Cubaan jatuh maruah Ustaz Azhar kerja dikutuk – Dr Asri
KUALA LUMPUR: Cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan maruah Ustaz Azhar Idrus adalah kerja jahat yang dikutuk oleh agama dan akal yang sihat.
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sesiapa yang turut mempromosi perbuatan jahat itu akan berkongsi dosa dan Allah akan memberikan keaiban atas sesiapa yang berusaha mengaibkan orang lain.
“Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan beliau ataupun tokoh lain, namun mengada-adakan keaiban ke atas orang lain adalah dosa yang besar,” tulisnya menerusi facebook berhubung fitnah ke atas pendakwah ikon anak muda itu.
Ekoran dakwaan terhadap Ustaz Azhar menerusi facebook seorang wanita, sebuah NGO telah membuat laporan polis kelmarin. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sesiapa yang turut mempromosi perbuatan jahat itu akan berkongsi dosa dan Allah akan memberikan keaiban atas sesiapa yang berusaha mengaibkan orang lain.
“Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan beliau ataupun tokoh lain, namun mengada-adakan keaiban ke atas orang lain adalah dosa yang besar,” tulisnya menerusi facebook berhubung fitnah ke atas pendakwah ikon anak muda itu.
Ekoran dakwaan terhadap Ustaz Azhar menerusi facebook seorang wanita, sebuah NGO telah membuat laporan polis kelmarin. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
Dr Asri bebas tuduhan mengajar tanpa tauliah
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah, daripada tuduhan mengajar agama tanpa tauliah pada November 2009.
Hakim Shaiful Azli Jamaluddin berkata, pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh tertuduh pada malam kejadian.
Selain itu, dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis itu juga lemah tanpa disokong bukti kukuh.
Pada 18 November 2009, Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan. - HARAKAHDAILY
Sumber HD - 20-5-2014
Hakim Shaiful Azli Jamaluddin berkata, pendakwa iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal membuktikan apa yang sebenarnya diucapkan oleh tertuduh pada malam kejadian.
Selain itu, dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis itu juga lemah tanpa disokong bukti kukuh.
Pada 18 November 2009, Mohd Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan. - HARAKAHDAILY
Sumber HD - 20-5-2014
Pertanyaan Dr Maza untuk Najib
Pertanyaan Dr Maza untuk Najib, “Maaf saya rakyat marhaen yang kurang faham. Boleh huraikan untuk hilangkan kekeliruan?” dengan memaparkan laporan keuntungan TNB sebanyak RM1.7 bilion.
Laporan Berita hari ini;
Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. – Berita Harian
Elok..kalau ia dijawab Najib secara telus!!
Sumber HD - 16-5-2014
Jangan ‘main ceduk’ apa saja ke bakul agama
- Apr 18, 2014
- PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Sahih
Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir. Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama bahawa Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.
Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik yang kukuh.
Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Palsu
Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)
Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:
“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).
Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari:
“Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad. Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7)
Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.
Lojik
Perkara yang tidak lojik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:
Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ia hadith yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).
Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:
“Sepertimana para ulama hadith mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.
Kisah-kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.
Sumber HD - 18-4-2014
Hormati jenazah, tunjukkan akhlak Islam
- Apr 17, 2014
- DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ إِنَّهُ يَهُودِيٌّ فَقَالَ أَلَيْسَتْ نَفْسًا
Maksudnya: “Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda:
“Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya.
Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.
Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.
Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam.
Itupun memerlukan ‘iqamah al-Hujjah’ yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya.
Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.
Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.
Islam ini kebaikannya untuk semua.
Sumber HD - 17-4-2014
Jangan lelong murah nama Nabi SAW
- Apr 11, 2014
- PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Beliau mungkin menjawab satu ucapan seorang tokoh agama di Mesir dalam videonya yang mendakwa bahawa beliau bermimpi berjumpa dan Nabi SAW menyuruh membunuh penunjuk perasaan yang membantah kerajaan tentera.
Salahguna
Demikian nama Nabi SAW sering digunakan untuk pelbagai kepentingan. Oleh sebab nama baginda begitu laku maka ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk pelbagai kepentingan diri dan puak. Mendakwa mimpi berjumpa Nabi, di samping untuk kepentingan tertentu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan diri kepada orang ramai bahawa diri yang bermimpi itu sangat istimewa. Inilah yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah guru agama dalam membina pengaruhnya dalam masyarakat. Hal ini berbeza dengan golongan salaf terdahulu yang sentiasa merendah diri dalam memperkatakan tentang kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah al-Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan sarjana hadis yang agung ketika seseorang berkata kepadanya:
“Ibu saya telah bermimpi bagi engkau syurga”. Jawab al-Imam Ahmad: “Wahai saudara! Dahulu Sahl bin Salamah telah diberitahu perkara yang sebegini kemudian dia melakukan menumpahkan darah manusia”. Kata Ahmad bin Hanbal lagi: “Mimpi itu mengembirakan orang mukmin, bukan memperdayakannya”. (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 11/227. Beirut: Muassasah ar-Risalah).
