Fenomena Kupu-kupu serang Kuantan:
Lebih separuh pekerja sebuah agensi kerajaan di Kuantan hutang Along
KUANTAN: Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan along menyebabkan ramai di kalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wang automatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.
Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang datang ke sini hari ini dalam usaha untuk membantu sebilangan kecil mereka yang terlibat.
Beliau mendakwa, hasil maklumat awal yang diperoleh oleh pihaknya mendapati hampir separuh daripada 3,000 kakitangan agensi kerajaan terbabit terlibat dengan masalah hutang.
"Kita telah datang ke Kuantan setelah menerima maklumat daripada kakitangan agensi kerajaan terbabit yang meminta pertolongan untuk mengatasi masalah itu dan dalam masa yang sama pihak majikan turut menghubungi kita berhubung soal yang itu," katanya di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan butiran jabatan kerajaan yang terlibat, Samsudin berkata along terbabit juga bertindak berani dengan datang ke jabatan berkenaan bagi mengutip hutang.
Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap peminjam wang haram itu.
Beliau juga mendakwa kegiatan peminjaman wang oleh along di Kuantan semakin serius dengan kebanyakan peminjam wang yang terlibat berselindung di atas nama syarikat peminjam wang berlesen.
"Siasatan kami mendapati along ini mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan meminjamkan wang ini di Johor Baharu dan Kuala Lumpur, namun mereka turut menjalankan kegiatan yang sama di sini dan ia melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau mendakwa sepasang suami isteri di Banting, Selangor mahu menjual bayi mereka yang baru dilahirkan gara-gara terdesak hendak membayar hutang along.
"Maklumat berhubung kes tersebut baru kita perolehi hari ini, dan difahamkan pasangan itu kini sedang mencari pembeli untuk menjual bayi mereka. Kita akan ke rumah mereka dalam tempoh terdekat untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan," katanya.
Sehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau meminta kementerian itu supaya mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan kuasa di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kepada pihak polis kerana kementerian itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguatkuasakan akta itu di seluruh negara.
Di bawah seksyen itu mana-mana pemberi pinjam wang berlesen secara sendiri atau melantik orang ketiga mengekori mangsa mengugut atau menganggu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,00 atau hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan berulang. - Bernama
Sumber HD - 23-5-2014

Ahmad Tirmizi, Hanimsah johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan
KUANTAN: Qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.
Masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji.
Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus.
Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas, 32, yang mendapat markah 90.33 peratus muncul naib johan diikuti qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 40, di tempat ketiga dengan 87 peratus.
Bagi kategori qariah, peserta Selangor, Nor Faizah Panut, 25, muncul naib johan selepas memperoleh markah 85.68 peratus manakala qariah Johor Nor Azrah Ayub, 38, di tempat ketiga dengan 85.67 peratus.
Naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata serta sijil penyertaan.
Johan keseluruhan majlis tilawah tahun ini diraih Terengganu yang mendapat markah 85.17 peratus.
Tilawah kali ini, yang bertema 'Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta dari 14 negeri mengambil bahagian termasuk dua johan pada edisi sebelumnya. - Bernama
Sumber HD - 17-5-2014

Di Pekan juga ada krisis air sekarang
DI PEKAN PAHANG JUGA ADA KRISIS AIR SEKARANG INI
Isu air di Pekan rasanya dah lama berlaku tapi mengapa tidak ada tindakan jangka panjang dibuat
Isu air di Pekan rasanya dah lama berlaku tapi mengapa tidak ada tindakan jangka panjang dibuat
Sumber HD - 9-5-2014
16% pasangan Islam berkahwin 2013 di Pahang pohon cerai
- Apr 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kes membabitkan perkahwinan yang dilaksana di dalam negeri dan di luar negara.
"Daripada semua kes itu, 299 membabitkan tuntutan fasakh, 218 cerai taklik dan 1,916 adalah di peringkat mengemukakan permohonan perceraian di mahkamah syariah," katanya menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAS-Kuala Semantan), di sini.
