Konsensus Nasional sudah bertukar ‘lawan tetap lawan’
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi kelmarin mengumumkan bahawa PR menarik balik usaha ke arah itu dan akan terus bersikap ‘lawan tetap lawan’ terhadap kerajaan.
Penarikan diri PR daripada konsensus itu berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menghukum penjara lima tahun ke atas Anwar kerana didapati bersalah dalam kes liwat 2.
Berikutan hukuman tersebut dan Anwar tidak mengemukakan kertas pencalonannya di Kajang, tempat beliau digantikan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan berhadapan satu lawan satu dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Selepas ini, yang nyatanya tiada lagi perdamaian antara PR dengan BN atas apa isu jua pun,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Menurutnya, ia sudah bertukar menjadi ‘lawan tetap lawan’ yang berpanjangan. Sehingga pilihan raya akan datang suhu politik nampaknya sentiasa panas dan membara.
Justeru, beliau berpendapat Najib sudah boleh menyimpan semua idea yang mahu dibentangkannya mengenai rekonsilasi atau konsensus ini.
Baca di sini
dihukum penjara lima tahun
Sumber HD - 12-3-2014
Kezaliman ini akan percepat tumbangnya BN, insya Allah
- Mar 08, 2014
- TUAN IBRAHIM TUAN MAN
"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”
Itulah amaran Rasulullah S.A.W agar semua pihak menghindari apa jua bentuk kezaliman. Bahkan kezaliman juga adalah dosa besar yang diingatkan oleh Allah agar jangan sesekali kita cenderung untuk menyokong golongan yang zalim, kelak akan disambar oleh api neraka di akhirat.
Terdapat banyak hadis Rasulullah .S.A.W yang memberi amaran agar kita menjauhi perbuatan yang zalim, atau menyokong golongan yang zalim bahkan dilarang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantu kezaliman mereka.
Dalam sepotong hadis Rasulullah S.A.W Baginda memberi amaran: "Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya (melakukan kezaliman), dalam keadaan dia tahu orang yang bersamanya melakukan kezaliman, maka ia terkeluar dari lingkungan orang Islam.”
Semua peringatan ini adalah peringatan Allah dan Rasul S.A.W bertujuan agar kita menegakkan keadilan, memperjuangkannya dan menyokong sebarang usaha bagi menegakkan keadilan di atas muka bumi.
Bahkan Al Quran menegaskan, “Berlaku adillah kamu, kerana adil itu hampir dengan taqwa.”
Atas landasan inilah PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menggerakkan seluruh tenaga bagi memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam, yang bersifat rahmat untuk semua. Perjuangan panjang ini tidak akan berakhir hanya dengan kemenangan beberapa buah negeri, bahkan menguasai Putrajaya sekalipun, kerana ia adalah perjuangan sepanjang zaman dan berterusan.
Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ratusan insan lain dalam sejarah perjuangan PAS dan rakyat megara ini, adalah lanjutan kerakusan parti pemerintah untuk menyekat apa jua ruang kebangkitan rakyat.
Tindakan ini berlaku dalam sepanjang sejarah perjuangan umat manusia. Sayangnya pemimpin yang bertindak zalim gagal mengambil pengajaran di atas tindakan zalim mereka kepada rakyat.
Puluhan kerajaan besar tumbang akibat kezaliman mereka kepada rakyat. Kemana berakhirnya rejim Firaun yang membunuh anak-anak kecil kerana bimbang dengan kelahiran seorang lelaki yang bakal menumbangkan kerajaannya.
Demikian juga ke mana perginya Hamam, Qarun, Namruz, Abu Lahab, dan ratusan rejim di zaman kita. Kekuasaan dan keegoan mereka tumbang menyembah bumi dan mereka menerima pembalasan di atas kezaliman mereka.
Kita yakin apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih mengukuhkan hubungan PR dan menyemarakkan kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman ini.
PAS yakin dengan janji Allah bahawa kebatilan tidak akan kekal walau kelihatan teguh dan kukuh, manakala keadilan akan tetap mencapai kemenagan, walau kelihatan ia lemah dan tidak ampuh.
