Pantun buat si panda
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing garang
Puas sudah binatang ku cari
Mana nak sama panda sepasang
Makan nasi di kedai Kasmah
Makan percuma Rajib belanja
Rakyat miskin tiada rumah
Panda sepasang ditatang manja
Makan nasi harga seringgit
Nasi putih berkuah santan
Rumah panda jutaan ringgit
Rumah rakyat bawah jambatan
Kuih pau bersama inti
Kuih bahulu tidak diuli
Panda ditatang sepenuh hati
Rakyat derita tidak dipeduli
Merdu Sang Murai mengalun siulan
Cuba dipikat anak si Riduan
Panda mengawan jadi bualan
Rakyat miskin tiada bantuan
Pagi petang kempen kemajuan
Bila agaknya jadi kenyataan
Panda disewa tiada tujuan
Habiskan duit juta-jutaan
Tiap detik dipengaruhi syaitan
Kuat Iman melawan godaan
Panda merengek mencari jantan
Itu pun jadi bahan pemberitaan
Kuih bahulu mengikut acuan
Kuih koci perlukan santan
Pemimpin biul tiada tujuan
Habiskan duit rakyat kesusahan
Panda gemuk panda kurus
Panda putih memanjat palang
Pemimpin biul tak tahu mengurus
Negara bankrap banyak hutang
Buluh betong disukai Panda
Rebung buluh disukai manusia
Ramai rakyat bergelar janda
Mereka miskin tidak dibela
Panda betina panda jantan
Jarang dijumpa panda pondan
Rakyat pelik sikap kerajaan
Membazir dan rasuah jadi amalan
Sofi Wahab, Melaka
Sumber HD - 30-5-2014
Mana nak sama si kucing garang
Puas sudah binatang ku cari
Mana nak sama panda sepasang
Makan nasi di kedai Kasmah
Makan percuma Rajib belanja
Rakyat miskin tiada rumah
Panda sepasang ditatang manja
Makan nasi harga seringgit
Nasi putih berkuah santan
Rumah panda jutaan ringgit
Rumah rakyat bawah jambatan
Kuih pau bersama inti
Kuih bahulu tidak diuli
Panda ditatang sepenuh hati
Rakyat derita tidak dipeduli
Merdu Sang Murai mengalun siulan
Cuba dipikat anak si Riduan
Panda mengawan jadi bualan
Rakyat miskin tiada bantuan
Pagi petang kempen kemajuan
Bila agaknya jadi kenyataan
Panda disewa tiada tujuan
Habiskan duit juta-jutaan
Tiap detik dipengaruhi syaitan
Kuat Iman melawan godaan
Panda merengek mencari jantan
Itu pun jadi bahan pemberitaan
Kuih bahulu mengikut acuan
Kuih koci perlukan santan
Pemimpin biul tiada tujuan
Habiskan duit rakyat kesusahan
Panda gemuk panda kurus
Panda putih memanjat palang
Pemimpin biul tak tahu mengurus
Negara bankrap banyak hutang
Buluh betong disukai Panda
Rebung buluh disukai manusia
Ramai rakyat bergelar janda
Mereka miskin tidak dibela
Panda betina panda jantan
Jarang dijumpa panda pondan
Rakyat pelik sikap kerajaan
Membazir dan rasuah jadi amalan
Sofi Wahab, Melaka
Sumber HD - 30-5-2014
Timbalan Ketua Pemuda MCA Kota Melaka keluar parti
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MCA Kota Melaka, Dr Yee Kok Wah (gambar) keluar parti kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap presiden parti.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau kecewa dengan kepimpinan parti itu yang didakwa ‘banyak membuang masa’ selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
Beliau telah menghantar surat peletakan jawatan semua jawatan parti serta keahlian dalam parti ke ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.
“Saya berharap tindakan saya melepaskan jawatan dan keahlian ini akan menyebabkan kepimpinan parti lebih serius dalam usaha mentransformasikan MCA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kok Wah menjelaskan tindakannya keluar parti adalah keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Pada PRU13 lalu, calon DAP, Sim Tong Him yang memperolehi 49,521 undi menewaskan Yee Kok Wah (28,7752) dengan majoriti 20.746 bagi di Parlimen Kota Melaka. - HARAKAHDAILY 18/5/2014
Sumber HD - 18-5-2014
Menurut laporan Sinar Harian, beliau kecewa dengan kepimpinan parti itu yang didakwa ‘banyak membuang masa’ selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
Beliau telah menghantar surat peletakan jawatan semua jawatan parti serta keahlian dalam parti ke ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.