Sementara itu, Syed Ibrahim berkata sejak 2009 hingga tahun lalu, sebanyak 814 tuntutan nafkah isteri dan 1,114 tuntutan nafkah anak dikemukakan di mahkamah syariah di Pahang.
"Daripada jumlah keseluruhan permohonan tuntutan itu, sebanyak 81 peratus atau 1,562 kes sudah diselesaikan.
"Baki kes yang belum diselesaikan masih dalam proses mahkamah dan ada juga gagal dimuktamadkan berikutan masalah seperti defendan menghilangkan diri, dimasukkan ke pusat serenti atau dipenjarakan," katanya. - Bernama
Sumber HD - 24-4-2014
10 cedera, bas ekspres terbabas akibat pemandu mengantuk
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap polis kejadian berlaku 1.20 pagi.
Bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar, kata jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ketika dihubungi Bernama.
Katanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil.
Menurut jurucakap itu jumlah sebenar penumpang belum dapat disahkan.
Beliau turut berkata siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian. - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
PAS kesal hutan simpan Orang Asal diceroboh
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan bahawa perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.
“Penebangan hutan di kawasan tanah Adat orang Asli tidak sepatutnya berlaku. Akibat pencerobohan itu, masyarakat Asli di kampung tersebut dan sekitar telah mengadakan sekatan dan tidak membenarkan balak tersebut di bawa keluar,” ujar beliau melalui kenyataan ringkas dalam facebook.
PAS Pahang merasa kesal dengan tragedi ini kerana ia mendatangkan kesan ekologi dan alam sekitar yang besar, khususnya melibatkan sumber tadahan air dan akan berlaku pencemaran kepada sungai berdekatan.
Sehubungan itu beliau harap tragedi begini tidak berulang lagi pada masa depan. Langkah kawalan penebangan hutan mengikut piawaian yang dibenarkan mesti dipatuhi dengan penuh tanggungjawab.
Sumber HD - 19-4-2014
Tiga maut, bas terbalik di jalan Bentong-Raub
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.
-Bernama
Sumber HD - 12-4-2014
Gembleng agensi kerajaan bantu bomba padam kebakaran
- Mar 07, 2014
- HELMI IBRAHIM
Anggota Bomba menggunakan air paya yang disedut dengan pam bagi memadamkan kebakaran di kawasan berhampiran penjara Penor semalam.
PENOR, Kuantan: Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang sekali lagi menggesa kerajaan negeri agar menggerakkan agensi-agensi kerajaan tempatan mahupun Pusat bagi memberikan bantuan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat dalam usaha memadamkan kebakaran yang semakin berlarutan di Pahang terutamanya di Penor dan Gebeng.
Pengerusinya, Andansura Rabu yang meninjau lokasi kebakaran berhampiran penjara Penor semalam mendapati anggota Bomba dan Penyelamat berhempas pulas memadamkan kebakaran hutan gambut dalam keadaan sukar meskipun lokasi tersebut hanya 20km dari bandar Kuantan.
"Sumber air dari parit dan paya ada tetapi ianya di litupi oleh pokok-pokok air seperti teratai yang menyukarkan kerja-kerja mengepam air di dalam keadaan panas terik dan berangin ini. Sepatutnya jangan di biarkan Bomba bersendirian. Di mana agensi-agensi lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran?
"Sekiranya ada pemantauan dan koordinasi yang baik antara agensi kerajaan, sudah tentu kerja anggota Bomba menjadi makin mudah. Saya bagi satu contoh, sediakan satu JCB (jengkaut) untuk membersihkan paya di mana air di sedut, serta-merta kerja bomba menjadi mudah dan efektif," ujarnya.
Walaupun tiada sebarang aduan dan rungutan yang diterima daripada anggota Bomba tersebut, adalah menjadi kewajipan bagi lain-lain agensi kerajaan negeri untuk menghulurkan bantuan.
"Mereka (anggota Bomba) tidak mengadu dan membuat kerja secara ikhlas tetap apabila kita duduk perhati dari dekat, nampak kesukaran mereka menebas pokok air dengan parang. Kemudian baru 5 minit pam dipasang sudah tersumbat dengan sampah dan akar kayu.
