antikerajaan berada di beberapa lokasi di Bangkok.
Kumpulan antikerajaan Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) membatalkan perhimpunan jalanan hari ini berikutan pengisytiharan undang-undang tentera itu.
Di bawah undang-undang tentera, penunjuk perasaan hanya dibenar mengadakan perhimpunan di 'kubu' masing-masing, dan tidak boleh bergerak.
Tentera mengisytiharkan undang-undang tentera selepas kedua-dua pihak yang bertelagah dalam politik Thailand gagal bersetuju untuk menyelesaikan kemelut politik di negara itu.
Masalah utama kepada penyelesaian konflik itu apabila kumpulan antikerajaan berkeras mahu kerajaan sementara sekarang yang dikuasai parti pemerintah Pheu Thai meletak jawatan dan Perdana Menteri baharu yang berkecuali dengan kuasa penuh, dilantik.
Bagaimanapun, kabinet sementara sekarang diketuai pemangku Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boobnsongpaisan enggan meletak jawatan.
Konflik itu dicetuskan dengan protes berhubung rang undang-undang pengampunan tahun lepas yang akhirnya dibatalkan selepas tekanan daripada kumpulan pembangkang yang dilihat sebagai langkah bagi membolehkan kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada buangan yang akhirnya membawa pembaharuan dalam sistem politik di negara itu. - Bernama
Sumber HD - 20-5-2014

PM sementara Thailand sangkal letak jawatan
BANGKOK: Gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan tidak dapat dilaksana kerana akan membayangkan keabaian tugas secara sengaja, kata pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongpaisarn.
Beliau berkata peletakan jawatan itu akan melanggar Perkara 181 Perlembagaan Thailand serta keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei yang memutuskan bahawa baki anggota kabinet mesti dikekalkan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.
Beliau berkata kabinet sekarang mempunyai mandat untuk menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.
Dalam situasi ini, adalah tidak mungkin untuk melantik Perdana Menteri yang berkecuali yang mempunyai kuasa penuh (tanpa sekatan mengikut Perkara 181 Perlembagaan Thailand) kerana sudah ada kabinet sementara dan perdana menteri sementara yang sah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu susulan gesaan kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu perdana menteri berkecuali yang mempunyai kuasa penuh dilantik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Niwatthamrong bersama-sama Menteri Keadilan Chaikasem Nittisiri, menemui Pirasak Porjit, pemangku Presiden Dewan Senat dan Senator Udom Krairit, untuk bertukar pandangan mengenai kemelut politik sekarang.
"Selain itu, pelantikan perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh mesti mematuhi Perkara 171 dan 172 Perlembagaan Thailand, dan juga tertakluk di bawah Dekri Diraja Pembubaran Parlimen 2556 yang berkuat kuasa sekarang," kata beliau.
Justeru, cadangan untuk melantik perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh adalah tidak mungkin kerana Perkara 181 Perlembagaan (yang juga kekal berkuat kuasa) telahpun membataskan kuasa perdana menteri dan juga menjadi asas perundangan bagi status Jemaah Menteri sementara sekarang, katanya.
Tambahan pula, ada termaktub di bawah Perlembagaan bahawa perdana menteri mesti daripada anggota Dewan Perwakilan dan mendapat persetujuan ramai Dewan Perwakilan, tambah beliau.
Niwatthamrong berkata semua mereka yangh menghadiri mesyuarat bersetuju bahawa semua pihak harus berusaha menangani krisis politik sekarang dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesan buruk kepada negara dan rakyat Thai.
"Kerajaan bersedia pada bila-bila masa untuk berunding dengan Senat dan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesaian politik yang berkekalan selaras dengan perlembagaan dan undang-undang Thailand, katanya. - Bernama

Jokowi isytihar Jusuf Kalla regu pilihan raya presiden
JAKARTA: Calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo atau Jokowi pada Isnin dengan rasmi mengisytiharkan bekas naib presiden Jusuf Kalla (gambar) sebagai calon gandingannya.
Jokowi mengumumkan keputusan itu selepas menandatangani dokumen-dokumen pendaftaran untuk dikemukakan kepada Komisi Pemilihan Umum (KPU) bersama pemimpin rakan gabungan iaitu Partai Nasional Demokrat (NasDem), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Partai Hati Nurani Rakyat atau Hanura.
"Selepas perbincangan komprehensif dan berbincang dengan pemimpin parti-parti gabungan, kami membuat keputusan memilih Bapak Muhammad Jusuf Kalla untuk menjadi calon gandingan saya," kata Jokowi dalam pengumuman ringkas di bangunan Gedung Juang yang bersejarah di Menteng, Jakarta Tengah.
Jokowi mengucapkan terima kasih kepada para hadirin atas sokongan mereka dan melahirkan keyakinan bahawa beliau dan Jusuf Kalla boleh membawa perubahan kepada negara.
Sementara itu, Jusuf Kalla melahirkan kesediaan untuk bertanding sebagai calon gandingan Jokowi pada pemilihan umum presiden pada 9 Julai.
"Saya bersedia menemani Pak Joko Widodo dalam pemilihan dan berharap bahawa kami dapat memacu masa depan yang lebih baik bagi Indonesia," kata Jusuf Kalla dan menambah beliau bersedia mengiringi Jokowi demi kebaikan negara.
PDI-P dan parti gabungan dijangka mengandingkan Jokowi dengan Kalla, yang dipercayai telah dicadangkan oleh Surya Paloh, pengerusi NasDem.
Surya dan Jusuf Kalla sebelumnya pernah berkhidmat bersama sebagai pegawai tertinggi Parti Golkar sehingga Surya meninggalkan parti untuk menubuhkan NasDem.
Calon presiden mempunyai masa sehingga tengah malam pada Selasa untuk mendaftar dengan KPU.
Prabowo Subianto dari Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) juga dijangka mendaftar lewat semalam. Beliau sebelumnya menamakan Hatta Rajasa daripada Partai Amanat Nasional (PAN) sebagai calon gandingannya.
Selepas mendaftar, calon-calon akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tentera Gatot Subroto di Jakarta Tengah lewat minggu ini. - Bernama

Pemimpin antikerajaan janji serah diri bersyarat
BANGKOK: Pemimpin antikerajaan Suthep Thaugsuban (gambar) berjanji untuk menyerah diri kepada polis jika rakyat tidak menyokong gerakan ofensif terakhir mereka minggu depan bagi memaksa kerajaan sementara meletak jawatan.
Waran tangkap terhadap pemimpin kumpulan penunjuk perasaan itu sudah lama dikeluarkan oleh polis.
"Jika tidak sampai sejuta rakyat yang keluar menyokong kempen itu, saya akan serah diri kepada polis pada 27 Mei," kata Suthep dalam pertemuan dengan perwakilan Jawatankuasa Perubahan Demokratik Rakyat dari seluruh negara di Rumah Kerajaan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata perhimpunan selama lapan hari sehingga 26 Mei itu bertujuan memberi tekanan kepada anggota kabinet kerajaan sementara untuk melepaskan jawatan berasaskan kuasa kedaulatan rakyat.
Pelbagai percubaan telah dilakukan bagi menyelesaikan konflik politik Thailand namun sehingga kini masih di jalan buntu.
Minggu depan pemangku Perdana Menteri sementara Niwatthamrong Boonsongpaisarn dijadual bertemu senator bagi membincangkan penyelesaian konflik itu.
Bagaimanapun tempat pertemuan tidak didedahkan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti yang berlaku minggu lepas apabila pertemuan antara kerajaan sementara dan Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa dibatalkan selepas kumpulan antikerajaan berarak ke tempat pertemuan di Akademi Tentera Udara Diraja.
Kelmarin, senator dalam mesyuarat tidak rasmi mereka mengusulkan tiga langkah penyelesaian susulan pertemuan dengan agensi bebas dan sektor swasta.
Tiga langkah tersebut termasuk memilih perdana menteri dan kabinet yang mempunyai kuasa penuh bagi menyelesaikan krisis sekali gus membawa perdamaian dan memulihkan keamanan.
Selain itu kerajaan sementara dan semua parti politik harus membantu dalam usaha memecahkan kebuntuan politik di negara itu dan yang ketiga, jika perlu, Dewan Senat mengadakan sidang khas bagi melantik perdana menteri seiring dengan peruntukan undang-undang, amalan politik dan Perlembagaan. - Bernama
Sumber HD - 18-5-2014

S'pura ketat pemeriksaan pintu masuk cegah sindrom pernafasan Asia Barat
SINGAPURA: Mulai Ahad ini, penumpang dari negara Timur Tengah yang terjejas oleh Sindrom Pernafasan Asia Barat- Virus Korona (MERS-CoV) akan dikenakan pemeriksaan suhu tubuh apabila tiba di lapangan terbang republik ini.
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan semalam berkata ia merupakan langkah tambahan untuk mengesan MERS-CoV.
Katanya MOH memantau rapi perkembangan terkini mengenai jangkitan MERS-CoV di seluruh dunia, termasuk di Arab Saudi, yang terus mencatat peningkatan kes dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
MOH bagaimanapun berkata setakat ini tiada kes MERS-CoV dikesan di Singapura.
Katanya risiko penularan penyakit itu dalam kalangan penduduk Singapura tetap rendah memandangkan tiada jangkitan virus berkenaan antara manusia dengan manusia dilaporkan.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, kemungkinan wujudnya kes yang diimport di sini tidak boleh diketepikan berikutan pola perjalanan global yang terdapat sekarang. - Bernama
Sumber HD - 16-5-2014

Polis mohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan
BANGKOK: Penyokong anti-kerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka kelmarin dan sejurus kemudian menerima permohonan maaf.
Langkah pantas polis itu berjaya mengelakkan konflik keganasan daripada menjadi bertambah buruk.
Di pinggir ibu negara, lebih 50,000 penyokong pro-kerajaan telah berkumpul dalam usaha untuk mendapatkan sokongan lebih besar berikutan penyingkiran bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.
Buddha Issara, seorang sami kanan yang juga ketua pemprotes anti-kerajaan membawa penyokongnya ke pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman (CAPO).
Beliau ke balai polis itu pada sebelah pagi untuk memfail tuduhan bunuh terhadap polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap pemprotes di hadapan pejabat CAPO semalam mengakibatkan enam cedera.
"Kami ke sini hari ini kerana mahu kamu (polis) meminta maaf kepada kami kerana melepas gas pemedih mata.
"Jika anda datang dan minta maaf pada kami, kami akan tarik balik semua tuduhan," katanya kepada polis.
Akhirnya, seorang wakil polis muncul dan memohon maaf.
Pemprotes yang berkumpul di hadapan pejabat CAPO sejak tengah hari bersurai empat jam kemudian.
Semasa protes itu, kumpulan berkenaan menghalang trafik ke dan dari Lapangan Terbang Don Muang, hingga melumpuhkan lalu lintas dan menjejas orang ramai yang melakukan perjalanan.
Sementara itu, di Aksa Road di pinggir ibu negara, penyokong baju merah pro-kerajaan mula berkumpul dengan membawa fasiliti dan bekalan untuk para penyokong yang mengadakan tunjuk perasaan dijadualkan berlangsung beberapa hari.
Lautan manusia berjumlah kira-kira 50,000 tengah hari ini mendengar ucapan para pemimpin mereka yang mengutuk Suthep Thaugsuban, pemimpin kumpulan anti-kerajaan, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC). - Bernama
Sumber HD - 11-5-2014

PDI-P menang pemilu Indonesia
JAKARTA: Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) secara rasmi malam tadi mengumumkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menang dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen yang diadakan bulan lalu.
PDI-P yang juga pimpinan bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta undi daripada keseluruhan 124.97 juta pemilih berdaftar.
Ianya satu keputusan yang sudah dijangka apabila kiraan rasmi kali ini tidak banyak beza dengan kiraan awal oleh penganalisis politik sejurus pengundian pada 9 April lalu.
Parti Golongan Karya (Golkar) yang dipimpin Aburizal Bakrie kekal di kedudukan kedua apabila meraih 14.75 peratus atau 18.43 juta undi.
Parti yang diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra pula di tempat ketiga dengan memperoleh 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada pada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.
Dalam pada itu, daripada 12 parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu, dua parti iaitu Parti Bulan Bintang (PBB) serta Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memperoleh jumlah undi minimum sebanyak 3.5 peratus untuk membolehkan kedua parti itu mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia. - HARAKAHDAILY 10/5/2014
Sumber HD - 10-5-2014

PDI-P menang Pemilu Parlimen Indonesia
JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan sebagai pemenang dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen yang diadakan bulan lepas.
Pada pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) tengah malam Jumaat, PDI-P meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta undi daripada keseluruhan 124.97 juta pemilih berdaftar.
Keputusan rasmi tersebut tidak banyak berbeza dengan kiraan awal yang dilakukan pelbagai badan kaji selidik sejurus selepas pilihan raya tersebut pada 9 April lepas.
Parti Golongan Karya (Golkar) yang dipimpin Aburizal Bakrie kekal di kedudukan kedua apabila meraih 14.75 peratus atau 18.43 juta undi.
Parti yang diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra pula di tempat ketiga dengan memperoleh 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada pada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.
Dalam pada itu, daripada 12 parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu, dua parti iaitu Parti Bulan Bintang (PBB) serta Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memperoleh jumlah undi minimum sebanyak 3.5 peratus untuk membolehkan kedua parti itu mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia.
Pada kiraan pusingan pertama Pemilu yang diadakan bulan lepas itu, PBB memperoleh 1.46 peratus manakala PKPI meraih 0.91 peratus undi.
Sementara itu, Pemilu Presiden akan diadakan pada 9 Julai depan.
