Pulau Batu Puteh, PAS sedia beri kerjasama
KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik titah Sultan Johor, Sultan Iskandar yang menitahkan supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan bagi membatalkan keputusan berkaitan Pulau Batu Putih.
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman barkata atas titah tersebut PAS bersedia memberikan kerjasama dengan pasukan tersebut bagi memastikan hasrat tersebut terlaksana.
"Kita akan menghantar memo kepada Sultan Johor dan juga kerajaan negeri pada bulan Jun nanti bagi menyatakan hasrat PAS untuk bekerjasama dalam pasukan tersebut.
"Kita juga telah menubuhkan pasukan 'task force' pada Januari lalu bagi kajian terhadap Pulau Batu Puteh dan ini merupakan langkah terbaik jika kerjasama dapat dilakukan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Pesuruhjaya PAS Johor, Aminulhuda Hassan yang turut hadir pada sidang media tersebut berharap usaha untuk merayu bagi membatalkan keputusan ICJ adalah usaha terbaik bagi mengelak perkara tersebut berulang kepada Pulau Pisang yang terdapat sebuah rumah api yang dikawal selia oleh Singapura.
"Usaha ini harus disegerakan oleh kerajaan pusat dan negeri, PAS Johor bersedia untuk menyumbang tenaga.
"Kita tidak mahu perkara yang menakutkan berulang lagi pada satu lagi pulah milik Johor iaitu Pulau Pisang," jelasnya.
Sementara itu, peguam Mohd Harris Abdullah, walaupun keputusan itu muktamad namun terdapat beberapa peruntukan di dalam ICJ yang membolehkan keputusan tersebut disemak semula.
"Ada beberapa artikel yang membolehkan keputusan tersebut disemak semula seperti bukti-bukti atau maklumat baru yang tidak diketengahkan sebelum ini.
"Bila ia difailkan ICJ akan menyemak balik maklumat-maklumat tersebut dan mereka sendiri tidak mahu keputusan sebelum ini dibuat tanpa memperolehi maklumat yang menyeluruh, ini melibatkan kredibiliti mereka sebagai mahkamah antarabangsa," jelasnya.
Mazlan turut memberitahu PAS akan membuat kajian secara menyeluruh dan mendapatkan maklumat serta data terbaru untuk diserahkan kepada Sultan Johor.
Jika kerjasama antara pasukan khas itu tidak diperolehi, PAS akan membuat permohonan sendiri kepada ICJ. - HARAKAHDAILY 30/5/2014
MA / PJPJ - http://www.youtube.com/watch?v=rXOfUsKrBIU
Sumber HD - 30-5-2014
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman barkata atas titah tersebut PAS bersedia memberikan kerjasama dengan pasukan tersebut bagi memastikan hasrat tersebut terlaksana.
"Kita akan menghantar memo kepada Sultan Johor dan juga kerajaan negeri pada bulan Jun nanti bagi menyatakan hasrat PAS untuk bekerjasama dalam pasukan tersebut.
"Kita juga telah menubuhkan pasukan 'task force' pada Januari lalu bagi kajian terhadap Pulau Batu Puteh dan ini merupakan langkah terbaik jika kerjasama dapat dilakukan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Pesuruhjaya PAS Johor, Aminulhuda Hassan yang turut hadir pada sidang media tersebut berharap usaha untuk merayu bagi membatalkan keputusan ICJ adalah usaha terbaik bagi mengelak perkara tersebut berulang kepada Pulau Pisang yang terdapat sebuah rumah api yang dikawal selia oleh Singapura.
"Usaha ini harus disegerakan oleh kerajaan pusat dan negeri, PAS Johor bersedia untuk menyumbang tenaga.
"Kita tidak mahu perkara yang menakutkan berulang lagi pada satu lagi pulah milik Johor iaitu Pulau Pisang," jelasnya.
Sementara itu, peguam Mohd Harris Abdullah, walaupun keputusan itu muktamad namun terdapat beberapa peruntukan di dalam ICJ yang membolehkan keputusan tersebut disemak semula.
"Ada beberapa artikel yang membolehkan keputusan tersebut disemak semula seperti bukti-bukti atau maklumat baru yang tidak diketengahkan sebelum ini.
"Bila ia difailkan ICJ akan menyemak balik maklumat-maklumat tersebut dan mereka sendiri tidak mahu keputusan sebelum ini dibuat tanpa memperolehi maklumat yang menyeluruh, ini melibatkan kredibiliti mereka sebagai mahkamah antarabangsa," jelasnya.
Mazlan turut memberitahu PAS akan membuat kajian secara menyeluruh dan mendapatkan maklumat serta data terbaru untuk diserahkan kepada Sultan Johor.
Jika kerjasama antara pasukan khas itu tidak diperolehi, PAS akan membuat permohonan sendiri kepada ICJ. - HARAKAHDAILY 30/5/2014
MA / PJPJ - http://www.youtube.com/watch?v=rXOfUsKrBIU
Sumber HD - 30-5-2014
Pulau Batu Puteh: Sultan perintah kemuka rayuan
JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menitahkan kerajaan negeri Johor supaya menubuhkan sebuah pasukan khas supaya mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.
Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan sini hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu kontraktor tempatan turut mendapat faedah daripada pelaksanaan pembangunan kompleks petroleum Pengerang dekat Kota Tinggi.
Baginda bertitah pembangunan itu yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi Johor sepatutnya turut memberi faedah kepada rakyat Johor.
Mengenai kebanjiran pelabur dari China terutamanya dalam sektor hartanah di negeri ini, Sultan Ibrahim bertitah pelaburan seumpama itu amat diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kerana Johor tidak boleh hanya bergantung kepada pelabur tempatan sahaja.
"Kebetulan pada masa ini hanya pelabur dari China yang dilihat lebih berminat untuk datang ke Johor kerana mereka percaya dengan potensi yang dimiliki negeri ini serta dasar kerajaan yang mesra pelabur," titah baginda.
Sultan Ibrahim dalam pada itu mahu sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak bagi menjaga dan memelihara alam sekitar negeri Johor.
Mengenai cuti mingguan negeri ini, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri Johor menyelaraskan cuti mingguan bagi semua sektor di negeri ini kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti yang diisytiharkan.
Baginda bertitah terdapat rungutan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta bahawa mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak disebabkan terpaksa bekerja pada hari Jumaat.
Sambil melafazkan syukur kerana negeri Johor bertambah makmur, Sultan Ibrahim mengingatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik masing-masing.
Baginda juga mahu semua anggota DUN supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa berbahas.
"Saya ingatkan pikullah amanah yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau parti politik," titah baginda. - Bernama
Sumber HD - 29-5-2014
Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan sini hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu kontraktor tempatan turut mendapat faedah daripada pelaksanaan pembangunan kompleks petroleum Pengerang dekat Kota Tinggi.
Baginda bertitah pembangunan itu yang akan memberikan impak besar terhadap ekonomi Johor sepatutnya turut memberi faedah kepada rakyat Johor.
Mengenai kebanjiran pelabur dari China terutamanya dalam sektor hartanah di negeri ini, Sultan Ibrahim bertitah pelaburan seumpama itu amat diperlukan bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kerana Johor tidak boleh hanya bergantung kepada pelabur tempatan sahaja.
