Punca DAP kalah bukan 'tembak' begitu sahaja
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, adalah terlalu awal untuk membuat persepsi kekalahan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan tanpa sebarang kajian atau 'post mortem'.
Bagi PAS katanya, post mortem perlu dilakukan secara komprehensif dan intensif segala mungkin yang berlaku di P076 itu.
Namun katanya, pilihan raya kecil Teluk Intan telah melakarkan satu sejarah tersendiri apabila calon DAP dari generasi Y ditampilkan untuk melawan calon veteran.
"Faktor kekalahan atau kejayaan hendaklah disebut secara berpengetahuan bukan hanya lontaran semata-mata atau tembak begitu sahaja," katanya dalam sidang media hari ini.
Katanya, Pakatan Rakyat wajar terus memperkukuhkan perpaduan di kalangan mereka dengan mengambil semangat daripada penglibatan anak muda di dalam arena politik seperti Dyana Sofya.
"Apa yang kita dapat banggakan, kita telah berjaya mengetengahkan calon di kalangan anak muda yang mendapat sokongan luar biasa," katanya.
Dyana Sofya yang mewakili DAP dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei baru-baru ini dikalahkan calon BN dengan majoriti 238 undi. Dyana mendapat 19,919 undi manakala Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi. - HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014

Projek 4A: Lagi runding terus untuk kroni
KUALA LUMPUR: PAS menyelar tindakan kerajaan yang menganugerahkan Projek 4A, penjanaan berskala besar melalui rundingan terus kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Projek 4A yang menggunakan kombinasi melalui gas dengan bermula 1,100 mega watt juga akan diberi secara runding terus tidak lama lagi.
"Kaedah ini sangat menjengkelkan pemain-pemain IPP dalam sektor penjana bebas ini.
"Apabila kita mempersoalkan mengapa rundingan terus, alasan kerajaan adalah keperluan mendesak," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Bagaimanapun, Dzukefly menyangkal kononnya rundingan terus dibuat bagi mengelakkan berlakunya 'outages', ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai simpanan margin yang cukup selain mempunyai janakuasa tenaga yang lain.
Malah katanya, Perdana Menteri Najib Tun Razak masih gagal memberi komitmen untuk mengamalkan tender terbuka khususnya dalam industri berkala besar ini.
Misalnya kata beliau, Projek 3B oleh Suruhanjaya Tenaga yang menjana arang batu sebesar 2,000 mega watt yang kononnya diberi secara tender terbuka akhirnya menimbulkan kontroversi.
"Di mana projek itu diberikan kepada 1MDB walaupun membida dengan harga yang paling rendah, tetapi diberi kelebihan dari sudut teknikal," katanya.
Tegasnya, amalan rundingan terus ini telah melanggar komitmen tender terbuka yang kononnya ia sebagai satu transformasi oleh Najib Tun Razak.
"Walaupun Suruhanjaya Tenaga sering menerima teguran dan kritikan tetapi dengan tiba-tiba Projek 4A ini badan itu mendapat tekanan daripada Putrajaya supaya melakukan rundingan terus kepada IPP akhirnya memberi kesan kepada TNB. IPP yang paling berdaya saing adalah YTL," katanya.
Justeru katanya, sikap kerajaan yang berterusan memberi projek kepada kroni tertentu secara terus akan menghalang berlakunya kekayaan secara sama rata.
"Kita tidak mahu rakyat melihat orang yang sama mendapat projek sekali gus kekayaan akan dibolot oleh pihak tertentu sahaja, ianya sangat mustahak untuk Najib melihat senario ini. Kerajaan yang telus tidak akan membebankan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014
Dr ZA - http://www.youtube.com/watch?v=iS9Xe_1rr9o

Patriotisme menurut perspektif Islam dan Barat
SECARA umumnya bolehlah dikatakan bahawa asal-usul patriotisme adalah daripada budaya turun-temurun masyarakat Barat kerana perkataan patriotisme itu sendiri berasal daripada bahasa Yunani ‘Patria’ yang bermaksud tanah air (fatherland or homeland). Secara lebih lengkap maksud patriotisme ialah cintakan kepada tanah air dengan kesanggupan untuk menumpahkan hati-budi kepadanya. Disebabkan perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani dan kemudian digunakan oleh bahasa Inggeris maka secara khusus perkataan ini mempunyai hubung kait dengan sejarah perkembangan budaya masyarakat Eropah daripada zaman Yunani sehingga zaman Barat Moden. Bagaimanapun ini tidaklah menafikan kewujudan nilai yang sama dalam masyarakat Timur dan masyarakat Islam.
Selalu disebut bahawa konsep patriotisme dalam masyarakat Eropah dan Barat telah berubah mengikut perkembangan zaman terutama menjelang kurun ke-18. Sekiranya pada zaman Yunani, patriotisme ini merujuk kepada ‘an attachment to the physical features of land’ (rasa kebersamaan dengan tanah air), konsepnya telah berubah selepas itu. Pada Zaman Pertengahan, iaitu sewaktu masyarakat Eropah didominasikan oleh pengaruh golongan eklesiastik (golongan gereja), konsep patriotisme merujuk kepada kecintaan terhadap agama Kristian yang menjadi pegangan Tamadun Rom. Selepas Zaman Renaissance (zaman kebangkitan Eropah), ketika tamadun mula berpecah kepada kewujudan negara-negara bangsa, maka patriotisme merujuk kepada kecintaan kepada bangsa yang dikaitkan dengan nasionalisme. Pada zaman ini juga bermulanya era kolonialisme yang dilebarkan atas semangat patriotisme golongan penjajah.
Pada kurun ke-18, ketika kelahiran pelbagai ideologi seperti demokrasi, sosialisme dan komunisme yang menjadi anutan negara-negara tersebut, konsep patriotisme telah dikaitkan dengan pegangan yang kuat kepada ideologi tersebut sehingga rasa kebersamaan itu telah menggabungkan beberapa negara dalam sesebuah blok ideologi (seperti blok kapitalis dan blok komunis). Pada zaman ini, dalam suasana globalisasi yang begitu kuat selalu dipersoalkan adakah masih wujud rasa patriotisme dan nasionalisme? Yang jelasnya syarikat-syarikat transnasional atau multinasional selalu dipertikaikan semangat patriotisme dan nasionalisme yang ada pada mereka oleh golongan patriotis dan nasionalis. Dengan demikian, agak sukar memberi satu konsep yang tepat kerana konsep patriotisme seharusnya dilihat dari perspektif sejarah perkembangan tradisi, budaya dan politik manusia.
Hubungan Patriotisme dengan Ideologi Negara
Bagaimanapun yang sangat jelas konsep patriotisme itu selalunya berkaitan rapat dengan ideologi yang menjadi teras kepada sesebuah negara, malah boleh dikatakan inilah yang menjadi ciri utama dalam perkembangan patriotisme di Barat. Ideologi sesebuah negara itu kemudiannya dipupuk dalam masyarakat dengan pelbagai cara sama ada melalui simbol, slogan, kempen dan lain-lain. Dalam konteks ini sudah pasti mereka yang menjadi penafsir yang utama kepada patriotisme ialah pemimpin utama sesebuah negara. Dalam sesebuah negara despotisme atau diktator, tafsiran mereka ini kemudiannya dipaksakan kepada masyarakat untuk diterima tanpa soal. Situasi yang seperti ini berlaku semasa kebangkitan negara-negara komunis sehingga rakyat dipaksa berkorban atas nama patriotisme.
