Mereka panggil paria, saya tak kisah pun, kata Rayer
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menjadi sasaran kemarahan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin berkata beliau juga dimaki dengan kata-kata kesat tetapi tidak menghiraukannya.
“Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini,” kata Rayer ketika ditemui Malaysiakini di Dun Pulau Pinang semalam.
Telur-telur yang ditulis dengan kata-kata cercaan oleh perusuh Umno untuk dibaling kepada Rayer. Foto Malaysiakini
Rayer merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli Umno yang menceroboh Dun untuk mencarinya, antaranya kerana menggelarkan pemimpin Umno celaka.
Kumpulan itu sebelumnya menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar Rayer sebagai 'bangsat', 'paria' dan 'rasis' sambil membawa telur ayam untuk dibaling kepada Rayer.
Rayer bagaimanapun menjelaskan, beliau menggunakan perkataan 'celaka' terhadap tiga pemimpin Umno kerana parti itu sering menguar-uarkan konsep 1Malaysia tetapi memainkan politik perkauman.
Pemimpin Umno itu ialah dua anggota Parlimen – Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) – dan timbalan pengerusi Umno negeri Musa Sheikh Fadzir.
Ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Umno di Seberang Jaya pada Januari yang kontroversi apabila kain rentang mengaitkan DAP dengan tragedi 13 Mei dipamerkan.
Sumber HD - 23-5-2014
“Mereka panggil saya pelbagai nama, haram jadah, paria... Lebih baik bahaskan isu ini,” kata Rayer ketika ditemui Malaysiakini di Dun Pulau Pinang semalam.
Telur-telur yang ditulis dengan kata-kata cercaan oleh perusuh Umno untuk dibaling kepada Rayer. Foto Malaysiakini
Rayer merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli Umno yang menceroboh Dun untuk mencarinya, antaranya kerana menggelarkan pemimpin Umno celaka.
Kumpulan itu sebelumnya menyertai perhimpunan di luar dewan yang antaranya menggelar Rayer sebagai 'bangsat', 'paria' dan 'rasis' sambil membawa telur ayam untuk dibaling kepada Rayer.
Rayer bagaimanapun menjelaskan, beliau menggunakan perkataan 'celaka' terhadap tiga pemimpin Umno kerana parti itu sering menguar-uarkan konsep 1Malaysia tetapi memainkan politik perkauman.
Pemimpin Umno itu ialah dua anggota Parlimen – Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) – dan timbalan pengerusi Umno negeri Musa Sheikh Fadzir.
Ketiga-tiga mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-Umno di Seberang Jaya pada Januari yang kontroversi apabila kain rentang mengaitkan DAP dengan tragedi 13 Mei dipamerkan.
Sumber HD - 23-5-2014
Guan Eng cabar Umno pecat ahli bertindak samseng
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno agar memecat 12 anggota parti itu yang bertindak samseng menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin.
Ini kerana, setelah dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang bertaraf VIP, 12 samseng Umno itu semalam tanpa rasa bersalah ingin mengulangi tindakan mereka dengan berkumpul di luar Dun.
"Bagi pihak kerajaan negeri, kami ingin mengutuk ahli-ahli Umno yang bertingkah laku macam samseng mahu merusuh di luar perkarangan Dun Pulau Pinang.
"Kami menghargai kehadiran polis untuk menjaga ketenteraman tetapi meminta tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap mereka," ujar Guan Eng ketika menggulung perbahasan sidang Dun.
Menurut Guan Eng, walaupun Ketua Pembangkang yang juga Adun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid memohon maaf bagi pihak 12 ahli Umno itu semalam dan mengakui tindakan itu salah, namun mereka yang terbabit masih mahu mengulangi tindakan mereka.
"Memandangkan ahli-ahli Umno (itu) masih berdegil lagi, adakah tindakan pemecatan dari Umno akan dilakukan memandangkan mereka ini tidak hormati undang-undang negara tetapi memilih cara keganasan?
"Beranikah Umno memecat mereka untuk membuktikan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Umno menjauhi dan tidak mendokong keganasan?" soal beliau.- HARAKAHDAILY, 23/5/2014
Sumber HD - 23-5-2014
Dun P.Pinang lulus usul tergempar kutuk samseng Umno
GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan usul tergempar dengan lima ketetapan berhubung tindakan sekumpulan lelaki menceroboh dan mencetuskan kekecohan di DUN, semalam.
Usul itu dicadang dan dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada persidangan DUN.
Ketetapan itu antara lain mengulangi kecaman ke atas tindakan sekumpulan perusuh dan samseng yang mengaku anggota Umno dan menyuarakan kekesalan bahawa kejadian itu adalah satu serangan jahat terhadap sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Usul itu juga mengarahkan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi dan pasukan keselamatan untuk mengambil alih tugas keselamatan di luar dan dalam perkarangan serta menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyediakan laporan berhubung kejadian itu.
Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Speaker Datuk Law Choo Kiang dan dianggotai timbalan speaker Maktar Shapee, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota Chow Kon Yeow dan Adun Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.
Lim (DAP-Air Putih) ketika membentangkan usul itu berkata ia tidak seharusnya berlaku dan tidak pernah terjadi dalam institusi negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan.
"Kita rasa sangat kesal bahawa keselamatan sedia ada dalam Dewan Undangan Negeri telah dibolosi dengan begitu mudah.
"Saya amat kesal apabila kumpulan perusuh dan samseng ini nampaknya direstui daripada Adun pembangkang. Kita harus memandang perkara ini dengan serius," katanya yang menyifatkan kejadian sebagai satu titik hitam dalam sejarah.
Semalam, sekumpulan 100 lelaki yang mengaku sebagai anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk mencari Adun Seri Delima R.S.N Rayer yang mengatakan "Umno celaka" pada persidangan dewan, pada Selasa.
Rayer mengeluarkan perkataan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
Usul tergempar itu diluluskan sebulat suara 27 wakil rakyat penyokong kerajaan yang menghadiri persidangan itu, manakala sembilan Adun Barisan Nasional tidak menyokong usul itu. - Bernama
Sumber HD - 22-5-2014
Serbu Dun: Ketua Polis Pulau Pinang wajar letak jawatan
BUKIT GELUGOR: Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi wajar meletakkan jawatan kerana gagal mengawal keselamatan di Dewan Undangan Negeri (Dun) tengah hari tadi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, kejadian merusuh oleh ahli dan penyokong Umno itu satu tindakan kurang ajar kerana tidak menghormati undang-undang sedangkan di dalam Dun mana-mana pihak tidak boleh bertindak sedemikian kerana ia terikat dengan peraturan dewan.
"Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi kena letak jawatan kerana tidak menghalang tindakan ahli dan penyokong Umno yang bertindak kasar menyerang Dun. Patut mereka menghormati Dun," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.
Jika tidak puas hati katanya, ada ruang perbahasan di dewan tidak wajar bertindak terburu-buru membawa perwatakan buruk, jijik dan kurang ajar.
Contohnya, di Parlimen lebih teruk perkataan yang keluar namun semua itu tidak menjadi hal ekoran dalam dewan perbahasan boleh dibuat walaupun kadang-kadang mengundang kemarahan ahli parlimen yang lain.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata selain meletakkan jawatan Abdul Rahim juga perlu memohon maaf kepada ahli-ahli Dun sama ada kerajaan atau pembangkang kerama gagal mengawal keselamatan Dun yang mempunyai kebebasan bersuara.
“Jika beliau membiarkan kejadian itu berlaku pasti akan berulang pada masa depan memandangkan individu terbabit tidak dengar kata.
" Tindakan itu satu kesalahan maka Ketua Polis wajib menahan mereka yang tidak langsung hormat undang-undang. Orang bertanya adakah perbuatan itu dibuat oleh Umno, polis diam membisu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Sementara itu Adun Seri Delima, RSN Rayer dalam ucapan menegaskan, beliau tidak akan menarik balik perkataan 'celaka' yang diucapkannya semasa persidangan Dun semalam.
Menurutnya perkara tersebut bukan ditujukan pada semua orang sebaliknya hanya nama-nama yang disebut ketika perhimpunan di Seberang Jaya tempoh hari.
"Semua pihak boleh meneliti 'hansard' di Dun. Saya tidak pun menyebut celaka pada semua individu tetapi sekadar beberapa orang tertentu sahaja. Salah ke berbahas dengan nada kuat. Umno yang ada buat apa patut melawan dengan hujahan berfakta," tambahnya.
Sejurus selepas mengadakan sidang media khas bersama kepimpinan PAS di Dewan JKKK Taman Sardon, beliau yang ditemani calon Pakatan Rakyat, Ramkarpal membuat laporan di Balai Polis Jelutong pada jam 6.00 petang.
