Tentu sahaja kesedihan menyelubungi kami terutama mantan student Syria atas pemergian tok guru kami Fadhilatus Syeikh Dr Munir Ghadban Rahimahullah. Seorang ulamak haraki yang terkenal dengan Kitab Tahaaluf Siasi dan Minhaj Haraki dari Seerah An Nabawiyahnya.
Semoga Allah swt cucuri rahmat dan berkatNya ke atas ruh Al Marhum.
Bekas pengerusi Maybank meninggal dunia
SINGAPURA: Bekas pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi ini.
Beliau berusia 75 tahun.
Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Meteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.
Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini.
Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.
Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata (Tan Sri) Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.
Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.
Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Okt 1993. - BERNAMA
Sumber HD - 1-6-2014
Beliau berusia 75 tahun.
Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Meteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.
Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini.
Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.
Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata (Tan Sri) Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.
Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.
Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Okt 1993. - BERNAMA
Sumber HD - 1-6-2014
Saya redha apa yang berlaku - bapa Nurul Emielda Nadia
PETALING JAYA: Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau redha dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam.
"Saya redha dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.
Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.
Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.
Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama
Sumber HD - 1-6-2014
"Saya redha dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.
Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin.
Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan.
Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama
Sumber HD - 1-6-2014
Sultan Azlan Shah mangkat
KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah disahkan mangkat pada 1.30 petang tadi. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir.
Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Nama baginda mula menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-5 Pada 12 November 1982. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Almarhum ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II. Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 dan majlis pertabalan Pada 9 Disember 1985.
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
Sumber HD - 28-5-2014
Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Nama baginda mula menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-5 Pada 12 November 1982. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Almarhum ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II. Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 dan majlis pertabalan Pada 9 Disember 1985.
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
Sumber HD - 28-5-2014
Ustaz Abdul Ghani kembali ke rahmatullah
KUALA LUMPUR: Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari ini.
Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan mengeluarkan jenazah.
Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya yang menuntut di Mesir.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya. di Tanjung Bidara.
Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran komplikasi penyakit yang dihidapinya.
Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.
Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Maya Sulaiman dan Aziah Saad, serta 13 orang anak. - HARAKAHDAILY 19/5/2014
Sumber HD - 19-5-2014
Shaiful Idlan dalam kenangan
Khamis, Mei 15, 2014
Putera Semantan
DIA BAGAIKAN MENGHIDU IZRAEL SUDAH MENGHAMPIRINYA
Pagi semalam PAS kehilangan seorang pejuang mudanya apabila Shaifullah Idlan, 23, meninggal dunia kemalangan berhampiran jambatan Temerloh tatkala dalam perjalanan ke tempat praktikal kerjanya. Pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Pahang itu adalah anak sulung kepada mantan Pengerusi PASTI negeri Pahang, Cikgu Roslan. Namun yang sadisnya, beberapa jam sebelum beliau dijemput menghadap Allah, Allahyarham sempat mengabadikan gambaran gelodak akhir jiwanya, dalam whatsapp hanfonnya seperti ini:
Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .
Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .
Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu .
Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .
Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah .
Gambar ini diambil ketika beliau turun menyertai bantahan GST di ibu Negara baru-baru ini. Beliau disemadikan di Kg Jengka Batu 13 Chenor.
Gambar ini diambil ketika beliau turun menyertai bantahan GST di ibu Negara baru-baru ini. Beliau disemadikan di Kg Jengka Batu 13 Chenor.
Sumber HD - 15-5-2014
Adam Ahmad meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Adam Ahmad, 49, penyanyi yang popular dengan lagu Kau Pergi Jua sekitar tahun 80-an meninggal dunia pagi tadi kira-kira jam 12.15 di Hospital Ampang. Allahyarham dipercayai mengidap kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.
Selain bernyanyi, Allahyarham juga berbakat sebagai seorang komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah dan Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-8 pada 1993.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni Allahyarham sempat merakamkan lima album iaitu Untukmu Sayang (1983), Kau Pergi Jua (1984), Kembali Bersama (1985), Agar Dia Kembali (1985), dan Rindu Menghempas Hati (1987). Selain itu Allahyarham turut terbabit mencipta dan menggubah lagu untuk penyanyi lain seperti Yunizar Hussein dan Zaiton Sameon.
Sumber HD - 15-5-2014
Selain bernyanyi, Allahyarham juga berbakat sebagai seorang komposer dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah dan Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-8 pada 1993.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni Allahyarham sempat merakamkan lima album iaitu Untukmu Sayang (1983), Kau Pergi Jua (1984), Kembali Bersama (1985), Agar Dia Kembali (1985), dan Rindu Menghempas Hati (1987). Selain itu Allahyarham turut terbabit mencipta dan menggubah lagu untuk penyanyi lain seperti Yunizar Hussein dan Zaiton Sameon.
Sumber HD - 15-5-2014
Pemimpin Islam dihormati di Singapura meninggal dunia
SINGAPURA: Masyarakat Melayu Islam Singapura semalam berkabung dengan pemergian ke rahmatullah pemimpin agama dihormati Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim.
Allahyarham berusia 87 tahun.
Dalam kenyataan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyifatkan pemergian Allahyarham yang dikenali sebagai Ustaz Ibrahim sebagai satu kehilangan besar kerana beliau amat dedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, sumbangan Mohamed Ibrahim meliputi semua aspek kehidupan sosio-agama masyarakat, terutamanya pendidikan agama Islam.
Beliau memegang jawatan Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah.
Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) PERGAS atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata jasa dan sumbangan Mohamed Ibrahim kepada masyarakat amat besar. - Bernama
Sumber HD - 9-5-2014
Allahyarham berusia 87 tahun.
Dalam kenyataan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyifatkan pemergian Allahyarham yang dikenali sebagai Ustaz Ibrahim sebagai satu kehilangan besar kerana beliau amat dedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, sumbangan Mohamed Ibrahim meliputi semua aspek kehidupan sosio-agama masyarakat, terutamanya pendidikan agama Islam.
Beliau memegang jawatan Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah.
Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) PERGAS atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata jasa dan sumbangan Mohamed Ibrahim kepada masyarakat amat besar. - Bernama
Sumber HD - 9-5-2014
Pak cik Jamal bersemangat laksana umrah terakhir
PUTRAJAYA: Walaupun dalam keadaan uzur Abdul Jamal Mohamed tetap kuatkan semangatnya untuk menunaikan umrah seperti dapat merasakan itu adalah ibadah umrah terakhir, kata isterinya Zainab Serat.
Zainab, 67, berkata mereka menunaikan umrah bersama enam lagi anggota keluarga pada bulan lepas dan pulang ke tanah air pada 30 April lalu dan tidak menyangka itu adalah umrah terakhir mereka bersama.
"Ketika berada di sana, Allahyarham sangat degil walaupun dalam keadaan berkerusi roda namun masih tetap ingin menyelesaikan ibadah, ada juga ketikanya dia sesak nafas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini semalam.
Jamal, 74, meninggal dunia di Hospital Putrajaya hari ini pada 11.08 pagi.
Beliau disahkan menghidap serangan jantung dan komplikasi jangkitan paru-paru.
Sementara itu anak sulungnya, Shahila, 47, berkata pada Jumaat lepas, Allahyarham ada menyuarakan beberapa hajat antaranya membina inap desa di sebuah tanah lapang keluarga di Dengkil.
"Beliau menyuarakan hasrat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya, beliau juga ingin mengumpulkan anak-anak mini Parlimen dan kenalan media dalam jamuan makan," kata Shahila.
Menyifatkan ayahnya seorang yang kuat semangat, berwawasan serta amat mementingkan kesihatan anak dan cucu serta sentiasa fokus kepada keluarga menjadikan Allahyarham disenangi ramai.
Kali terakhir beliau melihat ayahnya malam tadi ketika Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi namun katanya arwah kelihatan sangat tenang. - Bernama
Sumber HD - 8-5-2014
Pakcik Jamal: PAS ucap takziah, satu kehilangan besar
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kematian Pakcik Jamal atau Jamal Muhammad, merupakan satu kehilangan besar kepada parti itu.
Jamal, 75, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Beliau tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily berkata, jasa dan pengorbanan yang diberikan Allahyarham kepada parti amat besar terutamanya dalam menaikkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Jamal dan semoga rohnya dirahmati Allah Taala.
"Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara, banyak jasa yang telah beliau berikan kepada kita terutamanya dalam program-program Pasti di peringkat awal sehinggakan Pasti dikenali dan diterima oleh orang ramai," jelasnya.
Tambah beliau lagi, Allahyarham Pakcik Jamal merupakan tokoh selebriti televisyen yang terawal menyertai PAS dan banyak pandangan serta sumbangan diberikan.
"Banyak jasanya, beliau popular sewaktu program Mini Parlimen RTM pada tahun 80-an dan mereka yang menyertai program tersebut ada yang memegang jawatan tinggi.
"Dari awal lagi beliau memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin, sumbangan yang tidak dapat dinilai apatah kejayaan yang dimiliki oleh mereka yang menyertainya," sambung beliau.
Mahfuz yang berharap agar seluruh keluarga Pakcik Jamal dapat menempuhi dugaan atas kehilangan individu yang disayangi yang turut dirasai oleh rakyat negara ini. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
Sumber HD - 7-5-2014
Jamal, 75, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Beliau tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily berkata, jasa dan pengorbanan yang diberikan Allahyarham kepada parti amat besar terutamanya dalam menaikkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Jamal dan semoga rohnya dirahmati Allah Taala.
"Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara, banyak jasa yang telah beliau berikan kepada kita terutamanya dalam program-program Pasti di peringkat awal sehinggakan Pasti dikenali dan diterima oleh orang ramai," jelasnya.
Tambah beliau lagi, Allahyarham Pakcik Jamal merupakan tokoh selebriti televisyen yang terawal menyertai PAS dan banyak pandangan serta sumbangan diberikan.
"Banyak jasanya, beliau popular sewaktu program Mini Parlimen RTM pada tahun 80-an dan mereka yang menyertai program tersebut ada yang memegang jawatan tinggi.
