PAS Kedah sembah tahniah kepada Tunku Sallehhuddin
KUALA LUMPUR: PAS Kedah mengutuskan sembah tahniah di atas pelantikan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang berkuatkuasa 21 Mei lalu.
Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik pelantikan tersebut adalah sangat tepat berasaskan pengalaman, ketajaman pemikiran dan pandangan jauh ke hadapan yang dimiliki baginda.
"Tentunya baginda akan menjadi simbol perpaduan rakyat negeri Kedah.
"PAS Kedah berharap pelantikan baginda bersama Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan yang lain, Kedah akan terus mendapat nikmat keamanan dan kesejahteraan," ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS Kedah berharap semoga baginda dapat memimpin Jemaah Pemangku Sultan dengan sebaiknya sehingga berakhir tempoh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Abdul Halim Muadzam Shah menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. - HARAKAHDAILY 5/6/2014
Sumber HD - 5-6-2014
Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik pelantikan tersebut adalah sangat tepat berasaskan pengalaman, ketajaman pemikiran dan pandangan jauh ke hadapan yang dimiliki baginda.
"Tentunya baginda akan menjadi simbol perpaduan rakyat negeri Kedah.
"PAS Kedah berharap pelantikan baginda bersama Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan yang lain, Kedah akan terus mendapat nikmat keamanan dan kesejahteraan," ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya PAS Kedah berharap semoga baginda dapat memimpin Jemaah Pemangku Sultan dengan sebaiknya sehingga berakhir tempoh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Abdul Halim Muadzam Shah menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. - HARAKAHDAILY 5/6/2014
Sumber HD - 5-6-2014
Tunku Sallehuddin diisytihar pengerusi jemaah pemangku Sultan Kedah
ALOR SETAR: Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat 21 Mei lalu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa bermula 21 Mei 2014.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Almarhum Tunku Annuar, 75, adalah adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak, pukul 12.20 tengah malam 21 Mei lalu.
Pada Disember 2011, Almarhum bersama adindanya, Tunku Sallehuddin dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta anakanda Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dilantik menganggotai Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Istana Negara.
Sultan Abdul Halim berangkat ke Istana Negara bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.
-- BERNAMA
Sumber HD - 4-6-2014
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa bermula 21 Mei 2014.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Almarhum Tunku Annuar, 75, adalah adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak, pukul 12.20 tengah malam 21 Mei lalu.
Pada Disember 2011, Almarhum bersama adindanya, Tunku Sallehuddin dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta anakanda Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dilantik menganggotai Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Istana Negara.
Sultan Abdul Halim berangkat ke Istana Negara bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.
-- BERNAMA
Sumber HD - 4-6-2014
Pemimpin terlibat tragedi Memali perlu bertaubat - Presiden PAS
BALING: Para pemimpin yang terlibat dengan keputusan menyerang Memali sehingga mengorbankan 14 nyawa, perlu bertaubat, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Bercakap pada ceramah di Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi, Presiden PAS itu menjelaskan, tindakan pihak berkuasa ketika itu jelas salah dan berlaku zalim.
Menurut beliau, Allah meletakkan membunuh adalah termasuk dosa besar, di mana walaupun membunuh satu nyawa dikira seperti membunuh manusia seluruhnya.
"Apa yang dibuat Umno dalam peristiwa Memali ini jenis apa. Tidak syak lagi Ia satu peristiwa kezaliman.
"Bagi kita orang Islam, wajib pemimpin yang terlibat kena bertaubat. Yang masih duduk dalam Umno tinggal lah Umno," katanya dihadapan hampir 20,000 hadirin.
Ustaz Hadi menjelaskan, peristiwa berdarah yang berlaku hampir 29 tahun lalu itu adalah berpunca daripada ketegangan yang diwujudkan oleh kerajaan dan Umno itu sendiri.
Sehari sebelum kejadian katanya, Ustaz Yusof Rawa yang juga Presiden PAS ketika itu menghubungi beliau memaklumkan pihak polis mungkin akan datang meminta beliau memujuk Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan menyerah diri.
"PAS ketika itu membuat keputusan bukan Ustaz Ibrahim serah diri, tapi kerajaan mesti mengaku salah dan membatalkan keputusan untuk menahan beliau dan rakan-rakan di bawah ISA," ujarnya sambil mendakwa kemudian berlakulah serangan keesokannya yang menyebabkan 14 nyawa terkorban.
PAS juga ketika itu katanya turut berdepan dengan majlis fatwa kebangsaan yang memfatwakan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya sebagai 'Shibghul Bughah'.
Sedangkan kata beliau, fatwa itu songsang dan tidak ada dalam kitab fekah.
Peristiwa Memali juga kata beliau, turut membabitkan nama beliau apabila dikatakan syuhada yang terlibat ini terpengaruh dengan apa yang disebut sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Sehingga saya terpksa menulis sebuah buku menjawab tuduhan ini dan menerangkan apa makna jihad.
"Sehingga sekarang tidak ada pihak yang menjawab" katanya lagi.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, ramai pemimpin Umno termasuk menteri dan pegawai polis sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan itu.
"Ketika saya berceramah di Pulau Pinang selepas beberapa hari peristiwa Memali, tidak malu-malu seorang anggota polis datang ke hadapan memeluk dan memegang tangan saya mengatakan maaf, saya tidak bersalah, ketua memaksa saya," katanya. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Sumber HD - 24-5-2014
Lebih ramai Dyana Sofya akan lahir - Mat Taib
BALING: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, peristiwa berdarah Memali telah menjejaskan imej kerajaan Umno BN keseluruhannya.
Malah kata beliau, dengan pendedahan terbaru bekas Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam dan diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, maka 'krisis kredibiliti' sedang berlaku.
"Ada satu krisis kredibeliti sekarang, krisis kewibawaan. Maka ini kena ada satu penyelesaian segera," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi, jika kerajaan BN masih tidak mahu membetulkan fakta sejarah Memali ini, maka parti itu perlu bersedia untuk menerima hakikat lebih ramai anak muda akan menyanggah perjuangan BN.
"Termasuk seperti calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya, malah lebih ramai lagi akan lahir anak muda yang menyuarakan pendapat mereka, menyanggah perjuangan BN ibu bapa mereka, kerana krisis kredibiliti ini," kata beliau.
Cara kerajaan menangani isu Memali ini juga kata beliau, satu lagi perkara yang menjadi bahan lawak kepada rakyat.
Ia katanya tidak ubah seperti isu panda, kangkung dan membeli seekor ayam degan harga RM1, yang kini menjadi bahan ejekan rakyat kepada kerajaan BN.
"Bagaimana kerajaan boleh buat cerita fitnah bunuh sebegini.
"Saya baca dalam al-Quran, kalau kita bunuh orang beriman, kita masuk dalam neraka dan kita kekal dalam neraka," tambahnya.
Menurut Muhammad, peristiwa Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau ustaz Ibrahim Libya, berlaku setahun sebelum beliau menjadi besar Selangor.
Beliau berkata, ianya adalah satu tindakan kezaliman dan kerajaan perlu segera meminta maaf dan membetulkan segera fakta itu. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Sumber HD - 24-5-2014
Malah kata beliau, dengan pendedahan terbaru bekas Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam dan diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, maka 'krisis kredibiliti' sedang berlaku.
"Ada satu krisis kredibeliti sekarang, krisis kewibawaan. Maka ini kena ada satu penyelesaian segera," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi, jika kerajaan BN masih tidak mahu membetulkan fakta sejarah Memali ini, maka parti itu perlu bersedia untuk menerima hakikat lebih ramai anak muda akan menyanggah perjuangan BN.
"Termasuk seperti calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya, malah lebih ramai lagi akan lahir anak muda yang menyuarakan pendapat mereka, menyanggah perjuangan BN ibu bapa mereka, kerana krisis kredibiliti ini," kata beliau.
