Ketagihan arak punca 3.3 juta kematian
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan sejumlah 3.3 juta kematian atau 5.9% daripada jumlah kematian bagi tahun 2012 berpunca daripada ketagihan alkohol (arak).
Dalam laporan bertajuk "Status laporan global berkaitan alkohol dan kesihatan 2014", badan dunia itu juga mendapati kematian disebabkan alkohol lebih dialami kaum lelaki iaitu 7.6% daripada jumlah kematian berbanding 4% wanita.
Di seluruh dunia, secara purata pada 2010 sejumlah 6.2 liter alkohol diminum oleh mereka yang berumur 15 tahun ke atas ataupun 13.5 gram sehari.
Menurut WHO, suku atau 24.8% jumlah penggunaan alkohol tidak direkodkan. Penggunaan arak yang tidak direkodkan ini merangkumi arak buatan sendiri, dihasilkan secara haram atau dijual di luar kawalan kerajaan.
"Daripada jumlah keseluruhan alkohol yang diminum di seluruh dunia, 50.1% adalah dalam bentuk spirit," laporan itu dipetik.
Bahaya daripada ketagihan arak juga ditentukan oleh jumlah pengambilan, corak peminuman dan dalam beberapa keadaan kualiti arak yang diminum.
"Bahaya penggunaan arak adalah komponen yang mengakibatkan lebih 200 jenis penyakit dan kecederaan membabitkan individu antaranya kebergantungan kepada arak, penyakit hati, kanser dan kecederaan," laporan itu dipetik.
Bahaya meminum arak juga dikaitkan dengan penyakit berjangkit lain seperti tuberculosis (batuk kering) dan HIV/Aids.
Laporan WHO itu juga memaklumkan bahawa polisi dan tindakan di peringkat global, serantau dan negara sedang dilaksanakan bagi mengurangkan tabiat meminum arak yang memudaratkan. - HARAKAHDAILY, 5/6/2014
Sumber HD - 5-6-2014
Bendi mampu cegah obesiti, diabetes
Bendi, juga dikenali sebagai lady finger adalah salah satu daripada sayur-sayuran sangat berkhasiat, biasanya dimakan ketika buahnya berwarna hijau, lembut, dan belum matang.
Tumbuhan berbunga ini berasal dari keluarga Malvaceae (Mallows) dan dinamakan secara saintifik sebagai abelmoschus esculentus.
Tanaman ini banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan dibuat jeruk.
Biji bendi boleh dibuat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi serat.
Buah bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B.
Bendi juga merupakan sejenis buah yang paling kaya dengan kandungan kalsium.
Sebenarnya biji sayur bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daun sayur bendi juga boleh dimakan sebagai sayur.
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah bendi telah dibuktikan melalui beberapa kajian saintifik.
Oleh itu, ramai pakar kesihatan mencadangkan pengambilan bendi bagi menyamankan sistem pencernaan di dalam badan kita.
Ini kerana, bendi kaya dengan gentian yang membantu proses pencernaan di dalam badan dengan membantu pergerakan usus dengan betul.
Seterusnya ialah bendi dapat mencegah penyakit diabetes. Tanaman ini di kenali untuk membantu dalam pencegahan penyakit kencing manis. Ianya kaya dengan gentian yang membantu dalam pencegahan penyakit ini.
Oleh itu, amatlah disarankan agar pengambilan bendi di dalam pemakanan kita agar dari awal dapat mencegah penyakit ini.
Bendi juga mempunyai kandungan vitamin B12 iaitu folates. Folates umumnya diperlukan bagi wanita yang mengandung bagi menjaga kesihatan bayi.
Ini kerana folates telah diyakini dapat mengurangkan kecacatan tiub neural bayi yang baru dilahirkan. Jadi bendi amatlah disyorkan untuk wanita dalam tempoh konsep pralahir atau mengandung.
Selain itu, kandungan vitamin K di dalam bendi juga amat penting bagi tubuh kita. Vitamin K merupakan komponen utama dalam proses pembekuan darah. Vitamin K juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan tulang dalam badan kita.
Penggunaan bendi, sama ada dalam bentuk mentah atau dimasak, boleh mengelakkan obesiti kepada tahap yang hebat.
Ini kerana tidak ramai yang tahu bahawa obesiti tidak semestinya disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tetapi juga disebabkan oleh kekurangan nutrient dalam badan.
Bendi yang kaya dengan nutrien dapat mengekalkan keseimbangan zat di dalam badan kita hingga obesiti dapat dicegah.
Bagi pesakit jantung dan pesakit yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, pengambilan bendi amatlah disarankan kerana sayuran buah ini dapat memastikan penyerapan yang lebih rendah kolesterol sekali gus dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit yang berlaku disebabkan oleh kolesterol dalam darah.
Kolesterol adalah kandungan utama dalam badan yang mencetuskan obesiti dan penyakit jantung.
Bendi juga dikenalpasti dapat merawat pelbagai penyakit iaitu antaranya termasuklah merawat asma, mencegah kanser kolon dan sembelit. Bendi merupakan sayuran buah yang mudah didapati di mana sahaja.
Marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan memulakan pengambilan bendi ke dalam makanan seharian kita.
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Abelmoschus
Spesies: A. esculentus
Nama binomial: Abelmoschus esculentus
Penulis ialah pelajar Bachelor of Pharmacy, Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia.
Sumber HD - 5-6-2014
How dates are so beneficial to human?
DATES palm who also known as Pheonix dactylifera L., belongs to Angiosperms-Monocotyledones and in Palmaceae family.
Dates palm tree can grow up to 15-25m. With leaves can grow up to 3-6m long and 2cm width with thorn around it. The Corolla (crown) growth up to 6-10m. Dates palm is classified as follows:
Group: Spadiciflora
Order: Palmea
Family: Palmaceae
Sub-Family: Coryphyoideae
Tribe: Phoeniceae
Genus: Pheonix
Species: Dactylifera L.
Dates have many botanical characteristic such as no tap root. Stem is vertical, cylindrical and columnar, with average circumference is about 1-1.10m.
Dates are dioecious species with male and female flowers being produce in clusters on separate palms.
The fruits can weigh 2 – 60g with length 18-110mm and 8-32mm width. It has large variation (yellow to black).
The date fruit is a single, oblong, turret, one-seeded berry, with a terminal stigma, a fleshy pericarp and a membranous endocarp (between seed and flesh).