"Dari awal lagi beliau memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin, sumbangan yang tidak dapat dinilai apatah kejayaan yang dimiliki oleh mereka yang menyertainya," sambung beliau.
Mahfuz yang berharap agar seluruh keluarga Pakcik Jamal dapat menempuhi dugaan atas kehilangan individu yang disayangi yang turut dirasai oleh rakyat negara ini. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
Sumber HD - 7-5-2014
Pak Cik Jamal meninggal dunia pagi tadi
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pernah menziarahi Pak Cik Jamal di rumahnya.
KUALA LUMPUR: Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, pada usia 75 tahun.
Almarhum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya hari kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Beliau turut turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), kerana baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.
Selain itu Almarhum mengidap penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru.
Pak Cik Jamal, dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada tahun 1939. Beliau mula bertugas di RTM pada tahun 1960 dan bersara pada 1995. Pak Cik Jamal amat popular melalui rancangan 'Mini Parlimen' dengan memegang watak sebagai 'Speaker' yang bersiaran pada 1983 hingga 1995. Selain Mini Parlimen, beliau juga terbabit dalam menerbitkan rancangan Taman Kanak-kanak, Pesta Pop dan Pentas Aneka.
Selain itu, Almarhum juga merupakan juruhebah dan pelawak dan pernah berlakon dalam Jambatan Maut (1963) dan Sabaruddin Tukang Kasut (1966).
Semasa dalam perkhidmatannya, beliau pernah mengikuti kursus di Channel 10, Australia Broadcasting Corporation (ABC) selama sebulan pada tahun 1977.
Sumber HD - 7-5-2014
PAS ucap takziah kepada keluarga Aziz Sattar
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Abdul Aziz Sattar atas kehilangan seniman terkenal itu pada jam 2 pagi tadi di Pusat Perubatan KPJ Kajang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemergian Aziz Sattar merupakan satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara ini.
"Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat besar, lakonannya sehingga sekarang diminati.
"Banyak pengajaran yang beliau bawa dalam setiap lakonannya, selain menghibur tetapi menyentuh soal kehidupan semasa.
"PAS merasa kita kehilangan seorang insan seni dan sukar untuk kita perolehi gantinya," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau turut meminta agar keluarga Allahyarham terus bersabar dalam ujian yang dihadapi mereka.
Seniman Aziz Sattar, 89, telah dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ pada malam Ahad lalu akibat dari serangan jantung tetapi keadaan dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P Ramlee. - HARAKAHDAILY 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014
PAGI ini rakyat Malaysia khususnya peminat filem Melayu kehilangan seorang pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar. Beliau, 89 tahun, meninggal dunia di Hospital Kajang, akibat penyakit jantung, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Berita kepergiannya dimaklumkan oleh anak perempuannya, Sandakiah. Jenazah almarhum akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan dijangkan dikebumikan pagi ini.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 4 Mei lepas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari.
Aziz Sattar pernah berlakon bersama-sama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk pada tahun-tahun 1950-an. Bersama gandingan tersebut beliau telah mencipta nama dan menjadi ikon filem Melayu. (Gambar atas: Pendekar Bujang Lapok, 1959)
Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah dan berhijrah bersama ibu dan bapanya ke Singapura pada tahun 1928.
Sumber HD - 6-5-2014
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemergian Aziz Sattar merupakan satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara ini.
"Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat besar, lakonannya sehingga sekarang diminati.
"Banyak pengajaran yang beliau bawa dalam setiap lakonannya, selain menghibur tetapi menyentuh soal kehidupan semasa.
"PAS merasa kita kehilangan seorang insan seni dan sukar untuk kita perolehi gantinya," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau turut meminta agar keluarga Allahyarham terus bersabar dalam ujian yang dihadapi mereka.
Seniman Aziz Sattar, 89, telah dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ pada malam Ahad lalu akibat dari serangan jantung tetapi keadaan dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P Ramlee. - HARAKAHDAILY 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014
Seniman veteran Aziz Sattar meninggal dunia
PAGI ini rakyat Malaysia khususnya peminat filem Melayu kehilangan seorang pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar. Beliau, 89 tahun, meninggal dunia di Hospital Kajang, akibat penyakit jantung, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Berita kepergiannya dimaklumkan oleh anak perempuannya, Sandakiah. Jenazah almarhum akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan dijangkan dikebumikan pagi ini.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 4 Mei lepas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari.
Aziz Sattar pernah berlakon bersama-sama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk pada tahun-tahun 1950-an. Bersama gandingan tersebut beliau telah mencipta nama dan menjadi ikon filem Melayu. (Gambar atas: Pendekar Bujang Lapok, 1959)
Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Jawa Tengah dan berhijrah bersama ibu dan bapanya ke Singapura pada tahun 1928.
Sumber HD - 6-5-2014
AJK Dewan Ulamak PAS Pahang meninggal dunia
DEWAN Ulamak PAS Pahang hari ini kehilangan ‘sebutir bintang’ apabila seorang ahli jawatan kuasanya, Ustaz Ahmad Bedawi Abdullah al-Hafiz, 67, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hassanuddin Salim, allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Isnin lalu akibat ketumbuhan dalam perut.
“Allahyarham sepatutnya menjalani pembedahan tetapi berlaku komplikasi jantung dan buah pinggang dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi di sisi keluarga terdekat.
“Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya sekitar jam empat pagi di Kampung Desa Murni Sanggang sebelum disembahyang dan dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Loyang,” katanya. (Gambar)
Ahmad Bedawi yang berkelulusan Tahfiz Qiraat dan Syariah daripada Universiti al-Azhar Mesir, sebelum bersara berkhidmat sebagai pensyarah di UKM Bangi.
Allahyarham sangat tegas dalam sudut agama dan keadilan. Antara yang diingati ramai ialah beliau pernah mendoakan penghapusan Akta Keselamatan Dalam ISA dalam satu majlis rasmi di UKM sehingga peristiwa itu menyebabkan beliau ditahan gaji dan pangkat sementara waktu.
Beliau juga pernah menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Darul Izzah Temerloh.
Selepas bersara, kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengajar agama selain memimpin Dewan Ulamak PAS Temerloh.
Sementara itu, lebih 1,000 orang pemimpin PAS Pahang, anak murid dan kenalannya hadir solat jenazah dan mengiringi pengkebumiannya sekitar pukul 12 tengahari tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 11 orang cahaya mata.
Sumber HD - 2-5-2014
Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hassanuddin Salim, allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Isnin lalu akibat ketumbuhan dalam perut.
“Allahyarham sepatutnya menjalani pembedahan tetapi berlaku komplikasi jantung dan buah pinggang dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 12 tengah malam tadi di sisi keluarga terdekat.
“Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya sekitar jam empat pagi di Kampung Desa Murni Sanggang sebelum disembahyang dan dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Loyang,” katanya. (Gambar)
Ahmad Bedawi yang berkelulusan Tahfiz Qiraat dan Syariah daripada Universiti al-Azhar Mesir, sebelum bersara berkhidmat sebagai pensyarah di UKM Bangi.
Allahyarham sangat tegas dalam sudut agama dan keadilan. Antara yang diingati ramai ialah beliau pernah mendoakan penghapusan Akta Keselamatan Dalam ISA dalam satu majlis rasmi di UKM sehingga peristiwa itu menyebabkan beliau ditahan gaji dan pangkat sementara waktu.
Beliau juga pernah menjadi pengerusi kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Darul Izzah Temerloh.
Selepas bersara, kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengajar agama selain memimpin Dewan Ulamak PAS Temerloh.
Sementara itu, lebih 1,000 orang pemimpin PAS Pahang, anak murid dan kenalannya hadir solat jenazah dan mengiringi pengkebumiannya sekitar pukul 12 tengahari tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 11 orang cahaya mata.
Sumber HD - 2-5-2014
Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia
SINGAPURA: Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia di sini petang ini.
Akhbar tempatan melaporkan ratu keroncong itu meninggal dunia kerana penyakit barah.
Beliau berusia 73 tahun.
Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.
Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan esok. - Bernama
Sumber HD - 30-4-2014
Akhbar tempatan melaporkan ratu keroncong itu meninggal dunia kerana penyakit barah.
Beliau berusia 73 tahun.
Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.
Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan esok. - Bernama
Sumber HD - 30-4-2014
Pelakon Sidek Hussain meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Sidek Hussain, 63, meninggal dunia malam tadi akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Sebiah Sulaiman di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 11.55 malam.
Ketumbuhan seberat dua kilogram itu pada peringkat permulaan muncul ketika beliau berusia dalam lingkungan 20-an.
Difahamkan sebelum ini allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pembedaham namun pihak doktor telah membatalkan pembedaham kerana berisiko.
Beberapa blog sejak awal pagi ini telah menyiarkan berita kematian pelakon berkenaan.
Sumber HD - 28-4-2014
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Sebiah Sulaiman di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 11.55 malam.
Ketumbuhan seberat dua kilogram itu pada peringkat permulaan muncul ketika beliau berusia dalam lingkungan 20-an.
Difahamkan sebelum ini allahyarham pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pembedaham namun pihak doktor telah membatalkan pembedaham kerana berisiko.
Beberapa blog sejak awal pagi ini telah menyiarkan berita kematian pelakon berkenaan.
Sumber HD - 28-4-2014
Kakitangan Media Selangorku meninggal dunia
- Apr 19, 2014
- AFIX REDZUAN
“Takziah kepada keluarga DJ Mansor yang telah meninggal dunia pagi tadi. Moga roh beliau tenang di sana. Al-fatihah,” kata Abdul Khalid menerusi laman Twitter miliknya.
Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini.
Pengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.
Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi menziarahi Allahyarham di hospital petang semalam. - Selangor Kini
Sumber HD - 19-4-2014
Karpal Singh, pembantu maut kemalangan jalan raya
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.
Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.
Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Sumber HD - 17-4-2014
Pemergian Pak Hamid : Gugurnya sebutir bintang
- Apr 12, 2014
- SUHAIZAN KAIAT
Beliau dikatakan sedang mengadakan latihan kepada anggota AMAL dalam program kursus kepimpinan AMAL di Sepang dan rebah secara tiba-tiba dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Dalam usianya 59 tahun beliau mengabadikan dirinya kepada perjuangan Islam dan memilih AMAL sebagai medan kebaktiannya. Beliau adalah anggota AMAL terlatih, dedikasi, sabar dan komited terhadap tugasannya.
Beliau sanggup meredah hutan, mengharungi banjir dan lumpur untuk hadir dan bertugas di mana lokasi di arahkan.
Menjaga lalulintas, parkir, menjaga keselamatan dan kebersihan dalam sesuatu program besar PAS tidak menjadikan beliau kekok dan jemu dengan tugasannya itu.
Demi jemaah, dalam usia senja itu beliau gagahkan diri bersama anak-anak muda yang jauh 20 tahun dari usianya.
Allahyarham Pak Hamid adalah ikon anak-anak muda. Beliau jugalah ikon kebanggaan AMAL.
Beliau adalah contoh insan ikhlas berjuang demi Islam.
Tanpa nama dan kedudukan tinggi, Pak Hamid tidak kejarkan pangkat, kedudukan dan jawatan dalam PAS.
Perjuangan Islam dengan mencapai keredhaan Allah adalah matlamat utama PAS dan Pak Hamid telah membutikannya.
Bertepatan dengan slogan yang selalu didendangkan AMAL iaitu Allah matlamat kami, Rasulullah pedoman kami, Al Quran panduan hidup kami, jihad adalah jalan juang kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita kami dan Pak Hamid telah membuktikan kata-katanya untuk hidup dan mati di jalan Allah.
Pemuda PAS Malaysia (PPM) mendoakan semoga Allah menerima amal Allahyarham dan diangkat sebagai para syuhada di jalanNya.
Semoga keluarga Almarhum Pak Hamid tabah menghadapi ujian yang melanda ini. Berehat dan bergembiralah almarhum di alam sana dengan nikmat yang dijanjikan setelah menumpahkan seluruh kehidupan untuk Islam dan kami sentiasa mencemburui kehidupan beliau.
*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 12-4-2014
Pak Hamid, jurulatih Jabatan Amal meninggal dunia
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau terlibat menjadi jurulatih sempena Kursus Kepimpinan Amal Malaysia yang diadakan bermula 11 hingga 13 April di sebuah resort di Sepang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan lengkap berunifom merah Unit Amal.
Difahamkan, Pak Hamid sebelum itu dibawa ke Klinik Sg Pelek, Bagan Lalang yang berhampiran tempat latihan mereka kerana keadaanya tidak stabil.
Menurut anggota unit amal, ketika melatih kawad pagi tadi, beliau sempat berkata "benarlah janji Allah".
(Gambar: Pak Hamid ketika mengajar kawad kepada anggota unit Amal pagi tadi)
Pemergian beliau satu kehilangan besar bukan sahaja kepada anggota Amal keseluruhannya, malah juga kepada PAS di segenap peringkat.
Jabatan Amal PAS yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah', sentiasa mengharumkan nama baik PAS dalam misi kemanusiaan yang sertai mereka.
Berkerja dengan tema 'beramal kerana Allah', tanpa mengharapkan balasan dunia, pasukan ini menjadi kebanggan parti dan salah satu aset besar kepada PAS bukan sahaja dalam aspek menghulur bantuan, tetapi juga duta PAS mendekati masyarakat.
Sumber HD - 12-4-2014
Ustaz Awang Nasaruddin kembali ke rahmatullah
- Apr 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin merupakan pemidato PAS terkenal pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.
Mereka mendoakan semoga allahyarham dihimpun dalam kalangan para syuhada dan solihin.
"Insya Allah saya akan sama-sama hadir untuk solat jenazah di Masjid Pekan Batu 6 jam 11.00 pagi 4.4.2014 (esok),” tulis Tuan Guru Abdul Hadi menerusi facebook.
Ustaz Awang pernah dianugerahkan Tokoh Ulama PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Selangor pada Jun 2009.
Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 yang mewakili PAS Terengganu.
Jasa beliau kepada masyarakat di Terengganu amat besar dan pernah menjadi tenaga pengajar di masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Batu Enam serta dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.
Kehebatan ilmunya dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Ustaz Abas Awang, Ustaz Ismail Sulong, Ustaz Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau juga pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus
Kelantangan beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tukul Besi’ yang terkenal suatu ketika dahulu.
Beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS Terengganu.
Ustaz Awang pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada September 2009 akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan angin ahmar. Al-Fatihah
Sumber HD - 3-4-2014
Allahyarham Ismail Noh korban kerusi demi parti
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini kerana beliau yang juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, adalah salah seorang ulama yang dikenali dengan kepetahan hujahnya serta ketinggian ilmu yang sukar ditandingi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Allahyarham yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dikenali di kalangan anak-anak muda sebagai seorang murabbi yang tidak putus-putus menekankan aspek tarbiah dan pengorbanan sebagai faktor penting untuk mencapai kejayaan di dalam perjuangan.
“Allahyarham sebelum bertanding di dalam pilihanraya merupakan Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Islam Kelantan. Beliau banyak turun ke sekolah-sekolah untuk berjumpa guru-guru dan pelajar membuat tinjauan dan menyampaikan ceramah.
"Tidak hairan di kalangan pimpinan negeri pada hari ini yang pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pernah mengenali beliau sebagai seorang yang sangat berjasa di dalam bidang pendidikan khususnya di negeri Kelantan.”
Allahyarham pernah menewaskan bekas Pengasas Perkasa Dato Ibrahim Ali sebanyak dua kali pilihanraya umum iaitu pada tahun 1999 dan 2004.
Namun, pada 2008 beliau akur keputusan parti menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi Ibrahim yang ketika itu bertanding atas tiket PAS.
Ketika itu, beliau sendiri mengepalai perarakan calon mengiringi Ibrahim untuk penamaan calon.
"Inilah sejarah kepatuhan beliau kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang sangat bersejarah di Pasir Mas,” kata Fahdli lagi yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas.
Ismail Noh meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II awal pagi ini akibat serangan strok semenjak tahun 2009.
Allahyarham dimasukkan di hospital tersebut dua minggu lepas selepas tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.
Jenazahnya dijangka dikebumikan berhampiran rumahnya petang ini.
“Pemuda PAS Kelantan merakamkan takziah setinggi-tingginya kepada keluarga Allahyarham dan semoga beliau dimasukkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh, Insya-Allah,” ujar Fadhli.
Sumber HD - 1-4-2014
TG Nik Aziz ucap takziah kepada keluarga Ustaz Ismail
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Sesungguhnya, kata beliau allahyarhan merupakan seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Kelantan khususnya di dalam bidang pendidikan sebelum beliau menceburi politik.
“Jasa dan pengorbanan beliau di dalam parti dan perjuangan Islam hanya Allah SWT yang berhak membalasnya. Semoga Allah merahmati roh beliau insya Allah,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu menerusi Facebook.
Sumber HD - 1-4-2014
Ilmam ucap takziah buat keluarga Ali Mamak
- Mar 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Presidennya, Syed Abdul Kadir Aljoofre, Almarhum pernah bersama Ilmam dalam Pray 4 Live in Concert di Bandar Baru Bangi, tahun lalu.
“Beliau dan Abang Abon, sanggup bergegas pulang dari Johor, untuk bersama memberi sumbangan untuk rakyat Mesir, Syria, Gaza dan Rohingya pada malam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, nasihat santai Almarhum pada malam tersebut diselitkan dengan lawak jenaka sangat memberi kesan kepada yang hadir.
“Buat keluarga Almarhum, Ilmam mengucapkan, moga Allah besarkan pahala kalian, diperbaiki urusan takziah, dan diampunkan dosa Almarhum,” katanya lagi.
Ali merupakan pelawak era 1980-an dilaporkan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.
Sumber HD - 27-3-2014
AJK PAS KAWASAN TANJONG KARANG MENINGGAL DUNIA
Al-Fatihah Ustazah Hajah Maryuni Binti Marsaid, (AJK Pas Tanjong Karang sesi 2003-2005 & 2007-2009), (Timbalan Ketua DMPK sesi 2005-2007 & 2007-2009) (Naib Ketua DMPK sesi (2003-2005) & (Ketua Muslimat Cawangan Batu 12 sesi 1999- sekarang).
(Isteri Cikgu Haji Rusman Saiman) telah kembali kerahmatullah di Hospital Sungai Buluh. Solat Jenazah akan dilakukan di Masjid Batu 12 Sungai Burong selepas solat zuhur. Semoga Roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber FBBPPNS - 18-3-2014
BEKAS YANG DIPERTUA TAHUN 80'AN KEMBALI KE RAHMATULLAH
Almarhun Tuan Haji Abdul Kadir,87 tahun telah kembali ke rahmatullah sebelum subuh 26/02/2014 di rumah beliau di Kg Bukit Raya. Almarhum pernah bertanding pilihanraya di DUN Beranang (sekarang Semenyih) pada PRU tahun 1984. Almarhum ketika memegang jawatan sebagai YDP PAS Kawasan Hulu Langat. Sementara Almarhum Hj Anas @ Alias Sulaiman selaku Setiausaha PAS Kawasan bertanding di DUN Dusun Tua. Sementara Ketua Pemuda, Sdr Maido Ali bertanding di DUN Kajang. Ketiga-tiga kerusi yang ditandingi telah tewas. Namun semangat perjuangan tetap diteruskan tanpa mengenal putus asa dan kecewa cuma Allah belum mahu memberi kemenangan. Dalam PRU13 yang lalu di mana YB Tuan Haji Razali Hassan telah dikurniakan Allah Azzawajala kemenangan dengan meraih majoriti lebih 4071 undi : http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDUN.php?kod=10123
di samping YB Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Parlimen menang buat penggal kedua dengan majoriti lebih 17267 undi : http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDR.php?kod=10100
di samping YB Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Parlimen menang buat penggal kedua dengan majoriti lebih 17267 undi : http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDR.php?kod=10100
Ini bermakna Almarhum sempat melihat kemenangan PAS yang dibangunkannya. Jenazahnya sempat disembahyangkan dua kali, sekali di rumahnya diimamkan oleh Ustaz Dr Shahbudin Ngah sebagai imam yang merupakan Naqib Usrah dan sekarang sebagai Rektor Kolej Universiti Islam Zulkefli Muhammad (KUIZM). Sekali lagi jenazah beliau disolatkan di Masjid Ubudiah Kg Sg Raya yang diimamkan oleh YB Adun Dusun Tua dan akhirnya disemandikan di Tanah Perkuburan Islam kampung tersebut di mana Almarhum pernah tinggal,berusrah dan berjuang bersama sahabat-sahabat beliau yang ramai.
