Apabila menjelang Ramadan…
APABILA menjelang Ramadan mahupun lain-lain perayaan besar di Malaysia, akan berlakulah kekurangan bekalan barang-barang keperluan asas seperti minyak masak, gula dan sebagainya.
Seingat saya, sudah berpuluh tahun isu ini berlaku dan tidak pernah ada jalan penyelesaiannya. Yang hairannya, setiap kali timbul isu ini maka agensi penguatkuasa dilihat bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka dan kemudian berakhir dan senyap begitu sahaja sebaik tamat Ramadan atau perayaan tertentu.
Sampai bila keadaan ini akan berterusan? 100 tahun lagi?
Sepatutnya, para pemimpin dan kerajaan perlu menyediakan pelan jangka panjang untuk mengatasinya. Apa guna anda dibayar gaji mahal-mahal tetapi kesudahannya hanyalah langkah jangka pendek.
Antara langkah jangka panjang menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan stok barangan keperluan asas. Apabila pihak pengilang atau pembekal, mahupun peruncit menyorok atau menyembunyikan barangan asas kerana tujuan tertentu pihak kerajaan boleh mengeluarkan stok ini pada harga yang sama. Kerajaan juga boleh mengimport secara terus dari luar agar stok barangan sentiasa mencukupi.
Kerajaan tidak perlu takut kepada ugutan pengilang atau pembekal. Lesen mereka boleh ditarik balik dan diserahkan kepada pihak jika gagal mematuhi memenuhi keperluan pengguna.
Kerajaan juga perlu menghapuskan dasar monopoli dan memberikan lesen kepada beberapa pengeluar agar sentiasa ada persaingan yang sihat – sama ada dari segi harga, mutu dan perkhidmatan.
Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Sumber HD - 6-6-2014
Seingat saya, sudah berpuluh tahun isu ini berlaku dan tidak pernah ada jalan penyelesaiannya. Yang hairannya, setiap kali timbul isu ini maka agensi penguatkuasa dilihat bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka dan kemudian berakhir dan senyap begitu sahaja sebaik tamat Ramadan atau perayaan tertentu.
Sampai bila keadaan ini akan berterusan? 100 tahun lagi?
Sepatutnya, para pemimpin dan kerajaan perlu menyediakan pelan jangka panjang untuk mengatasinya. Apa guna anda dibayar gaji mahal-mahal tetapi kesudahannya hanyalah langkah jangka pendek.
Antara langkah jangka panjang menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan stok barangan keperluan asas. Apabila pihak pengilang atau pembekal, mahupun peruncit menyorok atau menyembunyikan barangan asas kerana tujuan tertentu pihak kerajaan boleh mengeluarkan stok ini pada harga yang sama. Kerajaan juga boleh mengimport secara terus dari luar agar stok barangan sentiasa mencukupi.
Kerajaan tidak perlu takut kepada ugutan pengilang atau pembekal. Lesen mereka boleh ditarik balik dan diserahkan kepada pihak jika gagal mematuhi memenuhi keperluan pengguna.
Kerajaan juga perlu menghapuskan dasar monopoli dan memberikan lesen kepada beberapa pengeluar agar sentiasa ada persaingan yang sihat – sama ada dari segi harga, mutu dan perkhidmatan.
Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Sumber HD - 6-6-2014
Bocor maklumat KKM: Haram jadi halal?
SAYA secara peribadi berterima kasih kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikatakan “membocorkan” laporan ujian sampel cadbury.
Pengesahan pembocoran laporan awal ujian itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada pegawai tersebut beragama Islam atau tidak.
Saya berpandangan, jika pembocor ini beragama Islam, dia telah melaksanakan tanggunjawabnya demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan di serata dunia. Moga Allah memberikan pahala yang besar kepada nya.
Jika pembocor itu bukan beragama Islam, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaksanakan tanggungjawab mendedahkan fakta sebenar serta memahami sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini pihak KKM mahupun JAKIM sepatutnya tidak menyalahkan pembocor maklumat.
Kedua-dua agensi kerajaan ini sepatutnya lebih agresif memeriksa setiap jenis makanan yang ada di pasaran untuk menentukan kehalalannya.
Jika inilah situasinya, adakah lagi maklumat sulit yang disembunyikan? Masih adakah produk yang lain yang seumpamanya tetapi tidak didedahkan?
Adakah ada pihak yang dilindungi perniagaannya? Janganlah kerana sedikit keuntungan maka perkara halal dan haram menjadi pertaruhannya.
Umat Islam amat berharap kekeliruan ini diatasi dengan jujur dan ikhlas.
Sumber HD - 3-6-2014
Pengesahan pembocoran laporan awal ujian itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada pegawai tersebut beragama Islam atau tidak.
Saya berpandangan, jika pembocor ini beragama Islam, dia telah melaksanakan tanggunjawabnya demi menjaga kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan di serata dunia. Moga Allah memberikan pahala yang besar kepada nya.
Jika pembocor itu bukan beragama Islam, terima kasih yang tidak terhingga kerana melaksanakan tanggungjawab mendedahkan fakta sebenar serta memahami sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini pihak KKM mahupun JAKIM sepatutnya tidak menyalahkan pembocor maklumat.
Kedua-dua agensi kerajaan ini sepatutnya lebih agresif memeriksa setiap jenis makanan yang ada di pasaran untuk menentukan kehalalannya.
Jika inilah situasinya, adakah lagi maklumat sulit yang disembunyikan? Masih adakah produk yang lain yang seumpamanya tetapi tidak didedahkan?
Adakah ada pihak yang dilindungi perniagaannya? Janganlah kerana sedikit keuntungan maka perkara halal dan haram menjadi pertaruhannya.
Umat Islam amat berharap kekeliruan ini diatasi dengan jujur dan ikhlas.
Sumber HD - 3-6-2014
Coklat halal, haram dan halam
SELAIN isu PRK Teluk Intan, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan DNA babi dalam dua produk coklat jenama Cadbury.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu menyebabkan ramai umat Islam yang tiba-tiba terkejut babi dan marah-marah.
Benar, umat Islam wajar sensitif dalam isu ini dan mahu suatu tindakan tegas diambil. Namun, pada hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa JAKIM mendapati produk Cadbury tersebut tidak mengandungi DNA babi.
Sebagai umat Islam yang peka (bukan pekak), saya melihat hal ini tidak dapat mengembalikan keyakinan untuk menjamah kembali produk keluaran syarikat terbabit.
Hal ini kerana, yang mengesahkan adanya DNA babi itu merupakan suatu kementerian yang ada autoriti. Keduanya, sampel yang dihantar oleh cadbury kepada JAKIM bukanlah coklat yang sama yang telah diperiksa oleh KKM – Cuma dalam kelompok yang sama.
Sebagai pengguna, adakah JAKIM pasti hanya dua ketul sahaja coklat yang tercemar seperti yang diperiksa oleh makmal KKM? Adakah makmal yang digunakan oleh JAKIM itu sama dengan makmal yang digunakan oleh KKM? Adakah syarikat pengeluar cadbury ini dimiliki oleh orang-orang yang berkepentingan dan kaitan dengan kerajaan atau tokoh tertentu?
Tentunya saya tidak mahu isu ini sekejap haram dan sekejap halal atau gabungan kedua-duanya –halam!
Sumber HD - 2-6-2014
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu menyebabkan ramai umat Islam yang tiba-tiba terkejut babi dan marah-marah.
Benar, umat Islam wajar sensitif dalam isu ini dan mahu suatu tindakan tegas diambil. Namun, pada hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa JAKIM mendapati produk Cadbury tersebut tidak mengandungi DNA babi.
Sebagai umat Islam yang peka (bukan pekak), saya melihat hal ini tidak dapat mengembalikan keyakinan untuk menjamah kembali produk keluaran syarikat terbabit.
Hal ini kerana, yang mengesahkan adanya DNA babi itu merupakan suatu kementerian yang ada autoriti. Keduanya, sampel yang dihantar oleh cadbury kepada JAKIM bukanlah coklat yang sama yang telah diperiksa oleh KKM – Cuma dalam kelompok yang sama.
Sebagai pengguna, adakah JAKIM pasti hanya dua ketul sahaja coklat yang tercemar seperti yang diperiksa oleh makmal KKM? Adakah makmal yang digunakan oleh JAKIM itu sama dengan makmal yang digunakan oleh KKM? Adakah syarikat pengeluar cadbury ini dimiliki oleh orang-orang yang berkepentingan dan kaitan dengan kerajaan atau tokoh tertentu?
Tentunya saya tidak mahu isu ini sekejap haram dan sekejap halal atau gabungan kedua-duanya –halam!
Sumber HD - 2-6-2014
Menilai politik maki dan cela-mencela di Malaysia
MARAH benar pemuda Umno apabila parti mereka dikatakan celaka. Malah seperti biasa istilah celaan kepada parti mereka dihubungkait pula dengan bangsa Melayu untuk meraih simpati masyarakat Melayu kepada pertubuhan Umno yang kian suram sokongan dalam kalangan Melayu cerdik.
Misalnya pada tahun 2011, isu celaan pemimpin DAP Perak terhadap susuk tubuh Menteri Besar dengan gelaran hitam metalik dan ungkapan sinis pemimpin DAP bahawa cara pentadbiran BN Perak seperti Perak Darul Kartun. Maka beraraklah NGO yang konon mewakili Melayu bertempik membuat kacau di Pejabat DAP Perak dengan alasan DAP menghina Melayu dan kedaulatan negeri Perak.
Baru-baru ini pula ADUN DAP Seri Delima, R S N Rayer mencela Umno dengan gelaran Celaka Umno. Tidak perlu dikupas sebab musabab istilah ini diungkap kerana kebiasaan makian dan celaan ada dalam mana-mana persidangan DUN dan Parlimen selagi mana akhlak dan etika bercakap tidak diasuh di kalangan rakyat dan pemimpin. Ini lumrah.
Sebelum dikupas lanjut, mari bersama kita menilai kewajaran mengeluar ungkapaan celaan antara parti lawan. Adakah ia benar-benar asing dalam budaya politik negara kita?
Mari kita senaraikan celaan-celaan yang ada untuk dinilai,
Umno adalah parti yang tidak mampu mengawal akhlak ahlinya. Memang parti lain juga sukar mengawalnya, namun Umno kelihatan lebih dahsyat kerana asas perkauman yang menjadi ‘berhala’ Umno cukup menjadikan pejuang Umno taksub dan meluap-luap apabila terbit sahaja isu perkauman.
Lihat sahaja bagaimana mereka bereaksi dengan isu ungkapan ‘Celaka Umno’.
1.Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak melakukan cubaan provokasi.
2.Tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merempuh pintu DUN.
3.Mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
4.Menyerang pejabat DAP Kuantan.
5.50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
6.Hantar memorandum ke pejabat DAP Kuala Lumpur kemudian mengoyak memorandum di hadapan penerima dengan cara biadab.
7.Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun buat laporan Polis bahawa ungkapan Celaka Umno adalah menghina melayu.
Bagaimana pula ungkapan Umno kepada DAP, PAS dan PKR?
1.Gabungan NGO Cina, Suqiu, pada 2001, pimpinan Dong Jiao Zong (DJZ) pernah dicap oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "komunis dan al-Maunah.
2.Tuan Guru Nik Abd Aziz digelar Bapa Kafir oleh mantan Ketua Polis Negara
3.Majlis Umno mengatakan Tuan Guru Nik Abd Aziz kafir- Ustaz Mohd Zainal Abidin Pondok Pok Krau, Tumpat, 2011.
4.PAS digelar Parti Ajaran Sesat - diadakan seminar.
5.Timbalan Presiden Umno melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengatakan solat ahli Umno tidak diterima jika tolak Islam.
6.DS Najib- kata peneroka Felda yang menentang penyenaraian Felda.-HARAM JADAH
7.2012- Datuk Hamidah Osman ancam ‘Anwar Ibrahim patut dibunuh’ dalam ceramah PRU-13.
8.2009 - Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu 9.Pemindahan kuil ke Seksyen 23, maki YB Rodziah - ‘Rodziah pelacur’, ‘Rodziah saya akan rogol you sekarang !’
10.Penyokong Umno bawa baner Tian Chua Makan Babi, Haram Jadah - Umno spin isu Tuan Chua ucap isu Lahad Datu sandiwara kerajaan. Umno anggap ia hina Melayu.
11.Ulama’ Muda Umno menggelar muslimat PAS yang menyertai demo TURUN-GST sebagai pelacur kelas atasan.
Bagaimana pula celaan PAS kepada Umno?
1.Tahun 2009, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pergi Jahanamlah Umno kerana Umno memutar belit kenyataan beliau kononnya beliau ingin bekerjasama dengan Umno sedangkan beliau hanya sebutkan kerjasama kerajaan pusat-kerajaan negeri.
2.PAS tanpa ragu labelkan Umno parti sekular.
3.PAS gelar Umno pengkhianat bangsa.
Berdasarkan senarai yang penulis sediakan sekadar contoh sahaja, jelas isu melabel, mencela dalam perjalanan poitik di Malaysia menjadi lumrah. Malah dalam banyak hal, mengutuk Umno akan segera disensasikan sebagai mengutuk Melayu. Pihak yang mensensasikan itu adalah golongan NGO Melayu dan sewaktu dengannya, yang dilatih dengan silibus perkauman yang dahsyat.
Selepas mereka memutar isu tertentu sebagai mengutuk Melayu misalnya;
1.Isu Tian Chua gelar isu Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan sebagai menghina tentera dan tentera itu Melayu, maka Tian Chua menghina Melayu.
2.Isu Teresa Kok membuat video sinikal mengkritik gaya mewah pemimpin dan isteri pemimpin negara. Kebetulan yang memimpin adalah majoritinya melayu, maka Teresa dianggap hina Melayu.
3.Isu CELAKA UMNO- Umno Melayu maka menghina Umno adalah menghina Melayu.
Selepas isu diatas diputar, juak-juak NGO perkauman akan berarak juga ala-ala samseng Mexico, dengan melakukan tidakan dibawah:
1.Memaki dengan makian lebih perkauman- Cina balik negara asal, Makan Babi, Anak Haram, Haram Jadah dan sebagainya. (Pejabat DAP 2011, Pejabat DAP, 2014, Pejabat PKR 2013)
2.Melempar telur.
3.Merosakkan papan tanda parti lawan.
Bagaimana pula reaksi pembangkang apabila dimaki atau dicela oleh Umno dan sekutunya;
1.Muslimat PAS hanya membuat laporan polis mengutuk kenyataan biadab Setiausaha Ilmuan Malaysia-Umno Muhd Radzi Othman bahawa muslimat PAS bertudung labuh sebagai pelacur kelas atasan hanya kerana turun berhimpun ada 1 Mei 2014.
2.Tiada ugutan, kekasaran, melempar telur dan sebagainya walaupun jelas Umno menghina syariat menutup aurat tudung labuh.
NGO pro-Umno hanya berani dengan kaum bukan Islam walaupun dalam hal perniagaan mereka menyembah taukeh-taukeh kapitalis berbangsa Cina juga. Dalam hal Kassim Ahmad menghina Nabi Muhammad, suara NGO pro-Umno tidak kedengaran langsung.
Sumber HD - 29-5-2014
Misalnya pada tahun 2011, isu celaan pemimpin DAP Perak terhadap susuk tubuh Menteri Besar dengan gelaran hitam metalik dan ungkapan sinis pemimpin DAP bahawa cara pentadbiran BN Perak seperti Perak Darul Kartun. Maka beraraklah NGO yang konon mewakili Melayu bertempik membuat kacau di Pejabat DAP Perak dengan alasan DAP menghina Melayu dan kedaulatan negeri Perak.
Baru-baru ini pula ADUN DAP Seri Delima, R S N Rayer mencela Umno dengan gelaran Celaka Umno. Tidak perlu dikupas sebab musabab istilah ini diungkap kerana kebiasaan makian dan celaan ada dalam mana-mana persidangan DUN dan Parlimen selagi mana akhlak dan etika bercakap tidak diasuh di kalangan rakyat dan pemimpin. Ini lumrah.
Sebelum dikupas lanjut, mari bersama kita menilai kewajaran mengeluar ungkapaan celaan antara parti lawan. Adakah ia benar-benar asing dalam budaya politik negara kita?
Mari kita senaraikan celaan-celaan yang ada untuk dinilai,
Umno adalah parti yang tidak mampu mengawal akhlak ahlinya. Memang parti lain juga sukar mengawalnya, namun Umno kelihatan lebih dahsyat kerana asas perkauman yang menjadi ‘berhala’ Umno cukup menjadikan pejuang Umno taksub dan meluap-luap apabila terbit sahaja isu perkauman.
Lihat sahaja bagaimana mereka bereaksi dengan isu ungkapan ‘Celaka Umno’.
1.Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak melakukan cubaan provokasi.
2.Tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merempuh pintu DUN.
3.Mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
4.Menyerang pejabat DAP Kuantan.
5.50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
6.Hantar memorandum ke pejabat DAP Kuala Lumpur kemudian mengoyak memorandum di hadapan penerima dengan cara biadab.
7.Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun buat laporan Polis bahawa ungkapan Celaka Umno adalah menghina melayu.
Bagaimana pula ungkapan Umno kepada DAP, PAS dan PKR?
1.Gabungan NGO Cina, Suqiu, pada 2001, pimpinan Dong Jiao Zong (DJZ) pernah dicap oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai "komunis dan al-Maunah.
2.Tuan Guru Nik Abd Aziz digelar Bapa Kafir oleh mantan Ketua Polis Negara
3.Majlis Umno mengatakan Tuan Guru Nik Abd Aziz kafir- Ustaz Mohd Zainal Abidin Pondok Pok Krau, Tumpat, 2011.
4.PAS digelar Parti Ajaran Sesat - diadakan seminar.
5.Timbalan Presiden Umno melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengatakan solat ahli Umno tidak diterima jika tolak Islam.
6.DS Najib- kata peneroka Felda yang menentang penyenaraian Felda.-HARAM JADAH
7.2012- Datuk Hamidah Osman ancam ‘Anwar Ibrahim patut dibunuh’ dalam ceramah PRU-13.
8.2009 - Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu 9.Pemindahan kuil ke Seksyen 23, maki YB Rodziah - ‘Rodziah pelacur’, ‘Rodziah saya akan rogol you sekarang !’
10.Penyokong Umno bawa baner Tian Chua Makan Babi, Haram Jadah - Umno spin isu Tuan Chua ucap isu Lahad Datu sandiwara kerajaan. Umno anggap ia hina Melayu.
11.Ulama’ Muda Umno menggelar muslimat PAS yang menyertai demo TURUN-GST sebagai pelacur kelas atasan.
Bagaimana pula celaan PAS kepada Umno?
1.Tahun 2009, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pergi Jahanamlah Umno kerana Umno memutar belit kenyataan beliau kononnya beliau ingin bekerjasama dengan Umno sedangkan beliau hanya sebutkan kerjasama kerajaan pusat-kerajaan negeri.
2.PAS tanpa ragu labelkan Umno parti sekular.
3.PAS gelar Umno pengkhianat bangsa.
Berdasarkan senarai yang penulis sediakan sekadar contoh sahaja, jelas isu melabel, mencela dalam perjalanan poitik di Malaysia menjadi lumrah. Malah dalam banyak hal, mengutuk Umno akan segera disensasikan sebagai mengutuk Melayu. Pihak yang mensensasikan itu adalah golongan NGO Melayu dan sewaktu dengannya, yang dilatih dengan silibus perkauman yang dahsyat.