"Justeru saya merayu pihak kerajaan agar mengarahkan agensi terlibat segera bertindak. Jangan jadi seperti banjir tempoh hari. Dah terlambat baru kelam kabut dan bertindak dan bermacam-macam kenyataan keluar selepas itu," tegas beliau.
Andansura (kanan) melihat kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan berhampiran penjara Penor semalam
Sumber HD - 7-3-2014
Kebakaran hutan berhampiran kilang Lynas serius
- Mar 05, 2014
- HELMI IBRAHIM
Asap tebal dari lokasi kebakaran hutan berhampiran kilang Lynas dirakam dari jauh.
GEBENG, Kuantan: PAS Indera Mahkota menggesa pelan tindakan kecemasan (Emergency Response Plan - ERP) diaktifkan segera bagi menangani kebakaran hutan yang semakin marak di Kawasan Industri Gebeng.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu kawasan kebakaran yang bermula pagi tadi boleh di lihat sejauh 10 kilometer dan mengakibatkan jarak penglihatan di kawasan berhampiran menurun kepada 5 meter sahaja dan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan industri tersebut.
Andansura mendengar taklimat daripada anggota Bomba yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan berhampiran kilang Lynas.

Lebih 40 anggota Bomba dari Balai Gebeng dan Indera Mahkota dibantu anggota Bomba TLDM dan BASF Petronas bertungkus lumus memadamkan kebakaran.
Di masa yang sama kebakaran dilapor merebak ke Kampung Palas, Cherating seluas 150 ekar dan berhampiran Pusat Latihan Maritim.
"Justeru saya menyeru pihak kerajaan negeri mengaktifkan segera pelan kecemasan dengan menambah bilangan anggota bantuan seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Pasukan Bantuan Kecemasan Gebeng (GEMA).
"Langkah ini perlu bagi memastikan api dapat dikawal sebelum merebak lebih jauh yang boleh menjejaskan operas kilang-kilang di sini juga penduduk di kawasan berhampiran," ujar Andansura.
Jarak penglihatan terhad bagi pengguna jalan raya menuju ke kilang Lynas akibat kebakaran hutan
Sumber HD - 5-3-2014
28 loji air di Pahang catat bacaan rendah
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Pegawai Perhubungan Awam Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Jafar Abdullah berkata loji berkenaan terletak di lapan daerah yang mendapatkan sumber air dari anak Sungai Pahang dan Sungai Pahang.
Katanya loji terbabit terletak di daerah Lipis (7), Jerantut (5), Temerloh (4), Maran (4), Pekan (3), Bentong (3) dan masing-masing satu di Rompin dan Bera.
"Sekiranya musim kemarau berlarutan lebih lama, ia akan menyebabkan loji-loji yang mencatatkan paras rendah ini terpaksa ditutup," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata selain kemarau, faktor yang dikenal pasti menjadi punca penyusutan bacaan air ialah aliran air sungai di muka sauk yang tersekat oleh longgokan pasir hingga menyebabkan air mengalir ke arah lain.
Sehubungan itu menurut Jafar, kerja membuang longgokan pasir di muka sauk loji sedang dilakukan, selain membina benteng pasir di tebing sungai berhampiran muka sauk, bagi melancarkan semula aliran air ke dalam loji.
"Air di 28 buah loji terbabit bagaimanapun masih mampu untuk menampung bekalan kepada pengguna di kawasan itu," katanya.
Mengikut rekod, Pahang membekalkan air kepada hampir dua juta pengguna dengan kadar penggunaan lebih 34 juta meter padu sebulan. – Bernama
Sumber HD - 27-2-2014
Terbakar: RM93,000 diserah kepada maahad tahfiz
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pihak pemegang amanah Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin, Kuantan telah menyerahkan zakat, sumbangan dan derma yang disalurkan melalui MMG Pahang-Terengganu kepada mudir, Ustaz Tengku Muhammad Tengku Jaafar.
