Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Bunuh: Perlunya undang-undang syariah dilaksana
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat tidak menolak kejadian jenayah pembunuhan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca dari kegagalan dan kelemahan undang-undang sedia ada dalam negara.
Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof melahirkan kebimbangan dengan insiden pembunuhan seperti yang berlaku terhadap kanak-kanak berusia dua tahun pada 29 Mei baru-baru ini.
"Kita sangat bimbang, ini membuktikan kelemahan undang-undang yang melibatkan jenayah. Seolah-olah penjenayah tidak rasa takut untuk melakukan jenayah berkali-kali," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, tiba masanya undang-undang syariah diberi laluan segera oleh kerajaan sebagai opsyen bagi menangani gejala jenayah di dalam negara ini.
"Kerajaan juga perlu melihat balik mengapa jenayah seperti ini berlaku? Kerana tidak lain tidak bukan hiburan yang melampau ditambah pula dengan filem-filem ganas yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat negara ini begitu juga gejala dadah yang tidak pernah berakhir," katanya.
Tambahnya, undang-undang yang sedia ada membuatkan para penjenayah tidak insaf dengan hukuman yang mereka terima ketika di penjara.
"Dalam kes adik ini, saya difahamkan pembunuh itu baru sahaja keluar daripada penjara yang menerima hukuman kerana dadah, tetapi tidak sampai seminggu sudah melakukan jenayah bunuh," katanya.
Mengulas insiden pembunuhan adik Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya, katanya yang turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi dan mengambil berat anak-anak mereka. - HARAKAHDAILY 2/6/2014
Sumber HD - 2-6-2014

Khairy tidak wajar lari dari tanggung jawab
KOTA BHARU: Pemuda Umno tidak boleh lari daripada masalah yang dicetuskan anggota parti khususnya Ulama Muda Umno (Ilmu) dengan memberi alasan "ia hanya kenyataan peribadi".
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi berkata, sikap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak mahu bertanggung jawab dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Ulama Muda Umno Ahmad Radzi Othman amat dikesali.
Menurut Mumtaz, selagi Radzi masih bersama parti itu kenyataannya perlu dipertanggungjawabkan melainkan beliau telah melepaskan jawatan.
Mumtaz mengulas keengganan Radzi memohon maaf atas keceluparannya menyamakan muslimat bertudung labuh yang menghadiri perhimpunan membantah GST 1 Mei lalu sebagai "pelacur kelas atasan".
Mumtaz juga melahirkan kehairanan dengan sikap Ulama Muda Umno yang hanya berdiam diri apabila enam remaja meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan dalam konsert di Stadium Bukit Jalil tetapi begitu sensitif dengan himpunan membantah GST.
“Kenapa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, mengkritik atau menegur mana-mana pihak yang meluluskan program yang benar-benar bercanggah dengan Islam,”soalnya.
Mumtaz yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah penerangan GST anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian, di Cabang Empat Binjai di Masjid Binjai, dekat sini malam tadi.
Beliau menambah, oleh kerana Radzi enggan memohon maaf, Muslimat PAS akan berusaha mengheret ulama Umno itu ke muka pengadilan.
Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Hampir 2,000 hadir pada majlis ceramah bantah GST peringkat Kubang Kerian itu. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014

Muslimat demo: Tarik balik atau tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR: Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataan beliau berkenaan muslimat yang turun berdemonstrasi seperti pelacur atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.
"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," tegas Siti Zailah, hari ini.
Siti Zailah turut menegaskan pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.
Ucapan tersebut, tambah Siti Zailah adalah satu ucapan yang kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak yang baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.
""Menyamakan muslimat bertudung labuh dengan pelacur kelas atasan satu ucapan yang kotor dan tidak bermaruah. Sepatutnya sebagai individu yang bersandarkan 'title' agama dan orang berilmu, dia perlu menonjolkan akhlak mulia.
"Apabila beliau menuduh muslimat yang membantah cukai GST yang akan dikenakan kepada semua rakyat sebagai pelacur atasan, sangat rendah akhlaknya. Apatah lagi yang menggelarkan diri sebagai ulama Umno," tegas beliau lagi.
Sedangkan, kata Siti Zailah semua muslimat yang turun pada hari tersebut bertujuan membela nasib rakyat yang tertindas, golongan miskin yang berdepan dengan kos hidup yang tinggi serta pelbagai kelompok masyarakat yang tiada pembelaan.
Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan muslimat bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis 'lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya'.
Beliau juga menulis, "Muslimah tudung labuh yang kali demonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!" - HARAKAHDAILY 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014

- Apr 20, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ketua Penerangannya, Mastura Mohamad berkata, Muslimat PAS seluruh negara mendoakan Norzula segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dun Paloh, Kelantan.
Menurut beliau, Muslimat PAS turut mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Bendahari Dewan Pemuda PAS Machang, Mohd Zainal Abidin Mat Lazim yang meninggal dunia pagi Jumaat lalu.
Katanya, seluruh ahli dan pemimpin Muslimat PAS berkongsi kesedihan dan mengharapkan kedua-dua keluarga terlibat bersabar dan redha dengan ujian daripada Allah.
Beliau berkata, Muslimat PAS mendoakan semoga arwah Maziah dan Mohd Zainal Abidin di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan pejuang agama Allah.
"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan," beliau memetik firman Allah dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat 35.
Sumber HD - 20-4-2014
- Apr 17, 2014
- SAIDAH HAIRAN
"Mendiang seorang yang berpegang kepada prinsip. Mendiang bersuara lantang di Parlimen dan berani menegur kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana ahli Parlimen dan juga Speaker," kata Ketua Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sehubungan itu, Siti Zailah (gambar) mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga mendiang Karpal Singh dan berharap keluarga mendiang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan tersebut.
Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 12.45 pagi tadi.
Siti Zailah menyifatkan berita kematian Karpal itu sebagai amat mengejutkan dan negara telah kehilangan seorang pejuang serta penegak keadilan.
Menurut polis, kenderaan pelbagai guna itu remuk teruk selepas hilang kawalan apabila berlanggar dengan sebuah lori di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) menyifatkan kematian Karpal sebagai satu kehilangan yang melangkaui hal parti dan kerajaan.
Karpal, ujarnya ialah negarawan yang menjadi ikon keadilan dan keberanian untuk perjuangan menuntut kebenaran.
Ketokohan Karpal, tambah Azmin terserlah dalam perjuangan membela rakyat yang tertindas dan yang kurang bernasib baik.
"Tidak dapat saya gambarkan apabila benar-benar terkejut apabila menerima berita tragis kematian YB Karpal dalam kemalangan yang dahsyat awal pagi ini.
"Secara peribadi, saya amat sedih kerana bukan sahaja kehilangan seorang sahabat, bahkan seorang mentor yang punya keistimewaan dan saya hormati untuk menerima nasihat dan bimbingan," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
"Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang mereka lalui masa ini. Buat sahabat, Saudara Gobind, saya yakin saudara kuat dan seorang pejuang sama seperti bapa saudara, YB Karpal," ujarnya.
Sumber HD - 17-4-2014
- Apr 09, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mensyorkan agar Jabatan Ketua Audit Negara diperkasakan bagi memastikan mereka bukan sahaja bertanggungjawab melapor ketirisan yang berlaku tetapi turut sama mengambil tindakan tegas ke atas kementerian-kementerian yang terbabit.
Ahli jawatankuasanya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, parlimen boleh mengemukakan usul itu dan dibahaskan demi kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.
Ini kerana katanya, walaupun laporan Ketua Audit Negara saban tahun menegur kementerian dan jabatan namum ketirisan tetap berlaku.
"Tidak ada tindakan tegas ke atas laporan terdahulu, seolah-olah laporan Ketua Audit Negara seperti kitar semula," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau kecewa, apabila seolah-olah tiadanya keinginan politik seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan untuk bertindak tegas ke atas pasukan kerjanya yang menganggotai Kabinet Malaysia.
"Bagaimana mungkin Najib untuk mengambil tindakan yang tegas sedangkan kementeriannya sendiri bermasalah.
"Track record Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan misalnya adalah paling buruk. Antara contohnya, pembelian 2 buah kapal selam Scorpene yang dikritik hebat rakyat kerana menelan perbelanjaan yang begitu besar iaitu keseluruhan urusan berkaitannya ialah sekitar RM7.58 bilion," bidas Athirah.
Beliau percaya, pemimpin seperti Najib sampai bila-bila pun tidak akan mampu menangani isu-isu ketirisan dan salah guna dana awam dalam peruntukan bajet kementerian masing-masing.
"Bayangkan, perbezaan yang besar ini akan menyumbang kepada bertambahnya jumlah defisit dalam bajet negara setiap tahun melebihi defisit bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada hari pembentangan bajet," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia.
