1.Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
2. Web lama (25/08/2002)
- http://purnama8.tripod.com/index.htm
KUALA LUMPUR: Radio internet PAS Hijau.fm sekali lagi mengambil inisatif mengadakan Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS) pada 26 April (Sabtu) ini.
Menurut Pengarah Program Shuhaimi Embong, selain sesi bengkel yang akan dikendalikan oleh fasilatator berpengalaman, dua ikon dakwah dan politik, iaitu Ustaz Abd Ghani Samsuddin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan membuat penampilan khas dalam sesi perasmian dan penutup.
Beliau mengalu-alukan sukarelawan radio Hijau.fm dan rangkaian webtv dan radio internet PAS serta pengamal media sosial Markaz PASFB dan lain-lain untuk turut serta dalam bengkel sehari itu nanti.
Sejak dilancarkan hampir setahun lepas, Hijau.FM sentiasa mempertingkat kualiti perkhidmatan kepada pendengar terutamanya menyiarkan program-program siaran secara langsung program-program utama berkaitan dengan dakwah termasuk Usrah Rakyat yang semakin mendapat perhatian pendengar-pendengar hijau.fm.
Bagi mendengarnya, pengguna boleh mengakses melalui laman web Pas Pusat (www.pas.org.my), laman PRU13 Pas (pru13.pas.org.my), laman web Hijau.fm (www.hijau.fm) dan TuneIn (www.tunein.com).
Bagi pengguna telefon pintar, boleh menggunakan aplikasi percuma Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android) dengan membuat carian "Hijau.fm" di dalam aplikasi tersebut.
Selain itu pengguna juga boleh menggunakan hyper rangkai berikut: http://station.voscast.com/51298d918b97f/.
Program Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS) ini dikendalikan dengan kerjasama Lajnah ICT dan Media Baru (LICTMB) dan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media.
Bagi yang ingin mengikuti program ini boleh menghubungi Rahiman (0124854178) atau emel kepada hijau.fm@pas.org.my .
Sumber HD - 23-4-2014
IPOH: Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini perlu diambil kesempatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada PAS.
Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PAS perlu memperalatkan teknologi baru yang sedang menguasai dunia ini untuk menerjah hati masyarakat khususnya orang Umno.
Menurutnya, PAS perlu terkehadapan dalam penguasaan ICT dan mengurusnya secara sistematik dan strategik agar ia benar-benar berkesaan untuk taut hati golongan sasaran.
"PAS perlu peralatkan ICT untuk menerjah hati sasaran kita iaitu orang Umno, ini adalah satu lagi platform yang perlu PAS gunakan bagi mencapai sasaran parti.
"Penglibatan dan penguasaan dalam bidang ICT ini juga akan lebih memberangsangkan PAS," katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Teknologi Maklumat PAS Perak di Hotel Seri Malaysia dekat sini hari ini.
Mohammad Nizar menjelaskan, semua kelompok sama ada muslimat, pemuda mahupun ulama perlu celik dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tersebut.
PAS katanya boleh menggunakan IT untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat di semua lapisan terutama golongan muda yang sangat dekat dengan teknologi baru ini.
Retreat tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan IT PAS Pusat yang diketuai oleh Pengarahnya, Suhaimi Embong dan Setiausaha, Ahmad Jamalie Sefihi.
Ianya bertujuan untuk membincangkan dan mengenalpasti hala tuju lajnah tersebut bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) kelak.
Sumber HD - 5-4-2014
Pada petang khamis, 20hb Mac 2014, saya bersama dengan Tun Faisal Ismail Aziz, mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia dijemput menjadi tetamu kepada Bernama24 Radio bagi membincangkan isu Budaya Media Sosial.
Diantara apa yang ditanya kepada saya untuk dibincangkan di Bernama24 Radio pada petang tersebut adalah bagaimana untuk mengelakkan penyamaran atau penipuan dalam media sosial sama ada facebook, twitter, instagram, telegram dan sebagainya.
Secara jujurnya saya nyatakan, adalah sukar untuk membanterasnya walaupun ditubuhkan beberapa agensi khusus untuk mengendalikannya selagi manusia tidak kembali kepada Islam dengan menjiwai adanya dosa dan pahala di atas apa yang dilakukan termasuk dalam dunia siber ini.
Sebelum itu, anak saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada penipuan bisnes siber ini. Pada 22hb Mac, 2014, nombor telefon saya pula telah menjadi mangsa kepada penyalahgunaan atau penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Yang lebih mengejutkan, saya sendiri juga turut menjadi mangsa kepada penyamaran atau penipuan seperti ini lebih kurang 48 jam selepas bercakap perkara tersebut.
Saya telah membuat laporan polis pada malam tersebut (Gambar atas), selepas menerima panggilan beratus-ratus sms dan panggilan menyebabkan saya terganggu dan hilang fokus. Selain laporan polis, saya dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM). Saya juga diminta membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Saya menyerahkan kepada SKMM menyiasat selepas membuat laporan rasmi pada Isnin, 24hb Mac, 2014. Saya amat berminat untuk mengetahui apa yang terjadi sama ada sim kad saya ‘diklon’ atau mereka menggunakan perisian tertentu untuk menghantar SMS berkenaan.
Tidak pasti sama ada SKMM mampu atau tidak menjejak ‘penyangak’ siber yang telah membuat onar dengan menghantar sms yang bukan-bukan menyebabkan saya dipaksa menerima kecaman ke atas apa yang tidak saya lakukan.