"Kebetulan pada masa ini hanya pelabur dari China yang dilihat lebih berminat untuk datang ke Johor kerana mereka percaya dengan potensi yang dimiliki negeri ini serta dasar kerajaan yang mesra pelabur," titah baginda.
Sultan Ibrahim dalam pada itu mahu sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri Johor diwujudkan di bawah Enakmen Negeri Johor seperti yang sudah ditubuhkan di Melaka, Sabah dan Sarawak bagi menjaga dan memelihara alam sekitar negeri Johor.
Mengenai cuti mingguan negeri ini, Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri Johor menyelaraskan cuti mingguan bagi semua sektor di negeri ini kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti yang diisytiharkan.
Baginda bertitah terdapat rungutan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta bahawa mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak disebabkan terpaksa bekerja pada hari Jumaat.
Sambil melafazkan syukur kerana negeri Johor bertambah makmur, Sultan Ibrahim mengingatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik masing-masing.
Baginda juga mahu semua anggota DUN supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa berbahas.
"Saya ingatkan pikullah amanah yang diberikan rakyat dengan penuh tanggungjawab tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau parti politik," titah baginda. - Bernama
Sumber HD - 29-5-2014
Projek tambak laut mangsakan nelayan pantai Johor
NELAYAN tradisional bermakna nelayan yang menggunakan peralatan tradisional seperti pancing, sangkar atau jaring untuk menangkap ikan dan menggunakan bot kecil berenjin sangkut. Nelayan pantai juga termasuk mereka yang mengutip lokan dan siput dipantai-pantai.
Laporan pendaratan ikan makan pada 2011 menunjukan kuantiti pendaratan ikan laut pantai mencecah 65 peratus berbanding pendaratan ikan laut dalam yang hanya mencatatkan sekitar 17 peratus.
Justeru, perhatian harus juga diberikan kepada nelayan tradisional.
Dari aspek saiz atau keluasan kawasan operasi penangkapan ikan laut pantai ini, ianya sekitar skala lima batu nautika dari pantai. Keluasan secara keseluruhannya pula tidak begitu besar kerana faktor saiz bot dan kapasiti enjin yang kecil.
Projek Penambakan Persisir Pantai
‘Pejabat’ atau tempat kerja nelayan pantai ini adalah dipersisiran pantai, bermakna segala apa yang berlaku di kawasan persisir pantai, secara langsung akan memberi kesan terhadap mereka dan kerja mereka.
Projek-projek pembangunan atau dengan lebih tepat lagi projek penambakan laut di sekitar persisiran pantai berjarak lima batu nautika ini ditabrak tanpa perancangan yang teliti, maka ia akan menjadi projek pembangunan yang merosakkan.
Projek penambakan yang tidak teliti ini bermaksud projek yang dijalankan, dilakukan tanpa kajian mendalam atau tanpa mempedulikan kesan-kesan sampingannya. Ini juga bermakna, projek yang dijalankan itu adalah salah dari segi moral dan undang-undang.
Maka ini dinamakan sebagai 'projek gila'. Apabila projek gila ini terus dijalankan, ia akan memberi kesan negatif terhadap ekosistem di sekitar kawasan terbabit.
Kesan kepada ikan dan juga sumber makanannya seperti rumpai laut dan benih atau anak-anak ikan akan semakin berkurangan, kualiti air akan menurun, hutan bakau akan pupus dan pantai akan terhakis bersama dengan karang-karang yang ada dan akhirnya hidupan asal disitu akan pupus dan sebahagiannya lari jauh ke tengah laut.
Bayangkan jika pejabat atau tempat anda cari makan diganggu, dikotori atau dirosakkan. Bagaimana anda dapat menghadapinya? Adakah dapat nelayan pantai ini bertukar menjadi nelayan laut dalam dengan enjin dan bot kecil yang mereka ada?
Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, nelayan pantai akan menghadapi kemerosotan hasil dan akhirnya akan kehilangan sumber pendapatan, kesannya juga akan dirasai oleh kita sebagai pengguna.
Projek Pulau Ubah
Salah satu contoh projek gila yang sedang menggila ini berlaku di perairan Tanjung Kupang, Selat Johor. Lim Kit Siang menamakannya sebagai Pulau Ubah. Ia bersaiz keluasan sekitar dua ribu lima ratus ekar. Jaraknya tidak sampai 10 km dari pantai Singapura. Dari peta, kawasan ini menunjukan ia berada dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Kawasan yang ditambak ini pada asalnya adalah tempat yang bersih, ibarat satu kebun yang subur tanahnya. Dokumen Shoreline Management Plan 2013 mengenal pasti kawasan perairan Tanjung Kupang ini sebagai kawasan yang sangat kaya dengan biodiversiti marin kerana ia mempunyai rumpai laut (seagrass bed) yang mungkin antara yang terbesar di dunia.
Ia juga menjadi habitat kuda laut, juga kawasan tempat ikan dugong bermain, malah IRDA sendiri telah mencadangkan agar kawasan ini dilindungi dan diwartakan sebagai kawasan perlindungan marin (marine protected area).
Tetapi kini kawasan perairan tersebut sedang ditukar (tambak) menjadi tanah daratan tanpa diketahui untuk tujuan apa. Dalam dokumen Comprehensive Development Plan (CDP) yang telah diluluskan IRDA sebagai Masterplan Iskandar Malaysia, ‘Pulau Ubah’ ini tidak wujud sama sekali dalam perancangan tersebut. Namun, pulau tersebut sedang membesar, ini keajaiban yang pertama.
Persoalannya ialah bagaimana projek ini boleh dijalankan tanpa ada laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar? Apakah agensi kerajaan negeri tidak tahu atau tidak ambil peduli?
Atau, apakah projek ini mendapat perlindungan dari pihak-pihak tertentu? Atau agensi yang bertanggungjawab hanya pejam mata dengan projek gila ini? Jika pejam mata, kuasa siapakah yang mengarahkan mereka untuk pejam mata? Ini keajaiban kedua.
Kesemua persoalan ini berkaitan dengan integriti serta urustadbir kerajaan negeri yang baik (good governance). Keseluruhan projek ini tidak menunjukkan adanya ketelusan dari pihak berkuasa. Pelan tak ada, papan tanda projek tak ada termasuk laporan dari EIA juga tak ada.
Kerajaan negeri Johor perlu diingatkan, ‘jangan main-main dengan undang-undang’, meminjam kata-kata mendiang Karpal Singh.
‘Mengata Dulang Paku Serpih’
Jika kita lihat sejarah isu penambakan laut ini, pastinya kita tidak lupa terhadap kerajaan Singapura suatu ketika dahulu sekitar tahun 2002, apabila mereka melakukan penambakan laut di Pulau Tekong. Masa itu kita turut protes.
Ketika itu kita mempertikai langkah kerajaan Singapura yang akan menjejaskan ekonomi dan ekosistem perairan kita. Liputan akhbar juga sangat meluas, ketika itu seolah-olah kita begitu prihatin terhadap alam sekitar dan kesan-kesannya ke atas ekonomi tempatan.