A seed’s weight could range from less than 0.5g-4g, length from 12-36mm and breadth from 6-13mm. the seed’s usually oblong, ventrally grooved, small embryo with hard endosperm made of cellulose inside the cell walls.
Dates called as a mine because of their rich of minerals contains. Magnesium contains in dates help in lower rate of intestinal cancer. Low sodium contains which is good for hypertension or low sodium diet person.
Large number of fibers also helps increasing the digestion and evacuation rate. Furthermore, date palm are a good source of vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), and B7 (Nicotinic Acid also called Niacin).
They have many benefits of date palm includes contain tannin used as detergent, contain astringent for intestinal problems, neutralize alcoholic intoxication.
The latex used to treat diarrhea and genital problem. The root used to treat toothache. According to medical survey, besides of muscle development, when breaking fast it helps to avoid overeating of food in stomach by absorbing all the nutrients in our body and the hunger are pacified.
High potassium contains also help improve alertness and speed of the nerves system, and reduce LDL cholesterol in blood vessel to prevent stroke.
It also shown their beneficial in sexual weakness by increasing stamina and to treat ear, nose and throat infection and reduce frequency of night blindness.
After all the above, we can understand how dates are so beneficial to human as stated in sunnah.
Therefore, we must consume dates at least once daily to improve and maintain our health. Not only during Ramadan.
______________
Nur Faizah Hamir is the undergraduate from Faculty of Farmacy, Universitas Padjadjaran, Indonesia. NPM: 260110132016, KPBI 2013
Sumber HD - 4-6-2014
Obesiti, akibat engkar ajaran agama?
OBES merujuk kepada seseorang yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 30 kg/m. Ukuran BMI ini diperoleh daripada berat badan (kg) dan ketinggian (m) seseorang.
Statistik terbaru yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta manusia di dunia hari ini dikategorikan sebagai obes.
Di Malaysia, sebanyak 15.1 peratus rakyatnya mengalami kegemukan. Ini menjadikan Malaysia menjuarai tempat pertama dalam kalangan negara ASEAN dan berada pada kedudukan nombor enam di Asia yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.
Carta itu sekaligus mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap 'negara gemuk'. Demikian laporan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan.
Menurut kajian itu, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai gemuk dan hampir setengah juta di bawah 18 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.
Trend ini semakin membimbangkan kerana obesiti boleh menyebabkan banyak penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung dan kanser.
Pakar pemakanan sedunia berpendapat bahawa tabiat makan secara berlebihan, terutamanya makanan yang tinggi kandungan gula, kalori dan lemak merupakan salah satu punca utama kepada masalah kegemukan.
Sebelum perkara ini diperakui oleh para ilmuwan moden, al-Quran telah pun menjelaskan kepentingan dalam soal makan dan minum sejak 1,400 tahun dahulu lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan." Surah Al-Araf, ayat 31.
Allah telah menghimpunkan seluruh prinsip perubatan dalam ayat di atas. Antara peringatan paling jelas - manusia terutamanya umat Islam diberi petunjuk supaya jangan makan berlebihan atau melampaui batas.
Hal ini kerana amalan buruk sedemikian boleh menyebabkan masalah obesiti dan peningkatan risiko kematian awal.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhkan sebuah bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Memadailah anak Adam itu memakan beberapa suapan yang dapat mengisi perutnya. Sekiranya tidak boleh tidak, hendaklah satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya." Hadis sahih riwayat Ahmad & A--Tirmizi.
Berdasarkan ayat diatas, Nabi turut menasihati umat Islam agar menjaga pemakanan seharian. Jangan gelojoh dan menelan apa saja apabila menjamah makanan. Makan ikut nafsu sehingga terlalu kenyang akan membawa banyak penyakit seperti badan menjadi lemah, mengantuk dan malas untuk beribadah.
Meskipun Nabi bukanlah pakar dietetik, namun ahli perubatan moden telah membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah SAW tersebut.
Dr Henry Bieler yang pernah mengkaji kesan pemakanan terhadap tubuh badan manusia selama 50 tahun telah menulis penemuan baru dalam bukunya, Food is your best Medicine.
Beliau mendedahkan bagaimana makanan yang dimakan memberikan kesan positif kepada proses penyembuhan. Dia mendakwa bahawa punca utama penyakit bukan disebabkan kuman seperti mana dijelaskan dalam teori kuman.
Pakar perubatan terkenal Amerika ini memberitahu punca utama penyakit adalah 'Toxemia' atau racun daripada pemakanan yang tidak betul, gaya hidup tidak sihat dan tekanan. Kenyataan ini dianggap amat berani pada masa itu.
Menurut pandangan sains, makan berlebihan atau makan sebelum makanan terhadam sempurna boleh membebani sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan terbeban dengan makanan yang terlalu banyak, organ itu akan mengalami keradangan seterusnya menghasilkan banyak bakteria berbahaya di dalam perut.
Perkara yang sangat membimbangkan, bakteria tersebut boleh menjangkiti salur darah, sistem pernafasan, pundi kencing dan buah pinggang.
Oleh itu, cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengikuti bimbingan dari Allah. Mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat.
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam mempraktikkan ayat al-Quran yang diturunkan Allah. Baginda tidak pernah melampaui batas dalam bab makan dan minum. Malah, makanan kegemaran Rasulullah SAW cukup ringkas, kurma, buah zaitun dan air kosong sahaja.
Ini menunjukkan Rasulullah benar-benar menjaga kesihatan diri. Maka tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW memiliki bentuk fizikal yang tegap, tidak gemuk dan tidak kurus.
Antara diet lain yang diamalkan Rasulullah SAW adalah berpuasa. Baginda menganjurkan kepada kita supaya banyak berpuasa.
Amalan itu bukan sahaja dapat mendkatkan kita kepada Allah, malah ubat paling berkesan dalam menangani masalah obesiti. – HARAKAHDAILY 8/5/2014
-Sentiasapanas.com
Sumber HD - 8-5-2014
Statistik terbaru yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta manusia di dunia hari ini dikategorikan sebagai obes.
Di Malaysia, sebanyak 15.1 peratus rakyatnya mengalami kegemukan. Ini menjadikan Malaysia menjuarai tempat pertama dalam kalangan negara ASEAN dan berada pada kedudukan nombor enam di Asia yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.
Carta itu sekaligus mengalahkan beberapa buah negara Asia Barat yang secara tradisinya dianggap 'negara gemuk'. Demikian laporan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan.
