Pembangkang Kelantan sedia sokong usul royalti 20%
GUA MUSANG: Pertubuhan R Kelantan yang konsisten memperjuangkan royalti petroleum turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah di sini.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, perbincangan selama lebih dua jam turut mendapat sokongan Adun BN terbabit bagi memperjuangkan royalti demi kepentingan rakyat Kelantan.
“Wakil rakyat BN terbabit turut menyatakan kesediaan menyokong usul menuntut royalti 20 peratus seperti diluluskan pada persidangan Dun Sarawak.
“Beliau turut menyifatkan perjuangan menuntut royalti perlu dipertingkatkan supaya benar-benar menjadi kenyataan,” katanya di sini semalam.
Pada 6 Mei lalu Dun Sarawak meluluskan usul memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus.
Ekoran itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju menimbang permohonan kerajaan Sarawak.
Nazri juga berkata, pada pertemuan tersebut Adun Paloh turut meluahkan rasa bimbang cara wang royalti diagih sekiranya diserahkan kepada kerajaan negeri.
“Kami jelaskan pembayaran boleh dibuat melalui Majlis Petroleum Nasional yang dianggotai wakil pelbagai pihak untuk memastikan pengurusan wang tersebut lebih telus,” katanya.
Beliau juga berkata, R turut menyerahkan surat bagi mendesak kerajaan negeri membawa usul menuntut royalti 20 peratus kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kerajaan Kelantan.
Selain itu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Adun Chempaka), Datuk Husam Musa (Salor) dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
“Kami berharap usul tuntutan kenaikan kadar royalti dapat dibentang pada persidangan Dun 24 dan 25 Jun ini.
“Usul itu mendapat sokongan padu semua Adun tanpa mengira pembangkang atau penyokong kerajaan demi kepentingan rakyat Kelantan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/6/2014
Sumber HD - 5-6-2014
KDNK Kelantan atasi peringkat nasional
KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pertumbuhan ekonomi Kelantan terus meningkat di mana kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2011 ialah 6.5 peratus.
“Dan pada 2012 pula 5.4 peratus. Kadar tersebut mengatasi purata KDNK peringkat nasional,” katanya.
Beliau juga berkata, kemudahan prasarana yang selesa secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan.
“Selain itu ia juga penting dalam usaha kerajaan negeri menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini,” katanya ketika merasmikan Ekspo Perdagangan Kelantan 2014 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Md Faudzi Che Mamat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob, Timbalan Gabenor Wilayah Patani Selatan Thailand Supt Leftenan Sompoch Suwannarat.
Selain itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Malaysia, Datuk Mohamad Izat Emir.
Ekspo tersebut bermula semalam hingga 7 Jun. Sejumlah 400 gerai yang menyajikan pelbagai produk tempatan dan selatan Thailand disediakan.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri sedang berusaha menaik taraf pasar-pasar yang terdapat di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna.
Menteri Besar berkata, usaha itu diambil kira minat tinggi rakyat Kelantan dalam bidang perniagaan.
Katanya, kerajaan negeri berusaha menyemarakkan minat rakyat berniaga dengan menyediakan ruang yang lebih selesa kepada mereka. - HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014\
“Dan pada 2012 pula 5.4 peratus. Kadar tersebut mengatasi purata KDNK peringkat nasional,” katanya.
Beliau juga berkata, kemudahan prasarana yang selesa secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan.
“Selain itu ia juga penting dalam usaha kerajaan negeri menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini,” katanya ketika merasmikan Ekspo Perdagangan Kelantan 2014 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Md Faudzi Che Mamat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob, Timbalan Gabenor Wilayah Patani Selatan Thailand Supt Leftenan Sompoch Suwannarat.
Selain itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Malaysia, Datuk Mohamad Izat Emir.
Ekspo tersebut bermula semalam hingga 7 Jun. Sejumlah 400 gerai yang menyajikan pelbagai produk tempatan dan selatan Thailand disediakan.
Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri sedang berusaha menaik taraf pasar-pasar yang terdapat di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna.
Menteri Besar berkata, usaha itu diambil kira minat tinggi rakyat Kelantan dalam bidang perniagaan.
Katanya, kerajaan negeri berusaha menyemarakkan minat rakyat berniaga dengan menyediakan ruang yang lebih selesa kepada mereka. - HARAKAHDAILY 3/6/2014
Sumber HD - 3-6-2014\
Kurikulum pendidikan Yik diguna di 4 negara
KOTA BHARU: Kurikulum pendidikan Yayasan Islam Kelantan (Yik) turut diguna pakai di sekolah-sekolah agama di Singapura, Brunei, Thailand dan Kempuchea.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, selain itu ramai ibu bapa dari luar Kelantan berminat menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama di bawah Yik.
“Setiap tahun permintaannya begitu tinggi sekali, malah melebihi kuota yang ditetapkan Yik bagi pengambil pelajar-pelajar baru dari luar Kelantan.
“Ini secara jelas menggambarkan usaha yang dilakukan bagi memartabatkan bidang pendidikan agama di Kelantan turut mendapat perhatian masyarakat dari luar,” katanya pada perasmian penutup Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam 2014 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Seminar terbabit membabit peserta dan pembentang dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan England. Peserta tempatan pula mewakili institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Yik, badan bukan kerajaan serta individu.
Perasmiannya semalam disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Dr Fadzli juga berkata, biar pun sumber kewangan Kelantan agak terhad, namun pendidikan agama tetap diberi keutamaan di mana meliputi hampir satu perempat daripada jumlah bajet tahunan.
Katanya, kerajaan negeri mengurus lebih 90 sekolah agama yang terdapat di seluruh Kelantan meliputi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
“Yik juga memiliki beberapa Maahad Tahfiz Sains bagi mengeluarkan tenaga kerja profesional yang mampu menghafal al Quran pada masa hadapan.
“Matlamat kerajaan negeri bagi menlahirkan doktor perubatan, jurutera dan pelbagai lagi jawatan profesional yang mampu menghafalkan al Quran,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/6/2014
Sumber HD - 2-6-2014
REHDA sasar RM1.135 bilion jualan rumah
KOTA BHARU: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia cawangan Kelantan (REHDA) mensasarkan sejumlah RM1.135 bilion sempena kempen pemilikan rumah bermula 28 hingga 31 Mei ini.
Pameran itu diadakan di pusat membeli belah KB Mall yang menawarkan 6,300 unit rumah bernilai antara RM150,000 sehingga jutaan ringgit yang ditawarkan 24 syarikat pemaju dari seluruh Kelantan.
