Cadbury: MAPIM gesa perjelaskan kekeliruan fakta
KUALA LUMPUR: Akibat perbezaan dapatan hasil ujian sampel coklat Cabbury, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengesa kekeliruan isu kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury yang tercetus akibat dua laporan yang berbeza dan bertentangan antara dua Agensi kerajaan iaitu JAKIM yang memperolehi keputusan makmal dari Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan, diperjelaskan segera.
“Kami mengesa Panel Pengesahan Halal Malaysia melihat semula cara serta proses sesuatu fakta dikeluarkan yang berkenaan dengan kehalalan sesuatu produk ditentukan. Sehingga kesahihan dan ketepatan maklumat ditentukan, semua pihak perlu berhati-hati dan merujukan kepada fakta secara objektif.” tegas MAPIM dalam kenyataan akhbarnya.
Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam berhubung status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat yang berlawanan.
Noor Hisham mempertahankan kesahihan yang dibuat oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia. Apatah lagi sampel yang diuji diambil secara rawak di pasaran.
Sementara itu menurut Jamil Khir, Jabatan Kimia Malaysia (JKM) telah menguji sampel bagi dua produk coklat Cadbury yang diserah oleh JAKIM mendapati sampel tersebut iaitu :
Bahawa Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut mengikut nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2; dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1, mengistiharkan laporan makmal Jabatan Kimia untuk kedua sampel itu tidak dikesan mengandungi DNA babi.
Bagi MAPIM pula walaupun pemeriksaaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk iaitu bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia, namun ia kini sudah menjadi isu nasional yang sangat mengelirukan .
“Konflik maklumat tidak seharusnya berlaku antara agensi kerajaan yang berwibawa apabila ia melibatkan kepentingan orang awam. Daripada episod yang telah berlaku, ternyata ia telah menimbulkan ledakan kemarahan yang memuncak dari pelbagai pihak.” Tegas MAPIM lagi
Kini bukan sahaja wibawa dan intergriti syarikat terjejas malah agensi kerajaan yang berkaitan juga dipersoalkan. Tidak dapat dinafikan keyakinan masyarakat kini goyah terhadap pihak berkuasa yang bertanggungjawab serta sektor industri pemakanan yang mengendali isu sensitif seperti ini .
MAPIM mengharapkan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang wajar jika benar pelanggaran syarat pengeluaran sijil halal berlaku, dan memastikan juga perakuan dan kesahihan sijil Halal tidak disalahguna.
Sumber HD - 3-6-2014

DNA babi: Jangan teragak-agak ambil tindakan
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim kesal dan mengutuk pihak pengeluar yang telah mencemari pengeluaran dua jenis coklat Cadbury dengan memasukkan DNA khinzir yang haram bagi orang Islam sedangkan syarikat tersebut telah memperolehi sijil halal dari Jakim untuk keluaran mereka.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid sama ada ia adalah akibat dari kejahilan mereka mengenai bentuk atau unsur dari sumber yang haram yang tidak boleh dicampuri dalam apa sahaja barangan atau pemakanan untuk konsumsi orang Islam atau kerana sengaja berbuat demikian perlu disiasat dengan rapi oleh pihak berkuasa.
"Kami berpendirian bahawa jika jelas berlaku pelanggaran terhadap penggunaan logo dan sijil halal kepada produk tersebut, maka pihak berkuasa tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan mengharamkannya di pasaran dan menjalankan pendakwaan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementera itu, katanya proses pemantaun perlu ditingkatkan kepada semua barangan dan pemakanan dalam pasaran yang mendapat sijil dan logo halal agar tidak berlaku penyalahgunaan atau pelanggaran undang-undang yang sedia ada.
"Kami mengingatkan juga kepada masyarakat Islam agar lebih berwaspada dan lebih sensitif dalam hal pemakanan berproses yang dibawa dari luar negara," katanya lagi.
Beliau menambah, industri makanan berproses sangat besar dalam dunia sekarang sehingga umat Islam tidak boleh bersikap tidak endah atau ambil mudah terhadap isu pemakanan yang halal.
Justeru, katanya umat Islam perlu mengutamakan keperluan asas dalam pemakanan agar tidak terlalu ghairah dengan makanan sampingan yang banyak dikeluarkan dalam pasaran sekarang ini.
"Kami tidak bersetuju pandangan yang melampaui hukum Islam sehingga ada pihak yang mahu menuntut syarikat berkenaan membayar ganti rugi untuk masyarakat Islam menjalani proses ganti darah.
"Ini adalah pandangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang betul," katanya.
Menurutnya, pendapat sedemikian sangat mengelirukan kerana tidak menggunakan asas hukum syarak yang betul dalam mengatasi isu seperti ini.
Beliau menasihatkan pihak berkenaan perlu merujuk kepada para ulama yang mempunyai keilmuan yang sahih mengenai isu yang berkaitan agar umat Islam tidak mengambil sikap emosional dan melampaui batas panduan syariat sehingga menimbulkan gambaran yang salah terhadap hukum Islam.
Tambahnya, sementara umat Islam boleh bertindak menjauhkan diri dari membeli dan mengguna barangan atau makanan yang diragui kehalalannya, menuntut tindakan untuk memastikan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melanggari syarat logo halal, boleh diambil.
"Kami menggesa pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal pensijilan halal dan penggunaan logo halal hendaklah meningkatkan kawalan dan pemantauan agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya lagi.
Tegasnya, prosedur yang ketat sebelum mengeluarkan sijil halal perlu dikemaskinikan supaya tidak berlaku penyelewengan oleh mana-mana pihak sebelum atau sesudah mengeluarkan sijil halal. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
Sumber HD - 28-5-2014

Panda: Majlis Fatwa perlu nyata pendirian
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa berhubung tindakan kerajaan yang berkeras membawa dua ekor beruang panda ke negara ini dengan belanja puluhan juta ringgit sedangkan banyak keperluan golongan daif masih belum dipenuhi.
Presiden Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu membawa dua ekor panda dari negara China dengan berbelanja jutaan ringgit adalah jelas suatu isu yang sepatutnya mendapat fatwa dari institusi fatwa negara.
"Membazir adalah haram dan mengenepikan keperluan golongan daif yang memerlukan dan mengutamakan keselesaan dua ekor haiwan yang bukan untuk keperluan asasi warga rakyat adalah melanggar maqasid syariah ," ujar beliau.
Sehubungan itu, Mapim tegas beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada tindakan itu selaras dengan kehendak hukum fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam mengeluarkan perbelanjaan negara yang diambil dari wang rakyat sedangkan terlalu banyak keperluan rakyat perlu diutamakan.
"Hanya kerana hendak menunjukkan simbol perhubungan antara China dan Malaysia , membazirkan wang jutaan ringgit untuk dua ekor panda sama sekali tidak memenuhi maksud perhubungan diplomatik yang baik.
"Malah secara ekonomi ia membebankan Malaysia dan sebaliknya menguntungkan China," katanya.
Dari sudut kebajikan haiwan juga, tambah beliau perbuatan membawa haiwan itu keluar dari habitat asli dan mewujudkan habitat artifisial adalah menyalahi hak dan kebajikan haiwan yang tidak dipandang enteng oleh Islam.
Sambil menyifatkan proses membawa dua ekor panda itu ke negara ini sebagai satu penderaan, beliau berkata menerbangkan dua ekor panda itu sejauh beribu kilometer , serta mewujudkan kandang palsu yang perlu disesuaikan suhunya tidak sepatutnya dilakukan oleh dua negara ini.
"Kami kesal pihak kerajaan yang melulus projek ini dan agensi yang berkenaan yang melaksanakan projek tersebut tidak bersikap kritikal.
"Meneruskan inisiatif yang membazir dan menimbulkan persoalan apakah kerajaan tidak tahu keutamaan akan menyebabkan rakyat tidak lagi yakin sema ada kerajaan kini dikelola oleh mereka yang bijak atau sebaliknya oleh mereka yang berfikiran dangkal," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau menyifatkan projek itu pada keseluruhannya tidak memenuhi keutamaan , membazir dan menyalahguna wang rakyat.
"Jika ada penaja sekali pun kami tetap berpendapat ia tidak termasuk dalam penggunaan wang yang sepatutnya dikeluarkan untuk kebajikan rakyat," tegas beliau.
Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, jelas Azmi tidak boleh melihat isu ini sebagai di luar hukum agama kerana skala perbelanjaannya terlalu tinggi dan pembazirannya sangat ketara.
Ujarnya, isu kos hidup yang meliputi soal perumahan, khidmat kesihatan dan keperluan asas masih dihadapi rakyat berpendapatan rendah dan ia perlu lebih diutamakan kerajaan daripada dua ekor beruang panda. - HARAKAHDAILY, 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
Hari Nakbah: Mengingati 65 tahun kekejaman zionis
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon bertindak tegas mengimplementasikan Resolusi 194 (III) yang diputuskan oleh PBB untuk memungkinkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka.
Resolusi PBB 194 (III) itu mencatatkan “pelarian yang ingin kembali ke tempat asal (rumah mereka) dan hidup secara aman dengan jiran tetangga mereka perlu dibenarkan pada masa yang paling cepat dan yang praktikal, dan pampasan perlu dibayar ke atas harta mereka yang memilih tidak mahu pulang dan kehilangan atau kemusnahan hartabenda, di bawah prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa atau kesaksamaan, perlu disempurna oleh kerajaan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab. (the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property of those choosing not to return and for loss of or damage to property which, under principles of international law or in equity, should be made good by the Governments or authorities responsible.)
Sempena Hari Peringatan Nakbah Palestin tahun ke-65, pada 15 Mei 2013, Mapim menegaskan, PBB tidak boleh lagi berdalih untuk membiarkan Israel terus berdegil tidak mengendahkan resolusi ini. Pada hal setiap negara yang menganggotai PBB berjanji untuk patuh kepada semua resolusi yang diluluskan.