Berdasarkan keputusan rasmi tersebut, tiada satu pun parti politik yang meraih undi minimum untuk membolehkan mereka menamakan calon presiden masing-masing.
Justeru, parti-parti politik berkenaan perlu membentuk pakatan untuk bertanding dalam Pemilu Presiden tersebut.
Mengikut sistem demokrasi Indonesia, sebuah parti politik perlu meraih sekurang-kurangnya 25 peratus daripada keseluruhan undi atau minimum 20 peratus daripada 560 kerusi DPR sebelum boleh menamakan calon presiden dan naib presiden. - BERNAMA

Saat kritikal proses demokrasi Thailand bermula
BANGKOK: Hari-hari mendatang akan menjadi kritikal bagi menentukan proses pilihan raya umum Thailand, berikutan penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat dengan kerajaan sementara pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai pilihan raya umum baharu yang dirancang diadakan pada 20 Julai.
Bagaimanapun, bermula kini hingga Rabu depan, terdapat beberapa acara besar yang boleh mempengaruhi proses pilihan raya itu.
Setakat 1.20 pagi semalam, rumah seorang hakim Mahkamah Perlembagaan di sini terkena serangan bom tangan malam semalam, yang banyak dispekulasikan sebagai tindak balas terhadap penyingkiran Yingluck.
Terdapat kebimbangan mengenai banyaknya keganasan yang bakal tercetus.
Perhimpunan besar yang dirancang kumpulan antikerajaan Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) dan Baju Merah pro-kerajaan.
PDRC yang diketuai Suthep Thaugsuban sepatutnya mengadakan perhimpunan utama di Bangkok pada 14 Mei, namun ia dipercepatkan hari ini, yang disifatkan mereka sebagai "serangan terakhir".
Ini berikutan parti pemerintah, Pheu Thai masih mengawal kerajaan sementara walaupun pemergian bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra dengan kebanyakan menteri masih mengekalkan jawatan mereka.
Kumpulan pro-kerajaan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar pada 10 Mei di Aksa Road di kawasan Phuthamonthon, tidak jauh dari sini bagi membantah penyingkiran Yingluck.
Mengenai pertemuan SPR dengan kerajaan sementara yang diketuai perdana menteri sementara dan Menteri Perdagangan Thailand Niwatthamrong Boonsongphaisan, ia akan membincangkan perkara mengenai undang-undang, demikian diberitahu Setiausaha Agung SPR, Phuchong Nutrawong kepada pemberita selepas mesyuarat SPR di sini semalam.
Beliau juga berkata, perkara lain yang akan dibincangkan ialah siapa yang akan mempunyai kuasa untuk mendapatkan sokongan untuk Dekri Diraja mengenai pilihan raya dari Raja Thailand Bhumibol Adulyadej.
Beliau berkata mesyuarat dengan kerajaan sementara itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Pusat Kompleks Kerajaan, Chaengwattana, berhampiran lokasi perkhemahan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan. - Bernama
Sumber HD - 9-5-2014

Yingluck disingkir, penyokong & penentang rancang himpunan
BANGKOK: Penyingkiran perdana menteri sementara Yingluck Shinawatra (gambar) oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam menjadikan keadaan politik di negara ini terus tidak menentu.
Dekri mengenai pilihan raya umum belum dikeluarkan, manakala kumpulan penyokong dan penentang kerajaan merancang untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran dalam tempoh terdekat bagi mengukur sokongan yang diterima mereka.
Mahkamah Perlembagaan mendapati Yingluck bersalah terhadap tuduhan menyalahguna kuasa dengan tindakannya menukar ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thawil Pliensri pada 2011, dan oleh itu perlu berundur.
"Yingluck tidak boleh lagi memegang jawatan sebagai perdana menteri sementara," kata mahkamah itu.
Mahkamah tersebut berkata keputusan menukar ketua NSC itu dibuat dengan tergesa-gesa, tidak telus, tidak beretika, bukan kerana kepentingan negara dan melanggar perlembagaan.
Keputusan itu juga bermakna sembilan daripada 25 menteri Kabinet yang terbabit membuat keputusan berkenaan turut hilang jawatan masing-masing, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sementara Kittirat Na Ranong, dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Sementara Surapong Tovichakchaikul.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata kabinet meluluskan pencalonan Niwatthamrong Boonsongpaisan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sementara untuk menggantikan Yingluck.
Beratus-ratus penyokong Yingluck berkumpul di hadapan pejabat sementara beliau untuk memberi sokongan dan galakan selepas beliau disingkirkan mahkamah daripada jawatannya.
Dalam reaksi pertamanya mengenai keputusan mahkamah itu, Yingluck berkata beliau akan terus bersama rakyat dan berkhidmat kepada mereka tanpa mengira jawatan yang disandang.
"Saya bangga kerana telah menjadi perdana menteri. Setiap minit, setiap hari dalam tempoh dua tahun, sembilan bulan dan dua hari itu merupakan saat-saat yang amat membanggakan bagi saya kerana dapat bertugas sebagai perdana menteri yang dipilih rakyat," kata Yingluck pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kerajaan.
Yingluck enggan mengulas secara langsung tentang keputusan Mahkamah Perlembagaan hari ini dan hanya berkata beliau sedang menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah.
Yingluck menghadapi satu lagi kes mahkamah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mengenakan terhadapnya tuduhan mengabaikan tanggungjawab berhubung skim subsidi padi yang berhutang berbilion baht kepada petani, yang didakwa para pengkritik sebagai penuh dengan amalan rasuah.
Perkembangan terbaru ini menaikkan semangat kumpulan 'Baju Merah', gelaran yang diberi kepada penyokong kerajaan.
Kumpulan Baju Merah dijadual mengadakan perhimpunan mulai hari ini hingga 9 Mei di stesen TV Asia Update di Latprao, Bangkok, untuk mengadakan raptai penuh sebelum mengadakan perhimpunan secara besar-besaran yang dijadualkan pada 10 Mei di Aksa Road di kawasan Phuthamonthon, tidak jauh dari sini.
Kumpulan penentang kerajaan, yang bernaung di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) juga merancang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara Thailand ini pada 14 Mei.
Keputusan mahkamah itu bagaimanapun tidak memberi kemenangan penuh kepada kumpulan penentang kerajaan kerana majoriti anggota kabinet masih kekal dengan jawatan masing-masing dan tidak digantikan seluruhnya seperti yang dituntut kumpulan berkenaan selama ini.
Sementara itu, isu pilihan raya umum, yang ingin diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 20 Julai, masih tertangguh kerana Dekri Diraja yang memerintahkan pilihan raya diadakan, masih belum dikeluarkan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata beliau sedang menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai mesyuarat yang akan diadakan Jumaat ini untuk membincangkan perkara berkaitan pilihan raya itu.
Deraf Dekri Pilihan Raya itu sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat mingguan kabinet semalam.
Parti pemerintah, Pheu Thai, mahu pilihan raya umum diadakan lebih cepat memandangkan ia masih mendapat sokongan di kawasan utara negara ini, manakala pembangkang pula mempunyai kekuatan di Bangkok dan selatan Bangkok.
Pheu Thai menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum itu kelak. - Bernama

Calon presiden dianggap rendahkan martabat Golkar
JAKARTA: Dewan Pertimbangan (Wantim) Parti Golongan Karya (Golkar) menyangkal spekulasi bahawa Ketua Umum parti berkenaan, Aburizal Bakrie (gambar) dijadikan calon naib presiden bagi calon presiden parti lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.
Badan tertinggi Parti Golkar itu berpendapat, spekulasi itu tidak sepatutnya timbul kerana parti tersebut berada pada kedudukan kedua pada Pemilu Parlimen, 9 April lepas.
Sebelum ini, Aburizal telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yang menyebabkan Aburizal dikatakan 'merendahkan martabat' Parti Golkar apabila bersedia menjadi calon naib presiden kepada Prabowo.
"Aburizal tetap sebagai calon presiden Parti Golkar. Kami tidak membincangkan beliau menjadi calon naib presiden kepada parti lain. Kami dari Wantim tetap meletakkan beliau sebagai calon presiden," kata Ketua Wantim Parti Golkar, Akbar Tanjung di sini, Selasa.
Akbar berkata jika pertemuan antara Aburizal dan Prabowo adalah bagi menjalinkan pakatan antara kedua-dua parti berkenaan, penentuan calon presiden dan naib presiden tidak sepatutnya dibincangkan.
"Kalau mahu melakukan pakatan...pakatan dalam bentuk apa? Boleh saja pakatan itu nanti dalam pemerintahan, bukan masalah siapa calon presiden dan siapa calon naib presiden," katanya.
Berdasarkan kiraan awal pada Pemilu Parlimen lepas, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) berada pada kedudukan teratas, diikuti Golkar manakala Gerindra di tempat ketiga. - Bernama
Sumber HD - 9-5-2014
2 letupan bom gegar Hat Yai, 13 cedera
HAT YAI: Hat Yai, bandar di selatan Thailand yang popular dengan pelancong termasuk dari Malaysia, digegarkan oleh dua letupan bom hari ini mengakibatkan 13 orang cedera dan beberapa kenderaan musnah.
Tidak ada rakyat Malaysia tercatat dalam senarai mangsa yang cedera dan menerima rawatan di lima hospital di bandar tersebut.
Ketua Polis Wilayah Songkla, Mej Jen Akapop Prasitwattanachai, berkata hanya dua letupan berlaku dan bukan empat seperti dilaporkan lebih awal.
Letupan pertama berlaku pada jam 1.30 petang di hadapan kedai runcit 7-11 di Jalan Polpichai.
Ia merupakan bom buatan sendiri dipasang pada motosikal dan diletupkan dengan mengguna jam digital, kata beliau.
Bom kedua seberat 50 kilogram dipasang dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta di sebelah Balai Polis Daerah Hatyai.
Ia diletupkan pada 1.55 petang menyebabkan lebih sepuluh buah kereta milik pegawai polis dan kereta tahanan polis terbakar.
Kebanyakan cermin bilik flat kediaman polis empat tingkat yang terletak bersebelahan musnah akibat kekuatan letupan itu.
Pihak polis belum mengenalpasti kumpulan yang mendalangi serangan itu.
Sementara itu, jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi Bernama dari Alor Setar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.
Hat Yai terletak kira-kira 45 kilometer dari Bukit Kayu Hitam. - Bernama
Sumber HD - 6-5-2014

Thailand dilanda gempa bumi kedua dalam tempoh dua hari
KUALA LUMPUR: Thailand hari ini dilanda gempa bumi kedua dalam tempoh dua hari.
Gempa bumi berkuran 5.2 pada skala Richter melanda 122km barat laut Chiang Mai pada 8.58 pagi hari ini, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa ini berlaku berikutan gegaran terdahulu pada magnitud 6.2 yang melanda daerah Phan di Chiang Rai pada 6.08 pagi, semalam.
Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, gempa bumi berkenaan tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, sebagaimana gempa pada Isnin.

PRU Thailand ditetap 20 Julai
BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umumnya pada 20 Julai ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tarikh itu ditetapkan susulan pertemuan antara anggota SPR dengan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra serta beberapa anggota kanan Kabinetnya.
Pilihan raya umum itu adalah bagi menggantikan pilihan raya pada 2 Feb yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan bulan lepas.
Setiausaha Agung SPR Phuchong Nutrawong berkata tarikh itu dipersetujui pada pertemuan semalam.
"Suasana mesyuarat amat baik. Anggota SPR Somchai Srisittiyakorn memberi taklimat mengenai masalah pada pilihan raya sebelum ini pada mesyuarat itu," kata Phuchong dalam sidang media selepas mesyuarat lebih dua jam di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand di sini, semalam.
Beliau berkata jika perlu, kerajaan bersetuju mengeluarkan perintah diraja bagi menangguhkan pilihan raya umum itu jika timbul masalah untuk mengadakannya.
Menurutnya SPR akan bermesyuarat mengenai perkara itu pada 6 Mei ini dan akan membuat cadangan kepada kerajaan sementara, yang kemudian akan mengemukakan pula cadangan kepada Kabinet minggu depan.
Selepas itu, kerajaan akan mengeluarkan perintah diraja bagi mengadakan pilihan raya yang baharu, kata Phuchong.
Walaupun kebanyakan parti politik bersetuju mengenai pilihan raya itu, tetapi ia mungkin menghadapi tentangan daripada kumpulan antikerajaan yang diketuai Suthep Thaugsuban, yang masih menganjurkan tunjuk perasaan jalanan sejak beberapa bulan lepas.
Kumpulan itu masih berkhemah di beberapa kawasan di Bangkok dan menuntut beberapa pembaharuan serta mendesak Yingluck dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri sementara. - Bernama
Sumber HD - 1-5-2014
BRUNEI MULA LAKSANA HUDUD - 1 REJAB 1435H / 1 MEI 2014 : http://www.youtube.com/watch?v=EBeDJReyIaY
Warga Australia tidak boleh didakwa di Indonesia
JAKARTA: Seorang penumpang warga Australia yang mencetuskan amaran rampasan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali pada Jumaat, hanya boleh didakwa di bawah undang-undang Australia, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia.
Ketua Penyiasat Awam dan Keselamatan Penerbangan kementerian berkenaan Rico Richardo berkata Matt Christopher Lockley, 28, tidak boleh didakwa di bawah undang-undang penerbangan Indonesia kerana negara berkenaan telah mengesahkan Konvensyen Tokyo 1963.
Konvensyen Tokyo menyediakan kerangka kerja undang-undang untuk berurusan dengan penumpang yang sukar dikawal, atau dengan tingkah laku mengganggu yang membawa kepada serangan fizikal, atau menimbulkan ancaman kepada keselamatan penerbangan.