Cara kerajaan menangani isu Memali ini juga kata beliau, satu lagi perkara yang menjadi bahan lawak kepada rakyat.
Ia katanya tidak ubah seperti isu panda, kangkung dan membeli seekor ayam degan harga RM1, yang kini menjadi bahan ejekan rakyat kepada kerajaan BN.
"Bagaimana kerajaan boleh buat cerita fitnah bunuh sebegini.
"Saya baca dalam al-Quran, kalau kita bunuh orang beriman, kita masuk dalam neraka dan kita kekal dalam neraka," tambahnya.
Menurut Muhammad, peristiwa Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau ustaz Ibrahim Libya, berlaku setahun sebelum beliau menjadi besar Selangor.
Beliau berkata, ianya adalah satu tindakan kezaliman dan kerajaan perlu segera meminta maaf dan membetulkan segera fakta itu. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Sumber HD - 24-5-2014
Memali: Cukuplah berselindung di sebalik fakta palsu
BALING: Kerajaan BN perlu berjiwa besar dengan mengakui kesilapan mereka dalam peristiwa Memali sekaligus menjernihkan semula sejarah hitam itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan terbaru Tun Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, masih di dalam negara waktu insiden itu berlaku, dan bersedia menceritakan fakta sebenar, bermakna kertas putih yang dibentang di parlimen tidak lagi bernilai.
"Oleh sebab itu saya cabar jika BN ada maruah, menteri dalam negeri (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi bawa usul ke parllmen tarik balik kertas putih dan tubuh jawatankuasa di bawah parlimen siasat semula peristiwa Memali.
"Kertas putih tidak lagi bernilai. Kerajaan berselindung di sebalik fakta palsu yang direka dengan tahanan dipaksa membuat kenyataan," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.
Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, hampir 29 tahun peristiwa hitam itu, rakyat disogok dengan fakta palsu tanpa sebarang pembetulan.
Katanya, dengan pengakuan Musa yang juga menteri dalam negeri ketika itu, dan diakui sendiri oleh Mahathir, maka sangat wajar sejarah itu dijernihkan.
"Saya menawarkan mari kerajaan jernihkan suasana ini. Yang jadi mangsa bukan hanya keluarga yang terlibat dan rakyat Memali, tetapi juga polis, yang menjadi mangsa percaturan politik jahat Umno Barisan Nasional," katanya.
Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memaklumkan, beliau akan membawa eemua saksi yang masih hidup ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada bulan Jun ini.
Ianya supaya suruhanjaya itu boleh memperjuangkan hak mangsa yang terlibat sehingga membawa isu tersebut ke peringkat antarabangsa.
Sementara itu lebih 20,000 hadir pada program yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali malam tadi.
Turut berceramah malam tadi Presiden PAS Datul Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Sumber HD - 24-5-2014
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pendedahan terbaru Tun Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, masih di dalam negara waktu insiden itu berlaku, dan bersedia menceritakan fakta sebenar, bermakna kertas putih yang dibentang di parlimen tidak lagi bernilai.
"Kertas putih tidak lagi bernilai. Kerajaan berselindung di sebalik fakta palsu yang direka dengan tahanan dipaksa membuat kenyataan," katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali di sini malam tadi.
Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, hampir 29 tahun peristiwa hitam itu, rakyat disogok dengan fakta palsu tanpa sebarang pembetulan.
Katanya, dengan pengakuan Musa yang juga menteri dalam negeri ketika itu, dan diakui sendiri oleh Mahathir, maka sangat wajar sejarah itu dijernihkan.
"Saya menawarkan mari kerajaan jernihkan suasana ini. Yang jadi mangsa bukan hanya keluarga yang terlibat dan rakyat Memali, tetapi juga polis, yang menjadi mangsa percaturan politik jahat Umno Barisan Nasional," katanya.
Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memaklumkan, beliau akan membawa eemua saksi yang masih hidup ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada bulan Jun ini.
Ianya supaya suruhanjaya itu boleh memperjuangkan hak mangsa yang terlibat sehingga membawa isu tersebut ke peringkat antarabangsa.
Sementara itu lebih 20,000 hadir pada program yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali malam tadi.
Turut berceramah malam tadi Presiden PAS Datul Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. - HARAKAHDAILY 24/5/2014
Sumber HD - 24-5-2014
Memali: Saksi hidup sanggah pembohongan kertas putih
BALING: Saksi-saksi hidup dalam peristiwa berdarah Memali 1985 mendakwa, kebanyakan fakta yang dimuatkan dalam kertas putih yang dibentang di parlimen berkait peristiwa itu adalah tidak benar.
Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.
Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.
Sembilan saksi ditampilkan dalam forum ini iaitu Bekas Senator Datuk Mohammad Yusof Husin, Azmi Salim, Zaman Mahmud, Zakaria Abdul Rahman, Ramli Che Mit, Osman Salleh, Radziah Rozali, Aisyah Ahmad dan Tuan Guru Abdul Wahab Hassan.
Kesemua mereka adalah antara mangsa yang ditahan selepas berlakunya peristiwa hitam itu, serta balu-balu kepada mereka yang terkorban dalam insiden itu.
Mohammad Yusof, yang merupakan orang kanan kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, berkata fakta dalam kertas putih sengaja dibuat bagi menjustifikasikan tindakan pihak berkuasa yang telah menyebabkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.
"Seramai 161 saksi diminta membuat kenyataan menggambarkan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang pengganas, mengajar ajaran sesat dan ingin menjatuhkan kerajaan secara revolusi bersenjata," katanya yang namanya disebut sebanyak 16 kali dalam kertas putih.
Beliau yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Ucop, turut dituduh sebagai ketua mujahidin, dan timbalan ketua gerakan revolusi dalam kertas putih itu.
Menurut Pak Ucop, punca sebenar peristiwa Memali berlaku adalah kerana ketegasan Ustaz Ibrahim Libya yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai akta zalim dan bercanggah dengan perinsip keadilan Islam.
"Dia pernah kata, dia tak redha ditanggkap di bawah ISA. Dia sanggup serah jasad tanpa nyawa," katanya lagi.
Mengulas dakwaan dalam kertas putih, kononnya rumah Ustaz Ibrahim Libya menjadi tempat menyimpan senjata untuk tujuan revolusi, beberapa saksi lain turut menyanggah.
Radziah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pihak polis bertindak mengumpul parang dari seluruh rumah di kampung itu selepas kejadian itu berlaku, dan bukan parang yang terdapat di rumah Ustaz Ibrahim.
Dakwaan bahawa terdapat lebih 100 orang di rumah Ustaz Ibrahim ketika hari kejadian dengan bersenjata parang juga turut disanggah.
"Orang kampung, bila dengar lembu kena langgar, penuh orang keluar tengok.
"Ini pula orang nak ambik tok guru kita, tentu la kita datang nak tengok, bagaimana mereka nak ambik.
"Mereka ini ada kerja menebas, jadi mereka datang dari tempat kerja sambil pegang parang" katanya.
Pak Ucop kemudiannya menjelaskan, ketika kejadian tak lebih dari 40 orang berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim dan bukan seperti dilaporkan di dalam kertas putih itu.
Dalam kertas putih tersebut, Ustaz Ibrahim Libya juga didakwa memakai azimat dan mengamalkan ajaran khurafat kononya bagi tujuan ilmu kebal dan pelindung diri.
"Kalau pakai azimat, tak mati la. Tapi semua yang kena tembak itu mati.
"Maknanya tuduhan itu tak betul," kata salah seorang dari mereka.
Forum yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali petang tadi itu turut dihadiri lebih 1000 hadirin.
Malam ini pula akan berlangsung ceramah perdana oleh pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY 23/5/2014
Sumber HD - 23-5-2014
Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.
Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.