Selepas mereka memutar isu tertentu sebagai mengutuk Melayu misalnya;
1.Isu Tian Chua gelar isu Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan sebagai menghina tentera dan tentera itu Melayu, maka Tian Chua menghina Melayu.
2.Isu Teresa Kok membuat video sinikal mengkritik gaya mewah pemimpin dan isteri pemimpin negara. Kebetulan yang memimpin adalah majoritinya melayu, maka Teresa dianggap hina Melayu.
3.Isu CELAKA UMNO- Umno Melayu maka menghina Umno adalah menghina Melayu.
Selepas isu diatas diputar, juak-juak NGO perkauman akan berarak juga ala-ala samseng Mexico, dengan melakukan tidakan dibawah:
1.Memaki dengan makian lebih perkauman- Cina balik negara asal, Makan Babi, Anak Haram, Haram Jadah dan sebagainya. (Pejabat DAP 2011, Pejabat DAP, 2014, Pejabat PKR 2013)
2.Melempar telur.
3.Merosakkan papan tanda parti lawan.
Bagaimana pula reaksi pembangkang apabila dimaki atau dicela oleh Umno dan sekutunya;
1.Muslimat PAS hanya membuat laporan polis mengutuk kenyataan biadab Setiausaha Ilmuan Malaysia-Umno Muhd Radzi Othman bahawa muslimat PAS bertudung labuh sebagai pelacur kelas atasan hanya kerana turun berhimpun ada 1 Mei 2014.
2.Tiada ugutan, kekasaran, melempar telur dan sebagainya walaupun jelas Umno menghina syariat menutup aurat tudung labuh.
NGO pro-Umno hanya berani dengan kaum bukan Islam walaupun dalam hal perniagaan mereka menyembah taukeh-taukeh kapitalis berbangsa Cina juga. Dalam hal Kassim Ahmad menghina Nabi Muhammad, suara NGO pro-Umno tidak kedengaran langsung.
Sumber HD - 29-5-2014
Mari boikot coklat ada DNA babi
ANTARA berita yang menggemparkan beberapa hari lalu ialah pengesahan adanya DNA babi dalam beberapa kategori coklat keluaran Cadbury.
Bagi saya, pendedahan dan perakuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan sesuatu yang besar dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya penduduknya beragama Islam. Hal ini tidak wajar berlaku kerana syarikat pengeluar cadbury bukanlah baru setahun dua berniaga di Malaysia dan negara Islam lain.
Saya berpendapat, umat Islam di Malaysia wajar memboikot semua produk cadbury dan yang sejalur dengannya. Masih banyak lagi makanan yang seumpamanya yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Jika kita tidak makan coklat keluaran cadbury pun tidak akan menjejaskan apa-apa.
Pemboikotan itu wajar juga diperluas kepada lain-lain produk daripada syarikat yang sama. Hal ini kerana dilaporkan ada 15 peroduk lagi yang tidak dipastikan halal.
Sudah sampai masanya umat Islam bertegas dalam hal ini. Pihak kerajaan pula jangan beri muka kepada syarikat-syarikat ini, yang seolah-olah bermain tarik tali.
Pihak kerajaan jangan bersikap lembut terhadap syarikat terbabit hanya kerana memikirkan kerugian daripada kutipan cukai dan statusnya bersifat antarabangsa. Kerajaan mesti medahulukan rakyat dalam mendapatkan makanan yang halal dan baik.
Ayuh... Malaysia boleh!
Sumber HD - 27-5-2014
Bagi saya, pendedahan dan perakuan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini merupakan sesuatu yang besar dalam masyarakat Malaysia yang majoritinya penduduknya beragama Islam. Hal ini tidak wajar berlaku kerana syarikat pengeluar cadbury bukanlah baru setahun dua berniaga di Malaysia dan negara Islam lain.
Saya berpendapat, umat Islam di Malaysia wajar memboikot semua produk cadbury dan yang sejalur dengannya. Masih banyak lagi makanan yang seumpamanya yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Jika kita tidak makan coklat keluaran cadbury pun tidak akan menjejaskan apa-apa.
Pemboikotan itu wajar juga diperluas kepada lain-lain produk daripada syarikat yang sama. Hal ini kerana dilaporkan ada 15 peroduk lagi yang tidak dipastikan halal.
Sudah sampai masanya umat Islam bertegas dalam hal ini. Pihak kerajaan pula jangan beri muka kepada syarikat-syarikat ini, yang seolah-olah bermain tarik tali.
Pihak kerajaan jangan bersikap lembut terhadap syarikat terbabit hanya kerana memikirkan kerugian daripada kutipan cukai dan statusnya bersifat antarabangsa. Kerajaan mesti medahulukan rakyat dalam mendapatkan makanan yang halal dan baik.
Ayuh... Malaysia boleh!
Sumber HD - 27-5-2014
Hubungan Malaysia-China: Lebih baik jadi panda
Oleh Dr Nazil Nuhairi Ismail
Hubungan Malaysia - China terjalin sejak sekian lama. Sejak zaman sebelum Kesultanan Melaka lagi hubungan Tanah Melayu dan China terjalin atas urusan perdagangan. Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po memahatkan nama menjadi lagenda di dalam sejarah hubungan Tanah Melayu semasa kegemilanganKesultanan Melayu Melaka dan negara China. Menunjukkan keistimewaan hubungan dan keakraban setiakawan antara dua negara.
Semasa era Perdana Menteri Malaysia kedua, allahyarham Tun Razak Hussein hubungan ini terus diperkukuhkan dengan melakukan lawatan ke China. Sehingga kini, setiap tahun Malaysia sentiasa menyambut ulang tahun termeterainya hubungan diplomatik ini sebagai tanda penghargaan kepada keistimewaan jalinan rakan bersama China.
Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, Wu Fa dan Feng Yi, yang dipinjamkan sebagai simbol jalinan diplomatik 40 tahun Malaysia-China mengundang rasa tidak senang di kalangan rakyat. Bukan mempertikaikan hubungan dengan China, tetapi "simbolik" yang cuba digahkan tersebut menjadi pertikaian. Syarat pinjaman panda ini dilihat seperti Malaysia terlalu bermurah hati dengan China untuk menanggung kos "kurang cerdik" dengan imbuhan yang diperolehi.
Untuk membina "banglo" untuk 2 panda sahaja menelan belanja RM25 juta. RM3 juta setahun harga yang perlu dibayar kepada China untuk memelihara 2 ekor ikon China ini. Untuk tempoh 10 tahun sebanyak RM30 juta semuanya.
Tidak cukup dengan itu, kos penjagaan RM1.5 juta setahun terpaksa disediakan melibatkan RM15 juta untuk 10 tahun. Kasarnya kos keseluruhan dihanguskan untuk tempoh 10 tahun sebanyak RM70 juta, hanya untuk memelihara 2 ekor panda sahaja.
Di saat, rakyat semakin dihempap dengan pertambahan kos sara hidup yang semakin meninggi, jumlah RM70 juta duit pembayar cukai yang terpaksa dihanguskan amat menghiris hati. Pemimpin "bangsawan" negara seolah-olah tidak langsung merasai sedikit pun perit rakyat marhaen di bawah yang terpaksa berhempas-pulas untuk menyara kehidupan.
Apa rasional "simbolik" yang dibuat sebegitu rupa? Kenapa perlu pelihara panda? Pelbagai soalan bermain di fikiran yang buntu menagih jawapan. Rasanya banyak lagi cara lebih cerdik dan menguntungkan boleh dibuat untuk menunjukkan keakraban Malaysia - China.
Orang Melayu sifatnya bermurah hati, sentiasa mengalah walaupun rugi, tidak suka bergaduh dan menghormati kawan. Perjanjian yang dibuat untuk memelihara 2 panda ini seperti menunjukkan kelemahan pemimpin Melayu.
Malaysia terlalu menghormati kawan dan bermurah hati untuk menjaga hati kawan walaupun hati "anak-anak" sendiri terluka. Berapa banyak rumah kos rendah dapat dibina dengan dana RM70 juta? Beribu rakyat dapat dibantu. Pemimpin Melayu perlu tegas dan berprinsip dalam membelanjakan wang amanah rakyat, bukan hanya mengalah tidak bertempat.
Tepat kata orang dulu, "Kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan". Mungkin perlu diubah pepatah "Panda di China disusukan, rakyat sendiri kelaparan". Itulah persepsi yang terbina hasil perjanjian pinjaman ini. Selama 10 tahun, 2 panda ini akan berkongsi kemakmuran negara bertuah ini dan tinggal bersama rakyat Malaysia. Kita berkongsi kekayaan bersama Wu Fa dan Feng Yi.
Siapa lebih bertuah?
* Penulis ialah Pengerusi Persatuan Profesional Muda Kedah.
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Warta Utara Online
Sumber HD - 22-5-2014
Pensyarah asing dominasi IPT perubatan swasta
PENINGKATAN pensyarah asing yang mendominasi sebagai pensyarah malah dalam Pengurusan atasan di hampir semua Fakulti perubatan Swasta di Malaysia sangat membimbangkan.
Walaupun saya bukan dari Fakulti perubatan, ini berlaku di fakulti perubatan swasta dan hampir 99 peratus dari keseluruhan Pensyarah/pekerjanya adalah warga asing dari India dan Myanmar dan dari pelbagai negara lainnya.
Kebanyakan mereka tidak mempunyai kelayakan menjadi Pensyarah serta pengamal sebagai Doktor di Malaysia namun hanya untuk mendapatkan keuntungan berganda, pihak Pengurusan IPTS tersebut mencari jalan mudah dengan mengambil pekerja asing. Sehinggakan kini pekerja asing lebih mendominasi daripada warga Malaysia itu sendiri. Pihak IPTS lebih memberi keutamaan kepada buruh asing sehingga Rakyat Malaysia sendiri dibelakangkan, malah pihak IPTS memberi lebih peluang kepada warga asing ini untuk menjawat jawatan Pengurusan tertinggi IPTS daripada warga negara Malaysia.
Apakah warga Malaysia tidak layak atau tidak sebijak warga asing ini? Apakah ini disebabkan warga asing adalah buruh murah? Pengaliran kewangan kita keluar ke negara asing oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Masalah moral dan lain-lain ditimbulkan oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Penyakit yang dibawa mereka tidak masalah buat Kerajaan kita?
Jangan memberi alasan kosong bahawa negara kita tidak mempunyai tenaga Pakar sendiri yang mencukupi dalam semua bidang Perubatan. Memalukan!
Mohon mengambil tindakan segera sebelum pekara ini menjadi masalah serius tidak lama lagi.
Sumber HD - 20-5-2014
Walaupun saya bukan dari Fakulti perubatan, ini berlaku di fakulti perubatan swasta dan hampir 99 peratus dari keseluruhan Pensyarah/pekerjanya adalah warga asing dari India dan Myanmar dan dari pelbagai negara lainnya.
Kebanyakan mereka tidak mempunyai kelayakan menjadi Pensyarah serta pengamal sebagai Doktor di Malaysia namun hanya untuk mendapatkan keuntungan berganda, pihak Pengurusan IPTS tersebut mencari jalan mudah dengan mengambil pekerja asing. Sehinggakan kini pekerja asing lebih mendominasi daripada warga Malaysia itu sendiri. Pihak IPTS lebih memberi keutamaan kepada buruh asing sehingga Rakyat Malaysia sendiri dibelakangkan, malah pihak IPTS memberi lebih peluang kepada warga asing ini untuk menjawat jawatan Pengurusan tertinggi IPTS daripada warga negara Malaysia.
Apakah warga Malaysia tidak layak atau tidak sebijak warga asing ini? Apakah ini disebabkan warga asing adalah buruh murah? Pengaliran kewangan kita keluar ke negara asing oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Masalah moral dan lain-lain ditimbulkan oleh warga asing ini bukan masalah buat kerajaan kita? Penyakit yang dibawa mereka tidak masalah buat Kerajaan kita?
Jangan memberi alasan kosong bahawa negara kita tidak mempunyai tenaga Pakar sendiri yang mencukupi dalam semua bidang Perubatan. Memalukan!
Mohon mengambil tindakan segera sebelum pekara ini menjadi masalah serius tidak lama lagi.
Sumber HD - 20-5-2014
Politik merentas sempadan bangsa dan agama
BUDAYA berpolitik Malaysia akan menjadi lebih matang jika semua rakyat sama-sama memahami kepentingannya sebagai pemacu dalam perjalanan dan hala tuju sesebuah negara. Situasi dan corak pembangunan yang berjalan adalah hasil dari percaturan oleh sekumpulan ahli politik yang mempunyai kuasa eksekutif dalam menentukan undang-undang serta langkah strategik bagi dinikmati oleh rakyat amnya.
Setelah lebih separuh abad negara ini menjadi negara demokrasi berparlimen yang menjunjung perlembagaan sebagai asas persetujuan dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai raja-raja sebagai penaung bagi sembilan buah negeri dan dipilih sebagai Ketua Negara (YDP Agung) secara bergilir-gilir yang diputuskan dalam satu mesyuarat majlis raja-raja.
Bagi setiap ahli politik mereka akan memperjuangkan apa yang dipanggil idealisma sama ada secara individu (bebas) atau berkumpulan (kepartian) yang berusaha untuk merealisasikan ideologi tersebut jika berjaya membentuk kerajaan atau bersuara jika menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Senator yang dilantik. Secara rasionalnya mereka akan melakukan apa sahaja dan berusaha untuk memenangi pilihanraya.
Selepas pasca kemerdekaan, semua rakyat ditekan oleh penjajah untuk bersatu dalam sebuah organisasi yang berasaskan perkauman (nasionalis) dan bersatu untuk memperlihatkan kata sepakat dalam membentuk sebuah negara serta mengelak daripada menerima sebuah negara berteraskan Malayan Union yang ditolak dan dibantah terutamanya oleh orang-orang melayu. Di sinilah bermulanya parti-parti yang berorientasikan kaum yang boleh dikatakan sebagai bom jangka dalam menggugat keharmonian sebuah negara muda.
Kemudian wujudlah beberapa parti yang berteraskan ideologi dan slogan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama seperti Parti Negara yang pernah diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar. Di sinlah bermulanya kematangan berpolitik bagi rakyat negara ini untuk keluar daripada kepompong politik memperjuangkan kaum sendiri kepada politik yang mengutamakan nasib bagi seluruh umat manusia. Politik sebenarnya merentasi segalanya bukan hanya kepentingan kaum atau golongan tertentu sahaja kerana itulah kebanyakan parti-parti politik yang wujud di seluruh dunia dan berjaya adalah parti yang memperjuangkan ideologi dan kebaikan kepada seluruh umat manusia bukan hanya sekelompok tertentu sahaja semata-mata.
Pada hari ini di Malaysia, parti-parti berasaskan kaum yang masih berkuasa namun telah bergabung dalam satu skala yang lebih besar dengan berteraskan kebangsaan yang terdiri daripada parti-parti campuran ideologi dalam satu bentuk kumpulan yang dinamakan Barisan Nasional. Begitu juga parti-parti dari blok pembangkang yang bergabung sebagai satu pakatan walaupun mempunyai latar belakang dan hala tuju yang berlainan kerana politik yang matang haruslah mengenepikan semua titik perbezaan dan mencari titik persamaan dalam meraih sokongan dalam mendapatkan mandat untuk membentuk kerajaan.
Kematangannya adalah dalam mengenepikan semua perkara yang menjadi perbezaan dalam membentuk satu budaya berdemokrasi yang lebih maju dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali oleh mereka yang masih menebal doktrin hanya kaum itu sahaja yang akan membela kaumnya atau hanya kelompok itu sahaja yang akan menjaga kelompoknya kerana kita lupa sebenarnya kita adalah manusia sesama manusia yang boleh saling bantu-membantu dalam pelbagai perkara, apatah lagi bagi merkukuhkan negara yang telah terbina sekian lama. Politik yang sempit hanya berputar dan berkisar tentang nasib kaumnya semata-mata sehinggakan apabila berasakan parti lain yang majoritinya kaum tertentu juga adalah bersifat seperti parti kaumnya.
Budaya moden manusia hari ini yang sarat dengan kemajuan teknologi tetapi seolah-olah tidak bererti lagi apabila semangat memperjuangkan kaum dan agama semata-mata dalam permainan demokrasi hanya akan menjadi bahan api yang bila-bila masa akan menggugat dan menjerat erti sebenar demorasi itu sendiri. Memang akan wujud kelompok-kelompok picisan yang 'ultra' untuk kaumnya tetapi jika majoriti semua rakyat menolak kumpulan-kumpulan ini maka proses menjumudkan mereka adalah hampir pasti.
Sumber HD - 19-5-2014
Setelah lebih separuh abad negara ini menjadi negara demokrasi berparlimen yang menjunjung perlembagaan sebagai asas persetujuan dalam melahirkan sebuah negara bangsa. Negara yang mempunyai raja-raja sebagai penaung bagi sembilan buah negeri dan dipilih sebagai Ketua Negara (YDP Agung) secara bergilir-gilir yang diputuskan dalam satu mesyuarat majlis raja-raja.
Bagi setiap ahli politik mereka akan memperjuangkan apa yang dipanggil idealisma sama ada secara individu (bebas) atau berkumpulan (kepartian) yang berusaha untuk merealisasikan ideologi tersebut jika berjaya membentuk kerajaan atau bersuara jika menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Senator yang dilantik. Secara rasionalnya mereka akan melakukan apa sahaja dan berusaha untuk memenangi pilihanraya.
Selepas pasca kemerdekaan, semua rakyat ditekan oleh penjajah untuk bersatu dalam sebuah organisasi yang berasaskan perkauman (nasionalis) dan bersatu untuk memperlihatkan kata sepakat dalam membentuk sebuah negara serta mengelak daripada menerima sebuah negara berteraskan Malayan Union yang ditolak dan dibantah terutamanya oleh orang-orang melayu. Di sinilah bermulanya parti-parti yang berorientasikan kaum yang boleh dikatakan sebagai bom jangka dalam menggugat keharmonian sebuah negara muda.
Kemudian wujudlah beberapa parti yang berteraskan ideologi dan slogan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama seperti Parti Negara yang pernah diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar. Di sinlah bermulanya kematangan berpolitik bagi rakyat negara ini untuk keluar daripada kepompong politik memperjuangkan kaum sendiri kepada politik yang mengutamakan nasib bagi seluruh umat manusia. Politik sebenarnya merentasi segalanya bukan hanya kepentingan kaum atau golongan tertentu sahaja kerana itulah kebanyakan parti-parti politik yang wujud di seluruh dunia dan berjaya adalah parti yang memperjuangkan ideologi dan kebaikan kepada seluruh umat manusia bukan hanya sekelompok tertentu sahaja semata-mata.
Pada hari ini di Malaysia, parti-parti berasaskan kaum yang masih berkuasa namun telah bergabung dalam satu skala yang lebih besar dengan berteraskan kebangsaan yang terdiri daripada parti-parti campuran ideologi dalam satu bentuk kumpulan yang dinamakan Barisan Nasional. Begitu juga parti-parti dari blok pembangkang yang bergabung sebagai satu pakatan walaupun mempunyai latar belakang dan hala tuju yang berlainan kerana politik yang matang haruslah mengenepikan semua titik perbezaan dan mencari titik persamaan dalam meraih sokongan dalam mendapatkan mandat untuk membentuk kerajaan.
