Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Presiden PAS boleh keluar wad sehari dua lagi
KUALA LUMPUR: Keadaan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di wad hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul bertambah baik.
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semalam doktor pakar yang merawat Tuan Guru Abdul Hadi memberitahu, dengan perkembangan positif itu, kemungkinan besar beliau akan dibenar keluar hospital dalam sedikit masa lagi.
"Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang menggembirakan hari ini oleh doktor pakar yang merawat Tuan Guru bahawa dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini setelah pemeriksaan dijalankan pagi ini, Tuan Guru kemungkinan besar akan boleh keluar dari wad dalam sehari dua ini.
"Dalam masa yang sama, Tuan Guru juga perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa," maklum beliau melalui tulisan di Facebook Presiden PAS itu.
Maklumat ringkas itu disampaikan beliau kira-kira jam 1.45 petang waktu Istanbul dan 6.45 petang waktu Malaysia pada Khamis.
Beliau turut memaklumkan, semalam Tuan Guru Abdul Hadi turut menerima kunjungan dari Ketua Ulama Parti Saadat, Turki Dr Abdul Wahab.
Selain itu, wakil DAP Nga Kor Meng yang juga Ahli Parlimen Taiping turut melawat beliau semalam.
Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.
Beliau bagaimanapun dipindahkan ke wad biasa Selasa lalu selepas kesihatannya beransur pulih. - HARAKAHDAILY 6/6/2014
Sumber HD - 6-6-2014
Tok Guru, pulanglah ke pangkuanku
1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang Tok Guruku Ayahanda Abdul Hadi yang kini terlantar di hospital nun jauh di negara orang, sedang aku tidak mampu untuk pergi menziarahinya. Hanya sekadar mengirim salam melalui orang yang mampu pergi menziarahi tokoh Daei ummah itu. Entahkan salamku sampai atau tidak? Entahkan Tok Guru perasan aku menitip salam dan doa buatnya atau tidak? Aku tidak tahu dan ia membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.
2. Tok Guru bagai ayahku sendiri biarpun ia bukan ayah kandungku. Aku membesar di mihrab ilmunya dan Tok Gurulah sumber inspirasiku sejak remaja, tempat aku menadah ilmu wahyu di Masjid Rusila. Aku juga sempat menghadam sebahagian besar buku Ma'alim Fit Toriq dari bimbingan ayahanda Tok Guru sewaktu aku berkampung di Rusila suatu ketika dahulu. Kefahaman Islam yang diterapkan oleh Tok Gurulah menyebabkan aku meninggalkan pengajianku di Sekolah Menengah Marang ke Pondok Pasir Tumbuh bagi mendalami urusan agama dan perjuangan Islam ini. Kerana aku mahu menjadi seperti Tok Guru.
3. Kini Tok Guruku telah dimamah usia dan lebih mencerut rasa apabila Tok guru terlantar di hospital sementara aku terpaksa mengatur pelbagai aktiviti santai dan rehlah bersama anak isteri bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran hilang upaya untuk terbang ke Istanbul menziarahi Tok Guru. Aku selidik harga tiket dan sekurang-kurangnya aku perlukan RM3500 untuk sampai ke sana. Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada Geng Ustaz yang bertungkus lumus memungut dana dari anggota Geng Ustaz bagi menghantar aku ke Instanbul. Tapi jauh disudut hati ini, tak sanggup pula aku menyusahkan sahabat-sahabat Geng Ustaz yang sememangnya bekerja keras mencari dana untuk urusan kebajikan ummah serta program pencerahan agama kepada masyarakat. Biarlah wang itu digunakan untuk kepentingan yang lebih umum.
4. Aku terus mendoakan Tok Guru agar segera sihat dan segera pulang. Sungguh aku merinduimu Tok Guru. Entah mengapa? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga anak dan isteri kehairanan, untuk siapa kesedihan itu. Ya Allah... Bilakah Tok Guru akan pulang? Cepatlah balik... Jangan lama-lama di sana, aku merinduimu. Ya Allah... Kurniakan keafiatan buat Tok Guru! Kerana aku yakin ummah masih memerlukan bimbingan dan pimpinan Tok Guru, biarpun ramai juga memusuhi Tok Guru malah bergembira apabila Tok Guru sakit begitu. Demi Allah! Pulanglah Tok Guru, aku sanggup mendepani musuh-musuh itu bersamamu bagi menegakkan Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini.
5. Secara zahirnya, aku tidaklah rapat dengan Tok Guru sebagaimana rapatnya Dr Samsuri setiausaha politiknya kerana beliau selalu mengiringi Tok Guru ke mana sahaja. Bukan aku tidak mahu mendampingi Tok Guru sepanjang masa. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku ingin mendampingi sepanjang masa sehingga aku juga dapat rasa keberuntungan sahabatku Ustaz Khalil yang menjadi anak kandung Tok Guru. Begitulah aku juga sangat cemburu dengan keberuntungan milik sahabatku Ust Nik Mohd Abduh yang menjadi anak kandung kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah... Sebetulnya, Aku tidak mahu kehadiranku disamping Tok Guru mengganggu rehat dan keselesaannya. Aku tak banyak berbual dengan Tok Guru kerana aku bimbang tersalah cakap lalu mengguris perasaannya. Aku tidak berhujjah mempertahankan kepimpinan dan keputusan Tok Guru dihadapannya kerana aku bimbang meninggi suara dihadapannya lalu menjatuhkan air mukanya. Aku hanya berlagak biasa dihadapannya sedang aku mahu menjadi orang yang dekat dan rapat dengan Tok Guru seperti dekat dan rapatnya sahabat se"Besut"ku Dr Samsuri.
Ya Allah ! Bawalah pulang Tok Guru ke pangkuanku segera! Aku sedang menanti penuh kerinduan!
Sumber HD - 5-6-2014
Presiden PAS makin pulih, terima kunjungan pelbagai pihak
KUALA LUMPUR: Sejak dipindahkan ke wad biasa kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai pihak.
Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.
Selain itu Tuan Guru Abdul Hadi juga dikunjungi bekas Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan dan dihubungi sendiri oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob juga turut menziarahi beliau.
Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.
Beliau bagaimanapun dipindahkan ke wad biasa kelmarin selepas kesihatannya beransur pulih.
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut berada bersama Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu, doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh.
"Keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, di mana pihak doktor juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan kesihatan beliau benar-benar pulih sepenuhnya," katanya menerusi Facebook Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY 5/6/2014
Sumber HD - 5-6-2014
Presiden PAS sudah boleh berjalan
BAGUS...Mohamad Sabu ketika melawat Tuan Guru Abdul Hadi kelmarin.
KUALA LUMPUR: Pihak Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul menjelaskan bahawa perkembangan keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hai Awang bertambah baik.
"Saya telah bertemu dengan Tuan Guru dalam wadnya beberapa kali pada hari ini Selasa 3 Jun 2014 dan terkini ialah pada jam 5.15 petang waktu Istanbul (10.15 malam waktu Malaysia)," ujar Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dipetik daripada facebook Presiden PAS, beliau memaklumkan telah bertemu doktor perubatan yang bertanggungjawab, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan kesihatan Tuan Guru pada pagi semalam.
Jelasnya, Tuan Guru juga sudah mula berjalan ringan dalam bilik beliau.
"Dalam masa yang sama beliau memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk pemulihan secara berkesan.
"Untuk menguruskan maklumat keadaan kesihatan Tuan Guru dan menolak khabar-khabar yang tidak dari sumber yang sebenar, maka saya juga akan secara berterusan memberikan maklum balas setiap hari, iaitu di sebelah malam waktu Malaysia untuk makluman sahabat-sahabat di Malaysia," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Presiden PAS dipindah ke wad biasa
Ustaz Satiful (kiri) bersama Bendahari PAS Terengganu, M Shukrimun menziarahi Tuan Guru Abdul Hadi.
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul bertambah baik dan dipindahkan ke wad biasa.
Demikian dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Adun Paka berkesempatan menziarahi Presiden PAS semalam.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Pertamanya, saya merafakkan berbanyak kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kesihatan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Alhamdulillah, beliau telah dpindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.
Ketika ini saya yang mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sedang menziarahi beliau di Medical University di Istanbul dan kelihatan makin sihat.
Beliau sudah boleh bangun dan berdiri sendiri serta boleh berjalan ke bilik air.
Beliau kelihatan ceria dan menceritakan tentang kejadian yang berlaku terhadap beliau setelah sempat memberikan ucapan di persidangan umat Islam d Istanbul.
Apapun buat waktu ini beliau masih perlu banyak berehat setelah terlalu sibuk beliau dengan urusan jamaah dan parti.
Pada kesempatn ini juga, saya berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tuan Guru Presiden.
Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada yang sentiasa menjaga beliau termasuk para doktor yang telah memberikan khidmat terbaik, pihak kerajaan Turki dan Jamaah Parti Saadat serta ahli keluarga dan tidak ketinggalan Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri yang sentiasa menemani beliau.
Terima kasih juga kepada pihak Duta Malaysia di Tuki yang turut serta hadir dan memberi khidmat bantuan kepada Presiden PAS.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, semoga beliau cepat sembuh dan segera pulang untuk memimpin gerakan Islam dan PAS di tanah air tercinta.
Sumber HD - 3-6-2014
Presiden PAS kongsi gambar dari katil hospital
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turut berkongsi sekeping gambar dari katil hospital di Facebook beliau.
Dalam gambar tersebut beliau mengangkat tangan sebagai memberitahu keadaan beliau semakin baik.
Gambar tersebut diiringi mesej ucapan terima kasih kepada yang telah mendoakan kesihatan beliau.
"Saya mengucapkan terimakasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini.
"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik.
Saya juga berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah SWT. Terima kasih semua," katanya.
Ustaz Hadi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu akibat masalah kesihatan.
Sementara itu, beberapa anggota keluarga terdekat Ustaz Hadi juga telah tiba di sana semalam termasuk isteri Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Abdul Khalil dalam kenyataannya semalam berkata keadaan Ustaz Hadi semakin baik sudah boleh bercakap serta duduk di kerusi.
"Masa saya masuk dalam wad, beliau sedang duduk atas kerusi dan sambil tersenyum dia berkata dengan bersemangat, "Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera"," katanya.
Selain mereka, turut melawat Ustaz Hadi semalam termasuk pimpinan PAS antaranya Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli dan Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari. - HARAKAHDAILY 2/6/2014
Sumber HD - 2-6-2014
‘Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera’
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi sempat meluangkan masa beberapa minit berbual dengan bapanya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Istanbul, Turki.