Jawatankuasa PAC Parlimen misalnya jelas beliau juga mempunyai bidang kuasa yang terbatas tetapi ia tidak sepertimana SELCAT Selangor yang boleh secara terbuka memanggil pendengaran awam terhadap isu-isu yang timbul akibat kemungkinan penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa termasuklah anggota Exco sendiri.
"Kerajaan Malaysia boleh sahaja meniru Selangor jika mereka ada keberanian dan kesungguhan. Namun itu tidak akan berlaku selagi Umno BN kekal menerajui Kerajaan Pusat.
"Rakyat akan terus berputih mata. Pada ketika subsidi rakyat dihentikan, pemimpin-pemimpin Umno BN terus bebas berbuat onar," katanya.
Sumber HD - 9-4-2014
- Mar 26, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Muslimat PAS di seluruh negara sentiasa mendoakan agar Allah SWT memberikan kesabaran, kekuatan dan ketabahan kepada anggota Ikhwanul Muslimin dalam menghadapi ujian yang sangat getir.
Menurut beliau, ramai wanita muda Mesir dijatuhi hukuman 11 tahun penjara ke atas dengan pertuduhan palsu seperti membawa senjata, menyerang pihak polis, mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta benda awam.
Katanya, hukuman mati ke atas 529 orang penyokong Ikhwanul Muslimin turut memberi implikasi besar kepada ahli keluarga mereka yang sebahagian besarnya adalah wanita.
"Wanita-wanita inilah yang akan meneruskan perjuangan ahli keluarga mereka untuk menegakkan kebenaran," tegasnya.
Dalam satu kenyataan media, Muslimat PAS mengecam keputusan Mahkamah Jenayah Minya, Mesir, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang juga bekas Speaker Mesir, Dr Saadu Katatni serta 529 aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.
Katanya, sebahagian besar mereka yang dibicarakan dituduh terlibat dalam pertelingkahan di daerah selatan Minya selepas dua kem protes Ikhwanul Muslimin di Kaherah telah dimusnahkan pada 14 Ogos lepas.
Menurut beliau, hukuman yang dijatuhkan mahkamah Mesir itu ternyata zalim dan bertentangan dengan norma keadilan antarabangsa apabila tertuduh tidak diberikan peluang membela diri atau mengemukakan saksi.
"Regim tentera Mesir telah menjadikan Mahkamah sebagai alat untuk menghalalkan darah penyokong Ikhwanul Muslimin," tegasnya.
Tambah beliau, keputusan Mahkamah ini membuktikan bahawa sistem kehakiman di Mesir telah dimusnahkan oleh regim tentera yang ingin menekan perjuangan rakyat Mesir.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, kezaliman yang dilakukan oleh Regim tentera Mesir bersama hakim-hakim proregim tentera memberi kesan yang sangat besar kepada wanita Mesir.
Dalam perkembangan yang sama, Muslimat PAS kesal dengan sikap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Liga Arab yang membiarkan regim tentera Mesir meneruskan kezaliman sejak Presiden yang sah, Dr. Muhammad Morsi digulingkan regim tentera dan kerajaan boneka dibentuk.
Beliau menegaskan, ketiadaan sebarang protes daripada badan antarabangsa dan negara-negara umat Islam menunjukkan ketidakprihatinan dunia terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Mesir.
Sehubungan itu katanya, hukuman mati ke atas 529 orang penyokong Ikhwanul Muslimin tidak akan memalapkan api perjuangan rakyat Mesir dalam menuntut keadilan dan mendirikan sebuah negara yang benar-benar mendokong aspirasi rakyat.
"Penghakiman yang zalim ini akan membuka jalan kepada lebih ramai rakyat Mesir untuk bangkit menentang kezaliman," tegasnya.
Sumber HD - 26-3-2014
- Mar 19, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menegaskan Nazri mesti bertanggungjawab membatalkan konsert 'Life in Color' yang akan diadakan di Go Kart Circuit Sepang International Circuit serta konsert artis luar negara, Christina Aguilera pada 28 Mac nanti.
Menurut beliau, sepatutnya kerajaan BN khususnya pemimpin Umno mengambil iktibar daripada insiden sedih serta memalukan negara pada konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang meragut nyawa enam pengunjung akibat pengambilan arak dan dadah berlebihan.
Katanya, konsert liar memang tidak mendatangkan manfaat selain mudarat kepada generasi muda yang sudah pasti akan mengikut gaya penghibur dan penonton dari luar negara.
