Flight 370 families start whistle-blower fund
BEIJING - Relatives of passengers on the missing Malaysia Airlines Flight 370 are launching a crowd-funding campaign to raise a $3 million reward for a whistle-blower to expose key information, and $2 million for private investigators to follow up leads.
Almost three months after the plane disappeared, en route from Kuala Lumpur to Beijing, some relatives are frustrated by the failure of the official search to find any concrete evidence, and say they are convinced that authorities are concealing the truth.
"We are taking matters into our own hands," said Sarah Bajc, a U.S. citizen whose partner Philip Wood, 50, an IBM executive from Texas, was on the flight.
"There is no credible evidence" the plane is in the southern Indian Ocean, where planes, boats and a minisub have searched in vain for weeks, she said. "I'm convinced that somebody is concealing something," said Bajc, 48, a business studies teacher in Beijing and former executive with Microsoft.
Read the full story here
Sumber HD - 6-6-2014
Almost three months after the plane disappeared, en route from Kuala Lumpur to Beijing, some relatives are frustrated by the failure of the official search to find any concrete evidence, and say they are convinced that authorities are concealing the truth.
"We are taking matters into our own hands," said Sarah Bajc, a U.S. citizen whose partner Philip Wood, 50, an IBM executive from Texas, was on the flight.
"There is no credible evidence" the plane is in the southern Indian Ocean, where planes, boats and a minisub have searched in vain for weeks, she said. "I'm convinced that somebody is concealing something," said Bajc, 48, a business studies teacher in Beijing and former executive with Microsoft.
Read the full story here
Sumber HD - 6-6-2014
MH370: Kita kena cari lokasi baharu, kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Kalau tidak jumpa kotak hitam, kita kena cari lokasi baharu dan guna apa jua kepakaran yang ada untuk mengenal pasti lokasi berkenaan. Apa yang penting sekarang lokasi itu kekal di Koridor Selatan, itu yang tidak dipertikai dan tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.
"Malah ia telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Persoalannya di mana di Koridor Selatan. Ia besar, tapi di situlah kita akan memasuki fasa baharu," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berkaitan pencarian pesawat MH370 itu di ibu negara, Rabu.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi berdasarkan empat isyarat ping dipercayai daripada kotak hitam, diisytihar sebagai bukan kawasan pesawat itu hilang.
JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi di mana isyarat ping dikesan dan ia telah mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Namun, JACC tetap yakin bahawa ia telah mengesan laluan pesawat MH370 yang memasuki perairan itu menerusi selatan Lautan Hindi yang panjang tetapi sempit.
Ditanya mengenai dakwaan seorang pelayar British kononnya ternampak pesawat itu terbakar berdekatan Thailand pada pagi ia dilaporkan hilang, Hishammuddin berkata "terlalu banyak dakwaan yang kami terima, tapi tiada yang dapat dibuktikan. Ia perlu disahkan terlebih dahulu".
Hishammuddin juga ditanya mengenai dua isyarat ping terbaharu dipercayai daripada pesawat itu yang didakwa ditemui pihak berkuasa Australia.
"Kami perlu berkumpul semula dan melihat apa-apa petunjuk lain yang ada.
"Jika ada maklumat berhubung lokasi dan petunjuk baharu, itu kami serahkan pada pakar-pakar dan menghantar aset di bawah Jawatankuasa Aset dan maklumkan kepada keluarga," katanya.
Pencarian sebelum ini berdasarkan isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield namun tidak menemui apa-apa, kata Hishammuddin.
Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech telah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.
Mengulas hasil mesyuarat hari Rabu, Hishammuddin berkata ia lebih kepada proses persediaan kementerian yang terbabit daripada segi keluarga, aset, pakar-pakar, media dan hubungan dengan negara luar jika pencarian pesawat MH370 mengambil masa yang lebih lama.
Sementara itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telahpun membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Kenyataan ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.
Petender berjaya dijangka menyediakan kepakaran, peralatan dan kapal yang diperlukan bagi menjalankan misi pencarian di selatan Lautan Hindi dengan kedalaman antara 1,000 dan 6,000 meter.
"Meskipun zon carian yang tepat sedang diusahakan oleh satu kumpulan kerja strategi pencarian antarabangsa, dijangka petender berjaya akan mencari di kawasan seluas sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan persetujuan bersama di mana pesawat itu berkomunikasi buat kali terakhir dengan satelit Inmarsat," kata kenyataan itu.
Selain itu, syarikat berkenaan akan bertangungjawab untuk mengenal pasti secara positif dan memeta kawasan serpihan MH370 menggunakan peralatan khusus seperti kenderaan bawah air berautonomi yang dipasang sonar dan ditunda atau sistem pengimejan optik.
ATSB mengetuai misi pencarian atas permintaan kerajaan Malaysia berdasarkan Lampiran 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. - BERNAMA
Sumber HD - 5-6-2014
"Kalau tidak jumpa kotak hitam, kita kena cari lokasi baharu dan guna apa jua kepakaran yang ada untuk mengenal pasti lokasi berkenaan. Apa yang penting sekarang lokasi itu kekal di Koridor Selatan, itu yang tidak dipertikai dan tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.
"Malah ia telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Persoalannya di mana di Koridor Selatan. Ia besar, tapi di situlah kita akan memasuki fasa baharu," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berkaitan pencarian pesawat MH370 itu di ibu negara, Rabu.
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi berdasarkan empat isyarat ping dipercayai daripada kotak hitam, diisytihar sebagai bukan kawasan pesawat itu hilang.
JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi di mana isyarat ping dikesan dan ia telah mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Namun, JACC tetap yakin bahawa ia telah mengesan laluan pesawat MH370 yang memasuki perairan itu menerusi selatan Lautan Hindi yang panjang tetapi sempit.
Ditanya mengenai dakwaan seorang pelayar British kononnya ternampak pesawat itu terbakar berdekatan Thailand pada pagi ia dilaporkan hilang, Hishammuddin berkata "terlalu banyak dakwaan yang kami terima, tapi tiada yang dapat dibuktikan. Ia perlu disahkan terlebih dahulu".
Hishammuddin juga ditanya mengenai dua isyarat ping terbaharu dipercayai daripada pesawat itu yang didakwa ditemui pihak berkuasa Australia.
"Kami perlu berkumpul semula dan melihat apa-apa petunjuk lain yang ada.
"Jika ada maklumat berhubung lokasi dan petunjuk baharu, itu kami serahkan pada pakar-pakar dan menghantar aset di bawah Jawatankuasa Aset dan maklumkan kepada keluarga," katanya.
Pencarian sebelum ini berdasarkan isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield namun tidak menemui apa-apa, kata Hishammuddin.
Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech telah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.
Mengulas hasil mesyuarat hari Rabu, Hishammuddin berkata ia lebih kepada proses persediaan kementerian yang terbabit daripada segi keluarga, aset, pakar-pakar, media dan hubungan dengan negara luar jika pencarian pesawat MH370 mengambil masa yang lebih lama.
Sementara itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telahpun membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Kenyataan ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.
Petender berjaya dijangka menyediakan kepakaran, peralatan dan kapal yang diperlukan bagi menjalankan misi pencarian di selatan Lautan Hindi dengan kedalaman antara 1,000 dan 6,000 meter.
"Meskipun zon carian yang tepat sedang diusahakan oleh satu kumpulan kerja strategi pencarian antarabangsa, dijangka petender berjaya akan mencari di kawasan seluas sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan persetujuan bersama di mana pesawat itu berkomunikasi buat kali terakhir dengan satelit Inmarsat," kata kenyataan itu.
Selain itu, syarikat berkenaan akan bertangungjawab untuk mengenal pasti secara positif dan memeta kawasan serpihan MH370 menggunakan peralatan khusus seperti kenderaan bawah air berautonomi yang dipasang sonar dan ditunda atau sistem pengimejan optik.
ATSB mengetuai misi pencarian atas permintaan kerajaan Malaysia berdasarkan Lampiran 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. - BERNAMA
Sumber HD - 5-6-2014
Tawaran tender terbuka cari pesawat MH370
KUALA LUMPUR: Syarikat mempunyai kepakaran dipelawa menyertai tender bagi mengendalikan pencarian pesawat MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.
Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.
"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.
ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Tender terbuka itu dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.
"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam satu kenyataan.
ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Ping di Lautan Hindi bukan dari MH370 - JACC
KUALA LUMPUR: Empat isyarat akustik atau ping yang dikesan di kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi sebelum ini disimpulkan bukan datang dari kotak hitam pesawat MH370.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas perkiraan profesional agensi penyelaras Australia.
Ianya sekaligus memberi maksud bahawa pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu bukan hilang dikawasan pencarian tersebut.
“Kita boleh simpulkan kawasan itu (ping dikesan) bukan kawasan dimana pesawat MH370 hilang”, kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Perkara itu turut disahkan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) kepada CNN.
Timbalan Pengarah Tentera Laut AS bahagian kejuruteraan laut, Michael Dean berkata, terdapat persetujuan ia daripada buatan manusia yang tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
Dean berkata, jika ping datang daripada perakam berkenaan, pasukan pencari akan menjumpainya.
“Teori terbaik kami pada ketika ini adalah (ping) mungkin beberapa bunyi yang dihasilkan oleh kapal atau dalam sektor elektronik daripada Pinger Pencari yang ditunda," katanya.
Peswat MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lalu.
Selepas beberapa minggu pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - HARAKAHDAILY 29/5/2014
Sumber HD - 29-5-2014
Pesawat MAS dipanah petir, selamat mendarat di Langkawi
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari semalam.
MAS berkata pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.
"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.
Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. - Bernama
Sumber HD - 21-5-2014
MAS berkata pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.
"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.
Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat. - Bernama
Sumber HD - 21-5-2014
Isteri pramugara MH370 selamat lahir anak kedua
KUALA LUMPUR: Intan Maizura Othman, 34, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya kira-kira 4 petang semalam, lapor Bernama.
Suaminya, Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.
Anak sulung pasangan itu, Iman berusia empat tahun.
Sumber HD - 20-5-2014
Suaminya, Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.
Anak sulung pasangan itu, Iman berusia empat tahun.
Sumber HD - 20-5-2014
DCA – Inmarsat bincang siar data mentah MH370
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah diarah berbincang dengan syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat berhubung penyiaran data yang belum diproses kepada orang awam.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini bagi memenuhi tuntutan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 baru-baru ini yang mahu data mentah daripada Inmarsat.
"Ini selaras dengan pendirian kami berhubung ketelusan, selain mengutamakan kepentingan anggota keluarga mereka yang menaiki penerbangan MH370 itu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Anggota keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat mencadangkan supaya pihak berkuasa Malaysia membeli data yang belum diproses daripada Inmarsat.
Seorang daripada mereka mencadangkan agar data yang dibeli dikongsi dan dapat diguna secara global bagi membolehkan maklumat dianlisis oleh pakar penerbangan.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kumpulan pakar teknikal telah bermesyuarat di Canberra untuk berbincang dan memperhalusi data satelit, pengiraan dan analisis yang diberi oleh Inmarsat.
Misi mencari Penerbangan MH370 masuk minggu ke-10 sejak pesawat Boeing 777 itu dilapor hilang pada 8 Mac.
Pesawat itu yang dinaiki 239 orang termasuk 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi mencari MH370 sekarang dijalankan di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata kumpulan pakar hidrografi dari Malaysia, China dan Australia bersetuju untuk menjalankan kajian "bathymetric" secara meluas di selatan Lautan Hindi.
"Kajian ini akan dijalankan oleh kapal tentera laut China, Zhu Kezhen (872) yang dijadual belayar ke kawasan kajian pada Rabu jika cuaca mengizinkan," kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 20-5-2014
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini bagi memenuhi tuntutan anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 baru-baru ini yang mahu data mentah daripada Inmarsat.
"Ini selaras dengan pendirian kami berhubung ketelusan, selain mengutamakan kepentingan anggota keluarga mereka yang menaiki penerbangan MH370 itu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Anggota keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat mencadangkan supaya pihak berkuasa Malaysia membeli data yang belum diproses daripada Inmarsat.
Seorang daripada mereka mencadangkan agar data yang dibeli dikongsi dan dapat diguna secara global bagi membolehkan maklumat dianlisis oleh pakar penerbangan.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kumpulan pakar teknikal telah bermesyuarat di Canberra untuk berbincang dan memperhalusi data satelit, pengiraan dan analisis yang diberi oleh Inmarsat.
Misi mencari Penerbangan MH370 masuk minggu ke-10 sejak pesawat Boeing 777 itu dilapor hilang pada 8 Mac.
Pesawat itu yang dinaiki 239 orang termasuk 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi mencari MH370 sekarang dijalankan di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata kumpulan pakar hidrografi dari Malaysia, China dan Australia bersetuju untuk menjalankan kajian "bathymetric" secara meluas di selatan Lautan Hindi.
"Kajian ini akan dijalankan oleh kapal tentera laut China, Zhu Kezhen (872) yang dijadual belayar ke kawasan kajian pada Rabu jika cuaca mengizinkan," kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 20-5-2014
Buku mengarut: Pesawat MH370 secara tidak sengaja ditembak?
Sebuah buku yang ditulis oleh seorang yang ingin menimba di air keruh dan mendapat laba di atas kesengsaraan orang lain, telah diterbitkan di UK.
Hanya bomoh yang percaya MH370 disorok jin. Dr Mahathir pula percaya MH370 disembunyikan oleh pihak tertentu.
PENCARIAN DI LAUTAN HINDI SELATAN HANYA RED HERRING? |
Kenapakah buku seperti ini boleh wujud?
Jawapannya mudah sahaja.
Kerana pencarian di Lautan Hindi Selatan tidak dapat memberi jawapan yang munasabah terhadap persoalan di mana pesawat MH370 itu berada.
Kerajaan Malaysia dan Inmarsat asyik tuduh menuduh mengenai lokasi data asal MH370. Adakah disimpan oleh MAS atau masih di tangan Inmarsat (Baca di sini)?
Siapa yang berbohong? Siapa yang sebenarnya menyimpan data itu?
Isu ini timbul apabila ada permintaan untuk melihat semula data yang boleh memberi sedikit clue di mana kedudukan pesawat MH370 itu (Baca di sini).
Ekoran dari flip-flop dalam penyebaran maklumat, tidak sukar kita memahami mengapa waris dari China hilang kepercayaan terhadap penguasa Malaysia (Baca di sini).
Apa yang kita dengar dari mula pesawat itu hilang sehingga hari ini hanya penafian demi penafian (Baca di sini).
Rakyat Malaysia dilarang membuat spekulasi. Rakyat sudah tentu termasuk Dr Mahathir Muhamed. Tetapi, mantan PM itu juga tidak lari dari berspekulasi:
PESAWAT TIDAK BOLEH HILANG BEGITU SAHAJA |
Hanya bomoh yang percaya MH370 disorok jin. Dr Mahathir pula percaya MH370 disembunyikan oleh pihak tertentu.
PENCARIAN DI LAUTAN HINDI SELATAN HANYA MEMBUANG MASA DAN WANG |
Seperti biasa kita akan terus mendengar siri penafian...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 19-5-2014
MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar
KUALA LUMPUR: Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 17-5-2014
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 17-5-2014
Krisis MAS: Ahmad, Azhari dan Zahrah digesa letak jawatan
SUBANG: Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbang MAS (Masue) menggesa agar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, Pengarah Sumber Manusia, Zahrah Zaid dan Pengarah Jurutera, Azhari Dahlan meletak jawatan dengan segera.
Setiausaha Eksekutif Maseu, Mohd Jabarullah Abdul Kadir turut meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam memastikan ketiga-tiga mereka meletak jawatan bagi memastikan MAS tidak lagi mengalami kerugian.
"Najb perlu campur tangan dalam pentadbiran MAS dengan melantik kepimpinan baharu yang lebih arif dalam industri penerbangan dan mengugurkan ketiga-tiga mereka.
"Dalam masa tiga tahun tidak ada apa-apa keuntungan, pelbagai masalah dalaman termasuk kerugian terbesar sebanyak RM2.52 bilion yang dialami MAS pada 2011 telah merencatkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan ulung negara sejak 40 tahun lepas," katanya pada sidang di pejabat Maseu di Subang Jaya.
Jelas beliau, apabila seseorang itu tidak mempunyai kepakaran dalam mengetuai bidang penerbangan adalah sukar untuk memastikan MAS terus maju dalam persaingan industri penerbangan.
"Maseu tidak mahu melihat MAS terus mengalami kerugian dan kita mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.
"Kami berpendapat ketiga-tiga mereka telah diberikan masa yang cukup untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan terhadap MAS, tidak perlu ada lanjutan masa lagi dan yang terbaik kami gesa mereka letak jawatan dengan cara terhormat," tegas beliau.
Beliau turut menyatakan MAS merupakan maruah rakyat negara ini dan perlu diselamatkan.
"Kami minta semua pihak menyokong desakan ini tidak kira apa jua lapisan mahupun fahaman politik.
"Ini merupakan maruah rakyat Malaysia dan ia perlu diselamatan daripada mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepakaran.
"Dalam MAS ramai individu yang mampu dan mempunyai kepakaran untuk kendali MAS tetapi mereka tidak dipandang oleh pihak tertentu," sambung beliau.
Dalam pada itu, Maseu akan menganjurkan satu piket pada 26 Mei jam 5 petang di hadapan Bangunan MAS Subang Jaya bagi mendesak ketiga-tiga melepaskan jawatan.
Krisis dalaman MAS bukan sahaja berdepan dengan tragedi MH370 tetapi turut berdepan dengan masalah yang serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan yang menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian hampir RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Sumber HD - 17-5-2014
Setiausaha Eksekutif Maseu, Mohd Jabarullah Abdul Kadir turut meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam memastikan ketiga-tiga mereka meletak jawatan bagi memastikan MAS tidak lagi mengalami kerugian.
"Najb perlu campur tangan dalam pentadbiran MAS dengan melantik kepimpinan baharu yang lebih arif dalam industri penerbangan dan mengugurkan ketiga-tiga mereka.
"Dalam masa tiga tahun tidak ada apa-apa keuntungan, pelbagai masalah dalaman termasuk kerugian terbesar sebanyak RM2.52 bilion yang dialami MAS pada 2011 telah merencatkan reputasinya sebagai syarikat penerbangan ulung negara sejak 40 tahun lepas," katanya pada sidang di pejabat Maseu di Subang Jaya.
Jelas beliau, apabila seseorang itu tidak mempunyai kepakaran dalam mengetuai bidang penerbangan adalah sukar untuk memastikan MAS terus maju dalam persaingan industri penerbangan.
"Maseu tidak mahu melihat MAS terus mengalami kerugian dan kita mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.
"Kami berpendapat ketiga-tiga mereka telah diberikan masa yang cukup untuk membuktikan apa yang mereka boleh lakukan terhadap MAS, tidak perlu ada lanjutan masa lagi dan yang terbaik kami gesa mereka letak jawatan dengan cara terhormat," tegas beliau.
Beliau turut menyatakan MAS merupakan maruah rakyat negara ini dan perlu diselamatkan.
"Kami minta semua pihak menyokong desakan ini tidak kira apa jua lapisan mahupun fahaman politik.
"Ini merupakan maruah rakyat Malaysia dan ia perlu diselamatan daripada mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepakaran.
"Dalam MAS ramai individu yang mampu dan mempunyai kepakaran untuk kendali MAS tetapi mereka tidak dipandang oleh pihak tertentu," sambung beliau.
Dalam pada itu, Maseu akan menganjurkan satu piket pada 26 Mei jam 5 petang di hadapan Bangunan MAS Subang Jaya bagi mendesak ketiga-tiga melepaskan jawatan.
Krisis dalaman MAS bukan sahaja berdepan dengan tragedi MH370 tetapi turut berdepan dengan masalah yang serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan yang menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian hampir RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Sumber HD - 17-5-2014
Misteri MH370: Iktibar buat kita
SETELAH sekian lama, jejak kehilangan MH370 masih lagi tidak dijumpai, ia memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, Islam mengajar kita mengembalikan segala masalah kepada petunjuk al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah: “Jika kamu berselisih tentang sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-nisa’ : ayat 59)
Jika ada yang mengatakan al-Quran dan as-Sunah tidak relevan lagi pada hari ini, perkataan itu boleh membawa kepada kekufuran. Justeru, Allah telah menguji negara, pemimpin dan rakyat dengan kejadian kehilangan pesawat MH370. Ternyata ini adalah suatu peringatan yang harus diambil berat oleh semua insan.
Musibah ini adalah suatu isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa yang sepatutnya kita kembalikan kepada Allah dan Rasul. Akhlak Mukmin yang seharusnya ada dalam diri setiap individu apabila berhadapan dengan ujian besar antaranya:-
1. Sebarkan Berita
Perkara pertama yang harus dilihat dan diteliti dalam isu ini menyerahkan kepada agama dan pemimpin. Merekalah yang merupakan paksi utama dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Adapun teori atau spekulasi akan menjurus kepada percanggahan kebenaran. Oleh itu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya kembali kepada mesej yang Allah sampaikan untuk mententeramkan keadaan.
Sepertimana Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 83 mafhumnya “Dan apabila datang kepada mereka berita tentang keamanan ataupun ketakutan mereka lalu menyebarkannya dan mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil-Amri (pemerintah) antara mereka, tentulah orang yang ingin mengetahui kebenaran akan dapat mengetahui kefahaman dari mereka (Rasul dan Ulil-Amri)….”
Jadi sebagai orang Islam, Allah mengajar kita agar berita tentang keamanan dan ketakutan jangan sekali kita segera sebarkan akan tetapi sebaliknya kembalikanlah kepada orang yang berautoriti untuk mengulas tentangnya.
2. Berfikir sebelum berbicara
Firman Allah SWT, “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: ayat 36) Dalam al-Quran Allah mengatakan tidak layak bagi sesiapa yang tidak memiliki ilmu untuk mengulas apatah lagi menyebarkan berita yang dia tiada ilmu mengenainya.
Oleh itu, kita perlu sedar setiap berita atau teori yang kita sebarkan itu akan dicatat oleh malaikat dan kelak akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. Sayang sekali, pengamal media sosial yang menjadikan internet sebagai rujukan utama segala maklumat tanpa mereka menyelidik fakta yang sebenar dan daripada sumber yang lebih pasti.
3. Elakkan perselisihan terima dengan redha
Tragedi ini juga menunjukkan kepada kita walau hebat bagaimana sekalipun mesin ciptaan manusia. Ia masih terlalu lemah dan sama sekali tidak dapat menandingi ilmu dan kekuasaan Allah. Pada saat manusia keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi dan ke mana hilangnya pesawat tersebut. Pada saat manusia telah mengerahkan secanggih-canggih alat ciptaan mereka namun masih gagal. Pada masa itu Allah mengetahui kepada-Nya kita memohon petunjuk.
Oleh itu, ayuh kita mempertingkatkan munajat kita kepada Allah dengan cara yang pertama, sabar dan redha atas ketentuannya. Kedua, teruskan usaha kita untuk mencari sama ada daripada aspek fizikal, mental serta rohani. Ketiga, letakkanlah setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah agar segera kita menjumpai penunjuk dan hakikat kebenarannya yang tersembunyi agar dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan operasi mencarinya.
Elakkanlah perselisihan dan perpecahan. Pada saat inilah kita seharusnya berusaha memupuk perpaduan dan menyokong usaha yang dilakukan agar segalanya dapat diselesaikan. Sabda Nabi SAW “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Amatlah disarankan kepada kita yang bergelar Muslim agar sentiasa mengawal tindak-tanduk terhadap setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri agar tidak tersasar daripada landasan al-Quran dan as- Sunnah yang didasari kita. Oleh itu, ayuh mantapkan kekuatan fizikal, mental dan emosi agar dapat menghadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran.
Sumber HD - 15-5-2014
Jika ada yang mengatakan al-Quran dan as-Sunah tidak relevan lagi pada hari ini, perkataan itu boleh membawa kepada kekufuran. Justeru, Allah telah menguji negara, pemimpin dan rakyat dengan kejadian kehilangan pesawat MH370. Ternyata ini adalah suatu peringatan yang harus diambil berat oleh semua insan.
Musibah ini adalah suatu isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa yang sepatutnya kita kembalikan kepada Allah dan Rasul. Akhlak Mukmin yang seharusnya ada dalam diri setiap individu apabila berhadapan dengan ujian besar antaranya:-
1. Sebarkan Berita
Perkara pertama yang harus dilihat dan diteliti dalam isu ini menyerahkan kepada agama dan pemimpin. Merekalah yang merupakan paksi utama dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Adapun teori atau spekulasi akan menjurus kepada percanggahan kebenaran. Oleh itu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya kembali kepada mesej yang Allah sampaikan untuk mententeramkan keadaan.
Sepertimana Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 83 mafhumnya “Dan apabila datang kepada mereka berita tentang keamanan ataupun ketakutan mereka lalu menyebarkannya dan mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil-Amri (pemerintah) antara mereka, tentulah orang yang ingin mengetahui kebenaran akan dapat mengetahui kefahaman dari mereka (Rasul dan Ulil-Amri)….”
Jadi sebagai orang Islam, Allah mengajar kita agar berita tentang keamanan dan ketakutan jangan sekali kita segera sebarkan akan tetapi sebaliknya kembalikanlah kepada orang yang berautoriti untuk mengulas tentangnya.
2. Berfikir sebelum berbicara
Firman Allah SWT, “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: ayat 36) Dalam al-Quran Allah mengatakan tidak layak bagi sesiapa yang tidak memiliki ilmu untuk mengulas apatah lagi menyebarkan berita yang dia tiada ilmu mengenainya.
Oleh itu, kita perlu sedar setiap berita atau teori yang kita sebarkan itu akan dicatat oleh malaikat dan kelak akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. Sayang sekali, pengamal media sosial yang menjadikan internet sebagai rujukan utama segala maklumat tanpa mereka menyelidik fakta yang sebenar dan daripada sumber yang lebih pasti.
3. Elakkan perselisihan terima dengan redha
Tragedi ini juga menunjukkan kepada kita walau hebat bagaimana sekalipun mesin ciptaan manusia. Ia masih terlalu lemah dan sama sekali tidak dapat menandingi ilmu dan kekuasaan Allah. Pada saat manusia keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi dan ke mana hilangnya pesawat tersebut. Pada saat manusia telah mengerahkan secanggih-canggih alat ciptaan mereka namun masih gagal. Pada masa itu Allah mengetahui kepada-Nya kita memohon petunjuk.
Oleh itu, ayuh kita mempertingkatkan munajat kita kepada Allah dengan cara yang pertama, sabar dan redha atas ketentuannya. Kedua, teruskan usaha kita untuk mencari sama ada daripada aspek fizikal, mental serta rohani. Ketiga, letakkanlah setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah agar segera kita menjumpai penunjuk dan hakikat kebenarannya yang tersembunyi agar dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan operasi mencarinya.
Elakkanlah perselisihan dan perpecahan. Pada saat inilah kita seharusnya berusaha memupuk perpaduan dan menyokong usaha yang dilakukan agar segalanya dapat diselesaikan. Sabda Nabi SAW “Seorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Amatlah disarankan kepada kita yang bergelar Muslim agar sentiasa mengawal tindak-tanduk terhadap setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri agar tidak tersasar daripada landasan al-Quran dan as- Sunnah yang didasari kita. Oleh itu, ayuh mantapkan kekuatan fizikal, mental dan emosi agar dapat menghadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran.
Sumber HD - 15-5-2014
MH370: Najib akui ada silap buat keputusan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat kelemahan di pihak kerajaan dalam menangani isu kehilangan peswat MH370.
Dalam satu artikel yang diterbit The Wall Street Journal, najib antara lain berkata 'bukan semua langkah yang diambil kerajaan adalah betul".
“Terdapat beberapa kelemahan dari pihak kerajaan saya, namun, pihak lain juga, mesti belajar dari MH370 dan mengambil langkah menuju perubahan.”
"Bukan semua keputusan yang kita ambil adalah betul. Dalam beberapa hari pertama selepas pesawat hilang, kita begitu memberi tumpuan kepada cubaan untuk mencari pesawat sehingga lupa untuk memberikan keutamaan kepada komunikasi," katanya.
Najib dalam pada itu turut mengakui terdapat kekeliruan yang besar terutamanya apabila pesawat didapati hilang serta-merta di ruangan udara dan kawalan trafik udara.
Kekeliruan itu menyebabkan kelewatan empat jam dalam usaha mencari dan menyelamat.
"Tiada apa yang boleh mengubah nasib MH370 dan saya berjanji bahawa Malaysia akan terus mencari selama yang diperlukan.
"Kami juga akan terus memudahkan siasatan supaya kita boleh belajar daripada sebarang kesilapan," katanya. - HARAKAHDAILY 14/5/2014
Sumber HD - 14-5-2014
Dalam satu artikel yang diterbit The Wall Street Journal, najib antara lain berkata 'bukan semua langkah yang diambil kerajaan adalah betul".
“Terdapat beberapa kelemahan dari pihak kerajaan saya, namun, pihak lain juga, mesti belajar dari MH370 dan mengambil langkah menuju perubahan.”
"Bukan semua keputusan yang kita ambil adalah betul. Dalam beberapa hari pertama selepas pesawat hilang, kita begitu memberi tumpuan kepada cubaan untuk mencari pesawat sehingga lupa untuk memberikan keutamaan kepada komunikasi," katanya.
Najib dalam pada itu turut mengakui terdapat kekeliruan yang besar terutamanya apabila pesawat didapati hilang serta-merta di ruangan udara dan kawalan trafik udara.
Kekeliruan itu menyebabkan kelewatan empat jam dalam usaha mencari dan menyelamat.
"Tiada apa yang boleh mengubah nasib MH370 dan saya berjanji bahawa Malaysia akan terus mencari selama yang diperlukan.
"Kami juga akan terus memudahkan siasatan supaya kita boleh belajar daripada sebarang kesilapan," katanya. - HARAKAHDAILY 14/5/2014
Sumber HD - 14-5-2014
MH370: Pesawat terakhir TUDM pulang ke tanah air
SUBANG: Pesawat terakhir Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 Hercules yang menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Perth, Australia, selamat tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang pada 11 pagi semalam.
Ketibaan pesawat itu yang membawa 11 pegawai dan 13 anggota lain-lain pangkat (LLP) disambut Panglima 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani, pegawai TUDM dan anggota keluarga kru.
Azizool Arif berkata pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Pearce, Perth, pada 11 malam waktu tempatan dan singgah di Jakarta, Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Pangkalan Udara TUDM Subang.
"Bagi operasi ini (mencari MH370), TUDM telah menghantar tiga pesawat C130H daripada No.20 Skuadron TUDM ke Perth, Australia untuk menyertai tujuh buah negara lain dalam mengembleng usaha mencari pesawat berkenaan.
"Dua buah pesawat telah berlepas ke sana pada 28 Mac lalu manakala sebuah lagi pada 5 April...dua pesawat yang pergi lebih awal sudah kembali ke tanah air pada 30 April dengan membawa 19 pegawai dan 35 anggota LLP," katanya kepada pemberita.
Azizool Arif berkata sepanjang hampir 42 hari terlibat dalam misi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, kesemua kru telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan komitmen jitu.
"Saya percaya dengan pengalaman ini, mereka akan berupaya berdepan dengan pelbagai tugas lebih mencabar pada masa depan...sesungguhnya ini adalah saat paling bermakna buat mereka dan TUDM secara amnya," kata beliau.
Sementara itu, Zubaidah Zahri, 41, isteri kepada juruterbang Mejar Mohammad Jafri Subuh, berkata, beliau bersyukur suaminya telah pulang dengan selamat sebelum sambutan Hari Ibu esok.
"Selepas tahu dia (suami) perlu pergi ke Perth untuk misi ini sebelum ini, saya tidak putus-putus berdoa agar keselamatannya bersama-sama kru lain terjaga.
"Memang diakui bukan senang untuk menjadi isteri kepada seorang juruterbang.
Kadang-kadang banyak perkara yang membelenggu fikiran lebih-lebih lagi pasal soal anak namun kerana tugas yang digalas, kita perlu merelakan setiap pemergian mereka," katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac lepas, setelah 17 hari pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA
Sumber HD - 11-5-2014
Ketibaan pesawat itu yang membawa 11 pegawai dan 13 anggota lain-lain pangkat (LLP) disambut Panglima 1 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Azizool Arif Abdul Ghani, pegawai TUDM dan anggota keluarga kru.
Azizool Arif berkata pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Pearce, Perth, pada 11 malam waktu tempatan dan singgah di Jakarta, Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Pangkalan Udara TUDM Subang.
"Bagi operasi ini (mencari MH370), TUDM telah menghantar tiga pesawat C130H daripada No.20 Skuadron TUDM ke Perth, Australia untuk menyertai tujuh buah negara lain dalam mengembleng usaha mencari pesawat berkenaan.
"Dua buah pesawat telah berlepas ke sana pada 28 Mac lalu manakala sebuah lagi pada 5 April...dua pesawat yang pergi lebih awal sudah kembali ke tanah air pada 30 April dengan membawa 19 pegawai dan 35 anggota LLP," katanya kepada pemberita.
Azizool Arif berkata sepanjang hampir 42 hari terlibat dalam misi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, kesemua kru telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan komitmen jitu.
"Saya percaya dengan pengalaman ini, mereka akan berupaya berdepan dengan pelbagai tugas lebih mencabar pada masa depan...sesungguhnya ini adalah saat paling bermakna buat mereka dan TUDM secara amnya," kata beliau.
Sementara itu, Zubaidah Zahri, 41, isteri kepada juruterbang Mejar Mohammad Jafri Subuh, berkata, beliau bersyukur suaminya telah pulang dengan selamat sebelum sambutan Hari Ibu esok.
"Selepas tahu dia (suami) perlu pergi ke Perth untuk misi ini sebelum ini, saya tidak putus-putus berdoa agar keselamatannya bersama-sama kru lain terjaga.
"Memang diakui bukan senang untuk menjadi isteri kepada seorang juruterbang.
Kadang-kadang banyak perkara yang membelenggu fikiran lebih-lebih lagi pasal soal anak namun kerana tugas yang digalas, kita perlu merelakan setiap pemergian mereka," katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac lepas, setelah 17 hari pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - BERNAMA
Sumber HD - 11-5-2014
Bongkar: Siapa sunting rakaman audio MH370?
[BONGKAR] Siapa Yang Reka/Sunting Rakaman Audio MH370?
Bahan bukti direka, diusik, diubah, diedit sesuka hati sudah menjadi rampan di dalam negara ini. Ia seperti wujudnya hasrat pihak tertentu untuk mempastikan bahan bukti itu berpihak kepadanya. Ia semacam mengesahkan tentang wujud sebuah konspirasi.
Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 8-5-2014
Lagi dakwaan MH370 terhempas di Laut China Selatan
[MH370] Lagi Dakwaan Menyatakan Pesawat Sebenarnya Terhempas Di Laut Cina Selatan
Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.
Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.
Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 6-5-2014
Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.
Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.
Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.
Baca lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 6-5-2014
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang
SUBANG: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370, yang tiba di Pangkalan Udara Subang di sini petang semalam berlepas ke China pagi tadi.
Kedua-dua pesawat berlepas kira-kira pukul 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal.
Pesawat yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun yang tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce dalam perjalanan pulang selepas pencarian udara pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu melibatkan tumpuan di kawasan dasar laut.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing pada 12.41 tengah malam.
Gerakan SAR mula-mula dilancarkan di Laut China Selatan kemudian ditumpukan di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asal.
Isnin lepas, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan misi mencari memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.
Sumber HD - 4-5-2014
Kedua-dua pesawat berlepas kira-kira pukul 8 pagi dan 8.30 pagi dengan membawa 38 anak kapal.
Pesawat yang diketuai Kolonel Kanan Liu Dian Jun yang tiba dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce dalam perjalanan pulang selepas pencarian udara pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu melibatkan tumpuan di kawasan dasar laut.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan skrin radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing pada 12.41 tengah malam.
Gerakan SAR mula-mula dilancarkan di Laut China Selatan kemudian ditumpukan di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asal.
Isnin lepas, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan misi mencari memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.
Sumber HD - 4-5-2014
MH370: PDRM tidak akan keluar hasil siasatan ketika ini
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat masa ini tidak merancang untuk mengeluarkan sebarang hasil siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu termasuklah empat aspek siasatan iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.
"Oleh kerana siasatan masih dijalankan, kita tidak akan beritahu apa-apa hasil kedapatan siasatan yang kita ada sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah.
Beliau turut berkata sehingga semalam, pihaknya merekodkan 311 keterangan termasuk daripada keluarga mangsa terbabit.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, berhubung kejadian penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, April lepas, Khalid berkata pihaknya masih berhubung dengan rakannya di China dan Filipina.
"Mangsa selamat dan kita sedang lakukan semua yang mungkin dan mampu untuk selesaikannya," katanya.
Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh Singamata Adventures Reef and Resort dan menculik dua wanita iaitu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, China dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.
Sumber HD - 4-5-2014
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu termasuklah empat aspek siasatan iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.
"Oleh kerana siasatan masih dijalankan, kita tidak akan beritahu apa-apa hasil kedapatan siasatan yang kita ada sekarang ini," katanya dalam sidang media selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah.
Beliau turut berkata sehingga semalam, pihaknya merekodkan 311 keterangan termasuk daripada keluarga mangsa terbabit.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudiannya difahamkan ia telah melencong daripada laluan asalnya dan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, berhubung kejadian penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, April lepas, Khalid berkata pihaknya masih berhubung dengan rakannya di China dan Filipina.
"Mangsa selamat dan kita sedang lakukan semua yang mungkin dan mampu untuk selesaikannya," katanya.
Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menceroboh Singamata Adventures Reef and Resort dan menculik dua wanita iaitu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai, China dan seorang pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40.
Sumber HD - 4-5-2014
MH370: Pampasan duluan US$50,000 untuk keluarga mangsa
BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah US$50,000 kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.
Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.
"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.
Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - Bernama
Sumber HD - 3-5-2014
Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di sini hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.
"Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris," katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.
Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima. - Bernama
Sumber HD - 3-5-2014
MH370: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala
KUALA LUMPUR: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.
Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.
"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.
"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.
Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.
"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama.
Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.
Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.
Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.
"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.
"Kami menghantar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya.
Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.
"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 2-5-2014
Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.
"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.
"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.
Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.
"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama.
Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.
Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.
Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.
"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.
"Kami menghantar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya.
Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.
"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 2-5-2014
Kementerian Pengangkutan dedah senarai kargo MH370
KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 biji bateri lithium ion, dibawa oleh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, adalah mematuhi peraturan barangan bahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ini dinyatakan dalam senarai kargo yang disertakan bersama-sama laporan awal MH370 yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Pengangkutan.
Menurut ruangan maklumat pengendalian Air Waybill, nota konsainan udara, menyatakan: "Perisytiharan penghantaran bagi DGD (barangan bahaya) tidak diperlukan. Bateri lithium ion adalah mematuhi seksyen II P.I.965."
Seksyen II peraturan itu terpakai kepada sel lithium ion dengan rating jam-Watt tidak melebihi 20 Wh dan bateri lithium ion dengan rating jam-Watt tidak melebihi 100 Wh, dibungkus dalam kuantiti tidak melebihi had dibenarkan mengikut Seksyen II, Jadual 965-II.
Arahan berkenaan digariskan dalam peraturan barangan bahaya IATA.
Penerbangan MH370 juga dilaporkan membawa 4,566 kilogram manggis segar, yang dihantar oleh Poh Seng Kian dari Muar, Johor untuk Beijing Guangchangming Trading Co.
Baki kargo terdiri bungkusan dan barangan kurier seberat 2,934 kilogram.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Lautr China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
Sumber HD - 2-5-2014
Rakaman komunikasi MH370 antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac
KUALA LUMPUR: Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.
Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.
1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.
2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.
3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."
4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".
5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.
6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.
7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.
8. 02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.
9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.
10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.
HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.
KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.
HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.
11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.
12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.
13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.
14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.
15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.
16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.
17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.
18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.
19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.
20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.
21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".
22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.
23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.
24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.
-BERNAMA
Sumber HD - 2-5-2014
Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.
1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.
2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.
3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."
4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".
5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.
6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.
7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.
8. 02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.
9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.
10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.
HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.
KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.
HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.
11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.
12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.
13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.
14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.
15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.
16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.
17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.
18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.
19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.
20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.
21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".
22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.
23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.
24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.
-BERNAMA
Sumber HD - 2-5-2014
MH370: Keluarga mangsa gesa M'sia beli data Inmarsat
BEIJING: Keluarga warga China yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mencadangkan pihak berkuasa Malaysia supaya membeli data yang belum diproses daripada syarikat satelit UK Inmarsat.
Seorang anggota keluarga itu mencadangkan supaya data itu dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.
"Biar seluruh dunia turut serta dalam kerja-kerja analisis ini," kata beliau kepada kumpulan teknikal Malaysia pada majlis taklimat di sini, hari ini.
Anggota keluarga itu juga mencadangkan penubuhan sebuah dana untuk memberi ganjaran kepada individu atau pihak yang menemui pesawat MH370.
Wakil MAS, Subas Chandran berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada pasukan penyiasatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sementara itu, Sayid Ruzaimi Syed Aris, wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berkata Malaysia tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Dalam taklimat lebih tiga jam itu, rakaman audio antara MH370 dan pusat kawalan penerbangan turut disiarkan kepada anggota keluarga, yang kemudian meminta supaya transkrip rakaman diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Anggota keluarga turut diberi penerangan mengenai isu-isu teknikal seperti Transmiter Pengesan Kecemasan (ELT), analisis data satelit serta kotak hitam pesawat.
Operasi mencari pesawat Boeing 777-200ER itu kini memasuki bulan kedua sejak kehilangannya pada 8 Mac.
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Tujuh belas hari kemudian, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pencarian pesawat itu masih diteruskan. - Bernama
Sumber HD - 1-5-2014
Seorang anggota keluarga itu mencadangkan supaya data itu dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.
"Biar seluruh dunia turut serta dalam kerja-kerja analisis ini," kata beliau kepada kumpulan teknikal Malaysia pada majlis taklimat di sini, hari ini.
Anggota keluarga itu juga mencadangkan penubuhan sebuah dana untuk memberi ganjaran kepada individu atau pihak yang menemui pesawat MH370.
Wakil MAS, Subas Chandran berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada pasukan penyiasatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sementara itu, Sayid Ruzaimi Syed Aris, wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia berkata Malaysia tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Dalam taklimat lebih tiga jam itu, rakaman audio antara MH370 dan pusat kawalan penerbangan turut disiarkan kepada anggota keluarga, yang kemudian meminta supaya transkrip rakaman diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Anggota keluarga turut diberi penerangan mengenai isu-isu teknikal seperti Transmiter Pengesan Kecemasan (ELT), analisis data satelit serta kotak hitam pesawat.
Operasi mencari pesawat Boeing 777-200ER itu kini memasuki bulan kedua sejak kehilangannya pada 8 Mac.
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Tujuh belas hari kemudian, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pencarian pesawat itu masih diteruskan. - Bernama
Sumber HD - 1-5-2014
Juruterbang AS dakwa jumpa imej serpihan MH370
KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang dari New York Amerika Syarikat mendakwa menemui serpihan pesawat dipercayai milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Michael Hoebel, 60, mendakwa imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai Thailand.
Beliau berkata, penemuan itu hasil penelitian beliau terhadap ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
"Saya amat terkejut kerana saya tidak percaya saya akan menemui objek ini," katanya sambil menjelaskan ianya dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Beliau juga berkata, perbandingan imej tersebut dengan kapal terbang selari apabila terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat.
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
Beliau juga mendakwa telah menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan dan FBI, tetapi tiada jawapan. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
Michael Hoebel, 60, mendakwa imej serpihan itu ditemui di lautan berhampiran pantai Thailand.
Beliau berkata, penemuan itu hasil penelitian beliau terhadap ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
"Saya amat terkejut kerana saya tidak percaya saya akan menemui objek ini," katanya sambil menjelaskan ianya dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Beliau juga berkata, perbandingan imej tersebut dengan kapal terbang selari apabila terdapat sayap yang melekat pada badan pesawat.
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
Beliau juga mendakwa telah menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Persekutuan dan FBI, tetapi tiada jawapan. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Sumber HD - 29-4-2014
MH370: Nazri dakwa dasar satu anak punca warga China emosi
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kemarahan rakyat China kepada Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bukannya disebabkan berita dan spekulasi negatif di media-media sosial.
Beliau berkata perkara utama yang mendorong kepada emosi dan kemarahan masyarakat negara Tembok Besar itu ialah kerana mereka terikat dengan dasar satu anak.
"Kita kena faham, penduduk China terikat dengan one child policy lebih 30 tahun dan bagi keluarga penumpang warga China di dalam penerbangan itu, mereka tentunya bimbang akan kehilangan keturunan.
"Ini yang membuatkan mereka marah," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.
Dasar satu anak satu keluarga di China telah dikuatkuasakan sejak 1979, manakala pasangan di luar bandar dibenarkan mempunyai dua anak, sekiranya anak pertama mereka adalah perempuan.
Mohamed Nazri berkata kemarahan itu dikuatkan lagi dengan kepercayaan warga China bahawa mereka yang meninggal perlu diberi 'penghormatan terakhir', di mana jasad mereka perlu disentuh, dan dalam kes MH370 anggota keluarga masih kabur mengenai status atau nasib keluarga mereka dalam pesawat malang itu.
"Kepercayaan masyarakat Cina, kalau ada orang meninggal, mesti bagi final rites, mesti ada badan untuk disentuh. Kalau tak dapat badan, sekurang-kurangnya tahu di mana tempat pesawat itu jatuh.
"Jadi, kalau kedua-dua perkara penting ini tidak ada, mereka tak boleh buat final rites. Ini kepercayaan ribuan tahun...jadi dia frust (kecewa), dan bila frust mereka marah, dan tentunya kemarahan itu dihalakan kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah negara berjiwa besar, Malaysia memahami kesedihan dan kesulitan penduduk China, yang mana rakyatnya merupakan penumpang terbesar dalam pesawat itu.
"Kita berjiwa besar, kalau mereka nak marah, kita juga memahaminya. Cuma kita perlu bersabar dengan melihat kesedihan yang mereka alami adalah sepertimana rasa sedih, simpati yang kita alami," katanya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ini mengumumkan akan menangguhkan segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak pihak yang mengaitkan dirinya dengan kelulusan penganjuran konsert Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) baru-baru ini, yang terpaksa dihentikan berikutan berlaku kematian pengunjung berikutan pengambilan dadah berlebihan.
Beliau berkata segala urusan dan kelulusan konsert itu tertakluk di bawah bidang kuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Konsert selama tiga hari pada pertengahan Mac itu dibatalkan pada hari terakhir pengajuran ekoran enam orang termasuk tiga wanita tempatan berumur 19 hingga 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert. - Bernama
Sumber HD - 29-4-2014
Beliau berkata perkara utama yang mendorong kepada emosi dan kemarahan masyarakat negara Tembok Besar itu ialah kerana mereka terikat dengan dasar satu anak.
"Kita kena faham, penduduk China terikat dengan one child policy lebih 30 tahun dan bagi keluarga penumpang warga China di dalam penerbangan itu, mereka tentunya bimbang akan kehilangan keturunan.
"Ini yang membuatkan mereka marah," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.
Dasar satu anak satu keluarga di China telah dikuatkuasakan sejak 1979, manakala pasangan di luar bandar dibenarkan mempunyai dua anak, sekiranya anak pertama mereka adalah perempuan.
Mohamed Nazri berkata kemarahan itu dikuatkan lagi dengan kepercayaan warga China bahawa mereka yang meninggal perlu diberi 'penghormatan terakhir', di mana jasad mereka perlu disentuh, dan dalam kes MH370 anggota keluarga masih kabur mengenai status atau nasib keluarga mereka dalam pesawat malang itu.
"Kepercayaan masyarakat Cina, kalau ada orang meninggal, mesti bagi final rites, mesti ada badan untuk disentuh. Kalau tak dapat badan, sekurang-kurangnya tahu di mana tempat pesawat itu jatuh.