Menulis di dalam facebooknya, beliau sampai pukul 6.00 petang waktu Turki dan terus ke hospital untuk menziarahi ayahanda Presiden PAS.
“Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Masa saya masuk dalam wad, beliau sedang duduk atas kerusi dan sambil tersenyum dia berkata dengan bersemangat, "Ayah baru sudah tengok berita dalam Aljazeera".
“Alhamdulillah saya sempat meluangkan masa beberapa minit berbual sebelum beredar untuk memberikan masa kepadanya berehat,” tulisnya lagi.
Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. - HARAKAHDAILY 1/6/2014
Sumber HD - 1-6-2014

Alhamdulillah, kesihatan Presiden PAS semakin baik
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semakin baik dan sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap.
“Alhamdulillah TGHH sudah semakin baik keadaan kesihatan beliau. Beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap. Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses sembuh,” tulis Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi facebook Tuan Guru Abdul Hadi yang dikemas kini jam 6.00 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.
Dalam masa yang sama, katanya pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baru.
“Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau,” ujarnya lagi.
Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. - HARAKAHDAILY 1/6/2014
Sumber HD - 1-6-2014
“Alhamdulillah TGHH sudah semakin baik keadaan kesihatan beliau. Beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap. Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses sembuh,” tulis Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi facebook Tuan Guru Abdul Hadi yang dikemas kini jam 6.00 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.
Dalam masa yang sama, katanya pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baru.
“Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau,” ujarnya lagi.
Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. - HARAKAHDAILY 1/6/2014
Sumber HD - 1-6-2014
Doakan Presiden PAS sejahtera - TG Nik Aziz
KUALA LUMPUR: “Saya mengajak semua ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di negara ini agar sama-sama dapat mendoakan agar Tuan Guru Presiden dikurniakan kesejahteraan oleh Allah SWT,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook.
Beliau dimaklumkan pagi tadi situasi kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul, Turki semakin stabil dan memerlukan masa untuk berehat sebelum pulih sepenuhnya.
Justeru, beliau berharap Tuan Guru Abdul Hadi dapat kembali semula ke tanah air dan meneruskan tugas memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) demi kesinambungan perjuangan yang suci ini.
Presiden PAS menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi , Istanbul akibat masalah kesihatan semakin pulih selepas menerima rawatan doktor pakar. – HARAKAHDAILY 31/5/2014
Sumber HD - 31-5-2014

Presiden PAS dirawat di Turki, Anwar hubungi Erdogan
KUALA KUMPUR: Seluruh saf kepimpinan dan keluarga PKR mendoakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang menerima rawatan di Istanbul akan cepat sembuh dan pulih.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.
Katanya, sejurus menerima berita itu, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Doakan kesihatan Presiden PAS kembali pulih
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta semua ahli dan penyokong PAS bertenang serta berdoa agar kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kembali pulih.
Beliau memberitahu Presiden PAS sekarang berada di hospital di Istanbul dan dalam pemantauan pakar-pakar perubatan.
"Kita mendoakan agar Tuan Guru pulih dan dapat kembali ke Malaysia untuk terus memimpin parti.
"Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS terus berdoa agar kesihatan Tuan Guru kembali pulih," jelasnya kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru mengunjungi Turki atas urusan rasmi untuk bertemu pemimpin kerajaan di sana.
"Beliau pergi ke Turki selepas datang ke Teluk Intan Isnin lepas dan dijangkakan balik pada 4 Jun nanti," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan ringkas, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersamanya di Istanbul, Turki.
"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Presiden PAS dirawat di hospital Istanbul, keadaan stabil
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran mengalami masalah kesihatan.
Dalam satu mesej kepada Harakahdaily, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama beliau berkata, Ustaz Hadi dibawa dengan ambulan kira-kira jam 8.45 malam tadi waktu Malaysia.
Difahamkan, Ustaz Hadi kini dirawat di sebuah hospital universiti di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.
Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu.
"Beliau (Ustaz Hadi) dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 30/5/2014
Sumber HD - 30-5-2014

Ceroboh pejabat DAP: Umno gugat amalan demokrasi
KOTA BHARU: PAS memandang serius tindakan sekumpulan penyokong Umno menceroboh ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang disifatkan tidak mencerminkan semangat sebagai sebuah negara demokrasi.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak sepatutnya perbuatan itu berlaku biar pun mereka mahu meluahkan kemarahan kepada seorang pemimpin DAP.
“Sepatutnya mereka menggunakan saluran demokrasi dan bukannya perbuatan menceroboh DAP sehingga menyebabkan berlaku kerosakan.
“Itu langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi dan ia tidak sepatutnya dilakukan sehingga bertindak di luar kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik petang semalam.
Baru-baru ini sekumpulan Pemuda Umno Umno Wilayah Persekutuan dikepalai ketuanya, Mohd Razlan Mohd Rafii menceroboh ibu pejabat DAP sehingga merosakkan papan tanda di luar pejabat terbabit.
Pada perhimpunan haram itu pemuda Umno dilaporkan mengancam mahu membakar ibu pejabat DAP. Perhimpunan tersebut dilakukan sebagai membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut perkataan "Umno celaka".
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, polis wajib bertindak bagi membendung perbuatan seumpama itu kerana ia boleh mengugat keamanan kehidupan rakyat.
Kata beliau, pihak polis perlu menjaga lunas-lunas demokrasi bagi mengelakkan perbuatan tersebut berulang lagi. - HARAKAHDAILY 25/5/2014
Sumber HD - 25- 5- 2014
Jangan harapkan PBB bebaskan Palestin – Presiden PAS
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, negara-negara umat Islam yang dibayangi oleh kuasa besar dunia masih terpengaruh dengan agenda barat untuk membebaskan Palestine.
Tegasnya, tanggungjawab untuk membebaskan Palestine khususnya Baitulmaqdis mestilah atas dasar nama Islam.
Umat Islam katanya, hendaklah mengelakkan diri daripada aspek perkauman, memecah belahkan umat dan mazhab serta kepentingan lain untuk menggagalkan pembebasan Palestine.
"Menjadi satu kesilapan besar apabila negara umat Islam beri kepercayaan kepada kuasa besar yang menganggotai PBB untuk selesaikan masalah Palestine,"katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Golongan Tertindas anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Mapim.
Malangnya tegas Abdul Hadi, hingga kini seluruh negara umat Islam yang mencapai kemerdekaan masih terikat dengan penyelesaian yang dirangka oleh barat di mana bercanggah dengan kewajiban umat Islam mempertahankan bumi Palestine.
"Kita menerima penyelesaian Palestine dengan mewujudkan dua negara iaitu Palestine dan Israel.
"Kita serah bumi Palestine kepada Israel! Apakah perkara ini diizinkan Islam? Palestine adalah bumi Anbia iaitu kiblat untuk Umat Islam,"katanya dihadapan lebih 200 peserta persidangan yang terdiri daripada Ngo Islam negeri dan antarabangsa.
Justeru, beliau menegaskan mereka yang berhak ke atas Palestine adalah Islam kerana di situ adalah tempat yang menjadi pilihan para Nabi termasuklah Nabi Muhammad SAW.
"Hubungan kita dengan Palestine khususnya isu Baitulmaqdis adalah hubungan sangat erat. Berkait dengan kepercayaan dan agama kita yang tidak boleh mengizinkan bumi Palestine diserah begitu mudah.
"Kita jangan lupa sejarah penubuhan negara Isarel yang haram menyebabkan kuasa-kuasa dunia timur barat termasuk Amerika terlibat dalam tertubuhnya Isarel pada 1948," katanya.
Sumber HD - 17-5-2014

Kes Presiden PAS, timbalan saman Mashitah selesai
KUALA LUMPUR: Dua kes saman yang melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Mohamad Sabu terhadap Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan dua lagi berhubung penyiaran artikel dalam kolum 'Langit Terbuka' akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac 2012, hari ini diselesaikan secara baik.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam merekodkan penghakiman persetujuan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Hadi dan Mohamad Sabu serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay yang mewakili Mashitah.
Mohamed Hanipa yang memaklumkan perkara itu kepada pemberita bagaimanapun enggan mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak.
Kedua-dua kes itu dijadualkan dibicara secara serentak hari ini.
Dalam kes saman pertama yang difailkan Abdul Hadi pada 18 Sept 2012, menamakan Mashitah defendan pertama manakala penerbit dan pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan Ultimate Print Sdn Bhd masing-masing defendan kedua dan ketiga.
Dalam pernyataan tuntutan Abdul Hadi antaranya mendakwa defendan pertama telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan kedua dan ketiga.
Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan, plaintif seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi pemimpin parti.
Dalam kes kedua yang difailkan pada 25 Sept 2012, Mohamad menyaman Mashitah berhubung penyiaran artikel yang sama.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad menyatakan kata-kata fitnah itu antaranya menggambarkan beliau telah mendedahkan auratnya di hadapan seorang perempuan yang bukan mahram, melakukan perbuatan yang jijik, tidak bermoral dan pemimpin Islam yang rendah akhlaknya. - Bernama
Sumber HD - 12-5-2014

Polis pernah setuju laksana hudud - Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Pihak polis didakwa pernah menyatakan kesediaan jika Undang-undang Jenayah Syariah mahu dilaksanakan di negara ini.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ketika isu itu timbul pada tahun 70-an, ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar menyatakan pihaknya bersedia jika undang-undang itu dilaksana.
"Saya masih ingat lagi satu seminar yang diadakan di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) melibatkan professor Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abas. Saya juga hadir dalam seminar itu.
"Pada masa itu timbul kefahaman tentang undang-undang jenayah syariah sehingga ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar memberitahu polis tidak ada masalah untuk melaksanakan undang-undang syariah islam," katanya dalam temubual bersama Harakahdaily semalam.
Sejarah panjang
Perjuangan melaksanakan hukum syariah ini kata beliau bermula sejak zaman awal kemerdekaan negara lagi selepas pendakwah yang datang ke Malaysia membawa islam yang sempurna.
Malah bukti kewujudan undang-undang ini katanya boleh dilihat dengan warisan sejarah iaitu Batu Bersurat di Terengganu, dan undang-undang jenayah negeri Melaka yang tersimpan dalam sejarah dan diamalkan sehinggalah kedatangan penjajah pada 1511.
"Saya sempat bersama orang tua yang pernah menyaksikan undang-undang hudud dilaksanakan di Terengganu dan mereka menerima bagaimana wujudnya keamanaan semasa syariat itu dilaksanakan.