Tetapi rupa-rupanya bantahan itu hanyalah satu bentuk hipokrasi politik kerajaan BN. Dulu kita yang membantah, tetapi kini yang mengambil langkah yang sama. Malah media massa kita seakan membungkam projek gila ini.
Jika kita selidik juga dengan lebih mendalam projek penambakan di Pulau Tekong itu, batu dan pasir yang digunakan untuk menambak itu sebahagiannya datang dari Malaysia juga. Hal ini tak pula dilaporkan media arus perdana secara meluas.
Dalam kes Pulau Ubah ini, Singapura tidak pula membantah seperti mana kita dahulu, mengapa agaknya? Adakah kerana mereka sedar bahawa mungkin bantahan itu akan kembali mencetuskan ketegangan hubungan dua negara?
Atau Singapura sengaja membiarkannya kerana mereka tahu bahawa semua penambakan ini akhirnya akan ‘merapatkan’ lagi tanah semenanjung dengan pulau Temasik itu untuk faedah strategiknya.
Integriti Pentadbiran dan Hak
Kedua-dua isu nelayan pantai dan soal integriti kerajaan negeri, adalah suatu hal yang amat penting. Ketelusan pentadbiran kerajaan negeri akan menentukan masa depan ekonomi negeri dan sumber bekalan makanan untuk rakyat.
Kita perlu mengekalkan kewujudan nelayan tradisional bukanlah kerana kita mahu mereka terus menjadi nelayan tradisional, tetapi kita mahu ia dikekalkan kerana itu adalah hak mereka.
Maka sebagai kerajaan yang amanah, harus melindungi hak mereka untuk menjadi nelayan. Hak rakyat untuk memastikan bekalan sumber makan laut terjamin dan hak alam ini untuk dilindungi. Dan semua ini adalah hak kita untuk membangun dan maju dengan cara yang betul.
Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih.
_______________
Penulis ialah seorang pendukung seni dan kebudayaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) dan Ahli Jawatankuasa DAP Johor.
Sumber HD - 7-5-2014
Empat daerah di Johor hadapi masalah air serius - SPAN
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Empat daerah itu adalah Kluang, Mersing, Kulaijaya dan Kota Tinggi yang kini terpaksa berdepan catuan air berjadual.
Berikut adalah kenyataan penuh SPAN.
-----------
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ingin memaklumkan bahawa empat daerah di negeri Johor sedang menghadapi kekurangan bekalan air yang ketara akibat cuaca panas berterusan dan hujan yang tidak turun sejak awal tahun.
Bagi keempat-empat daerah tersebut, SAJ Holdings (SAJH) telah menyediakan Pelan Pengagihan Bekalan Air Berjadual masing-masing seperti diterangkan di bawah:
a) Daerah Kluang
Pengagihan Bekalan Air Berjadual di beberapa kawasan Daerah Kluang telah bermula pada 18 Februari 2014 berikutan penurunan Sg. Sembrong Kiri yang menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Timur.
Pada ketika itu, LRA Sembrong Timur yang pada hari biasa mengeluarkan 31 Juta Liter Sehari (JLH) hanya mampu mengeluarkan 19 JLH. Pengagihan air berjadual telah dilaksanakan melibatkan sebanyak 51,036 akaun pengguna di sembilan kawasan. Setiap kawasan dibahagikan kepada dua zon dan setiap zon mendapat bekalan air selama 2 hari diikuti dengan catuan air selama 2 hari.
Walau bagaimanapun, SPAN dimaklumkan bahawa pada ketika ini, keadaan Sg. Sembrong Kiri yang kering telah menyebabkan LRA Sembrong Timur hanya boleh mengeluarkan air terawat kurang daripada 0.4 JLH.
Dengan pengeluaran sebanyak itu, beberapa kawasan di Daerah Kluang iaitu Chamek (445 akaun), Nyior (237 akaun) dan Paloh (3,393 akaun) telah tidak dapat diagihkan bekalan air melalui paip. Disebabkan keadaan itu, SAJH terpaksa mengguna lori-lori tangki untuk menghantar bekalan air kepada sejumlah 4,075 akaun pengguna di ketiga-tiga kawasan tersebut.
Pada masa ini, SAJH menyediakan sebanyak 23 buah lori tangki dan 88 buah tangki statik di Daerah Kluang untuk tujuan menghantar bekalan air kepada kawasan-kawasan yang tidak dapat menerima bekalan air melalui paip agihan.
b) Daerah Mersing
Di Daerah Mersing, Empangan Congok telah merosot dan pada 10 Mac 2014 berada pada paras 4.47 meter melepasi paras kritikal iaitu 4.50 meter.
Empangan tersebut membekalkan air mentah kepada LRA Tenglu dan telah menyebabkan loji tersebut hanya dapat mengeluarkan 6 JLH berbanding dengan 8 hingga 9 JLH pada hari biasa. Selain itu, LRA Sg. Mersing yang turut membekalkan air ke Daerah Mersing turut mengalami pengurangan pengeluaran akibat paras Sg. Mersing yang terus susut.
Pengagihan air berjadual bagi Daerah Mersing akan melibatkan sebanyak 6,418 akaun dan kawasan-kawasan akan dibahagikan kepada dua zon.
Setiap zon akan menerima bekalan air secara berselang hari iaitu 24 jam bekalan dan diikuti dengan 24 jam catuan.
c) Daerah Kulaijaya
Bagi Daerah Kulaijaya, Sg. Ulu Pontian Besar yang merupakan sumber air kepada LRA Bukit Batu juga turut mengalami penyusutan. Pada 10 Mac 2013, loji tersebut hanya mampu mengeluarkan sebanyak 1.8 JLH berbanding dengan pengeluaran biasa sebanyak 2.2 JLH.
Pelan Pengagihan Air Berjadual di Daerah Kulaijaya akan melibatkan sebanyak 1,172 akaun dengan kawasan-kawasan dibahagikan kepada dua zon. Setiap zon akan mendapat air selama 12 jam bekalan dan dikuti dengan 12 jam catuan.
d) Daerah Kota Tinggi
Bagi Daerah Kota Tinggi pula, Sg. Gembut mengalami penyusutan ke paras amaran iaitu 1.0 meter berbanding dengan paras normal 2.0 meter.
Penyusutan paras telah menyebabkan pengurangan pengeluaran LRA Sg. Gembut kepada 4 JLH berbanding dengan pengeluaran biasa 7.6 JLH.
Pelan Pengagihan Air Berjadual di Daerah Kota Tinggi akan melibatkan sebanyak 4,839 akaun di Mukim Sedili dengan kawasan-kawasan dibahagikan kepada dua zon. Setiap zon akan mendapat air selama 24 jam bekalan dan dikuti dengan 24 jam catuan.
Secara dasarnya, SPAN telah meluluskan supaya pengagihan air berjadual di Daerah Mersing, Kulaijaya dan Kota Tinggi bermula pada 17 Mac sehingga 31 Mac 2014. SAJH akan membuat pengumuman di dalam media massa di peringkat negeri bagi memaklumkan Pelan Pengagihan Air Berjadual secara lebih terpeinci kepada semua pengguna yang terlibat.
SAJH juga memaklumkan bahawa tempoh masa pengagihan dan catuan di keempat-empat daerah akan dikaji dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan semasa pengeluaran loji-loji yang berkenaan.
