Cemburu kehadiran panda punca pemuda Umno mengganas?
Mungkin inilah antara faktor yang menyebabkan UMNO terpaksa 'recycle' pemimpin-pemimpin yang ada, nak harapkan pelapis atau pemimpin muda majoritinya berperangai macam yang ada sekarang ni..
Dari utara sampai ke selatan sama saja.. banyak yang nak menjadi jaguh tanpa menyelidik dulu contohnya yang berlaku di Pulau Pinang..
Yang ditujukan sebagai 'celaka' itu ialah beberapa pemimpin UMNO tapi yang terasa tu macai-macai kat bawah pulak sebabnya fakta dah diputar belit..
Insiden kecoh macam ni bukannya baru pertama kali terjadi tapi dah berpuluh kali.. jadi betullah kata Ku Nan ini pemuda UMNO tidak beretika..
Tapi ada juga yang mempersoalkan adakah tindakan mereka ini kerana cemburu dengan kehadiran panda?
Hujahnya semua kekecohan yang berlaku ini, berlaku setelah Panda tiba ke Malaysia.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 23-5-2014
Khairy pernah berdemo tetapi tidak koyak memo
KUALA LUMPUR: Dalam banyak demonstrasi sebelum ini, sama adadi hadapan Kedutaan Amerika, Australia, Great Britain dan sebagainya yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, walaupun beliau juga beraksi dengan gaya marah dan darah yang sedang meluap-luap, tetapi memorandum tidak pernah dikoyak atau dicampakkan.
Menurut Shahbudin Husin, ini kerana memorandum adalah isi hati yang mengandungi hujah dan fakta yang menggambarkan ketinggian akal fikiran seseorang atau sesebuah parti dalam isu yang diperjuangkan.
“Bagaimana perasaan kita mahu dibaca dan difahami oleh pihak lain jika memorandum pun dikoyakkan yang seolah-olah ianya tidak mahu dibaca?
“Buat apa menyiapkan dan membawa memorandum jika akhirnya hanya dikoyakkan?” tulis beliau di dalam blognya.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas aksi demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di hadapan ibu pejabat DAP untuk bertemu dengan wakil DAP bagi menyatakan bantahan mereka dan menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun, memorandum yang mahu diserahkan itu kemudiannya dikoyakkan dan dicampakkan.
Dalam masa yang sama, tulisnya lagi aksi demonstrasi juga diadakan ketika suasana kempen pilihan raya kecil di Bukit Gelugor dan Teluk Intan.
Sudah tentulah aksi tersebut memberi gambaran yang kurang baik mengenai Umno kepada pengundi Cina, pengundi Melayu serta juga pengundi muda di kedua-dua kawasan itu, lebih-lebih lagi dalam masa yang sama juga memperlihatkan wakil DAP dan Cina yang menyambut aksi demonstasi itu hanya senyum dan tenang saja.
Bagi Shahbudin, oleh kerana DAP bertanding di kedua-dua kawasan itu,wajah tenang dan senyum wakil DAP sementara wakil Pemuda Umno pula kelihatan ganas dan takut berhujah, pemuda Umno seperti sedang membunuh calon BN dan mahu DAP memenangi pilihan raya kecil itu.
Sumber HD - 23-5-2014
Pemuda Umno merusuh, ancam bakar ibu pejabat DAP
KUALA LUMPUR: Lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu di sini kira-kira jam 3.00 petang tadi.
Mereka juga bertindak biadab dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis ‘RSN Rayer anak haram!’ dan ‘Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!’ dan melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengancam untuk membakar bangunan DAP.
Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke arah muka Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.
Tindakan biadab itu berlaku ketika Mohd Razlan ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP, berikutan kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Selasa lalu.
Beliau juga memaki hamun Kian Ming dan wakil parti yang lain, antaranya Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang.
“Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,” jeritnya selepas itu.
“Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.
Pergaduhan juga hampir tercetus selepas beberapa peserta cuba meluru masuk ke dalam kawasan bangunan, sebelum dihalang Unit Tindakan Ringan dan anggota polis lain.
Namun, salah seorang sempat melepaskan diri dan mematahkan papan tanda parti di hadapan pintu masuk bangunan.
Semalam, samseng Umno Pulau Pinang menceroboh ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), akibat tidak berpuas hati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN RAYER yang mengatakan 'Umno celaka’ ketika sidang Dun Selasa lalu.
Isu itu dianggap selesai selepas Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid memohon maaf di atas pencerobohan itu.
Sumber HD - 22-5-2014
'Mereka koyak memo lempar atas muka saya'
KUALA LUMPUR: Semalam sidang DUN Pulau Pinang diceroboh, hari ini pula sekumpulan pemuda Umno memberi amaran untuk membakar ibu pejabat DAP di Pudu.
Sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP itu sekaligus menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP juga dirobohkan.
Kehadiran mereka itu sebagai membantah komen Adun Pulau Pinang RSN Rayer yang menyifatkan 'Umno celaka'.
Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming (gambar) yang turut berada di situ menerima kehadiran sekumpulan pemuda Umno berkenaan.
Bagaimanapun katanya, mereka menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kasar bahkan mengancam untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP.
"Mereka menolak-nolak ahli-ahli kami dan anggota polis yang berada di sana bagi menyekat kemasukan mereka. Mereka cuba memusnahkan papan tanda DAP, dan membakar beberapa bendera DAP," katanya yang dipetik daripada laman Facebooknya.
Kian Meng juga membenarkan pemuda Umno terbabit untuk bercakap dengannya dan bersedia menerima memorandum daripada mereka.
"Apabila kami bersedia, pemimpin kumpulan tersebut mula menjerit (sekali lagi) lalu mengoyakkan memorandum mereka sendiri dan melemparkannya ke muka saya," tambah Kian Meng.
Kumpulan berkenaan juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
Memorandum itu antara lain mendesak DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Rayer dan jika tidak, ia menggambarkan DAP bersetuju dan bersekongkol dengan kenyataannya itu.
Memorandum tersebut dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii. - HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
Pemuda Umno tidak wajar rempuh sidang Dun, kata Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong tindakan pemuda Melayu mengadakan bantahan bagi menuntut permohonan maaf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang melabelkan UMNO sebagai celaka dalam persidangan DUN, semalam.
Bagaiamanapun, beliau kesal dengan tindakan ahli sayap UMNO itu merempuh masuk ke dalam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam.
"Saya dah beritahu mereka supaya tidak merempuh masuk dewan... cubaan memasuki dewan adalah salah. Mereka sepatutnya melakukan bantahan di luar.
"Saya dah bercakap dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin tadi dan saya sudah minta laporan daripada beliau berhubung perkara itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan Program Turun Padang di Pasar Malam Menara Jam Condong, di sini, malam tadi lapor Berita Harian
Ini adalah ucapan RSN Rayer yang menjadi kontroversi itu...
Celaka Umno atau celaka Melayu?
Versi Facebook sila lihat di sini.. http://on.fb.me/1jsNyTW
Sementara itu Bernama melaporkan..
GEORGETOWN - Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang dikeluarkan terhadap pemimpin Umno sebelum ini.
Rayer berkata, kenyataan itu dikeluarkan ketika sidang Dun dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam Dun.
"Setiap orang Adun mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan Dun, jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, wakil rakyat BN Dun Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat terhadap pemimpin Umno ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui Dun supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno. - Bernama
Sumber HD - 22-5-2014
Rempuh masuk Dun: Khairy minta laporan, polis tahan 12 orang
TELUK INTAN: Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Rahim telah diminta mengemukakan laporan mengenai insiden sekumpulan lelaki merempuh masuk pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata insiden itu adalah susulan kecaman Anggota DUN Seri Delima R.S.N Rayer yang mengatakan "Umno Celaka" pada persidangan DUN itu.
Beliau berkata perbuatan Rayer adalah amat kurang ajar dan merupakan penghinaan kepada parti itu.
Namun, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya hanya membuat bantahan di luar pagar DUN dan tidak perlu memasuki dewan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau membuat tinjauan mesra bersama-sama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, di tapak penjaja di Dataran Menara Condong di sini, malam tadi.
Rayer mengeluarkan perkatan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
Kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Jasmin Noordin kemudian memasuki dewan persidangan tetapi gagal menemui Rayer yang tidak hadir pada sesi petang persidangan.
Mereka mahu Rayer meminta maaf berhubung kenyataannnya semalam.
Persidangan DUN terhenti lebih satu jam berikutan insiden itu dan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid bersama sepasukan anggota polis menenangkan anggota kumpulan itu serta mengarahkan mereka beredar dari situ.
Setakat 5.45 petang semalam, polis menahan 12 orang yang dikenal pasti masuk ke dalam dewan persidangan untuk direkod keterangan dan disiasat. - Bernama
Sumber HD - 22-5-2014
Mahathir rasai suatu keadaan buruk akan timpa Umno?
KUALA LUMPUR: Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan tentang kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK sebegini, apatah lagi apabila calonnya merupakan calon muda.
"Dan tentulah tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian," tulis beliau di dalam blognya.
Justeru, menurutnya ramai rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ sedemikian dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seolah-olah ‘salah asuh’ anak-anak mereka sehinggakan sanggup ‘menderhaka’ kepada parti Umno seperti yang dilakukan oleh Dyana.
"Seolah-olah Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan. Seolah-olah Tun Mahathir sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno (BN) tidak lama lagi," tulisnya lagi.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014

Ada hati Mat Said nasihat BN berhati-hati
Cerita Superb Lawak Dari Mat Said.. Saksikanlah
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk lebih berhati-hati mengendalikan kerajaan negeri itu kerana ia rapuh.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 18-5-2014
Penceroboh: Ahli parlimen BN dakwa rasa dihina
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau berasa terhina dengan pandangan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mengatakan kedatangan pendatang China ke Tanah Melayu bersama-sama penjajah British suatu ketika dahulu sebagai satu bentuk pencerobohan.
Katanya, ini kerana datuk beliau sendiri adalah pendatang yang berasal dari negara tembok besar itu.
