Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Majlis makan malam sempena pelancaran Tabung Amal Malaysia
KUALA LUMPUR: Bagi membantu melengkapkan peralatan keselamatan dan kecemasan Unit Amal Malaysia, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan melancarkan Tabung Amal Malaysia pada satu majlis makan malam di Gelanggang Bola Keranjang, SS3, Kelana Jaya, 8 Jun akan datang.
Program yang bermula jam 8.00 malam itu akan turut dihadiri para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO).
Unit Amal adalah unit sukarelawan Pemuda PAS yang ditubuhkan pada 1991 dan kini mempunyai 3,000 ahli di seluruh negara.
Anggota Unit Amal dilatih melalui kursus kepemimpinan dikendali bekas anggota tentera dan guru.
Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk membentuk jati diri generasi muda dan mengembalikan nilai-nilai kebajikan dan sukarelawan umat lslam.
Antara tugas-tugas yang dilaksanakan anggota Unit Amal adalah menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat ketika berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh, mencari mangsa yang hilang sama ada di hutan, sungai, lombong dan sebagainya.
Anggota Unit Amal juga membantu kawalan keselamatan dan ketenteraman awam pada sesuatu majlis, melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan membaik pulih rumah mangsa bencana.
Unit Amal juga telah membuktikan komitmen, dedikasi dan profesionalisme mereka dalam menjalankan tugas dalam beberapa program besar seperti Himpunan Bersih dan Himpunan Anti- GST.
Ahli-ahli Unit Amal turut bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Johor, Terengganu, Kedah dan Pahang sehingga mendapat jolokan "Tentera Merah".
Orang ramai yang berhajat untuk menyertai majlis makan malam sempena pelancaran Tabung Amal Malaysia boleh menghubungi Johari (019-711 6300), Fakhrulrazi (019-231 6539) dan Kamarul (019-288 3829).
Harga tiket bagi satu meja bernilai RM20,000; RM10,000; RM3,000 dan RM 1,000.
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Tabung Amal Malaysia 8601 9135 58 (Bank CIMB). - HARAKAHDAILY, 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014

Banjir: Maybank Islamic, Yayasan Amal sumbang rumah
KEMAMAN: Tiga keluarga yang kehilangan rumah mereka akibat banjir besar di sini Disember lepas menerima bantuan rumah bernilai RM170,000 daripada Maybank Islamic Bhd dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu hari ini untuk membina rumah baru mereka.
Untuk pembinaan rumah yang telah siap itu sebanyak RM100,000 disalurkan oleh Maybank Islamic Bhd sebagai sumbangan tanggungjawab sosial korporatnya manakala baki RM70,000 adalah sumbangan oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu hasil kutipan derma yang dianjurkan.
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu Dr Suhazeli Abdullah (gambar) berkata pembinaan tiga buah rumah itu bermula sebaik sahaja pihaknya mendapat persetujuan dari Maybank Islamic Bhd untuk menampung separuh dari kos perbelanjaan tiga buah rumah terbabit pada 22 Disember lalu.
"Alhamdulillah, usaha kecil ini diharap mampu memberi keselesaan kepada tiga keluarga ini dalam meneruskan kehidupan mereka selepas dilanda banjir yang sangat dahsyat tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah itu kepada Mohd Asri Yahya di Kampung Teladas di sini hari ini.
Dua lagi penerima ialah Jasmi Ahmad dari Kampung Teladas dan Juhari Jusoh dari Felda Seberang Tayor.
Suhazeli berkata kos pembinaan rumah Mohd Asri ialah RM70,000 manakala dua lagi rumah masing-masing bernilai RM50,000 setiap satu.
"Kita bina rumah Mohd Asri ini agak besar sedikit kerana beliau seorang guru yang mengajar al-Quran di kampung ini...jadi kita perbesarkan rumahnya bagi membolehkan aktiviti itu berjalan dengan lebih selesa," katanya.