Pengerusi Mapex 2014, Datuk Samsuri Awang Mat berkata, kempen pemilikan rumah itu bermula sejak 15 tahun lalu dan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan.
“Permintaan rumah di Kelantan semakin meningkat dari setahun ke setahun,” katanya pada perasmian Mapex 2014 petang semalam yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Hadir sama Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar.
Samsuri juga berkata, kerjasama kerajaan negeri sentiasa memberi galakan kepada REHDA bagi menganjurkan Mapex sejak 1999.
Sementara itu Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pemaju yang mahu membangunkan projek tersebut di Kelantan.
“Kerajaan membuka peluang kepada mana-mana pemaju bekerjasama membina rumah mampu milik yang ditawarkan dengan harga antara RM43,000, RM65,000 dan RM99,000,” ujarnya.
Katanya juga usaha dilakukan REHDA mengadakan ekspo jualan perumahan seharusnya diambil peluang orang ramai bagi mendapat matlumat projek perumahan di Kelantan.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri menetapkan sasaran 5,000 unit rumah mampu milik dibina di Kelantan dalam tempoh lima tahun bermula tahun lepas. - HARAKAHDAILY 29/5/2014
Sumber HD - 29-5-2014
Kelantan peruntuk RM13 juta program dakwah 2014
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM13.57 juta tahun ini bagi menganjurkan pelbagai program keagamaan, kata Menteri Besar.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan berkenaan disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Jabatan Pembangunan Negeri.
Berucap merasmikan program Bulan Solat dan pertandingan pidato remaja di sini semalam katanya, program Bulan Solat diadakan setiap tahun mencerminkan komitmen kerajaan negeri meningkatkan penghayatan ibadah dalam kalangan umat Islam.
“Usaha ini tidak dapat dinilai kejayaannya melalui kaca mata zahir semata-mata. Ia hanya dapat dinilai dengan terbinanya generasi yang berjaya menabur bakti kepada masyarakat.
“Selain itu dapat mampu menangani gejala khususnya golongan remaja,” katanya pada program yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassurudin Daud dan Pengarah Jaheaik, Dato’ Che Rahim Jusoh.
Sementara itu Ahmad Amirul Zulkifli dari Tanah Merah muncul johan pidato kategori lelaki, manakala Syahidah Nazirah Yatim johan pidato kategori wanita. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
Sumber HD - 28-5-2014
Kelantan kaji kesesuaian premis niaga 24 jam
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mengkaji kesesuaian premis perniagaan yang beroperasi sehingga 24 jam tanpa kawalan dibimbangi menjadi penyumbang kepada berlaku gejala sosial.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata, berdasar laporan pihak polis dan aktivis sosial mendapati premis perniagaan tanpa kawalan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan kajian khusus berhubung pelaksanaan kawalan tempoh premis perniagaan di Kelantan.
“Sekarang didapati ada premis perniagaan beroperasi berlarutan sehingga 24 jam seolah-olah tiada kawalan kerajaan negeri,” katanya pada persidangan media selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata, hasil laporan yang diterima sebelum ini didapati terdapat beberapa perkara tidak diingini berlaku.
Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) akan membuat kajian lanjut untuk melihat beberapa perkara terutamanya kesan perniagaan sehingga larut malam.
“Kajian itu bagi melihat waktu operasi perniagaan yang lebih sesuai. Di negara-negara maju waktu perniagaan sehingga jam 6 petang,” katanya.
Kata beliau kerajaan negeri akan mempertimbangkan jenis perniagaan yang boleh dibenarkan beroperasi sehingga larut malam dengan mengambil kira lokasi tertentu.
Antaranya premis perniagaan diambil kira dengan pergerakan bas ekspres kira-kira 70 buah sehari yang keluar masuk Kelantan bagi kemudahan penumpang.
“Bagaimanapun kita akan menerima pandangan dan teguran dari badan bukan kerajaan dan pihak berkaitan sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
YB DAFM - http://www.youtube.com/watch?v=pqQBI_s-7rY
Sumber HD - 28-5-2014
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata, berdasar laporan pihak polis dan aktivis sosial mendapati premis perniagaan tanpa kawalan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Oleh itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan kajian khusus berhubung pelaksanaan kawalan tempoh premis perniagaan di Kelantan.
“Sekarang didapati ada premis perniagaan beroperasi berlarutan sehingga 24 jam seolah-olah tiada kawalan kerajaan negeri,” katanya pada persidangan media selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata, hasil laporan yang diterima sebelum ini didapati terdapat beberapa perkara tidak diingini berlaku.
Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) akan membuat kajian lanjut untuk melihat beberapa perkara terutamanya kesan perniagaan sehingga larut malam.
“Kajian itu bagi melihat waktu operasi perniagaan yang lebih sesuai. Di negara-negara maju waktu perniagaan sehingga jam 6 petang,” katanya.
Kata beliau kerajaan negeri akan mempertimbangkan jenis perniagaan yang boleh dibenarkan beroperasi sehingga larut malam dengan mengambil kira lokasi tertentu.
Antaranya premis perniagaan diambil kira dengan pergerakan bas ekspres kira-kira 70 buah sehari yang keluar masuk Kelantan bagi kemudahan penumpang.
“Bagaimanapun kita akan menerima pandangan dan teguran dari badan bukan kerajaan dan pihak berkaitan sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/5/2014
YB DAFM - http://www.youtube.com/watch?v=pqQBI_s-7rY
Sumber HD - 28-5-2014
Kerajaan Kelantan rakam ucapan takziah
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan dan rakyat Kelantan melahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan baginda yang merupakan seorang yang cukup berjasa.
“Jasa baginda tidak dilupakan ketika baginda menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dan Yang Di-Pertuan Agung satu ketika dahulu,” katanya di sini.
Pada 1.30 petang tadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan kemangkatan Sultan Azlan Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan (26 April 1989- 25 April 1994). Sebelum itu baginda bertugas sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982.
Ustaz Ahmad berkata, kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan kepada negara ini khususnya kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
“Takziah saya rakamkan kepada seluruh ahli kerabat baginda dan semoga roh baginda ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” katanya.
Sumber HD - 28-5-2014
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan dan rakyat Kelantan melahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan baginda yang merupakan seorang yang cukup berjasa.
“Jasa baginda tidak dilupakan ketika baginda menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dan Yang Di-Pertuan Agung satu ketika dahulu,” katanya di sini.
Pada 1.30 petang tadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan kemangkatan Sultan Azlan Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan (26 April 1989- 25 April 1994). Sebelum itu baginda bertugas sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982.