“Datuk saya sendiri berasal dari daerah Guandong, China jadi sudah tentu saya rasa terhina dengan pandangan ISMA itu. kerana kenyataannya itu tidak ada asasnya dan tidak langsung memikirkan mengenai sejarah atau orang yang ditujukan,” kata Nur Jazlan di petik Astroawani.
Sementara itu, Ahli Parliman PKR Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata, kenyataan Abdullah itu hanya sekadar mahu meraih populariti.
“Bila masa kita lantik Isma untuk wakili pandangan politik kita?. Bagi saya, dia tidak mewakili sesiapa pun termasuk diri saya kerana kita tidak pernah mempunyai pendirian sebegitu dan kita mahukan satu kerukunan yang harmoni antara semua kaum,” kata Mohamad Imran.
Imran yang juga calon Ketua Cabang PKR Lumut untuk Pemilihan Parti PKR yang sedang berlangsung ini menambah jika kenyataan ISMA itu diambil kira bagaimana perpaduan nasional 1Malaysia yang digembar-gemburkan oleh kerajaan dapat dicapai. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014

Hudud: Wanita MCA pula buat laporan polis
KUALA LUMPUR: Wanita MCA semalam membuat laporan polis berhubung hasrat PAS membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.
"Tindakan PAS ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.
Kelmarin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.
Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud. - Bernama
Sumber HD - 9-5-2014

Hudud: Perang antara komponen BN meletus
KUALA LUMPUR: Isu hudud yang timbul semula ekoran cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat kini menjadikan hubungan antara parti-parti dalam BN seperti dilanggar garuda.
Terbaru laman rasmi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang diterajui Umno menyelar rakan sekutunya MCA kerana mengancam untuk keluar daripada BN jika rang undang-undang persendirian itu dibawa ke Parlimen.
Dalam berita bertajuk "Tidak perlu MCA turut melalak macam DAP tentang hudud", BNBBC mengecam MCA khususnya Timbalan Presiden parti itu, Datuk Wee Ka Siong kerana membuat kenyataan terbuka mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN.
“…bila MCA, komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut mempertikainya (hudud), timbul persoalan apakah motif parti kaum Cina itu yang semakin hilang pengaruh berbanding DAP.
“Tentu amat biadab apabila pemimpin MCA khususnya timbalan presiden parti, Datuk Wee Ka Siong membuat kenyataan terbuka mahu mengkaji kedudukan MCA dalam BN,” berita itu dipetik.
BNBBC menganggap Wee (gambar) yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan menteri penuh dalam kabinet bercakap seolah-olah MCA mendominasi BN tanpa menghormati Umno yang selalu bertolak ansur dalam agihan kerusi pilihan raya.
“Apatah lagi, MCA menyatakan tentangan terbuka terhadap hudud ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berkira-kira mahu mengembalikan kuota MCA dalam Kabinet walaupun umum tahu, prestasi MCA terus merudum dalam PRU 13.
“Pastinya, amat tidak bijak tindakan Ka Siong dan beberapa pemimpin MCA lain yang menyatakan pendirian mereka menolak hudud,” kandungan berita itu dipetik.
BNBBC menambah, MCA tidak sepatutnya melatah atau mahu berlagak hero bagi menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa parti itu memperjuangkan kaum tersebut.
“Rakyat tahu, dalam perkara ini DAP lebih berjaya berbanding MCA,” lapor laman itu sinis.
BNBBC turut memperlekehkan MCA yang dianggap berpura-pura dengan mengancam untuk mengumpul ribuan orang bagi mengepung Parlimen bagi menghalang rang undang-undang persendirian berkaitan hudud daripada dibentangkan sedangkan sokongan pengundi Cina terhadap parti itu merudum.
“Sama ada Ka Siong atau presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, mereka sepatutnya lebih bijak dengan menyatakan pendirian ketika rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen kelak.
“Maksudnya, lebih baik MCA berdiam diri jika mereka tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud bukannya bertindak menikam Umno yang sudah menyatakan tidak akan menolak hukum tersebut,” tegas BNBBC.
BNBBC juga menasihati MCA supaya menghormati proses demokrasi di Parlimen, begitu juga komponen BN lain yang mungkin tidak bersetuju dengan hudud.
“Paling tidak pun, MCA harus menanti rumusan jawatankuasa teknikal menilai rang undang-undang berkenaan sebelum membuta tuli menentangnya.
“Atau sekurang-kurangnya pimpinan parti itu mendapatkan penerangan mengenai hudud daripada Umno terlebih dahulu.
“Jika MCA masih berkeras mahu mengkaji kedudukan dalam BN ataupun sudah merancang mahu keluar daripada BN, UMNO tentu tidak akan menghalang,” berita laman BNBBC itu menyebut. - HARAKAHDAILY, 8/4/2014
Sumber HD - 8-5-2014

Wanita bertudung 'pelacur' bersifat peribadi, kata Khairy
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata kenyataan itu tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno.
Khairy berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini hari ini.
Ekoran kenyataan Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, pelbagai pihak termasuk Dewan Muslimat PAS Pusat melemparkan kecaman dan mendesak beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan menghina itu.
Dewan Muslimat negeri-negeri semalam telah membuat laporan polis ekoran kenyataan biadab itu. - HARAKAHDAILY 8/5/2014
Kenyataan biadab: Laporan polis terhadap Mohd Radzi
Muslimat demo: Tarik balik atau tindakan undang-undang

MCA sedia kaji keluar BN jika Umno sokong hudud
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam BN, selain berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain jika Umno bersetuju dengan pelaksanaan hudud yang ingin dilaksanakan Kelantan.
Wee bercakap demikian ketika Wacana Sinar yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita?, yang diadakan di Kompleks Karangkraf, petang ini.
Beliau yang merupakan salah seorang panelis wacana tersebut berkata demikian ketika ditanya adakah MCA bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam BN memandangkan Umno menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Jika begitu keadaannya, (Umno sokong hudud), sudah sampai masanya kita berbincang dengan rakan-rakan sekutu dalam BN untuk menilai semula kedudukan kita dalam BN," kata beliau pada wacana tersebut.
Selain Wee, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah merupakan panelis wacana tersebut. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
Wacana SH -
https://www.youtube.com/watch?v=SPzuW9FK8Bk
Sumber HD - 7-5-2014
Che Det mahu JK teknikal hudud dianggotai 'ulama bebas'
PUTRAJAYA: Jawatankuasa teknikal pusat berhubung pelaksanaan hukum Hudud atau undang-undang jenayah Syariah harus terdiri daripada para ulama bebas dan sesuai yang tidak terbabit dalam politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan pandangan yang prejudis terhadap jawatankuasa itu dan bagi memastikan pelaksanaan hukum tidak memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
"Perkara utama ialah untuk mempunyai para ulama yang sesuai yang tidak terbabit dalam politik untuk mengkaji perkara ini dan memberi fatwa mereka. Bukan orang-orang yang jelas menggunakan hudud untuk meraih undi," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas memerhatikan prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari terhadap bekas ahli politik dan aktivis sosial Dr Kassim Ahmad atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
Pada 2 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebuah jawatankuasa teknikal pusat akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah atau hukum Hudud di Kelantan.
Jamil Khir berkata penubuhan jawatankuasa itu membabitkan kerajaan persekutuan, kerajaan Kelantan dan PAS.
Selain mengkaji pelbagai aspek pelaksanaan undang-undang itu, jawatankuasa itu juga akan menjelaskan perkara itu di semua peringkat termasuk parti-parti politik.
Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap kontroverisi dalam pelaksanaan hudud akan membantu orang ramai memahami apa itu hudud dan bagaimana ia digunakan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Berhubung tindakan MCA menolak hukum itu dan sama ada ia boleh memecahbelahkan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata beliau tidak fikir ia boleh menjejaskan parti itu.
"Umno percaya hudud sebagai sesuatu yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, namun apabila ia digunakan oleh sebuah parti politik (PAS) mereka akan menterjemahkannya secara berat sebelah," katanya. - Bernama

Pemuda Gerakan sokong 'hudud BN'
KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyatakan sokongan mereka untuk menyokong hudud jika ia di bawa oleh Ahli Parlimen BN.
Perkara itu dijelaskan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada sidang media di Alor Setar semalam.
Pemuda Gerakan sebelum ini menentang cadangan Kerajaan Negeri Kelantan PAS yang ingin membawa usul persendirian ke parlimen bagi membentangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud).
Keng Liang bersama sekumpulan Pemuda Gerakan juga telah menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat tersebut melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Namun semalam, Keng Liang bersama Pemuda Gerakan itu dilihat bersedia mendengar penjelasan Pemuda Umno mengenai hukum hudud dan tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen BN yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Sementara itu, satu lagi parti komponen BN, MCA yang diketuai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng bersama kira-kira 30 ahli pemuda parti itu, persatuan Cina dan NGO telah mengadakan protes di depan Pejabat Agung PAS bagi membantah rancangan PAS membentang rang undang-undang persendirian mengenai hudud pada sesi parlimen akan datang.
Mereka yang berkumpul kira-kira jam 10 pagi semalam bersama kain rentang dan plakad yang bertulis, “Say No to PAS Hudud”.
Tan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada seorang kakitangan PAS Fadhil Osman, menggesa parti Islam itu menghormati Perlembagaan Persekutuan.
“Kami tidak fikir Malaysia adalah negara Islam,” kata Tan dalam sidang media selepas protes itu.
Sumber HD - 6-5-2014

Ulama muda Umno kata muslimat bantah GST 'pelacur'
KUALA LUMPUR: Heboh di laman facebook apabila para pengunjung mengecam tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang menyamakan muslimat yang turun ke Himpunan Bantah GST Khamis lalu sebagai 'pelacur'.
Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu iaitu sehari selepas puluhan ribu berhimpun di Dataran Merdeka di ibu negara, Mohd Radzi antara lain menulis;
"Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya".