Disebabkan konsep patriotisme tidak mempunyai suatu pengertian yang mutlak atau tuntas, maka seringkali tafsiran pemimpin tentang patriotisme dianggap sebagai tafsiran yang patut diterima. Pemimpin selalu melihat merekalah orang pertama yang mempertahankan ideologi negara maka merekalah yang saharusnya menentukan kehendak sebenar patriotisme. Bagi golongan pemimpin, patriotisme itu adalah mentaati kepimpinan yang secara tidak langsung merupakan ketaatan kepada ideologi negara. Mereka yang tidak bersetuju dengan pemimpin seringkali dianggap sebagai golongan yang tidak patriotik dan pengkhianat. Konsep patriotisme seperti ini telah menular kepada negara-negara yang dikatakan demokrasi dan liberal. Dalam perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas Iraq, George W. Bush telah menggunakan pendekatan yang sama dengan menganggap mereka yang menentang perang tersebut sebagai tidak patriotik.
Patriotisme Buta (Blind Patriotism)
Bekas pemimpin Perancis, Charles De Gaulle pernah menyatakan bahawa “patriotisme ialah mengutamakan kecintaan kepada negara lebih dahulu manakala nasionalisme mengutamakan kebencian kepada negara lain lebih dahulu”. Pandangan ini agak menarik kerana cuba menggambarkan wujudnya suatu semangat yang semacam patriotisme tetapi sebenarnya ‘patriotisme buta’. Tidak dapat dinafikan bahawa cintakan kepada negara adalah sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita mendahulukan semangat bermusuh dengan orang lain maka ia merupakan sesuatu yang negatif. Sikap negatif yang seperti inilah yang selalu disebut ‘Patriotisme Buta’. Sepanjang sejarah Eropah kejadian konflik yang berpanjangan mempunyai hubung kait dengan kepimpinan yang selalu meniupkan semangat patriotisme buta.
Sekiranya kita menyorot kepada sejarah bangsa Eropah yang diakui sendiri oleh sejarawan mereka, sikap suka mendominasikan orang lain (jingoism) telah menjadi darah-daging mereka. Sikap inilah yang telah mencetuskan Perang Salib ke atas masyarakat Islam, penjajahan seluruh manusia yang bukan berkulit putih dan lain-lain. Bagaimanapun untuk membenarkan tindakan mereka, pemimpin-pemimpin bangsa Eropah meniupkan semangat memusuhi bangsa lain dan menganggap ini adalah sebagai patriotisme. Sebenarnya ini bukanlah hakikat patriotisme iaitu dengan menindas bangsa lain, mengenepikan keadilan, melakukan kezaliman sesama manusia, menolak kebenaran dan mengikis naluri kemanusiaan. Semangat dan sikap seperti ini adalah disebut patriotisme buta.
Patriotisme yang celik atau ‘celik sivik’ sebenarnya seperti apa yang dibangkitkan oleh Plato (Kanan), ahli falsafah kenegaraan Yunani yang agung iaitu menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman sesama manusia. Perkara inilah yang menjadi intipati karya Plato yang terkenal dalam persoalan kenegaraan bertajuk ‘Republic’ iaitu buah tangannya yang ditulis kerana kecewa dengan hukuman mati yang dijatuhkan kepada gurunya Socrates. Menyedari hakikat tersebut, patriotisme yang sebenar adalah untuk mewujudkan keharmonian sesama manusia, melakukan keadilan dan menegah kezaliman. Semangat mencintai negara dan bangsa yang ditiupkan adalah untuk mengimbangi kecenderungan negatif yang mungkin terdapat pada negara dan bangsa lain bukannya untuk memulakan permusuhan.
Selain itu, Patriotisme yang sebenar juga bukan bermaksud seseorang itu merelakan negara atau bangsanya mencabul dan menzalimi orang lain sebagaimana pernah disebut oleh warga Amerika dalam akhbar The Chronicle; “Sekiranya dengan tidak menyokong perang ke atas Iraq, membunuh orang awam dan memusnahkan harta mereka dianggap tidak patriotik, maka saya rela dikatakan sedemikian”. Secara kesimpulannya, boleh disebut bahawa patriotisme sebenar adalah bersifat positif dengan mengutamakan kebenaran, keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan, manakala patriotisme buta pula ialah bersifat negatif dengan mendahulukan kebatilan, kezaliman, diskriminasi dan penindasan.
Patriotisme dan Islam
Dalam konteks Islam patriotisme sebenarnya merujuk kepada semangat Jihad di jalan Allah. Bagaimanapun jihad bukanlah merujuk kepada satu kepentingan yang sempit tetapi meninggikan kalimah Allah yang kepentingannya lebih sejagat. Jihad dalam konteks ini adalah untuk menegakkan peradaban manusia seluruhnya yang diredhai Allah. Perjuangan yang seumpama ini memerlukan semangat kental yang ditanam dalam diri setiap anggota masyarakat. Selain daripada itu, setiap anggota masyarakat dipupuk untuk mendahulukan kepentingan masyarakat berbanding kepentingan diri sebagai manifestasi daripada semangat pengorbanan (tadhiyah) yang tinggi. Kesemua usaha yang dilakukan dalam membangunkan peradaban manusia seharusnya berterusan yang mungkin melibatkan silih berganti antara generasi.
Perkataan jihad berasal daripada perkataan ‘jahada’ dalam bahasa Arab yang bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Dari segi pengertiannya yang sebenar di sisi Islam ialah usaha yang bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan kepentingan peribadi demi untuk meninggikan kalimah Allah berlandaskan ketentuan syarak. Menurut al-Razi, jihad ialah penggembelingan tenaga oleh umat Islam bagi membantu menegakkan Islam, kestabilan kehidupan dan keutuhan masyarakat. Selain daripada kelima-lima Rukun Islam, jihad merupakan satu kefarduan yang sangat dituntut kerana melalui jihadlah umat Islam akan dipandang mulia dan terhormat. Sekiranya dilihat dari perspektif yang lebih luas, jihad merupakan asas kepada tertegaknya kehidupan berperadaban menurut Islam. Peradaban Islam sebenarnya merujuk kepada sesebuah masyarakat yang berjaya memasakkan mabadi’ (prinsip) Islam dalam kehidupan serta melaksanakan manhaj (sistem) Islam sebagai cara hidup mereka.
Masyarakat yang seperti inilah yang telah dibina oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berhijrah ke Madinah. Kesemuanya ini memerlukan penggembelingan tenaga yang bersungguh-sungguh yang dinamakannya sebagai ‘jihad’. Lebih daripada itu, jihad juga boleh dilihat sebagai daya ketahanan yang memastikan kelangsungan peradaban Islam. Masyarakat yang menghayati konsep jihad akan sentiasa memastikan faktor-faktor yang boleh memusnahkan peradaban seperti yang dikemukakan sebelum ini, tidak dibiarkan berleluasa di samping terus berusaha untuk memajukan kehidupan menurut ketentuan Islam. Setiap anggota masyarakat Islam akan saling pesan-memesan untuk keharmonian bersama. Segala aspek ini terangkum dalam konsep Jihad sekiranya dilihat dari perspektif Islam yang luas dan lengkap.