Dun Pulau Pinang kecuh semalam berikutan ucapan Adun Seri Delima yang mengeluarkan perkataan 'celaka' kepada kepimpinan Umno khususnya Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya kononnya membantah perhimpunan kangkung anjuran PKR sebelum itu. - HARAKAHDAILY 21/5/2015
Sumber HD - 21-4-2014
Pecah masuk Dun cemar kemuliaan dewan - Speaker
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang menggesa pihak polis menyiasat segera insiden pecah masuk oleh sekumpulan perusuh ke dalam sidang dewan hari ini.
Ini kerana katanya, bagi memastikan keselamatan perjalanan sidang DUN akan terus terpelihara.
"Saya minta agar pihak polis dapat mengadakan kawalan keselamatan di hadapan pintu masuk DUN dari sekarang hingga sidang DUN tamat," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, masih ada ruang yang lebih beradab untuk menyatakan ketidapuasan hati terhadap sesuatu isu.
"Dari melakukan tindakan yang kasar dengan merempuh pagar utama DUN dan mencemarkan kemuliaan dewan ini, yang jelas melanggar undang-undang negara," tegas beliau.
Beliau melahirkan kekecewaan dengan insiden yang berlaku malah ianya tidak pernah berlaku sepanjang sejarah sidang DUN di negeri itu.
Keadaan itu, katanya sekaligus mencemarkan sejarah politik negara.
Sidang DUN Pulau Pinang kecoh apabila kira-kira 10 orang telah memecah masuk ke dewan untuk menyatakan bantahan ekoran kenyataan wakil rakyat Seri Delima daripada DAP menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng di laman rasmi Facebooknya turut memuatnaik status "Umno Pulau Pinang bertindak biadap di DUN Pulau Pinang". - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
Kerajaan negeri Pulau Pinang tanggung sebahagian kos buat jalan
GEORGE TOWN: Cadangan pembinaan jalan berkembar Jalan Paya Terubung dari Lebuhraya Thean Tek (Bandar Baru Ayer Itam) ke Lebuh Bukit Jambul (Relau) yang bernilai RM300 juta, bakal menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Paya Terubong selain memberi manfaat kepada 60,000 penduduk di kawasan sekitar.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sebahagian daripada kos laluan sepanjang 3.65 kilometer itu akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan tender terbuka akan dipanggil untuk bahagian itu.
Sebahagian lagi laluan akan dibina oleh pemaju, PLB Land Sdn Bhd, sebagai kewajipan untuk memperoleh kelulusan pembangunan, katanya dalam kenyataan di sini.
Lim berkata terdapat dua komponen utama yang harus dibina oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak pemaju iaitu jalan berkembar dari Lebuhraya Thean Tek ke Tingkat Paya Terubong 1 (Sun Moon City) sepanjang 816 meter dengan kos dianggarkan RM60 juta dan dijangka siap pada 2017.
"Seterusnya perancangan sedang dibuat bagi komponen kedua untuk menghubungkan Jalan Bukit Kukus sepanjang 2.83 kilomter dari kawasan Bukit Saujana dan Sun Moon City ke Lebuh Bukit Jambul (Relau) dengan anggaran kos sebanyak RM240 juta.
"Sebahagian jalan berkembar sepanjang 1.4 kilometer akan dibina oleh pemaju PLB Land Sdn Bhd dan dijangka siap dalam masa enam tahun. Bagaimanapun kerajaan negeri akan meminta pemaju PLB untuk memendekkan tempoh pembinaan kepada tiga hingga empat tahun," katanya.
Lim berkata sebahagian lagi jalan berkembar iaitu sepanjang 1.43 kilometer dengan persimpangan di Jalan Paya Terubong/ Jalan Tun Sardon/ Jalan Berkembar Paya Terubong akan dibina oleh kerajaan negeri dan dijangka siap dalam masa 42 bulan.
Menurutnya jajaran jalan berkembar yang terletak di bahagian tanah bercerun memerlukan penstabilan cerun dilakukan.
"Oleh itu, rizab jalan lebih lebar akan disediakan di bahagian-bahagian tertentu untuk penyediaan cerun yang selamat. Kelebaran rizab yang telah ditentukan untuk jalan berkembar Jalan Paya Terubong ialah 20.117 meter," katanya.
Sumber HD - 4-5-2014
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sebahagian daripada kos laluan sepanjang 3.65 kilometer itu akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan tender terbuka akan dipanggil untuk bahagian itu.
Sebahagian lagi laluan akan dibina oleh pemaju, PLB Land Sdn Bhd, sebagai kewajipan untuk memperoleh kelulusan pembangunan, katanya dalam kenyataan di sini.
Lim berkata terdapat dua komponen utama yang harus dibina oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak pemaju iaitu jalan berkembar dari Lebuhraya Thean Tek ke Tingkat Paya Terubong 1 (Sun Moon City) sepanjang 816 meter dengan kos dianggarkan RM60 juta dan dijangka siap pada 2017.
"Seterusnya perancangan sedang dibuat bagi komponen kedua untuk menghubungkan Jalan Bukit Kukus sepanjang 2.83 kilomter dari kawasan Bukit Saujana dan Sun Moon City ke Lebuh Bukit Jambul (Relau) dengan anggaran kos sebanyak RM240 juta.
"Sebahagian jalan berkembar sepanjang 1.4 kilometer akan dibina oleh pemaju PLB Land Sdn Bhd dan dijangka siap dalam masa enam tahun. Bagaimanapun kerajaan negeri akan meminta pemaju PLB untuk memendekkan tempoh pembinaan kepada tiga hingga empat tahun," katanya.
Lim berkata sebahagian lagi jalan berkembar iaitu sepanjang 1.43 kilometer dengan persimpangan di Jalan Paya Terubong/ Jalan Tun Sardon/ Jalan Berkembar Paya Terubong akan dibina oleh kerajaan negeri dan dijangka siap dalam masa 42 bulan.
Menurutnya jajaran jalan berkembar yang terletak di bahagian tanah bercerun memerlukan penstabilan cerun dilakukan.
"Oleh itu, rizab jalan lebih lebar akan disediakan di bahagian-bahagian tertentu untuk penyediaan cerun yang selamat. Kelebaran rizab yang telah ditentukan untuk jalan berkembar Jalan Paya Terubong ialah 20.117 meter," katanya.
Sumber HD - 4-5-2014
SOS bantu rakyat miliki rumah kos rendah
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan Skim Pemilikan Bersama (SOS) kepada golongan berpendapatan rendah menerusi pembelian 104 unit rumah kos rendah di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri Seberang Perai Selatan, dekat sini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata SOS ialah inisiatif baharu kerajaan negeri membantu golongan itu memiliki rumah pertama mereka dengan bantuan pinjaman tanpa faedah.
"Harga jualan pasaran seunit rumah ini adalah RM38,000. Di bawah skim ini, pemohon hanya perlu mendapatkan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga itu manakala baki 30 peratus diperolehi daripada kerajaan negeri," katanya dalam sidang berita di sini, hari ini.
Pembelian 104 rumah kos rendah itu adalah usaha sama kerajaan negeri dengan pemaju projek, Syarikat Asas Dunia Berhad.
Lim berkata kesemua rumah berkenaan akan dijual kepada pembeli yang berdaftar dengan Bahagian Perumahan dan pembeli perlu menunjukkan bukti mereka tidak berjaya mendapatkan keseluruhan pinjaman daripada bank.
Menurutnya kerajaan negeri merancang untuk mengembangkan skim berkenaan di tempat lain jika mendapat reaksi baik daripada orang ramai.
Penawaran dan pengagihan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo. - Bernama
Sumber HD - 29-4-2014
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata SOS ialah inisiatif baharu kerajaan negeri membantu golongan itu memiliki rumah pertama mereka dengan bantuan pinjaman tanpa faedah.
"Harga jualan pasaran seunit rumah ini adalah RM38,000. Di bawah skim ini, pemohon hanya perlu mendapatkan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga itu manakala baki 30 peratus diperolehi daripada kerajaan negeri," katanya dalam sidang berita di sini, hari ini.
Pembelian 104 rumah kos rendah itu adalah usaha sama kerajaan negeri dengan pemaju projek, Syarikat Asas Dunia Berhad.
Lim berkata kesemua rumah berkenaan akan dijual kepada pembeli yang berdaftar dengan Bahagian Perumahan dan pembeli perlu menunjukkan bukti mereka tidak berjaya mendapatkan keseluruhan pinjaman daripada bank.
Menurutnya kerajaan negeri merancang untuk mengembangkan skim berkenaan di tempat lain jika mendapat reaksi baik daripada orang ramai.
Penawaran dan pengagihan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo. - Bernama
Sumber HD - 29-4-2014
Keluarga mendiang Karpal Singh ucap terima kasih
- Apr 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Jagdeep, yang juga anggota dewan negeri Datuk Keramat berkata beliau dan keluarganya terpegun dengan respons orang ramai menyertai perarakan untuk persemadian Ahad lepas.