Sembilan saksi ditampilkan dalam forum ini iaitu Bekas Senator Datuk Mohammad Yusof Husin, Azmi Salim, Zaman Mahmud, Zakaria Abdul Rahman, Ramli Che Mit, Osman Salleh, Radziah Rozali, Aisyah Ahmad dan Tuan Guru Abdul Wahab Hassan.
Kesemua mereka adalah antara mangsa yang ditahan selepas berlakunya peristiwa hitam itu, serta balu-balu kepada mereka yang terkorban dalam insiden itu.
Mohammad Yusof, yang merupakan orang kanan kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, berkata fakta dalam kertas putih sengaja dibuat bagi menjustifikasikan tindakan pihak berkuasa yang telah menyebabkan 14 orang terkorban dalam insiden itu.
"Seramai 161 saksi diminta membuat kenyataan menggambarkan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang pengganas, mengajar ajaran sesat dan ingin menjatuhkan kerajaan secara revolusi bersenjata," katanya yang namanya disebut sebanyak 16 kali dalam kertas putih.
Beliau yang juga lebih mesra dengan panggilan Pak Ucop, turut dituduh sebagai ketua mujahidin, dan timbalan ketua gerakan revolusi dalam kertas putih itu.
Menurut Pak Ucop, punca sebenar peristiwa Memali berlaku adalah kerana ketegasan Ustaz Ibrahim Libya yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai akta zalim dan bercanggah dengan perinsip keadilan Islam.
"Dia pernah kata, dia tak redha ditanggkap di bawah ISA. Dia sanggup serah jasad tanpa nyawa," katanya lagi.
Mengulas dakwaan dalam kertas putih, kononnya rumah Ustaz Ibrahim Libya menjadi tempat menyimpan senjata untuk tujuan revolusi, beberapa saksi lain turut menyanggah.
Radziah berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pihak polis bertindak mengumpul parang dari seluruh rumah di kampung itu selepas kejadian itu berlaku, dan bukan parang yang terdapat di rumah Ustaz Ibrahim.
Dakwaan bahawa terdapat lebih 100 orang di rumah Ustaz Ibrahim ketika hari kejadian dengan bersenjata parang juga turut disanggah.
"Orang kampung, bila dengar lembu kena langgar, penuh orang keluar tengok.
"Ini pula orang nak ambik tok guru kita, tentu la kita datang nak tengok, bagaimana mereka nak ambik.
"Mereka ini ada kerja menebas, jadi mereka datang dari tempat kerja sambil pegang parang" katanya.
Pak Ucop kemudiannya menjelaskan, ketika kejadian tak lebih dari 40 orang berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim dan bukan seperti dilaporkan di dalam kertas putih itu.
Dalam kertas putih tersebut, Ustaz Ibrahim Libya juga didakwa memakai azimat dan mengamalkan ajaran khurafat kononya bagi tujuan ilmu kebal dan pelindung diri.
"Kalau pakai azimat, tak mati la. Tapi semua yang kena tembak itu mati.
"Maknanya tuduhan itu tak betul," kata salah seorang dari mereka.
Forum yang berlangsung di Madrasah Islahiah Memali petang tadi itu turut dihadiri lebih 1000 hadirin.
Malam ini pula akan berlangsung ceramah perdana oleh pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - HARAKAHDAILY 23/5/2014
Sumber HD - 23-5-2014
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat
ALOR SETAR: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam tadi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata jenazah Almarhum Tunku Annuar akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit di sini pukul 3 petang ini.
"Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit mulai pukul 1 petang hingga 3 petang bagi maksud memberi penghormatan terakhir," katanya ketika mengumumkan berita itu melalui siaran Kedah.fm di sini hari ini.
Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Asar.
Katanya jenazah Almarhum akan dibawa melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung, Jalan Langgar dan terus ke makam.
Sehubungan itu, Mukhriz berkata, bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini.
Beliau berkata tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Mei dan sepanjang tempoh berkenaan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, hari ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah. - Bernama
Sumber HD - 21-5-2014
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata jenazah Almarhum Tunku Annuar akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit di sini pukul 3 petang ini.
"Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit mulai pukul 1 petang hingga 3 petang bagi maksud memberi penghormatan terakhir," katanya ketika mengumumkan berita itu melalui siaran Kedah.fm di sini hari ini.
Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Asar.
Katanya jenazah Almarhum akan dibawa melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung, Jalan Langgar dan terus ke makam.
Sehubungan itu, Mukhriz berkata, bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini.
Beliau berkata tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Mei dan sepanjang tempoh berkenaan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, hari ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah. - Bernama
Sumber HD - 21-5-2014
Presiden PAS, Mat Taib di Himpunan Memali 23 Mei
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan penyokong untuk hadir pada Himpunan Keadilan Untukmu Memali pada 23 Mei nanti.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu himpunan tersebut bagi menjelaskan fakta sebenar pada peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 November 1985.
"Himpunan ini diadakan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada satu forum di kelantan pada 27 Mac lalu.
"Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan kepada rakyat khususnya penduduk Memali yang menjadi mangsa, kita ingin memberi penjelasan yang sebenar apa sebenarnya berlaku dari fakta yang dipesong," jelas beliau.
Antara yang akan hadir pada himpunan tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Selain beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, yang akan hadir adalah Senator, Datuk Mohamad Yusof Hussin yang merupakan saksi hidup peristiwa itu.
Mahfuz menjelaskan, pada perhimpunan tersebut, satu tayangan video pengakuan Musa itu akan ditayangkan untuk tatapan umum.
"Pada sesi parlimen nanti, saya akan berusaha untuk membawa keluarga mangsa peristiwa berdarah itu untuk bertemu dengan Musa.
"Kalau selama ini fakta yang tidak benar disebarkan, maka pertemuan itu nanti biar mereka mendengar sendiri dari Musa apa sebenar berlaku disebalik kejadian itu," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu kesal apabila kerajaan enggan menarik balik kertas putih yang didakwa bercanggah dengan fakta sebenar.
Himpunan Keadilan Untukmu Memali itu akan diadakan di sebuah madrasah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya. - HARAKAHDAILY 15/5/2014
Sumber HD - 15-5-2014
Setahun berlalu, BN gagal tadbir Kedah
SELEPAS genap setahun BN mengambilalih pentadbiran dari tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, harapan rakyat Kedah menggunung untuk melihat anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diberi mandat sebagai menteri besar, melakukan perubahan besar di negeri itu.
Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.
Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.
Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.
Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.
Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
- GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi mangsa.
- GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.
- GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.
- GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.
- GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.
- GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.
- GAGAL mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.
- GAGAL mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.
- GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.
- GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.
- GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
- GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
- GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.
- GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
- GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.
- GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.
- GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.
- GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.
- GAGAL menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.
- GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya
Sumber HD - 8-9-2014
Setahun BN tawan Kedah, mengapa MBku perlu 'disindir'
Hari ini ramai penyokong kuat Mukhriz yang bekerja kuat berhempas pulas untuk beliau menang semasa PRU dahulu kini merajuk dan membawa diri masing-masing apabila Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah. Memang tepat pendapat yang mengatakan di dalam politik tidak ada istilah kenang budi dan jangan diharap apa-apa dari orang politik.
Sesungguhnya satu tahun Mukhriz menjadi MB Kedah yang nampak ketara ialah dari seorang elitis kepada seorang yang waraq bekopiah lebai dan berjubah putih. Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 6-5-2014
Ubah tanah: Kenyataan MB Kedah dipertikai
ALOR SETAR: Pakatan Rakyat Negeri Kedah mempertikaikan kenyataan bercanggah yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semasa memberikan jawapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.
Menurut Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor), terdapat percanggahan dalam jawapan untuk soalan bertulis yang diberikan Mukhriz berkaitan fail-fail kelulusan permohonan ubah syarat tanah yang diluluskan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan hansard dewan pada sidang bajet tahun lalu.