“Saya berharap tindakan saya melepaskan jawatan dan keahlian ini akan menyebabkan kepimpinan parti lebih serius dalam usaha mentransformasikan MCA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kok Wah menjelaskan tindakannya keluar parti adalah keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Pada PRU13 lalu, calon DAP, Sim Tong Him yang memperolehi 49,521 undi menewaskan Yee Kok Wah (28,7752) dengan majoriti 20.746 bagi di Parlimen Kota Melaka. - HARAKAHDAILY 18/5/2014
Sumber HD - 18-5-2014
Tak sesuai istilah 'harta karun'
MELAKA: Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas berkata istilah 'harta karun' tidak sesuai digunakan bagi menjelaskan berhubung isu harta di Pulau Nangka kerana ia mempunyai istilah yang khusus berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Malah beliau berkata dalam akta tersebut selain harta karun terdapat istilah lain yang boleh diletakkan kepada harta itu antaranya 'objek bersejarah', namun beliau menegaskan tiada istilah khusus dapat diletakkan kepada harta di Pulau Nangka pada masa ini kerana ia masih belum ditemui.
"Istilah ini mempunyai spesifikasi khusus yang perlu dipenuhi sesebuah objek itu dan kita kena pastikan objek itu memenuhi spesifikasi ini terlebih dahulu baru boleh beri istilah seperti harta karun atau objek bersejarah.
"Tetapi hingga sekarang harta di pulau itu masih belum ditemui..jika masih belum jumpa (harta itu) bagaimana hendak dikajiuntuk menentukan sama ada ia memenuhi spesifikasi itu atau tidak," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut tafsiran dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, harta karun ialah wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek bernilai dijumpai tetapi tuan punya tidak diketahui atau tidak dijumpai, namun ia tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara.
Objek bersejarah pula ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah ini termasuk manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai.
Memberikan contoh menentukan spesifikasi kepentingan sejarah dalam artifak yang ditemui berdasarkan tafsiran objek bersejarah, Khamis berkata artifak itu perlu dikaji dengan mendalam antaranya dengan menghantarnya ke makmal dan Jabatan Warisan Negara.
"Seperti penemuan dua keping artifak (di Pulau Nangka) baru-baru ini kita tidak terus label harta karun atau objek bersejarah, malah saya tidak yakin ia syiling untuk mata wang kerana ia terlalu besar dan nampak seperti medalion (pingat).
"Jadi kita hantar dulu kepada pihak berkenaan untuk dikaji sebelum buat tafsiran atau tindakan berdasarkan akta itu...saya tegaskan biar kita jumpa harta yang sahih benar dahulu, kemudian kita ambil dari situ," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata harta di Pulau Nangka itu tidak sepatutnya dilabel sebagai harta karun yang bakal menjadi sumber kekayaan kepada sesiapa yang menemuinya.
Ini kerana berdasarkan pengalaman dan penelitian yang dijalankanya, harta di Pulau Nangka itu sekiranya ditemui dipercayai akan mempunyai nilai sejarah yang tinggi terutamanya dalam perkara berkaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Antara teori yang menyokong pendapat beliau ialah Pulau Nangka merupakan satu daripada tempat simpanan rizab kerajaan Kesultanan Melayu Melaka antaranya berbentuk syiling emas zaman tersebut, selain dua lagi tempat iaitu Bukit St Paul dan Pulau Besar.
"Harta itu jika ditemui ialah artifak bersejarah berharga tetapi generasi sekarang kurang menghargai objek yang mempunyai nilai sejarah, ramai lihat dari aspek kebendaan kerana inilah bila timbul cerita harta karun itu tidak ramai yang lihat (harta itu) sebagai objek nilai sejarah," katanya.
Ditanya apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya harta itu ditemui, beliau berkata ia perlu diserahkan kepada Pegawai Daerah terbabit berdasarkan prosedur dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Beliau berkata Pegawai Daerah akan mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa seterusnya menentukan spesifikasi harta itu bagi mengenal pasti harta itu adalah harta karun, objek bersejarah atau istilah lain dalam akta tersebut.