Beliau berkata sekalipun himpunan begitu besar yang di luar jangkaan, jawatankuasa persemadian yang diketuai pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berjaya mempastikan upacara itu berlangsung dengan lancar.
"Keluarga saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada setiap orang, para sukarelawan dan semua yang telah membantu menentukan upacara kunjungan dan persemadian berjalan licin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir balu Karpal, Gurmit Kaur; anak lelaki bongsunya Mankarpal; abangnya Baksis Singh; Chow, dan anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi.
Karpal terbunuh dalam kemalangan kereta melibatkan MPV yang dinaikinya dengan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Perak pada 17 April.
Mendiang diberi penghormatan negeri di upacara persemadian kerana sumbangannya kepada komuniti dan masyarakat peguam.
Jagdeep berkata keluarganya telah mengumpul abu mayat Karpal dari krematorium Batu Gantung pagi semalam dan ditaburkan di kawasan laut antara Straits Quay dan Greenhall.
"Keadaan laut begitu tenang ketika kami menjalankan upacara," kata beliau.
Jagdeep berkata upacara keagamaan terakhir dipanggil 'Akhand Path' akan diadakan di Gurdwara Pulau Pinang pada Khamis ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu. - Bernama
Sumber HD - 22-4-2014
Karpal Singh: Antara dua kesedihan
- Apr 20, 2014
- AHMAD TAJDID
SAHL bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" (Riwayat Bukhari (no. 1250) dan Muslim (no. 961))
"Perginya seorang penentang tegar Islam yang mendapat sokongan ulamak-ulamak," komen seorang Melayu di media sosial.
"Mana Ustaz PAS? Pergilah langkah mayat Karpal. Barulah boleh laksana negara Islam," tulis seorang lagi di laman wassup.
Jasad bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah disempurnakan hari ini mengikut tradisi agama Sikh setelah majlis penghormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang pagi tadi. Ribuan rakyat tanpa mengira kaum dan agama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Dari ketua negeri, ketua eksekutif negeri, pemimpin politik dan masyarakat hinggalah kepada rakyat bawahan, penghormatan yang diterima mendiang amat jarang diterima oleh seorang pemimpin politik mahupun wakil rakyat.
Dari saat berita pemergian mengejut beliau akibat kemalangan pada awal pagi 17 April lalu, hinggalah jasadnya dibawa ke Dewan Sri Pinang untuk penghormatan terakhir, ucapan takziah dan simpati diterima daripada pelbagai pihak – pemimpin negara, ketua badan kehakiman, pemimpin politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat seluruhnya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perutusan takziahnya berkata, mendiang ialah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.
"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin meyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.
"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan kehilangan Karpal sebagai sukar dicari ganti.
Karpal, ujar Azmi terus berpihak kepada keadilan merentas kaum dan sering menyuarakan dengan lantang pendiriannya terutama dari segi undang-undang demi memperjuangkan keadilan yang dipertahankannya dengan tegas.
Mohd Azmi menambah, ketabahan mendiang mengharungi pelbagai ujian dan tindakan yang dikenakan ke atas beliau mengajar semua pihak bahawa pejuang yang tidak berani menghadapi risiko tidak akan boleh bertahan atas nama rakyat.
Di saat masyarakat umum bersedih dan bersimpati dengan pemergian Karpal, terdapat juga suara-suara sumbang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin chauvinist yang kononnya bercakap atas nama agama.
Kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan dan provokatif tersebar di media sosial untuk menunjukkan kononnya mendiang ialah seorang anti-Islam dan antihudud.
Ada pihak yang membuat posting palsu atas nama Ketua Pemuda PAS dan Unit Amal PAS bertujuan menangguk di air keruh.
Namun penghinaan dan kata nista dari individu-individu tertentu itu menerima kecaman balas daripada para pendakwah, pemimpin politik malah para pemimpin kerajaan BN sendiri.
Seperti diungkapkan oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin ketika menjawab cercaan para pencela terhadap peribadi Karpal, “Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya. Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka.”
Sambil memetik hadis di atas yang memerintahkan umat Islam supaya menghormati jenazah walaupun jasad Yahudi bukan Islam, beliau berkata:
“Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu.
“Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan.”
Manshor Yahya, seorang pengunjung Harakahdaily memuatkan komennya, “Beramal menghormati jenazah adalah amalan yang perlu dilaksanakan oleh muslim sejati kerana tiap yang diciptakan oleh Allah SWT itu perlu dihormati. Kalau tidak kita tidak menghormati Allah SWT.”
Pemergian Karpal sesungguhnya memberikan kita dua kesedihan.
Kesedihan pertama tentunya kerana kehilangan tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan watan.
Kesedihan kedua adalah mengenangkan kejahilan segelintir umat yang berlagak sebagai ‘pembela agama dan bangsa’, tetapi sebenarnya memutikkan tanggapan buruk kepada kemurnian ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof (kanan) bersama pemimpin PAS Pulau Pinang ketika menziarahi jasad mendiang Karpal Singh di kediaman mendiang di Jalan Utama, Georgetown.
Sumber HD - 20-4-2014
Semangat Karpal perlu dicontohi rakyat – Lim Guan Eng
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Kit Siang, Mohamad Sabu dan Anwar meletakkan jambangan bunga di keranda mendiang Karpal Singh dalam majlis penghormatan negeri di Dewan Sri Pinang, Georgetown.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengajak orang ramai supaya menghargai pemergian Karpal Singh dengan meraikan pencapaian dan merealisasikan aspirasi beliau mengenai keadilan, integriti dan kebebasan.
Menurutnya, semangat juang yang tidak pernah luntur "Harimau Jelutong" itu dalam mempertahankan ketidakadilan dan hak-hak setiap warga walau dihalang oleh masalah fizikal perlu dicontohi.
"Anda boleh menghalang fizikalnya, tapi tidak semangatnya. Saya melihat sendiri semasa sama-sama ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 1988, beliau mengalami sakit belakang yang teruk tetapi tetap enggan mengalah.
"Kecekalan dan kekuatan beliau sekali lagi teruji apabila mengalami kemalangan pada 2005 yang menyebabkannya lumpuh dari pinggang ke bawah.
"Namun kelumpuhan itu berjaya diatasi apabila beliau tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang undang-undang dan politik. Karpal kemudian menjadi orang kurang upaya pertama di Malaysia yang dua kali dipilih ke Parlimen, kedua-duanya dengan majoriti sangat besar,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penghormatan Negeri untuk mendiang Karpal di Dewan Sri Pulau Pinang.
Setiausaha Agung DAP itu menambah, seperkara lagi yang meninggalkan kesan amat besar dari mantan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu adalah prinsip utuhnya untuk membantu semua golongan.
"Beliau enggan mengenakan bayaran bagi kes-kes ketidakadilan tidak kira individu itu orang kenamaan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang atau Melayu miskin, India dan Cina.
"Oleh kerana itu pemergiannya akan meninggalkan kekosongan besar bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang terinspirasi dengan prinsip Karpal.
"(Presiden Amerika Syarikat) Thomas Jefferson berkata apabila kerajaan takut kepada rakyat, wujudlah kebebasan; apabila rakyat takut kerajaan, wujudlah kezaliman. Sepanjang hayatnya, Karpal menunjukkan kepada kita semua bagaimana untuk tidak takut pada kerajaan,” ujar Guan Eng.
Orang ramai mula memenuhi Dewan Sri Pinang dan kawasan sekitar Gurney Drive di sini seawal jam 8 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh.
Orang ramai berpusu-pusu mendekati van yang membawa jenazah Karpal sebaik ia tiba di pintu pagar dewan tepat pada jam 8.11 pagi.
Van membawa jasad Karpal berlepas ke Krematorium Batu Gantung sekitar jam 11 pagi melewati tiga tempat penting dalam hidup Karpal iaitu Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (tempat mula kerjaya peguam), Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (tempat mula kerjaya politik) dan St. Xavier Instution (sekolah). - Sumber Roketkini
Guan Eng berucap pada majlis penghormatan negeri untuk mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang, Georgetown.
Sumber HD - 20-4-2014
Karpal Singh: Perginya seorang pejuang tanpa warna
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Ucapan takziah dan simpati datang mencurah mengisi ruang rumah sederhana keluarga Karpal di Jalan Utama, dekat sini sejak jasadnya dibawa ke situ untuk membolehkan sahabat handai, taulan rakan dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.
Tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik, jasa Karpal terhadap negara dan rakyat sepanjang tempoh panjang khidmatnya sebagai peguam dan ahli politik dikenang ramai.
Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang untuk mengubah nama satu persiaran di Sungai Pinang kepada Persiaran Karpal Singh bagi mengambil sempena nama mendiang peguam itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengemukakan cadangan itu pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) minggu depan.