"Jadi, kalau kedua-dua perkara penting ini tidak ada, mereka tak boleh buat final rites. Ini kepercayaan ribuan tahun...jadi dia frust (kecewa), dan bila frust mereka marah, dan tentunya kemarahan itu dihalakan kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah negara berjiwa besar, Malaysia memahami kesedihan dan kesulitan penduduk China, yang mana rakyatnya merupakan penumpang terbesar dalam pesawat itu.
"Kita berjiwa besar, kalau mereka nak marah, kita juga memahaminya. Cuma kita perlu bersabar dengan melihat kesedihan yang mereka alami adalah sepertimana rasa sedih, simpati yang kita alami," katanya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ini mengumumkan akan menangguhkan segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak pihak yang mengaitkan dirinya dengan kelulusan penganjuran konsert Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) baru-baru ini, yang terpaksa dihentikan berikutan berlaku kematian pengunjung berikutan pengambilan dadah berlebihan.
Beliau berkata segala urusan dan kelulusan konsert itu tertakluk di bawah bidang kuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Konsert selama tiga hari pada pertengahan Mac itu dibatalkan pada hari terakhir pengajuran ekoran enam orang termasuk tiga wanita tempatan berumur 19 hingga 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert. - Bernama
Sumber HD - 29-4-2014
MH370: Pencarian di udara, permukaan laut ditangguh
- Apr 27, 2014
- NIK NURFAQIH NIK WIL
Bagaimanapun, pencarian dalam air menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik, Bluefin-21, dijangka meneruskan misi ke-15 pada Ahad pagi.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelia operasi itu berkata Bluefin-21 dijangka melengkapkan baki pencarian di kawasan yang dikenal pasti dan terus meneliti kawasan berhampiran dalam misi itu.
Tiada perkara yang mempunyai kaitan dengan pesawat itu ditemui sejak operasi pencarian dimulakan 51 hari lepas, menurut JACC.
Kenyataan itu menyebut sebarang maklumat lanjut akan diumumkan, jika dan apabila diperoleh.
Bluefin-21 dikerah menjalankan misi pertama pada 14 April dengan harapan untuk mengesan sebarang serpihan pesawat itu dalam air berikutan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat Pengesan Pinger Ditunda sejak 8 April.
Ia dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik bagi menghasilkan peta 3D di dasar laut dan mengambil masa minimum 24 jam untuk menyelesaikan setiap misi termasuk empat jam untuk muat turun data dikumpul.
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'. - Bernama
Sumber HD - 27-4-2014
MH370: Bluefin-21 hadapi masalah teknikal lagi
- Apr 26, 2014
- Nik Nurfaqih Nik Wil
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang menyelia operasi mencari, berkata kenderaan automatik itu sekali lagi dinaikkan ke permukaan air semasa dalam proses untuk melakukan misi ke-13 pada Jumaat berikutan menghadapi masalah pada set perisian yang perlu diset semula.
Menurutnya peralatan teknikal pada AUV amat canggih, dan masalah perisian perlu diset semula merupakan perkara biasa dan masalah teknikal itu telah dapat diselesaikan malam tadi oleh juruteknik.
Sementara itu, misi ke-14 sedang dijalankan, menurut agensi itu dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada 16 April, Bluefin-21, yang melakukan misi kedua telah menghadapi masalah teknikal yang memaksanya menghentikan misi itu dan naik ke permukaan air.
Bagaimanapun, ia kemudiannya dikerahkan semula untuk meneruskan misi pencarian dalam air pada hari yang sama selepas masalah itu diatasi.
Hari ini masuk hari ke-50 operasi mencari Penerbangan MH370, dan setakat ini tiada apa-apa ditemui yang ada kaitan dengan pesawat itu sama ada di permukaan air atau dalam air.
Bluefin-21 dikerahkan untuk menjalankan misi pertama pada 14 April dengan harapan untuk mengesan sebarang serpihan pesawat itu dalam air berikutan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat Pengesan Pinger Ditunda sejak 8 April.
Ia dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik bagi menghasilkan peta 3D di dasar laut dan mengambil masa minimum 24 jam untuk menyelesaikan setiap misi termasuk empat jam untuk muat turun data dikumpul.
Setakat ini, misi pencarian Bluefin-21 telah meliputi 95 peratus kawasan pencarian dalam air yang telah dikenal pasti, menurut JACC.
Agensi itu berkata bagi operasi pencarian visual di permukaan air, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang kawasan pencarian seluas kira-kira 57,311 kilometer persegi dengan garis pusatnya kira-kira 1,584 km barat laut Perth.
Sebanyak lapan pesawat tentera dan 11 kapal meneruskan misi pencarian visual pada Sabtu.
"Cuaca hari ini diramalkan hujan sekejap-sekejap, angin barat laut bertiup pada kelajuan sehingga 20 knot, laut bergelora sehingga setinggi dua hingga 2.5 meter manakala jarak penglihatan kira-kira satu meter dalam ribut petir dan tiga kilometer dalam hujan," menurut agensi itu.
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 26-4-2014
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Pemangku Menteri Pengangkutan itu mendakwa, ianya hanya mengandungi data awal dan telah diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), seperti disyaratkan oleh ICAO.
"Saya tidak fikir ada apa-apa yang menarik akan didedahkan dalam laporan itu kerana ia hanya tentang data awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dapatan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mungkin dikeluarkan minggu depan.
"Komitmen kerajaan untuk pencarian MH370 yang tidak henti-henti itu, saya juga menggunakan satu pasukan pakar siasatan dalaman dan dapatan awal mungkin dikeluarkan minggu depan," kata Najib dalam akaun Facebooknya.
Sumber HD - 26-4-2014
MH370: Benarkah teori John Huckman?
- Apr 25, 2014
- HAMBALI AKRAM
Pada 18 April yang lalu, John Huckman menulis satu artikel dan diterbitkan dalam OpEdNews.com. beliau mendakwa Amerika Syarikat berkemungkinan menembak jatuh pesawat MH370. Beliau juga mendakwa AS memiliki radar paling canggih khususnya di Diego Garcia – sepatutnya jika MH370 menghala ke Lautan Hindi sudah tentulah radar di situ dapat mengesannya. Yang berlaku, kita terpaksa mendapatkan maklumat daripada radar pihak lain.
Walau apapun jawapan daripada Diego Garcia, tentunya kita tidak mahu teori ini menjadi kenyataan. Kita sentiasa mendoakan sesuatu yang baik berlaku kepada MH370.
Namun, kita juga tidak seharusnya menolak bulat-bulat teori John Huckman. Dalam menangani krisis sebegini, semua maklumat dan teori serta hujah mana-mana perlu dikumpul agar dapat dianalisis secara keseluruhan.
Sumber HD - 25-4-2014
MH370: K'jaan belum bersedia sahkan kematian - PM
- Apr 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk menghadapi situasi itu jika ia berlaku.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama CNN malam tadi.
Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang dan kru MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin berkata pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan.
Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.
Mengulas siasatan oleh pasukan khas, Najib dalam temubual itu berkata laporan awal hasil siasatan berkemungkinan besar akan dikeluarkan minggu hadapan.
"Saya sudah mengarahkan pasukan pakar yang menjalankan siasatan dalaman untuk meneliti laporan itu dan besar kemungkinan ia akan dikeluarkan minggu depan," katanya.
Sementara itu Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.
Sumber HD - 25-4-2014
Bahan hanyut ke pantai bukan daripada MH370
- Apr 24, 2014
- NIK NURFAQIH NIK WIL
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Khamis berkata ATSB, selepas meneliti gambar-gambar bahan itu secara terperinci, berpuas hati bahawa ia bukan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pencarian pesawat malang itu.
JACC yang mengendalikan operasi mencari itu berkata demikian dalam kenyataan di sini.
Jurucakap ATSB, Martin Dolan, dalam temu bual dengan CNN pada Rabu berkata bahan itu merupakan kepingan logam dengan cantuman rivet.
"Memang cukup menarik bagi kami untuk meneliti gambar-gambar itu...tapi keterujaan itu berkurangan, semakin lama kami melihatnya," katanya.
ATSB turut memberikan gambar-gambar itu kepada pasukan penyiasatan Malaysia, menurut JACC dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Rabu, Polis Australia Barat menerima laporan mengenai bahan yang hanyut ke pantai 10 kilometer timur Augusta, kira-kira 322 kilometer ke selatan dari sini dan telah mengambil bahan itu sebelum diperika ATSB.
Sementara itu, JACC berkata operasi mencari secara visual dan dalam air akan diteruskan hari ini dengan menggunakan 11 pesawat tentera dan 11 buah kapal yang terlibat dalam kawasan pencarian visual terancang kira-kira 49,567 kilometer persegi dengan kedudukan tengah kira-kira 1,584 kilometer di barat utara Perth.
Sementara itu, Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21 kini dalam misi ke-12nya dengan tumpuan yang diberikan di kawasan pencarian dalam air telah 90 peratus siap, tanpa menemukan dengan apa kepentingan berkaitan setakat ini.
Sebelum bermulanya operasi pencarian udara hari ini, agensi itu menarik perhatian kepada keadan cuaca semasa dengan jangkaan taufan luar tropika akan bergerak ke selatan.
"Ramalan cuaca hari ini ialah hujan lebat dan awan rendah dengan kelajuan angin selatan timur hingga 35 knots, laut berombak tiga hingga empat meter tinggi dan tahap penglihatan satu kilometer jauh," menurut agensi itu.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Gerakan mencari Boeing 777-200 itu melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 24-4-20114
MH370: Pencarian Bluefin-21 gagal hasilkan sebarang petunjuk
- Apr 23, 2014
- Nik Nurfaqih Nik Wil
PERTH: Kenderaan dalam Air (AUV) Bluefin-21 sehingga Rabu sudah menyelesaikan pencarian di kira-kira 80 peratus kawasan dalam air yang difokuskan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Agensi yang menyelia operasi mencari itu berkata Bluefin-21 sehingga kini telah menyelesaikan misi ke-10 dan belum menemui sebarang petunjuk berkaitan.
Ia memulakan tugas sulungnya pada 14 April.
Bagaimanapun, agensi itu tidak menunjukkan sama ada kenderaan tanpa pengendali itu akan digunakan untuk misi ke-11 sebaik ia timbul di permukaan air daripada misi yang sedang dijalankan kini.
Kawasan pencarian dalam air yang difokuskan berupa satu bulatan dengan radius 10 kilometer di sekeliling tempat isyarat kedua dikesan alat pengesan pinger (TPL), menurut kenyataan itu pada Rabu.
Bluefin-21, dihantar dengan harapan untuk menemukan sebarang serpihan pesawat yang hilang di dasar laut, selepas tiada lagi isyarat dikesan TPL, sejak 8 April.
AUV ini menggunakan alat akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyelesaikan setiap misinya, termasuk empat jam bagi memuat turun data yang dikumpul.
Agensi berkenaan juga memaklumkan ramalan cuaca pada Rabu menunjukkan berlaku hujan lebat, awan rendah merata tempat dengan angin timur tenggara dan laut mungkin bergelora sehingga 2.5 meter.
Agensi itu menegaskan keadaan cuaca itu juga mungkin akan menjejaskan misi pencarian pada Rabu.
Bagaimanapun, buat ketika ini menurut agensi itu mencari secara visual yang dirancang pada Rabu akan diteruskan membabitkan sehingga sepuluh pesawat tentera dan 12 kapal meliputi kawasan seluas kira-kira 37,948 kilometer persegi berpusat kira-kira 855 kilometer barat laut Perth.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Selepas analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 23-4-2014
MH370: Keluar sijil kematian, kerajaan nak tutup kes?
- Apr 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi penulis Shahbudin Husin, jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian.
Beliau juga bertanya apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa.
“Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?” tulis beliau di dalam blognya, sebagai mana di bawah.
Meskipun belum ada sebarang bukti serpihan pesawat MH370 dan cebisan mayat penumpangnya ditemui sehingga ini, kerajaan dilaporkan sudah mahu mengeluarkan sijil kematian iaitu pengesahan rasmi bahawa kesemua mereka ditakrifkan sudah meninggal dunia.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk mengumumkan status penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dalam tempoh terdekat ini.
Pengumuman tersebut, katanya, diambil setelah mendapat pengesahan daripada pakar-pakar berkaitan dan bertujuan supaya waris-waris penumpang itu dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun sukar menerima hakikat kehilangan anggota keluarga tersayang mereka.
Keputusan mahu mengeluarkan sijil kematian ini dipercayai diambil setelah pencarian memasuki hari ke 47 masih juga gagal menemui sebarang bukti pesawat itu terhempas di Lautan Hindi sebagaimana yang disimpulkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
Beberapa isyarat "ping" yang dikesan, serpihan yang ditemui serta tompokan minyak yang uji, ternyata tiada langsung kaitannya dengan pesawat atau kotak hitam milik MH370 itu.
Di ketika yang sama, penyiasat antarabangsa juga dikhabarkan mula menyiasat kemungkinan pesawat itu sebenarnya tidak terhempas di Lautan Hindi sebagai yang dipercayai sebelum ini, tetapi kemungkinan ianya didaratkan di sebuah lokasi yang lain atau terhempas di kawasan terpencil selain daripada Lautan Hindi.
Laporan yang disiarkan oleh NST itu menyebut, ia adalah kemungkinan baru yang sedang diteliti ketika ini.
Sebelum ini, laporan dari Russia juga menyebut MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi, sebaliknya dirampas dan semua penumpangnya disembunyikan di sebuah perkampungan kabilah antara Afghanistan dan Pakistan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Hamzah juga berkata misi pencarian di Lautan Hindi masih perlu diteruskan dengan kemungkinan menggunakan lebih banyak aset atau kawasan pencarian diperluaskan lagi.
Jika misi pencarian masih diteruskan dan skalanya pula berubah ke kawasan lain serta lebih banyak aset mungkin digunakan, mengapakah begitu cepat kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian?
Apakah ini menandakan misi pencarian akan ditamatkan dan kes akhirnya akan ditutup dengan cara membayar sejumlah wang pampasan kepada waris mangsa?
Apakah wang benar-benar cukup bernilai kepada waris mangsa berbanding ahli keluarga yang masih belum diketahui nasibnya itu?
Sehingga ini, memang dilaporkan ramai waris mangsa tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian itu sehingga mereka benar-benar diberikan bukti bahawa pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya telah meninggal dunia. Bagi kebanyakan waris, bukti nyata tentang kematian adalah perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum mereka diberikan sijil kematian yang diikuti dengan pemberian sejumlah wang pampasan.
Ramai waris yang menolak tindakan kerajaan mahu mengeluarkan sijil kematian tanpa sebarang bukti itu dan menganggapnya sesuatu yang tidak patut dilakukan ketika ini.
Setelah mengeluarkan kenyataan bercanggah, tidak telus dan tidak tepat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, tindakan mahu mengeluarkan sijil kematian hanya setelah misi pencarian gagal menemui sebarang bukti dalam tempoh 47 hari, ia adalah satu lagi bukti kegagalan kerajaan bertindak waras dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perikemanusiaan.
Tidakkah tindakan mengeluarkan sijil kematian ini menunjukkan prosesnya menuju ke arah penutupan kes? Walaupun misi pencarian akan diteruskan, tetapi setelah sijil kematian dikeluarkan, sudah tentulah usaha tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh lagi?
Kenapakah hanya setelah 47 hari misi pencarian, kerajaan seolah-olah sudah berputus asa dan lebih selesa ianya diakhiri dengan kematian? Bukankah Islam menetapkan pengisytiharan kematian hanya setelah 4 tahun manakala undang- undang negara pula setelah 7 tahun?
Bagaimana jika setelah sijil kematian dikeluarkan, pesawat itu akhirnya dapat ditemui dan semua penumpangnya masih hidup?
Dalam hal ini, kerajaan tidak seharusnya terlalu awal mahu membuat kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia. Jika kesimpulan pertama yang diumumkan Najib sebelum ini bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi dan kemudian merakamkan usul takziah di Parlimen, ternyata masih gagal dibuktikan kebenarannya serta menyinggung perasaan waris mangsa, kesimpulan penumpangnya telah meninggal dunia melalui pengeluaran sijil kematian ini sekali lagi mengguris perasaan mereka.
Seharusnya, sebagaimana yang kerapkali dijanjikan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga bangkai pesawat, cebisan mayat dan kotak hitam ditemui, ia benar-benar menjadi ungkapan janji yang ditepati.
Janganlah cepat membuat pusingan U atau menuju ke persimpangan lain sebelum tiba ke destinasi yang dijanjikan.
Jika tidak, ia lebih mendedahkan kelemahan kerajaan dan seolah-olah benarlah tanggapan bahawa banyak yang cuba disembunyikan di sebalik kehilangan pesawat itu.
Sumber HD - 22-4-2014
Tangguh umum status penumpang dan kru MH370
- Apr 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ini kerana menurut Pengerusi Sukarela Peguam (SukaGuam) Khairul Anwar Rahmat ada hikmah di sebalik mengapa Islam dan Peruntukan Undang-undang memberikan tempoh yang lama.
Katanya, menurut Islam orang hilang dipanggil sebagai al-mafqud dan sudah ada Fatwa Kebangsaan yang jelas berkenaan hukum dan tempoh yang perlu ditunggu iaitu sehingga empat tahun.
"Anggaplah kematian mengikut undang-undang sivil Sekesen 108 Akta Keterangan pula seseorang hanya boleh dianggap sudah meninggal dunia selepas tujuh tahun dari tarikh mula hilang," katanya dipetik Berita Harian.
Justeru katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa mengisytiharkan status penumpang dan pesawat MH370 meninggal dunia atau hilang dan tidak mungkin dikesan.
Tegasnya, pengumuman demikian akan mengundang implikasi perundangan membabitkan harta pusaka, pewarisan, tuntutan insurans, liabiliti hutang, status perkahwinan, pembahgian faraid dan tempoh bermula iddah isteri jika beragama Islam.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.
Beliau berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.
"Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun.
"Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," katanya.
Sumber HD - 22-4-2014
MH370: Tiada perkembangan, petugas media mula tawar hati
- Apr 22, 2014
- Nik Nurfaqih Nik Wil
PERTH: Liputan media berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-45 tanpa menunjukkan sebarang hasil.
Khemah-khemah media kelihatan berkurangan, demikian juga kelengkapan dan kenderaan yang biasanya diletakkan dekat Dumas House, di sini, di mana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) biasa mengadakan sidang akhbar, atau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, kira-kira 40 minit pemanduan dari Perth.
Selain maklumat harian terkini menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC, tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas.
Seorang pegawai media RAAF yang enggan dinyatakan namanya memberitahu Bernama dan wartawan Malaysia yang lain bahawa petugas media tidak lagi dibenarkan memasuki pangkalan itu untuk liputan berita sejak minggu lepas.
Untuk operasi pencarian harian secara visual, kata pegawai wanita itu, ia diteruskan seperti biasa sebagaimana yang diberitahu oleh JACC pada pagi Isnin.
Fokus sekarang terhadap operasi di bawah laut melibatkan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) dipanggil Bluefin-21, yang ditugaskan sejak Isnin lepas.
Bagaimanapun, ini juga tidak menghasilkan sesuatu yang membawa kepada penemuan pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi 8 Mac.
Pada Sabtu, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bluefin-21 dijangka menyelesaikan tugas imbasan di zon pencarian dalam air minggu depan.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott juga membayangkan baru-baru ini tentang perlunya mempertimbangkan kembali operasi mencari dan menyelamat jika tidak terdapat perkembangan terbaru.
Pihak media di sini menjangka satu sidang akhbar akan diadakan dalam sehari dua ini. - Bernama
Sumber HD - 22-4-2014
MH370: Keluarga tak setuju keluar sijil kematian
- Apr 21, 2014
- ANIS NAZRI
Pengumuman tersebut akan dilakukan sejurus mendapat pengesahan daripada pakar berkaitan, kata Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Datuk Hamzah Zainuddin, seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.
Hamzah yang juga Timbalan Menteri Luar, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan kehidupan waris penumpang diteruskan walaupun sukar menerima kehilangan ahli keluarga mereka.
Beliau berkata kerajaan turut melantik Naib Presiden MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun sebagai wakil khas Malaysia untuk sebarang sesi perbincangan bersama kerajaan China.
Bagaimanapun, kebanyakan keluarga penumpang enggan menerima pengumuman tersebut selagi tiada sebarang bukti kukuh yang diperoleh tentang kehilangan ahli keluarga mereka.
Di Shah Alam, waris kepada salah seorang penumpang pesawat terbabit, Mohamad Nizam Mustafa, 42 berkata keluarganya tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mengumumkan tiada penumpang yang terselamat.
Abang kepada Suhaili Mustafa itu berkata cadangan kerajaan itu tidak masuk akal apabila hendak mengeluarkan sijil kematian, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh menunjukkan semua penumpang dan kru meninggal dunia.
"Sehingga kini, keluarga masih menaruh harapan tinggi untuk Suhaili pulang selamat, berikutan tiada bukti menyatakan mangsa ditemui mati.
"Kami masih keliru dengan status mangsa nahas MH370 dan tidak bersedia mengisytiharkan kematian Suhaili. Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana pencarian pesawat masih belum berakhir," kata beliau seperti dilaporkan.
Malah, beliau dan keluarga dikatakan tidak akan menerima tawaran jawatankuasa terbabit bagi mengeluarkan sijil kematian Suhaili, selain tidak melakukan sebarang tuntutan berhubung tawaran lain yang diberikan kepada Suhaili.
Perkara sama turut dirasai seorang lagi waris penumpang MH370, Tan Tuan Lay, 53 yang merupakan ibu kepada Chew Kar Moi, 31 tahun.
Beliau tidak menerima sijil kematian anaknya kerana berpendapat segala-gaknya masih tidak pasti.
Selagi tiada bukti kukuh bahawa anaknya memang sudah tiada, tambah beliau hatinya tidak akan menerima sijil tersebut.
Malah, beliau beranggapan seolah-olah semua pihak sudah berputus asa untuk terus mencari pesawat berkenaan yang sudah hilang sejak 44 hari lalu.
"Bagaimana kami hendak terima, sedangkan pelbagai spekulasi timbul, seperti ia tidak terhempas sebaliknya berada di suatu lokasi lain," kata beliau seperti dipetik.
Hatinya turut berat untuk menerima 'kematian' tersebut sedangkan bangkai atau serpihan pesawat tersebut langsung tidak ditemui.
Sumber HD - 21-4-2014
MH370: Nak cari di kawasan lain pula?
- Apr 21, 2014
- SURYANI TAIB
Bukankah kita awal-awal lagi mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di lokasi sekarang dan mengucapkan takziah serta ada negeri yang mengibarkan bendera separuh tiang.
Apa ni? Kini timbul pula cerita kemungkina mahu kaji semula lokasi sebenar MH370. Betul, memang wajar mengubah lokasi pencarian jika di kawasan sekarang tiada sebarang petanda ditemui. Namun yang menjadi kemusykilan dan kesedihan saya ialah kenapa awal-awal digambarkan seolah-olah segalanya sudah berakhir.
Kini, kita mungkin terpaksa menarik semula kenyataan tersebut dan sudah tentu menimbulkan perasaan kurang senang ahli keluarga mangsa. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Oleh sebab itu, jangan salahkan media asing mahupun mana-mana individu atau parti yang membuat pelbagai spekulasi tidak baik terhadap kerajaan Malaysia. Hakikatnya, kita sendiri membuka ruang kepada mereka untuk mengkritik kita.
Sebelum ini pun telah ada beberapa kenyataan kita ketika sidang akhbar yang bercanggah dengan beberapa fakta – dan kemudiannya menjadi pertikaian beberapa pihak, khususnya keluarga mangsa di China.
Saya bimbang, kenyataan kita yang tidak konsisten dan tergesa-gesa ini menjadi bahan lawak jenaka media antarabangsa dan orang ramai.
Sumber HD - 21-4-2014
MH370: Speaker Dewan Negara ajak rakyat terus berdoa
- Apr 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata kehilangan itu merupakan suatu tragedi yang amat menyedihkan dan berharap masyarakat terus berdoa supaya pesawat itu segera ditemui.
"Selaku Speaker, saya berharap agar kita terus berdoa semoga Allah mempermudahkan usaha untuk mengesan dan mencari pesawat tersebut," katanya sebelum sesi jawab lisan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Malaysia Ke-13 hari ini.
Penerbangan MH370 menerusi pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia apabila hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi.
Memasuki hari ke-45 hari ini, nasib pesawat itu yang membawa penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal belum diketahui.
Abu Zahar yang mempengerusikan hari pertama persidangan turut merakamkam ucapan takziah kepada balu dan keluarga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi Khamis lepas.
Kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung, Kampar itu turut mengorbankan pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.
-- Bernama
Sumber HD - 21-4-2014
Pesawat MAS ke Bangalore berpatah balik, selamat mendarat di KLIA
- Apr 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.
Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.
Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.
"Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).
"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS.
Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MAS berkenaan.
Kejadian penerbangan MAS berpatah balik ini berlaku tidak berapa lama daripada kejadian kehilangan penerbangan MAS Kuala Lumpur-Beijing MH370, pada 8 Mac. Penerbangan itu juga dilaporkan telah cuba berpatah balik.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, 8 Mac.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian selepas diketahui kapal terbang itu melencong dari laluan, misi mencari digerakkan di sepanjang koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berikutan analisis terhadap data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 21-4-2014
MH370: Meterai perjanjian dengan Australia untuk kendali bangkai pesawat
- Apr 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.
"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).
"Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya. - Bernama
Sumber HD - 20-4-2014
MH370: Bluefin-21 teruskan pencarian dalam air
- Apr 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu telah memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini.
"Semalaman Bluefin-21 AUV menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalam air dan data yang dikumpul kini sedang dianalisis," kata agensi itu dalam satu kenyataan di sini.
Tiada sebarang penemuan berkaitan ditemui.
Bluefin-21, yang dilengkapi sistem pengesan sonar dihantar untuk misi sulungnya pada Isnin, dengan harapan dapat mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang dalam air memandangkan tiada lagi isyarat yang disahkan oleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu.
Ia menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkan satu-satu misi itu, yang termasuk empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan.
Untuk misi pada Sabtu, agensi itu berkata Lembaga Keselamatan Maritim Australia telah merancang usaha pencarian secara visual di kawasan kira-kira 50,200 km persegi, merentas tiga kawasan.
Sebelas pesawat tentera dan 12 kapal terbabit di kawasan pencarian itu, menurut kenyataan itu.
Ramalan cuaca hari ini melaporkan hujan di setengah-tengah tempat dengan tiupan angin timuran selatan," kata agensi itu.
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.
Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi.
Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 19-4-2014
MH370: Tompokan minyak bukan dari pesawat hilang
- Apr 18, 2014
- Nik Nurfaqih Nik Wil
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal dilakukan pada sampel diambil di kawasan pencarian yang tiba di Perth pagi semalam.
Pada Isnin, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' dikesan sebelum itu oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield.
Dua liter tompokan minyak diambil sebagai sampel.
Dalam perkembangan lain, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.
"Peluasan parameter operasi ini membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam kenyataan.
Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.
JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.
Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.
Ia dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat itu di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger ditunda sejak 8 April.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 18-4-2014
MH370: Sampel tumpahan minyak dibawa ke Perth untuk analisis
- Apr 17, 2014
- NIK NURFAQIH NIK WIL
Pusat Penyelaran Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian pesawat MAS penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-41 pada Khamis, berkata butiran dan hasil analisis akan diumumkan apabila terdapat maklumat.
Pada Isnin, Ketua penyelaras JACC Marsyal Udara (B) Angus Houston memberitahu sidang media bahawa tumpahan minyak telah dikesan kira-kira 5,500 meter di sekitar 'ping' telah dikesan alat pengesan pinger yang ditunda Shield Ocean.
Tumpahan minyak seberat dua liter itu dikutip sebagai sampel.
Dalam satu kenyataan, JACC berkata kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21, sehingga pagi Khamis telah mencari kira-kira 90 kilometer persegi dan data daripada misi terbarunya sedang dianalisis.
"Semalaman, AUV Bluefin-21 menyiapkan misi penuh dalam kawasan pencarian dan ia sedang merancang untuk misi seterusnya," menurut kenyataan itu.
Data yang dikumpul dari dua misi sebelum ini tidak menemui sebarang Maklumat.
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat berkenaan.
Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda sejak 8 April lepas.
Menurut kenyataan itu, operasi pencarian pada Khamis membabitkan 10 pesawat tentera, dua pesawat komersial dan 11 kapal.
Menurut JACC Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang pencarian visual meliputi kawasan seluas kira-kira 40,349 kilometer persegi merentasi 2,170 kilometer persegi ke barat laut Perth.
"Ramalan cuaca hari ini, hujan sekejap-kejap dengan tiupan angin timur selatan," katanya.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 17-4-2014
MH 370: Tiada objek berkaitan ditemui Bluefin-21
- Apr 16, 2014
- NIK NURFAQIH NIK WIL
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata ini berdasarkan kepada analisis kesemua data yang dikumpul selama enam jam.
Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada Selasa malam selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston dalam sidang media pada Isnin berkata setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.
Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang.
Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak 8 April lepas.
Kenyataan itu berkata operasi hari ini akan membabitkan kawasan pencarian visual meliputi kawasan seluas 55,151 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,087 kilometer ke barat laut Perth.
Operasi pencarian itu membabitkan 11 pesawat tentera dan tiga pesawat awam serta 11 kapal.
"Ramalan cuaca hari ini dipengaruhi tiupan angin timur selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer," katanya.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 16-4-2014
MH370: Najib baca saja, gaya Hishammuddin macam Anwar
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
“Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Baginya, kemampuan Hishammuddin berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.
Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi.
“Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini,” tulisnya lagi
Menurut Shahbudin, hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan Hishammuddin sebelum ini, khasnya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri seakan-akan telah dilupakan.
Baca lagi
Sumber HD - 16-4-2014
MH370: Media kerajaan sendiri tolak kesimpulan PM
- Apr 13, 2014
- HARAKAHDAILY
“Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat.
Berikut tulisan penuh beliau.
Setelah masuk hari ke-35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi.
Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting.
Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak ke atas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali?
Dan kenapa pula kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut hak ke atas kotak hitam itu?
Apakah akan jadi nanti sekiranya hanya kotak hitam ditemui tetapi tiada langsung serpihan pesawat atau cebisan mayat penumpang yang ditemui? Tentulah ada yang bertanya, dari mana pula datangnya kotak hitam itu?
Atau bagaimana pula jika ketiga-tiganya, kotak hitam, pesawat dan mayat langsung tidak ditemui sampai bila-bila?
Meskipun semua orang mahukan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tetapi kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan. Waris mangsa hanya mahukan pengesahan jika ada kematian, mestilah ada sekurang-kurangnya cebisan mayat yang ditemui atau jika terhempas, mestilah ada serpihan pesawatnya?
Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya haruslah juga seimbang.
Dalam masa yang sama, memasuki hari ke-35 ini juga, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dan milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu.
Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan. Hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat.
Terdapat pula media yang membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ada menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah di sekitar Pulau Pinang.
Kedua-dua spekulasi ini cuba menghidupkan teori rampasan berbanding terhempas.
Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki oleh kerajaan. Ia nampak terang-terang cuba menolak kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut menjaga kepentingan tempat mereka bekerja yang sebelum ini mengatakan MH370 telah terhempas dan tiada penumpangnya yang selamat.
Meskipun Hishammuddin menolak kedua-dua teori itu dan bekas Duta AS, John Mallott juga memperlekeh teori konspirasi CIA itu sebagai bukti kewartawanan yang menulis berdasarkan rekaan, paranoid dan perkauman, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu menjadi misteri, akhbar milik kerajaan sendiri tidak percaya dengan kerajaan.
Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media agar jangan membuat sebarang spekulasi dan salah lapor serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri yang berbuat demikian. Bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru.
Perlakuan mereka ini bukan saja memalukan kerajaan tetapi juga mencabar kewibawaan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini terang-terang yakin bahawa pesawat itu telah terhempas.
Tetapi apabila media kerajaan sendiri kebelakangan ini lebih ghairah berspekulasi dan membuat bermacam-macam teori, jawapan Hishammuddin cukup mudah, "seperti media barat, mereka juga bebas melaporkan apa saja. Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredebiliti".
Senang dan santai saja jawapannya bila terkena batang hidung sendiri.
Persoalannnya, mana janji saman dan ambil tindakan undang-undang yang begitu garang dilaungkan sebelum ini? Mana pula peranan Peguam Negara yang kononnya sudah mula mengumpul bukti mengenainya sejak hari pertama kehilangan MH370 lagi?
Sumber HD - 13-4-2014
MH370: Kawasan pencarian visual lebih luas dirancang
- Apr 13, 2014
- NIK NURFAQIH NIK WIL
Memasuki hari ke-37, Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 57,506 kilometer persegi berbanding 41,393 kilometer persegi pada Sabtu.
Aset digunakan dalam operasi pencarian hari ini turut diperhebat dengan tambahan dua pesawat tentera berbanding sembilan pesawat semalam.
"Sejumlah 11 pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal akan membantu usaha mencari hari ini," menurut JACC dalam kenyataan pada Ahad dan menurutnya misi pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,200 kilometer barat laut Perth.
Dalam usaha untuk mengecilkan misi pencarian di dasar laut sebelum Kenderaan Dalam Air Automatik digunakan, JACC berkata Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield menerusi alat Pengesan Pinger Ditunda akan cuba mengesan lokasi isyarat kotak hitam pesawat itu.
Tatkala pesawat AP-3C Orions meneruskan tinjauan akustik, kapal oseanografi HMS Echo dan Ocean Shield turut melakukan operasi pencarian di kawasan berkenaan, menurut JACC.
"Keadaan cuaca hari ini diramalkan berlaku tiupan angin barat laut dengan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dalam jarak penghilatan lima kilometer dalam keadaan hujan," menurut kenyataan itu.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Kotak hitam pesawat itu yang merekodkan rakaman data penerbangan dan rakaman suara dalam kokpit, mungkin dapat memberi jawapan kepada persaolan tentang apa yang berlaku kepada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer daripada laluan biasa Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 13-4-2014
MH370: Dua minggu berlalu, anggota SAR tak patah semangat
- Apr 12, 2014
- RAZMAN ABDULLAH
Bagi mereka, misi mencari Penerbangan MH370 yang hilang awal bulan lepas, menjadi pendorong utama yang membakar semangat mereka untuk terus berbakti, sambil menerima hakikat bahawa tugas yang diamanahkan kepada mereka memerlukan mereka berada jauh dari keluarga.
Mereka merupakan anggota pasukan yang terlibat dengan pengendalian tiga pesawat C-130 Hercules TUDM, yang beroperasi dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini.
Ketua Skuadron Ke-20 TUDM Major Muhammad Jafri Suboh memberitahu Bernama bahawa kesemua mereka komited dengan usaha itu.
"Kami bangga kerana terlibat dengan misi ini bersama pasukan dari negara lain," katanya merujuk kepada usaha mencari pesawat terbabit yang melibatkan pelbagai negara dan dilaporkan sebagai paling mahal dalam sejarah penerbangan.
Muhammad Jafri mengaku tugas yang dilaksanakan adalah berat, tetapi mereka, seperti anggota pasukan pencari lain, tetap menaruh harapan agar pesawat berkenaan dijumpai, biar apapun halangan yang terpaksa ditempuhi.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang, termasuk anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Selepas 35 hari, usaha mencari pesawat itu masih belum berhasil, walaupun enam isyarat 'ping' bawah air, yang sama dengan isyarat daripada kotak hitam pesawat, dikesan di kawasan mencari di barat daya Perth, di selatan Lautan Hindi.
Pasukan pencari bergantung pada isyarat akustik itu untuk membantu mereka mengesan pesawat terbabit, lebih-lebih lagi dalam keadaan kesuntukan masa sekarang memandangkan bateri kotak hitam hanya boleh bertahan selama lebih kurang 30 hari.
Berikutan kehilangan pesawat itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan, sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Analisis terhadap data satelit kemudian menunjukkan pesawat MH370 terbang di sepanjang laluan dikenali sebagai 'koridor selatan', manakala kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
-Bernama
Sumber HD - 12-4-2014
Hari ke-34 MH370: Siapa benar, Hishammuddin atau CNN?
- Apr 11, 2014
- LIM KIT SIANG
CNN kelmarin melaporkan bahawa menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan satu lagi sumber yang terlibat dalam siasatan, “pesawat pencari pasukan tentera udara Malaysia telah dikejarkan pada sekitar jam 8 pagi, sejurus selepas Malaysia Airlines (MAS) melaporkan pesawatnya hilang pada awal 8 Mac.”
Menurut laporan itu, pesawat telah dikejarkan sebelum pihak berkuasa mengesahkan data yang menunjukkan bahawa Boeing 777 terbabit telah berpatah balik dari laluan asalnya.
Sumber yang tidak dinyatakan namanya itu menyebut bahawa TUDM “tidak memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Sivil atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, iaitu pada 11 Mac.”
Ia seterusnya melaporkan bahawa pesawat MH370 telah hilang dari radar tentera 120 batu nautika setelah ia kembali melintasi Semenanjung Malaysia.
“Berdasarkan data yang ada, bererti pesawat itu telah menjunam ke altitud 4,000 hingga 5,000 kaki,” dakwa pegawai kanan kerajaan terbabit.
Hishammuddin menafikan laporan CNN itu dan menyifatkannya sebagai “dakwaan palsu.”
Siapa yang berkata benar, Hishammuddin atau CNN?
Sukar untuk mempercayai laporan CNN, melainkan jika ia sanggup mendedahkan nama “pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sumber lain” yang dapat mengesahkan laporannya.
Namun, melihat pada penyaluran maklumat yang tidak sekata selama ini, selain bermacam kekeliruan dan percanggahan yang telah ditimbulkan, juga pelbagai tindakan tidak sekata, serta mengambil kira jurang maklumat yang begitu besar sejak 35 hari lalu, penafian Hishammuddin itu tidak memadai, tidak memuaskan dan sukar untuk diterima begitu saja.
Jika Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan MH370 telah ditubuhkan sebelum Dewan Rakyat ditangguhkan kelmarin, tentu ia boleh berperanan sebagai badan yang sesuai untuk menyiasat kesahihan laporan CNN tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi MH370 hilang tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa hingga tiga hari selepas itu dan tentunya PSC boleh mengeluarkan laporan yang berwibawa untuk membuktikan kebenaran penafian Hishammuddin serta melenyapkan segala keraguan tentang perkara itu.
Malah, PSC bukan saja mampu untuk mempastikan sama ada TUDM telah menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu, malah juga mempastikan:
- sama ada benar pesawat pencari TUDM dikejarkan untuk mencari setelah radar tentera mendapati MH370 telah melencong dari laluan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing, atau mengapa pesawat itu tidak dikejarkan sejurus saja ia melencong, antara jam 1.40 dan 1.45 pagi, kerana sekurang-kurangnya dua pesawat Sukhoi-30 milik TUDM boleh dikejarkan dari Gong Kedak untuk memintas MH370 di ruang udara Kelantan; dan
- mengapa sekali lagi MH370 tidak dipintas sewaktu ia menghampiri Pulau Pinang dan dikesan oleh radar tentera di Butterworth, walaupun skuadron jet F/A TUDM berada dalam keadaan bersedia 24-jam di pangkalan udara Butterworth.
Persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain berkaitan MH370 menanti untuk dijawab sejak 35 hari lalu, tetapi seperti yang saya sebut dalam dewan Parlimen di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin sendiri pada 25 Mac (hari ke-18 kehilangan MH370) saya bersetuju bahawa keutamaan kita ialah untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), manakala persoalan lain yang berbangkit tentang tragedi ini, termasuk persoalan tentang pengurusan krisis, boleh ditangani setelah pesawat serta penumpang dan anak kapal ditemui.
Hari ini masuk hari ke-35 MH370 hilang. Saya baru saja menerima laporan bahawa stesen radio Perth telah mengumumkan “laporan belum disahkan menyebut bahawa kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 telah ditemui.” Laporan itu memetik pandangan seorang pakar penerbangan bahawa jika “laporan belum disahkan ini cukup kukuh untuk kita mengatakan bahawa kotak hitam telah ditemui, itu cukup untuk kita meluncurkan Bluefin 21 ke dasar laut dan mengambil gambar atau memindai dasar laut dengan pemindai sonar.”
Saya harap laporan itu benar kerana keluarga 239 penumpang dan anak kapal telah lama menanti penyudah kepada tragedi ini.
Bagaimanapun, selepas 35 hari bencana MH370, saya percaya bahawa kita telah sampai ke tahap di mana keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 mahukan jawapan kepada seribu-satu persoalan yang timbul berkaitan tragedi ini, maka proses untuk mencari jawapan perlu dimulakan dengan segera tanpa lengah.
Dalam keadaan ini, laporan CNN dan penafian Hishammuddin tentang tindakan TUDM menghantar pesawat pencari pada pagi 8 Mac itu memarakkan lagi keraguan tentang kesanggupan kerajaan untuk bersikap telus sepenuhnya, apatahlagi kerana sebelum ini ia mengingkari janji untuk memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen MH370.
Atas alasan ini, saya meminta Perdana Menteri mengotakan kata-katanya bahawa Malaysia tidak cuba menyembunyikan sesuatu dengan sekurang-kurangnya memenuhi dua janji yang setakat ini telah dimungkiri – memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tentang tragedi MH370 dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan tragedi MH370.
Sumber HD - 11-4-2014
- Apr 11, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
PERTH: Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
"Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.
"Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.
Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.
"AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.
"Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi," katanya.
Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 11-4-2014
Isyarat dikesan pesawat bukan dari kotak hitam
- Apr 11, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
"Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.
"Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.
Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.
"AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.
"Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi," katanya.
Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 11-4-2014
MH370: Lagi isyarat dikesan, misi mencari diperhebat
- Apr 11, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
"Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," menurut JACC.
Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. - Bernama
Sumber HD - 11-4-2014
MH370: Satu lagi isyarat dikesan
- Apr 11, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
"Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," menurut JACC.
Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.- BERNAMA
Sumber HD - 11-4-2014
Pesawat Australia kesan satu isyarat dari dasar laut
- Apr 10, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.
"Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia "menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia".
Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperolehi.
Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat.
Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa.
Kotak hitam MH370, yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, mungkin dapat merungkai persoalan tentang apa yang berlaku pada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIM) merumuskan bahawa MH370 telah terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 10-4-2014
Tragedi MH370 jejas kemasukan pelancong China
- Apr 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata setakat ini kebanyakan pelancong China telah membatalkan lawatan mereka ke Malaysia, malah tiada 'tempahan penerbangan' direkod bagi penerbangan dari China ke Malaysia.
Justeru Nazri berkata, pihaknya akan menangguh segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu berikutan majoriti penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas adalah warga China.
"Semuanya baik (kedatangan pelancong China) bagi Januari hingga Februari, tetapi sudah tentu insiden MH370 pasti menjejaskan pelancongan, namun apa yang penting adalah kami bersimpati kepada keluarga penumpang MH370 dan persoalan sama ada kami nak teruskan kempen di negara China tidak berbangkit, ketika ini ditangguhkan, saya fikir kita perlu hormat isu sensitif.
"... selagi tidak berpenghujung (insiden) MH370 ini, saya tidak fikir kesesuaian untuk kita meneruskan kempen di negara China," katanya dalam sidang media sebelum membuka Sesi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN di sini, semalam.
Namun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai perkara itu dan menasihati orang ramai memahami situasi yang dihadapi rakyat China.
"Bagi saya ini reaksi semula jadi... kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana bukan secara semula jadi rakyat negara China anti kita (Malaysia), kerana insiden MH370 adalah satu perkara yang abnormal," kata Nazri.
Sementara itu, katanya beliau akan melawat Kedutaan China di sini esok untuk bertemu Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
Katanya ia sebagai tanda penghormatan beliau kepada nasib rakyat China dalam insiden MH370.
Pelancong dari China merupakan penyumbang ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia dengan rekod 1.6 juta orang tahun lepas.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan 28 juta pelancong melawat Malaysia. - Bernama
Sumber HD - 10-4-2014
MH370: Kenapa tiada taklimat kepada MP Pakatan?
- Apr 09, 2014
- ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan penolakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memberikan taklimat berkaitan MH370 kepada ahli parlimen PR.
Sikap tersebut dilihat seolah-olah Shahidan cuba berdolak-dalik untuk mengadakan pertemuan dengan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Shahidan meminta wakil Pakatan mengemukakan notis untuk tujuan taklimat tersebut, namun tidak bersedia mengadakan taklimat selepas permintaan untuk memberi notis diberikan.
"Sebelum ini, beliau minta kami mengemukakan notis untuk tujuan tersebut. Selepas notis dihantar, beliau kemudiannya membalas notis tersebut dengan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat berkaitan MH370 selepas semua jawatankuasa khas yang dilantik selesai membuat siasatan.
"Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan, apa masalah yang tidak boleh hendak bagi taklimat kepada Pakatan, sedangkan taklimat sama diberikan kepada wakil rakyat BN. Sedangkan banyak lagi persoalan yang tidak terjawab berkaitan krisis tersebut," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Tambah Mahfuz, sekiranya kerajaan tidak mahu mengadakan taklimat untuk wakil rakyat Pakatan secara berasingan, sepatutnya mereka turut dipanggil ketika taklimat bersama ahli parlimen BN sebelum ini.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa Shahidan tidak menunaikan janji apabila sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengatur taklimat tersebut pada 8 April.
"Bagaimanapun, kami dimaklumkan melalui surat balasan bahawa kerajaan tidak bersedia untuk memberi taklimat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas jawatankuasa selesai melakukan siasatan, selain turut menafikan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan krisis tersebut," kata beliau pada sidang media yang sama.
Tegas Anthony, taklimat ini bukan sekadar untuk mendapatkan maklumat, sebaliknya ia boleh dijadikan platform untuk berbincang memandangkan banyak persoalan di sebalik tragedi ini.
Dalam pada itu, beliau turut kesal kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) biarpun esok merupakan hari terakhir persidangan parlimen.
"Jadi, macam tiada langkah proaktif dari kerajaan untuk menangani krisis ini. Soal sekarang, bukan soal mencari pesawat MH370 sahaja, tetapi ia lebih dari itu, iaitu soal sistem radar negara, imigresen dan perkara utama lain yang merupakan isu nasional," kata beliau.
Sebelum ini, Pakatan menuntut taklimat yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.
Bagaimanapun, taklimat tersebut tidak dapat diadakan ekoran ketiadaan Najib dan Hishammuddin dalam negara.
Justeru, Shahidan menggesa Pakatan mengemukakan notis untuk permohonan taklimat bagi tarikh lain, namun selepas wakil Pakatan menyerahkan notis, Shahidan mengatakan kerajaan hanya akan memberi taklimat selepas laporan dari jawatankuasa yang dibentuk kerajaan selesai.
YB AL / YB DMO -
https://www.youtube.com/watch?v=_U5zzG6QoZg
Sumber HD - 9-4-2014
Pakar sahkan isyarat detikan daripada sebuah kotak hitam
- Apr 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.
Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.
"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.
Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.
Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.
Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.
Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.
Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).
Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama
Sumber HD - 9-4-2014
MAS rangka bawa keluarga penumpang sebaik MH370 ditemui
- Apr 08, 2014
- NIAM SEET WEI
Naib Presiden Kanan Serantau (China) MAS, Joshua Law Kok Hwa berkata syarikat penerbangan negara tersebut sedang berbincang bagaimana cara saudara mara penumpang dapat dibawa ke Perth, termasuk dari segi penginapan hotel.
Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini selepas memberi taklimat kepada keluarga penumpang pesawat pada Selasa.
Terdahulu MAS telah menawar untuk menerbangkan lima anggota keluarga bagi setiap penumpang pesawat.
Mengenai urusan visa, beliau berkata kedutaan Australia sedia bekerjasama dengan MAS sekiranya pelan D-day tersebut sedia dimulakan.
"Kami akan memulakan langkah tersebut (permohonan visa) apabila mengetahui D-day akan dilancarkan," tambah Law.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata MAS merancang untuk memberitahu saudara mara penumpang dari China mengenai perkembangan pencarian pesawat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa China.
"Rancangan ini akan dimulakan sebaik sahaja dilulus kerajaan China dan Malaysia," katanya.
Beliau juga berkata sejak sebulan lalu, MAS telah membantu kira-kira 30 keluarga penumpang China untuk mendapat rawatan di pelbagai hospital.