"Muslimah tudung labuh yang kali demonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan".
"Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"
Biarpun ada pengguna yang cuba menegur beliau dalam ruangan komen entri-entri tersebut, beliau bagaimanapun tidak mahu berganjak dengan tuduhan itu.
Malah beliau menyifatkan orang terasa dengan kritikan beliau itu sebagai 'jahil budaya'.
"Hakikat nya mereka ini jahil budaya Melayu walau mereka ini bangsa Melayu," katanya.
Sementara itu Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan ulama muda Umno itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap.
Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.
"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya. - HARAKAHDAILY 5/5/2014
Sumber HD - 5-5-2014
Bantah GST: Pemuda Gerakan selar KSN
KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyelar kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dengan himpunan Bantah GST di ibu negara Khamis lalu.
Menyifatkannya sebagai menentang prinsip demokrasi, ketuanya Tan Keng Liang (gambar) menggesa Ali supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan di tangannya sendiri dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.
“Jika Ketua Setiausaha merasakan bahawa terdapat penjawat awam telah melanggar undang-undang seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2013, beliau sepatutnya melaporkan perkara itu kepada polis untuk satu tindakan dibawah undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
“Penjawat awam adalah rakyat Malaysia juga dan mereka tidak sepatutnya diancam dengan pemecatan atau penamatan perkhidmatan mereka hanya kerana mereka melakukan hak-hak mereka seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
Dalam pada itu, selain ancaman penamatan perkhidmatan, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda pula melabelkan penjawat awam yang terlibat dengan himpunan itu sebagai pengkhianat. - HARAKAHDAILY 5/5/2014

Nozula terharu dikunjungi ramai pemimpin PAS
GUA MUSANG: “Saya berasa tenang dan sejuk sekali dalam hati ketika dikunjungi pemimpin-pemimpin PAS semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
“Ada yang datang membawa air tawar dan tidak ketinggalan mereka mendoakan saya sepanjang 11 hari dirawat di sana,” kata Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah ketika dikunjungi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di rumahnya di Chiku 3 petang semalam.
Hadir sama pada kunjungan itu Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad, Penyelia Dun Galas, Ustaz Abdullah Husain dan Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.
Nozula bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan di Km 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 17 April lalu ketika dalam perjalanan ke Perak.
Kemalangan itu menyebabkan isterinya, Datin Maziah Din meninggal di tempat kejadian, manakala Adun Paloh mengalami kecederaan serius pada dada, paru-paru dan tujuh tulang rusuknya patah.
Nozula yang kini sudah mampu berjalan namun masih mengadu sakit di bahagian dada memberitahu semasa dirawat di Ipoh, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat PAS menziarahinya.
Dan paling ramai pemimpin PAS Perak termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
“Ketika Tengku Razaleigh Hamzah datang melawat saya di sana, saya sebut kepadanya, kita mungkin tidak lama lagi dapat berkawan kerana ramai pemimpin PAS datang menziarahi dan mendoakan saya.
“Mungkin saya juga boleh bersama mereka,” katanya sambil berseloroh diikuti ketawa rombongan Che Abdullah yang menziarahinya.
Nozula juga memberitahu tiga minggu sebelum kejadian, isterinya beriya-iya benar mahu menukar perabot dan cat di bahagian dalam rumahnya kepada warga putih.
“Segala kusyen, dinding rumah dan perabot ditukar kepada warna putih. Pada suatu malam dia menunggu sehingga jam 1 pagi melihat pekerja sedang mengecat rumah.
“Saya tanya mengapa tidak tidur lagi, dia kata mahu tengok orang mengecat rumah,” kata Adun Paloh.
Suasana putih jelas kelihatan di bahagia dalam rumahnya. Hampir kesemua ruang termasuk perabot dan perhiasan dalaman juga kelihatan putih.
Pada kunjungan itu Che Abdullah turut menghulur sumbangan atas simpati kematian isterinya.

Hudud: Pemuda MCA pula demo depan pejabat PAS
KUALA LUMPUR: Sekumpulan Pemuda MCA hari ini mengadakan protes di hadapan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut di sini bagi membantah perlaksanaan hudud di Kelantan.
Mereka diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng yang hadir bersama hampir 20 yang lain termasuk sekumpulan wartawan.
Mereka mula berkumpul sekitar jam 10 pagi dengan merentangkan kain dan plakad bertulis "Say No to PAS Hudud" dengan merakam gambar di luar pintu masuk pejabat itu.
Seorang kakitangan Pejabat Agung PAS, Muhammad Fadhil Osman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kumpulan itu berada di situ kira-kira setengah jam sebelum beredar selepas menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media.
"Saya tanya mereka ada buat temu janji tak, sebab kalu ada temu janji kami boleh atur pertemuan dan buat sambutan dengan lebih baik, tapi mereka jawab tidak ada.
"Mereka ada sebut kepada saya supaya PAS jangan buat hudud dalam negara yang berbilang kaum ini," kata Fadhil yang menerima memorandum itu.
Kehadiran kumpulan tersebut juga menurut Fadhil turut dipantau pihak polis yang kebetulan berada di kawasan sekitar.
Sebelum ini, pada 24 April lalu, Pemuda Gerakan turut mengadakan bantahan serupa dengan mengancam mengambil tindakan undang-undang jika PAS meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan. - HARAKAHDAILY 5/5/2014
Sumber HD - 5-5-2014
Pemuda Umno mahu jumpa rakan BN perjelas hudud
BESUT: Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan rakan pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, Gerakan dan MIC untuk memberi penjelasan berhubung hukum hudud.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perjumpaan itu perlu diadakan segera supaya semua pihak mendapat penjelasan yang betul dan tepat mengenai hukum itu daripada pihak yang arif tentang hudud.
Katanya pergerakan pemuda Umno mendapati anggota daripada komponen BN masih kurang faham hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan tidak menerima hukum hudud setakat ini.
“Pandangan dan pegangan pergerakan pemuda adalah tidak berbeza dengan pandangan Umno yang menerima hukum hudud sebagai hukum Allah," katanya kepada pemberita di Besut petang semalam.
Beliau berkata pegerakan itu juga akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini dalam jangka dua minggu lagi.
Khairy berkata beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang sivil dan syariah akan dijemput menghadiri forum itu.
“Antara tokoh yang bakal dijemput termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh lain," katanya. - Bernama
Sumber HD - 3-5-2014

Hudud: Beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir?
Tidaklah mustahil sebenarnya, jika Najib dan Umnp terus bersikap positif terhadap perlaksanan hukum hudud ini, serangan Mahathir akan lebih dihalakan kepada Najib berbanding PAS.
Najib akan diserang habis-habisan bukan saja kerana perubahan sikapnya yang positif terhadap hudud tetapi juga sebab pemimpin Umno yang lain juga seperti sama positifnya terhadap hukum itu.
Soalnya, beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir?
Sejak menjadi Perdana Menteri, bukanlah rahsia lagi bahawa perkara yang paling ditakuti oleh Najib ialah berbeza pendapat, apatah lagi bertelagah dengan Mahathir.
Beliau bukan saja bersikap lembut dan menjaga hati Mahathir sejak dari awal, termasuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah, bahkan tidak berani mengulas banyak daripada kritikan bekas Perdana Menteri itu.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Najib akan diserang habis-habisan bukan saja kerana perubahan sikapnya yang positif terhadap hudud tetapi juga sebab pemimpin Umno yang lain juga seperti sama positifnya terhadap hukum itu.
Soalnya, beranikah Najib bertelagah dengan Mahathir?
Sejak menjadi Perdana Menteri, bukanlah rahsia lagi bahawa perkara yang paling ditakuti oleh Najib ialah berbeza pendapat, apatah lagi bertelagah dengan Mahathir.
Beliau bukan saja bersikap lembut dan menjaga hati Mahathir sejak dari awal, termasuk menjadikan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah, bahkan tidak berani mengulas banyak daripada kritikan bekas Perdana Menteri itu.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 30-4-2014
Tahukah Nur Jazlan nenek moyang Umno sudah terima hudud
Tidak Tahukah Nur Jazlan Hudud Sudah Diterima Pakai Oleh Nenek Moyang UMNO?
Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan
KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.
Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.
Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.
ULASAN GB
Ketara sangat Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed Rahmat tidak tahu bahawa sejarah telah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M dan Kesultanan Kelantan yang bertapak pada tahun 577H/ 1181M membuktikan bahawa bermulanya era pentadbiran dan undang-undang Islam (hudud) di Rantau Melayu ini.
Menurut kajian para sejarahwan teks pada batu bersurat yang merupakan penanda kedatangan Islam di nusantara ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua".
Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud)yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.
Ia juga bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.
Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.
Menurut Ustadz Saiful Bahri, Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”.
Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.
Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.
Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British lagi dan Britishlah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini.
Bukankah fakta di atas menjelaskan tentang kejahilan pemimpin UMNO sendiri terutama Nur Jazlan terhadap sejarah?

BN kena tanding walaupun tahu kalah - Tun Mahathir
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, bertanding adalah keutamaan manakala menang kalah adalah perkara kedua.
"Di PRK Sungai Limau (Kedah) lepas macam itu juga, ramai yang kata BN tak perlu letak calon sebab PAS tetap akan menang, tetapi BN tetap bertanding.
"Soal utama adalah pertandingan untuk menunjukkan sekurang-kurangnya ada orang yang tidak bersetuju walaupun kalah," katanya dipetik Bernama semalam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, BN tewas di kerusi itu kepada DAP dengan majoriti 41,778 undi.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh pada 17 April lalu akibat nahas jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.
SPR menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor dengan penamaan calon pada 12 Mei. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
Najib kata k'jaan tak pernah tolak hudud tetapi cuba tengok video ni…
- Apr 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi penulis blog Anak Sungai Derhaka, kenyataan Najib itu dipercayai dikeluarkan bagi mengumpan para penyokong PAS yang kelihatan agak terkilan bila mana media-media tunggangan Umno menyiarkan laporan mengenai penolakan pelaksanaan hukum hudud oleh Anwar Ibrahim.