Sekiranya terdapat pindaan dari semasa ke semasa, SAJH akan memaklumkan semula tempoh pengagihan yang baru kepada semua pengguna yang terlibat.
SPAN ingin merayu kepada semua pengguna di Johor dan khususnya di Daerah Kluang, Mersing, Kulaijaya dan Kota Tinggi supaya berhemah dan menghadkan penggunaan air kepada yang penting sahaja.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Sumber HD - 12-3-2014
Wisma Putra kesan Nor Shafika di Pulau Basilan, Mindanao
- Feb 28, 2014
- MOHD HAIKAL MOHD ISA
Pekerja syarikat swasta di Pasir Gudang itu berkata beliau menerima panggilan daripada Wisma Putra dan konsulat negara di Davao, Filipina semalam memaklumkan mengenai penemuan Siti Nor Shafika yang berusia 20 tahun.
Walaupun hatinya lega kerana anaknya sudah ditemui, tetapi pada masa sama beliau hairan dan terkejut dengan kenyataan yang didakwa dibuat oleh anaknya bahawa beliau gembira berada di Pulau Basilan dan enggan pulang ke Malaysia.
"Wisma Putra dan wakil konsulat Malaysia di Davao memberitahu anak perempuan saya kini berada di Pulau Basilan di selatan Filipina, di sebuah perkampungan yang dikuasai oleh kumpulan-kumpulan militan."
"Bagaimanapun, mereka (Wisma Putra dan wakil konsulat) memaklumkan bahawa anak saya, menerusi satu surat, menyatakan beliau telah berkahwin dan mahu terus tinggal di Pulau Basilan selain tidak mahu pulang ke Malaysia," katanya ketika mengunjungi Biro Johor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini.
Turut mengiringinya ialah isterinya, Rosmah Abdul Kadir.
Siti Nor Shafika kini dipercayai berada di Barangay Kunhun-Lenhuh, Municipal Al-Barka, Pulau Basilan.
Abdul Ghani bagaimanapun tidak mempercayai kenyataan anaknya di dalam surat itu kerana berdasarkan perbualan terakhir mereka menerusi telefon pada November tahun lepas, Siti Nor Shafika menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia.
Beliau berkata dalam dua lagi perbualan telefon sepanjang dua tahun kehilangannya, Siti Nor Shafika turut menyuarakan perasaan bimbangnya dengan keadaan tidak selamat di Pulau Basilan dan mahu pulang ke Malaysia.
"Di dalam perbualan telefon itu, anak saya menyuarakan kebimbangan dengan keadaan keselamatan di sana. Menurutnya selalu berlaku (kejadian) tembak menembak dan mahu mencari jalan untuk pulang ke Malaysia," katanya.
Abdul Ghani, 45, yakin anak perempuannya itu, yang dianggapnya amat patuh kepada keluarga, telah dipaksa oleh pihak-pihak tertentu di Pulau Basilan untuk menulis surat berkenaan yang diragui kesahihan kandungannya.
Beliau berkata meragui kesahihan kandungan surat itu kerana tidak ada wakil pejabat konsul Malaysia di Davao yang menemui anaknya, sebaliknya pertemuan dengan Siti Nor Shafika dilakukan oleh pihak tempatan.
"Saya percaya jika anak saya dapat bertemu dengan pegawai Wisma Putra atau pejabat konsul di Davao itu tanpa kehadiran pihak-pihak lain, beliau akan menyuarakan hasrat untuk pulang ke Malaysia," katanya.
Beliau berharap Wisma Putra dan pejabat konsul Malaysia di Davao dapat mengatur pertemuan secara bersemuka dengan Siti Nor Shafika dan membawanya pulang ke Malaysia kerana bimbang dengan keselamatannya.
Selain itu, beliau bimbang dengan status anaknya sebagai pendatang asing tanpa izin di Filipina.
Sementara itu, sumber-sumber memberitahu Bernama bahawa usaha mengesan Siti Nor Shafika di Pulau Basilan itu dilakukan dengan kerjasama dengan pihak perisikan polis Filipina di Mindanao serta pihak Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM).
Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan diperlukan kerana lokasi Siti Nor Shafika merupakan sebuah kawasan yang dikuasai oleh beberapa kumpulan militan dan amat berbahaya untuk orang luar.
Pada Ogos tahun lepas, Bernama melaporkan berita mengenai usaha Abdul Ghani dan keluarganya untuk mengesan serta membawa balik anak perempuan mereka yang dipercayai dilarikan ke Filipina pada Mac 2012. – Bernama
Sumber HD - 28-2-2014
Agih air berjadual di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam
- Feb 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Jamaluddin Jamal berkata paras air di Sungai Sembrong Kiri sekarang pada tahap 0.1 meter, iaitu jauh di bawah paras kritikal 0.5 meter.
"Ini menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Timur tidak mendapat bekalan air mentah secukupnya daripada sungai tersebut dan hanya mampu membekalkan 12 juta liter air sehari berbanding keadaan biasa 30 juta liter sehari," katanya kepada pemberita semasa Majlis Makan Malam SAJ bersama media, di sini malam tadi.
Loji itu yang diuruskan oleh Southern Water Corporation (SWC) beroperasi pada kapasiti minimum sejak 18 Feb lalu berikutan paras air yang turun kepada 0.2 meter.
Bagaimanapun kata Jamaluddin, keadaan itu tidak menjejaskan seluruh negeri sebaliknya hanya sesetengah kawasan di Kluang.
Katanya pengagihah menerusi lori tangki juga hanya akan dilakukan di kawasan kritikal dan yang menghadapi tekanan air rendah serta premis yang memerlukan bekalan air sepanjang masa seperti hospital dan pusat dialisis.
Di lokasi lain bekalan air akan terus diagih menerusi paip seperti biasa, katanya.
Menurut Jamaluddin, pengagihan air berjadual itu dijangka berlangsung sehingga 18 Mac.
Orang ramai boleh merujuk jadual pengagihan air di http://saj.com.my atau menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam. - Bernama
Sumber HD - 26-2-2014
Keluarga mangsa lemas Sungai Muar wajar diberi pampasan
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, PAS Kawasan Segamat bersedia menawarkan khidmat guaman kepada keluarga mangsa lemas bagi memfailkan saman bertujuan menuntut gantirugi atas kecuaian syarikat terbabit.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Firdaus Masod berkata, peristiwa malang di Sungai Muar Buloh Kasap Segamat ini membuktikan kawasan pengorekan pasir berdekatan kawasan penempatan penduduk sangat tidak sesuai.
PAS kawasan Segamat, ujarnya mendesak kerajaan negeri supaya menghentikan semua projek pengorekan pasir dalam radius 5km daripada kawasan penempatan penduduk sehingga satu siasatan mendalam berkenaan aspek keselamatan dibuat.
“Kami juga mahu langkah-langkah keselamatan dibuat dan dikuatkuasakan sebelum kawasan pengorekan pasir diluluskan,” ujar beliau.
Firdaus bagi pihak PAS Segamat turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Mengulas lanjut, beliau berkata isu pengorekan sungai di kawasan penempatan penduduk pernah dibawa ke Majlis Daerah Kluang dua tahun lalu berikutan kematian seorang kanak-kanak di Sungai Sayong, Layang-Layang.