Sempena konvensyen PR kali ini, dalam mana kita menghadapi suasana sedih penganiayaan kepada DSAI, kes Karpal Singh, tragedi pesawat MAS yang terhempas, dan PAS kehilangan beberapa tokoh utama parti, mari kita hadapinya dengan penuh ketabahan, kesabaran, kesepakatan, pengukuhan hubungan PR serta membina gelombang kebangkitan rakyat bagi menumbang kerajaan BN dalam PRU akan datang. Insya Allah.
Allahu akhbar.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
Sumber HD - 8-3-2014
Perbezaan kecil jadi besar angkara manipulasi media
- Mar 08, 2014
- ANIS NAZRI
SHAH ALAM: Pengukuhan bagi Pakatan Rakyat perlu bermula dengan menyelesaikan segala krisis yang timbul dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi bagi menangani perbezaan pendapat di kalangan rakan gabungan ini.
Apatah lagi apabila perbezaan pendapat itu menimbulkan satu persepsi negatif oleh rakyat yang tidak mendapat gambaran sebenar, sedangkan ada ketika perbezaan tersebut hanyalah perkara kecil.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata biarpun perbezaan pendapat itu adalah satu perkara kecil, ia akan menjadi besar apabila media yang tidak bertanggungjawab mula memanipulasi perbezaan tersebut.
Tegasnya, biarpun kebanyakan masalah yang timbul telah berjaya diselesaikan, masih ada lagi beberapa masalah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin.
"Pemimpin perlu menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah. Pengukuhan Pakatan Rakyat ini bermula secara dalaman yang perlu diselesaikan oleh pimpinan parti," tegas beliau ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5, di sini, petang ini.
Tambahnya, soal pengukuhan ini bukanlah bermaksud kita berpecah, sebaliknya ia merupakan satu proses politik yang panjang, bersesuaian dengan realiti politik hari ini.
Tegas Mustafa, Pakatan Rakyat mempunyai polisi atau dasar bersama yang telah disepakati dan memberi jaminan Pakatan Rakyat akan bergerak dengan kebersamaan dasar tersebut.
"Jika berlaku sebarang percanggahan dari polisi tersebut, ia perlu dan akan dibincangkan dan diperhalusi sewajarnya bagi kesejahteraan pakatan dan rakyat amnya," tegas beliau lagi.
DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=4vAtvkHWyT0
DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=cz04SvnL90A
DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=A23XHIDIs4w
DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=KvzCbDkACD4
UCAPAN PEMIMPIN UTAMA PR:
YB LKS / DS TG HAHA / YB DSAI -
http://www.youtube.com/watch?v=i6GngYd_F8o&list=UUfoWnH0922jSob3-fu_I0Vg
Sesi Ucapan SUA-SUA -
YB AL - https://www.youtube.com/watch?v=mUe-mUMbTdM
DSNI - https://www.youtube.com/watch?v=qoNNt_HwM4o
DMA - https://www.youtube.com/watch?v=7f6diqebWcM
Sumber HD - 8-3-2014
MP Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen 11 Mac
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang.
Bagaimanapun, mereka akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10 Mac.
Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dalam kenyataan bersama, hari ini.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, UMNO-Barisan Nasional telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni Umno Barisan Nasional.
Walaupun UMNO-Barisan Nasional terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman. Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan UMNO-Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana UMNO-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.
UMNO-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.
Kami yakin pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia. Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini telah membuat ketetapan bahawa:
1) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir untuk Pembukaan Parlimen dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung pada 10hb Mac 2014;
2) Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan hadir di Parlimen pada 11hb Mac 2014 sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman, solidariti untuk sdr Karpal Singh, dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang.