"Setiap satu jenis atau istilah harta ini mempunyai cara tertentu dalam akta itu untuk diuruskan, ini termasuk pemberian ganjaran, faktor lesen pencarian juga memainkan peranan tentang berapa banyak ganjaran patut diberikan," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 10-5-2014
Malah beliau berkata dalam akta tersebut selain harta karun terdapat istilah lain yang boleh diletakkan kepada harta itu antaranya 'objek bersejarah', namun beliau menegaskan tiada istilah khusus dapat diletakkan kepada harta di Pulau Nangka pada masa ini kerana ia masih belum ditemui.
"Istilah ini mempunyai spesifikasi khusus yang perlu dipenuhi sesebuah objek itu dan kita kena pastikan objek itu memenuhi spesifikasi ini terlebih dahulu baru boleh beri istilah seperti harta karun atau objek bersejarah.
"Tetapi hingga sekarang harta di pulau itu masih belum ditemui..jika masih belum jumpa (harta itu) bagaimana hendak dikajiuntuk menentukan sama ada ia memenuhi spesifikasi itu atau tidak," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut tafsiran dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005, harta karun ialah wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek bernilai dijumpai tetapi tuan punya tidak diketahui atau tidak dijumpai, namun ia tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara.
Objek bersejarah pula ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah ini termasuk manuskrip, syiling, wang kertas, pingat, lencana, lambang kebesaran, jata, panji-panji, senjata atau perisai.
Memberikan contoh menentukan spesifikasi kepentingan sejarah dalam artifak yang ditemui berdasarkan tafsiran objek bersejarah, Khamis berkata artifak itu perlu dikaji dengan mendalam antaranya dengan menghantarnya ke makmal dan Jabatan Warisan Negara.
"Seperti penemuan dua keping artifak (di Pulau Nangka) baru-baru ini kita tidak terus label harta karun atau objek bersejarah, malah saya tidak yakin ia syiling untuk mata wang kerana ia terlalu besar dan nampak seperti medalion (pingat).
"Jadi kita hantar dulu kepada pihak berkenaan untuk dikaji sebelum buat tafsiran atau tindakan berdasarkan akta itu...saya tegaskan biar kita jumpa harta yang sahih benar dahulu, kemudian kita ambil dari situ," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata harta di Pulau Nangka itu tidak sepatutnya dilabel sebagai harta karun yang bakal menjadi sumber kekayaan kepada sesiapa yang menemuinya.
Ini kerana berdasarkan pengalaman dan penelitian yang dijalankanya, harta di Pulau Nangka itu sekiranya ditemui dipercayai akan mempunyai nilai sejarah yang tinggi terutamanya dalam perkara berkaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Antara teori yang menyokong pendapat beliau ialah Pulau Nangka merupakan satu daripada tempat simpanan rizab kerajaan Kesultanan Melayu Melaka antaranya berbentuk syiling emas zaman tersebut, selain dua lagi tempat iaitu Bukit St Paul dan Pulau Besar.
"Harta itu jika ditemui ialah artifak bersejarah berharga tetapi generasi sekarang kurang menghargai objek yang mempunyai nilai sejarah, ramai lihat dari aspek kebendaan kerana inilah bila timbul cerita harta karun itu tidak ramai yang lihat (harta itu) sebagai objek nilai sejarah," katanya.
Ditanya apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya harta itu ditemui, beliau berkata ia perlu diserahkan kepada Pegawai Daerah terbabit berdasarkan prosedur dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Beliau berkata Pegawai Daerah akan mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa seterusnya menentukan spesifikasi harta itu bagi mengenal pasti harta itu adalah harta karun, objek bersejarah atau istilah lain dalam akta tersebut.
"Setiap satu jenis atau istilah harta ini mempunyai cara tertentu dalam akta itu untuk diuruskan, ini termasuk pemberian ganjaran, faktor lesen pencarian juga memainkan peranan tentang berapa banyak ganjaran patut diberikan," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 10-5-2014
Persoalan harta karun Pulau Nangka diketahui Rabu
MELAKA: Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka bakal diketahui Rabu ini.
Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu kini siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Rabu ini.
"Kita percaya pintu ini akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pencarian harta karun di Pulau Nangka di sini, semalam.
Beliau berkata kerja-kerja pencarian harta karun tersebut dijalankan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd melalui kontrak selama empat bulan bermula Januari lepas hingga 30 April ini.
Katanya jika syarikat terbabit gagal menyelesaikan kerja-kerja mengorek tersebut dalam tempoh kontrak, kerajaan negeri akan menyerahkannya kepada syarikat lain.
