FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Monday, February 10, 2014

FENOMENA PERAK (JILID 2)



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan kerajaan negeri berhubung penutupan Kompleks Silvertage Galleria, di Medan Gopeng yang didakwa mereka satu lagi projek gajah putih di negeri itu.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kompleks di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) itu dibina pada tahun 1998 dengan kos RM14.49 juta.

Kompleks itu pada asalnya bertujuan menjadikan ianya sebagai Pusat Budaya Utama Negeri Perak sebelum ditukar menjadi terminal bas antara negeri pada 2004 dan bertahan hampir sepuluh tahun sahaja.

"Kini bermula awal April 2013 yang lalu, semua operasi Terminal Bas di Medan Gopeng yang bertempat di Kompleks Silveritage Galleria telah diarah berpindah ke Terminal Bas Amanjaya di Meru Raya.

"Semua gerai yang sedia ada di Kompleks Silveritage Galleria tersebut telah ditutup dan yang terbaru ianya telah didirikan pagar bagi menutup bangunan Kompleks Silveritage Galleria tersebut.

"Kami sekali lagi amat kesal, kenapakah ianya ditutup ketika Negara sedang menyambut pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia?," soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu kata Raja Ahmad, pihaknya menuntut penjelasan dari Kerajaan Negeri Perak dan PKNPk, kenapakah kompleks tersebut melalui keadaan demikian.

"Apakah rancangan pada masa hadapan untuk pemulihan semula Kompleks Silveritage Galleria yang dilihat seperti sebuah projek ‘gajah putih’ sahaja," soalnya.

Sumber HD - 10-2-2014

No comments:

Post a Comment