Kematangannya adalah dalam mengenepikan semua perkara yang menjadi perbezaan dalam membentuk satu budaya berdemokrasi yang lebih maju dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Tiada apa yang perlu ditakutkan kecuali oleh mereka yang masih menebal doktrin hanya kaum itu sahaja yang akan membela kaumnya atau hanya kelompok itu sahaja yang akan menjaga kelompoknya kerana kita lupa sebenarnya kita adalah manusia sesama manusia yang boleh saling bantu-membantu dalam pelbagai perkara, apatah lagi bagi merkukuhkan negara yang telah terbina sekian lama. Politik yang sempit hanya berputar dan berkisar tentang nasib kaumnya semata-mata sehinggakan apabila berasakan parti lain yang majoritinya kaum tertentu juga adalah bersifat seperti parti kaumnya.
Budaya moden manusia hari ini yang sarat dengan kemajuan teknologi tetapi seolah-olah tidak bererti lagi apabila semangat memperjuangkan kaum dan agama semata-mata dalam permainan demokrasi hanya akan menjadi bahan api yang bila-bila masa akan menggugat dan menjerat erti sebenar demorasi itu sendiri. Memang akan wujud kelompok-kelompok picisan yang 'ultra' untuk kaumnya tetapi jika majoriti semua rakyat menolak kumpulan-kumpulan ini maka proses menjumudkan mereka adalah hampir pasti.
Sumber HD - 19-5-2014
Cermin gelap: Saman juga pemilik kedai
PDRM mengumumkan bahawa akan menjalankan operasi besar-besaran untuk menyaman pemilik kereta yang menggunakan cermin gelap dan nombor plat yang tidak menepati spesifikasi. Pemilik diberi tempoh sebulan untuk menukarnya kepada bentuk standard.
Bagi saya, perkara ini merupakan ulangan kepada perkara yang sama. Secara dasarnya saya bersetuju dengan tindakan PDRM itu.
Namun, untuk lebih berkesan mengurangkan kesalahan ini daripada dilakukan, saya mencadangkan agar bukan sahaja pemilik kenderaan yang disaman, malah pemilik kedai juga dikenakan tindakan undang-undang.
Jika PDRM dan agensi kerajaan berpendapat kedua-dua kes di atas boleh menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas, maka tindakan menghalangnya boleh dipanjangkan kepada pekedai juga.
Jika tindakan ini lebih menyeluruh, saya berpendapat tiada lagi kedai yang mahu memasang cermin gelap yang melebihi had dan nombor plat yang tidak megikut spesifikasi. Dalam kes cermin gelap (gelap sepenuhnya), pekedai hanya akan memasang cermin gelap tersebut jika pemilik kenderaan mendapat kebenaran atau lesen daripada JPJ atau agensi kerajaan yang berkaitan.
Jadi, selepas ini tidak timbul lagi kenderaan awam yang memasang cermin gelap dan nombor yang tidak mengikut spesifikasi.
Pada masa yang sama agensi kerajaan melalui media massa boleh memaklumkan secara berkala tentang had cermin gelap yang dibolehkan, contohnya tidak melebihi 50 peratus bagai kenderaan awam.
Saya bimbang operasi yang bakal dijalankan akan disalahtafsir oleh rakyat bahawa kerajaan mahu mengutip wang dengan cara mudah melalui saman yang dikenakan.
Sumber HD - 16-5-2014
Bagi saya, perkara ini merupakan ulangan kepada perkara yang sama. Secara dasarnya saya bersetuju dengan tindakan PDRM itu.
Namun, untuk lebih berkesan mengurangkan kesalahan ini daripada dilakukan, saya mencadangkan agar bukan sahaja pemilik kenderaan yang disaman, malah pemilik kedai juga dikenakan tindakan undang-undang.
Jika PDRM dan agensi kerajaan berpendapat kedua-dua kes di atas boleh menyusahkan pihak berkuasa menjalankan tugas, maka tindakan menghalangnya boleh dipanjangkan kepada pekedai juga.
Jika tindakan ini lebih menyeluruh, saya berpendapat tiada lagi kedai yang mahu memasang cermin gelap yang melebihi had dan nombor plat yang tidak megikut spesifikasi. Dalam kes cermin gelap (gelap sepenuhnya), pekedai hanya akan memasang cermin gelap tersebut jika pemilik kenderaan mendapat kebenaran atau lesen daripada JPJ atau agensi kerajaan yang berkaitan.
Jadi, selepas ini tidak timbul lagi kenderaan awam yang memasang cermin gelap dan nombor yang tidak mengikut spesifikasi.
Pada masa yang sama agensi kerajaan melalui media massa boleh memaklumkan secara berkala tentang had cermin gelap yang dibolehkan, contohnya tidak melebihi 50 peratus bagai kenderaan awam.
Saya bimbang operasi yang bakal dijalankan akan disalahtafsir oleh rakyat bahawa kerajaan mahu mengutip wang dengan cara mudah melalui saman yang dikenakan.
Sumber HD - 16-5-2014
Krisis politik Terengganu sekadar cap ayam?
MUNGKINKAH hanya tinggal bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said seorang yang mempertahankan pendirian mengisytiharkan dirinya Adun Bebas?
Ini ekoran Adun Bukit Besi, Roslee Daud yang mengisytiharkan Adun Bebas sebelah pagi dikatakan menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Itulah yang dikatakan oleh Adun Permaisuri yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Bagaimanapun, Adun Ajil Ghazali Taib yang turut mengikut jejak Ahmad semalam tidak diketahui pendiriannya sama ada turut berubah atau mempertahankan tindakan itu.
Tambahan pula, dua tiga orang Adun BN yang digembar-gemburkan akan mengikut jejak Ahmad secara terbuka menafikannya.
Secara umumnya bolehlah dikatakan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang sekadar 'cap ayam' atau carik-carik bulu ayam, kemungkinan takut berlaku ayam terlepas tangan berbau tahi.
Kalau diimbau peristiwa yang telah berlalu, sebut sahaja Umno walapun menubuhkan parti baru dan ‘lawan cacang’ pemimpin nombor satu parti, akhirnya masuk semula parti yang pernah diharamkan oleh mahkamah itu.
Melihatkan situasi di Terengganu yang mulai berubah sejak petang tadi, saya teringat kepada kata-kata rakan saya apabila disebut apa sahaja janji daripada pemimpin parti perkauman Melayu itu, "boleh percaya ke?".
Justeru, tidak pelik kalau setakat seorang dua Adun BN yang tarafnya dalam parti tidaklah setinggi mana akan kembali mendakap parti yang telah memberi kedudukan dalam kerajaan negeri.
Sumber HD - 14-5-2014
Ini ekoran Adun Bukit Besi, Roslee Daud yang mengisytiharkan Adun Bebas sebelah pagi dikatakan menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Itulah yang dikatakan oleh Adun Permaisuri yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Bagaimanapun, Adun Ajil Ghazali Taib yang turut mengikut jejak Ahmad semalam tidak diketahui pendiriannya sama ada turut berubah atau mempertahankan tindakan itu.
Tambahan pula, dua tiga orang Adun BN yang digembar-gemburkan akan mengikut jejak Ahmad secara terbuka menafikannya.
Secara umumnya bolehlah dikatakan apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang sekadar 'cap ayam' atau carik-carik bulu ayam, kemungkinan takut berlaku ayam terlepas tangan berbau tahi.
Kalau diimbau peristiwa yang telah berlalu, sebut sahaja Umno walapun menubuhkan parti baru dan ‘lawan cacang’ pemimpin nombor satu parti, akhirnya masuk semula parti yang pernah diharamkan oleh mahkamah itu.
Melihatkan situasi di Terengganu yang mulai berubah sejak petang tadi, saya teringat kepada kata-kata rakan saya apabila disebut apa sahaja janji daripada pemimpin parti perkauman Melayu itu, "boleh percaya ke?".
Justeru, tidak pelik kalau setakat seorang dua Adun BN yang tarafnya dalam parti tidaklah setinggi mana akan kembali mendakap parti yang telah memberi kedudukan dalam kerajaan negeri.
Sumber HD - 14-5-2014
Bangsa Cina penceroboh? Surat bagi sang penuduh
Assalamualaikum.
Saudara Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh.
Bayangkan saudara seorang guru beragama Islam berbangsa Melayu. Sekolah pertama saudara ditugaskan katakan sebuah sekolah aliran Cina. Atau sebuah sekolah aliran Tamil. Atau apa jua aliran asalkan bukan sekolah Melayu. Asalkan yang saudara bakal didik nanti bukan orang Islam.
Bayangkan pula sekolah pertama itu bukan sekadar sekolah pertama saudara ditugaskan. Bayangkan sekolah itu juga sekolah terakhir saudara. Bukan kerana saudara mati awal. Tetapi entah bagaimana sedar-sedar saudara sudah berkhidmat di sana sampai pencen. Ya, dari saat saudara pernah menjadi seorang jejaka yang bagak sehingga gigi saudara kini merongak. Rambut dahulu hitam berkilat kini menjadi putih yang amat.
Apa perasaan saudara rasa-rasanya?
Adakah saudara rasa tersiksa? Rasa terkilan? Terasa bahawa saudara tidak berbakti pada leluhur saudara sendiri?
Kalau saudara ada rasa begitu, demi Allah, saudara harus rasa malu pada Tan Gim Hoe.
Siapa dia?
TAN GIM HOE PENCEROBOH?
Saudara tanyalah Suhaimi Sulaiman, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz hatta Nik Nazmi - siapa Tan Gim Hoe.
Mr. Tan Gim Hoe.
Seorang guru matematik tambahan bagi semua tokoh nasional itu. Juga guru saya. Guru pelajar-pelajar Melayu Islam Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak Mr. Tan menjejak kakinya ke ranah Kuala Kangsar, berkhidmat di sekolah pertamanya itu mulai tahun 1972 hingga bersara sekitar tahun 2006.
Ya, dia seorang Cina. Seorang Buddha. MCKK sekolah pertamanya. MCKK jugalah sekolah terakhirnya. Ini bermakna, tidak ada seorang pun anak didik rasminya bukan Melayu. Tidak ada seorang pun bukan Islam. Bahkan semuanya Melayu Islam.
Hampir setiap hari akan ada kertas soalan beserta jawapan di belakang, tulisan tangannya sendiri. Dia pergi ke bilik cerok berhabuk itu untuk fotostat. Kemudian, dengan peluh masih belum diseka, dia terlebih dahulu mengedarkan kertas-kertas itu kepada bakal calon-calon SPM. Kalau ada tiga jalan kira jawapan bagi satu soalan, maka tiga jalan kiralah dia tulis. Dan kami, pelajar-pelajar MCKK tidak dinafikan rata-rata malas untuk mengulangkaji gunungan kertas latihan Matematik Tambahan itu.
Tetapi Mr Tan Gim Hoe seakan mustahil untuk tidak rajin - sabar dengan karenah kami, seakan keletihan tiada dalam kamus kehidupannya.
Maka, atas segala cerita saya tentang sosok ini, adakah Mr Tan, seorang guru Cina, seorang penceroboh?
Benarlah, Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
HENG GAIK PENG, MR & MRS TAN JUGA PENCEROBOH?
Di Sekolah Kebangsaan Juara Cherok To'kun, Guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina saya, Miss Heng Gaik Peng, pernah berkata dengan penuh bangga di hadapan para muridnya :
“Dear students, this is my student, Za'im. He was just like you. Yesterday, he couldn't speak English that well but today, he sounds like a white man. He was a student like you but he will always be my student."
Seorang guru cina memberikan inspirasi kepada anak-anak didik Melayunya dengan menggunakan contoh seorang anak didik Melayunya juga.
Seorang penceroboh tidak akan pernah terlintas untuk melakukan sesuatu yang indah sebegini. Seorang penceroboh sepatutnya merobohkan motivasi anak-anak musuhnya.
Benarlah, Heng Gaik Peng bukan seorang penceroboh.
Saya jadi teringat pula pada sosok Mr Tan Taman Bukit Indah, guru kelas tambahan saya selama enam tahun yang bertanggungjawab menyebabkan saya menggondol 5A dalam UPSR –
"You makan coklat ini, jangan makan coklat tu. Itu coklat sudah buat sembahyang".
Seorang guru cina begitu beradab menjaga sensitiviti agama, halal haram makanan anak murid Melayunya meski tanpa kehadiran ibu bapa murid berkenaan juga adalah mustahil seorang penceroboh.
Benarlah, Mr dan Mrs Tan Taman Bukit Indah itu bukan seorang penceroboh.
APA SEBENARNYA HENDAK DISEBUT?
Apa yang sebenarnya hendak saya sebut? Saya tidak mahu panjang-panjangkan. Cukuplah saya petik kembali kata-kata rakan kami, Mud Luthfi, vlogger yang terkenal itu.
Kalau saudara tidak gembira dengan DAP. Cakap terang-terang, saudara tidak gembira dengan DAP.
Hakikatnya, tidak semua orang suka DAP. Malah, dalam kalangan Pakatan Rakyat juga, ada juga yang tidak gembira dengan DAP. Malah, tidak semua Cina undi DAP – dan saya kira, saudara sedar akan hal itu.
Semua orang ada hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu, termasuk juga saudara (ISMA mungkin salah satu contoh).
Tetapi untuk saudara pukul rata semua dalam kalangan Bangsa Cina itu sebagai penceroboh, adakah ia sesuatu yang perlu dan bijaksana untuk mengatakan sedemikian. Kalau pun kenyataan itu benar (kerana ia bergantung kepada tafsiran naratif sejarah yang mana yang saudara imani), apa perlu hal itu ditonjolkan?
Saudara tidak akan berkata bahawa Allah itu Tuhan bagi khinzir sekalipun ia benar bukan? Ini soal adab.
Setiap perkara ada tempatnya.
Bangsa Cina – mereka itu antara kalangan guru-guru kita, rakan-rakan sekelas kita, mereka itu apek yang jual ‘sulat khaba lama’, ada juga yang jual ‘tilam tilam tilam’, juga Datuk Lee Chong Wei dan ada juga sudah menjadi saudara seakidah kita bagi yang memeluk agama Islam.
Lantaran itu, saudara tidak boleh sewenang-wenangnya mengazetkan, hanya kerana mereka itu Cina, maka mereka itu wajib DAP.
Saudara, pastikan saudara jelas dengan siapa saudara tidak setuju dan atas dasar apa saudara tidak setuju. Hal ini insyaAllah akan selamatkan saudara daripada kelihatan naĂŻf, ataupun ‘grandiose’ mahupun daripada Akta Hasutan (masih ada lagi akta ini?).
Itu kata Mud Luthfi dengan beberapa editan. Dan saya bersama dengannya dalam hal ini.
SERU BERHIKMAH
Masalah “Cina Penceroboh” dan “Muslimat Demo Pelacur” itu punya satu titik temu. Masalah seruan. Apa yang ditutur dari benturan mulut. Bahasa yang diguna. Gelar-gelar apa yang dipakai.
Saya masih ingat tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kata Tuan Guru, Nabi Muhammad tidak memanggil orang yang berhijrah ke Makkah sebagai Makkiyyun (orang-orang Makkah) atau yang membantu orang Makkah itu sebagai Ahlul Madinah (orang-orang Madinah).
Tetapi baginda memanggil dengan panggilan yang begitu mesra, Muhaajirin (orang-orang yang berhijrah) dan Ansar (orang-orang yang menolong). Semuanya, bagi mengalihkan pandangan manusia daripada memanggil sesuatu atas dasar ras dan kesukuan melampau kepada panggilan yang menghargai jasa dan bakti melalui perbuatan yang digerakkan tangan dan kaki.
Di sinilah mustahaknya rukun uslub (pendekatan) itu secara jujur difahami dan dilaksanakan dalam empat rukun dakwah selain daie (penyeru), mad’u (penerima seruan) dan maudu’ (subjek seruan). Termasuk dalam rukun uslub itu ialah sejauh mana berkesannya gelaran kita, panggilan dan seruan kita bagi mereka yang kita target sebagai penerima seruan.
Oh, saudara tentunya lebih arif kerana telah memegang pelbagai ijazah syariah. Namun, cukuplah saya mengingatkan bahawa Junta Burma bunuh Muslim Rohingya atas dasar 'sejarah' dan istilah 'pendatang'. Dan adalah ironi andai mulut kita marah pada Junta Burma sedangkan kaki dan tangan kira sedang menuruti langkah mereka.
Akhirnya, bersempena program Hujung Minggu Pelajar Tua MCKK hujung minggu ini di samping Hari Guru 16 Mei tidak lama lagi, saya kira rata-rata anak didik Mr Tan dengan bangganya akan mengatakan –
Saudara, Tan Gim Hoe itu guru kami.
Dan Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
Terima kasih, Saudara Sang Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh - kerana saudara, saya terkenang guru-guru saya semula. Ia amat berharga dan terlalu bernilai untuk diingati.
Selamat Hari Guru kepada semua guru tanpa mengira siapa pun anda!
Pinggiran Subang Jaya, Selangor
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014
Himpunan 1 Mei: Biarlah rakyat bersuara di jalanan
Skrip yang sama. Penganjur akan melancarkan sidang media, mengajak rakyat turun ke jalanan pada tempat dan tarikh yang spesifik. Kemudian ada laporan polis oleh pihak yang tidak bersetuju.
Plot berkembang lagi dengan mengatakan Kuala Lumpur tidak sesuai kerana menjejaskan pelancongan, perniagaan dan menakutkan massa. Bertambah dramatik lagi apabila pihak berkuasa menahan beberapa orang daripada pihak penganjur. Pihak universiti pula akan mengeluarkan notis yang melarang penglibatan mahasiswa dalam himpunan itu.
Sementara di media sosial dan akhbar atas talian terus mempositifkan himpunan tersebut, media arus perdana terus mengkhabarkan bahaya dan buruk himpunan itu. Itu cerita pra-himpunan. Pasca himpunan, isu ditarik jauh dari fokus asal himpunan. Beginilah lebih kurang cerita yang berlangsung dalam beberapa siri himpunan mega yang berlangsung sebelum ini.
Pada hemat saya, ada dua sebab mengapa ini berlaku. Sama ada pihak penganjur sengaja membantah menerusi bahasa jalanan dan sengaja tidak mengikut prosedur ataupun pihak yang dibantah memang hanya faham bahasa jalanan dan ingin menguji kiblat mana sokongan rakyat.
Memang bosan dengar cerita yang sama. Namun, ‘pelanggaran’sesuatu peraturan itu saya percaya ada membawa tanda bahawa pihak itu ingin benar-benar ingin membuktikan ada lubang, ada ketempangan, ada silapnya pada penggubalan akta itu.
Ini dibuktikan dalam penghakiman kes kegagalan penganjur memberikan notis 10 hari awal dalam Himpunan Blackout 8 Mac 2013. Ini kerana Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.
Bagi saya, Himpunan 1 Mei adalah program pencerahan ekonomi. Cuti Hari Pekerja diisi dengan membawa keluarga dan teman mendengar ceramah dan taklimat mengenai GST dan kenaikan harga barang. Kebiasaan mendengar pengisian menerusi televisyen, di dalam dewan, biarlah berubah caranya dengan mendengar secara langsung di jalanan.