Bercakap pada sidang media seusai sidang Dun hari ini, Phahrolrazi menjelaskan soalan yang dikemukakan untuk sidang hari ini adalah lanjutan daripada ucapan penggulungan Mukhriz pada sidang Bajet tahun lalu di mana fakta yang diberikan itu dipertikaikan kesahihannya.
"Pada masa itu saya bangun membantah dan memohon untuk dibuat semakan. Mukhriz menjawab pada masa itu hanya 282 fail yang diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama 5 tahun sedangkan bila BN mengambil-alih kerajaan, sebanyak 353 fail yang mereka berjaya selesaikan.
"Kita menghantar surat kepada Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membuat semakan, malangnya surat itu tidak berjawab dan dimaklumkan bahawa tiada kebenaran untuk membincangkan hal itu.
"Jawapan yang diberikan itu seolah-olah cuba memperlekehkan Pakatan Rakyat dan cuba memperlihatkan kelemahan membuat kerja untuk meluluskan permohonan ubah syarat tanah," jelasnya.
Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata dalam sidang Dun hari ini, jawapan kepada soalan bertulis beliau pula adalah berbeza dengan jumalah yang diberikan ialah sebanyak 686 fail sehingga sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu.
"Manakala jumlah kelulusan yang diberikan semenjak BN memerintah dari Jun 2013 sehingga 10 April lalu hanyalah 76 fail. Di dalam hansard dewan, dia menyebut sebanyak 353 fail. Mukriz juga menyebut bahawa banyak kes tertangguh sejak mereka mengambil-alih kerajaan, tapi yang mereka selesaikan hanyalah 76 fail.
"Kita nak tanya, yang mana satu kenyataan yang dibuat itu yang betul dan kalau hanya 76 fail yang selesai, maknanya tiadalah kes tertangguh dari kerajaan Pakatan Rakyat dulu.
"Jadi Pakatan Rakyat Kedah merasakan amat kesal dan kecewa dengan Menteri Besar atas percanggahan fakta yang diberikan di dalam Sidang Dun dan dilihat dia sendiri mempertikaiakan keshiahan dokumen rasmi dan cuba untuk memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat dulu, ini juga masalah integriti yang besar," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) berkata Sekretariat Wakil Rakyat Pekatan Rakyat Kedah akan menghantar surat kepada Mukhriz untuk memohon penjelasan keadaan yang sebenar dalam isu ini.
"Kita nak minta pengesahan bertulis daripada Menteri Besar, bukanlah sampai tahap nak minta dia memohon maaf secara terbuka tapi sebagai mengesahkan bahawa semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dulu, kita tidak pernah gagal melaksanakan tugas untuk memberikan kelulusan dalam kes-kes permohonan ubah syarat tanah," katanya. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Menurut Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor), terdapat percanggahan dalam jawapan untuk soalan bertulis yang diberikan Mukhriz berkaitan fail-fail kelulusan permohonan ubah syarat tanah yang diluluskan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan hansard dewan pada sidang bajet tahun lalu.
Bercakap pada sidang media seusai sidang Dun hari ini, Phahrolrazi menjelaskan soalan yang dikemukakan untuk sidang hari ini adalah lanjutan daripada ucapan penggulungan Mukhriz pada sidang Bajet tahun lalu di mana fakta yang diberikan itu dipertikaikan kesahihannya.
"Pada masa itu saya bangun membantah dan memohon untuk dibuat semakan. Mukhriz menjawab pada masa itu hanya 282 fail yang diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama 5 tahun sedangkan bila BN mengambil-alih kerajaan, sebanyak 353 fail yang mereka berjaya selesaikan.
"Kita menghantar surat kepada Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membuat semakan, malangnya surat itu tidak berjawab dan dimaklumkan bahawa tiada kebenaran untuk membincangkan hal itu.
"Jawapan yang diberikan itu seolah-olah cuba memperlekehkan Pakatan Rakyat dan cuba memperlihatkan kelemahan membuat kerja untuk meluluskan permohonan ubah syarat tanah," jelasnya.
Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata dalam sidang Dun hari ini, jawapan kepada soalan bertulis beliau pula adalah berbeza dengan jumalah yang diberikan ialah sebanyak 686 fail sehingga sebelum pilihan raya umum ke-13 lalu.
"Manakala jumlah kelulusan yang diberikan semenjak BN memerintah dari Jun 2013 sehingga 10 April lalu hanyalah 76 fail. Di dalam hansard dewan, dia menyebut sebanyak 353 fail. Mukriz juga menyebut bahawa banyak kes tertangguh sejak mereka mengambil-alih kerajaan, tapi yang mereka selesaikan hanyalah 76 fail.
"Kita nak tanya, yang mana satu kenyataan yang dibuat itu yang betul dan kalau hanya 76 fail yang selesai, maknanya tiadalah kes tertangguh dari kerajaan Pakatan Rakyat dulu.
"Jadi Pakatan Rakyat Kedah merasakan amat kesal dan kecewa dengan Menteri Besar atas percanggahan fakta yang diberikan di dalam Sidang Dun dan dilihat dia sendiri mempertikaiakan keshiahan dokumen rasmi dan cuba untuk memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat dulu, ini juga masalah integriti yang besar," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) berkata Sekretariat Wakil Rakyat Pekatan Rakyat Kedah akan menghantar surat kepada Mukhriz untuk memohon penjelasan keadaan yang sebenar dalam isu ini.
"Kita nak minta pengesahan bertulis daripada Menteri Besar, bukanlah sampai tahap nak minta dia memohon maaf secara terbuka tapi sebagai mengesahkan bahawa semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dulu, kita tidak pernah gagal melaksanakan tugas untuk memberikan kelulusan dalam kes-kes permohonan ubah syarat tanah," katanya. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Himpunan 1 Mei: PAS Kedah sedia 56 buah bas
KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 buah bas disediakan PAS Kedah kepada para penyokong dan ahlinya bagi mengikuti Himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur nanti.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam.
"Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang.
"Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya kepada Harakahdaily.
Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu.
"PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei.
"Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau.
Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
Sumber HD - 28-4-2014
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain bas terdapat juga mereka yang hadir menaiki kenderaan sendiri mahupun pengangkutan awam.
"Tambang dibayar sendiri oleh mereka antara RM50 hingga RM60 setiap seorang.
"Setakat ini 56 buah bas dan kita menjangkakan akan ada penambahan bas lagi," jelasnya kepada Harakahdaily.
Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menggesa agar organisasi PAS di seluruh negara terus menggerakkan ahli-ahli bagi memastikan lebih ramai yang hadir pada perhimpunan itu.
"PAS setiap negeri perlu terus menggerak jentera mereka bagi memastikan lebih ramai penyokong dan ahli mereka hadir pada 1 Mei.
"Ini yang kita ingin tunjukkan kepada kerajaan terhadap bantahan yang kita lakukan," sambung beliau.
Beliau yang memberi jaminan himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) itu akan berlangsung dengan aman dan meminta semua pihak yang hadir agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
Sumber HD - 28-4-2014
Universiti Antarabangsa Albukhary tak jadi tutup
- Apr 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.
"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana pada program Wacana Intelekual 2014 'Renaisans Melayu' di Auditorium RTM di sini Khamis.
Oleh yang demikian, perkara itu kini tidak lagi menjadi satu isu, katanya.
Mengenai faktor yang membawa keputusan penutupan AiU di peringkat awal pula, beliau berkata kementerian sentiasa memantau dan memastikan tidak ada perkara yang terkeluar daripada akta-akta tertentu bagi universiti swasta.
Ketika ditanya berhubung prestasi AiU, Idris berkata ia adalah isu yang berlainan namun kementerian sentiasa memantau supaya ia memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Mengulas berhubung pelajar AiU yang menyaman institusi itu, beliau berkata ia adalah isu dan masalah yang dihadapi antara kedua-dua pihak.