Dusta
Namun apabila agama menjadi bahan untuk kepentingan diri, maka mimpi dijadikan hujah, sedangkan nas yang terang diketepikan. Betapa banyak nas yang Nabi SAW melarang kezaliman, kesombongan, mengambil kesempatan atas harta orang ramai dengan menggunakan nama agama dan lain-lain penyalahgunaan dan penindasan. Masakan Nabi SAW muncul dalam mimpi seseorang yang akhirnya mencetus kesemua hal itu. Masakan Allah mengiktiraf insan tertentu dengan diberikan kurniaan bermimpi Nabi SAW sedangkan dia akhirnya membuat perkara yang dilarang oleh Nabi SAW.
Sesiapa yang mendakwa bermimpi Nabi SAW dengan satu mesej yang menyanggahi ajaran Nabi SAW, dia sebenarnya berbohong. Jika pun dia bermimpi, itu sebenarnya syaitan yang menyerupai orang lain, lalu kerana dia tidak kenal Nabi SAW maka dia menyangka itu baginda. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi SAW tetapi boleh menyerupai orang lain dan yang tidak tahu menyangka itu Nabi SAW. Syaitan boleh menipu sesiapa sahaja sekalipun yang berserban besar.
Jumpa Nabi
Hari ini ramai yang membuat pelbagai majlis atas nama Nabi Muhammad SAW. Pada asasnya mengingati Nabi SAW dalam usaha mengamalkan ajaran baginda memanglah sesuatu yang baik. Bernasyid dan berqasidah untuk hiburan hati juga tidak salah. Memuja dan memuji Nabi SAW dalam puisi dan syair juga baik. Namun, jika Nabi SAW itu sekadar satu upacara dalam menaikkan golongan tertentu ataupun mengaut keuntungan tertentu maka itu tidak akan membawa masyarakat kepada Nabi SAW.
Ada pula yang mendakwa kononnya Nabi SAW itu hadir ke dalam majlis mereka secara jaga atau yaqazah. Ada yang melambai kononnya Nabi SAW itu hadir. Sekadar lambai suka-suka maka itu sekadar hiburan. Namun apabila melibatkan dakwaan tertentu berkaitan agama maka itu perlukan dalil syarak. Takrif sahabat Nabi SAW di sisi Ahli Hadis ialah ‘sesiapa yang berjumpa dengan Nabi SAW, beriman dengan baginda dan mati dalam iman’. Soalannya, apakah mereka yang berjumpa Nabi SAW dalam majlis-majlis di Malaysia ini telah menjadi sahabat Nabi SAW sehingga mereka ini nanti kita sebut selepas nama mereka radiyalLahu ‘anhu. Dakwaan yang seperti ini mempunyai kesan yang bukan mudah. Jika kita masih ingat dahulu Ashaari Muhammad pengasas Pertubuhan al-Arqam yang membawa ajaran sesat yang berasaskan mimpi dan pertemuannya secara yaqazah (jaga) dengan Nabi SAW Akhirnya pelbagai dakwaan pelik dikeluarkannya dengan bersandar kepada dialognya dengan Nabi SAW yang dia dakwa itu.
Para sahabat Nabi SAW telah menghadapi pelbagai krisis dan masalah. Mereka tidak pernah menggunakan mimpi berjumpa Nabi SAW dalam pertikaian antara mereka. Tidak pernah ‘Ali ataupun ‘Aishah ataupun al-Zubair ataupun Talhah dalam krisis antara mereka yang telah membawa kepada penumpahan darah itu mendakwa bermimpi berjumpa Nabi SAW dalam menentu kebenaran. Padahal mereka lebih perlukan dan lebih layak untuk bermimpi berjumpa baginda. Maka, kita kena ingat apa yang Nabi SAW ingatkan kita:
“Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar).” (Riwayat Muslim).
Cinta
Ramai orang suka menyandarkan diri mereka kepada Nabi SAW dengan dakwaan mereka keluarga Nabi SAW ataupun pencinta keluarga Nabi SAW. Paling hebat dalam hal ini golongan Syiah dan mereka yang mendekati jalan yang diambil oleh Syiah.