"Konvensyen itu menetapkan negara di mana pesawat mendarat boleh menjalankan penyiasatan bagi mengetahui motif tindakan itu. Keputusan akan diselaras dengan negara di mana pesawat itu didaftar dan di mana (pesalah itu) datang.
"Berdasarkan Konvensyen Tokyo 1963, pihak berkuasa kepada penguatkuasaan undang-undang jenayah adalah negara di mana pesawat itu didaftar. Dalam kes ini, Australia mempunyai kuasa," kata Rico seperti dipetik agensi berita Antara.
Mengikut Perkara 412 Undang-Undang Penerbangan Indonesia, seseorang yang membahayakan keselamatan pesawat boleh didakwa dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda Rupiah 500 juta (AS$43,200).
Bagaimanapun, Rico berkata pihak berkuasa Indonesia masih perlu menyiasat serta menyoal Lockley dan anak kapal pesawat berkenaan termasuk juruterbang Neil Thomas Cooper dan pembantu juruterbang Ryan Richard Stockwell.
"Kami akan menyiasat motif serta hal lain dan kemudian kami akan menghubungi kerajaan Australia. Kami juga akan menyelaras dengan Pejabat Imigresen (untuk penghantaran pulang suspek)," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan pasukan dari Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Polis Bali.
Beliau berkata pihaknya juga akan menyoal juruterbang dan anak kapal bagi menentukan sama ada mereka melaksanakan prosedur standard keselamatan atau sebaliknya.
Dalam insiden pukul 2 petang itu, Lockley mencetus kekecohan apabila didakwa tidak henti-henti mengetuk pintu kokpit pesawat Boeing 737-800 milik Virgin Australia dari Brisbane ke Denpasar, yang membawa 131 penumpang dan enam anak kapal.
Lockley, dalam keterangan kepada polis semalam, menafikan dia mabuk sebaliknya mendakwa tersilap menyangka pintu kokpit adalah pintu tandas.
Lockley juga menyatakan dia tertekan dalam penerbangan itu kerana ingin mencari isterinya, seorang rakyat Indonesia, yang gagal dihubungi sejak dua minggu lepas. - Bernama
Sumber HD - 28-4-2014

PM Singapura umum rombakan kabinet
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan rombakan kabinet dan pelantikan politik lain bertujuan memantapkan barisan kabinet bagi menangani cabaran dan memastikan Singapura melepasi fasa pembangunan selanjutnya.
Ini merupakan rombakan kali ketiga selepas pilihan raya umum 2011.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Lee berkata Singapura sedang melalui peralihan yang penting.
Beliau berkata perubahan dasar teras itu memerlukan kepimpinan politik yang mantap, pelaksanaan yang berkesan dan sokongan padu daripada rakyat Singapura.
Di bawah rombakan itu, Pemangku Menteri Menteri Tenaga Manusia
Tan Chuan-Jin dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong dilantik sebagai menteri penuh mulai 1 Mei.
Wong juga akan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Penerangan Kedua.
Pada masa ini, beliau ialah Menteri Kanan Negara di Kementerian Komunikasi dan Penerangan.
Tan pula akan dilantik sebagai menteri penuh di Kementerian Tenaga Manusia.
Sementara itu, Setiausaha Kanan Parlimen di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Sam Tan Chin Siong akan dilantik sebagai Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan MCCY.
Beliau akan melepaskan portfolio sekarang di Kementerian Hal Ehwal Luar.
Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Datuk Bandar Central Singapore CDC pada 27 Mei 2014 apabila tempoh penggal sebagai datuk bandar berakhir.
Dr Lam Pin Min pula dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Ogos 2014.
Denise Phua akan menggantikan Sam Tan sebagai Datuk Bandar Central Singapore CDC berkuat kuasa 27 Mei 2014.
Dr Amy Khor akan melepaskan jawatannya sebagai Datuk Bandar South West CDC pada 27 Mei 2014, apabila tempoh penggalnya berakhir.
Beliau akan terus memegang jawatan Menteri Kanan Kesihatan di Kementerian Kesihatan dan Tenaga Manusia.
Low Yen Ling akan menggantikan Dr Amy Khor sebagai Datuk Bandar South West CDC berkuat kuasa 27 Mei.
Low juga dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia selain serentak dengan pelantikannya di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Lee berkata perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan kerajaan dan menjangka akan membuat rombakan selanjutnya dari semasa ke semasa bagi melahirkan kepimpinan terbaik untuk Singapura. - Bernama
Sumber HD - 30-4-2014

PM Korea Selatan letak jawatan insiden feri karam
- Apr 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara itu daripada berlaku.
"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan," katanya dipetik astroawani.
Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.
Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.
Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengendalian operasi menyelamat.
Sumber HD - 27-4-2014
Pemilu: Jokowi berhak pilih calon Naib Presiden
- Apr 25, 2014
- Elmi Rizal Alias
"Jokowi mempunyai hak sepenuhnya menentukan nama bakal calon naib presiden kerana calon naib presiden PDI-P harus boleh bekerjasama dan memiliki ideologi yang sama dengan Jokowi," kata AP Batubara kepada pemberita di sini, Rabu.
Namun, Anggota Dewan Pertimbangan Pusat PDI-P itu meminta Jokowi agar berunding terlebih dahulu dengan Ketua Umum parti berkenaan, Megawati Soekarnoputri sebelum menetapkan pilihan nama bakal calon naib presidennya itu.
AP Batubara turut menyarankan kepada Jokowi agar umur bakal calon naib presiden itu tidak jauh berbeza dengan beliau yang kini berusia 53 tahun, kerana jika terpilih sebagai Presiden Indonesia, kedua-dua mereka boleh bekerjasama secara maksimum.
Selain itu, bakal calon naib presiden PDI-P itu juga perlu memahami Undang-Undang Dasar Indonesia 1945 dan ideologi Pancasila, serta bertekad mewujudkan kesejahteraan rakyat negara itu melalui program ekonomi kerakyatan, katanya.
Pada masa sama, AP Batubara berkata Jokowi tidak memerlukan dana yang besar untuk menghadapi pemilihan umum tersebut kerana populariti dan penampilan beliau kini sudah dikenali sebahagian besar masyarakat Indonesia.
"Tanpa harus banyak mengeluarkan dana, saya optimis Jokowi boleh memenangi pemilihan umum tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Ap Batubara berkata Jokowi perlu menggunakan khidmat perunding politik yang baharu bagi menghadapi Pemilu Presiden kerana cabarannya berbeza berbanding semasa Pemilu Parlimen, 9 April lepas. - Bernama
Sumber HD - 25-4-2014
Fenomena Jokowi tidak sehebat Susilo, dakwa pemuda Golkar
- Apr 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Namun, Ketua Umum Angkatan Muda Parti Golkar, Yorrys Raweyai berpendapat fenomena 'kesan Jokowi' itu tidak sehebat ketika Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono dicalonkan merebut jawatan presiden negara itu pada Pemilu 2004.
"Siapa yang menyangka Susilo yang cuma mendapat 6.7 peratus (daripada hasil tinjauan), tetapi menjadi presiden. Fenomena Jokowi (hebat) tetapi (pencapaian Jokowi kini) tidak sehebat Susilo pada 2004," kata Yorrys seperti dipetik portal berita, Tribunnews.com, di sini, Rabu.
Beliau berkata setelah Pemilu Presiden 2004, pencapaian Susilo melonjak apabila memperoleh 67 peratus undi, namun tinjauan pada masa ini selepas Pemilu Parlimen 9 April lepas, mendapati mereka yang akan mengundi Jokowi sebagai presiden Indonesia, kekal sebanyak 37 peratus.
Yorrys juga berpendapat, selain dua calon presiden iaitu Jokowi mahupun Prabowo Subianto dari Parti Gerindra, ada beberapa lagi calon bakal tampil merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu pada Pemilu Presiden akan datang.
"Perkara ini (pencalonan presiden) harus dilihat setelah Suruhanjaya Pemilihan Umum mengumumkan secara rasmi perolehan undi Pemilu Parlimen, 9 Mei ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui dirinya pesimis Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie akan merebut jawatan presiden pada Pemilu Presiden itu, kelak.
Berdasarkan undian awal Lembaga Lingkaran Survei Indonesia (LSI) baru-baru ini, meletakkan PDI-P di kedudukan teratas selepas memperoleh 19.77 peratus undi diikuti Parti Golkar (14.61), Gerindra (11.80) manakala parti pemerintah, Demokrat di tempat keempat dengan 9.73 peratus. - Bernama
Sumber HD - 24-4-2014
Polis bentuk pasukan jaga keselamatan calon presiden
- Apr 23, 2014
- ELMI RIZAL ALIAS
"Seluruh anggota pada masa ini sedang fokus melaksanakan keselamatan dalam pemilihan parlimen mulai dari tempat penjumlahan undi hingga ke Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) daerah di seluruh Indonesia," kata Ketua Polri Jeneral Sutarman di Kawasan Industri Jababeka Bekasi, Selasa.
Pemilu Parlimen Indonesia berlangsung 9 April lepas dan KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya umum berkenaan dari 7 hingga 9 Mei ini.
Sementara itu, jurucakap polis Indonesia Brigidier Jeneral Boy Rafli Amar berkata setiap calon presiden dan naib presiden yang ditetapkan oleh KPU akan dijaga oleh satu pasukan keselamatan.
"Tetapi, sebelum inipun, kami sudah melakukan langkah-langkah keselamatan kepada individu yang dinyatakan oleh parti masing-masing sebagai calon presiden," katanya.
Beliau berkata perlindungan proaktif pihak polis kepada calon presiden dan naib presiden berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan tokoh politik itu ketika melaksanakan aktiviti di tempat awam mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPU.
Dalam pada itu, Polri akan menambah jumlah anggotanya bagi menghadapi Pemilu Presiden dalam usaha mencegah penipuan atau penyelewangan pada pilihan raya umum berkenaan.
Pada Pemilu Parlimen lepas, polis Indonesia menerima 202 laporan membabitkan 57 kes politik wang, pengundian lebih dari sekali (38) dan melanggar tempoh berkempen (19).
Bakinya membabitkan aktiviti kempen di tempat yang dilarang, merosakkan harta benda serta pemalsuan. - Bernama
Sumber HD - 23-4-2014
Parti politik Thailand gagal tentu tarikh baru p'raya
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun, mereka masih berbelah bahagi tentang bilakah ia sepatutnya diadakan.
Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan tiga tarikh, iaitu 20 Julai, 17 Ogos atau 14 Sept, namun tidak mendapat sokongan padu daripada 58 parti yang menghadiri mesyuarat tiga jam tengah hari semalam untuk mencari penyelesaian.
Parti pemerintah Pheu Thai Party yang merupakan pilihan untuk memenangi pilihan raya itu sekiranya diadakan, mahu tarikh lebih awal, manakala parti politik kecil berharap ia diadakan seberapa segera.
Parti Demokrat, parti pembangkang utama yang memulau pilihan raya umum Februari lepas, tidak menghantar wakil selepas ketuanya, bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva enggan hadir disebabkan soal keselamatan.
Sekurang-kurangnya dua wakil daripada parti politik keluar ketika mesyuarat sedang berlangsung disebabkan tidak berpuas hati dengan giliran untuk bercakap.
Beratus-ratus penunjuk perasaan, diketuai sami Buddha Issara daripada Jawatankuasa
Pembaharuan Demokrasi Rakyat, tampil sebelum mesyuarat bermula dan mengadakan tunjuk perasaan aman dengan menggesa supaya pembaharuan mengambil tempat sebelum pilihan raya itu diadakan.
Beliau kemudian menyerahkan kain rentang menggesa agar diadakan pembaharuan sebelum pilihan raya kepada pegawai SPR, dan kain rentang itu kemudiannya digantung di dalam bilik mesyuarat ketika perbincangan sedang berlangsung.
Dalam mesyuarat berkenaan, wakil Pheu Thai, Pokin Palakul berkata konflik yang melanda negara itu boleh diselesaikan dengan 'mendengar' suara rakyat menerusi undi.
Seorang anggota SPR, Somchai Srisitthiyakorn berkata suruhanjaya itu boleh menetapkan tarikh pilihan raya tetapi kumpulan politik yang berbalah itu perlu berunding terlebih dahulu.
Seorang wakil daripada parti yang kecil, Thai Rak Tham Party, mencadangkan supaya SPR mengadakan pendaftaran pilihan raya di kawasan pangkalan tentera atas faktor keselamatan memandangkan pendaftaran sebelum ini diganggu penunjuk perasaan antikerajaan.
Akibatnya, pendaftaran tidak dilakukan di beberapa lokasi, sehinggakan pilihan raya itu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan. - Bernama
Sumber HD - 23-4-2014
60 parti politik Thai bincang tarikh p'raya
- Apr 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Somchai Srisitthiyakorn berkata lebih 60 parti politik akan menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya baharu yang bakal diadakan.
Perjumpaan itu akan disiarkan secara langsung oleh dua saluran televisyen dan wakil setiap parti akan diberi masa satu minit setengah untuk bercakap.
Ini disusuli dengan hujahan wakil kumpulan yang menyokong pilihan raya diadakan segera dan kumpulan yang mahu ia ditangguhkan, yang masing-masing diberi masa setengah sejam untuk berbuat demikian.
Pilihan raya umum pada 2 Feb tahun ini diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan kerana ia tidak diadakan pada hari yang sama di seluruh negara selepas para penunjuk perasaan menyekat urusan pendaftaran calon bagi berpuluh kerusi yang dipertandingkan.
Pemimpin dua parti utama, Jarupong Ruengsuwarn daripada parti pemerintah, Pheu Thai, dan bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva daripada parti pembangkang utama, Parti Demokrat, mengesahkan kehadiran mereka hari ini.