"Jika Smart Partnership International berjaya membuka pintu ini dan tidak menemui sebarang artifak, kita akan memberi mereka lanjutan masa untuk proses pencarian harta karun," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan syarikat berkenaan Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata pihaknya menjalankan kerja-kerja menebuk dinding batu secara intensif selama 24 jam sehari melibatkan 36 pekerja.
"Sehingga kini, kami masih belum menemui apa-apa tanda dan jika sebarang artifak atau harta tersebut ditemui kami akan maklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata pihaknya melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am akan bertugas menjaga kawasan tersebut jika terdapat penemuan artifak atau harta berkenaan.
Pulau Nangka merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar dan terletak 4 kilometer dari Pulau Besar, Jasin. - Bernama
Sumber HD - 29-4-2014
Pantun seloka buat Adun Bukit Baru
- Apr 24, 2014
- SOFI WAHAB
Dari Doktor jadi Wakil Rakyat
Insan Tabah menyukai seni
Sentiasa sedia untuk berkhidmat
Berjumpa rakyat siang dan malam
Tidak merungut keluh-kesah
Ayahnya berjuang menegakkan Islam
Tanah dan harta habis disedekah
Pemurah dan penyayang sifat terpuji
Di tambah pula komited dan rajin
Habis elaun dan juga gaji
Diinfak untuk rakyat miskin
Setiap hari turun padang
Bertemu rakyat tanpa jemu
Sentiasa senyum bila dipandang
Rakyat gembira bila bertemu
Penat bekerja tidak terasa
Dulu merawat kini berkhidmat
Pusat Khidmat dibuka sentiasa
Jadi rujukan dan tumpuan rakyat
Orangnya dedikasi serta penyabar
Rajin bekerja di sebalik tabir
Beri rawatan tanpa dibayar
Teguran dan nasihat sentiasa dibibir
Sofi Wahab
Bukit Katil
Sumber HD - 24-4-2014
Mayat bayi di dalam longkang disangka bangkai ayam
- Apr 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Julita Jost, 28, berkata mayat bayi tanpa pakaian itu ditemui dalam keadaan badannya hancur kira-kira 5.45 petang.
"Bila jengah ke dalam longkang yang tersumbat, saya nampak seperti daging yang sedang dihurung lalat dan sedikit berbau. Pada mulanya saya sangka ia bangkai ayam.
"Saya dan suami kemudiannya berasa amat terkejut dan tidak percaya apabila melihat bayi yang telah hancur kepala dan perut, sebelum memanggil beberapa orang jiran untuk memastikannya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata salah seorang jirannya kemudiannya menghubungi pihak polis memaklumkan penemuan mayat bayi itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Bernama
Sumber HD - 14-4-2014
Pusat Khidmat Adun Bukit Baru sedia van kebajikan
- Apr 08, 2014
- AHMAD DANIAL
MELAKA: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Baru berjaya menyediakan sebuah van kebajikan untuk digunakan bagi program-program kebajikan rakyat di dalam Dun itu.
Van tersebut dibeli hasil sumbangan para dermawan yang mahu melihat program-program kebajikan berjalan dengan baik di Dun Bukit Baru.
Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim berkata dengan adanya van kebajikan tersebut kakitangan pusat khidmat bebas bergerak untuk meninjau dan memantau permasalahan rakyat yang berlaku di sekitar Dun Bukit Baru.
“Kita akan menggunakan van ini untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi menyelami masalah dan isu rakyat yang berlaku di Dun Bukit Baru.
“Selain itu kita juga akan menggunakan van ini untuk membantu rakyat yang susah untuk pergi ke tempat-tempat seperti hospital, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya,” ujar beliau yang turut menghargai para penyumbang.
Dr Khalid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis pelancaran van kebajikan tersebut di Bukit Katil semalam.
Beliau berkata rakyat boleh mendapatkan khidmat van tersebut dengan menghubungi pejabatnya di talian 06-267 2239.
Pihaknya akan memberikan perkhidmatan bagi membantu pergerakan rakyat khususnya mereka yang tidak bernasib baik.
Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata selain khidmat van itu, pihaknya sedang menjalankan perkhidmatan tuisyen pelajar, khidmat nasihat kesihatan percuma, khidmat bantuan permohonan kepada jabatan-jabatan kerajaan, menangani isu-isu masyarakat, sagu hati fakir miskin, sagu hati untuk rakyat yang ditimpa musibah dan lain-lain.
Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 06-267 2239, e-mel: pusataduann17@gmail.com atau facebook http://www.facebook.com/Dr Khalid Kassim N17.