Anwar sebelum ini dilaporkan telah berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.
Katanya lagi, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu.
Menurut Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat menghormati keputusan tersebut meskipun terdapat perbezaan pendapat.
Pertimbangan tersebut diambil kira ekoran penggubalan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1993, iaitu sebelum permuafakatan di antara PAS, DAP dan PKR.
Ianya sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.
Ini laporan mengenai apa yang Najib kata di atas itu.
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.
"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.
"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).
"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya. - Bernama
Tengok video di bawah ini... dengar apa yang Najib katakan tentang pelaksanaan hukum hudud suatu masa lalu...
Video
... Mungkin memberi jaminan tidak akan melaksanakan hudud itu bukannya bermaksud menolak hudud kot?.. Macam pesawat MH370 itulah.. bukannya terhempas di Lautan Hindi tapi berakhir di Lautan Hindi.
Sumber HD - 24-4-2014
Hudud: Umno tolak, Gerakan ugut saman
- Apr 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, hari ini Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa.
Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Yusafiza Yaakob yang menerimanya di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.
"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," notis itu.
Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan mereka berhubung undang-undang Islam itu.
Semalam, Datuk Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud.
Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.
“Jika tidak, nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.
Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Baharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.
Sumber HD - 24-4-2014
Minta Umno sokong laksana hudud kerja sia-sia - Nur Jazlan
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.
Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.
Sumber HD - 23-4-2014
Ya, saya ada bank di Tanzania - Daim
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.
"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.
Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.
Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.
Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.
Terbaru dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.
Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.
"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.
Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.
Sumber HD - 23-4-2014
Tun Daim miliki bank di Bangladesh?
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.
Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam.
Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.
"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.
Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.
Syarikat induk itu katanya, disenarai di Bursa Saham London pada Mei 2007.
"Pemegang saham terbesar ICB Financial Group Holding ini adalah Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin iaitu sebanyak 61.3 peratus," jelas beliau sambil merujuk satu data bulan Oktober 2010.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini turut mendakwa Daim mempunyai wang jutaan ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur.
Terbaru dalam satu ceramahnya di ibu negara Ahad lalu, Anwar turut mendedahkan maklumat bahawa Daim juga menyimpan wang di sebuah bank di Tanzania.
Sementara itu, dalam beberapa maklumat carian di internet mendapati, ICB Financial Group Holding AG juga mempunyai rangkaian di beberapa lagi negara lain.
Ia termasuk Albania di Eropah serta Djibouti, Malawi, Senegal Ghana dan Guinea di Afrika.
Selain itu bagi negara Asia, syarikat itu juga mempunyai rangkaian di Indonesia, Laos, Malaysia dan Bangladesh.
Sehubungan itu Razman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki Daim seperti yang telah didedahkan bebeberapa pihak ini.
"Kita juga desak Bank Negara untuk menyiasat bagaimana Daim bawa wang yang banyak ini keluar dari negara. Adakah ia dibuat secara sah atau tidak, kerana ia melibatkan Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953.
"Bank Negara juga perlu siasat perkara ini di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram," kata Razman sambil menegaskan hasil siasatan perlu didedah kepada rakyat kerana ianya melibatkan kepentingan awam.
Tn HJ RZ - https://www.youtube.com/watch?v=RoiXti3Kycg
Sumber HD - 23-4-2014
Pandai pula Utusan jaga aib pemimpin Umno...
- Apr 20, 2014
- AHMAD TAJDID
"Ahli politik wanita didakwa berkhalwat," lapor Utusan.
Menurut laporan itu, seorang ahli politik wanita bersama pasangannya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel pada awal Mac lalu.
Ahli politik wanita berusia 34 tahun yang disebut namanya itu dituduh berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun. Mereka ditahan ketika berada di sebuah bilik hotel pada pukul 1.30 pagi, 3 Mac lalu.
Ahli politik itu didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 manakala pasangan didakwa di bawah Seksyen 9(1) enakmen yang sama.
Sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya.
Hakim Syarie menetapkan tarikh perbicaraan kepada14 Mei.
Bagi mereka yang tidak mengikuti secara dekat politik Perlis, identiti ahli politik wanita itu pastinya menjadi tanda tanya memandangkan dia tidak dikenali di peringkat nasional.
Hanya setelah membaca laporan The Star pada tarikh yang sama kita akan mengetahui bahawa ahli politik wanita itu sebenarnya mengetuai salah satu sayap Umno negeri Perlis.
Pastinya kita kagum dengan keprihatinan Utusan dalam memelihara aib pemimpin parti itu di khalayak pembaca. Utusan bukan sahaja tidak menyiarkan jawatan yang disandang ahli politik wanita itu walaupun ianya jawatan tinggi parti di peringkat negeri, malah tidak menyiarkan gambarnya seperti dilakukan The Star.
Sekali lagi syabas diucapkan kepada Utusan kerana memelihara aib manusia. Namun sayangnya tindakan menjaga aib itu hanya dikhususkan kepada para pemimpin Umno.
Sebagai bukti, Utusan pada tarikh yang sama menyiarkan wawancara bersama pensyarah bidang ilmu dan peradaban, Prof Datuk Dr Sidek Baba (gambar) yang sarat dengan kecaman dan kata nista terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidek yang disifatkan Utusan sebagai "begitu rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya satu ketika dulu" kini tergolong dalam kelompok bekas kenalan dan penyokong Anwar yang lantang mengecam dan menghodohkan peribadi Anwar.
Sidek mendakwa masih mendukung dan bersimpati dengan Anwar sejak 1998 hingga 2011. Namun mengaku berubah pendirian selepas Anwar menghadapi pertuduhan liwat kedua.
Sidek mengakui telah menemui 30 orang antaranya bekas penasihat agama Anwar, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bekas Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, Timbalan Menteri Luar, Hamzah Zainuddin dan tidak ketinggalan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sidek yang mengaku sebagai 'orang akademik' dan 'ahli dakwah' dipetik sebagai berkata, "kebenaran maklumat adalah penting dan pedoman syarak adalah mustahak" sebelum beristikharah memohon petunjuk Allah.
Beliau memberikan tiga sebab untuk "meninggalkan Anwar" iaitu mendakwa Anwar mendokong pluralisme agama, hubungan Anwar dengan pihak luar "yang kontroversial" dan masalah integriti yang dimiliki Anwar.
Memang pelik dan dangkal bagi seorang yang mendakwa ilmuwan dan syarie untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada musuh politik Anwar. Apatah lagi sebahagian daripada mereka disifatkan oleh aktivis veteran Umno dan Setiausaha BN Bandar Tun Razak, Zaharin Md Yassin sebagai 'biawak'. Namun itulah standard 'keilmuwan' dan 'komitmen syarak' Sidek yang kita mahu atau tidak mahu akui.
Bagi mereka yang mahu menilai sejauh mana kekuatan intelek Sidek dalam isu Anwar dan ulasannya tentang politik negara bolehlah membaca wawancara 1/3 muka Utusan dengan beliau.
Berbalik kepada komitmen Utusan dalam menjaga aib pemimpin politik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa akhbar milik Umno itu hanya berminat menjaga aib pemimpin parti itu sahaja. Seperti kata Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, "Apa perasaan YB (Adun-Adun Umno-BN) jika menjadi mangsa fitnah (qazaf) selama 16 tahun?"
Itu sebenarnya ingatan ikhlas daripada isteri Anwar sendiri kepada pemimpin Umno dan mediumnya Utusan Malaysia tentang budaya fitnah dan qazaf yang kini telah berakar subur dalam parti itu.
Yang lebih mengaibkan, tatkala ghairah menyuburkan budaya qazaf, lebih ramai pemimpin Umno yang diragui moral dan integritinya menjawat jawatan penting dalam kerajaan.
Rasanya perlu untuk Prof Sidek beristikharah bagi memohon petunjuk Allah kerana kini berada dalam kelompok ahlul qazaf...
--------------------------------
Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah apabila seseorang menuduh lelaki/wanita yang baik melakukan zina (termasuk liwat) tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil.
Sumber HD - 20-4-2014
Hudud di Persekutuan, biarlah satu demi satu - Pak Lah
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya".
Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas. - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
Abdullah puji khidmat Karpal Singh semasa hayatnya
- Apr 18, 2014
- HARAKAHDAILY
"Kita kehilangan seorang tokoh perundangan yang berkaliber dan pejuang keadilan dan hak asasi manusia," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abdullah berkata legasi Karpal Singh akan tetap dikenang dan memberi inspirasi kepada banyak pihak pada masa akan datang.
Peguam terkenal itu maut apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan lori di Km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak pukul 1.10 pagi semalam.
Pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, turut terbunuh dalam nahas itu. - Bernama
Sumber HD - 18-4-2014
Khairy bidas Zul Nordin politikkan kematian Karpal
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.
"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin (gambar kanan, bersongkok) langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.
"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work' di sini.
Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.
Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini. - Bernama
Sumber HD - 17-4-2014
Dr Mahathir akui sumbangan Karpal pada negara
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata Karpal sering mengkritik kerajaan apabila beliau melihat sesuatu perkara yang tidak betul.
"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," katanya ketika mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang peguam tersebut.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampai ucaptama pada sesi meja bulat bertajuk 'Mengurus Kenaikan Kos Dalam Persekitaran Perniagaan Semasa' di Menara Matrade di sini hari ini.
Dalam kemalangan pukul 1.10 pagi tadi, Karpal, 74, maut, apabila kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama empat orang lain melanggar sebuah lori lima tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.
Karpal dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ketika kejadian itu berlaku. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ialah pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an. - Bernama
Sumber HD - 17-4-2014
Bermewah macam Rosmah, siapa sabotaj Muhyiddin?
- Apr 15, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pemecatan akan diambil terhadap kakitangan yang berbuat demikian, sambil mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab mereka menjaga kerahsiaan kerajaan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mempertikaikan lawatan lima hari Muhyiddin bersama beberapa pegawainya ke Dubai kerana didakwa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat berikutan ianya lebih dipenuhi acara bermain golf dan menikmati pelbagai jamuan bertaraf mewah.