Pheu Thai berulang kali menggesa supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin sebagai cara terbaik untuk mengatasi konflik politik yang wujud sekarang.
Parti itu meminta pilihan raya diadakan pada Jun manakala Suruhanjaya Pilihan Raya pula mahu ia diadakan pada akhir Julai.
Parti Demokrat memulau pilihan raya umum lepas dan tidak memberi komitmen untuk menyertainya, terutamanya kerana tidak bersetuju Yingluck Shinawatra terus menyandang jawatan perdana menteri.
Thailand mengalami kelompongan politik dan pentadbiran hampir enam bulan berikutan kedudukan Yingluck sebagai perdana menteri sementara, yang hanya mempunyai kuasa terhad untuk mentadbir negara.
Suthep Thuagsuban, pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) yang antikerajaan dan sekutunya telah mengadakan bantahan di Bangkok sejak beberapa bulan lepas untuk mendesak supaya pembaharuan dilakukan sebelum pilihan raya baharu diadakan selain mahu Yingluck disingkirkan sebagai perdana menteri sementara.
Para penunjuk perasaan masih berkampung di hadapan kompleks kerajaan di daerah Chaengwattana dengan diketuai sami Bhudda Issara, manakala Suthep pula mengetuai satu kumpulan yang berkampung di Lumpini Park.
Sementara itu, kumpulan prokerajaan 'United Front for Democracy against Dictatorship' yang lebih dikenali sebagai Baju Merah dan kumpulan antikerajaan yang diketuai Suthep kini mengumpul penyokong untuk mengadakan perhimpunan apabila Mahkamah Perlembagaan menyampaikan keputusannya pada akhir bulan ini mengenai kes terhadap Yingluck berhubung pertukaran bekas ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pilensri.
Sekiranya mahkamah memutuskan pertukaran itu tidak sah, Yingluck boleh dipecat daripada jawatannya dan ini akan menambahkan lagi keadaan tidak menentu di negara ini. - Bernama
Sumber HD - 22-4-2014
Kos hidup di Jakarta tinggi, kata firma penyelidikan
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Suasana Jakarta pada hari kempen tanpa kereta.
Pengurus Negara Ipsos Business Consulting Indonesia, Domy Halim berkata berdasarkan kaji selidik terbaharu syarikat itu pada hujung Februari lepas, kos hidup di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Bangkok, Hong Kong dan New York.
Kaji selidik itu membandingkan peratusan wang yang dibelanjakan oleh penduduk Jakarta terhadap beberapa produk dan keperluan gaya hidup seperti kopi, makan di luar, sambungan internet jalur lebar, tiket wayang dan telefon pintar antara lain.
Satu cawan minuman panas di sebuah kedai kopi boleh mencecah harga sehingga US$2.88 (RM9.30) di Jakarta.
"Angka ini mewakili 1.12 peratus daripada pendapatan purata penduduk. Di Hong Kong, penduduknya membelanjakan 0.28 peratus daripada pendapatan purata mereka terhadap barangan serupa.
"Bagaimanapun, persepsi rakyat sama ada sesuatu produk itu mahal atau tidak juga bergantung kepada status sosioekonomi mereka," kata Domy. - Bernama
Sumber HD - 20-4-2014
9 maut di Jawa Timur akibat minum arak tempatan
- Apr 20, 2014
- ELMI RIZAL ALIAS
Ketua Polis Malang Adi Deriyan Jayamarta berkata lebih 20 orang menghadiri dua jamuan pada Isnin, yang menyajikan oplosan.
Sejumlah 14 orang menghadiri jamuan di Jalan Sumberwaras, Kalirejo manakala sembilan lagi di Kampung Sidodadi, kedua-duanya terletak dalam daerah kecil Lawang di Malang.
"Setakat hari ini, sembilan orang maut. Lima mati di Sumberwaras dan empat lagi di Kampung Sidodadi," Adi dipetik oleh akhbar harian tempatan Jakarta Globe, sebagai berkata hari ini.
Beliau berkata pengunjung majlis itu dimasukkan ke tiga hospital di Malang iaitu Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Hospital Wilayah Lawang dan Hospital Panti Nirmala.
"Tiga daripada mereka kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi," katanya.
Adi berkata polis kini menyiasat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan koktel yang diminum dari 9 pagi hingga 11 malam pada Isnin.
Beliau berkata polis tidak dapat menjalankan bedah siasat ke atas beberapa mangsa kerana mayat mereka sudah dikebumi oleh keluarga masing-masing.
"Bagi menentukan punca kematian, polis mengambil sampel darah dan air kencing daripada seorang mangsa yang dirawat di Hospital Besar Dr Saiful Anwar di Malang.
"Kami mengesyaki mereka mendapat keracunan alkohol namun belum dapat mengesahkan sama ada ia disebabkan oleh metanol atau etanol," katanya. - Bernama
Sumber HD - 20-4-2014
Penyokong & penentang Yingluck rancang himpunan jalanan
- Apr 18, 2014
- HARAKAHDAILY
BANGKOK: Suasana politik di Thailand, terutamanya di sekitar Bangkok, agak sejuk sedikit dek simbahan air sempena sambutan Songkran beberapa hari lepas.
Bagaimanapun, suhunya kembali meningkat ketika Mahkamah Perlembagaan negara ini bakal menyampaikan keputusannya berhubung nasib politik Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.
Pada masa ini, pertikaian adalah di dalam mahkamah namun tidak lama lagi ia akan merebak ke jalanan memandangkan kumpulan Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator yang prokerajaan dan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat yang antikerajaan masing-masing mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan.
Mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusan dalam kes melibatkan pertukaran bekas Ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri.
Di dalam mahkamah pula, Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan sama ada akan memberi lebih masa kepada Yingluck untuk membuat persediaan membela diri dalam kes melibatkan pertukaran Thawil.
Setiausaha Agung Mahkamah Perlembagaan Chaowana Trimas berkata mahkamah akan membuat keputusan pada 23 April berhubung permohonan Yingluck untuk mendapatkan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan dirinya dalam kes itu.
"Hakim masih belum memberi pendapat mereka dalam perkara itu bagaimanapun mereka masih menjalankan tugas seperti biasa," kata Chaowana.
Beliau sebelum itu ditanya sama ada mahkamah didesak untuk menimbangkan kes itu berikutan rancangan kumpulan prokerajaan dan antikerajaan untuk mengadakan perhimpunan pada hari mahkamah membuat keputusannya dalam kes itu.
Beliau berkata pertimbangan mahkamah bukanlah matlamat politik sebaliknya satu undang-undang, dan menegaskan mahkamah membuat pertimbangan bagi setiap kes dengan cara yang saksama dan tanpa diskriminasi.
Mahkamah Perlembagaan sebelum itu menerima permohonan untuk membuat keputusan sama ada Yingluck, yang juga Menteri Pertahanan, menyalahgunakan kuasanya dalam kes Thawil, yang digugurkan daripada jawatannya atas arahan perdana menteri dan ditukar ke jawatan sebagai penasihat di Pejabat Perdana Menteri.
Hari ini adalah tarikh akhir bagi Yingluck membela diri dalam kes itu, tetapi beliau menerusi peguamnya mengemukakan permohonan agar diberi lanjutan 15 hari untuk menyediakan dokumen dan bukti. - Bernama
Sumber HD - 18-4-2014
Pemilu Indonesia: PDI-P dahului parti lain
- Apr 10, 2014
- Elmi Rizal Alias
JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mendahului 11 parti nasional lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia 2014 semalam, berdasarkan pengiraan segera oleh beberapa institut kaji selidik.
Setakat 6 petang semalam, hasil kaji selidik yang diperoleh agensi berita Antara dengan kerjasama Radio Republik Indonesia, mendapati PDI-P yang dipimpin bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri memperoleh undi sebanyak 17.13 peratus undi.
Parti Golongan Karya (Golkar) di tempat kedua dengan meraih 15.51 peratus undi manakala parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menduduki posisi ketiga dengan 10.05 peratus.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di tempat keempat setelah memperoleh 9.62 peratus, diikuti Parti Kebangkitan Nasional (PKB - 9 peratus), Parti Persatuan Pembangunan (PPP - 8.15 peratus).
Parti Amanat Nasional (PAN - 7.53 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem - 6.93 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS - 6.84 peratus) dan Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura - 6.72 peratus).
Dua parti yang meraih undi paling sedikit adalah Parti Bulan Bintang (PBB) yang mendapat 1.36 peratus undi dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI - 1.15 peratus).
Hasil pengiraan segera seperti dilaporkan akhbar Kompas juga menunjukkan PDI-P mengungguli parti lain apabila memperoleh 18.34 peratus undi diikuti Golkar (17.42) dan Gerindra (12.72).
Sementara, hasil kaji selidik oleh Lingkarang Survei Indonesia menunjukkan PDI-P meraih 19.51 peratus undi manakala Golkar dan Gerindra, masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan memperoleh 16.15 dan 12.16 peratus.
Sebanyak 185.5 juta pengundi berdaftar di Indonesia hari ini memilih wakil rakyat bagi menduduki 560 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen Indonesia pada pilihan raya umum kali ini.
Rakyat Indonesia juga secara serentak memilih lebih 18,000 anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Tingkat I dan Tingkat II (ahli majlis tempatan) di semua 33 provinsi atau wilayah.
Mengikut sistem demokrasi Indonesia, sesebuah parti politik atau gabungan parti politik yang dapat meraih 25 peratus undi popular atau memperoleh paling minimum 20 peratus kerusi DPR pada Pemilu, layak mengemukakan pasangan calon untuk pemilihan jawatan Presiden dan Wakil Presiden (Naib Presiden).
Pemilihan umum Presiden Indonesia akan diadakan pada 9 Julai depan.
Susilo sudah terpilih sebanyak dua kali dengan setiap penggal adalah selama lima tahun dan beliau tidak layak merebut jawatan itu kali ini, walaupun parti yang dipimpinnya, Demokrat memperoleh sejumlah undi popular dan kerusi yang mencukupi di parlimen.
Komisi Pemilihan Umum (KPU) dijangka mengumumkan keputusan rasmi Pemilu 2014 dari 7 hingga 9 Mei.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian di sekitar Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan mendapati proses yang melibatkan kira-kira 400 pengundi di setiap pusat pengundian itu berjalan lancar tanpa insiden kekecohan.
Lebih 500,000 pusat mengundi di seluruh Indonesia dibuka sejak 7 pagi dan ditutup pada 1 tengah hari tadi sempena Pemilu Parlimen 2014. - Bernama
Sumber HD - 10-4-2014
Dua maut, 23 cedera akibat 4 letupan di Yala
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.
Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan kedai.
Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.
Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan. - Bernama
Sumber HD - 7-4-2014
Rakyat Indonesia di Malaysia mengundi hari ini
- Apr 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata pusat terbabit dibuka di Kedutaan Indonesia, Sekolah Indonesia dan kediaman rasmi Duta Besar Indonesia bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Beliau menyasarkan 100,000 rakyat Indonesia yang berada di negara ini mengundi kali ini dan pihaknya turut mewujudkan pusat pungutan undi di kawasan petempatan rakyat Indonesia di seluruh negara.
"Kami juga turut menyediakan 102 tempat untuk rakyat Indonesia di sini mengundi secara pos dan 'drop box' bagi mereka yang menghadapi kesukaran bergerak ke tiga pusat mengundi ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini.
Herwan berkata dalam Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 ini, buat pertama kali kerajaan Indonesia menggunakan dakwat kekal terhadap pengundinya.
Keberkesanan kaedah ini akan dinilai selepas ini, katanya. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2014
Lelaki bersenjata serang demonstran Thailand, seorang terbunuh
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Wasan Kumwong, 52, anggota Rangkaian Pelajar dan Rakyat bagi Reformasi Thailand (NSPRT) meninggal dunia di hospital sementara empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menyerang hendap kenderaan mereka di Lebuhraya Chaeng Wattana.
Menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (EMS), mereka yang cedera terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Insiden terbaharu yang berlaku pukul 2.30 petang waktu tempatan menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam konflik politik yang berlarutan sejak November meningkat kepada 24 orang.
Mereka adalah antara penunjuk perasaan yang kembali ke tapak bantahan di Rumah Kerajaan selepas berarak ke Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) Suthep Thaugsuban.
Kumpulan penunjuk persaan antikerajaan mempunyai kawasan bantahan di Chaeng Wattana yang diketuai sami Buddha, Bhudda Issara.
Keadaan di Bangkok terus bergolak dan tidak stabil apabila penunjuk perasaan antikerajaan meneruskan bantahan di jalan-jalan raya di metropolitan Bangkok.
Pada masa yang sama, kumpulan baju merah prokerajaan berikrar untuk mengadakan perhimpunan pada Jumaat bagi menyuarakan sokongan kepada kerajaan Yingluck Shinawatra.
Yingluck menghadapi kemungkinan didakwa Suruhanjaya Antikerajaan Kebangsaan kerana dituduh cuai dalam menjalankan tugas bersabit dengan skim subsidi beras. - Bernama
Sumber HD - 2-4-2014
"Jokowi bukan calon presiden boneka," tegas Megawati
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Joko Widodo @ Jokowi
JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri menegaskan Joko Widodo atau Jokowi bukan calon presiden boneka. Sebaliknya, beliau berkata Jokowi dipilih oleh PDI-P untuk bertanding jawatan presiden pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 kerana Gabenor Jakarta itu seorang tokoh yang memiliki keupayaan memimpin Indonesia.