Pada 15 Mei 2013 ini tersebut genaplah 65 tahun penderitaan ratusan ribu rakyat Palestin yang terbunuh, rumah dan kebun yang dimusnah, tanah dirampas, dan hampir 6 juta telah menjadi pelarian.
Pada 15hb Mei 1948, lebih 700,000 orang rakyat Palestin diusir dan lebih 500 perkampungan orang dimusnah dan dirampas. Peristiwa itu tidak mungkin dapat dilupa oleh dunia kerana ia adalah permulaan kepada keganasan Yahudi Zionis yang tidak kunjung selesai sehingga hari ini.
Mala petaka yang diistilah sebagai "Nakbah" oleh rakyat Palestin, pada 65 tahun yang lalu itu, pada hakikatnya tidak reda sehingga hari ini. Kesengsaraan rakyat Palestin sedemikian lama masih tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat dunia kerana sehingga hari ini nasib mereka tidak berubah.
Kezaliman Yahudi Zionis yang mencipta negara Israel yang didokong oleh British dan US tidak ada tandingannya sehingga ke saat ini. Sebuah negara berdaulat Palestin dilenyapnya ddaripada peta dunia.
Kami mengingatkan bahawa sehingga sekarang PBB, terutama Majlis Keselamatan PBB, lebih berperanan untuk tunduk kepada hegemoni kuasa besar dunia terutama US dan UK yang mengizinkan Israel terus bermaharajalela menindas rakyat Palestin.
Kami percaya kedamaian tidak boleh dicapai dengan "perundingan". Hal ini kerana, yang kononnya disebut "perundingan keamanan" hanyalah muslihat Israel dan US untuk menguasai negara-negara Arab di rantau Asia Barat dengan mengukuhkan kedudukan Israel.
Kedamaian sebenar hanya boleh dicapai dengan mengembalikan semua hak rakyat Palestin iaitu:
1. Hak untuk kembali ke tanah air mereka, iaitu bumi Palestin,
2. Tanah mereka yang dirampas, dipulangkan semula,
3. Segala pampasan atas kemusnahan harta mereka di bayar sepenuhnya,
4. Semua pendudukan Israel hendaklah keluar dari tanah yang dicerobohi sejak 1967,
5. Al-Quds hendaklah kembali berada di bawah kuasa kaum Muslimin Palestin sepenuhnya,
6. Penjenayah Zionis Yahudi dibicara di Mahkamah Jenayah Antarabngsa atas segala perlakuan jenayah kemanusian dan pelanggaran undang-undang antarabangsa,
7. Palestin diisytihar sebagai negara berdaulat.
Semua hak rakyat Palestin ini tidak boleh dirundingkan, malah perlu dilaksanakan tanpa syarat.
Jika Israel masih terus berdegil dan tidak mahu tunduk melaksanakan Resolusi 194 (III) maka kami mengusulkan supaya keanggotaan Israel di PBB digantung, sekatan ekonomi dan ketenteraan dikuatkuasakan ke atas Israel dan diheret mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas segala jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Tebing Gaza dan Timur Jurusalem.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Mapim
Sumber HD - 15- 5- 2014

Bukan pertandingan siapa paling kuat tolak hudud
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa semua ahli Parlimen tidak terperangkap dengan sindrom Islamofobia yang kini sedang menjadi alat menyekat apa sahaja unsur yang beraliran Islam.
Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, MCA dan Gerakan yang meraih kesempatan untuk menyerang dan mencabar DAP untuk mengugut PAS dalam isu hudud adalah suatu politik kebudak-budakan.
“Ternyata dalam isu ini kematangan politik hampir dipupuskan oleh mereka yang cuba menjuarai isu antihudud, seolah-olah ada suatu agenda pertandingan, siapa paling kuat menolak hudud sedang diperlihatkan dalam medan politik negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan reaksi panik yang ditampilkan terhadap hudud oleh MCA dan Gerakan yang menjadi rakan anggota Umno dalam BN, jelas membuktikan Umno gagal memahamkan mereka mengenai undang-undang jenayah syariah walaupun setelah selama 56 tahun negara ini merdeka.
Semua anggota BN nampaknya tidur sekelambu tetapi tidak dibenarkan bermimpi dengan mimpi yang sama. Akhirnya akibat bersekutu tetapi sarat dan tebal dengan perasaan asobiyah menyebabkan prasangka bersarang apabila isu hudud ditampilkan.
Oleh itu, tidak terlalu mengejutkan reaksi mereka sedemikian rupa sehingga pandangan negatif ditunjukkan kepada cadangan PAS mahu membentang bil persendirian mengenai hudud pada sidang Parlimen yang akan datang.
Malah sikap negatif terhadap hudud yang diperlihatkan oleh pemimpin Umno sendiri selama inilah telah menyemaikan persepsi negatif malah fobia terhadap hukum Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.
Ironinya dan malang sekali, walaupun undang-undang jenayah sivil yang dirangka berasal dari penjajah itu terbukti tidak berkesan dan ada kalanya menzalim mangsa dan yang tertuduh, ia tetap pula diterima dan diguna pakai.
Undang-undang jenayah sivil yang berasal dari common law British itu sendiri penuh dengan ketidakadilan, namun oleh kerana ia bukan dari Islam, orang bukan Islam dan kelompok sekular terdiri dari kalangan orang Islam sendiri boleh menerimanya tanpa bantahan.
Padahal undang-undang jenayah syariah yang meliputi penjagaan akal, nyawa, harta, agama dan keturunan itu cukup menjamin keadilan dan dan terbukti boleh mengekang perlakuan jenayah.
Kesangsian terhadap hukum hudud adalah dari prejudis yang telah disemai oleh pemimpin Umno sendiri dengan melabelkannya hudud PAS. Pada hal hukum hudud itu digubal melalui pembentangan dan kelulusan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dan Kelantan.
Jika ia benar bukan hukum hudud seperti yang dikehendaki Islam kenapa ia tidak ditegur sendiri oleh badan tertinggi agama di negeri masing-masing iaitu Majlis Fatwa Negeri.
Kami melihat sikap bebal dan dangkal yang cuba diprovokasi oleh MCA dan Gerakan dengan mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum hudud hanya menunjukkan bahawa ia terbit dari prejudis politik dan serangan pemimpin Umno yang menentang ia dibentangkan di Parlimen.
Apakah ruang yang lebih baik untuk diperdengarkan usul hukum hudud kalau tidak di Parlimen? Soal ia akan diterima melalui undi ahli Parlimen atau tidak adalah soal kedua. Yang penting Parlimen tidak boleh menghalang ianya dibentang dan dibahaskan.
MCA dan Gerakan menunjukkan taringnya dan membayangkan mereka sanggup memikir semula keanggotaannya dalam BN jika Umno menyokong bil persendirian (private bill) yang akan dibentang oleh wakil rakyat dari Kelantan.
Kami berpendapat bahawa adalah menjadi suatu tindakan yang tidak demokratik jika mana-mana pihak sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat tidak memberi peluang ia dibentang buat kali pertamanya.
Jika semua rang undang-undang bukan Islam dibenarkan dibentangkan apakah yang menjadi terlalu bermasalah untuk membenarkan undang-undang Islam dibentangkan di Parlimen.
Kami menggesa semua ahli Parlimen tidak terperangkap dengan sindrom Islamofobia yang kini sedang menjadi alat menyekat apa sahaja unsur yang beraliran Islam.
MCA dan Gerakan yang meraih kesempatan untuk menyerang dan mencabar DAP untuk mengugut PAS dalam isu hudud adalah suatu politik kebudak-budakan.
Ternyata dalam isu ini kematangan politik hampir dipupuskan oleh mereka yang cuba menjuarai isu anti hudud. Seolah-olah ada suatu agenda pertandingan, siapa paling kuat menolak hudud sedang diperlihatkan dalam medan politik negara.
Saling mencabar dan menujukkan keberanian menolak hudud kini sedang dipamerkan oleh parti yang hanya berkepentingan politik bukan menjaga keselamatan awam daripada jenayah yang kini gagal dibendung oleh undang-undang sekular yang digunapakai sekarang. - HARAKAHDAILY 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014

Hudud bela perogol? Mapim selar Ketua Wanita Gerakan
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyelar pandangan biadab Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe (gambar) kononnya hukum hudud menyebelahi perogol dan tidak berlaku adil kepada mangsa.
Naib Presidennya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Tan yang menulis komen di laman Facebook seorang penyokong Gerakan, Andychew Andypfilcol berkata; "Andy wait until one fine day their daughters or grand-daughters being raped by a muslim man. Then they will cry!" (Andy, tunggu hingga di suatu hari anak perempuan atau cucu perempuan mereka dirogol oleh seorang lelaki muslim. Baru mereka menangis!).
Menurut Tarmizi, tulisan Tan itu jelas bernada provokasi jahat terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.
"Walaupun ia adalah sebahagian episod 'perang anak-beranak' yang menolak hudud, tetapi kenyataan beliau yang menganggap undang-undang hudud sebagai tidak adil dan membebankan mangsa rogol untuk mendapatkan pembuktian jenayah adalah suatu pembohongan.
Tarmizi menambah, Tan yang dipetik The Malay Mail Online juga menganggap undang-undang hudud sebagai 'sangat tidak adil' kerana apabila kejadian rogol berlaku, mangsa perlu memanggil seseorang sebagai saksi kejadian.
Menurut beliau, isu rogol yang dibangkitkan Ketua Wanita Gerakan itu tidak berasas memandangkan pembuktian jenayah rogol bukanlah seperti zina (hubungan seks antara bukan mahram dengan kerelaan pelaku).
Jelasnya, pembuktian dengan qarinah seperti air liur, DNA dan sebagainya boleh mensabitkan perogol ke hukuman takzir yang kadangkala lebih keras berbanding hudud sendiri.