Dalam lawatan lima hari itu, Muhyiddin didakwa hanya memperuntukkan tiga jam untuk acara rasmi berkaitan pendidikan manakala selebihnya banyak dipenuhi dengan bermain golf, menikmati pelbagai jamuan mewah, pertemuan dengan ahli perniagaan dan seolah-olah percutian yang menggunakan wang rakyat.
Selain itu, pegawai yang mengikuti rombongan itu juga lebih ramai terdiri daripada mereka yang bekerja di pejabat Menteri Pendidikan berbanding pegawai kementerian yang terlibat secara langsung berkaitan bidang pendidikan.
Melalui pendedahan ini menyebabkan Muhyiddin mulai dipandang serong dengan ada yang mengatakan beliau juga rupa-rupanya suka bermewah seperti keluarga Najib, terutama oleh isterinya Rosmah Mansor.
Walaupun pendedahan mengenai lawatan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP tetapi ianya adalah bersumberkan maklumat daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Cikgu yang mendedahkan aturcara penuh lawatan selama lima hari itu di internet.
Memandangkan apa yang didedahkan itu merupakan aturcara yang disusun oleh kementerian, adalah dipercayai individu yang menggelarkan dirinya Cikgu itu merupakan kakitangan kerajaan di Kementerian Pendidikan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan dengan lawatan itu.
Dengan pendedahan itu, bukan saja Kementerian Pendidikan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa aturcara yang didedahkan itu hanyalah deraf saja dan bukannya rasmi, bahkan Muhyiddin juga terpanggil untuk membuat sidang akhbar sekembalinya ke tanahair untuk memberitahu lawatannya sesuatu yang berjaya bukan saja dalam bidang pendidikan tetapi juga pelaburan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.
Dan ditambah dengan amaran oleh KSN ini, jelas bahawa pendedahan mengenai lawatan itu sesuatu yang betul dan pihak Muhyiddin, Kementerian Pendidikan dan kerajaan bagaikan terasa bersalah dengannya sehingga terpaksa membuat pelbagai kenyataan dan sidang akhbar untuk mewajarnya lawatan tersebut.
Persoalannya yang penting sebenarnya bukanlah siapa yang mendedahkan maklumat itu tetapi apakah niatnya berbuat demikian?
Apakah ia bertujuan untuk memberitahu bahawa di ketika kerajaan kekeringan wang dan ingatan supaya rakyat berjimat cermat, tetapi sebaliknya pemimpin sendiri terus bermewah dengan menggunakan dana kerajaan?
Ataukah pendedahan ini untuk membuktikan selain isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang suka bermewah, sebenarnya Timbalan Perdana Menteri juga membuat tabiat yang sama?
Mungkinkah pula pendedahan dilakukan oleh orang-orang Najib yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan menghalangnya daripada terus menonjol?
Atau barangkali permainan ini diatur oleh pimpinan pelapis di barisan kedua yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan mengambil alih kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Bahkan boleh jadi, setelah pelbagai kritikan mengenai kemewahan Najib dan isteri didedahkan sebelum ini, pendedahan mengenai gaya suka bermewah Muhyiddin ini bertujuan untuk menyingkirkan kedua-duanya sekaligus dengan mewujudkan persepsi bahawa mereka bukanlah pemimpin dan gandingan yang sesuai untuk parti dan negara?
Apa pun kebarangkaliannya, ia adalah serba mungkin sebenarnya. Jika sebelum ini Muhyiddin agak terselamat daripada serangan berbentuk peribadi berikutan ianya berjaya diselindungkan selain kerana beliau juga mempunyai isteri yang agak sederhana, nampaknya kini merupakan masa untuk beliau mula berhati-hati.
Serangan terhadap Muhyiddin ini terlihat seperti pembangkang yang membangkitkannya tetapi yang bakal mendapat untung lebih dulu mungkin daripada dalam kelambu Umno sendiri. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 15-4-2014
Memali: Mahathir ingat-ingat lupa rupanya
- Apr 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.
Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.
Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.
Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.
Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.
Baca di sini
Sumber HD - 11-4-2014
Mahathir akui belum ke China ketika insiden Memali
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau hanya ke luar negara pada 20 November 1985 ,iaitu sehari selepas insiden yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis.
"Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang.
"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," jelas beliau beliau.
Beliau juga menggelarkan mereka yang terkorban selain anggota polis semasa insiden itu sebagai 'penjenayah'.
Mahathir juga menjelaskan, maklumat kononnya beliau tidak berada dalam negara sewaktu peristiwa hitam 30 tahun lalu itu berlaku, bukan disebar olehnya.
Beliau tampil menjelaskan perkara itu ekoran desakan pelbagai pihak yang mahukan maklumat sebenar selepas satu pendedahan dibuat oleh Musa pada satu forum di Kelantan baru-baru ini.
Musa yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Mahathir Mohamad masih berada dalam negeri pada hari kejadian dan bukan berada di China seperti yang dihebahkan kepada umum.
Musa juga berkata, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada hari kejadian itu berlaku seperti yang dikatakan umum.
Dalam tulisan itu Mahathir bagaimanapun berkata beliau begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga beliau melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri.
"Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).
"Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri," ujarnya.
Sumber HD - 10-4-2014
Ku Li agaknya hilang sabar dengan politik kotor negara
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Apa yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapan beliau itu hanya secebis dari perlakuan salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pimpinan Umno sekarang ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya semalam.
Menurutnya, Tengku Razaleigh merupakan pemimpin Umno yang telah diketepikan secara sistematik oleh pimpinan rakus Umno yang takut dengan pengaruh dan kemampuan Umno memimpin negara jika beliau menjadi Perdana Menteri.
“Sikapnya yang gentleman menjadikan beliau tidak sesuai dengan kehendak dan budaya politik pimpinan rakus negara semasa itu.
“Maka itulah sebabnya beliau tidak terlibat dengan segala perbuatan keji yang dilakukan oleh pimpinan negara kerana beliau sudah tiada dalam kabinet sejurus selepas beliau tewas dalam usaha beliau untuk menyekat apa yang berlaku hari ini dari berlaku,” tulisnya lagi.
Justeru, ujarnya sekarang Tengku Razaleigh boleh bercakap tanpa halangan dan telah memberikan pandangan yang akhirnya bermaksud Umno merupakan parti yang bermusuh dengan orang Melayu sendiri dalam ucapan pelancaran buku tulisan Anas Alam Faizli itu.
Tambahnya, bekas Menteri Kewangan Negara itu merupakan ‘authority’ yang paling kuat untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di negara ini.
Menurut Aspan lagi, Petronas yang beliau tubuhkan dengan risiko keselamatan peribadi beliau sendiri sekarang telah diperguna oleh pimpinan negara untuk kepentingan politik parti dan peribadi pimpinan hari ini.
“TR tentu merasakan kesedihan kerana beliau telah menubuhkan syarikat petroleum nasional ini dengan peluh dan keringat tanpa bayaran. Alih-alih pemimpin yang mengambil kuasa negara mempergunakan untuk politik peribadi mereka dengan sewenang-wenangnya,” ujarnya.
Baginya, kesabaran Ku Li berdiri sendirian di pinggiran politik kotor negara agaknya sudah sampai ke tahap kehilangan kesabaran beliau.
Itu sebabnya, kata Aspan apa yang Ku Li perkatakan itu tidak dapat disambut oleh mana-mana pemimpin Umno sama ada yang sedang berkuasa atau siapa yang sudah bersara.
Sumber HD - 19-4-2014
Memali: Mahathir dalam negara, saya tidak memangku PM
- Apr 04, 2014
- TUN MUSA HITAM
Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:
1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.
2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.
3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.
Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:
1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.
2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:
(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah
Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.
4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.
Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam. Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:
1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.
2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.
3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.
Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.
Kesimpulannya ialah:
1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.
2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.
Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar. Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.
Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.
Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.
TUN MH - https://www.youtube.com/watch?v=cN2_g3U9icI
Sumber HD - 4-4-2014
Dr Mahathir sanggup bunuh hayat Umno - sarjana
- Apr 03, 2014
- ASLANI M
Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai.
Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.
“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.
“Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,” katanya di sini.
Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks.
Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.
“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.
“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir,” kata Musa.
Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedi itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
“Malah ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan,” ujarnya.
Menurutnya juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak menentangnya.
Sumber HD - 3-4-2014
Musa turut jadi mangsa fitnah seks
- Apr 02, 2014
- LAN JUSOH
Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.
Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.
“Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai,” katanya di sini.
Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.
“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.
“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...
“Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya,” katanya malam 27 Mac lalu.
Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato’ Dr Mohamad Agus Yusof.
Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.
Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor.
Sumber HD - 2-4-2014
Mahathir di luar negara semasa Memali - Aspan
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, tidak kiralah sama ada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang beliau rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
“Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.
Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai kementerian dalam negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah disebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang diberikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.
Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang disebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.
Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah ke hadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius yang memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.
TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau ke negara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah diuruskan terlebih awal.
TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Inilah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang di mana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.
Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.
Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.
Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.
Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk diingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.
Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.
Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.
TMH - https://www.youtube.com/watch?v=coLjQ0DrawY
Sumber HD - 30-3-2014
Memali: Kenapa Musa ingat tetapi Mahathir lupa?
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".
Bagi penulis Shahbudin Husin, memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.
“Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi,” tulis beliau di dalam blognya semalam.
Bagaimanapun, katanya haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu.
Tambahnya, sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.
“Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?
“Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?” soal beliau.
Menurut Shahbudin lagi, ada pula yang berkata, Musa tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri.
Justeru, tanya Shahbudin lagi, betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu.
“Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?
“Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?” tanya beliau.
Beliau menambah, sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini. -
http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 30-3-2014
Mahathir berundur dari Proton
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
"Surat perletakan jawatan telah dihantar," kata sumber yang rapat dengan Dr Mahathir kepada The Edge.