Pada 15 April lepas, enam pelajar AiU memfailkan saman terhadap universiti itu atas dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang memperuntukkan AiU perlu mengeluarkan notis penutupan dalam tempoh setahun.
Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilaporkan akan ditutup Jun ini.
AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan miskin dari seluruh dunia. - Bernama.
Sumber HD - 25-4-2014
Rumah aktivis PAS Jerai musnah terbakar
- Apr 18, 2014
- HARAKAHDAILY
YAN: Musibah menimpa bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jerai, Abdul Halim Kadir, 61 apabila rumah kayu dua tingkat yang dihuni bersama enam ahli keluarga musnah dijilat api dalam kejadian pukul 7.20 petang, 6 April lalu.
Kebakaran yang berlaku akibat litar pintas itu memusnahkan sama sekali rumah yang terletak di No. 34A, Batu 23, Jalan Yan, dekat sini.
Selain Abdul Halim, rumah itu turut dihuni isteri Abdul Halim, Saudah Jasin, 57; anaknya, Fadzil, 39; menantunya, Che Mastura Zulkipli, 40; Farhana Halim, 25; dan dua orang cucu, Muhammad Ammar Sajjad, 8 dan Nur Zahraa' Tohirah, 11.
Selain pernah menjawat jawatan di peringkat kawasan, Abdul Halim juga bekas Majlis Ketua Kampung (MKK) Titi Serong dan Ketua PAS Cawangan Kampung Titi Serong.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian itu. Kerugian dianggarkan RM180,000.
Orang ramai yang bersimpati dengan musibah yang menimpa Abdul Halim boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam (BIMB) no. 0208 4020 0920 63.
Sumber HD - 18-4-2014
Nasib malang institusi pendidikan di Kedah
- Apr 09, 2014
- ZULKIFLI YAHAYA
KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.
Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi?
Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.
Maktab Mahmud
Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.
Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.
Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.
Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.
Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.
Kisah AIU
Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.
AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.
AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.
AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.
Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?
Malang rakyat Kedah
Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya. Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).
Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan.
Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.
Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.
Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.
Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.
Sumber HD - 9-4-2014
Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
• Empat puluh tahun lalu, bumi Baling ini telah memahat sejarah, membuka mata tentang keperitan derita rakyat, sengsara dihiris kemiskinan.
• Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan-slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan.
• Derita rakyat makin parah dengan lonjakan kos sara hidup, peningkatan memuncak harga keperluan asas, bebanan kenaikan tarif elektrik dan bekalan air, saban tahun semakin berat.
• Tidak memadai dengan pengurangan subsidi, rampasan royalti, kenaikan kos insuran, pengangkutan, perubatan dan pendidikan tinggi, rakyat dipaksa berkorban lagi dengan kemunculan GST.
• Semua ini menambah sengsara, khususnya golongan penoreh dan pekebun kecil getah yang sedang terjerumus dalam kesukaran yang tiada kesudahan, akibat pendapatan mereka tidak lagi dapat menampung kos kehidupan harian.
• Kesejahteraan rakyat terus merosot apabila harga komoditi getah di ladang dibiarkan terus menjunam. Jurang pendapatan makin melebar antara penoreh dan pekebun kecil dengan pengilang, pemborong, dan syarikat-syarikat milik agensi yang bertanggunjawab menguruskan sektor ini;
• Tiada jaminan, tanpa rancangan pembelaan, manipulasi berleluasa, agensi dan syarikat menjadi super kaya, penoreh getah terus menerus sengsara.
MAKA, Peserta Himpunan Derita Rakyat 2.0, pada tanggal 5 April 2014, di Kupang, Baling Kedah Darul Aman, menegaskan bahawa:
1. Pembangunan Tanpa Kenaikan Kos.
Pembangunan negara tidak lagi berteraskan kenaikan kos sara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat, sebaliknya wajib berasaskan pemimpin yang amanah, pengurusan bebas rasuah, peningkatan integriti, kecekapan agensi dan anti kebocoran dan keborosan.
2. Harga Lantai RM4.00/kg.
Penetapan harga lantai komodoti getah di ladang pada kadar RM4 sekilogram harus dilaksanakan segera. Kadar ini wajar kerana kos pengeluaran sebenar yang ditanggung oleh penoreh/pekebun kecil adalah sebanyak RM3.20 sekilogram.
3. Caj Kilang Dikawal Oleh Kerajaan.
Kos pengilangan getah yang terlalu tinggi tidak boleh ditanggung oleh pekebun kecil sepenuhnya, sebaliknya ditentukan dengan campurtangan kerajaan melalui pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. Kadar maksima caj pengilang sewajarnya tidak melebihi RM1.00/kg, dikongsi bersama oleh pengilang dan pengeluar.
4. Sukatan DRC Secara Saintifik.
Dried Rubber Content (DRC) harus ditentukan secara saintifik. Lembaga Getah Malaysia (LGM) wajib menguatkuasakan penggunaan tolok penyukat DRC untuk mengelak manipulasi harga akibat penentuan kadar DRC berdasarkan andaian oleh peraih dan pengilang.
5. Hentikan Pemotongan Cukai Ses.
Pemotongan cukai ses, yang mengakibatkan pekebun kehilangan sebahagian pendapatan mereka wajar ditamatkan. Kos penyelididikan dan tanaman semula getah tidak boleh dibebankan kepada pekebun kecil melalui cukai ses, sebaliknya dana untuk tujuan ini diperuntukan daripada sumber lain.
6. Subsidi Tanaman Semula Getah.
Bantuan tanaman semula getah diberikan sebagai subsidi, seperti yang dinikmati oleh pesawah dan nelayan. Malahan subsidi telah lama dinikmati oleh banyak sektor lain termasuk sektor industri tenaga.
7. Subsidi Baja.
Selaras dengan kepentingan industri berasaskan komoditi getah, dan sumbangan besar sektor ini kepada pembangunan rakyat dan negara Malaysia, kerajaan wajar memberikan subsidi baja selama 25 tahun kepada semua pekebun kecil bagi memastikan produktiviti pokok getah dapat dikekalkan selama ia dapat memberikan pulangan kepada pekebun kecil.
8. Penentuan Harga Tidak Dikawal Spenuhnya Oleh Pengilang.
Mekanisme penentuan harga SMR20 tidak lagi hanya bergantung kepada tawaran harga pengilang-pengilang yang menganggotai Panel Penasihat Harga LGM, tetapi harus mengambiilkira kos dan kesan yang ditanggung oleh penoreh dan pekebun kecil.
9. Rombakan Besar-besaran Agensi.
Agensi-agensi yang dirubuhkan untuk menguruskan industri getah dan membantu pekebun kecil dan penoreh harus dirombak, kembali berfungis selari dengan matlamat penubuhannya. Agensi agensi kini telah dilihat lebih berorentasikan perniagaan dan keuntungan mereka sahaja.
10. Kepimpinan Baharu Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil Getah.
Pertubuhan dan persatuan yang mewakili pekebun dan penoreh tidak boleh dibiarkan menjadi lubuk meraih pengaruh, habuan dan kuasa politik. Kepimpinan yang ada kini telah menjadi berubah menjadi wakil pihak industri dan agensi, daripada fungsi sebenar menyuarakan tuntutan pekebun kecil.
Dimeterai di Himpunan Derita Rakyat 2.0, Baling Kedah Darul Aman
5 April 2014 / 5 Jamadil Akhir 1435
Oleh:
1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (PAS Kedah)
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
3. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
4. Democratic Action Party (DAP)
5. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
6. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
7. Penoreh
8. Turun
9. Himpun
10. SAMM
11. Anak
12. Royalti
13. Jingga 13
14. Belatani
15. Terap Care
16. Panglima
17. Prihatin Baling
18. Nurhikmah
19. Hapus
20. KERABAT
21. Anak Memali
22. AMEERAH
23. Suara Orang Kampong
Sumber HD - 7-4-2014
Kita tidak bermusim cinta pada Nabi – Presiden PAS
- Apr 06, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.