1. DS TGAHA -
http://www.youtube.com/watch?v=BHCPWbW2ifw
2. DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=A23XHIDIs4w
3. DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=cz04SvnL90A
4. DSWAWI - http://www.youtube.com/watch?v=OZI02-taOIg
5. HJMS - http://www.youtube.com/watch?v=FXumpRlyaGA
6. YB TKW - http://www.youtube.com/watch?v=RE0sKu-Q-0Q
7. YB IS - http://www.youtube.com/watch?v=LO6U2l5j4kk
8. YAB TSKI - http://www.youtube.com/watch?v=4Ne_R3DB5Ho
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, tindakan itu sememangnya telah dirancang kerana takutkan prestasi PR dan mahu membantutkan usaha ke arah perubahan, lapor Roketkini.
“Semalam, kerana tamak kuasa, sejarah lama berulang kembali apabila bakal Perdana Menteri PR, Anwar sekali lagi dihukum penjara selama 5 tahun.
“Isnin ini, berkemungkinan Pengerusi DAP, Karpal Singh pula akan dikenakan hukuman. Ini semua adalah agenda hanya kerana mahu terus merompak harta negara.
“Namun mereka perlu ingat satu perkara iaitu seorang rakyat gugur, beribu akan bangun dan bangkit tumbangkan mereka, bila-bila masa saja,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 5 di Setia Alam Convention Centre, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Cheras itu turut menegaskan, pimpinan PR tidak boleh leka dan lemas dengan segala ancaman Umno BN, tapi sentiasa bersedia serta meneruskan khidmat memberi bantuan kepada rakyat.
Tambahnya, satu lagi usaha yang perlu dilakukan PR adalah menolak sepenuhnya politik perkauman yang menjadi amalan Umno BN.
“Kita perlu terus menyatu dan menanam iltizam menghapuskan politik berasaskan kaum yang menjadi amalan survival politik pemerintah.
“Perkauman bukan cara kita, cara kita adalah dengan urus tadbir yang baik, tidak mengamalkan rasuah, memperjuang hak dan kepentingan rakyat. Berapa susah sekali pun, kita perlu teruskannya,” tegasnya
Sumber HD - 8-3-2014
Hormati prinsip kepimpinan bersama
- Mar 08, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau yang berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam turut memberitahu walaupun PKR, PAS dan DAP mempunyai kekuatan dan kelemahan, namum perkara itu diselesaikan bersama tanpa mengkritik kelemahan rakan-rakan.
"Kekuatannya adalah prinsip kita mengembeling kekuatan dan kelemahan bersama.
"Kita saling membantu mengatasinya, atas sebab ini Pakatan Rakyat akan muncul sebagai kuasa politik yang boleh mengancam Umno-Barisan Nasional," ucap beliau.
Jelas beliau lagi, dengan asas yang dibina ini juga, Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan daripada rakyat atas keyakinan mereka.
"Tak mungkin pemimpin Pakatan sanggup mengkhianati mandat sokongan begitu besar yang terutamanya apabila kita gagal meneruskan perbezaan pendapat.
"Kadang-kadang bukan perkara dasar tetapi hanya perkara cabang sahaja, itu adalah perkara yang kecil bukan dapat mengugatkan prinsip yang telah kita bina.
"Sebab sasaran kita sangat jelas dalam kerjasama ini untuk ambil alih kuasa politik dan dengan kuasa poltik itu kita menjadi kerajaan.
"Kerajaan yang kita kuasai akan membuat dasar-dasar yang boleh memberikan kebaikan dan keadilan kepada rakyat keseluruhan," sambung beliau.
Menurut beliau lagi, dengan penguasaan politik ini Pakatan Rakyat mampu menjadi pilihan terbaik untuk rakyat.
"Penyatu paduan ini akan menjadi lebih erat melalui konvensyen yang kita lalui sekarang ini, kita mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Pakatan akan menjadi satu landasan yang kukuh untuk menjadikan terbaik kepada rakyat," sambung beliau.
Sumber HD - 8-3-2014
Walau Anwar dipenjara, Pakatan tetap kukuh
- Mar 08, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
SHAH ALAM: Kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat sudah pun kukuh namun perlu dipertingkat di peringkat negeri dan kawasan.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, PR di peringkat Pusat perlu memperkasa kerjasama di peringkat negeri khususnya di negeri-negeri yang ditadbir mereka.