"Antara perkara yang perlu difahamkan kepada mereka iaitu Hudud adalah sebahagian daripada hukum Jenayah Islam. Kes yang sukar dibuktikan melalui bayyinah biasa (4 saksi lelaki adil), boleh disabitkan dengan takzir yang sama seperti undang-undang sivil berdasarkan kebijaksanaan hakim dan pemerintah," ujarnya.
Tarmizi berpendapat, sikap gelojoh sebahagian bukan Islam dan penganut Islam sendiri terhadap keberkesanan hudud adalah disebabkan tiada track record enakmen itu dilaksanakan.
"Seumpama kes-kes sivil, sistem merujuk keputusan lampau mahkamah menjadikan penghakiman akan datang berkembang, mudah dan ada rujukan kes yang terperinci.
"Begitu juga dengan perjalanan Mahkamah Syariah yang kini melaksanakan hukuman jenayah Islam tanpa mengikuti kod hukuman hudud sebenar. Sekurang-kurangnya mereka telah ada rujukan kes yang sebenarnya menjadikan penghakiman akan datang lebih licin dan lancar," ujar beliau.
Tarmizi juga menggesa Umno untuk berusaha menangkis penghinaan terhadap syariah yang datang daripada anggota kerabat BN seperti Gerakan.
Beliau menasihati pemimpin Gerakan dan MCA yang begitu lantang menentang hudud malah sanggup mengambil tindakan undang-undang jika hudud dilaksanakan supaya terlebih dahulu mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam. HARAKAHDAILY, 3/5/2014
Sumber HD - 3-5-2014

Malaysia digesa prihatin situasi mendesak di Syria
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam keras keganasan di Syria yang terbaru yang melibatkan serangan ke atas sebuah sekolah.
"Delegasi Mapim misi kemanusian yang berada di lokasi itu hampir menjadi mangsa pengeboman di Allepo yang diserang oleh tentera Bashar Assad," ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Dalam serangan udara itu, 35 orang pelajar dan 5 guru telah syahid di sekolah Ain Jalut, Aleppo.
Menurut Azmi, delegasi Mapim seramai empat orang dan MLLFS dua orang terselamat dalam serangan yang ditujukan khas kepada delegasi itu.
Katanya, keadaan sangat meruncing walaupun sudah lebih 3 tahun konflik berterusan.
Jelas, ujarnya peperangan yang tercetus di Syria sudah merentas sebarang batas kemanusiaan.
Justeru, katanya Bashar Asad mesti dipertanggungjawabkan ke atas serangan tersebut dan kini dunia tidak boleh mendiamkan diri.
Tambahnya, tindakan segera menghentikan konflik di Syria mesti dilakukan jika tidak nyawa orang awam yang tidak berdosa terutama kanak-kanak akan terus menjadi sasaran.
"Kami menuntut tentera UN mesti dihantar segera supaya bantuan kemanusiaan tidak terbantut akibat keganasan yang tidak mengenal orang awam," tegasnya.
Katanya lagi, Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dikeluarkan untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan 2 bulan yang lalu jelas tidak berkesan.
Seterusnya ujar beliau, situasi di Syria kini mencecah tahap melebihi krisis kemanusiaan dan kesengsaraan orang awam terus meningkat, malah jenayah peperangan dilakukan tanpa henti .
Menurutnya lagi, Mapim masih terus melancarkan bantuan kemanusiaan walaupun keadaan sangat merbahaya.
Namun, katanya keadaan yang semakin meruncing sangat merumitkan mangsa keganasan untuk mendapat bantuan.
"Kami mendesak kerajaan Malaysia berperanan lebih jelas untuk menggerakkan Majlis Keselamatan PBB supaya melakukan operasi menyelamat dan menghentikan konflik itu serta-merta," katanya.
Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu menunjukkan keprihatinannya dengan lebih jelas dan nyata supaya dunia tidak mengalih tumpuan dan keadaan mendesak di Syria diselesaikan segera.
Sumber HD - 2-5-2014

Najib perlu isytihar keluar dari rundingan TPPA ketika lawatan obama
- Apr 25, 2014
- MOHD AZMI ABDUL HAMID
Kami yakin tujuan AS menekankan kepentingan TPPA ditandatangani bukan isu perdagangan, sebaliknya adalah hegemoni AS adalah mengekang pengaruh China di rantau ini.
Oleh itu, Malaysia tidak perlu diperangkap dalam perjanjian ini hanya kerana AS mahu memenuhi agendanya mengimbangi kuasa China.
Penolakan Malaysia terhadap TPPA ini adalah wajar kerana sejak Malaysia menyertai rundingan tersebut dalam keadaan penuh kerahsiaan, rakyat tidak yakin kepentingan negara akan dapat dilindungi walaupun pihak MITI (Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa) berulang kali menyatakan kepentingan negara tidak akan digadai.
Jika tujuan utama kedatangan Obama ke Malaysia adalah berkait dengan TPPA kami menjangka Obama akan mengguna pengaruh AS sepenuhnya ke atas Najib agar Malaysia tunduk kepada kehendak AS dalam perjanjian tersebut.
Kami mengulangi pendirian menolak dan membantah TPPA kerana kesan jangka panjangnya yang tidak dapat dijangka akibat peraturannya yang mengikat dan boleh mengheret negara ke Mahkamah antarabangsa jika berlaku konflik perdagangan.
Kami juga menolak lawatan Obama kerana AS merupakan negara adikuasa yang menggunakan pengaruhnya dan melakukan semahunya ke atas pelbagai negara di dunia seperti di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan sehingga jutaan rakyat awam menderita. Dasar luar AS telah memberi akibat yang buruk kepada sosio-ekonomi, pertahanan dan politik banyak negara di dunia ketiga.
Hegemoni AS yang menyebabkan Israel terus bermaharajalela, jelas menunjukkan betapa AS berperanan besar menafikan hak rakyat Palestin untuk mendapat keadilan sejak lebih 65 tahun yang lalu. Keganasan Israel terus berleluasa bukan sahaja di Tebing Barat malah juga membenarkan Israel melakukan kepungan haram ke atas Tebing Gaza yang menyebabkan rakyat Palestin di Gaza menderitai akibat sekatan makanan, ubatan, bahan binaan, bekalan gas dan minyak sejak 2006 sehingga hari ini.
AS jelas menggunakan pengaruhnya secara "double standard" dalam dasar luarnya yang tidak mempedulikan hak asasi manusia sedangkan AS mencanang demokrasi kepada dunia. Operasi militari AS yang mengguna kapal terbang perang tanpa pemandu (drone) di Afghanistan telah membunuh ribuan rakyat awam yang tidak berdosa. Demikian operasinya menjatuhkan Sadam Hussein telah mengakibatkan lebih sejuta rakyat Iraq terbunuh dan kini Iraq hancur sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Dasar hipokrit AS sangat jelas dalam krisis yang berlaku di Syria dan Mesir. Slogan AS supaya menghormati hak demokrasi rakyat Mesir menunjukkan percanggahan yang nyata. Kini AS menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Fatah al-Sisi yang melakukan kudeta tentera menjatuhkan Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden yang sah dipilih oleh rakyat Mesir. Manakala AS menyokong keganasan yang berlaku di Syria yang kini sudah mengorbankan lebih dari 200,000 orang rakyat awam.
Kedatangan Obama ke Malaysia yang akan disambut sebagai lawatan terpenting pemimpin luar oleh Perdana Menteri Malaysia adalah simbol penyerahan kehormatan negara kepada kuasa imperialis dunia. Menerima lawatan pemimpin sebuah negara paling ganas didunia menunjukkan betapa negara sangat mudah diperalatkan oleh kuasa besar.
Obama jelas adalah seorang Presiden Amerika yang bermuka-muka dan pembohong besar. Harapan yang diisytiharkannya kepada dunia bahawa dia akan merubah dasar luarnya yang lebih positif kepada negara-negara Islam jelas adalah suatu penipuan dan manipulasi. Dengan terus memperalatkan beberapa negara Arab di Timur Tengah, sikapnya menyokong penuh dasar Israel, operasi ketenteraan yang semakin meningkat di Afghanistan dan Iraq, ternyata Obama adalah hipokrit paling besar dalam dunia.
Sumber HD - 25-4 - 2014
Semoga jasa Karpal dikenang seluruh rakyat - Mapim
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan takziah kepada semua ahli dan rakan keluarga Karpal Singh yang meninggal dunia kelmarin dalam kemalangan jalan raya.
“Bagi kami beliau dikenali dengan orang yang tegas dengan pegangannya walaupun tidak dipersetujui oleh setengah pihak,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Katanya, kehilangan Karpal sebagai seorang ahli politik veteran dan orang yang sangat berpengalaman sebagai peguam yang dihormati di seluruh negara sukar dicari ganti.
Tambahnya, Mapim hormati mendiang yang terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.
Mohd Azmi menambah, ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
“Kami mengharapkan ahli keluarga mendiang bersabar menghadapi dugaan yang sangat tragis ini, semoga jasanya akan dikenang oleh seluruh rakyat tanpa mengira ideologi politik,” katanya lagi.
Sumber HD - 17-4-2014
Petani kecil gegar negara jika berhenti hasil makanan
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sebab itu suara dari hati nurani petani kecil perlu diberi perhatian serius,” ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya isu yang dibangkitkan oleh petani mengenai nasib mereka adalah serius dan tidak dapat diselesaikan oleh pertubuhan peladang yang sedia ada.
“Hak petani untuk mendapat tanah dan harga hasil yang berpatutan yang memberi kesan kepada nasib petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara jika petani berhenti dari menghasilkan makanan,” katanya lagi.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Penubuhan Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) adalah suatu usaha yang wajar. Nasib kira-kira 250,000 petani yang bergantung nasib kepada pengeluaran hasil pertanian belum cukup terbela.
Hampir 170,000 petani terlibat dalam sektor padi. Jika diteliti secara terperinci petani kecil masih tidak terjamin berdasarkan trend harga hasil tani yang tidak menentu akibat dari sistem harga yang tidak disemak semula terutama harga padi bagi petani kecil.