"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi.
Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main.
Kita tak bermusim dalam perkara ini.
"Ada orang ada masa sayang nabi sayang nabi, masa rasuah rasuah, masa umrah-umrah.
"PAS tak macam ini. Ini cakap kita kita inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi.
Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.
"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.
"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat
"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.
Walaupun hujan lebat namun hadirin tidak berganjak dari tempat program yang bermula sejak petang lagi.
Rakyat yang majoritinya petani datang mendengar ucapan pimpinan parti politik dan NGO yang memperjuangkan isu kejatuhan harga getah.
Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkaitan petani yang membelenggu mereka.
Sumber HD - 6-4-2014
Kenangan berkaki ayam ke himpunan Baling 1974
- Apr 06, 2014
- MOHD SABRI SAID
Ketika ditemui di Padang Awam, Keda, Kupang, dekat sini semalam, Mohd Kalam, 55 yang ketika itu berumur belasan tahun berkongsi pengalaman dengan Harakahdaily.
Mohd Kalam turut berucap di pentas bersama kepimpinan Pakatan Rakyat sempena Himpunan Baling 2.0 yang berlangsung petang semalam.
Berasal dari Kampung Guarban, Kupang, beliau mengimbau kenangan berkaki ayam berjalan bersama keluarga dan masyarakat kampung untuk berhimpun di Pekan Kupang.
Walaupun jarak perjalanan kira-kira 10 kilometer untuk menuju ke Pekan Baling, beliau mengakui tidak berasa letih kerana berjalan secara berkumpulan.
Bermula seawal jam 8.00 pagi di Kupang, Mohd Kalam dan penduduk kampung sampai di pekan Baling dua jam kemudian.
"Saya masih ingat lagi hari itu hari Selasa 3 haribulan Disember 1974. Tidak sangka orang kampung berpusu-pusu ke jalan utama menuju ke Baling menunjukan ketidakpuasan hati penoreh apabila harga getah jatuh teruk, " ceritanya ringkas.
Sumber HD - 6-4-2014
Lebih 10,000 hadiri Himpunan Baling 2.0
- Apr 06, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM | izwan@harakah.net.my
(gambar omakkau.blogspot.com)
Hujan yang turun dan keadaan tanah berair tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.
Ini membuktikan solidariti terhadap luahan rasa dan rintihan rakyat khususnya para penoreh getah yang turun berhimpun sebagai mengenang nostalgia 40 tahun dahulu Demonstrasi Baling 1974.
Ucapan malam tadi dimulai dengan gimik dari badan bukan kerajaan (NGO) R (Royalti) diikuti pengkisahan oleh Mohd Kalam Md Hashim, 54 tahun iaitu penduduk Baling yang pernah menyaksikan peristiwa bersejarah 1974 itu.
Berucap pada malamnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Terdahulu pada petangnya diadakan sesi pidato oleh NGO-NGO antaranya R, Belatani, Turun dan ramai lagi.
Bagaimanapun hujan lebat turun sekitar jam 5:30 petang menyebabkan hadirin berselerakan mencari tempat berteduh.
Sumber HD - 6-4-2014
Himpunan Derita Rakyat 2.0 imbau Demonstrasi Baling 1974
- Apr 05, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA | FOTO SABRI SAID
BALING: Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 siang tadi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah.
Rata-rata pemimpin dalam ucapan mereka menceritakan kembali kisah demonstrasi Baling yang berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun sudah 40 tahun berlalu namun keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah sehingga munculnya himpunan pada hari ini.
"Keadaan tak bertambah baik selepas 40 tahun peristiwa di Baling dahulu.
"Suara dari Baling hari ini akan menjadi suara keramat untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan dalam isu harga getah ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pula dalam ucapannya berkata, peranan mahasiswa 40 tahun dahulu sangat kuat sehingga berjaya menghimpunkan para aktivis turun ke Baling membela nasib petani.
Menurutnya, pada 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan.
Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.
"40 tahun lalu Anwar dan mahasiswa yang lain sanggup datang ke Baling untuk berdemo isu petani.
"Mereka datang bukan sahaja bas universiti tapi dengan motorsikal.
"Akibat demo ramai ditangkap termasuk Anwar dan Syed Husin Ali dan dikenakan ISA.
"Himpunan hari ini hantar mesej yang jelas bahawa kalau tak ambil tindakan segera banyak lagi himpunan akan berlaku," katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.
Himpunan bermula jam empat petang dan berhenti sebentar untuk solat Asar berjemaah dan disambung dengan ucapan wakil-wakil NGO berkaitan isu petani, penternak dan nelayan.
Sebelum itu, kira-kira 50 buah motosikal ditunggang anak muda berkonvoi mengelilingi pekan Baling sambil membawa kangkung sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pekebun kecil, petani, dan nelayan dari beberapa daerah hadir membajiri padang bagi menyatakan kemarahan berhubung kejatuhan harga getah dan isu-isu petani yang lain.
Sumber HD - 5-4-2014
Jangan bertangguh buat maaruf – Presiden PAS
- Apr 05, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini.
Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.
Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.
Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal.
Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT.
Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh.
Selain itu, perjuangan juga hurai beliau, perlu digerakkan bersama agenda kebajikan meliputi segala aspek muamalah manusia dan dalam mengurus semua itu baik berhadapan cabaran dalaman mahupun luaran, mestilah dihadapi dengan sabar kerana sabar itulah sifat takwa.
Demikian itu, tegas Ustaz Abdul Hadi, jangan ditangguh segala gerakerja perjuangan dengan alasan berkaitan masa.
Mengakhiri pembentangan, beliau menghuraikan kepentingan untuk saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran serta kesabaran.
Sumber HD - 5-4-2014
Pemuda PAS mesti cenderung tambah ilmu - Khalil
- Apr 05, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
BALING: Pemuda PAS mesti cenderung untuk menambah ilmu pengetahuan agar mampu menghadapi cabaran perjuangan ini, demikian seru Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian pada Liqa' Pemuda Bersama Presiden PAS di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil hari ini.
Ujarnya, ilmu tersebut mesti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah agar menjadi pemuda yang haraki menerusi keterlibatan dalam jamaah.
Terdahulu, beliau mengimbas kematian beberapa tokoh ulama dalam dan luar negara yang disifatkan beliau perkara sangat perlu diingati pemuda sebagai peringatan mengenai pengangkatan ilmu oleh Allah SWT.
Ilmu juga katanya, penting kerana musuh juga pada hari ini telah menunjukkan kecenderungan mereka kepada ulama agar pemuda tidak terpedaya sikap mempergunakan ulama seperti dilakukan Umno.
Lebih 1,000 anggota Pemuda PAS dari seluruh negara hadir pada liqa' ini bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: Baling 2.0 pada sebelah petang dan malam ini.
Sumber HD - 5-4-2014
RM8 juta diperlukan tambah baik Kompleks PAS Kedah
- Apr 05, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
RM6 juta diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan manakala RM2 juta untuk membeli bahan binaan.
Bagi tujuan tersebut, PAS Kedah menganjurkan majlis makan malam bagi mengutip dana di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kompleks PAS Kota Sarang Semut, malam tadi.
Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyempurnakan gimik pelancaran dana bangunan yang akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar.
Beliau dalam ucapannya menegaskan, setiap sumbangan yang diberikan bagi perjuangan Islam memberikan kesan yang besar kepada masa depan Islam.
"Perjuangan memerlukan sumbangan kewangan, jiwa dan rasa.
"Setiap sumbangan kita akan memberikan fadilat yang besar apabila mati nanti," katanya.
Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan timbalannya Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.