Ustaz Ahmad berkata, kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan kepada negara ini khususnya kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
“Takziah saya rakamkan kepada seluruh ahli kerabat baginda dan semoga roh baginda ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” katanya.
Sumber HD - 28-5-2014
Institusi pondok banyak bantu perjelas Islam - MB
KOTA BHARU: Gandingan ulama dan umara’ (pemerintah) dipertingkatkan lagi bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri berlandas dasar Membangun Bersama Islam.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat perkembangan institusi pengajian pondok untuk memastikan kesinambungannya.
“Gandingan ulama dan umara’ membolehkan benteng kerajaan negeri di Kelantan dapat dipertahankan sehingga sekarang.
“Malah dengan adanya institusi pondok memudahkan usaha kerajaan negeri mempertingkatkan lagi kefahaman agama kepada rakyat,” katanya di majlis Menghayati Israk Mikraj dan Hari Murabbi Pondok Terusan di Pasir Tumboh hari ini.
Hadir sama Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus, ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Adun Chekok, Abdul Halim Abdul Rahman serta pimpinan Pondok Terusan.
Rasulullah saw bersabda, “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara.”
Menteri Besar berkata, penat jerih dan titik peluh ulama pondok berdakwah sejak dahulu tambah rancak lagi dengan munculnya kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama pada 1990.
Katanya, tidak mudah untuk memberi kefahaman politik Islam kepada rakyat setelah negara berada lama di bawah penjajahan barat.
“Maka tidak hairanlah masyarakat Melayu Kelantan sebelum ini masih tebal dengan kefahaman memisahkan politik dan agama.
“Ia berlaku kesan penjajahan yang agak lama di negara kita. Umat Islam diresapi fahaman mengasingkan agama dan politik. Di sinilah besarnya peranan ulama bagi memecah kefahaman itu,” ujar beliau .
Pada majlis tersebut Tokoh Murabbi Terusan tahun 2014 telah dianugerahkan kepada Timbalan Mudir 1 Pondok Terusan Pasir Tumboh, Tok Guru Salleh Ismail.
Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi dan Pondok Lubuk Tapah selama 20 tahun. - HARAKAHDAILY 27/5/2014
Sumber HD - 27-5-2014
18 negara sertai Pesta Wau Antarabangsa Kelantan
KOTA BHARU: Seramai 42 peserta dari 18 negara akan mengambil bahagian pada Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali ke-32 bermula 28 hingga 31 Mei ini.
Negara terbabit termasuk iaitu Australia, Brunei, Belgium, China, Indonesia, Itali, India, Jerman, Kemboja, Korea, Macao, Nepal, New Zealand, Filipina dan Sweeden.
Manakala peserta tempatan pula lebih 180 orang turut mengambil.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, pesta wau tahun ini juga menyaksikan kelainan apabila persembahan wau bercahaya akan diadakan.
“Wau berkenaan akan dilayangkan pada sebelah malam bagi memperlihatkan keindahan cahaya pada wau terbabit,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim semalam.
Beliau berkata, buat julungkali orang ramai berpeluang menyaksikan wau bercahaya yang akan diadakan pada malam 30 Mei.
Pesta Wau Antarabangsa itu akan diadakan di Pantai Geting Tumpat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Antara wau yang dipertandingkan pada pesta itu iaitu wau bulan tradisi, wau puyuh tradisi, membuat wau tradisi peringkat kebangsaan dan pertandingan layang-layang tradisi peringkat sekolah menangah serta bengkel wau.
Sempena Pesta Wau Antarabangsa 2014 turut diadakan pertandingan dikir barat antarabangsa antara Kelantan dan Singapura pada malam 28 Mei.
Md Anizam juga berkata, sebanyak RM32,000 diperuntuk kepada pemenang
melalui beberapa kategori yang dipertandingkan.
Menurutnya juga kemasukan pelancong ke Kelantan sehingga Mac tahun ini seramai 1.223,751 orang termasuk 907,777 pelancong tempatan. - HARAKAHDAILY 27/5/2014
Sumber HD - 27-5-2014
Seorang maut, lima cedera dirempuh bas ekspres
GUA MUSANG: Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, van dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 72 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, Mohd Zakarman Bedol, 41, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mangsa sedang mengawal lalu lintas semasa kejadian itu berlaku 12.15 tengah hari.
Lima lagi yang cedera adalah masing-masing dua daripada syarikat penyelengaraan itu dan tiga pekerja Institut Kerja Raya Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.
Saiful Bahri berkata pemandu bas ekspres terbabit yang berusia 54 tahun bersama 10 penumpang tidak mengalami kecederaan dan mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan bas lain.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika lima buah bas ekspres sedang melalui jalan berkenaan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur manakala mangsa yang maut bersama lima yang cedera sedang menjalankan kerja mengorek jalan untuk ujian tahap kualiti jalan yang baharu diturap tar.
Katanya bas ekspres yang berada di barisan kedua dipercayai terbabas lalu merempuh Mohd Zakarman yang sedang mangawal lalu lintas di situ sebelum merempuh sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik syarikat penyelenggaraan itu yang diletakkan di bahu jalan.
Saiful Bahri berkata lima lagi mangsa yang sedang menjalankan kerja mengorek jalan bersebelahan dengan van berkenaan, terpelanting dan terjatuh di atas jalan apabila van yang dirempuh bas ekspres itu terkena mereka.
“Kita sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan pemandu bas ekspres terbabit juga ditahan sementara untuk diambil keterangan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. - Bernama
Sumber HD - 23-5-2014
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, pekerja syarikat penyelenggaraan jalan, Mohd Zakarman Bedol, 41, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Mangsa sedang mengawal lalu lintas semasa kejadian itu berlaku 12.15 tengah hari.
Lima lagi yang cedera adalah masing-masing dua daripada syarikat penyelengaraan itu dan tiga pekerja Institut Kerja Raya Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.
Saiful Bahri berkata pemandu bas ekspres terbabit yang berusia 54 tahun bersama 10 penumpang tidak mengalami kecederaan dan mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan bas lain.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika lima buah bas ekspres sedang melalui jalan berkenaan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur manakala mangsa yang maut bersama lima yang cedera sedang menjalankan kerja mengorek jalan untuk ujian tahap kualiti jalan yang baharu diturap tar.
Katanya bas ekspres yang berada di barisan kedua dipercayai terbabas lalu merempuh Mohd Zakarman yang sedang mangawal lalu lintas di situ sebelum merempuh sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux milik syarikat penyelenggaraan itu yang diletakkan di bahu jalan.