Sumber HD - 8-4-2014
Sekolah Harapan: Sebuah harapan perubahan
- Mar 22, 2014
- NURUL SHIFAAH ABDULLAH
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) melihat usaha Jabatan Agama Islam Melaka itu adalah satu usaha yang baik untuk membimbing semula remaja-remaja ini disamping menyelaraskan keperluan ilmu rohani dan kurikulum persekolahan mereka.
Usaha ini dilihat bukan sahaja memberi harapan atau peluang kedua kepada mereka untuk berubah kearah yang lebih baik, tetapi juga membuka ruang pembelajaran agar mereka berpeluang menjadi masyarakat yang terdidik dan berpengetahuan disamping mampu mengurangkan kadar buang bayi yang kebiasaanya berlaku akibat hancurnya harapan untuk berubah.
Pembinaan modal insan adalah sangat penting bagi mempersiapkan sesebuah negara dengan masyarakat yang terpelajar. Justeru itu, hak untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran wajar diukur sama rata dan Sekolah Harapan dilihat membuka ruang yang lebih kondusif dan efektif kepada remaja yang sudah terlanjur. Di sini mereka bebas menadah ilmu tanpa gangguan emosi dan fizikal yang barangkali akan dihadapi mereka jika bersekolah di sekolah harian.
Namun begitu, SIGMA melihat Sekolah Harapan bukan sahaja menjadi pusat perlindungan untuk golongan remaja terbabit, tetapi juga mesti menyediakan alternatif lain untuk mendidik mereka erti kehidupan yang sebenar usai mereka keluar dari sekolah tersebut. Perlunya satu pendidikan kemahiran, selain silibus akademik yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan mereka.
Saranan SIGMA supaya:
1) Ilmu Tauhid lebih ditekankan lagi bukan hanya dengan matapelajaran agama Islam tetapi perlu dipraktikkan dan dijiwai oleh setiap penghuni Sekolah Harapan.
2) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditubuhkan pada tahun 2001 perlu menaiktaraf program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender, kependudukan, pembangunan keluarga dan masyarakat selain perlu mengambil langkah awal bagi mencegah masalah ini dari terus menular.
3) Dasar Wanita Negara bukan sekadar mengiktiraf wanita dalam bidang politik, ekonomi dan perkhidmatan semata-mata, tetapi perlu juga memastikan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan dengan menggiatkan peranan institusi-institusi pembangunan wanita bagi memastikan hak dan keselamatan wanita terbela seiring dengan pembangunan kemajuan negara.
4) Peranan keluarga sebagai batu asas pembinaan sahsiah seorang remaja perlu dititikberatkan supaya perkara ini dapat dibendung. Pun begitu, jika perkara ini terjadi, keluarga juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan moral dan mendidik remaja yang terlanjur supaya kembali ke pangkal jalan, bukan dibuang untuk menjaga air muka keluarga.
5) Masyarakat juga perlu memandang positif dan memberi sokongan padu kepada mereka yang ingin berubah dan melupakan sejarah hitam yang tercatat dek kerana kecetekan fikiran mereka. Masyarakat perlu keluar dari dogma-dogma yang boleh menyebabkan golongan tersebut rasa tidak berguna dan menatijahkan perkara yang lebih buruk seperti buang bayi dan bunuh diri.
SIGMA melihat cadangan-cadangan ini sebagai satu usaha yang baik ke arah mengurangkan kadar buang bayi sekaligus memberi cahaya di hujung terowong kepada bayi yang baru melihat dunia. Numun demikian, adalah penting bagi semua lapisan masyarakat untuk sedar bahawa “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Punca utama kepada berlakunya anak luar nikah ini harus diteliti dan dicegah oleh semua pihak baik institusi keluarga, pendidikan mahupun kerajaan dan masyarakat sekeliling sebelum ia menjadi suatu barah yang sukar diubati.
Kita tidak mahu satu hari nanti Sekolah Harapan menjadi bak cendawan tumbuh selepas hujan apabila remaja melihat ianya sebagai penyelamat sehingga tidak takut dengan perbuatan maksiat yang dilakukan bila mana ada rumah yang menerima mereka setelah itu.