Dengan ketidakadilan bahan penerangan yang didedahkan kepada rakyat mengenai ekonomi kerana sekatan media, maka biarlah rakyat yang memilih untuk mendengar pandangan di pihak yang satu lagi di jalanan.
Hanya beberapa jam sahaja di Bandar Kuala Lumpur, sambil memilih untuk berjalan beramai-ramai bertemu kenalan baru dan jauh, membiarkan bandar itu sejuk sebentar dari bunyi bising dan keluaran asap dari sesakan kenderaan.
Biarlah kali ini, suara orang-orang susah dan semangat orang kaya yang prihatin dilaungkan secara bebas di bandar itu. Tanpa sekatan pihak berkuasa, Himpunan 1 Mei benar-benar boleh menjadi aman dan sejahtera. Rugi mana-mana mahasiswa yang tidak pernah turun dalam ‘program khidmat masyarakat’ sebegini.
Memang tiada jaminan Pakatan Rakyat pun akan bertindak lebih baik jika menjadi kerajaan pusat nanti, namun Barisan Nasional sekarang janganlah bertindak menuju ke minda pembangkang.
Isu pra-himpunan adalah berpunca daripada ketidakadilan bahan media dari sumber kerajaan dengan pembangkang, prosedur dan akta yang mengarut serta penggubalannya di Parlimen yang sangat sekejap dengan monopoli undi majoriti kerusi.
Ini ditambah dengan tiada keterbukaan dalam perdebatan terbuka mengenai dasar kerajaan dan pembangkang serta aplikasi politik nilai rentas parti dalam politikus BN dan PR.
Persoalannya, sampai bila skrip sebegini akan berulang?
Sumber HD - 1-5-2014
Persatuan Hindu, Kristian setuju henti jual arak dalam pesawat
- Apr 25, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.
Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.
"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.
"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.
"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.
Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.
Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.
"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.
"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu.
Sumber HD - 25-4-2014
Surat terbuka untuk Presiden Obama
- Apr 25, 2014
Pertama sekali, kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda ke negara kami sebagai Presiden Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki ke sini semenjak kunjungan Lyndon B Johnson pada tahun 1966. Malaysia yang ketika itu sebagai negara yang amnya tertumpu kepada pertanian, kini sedang berada di ambang menjadi sebuah negara maju dan mula beralih arah sebagai hab pembuatan.
Sejajar itu, kami ingin menyuarakan suara kebimbangan kami mengenai perkara yang diketengahkan sebagai salah satu tujuan utama lawatan anda, iaitu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik ( TPPA ).
Seperti yang ditegaskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed di dalam akhbar, Malaysia adalah salah satu daripada 12 negara yang terlibat dalam rundingan untuk menyertai TPP. Namun begitu, kami juga sebuah negara dengan senarai permintaan yang tertinggi.
Bukan disebabkan mahu menyulitkan keadaan, mahupun ingin melakukan sesuatu yang kelihatan anti-Amerika. Ini hanya kerana TPP telah menimbulkan pelbagai kebimbangan yang berpotensi mengancam cara hidup, budaya dan mata pencarian kita.
Kita tahu hakikatnya terdapat bab-bab dalam TPP yang jelas memberi kesan terhadap kos perubatan dan rawatan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai jurang pendapatan yang tinggi di antara kelas, ia jelas untuk tidak memberi manfaat kepada penduduk kelas menengah dan rendah di Malaysia.
Kita juga tahu bahawa terdapat satu bab mengenai penyelesaian pertikaian pelabur ( ISDS ) yang boleh mencalar kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan negara. Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh benarkan berlaku di meja rundingan, dan sesuatu yang kami sering suarakan dengan meluas di media Malaysia.
Pada 23 April 2014, Bantah TPPA telah mendengar sendiri satu telesidang oleh Ahli Kongres Amerika Syarikat Brad Sherman (Parti Demokrat California) dan Alan Grayson (Parti Demokrat Florida ).
Ahli Kongres Grayson menegaskan bahawa ada kemungkinan kedaulatan dan budaya Malaysia, terutamanya yang berkaitan dengan dasar-dasar tindakan afirmatif untuk Bumiputera bakal terancam.
Juga diketengahkan dalam telesidang itu terdapat kemungkinan undang-undang Amerika yang melarang penjualan barangan produk Malaysia di negara mereka melalui Akta Belian Amerika 1933.
Penganjur juga berkata dalam satu tinjauan yang telah diadakan, 2/3 daripada rakyat Amerika tidak menyokong TPPA , ini diikuti dengan dengan dokumen surat yang boleh didapati di Internet yang jelas menunjukkan separuh daripada Kongres Amerika Syarikat tidak akan menyokong “Fast Track” Lembaga Perdagangan ( FTTA ), di mana sekiranya diluluskan akan memberi Obama mandat untuk berunding bagi pihak Amerika secara keseluruhannya dan memintas proses penelitian dari ahli-ahli politik Amerika.
Malangnya bagi rakyat Malaysia, pandangan yang kami terima daripada kedua-dua ahli politik Amerika ini adalah bahawa tidak akan ada kemungkinan Kongres AS akan mengundi untuk menguatkuasakan hal ini berbangkit semula.
Tanpa FTTA, apa sahaja yang telah dipersetujui dalam rundingan oleh 12 negara TPPA akan dipersembahkan di hadapan Kongres untuk penelitian dan - jika perlu, pindaan boleh dibangkitkan oleh Amerika Syarikat.
Grayson juga menekankan bahawa sudah ada perbincangan di kalangan ahli-ahli Parti Demokratik untuk menggesa Obama “mengebumikan” TPPA dan bina semula.
Ini disebabkan hakikat bahawa perjanjian itu tidak menjamin apa-apa untuk rakyat Amerika dari segi mengurangkan defisit perdagangan mereka mahupun mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk mereka.
Tuan Presiden, ia kelihatan sekarang seperti TPPA tidak mempunyai apa-apa faedah untuk kedua-dua rakyat Malaysia dan juga Amerika.
Kita perlu menangani ketidaksamaan di Malaysia terlebih dahulu sebelum melihat kepentingan negara luar.
Kami berharap tuan berpuas hati sepanjang lawatan singkat anda ke Malaysia.
NIZAM MAHSHAR
CEO, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
Sumber HD - 25-4-2014
Kes pencemaran makanan perlu dipandang serius
- Apr 24, 2014
- CHAN SIEW FONG
Antara kes pencemaran makanan yang saya kesan kebelakangan ini ialah isu tentang perjumpaan ulat dan getah dalam makanan yang dibeli. Kes ulat dalam makanan itu berlaku di Kuala Pilah. Seorang suri rumah terkejut apabila bubur nasi yang dibeli di sebuah restoran makanan segera itu mengandungi ulat ketika mahu menyuapkan anaknya berusia tujuh bulan. Bagi kes pencemaran makanan iaitu perjumpaan getah dalam nasi lemak, berlaku di Georgetown iaitu seorang kanak-kanak berusia lapan tahun tercekik selepas tertelan getah gelang ketika menikmati sarapan nasi lemak yang dibeli di sebuah kedai makan. Namun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana akhirnya dapat memuntahkan balik apa yang ditelannya dan menyelamatkan daripada tercekik.
Saya berpendapat bahawa kebanyakan pencemaran makanan ini berlaku kerana pengusaha makanan tidak mengambil berat tentang aspek kebersihan makanan yang dihidangkan dan hanya mementingkan keuntungan yang banyak sahaja.
Walaupun ada pihak berpendapat kes pencemaran makanan ini jarang berlaku, tetapi sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu mengambil berat isu ini dan mencari cara untuk menyelesaikannya. Saya cadangkan supaya pengusaha makanan perlu mengamalkan kebersihan diri, peralatan dapur dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan peralatan dapur dan makanan dapat mengelakkan berlaku pencemaran makanan. Dapur yang kotor adalah 'tidak selamat' bagi memasak makanan, kerana kuman atau serangga akan tertarik untuk datang.
Selain itu, kebersihan makanan juga perlu diamalkan sebelum makanan itu dihidangkan. Oleh itu, buah-buahan dan sayursayuran perlu dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak supaya tiada kuman atau serangga seperti ulat dimasak bersama-sama.
Kebersihan diri juga penting diamalkan. Kekemasan tukang masak itu perlu dipentingkan, Pakaian yang dipakai perlulah kemas. Barangan yang tidak digunakan perlu disimpan sebelum mula memasak supaya dapat mengelakkan “barang tambahan” itu jatuh ke dalam makanan semasa memasak seperti kes gelang getah yang dijumpai di dalam nasi lemak itu.
Sebagai masayarakat yang bijak dan prihatin. Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan sama ada menjaga atau mengabaikan kebersihan. Masyarakat mepunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa jika ada kedai makanan yang kotor. Pihak kerajaan seperti Pejabat Kesihatan perlu kerap melakukan pemeriksaan mengejut di semua kedai makan tanpa perlu menunggu laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan denda dan digantung lessen perniagaan sebagai iktibar kekotoran kedai mereka.
Kesimpulannya, saya ingin mohon supaya semua pihak memberi sepenuh perhatian dan dalam isu pencemaran makanan ini sebelum masalah ini menjadi semakin serius. Isu pencemaran makanan hanya dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya.
Sumber HD - 24-4-2014
Sikap buruk pemandu Malaysia dijadikan filem
- Apr 24, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Jason Lim, seorang pengarah berusia 28 tahun, telah menerbitkan filem ringkas empat minit mengenai pemandu jahil, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri di jalan raya Malaysia.
Beliau berkata filem itu bertujuan menonjolkan pentingnya pemandu kenderaan memberi laluan kepada ambulan yang bergegas pergi ke dan balik dari tempat kemalangan.
Filem berjudul, "Who cares!!! The Truth About Malaysian Drivers" (Siapa peduli!!!, Hakikat mengenai Pemandu Malaysia), mendokumentasi perbuatan pemandu yang gemar mengekori rapat kenderaan lain dan menghalang ambulan.
Jason Lim Productions telah merakam kejadian kemalangan di Kuala Lumpur dan telah meletak kamera tersembunyi dalam kenderaan kemalangan untuk merakam bagaimana pemandu sengaja memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar bagi kegunaan mereka sendiri.
"Filem atau pengumuman khidmat awam ini memaparkan unsur-unsur cinta, takut, marah dan kematian.
"Pembikinan filem ini, kami berharap dapat menarik perhatian pemandu dan orang ramai untuk memahami pesanan penting di sebaliknya," kata Lim.
Lim berkata, beliau sedang berbincang dengan rangkaian tv tempatan untuk menyiarkan dokumentari itu. - Bernama
Sumber HD - 24-4-2014
Kemalangan bas jejas guna pengangkutan awam - Fomca
- Apr 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tiga kemalangan yang berlaku dalam masa seminggu ini akan mengikis keyakinan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama mereka.
"Pengguna memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang diyakini selamat dan kerajaan serta agensi penguatkuasa perlu lebih tegas dalam melaksanakan tugas mereka kerana ia melibatkan keselamatan nyawa ramai penumpang.
"Ditambah dengan musim perayaan yang semakin dekat, kami khuatir lebih banyak kemalangan bas ekspres akan berlaku akibat dari kecuaian dan tahap keselamatan yang rendah," katanya kepada Bernama.
Kelmarin, apabila sebuah bas persiaran yang membawa penumpang dari Pulau Redang ke Singapura terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung dan mengorbankan seorang pelancong dari Singapura.
Fomca juga menurutnya mencadangkan agar MIROS mengkaji atau menilai kembali kesesuaian bas ekspres dua tingkat untuk digunakan bagi perjalanan yang jauh kerana menurutnya terdapat laporan mengatakan bahawa bas tersebut direka bagi laluan bandar yang singkat.
"Di negara luar, bas dua tingkat hanya digunakan bagi pengangkutan di dalam bandar dan untuk jarak yang dekat," katanya.
Menurutnya struktur bas tersebut yang tinggi adalah tidak stabil apabila dibawa laju serta pengadang jalan raya di negara ini yang rendah membuatkan ia mudah terbalik.
Pada Sabtu lepas pula, sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas di Km 118, Lebuh Raya Pantai Timur yang mengakibatkan 10 orang cedera.
Sementara pada 12 April lalu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Bentong, Pahang. - Bernama
Sumber HD - 22-4-2014
Bomoh 1Malaysia halau puaka Gua Tempurung pula
- Apr 20, 2014
- AFIX REDZUAN
Kawasan tersebut menjadi tumpuan oleh kerana menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73 dan pembantunya, Michael Cornelius apabila kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki berlanggar dengan lori Mitsubishi Canter.
Gambar ritual Ibrahim yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter mengakibatkan pelayar laman sosial sekali lagi bangkit mengecam tindakan berkenaan.
Rata-rata rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap beliau daripada terus mengadakan kegiatan yang disifatkan salah disisi agama.
Namun sejak kehadiran beliau yang membuat ritual mencari MH370 dikecam rakyat Malaysia dan media antarabangsa, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam.
Keadaan ini dilihat seolah-olah beliau mendapat ‘perlindungan khas’ pihak tertentu.
Hal Ini kerana Mesyuarat Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 22-23 November 2004 memutuskan rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan
Memetik paparan blog http://aans1.blogspot.com/2014/04/hantu-gua-tempurung-punca-kemalangan.html, Raja Bomoh berkenaan mendakwa kematian Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Katanya, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. - Selangor Kini
Sumber HD - 20-4-2014
Awas strategi kelirukan rakyat
- Apr 18, 2014
- HAFIZAH KASIM
Sebenarnya, rakyatlah yang menentukan sama ada Malaysia maju ataupun tidak. Kerajaan tidak mainkan peranan utama. Rakyatlah yang mainkan peranan utama. Jadi, apabila negara merudum, rakyat yang menyalahkan diri sendiri, bukan kerajaan. Kerajaan tak boleh buat apa-apa kalau rakyat tidak mahu maju. Jadi, kalau kita nak negara kita maju, kita sendiri yang perlu berubah. Kerajaan tidak boleh buat apa-apa. Jadi, ada sebab untuk tukar kerajaan kerana rakyatlah yang menentukan sama ada negara maju atau tidak, bukan kerajaan.
Jadi, itulah sebenarnya matlamat utama mereka, iaitu mereka mahu mempengaruhi rakyat supaya tidak menukar kerajaan dan membiarkan kerajaan sedia ada (BN) terus memerintah. Alasan mereka ialah kalau tukar kerajaan pun, keadaan takkan bertambah baik, malah mungkin bertambah buruk. Jadi, lebih baik biarkan saja kerajaan sedia ada dan ubah diri sendiri supaya negara lebih maju.
Semuanya salah rakyat. pemimpin tidak pernah salah. Pernahkah kita dengar kerajaan atau para menteri menyalahkan diri sendiri apabila negara merudum? Pernahkah menteri letak jawatan atas rasa tanggungjawab apabila sesuatu yang buruk berlaku? Mereka tidak pernah salah, walhal mereka yang ada kuasa dan duit kerana mereka menguasai kerajaan.
Ya, memang betul bahwa rakyat mempunyai peranan. Tapi peranan utama terletak di tangan parti yang menguasai kerajaan. Hal ini kerana mereka yang menguasai kuasa dan duit bagi memastikan negara berada di landasan yang betul. Jadi, sebenarnya, kerajaanlah yang memikul tanggungjawab paling besar dan jika negara terus merudum, kerajaanlah yang paling patut dipersalahkan.
Mereka memperalatkan segelintir agamawan serta agen siber untuk menyebarkan propaganda ini. Harap pihak Pakatan dapat bertindak supaya rakyat tidak termakan dengan taktik ini. Pada masa sama, Pakatan perlu sentiasa memperbaiki khidmat kepada rakyat.
Sumber HD - 18-4-2014
Panda RM25 juta: Mewahnya BN berbelanja
- Apr 10, 2014
- HAMBALI AKRAM
Saya tidak nampak di manakah rasional tindakan kerajaan Umno-BN menghabiskan duit rakyat untuk perkara yang tidak penting.
Dalam suasana rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup akibat salah urus ekonomi negara, di samping hutang negara yang melebihi 500 bilion, tiba-tiba Umno-BN dengan murah hatinya menghabiskan duit kerana dua ekor panda tersebut.
Dengan jumlah tersebut berapa banyak keluarga miskin dapat dibantu. Berapa banyak biasiswa dapat dikeluarkan. Berapa banyak rumah untuk keluarga miskin dapat dibina.
Mereka berbelanjan mewah sebab mereka tidak merasai bagaimana susahnya rakyat membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi. Mereka tidak tahu ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak ada rumah atau tanah sendiri. Mereka tidak peduli sama ada anak-anak keciciran dalam pelajaran kerana tiada duit. Mereka tidak peduli semua itu!
Saya simpati kepada penyokong Umno-BN yang miskin dan masih tidak memahami bahawa “menang sorak kampung tergadai”. Mereka tidak nampak bahawa suatu hari nanti negara yang mereka bangga-banggakan ini akan tergadai akibat keborosan dan ketirisan parti yang mereka sokong selama ini.
Sumber HD - 10-4-2014
Air banyak tetapi kena catu
- Apr 03, 2014
- MAHADZIR ABDULLAH
Namun yang menjadi kemuskilan saya ialah bagaimana sebuah tempat bernama Taiping yang dikelaskan sebagai kawasan paling lembab di Malaysia menghadapi catuan air. Akal yang waras agak terkejut menerima berita tersebut. Taiping dan beberapa kawasan lain di Malaysia menghadapi krisis air! Mungkin berita ini menjadi sesuatu yang pelik bin ajaib bagi orang-orang di Timur Tengah. Malaysia bukan macam negara mereka yang dikelilingi padang pasir! Saya tidak pelik jika Arab Saudi melaksanakan catuan air, tetapi kejadian ini berlaku di Malaysia.
Hakikatnya, Malaysia bukanlah kekurangan air tetapi masalah ini timbul apabila ada manusia yang gagal menjalankan amanahnya menguruskan air. Sumber air boleh datang daripada hujan, sungai, air mata air, air bawah tanah dan air empangan. Malah di kampung-kampung, kita boleh menggali perigi.
Soalnya, sejauh manakah air ini diurus dengan betul. Atau dengan kata lainnya air telah didagangkan dan dijadikan bahan komoditi yang menguntungkan pihak kapitalis. Seperti slogan yang kita pernah dengar sebelum ini, “pertanian ialah suatu perniagaan” dan kini tidak pelik jika, “air ialah suatu perniagaan”!
Malah lebih teruk daripada itu, air telah dijadikan senjata politik dan rakyat dijadikan mangsanya. Air dijadikan senjata untuk memaksa pihak tertentu untuk tunduk dan dijadikan sumber untuk mengkayakan kroni dan golongan tertentu.
Krisis air hari ini bukan sahaja berlaku di kawasan yang padat penduduk seperti Lembah Klang malah turut terpalit ke Johor dan Negeri Sembilan.
Sudah sampai masanya pemimpin hari ini menunaikan amanah menguruskan air dengan baik. Setiap kawasan perumahan hendaklah membina beberapa tangki besar untuk stok simpanan air ketika musim hujan – air ini boleh digunakan ketika musim kemarau.