Kewujudan pelbagai agensi petani seperti Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, LPP, LKIM belum cukup membantu bila dilihat taraf hidup petani kecil di negara ini.
Sebenarnya petani di seluruh dunia sebagai golongan yang berperanan membekal makanan kepada populasi dunia kini menunjukkan mereka adalah golongan yang sedang menghadapi manipulasi dan penafian hak bukan sahaja oleh syarikat multinasional malah juga oleh kerajaan yang diperalatkan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Bunge, Cargill, Continental dan Louis Dreyfus yang menguasai pertanian bijiran diseluruh dunia sejak 100 tahun dulu.
Dalam konsep ekonomi semasa bila segelintir pihak menguasai 40% atau lebih sesuatu pasaran, maka pasaran tersebut hilang daya persaingan yang adil. Demikian sektor pertanian kini dikuasai oleh hanya sebilangan kecil syarikat korporat dunia yang menentukan harga hasil tani di seluruh pasaran global.
Dalam pertanian "perniagaan tani" ( agrobisnes ) menjadikan syarikat korporat menguasai dan menekan pasaran yang kompetitif. Agrobisnes yang dikendalikan berjalan berdasarkan prinsip komersial. Menguasai pasaran adalah objektif terpenting dan dengan itu meningkatkan keuntungan menjadi fokus.
Hakikatnya berjuta petani kecil didunia yang berusha menghasilkan makanan tidak mampu menyara keluarga mereka sendiri.
Majoriti petani kecil tidak mempunyai modal yang cukup untuk membeli benih, baja dan mendapatkan teknologi untuk menghasilkan tuaian yang memadai untuk hidup.
Bukan sahaja hak akses kepada pelbagai input pertanian dinafikan malah nasib mereka diperjudikan apabila petani diikat dengan pelbagai perjanjian perdagangan yang ditandatangi oleh kerajaan-kerajaan di dunia ketiga dengan kerajaaan negara maju.
Malangnya banyak perjanjian itu yang memberi kesan negatif kepada petani tidak merujuk kepada kaum petani untuk mendapat pandangan balas.
Akibatnya, gerakan petani besar-besaran diseluruh dunia bangkit menentang kerajaan yang bersekongkol dengan konglomerat multinasional dari kuasa besar. Ini berlaku di Jepun, India, Indonesia, Pakistan, Brazil, Chile, Thailand dan Filipina.
Dalam sidang perdagangan antarabangsa sepertii Organisasi Perdagangan Dunia ( WTO) dan Bank Dunia yang melibatkan negara dunia ketiga dan kuasa besar, ribuan petani berhimpun kerana menentang perjanjian yang merugikan mereka. Malangnya kerajaan yang mewakili petani dari negara mereka sendiri tunduk kepada tekanan negara kuasa besar.
Sehingga ini perjuangan petani sangat rumit kerana sektor pertanian sudah terdedah kepada manulasi pelbagai kuasa pasaran global yang tidak membantu untuk mendapatkan petani terutama petani kecil.
Akses kepada benih yang mereka mahu sehingga peluang mendapat pasaran, yang lebih baik, kemudahan untuk mendapat kredit yang tidak menindas, bebas dari eksploitasi orang tengah, bebas dari pelbagai eksploitasi oleh syarikat dan agensi pemerintah yang turut berpihak kepada syarikat yang menindas petani.
Kami berpendirian para petani sangat besar jasanya kepada menjamin sekuriti makanan negara. Akan tetapi petani tetutama petani kecil adalah golongan antara yang paling terbiar dan menghadapi risiko berada dalam miskin tegar apabila sektor pertanian tidak diurus dengan berkesan oleh pihak kerajaan.
Dasar Pertanian Negara memang menekankan pertanian yang berdaya saing, meningkatkan kualiti hasil, memodenkan usaha pertanian. Namun dengan terlibatnya kerajaan dalam perjanjian perdagangan antarabangsa, sektor pertanian sering menjadi tumpuan oleh kuasa besar sehingga petani kecil dalam negara menjadi mangsa akibat lambakan produk pertanian dari luar. Sementara polisi perlindungan kepentingan petani di negara kuasa besar tetap dipertahankan, petani kecil seperti di Malaysia kerap terpinggir akibat kerajaan ghairah untuk membuka pasaran kepada produk dari luar.
Sebab itu suara dari hati nurani petani kecil perlu diberi perhatian serius. Keluhan mereka sejak dari dulu mengenai pelbagai isu tidak mendapat perhatian yang sewajarnya seperti mengurangkan kos input pertanian dan mendapat jaminan bila harga hasil pertanian mereka sangat rendah. Nasib ribuan petani kecil terjejas kerana pendapatan yang tidak menentu.
Isu yang dibangkitkan oleh petani mengenai nasib mereka adalah serius dan tidak dapat diselesaikan oleh pertubuhan peladang yang sedia ada. Hak petani untuk mendapat tanah dan harga hasil yang berpatutan yang memberi kesan kepada nasib petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara jika petani berhenti dari menghasilkan makanan.
Sumber HD - 16-4-2014
Batal terus projek panda RM25 juta - NGO Islam
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata rancangan itu bukan sahaja tidak sesuai , malah ia menyiksa haiwan itu dan tidak membantu negara ini akan mendapat manfaat apa-apa melainkan terdedah kepada pembaziran.
"Kami kesal kenapa pihak Kementeriaan ghairah untuk meneruskan projek ini kerana ia bukan sahaja mendera haiwan itu dengan menerbangkannya beribu kilometer dari habitat asalnya, malah ia menelan belanja yang sangat besar, tidak relevan dengan keperluan rakyat dan bukan suatu keutamaan," tegasnya.
Adalah dilaporkan, Malaysia telah menghantar lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar untuk menjalani latihan di China bagi menjaga haiwan di rumah baru mereka di sini.
Semalam, kerajaan memaklumkan kedatangan dua Panda Gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Mengulas lanjut Mohd Azmi berkata, pihaknya bukan sahaja mengesa keputusan itu dibatalkan kerana disaat ini negara berhadapan dengan krisis kehilangan MH370, malah adalah berdasarkan bahawa projek itu bercanggah dengan hak haiwan itu untuk hidup dalam persekitarannya yang asal dan asli.
Program membawa panda itu menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM 25 juta untuk penyediaan keseluruhan prasana.
Ianya meliputi pembinaan tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun
Sumber HD - 12-4-2014
Panda RM25 juta lebih mahal dari bela rakyat miskin
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.
“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.
Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.
Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.
“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.
Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang.
Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.
“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.
Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat.
Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat
“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya.
Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.
“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.
Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.
Sumber HD - 10-4-2014
Malaysia perlu bersikap jelas terhadap Mesir - Mapim
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir kepada 529 rakyatnya adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden negara itu hatta dunia seluruhnya.
“Malaysia harus mengambil pendirian yang berprinsip ke atas apa yang berlaku di Mesir. Ia harus berani menunjukkan contoh tidak berkompromi dengan kezaliman di mana sahaja ia berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menggantung hubungan dengan Mesir sehingga keadaan di Mesir kembali stabil setelah mahkamah negara itu menjatuhkan hukuman mati kepada 529 orang awam secara paling luar biasa dan tidak mengikut proses undang-undang yang wajar.
Kami berpendirian adalah menjadi suatu tindakan yang munasabah untuk Malaysia mengambil sikap yang jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri. Hukuman mati massa ini adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden Mesir hatta dunia seluruhnya.
Malaysia harus mengambil pendirian yang berprinsip ke atas apa yang berlaku di Mesir. Ia harus berani menunjukkan contoh tidak berkompromi dengan kezaliman di mana sahaja berlaku.
Kami juga meminta supaya Malaysia mengambil inisiatif mengusulkan kepada PBB dan OIC supaya tindakan diambil ke atas Mesir yang sehingga sekarang tidak menunjukkan tanda negara itu akan keluar dari pemerintahan ketenteraan.
Pengumuman Jeneral Fatah El-Sisi meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Tentera Mesir untuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya Presiden jelas membuktikan sememangnya wujud konspirasi untuk mengekalkan pemerintahan tentera di Mesir telah dirancang sejak awal revolusi 2011 tercetus.
Keputusan mahkamah itu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah moden di seluruh dunia bukan sahaja perlu dikecam malah pelaksanaan hukuman mati itu mesti ditolak.
Ini adalah petanda negara Mesir telah menjunam menjadi negara tidak bertamadun di mana seorang diktator berlagak Firaun dinobatkan dan ia diberi kuasa mutlak melakukan sekehendak hatinya untuk menindas sesiapa sahaja yang ia mahu.
Kami kesal Speaker Parlimen Malaysia kelmarin telah menolak usul Ahli Parlimen Tumpat supaya isu keputusan hukuman mati itu dibahaskan, atas alasan ia tidak perlu disegerakan dan pertimbangan bahawa ia adalah isu perundangan dalam negara Mesir.
Sesungguhnya alasan ini sangat lemah. Sedangkan suara dari PBB sendiri telah melihat hukuman itu adalah melampau proses undang-undang yang biasa dan tidak memenuhi kualifikasi proses perbicaraan yang boleh diterima oleh komuniti antarabangsa.
Kami menggesa supaya usul itu dibahaskan dan satu pendirian yang tegas dikeluarkan dari Parlimen Malaysia agar keputusan mahkamah itu dibatalkan.
Kami ingin mengingatkan kerajaan Malaysia, Mesir adalah negara Timur Tengah yang penting. Penentangan rakyat akibat pemerintahan tentera yang diktator akan menjadikan Mesir satu lagi negara yang akan musnah seperti Syria dan Iraq.
Mesir akan terus bergolak jika regim tentera dibiar berlaku zalim kepada rakyatnya sendiri. Tindakan tentera yang mengguna semua aparatus kerajaan termasuk mahkamah untuk melakukan kezaliman tidak boleh diterima sebagai rakan dalam hubungan diplomatik antarabangsa.