Malah PAS Johor, jelas beliau pernah mendesak agar langkah-langkah keselamatan diambil bagi mempastikan kawasan projek pengorekan pasir tidak membahayakan penduduk.
“Tragedi Sungai Sayong Layang-Layang telah mengorbankan tiga nyawa kanak-kanak dan hari ini Sungai Muar di pekan Buloh Kasap Segamat telah mengorban lapan orang lagi. Kita sangat khuatir pada masa akan datang kawasan pengorekan pasir yang terlalu berdekatan dengan kawasan penempatan akan mengorbankan lebih banyak nyawa lagi,” tegas Firdaus.
Beliau turut tidak berpuashati dengan jaminan keselamatan di kawasan projek pengorekan pasir sungai dan mempersoalkan keberkesanan proses pemantauan Pejabat Tanah dan Daerah Segamat yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen.
Oleh itu, Firdaus menyarankan agar syarat keselamatan di tapak projek diperketatkan seperti membina papan tanda amaran dan dinding penghalang kepada orang awam dari memasuki kawasan projek.
“Begitu juga dengan struktur tebing sungai yang tidak dibaiki selepas kerja-kerja pengorekan yang menyebabkan tebing menjadi lemah dan membahayakan orang awam,” ujarnya.
Pejabat Tanah dan Daerah Segamat perlu bertanggungjawab penuh atas kejadian malang ini dan pihak syarikat didesak membayar gantirugi setimpal kepada semua keluarga mangsa, tegas Firdaus.
Sumber HD - 23-2-2014
Rayuan seorang ibu sebabkan ramai menitis air mata
- Feb 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Tindakan Mariam yang menyayat hati di tebing sungai yang meragut nyawa anaknya itu dilihat ketika pasukan mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran menemui mayat Shafiq, yang dipercayai berada di dasar sungai.
Suara sayunya itu menyebabkan orang ramai dan keluarga mangsa yang berkumpul di tebing sungai sejak semalam, merasa sebak, lalu menitiskan air mata.
Mariam terpaksa dipapah oleh anggota keluarga ke tebing sungai untuk melihat sendiri kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
Tidak lama selepas rayuan sayu Mariam, pasukan mencari dan menyelamat terdiri dari pelbagai agensi berjaya menemui mayat Shafiq, bersama mayat empat lagi rakannya yang hilang sejak semalam itu.
Ketika ditemui kemudian, Mariam memberitahu, anak bongsunya itu seorang pendiam dan hanya akan bercakap dengan keluarga tentang perkara-perkara penting sahaja.
Seperti biasa menurutnya, pada pagi semalam anaknya itu keluar bersama rakannya yang lain dan Mariam menyangkakan kesemua mereka ke sekolah untuk kegiatan riadah.
Beliau tidak menjangkakan anak bongsunya itu pergi ke sungai itu bersama rakannya dan bermandi-manda.
"Kebiasaannya, dia jarang bersarapan pagi, tetapi pagi semalam dia membancuh sendiri air Milo sebelum keluar rumah," katanya apabila diajukan soalan tentang tingkah laku anaknya sebelum terlibat dalam tragedi tersebut. – Bernama
Sumber HD - 22-2-2014
5 lagi mayat remaja yang hilang di Sungai Muar ditemui
- Feb 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukarmi berkata mayat Mohd Nazree Zainal, 14; ditemui terapung pada pukul 1.40 petang dan mayat Mohd Shafiq Md Sukur, 16; ditemui di dasar sungai pada pukul 2.06 petang.
"Tiga mayat lagi turut ditemui di dasar sungai itu iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; dan Mohd Izoan Hakimis Amin, 16; yang ditemui pada pukul 2.41 petang manakala mayat terakhir, Mohd Hafizuddin Kamal, 16; ditemui pada pukul 2.46 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Kamil berkata kesemua mayat itu ditemui dalam lingkungan 10 meter dari kawasan kejadian dengan mayat Mohd Shafiq, Mohd Zaki, Mohd Izoan Hakimis dan Mohd Hafizuddin tersangkut pada kayu-kayu di dasar sungai.
Beliau berkata kesemua mayat kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.
Semalam, gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui tiga mayat remaja itu - Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16; Mohd Zikri Zaidi, 14; dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, di dasar sungai berhampiran satu sama lain.
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Ab Ghani Daud berkata operasi mencari dan menyelamat terbabit menggunakan teknik kocakan bot pada tengah hari ini yang membolehkan pergerakan pada kesemua mangsa yang tersangkut.
Beliau berkata tempat kesemua mayat remaja itu ditemui turut merupakan tempat yang dihidu anjing pengesan ketika gerakan mencari dan menyelamat.
"Bomba yang melakukan operasi dan menyelamat dalam tempoh 30 jam sejak semalam tidak mempunyai halangan yang begitu sukar kecuali bentuk muka bumi dasar sungai yang tidak rata," katanya.
Ab Ghani berkata sehubungan penemuan kesemua mayat, operasi mencari dan menyelamat yang disertai 133 anggota merangkumi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Pejabat Daerah ditamatkan pada pukul 3 petang tadi.
Katanya, setakat ini pihaknya percaya kejadian tersebut disebabkan pasir jerlus di kawasan terbabit.
Terdahulu, kesemua keluarga mangsa dilihat melakukan solat fardu Zohor dan solat hajat di kawasan kejadian sebelum suasana kemudian bertambah pilu apabila satu persatu mayat remaja itu ditemui.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut hadir meninjau gerakan mencari dan menyelamat terbabit.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi semalam, Mohd Hafizuddin yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu dikatakan tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Buloh Kasap Norshidah Ibrahim Daud berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja mengorek pasir oleh sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian lemas itu.
Tebing sebelah kiri dan kanan sungai tersebut katanya telah runtuh dipercayai akibat kerja-kerja menyedut pasir dengan menggunakan jentera penyedut berkuasa tinggi untuk mengeluarkan pasir dari dasar sungai berkenaan.
Pagi tadi, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin di dalam sidang media berkata beliau telah pun mengarahkan kerja-kerja mengorek pasir berhampiran lokasi kejadian itu dihentikan dengan serta-merta.
Sementara itu, Norshidah berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan wang tunai RM500 kepada setiap keluarga terbabit bagi membantu urusan pengebumian mangsa. - Bernama
Sumber HD - 22-2-2014
Khidmat kaunseling untuk keluarga remaja lemas
- Feb 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Asiah Md Arif berkata kaunselor telah diminta ke kawasan kejadian bagi membantu menenangkan keluarga lapan remaja lelaki itu.
"Ketika ini, kebanyakan keluarga remaja masih berada di sekitar pinggir sungai untuk melihat sendiri usaha mencari dan menyelamat ini. Sehubungan itu, ada kaunselor sudah dihantar ke sini untuk membantu memulihkan semangat mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga remaja berkenaan di tempat kejadian hari ini.
Asiah berkata kerajaan negeri Johor turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar menghadapi dugaan itu.