Saiful Bahri berkata lima lagi mangsa yang sedang menjalankan kerja mengorek jalan bersebelahan dengan van berkenaan, terpelanting dan terjatuh di atas jalan apabila van yang dirempuh bas ekspres itu terkena mereka.
“Kita sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan pemandu bas ekspres terbabit juga ditahan sementara untuk diambil keterangan,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. - Bernama
Sumber HD - 23-5-2014
Nozula terharu dikunjungi Adun PAS, PKR
GUA MUSANG: Biarpun ucapan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah agak lantang terhadap pemimpin kerajaan negeri dan PAS, namun ia tidak menghalang Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) menziarahinya.
Malah Ketua Pembangkang Dun Kelantan itu juga pernah cuba mencetus pergaduhan dengan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim ketika persidangan Dun pada 2007.
BBC tidak mengambil kira semuanya itu demi persahabatan mereka menziarahi Adun Paloh yang terbabit dalam kemalangan di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai 17 April lalu semasa dalam perjalanan ke Perak.
Kemalangan itu menyebabkan isterinya, Datin Maziah Din meninggal di tempat kejadian, manakala Nozula mengalami kecederaan serius pada dada, paru-paru dan tujuh tulang rusuknya patah.
Mohd Zaki bersama Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood; Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar; Adun Melor, Dr Yusnan Yusof; Adun Guchil, Mohd Roslan Puteh; Penyelia Paloh, Ustaz Abdulla Husain dan Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi menziarahi Nozula di Chiku 3 di sini, kelmarin.
Sebelum ini beliau dikunjungi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi bersama pemimpin PAS dan PKR Gua Musang.
Ketika dirawat di hospital di Ipoh, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan pemimpin-pemimpin lain turut menziarahinya.
“Walaupun kita berlainan ideologi politik, namun kita hanya berhujah, berbahas dalam Dun, namun di luar kita bersahabat.
“Sebagai seorang sahabat kami melahirkan rasa simpati terhadap beliau kerana terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa isterinya,” kata Mohd Zaki.
Oleh itu beliau berdoa semoga Nozula cepat sihat bagi membolehkan hadir pada persidanga Dun pada akhir bulan hadapan.
Nozula yang kelihatan agak terharu mengucap terima kasih kepada pemimpin PAS dan PKR yang sentiasa mengunjunginya untuk bertanya khabar.
Katanya, walaupun berbeza ideologi politik dan sering bertelagah ketika persidangan Dun, namun ia tidak memutus persahabatan yang sudah lama terjalin.
Pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 Nozula bertanding atas tiket Semangat 46 yang bergabung dengan PAS bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. - HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
BBC Kelantan sokong tuntut royalti 20%
KOTA BHARU: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyokong cadangan Pertubuhan R mendesak kerajaan negeri membentang usul bagi menaikkan kadar royalti petroleum daripada 5 kepada 20 peratus.
Setiausahanya, Abdul Rahman Yunus berkata, cadangan perkara itu sedang diperhalusi di peringkat BBC dan kerajaan negeri bagi membolehkan usul mengenainya dibawa pada persidangan Dun.
Kata beliau, sekiranya segala proses ke arah itu dapat disiapkan lebih cepat, dijangka usul mengenai tuntutan menaikkan kadar royalti boleh dibentang pada persidangan Dun Jun hadapan.
“BBC akan berbincang dengan kerajaan bagi membolehkan Kelantan mengikut jejak langkah Sarawak meluluskan usul menuntut kenaikan royalti kepada 20 peratus,” katanya di sini.
Pada 6 Mei lepas Dun Sarawak melulus usul tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada 5 peratus. Usul itu mendapat sokongan sebulat suara 68 ahli dewan yang hadir.
Ekoran itu Pertubuhan R Kelantan mendesak kerajaan Kelantan turut membentang usul serupa bagi menuntut royalti dinaikkan kepada 20 peratus berbanding perjanjian pada 1975 sebanyak 5 peratus.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa turut menggesa negeri-negeri pengeluar petroleum mengikut jejak langkah Sarawak meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum 20 peratus.
Abdul Rahman berkata, negeri-negeri pengeluar petroleum rata-rata miskin wajar dinaikkan kadar royalti bagi mengiringi pembangunan negeri-negeri lain.
“Pembahagian kekayaan petroleum perlu lebih saksama kerana anugerah itu diberi Allah Taala kepada rakyat negeri terbabit.
“Biar pun Kelantan masih lagi dinafikan hak ke atas royalti sejak 2004, namun perjuangan bagi mendapat hak tersebut tetap diteruskan.
“Bayaran royalti tersebut perlu diberi kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat dan bukan pihak lain,” katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.
Pada akhir 2012 kerajaan pusat mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
Bagaimanapun sehingga sekarang tiada sebarang pengumuman mengenainya biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan jawatankuasa khas itu selesai dalam tempoh enam bulan.- HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
Setiausahanya, Abdul Rahman Yunus berkata, cadangan perkara itu sedang diperhalusi di peringkat BBC dan kerajaan negeri bagi membolehkan usul mengenainya dibawa pada persidangan Dun.
Kata beliau, sekiranya segala proses ke arah itu dapat disiapkan lebih cepat, dijangka usul mengenai tuntutan menaikkan kadar royalti boleh dibentang pada persidangan Dun Jun hadapan.
“BBC akan berbincang dengan kerajaan bagi membolehkan Kelantan mengikut jejak langkah Sarawak meluluskan usul menuntut kenaikan royalti kepada 20 peratus,” katanya di sini.
Pada 6 Mei lepas Dun Sarawak melulus usul tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada 5 peratus. Usul itu mendapat sokongan sebulat suara 68 ahli dewan yang hadir.
Ekoran itu Pertubuhan R Kelantan mendesak kerajaan Kelantan turut membentang usul serupa bagi menuntut royalti dinaikkan kepada 20 peratus berbanding perjanjian pada 1975 sebanyak 5 peratus.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa turut menggesa negeri-negeri pengeluar petroleum mengikut jejak langkah Sarawak meluluskan usul menuntut bayaran royalti petroleum 20 peratus.
Abdul Rahman berkata, negeri-negeri pengeluar petroleum rata-rata miskin wajar dinaikkan kadar royalti bagi mengiringi pembangunan negeri-negeri lain.
“Pembahagian kekayaan petroleum perlu lebih saksama kerana anugerah itu diberi Allah Taala kepada rakyat negeri terbabit.