Para ilmuwan Islam telah menghuraikan konsep Jihad seumpama ini dalam buku-buku mereka berteraskan kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Salah seorang daripada mereka ialah Ibn Qayyim al-Jauziah yang telah membahagi Jihad kepada empat kategori:
1.Jihad melawan hawa nafsu, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk membaiki peribadi dengan memupuk nilai-nilai terpuji seperti jujur, rajin berusaha, mencintai ilmu dan berani, serta menghindarkan nilai-nilai terkeji seperti khianat, malas, melakukan perkara lagho dan bacul.
2.Jihad melawan syaitan, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara-perkara yang melampaui batas Allah (taghut).
3.Jihad melawan golongan munafik, iaitu merujuk kepada usaha yang bersungguh untuk menentang golongan ‘musuh dalam selimut’. Termasuk juga dalam kategori ini ialah usaha yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan kebenaran dan menenggelamkan kebatilan, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran serta menuntut keadilan dan mengenepikan kezaliman.
4.Jihad melawan tentera-tentera musuh, iaitu merujuk kepada jihad memikul senjata bagi menghadapi tentera-tentera musuh yang mengancam kestabilan yang secara langsung boleh memusnahkan sesebuah peradaban.
Keempat-empat kategori ini pada hakikatnya akan berlaku di sepanjang zaman meskipun dalam wajah dan bentuk yang berlainan. Menyedari hakikat tersebut, masyarakat yang berperadaban seharusnya dari semasa ke semasa menanamkan semangat perjuangan dalam setiap peribadi supaya peradaban yang dibina akan sentiasa diperkukuh dan dipertahankan. Bagi mencapai perkara tersebut segala persediaan dalam bentuk keilmuan, perekonomian, pemuafakatan dan persenjataan seharusnya disempurnakan.
Konsep jihad yang diutarakan ini seharusnya dilihat dari kaca mata yang positif, iaitu bertujuan untuk mewujudkan perdamaian dan keseimbangan bukannya perbalahan dan melampau. Melalui semangat perjuangan, pemujaan kepada nafsu, perkara-perkara yang melampaui batas agama, kekejaman atau penindasan, pencabulan hak dan serangan musuh dapat dipatahkan atau dilenyapkan. Sekiranya tiada penghayatan konsep perjuangan kesemua perkara negatif tersebut akan bermaharajalela kerana tiada lagi kuasa pengimbang seterusnya terhapuslah keharmonian dan kesaksamaan dalam kehidupan sejagat.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki ialah Pengarah Penyelidikan PAS Pusat (PPP)
http://www.tarbawi.my/
Sumber HD - 30-5-2014

Rakyat hilang wadah tumbangkan BN jika PR berpecah
KUALA LUMPUR: Sekiranya Pakatan Rakyat berpecah hanya disebabkan isu hudud, yang dijadikan modal pihak lawan untuk memutuskan hubungan antara ketiga-tiga parti, ia akan menyebabkan rakyat kehilangan wadah untuk menamatkan kuasa Umno-BN, tegas AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tiada wadah untuk menentang kuasa Umno-BN, malah ketiga-tiga parti kembali sebagai pembangkang sampai bila-bila dan cita-cita untuk menguatkuasa Enakmen Syariah II akan gagal.
Beliau menjelaskan, PAS telah sedaya upaya menerangkan dan meyakinkan rakan-rakan Pakatan Rakyat bahawa perjuangan PAS tetap kekal komited 'menegakkan keadilan untuk semua' serta 'mewujudkan sebuah negara berkebajikan'.
Di samping itu katanya, PAS juga menekankan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat PAS juga untuk bersama-sama menamatkan kezaliman Umno-BN dan kebobrokan tadbir urus yang sarat dengan rasuah, pemborosan dan pembolotan kekayaan negara.
"Atas dasar dan matlamat itu kita dapat jalinkan muafakat politik dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan DAP serta merangka 'Dasar Bersama' atau 'Common Policy Framework'.
"Kita kekal dengan Pakatan Rakyat dengan dasar-dasar ini. PAS juga telah yakinkan rakan-rakan Pakatan Rakyat bahawa PAS telah menggubal atau taqninkan Enakmen Syariah II di Kelantan sejak 1993. PAS fahamkan kepada mereka juga, ini adalah kehendak rakyat Kelantan dan hak demokratik mereka," katanya lagi.
Dzulkefly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat menegaskan, PAS juga telah menjelaskan mengenai pendekatan dan mekanisme yang terkandung dalam enakmen tersebut.
"Enakmen Syariah II ini kita lakukan dalam garis demokrasi dan proses legislatif dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kanun Jenayah Syariah merupakan tuntutan dan anjuran Allah dalam al-Quran," katanya.
Seterusnya beliau berkata, PAS juga menasihatkan ahli dan pimpinan PAS supaya mengawal diri dan emosi serta tidak terpedaya dengan mainan licik dan jahat pihak musuh untuk memporak-peranda kesepaduan dalam Pakatan Rakyat.
Sehubungan dengan itu katanya, PAS akan memperluaskan program pencerahan dan penerangan tentang Kanun Jenayah Syariah kepada semua pihak bagi memahamkan mereka tentang keperluan dan kepentingan pelaksanaan undang-undang ini.
Sumber HD - 15-5-2014

Tidak adil menilai hudud ikut Global Peace Index
1. Saya berpandangan tidak adil untuk menjadikan ranking The Safest Countries yang lazimnya berdasarkan Global Peace Index untuk menilai keberkesanan Undang-undang Islam (Hudud) untuk mencegah jenayah. Indeks tersebut berdasarkan banyak parameter bukan sekadar kadar jenayah (criminal rate).
2. Termasuk dalam parameter indeks keamanan global itu ialah kadar insiden keganasan, insiden konflik dalaman, hubungan harmoni dengan negara jiran, jumlah perbelanjaan pertahanan, jumlah anggota pasukan keselamatan, sumbangan terhadap misi keamanan PBB dan lain-lain.
3. Kalau berdasarkan parameter ini memanglah Arab Saudi dan Pakistan tertinggal ke belakang, kerana negara ini dijadikan medan untuk menghadapi terroris oleh kuasa besar sendiri. Hubungan Pakistan dengan India sampai sekarang hampir mustahil boleh distabilkan. Oleh sebab itu mengambil indeks ini untuk menilai keberkesanan Islam dan hukumnya untuk mengekang jenayah adalah tidak tepat.
4. Sepatutnya lebih sesuai diambil secara spesifik kadar jenayah yang berlaku dalam 100,000 penduduk sesuai dengan tujuan hukum jenayah Islam (hudud) adalah berkaitan dengan jenayah.