Kerajaan negeri juga menyampaikan sumbangan pengurusan kepada keluarga terbabit sebagai meringankan beban mereka, katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Md Hamsidin Zaini berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarga mangsa yang kesemuanya dari Taman Mewah di sini, untuk membuat tuntutan takaful berkelompok memandangkan setiap remaja itu dilindungi sehingga RM5,000.
Beliau berkata pihaknya juga sudah meminta pihak sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di sini untuk mengadakan kutipan sumbangan ikhlas untuk membantu keluarga mangsa.
"Pejabat Pelajaran Johor juga meminta pihak sekolah mengadakan doa selamat dan perjumpaan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi memudahkan segala urusan," katanya.
Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.
Petang semalam, anggota penyelamat menemui mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15. – Bernama
Sumber HD - 22-2-2014
6 remaja lemas: Pemuda PAS ucap takziah
- Feb 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam kenyataan medianya, ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mendesak langkah-langkah keselamatan dibuat bagi memastikan kawasan tersebut tidak meragut nyawa lagi.
“Saya pernah membawa isu ini ke Majlis Daerah Kluang, dua tahun lalu berikutan kematian seorang kanak-kanak di Sungai Sayong, Layang-layang Johor. Saya pernah mendesak agar langkah-langkah keselamatan perlu di buat untuk mempastikan kawasan projek pengorekan pasir tidak menyebabkan keselamatan anak-anak terjejas.”
“Sungai Sayong Layang-layang Johor telah mengorbankan tiga nyawa kanak-kanak. Hari ini sungai Muar telah mengorban tiga orang lagi manakala lima orang lagi masih hilang. Kita sangat khuatir pada masa akan datang kawasan pengorekan pasir akan mengorbankan lebih banyak nyawa lagi.”
“Setakat ini saya tidak berpuas hati dengan jaminan keselamatan anak-anak di kawasan projek. Saya rasa emosi anak-anak remaja ini terganggu apabila kawasan permainan harian mereka dikacau ganggu oleh projek yang sudah tentunya menguntungkan pihak-pihak tertentu.” Ulas Suhaizan.
Peristiwa di Sungai Muar ini membuktikan bahawa kawasan pengorekan pasir berdekatan kawasan penduduk sangat tidak sesuai. Pemuda PAS Malaysia mendesak kepada pihak Kerajaan agar menghentikan semua projek pengorekan pasir dalam radius 5km daripada penempatan penduduk sehingga satu siasatan berkenaan keselamatan penduduk dibuat.
Pemuda PAS mendesak agar langkah-langkah keselamatan perlu dibuat secara terperinci sebelum kelulusan kawasan pengorekan pasir dibuat.
Sumber HD - 22-2-2014
8 remaja dikhuatiri lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat
- Feb 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat pihaknya masih mencari kesemua remaja itu, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.
"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Lima remaja lain selamat, katanya.
Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 km dari bandar Segamat dan merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.
Mohd Aizat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.48 pagi sebelum anggota dan jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 10 pagi.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih diteruskan selepas anggota-anggotanya melakukan selaman pertama di sungai itu yang sedalam antara 15 dan 20 meter, selain dipenuhi lumpur dan kayu.
"Pasukan kami akan melakukan selaman kedua dan yakin dapat menemui mangsa.
"Insyallah, jika berjaya menemui mangsa pertama, kita akan menemui mangsa lain kerana yakin kelapan-lapan mangsa berada berdekatan satu sama lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu. – Bernama
Sumber HD - 21-2-2014
Ikan mati dipercayai berpunca fenomena air pasang merah
- Feb 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata fenomena tersebut menyebabkan percambahan plankton secara melampau sehingga mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.
JAS yang menjalankan siasatan awal pada hari kejadian tidak menemui bahan pencemar ataupun tumpahan minyak dan di dalam rekodnya tiada juga terdapat sebarang punca industri berhampiran kawasan tersebut.
"Kejadian yang berlaku baru-baru ini juga pernah berlaku pada 28 Dis 2009. Biarpun begitu JAS akan sentiasa memantau dan meneruskan penguatkuasaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Perikanan Johor telah dirujuk untuk mengenal pasti punca sebenar kematian ikan-ikan tersebut melalui analisis ke atas sampel ikan yang diambil.
JAS mengakui terdapat aktiviti penambakan laut yang dijalankan pada jarak yang dianggarkan melebihi tiga kilometer.
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang melaksanakan kerja-kerja penambakan tanah luar pesisir itu menafikan kerja-kerja mereka menyebabkan kematian ikan yang dianggarkan sebanyak empat tan itu.
Timbalan Pengerusi Eksekutif KPRJ, Datuk Md Othman Yusof berkata kematian ikan dalam sangkar bukan hanya berlaku di kawasan yang ditambak kerana ia turut berlaku di Singapura.
"Agak tidak adil jika kerja-kerja penambakan itu didakwa sebagai punca kematian ikan kerana kita mengikuti prosedur yang ditetapkan dan Jabatan Alam Sekitar sendiri setiap masa memantau dan mengambil contoh air supaya tidak wujud percemaran akibat kerja-kerja tersebut," katanya.
Menurut beliau, kerja-kerja penambakan telah dimulakan sejak 22 Jan lalu dengan hanya melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar.
"Jika kematian itu disebabkan kerja (penambakan) ini, mengapa ikan hanya mati pada masa sekarang dan bukan sehari dua selepas kita buat kerja-kerja penambakan," kata Md Othman.
Beliau turut menyanggah dakwaan sesetengah pihak bahawa kerja penambakan bagi projek pembangunan bercampur itu dibuat di luar pengetahuan penduduk setempat.
"Kita ada semua kronologi mengenai projek berkenaan. Kita telah berbincang dan memberi taklimat kepada penduduk serta nelayan mengenai projek yang kita hendak bangunkan," katanya.
Kejadian itu menjejaskan 10 sangkar ternakan ikan dan mata pencarian 250 nelayan tradisional.
Singapura juga dilaporkan mengalami kejadian yang sama. – Bernama
Sumber HD - 16-2-2014
Adun Bukit Naning perlu letak jawatan, disiasat SPRM
- Feb 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian ditegaskan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang merujuk laporan berita 10 Februari lalu mengenai Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib yang juga Adun Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti.
“PKR Johor memandang isu ini dengan amat serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya anggota-anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.
Pada masa yang sama, tegas Chua Adun Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadapnya.
“Politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam PKR,” katanya.
Jelasnya, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul telahpun menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek itu tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Mohd Jais Sarday pada 10 Feb lalu mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya oleh ibu pejabat Umno kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.
Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno Bahagian Bakri digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.
Adun Bukit Naning itu yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.
Sumber HD - 16-2-2014
Unit Ninja ditugas perangi peragut
- Feb 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff unit khas ini akan diwujudkan memandangkan kajian mendapati hampir 50 peratus jenayah yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari jenayah jalanan iaitu peragut.
"Kita juga dapati peragut-peragut ini sangat berkait rapat dengan penagihan dadah dan arahan supaya menambahkan ahli Ninja dalam pasukan sudah saya keluarkan di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lapan buah kenderaan pacuan empat roda di sini semalam.
Mokhtar berkata pasukan Ninja itu tidak akan memakai lambang polis bagi memudahkan pasukan berkenaan menjalankan rondaan.