"Dan hilangnya kuasa syariah di Terengganu pada tahun 1928, kerana jatuhnya kerajaan. Bagi Terengganu mereka berusaha selama 80 tahun," katanya lagi.
Selepas itu kata Ustaz Hadi, isu tersebut timbul semula pada sekitar tahun 50-an namun mendapat cemuhan daripada Masyarakat yang ketika itu terpengaruh dengan fahaman sekular yang menyerap masuk dalam pentadbiran, pendidikan dan media.
Sehingga kata beliau, ada yang mencemuh, 'kalau laksanakan hukum Islam ini maka ramailah yang kena potong tangan, ramailah yang akan cacat'.
"Maka ketika itu berlaku pertembungan dalam masyarakat Islam itu sendiri sehingga mereka-reka cerita menimbulkan kafir mengkafir ketika itu.
"Sepatutnya penjelasan bukannya isu kafir-mengkafir," kata beliau.
Kemudian daripada itu, PAS menyertai kerajaan campuran bersama BN pada 1974.
Ketika itu PAS katanya telah berusaha memperkenalkan Islam khusus dalam undang-undang jenayah sehinggalah ditendang keluar 1978.
Umno tak hadir
Selepas PAS menang kali kedua di Kelantan pada tahun 1990, PAS sekali lagi berbincang untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dan berjaya menggubalnya melibatkan qisas dan takzir.
Menurut beliau, sebelum dilulus di Kelantan melalui Dewan Undangan Negeri (Dun), terlebih dahulu dianjurkan satu seminar untuk didedahkan kepada umum dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46 di Hotel Concord tahun 1993.
"Kita menjemput parti-parti politik, kerajaan dan pembangkang, NGO Islam dan bukan Islam. Umno tidak hadir. Dan berlaku dialog dalam seminar itu. Saya dan Almarhum Haron Taib ditugaskan untuk membentangkan draf rang undang-undang itu," kata beliau.
"Kita menerima pandangan-pandangan, kritikan dan berbagai-bagai, kita menjawab semua persoalan dan hujah yang dikemukakan dan kita buat semula kepada jawatankuasa ini. Maka akhirnya setelah dikemaskini maka diluluskan dalam DUN Kelantan, saya difahamkan Tuanku Sultan Kelantan tandantangani kelulusan cuma tidak digazetkan," katanya.
Langkah sama katanya dibuat di Terengganu selepas PAS menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.
"Akhirnya kita lulus di DUN Terngganu dan Tuanku Sultan Terengganu tandatangan dan digazetkan pada 1 Ramadan. Malangnya PAS tidak menang di Terengganu pada 2004," jelasnya.
Sambut baik tapi hati-hati
Menurut beliau lagi, Isu hudud tidak wajar menjadi isu politik kenara ianya adalah tanggungjawab orang Islam.
Mengulas sambutan baik Umno setakat ini, beliau berkata PAS menerimanya secara positif namun tetap perlu berhati-hati.
Tegasnya, Umno yang menguasai kerajaan pusat perlu menggunakan segala kemudahan untuk memberi ruang kepada Kelantan bagi membolehkan undang-undang Islam ini dapat dilaksanakan.
"Isu ini adalah isu orang Islam, dan orang bukan islam jangan rasa bimbang dan rasa takut kerana ini berkait dengan orang Islam sahaja.
"Adapun orang bukan Islam sepatutnya tunggu, lihat dan faham. Kita bersedia untuk memberi penjelasan," katanya.
Menurut Ustaz Hadi lagi, undang-undang syariah kini satu keperluan kerana negara sedang menghadapi gejala jenayah yang sangat parah, khususnya jenayah yang berat dan tidak ada kehebatan undang-undang boleh membendungnya.
"Kehebatan undang-undang kena ada, malangnya kita dapati tidak ada kehebatan undang-undang, penjenayah tidak takut. Jadi perlu kepada satu undang-undang yang mendidik penjenayah supaya gerun.
"Dan perlu difahami konsep undang-undang jenayah Islam ialah mendidik masyarakat bukan menghukum masyarakat.
"Oleh sebab itu, konsep kehakiman Islam seorang hakim mesti mencari jalan untuk membebaskan orang yang dituduh, bukan hendak hukum semata-mata," katanya.
Beliau juga turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mempolemikkan isu hudud ini sehingga melupakan penentangan terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). - HARAKAHDAILY 7/5/2014
YB DS TG HAHHA - https://www.youtube.com/watch?v=pvrt8RRLst8
YB DS TG HAHHA -
https://www.youtube.com/watch?v=jW_ALzDtcAU
YB DSV TG HAHHA -
https://www.youtube.com/watch?v=ce9maJh7rxM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
YB DS TG HAHHA -
https://www.youtube.com/watch?v=qEcIr_BVhmI&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 7-5-2014

Wakil Ikhwan Syria kunjungi Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Ikhwan Muslimin Syria mengucapkan rterima kasih kepada PAS atas sokongan berterusan yang diberikan parti itu kepada perjuangan rakyat Syria berdepan kekejaman regim Bashar al-Assad.
Ucapan terima kasih itu dizahirkan Muraqib Am Ikhwanul Muslimin Syria Syeikh Muhammad Riyadh Shokfah dalam kunjungan bertemu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Turut serta dalam pertemuan hampir sejam itu itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusar Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Dalam pertemuan itu, Presiden PAS diberi maklumat berkaitan perkembangan semasa pergolakan di Syria.
Selain itu, mereka turut mendapatkan pandangan Tuan Guru Abdul Hadi berhubung krisis yang tidak berkesudahan itu.
Dalam temubual bersama Harakahdaily selepas itu, Syeikh Muhammad Riyadh turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib rakyat Syria.
"Saya menyeru orang Malaysia mengambil tahu situasi sebenar di Syria.
"Atas akidah yang satu ini kita harap hubungan ini akan berterusan pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus membantu dalam bentuk memberi sumbangan kepada warga Syria.
Katanya ketika ini beberapa keperluan sangat kritikal termasuk makanan, ubat-ubatan, hospital medan dan juga ambulan.
"Kami juga memerlukan bantuan dari segi pendidikan. Berapa ramai anak-anak kami di sana tidak dapat belajar dan bersekolah," katanya. - HARAKAHDAILY 6/5/2014
Sumber HD - 6-5-2014
Laksana syariat, ikhlas urusan Allah SWT - Presiden PAS
ISU UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN
1. Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas” adalah urusan Allah, bukan urusan kita.
2. Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (31) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32) فاطر.
Maksudnya :
(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.
(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]
3. Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.
4. Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.
5. Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang sebenarnya.
6. Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk.
7. Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.
8. Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.
9. Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang wajib adil terhadap semua.
10. Ada pun kebimbangan penganut bukan Islam telah dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman Allah:
فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (42) المائدة
Maksudnya:
(42) Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
11. Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama Yahudi Ahli kitab yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka, namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.
12. Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam agama.
13. Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap ajaran agama sendiri, kerana tidak menyedari hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para penjenayah akan bertaubat.
14. Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain, disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
تدرأ الحدود بالشبهات
"Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan."
15. Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes itu. Dalam hal ini Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur kekeliruan daripada sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”
16. Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.
17. Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan pengalamannya.
18. Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman Allah memberi amaran :
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ (20) أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21 ) الشورى .
(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
19. Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun 1990. Undang–undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah syariah, politik demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak. Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara terbuka selepas dari itu.
20. Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif terhadap semua pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia.
PRESIDEN PAS
5 Mei 2014
Sumber HD - 5-5-2014

- Apr 26, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam meluangkan masa menziarahi bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Beliau mengambil peluang kira kira 40 minit untuk bertanya khabar berhubung kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu di kediamannya di Penambang.
Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan usaha kerajaan Kelantan berkaitan perlaksanaan syariat Islam di negeri itu yang turut diusahakan oleh Abdul Halim sebelum ini akan diteruskan.
Beliau berkata, usaha PAS kini bukan hanya membawanya di Parlimen, malah mempergiat usaha penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum tersebut.
"Ianya penting untuk memberi penerangan kepada mereka agar memahaminya berkenaan hukum tersebut,"ujarnya.
Abdul Halim dalam responnya berharap ianya berjalan dengan baik.
Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana menziarahinya.
Prestasi kesihatan Abdul Halim yang juga bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa kini semakin baik. Beliau mengalami masaalah saraf sejak tahun lalu.
Sebelum ini Penasihat Umum Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menziarahi beliau. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA BAHARU: Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dalam memberi penjelasan berhubung perlaksanaan hudud.
Menurut Presiden PAS itu, perbincangan dengan semua pihak itu perlu supaya setiap orang memahami dengan tepat bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, itu akan diaplikasi di negeri ini.
Bagaimanapun menurut beliau, terserah keada pihak terbabit untuk menentukan masa dan tempat perbincangan tersebut.
"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak.
"(Soal tarikh) itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan," katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini,malam tadi.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Sebelum ini, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan muzakarah antara PAS dan Umno diadakan bagi menjelaskan hasrat melaksanakan hukum Islam itu supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.
Muzakarah atas isu perlaksanaan hukum syariah ini pernah dilontar oleh Ustaz Hadi sendiri ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada 24 November tahun lalu.
Dalam ucapan itu beliau berkata, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.
"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau ketika itu.
Beliau juga menegaskan bahawa PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.
Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.
"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.
"Kalau Umno ikut, mereka akan tersangkut. Sebab itu bukan ideologi perjuangan mereka," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.
Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.
Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.
Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.
Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.
“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.
“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.
Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.
Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.
Katanya, undang-undang tersebut telah disusun dengan penglibatan tokoh undang-undang syariah dan semasa seperti almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Tun Mohd Salleh Abas.
Selain itu, katanya NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput oleh kerajaan negeri pada satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde di ibu negara untuk memberikan pandangan berhubung undang-undang jenayah syariah itu sebelum dibawa ke persidangan Dun.
Bahkan, jelas beliau lagi, pihak badan Hak Asasi Manusia dunia juga diberi penjelasan mengenai undang-undang itu.
Sumber HD - 19-4-2014
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
KEMAMAN: “Mengapa kita tidak berperang, berperang cara darurat,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, katanya ahli-ahli PAS hendaklah berdakwah terlebih dahulu untuk mengajak manusia supaya memilih perjuangan Islam.
“Apabila manusia halang, sekat perjuangan Islam walaupun kita pilih damai, kita ditentang dengan senjata, maka Allah mewajibkan kita tentang dengan senjata tetapi memilih damai untuk menyelamatkan manusia lebih afdal,” jelasnya ketika menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu yang diadakan di Kemasik, pagi ini.