Jumlah sumbangan terkumpul setakat jam 3.00 petang pada 16 Februari lalu sebanyak RM93,000 melalui akaun Tuan Amnan Asri Abdullah selaku Pemegang Amanah Utama dan bendahari MMG Pahang-Terengganu, Tuan Azman dan Puan Nurrul Nadrah.
“Tiada apa yang mampu kami ungkapkan kerana mereka kerugian RM400,000 dalam kebakaran ini. Kami berdoa agar Allah SWT lipatgandakan semua amalan tuan puan dermawan dari dalam Kuantan dan sejauh Sabah dan Sarawak.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah segala usaha penyumbang-penyumbang, syarikat dan mereka yang meenggerakkan usaha kutipan ini. Hanya Kau Tuhan Yang Maha Pemberi Balasan,” ujar Amnan Asri kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, jelasnya tabung sumbangan derma kilat telah ditutup dan pihaknya akan menyerahkan baki sumbangan para dermawan secepat mungkin setelah keempat-empat akaun disemak dan dikemaskini.
Katanya, para dermawan masih dialu-alukan menghulurkan sumbangan terus ke akaun Maahad Tahfiz Muhammadi menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 0601-0002791-71-2 atau menghubungi mudir, Ustaz Tengku Muhammad (013-9380762.
Sumber HD - 18-2-2014
PAS Paya Besar lancar tabung bantu maahad tahfiz terbakar
- Feb 15, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
KUANTAN: PAS Kawasan Paya Besar melalui Dewan Pemudanya, melancarkan tabung derma bagi sumbangan segera berikutan malapetaka Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin yang hangus dijilat api malam semalam.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Tarmizi Yahaya, kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 10.30 malam ketika pengetuanya Tengku Muhammad Tengku Jaafar bersama 18 orang pelajarnya mengikuti program Ijtima' Tarbawi di Balai Islam Darul Salam, Permatang Badak.
Katanya, pada waktu itu hanya beberapa orang yang tinggal termasuk isteri pengetua, anak, cucu, menantu, adik ipar dan seorang lagi tenaga pengajar masing-masing sempat menyelamatkan diri keluar ikut pintu belakang meredah longkang untuk ke rumah jiran.
“Saya difahamkan tiada apa yang dapat diselamatkan kerana kebakaran begitu pantas. Keseluruhan asrama, katil, tilam, bantal, pakaian tahfiz dan harian,ruang surau, pejabat, kerusi meja rak, kitab tafsir dan al-Quran hangus dijilat api.
“Kita masih bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa. Bagi yang ingin menyumbang wang tunai, boleh memasukkannya ke akaun Dewan Pemuda PAS Paya Besar Bank Islam 0601-9010-0368-98. Sila maklumkan jumlah sumbangan anda di nombor bendahari DPPPB 0169868639,” katanya.
Tambahnya, barangan lain juga boleh disumbangkan seperti pakaian, makanan kering dan yang sesuai.
Untuk bertanya lebih lanjut atau untuk menghantar sendiri bantuan, boleh menghubungi pengetuanya Ustaz Tengku Muhammad di talian 013-9380762.
Maahad tahfiz ini membiayai anak yatim dan anak fakir miskin juga tempat persekolahan tahfiz pelajar dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D'NASTI kelolaan Nisa’ Pahang.
Sumber HD - 15-2-2014
Maahad tahfiz rayu sumbangan orang ramai
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Masjid Rusila, Marang Terengganu melancarkan derma kilat hari ini bagi membantu mangsa kebakaran di Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, Kuantan.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Masjid selepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan kuliah pagi tadi.
Seramai 17 pelajar Maahad Tahfiz tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 10 malam tadi.
Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak.
Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada Pemegang Amanah iaitu Amnan Asri Abdullah selaku Bendahari MMG Pahang Terengganu) melalui akaun 7036598065 CIMB atau 156094153154 Maybank.
Para penyumbang diminta memasukkan butiran e-mel sumbangan bertajuk "SUMBANGAN KEBAKARAN" kepada ch3d33n@gmail.com atau telefon 0146193396.