"Dengan penyamaran ini, kita berharap dapat mempertingkatkan operasi dalam memerangi jenayah ragut ini. Saya juga memberi arahan kepada bahagian Narkotik supaya menangkap penagih-penagih dadah ini pada setiap hari," katanya.
Selain itu, beliau berkata penyerahan kenderaan-kenderaan itu merupakan komitmen kerajaan dari aspek pelaburan keselamatan dalam membantu pihak polis melaksanakan tugas.
"Bukan sahaja sumber manusia diperlukan tetapi prasarana juga penting dalam membanteras jenayah terutamanya dalam menghadapi kawasan yang sukar seperti ladang kelapa sawit dan kawasan berbukit," katanya.
Mokhtar berkata dengan bantuan yang diberikan itu, diharapkan semua anggota dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan rondaan serta memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat.
Kesemua lapan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan tiga buah Toyota Hiace menelan perbelanjaan kira-kira RM718,000 dan akan diagihkan kepada enam buah Ibu Pejabat Polis Daerah iaitu Kluang, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Ledang. - Bernama
Sumber HD - 14-2-2014
Cikgu Mala santuni kaum Tionghua Dun Pemanis
- Jan 31, 2014
- HARAKAHDAILY
SEGAMAT: Menjelang Sambutan Tahun Baru Cina, Normala Sudirman dan NGO Skuad Cikgu Mala Prihatin menyantuni Kaum Tionghua di Dun Pemanis di beberapa lokasi dan premis perniagaan sekitar Dun Pemanis.
Kegembiraan jelas kelihatan di wajah mereka apabila mantan calon PRU13 Dun Pemanis ini beramah mesra sambil mengedarkan Kad Tahun Baru Cina dan limau mandarin. Normala yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala disambut dengan rasa gembira dan ceria.
Apa yang paling mengharukan sebaik sahaja beliau tiba untuk mengunjungi Kaum Tionghua ini, mereka sedang sibuk menaikkan banner Ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang ditempah khas sebagai penghargaan kerana menjadi calon PRU13 yang lalu.
Dengan ditemani suaminya, Cikgu Maarof Abd Mutalib, aktiviti menyantuni kaum Tionghua ini lebih dilakukan pada waktu malam memandangkan ramai keluar menikmati makan malam bersama keluarga menjelang Tahun Baru Cina.
Walau bagai manapun, waktu siang juga skuad ini terus menyantuni kaum Tionghua di Dun Pemanis. Tidak ketinggalan juga wakil PKR dan wakil kaum India juga bersama mengiringi Cikgu Mala dalam program ini.
Momentum sokongan moral sebelum ini dalam PRU13 terus digerakkan dan diserlahkan dengan memberikan sokongan kepada parti PAS melalui inisiatif usaha mereka yang akan mengadakan 'Jamuan Muhibbah Sempena Tahun Baru Cina Bersama Cikgu Mala' pada 12 Februari ini jam 8.00 hingga 10 malam di No. 251 , Jalan Pee Khang Hai, Kg. Abdullah Segamat, Johor.
Selain pimpinan PAS kawasan yang dijemput, tetamu istimewa serta pimpinan yang menyatakan persetujuan untuk hadir memeriahkan majlis mereka adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Hu Phang Chaw (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat), Tan Chen Choon (Adun Jementah) dan Julailey Jemadi (mantan calon PKR Parlimen Sekijang) dalam PRU13 yang lalu.
Cikgu Mala melahirkan rasa terharu atas sokongan kaum Tionghua yang ingin bersama dengan PAS serta menyokong penuh usaha untuk menawan Dun Pemanis pada PRU13 yang lalu dan menolak Lau Chin Hoon calon BN dari Gerakan.
Cuma cabaran di Dun Pemanis adalah ingin melonjakkan sokongan di Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi. Beza majoriti kemenangan BN mengatasi PAS adalah 1,329 undi sahaja.
Justeru, Cikgu Mala beriltizam untuk terus berbakti kepada penduduk Dun Pemanis tanpa mengira perbezaan pendirian politik, sempadan batasan agama atau kaum kerana yang penting usaha untuk meninggikan izzah kemuliaan Islam sentiasa membara demi mencari mardhatillah.
"Saya optimis, keikhlasan untuk berbakti ikhlas dari hati, akan sampai ke hati pengundi suatu hari nanti. Yang penting, masyarakat Tionghua suka kepada PAS dan sentiasa akan mememberikan sokongan hingga pada PRU14 nanti," ujarnya.
Selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Pemanis yang telah diamanahkan sebelum PRU13 yang lalu, beliau berazam untuk terus menjadikan platform ini agar dapat terus menyantuni pengundi dan berharap dapat terus menjadi sebagai 'Duta PAS ' dan penghubung komunikasi muhibbah serta perantara antara kaum Tionghua dengan ahli PAS di Dun Pemanis.
Sumber HD - 31-1-2014
Johor Menerajui’ menuju Nusajaya dan Putrajaya
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.
Demikian penegasan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR negeri Steven Choong dalam kenyataan bersama.
Menurut mereka, menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.
Berikut kenyataan penuh mereka.
Kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, dengan sokongan penuh semua wakil PR yang dipilih rakyat baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan negeri, komited dengan peranan dan misi “Johor Menerajui” bagi meletakkan Johor sebagai negeri barisan hadapan Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Nusajaya dan Putrajaya.
Menyedari cabaran dan tugas itu, keutamaan pertama kepimpinan Pakatan Rakyat Johor adalah untuk merangka satu strategi dalam tempoh satu bulan bagi menawan lapan kerusi marginal parlimen dan lapan kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional di Johor.
Kerusi marginal ialah kerusi yang dimenangi dengan 55% undi atau kurang dari itu. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2013 dan persempadanan semula kawasan waktu ini, terdapat 8 kerusi marginal parlimen Barisan Nasional.
Terdapat 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional.
Ketika mengusahakan strategi bagi menawan 8 kerusi marginal parlimen dan 8 kerusi marginal dewan undangan negeri Barisan Nasional, Pakatan Rakyat Johor hendaklah turut memastikan diperkukuh 5 kerusi parlimen PR, terutamanya 3 kerusi marginal Batu Pahat, Bakri dan Kluang serta 18 kerusi dewan Undangan Negeri PR.
Satu mesyuarat kebangsaan/negeri peringkat tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor bulan hadapan untuk memulakan kempen “negeri barisan hadapan” PR Johor dalam menuju ke Nusajaya dan Putrajaya pada PRU14.
PR Johor mencadangkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan BN Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei
Bersesuaian dengan moto “Johor Menerajui”, Pakatan Rakyat Johor mengusulkan satu mesyuarat peringkat tertinggi dengan Barisan Nasional Johor bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlakunya satu lagi rusuhan kaum 13 Mei di negara ini.
Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya daya usaha kepimpinan kebangsaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP menawarkan tanda perdamaian kepada Perdana Menteri dan kepimpinan Barisan Nasional untuk diadakan Mesyuarat Kemuncak antara kepimpinan BN dan PR untuk meyakinkan Rakyat Malaysia bahawa semua tindakan akan diambil oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk memastikan tidak akan berlaku satu lagi rusuhan 13 Mei, sebagaimana yang dirancang oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pakatan Rakyat Johor menyokong sepenuhnya kennyataan bahawa sekiranya gabungan BN dan PR bersatu memastikan tidak akan berlakunya satu lagi 13 Mei, tidak akan ada kumpulan atau gerakan di Malaysia yang mampu berkonspirasi untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei.