Menurut kajian itu, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai gemuk dan hampir setengah juta di bawah 18 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.
Trend ini semakin membimbangkan kerana obesiti boleh menyebabkan banyak penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung dan kanser.
Pakar pemakanan sedunia berpendapat bahawa tabiat makan secara berlebihan, terutamanya makanan yang tinggi kandungan gula, kalori dan lemak merupakan salah satu punca utama kepada masalah kegemukan.
Sebelum perkara ini diperakui oleh para ilmuwan moden, al-Quran telah pun menjelaskan kepentingan dalam soal makan dan minum sejak 1,400 tahun dahulu lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan." Surah Al-Araf, ayat 31.
Allah telah menghimpunkan seluruh prinsip perubatan dalam ayat di atas. Antara peringatan paling jelas - manusia terutamanya umat Islam diberi petunjuk supaya jangan makan berlebihan atau melampaui batas.
Hal ini kerana amalan buruk sedemikian boleh menyebabkan masalah obesiti dan peningkatan risiko kematian awal.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhkan sebuah bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Memadailah anak Adam itu memakan beberapa suapan yang dapat mengisi perutnya. Sekiranya tidak boleh tidak, hendaklah satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya." Hadis sahih riwayat Ahmad & A--Tirmizi.
Berdasarkan ayat diatas, Nabi turut menasihati umat Islam agar menjaga pemakanan seharian. Jangan gelojoh dan menelan apa saja apabila menjamah makanan. Makan ikut nafsu sehingga terlalu kenyang akan membawa banyak penyakit seperti badan menjadi lemah, mengantuk dan malas untuk beribadah.
Meskipun Nabi bukanlah pakar dietetik, namun ahli perubatan moden telah membuktikan kebenaran ucapan Rasulullah SAW tersebut.
Dr Henry Bieler yang pernah mengkaji kesan pemakanan terhadap tubuh badan manusia selama 50 tahun telah menulis penemuan baru dalam bukunya, Food is your best Medicine.
Beliau mendedahkan bagaimana makanan yang dimakan memberikan kesan positif kepada proses penyembuhan. Dia mendakwa bahawa punca utama penyakit bukan disebabkan kuman seperti mana dijelaskan dalam teori kuman.
Pakar perubatan terkenal Amerika ini memberitahu punca utama penyakit adalah 'Toxemia' atau racun daripada pemakanan yang tidak betul, gaya hidup tidak sihat dan tekanan. Kenyataan ini dianggap amat berani pada masa itu.
Menurut pandangan sains, makan berlebihan atau makan sebelum makanan terhadam sempurna boleh membebani sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan terbeban dengan makanan yang terlalu banyak, organ itu akan mengalami keradangan seterusnya menghasilkan banyak bakteria berbahaya di dalam perut.
Perkara yang sangat membimbangkan, bakteria tersebut boleh menjangkiti salur darah, sistem pernafasan, pundi kencing dan buah pinggang.
Oleh itu, cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengikuti bimbingan dari Allah. Mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sederhana untuk meningkatkan kualiti hidup yang lebih sihat.
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam mempraktikkan ayat al-Quran yang diturunkan Allah. Baginda tidak pernah melampaui batas dalam bab makan dan minum. Malah, makanan kegemaran Rasulullah SAW cukup ringkas, kurma, buah zaitun dan air kosong sahaja.
Ini menunjukkan Rasulullah benar-benar menjaga kesihatan diri. Maka tidak hairanlah kenapa Rasulullah SAW memiliki bentuk fizikal yang tegap, tidak gemuk dan tidak kurus.
Antara diet lain yang diamalkan Rasulullah SAW adalah berpuasa. Baginda menganjurkan kepada kita supaya banyak berpuasa.
Amalan itu bukan sahaja dapat mendkatkan kita kepada Allah, malah ubat paling berkesan dalam menangani masalah obesiti. – HARAKAHDAILY 8/5/2014
-Sentiasapanas.com
Sumber HD - 8-5-2014
Bahagian otak manusia yang membuat dusta
Selama ini, para ilmuwan tidak mengetahui di bagian otak mana pada manusia yang paling bertanggung jawab terhadap sebuah dusta atau kebohongan. Orang hanya tahu kalau dusta itu muncul dari sebuah ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bagian tertentu dalam otak.
Setelah melakukan penelitian, akhirnya para ilmuwan menemukan sebuah kesimpulan. Bahwa, otak bagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya dusta.
Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Alquran. Bagian otak tersebut disebut Alquran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.
Yang mengagumkan adalah bahwa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:
Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.
Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuwan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.
Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini. mnh/al-kaheel
Sumber HD - 2-5-2014
Setelah melakukan penelitian, akhirnya para ilmuwan menemukan sebuah kesimpulan. Bahwa, otak bagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya dusta.
Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Alquran. Bagian otak tersebut disebut Alquran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.
Yang mengagumkan adalah bahwa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:
Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.
Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuwan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.
Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini. mnh/al-kaheel
Sumber HD - 2-5-2014
Kesihatan: Awas 25 simptom ini
Informasi ini berguna untuk panduan anda semua, Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA : (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG :
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK :
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG :
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR : (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT BERPELUH :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT :
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING :
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR :
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN :
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Sumber HD - 2-5-2014
Corak pemakanan beri kesan kepada obesiti
AMALAN pemakanan yang seimbang sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Ini kerana corak atau pun pola pemakanan yang tidak sekata akan menyumbang kepada masalah obesiti yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Individu atau masyarakat digalakkan untuk mengamalkan diet yang bersesuaian dengan mereka. Tujuan mengamalkan pemakanan atau diet yang seimbang selain daripada mencegah obesiti, juga bertujuan mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan masalah jantung.
Ramai yang masih tidak menyedari bahawa punca utama bagi serangan penyakit-penyakit “tenat” seperti kanser dan jantung adalah kerana kurangnya keperihatinan dalam pemakanan yang yang sempurna dan kurang mengambil makanan yang berkhasiat dan kurang bersenam.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri anda adalah apa yang anda makan". Kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Menurut sumber, Malaysia mempunyai masalah obesiti yang serius. Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Permasalahan ini boleh diatasi melalui amalan corak pemakanan yang sihat.
diet
Menurut Zainab (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan.
Makanan kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga, makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral dan air untuk kesihatan.
Individu atau masyarakat haruslah menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, kekacang, susu, lemak dan minyak. Namun pengambilannya wajar dilakukan mengikut kuantiti yang tertentu berdasarkan empat peringkat di dalam Piramid Makanan.
Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin kemudian diikuti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berada di peringkat kedua. Seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang yang berada di peringkat ketiga. Produk makanan yang paling sedikit yang diperlukan oleh tubuh badan berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam.
kalori
Setiap individu perlu mengekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.
Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori yang diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat.
Nilai kalori bagi bagi setiap hidangan adalah sangat penting bagi tubuh badan kita. Apa saja yang dimakan atau minum akan dikira sebagai penambahan kalori, tenaga atau lemak dalam badan.
Sebagai contoh dalam tempoh 24 jam, jumlah makanan diambil ditolak dengan segala tenaga yang diguna juga dalam tempoh yang sama. Jika jumlah kalori yang kita makan untuk tempoh tersebut adalah 2000 kalori dan pembakaran kalori hanya 1800 kalori sahaja bermakna kita telah terlebih makan 200 kalori untuk sehari.
Keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan. Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda.
obesiti
Wanita memerlukan 1600-2000 kcal kalori sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari. Setiap 7000 kcal kalori yang terkumpul dalam badan sebenarnya akan menaikkan berat badan seseorang itu sebanyak 1 kilogram.
Beralih pula kepada obesiti, ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Secara umum seseorang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) 30 kg/m2 dan ke atas dikelaskan sebagai obes.
Walau bagaimanapun penilaian peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity, 2004).
Obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya dari segi ketrampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis dan jantung. Langkah untuk mengelak daripada obesiti adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Mengambil hidangan bijirin dan buah-buahan serta sayur-sayuran penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap, tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.
Senaman pula haruslah sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
Kesimpulannya corak pemakanan yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik,segala aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Aktiviti harian juga menjadi tidak bermakna sekiranya badan sentiasa rasa tidak bermaya dan lesu.
____________________
Penulis ialah pelajar program Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Sumber HD - 28-4-2014
Orang ramai diminta berwaspada penularan MERS
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata tidak perlu bagi sesiapa untuk menukar rancangan perjalanan kerana MERS.
Bagaimanapun, pelawat yang hendak ke negara-negara di atau dekat Timur Tengah hendaklah mematuhi langkah berjaga-jaga.
"Mereka hendaklah kerap mencuci tangan dan mengelak daripada orang yang sakit dan menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin.
"Jika demam dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan respiratori seperti batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas melawat ke negara-negara di Timur Tengah atau negara jiran, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan terbaru mereka," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengesahkan bahawa seorang lelaki meninggal dunia pada 13 April akibat MERS-CoV, kes pertama seperti itu dilaporkan di Asean.
Lelaki itu baru pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.
Tanda-tanda jangkitan MERS adalah seperti demam, kesukaran bernafas, radang paru-paru dan kegagalan buah pinggang. - Bernama
Sumber HD - 18-4-2014
Orang ramai diingatkan pakai topeng muka ketika jerebu
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata setakat ini tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah tidak berbahaya berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.
"Orang ramai diminta menjaga kesihatan mereka, jangan terlalu lama terdedah pada cuaca panas ketika melakukan aktiviti luar dan kerap minum air masak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Persatuan India Kinta semalam.
Mengulas jumlah kes denggi yang dilihat kian meningkat, Subramaniam berkata kesedaran rakyat berhubung kebersihan perlu dipertingkat bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes di kediaman mereka.
Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya dengan mempertingkat kualiti dalam melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Di peringkat negeri, pengarah kesihatan selalu mengadakan mesyuarat melibatkan wakil semua pihak," katanya.
Sebanyak 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama pada 2013. – Bernama
Sumber HD - 3-3-2014
Denggi: 38 kematian direkod sepanjang Jan-Feb
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata bagi tempoh itu sebanyak 18,047 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 4,250 kes bagi tempoh sama tahun lepas dan peningkatan itu antara lain berpunca kurang kerjasama dalam memastikan kawasan bersih dan tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Katanya, sikap menyerahkan tanggungjawab membersihkan sesuatu kawasan kepada pihak tertentu atau menyalahkan antara satu sama lain disebabkan peningkatan kes denggi, tidak akan menyelesaikan masalah itu.
"Kita perlukan kerjasama dalam isu ini, buat semburan sahaja tak boleh selesaikan masalah ini. Semua pihak kena faham tanggungjawab masing-masing," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program gotong royong "Jom Hapus-Tempat Pembiakan Aedes" di Taman Desa Jenaris Kajang, di sini Ahad.
Beliau berkata denggi yang menjadi kebimbangan utama ketika ini, hanya dapat dikurangkan melalui kerjasama semua pihak dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dr Subramaniam juga meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pemungutan sisa pepejal dilakukan mengikut jadual selain memastikan infrastruktur seperti longkang bersih dan tiada tempat takungan air yang membolehkan pembiakan nyamuk aedes berleluasa.
Menurutnya, peningkatan wabak denggi dengan angka kematian tinggi turut mempunyai kaitan dengan perubahan serotaip dominan iaitu daripada serotaip virus den 4 kepada den 2.
Jelasnya, ia merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi yang dilaporkan kerana serotaip DEN-2 dikaitkan dengan manifestasi klinikal yang lebih teruk.
Katanya sehingga bulan lalu, sebanyak 2,670 program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku atau lebih dikenali COMBI telah diadakan di seluruh negara yang dianggotai 53,806 sukarelawan untuk mengurangkan wabak denggi.
Konsep diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkah laku manusia turut digunakan bagi mencegah dan mengawal denggi, katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata selain di Kajang, gotong royong membersihkan kawasan turut dilakukan serentak hari ini di sembilan lagi kawasan daripada 110 kawasan panas denggi di seluruh negara.
Sembilan lokasi panas itu ialah Taman Meru Indah Klang; Taman Batu Gajah Perdana, Perak; Taman Seri Impian, Seberang Perai; Taman Desa Cempaka Fasa 2, Nilai; PPR Desa Rejang, Titiwangsa Kuala Lumpur; Taman Johor Jaya, Johor; Taman Desa Baru, Melaka; Taman Sempelang Sembulan, Kota Kinabalu dan Taman Tasik Indah (Jln Tasik Indah 1/7) Kuala Lumpur. - Bernama
Sumber HD - 2-3-2014
Denggi catat 29 kematian, kes meningkat 316 peratus
- Feb 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata 16,383 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Feb, meningkat 316 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 Feb - 22 Feb 2014), empat kematian dilaporkan berlaku melibatkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sejumlah 580 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12 negeri antaranya 354 lokaliti di Selangor, 66 lokaliti di Negeri Sembilan, 48 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 30 lokaliti di Johor, 25 lokaliti di Perak dan 23 lokaliti di Kelantan.