Beliau berkata, dalam menjalankan kerja untuk mengajak manusia kepada perjuangan Islam, PAS memerlukan ahli-ahli dan para pendukung yang hebat.
Menurutnya, kehebatan anggota PAS itu hendaklah bersabar ketika marah di samping bersabar menghadapi orang zalim dan jahil.
“Sabar hadapi orang jahil, sabar ketika marah, sabar kepada yang buat zalim kepada kita, dan mengajak mereka dengan bahasa yang difahami, jangan dengan bahasa yang tidak difahami,” katanya lagi.
Sehubungan itu, kata beliau, dalam konteks dakwah di Terengganu, anggota parti hendaklah menggunakan bahasa yang mudah sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh penceramah yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus.
“Di Terengganu guna bahasa lebih mudah macam Ustaz Azhar, jangan bahasa yang tinggi. Kalau tak pandai berhujah, jangan pergi biar orang yang pandai berhujah,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 19-4-2014
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mendiang adalah seorang yang sangat cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua urusan yang diperjuangkan.
"Saya bagi mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mendiang.
"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau turut berharap ahli keluarga mendiang dan kepimpinan DAP dapat terus bersabar dengan ujian yang berat seperti ini.
Karpal, 74, yang juga Pemimpin veteran DAP maut dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.
Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Menurut laporan, kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara.
Ekoran itu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Sumber HD - 17-4-2014
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.
Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.
"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).
"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.
Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang-Undang Persedirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
Ekoran itu, pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.
Ketetapan 2011
Ketika isu ini hangat diperkatakan pada 2011 lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian bersama dalam isu ini melalui satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 29 September di Pejabat Agung PAS.
Dalam sidang media yang dihadiri bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu, mereka mengumumkan mengambil pendirian menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.
Ia termasuk menghormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.
Mereka juga bersetuju memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang wujud sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan itu menjadi asas dalam membincangkan isu hudud ini dan ianya terus terpakai sehingga sekarang.
YB DS TG HAHA -
http://www.youtube.com/watch?v=hK5H_7u7jck&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 16-4-2014
- Apr 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud.
Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012.
“Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei,” ujarnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari.
AA - http://www.youtube.com/watch?v=NrxBOQeVi88&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 14-4-2014
- Apr 12, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan kesempatan menjawab pelbagai persoalan diajukan para Pemuda PAS semasa Liqa’ Pemuda PAS Malaysia di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil, Baling pada 5 April lalu. Ikuti ringkasan jawapan beliau yang dicatat Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM yang mengikuti penuh program tersebut.
Krisis di Syria
Perlu difahami dari aspek pertarungan politik antarabangsa di mana Yahudi dan Zionis melihat Islam hingga semua wadahnya mesti dihapuskan. Iraq, Iran dan Libya diperangi kerana memiliki teknologi yang boleh mengancam Israel. Membuktikan Israel memberi pukulan kepada Islam tanpa mengira mazhab agar benih Islam tidak berkembang. Dalam strategi politik itu, mereka bukan sahaja mengatur soal ketenteraan, tetapi juga mengawal ekonomi sepertimana tindakan menjatuhkan Najmudin Erbakan yang berjaya memerintah Turki dan mengusulkan penggunaan Dinar kepada dunia Islam. Usul itu bukan sahaja memberi implikasi penggantian Dolar kepada Dinar sebagai kewangan antarabangsa, malah telah berjaya menggabungkan lapan negara umat Islam antaranya Turki, Malaysia, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Nigeria membentuk G8 menyaingi G7 dari blok Barat. Bahkan membawa kepada kebimbangan bahawa kelompok Islam akan menguasai teknologi dari Asia Tengah dunia jatuh kepada kelompok Islam.
Barat melalui peranan CIA berjaya mewujudkan 100 kumpulan Islam di negara-negara Arab bertujuan menyaingi dan melumpuhkan kekuatan Gerakan Islam. Ketika sama Syria perlu dikawal sebagai tempat strategik untuk menjaga keselamatan Israel.
Pernah berlaku perancangan secara terburu-buru untuk mewujudkan ‘Revolusi Syria’ seperti Iran dalam keadaan kekuatan kumpulan Islam belum jitu. Menyebabkan Hamas dipukul habis-habisan hingga lebih 80 ribu nyawa terbunuh, sedangkan Bashar al-Assad terus kuat.
Kecelaruan di Syria melibatkan pertembungan sesama Islam apabila Russia dan China membekalkan senjata kepada Bashar, manakala Amerika membekalkan senjata kepada kumpulan Islam penentang Bashar. Hakikatnya ia strategi mempertahankan Israel dan menghancurkan Islam di Syria. Menunjukkan Islam perlu mengatur strateginya sendiri dan umat mesti mengambil iktibar kecelaruan di Syria.
Tahaluf Siyasi
Dalam mencipta gerakan massa, jangan dibanyakkan musuh. Iktibar dari surah ar-Rum menunjukkan Allah membenarkan sikap Nabi dalam politik antarabangsa berpihak kepada Rom yang terdiri dari ahli kitab dan tidak kepada Parsi penganut Majusi. Bermakna juga, antara dua musuh mesti dihindari musuh yang lebih besar. Bahkan, Nabi mengadakan tahaluf dengan bukan Islam semasa di Madinah.
PAS menguasai massa termasuk dengan mengadakan tahaluf dan sepanjang sejarahnya pernah mengadakan tahaluf bersama Parti Negara, Sosialis, BN, CCC, S46 dan terkini bersama PKR dan DAP.
Untuk bertahaluf perlu dilihat nilai, kekuatan serta kuantiti ahlinya pihak tersebut. Sekiranya memiliki ahli yang ramai, dalam urusan dan percaturan politik, PAS boleh bertahaluf dengan cara mendatang. Bacaan menyeluruh perlu dibuat termasuk soal pembahagian kerusi mesti disepadankan dengan jumlah ahlinya dan ia sebagai kerjasama taktikal sahaja.
Majlis selawat Umno
Masjid Dhirar pernah didirikan masa Rasulullah di zaman Madinah yang tujuannya untuk melawan perjuangan Baginda. Apabila mengaku mengikut Nabi perlu ambil keseluruhan seruannya, bukan sebahagian.
Memang selawat menandakan kasih kepada Nabi, tetapi jangan hanya berselawat, mesti berjuang bersama Nabi. Para sahabat RA mereka berperang, berjihad dan berhijrah bersama Nabi serta menghabiskan harta untuk perjuangan Islam.
Orang berselawat kita alu-alukan, cuma mesti ditambah lagi dengan kerja-kerja Islam yang Nabi buat dan laksanakan perintah Nabi. Dengan harapan, adanya majlis selawat, manusia tinggalkan rock dan hiburan songsang serta menutup ‘night club’ dan unsur-unsur maksiat hingga akhirnya mereka tahu bahawa seruan PAS selama ini benar.
Masalah berbilang fikrah
Sering berlaku terutama kepada mereka yang belajar diluar negara kerana bertemu saudara seIslam yang datang dari pelbagai negara dengan membawa pemikiran masing-masing. Perlu difahami, dalam perkara asas Islam yakni hukum halal dan haram tidak ada khilaf. Namun, dalam perkara untuk menegakkan Islam, wujud perbezaan pendekatan antara negara. Oleh itu apabila pulang ke negara sendiri, mesti mengikut pendekatan yang ada.
Misalnya perlembagaan Turki mengharamkan kewujudan Parti Islam, hingga Recep Tayyip Erdogan isytiharkan partinya sekular, tetapi mewajibkan pelajarnya bertudung. Di Malaysia PAS tidak diharamkan. Bahkan, PAS telah banyak melangkah ke depan, misalnya di Kelantan telah sampai tahap menggubal undang-undang Syariat. Oleh itu, tidak patut berundur ke belakang.
Maka, mengambil cara seperti negara lain untuk dilakukan di Malaysia adalah pendekatan yang tidak tepat. Apatahlagi Nabi berpesan agar berbicara dengan manusia mengikut bahasa difahaminya dan meletakkannya pada tempat yang betul. Oleh itu, fikrah mesti diterjemah berdasarkan realiti yang ada.
Ada negara yang Islam boleh bergerak menerusi demokrasi pilihan raya dan dalam demokrasi memberi kebebasan untuk berdakwah. Jika saat dihalang pun di suruh berdakwah, apatahlagi demokrasi membenarkan, maka ruang itu perlu digunakan. Sepertimana peraturan dunia orang pergi menunaikan haji memerlukan pasport, maka perlu dibuat pasport untuk elak dari terhalang tujuan itu.
PAS alat capai matlamat Islam
PAS adalah alat yang ditubuhkan ulama berdasarkan gerakan tajdid di mana selepas zaman yang tiada Nabi dan Rasul, maka kumpulan Islam adalah pengganti menyambung risalah. Kumpulan ini mestilah mempunyai ciri-ciri dan sifat yang dinyatakan dalam al-Quran.
PAS menganggap kumpulan Islam yang banyak sebagai sahabat-sahabat. Jangan asyik dengan perbezaan hingga menghabiskan masa sebaliknya hadapi musuh yang sebenar.
Dalam mengenali ulama perlu mengikuti ulama yang beramal dengan ilmu dan berjuang menuruti sunnah Nabi. Contohi pemimpin Ikhwanul Muslimin yang mengajar, menulis kitab, bahkan hingga sanggup dihukum bunuh untuk tegakkan Islam di mana mereka amanah beramal dan berjuang dengan ilmu. Ulama seperti ini tidak tunduk kepada siapa, malah mereka diberkati Allah. Perlu diadakan penilaian kerana terdapat ulama yang mengajar sahaja tetapi tidak beramal dengan ilmu.
Ahlul Sunnah Wal Jamaah
Perlu disedari adanya kecelaruan di kalangan umat Islam dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah penyelamat. Wujudnya pecahan mazhab meliputi fekah, tasauf dan akidah. Dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah pun adanya Mazhab Asyairah dan Maturidiah serta Mazhab Salaf. Mazhab Salaf pula ada salaf zaman sahabat dan tabiin, ada juga salaf zaman mutakhir. Mendepani masalah furu’ atau cabang, serah pada ahli ilmu kerana berbalah dalam perkara yang tidak diketahui akan menjadi rosak.