Kami menyokong sepenuhnya rasa cinta dan patriotisme pemimpin PR daripada PAS, PKR dan DAP disebalik daya usaha Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dan menggesa mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam ini melangkaui pertimbangan parti dan peribadi untuk memastikan bahawa Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR dapat diadakan dengan jayanya bagi menghantar mesej yang jelas dan nyata kepada semua rakyat Malaysia dan dunia – bahawa rakyat Malaysia, tidak kira kaum, agama, kawasan dan kecenderungan politik bersatu bagi memastikan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, harmoni, aman dan toleran serta tidak akan menerima atau bertoleransi dengan mana-mana cubaan jahat dari mana-mana kumpulan yang cuba untuk melemahkan dan memusnahkan negara Malaysia dengan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama, melaga-lagakan antara kaum, agama dan sesama rakyat Malaysia!
Kami percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada ahli parti politik di dalam gabungan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mahu melihat perpaduan, keamanan dan toleransi terus menjadi ciri-ciri pembangunan bangsa di Malaysia dan membenci sebarang perbuatan mengapi-apikan kebencian, konflik dan ketegangan antara kaum serta agama. Malah, kami mengecam mana-mana pihak yang mahu mewujudkan semula atau mengugut untuk mewujudkan satu lagi 13 Mei di Malaysia.
Adalah satu ide yang baik sekiranya daya usaha untuk Sidang Kemuncak Kepimpinan BN-PR di peringkat kebangsaan turut diadakan di peringkat negeri, dan inilah sebabnya mengapa PR Johor mengambil inisiatif untuk mengusulkan Sidang Kemuncak untuk pemimpin BN-PR Negeri Johor.
Ini merupakan satu cabaran yang mendesak untuk dihadapi oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara tidak mengira parti politik, kerana pengkhianat yang cuba untuk memusnahkan Malaysia dengan satu lagi 13 Mei sudahpun memulakan tahap kedua konspirasi mereka bagi melancarkan satu lingkaran keganasan seperti mana yang dapat dilihat melalui peningkatan hasutan kebencian, konflik, dan ketegangan agama di Pulau Pinang bersama dengan insiden keganasan yang amat dikesali.
Kepimpinan Pakatan Rakyat Johor bersedia untuk mengadakan Sidang Kemuncak Johor untuk pemimpin BN-PR pada bila-bila masa, bergantung kepada respons kepimpinan BN Johor.
Sumber HD - 26-1-2014
Sultan Johor menang bidaan W1N dengan harga RM748,000
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.
Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.
"Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .
"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.
"Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.
Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.
Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.
Sumber HD - 24-1-2014
Bas bawa penduduk Pengerang ke mahkamah disimbah asid
- Jan 23, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Bas yang membawa 30 penduduk Pengerang ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini disimbah asid oleh empat orang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Hilux.
Menurut Timbalan Pengerusi NGO Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Mazlan Aliman, kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir Menara MSC Cyberport Johor Bahru jam 11.10 pagi tadi.
Kejadian tersebut disaksikan beberapa penumpang yang sedang menaiki bas selepas selesai urusan di mahkamah.
15 daripada mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh pihak pentadbir tanah.
"Kejadian ini dipercayai ada kena mengena dengan tindakan 15 orang penduduk Cina Pengerang yang memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh pihak pentadbir tanah.
"Mereka mewakili keluarga yang telah meninggal dunia, di mana kubur tersebut mahu dipindahkan dalam tempoh selewat-lewatnya nya Mac ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Ekoran kejadian itu, pemandu bas membuat laporan di Balai Polis Central Johor Bahru.
Mazlan berkata, pihaknya kesal jika benar insiden tersebut dilakukan oleh pihak yang cuba menakut-nakutkan penduduk Pengerang dan menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera.
"Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat dijamin di bawah fasal 10 Perlembagaan atas nama kebebasan bersuara, berkumpul dan berpesatuan. Hak mereka ke mahkamah tidak seharusnya di sabotaj dengan tujuan jahat dan menimbulkan kebimbangan kepada rakyat," tegasnya.
Sementara itu, beliau mengulangi pendirian bahawa tanah perkuburan Islam mahu pun bukan Islam tidak harus dipindahkan untuk projek pembangunan.
"Ia selari dengan pandangan sebelum ini bahawa pembangunan projek RAPID Pengerang hendaklah dibuat atas tanah kerajaan tanpa mengorbankan penempatan penduduk," katanya.
Sumber HD - 23-1-2014
Pengerang: Pakatan mahu dialog dengan MB Johor
- Jan 20, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor mengesyorkan supaya pihak kerajaan mengkaji semula keperluan projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) berdasarkan pertimbangan dari segi pulangan ekonomi secara keseluruhan.
Ianya termasuklah sosio ekonomi setempat, sosio-budaya, kesihatan penduduk, keselamatan, implikasi alam semula jadi dan sebagainya.
Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata, selain mengkaji semula pihak kerajaan disyorkan agar melaksanakan dasar pembangunan yang mampan berdasarkan keunikan tempatan tanpa mengorbankan warisan budaya dan alam semula jadi.
Ini kerana katanya, beberapa isu yang dibangkitkan termasuklah pemindahan lima tapak perkuburan bukan Islam yang membabitkan lebih 3,000 buah kubur sekali gus menyebabkan kerugian yang besar dari segi nilai sejarah dan budaya.
"Hasil kajian yang dijalankan secara usahasama antara Gabungan Ngo Pengerang dan Pakatan Rakyat pada pertengahan 2012 menunjukkan bahawa terdapat sejumlah kubur di tapak tersebut mempunyai nilai sejarah lebih daripada 400 tahun," katanya dalam satu kenyataan bersama Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.
Bahkan katanya, penemuan tersebut menjadi bukti sejarah kedatangan nenek moyang penduduk setempat ke Semenanjung Tanah Melayu, tetapi akhirnya dengan pemindahan ini akan memusnahkan warisan budaya dan sejarah yang sangat berharga.
Menurut bancian yang dilakukan, Aminohuda berkata, 90 peratus waris membantah cadangan untuk memindahkan tapak perkuburan tersebut ke satu tapak yang baru bagaimanapun bantahan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan.
Pakatan Rakyat Johor juga meminta kerajaan agar menghormati dan mementingkan pendapat serta hasrat penduduk setempat sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan bagi memastikan sebarang pembangunan adalah betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.
Selain itu, katanya kerajaan juga wajar menangguhkan segala kerja pemindahan tapak perkuburan sehingga kedua-dua pihak penduduk dan kerajaan mencapai persetujuan serta penyelesaian yang diterima semua pihak.
"Justeru kami Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan negeri Johor memohon satu sesi dialog dilakukan dengan Menteri Besar Johor untuk membincangkan isu projek ini dan implikasinya," tegas Aminolhuda.
Sumber HD - 20-1-2014
No comments:
Post a Comment