"Persiaran IJM akan ditukar kepada Persiaran Karpal Singh. Orang Pulau Pinang tahu Persiaran IJM ini, yang terletak berhampiran jambatan pertama, di tepi laut," katanya pada sidang akhbar di kediaman Karpal Singh di sini hari ini.
Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar.
Turut terbunuh dalam kejadian pada 1.10 pagi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori itu pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 39.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal mencatatkan rasa sedih dan dukacitanya dengan pemergian Karpal.
Sambil merakam takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, beliau menyifatkan pemergian Karpal sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air.
“Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.
“Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.
“Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat,” ujar Tuan Guru Nik Aziz.
Berucap dalam satu majlis ceramah umum di SEBERANG JAYA, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kembali kegigihan Karpal yang menjadi peguam bela dalam kes fitnah liwat 2.
“Karpal cuba hubungi saya empat kali pada 6.30 petang (Rabu lalu). Saya hubunginya semula dan beliau beritahu kami hanya ada sepuluh hari untuk hantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
“Beliau kata akan membuat permohonan dan lakukan yang terbaik untuk memenangi kes ini,” katanya.
Kata Anwar lagi, Karpal benar-benar bimbang akan hukuman penjara lima tahun dalam rayuan kes itu.
“Pemergiannya satu kehilangan peribadi kepada saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga,” katanya yang menyifatkan ‘Harimau Jelutong’ itu sudah seperti ahli keluarga sendiri.
Malah, kata Anwar lagi, Karpal tidak pernah mengambil sebarang bayaran sepanjang menjadi peguam bela dalam kes itu.
“Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayarnya tetapi beliau tidak ambil.
Katanya, khidmat guaman bagi pertahankan saya adalah sumbangan kecil,” katanya lagi kepada ratusan hadirin.
Penasihat DAP Lim Kit Siang percaya perjuangan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu telah berjaya menyentuh ramai orang berdasarkan ucapan-ucapan takziah yang mengalir tanpa henti sejak berita pemergiannya.
“Seluruh Malaysia bersama-sama keluarga Karpal berduka dengan pemergian seorang pahlawan.
Rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan majoriti yang tidak pernah bertemu dengan Karpal terkejut dan dengan pemergian tidak dijangka ‘Harimau Jelutong’ dan menganggapnya sebagai kehilangan peribadi.
“Inilah bukti bagaimana perjuangannya demi keadilan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi lebih empat dekad telah menyentuh kehidupan mereka,” katanya lagi.
Mengenang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan itu, beliau menyifatkan Karpal sebagai seorang yang tidak pernah terpengaruh dengan kedudukan, serta menjadikan cabaran sebagai penghalang dalam perjuangan menegakkan keadilan.
“Beliau tidak pernah membiarkan kuasa dan kedudukan, atau kesusahan peribadi menjejaskan komitmennya dalam perjuangan.
Karpal Singh telah pergi meninggalkan kita, namun jasanya akan tetap terpahat dalam kenangan rakyat negara ini kerana beliau sesungguhnya seorang ‘pejuang tanpa warna’.
PENGHORMATAN KERAJAAN PP KPD KS -https://www.youtube.com/watch?v=62K03HdD2F4
Sumber HD - 20-4-2014
‘Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes Anwar’
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Sejak pukul 8.30 pagi tadi orang ramai terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa mula berkumpul dan memenuhi perkarangan rumah mendiang di 144A, Jalan Utama di sini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang turut hadir memberi penghormatan terakhir menyifatkan Karpal sebagai seorang yang sentiasa membela dan memperjuangkan keadilan rakyat. (Gambar)
"Saya turut merasai kehilangan mendiang Karpal. Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan berasa dukacita dengan kemalangan yang menimpa mendiang," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan pemergian bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai satu kehilangan yang mendalam.
Dr Wan Azizah berkata Karpal adalah seorang peguam yang sangat komited dan berdedikasi.
"Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang beliau bawa bersama untuk diteliti. Saya berasa begitu terkilan bahawa beliau terpaksa pergi, tetapi walaupun peninggalannya kami akan meneruskan perjuangannya," katanya.
Ejen hartanah, Wilson Moorthy, 47, berkata beliau berada di kediaman Karpal sejak pukul 10 pagi.
Katanya, beliau mula mengagumi Karpal sejak beliau berusia 18 tahun kerana kelantangannya berhujah di Parlimen.
"Sejak dulu lagi saya teringin untuk bertemu dengan beliau sehinggalah hasrat itu tercapai apabila saya berpindah ke Pulau Pinang pada usia 24 tahun.
Setiap kali ada pilihan raya saya juga akan membantu beliau berkempen," tambahnya.
Ditanya apakah ungkapan Karpal yang diingatnya, bapa kepada dua anak perempuan itu berkata: "Karpal sering mengingatkan saya supaya sentiasa menolong orang dengan jujur dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan serta jangan cepat berputus asa."
Turut hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Majlis Peguam Malaysia.
Karpal Singh maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dengan sebuah lori di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong di Kampar, Perak awal pagi Khamis.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
Penghormatan orang awam kepada Karpal 8.30 pagi esok
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
(Foto: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.)
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengetuai jawatankuasa pengebumian negeri bagi Karpal, berkata mereka boleh berbuat demikian dari 8.30 hingga 10.15 pagi.
"Kami anjakkan sedikit waktu daripada 9 pagi yang diputuskan semalam kepada 8.30 pagi agar orang awam mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas memantau persiapan Majlis Penghormatan Negeri kepada mendiang Karpal Singh, di Dewan Seri Pinang di sni, hari ini.
Beliau berkata dianggar 2,000 hingga 3,000 orang akan menghadiri upacara itu.
Karpal Singh, 74, maut dalam nahas jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi Khamis.
Kemalangan 1.10 pagi itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39.
Chow turut meminta badan bukan kerajaan, persatuan, badan keagamaan dan parti politik yang ingin memberi penghormatan terakhir agar mendaftar terlebih dahulu antara pukul 8.30 dan 9.30 pagi.
Sesi untuk mereka akan bermula 10.15 pagi, katanya.
Beliau juga berkata 1,000 penunggang basikal akan turut menyertai perarakan jasad mendiang esok.
Semalam, Chow mengumumkan perarakan jasad mendiang akan melakukan tiga 'persinggahan bermakna' dalam perjalanan dari Dewan Sri Pinang ke Krematorium Batu Gantung.
Persinggahan itu ialah di Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (tempat Karpal Singh bertugas sebagai peguam), Dewan Bangunan Undangan Negeri Pulau Pinang (lokasi kerjaya politik beliau) dan sekolah lama Karpal St Xavier's Institution.
Perarakan dijadualkan bermula pukul 11.30 pagi dan akan tiba di krematorium pada 1 tengah hari. - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
Liong Sik dan Karpal berkawan rapat senyap-senyap
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Dr Ling (gambar) yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.
"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.
"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di sini.
Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.
Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.
"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain disebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.
"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.
"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.
"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.
"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," kata beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.
"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.
"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," kata beliau.
Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di sini hari ini termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi semalam.
Mendiang berusia 74 tahun.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39. - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
Anak Karpal rakam terima kasih pada kerajaan negeri
- Apr 18, 2014
- HARAKAHDAILY
"Pengiktirafan Pulau Pinang ini akan membanggakan bapa saya, memandangkan semasa hayatnya, beliau tidak pernah meminta apa-apa daripada sesiapapun selepas melakukan pengorbanan kepada parti dan negara," katanya.
Beliau berkata kunjungan orang ramai ke rumah keluarganya akan ditamatkan pada 11 malam setiap hari bagi membolehkan anggota keluarganya berehat.
Selepas mayatnya dibakar, abu Karpal Singh akan ditabur ke laut pada Isnin pagi. - Bernama
Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat, Aida Yusof Rawa menandatangani buku ucapan takziah seusai menziarahi jasad mendiang Karpal Singh.
Sumber HD - 18-4-2014
Penghormatan kepada Karpal bermula 3 petang
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Penghormatan terhadap mendiang Karpal Singh bermula jam 3 petang ini di rumahnya di 144A Jalan Utama, Pulau Pinang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu jenazah akan diarak pada jam 11 pagi, Ahad, 20 April, ke Batu Gantong Crematorium, Pulau Pinang.
“DAP akan membentuk Jawatankuasa Pengkebumian Kebangsaan diketuai oleh Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, manakala Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula akan mengepalai Jawatankuasa Pengkebumian di peringkat negeri Pulau Pinang,” jelasnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Pagi ini, rakyat Malaysia meratapi pemergian pemimpin kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Karpal adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Jelutong selama 8 penggal, selain pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah dan Pulau Pinang untuk empat penggal, bermula pada tahun 1974.
Selama 40 tahun, Karpal telah mengabdikan dirinya kepada perjuangan menegakkan keadilan.