"Kita akui kerjasama Pakatan Rakyat di peringkat negeri belum cukup kukuh walaupun sudah membentuk kerajaan negeri.
"Pakatan di peringkat pusat perlu menggerakkan kerjasama di peringkat negeri dan kawasan kerana kalau kita betul-betul bekerjasama Umno dapat ditumbangkan," kata beliau sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5 di Setia Alam, hari ini.
Ahli Parlimen Seremban itu juga mengakui ada beberapa perbezaan pendapat dalam PR namun kematangan politik dalam kalangan pemimpin dapat mengatasi perbezaan yang timbul.
"Kita akui memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan.
"Dalam proses peletakan kerusi dan sebagainya memang kadang-kadang ada perselisihan dan bukan proses yang mudah tapi prinsip yang kita ambil dalam Pakatan Rakyat adalah menggunakan permuafakatan.
"Kematangan politik yang ditunjukkan para pemimpin utama menjadikan Pakatan semakin kukuh," katanya.
Tambah beliau juga, PR akan meneruskan kerjasama dan tidak akan berpecah sekali pun tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Umno BN ingat bila mereka sumbat Datuk Seri Anwar ke penjara, Pakatan akan berpecah.
"Mereka silap kerana Pakatan Rakyat akan terus bekerjasama walaupun Datuk Seri Anwar dikenakan hukuman dan kita akan membuktikannya dalam Pilihan Raya Kecil Kajang," katanya.
Sumber HD - 8-3-2014
Konvensyen PR rakam doa keselamatan penumpang MAS
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, di sini turut merakamkan doa keselamatan buat seluruh penumpang dalam penerbangan Malaysia Airlines MH370 ke Beijing yang terputus hubungan komunikasi dengan pusat kawalan.
"Kita merakam cemas dan rasa prihatin kita. Maklumat yang diterima belum muktamad.
"Tetapi kita mengharapkan selamat semua dan kesabaran buat keluarga," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia City Convention Centre, Setia Alam hari ini, Speker Dewan Negeri Selangor itu juga berkata, kekuatan hubungan seperti itu penting untuk perpaduan dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi berdepan serangan perkauman Umno BN.
"BN laga-lagakan Pakatan Rakyat dengan main sentimen perkauman. Semua lapangan pemimpin dan ahli parti perlu jalin hubungan erat sesama kita.
"Jangan bergantung kepada pemimpin tinggi sahaja sepeti Lim Guan Eng dengan Mohamad Sabu, kita di akar umbi juga perlu mencontohi mereka," katanya.
Beliau turut mengingatkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor tidak perlu terikut-ikut rentak Umno.
Katanya, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai mandat lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum lalu dan memiliki sokongan kuat dari rakyat untuk terus membuat perubahan.
"Jangan biarkan kita ikut tari Umno, biar kita yang pukul dan Umno yang menari," kata beliau.
Dalam pada itu beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada PAS yang menunjukkan sikap persahabatan sejati dan menghormati hubungan antara kaum.
Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu tulisan di media.
"Terima kasih kepada YB Mujahid yang menghulurkan tangan persahabatan kepada golongan minoriti," katanya lagi.
Sumber HD - 8-3-2014
Pengorbanan pesawah tidak dihargai - Belatani
- Mar 08, 2014
- ANIS NAZRI
Bermula dengan wakil Badan Membela Kebajikan Petani (Belatani), Mohd Subri Mohd Said, menuntut agar kerajaan memberi layanan yang sama rata seperti yang diperoleh pegawai keselamatan negara.
Beliau berpandangan peranan petani dan pesawah sama pentingnya seperti pegawai keselamatan memandangkan mereka merupakan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan negara.
Kata beliau, jerit perih para petani dan pesawah perlu dihargai kerajaan dengan tidak beranggapan bahawa nasib golongan petani sudah cukup terbela.
"Hakikatnya, nasib petani dan pesawah ini masih tidak terbela. Justeru, kami menuntut agar harga lantai ditetapkan dari 75 sen ke RM1.50 sekilogram, selain mengekalkan subsidi serta insentif sedia ada," tegas beliau.