"Pak Jokowi orang yang tahu mana salah dan benar. Dia punya keupayaan baik sehingga layak memimpin. Sekali lagi, Pak Jokowi bukan boneka," kata Megawati ketika berucap pada kempen nasional PDI-P di Lapangan Sario, Kota Manado, Sulawesi Utara, semalam.
Ketua Dewan Pembina parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto, seorang lagi calon presiden, dalam kempen politiknya menyeru rakyat Indonesia agar tidak memilih calon presiden boneka, iaitu dua hari selepas PDI-P mengumumkan nama Jokowi sebagai calon mereka pada 14 Mac lepas.
Walaupun tidak menyebut nama Jokowi secara langsung, kenyataan Prabowo itu disifatkan oleh pemerhati politik merujuk kepada Gabenor Jakarta yang popular itu.
Menurut pemerhati politik, kenyataan Prabowo itu sebagai terjemahan kekecewaan pemimpin parti Gerindra itu terhadap PDI-P yang dianggap melanggar perjanjian ditandatangani pada 2009.
Pada perjanjian tersebut, PDI-P pernah berjanji untuk menyokong Prabowo sebagai calon presiden pada Pemilu 2014.
Sementara itu, Ketua Dewan Pimpinan Pusat PDI-P, Bambang Wuryanto berkata parti itu tidak akan melayan atau membalas sindiran yang dibuat mana-mana parti politik lawan.
Apa sahaja bentuk sindiran daripada mana-mana pihak, ia hanya menguntungkan PDI-P dan Jokowi sendiri, katanya. - Bernama
Sumber HD - 2-4-2014
PM Thailand bela diri di hadapan agensi cegah rasuah
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC) sama ada mencabar keterangannya atau sebaliknya akan menentukan masa depan politik Yingluck kerana pencabaran itu akan memaksa beliau meletak jawatan.
Yingluck, yang dituduh mengabaikan peranannya sebagai pengerusi jawatankuasa dasar beras, membuat pembelaan diri secara lisan dalam tempoh tidak sampai 30 minit di hadapan agensi itu.
Para peguam beliau turut mengemukakan beberapa kotak dokumen sebagai sebahagian daripada usaha membela diri Yingluck.
NACC akan bermesyuarat esok untuk menimbang bukti itu sebelum membuat keputusan sama ada mencabar keterangan Yingluck atau sebaliknya.
Sekiraya NACC memutuskan ada bukti yang mencukupi untuk mencabar keterangan Yingluck, maka Dewan Senat akan memainkan penting dalam menentukan nasib beliau.
Ini menjadikan keputusan pilihan raya Senat semalam sangat penting kerana ia menentukan pihak mana yang bakal menguasai Dewan Senat.
Proses mencabar keterangan itu boleh mengambil masa beberapa minggu dan keputusan untuk memecat Yingluck memerlukan sokongan undi tiga perlima senator.
Bagaimanapun, jika Yingluck dipecat daripada jawatannya, ia tidak akan menyelesaikan masalah politik di negara ini kerana penyokong kerajaan yang dikenali sebagai Baju Merah, akan mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di jalan raya.
Pengkritik skim subsidi padi, program yang belum melunaskan bayaran berjumlah lebih 100 bilion baht kepada beratus ribu pesawah kerana ketiadaan dana, berkata skim itu melibatkan banyak perbuatan rasuah dan hanya menguntungkan orang tengah bukan pesawah seperti yang sepatutnya.
Sementara itu, kerajaan tidak mampu menambah dana untuk menjelaskan bayaran kepada pesawah kerana kuasanya yang terhad sebagai kerajaan sementara. - Bernama
Sumber HD - 1-4-2014
Perjanjian Komprehensif: PAS sedia bantu Bangsamoro
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami berdoa agar perjanjian ini akan membawa kepada keamanan di Wilayah Selatan Filipina dan akhirnya rakyat Bangsamoro boleh melangkah ke hadapan melakar pembangunan bangsa mereka,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS bersedia untuk menghulurkan bantuan agar impian Bangsamoro membangunkan bangsa dan wilayah mereka yang berautonomi dapat dicapai.
Belau berkata, langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan adalah melakarkan perlembagaan atau 'Basic Law' untuk Wilayah Autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.
Justeru, kata beliau PAS bersedia untuk menghulurkan bantuan dan kepakaran kepada MILF di dalam usaha itu dan PAS meminta Kongres Filipina meluluskan Perlembagaan atau 'Basic Laws' itu dengan segera.
“Jangan lengah-lengah lagi, ini sajalah jalan perdamaian yang dapat dikecapi dan dengan perdamaian ini bukan sahaja wilayah selatan Filipina akan dapat membangun, malah keseluruhan negara Filipina dapat maju ke hadapan dan menumpukan keseluruhan fokus kepada pembangunan rakyat dan negara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sumber HD - 28-3-2014
DurianASEAN hubungkan rantau Asean dengan radio internet
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Saifuddin (tengah) bergambar tanda solidariti dengan para tetamu kehormat majlis pelancaran stesen radio internet, DurianASEAN.
KUALA LUMPUR: Sebuah stesen radio internet, DurianASEAN dilancarkan penubuhannya di Petaling Jaya semalam dengan memfokuskan isu-isu politik dan sosio-ekonomi yang berlaku di rantau Asean.
Selain membuat liputan berita, stesen radio ini juga akan menganalisa pengaruh dan kesan isu-isu tersebut ke atas kehidupan harian seluruh warga Asean, kata pengasas dan Pengarah Eksekutifnya, Jamaluddin Ibrahim (gambar).
"Tidak dapat dinafikan bahawa sudah terdapatnya penyiaran berita Asean di banyak negara lain, tetapi berita tersebut hanya menumpukan berita tentang Asean summit atau mesyuarat tahunan, termasuk sesetengah acara serantau yang berprofil tinggi.
"Warga Asean mengalami kekangan untuk menghubungkan kehidupan mereka dengan integrasi negara Asean. Mereka beranggapan bahawa masyarakat Asean 2015 tidak membawa apa-apa makna kepada mereka. Ini kerana mereka jarang mengambil tahu atau mengambil berat tentang isu-isu yang berlaku di negara jiran," kata Jamaluddin dalam ucapan alu-aluannya.
Perasmian DurianASEAN disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Dato’ Saifuddin Abdullah.
Antara tetamu terhormat ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Publisiti Nasional DAP, Tony Pua, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Sai Kee, Pengerusi PGRM, Datuk Mah Siew Keong, Naib Pengerusi PGRM, Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu dan Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang.
DurianASEAN menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan boleh dicapai melalui durianasean.com.
DurianASEAN juga dapat didengari dengan telefon pintar melalui aplikasi Tunein.
Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu-isu yang berlaku di rantau Asean akan merangsang semangat kekitaan di kalangan warga Asean.
"Penyiaran DurianASEAN akan menghubungan warga Asean dengan isu-isu yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Dengan informasi yang lebih jelas dan berkualiti, warga Asean dapat mengetahui kedudukan mereka dalam masyarakat Asean. Dengan demikian, aktiviti kerjasama antara warga Asean dapat dijalankan dengan lebih berkesan," ujarnya.
Sehubungan itu, tambah beliau, DurianASEAN akan memainkan peranan sebagai pusat berita untuk negara-negara Asean di samping menjadi sumber ilmu dan perantara aktiviti komersial antara negara Asean dengan negara lain.
DurianASEAN akan disiarkan secara rasmi pada 8 Mac ini dengan program utamanya ASEAN Breakfast Call (ABC) mula bersiaran pada 10 Mac.
"ABC akan disiarkan pada setiap Isnin sehingga Jumaat, pada pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pagi.
Ia merupakan satu produksi kerjasama dengan lima rakan kongsi media yang lain," ujar Jamaluddin.
Rakan kongsi media DurianASEAN ialah FZ.com, The Malay Mail & Malay Mail Online, Free Malaysia Today, The Ant Daily dan SME Magazine.
Sumber HD - 7-3-2014
Malaysia hilang hak semak air dibeli Singapura
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
"Pendirian Singapura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.
"Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian," katanya ketika menjawab satu soalan di Parlimen di sini.
Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.
Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.
Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Feb 2014 berkata: "perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.
"Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan."
Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990.
Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singapura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia.
Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau. - Bernama
Sumber HD - 7-3-2014
TPM Thailand nasihat jangan contohi pergolakan negaranya
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Surapong Tovichachaikul (gambar) berkata para diplomat itu akan diberi taklimat mengenai situasi itu, yang menyaksikan para penunjuk perasaan antikerajaan menggunakan agensi-agensi bebas dan pelbagai cara untuk menggulingkan kerajaan.
Tanpa menyatakan tarikh taklimat itu, beliau berkata ia akan diadakan "tidak lama lagi".
"Apa yang dilakukan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) sekarang, telah dilakukan terhadap beberapa bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, Somchai Wongsawat dan Samak Sundaravej (kesemuanya anggota parti politik Thaksin) dan PDRC mahu mengulanginya," kata Surapong sebelum menghadiri mesyuarat harian Pusat bagi Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman (CMPO) di kelab sukan polis di sini, semalam.
Beliau adalah Ketua Penasihat CMPO.
Surapong juga akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon bagi memaklumkannya mengenai perkembangan terkini perkara itu.
Ia juga bertujuan memberitahu komuniti antarabangsa bahawa perkara yang berlaku di Thailand tidak harus dijadikan duluan oleh negara lain.
Selain daripada protes jalanan, kumpulan antikerajaan itu juga menggunakan sistem perundangan untuk menentang kerajaan.
Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra juga berdepan tuduhan berkaitan peranannnya dalam skim subsidi beras, yang jika didapati bersalah, beliau boleh dipecat dan dihalang daripada menyertai politik bagi tempoh tertentu.
Beliau telah memohon menangguhkan penyerahan bukti kepada Suruhanjaya AntiRasuah Negara (NACC) mengenai skim subsidi beras bagi membolehkannya mendapatkan dokumen berkaitan, kata pasukan perundangannya.
NACC mendakwa Yingluck mengabaikan tugasnya apabila gagal menghentikan skim itu daripada menjejaskan negara ini.
Beliau dijadualkan untuk memberi keterangan kepada NACC pada 14 Mac.
Pada masa ini, skim itu berhutang lebih 100 bilion baht kepada para petani dan kerajaan sementara pula mempunyai kuasa meminjam yang terhad manakala para peminjam keberatan memberi pinjaman kerana bimbang tidak dibayar balik. - Bernama
Sumber HD - 7-3-2014
Singapura rekod bulan paling kering sejak 1869
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
SINGAPURA: Cuaca kering berlarutan yang melanda Singapura sejak pertengahan-Januari lepas mencatat rekod baru bulan paling kering sejak 1869, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
Di stesen iklim Changi, jumlah hujan turun yang direkod dalam Februari 2014 ialah 0.2mm, memecah rekod terdahulu 6.3 mm dalam Februari 2010.
Selain merupakan bulan paling kering, Februari 2014 merupakan bulan paling berangin dalam tempoh 30 tahun ini.
Di stesen iklim berkenaan, purata kelajuan angin harian 13.3 km/jam direkod pada bulan berkenaan mengatasi rekod terdahulu 12.5 km/jam dalam Januari 1985.
Keadaan kering berlarutan turut mencipta rekod baru purata humiditi relatif harian terendah 74.5 peratus.
Rekod paling rendah sebelumnya bagi Februari dan mana-mana bulan dalam tahun berkenaan masing-masing adalah 76.9 peratus (Februari 1968) dan 74.6 peratus (Jun 2013).
Hari akhir turun hujan yang signifikan ialah 16 Feb lepas dengan antara 0.2 dan 29.0 mm direkodkan di beberapa bahagian pulau ini.
Sejak itu, sedikit saja atau tidak ada langsung hujan turun, dengan Singapura memasuki satu lagi tempoh musim kering pada 17 Feb lepas.
Cuaca kering yang melanda Singapura dan rantau sekitarnya dijangka berterusan dalam separuh pertama Mac sekarang.
Dengan kemunculan 'Inter-Monsoon' yang dijangkakan dalam separuh kedua Mac ini, angin di rantau ini akan bertukar ringan dan berubah-ubah haluan.
Hujan turun yang meningkat dijangkakan pada lewat bulan ini.
Dengan cuaca kering dijangka berterusan, Agensi Air Nasional (PUB) telah memulakan kempen meminta orang ramai menjimatkan air. - Bernama
Sumber HD - 5-3-2014
Suspek bunuh 3 budak di selatan Thai diberkas
- Mar 04, 2014
- HARAKAHDAILY
NARATHIWAT: Dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian serangan hingga menyebabkan tiga kanak-kanak mati ditembak di Selatan Thailand baru-baru ini, dapat diberkas polis.
Suspek berusia 21 dan 25 tahun itu telah ditahan pihak polis di Selatan Thailand.
Namun, pihak polis tidak menyatakan tempat dan masa tangkapan itu.
Seorang lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih bebas.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mejar General Pattanawud Angkanawin berkata kejadian pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam.
Pada 3 Feb lepas, keluarga Chekmuk Matman diserang lelaki bersenjata menyebabkan tiga anak lelakinya Mujahid, 11, Bahari, 9, dan Aliyas, 7, terbunuh. - Bernama
Sumber HD - 4-3-2014
Dialog keamanan selatan Thailand masih berjalan
- Feb 25, 2014
- HARAKAHDAILY
PUTRAJAYA: Proses dialog keamanan untuk selatan Thailand terus berjalan, walaupun setakat ini, tiada rundingan rasmi diadakan.
Pemudah cara kerajaan Malaysia dalam Kumpulan Kerja Bersama-Selatan Thailand (JWG-STPP) Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim berkata walaupun keadaan di Thailand adalah rumit, tetapi mereka tidak menganggap seluruh proses itu mengalami kegagalan.