“Biar pun Kelantan masih lagi dinafikan hak ke atas royalti sejak 2004, namun perjuangan bagi mendapat hak tersebut tetap diteruskan.
“Bayaran royalti tersebut perlu diberi kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat dan bukan pihak lain,” katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.
Pada akhir 2012 kerajaan pusat mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
Bagaimanapun sehingga sekarang tiada sebarang pengumuman mengenainya biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan jawatankuasa khas itu selesai dalam tempoh enam bulan.- HARAKAHDAILY 22/5/2014
Sumber HD - 22-5-2014
Riadah berbasikal dari Kota Darulnaim ke Pantai Sri Tujuh
KOTA BHARU: Bagi memastikan penjawat awam di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas, kerajaan negeri menganjurkan program riadah berbasikal membabitkan kakitangan awam.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, program itu diadakan bertujuan bagi melahirkan penjawat awam mempunyai fikiran bernas dan aktif.
“Program ini juga bagi menggalakkan penjawat awam dan rakyat Kelantan beriadah, di samping itu dapat merapatkan lagi hubungan kakitangan awam dengan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Program Riadah Penjawat Awam Negeri Kelantan 2014 akan diadakan pada 31 Mei ini bermula di Kompleks Kota Darulnaim sehingga Pantai Sri Tujuh, sejauh 25 km.
Pelepasan program berkenaan dijangka dilakukan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Mohd Faudzi berkata, program tersebut turut terbuka kepada semua pihak termasuk wanita dengan syarat wajib menutup aurat.
“Bagi 500 peserta terawal mendaftar akan diberi T-shirt percuma. Jamuan ringan akan diadakan di hentian rehat Kota Warisan, Kampung Berangan dan jamuan tengahari di Pantai Sri Tujuh,” ujarnya.
Katanya juga pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk cabutan nombor bertuah, pameran, dikir barat, rebana dan permainan interaktif.
Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan pintu masuk Kota Darulnaim, atau maklumat lanjut boleh hubungi Abdul Razak Deraman di talian 019-980 7788 atau Mohd Hanis (019-9067000).
Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Pusat Penerangan Pelancongan menganjurkan program berbasikal sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, program itu diadakan bertujuan bagi melahirkan penjawat awam mempunyai fikiran bernas dan aktif.
“Program ini juga bagi menggalakkan penjawat awam dan rakyat Kelantan beriadah, di samping itu dapat merapatkan lagi hubungan kakitangan awam dengan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Program Riadah Penjawat Awam Negeri Kelantan 2014 akan diadakan pada 31 Mei ini bermula di Kompleks Kota Darulnaim sehingga Pantai Sri Tujuh, sejauh 25 km.
Pelepasan program berkenaan dijangka dilakukan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Mohd Faudzi berkata, program tersebut turut terbuka kepada semua pihak termasuk wanita dengan syarat wajib menutup aurat.
“Bagi 500 peserta terawal mendaftar akan diberi T-shirt percuma. Jamuan ringan akan diadakan di hentian rehat Kota Warisan, Kampung Berangan dan jamuan tengahari di Pantai Sri Tujuh,” ujarnya.
Katanya juga pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk cabutan nombor bertuah, pameran, dikir barat, rebana dan permainan interaktif.
Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan pintu masuk Kota Darulnaim, atau maklumat lanjut boleh hubungi Abdul Razak Deraman di talian 019-980 7788 atau Mohd Hanis (019-9067000).
Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Pusat Penerangan Pelancongan menganjurkan program berbasikal sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. - HARAKAHDAILY 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
R lancar kempen “Petronas sila bayar royalti”
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah melancarkan kempen "PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI".
Program anjuran badan bukan kerajaan, aktivis R itu diadakan di Dataran Ilmu selepas kuliah mingguan Jumaat sesi kedua yang disampaikan Mohd Amar.
Pelancaran kempen itu menunjukkan isyarat jelas perjuangan rakyat Kelantan telah memasuki fasa kedua untuk menuntut royalti daripada Petronas.
Amar mengucapkan tahniah kepada aktivis R yang terdiri dari anak muda yang tidak pernah jemu berusaha untuk menuntut royalti demi kepentingan rakyat Kelantan.
Presiden R, Mohd Nazri Deraman, berkata dalam fasa pertama pihak R telah berjaya menyampaikan maklumat melalui pelbagai program penerangan yang telah dianjurkan selama dua tahun semenjak penubuhannya pada13 Mei 2012.
"Syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini majoriti rakyat Kelantan dan negeri-negeri pengeluar minyak telah memahami hak royalti sebagaimana perjanjian yang telah ditandatangani semenjak 39 tahun lepas,"ujarnya.
Perjuangan fasa kedua ini jelas Nazri lagi bertujuan untuk menggerakkan rakyst Kelantan untuk menuntut royalti dari Petronas dan Kerajaan Persekutuan.
"Pihak kami dan rakyat Kelantan berhak menyatakan secara langsung nama Petronas di dalam kempen ini, memandangkan Petronas telah terbukti melanggar perjanjian yang telah ditandatangani pada 19 Mei 1975 di antara Kerajaan Negeri dan Petronas,"ujarnya.
Sambung Nazri lagi, melalui kempen ini pihaknya telah mengedarkan poster bersaiz A3 yang bertulis "PETRONAS SILA BAYAR ROYALTI" kepada Petronas dan rakyat seluruhnya.
"Pihak kami bercadang untuk mengedar sebanyak 50 000 kepingan poster tersebut dalam masa terdekat.
"Yang amat membanggakan kami walaupun pelancaran hanya dibuat pada hari ini, ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama dari kalangan anak-anak muda,"ujarnya.
Menurut Nazri lagi, mengikut pengiraan daripada beberapa pihak yang pakar dan mempunyai maklumat tentang pengeluaran petroleum anggaran tertunggak yang wajib dibayar kepada Kelantan RM12 Billion (sehingga 31 Disember 2013).
Sambungnya, jumlah tersebut tidak termasuk pengeluaran dalam tempoh lima bulan terakhir ini (Januari-Mei 2014) dan pengeluaran dari Telaga Damar yang baru sahaja mengeluarkan petroleum pada 31 Januari 2014 yang lalu.
Sehubungan itu katanya, R sedang mengadakan perbincangan dengan pemuda PAS negeri untuk bersama-sama di dalam kempen ini.
Sumber HD - 17-5-2014
Setahun berlalu Ustaz Mat terajui Kelantan
KETIKA negeri lain masih lagi terkial-kial membentuk kerajaan baru selepas berlangsung pilihan raya umum 5 Mei 2013, sebaliknya Kelantan tiba-tiba dikejut pula “tragedi” politik.