Bagaimanapun pihak pengurusan Proton diyakini menyimpan surat tersebut dan tidak membuat sebarang pengumuman dengan harapan pemegang saham terbesar Proton, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dapat memujuk mantan Perdana Menteri itu supaya menimbang semula perletakan jawatannya itu.
Syed Mokhtar menjadi pemilik Proton setelah menguasai 55.92 peratus kepentingan dalam DRB-Hicom Bhd.
DRB Hicom menjadi pemilik saham terbesar Proton setelah membeli kepentingan Khazanah Nasional dalam syarikat automobil negara itu pada 2012.
Proton disifatkan sebagai projek 'anak emas' Dr Mahathir sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilantik menjadi Penasihat Proton Holdings Bhd pada 2003 setelah berundur sebagai Perdana Menteri.
Usaha The Edge untuk mendapatkan penjelasan Dr Mahathir gagal kerana beliau dilapor berada di luar negara.
Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang surat perletakan jawatan itu.
Akhir tahun lalu, Dr Mahathir, 88 meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Beliau memberikan alasan kesihatan atas tindakannya itu namun sumber menyebut "Petronas gagal memenuhi beberapa permintaan Dr Mahathir".
Sumber Proton menyebut antara kekecewaan Dr Mahathir adalah perletakan jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim bulan lepas.
Lukman yang dibawa masuk ke Proton oleh Dr Mahathir pernah mengumumkan perletakan jawatan Julai tahun lalu tapi tidak meneruskan hasrat beliau.
Namun perletakan jawatan Lukman daripada Proton pada Februari adalah muktamad.
Sumber HD - 11-3-2014
Mahathir dah mula 'geli' dengan Najib
- Mar 04, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Katanya, kerajaan pernah mendapat sokongan yang baik daripada rakyat walaupun tanpa BR1M, malah sejak BR1M dilaksanakan serta digembar-gemburkan kesannya dalam meringankan beban kehidupan rakyat, hakikatnya bukan saja sokongan tidak bertambah, malah terdapat ramai yang miskin lagi ketika ini.
Dalam masa yang sama, menurut Mahathir lagi sekiranya jumlah pemberian BR1M ditingkatkan sehingga RM1,200 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan untuk 7 juta penerima yang layak, jumlahnya akan meningkat kepada RM8.4 billion dan ini merupakan suatu jumlah yang banyak serta membebankan kewangan negara.
Mahathir juga terasa "geli" dengan hujah Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang berbangga bahawa seramai 17,000 penerima BR1M sebelum ini tetapi mengambil keputusan menolaknya dengan alasan mereka bukan lagi dalam kategori susah dan ini menunjukkan tahap kematangan serta rasa tanggungjawab mereka yang tinggi.
Bagi bekas Perdana Menteri paling lama itu, penolakan mereka terhadap BR1M tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka yang sebenarnya kerana ia diperlihatkan ketika mereka mengundi, sementara yang lain menolaknya kerana menganggap pemberian tunai itu adalah sejenis rasuah.
Kritikan Mahathir mengenai BR1M ini adalah serangan terbarunya terhadap pentadbiran Najib di mana sebelum ini beliau juga mengkritik hasrat negara mencapai tahap berpendapatan tinggi, kempen pemberian wang dan hadiah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, menyifatkan Najib sebagai lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan ektremis dan beberapa kritikan yang lain lagi.
Mahathir juga seolah-olah bersilih-ganti dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dalam melancarkan serangan terhadap Najib. Daim sudah dua kali secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib sebagai rapuh dan tidak tegas serta membayangkan jika pilihanraya diadakan dalam keadaan sekarang, ia lebih memungkinkan BN menerima kekalahan.
Dengan kekerapan Mahathir dan Daim memuntahkan peluru serangannya secara silih berganti dan semakin pedas terhadap Najib kebelakangan ini, mereka tidak ubah seperti pasukan pelari pecut yang saling bekerjasama, saling membuka ruang dan kemudian melakukan pecutan kemenangan di ketika yang sesuai.
Selama ini, sudah banyak yang mengkritik pemberian tunai BR1M kerana ia bukanlah kaedah yang mampan untuk menolong rakyat. BR1M bukan saja mirip kaedah golongan bangsawan zaman dahulu yang kerap mencampakkan syiling untuk golongan miskin, malah BR1M juga bertentangan dengan DEB kerana ia hanya memberikan "ikan" tetapi tidak membekalkan "pancing" kepada rakyat.
Beberapa kritikan Mahathir dan disusuli dengan Daim terhadap Najib dan kerajaan kebelakangan ini, jelas menunjukkan mereka sudah mulai "geli" dengan cara pentadbiran dan kepimpinan Najib yang terus-terusan lemah, merugikan negara dan tidak menguntungkan rakyat.
Semua kelemahan yang bukan saja berterusan, malah juga bertambah, lebih memungkinkan BN ditimpa kekalahan dan kehilangan kuasa dalam PRU14 nanti. Tambahan pula dengan langkah PR yang semakin agresif melalui gerakan KajangMove yang seterusnya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tangga ke arah cita-cita menawan Putrajaya, BN dilihat semakin terhimpit dan kehilangan upaya.
Meskipun Najib segera mempertahankan dasar pemberian tunai ini dengan jawapan pantasnya hari ini yang mengatakan BR1M merupakan dasar yang bersasar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalaman dan membuatkan orangramai segera ke Sogo dan pasar minggu untuk membelanjakan wang pemberian itu, hakikatnya jawapan Najib ini akan membuatkan bermulanya "episod jawab-menjawab" antara beliau dengan Mahathir.
Kecuali jika Mahathir tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, beliau pasti akan memberikan jawapan balas terhadap reaksi Najib itu.
Sebagaimana Pak Lah yang akhirnya kecundang kerana mula jawab-menjawab dengan Mahathir, Najib juga sedang memasuki episod yang bakal memerangkap dirinya kerana tiada sesiapa yang mempunyai skil menjawab dan membalas serangan sehebat Mahathir. Jika pemimpin dunia pun sering kalah dengan hujah-hujah Mahathir, Najib nyata terlalu "junior" untuk bersaing dengannya.
Jika sebelum ini Najib lebih memilih untuk berdiam terhadap semua serangan Mahathir dan Daim, tindakannya sekarang seperti menandakan bermulanya krisis terbuka antara keduanya. Episod yang lebih menarik sedang dinanti-nantikan selepas ini.- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 4-3-2014
Kesian Rosmah Mansor...
- Feb 28, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, "semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat".
Ucapan Rosmah ini agak menghairankan kerana siapa yang menyuruhnya sibuk-sibuk atau menyibukkan diri menjaga rakyat. Tiada siapa yang memintanya berbuat demikian, bahkan beliau tidak dibayar gaji pun untuk menjaga rakyat. Beliau bukanlah wakil rakyat, menteri atau seumpamanya.
Beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri yang perlu menyokong kerjaya dan menemani suaminya dalam program-program tertentu yang memerlukan kehadirannya. Tetapi ketika Najib ke pejabat, tidak perlulah beliau ke pejabat sama. Tiada siapa yang marah jika ketika Najib ke pejabat, beliau hanya berehat di rumah dan tidak berjumpa rakyat.
Sebagai isteri Perdana Menteri atau bahasa canggihnya, First Lady, bagaimanapun beliau bolehlah mengaktifkan dirinya dalam program-program ringan seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana isteri pemimpin lain di dunia ini. Isteri Presiden Amerika, Michelle Obama misalnya sering terlibat dalam program-program santai seperti bersama kanak-kanak, wanita, menghadiri program kebajikan, pertunjukan fesyen amal dan sebagainya.
Jika ditambah dengan program Permata pun, Rosmah sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Tapi kenapa semua masanya diambil oleh rakyat sampai tiada masa bermain badminton? Adakah Najib menderanya untuk melakukan kerja-kerja bertemu rakyat?
Rosmah sebenarnya tidak perlu mengeluh kerana tiada siapa mewajibkannya melayan rakyat daripada pagi sampai petang dan kemudian bersambung hingga ke malam. Kerja melayan rakyat adalah kerja suaminya, menteri-menteri adan wakil rakyat yang sudah dibayar gaji oleh kerajaan.
Tetapi jika beliau melakukannya kerana suka-suka atau ingin membantu Najib, berpada-padalah. Curilah masa untuk hobi sendiri seperti membeli-belah, bertemu kawan-kawan atau bermain badminton dan janganlah sampai terlebih sibuk daripada wakil rakyat, menteri atau pegawai di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang memang dibayar gaji untuk kerja demikian.
Ada seorang bekas pegawai Najib yang ketika berkhidmat dulu menjadikan setiap hari Khamisnya untuk beliau bermain golf bersama kawan-kawannya. Di hujung minggu tertentu pula, pegawai terbabit juga masih mempunyai masa bermain golf sehingga ke Indonesia dan Thailand sedangkan beliau lebih dikehendaki membantu bossnya melayan rakyat.
Jika pegawai Najib sendiri yang memang dibayar gaji untuk sebahagiannya ialah melayan rakyat masih mempunyai banyak masa melayan hobi golfnya, agak menghairankan juga bagaimana Rosmah sampai tiada masa untuk bermain badminton.
Lagi pun, baru beberapa hari lalu ketika menyampaikan sumbangan air mineral di Cheras, Rosmah mengelak ketika didekati wartawan dengan alasan beliau hanyalah suri rumah dan bukannya ahli politik.
Kalau hanya suri rumah, kenapa sampai sibuk sangat sehingga tiada luang waktu untuk bermain badminton?
Ternampak ada kecelaruan di sini, sekejap suri rumah dan sekejap yang lain sebagai penjaga rakyat paling sibuk. Kalau hanya suri rumah sebagaimana yang diakuinya, disitulah sebenarnya kepuasan dan pahala untuknya. Sebagai suri rumah tetapi menyibukkan diri mahu menjaga rakyat sama, belum tentu dapat pahala, apatah lagi jika mengabaikan suami dan mengeluh kemudiannya.