Gambar kenangan ketika menghadiri Jamuan Raya di Taman Lavender - Dari kiri Hj Anas (Almarhum), Ustaz Shahbudin Ngah, Tn Hj Abdul Kadir Ismail dan Sdr Abdul Rashid (berdiri di belakang) : 21-12-2003
Sumber laman web lama - http://purnama8.tripod.com/rayasakan.htm
PAS Pahang ucap takziah ibu Adnan meninggal dunia
- Feb 24, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataannya mengharapkan Adnan sekeluarga bersabar di atas pemergian orang tersayang di samping mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan para solehin.
Ibu Adnan, Saadiah Osman, 84, menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu.
Berita mengenai pemergian ibu Adnan itu disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Samsudin Nawawi dan telah disahkan dalam kebanyakan media online.
Sumber HD - 24-2-2014
'Arkitek' PAS Batang Lupar meninggal dunia
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Ahllahyarham, 68, (gambar kanan bertopi) merupakan antara ahli PAS terawal di daerah Saribas, Sarawak dan telah menyumbang jasa besar dalam pembangunan PAS di daerah itu.
Yang Dipertua PAS Batang Lupar, Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, pemergian Mohd Parhi satu kehilangan besar bukan sahaja buat PAS kawasan itu tetapi PAS secara keseluruhannya.
"Bagi pihak PAS Kawasan Batang Lupar, saya ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham.
"Di antara jasa besar beliau sepanjang hidupnya di dalam konteks pembangunan PAS di sini adalah mewujudkan cawangan-cawangan PAS di Pusa, Undai dan Rumah Panjang Iban.
"Sehingga kini, PAS bertapak kukuh di Batang Lupar dan mula bertanding di Dun Beting Maro pada tahun 2001, sedikit sebanyak kerana jasa beliau," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
(Gambar: Allahyarham berbaju biru ketika mesyuarat persediaan korban 2013)
"Kami mengenalinya sebagai rakan yang tahan lasak membawa sesuatu yang asing bagi rakyat di situ.
"Beliau adalah salah satu contoh individu yang berani membawa perubahan dalam keadaan komunitinya masih dengan dogma tradisi," kata beliau.
Sumber HD - 20-2-2014
Bekas YDP PAS Raub meninggal dunia
- Feb 15, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
Menurut seorang anaknya, beliau pada mulanya dimasukkan ke hospital Raub tetapi kelmarin dirujukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.
Bagaimanapun tengahari tadi, pihak hospital menasihatkan supaya arwah dibawa pulang ke rumahnya, meninggal apabila tiba di rumahnya dan dikebumikan malam tadi.
Allahyarham pernah menjadi YDP Raub sekitar 2006 hingga 2010 dan Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang. Juga pernah menyertai pilihan raya umum 2008 sebagai calon PAS di Dun Batu Talam.
Allahyarham meninggalkan 7 orang anak.
Sumber HD - 15-2-2014
Gugurnya Lt Adnan Saidi pada 14 Feb
- Feb 14, 2014
- http://ustazlove.com
Memperingati Tanggal 14 Februari
Salam…14 Februari memang terkenal sebagai tarikh sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day). Bukan saja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia menyambutnya.. Dianggarkan semua jenis bunga termasuk bunga tahi ayam dan bunga kobis dijadikan korban sempena menunjukkan bukti cinta sang kekasih.
Tapi bukanlah Ustaz Love nak bincangkan isu Hari Kekasih ke, Hari Suami Isteri ke dsb, jauh sekali nak mengucapkan selamat kepada mereka2 yang menyambutnya. Ustaz Love ingin mengajak para pembaca sekalian menyoroti satu peristiwa yang agak penting yang berlaku pada tanggal 14 Februari.
Keberanian Leftenan Adnan Saidi dan rakan yang bertempur bermati-matian adalah episod yang kekal dalam lipatan sejarah tanah air.
“Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata”, itulah kata-kata pembakar dan menyemarakkan lagi semangat juangnya supaya tidak gentar menghadapi Jepun, demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah terakhir.
Apakah perjuangan dan pengorbanan Leftenan Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi?
Masih adakah anak bangsa pada hari ini, mahu mengikut jejak langkahnya. Pastinya, jika Leftenan Adnan dapat melihat Malaysia hari ini, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara dengan darahnya.
Keberanian Leftenan Adnan turut diakui General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 Leftenan Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun”.
Iktibar dan pengajaran boleh peroleh dari kisah keberanian beliau adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau, pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan musuh. Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah demi kepentingan diri sendiri.
Rakyat Malaysia tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan.
Kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran dikecap.
Mereka harus menjadikan semangat Leftenan Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan dan cintakan negara.
Terima kasih kepada pahlawan dahulu yang berjuang untuk mempertahankan negara.
Sama ada nama mereka tercatat atau tidak dalam lipatan sejarah, jasa mereka pasti tidak akan dipersia-siakan.
Sesukar mana pun pengorbanan mencapai kemerdekaan, lebih sukar lagi tanggungjawab mempertahankan negara.
Pada hari ini tanggal 14 Februari, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Leftenan Adnan Saidi dan marilah kita hadiah sekalung doa bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.
Gugurnya pahlawan Melayu di Bukit Chandu
Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua.
Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang, yang berlaku sehari sebelumnya. Bukit Chandu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut dan merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.
Pada 13 Februari 1942, Divisyen Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Leftenan Gen Renya Mutaguchi telah melancarkan serangan ke pesisiran selatan Singapura iaitu Pematang Pasir Panjang.
Lokasi tersebut dibedil dengan mortar dan meriam dengan hebatnya. Kompeni C dan Leftenan Adnan Saidi yang ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai ‘Celah’ (Gap), telah memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun untuk beralah dan berundur, walaupun Pasukan Jepun di bawah Major Kimura mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih ramai.
Namun bagi Leftenan Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat pihak Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.
Leftenan Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai. Bukit Chandu akhirnya ditawan Jepun dan Leftenan Adnan sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung pada pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan benet oleh tentera Jepun.
Kematian Leftenan Adnan adalah episod perjuangan anak Melayu berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta.
- Adnan Saidi dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang Selangor pada 1915
- Anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan Minangkabau
- Adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera tetapi Ahmad terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939 apabila kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan Jepun dalam pelayaran ke Australia.
- Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor.
- Pendidikan awal di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris
- Memulakan karier sebagai Guru Pelatih selama 1 tahun sebelum memutuskan untuk menyertai tentera pada 1933 ketika berusia 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan serta turut terpilih sebagai rekrut terbaik.
- 1936: Dinaikkan pangkat Sarjan dan setahun kemudian Leftenan Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus, beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Muda dan seterusnya dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C.
- Berkahwin dengan seorang guru, Sophia Pakih Muda serta dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan yang meninggal tidak lama setelah kejatuhan Singapura.
- sumber
p/s: Ustaz Love memang suka baca kisah2 pejuang ni terutama semasa Perang Dunia Kedua (WWII).. tak kira perang di Pasifik ke, kat Europe ke, kat Malaya ke.. lebih menginsafkan kita betapa nikmatnya hidup dalam negara yang aman. Namun, keamanan ini mungkin takkan tercapai jika tiada orang yang sanggup untuk berkorban nyawa suatu masa dulu.
Jadi, hargailah keamanan yang ada. Jangan dirosakkan dengan maksiat hasil tangan2 kita.. kelak, jika ditimpakan bencana oleh Allah, tak kira orang jahat mahupun orang baik, semua akan terkena bahananya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Lt. Muda Adnan bin Saidi serta para pejuang Islam yang lain.
WA
Sumber HD - 14-2-2014
Mengingati syahidnya Hassan al-Banna
- Feb 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada Mac 1928 di bandar Ismailiyyah.
Latar belakang
Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).
Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.
Sebagai seorang ulama. Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.
Kepimpinan Hassan al-Banna
Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin.
Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.
Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Menubuhkan Ikhwan Al-Muslimin
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.
Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusum kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar. Pengalaman ahli jemaah yag dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna
Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Isreal seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.
Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Sumber HD - 12-2-2014
Pak Yazid: Berjuang bukan untuk menang, tapi kebenaran
- Feb 11, 2014
- AZAMIN AMIN
Sambil memegang kejap paha ayahnya, si kecil itu ternganga melihatkan kepetahan kata-kata lelaki yang berada di anjung tengah, tempat imam bersolat. Sesekali lelaki itu, yang berjubah putih dan mengenakan serban merah di kepala mengerling dan merenung tajam, membuatkan si kecil tergamam seketika.
Pada firasat si kecil, sudah pastilah lelaki itu cukup hebat dan perkasa lagaknya, sehingga begitu ramai orang dan pengikutnya pada hari itu melimpahi ruang solat.
Sungguhpun tidak begitu faham dengan butir-butir yang disampaikan, si kecil dapat mengagak pasti menarik kisah yang dilontarkan memandangkan, sebahagian besar para jemaah yang ketawa, tersenyum dan sesekali serius mengikuti tiap kata yang dilafazkan.