Dalam fekah pula ada Mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki serta ada Mazhab Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Abu Thur dan Qatadah. Dalam Mazhab Syafie ada Imam Nawawi, ar-Ramli dan Ibnu Hajar. Dalam Mazhab Hanafi ada Abu Yusuf, dan Muhammad al-Ghazal asy-Syaibani. Dalam Mazhab Hambali ada Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Di mana semua khilaf mereka berlaku dalam masalah furu’.
Dalam syiah ada lebih kurang 30 hingga 40 mazhab. Ada Syiah khilaf dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam masalah fekah, tetapi ada yang sama akidah, oleh itu bukan kafir semuanya.
Ada Mazhab Khawarij Ibadi yang akidahnya sama dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tetapi berbeza dari segi fekah. Terdapat juga Ahlul Sunnah seperti Umno, tetapi tanpa syariat Islam, hanya berzikir dan berselawat sahaja.
Oleh itu kecelaruan yang ada perlu difahami dan adab para ulama mazhab masing-masing tetapi tidak pernah menyalah satu sama lain.
Tragedi MH370
Mengikut teori teknologi, ia diculik, tetapi mengikut ilmu Allah, hanya Dia sahaja mengetahui. Soal siapa terlibat, tidak diketahui dan perlu cari bukti dan mencari kotak hitam hingga dapat disahkan pihak yang terlibat.
Negara kita tidak ada kemampuan teknologi di mana ia juga sulit buat negara-negara Amerika, China, British dan lain-lain. Memandangkan keadaan sukar untuk pencarian itu, kita tidak boleh mempersendakan hal tersebut.
Teruskan berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dan jika mangsa masih hidup doa agar mereka selamat, sekiranya mati doakan diberi rahmat. Terdapat banyak pandangan ulama berhubung ketetapan status kematian. Ada mengikut umur adat keluarga dan ada yang berdalilkan empat tahun berdasar peristiwa berlaku di zaman Umar al-Khattab.
Sumber HD - 12-4-2014
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sila sebarkan makluman ini dan sama-samalah kita berdoa agar Tuan Guru Presiden akan diselamatkan oleh cubaan dari pihak-pihak yang ingin memalukan dan menjatuhkan imej Tuan Guru,” tulisnya menerusi facebook.
Beliau juga melahirkan rasa simpati yang teramat kepada seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana arahan penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didengari dan ditaati oleh ahli dan cabang PKR sendiri sehinggakan DSAI mula dianggap berbohong.
“Alhamdulillah tarbiyyah yang sering kita adakan walaupun dipandang sebagai langkah yang tidak perlu, membuktikan ahli-ahli PAS dididik supaya taat kepada pimpinan dalam perkara kebaikan seperti ini,” ujarnya yang juga Adun Bukit Payong, Marang.
Menurutnya, Tuan Guru dan PAS secara keseluruhannya tidak pernah merayu dan menagih simpati mana-mana pihak agar dihapuskan saman ini kerana sememangnya Tuan Guru Presiden tidak bersalah dalam hal ini.
“Ini kerana beliau tidak pernah membuat tuduhan kepada sesiapa secara khusus malah tidak pernah menyebut nama sesiapapun dalam ceramah beliau di Kampung Tebakang semasa kejadian,” tulisnya lagi.
Oleh itu, katanya saranan meminta maaf kepada individu-individu tertentu dalam isu ini, adalah jauh dari kewarasan berfikir seorang insan yang normal.
Baginya, kes ini sangat mudah untuk diselesaikan tetapi ada pihak-pihak yang berkepentingan cuba menangguk di air yang keruh.
Tambahnya, jika dilihat seseorang dari parti yang lain yang turut dikaitkan oleh sesetengah pihak sebagai orang yang dimaksudkan oleh Tuan Guru dalam ceramahnya itu, tidak pernah kedengaran untuk menyaman Tuan Guru kerana pastinyalah dia berfikiran waras disebabkan Tuan Guru tidak pernah menyebut namanya dan pastinya dia tidak terasa kalau dia bukan pelakunya.
“Oleh itu sekali lagi saya menyeru agar dilakukan solat hajat di masjid-masjid, surau-surau, markas-markas ataupun juga di rumah-rumah agar kejahatan niat orang yang berniat jahat dapat dipatahkan dengan kehendak Allah,” katanya lagi.
Sumber HD - 10-4-2014
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, PAS menyeru kerajaan Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) agar menarik balik keputusan menyenarai hitam Ikhwan Muslimin sebagai organisasi pengganas.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS memandang serius perkembangan yang sedang berlaku di Timur Tengah apabila Kerajaan Arab Saudi telah menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas bersama dua lagi sayap al-Qaeda di Syria kerana dilihat memberi ancaman kepada negara antarabangsa.
"Sejarah telah membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin telah menunjukkan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian.
"Pertubuhan ini telah sejak sekian lama bergiat cergas di serata dunia secara aman dah telah menyumbang kepada dunia Islam. Mereka tetap konsisten bersama terlibat secara aman walaupun ramai kalangan pimpinan mereka yang dibunuh dan di penjara," ujarnya.
Malah, tambah beliau pertubuhan Ikhwan Muslimin telah lama terlibat dalam proses demokrasi di negara-negara seperti Jordan, Yemen, Kuwait, Moroko, Tunisia dan Mesir.
"Mereka telah terbukti melakukan perubahan sosial dan politik secara aman melalui proses demokrasi," tegas beliau.
Menurutnya, walaupun agenda reformasi politik Ikhwan bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus melalui demokrasi, namun mereka seolah-olah dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi.
Presiden PAS turut melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Mesir apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 pimpinan serta penyokong Ikhwan Muslimin.
Mesir kini berada di bawah penguasaan junta tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi.
Sumber HD - 1-4-2014
- Mar 31, 2014
Beliau seorang yang amat tawadhu' dan memiliki kesabaran yang tinggi. Sosok tubuh yang sentiasa ceria dan suka memberi nasihat menjadi sifat kelaziman dirinya.
Sayyidah Zainab Al-Ghazali pernah menceritakan tentang kehebatan sosok tubuh ini ketika masih berumur dalam lingkungan 20-an katanya "pegawai-pegawai penjara telah membawa pemuda tersebut di pintu sel penjaraku lalu mengarahnya secara keras agar mencela dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapku.
"Lalu pemuda tersebut berkata: aku tidak akan caci maki dan hina orang yang pernah mengajarku Al-Quran dan menjaga hafazanku.
"Pemuda itu diseksa dan disebat hampir seribu sebatan namun dihadapinya dengan tabah. Aku tidak sanggup melihatnya begitu dan mengharapkan pemuda tersebut mula mencaci serta menghinaku namun dia tetap berdiam diri dan menghadapi seksaan dengan sabar. Pemuda itu tidak lain tidak bukan ialah Dr Mohamed Badie."
Beliau adalah 'Rijaalun Shadaqu' yang dinyatakan dalam Al-Quran. Semoga Allah meramaikan generasi ini di atas muka bumi yang masih dijajah jahiliah. Hilang seorang daripada mereka akan diganti semula oleh seratus yang lain.
اللهم اجعلنا منهم
Sumber HD - 31-3-2014
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.
Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi (gambar) manakala plaintif hadir di mahkamah.
Asmuni berkata dalam sesi pendengaran itu peguam plaintif, Vasudevan mendakwa wujud elemen baharu yang ditimbulkan pihaknya, justeru memohon penangguhan bagi memfailkan afidavit jawapan.
"Kes hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak defendan. Kami telah failkan hujahan bagaimanapun peguam plaintif meminta penangguhan bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit jawapan sebagai tambahan kepada afidavit yang telah mereka failkan dulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lepas.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama
Sumber HD - 30-3-2014
- Mar 26, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan jentera PAS ketika membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, 23 Mac lalu.
Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera PAS khususnya PAS Selangor dan PAS Hulu Langat, yang menurutnya telah berkerja dengan baik.
"Saya puas hati dengan jentera PAS. Mereka buat kerja dengan baik. Semua turun membantu.
"Kita tunjukkan bahawa PAS konsisten bantu rakan-rakan Pakatan Rakyat dan kali ini PKR," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen semalam.
Pada pilihan PRK Kajang 23 Mac lalu, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.
Biarpun peratusan keluar mengundi merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu, namun Pakatan Rakyat menang undi Melayu pada PRK kali ini.
Turut meningkat, peratusan undi popular terhadap PKR yang hampir mencecah 60 peratus.
Pada PRK Kajang lalu, PAS turun sebagai jentera pembantu kempen PKR yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abd Samad.
Mereka dipertanggungjawab untuk menjaga kesemua 16 Unit Peti Undi (UPU) yang terlibat dalam pilihan raya itu.
Presiden PAS sendiri dua kali turun ke Kajang bagi membantu kempen, manakala pimpinan PAS yang lain ada yang berkampung di sana sepanjang tempoh kempen.
Sumber HD - 26-3-2014
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini:
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.
Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.
PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat.
Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhadap pasaran dunia.
Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Sumber HD - 25-3-2014
- Mar 19, 2014
- DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Ketika Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul akhir zaman, kerasulannya bersifat sejagat dan ‘alami. Baginda bukan sahaja berdepan dengan musyrikin Arab yang buta huruf, paling keras dan bebal, bahkan menghadapi seluruh manusia di muka bumi sepanjang zaman.
Ada pun di luar bumi Arab pula, adanya kuasa-kuasa besar dunia yang bertembung, khususnya Rom dan Parsi, di samping China, India, Mesir, Habsyah dan lain-lain. Dalam masa yang sama, adanya pula golongan ahli kitab dan bukan ahli kitab berbagai-bagai agama.
Al-Quran, bukan sahaja menjadi petunjuk yang benar mengenali Allah dan segala akidahnya, beribadat dan cara hidup diri dan bermasyarakat, hubungan manusia dengan Allah.
Al-Quran juga memberi petunjuk menangani berbagai-bagai agama dan kuasa pemerintahan, dengan memaparkan sejarah terdahulu dan semasa. Pendekatan dakwah secara muwajahah silmiyyah diutamakan, perdamaian didahulukan dalam hubungan antara bangsa, negara, kaum dan agama, berdiplomasi dalam menangani pertembungan antara kuasa besar dan kebijaksanaan dalam pertembungan agama, dengan syarat istiqamah dan konsep murunah tanpa hilang petunjuk yang sebenar, serta tegas menghadapi segala tentangan sehingga tidak menyerah kalah, sama ada menang atau mati kerana Allah.