Ternyata suhunya lebih hangat berbanding peristiwa yang melakari sejarah di negeri lain. Orang seperti tidak berminat hendak tahu siapa Menteri Besar di Johor, Ketua Menteri Melaka atau Menteri Besar Kedah.
Semuanya itu pemerhati politik lebih awal dapat meneka. Namun situasinya cukup berbeza dengan kondisi di Kelantan.
Ramai orang mempersoalkan mengapa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba-tiba berundur. Ustaz Datuk Ahmad Yakob pula dipilih menjadi penggantinya.
Sedangkan tiada khabar berita ke arah itu. Langsung tidak dapat dihidu biar pun semua orang tahu Tok Guru sudah lama keuzuran.
Inilah unik politik di Kelantan, apabila rakyat kehilangan seorang Menteri Besar yang berserban dan bersamping hampir setiap hari.
Ramai menjadi lebih hiba apabila lanskap politik Islam yang disuburkan semula Tok Guru bermula Oktober 1990, tiba-tiba hilang begitu sahaja.
Sedunya tambah berganda lagi, apabila jangkaan banyak pihak pemimpin yang dilihat lebih kanan tidak berada di barisan utama kepemimpinan negeri.
Dua elemen itu rupa-rupa membungkam dalam minda rakyat. Tambah “mendidih” apabila ada suara luar cuba merasuk.
Kemuncaknya apabila ada suara-suara kecewa meluahkan melalui media baru tidak mahu lagi pulang mengundi di Kelantan.
Apa pun semua itu hari ini sudah bersemi di lipatan sejarah. Seperti kata Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat tidak semestinya semua orang suka kepada kita.
“Cuma apabila kita bekerja untuk Islam, lambat laun ada cahaya di hujungnya,” kata beliau. - HARAKAHDAILY 16/5/2014
(Analisis lanjut dalam Harakah cetak)
Sumber HD - 16-5-2014
Bola sepak: Artis lawan pilihan MB Kelantan 4 Jun
KOTA BAHARU: Perlawanan amal bola sepak antara pasukan Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) dan pasukan Pilihan Menteri Besar Kelantan akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, pada 4 Jun.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpul dana untuk beberapa badan kebajikan.
"Perlawanan ini diadakan bagi mengumpul dana untuk golongan istimewa selain mengeratkan kemesraan antara artis dan golongan veteran Kelantan.
"Kami juga ingin menghargai pegawai yang banyak berjasa, buat masa ini kami telah mengenal pasti beberapa badan kebajikan yang akan diberi sumbangan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran dan sidang akhbar Perlawanan Bola sepak Amal Piala Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden MASC Syed Kamaruzzaman Syed Mahmood berkata program yang akan diadakan itu sesuai dengan pendekatan yang dibawa kelab itu iaitu "Sukan, Berhibur dan Beramal".
"Anggota kelab terdiri daripada golongan artis Malaysia seperti penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara termasuk mereka yang terbabit dalam bidang seni secara langsung,” katanya. Syed Kamaruzzaman berkata pengunjung boleh datang menyaksikan perlawanan itu secara percuma.
"Kami akan sediakan tabung di setiap pintu masuk dan peminat yang hadir boleh menderma seikhlas hati.
"Hasil derma itu akan diserahkan kepada badan kebajikan yang dipilih oleh pihak Menteri Besar," katanya. - Bernama
Sumber HD - 15-5-2014
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata program yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpul dana untuk beberapa badan kebajikan.
"Perlawanan ini diadakan bagi mengumpul dana untuk golongan istimewa selain mengeratkan kemesraan antara artis dan golongan veteran Kelantan.
"Kami juga ingin menghargai pegawai yang banyak berjasa, buat masa ini kami telah mengenal pasti beberapa badan kebajikan yang akan diberi sumbangan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran dan sidang akhbar Perlawanan Bola sepak Amal Piala Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden MASC Syed Kamaruzzaman Syed Mahmood berkata program yang akan diadakan itu sesuai dengan pendekatan yang dibawa kelab itu iaitu "Sukan, Berhibur dan Beramal".
"Anggota kelab terdiri daripada golongan artis Malaysia seperti penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara termasuk mereka yang terbabit dalam bidang seni secara langsung,” katanya. Syed Kamaruzzaman berkata pengunjung boleh datang menyaksikan perlawanan itu secara percuma.
"Kami akan sediakan tabung di setiap pintu masuk dan peminat yang hadir boleh menderma seikhlas hati.
"Hasil derma itu akan diserahkan kepada badan kebajikan yang dipilih oleh pihak Menteri Besar," katanya. - Bernama
Sumber HD - 15-5-2014
Kelab baru Kelantan bakal beraksi di Liga Malaysia
KOTA BHARU: Sebelum ini peminat bola sepak melihat aksi beberapa kelab termasuk Felda United FC, Sime Darby FC, PKNS FC dan T-Team FC, namun tidak lama lagi bakal muncul kelab baru dari Kelantan.
Mungkin agak mengejutkan apabila kerajaan negeri bakal mengetengahkan kelab profesional bola sepak, sebaris kelab-kelab amatur sedia ada.
Ia mungkin dikenali sebagai U-Bes PKINK FC. U-Bes ialah singkatan perkataan Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata, “Insya-Allah kita merancang hendak menubuh pasukan sendiri di bawah U-Bes”.
Katanya, bakat-bakat baru dicungkil daripada Akademi U-Bes boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
“Kita sedang berusaha untuk daftar kelab itu dengan Pendaftar Pertubuhan. Dokumen mengenainya telah siap. Sebelum itu pasukan baru tersebut kena ada lesen daripada Kafa untuk disahkan FAM,” katanya di sini.
Pasukan baru tersebut difahamkan akan menggunakan lesen PKINK memandangkan agensi itu sudah memiliki kelab bola sepak sebelum ini.
Dr Ramli berkata, sekiranya pasukan U-Bes PKINK FC menjadi kenyataan ia bakal beraksi bersama pasukan lain di Liga Malaysia nanti.
“Kemungkinan tahun hadapan pasukan itu boleh muncul. Pemain yang akan dipilih nanti bakal bermain sepenuh masa.
“Seramai 25 pemain yang dicungkil dari Skuad Elit boleh diserapkan ke dalam pasukan tersebut,” katanya.
Kata beliau pemain-pemain terbabit akan diserapkan di bawah agensi-agensi kerajaan negeri sebagai penaja mereka.