"Kami menyediakan 1,000 makanan setiap hari untuk saudara mara di Beijing dan secara purata menyediakan 42 kaunselor untuk membantu anggota keluarga di sini," katanya.
Ia sudah memasuki hari ke-32 sejak pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang sejak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 8-4-2014
28 aset dikerah jejaki MH370 hari ini
- Apr 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini berkata aset membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal.
Menurut kenyataan itu Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengarahkan pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km barat daya Perth.
"Cuaca sepanjang hari ini dijangka baik. Pencarian bawah permukaan air diteruskan hari ini dengan ADV Ocean Shield melakukan operasi di utara kawasan pencarian sementara Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan," kata JACC.
Semalam, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pencarian dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. - Bernama
Sumber HD - 8-4-2014
DCA punyai kuasa untuk analisis kotak hitam MH370
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Menegaskan demikian, Bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, "Bagaimanapun mereka boleh melantik mana-mana pihak ketiga sama ada dari dalam atau luar negara untuk melakukannya.
"Hasil analisis data juga seharusnya diumum kepada orang ramai (bagi mengelak salah faham)," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau menyatakan hal itu ekoran pengumuman Australia mengenai pengesanan isyarat yang konsisten dengan isyarat kotak hitam, dalam pencarian pesawat MAS itu.
Pengumuman itu memberi harapan kepada penemuan pesawat berkenaan, namun yang menjadi tanda tanya ialah pihak mana berhak menyiasat kotak hitamnya.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu lepas berkata Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas untuk mengetuai pasukan penyiasat, sebagaimana menurut amalan standard dan perakuan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Sehingga kini, Malaysia telah meminta Australia menjadi wakil rasmi kepada pasukan penyiasat ini dan turut menyenaraikan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil rasmi dalam pasukan itu bersama negara lain yang dirasakan perlu.
Pagi ini, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata kapal Australia Ocean Shield mengesan isyarat berkenaan sebanyak dua kali pada malam Ahad.
Menurut JACC yang berpangkalan di Perth, dua isyarat itu dikesan di 1,650 km barat laut Perth, iaitu di utara dalam kawasan pencarian.
Isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit manakala isyarat kedua selama 13 minit.
Kotak Hitam atau ‘Flight Data Recorder (FDR)’ juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR), berperanan merakam setiap isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat.
Sebuah lagi alat merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder (CVR)’ berfungsi merakam perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara.
Kedua-dua peralatan ini merakamkan data penerbangan bermula pada waktu enjin pesawat dihidupkan sehingga pesawat mendarat.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 24 Mac lepas, mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 7-4-2014
2 lagi isyarat denyut dikesan semasa pencarian MH370
- Apr 07, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata isyarat pertama yang dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield merekodkan selama dua jam dan 20 minit dan isyarat kedua, 13 minit.
"Dipercayai isyarat itu datang dari dua sumber - perakam data pesawat dan perakam suara kokpit - dan ia adalah petunjuk yang memberi harapan baharu," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengesahkan isyarat itu memandangkan Ocean Shield masih lagi menyiasat lokasi sebenar sumber isyarat itu, menggunakan alat pengesan isyarat yang ditunda, kata Houston.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Susulan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Houston berkata kejayaan mengesan isyarat pinger itu hasil analisis data yang disediakan pakar penerbangan di Kuala Lumpur, yang membantu mengecilkan kawasan pencarian.
Beliau berkata berdasarkan data yang diberi, lokasi pencarian tertumpu di kawasan trajektori penerbangan yang mana dipercayai ia berakhir di lautan itu.
Houston berkata pengiraan trajektori penerbangan itu berdasarkan isyarat 'handshake' antara pesawat dan satelit Inmarsat.
Beliau berkata kapal China, Haixun 01, yang mengesan isyarat denyut pertama pada Jumaat dan Sabtu, ditugaskan di selatan kawasan trajektori, manakala 300 batu nautika dari situ, Ocean Shield ditugaskan di utara kawasan trajektori.
"Ia adalah kali pertama kita menggunakan kaedah sedemikian untuk mencari pesawat yang hilang ini. Pada dasarnya kita akan mencari pesawat berdasarkan lokasi serpihan pesawat," katanya dan menambah tiada pengesahan lagi sama ada isyarat itu mempunyai kaitan dengan MH370.
Beliau berkata Blue Fin 21, kenderaan dalam air berautonomi (AUV) Amerika Syarikat, akan dihantar untuk mengesan pesawat itu dan melakukan pemetaan di dasar laut.
Beliau berkata adalah diharapkan bateri kotak hitam itu dapat bertahan lebih panjang memandangkan jangka hayat bateri itu hanya dapat bertahan 30 hari dan ia telah pun berakhir tetapi bateri itu mungkin dapat bertahan dalam tempoh 10 hari lagi.
Pencarian penuh teliti itu memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai misi mencari pesawat yang hilang itu. - Bernama
Sumber HD - 7-4-2014
'Kita tak nampak di mana kesudahan misteri MH370'
- Apr 07, 2014
- ABDUL AZIZ MUSTAFA
"Terbaru ialah kenyataan bercanggah pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar)," kata beliau.
Dalam taklimat medianya Sabtu lalu, Hishammuddin berkata beliau tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.
"Saya tidak fikir sesiapapun (penumpang dan anak kapal) telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan," katanya.
"Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal. Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi. Itu, saya tahu masih berjalan," tambahnya.
Ia bercanggah dengan kenyataan Khalid Rabu lalu.
Beliau dilaporkan berkata, polis telah membersihkan semua penumpang daripada siasatan berhubung keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi, yang merupakan fokus utama siasatan pihak berkuasa.
Menurut Mahfuz, beberapa Ahli Parlimen termasuk beliau telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.
Ketika berucap di Dewan Rakyat, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, "kita tidak nampak di mana kesudahan kepada isu ataupun tragedi yang sangat misteri ini".
"Bila Perdana Menteri menyatakan berakhirnya penerbangan tersebut di Selatan Lautan Hindi, kemudian timbul isu berbagai-bagai kemarahan pihak di Negara China, keluarga mereka, pemangku Menteri Pengangkutan pula mengatakan bahawa Perdana Menteri tidak berkata terhempas sehingga memerangkap kita," kata Mahfuz.
Malah, katanya, Speaker Dewan Rakyat sendiri mengajak Ahli-Ahli Parlimen bangun bertafakur, menghadiahkan al-Fatihah kepada semua yang kemungkinannya terkorban.
Beliau menyifatkan isu tu makin kusut sehingga tidak dapat dilihat apakah sebenarnya keadaan dan kejadian tersebut.
Pada masa yang sama juga, timbul pelbagai kenyataan lagi sehingga menyebabkan munculnya pelbagai spekulasi.
"Ada orang timbul kerana bateri, kemudian dikatakan bateri itu tidak berbahaya.
"Kita pun terfikir takkan hendak hantar bateri ke negara China, sedangkan kita selalu bawa (import) daripada China ke Malaysia.
"Manggis tiga tan, saya pun cari dalam masa dua bulan ini, tidak ada musim manggis di Malaysia. Kecuali kalau kita ambil putik manggis, kita hantar pergi ke China," katanya.
Beliau juga meminta disiasat kemungkinan satu pakatan konspirasi yang memang cukup licik.
"Saya bimbang kuasa besar seperti Amerika. Kalau rakyat di negaranya sendiri, (seperti pelbagai laporan) dalam (peristiwa) 911," katanya.
Sumber HD - 7-4-2014
Kapal pertahanan Australia juga kesan isyarat
- Apr 06, 2014
- Mohd Razman Abdullah
Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.
"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.
Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.
Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2014
MH370: Tiada pengesahan isyarat detik yang dikesan
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata isyarat detik elektronik yang dilaporkan dikesan oleh Haixun 01 "tidak dapat disahkan pada masa ini".
"Saya telah dimaklumkan bahawa beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China di kawasan pencarian.
"Ciri-ciri dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata beberapa objek putih juga dilihat pada permukaan kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan.
"Bagaimanapun, tiada pengesahan di peringkat ini bahawa isyarat dan objek adalah berkaitan dengan pesawat yang hilang," katanya.
Houstan berkata beliau akan menyediakan maklumat pada waktunya jika terdapat maklumat lanjut.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD -6-4-2014
MH370: KP Penerangan akui kelemahan SOP pusat media
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata meskipun insiden itu menyatupadukan banyak agensi, namun beliau mengakui aspek prosedur operasi standard (SOP) di setiap agensi, termasuk Jabatan Penerangan, perlu diteliti semula agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa depan seiring cabaran yang dihadapi.
"Semua agensi memainkan peranan dengan baik, mempunyai SOP tersendiri, namun melihat kepada besarnya permasalahan ini (insiden MH370) dan apa yang kita dapat daripada peristiwa ini, kita perlu meningkatkan dan menambah baik SOP dalam menguruskan pusat media," katanya kepada Bernama.
Menyentuh cabaran yang perlu dihadapi Jabatan Penerangan, Ibrahim berkata sebagai pusat rujukan utama seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat berhubung MH370, ketiadaan maklumat tambahan untuk disalur kepada wartawan adalah antara kesukaran yang dihadapi memandangkan hanya maklumat disahkan dibenar untuk disalur kepada mereka.
"Proses penyampaian maklumat secara rasminya melalui beberapa peringkat, bermula dengan jawatankuasa teknikal yang akan melaksanakan penyiasatan, tapisan dan pengesahan maklumat, kemudian disalurkan kepada pasukan komunikasi yang akan merangka teks dan susunan maklumat sebelum dihebahkan di sidang media yang mana maklumat itu telah disahkan, sahih dan tepat," katanya.
Ibrahim berkata pihaknya berperanan mengendalikan pusat media setelah menerima arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkoordinasi penyampaian maklumat dan membantu media melaksanakan liputan serta mendapatkan maklumat yang betul.
"Selepas kita mendapat maklum balas daripada MKN mengenai krisis ini (MH370), kita terus menetapkan pusat media di Hotel Sama-Sama berdekatan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang) yang kemudian berpindah ke PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) untuk membantu media dari segi penghebahan maklumat melalui kenyataan akhbar dan e-mel selain mengadakan sidang media," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menyediakan transkrip asal yang penuh dan terjemahan selain rakaman video penuh pada setiap sidang media di pusat berkenaan selain memuat naik ke laman sesawang rasmi, Facebook dan Twitter yang dikendali Jabatan Penerangan bagi mempertingkat kefahaman mereka tentang misi mencari dan menyelamat (SAR) serta memudahkan tugas media menyampaikan berita.
"Bagi wartawan, khususnya dari negara China, yang mungkin tidak begitu memahami isi kandungan terjemahan dalam Bahasa Inggeris, pegawai kita juga cuba membantu dan memberi gambaran terbaik selain dibantu media Cina tempatan dari segi khidmat terjemahan," katanya.
Ibrahim berkata jabatan itu juga berperanan memantau berita seluruh dunia dari peringkat permulaan kehilangan pesawat MH370 sehingga hari ini.
"Kami mengumpul sejumlah 170,000 'tajuk utama global' daripada setiap media cetak dan portal dari seluruh dunia sehingga kini berkaitan dengan berita MH370 dengan 'kata kunci' #MH370 menjadi keutamaan," katanya.
Mengulas tahap dinamik media tempatan dalam melaporkan isu kehilangan pesawat MH370, Ibrahim berkata mereka memainkan peranan yang baik dalam memberikan fakta tepat serta tidak menokok tambah sehingga mewujudkan spekulasi.
Beliau berkata walaupun media tempatan diberi kebebasan memperoleh pandangan berkaitan isu ini daripada pakar namun mereka tidak sampai melangkaui batas dan etika kewartawanan seperti dilakukan segelintir media asing yang hanya ingin mengejar 'rating'.
"Ada berita daripada media asing yang menyatakan kononnya pesawat MH370 dirampas, namun setelah diteliti ia hanyalah dipetik daripada pandangan peribadi individu tertentu dan ternyata pihak yang menghasilkan berita itu mempunyai agenda mereka tersendiri untuk menarik perhatian umum.
"Lebih melampau apabila mereka melaporkan bahawa maklumat itu disampaikan oleh individu tertentu tetapi sebenarnya mereka tidak menemuramah sendiri individu itu malah mereka-reka cerita menjadikan berita itu sensasi dan seolah-olah benar," katanya.
Beliau juga menegaskan dalam menetapkan hala tuju editorial, media tempatan diminta memainkan peranan mempertahankan negara dalam menangkis sebarang maklumat salah, spekulasi, khabar angin, kecaman serta tuduhan tidak berasas pihak yang sengaja ingin mengeruhkan keadaan.
"Hal ini bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH370 malah menjejaskan nama baik Malaysia dan para pemimpin yang terus komited dalam misi SAR," katanya.
Ibrahim berkata walaupun pusat media bakal menamatkan operasinya pada 8 April, namun pihaknya akan tetap meneruskan peranannya menyalurkan maklumat kepada media menerusi e-mel dan kenyataan media.
"Kami juga akan menghantar notis kepada media sekiranya sesuatu sidang media perlu diadakan.
"Sepanjang pusat media beroperasi selama 24 jam, sebanyak 19 sidang media telah diadakan setakat ini dengan lokasi pertama di Hotel Sama-Sama bermula 8 Mac hingga 22 Mac, serta PWTC pada 23 Mac hingga 5 April," katanya.
Sejumlah 50 pegawai penerangan ditugaskan setiap hari melalui pembahagian tiga syif bagi menguruskan pusat media itu.
"Sejumlah 281 agensi berita serta 620 petugas media dari dalam dan luar negara menggunakan perkhidmatan pusat media yang disediakan oleh Jabatan Penerangan, dengan 76 agensi berita tempatan melibatkan 203 petugas media dari arus perdana dan portal serta 205 agensi berita asing melibatkan 417 petugas media dari 33 negara," katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari yang sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 24 Mac lepas, mengumumkan bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", pada hari ke-17 pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2014
MH370: Kapal China kesan isyarat detik di Lautan Hindi
- Apr 06, 2014
- HARAKAHDAILY
"Alat pengesan kotak hitam yang digunakan oleh Haixun 01 mengesan isyarat detik itu kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longtitud timur.
"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada ia berkaitan pesawat yang hilang," kata Xinhua dalam laporan dua perenggan itu.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Sementara itu, Xinhua melaporkan anak kapal pesawat Ilyushin IL-76 milik Tentera Udara China mengesan beberapa objek berwarna putih terapung di selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu merakamkan gambar objek berkenaan dalam tempoh 20 minit selepas mengesannya pada 11.05 waktu tempatan.
"Penemuan itu telah dilaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) yang menyelaraskan operasi pencarian selepas pesawat kembali ke Perth pada 14.20 waktu tempatan," menurut Xinhua.
Laporan itu menyebut Ilyushin berlepas jam 06.04 waktu tempatan pada Sabtu dan tiba di kawasan pencarian kira-kira 2,700 km dari pantai Perth pada 09.55 pagi waktu tempatan.
Pada 24 Mac, sebuah pesawat China mengesan objek di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, ia didapati tidak berkaitan dengan MH370 yang hilang. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2014
Bateri kotak hitam MH370 dijadual diganti Jun 2014
- Apr 06, 2014
- HARAKAHDAILY
"Dalam hal bateri, kami sahkan bahawa terdapat program penyenggaraan dan bateri diganti sebelum tarikh luput dan kami sedar bahawa bateri itu dijadual untuk diganti baru hanya pada Jun 2014," kata beliau pada taklimat mengenai operasi mencari pesawat MH370 di sini.
Beliau menjawab soalan daripada anggota hadirin sama ada bateri 'pinger' (isyarat) itu sepatutnya diganti baru pada 2012, sebagaimana didakwa oleh pengeluarnya Dukane Seacom Inc.
Pada Jumaat, presiden Dukane Seacom Inc Anish Patel memberitahu CNN bahawa perakam berkenaan dijadual untuk diganti bateri pada 2012, tetapi bateri tidak pernah dikembalikan untuk senggaraan.
Semua pesawat komersil dikehendaki membawa alat pemantul isyarat dikenali sebagai 'underwater locator beacon' -- bagi membantu penyiasat mengesan kotak hitam jika pesawat terhempas dalam air.
Satu daripadanya dipasang di perakam data penerbangan (FDR), dan satu lagi pada perakam suara kokpit (CVR).
FDR dan CVR menjadi perakam penerbangan, juga dikenali sebagai kotak hitam.
Isyarat itu berbunyi kira-kira sekali setiap saat, dan boleh dikesan dari jarak dua batu nautika oleh alat pengesan dipanggil 'towed pinger locators' (TPLs).
Kepada soalan mengenai bengkel avionic MAS, Ahmad Jauhari berkata bengkel itu menjalankan kerja-kerja membaiki dan servis kelengkapan avionic di dalam semua pesawat, dan mempunyai sijil kelayakan berbuat demikian.
Mengulas mengenai kapasiti minyak penerbangan MH370 pada 8 Mac, Ahmad Jauhari berkata beliau sedar bahawa pesawat itu membawa minyak untuk penerbangan lapan jam.
Namun, angka sebenar masih berada pada pasukan penyiasat, kata beliau.
"Dari segi berat minyak, bila kita kira itu berbanding dengan isyarat terakhir yang diketahui, iaitu kira-kira 8.11 pagi, ia adalah kira-kira 8 jam penerbangan.
"Jadi kita tidak ada apa-apa (maklumat) lain selepas itu. Saya tahu mereka ingin mendapatkan lebih banyak (maklumat), tetapi itulah halnya. Pesawat hanya kehabisan minyak," kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 6-4-2014
MH370: 10 pesawat, 3 jet dan 11 kapal pada hari ke-29
- Apr 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan di sini hari ini berkata operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo yang meneruskan pencarian di bawah permukaan air.
"Operasi pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 217,000 kilometer persegi, yang terletak kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia," katanya.
Menurut kenyataan itu, pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama dan keadaan cuaca hari ini cerah dan hujan diramal berlaku di kawasan pencarian.
Menurutnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memberi tumpuan di kawasan tempat pesawat itu berakhir mengikut analisis teknikal membabitkan pelbagai aspek yang pertama kali dilakukan berdasarkan komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang disalurkan pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.
JACC dilancarkan pada 1 April lepas di Perth, Australia bagi menyelaraskan pencarian pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Pasukan pelbagai negara pada mulanya mencari pesawat itu di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya, selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan, di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Susulan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Pada 24 Mac, iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 5-4-2014
Anwar: Kerajaan ‘sembunyi’ maklumat misteri kehilangan MH370
- Apr 04, 2014
- MOHD EZLI MASHUT
Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk semua pihak memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara atau Malaysia Airlines," katanya.
Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.
“Hal itu bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi tidak mungkin perkara terbabit tidak boleh dilaksanakan di saat pesawat itu tidak dilihat sistem radar Marconi selepas ia berubah arah,” katanya.
Anwar berkata, radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.
Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah iaitu di Laut China Selatan.
Anwar berkata, keluarga 153 rakyat China mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Malaysia berhubung kejadian itu.
Sementara itu, media antarabangsa CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini berkenaan berita “besar” berhubung operasi mencari, namun tidak jelas apakah yang akan diumumkan.
Pada masa ini, beberapa negara yang terbabit dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - Selangor Kini
Sumber HD - 4-4-2014
Hayat bateri berkurangan, kotak hitam MH370 terus dicari
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini menyatakan sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan sembilan kapal dikerahkan untuk membantu pencarian pesawat itu hari ini.
"Pencarian hari ini memberi tumpuan kepada tiga kawasan dalam sekitar yang sama. Pesawat pertama akan berlepas ke kawasan pencarian pada 6 pagi Waktu Standard Barat," kata JACC dalam satu kenyataan di sini.
JACC dilancarkan pada 1 April lepas bagi menyelaraskan pencarian pesawat MH370, yang hilang sejak 28 hari lepas, di selatan Lautan Hindi.
Menurut kenyataan itu, sejumlah 26 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat, New South Wales dan Victoria bertugas sebagai pemerhati udara dalam tiga pesawat awam itu.
"Pesawat awam lain akan beroperasi sebagai geganti komunikasi," kata JACC.
Menurut JACC cuaca hari ini dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer dan asas awan antara 1000 dan 2000 kaki.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pula akan terus meneliti kawasan perairan yang mungkin dimasuki pesawat itu berdasarkan kepada analisis teknikal pelbagai disiplin komunikasi satelit dan prestasi pesawat.
Analisis teknikal itu diperoleh daripada pasukan penyiasatan nahas udara antarabangsa dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia, kata JACC.
Kotak hitam itu mengandungi rakaman suara dan perakam data penerbangan, yang penting bagi menentukan apa berlaku kepada pesawat itu, yang hilang pada 8 Mac lepas.
Hayat bateri kotak hitam itu ialah 30 hari. - Bernama
Sumber HD - 4-4-2014
Pesawat MAS ke London ditangguh 4 jam untuk dibaiki
- Apr 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan MAS, penerbangan itu jadual berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 10.10 pagi dan dijangka tiba di London pada pukul 4.20 petang waktu tempatan pada hari yang sama.
Bagaimanapun, penerbangan tersebut dijadualkan semula dengan berlepas pada pukul 2.15 petang dan tiba di London pada pukul 8.25 malam waktu tempatan hari yang sama.
"Memandangkan keselamatan penumpang adalah keutamaan paling tertinggi bagi syarikat penerbangan ini, maka penjadualan semula itu penting bagi memudahkan kerja-kerja membaiki pesawat dijalankan.
"MAS kesal dengan ketidak selesaan yang berlaku terhadap pelanggan kami," kata kenyataan tersebut.
Orang ramai boleh memeriksa status penerbangan MAS di internet atau menghubungi Pusat Panggilan MAS di talian 1-300-88-3000. - Bernama
Sumber HD - 3-4-2014
MH370: Air mata Rosmah mengalir di Perth
- Apr 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Air mata membasahi pipi isteri perdana menteri itu apabila Darica Weeks, 37, sebak ketika bercerita tentang suaminya.
Rosmah pantas memeluk wanita itu sambil cuba memujuknya dalam pertemuan yang turut disertai dua anak lelaki pasangan berkenaan - Lincoln, 3, dan Jack, setahun.
Dalam pertemuan selama sejam bermula pukul 10 pagi di sebuah hotel di sini pada Khamis, Rosmah dilihat memeluk Jack.
"Kamu minum susu. Boleh beri saya sedikit?" kata Rosmah sambil mendukung anak kecil itu.
Bercakap kepada media kemudian, Rosmah berkata beliau berharap Darica akan terus tabah kerana pihak berkuasa Malaysia dan Australia serta beberapa negara lain sedang berusaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.
"Saya nasihati beliau agar tabah dan ingat semua kebaikan yang dilakukan oleh suaminya dan kongsikan kenangan itu dengan anak-anak agar mereka juga memiliki kenangan indah tentang bapa mereka," kata Rosmah.
Sementara itu Darica ketika ditemui kemudian berkata beliau sedang berusaha meneruskan kehidupannya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
Susulan itu usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). - Bernama
Sumber HD - 3-4-2014
Taklimat MH370: Shahidan tidak perlu beri alasan
- Apr 03, 2014
- SALMIYAH HARUN
Petang semalam Pakatan Rakyat telah menulis nota kepada Shahidan bagi mengatur satu taklimat berhubung kehilangan pesawat MAS itu.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah menyerahkan nota makluman berkenaan di pejabat Shahidan sendiri sekitar jam 4 petang semalam.
"Sebelum ini pihak kerajaan dan Datuk Seri Shahidan mengatakan kami tidak menulis nota maka taklimat tidak dapat diakukan.
"Dengan surat (nota) ini kita harap tiada lagi alasan daripada pihak kerajaan," katanya di Lobi Parlimen.
Nota berkenaan mencadangkan taklimat itu dibuat pada Selasa hadapan, jam 8.30 malam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen.
Pakatan Rakyat berharap menteri berkenaan dapat mengatur taklimat ini yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Jika ada sebarang perubahan diharapkan dapat dimaklumkan secepat mungkin," katanya lagi.
Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu memo telah menjemput Ahli Parlimen BN mengikuti taklimat MH370 yang diadakan di luar bangunan Parlimen.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana mereka tidak dilibatkan bersama dalam taklimat itu dengan menegaskan isu MH370 perlu ditangani tanpa sempadan politik dan menegaskan taklimat itu perlu juga diberikan kepada mereka.
Jadual taklimat untuk Pakatan Rakyat disyorkan oleh Shahidan pada Selasa kelmarin bagaimanapun pada hari itu Hishammuddin telah bertolak ke Hawaii.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi desakan supaya Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) ditubuhkan secepat mungkin sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan minggu depan.
Ini kerana kehilangan pesawat berkenaan sudah masuk hari ke-27 apatah lagi bateri kotak hitam yang hampir tamat tempoh sekaligus tidak dapat mencari punca kehilangan pesawat itu.
Sumber HD - 3-4-2014
MH370: Misi mencari 27 hari, meliputi 223,000 km persegi
- Apr 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak lapan pesawat dan sembilam kapal akan membantu dalam misi pencarian hari ini.
"Sebuah daripada pesawat itu ditugaskan untuk menggugurkan boya penanda datum yang dilengkapi alat khas untuk mengesan lokasi pesawat itu di kawasan pencarian," menurutnya.
JACC dilancarkan pada 1 April di Perth bagi menyelaraskan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.
Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca hari ini dijangka cerah dengan jarak penglihatan kira-kira 10 kilometer, dan hujan sekejap-sekejap diramal berlaku di kawasan selatan Lautan Hindi.
Menurutnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus memberi tumpuan di kawasan tempat pesawat itu berakhir mengikut analisis teknikal membabitkan pelbagai aspek yang pertama kali dilakukan berdasarkan komunikasi satelit dan prestasi pesawat, yang disalurkan pasukan penyiasat nahas udara antarabangsa terdiri daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 3-4-2014
‘Saya tidak pernah mengaku jadi ibu kandung Khairul Amri’
- Apr 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Rosila, 50, setiap kali ditemubual oleh media baik dari dalam mahupun luar negara, beliau tidak pernah memperkenalkan diri sebagai ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri, 29, seperti didakwa.
"Apabila ditemubual, saya selalu nyatakan saya ibu tiri kepada Mohd Khairul Amri, namun ada media melaporkan beliau sebagai ibu kandungnya.
"Saya tak nak orang salah faham dan biarlah saya jelaskan sekali lagi yang saya ini hanya ibu tiri kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Bukit Mendi di sini semalam.
Katanya, beliau sedar ada pihak yang kurang senang dan menuduhnya mengambil kesempatan daripada tragedi yang menimpa anak tirinya itu.
"Saya tidak ada kepentingan dalam situasi ini dan saya berada di sana (Putrajaya) hanyalah sebagai tanggungjawab saya menemani suami saya Selamat Omar, yang merupakan bapa kandung kepada Mohd Khairul Amri.
"Jika ada orang tuduh saya dapat wang saguhati yang diberikan MAS, itu tidak benar kerana semua wang itu diserahkan kepada isterinya," kata Rosila yang kesal dengan tohmahan tersebut.
Katanya, beliau mendirikan rumah tangga dengan Selamat, 60, sejak 10 tahun lalu dan rapat dengan anak tirinya itu sejak beliau belajar di sebuah kolej di Seremban sehingga mendirikan rumah tangga bersama Erny Marsyila Mustafa.
Sehubungan itu beliau berharap perkara itu tidak berpanjangan kerana ia hanyalah salah faham.
"Saya mohon maaf kepada ibu kandung Mohd Khairul Amri, Normah Jaafar dan keluarga berhubung perkara itu, saya memang tidak pernah mendakwa sedemikian," katanya.
Normah, 56, seorang guru Tadika Kemas pernah menyatakan kurang senang berhubung perkara itu kepada media. - Bernama
Sumber HD - 3-4-2014
Polis dapati penumpang MH370 'bersih' dari 4 elemen
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka "bebas" daripada empat elemen itu.
"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini Rabu.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Khalid berkata setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih 170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Khalid berkata polis tidak akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan insiden itu kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
"Maafkan saya, terdapat perkara yang kami tidak boleh dedahkan kepada anda; bukan saya tidak mahu dedahkannya kepada anda tetapi kami tidak boleh berbuat demikian. Kerana ia adalah penyiasatan jenayah, sedang berjalan; kami belum memuktamadkan segalanya dan kami masih menunggu laporan daripada pakar di luar negara dan dalam negara.
"Anda perlu faham. Saya fikir kami amat konsisten (tentang siasatan). Siapa tahu, mungkin akan ada pendakwaan kemudiannya. Jadi, ini akan menjejaskan kes pendakwa raya sekiranya kami mula mendedahkan hasil penyiasatan kami," katanya. - Bernama
Sumber HD - 2-4-2014
MH370: Perjelas maksud sebenar 'berakhir di Lautan Hindi'
- Apr 02, 2014
- ANIS NAZRI
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan tersebut perlu dilakukan memandangkan pelbagai tanggapan dan kesimpulan ditafsirkan rakyat terhadap kenyataan tersebut.
"Apa sebenar yang dimaksudkan dengan 'berakhir di Lautan Hindi' itu? Ketika mengumumkan perkara tersebut, Datuk Seri Najib Razak menyatakan akan memperincikannya, bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenainya sehingga hari ini," tegas beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini.
Kenyataan tersebut, katanya menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat hingga kebanyakannya beranggapan seolah-olah pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi, walaupun kemudiannya dinafikan ia bermaksud sedemikian.
Ekoran spekulasi sedemikian, kerajaan dikatakan akan menimbang untuk mengambil tindakan terhadap media asing yang dikatakan memanipulasi kenyataan Najib seolah-olah pesawat MH370 terhempas.
Justeru, beliau dalam masa sama mempersoalkan adakah kerajaan akan turut berhasrat mengambil tindakan terhadap media dalam negara yang turut melaporkan perkara yang sama.
"Adakah kerajaan juga bersedia untuk mengambil tindakan terhadap media dalam negara, yang turut sama melaporkan perkara sedemikian? Sebagai contoh, Harian Metro yang meletakkan tajuk 'Pusara di Lautan'," tegas beliau lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, turut mendesak agar kerajaan memaklumkan kepada umum berkenaan transkrip perbualan di kokpit pesawat berkenaan.
"Apa transkrip perbualan tersebut? Kenapa mahu tutup transkrip itu? Ia seolah-olah ada niat jahat dan dianggap tidak mahu berterus-terang, sedangkan ia sepatutnya diumum lebih awal," tegas beliau yang bersama pada sidang media tersebut.
Dalam pada itu, Kit Siang turut meminta kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap tinjauan yang dilakukan Merdeka Centre yang mendapati kebanyakan rakyat Malaysia tidak gembira dengan cara kerajaan Malaysia menangani krisis MH370.
Tambah beliau, kerajaan perlu mendengar dan menerima pandangan mereka sebagai rakyat, sekaligus jangan menganggap mereka sebagai anti-nasional kerana menegur kerajaan.
Keadaan ini, katanya timbul ekoran terlalu banyak persoalan tentang isu-isu berbangkit berkaitan insiden ini yang berlaku pelbagai percanggahan di antara pihak berkuasa.
YB DMO - http://www.youtube.com/watch?v=rxfoai7AhN4
Sumber HD - 2-4-2014
Kapal selam UK sertai misi mencari MH370 di Lautan Hindi
- Apr 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, berkata Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.
"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.
"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.
Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya.
"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air. Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
Kerajaan UK juga membantu dengan meminjamkan pakar untuk memberikan bantuan teknikal dan keupayaan kepakaran dari Kementerian Pertahanan, Pejabat Hidrografik, Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Meteorologi untuk membantu mengesan pesawat itu, katanya.
Empat anggota Tentera Udara Diraja yang dipinjamkan ke Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja juga terlibat secara aktif dalam operasi pencarian maritim, menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 2-4-2014
MH370: Transkrip perbualan radiotelefoni juruterbang dan kawalan trafik udara
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA): 8 Mac 2014
MAS 370 (Kuala Lumpur ke Beijing)
ATC DELIVERY
12:25:53
MAS 370 Delivery MAS 370 Good Morning 12:26:02
ATC
MAS 370 Standby and Malaysia Six is cleared to Frankfurt via AGOSA Alpha Departure six thousand feet squawk two one zero six.
12:26:19
ATC
... MAS 370 request level
12:26:21
MAS 370
MAS 370 we are ready requesting flight level three five zero to Beijing
12:26:39
ATC
MAS 370 is cleared to Beijing via PIBOS A Departure Six Thousand Feet squawk two one five seven.
12:26:45
MAS 370
Beijing PIBOS A Six Thousand Squawk two one five seven, MAS 370 Thank You
12:26:53
ATC
MAS 370 Welcome over to ground
12:26:55
MAS 370
Good Day
LUMPUR GROUND:
12:27:27
MAS 370
Ground MAS370 Good morning Charlie One Requesting push and start
12:27:34
ATC
MAS370
Lumpur Ground Morning Push back and start approved Runway 32 Right Exit via Sierra 4.
12:27:40
MAS 370
Push back and start approved 32 Right Exit via Sierra 4 POB 239 Mike Romeo Oscar
12:27:45
ATC
Copied
12:32:13
MAS 370
MAS377 request taxi.
12:32:26
ATC
MAS37..... (garbled) ... standard route. Hold short Bravo
12:32:30
MAS 370
Ground, MAS370. You are unreadable. Say again.
12:32:38
ATC
MAS370 taxi to holding point Alfa 11 Runway 32 Right via standard route. Hold short of Bravo.
12:32:42
MAS 370
Alfa 11 Standard route Hold short Bravo MAS370.
12:35:53
ATC
MAS 370 Tower
12:36:19
ATC
(garbled) ... Tower ... (garbled)
MAS 370
1188
MAS370
Thank you
LUMPUR TOWER
12:36:30
MAS 370
Tower MAS370 Morning
12:36:38
ATC
MAS370 good morning. Lumpur Tower. Holding point..[garbled]..10 32 Right
12:36:50
MAS 370
Alfa 10
MAS370
12:38:43
ATC
370 line up 32 Right Alfa 10.
MAS 370
Line up 32 Right Alfa 10 MAS370.
12:40:38
ATC
370 32 Right Cleared for take-off. Good night.
MAS 370
32 Right Cleared for take-off. Thank you Bye.
LUMPUR APPROACH
12:42:05
MAS 370
Departure Malaysian Three Seven Zero
12:42:10
ATC
Malaysian Three Seven Zero selamat pagi identified. Climb flight level one eight zero cancel SID turn right direct to IGARI
12:42:48
MAS 370
Okay level one eight zero direct IGARI Malaysian one err Three Seven Zero
12:42:52
ATC
Malaysian Three Seven Zero contact Lumpur Radar One Three Two Six good night
MAS 370
Night One Three Two Six Malaysian Three Seven Zero
LUMPUR RADAR (AREA)
12:46:51
MAS 370
Lumpur Control Malaysian Three Seven Zero
12:46:51
ATC
Malaysian Three Seven Zero Lumpur radar Good Morning climb flight level two five zero
12:46:54
MAS370
Morning level two
five zero Malaysian Three Seven Zero
12:50:06
ATC
Malaysian Three Seven Zero climb flight level three five zero
12:50:09
MAS370
Flight level three five zero Malaysian Three Seven Zero
01:01:14
MAS370
Malaysian Three Seven Zero maintaining level three five zero
01:01:19
ATC
Malaysian Three Seven Zero
01:07:55
MAS370
Malaysian...Three Seven Zero maintaining level three five zero
01:08:00
ATC
Malaysian Three Seven Zero
01:19:24
ATC
Malaysian Three Seven Zero contact Ho Chi Minh 120 decimal 9 Good Night
01:19:29
MAS370
Good Night Malaysian Three Seven Zero
- Bernama
YB LKS - https://www.youtube.com/watch?v=prcdPJfJdA4
Sumber HD - 1-4-2014
MH370: Jangan jadikan alasan untuk 'shopping'
- Apr 01, 2014
- ANIS NAZRI
Kebimbangan itu lahir memandangkan projek satelit negara sebelum ini, RazakSat-1 menemui kegagalan dalam tempoh setahun beroperasi yang membabitkan kerugian sebanyak RM 1 bilion.
"Kita bimbang hasrat kerajaan untuk membeli peralatan itu hanya akan membazirkan wang rakyat dan menjadikan krisis MH370 sebagai alasan untuk ber'shopping'.
"Lebih-lebih lagi dengan kegagalan RazakSat-1 yang tidak pernah ada penjelasan mengenainya apabila ditanya sebelum ini," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, di lobi parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Steven mempersoalkan sejauhmana fungsi projek satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016, sedangkan ia hanya mampu merakam satu meter persegi sahaja.
Jika ia benar, tambah beliau RazakSat-2 tidak berkeupayaan untuk membantu mengenalpasti serpihan-serpihan kerana saiz satu meter persegi hanya akan dipaparkan sebagai 1-dot sahaja.
Menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menyokong usaha kerajaan untuk memajukan sains dan teknologi, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, berkata dalam masa sama kerajaan perlu meneliti secara terperinci bagi memastikan segala projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
"Kami sudah menuntut beberapa penjelasan, khususnya berkaitan RazakSat-1, namun tiada sebarang penjelasan, audit bebas mengenainya. Kini, kerajaan nampaknya hendak sambung juga program ini walaupun tiada manfaat dari RazakSat-1," tegas beliau pada sidang media sama.
Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan keengganan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen berhubung insiden MH370, sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk membantu memperbaiki sebarang kelemahan dalam menangani krisis tersebut.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad menyatakan RazakSat-2 akan dilancarkan pada 2016, yang dikatakan boleh merakam imej khusus bagi tujuan perancangan pembangunan, bahkan dapat juga digunakan seperti kehilangan pesawat dan bencana.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran kenyataan Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan sudah tiba masanya untuk negara membeli aset pertahanan baru selepas kelemahan negara menangani krisis MH370.
Sumber HD - 1-4-2014
Taklimat MH370: PR persoal kenapa Hishamuddin 'lari'
- Apr 01, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Keengganan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberi taklimat MH 370 kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menggambarkan kerajaan BN tidak serius mencari jalan penyelesaian berhubung kehilangan pesawat itu.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dijadualkan akan mengikuti taklimat MH370 oleh Hishamuddin pada malam ini.
Bagaimanapun Hishamuddin pula tidak berada di dalam negara kerana mengikuti sidang yang lain di Hawaii.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa menteri berkenaan akan memberi taklimat itu kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat sering menegaskan akan memberi komitmen dalam membantu kerajaan dalam operasi SAR untuk menjejak MH370.
"Kita sedia beri kerjasama apatah lagi lihat banyak percanggahan berlaku di antara satu agensi dengan agensi lain.
"Tetapi pagi ini kita dapat maklumat menteri pun lari untuk hadir sidang lain," katanya dalam sidang media si lobi parlimen.
Katanya, percanggahan maklumat MH370 yang berterusan di kalangan menteri akan menghilangkan keyakinan rakyat kepada usaha SAR bagi menjejak pesawat tersebut.
"Shahidan bersetuju membentuk hanya selepas kotak hitam dijumpai tetapi keesokannya Hishamuddin menafikan tidak ada PSC lepas kotak hitam dijumpai,"katanya.
Justeru Pakatan Rakyat mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) berhubung MH370 segera dibentuk supaya mengembalikan keyakinan rakyat.
Sementara itu Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah kecewa apabila pihaknya terpaksa mencari maklumat pesawat terbabit dari luar bukannya daripada kerajaan sendiri.
"Sepatutnya dalam isu yang besar ini kita wajar mendapat maklumat daripada orang pertama iaitu kerajaan bukannya maklumat luar. Kerajaan pula harus jujur dan telus memberi maklumat itu,"katanya.
Tegasnya, percanggahan maklumat yang berlaku di kalangan menteri seolah-olah menafikan Pakatan Rakyat untuk diberi peluang bertanya.
"Kita hendak bantu kerajaan agar peristiwa besar ini diuruskan dengan baik,"katanya.
AAP PR - https://www.youtube.com/watch?v=CyJF2rB5s0g
Sumber HD - 1-4-2014
MH370: Sidang media harian hari ini dibatalkan
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Pembatalan sidang media itu dimaklumkan oleh sekretariat bilik media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 1 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, petugas media dari dalam dan luar negara tetap berkampung di PWTC bagi menunggu sebarang kenyataan akhbar daripada Kementerian Pengangkutan atau sebarang perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke-25.
Sidang media hari ini dibatalkan kerana Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, kini berada di ibu pejabat Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Amerika Syarikat-Asean.
Dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata beliau akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asean dan kerajaan Amerika Syarikat.
Selain itu, lokasi sidang media akan datang yang sebelum ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn kini dipindahkan ke Dewan Tun Razak. - Bernama
Sumber HD - 1-4-2014
Apa beza berakhir dengan terhempas di Lautan Hindi?
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Hishammudin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan memohon maaf kerana dakwanya, kenyataan Najib Razak pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat itu terhempas atau semua penumpangnya terkorban, sebaliknya hanya mengatakan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
Bagi penulis Shahbudin Husin, memanglah dalam kenyataan Najib itu tidak menyebut perkataan terhempas, sebaliknya menggunakan ayat berakhir di Lautan Hindi.
Najib juga menyebut kawasan pesawat MH370 itu dikesan kali terakhir adalah di sebuah kawasan terpencil yang jauh daripada mana-mana landasan.
“Bukankah ianya bermaksud terhempas? Rasanya budak sekolah rendah pun faham mengenainya,” ujar Shahbudin di dalam blognya semalam.
Tambahnya, lagi pula selepas pengumuman itu, Najib juga memaklumkan pencarian akan dilakukan di Lautan Hindi di kawasan yang dikenalpasti itu.
“Kalau bukan terhempas, apa jadahnya pula pencarian dilakukan?
“Begitu juga tujuan Najib ke Perth Rabu ini, adakah bertujuan meninjau pencarian pesawat yang terhempas atau membeli-belah?” tanya beliau lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 1-4-2014
Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?
- Apr 01, 2014
- HAMBALI AKRAM
Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!
Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.
Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.
Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.
Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang.
Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.
Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.
Sumber HD - 1-4-2014
‘Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong’
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.
Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.
Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370.
MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Misi pencarian pelbagai negara itu dilancarkan bagi menjejaki pesawat, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Susulan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, firma telekomunikasi satelit UK Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MyH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 1-4-2014
MH370: Seminggu lagi sebelum isyarat kotak hitam lenyap
- Apr 01, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.
Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu.
Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu.
Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu.
Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China.
"Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370," katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, hari ini.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu.
"Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia," kata Hishammuddin.
Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS.
Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 1-4-2014
Anggota keluarga minta bukti MH370 berakhir di lautan Hindi
- Mar 31, 2014
- HARAKAHDAILY
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China semalam.
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
"Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad...Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
"Oleh itu kami membuat keputusan datang ke Malaysia untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai insiden ini, terutamanya daripada pakar penerbangan seperti Rolls Royce dan Syarikat Boeing, selain daripada kerajaan Malaysia dan MAS," kata lelaki itu kepada pemberita.
Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau berkata pihaknya juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf atas kelewatan penyebaran maklumat mengenai pesawat itu.
Jiang berkata pihaknya berharap agar kerajaan Malaysia dapat menunjukkan keikhlasan membantu mereka dari segi membekalkan maklumat sahih.
"Kami tidak akan meninggalkan Malaysia sehinggalah kami berpuas hati dengan penjelasan mengenai pesawat itu," katanya.
Difahamkan, kumpulan ini ditempatkan di Holiday Villa Subang pada pukul 10 pagi semalam dengan disambut oleh Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, dan kira-kira 40 orang anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM).
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 kru, hilang pada pagi 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 31-3-2014
Objek dikutip tiada kaitan dengan MH370 - AMSA
- Mar 31, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam tadi, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.
Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.
Operasi pencarian bersambung hari ini. - Bernama
Sumber HD - 31-3-2014
3 aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Pertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.
“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.
Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.
“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.
Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.
“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa.
“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.
“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.
Sumber HD - 30-3-2014
Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.
"Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV," katanya dalam tweet beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya "@SVM5619': Good morning H2O. Will there be a PC today?" (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)
Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.
Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.
Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di Hishammuddin Hussein @HishammuddinH2O:
- Thank You so much "@tongliyap: H2O you have done a fantastic job. I followed your press conference. You have a heart. I have praised you to all my friends.Keep well."
- I am touched - Thank You "@Evelyn_Tai: H2O Good morning Datuk Seri. We're always praying for Malaysia and we will continue to pray for those affected by this tragedy."
- Iraq - Woh!! Salam and thank you so much "@Md_Hussein: H2O Good morning from Iraq Datuk Seri Hishamuddin. We feel what you going through. Prays."
- We will continue to do so-thank you so much "@golders: H2O Keep up the good work, we know you guys are trying your best in such a difficult situation."
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Sumber HD - 30-3-2014
AMSA kesan isyarat kecemasan daripada kapal nelayan
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.
"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.
P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.
Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.
Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. - Bernama
Sumber HD - 30-3-2014
10 pesawat sertai operasi mencari MH370 hari ini
- Mar 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini berkata mengikut perancangan, 10 pesawat akan terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.
Lembaga itu juga berkata semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dikesan pesawat sejak dua hari lepas.
"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini, dengan hujan renyai dan awan rendah, tetapi operasi mencari dijangka diteruskan juga," katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 itu berakhir di satu kawasaan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Menurut AMSA pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.
Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.
"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.
Kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.
"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual belayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA.
Sementara itu, ABC News melaporkan bekas ketua pasukan pertahanan Australia Angus Houston akan memainkan peranan utama untuk menyelaras usaha antarabangsa mencari pesawat berkenaan.
Bekas ketua marshal udara akan mengetuai pusat penyelarasan agensi bersama yang akan ditubuhkan di Perth bagi menyelaras usaha mencari secara besar-besaran pesawat itu, kata laporan berkenaan.
Peranan beliau adalah untuk memastikan wujudnya komunikasi yang jelas dalam kalangan semua rakan antarabangsa dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit, yang kebanyakan mereka dijangka pergi ke Australia ketika usaha mencari diadakan. "Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini, dengan hujan renyai dan awan rendah, tetapi operasi mencari dijangka diteruskan juga," katanya dalam satu kenyataan. Bernama
Sumber HD - 30-3-2014
MH370: Pencarian temui objek pelbagai warna
- Mar 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.
"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia.
AMSA berkata sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.
Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.
Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.
"Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu.
AMSA berkata Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.
"Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA.
Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.
"Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya. - Bernama
Sumber HD - 29-3-2014
Warga Facebook bengang, ‘Raja Bomoh’ buat hal lagi
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tragedi kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, majoriti rakyat Malaysia terus membidas perbuatan Ibrahim yang disifatkan tidak relevan dan ada di kalangan mereka menyifatkan khurafat, lapor Selangor Kini.
Ahmad Naqib berkata, dia pelik dalam zaman serba canggih masih ada segelintir masyarakat yang mempercayai bomoh kerana hanya kebanyakan masyarakat dahulu yang terdedah kepada amalan itu.
“Orang jahil dan bodoh sahaja percaya kepada dia (bomoh). Kalau tidak percaya, tengok kes sihir dan hasad dengki, sampai menggunakan bomoh,” katanya.
Bagi Malik Yasin, rakyat Malaysia harus berhenti daripada memberikan perhatian kepada kumpulan sebegitu.
“Kita patut berhenti membuatkan orang bodoh terkenal,” katanya.
Sementara itu, Muhd Arif dengan nada jenaka melahirkan rasa geram dan ingin mematahkan teropong yang digunakan bomoh ketika upacara ritual.
Pada masa sama, ada di kalangan pelayar laman sosial terbabit mendoakan supaya Ibrahim diberikan hidayah oleh Allah SWT supaya tidak meneruskan amalan berkenaan.
“Doa je..biar Allah bagi hidayah, biar dia cepat-cepat taubat sebelum ajal tiba,” kata Maria Sue.
Digelar juga ‘Bomoh 1Malaysia’ sebelum ini menggemparkan negara dengan ritual pencarian pesawat MH370 di KLIA dengan menggunakan tikar, bubu, dan dua biji buah kelapa.
Peralatan terbabit hanya menjadi bahan jenaka sehingga mengakibatkan negara mendapat kritikan hebat daripada media antarabangsa termasuk dalam paparan berita Al-Arabiya yang mendakwa rakyat Malaysia menggunakan sihir sebagai usaha menyelesaikan misi kehilangan kapal terbang.