"Jika konsert liar tersebut terus diadakan ini bermakna kerajaan BN khususnya Nazri Aziz tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terbunuh. Beliau juga tidak peka dengan batas-batas agama Islam kerana meluluskan permit konsert liar," tegasnya.
Sehubungan itu Dewan Muslimat PAS mengingatkan kerajaan BN supaya tidak berterusan menggadaikan maruah Islam dan negara hanya semata-mata kerana mahu menarik pelancong asing datang ke Malaysia.
"Muslimat PAS mewakili seluruh kaum wanita tidak kira apa agama dan bangsa. Kami adalah para ibu yang mempunyai anak-anak, tentu berasa amat khuatir dengan penganjuran konsert liar secara berleluasa kerana ia akan memberi impak besar kepada perkembangan emosi anak-anak muda," tegasnya.
Zailah mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan pemimpin Umno tidak serik dengan ujian yang menimpa negara sekarang seperti kemarau, cuaca panas, jerebu dan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum selesai.
Menurut beliau, di saat rakyat berhadapan dengan ujian demi ujian Allah SWT, kerajaan BN yang diterajui Umno terus membenarkan aktiviti yang mengundang bala.
"Perlu diingat antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mendesak Penasihat Agama Perdana Menteri serta golongan ulama dalam Umno memainkan peranan untuk menasihati pemimpin kerajaan.
Dewan Muslimat PAS Pusat turut mencabar kerajaan BN agar mempraktikkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pemerintahan seperti yang dicanang selama ini dan tidak hanya menjadikannya sebagai slogan bermusim.
Sumber HD - 19-3-2014
- Mar 17, 2014
- SAIDAH HAIRAN
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) mempersoalkan mengapa kerajaan BN meluluskan konsert liar selama tiga hari di Stadium Bukit Jalil dalam keadaan rakyat masih berdukacita dengan kehilangan pesawat MH370.
Konsert pada hari ketiga bagaimanapun dibatalkan atas arahan polis.
"Siapakah yang meluluskan permit untuk konsert yang penuh dengan maksiat ini? Kerajaan BN perlu bertanggungjawab dan jangan lepas tangan dalam hal ini kerana ia telah mengakibatkan kematian," tegasnya.
Menurut beliau, konsert yang kononnya membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa berlangsung dalam keadaan penuh maksiat dan bertentangan dengan budaya timur apabila arak dan dadah diambil secara berleluasa oleh pengunjung.
Malah ada pengunjung yang maut dan dimasukkan ke hospital kerana mengambil dadah jenis sintetik yang dipercayai ecstacy.
Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mempersoalkan penguatkuasaan garis panduan konsert oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta adakah pihak penganjur mematuhi peraturan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) ketika menganjurkan konsert tersebut.
"Jika kementerian dan penganjur mematuhi garis panduan tersebut mengapa penonton boleh membawa masuk arak dan dadah?" soalnya.
Tambah beliau, sepatutnya kerajaan mengambil tindakan menghalang konsert maksiat itu daripada berlangsung kerana negara sedang ditimpa masalah jerebu dan kehilangan pesawat MH370.
"Seharusnya kita menghormati masalah serta sensitiviti rakyat dan ahli keluarga penumpang MH370. Dalam keadaan rakyat bersedih kenapa kerajaan membenarkan satu konsert maksiat diadakan," tegasnya.
Beliau berkata, kerajaan BN seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membasmi masalah pengambilan dadah, minum arak serta gejala sosial yang keterlaluan.
"Sepatutnya semua pihak terutama pemerintah mengambil ikhtibar dan bermuhasabah diatas kejadian kehilangan pesawat MH370, masalah jerebu, ketiadaan air dan sebagainya yang berlaku di negara kita," tegasnya.
Sumber HD - 17-3-2014
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
“Salah satu sebab Putrajaya begitu takut kepada karya satira adalah kerana kerajaan BN dalah kerajaan minoriti. Kerajaan yang hanya berjaya mendapat 47% undi popular, dan sudah tentunya dibina dengan perasaan rendah diri dan dipimpin oleh pemimpin yang lemah,” ujar Zunar.
Menurut beliau, dalam sebuah negara demokrasi, satira politik telah sekian lama menjadi sebahagian dari proses amalan demokrasi yang sihat.
Karya satira sama ada dalam bentuk kartun, teater atau video, ujarnya memainkan peranan penting dalam menyalurkan penentangan, mendidik pembaca dan menyediakan informasi alternatif.