"Kami tidak menganggap proses ini gagal. Tapi, untuk waktu ini, saya ingin guna perkataan 'buntu'. Dari satu segi, itulah keadaannya, berikutan apa yang berlaku di Bangkok hingga menimbulkan keadaan tidak menentu.
"Bagaimanapun, saya amat yakin bahawa sebaik saja keadaan di Bangkok pulih, kami akan meneruskannya (dialog perdamaian)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Pelantikan Ahmad Zamzamin pada 1 Mac tahun lepas mencerminkan komitmen kerajaan Malaysia untuk menyokong inisiatif dialog keamanan itu.
Peranan Malaysia sebagai pemudah cara dipersetujui bersama dalam Konsensus Umum" yang ditandatangani kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Kuala Lumpur pada 28 Feb tahun lepas.
Ahmad Zamzamin berkata mereka bersedia meneruskan dialog keamanan itu secepat mungkin.
Dalam tempoh setahun lepas, empat dialog diadakan di Kuala Lumpur, dengan dialog pertama diadakan pada 1 Mac dan terakhir pada 13 Jun, katanya.
"Apa yang penting, dalam tempoh setahun itu, kami cuba menggalakkan kedua-dua pihak bersemuka, walaupun tidaklah dalam erti kata duduk semeja.
"Mereka ingin meneruskan proses ini dan komited terhadapnya. Kedua-dua pihak mahukan keamanan.
"Kami berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka kerana apa jua yang berlaku di sana akan turut menjejaskan kita dalam pelbagai aspek. Tapi, biarlah mereka putuskan apa yang perlu diselesaikan untuk menamatkan konflik itu (di selatan Thailand," katanya. - Bernama
Sumber HD - 25-2-2014
Hubungan tegang hanya kerana nama kapal perang
- Feb 23, 2014
- Ahmad Muhajir
- NAMPAKNYA hubungan Indonesia dengan Singapura kembali “tegang dan panas” mutakhir ini. Semuanya kerana Singapura tidak bersetuju dengan pemerintah Indonesia khususnya Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menamakan sebuah kapal perang Tentera Laut Indonesia dengan nama Usman Harun.
Nama ini diambil dari gabungan dua nama tentera marin Indonesia yang dihukum gantung oleh Singapura pada September 1968, kerana keduanya didapati bersalah melakukan peledakan Mc Donald House di Singapura pada 10 Mac tahun 1965.
Usman Janatin (lahir 18 Mac 1943 di Purbalingga Jawa Tengah), masa itu berpangkat Sarjan menyeludup masuk ke Singapura bersama Tahir alias Harun Said (lahir 4 April 1947 di Pulau Bawean Gresik Jawa Timur) yang berpangkat Kopral, melakukan sabotaj dengan membawa bahan peledak seberat 12.50 kg.
Setelah meledakkan bangunan itu, mereka sempat lari dengan menaiki bot, namun kerana enjin bot yang rosak mengakibatkan mereka berjaya ditangkap tentera Singapura.
Bagi Singapura, keduanya dianggap tentera asing yang melakukan pencerobohan, namun bagi Indonesia keduanya dianggap hero atau pahlawan.
Singapura masa itu masih berada di bawah pakatan kerjasama keselamatan Asia Tenggara bersama Australia dan New Zealand (Seato). Tujuan Indonesia masa itu tidak lain untuk ‘mengajar’ Singapura kerana terlalu berkiblat ke negara penjajahnya iaitu Inggeris, yang dibantu satelitnya di belahan sini iaitu Australia dan New Zealand.
Berangkat ke Singapura bertiga bersama Gani Arup dengan menaiki perahu getah pada 8 Mac 1965 atas perintah Presiden Sukarno, sebagai sukarelawan mereka menerima perintah bagi menjayakan operasi Komando Operasi Tertinggi Indonesia (KOTI).
Tiga hari kemudian dua daripada mereka ditangkap sedangkan Gani Arup dapat melarikan diri dengan cara lain.
Akhirnya mahkamah Singapura menjatuhkan keduanya hukuman mati, tanpa mempedulikan rayuan berbagai pihak termasuk rayuan dari pemerintah Indonesia. Keduanya dihukum gantung pada 17 Oktober 1968 di Penjara Changi, Singapura.
Jenazahnya dibawa pulang ke Jakarta menggunakan kapal tentera udara Indonesia dan dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Kalibata Jakarta, dengan upacara kebesaran tentera dan negara dan dinyatakan sebagai Pahlawan Nasional, berdasar Surat Ketetapan Presiden Republik Indonesia yang ditandatangani Presiden Jeneral Suharto.
Peristiwa ini berlaku ketika konflik antara Indonesia dengan Malaysia, yang bagi penulis disebut sebagai “tragedi dan kekeliruan sejarah”. Pada masa itu Singapura masih berada dibawah Malaysia.
Padahal fakta sejarah membuktikan kemerdekaan Singapura (waktu itu dibawah Malaysia) tidak dapat tidak saling membahu dengan Indonesia. Namun kini apabila Indonesia ingin mengingat nama-nama putera terbaiknya dengan meletakkan namanya di kapal perang tentera lautnya, ia dibantah Singapura.
Indonesia tidak bermaksud menyinggung perasaan negara jirannya kerana nama Usman Harun ini akan digandingkan dengan nama Bung Tomo alias Sutomo. Bung Tomo ialah tokoh muda yang memimpin tentangan penduduk Surabaya terhadap British pada 10 November 1945.
Surabaya yang disebut kota Pahlawan itu, mempunyai erti tersendiri bagi Indonesia dalam melakarkan tinta emas dalam episod sejarah, membela dan mempertahankan kemerdekaannya.
Kini semua pihak baik parlimen (DPR), NGO dan pertubuhan Islam di Indonesia mempertahankan sikap dan tindakan pemerintah Indonesia itu, dan malahan Indonesia tidak menerima sikap Singapura yang membatalkan jemputan kepada 100 tentera Indonesia untuk menghadiri Singapore Air Show.
Sebagai tindak balas, Panglima TNI, Jeneral Moeldoko membatalkan kehadirannya untuk memenuhi jemputan Singapura, kerana menganggap negara tetangga itu telah meperlecehkan anak buahnya.
Lebih hebat lagi apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mebatalkan persahabatannya dengan Presiden Dr Sosilo Bambang Yudhoyono (SBY) dalam facebook. Padahal beberapa waktu lalu mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew waktu berkunjung ke Jakarta, pernah menaburkan bunga di makam Usman dan Harun di pemakaman Pahlawan Kalibata Jakarta.
Sebagai sesama tetangga Asean, masalah ini boleh diselesaikan dengan baik dan penuh persahabatan, dengan tidak perlu mengungkit sejarah hitam atau luka lama.
Sejarahpun tahu bagaimana singkatnya pemerintahan Presiden Prof Dr Ir Burhanuddin Jusuf Habibie dari 21 Mei 1998 sampai 20 Oktober 1999. Negara manakah yang tidak berkenan dengan keberhasilan dan kehebatan BJ Habibie dalam membetulkan dan memperbaiki sistem yang sudah rosak di Indonesia (baik sistem ekonomi, politik, undang-undang, kebebasan media dan bersuara) jika bukan Singapura.
Sejarah hari ini juga mencatit bagaimana beberapa pulau kecil disekitar Pulau Batam, hilang dan tenggelam kerana pasirnya sudah habis diangkut ke seberang. Rakyat Pulau Batam atau yang pernah berkunjung ke Pulau Batam tahu bahawa dollar Singapura lebih terhormat dan lebih dihargai di pulau ini berbanding matawang rupiah.
Dunia tanpa sempadan hari ini tidak boleh saling menghalangi kerana masing-masing pihak mempunyai kepentingan, matlamat dan falsafah sendiri dalam melakar dan menulis sejarahnya. Hanya bagaimana kita untuk mampu saling menghormati dan menghargai.
Sumber HD - 23-2-2014
Penunjuk perasaan ditembak & dilempar bom tangan
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Seorang daripada yang cedera parah ialah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, kata pihak berkuasa wilayah itu.
Ia merupakan malam yang penuh insiden ganas sejak pertempuran antara kumpulan antikerajaan dan kumpulan penyokong kerajaan berdekatan Ramkhaeng University pada 30 Nov lepas.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, lelaki bersenjata tidak dikenali telah melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ketika seorang pemimpin tempatan berucap pada perhimpunan para penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) di sebuah lokasi berdekatan pasar di daerah kecil Saentung.
Saentung, kira-kira 315 kilometer dari Bangkok, terletak di bahagian timur Thailand.
Laporan media menyatakan dua orang yang parah telah meninggal dunia, namun pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya. - Bernama
Sumber HD - 23-2-2014
Konflik politik Thailand korban 16 nyawa
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Mangsa terbaru dilaporkan terbunuh pada Selasa lepas dalam operasi membersihkan beberapa kawasan perkemahan apabila polis bertempur dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang berkhemah di sini sejak akhir tahun lepas.
Operasi itu diberi nama Keamanan bagi Misi Bangkok tetapi sebaliknya operasi itu berakhir dengan keganasan.
Keganasan pertama meletus pada 30 Nov tahun lepas antara kumpulan prokerajaan dan kumpulan antikerajaan di Universiti Ramkhamhaeng di ibu Negara ini.
Menurut pusat itu di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok, sebanyak 24 mangsa yang cedera masih dirawat di hospital.
Keganasan terbaru berlaku pada pukul 8.45 malam tadi di persimpangan Pratunam (dekat gedung membeli-belah borong yang terkenal bagi pelancong tempatan dan asing) apabila letupan kecil menyebabkan enam orang cedera ringan.
Hanya seorang daripada mereka yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital sementara yang lain dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, keadaan di Bangkok pada malam hari dilaporkan tenang apabila polis melancarkan operasi untuk mengusir penunjuk perasaan daripada beberapa kawasan demonstrasi.
Keadaan aman itu adalah susulan keputusan Mahkamah Sivil, Rabu lepas, bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah darurat jika keadaan menjadi kritikal. - Bernama
Sumber HD - 23-2-2014
4 mati di hari pertama 'Misi Keamanan Bagi Bangkok'
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Beberapa jam selepas berlaku pertempuran, Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan Thailand mengumumkan bahawa Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra berdepan pertuduhan mengabaikan tugas berhubung peranannya dalam skim subsidi beras yang mana kerajaan kini berhutang lebih 120 bilion Baht kepada petani.
Jika didapati bersalah, dia akan dipecat daripada jawatan, sesuatu yang sememangnya didesak penunjuk perasaan sejak memulakan bantahan beberapa bulan lepas.
Pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban, yang waran tangkap dikeluarkan ke atasnya, malam ini mengumumkan bahawa beliau akan membawa penyokongnya ke pejabat sementara Yingluck di pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan di Muengthong Thani (Utara Bangkok) untuk memberi lebih tekanan terhadap beliau supaya meletak jawatan.
Beliau juga berjanji akan mengekori ke mana sahaja Yingluck pergi esok.
Satu daripada kemalangan maut hari ini membabitkan anggota kanan polis, Sarjan Mejar Peinchai Pharawat, 45, manakala yang lain adalah orang awam lelaki berumur 29 dan 52 tahun, serta seorang lagi yang tidak dikenali, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok setakat 7.50 malam.
Kesemua mangsa meninggal dunia di hospital akibat kecederaan semasa pertempuran di jambatan Phanphah Lilart di Ratchadumnoen Avenue, menurut pusat itu.
Bagaimanapun, sungguhpun berlaku kematian dan pertempuran, pihak berkuasa dijangka masih meneruskan operasinya esok.
Chalerm Yubamrung, Menteri Buruh sementara dan bertanggungjawab ke atas Pusat bagi Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman (CMPO), menegaskan misi untuk menuntut kembali tempat awam daripada penunjuk perasaan "bertujuan mengembalikan semula keamanan kepada penduduk di Bangkok."
Hari ini, matlamat CMPO adalah untuk menuntut kembali lima lokasi perhimpunan daripada penunjuk perasaan antikerajaan, termasuk kawasan Rumah Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri di daerah Pranakorn, jambatan Phaphah Lilart di Rachadumnoen Avenue, Chaegwattana (Kompleks Pusat Kerajaan) dan Kementerian Tenaga.
Beribu-ribu anggota polis dikerah pada misi yang bermula pagi ini, dan tapak perhimpunan di Kementerian Tenaga berjaya dituntut kembali tanpa banyak halangan.
Namun begitu, lain pula keadaannya di jambatan Phanphah Lilart dan kawasan di sekitar Rumah Kerajaan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan bersiap sedia untuk berhadapan dengan polis.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan dan menurut saksi senjata api juga digunakan dalam pertempuran itu.
Bagaimanapun, sekitar 3 petang, pemimpin penunjuk perasaan dan pihak berkuasa bersetuju mengundurkan anggota mereka kembali ke pangkalan masing-masing untuk mengurangkan ketegangan.
Penunjuk perasaan telah berkhemah di beberapa tempat di Bangkok sejak beberapa bulan lepas.
Lokasi mereka termasuk persimpangan Pratumwan (berhampiran MBK, destinasi beli-belah terkenal bagi pelancong antarabangsa), persimpangan Ratchaprasong (pusat perniagaan di Bangkok yang dipenuhi pusat beli-belah dan hotel mewah), persimpangan Asok (satu lagi kawasan pusat perniagaan), Chaengwattna (pusat kompleks kerajaan) dan Lumpini (berhampiran Silom, juga terkenal dengan kehidupan malam bagi pelancong Thai dan antarabangsa).
Bangkok ketika ini bukan sahaja berdepan penunjuk perasaan antikerajaan yang mahu Yingluck meletak tetapi juga petani yang menuntut bayaran bagi beras yang mereka jual kepada kerajaan di bawah skim subsidi beras tetapi tidak menerima bayaran.