"Namanya Ustaz Yazid Jaafar," kata si ayah menjawab bisikan anaknya di telinga. Terngiang-ngiang si kecil itu mendengar ustaz itu bercerita dan menitipkan nasihat tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.
Kini si kecil itu sudah berada di halaman rumah tokoh dan penceramah yang cukup terkenal di seluruh pelosok negara. Tidak disangka dia akan menemubual Pak Yazid setelah 24 tahun lalu mendengar kuliahnya di kampung halaman. Tiba-tiba lamunan saya terhenti, tatkala sebuah kereta model Pesona muncul di depan pintu pagar.
Tergamam melihat sosok tubuh yang keluar dari kereta itu cukup tenang dan bersahaja, dan wajahnya mirip lelaki yang bersuara lantang suatu ketika dulu. Apatah lagi melihat dia yang memandu sendiri kereta walaupun sudah berusia 82 tahun!
"Mari kita sarapan dulu," sapa Pak Yazid kepada saya yang masih kaku. Kaku melihat, bekas tentera berpangkat Sarjan ini, masih bertenaga dan kuat. Mungkin latihan, disiplin dan asahannya di dalam Askar Melayu Diraja sekitar dekad 50-an, menjadikannya cukup bersemangat.
"Saya menyertai PAS pada tahun 1956, sebaik sahaja berhenti daripada askar. Hati saya tertarik kerana dasar perjuangannya adalah Islam.
petugas PAS dibunuh
"Pada saya tidak ada satu parti yang lebih baik daripada PAS. Walaupun PAS tidaklah sempurna sangat tetapi dialah satu-satu parti yang menegakkan dasar Islam di negara ini," kata Yazid memulakan bicara.
Kemudian beliau tertunduk, dan mengambil masa yang agak lama merenung tajam seolah-olah mengimbau kembali sejarah silam.
"Sampai sekarang saya tidak akan lupakan penganiayaan yang dibuat oleh BN terhadap PAS. Lebih dasyat ialah tragedi yang mengorbankan nyawa petugas dan penyokong PAS," katanya.
Pak Yazid, mengungkap kembali peristiwa pembunuhan Samad Gul, Tragedi Lubuk Merbau dan peristiwa Memali yang menyaksikan 14 nyawa penduduk kampung dan empat anggota polis terkorban.
"Di Lubuk Merbau, seorang petugas PAS yang sedang menampal poster parti di tetak dengan kapak dan mati terbunuh.
"Kisah-kisah kezaliman terhadap PAS ini tidak memungkinkan saya bersetuju untuk apa jua penggabungan atau kerjasama dengan BN," katanya tegas.
Kisah Lubuk Merbau pula seolah-olah mengulangi kejadian sewaktu kempen pilihan raya di Bagan Pinang 7 Oktober 2009 di mana seorang petugas cedera parah, di belasah penyokong parti lawan.
Yazid juga turut berada di sana sepanjang kempen, dan beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Port Dickson setiap hari.
Dengan ketegasan prinsipnya Yazid telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sewaktu PAS menyertai BN pada 1974. PAS "ditendang keluar" daripada BN empat tahun kemudian.
Begitu juga sewaktu Yang Dipertua PAS Dato' Asri Muda menyertai Umno, Yazid tidak goncang dan goyah prinsip. Sungguhpun dahulu beliau dianggap anak emas Asri sehingga di gelar 'Bukhari' membawa maksud "setiap yang Yazid katakan adalah datangnya daripada Asri", Yazid tidak ikut serta.
anugerah Tuhan
Beliau sentiasa mengekori Asri di seluruh pelosok negara dan tempias pemidato hebat itu turut terkena kepada dirinya. Daripada tukang pikul bateri pembesar suara untuk Asri, Yazid berdikit-dikit memijak pentas ceramah.
"Kali pertama saya menyampaikan ceramah sulung ialah di Pantai Baru, Kuala Lumpur dan semua ini adalah anugerah Tuhan," katanya merendah diri ketika ditanya tentang petua kehebatannya berceramah.
Yazid mengakui beliau tidak sekali pun mendapat didikan formal dalam bidang agama, tetapi belajar melalui pembacaan dan mengikuti kuliah serta ceramah tokoh-tokoh yang terkenal waktu itu.
Barangkali, cebisan pengalamannya sebagai guru kawat sewaktu dalam tentera, banyak membantu melancarkan susur katanya ketika berceramah.
Kerana kehebatannya itu, pada sekitar dekad 80-an, beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat selama 28 hari menyampaikan ceramah yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Selain sambutan yang cukup menggalakkan, tidak kurang juga pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi Yazid ketika melontarkan hujahnya di khayalak ramai. Ada antaranya mengasah parang ketika beliau naik ke pentas seperti insiden di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan (dahulunya dikenali Telok Anson).
"Tengah berceramah, seorang penduduk mengasah parang sehingga berkilat di depan saya. Namun, untuk berundur tidak sekali," katanya yang tidak pernah takut dengan ugutan atau sebarang ancaman.
Menceritakan saat cemas ketika di kepung empat penjuru oleh pihak parti lawan yang tidak senang beliau menyampaikan ceramah, sehingga mengancam nyawa, apabila salah seorang daripadanya mengacukan senapang untuk menembaknya.
"Mereka nak bunuh saya... tetapi dihalang oleh seorang Ustaz, yang terkenal dengan kependekarannya dan mujur tiba sepasukan empat trak polis mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya yang merujuk lokasi kejadian di Repek, Kelantan.
Lain pula halnya sewaktu Yazid sedang menampal poster parti dan ceramah di salah sebuah kampung di Parit Buntar, Perak apabila dikerumuni oleh sekumpulan penduduk di situ yang menasihatinya agar tidak berbuat demikian.
"Kata mereka, tak payahlah nak tampal poster di sini, kami di sini sudah kafir...," katanya kecewa dengan lafaz berlawanan akidah yang diucapkan mereka, hanya kerana berbeza fahaman politik.
Kini, kisah pahit maung perjuangannya itu disulam dengan ketenangan Yazid meniti hari-hari yang mendatang. Tidak pernah merasa bosan dan sentiasa terisi dengan jadual kuliah mengajar, Yazid masih kuat menyalurkan ilmu dan pengalaman kepada umat Islam setempat mahupun di luar kariahnya.
Berkat hasil usaha tidak jemu, membuahkan kejayaan yang cukup bermakna apabila mampu mendirikan sebuah rumah kebajikan di Keramat, Kuala Lumpur yang di beri nama "Al-Ikhwan" empat tahun lalu, yang berpegang kepada konsep 'persaudaraan'. Tidak kira Melayu Islam ataupun berbangsa Cina dan India, golongan miskin dan susah ini, akan dibantu jika memerlukan.
"Jika ada Cina dan India hidup melarat, kita akan bantu dan duduklah di sini," ujarnya dengan penuh ikhlas.
Al-Ikhwan bantu Cina, India melarat
Al-Ikhwan dirasmikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tahun lalu (2008) dan menempatkan orang-orang tua khususnya kaum wanita yang ingin mempelajari ilmu agama atau "memondok".
Selain itu akhir tahun ini, bangunan empat tingkat ini akan menerima pula kemasukan pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.
Menyediakan sejumlah 200 katil untuk penghuni dan ruang musolla yang boleh ditukar sebagai dewan kuliah, Al-Ikhwan yang diasaskan Yazid ini sentiasa dipenuhi dengan kaum Muslimat pada setiap pagi Ahad. Sebabnya kuliah tetap Yazid kepada kaum ibu dilakukan pada hari itu.
Disebalik bangunan yang indah dan damai itu, Yazid menceritakan bagaimana asal penubuhan Al-Ikhwan yang baginya, terletak dibawah perancangan Allah semata-mata.
Katanya, semasa sering berkuliah dan merancang jadual kuliah untuk para ustaz di Kampung Baru, beliau telah menubuhkan satu tabung bagi tujuan memberi sumbangan kepada para ustaz yang mengajar dan Yazid telah menetapkan, jumlah bayaran setiap pencermah sekitar RM70.00 seorang.
Setelah puluhan tahun, beliau tidak menyangka jumlah dana yang terkumpul mencecah lebih RM200,000. Tanpa diduga pada saat itu, seorang hamba Allah memberitahu sebidang tanah di Keramat mahu dijual dengan harga RM240,000.00 dan tanpa berfikir lama, beliau bersetuju membelinya sekaligus tercetus idea untuk menubuhkan bangunan rumah kebajikan itu.
"Masa itu, saya kira di usia yang tua, apalah yang nak dibuat dengan duit yang banyak ini. Lebih saya buat rumah kebajikan untuk manfaat orang-orang miskin dan susah," katanya sambil menyua kedua-dua belah tapak tangan kepada saya, yang mula tidak faham.
Rupanya, beliau mahu menunjukkan 'jumlah' barang kemas dan gumpalan rantai emas orang ramai yang didermakan kepada tabung untuk tujuan kebajikan itu.
Katanya sesiapa yang mahu menghuni dan mampu, bayaran yang dikenakan adalah antara RM150 ke RM300 sebulan untuk tujuan makanan sahaja, namun bagi yang tidak berupaya dan susah, Al-Ikhwan bersedia menanggung segala perbelanjaan.
"Kita masuk PAS bukan untuk senang tetapi untuk perjuangkan Islam. Jika kita susah sekarang, kita akan senang di akhirat.
"Dalam mempertahankan Islam, ada yang mati dan kita mahu mati seperti mati syahid!" kata Yazid laksana panglima Islam di medan tempur.
Saya mohon tips dan petua daripada Pak Yazid untuk menjadi pemidato dan penceramah yang baik.
"Sebenarnya terletak kepada taufik dan hidayah Allah nak berikan. Ada orang mengaji di Mesir selama 10 tahun, tetapi tidak mampu berceramah... Ini semua adalah kuasa Tuhan yang mengizinkan," katanya tenang dan merupakan penulis buku "Mengingati Mati" dan "Anak Yang Soleh".
bukan untuk menang tetapi kebenaran
Sebelum mengakhiri perbualan Pak Yazid memberitahu beliau pernah menyuarakan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beberapa tahun lalu untuk memperkuatkan parti dengan mengadakan tarbiyah dan muhasabah diri kepada ahli-ahli parti.