Sirah nabawiyah telah membuktikan bahawa mengeji seseorang yang telah bertaubat dangan sebenar-benar taubat adalah dilarang bilamana Khalid bin al-Walid telah ditegur oleh baginda nabi ketika hendak melontarkan batu ke kepala wanita dari kaum Al-Ghamidiah yang telah berzina sambil mengejinya. Baginda berkata: Nantilah dulu wahai Khalid! Demi sesungguhnya yang jiwaku di tangan Dia, sesungguhnya dia telah bertaubat dengan sebenar-benarnya, jika bertaubatnya orang yang zalim maka diampunkan dosanya, kemudian perempuan itu pun disembahyangkan dan dikafankan.
Sedangkan Nabi mengiktiraf dan mengangkat darjat wanita, tidak dinafikan lagi wanita memainkan peranan yang cukup penting di dalam dan di luar rumah, terutama dalam pembentukan generasi akan datang. Semoga dengan usaha yang dilakukan semua pihak mampu mengurangkan kadar diskriminasi terhadapa wanita serta wanita sendiri memahalkan diri mereka daripada mudah menyerah kepada mana-mana lelaki yang bukan sepatutnya.
كل بني آدم خطاء، وخير الخطائين التوابون bermaksud: Setiap anak Adam itu boleh melakukan kesilapan, dan sebaik-baik insan-insan yang bersalah ialah yang bertaubat. (hadith riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya,Imam At-Tirmizi,Ibnu Majah,dan Imam Al-Haakim )
Tuntasnya, SIGMA menyokong penuh segala usaha yang dilakukan oleh mana-mana badan kerajaan mahupun Non-Goverment Organization (NGO) dalam memastikan hak dan keselamatan wanita terpelihara. Semoga ada sinar di sebalik sejarah hitam yang terpalit.
Penulis ialah Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Sumber HD - 22-3-2014
Rugi RM360 juta: PAS gesa Ketua Menteri Melaka telus
- Mar 07, 2014
- AHMAD DANIAL
Ketua Penerangannya, Bahiki Ismail (gambar) berkata Idris mesti membuktikan ketelusan atau integriti yang selalu disebut-sebut dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat siasatan terhadap isu itu tanpa menghiraukan tekanan oleh mana-mana pihak.
"Ketua Menteri selalu menyatakan bahawa kepimpinan beliau akan sentiasa telus dan berintegriti, jadi kita mahu beliau buktikan dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut.
"Kita juga menggesa agar SPRM mendedahkan hasil siasatan kepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika terdapat bukti rasuah dan penyelewengan berlaku mereka yang terlibat mesti diheret ke muka pengadilan," ujar Bahiki.
Beliau berkata laporan kerugian dan salah urus ini telah lama dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya tetapi sebelum ini tiada apa-apa siasatan dan dakwaan dibuat.
'Kali ini kita harap Idris tidak mengulangi kesilapan dan keculasan pemimpin terdahulu yang seolah-olah menutup pintu kepada SPRM untuk menyiasat isu-isu kerugian seperti ini.
"Sebagai rakyat negeri Melaka kita tidak mahu harta dan duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat hilang begitu sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut," tambahnya.
Beberapa hari lepas sebuah portal online melaporkan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri sedang disiasat atas dakwaan wujudnya salah urus selepas mencatatkan kerugian mencecah kira-kira RM360 juta.
Antara agensi yang dinyatakan oleh Idris adalah Yayasan Melaka yang berdepan dengan bebanan hutang sebanyak RM286 juta, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka kerugian hampir RM50 juta, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menanggung hutang mencecah RM25 juta dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengalami defisit fiskal mencecah jutaan ringgit.
Sumber HD - 7-3-2014
201 kelahiran bayi direkod di Sekolah Harapan
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata sehingga kini seramai 216 remaja hamil dari seluruh negara ditempatkan di sekolah berkenaan dengan mencatatkan 14 penghuni pada 2010; 2011 (84); 2012 (51); 2013 (61) dan enam penghuni bagi dua bulan pertama tahun ini.
"Perbelanjaan keseluruhan sekolah adalah ditanggung oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan pengisian keagamaan dijalankan pada sesi pagi manakala sesi petang diisi dengan pelajaran akademik," katanya ketika menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai perkembangan pusat perlindungan itu pada persidangan pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
Katanya dalam tempoh itu juga sebanyak 28 penghuni mengambil peperiksaan awam dengan 21 orang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (7).
Dalam sidang akhbar selepas itu, Latipah berkata bayi berkenaan kebanyakannya dijaga oleh ibu kandung mereka selain ada yang diserah kepada keluarga angkat.
Katanya pihak Sekolah Harapan turut melakukan pemantauan berkala terhadap remaja terbabit yang kembali kepada keluarga masing-masing setelah habis tempoh berpantang.