Tujuh negeri turut menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Sabah, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.
Berdasarkan situasi denggi yang mencatatkan kes tinggi, program gotong-royong 'Jom Hapus' Tempat Pembiakan Aedes akan diteruskan.
"Memandangkan cuaca kemarau kini, kerajaan menasihatkan orang ramai yang perlu menyimpan air untuk kegunaan harian agar memastikan bekas-bekas air ditutup dengan rapat dan diletakkan ubat jentik-jentik (abate)," kata Dr Subramaniam.
Orang ramai, katanya, boleh mendapatkan bekalan ubat pembunuh jentik-jentik di semua pejabat kesihatan berhampiran.
Dalam pada itu, masyarakat turut diminta supaya mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.
Antaranya memakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta pakaian berwarna cerah, menggunakan repelen nyamuk di luar rumah terutamanya pada waktu antara 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 8 malam serta menggunakan alat penghalau nyamuk ketika berada di rumah. – Bernama
Sumber HD - 28-2-2014
Bahan polisterin penyebab kanser
- Feb 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengurus Sistem Kualiti, Julina Ibrahim, berkata, langkah yang diperkenalkan sempena Program Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) menunjukkan komitmen PKNS terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai tanda sokongan tidak menggunakan plastik.
Ia juga bagi memberi kesedaran kepada warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan bekas pembungkus makanan polisterin kepada kesihatan diri.
“Selaras dengan piawaian di PKNS iaitu MS ISO 14001 : 2004, Pengurusan Alam Sekitar dan BS OHSAS 18001 : 2007, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, dalam usaha mendidik warga kerja PKNS mengenai bahaya penggunaan plastik dan polisterin dalam kehidupan seharian kita.
“Mengikut kajian, Agensi Penyelidikan Kanser Antrabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia,” katanya lagi.
Penolong Jurutera, Norhazwani Zulkepli, 28, berkata, langkah yang diambil oleh PKNS bagi mengurangkan penggunaan bekas polisterin adalah wajar kerana ia bukan sahaja mampu menyelamatkan bumi malah ia juga mampu melindungi diri dari bahaya polisterin ke atas kesihatan diri.
“Umum sedia maklum mengenai bahaya penggunaan polisterin ke atas kesihatan manusia kerana bahan-bahan kimia yang terdapat pada bekas ini akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian masuk ke tubuh kita.
“Melalui pemberian bekas makanan dan minuman yang dilakukan oleh PKNS ia mampu membendung masalah ini untuk terus berlaku,” katanya.
Penolong Juru Ukur Bahan, Abdul Rani Rahman, 54, berkata, masyarakat di Malaysia sudah lama terdedah dengan penggunaan polisterin, melalui pendekatan yang dilakukan oleh PKNS ia dapat memberi kesedaran kepada warga kerja PKNS khususnya mengenai pentingnya memelihara alam sekitar.
“Polisterin mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia sukar terurai, malah ia mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk dimusnahkan secara semula jadi.
“Pemberian bekas makanan dan minuman secara percuma oleh PKNS kepada warga kerja adalah langkah yang murni untuk menggalakkan pengurangan penggunaan bahan bahaya seperti polisterin kepada kaedah pembungkusan makanan yang lebih mesra alam,” katanya yang sudah berkhidmat di PKNS selama 34 tahun.
Sementara itu, Julina berharap agar inisiatif berkenaan berjaya dan mampu memberi kesedaran kepada warga PKNS agar dapat mengurangkan penggunaan polisterin di pejabat. - Bernama
Sumber HD - 21-2-2014
Gunung berapi: Jangan keluar rumah jika abu landa M'sia
- Feb 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.
"Kanak-kanak, orang-orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan hendaklah mengelak atau mengurangkan aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya minum banyak air, dan selalu membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menasihatkan orang ramai mengelak memandu dalam keadaan berabu oleh kerana ia boleh menyukarkan penglihatan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Gunung Sinabung berada dalam keadaan yang mudah meletup sejak 15 Sept dan letupan terbaru bermula pada 30 Jan mengakibatkan pelepasan abu panas ke udara pada ketinggian 5 km.
Walaupun kemungkinan penduduk Malaysia terdedah kepada abu itu rendah, namun wujud kemungkinan berlaku hal sedemikian khususnya di pantai barat Semenanjung dan bahagian selatan negara.
Dr Noor Hisham berkata mereka yang terdedah kepada abu berkenaan akan mengalami simptom gangguan mata, hidung, tekak dan kulit.
Beliau berkata kementerian akan terus memantau keadaan dan menasihatkan mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan abu gunung berapi segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. - Bernama
Sumber HD - 11-2-2014
106 kes denggi di Kedah dengan satu kematian
- Feb 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 61 kes, diikuti Kota Setar (13 kes), Kulim (10), Baling dan Kubang Pasu (masing-masing tujuh), Padang Terap (4), Langkawi (3) dan Pendang satu kes.
"(Sepanjang) Tahun lepas sebanyak 813 kes dicatatkan dengan satu kematian manakala 2012 pula mencatatkan 817 kes dengan empat kematian," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Daerah Kota Setar hari ini memeriksa 221 premis yang kebanyakannya rumah kediaman dalam Ops Gempur Aedes di Kampung Gunung Sali di sini.
Dalam operasi itu, Jabatan Kesihatan mengeluarkan dua kompaun terhadap penduduk atas kesalahan boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes.
Pegawai Kesihatan Daerah II Jabatan Kesihatan Daerah Kota Setar Dr Aishah Jusoh berkata kedua-dua pemilik rumah tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,000.
Beliau berkata notis pemberitahuan telah diberikan seminggu sebelum operasi dijalankan bagi memastikan semua penduduk membersihkan kawasan takungan yang ada di dalam kawasan rumah mereka.
"Sebelum ini kita telah beri kesedaran kepada penduduk dengan menyalurkan maklumat dan edarkan risalah mengenai bahayanya Aedes. Kita lihat tahap kesedaran masih rendah dan ia perlu disalurkan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui pada Ops Gempur Aedes hari ini.