Bagaimanapun mungkinlah tugasnya sibuk dengan rakyat dan menemui pelbagai kelompok manusia sekarang ini berikutan suasana politik tidak lagi stabil, bahkan yang mendesak suaminya berundur pun makin ramai. Selain pihak pembangkang dan yang terbaru, Hindraf pula bersuara dengan desakan yang serupa, bekas Perdana Menteri, Mahathir serta Daim Zainuddin pula sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengganggunya.
Mungkinlah semua ini yang mengganggu Rosmah untuk meluang masa daripada hobi badmintonnya. Alahai, kesiannya...
Namun, jika Rosmah terlampau ingin melangsaikan hobinya yang banyak tertangguh selama ini, beliau bolehlah juga meminta suaminya agar berundur dengan segera. Kemudian berbadmintonlah dengan sepuasnya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 28-2-2014
MCA kemaruk jawatan menteri sebelum PRK Kajang?
- Feb 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam EGM yang diadakan semalam itu, walaupun ada yang keluar dewan perhimpunan sebagai tanda bantahan tetapi akhirnya MCA memperolehi semula mandat untuk kembali ke kabinet dengan undi menyokong sebanyak 1,913 daripada 1,922 jumlah perwakilan.
“Dengan resolusi ini serta bersamaan dengan janji Perdana Menteri untuk memberi jawatan kabinet kepada pemimpin MCA sekiranya usul menolak jawatan dalam kerajaan yang dibuat semasa kepimpinan Chua Soi Lek dahulu dibatalkan, kini semuanya terpulang kepada Najib untuk menentukan bila dan berapa jawatan yang harus diberikan kepada parti itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, apa yang menarik dalam EGM kali ialah bukan saja kelulusan kembali ke kabinet itu diperolehi melalui undi angkat tangan tetapi juga tarikh EGM diadakan juga terpaksa menggunakan kuasa Presiden MCA yang hanya menggunakan notis selama 7 hari berbanding peraturan sebenar yang memperuntukkan notis selama 30 hari.
Baginya, ini tidak lain memperlihatkan keinginan yang tinggi atau rasa kemaruk di kalangan pemimpin MCA untuk kembali semula memegang jawatan kabinet tanpa mempedulikan sokongan pengundi Cina sudah kembali kepada BN atau sebaliknya.
“Dan pilihan raya kecil Dun Kajang telah digunakan sebagai senjata ke arah matlamat itu,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 24-2-2014
Pantang tak lama, MCA terima jawatan kerajaan
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu dekat sini, hari ini.
EGM itu dilaksanakan atas cadangan Presiden MCA yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Sejumlah 1,982 perwakilan yang hadir mengundi menyokong usul tersebut dengan lima menentang dan empat berkecuali.
MCA pimpinan Presiden terdahulu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan selepas gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.
Sumber HD - 23-2-2014
Belum sampai setahun, MCA mahu kembali jawatan dalam k'jaan
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata MCA tidak boleh menangguhkan lagi perkara itu kerana mesyuarat agung luar biasa adalah penting bagi membolehkan parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan mengenai langkah selanjutnya supaya masyarakat Cina mempunyai wakil dalam kerajaan.
"Secara peribadi, saya berpendapat, sudah tiba masanya kami mengkaji semula sama ada untuk menyertai kerajaan atau tidak berbuat demikian.
"Walaupun jika MCA memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan, ia tidak boleh menafikan hak enam juta masyarakat Cina untuk mempunyai wakil dalam kerajaan," kata beliau kepada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Beliau berkata kesediaan Najib menyimpan portfolio Menteri Pengangkutan untuk MCA membuktikan bahawa beliau mahu MCA menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Pada perhimpunan agung parti 2011 dan 2012, MCA meluluskan resolusi tidak menerima apa-apa jawatan dalam Kabinet jika parti itu menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya umum 2013.
Pada pilihan raya umum ke-13, MCA memenangi cuma tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri berbanding 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun, pada mesyuarat agung luar biasa 20 Okt tahun lepas, para perwakilan menolak usul untuk membatalkan keputusan itu.
Ong berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti minggu depan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan pada 23 Feb sempena perayaan ulang tahun ke-65 parti.
Menurut perlembagaan parti, mesyuarat agung luar biasa boleh dipanggil sama ada oleh presiden, atau mendapat sokongan dua pertiga anggota jawatankuasa pusat atau menerima sokongan dua pertiga anggota perwakilan pusat. - Bernama
Sumber HD - 7-2-2014
Pemimpin Umno digesa tidak simpan 'biawak hidup'
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'".
'Biawak-biawak hidup' itu, ujar beliau mendapat berbagai kemudahan dan habuan kewangan sedangkan hanya berperanan mencerca Anwar.
"Tetapi Anwar Ibrahim masih kuat dah 15 tahun tidak bergoncang. Berhentilah pembesar Umno menjaga biawak-biawak ini. Orang Umno macam saya pun naik menyampah dah dengan 'biawak-biawak' ini," ujar beliau.
Bila ditanya seorang pengunjung laman Facebook siapakah yang dimaksudkan sebagai 'biawak-biawak' itu, Zahrain menjawab: "Dulu-dulu 'biawak' ini panglima Anwar Ibrahim dan sanggup mati."
Zaharin dikenali sebagai ahli Umno yang kritis. Blogger yang lebih dikenali sebagai Sang Kelembai itu dipecat dua kali daripada Umno (1996 dan 2006) kerana lantang mengkritik parti yang dianggotainya.
Beliau diterima kembali sebagai ahli Umno pada Mei 2009 selepas Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak menarik balik pemecatannya daripada parti.
Zaharin kini menjawat Setiausaha Penyelaras BN P124 Bandar Tun Razak dan Ketua Umno Cawangan Sri Labuan.
Sumber HD - 5-2-2014
Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?
- Jan 31, 2014
- Shirzad Lifeboat
pemalas’.
Menurutnya , “Tiga peratus adalah mereka yang pemalas… Mereka lebih buruk dari sekadar malas. Terdapat 300,000 yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa,” bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.
Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.
Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap ‘jobs for the boys’ maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.
Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.
Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai sedikit. Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan ‘jobs for the boys’, tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama. Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.
Kini Ahmad Maslan kembali tampil bertindak sebagai mahaguru ekonomi dalam memperkatakan persoalan pengangguran di Malaysia. Mungkin perangkaan yang disebut beliau itu betul tetapi untuk menyatakan 300,000 rakyat Malaysia yang tidak mendapat pekerjaan adalah pemalas, rasanya itu bukan sahaja satu kenyataan kasar, tidak berhemah dan keterlaluan tetapi juga menunjukkan sikap tidak-matang dan kurang bertamadun seseorang yang menanggap dirinya seorang pemimpin hebat.
Kita tidak menafikan betapa orang malas ada di mana-mana sekalipun. Tetapi tak logiknya kalau dalam Malaysia ini kita boleh hitung atau membuat anggaran bahawasanya terdapat 300,000 orang malas. Apakah Ahmad Maslan sudah turun ke padang dan menemui setidak-tidaknya 10 peratus dari rakyat Malaysia yang dianggapnya malas ini?
Kalau Ahmad Maslan sendiri rasa malas nak berjumpa dengan 30,000 manusia yang dianggapnya pemalas, apakah dia telah menemui sekurang-kurannyga 3,000 orang?
Cakap memang senang. Tapi janganlah cuma pandai cakap sahaja. Cuba Ahmad Maslan pergi berjumpa mereka dan tanya kenapa mereka tidak mahu kerja. Dan janganlah asyik bercakap sahaja, cuba belajar juga mendengar. Sebagai seorang pemimpin berjawatan kabinet dan sebagai seorang rakyat, belajarlah prihatin sikit. Turun padang. Selidik dan siasat sebab musabab mengapa mereka tidak berkerja atau memohon pekerjaan yang kosong.
Kalau kebanyakan mereka dari jumlah 300,000 ini memiliki ijazah pertama, diploma, SPM atau sijil kemahiran lainnya tetapi jawatan kosong yang diiklankan adalah pencuci jamban, buruh kasar, ‘stevedore’ pengawal keselamatan, tukang sabit rumput majlis tempatan. Apakah sekiranya mereka tidak memohon dan melakukan pekerjaan yang diiklankan itu, maka mereka dianggap malas?
Lainlah sekiranya terdapat beribu-ribu jawatan yang sesuai dengan apa yang mereka telah pelajari tetapi mereka enggan memohon dan bekerja sebab kalau boleh mereka nak jadi Timbalan Menteri macam Ahmad Maslan atau menjadi CEO macam sesetengah pemimpin Umno yang diberikan jawatan tersebut menerusi amalan ‘jobs for the boys’. Kalau macam ini baru boleh dikatakan memilih pekerjaan dan dianggap malas.
Sekiranya jawatan dan pekerjaan yang dikatakan itu tidak wujud dan yang ada hanyalah jawatan pencuci jamban dikompleks membeli belah atau pekerjaan setaraf dengannya, tak perlulah mencemuh mereka sebagai golongan rakyat Malaysia yang pemalas.
Sebelum menuduh orang lain pemalas, Ahmad Maslan sepatutnya merujuk terdahulu kepada Kementerian Sumber Manusia. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd. Muttalib dalam sesi soal jawab di Parlimen November lalu, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang. Tak kan siswazah nak kerja jadi konduktor bas dan sebagainya.
Di harap lain kali sebelum menuduh rakyat Malaysia golongan tidak bernasib baik ini ‘pemalas’ janganlah Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan malas nak buat homework. Kalau menteri atau timbalan menteri malas, maka inilah jadinya.
Rasanya baru lagi Menteri Kewangan diperlekehkan oleh dunia kerana ‘kangkungnya’. Dan rasanya cukuplah negara kita mempunyai sekian banyak ‘bozo’ dalam kabinet kerajaan.