Sementara itu, wakil Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut menyatakan kesesuaian tema konvensyen ini dengan keadaan suasana negara hari ini.
"Tema yang dipilih hari ini turut menjadi cetusan dari anak muda yang menandakan mereka sudah bangkit dan bersedia untuk rakyat untuk menjayakan agenda perubahan," tegas beliau.
Beliau turut melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan keputusan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lewat petang semalam.
Dalam pada itu, Gerakan Media Marah (Geramm) melalui wakilnya Radzi Razak turut meminta semua pihak, khususnya parti politik untuk memberikan layanan yang sama-rata kepada para pengamal media.
Tegas beliau, Geramm berpendirian media perlu bebas dan tidak mahu bermusuh dengan mana-mana pihak, sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang.
"Atas sebab itu, Geramm berada di sini kerana Geramm konsisten dengan kebebasan media yang diperjuangkan. Geramm bersedia untuk memenuhi undangan dari mana-mana parti politik atas prinsip perjuangan kami," kata beliau.
Sementara itu, sebuah NGO perguruan, Pendidik turut melontarkan pendirian terhadap kebobrokan sistem pendidikan negara serta campurtangan politik yang berlaku dalam sistem pendidikan.
Pengerusinya, Normala Sudirman menyatakan komitmen untuk terus berjuang bersama-sama para guru bagi memastikan tekanan berterusan ke atas kerajaan jika berlaku sebarang kezaliman terhadap guru-guru dan anak bangsa.
Wakil Badan anti-korupsi, C4, Chyntia Gabriel, turut mengingatkan Pakatan Rakyat agar terus mentadbir negeri-negeri yang dimenanginya dengan pentadbiran yang lebih telus.
Katanya, biarpun kerajaan negeri Pakatan Rakyat dibuktikan berjaya mengurus tadbir dengan baik di beberapa buah negeri, Pakatan Rakyat masih perlu memastikan ia tidak terpalit dengan isu rasuah.
Sumber HD - 8-3-2014
Pakatan putus calon PRK Kajang hari ini
- Mar 08, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut Anwar, senarai akhir calon akan dibincang pada hari ini dan pengumuman calon akan dibuat pada masa terdekat.
Difahamkan, terdapat 12 nama yang disenarai pendek untuk menggantikan beliau.
"Pakatan Rakyat akan bermesyuarat sebentar lagi untuk menentukan calon kita di Kajang.
"Soal calon, kita ada calon muda, orang lama dan bergantung kepada sentimen orang Kajang dan kita akan bincangkan dalam mesyuarat," kata beliau pada sidang media di Setia City Convention Centre, dekat sini hari ini bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5.
Beliau turut menegaskan, Umno BN sekali lagi menggunakan mahkamah untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat di Kajang.
"Trend yang sama digunakan oleh Umno BN iaitu menggunakan mahkamah menghalang saya bertanding di Kajang kerana mereka tidak yakin akan menang di Kajang," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi AWang kesal apabila undang-undang Islam tidak digunakan sepenuhnya di Malaysia.
"Mahkamah Syariah di Malaysia tidak boleh mengendalikan kes liwat, kes rasuah dan jenayah sebaliknya hanya mengendalikan kes nikah kahwin dan harta pusaka sahaja.
"Ini sangat mengecewakan kerana Islam merupakan agama yang hebat tetapi tidak ditonjolkan kehebatannya," tegasnya.
Beliau turut menyeru semua rakyat bersatu hati menegakkan keadilan di Malaysia.
Sumber HD - 8-3-2014
Sugul di hati tapi semangat masih tinggi, kata Wan Azizah
- Mar 08, 2014
- ANIS NAZRI
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.
"Mac penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada 1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.
"7 Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.
"Peristwa 8 Mac ini, dengan adanya konvensyen ini akan memperkuatkan lagi PR dan Kajang akan menjadi ukuran yang begitu besar dengan kejayaan pada 23 Mac nanti," tegas beliau ketika ucapan perasmian konvensyen, pagi ini.