Seperti yang dialami rakyat Syria, kini rakyat Mesir berhadapan dengan regim Fatah El-Sisi yang ghairah untuk merebut kuasa.
Sebagai negara OIC yang penting, tindakan regim tentera Mesir yang melanggar hak asasi manusia dan kembali kepada zaman pemerintah diktator, menyebabkan Malaysia perlu mengkaji semula hubungannya dengan Mesir.
Implikasi hukuman mati massa ini pasti akan mewujudkan ketegangan berpanjangan di Mesir dan akan merebak ke seluruh negara Arab yang lain.
Sumber HD - 28-3-2014
Konsert liar: Kerajaan tidak sensitif bantahan rakyat
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius insiden enam anak muda meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana didakwa mengambil dadah berlebihan semasa menghadiri konsert berkenaan di Stadium Bukit Jalil malam semalam.
“Kami kesal betapa di kala seluruh negara resah dan cemas serta bersimpati dengan ahli keluarga MH 370 yang hilang, negara dikejutkan dengan keliaran anak muda terlibat dalam konsert yang tidak melambangkan budaya dan akhlak yang sepatutnya,” ujarnya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, pengumuman Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dipetik sebagai berkata hari terakhir konsert itu, yang dijadualkan pada malam tadi telah dibatalkan adalah wajar dan sepatutnya dari awal lagi acara ini tidak harus diizinkan.
Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima bagaimana konsert tiga hari itu dilulus yang dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual antara 13hingga 15 Mac 2014.
Beliau menambah, bantahan terhadap acara seperti ini sudah sering disuarakan, namun pihak berkuasa selalunya tidak mengambil kira protes yang disuarakan oleh pelbagai kelompok masyarakat.
Justeru, ujarnya sikap liberal yang diamalkan oleh pihak berkuasa telah diambil kesempatan oleh penganjur yang memberi tumpuan untuk mengadakan acara yang menarik golongan generasi muda.
“Kekhuatiran masyarakat bahawa acara seperti ini akan memberi kesan negatif kepada generasi muda sudah kerap diangkat dan terbukti benar apabila berlaku insiden yang tidak diingini.
“Sebab itu kami menegaskan pihak berkuasa sepatutnya mengambilkira bantahan masyarakat kerana jika kerajaan jujur mewar-warkan rakyat diutamakan, acara seperti ini tidak harus diluluskan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tempatan bersikap tegas untuk membendung sebarang acara liar seperti itu dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak atasan terutama orang politik yang sering diperguna oleh penganjur untuk mendapat kelulusan.
Sumber HD - 16-3-2014
MH370: Jangan sampai keupayaan Malaysia menjunam
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sementara mendedah kelemahan dan melontarkan cadangan membina sangat diperlukan ketika operasi pencarian masih diteruskan, menerima dan terbuka dengan teguran juga adalah keperluan yang tidak boleh diketepikan.
“Perbahasan isu ini dalam Parlimen sememangnya sangat perlu. Malah ia menjadi keutamaan kerana ia adalah isu melibatkan nyawa penumpang, keyakinan dunia terhadap keupayaan Malaysia mengendali krisis serta imej syarikat penerbangan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Lantaran itu, katanya adalah sangat penting dalam keadaan ini seluruh pihak bergabung tenaga untuk negara dapat keluar dari krisis ini dengan cara terbaik.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu melihat dan mendengar dari pelbagai sumber untuk mendapat kerjasama dari semua pihak agar operasi sekarang dan pasca tragedi dapat dikendali agar mencapai hasil yang diharapkan.
Tambahnya, harus diingatkan Malaysia kini sudah menjadi fokus dunia.
“Jika krisis ini mendedahkan lagi kelemahan Malaysia dalam mengendali krisis ini, keadaan lebih buruk akan berlaku.
“Bukan sahaja nyawa penumpang terjejas, malah keyakinan dunia terhadap keselamatan perkhidmatan awam negara akan turut dipersoal,” ujarnya lagi.
Justeru, ujarnya Mapim berpandangan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan harus mendengar teguran dan cadangan yang dilontar oleh ahli parlimen di Parlimen, manakala ahli parlimen pula perlu mencari kesepakatan mencapai kaedah terbaik mengendalikan krisis ini.
“Jangan sampai kemelut mengendali krisis ini berlarutan sehingga keyakinan rakyat dan dunia mengenai keupayaan Malaysia mengendali krisis kemalangan menjunam dan tragedi MH370 menjadi sebab pihak luar mengambil kesempatan,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 13-3-2014
Krisis Afrika Tengah: M'sia perlu desak PBB, OIC bersidang
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan meruncing yang memangsakan umat Islam di negara itu perlu diselesaikan segera.
"Konflik di negara itu kini meragut ribuan nyawa dan ratusan ribu lagi terpaksa melarikan diri menyelamatkan nyawa menjadi pelarian dalam negara (IDP) dan ribuan lagi cuba melarikan diri ke negara jiran seperti Chad dan Cameroon.
"Kami sangat perhatin terhadap rakyat awam di CAR dari kedua penganut agama yang telah hidup harmoni selama lebih 50 tahun kini digugat oleh kelompok estrimis yang mengambil tindakan ganas untuk menguasai kerajaan," katanya dalam kenyataan bersama Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).
Keganasna tercetus sejak Disember 2012 ekoran konflik antara tentera kerajaan CAR dan kelompok Seleke Muslim.
Akibat konflik ini rakyat awam Muslim dinegara yang baru 43 tahun merdeka dari penjajahan Perancis itu, berhadapan dengan serangan oleh kelompok Anti-Balaka Kristian.
Pada tahun 2014 ini, Amnesty International melaporkan beberapa insiden pembunuhan beramai-ramai (massacres) yang dilancarkan oleh kelompok Kristian Anti-balaka terhadap orang awam Muslim. Ribuan yang terpaksa melarikan diri.
Beberapa laporan lain mendedahkan genosid dan pembersihan etnik terhadap Muslimin di CAR kini sedang berterusan.
"Kami mendapati konflik yang tercetus itu tidak boleh dibiar berterusan memandangkan rakyat awam menjadi mangsa kepada keganasan antara dua puak yang bertelagah iaitu antara kelompok Anti Balaka dan Muslim Seleke.
"Malaysia sebagai negara anggota OIC tidak boleh mendiamkan diri tatkala umat Islam miniroti di negara tersebut kini berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal," tegas beliau lagi.
Menurut beliau, walaupun tentera pengaman dari Perancis dan Liga Afrika sudah dihantar namun sehingga kini keganasan terus berlaku dan dijangka akan ramai lagi yang terbunuh dan menjadi pelarian dalam keadaan di negara itu yang tidak terkawal.
"Kami mendesak supaya Malaysia menghantar isyarat yang kuat kepada organisasi antarabangsa iaitu PBB , OIC dan Kesatuan Eropah supaya campur tangan dalam konflik CAR demi menyelamatkan nyawa awam yang tidak berdosa," tegasnya.
Sumber HD - 2-3-2014
Wartawan cerita detik cemas dikepung 5 jam di Myanmar
- Feb 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Wartawan yang juga penolong penerbit, Mohd Muhaimin Samad, 28, berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam semalam ketika beliau dan jurukamera Mohd Fithri Ahmad, 42, berada di luar hotel penginapan.
"Ketika itu kami baru lepas bertemu sebuah kumpulan kemanusiaan yang lain sebelum dikepung," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Yangon, Myanmar malam ini.
Kedua-dua mereka berada di Myanmar sejak Selasa lepas bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) selain merakam dokumentari mengenai kehidupan masyarakat Rohingya di sana.
Beliau berkata kumpulan polis tersebut terus mengiringi mereka masuk ke dalam hotel untuk memastikan keselamatan terjamin daripada dicederakan kumpulan terbabit.
Mohd Muhaimin berkata mereka turut disoal jawab mengenai tujuan kedatangan mereka.
"Masyarakat di situ turut mempersoalkan kedatangan kami namun mujur terdapat seorang dari mereka yang memahami bahasa Melayu, antara persoalan mereka apakah tujuan kami ke situ," katanya.
Setelah keadaan reda, mereka berdua di bawa ke balai polis kira-kira pukul 1 pagi dan berada di situ sehingga pukul 5 petang hari ini sebelum berlepas pulang ke tanah air, katanya.
Katanya walaupun sebelum ini telah beberapa kali pergi ke negara bergolak itu namun ini kali pertama kejadian menakutkan berlaku namun bersyukur kerana rakaman di sana sempat diselamatkan. – Bernama
Sumber HD - 21-2-2014
Dr M pertahan Kassim, beranikah Jakim bertindak?
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa agama sewajarnya perlu bertindak segera kerana umum mengetahui pemikiran Kassim itu telah dikategorikan sebagai sesat.
"Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahathir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .
"Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kenyataan Dr. Mahathir mempertahankan Kassim Ahmad sebagai bukan berpemikiran anti hadith adalah berkonotasi bahawa tidak mengapa berpegang kepada pendapat yang salah mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. selagi tidak ada pihak yang boleh menjawab balas hujah Kassim.
Pemikiran yang cuba dibawa oleh Kassim itu telah dikategori sebagai sesat oleh ulama dan pemikir Islam.Namun Mahathir pula berpendapat Kassim yang mempersoalkan perkara pokok dalam Islam iaitu syahadah terhadap Rasulullah s.a.w sebagai tidak termasuk dalam syahadah terhadap Allah SWT itu tidak salah . Pegangan ini bagi beliau adalah pendapat Kassim yang seharusnya diterima selagi tidak dihujah sebaliknya.
Kami merumuskan Mahathir berpendirian selagi tidak ada hujah yang boleh menjawab pegangan Kassim , maka beliau menganggap Kassim benar dan tidak mengapa jika pemikirannya itu disebar luas.