Ahmad Maslan boleh menyelamatkan dirinya dari terus dikecam atau dihina oleh masyarakat sekiranya meletakkan jawatannya selaku Timbalan Menteri Kewangan.
Malah ramai merasakan Kementerian Kewangan mungkin akan menjadi lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau berbuat demikian.
Sumber HD - 31-1-2014
Mengapa Mahathir nafi main peranan jatuhkan Najib?
- Jan 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Baginya, Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.
Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.
Beliau menambah, selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.
“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Sumber HD - 30-1-2014
Antara khinzir, arak dan judi
- Jan 28, 2014
- HAMBALI AKRAM
Saya melihat tindakan Umno ini lebih kepada mencari populariti bukan bertujuan kemaslahatan umat. Semua orang Islam maklum bahawa babi dikelaskan dalam kumpulan najis berat dan haram dimakan atau yang berkaitan dengannya.
Namun, adakah kita sedar selain babi, arak dan judi juga diharamkan dengan jelas oleh Islam. Penjualan arak dan daging babi hanya dibenarkan dalam komuniti mereka dengan syarat-syarat khas.
Saya bukanlah agamawan yang mahu menghuraikan panjang lebar tentang halal dan haram perkara di atas. Cuma mahu Umno jangan terlepas pandang pada arak dan judi. Jika mereka beria-ia bising tentang penjualan daging babi secara terbuka, maka wajar juga bising tentang arak dan judi yang beroperasi secara terbuka!
Sumber HD - 28-1-2014
Kamalanathan maafkan Pemuda Umno yang menumbuknya
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berkata insiden itu merupakan isu peribadi antara beliau dengan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi.
Beliau berkata apa yang berlaku adalah satu tindakan emosi yang tidak disengajakan.
"Manusia tidak terlepas daripada kesilapan dan tiada sebab untuk saya terus berasa kecewa dengan kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada kejadian 12 Jan lepas itu, Kamalanathan cedera ringan di bahagian leher selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan, yang juga seorang guru.
Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor.
Bagaimanapun, Kamalanathan menegaskan insiden itu bukan isu politik tetapi berkaitan dengan permohonan pertukaran di bawah Kementerian Pendidikan.
"Saya sudah menjelaskan proses permohonan pertukaran kepadanya dan memaklumkan bahawa pegawai kementerian akan mempertimbangkan setiap permohonan mengikut merit.
"Saya tidak campur tangan dalam soal pentadbiran mana-mana jabatan. Saya ada mengeluarkan surat sokongan untuk rayuan berdasarkan faktor belas kasihan atau perikemanusiaan," katanya.
Kamalanathan juga berkata beliau tidak akan campur tangan dengan siasatan polis berhubung kejadian itu. - Bernama
Sumber HD - 26-1-2014
Kalah PRU14 ubat paling mujarab untuk pulihkan Umno
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian tulis blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Ini ekoran ketika ini semakin ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan Umno dan BN tewas dalam PRU14 nanti.
Menurutnya, bagi mereka, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal meraih undi popular dan hilang beberapa negeri, ternyata tidak mampu mengubah sikap dan perangai pemimpin Umno untuk menjadi lebih baik dan disenangi rakyat, bahkan majoriti pemimpin yang mempunyai kuasa masih tidak banyak berbeza antara sekarang dengan era 80-an atau 90-an dahulu.
Paling ketara, katanya ialah perubahan yang diharapkan juga tidak berlaku dalam diri Perdana Menteri dan pemimpin kanan parti dan kerajaan.
Menurutnya lagi, mereka masih menampilkan sikap boros, suka berbelanja mewah, mudah melupakan janji yang dibuat ketika mahu mendapatkan sokongan dan hanya menjadikan rakyat penting ketika sebelum pilihanraya sahaja.
Baca lagi
Sumber HD - 25-1-2014
Mahathir dicadang ganti Najib, ada yang tergelak
- Jan 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Ada yang mencadangkan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya dan menjadi Mentor Perdana Menteri.
Bagi penulis Aspan Alias, ada yang menyokong dan ada yang tergelak mendengar cadangan itu.
Katanya, kepimpinan seseorang itu bergantung kepada sikap dan cara masing-masing.
“Dr Mahathir telah kita lihat cara dan sistem pentadbiran beliau. Maka jika Dr Mahathir kembali ke Putrajaya maka apa yang kita telah alami selama beliau mentadbir akan kembali sebagai budaya dan cara beliau mentadbir.
“Yang pasti akan kita lihat ialah mereka yang mempunyai bakat untuk memimpin akan terhakis sama sekali,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Menurutnya lagi, malahan kekosongan pimpinan hari ini adalah hasil kerja beliau.
“Terjadilah Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Najib sebagai penggantinya adalah bekas tangan beliau, malah selama ini pun beliau telah pun menjadi Mentor Perdana Menteri,” ujarnya lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 25-1-2014
Ekoran kata Daim, resahnya hidup mati BN PRU14
- Jan 24, 2014
- HARAKAHDAILY
“Bagi semua pemimpin ini, Umno, BN dan kerajaan selepas PRU13 lalu bukannya bertambah baik dan diterima oleh rakyat, sebaliknya menjadi semakin lemah, kalut dah hilang punca dalam mengurus banyak perkara, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Menurutnya, walaupun jangka masa PRU14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan Umno bakal kalah dalam pilihanraya itu.
Ini, katanya kerana bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.
Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.
Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik ‘ubat kuat’ kepada Najib.
Sumber HD - 24-1-2014
BN kalah jika PRU dibuat sekarang – Tun Daim
- Jan 23, 2014
- ZULKIFLI YAHAYA
Berucap di Dewan Kismec pada majlis anjuran Umno Bahagian Merbok, dekat sini, Daim menganggap perbelanjaan besar dalam perkara yang bertujuan ‘mengambil hati’ masyarakat Cina adalah kerja sia-sia yang dilakukan oleh Perdana Menteri kerana orang Cina sama sekali tidak akan menyokong BN.
Daim turut mendakwa kononnya BN masih kuat sebagai pemerintah.
“Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat manfaat lebih di bawah pemerintahan BN,” ujarnya.
Mengenai kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat, Daim mengakui bahawa kerajaan gagal untuk mengawalnya.
Beliau memetik beberapa punca berlakunya kenaikan, antaranya Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara, kenaikan gaji dan elaun kakitangan kerajaan serta pemborosan.
“Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara,” ujarnya.
Berhubung kenaikan harga tol, Daim berpendapat kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian lama dengan pemegang konsesi bukan menaikkan kadar tol dengan sewenang-wenangnya.
Daim juga meramalkan bahawa BN akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika ini atau dalam keadaan rakyat gelisah dengan tekanan kos sara hidup yang meningkat.
Ia ditambah dengan sikap menteri yang tidak bijak membuat kenyataan dalam isu tersebut sehingga menambahkan kemarahan rakyat.
Sumber HD - 23-1-2014
Provokasi peristiwa 13 Mei pula kangkungkan Umno
- Jan 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Mengancam dengan peritiwa 13 Mei dalam isu kangkung dan kenaikan harga barang langsung tidak mencerminkan kematangan dan persembahan hujah yang baik dalam politik, tulis Shahbudin Husin.
Setelah lebih 40 tahun berlalu, beliau berpandangan peristiwa 13 Mei sepatutnya semakin dilupakan dan bukan sering diingati serta dijadikan alat provokasi terhadap kaum lain.
Tambahnya, terus-menerus membangkitkan peristiwa 13 Mei bukan saja merenggangkan lagi hubungan antara kaum, bahkan meretakkan hubungan sesama komponen BN sendiri.
“Masyarakat bukan Melayu pula akan terus menjauhi Umno, BN dan kerajaan selagi peristiwa 13 Mei ini sering diungkit dan dijadikan alat provokasi politik,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Sumber HD - 19-1-2014
Kangkung buat Umno Pulau Pinang berang
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar, bawah) berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan.
"Tindakan Adun itu sangat biadab kerana bertindak sedemikian, apa dosa dan hina sangat perdana menteri sehingga diperlakukan sebegitu. Lagipun tindakan wakil rakyat itu bukan boleh membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.
"Kalau betul beliau (Lee) seorang yang jujur dalam berpolitik, beliau sepatutnya tampil memberi cadangan atau idea bagi membantu mengatasi masalah kos barang yang semakin naik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Reezal yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata demikian bagi mengulas tindakan Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu lepas.
Gambar patung dan tindakan kumpulan itu kemudiannya dimuat naik menerusi akaun laman sosial Twiter milik wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan dan menerima pelbagai komen daripada orang ramai.
Reezal Merican berkata rakyat perlu menilai tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu dan beliau percaya ia dibuat hanya mahu meraih kepentingan politik.
"Apakah dengan melakukan momokan dan meracuni pemikiran rakyat akan selesai masalah rakyat yang terhimpit dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Bolehkah kerajaan negeri ini menangani masalah kenaikan harga barang?
"Lagipun mana-mana agama dan budaya kita tidak boleh menghina sehingga ke tahap ini dan adakah ini politik baharu yang nak diperkenalkan PKR," katanya.
Sementara itu Umno Bahagian Bukit Mertajam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan Adun Machang Bubuk itu yang dilihat menghina perdana menteri dan menghasut rakyat supaya membenci Najib.
Ketua Umno bahagian itu Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penduduk Bukit Mertajam terutama di Machang Bubuk sangat marah dengan tindakan wakil rakyat berkenaan yang membangkitkan perasaan tidak puas hati kerana menghina pemimpin negara.
"Banyak lagi perkara lain yang beliau boleh buat daripada bertindak sedemikian (menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri). Penduduk di Machang Bubuk pilih beliau untuk bantu mereka selesaikan masalah rakyat.
"Ini masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Machang Bubuk tidak selesai, sibuk nak hina pemimpin negara dan tindakannya itu tidak boleh diterima langsung kerana dia tidak memikirkan sensitiviti masyarakat," katanya. - Bernama
Sumber HD - 18-1-2014
No comments:
Post a Comment