Kita tidak boleh nafikan bahawa kita semua dituntut menyayangi keluarga Nabi SAW (Ahlul Bait). Saban hari kita bersalawat buat mereka. Namun, bukan semua Ahlul Bait itu mendapat kemuliaan Allah. Hanya Ahlul Bait yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW sahaja. Iman bukan warisan keturunan. Anak Nabi Nuh AS menjadi penderhaka kepada beliau. Maka tidak mustahil ada keturunan Nabi Muhammad SAW juga yang tidak mengikuti jalan baginda. Perkataan ‘habib’ dan ‘sayyid’ bukan jaminan seseorang itu berada atas jalan Nabi SAW. Nabi SAW pernah menegaskan:
“Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Nafi
Dalam keghairahan mendakwa sebagai pengikut Nabi SAW ataupun pencinta Nabi SAW, kita janganlah lupa bahawa dalam hadis banyak golongan yang Nabi SAW tidak mengaku mereka sebagai pengikut baginda. Mendakwa itu mudah, tetapi untuk mendapat pengiktirafan daripada baginda SAW memerlukan usaha kita semua agar berada atas panduan baginda.
Antara golongan yang Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda ialah golongan menipu umat Islam terutama dari segi harta benda. Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda:
“Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim).
Pencinta dan keluarga Nabi SAW tidak boleh bersama dengan penipuan. Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda. Bahkan pencinta wajar tegas dalam memperkatakan kebenaran. Sesiapa yang menipu hakikat dan menyelewengkan kebenaran maka dia tidak diiktiraf sebagai pengikut Nabi SAW. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Berstatus sahih.
Moga kita semua sayangkan Nabi SAW. Berusaha mengikuti jalan Nabi SAW. Menggalakkan orang ramai ke arah cinta Nabi SAW dengan pelbagai pendekatan. Namun, jangan murah-murah lelong nama Nabi SAW untuk kepentingan yang tidak diiktiraf oleh Nabi SAW!!!
http://drmaza.com/
Sumber HD - 11-4-2014
MH370: Indahnya jika kapal selam kita berfungsi – Dr Asri
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian tulis bekas Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook beliau.
“Isu kapal selam negara telah lama kita dengar. Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” ujarnya.
Menurutnya, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh 'jiran sebelah', tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.
“How I wish! because I love my country so much,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 2-4-2014
MH370: Komen Dr Asri dengan kemunculan bomoh
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Bekas Mufti Perlis itu menambah, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam.
"Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh.
"Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam," jelasnya.
Menulis sebelum itu, beliau menyatakan kehilangan MH370 telah membingungkan para pencari dan pengkaji.
Tambahnya, teknologi yang dimiliki oleh manusia sehingga setakat ini masih gagal memberi jawapan.
“Ini semua mengingatikan kita bahawa logik yang dimiliki oleh manusia belum tentu dalam menjawab semua perkara tentang alam ini.
“Akhirnya kita akur bahawa Tuhan dengan segala rahsia alam-Nya menguasai segalanya. Pada-Nya jua apa yang kita tahu dan kita tidak tahu,” tulisnya lagi.
Sumber HD - 11-3-2014
Kebaikan mungkin membawa ke neraka
- Feb 14, 2014
- PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.
Ujub
Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.
Sabda Nabi SAW:
“Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)
Dosa ke syurga?
Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?
Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.
Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalam jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.
Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:
“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hamba-Nya, Dia jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: “Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”. Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepada-Nya, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).
Pahala Ke Neraka?
Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.
Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.
Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:
“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya).” (ibid, 1/446).
Pakaian Agama
Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.
Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:
“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur.”
Apatah lagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi SAW ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah:
“Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).
Sumber HD - 2014
Apabila mimpi dan ilham menjadi hujah
- Jan 23, 2014
- PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Saya tertarik membaca kenyataan seseorang – tidak pasti samada sarcastic ataupun jujur - yang menyatakan sesiapa yang pergi menziarah kubur Rasulullah SAW di Madinah sekarang, baginda tiada di sana. Baginda sibuk hadir dalam majlis-majlis anjuran ustaz-ustaz di Malaysia.
Saya tidak pasti kenapa dia berkata begitu. Namun apa yang saya pasti saya mendengar banyak pihak dengan mudahnya kebelakangan ini mendakwa Nabi SAW yang mulia itu hadir dalam majlis ini dan itu anjuran mereka. Ada yang mendakwa Nabi SAW mengiringinya ke meja kuliahnya. Ada yang mendakwa dia nampak Nabi SAW sedangkan orang lain tidak nampak. Dunia facebook pun meriah dengan cerita-cerita ini.
Ada yang cuba membuktikan kebenaran aliran yang dibawanya, ataupun tarekatnya, ataupun kelebihan majlisnya dengan kehadiran Nabi SAW yang hanya dapat dilihat oleh beberapa orang tertentu sahaja. Hal yang sama pernah didakwa oleh Ashaari al-Arqam dahulu. Bahkan beliau cuba membuktikan kebenarannya itu dengan pelbagai cara, termasuk mimpi tokoh itu dan ini yang membuktikan kesahihan ajaran yang dibawa olehnya.