Tambah Mohamad, kerajaan atau Umno boleh mengambil apa sahaja yang mereka inginkan, namun tidak boleh mengambil semangat rakyat yang bangkit bersama perjuangan Pakatan Rakyat.
Sokongan tersebut turut dizahirkan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai perancangan tersusun bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh terus merompak harta rakyat.
"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia dengan taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.
"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka.
"Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 diadakan di Setia City Convention Centre dengan tema Pakatan Membela Rakyat, disertai hampir 3000 peserta.
Sumber HD - 8-3-2014
Wan Azizah dinobat Tokoh Wanita Pakatan Rakyat
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinobat sebagai Tokoh Wanita Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.
Pengumuman khas itu dibuat pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam pagi ini.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Mumtaz Md. Nawi ketika membacakan biografi Wan Azizah berkata, perjalan hidup sebagai isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu penuh mencabar.
Ketabahan, kesabaran dan semangat luar biasa beliau yang lebih mesra dengan nama Kak Wan itu, menjadi inspirasi seluruh wanita di negara ini.
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 8-3-2014
Konvensyen PR: Ucapan pembukaan zahir kekecewaan kes Anwar
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-5 yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam secara rasmi bermula kira-kira jam 9.45 pagi ini.
Antara pimpinan utama ketiga-tiga parti yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai serta Ahli Jawatan Kuasa parti masing-masing.
Konvensyen pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Konvensyen, Iskandar Abdul Samad serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan rumah konvensyen kali ini.
Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, konvensyen kali ini berlangsung dalam suasana ketidakadilan yang berlaku terhadap salah seorang pimpinan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Konvensyen kita dipatahkan dengan keputusan mahkamah semalam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim.
"Saya ingatkan saudara di bawah keadaan ini marilah kita bersatu untuk memperjuangkan keadilan
"Mari bersatu berjuang hak pimpinan kita Anwar Ibrahim yang dipergunakan Umno BN untuk menyekat kita mara ke Putrajaya," kata beliau.
Terdahulu, ketiga-tiga pimpinan utama dibawa untuk melakukan pemeriksaan perbarisan anggota Pemuda Pakatan Rakyat di luar pintu masuk dewan konvensyen.
Mereka juga akan menyampaikan ucapan perasmian mewakili parti masing-masing.
Selain ucapan pimpinan utama, Konvensyen bertemakan Pakatan Membela Rakyat ini akan turut menampilkan wakil-wakil NGO mewakili petani (Belatani), mahasiswa (Turun), media (Geramm), guru (Pendidik), Anti Korupsi (C4), dan wakil Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Lim Kit Siang dijangka tiba jam 11 pagi ini.
Harakahdaily difahamkan, sebelum menyertai konvensyen, mereka dijangka mengadakan mesyuarat di kalangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ucapatama oleh ketiga-tiga mereka dijangka bermula jam 2 petang nanti.
Sebelum berakhirnya konvensyen ini pada jam 4.00 petang satu majlis menandatangani 'Tekad Muafakat Pakatan'akan diadakan.
Sumber HD - 8-3-2014
Logo rasmi Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 dipilih
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima hari ini telah memutuskan logo rasmi konvenyen tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 8 Mac ini.
Logo tersebut dipilih selepas membuat saringan terhadap hampir 50 penyertaan dalam pertandingan logo Konvensyen yang dibuka sebelum ini.
Pencipta logo yang terpilih ini bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1500 yang akan disampaikan pada hari konvensyen nanti.
"Pemilihan logo tersebut dibuat sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima iaitu ‘Pakatan Membela Rakyat’," kata Zaidy Abdul Talib selaku Pengurus Media & Publisiti konvensyen tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan konvensyen yang kelima dan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah serta penganjur utama.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri dipilih sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen dan dibantu oleh Shuhaimi Shafiei dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2.
Penganjur mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1000 orang perwakilan dari parti-parti Pakatan Rakyat ke konvensyen kali ini.
Sumber HD - 27-2-2014
No comments:
Post a Comment