Yang Berikut adalah sedutan berita yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada 23hb Mac, 2014.
PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat digodam
Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.
Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.
"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadi hingga sekarang tak henti-henti.
"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ini," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.
Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; "Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar" dan "Duit telah ada pada aku bila nak ambil".
"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.
Sumber HD - 25-3-2014
Pada 12hb Mac, sebuah ahbar Daily Mirror melaporkan, seorang Pengurus Teknologi Maklumat (IT), Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat mendakwa dapat mengesan imej pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi.
Mike Seberger, mengesan objek misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan meliputi keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan hilang.
Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit di internet.
Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China Selatan. Tanpa menidakkan usaha yang dilakukan oleh Mike, penemuan itu menakjubkan semua pihak, tetapi setelah pencarian dilakukan disekitar kawasan yang dinyatakan, ternyata maklumat tersebut juga meleset. ICT gagal kesan MH370?
Mengikut laporan media yang diberikan oleh pihak berkuasa, pesawat MH370 membuat hubungan terakhir dengan Air Trafic Control (ATC) pada jam 1.07 pagi waktu tempatan dan selepas itu ACARS (Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat) dimatikan).
Tetapi dilaporkan radar tentera ada mengesan pesawat bukan ketenteraan tidak dikenali (yang kemudiannya disahkan sebagai MH370) yang terputus hubungan dengan ATC dan dilaporkan hilang tetapi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tidak mengambil sebarang tindakan susulan pada masa tersebut.
Kita juga dimaklumkan dalam satu sidang akhbar bahawa dakwaan pihak tertentu pesawat tersebut sehingga 4 jam selepas terputus daripada menara kawalan sebagai tidak benar.
Kemudiannya, setelah seminggu berlalu barulah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat Sidang Media khas mengesahkan bahawa sebuah satelit Inmarsat, milik sebuah syarikat telekomunikasi Britain bahawa MH370 telah menghantarkan signal terakhir kepada satelit telekomunikasi tersebut pada jam 8.11 pagi (waktu tempatan), kira-kira 7 jam selepas dilaporkan hilang daripada radar ATC.
Tetapi kejadian ini masih menjadi misteri yang menakjubkan kepada pakar dunia penerbangan bagaimana sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih tidak mampu mengesan dimanakah pesawat tersebut berada sekarang?
Sebagai manusia, kita tetap makhluk yang lemah, walaupun telah mempunyai sistem yang canggih. Hari ini telah 10 hari, MH370, pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dengan 239 penumpang dan anak kapal yang dilaporkan hilang sejak 8hb Mac lalu masih lagi tidak ditemui.
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar MH370 berjaya di kesan dan tunggulah maklumat rasmi daripada pihak berkuasa walaupun terdapat banyak maklumat tidak rasmi yang berlegar di internet.
Sumber HD - 17-3-2014
Kembara IT Sabah 2014 bagi Zon Pantai Timur pada kali ini melibatkan empat kawasan meliputi Tawau, Kalabakan, Silam dan Sempoerna.
Terdahulu, Jabatan IT telah membangunkan Spokas (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS), SiSPro (Sistem Integrasi Sepadu Pemilih, Rakyat dan Organisasi), SSDP (Sistem Semakan Daftar Pemilih), Smspro (Sistem Mesej Sepadu Pemilih dan Rakyat Online) dan Pas TnG (touch n Get), radio hijau.fm dan Webtv serta ePaper. Semua ini dapat memudahkan ahli-ahli PAS mendapat dan menyebarkan maklumat secara Mobile.
Kembara IT 2014 pada kali ini diuruskan oleh Fatmawati Yusof, pengerusi Lajnah ICT Pas Sabah.
Kembara yang berlangsung selama empat hari iaitu dari 7 - 10hb Mac 2014. Jabatan IT Negeri (JITN) PAS Sabah turun ke kawasan berkenaan untuk mengaudit dan meninjau secara dekat perlaksanaan aplikasi-aplikasi IT yang telah dibangunkan oleh Jabatan IT PAS (JITP).
Tiga panel yang terlibat dalam program audit dan pemantauan kepada empat kawasan Zon Pantai Timur ialah Suhaimi Embong, Pengarah IT PAS, Wan Asrul Affendi Muhamad, Pengarah IT Pemuda dan Raimin Mustapha, AJK IT juga mantan Pengarah It PAS Sabah.
Sumber HD - 8-3-2014
PUTRAJAYA: Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.
Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - Bernama
Sumber HD - 6-3-2014
Melihat kepada sejarah perkembangan dakwah Islam, kita akan dapati kaedah yang berbeza digunakan mengikut keadaan. Pada peringkat awal kemunculan Islam, Rasulullah menggunakan kaedah dakwah secara rahsia. Apabila umat Islam sudah mempunyai kekuatan, maka dakwah dilakukan secara terang-terangan. Sebaliknya zaman ini, walaupun Islam telah dikenali, tetapi masih ramai yang tidak memahami secara tepat.
Dakwah bertujuan mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperoleh kebahagiaan (sa’adah) yang hakiki bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Dengan kata lain dakwah bertujuan mengembalikan seluruh manusia kepada fitrah, iaitu homo religious dan homo Islamicus.
Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat fleksible dari segi kaedah atau cara dakwahnya. Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan.
Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang method dakwah di abad ini. Kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi.
Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’. Oleh sebab maklumat adalah kuasa, maka untuk berkuasa teknologi yang merupakan wasilah untuk menyampai dan mendatangkan maklumat menjadi cukup penting dan perlu dikuasai.