Tidak cukup dengan itu, Ibrahim turut bertikam lidah dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sehingga ingin menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya.
Namun, sehingga hari ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab membawa Ibrahim ke KLIA sehingga menimbulkan kontroversi yang disifatkan memalukan negara.
Sumber HD - 28-3-2014
Pindah zon pencarian bukan perkara luar biasa - AMSA
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengurus Besar Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) bagi Divisyen Respons Kecemasan, John Young berkata langkah itu seiring dengan maklumat baharu yang diterima ketika operasi dijalankan.
"Ini perkara biasa dalam aktiviti SAR kerana maklumat baharu akan muncul dalam analisis dan akan membawa operasi ke kawasan baharu.
"Saya tidak anggap usaha yang terdahulu sebagai pembaziran masa," katanya dalam taklimat media di Canberra pada Jumaat yang disiar secara langsung oleh saluran berita CNN.
Terdahulu hari ini, AMSA dalam satu kenyataan berkata misi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu dipindahkan ke lokasi baharu kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
AMSA berkata agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.
Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan ke utara di Lautan Hindi selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal.
"Maklumat menunjukkan pesawat bergerak lebih pantas daripada jangkaan awal, menyebabkan pembakaran bahan api yang lebih cepat sekali gus memendekkan jarak penerbangan pesawat ke selatan Lautan Hindi," katanya yang yakin kawasan baharu itu lokasi terbaik untuk usaha pencarian.
Young juga berkata beliau tidak akan menggunakan terma 'lapangan serpihan' berhubung imej kira-kira 300 objek yang dicerap oleh satelit memandangkan belum sahih cerapan itu adalah objek.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bagaimanapun pesawat itu hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
Misi mencari dan menyelamat memasuki hari ke-21 hari ini dan difokuskan di Lautan Hindi selepas analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan lokasi terakhir pesawat di tengah-tengah lautan berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 28-3-2014
Keluarga ke Perth jika serpihan sahih ditemui - MAS
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata MAS juga berterima kasih kepada kerajaan Australia yang mengecualikan bayaran visa bagi keluarga yang terlibat dalam tragedi itu.
"Sejak penemuan satelit menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi berhampiran Australia, kerajaan Australia memberi sokongan yang padu kepada MAS, daripada menyelaraskan usaha pencarian pesawat kepada menawarkan pengecualian bayaran visa.
"Kami amat menghargai sokongan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sejak penemuan awal pada 16 Mac lepas, lebih banyak objek dikesan oleh satelit dengan terbaharu oleh satelit Thailand yang mencerap imej kira-kira 300 objek bersaiz dua hingga lima meter terapung kira-kira 200 kilometer dari lokasi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi.
Sehari sebelum itu pada 23 Mac, satelit Perancis mengesan 122 objek terapung di sekitar kawasan pencarian.
Sementara itu, Ahmad Jauhari berkata MAS berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada kerajaan di seluruh dunia.
MAS juga amat menghargai sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta staf di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan yang berada di barisan hadapan dalam usaha mengesan MH370.
Pada masa sama Ahmad Jauhari meminta masyarakat agar tidak menambah kesedihan dan kedukaan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi itu dengan menyebarkan pelbagai spekulasi dan berita palsu.
"Kedukaan mereka bertambah dengan setiap hari yang berlalu dan ditokok dengan penyebaran khabar angin baharu serta laporan yang mengelirukan," katanya yang turut berterima kasih kepada media yang membuat laporan secara bertanggungjawab berhubung tragedi itu.
Menurutnya MAS akan terus menyalurkan maklumat yang boleh dikongsi dengan media memandangkan MAS kini terikat dengan batas-batas tertentu susulan siasatan bebas yang sedang dijalankan.
Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac, sebelum hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 28-3-2014
Pencarian MH370 beralih selepas petunjuk berwibawa
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Pihak Berkuaasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi siasatan Australia telah memeriksa nasihat itu dan menetapkan ia adalah petunjuk paling kredibel yang serpihan mungkin dapat dikesan.
"Kawasan pencarian baharu ialah 319,000 kilometer persegi dan sekitar 1,850 kilometer barat Perth.
"Maklumat baharu ini berdasarkan analisis berterusan data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar terputus," katanya dalam satu kenyataan.
AMSA berkata analisis juga menunjukkan persawat terbang lebih laju daripada yang dianggarakan sebelum ini, menyebabkan pertambahan penggunaan minyak dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat terbang ke selatan ke dalam Lautan Hindi.
"ATSB menasihati kemungkinan laluan pesawat menjadi perkara yang perlu diperhalusi lagi kerana pasukan penyiasat antarabangsa menyokong pencarian meneruskan analisis mereka," katanya.
Ia berkata Pertubuhan Perisikan-Geospatial Australia menumpukan semula satelit untuk merakam kawasan baharu.
AMSA berkata keadaan cuaca telah bertambah baik dan 10 pesawat ditugaskan untuk pencarian hari ini, termasuk dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat pengawal pantai Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Republik Korea dan sebuah C130 Hercules Republik Korea.
Termasuk juga sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, sebuah pesawat P8 Poseidon tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi, katanya.
"Tambahan pesawat P3 Orion RAAF diletak dalam keadaan bersiap siaga di Pearce (Australia) untuk menyisat sebarang penemuan.
Kini terdapat enam kapal di kawasan pencarian baharu termasuk HMAS Success dan lima kapal China," kata kenyataan itu. - Bernama
Sumber HD - 28-3-2014
Tragedi MH370: Musa Hitam gesa rakyat terus berdoa
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata kerajaan sedang bertungkus lumus untuk mengatasi masalah yang amat sukar tersebut dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.
"Ini bukan perkara yang senang dicapai, rakyat harus terus berdoa dan sembahyang hajat," katanya kepada pemberita selepas majlis diskusi bertema 'Politik Malaysia Dulu dan Sekarang' di sini, malam tadi.
Musa berkata tragedi itu menyentuh pemikiran dan rasa simpati kepada seluruh rakyat tanpa mengira keturunan dan fahaman politik.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 28-3-2014
Terus berdoa agar MH370 selamat – Presiden PAS
- Mar 28, 2014
- IZWAN ABDUL HALIM
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh harapan agar seluruh penumpang dan kru MH370 masih berada dalam keadaan selamat serta kembali semula.
Ini Kerana katanya, maklumat yang disahkan sehingga kini adalah kapal terbang tersebut dirampas.
Pun begitu ujar beliau, seandainya mereka ditemui meninggal dunia, ahli keluarga diminta bersabar dan reda kerana akan beroleh syafaat dari mereka itu di akhirat kelak.
“Seandainya mereka mati dalam keadaan begitu, kita berdoa Allah mengampunkan mereka kerana menerima kematian luar biasa dari orang lain.
“Dalam Islam, mati sebegitu dikira syahid akhirat, dengan syarat keluarganya mesti sabar. Jika keluarganya sabar, orang yang syahid akhirat ini dapat memberi syafaat kepada keluarganya di akhirat kelak. Keluarga kena reda menerima,” nasihatnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ijtimak Ulama PAS Negeri Kedah di Padang Lumat, kelmarin.
Katanya, atas perikemanusiaan, segala teknologi dan aset canggih yang ada seluruh dunia mesti dimanfaatkan untuk mencari kapal terbang tersebut.
Jelasnya juga, kerajaan bertanggung jawab untuk terus membantu keluarga serta meneruskan usaha pencarian.
Turut serta pada ijtimak tersebut ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Sumber HD - 28-3-2014
Sedia hantar pakar ke Perth, 300 objek terapung dikesan
- Mar 28, 2014
- HARAKAHDAILY
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu akan bekerja rapat dengan Pusat Koordinasi Penyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian.
Beliau berkata pasukan itu terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines (MAS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Perkembangan terkini berkaitan pencarian MH370 dimaklumkan kepada media menerusi satu kenyataan berikutan tiada taklimat semalam.
Hishammuddin berkata pencarian MH370 yang memasuki hari ke-20, melibatkan sembilan kapal terbang dan enam kapal di selatan Lautan Hindi ditangguh pada 11.40 pagi kerana cuaca buruk.
Beliau berkata kawasan carian yang dirancang adalah seluas 22,804 batu nautika persegi di sektor barat dan timur lautan itu.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth.
Menurut AFP, objek berkenaan dikenal pasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informasi Thailand.
Thailand adalah negara kelima yang mengeluarkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.
Kelmarin, imej baharu satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin ada kaitan dengan MH370 kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.
Pegawai-Pegawai Malaysia menemui Duta China ke Malaysia, Huang Huikang untuk meminta Kerajaan China untuk melibatkan diri dan memperjelaskan keadaan sebenar terutama kepada keluarga yang terlibat dan orang awam secara umum, kata Hishammuddin.
Warganegara China merupakan 154 daripada 227 penumpang pesawat MAS penerbangan MH370 yang hilang daripada skrin radar setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac dalam penerbangan ke Beijing.
Satu pencarian melibatkan pelbagai negara telah dilaksanakan, pertama di Laut China Selatan dan kemudian di satu kawasan luas meliputi daratan dan lautan di barat Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu didapati telah berubah haluan jauh dari laluan asalnya.
Susulan analisis yang belum pernah diguna pakai sebelum ini, firma satelit dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac iaitu 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama
Sumber HD - 28-3-2014
Keadaan di Kedutaan Malaysia di Beijing terkawal
- Mar 27, 2014
- NIAM SEET WEI
Keadaan itu, katanya, jauh berbeza berbanding pada Selasa dengan keadaan agak tegang apabila lebih 200 anggota keluarga penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 berarak ke pintu kedutaan itu susulan pengumuman penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
Pada 8 Mac lepas penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 145 penumpang warga China hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Iskandar berkata urusan antara pegawai kedutaan dan orang awam berjalan seperti biasa dengan pergerakan para pegawai kedutaan dan anggota keluarga mereka juga tiada perubahan.
"Ini juga menunjukkan usaha yang telah, sedang dan akan terus dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menenangkan keadaan menunjukkan hasil," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.
Ditanya tentang pasukan peringkat tertinggi dari Malaysia, Iskandar berkata satu persefahaman telah dicapai antara kumpulan itu dan anggota keluarga penumpang MH370 di China.
Pasukan peringkat tertinggi itu yang diketuai Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad memaklumkan perkembangan terkini setiap hari kepada keluarga warga China berhubung tragedi MH370 itu.
Pasukan itu turut mengandungi wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.
Iskandar berkata beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri taklimat harian itu, ataupun, seorang pegawai dari Kedutaan Malaysia akan hadir bagi pihaknya.
Berhubung perhimpunan keluarga warga China di hadapan kedutaan itu pada Selasa, Iskandar berkata Kedutaan Malaysia telah memajukan tuntutan sanak saudara penumpang pesawat itu ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang tuntutan itu.
"Sebaik sahaja pegawai kami terima memo daripada ahli-ahli keluarga, keadaan kembali tenang dan mereka bersurai selepas itu.
"Tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, dan tidak ada apa-apa bentuk ancaman keselamatan terhadap pegawai yang berada di kedutaan itu," katanya. - Bernama
Sumber HD - 27-3-2014
‘I love you’ ungkapan terakhir pramugara kepada isteri
- Mar 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.
Menceritakan mengenai detik beberapa jam sebelum pesawat dinaiki suaminya hilang, wanita itu berkata Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan oleh pihak MAS untuk kakitangan bertugas pada malam 7 Mac.
Beliau berkata suaminya yang komited dengan tugas kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Intan Maizura berkata dalam perjalanan ke lapangan terbang, mereka bersembang seperti biasa dan Mohd Hazrin ada memegang tangan serta mencium tangannya.
"Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you". Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia.
"Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya.
Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini malam tadi.
Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas.
"Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga.
"Bila dia (Iman) meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi," katanya.
Walaupun sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa penerbangan pesawat dinaiki suaminya berakhir di Lautan Hindi, Intan Maizura redha dan menerimanya dengan hati terbuka.
Wanita itu juga yakin beliau mampu meneruskan kehidupan terutama dalam membesarkan anak-anaknya kelak dengan sokongan daripada anggota keluarga serta rakan-rakan.
"Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang," katanya. - Bernama
Sumber HD - 27-3-2014
TUDM sangka pesawat patah balik arahan menara kawalan
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.
"Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Radar utama milik TUDM pula dilaporkan mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar kedua.
Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa TUDM mengambil masa untuk mengumumkan bahawa radarnya mengesan tindakan berpatah balik oleh pesawat yang tidak dikenali itu pada masa yang sama dengan waktu kehilangan MH370.
"Kerana kita berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan kita (TUDM) juga melakukan SOP kita untuk mengesannya," katanya.
Katanya, TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).
Selepas usaha mencari dan menyelamat masuk hari ke-17, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa berdasarkan siasatan syarikat satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 26-3-2014
7 pesawat tentera, 5 pesawat awam terus cari MH370
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sejumlah 12 pesawat terlibat dalam usaha mengesan dan mengambil objek-objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi, dalam operasi hari ini.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataan di sini berkata pesawat terbabit meliputi tujuh milik tentera dan lima milik awam.
"Setakat ini enam negara terbabit dalam operasi iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan," kata kenyataan itu.
Pesawat yang terbabit operasi hari ini ialah sebuah Ilyushin IL-76 dari China, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon (Amerika Syarikat), serta masing-masing satu P3 Orion dari Jepun dan Korea.
"Dua pesawat awam sudah berlepas dari Perth ke kawasan pencarian, manakala bakinya akan berlepas antara pukul 10 pagi dan tengah hari," kata kenyataan itu.
AMSA berkata 34 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri dari Australia Barat terbabit sebagai peninjau dalam pesawat awam berkenaan.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian. Pesawat dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). - Bernama
Sumber HD - 26-3-2014
MH370: Solat jenazah ghaib tidak perlu diadakan sekarang - Majlis Fatwa
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.
Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang semalam, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.
Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati, katanya.
Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya, kata Abd Shukor.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat semalam bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorban dalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doa untuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut," katanya.
Abd Shukor berkata anggota jawatankuasa fatwa khas itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan dari pelbagai negara lain di seluruh dunia atas kesungguhan mereka mencari pesawat MH370 itu. - Bernama
Sumber HD - 26-3-2014
Dugaan amat besar, tempuhi dengan kesabaran yang kental
- Mar 26, 2014
- ASPAN ALIAS
Semua rakyat negara dan juga masyarakat antarabangsa amat merasakan kesedihan dan kepiluan dengan pengumuman Perdana Menteri itu setelah menunggu selama 17 hari untuk mendapatkan berita tentang nasib pesawat tersebut. Sebagai unit kecil dalam masyarakat negara ini, saya tidak dapat tidur lena dengan kemalangan ‘aviation’ yang paling ‘unprecedented’ ini dan situasi ini belum pernah kita rasai dalam sejarah kemalangan ‘aviation’ sebelum ini. Tentunya lebih ramai lagi di luar sana yang merasakan situasi yang sama.
Saya seperti yang lain, tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami oleh waris dan keluarga penumpang-penumpang dan kakitangan pesawat malang itu kerana kehilangan mereka yang tersayang.
Apa yang dapat kita lakukan hanyalah berdoa agar keluarga dan waris mereka yang malang itu sentiasa kuat dan teguh menghadapi dugaan Tuhan ini dan ingat kepada agama yang percaya kesabaran menghadapi situasi dan dugaan ini adalah peningkatan keimanan kita terhadap-Nya yang Maha Berkuasa dan Pencipta itu.
Orang ramai tanpa mengira miskin atau kaya dan dari apa-apa bangsa dan kepercayaan bersama merasakan kepedihan yang dialami oleh mereka yang kehilangan mereka yang disayangi.
Yang pergi tetap pergi dan kita sendiri sedang menunggu giliran untuk pergi ke tempat yang sama. Hanya Tuhan saja yang tahu waktu yang dikehendaki-Nya untuk kita kembali ke alam baqa itu. Tetapi sementara kita menunggu giliran kita untuk pergi, ‘life has to go on’ dan tanggungjawab kita terhadap kehidupan perlu dan wajib kita laksanakan sebaik yang dikehendaki-Nya.
Setiap yang hidup pasti menghadapi dugaan-Nya. Jika keluarga yang kehilangan yang tersayang dalam kemalangan pesawat ini, kita pula belum tentu apa pula dugaan yang kita pula hadapi sebelum kita kembali kepada-Nya. Malahan ramai yang ada sekarang telah pun menghadapi dugaan masing-masing dan kehidupan mereka tetap mereka teruskan sebagai seorang yang penuh dengan keimanan dan mengakui kebesaran Allah s.w.t. itu tidak ada satu pun boleh dijadikan perbandingan.
Teruskan berdoa untuk mereka yang menghadapi keperitan ini, agar mereka menghadapi situasi ini dengan tabah dalam kekentalan iman seperti yang dituntut-Nya.
Al-Fatihah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 26-3-2014
Pencarian MH370 di perairan Australia Barat bersambung
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Pihak berkuasa Australia yakin keadaan cuaca hari ini dapat membantu operasi yang juga bertujuan mengutip objek-objek berkenaan.
"Keadaan cuaca di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dijangka bertambah baik dengan keadaan angin dan laut yang bergelora semakin reda manakala hujan pula diramal berlaku secara terpencil," kata pegawai meteorologi kanan Biro Meteorologi Australia, Adam Conroy yang dipetik oleh ANC News.
Sebanyak 12 pesawat dan beberapa kapal dijangka terlibat dalam operasi hari ini. Misi kini membabitkan enam negara iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan. India dilapor turut menawarkan bantuan.
Empat kapal China dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini. - Bernama
Sumber HD - 26-3-2014
MH370: Keluarga beri reaksi berbeza pengumuman PM
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Rata-rata mereka sukar menerima berita sedih itu dan percaya selagi tiada bukti kukuh ditemui seperti serpihan pesawat, anggota keluarga pesawat malang itu masih menaruh harapan agar orang yang mereka sayangi selamat.
Namun begitu sebahagian lagi tetap reda dan menerima kesudahan pencarian selama 17 hari, sejak pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac sebagai ketentuan Ilahi.
Di ALOR SETAR, Tan Tuan Lay, 53, ibu kepada seorang penumpang iaitu Chew Kar Mooi, 31, berkata dia sekeluarga terkejut selepas mendengar pengumuman itu.
"Semua sedih sangat dan tidak dapat terima kenyataan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kerpan, Ayer Hitam dekat sini Selasa.
Tan berkata beliau terima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada pihak MAS pada 9.42 malam tadi, menyuruh mereka menonton di televisyen pengumuman Perdana Menteri.
Ibu kepada pegawai Maybank di Kuala Lumpur itu berkata selagi tidak menemui sebarang bukti yang sahih beliau sekeluarga masih menaruh harapan anaknya akan pulang ke sisi keluarga.
"Tak ada penemuan objek yang berkaitan dengan pesawat. Ia daripada imej satelit sahaja. Kami masih menaruh harapan untuk jumpa dia (Chew) dengan selamat," katanya.
Tinjauan Bernama ke rumah keluarga pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, di Jalan Kota Tanah, pula mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.
Seorang jiran keluarga itu, Mohd Huzaimi Ahmad Shater, 21, berkata ibu bapa Mohamad Sofuan dikatakan bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira 10 malam tadi setelah mendapat maklumat terbaharu mengenai pesawat dinaiki anak mereka.
Di JITRA, abang kepada seorang lagi penumpang, Andrew Jee, 42, berkata keluarganya tidak akan ke Kuala Lumpur dan akan menunggu di rumah mereka di Taman Rasa Sayang, Jitra sehingga maklumat tepat diterima.
Andrew berkata jika anggota keluarganya diminta ke Australia, hanya ibunya Tan Giat Gua, 68, yang diiringi seorang bapa saudaranya ke negara itu.
Beliau berkata adiknya Jee Jing Hang, 41, yang mempunyai dua anak berumur 11 dan 13 tahun itu bekerja sebagai pengatur cara komputer serta memiliki syarikat sendiri di Seremban, Negeri Sembilan.
"Sampai sekarang anak-anak dia (mangsa) yang tinggal dengan bekas isterinya tidak tahu mengenai kejadian yang menimpa bapanya kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka," katanya.
DI IPOH, ibu mentua kepada Ketua Pramugari MH370, Goh Sock Lay menganggap menantunya itu masih hidup dan akan pulang dengan selamat selagi bangkai pesawat itu belum ditemui.
Pong Sai Mooi, 73, berkata berharap berita yang diumumkan Perdana Menteri malam tadi tiada kaitan dengan pesawat terbabit.
"Selagi tak jumpa bangkai kapal terbang itu saya anggap dia (Goh) masih hidup. Saya sentiasa berdoa pada Tuhan dia akan pulang dengan selamat," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita hari ini.
Katanya Goh merupakan seorang menantu yang baik serta rajin memasak dan kali terakhir mereka bertemu sebelum pramugari itu berangkat ke Beijing, China.
Sebaliknya, Choi Tat Sang, 75, bapa mentua Goh berkata sekiranya berita sedih yang dimaklumkan malam tadi adalah benar, beliau menerimanya dengan reda.
Beliau berkata anak Goh yang kini bercuti bersama rakannya di Pulau Pinang sejak Ahad lepas, merasa sangat sedih selepas menerima berita itu malam tadi.
"Saya dapat tahu berita itu pukul 9 malam melalui anak saya (Choi Loong Chow, suami Goh) tetapi saya tidak sampai hati untuk beritahu isteri dan cucu saya (anak Goh) tetapi Choi sendiri menelefon dan memberitahu isteri dan cucu saya mengenai perkara itu," katanya.
Di KUALA LANGAT, ibu kepada pengurus pengeluaran Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, Muzi Yusop, hanya mampu mengungkapkan perkataan 'reda' berhubung tragedi itu.
Biarpun tiada lagi air mata yang mampu dititiskan, namun Semah Sidik, 70, menerima berita semalam dengan tenang dan menganggap ia sudah ditentukan Ilahi.
"Kita reda aja lah. Walaupun malam tadi masa nak dengar pengumuman itu, saya dan suami berdebar-debar namun apa yang mampu kami lakukan, hanya reda dan terima ketentuan-Nya," kata warga emas itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom hari ini.
Muzi, 50, adalah antara 227 penumpang penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas dan beliau ke negara itu untuk mengikuti kursus selama sebulan.
Bapa Muzi, Yusop Tahir, 76, ketika ditemui dilihat tertunduk menangis kerana tidak mampu menahan sebak tatkala diceritakan mengenai tragedi pesawat itu oleh abang iparnya, Iskandar Sidik.
Kedua-dua warga emas itu menganggap kehilangan anak sulung mereka tiada galang gantinya dan hanya berkat doa serta bacaan surah Yasin sejak hari pertama menerima berita itu diharap dapat mensejahterakan pemergian Muzi buat selamanya.
Sementara itu, bapa seorang lagi penumpang pesawat itu, G. Subramaniam, 60, berkata beliau tidak akan ke Australia sekiranya ada cadangan dari mana-mana pihak untuk berbuat demikian melainkan dapat melihat anaknya di sana.
Beliau yang terlalu sedih dengan tragedi itu tidak mampu mengulas lanjut ketika ditemui media di rumahnya di Taman Dato Hormat kerana kehilangan anak sulungnya, S Puspanathan.
"Dia satu saja anak lelaki yang kami ada, sekarang dia sudah tiada jadi kami sudah tidak tahu nak buat apa. Nak pergi Australia pun buat apa, kalau boleh jumpa anak saya, mana pun saya sanggup pergi," katanya.
Subramaniam yang pernah bekerja sebagai penoreh getah turut menyifatkan anaknya seorang yang gigih kerana sanggup bekerja keras untuk memperbaiki taraf hidup mereka.
Isteri beliau, Puspanathan, A Amirtham, 60, dilihat hanya menangis ketika menonton berita di televisyen sambil ditenangkan saudara-mara terdekat.
Puspanathan, 34, seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat minyak dan gas di sini menaiki pesawat itu ke Beijing atas urusan kerja.
Jiran pembantu juruterbang MH370, Shafiq Samsi, 27, ketika ditemui berkata keluarga Fariq Abd Hamid sudah lebih seminggu tidak pulang ke rumah mereka di Seksyen 7 di Shah Alam berikutan khuatir diganggu media.
Shafiq berkata pengumuman mengenai tragedi yang menimpa pesawat itu semalam amat menyedihkan dan walaupun tidak mengenali Fariq secara lebih dekat, namun beliau sentiasa berdoa dan memberi semangat kepada keluarga berkenaan.
Di BERA, Normah Jaafar, ibu kepada seorang daripada penumpang pesawat itu, Khairul Amri Selamat masih terngiang-ngiang kata-kata anaknya: "Mama, adik nak pegi dulu," sebelum menaiki pesawat malang itu.
Normah, 56, merasakan ucapan terakhir anaknya itu seolah-olah petanda untuknya supaya bersedia berpisah di dunia dengan anak bongsunya yang dipanggil 'adik' itu.
"Kak Nor masih ralat dengan kata-kata adik itu, biasanya kami berborak lama, sekurang-kurangnya satu jam sebelum dia pergi ke mana-mana tetapi hari itu (8 Mac) lain sangat.
"Mama rindu sangat pada adik. Dia baik, ceria dan tidak pernah sakiti hati kak Nor," kata ibu tunggal itu yang tenggelam dalam air mata sambil ditenangkan beberapa rakan dan anggota keluarga ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Kerayong Makmur hari ini.
Khairul Amri, 29, jurutera penerbangan, menaiki pesawat itu ke Beijing untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan di sana.
Normah berkata dia pengsan dua kali selepas mendengar pengumuman itu malam tadi dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.
"Kak Nor tidak sangka begini pengakhiran kejadian ini selepas menanti dengan penuh harapan selama 17 hari, berita malam tadi betul-betul mengejutkan.
"Kak Nor tidak makan sejak balik dari Hotel Everly, Putrajaya pada Khamis lepas dan hanya minum air saja kerana terlalu sedih ingatkan anak, sebab itu badan jadi lemah," katanya.
Normah juga sudah bersedia sekiranya diarahkan oleh pihak MAS ke lokasi pesawat terhempas.
"Kak Nor berharap sangat dapat pergi ke lokasi kapal terbang terhempas, Kak Nor sedang menunggu panggilan daripada MAS selepas semua proses mengesan oleh pihak berkuasa selesai," katanya.
Di GEORGE TOWN, Guan Kak Hueng, 69, bapa kepada seorang penumpang, Guan Hua Jin, 34, yang tinggal di Bayan Lepas, berlepas ke Kuala Lumpur pagi ini untuk mengetahui lebih lanjut tragedi yang menimpa pesawat itu.
"Kami sekeluarga sedih dan masih belum dapat menerima pengumuman itu, sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengetahui lebih lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang merupakan seorang tukang jam di George Town enggan mengulas lanjut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.
Hua Jin, yang merupakan ibu kepada dua anak berusia satu dan empat tahun berlepas ke Beijing bagi menyertai kursus selama tiga minggu yang diatur syarikatnya.
Sementara itu, Jalil Saat, 54, rakan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, berkata sejak hari pertama kehilangan pesawat malang itu beliau dan bekas pelajar Sekolah Penang Free (PFS), tidak putus berkongsi maklumat mengenai apa yang berlaku.
"Walaupun bukan adik-beradik kami umpama saudara, malah semua bekas pelajar Sekolah Penang Free (PFS) merasa sedih dengan apa yang menimpa Zaharie, anak kapal dan penumpang pesawat itu dan berdoa supaya semua mangsa ditemui dengan selamat," katanya di sini hari ini.
Jalil yang juga pengetua PFS berkata pihak sekolah bercadang untuk membuat solat ghaib dan mengatur majlis khas bagi mendoakan keselamatan Zaharie dan kesemua individu yang berada di dalam pesawat malang itu.
Di KUCHING, di sebalik kemeriahan sambutan Hari Polis ke-207 peringkat IPD Kuching pagi tadi, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad tidak dapat menyembunyikan kesedihan mengenang nasib anak saudaranya Suhaili Mustafa, 31, penumpang pesawat malang itu.
Suhaili, jurutera di Freescale Semiconductor bersama 19 lagi rakan sekerja, 12 orang adalah rakyat Malaysia dan lapan lagi dari China menaiki pesawat itu ke Beijing atas urusan kerja.
Nukilan "Anakandaku Suhaili, Allah lebih menyayangimu, kami sekeluarga menerima berita ini sebagai ketentuan Ilahi" pada kain rentang khas MH370 yang disediakan sebagai antara pengisian program sambutan, menggambarkan kesedihan yang dialami mereka sekeluarga namun reda dengan apa yang berlaku.
Roslan berkata pengumuman malam tadi juga amat sukar diterima namun mereka sekeluarga reda dengan berita sedih itu.
"Saya dan seluruh anggota keluarga reda dengan ketetapan Allah walaupun jauh di sudut hati kami terlalu sukar untuk menerima kebenaran berita itu namun sebagai hamba Allah, kami tidak dapat menolak apa juga yang sudah tertulis.
"Kakak saya, Rohani Ahmad (ibu Suhaili) dengan ditemani beberapa anggota keluarga saya yang lain akan terbang ke Perth, Australia dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata dia tidak akan menyertai kakaknya ke Perth namun tidak menolak akan pergi kemudian jika ada perkembangan terbaharu mengenai pesawat itu.
Terdahulu dalam ucapan sambutan itu, Roslan Bek turut melahirkan rasa terharu dan simpati ke atas tragedi yang menimpa pesawat itu dan merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
Tragedi MH370 : K'jaan timbang tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Cadangan tersebut akan saya bawa ke pihak yang membuat keputusan. Itu jaminan saya kepada Dewan ini...(tetapi) kalau masih tidak berpuas hati, inilah cara kita melihat ke hadapan.
"Tapi apa yang boleh saya sahkan hari ini, bahawa audit atau jawatankuasa di peringkat kementerian (Pengangkutan) diwujudkan, begitu juga di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Semua ini berjalan serentak dengan operasi mencari dan pemulihan," katanya ketika menggulung usul khas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Hishammuddin kemudian mengulangi pendirian kerajaan bahawa tumpuan pasukan mencari adalah mengenal pasti serpihan dan menemui pesawat yang hilang itu.
Mengenai operasi mencari, Hishammuddin berkata beliau optimis ia akan diteruskan walaupun berdepan cabaran seperti gangguan cuaca selain teknikal, diplomatik dan logistik dalam menjayakannya.
"Walaupun lokasi jauh dari daratan dan mencabar, saya optimis, selagi ada harapan, saya masih berharap terhadap semua harapan manakala operasi pencarian dan pemulihan akan diteruskan," katanya.
Dalam pada itu, mengenai imej satelit yang dikeluarkan dari Australia, China dan Perancis, beliau berkata pihaknya akan bermesyuarat malam ini dengan wakil United States Pacific Command (USPACOM), sebuah badan ketenteraan bertanggungjawab bagi kawasan Lautan Pasifik.
"(Mesyuarat) ini untuk pastikan sama ada serpihan itu dari pesawat tersebut. Selepas Disahkan, barulah kita akan cari kotak hitam pula. Itu cara kita, bekerjasama, sahkan petunjuk dan maklumat setiap yang ada," katanya.
Usul itu kemudian diluluskan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Hishammuddin melahirkan rasa terharu dan terima kasih dengan sokongan padu tidak berbelah-bahagi yang dizahirkan setiap anggota Dewan Rakyat kepada kerajaan dalam menghadapi insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370.
"Hikmahnya sekurang-kurangnya ada jambatan dan perkara yang boleh menyatupadukan kita dan inilah sesuatu yang saya tengok kelebihan yang ada pada kita," katanya.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan usul itu, anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mahu satu RCI dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat tragedi pesawat itu.
Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata ia bagi memastikan tragedi itu disiasat secara mendalam dari segala aspek dan maklumat dikongsi secara terbuka dan telus kepada seluruh rakyat.
Cadangan tersebut disokong Hasbi Habibollah (BN-Limbang) yang menyatakan penubuhan itu perlu disokong semua pihak agar tragedi MH370 dapat diperincikan demi kebaikan imej negara pada masa depan.
Datuk Seri Dr S.Subramaniam (BN-Segamat) pula berkata penubuhan RCI adalah satu tanggungjawab kerajaan bagi mencari jawapan kepada semua persoalan yang menyelubungi tragedi MH370 bagi memenuhi harapan keluarga penumpang.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan dan negara lain pada masa depan mengenai sistem teknologi di mana masih ada pesawat yang boleh terlepas dari kawalan radar walaupun dalam kecanggihan teknologi masa kini.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata jawatankuasa yang bakal dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang itu adalah amat perlu bagi menyelesaikan misteri tragedi MH370.
Dalam pengumumannya malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
Tragedi MH 370: Selangor kongsi kesedihan
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini mewakili kerajaan negeri dan rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan mereka dalam menghadapi kesedihan.
"Selepas lebih dua minggu seluruh dunia dan rakyat Malaysia khasnya berdoa serta berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 untuk pulang dengan selamat, akhirnya kita redha dan kesedihan yang tidak terbilang dengan kesudahan tragedi pesawat tersebut yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi," katanya.
Beliau juga berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam menghadapi masa yang amat mencabar dan memilukan ini.
Kerajaan Selangor, jelasnya sedia membantu keluarga mangsa untuk mengadakan majlis tahlil bagi yang beragama Islam atau acara pengebumian mengikut kepercayaan masing-masing bagi yang bukan Islam.
"Satu majlis tahlil akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam pada malam esok dan kami berharap umat Islam akan menyertai untuk bersama-sama mendoakan agar roh mereka yang pergi dicucuri rahmat-Nya," kenyataan media itu dipetik.
Sumber HD - 25-3-2014
Pencarian MH370 ditangguh akibat cuaca buruk
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.
Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.
"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.
"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak AMSA turut mendapatkan pandangan Biro Meteorologi dan cuaca dijangka bertambah baik di lokasi pencarian pada sebelah petang dan dalam beberapa hari lagi.
Operasi mencari dijangka disambung semula esok sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.
HMAS Success akan kembali ke kawasan pencarian apabila cuaca bertambah baik.
Malam tadi kapal tersebut cuba mencari objek-objek yang dilihat oleh pesawat RAAF P3 Orion, tetapi tidak menemuinya.
Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa berdasarkan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan satelit syarikat Inmarsat, penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat yang menuju Beijing hilang dari skrin radar pada 8 Mac. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
‘Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat’
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Normah Jaafar, 50-an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Khairul Amri, 29, merupakan seorang daripada 227 penumpang pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana urusan kerja iaitu untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian.
Normah ketika dihubungi tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik mengetahui perkara itu dan menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.
Beliau bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada media kerana ramai yang menghubunginya untuk menyampaikan rasa simpati mereka.
Normah, yang tinggal di Taman Kerayong Makmur, Bera dekat sini tidak mampu bercakap lebih lanjut kerana terlalu sedih.
Difahamkan beliau akan ke Kuala Lumpur pagi ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tragedi yang menimpa pesawat MH370 selepas ia hilang sejak 8 Mac.
Khairul Amri, 29, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mempunyai seorang anak berusia setahun tiga bulan. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
Misteri MH370: Hanya kotak hitam dapat beri jawapan
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.
Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.
Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.
Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media hari ini untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
Raungan keluarga di China sambut pengumuman Najib
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Beberapa anggota keluarga pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh anggota paramedik selain berlaku pergelutan apabila sesetengah waris yang kesedihan cuba menghalang jurufoto daripada merakam gambar mereka.
"Berhenti ambil gambar. Hentikan sekarang," jerit seorang lelaki kepada kumpulan warga media terbabit dan cuba menolak mereka sebelum dihalang oleh pengawal keselamatan.
Hampir 100 pengamal media berkumpul di hotel itu bagi menunggu pengumuman Najib.
Difahamkan anggota keluarga terbabit diberi taklimat oleh pegawai Malaysia Airlines (MAS) sebelum mendengar pengumuman Perdana Menteri.
Dalam pengumumannya, Najib berkata penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China. - Bernama
Sumber HD - 25-3-2014
Doa kami kepada semua insan tersayang - MAS
- Mar 25, 2014
- HARAKAHDAILY
“Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
“Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini,” kata MAS dalam satu kenyataan.
Berikut kenyatan penuh MAS.
Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.
Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.
Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.
Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.
Sumber HD - 25-3-2014
MH370 terhempas di Lautan Hindi
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Maklumat berhubung lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 17 hari lalu itu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu, umum Najib.
"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
Sehubungan itu, operasi mencari kini ditumpukan di koridor selatan, lokasi pesawat itu dipercayai terhempas.
Sidang media bagi menjelaskan penemuan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.
Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Australia, China dan Perancis memaklumkan mengesan objek dipercayai cebisan pesawat MH730 yang menguatkan lagi keyakinan bahawa ia jatuh terhempas di lautan Hindi.
Sumber HD - 24-3-2014
2 lagi objek ditemui mungkin berkaitan dengan MH370
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Perkembangan ini merupakan petunjuk terbaharu di kawasan pencarian Australia bagi menjejaki pesawat tersebut tetapi ia belum disahkan.
"Beberapa minit yang lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abbott, memaklumkannya bahawa sebuah pesawat Australia mengesan kedua-dua objek itu di kawasan pencarian Australia," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangann terkini operasi mencari dan menyelamat MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Katanya HMAS Success, kapal Tentera Laut Australia, berada di sekitar kawasan itu dan ada kemungkinan objek tersebut dapat diambil dalam tempoh beberapa jam atau mungkin seawal pagi esok.
Hishammuddin berkata dua objek berwarna oren berukuran sekitar satu meter panjang dan sebuah tong putih dikesan oleh pesawat berkenaan tetapi objek-objek tersebut belum dikenal pasti dan tiada bukti untuk mengaitkannya dengan MH370.
Beliau juga berkata, pagi tadi Malaysia menerima satu lagi set imej daripada satelit Perancis dan kali ini dirakam oleh kamera.
Beliau berkata imej itu dirakam semalam dan telah disalurkan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC).
Misi pencarian MH370 telah diperhebatkan di selatan Lautan Hindi selepas Australia pada Khamis lepas berkata imej satelit mengesan objek yang menimbulkan kesangsian yang mungkin berkaitan dengan MH370 di kawasan perairan kira-kira 2,400 kilometer dari Perth.
Penerbangan MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi pada 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Mengenai operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), Hishammuddin berkata tiga kawasan pencarian, yang dianggarkan kira-kira 20,000 batu nautika persegi telah dikenal pasti untuk operasi hari ini.
"RCC Australia menjangka 10 pesawat akan digunakan dalam usaha pencarian," kata beliau.
Beliau juga berkata bahawa di koridor utara, Turkmenistan telah mengesahkan bahawa radar negara itu tidak mengesan apa-apa isyarat berhubung MH370.
Katanya setiap maklumat yang diterima daripada rakan-rakan di koridor utara membantu untuk mengecilkan saiz kawasan pencarian. - Bernama
Sumber HD - 24-3-2014
Australia teliti setiap petunjuk kehilangan MH370
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan pada Ahad ia telah menerima gambar kemungkinan objek dari pesawat daripada pihak berkuasa Perancis, yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai pencarian pesawat di selatan Lautan Hindi.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata lokasi imej satelit Perancis berbeza sama sekali daripada yang dikeluarkan pihak China dan Australia, yang menjadi fokus utama pencarian.
Imej Perancis memfokus di kawasan kira-kira 850 kilometer utara dari kawasan pencarian sekarang, 2,500 kilometer barat daya Perth, Truss memberitahu ABC Radio pagi ini.
"Ia bukan di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat paling tepat pesawat memasuki laut.
"Tetapi dengan berkata begitu, kami perlu memeriksa semua pilihan. Kami hanya, saya agak, memegang kepada apa sahaja maklumat yang ada untuk cuba mencari satu tempat di mana kami mungkin boleh menumpukan usaha kami," katanya.
Australia mengetuai operasi mencari kesan pesawat pada Ahad yang belum berhasil, kata Truss.
Beliau turut memberi amaran tentang keadaan cuaca yang merosot di zon pencarian dan kemungkinan Taufan Tropika Gillian, yang dijangka kira-kira 1,000 kilometer utara di kawasan pencarian.
"Jelas, ia tidak akan bergelora di kawasan yang kita sedang kendalikan pencarian. Tetapi sudah tentu, ia akan menyebabklan keadaan cuaca yang kurang elok," katanya. - Bernama
Sumber HD - 24-3-2014
Pesawat India sertai misi pencarian di Lautan Hindi
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Pesawat P8-I milik Tentera Laut India dan C-130J Tentera Udara India itu mampu terbang untuk tempoh yang lama selain dilengkapi peralatan elektro optronik dan peralatan penjejak infra merah yang canggih.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di sini semalam, pesawat P8-I turut dilengkapi radar serta peralatan khas bagi operasi mencari dan penyelamat.
Selepas mendengar taklimat terperinci di Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik (ARCC) pada Sabtu, kedua-dua pesawat bertolak ke kawasan pencarian.
Kenyataan itu menyebut kedua-dua pesawat tiba di sini pada 21 Mac berikutan komitmen Perdana Menteri India Manmohan Singh bagi membantu Malaysia dalam pencarian pesawat MH370.
India menyertai misi pencarian itu sejak 11 Mac lepas di Laut Andaman dan Teluk Benggala dengan menggerakkan lima kapal serta enam pesawat Tentera Laut negara itu selain Pengawal Pantai India dari Markas Andaman dan Nicobarp.
Pesawat MH370, yang dalam penerbangan ke Beijing, China hilang daripada radar pada kira-kira 1.30 pagi 8 Mac di ruang udara antara Malaysia dan Vietnam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. Operasi mencari dan menyelamat masuk hari ke-16 hari ini. - Bernama
Sumber HD - 24-3-2014
MAS sahkan pesawat ke Seoul dilencong ke Hong Kong
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.
"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.
MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.
"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya. - Bernama
Sumber HD - 24-3-2014
MH370: Imej baharu satelit beri harapan baharu
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Kementerian Pengangkutan berkata Malaysia menerima imej itu daripada pihak berkuasa Perancis pagi ini dan segera menyampaikan maklumat itu kepada pusat koordinasi penyelamat Australia.
Perkembangan terkini mengenai operasi mencari MH370 dimaklumkan melalui kenyataan kerana tidak ada sidang media hari ini.
Sidang media harian pada pukul 5.30 petang di Hotel Sama-Sama dekat Lapangan Terbang Antarabangsa KL sejak 8 Mac telah dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai hari ini.
Sebelum ini, Australia dan China telah mengeluarkan imej satelit menunjukkan objek yang bermungkinan mempunyai kaitan dengan MH370, di sekitar koridor selatan.
"Semua maklumat ini telah disalurkan kepada Australia sebagai negara yang mengetuai misi pencarian di kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kementerian berkata Malaysia telah dimaklumkan oleh para pegawai Australia bahawa mereka tidak membuat apa-apa penemuan baharu berhubung MH370 setakat pukul 2.30 petang hari ini.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata operasi hari ini membabitkan pencarian visual.
Pengurus besar AMSA John Young memberitahu sidang media di Canberra hari ini bahawa walaupun pencarian visual mengambil masa dan mungkin sukar tetapi keputusan yang dipersetujui adalah untuk meneruskan pencarian.
AMSA berkata imej satelit objek terapung di koridor selatan yang dirakamkan oleh China, semalam termasuk dalam kawasan pencarian.
Pencarian pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal masuk hari ke-16 hari ini. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Operasi tidak temui objek yang dikesan satelit China
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di sini hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian.
Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu.
Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319.
Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari.
Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi.
"Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang.
Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini.
"Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyataan itu.
Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Sonar mampu kesan MH370 jika terjunam di lautan Hindi
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata hanya Amerika Syarikat mempunyai peralatan tersebut di mana ianya "boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter" untuk mengesan sebarang objek yang terbenam.
“Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali…dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya…hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan.
“Itu sajalah peralatan yang boleh digunakan kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)” kata Azmi kepada Bernama selepas di wawancara dalam program BernamaTV 'Ruang Bicara' bertajuk 'Kotak Hitam' yang disiarkan secara langsung di sini malam ini.
Beliau juga berkata pencarian kotak hitam boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan peralatan tertentu jika ianya gagal ditemui dalam tempoh 30 hari.
Azmi berkata kotak hitam itu juga boleh dikesan dengan secara manual jika lampu isyarat perakam penerbangan itu berhenti menghantar isyarat selepas 30 hari.
Ini telah dilakukan pada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009, di mana kotak hitamnya telah ditemui selepas hampir dua tahun, iaitu 23 bulan, selepas kapal terbang itu hilang.
Kapal terbang itu, yang membawa 228 orang, dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Peranchis.
Azmi berkata berkata kotak hitam itu yang diperbuat daripada titanium dan keluli serta dilapisi bahan tahan api, boleh menahan hentakan yang kuat sehingga 3,000 kali, serta masih mampu mengeluarkan isyarat jika jatuh hingga kedalaman 6,000 meter.
Selain mampu bertahan sehingga 2,000 darjah Fahrenheit dalam sesuatu kebakaran, katanya.
Katanya, hampir 95 peratus kotak hitam dapat ditemui dalam kemalangan yang melibatkan kapal terbang.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia, yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa KL pada 8 Mac.
Penerbangan itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
MH370: Operasi diperhebat walau taufan "Gillian" dijangka melanda
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan selepas satu objek besar terapung dikesan oleh satelit China di koridor selatan Lautan Hindi.
Maklumat mengenai penemuan objek itu yang dikesan oleh satelit pemerhati China "Gaofen-1" kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing telah disampaikan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa beliau mengadakan sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang dekat sini hari ini.
Maklumat daripada Duta China ke Malaysia Huang Huikang disampaikan kepada Hishammuddin dalam nota bertulis.
Agensi berita nasional China Xinhua dalam laman webnya www.xinhuanet.com berkata jurucakap Kementerian Luar negara itu Hong Lei berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan, berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar, di selatan Lautan Hindi.
Satu lagi agensi kerajaan China, Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata imej dari satelit itu merakamkan objek berkenaan pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur, di selatan Lautan Hindi.
Menurut Xinhua, lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenayataan berkata China menyalurkan imej satelit kepada Australia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan pada Sabtu.
AMSA berkata ia akan mengambil kira maklumat itu dalam pelan pencariannya pada Ahad.
Ia telah menentukan kedudukan dan ia terletak dalam kawasan pencarian pada Sabtu.
AMSA menambah kapal tentera laut Diraja Australia HMAS Success telah tiba di kawasan pencarian dan begitu juga dua buah kapal dagang juga berada di kawasan itu.
Hishammuddin pada sidang media itu berkata kapal-kapal China telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk mengenal pasti penemuan objek itu.
Penemuan objek itu oleh China di koridor selatan, kira-kira 2,500 km ke baratdaya Perth, Australia, telah memberi harapan bahawa ia akan menghasilkan penemuan pesawat yang hilang itu
Hari ini, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian di kawasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi untuk menjejaki pesawat itu.
Hishammuddin berkata pada umumnya, keadaan di kawasan pencarian koridor selatan amat mencabar kerana kedalaman lautannya antara 1,150 meter dan 7,000 meter.
"Di kawasan yang kemungkinan objek-objek itu dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, keadaan ombak pula kuat dan laut bergelora," kata beliau dan menambah bahawa amaran taufan "Gillian" telah dikeluarkan di koridor selatan hari ini.
Mengenai pencarian di koridor utara, Hishammuddin berkata China, Pakistan, India, Myanmar, Laos, Kyrgyztan dan Kazakhstan telah memaklumkan secara lisan kepada operasi SAR bahawa berdasarkan analisis awal, radar mereka tidak mengesan pesawat tersebut.
Ketika pencarian MH370 tetap menjadi keutamaan Malaysia, Hishammuddin berjanji bahawa pihak berkuasa Malaysia akan melakukan apa saja yang termampu untuk memaklumkan keluarga penumpang MH370 mengenai perkembangan terkini.
Dalam perkembangan lain, pusat media bagi petugas yang membuat liputan tentang pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur mulai esok.
Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini, pemindahan itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 Jumaat ini.
Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac.