MENGHADAPI PERGOLAKAN ANTARA BANGSA
Di antara petunjuknya ialah firman Allah, maksudnya:
“Alif, Laam, Miim. Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah ar-Rum : ayat 1-5)
Ayat-ayat ini membetulkan sikap dalam pertembungan antara dua kuasa besar di zaman itu, dengan sikap yang berbeza di antara ahli kitab dan yang lain, tanpa menghadapi musuh yang ramai dalam satu masa.
MENGHADAPI PELBAGAI PIHAK
Adapun berdakwah secara umum, manusia berbagai-bagai agama dan budaya, sehingga kerajaan yang memerintah negara, Al Quraan memberi petunjuk. Firman Allah, maksudnya :
“Serulah (berdakwah) ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan yang setimpal seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.”
“Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha amalan yang baik.”
(Surah An-Nahl : Ayat 125 – 128)
Khusus bagi menghadapi ahli kitab Allah berfirman, maksudnya :
“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (Islam)." (Surah al-Ankabut : ayat 46)
CABARAN DALAMAN UMMAH
Seterusnya umat Islam menghadapi cabaran penyelewengan dalaman, sehingga memecahkan mereka kepada mazhab bukannya sekadar furu’ ilmu fiqh yang di izinkan, bahkan yang menyentuh akidah yang dinamakan firqah dan tasawwuf yang dinamakan tariqat. Walaupun mengaku berada dalam kepompong Islam, tetapi memecahkan kedudukannya daripada kepompong Islam, secara sedar atau tidak.
Dalam hal ini kita perlu membuat pertimbangan berpandukan firman Allah, Maksudnya:
“Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).” (Surah Surah Fatir : Ayat 32)
Selepas wafatnya Rasulullah SAW berlakunya masalah dalaman penganut Islam, peristiwa riddah, keluar daripada Islam semuanya atau menafikan hukum zakat dalam keadaan masih bersembahyang. Kekhilafan juga berlaku dalam kalangan para sahabat RA berhubung dengan perlantikan Khalifah. Walau pun akhirnya bersepakat mendokong Khulafa ar-Rasydin RA. Namun kesannya berbangkit kemudian, mencipta mazhab Syiah dan Khawarij dan menjadi melampau kerana adanya anasir luar yang masuk ke dalam umat Islam dan kejahilan umat pada zaman mutakhir.
Selepas penterjemahan berbagai-bagai ilmu ke dalam bahasa Arab pada zaman Abbasiyyah, sehingga termasuk pengaruh ilmu falsafah, menyebabkan lahirnya perbincangan ilmu akidah yang memecahkan aliran pemikiran dalam aspek akidah dalam kalangan Ahli Sunnah sendiri, kepada aliran Salafiyyah, Asyairah dan Maturidiyyah sehingga dinamakan Ilmu Al Kalam kerana banyak falsafahnya apabila berdepan dengan aliran Muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan lain-lain. Muncul pula aliran Batiniyyah yang menafikan amalan syariat yang diwajibkan. Semua aliran aliran tersebut juga mempengaruhi semua kalangan mazhab yang terdahulu yang bermula dengan politik, feqah dan tasawuf.
Umat Islam pula menghadapi al Ghazwu al-Fikri daripada timur dan barat, khususnya selepas masuknya zaman penjajahan baru dan selepas penjajah asing, bukan sahaja terpengaruh dengan tamadun kebendaan yang melampau, tetapi menganut aliran al-Ilmaniyyah (Sekularisma) yang mencipta semangat menentang penjajah, pada mulanya berasaskan nasionalisma dan selepasnya menganut berbagai-bagai ideologi dan teori politik dan ekonomi yang asing daripada Islam. Bukan sahaja liberal kapitalisma dan sosialisma yang tidak menolak agama bahkan melarat kepada komunisma yang menentang semua agama.
Ada juga yang menghina dan mempersendakan hukum-hukum Islam, dalam keadaan tetap mengaku menjadi penganut Islam. Lebih merbahaya lagi adanya ulama yang bersamanya dan melabelkan Islam kepada semua ideologi itu kerana mengampu kepada kerajaan di negeri masing-masing atau tidak memahami perkembangan semasa.
AKIDAH MEMPENGARUHI MAZHAB
Perpecahan umat berdasarkan kepada politik pada awalnya, bukan sahaja mempengaruhi madrasah fiqhiyyah, namun melibatkan juga madrasah akidah dan tasawuf sehingga berpecah kepada mazhab yang banyak.
Abu al-Hasan al-‘Asyari dalam kitabnya Maqalat al-Islamiyyin dan al-Syahrastani dalam al Milal wa Nihal menghuraikan agak terperinci. Madarasah Ahli Sunnah dalam perkara akidah berpecah kepada tiga mazhab - Salaf, As-Syairah dan Maturidiyyah.
Mazhab Syiah berpecah kepada 52 mazhab yang besar dan kecil. Khawarij pula berpecah kepada 16 mazhab. Mu’atazilah kepada 12 mazhab, Jabriyyah kepada tiga mazhab.
Ada kalangan mazhab yang sama akidahnya dengan ahli sunnah dan berkhilaf dalam hukum feqh dan ada pula beberapa hukum feqh yang sama tetapi menganut mazhab muktazilah dan lain-lain.
MAZHAB AHLI Al SUNNAH WA JAMA’AH
Mazhab Ahli Sunnah Wa Jama’ah wajib dipertahankan kebenarannya, walau pun Muktamar OIC terakhir di Makkah merasmikan keputusan Majmak al-Fiqh dibawahnya yang berpusat di Jeddah dan sebelumnya Majma’a Al Buhuth Al Islamiyyah di-Mesir mengisytiharkan lapan mazhab yang lahir dalam kalangan umat Islam yang diiktiraf bernama Islam.
Lima daripada Sunni: Hanafi, Maliki, Syafe’ei, Hambali dan Zohiri, (tanpa menyebut mazhab yang terdahulu di kalangan sahabat dan tabi’ein). Dua daripada Syi’ah: Imamiyyah (Ja’afariyyah) dan Zaidiyyah dan satu mazhab Khawarij , iaitu Ibadiyyah.
Mazhab Ahli Sunnah mengalami proses ilmu dan perjuangan yang lebih mendalam daripada mazhab yang lain, kerana berada di pusat ilmu, seperti Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Iraq dan Mesir.
Adapun Mazhab yang lain menjadi terpencil daripada pusat ilmu dan jauh daripada para ulama muktabar yang berjuang secara berdepan menghadapi cabaran.
Menjadikan pendapat yang kuat dari segi hujah yang sahih dan kuat bersumberkan hukum Islam lebih banyak, dan hujah mazhab yang lain banyak yang lemah, namun kita tidak boleh menafikan adanya banyak persamaan dalam beberapa hukum dan adanya pertemuan ilmu berbagai mazhab, kerana berguru dan meriwayat di antara satu sama lain. Seperti di antara Abu Hanifah dan Imam Al Baqir dan anaknya Imam Ja’afar Al Sadeq daripada mazhab Syi’ah. Imam Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Soleh bin Hay yang bermazhab Syiah , dan contoh yang lain.
Perlu diketahui juga bahawa zaman mutakhir berlakunya kelahiran kaul daif dan ada yang menyeleweng daripada imam mazhab yang terdahulu apabila berlalunya masa yang lama dan berlakunya pertembungan secara jahil dan taksub. Sehingga ada yang terlalu melampau sehingga membatalkan Islamnya.
Perlu difahami perbezaan antara meningkari Nas al-Quran, Hadis-Hadis Soheh Mutawatir, Ijma’a dan menafikan Hadis Ahad dan adanya kaul daif daripada mazhab sahabat dan tabi’en.
Dalam masa yang sama berlaku pula ta’asub mazhab Sunni sendiri sehingga menolak dan menyesatkan sesama sendiri dan menafikan mazhab para sahabat dan tabi’ein yang sepatutnya dikaji juga.
KAJIAN PARA ULAMA
Ada kalangan ulama yang mengarang kitab berkenaan dengan sejarah dan aliran pemikiran mazhab-mazhab firqah tersebut. Seperti Abul Hasan Al-Asyari mengarang kitab Maqalat Al Islamiyyin. AlSyahrastani kitabnya al-Milal wa-Nihal , Ibnu Hazmin kitabnya al-Fisal fi al-Milal wa-Nihal. Ibnu Khaldun pula menyentuhnya dalam al-Muqaddimah. Maka kita akan dapati perbezaan pendapat dan sikap kalangan ulama itu kerana berbeza zaman dan tempat.
Untuk mendapat kajian terperinci adalah lebih baik dirujuk kepada penulisan perbandingan mazhab yang agak mendalam, terperinci dan tidak terpengaruh dengan tekanan politik kerajaan masing. Di antaranya ialah karangan Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Abdul Karim Zaidan yang berada di tengah-tengah masyarakat berbagai mazhab. Sebelumnya al-San’aani daripada Syiah Zaidiyyah mengarang kitab Subul Al-Salam mensyarahkan kitab matan Hadis Bulugh Al-Maram karangan Ibnu Hajar daripada Sunni, Al-Syaukani yang berubah daripada keluarga Syiah kepada Sunni.
Kita juga wajib berwaspada dengan permainan politik dalaman umat dan musuh luar, yang sengaja mencetuskan masalah dalam tanah air dan masyarakat umat Islam .
SIKAP MUSUH TERHADAP ISLAM
Semua penulisan dan media barat meletakkan semua yang berwajah Islam dalam senarai paling bahaya, tanpa mengira mazhab, bangsa, dan ideologi politik yang dianut dan diperjuangkan, walau pun yang terpelanting daripada Islam seperti Komunis atau Islam Liberal.
Ketika memuncak perang di Semenajnung Korea tahun 50-an, dan ancaman pakatan Warsaw terhadap Negara Eropah, seorang diplomat barat membuat kenyataan bahawa Islam lebih bahaya daripada ancaman komunis. Di Malaysia juga ada kalangan yang menumpang sama.
Saya juga tidak lupa kenyataan Ehud Barak, Mantan PM dan Menteri Pertahanan Israel ketika terburainya Komunis dan pecah berkecainya Negara Soviet pada akhir tahun 80-an:
“Supaya berwaspasa terhadap kumpulan Islam yang muncul di negara Asia Tengah bekas jajahan Islam”.
Kita perlu membaca sikap kuasa besar barat dan timur terhadap Islam secara menyeluruh. Kita juga wajar memahami mengapa British berfahaman Liberal kapitalis dan sekutunya mengizinkan kemerdekaan Yaman Selatan dahulu kepada pembentukan kerajaan Komunis Maxis di antara tempat paling stratejik dan Rusia dan China mengizinkan penubuhan kerajaan pro barat di kawasan umat Islam di Asia Tengah. Dalam masa yang sama adanya pula negara Arab yang bersekongkol dalam percaturan politik kuasa besar.