Dr Aishah berkata 100 anggotanya memeriksa 1,386 bekas yang mengandungi air takungan yang menyumbang kepada pembiakan jentik-jentik dan 97 daripadanya telah diletakkan racun bagi membunuh jentik-jentik. – Bernama
Sumber HD - 11-2-2014
Denggi mewabak akibat kegagalan pencegahan
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius peningkatan berterusan kes dan kematian disebabkan denggi apabila 7,370 kes membabitkan sembilan kematian dicatatkann pada Januari lalu.
Peningkatan bilangan kes sebanyak 251% serta peningkatan bilangan kematian sebanyak 80% berbanding tahun lepas menunjukkan wabak denggi sudah menjadi hyperendemic terburuk dalam sejarah negara, kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin (gambar).
Menurut beliau, sehingga kini belum ada vaksin yang dapat mempertahankan tubuh mahupun ubat yang boleh merawat virus denggi.
Sehubungan itu, ujarnya masyarakat perlu memahami bahawa pencegahan adalah rawatan paling ampuh bagi memerangi denggi.
“Adalah dikesalkan walau saban tahun berperang dengan denggi, usaha pencegahan oleh kerajaan seolah mencurah air di daun keladi. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan polisi pencegahan sedia ada dengan berkesan dan kurangnya inisiatif serta idea baru,” ujarnya.
Menurut beliau, pertambahan bilangan penduduk serta kelemahan perancangan bandar menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi, masalah pada bekalan air dan sistem kumbahan mengakibatkan jangkitan denggi akan berterusan pada tahap yang tinggi.
“Justeru, kerajaan perlu lebih tegas dalam mengawal selia kegiatan pembangunan. Tindakan undang-undang perlu diambil kepada syarikat pembinaan yang memandang enteng piawaian tatacara operasi terutama melibatkan perihal pencegahan penyakit berjangkit di tapak pembinaan.
“Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu sedar akan peranan besar yang perlu mereka laksanakan termasuklah dalam mengenalpasti dan membersihkan kawasan terbiar di pinggir bandar dan kawasan pembakaran sampah yang menjadi sarang pembiakan nyamuk,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Beliau menyarankan kerajaan membentuk jawatankuasa pemandu melibatkan kementerian terbabit dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan program pendidikan dan pencegahan dapat meresap ke akar umbi.
Ikuti tulisan lanjut beliau di kolum “Rakyat Sihat Negara Berkat”.
Sumber HD - 9-2-2014
Denggi: 17 maut bagi Januari hingga 2 Februari
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.
Sepanjang minggu lepas sahaja (26 Jan hingga 1 Feb), 2,083 kes demam denggi direkodkan di seluruh negara dengan tiga negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan 56 peratus (81 kes), Kuala Lumpur dan Putrajaya 23 peratus (43 kes) dan Sarawak 13 peratus (dua kes), katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Dr Lokman sejumlah 594 lokaliti wabak dilaporkan di 13 negeri iaitu 348 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (75), Negeri Sembilan (73), Johor (42), Melaka (16), Perak (sembilan), Pahang (lapan), Pulau Pinang (enam), Kelantan (lima), Sabah (lima), Sarawak (empat) dan masing-masing satu di Terengganu serta Perlis.
"Daripada jumlah ini, 115 lokaliti hotspot dilaporkan di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 57 di daerah Petaling, 43 Hulu Langat, enam (Seremban), lima Gombak, dua Titiwangsa, manakala masing-masing satu di Hulu Selangor dan Klang," katanya.
Selain itu, Dr Lokman berkata 1,813 daripada 164,167 premis yang diperiksa mempunyai pembiakan Aedes sekali gus memberi nilai indeks Aedes kepada 1.1 peratus.
Katanya lapan negeri menunjukkan indeks tertinggi iaitu Sarawak (5.1 peratus), Pulau Pinang (2.2 peratus), Selangor (2.0 peratus), Negeri Sembilan (1.6 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (1.5 peratus), Melaka (1.2 peratus) sementara Perlis dan Sabah masing-masing 1.1 peratus.
Beliau berkata semua peringkat dalam komuniti perlu mengambil berat situasi denggi di kawasan masing-masing selain memastikan kawasan kediaman serta persekitarannya bebas daripada pembiakan Aedes.
Menurut Dr Lokman penghapusan tempat pembiakan Aedes yang menjadi punca demam denggi adalah kaedah paling berkesan untuk mengawal peningkatan kes denggi semasa.
Antara langkah yang boleh diambil oleh komuniti dan agensi bukan kerajaan untuk mencegah denggi termasuklah memastikan jawatankuasa penduduk atau pihak berwajib melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala, mewujudkan pasukan pemantau/pemeriksa kebersihan dan pembiakan denggi serta mengurangkan aktiviti luar rumah terutama pada waktu awal pagi dan lewat senja.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mendapat demam. - Bernama
Sumber HD - 6-2-2014
Wabak denggi berpunca daripada kegagalan pencegahan
- Feb 06, 2014
- DR IZANI HUSIN
PAS memandang serius peningkatan berterusan kes dan kematian disebabkan denggi. Empat minggu pertama tahun 2014 telah menyaksikan sebanyak 7,370 kes dan 9 kematian yang jelas menunjukkan wujud kepincangan pada polisi dan strategi pencegahan Denggi di negara ini.
Merujuk kenyataan mutakhir Menteri Kesihatan Malaysia, peningkatan bilangan kes sebanyak 251% serta peningkatan bilangan kematian sebanyak 80% berbanding tahun lepas ini menunjukkan betapa situasi wabak denggi sudah menjadi hyperendemic terburuk dalam sejarah negara.
Denggi sememangnya mendatangkan cabaran yang besar kepada sektor kesihatan awam dan mengancam nyawa manusia di seluruh dunia. Sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua, dianggarkan lebih 50 juta jangkitan denggi oleh nyamuk Aedes berlaku setiap tahun di mana belum ada vaksin yang dapat mempertahankan tubuh mahupun ubat yang boleh merawat virus denggi. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap lapisan masyarakat untuk memahami bahawa pencegahan adalah rawatan paling ampuh bagi jangkitan denggi.
Adalah dikesalkan walau saban tahun berperang dengan denggi, usaha pencegahan oleh kerajaan seolah mencurah air di daun keladi. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan polisi pencegahan sedia ada dengan berkesan dan kurangnya inisiatif serta idea baru.