Beberapa tahun lalu kerajaan negeri mewujudkan 10 akademi bola sepak bagi melatih bakat-bakat baru dalam sukan tersebut.
Akademi terbabit iaitu Akademi Bola Sepak Kijang, Akademi Padang Perdana, Akademi Telipot, Akademi Pasir Tumbuh, Akademi Pasir Mas, Akademi Pasir Pekan, Akademi Tanah Merah, dua akademi di Bachok dan Akademi Kuala Krai.
Pemain terbaik daripada akademi terbabit akan diserap ke dalam Skuad Elit.
Skuad Elit mengadakan latihan dua kali seminggu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
“Agak menarik juga pemain yang kita lahirkan daripada Skuad Elit sekarang bermain dalam pasukan Harimau B seramai 6 orang. Selain itu ada yang bermain dengan pasukan Piala Presiden,” kata Dr Ramli.
Menurutnya juga kerajaan negeri menganjurkan kejohanan bola sepak Liga Dun
sejak 2005 bagi mencungkil bakat-bakat baru bermula di peringkat akar umbi.
Tahun ini liga itu bermula 9 Mei lepas. Purata 16 pasukan bermain di peringkat Liga Dun. Selain itu diadakan juga Liga Parlimen.
Kata beliau pemenang Liga Dun dan Liga Parlimen akan merebut Piala Menteri Besar (MB).
“Piala MB akan diadakan pada akhir tahun. Sebanyak 24 pasukan akan berentap merebut Piala MB. Sebelum ini ia dikenali sebagai Piala Tok Guru diadakan tiap-tiap tahun,” katanya.
Johan piala tersebut akan menerima hadiah sebanyak RM5,000 naib johan (RM3,000) dan ketiga (RM1,500).
Sumber HD - 14-5-2014
Mungkin agak mengejutkan apabila kerajaan negeri bakal mengetengahkan kelab profesional bola sepak, sebaris kelab-kelab amatur sedia ada.
Ia mungkin dikenali sebagai U-Bes PKINK FC. U-Bes ialah singkatan perkataan Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata, “Insya-Allah kita merancang hendak menubuh pasukan sendiri di bawah U-Bes”.
Katanya, bakat-bakat baru dicungkil daripada Akademi U-Bes boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
“Kita sedang berusaha untuk daftar kelab itu dengan Pendaftar Pertubuhan. Dokumen mengenainya telah siap. Sebelum itu pasukan baru tersebut kena ada lesen daripada Kafa untuk disahkan FAM,” katanya di sini.
Pasukan baru tersebut difahamkan akan menggunakan lesen PKINK memandangkan agensi itu sudah memiliki kelab bola sepak sebelum ini.
Dr Ramli berkata, sekiranya pasukan U-Bes PKINK FC menjadi kenyataan ia bakal beraksi bersama pasukan lain di Liga Malaysia nanti.
“Kemungkinan tahun hadapan pasukan itu boleh muncul. Pemain yang akan dipilih nanti bakal bermain sepenuh masa.
“Seramai 25 pemain yang dicungkil dari Skuad Elit boleh diserapkan ke dalam pasukan tersebut,” katanya.
Kata beliau pemain-pemain terbabit akan diserapkan di bawah agensi-agensi kerajaan negeri sebagai penaja mereka.
Beberapa tahun lalu kerajaan negeri mewujudkan 10 akademi bola sepak bagi melatih bakat-bakat baru dalam sukan tersebut.
Akademi terbabit iaitu Akademi Bola Sepak Kijang, Akademi Padang Perdana, Akademi Telipot, Akademi Pasir Tumbuh, Akademi Pasir Mas, Akademi Pasir Pekan, Akademi Tanah Merah, dua akademi di Bachok dan Akademi Kuala Krai.
Pemain terbaik daripada akademi terbabit akan diserap ke dalam Skuad Elit.
Skuad Elit mengadakan latihan dua kali seminggu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
“Agak menarik juga pemain yang kita lahirkan daripada Skuad Elit sekarang bermain dalam pasukan Harimau B seramai 6 orang. Selain itu ada yang bermain dengan pasukan Piala Presiden,” kata Dr Ramli.
Menurutnya juga kerajaan negeri menganjurkan kejohanan bola sepak Liga Dun
sejak 2005 bagi mencungkil bakat-bakat baru bermula di peringkat akar umbi.
Tahun ini liga itu bermula 9 Mei lepas. Purata 16 pasukan bermain di peringkat Liga Dun. Selain itu diadakan juga Liga Parlimen.
Kata beliau pemenang Liga Dun dan Liga Parlimen akan merebut Piala Menteri Besar (MB).
“Piala MB akan diadakan pada akhir tahun. Sebanyak 24 pasukan akan berentap merebut Piala MB. Sebelum ini ia dikenali sebagai Piala Tok Guru diadakan tiap-tiap tahun,” katanya.
Johan piala tersebut akan menerima hadiah sebanyak RM5,000 naib johan (RM3,000) dan ketiga (RM1,500).
Sumber HD - 14-5-2014
Perluas kaedah agama pulih penagih dadah - Pemadam
KOTA BHARU: Kaedah pemulihan penagih dadah secara keagamaan dan konvensional yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu diperluaskan dalam masyarakat.
Timbalan Yang Dipertua Pemadam Pusat, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata, kaedah tersebut dapat membantu merawat anggota keluarga yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
“Kaedah care and cure diselanggarakan AADK. Oleh itu kita berharap masyarakat dapat menggunakan kaedah tersebut bagi merawat anggota keluarga yang terbabit dengan dadah.
“Pemadam sentiasa memberi kerjasama kepada masyarakat dalam menangani gejala penagihan dadah,” katanya pada perasmian Seminar Membanteras Dadah Negara Islam Peringkat Zon Pantai Timur di sebuah hotel di sini, hari ini.
Seminar itu dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai mewakili Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Hadir sama Pengerusi Pemadam Pahang, Datuk Dr Ahmad Sukri Ismail. Lebih 200 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadiri seminar tersebut.
Kelantan sehingga kini mempunyai sebuah pusat pemulihan dadah menggunakan kaedah Islam di Jeram Pasu, Pasir Puteh dikendalikan Baitul Taubah, sebuah NGO di bawah kerajaan negeri.
Abdul Fattah ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, penyalahgunaan dadah di negara ini semakin serius biar pun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa.
Katanya, bagi setiap seorang penagih yang direkod, sebenarnya ada empat lagi yang tidak dapat dikesan.