Penunjuk perasaan daripada kalangan penanam padi, yang lazimnya memberi sokongan padu kepada kerajaan Yingluck, dijadual mengadakan bantahan besar-besaran esok. - Bernama
Sumber HD - 19-2-2014
Letusan Gunung Kelud, 294 pelajar Malaysia selamat
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Wisma Putra dalam kenyataan malam ini menasihatkan pelajar berkenaan supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada melakukan aktiviti luaran.
Kedutaan Malaysia di Jakarta akan terus memantau keadaan, menurut kenyataan itu.
Berikutan letusan terbaru itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke kawasan terjejas di wilayah itu atas faktor keselamatan.
Wisma Putra turut meminta rakyat Malaysia yang sudah berada di kawasan itu supaya memantau keadaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.
Semalam, Gunung Kelud, yang terletak 90km di barat daya Surabaya dan 200 km dari Yogyakarta, meletus sebanyak dua kali, dengan mengeluarkan abu setinggi 3,000m ke udara.
Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan larangan zon keselamatan dalam lingkungan 10 km dari gunung tersebut dan lapangan terbang di Yogyakarta, Solo dan Surabaya ditutup sementara. – Bernama
Sumber HD - 14-2-2014
Balas dendam motif 5 maut di selatan Thai
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kejadian pada 6.30 pagi semalam waktu tempatan, penyerang-penyerang bersenjatakan AK47 dan M16 menggunakan dua motosikal menembak ke arah penganut Buddha yang memberikan makanan kepada sami-sami di Kampung Salamai, daerah Maelan, Pattani.
Pol Kol Sathit Polpinich, Ketua Polis Daerah Maelan, berkata ketika kejadian, sami itu diberi kawalan keselamatan oleh anggota polis dan sukarelawan.
Dalam kejadian itu, dua daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital Maelan, kata beliau, sambil menambah seorang mangsa adalah sami dan seorang kanak-kanak sembilan tahun.
Tujuh orang lagi telah cedera termasuk dua orang kanak-kanak, empat warga emas dan seorang polis.
Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Poth Suaisuwang mengerahkan 100 pegawai keselamatan untuk memburu suspek di kawasan berdekatan.
Seorang daripada suspek dikatakan cedera terkena tembakan pengawal keselamatan.
Kelmarin, seorang pegawai bank wanita berumur 28 tahun mati ditembak dan mayatnya dibakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Panaret, Pattani.
Kejadian berlaku di kawasan kampong Toktitir, Yaring, Pattani kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Menurut ketua polis wilayah Pattani, kedua–dua kejadian mungkin bermotifkan tindakan balas dendam oleh puak pemisah berikutan kematian tiga kanak-kanak di Bachok pada 4 Feb lepas.
Poth berkata buktinya ialah tulisan yang dijumpai di tempat kejadian yang menyatakan “ini adalah tindakan balas di atas kematian tiga kanak-kanak di Bachok”. - Bernama
Sumber HD - 14-2-2014
Mahkamah Perlembagaan Thailand tolak batalkan pilihan raya
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Petisyen itu dikemukakan bekas anggota parlimen Demokrat Wirat Kalayasiri minggu lepas.
Beliau juga mendesak supaya Parti Pheu Thai yang memerintah dibubarkan dan para eksekutif parti dilarang daripada menyertai politik selama lima tahun.
Parti Demokrat, parti pembangkang terbesar dalam parlimen yang lalu, memulaukan pilihan raya umum 2 Feb lepas yang dijangka dimenangi sekali lagi oleh Pheu Thai.
Bagaimanapun, percubaan untuk membatalkan pilihan raya mungkin diteruskan dan lebih banyak petisyen dijangka dikemukakan pada masa akan datang.
Proses pengundian dalam pilihan raya itu terganggu dan menyebabkan pengundian semula terpaksa diadakan pada April untuk membolehkan pengundi yang sebelumnya tidak dapat mengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Dalam pada itu, timbul persoalan mengenai 28 kawasan pilihan raya yang tidak ada calon bertanding selepas kumpulan-kumpulan antikerajaan menghalang pendaftaran calon.
Menduduki kerus-kerusi itu adalah penting kerana di bawah undang-undang Thailand, kuorum 95 peratus daripada 500 anggota parlimen diperlukan untuk membolehkan parlimen mengadakan mesyuarat pertama. - Bernama
Sumber HD - 13-2-2014
Aceh cadang kuatkuasa kod pakaian Islam kepada semua
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Langkah itu menghendaki semua penduduk supaya mematuhi kod pakaian dan tatakelakuan Islam berdasarkan undang-undang kecil dikenali sebagai 'Qanun Jinayat' (undang-undang kecil meliputi kelakuan).
Ketua Pejabat Penguatkuasaan Syariah Aceh, Samsuddin berkata pihaknya sedang memperhebatkan pemeriksaan di jalan-jalan untuk mengurangkan perlanggaran undang-undang syariah termasuk oleh bukan Islam, harian berbahasa Inggeris The Jakarta Post melaporkan pada Khamis.
Di Banda Aceh pada Rabu, dua wanita yang menunggang motosikal ditahan anggota polis Syariah kerana tidak bertudung.
Bagaimanapun, selepas mendapati mereka bukan Islam, kedua-dua wanita itu dibebaskan dengan amaran supaya memakai tudung apabila berada di tempat-tempat awam.
"Kami berharap semua wanita termasuk bukan Islam akan memakai tudung," kata Samsuddin.
Beliau berkata masyarakat Islam dan bukan Islam yang tinggal di Aceh, satu-satunya wilayah yang menguatkuasakan undang-undang syariah, hendaklah mematuhi undang-undang Syariah.
Anggota polis Syariah juga menahan penunggang lelaki, Islam dan bukan Islam yang memakai seluar pendek dan mereka diberi amaran supaya mematuhui peraturan Syariah termasuk memakai seluar panjang apabila berada di tempat umum.
Menurut Qanun No. 11/2002, wanita mesti menutup aurat dengan bertudung dan lelaki dilarang daripada memakai seluar pendek atas paras lutut apabila berada di tempat-tempat awam.
"Mereka yang didapati melanggar undang-undang (Qanun) sebanyak tiga kali, boleh dikenakan hukuman berat seperti disebat di khalayak ramai," kata Samsuddin.
Kebanyakan penduduk telah menyuarakan tidak setuju terhadap langkah pihak berkuasa di Aceh untuk melaksanakan undang-undang syariah ke atas bukan Islam. - Bernama
Sumber HD - 7-2-2014
Kanak-kanak Islam jadi mangsa keganasan selatan Thai
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
BANGKOK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) semalam melahirkan kebimbangan mengenai keganasan berterusan ke atas kanak-kanak di kawasan bergolak di selatan Thailand, termasuk pembunuhan tiga budak lelaki di Narathiwat Isnin malam.
"UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kanak-kanak yang tidak bersalah," kata Bijaya Rajbhandari, Wakil UNICEF di Thailand dalam kenyataan dikeluarkan di sini semalam.
"Kami amat bimbang dengan keganasan berterusan ke atas kanak-kanak di selatan Thailand. Ini perlu dihentikan. Kami menggesa semua pihak terbabit untuk melakukan apa sahaja demi memastikan semua kanak-kanak tidak menjadi mangsa keganasan," katanya.
Menurut laporan media Thailand, budak lelaki berumur tiga, lima dan sembilan tahun ditembak mati di depan rumah mereka oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah mereka sekeluarga ketika mereka dalam perjalanan pulang daripada bersolat di masjid kampung itu.
Bapa dan ibu mereka yang sedang mengandung turut cedera. Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat sama ada insiden itu ada kaitan dengan konflik di kawasan berkenaan.
UNICEF berkata menurut Deep South Watch, 62 kanak-kanak di bawah 15 tahun telah terbunuh dan 387 lagi cedera sejak konflik semasa itu bermula Januari 2004. - Bernama
Sumber HD - 6-2-2014
Lee Kuan Yew dirawat di hospital
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan satu kenyataan dari pejabatnya pada Selasa bahawa Lee, 90, berada di Hospital Besar Singapura sejak Ahad kerana demam dan batuk.
Beliau ketika ini diberikan antibiotik dan sedang sembuh, dan beliau dinasihatkan oleh doktornya supaya mengelak pertemuan dengan orang ramai.
Lee tidak menghadiri Jamuan Malam Tahun Baharu Tanjong Pagar GRC pada malam Selasa.
Kenyataan itu menerangkan Lee mengucapkan Selamat Tahun Baharu Lunar kepada penduduk Tanjong Pagar dan seluruh rakyat Singapura. - Bernama
Sumber HD - 5-2-2014
Tindakan Singapura ugut penganjur World Hijab Day dibantah
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan World Hijab Day (WHD) di negara itu sangat mengecewakan kerana ia satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung sekaligus mengekang usaha menyebarkan pemahaman agama di dalam komuniti negara itu yang pelbagai.
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media berkata, adalah sangat mendukacitakan apabila World Hijab Day (Hari Tudung Sedunia) di Singapura terpaksa dihentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.
"Tujuan WHD hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014.
"WHD merupakan satu kempen kesedaran antarabangsa yang telah dijalankan di serata dunia dan diterima oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Belgium, Belanda, Perancis dan Australia," ujar Nik Nazmi.
Kempen WHD, jelas beliau mempunyai duta di lebih 100 negara dan telah mendapat sokongan kuat daripada orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan pemahaman agama dan penghapusan diskriminasi terhadap wanita bertudung.
Malaysia, tambahnyasangat aktif dalam membantu usaha ini kerana terdapat peserta orang Islam dan bukan Islam yang memakai tudung telah berkumpul di beberapa kompleks beli-belah.
"Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga mempunyai duta-duta yang bukan beragama Islam iaitu, Carol Lee, Mrs. Universe 2013 dan Felixia Yeap yang menyokong usaha ini," ujar Nik Nazmi.
Bagaimanapun dengan ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura kumpulan penyokong WHD di negara tersebut telah dibubarkan, kesal Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia itu.
Sumber HD - 4-2-2014
Thailand umum tarikh pengundian baru
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengundian awal itu di kebanyakan kawasan dan hampir 11 peratus dari pusat pengundian dalam pilihan raya umum kelmarin dibatalkan akibat gangguan oleh demonstrasi anti-kerajaan di samping ketidakhadiran pegawai-pegawai di pusat mengundi.
Pesuruhajaya SPR Somchai Srithiyakorn, berkata mesyuarat suruhanjaya Khamis ini akan membincangkan isu pengundian dan akan mengumumkan tarikh baharu pengundian itu.
Beliau berkata pengundian baharu tidak dapat diadakan dalam tempoh tujuh hari sebagaimana diminta oleh sesetengah ahli politik oleh kerana SPR mempunyai banyak urusan untuk diselesaikan.
Antaranya, kata beliau, SPR perlu mengesan petugas pusat pengundian, mencetak kertas undi dan mencari tempat untuk dijadikan pusat mengundi.
Somchai menyatakan hal ini di sidang akhbar bersama Chalerm Yubamrung, Menteri Buruh sementara yang bertanggungjawab bagi Pusat Memelihara Keamanan dan Ketenteraman (CMPO) berhubung masalah keselamatan bagi pengundian baharu.
Thailand mengadakan pengundian dalam pilihan raya umumnya kelmarin tetapi pengundian di 77 wilayahnya dibatalkan, dan di sembilan wilayah lain pengundian dibatalkan di beberapa pusat mengundi.
Sementara itu, konflik politik Thailand terus berlaku dengan pemprotes anti-kerajaan semalam mengenakan tekanan lebih kuat ke atas Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra supaya meletak jawatan dan pembaharuan politik dilaksanakan dalam negara.
Sekalipun negara telah dapat mengadakan pilihan raya umum yang paling sukar dalam sejarahnya kelmarin, penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka akan meninggalkan tempat demonstrasi dan menghentikan protes jalanan.
Sebaliknya, mereka semalam menyasarkan pejabat Setiausaha Tetap bagi Pertahanan yang menempatkan pejabat sementara Yingluck.
Seorang ketua protes yang tidak dikenali mengutuk kerajaan sementara Yingluck sebagai telah 'menyimpang' dan mendesak beliau meletak jawatan.
Semasa demonstrasi, peserta lelaki memotong kawat duri, sementara wanita memasuki perkarangan, menghulurkan air minuman kepada askar yang bertugas, kemudian kembali menyertai kumpulan penunjuk perasaan.
Protes bermula tengah hari dan kekal di lokasi berkenaan di kebanyakan masa sebelah tengah hari. - Bernama
Sumber HD - 4-2-2014
Empat maut, empat cedera dalam keganasan di selatan Thai
- Jan 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Dua anggota tentera terbunuh dan tiga lagi cedera dalam tiga serangan bom di Yala manakala dua penoreh getah mati dan seorang cedera ditembak di Narathiwat.
Dalam kejadian 10.32 pagi tadi, bom buatan sendiri seberat 20 kg yang diletakkan pada sebuah motosikal di tepi jalan Pechakasem (Paklo–Lamai) meletup dan menyebabkan dua anggota tentera parah.
Namun, seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital kemudian, kata Ketua polis Mukim Lamai, Kolonel Polis Thanasit Mattayat hari ini.
Beliau berkata bom itu disasarkan kepada pasukan tentera, yang menaiki tiga buah motosikal dan sebuah kereta, yang pulang selepas menjalankan tugas di sebuah sekolah.
Sebelum itu, dua serangan bom berlaku di sebuah sekolah di Daerah Yala yang disasarkan kepada pasukan renjer yang mengawal keselamatan guru di hadapan pintu masuk Sekolah Wang Samran, di Mukim La-ea.