Begitu juga air bawah tanah. Kerajaan wajar bersiap sedia dengan paip air bawah tanah. Ketika musim kemarau paip ini boleh dibuka untuk keperluan semasa.
Namun semua itu hanya dapat dilakukan jika pemimpin amanah dengan jawatan yang diberi.
Sumber HD - 3-4-2014
Malaysia mesti tegas tangani kemasukan warga asing
- Apr 02, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Diharap selepas ini semua pintu masuk dikawal lagi lebih ketat sama pintu udara, laut mahu daratan. Yang berlaku sebelum ini ialah orang luar dengan mudah memasuki negara ini termasuk menggunakan pasport curi.
Begitu juga dengan penyeludupan sama ada manusia, barang-barang makanan, dadah, minyak, senjata dan rokok. Saya mencadangkan setiap pintu masuk setiap sempadan dipagar dengan pagar berduri dan juga disepanjang sempadan dan diikuti dengan dua atau tiga pos pengawal berlapis agar sukar dobolosi.
Setiap pos kawalan dan setiap pengawasan dipintu sempadan adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada pegawai dan anggota dari sesebuah jabatan atau organasasi.
Hal ini penting kerana kita tidak mahu setelah berlakunya sesuatu kemalangan barulah kita sedari. Begitu juga bagi mereka yang datang sebagai pelancong tetapi apabila visanya tamat tempoh lawatan yang dibenarkan mereka ini hilang entah kemana dan tidak dapat dikesan. Hal ini mesti pandang serius kerana tidak mustahil mereka ini datang untuk melacur, merompak dan membuat onar di negara kita.
Begitu juga masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang begitu menggerunkan kita dari segi jumlahnya. Kemungkinan yang datang ke Malaysia itu ialah penjenayah. Apabila dapat apa yang dihajati senang pula lari ke negara mereka kembali. Begitu juga yang berkerja yang tidak bermoral dan berlagak samseng dan kebanyakkan mereka ini pula menghidapi berbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh membahayakan rakyat Malaysia sendiri.
Kita hanya menyedari adanya PATI yang ramai setelah berlaku kejadian tongkang dan perahu terbalik dan ramai yang mati lemas semasa mereka ini diseludup keluar tanpa dokumen yang sah.
Mungkin akibat sikap tolenrasi dan mengalu-alukan pelancong asing, maka idak hairanlah Lapangan Terbang kita menjadi sasaran penyeludupan dan transaksi barang-barang terlarang.
Mulai sekarang kita mesti tegas dan mengawal kemasukan warga luar walaupun atas urusan pelancongan. Apatah lagi terhadap PATI yang bebas keluar masuk ke negara kita. Di cadangkan supaya negara kita menggunakan sistem radar yang canggih untuk mengawal pencerobohan luar dan apa juga jenis penyeludupan terutama sekali diperairan sempadan kita.
Sumber HD - 2-4-2014
Gaji kecil rumah mahal
- Apr 02, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Hendak buat pinjaman RM200 ribu bagi rumah teres satu tingkat pun sudah membebankan dan itu pun kalau layak kerana dengan harga sebanyak itu pinjaman perlu dibayar RM1500 sebulan.Kalau gaji hanya RM2500 sebulan bagaimana hendak menampung perbelanjaan kehidupan harian seisi keluarga?
Bayangkan untuk perbelanjaan yang boleh dikatakan berpatutan bagi seisi keluarga seramai 6 orang sekurang-kurangnya kita mesti ada RM3000 sebulan. Tetapi jika setelah ditolak bayaran ansuran bulanan untuk rumah sudah mencecah RM1500 apalah yang tinggal kalau sekiranya gaji hanya setakat RM2500. Itu tidak termasuk bayaran ansuran kereta dan perbelanjaan sekolah anak-anak yang masih kecil lagi.
Pekerja dinegara ini tidak boleh lagi diberikan gaji RM1000 atau pun RM2000 sebulan tetapi mesti sekurang-kurangnya RM5000 seorang untuk pastikan rakyat mendapat kehidupan yang mampu untuk menanggung sebuah keluarga yang sederhana. Kita kena rangkakan dari sekarang bagaimana dan macamana untuk mengatasi masalah kewangan setiap keluarga terutama mereka yang makan gaji.
Untuk menjadi sebuah negara maju, kebajikan rakyat mesti diambil kira terutama sekali tentang pendapatan mereka dan pastikan apabila negara sudah maju dan makmur iaitu rakyat mesti juga ikut seiring dan sekata dengan kemajuan negara tersebut dan bukannya negara menjadi maju tetapi rakyat ketinggalan jauh kebelakang.
Sumber HD - 2-4-2014
Jangan iktiraf kerajaan al-Sisi
- Mar 28, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Yang menjadi masalahnya apabila sesiapa juga yang menentang Jeneral al-Sisi akan ditangkap ataupun dibunuh dengan begitu kejam. Terbaharu, lebih 500 rakyat Mesir penentang al-Sisi diberkas dan dijatuhkan hukuman bunuh. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan dan amat kejam sekali.
Kini Jeneral al-Sisi berhasrat untuk bertanding jawatan presiden Mesir. Sudah tentu sekali undian itu sekali lagi akan menjadi kontroversi kerana mana mungkin beliau akan kalah. Hal ini kerana apabila beliau berhasrat untuk bertanding bermakna beliau sudah pastikan dan sudah diaturkan bahawa beliau akan menang dalam apa keadaan sekali pun. Inilah yang diramalkan akan terjadi dan tidak mungkin dapat memadamkan kemarahan rakyat Mesir. Keadaan ini akan menghuruharakan dan mengeruhkan lagi suasana selagi demokrasi yang adil tidak dapat dikembalikan semula kepada Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah.
Sepatutnya negara-negara Islam yang lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Kerajaan yang tidak sah dan menzalimi rakyatnya sendiri.
Sumber HD - 28-3-2014
MH370 vs PRK Kajang
- Mar 26, 2014
- MAJDAN DAGANG
1.Saya bersimpati terhadap keluarga MH370 dan berharap mereka banyak berdoa dan bersabar. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan andaikan kita berada di tempat keluarga terbabit – betapa sedihnya kehilangan keluarga tercinta.
2.Walaupun isu MH370 ini sudah dianggap berakhir, namun pencarian bukti perlu diteruskan. Hal ini kerana MH370 tidak diisytiharkan terhempas, cuma data Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke arah selatan dan di situ isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu –usaha mencari bukti bukanlah suatu kerja yang mudah. Sementelahan pula Malaysia tiada keupayaan untuk berbuat demikian.
Secara logiknya, apabila “pesawat tersebut” tidak lagi menghantar isyarat “ping”, bermakna enjin sudah dimatikan – sama ada mendarat atau terhempas.
3.Suatu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan dan melakukan penyiasatan agar segala persoalan terungkai. Suruhanjaya ini mestilah terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing sama ada pakar tempatan mahu pun pakar asing.
Penjelasan daripada pakar ini mestilah bebas daripada tekanan mana-mana pihak. Hal ini penting isu kejadian ini membabitkan rakyat daripada pelbagai negara. Tambahan pula, selagi tiada bukti kukuh bahawa pesat MH370 terhempas di Lautan Hindi, maka pelbagai spekulasi dan teori akan terus berlegar.
4.Berbalik kepada PRK Kajang yang berakhir sehari sebelum pengumuman Datuk seri Najib tentang maklumat MH370 yang “berakhir” di Lautan Hindi. Sebahagian kemeriahannya ditenggelami oleh kesedihan rakyat dalam isu MH370. Namun banyak perkara menarik yang berlaku di Kajang.
5.Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat menang di dua kubu BN iaitu di Sungai Sekamat dan Taman Delima. Walaupun jumlahnya kecil tetapi sudah cukup memberi isyarat bahawa rakyat khususnya orang Melayu semakin bijak dalam menurunkan undian.
6.Walaupun media BN menyatakan undi MCA dalam kalangan orang Cina meningkat, namun harus diakui undi daripada orang Cina lah yang melonjakkan majoriti Dr Wan Azizah sehingga mencecah lima ribu. Jika mengharapkan undi Melayu belum tentu Wan Azizah boleh menang.
7.BN perlu sedar bahawa rakyat khususnya di Kajang tahu bahawa Pakatan Rakyat bukanlah sempurna dan masih banyak kelemahan. Namun, rakyat telah penat melihat BN membelanjakan duit cukai dari rakyat sesuak hati mereka. BN jangan beranggapan rakyat tidak tahu apa-apa. Hakikatnya rakyat semakin kritis terhadap apa-apa juga tingkah laku dan perbuatan pemerintah. Rakyat juga tidak mudah menerima bulat-bulat apa-apa yang dicakap.
8.Secara umumnya rakyat Kajang memahami perbezaan tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri. Jadi, BN tidak mudah mempengaruhi rakyat dalam banyak isu sama ada hal pembangunan infrastruktur mahu pun pembangunan insan. Lihat sahaja bagaimana calon MCA yang cuba menyalahkan kerajaan negeri Selangor dalam isu kematian remaja ketika konsert Future Music Festival. Namun, rakyat tahu bahawa konsert itu langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.
9.Kemenangan menunjukkan isyarat yang jelas bahawa rakyat Selangor masih memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memegang amanah sebagai pemimpin. Kejayaan ini juga menjadi kayu ukur kerjasama tiga parti utama dalam Pakatan dalam menghadapi musuh politiknya – BN.
10.Akhirnya, takziah kepada keluarga pesawat MH370 dan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana mengekalkan kerusi Dun Kajang.
Sumber HD - 26-3-2014
Keadilan untuk semua bermula di PRK Kajang
- Mar 21, 2014
- MOHAMMAD YUSOF
Siapakah yang bakal menang nanti - Wan Aziziah kah atau Chew Mei Fun? PKR kah atau MCA? Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Saya bukan Nujum Pak Belalang yang bernasib baik dapat meneka jawapan dengan betul.
Namun, saya berharap Pakatan Rakyat melalui PKR dapat mengekalkan kerusi tersebut daripada dirampas oleh MCA-BN. Hal ini kerana, sebagai rakyat Malaysia yang melihat perkembangan politik tidak sihat selama ini, saya melihat perlunya Pakatan mempertahankan kerusi ini dan seterusnya menguasai politik Malaysia suatu hari nanti.
Kemenangan ini penting dari sudut mempertahankan keadilan. Saya merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang tersedar dari lena yang panjang apabila kes liwat Anwar kali pertama pada tahun 1998-99 dahulu.
Sebelumnya saya seperti ramai lagi rakyat Malaysia kelas pertengahan tidak mempedulikan iklim politik di Malaysia asalkan saya boleh cari makan dengan selesa. Namun kes liwat yang pertama memberikan persepsi baru bahawa sesuatu sudah tidak kena dengan sistem keadilan di Malaysia.
Oleh itu, saya beranggapan rakyat khususnya pengundi Kajang perlu menggunakan kuasa undi mereka sebagai suatu petunjuk bahawa keadilan mesti ditegakkan. Umno-BN perlu sedar bahawa rakyat hari ini bukan berjuang atas batang tubuh Anwar semata-mata tetapi dengan agenda yang lebih besar dari itu yakni menegakkan keadilan tanpa mengira agama dan warna kulit. Sebagai umat Islam pula kita diajar agar membela sesiapa sahaja yang dizalimi.
Sumber HD - 21-3-2014
Orang yang mabuk ialah orang yang paling jujur!
- Mar 17, 2014
- Mazni Al Irfan Jani
“Irufan-san! Kau ikut aku, ya.” Sergah Haneef-san betul-betul di telinga kananku.
“Alamak. Aku err… Tak biasa...”
Imam Fatah tiba-tiba mencelah dari belakang, “Ha, lepas Isyak kita bertolak. Irufan-san, kau ikut Haneef-san ke Mishima, ya.”
Kalau ‘abang’ besar, Imam Fatah, yang beri arahan, bermakna ia adalah knock-out untukku. Diam, dan patuh pada ketua. Dialah Imam Fatah, berasal dari Muar Johor. Di saat semua jemaah menggelarnya Imam Saf, dia mahu aku memanggilnya abang sahaja.
Sekiranya Tuan-tuan belum tahu, selain juruterbang Malaysia adalah antara terbaik di dunia yang menunggang Si Hud-Hud Besi; tidak sedikit imam di Jepun ini yang diimport dari Malaysia bagi mengepalai masjid-masjid dan membantu dakwah di sini. Ini kerana imam Malaysia ramai yang menghafal Al-Quran dan Hadis, serta fasih berbahasa Inggeris dan Arab (ada juga yang mahir berbahasa Urdu). Lagipula persahabatan Jepun-Malaysia telah mematahkan segala birokrasi imigresen dua hala.
Bagai sakti yang dikirim Allah, belumpun setahun di tanah sakura ini, tidak semena-mena aku terlibat ke dalam jemaah Tabligh di sini. Semuanya bermula saat aku dipinta terjemahkan Jepun-Inggeris sewaktu acara Khutbah Sebelum Khutbah Jumaat (KSK) di Masjid Fuji ini. Walau terketar-ketar, tersangkut-sangkut, tetap kugagahi juga. Paling gelabah, bila kuterjemahkan Fil-Ardh atau Ad-Dun-ya kepada Chi-Kyu, yang bermaksud planet bumi. Masak… Masak…
Kepada yang arif dengan gerakan Tabligh, konsep KSK ini adalah biasa di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyampaikan teks khutbah rasmi ke dalam bentuk pelbagai bahasa dunia secara serentak (kerana khutbah Jumaat rasmi yang pertama disampaikan dalam bahasa Arab). Dalam sesi KSK di tempatku, Khatib menggunakan bahasa Inggeris, kemudian diterjemahkan ke lapan kelompok bahasa yang ada. Urdu, Tamil, Perancis, Jepun, Inggeris, Indonesia, Mandarin, dan Arab (di sesetengah tempat yang lain, aku pernah lihat lebih 20 kelompok pun ada).
Masjid Fuji Rasool, namanya diambil sempena kedudukannya yang tidak jauh dari Gunung Fuji, seperti biasa kulihat merah jambunya puncak Fuji dari tingkap bilikku sewaktu menjelang Maghrib. Untuk ke sana, memerlukan transit 3 stesen keretapi dari tempatku, lebih kurang 40 minit. Jadi, masa yang termampu kuluangkan bersama jemaah ini hanyalah di hari cuti saja, memandangkan jadual kuliahku yang padat sekali.
Selepas Isyak. Suhu tercatat di Casio, 10 darjah.
Menuju ke Mishima, kami menaiki sebuah pajero besar, bersama Haneef-san dan 3 jemaah dari Pakistan yang lain. Sunyi keadaan di sini, seperti pekan Rengit yang ‘mati’ selepas jam 12. Melalui kawasan berkontena seluas 20 hektar, menyelusuri timbunan cebisan-cebisan tubuh kereta, dapat kutebak di sinilah tempat potong kereta di Jepun yang terbesar (agaknya). Haneef-san tidur saja di belakang, sedang kami melilau-lilau menurut peta lokasi yang diarahkan Imam Fatah.
Haneef-san ialah satu-satunya orang Jepun Muslim yang ada bersama kami. Menerima ehsan cahaya Allah di negara Amerika sewaktu menuntut di sana, aku sangat selesa berkawan dengannya kerana aku satu-satunya kawan lain negara yang boleh berbahasa Jepun kasar dan pasar (errr... aku berkawan dengaan geng-geng Yakuza juga di sini).
Tiba di sebuah rumah kabin (kontena). Semua kami turun dan menghampiri pagar. Puas 15 minit dipanggil-panggil penghuninya, muncul kelibat seorang Jepun yang terhuyung-hayang. Di tangan kanannya memegang botol, dan tangan kirinya menggendong sebakul arak. Berkemeja tapi selekeh, ada imbasan seorang tauke besar spare-part Honda di sini (ada logo Honda di belakang).
“Oi, oi. Marilah sini minum sekali dengan aku.” Si Jepun pemabuk ini membuka pintu pagar dan beri laluan. Aku dan 3 Pakistan lain terpinga-pinga, menoleh sesama sendiri. Tanganku keduanya masih di jaket sejuk. Jangan dikira berapa tebal baju si Pakistan itu, sudahlah berpeluk tubuh pun tetap berselimut lagi.
Dari belakang kami, Haneef-san seakan terjerit-jerit, namun bait tuturnya berhati-hati.
“Wahai saudaraku, namaku Haneef. Aku datang padamu ingin sampaikan satu berita gembira.”
Si pemabuk menjerkah dengan bengis, “Ahh, aku dah cukup gembira. Apa lagi aku mahu?”
“Pencipta aku. Pencipta kau. Yang ilhamkan manusia membuat arak itu. Yang jadikan kau kaya. Namanya Arra.”
(Jepun memang pelat tak boleh sebut huruf L).”
Haneef-san dengan nada perlahan penyayang, mulakan langkah hampiri dia. Sedikit demi sedikit, Haneef-san mengangkat tangannya ingin memegang bahu si pemabuk Jepun itu.
Lantas ditepis...
“Arkh!!! Dia siapa? Jadi, kau nak perkenalkan aku seorang Tuhan? Atau kau ini yang Tuhan, ha?”
Jeritannya kali ini menggetarkan, ibarat gempa yang gegarkan sepi di tengah pekat malam ini. Berebut-rebut asap wap keluar dari celah-celah bibirnya.
BAMMM!!
Bakul arak di tangannya terhempas ke tanah. Dalam mabuk-mabuk itu, si Jepun ini masih kuat mengangkat dan menghempas bakul yang sah-sah berat. Kemudian, si Jepun itu menonggang botol syaitan yang masih di tangannya.
Sekonyong-konyong Haneef-san merampas botol itu, dan dia campakkan ke tanah, tidak jauh dari kaki si pemabuk.
PRANG!!
Haneef-san menjerit sekuat-kuatnya,
“BAKAYARO! CHIKUS***! ” (Bodoh! Sial!)
Tiga orang Pakistan tadi tergamam. Aku jangan ditekalah. Hampir terkencing pun ada. Terkejut bukan main. Ada niat juga inginku ke situ dan menampar Haneef-san. Hati berbolak-balik, tertanya-tanya, kenapa begitu ber’hikmah’ sekali dakwah si Jepun yang celup Amerika ini.
“Aku tahu! Hidup kau kosong! Aku datang nak isi kekosongan itu!" ‘Ki~terukai, omaera’? (Kau dengar tak ni?)”
Jerit lagi si Haneef-san.
Kali ini jelas sekali tangannya kini membentuk penumbuk. Bersedia agaknya kalau-kalau si mabuk ini mahu menghentak Haneef-san. Kalau jadi begitu, memang sah aku terpaksa masuk jugalah walaupun dulu selalu ponteng kelas ‘gayung’.
Kemudian, si mabuk tadi terduduk. Menangis semahu-mahunya.
“Uwaa!” Wuu… Waa!”
Tangisnya biar jerit, lagunya begitu syahdu. Dia menangis tertunduk. Sesekali dia menampar pipinya dengan pasir yang diserak-serakkan dengan kaki.
Sambil menangis, si mabuk itu bercakap sendirian...
“Kenapa? Kenapa aku dapat semua kesenangan ini. Semuanya macam diberi begitu saja. Siapa yang bagi? Wuu…”
Mata Haneef-san juga mulai bertakung. Dia bercangkung lalu cepat-cepat memeluk si Jepun pemabuk itu. Membisik, namun lembut didengari...