Kami berpendirian sudah sampai masanya pihak berkuasa agama Islam dibawah JPM , Majlis Fatwa Kebangsaan , Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri mengeluarkan pendirian muktamad terhadap pemikiran Kassim Ahmad .
Dengan membisu JAKIM dibawah Menteri Hal Ehwal Islam JPM yang dipertangungjawabkan mengenai agama Islam akan dilihat menyetujui aliran pemikiran Kassim yang dipertahan oleh Mahathir.
Hanya kerana beliau mendapat ruang disokong oleh Tun Mahadhir sebagai bekas PM tidak bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh menyanggah Kassim dan Mahathir dan mengambil tindakan jika mereka terus berdegil .
Mereka berdua yang sudah lanjut usia serta golongan yang berpemikiran yang sama mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat ini , tetapi untuk membiarkan pemikiran ini menyebar dalam bentuk penerbitan dan wacana terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang lebih parah dikalangan masyarakat.
Kami tidak bersetuju diadakan debat terbuka dengan Kassim kerana masyarakat Islam sudah cukup terdedah dengan pelbagai pemikiran yang salah yang terpaksa dihujahbalas. Pihak Abim sendiri pernah mengadakan muzakarah dengan Kassim mengenai hal yang sama , namun jelas , beliau terus angkuh dan tidak menerima kesalahan pemikirannya.
Adalah lebih baik pihak berkuasa agama memanggil Kassim untuk berdepan secara tertutup dan mendengar hujahnya bagi merumuskan secara jelas pendirian beliau. Jika teguran terhadapnya maseh tidak diterima oleh beliau maka penjelasan yang berterus terang perlu disebarkan kepada masyarakat awam agak kekeliruan tidak lagi timbul,
Kami ingin menyatakan kekesalan kami kepada Mahathir yang nampak bersungguh mahu mempertahankan pendirian Kassim. Padahal implikasi dari pegangan Kassim mengenai Islam di negara ini sangat berat dari segi autoriti dan perundangan Islam.
Sistem "kasta paderi " yang didakwa Kassim supaya ditolak , bermakna beliau menolak autoriti Majlis Fatwa yang terdiri dikalangan mufti yang berkelayakan dan seluruh agensi agama yang ada di negara ini yang dinaungi oleh Raja-raja Melayu.
Mahathir sendiri tidak sepi dari kontroversi mengenai pegangannya terhadap autoriti agama bila beliau pernah mempersoalkan wibawa ulama yang mengeluarkan hukum haram wanita Islam terlibat dengan pertandingan Ratu Cantik ( pada ketika itu acara Miss Malaysia Petite 1977 ) sehingga bertembung dengan Mufti Selangor , Dato' Ishak Baharom , dan berakhir dengan Mufti tersebut dipecat pada Julai 1997 atas kehendak Mahathir sendiri.
Lebih jauh dari itu Kassim mendakwa bahawa orang Islam tidak perlu mendewa-dewakan Rasulullah s.a.w kerana menganggap Baginda hanya manusia biasa yang boleh dipertikaikan segala percakapannya.
Dengan mempertikai seluruh disiplin perawi hadith oleh ulama , bererti seluruh institusi hukum dalam Islam boleh ditolak dengan mentah-mentah oleh Kassim , termasuk wibawa institusi agama yang ada di negara ini.
Apakah Mahathir cenderung untuk bersetuju dengan pendapat ini dan mempertahankan Kassim bahawa beliau tidak bersalah mencabar semua pendapat ulama walaupun Kassim bukan ahli dalam hal ilmu agama Islam.
Kami ingin memngingatkan kepada pihak berkuasa agama agar jangan sampai muncul secara absah aliran pemikiran Faham Ingkar Sunah yang berkembang di Indonesia sejak awal 1980an . Ia timbul dari ketidak tahuannya tentang status Sunah dalam beragama dan tentang fungsi Sunah terhadap al-Qur’an.
Semangat belajar mereka hanya pada al-Qur’an. Tetapi sayangnya mereka sangat minimal penguasaan ilmu-ilmu dasar untuk memahami al-Qur’an seperti bahasa Arab, tata bahasa dan sastranya, ilmu-ilmu Tafsir dan lain-lain.
Yang jelas kebanyakkan ide-ide penolakan Sunah dipindah dari orientalis yang sengaja menghembuskan polimik di dunia Islam untuk menyesatkan umat. Inti pandangan mereka bahwa dalam beragama hanyalah al-Qur’an karena kesempurnaannya sedangkan Sunah atau hadis dipandang sebagai dongeng yang diciptakan oleh sebagian umat Islam belakangan.
Mereka mendakwa mengikuti Hadith akan menjadi penyebab perpecahan umat yang melemah dan menghancurkan umat.
Kami mengesa pihak berkuasa agama tidak membiarkan masyarakat Islam terheret kedalam polimik yang berterusan apabila media mengambil kesempatan mensensasikan isu ini. Tindakan segera perlu diambil agar pegangan umat Islam tidak tergugat dengan pemikiran dan faham yang menyimpang dari asas Islam yang sahih dan benar.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim
Sumber HD - 19-2-2014
Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim
- Feb 11, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kerajaan Negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya,” tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
.
Beliau menyatakan demikian sebagai bantahan kepada program anjuran EUPE Corporation Berhad iaitu pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai 'Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia' yang bakal diadakan pada 1 Mac depan di taman air The Carnival Cinta Sayang Resort, Sungai Petani.
Bantahan itu turut disokong oleh beberapa NGO sebagaimana di bawah.
Kami membantah dengan keras rancangan EUPE Corporation Berhad yang akan menganjurkan pesta muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai “Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia” yang bakal diadakan pada 1hb. Mac 2014 di Taman Tema Air “The Carnival” – Cinta Sayang Resort, Sungai Petani.
Kami berpendirian masyarakat tidak wajar didedahkan dengan pesta muzik berskala mega yang hanya berunsur hiburan liar yang tidak melambangkan budaya kebangsaan negara ini.
Apatah lagi pesta muzik tersebut dikatakan akan menjadi pentas kebudayaan antarabangsa yang melibatkan artis luar negara (Korea & Taiwan); termasuk 2 orang artis Melayu tempatan.
Kami mempersoalkan tujuan pesta itu diadakan di kawasan yang berdekatan dengan kediaman awam yang telah menimbulkan bantahan daripada masyarakat tempatan.
Persoalannya, apakah pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak menimbangkan implikasi kepada masyarakat tempatan apabila acara seperti ini dibenarkan.
Sasaran pengunjung dikatakan melebihi 20,000 orang yang pasti akan menimbulkan kekecohan awam apabila anak muda berhimpun di dalam acara pesta muzik seumpama itu.
Persembahan dikatakan juga termasuk tarian Electro-pop dan K-Pop yang dijangkakan akan menambah keliaran suasana dalam pesta tersebut.
Kami menegaskan rakyat tempatan dan negeri Kedah keseluruhannya tidak memerlukan hiburan liar seperti ini. Rakyat tidak berbangga jika terpilihnya anak tempatan sempena Pesta Muzik ini untuk layak ke Kejohanan Tarian Hip Hop Antarabangsa 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat seperti yang diumumkan.
Apatah lagi pihak penganjur berhasrat menjadikan “PEMF” sebagai cara tahunan, ia tidak melambangkan sebarang usaha untuk menghormati kebudayaan dan sensitiviti masyarakat tempatan.
Kami menyokong Jawatankuasa Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Muzik “Planet Eupe Music Fest” Kariah Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, yang telah mengemukakan memorandum bantahan ke atas anjuran pesta muzik tersebut kepada Menteri Besar Kedah pada 6 Februari 2014.
Kami menegaskan bahawa negeri Kedah tidak boleh dijadikan negeri yang dikenali dengan budaya pesta muzik liar yang boleh menjejaskan moral generasi muda. Pesta muzik seperti yang dirancang akan dilaksanakan tidak menghormati persoalan agama Islam.
Pihak berkuasa tempatan dan negeri mesti memastikan supaya negeri Kedah tidak berkembangnya budaya menganjur acara yang boleh mempengaruhi anak muda dengan hiburan liar dan melekakan.
Kami menuntut supaya panduan kelulusan acara hiburan seperti yang tertera dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 hendaklah disemak semula supaya semua acara hiburan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Kami mendesak supaya pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Kedah membatalkan kelulusan untuk membenarkan pesta muzik berlangsung di negeri Kedah.
Keutamaan kepada membentuk generasi muda khususnya dan masyarakat umumnya dengan budaya hiburan yang beradab mengikut Islam hendaklah dijadikan dasar negeri ini.
Adalah tidak munasabah apabila kerajaan negeri menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung.
Kerajaan negeri Kedah perlu menunjukkan dasar yang konsisten untuk memastikan rakyat tidak menjadi mangsa kepada pencemaran budaya.
Kami berpendirian negeri Kedah tidak akan rugi jika kerajaan negeri tegas dan tidak berkompromi dalam memastikan semua jenis hiburan hendaklah menepati kehendak Islam.
Turut menyokong:
Teras Pengupayaan Melayu
Warga Permuafakatan NGO Islam Kedah
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia
Persatuan Ulama Kedah
Pusat Satuni Rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia
Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti
Sekretariat Gerakan Sokong Syariat
Sekretariat Belia Sejahtera Kedah
Sumber HD - 11-2-2014
Tindakan melampau, jangan dakwa wakili NGO Islam
- Feb 08, 2014
- HARAKAHDAILY
“Malah ia menunjukkan tindakan melanggar adab Islam boleh mendatangkan fitnah kepada masyarkat Islam dan Islam itu sendiri,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, betapa marah sekalipun terhadap perlakuan pihak lain tidak boleh menjadi alasan untuk menunjukkan kelakuan melampau yang tidak diajar dalam Islam.
“Sesungguhnya tingkah laku orang lain tidak boleh menjadi pedoman kepada kita melakukan sesuatu yang sama atau melampau sebagai tindak balas,” ujarnya lagi.