5. Kalau diambil kadar jenayah (criminal rate) negara-negara yang dikatakan paling selamat itulah yang tertinggal, sebagai contoh kadar rogol berdasarkan statistik 2009:
a. Sweden berada di kedudukan kedua dengan 53.2 kes per 100,000 penduduk
b. New Zealand di kedudukan ketiga dengan 30.9 kes
c. Ireland di kedudukan kelima dengan 22.3 kes
d. Iceland di kedudukan keenam dengan 21.6 kes
6. Keempat-empat negara ini berada di kedudukan teratas dalam Global Peace Index dari segi negara paling selamat diduduki. Negara-negara Islam termasuk yang melaksanakan sepenuh atau sebahagian hukum Islam adalah antara paling rendah kes rogol, contohnya Sudan kadarnya 2.9 dan Maldive 3 dalam 100,000 penduduk.
7. Berhubung dengan jenayah bunuh dengan niat pula, berdasarkan indeks kadar jenayah global, kadar bunuh di Arab Saudi adalah 0.8 kes bagi 100,000 penduduk dan UEA juga 0.8, lebih rendah daripada New Zealand 0.9, Sweden 1.0, Australia 1.0, Ireland 1.2, Kanada 1.6, Finland 2.2 dan US 4.8.
8. Bagi kejadian rompakan pula, kejadian rompakan di Arab Saudi (statistik tahun 2000) hanya 2.9 kes bagi 100,000 penduduk, Pakistan (tahun 2000) 0.1 kes, Qatar (tahun 2004) 2.6 kes dan Brunei (tahun 2006) 0.5 kes, berbanding dengan US (tahun 2006) 146.6 kes, Sweden (tahun 2006) 94.2 kes, Australia (tahun 2002) 81.8 kes, New Zealand (tahun 2006) 59.7 kes, Ireland (tahun 2006) 55.7 kes, Switzerland (tahun 2006) 54.6 kes dan Finland (tahun 2006) 32.3 kes.
9. Jelas sekali berdasarkan angka-angka itu dari segi kadar jenayah dan kejadian jenayah-jenayah tertentu negara-negara yang melaksanakan secara sempurna atau sebahagian hukum jenayah syariah lebih berjaya dari negara-negara Scandinavia yang dibanggga-bangggakan. Pakistan selalu dijadikan sebagai model buruk perlaksanaan hukum jenayah syariah, sedangkan semua maklum negara itu adalah negara yang politiknya tidak stabil dan banyak berlaku konflik dalaman disebabkan pengaruh kuasa-kuasa dunia yang terlibat dalam politik serantau.
10. Jumlah penduduk Pakistan pula lebih dari 180 juta, justeru amat dangkal untuk membandingkan dengan negara yang jauh daripada konflik dan tidak menjadi medan percaturan kuasa-kuasa dunia seperti di Sweden, Switzerland, Finland dan Iceland, apatah lagi penduduk mereka yang begitu sedikit seperti Iceland hanya 300,000, Finland 5 juta, Switzerland 8 juta dan Sweden 10 juta. Dalam keadaan konflik dan penduduk yang begitu ramai, Pakistan masih dapat mengatasi beberapa negara ini dalam aspek-aspek jenayah.
Sumber HD - 8-5-2014
Setahun pasca PRU13, ke mana arah kita?
Hari ini 5 Mei 2014, genap setahun berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia yang merupakan antara tersengit di dalam sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Masih terngiang lagi suara tangisan kesedihan dan luahan kekecewaan ramai teman anak muda yang mengimpikan kerajaan baru gabungan Pakatan Rakyat memerintah menggantikan Barisan Nasional di mercu kuasa Putrajaya.
PRU13 yang penuh kontroversi seperti isu ‘dakwat kekal yang tidak kekal’ itu tetap masih terukir rapi dalam ingatan kerana itulah buat kali pertama bergelar pengundi dan pada masa sama diberikan pula tugasan sebagai “Polling Agent” di pusat mengundi.
Pengalaman peribadi hari itu saya dapat melihat sendiri beberapa orang pengundi warga emas yang kehilangan hak mengundi mereka gara-gara nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos dan mereka dikatakan telah pun mengundi awal lagi.
Mungkin pihak tertentu menyangkakan kebanyakan pengundi yang berusia 80 tahun ke atas ini sudah pulang ke rahmat Ilahi, maka bolehlah digunakan sewenangnya nama-nama tersebut oleh orang lain bagi menggantikan pengundi yang sudah ‘mati’.
pilihan raya telus?
Sampai ke hari ini saya tidak pernah percaya dengan jaminan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa pilihanraya kita telus, adil dan bersih.Itu sekadar sebahagian coretan peristiwa 5 Mei 2013 yang mana masih ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang pelbagai ragam dan cerita yang berbeza.
Kata orang, “yang sudah lepas itu biarkan ia pergi dan usahlah dikenang lagi”. PRU 13 pastinya sudah menjadi sebahagian daripada sejarah tetapi ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana untuk mara melangkah ke hadapan, sesekali kita juga perlu menoleh ke belakang agar kita dapat memperoleh mutiara iktibar dan memperbaiki kesilapan yang telah berlaku agar tidak berulang kembali.
Barisan Nasional mungkin masih boleh tersenyum hari ini kerana mereka berjaya mempertahankan lubuk kuasa mereka buat kesekian kalinya semenjak Malaysia mencapaikemerdekaan pada tahun 1957.
Namun, BN perlu sedar juga hakikat kemenangan mereka itu tidaklah tulen sepenuhnya kerana mereka berjaya dengan bantuan jentera kerajaan, media arus perdana, pengundi di kawasan pedalaman dan sistem First Past The Post yang menyebelahi mereka.
Hal ini kerana, jika berasaskan jumlah undi popular mereka perolehi daripada seluruh Malaysia ini ialah sekadar 47% maka tidaklah salah untuk kita menggelar Kerajaan BN sebagai ‘Kerajaan Minoriti’.
tsunami cina
Ada yang berpandangan PRU 13 ialah ‘Tsunami Cina’ kerana majoriti pengundi Cina menolak BN di hampir kesemua tempat. Terdapat juga penganalisa politik yang berpandangan PRU 13 adalah “Rural-Urban Divide” apabila BN terus berkubu di kawasan pedalaman dan luar bandar manakala Pakatan Rakyat pula berjaya mengukuhkan tapak penguasaan di kawasan urban iaitu bandar dan separa bandar.
Bertitik-tolak daripada natijah PRU 13 ini, dinamika politik Malaysia kian rencam dan mencabar samada bagi BN mahupun PR kerana adakah mereka masih ingin bermain di atas pentas politik etnik iaitu siapakah juara mempertahankan hak kaum masing-masing..?
Apabila menyorot kembali hasil hajian daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) pada penghujung tahun 2013, dapatlah disimpulkan bahawa isu kaum dan agama seperti kalimah Allah adalah senjata ampuh yang BN mampu gunakan untuk melemahkan PR manakala isu kenaikan kos sara hidup pula adalah senjata terbaik PR untuk menyerang BN.
Jadi, usahlah kita pelik mengapa kumpulan pendesak seperti Perkasa dan Isma begitu bersungguh untuk menjadi hero dalam memperjuangkan isu yang membabitkan orang Melayu-Islam kerana Umno sedar akan hakikat sifat orang Melayu agak sensitif apabila dihebahkan dalam media bahawa hak mereka kini kian terancam.