“Aku datang ingin perkenalkan Tuhan pada kau. Memang Tuhan ingin temukan kita.”
Dengan pasir-pasir yang digamkan air mata, saling berciuman dahi ke dahi, mereka berkongsi rasa kasih. Bagai kasih abang-adik. Macam ibu yang baru ketemu anak yang dilarikan orang. Seperti bapa yang baru saja merotan anak kecilnya yang tidak solat. Tangisan itu amat meruntun jiwa.
Melihat aksi keanak-anakan mereka, hatiku sedari tadi berkongsi sendu. Jujurnya, aku menangis begitu laju. Yang pasti, 3 Pakistan tadi biarpun terpinga-pinga (kerana tidak memahami bahasa Jepun), tetap jua merintih seakan baru menonton filem Hindustan lagaknya; sekejap-sekejap mengesat mata dengan baju.
Hari itu, di tengah pekat malam yang dingin salju, selain bersaksikan empat sosok tubuh yang saling berkenalan demi Allah yang satu, dijeling bulan dan bintang yang mengerlip bagai mengenyit matanya, akhirnya lafaz terindah lembut menerbangi hati-hati kami. Maka bertambahlah teman seperjuangan kami di lapangan ini. Syahadah diangkat, lalu berselang peluk sesama adik-beradik ini.
Inilah sebuah kisah yang amat besar dalam pengertian hidupku mengenai keimanan. Mengenai hidayah. Mengenai syahadah.
Maka, dijawab Haneef-san dengn panjang lebar, sewaktu kutanyakan kenapa dia merampas dan membaling botol arak tadi:
1) Irufan-san, Allah dah pesan pada kita melalui kitab yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w., Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. (Kalian mohon rujuk Surah Ar-Ra’d:11).
2) Hanya aku yang mengenal kaum ku. Hanya aku yang tahu apa yang patut aku lakukan. Mungkin kau lihat aku begitu kasar dan samseng sekali. Tapi, aku amat kenal dengan peribadi sang pemabuk, kerana arak pernah menjadi sebahagian dari nafasku sewaktu masa dahulu.
3) Orang yang mabuk adalah orang yang paling jujur. Kejujuran sang pemabuk sangat jernih.
Kerana begitu jernih dan sucinya kejujuran itu hingga perasaan malu tiada dinding lagi.
4) Maka, dengan kasih sayang Allah, telah diharamkan arak itu demi melindungi dan memelihara sifat malu dari dimakan nafsu. (Allahuakbar)
Haneef-san terdiam sejenak. Dia tanyakan satu soalan yang begitu pendek padaku,
“Irufan-san. Apa rencanamu, untuk kaum dan bangsamu?”
Diam. Begitu dalam dan menyentap benakku dek pertanyaan Haneef-san itu. Bunyinya tidak menyindir. Dia seakan mahu bersamaku melihat dan menemankan daku di tanahairku, yang serba ‘batu’. Pertanyaan itu telah merobek segala jenis perjuangan bangsa dan ala nasional yang banyak meracun fikiranku dan rakyatku sewaktu di zaman sekolah dulu.
Pengalamanku ini, terlalu mahal. Kerana ia amat mengajarku, betapa perkataan Dakwah Bil Hikmah (dakwah berhikmah) itu bukanlah sekadar kata-kata manis, lemah lembut atau sopan-santun dalam menyusun kata-kata pesan amar makruf nahi mungkar. Tetapi!
Buatlah apa saja. Apa cara, apa strategi dan apa dorongan. Asalkan masih tidak menjemput dosa, biar setiap langkah dan kata-kata kita sampai TERTUSUK, MENCUCUK, dan MENYELINAP ke hati-hati hamba-Nya, hanya demi sekeping cinta. Cuma sekeping, tapi besaaar fungsinya. Iaitu cintakan Yang Maha Mencinta. Yang kita hutangkan percintaan kita selama ini kepada Dia.
HUTANG! Pernahkah aku terfikir untuk membayar hutang ini?
Sumber HD - 17-3-2014
Kehidupan lebih teratur dengan catuan air
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Walaupun krisis belum berakhir, pelaksanaan program catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memberi seribu kelegaan kepada penduduk, terutama mereka yang mempunyai anak kecil, warga emas dan peniaga.
"Lebih baik sekejap ada (air), sekejap tiada daripada berterusan tiada. Sekurang-kurangnya kami boleh simpan air dan mandi di rumah sendiri, bukannya bersusah sehingga terpaksa ke masjid atau stesen minyak terdekat," kata Norma Mohamad, 29, seorang pekerja swasta kepada Bernama.
Ibu dua anak itu berkata rumahnya di Taman Impian Ehsan memperoleh bekalan air dua hari lalu yang membolehkannya menyimpan air untuk kegunaan dua anak kecilnya.
"Anak-anak masih kecil memang perlukan banyak air... dan air yang ada bolehlah disimpan untuk keperluan penting seperti mandi dan membasuh," katanya yang memilih makan di luar bagi menjimatkan air.
Seorang guru dari Taman Tun Hussein Onn, Cheras, Rashidah Abdul Rahim, 55, pula berkata beliau terpaksa menumpang sementara di rumah adiknya sepanjang ketiadaan berkalan air.
"Memang susah nak jalankan aktiviti harian, nak solat... hendak tak hendak memang kena menumpang di rumah saudara.
"Tapi mujurlah Jumaat lepas bekalan air dah ada semula... walaupun secara bergilir-gilir, tak mengapalah... terima kasih kepada Syabas," katanya.
Pemilik Kedai Dobi Koong Tou, Lee Chai Lian, 35, berkata kedainya di Taming Jaya, Balakong baru sahaja ketiadaan bekalan air hari ini.
"Selama ini kawasan kedai saya ada air, tapi hari ini tidak ada, mungkin sebab Syabas sudah buat catuan air. Tapi tak ada masalah kerana Syabas beri notis dalam media dan kita boleh simpan air awal-awal," katanya yang meneruskan perniagaan seperti biasa.
Syabas sebelum ini berkata pelaksanaan pelan catuan bekalan air bermula 2 hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada bekalan.
Sementara itu, Balasegar Suppiah, 41, penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, berkata beliau sedar kekurangan air berpunca daripada faktor cuaca dan Syabas perlu memenuhi keperluan semua penggunanya.
"Jadi langkah catuan ini memberi peluang sama rata kepada semua untuk mendapat bekalan air," katanya.
Penolong Pegawai Perubatan Kanan di Klinik 1Malaysia PPR Desa Rajang, Mohd Johan Musa berkata pihaknya mendapatkan air daripada pili bomba berhampiran untuk kegunaan di tandas manakala air yang dibekalkan Kementerian Kesihatan diguana untuk merawat pesakit.
Bagi pesara kerajaan Rosli Mansur, 63, selain menyimpan air paip, beliau turut mengambil langkah awal dengan membeli air yang dibotolkan. - Bernama
Sumber HD - 3-3-2014
Rumah: Pahit getir kumpulan pertengahan Lembah Klang
- Feb 27, 2014
- KPRU
Kajian mengenai trend perbelanjaan isi rumah semasa, harga rumah dan kadar gadai janji tersebut dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan ia dikatakan bertujuan menentukan indeks berdasarkan lokasi untuk menggambarkan tahap mampu milik melibatkan 12 kawasan di sekitar Lembah Klang, termasuk Subang Jaya, Putra Height, Ara Damansara, Mont Kiara, Kajang, Nilai, Bukit Jelutong, Denai Alam, Bandar Bukit Raja dan Subang.
Selepas timbulnya kekeliruan dan juga kritikan di kalangan masyarakat, Sime Darby Property Berhad tampil menjelaskan bahawa kajian indeks tersebut adalah untuk memberi maklumat kepada akses perumahan, khususnya bagi penduduk Lembah Klang yang ingin menaik taraf atau melabur dalam rumah kedua. Menurut pihak Sime Darby Property Berhad, seramai 1,529 responden dengan 1,183 orang di antaranya merupakan pemilik rumah di kawasan terpilih, dengan pendapatan purata RM14,580 yang diperlukan untuk memiliki kediaman di Lembah Klang. Kajian ini tidak mencerminkan tahap pendapatan purata Negara. Lebih-lebih lagi, kajian tersebut tidak melibatkan pembeli rumah kali pertama, dan ia juga tidak merangkumi aspek perumahan mampu milik.
Kemelut Kumpulan Pertengahan 40% yang terpinggir
Sementara penjelasan diberi bagi meredakan kritikan, Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah, walau bagaimanapun, telah mendedahkan trend harga perumahan yang kian melonjak tinggi, terumatanya di kawasan Bandar.
Badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, kajian indeks yang hanya boleh diambil sebagai rujukan oleh golongan berpendapatan tinggi tersebut bukan sahaja gagal mencerminkan tahap pendapatan rakyat Malaysia, seperti yang diakui oleh pihak Sime Darby Property Bhd, malahan memberi ruang kepada spekulasi yang bakal menyebabkan harga rumah di kawasan-kawasan tersebut membumbung tinggi.
Bagi kumpulan yang berpendapatan tinggi, sudah tentu mereka berpeluang lagi berkemampuan untuk menaiktaraf rumah yang sedia ada atau melabur dan membeli rumah yang kedua atau selebihnya; ini juga rasional syarikat atau korporat besar yang menetapkan sasaran mereka pada kumpulan berpendapatan tinggi 20% untuk memacukan pertumbuhan jualan dan keuntungan syarikat masing-masing.
Namun, menyedihkan sekali, 40% kumpulan pertengahan – di mana pendapatan isi rumah bulanan mereka masih berada dalam lingkungan kurang daripada RM5,000 secara purata, berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk memiliki sebuah kediaman di kawasan Lembah Klang, seperti yang disenaraikan.
Menurut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, pendapatan isi rumah bulanan purata di kawasan Bandar pada tahun 2012 ialah RM5,742, meningkat 6.6% berbanding dengan RM4,705 yang dicatat pada tahun 2009. Apabila ditelitikan pendapatan isi rumah bulanan purata masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor, agar lebih sesuai dibandingkan dengan Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah yang dikemukakan bagi memiliki kediaman di Lembah Klang, pendapatan isi rumah bulanan purata di negeri-negeri tersebut pun masih belum mencatat pendapatan seperti yang dinyatakan oleh Sime Darby Bhd dan Fakulti Alam Bina, UM.
Jadual: Pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar pertumbuhan tahunan purata mengikut
negeri, Malaysia, 2009 dan 2012
Negeri | 2009 | 2012 | Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) |
W.P. Kuala Lumpur | 5,499 | 8,586 | 14.9 |
W.P. Putrajaya | 6,747 | 8,101 | 6.1 |
Selangor | 5,962 | 7,023 | 5.5 |
Nyatanya, pendapatan isi rumah bulanan purata seperti yang dibentangkan tersebut hanya sesuai diambil sebagai rujukan oleh kumpulan pendapatan tertinggi, iaitu golongan 20% teratas di Malaysia, di mana pendapatan isi rumah bulanan purata mereka mencecah jumlah lebih daripada RM12,000.
Jadual: Pendapatan isi rumah bulanan purata bagi kumpulan pendapatan tertinggi 20%,
pertengahan dan terendah 40%, Malaysia, 2009 dan 2012
Kumpulan Pendapatan | 2009 | 2012 |
Tertinggi 20% | 9,987 | 12,159 |
Pertengahan 40% | 3,631 | 4,573 |
Terendah 40% | 1,440 | 1,847 |
Bagi kumpulan pendapatan pertengahan 40%, harapan bagi memiliki kediaman idaman adalah agak sukar direalisasikan, memandangkan gaji tidak dinaikkan selari dengan peningkatan harga rumah. Maka, pilihan adalah terhad: sama ada sewa rumah ataupun membeli rumah mampu milik.
Sememangnya, kerajaan pusat telah melancarkan dan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikatakan untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan mampu milik bagi penduduk Bandar berpendapatan sederhana, iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500. Namun demikian, kemajuan pembinaannya terlalu lambat bagi menampung keperluan rakyat berpendapatan sederhana. Dalam persidangan Dewan Rakyat yang lalu, apabila ditanya tentang pelaksanaan projek PR1MA sama ada sasaran kerajaan untuk pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik dapat dicapai menjelang akhir tahun 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pula cuba berdalih bahawa proses pembinaan adalah begitu rumit, dan projek pembinaan bagi sebanyak 44,223 unit rumah PR1MA daripada sasaran 80,000 unit telah diluluskan di seluruh Negara setakat 30 September 2013. Diluluskan tidak sama dengan siap dibina! Persoalannya, berapakah unit rumah mampu milik di bawah PR1MA yang telah disiapkan dan sedia dipindah masuk?
Ironi sekali, kumpulan pertengahan 40% tersebut yang berkemungkinan masih belum memiliki rumah sendiri pula terpaksa menyumbangkan cukai bagi menampung penggunaan utiliti elektrik dan air untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencecah kira-kira RM2.5 juta (RM2,237,788.13) pada tahun 2012! Jumlah bayaran bil tenaga elektrik dan air bulanan bagi Kompleks Seri Perdana di Putrajaya itu adalah sekitar 40 kali ganda pendapatan isi rumah purata bulanan bagi kumpulan pendapatan pertenghan tersebut!
Sememangnya, inilah elegi atau pahit getir yang penuh dengan rintihan dan keluhan rakyat jelata yang bertungkus-lumus demi kehidupan. Sebaliknya, terdapat pula pemimpim-pemimpin rakyat yang cukup bertuah menikmati keselesaan dan kemewahan. Misalnya, pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memiliki sebuah ‘Istana gaya Bali’ di kawasan seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam, yang didakwa anggaran kos pembinaannya mencatat RM20 juta, manakala tanah pula dibeli dengan harga RM3.8 juta. Ketua Wanita UMNO, keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil juga pernah didedahkan pada Disember 2011 dan Feburari 2012 bahawa mempunyai 3 kondominium mewah di Singapura, sejumlah RM44.5 juta.
Kumpulan Pertengahan 40% yang tertekan
Sementara kumpulan pendapatan terendah 40% di Malaysia berpeluang menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditawarkan oleh kerajaan BN, meskipun bantuan tunai secara one-off tersebut dikatakan kurang berkesan dan kurang konstruktif dalam menangani kemiskinan dalam jangka panjang; kumpulan pertengahan 40% diketepikan juga, semata-matanya pendapatan isi rumah mereka melepasi garis takrifan kerajaan, di mana pendapatan kasar isi rumah penerima BR1M haruslah tidak melebihi RM3,000 dan yang terkini, termasuk golongan berpendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000.
Dalam era yang terhimpit dengan tekanan barang naik, bukan sahaja kumpulan pendapatan terendah 40% sahaja yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malahan kumpulan pendapatan pertengahan turut berdepan dengan tekanan besar. Sejauh mana golongan berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM4,000 mampu menanggung perbelanjaan seharian, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar di mana kos kehidupannya lebih tinggi dan begitu membebankan?
Maka, wujudnya golongan yang digelar “pekerja miskin” (working poor). Konsep kemiskinan pekerja diperkenalkan terlebih dahulunya oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization, ILO), dan secara umumnya, ia merujuk kepada individu makan gaji yang tidak dapat menampung perbelanjaan seharian isi rumah, dan terperangkap dalam kemiskinan.
Pembangunan dan perkembangan pesat yang disanjung tinggi, walau bagaimanapun, gagal membasmi kemiskinan dan menawarkan kehidupan selesa kepada setiap orang di sudut sedunia ini, seperti yang dijanjikan. Negara maju, seperti Amerika Syarikat (AS), turut menghadapi masalah kemiskinan di kalangan golongan pekerja bergaji, malahan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa masalah pekerja miskin adalah paling serious di AS.
Menurut kajian Brady, Fullerton, dan Cross pada tahun 2010, kadar kemiskinan di kalangan golongan pekerja di AS adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di kalangan golongan yang tidak berpekerjaan, dan kadar tersebut adalah yang tertinggi berbanding dengan Negara-negara Eropah maju.
Kira-kira 46 juta warga di AS, atau 15% daripada populasinya, menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan pada tahun 2011. Lebih kurang 10.4 juta daripada mereka boleh dikatakan sebagai pekerja miskin – yang mana golongan tersebut memang digaji, atau mencari kerja sekurang-kurangnya setengah tahun, tetapi masih berada di bawah garis kemiskinan.
Dengan kata lain, gaji yang diperolehi oleh pekerja miskin tidak mencukupi bagi membiayai kos asas kehidupan. Golongan pekerja miskin mencakupi 7% daripada tenaga buruh AS pada tahun 2011, meningkat daripada 5.1% pada tahun 2007. Antara 4.4 juta daripada sejumlah 10.4 juta pekerja miskin bekerja sepenuh masa, manakala 14% pekerja miskin yang lain pula ialah pekerja separuh masa.
Apakah situasi sebenar di Malaysia? Isu pekerja miskin masih tidak mendapat perhatian serius, terutamanya daripada pihak kerajaan pusat. Tiada data dan statistik rasmi daripada jabatan kerajaan tentang bilangan pekerja yang menjalani kehidupan mereka di bawah garis kemiskinan, meskipun dengan adanya Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu pendapatan atau keperluan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan bagi setiap ahlinya, yang digunakan untuk mengenalpasti bilangan isi rumah miskin dan mengukur insiden kemiskinan. Jadual terpapar berikut ialah PGK semasa mengikut wilayah.
Jadual: PGK semasa (mengikut wilayah)
Wilayah |
Miskin
|
Miskin Tegar
| ||
Isi Rumah (RM)
|
Per Kapita (RM)
|
Isi Rumah (RM)
|
Per Kapita (RM)
| |
Sem. Malaysia | 760 | 190 | 460 | 110 |
Bandar | 770 | 200 | 450 | 120 |
Luar Bandar | 740 | 170 | 490 | 110 |
Sabah & Labuan | 1,050 | 230 | 630 | 130 |
Bandar | 1,020 | 230 | 590 | 130 |
Luar Bandar | 1,080 | 230 | 670 | 140 |
Sarawak | 910 | 210 | 590 | 130 |
Bandar | 940 | 210 | 600 | 130 |
Luar Bandar | 880 | 210 | 580 | 130 |
Mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, kadar kemiskinan di Bandar dan luar Bandar adalah masing-masing 1.0 dan 3.4 pada tahun 2012, manakala kadar kemiskinan tegar di Bandar dan luar Bandar pula berada pada paras 0.1 dan 0.6. Sememangnya, kadar kemiskinan seperti yang dilaporkan tersebut boleh dikatakan agak rendah, dan pada hakikatnya, kemiskinan dalam erti kata sebenar telah pun berjaya dikurangkan. Persoalannya, sejauh manakah kadar kemiskinan dan garis panduan berhubung takrif kemiskinan tersebut mencerminkan realiti semasa? Apakah tekanan akibat terhimpit dengan kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan yang dihadapi oleh penduduk di Bandar dan di kawasan luar Bandar ada perbezaannya?