“Sebagai contoh, ratusan kartunis politik Amerika mengkritik Obama setiap hari, tetapi beliau menghargai sumbangan mereka malah ada kartunis yang diberi anugerah Presidential Medal of Freedom Awards dari Rumah Putih,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Menurut Zunar, video karya Teresa Kok's sebenarnya tidak begitu lucu, tetapi tindakan kerajaan membuatkan beliau ketawa besar.
“Namun kelemahan kerajaan bukan alasan bagi pihak berkuasa untuk menghukum rakyat. Kerana itu, saya mendesak kerajaan menggugurkan semua tindakan karut terhadap Teresa atau menghadapi kemerosotan populariti di bawah 47%,” ujarnya sinis.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun. Tujuh buku beliau diharamkan kerajaan BN.
Zunar ialah penerima anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.
Dalam perkembangan berkaitan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumpul semua laporan polis dan memulakan siasatan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang dikaitkan dengan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Bervakap kepada Bernama, Zahid berkata pihaknya menerima 300 laporan polis berhubung perkara itu daripada badan bukan kerajaan (NGO), individu dan pertubuhan lain.
"Siasatan telah kita mulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Kajang, semalam.
Klip video berdurasi hampir 12 minit itu memaparkan Kok selaku pengacara dan tetamu undangannya mengeluarkan kenyataan menyindir kerajaan dan beberapa perkara lain seperti isu keselamatan di Sabah.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor Bernama mahukan KDN segera memaklumkan keputusan siasatan klip video berkenaan.
"Kita mahu tahu...kalau tak ada tindakan pun, kena beri penjelasan sama ada terdapat unsur hasutan atau tidak. Jangan sampai berlarutan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Negara Kedua.
Di KOTA BAHARU, kira-kira 500 anggota Umno dan sebuah NGO berhimpun di Taman Hijau pada 1 tengah hari semalam berhubung video klip itu.
Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pemimpin DAP itu patut menerima kecaman hebat daripada rakyat negara ini kerana menerbitkan video klip itu.
Pengerusi Barisan Darul Naim (Badar) Kamaruddin Kassim pula berkata penerbitan klip video itu diibaratkan "bermain api" dan dikhuatiri “mencetuskan keadaan tidak baik di negara ini.
Sumber HD - 9-2-2014
Muslimat PAS kecam tawaran RM500 tampar Teresa Kok
- Feb 07, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk tawaran terbuka RM500 oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, PAS tidak mahu tajaan tampar menampar seperti itu akan menjadi budaya di dalam masyarakat pada hari ini.
Namun katanya, Muslimat bersetuju atas sifat demokrasi dan kebebasan bersuara sekiranya NGO dan mana-mana pihak ingin menyatakan bantahan dengan hujah yang benar ke atas video terbabit dengan membuat laporan polis, dakwa di mahkamah atau kenyataan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sensitiviti kaum di Malaysia.
Terkini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Siti Mariah turut menyelar tindakan Jemaah NGO Islam yang dilihat tidak matang dan bercanggah dengan akhlak Islam sendiri apabila melumur darah ayam ke atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.
"Dengan kelakuan seperti itu mereka tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pembela Islam, mereka telah dengan sengaja memalukan dan menghina Islam dengan bersikap demikian dalam menyatakan bantahan," katanya kepada Harakahdaily.
Keadaan ini pula ditambah dengan ugutan kumpulan tertentu, katanya mahu bertindak ke atas Teresa Kok sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.
"Kita bimbang isu ini menjadi semakin meruncing kerana membabitkan keselamatan diri wanita, agama dan perpaduan negara," katanya.
Dewan Muslimat tegas membantah apa sahaja tindakan kurang sensitif yang boleh menyebabkan pecah perpaduan oleh mana-mana pihak.
Justeru, Muslimat PAS menyeru semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan atau apa pun tindakan yang boleh menyinggung perasaan dan maruah sesetengah pihak.
"Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang bertindak melanggar undang-undang," katanya.
Rewads - https://www.youtube.com/watch?v=fBRflYLz9gg
YB Dr SMM - https://www.youtube.com/watch?v=zoXov3ycns0
DMO - https://www.youtube.com/watch?v=UZJofiQdubA
SK - https://www.youtube.com/watch?v=PM8uPU7e7I0
Sumber HD - 7-2-2014
No comments:
Post a Comment