Penggunaan ICT dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kecanggihan dunia ICT hari ini telah memungkinkan blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Justeru, menggunakan blog sebagai usaha untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini. Dengan niat yang betul ketika menggunakan blog untuk melakukan dakwah tentang kesucian Islam pasti kita akan dapat mengecapi keberkatan di dalam kehidupan harian. Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan, pasti dilihat oleh Allah walaupun hanya sebesar zarah.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan hendaklah ada di antara kamu menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imran : ayat 104)
Blog sebagai media dakwah
Ramai yang telah menyedari blog adalah satu media perhubungan yang berpengaruh dan menjadi alat penyebaran maklumat dakwah yang tidak mudah disekat ketika ini. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia.
Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.
Tetapi masalah utama adalah laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat. Justeru, suatu gabung jalin yang kuat antara pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah mengusahakan penggunaan internet, blog dan teknologi yang lain sebagai medium dakwah diyakini mampu memberi nafas baharu kepada dunia dakwah agar skop dan capaian dakwahnya lebih luas, kreatif dan yang penting ilmu itu akan sampai kepada masyarakat dan masyarakat pula boleh berinteraksi dengan mereka sebagaimana maksud sebuah hadis.
“Barang siapa menunjukkan kepada suatu kebaikan, dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)
Yang perlu dipastikan ketika menggunakan blog adalah menjaga etika penulisan agar ia tidak menyentuh isu yang tidak dipastikan kesahihannya. Selagi isu tersebut disokong oleh hujah al-Quran, sunnah mahupun pendapat ulama, maka tidak salah para pendakwah atau penulis blog mengutarakan pandangan mereka melalui blog.
Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran.Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka.
Dengan kewujudan blog, ia menjadi satu alternatif kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan. Kewujudan blog jika dilihat daripada sudut yang positif merupakan rahmat kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, terutamanya apabila kita memegang amanah adalah dai'e.
Hasil penelitian melalui laman alexa.com menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh pendakwah umpamanya Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan Zaharuddin Abdul rahman (http://www.zaharuddin.net ) sebagai contoh atau diperingkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qardawi (http: //www.Qardawi.com) dan lain-lain.
Sumber HD - 6-3-2014
Internet jalur lebar dipolitikkan menteri?
SEBELUM ini telah banyak propaganda kerajaaan berhubung strategi komprehensif mengadakan inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan iaitu komponen utamanya ialah jalur lebar berkelajuan tinggi (high-speed broadband - HSBB) untuk merancakkan lagi transformasi sosial dan ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berjaya melonjakkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 67.3 peratus berbanding 55.6 peratus pada tahun 2010. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata, “Pelbagai usaha lanjutan sedang dilaksanakan untuk terus meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara, antaranya projek HSBB fasa dua, Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan mendirikan menara telekomunikasi di kawasan luar bandar.
Cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menggunakan ICT menggantikan kotak hitam mula hangat dibincangkan dalam industri penerbangan. Dilaporkan beliau menyebut dalam, Dialog Pakar berkaitan Pemantauan Masa Nyata Penerbangan termasuk Kotak Hitam, “…kepesatan teknologi komunikasi kini membolehkan data komunikasi termasuk SMS mahupun jalur lebar dimanfaatkan dalam bidang penerbangan ….”
Secara jujurnya, beliau adalah seorang Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mempunyai idea tertentu terutama dalam memajukan bidang ICT ini. Dalam memajukan ICT, beliau pun turut sama undur ke belakang menggunakan “politik ugut” kepada anak muda, jika hendakkan jalur lebar disediakan di Telok Intan, kenalah undi calon Barisan Nasional yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Telok Intan pada Sabtu, 31hb Mei, 2014 nanti.
Saya mengikuti perkembangan Menteri ini sejak masih menjadi aktivis kampus lagi dan kemudiannya sempat mengikuti perjalanan politik berwawasan Melayu beliau dari awal. Sebagai Menteri, beliau tidak sepatutnya terperangkap dengan budaya “politik ugut” yang sudah sinonim dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampong (JKKK) terutama di luar bandar.
Apa itu Internet Jalur lebar?
Jalur lebar bermakna akses kepada Internet yang berkelajuan tinggi, Dari aspek telekomunikasi, ‘jalur lebar’ ialah satu jaringan komunikasi iaitu keluasan jalur boleh digunakan untuk menghantar dan menerima pelbagai isyarat secara serentak. Ia adalah satu julat atau lingkungan untuk frekuensi menyalurkan maklumat.
Seorang pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), menjelaskan “Jalur lebar juga digunakan sebagai istilah umum tentang pelbagai sambungan Internet. Jalur lebar juga dikenali sebagai jalur luas. Hal ini bermakna lebih besar julat frekuensi yang ada, lebih banyak maklumat yang boleh dihantar pada satu-satu masa”.
Bagi memahami internet ‘jalur lebar’ ini dengan lebih mudah, kita gambarkan tentang satu lebuh raya. Sama seperti pelbagai kenderaan yang banyak dapat melalui lebuh raya dengan serentak. Lebuh raya yang hanya punya dua lorong, membolehkan hanya satu kenderaan lalu dari satu-satu arah pada satu masa. Tetapi dengan lebuh raya yang punya enam atau lapan lorong, lebih banyak kenderaan boleh lalu dari mana-mana arah pada satu masa.