Kajian menunjukkan tingkah laku manusia mempunyai hubung kait paling rapat dengan penularan virus denggi. Pertambahan bilangan penduduk serta kelemahan perancangan bandar menyebabkan kepadatan penduduk yang tinggi, masalah pada bekalan air dan sistem kumbahan. Natijahnya adalah jangkitan Denggi akan berterusan pada tahap yang tinggi.
Justeru, kerajaan perlu lebih tegas dalam mengawal selia kegiatan pembangunan. Tindakan undang-undang perlu diambil kepada syarikat pembinaan yang memandang enteng piawaian tatacara operasi terutama melibatkan perihal pencegahan penyakit berjangkit di tapak pembinaan. Ini menuntut ketelusan dan integriti yang bukan sedikit oleh kerajaan.
Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu sedar akan peranan besar yang perlu mereka laksanakan termasuklah dalam mengenalpasti dan membersihkan kawasan terbiar di pinggir bandar dan kawasan pembakaran sampah yang menjadi sarang pembiakan nyamuk.
kawalan nyamuk
Kawalan nyamuk adalah langkah paling berkesan untuk mengurangkan penularan virus denggi. Namun dalam pengurusan wabak, kajian menunjukkan semburan racun serangga kurang berkesan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Oleh itu, pengumuman Menteri Kesihatan untuk menggunakan semburan Bacillus thuringiensis israelensis (BTi) perlu dipantau dengan rapi keberkesanannya.
Walaupun target semburan BTi adalah tempat pembiakan nyamuk, masalahnya adalah nyamuk A. Aegypti membiak di dalam rumah. Bagi kawasan pembinaan mungkin semburan ini berkesan. Namun bagi kawasan perumahan, adalah amat penting bagi kakitangan kesihatan awam untuk berkomunikasi dengan penghuni rumah agar membuka tingkap rumah sewaktu semburan dijalankan.
Diharapkan dengan adanya komunikasi dua hala, masyarakat akan lebih memahami bahawa untuk membasmi jangkitan Denggi tidak cukup dengan semburan semata. Kajian menunjukkan pendekatan pendidikan bersepadu yang dijalankan di komuniti bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama atau bekas menakung air; mempunyai harapan yang lebih cerah untuk menangkis jangkitan denggi.
Ini selaras dengan hasil kajian bahawa gaya hidup sekarang yang banyak bergantung kepada bekas plastik dan tayar menjadi penyebab kawalan nyamuk tidak berhasil. Oleh itu, sememangnya gotong-royong, hari tanpa plastik dan kitar semula adalah di antara langkah yang perlu dilaksanakan cuma perlu difikirkan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan amalan menjaga kebersihan ini dapat dijalankan secara sukarela dan berterusan.
Pelbagai program pencegahan dijalankan sebelum ini seperti COMBI (Communication for Behavioral Impact) atau 1Malaysia Beautiful Day ternyata belum membuahkan hasilnya kerana penekanan bukanlah kepada intipati program tetapi lebih kepada publisiti. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkasa masyarakat dengan ilmu pengetahuan agar sikap yang betul dapat dibentuk. Namun malangnya publisiti murahan lebih menjadi keutamaan.
waktu operasi klinik
Merujuk langkah kerajaan memanjangkan waktu operasi klinik kesihatan, adalah diharapkan langkah ini kekal bersifat sementara. Waktu menunggu yang lama di unit kecemasan hospital perlu ditangani dengan pengurusan sumber manusia yang cekap dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
Setakat ini, walaupun masalah tersebut semakin meruncing, ditambah pula dengan masalah wad di hospital penuh, masih belum ada tindakan proaktif oleh kerajaan untuk mendidik masyarakat. Sedangkan, adalah lebih penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdikari berbanding masyarakat yang bergantung kepada kerajaan.
Klinik kesihatan yang beroperasi terlalu lama juga membebankan kakitangan kesihatan dan meningkatkan kos, tanpa ada jaminan dapat memberikan kesan yang langsung kepada penurunan kes denggi.
Adalah lebih baik jika tenaga dan masa tersebut digunakan untuk mengadakan lawatan ke komuniti untuk program pendidikan dan pencegahan. Waktu operasi yang terlalu lama juga boleh menurunkan kualiti perkhidmatan yang disediakan terutamanya dari segi perundingan dan pendidikan kesihatan, di samping mengganggu kelancaran perkhidmatan sedia ada.
Oleh itu, secara tuntasnya wabak denggi kali ini adalah berpunca daripada kegagalan program pencegahan oleh kerajaan BN yang tidak berupaya untuk memperkasa masyarakat dengan ilmu dan sikap yang betul.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu melibatkan kementerian terbabit dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan program pendidikan dan pencegahan dapat meresap ke akar umbi.
Adalah memalukan bagi sebuah negara yang menyimpan hasrat untuk menjadi sebuah negara maju tetapi masih bergelumang dengan penyakit bawaan nyamuk. Masih belum terlambat bagi semua pihak untuk mencedok ibrah dari kisah Raja Namrud yang zalim mengaku tuhan namun ditewaskan oleh krisis bawaan nyamuk.
___________________
Dr Izani Husin ialah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Sumber HD - 6-2-2014
Jika mahu mati di usia muda, dipersilakan merokok!
- Jan 24, 2014
- DR SUHAZELI ABDULLAH
MEROKOK adalah penyebab utama penyakit dan kematian pada usia muda. Tidak dapat dinafikan kaitan antara perokok dan kematian akibat darinya boleh menyebabkan keluarga mereka menyesal seumur hidup.
Hampir separuh dari perokok meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokok.
Kebanyakan kematian yang diakibatkan oleh merokok bukan kematian mengejut dan tiba-tiba. Sebaliknya penyakit seperti kegagalan sistem paru-paru (pernafasan) menyebabkan anda hidup bertahun-tahun dengan kelelahan dan masalah pernafasan sebelum anda menghembuskan nafas terakhir.
Sesungguhnya kehidupan sebegini amat menyeksakan, terpaksa mengejar udara di saat manusia lain boleh bernafas seperti biasa. Bahana dari kegagalan sistem pernafasan ini.
Hasil dari kefahaman ini jugalah para alim ulama terkini seluruh dunia telah meletakkan hukum merokok sebagai haram kerana ia boleh membawa seseorang itu bahkan orang di sekelilingnya kepada kebinasaan. Apatah lagi apabila anugerah Tuhan yang diberikan percuma berupa keupayaan untuk bernafas dengan baik kita sia-siakan dengan merokok sehingga akhirnya kita tercungap-cungap dan bertegang urat untuk bernafas apabila fungsi paru-paru yang kita miliki telah rosak akibat rokok.