Pada pandangan KPRU, garis panduan PGK dan garis kemiskinan harus disemak semula agar lebih realistik untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di kalangan kumpulan berpendapatan pertengahan 40% daripada sosioekonomi. Khususnya, tumpuan perlu diberi terhadap usaha menangani kemiskinan Bandar yang diburukkan lagi oleh pelbagai isu yang belum selesai seperti peningkatan ketidaksamarataan pendapatan dalam konteks inflasi, kes jenayah yang berleluasa, serta kemudahan awam dan rumah mampu milik atau rumah pangsa kos rendah yang belum mencukupi.
Sesungguhnya, KPRU berpendapat, jurang antara realiti dan perolahan statistik kerajaan adalah begitu besar sekali.
Hutang isi rumah mencatat tahap tinggi
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hutang isi rumah kini telahpun mencecah 85.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), antaranya hutang membeli rumah adalah yang tertinggi, iaitu sebanyak 44.3%, diikuti hutang kenderaan 17.3% dan hutang peribadi 16.8%. Meskipun kadar hutang isi rumah terus meningkat, Ahmad Maslan pula tidak mengambil kira isu tersebut sebagai satu perkara yang merunsingkan kerana menurutnya, pinjaman tidak berbayar (NPL) kini berada pada tahap 1.4% berbanding 98.6% yang membayar mengikut masa yang ditetapkan. Kenyataannya mencerminkan ketidaksungguhan kerajaan dalam menangani kemelut rakyat jelata, malahan cuba melarikan diri daripada kewajipan sesebuah kerajaan dalam membekalkan kebajikan dan membawa kesejahteraan kepada rakyatnya.
KPRU berpegang teguh pada pendiriannya bahawa masalah ini tidak patut dipandang ringan, kerana soal pokok rakyat Malaysia terjebak dalam masalah hutang masih tidak terjawab. Pada Disember lalu, Standard & Poor (S&P) turut membunyikan penggera berhubung peningkatan hutang isi rumah dalam Negara di samping kenaikan harga rumah, dan menekankan bahawa trend sedemikian berkemungkinan menyumbang kepada ketidakseimbangan ekonomi, maka unjuran kredit bagi empat bank dalam Malaysia diturunkan. Apakah ini bukan perkara yang membimbangkan?
Secara umumnya, sesetengah pihak menuding jari terhadap golongan yang terbelenggu dengan hutang keliling pinggan bahawa gaya perbelanjaan mereka tidak berhemah atau kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan dan kredit. KPRU tidak menafikan sebab-sebab yang dilontarkan tersebut, tetapi apa yang harus diberi perhatian dan penekanan di sini ialah: hutang isi rumah berkait rapat dengan kemiskinan golongan pekerja berpendapatan.
Pada pendapat KPRU, salah satu jalan penyelesaian adalah melalui pewujudan pekerjaan yang berproduktiviti. Cadangan ini juga selaras dengan ILO bahawa dengan hanya mewujudkan pekerjaaan tidak dapat mengangkat pekerja daripada kemelut kemiskinan; apa yang diperlukan ialah produktiviti pekerjaan. Peningkatan produktiviti, secara idealnya, dapat meningkatkan gaji, membolehkan pekerja mendapat balik gaji yang setimpal atau lebih tinggi di samping mengurangkan masa kerja. Peningkatan produktiviti juga bermakna akan memberi ruang kepada kemajuan teknologi, pembangunan infrastruktur, pertumbuhan pelaburan, peningkatan kualiti modal manusia, pembekalan sistem pendidikan dan kesihatan, serta sebagainya.
Pelaksanaan GST memberi tamparan kuat kepada kelas menengah
Sudah menjadi kelaziman bahawa 40% kumpulan pendapatan pertengahan di Malaysia dipandang sebagai golongan yang berpendidikan dan maka lebih berdikari dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga masing-masing, berbanding dengan kumpulan yang berada pada peringkat terbawah dalam sosioekonomi. Justeru, kesusahan kelas menengah ini pun diabaikan. Sesungguhnya, dalam zaman “Barang Naik” ini, tiada mana-mana pihak dapat melarikan diri daripada impaknya, perbezaannya sekadarnya tahap kesan yang dialami. Bagi golongan yang terhimpit di tengah dalam struktur sosioekonomi ini, kesannya adalah ketara sekali. Tambahan pula dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April tahun 2015, 40% kumpulan pendapatan pertengahan ini bakal menghadapi tamparan bertubi-tubi sekali lagi.
Pendek kata, KPRU menggesa pihak kerajaan pusat agar memberi perhatian serious terhadap masalah kemiskinan di kalangan kumpulan tersebut sebelum menjadi parah, terutamanya sebelum pelaksanaan GST yang dijangka bakal memburukkan lagi situasi golongan tersebut, termasuk penduduk di Kajang.
Sumber HD - 27-2-2014
MAS: Lepas nasi lemak 'telanjang', asam pedas pula dikritik
- Feb 26, 2014
- SALMIYAH HARUN
Kritikan itu bukan datangnya daripada orang biasa tetapi juga daripada pakar masakan iaitu Chef Zam atau Zamzani Abdul Wahab.
Beliau melalui Instagramnya menyatakan kekesalan yang disifatkan ia sebagai ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.
Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.
Chef Zam turut menjelaskan nasi yang dihidangkan ‘lembik’ dan sayur yang cukup menyedihkan apatah lagi tanpa hidangan pencuci mulut.
Sebulan yang lalu Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timur, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak dan pilihan lauk yang sebenarnya.
Menjawab kritikan Chef Wan itu, MAS melalui Pengurus Operasi Penerbangannya berkata, peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut dan timun terdapat pada penerbangan kelas pertama dan perniagaan kerana bersifat mudah rosak menyebabkan anak kapal harus menyediakannya sebelum nasi lemak dihidangkan kepada penumpang.
Prosedur itu merupakan standard biasa MAS bertujuan untuk menjaga kerbersihan dan kualiti makanan para penumpang.
Chef Wan turut menjelaskan beliau bukan mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat MAS itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.
“Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS,” katanya.
Sumber HD - 26-2-2014
Catuan air berjadual perlu, kata pakar
- Feb 26, 2014
- Rohana Nasrah & Mohammed Arsyad Md Yassin
KUALA LUMPUR: Catuan bekalan air wajar dilaksanakan bagi mengawal penggunaan sumber air mentah terutama ketika tahap takungan air di empangan berada pada paras kritikal seperti dihadapi beberapa negeri sekarang.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata jika catuan air tidak dilaksanakan, dikhuatiri sumber air mentah di empangan akan habis dengan cepat, manakala loji perawatan air tidak dapat menghasilkan air terawat untuk pengguna.
"Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada pelaksanaan catuan air termasuk musim panas berpanjangan, hujan tidak turun di kawasan tadahan, kekurangan kawasan tadahan air yang sekali gus diwartakan sebagai kawasan simpanan tetap," katanya kepada Bernama semalam.
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.
Tidak hanya di Selangor, Johor khususnya di daerah Kluang turut melakukan catuan air, selain berkemungkinan besar sebahagian kawasan Tampin dan Rembau di Negeri Sembilan, memandangkan paras air Empangan Gemencheh, Tampin kini cuma mampu bertahan dalam tempoh tertentu sahaja.
Piarapakaran berkata peningkatan permintaan bekalan air terawat di kawasan mempunyai kepadatan penduduk tinggi terutama di bandar dan sub-bandar juga menjadi antara faktor penyumbang memandangkan kawasan itu menjadi tumpuan pembangunan.
Ditanya adakah catuan air memberi kesan kepada industri, katanya: "Operasi industri yang banyak bergantung kepada sumber air terawat akan terganggu, dan tidak mustahil juga memberi kesan negatif kepada proses membawa pelabur ke Malaysia."
Presiden Pengamatan Air Pulau Pinang Prof Dr Chan Ngai Weng berkata tidak ada pilihan selain catuan air, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis air mendesak di beberapa negeri ketika ini yang memungkinkan pendekatan itu dilakukan.
Menyifatkan catuan air sebagai langkah berkesan bagi mendidik pengguna menghargai keperluan penjimatan air, Chan berkata ia juga sekali gus dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap krisis air.
Pensyarah Seksyen Geografi, Universiti Sains Malaysia itu berkata kempen jimat air perlu dilakukan dengan efisien dan berterusan, selain menggunakan loji mobil kecil bagi memproses air bersih di kawasan tasik atau kolam air sebagai alternatif tambahan menghadapi krisis ini.
Bagi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia Foon Weng Lian pula, catuan air adalah perlu bagi memberi bekalan air kepada pengguna secara berterusan tanpa menunggu perkhidmatan tangki air datang ke kawasan mereka.
"Catuan air memang wajar, dan ia dapat mengurangkan tekanan kekurangan bekalan air daripada menjadi lebih teruk... Jika tiada catuan, dikhuatiri kawasan yang ada air tidak memikirkan kawasan terjejas kerana menggunakan air tanpa berhemah," katanya.
Pandangan sama turut diberikan Eksekutif Kanan Forum Air Malaysia Nuraini Khalil yang berkata pendekatan itu memberi peluang kepada pengguna merancang penggunaan dan penyimpanan air kerana pengagihan bekalan akan dilakukan secara berjadual. - Bernama
Sumber HD - 26-2-2014
Merancang untuk krisis air?
- Feb 24, 2014
- PIARAPAKARAN S.
Adakah Terdapat Pengajaran Untuk Dipelajari?
Pengajaran pertama: kemarau atau tempoh yang lama tanpa hujan atau dengan hujan yang sangat sedikit adalah sebahagian daripada iklim kita. Ini bukan kali pertama kita menghadapi musim kering dan aras air yang rendah di empangan yang menyebabkan kekurangan bekalan air.
Pengajaran kedua: sejak tamadun awal, manusia telah belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan corak cuaca. Pembinaan empangan, takungan tasik buatan manusia dan sistem pengairan sistematik adalah contoh kaedah inovatif dan adaptasi yang digunakan oleh manusia untuk teruskan kehidupan.
Pengajaran ketiga: peningkatan drastik dalam kepadatan penduduk kawasan bandar dan sub-urban menjadikannya lebih sukar untuk memenuhi permintaan bagi air terawat yang semakin meningkat. Ini adalah satu fenomena utama di seluruh dunia. Sumber air biasanya jauh dari zon permintaan dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Perancangan teliti dan jaringan keselamatan mesti dilaksanakan untuk memenuhi peningkatan permintaan air di zon ini .
Pengajaran keempat: setengah abad yang lalu (50 tahun), terdapat hutan yang lebih tebal. Oleh itu, kesan kemarau atau musim kering ini tidaklah begitu teruk. Gelombang haba ini di kawal oleh hutan itu sendiri. Perkembangan pesat besar-besaran dan penebangan hutan yang luas telah memberikan "kuasa" kepada kemarau atau musim kering untuk "menyerang" kita bertalu-talu. Di dalam hutan semula jadi yang tidak terganggu, hutan itu sendiri mengawal iklim tempatan sehingga 90%. Apabila hutan ini di tebang untuk memberi laluan kepada pembangunan, pembalakan dan aktiviti-aktiviti lain, fungsi ini dikurangkan secara drastik disebabkan oleh pengurangan kawasan hutan.
Pengajaran kelima: ini bukanlah pengakhiran. Kemajuan dalam teknologi dan pengurusan permintaan air yang lebih baik akan membolehkan kita memenuhi permintaan air yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada bagaimana kita melindungi kawasan-kawasan tadahan air mulai sekarang.
PENYELESAIAN 1: Melindungi Kawasan Tadahan Air
Jumlah penggunaan air dibahagikan kepada sektor domestik, industri (termasuk komersil) dan pertanian yang menggunakan 17%, 21% dan 62 % masing-masing. Walau bagaimanapun, hampir 2/3 daripada air terawat digunakan oleh sektor domestik. Ini adalah kerana sektor industri dan aktiviti pertanian banyak mengambil air terus dari alam sekitar untuk kegunaan mereka.
Semua kerajaan negeri mesti mewartakan kawasan tadahan air (termasuk hutan, sungai, tasik, dan lain-lain) sebagai rizab kekal menjelang akhir tahun 2015. Kawasan-kawasan ini juga perlu mengambil kira keperluan masa depan untuk air mentah. Tiada aktiviti manusia yang boleh dibenarkan di kawasan yang diwartakan ini termasuk aktiviti rekreasi. Apabila populasi bertambah, permintaan bagi air akan bertambah juga. Ini juga bermakna keperluan untuk mewartakan lebih banyak kawasan tadahan air akan meningkat seiring dengan pertumbuhan populasi bagi memastikan jaminan air mentah.
Bagi kawasan yang sudah dibangunkan, piawaian (standard) pelepasan air sisa perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, kemudahan pra-rawatan (pre-treatment) boleh dibangunkan untuk meningkatkan lagi kualiti air mentah. Ini adalah langkah-langkah yang sama diambil di kebanyakan tempat di dunia untuk memastikan kualiti air mentah dijamin. Sebagai contoh, pencemaran ammonium baru-baru ini yang menyebabkan dua loji rawatan air di Selangor ditutup dan mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat. Dengan menguatkuasakan piawaian pelepasan air sisa yang lebih ketat, masalah sebegini boleh dielakkan semasa musim kering. Ini adalah kerana musim kering menyebabkan kepekatan bahan pencemar meningkat disebabkan kehadiran air yang kurang dalam sungai.
PENYELESAIAN 2: Tarif Air Mentah Berdasarkan Kualiti Air Mentah
Tarif air mentah berdasarkan kualiti air mentah juga perlu dilaksanakan untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan yang saksama apabila melindungi kawasan tadahan air untuk menjamin sumber air mentah termasuk air mentah yang merentasi sempadan. AWER melihat ini sebagai satu pelaksanaan yang penting untuk memastikan kerajaan negeri menerima pendapatan berterusan tanpa perlu untuk menjalankan aktiviti pembalakan atau projek-projek pembangunan lain di kawasan tadahan air. Di samping itu, melindungi kawasan tadahan air akan menjamin kualiti air mentah yang lebih baik dan mengurangkan kos merawat air yang akan diterjemahkan kepada tarif air yang saksama dan berpatutan.
PENYELESAIAN 3: Pembinaan Empangan
Empangan adalah penyelesaian teknikal dari tamadun awal manusia untuk menyimpan air bagi memenuhi permintaan air semasa musim kering. Terdapat empangan berfungsi tunggal dan empangan pelbagai fungsi. Pada masa ini, terdapat empangan tebatan banjir yang juga digunakan sebagai sumber air mentah untuk perawatan air di Malaysia. Pembinaan empangan pelbagai fungsi adalah kos efektif. Walau bagaimanapun, perbezaan dalam fungsi boleh menyebabkan masalah semasa musim kering. Sebagai contoh, beberapa kawasan di selatan Semenanjung Malaysia menghadapi masalah kekurangan air terawat semasa musim kering beberapa tahun lalu kerana syarikat air menggunakan air daripada empangan tebatan banjir sebagai sumber air mentah untuk perawatan air.
Satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan:
i. untuk melihat kepada kesesuaian fungsi empangan sebagai bekalan air mentah;
ii. untuk mengkaji penambahan kapasiti empangan air mentah yang sedia ada;
iii. untuk menjalankan proses pengudaraan bagi meningkatkan kualiti air mentah di empangan yang boleh mengurangkan kos perawatan air;
iv. untuk menjalankan pengeluarkan mendapan (desiltation) dan penyelenggaraan empangan untuk memastikan kapasiti reka bentuk tidak terjejas;
v. untuk mengelakkan krisis air semasa musim kering kerana fungsi-fungsi lain empangan mengatasi fungsi sebagai bekalan air mentah. Pengabungan fungsi-fungsi empangan yang betul bersama-sama adalah penting; dan
vi. untuk meningkatkan jaminan air mentah di Malaysia, pembinaan empangan baru dengan kapasiti rizab tambahan (50 % kepada 100%) perlu dilaksanakan.
PENYELESAIAN 4: Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Mesti Dilengkapkan Dengan Segera
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah satu keperluan untuk memastikan infrastruktur perkhidmatan air, teknologi dan perkhidmatan yang lebih baik. Pada masa ini, Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Labuan masih belum melengkapkan proses penstrukturan semula. Di samping itu, Sabah dan Sarawak hendaklah dimasukkan ke dalam proses ini supaya ia memberikan manfaat terus kepada rakyat daripada proses tersebut.
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dikuatkuasakan awal 1 Januari 2008 dan penstrukturan semula (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) sepatutnya telah siap pada 31 Disember 2010. Kini , proses ini memasuki kelewatan tahun ke-4 dan ini akan memberikan kesan yang teruk kepada pembangunan infrastruktur perkhidmatan air dan juga pengurusan situasi seperti krisis air semasa yang disebabkan oleh musim kering yang berpanjangan.
Di samping itu, semua syarikat perkhidmatan air perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum menjalankan catuan air. Pelan Tindakan Kecemasan, Pelan Catuan Air dan Pelan Komunikasi hendaklah komprehensif bagi memastikan pengguna air terawat dapat mengikuti langkah-langkah dan rancangan yang ditetapkan oleh syarikat perkhidmatan air. AWER juga ingin menggesa SPAN untuk menjalankan ujian percubaan semasa musim biasa pada masa akan datang bagi memastikan pengguna membiasakan diri dengan rancangan semasa keadaan krisis air. Ini akan membantu semua pihak yang berkepentingan untuk menghadapi situasi kecemasan dengan lancar.
PENYELESAIAN 5: Meningkatkan Infrastruktur Bekalan Air ke Kawasan-Kawasan Sub-Urban dan Luar Bandar
Kerajaan juga perlu mengkaji semula infrastruktur bekalan air di kawasan-kawasan sub-urban dan luar bandar yang tidak mempunyai takungan perkhidmatan (service reservior) yang sesuai. Takungan perkhidmatan menyimpan air untuk kegunaan minimum 1 hari bagi komuniti tertentu. Tanpa takungan perkhidmatan, komuniti ini menerima kesan langsung kerana kekurangan kapasiti simpanan untuk memenuhi permintaan mereka semasa gangguan bekalan air. Semasa catuan air, ini adalah kawasan akan paling teruk terjejas dan disebabkan ini lori tangki air dikerahkan ke lokasi ini dengan serta-merta apabila terdapat gangguan bekalan air. Untuk bergerak ke hadapan, infrastruktur perkhidmatan air kawasan sub-urban dan luar bandar perlu dipertingkatkan melalui model WSIA.
PENYELESAIAN 6: Pengurusan Permintaan - Kecekapan Air
Pengurusan permintaan air adalah penting bagi memastikan pembangunan lestari. Ini terdiri daripada kedua-dua permintaan air mentah dan permintaan air terawat. Satu pengurusan permintaan air yang menyeluruh perlu dibangunkan untuk menggariskan langkah-langkah dan prosedur untuk membantu sektor domestik, industri dan pertanian untuk mengoptimumkan penggunaan air untuk mencapai kecekapan air. Sebagai permulaan, AWER telah melancarkan peranti atas talian untuk membantu pengguna domestik menjadi lebih cekap air. Alat ini yang dikenali sebagai "Tangkap si Hydro" boleh diakses melalui www.water.org.my.