Sementara itu wakil Maybank Islamic dari Kuala Lumpur Nor Azlan Jusoh berkata sumbangan itu adalah keprihatinan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Bagi Mohd Asri pula pembinaan rumah baharunya itu memberi makna yang sangat besar buat mereka sekeluarga kerana pendapatannya sebagai pekerja kontrak hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan harian sahaja.
"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki rumah baharu ini..hanya ucapan terima kasih saya mampu rakamkan kepada Maybank dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu," kata bapa kepada enam anak ini. - Bernama
Sumber HD - 16-5-2014

Dakwaan bergaduh, Unit Amal beri penjelasan
KUALA LUMPUR: Selepas tersebarnya berita kekecohan sewaktu himpunan membantah GST semalam, Unit Amal hari ini tampil memberi penjelasan.
Pengarah Jabatan Amal Malaysia (Selangor), Khairil Anuar Ismail berkata kejadian berlaku disebabkan cubaan memasuki kawasan padang oleh sekumpulan kecil 'peserta' dan tindakan mengganggu acara himpunan dengan membuat bising oleh kumpulan sama.
Beliau berkata Jabatan Amal Malaysia ditugaskan untuk menjaga kelancaran himpunan dari aspek keselamatan termasuklah antara perkara pentingnya adalah memastikan peserta tidak memasuki kawasan padang yang menjadi antara syarat utama kebenaran himpunam diberikan.
"Saya mengambil tanggungjawab untuk menjawab tohmahan seperti yang tersiar meluas di laman web dan media sosial kerana anggota Jabatan Amal dari Selangor berada di semua lokasi berkumpul pada Himpunan GST semalam.
"Tindakan memukul mereka tidak berlaku sama sekali tetapi kami hanya berusaha menyuraikan mereka dan kami juga cuba menenangkan sekumpulan peserta lain yang mula membalas kata kata makian mereka kepada kami sehingga berlaku sedikit ketegangan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Mengulas gambar peserta yang didakwa luka akibat kekecohan itu, Khairil Anuar berkata ia mungkin akibat tolak menolak yang berlaku sewaktu cuba menyuraikan mereka.
"Cuma saya katakan, ramai peserta yang datang untuk berhimpun dengan baik, mereka datang dan pulang dalam keadaan yang harmoni pada hari tersebut. Kenapa ada seorang yang luka? Apa yang dia telah buat," soalnya?
Dalam pada itu beliau turut menafikan pasukan Unit Amal terlibat dalam satu lagi insiden pada sebelah malam selepas himpunan berlangsung.
Katanya, tiada anggota Unit Amal bernama Anuar dari kawasan Pandan seperti didakwa terlibat dalam insiden tersebut.
"Berkuasa betul mereka yang terlibat menyerang pada malam tersebut dengan hanya menunjukkan kad keahlian Amal, pihak polis boleh dihalau, logik ke?
"Kami mendesak pihak yang menuduh menyerahkan bukti kepada kami dan pihak berkuasa kerana kami tidak sesekali akan bersekongkol dengan perbuatan sebegini," jelasnya.
Katanya, anggota Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal tidak pernah dilatih atau melatih anggota untuk melakukan tindakan seperti dituduh.
"Bahkan ketika bertugas kami pernah dipukul, diludah, dicaci maki tetapi kami mengambil pengajaran dari akhlak Rasulullah dalam menghadapi perbuatan sebegini.
"Apa sahaja kerja buat kami dan apa yang kami hadapi, kami hanya mengharapkan pembalasan dari Allah. Redhanya yang kami buru," ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/5/2014
- Apr 27, 2014
- JEPIARDY
HULU LANGAT: Bekas Komandan Unit Amal PAS Kawasan Hulu Langat Rusli Abdullah dan keluarga yang menetap di Kampung Jalan Enam Kaki tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau menjelaskan keluarganya kehilangan banyak barangan peribadi akibat kebakaran tersebut.
"Mereka kini amat memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai, terutamanya keperluan barangan sekolah untuk anak-anaknya meneruskan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, buku sekolah dan alat tulis,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.