Sementara itu, PAS Kawasan Sungai Petani diumumkan sebagai kawasan yang paling banyak membeli meja iaitu sebanyak 10 meja.
"Terima kasih dan tahniah kepada PAS Sungai Petani yang menunjukkan komitmen untuk mengutip dana," katanya.
Makan malam tersebut mensasarkan kutipan sebanyak RM20,000.
Sumber HD - 5-4-2014
Memali: Moga namamu disambut penghuni langit nan tinggi
- Apr 02, 2014
- AZAMIN AMIN
Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.
Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.
Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.
Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.
Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.
Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.
Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.
Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.
Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.
Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.
Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.
Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.
Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir, 13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.
Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.
Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.
Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-Allah syahid hendaknya."
Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui Tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.
Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.
Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.
Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.
Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.
Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.
Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.
Beliau kembali menemui Tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.
Kemudian kisah seharian itu melabuhkan tirainya pada petang itu.
Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.
Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu, daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.
Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.
Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.
Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari.
Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.
Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.
Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.
Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.
Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.
Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.
Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.
Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.
"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya.
Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.
Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.
Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun diizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.
"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini. Setelah cedera, saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.”
Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang, “Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini," katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.
Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.
Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.
Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seorang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.
Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.
Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.
Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.
Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. As-syahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya. As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970-an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa as-syahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.
Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.
Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.
"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah... serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.
Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.
Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.
Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.
Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.
Ya, tidak lama lagi, kawasan sekitar medan tempur dan Kampung Memali ini akan kembali hiruk pikuk dengan sambutan umat manusia. Bukan lagi untuk mengadap atau mengharung hujan peluru dan kepulan asap putih yang kemudiannya meragut nyawa, tetapi riuh dengan kehadiran gelombang limpahan para pejuang taat setia kepada perjuangan Islam.
Sumber HD - 2-4-2014
Seminar elak salah tanggapan bukan Islam malam ini
- Feb 25, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Sungguhpun Islam telah bertapak ratusan tahun lampau dan menjadi agama rasmi negara ini di samping dukungan pelbagai institusi, tetapi Islam masih terhijab oleh tindak tanduk orang Islam itu sendiri.
Lantaran kecetekan ilmu, tiadanya kesedaran mengembangkan dakwah juga kepandiran politik perkauman yang membelenggu, menatijahkan indeks persepsi dan hubungan agama serta kaum semakin merenggang.
Atas tanggung jawab mengekang jurang itulah, PAS Kedah mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Islam Rahmat Untuk Semua: Metodologi Siasah Dan Dakwah Untuk Non-Muslim hari ini, bermula jam 9 malam di Kompleks PAS Kedah.
Sehubungan itu mereka yang berminat khususnya dari kalangan pimpinan, aktivis, penyokong dan pendokong PAS dipelawa menyertai seminar yang akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan penceramah khas, Shah Kirit Kakulal Govindji.
Menurut Pengarah Program, Mohd Nazimi Ismail seminar ini dipentaskan bertujuan mewujudkan suatu metod interaksi hubungan antara agama yang lebih berkesan dengan melihat kepada sumber agama itu sendiri tanpa hanya melihat kepada ‘pengamalan’ penganut agama itu sahaja di mana dengan itu akan memberi persepsi salah tanggapan non-Muslim terhadap Muslim.
“Seminar ini sangat baik diadakan dengan matlamat jangka panjang mengatasi masalah kecetekan salah non-Muslim terhadap Islam itu sendiri dari aspek dakwah dan politik bahkan mampu memberikan persepsi bahawa Islam adalah Rahmat Untuk Semua – Islam For All.
“Sesungguhnya Islam tidak hanya untuk sesuatu bangsa sahaja, namun Islam Islam datang untuk menyelamatkan keseluruhan manusia bagi mencapai impak kebahagiaan di alam yang seterusnya,” terangnya.
Sumber HD - 25-2-2014
2,000 penoreh demo tuntut harga lantai getah RM4
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
PADANG TERAP: Hampir 2,000 penduduk yang terdiri daripada penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka di sini semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak.
Mereka adalah sebahagian rakyat Malaysia dan rakyat Kedah khususnya yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan mendadak harga getah sejak beberapa bulan lalu.
Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.
Pelbagai spanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN".
Dalam pada itu, mereka turut mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.
Pada kebiasaan kata Suhaizan, pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ianya masih dibawah paras kemiskinan.
"Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang dari itu.
"Pada tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM2.40.
"Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, "katanya.
Bagi Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria pula, kerejaan perlu segera bertindak menangani kemelut harga getah ini.
"Pemuda Kedah mengingatkan bahawa mungkin Demonstrasi Baling 1974 yang berlaku 40 tahun dahulu akan berulang jika kerajaan tidak bertindak segera," kata beliau.
Himpuna semalam adalah kali ketiga diadakan. Sebelum ini himpunan serupa diadakan di beberapa tempat termasuk di Baling.
Himpunan tersebut semalam turut disokong NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) di mana presidennya, Sulaiman Ibrahim turut hadir.
Sumber HD - 20-2-2014
Nostalgia 40 tahun demonstrasi Baling 5 April
- Feb 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: PAS Kedah akan menganjurkan himpunan 'Nostalgia 40 tahun Demonstrasi Baling' pada 5 April depan di Baling bagi mengenang kembali apa yang dialami oleh masyarakat sebelum ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media semalam berkata, 40 tahun lalu rakyat Baling telah hidup dalam kemiskinan, namun senario yang dihadapi oleh rakyat sebelum ini tidak berubah apabila rakyat tetap miskin akibat daripada kos sara hidup yang semakin meningkat.
"40 tahun lalu rakyat hidup dalam kemiskinan, namum sehingga sekarang setelah 40 tahun keadaan itu tidak berubah, kemiskinan terus melanda penduduk di sana akibat daripada kos sara hidup yang semakin meningkat," jelasnya di Pejabat Agung PAS.
Tambah beliau lagi, kemiskinan bukan hanya melanda penduduk di sekitar Baling sahaja tetapi ia berlaku di seluruh negara.
"40 tahun tanpa ada sebarang perubahan kepada rakyat, kesempitan hidup terus dihadapi oleh mereka dan seluruh rakyat negara ini.
"Sepatutnya 40 tahun rakyat menikmati kesenangan tapi ternyata itu semua meleset apabila tekanan sara hidup terus dihadapi mereka, kerajaan tidak pernah merancang satu insentif jangka panjang dalam memberi kesenangan kepada rakyat.
"Apa yang dilakukan kerajaan hanya menaikkan harga barang dan kadar kos, demi kepentingan pihak tertentu," sambung beliau.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga turut memberitahu pihak penganjur akan mengumpulkan ke semua individu yang terlibat dalam demonstrasi Baling sebelum ini termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita akan pastikan individu yang terlibat pada demostrasi Baling akan turut sama dalam himpunan nostalgia itu.
"Ini sebagai simbolik kita untuk mengenangkan apa yang berlaku untuk tatapan seluruh rakyat negara ini," jelas beliau.
Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu menasihati kerajaan agar lebih peka dengan kesempitan hidup yang dihadapi oleh rakyat agar peristiwa demonstrasi itu tidak lagi berulang.
Sumber HD - 18-2-2014
Mukhriz tertekan hadapi pendedahan penyelewengan
- Feb 02, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.
"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?
"Sebagai pihak yang sedang memimpin sebuah kerajaan, beliau sepatutnya mempunyai kekuatan menjelas dan menerangkan hal sebenar.
"Bukan melontarkan amaran dan ugutan kerana sikap itu dilihat tidak matang dan kebudak-budakan," bidas Nasir.
Ujarnya, ugutan itu juga menunjukkan sifat tidak profesional dan telus Mukhriz kerana boleh dianggap melindungi penyelewengan atau salah urus tadbir jika benar dakwaannya itu wujud.
Tegas Nasir, Pemuda PAS Kedah tidak akan berkompromi dan sekali-kali bimbang dengan ugutan itu, sebaliknya akan terus mendedahkan segala bentuk salah urus tadbir dan penyelewengan kerajaan.