Bukan Hujah
Dalam Islam, kebenaran itu dibuktikan oleh dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Segala keputusan ijmak dan kesimpulan qias berjalan berteraskan dua sumber utama itu. Penghujahan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah dapat difahami dan dikongsi oleh pihak yang mendengar, yang bersetuju ataupun yang membantah kesimpulan yang dibuat. Namun jika hujah itu berteraskan mimpi ataupun ilham ataupun kasyaf, siapa yang boleh berkongsi perkara yang tidak dilihat oleh orang lain.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”. (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Jika diandaikan mimpi dan ilham itu benar-benar terjadi, siapakah pula yang dapat memastikan itu semua daripada Tuhan, bukan pula bisikan syaitan?! Jika mimpi dan ilham itu oleh para Nabi s.a.w tentu tidak dipertikaikan. Adapun berhujah dengan alasan mimpi orang biasa yang terdedah kepada cakap benar dan bohong, ataupun ditipu oleh syaitan, maka itu bukan bukti kebenaran sesuatu perkara.
Kata Dr Wahbah al-Zuhaili:
“Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: (terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121).”
Katanya lagi:
“Kemungkinan juga ianya adalah bisikan atau percakapan dalam dirinya. Ini seperti yang nyatakan oleh firman Allah : (terjemahannya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh dirinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Surah al-Qaf: 16).
Sambungnya lagi:
“Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, ilham tidak boleh menjadi hujah. Berkaitan dengan ini, maka pendapat sebahagian sufi bahawa ilham atau kasyaf adalah hujah yang wajib beramal dengannya di dalam hukum-hakam syarak adalah sesuatu yang batil”.( Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 2/924-925, Beirut: Dar al-Fikr)
Lemah
Tokoh ilmuwan terbilang, pakar Maqasid Syariah yang hebat iaitu al-Imam al-Syatibi (w. 790H) :
“Selemah-lemah hujah mereka ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”. Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan”. (Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198. Beirut: Dar al-Kitab)
Saya sangat suka dengan komentar Ibn Taimiyyah (w. 728H) dalam hal ini. Katanya:
“Dalam kalangan mereka ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan dia telah lama mati. Lalu dia berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”. Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak mengetahui dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Aku Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad”.
Aku (Ibn Taimiyyah) tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi SAW keluar daripada kubur baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menjadikan ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.
Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi SAW, lalu Ibn Taimiyyah menyebut:
“Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (w. 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (mereka yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi SAW (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah (selepas Nabi s.a.w wafat) telah bercanggah pendapat dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi SAW dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda (isu tanah Fadak dengan Abu Bakar al-Siddiq), adakah beliau bertanya Nabi SAW dan baginda menjawabnya”.( Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399. Riyadh: Maktab al-`Abikan)
Lebih Mulia?
Malangnya ini yang dipercayai oleh sesetengah pihak, sehingga mereka percaya ada tokoh tertentu boleh berjumpa Nabi SAW bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Kita tahu bahawa selepas kewafatan baginda SAW. telah berlaku pertelingkahan di kalangan sahabah terutama dalam isu pembunuhan `Uthman bin `Affan RA, sehingga membawa perang Jamal dan Siffin. Tiada siapa di kalangan sahabah yang mendakwa mereka akan merujuk perkara ini kepada Nabi SAW di kubur baginda, atau memanggil roh baginda. Bahkan mereka kebanyakannya amat keliru dengan keadaan ketika itu. Kata al-Nawawi (w. 676H):
“Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Haqq ialah berbaik sangka terhadap para sahabah. Tidak mencampuri pertelingkahan yang berlaku antara mereka. Ahl al-Sunnah mentakwilkan peperangan antara para sahabah dengan menganggap bahawa mereka adalah mujtahidin yang membuat takwilan bukan berniat untuk bermaksiat atau semata-mata kerana dunia. Bahkan setiap golongan sahabah telah beritiqad bahawa merekalah yang benar, sesiapa yang menentang mereka adalah melampau dan wajib diperangi agar kembali kepada perintah Allah..”. Tambahnya lagi: “Isu-isu ketika itu mengelirukan sehinggakan kebanyakan sahabah merasa bingung dengannya lalu mengambil keputusan meninggalkan kedua-dua golongan dan tidak berperang serta tidak berkeyakinan tentang siapa yang benar”.( Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 18/339. Beirut: Dar al-Khair)
Demikian juga apabila Abu Bakr dan `Umar berselisih pendapat mengenai mereka yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan Abi Bakr, tiada seorang dari kalangan mereka berdua yang menyatakan: “Mari kita bertanya RasululLah!!. Ada sesiapa yang lebih afdhal daripada Abu Bakr dan `Umar?!!!.
http://drmaza.com/
Sumber HD - 23-1-2014
No comments:
Post a Comment