Dengan pemergian beliau, DAP hilang seorang pemimpin yang berani dan luar biasa, negara hilang seorang ahli perundangan yang pintar, manakala rakyat pula hilang “harimau” yang gagah membela nasib golongan miskin, kurang berkemampuan dan terpinggir.
Karpal pernah ditahan tanpa bicara selama 18 bulan dalam Operasi Lalang, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pada tahun 1988.
Saya bertuah kerana sempat meluangkan masa dalam tahanan bersama beliau di Kem Tahanan Kamunting. Ketika itu beliau mengalami sakit belakang yang teruk, namun beliau enggan mengalah.
Bersama rakan seperjuangan yang akrab dengan beliau, Lim Kit Siang, Karpal berdepan dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Karpal ditimpa kemalangan pada tahun 2005, menyebabkan beliau lumpuh dari bahagian pinggang ke kaki.
Bagaimanapun, dengan semangat tidak kenal menyerah, beliau mengatasi kelumpuhan dan meneruskan perjuangan dalam DAP untuk membentuk Malaysia yang lebih baik. Karpal menjadi orang kurang upaya pertama memenangi kerusi parlimen sebanyak dua kali dengan beza undi yang besar.
Karpal baru saja didapati bersalah di bawah Akta Hasutan bulan lalu dan beliau sedang membuat rayuan untuk kes itu.
Bagaimanapun, tiada penindasan mampu membuatkan Karpal lari daripada perjuangan membentuk negara Malaysia untuk bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Pemergian Karpal meninggalkan ruang kosong yang besar dalam kehidupan keluarganya dan juga semua warga Malaysia yang kehidupan mereka diinspirasikan oleh perjuangannya yang berprinsip.
Buat keluarga Karpal, DAP berkongsi kesedihan dengan pemergian beliau dan menyampaikan rasa simpati serta ucapan takziah tidak terhingga.
Sebagai penghormatan buat Karpal dan untuk mengenang beliau, DAP menangguhkan semua acara dan majlis parti di seluruh negara sehingga ke suatu tempoh selepas pengkebumian.
Semua pejabat DAP di seluruh negara juga diminta untuk mengibarkan bendera separuh tiang selama seminggu sebagai mengenang pemergian tokoh besar kita.
DAP akan membentuk Jawatankuasa Pengkebumian Kebangsaan diketuai oleh Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, manakala Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula akan mengepalai Jawatankuasa Pengkebumian di peringkat negeri Pulau Pinang.
Kedua-dua mereka akan mengumumkan perincian tentang ahli jawatankuasa serta aturcara pengkebumian nanti setelah berunding dengan anggota keluarga Karpal.
Penghormatan terhadap jenazah akan dimulakan pada jam 3 petang ini di rumah sdr. Karpal Singh di 144A Jalan Utama, Pulau Pinang. Jenazah akan diarak pada jam 11 pagi, Ahad, 20 April, ke Batu Gantong Crematorium, Pulau Pinang.
Sumber HD - 17-4-2014
Catu air: Pulau Pinang akan buat keputusan 2 April
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
“Saya terkejut mendengar bahawa kerajaan negeri Perak akan melaksanakan catuan air buat kali pertamanya di pekan paling ‘basah’ di Semenanjung Malaysia, iaitu Taiping, pada minggu depan,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Catuan air di situ dijangka akan memberi kesan kepada 28,000 daripada 85,000 pemegang akaun air di sana untuk dua minggu bermula 3 April.
Menurutnya, Exco Kerajaan Negeri untuk Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata bahawa mereka terpaksa membuat catuan air untuk kali pertama di Perak akibat bekalan air yang kian berkurangan ekoran musim kemarau yang berlanjutan.
Ini, kata beliau menunjukkan bahawa Malaysia berhadapan dengan kemarau yang paling teruk dalam 15 tahun.
“Sebelum ini saya telah mengumumkan bahawa tidak akan berlaku catuan air di bulan Mac walaupun kami melalui musim kemarau,” ujarnya yang juga Pengerusi Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Namun begitu, jelasnya kajian semula bagi bulan April akan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Exco akan datang untuk mempertimbangkan bekalan air sedia ada dan rizab air untuk menentukan sama ada catuan air diperlukan di Pulau Pinang.
Beliau berkata, kerajaan negeri ingin menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air makin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air.
Tahun lepas, katanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari sementara untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac 2014, angka penggunaan air sudah meningkat 5.4% kepada 311.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru agar pengguna air Pulau Pinang memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air kita sekarang hampir 50% lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari.
“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50% sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 30-3-2014
Penswastaan Pelabuhan PP melanun harta rakyat
- Mar 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini, katanya berikutan pendedahan dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen beliau daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa perjanjian antara pembida yang berjaya, Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd telah dimuktamadkan dalam perjanjian tambahan pada 23 November 2013.
“Melainkan pengumuman penuh dibuat oleh Kementerian Pengangkutan, penswastaan ini akan dilihat sebagai satu lagi tindakan melanun harta rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat konsesi tol lebuh raya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Katanya, keengganan Kementerian Pengangkutan setakat ini untuk membuat sebarang penjelasan awam bagaimana penswastaan ini bermanfaat untuk kepentingan awam jelas memperlihatkan keangkuhan, kerahsiaan dan salah urus yang merangkumi etos BN yang penuh dengan pilih kasih, politik naungan dan konspirasi.
Ini, jelasnya berdasarkan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.
Sumber HD - 27-3-2014
Salam telur: Polis ambil keterangan suspek
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Lelaki berusia 25 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas polis mengambil keterangannya.
"Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan dan kami minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi...biar polis siasat," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalam.
Susulan itu, keadaan bertukar kecoh dan Kok segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal PAS, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum diserah kepada polis.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di kepala dan menerima 10 jahitan selepas dilapor dipukul bapa saudaranya dengan topi keledar dan kerusi plastik di rumahnya di sini Ahad lepas.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang Supt Shahurinain Jais yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini, berkata kanak-kanak tersebut dilapor dipukul kerana mengoyakkan buku teks ketika membuat kerja sekolahnya.
"Beberapa anggota keluarga yang turut berada di dalam rumah menghalang lelaki terbabit dan membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu.
Beliau berkata berikutan kejadian itu polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan. - Bernama
Sumber HD - 7-3-2014
Ada lendir di tangan Teresa Kok selepas bersalam
- Mar 06, 2014
- MOHD SABRI SAID
PERMATANG PAUH: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima 'salaman bertelur' setelah selesai memberi ucapan sempena program ceramah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerja sama Pakatan Rakyat Permatang Pauh sekitar pukul 11.30 malam tadi.
Beliau tanpa diduga bersalam dengan seorang lelaki berbaju melayu merah yang secara tiba-tiba datang ke hadapan dari arah belakang pentas.
Apabila selesai bersalaman secara pantas pemuda itu berlalu pergi tetapi disekat oleh orang ramai apabila menyedari Teresa agak terkejut serta terdapat lendir di tangannya.
Pemuda itu dibawa oleh sepasukan polis ke Pondok Polis Permatang Pauh bagi mengelak orang ramai membelasahnya.
Semasa berceramah di pentas utama Teresa Kok juga mengatakan dirinya dalam keadaan bahaya berkemungkinan akan diapa-apakan oleh individu yang tidak dikenali.
Tidak sampai lima minit selesai berpidato apa yang dikatakan itu menjadi realiti.
Antara penceramah pada majlis itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Leman Raja Lawak.
Sumber HD - 6-3-2014
Pencemar sungai Batu Ferringhi sudah dikenal pasti
- Mar 04, 2014
- HARAKAHDAILY
GEORGE TOWN: Empat pihak telah dikenal pasti sebagai penyumbang pencemaran air sungai dan laut di pantai Batu Ferringhi di sini, awal bulan lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata punca itu dikenal pasti hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar negeri dan dimaklumkan dalam mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 28 Feb lepas.
Beliau berkata dalam taklimat itu, JAS turut memaklumkan bahawa ada kertas siasatan terhadap pihak terbabit yang telah siap dan diserahkan kepada pegawai undang-undang JAS persekutuan untuk tindakan lanjut.
"Kertas siasatan ini dibuat berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Sebarang tindakan lanjutan tertakluk kepada keputusan pegawai undang-undang JAS persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam, yang turut dihadiri pegawai JAS negeri.
Chow berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan daripada pasukan petugas yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi mengawal pencemaran air sungai dan laut di kawasan itu.
Menurut Chow, Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Status Pengoperasian Sistem Pembentungan dan Kejadian Pencemaran Pantai Batu Ferringhi pada Khamis.
Pencemaran air di Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak 3 Feb lepas mendapat perhatian umum memandangkan kawasan itu popular sebagai destinasi pelancongan.