Untuk melekakan orang Melayu daripada terpengaruh dengan PR yang menjadikan isu ekonomi sebagai modal utama menyerang kerajaan BN maka, perangkap perkauman dan keagamaan ini dipasang dengan begitu kemas dan rapi agar ia boleh digunakan dengan tempoh yang lebih lama berpanjangan sehingga menjelang PRU14 pula.
kenaikan kos sara hidup
Setelah setahun berlalu, rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Kenaikan harga minyak,barangan keperluan, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam, harga rumah, dan pelbagai lagi sungguh menyesakkan pemikiran khususnya mereka yang tinggal di bandar.
Tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai GST sebagai ganti kepada Cukai SST pada April 2015 kelak, pastinya akan menambah lagi derita yang ditanggung bak kata pepatah “mencurah cuka atas luka yang berdarah”.
Yang menghairankan sekalian rakyat jelata, ialah tatkala pemimpin BN menyeru rakyat berjimat tetapi pada masa sama mereka pula mewah berbelanja untuk projek-projek besar dan membazirkan wang rakyat di sana-sini.
Kerajaan meminta rakyat bersyukur serta faham berkenaan “rasionalisasi subsidi” dan “dasar fiskal negara” yang dikatakan tidak populis demi peningkatan taraf ekonomi negara menuju Wawasan 2020 Negara Maju sedangkan pada masa sama isu rasuah, kronisme, ketirisan dan kebocoran wang rakyat masih berulang tanpa ada penyelesaian yang kongkrit daripada pihak kerajaan.
Masalah ini bukan sahaja disedari oleh rakyat biasa bahkan pemimpin Umno sendiri ada yang bersuara seperti kata Tengku Razaleigh, tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang iaitu “Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan".
kenaikan harga tol
Ini belum lagi dikira perjanjian berat sebelah konsesi Tol pelbagai lebuhraya yang menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat, sehingga kita terfikir kerajaan yang dipilih rakyat ini adalah wakil rakyat atau wakil syarikat..?
Dalam Manifesto BN pada PRU13 yang lalu, pemimpin BN menyebut ia adalah “Aku Janji” yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” dengan menyenaraikan 17 agenda utama. Antaranya ialah menangani kos sara hidup, ke arah kecekapan terhebat pengangkutan awam, membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif, meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam, memerangi gejala rasuah dan banyak lagi.
Setelah setahun berlalu, rakyat berhak untuk bertanya pencapaian kerajaan dalam melaksanakan janji dalam Manifesto tersebut agar mereka sedar bahawa kuasa memerintah yang diberikan adalah untuk membela kepentingan sekalian rakyat bukannya kaum kerabat serta tokoh korporat yang mengelilingi mereka sahaja.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, tempoh setahun pasca PRU13 ini kelihatannya telah mula menzahirkan bibit-bibit perpecahan dan pergeseran dalaman. Kesemua parti samada PAS, PKR dan DAP perlu sedar bahawa masih ramai lagi rakyat yang menaruh harapan agar gabungan ini tetap berpadu dan seiring-sejalan untuk mempersiapkan diri dalam pertarungan merebut Putrajaya pada PRU 14 nanti.
Hal ini kerana, secara teori mudahnya tidak ada parti yang mampu memerintah Malaysia secara bersendiri tanpa bergabung dengan parti lain. Perbezaan pendirian dalam perkara tertentu adalah lumrah dan adalah tidak wajar untuk ia dijadikan asas perpecahan.
Seperti contoh dalam isu hudud, tindakan sesetengah pemimpin DAP yang membuat kenyataan bersifat ‘mengugut’ rakan serumah sendiri keluar daripada PR adalah tindakan yang terlalu emosional dan melulu. Bukankah masih terdapat banyak lagi ruang persamaan yang patut didahulukan dan diperjuangkan secara kolektif?
hasil post-mortem
Bagi berhadapan PRU14, kesemua parti dalam PR perlu melihat kembali dan bertindak berpandukan hasil post-mortem PRU13 yang lalu. Pastinya, dilema yang paling pahit ditelan oleh PAS kerana ia tersepit antara wajah sebagai parti teras orang Melayu-Islam yang mampu untuk menggantikan UMNO atau parti yang memperjuangkan untuk semua sepertimana slogan “PAS for All”.
DAP dan PKR mungkin boleh menarik nafas sedikit lega kerana kerusi yang mereka tandingi ialah majoriti cina ataupun campuran pelbagai kaum serta kerusi yang kebiasaannya terletak di bandar. Bagaimana pula dengan nasib PAS yang berhadapan dengan pengundi majoriti Melayu yang terletak di kawasan pedalaman dan luar-bandar?
Lenggok bahasa dan strategi yang hendak digunapakai kepada pengundi sebegini perlubersesuaian dengan jiwa dan budaya orang Melayu yang masih tebal dengan feudalisme (ketaatan yang tinggi kepada penguasa) dan “politik budi”. Tambahan pula,mereka juga begitu sensitif dengan hal yang berkait dengan simbol dan nilai kemelayuan, Islam serta kesultanan.
Di samping itu, Pakatan Rakyat perlu menyiapkan lebih awal gandingan generasi pelapis yang mantap untuk menyambung obor perjuangan ke Putrajaya. Tokoh besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan Lim Kit Siang pastinya tidak asing lagi bagi kita yang sudah mengenali mereka tetapi bagi generasi baru pengundi yang lebih dikenali sebagai Gen Y mengharapkan adanya kemunculan tokoh muda yang baru untuk tampil ke hadapan membawa bersama aspirasi dan suara anak muda yang lebih segar dan energetik.
Pada masa sama, isu perebutan kuasa dan konflik dalaman parti masing-masing perlu diurus dengan cermat dan bijaksana agar ia tidak membarah. Jika tidak, pastinya pengundi yang kian kritikal kini akan menghukum pula kita kerana mereka akan meluat melihat gelagat PR yang tidak ada beza dengan BN yang menjadikan kuasa sebagai bahan rebutan untuk mendapatkan khazanah harta kekayaan bukannya membela rakyat jelata.
Sebagai penutup, pemimpin politik sama ada BN mahupun PR, usahlah terlalu larut dalam pertempuran politik yang tidak berkesudahan dan melampaui batas sehingga rakyat biasa ini yang menjadi mangsa.
Percaturan dan perebutan kuasa itu bukanlah segala-galanya. Terokai dan cubalah merintis jalan untuk berdiplomasi serta bekerjasama secara telus dalam isu yang membabitkan kepentingan sekalian rakyat jelata kerana jatuh-bangun negara Malaysia ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Setahun pasca PRU13: ke mana arah kita semua?Jalan dan pilihan sudah ada, terserahlah kepada kita untuk terus berusaha dengan gigihke arah perubahan yang lebih baik atau masih ingin kekal dengan corak pemerintahan yang lama dan kian lapuk ditelan zaman.
_________________________
Penulis ialah Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS.
Sumber HD - 5-5-2014

1MDB: Rakyat tuntut ketelusan pengurusan dana rakyat
- Apr 19, 2014
- DR DZULKEFLY AHMAD
Ini jelasnya mengejutkan pelbagai kerana membuat lonjakan ketara berbanding tahun kewangan sebelum 2012 yang mencatatkan keuntungan hanya sebanyak RM44.7 juta.