"Jangan banyak berceramah keluar tetapi banyakkan di dalam," katanya ketika Ustaz Hadi yang menziarahinya tahun 1990, kerana terlantar akibat kemalangan jalan raya.
Bagi Yazid, ahli-ahli PAS dan pejuang Islam perlu memperkuatkan pendirian dan matlamat supaya tidak goyah sekalipun diancam badai gelombang mendatang.
Pak Yazid yang mempunyai 8 anak, 27 cucu dan 6 cicit sempat membariskan mutiara kata buat pendokong perjuangan Islam.
"Mudah-mudahan kita berjuang di dalam PAS bukan untuk kemenangan tetapi kebenaran.
"Jika kita menang, bersyukur kita berjaya di dunia dan akhirat. Dan jika kita kalah, kita tetap akan mendapat pahala dan ditempatkan di syurga.
"Sesungguhnya (berada dalam) perjuangan Islam ini, kita tidak pernah rugi," katanya sambil menghulurkan salam perpisahan kepada saya.
_____________
Artikel ini adalah wawancara penulis dengan Allahyarham Ustaz Yazid Jaafar dan pernah disiarkan akhbar Siasah pada 2009.
Sumber HD - 11-2-2014
Jenazah Pak Yazid selamat dikebumikan
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dengan dimami Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ribuan umat Islam turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.
Sebelum daripada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengimami solat jenazah di kediaman Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke masjid.
Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.
Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.
Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad 1960 hingga ke akhir hayat.
Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.
Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.
Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang yang Saleh. Al-Fatihah.
Sumber HD - 9-2-2014
PAS ucap takziah pemergian Pak Yazid
Sesungguhnya pemergian Almarhum merupakan kehilangan besar buat semua ahli, pendukung dan penyokong PAS seluruh Negara khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan serta. Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang Almarhum persembahkan kepada perjuangan Islam mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Rabbul Jalil.
Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali saya mengucapkan takziah dan berharap kepada semua keluarga, sahabat-handai, pendokong dan penyokong PAS agar bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan Semoga al-Marhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT. Mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.
Sekian. Wassalam.
DATO’SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
9 RabiulAkhir 1435H / 9 Februari 2014M
Sumber HD - 9-2-2014
Pak Yazid meninggal dunia
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
- KUALA LUMPUR: Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor.
Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Pernah menjawat Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, beliau mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pak Yazid menyertai PAS pada 1956 dan pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada 1970-1974.
Pada pilihan raya umum (PRU) 1969, beliau bertanding mewakili PAS di kawasan Parlimen Pekan melawan Tun Abdul Razak Husein daripada Perikatan.
Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari dekad 1960 hingga ke akhir hayat.
Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.
Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada dekad 80-an dan 90-an.
Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan orang-orang yang Saleh. Al-Fatihah.
Sumber HD - 9-2-2014
PAS Petra Jaya ucap takziah atas pemergian Bujang Ulis
- Feb 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Petra Jaya, Syamsul Bahrie bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia itu merupakan seorang yang amat disegani dan dihormati di kalangan masyarakat di Sarawak.
“Sumbangan besar beliau di dalam membangunkan institusi pendidikan di Malaysia amatlah dihargai dan wajar dikenang. Tidak lupa juga sumbangan beliau di dalam dunia politik tanah air khususnya di Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Allahyarham merupakan bekas ahli Parlimen Simunjan yang mewakili Barisan Nasional setelah memenangi kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum Malaysia tahun 1978.
Beliau telah meninggalkan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan seterusnya menyertai Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) pada tahun 1978.
Beliau juga telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah bertanding atas tiket parti tersebut pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2001.
“Kita mendoakan agar roh beliau ditempatkan di tempat-tempat orang yang soleh.
“Nama dan sumbangan beliau akan terus terpahat di lembaran sejarah sebagai seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh membangunkan anak bangsa di Bumi Kenyalang ini,” kata Syamsul lagi.
Sumber HD - 3-2-2014
Idea tahaluf siyasi dicetus Almarhum Dr Karim Zaidan
- Jan 28, 2014
- ASLANI M
Tokoh ulama dan pemikir Islam itu meninggal dunia semalam di San’aa, Yaman ketika usia 93 tahun.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, pemikiran yang dicerna almarhum melalui kitab Ahkam Al-Zimmiyyin Wal Musta’minin Fi Daril Islam.
Katanya, kitab itu menjadi rujukan hampir semua gerakan Islam di dunia dalam mendepani arus politik semasa.
“Di Kelantan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) turut menjadikan salah satu kitab karangan Almarhum iaitu Usul Dakwah (Asas-asas Ilmu Dakwah) sebagai rujukan penting.
“Ia terkandung dalam silibus subjek Madkhal Dakwah dan Al-Dakwah Islamiah. Subjek ini wajib lulus sebelum bergraduan,” katanya di sini.
Fadhli yang juga bekas pensyarah KIAS berkata, kerajaan Kelantan menyifatkan Almarhum sebagai tokoh penting dalam menerapkan idea-idea ilmu dakwah.
Menurutnya pemergian Almarhum merupakan kehilangan kepada seluruh dunia Islam.
“Sesungguhnya Almarhum Sheikh Abdul Karim Zaidan merupakan seorang tokoh yang tidak asing dalam kalangan anak-anak muda yang mendokong gerakan Islam di seluruh dunia,” katanya.
Sumber HD - 28-1-2014
Pemergian Dr Abdul Karim Zaidan kehilangan besar kepada dunia Islam
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Tuan Ibrahim dan Nik Muhammad Zawawi menziarahi Dr Abdul Karim di Yaman, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Dunia dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama dan pemikir Islam yang agong iaitu Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan ke rahmatullah, semalam.
Jenazahnya dikebumikan di San'a, Yaman, bumi yang terakhir menjadi tempat beliau bernaung selepas terpaksa keluar meninggalkan bumi kelahiran beliau iaitu Iraq.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan takziah atas pemergian beliau kepada seluruh umat Islam, khususnya keluarga almarhum, anak-anak murid beliau dan warga Univesiti Iman, San'a di bawah naungan Syeikh Abdul Majid Zandani yang menjadi pusat ilmu di mana beliau menjadi salah seorang maha gurunya.
“Pemergian tokoh ulama Islam ini merupakan kehilangan besar bagi ummat,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
Dr Abdul Karim dilahirkan di Baghdad pada tahun 1921. Berkelulusan Ijazah Pertama dari Fakulti Undang-undang Universiti Baghdad, Master dan Phd dalam Pengajian Islam Universiti Kaherah tahun 1962.
Beliau yang merupakan bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Iraq pernah mengasaskan Fakulti Pengajian Islam di hujung 60-an dan berjaya melahirkan graduan namun kemudiannya ditutup oleh Parti Sosialis Iraq dan beliau sendiri dikenakan seumpama tahanan rumah.
Beliau terus ditekan sebagai seorang tokoh ulama sehingga akhirnya terpaksa berhijrah meninggalkan Iraq pada awal 90-an.
Beliau pernah menjawat jawatan Profesor Undang-undang Islam dan Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Undang-undang, Universiti Baghdad dan Dekan Fakulti Syariah, Universiti Baghdad.
Antara karya beliau yang terkenal ialah ensiklopedia hukum-hakam berkaitan Wanita dan Keluarga Muslim sebanyak 11 juzuk yang mendapat Anugerah Antarabangsa Raja Malik Faisal pada tahun 1997M/1417H.
Antara tulisan beliau yang terkenal dan menjadi rujukan di banyak fakulti pengajian Islam di seluruh dunia ialah Hukum-hakam Zimmi dan Musta'min Dalam Negara Islam, Pengenalan Pengajian Syariah Islam, Usul Dakwah, Al-Wajiz - Syarah Qawaid Fiqhiyyah dan Sistem Kehakiman Dalam Islam.
“Semoga Allah merahmati roh beliau dan memberikan ganjaran terbaik untuknya di alam barzakh dan di Hari Akhirat.
“Semoga kita juga berjaya mengikut jejak langkah beliau sebagai orang berilmu dan beramal dengan ilmunya,” kata Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 28-1-2014
Kenapa fitnah TMI terhadap Almarhum Ustaz Harun tidak boleh dimaafkan?
- Jan 27, 2014
- ZAHARUDIN MUHAMMAD
The Malaysian Insider cuba menggambarkan seolah-olah pendirian berbeza antara TG Presiden dan TG Dato Harun Taib khususnya tentang isu kalimah Allah apabila menyebut: "ini adalah pendirian yang berbeza dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam".
Perkataan seperti ini seolah-olah menggambarkan 2 Tuan Guru adalah tidak sekata dalam Isu kalimah Allah swt. Walhal bukan sahaja 2 Tuan Guru ini yang seiya sekata, bahkan semua tuan-tuan guru di dalam PAS, khususnya di dalam mesyuarat syura pada 13 Januari 2013, juga mesyuarat sebelum dan selepas itu, bahawa kalimah yang mulia (ALLAH swt) boleh digunakan pada tempat yang betul oleh muslim dan non-muslim kecuali apabila ia digunakan pada tempat yang salah seperti menggambarkan Allah swt ada anak, isteri dan seumpamanya.
Dalam mesyuarat tersebut, masa yang diambil untuk menyatakan pendirian sebulat suara tak sampai 5 minit kerana tiada perbezaan pendapat tentang realiti ini. Masa yang lama yang telah diambil ialah untuk membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat tersebut bagi mengelakkan manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti segelintir kecil wartawan yang mencari makan tanpa mengira dosa dan pahala (jika muslim) dan juga wartawan yang tidak bermoral (sanggup memanipulasi berita sekalipun tahu ia palsu demi kerana upah). Sekali saya ulangi, segelintir kecil wartawan, bukan semua wartawan.