Medium transmisi atau teknologi yang pelbagai yang boleh digunakan bagi akses jalur lebar atau lebih dikenali sebagai Broadband termasuklah kabel, perkhidmatan telefon yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai talian pelanggan digital (DSL), satelit, wayarles tetap dan banyak lagi.
Jalur lebar menawarkan kebolehan dua hala dan berkeupayaan menerima serta menghantar data pada kelajuan yang tinggi. Pada umumnya, jalur lebar bolehlah dianggap sama dengan lebuh raya dari aspek telekomunikasi. Internet jalur lebar lebih cepat dan menawarkan beberapa kelebihan iaitu terdapat julat atau linkungan frekuensi besar yang boleh menyalurkan maklumat. Apabila ada julat frekuensi yang besar, pelbagai maklumat dalam pelbagai bentuk yang menggunakan gelombang berlainan boleh disalurkan secara serentak pada satu-satu masa.
Sumber HD - 28-5-2014

Integrasi Harakahdaily berwajah baru
Salam hormat kepada semua pembaca kolum Gerbang IT Harakahdaily!
Agak lama juga saya tak muncul dalam ruangan ini. Hari ini, 29hb April, 2014. Tinggal hari sebelum 1 Mei, ketika orang ramai mula bercakap untuk turun atau tidak himpunan di dataran merdeka kerana membantah GST. Apa itu GST, saya rasa semua orang sudah tahu….
Hari ini saya banyak juga dihujani dengan SMS, Whatsapp yang bertanya tentang Harakahdaily berwajah baru? Ada yang sempat saya jawab, ada yang saya masih mengambil masa untuk jawab terutama berhubung dengan perkara-perkara yang spesifik.
Sejak Harakahdaily dilancarkan, saya tidak pasti berapa kali ianya berubah wajah, malah orang yang memulakannya sudah tidak lagi bersama dengan Harakahdaily. Tetapi, sejak Unit IT Harakah diminta untuk menguruskan aspek teknikal Harakahdaily sejak beberapa tahun lepas, ini versi yang ketiga dalam perubahan rekabentuknya (lay-out) kerana peningkatan aspek teknikal dan keselamatan sesuai dengan perkembangan semasa.
Harakahdaily sebenarnya telah ada tiga versi, iaitu versi bahasa Malaysia (http://bm.Harakahdaily.net), versi English (http://en.Harakahdaily.net) yang dilancarkan sejak beberapa tahun lepas dan versi Mandarin (http://cn.Harakahdaily.net) dilancarkan pada Muktamar PAS ke59 pada tahun lepas.
Selain portal berita, integrasi Harakahdaily juga dirangkaikan dengan ePaper Harakah, yakni versi harakah cetak secara online yang boleh dilanggani pada alamat http://epaper.harakah.net.my yang perlu dilanggan oleh pelayar-pelayar terutama bagi ahli-ahli PAS yang sukar untuk membeli Harakah cetak yang sukar didapati daripada pasaran terbuka diluar talian.
Disebabkan kekuatan branding Harakah, TVHarakah yang telah lama berkubur sebelum ini juga telah dihidupkan semula dengan nama TVHarakahdaily oleh pengurusan Harakah sebagai pelengkap kepada portal berita Harakahdaily.
Kekuatan Video TV Harakahdaily ini telah mencapai hampir setengah juta pengunjung yang melihatnya ketika ia masih diperingkat awal lagi. Beberapa segmen lain seperti Harakahdaily English dan Mandarin akan dimasukkan secara berperingkat dalam dalam portal Harakadaily versi integrasi atau Harakahdaily Integrated Portal yang baru ini.
Selain daripada apa yang telah sedia ada sebelum ini, seperti Media Sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain, satu lagi pendekatan baru yang akan muncul sedikit masa lagi adalah MyBazaar untuk membolehkan pelayar membeli secara online atau dalam talian sambil mengikuti berita-berita yang dipaparkan oleh Harakahdaily.
Sama ada disedari atau tidak, versi ini juga terdapat perubahan baru dengan memperkenalkan berita hiburan, sukan dan lain-lain yang menjadi minat kepada anak-anak muda atau gen Y dan Z untuk turut melayari Harakahdaily.
Jika pelayar-pelayar Harakahdaily ada cadangan, pihak kami sedia mendengar dan mengkaji cadangan dan pandangan dari semua.
Sumber HD - 29-4-2014

- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Radio internet PAS Hijau.fm sekali lagi mengambil inisatif mengadakan Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS) pada 26 April (Sabtu) ini.
Menurut Pengarah Program Shuhaimi Embong, selain sesi bengkel yang akan dikendalikan oleh fasilatator berpengalaman, dua ikon dakwah dan politik, iaitu Ustaz Abd Ghani Samsuddin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan membuat penampilan khas dalam sesi perasmian dan penutup.
Beliau mengalu-alukan sukarelawan radio Hijau.fm dan rangkaian webtv dan radio internet PAS serta pengamal media sosial Markaz PASFB dan lain-lain untuk turut serta dalam bengkel sehari itu nanti.
Sejak dilancarkan hampir setahun lepas, Hijau.FM sentiasa mempertingkat kualiti perkhidmatan kepada pendengar terutamanya menyiarkan program-program siaran secara langsung program-program utama berkaitan dengan dakwah termasuk Usrah Rakyat yang semakin mendapat perhatian pendengar-pendengar hijau.fm.