Katanya, kelakuan seperti yang ditunjukkan oleh beberapa NGO dan perkumpulan Melayu itu tidak boleh mendakwa mewakili NGO Islam, jauh sekali mewakili bangsa Melayu mahupun Islam.
Lebih parah lagi, ujar beliauperbuatan itu menonjolkan sikap nasionalisme yang menyimpang dari kehendak Islam dan boleh menimbulkan kebencian orang lain terhadap Islam.
“Kami berpandangan umat Islam dinegara ini tidak memerlukan perjuangan seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan tersebut kerana betapapun kemarahan meluap-luap ia tidak boleh mendakwa memperjuangkan Islam,” katanya.
Menurutnya lagi, menghalalkan perbuatan batil untuk mencapai matlamat yang sah adalah tertolak sementara melakukan kemudaratan kecil untuk mengundang kemudaratan lebih besar sama sekali tidak boleh diterima.
“Kami menggesa supaya perjuangan memperkukuhkan status bangsa dan Islam jangan dicemari oleh perlakuan yang tidak senonoh,” katanya.
Justeru, kata beliau semua pihak mesti menunjukkan kematangan yang lebih dihormati berdasarkan ilmu dan hujah yang kukuh, bukan dengan cara yang bersifat cabar mencabar serta membakar emosi yang tidak bermanfaat.
Menurutnya, menunjukkan sifat ranggi dan samseng bukan cara orang Melayu yang diasuh oleh perjuangan Islam yang tulen.
Tegasnya, perjuangan Melayu yang berteraskan nasionalisme cauvinis tidak boleh mewakili perjuangan Islam yang mulia.
“Kami menggesa pihak berkuasa tidak memandang ringan intimidasi yang merbahaya dan boleh mencetus ketegangan antara kaum,” ujarnya.
Beliau menambah, perbuatan seperti yang ditunjukkan oleh pihak berkenaan adalah resepi untuk mencetus keganasan yang tidak boleh dikompromi.
Sumber HD - 8-2-2014
Gerakan Sokong Syariah tuntut Langkawi bebas arak
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami mendesak agar pulau ini bebas daripada arak. Kami dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak berdolak dalik lagi untuk membasmi gejala arak di pulau Langkawi jika masa depan rakyat serta keutuhan sosial masyarakat mahu dijamin,” tegas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, Gesa amat yakin Langkawi tanpa arak tidak akan menjejaskan pelancongan di pulau itu kerana pelancong bukan datang ke Langkawi semata-mata untuk minum arak.
Kenyataan penuh sebagaimana di bawah.
Gerakan Sokong Syariah (Gesa), anjuran gabungan beberapa NGO iaitu Mapim, Salimah, Teras dan Landas menuntut agar pihak kerajaan membatalkan bebas cukai ke atas arak di Langkawi dan dalam rangka kempen Gesa di pulau itu atas tema "Langkawi Bersyariat", kami mendesak agar pulau ini bebas daripada arak.
Kami mendapati undang-undang mengenai arak yang ada di negara ini terlalu longgar. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja ‘alcohol proved’ atau pun alkohol mutlak. Bir dan todi atau mana-mana arak native semuanya mengandungi melebihi 2%. Jadi ia adalah cecair yang memabukkan.
Walau pun peruncit memerlukan lesen untuk menjual minuman keras, lesen tidak diperlukan untuk menjual bir di dalam botol atau di dalam tin. Ini kerana dalam Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen.
Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen.
Ha ini menyebabkan bir boleh dijual di 7 Eleven yang mana pekerjanya adalah juga di kalangan anak Melayu sendiri.
Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Jadi ini menunjukkan bahawa penjualan arak ini boleh dijual di mana-mana sahaja.
Memetik kenyataan daripada dokumen yang pernah dikeluarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) bertajuk 50 Cara Selamatkan Malaysia. Pada perkara ke-23: “Kita tidak boleh bertolak ansur dengan industri arak. Bukan sahaja masalah sosial merebak akibat arak malah negara akan berhadapan dengan risiko yang besar dari segi kesihatan awam dan keselamatan awam jika dibiarkan berterusan. Pemerintah tidak lagi boleh melihat industri arak sebagai penyumbang ekonomi negara sedangkan ia bukan sahaja dosa besar dalam menghalalkannya malah ia adalah musibah yang sangat berat untuk diatasi jika industri ini dibiarkan terintegrasi dalam ekonomi negara. Haramkan segala pengiklanan dan promosi arak. Banteras arak yang dijual secara pek yang murah yang mensasarkan anak muda untuk mudah membelinya. Semak semua premis penjualan arak dan jangan disambung jualan arak bila tamat tempohnya”.
Menurut Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya 45 peratus penduduk dunia tidak mengambil minuman beralkohol.
Kami ingin menjelaskan fakta status konsumsi arak di Malaysia amat memprihatinkan.
Malaysia pengguna arak no.10 dunia!
45% remaja bawah 18 tahun pengguna arak.
Setiap tahun rakyat Malaysia belanja RM1.9 bilion untuk arak.
200 000 orang adalah penagih arak.
Carlsberg pernah untung RM110 juta tahun 1999 di Malaysia
Jualan samsu bernilai RM180 juta setahun.
Prof Dr M Parameshvara, kematian akibat arak lebih banyak berbanding akibat heroin.
Pada 10 November 2013 lalu, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di pulau Langkawi "ke tahap lebih tinggi" dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah.
Beliau menambah bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya, dan ini memerlukan "beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka" untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi.
Kami khuatir jika matlamat menarik pelancong berpendapatan tinggi dijadikan agenda utama, penghakisan moral dan akhlak serta kondisi sosial penduduk pulau ini dikompromi.
Malah kesan berantai akibat projek perlancongan tanpa batasan ini amat membimbangkan terutama terhadap budaya hidup masyarakat.
Tidak keterlaluan untuk kami menyatakan pembangunan sektor pelancongan yang dibangunkan tanpa kawalan dan tanpa kesedaran sosial yang tinggi bukan sahaja berpotensi menggugat moral masyarakat terutama golongan generasi muda malah seluruh tamadun Islam.
Kami dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak berdolak dalih lagi untuk membasmi gejala arak di pulau Langkawi jika masa depan rakyat serta keutuhan sosial masyarakat mahu dijamin.
Kami amat yakin Langkawi tanpa arak tidak akan menjejaskan pelancongan di pulau ini kerana pelancong bukan datang ke Langkawi semata-mata untuk minum arak.
Sumber HD - 1-2-2014
Tulisan jawi perlu diarusperdanakan semula
- Jan 30, 2014
- HARAKAHDAILY
“Jelas proses ia terpupus ialah akibat tulisan rumi lebih menjadi pilihan,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Malang lagi, katanya ialah akibat kerajaan sendiri yang tidak lagi memperakui tulisan jawi dalam pentadbiran dan program nasional.
Justeru, pihaknya menggesa program mengarusperdanakan tulisan jawi dilancar semula oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebuah agenda nasional.
Katanya, DBP yang mempunyai sumber dan wibawa sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab mengembangkan dan mempertahankan bahasa dan pustaka bangsa tidak boleh berlepas tangan dalam isu pupusnya tulisan jawi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) prihatin isu tulisan jawi semakin diancam kepupusan. Jelas proses ia terpupus ialah akibat tulisan rumi lebih menjadi pilihan. Malang lagi ialah akibat kerajaan sendiri yang tidak lagi memperakui tulisan jawi dalam pentadbiran dan program nasional.
Lebih parah, generasi muda Malaysia, yang diharap memikul tanggungjawab mempertahankan tulisan itu, kini semakin meminggirkan tulisan warisan yang wujud sejak tahun 1300 itu.
Kami kesal pemegang jawatan yang berkuasa untuk mempertahankan jawi ternyata tidak mengambil peduli terhadap kepupusan tulisan jawi.
Malah yang lebih memalukan apabila seorang ilmuan berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok yang meluahkan pandangannya terhadap nasib tulisan jawi.
Sejak 1967 bila sistem pendidikan telah menetapkan tulisan jawi diganti kepada rumi, Utusan Melayu yang satu-satunya surat akhbar tulisan jawi akhirnya terkubur pada 2005.
Akibatnya generasi muda Malaysia kini terputus hubungan dengan tulisan jawi dan usaha mempertahankan jawi telah berakhir.
Tulisan jawi sepatutnya dipertahankan di peringkat dasar kerajaan dengan memperundangkannya agar terkawal dari kepupusan seperti yang dilakukan oleh Brunei.
Prof Dr Kang malah menyuarakan pandangan yang sepatutnya diberi perhatian yang sangat serius oleh warga Malaysia. Menurutnya memang ramai warga asing berminat dengan tulisan ini tetapi hanya minat mengkaji, jarang ada warga asing seperti saya yang berusaha untuk pertahankan tulisan ini.
Kami berpendapat bahawa Malaysia harus mengambil contoh dari Brunei yang memperundangkan tulisan jawi.
Walaupun keseseluruhnya anak muda tidak lagi memilih jawi dalam pengajian mereka namun menerapkannya kembali secara undang-undang diperingkat sekolah seharusnya diintensifkan sehingga tulisan tersebut kembali menjadi tulisan berwibawa.
Sebenarnya membunuh tulisan jawi bermula dari sekolah lagi bila penggunaan tulisan jawi telah ditamatkan sendiri oleh Kementerian Pelajaran di bawah Menteri Khir Johari sekitar 1967.
Malangnya tidak berlaku penentangan daripada pihak pemimpin-pemimpin yang berkuasa ketika itu.
Harus diingat bahawa kegagalan mengembalikan tulisan jawi untuk menjadi tulisan arus perdana merupakan perkhianatan ke atas khazanah bahasa, budaya dan agama.
Malangnya hal ini tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan dan pelbagai organisasi Melayu sendiri.
Adalah menjadi suatu tempelakkan yang memalukan apabila Prof Kang itu sendiri menyatakan tulisan jawi adalah suatu warisan universal bagi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak seharusnya diletakkan eksklusif hanya kepada bangsa Melayu semata-mata.