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kes pengabaian bayi dan juga tiada laporan mengenai berulangnya kes hamil di luar nikah," katanya. – Bernama
Sumber HD - 5-3-2014
Melaka catu air selepas 29 Mac jika kemarau berterusan
- Feb 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata paras air di tiga empangan iaitu di Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah; Jus dan Asahan di Jasin kini masih mampu menampung keperluan pengguna di negeri itu.
Beliau berkata ketika ini, air di Empangan Durian Tunggal berada pada paras 65.2 peratus, Jus (61.8 peratus) dan Asahan (76.1 peratus).
"Tahap air di empangan ini memberi jaminan bahawa kita boleh bertahan sehingga 29 Mac tanpa hujan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.
Katanya kerajaan negeri turut mengambil langkah menyalurkan air mentah dari beberapa kolam tadahan selain air Sungai Muar dan Gerisik, Johor ke empangan terbabit sekali gus mampu membekalkan 105 juta gelen air sehari kepada pengguna.
Dalam pada itu, Idris berkata kerajaan negeri merancang mewujudkan perigi tiub di setiap 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan menghadapi musim kemarau pada masa depan.
Beliau berkata pada masa ini, Melaka mempunyai pelan kontigensi bekalan air yang mampu bertahan sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau.
"Dengan pembinaan perigi tiub ini, kita menjangkakan bekalan air mampu bertahan sehingga tempoh enam bulan dalam musim kemarau," katanya. - Bernama
Sumber HD - 28-2-2014
Paras air empangan Durian Tunggal menurun akibat cuaca panas
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
MELAKA: Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas.
Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.
Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus.
"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus".
Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.
Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. - Bernama
Sumber HD - 13-2-2014
KM Melaka arah ahli majlis PBT daftar pengundi baru
- Feb 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata langkah itu bertujuan menambah bilangan pengundi baharu untuk persediaan pilihan raya umum ke-14.
Katanya sebelum ini, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) turut diminta mendaftar sekurang-kurangnya lima pengundi baharu setiap bulan.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan penjawat awam di Seri Negeri di sini, hari ini.
Terdapat empat PBT di Melaka iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). - Bernama
Sumber HD - 3-2-2014
Prof Korea saran generasi muda pertahan tulisan Jawi
- Jan 28, 2014
- Fadzli Ramli
Bagi pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok ini tidak boleh diterima sama sekali kerana nasib tulisan Jawi secara mutlak terletak di tangan generasi muda Malaysia dan bukan warga asing walaupun diiktiraf pakar tulisan Jawi setinggi langit sekalipun.
"Tulisan Jawi milik setiap rakyat Malaysia, mereka paling layak pertahankan tulisan ini dan jika generasi muda tidak berbuat demikian, tulisan Jawi akan hilang begitu sahaja.
"Memang ramai warga asing berminat dengan tulisan ini tetapi hanya minat mengkaji, jarang ada warga asing seperti saya yang berusaha untuk pertahankan tulisan ini," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Kang yang mengetuai Jabatan Pengajian Malaysia di Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan sebelum itu menyampaikan syarahan bertajuk 'Inovasi Tulisan Jawi Untuk Generasi Baharu' di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di sini.
Turut hadir Naib Canselor KUIM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Yusoff Hashim.
Mengulas cara terbaik untuk menarik generasi muda Malaysia mempelajari tulisan Jawi, Kang berkata langkah pertama ialah membentuk sebuah sistem pembelajaran menjadikan tulisan Jawi mudah dipelajari dan difahami.
"Generasi muda Malaysia ramai sudah tahu baca Rumi, jadi mula di situ jadikan Jawi itu lebih tepat ejaan dengan sebutan selari dengan Rumi. Perlu diatasi masalah seperti perkataan 'pudu' dieja fa-wau-dal-wau tetapi ejaan Jawi itu boleh juga merujuk kepada podo, podu atau pudo," katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Kang berkata bagi mempopularkan kembali tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda Malaysia, inisiatif luar biasa seperti yang dilakukan penyanyi Korea Selatan Psy yang mempopularkan budaya Korea melalui lagu 'Gangnam Style' boleh dilakukan.
"Gangnam Style ini memang suatu yang luar biasa kerana mengambil kuda, iaitu sesuatu yang dilihat biasa di Korea, dan dijadikan pula sebagai suatu yang di luar kebiasaan. Malaysia juga punya identiti unik tersendiri yang menarik perhatian dunia yang boleh ditonjolkan bagi menarik generasi muda," katanya.