Umat Islam juga dikawal habis-habisan dalam perlumbaan teknologi. Maka kalau yang maju sehingga sedikit kemajuan dalam teknologi nuklear, laksana tanda kiamat yang wajib dimusnahkan, walau pun dia seorang Islam yang zalim seperti Saddam Husain atau tolol seperti Muaamar Gaddafi. Sekalipun bertujuan untuk tenaga letrik dan sebagainya, tetap diharamkan. Saintis Iran, dikutip untuk dibunuh dan ada yang diculik ketika menunaikan haji di Makkah, tiba-tiba dapat melarikan diri ke Kedutaan Pakistan di Amerika.
Ada pun negara lain boleh membina semaju-majunya, sehingga melakukan ujian yang mengacau cuaca dunia dan keselamatan penduduk setempat, dan mengganggu keamanan dunia dengan senjata pemusnah membunuh lebih kejam daripada binatang buas.
Negara barat dan timur boleh menubuhkan apa sahaja pakatan termasuk ketenteraan, saperti NATO dan Warsaw, atau pakatan ekonomi seperti EU, AFTA, NAFTA, G7, TPPA dan sebagainya. Adapun negara umat Islam diharamkan seperti itu.
Maka OIC hanya layak bersifat NGO yang hidup segan mati tak mahu. Apabila Almarhum Erbakan PM Turki menubuh G8, maka dilumpuhkan, lebih lagi apabila mencadangkan Dinar pengganti Dollar dalam urusan kewangan antarabangsa. Tiba-tiba Erbakan (Pemimpin Parti Islam seperti PAS di Malaysia) digulingkan, termasuk Tun Mahathir pemimpin kuat Umno yang menyokong cadangan ini.
Beginilah senario membelasah Islam tanpa mengira mazhab, tanpa mengira namanya Sunni, Salaf atau Khalaf, Asyairah, Maturidiyyah, Wahabi dan lain-lain. Termasuk tanpa mengira Sunni, Syiah dan Khawarij dan lain-lain, termasuklah tanpa mengira Islam atau sekular.
Pada zaman penjajahan dahulu pihak musuh juga berjaya mencipta mazhab yang disokong oleh mereka seperti Qadiani (Ahmadiyyah) di India dan Bahai di Iran yang ditolak oleh umat Islam, sehingga terpaksa memindah pengkalan di Israel dan England.
GERAKAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN MAZHAB
Semua gerakan Islam Islah dan tajdid menangani berbagai mazhab dengan ilmu para ulamanya melalui taqrib kalangan mazahib yang dikira daripada Ahli al-Islam atau pun Ahli Al-Qiblah.
Pelopor gerakan tajdid zaman penjajahan, Jamaluddin al-Afghani yang pernah dibuang ke Iran dan kemudiannya ke Mesir, lalu bergabung dengan muridnya Muhammad Abduh memainkan peranan pada awal abad yang lalu bersama dengan Ayatullah Al-Kasyani. Usaha ini disambung oleh Hasan al-Banna, Abul ‘Aala Maududi, Nawwab Sofawai dan lain-lain. PAS juga bersama menyambung dalam usaha ini. Namun mendapat tentangan dan gangguan dalam negara dan antarabangsa. Hasan al-Banna ditembak mati di Mesir dan Nawwab Sofawi dihukum bunuh di Iran. Dua tokoh al-Azhar, selepas Syaikh Muhammad Abduh iaitu Shaikh Mustafa al-Maghari dan Mahmud Syaltut melibatkan diri dalam usaha taqrib. Selepasnya perlantikan Shaikh Azhar dikuasai oleh kerajaan Mesir.
Almarhum Dr Said Ramadan al-Misri (S/U Ikhwan Muslimin) menegaskan bahawa beliau tidak melupai demonstrasi ratusan ribu di kedutaan Mesir di Tehran apabila Sayyid Qutb dan rakan-rakannya dijatuhkan hukuman mati ditali gantung.
Gerakan Ikhwan al-Muslimin secara khusus mememainkan pengaruh yang besar, apabila beberapa kitab dan risalahnya diterjemahkan ke bahasa Parsi, di antara penterjemahnya ialah Ayatullah Ali Khamenei yang dilantik menjadi Imam selepas al-Khomeini. Terakhirnya, beliau mengeluarkan fatwa membatalkan beberapa ribu hadis dalam kitab mereka (al-Kulaini), yang didapati mencela para sahabat dan Umahat al-Mukminin RA.
Satu pendedahan diawal revolusinya berlaku perang teluk yang belum selesai sehingga kini. Berlaku pengeboman bangunan yang mengorbankan lebih 80 orang pemimpin, mereka sebahagian besarnya terlibat dengan gerakan Islam, diantaranya ialah Ayatullah Bahasyti.
Walau pun mereka boleh bertahan, namun mereka berdepan dengan para ulama fanatik mazhab yang masih ramai dalam masyarakat yang bertindak secara negatif menyebarkan mazhab dan pandangannya di kalangan sunni, di samping negara Arab Sunni berjiran tidak menunjukkan semangat kejiranan dan persaudaraan seagama, sebaliknya bersedia menjadi pengkalan tentera kuasa besar barat yang menjadikan Iran satu ancaman besar kepada mereka. Sedangkan negara ini sangat rapat dengan Iran pada zaman Shah yang menjadi pengkalan terkuat kepada Barat.
Sikap kerajaan negara Arab terhadap kemenangan Islam di Sudan, terhadap Ghazzah, terkini di Mesir, Tunisia, dan lain-lain, sangat menunjukkan belangnya yang sebenar. Menunjukkan usaha menghalang munculnya Negara Sunni yang mampu memimpin dunia Islam - sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh Iran walaupun sudah menunjukkan arah menjadi kuasa besar dunia.
Sikapnya memutuskan hubungan dengan Israel dan membatalkan pengiktirafan yang dilakukan oleh kerajaan Shah dahulu dan keberanian membantu Hamas, dan Tanzim Jihad bukan sahaja Hizbullah, sepatutnya dilakukan oleh Negara Arab Sunni sangat memalukan.
Negara-negara besar yang terlibat dalam penubuhan Israel telah berjaya mencetuskan peperangan secara wakalah di Syria yang dianggap oleh Lawrence sejak seratus tahun yang lalu sebagai kawasan penyelamat kepada penaklukan tanah suci mereka di Palestin. Terkini dapat menghapuskan pengkalan Hamas dan Tanzim Jihad (dua kumpulan Islam Sunni), pengkalan hadapan secara lansung dengan Israel yang tidak dibenarkan di semua Negara Arab, kecuali Yaman, Sudan, Algeria, Qatar dan Lubnan, serta menyekat saluran senjata menentang Israel disebelah utara, yakni bukan hanya melibatkan Hizbullah daripada Syiah.
PETA BARU DUNIA ISLAM
Pada awal abad yang lalu, semangat kebangsaan memecahkan umat Islam berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah, iaitu peranan mazhab pada masa itu tidak besar. Pendedahan terkini melalui media baru menunjukkan, faktor mazhab dan kepelbagaian kaum dan agama yang ada dalam negeri Islam dijadikan faktor membentuk peta baru Asia Barat dan akhirnya melibatkan dunia Islam. Tujuannya ialah menyelamatkan Israel yang menjadi pengkalan hadapan dalam pertembungan dengan dunia Islam, juga penguasaan terhadap sumber pembekal tenaga dan perjalanan antarabangsa.
Pemetaan dicadangkan supaya Selatan Mesir (So’eid) dipecahkan kepada kaum yang rapat dengan Afrika yang digabungkan dengan Sudan Utara yang dipisahkan daripada Sudan Selatan dan Darfur. Negara untuk kaum Kristian Koptik juga dicadangkan. Utara Afrika dipecahkan di antara kaum Arab dan Barbar (amazigh). Syria , Iraq dan Lubnan dipecahkan kepada Sunni, Syiah, Alawi, Kurdis dan Turkuman yang memecahkan Turki pula. Begitu juga Saudi, Iran, Negara Teluk dan Yaman.
Usaha melumpuhkan ketenteraan juga dilaksanakan, setelah berjaya melumpuhkan Pakistan dan Afghanistan, Mesir dan Syria kerana masalah dalaman, dilagakan pula Saudi dan Iran secara pertembungan mazhab. Peperangan boleh dilakukan secara langsung atau wakalah (proksi) bagi kesempatan pasaran senjata dalam kalangan kuasa besar dan meleburkan wilayah Islam dengan peperangan sesama sendiri .
PENUTUP
Perpecahan mazhab yang telah wujud sejak seribu tahun dahulu tidak menghalang kemaraan dakwah dan futuhat Islam ke seluruh pelusuk dunia, kerana umat yang tulin dapat membezakan antara yang sesat dan tidak. Masa dan tenaga tidak dihabiskan oleh pertelingkahan mazhab dan firqah yang wujud, tetapi kebangkitan Islam yang sedang berlaku kini digugat dengan perkara mazhab sekiranya tidak ditangani dengan bijak oleh para ulama dan pemimpin yang insaf.
Sumber ilmu Islam secara riwayat dan dirayat sepatutnya dapat diperkasakan dengan mudah sekiranya dimanfaatkan teknologi maklumat terkini.
PAS sendiri sehingga kini berjaya menapis segala anasir fahaman dan mazhab yang cuba dimasukkan kedalam PAS atau menggangu perjalanannya, sama ada kumpulan ini keluar dengan sendiri atau dipecat.
Akhirnya bacalah firman Allah, maksudnya:
103. Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
104. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
105. merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
(Surah al-Kahf : ayat 103-106)
*Teks ini dibentangkan semasa Wacana Pengukuhan Akidah di Unisel Shah Alam
Sumber HD - 19-3-2014
- Mar 15, 2014
- ANIS NAZRI
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata sama ada kelompok sasaran itu merupakan anti-hadis, liberalisme, mahupun kafir, terdapat kaedah tertentu yang perlu digunakan.
Beliau menjelaskan terdapat tiga latar belakang utama yang harus dikenalpasti oleh para pendakwah, sebelum mengeluarkan atau menyampaikan hujah berkaitan akidah iaitu kelompok yang benar-benar jahil, jahil tetapi tidak sedar dia jahil dan tahu tentang Islam tetapi sengaja engkar.