Sumber HD - 14-2-2014
PAS bina surau untuk Orang Asli
- Jan 29, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
TEMERLOH: Hasil sifat prihatin dan komitmen berterusan, PAS Pahang melalui Lajnah Dakwah akhirnya berjaya membina sebuah surau di perkampungan Orang Asli Paya Pelong, Kerdau dekat sini. (Gambar atas: Pemuda PAS menyiapkan kerja-kerja akhir surau)
Menurut Pengerusinya, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, surau bernilai RM30,000 hasil kutipan dan sumbangan orang ramai itu dibina bagi kegunaan beribadah dan mengembangkan ilmu masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.
Katanya, ia dibina berikutan desakan penduduk setelah banyak kali masyarakat Islam di kampung berkenaan menemui pihak Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) bagi meminta surau tetapi dimaklumkan tidak ada peruntukan.
“Ekoran itu dengan inisiatif Pemuda PAS Kuala Krau telah mengumpulkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk Prihatin Rakyat PAS Pahang dan berjaya membinanya dengan kos RM30,000.
“Keseluruhannya di sini ada 140 keluarga keluarga Orang Asli dengan penduduk sekitar 500 orang. Ada lima keluarga Islam, Kebanyakannya hanya beragama nenek moyang dan sedikit beragama Kristian tetapi sudah ada gereja di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis penyerahan surau, ziarah dan jamuan rakyat di kampung berkenaan kelmarin.
Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Pengarah PAS Dun Kerdau Ahmad Mat Yaman, Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Shafie Md Esa, Muslimat dan Nisa’.
Shahril berkata, peringkat awal ini Lajnah Dakwah PAS Pahang mahu rapatkan hubungan dengan Orang Asli dan beberapa perancangan pengisian selepas ini akan dibincang dengan pihak PAID tentang apa-apa yang boleh dibantu di sini sama ada dari sudut kewangan ataupun menggajikan seorang tenaga pengajar.
“Apapun yang pentingnya selepas ini surau tidak boleh terbiar,” katanya.
Kampung Paya Pelong berada dalam Dun Jenderak tetapi melalui Kerdau. Sumber pendapatan bagi penduduk sebahagian besarnya bergantung kepada hasil pertanian dan selebihnya kerja mengambil upah di luar.
Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Suhaimi Md Esa, berkata selepas ini pihaknya akan mengusahakan pengajaran kepada penduduk melalui kuliah maghrib dan kuliah muslimat.
Pihaknya juga akan menghantar sumbangan bulanan dalam bentuk barangan di samping menyediakan pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma secara berkala.
Sementara itu tuan tanah yang mewakafkan tanahnya untuk tapak surau Mohd Aris Abdullah, 45, berkata sebelum ini kira-kira 30 orang penduduk Islam Islam di sini tidak ada tempat untuk bersembahyang jemaah, berkumpul dan mengaji.
(Gambar kanan: Sharil, Suhaimi dan Ahmad menyantuni masyarakat orang Asli)
“Terima kasih kami kepada PAS yang berusaha membina surau juga tidak lupa terima kasih kami kepada Jabatan Agama Islam kerana memberi keizinan surau ini dibina.
“Selepas ini mudahlah kami untuk berjemaah, berdakwah dan belajar termasuk daripada pendakwah Jabatan Agama,” katanya.
Sumber HD - 29-1-2014
PAS gesa baiki segera jalan runtuh
- Jan 25, 2014
- KHAIRIL ABDUL RAHIM
JERANTUT: PAS menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki jalan runtuh di laluan jalan utama Jerantut - Maran, dekat Felda Sungai Tekam Getah yang sudah dua bulan dibiarkan akibat kejadian banjir penghujung tahun lalu.
Runtuhan sedalam 10 meter di jalan utama itu menyebabkan gangguan dan kesukaran lebih 3,000 penduduk tanah rancangan berkenaan dan perkampungan sekitar berulang-alik menggunakan jalan berkenaan saban hari, selain mengancam nyawa mereka.
Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut Yohanis Ahmad (Gambar) berkata, jalan tersebut mula terhakis dan runtuh apabila berlaku banjir pada awal Disember lalu, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kerja-kerja pemulihan.