Bagi mendengarnya, pengguna boleh mengakses melalui laman web Pas Pusat (www.pas.org.my), laman PRU13 Pas (pru13.pas.org.my), laman web Hijau.fm (www.hijau.fm) dan TuneIn (www.tunein.com).
Bagi pengguna telefon pintar, boleh menggunakan aplikasi percuma Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android) dengan membuat carian "Hijau.fm" di dalam aplikasi tersebut.
Selain itu pengguna juga boleh menggunakan hyper rangkai berikut: http://station.voscast.com/51298d918b97f/.
Program Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS) ini dikendalikan dengan kerjasama Lajnah ICT dan Media Baru (LICTMB) dan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media.
Bagi yang ingin mengikuti program ini boleh menghubungi Rahiman (0124854178) atau emel kepada hijau.fm@pas.org.my .
Sumber HD - 23-4-2014
- Apr 05, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
IPOH: Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini perlu diambil kesempatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada PAS.
Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, PAS perlu memperalatkan teknologi baru yang sedang menguasai dunia ini untuk menerjah hati masyarakat khususnya orang Umno.
Menurutnya, PAS perlu terkehadapan dalam penguasaan ICT dan mengurusnya secara sistematik dan strategik agar ia benar-benar berkesaan untuk taut hati golongan sasaran.
"PAS perlu peralatkan ICT untuk menerjah hati sasaran kita iaitu orang Umno, ini adalah satu lagi platform yang perlu PAS gunakan bagi mencapai sasaran parti.
"Penglibatan dan penguasaan dalam bidang ICT ini juga akan lebih memberangsangkan PAS," katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Teknologi Maklumat PAS Perak di Hotel Seri Malaysia dekat sini hari ini.
Mohammad Nizar menjelaskan, semua kelompok sama ada muslimat, pemuda mahupun ulama perlu celik dan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tersebut.
PAS katanya boleh menggunakan IT untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat di semua lapisan terutama golongan muda yang sangat dekat dengan teknologi baru ini.
Retreat tersebut telah dikendalikan oleh Jabatan IT PAS Pusat yang diketuai oleh Pengarahnya, Suhaimi Embong dan Setiausaha, Ahmad Jamalie Sefihi.
Ianya bertujuan untuk membincangkan dan mengenalpasti hala tuju lajnah tersebut bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke- 14 (PRU14) kelak.
Sumber HD - 5-4-2014
- Mar 25, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
Pada petang khamis, 20hb Mac 2014, saya bersama dengan Tun Faisal Ismail Aziz, mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia dijemput menjadi tetamu kepada Bernama24 Radio bagi membincangkan isu Budaya Media Sosial.
Diantara apa yang ditanya kepada saya untuk dibincangkan di Bernama24 Radio pada petang tersebut adalah bagaimana untuk mengelakkan penyamaran atau penipuan dalam media sosial sama ada facebook, twitter, instagram, telegram dan sebagainya.
Secara jujurnya saya nyatakan, adalah sukar untuk membanterasnya walaupun ditubuhkan beberapa agensi khusus untuk mengendalikannya selagi manusia tidak kembali kepada Islam dengan menjiwai adanya dosa dan pahala di atas apa yang dilakukan termasuk dalam dunia siber ini.
Sebelum itu, anak saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada penipuan bisnes siber ini. Pada 22hb Mac, 2014, nombor telefon saya pula telah menjadi mangsa kepada penyalahgunaan atau penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Yang lebih mengejutkan, saya sendiri juga turut menjadi mangsa kepada penyamaran atau penipuan seperti ini lebih kurang 48 jam selepas bercakap perkara tersebut.
Saya telah membuat laporan polis pada malam tersebut (Gambar atas), selepas menerima panggilan beratus-ratus sms dan panggilan menyebabkan saya terganggu dan hilang fokus. Selain laporan polis, saya dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM). Saya juga diminta membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Saya menyerahkan kepada SKMM menyiasat selepas membuat laporan rasmi pada Isnin, 24hb Mac, 2014. Saya amat berminat untuk mengetahui apa yang terjadi sama ada sim kad saya ‘diklon’ atau mereka menggunakan perisian tertentu untuk menghantar SMS berkenaan.
Tidak pasti sama ada SKMM mampu atau tidak menjejak ‘penyangak’ siber yang telah membuat onar dengan menghantar sms yang bukan-bukan menyebabkan saya dipaksa menerima kecaman ke atas apa yang tidak saya lakukan.
Yang Berikut adalah sedutan berita yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada 23hb Mac, 2014.
PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat digodam
Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.
Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.
"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadi hingga sekarang tak henti-henti.
"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ini," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.
Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; "Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar" dan "Duit telah ada pada aku bila nak ambil".
"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.
Sumber HD - 25-3-2014
- Mar 17, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
Pada 12hb Mac, sebuah ahbar Daily Mirror melaporkan, seorang Pengurus Teknologi Maklumat (IT), Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat mendakwa dapat mengesan imej pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi.
Mike Seberger, mengesan objek misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan meliputi keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan hilang.
Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit di internet.
Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China Selatan. Tanpa menidakkan usaha yang dilakukan oleh Mike, penemuan itu menakjubkan semua pihak, tetapi setelah pencarian dilakukan disekitar kawasan yang dinyatakan, ternyata maklumat tersebut juga meleset. ICT gagal kesan MH370?
Mengikut laporan media yang diberikan oleh pihak berkuasa, pesawat MH370 membuat hubungan terakhir dengan Air Trafic Control (ATC) pada jam 1.07 pagi waktu tempatan dan selepas itu ACARS (Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat) dimatikan).