Pengurusan permintaan air juga merangkumi pelabelan peralatan. Sebagai permulaan, pelabelan kecekapan air perlu diperkenalkan sebagai pelabelan sukarela untuk mesin basuh, mesin pencuci pinggan-mangkuk, penyiram mandi (shower head), kepala paip (tap) dan penyiram tandas (toilet flush). Pelabelan sukarela ini hendaklah ditukarkan kepada pelabelan mandatori dalam masa 2 tahun dengan pelaksanaan Piawaian Minima Kecekapan Air (Minimum Water Efficiency Standard - MWES). Melalui MWES, kita boleh menghentikan jualan produk yang tidak cekap air dan secara tidak langsung membantu pengguna untuk mengurangkan penggunaan air di rumah.
Begitu juga, sektor industri dan pertanian yang sangat bergantung kepada penggunaan air juga perlu dibantu untuk menjadi lebih cekap air melalui penanda aras water footprint (kadar penggunaan air). Water footprint membantu kita menetapkan penggunaan air di pelbagai sektor. Ini adalah pengurusan permintaan yang lebih efektif dan merentasi semua sektor. Sebagai contoh, kita menggunakan 140 liter air untuk menghasilkan secawan kopi, 184 liter air untuk 1kg tomato, 1000 liter air untuk 1 liter susu lembu dan 20,000 liter air untuk menghasilkan satu komputer riba (laptop). Melalui pengurangan nilai-nilai water footprint ini, sektor industri dan pertanian boleh menjadi lebih cekap air dan mengurangkan kebergantungan kepada air yang tinggi.
PENYELESAIAN 7: Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW)
AWER ingin mengucapkan terima kasih kepada Kabinet kerana meluluskan pembentukan Pasukan Petugas Khas Pengurangan NRW Kebangsaan seperti yang dicadangkan oleh AWER bagi melaksanakan Pelan Tindakan Pengurangan NRW yang terperinci untuk Malaysia. Setiap tahun, kehilangan pendapatan disebabkan oleh NRW dianggarkan adalah melebihi RM 1.6 bilion. Walaupun terdapat sedikit kelewatan dalam Pelan Tindakan Pengurangan NRW yang kini hampir selesai, kami berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempercepatkan kerja mereka dalam perkara ini. Sasaran NRW negara juga harus ditetapkan pada 20% bagi tahun 2020 kerana kini ia menjadi lebih kos efektif untuk menjalankan pengurangan NRW berbanding dengan kos pengurusan krisis air.
PENYELESAIAN 8: Pembangunan GRID AIR NEGARA
AWER telah pun memulakan kajian untuk menentukan model yang sesuai untuk mewujudkan Grid Air Negara (National Water Grid-NWG). Pra-syarat utama bagi pembangunan NWG adalah peningkatan prestasi syarikat perkhidmatan air. Ini akan mengambil masa antara 5 hingga 10 tahun. Semasa fasa ini, penyambungan di antara sistem bekalan air di dalam negeri boleh dibangunkan. Setelah ini selesai, sambungan di antara negeri boleh dilaksanakan. NWG ini akan ditadbir oleh Kod Grid (Grid Code) untuk memastikan fungsinya adalah optimum. NWG akan menjadi penyelesaian muktamad untuk menangani cabaran krisis air. Projek pemindahan air mentah sahaja tidak mencukupi kerana kekangan rangkaian ke seluruh negara dan komponen jaminan air mentah. Sebelum kita sampai ke bab NWG ini, Malaysia perlu melengkapkan Penyelesaian 1-7 yang dicadangkan oleh AWER dahulu.
KESIMPULAN
AWER memuji ikrar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan menangani isu krisis air yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. AWER berharap kerajaan boleh melaksanakan penyelesaian yang disyorkan kami ini untuk memastikan jaminan air di Malaysia di capai. Punca krisis air adalah disebabkan oleh kekurangan perancangan dan tenaga kerja yang berkemampuan untuk pelaksanaan yang menyeluruh. Apabila halangan utama ini dihapuskan, Malaysia akan menjadi negara yang terkemuka di peringkat global yang mampu untuk menguruskan air secara holistik.
Piarapakaran S, Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Sumber HD - 24-2-2014
Anti hadis dan anti hudud
- Feb 21, 2014
- DANIAL SUFRI
Tiada darah terpercik seperti dalam isu Teresa Kok, ataupun isu daging babi dilempar ke masjid. Mana pergi semangat kejantanan mereka? Janganlah kerana ada Tun Mahathir di belakangnya maka semua pihak – Umno, mufti, jabatan agama dan sebagainya berasa malu-malu untuk bertindak tegas seperti mana dalam kes-kes menghina agama sebelum ini. Atau adakah hanya Kassim berbangsa Melayu maka marahnya agak berbeza?
Dalam isu agama, sepatutnya tidak kiralah sama Melayu, Cina atau India, berdarjat atau tidak, tindakan sewajarnya mesti diambil. Saya bimbang, kemarahan meluap-luap sehingga sanggup mengorbankan binatang itu bukan ikhlas kerana mempertahankan agama tetapi lebih kepada sikap rasis dan kepentingan politik.
Saya teringat ketika Kelantan mula-mula berhasrat melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan, antara yang dikatakan menghalangnya ialah Tun Mahathir. Pelbagai alasan dan cara digunakan untuk menghalang undang-undang tersebut daripada terlaksana. Pelaksanaan penuh undang-undang tersebut memerlukan prasarana dan sokongan dari pusat – polis, mahkamah, penjara dan sebagainya.
Jadi tidaklah agak pelik jika seorang yang anti hadis berkawan dengan seorang yang pernah menghalang undang-undang jenayah Islam yang hudud termasuk di dalamnya. Cuma saya tidak mahu mengatakan orang anti hadis berkawan dengan orang anti hudud. Hal ini kerana saya percaya Tun Mahathir bukan anti hudud tetapi penasihat agamanya tidak memberi maklumat yang sepatutnya.
Kesimpulannya, saya berharap JAKIM dapat menangani isu Kassim Ahmad ini dengan bijaksana.
Sumber HD - 21-2-2014
Syabas, mana air kami?
- Feb 20, 2014
- YUNUS TAIB
Yang menjadi kemusykilan saya ialah negara kita berstatus “hujan sepanjang tahun” tetapi berlaku krisis terputus bekalan air. Negara kita bukan terletak di tengah padang pasir yang amat terhad sumber airnya.
Negara kita ada banyak sungai, tasik, air bawah tanah dan air hujan. Selaku syarikat swasta tunggal yang menguruskan air di Selangor, apakah yang Syabas lakukan?
Syabas sepatutnya mempunyai pelan kecemasan yang benar-benar praktikal untuk mendepani masalah ini. Selain menghantar air menggunakan lori, Syabas boleh menggunakan sumber air bawah tanah. Cara lain, bolehlah Syabas upah pakar untuk fikirkan.
Syabas tidak perlu mencipta air. Yang mereka perlukan ialah menguruskan air yang sumbernya begitu melimpah ruah. Takkanlah itu pun tak boleh. Jika di Arab Saudi yang terletak di kawasan padang pasir tidak pernah mengalami masalah air ketika jutaan orang mengerjakan haji ataupun umrah, bagaimana Syabas menguruskan air di Selangor sehingga ada kawasan yang sudah berminggu terputus bekalan air?
Sudahlah air yang banyak tidak terurus, harganya mahal pula. Kami sebagai rakyat tidak rela membayar harga air yang mahal semata-mata untuk membayar gaji pengerusinya yang dikatakan hampir setengah juta.
Jika tidak mampu, serahkan kepada orang lain.
Sumber HD - 20-2-2014
Aduan tentang laman web kerajaan
- Feb 20, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Susah bagi orang awam saperti kami untuk mendapatkan maklumat saperti bagaimana untuk berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan yang ada hubungkaitnya dengan permasalahan kami atau bagaimana untuk mendapatkan unit-unit bahagian tertentu untuk membuat rujukan.
Diharap pihak Jabatan ataupun pejabat terutama sekali yang membabitkan urusan dengan orang awam hendaklah lebih perihatin dan bersikap profesional dalam memberikan infomasi yang berguna yang boleh membantu pelanggan supaya tidak terkial-kial dan kurang memahami prosedur jabatan yang hendak dihubungi.
Begitu juga dengan masalah untuk berhubung dengan jabatan dan pejabat kerajaan ini kerana selalu sahaja lambat disambut oleh telefonis atau tidak dapat langsung. Ada juga apabila minta dihubungkan dengan pegawai yang hendak dihubungi tidak ada dipejabat atau sedang bercuti.
Kami sebagai orang awam yang kebanyakannya datang dari kampung yang jauh dari pendalaman yang terpaksa menaiki bas awam dan teksi apabila hadir sendiri dipejabat kadangkala kecewa apabila pegawai yang hendak kami berurusan itu tidak ada atau sedang bercuti. Oleh hal yang demikian adalah mustahak sangat apabila segala maklumat untuk membuat temujanji melalui hubungan telefon dan website jabatan disediakan. Inilah selalu yang kami hadapi. Jabatan kerajaan hendaklah lebih telus dan bersikap berkerjasama dan dipermudahkan serta cekap apabila berurusan dengan orang awam tidak kira siapa dan status mereka.
Jabatan yang paling effisen ialah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain yang berada diPutrajaya berkemungkinan kerana kedudukan Jabatan ini diperingkat pusat.
Sumber HD -20-2-2014
Lapor polis jika didatangi 'pekerja TNB' mencurigakan
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang awam supaya berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai anggota kerja atau kontraktor TNB, yang menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran untuk menipu.
TNB dalam kenyataan semalam meminta pengguna menghubungi pejabat TNB berhampiran dan polis jika didatangi individu yang menyamar sebagai pekerjanya untuk membuat pemeriksaan pendawaian dalam rumah dan meminta bayaran elektrik.
Syarikat itu menjelaskan anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T berwarna merah dengan logo TNB, jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu.
Selain itu, anggota kerja yang memeriksa meter elektrik hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa yang memaparkan gambar anggota kerja, nombor pekerja dan nombor kad pengenalan bagi kontraktor TNB.
Pemeriksaan juga hanya akan dibuat setakat meter di luar rumah dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.
Menurut TNB sebarang transaksi pembayaran untuk syarikat itu seperti deposit hanya dilakukan di kaunter-kaunter Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) dan bukan melalui orang perseorangan. - Bernama
Sumber HD - 20-2-2014
Awas! Ketika beli belah di pasar raya
- Feb 14, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Sikap tidak jujur atau sengaja untuk menipu pelanggan tidak dapat disembunyikan lagi yakni ada barangan yang dipamerkan sudah luput tarikh. Keduanya, barang yang dipamerkan itu walaupun diletakkan harganya tetapi apabila membuat bayaran dikaunter bayaran dan diimbas harganya sudah berlainan dengan harga yang ditawarkan itu ditempat barang tersebut diambil. Ketiganya masih terdapat jualan barangan atau makanan yang sudah hampir busuk dan tidak layak bagi manusia makan dijualkan. Walaupun dijual dengan harga murah tetapi demi menjaga kesihatan pelanggan dan imej pasaray a yang besar dan ternama itu sendiri sepatutnya elakkan jual barang-barang yang busuk.
Begitu juga barang basah saperti ikan, sotong, udang dan ketam - selalu didapati sudah tidak segar tetapi masih dijual dengan harga yang agak mahal. Kini harga udang saiz kecil pun sudah mencecah RM32 sekilogram dan begitu juga sotong yang nampak sudah kurang segar berharga RM22 sekilogram. Ikan juga begitu agak mahal juga apabila dibandingkan dengan barang basah dipasar tani.
Namun, dalam tinjauan rambang, saya dapati ada juga pasar raya menjaga kredebilitinya seperti pasar raya Maidin. Harga barangannya berpatutan dan mereka mempamerkan harganya mengikut harga apabila diimbaskan dan barangannya juga bermutu dan segar. Saya menyarankan agar semua pasar raya mengekalkan sikap telus dan menjaga mutu barang jualannya.
Saya juga menyarankan supaya Lembaga Tabung Haji melabur dalam sektor industri pemakanan atau membuka pusat beli belahnya sendiri dengan menjual segala keperluan barang dapur yang halal lagi bersih terutamanya barangan yang diusahakan oleh bumiputra. Kaedah sebegini mampu menghapuskan sikap tamak dan cuba memonopolikan harga sesuatu barangan tersebut.
Sumber HD - 14-2-2014
Kes bola pun sumpah guna al-Quran?
- Feb 12, 2014
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Perkara ini boleh diselesaikan melalui kaedah lain dan janganlah terlalu emosi dan mahukan jawapan segera serta untuk memberitahu bahawa T-Team tidak bersalah di dalam insiden itu maka jalan pintas adalah dengan mengangkat sumpah dengan al-Quran.
Jadi perkara ini sebagai satu ikhtibar kepada semua pasukan bola sepak negeri-negeri dan juga diperingkat kelab supaya berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak mengambil tindakan sendiri apabila berlaku insiden sedemikian. Hal ini kerana sukan bola sepak mempunyai undang-undangnya yang perlu dirujuk terlebih dahulu.
Sumber HD - 12-2-2014
Andai wanita yang diugut tampar itu isteri Zahid
- Feb 08, 2014
- Ibnu Mohamad
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat ditubuhkan di atas kesedaran harta, nyawa dan maruah rakyat akan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.
Polis DiRaja Malaysia yang melaksanakan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang wajib memelihara perkara tersebut daripada dicabuli dan diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Insiden yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu yang beragama Islam khususnya telah menjadikan otak menteri-menteri Malaysia boleh dikategorikan sebagai sampah yang tidak boleh dikitar semula.
Penyembelihan binatang yang tidak sah mengikut syarak dan melumurkan darah pada gambar muka pemimpin DAP di bunting menjadikan Malaysia adalah negara yang menuju kepada konflik perkauman dan agama.
Kebodohan sesetengah pihak demi kepentingan politik tidak dapat diselamatkan lagi melainkan menunggu mereka menemui ajal yang ditentukan.
Namun begitu, terdapat seorang lagi yang berfikiran sampah yang masih terperap di kabinet Malaysia.
Tuan punya pemikiran sampah ini adalah Zahid Hamidi. Zahid Hamidi mempunyai pemikiran sampah kerana menganggap maruah seorang wanita tidak berharga.
Zahid Hamidi juga menganggap tampar bukanlah satu bentuk ancaman yang perlu disiasat. Bayangkan seorang wanita yang diugut untuk ditampar itu adalah isteri beliau.
Apakah beliau akan masih mengeluarkan kenyataan yang tidak bermaruah seperti ini?
Maruah seorang wanita dianggap seperti bahan mainan mengikut pemikiran Zahid Hamidi.
Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan seluruh wanita Malaysia bangkit untuk menampar Zahid Hamidi sehingga pemikiran sampah beliau tercampak jauh dari kepalanya.
Zahid: Tawaran tampar Teresa bukan ancaman
Sumber HD - 8-2-2014
Hari ini genap setahun Sosma bernyawa
- Feb 07, 2014
- SYUKRI RAZAB
Walaubagaimanapun, Mahkamah TInggi Kuala Lumpur membebaskan ketiga-tiga mereka pada 20 Mei 2013. Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan tersebut berdasarkan alasan teknikal, iaitu Sosma hanya boleh digunakan bagi kesalahan keselamatan yang dibuat terhadap Malaysia.
Namun, selepas genap seminggu mereka dibebaskan, Yazid dan Hilmi ditahan semula pada 27 Mei 2013. Kali ini mereka ditahan dibawah pertuduhan Seksyen 130K(a) Kanun Keseksaan, iaitu dituduh menjadi ahli kumpulan pengganas Al Qaeda. Halimah Hussein pula masih diburu oleh pihak Polis. Satu perkara penting yang perlu diketahui, pertuduhan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Oleh itu mereka akan terus kekal dalam penjara sehinggalah proses perbicaraan selesai.
Selain Yazid, Hilmi dan Halimah, 30 orang di Sabah juga mengalami nasib yang sama. 30 orang tersebut merupakan mereka yang ditahan dalam Ops Daulat Lahad Datu. Tiga orang daripada mereka adalah warga tempatan dimana seorang daripada mereka merupakan satu-satunya wanita yang ditahan dalam Ops Daulat tersebut.
Pendirian SUARAM mudah, setiap yang bersalah perlu dihukum. Tapi hukuman itu mestilah menepati prinsip keadilan. Hak-hak orang yang dituduh perlu ditunaikan termasuklah hak untuk mendapatkan pembelaan dalam sebuah perbicaraan yang adil. Hak ini termaktub dalam Perkara 10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Hak inilah yang dicabuli oleh Sosma. Sosma memberi kuasa kepada Polis untuk menahan orang yang dituduh selama 28 hari tanpa perlu memohon perintah reman daripada mahkamah. Perbicaraan dibawah SOSMA juga tidak adil apabila pihak pendakwa memiliki banyak kelebihan. Pihak pendakwa boleh memanggil mana-mana saksi tanpa perlu mendedahkan identiti saksi tersebut kepada pihak pembela. Pihak pendakwa juga boleh mendapatkan kenyataan saksi secara rakaman tanpa perlu saksi tersebut hadir ke mahkamah. Segala bukti atau bahan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa perlu diterima oleh mahkamah termasuk keterangan kanak-kanak. Perkara ini terkandung dalam Bahagian IV,V,VI dan VII Sosma iaitu Bahagian Maklumat Sensitif, Perbicaraan, Saksi terlindung dan keterangan.
Dalam bahasa mudah, Sosma memberi banyak kelebihan kepada pihak pendakwa sehingga perbicaraan menjadi berat sebelah. Dalam kes Sosma di Sabah contohnya, perbicaraan tidak dijalankan di Mahkamah, sebaliknya diadakan di Penjara Kepayan. Hal ini menyebabkan perbicaraan tersebut tidak dijalankan secara terbuka untuk dinilai oleh orang awam. Perkara ini bercanggah dengan Perkara 14 Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik iaitu semua orang berhak mendapatkan perbicaraan terbuka, bebas, dan tidak berat sebelah.
Oleh itu, berdasarkan trend semasa pihak polis yang gemar mengugut rakyat menggunakan Sosma dan juga kaedah perbicaraan yang berat sebelah, SUARAM mengulangi tuntutan agar Kerajaan Malaysia memansuhkan Sosma dan akta lain yang mencabuli hak asasi manusia seperti Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (PCA) serta Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA).
*Penulis adalah Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Sumber HD - 7-2-2014
Parking PPUM cekik darah
- Feb 04, 2014
- AHMAD FAIROS BIN AWANG
Saya merupakan pelawat harian di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semenjak bulan 11 tahun lalu berikutan menerima kelahiran bayi pramatang yang perlu saya kunjungi setiap hari dan kebiasaannya bayi ini mengambil masa yang panjang berada di wad.
Saya merasa terpanggil untuk mengajukan kadar parkir yang sebelumnya RM3 sekali masuk dan percuma selepas waktu pejabat serta hujung minggu pada tahun lalu. Namun, semenjak awal tahun ini telah dikendalikan syarikat swasta dengan kadar RM2 untuk jam pertama dan RM1 untuk setengah jam berikutnya yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari - termasuk Sabtu Ahad dan Cuti Umum.
Kadar dan masa yang dikuatkuasakan ini amat membebankan bagi saya dan mungkin kepada staf PPUM sendiri serta kebanyakan pelawat yang lain. Justeru, saya memohon agar kadar yang lebih munasabah diberikan serta mengecualikan bayaran selepas waktu pejabat, pada hujung minggu dan Cuti Umum.
Sumber HD - 4-2-2014
No comments:
Post a Comment