“Pengguna tidak ada alternatif lain selain daripada menggunakan jalan ini untuk pergi bekerja, ke bandar Jerantut atau Jengka dan memunggah hasil pertanian sawit, getah dan lain-lain dibawa ke kilang Jengka 8 dan Kota Gelanggi.
“Masalahnya jalan ini mengancam nyawa mereka. PAS kesal kerana setakat hari tidak ada apa-apa perkembangan langsung. Lambatnya wakil rakyat dan daripada pihak JKR untuk selesaikan masalah ini, tidak seperti janji pilihan raya,” katanya.
Yohanis berkata, ada penduduk bergotong-royong membuat laluan alternatif sendiri melalui jalan ladang sepanjang tiga kilometer melalui jalan dalam ladang kelapa sawit.
Bagaimanapun laluan alternatif itu menimbulkan masalah di mana ia laluan sempit dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang berselisih serta permukaan jalan yang lembik jika hujan walaupun sudah ditambun dengan batu.
Akhirnya jalan utama yang pada mulanya ditutup, terpaksa digunakan juga walaupun mengundang ancaman nyawa kerana kedua-dua belah jalan sudah terhakis menyebabkan laluan semakin genting.
Menurutnya, selain itu masalah lain yang timbul dan dibimbangkan jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, sakit, kemalangan dan sebagainya.
“Sebab itu kami menggesa pihak kerajaan supaya menyegerakan untuk membaiki jalan utama yang runtuh ini kerana bimbang keselamatan penduduk terancam.
“Saya fikir dalam keadaan mendesak seperti darurat ini kerajaan mesti luluskan sedikit peruntukan kepada rakyat yang membayar cukai,” tegasnya.
Yohanis berkata, walhal pembinaan jalan baru Benta – Jerantut - Maran telah dilusluskan bajet seperti di sebut dalam Rancangan Malaysia ke-7 dahulu.
Katanya, rentetan daripada gagalnya projek tersebutlah menyebabkan jalan lama ini masih digunakan tetapi sudah berlaku hakisan dan runtuhan yang teruk sepanjang jalan.
PAS gesa baiki segera jalan runtuh
KHAIRIL ABDUL RAHIM

Sumber HD - 25-1-2014
Penyokong Pahang mohon perbesar Stadium Darul Makmur
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton.
Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan.
Mohammad Faiz Hassim yang mewakili beberapa penyokong berkata langkah itu wajar diambil kerana setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung di stadium, ramai penyokong yang hampa kerana tempat yang terhad.
"Untuk itu, harapan kami sebagai penyokong Pahang meminta kepimpinan kerajaan pusat supaya kalau boleh diperbesarkan stadium sedia ada yang telah menjangkau usia melebihi 40 tahun dan hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja," katanya kepada pemberita di sini.
Seorang lagi penyokong Ashari Jamaluddin berkata, keperluan untuk menambah kapasiti muatan stadium berkenaan perlu dibuat berdasarkan kehadiran penyokong yang begitu ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Kalau boleh, kami mintak satu stadium yang baharu dapat dibina di kawasan yang lebih selesa, selamat dan aman sebab kita tahu Pahang ada sejarah (membabit aktiviti liar penyokong) yang pernah terjadi dan kita tidak mahu sejarah itu berulang," katanya.
Perkara itu turut disokong Pengurus Pasukan Bola Sepak Pahang Datuk Che Nasir Salleh yang berharap kerajaan pusat mempertimbangkan untuk membina stadium baharu.
"Stadium sedia ada dah lama dan kapasiti sudah tidak dapat menampung jumlah penyokong yang besar...(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kalau boleh dapat meluluskan pembinaan satu stadium yang baharu," katanya.
Katanya, dengan penampilan skuad Tok Gajah yang baik, dijangka akan terus menarik lebih ramai penyokong untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Sebagai contoh katanya, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih semalam telah habis dijual dalam masa tiga jam dan ramai penyokong yang kecewa disebabkan tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium. - Bernama
Sumber HD - 18-1-2014
No comments:
Post a Comment