BERHENTILAH SEKARANG!
Anda masih belum terlambat untuk berubah. Bernafaslah dengan udara segar dan selamatkan badan anda dari kebinasaan yang berpanjangan. Berhentilah sekarang! Hak membuat keputusan adalah ditangan anda. Berhenti merokok boleh membawa kesan yang sangat besar kepada kesihatan dan kehidupan anda.
Pastinya anda belum terlambat untuk menikmati kesan baik ini. Contohnya, jika anda berhenti merokok pada usia pertengahan sebelum mendapat penyakit serius seperti barah, anda boleh mengelak daripada mendapat kebanyakan kesan bahaya merokok.
Ramai orang telah berjaya berhenti merokok dan ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda merasakan ia sesuatu yang sukar dan memerlukan bantuan, rujuklah doktor anda dan rujukan boleh dibuat ke klinik berhenti merokok yang terdapat di premis kesihatan seluruh negara.
Mungkin nota ini membolehkan anda beringat-ingat dan meneruskan langkah untuk berhenti. Tahukah anda bahawa rokok berbahaya kerana mempunyai beberapa bahan cemar. Salah satunya nikotin. Nikotin adalah bahan kimia yang merangsang otak. Jika anda adalah seorang perokok, apabila kadar nikotin dalam darah berkurang, anda mula mengalami tanda-tanda ‘withdrawal’ sama seperti penghisap dadah, contohnya gian, keresahan, sakit kepala, mudah marah, lapar dan masalah konsentrasi. Anda akan berasa pulih semula apabila kembali menghisap rokok. Oleh kerana itulah perokok tegar perlu sentiasa menghisap rokok untuk kembali berasa ‘normal’.
ROKOK KANDUNGI 4000 BAHAN KIMIA
Tar dalam rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia dan lebih 50 penyebab barah. Tar daripada rokok akan masuk terus ke dalam paru-paru dan seterusnya mengalir ke dalam salur darah anda ke bahagian lain tubuh anda. Dengan hanya sebatang rokok, anda menyeksa badan anda dengan menyebarkan racun merbahaya ke seluruh organ dalaman.
Karbon monoksida merosakkan kebolehan darah untuk membawa oksigen. Ini penting terutamanya kepada ibu mengandung kerana karbon monoksida akan mengurangkan kadar oksigen kepada bayi yang sedang mengembang dalam rahim ibu. Ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan jangka masa panjang dan kecacatan kepada bayi. Dan anda perlu ingat, karbon monoksida itu datang dari rokok yang anda sebagai bapa menghisap!
Melihat kepada kemudaratan-kemudaratan yang boleh dibawa oleh rokok, apa lagi alasan yang anda mahu berikan untuk tidak berhenti merokok?
Sumber HD - 24-1-2014
Umur lebih 35 tahun berisiko menghidapi diabetes
- Jan 20, 2014
- DR SUHAZELI ABDULLAH
DIABETES adalah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pankreas. la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan.
Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.
Terdapat dua jenis kategori diabetes yang dikenal pasti iaitu:
Jenis I atau Diabetes Yang Bergantung Pada Insulin
Jenis ini selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Pengawalan penyakit hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Punca utama diabetes ini berlaku disebabkan kekurangan insulin dalam badan pesakit. Oleh yang demikian paras gula dalam darah akan meningkat.
Diabetis jenis I ini biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang juga menghidap diabetes.
Jenis II atau Diabetes yang Tidak bergantung Pada Insulin
Bagi memudahkan pengklasifikasi jenis diabetes, ianya disebut "non- insulin dependent Diabetes Mellitus".
Walau bagaimana pun, rawatan terkini mengunakan insulin dalam merawat diabetes jenis ini adalah yang terbaik. Diabetes jenis II ini selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Merawatnya adalah dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Pelbagai jenis ubat telah dicipta bagi mengawal paras gula yang meningkat dalam penyakit diabetes ini.
Secara asasnya diabetis jenis II ini disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan bagi mengimbangi penggunaan gula ke seluruh badan.
Ianya juga mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetes.
Berikut adalah faktor risiko diabetes atas individu tersenarai di bawah:
1) Kegemukan. Rujukan asas yang mengatakan seseorang itu gemuk adalah dengan melihat saiz seluar mereka. Jika saiz untuk lelaki melebihi saiz 35 manakala wanita bersaiz melebihi 33, maka sudah dikira kegemukan.
2) Kurang aktiviti fizikal seperti senaman akan membolehkan seseorang itu menghidap diabetes.
3) Faktor pemakanan seperti pengambilan lemak berlebihan dalam makanan; pengambilan serat yang tidak mencukupi; kurang zat makanan di peringkat awal umur - Kelahiran yang tidak cukup berat badan juga disebut sebagai risiko menghidap diabetes.
4) Sejarah keluarga yang menghidap diabetis terutama adik beradik, ayah ibu dan bapa/ibu saudara.
5) Umur melebihi 35 tahun sudah dikenal pasti berisiko mengidap diabetes.
6) Kumpulan etnik tertentu mempunyai risiko yang tinggi.
Gejala Diabetes
- Kerap dahaga
- Kerap kencing
- Susut berat badan walaupun berselera makan
- Terasa letih atau lesu
- Luka dan cedera yang lambat sembuh
- Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan
Komplikasi Diabetes
Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Komplikasi diabetes yang biasa adalah:
- Penyakit buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan
- Koma atau tidak sedarkan diri
- Stroke/angin ahmar
- Penyakit saraf
- 'Gangrene' atau tisu mati
Pencegahan Diabetes
Diabetes terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan:
- Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki 'Body Mass Indeks' (BMI) antara 20 – kurang dari 25 BMI = Berat (Kg) / [Tinggi (m) X Tinggi (m)]
- Elak makanan berlemak, pilih yang rendah lemak.
- Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
- Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
- Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
- Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.
Bolehkah diabetes sembuh?
Diabetes tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetes, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;
- Ubat
- Pemakanan sihat
- Penjagaan berat badan
- Bersenam selalu
- Elakkan jangkitan
Sumber HD - 20-1-2014
This is a excellent blog, would you be involved in doing an interview about just how you designed it? If so e-mail me!
ReplyDeletepitted dates | Organic dates exporters | Organic Chopped dates exporters | Dates exporters from pakistan | Pakistani dates exporters | Chopped dates exporters