Sehubungan itu, pelbagai siri ujian dijalankan oleh pihak terlibat untuk menentukan punca sebenar pencemaran itu. - Bernama
Sumber HD - 4-3-2014
Tol Jambatan Sultan Abdul Halim percuma sebulan
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...
"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.
Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.
Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.
"Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan," katanya.
Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.
"...inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara," kata Perdana Menteri. -BERNAMA
Sumber HD - 2-3-2014
Laporan polis fitnah haram khutbah Jumaat
Polis beri amaran jangan main isu agama
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata polis bimbang jika pihak tertentu terus menimbulkan isu berkaitan agama, ia akan membawa kepada ketegangan kaum.
"Jangan main isu keagamaan terutama melibatkan institusi rumah ibadat secara keterlaluan kerana ia boleh menjadi masalah negara. Setiap orang, termasuk ahli politik, sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu.
"Biar polis jalankan siasatan secara terperinci berhubung apa jua kes yang berkaitan isu keagamaan dan institusi rumah ibadat. Saya nasihatkan orang ramai jangan buat spekulasi atau tuduhan terhadap mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini semalam.
Mohd Bakri berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa insiden menghina agama dan institusi rumah ibadat, termasuk yang terbaru kejadian pihak tidak bertanggungjawab melempar seketul daging, dipercayai daging khinzir, di sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dekat sini.
Berhubung kejadian itu, Mohd Bakri berkata kes itu dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Vaterinar untuk mengenal pasti jenis daging berkenaan.
"Kami perlukan kerjasama orang awam bagi membantu siasatan kes itu...tanpa penglibatan mereka (orang awam) agak sukar untuk dapatkan bahan bukti," katanya.
Dalam kejadian Ahad lepas, seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid.
Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging khinzir, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis. - Bernama
Sumber HD - 20-2-2014
Haramkan khutbah cuma igauan orang gila - Exco P. Pinang
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu.
"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu...kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.
"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.
Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.
Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Balik Pulau di sini.
Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail.
Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan.
Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat. - Bernama
Sumber HD - 19-2-2014
Isu haram khutbah, baling daging babi untuk kocak sentimen agama
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PAS negeri, Zolkifly Md lazim (gambar) menggesa pihak berkuasa segera menghentikan percubaan golongan pelampau kaum dan agama yang sengaja membakar sentimen agama dan kaum bertujuan meraih sokongan politik.
Menurut beliau, aksi provokasi seperti yang berlaku di Masjid Machang Bubuk serta di Masjid Terapung Batu Feringghi tidak sepatutnya berlaku di saat pemimpin negara sibuk memperkenalkan idea 'Konsensus Nasional'.
"Isu balingan daging babi ke dalam masjid dekat Machang Bubuk mungkin disebabkan pihak terbabit terpengaruh dengan provokasi politik perkauman yang ditajamkan dengan sentimen kebencian agama sejak kebelakangan ini.
"Saya tidak kata penyokong Umno dan Perkasa yang terlibat, tetapi saya yakin kumpulan pelampau berkenaan terpengaruh oleh politik perkauman yang ditajamkan oleh penyokong Umno dan Perkasa," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera (DAPSY), Mohd Hariszuan Jaharudin membuat laporan polis terhadap fitnah jahat blogger pro-Umno yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang sedang merancang melarang khutbah Jumaat di negeri itu.
Beliau berkata, tuduhan oleh seorang individu yang dipercayai ahli Umno melalui laman sosial Twitter dengan memuatkan blog palsu Pakatan Rakyat jelas tidak benar sama sekali dan berniat jahat.
Menurut Hariszuan (gambar, tengah), lelaki bernama Abdul Aziz Johari yang mengendalikan akaun Twitter ‘@rjies22’ turut mengancam untuk "melancarkan perang" terhadap kerajaan negeri.
“Beliau menyebarkan laporan fitnah blog di dalam akaun Twitter miliknya dan mengancam bahawa perang akan berlaku jika kerajaan negeri mengharamkan khutbah Jumaat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Timur Laut, Jalan Patani, dekat sini.
Berdasar maklumat akaun, Abdul Aziz ialah Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus, Terengganu.
Laporan blog bertarikh 17 Februari dengan tajuk "Pulau Pinang pertimbangkan untuk haramkan khutbah Jumaat" itu turut menuduh pemimpin DAP antaranya Tony Pua, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya mendakwa khutbah Jumaat mengandungi mesej ekstremis dan diskriminasi.
Hariszuan menyatakan, tweet Abdul Aziz semalam turut ditandakan dengan akaun twitter beberapa pemimpin termasuk Guan Eng (@cmlimguaneng), Datuk Seri Anwar Ibrahim (@anwaribrahim), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (@dsjamilkhir), Tan Sri Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) dan Tun Faisal Ismail (@tunfaisal).
Beberapa jam selepas tweet itu, Guan Eng telah memberikan respon dengan menegaskan ia sebagai fitnah.
“Apa yang merisaukan kami adalah ia jelas satu ancaman untuk melancarkan perang terhadap kerajaan negeri, sekaligus boleh menimbulkan ketegangan kaum.
“Blog terbabit tidak mewakili Pakatan Rakyat dan semua maklumat di dalamnya adalah palsu dan fitnah semata. Jadi saya amat berharap pihak polis akan menyiasat siapa pemilik blog itu,” ujar Hariszuan.
Beliau turut memohon kerjasama orang ramai untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun atas nama @rjies.
“Jika pemilik akaun itu benar-benar seorang pemimpin Umno, beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mewujudkan ketegangan kaum dengan menyebarkan fitnah dan mengancam untuk berperang,” tegas Hariszuan.
Sumber HD - 19-2-2014
Kasino lebih banyak mudarat dari kebaikan - Guan Eng
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak meluluskan operasi kasino yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan sebaliknya meluluskan projek pemangkin ekonomi antaranya cawangan baru Ikea, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda namun kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat gembira kerana IKEA telah memutuskan untuk membuka kedai pertama mereka di luar Kuala Lumpur iaitu di Batu Kawan, Pulau Pinang.
“Keputusan ini adalah rangsangan keyakinan yang kuat untuk aspirasi Pulau Pinang ke arah bandar antarabangsa dan pintar,” katanya dalam satu kenyataan media yang dipetik Roketkini.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, cawangan baru IKEA itu adalah usahasama antara syarikat induk, Ikano dan sebuah syarikat tempatan yang akan membangunkan pusat sehenti hijau (green one-stop center) bagi pembuatan termaju, perkhidmatan dan hab logistik; sebuah pusat kecemerlangan pendidikan, lokasi kediaman perdana dan pusat komersil dan runcit.
Beliau sudah pun bertemu dengan pasukan teknikal IKEA dan pasukan reka bentuk IKEA daripada Pengurus Projek Pelaburan, Mikael Winqvist; Pengurus Rekaan Serantau, Tim Denoon, dan Penolong Pengurus Pengembangan, Edward Ng.
Projek ini membabitkan penjualan 245 ekar tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Kawan bernilai RM484 juta.
Pusat membeli-belah itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun.
Daripada jumlah itu, 30 ekar diperuntukkan untuk pembangunan kedai utama Ikano iaitu Kedai IKEA dan Fasa 1 pusat membeli-belah, 45 ekar untuk pembangunan fasa 2 pusat membeli-belah; dan 170 ekar untuk projek pembangunan bercampur.
PDC sudah menerima deposit tidak boleh dikembalikan (non-refundable) bernilai RM5 juta.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pelaburan Ikano yang bukan sahaja akan bertindak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi tetapi juga meletakkan Batu Kawan di peta antarabangsa sebagai tapak bertaraf dunia bagi pusat komersial industri, peruncitan, pendidikan dan kesihatan serta gaya hidup.
Sumber HD - 19-2-2014
P.Pinang bina terusan atasi pencemaran Tg Bungah
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan membina dua terusan berhampiran Masjid Terapung Tanjung Bungah, di sini bagi mengatasi masalah pencemaran laut, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau berkata kerja-kerja pengorekan laut di kawasan itu akan bermula Khamis ini dan dijangka siap dalam tempoh empat hingga lima hari.
Mengenai punca masalah pencemaran itu, Lim berkata: "Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar akan membuat kajian untuk mencari punca masalah pencemaran ini".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan pencemaran di Tanjung Tokong di sini semalam. - Bernama
Sumber HD - 19-2-2014
Keharmonian sosial dicabar bom api, daging babi
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Walau bagaimanapun, katanya pendekatan terhadap keharmonian sosial dan keamanan telah dicabar secara berterusan oleh pelbagai insiden seperti bom api di sebuah gereja bulan lalu, bom api di balai polis awal bulan ini dan penodaan terbaru di masjid semalam, apabila daging dipercayai daging babi telah dibuang ke dalam kawasan masjid.