"Ini bukanlah serangan politik, tetapi menyatakan hak rakyat yang telah dilakukan secara tidak sepatutnya.
"Tugas parti politik dan NGO adalah sebagai 'check and balance' kerana kerajaan adalah milik rakyat. Kami bertanggung jawab memastikan rakyat mendapat maklumat sebenar mengenai urus tadbir kerajaan.
" Pada ketika ini kami terus menjejak dan menyiasat segala maklumat disalurkan kepada kami," maklum beliau.
Mukhriz dalam reaksinya kelmarin melontarkan amaran akan membuka fail lama di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebelum ini sekiranya beliau terus diserang dengan dakwaan-dakwaan penyelewengan.
Sumber HD - 2-2-2014
Amiruddin cabar Mukhriz lapor SPRM jika ada bukti
- Feb 02, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.
Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.
"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Datuk Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak, bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.
"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.
"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.
Sumber HD - 2-2-2014
Penduduk enam kampung rayu Kerajaan BN Kedah henti pembalakan
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk dari enam buah kampung yang berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakkan itu diteruskan.
Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.
"Kami mahu Menteri Besar tegas tidak membenarkan kerja-kerja pembalakkan diteruskan di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang hanya satu kilometer dari perkampungan KEDA Kemangi," katanya ketika ditemui di Kampung Keda Kemangi di sini, petang semalam.
Kampung terlibat ialah kampung KEDA Kemangi, Kemangi, Bendang Baru, Padang Lengkuas, Kuala Kuang dan Padang Dan yang menempatkan sebanyak 350 keluarga dengan lebih 2,000 penduduk. - Bernama
Sumber HD - 24-1-2014
Balak: PR Kedah gesa SPRM siasat penyelesaian ‘pelik’
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pembangkan Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat kes ini.
Siasatan ini tegasnya amat penting kerana pihaknya amat meragui proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006 itu.
"Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah RM2.5 juta.
"Bagi kami, penyelesaian ini adalah suatu tindakan yang amat pelik memandangkan Syarikat BDB sebelum itu telah melantik peguam bagi mewakili mereka dan BDB dikatakan berpeluang cerah menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.
Berdasarkan maklumat pihaknya, syarikat ini telah mendapat tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional yang sepatutnya diperoleh syarikat yang lain.
Selepas kerajaan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, syarikat pembalakan ini telah menyaman BDB atas alasan BDB telah melanggar kontrak.
BDB yang bukan menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan telah bertindak melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.
BDB adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di papan pertama Bursa Malaysia dan pemegang saham yang terbesarnya ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). PKNK dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah.
Selepas beberapa kali perbicaraan kes dijalankan, sekali lagi Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 2013.
Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah RM2.5 juta.
"PKNK yang mewakili kepentingan rakyat Kedah yang mempunyai wakil di dalam Lembaga Pengarah BDB juga sepatutnya bertindak bagi kepentingan rakyat Kedah dengan menghalang penyelesaian ini," katanya yang juga Adun Anak Bukit.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) yang diketuai Sulaiman Ibrahim untuk terus mendedahkan penyelewengan balak ini.
Mereka meminta kerajaan negeri menjelaskan status aktiviti pembalakan yang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.
Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasn berhampiran Lebuhraya Tekih dari Durian Burung melalui Galau ke Baling.
Sumber HD - 23-1-2014
- Jan 23, 2014
- ZULKIFLI YAHAYA
Ir Amiruddin (empat dari kiri) menunjukkan dokumen berkaitan pada sidang media yang turut dihadiri pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri dan aktivis Panglima.
Desakan itu dibuat Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam satu sidang media bersama Dewan Pemuda PAS Kedah dan Pertubuhan Angkatan Muda Bersama Ulama (Panglima) yang diadakan di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.
“Kami amat meragui proses penyerahan tender balak kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006. Syarikat ini memperolehi tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional, sedangkan ada syarikat lain yang lebih layak,” ujarnya.
Menurut Amiruddin, selepas kerajaan negeri bertukar tangan pada 2008, syarikat pembalakan tersebut telah menyaman BDB atas alasan melanggar kontrak.
BDB adalah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan tidak menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan.
“Selepas beberapa kali perbicaraan dijalankan, kerajaan bertukar semula kepada BN pada PRU 2013 dan secara ‘amat ganjil’ BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran sebanyak RM2.5 juta,” ujarnya.
Amiruddin mempersoalkan pihak yang membuat arahan supaya penyelesaian di buat di luar mahkamah sedangkan perbicaraan telah berlangsung sekian lama.
Beliau mahu tahu sama ada arahan itu datang daripada Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PKNK atau mana-mana ahli lembaga pengarah.
Sepanjang pengetahuan beliau, BDB mempunyai asas yang cukup kuat untuk memenangi kes tersebut.
“Adakah peguam yang membela kes ini termaklum dengan keputusan BDB itu? Mukhriz kena jelaskan semuanya kerana antara pemegang saham PKNK adalah rakyat Kedah kerana PKNK adalah milik kerajaan negeri Kedah.
“Rakyat berhak mendapat penjelasan setelah RM2.5 juta duit rakyat hangus begitu saja,” tegasnya.
Menurut Amiruddin, di awal pentadbiran Pakatan Rakyat keuntungan yang dicatat BDB adalah di sekitar RM16 juta namun meningkat kepada RM30.6 juta pada akhir 2012.
Tambah beliau, tidak wajar keuntungan BDB dihabiskan oleh pentadbiran BN begitu sahaja melalui penyelesaian kes di luar mahkamah.
“Kita memandang serius kes ini dan akan melaporkan kepada SPRM supaya menyiasat jika terdapat sebarang penyelewengan yang berlaku seterusnya mengambil tindakan,” tegasnya.
Sementara itu Amiruddin terus mempersoalkan tindakan Mukhriz melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Izham Yusof yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan dalam beberapa buah syarikat oleh Juruaudit Khas Kementerian Kewangan.
“Sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan BDB mulai 1 Februari 2014 ini, beliau sudahpun dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas BDB sekitar bulan September 2013.
“Bulan September beliau dilantik, bulan Disember berlaku penyelesaian kes di luar mahkamah.. .
Apakah ada kaitan keputusan yang dibuat dengan masuknya individu ini dalam BDB?” soal Amiruddin.
Sumber HD - 23-1-2014
Pembalakan Tekih: Mengapa Mukhriz masih membisu?
- Jan 22, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: PAS Kedah terus menuntut penjelasan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berhubung isu pembalakan yang berlaku di sepanjang Lebuhraya Tekih (Trans Eastern Kedah Interland Highway).
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya amat meragui proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006 itu.
"Kami semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan PANGLIMA, merasa amat dukacita dan merakamkan kekesalan dengan sikap membisu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah terhadap isu ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria pernah mendedahkan bahawa dari Cina syarikat tersebut mendapat tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional yang sepatutnya diperoleh syarikat lain.
Bagaimanapun berlaku masalah sehingga syarikat tersebut dikatakan telah menyaman anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman Berhad (BDB), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Selepas kerajaan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, syarikat pembalakan ini telah menyaman anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB) atas alasan BDB telah melanggar kontrak.
BDB yang bukan menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan telah bertindak melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.
Selepas beberapa kali perbicaraan kes dijalankan, sekali lagi Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 2013.
Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah Ringgit Malaysia 2.5 juta.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) yang diketuai Sulaiman Ibrahim untuk terus mendedahkan penyelewengan balak ini.
Mereka meminta kerajaan negeri menjelaskan status aktiviti pembalakan yang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.
Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasan berhampiran Lebuhraya Tekih dari Durian Burung melalui Galau ke Baling.
Sumber HD - 22-1-2014
No comments:
Post a Comment