Sejak awal timbul isu kalimah Allah, semua tuan-tuan guru di dalam PAS bersepakat tentang perkara ini. Pernah saya sewaktu menjadi pegawai penyelidik di Majlis Syura Ulama, menyusun pendapat ketiga-tiga tuan guru (TG Mursyidul Am, TG Presiden dan TG Timbalan Mursyidul Am) untuk dikertaskan. Kesimpulannya ketiga-tiganya mempunyai satu pendapat, iaitu ada tempat yang mereka persetujui (tempat yang betul seperti Allah pencipta alam) dan ada tempat yang mereka tidak bersetuju (seperti Allah swt ada anak dan sebagainya). Dengan kata lain, ke tiga-tiga Tuan Guru bersepakat bahawa kalimah Allah yang mulia ada tempat boleh dipersetujui penggunaannya oleh non muslim dan ada tempat yang mereka tidak bersetuju.
Apa yang malang, saya dapati selepas itu ada pihak pemberita yang tidak bertangungjawab justeru hanya mengambil bahagian yang dipersetujui daripada ungkapan TG Presiden dan tidak menyiarkan bahagian yang tidak dipersetujui. Seterusnya nukilan sipi (nukilan sebahagian) ini dijadikan modal untuk melaga-lagakannya dengan Tuan Guru yang lain, khususnya apabila dua tuan Guru lain cuba digambarkan tidak bersetuju.
TGHH DAN TGHT ADALAH DUA SAHABAT RAPAT
Gambaran kontradiksi antara TG Presiden dan TG Harun Taib adalah gambaran yang tidak berasas, walhal, TG Presiden dan Al-Marhum TG Harun Taib adalah dua sahabat karib sedari waktu belajar lagi. Mereka adalah dua sahabat yang "tidur sebantal" serta housemate yang lama sewaktu belajar di Timur Tengah.
Pernah TG Presiden menyebut kepada seorang sahabat saya bahawa TG Harun Taib adalah sayap kiri dan kanannya di dalam perjuangan ini. Pernyataan TG Presiden ini diceritakan oleh sahabat saya tadi kepada TG Harun Taib sehingga menyebabkan beliau akhirnya sebak dan menitiskan airmata. Itulah dua sahabat akrab.
Sewaktu TG Presiden mengetahui keadaan TG Harun Taib yang kritikal, beliau tidak lena tidur malam, sekejap bangun solat, sekejap tertidur dan terjaga semula justeru bimbangkan keadaan kawan akrabnya yang terlantar di hospital.
Saya yakin, semua keakraban ini dapat dirasai oleh hadirin sewaktu solat jenazah semalam. Semua dapat melihat beliau cuba menahan sebak dengan menggagahkan diri membuat pengumuman. Tetapi akhirnya tidak dapat menghabiskan pengumumannya dan seterusnya pengumuman itu dihabiskan oleh anak Al-Marhum, YB Ustaz Helmi Harun. Sewaktu solat lagi, mereka yang bersolat di sebelah TG Presiden dapat merasai sebak beliau sewaktu solat lagi. Saya sendiri tidak pernah melihat TG Presiden sesedih ini apabila menghadiri penghormatan terakhir sahabat-sahabat perjuangannya.
Sebab itu saya dapati tulisan The Malaysian Insider lebih bersikap provokatif sehingga sanggup menghiasi tulisan-tulisan dengan bunga-bunga adu domba antara dua pemimpin agung.
Tiada konservatif mahupun progresif di dalam PAS kerana PAS berpaksikan kepada perjuangan Islam. Pengkategorian ini hanya boleh berlaku dari pandangan yang melihat dengan kacamata barat yang sinonim dengan pengkategorian ini. Islam adalah Islam dan maha suci Islam daripada berlaku perubahan kecuali dari dari sudut silap faham mereka yang jahil. Tiada Islam konservatif dan tiada Islam progresif.
Sebab itu saya sendiri mengutuk cara TMI mencari berita berdasarkan pengalaman saya sebelum ini dengan TMI. Saya dapati wartawannya suka membuat provokasi seterusnya meminta semua pihak memberikan komen dan pandangan. Cara yang menjijikkan bagi mereka yang ada iman (muslim) dan mereka yang ada etika dan akhlak.
Kalau inilah cara TMI mencari pembaca dan pelanggan, bagi saya TMI sememangnya berhak mendapat kutukan makhluk yang baik di bumi ini.
Bagi wartawan muslim di TMI, ingatlah firman Allah swt:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)". - An-Nur: 19.
Sekali saya mengutuk tulisan TMI yang mengandungi fitnah terhadap Al-Marhum TG Harun Taib. Sesuatu yang sangat tidak bermoral memfitnah seseorang yang baru sahaja meninggal dunia. Fitnah yang tidak boleh dimaafkan begitu sahaja kecuali si yang bertanggungjawa benar-benar memohon maaf daripada orang PAS dan keluarga Al-Marhum.
* Tulisan ini adalah dirujuk kepada link ini:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemergian-harun-petanda-berakhirnya-politik-konservatif-pas.
Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 27-1-2014
'Jasad yang pergi, ilmu dan perjuangan kekal di dada kami'
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemergian AlMarhum Tuan Guru Harun Taib adalah satu kehilangan besar buat Gerakan Islam di rantau ini, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Bagaimanapun, katanya malang ada portal dan penulis seperti melepaskan dendam tersumbat apabila membidik almarhum sebagai perginya ulama konservatif sehari selepas beliau kembali ke rahmatillah.
Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tanpa peduli adab dan hormat, mereka seperti gembira dengan pemergian almarhum.
“Saya sekadar ingin mengingatkan, yang pergi ialah jasad almarhum Tuan Guru mendapatkan kekasihnya yang Maha Kuasa tetapi ilmu dan roh perjuangan masih kekal di dada kami anak-anak muridnya.
“Perjuangan beliau akan bersambung insya Allah,” tegasnya yang merupakan anak didik almarhum.
Sumber HD - 27-1-2014
Kepergiannya bukan sekadar untuk diratapi
- Jan 26, 2014
- MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
Allahyarham Tuan Guru Harun Taib yang lebih mesra dengan panggilan Haji Harun dalam kalangan orang-orang kampung di Manir telah meninggalkan kita batas-batas perjuangan yang perlu terus dituai dengan semangat jihad. Soal bilakah kemenangan dalam perjuangan dapat dituai, terserahlah kepada Allah SWT. Tugas kita adalah sehabis daya perlu diusahakan agar cahaya Islam mampu menembusi setiap jiwa dengan sifat rahmat yang telah sedia dikurniakan Ilahi.
Sekadar mengkagumi ketokohan dan kehebatan yang ada pada Allahyarham tanpa dituruti dengan pemerkasaan gerak kerja akan hanya meletakkan kita pada tempat yang sama. Apatah lagi sebarang kritikan yang dilontarkan terhadap cara gerak kerja Allahyarham tanpa disusuli dengan penambahbaikan hanya akan menjadikan kita jauh ketinggalan dalam pertarungan ideologi dan idealisme sengit seperti hari ini.
Jika kita sebagai pendokong Parti Islam Semalaysia PAS, usah kita bersedap hati dengan tanggapan bahawa parti United Malay National Organisation (UMNO) itu kian lemah. Jika kita pendokong Pakatan Rakyat, jangan kita bersenang lenang dengan anggapan Barisan Nasional kian lemah. Bila kita meyakini Islam itu benar, ia bukannya masa untuk kita hanya melakukan sekadar atas kepercayaan perjuangan lain adalah batil.
Apabila kita meyakini apa-apa yang diperjuangkan adalah suatu kebenaran yang berasaskan prinsip-prinsip keadilan, bermati-matian pada jalan perjuangan adalah kewajipan yang perlu dipikul. Tambahan pula pertarungan hari ini adalah berkisar siapa yang mampu menampilkan keyakinan atau kepercayaan yang paling praktikal.
Dalam kita mempertaruhkan perjuangan Islam melalui medan demokrasi, dapat kita saksikan bagaimana cabaran yang datang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan pertumbuhan pengetahuan yang ada. Di sinilah kita amat memerlukan satu pasukan ketumbukan yang kuat dan mampu bertindak dokong mendokong antara satu sama lain.
Medan demokrasi adalah berkait rapat dengan kehendak rakyat. selagi kita akur dengan penyertaan di medan ini, mahu tidak mahu perlu kita pastikan kehendak rakyat dan kehendak kita adalah sama. Di sinilah betapa pentingnya kekuatan pasukan yang mampu bergerak seiring agar kita mampu memimpin kehendak-kehendak yang berbeza untuk menerima apa yang kita perjuangkan.
Justeru kasihnya kita kepada Allahyarham dan kritisnya kita kepada apa yang pernah dilakukan oleh beliau boleh dijadikan titik penyatuan bagi mewujudkan ketumbukan pasukan yang cukup mantap bagi memastikan Islam itu berdaulat. Rahmatnya Islam bukan untuk diperkata bahkan lebih dari itu adalah untuk dirasai dan dikecapi oleh setiap jiwa.
Sumber HD - 26-1-2014
Pemergian Ustaz Harun: Antara tangisan sedih dan gembira
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Penerangan dewan itu, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, ribuan menghadiri solat jenazah almarhum dari seluruh pelosok negara.
Ribuan juga mengiringi janazahnya yang diusung ke kubur sehingga memenuhi jalan sepanjang 1.5 km.
“Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi antara yang benar-benar merasai kehilangan Tuan Guru Harun Taib kerana almarhum disifatkan sebagai sayap kanan beliau dalam perjuangan dakwah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Tambahnya, sangat ketara kesedihan Tuan Guru Abdul Hadi di kala mengimamkan solat jenazah Ustaz Harun dan berdoa di kubur sejurus dikebumikan.
Namun, katanya tidak dinafikan ada pula yang keriangan terutamanya munafik gerakan Islam atau musuh dakwah.