“Jelas kumpulan perosak yang terlibat dalam penodaan terhadap tempat ibadat ini tidak berputus asa dalam usaha melemahkan dan menggugat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Menurutnya, walaupun kerajaan negeri akan berpegang teguh kepada mandat yang diberikan oleh rakyat melalui sokongan 68% undi popular dalam pilihan raya umum lalu, terdapat kebimbangan berasas bahawa kumpulan perosak itu tidak akan berhenti sehingga mencapai tujuan mereka.
Beliau menambah, laporan tidak berasas berkenaan tiga orang lelaki mengedarkan Bible dalam Bahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di luar sebuah sekolah di George Town yang telah disebarkan secara meluas, hanya menambah kepada ketidakpastian dan kekeliruan.
Katanya, walaupun diterbitkan oleh akhbar, tidak ada laporan polis yang dibuat dan tiada sesiapa melihat kelibat tiga orang lelaki ini, supaya pihak polis boleh mengambil tindakan.
Justeru, jelasnya kerajaan negeri sentiasa bekerja rapat dengan pihak polis bagi menangani percubaan mengganggu ketenteraman dan keteraturan awam.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap yakin bahawa polis di Pulau Pinang sentiasa siap-siaga dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memeriksa dan menghentikan elemen-elemen yang merosakkan ini,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Walau bagaimanapun, katanya sehingga semua kekacauan itu dapat diselesaikan, penduduk Pulau Pinang harus kekal tenang dan bersatu serta meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa.
“Marilah kita bersama melawan anasir perosak yang mendalangi penodaan Masjid Cheruk Tok Kun di Bukit Mertajam dengan meraikan keunikan dan perbezaan kita bagi mengekalkan keharmonian sosial dan keamanan,” ujarnya lagi.
Menurutnya, perpaduan dalam kepelbagaian akan membawa kepada masyarakat yang lebih berdaya tahan dan identiti yang lebih kukuh, menjadikan George Town sebagai tapak Warisan Dunia Unesco yang luar biasa atas keupayaan masyarakat berbilang budaya dan berbilang agama untuk hidup dalam suasana harmoni.
Sumber HD - 17-2-2014
Maipp gesa polis siasat buang daging babi di masjid
- Feb 16, 2014
- MOHD SABRI SAID
Beliau turut kecewa kerana masih ada kalangan masyarakat yang tidak prihatin isu yang mencemarkan kesucian Islam dan boleh mencetuskan keharmonian kaum di negara ini.
"Polis wajar bertindak segera melakukan siasatan dan tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang mencemarkan kesucian agama Islam," tegasnya dalam satu kenyataan.
Katanya, perbuatan membaling daging khinzir ke dalam tempat ibadat orang Islam merupakan kali pertama berlaku di Pulau Pinang setelah bulan lalu digembarkan dengan sepanduk yang mahu perkataan Allah digunakan di gereja terpampang di dua buah gereja.
Menurutnya, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan beragama kejadian sebegitu tidak wajar terjadi.
Beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam agar lebih berhati -hati dengan sentimen perkauman yang sengaja dibuat untuk mencetuskan kerenggangan kaum yang telah terpahat kejap sejak dahulu.
Sumber HD - 16-2-2014
Musim kering: Pulau Pinang jamin bekalan air cukup
- Feb 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng daripada maklumat yang diberikan oleh pihak pengurusan PBAPP, kerajaan negeri memberi jaminan pengguna Pulau Pinang bahawa perbadanan itu adalah bersedia untuk cuaca kering.
“Setiap tahun kami memastikan bahawa paras air di empangan berada pada tahap maksimum pada awal Januari,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Malah, katanya musim kemarau bukan suatu fenomena luar biasa kerana ini hanya satu kejadian tahunan dan menjangkakan cuaca kering berlarutan sehingga April apabila musim antara monsun bermula.
Beliau menjelaskan, paras air di Empangan Air Itam adalah pada kapasiti 76.7% dan mencukupi untuk 75 hari bekalan, Empangan Mengkuang pada kapasiti 55.7% dan mencukupi untuk 83 hari bekalan di samping Empangan Teluk Bahang adalah pada kapasiti 93.3% yang mencukupi untuk 284 hari bekalan.
Katanya lagi, kapasiti Empangan Mengkuang akan diturunkan kepada 34 meter iaitu kepada 50% disebabkan oleh permintaan daripada JBA, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk memudahkan pembinaan dan menaik taraf Empangan Mengkuang. Sebarang masalah kurang bekalan dalam musim kering akan ditampung oleh bekalan dari Kedah dan bayaran (jika ada) yang ditanggung oleh Jabatan Bekalan Air (“JBA”), KeTTHA.
“Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk menurunkan tahap Empangan Mengkuang kepada 34 meter ke atas jaminan dari JBA, KeTTHA untuk menampung kekurangan air mentah dari Sungai Muda,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 13-2-2014
Kualiti air pantai Batu Ferringhi tepati piawaian
- Feb 10, 2014
- HARAKAHDAILY
GEORGE TOWN: Hasil analisis kimia yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kualiti air di Pantai Batu Ferringhi menepati piawaian kelas dua untuk aktiviti rekreasi dan peranginan pantai.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata sehubungan itu kerajaan negeri tidak akan menutup pantai berkenaan kepada pengunjung seperti yang disarankan sesetengah pihak.
"Tidak perlu tutup pantai, kita juga tidak ada memasang apa-apa papan tanda memberitahu bahawa pantai ditutup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebahagian air laut di pantai itu dilapor bertukar menjadi kehitaman yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dengan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi. - Bernama
Sumber HD - 10-2-2014
Hapus gesa tol jambatan Pulau Pinang dihapuskan
- Feb 10, 2014
- MOHD SABRI SAID
Pengerusi Hapus, Zolkiply Md Lazim ketika ditemui pada demonstrasi aman membantah kenaikan kos sara hidup di hadapan sebuah pasaraya di Bayan Bayu semalam menyifatkan keengganan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tunduk kepada gesaan rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu mengenai perkara itu membuktikan mereka tidak prihatin langsung kesengsaraan penduduk.
Bahkan katanya, pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dijangka pada Mac 2014 nanti satu lagi cengkaman kepada ekonomi rakyat ekoran tol yang dikenakan RM9.90.
"Jambatan kedua tak apalah untuk tampung kos pembinaan mereka ambil tol. Tapi, tol Jambatan Pertama macam mana, sepatutnya dah dihapuskan sebab dah untung berlipat kali ganda," tegasnya.
Beliau yakin, kenaikan pasti berlaku terhadap tol Jambatan Pertama tidak lama lagi berikutan pembukaan Jambatan Kedua nanti.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Ekonomi PAS Negeri Pulau Pinang berkata, menderita dan berputih mata mengenangkan janji pilihan raya BN yang mahu meringankan beban rakyat tidak ditunaikan.
Sumber HD - 10-2-2014
K'jaan P Pinang kecam baling letupan di balai polis
- Feb 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tindakan itu dilihat sebagai cabaran melampau pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya yakin polis mempunyai mekanisme untuk menjalankan siasatan dengan teliti dan memastikan pelakunya diberkas secepat mungkin. Saya difahamkan keadaan adalah terkawal serta tiada keresahan atau kesan lain," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau melawat dan mendengar taklimat ringkas daripada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh mengenai insiden berkenaan.
Ketika kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis sedang bertugas. Tiada yang cedera namun kerugian dianggarkan antara RM10,000 dan RM15,000.
Sementara itu, Nasir berkata polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa premis berdekatan balai itu untuk mengenal pasti suspek.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 5, Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) DSP Aziz Ahmad 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama
Sumber HD - 8-2-2014
Tampar: MP Tanjung, Batu Kawan buat laporan polis
- Feb 07, 2014
- MOHD SABRI SAID
GEORGETOWN: Dua laporan polis dibuat di Pulau Pinang hari ini berhubung kenyataan Majlis Jemaah NGO Islam Pulau Pinang yang menawarkan RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Kota Seputeh, Teresa Kok.
Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dalam laporan polis pagi tadi menegaskan, polis wajar bertindak segera untuk menyiasat secara terperinci kenyataan NGO berkenaan.
Katanya, jika menyalahi undang-undang ugutan mereka hendaklah ditangkap selari dengan seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Semasa sidang akhbar sejurus keluar dari Balai Polis Jalan Petani beliau menyifatkan ugutan tersebut amat bahaya dan boleh mengancam keselamatan negara.
Turut serta ialah Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Saiful Lizan Mohd Yusof.
Sementara itu, satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Mertajam tengah hari tadi oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Wanita DAP Pulau Pinang.
Sumber HD - 7-2-2014
Laut tercemar: K'jaan negeri minta IWK beri penjelasan
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memanggil wakil daripada Indah Water Konsortium (IWK) Jumaat ini untuk memberi keterangan berhubung isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi yang didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata siasatan awal mendapati IWK merupakan penyumbang utama berlakunya pencemaran itu, manakala premis menjual makanan di kawasan berhampiran pula hanyalah penyumbang sampingan.