Bom pertama meletup pada 7.40 pagi diikuti bom kedua lima minit kemudian dengan jarak 50 meter.
Kejadian itu menyebabkan tiga anggota renjer cedera dan seorang daripadanya parah.
Di Narathiwat, dua orang awam terbunuh dan seorang lagi cedera selepas ditembak ketika menorah getah pada 2.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Rusak Kolenel Polis Anothai Jindamani berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Sahak, 29, dan Matsoleh Deyoh, 26 manakala yang cedera ialah Ayub Sahak, 28, iaitu adik Muhammad. - Bernama
Sumber HD - 301-2014
Singapura bincang isu pemakaian tudung pasukan beruniform
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Semalam Lee mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh masyarakat dan agama, bersama beberapa orang Menteri dan Anggota Parlimen, membincangkan secara terus terang dan bermanfaat isu pemakaian tudung.
Lee berkata isu pemakaian tudung oleh wanita Muslim adalah perkara penting bagi kebanyakan orang Islam di Singapura.
"Saya memberitahu kumpulan berkenaan bahawa saya cukup memahami hasrat mereka untuk membenarkan wanita Muslim yang memakai uniform mengenakan tudung.
"Tetapi isu lebih besar jadi pertaruhan: Apakah bentuk masyarakat yang kita inginkan?," kata beliau.
"Memang, keharmonian kaum yang kita nikmati tidak sempurna, ia sebenarnya lebih rapuh dan berharga dari apa yang kita sedari.
"Mari kita berusaha gigih untuk memperkukuhkannya supaya semua kaum boleh hidup bersama dengan selesa sebagai satu bangsa yang bersatu-padu," kata beliau.
Sambil menyatakan bahawa Singapura adalah sebuah masyarakat berbilang bangsa dan agama yang harmoni, Lee berkata kaum minoriti sudah sebati dengan masyarakat lebih besar namun tetap memiliki peluang sepenuhnya untuk mengekalkan identiti dan mengamalkan agama masing-masing.
"Jadi saya sedar betapa gentingnya untuk memperkukuh ikatan kita bersama dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan yang mendatangkan manfaat untuk kita semua, lebih-lebih lagi kaum minoriti.
"Dalam isu tudung, keadaan yang kita lihat hari ini tidak akan kekal begini. Sikap akan berubah dan dikemaskini. Sepanjang sedekad lalu, ada kemajuan yang bertahap dalam isu ini.
"Kini, banyak badan berkanun membenarkan kakitangan mereka memakai tudung bersama pakaian seragam misalnya Lembaga Pengangkutan Darat (LTA), dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).
"Dalam lima, 10 tahun lagi, saya yakin keadaan akan berubah, tidak seperti hari ini.
kita terus bergerak secara bertahap dan berhati-hati," kata Lee. - Bernama
Sumber HD - 26-1-2014
Pengundian awal Thailand dijangka dapat tentangan
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Pesuruhanjaya Pilihanraya Pattani, Nipon Narapitakkul berkata beliau bimbang akan kemungkinan besar pengundian awal hari ini tidak boleh dijalankan.
Kedua-dua pusat pengundian di Pattani masih ditutup dengan pintu masuk kedua-duanya terdapat notis daripada penunjuk perasaan antikerajaan melarang mana-mana pegawai membuka kunci dan jika dibuka juga, pihak tersebut akan bertindak ganas.
Di Wilayah Pattani, terdapat dua pusat pengundian awal, iaitu di Dewan Pentadbiran Wilayah Pattani dan Sekolah Decha Pattanayanukul Pattani.
Lebih 30,000 pengundi telah mendaftar untuk mengundi hari ini di Pattani dan kira-kira 90 peratus terdiri daripada anggota tentera dari luar Pattani tetapi bertugas di sana.
Beliau berkata walaupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Pattani telah bersedia mengadakan pengundian hari ini, kedua-dua tempat pilihan raya itu tidak boleh diguna untuk mengundi berikutan tentangan kumpulan yang dikenali sebagai "Reform Before Election" yang mahukan reformasi sebelum pilihan raya.
Beliau berkata Suruhanjaya Pilihanraya Thailand di Bangkok sudah menghantar surat memberi peringatan bahawa sekiranya ada pihak yang menghalang hari ini, maka pengundian akan dibatalkan bagi mengelak perbalahan.
Walaupun Mahkamah Perlembagaan semalam telah memutuskan bahawa pilihan raya pada 2 Feb ini boleh ditunda serta Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Thailand Supachai Somcharoen secara bersama menetapkan tarikh baharu, tetapi nasib pengundian awal hari ini tidak disebut.
Sementara itu, Suthep Thaugsuban Ketua People's Democratic Reform Committee, iaitu kumpulan utama yang mahukan pilihan raya ditunda dan mendesak Yingluck meletak jawatan, berkata kumpulan itu tidak akan mengganggu pengundian awal hari ini.
Walaupun begitu, penyokong mereka akan berada di pusat-pusat pengundian untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang pilihan raya berkenaan.
Setiausaha Agung Perdana Menteri, Suranand Vejjajiva berkata perkembangan mengundi esok akan diteruskan mengikut jadual kerana tarikh pilihan raya pada 2 Feb telah ditetapkan. - Bernama
Sumber HD - 26-1-2014
Filipina-MILF tandatangani draf akhir perjanjian
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Selain itu, kedua-dua pihak itu turut menandatangani syarat tambahan mengenai perairan Bangsamoro pada hari terakhir perbincangan penerokaan rasmi ke-43 antara panel perunding daripada kedua-dua pihak yang bermula di sini sejak Rabu lepas.
Pengerusi panel kerajaan Filipina, Prof Miriam Coronel-Ferrer dan pengerusi panel MILF, Mohagher Iqbal menandatangani dokumen-dokumen tersebut di hadapan fasilitator Malaysia, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed.
Lampiran Normalisasi menyediakan butiran proses normalisasi di mana pejuang MILF dan komuniti mereka boleh kembali menikmati kualiti hidup yang diinginkan.
Kata sepakat yang dicapai pada rundingan kali ini membuka jalan kepada usaha menandatangani Perjanjian Menyeluruh Mengenai Bangsamoro (CAB) dengan harapan untuk menamatkan konflik berdarah di Mindanao sejak 40 tahun lepas.
Dalam sidang media kemudian, Mohagher mendedikasikan pencapaian hari ini untuk semua penduduk Bangsamoro.
Sementara itu, Prof Miriam menganggap kata sepakat yang dicapai itu akan menjadi tanda mercu untuk membina masa depan Bangsamoro.
"Masa depan di mana kita berharap semua impian dan aspirasi untuk keamanan dan pembangunan bukan sahaja untuk Bangsamoro di Mindanao tetapi untuk seluruh negara.
"Ia juga menandakan bermulanya satu cabaran yang lebih besar menjelang pelaksanaan perjanjian. Kami komited untuk mengekalkan integriti proses ini daripada peringkat rundingan sehingga proses pelaksanaan.
Kerajaan Filipina dan MILF telah menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Mengenai Bangsamoro pada 15 Okt 2012.
Kedua-dua pihak itu juga menandatangani lampiran mengenai aturan peralihan dan modaliti (Februari 2013), perkongsian penjanaan hasil dan kemewahan (Julai 2013) dan perkongsian kuasa pada Disember 2013.
Rangka Kerja Perjanjian itu menggariskan ciri-ciri am berhubung penyelesaian politik antara kerajaan Filipina dan MILF.
Ia turut menggariskan prinsip, proses dan mekanisme peralihan sehingga pilihan raya pada 2016 bagi kuasa entiti politik dikenal sebagai bangsa Bangsamoro bagi menggantikan Kerajaan Autonomi Wilayah Islam Mindanao (ARMM). - Bernama
Sumber HD - 26-1-2014
Perintah darurat Thailand dipertikai badan hak asasi
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, suruhanjaya itu mahu ia dibatalkan dengan kerajaan Thailand hanya menggunakan undang-undang biasa yang konsisten dengan standard hak asasi manusia antarabangsa bagi menangani desakan politik.
Perintah itu memberi kuasa menyeluruh kepada pemimpin negara untuk mengambil pelbagai tindakan bagi menyelesaikan keadaan darurat termasuk membuat tangkapan, menapis akhbar, menyekat pergerakan dan menggunakan kuasa tentera dan berkuasa selama 60 hari.
Apabila pengumuman dibuat, timbalan perdana menteri sementara Surapong Tovichakchaikul menjelaskan bahawa perintah itu dikeluarkan bagi menggunakan undang-undang untuk menangani pelanggaran undang-undang yang dilakukan perusuh Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) dan supaya demokrasi berkembang di Thailand, kata kenyataan itu.
Walaupun niat kerajaan pada ketika ini untuk menggunakan perintah darurat bagi memelihara demokrasi, bentuk undang-undang yang ada menjadikannya mustahil, kata AHRC.
AHRC berkata menyedari ancaman kepada hak asasi manusia dan juga kedaulatan undang-undang dalam erti kata yang luas, melalui protes oleh PDRC, ia juga mengutuk pengisytiharan perintah darurat dan memberi amaran ia menimbulkan kekosongan undang-undang yang membolehkan kerajaan melanggar hak asasi manusia atas nama keselamatan.
Menurut AHRC, pihaknya berulang kali mendokumenkan dalam kes tiga wilayah paling selatan Thailand, yang berada di bawah perintah darurat sejak Julai 2005, bahawa perintah itu menimbulkan kekosongan undang-undang yang begitu berbahaya apabila penahanan dan seksaan sewenang-wenangnya kerap kali berlaku menyebabkan usaha membetulkannya menjadi sukar.
AHRC juga meminta semua pihak awam dalam konflik ini supaya menghormati hak asasi manusia dan mengelak daripada menggunakan kekerasan.
Ia menjelaskan bahawa walaupun PDRC mendakwa tidak melakukan kekerasan dan menggunakan taktik keingkaran awam, tindakan mereka yang retorik juga mengandungi keganasan yang tersembunyi.
Di kawasan Bangkok yang diduduki PDRC, rakyat yang mahu memasuki kawasan itu mungkin dihalang berbuat demikian oleh pengawal PDRC atau menghadapi pemeriksaan dan gangguan, kata kenyataan itu.
AHRC berkata dalam laporan yang dikeluarkan oleh akhbar dalam talian Prachatai, dua lelaki yang ditahan PDRC mengadu disoal siasat dan teruk dipukul kerana dikatakan menganggotai kumpulan Baju Merah.
Bentuk keganasan yang dihadapi dua lelaki ini menunjukkan bahawa walaupun ia mendakwa satu pengingkaran awam, PDRC menjadi satu pertubuhan separa negara, kata kenyataan itu. - Bernama
Sumber HD - 24-1-2014
Jumlah korban konflik politik Thailand meningkat
- Jan 20, 2014
- HARAKAHDAILY
BANGKOK: Insiden keganasan yang dikaitkan dengan protes anti-kerajaan di ibu negara Thailand setakat ini mengakibatkan sembilan nyawa terkorban dan hampir 600 orang cedera.
Kira-kira 22 yang cedera masih berada di hospital, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok.
Perangkaan itu dikumpul sejak meletusnya pertempuran di sekitar Universiti Ramkhumhaeng antara kumpulan yang menentang pemprotes anti-kerajaan dengan kumpulan Baju Merah (pro-Thaksin Shinawatra) pada 30 Nov hingga semalam.
Kemalangan jiwa terbaru berlaku kelmarin bila seorang daripada mangsa serangan bom tangan semasa perarakan pemprotes di Banthad Thond Jumaat lalu meninggal dunia akibat kecederaan.
Situasi yang begitu serius mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa negara dengan Kuwait dan Oman menasihatkan warga mereka meninggalkan Thailand.
Semalam, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Thanasak Patimaprakorn, merayu kepada kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian dan sedia berkorban demi kepentingan negara, tetapi mengakui kesukaran mendapatkan orang tengah yang sedia diterima oleh kedua-dua pihak.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menggesa kerajaan sementara menangguhkan pilihan raya oleh kerana petugasnya sukar masuk ke kawasan tertentu di selatan di mana sokongan untuk pembangkang begitu kuat, tetapi Perdana Menteri Yingluck Shinawatra (gambar) menolaknya.
Yingluck juga menghadapi beberapa masalah dengan Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) yang menyiasat peranannya dalam urusan palsu jualan beras antara kerajaan dengan kerajaan di luar negara.
Beras itu ialah stok di bawah skim subsidi dikenali sebagai skim ikrar beras di mana kerajaan membeli beras untuk petani pada harga lebih tinggi dari harga pasaran antarabangsa sekarang.
NACC kini mengenakan tuduhan terhadap bekas seorang menteri dan 13 yang lain hasil daripada siasatan itu.
Bagaimanapun, isu itu belum berakhir oleh kerana petani juga berdemonstrasi kerana kelambatan membayar untuk beras mereka, malahan sesetengah petani menuntut dikembalikan hasil tani mereka.
NACC juga memutuskan untuk mengenakan tuduhan terhadap 308 bekas anggota parlimen dan senator berhubung dakwaan salah laku dalam pindaan piagam bagi menjadikan anggota Senat dipilih sepenuhnya.
Jika mereka didapati bersalah, ia memberi kesan kepada pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya.
Terdapat pelbagai ketidaktentuan di Thailand dan pilihan raya mungkin tidak mampu untuk menyelesaikannya, kecuali semua pihak bekerjasama dan sedia berkorban sebagaimana dicadangkan oleh Jeneral Thanasak. - Bernama
Sumber HD - 20-1-2014
No comments:
Post a Comment