Beliau berkata, bagi mereka pemergian Ustaz Harun bererti perginya seorang ‘tokoh ulama konservatif’ yang masih memperjuangkan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negara ini yang menjadi penghalang kepada keterbukaan PAS.
Namun, tegas beliau hakikat yang perlu diketahui ialah agenda perjuangan beliau akan terus digalas oleh puluhan ribu anak didik almarhum yang akan terus memperjuangkan kelangsungan pemerintahan dan politik berasaskan Islam.
Beliau menegaskan bahawa Ustaz Harun adalah sebahagian mata rantai perjuangan dakwah dan siyasah yang panjang.
Sementara itu, Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) merasakan kehilangan Ustaz Harun sebagai seorang tokoh ulama yang banyak berjasa dalam perkembangan dan pembangunan Islam di tanah air.
“Beliau seorang yang amat prihatin dan senang didekati serta tidak mudah menyerang lawan apatah lagi kawan seperjuangan.
“Malah seingat saya, beliau tidak pernah menolak jemputan Perantau Terengganu untuk bertemu atau berdialog dengan beliau walaupun selepas tidak lagi menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu,” ujar Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Katanya, ramai perantau yang bergegas pulang ke Terengganu untuk bersama memberikan penghormatan yang terakhir kepada almarhum, semalam.
“Kami, Perantau mendoakan semoga roh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin,” ujarnya.
Sumber HD - 26-1-2014
Ustaz Harun, Azizan ‘degil’ datang mesyuarat – TG Nik Aziz
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
“Pagi ini saya masih terkesan dengan berita pemergian ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat malam kelmarin.
“Terkenang kegigihan beliau untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda,” tulis beliau di facebook.
Menurutnya, Almarhum dan Almarhum Ustaz Azizan kedua-duanya beliau kenal sebagai orang yang sangat degil.
Jelas beliau, mereka degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur.
“Saya doa sungguh-sungguh, kedua-dua sahabat saya yang baru sahaja meninggalkan kita ini dirahmati oleh Allah SWT,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap semua pendukung perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.
“Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 26-1-2014
PKR ucap takziah pemergian Ustaz Harun
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agungnya, Dato' Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media mengharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah,” kenyataan ringkas beliau dipetik.
Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu dengan diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan para pemimpin PAS semua peringkat.
Sumber HD - 25-1-2014
Pemergian Ustaz Harun kehilangan yang dirasai - PUM
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
“Hilangnya seorang ulama yang banyak berjasa dalam perkembangan dan pembangunan Islam di tanah air.
“Beliau banyak memberi tarbiyah kepada generasi muda dan tegas dalam memberikan pandangan dalam sesuatu isu,” ujar Setiausaha Agung PUM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Katanya, Ustaz Harun adalah satu kehilangan dan dirasai di seluruh negara, semoga ruh almarhum dicucuri rahmat Ilahi.
Dalam masa yang sama, ujar beliau didoakan agar Datuk Dr Haron Din diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
Sumber HD - 25-1-2014
Terkenang saat manis bersama Ustaz Harun di UK
- Jan 25, 2014
- DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ustaz Harun Taib nama yang sering menjadi sebutan oleh ahli PAS. Pandangan pedas dan tegas. Saya mula mengenali ayahanda Ustaz Harun secara dekat sejak mula bertugas sebagai Pegawai di Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada tahun 1998. (Penulis berbaju batik)
Rata-rata orang ramai apabila disebut nama Ustaz Harun Taib seperti menikus kecuakan. Mungkin dari raut wajah dan pakaiannya kelihatan seperti seorang yang garang. Tapi itu adalah persepsi sahaja bagi siapa yang tidak mengenalinya.
Ketika itu kebanyakan kami petugas di pejabat DPPP menjadikan konsep “pejabatku rumahku”. Maka sememangnya segalanya di Markaz PAS Taman Melewar. Pejabat DPPP terletak di tingkat atas manakala Pejabat Dewan Ulama Pas pula terletak tingkat bawah. Selalunya almarhum Ustaz Harun akan bermalam di pejabat DUPP setiap kali selepas mesyuarat DUPP atau Jawatankuasa Harian PAS Pusat. Maka tiap kali almarhum tidur di pejabat, maka menjadi kelaziman kami akan diajak makan tengah malam. Faiz Nawi, Fadli Ghani dan Yusapiza adalah ahli minum malam tetap bersama almarhum. Wajah garang yang sering diwar-warkan tidak langsung terbit apabila kami bersama. Banyak sangat perkara kami berkongsi tatkala keluar minum malam.
Apabila Allah beri kemenangan kepada PAS memerintah Terengganu, ayahanda Ustaz Harun dilantik menjadi Exco Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tatkala itu saya merasakan mungkin suasana akan berubah, almaklumlah almarhum sudah menjadi Exco Kerajaan Negeri, kereta Mercedes model lama berlampu petak bertukar kepada kereta Mercedes masterpiece Exco, tetapi ternyata sangkaan saya dan sahabat meleset apabila masih mendapat panggilan telefon beliau mengajak kami untuk minum malam bersamanya. Banyak perkara kami kongsi terutama pandangan saya sebagai petugas parti terhadap kerajaan Terengganu yang almarhum sebagai salah seorang Exconya. Saya antara yang sering berkomunikasi dengannya, mungkin kerana atas sifat saya sebagai Setiausaha Politik Ketua Pemuda ketika itu.
Tahun 2003, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran saya ke peringkat PhD ke Manchester. Antara pimpinan yang menghubungi saya menyokong hasrat itu adalah Ustaz Harun. Beliau juga berhasrat untuk menghantar anaknya sendiri ke United Kingdom bagi menimba ilmu di sana.
Setelah saya berada di bumi UK hampir 5 bulan. Tiba-tiba telefon saya berdering, terpapar nombor tidak dikenali dari Malaysia. Apabila saya jawab," Assalamualaikum Raja, Harun ni." Saya pelik.. ish sapa pulak Harun ni, jawab saya, " Harun mana ni", barulah dia balas Ustaz Harun. Malu rasanya bila tak kenal suaranya. Tapi itulah Ustaz Harun tidak pernah memperkenalkan diri dengan gelaran Datuk atau Ustaz kepada sesiapa yang dijumpainya. Panggilan telefon tadi rupanya nak memaklumkan kepada saya bahawa dia nak hantar sejumlah pelajar anak Terengganu bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pesannya pada saya, tolong tengok-tengokkan mereka setibanya di UK.
Sepanjang saya di UK, rumah saya adalah antara rumah persinggahan tetap pimpinan PAS. Antara yang sering dan wajib singgah adalah Ustaz Harun sendiri. Nasi lemak ayam masakan isteri saya antara kegemarannya. Kambing panggang antara makanan kegemarannya juga yakni saya selalu membawanya ke kedai kebab Pakistan di Cheetham Hill.
Setiap kali Ustaz Harun bertandang ke UK, sudah pasti kami menganjurkan program bersamanya. Jika tempohnya kehadirannya lama, maka program tamrin kami aturkan untuk dikongsi dengannya.
Saya antara yang gembira jika Ustaz Harun datang menziarahi anak-anaknya di UK. Pernah sekali Ustaz Harun meluangkan masanya selama 6 jam bermula 8 malam hingga 2 pagi ketika musim sejuk berdiskusi dan bertukar pandangan dengannya. Hanya saya dan dia tanpa gangguan di rumah anaknya di Wigan kira kira 40 minit perjalanan dari Manchester. Begitu juga ketika Ustaz Harun menziarahi anaknya di Birmingham pada musim bunga. Saya tak lepaskan peluang bertemu dengannya bagi mendapat isu terkini dan penjelasan isu semasa terutama selepas PRU12.
Selepas saya pulang ke tanah air. Antara pimpinan yang saya hubungi sudah pastinya ustaz Harun Taib. Seperti biasa, nasihat dan pandangan dihembuskan kepada telinga saya sebagai kekuatan penerus perjuangan. Selepas dipilih dalam muktamar 2009 sebagai Exco dan ditaklifkan sebagai Exco Antarabangsa DPPP. Ustaz Harun adalah salah seorang guru antarabangsaku, Ustaz Harun antara yang disegani oleh dunia islam. Gerakan Ikhwan Mesir terutamanya memanggilnya Maulana Harun Tayyib sebagai menghormati ilmu dan kepimpinannya. Tatkala beliau ke UK, saya antara yang mengiringi beliau dalam pertemuan dengan pihak luar.
Semasa menjadi Naib Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Harun sering menghubungi saya bagi mendapatkan penjelasan bagi beberapa tindakan saya terutama isu DAP. Begitu juga selepas muktamar baru ni, Ustaz Harun antara yang sering menasihati saya agar terus istiqamah. Kali terakhir saya bertemu ayahanda ustaz Harun ketika mesyuarat PAS Pusat bulan Januari di KUIZM dan itulah kali terakhir tangannya ku cium. Semoga ciuman terakhirku menjadi azimat perjuanganku. Selamat jalan ayahandaku. Moga Allah tempatkan ayahanda ustaz Harun dikalangan yang terpilih.
AL-FATIHAH...
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Sumber HD - 25-1-2014
PAS rakam takziah buat keluarga Ustaz Harun Taib
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sesungguhnya almarhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau.
“Almarhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu almarhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendukungnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau.
“Semoga almarhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan ringkas.
Sumber HD - 25-1-2014
Satu kehilangan besar kepada PAS – TG Nik Abdul Aziz
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
“Semoga Allah SWT merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggunggjawab memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS), insya Allah,” tulis beliau di facebook awal pagi ini.
Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, almarhum sempat bersama-samanya di dalam saf kepimpinan Dewan Ulamak semasa beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dahulu.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang berterusan ke atas roh beliau,” ujarnya.
Sesungguhnya, kata beliau almarhum merupakan tokoh yang banyak berjasa khususnya di dalam memimpin Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD - 25-1-2014
Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi Ustaz Harun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.
Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.
Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.
“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.
“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut.
Sumber HD - 25-1-2014
No comments:
Post a Comment