Tetapi dilaporkan radar tentera ada mengesan pesawat bukan ketenteraan tidak dikenali (yang kemudiannya disahkan sebagai MH370) yang terputus hubungan dengan ATC dan dilaporkan hilang tetapi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tidak mengambil sebarang tindakan susulan pada masa tersebut.
Kita juga dimaklumkan dalam satu sidang akhbar bahawa dakwaan pihak tertentu pesawat tersebut sehingga 4 jam selepas terputus daripada menara kawalan sebagai tidak benar.
Kemudiannya, setelah seminggu berlalu barulah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat Sidang Media khas mengesahkan bahawa sebuah satelit Inmarsat, milik sebuah syarikat telekomunikasi Britain bahawa MH370 telah menghantarkan signal terakhir kepada satelit telekomunikasi tersebut pada jam 8.11 pagi (waktu tempatan), kira-kira 7 jam selepas dilaporkan hilang daripada radar ATC.
Tetapi kejadian ini masih menjadi misteri yang menakjubkan kepada pakar dunia penerbangan bagaimana sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih tidak mampu mengesan dimanakah pesawat tersebut berada sekarang?
Sebagai manusia, kita tetap makhluk yang lemah, walaupun telah mempunyai sistem yang canggih. Hari ini telah 10 hari, MH370, pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dengan 239 penumpang dan anak kapal yang dilaporkan hilang sejak 8hb Mac lalu masih lagi tidak ditemui.
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar MH370 berjaya di kesan dan tunggulah maklumat rasmi daripada pihak berkuasa walaupun terdapat banyak maklumat tidak rasmi yang berlegar di internet.
Sumber HD - 17-3-2014
- Mar 08, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
Terdahulu, Jabatan IT telah membangunkan Spokas (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS), SiSPro (Sistem Integrasi Sepadu Pemilih, Rakyat dan Organisasi), SSDP (Sistem Semakan Daftar Pemilih), Smspro (Sistem Mesej Sepadu Pemilih dan Rakyat Online) dan Pas TnG (touch n Get), radio hijau.fm dan Webtv serta ePaper. Semua ini dapat memudahkan ahli-ahli PAS mendapat dan menyebarkan maklumat secara Mobile.
Kembara IT 2014 pada kali ini diuruskan oleh Fatmawati Yusof, pengerusi Lajnah ICT Pas Sabah.
Kembara yang berlangsung selama empat hari iaitu dari 7 - 10hb Mac 2014. Jabatan IT Negeri (JITN) PAS Sabah turun ke kawasan berkenaan untuk mengaudit dan meninjau secara dekat perlaksanaan aplikasi-aplikasi IT yang telah dibangunkan oleh Jabatan IT PAS (JITP).
Tiga panel yang terlibat dalam program audit dan pemantauan kepada empat kawasan Zon Pantai Timur ialah Suhaimi Embong, Pengarah IT PAS, Wan Asrul Affendi Muhamad, Pengarah IT Pemuda dan Raimin Mustapha, AJK IT juga mantan Pengarah It PAS Sabah.
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Notis usul itu, yang disokong afidavit Pengarang Urusan Kumpulan Rangkaian TV Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah, difail di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini oleh Tetuan TH Liew & Partners.
Pada 25 Feb lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan Mohammad Nizar dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi selepas memutuskan TV3 bertanggungjawab memfitnah beliau.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Dalam saman itu, Mohammad Nizar menamakan TV3 dan penerbit Buletin Utama Rohani Ngah sebagai defendan.
Notis usul TV3 itu memohon agar keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Feb lepas, yang memihak kepada Mohammad Nizar, diketepi atas alasan kegagalan kuorum keranan seorang daripada anggota panel yang bersidang sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes berkenaan berikutan pembabitan serta hubungan beliau dengan parti PAS.
TV3 mendakwa kehadiran hakim berkenaan dalam panel itu menimbulkan kemungkinan terdapat bahaya berat sebelah.
Stesen televisyen berkenaan juga memohon agar rayuan itu didengar dan diputuskan semula oleh panel Mahkamah Rayuan lain. - Bernama
Sumber HD - 6-3-2014
- Mar 06, 2014
- MOHD SHUHAIMI EMBONG
Dakwah bertujuan mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperoleh kebahagiaan (sa’adah) yang hakiki bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Dengan kata lain dakwah bertujuan mengembalikan seluruh manusia kepada fitrah, iaitu homo religious dan homo Islamicus.
Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat fleksible dari segi kaedah atau cara dakwahnya. Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan.
Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang method dakwah di abad ini. Kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi.
Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’. Oleh sebab maklumat adalah kuasa, maka untuk berkuasa teknologi yang merupakan wasilah untuk menyampai dan mendatangkan maklumat menjadi cukup penting dan perlu dikuasai.
Penggunaan ICT dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kecanggihan dunia ICT hari ini telah memungkinkan blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Justeru, menggunakan blog sebagai usaha untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini. Dengan niat yang betul ketika menggunakan blog untuk melakukan dakwah tentang kesucian Islam pasti kita akan dapat mengecapi keberkatan di dalam kehidupan harian. Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan, pasti dilihat oleh Allah walaupun hanya sebesar zarah.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan hendaklah ada di antara kamu menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imran : ayat 104)
Blog sebagai media dakwah
Ramai yang telah menyedari blog adalah satu media perhubungan yang berpengaruh dan menjadi alat penyebaran maklumat dakwah yang tidak mudah disekat ketika ini. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia.
Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.
Tetapi masalah utama adalah laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat. Justeru, suatu gabung jalin yang kuat antara pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah mengusahakan penggunaan internet, blog dan teknologi yang lain sebagai medium dakwah diyakini mampu memberi nafas baharu kepada dunia dakwah agar skop dan capaian dakwahnya lebih luas, kreatif dan yang penting ilmu itu akan sampai kepada masyarakat dan masyarakat pula boleh berinteraksi dengan mereka sebagaimana maksud sebuah hadis.
“Barang siapa menunjukkan kepada suatu kebaikan, dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)
Yang perlu dipastikan ketika menggunakan blog adalah menjaga etika penulisan agar ia tidak menyentuh isu yang tidak dipastikan kesahihannya. Selagi isu tersebut disokong oleh hujah al-Quran, sunnah mahupun pendapat ulama, maka tidak salah para pendakwah atau penulis blog mengutarakan pandangan mereka melalui blog.
Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran.Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka.
Dengan kewujudan blog, ia menjadi satu alternatif kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan. Kewujudan blog jika dilihat daripada sudut yang positif merupakan rahmat kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, terutamanya apabila kita memegang amanah adalah dai'e.
Hasil penelitian melalui laman alexa.com menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh pendakwah umpamanya Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan Zaharuddin Abdul rahman (http://www.zaharuddin.net ) sebagai contoh atau diperingkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qardawi (http: //www.Qardawi.com) dan lain-lain.
Sumber HD - 6-3-2014
- Feb 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof ketika membenarkan rayuan Nizar berkata, plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini diketepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi," katanya.
Arif berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata, pembelaan justifikasi TV3 gagal dan stesen TV itu tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.
TV3 juga diperintahkan membayar RM30,000 kos mahkamah.
Sumber HD - 25-2-201
Penipuan di alam siber tak dapat kawal?
- Feb 24, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
Dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah.
Dua minggu lepas, anak saya sendiri pun terkena penipuan oleh mereka yang menjual telefon diinternet melalui laman sesawang mudah.com. Duit yang dia kumpul sendiri beberapa bulan lesap sekelip mata
Malah ada kajian mendapati saban hari ada sahaja orang yang mendakwa ditipu dalam transaksi internet. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini.
Apakah yang penguasa seperti Cyber Security, MYNIC, MCMC buat? Warga siber sendiri tak pasti. Oleh sebab itu banyak kes penipuan yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib kerana tidak ada apa tindakan yang diambil melainkan sekadar untuk statistik. Melainkan beberapa kes yang berprofail tinggi sahaja diberi perhatian.
Menggodam komputer, mencuri kata laluan untuk perbankan Internet, penyalahgunaan kad kredit untuk pembelian di Internet dan pelbagai kegiatan jenayah era baru ini dilakukan dengan mudah melalui dunia siber.
Selain itu, banyak lagi kes lain yang melibatkan berbagai-bagai transaksi internet seperti sendikit klon, penyamaran identiti dan sebagainya kerana dunia internet ini dunia yang terbuka, namun tiada kedengaran tindakan diambil.
Contoh mudah ialah apa-apa yang saya tulis dalam kolum sebelum ini, ada pihak yang menyamar menggunakan nama harakahdaily.my (nama pemiliknya tak dinyatakan di sini, dirahsiakan dahulu) untuk tujuan yang dia sendiri sahaja yang tahu kerana pengguna tidak baca penafian kecil dibahagian bawah weblog tersebut.
Ancaman jenayah siber merupakan masalah yang sering di hadapi oleh pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian Internet di mana internet merupakan pusat yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka.
Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Kebanyakan mereka lebih mahir dan berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Mungkin kawan kita, mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja.
Kebiasaannya individu yang tidak bertanggungjawab ini akan mencuri identiti pengguna lain menggunakan pelbagai perisian seperti Key logger tanpa disedari pengguna. Perisian ini biasanya dipasang pada komputer tanpa disedari pengguna terutamanya yang menggunakan kafe siber dengan niat untuk merekodkan apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer.
Apa definisi dan konsep jenayah siber?
Dibawah ini saya ambil petikan dari web http:// www.slideshare. net/fazleefaizan90/ jenayah-siber- 15545014 untuk dikongsikan bersama bagi memahami definisi/konsep jenayah siber.
Jenayah dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara.
Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.
Manakala jenayah siber pula merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undangyang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi, dengan menggunakan internet di ruangan siber.
Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California.
Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman AS menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi computer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun, kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara Islam judi, pornografi, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.
Sumber HD - 24-2-2014
- Feb 13, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
Hari Radio Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya radio, sekaligus memperingati lahirnya radio serta perkembangannya yang bertahan di tengah kepesatan perkembangan transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.
Idea awal berasal dari Akademi Radio Sepanyol (Spanish Academy of Radio) dan secara rasmi disampaikan oleh Delegasi Tetap Sepanyol ke UNESCO untuk Dewan Eksekutif sesi 187 pada bulan September 2011.
Pada tanggal 3 November 2011, 36 General Conference, UNESCO mengakui “kekuatan transformasi radio” dengan mendirikan Hari Radio Sedunia. Hari yang dipilih adalah 13 Februari kerana merupakan hari lahirnya radio Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pada tahun 1946.