"Memandangkan ini adalah isu alam sekitar ia telah menjadi isu antarabangsa serta sangat mendesak, maka mesyuarat yang diadakan semalam bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wakil IWK telah memutuskan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh IWK.
"IWK perlu menghentikan kerja flushing semasa melakukan penyelenggaraan atau menggunakan tangki untuk membawa sisa kumbahan ke loji kumbahan yang lain bagi tujuan rawatan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan bagi mengumumkan hasil perbincangan yang telah diputuskan semasa mesyuarat semalam.
Selain itu Chow berkata mesyuarat semalam juga memutuskan bahawa untuk tempoh jangka panjang, IWK perlu komited menaik taraf loji kumbahan di Batu Ferringhi kerana dikatakan loji sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan semasa.
"Bagi mengawal pencemaran ini juga JAS akan menjalankan pemantauan dan mengambil sampel air untuk diuji setiap hari secara berkala, manakala MPPP serta pejabat daerah pula perlu mengambil tindakan segera terhadap premis makanan yang menyumbang secara sampingan kepada pencemaran itu," katanya.
Isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak Isnin lepas mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.
Maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (Escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Feringhi.
"Tentang dakwaan wujudnya bakteria e-coli masih belum diketahui dan mungkin akan diketahui Jumaat ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap IWK yang dihubungi berkata pihaknya bersedia berbincang dan memberikan keterangan kepada kerajaan negeri berhubung isu pencemaran berkenaan demi kepentingan sejagat. - Bernama
Sumber HD - 6-2-2014
60% mangsa kemalangan penunggang motorsikal
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, kecuaian dan kelalaian penunggang merupakan punca utama kemalangan.
"Pihak polis telah mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak mempedulikan keselamatan menjadi punca kemalangan terus berlaku.
"Purata kadar kematian di atas jalan raya dalam sehari adalah 19 kematian iaitu sebahagian daripadanya adalah penunggang motosikal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemantauan 'Op Selamat IV' di kilometer 26, Pusat Sehenti Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Bakap, di sini semalam.
Bagaimanapun dengan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 'Ops Selamat IV' berlangsung purata kematian di atas jalan raya berjaya dikurangkan daripada 19 kepada 11 kematian setiap hari kemudiannya.
Selain itu katanya, dalam 'Op Selamat IV' yang berbaki lima hari lagi PDRM juga telah berjaya melepasi sasaran lima peratus apabila hanya merekodkan 9,766 kemalangan iaitu 13 peratus berbanding tahun lepas sebanyak 11,216 kemalangan yang direkodkan.
"Kadar kemalangan maut juga menurunkan iaitu daripada 113 kematian pada tahun lepas kepada 108 kematian pada tahun ini, saya berharap statistik ini dapat dikekalkan sehingga 'Op Selamat IV' selesai pada 7 Feb ini," katanya.
Selain itu, katanya, kes pecah rumah di seluruh negara juga menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lepas, ia adalah hasil kerjasama orang ramai dengan pihak polis yang hampir 100 peratus mengisi borang balik kampung bagi memudahkan polis membuat rondaan sepanjang ketiadaan mereka di rumah. - Bernama
Sumber HD - 4-2-2014
Tolak provokasi, suburkan keharmonian
- Jan 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Mereka patut menolak secara tegas suara kebencian dan kemarahan yang boleh mengganggu gugat keharmonian di negeri ini, kata Abdul Malik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri.
"Rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tidak dapat menerima tindakan mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keharmonian rakyat.
"Perlu ditegaskan, identiti Malaysia terutama sekali Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berbilang kaum dan agama cukup terikat dengan keeratan silaturahim dalam kalangan semua kaum. Maka selepas 56 tahun merdeka, pertalian silaturahim ini perlu kita pertahankan bersama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Abdul Malik berkata demikian sebagai mengulas insiden penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa pagar gereja di kawasan pulau di negeri ini dan insiden membaling bahan letupan buatan sendiri pada awal pagi kelmarin.
Semua pihak termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan dalam menyelesaikan insiden berkenaan, katanya.
Beliau juga berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan sebalinya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. - Bernama
Sumber HD - 29-1-2014
Pasukan khas pantau keselamatan Pulau Pinang
- Jan 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain memberi fokus terhadap kawalan keselamatan di kawasan masjid dan gereja, pasukan khas 73 pegawai kanan dan 210 anggota itu juga akan bertanggungjawab menjaga keamanan serta keharmonian pelbagai kaum dan agama di negeri ini terus terpelihara.
"Syukur semalam tidak ada insiden yang tidak diingini berlaku dan setakat ini sudah ada 16 laporan yang dibuat berhubung isu kain rentang yang digantung di gereja serta tindakan membaling molotov cocktail atau bom botol.
"Tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan dan satu kertas siasatan di bawah Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan berhubung kes membaling molotov cocktail. Setakat ini polis telah menjalankan 40 peratus siasatan dan telah mengambil sembilan keterangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kelulusan polis bantuan Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, perkarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dibaling molotov cocktail oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal. Siasatan mendapati hanya satu daripada dua botol yang dilemparkan itu meletup dan mengakibatkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.
"Setakat ini pihak polis hanya boleh pastikan terdapat dua lelaki menaiki sebuah motosikal, imej itu diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di jalan berkenaan kerana di gereja tiada CCTV," kata Abdul Rahim.
Beliau berharap orang awam dapat memberikan kerjasama kepada polis dalam usaha menyelesaikan isu ini. Beliau turut memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mewujudkan ketidaktentuan tentang isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan kaum.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata di Pulau Pinang terdapat 32 agensi dan badan berkanun yang telah mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dengan jumlah perjawatan yang wujud ialah sebanyak 1,959 manakala jumlah kekuatan adalah sebanyak 903.
"Daripada 32 agensi dan badan berkanun itu terdapat enam agensi yang menubuhkan pasukan polis bantuan dengan tujuan mencegah jenayah, agensi itu ialah Penang Port Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport Berhad, Bank Negara dan Universiti Teknologi Mara," katanya.
Abdul Rahim berkata pasukan polis bantuan yang ditubuhkan PBAHB bertujuan mencegah jenayah di premis PBAHB iaitu sembilan loji rawatan air, 65 kolam takungan air, 40 menara takungan air terawat dan 87 stesen pam yang membekalkan air kepada 533,916 pelanggan berdaftar di seluruh Pulau Pinang.
Katanya 11 pengawal keselamatan sedang mengikuti latihan polis bantuan dan akan menamatkan sesi latihan pada 14 Feb ini, kesemua mereka ditempatkan di loji utama Sungai Dua, Seberang Perai Utara.
"Pasukan yang kedua iaitu 11 anggota lagi akan menjalani latihan pada penghujung bulan Mac, program ini akan diteruskan secara berperingkat dan dijangka tamat dalam tempoh tiga tahun," katanya. - Bernama
Sumber HD - 28-1-2014
Provokasi 13 Mei: Ahli parlimen buat laporan polis
- Jan 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut mereka, antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Merican, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua dan bekas Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim serta Sheikh Hussein Mydin.
“Tindak-tanduk mereka merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berunsur hasutan dan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan kaum serta huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum kita.
“Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan mengenai DAP yang tertera dalam sepanduk serta ucapan mereka adalah langsung tidak benar dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali,” ujar mereka dalam satu kenyataan.
Menurut mereka, provokasi kaum dan agama serta ugutan Mei 13 yang sering digunakan oleh Umno ini adalah gara-gara kegagalan kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mentadbir ekonomi sehingga rakyat terpaksa mengikat perut menghadapi kenaikan barangan yang mendadak.
Justeru, ujar mereka taktik kekecohan dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada perkara yang lebih genting seperti hal ehwal ekonomi, kepincangan pentadbiran kerajaan dan gejala rasuah.
“Pun begitu, rakyat pada masa kini tidak mudah diperbodohkan, dan tidak akan termakan dengan sandiwara Umno.
“Pada masa yang sama, kami juga menyeru agar Umno jangan bertindak seolah-olah pemimpin mereka adalah maksum dan umpama firaun yang tidak boleh dikritik,” ujar mereka.
Kata mereka, kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kenyataan beliau mengenai isu ‘kangkung’ menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kesusahan rakyat.
Dalam sebuah demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat harus bersedia untuk menghadapi kritikan rakyat, khususnya apabila ternyata gagal membela rakyat, ujar mereka.
“Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib serta konco-konconya dalam Umno harus berhadapan dengan realiti dan tidak menyalahkan orang lain serta menggunakan taktik fitnah, hasutan dan ugutan perkauman demi mengalih perhatian daripada kegagalan mereka,” kata mereka.
Sumber HD - 19-1-2014
No comments:
Post a Comment