Rusli bersama isteri dan enam orang anaknya yang berumur antara setahun hingga 19 tahun kini menumpang sementara di bilik gerakan PAS berhampiran sementara menanti bantuan untuk membina semula rumahnya.
Selain Ahli Parlimen Hulu Langat, jiran-jiran sekampung dan rakan taulan turut menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang barangan berbentuk pakaian dan makanan.
Bagi tujuan sumbangan kewangan untuk keluarga berkenaan, boleh menghubungi Pengarah PAS Dun Semenyih, Nazar Abd Latiff di talian 019-275 4151.
Segala sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank PAS MTD Beranang 555087100220. - HARAKAHDAILY 27/4/2014
Sumber HD - 27-4-2014
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusinya, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya sebelum ini telah membina telaga tiub itu di Olak Lempit di Hulu Langat bagi membantu masyarakat mendapatkan air.
Kawasan itu antara beberapa kawasan di Selangor terjejas teruk ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat.
"Kita juga buat tube well (telaga tiub) itu di kawasan Balakong, yang kita kira antara kawasan yang sangat padat penduduk.
"Ini antara tindakan Yayasan Amal Selangor yang kita boleh buat untuk bantu sedikit masyarakat dalam isu ini," katanya.
Isu air melanda kebanyakan negeri di Malaysia ekoran cuaca kering dan tiada hujan sejak dua bulan lalu.
Keadaan kering ini dijangka melanda negara sehingga penghujung Mac ini. Beberapa negeri telah melaksanakan catuan air berdepan masalah ini.
Sumber HD - 2-3-2014
- Feb 16, 2014
- LATFI HARUN
KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar kawasan Cheras dan Balakong yang menghadapi gangguan bekalan air berterima kasih kepada pasukan Unit Amal yang gigih memberi khidmat bantuan bekalan air kepada mereka.
Kerja-kerja penutupan Loji Rawatan Air Batu 11 Cheras telah meyebabkan gangguan bekalan air selama beberapa hari di kawasan sekitar, antaranya di Taman Impian Ehsan, Taman Setia Balakong, Taman Impian Indah, Taman Cheras Jaya, Desa Ria, Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn dan Alam Damai.
Lebih 100 anggota Amal Serdang dengan menggunakan lori dan 4WD sendiri yang dipasang tangki air yang disumbangkan telah digerakkan dalam operasi itu, yang turut dibantu pasukan Unit Amal Selangor dan penyelarasan bersama Pejabat Adun Balakong dan Bangi, PAS Cawangan dan persatuan penduduk.
Pihak Unit Amal menumpukan agihan bekalan air di kawasan-kawasan yang belum menerima bekalan air daripada lori tangki Syabas dan MPKJ, membantu mengangkat air ke rumah warga emas dan orang kurang upaya, serta meneruskan operasi agihan sehingga jam 2 pagi.
Jumlah rumah flat dan pangsapuri yang banyak di sekitar kawasan itu menyulitkan misi agihan bekalan air, namun dapat diringankan hasil kerjasama semua pihak.
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji kesungguhan anak-anak muda berbaju merah ini, datang membawa air dengan lori sendiri, mengawal orang ramai yang mengerumuni, dan terus meneruskan khidmat sehingga awal pagi.
Difahamkan, pihak Syabas telah memaklumkan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat dalam masa terdekat, namun pihak Unit Amal masih meneruskan khidmat di kawasan terjejas.
Sumber HD - 16-2-2014
Polis beri kepercayaan Unit Amal PAS kawal lalu lintas
- Jan 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.
Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves.
Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok.
Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusian ketika banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu.
Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani kawan dan lawan.
Pasukan ini juga, sentiasa menjadi tulang belakang kepada kawalan keselamatan beberapa himpunan besar anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.
Selain himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, terbaru pasukan ini juga menjadi barisan hadapan mengawal perarakan himpunan Turun pada malam sambutan tahun baru 31 Disember lalu.
Sumber HD - 16-1-2014
No comments:
Post a Comment