Sejak siaran pertama ke udara lebih dari 100 tahun yang lalu, radio telah terbukti menjadi sumber informasi yang kuat untuk memobilisasi perubahan sosial kehidupan masyarakat. Dalam era digital, radio terus relevan, karena orang ramai mendengar melalui komputer, radio satelit dan peranti mobile.
Sejak sekian lama, PAS berhasrat untuk menubuhkan stesen radio mereka sendiri tetapi masih belum berjaya kerana tidak diberikan lesen untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan. Berbagai-bagai alternatif dicuba oleh PAS seperti penggunaan radio amatur ketika menguruskan banjir di Kemaman pada penghujung tahun lepas.
Sebelum itu, ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun lepas, PAS juga berjaya menggerakkan radio internet, Hijau.fm oleh Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah (Sekarang berkembang menjadi dua lajnah yang berbeza, iaitu Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah).
Bertemakan, Hijau..Hijau...Hijau Harapan Rakyat, Hijau FM yang sedang berkembang menggunakan kedua-dua teknik strategi radio dan tv popular iaitu:
1.Pengaruh / pengaruh penyampai dengan berusaha mendapatkan pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus serta lain-lain pendakwah yang sedia ada dalam parti seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain.
2.Program / pengisian yang menarik dengan membiasakan mendengar radio-radio lain untuk belajar apa yang bagus mereka lakukan.
Untuk mendengar Hijau.fm, pendengar boleh mendengar Hijau.fm melalui Tune In Radio atau pun melayar laman web Hijau.fm (www.Hijau.fm).
Sumber HD - 13-2-2014
- Feb 04, 2014
- SHUHAIMI EMBONG
HarakahTV, akhirnya mati dalam tempoh tak sampai setahun ia dilancarkan. Projek WebTV ini telah dihidupkan semula pada Ogos, 2006 diatas nama TVPAS bagi menghadapi PRU ke-12. Selepas PRU ke-12, TVPAS diserahkan kepada Harakah pada 2009.
Malah pada 2009 juga, harakah memperkenalkan akhbar digital atau electronic paper (epaper) Harakah yang sama seperti Harakah versi cetak secara online yang boleh dilanggani pada alamat http://epaper.harakah.net.my
Apabila kerajaan mengenakan sekatan terhadap penerbitan Harakah pada tahun 2000 daripada dua kali seminggu kepada 2 kali sebulan, Harakah telah bersedia dengan versi internet yang boleh dilayari setiap hari, dinamakan Harakahdaily.
Portal berita internet Haraakah ini pada mulanya menggunakan domain, harakahdaily.com (http://www.harakahdaily.com) tetapi kemudiannya beralih kepada harakahdaily.net (http://www.harakahdaily.net) dengan kunjungan pelawat melebihi 100,000 (pageview) sehari dan pada masa peristiwa tertentu seperti muktamar, BERSIH dan sebagainya boleh melebihi 150,000 pengunjung sehari.
Disebabkan populariti berbanding Harakah yang diuruskan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, begitu terkenal dan mendapat tempat yang baik di hati pelayar, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat penyamaran di dunia maya dengan mengambil kesempatan mendaftarkan portal mereka dengan domain harakahdaily.my (http://www.harakahdaily.my) dengan disclaimer yang kecil dibahagian bawah yang mana jarang dibaca oleh ramai pelayar; DISCLAIMER: Laman web www.HarakahDaily.my tiada kaitan langsung dengan akhbar Harakah ataupun dengan laman web rasmi Harakah www.harakahdaily.net walau dengan apa cara sekalipun.
Apakah yang mereka harapkan daripada penyamaran dalam dunia maya ini? Pihak kami telah mengetahuinya tetapi kesal dengan ketidak pekaan agensi seperti MCMC, MyNIC dan lain-lain badan berkuasa terhadap internet diMalaysia boleh membenarkan dot.my yang melambangkan Malaysia didaftarkan begitu mudah oleh pihak-pihak yang tiada kaitan dengan PAS.
Selain daripada portal penyamaran harakahdaily.my, pihak kami juga memantau aktiviti hackers dan cybertrooper Umno/BN yang menjadikan Harakah sebagai sasaran mereka untuk melakukan sabotaj terhadap operasi internet harakah untuk menghalang berita-berita alternatif disebarkan oleh portal Harakahdaily mendapat sambutan yang baik.
Cuba lihat dan kaji berita-berita yang dipaparkan oleh klon harakahdaily ini. Tidak banyak bezanya kan? Tidak dipastikan apa motif pemilik domain ini? Hanya kerana sedikit wang iklan? Atau apa yang menyebabkan mereka berusaha untuk klon harakahdaily ini?
Bukan harakahdaily sahaja yang cuba di klon, malah identiti bank dan sebagainya juga diklonkan untuk memperdaya pengguna atau pelayar di dunia maya ini. Tindakan mereka ini tidak akan berakhir di sini sahaja, malah usaha mereka akan dipergiatkan lagi pada masa depan dengan mengklon facebook, Twitter dan sebagainya bagi membuat penyamaran dan mengelirukan khalayak pengguna internet.
Untuk mengurangkan kesan kepada pengguna internet yang tidak sedar kepada penipuan dan penyamaran identiti seperti ini, pihak harakah sedang membangunkan satu portal atau Gerbang MyHarakah sebagai one stop center atau rujukan utama bagi aktiviti internet Harakah secara Online.
Sumber HD - 4-2-2014
No comments:
Post a Comment