MH370 sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Objek-objek yang dikesan Australia belum kelihatan
- Mar 22, 2014
- azmi
Beliau berkata lima pesawat dan dua kapal dagang terbabit dalam operasi SAR di kawasan dua objek itu dikesan oleh statelit Australia, kira-kira 2,500km dari barat daya Perth, Australia di Lautan Hindi.
"Walaupun penggunaan kaedah mencari secara visual yang lebih baik, namun objek itu tidak kelihatan," katanya pada taklimat media hari ini berhubung usaha SAR bagi menjejak pesawat jenis Boeing 777-200ER yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lepas.
Usaha mencari di bahagian selatan Lautan Hindi dimulakan selepas Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memberitahu Parlimen negara itu mengenai dua objek berkenaan yang mungkin berkait dengan penerbangan MAS.
"Operasi SAR akan diteruskan dan hari ini, mereka bercadang mencari kawasan seluas kira-kira 10,500 batu nautika persegi," kata Hishammuddin.
Berhubung hasil pencarian awal di koridor utara, beliau berkata China, Pakistan, India, Myanmar, Laos, Kyrgyztan dan Kazakhstan secara lisan memaklumkan bahawa pesawat itu tidak dikesan di radar negara masing-masing.
Beliau berkata Australia, selaku ketua penyelaras operasi SAR di koridor selatan, menjangkakan sebanyak enam pesawat iaitu empat pesawat tentera dan dua pesawat awam akan melakukan pencarian secara visual di kawasan tersebut.
Katanya dua kapal dagang akan turut menyertai operasi bersama kapal tentera laut Australia, 'HMAS Success', hari ini.
Hishammuddin berkata pencarian di koridor selatan amat mencabar kerana kedalaman lautan berbeza antara 1,150 meter dan 7,000 meter.
"Dalam kawasan kemungkinan objek-objek yang dikenal pasi oleh pihak berkuasa Australia itu, keadaan ombak yang tinggi dan laut bergelora," katanya sambil menambah bahawa amaran taufan 'Gillian' telah dikeluarkan di koridor selatan itu.
Hishammuddin turut menyatakan penghargaan tinggi terhadap semua anggota SAR dari pelbagai negara yang mengambil risiko dalam operasi mencari pesawat berkenaan.
Beliau berkata dua lagi pesawat China, 'Ilyushin IL-76s' akan tiba di Perth untuk membantu dalam operasi SAR manakala pesawat 'Shaanxi Y-8', yang tiba semalam, akan beroperasi dari Pangkalan Udara Subang, dekat sini.
"China juga akan menghantar tambahan dua kapal dari Laut Andaman untuk menyertai lima kapal China yang sudah berada di koridor selatan," katanya.
Selain itu, dua pesawat India -- P-8 Poseidon dan C-130 Hercules -- tiba di sini semalam untuk membantu operasi SAR.
Hishammuddin berkata kapal Britain, 'HMS Echo, yang dilengkapi dengan sensor canggih yang boleh menyokong operasi kapal selam dan amfibia, kini dalam perjalanan dari Teluk Persia menuju ke koridor selatan.
Koridor utara merangkumi kawasan dari sempadan Kazakhstan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan pula dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Kedua-dua koridor tersebut meliputi 2.24 juta batu nautika persegi. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Serpihan-serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Xinhua.
Laporan itu memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengaitkan serpihan tersebut dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
"Semalam, satu daripada pesawat awam kami yang terbabit dalam pencarian itu mengesan beberapa objek di satu kawasan kecil dalam zon pencarian Australia.
"Akan tetapi sebelum kita boleh berbicara secara khusus tentang objek itu, kita perlu mengambilnya dahulu. Masih terlalu awal untuk benar-benar pasti," katanya kepada pemberita di Papua New Guinea pagi Ahad.
Laporan Xinhua menerusi laman sesawangnya http://news.xinhuanet.com/english itu turut memetik Abbot sebagai berkata empat lagi pesawat iaitu masing-masing dua dari China dan Jepun akan menyertai pencarian di kawasan berkenaan.
Mengenai imej yang dicerap oleh satelit China, beliau berkata cerapan itu membayangkan objek tersebut sangat besar.
Katanya harapan bahawa pihak berkuasa mungkin dapat menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut semakin meningkat. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Satelit China kesan objek terapung di koridor selatan
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Maklumat 'panas' tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini hari ini.
"Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya," katanya.
Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.
Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
Amerika timbang permintaan Malaysia bantu cari MH370
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini susulan panggilan telefon Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel malam tadi.
Semalam Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau akan meminta bantuan daripada AS, bagi aset khusus termasuk aset dilengkapi keupayaan mencari di laut dalam.
"Tiada permintaan spesifik dibuat bagi mana-mana jenis aset tertentu. Ia berupa permintaan secara umum untuk kami membantu mengesan serpihan pesawat dan kotak hitam," menurut laporan agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Pentagon Laksamana Madya John Kirby, semasa diminta mengulas panggilan telefon itu.
"Setiausaha berkata beliau akan menimbangkan permintaan itu, dan beliau akan meneliti sama ada kami mempunyai apa-apa yang boleh dan berpotensi untuk membantu dan beliau akan menghubungi semula Menteri (Hishammuddin) dalam masa terdekat," katanya.
Menurut agensi berita itu, Tentera Laut AS mempunyai pelbagai sistem sonar yang aktif dan pasif, antaranya berupaya mengesan objek di laut dalam dengan mengeluarkan bunyi 'ping' dan memantau bunyi bergema dan ada yang berupaya mendengar bunyi seperti mikrofon bawah laut.
Bagi operasi SAR untuk mengesan pesawat MH370, AS pada awalnya mengerahkan kapal pemusnah misil tentera laut, USS Kidd, serta USS Pinckney, bersama-sama dua pesawat peninjau P-8 dan P-3.
Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
MH370: Belum ada keluarga minta dibawa ke Australia
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya ini kerana tiada perkembangan terkini berhubung dua objek yang imejnya dicerap oleh satelit di selatan Lautan Hindi awal minggu ini dan dilapor mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines tersebut.
"Mereka tidak minta begitu (dibawa ke Australia) kerana tidak ada sebarang penemuan (sahih) setakat ini," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.
Khamis lepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan dua objek itu kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth yang mungkin ada kaitan dengan penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai negara sehingga kini masih gagal mengesan pesawat tersebut yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan lebih separuh penumpang ialah warga China.
Sementara itu, warga media hari ini diminta agar tidak mengganggu saudara mara penumpang warga China yang ditempatkan di sebuah hotel di Bangi.
"Tolonglah, bukan hari ini. Kami sangat letih dan baru sahaja habis perbincangan," kata seorang daripada mereka ketika dihampiri wakil media di hotel itu.
Beberapa sukarelawan dari badan bukan kerajaan Cina juga dilihat berada di sisi sesetengah keluarga terbabit.
"Mereka semua tidak betul-betul okey...malah kami juga tidak dapat membantu sangat," kata seorang daripada sukarelawan berkenaan.
Dalam pada itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersedia menambah aset bagi membantu operasi mencari dan menyelamat MH370.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata setakat ini TLDM menghantar enam kapal bersama tiga pesawat bagi menyertai misi pencarian di koridor selatan, meliputi perairan Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
"Kita telah mengarahkan beberapa kapal untuk siap sedia sekiranya terdapat petunjuk mengenai pesawat itu, lebih-lebih lagi jika pesawat itu ditemui," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kelapan Persatuan Pesara Pegawai TLDM (RMNOA) di Kuala Lumpur. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
Bateri litium-ion dibawa MH370 tidak berbahaya - MAS
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata item berkenaan diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata dalam taklimat media bahawa barangan tersebut dibungkus seperti yang disaran oleh ICAO dan kargo itu diperiksa beberapa kali selaras dengan garis panduan ICAO.
Beliau juga berkata syarikat penerbangan lain turut berbuat demikian, bukan MAS semata-mata.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang pada awal pagi 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pelbagai teori timbul susulan kehilangan pesawat itu termasuk kemungkinan berlaku kebakaran yang menyebabkan anak kapal hilang upaya.
Misi mencari yang melibatkan pelbagai negara sehingga kini gagal mengesan pesawat tersebut. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
MH370: Apa sudah jadi dengan radar Markoni - Anwar
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.
"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Tak akan ditutup?
"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu. Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.
Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn digesa meletakkan jawatannya jika gagal menjawab kegagalan radar tersebut berfungsi pada hari kejadian itu.
"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.
Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.
Menurut Ketua Pembangkang lagi, pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.
"Ini ancaman keselamatan negara. Kerana apa? Sibuk cari duit, cari kesalahan orang, hina orang, zalim pada orang, fitnah orang negara jadi rosak," katanya.
Sumber HD - 22-3-2014
MH370: Pakar yakin bateri Lithium di ruang kargo terbakar
- Mar 22, 2014
- AIMEE TURNER
Sebaliknya, beliau melihat bahawa anak kapal penerbangan berkenaan mungkin telah berusaha berhempas pulas cuba menyelamatkan pesawat sehinggalah ke saat beliau sendiri tumpas kepada kebakaran yang memusnahkan penerbangan berkenaan.
Kebakaran yang berlaku mungkin berpunca dari bateri lithium-ion yang sifatnya mudah terbakar di dalam ruang kargo pesawat. Kalau pun ada kemungkinan api berpunca dari sumber lain tetapi kehadiran bateri berkenaan di dalam kargo pesawat berupaya menyemarakkan kebakaran dengan cepat.
Vincent merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam merumus polisi berkaitan pengurusan krisis dalam mengendalikan kes-kes rampasan kapal terbang di Amerika Syarikat dalam tahun 1980-an.
Beliau juga mengetuai Agensi Marshal Udara Persekutuan (pasukan bersenjata), sebuah agensi di bawah FAA dan menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes pengeboman pesawat Pan Am 103 oleh kumpulan pengganas.
Selepas menamatkan perkhidmatan dengan FAA, beliau mengetuai sebuah firma perundingan antarabangsa yang telah mendapat kontrak merangka dan melaksanakan sistem keselamatan untuk lapangan terbang antarabangsa Malaysia, KLIA.
Dari lapangan terbang inilah pesawat MH370 berlepas pada 12.41 pagi, Sabtu, 8 Mac 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Ianya hilang dari radar dalam penerbangan ke Beijing pada jam 1.21 pagi setelah membuat transmisi radio yang terakhir pada 1.19 pagi.
Pegawai-pegawai dari pihak berkuasa Malaysia mengesyaki bahawa seseorang di dalam pesawat telah mematikan Sistem Laporan dan Penyampaian Komunikasi (ACARS) pesawat berkenaan dan kemudiannya mematikan transponder pesawat menyebabkan terputusnya perhubungan pesawat dengan pusat kawalan trafik udara.
Denyutan elektronik (pings) yang ditransmisikan oleh pesawat secara automatik ke satelit Inmarsat menunjukkan bahawa penerbangan MH370 berkemungkinan telah dengan sengaja dilencongkan dan terbang ke hala utara merentasi kawasan Asia Tengah atau ke hala selatan merentasi Lautan Hindi.
DENYUTAN ELEKTRONIK
Dalam satu temubual eksklusif dengan Air Traffic Mangement.com, Vincent menolak kemungkinan bahawa sebutir bom telah diletupkan di dalam pesawat kerana sekiranya hal ini berlaku maka bahagian dalam pesawat musnah dan sistem tekanan udara pesawat rosak. Ini tidak berlaku.
Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa denyutan elektronik yang diterima oleh satelit menunjukkan bahawa pesawat MH370 terbang berterusan selama sehingga 7 jam selepas hilang dari radar, menunjukkan bahawa “aerostructure” pesawat berkenaan dalam keadaan baik.
Berasaskan kepada serpihan-serpihan yang dikesan di kawasan yang terletak 1,550 batu ke barat daya Perth, dan berasaskan kepada denyutan elektronik yang terakhir yang di terima oleh satelit Inmarsat, Vincent berpendapat bahawa pesawat tidak lagi di bawah kawalan juruterbang atau pembantu juruterbang sehingga ia akhirnya, mungkin terhempas.
“Data-data yang didedahkan setakat ini berkemungkinan menunjukkan bahawa masalah yang menimpa pesawat ada kaitannya dengan bahan berbahaya yang dibawa oleh pesawat.
“Senario yang berlaku bermula dengan kebakaran bahan berbahaya ini di ruang kargo – kerana bahan berkenaan tidak dibungkus dengan cermat mematuhi peraturan yang ditentukan atau pun bahan berkenaan diterbangkan secara menyalahi undang-undang atau kedua-duanya sekali,” jelas Vincent.
BATERI LITHIUM-ION
Pihak berkuasai Malaysia pada hari Jumaat mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu ada membawa bateri lithium-ion di dalam ruang kargonya tetapi mendakwa pihak MAS tidak menganggap bahan berkenaan berbahaya kepada keselamatan pesawat.
Ini kerana peraturan berpiawaian berkaitan dengan sistem pembungkusan bahan berbahaya telah dipatuhi.
“Bahan ini bukan dianggap bahan berbahaya dan kami telah membungkusnya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Sehingga kini, maklumat manifest kargo yang telah didedahkan hanyalah berkaitan empat ton buah manggis.
Vincent yakin bahawa sekiranya kebakaran bermula di ruang kargo, ianya tentu telah merebak kebahagian lain pesawat sehingga memusnahkan sistem komunikasi pesawat itu.
Berkemungkinan gas beracun yang terhasil dari kebakaran telah melemaskan penumpang-penumpang di dalam kabin pesawat dan anak kapal di ruang kokpit. Mungkin juruterbang atau pembantu juruterbang pesawat telah berjaya memasang corong oksigen dan mengemudi pesawat untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur atau ke Pulau Langkawi.
Pesawat MH370 dilaporkan telah terbang ke paras 45,000 kaki yang mana Vincent percaya bahawa ia disebabkan ketidakupayaan pilot untuk melihat alat pengawal penerbangan di dalam kokpit untuk mengemudi penerbangan kembali ia ke paras yang biasa.
Vincent percaya bahawa pilot mungkin akhirnya telah dapat mengawal semula penerbangan dan mengemudi pesawat ke paras sekitar 23,000 kaki - yang merupakan aras yang telah ditetapkan oleh pembuat pesawat bertuju menghalang kebakaran dari terus merebak dan menjamin supaya pesawat berada dalam keadaan yang lebih selamat bila membuat pendaratan cemas.
Laporan rasmi mengenai penerbangan UPS B747 yang terhempas di Dubai memperincikan bagaimana anak-anak kapal telah berusaha berhempas pulas untuk memulihkan tekanan udara di dalam pesawat bagi menahan supaya kebakaran tidak terus merebak 30 saat selepas pesawat itu hilang dari kawalan dan sistem pengesanan.
Dalam kemalangan itu – semua anak kapal terkoban – di dapati bahawa masa dari kebakaran mula-mula dikesan sehingga pesawat hilang dari kawalan adalah sekitar dua setengah minit.
BAHAN BERBAHAYA
Pesawat UPS B747 didapati membawa tiga bungkusan bateri lithium yang sepatutnya diistiharkan sebagai “bahan merbahaya” tetapi tidak diistiharkan seperti sepatutnya. Ujian-ujian yang dibuat oleh Pusat Teknologi FAA di Amerika Syarikat selepas pesawat terhempas menunjukkan bahawa “pemanasan” (overheating) yang berlaku di dalam ruangan kargo telah menyebabkan berlakunya reaksi berantai (chain reaction).
“Bateri yang bukan punca kepada kebakaran berkenaan telah terbakar dan apinya merebak yang akhirnya membawa kepada bencana yang telah berlaku,” kata Vincent.
Berpandukan kepada penemuan ini, penyiasat kemalangan pesawat MH370 pastinya mahu mengetahui kuantiti dan lokasi di mana bateri berkenaan diletakkan di dalam pesawat.
Adalah juga penting untuk mengetahui bagaimana bateri itu telah dibungkus dan diperbuat serta untuk mengetahui rekod sejarah penghantaran bateri ini oleh MAS dan juga oleh kilang pembuat bateri.
Penyiasat-penyiasat yang menyiasat kemalangan udara di Dubai juga mendapati bahwa rakaman suara kokpit menunjukkan bahawa corong oksigen yang dipakai oleh pilot kehabisan udara selepas 6 minit amaran kebakaran berbunyi.
Ini menyebabkan pilot meninggalkan tempat kawalan kapal terbang kerana kesukaran bernafas dan terhidu gas beracun. Pembantu juruterbang yang mengmbilalih kemudi pesawat tidak dapat melihat ke hadapan kokpit, panel kawalan pesawat di dalam kokpit dan panel kawalan audio menyebabkan pesawat gagal dikawal dan dikemudi semula.
Pihak berkuasa memberitahu bahawa komunikasi perbualan dari penerbangan MH370 yang paling akhir dihantar dua minit sebelum pesawat hilang dari skrin radar pusat kawalan udara ketika terbang di ruang angkasa Laut China Selatan.
Vincent percaya bahawa anak kapal telah berjaya menstabilkan pesawat buat beberapa ketika dan meletakkan arah baru penerbangan sebelum kemudiannya tumpas akibat ketiadaan oksigen atau kehadiran gas beracun di dalam pesawat.
“Pesawat terus terbang secara autopilot sehingga ia kehabisan minyak dan terhempas – berkemungkinan besar di kawasan lautan kerana tiada apa-apa laporan diterima dari sistem Emergency Locater Transmitter pesawat berkenaan.
“ELT diterima oleh satelit sekiranya pesawat terhempas di daratan,” ujar Vincent.
Vincent yakin bahawa lain-lain senario seperti rampasan pesawat dan sabotaj tidak mungkin berlaku. Misalnya, tidak ada petunjuk bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat berkenaan terlibat dalam perbuatan jenayah menyebabkan kehilangan pesawat.
DIBOLOSI PENJENAYAH
Juga, pihak berkuasa Malaysia belum ada mendedahkan sebarang data yang menunnjukkan bahawa sistem keselamatan pesawat telah dibolosi penjenayah atau perampas pesawat.
Beberapa orang penyiasat kemalangan penerbangan memberitahu Air Traffic Mangement.com bahawa masih wujud perkara yang belum dapat ditentukan dengan tepat, misalnya kenapa radio di dalam pesawat MH370 tidak berbunyi?
Apabila pesawat terhempas disebabkan oleh kebakaran, keadaan buruk berlaku dengan cepat yang akhirnya memusnahkan kemampuan pesawat untuk terbang seperti mana yang berlaku kepada pesawat UPS 747-400 berpunca darit kebakaran bateri lithium di dalam ruang kargo.
Pesawat itu terhempas di Dubai. Ini jugalah yang berlaku kepada Valujet 594 yang terhempas kerana kebakaran penjana oksigen yang terletak dalam ruang kargo peswat, Swiss Air 111 kerana kebakaran sistem letrik di ruang kosong di bahagian bumbung sebelah dalam pesawat dan South African Airways Boeing 747 dalam tahun 1987 kerana kebakaran di ruang kargo.
Dalam setiap kes, Vincent mendapati, anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk berkomunikasi dengan pusat kawalan udara sebelum pesawat terhempas walaupun kebakaran berkenaan merebak dengan cepat.
Dalam setiap kes yang disebut, kebakaran menyebabkan pesawat tidak boleh lagi terbang kecuali dalam kes Swiss Air di mana pesawat terus terbang berlegar di udara bagi menghabiskan bahan bakar.
Alasan kedua yang menimbulkan keraguan mengenai kejadian kebakaran di ruang kargo pesawat MH 370 ialah pilot pesawat, sekiranya beliau patuh kepada prosedur kecemasan, sepatutnya dia telah menggunakan corong oksigen kecemasan yang mampu melindungi pemakainya dari gas beracun.
Pada corong oksigen kecemasan itu ada alat mikrofon yang membolehkan mereka berhubung dengan pusat kawalan trafik dan menyatakan keadaan yang dihadapi dan maksud mereka untuk cuba membuat pendaratan cemas. Tidak diketahui ini dilakukan atau tidak oleh anak kapal berkenaan.
Akhirnya, di sana wujud keraguan sama ada – walaupun sistem autopilot masih berfungsi – sesebuah pesawat berupaya untuk terus terbang sehingga 7 jam. Kemalangan sepatutnya berlaku lebih cepat walaupun ada usaha di pihak anak kapal untuk menstabilkan tekanan udara di dalam kabin untuk menghentikan kebakaran. - Diterjemahkan secara bebas dari Air traffic Management.com oleh Dr Rosli Yaakob
Sumber HD - 22-3-2014
Wanita ketuai Tentera Laut Australia cari MH370
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi ini, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.
Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.
"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.
Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren, katanya kepada akhbar itu.
Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.
Misi mereka mencari objek sepanjang 24 meter yang mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu, katanya.
Pelayaran kapal itu lancar tetapi dalam keadaan cuaca mendung dengan suhu 15 darjah.
Norris menyertai tentera laut sejak 1987 sebagai pegawai dan pakar perang.
Beliau merupakan pegawai memerintah kapal frigat HMAS Melbourne sebelum ditugaskan di daratan dan kemudiannya dilantik pegawai memerintah HMAS Success pada Disember 2012.
Beliau merupakan pegawai eksekutif di Melbourne semasa dikerahkan bertugas di Teluk di bawah operasi "Operation Catalyst" dan pernah berkhidmat di HMAS Sydney di Timur Tengah.
Pada 2010 beliau disenaraikan sebagai finalis bagi kategori komuniti dan kerajaan bagi bahagian ACT anugerah 'Telstra Business Woman'.
MH370, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
AMSA kerah enam pesawat cari MH370 hari ini
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
AMSA dalam satu kenyataan di sini, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.
"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu disebabkan jarak perjalanan pergi balik ke lokasi pencarian yang jauh, pesawat P3 Orion yang terbabit hanya mempunyai masa pencarian selama dua jam.
Pesawat komersial perjalanan jarak jauh pula mempunyai masa pencarian kira-kira lima jam, kata kenyataan itu.
Selain itu, dua kapal dagang sudah berada di kawasan pencarian sementara kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba lewat petang ini.
"Empat boya penanda yang digugurkan di kawasan pencarian awal minggu ini masih menghantar data mengenai pergerakan air ke AMSA," kata kenyataan itu.
Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing bersama sama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
New Zealand komited bantu Malaysia cari MH370
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Sambil meluahkan rasa sedih dan simpati kerajaan serta rakyatnya, Menteri Hal Ehwal Maori New Zealand, Dr Pita Sharples berkata menjadi tanggungjawab negara itu untuk membantu Malaysia atas dasar hubungan baik kedua-dua negara.
"Apabila gempa bumi menggegarkan Christchurch, Malaysia antara yang terawal menawarkan bantuan, dan ini amat dihargai oleh kerajaan dan rakyat New Zealand," katanya semasa berucap dalam jamuan malam 'Sarawak-New Zealand Night', di sini malam tadi.
Gempa bumi Christchurch pda 22 Feb 2011 mengorbankan 185 orang manakala ribuan lagi cedera.
Dalam pada itu Sharples berkata kerjasama baik antara Malaysia dan New Zealand yang wujud dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, perlu dipertingkat bagi menghadapi cabaran global terutama dalam ekonomi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut, berkata adalah amat penting untuk mengekalkan hubungan baik antara Sarawak dan New Zealand yang banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Pada masa sama katanya ada keperluan untuk kedua-dua pihak meneroka lebih jauh potensi bidang-bidang seperti pendidikan, peluang perniagaan, pelancongan serta program pertukaran kebudayaan.
"Skop kerjasama antara kedua-dua pihak perlu diperluas bagi meliputi lebih banyak sektor dan meneroka peluang yang ada," katanya.
Beliau turut mempelawa pelabur asing membantu kerajaan Sarawak meneroka pelbagai sumber asli yang ada di negeri itu, termasuk hidroelektrik.
"Menjelang 2030, Sarawak akan menjadi penggerak utama tenaga di rantau ini," kata Jabu.
Selain itu katanya Sarawak juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan terutama sektor ekopelancongan yang kini semakin menjadi perhatian pelawat. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
Penyiasat teliti rekod panggilan telefon juruterbang
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.
Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Ia bukan barang berbahaya dan telah dibungkus seperti yang disyorkan oleh ICAO. Kami memeriksanya beberapa kali untuk memastikan ia dibungkus dengan betul dan dilakukan mengikut garis panduan ICAO," katanya pada taklimat media harian mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, hari ini.
Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan wakil khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.
Ahmad Jauhari berkata bukanlah luar biasa bagi syarikat penerbangan membawa barangan seperti itu sebagai kargo, dan menegaskan: "Barang ini diterbangkan oleh kebanyakan syarikat pesawat kargo. Syarikat penerbangan selalu melakukan perkara ini, bukan sahaja MAS."
Ditanya sama ada pesawat Boeing 777-200 (MH370) itu dilengkapi sistem dikenali sebagai 'Uninterruptible Autopilot System' yang boleh mencegah perbuatan merampas pesawat secara manual dari dalam pesawat, beliau berkata: "Pesawat itu mempunyai kelengkapan standard. Tidak terdapat sebarang peralatan tambahan padanya."
Sementara itu, Hishammuddin berkata siasatan agensi perisikan antarabangsa mengenai penumpang dan anak kapal termasuk juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, mendapati tidak wujud sebarang perkara luar biasa.
Mengenai simulator yang terdapat di rumah Zaharie, beliau berkata: "Kami telah serahkan maklumat mengenainya kepada pihak antarabangsa untuk mendapatkan pengesahan dengan kadar cepat. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mungkin boleh memberi komen mengenai perkembangan terbaharunya."
Hishammuddin berkata mereka juga tidak mempunyai maklumat mengenai seorang suri rumah yang mendakwa ternampak sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam di dalam air di luar Kepulauan Andaman ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur selepas menunaikan umrah di Makkah pada hari pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang menuju ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Gerakan mencarinya dilancarkan di Laut China Selatan sebelum kawasan carian diperluaskan hingga meliputi satu kawasan yang luas di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi.
Pesawat itu dikatakan menukar haluan selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat dan pesawat bekenaan terbang selama tujuh jam selepas itu.
Gerakan mencari kemudian ditumpukan di dua koridor iaitu koridor utara yang bermula dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand serta koridor selatan yang bermula dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
Kronologi kehilangan pesawat MH370
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.
Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
MH370: Australia akui usaha kesan dua objek sukar
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
MELBOURNE: Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lepas di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk.
Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini.
Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat.
Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam. Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu.
"Setakat ini tiada objek dikesan," lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini pertamanya pada Jumaat.
Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata keadaan cuaca adalah buruk.
Beliau berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin telah hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac.
Kerajaan juga mengingatkan walaupun imej satelit itu kredibel, objek mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat tersebut.
Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu pemberita di Papua New Guinea pada Khamis malam, penemuan itu merupakan petunjuk paling positif setakat ini dalam usaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hampir dua minggu lepas.
"Kita tidak tidak tahu apakah yang sebenarnya dicerap oleh satelit itu sehingga kita dapat lihat dari dekat, akan tetapi ini petunjuk paling memberangsangkan dalam satu kejadian misteri yang begitu membingungkan.
"Kita menawarkan semua sumber yang boleh untuk membantu. Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikan kejadian ini," katanya. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
MH370: Beza Malaysia dan Australia hargai parlimen
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.
Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi.
“Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.
Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.
Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.
Bagi Shahbudin, ini nyata berbeza dengan negara kita, di samping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.
Baca lagi
Sumber HD - 21-3-2014
Siapa Kapten Zaharie dari pandangan juruterbang luar
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sabotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie, tulis blogger Anak Sungai Derhaka.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
Baca di sini
Sumber HD - 21-3-2014
Australia teruskan usaha kesan MH370 hari ini
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi pada Khamis ditangguhkan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2300 Waktu Siang Timur Australia (AEDT), (kira-kira 8 malam Malaysia), AMSA menyatakan operasi SAR itu akan diteruskan pada Jumaat.
"AMSA mengerahkan empat pesawat ke kawasan seluas 23,000 kilometer padu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth berikutan pencerapan imej satelit oleh Pertubuhan Risikan Geospatial Australia pada pagi Khamis," katanya.
Pesawat yang terlibat dalam usaha itu ialah dua pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat P8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat P-3K2 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand bersama-sama dengan pesawat C-130J Hercules RAAF.
AMSA menyatakan sebuah kapal dagang tiba di kawasan carian itu pada petang Khamis dan sebuah lagi kapal dagang sedang menuju ke kawasan itu.
"Sejumlah enam kapal dagang membantu dalam pencarian ini sejak makluman perkapalan disiarkan pada malam Isnin. Kapal HMAS Success milik Tentera Laut Diraja Australia juga sedang menuju ke kawasan pencarian itu," kata AMSA.
Imej berkenaan dicerap pada Ahad namun, berikutan banyaknya imej yang dicari serta proses pemerincian analisis, maklumat itu hanya dibawa ke perhatian AMSA pada pagi Khamis, kata lembaga itu dalam kenyataan yang dimuat turun daripada laman webnya www.amsa.gov.au hari ini.
"Imej-imej ini telah dinilai sebagai boleh dipercayai tetapi ia juga mungkin tidak berkaitan dengan pencarian ini," kata AMSA.
Semalam, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.
Awal hari ini, AMSA menyatakan pesawat AP-3C Orions milik Tentera Udara Diraja Australia yang pertama tiba di lokasi berkenaan, gagal mengesan dua objek itu berikutan cuaca buruk yang mengehadkan jarak penglihatan. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
Orang ramai berharap penumpang, kru MH370 selamat
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
SEPANG: Orang ramai masih menaruh harapan tinggi terhadap keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 walaupun laporan terbaru mengatakan dua objek mungkin berkaitan pesawat itu ditemui di selatan Lautan Hindi hari ini.
Zuraini Mohamed, 43, berkata nalurinya kuat mengatakan 227 penumpang pesawat dan 12 anak kapal itu masih hidup dan akan ditemui tidak lama lagi.
"Saya amat berharap pesawat itu ditemui dengan kesemua dalam pesawat selamat. InsyaAllah berkat doa semua orang, ia akan ditemui tidak lama lagi.
"Selagi belum sah itu adalah pesawat MH370, kita masih ada harapan dan teruskan berdoa," katanya ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan satelit negara itu mengesan imej dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Bagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin TunHussein berkata objek itu masih perlu disahkan.
Seorang ahli perniagaan warga Sepanyol, Jose Luis, 38, berharap penemuan objek itu mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang memandangkan operasi mencari sudah memasuki hari ke-13. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
India kerah 4 kapal perang cari MH370
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
NEW DELHI: Tentera Laut India telah mengerahkan empat kapal perang - IN Ships Satpura, Sahyadri, Saryu dan Batti Malv di Teluk Benggala, Laut Andaman dan bahagian barat Kepulauan Andaman untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Serentak itu, pencarian ekstensif dari udara juga dijalankan melibatkan sebuah P 8I dengan pod Electro Optics/Infra Red (EO/IR), sebuah pesawat Hercules C 130J (dari tentera udara India) dan sebuah pesawat Dornier, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan hari ini.
Selain itu, sebuah P 8 I bersama sebuah pesawat Hercules C 130J ditugaskan ke Malaysia untuk pencarian itu. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
Bapa yakin pasangan berbulan madu ke Beijing selamat
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Hamid Ramlan, 56, seorang anggota polis yang bertugas di Bukit Aman berkata walaupun penantian merupakan satu penyeksaan, beliau sekeluarga masih yakin Allah SWT dapat menemukan mereka dengan anak perempuan serta menantunya, Mohd Razahan Zamani, 24.
"Pasangan itu pergi ke Beijing, China untuk berbulan madu. Hampir dua minggu kami tidak menerima sebarang maklumat positif mengenai mereka. Kami tawakal dengan segala ketentuan Ilahi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata jika keadaan sebaliknya berlaku, mereka keluarga tetap akan menerima dengan redha walaupun perit.
Sementara itu, S.Thenmoli, 26, adik perempuan kepada seorang penumpang MH370 turut yakin abangnya, S.Puspanathan, 34, tetap akan pulang ke pangkuan keluarga meskipun sudah 13 hari pesawat berkenaan gagal dikesan.
Thenmoli, seorang eksekutif operasi di sebuah syarikat swasta di sini, berkata anggota keluarganya masih menanti kepulangan Puspanathan yang menaiki pesawat itu ke Beijing atas urusan kerja.
"Pagi ini (semalam) saya tengok berita mengenai imej satelit menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat MH370 yang hilang namun saya masih percaya abang saya selamat," katanya kepada Bernama.
Thenmoli berkata mereka sekeluarga tetap berdoa agar abangnya dapat ditemui secepat mungkin.
Puspanathan mempunyai seorang isteri, K.Sridevi, 30, dan dua anak lelaki P. Varmer, 3, dan P. Thashuvarmen, setahun.
Thenmoli berkata Sridevi, yang merupakan seorang suri rumah, kini menetap di Batu Caves, Selangor bersama ibunya selepas tiada sebarang maklumat postif mengenai insiden kehilangan pesawat itu.
Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam Jumaat.
Semalam, Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan Parlimen di Canberra bahawa imej satelit negara itu menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 21-3-2014
Orang ramai berharap penumpang, kru MH370 selamat
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
SEPANG: Orang ramai masih menaruh harapan tinggi terhadap keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 walaupun laporan terbaru mengatakan dua objek mungkin berkaitan pesawat itu ditemui di selatan Lautan Hindi hari ini.
Zuraini Mohamed, 43, berkata nalurinya kuat mengatakan 227 penumpang pesawat dan 12 anak kapal itu masih hidup dan akan ditemui tidak lama lagi.
"Saya amat berharap pesawat itu ditemui dengan kesemua dalam pesawat selamat. InsyaAllah berkat doa semua orang, ia akan ditemui tidak lama lagi.
"Selagi belum sah itu adalah pesawat MH370, kita masih ada harapan dan teruskan berdoa," katanya ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan satelit negara itu mengesan imej dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Bagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin TunHussein berkata objek itu masih perlu disahkan.
Seorang ahli perniagaan warga Sepanyol, Jose Luis, 38, berharap penemuan objek itu mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang memandangkan operasi mencari sudah memasuki hari ke-13. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
3 lagi pesawat ke Lautan Hindi di lokasi 'objek' dikesan
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Aset-aset itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.
"Pesawat Poseidon itu dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," kata pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan AMSA John Young dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran.
Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan.
Awal hari ini, RCC Australia menerima imejan objek dari satelit berkemungkinan berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Young berkata imejan itu dirakamkan oleh satelit dan penilaian ke atasnya yang disediakan oleh Australian Geospatial-Intelligence Organisation sebagai kemungkinan petunjuk objek di sebelah selatan kawasan carian yang menjadi fokus pencarian.
"Imej itu adalah di sekitar kawasan carian yang ditakrifkan dan diperiksa dua hari lepas, Empat pesawat itu telah diorientasikan semula ke kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth hasil maklumat ini.
Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin dijangka tiba di kawasan itu kira-kira 6 petang.
Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi jaraknya memakan masa beberapa hari dari kawasan itu. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370, katanya.
Usaha mencari pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dan 239 penumpang dan anak kapal itu kini memasuki hari ke-13.
Pesawat itu hilang daripada skrin radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
Kawasan pencarian diperluaskan meliputi kawasan yang luas di arah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
Usaha itu kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; dan koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
MH370: Dedah simulator undang spekulasi lebih besar
- Mar 20, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Beliau mempersoal, pihak keselamatan marah dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan khususnya di media sosial, namun pada masa sama kenapa pihak polis sendiri mewujudkan spekulasi lebih besar dengan pendedahan simulator tersebut.
"Dikatakan dibawa ke Bukit Aman, dirungkai, dipasang semula. Dan rekod menunjukkan data telah dipadam 3 Feb.
"Apa tujuan didedahkan. Melainkan untuk mengajak rakyat menyoal lagi. Seolah-olah menunjukkan kepada rakyat bahawa di sana mungkin puncanya bermula daripada salah seorang kru kapal tersebut.
"Saya rasa inilah yang menimbulkan spekulasi," kata beliau ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mendedahkan log data permainan pada simulator penerbangan milik Kapten Zaharie telah dipadamkan sebelum penerbangan ke Beijing.
Khalid berkata beberapa pakar forensik dari Cyber Security, Malaysia Airlines (MAS) dan juga pakar dari luar negara sedang berusaha untuk mendapatkan semula log data yang telah padam itu.
"Apa yang dimaksudkan dengan telah dipadam ini adalah data log daripada permainan flight. Data ini telah dipadam pada 3 Februari lalu.
"Simulator ini yang kita ambil itu ada 3 permainan iaitu, Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan Flight Simulator X Light 10.
Tambah Khalid, siasatan berkaitan simulator itu masih terus dijalankan oleh pakar forensik untuk mencari petunjuk kehilangan pesawat milik MAS itu.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Pada Selasa, akhbar Berita Harian melaporkan landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.
Selain lapangan terbang Diego Garcia, hasil siasatan yang diperolehi dari simulator itu juga menunjukkan adanya Lapatan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
Sumber HD - 20-3-2014
Imej dikesan berkaitan MH370 'tidak jelas' - AMSA
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
"Dua objek itu dalam bentuk saiz yang munasabah dan mungkin dihanyutkan oleh air, bergerak turun naik di permukaan," menurut Young seperti yang dilaporkan agensi berita Reuters.
Agensi berita itu memetik Young dalam sidang akhbar di Sydney, Australia, sebagai berkata bahawa negara itu telah menghantar empat pesawat pencari dan dua kapal ke kawasan di bahagian selatan zon pencarian di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebelumnya minggu ini, untuk mencari objek yang dikesan oleh satelit itu.
Young berkata air di kawasan pencarian adalah 'beberapa ribu meter dalam' dan penglihatan yang lemah di kawasan itu akan menjejaskan pencarian, walaupun cuaca sederhana, lapor Reuters.
Awal hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi untuk memberitahu bahawa kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang telah dikesan di selatan Lautan Hindi.
"Pada peringkat ini para pegawai Australia masih belum dapat memastikan sama ada dua objek itu benar-benar berkaitan dengan pencarian MH370," kata Hishammuddin.
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pengumuman Australia itu bersamaan hari ke-13 misi mencari dengan kerjasama pelbagai negara dilakukan terhadap pesawat itu yang menurut data satelit telah melencong dari laluan asal di Laut China Selatan menuju ke Lautan Hindi.
Kawasan mencari juga telah diperbesar untuk meliputi kawasan luas di sebelah barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang tujuh jam selepas hilang dari radar.
Operasi mencari kemudian ditumpukan kepada dua koridor, iaitu koridor utara yang menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
PM Australia telefon Najib objek mungkin MH370
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan di sini hari ini berkata Abbot telah memaklumkan kepada Najib bahawa “dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi".
Beliau berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Rod Smith juga telah memberikan penerangan kepada beliau mengenai situasi ini.
"Pada peringkat ini, para pegawai Australia masih belum memastikan sama ada objek-objek itu benar-benar ada kaitan dengan pencarian MH370," katanya.
Terdahulu Abbott berkata di Canberra bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac , menurut agensi berita Reuters.
Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."
Penerbangan Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.
Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
MP cadang usul tubuh PSC siasat MH370
- Mar 20, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Usul tersebut dicadangkan sebagai pindaan ke dalam usul menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad baru-baru ini di bawah peraturan mesyuarat 26 (1) (a) dan perkara 30 (1).
Dalam usul itu beliau juga mahu perkataan seperti "Dewan yang mulia ini menyatakan sokongan penuh kepada semua usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kes kehilangan pesawat MH370", dimasukkan.
Menurut beliau, pindaan tersebut sebagai menunjukkan contoh yang baik kepada negara luar bahawa Parlimen Malaysia prihatin dalam perkara tersebut.
"Kita tunjukkan parlimen boleh bersatu padu melangkaui perbezaan politi.
"Saya harap semua ahli parlimen boleh bersetuju dan menyokong usul ini," katanya ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong, sebelum mengemukakan usul tersebut pagi ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat membuat keputusan segera terhadap usul tersebut dan perlu meneliti syarat dan merujuk peraturan dewan.
Katanya, ini kerana usul tersebut dikemukan dalam ucapan dan bukan melalui pembawaan usul khusus.
Sumber HD - 20-3-2014
MH370: 7 penumpang Indonesia tiada jaringan pengganas
- Mar 20, 2014
- ELMI RIZAL ALIAS
Hal tersebut ditegaskan Presiden Indonesia itu berikutan langkah kerajaan Malaysia yang sedang meneliti profil kesemua penumpang pesawat berkenaan, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Susilo berkata beliau sudah mendapatkan laporan lengkap daripada pihak berwajib negara berkenaan berhubung kesemua latar belakang tujuh penumpang warganegara Indonesia itu.
"Jadi, kalau ada kecurigaan Malaysia atau mana-mana pihak, ingin saya jelaskan tidak ada mana-mana warganegara kita (Indonesia) yang memiliki latar belakang misalnya terlibat terorisme," kata Susilo dalam sidang media di sini, semalam.
Beliau yang sentiasa memantau perkembangan kehilangan pesawat berkenaan, sebelum itu menghadiri mesyuarat khas bersama beberapa menteri kabinet Indonesia, untuk membincangkan berhubung kehilangan misteri pesawat MH370 itu.
Susilo berkata laporan daripada Menteri Koordinasi Politik, Hukum dan Kemanan, Djoko Suyanto mengenai profil kesemua tujuh penumpang warganegara Indonesia itu menunjukkan bahawa tiada sebarang yang 'aneh' mengenai latar belakang mereka.
"Namun hal ini perlu dikomunikasikan dengan jelas jangan sampai ada spekulasi dan berita yang tidak benar," katanya.
Presiden Indonesia itu berkata beliau turut menerima laporan terkini daripada Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berhubung kehilangan misteri pesawat MH370 itu.
Susilo amat mengharapkan tidak ada sebarang kecurigaan kepada Indonesia terhadap insiden itu yang turut dikaitkan dengan kemungkinan pesawat MAS tersebut dirampas.
"Saya mendengar ada berita dari satu titik ke titik yang lain tentang itu (rampasan). Saya berharap kita bisa (boleh) memberi maklumat dengan jelas dan tegas bahawa tidak perlu ada kecurigaan seperti itu hasil siasatan kita di dalam negeri," katanya. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
India sambung semula pencarian MH370
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
"Sebuah pesawat P-8I telahpun diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di stesen udara Arakkonam di Tamil Nadu sementara sebuah lagi pesawat C-130J ditempatkan di Port Blair," kata seorang pegawai seperti dipetik oleh akhbar 'The Times of India'.
"Kedua-dua pesawat yang boleh terbang jarak jauh, boleh membuat imbasan di kawasan-kawasan tertentu menggunakan radar, elektro-optik dan peralatan penjejak infra-merah
Pesawat-pesawat itu kemungkinan memulakan operasi mulai pagi Khamis untuk melputi kawasan sepanjang 5,000 batu nautika dari Jakarta ke Antartika," katanya.
India sebelum ini menyertai misi pencarian oleh lebih 25 negara bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER dengan menggerakkan enam kapal perang dan beberapa buah pesawat untuk pencarian di kawasan meliputi lebih 250,000 km persegi di Laut Andaman dan Teluk Bengal.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi rakan sejawatannya dari India Manmohan Singh untuk memohon bantuan teknikal dan data radar bagi mengenai pasti laluan penerbangan yang kemungkinan pesawat MH370 terbang.
Pihak berkuasa tentera India menolak kemungkinan bahawa pesawat itu telah terbang melintasi ruang udara tanah besarnya selepas dilencongkan ke Kazakhstan-Turkmenistan di Asia Tengah seperti dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Inggeris itu sebelum ini.
Ini berlaku selepas Sabtu apabila mengumumkan bahawa perhubungan terakhir pesawat itu dengan satelit menunjukkan laluan pesawat mungkin sengaja dilencongkan ke dua koridor selepas alat transponder pesawat dimatikan.
Koridor utara dikenal pasti menjangkau dari utara Thailand ke Kazakhstan dan Turkmenistan sementara koridor selatan meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatut mendarat di Beijing pada pukul; 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
TLDM gerakkan KD Kasturi, KD Lekiu ke koridor selatan
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid berkata dua kapal itu merupakan kumpulan ketiga aset TLDM bagi misi antarabangsa selepas KD Selangor, KD Kelantan, KD Terengganu dan KD Pahang.
"Kita akan menjalankan misi SAR di koridor selatan dan selatan Christmas Island. Kita akan menumpukan di titik-titik yang telah kita tentukan aset-aset kita akan melaksanakan tanggungjawab itu dengan merangkumi pelayaran sehingga 1,800 batu nautika," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan KD Kasturi dan KD Lekiu di Jeti Operasi, pangkalan TLDM di sini.
Kesemua aset TLDM akan bertemu dan bergabung dengan aset-aset negara lain yang menyertai misi itu bagi tujuan yang sama dengan pembahagian kawasan bagi rondaan SAR secara bersama, katanya.
Beliau berkata tumpuan kesemua kapal TLDM dengan kekuatan 560 warganya adalah pencarian di permukaan lautan koridor selatan yang meliputi Lautan Hindi dan bergabung dengan aset udara.
"Apabila dua aset udara Super Lynx dan satu Fennec kita membuat rondaan pencarian, aset kapal akan sentiasa berhubung dengan mereka memandangkan aset udara boleh meliputi kawasan yang lebih luas dan lebih jauh dalam tempoh singkat. Kelengkapan radar dan komunikasi yang baik serta pengesan bawah air atau sonar juga akan membantu kita," katanya.
Abdul Hadi berkata kumpulan pertama kapal TLDM akan tiba di Tanjung Periuk, Indonesia, esok untuk penambahan bekalan logistik termasuk bahan api supaya ia dapat meneruskan misi dalam tempoh lebih panjang tanpa ulang bekal yang akan mengakibatkan tempoh masa SAR menjadi pendek. TLDM bersedia untuk menggerakkan asetnya yang lain jika diperlukan.
"Cabaran yang kita akan hadapi di koridor selatan adalah cuaca serta beroperasi di laut yang lebih luas. Selain itu Lautan Hindi juga mempunyai kedalaman sehingga 7,000 meter, ini cabaran kita walaupun tumpuan adalah pencarian di permukaan," katanya.
Beliau berkata koridor selatan juga bukan merupakan laluan kapal dagang yang popular dan strategik, oleh yang demikian perkongsian gabungan maklumat akan lebih terhad berbanding misi di Selat Melaka dan Laut China Selatan sebelum ini, katanya.
Abdul Hadi berharap seluruh warga TLDM yang menjalankan tanggungjawab negara dengan penuh komitmen itu dapat bertahan dan mengekalkan tahap operasi yang tinggi dengan pencarian maksimum.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.
Operasi mencari pesawat itu kini diperluaskan dan dibahagikan kepada dua koridor iaitu Koridor Utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan Koridor Selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi, melibatkan 26 negara. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
Penganalisis percaya MH370 telah selamat mendarat
- Mar 19, 2014
- Norhayati Mohd Akhir dan Norazurra Abdul Aziz
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.
Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.
Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
MH370: Jangan kesampingkan faktor pertahanan negara
- Mar 19, 2014
- NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Kenyataan menteri dan Panglima TUDM bahawa pihak tentera mengklasifikasi objek terbang yang dikesan oleh radar tentera yang telah dikenal pasti sebagai MH370 sebagai "non-hostile" adalah satu kesilapan strategik khususnya mengambilkira sensitiviti keselamatan pasca 9/11.
Apakah pertimbangan "sang akauntan" mengira kos operasi mengatasi kepentingan keselamatan sehinggakan objek sebesar Boeing 777-200ER dibiarkan terbang menghampiri kawasan penduduk berkepadatan tinggi seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu tanpa dipintas oleh skuadron Sukhoi di Butterworth atau pasukan MIG29 di Kuantan yang terus pegun menanti arahan?
Kelemahan seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang. Kami menggesa agar pegawai-pegawai yang terlibat di dalam proses membuat keputusan tersebut dikeluarkan dari rantaian perintah serta-merta dan audit menyeluruh dilakukan ke atas protokol pertahanan udara negara. YB Menteri mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa tindakan pembetulan telah dibuat dan dapatan dari audit itu kelak akan dilaksanakan.