Untung bersih (net profit) IMDB untuk tahun 2013 adalah sebanyak RM778.2 juta berbanding RM44.7 juta sebelumnya ketika syarikat tidak dikenakan cukai.
Namum apa yang menonjol ialah hutang 1 MDB pada penghujung tahun kewangan 2013 ini telah menokok ke paras RM42 bilion. Ini terdiri dari hutang pinjaman (non-current liabilities) sebanyak RM31 bilion berbanding RM8 bilion tahun sebelumnya.
Bersekali dengan hutang semasa (current) yang bersifat jangka-pended (short-term) jumlah I MDB terkini ialah sebanyak RM42 bilion berbanding RM9bilion pada tahun lalu.
Pun begitu yang ditunjukkan oleh ‘Balance Sheet’ I MDB yang mencatatkan sebanyak RM31 bilion asset pembelian penjana tenaga bebas (IPP) dari Jimah, Tanjung dan Genting sebagai asset-aset tidak semasa (non-current) mereka.
Akaun inilah yang menjadi kontroversi kerana kelewatan hampir setahun kerana didakwa tidak mahu diluluskan oleh pihak auditor syarikat KPMG, lebih dikenali sebagai ‘Gergasi 4’ atau ‘The Big 4’ syarikat auditor terbesar di dunia.
Dikatakan bahawa akaun ini tertangguh selama hampir setahun baru sahaja diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) hujung bulan lalu oleh sebuah lagi dari Big 4 yakni Deloitte. Dalam 5tahun operasi, 1 MDB telah diaudit oleh 3 dari 4 Nama Besar (Big 4) firma auditor termasuk Earnst and Young.
Keuntungan yang diperolehi untuk tahun 2013 ini adalah hasil peningkatan pendapatan ke paras RM2.59 bilion berbanding RM633.2 juta untuk tahun sebelumnya.
Persoalan penting yang mesti dijawab pihak pentadbiran ialah apakah punca peningkatan pendapatan dan keuntungan untuk tahun 2013 ini?
Sangat dikhuatiri bahawa keutungan RM778.2juta seperti dilaporkan itu adalah dicapai melalui langkah penilaian semula atau ‘re-evaluation exercise’ hartanah yang mereka milikki.
Ini termasuk dua tanah bernilai tinggi atau ‘prime land’ di jalan Tun Razak untuk pembinaan Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah di TUDM di Sungai Besi untuk membangunkan Bandar Malaysia.
Kedua-dua keping tanah ini untuk pengetahuan umum adalah diperolehi dengan harga yang diskaun yang sangat murah. Tanpa ‘reevaluation’ untuk kewangan tahun 2012, IMDB pastinya akan mengalami kerugian pre-tax sebanyak RM525.3 juta dan bukan keuntugan sebanyak RM44.7 juta. Sangat mudah membuat keuntungan melalui langkah-langkah perakaunan ‘kreatif’ seperti ini.
IMDB sememang mendapat perhatian pelbagai pihak kerana sentiasa berada dalam kontroversi. IMDB akan terus dipantau oleh semua pihak. Sebagai “Sovereign Fund” kedua negara selepas Khazanah Berhad, IMDB mendakwa syarikatnya sebagai ‘rakan strategik’ kerajaan bagi ‘membantu menjana ekonomi berpendapatan tinggi,mapan dan inklusif’.
Dana IMDB ini adalah langsung di bawah kelolaan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tetapi jelasnya tidak menunjukkan amalan korporat yang baik dan telus. Sejak penubuhannya, IMDB tidak putus-putus dalam kemelut pada setiap pembelian dan pelaburannya khasnya hartanah dan tenaga bebas.
Di segi sejarah penubuhannya, IMDB sudah mula dengan langkah yang tidak jelas. Pernah awal-awal lagi 1MDB dikatakan adalah dana pelaburan yang menguruskan wang ehsan negeri Terengganu.
Namun ia tidak direalisasikan atas apa jua sebab yang tidak keharuan. Akhirnya IMDB dikatakan mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.
Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7.09 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Sedikit waktu dahulu, Ahli Parlimen PJ Utara dan kini Ahli Parlimen Pandan, telah berkali-kali membangkit perkara tersebut.
Untuk pengetahuan umum, akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.
Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya tidak diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.
I MDB mendakwa bahawa segala apa yang dilakukannya adalah telus dan bersih. I MDB juga mendakwa bahawa pelaburan ini telah menjana pulangan sebanyak RM606 juta.
Persoalan yang memerlukan jawapan kini ialah siapa pengurus dana antarabangsa mereka di Cayman Island itu?
Benarkah dana itu berada di Cayman Island ataukah ianya di sebuah bank swasta Swiss? Kerana I MDB adalah dana rakyat dan melibatkan wang rakyat, maka ia mestilah tertakluk kepada tadbir-urus yang telus seperti dana –dana seperti PNB atau KWSP?
Begitu juga halnya dengan pembelian beberapa buah IPP dengan 1 MDB membayar dengan harga lebih mahal sebanyak RM2.65 bilion untuk syarikat Tanjong Energy Holding dan Genting Sanyen Power. Ringkasnya pembelian IPP ini dinilai pihak penganalisis kewangan sebagai tidak pruden dan tidak wajar di segi kadar pulangan dalaman (IRR).
Meringkaskan penulisan ini, dengan tidak memasukki perbincangan tentang bagaimana 1 MDB berjaya mendapatkan tanah-tanah premium seperti untuk pembangunan TRX dan Bandar Malaysia, dengan harga yang sangat istimewa, umum ingin tahu tentang hutang IMDB yang kini telah mencecah RM42 bilion yang berjaya dikumpulkan dalam hanya 5 tahun operasinya.
Persoalan yang berlegar dalam pemikiran rakyat ialah siapakah yang akan membayar hutang berbillion ringgit ini seandainya I MDB gagal melunaskannya? Apakah Petronas juga yang akan dimangsakan untuk ‘bailout’ 1 MDB?
Dr Dzulkefly Ahmad ialah Pusat Penyelidikan PAS.
Sumber HD - 19-4-2014
GST: Rakyat jadi mangsa tabiat boros Menteri Kewangan
- Apr 09, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, memang benar GST bakal menjana pendapatan besar kepada negara namun selagi masalah sikap tidak diubah, tiada guna cukai baru diperkenal melainkan hanya menyusahkan rakyat.
"Apa tabiatnya? Berbelanja besar masa mewah dan masa meleset, mudah buat bajet tambahan, beri kepada kroni secara direct-nego, masih kekal monopoli dan konsesi-konsesi, ketirisan dan rasuah masih di takuk lama.
"Ini Ketua Audit Negara yang laporkan setiap tahun berlaku perkara sama," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang GST selepas melalui dua hari perbahasan untuk bacaan kali kedua.
Pengundian belah bahagi menyaksikan 118 ahli parlimen BN menyokong sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan tidak bersetuju.
GST yang dijadual dilaksanakan pada April tahun hadapan dijangka bakal memberi tambahan pendapatan negara sebayak RM3 bilion untuk tahun pertama dan unjuran sehingga RM20 bilion pada keadaan optimanya.
Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, kerajaan tidak wajar menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca kebejatan kewangan negara sehingga menghalalkan perlaksanaan GST.
Hutang kerajaan Pusat katanya bukanlah disebabkan oleh faktor subsidi sahaja, dan jika sekalipun benar, ianya hanya sedikit.
Tetapi kata beliau, punca lebih besar adalah cara pengurusan kewangan negara yang tidak berhemat.
Beliau turut meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan punca kerajaan BN menanggung defisit fiskal terus menerus selama 16 tahun dan hutang Kerajaan Persekutuan yang telah mencecah hampir 55% dari KDNK walaupun tidak diizinkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.
"Negara memerlukan seorang Menteri Kewangan yang tinggi hemahnya, beramanah-integriti, sepenuh-masa, cermat, tekun, akumen kewangan yg tajam, tak diganggu-gugat oleh kepentingan kroni.
"GST boleh jana pendapatan yang mewah berbilion ringgit, tapi yang mesti berubah menteri kewangan dan tabiatnya," katanya.
Sumber HD - 9-4-2014
MH370 peluang bangkit dengan 'reset button'
- Apr 05, 2014
- DR DZULKEFLY AHMAD
Segala harapan untuk menyaksikan MAS mampu untuk menjayakan program ‘pemulihan’ atau ‘turnaround’tahun ini 2014, tampaknya pasti akan tertangguh.
2. Untuk ingatan umum, kali terakhir keuntungannya adalah dalam tahun 2010 dan terkini, 70% saham MAS masih dipegang oleh Khazanah Nasional. Saham MAS juga pernah jatuh ke paras 24 sen sejak kehilangan MH370 ini.
3. Pastinya dengan krisis malang ini kedudukan kewangan MAS akan menjadi lebih tertekan dan parah lagi.
4. MAS berdepan dengan bayaran gantirugi ke kepada keluarga mangsa ratusan juta ringgit dan juga penurunan jualan tiket penerbangan. Sebahagian akan dibayar oleh pihak insuran.
5. Sukar untuk dibuat congakan tentang taksiran kerugian dan impak kewangan ‘Search and Rescue’ atau SAR dan seluruh aspek pengurusan yg tentunya jauh lebih kompleks dan ektensif. Kos juga termasuk menerbangkan keluarga ke Perth Australia di mana tempat pencarian sekarang ini sedang dilakukan.
6. Sebagai perbandingan Air France yang hilang dalam perjalanan dari Rio de Jenario ke Paris pada 2009, menelan belanja RM145 juta atau €32 juta utk carian selama 5 hari. Namun bangkai pesawat dan kotak hitam hanya diketahui dua tahun kemudian.
7. Melibatkan 26 buah negara seluruh dunia, termasuk China yang menghantar 7 dari 40 kapal penyelamat mereka, dianggarkan oleh pakar-pakar bahawa ia akan menelan ratusan juta dollar Amerika.
8. Rabu lalu pihak Pentagon sahaja, contohnya, dalam cariannya akan Kotak Hitam, menganggarkan kos seluruh perbelanjaan mobilisasi pesawat dan asset-aset navynya dalam lingkungan USD 3.3 juta.
9. Vietnam pula telah membelanjakan lebih dari USD 8 juta dalam operasi mecari dan menyelamat, SAR MH370 di kawasan Laut China Selatan. Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helicopter. Sementara itu, Singapura melibatkan dua kapal perang dan helikopter tentera laut mereka.
10. Bayaran awal USD5000 atau RM16,500 dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada setiap keluarga mangsa. Mengikut perjanjian antarabangsa MAS akan membayar USD 175, 000 setiap mangsa. Andainya MAS yang disabitkan salah kemudian, maka bayaran akan ditambah lagi.
11. Sebaliknya, MAS telah melaporkan bahawa mereka telah mendapat bayaran USD100 juta dari pihak Boeing sebagai gantirugi utk kehilangan MH370 777-200ER jetliner malang itu.
12. Bercakap tentang apakah MAS akan terkesan di segi trafik penumpangnya? Pengalaman menunjukkan tragedi ini meninggalkan impak kepada penumpang meskipun tidak lama 5 ke 6 bulan. Itu lazim diperhatikan mengikut penganalisis.
13. Menurunkan harga tambang boleh membantu memikat sentiment penumpang, tetapi tidak membantu penjanaan pendapatan yang telah sedia terjejas kerana tawaran MAS sebelum tragedi pun telah sedia rendah kerana mengatasi persaingan sengit.
14. Menurunkan tambang akan terus menjejaskan kewangan MAS kerana pastinya tidak dapat mengatasi ‘kos per unit’ atau kos operasi setiap passenger setiap kilometre perjalanannya (CASM).
15. Sementara umum mudah memahami apakah impak kewangan yang akan dialami setelah ditimpa musibah MH370 ini, negara masih tercari-cari sentuhannya dan strategi berbisa untuk mengeluarkan penerbangan nasional ini dari kemelutnya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan ini.
16. Dalam fikiran penulis sudah terlakar 6 langkah cadangan konkritnya. MAS mesti berani melakukan sesuatu dan berfikir diluar kotak dan bertegas melakukan tindakan-tindakan drastik tersebut. Namun seperti biasa bisnes di Malaysia ini, akan ditentukan oleh ‘konsultan yang berjenama atau global branding’ yang dibayar berjuta ringgit.
17. Mengongsi sedikit kata-kata hikmah pengurusan: ‘Kalau anda mahu miliki apa yang belum anda punyai, maka anda perlu lakukan apa yang belum pernah anda buat’! (If you want what you never had, then you must do what you’ve never done!). Fikir-fikirkan.
Sumber HD - 5-4-2014
Langat 2: MB perlu jelaskan terma MoU
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.
MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dr Dzulkefly menambah, penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.
"Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?
"Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau 'binding'. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat," ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi 'viable' dan termasuk dalam pakej MoU itu.
"Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor," tegas beliau.
Sumber HD - 27-2-2014
Bernas: Keluar Bursa dedah kepada monopoli invividu
- Feb 25, 2014
- ANIS NAZRI
Malah, hak monopoli yang dimiliki Bernas menambahkan lagi kebimbangan atas tiadanya ketelusan tersebut, tegas Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar).
Bercakap kepada media, Dzulkefly menegaskan mana-mana syarikat yang tersenarai di bawah Bursa perlu membuat penyata syarikat yang membolehkan capaiannya kepada orang awam.
"Justeru, jika Bernas dikeluarkan dari Bursa, ia akan menimbulkan kebimbangan terhadap ketelusan tadi, lebih-lebih lagi apabila ia dimiliki oleh seorang individu sahaja," kata beliau di Pusat Media PAS, hari ini.
Pengerusi Bernas, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary bertindak buat kali kedua mencuba untuk membawa Bernas keluar dari senarai Bursa Malaysia sebagai entiti swasta, yang sebelum ini dilakukan hampir setahun lalu.
Bagaimanapun, permohonan sebelum ini tidak berjaya kerana pihak peguam membawa bukti bahawa adalah tidak diizinkan untuk Bernas dimiliki seorang individu.