Soalnya kenapa tulisan jawi yang merupakan khazanah yang wujud sejak dahulu lagi di negara ini dan diterima pakai oleh semua masyarakat Malaysia sebelum tulisan rumi diperkenalkan sekitar tahun 1960-an kini ia menjadi sangat asing dan janggal untuk diguna semula sebagai tulisan arus perdana.
Kami menggesa program mengarusperdanakan tulisan jawi dilancar semula oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebuah agenda nasional.
DBP yang mempunyai sumber dan wibawa sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab mengembangkan dan mempertahankan bahasa dan pustaka bangsa tidak boleh berlepas tangan dalam isu pupusnya tulisan jawi.
Sumber HD - 30-1-2014
Sepanduk provokasi agama mesti dibanteras - Mapim
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.
Kain rentang itu yang menunjukkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks agama Kristian yang bertulis “Allah is Great, Jesus is the son of Allah” (Allah Maha Besar, Jesus anak Allah).
“Ini adalah tindakan provokasi yang sangat merbahaya dan boleh menimbulkan ketengangan antara kaum dan antara agama di negara ini.
“Kami berpendirian percubaan untuk mewujudkan ketegangan antara penganut agama di negara ini adalah berniat jahat supaya keharmonian dan keamanan dapat digugat untuk kepentingan pihak tertentu,” tegas Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Apatah lagi, ujarnya isu kalimah Allah masih lagi panas didebatkan dalam masyarakat terutama apabila kes tersebut dalam peringkat rayuan oleh pihak gereja .
Menurutnya, meraih kepentingan politik perkauman dengan mengeksploitasi isu itu pasti boleh mengundang konflik terbuka antara warga negara ini yang terdiri dari pelbagai penganut agama.
“Kami menggesa pihak polis bertindak pantas bagi mengenalpasti pelaku kepada perbuatan mengantung sepanduk berbaur provokasi itu dan segera merampas sepanduk tersebut sebelum keadaan menjadi lebih rumit,” katanya lagi.
Menurutnya, tidak dapat dinafikan kain rentang itu jelas berniat membangkitkan ketegangan antara umat Islam dan Kristian.
Katanya, Mapim sudah berkali-kali mengingatkan kepada pihak kerajaan bahawa sentimen keagamaan dan perkauman tidak boleh dibenarkan dieksploitasi oleh mana-mana pihak.
“Menggantung sepanduk itu dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” tegasnya lagi.
Sumber HD - 27-1-2014
Penyatuan Melayu: Pandangan Ungku Aziz kurang tepat
- Jan 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pandangan bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu yang disiar dalam sebuah akhbar harian nampaknya terbatas pada kerangka penyatuan yang sempit iaitu penyatuan atas dasar bangsa semata-mata.
“Sebaliknya bangsa Melayu pada asalnya adalah bangsa yang hidup berbudaya bergotong royong dan bersepakat dalam pelbagai urusan dalam masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz bahawa orang Melayu tidak mungkin bersatu, seperti orang Arab yang ‘payah bersatu’ berbanding orang Jepun yang ‘bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama’ adalah kurang tepat.
Pandangan beliau yang disiar dalam sebuah akhbar harian nampaknya terbatas pada kerangka penyatuan yang sempit iaitu penyatuan atas dasar bangsa semata-mata.
Sebaliknya bangsa Melayu pada asalnya adalah bangsa yang hidup berbudaya bergotong royong dan bersepakat dalam pelbagai urusan dalam masyarakat.
Hanya disebabkan oleh pencaturan penjajah dan faham nasilionalisme sempit serta pengaruh aliran faham sekularisme, bangsa Melayu dipecahbelahkan melalui strategi "pecah dan perintah" menyebabkan orang Melayu kini berhadapan dengan realiti yang rumit untuk disatukan.
Kami berpendirian bukan satu angan-angan untuk menyatukan bangsa Melayu asalkan wujud kesepakatan antara pemimpin dan peranan media yang berhenti dari melaga-lagakan antara sesama kelompok orang Melayu.
Kerencaman dan sikap orang Melayu bukan alasan bangsa ini tidak boleh bersatu. Secara naluri setiap bangsa punya rasa kasih kepada bangsa sendiri.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan contoh teladan di kalangan pemimpin yang seharusnya mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur dalam perbedaan pendapat dan mengelakkan budaya fitnah.
Kami juga berpendirian sememangnya penjajah telah memberi kesan kepada sikap dan nilai orang Melayu, akan tetapi pemimpin Melayu jualah yang telah melanjutkan agenda penjajah sehingga pendidikan yang sepatutnya membentuk nilai hidup Islam yang kukuh gagal dilaksanakan oleh pemimpin Melayu yang berkuasa.
Rumpun Melayu yang terdiri daripada banyak keturunan tidak menjadi penghalang untuk bersatu kerana semua perbezaan yang wujud akhirnya telah disatukan oleh kedatangan Islam.
Sebab itu dalam isu kesatuan bangsa Melayu, Islam menjadi tunjang Melayu untuk bersatu di kalangan pelbagai keturunan yang wujud.
Dengan itu, kami melihat bila wujud pemimpin Melayu yang mengenepikan agenda mengukuhkan penghayatan Islam di kalangan masyarakat dan menghalang perlaksanaan Islam sebagai dasar urustadbir dan organisasi sivil masyarakat Melayu, telah menyebabkan Melayu tidak boleh bersatu.
Soal sikap dengki seperti yang diungkap oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu dan bahawa wujudnya orang Melayu suka "tikam belakang dan dengki", bagi kami bukan suatu ciri umum orang Melayu. Apa yang menjadi ciri teras orang Melayu ialah mereka boleh bersatu bila menyentuh soal yang paling sensitif bagi mereka iaitu Islam.
Oleh kerana itu Islam hendaklah menjadi titik bermula penyatuan orang Melayu dan yang lain akan teratur dengan sendiri apabila kepentingan Islam diletak tertinggi di atas segala yang lain.
Dalam masa yang sama segala faktor penghalang kepada penyatuan Melayu perlu diatasi. Perbuatan seperti pemangsaan politik atas sebab perbedaan parti, pendekatan kepartian ketika penganugerahan projek, pengambilan tanah milik Melayu, penyalahgunaan kuasa dan kemudahan agensi awam, diskriminasi dan manipulasi dalam media, peminggiran ulama dan ilmuan Melayu yang kritikal, kebebasan bersuara secara beradab, rasuah dan kronisme perlu dikikis habis-habisan.
Sumber HD - 27-1-2014
Isu kalimah: Cari pencerahan, bukan tambah kekeliruan
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa usaha
untuk menangani isu kalimah Allah di kalangan umat Islam khususnya dan rakyat amnya hendaklah diuruskan secara ilmu bukan emosi.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, persoalan kalimah Allah lebih wajar diserahkan kepada para ilmuan dan ulama yang berwibawa dalam keilmuan Islam.
“Membiarkan sentimen dan emosi yang tidak berdasarkan ilmu untuk membahaskan isu ini akan menambahkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam sendiri berpolemik,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa usaha untuk menanggani isu kalimah Allah di kalangan umat Islam khususnya dan rakyat amnya hendaklah diuruskan secara ilmu bukan emosi.
Persoalan kalimah Allah lebih wajar diserahkan kepada para ilmuan dan ulama yang berwibawa dalam keilmuan Islam.
Membiarkan sentimen dan emosi yang tidak berdasarkan ilmu untuk membahaskan isu ini akan menambahkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam sendiri berpolemik.
Kami juga tidak bersetuju persoalan ini dipanjangkan kepada debat dalam media yang menyebabkan masyarakat awam menjadi tegang dan keliru.
Isu ini yang telah diheret ke mahkamah sepatutnya tidak berlarutan. Kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan kalimah Allah adalah esklusif untuk kamu Muslimin tidak bermakna hak agama lain dinafikan.
Soal kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu tidak boleh mengguna kalimah Allah di Semenanjung tetapi dibolehkan di Sabah dan Sarawak adalah suatu keputusan yang tidak bijak.
Apakah ada mekanisme untuk bible berbahasa Melayu yang berada di setiap rumah atau di setiap tangan orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah disemak sama ada mempunyai kalimah Allah atau tidak adalah tidak praktikal.
Oleh sebab itu kami berpendirian adalah tidak bijak untuk mendebatkan isu ini secara terbuka kerana ia akan mendapatkan kekeliruan lebih dari pencerahan.
Apa yang perlu dilakukan ialah isu kalimah Allah dibincangkan di kalangan golongan ilmuan yang menguasai isu ini secara mendalam dan suatu kesepakatan dicapai untuk memberi panduan kepada umat Islam.
Kami amat kesal bahawa akibat isu ini diperdebatkan nampaknya memecahbelahkan orang Islam lebih dari menyatukan mereka. Ini adalah lantaran perbahasannya tidak terjurus secara ilmu tetapi dibiarkan dibawa ke mahkamah dan dibincang secara emosi.
Kami menegaskan peruntukan Perkara 4 dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai penyebar agama lain kepada orang Islam perlu dihormati. Oleh itu sebarang usaha untuk mengambil kesempatan dari isu ini perlu ditegaskan bahawa pihak berkuasa agama berhak bertindak jika penyebaran agama lain kepada orang Islam dilakukan.
Kami mengusulkan supaya pengukuhan terhadap memelihara kalimah Allah tidak terhenti kepada mempertahankan kalimah Allah semata-mata, apatah lagi mengaut keuntungan politik.
Para ulama, ilmuan dan pihak berkuasa agama perlu mencari titik temu yang boleh disepakati, menghentikan polemik terbuka di kalangan umat, mengekang eksploitasi media dan politik serta mendidik rakyat supaya saling menghormati hak antara agama dalam rangka perlembagaan negara.
Sumber HD - 26-1-2014
No comments:
Post a Comment