"Apabila kita memperhalusi latar belakang sesuatu kelompok itu, barulah boleh kita menggunakan kaedah tertentu untuk berhujah dengan mereka. Golongan pertama, iaitu yang benar-benr jahil, maka kita perlu memberi ilmu agar mereka tahu.
"Manakala, bagi yang jahil tetapi tidak sedar dia jahil, kita sedarkan dia (yang dia jahil), dan yang engkar pula kita perlu berhujah dengan dia," jelas beliau ketika menjawab soalan seorang peserta Wacana Pengukuhan Akidah, di Unisel, Shah Alam, hari ini.
Ustaz Hadi menjelaskan, kelompok yang jahil ini sememangnya tidak mengetahui tentang kedudukan al-Quran, hadis dan sebagainya serta tidak mengetahui tentang mukjizat-mukjizat berkaitan Islam ini.
Sehinggalah ada pihak yang menyampaikan dan menunjukkan kedudukan-kedudukan tersebut, tegas Ustaz Hadi, ilmu berkaitan Islam dan akidah ini akan difahami golongan tersebut.
"Begitu juga dengan hadis, setiap hadis ini ada matannya, perawinya, dan seseorang perawi itu seorang yang tawaduk, kuat ingatan, bukan sahaja ingat tentang hadis tetapi titiknya pun dia ingat.
"Mereka ini mengkaji hadis-hadis nabi hingga tahu sama ada sesuatu hadis itu lemah atau sebaliknya. Saya percaya Kassim Ahmad tidak tahu perkara ini. Imam Bukhari sudah menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang masuk dalam kitab sahihnya hanya 6000 hadis sahaja yang terpilih," tegas beliau.
Ustaz Hadi turut mengingatkan agar setiap hujah dan perdebatan yang diadakan perlu dilakukan di kalangan yang mempunyai kepakaran yang sama, khususnya bagi kelompok yang jahil namun tidak sedar dirinya jahil.
"Apabila orang yang mengaji di Somalia dengan orang yang mengaji NASA bercakap soal angkasa lepas, adakah ia bersesuaian? Doktor haiwan berdebat dengan doktor jantung, bercakap soal jantung, mana kita mahu dengar? Jadi, kelompok itu yang perlu kita sedarkan agar dia tahu bahawa dia jahil," tegas beliau lagi.
Wacana Pengukuhan Akidah itu merupakan siri pertama yang dianjurkan Lajnah Dakwah PAS Pusat yang menghimpunkan tiga panelis, iaitu Ustaz Hadi sendiri, selain Prof Madya Aziz Hanafi dan Prof. Madya Dr Fauzi Deraman.
Wacana yang pada mulanya disasarkan untuk 700 peserta, bagaimanapun mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kehadiran peserta dianggarkan melebihi 1000 orang apabila dewan tersebut melimpah hingga ke luar dewan.
Pengarah program, Ustaz Nasrudin Hassan, berkata wacana ini akan diteruskan secara bersiri di seluruh negara dalam usaha melunaskan tanggungjawab memberi perhatian agar masyarakat memiliki akidah yang benar dan jelas, memiliki fikrah yang syumul serta akhlak yang soleh.
Katanya, ketiga-tiga perkara asas itu perlu menjadi perhiasan bagi peribadi lengkap yang diperlukan kepada setiap umat Islam, yang bukan sahaja berada dalam perjuangan Islam, tetapi juga kepada seluruh ummah.
Sumber HD - 15-3-2014
PENGUKUHAN AKIDAH:
DS TG HAHA 1 -
DS TG HAHA 2 -
DS TGHAHA 3 -
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebagai mengulas hukuman bersalah terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat II, hari ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.
Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.
Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.
PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Sumber HD - 7-3-2014
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
“MoU ini yang secara khususnya adalah merujuk kepada beberapa inisiatif kerjasama ekonomi dan perundingan dalam beberapa projek yang mempunyai kepentingan bersama rakyat di kedua-dua negeri,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, PAS berpendapat bahawa MoU yang ditandatangani antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah merupakan satu langkah permulaan yang sangat penting yang sedang diterokai antara kedua-dua kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.
“Hal ini, menjadi lebih bermakna dalam kita menterjemahkan prinsip serta polisi bersama yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat dengan membangunkan model kerjasama sebelum berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung minggu ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Katanya, kerjasama sebegini perlu terus diperkembangkan untuk memberdayakan rakyat dalam negeri ini dalam menghadapi kesan ekonomi yang semakin perit.
Ini, ujar beliau ditambah pula dengan kecelaruan fahaman dan pelaksanaan konsep federalisme yang sepatutnya diamalkan dengan adil oleh Kerajaan Pusat itu sendiri.
Sumber HD - 5-3-2014
- Mar 04, 2014
- AZIZ MUDA
Bukti pertama yang dimiliki oleh Tuan Guru Abdul Hadi untuk mengetepikan tuntutan itu adalah terdapat beberapa peruntukan yang tidak dipatuhi oleh Mohd Shamsul selaku plaintif ketika menyampaikan pernyataan tuntutannya ke atas Abdul Hadi selaku defenden.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menjelaskan, manakala bukti kedua pula adalah pihak plaintif sendiri tidak mematuhi beberapa peraturan yang sepatutnya untuk mendapatkan perintah penghakiman ingkar daripada mahkamah ke atas Abdul Hadi berhubung kes itu.
"Kesemua bukti itu akan menyokong permohonan kita untuk mahkamah mengetepikan perintah penghakiman ingkar ke atas Tuan Guru Presiden PAS. Jadi ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang mengenai perkara ini," katanya Harakah.
Ketika dihubungi 28 Februari lalu, Asmuni menjelaskan, tambahan pula kes tersebut hanya kes biasa sahaja yang sememangnya berlaku di mana-mana dan ia juga hanya perlu dilalui mengikut proses biasa di mahkamah.
Beliau berkata, Tuan Guru Abdul Hadi telah menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon KeADILan bagi kerusi Dun Bukit Besi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Februari lalu.
"Permohonan itu telah difailkan menerusi saya sendiri, setelah saya sendiri mendapatkan tandatangan Tuan Guru Presiden sendiri. Mahkamah juga telah menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
"Tadi pun (28 Februari), saya dah hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif. Saya dah buat pos laju yang ditandatangi Penolong Pendaftar Mahkamah. Jadi sekarang kalau plaintif nak lawan, dia kenalah failkan afidavit untuk jawap afidavit yang dah kita failkan semalam," katanya.
Asmuni yang juga peguam kepada Tuan Guru Abdul Hadi bagi kes ini menjelaskan, selepas ini, jika perintah penghakiman ingkar itu dibatalkan, jika pihak plaintif hendak meneruskan dengan tuntutan itu, dia perlu mengambil langkah-langkah yang diperlukan mengikut undang-undang.
"Jika langkah-langkah yang diperlukan mengikut undang-undang itu tidak dibuat oleh pihak plaintif, kita pula boleh membuat permohonan untuk membatalkan permohonan itu. Ini samalah juga seperti kebanyakan kes-kes lain yang seperti ini sebelum ini," jelas beliau.
Menurut Asmuni lagi, sebenarnya beliau baru mengetahui kehadiran perintah itu pada Ahad (23 Februari) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Februari) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan beliau atau peguam PAS mengenai perkara itu.
23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memerintahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Tuan Guru Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon KeADILan yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi, sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada 22 April tahun lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Harakah edisi 3-6 Mac 2014.
Sumber HD - 4-3-2014
- Mar 04, 2014
- ARIF ATAN
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, ahli-ahli PAS tidak wajar mengeluarkan pandangan yang hanya mengundang salah faham sekaligus menjejaskan kestabilan parti dan Pakatan Rakyat.
"Saya percaya ahli-ahli PAS matang menghadapi isu ini kerana bukan sekali kita diduga dengan masalah dan perbezaan pandangan.
"Kecenderungan mereka untuk memberi pendapat itu pun tanda mereka prihatin dan sayangkan PAS tetapi tiba satu peringkat lebih molek serahkan pada tindakan selanjutnya di pihak pimpinan," katanya kepada Harakah.
Beliau turut memberi jaminan kontroversi di sebalik tindakan mahkamah oleh bekas calon KeADILan Dun Bukit Besi, Dungun, Mohd Shamsul Mat Amin ke atas Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu sedang diselesaikan dengan kaedah terbaik.
"Saya menyeru semua ahli PAS agar tidak melatah sebaliknya kembali terus bekerja kepada parti dan Pakatan Rakyat seperti biasa.
"Apa lagi, pada musim menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang ini. Kita harus jangan hilang fokus," ujarnya.
Beliau turut mengingatkan kes tersebut tidak melibatkan parti sebaliknya lebih kepada atas kapasiti individu.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, Presiden mempunyai beberapa bukti kukuh untuk mengetepikan tuntutan tersebut.
"Tambahan pula kes ini hanya kes biasa yang kerap terjadi dan hanya perlu dilalui mengikut proses biasa di mahkamah," katanya.
Sumber HD - 4-3-2014
- Mar 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.
"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin PAS di sini.
Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu. - Bernama
Sumber HD - 2-3-2014
TGHH berjaya ketepikan saman Rm2juta, kes dibicarakan di mahkamah.
Bismillah.Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) hadir ke Kompleks Mahkamah Terengganu tadi bersama Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Samsuri mengiringi peguam Dato' Seri Presiden, Tuan Haji Asmuni Awi dan pasukannya untuk menfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar bagi kes saman... fitnah oleh Mohd Shamsul Mat Amin.
Mahkamah telah menerima permohonan dan memutuskan untuk mendengar kes ini pada 30hb Mac 2014.
Oleh itu saya mewakili BPPNT sekali lagi menyeru kepada semua ahli PAS agar bertenang dan bersabar serta menjauhkan diri dari melayan khabar-khabar dari pihak-pihak yang berniat jahat khususnya terhadap Presiden dan PAS amnya, terutamanya di media-media maya yang sebahagian besarnya sangat jauh daripada kebenaran.
Kami insyaAllah akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa menyalurkan maklumat terkini dan benar berkaitan kes ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan peguam Dato' Seri Presiden yang diketuai oleh Tuan Haji Asmuni bagi membuat pembelaan keatas Presiden.
Yb Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
27 Rabiu'l Akhir 1435 bersamaan 27hb Feb 2014
Sumber FB YB HRH - 1-3-2014 - https://www.facebook.com/HjRazaly#!/HjRazaly/photos/pb.158154581010992.-2207520000.1393640804./279904708835978/?type=3&theater
Presiden PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini hari ini.
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. – Bernama
Sumber HD - 27-2-2014
No comments:
Post a Comment