Episod kita memerlukan tempoh 8 hari untuk memutuskan bahawa objek terbang yang tidak dikenalpasti melintas Semenanjung Malaysia sebagai MH370 dikala lebih 40 aset tentera dan awam dari lebih 12 negara terbazir di lokasi yang salah adalah amat memalukan. Hatta dengan tempoh sebegitu lama itu pun, kerajaan tidak dapat memastikan 100% objek tersebut adalah MH370 dengan YAB Perdana Menteri sekadar menyebut "kadar kebarangkalian yang tinggi".
Sekiranya kerajaan memerlukan tempoh 8 hari sekadar untuk mencapai suatu keputusan berdasarkan kebarangkalian, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan tahap kompetensi dan karektor sumber manusia yang terlibat di dalam keupayaan pertahanan negara dan pengurusan kes kehilangan pesawat ini.
Terdapat faktor "kesilapan manusia" dan "kelemahan pertimbangan" yang jelas di dalam kes kehilangan MH370. Kesilapan-kesilapan ini akhirnya memaksa kerajaan berkongsi maklumat sensitif dengan pihak asing lantas membuka peluang kepada anasir berkepentingan untuk merungkai keupayaan pertahanan udara negara.
Keadaan ini sebenarnya telah menjejaskan pelaburan rakyat berjumlah lebih 70 juta menaik taraf keupayaan radar negara semenjak 10 tahun yang lalu. Persoalannya, adakah rakyat kini terpaksa membayar 70 juta lagi sebagai harga dari jurang kompetensi yang wujud untuk mengurus aset dan teknologi ketenteraan negara? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?
Pemuda PAS juga berpendirian keputusan menanggapi kesan perkongsian maklumat sensitif radar hanya selepas permasalahan MH370 diselesaikan sebagaimana yang dijelaskan oleh YB Menteri di dalam sidang media harian beliau pada 17 Mac semalam sebagai satu lagi kesilapan.
Keputusan sebegini mencerminkan pendirian kerajaan bahawa faktor pertahanan dan keselamatan negara boleh ditangguh-tangguhkan. Apakah kita benar-benar kekurangan tenaga pakar sehinggakan tidak dapat membuat tumpuan segera terhadap soal ini.
Di dalam keperluan mendesak memastikan 239 penumpang dan kru MH370 selamat pulang ke pangkuan tersayang, soal keselamatan 25 juta penduduk Malaysia juga tidak boleh mendapat keutamaan kedua.
Kami oleh itu menggesa agar isu-isu pertahanan negara yang timbul kesan dari pencarian MH370 ini ditangani segera tanpa lengah dan alasan.
Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Sumber HD - 19-3-2014
MH370: Perancis tawar kepakaran carian dalam air
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Jean Paul Troadec, penasihat khas kepada Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Perancis berkata kepakaran mereka dalam siasatan nahas udara Penerbangan 447 Air France pada 2009 mungkin boleh dimanfaatkan dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER itu.
"Kami mempunyai kepakaran dalam pencarian dalam air, uji kaji dan aspek teknikal dalam bidang komunikasi dan elektronik," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sama Sama di sini semalam.
Bagaimanapun Troadec berkata misi pencarian MH370 berbeza dengan operasi pencarian yang dapat mengesan pesawat 447 dalam tempoh yang singkat selepas nahas itu berlaku.
"Bezanya ialah tidak lama selepas nahas penerbangan 447 Air France itu, kami tahu batas kawasan di mana pesawat itu berada.
"Kami memulakan pencarian dengan segera selepas nahas itu (pada 2009) yang sudah tentu berbeza dengan misi sekarang. Akan ada kelainanannya," kata beliau.
Troadec ialah antara tiga pegawai daripada Pihak Berkuasa Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) yang tiba di Kuala Lumpur kelmarin untuk membantu operasi SAR.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan teori utama tentang kehilangan MH370 itu, beliau berkata: "Kami tidak mempunyai teori. Kami berada di sini hanya untuk membantu pihak berkuasa Malaysia.. Mereka yang menjalankan siasatan dan kami cuma berkongsi pakar kami dan nasihat."
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu.
Misi pencarian pesawat berkenaan setakat ini membabitkan 26 buah negara. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
MH370: Pencarian di koridor utara dan selatan diperhebat
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Kawasan itu merupakan dimensi antarabangsa meliputi Koridor Utara dan Koridor Selatan yang dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran mempunyai keluasan kira-kira 160,000 batu nautika persegi.
Misi pencarian diselaraskan oleh Malaysia tetapi rakan-rakan kami telah memainkan peranan penting dalam menguruskan dan menjalankan operasi, dalam kawasan mereka sendiri dan di sektor pencarian yang telah dipersetujui.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata misi pencarian memberi tumpuan kepada empat tugas: mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit; analisis data daripada pengawasan radar; menambah aset udara dan permukaan; dan menambah jumlah pakar teknikal.
Beliau berkata di koridor Selatan, Australia dan Indonesia bersetuju untuk mengetuai pencarian di bahagian masing-masing manakala di Koridor Utara, China dan Kazakhstan bersetuju untuk mengetuai pencarian di kawasan paling hampir dengan negara mereka.
"Mengenai aset udara dan permukaan, saya telah berhubung dengan hampir semua pemimpin Asean bagi meminta bantuan selanjutnya termasuk aset yang dilengkapi keupayaan pengesanan dan pengawasan di laut dalam," kata Hishammuddin pada sidang media untuk memaklumkan tentang perkembangan terkini operasi di Sepang, dekat sini semalam.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pencarian pesawat yang hilang itu telah memasuki fasa baharu dengan tumpuan beralih dari Laut China Selatan ke koridor utara dan selatan.
Hishammuddin berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar dua lagi kapal ke koridor selatan manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggerakkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia di koridor selatan.
Negara-negara lain yang menghantar aset ialah Amerika Syarikat yang menggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon dan akan menghantar pesawat P-3 Orion.
Australia telah menghantar tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat C-130 Hercules. New Zealand menghantar sebuah pesawat P-3 Orion untuk membantu misi pencarian oleh Australia. Korea Selatan berjanji untuk menghantar sebuah pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat C-130 Hercules.
Jepun telah menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8, kata Hishammuddin yang juga menteri pertahanan.
Hishammuddin berkata Malaysia telah menghubungi negara-negara yang mempunyai keupayaan pengawasan radar dan satelit untuk membantu dalam pencarian pesawat MH370 yang telah hilang selama 11 hari ketika operasi mencari diperhebatkan di dua koridor yang luas itu.
Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia setakat ini telah menghantar nota diplomatik kepada 12 negara di koridor utara, menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan kepada dua negara di koridor selatan, yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi, meminta mereka membantu dalam misi pencarian pesawat.
Beliau juga berkata sembilan lagi negara yang tidak tergolong dalam kedua-dua koridor telah tampil untuk membantu dalam misi pencarian.
Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
MH370: Malaysia Airlines siasat dakwaan mogok lapar
- Mar 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya berkata beliau akan menyiasat laporan itu dan sedang berhubung dari semasa ke semasa dengan pasukan Malaysia Airlines di Beijing.
"Jika sesuatu seperti itu berlaku, Malaysia Airlines sudah tentu akan menyiasatnya dengan segera.
"Dengan segala yang kami mampu, kami memberi jaminan bahawa kami telah memberi bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing," kata beliau dalam sidang media mengenai kehilangan Penerbangan MH370, di sini hari ini. - Bernama
Sumber HD - 18-3-2014
MH370: Mengapa k’jaan tidak sedia berdepan PR - Anwar
- Mar 18, 2014
- SALMIYAH HARUN
Bagi Pakatan Rakyat tindakan menteri tersebut solah-olah menganggap insiden itu bukan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa kerajaan tidak bersedia untuk berdepan dengan semua Ahli Parlimen termasuk Pakatan Rakyat.
"Saya tidak faham mengapa taklimat itu hanya melibatkan MP BN sahaja," bidas Anwar dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar berkata kerajaan telah menolak saranan umum agar insiden kehilangan pesawat MAS itu ditangani bersama bukan sahaja peringkat negara tetapi dunia.
"Jadi kita kecewa. Menteri terbabit hanya mahu bertemu dengan wakil rakyat BN. Satu perjumpaan di luar bangunan parlimen," katanya.
Kamarudin telah membangkitkan perkara ini di dalam dewan semalam namun Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar menegaskan pertemuan itu adalah sulit untuk mengelakkan daripada pengetahuan media.
Namun Kamarudin membidas kenyataan Noh itu sambil menyifatkan edaran surat jemputan taklimat kepada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) itu sudah diketahui umum.
"Tidak perlu sulit lagi. Surat pun dah diedarkan mesti sudah diketahui umum," tegas Kamarudin.
Justeru Pakatan Rakyat mendesak Hishammuddin bersedia untuk datang ke Dewan Rakyat bagi membincangkan tentang kehilangan pesawat MH370 yang membabitkan 12 anak kapal dan 227 penumpang dari 14 negara.
Sumber HD - 18-3-2014
Blogger Umno tidak hormati keluarga juruterbang MH370
- Mar 18, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ini kerana katanya, banyak kesimpulan negatif dilemparkan kepada juruterbang MH370 hanya kerana beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
"Sekarang ini heboh dalam blogger Umno salah seorang menantu saya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.
"Tetapi cuba untuk kaitkan beliau dan dipolitikkan tidak menghormati hak keluarga dalam keadaan susah ketika ini. Semua orang tidak tahu di mana pesawat itu. Kita hanya berdoa sahaja kerana pelbagai usaha telah dilakukan," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Apa yang nyata jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh satu dunia telah menggelarkan Malaysia penipu sehingga negara China memberi teguran keras untuk tidak membantu menjejak pesawat MAS.
"Negara China kata kalau sejak begitu hari pertama kami diminta belanja jutaan ringgit di Laut China dan jangan salahkan kita.
"Malangnya pengurusan Malaysia bolos dari segi ruang udara, keselamatan dan pasport ekoran insiden ini," tambahnya.
DSAI / DMO - https://www.youtube.com/watch?v=7xPg1RdGUWA
Sumber HD - 18-3-2014
Simulator penerbangan kapten Zahari kukuhkan 'teori Diego Garcia'
- Mar 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Pangkalan tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia.
MISTERI menyelubungi kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) masuk ke episod mendebarkan apabila polis mula menumpukan siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, krew serta penumpang pesawat Boeing 777-200ER itu.
Walaupun dikritik kerana lewat 8 hari daripada sepatutnya, carian dibuat polis di kediaman juruterbang pesawat terbabit, Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah kawasan perumahan eksklusif Shah Alam Sabtu lalu menemukan simulator penerbangan milik beliau.
Simulator itu kemudiannya dibawa ke Bukit Aman dan dipasang semula untuk siasatan. Sumber yang dipetik Berita Harian, hari ini mendedahkan perisian simulator milik Kapten Zaharie mengandungi lima landasan latihan, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).
"Antara perisian yang diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber.
Siasatan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu cuba mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. Penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
Polis membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.
Rumah juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat terbabit digeledah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.
Najib yang menafikan terdapat unsur rampasan berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
AS sebelum ini menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Peta menunjukkan lokasi Kepulauan Andaman dan Nocobar. Pesawat MH370 dipercayai terbang ke arah pulau berkenaan.
Bagaimanapun Daily Mirror dalam laporan 14 Mac lalu memetik sumber Reuter bahawa penyiasat mendapati pesawat itu terbang menghala ke arah Kepulauan Andaman yang terletak di Lautan Hindi di baratdaya Malaysia.
Laporan Richard Hartley-Parkinson itu juga menyatakan bahawa maklumat dari radar penjejak milik tentera menunjukkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari radar “sengaja” diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Pulau Andaman, sumber yang rapat dengan penyiasat memberitahu Reuter.
Dua sumber menyatakan sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai pesawat MH370, terbang melalui satu “laluan udara” yang lazim digunakan oleh pesawat dalam penerbangan ke Timur Tengah dan Eropah, telah dijejak dan dilakar (plot) oleh radar penjejak milik tentera itu.
Maklumat seperti ini menunjukkan bahawa peswat berkenaan dipandu oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan.
Lakaran (plot) terakhir oleh radar penjejak berkenaan menunjukkan pesawat MH370 itu terbang ke arah pulau Andaman, salah sebuah pulau dari rangkaian beberapa buah pulau yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Laluan udara (waypoints) adalah lokasi geografi yang diwujudkan dengan mengira garisan membujur (longitude) dan garisan melintang (latitude) sebagai panduan kepada juruterbang untuk mengemudi pesawat di sepanjang 'koridor udara' yang dilalui.
Sumber ketiga yang juga rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa penyiasatan berpandukan teori bahwa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat “telah mengambilalih” pesawat dan mengubah haluan penerbangan ke suatu destinasi yang tidak diketahui.
“Apa yang boleh kami nyatakan ialah kami sedang menyiasat kemungkinan berlakunya sabotaj tanpa menafikan kemungkinan berlakunya rampasan pesawat,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis.
Ketiga-tiga sumber meminta identiti mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media dan demi melindungi sensitiviti penyiasatan.
Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.
Sumber HD - 18-3-2014
Rakyat Malaysia di New York turut solat hajat untuk MH370
- Mar 18, 2014
- Nani Rahayu Yusof
NEW YORK: Berada jauh dari tanah air jelas tidak melunturkan semangat persaudaraan rakyat Malaysia di kota raya ini, apabila mereka berhimpun mendoakan yang terbaik untuk penerbangan MH370 yang hilang sejak 11 hari lalu.
Majlis solat hajat dan doa selamat untuk pesawat Malaysia Airlines itu berlangsung malam Jumaat lepas, diketuai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di New York Shahrulmiza Zakaria dan disertai kira-kira 70 anak Malaysia yang tinggal di sekitar kota raya ini, New Jersey dan Connecticut.
Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Konsulat Malaysia di New York, wakil agensi kerajaan dan institusi kewangan serta pelajar dan rakyat Malaysia yang lain.
Timbalan Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB Raja Reza Raja Zaib Shah berkata usaha yang dilakukan itu merupakan ikhtiar rakyat Malaysia di New York dalam misi pencarian MH370.
Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di sini juga menempatkan papan mesej #PrayForMH370 bagi membolehkan warga Malaysia dan pelawat ke pejabat itu berkongsi keprihatinan, harapan dan doa mereka.
Insiden kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal pada awal pagi 8 Mac itu turut mendapat perhatian umat Islam di sini.
Ketika solat Jumaat di masjid Islamic Center of Mid Manhattan, khutbahnya turut menyentuh kejadian itu dan imam mengajak seluruh umat Islam mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal MH370.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 18-3-2014
Tentera Singapura sedia bantu kesan MH370
- Mar 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan, SAF berkata IFC telah mengaktifkan rangkaiannya dengan kapal-kapal untuk melaporkan sebarang pemandangan luar biasa di kawasan carian yang ditetapkan. Lebih banyak syarikat dijangka akan dihubungi.
Kenyataan itu menyebut, IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat.
Menurut SAF, pesawat peronda Tentera Laut Republik Singapura Fokker-50 (F-50 MPA) yang telah dikerahkan ke Pangkalan Udara Malaysia di Butterworth pada 14 Mac lepas, telah kembali ke Singapura, pada Isnin berikutan pihak berkuasa Malaysia telah menghentikan operasi mencari dan mengesan (SAL) di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Kenyataan itu menyebut SAF bersedia memberikan bantuan lanjut bagi menyokong usaha SAL antarabangsa. - Bernama
Sumber HD - 18-3-2014
Jangan tambah stres para waris MH370 - MMA
- Mar 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan (gambar) berkata dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting.
Beliau berpendapat MAS serta Kementerian Kesihatan perlu diberi pujian kerana menghantar pasukan pemberi penjagaan dan sukarelawan untuk memberi bantuan, penjagaan perubatan dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal terbabit.
"Waris berada dalam keadaan trauma berikutan apa yang berlaku dan kerisauan serta stres mereka semakin bertambah berikutan keadaan tidak menentu tentang nasib MH370. Mereka menjadi dan kelihatan gelisah, berangin, lekas marah, mudah naik darah dan umumnya, sedih," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Beliau berkata stres berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, murung, gangguan ketenangan dan penyakit lain.
"Memandangkan MH370 adalah satu peristiwa misteri mendebarkan yang belum pernah disaksikan atau ditangani dunia, maka sebagai manusia, kita perlu mengelak daripada terdorong untuk mencari kesalahan dan bukannya memberi jawapan. Sama-samalah kita fokus untuk mencari MH370, bukan menyebabkan setiap orang dilanda stres," katanya Dr Tharmaseelan.
Pesawat Boeing 777-200ER ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari, yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
Pesawat itu dilaporkan melencong daripada laluan asalnya apabila ada orang yang dengan sengaja mematikan sistem komunikasinya dan, menurut satelit Inmarsat, pesawat berkenaan terbang selama beberapa jam selepas itu.
Satelit itu kemudian terus mengenal pasti pesawat terbabit sejam sekali melalui apa yang dikenali sebagai 'electronic handshake' selepas ia hilang daripada skrin radar pada kira-kira pukul 1.30 pagi 8 Mac, dengan 'handshake' kali terakhir direkodkan pada pukul 8.11 pagi. - Bernama
Sumber HD - 18-3-2014
Thailand tawar maklumat aeronautik kesan MH370
- Mar 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar kerajaan sementara Thailand Surapong Tovichakchaikul berkata negara itu sedia berkongsi maklumat aeronautik dengan Malaysia bagi memastikan sama ada pesawat berkenaan terbang di ruang angkasanya.
"Pusat kawalan trafik kami mempunyai semua rekod dan jika maklumat ini digabung dengan maklumat dari negara lain, maka haluan pesawat itu boleh diketahui," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata kerajaan Thailand sedia menyokong dan membantu usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, yang hilang bersama-sama 227 penumpang serta 12 anak kapal. - Bernama
Sumber HD - 18-3-2014
Insiden MH370 & aspek keselamatan negara
- Mar 18, 2014
- HELMI IBRAHIM
Kapal Pemusnah USS Kelas Arleigh Burke
Kekeliruan ini ditambah pula dengan komentar di alam maya dan juga media cetak dan elektronik.
Sudah beberapa kali pihak berkuasa di lihat membuat pusingan ‘U’ dalam isu yang paling hangat dan bermula dari identiti pemegang passport curi; kredibiliti pegawai Imigresen yang di ragui Menterinya sendiri; status 4 atau 5 penumpang yang di katakan check-in bagasi tetapi tidak muncul; status MH370 yang di laporkan pihak tentera sebagai membuat ‘air turn back’ (ATB) kemudiannya di nafikan dan akhirnya di akui kembali; dan pelbagai lagi perkara yang ‘berserabut’ yang di tonton secara jelas oleh ratusan juta penonton dunia secara langsung dan diulas secara pedas dan meluas terutamanya oleh CNN dan agensi media antarabangsa.
Ini ditokok tambah oleh media maya yang hanya di hujung jari kebanyakkan rakyat kita pada sebilang masa.
Kegagalan Perdana Menteri untuk muncul selaku ketua operasi amatlah mengecewakan rakyat Malaysia sebenarnya dan bertambah perit lagi apabila kemunculan beliau buat pertama kalinya Sabtu lalu menimbulkan lebih banyak persoalan. Ini menggambarkan kemampuan sebenar beliau mengemudi negara pada saat krisis yang silap gayanya boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah negara di mata dunia.
Keengganan beliau untuk menjawab soalan pada sidang media itu juga mengecewakan rakyat dan semakin menyerlahkan sikap tidak berani beliau untuk menghadapi realiti sebenar. Semakin parah apabila sidang media pada petang Sabtu untuk menjawab soalan bertulis para wartawan juga di tangguhkan keesokkan harinya, dengan alasan pihak berkuasa belum bersedia dan memerlukan masa untuk meneliti semua soalan dengan teliti.
Sebagaimana yang di lontarkan oleh seorang penganalisis penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dalam rancangan secara lansung di TV Al-Hijrah, kerajaan sepatutnya menubuhkan pasukan bertindak yang mempunyai peranan yang pelbagai seperti pasukan mencari dan menyelamat, pasukan yang mengkaji kemungkinan rampasan dan pasukan yang menghubungi 'Air Tower Controller' (ATC) atau pun radar negara jiran di laluan yang kemungkinannya di lalui oleh MH370 seandainya ia tidak terhempas atau dilarikan.
Seandainya perkara sebegini di buat sedari awal sudah tentulah operasi mencari dan menyelamat akan lebih licin. Contoh yang mudah adalah tindakan polis yang dikatakan menyiasat rumah juruterbang MH 370 sebaik sahaja Najib menyampaikan ucapannya. Mungkin pada pemikiran rakyat Malaysia yang terpaku hanya pada media rasmi, tindakan itu dianggap patut kerana dibuat selepas mendapat arahan Perdana Menteri!
Bagaimanapun langkah yang dibuat setelah lapan hari pesawat MH370 itu hilang dianggap terlewat, dipersoalkan banyak pihak dan dikritik media antarabangsa. Kelewatan ini pastinya mengecewakan keluarga mangsa dan menjejaskan imej negara di mata dunia.
ASPEK KESELAMATAN NEGARA
Kita selaku rakyat yang cintakan negara juga merasa bimbang dengan status keselamatan negara sebenarnya. Kita tidak meragui langsung kekentalan semangat dan komitmen pasukan keselamatan di medan hadapan yang patuh pada setiap arahan yang di berikan, namun kita meragui kemampuan merancang dan membuat keputusan yang tepat oleh para pemimpin tertinggi negara.
Lihat sahaja bagaimana pandangan panglima TUDM yang seawal hari kejadian iaitu pada 8hb Mac mengatakan kemungkinan pesawat tersebut membuat ATB namun ianya gagal dijadikan petunjuk utama dalam pencarian. Ini membuatkan semua pihak bergerak ke hulu dan ke hilir tetapi akhirnya data tersebut menjadi rujukan utama selepas beberapa hari yang kritikal berlangsung.
Kerajaan juga seharusnya memahami kebimbangan rakyat akan kedatangan beberapa aset luar yang terpaksa kita terima atas nama misi ‘Search and Rescue’ (SAR) seperti kapal pemusnah USS Pinckey dari kelas Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego bukanlah calang-calang kapal.
Ianya mempunyai sistem yang mampu mengesan dan mengimbas (scan) peranti, radar dan peralatan pengawasan di tempat yang dilaluinya. Begitu juga dengan pesawat pengesan seperti PC-3 Orion dan P-8 Poseidon yang mampu pula membuat imbasan secara menyeluruh dari atas.
Sudah tentulah kita tidak mampu untuk berkata tidak dalam keadaan sekarang apabila mereka menawarkan bantuan untuk membuat pencarian bersama. Sesiapa sahaja dalam keadaan zaman ‘peperangan elektronik’ sekarang boleh di anggap ‘tertinggal’ jika menolak peluang terbuka sedemikian pada zon yang berserabut dengan isu-isu panas yang menunggu seperti Spratly dan perebutan kuasa Amerika-China.
Tetapi semua ini boleh di kurangkan seandainya pihak kerajaan pimpinan Najib bertindak awal berpandukan data radar tentera dan tidak membiarkan pencarian secara ‘pukal’ dari timur ke barat yang membuatkan sistem keselamatan negara seolah-olah 'longgar' kerana diimbas oleh semua pihak yang mahu berbuat demiakian.
Oleh itu gesaan oleh Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar agar isu ini dibawa dan dibahaskan di Dewan Rakyat patut disegerakan demi keselamatan negara. Satu usul khas wajib disegerakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu ini dan satu jawatan kuasa khas yang turut di anggotai wakil pembangkang mesti disegerakan.
Akhirnya kebimbangan rakyat berhubung pengendalian prosedur sistem keselamatan pengawasan udara perlu di jadikan pertimbangan tambahan iaitu mengapa setelah pihak tentera mengesan berlakunya ATB oleh sebuah pesawat yang tidak di kenali, tiada tindakan susulan dibuat dengan meminta pengesahan pihak DCA berhubung status pesawat tersebut?
Meskipun ianya mungkin sebuah pesawat awam yang di bawah bidang kuasa DCA, tetapi ianya tetap suatu andaian kerana kita di maklumkan bahawa radar primary tidak mampu mengesan jenis pesawat tersebut.
Keraguan kita adakah tiada koordiansi yang mantap antara pihak tentera dan DCA dalam memantau keselamatan pertahanan negara? Inikah yang di suarakan sedari dulu berhubung ketirisan dalam pertahanan ruang udara negara?
Semuanya mesti di rungkai segera dan ianya tidak mampu di lakukan dengan pengendalian bersendirian oleh kerajaan yang memerintah sekarang. Ianya memerlukan sokongan semua pihak termasuk dari pembangkang.
Sumber HD - 18-3-2014
Doa dan harapan buat MH370 dalam pelbagai bahasa
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Tinjauan Bernama mendapati ucapan yang ditulis orang ramai bernada penuh harapan mendoakan agar pesawat MH370 yang hilang sejak 10 hari lepas pulang dalam keadaan selamat.
Ucapan-ucapan itu ditulis dalam pelbagai bahasa, antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Perancis.
Antara ucapan yang menarik perhatian termasuk "Agama kita berlainan tapi doa kita satu.. Doa buat MH370" dan "Pulanglah MH370, kami merinduimu, leraikanlah resah dan rindu ini" serta "Hope is like a thin air, you can't feel it, but we know it's there. Dont stop praying".
Sementara majoriti ucapan yang memenuhi ruangan tiga kain rentang kebanyakannya berbunyi "Semoga selamat pulang. Kami sentiasa menantimu MH370" serta "Praying for miracle, come back MH370".
Selain warga tempatan, ucapan doa dan harapan buat pesawat MH370 yang hilang turut ditulis oleh pelancong asing dari Perancis.
Antara ucapan berbahasa Perancis yang dilihat ialah "On est de tout coeur avec vous. Qu'allah soit avec vous (Kami bersama anda sepenuh hati. Semoga Allah bersama anda).
Tinjauan juga mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu menulis kata-kata semangat dan doa sebagai tanda sokongan mereka agar pesawat MH370 yang hilang segera ditemui.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari KLIA jam 12.41 pagi 8 Mac. - Bernama
Sumber HD - 17-3-2014
Simpati MH370: MB tangguh lawatan ke Beijing
- Mar 17, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
“Jadual saya bertolak ke Beijing keesokan iaitu 8 Mac kira-kira jam 8 malam, bukan pesawat MAS yang hilang tersebut,” kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Sebelum ini tersebar di media social Menteri Besar Kelantan dan rombongan kerajaan negeri sepatutnya menaiki pesawat MH370 ke Beijing.
Kata beliau jadual penerbangan ke China bukan dengan pesawat MH370, sebaliknya pesawat lain, namun dibatalkan kemudian kerana simpati terhadap apa yang berlaku.
Beliau mendedahkan perkara tersebut ketika meraikan kunjungan hormat Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan tiga lagi pegawai kanan akhbar tersebut ke pejabatnya semalam.
Ahmad berkata, kebelakangan ini ramai rakyat Kelantan ke China menjalankan urusan perniagaan.
Menurutnya juga hasrat kerajaan negeri berkunjung ke China untuk mengeratkan hubungan dua hala terutamanya berkaitan industri makanan halal.
Sementara itu Zaini memberitahu Utusan merancang mengadakan karnival anjuran syarikat itu di Kelantan.
Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada pagi 8 Mac lalu dikesan hilang daripada radar selepas kira-kira sejam berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sumber HD - 17-3-2014
MH370: Wujud sindiket jual pasport tulen - Zahid Hamidi
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
"Siasatan mendapati dua pasport yang dimiliki warga Iran itu bukan palsu tetapi genuine. Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Kita percaya) di Phuketlah mereka membeli atau mendapatkan pasport tersebut," katanya.
Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang ingin tahu kebanjiran pelajar asing dan pekerja asing tanpa izin termasuk kes dua pelancong Iran tersebut di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata maklumat itu hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya dan Jabatan Imigresen namun keseluruhan siasatan akan didedahkan ketika sesi penggulungan yang dijadual akhir bulan ini.
Ahmad Zahid turut menegaskan Jabatan Imigresen dan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket sekalipun kerana pihak berkuasa memandang serius dalam hal membabitkan keselamatan negara.
Jelasnya lebih 40 juta kes pasport hilang dilapor Interpol di seluruh dunia ketika ini dan Malaysia turut menerima tempias tersebut.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. – Bernama
DMO / DAZH - https://www.youtube.com/watch?v=iNh6RXRshEU
Sumber HD - 17-3-2014
Siasat kru, penumpang MH370 prosedur biasa
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya dalam kenyataan, polis menjalankan siasatan ke atas anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, dan juga jurutera yang terlibat dengan pesawat itu sebelum berlepas.
"Polis menjalankan pemeriksaan di rumah juruterbang pada Sabtu, 15 Mac. Pegawai menemu bual anggota keluarga juruterbang dan pakar-pakar sedang memeriksa simulator juruterbang berkenaan. Pada 15 Mac, polis turut memeriksa rumah pembantu juruterbang," kata kenyataan itu.
Katanya operasi mencari dan menyelamat MH370 terus menjadi usaha melibatkan pelbagai negara diketuai Malaysia dan pegawai Malaysia sedang menghubungi negara-negara di sepanjang 'koridor utara dan selatan' yang mungkin telah dilalui pesawat itu.
Koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi. - Bernama
Sumber HD - 17-3-2014
Antara tragedi MH370 dan konsert maut
- Mar 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita juga dikejutkan dengan adanya sebuah konsert yang sedang berlangsung yang mendapat kerjasama kerajaan di ketika seluruh negara sedang bersedih dah waris mangsa sedang berteka-teki mengenai nasib ahli keluarga mereka, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Konsert selama tiga hari itu hanya terdedah apabila akhirnya didapati 6 orang remaja meninggal dunia dan 14 lagi menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah berlebihan.
“Walaupun konsert itu sudah lama dirancang, apakah negara dan pemimpinnya tiada perasaan mahu menangguh atau membatalkan konsert itu sebaik saja tragedi MH370 ini berlaku?” tanya beliau.
Menurutnya, malang sekali, hanya setelah 6 nyawa terkorban dan 14 lagi sedang bertarung antara hidup dan mati, barulah konsert itu dibatalkan.
“Tetapi semuanya sudah terlambat, insiden ini menjadikan imej negara dicemari sekali lagi,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 17-3-2014
MAS beri pilihan kepada keluarga penumpang di China
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Pilihan itu ialah mereka boleh terus tinggal di Beijing, yang kedua MAS akan menanggung kos pengangkutan dari Beijing ke rumah mereka dan ketiga, mereka masih boleh terbang ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan semasa yang berlaku tentang kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.
Perkara itu diberitahu seorang pegawai kanan pentadbiran MAS, Ignatious Ong Ming Choy kepada media Malaysia di sini pada Ahad.
Beliau berkata MAS akan menguruskan soal hotel kepada keluarga berkenaan yang mahu ke Kuala Lumpur.
"Kami akan memaklumkan kepada mereka persiapan seterusnya," katanya dan menambah sesetengah anggota keluarga yang telah berada di Kuala Lumpur mengambil keputusan kembali ke China kerana merasakan tiada makna mereka terus menunggu.
Satu keluarga dari wilayah Xinjiang yang berada di sini berkata mereka akan terus menunggu di Beijing.
Ong berkata taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat kini hanya akan disalurkan melalui saluran berita yang betul kerana kes kehilangan pesawat sedang disiasat. - Bernama
Sumber HD - 16-3-2014
MH370: Laporan The Mail tidak gugat kempen PKR
- Mar 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
The Mail hari ini telah menyiarkan satu kenyataan yang mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah juruterbang MH370 dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media hari ini menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang cuba mempolitikkan insiden tersebut.
"Kita menolak jika insiden ini dikaitkan dengan politik, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang cuma mempolitikkan isu tersebut.
"Kita perlu menghormati semua pihak termasuk keluarga mangsa-mangsa yang terlibat, perasaan mereka perlu kita jaga," jelas beliau di Bilik Gerakan Utama PKR di sini.
Ahli Parlimen Batu itu turut memberitahu, kempen PRK Kajang perlu berlangsung dalam suasana yang sihat dan bukan menyerang peribadi.
"Kita kempen atas kewibawaan calon dan bukan mengambil peluang untuk serangan peribadi atau mengaitkan isu-isu lain.
"Kempen yang dilakukan menyerang peribadi, cuba menggunakan insiden MH370 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab," sambung beliau
Tian yang meminta agar pihak berkuasa dan kerajaan meneruskan pencarian pesawat MH370 bagi merungkai persoalan berkaitan dan tidak bertindak mengikut laporan media-media tanpa bukti yang kukuh.
Sumber HD - 16-3-2014
PKR bidas The Mail, tidak relevan kait dengan Anwar
- Mar 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.
Malah, beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.
"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.
Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis.
"Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.
Sumber HD - 16-3-2014
Polis periksa rumah kapten, pembantu juruterbang MH370
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.
Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.
Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.
Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media hari ini.
"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.
"Diharap media boleh menunggu," katanya.
Pada 8.07 malam, polis dipercayai memeriksa rumah pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di Seksyen 7 di sini, kira-kira sejam sebelum beredar dengan sekurang-kurangnya dua beg kertas perang.
Mereka tiba di rumah Fariq dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sama, yang memasuki kawasan kediaman Zaharie.
Turut kelihatan di luar rumah itu ialah MPV berwarna kelabu dan sebuah Toyota Vios.
Sejumlah empat lelaki berpakaian preman yang menaiki MPV putih serta enam individu lain, kesemuanya dipercayai pegawai polis, dilihat memasuki rumah Fariq. - Bernama
Sumber HD - 16-3-2014
Keluarga penumpang MH370 dilihat semakin tenang
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan berkata antara yang boleh dilakukan termasuklah melawat ke tempat-tempat tertentu untuk merehatkan minda.
"Setakat ini tiada yang bawa mereka keluar dari kawasan ini. Tetapi memandangkan hotel ini berhampiran pusat beli belah, ada keluarga yang berkunjung ke sana untuk menenangkan fikiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengah malam tadi, wartawan Bernama turut bertembung seorang daripada bapa penumpang yang dilihat keluar dari pintu utama hotel.
"Minum," katanya ringkas dan kemudiannya dilihat kembali semula ke hotel sejam kemudian.
Abdul Jalil berkata selepas lapan hari menginap di hotel, mereka perlu melakukan sesuatu yang baharu selain daripada menonton televisyen di bilik penginapan untuk mengikuti perkembangan semasa.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata keluarga terlibat juga dilihat semakin tenang terutamanya selepas mendengar perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
"Mungkin kita tengok kesan daripada pengumuman itu, bagaimana seorang ibu atau ayah yang anaknya terlibat dalam insiden ini mampu untuk berkomunikasi tanpa rasa sedih. Itu mungkin saya ingat disebabkan penerimaan berita.
"Sebelum ini kita tengok lapan hari kita tunggu tak ada jawapan. Tetapi semalam sekurang-kurangnya kita dapat sedikit jawapan walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi itu sekurang-kurangnya melegakan mereka," katanya.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawa itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 16-3-2014
MH370: PAS gesa PM bawa usul khas, bahas di parlimen
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, usul tersebut sangat penting untuk dibahaskan dalam mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku.
"Kenyataan PM (dalam sidang media) tadi seperti ada sesuatu yang begitu tersembunyi. Beliau sebut tadi data baru dari servis provider iaitu pengeluar enjin Rolls Royce.
"Persoalannya, kenapa begitu lambat data itu diperoleh sedangkan kita boleh panggil wakil Rolls Royce lebih awal," katanya sambil menambah sudah seminggu baru data diperoleh.
Beliau menegaskan usul yang perlu dibawa oleh Najib mestilah bersifat boleh dibahas, dan bukan hanya penjelasan menteri yang tidak boleh dibahas.
Minggu lalu, Speaker Dewan Rakyat menolak usul membincangkan kehilangan Pesawat MAS MH370, yang dikemukakan Mahfuz.
Dalam usul tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menggariskan tiga asas mengapa penting untuk usul tersebut diterima dan dibahaskan oleh Dewan Rakyat.
Katanya, adalah penting bagi parlimen sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas apa yang berlaku sekaligus menyatakan kebersamaan kepada keluarga yang terlibat.
"Alasan juga bahawa ianya sedang disiasat, dan perbahasan di Dewan Rakyat boleh membantu siasatan.
"Ini kerana kita lihat kenyataan-kenyataan dikeluarkan tunjuk siasatan bercelaru dan kenyataan-kenyataan bercanggah," kata beliau sambil merujuk isu penumpang yang mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat MH370 itu.
Beliau juga menjelaskan, isu MH370 ini juga telah mendedahkan beberapa lagi isu berbangkit, termasuk menyentuh soal sistem keselamatan negara.
Ianya termasuk isu penumpang yang boleh bolos biarpun menggunakan pasport palsu.
"Ini sekaligus boleh menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia.
Speaker bagaimanapun menjelaskan penolakan itu dibuat dengan alasan bahawa ianya boleh dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam sesi perbahasan Titah Diraja, dan ianya juga telah disebut oleh speaker ketika sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat Selasa lalu.
Sumber HD - 15-3-2014
MH370 boleh sampai sempadan Kazakhstan, selatan Lautan Hindi
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan sama ada benar pesawat MH370 dirampas seprti dilapor media antarabangsa.
Bercakap pada sidang media khas tengah hari tadi, Najib bagaimanapun berkata siasatan mengambil kira semua kemungkinan.
"Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib.
Najib turut mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah pesawat MH370.
Pengesahan itu diperoleh berdasarkan kerja forensik yang dibuat oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang bekerja secara berasingan ke atas data yang sama.
"Berdasarkan data baru itu, kali terkahir komunikasi disahkan antara pesawat dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu Malaysia hari Sabtu, 8 Mac," katanya.
Dengan data itu juga kata Najib, pasukan penyiasat membuat pengiraan sejauh mana pesawat itu mampu terbang.
Menurut beliau, dengan data itu pesawat boleh berada di dua koridor iaitu koridor Utara dari utara Thailand sehingga Kazakhstan dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Beliau juga memaklumkan bahawa pencarian di Laut China Selatan dihentikan dan siasatan kini ditumpukan semula ke atas anak kapal dan penumpang.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing 8 Mac lalu.
Sumber HD - 15-3-2014
AP lapor pegawai Malaysia sahkan MH370 dirampas
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Laporan itu menyebut, rampasan itu bukan lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.
Pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.
Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada.
Sementara itu, kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan perkara itu pada sidang media jam 1.30 tengah hari ini.
Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri akan hadir pada sidang media kali ini.
Sumber HD - 15-3-2014
MH370: Allah sedang menguji, kita perlu insafi
- Mar 15, 2014
- MUHAMMAD ISMI MOHD TAIB
"Setiap anak adam(manusia) tidak pernah lari daripada kesalahan dan membuat dosa, namun sebaik-baik orang yang bersalah dan berbuat dosa ialah orang yang bertaubat." [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Kejadian demi kejadian sedang menimpa negara Malaysia ketika ini.
Kejatuhan nilai ringgit, keadaan ekonomi yang membebankan, kos hidup yang semakin meningkat, meletakkan rakyat dalam keadaan tertekan.
Ketika seluruh negara di Asia Tenggara sedang mengalami musim dingin, malah di sesetengah tempat ada yang mengalami banjir, Malaysia diuji dengan kemarau dan jerebu yang dahsyat.
Terbaru, Allah datangkan pula ujian besar buat negara, kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga hari ini masih menjadi misteri.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac lalu.
Mari bersama kita insafi dan bertanya pada diri. Apakah punca kepada keadaan ini?
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan takutlah kalian daripada (berlakunya) fitnah (iaitu dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah oleh kamu bahawa hukuman Allah itu tidak terperi dahsyatnya" [Al Anfal:25]
Dalam isu pengurusan ekonomi dan dana negara, ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa seperti sebati dalam pentadbiran negara.
Saban tahun ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara, namun ketirisan-demi ketirisan terus berlaku.
Dengan bajet tahunan yang defisit secara berterusan, kerajaan dilihat cuba memangsakan rakyat dalam usaha menambah pendapatan negara.
Rakyat dikenakan harga barangan keperluan yang meningkat, dan akan datang terpaksa berhadapan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST yang akan diperkenalkan.
GST dilihat satu cukai yang zalim dan bercanggah dengan konsep percukaian Islam, kerana bukan sahaja orang kaya, tetapi semua sektor masyarakat termasuk orang miskin juga terpaksa membayarnya.
Dari aspek perundangan, tindakan terbaru ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, terus dilihat satu lagi siri kezaliman mengulangi skrip 1998.
Keputusan mahkamah yang dilihat dibuat tergesa-gesa dalam masa sama, mengenepikan hukum qazaf yang diajar agama, menambah lagi beban dosa umat.
Dalam isu menjejak pesawat MH370 pula, Malaysia menjadi tumpuan dunia ketika ini.
Malangnya, Malaysia yang dikatakan Perdana Menteri sebagai mengamal Islam moderate dan wasatiyah, mengambil jalan terdesak membenarkan pula pendekatan khurafat melalui pembomohan.
Tindakan yang bukan sahaja memalukan Malaysia, tapi lebih besar menghina agama sekaligus memberatkan lagi beban dosa yang ditanggung umat.
Lalu, di atas beberapa dosa zahir yang disebutkan itu, marilah bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk benar-benar menginsafi kesalahan yang kita lakukan.
Kita jugalah yang seharusnya menegakkan syariat Allah, kerana ia adalah amanah yang telah Allah berikan kepada kita.
Semoga Allah mengampuni dosa kita dan menghindarkan kita semua, rakyat Malaysia umumnya daripada bahaya bala bencana.
Ayuh, marilah kita perbanyakkan istighfar, terus panjanjatkan doa, moga Allah temukan pesawat MH370 dan hindarkan negara ini dari bala-dan bencana.
*Penulis adalah AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 15-3-2014
Berpunca dari Zahid Hamidi, KJ pula jadi mangsanya
- Mar 15, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Dengan menggambarkan KJ sebagai biadap dan tidak menghormatinya sebagai orang tua, beliau mencabar KJ agar meletakkan jawatan sebagai menteri manakala beliau pula akan meletakkan jawatan sebagai mahaguru silat.
"Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita fight. Saya tampar dia macam saya tampar buaya baru dia tahu," demikian luahan marah dan rasa tidak tidak senangnya terhadap KJ yang mahu beliau ditangkap kerana dianggap menjalankan amalan syirik dan bertentangan dengan Islam dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.
Video luahan marah dan tindakan mahu menampar KJ oleh Ibrahim Mat Zain itu kini sudah tersebar luas di laman-laman sosial serta menjadi perbualan hangat pengguna internet sejak semalam.
Dalam dua kejadian di KLIA, Ibrahim bersama beberapa pengikutnya telah menjalankan dua upacara ritual dengan membawa buluh, bubu, tikar dan buah kelapa sambil melaungkan perkataan Allahu Akbar. Tindakan itu mendapat kecaman di media kerana amalan yang dilakukan itu dianggap karut, syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikutan ritual itu juga, Perdana Menteri Najib Razak mendapat kecaman di media antarabangsa dan dunia Arab dengan mereka melabelkan Perdana Menteri sebagai tiada otak dan lebih mempercayai amalan syirik dalam usaha merungkai persoalan mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak lebih seminggu lalu itu.
Sementara Ibrahim Mat Zain mendakwa kehadirannya ke KLIA adalah atas jemputan VIP tertentu, hampir tidak ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang tampil mengecam tindakan beliau itu. Kalau ada pun hanyalah sekadar penafian ringan sahaja.
Lalu apabila KJ menyelar perbuatan itu sebagai syirik dan mahu beliau ditangkap, Ibrahim Mat Zain yang berusia 80 tahun jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya. Selain mahu menampar, beliau juga mahu Najib membuang KJ sebagai menteri.
Selain itu, beliau juga memberi amaran agar KJ tidak mengulangi tuduhan terhadapnya di lain ketika atau berhadapan saman malu sebanyak RM100 juta.
Walaupun KJ tidak menganggap serius ugutan itu dengan menulis secara main-main di twitternya, "Raja Bomoh VIP mahu tampar saya macam kokedai" tetapi amalan mengugut dengan penampar ini nampaknya sudah mulai menjadi budaya dalam dunia politik negara kita.
Sebelum ini, sebuah NGO yang dinamakan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah menawarkan ganjaran sebanyak RM500 dan kemudian dinaikkan kepada RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video yang diterbitkan yang dianggap mempersenda Perdana Menteri.
Tindakan NGO itu mendapat kecaman pelbagai pihak kerana ia dianggap suatu bentuk ugutan serta dianggap tindakan tidak sihat dalam amalan politik kerana dalam mempertahankan pendirian, hujah sepatutnya dilawan dengan hujah. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi enggan melayan agar pihak polis bertindak terhadap ugutan seperti itu dengan menganggap ganjaran untuk penampar bukanlah suatu bentuk ancaman.
Menurut, hanya jika mereka berkata mahu membunuh, barulah ia dianggap sebagai ancaman.
Kini, berikutan sikap tidak tegas Zahid itu, seorang menteri sendiri iaiu KJ telah menerima padahnya apabila beliau pula mahu ditampar oleh seorang Raja Bomoh yang tidak berpuas hati dengannya.
Apakah selepas ini, ugutan tampar ini akan terus menjadi budaya di negara kita? Apakah mungkin selepas ini Perdana Menteri atau isterinya atau Timbalan Perdana Menteri pula yang akan menerima ugutan tampar pula?
Dan bagaimana pula jika akhirnya ada pemimpin yang benar-benar kena tampar, siapa harus dipersalahkan? - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
IMZ - https://www.youtube.com/watch?v=dnvMsdi5mc8
Sumber HD - 15-3-2014
MH370: Vietnam turun status dari kecemasan ke normal
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Malah katanya, langkah itu dilihat secara positif terutama kerana Vietnam masih membenarkan operasi dijalankan di perairan mereka.
"Saya melihat langkah ini secara positif kerana kerjasama dengan kerajaan Vietnam memang sangat baik. Justeru apa juga status yang ditetapkan mereka berhubung operasinya, kedudukan kita kekal," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Hishammuddin juga mengulangi bahawa pihak berkuasa Malaysia berkongsi maklumat yang biasanya tidak akan dikongsi atas faktor keselamatan negara, dengan agensi yang boleh membantu.
Vietnam antara negara terawal membantu mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Setakat ini operasi menjejaki pesawat itu membabitkan 13 negara dengan lebih 100 aset udara dan laut, meliputi perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga ke Laut Andaman.-Bernama
Sumber HD - 15-3-2014
Tumpahan minyak di Laut China Selatan bukan milik MH370
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan di sini Jumaat, berkata hasil analisis tumpahan pertama mendapati sampel mengandungi sedikit kesan minyak pesawat.
Sampel kedua yang diambil daripada kawasan tumpahan lebih besar iaitu sepanjang tiga kilometer pula langsung tidak mengandungi kesan minyak pesawat, kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut tiada serpihan ditemui di kawasan sekitar tumpahan minyak berkenaan.
"Kami tidak percaya tumpahan itu ada kaitan dengan MH370," kata kenyataan itu.
Dua tumpahan minyak itu dikesan 60 batu nautika dari selatan lokasi pesawat tersebut kali terakhir berhubung.
Mengenai laporan media Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber bahawa pesawat mungkin masih terbang untuk tempoh tertentu selepas hilang daripada radar, kementerian itu menegaskan sebarang bukti baharu harus dihantar kepada pasukan penyiasat di Malaysia bagi membantu siasatan.
"Prosedur standard ialah pasukan penyiasat tidak akan menghebahkan sebarang maklumat kepada umum melainkan telah disahkan secara sahih," kata kementerian berkenaan.
Selain itu, kenyataan berkenaan juga menyebut tentera udara India kini menyertai misi mencari dan menyelamat dan mereka melaksanakan operasi di perairan pantai barat Semenanjung.
Kementerian turut mengesahkan Vietnam masih menyertai misi menjejaki penerbangan MH370 itu.
Selain itu kementerian tersebut juga menegaskan kerajaan dan agensinya langsung tidak terbabit dalam isu kehadiran bomoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Bernama
Sumber HD - 15-3-2014
Pencarian MH370 diperluas ke Lautan Hindi
- Mar 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.
"Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sini, Jumaat.
Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama-sama dengan rakan antarabangsa kini menggiatkan pencarian itu di bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.
"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata beliau.
Sebelum ini, operasi SAR memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.
Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.
"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.
Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga.
"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan.
Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Dalam pada itu, Hishammuddin menyatakan rasa terharunya dengan sokongan padu rakyat Malaysia, selain bantuan daripada pelbagai negara dengan peralatan yang canggih.
"Bagi saya, itu memberi semangat untuk teruskan usaha mencari sehingga dapat maklumkan kepada keluarga perkembangan yang lebih positif," katanya.
Hishammuddin berkata 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara kini terlibat dalam operasi SAR pesawat itu, yang hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac lepas, semasa menuju ke Beijing.
Turut memberi jaminan untuk tidak berputus asa dalam usaha pencarian itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Azharuddin berkata pihaknya akan terus mencari pesawat itu dengan menggunakan apa sahaja kaedah, apatah lagi usaha itu turut menerima bantuan daripada pakar antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Ahmad Jauhari pula berkata: "Warga MAS masih tabah untuk menolong waris para penumpang dan anak kapal. Tak pernah berputus asa dan akan lebihkan pertolongan kepada waris penumpang dan anak kapal."
Hishammuddin juga memberi jaminan untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang termasuk yang berada di China, di mana beliau berhubung setiap hari dengan para pemimpin China manakala MAS pula menghantar kira-kira 100 pekerjanya ke China untuk tujuan itu. - Bernama
Sumber HD - 15-3-2014
Pesawat P-8A Poseidon, kapal USS Kidd jejak MH370
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks dipetik CNN berkata, pasukannya menggerakkan kapal perang USS Kidd ke Laut Hindi atas permintaan kerajaan Malaysia.
Selain itu, Bernama melaporkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan juga memaklumkan pencarian itu turut disertai pesawat P-8A Poseidon.
Pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.
"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya dalam kenyataan.
Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.
Sumber HD - 14-3-2014
MH370: Jemaah umrah akan turut berdoa di Tanah Suci
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Lim Abdullah, 54, berkata beliau akan menggunakan sebaiknya masanya di sana nanti bagi membawa bersama doa dan harapan rakyat Malaysia, agar ditemui semula pesawat itu.
Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Allah, katanya doa adalah senjata paling utama bagi umat Islam, katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas ke tanah suci hari ini.
Beliau pergi bersama isterinya Kamariah Husin, 53.
"Walaupun tidak berkesempatan untuk turut serta menunaikan solat hajat yang dianjurkan di masjid, namun tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, saya mengajak keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat di rumah," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari KLIA menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu.
Operasi mencari yang memasuki hari ketujuh hari ini masih gagal mengesan pesawat.
Rohani Awang, 60, dari Perlis berharap doanya di depan Kaabah agar pesawat itu ditemui semula akan dimakbulkan.
"Apa pun kita mesti jadikan insiden ini sebagai iktibar untuk memperbaiki diri kita," katanya yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan di media massa.
Pekerja swasta Afzan Othman, 37, berkata semua pihak mesti optimis dan terus berusaha mencari pesawat itu. - Bernama
Sumber HD - 14-3-2014
MH370: Aksi bomoh jadi bahan lawak antarabangsa
- Mar 14, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Tinjauan Harakahdaily di laman-laman sosial hari ini mendapati satu akaun twitter milik Only In Malaysia@_FunnyMalaysian yang telah mengatakan rakyat Malaysia di Mesir menjadi bahan ketawa.
"Kesian pula kt pelajar Malaysia yg study di Mesir apabila menjadi bahan gelak tawa," jelas beliau melalui twitter.
Dalam pada itu @_FunnyMalaysian turut menyiarkan gambar dari pemilik akaun bernama Shamril yang memberitahu tentang khidmat bomoh yang menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.
"Media Korea melaporkan "Malaysia dapatkan khidmat bomoh utk mencari MH370," tulisan itu dipetik.
Shamril turut menyiarkan keadaan yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di Mesir.
"Baik di kuliyyah, talaqqi dan di Masjid Azhar org tertawakan kami bila cerita pasal sihir MH370.
"Mereka gelar kami, Sihrun Thoirun. Tadi ke Tahrir nak cop VISA. Bila dia minta passport, dia ketawakan budak Malaysia. Dia kata kami pandai sihir dan jampi.
"Nasi sudah menjadi bubur. Maruah negara dan umat Islam Malaysia diperlekehkan," tulisnya lagi.
Dalam pada masa yang sama, tinjauan turut mendapati laman 'Google Play Store' dari Trippas turut menyediakan permainan dengan menggunakan nama 'Bomoh Rescue Run'.
Permainan yang menggambarkan tiga individu di atas tikar terbang itu adalah usaha untuk menyelamatkan kapal terbang hilang dari Garuda Hitam.
MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu pada jam 240 pagi di Lautan China Selatan setelah hilang dari radar terus mendapat perhatian antarabangsa termasuk solat hajat dari umat Islam dan upacara keagamaan penganut agama lain.
Sumber HD -14-3-2014
Keluarga penumpang dari China mohon bercakap dengan pemimpin Malaysia
- Mar 14, 2014
- NIAM SEET WEI
Keutamaan mereka ialah, kedudukan pesawat MAS penerbangan MH370 dan kerja yang dijalankan Kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang hilang awal Sabtu lepas.
Mereka memohon pakar dalam bidang telekomunikasi dan radar serta pegawai atasan dari Jabatan Penerbangan, tentera dan tentera laut untuk bercakap secara langsung.
Selain meminta Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin, untuk bertemu mereka di sini, anggota keluarga juga mahu pembayaran dibuat untuk perbelanjaan dan penginapan sejak insiden kehilangan pesawat berkenaan.
Sebelum ini, MAS berjanji untuk menanggung penginapan anggota keluarga di Beijing selama seminggu.
Jurucakap MAS Ignatius Ong Ming Choy berkata syarikat penerbangan itu akan menanggung perbelanjaan bil telefon mereka sama ada di Beijing atau Kuala Lumpur.
Anggota keluarga berkenaan telah menolak tawaran Ong untuk menerbangkan kira-kira 20 hingga 30 anggota keluarga ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terawal di sana, bersama-sama anggota keluarga terbabit yang tiba beberapa hari lalu.
Wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia turut hadir pada taklimat bersama anggota keluarga hari ini.
Misi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara itu sedang berjalan bagi mencari pesawat MH370 yang hilang dengan tumpuan terbaharu di Lautan Hindi berikutan laporan kemungkinan pesawat berkenaan berubah haluan. - Bernama
Sumber HD - 14-3-2014
Keluarga lebih percaya maklumat pihak berkuasa
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Seorang daripada kaunselor yang ditempatkan di Hotel The Everly di sini, Juwairiyah Jaafar berkata, maklumat yang disalurkan itu dilihat dapat membantu anggota keluarga menentukan apakah langkah perlu dilakukan selepas ini.
"Menerusi sesi kaunseling kita nasihatkan anggota keluarga untuk tidak mempercayai laporan media sosial. Alhamdulillah setakat ini, mereka hanya percaya maklumat sahih yang disampaikan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata berita yang kurang tepat serba sedikit boleh mengganggu emosi keluarga.
Jelas Juwairiyah, berbanding sebelum ini, semua anggota keluarga kini sudah bersedia menerima sebarang kemungkinan dan lebih mengambil pendekatan kerohanian.
"Bagi yang Islam sudah sampai satu tahap sebagai manusia kita sudah tiada lagi usaha yang lain boleh dibuat hanyalah doa dan solat hajat," katanya.
Juwairiyah berkata semua kaunselor yang berada di lokasi 24 jam bersedia berjumpa dengan anggota keluarga pada bila-bila masa.
"Terdapat empat syif dengan antara enam hingga lapan orang kaunselor ditugaskan pada setiap syif," katanya. - Bernama
Sumber HD - 14-3-2014
MH370: Polis tanya siapa anjur solat hajat di KLIA
- Mar 14, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Selangor memberitahu tidak ada sebarang tindakan atau keterangan diambil oleh pihak polis berhubung solat hajat dan bacaan surah Yasin khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi sebaliknya hanya mendapatkan penjelasan biasa.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, pihak polis bantuan hanya memanggil beliau untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjurkan program tersebut.
"Tidak ada apa-apa berlaku, pihak polis hanya bertemu dengan saya untuk mengetahui nama dan siapa yang menganjur program tersebut," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Solat hajat dan bacaan Yasin khas itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Selangor dengan kerjasama Pusat Perubatan Islam Darulaman Malaysia adalah khas untuk penumpang dan kru pesawat MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac (Sabtu) ketika perjalanan dari KLIA ke Beijing.
"Alhamdulliah semalam lebih 300 orang yang sertai termasuk mereka yang berada di KLIA dan prihatin terhadap insiden tersebut,” ujarnya.
Sumber HD - 14-3-2014
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh mengugut akan menyaman pihak yang menuduh ritualnya di KLIA dalam usaha mengesan kehilangan Pesawat MH370 sebagai melanggar syariat.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Ibrahim Mat Zin berkata, ritual ala menaiki permaidani terbang dengan memegang kelapa, serta menggantung bubu dengan teropong buluh yang dilakukan mereka dibuat berlandaskan syariat Islam.
“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.
“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya dipetik akhbar Umno itu.
Tindakan kumpulan pembomohan itu sebelum ini dikecam banyak pihak dan disifatkan sebagai sesuatu yang khurafat dan memalukan umat Islam dan Malaysia yang kini menjadi perhatian dunia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri menyifatkan tindakan tersebut jelas adalah bertentangan dengan Islam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.
Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.
Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menempatkan pegawainya untuk memantau aktiviti pembomohan itu ekoran dua kali kumpulan Raja Bomoh itu membuat ritual mereka di KLIA itu.
Sumber HD - 14-3-2014
Kecoh isu solat hajat di KLIA
- Mar 14, 2014
- HAMBALI AKRAM
Polemik itu timbul apabila dimuat naik gambar Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi keterangan kepada pihak polis (Polis MAHB) berhubung program yang dijalankan. Perkara itu telah selesai apabila Ustaz Syarhan sendiri memberi penerangan melalui Facebook tentang kedudukan sebenar – tidak perlu dibesar-besarkan dan dipolitikkan.
Namun, saya berasakan bahawa polemik itu timbul kerana beberapa hari sebelumnya tindakan beberapa individu melakukan aktiviti perbomohan di kawasan yang sama tidak pula diambil keterangan. Tidak pula ditunjukkan pihak berkuasa lapangan terbang mengambil tindakan serupa. Apatah lagi, sudah jelas perbuatan bomoh tersebut ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh para mufti dan JAKIM.
Dalam dunia maya pada hari ini, saya mencadangkan pihak polis mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menjaga intergriti mereka. Saya percaya, program tersebut turut mendapat sokongan daripada pihak polis MAHB sendiri, cuma dalam suasana yang tegang, sedih dan tertekan seperti sekarang, sebarang kesilapan kecil boleh menimbulkan salah tanggapan masyarakat umum.
Kesimpulannya, mari kita sama-sama berlapang dada dan terus berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dirungkaikan dalam masa terdekat.
Sumber HD - 14-3-2014
Teori pesawat MH370 dirampas semakin kuat
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Adakah pesawat MH370 milik penerbangan Malaysia dirampas dan ‘dibawa lari’ ke lokasi yang tidak diketahui?
Kemungkinan itu sedang disiasat agensi perisikan Amerika Syarikat, lapor Wall Street Journal, edisi 13 Mac lalu.
Wartawan akhbar tersebut, Andy Pasztor dan Jon Ostrower mendedahkan hasil penyiasatan agensi perisikan Amerika Syarikat ke atas kehilangan misteri MH370.
Antara hasil siasatan adalah MH370 telah terbang selama 5 jam, iaitu satu jam sebelum ia hilang dari radar Trafik Kawalan Udara Vietnam pada jam 1.30 pagi Sabtu, 8 Mac 2014 dan 4 jam lagi selepas itu.
Para penyiasat juga mengkaji kemungkinan kapal terbang itu telah mendarat di suatu lokasi yang tidak diketahui dengan juruterbang atau orang lain dari kalangan penumpang telah mengubah haluan kapal terbang dan mematikan alat transponder kapal terbang itu bagi mengelakkan dikesan radar.
Penyiasatan masih di peringkat awal dan para penyiasat belum lagi menemui bukti-bukti jelas untuk menyokong teori bahawa kapal terbang itu dirampas pengganas atau disabotaj.
Pegawai-pegawai dari jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dilapor belum menemui sesuatu yang spesifik untuk menyimpulkan bahawa kapal terbang itu dirampas oleh pengganas.
Namun, mereka belum lagi menolak secara konklusif bahawa kehilangan MH370 sama sekali tidak ada kena mengena dengan keganasan, lapor akhbar tersebut.
Dua persoalan yang amat membingungkan para penyiasat adalah ke mana kapal terbang itu meneruskan penerbangan dan mengapa alat transpondernya dimatikan?
Ini menyebabkan timbulnya teori di kalangan penyiasat bahawa kapal terbang itu telah “diambilalih dan dikuasai” oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.
Teori ini dimaklumkan kepada pegawai jabatan keselamatan nasional Amerika Syarikat dan pelbagai agensi berkaitan.
Sehingga 12 Mac, tiada sebarang maklumat diperolehi bagi menunjukkan kapal terbang itu telah tiba di suatu lokasi lain - mungkin beratus-ratus batu dari lokasi di mana gerakan mencari dan menyelamat sedang berjalan.
Juga tidak diketahui sama ada kapal itu telah terhempas.
Sementara itu Washington Post melaporkan, bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce.
Jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat.
Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut.
Sumber HD - 14-3-2014
Nombor telefon diterima keluarga penumpang dari AS, bukan China
- Mar 14, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, anak syarikat MAS, Ignatious Ong Ming Choy berkata syarikat telekomunikasi yang dilantik MAS mengenal pasti nombor telefon bimbit itu adalah dari Amerika.
Terdahulu, seorang anggota keluarga penumpang MH370 mendakwa beliau menerima panggilan yang dialih dari satu nombor selepas ia hilang dan menggesa MAS menyiasat sumbernya bagi mengesan kedudukan pesawat malang itu.
Beliau menyerahkan nombor itu kepada Ong untuk siasatan lanjut ketika sesi taklimat sebelum itu.
Khabar angin berkaitan MH370 tersebar luas di Internet termasuk panggilan telefon berkenaan dan ini sedikit sebanyak menghidupkan kembali harapan anggota keluarga penumpang serta anak kapal pesawat itu, yang sebelum ini kian pudar. - Bernama
Sumber HD - 14-3-2014
Tiada data diterima Rolls Royce atau Boeing selepas 1.07 pagi - MAS
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya hari ini menegaskan transmisi terakhir diterima daripada pesawat itu adalah pada 1:07 pagi Sabtu lepas, dan tiada lagi selepas itu.
Beliau berkata syarikat penerbangan kebangsaan telah bertanya secara khusus kepada Rolls Royce dan Boeing mengenai laporan menyatakan pesawat hilang itu masih terbang beberapa jam selepas ia hilang, dan mengesahkan ia tidak betul.
"Kami telah hubungi kedua-dua sumber mengenai data itu, Rolls Royce dan Boeing. Kedua-dua syarikat menyatakan mereka tidak menerima data itu," katanya dalam taklimat media di sini hari ini.
Arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut menyatakan pesawat itu telah diservis sepenuhnya dan layak terbang mengikut rekod kejuruteraan dan penyelenggaraan.
Semua pemeriksaan penyelenggaraan dilakukan secara teratur, dengan rutin terakhir penyelenggaraan dilakukan pada 23 Feb tahun ini dan servis akan datang dijadual pada 19 Jun.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata hubungan terakhir pesawat itu dengan radar Malaysia ialah semasa pemindahan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam.
"Kami hilang pesawat itu daripada radar pada ketika kami memindahkan kawalan trafik udara daripada Malaysia kepada Vietnam, secara spesifiknya di kawasan bernama Igari," katanya.
Pesawat dalam penerbangan ke Beijing itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac. - Bernama
Sumber HD - 13-3-2014
MH370: Petugas media buat liputan kerugian RM15,000
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini sejak semalam.
Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk membuat liputan di ruang lobi hotel.
“Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika kita (petugas media) buat liputan berita.
"Ada RM15,000 dan dokumen penting seperti pasport dalam beg itu,” katanya kepada pemberita.
Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu. - Bernama
Sumber HD - 13-3-2014
China tidak akan putus asa mencari MH370
- Mar 13, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau yang dipetik Aljazeera turut memberitahu masih ada harapan dalam usaha pencarian tersebut.
"Keluarga dan rakan-rakan sekarang sedang dilanda kebimbangan, Kerajaan China dan seluruh masyarakat mengambil berat dengan keselamatan mereka.
"Kami sabar menunggu berita mengenai MH370, walaupun hanya sedikit berita baik," jelas beliau pada sidang media hari ini.
Daripada 239 penumpang pesawat yang hilang pada Sabtu lalu, seramai 153 adalah rakyat China.
Menurut Li Keqiang lagi, China telah menghantar lapan kapal dalam usaha pencarian tersebut dan yang kesembilan dalam perjalanan, selain menggunakan 10 satelit.
"Kita tidak akan berputus asa dengan apa jua petunjuk yang disyaki kita temui," kata beliau selepas berakhirnya sesi Tahunan Kongress Rakyat Kebangsaan negara itu.
Dalam pada itu Vietnam telah menyambung kembali usaha pencari dan turut meluaskan kawasan pencarian.
Sehingga sekarang sebanyak 42 kapal laut, 39 pesawat udara sudah dikerah untuk usaha mencari.
Dalam satu laporan Wall Street Journal, MH370 itu kekal beberapa jam di udara selepas hilang dari radar.
Menurut laporan dari Amerika Syarikat itu lagi, penyiasat penerbangan dan pegawai-pegawai keselamatan negara itu percaya pesawat itu terbang selama lima jam berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan rutin dan program pemantauan.
Kerajaan hari ini menyambut baik bantuan yang diberikan oleh peringkat antarabanga dalam usaha mencari pesawat penumpang MAS MH370 yang hilang pada Sabtu, 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata Malaysia bersedia menerima sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan.
Sumber HD - 13-3-2014
Pengurus IT yakin temui imej MH370
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit di internet.
KUALA LUMPUR: Pengurus Teknologi Maklumat asal Amerika Syarikat, Mike Seberger mendakwa telah dapat mengesan imej pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi, lapor Daily Mirror, semalam.
Sebagai salah seorang yang terkesan dengan kehilangan misteri penerbangan MH370 itu, beliau cuba menjejaki kapal terbang yang hilang itu dengan melayari internet.
Mike yakin telah berjaya mengesan kapal terbang yang hilang melalui gambar satelit beresolusi tinggi yang diambil dari permukaan laut di lokasi di mana kapal terbang itu dilaporkan hilang.
Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China Selatan.
Sebanyak 42 buah kapal laut dan 39 kapal terbang daripada 12 buah negara menyertai usaha mencari dan menyelamat kapal terbang boeing 777-200ER yang hilang dengan 239 penumpang.
Setelah 5 hari, usaha mencari dan menyelamat belum lagi membuah hasil.
Jika apa yang dijumpai Mike adalah tepat, ia satu kejayaan awal dalam merungkai misteri yang menakjubkan pakar dunia penerbangan.
Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, mengesan objek misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan meliputi keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan hilang.
Berita lanjut layari www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-manager-3235818#ixzz2vnHJBHAP
Sumber HD - 13-3-2014
MH370: Menantu tidak lalu makan sebelum ke Beijing
- Mar 13, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Wajah tenang itu berkerut menahan tangis mengenangkan nasib Nor Fadzillah yang bertugas di Syarikat Syar Freescale (dahulu Motorola).
Nor Fadzillah dijadualkan berada di China selama seminggu bagi melawat kilang Syar di sana.
Cerita Hajah Putih, beberapa hari sebelum Nor Fadzillah berlepas, beliau tidak lalu makan dan selalu meluahkan perasaan tidak sedap hati kepadanya.
"Seminggu sebelum pergi, banyak kali dia cakap pada saya, rasa malas hendak pergi ke Beijing.
"Saya pujuk, saya kata pergilah, inikan tugas, bukan pergi suka-suka. Dia berlepas hari Sabtu, hari Rabu baru dia pergi beli baju sejuk, stokin untuk pakai di sana.
"Kami juga ada pergi makan di restoran tapi dia makan sikit sahaja, tak habis. Padahal steak memang makanan kegemaran dia," cerita beliau yang mengakui sangat rapat dengan Nor Fadzillah dan selalu menjadi tempat menantunya itu mengadu apa juga perkara.
Nor Fadzillah mempunyai empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berumur 13, 10, empat dan dua tahun.
"Mak cik tak tahu macam mana nak ceritakan perasaan mak cik ni. Walaupun dia menantu, tapi sama seperti anak sendiri. Mak cik sayangkan dia. Suami dan anak-anak menanti kepulangan dia," luah beliau sambil memandang sayu cucunya yang sedang tidur di dalam buaianya di tepinya.
Beliau juga merayu seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal MH370.
"Sama-samalah kita terus berdoa mohon diberi petunjuk di mana pesawat dan selamatkan semuanya.
"Mak cik tak putus berdoa, hanya Allahlah tempat kita bergantung sekarang," ujarnya sambil menyeka air mata.
Hari ini masuk hari ke lima operasi mencari dan menyelamat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) itu.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu lalu.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Sumber HD - 13-3-2014
Satelit China dilapor kesan objek dipercayai MH370
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Satelit milik Republik Rakyat China dilapor berjaya merakamkan objek serpihan yang dipercayai bahagian pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Tiga objek itu dikesan di bahagian hujung selatan Vietnam, tempat laluan asal pernerbangan tersebut, lapor agensi berita Xinhua, China, semalam.
Penemuan itu dijangka dapat membantu pencarian pesawat yang hilang bersama 239 penumpang sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing awal pagi Sabtu lepas.
Sehingga kini, pencarian pesawat hilang itu meliputi kawasan 35,800 batu persegi (92,600 km persegi), di bahagian timur dan barat Sememanjung Malaysia dan diperluaskan sehingga ke perairan India.
Imej yang dipaparkan satelit China itu jika disahkan, adalah berhampiran dengan titik koordinat pesawat itu dilaporkan hilang.
Xinhua melaporkan, imej yang dirakam sekitar jam 11 pagi waktu tempatan, Ahad lalu menunjukkan "tiga objek terapung" berlainan saiz. Saiz objek paling besar berukuran 24 x 22 meter (79 x 72 kaki).
Imej satelit turut mengandungi koordinat lokasi bahagian selatan Vietnam dan Timur Malaysia. Imej ini pada asalnya disiarkan laman web teknologi pertahanan nasional China.
Dalam perkembangan berkaitan, Daily Mirror melaporkan Ketua Jabatan Penerbangan Awam China berkata, tiada bukti menunjukkan imej terapung di Laut China Selatan yang dirakam satelit itu mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang.
"Satelit China telah merakam kepulan asap dan objek terapung... Buat masa sekarang kami tidak dapat mengesahkan hubungannya dengan pesawat yang hilang itu," Li Jiaxiang memberitahu pemberita di luar sidang parlimen.
Agensi berita CNN turut melaporkan perkembangan yang sama.
Sumber HD - 13-3-2014
Pegawai Jais pantau KLIA elak bomoh lakukan ritual
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais Hardi Mohd Sadali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam tadi.
Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada JAIS melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam tadi.
Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam.
Tengah hari semalam, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya.
Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
Sumber HD - 13-3-2014
Rekod radar mungkin bantu rungkai kehilangan MH370
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang.
Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar.
Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara.
Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat, turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 200 batu barat laut Pulau Pinang.
"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar berkenaan ialah MH370," katanya.
Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang dari radar DCA ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.
Beliau berkata radar militari turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.
Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baharu dan Selat Melaka.
Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi.
Hishammuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa yang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370.
Setakat ini, jumlah aset yang digerak dalam operasi SAR meningkat kepada 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan disertai 12 negara, yang terbaharu ialah India, Japan serta Brunei. - Bernama
Sumber HD - 13-3-2014
Misteri MH370 bertukar jadi tekanan kepada Najib
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut penulis Shahbudin Husin, ini kerana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling tuduh-menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.
Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing,
Menurutnya, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan berbagai maklumat yang bercampur-campur antara yang benar dengan yang palsu.
“Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Sumber HD - 12-3-2014
MH370: Jakim selar pihak guna khidmat bomoh
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata umat Islam harus menyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.
"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.
Beliau berkata Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.
"Mana-Mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
Dewan Ulamak anjur solat hajat di KLIA esok
- Mar 12, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan kejadian kehilangan MH370, sekurang-kurangnya lapangan terbang di negeri ini dapat menampung kejadian yang tidak diingini berlaku.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Perjumpaan Menteri Besar Kelantan bersama anggota Perkhidmatan Awam Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Berucap sama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.
Lagipun menurutnya lagi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sendiri beberapa kali telah menyarankan perkara itu, termasuk ayahanda baginda Sultan Ismail Petra.
Menurutnya, kedudukan Kelantan yang strategik di tengah-tengah laluan Kuala Lumpur-Bangkok, Kuala Lumpur-Beijing, Kuala Lumpur-Vietnam, memberi ruang pendaratan cemas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Ketika ditanya kesudian Kelantan bekerjasama dengan pihak kerajaan Persekutuan yang menjadikan Tok Bali sebagai pangkalan ‘mengesan’ pesawat MH370, beliau berkata pihaknya bersedia memberi kerjasama.
“Yang penting sekarang kita inginkan semua penumpang dalam pesawat itu selamat dan hati kecil saya masih rasa sedap hati mereka selamat,” ujarnya dengan ceria.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat seterusnya berharap orang ramai bertenang menghadapi suasana itu.
Tambahnya, apa lagi telah ramai pakar turun untuk membantu mencari dan menyelamat penumpang dalam pesawat berkenaan.
“Kita tunggulah bagaimana penghujungnya nanti sehingga semuanya selamat namun kita jangan hilang tempat bergantung, iaitu Allah,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu beliau memberitahu Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan solat hajat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok.
Katanya, solat hajat sudah dianjurkan di seluruh masjid di Kelantan sejak tiga hari lalu.
Sumber HD - 12-3-2014
Ibu sebak selepas tatap gambar anak di telefon bimbit
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Kamariah Sharif, 55, tidak dapat menahan kesedihan selepas menatap wajah anaknya di telefon bimbit.
Suami beliau, Zamani Zakaria, 56, ketika ditemui berkata, isterinya menangis kerana terlalu rindukan anak lelaki kesayangannya, Mohd Razahan Zamani, 23, yang selalu menjadi teman bergurau.
“Semalam dia (isteri) ok, tapi hari ini dia teringat (keadaan anak) memandangkan sebelum kejadian ini dia seorang yang rapat dan kerap menelefon anak sulungnya bertanyakan khabar," kata Zamani.
Katanya, sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan tentang anaknya walaupun sudah memasuki hari kelima.
"Kalau dia masih hidup pun kita tidak tahu bagaimana kehidupannya dekat sana. Jumpa ke tak jumpa belum tahu lagi," katanya.
Razahan dan isterinya, Norli Akmar Hamid, 33, yang baru dua tahun berkahwin merancang ke Beijing untuk berbulan madu selepas isterinya keguguran baru-baru ini, sepatutnya pulang ke Malaysia hari ini. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
Pembantu juruterbang pemuda baik - nenek
- Mar 12, 2014
- ASLANI M
PASIR MAS: Halimah Abdul Rahman, 81 memberitahu cucunya, pembantu juruterbang pesawat MH370, Fariq Abdul Hamid seorang pemuda yang baik dan berbudi pekerti.
"Cucu makcik, Fariq jika balik kampung, tidak pernah lupa untuk solat berjemaah di masjid berdekatan," ujarnya hiba ketika ditemui rombongan Pemuda PAS Kelantan dan Pasir Mas, di sini.
Beliau juga amat berharap agar cucu kesayangannya itu selamat. Beliau tinggal di Kampung Perakap, Bunut Susu. Halimah merupakan ibu bekas Adun Tendong, Allahyarham Dr Muhammad Daud.
Semalam beberapa laman sosial menyiarkan gambar Farid dengan penumpang di kokpit kapalterbang dengan tuduhan yang kurang sopan.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kunjungan ke atas keluarga Fariq untuk bertanya khabar dan memberi sokongan ekoran tragedi yang berlaku Sabtu lepas.
Katanya, insiden tersebut merupakan satu tragedi kepada negara.
“Jadi semua pihak seharusnya memperbanyakkan doa dan solat hajat agar mereka diberikan kesejahteraan oleh Allah SWT. Tiada guna membuat sebarang spekulasi," katanya.
Beliau juga berkata, pada pertemuan tersebut Halimah mengucap berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar cucunya.
Sumber HD - 12-3-2014
Polis T'ganu terima laporan bunyi dentuman di Marang
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya telah menyalurkan laporan berkenaan kepada ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
"Kita telah serahkan laporan yang diterima kepada Bukit Aman semalam dan sehingga kini...hanya menunggu arahan yang selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Pemimpin pelajar di sini hari ini.
Semalam lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang membuat satu laporan berhubung bunyi misteri yang didengari mereka dari timur laut Pulau Kapas pada kira-kira pukul 1.20 pagi.
Ketika kejadian lapan sahabat berkenaan sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang dan secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.
Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.
Jamshah berkata orang ramai perlu lebih peka dan mendapatkan bukti yang sahih kerana mereka hanya mendengar bunyi letupan namun tidak menemui sebarang objek.
"Saya harap orang ramai tidak mengambil peluang ini untuk menarik perhatian ramai atau mengelirukan pihak berkuasa dengan sesuatu yang tidak tahu kesahihannya," katanya.
Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud hari ini menafikan beliau pernah menyatakan penerbangan MH370 dikesan kali terakhir di Selat Melaka oleh pihak tentera.
Rodzali dalam satu kenyataan di sini menegaskan beliau tidak pernah membuat kenyataan itu yang dilapor sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.
"Saya tegaskan saya tidak membuat kenyataan itu. Apa yang berlaku ialah wartawan bertanya kepada saya sama ada insiden tersebut berlaku seperti yang diperinci dalam laporan mereka.
"Bagaimanapun saya tidak memberi sebarang jawapan kepada soalan itu," katanya menambah berita yang disalah lapor itu perlu diperbetulkan "bagi mencegah salah tafsir berterusan daripada laporan berita yang tidak tepat dan salah".
Kenyataan itu merujuk kepada laporan bertarikh 11 Mac akhbar tersebut yang memetik Rodzali antara lain berkata pesawat dikesan kali terakhir di perairan Pulau Perak, Selat Melaka pada 2.40 pagi sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang kesan.
Rodzali berkata buat masa ini TUDM sedang memeriksa dan menganalisis segala kemungkinan berhubung laluan pesawat selepas dilapor hilang.
"Pada masa ini tidak sesuai bagi TUDM mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung maklumat laluan pesawat sehingga benar-benar disahkan," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sebelum dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat sepatunya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
MH370: PAS cadang PM sendiri ketuai operasi SAR
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Cadangan itu dikemukakan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, kenyataan dan penjelasan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abd Rahman yang menjadi Pengarah Operasi SAR bagi pesawat MH370, dilihat bercelaru dan sangat kelam kabut.
Apatah lagi katanya isu kehilangan MH370 ini menjadikan Malaysia sedang dilihat oleh seluruh dunia.
Untuk tidak menambah kekeliruan dan menjaga nama baik Malaysia, beliau mencadangkan agar Najib sendiri mengepalai SAR ini.
"Setujukah menteri supaya Perdana Menteri sendiri yang lead (ketuai) operasi SAR agar sumber maklumat itu tepat dari mulut beliau?" soal Mujahid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Isu kecelaruan dan percanggahan jawapan oleh Azharuddin terhadap beberapa isu berkaitan kehilangan pesawat MH370 menjadi perbualan banyak pihak termasuk di peringkat antarabangsa.
Ianya termasuk dakwaan kononnya dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu bukan dari kalangan orang Asia tapi Eropah dan terdapat lima penumpang yang sudah daftar masuk tapi tidak menaiki pesawat tersebut.
Malah dalam kes penumpang yang dikatakan mirip orang Eropah itu, Azharuddin pergi lebih spesifik apabila mengatakan salah seorang dari mereka kelihatan seperti pemain bolasepak AC Milan – Mario Barwuah Balotelli.
Walhal dari fotofit yang diedarkan polis semalam, kedua-duanya tidak langsung kelihatan seperti Mario malah salah seorang darinya dikenalpasti pula sebagai warga Iran.
Dalam isu lima penumpang yang mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat itu, MAS juga mengeluarkan kenyataan bahawa hanya empat orang yang tidak menaikinya.
Terdahulu, Mujahid dalam soalan beliau meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini kelengkapan kapal/bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan keselamatan perairan negara.
Sumber HD - 12-3-2014
India sertai misi mencari & menyelamat
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.
Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu, lapor Media India.
Operasi SAR memasuki hari kelima hari ini.
Lebih 40 kapal dan 26 pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
Pakar penerbangan sebut enam sebab MH370 hilang
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.
"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.
Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.
"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau. - Bernama
Norudin A.M. - https://www.youtube.com/watch?v=NR91PUl5dPg
Sumber HD - 12-3-2014
MAS terkejut dakwaan kepada pembantu juruterbang MH370
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.
"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.
MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.
"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Padamasa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.
Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 12-3-2014
MH370: Bila menteri gagal jaga mulut
- Mar 11, 2014
- AHMAD TAJDID
KITA sepakat untuk menyatakan kehilangan pesawat MH370 dengan 227 penumpang dari 14 negara sebagai satu tragedi hitam negara. Dan sehingga saat ini, rakyat Malaysia daripada segala lapisan kaum dan agama berharap dan berdoa moga pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang dalam penerbangan ke Beijing sejak pagi Sabtu lalu selamat ditemui.
Tempoh penantian lebih 72 jam sejak insiden itu berlaku dinanti penuh debaran oleh rakyat negara ini apatah lagi keluarga mangsa. Namun berita-berita yang tersebar di alam maya berhubung insiden itu menambahkan resah dan tidak meredakan debaran dada.
Seorang pensyarah universiti tempatan menyifatkan berita-berita sensasi tentang kehilangan MH370 yang tersebar di alam maya sebagai 'mencemar institusi kewartawanan'. Berita dan ulasan yang berlegar di media sosial itu, jelas beliau tidak disahkan kebenarannya dan ini pastinya bertentangan dengan etika kewartawanan.
Memang diakui tindakan menyebarkan berita yang tidak diketahui sumber dan intergritinya itu boleh memudaratkan kepentingan awam. Bagaimanapun umum mengetahui bahawa maklumat yang didapati di alam siber bukanlah sesuatu yang boleh diterima bulat-bulat apatah lagi jika ianya tanpa sumber, bersifat 'cakap dengar' (hearsay) atau lebih teruk cuma 'salin dan tampal' (copy and paste).
Tapi jika kenyataan itu datang daripada seorang menteri apatah lagi menteri kanan, ia suatu yang perlu diberikan perhatian serius.
Oleh kerana itulah kita melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap tidak cermat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor mengecam pegawai imigresen bertugas dalam insiden penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370.
Zahid ketika bercakap dalam satu sidang media di Seri Perdana, Putrajaya, 9 Mac lalu menyifatkan pegawai imigresen berkenaan sebagai 'tidak boleh berfikir'.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan terhadap Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370," katanya.
Siasatan itu, ujarnya akan dijalankan pasukan khas diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.
Tidak sampai 24 jam selepas memberikan kenyataan 'tidak berlapik' itu, satu tamparan singgah di muka Zahid.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang akhbarnya mengesahkan bahawa dua penumpang lelaki pesawat MH370 yang menggunakan pasport curi itu tidak memiliki paras rupa Asia.
"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar pada lewat malam, 10 Mac.
Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Tamparan kedua dirasai Zahid ekoran sidang akhbar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat pada petang 11 Mac.
Aloyah mendedahkan bahawa penumpang yang menggunakan pasport curi warga Austria, Christian Kozel tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.
Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport curi warga Itali, Luigi Maraldi tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.
Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.
Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.
Aloyah berkata, pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan.
Alangkah baiknya bagi Zahid jika bersabar dan menunggu hasil siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan mempertikaikan pegawai imigresen bertugas.
Jika sebelum ini kenyataan kontroversi Zahid banyak merujuk kepada isu-isu dalam negeri, namun kini ia menjadi perhatian antarabangsa kerana tragedi yang berlaku membabitkan warga, sempadan, tentera dan pemerintah asing.
Mungkin benar ulasan seorang pembaca:
"Institut Tadbiran Awan Negara (Intan) perlu membantu para menteri kita menangani stres, public speaking, enkod dan dekod data, risiko penyebaran maklumat penting, antara kepuasan diri bercakap dan kepentingan negara...
"Dedah kelemahan jentera sendiri dengan menegur dan memberi amaran keras secara terbuka hingga satu dunia tertanya-tanya. Di kala rakyat masih bersimpati dengan MH370 dan harga barang yang tidak menentu, lawak ayam seekor seringgit mengundang kritikan rakyat...
"Institusi yang melatih pegawai kanan kerajaan perlu berbuat sesuatu... Tegur, nasihat dan perbetulkan... Bijak sana-sini diperlukan untuk mentadbir negara dipersada rakyat dan dunia."
Biarlah teguran itu mengakhiri rencana ini.
Sumber HD - 11-3-2014
MH370: Tiada kapal selam diguna untuk operasi mencari
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
PETALING JAYA: Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.
"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini hari ini.
Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.
Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.
Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu telah dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.
"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini," katanya.
Pada Sabtu lepas, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama
Sumber HD - 11-3-2014
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid berkata, sebagai seorang Islam yang beriman, kehilangan pesawat ini perlu juga dilihat dari luar sudut sains dengan kembali kepada ajaran agama.
"Ia hilang, 100 peratus hilang...fullstop!
"Sebagai orang beriman, ini adalah ketentuan. Allah SWT menetukan segala-galanya. (Kehilangan) ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia kena terima," kata beliau dalam temubual Buletin Utama malam tadi.
Beliau juga berkata bahawa Allah memberi cara dan kunci untuk temui apa sahaja dan manusia harus menggunakan segala usaha termasuk menggunakan kepakaran orang tertentu untuk mengesan pesawat MH370 itu.
Ditanya, siapakan orang itu, beliau berkata, "Doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah dan keluarga (yang terlibat), kerana mereka sedang beremosi dan Allah sedang melihat mereka".
Beliau menegaskan, penggunaan kaedah sains dan spritual perlu seiring dalam usaha pencarian ini.
"InsyaAllah akan ditemui, akan ditemui.
"Gabungkan sains dan juga yang mencipta sains (Allah).
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac lalu.
Sumber HD - 11-3-2014
Polis sahkan warga Iran pemilik pasport curi
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar identiti remaja tersebut dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19.
Pouria (paling kiri) adalah pemilik pasport yang dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.
“Kami kenal pastinya melalui data biometrik yang diambil sewaktu pertama kali datang ke negara ini.
Dia dalam pas lawatan sosial 90 hari,” katanya dalam satu sidang media di Sepang hari ini.
Beliau turut mendedahkan gambar Poria dan seorang lagi yang disyaki pemegang pasport curi yang sedang dikenal pasti.
Katanya, semakan polis mendapati Pouria memasuki Malaysia pada 28 Februari.
Beliau juga mengesahkan bahawa Pouria tiada kaitan dengan kumpulan pengganas selepas menyiasat latar belakang individu itu dengan bantuan pasukan polis seluruh dunia.
Khalid berkata polis mengenal pasti identiti Pouria selepas berhubung dengan ibu pemuda tersebut.
"Kita tahu dia hendak berhijrah ke Jerman sebab kita berhubung dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.
Sumber HD - 11-3-2014
Marah benar Zahid Hamidi dengan Imigresen
- Mar 11, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Daripada seramai 239 penumpang pesawat MH370 itu, dua daripadanya adalah pemegang pasport palsu yang dilaporkan hilang di Thailand oleh dua pemiliknya iaitu warganegara Itali dan Austria sejak 2013 lagi. Oleh itu, amatlah memalukan bagaimana pemegang pasport palsu itu gagal dikesan dan begitu mudah melepasi pintu Imigresen.
Dalam hal ini tidaklah menghairankan bagaimana Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi kelihatan begitu marah dengan kejadian yang memalukan ini. Sambil menegaskan siasatan terperinci akan dijalankan mengenainya, beliau juga menyelar pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA dengan berkata, "saya masih hairan takkan pegawai di KLIA tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam Asia".
Sementara kita semua bersimpati, sedih dan berdoa mengharapkan keajaiban di sebalik misteri kehilangan pesawat ini yang sudah berlalu beberapa hari tanpa sebarang jawapan, kita juga sebenarnya sedih dengan pelbagai kelemahan dalam jentera pentadbiran kerajaan, terutamanya berkaitan Imigresen ini.
Dan selalunya begitulah, hanya apabila ada tragedi barulah pelbagai kelemahan terbongkar. Jika tidak, semuanya dianggap biasa-biasa saja.
Selain kelemahan yang melibatkan dua pemegang pasport curi ini, sejak bertahun-tahun pula Jabatan Imigresen sudah terdedah dan didedahkan dengan pelbagai kelemahan yang melibatkan kemasukan pendatang asing daripada pelbagai negara sehingga menimbulkan macam-macam gelaja sosial yang tidak diingini.
Menteri sudah kerap bertukar tangan, Ketua Pengarah Imigresen juga sudah bersilih ganti tetapi masalah kemasukan pendatang asing ini masih juga gagal diatasi dengan sebaiknya. Sekarang dengan tumpuan dunia mengenai lolosnya dua pemegang pasport curi yang dikesan berikutan dengan tragedi hilangnya pesawat itu, ia sekali lagi mendedahkan negara kita kepada kecaman dan pertikaian antarabangsa.
Kiranya Zahid Hamidi ingin meluahkan kemarahan dan memperbetulkan kelemahan di Jabatan Imigresen ini, ada baiknya beliau melakukannya secara menyeluruh supaya di masa-masa akan datang, andai ditakdirkan lagi berlaku sesuatu tragedi, mudah-mudahan ia tidak lagi terkait dengan jabatan itu.
Jika kita masih ingat, ketika tragedi pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib Razak beberapa tahun lalu, isu yang melibatkan Jabatan Imigresen turut dikaitkan sama. Model dari Mongolia itu sah-sah berada di negara ini, pergi ke rumah Razak Baginda untuk menuntut upah terjemahan yang dijanjikan kepadanya, menginap beberapa hari di hotel dah kemudian didapati dibunuh dengan cara diletupkan badannya dengan bom C4 tetapi akhirnya rekod kemasukannya di Jabatan Imigresen didapati dipadamkan.
Beliau seolah-olah tidak pernah memasuki negara kita. Sehingga ini bagaimana rekod kemasukannya boleh terpadam, siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang mengarahkannya masih lagi menjadi misteri kepada dunia.
Kini dengan berlakunya tragedi MH370, seiring dengan kehilangan pesawat itu yang masih menjadi misteri, bagaimana dua pemegang pasport curi yang berwajah Asia tetapi menggunakan identiti bangsa Eropah boleh melepasi halangan Imigresen, sekali lagi menjadikan Jabatan Imigresen diselubungi misteri.
Lalu, kemarahan Zahid Hamidi sebagai menteri memang ada kewajarannya.
Sambil mencari kelemahan mengenai bagaimana pemegang pasport curi boleh terlepas begitu saja, beberapa kelemahan lain seperti melibatkan kemasukan pendatang asing dan bagaimana rekod Altantuya yang dibunuh boleh terpadam, haruslah juga didedah dan diperbetulkan demi imej dan nama baik negara.
Jika semua ini dapat dilakukan oleh Zahid Hamidi, ia merupakan pahalanya paling besar kepada maruah negara. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 11-3-2014
Pemilik pasport curi tidak berwajah Asia
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa Malaysia untuk semalam.
Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai paras rupa Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar-pakar keselamatan.
Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat.
Beliau berkata operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan "dari blok ke blok".
"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau.
Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.
Sidang akhbar seterusnya diadakan hari ini jam 10 pagi.
Penerbangan MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 kru hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi hari Sabtu.
Mengikut jadual ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 11-3-2014
Tweet anak krew MH370 runtun simpati umum
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Tweet kebimbangan beliau mengenai bapanya sejak berita pesawat MAS hilang sejak Sabtu lepas, setakat malam tadi, ditweet sekali lagi sebanyak 62,400 kali manakala akaun twitternya mendapat perhatian 28,000 pengikut.
Satu daripada tweet itu berbunyi "Sudah lebih 48 jam. Di mana kamu, ayah? Mengeluh.." manakala satu lagi berbunyi "Ayah. Berita mengenai kamu tersiar dalam pelbagai akhbar. Baliklah segera, agar kamu dapat membacanya! Tidakkah kamu terasa teruja?"
Dalam tweetnya semalam, remaja itu juga memuat naik gambar beliau dan keluarga semasa sambutan hari lahir dengan menulis: "dan sehingga hari ini, kami masih menunggu kamu, ayah".
Maira juga tetap positif walaupun ketika pesawat MH370 masih belum ditemui melalui statusnya.
"Memandangkan hampir semua orang bertanya khabar mengenai ibu saya, beliau sihat. Beliau tabah dan dengan sokongan yang kami terima, kami semua sihat".
Beliau juga menerima banyak sokongan daripada orang ramai untuk tidak patah semangat dalam menghadapi saat kritikal ini.
Seorang pemegang akaun twitter @DianaDanielleB berkata: "Hai si cantik manis, saya menghantar kiriman kasih sayang dan doa untuk anda dan keluarga anda. Jadilah seorang gadis yang berani dan tabah, seperti mana diri anda, dan sentiasa mengukir senyuman".
Seorang lagi pemegang akaun twitter @__yaneshaaa berkata: "tabahkan hati anda, semuanya akan selamat. Saya doakan keselamatan bapa anda dan berharap dia selamat.
Dalam tweetnya kira-kira 6.30 petang semalam, Maira juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada anda semua. (atas segala) sokongan, kasih sayang dan kebaikan. Tuhan rahmati anda semua," kata beliau melalui tweet tersebut.
Andrew merupakan seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Beijing yang hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. - Bernama
Sumber HD - 11-3-2014
MH370: Fikirkan langkah seterusnya
- Mar 10, 2014
- HAMBALI AKRAM
Saya simpati kepada keluarga yang terbabit dan hanya mampu berdoa agar usaha mencari dan menyelamat beroleh hasilnya.
Namun, di sebalik semua usaha ini, saya mencadangkan sama ada kerajaan Malaysia atau MAS menyediakan pelan jangka panjang jika usaha mencari pesawat ini menemui jalan buntu. Hal ini kerana, jika status pesawat ini “hilang” dan kesemua penumpangnya juga berstatus “hilang” adakah keluarga mereka berhak memperoleh insurans yang dibeli sebelum ini?
Bagaimana pula dengan harta milik penumpang pesawat tersebut? Adakah boleh difaraid atau sebagainya. Bagaimana dengan pinjaman bank, kad kredit, ansuran kereta dan sebagainya?
Jika statusnya “sudah meninggal dunia”, tentunya perkara ini tidak menjadi begitu rumit untuk diselesaikan. Mungkin ada yang beranggapan terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini namun apa salahnya jika diutarakan demi kebaikan keluarga yang terbabit.
Sekurang-kurangnya jaminan ini mampu meredakan sedikit tekanan yang dihadapi keluarga tersebut.
Secara peribadi saya tentunya mahu kesemua penumpang ini selamat ditemui, namun dalam kebanyakan kes nahas udara kita wajar juga bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal menerima berita paling buruk.
Yang mampu saya simpulkan ialah – bersabar dan berdoalah. Saya percaya, rakyat Malaysia yang lain turut ternanti-nanti berita positif tentangnya.
Sumber HD - 10-3-2014
Melihat melepasi tragedi MH370
- Mar 10, 2014
- A KADIR JASIN
Daripada aspek apa pun dan serapi mana pun kita mendalami tragedi ini, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.
Hatta sekiranya bangkai pesawat itu ditemui sekalipun, penyiasatan bagi memastikan punca tragedi itu akan mengambil masa.
Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS, tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun.
Yang mengacau fikiran kita adalah hakikat ia hilang di satu kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.
Angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina semua meronda Laut China Selatan. Mereka melakukan latihan di darat, laut dan udara.
Ingatan saya kembali kepada penembakan jatuh penerbangan 007 Korean Air oleh pesawat pejuang Rusia pada tahun 1983, tembakan peluru berpandu Tentera Laut Amerika ke atas penerbangan 665 Iran Air (1988) dan pengeboman pesawat Pan Am 103 ketika terbang di ruang angkasa Lockerbie, Scotland (1988).
MAS sendiri telah mengalami tragedi rampasan udara. Pada tahun 1977, pesawat Boeing 737-200 dengan nombor penerbangan MH653 dirampas oleh orang atau orang-orang yang tidak dikenali dan terhempas di Gelang Patah, Johor. Tragedi itu mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal.
Dalam kita menunggu jawapan dan kepastian mengenai nasib penerbangan MH370, kita kena akui bahawa kawalan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan-lapangan terbang kita, termasuk KLIA, boleh dikira cukup longgar dan santai berbanding di Eropah, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Hatta di lapangan terbang raksasa Dubai pun kawalan dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat.
Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?
Tengok saja penangguhan berulang kali pembukaan KLIA 2. Semua releks, semua nampak macam ok dan tidak siapa pun mengaku bertanggungjawab. Business as usual. Wallahuaklam. -
http://kadirjasin.blogspot.com
Sumber HD - 10-3-2014
MH370: Bagasi 5 orang tidak naiki pesawat 'bersih'
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami telah memindahkan bagasi mereka. Setiap bagasi itu direkodkan dan diberikan nombor siri unik supaya bagasi yang betul dikeluarkan daripada pesawat,” kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Mengenai laporan dua penumpang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi, beliau berkata butirannya tidak boleh didedahkan pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan penyiasatan.
Azharuddin berkata pihak berkuasa relevan sedang menyiasat kes itu dan mereka turut melihat rakaman video kedua-dua penumpang itu.
“Sebaik sahaja kami mendapat sebarang laporan daripada pihak berkuasa, kami akan maklumkan apa yang telah dikumpul oleh pasukan pakar," katanya dalam sidang akhbar.
Azharuddin berkata anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah mematuhi standard antarabangsa dan memenuhi semua syarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
"...dan kami mempunyai Program Penerbangan Awam Kebangsaan yang kami perlu patuhi. DCA telah menjalankan audit ke atas KLIA dan kami telah diaudit oleh pentadbiran keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat dan pejabat keselamatan Australia," katanya.
Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia telah bertindak secara betul dalam kes ini, walaupun ia bukan tugas mudah.
"Pakar-pakar di seluruh dunia juga menyatakan bahawa kawasan yang kami perlu liputi amat luas; kami semua perlu bekerjasama untuk mencari pesawat itu," katanya.
Ditanya sama ada terdapat tempoh masa ditetapkan bagi operasi mencari, Azharuddin berkata, tiada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata mereka sedang membuat persediaan bagi anggota keluarga terdekat penumpang Penerbangan MH370 dari China diterbangkan ke Kuala Lumpur sama ada hari ini atau esok.
"Kami menawarkan kepada dua anggota keluarga terdekat setiap penumpang diterbangkan sama ada hari ini atau esok dan tiga lagi anggota keluarga terdekat diterbangkan kemudian," katanya.
Penerbangan MH370 MAS, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas kira-kira sejam berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 10-3-2014
MB K'tan kunjungi keluarga pembantu juruterbang MH370
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri hari ini mengunjungi keluarga Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui.
Kunjungan ke kediaman mereka di Seksyen 7 di sini pagi ini turut disertai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah serta beberapa Adun Kelantan yang lain.
Kunjungan mereka disambut bapa Fariq, Abdul Hamid Mohd Daud dan ibu beliau serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, menteri besar turut melahirkan rasa simpati Kerajaan Kelantan kepada keluarga atas apa yang berlaku.
Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak keluarga serta menasihatkan agar bersabar dengan ujian yang menimpa ini.
"Beliau adalah anak buah saya sebagai rakyat Kelantan. Kita datang untuk zahir rasa simpati dan mengajak masyarakat supaya mendoakan insiden ini berakhir dengan baik," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata hati keci beliau merasakan anaknya itu masih hidup.
"Jauh di sudut hati kecil saya merasakan beliau (Fariq) masih ada," ujarnya,
Bagaimanapun beliau pasrah dengan apa juga ketentuan Allah namun berdoa semoga anaknya dan semua penumpang termasuk kru pesawat MH370 selamat.
"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan beg pakaian dan pasport jika diminta untuk ke lokasi," jelasnya.
Beliau juga turut berharap agar pihak media khususnya, menghormati privasi keluarga yang sedang berdepan ujian sukar ini.
Fariq, 27, merupakan Pembantu Juruterbang Pesawat MAS MH370 ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, 8 Mac lalu.
Sehingga kini, pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dijalankan pihak berkuasa Malaysia dengan dibantu beberapa negara lain.
Penerbangan yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.
Naik taraf lapangan terbang KB
Dalam pada itu, beliau berpendapat insiden ini menunjukkan betapa perlunya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf segera menjadi lapangan terbang antarabangsa.
Katanya, ini kerana kedudukan Kelantan sangat strategik dan berada di laluan Kuala Lumpur-Bangkok serta Kuala Lumpur Beijing.
"Mengikut laporan, pesawat ini terakhir dikesan di Laut China Selatan. Ertinya Lapangan Terbang Kota Bharu sepatutnya dinaik taraf.
"Kedudukannya strategik dan ianya sepatutnya boleh digunakan untuk menampung penerbangan melalui Laut China Selatan yang sangat sibuk," kata beliau.
YAB DUAY - http://www.youtube.com/watch?v=ROPPJzlWhwo
Sumber HD - 10-3-2014
MH370: Spekulasi hanya akan ganggu operasi SAR
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata sebaliknya mereka perlu mendapatkan berita sahih daripada pihak berkuasa atau MAS tentang kejadian ini agar tidak mengganggu operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari ketiga.
"Ia juga akan mengganggu emosi anggota keluarga penumpang MH370.
"DCA berharap orang ramai akan memahami situasi ini kerana pihak berkuasa sedang menjalankan operasi sedaya upaya untuk mencari serta mengetahui keadaan sebenar MH370," katanya dalam temu bual melalui telefon bersama TV1 Radio Televisyen Malaysia pagi ini.
Azharuddin juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk negara jiran yang mempamerkan semangat muhibah dan setiakawan bagi melicinkan perjalanan operasi itu.
"Pihak terlibat juga menerima sokongan moral dan dorongan daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan semangat kepada kami untuk menjalankan operasi ini sebaik mungkin," katanya.
Azharuddin turut menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura, Filipina dan Australia dalam usaha itu.
Katanya banyak lagi negara asing menawarkan diri untuk memberi sokongan dan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Beliau juga berharap pesawat dan penumpang akan ditemui secepat mungkin.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 kru hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 10-3-2014
MH370: Keputusan sampel minyak selewatnya petang ini
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata jabatan itu menerima sampel minyak tersebut daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pukul 9.40 pagi ini untuk dianalisis.
Jabatan berkenaan, katanya, akan memberi keutamaan sepenuhnya dalam menganalisis 1.5 liter sampel minyak itu.
"Sampel itu akan melalui tiga prosedur bagi mengenal pasti sama ada bahan tersebut mengandungi kerosine (bahan bakar pesawat) atau tidak," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Ahmad Ridzuan berkata tiga prosedur utama akan dijalankan bertujuan memastikan sampel minyak tersebut mengandungi 'mineral oil' yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat.
Beliau berkata tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi 'mineral oil', peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu 'light oil' atau 'heavy oil', dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel, atau petrol).
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu. - Bernama
Sumber HD - 10-3-2014
Australia hantar pesawat kedua cari MH370
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.
Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.
Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan pasport curi.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop telah menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan.
Beliau berkata laporan kehilangan pasport menjadi tumpuan.
"Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan membimbangkan," Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.
"Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia."
Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.
Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan untuk menyertai usaha mencari.
Keluarga rakyat Australia yang berada di atas pesawat itu menerima bantuan kaunselor, kata Bishop. - Bernama
Sumber HD - 10-3-2014
Empat faktor boleh kait kehilangan pesawat MH370
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
"Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah struktur kapal terbang, kegagalan enjin, sistem elektronik termasuk sistem komunikasi, selain kesilapan manusia," jelasnya dalam temubual bersama Astro Awani malam tadi.
Menurut beliau keadaan struktur pesawat dan kegagalan fungsi enjin secara mengejut juga mungkin menjadi antara penyebab pesawat tersebut gagal menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada menara kawalan.
Setiausaha Politik kepada Presiden PAS itu juga berkata, sekiranya struktur utama pesawat seperti sayap dan enjin masih lagi sempurna biarpun berlaku kerosakan, ia masih mampu untuk berhubung dengan pusat kawalan terdekat.
"Jika enjin dan struktur kapal terbang masih lagi baik, bermakna terdapat peluang untuk juruterbang berhubung dengan menara kawalan. Namun, fakta ini hanya kemungkinan kerana kita tidak mengetahui sejauh mana juruterbang berhubung atau tidak dengan pusat kawalan.
"Bagaimanapun, jika berlaku perkara-perkara yang mengejutkan pada enjin atau letupan boleh menyebabkan sistem kawalan berada di luar kawalan biasa sehingga menyebabkan terputusnya hubungan," katanya.
Sumber HD - 10-3-2014
Belum ada lagi tanda penemuan pesawat - DCA
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Walaupun kawasan pencarian diperluaskan hingga meliputi ke Selat Melaka di sebalik kepercayaan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik namun tiada sebarang tanda pesawat MH370 berada di sana (Selat Melaka), kata beliau.
"Kami masih menyiasat segala kemungkinan. Tumpuan utama sekarang ialah mencari pesawat yang hilang itu untuk mengetahui apa yang berlaku - itu yang lebih penting sekarang," kata beliau kepada beratus-ratus wartawan tempatan dan asing yang penuh sesak pada persidangan media itu.
Menurut Azharuddin, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.
Beliau berkata DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan.
Setakat hari ini, pencarian dari udara, bermula mulai pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam manakala gerakan mencari di laut diteruskan.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi mencari dan menyelamat tidak membabitkan kapal selam dari negara-negara yang membantu.
"Mereka tidak menghantar kapal selam, sesetengah daripada mereka menghantar kapal penyelamat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-duanya berbeza sama sekali," kata beliau.
Zulkifeli berkata dua buah kapal peronda maritim dari Australia akan tiba tengah malam ini, dan pagi esok.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran daripada rakan sejawatan beliau dari Australia, Tony Abbott, untuk membantu dalam gerakan mencari pesawat itu.
Persidangan media berikut oleh pihak berkuasa akan diadakan pukul 12 tengah hari esok.
Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
MH370: Tumpuan terarah kepada dua penumpang misteri
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan selepas lebih daripada 24 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
Selain memfokus kepada teori pesawat terhempas, laporan media asing dilihat mengaitkan kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara.
Bagaimanapun, teori pesawat itu meletup di udara mungkin ditolak setelah akhbar The New York Times, yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan MH370 tidak meletup di Laut China Selatan semalam berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi MH370 belum dijumpai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi semalam.
Sehingga kini nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup sewaktu mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan penglibatan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS
- Mar 09, 2014
- MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN
Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh
Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.
Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggaan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.
YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.
Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.
Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.
Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.
MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.
Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.
Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.
Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)
Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah ini dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.
Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?
Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.
Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.
Salam Kedamaian.
Sumber HD - 9-3-2014
Adik sedih terima mesej terakhir ucapan hari jadi
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
S. Thenmoli, 26, eksekutif operasi di sebuah syarikat swasta di sini, berkata abangnya, S. Puspanathan, 34, menghantar mesej menerusi WhatsApp:"Take Care, tot if u cum today (Friday), we go for dinner; Anyway see u after I back from China and Wish u advance happy birthday". (Jaga diri, jika kamu datang hari ini (Jumaat), kita pergi makan malam; Apa pun jumpa kamu selepas saya balik dari China dan Ucapan lebih awal, selamat menyambut hari jadi".)
Beliau berkata mesej itu dihantar beberapa jam sebelum abangnya menaiki pesawat MH370 yang dilapor hilang pagi semalam.
Puspanathan bekerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota dan berlepas ke Beijing, China atas urusan kerja.
"Hari ini merupakan hari lahir saya yang ke-26 dan saya tidak mempunyai adik-beradik lain dan sekarang saya amat merindui abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Thenmoli berkata Puspanathan sering ke luar negara atas urusan kerja dan beliau akan menghubungi keluarga dengan menghantar e-mel, tetapi kali ini, mereka tidak menerima sebarang panggilan daripadanya.
"Sudah beratus kali saya membuka e-mel dengan harapan abang akan membalas e-mel dengan menyatakan dia telah sampai destinasi dengan selamat, namun tiada apa-apa maklum balas sampai sekarang," katanya.
Puspanathan berkahwin dengan K. Sridevi, 30, suri rumah dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki P. Varmer, 3, dan P. Thashuvarmen berusia setahun.
Thenmoli berkata sejak insiden itu, anak sulung abangnya Varmer sering bertanya ayahnya kenapa tidak menghubungi mereka.
"Kakak ipar saya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan insiden ini," katanya.
Katanya, anggota keluarganya kini trauma dengan insiden itu kerana Puspanathan seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat hal keluarga.
Operasi menyelamat dilancarkan sejak semalam selepas pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
Bapa pengsan terima berita pesawat dinaiki anak hilang
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.
"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di sini hari ini.
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.
Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.
Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
PAS hantar pasukan kaunselor bantu keluarga penumpang MH370
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS (CEDM), Salahudin Ayub berkata, pasukan kaunselor PAS itu akan dihantar dalam kadar segera ke penempatan keluarga terlibat di di Hotel Everly, Putrajaya.
"Pasukan ini akan diketuai Adun Meru, Dr. Abd Rani Osman, dan saya sudah mengarahkan kepada beliau untuk bertindak segera.
"Mereka akan memberikan khidmat nasihat dan apa yang perlu kepada keluarga terlibat.
"Ini adalah bantuan yang kita boleh buat setakat ini sebagai tanda simpati PAS terhadap insiden yang mengejutkan ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.
Sejak semalam Dewan Ulamak PAS telah mengeluarkan arahan agar seluruh anggota parti di segenap peringkat melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat yang masih gagal dikesan itu.
Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi.
Sumber HD - 9-3-2014
Zaharie berkongsi gambar jenaka dalam WhatsApp sebelum terbang
- Mar 09, 2014
- N. SEVAGAMY
Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom), kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.
Wahida berkata beliau mengenali Zaharie menerusi Davom sejak lima tahun lepas.
"Abang Zaharie tidak pernah melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab termasuk mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.
"Beliau sering menghubungi anggota kelab menerusi WhatsApp untuk berkongsi tentang aktiviti kelab namun beliau jarang bercerita mengenai tugasnya," kata Wahida yang menyifatkan Zaharie sebagai seorang yang pendiam namun ringan tulang.
"Kami semua terkejut apabila mengetahui beliau menerbangkan pesawat itu," kata Pembantu Tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu.
Seorang lagi anggota Davom, Nor Azana Hamid, 47, berkata beliau mengenali Zaharie sejak 2007 dan menganggap juruterbang itu sangat berpengalaman kerana sudah berkhidmat 33 tahun.
"Beliau pernah menceritakan tentang cara dia melatih pelatih-pelatih baru.
Beliau bertauliah sebab itu dia boleh mengajar orang lain," kata akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Zaharie, 53, mengemudikan pesawat B777-200 ke Beijing yang dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
Nasib pesawat MH370 hilang kekal menjadi misteri
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Tiada laporan cuaca buruk atau petunjuk kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dari skrin radar pada 1.30 pagi selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi.
Pakar aviasi merasa hairan bagaimana pesawat berkenaan boleh hilang tanpa dapat dikesan.
Satu sumber industri aviasi berkata juruterbang dilatih membuat panggilan kecemasan semasa menghadapi suasana cemas dengan keutamaan perlu diberikan kepada pesawat agar ia dapat mendarat dengan selamat.
"Sesuatu yang ekstrem dan tiba-tiba mungkin telah berlaku di atas pesawat MH370 yang menghalang juruterbangnya daripada membuat pnggilan kecemasan. Ini kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi alat 'controller-pilot data link communication' (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan," katanya kepada Bernama tanpa enggan dikenali.
Namun beliau berkata kotak hitam pesawat mungkin boleh menjelaskan persoalan yang tidak terjawab.
Walaupun tiada tanda kehilangan MH370, pesawat itu menyertai sebilangan pesawat misteri yang tidak diketahui sehingga kini.
Antara kes terbaharu yang paling diingati ialah pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Peranchis yang hilang dalam ribut di Lautan Atlantik pada 2009.
Pesawat Airbus A330 itu menghantar mesej secara automatik empat jam selepas ia berlepas dari Rio de Janeiro, melaporkan berlaku litar pintas. Ia kemudiannya hilang daripada radar. Ia ketika itu difikirkan telah terkena panahan petir.
Bangkainya ditemui dua tahun kemudian beserta 104 mayat.
Mayat 74 penumpang kekal tidak ditemui, demikian menurut Mirror Online, yang berpangkalan di United Kingdom.
Pengembara Amerika, Amelia Earhart hilang pada Julai 1939 semasa percubaannya untuk mengelilingi dunia. Teori popular yang tersebar ialah kapal terbangnya terhempas ke dalam lautan dan tidak pernah ditemui, menurut harian Mirror online yang berpangkalan di United Kingdom.
Pesawat British South American Airways (BSAA), Star Tiger hilang semasa terbang dari Santa Maria, Azores ke Bermuda pada 30 Jan 1948.
Satu lagi pesawat BSAA, Star Ariel, hilang semasa penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Jan 1949.
Kejadian 'terhempas' ini sekiranya disahkan, akan menandakan kejadian terburuk pesawat buatan Amerika sejak ia memulakan perkhidmatan 19 tahun lalu.
Ia mungkin berupa kemalangan kedua melibatkan Boeing 777 dalam tempoh kurang daripada setahun.
Pesawat Asiana Airlines Boeing 777-200ER terhempas semasa mendarat di San Francisco pada Julai 2013, membunuh tiga penumpang dan lebih 180 orang cedera. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.
Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).
"Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa," katanya. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak imegrisen perlu memberikan penjelasan berhubung kes tersebut kerana menimbulkan persepsi negatif khususnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes keselamatan ini.
"Bagaimana mereka boleh bolos dalam keadaan pemeriksaan imigresen dan pihak penerbangan yang ketat.
"Isu pembolosan ini isu besar, jadi imigresen dan KDN perlu memberikan penjelasan supaya tidak timbul spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.
"Kita tidak mahu wujudkan spekulasi tetapi mungkin berlaku rampasan pesawat atau sesuatu berlaku dalam pesawat? Ini memerlukan penyiasatan," katanya ketika ditemui pada persidangan wakil rakyat PAS (Perwira 2014), di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Sebelum ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
Bagaimanapun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) semalam mengesahkan hanya dua pasport palsu digunakan penumpang MH370.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sambil mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, Mahfuz menyeru rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa agar usaha pencarian dipermudahkan.
"Kita tidak tahu apa yang terjadi cuma kita jangan berhenti berdoa agar kesemua penumpang ditemui walau dalam apa jua keadaan dan usaha pihak penyelamat berjalan lancar.
"Kepada orang Islam, mari kita sama-sama lakukan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan dalam kes ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
MH307 yang berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi menuju ke Beijing dilaporkan hilang dua jam selepas penerbangan.
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Ketika dihubungi beliau turut bersimpati dengan nasib mangsa serta keluarga yang terlibat.
Menurut Tuan Guru lagi, di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.
“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.
“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.
Tambahnya, sekiranya doa itu dimakbulkan Allah, mereka yang membacanya bebas dari sebarang musibah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menasihati keluarga mangsa agar terus berdoa dan menerima sebarang ketentuan Allah SWT.
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead'.
Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk 'Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239', manakala laporan Washington Post pula bertajuk 'Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet'.
Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan 'Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight' sebagai tajuk.
Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk 'Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet'.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.
Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut.
Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.
Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.
"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.
"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.
Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.
MAS berkata ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang yang terbabit.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
Solat hajat keselamatan penumpang dan kru MH370
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mengeluarkan kenyataan itu berkata, negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 Malaysian Airlines yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing International Airport.
Pesawat yang bertolak dari KLIA pada pukul 12.45pagi itu terputus hubungan dari menara kawalan pada pukul 2.30pagi.
Sejak dari itu kerajaan Malaysia dengan bantuan dari pelbagai agensi penyelamat telah memulakan misi mencari dan menyelamat. Negara-negara jiran juga turut membantu usaha ini.
“Saya turut menggesa semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan spekulatif untuk mengelakkan kecelaruan maklumat.
“Kita beri kepercayaan kepada pihak-pihak tertentu untuk membuat pengumuman rasmi,” ujar Khalil lagi.
Beliau turut berharap agar semua pihak sentiasa menjaga sensitiviti daripada insiden yang telah berlaku.
“Selain usaha yang dilaksanakan ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk kita bermunajat dan berdoa kepada Allah agar usaha mencari ini akan beroleh kejayaan dan semua penumpang dapat ditemui selamat,” katanya.
Sumber HD - 9-3-2014
Pasukan MAS 'Go Team' 93 sukarelawan tiba di Beijing
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Pasukan itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4.30 petang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing 10.45 malam Sabtu, jurucakap MAS Ignatius Ong memberitahu satu sidang akhbar di sini 1.30 pagi Ahad.
"Kami memantau perkembangan di Beijing kerana kebanyakan penumpang pesawat adalah warga China," katanya.
Ong berkata MAS masih tidak menemui sebarang bangkai pesawat setakat ini tetapi usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Beliau berkata pada masa ini MAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia, Vietnam, Singapura dan tentera laut Amerika Syarikat dan China dalam usaha mencari dan menyelamat.
Ong berkata MAS akan menerbangkan anggota keluarga terdekat penumpang ke lokasi apabila pesawat itu ditemui dan semua perbelanjaan akan ditanggung syarikat penerbangan itu.
Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi semalam menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.
Ong berkata MAS telah menghantar pegawai dari Shanghai, Guangzhou, Hong Kong, Taiwan, Jepun dan Korea untuk membantu pasukan menyelamat.
Ditanya mengenai tumpahan minyak yang ditemui di Vietnam, beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan MAS masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung perkara itu daripada pihak berkuasa Malaysia.
"MAS sentiasa telus dan sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa," katanya.
Beliau juga berkata pesawat MH370 telah diperiksa 10 hari lalu dan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
Usaha mencari diperluas meliputi Selat Melaka
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jabatan itu mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Vietnam dan Singapura dalam usaha pencarian pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.
"Ini adalah sebahagian daripada SOP dengan tumpuan usaha mencarinya di Laut China Selatan dan diperluaskan ke Pantai Timur Semenanjung," katanya di sini, hari ini.
Ketika ditanya mengenai dua tumpahan minyak di perairan Vietnam, Azharuddin berkata belum ada laporan yang mengesahkan tumpahan minyak itu dan DCA masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Vietnam mengenainya.
Menurut laporan-laporan berita, tumpahan minyak itu dikesan di perairan selatan Vietnam pada Sabtu dan masing-masing adalah sepanjang kira-kira enam dan sembilan meter.
"Ya, saya membacanya dalam berita tetapi belum ada yang rasmi (maklum balas daripada kerajaan Vietnam)," katanya.
Azharuddin juga menolak perbuatan khianat yang membawa kepada kehilangan MH370, dengan langkah keselamatan sewajarnya telah diambil sebelum pesawat itu berlepas.
"Ia adalah (mengenai) keselamatan dan kami telah melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kami akan memantau semua rekod berhubung tragedy ini dan bagasi penumpang yang menaiki pesawat itu.
Ditanya mengenai pasport penumpang yang didakwa dicuri, Azharuddin berkata : "Ia masih dalam siasatan pihak berkuasa."
Menurut laporan perkhidmatan berita Itali ANSA, seorang warganegara Itali dinamakan antara penumpang pesawat MH370 itu, namun ibu bapanya mengesahkan beliau berada di Thailand dan telah membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat nasional itu menyedari mengenai pasport yang dicuri itu.
"Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan semua kedutaan dan mengkaji asas warganegara asing itu bagi memastikan kami boleh mengesahkan laporan itu," kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
MH370: Malaysia hargai negara luar bantu operasi
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu.
Katanya beliau telah berhubung dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Vietnam dan Filipina, dalam kerangka Asean, bagi memohon membantu Malaysia dalam operasi itu.
Kerajaan Malaysia turut menyambut baik bantuan dan kerjasama serupa daripada negara-negara lain dan badan antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat, katanya dalam kenyataan di sini, awal pagi ini.
"Kerajaan Malaysia berkongsi kesedihan dan kebimbangan sanak saudara terdekat dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Segala ingatan dan doa adalah bersama mereka terutamanya kepada semua penumpang dan anak kapal.
"Kerajaan Malaysia bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berasa sedih dan melahirkan kebimbangan berhubung tragedi yang menimpa para penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 Mac 2014 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing," katanya.
Sehubungan itu, Anifah berkata kerajaan menggembleng semua sumber sedia ada bagi tujuan mencari dan menyelamat pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.
"Sebuah Pusat Koordinasi Kebangsaan ditubuhkan dengan serta-merta di Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan (NDCC), Pulau Meranti, Cyberjaya bagi memantau perkembangan situasi ini dari semasa ke semasa," katanya.
Anifah berkata Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Perwakilan Asing di Malaysia yang rakyatnya antara penumpang pesawat MH370 itu.
Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan sebuah bilik operasi di Putrajaya, yang boleh dihubungi di talian 03 - 88874570 dan melalui emel di dutyofficer@kln.gov.my .
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas pesawat itu dilaporkan hilang oleh pengawal trafik udara pada 2.40 pagi semalam.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 12.41 dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam. - Bernama
Sumber HD - 9-3-2014
Berdoalah agar Allah selamatkan penumpang MAS
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sama-sama kita doakan semua penumpang selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
“Kepada semua ahli keluarga, jangan putus-putus berdoa memohon kesejahteraan daripada Allah SWT,” ujar beliau menerusi facebook.
Sementara itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada Allah memberi keselamatan terbaik untuk penumpang MAS dengan Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya,” ujar Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan ringkas.
Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, kepada ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati kalian dan banyakkan berdoa.
Katanya, antara doa yang elok dibaca ialah حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ yang bermaksud: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri".
Sumber HD - 8-3-2014
Berdoalah agar Allah selamatkan penumpang MAS
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu saya benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya,” ujar Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan ringkas.
Buat masa ini pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, kepada ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan ayuhlah tabahkan hati kalian dan banyakkan berdoa.
Katanya, antara doa yang elok dibaca ialah حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ yang bermaksud: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri".
Sumber HD - 8-3-2014
Tragedi MH370: Gambar yang menyayat hati
- Mar 08, 2014
- http://omakkau.blogspot.com
TRAGEDI PENERBANGAN MH370 .... GAMBAR YANG CUKUP MENYAYAT HATI ... SEORANG PENUMPANG SEMPAT RAKAMKAN GAMBAR BERSAMA IBUNYA SEBELUM BERTOLAK DAN MUAT NAIKKAN DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.
Till we meet again .. soon. insyaAllah .. mak with her one and only son - with Sofuan Ibrahim at KLIA 2 International Depature Hall"
Gambar detik akhir penumpang pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing.
Atas adalah gambar yang cukup menyentuh hati yang disiarkan menerusi laman sosial dimana sebelum seorang penumpang bertolak mengikuti penerbangan MH370 pada 12.40 pagi 8 Mac 2014.
Yang paling menyedih dan menyayat hati Omak Kau ialah ibunya memakai baju, tudung dan beg tangan yang sama ketika menghantar anak lelaki tunggalnya ke Lapangan Terbang KLIA 2 semasa bertolak ke Beijing dan ke KLIA juga untuk mendapat maklum berita terkini.
Hati siapa yang tak hancur luluh berderai bila melihatkan akan rakaman gambar ini.
Sumber HD - 8-3-2014
DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=-T5u7ZKNNuk
Ibu amat berharap anak perempuan ditemui selamat
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
JERLUN: Ibu seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hari ini, amat berharap anak perempuannya itu ditemui dalam keadaan selamat.
Tan Tuan Lay, 53, berkata anaknya Chew Kar Mooi, 31, ke Beijing atas urusan kerja dan beliau hanya mengetahui mengenai kehilangan pesawat itu pada kira-kira 9 pagi tadi melalui anak sulungnya, Chew Kar Hui, 33 .
"Sebelum Kar Mooi menaiki pesawat dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya bahawa pesawat yang dinaikinya akan berlepas.
"Selepas itu, kami tidak dapat apa-apa berita mengenainya sehinggalah anak sulung saya beritahu pihak MAS mengarahkannya membawa pasport ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami sekeluarga amat mengharapkan pesawat itu dijumpai dan anak kami selamat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, Kerpan dekat sini, hari ini.
Tan berkata anak keduanya itu, yang bekerja sebagai pegawai bahagian pinjaman di Maybank Kuala Lumpur, merupakan seorang anak yang periang dan sering berkongsi masalah dengan keluarga.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah pada Tahun Baharu Cina lepas," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penumpang pesawat itu Jee Jing Hang, 41, menghubungi ibunya yang tinggal di Jitra sebelum bertolak ke Beijing, pada kira-kira 11 malam tadi.
Abang mangsa, Jee Jing Hong, 42, berkata bagaimanapun adik lelakinya itu yang juga pengatur cara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban, tidak memaklumkan tujuannya ke Beijing.
Jing Hong dan kedua ibu bapanya begitu terkejut apabila dimaklumkan bahawa pesawat B777-200 MAS dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Trafik Udara Subang kira-kira dua jam selepas bertolak dari KLIA pada kira-kira 2.40 pagi tadi.
Jing Hong berkata mereka sekeluarga mengetahui mengenai kejadian itu daripada laporan berita di televisyen sebelum menghubungi MAS petang tadi.
"Saya tinggalkan nombor telefon kepada pengurusan MAS dan mereka berjanji untuk memaklumkan saya sebarang perkembangan (insiden ini). Dalam masa sama, saya memantau keadaan daripada laporan berita di televisyen, portal berita dan radio bersama-sama saudara mara saya.
"Kami akan ke Kuala Lumpur tidak lama lagi selepas menerima pengesahan mengenai keadaan pesawat itu," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Taman Rasa Sayang, Jitra dekat sini.
Jing Hang merupakan duda yang mempunyai dua anak berusia 11 dan 13 tahun.
Pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 12.41 pagi dan sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu waktu tempatan. – Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
MAS siar senarai penumpang dan kru MH370
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Berikut ialah senarai penumpang penerbangan:
No Nama Warganegara Umur
1. An/Wenlan China 65
2. Bao/Yuanhua China 63
3. Bai/Xiaomo Canada 37
4. Bian/Maoqin China 67
5. Bian/Liangjing China 27
6. Bibynazli/MohdHassim Malaysia 62
7. Brodskii/Nikolai Russia 43
8. Burrows/RodneyMr Australia 59
9. Burrows/MaryMrs Australia 54
10.Cao/Rui China 32
11.Chan/HuanpeenMr Malaysia 46
12.Che/Junzhang China 68
13.Chen/Jian China 58
14.Chen/ChangjunMr China 35
15.Chen/Wei Malaysia 43
16.Chen/YunMs China 57
17.Chew/KarmooiMs Malaysia 31
18.Chuang/HsiulingMs Taiwan 45
19.Chng/Mei Malaysia 33
20.Chustrak/Oleg Ukraine 45
21.Dai/Shuling China 58
22.Daisy/Anne Malaysia 56
23.Deineka/Sergii Ukraine 45
24.Di/Jiabin China 36
25.Dina/MohamedYunus Ramli Malaysia 30
26.Ding/Ying China 28
27.Ding/Lijun China 43
28.Ding/YinggMs China 62
29.Dong/Guowei China 48
30.Dou/YunshanMr China 61
31. Du/Wen China 50
32. Feng/Dong China 21
33. Feng/Jixin China 70
34. Fu/Baofeng China 28
35. Gan/Tao China 44
36. Gan/Fuxiang China 49
37. Gao/Ge China 27
38. Gu/Naijun Australia 31
39. Guan/HuajinMs Malaysia 34
40. Guan/WenjieMr China 35
41. Han/Jing China 53
42. Hashim/Noorida Malaysia 57
43. Hou/AiqinMs China 45
44. Hou/Bo China 35
45. Hu/SiwanChd China 3
46. Hu/XiaoningMr China 34
47. Huang/YiMs China 30
48. Huang/Tianhui China 43
49. Hue/PuihengMr Malaysia 66
50. Jia/Ping China 32
51. Jiang/Cuiyun China 62
52. Jiang/Xueren China 62
53. Jiang/YingMs China 27
54. Jiao/Weiwei China 32
55. Jiao/Wenxue China 58
56. Jinghang/Jee Malaysia 41
57. Ju/Kun China 32
58. Kang/Xu China 34
59. Koh/Tiongmeng Malaysia 40
60. Kolekar/Chetana India 55
61. Kolekar/Swanand India 23
62. Kolekar/Vinod India 59
63. Kozel/Christian Austria 30
64. Lawton/CatherineMrs Australia 54
65. Lawton/RobertMr Australia 58
66. Lee/KahkinMr Malaysia 32
67. Lee/SewchuMDM Malaysia 55
68. Li/Yanlin China 29
69. Li/Zhi China 41
70. Li/Guohui China 56
71. Li/Hongjing China 20
72. Li/Jie China 27
73. Li/Mingzhong China 69
74. Li/Wenbo China 29
75. Li/Yan China 31
76. Li/Yuan Australia 33
77. Li/Yuchen China 27
78. Li/Zhijin China 30
79. Li/Zhixin China 35
80. Li/Le China 36
81. Liang/LuyangMr China 60
82. Liang/Xuyang China 30
83. Lim/PowchuaMs Malaysia 43
84. Lin/AnnanMr China 27
85. Lin/Mingfeng China 34
86. Liu/Fengying China 65
87. Liu/JinpengMr China 33
88. Liu/Qiang China 40
89. Liu/Rusheng China 76
90. Liu/Shunchao China 46
91. Liu/Zhongfu China 72
92. Lou/Baotang China 79
93. Lu/Jianhua China 57
94. Lu/Xianchu China 33
95. Lui/Ching China 45
96. Luo/Wei China 29
97. Ma/Wenzhi China 57
98. Ma/JunMr China 33
99. Maimaitijiang/A China 35
100.Mao/Tugui China 72
101. Maraldi/Luigi Itali 37
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli Malaysia 52
103. MatRahim/Norfadzillah Miss Malaysia 39
104. Meng/Nicole Chd USA 4
105. Meng/Bing China 40
106. Meng/Fanquan China 70
107. Meng/Gaosheng China 64
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr Malaysia 29
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr Malaysia 33
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr Malaysia 24
111. Mustafa/Suhaili Miss Malaysia 31
112. Mukherjee/Muktesh Canada 42
113. Ng/MayliMs Malaysia 37
114. Norliakmar/Hamid Mdm Malaysia 33
115. Ouyang/Xin China 38
116. Puspanathan/Subramanian Malaysia 34
117. Ramlan/Safuan Mr Malaysia 32
118. Sharma/Chandrika Ms India 51
119. Shi/Xianwen China 26
120. Shirsath/Kranti India 44
121. Sim/Kengwei Malaysia 53
122. Siregar/Firman India 25
123. Song/Feifei Mr China 32
124. Song/Chunling Ms China 60
125. Song/Kun China 25
126. Su/Qiangguo China 71
127. Suadaya/Ferryindra Mr Indonesia 42
128. Suadaya/Herryindra Mr Indoensia 35
129. Sugianto/Lo Mr Indonesia 47
130. Surtidahlia/ Mrs Netherlands 50
131. Tan/TeikhinMr Malaysia 32
132. Tan/AhmengMr Malaysia 46
133. Tan/WeichewMr Malaysia 19
134. Tan/Chongling Malaysia 48
135. Tan/Sioh Malaysia 42
136. Tang/Xudong China 31
137. Tang/XuezhuMs China 57
138. Tanurisam/IndrasuriaMr Indonesia 57
139. Tee/LinkeongMr Malaysia 50
140. Teoh/KimlunMr Malaysia 36
141. Tian/Junwei China 29
142. Tian/Qingjun China 51
143. Tong/Soonlee Mr Malaysia 31
144. Vinny/Chynthyatio Mrs Indonesia 47
145. Wan/Hockkhoon Mr Malaysia 42
146. Wang/Shouxian China 69
147. Wang/Shu China 61
148. Wang/Xianjun China 61
149. Wang/Chunhua Mr China 34
150. Wang/Chunyong China 43
151. Wang/Dan China 54
152. Wang/Haitao China 26
153. Wang/Houbin China 28
154. Wang/Linshi China 59
155. Wang/Willysurijanto Mr Indonesia 53
156. Wang/Yonggang Mr China 27
157. Wang/Yonghui China 33
158. Wang/Yongqiang China 30
159. Wang/Lijun China 49
160. Wang/Ximin New Zealand 50
161. Wang/Rui China 35
162. Wang/Moheng China 2
163. Wattrelos/Ambre France 14
164. Wattrelos/Hadrien France 17
165. Wattrelos/Laurence France 52
166. Weeks/Paul Mr New Zealand 39
167. Wen/Yongsheng China 34
168. Wen/Hao China 32
169. Weng/Mei China 39
170. Wong/Saisang Mr Malaysia 53
171. Wood/Philip USA 51
172. Xie/Liping China 51
173. Xin/XixiMs China 32
174. Xing/FengTao China 36
175. Xing/Qiao China 27
176. Xiong/Deming China 63
177. Xu/Chuane China 57
178. Ya/Na China 26
179. Yan/Ling Mr China 29
180. Yan/Peng China 29
181. Yan/Xioa China 27
182. Yang/Li China 35
183. Yang/Ailing Ms China 60
184. Yang/Jiabao China 26
185. Yang/Meihua China 65
186. Yang/Qingyuan Mr China 57
187. Yang/Xiaoming Ms China 59
188. Yao/Jainfeng China 70
189. Yao/Lifei China 31
190. Yap/Cheemeng Mr China 39
191. Yin/Boyan China 33
192. Yin/Yuewang China 21
193. Yuan/Jin China 63
194. Yue/Guiju Ms China 51
195. Yue/Wenchao China 26
196. Yusop/Muzi Mr Malaysia 50
197. Zang/Lingdi China 58
198. Zhang/Chi China 58
199. Zhang/Liqin China 43
200. Zhang/QiMs China 31
202. Zhang/HuaMr China 43
203. Zhang/Lijuan Ms China 61
204. Zhang/Na Ms China 34
205. Zhang/Siming China 71
206. Zhang/Xiaolei Ms China 32
207. Zhang/Hualian China 42
208. Zhang/Jianwu China 31
209. Zhang/Jinquan China 72
210. Zhang/Meng China 29
211. Zhang/Xuewen Mr China 61
212. Zhang/Yan China 36
213. Zhang/Yan USA 2
214. Zhang/Yanhui China 44
215. Zhang/Zhonghai China 43
216. Zhang/Shaohua China 32
217. Zhao/GangMr China 46
218. Zhao/QiweiMr China 37
219. Zhao/YingxinChd China 3
220. Zhao/Peng China 25
221. Zhao/Yan France 18
222. Zhao/Zhaofang China 73
223. Zheng/Ruixian China 42
224. Zhou/Feng China 56
225. Zhou/Jinling China 61
226. Zhou/Shijie China 64
227. Zhu/Junyan China 41
Berikut ialah kru kabin dan kru teknikal penerbangan:
No Nama Warganegara
1. Zaharie Ahmad Shah (Kru Tek) Malaysia
2. Fariq Ab Hamid (Kru Tek) Malaysia
3. Patrick Francis Gomes Malaysia
4. Andrew Nari Malaysia
5. Goh Sock Lay Malaysia
6. Tan Ser Kuin Malaysia
7. Wan Swaid Wan Ismail Malaysia
8. Junaidi Mohd Kassim Malaysia
9. Mohd Hazrin Mohamed Hasnan Malaysia
10. Ng Yar Chien Malaysia
11. Foong Wai Yueng Malaysia
12. Tan Size Hiang Malaysia - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
Jangan buat spekulasi tentang pesawat MH370 – KPN
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
"Seluruh warga PDRM mendoakan semoga semua penumpang dan anak kapal yang dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam, selamat dijumpai," katanya dalam laman sesawang rasmi PDRM hari ini.
Beliau berharap seluruh ahli keluarga yang terbabit tabah dan bersabar menghadapi dugaan.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang ketika berada di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
MAS berusaha sedaya upaya kesan pesawat yang hilang
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan pesawatnya yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing berdasarkan kedudukan terakhir yang dimaklumkan sebelum ia terputus hubungan radar.
Eksekutif Perhubungan Media dan Komunikasi Strategik MAS Malini Saudranrajan berkata kedudukan terakhir pesawat yang diketahui ialah 065515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud).
"Malaysia Airlines masih tidak dapat dapat menghubungi atau menentukan kedudukan pesawat penerbangan MH370," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberi jaminan semua sumber telah digunakan untuk membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat.
"Tumpuan kita sekarang ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa kecemasan dan mengerahkan sokongan penuh kami," kata beliau.
Malini berkata senarai penumpang tidak akan dikeluarkan sehingga semua keluarga penumpang telah dimaklumkan.
Pesawat itu membawa 239 penumpang, terdiri daripada 227 penumpang dua daripadanya bayi, dan 12 anak kapal.
Kenyataan itu juga memberi maklumat terkini berhubung kewarganegaraan penumpang pesawat berkenaan dengan menyatakan lima daripada penumpang adalah dari India bagi memperjelaskan kenyataan MAS sebelumnya.
Kekeliruan ini timbul berikutan kod negara yang digunakan Indonesia dan India.
Maklumat terkini berhubung kewarganegaraan penumpang meliputi 14 warganegara yang berbeza dan semua anak kapal adalah rakyat Malaysia.
Jumlah: 239
Penumpang: 227
Anak kapal: 12
1) China/Taiwan : 153 termasuk seorang bayi/1
2) Malaysia : 38
3) India : Lima
4) Indonesia : Tujuh
5) Australia : Enam
6) Perancis : Empat
7) Amerika Syarikat: Tiga termasuk seorang bayi
8) New Zealand : Dua
9) Ukraine : Dua
10) Kanada : Dua
11) Rusia : Seorang
12) Itali : Seorang
13) Belanda : Seorang
14) Austria : Seorang
Malini juga berkata MAS telah menghantar pasukan 'Go Team' terdiri daripada para sukarelawan ke Beijing, untuk membantu anggota keluarga penumpang.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan memberi maklumat terkini tentang perkembangan itu dari semasa ke semasa.
Oleh kerana ada banyak laporan yang bercanggah dalam media, syarikat penerbangan itu meminta pihak media dan orang ramai supaya mendapatkan laporan daripada kenyataan rasmi hanya daripada Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia, kata beliau. - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Seorang anggota keluarga yang mempunyai pertalian saudara dengan Suhaili Mustafa, seorang daripada penumpang pesawat itu, memberitahu pemberita di sini, abang dan ibu beliau akan berada di KLIA petang ini.
Suhaili adalah anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.
Sementara itu, Putih Idris, 68, berkata menantunya Nor Fadzilah Mat Rahim, 37, turut menaiki pesawat ke Beijing itu atas urusan kerja.
"Kami mendapat info daripada MAS pada pukul 6.30 pagi tadi, saya doakan dia selamat. Dia menantu yang baik," katanya.
Beliau berkata anaknya iaitu suami Nor Fadzilah, akan bersedia di KLIA untuk menaiki penerbangan ke lokasi insiden yang belum ditentukan lagi.
Suasana di KLIA kecoh sedikit apabila keluarga penumpang keluar dari anjung tinjau KLIA iaitu tempat berkumpul keluarga terlibat lalu diserbu media untuk ditemu bual.
Beberapa anggota keluarga yang ditemui enggan ditemu bual kerana terlalu sedih. – Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Di sebalik pelbagai laporan dan spekulasi berhubung penemuan pesawat itu daripada agensi berita asing dan media sosial kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam, hakikatnya tiada maklumat sahih bagi mengesahkan perkara itu.
Kesemua maklumat itu dinafikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beliau mengesahkan tiada sebarang penemuan pesawat itu berdasarkan maklumat pihak ketenteraan negara-negara jiran termasuk daripada Vietnam.
Sehingga kini, tidak diketahui nasib pesawat itu serta 227 penumpang dan 12 anak kapalnya.
Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Menurut MAS, sebanyak 38 rakyat Malaysia, lima warganegara India, tujuh Indonesia, seorang Rusia dan dua Ukraine adalah antara 227 penumpang dari 14 negara.
Dalam reaksinya menerusi twitter, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH730. Saya sudah meminta agar semua langkah yang boleh, diambil."
Dalam respons tindakan, Hishammuddin mengerahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu.
Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin berkata sebuah pesawat udara dan tiga kapal laut digerakkan ke kawasan 120 batu nautika timur Kota Baharu perairan negara pada 8.30 pagi.
Anggota keluarga penumpang pesawat MAS itu kini berkumpul di bilik Menara Tinjau, KLIA dan ada di kalangan mereka dalam keadaan risau dan menangis. - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Roslan ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu dimaklumkan oleh kakaknya Rohani yang tinggal di Shah Alam, Selangor.
"Saya diberitahu oleh kakak saya bahawa anak saudara saya bernama Suhaili Mustafa antara penumpang dalam pesawat MAS yang hilang itu. Mohon doakan semoga semuanya selamat," katanya.
Menurut Roslan beliau akan Kuala Lumpur petang ini bagi menemani kakaknya yang juga ibu tunggal selepas kematian suami.
"Saya ambil cuti kecemasan dan balik ke Kuala Lumpur petang ini untuk memberi sokongan moral kepada kakak dan bantu apa yang patut," katanya sambil menambah kakaknya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menunggu perkembangan terkini.
Menurutnya sepanjang ketiadaan beliau tugas akan dipangku oleh Timbalannya Supt Fauzilan Abdul Aziz.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.
Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.
Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan.
Penumpang dari 14 negara, 38 warga Malaysia
Sebanyak 38 rakyat Malaysia adalah antara 227 penumpang dari 14 negara yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat itu membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal.
"Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).
"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya dalam sidang media di Sepang, dekat sini.
Penerbangan MH730 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:
Jumlah: 239 orang
Penumpang: 227 orang
Anak Kapal: 12 orang
1) China: 152 dan seorang bayi
2) Malaysia: 38 orang
3) Indonesia: 12 orang
4) Australia: 7 orang
5) Perancis: 3 orang
6) Amerika Syarikat: 3 orang
7) New Zealand: 2 orang
8) Ukraine: 2 orang
9) Kanada: 2 orang
10) Rusia: seorang
11) Itali: seorang
12) Taiwan: seorang
13) Belanda: seorang
14) Austria: seorang - Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi hari ini, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, katanya dalam sidang akhbar.
Ahmad Jauhari berkata pasukan mencari dan menyelamat Malaysia dan Vietnam telah mengaktifkan operasi mereka di Laut China Selatan di sepanjang sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam semasa hubungan dengan pesawat itu terputus.
"Mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat beberapa jam lalu. Dan mereka masih berusaha. Kita perlu menunggu keputusannya.
"Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa ada pesawat mendarat di Nanming, China. Kita terputus hubungan pada kira-kira 2.40 pagi, itu hubungan radar.
"Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat," katanya. – Bernama
Sumber HD - 8-3-2014
PM arah lakukan semua yang terdaya kesan pesawat hilang
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
"Doa dan ingatan saya untuk anggota keluarga penumpang penerbangan MH730. Saya sudah meminta agar semua langkah yang boleh, diambil," kata Najib menerusi Twitter.
Penerbangan MH730 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru dilapor hilang di antara ruang angkasa Malaysia dan Vietnam di Laut China Selatan pada 2.40 pagi.
Pesawat B777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. Pesawat dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi. – Bernama
Sumber HD 0 8-3-2014
Pesawat Mas ke Beijing dilapor hilang
- Mar 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
Sumber HD - 8-3-2014
No comments:
Post a Comment