Kang berkata tulisan Jawi adalah suatu warisan universal bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak seharusnya diletakkan eksklusif hanya perlu diwarisi generasi muda bangsa Melayu.
Ini kerana, katanya, tulisan Jawi merupakan sesuatu yang wujud sejak dahulu lagi di negara ini dan diterima pakai oleh semua masyarakat Malaysia sebelum tulisan Rumi diperkenalkan sekitar tahun 1960-an.
"Tulisan jawi ini dahulunya begitu (diterima pakai semua rakyat Malaysia) jadi sekarang perlu diteruskan begitu, diwarisi begitu dan sampai bila-bila pun mesti begitu," kata Kang.
Beliau turut menceritakan betapa 15 orang pelajarnya dari Korea Selatan gagal untuk mempelajari tulisan Jawi dan bahasa Melayu yang betul sepanjang tempoh program pertukaran pelajar dengan sebuah universiti di negara ini.
"Antara sebab pelajar saya ini tidak dapat belajar bahasa Melayu yang betul kerana orang muda di sini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul. Banyak guna bahasa pasar sahaja, apatah lagi hendak belajar tulisan Jawi kerana orang muda di sini tak pandai tulis Jawi," katanya.
Kang berkata dalam negara yang rancak membangun dan menuju Wawasan 2020 ini, jati diri generasi muda perlu diperkukuh dengan warisan antaranya tulisan Jawi yang diterap dalam diri mereka bagi memastikan masyarakat Malaysia membangun dengan nilai peradaban yang tinggi.
Kang tidak takut untuk dikritik dengan pendapatnya tentang tulisan Jawi malah mengalu-alukan teguran terutama daripada generasi muda di negara ini bagi memastikan tulisan Jawi dapat dimartabatkan ke tahap tertinggi.
"Apa yang saya kecewa ada pihak mengkritik saya dan buku saya mengenai Jawi, dengan berkata ini tidak betul, tetapi dalam masa sama tidak mahu membetulkan. Mereka hanya tahu kata itu salah tetapi tidak berusaha betulkan... jika mereka usaha betulkan, saya amat gembira kerana Jawi akan menjadi lebih baik," katanya.
Kang sejujurnya tidak mahu menyinggung sesiapa dalam isu ini tetapi amat kecewa kerana masa depan tulisan Jawi yang begitu dicintainya dilihat gelap kerana generasi muda Malaysia semakin meminggirkan tulisan warisan itu. - Bernama
Sumber HD - 28-1-2014
Isu ekonomi beri kesan kepada rakyat bawahan - Mohd Taib
- Jan 26, 2014
- AHMAD DANIAL
PORT DICKSON: Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, jentera penerangan PAS mesti bekerja kuat untuk menerangkan ajaran Islam sebenar khususnya kepada orang kampung.
Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu menambah, orang kampung beragama tetapi mengapa mereka tidak menyokong PAS malah begitu kuat menentang parti itu.
"Jentera penerangan PAS mesti bekerja kuat, turun padang dengan pelbagai kaedah, mereka menentang PAS adalah kerana mesej Islam dan mesej kita tidak sampai kepada mereka," ujar beliau ketika membentangkan pandangan beliau pada program 'retreat' PAS Melaka di sini semalam. (Gambar atas)
Mohamad berkata, antara isu terkini yang mesti diambil perhatian ialah isu ekonoml, harga barang dan kegagalan BN memerintah dan sebagainya.
Katanya, isu ekonomi, kenaikan harga barang dan penderitaan rakyat benar-benar nemberi kesan kepada rakyat bawahan.
Program retreat PAS Melaka yang diadakan itu telah merangka KPI lajnah-lajnah, program-program bagi mencapai KPI tersebut dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan aktiviti dan hala tuju PAS.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata antara perkara penting yang akan dilaksanakan pada sesi ini ialah pembinaan Kompleks PAS Melaka yang dijangka siap dalam masa dua rahun.
Retreat PAS Melaka kali ini dihadiri oleh kesemua pimpinan PAS negeri termasuk dewan-dewan.
Sumber HD - 26-1-2014
Reman ‘Sultan Melaka’ dilanjutkan tiga hari
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
mendakwa dirinya sultan Melaka.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.
Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi Selasa lepas di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'.
Pada Rabu lepas polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret menahan reman lelaki itu selama empat hari. - Bernama
Sumber HD - 18-1-2014
No comments:
Post a Comment