"Namun, yang menjadi lebih aneh tetapi menarik ialah harga yang ditawarkan beliau tetap pada paras RM3.70 sen sesaham, yang pada kebiasaannya harga yang ditawarkan untuk kali kedua adalah lebih tinggi," tegas Dzulkefly.
Justeru, Dzulkefly mempersoalkan peranan yang dimainkan pengarah bebas bukan eksekutif yang berada di Bernas dalam menjalankan tanggungjawab 'check and balance' berkaitan harga tawaran tersebut.
Katanya, pengarah bebas bukan eksekutif ini sewajarnya bersuara tentang tawaran harga kedua yang diberikan Syed Mokhtar, yang sewajarnya lebih tinggi dari sebelumnya.
Sedangkan, tegas Dzulkefly sebuah badan NGO, Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) telah membuat satu taksiran harga pasaran saham terkini Bernas sewajarnya dalam lingkungan RM4.18 dan RM6.13 sesaham.
"Tawaran Syed Mokhtar ditanggapi sebagai sangat mengecewakan, lebih memementingkan diri dan sanggup mengetepikan rakyat yang ditindas," kata beliau.
Difahamkan, syarikat-syarikat yang menawarkan pembelian pada harga RM3.70 adalah Perspective Lane (M) SB, Kelana Ventures SB, Seaport Terminal (Johore) SB dan Acara Kreatif SB.
Kesemua syarikat ini dimiliki Syed Mokhtar secara pegangan majoriti sementara sebanyak 83.68 peratus jumlah saham Bernas.
Bernas yang diberikan kuasa monopoli untuk mengedar beras di seluruh negara memerlukan 6.31 peratus saham untuk menguasai 90 peratus saham Bernas bagi melayakkan mereka membawa Bernas keluar dari Bursa Malaysia.
Langkah tersebut, tegas Dzulkefly akan memberi kesan kepada pihak pemegang saham minoriti, khasnya pihak petani padi dan pengilang padi, yang kini dijanjikan peruntukan sebanyak lima peratus saham oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri apabila Bernas disenaraikan semula selepas dibawa keluar.
Sedangkan, ketika ini, jelas Dzulkefly National Farmer Association (Nafas) dan National Fisherman Association (Nekmat), masing-masing memegang sejumlah 7.13 peratus saham Bernas.
Malah, tegas Dzulkefly amat malang bagi kedua-dua pertubuhan tersebut apabila kenyataan Ismail itu ditolak dan dinafikan pihak Bernas beberapa hari yang lalu.
Sehubungan itu, Dzulkefly mempertikaikan dan mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengizinkan satu aset strategik penting negara diberikan hak monopoli oleh pihak swasta, malah seorang individu.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop.
Dr DZA - http://www.youtube.com/watch?v=G9nzzR-v8w4
Sumber HD - 25-2-2014
Muflis: K'jaan digesa buat polisi baru, tingkat pendapatan rakyat
- Feb 19, 2014
- ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Melihat kepada angka muflis yang semakin meningkat dan membimbangkan, kerajaan digesa mengambil satu langkah jangka panjang bagi mengatasi perkara tersebut dengan merangka satu polisi baru.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membentangkan Akta Pendapatan Adil dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat, sekaligus mengelak bertambahnya bilangan muflis di negara ini.
Tegas beliau, dengan meningkatnya pendapatan rakyat, kerajaan akan mendapat lebih banyak sumbangan ekonomi daripada rakyat ekoran kuasa membeli rakyat yang turut meningkat.
"Kita perlu sedar, keadaan muflis ini berlaku kerana rakyat sudah tidak mampu membayar segala kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Ditambah pula dengan keadaan negara yang mengalami inflasi yang kini semakin meningkat 3.2 peratus," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dzulkefly berkata risiko meningkatnya situasi muflis ini apabila kadar pinjaman semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka turut naik, sekaligus meningkatkan ansuran bulanan kereta, rumah dan pinjaman peribadi.
Katanya tindakan itu kan menyebabkan semua institusi perbankan negara turut menaikkan kadar pinjaman purata mereka dalam semua bentuk pinjaman dan bakal 'melahirkan' lebih ramai rakyat muflis di negara ini.
Jelas beliau, kenaikan OPR tersebut pasti berlaku memandangkan ketika ini negara sedang mengalami inflasi sebanyak 3.2 peratus.
Bagaimanapun, Dr. Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengingatkan rakyat untuk berbelanja secara berhemah bagi memastikan diri mereka tidak terbeban dan menjadi muflis.
"Rakyat perlu berbelanja secara berhemah. Bukan berjimat-cermat. Jimat-cermat ini bukan caranya. Kalau berjimat hingga bawa bekal ke pejabat, apa jadi pula dengan peniaga nasi lemak di tepi-tepi jalan? Kita kena ingat, ekonomi ini satu sistem yang bergantung antara satu sama lain.
"Justeru, yang saya ingatkan adalah berbelanja secara berhemah iaitu memikirkan keperluan berbanding kehendak. Kalau pinjaman perumahan, kereta memang sudah menjadi keperluan. Tapi kad kredit mungkin boleh dielakkan," tegas Dr. Dzulkefly.
Namun, dalam masa sama, kerajaan diingatkan untuk menunjukkan contoh yang baik dengan berbelanja secara berhemah bersama-sama rakyat.
"Janganlah kerajaan sibuk menyarankan rakyat untuk berjimat-cermat, berbelanja dengan berhemah tapi dalam masa sama mereka bermewah-mewah dan melakukan pembaziran," tegas beliau.
Sumber HD - 19-2-2014
Adakah anda seorang peniaga atau perempuan? Jika dalam apa-apa masalah kewangan atau memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Jika anda membayar bil-bil atau hutang untuk menyelesaikan anda, atau adakah saya memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan ia adalah bank-bank tempatan keras / mencari modal untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab, jika anda suka,
ReplyDelete* Pinjaman Kenderaan
* Pinjaman Harta Tanah
* Pinjaman Perniagaan
* Lain-lain Pinjaman
* Kredit
* MasterCard
Sila hubungi kami melalui e-mel: Saya Theresaloancompany@gmail.com
Nota: Pinjaman memberi kepada kadar faedah tahunan hanya 2%. Sila anda akan diberi kredit dalam mana-mana negara di dunia perlu diberitahu kediaman.
Mana-mana pelanggan yang memerlukan, perlu memberikan kami maklumat berikut untuk membuka fail pemprosesan pinjaman.
1. NAMA PENUH: ...............................
2. ALAMAT: .............................. .. ...
3. PEKERJAAN: .....................
4. NEGARA: ........................
5. KEADAAN: ........................ ..
6. Bandar: ...........................
7. SEKS: ............................
8. Umur ........................... ..
9. NOMBOR TELEFON BIMBIT: ............ ..
10. JUMLAH KREDIT YANG DIPERLUKAN: ..........
11.Monthly Pendapatan ..................
12.DURATIO daripada: ..................... ..
13. PINJAMAN TUJUAN ...............
Terima kasih atas kerjasama anda
Theresa PINJAMAN SYARIKAT
ALAMAT EMAIL: Saya Theresaloancompany@gmail.com