“Berdasar kepada anggaran itu jumlah penagih terkumpul bermula 1988 hingga 2011 ialah seramai 336,219 orang.
“Dan apabila didarab empat bererti 1,344,876 orang atau lebih yang terbabit dengan penyalahgunaan najis dadah,” katanya yang juga Naib Yang DiPertua Pemadam Pusat.
Menurutnya juga Kelantan dianggap adalah “Point of Entry” kerana kedudukan berhampiran Golden Of Triangle yang menjadi salah satu punca peningkatan penggunaan dadah di negeri ini.
Kata beliau biar pun berlaku peningkat kes namun ia tidak melemahkan Pemadam membantu rakyat memerangi najis dadah.
Antara usaha yang dilakukan Pemadam iaitu turun padang ke sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi bagi memberi penerangan berkaitan dadah.
“Pemadam memandang serius teknik pengedaran dengan memperdayakan pelajar sekolah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014
Timbalan Yang Dipertua Pemadam Pusat, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata, kaedah tersebut dapat membantu merawat anggota keluarga yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
“Kaedah care and cure diselanggarakan AADK. Oleh itu kita berharap masyarakat dapat menggunakan kaedah tersebut bagi merawat anggota keluarga yang terbabit dengan dadah.
“Pemadam sentiasa memberi kerjasama kepada masyarakat dalam menangani gejala penagihan dadah,” katanya pada perasmian Seminar Membanteras Dadah Negara Islam Peringkat Zon Pantai Timur di sebuah hotel di sini, hari ini.
Seminar itu dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai mewakili Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Hadir sama Pengerusi Pemadam Pahang, Datuk Dr Ahmad Sukri Ismail. Lebih 200 peserta dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadiri seminar tersebut.
Kelantan sehingga kini mempunyai sebuah pusat pemulihan dadah menggunakan kaedah Islam di Jeram Pasu, Pasir Puteh dikendalikan Baitul Taubah, sebuah NGO di bawah kerajaan negeri.
Abdul Fattah ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, penyalahgunaan dadah di negara ini semakin serius biar pun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa.
Katanya, bagi setiap seorang penagih yang direkod, sebenarnya ada empat lagi yang tidak dapat dikesan.
“Berdasar kepada anggaran itu jumlah penagih terkumpul bermula 1988 hingga 2011 ialah seramai 336,219 orang.
“Dan apabila didarab empat bererti 1,344,876 orang atau lebih yang terbabit dengan penyalahgunaan najis dadah,” katanya yang juga Naib Yang DiPertua Pemadam Pusat.
Menurutnya juga Kelantan dianggap adalah “Point of Entry” kerana kedudukan berhampiran Golden Of Triangle yang menjadi salah satu punca peningkatan penggunaan dadah di negeri ini.
Kata beliau biar pun berlaku peningkat kes namun ia tidak melemahkan Pemadam membantu rakyat memerangi najis dadah.
Antara usaha yang dilakukan Pemadam iaitu turun padang ke sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi bagi memberi penerangan berkaitan dadah.
“Pemadam memandang serius teknik pengedaran dengan memperdayakan pelajar sekolah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014
Royalti: Kerajaan negeri kaji balik perjanjian 1975
KOTA BHARU: Pertubuhan R Malaysia mencadangkan kerajaan-kerajaan negeri menyemak dan mengkaji balik perjanjian penyerahan hak kepada Petronas yang ditandatangani 39 tahun lalu.
Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, sekiranya hasil kajian mendapati perjanjian tersebut ketinggalan zaman dan tidak adil, maka usul membatalkan perjanjain tersebut perlu dibuat segera.
“Pada pandangan kami langkah-langkah ini sesuai untuk dilaksanakan bertepatan dengan moto Datuk Seri Najib Razak iaitu "Rakyat Didahului".
“Selain itu kami juga mencadangkan negeri-negeri pengeluar minyak meluluskan usul memohon kenaikan kadar royalti daripada 5 kepada 20 peratus bagi menjejaki langkah Dun Sarawak,” katanya di sini.
Pada 29 Mei lalu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membenarkan usul bagi menggesa Kerajaan Persekutuan menyemak semula kadar bayaran royalti minyak Sabah.
Manakala pada 6 Mei lepas usul Dun Sarawak pula melulus usul tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada 5 peratus sebelum ini. Usul itu mendapat sokongan sebulat suara 68 ahli dewan yang hadir.
Nazri juga berkata, isu tersebut menjadi keutamaan perjuangan R Sabah sebelum ini.
“R mengucap tahniah kepada kepimpinan baru Sarawak yang amat berani dan konsisten memperjuangkan hak mereka dalam soal kadaulatan hasil bumi.
“Ia patut dicontohi semua negeri-negeri pengeluar minyak yang lain dengan membawa usul di DUN dalam persidangan terdekat,” katanya.
Menurutnya juga rakyat Kelantan masih dinafikan hak royalti 5 peratus, walaupun perjanjian yang sama ditandatangani di antara Petronas dengan Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Kata beliau juga kenaikan royalti itu amat wajar memandangkan negeri-negeri pengeluar minyak merupakan antara negeri termiskin dan ketinggalan aspek pembangunan di Malaysia.
Oleh itu kata beliau usul tersebut perlu mendapat sokongan penuh semua Adun melampaui batasan politik kepartian demi kepentingan rakyat.
Katanya juga, R Malaysia bersedia berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri pengeluar minyak tersebut bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“R akan menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang dalam masa terdekat,” ujarnya.
Royalti 20 peratus sudah lama diperjuangkan R Malaysia dan Pakatan Rakyat memasukkannya sebagai manifesto pada pilihan raya umum ke-13. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014
Presidennya, Nazri Deraman (gambar) berkata, sekiranya hasil kajian mendapati perjanjian tersebut ketinggalan zaman dan tidak adil, maka usul membatalkan perjanjain tersebut perlu dibuat segera.
“Pada pandangan kami langkah-langkah ini sesuai untuk dilaksanakan bertepatan dengan moto Datuk Seri Najib Razak iaitu "Rakyat Didahului".
“Selain itu kami juga mencadangkan negeri-negeri pengeluar minyak meluluskan usul memohon kenaikan kadar royalti daripada 5 kepada 20 peratus bagi menjejaki langkah Dun Sarawak,” katanya di sini.
Pada 29 Mei lalu, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membenarkan usul bagi menggesa Kerajaan Persekutuan menyemak semula kadar bayaran royalti minyak Sabah.
Manakala pada 6 Mei lepas usul Dun Sarawak pula melulus usul tuntutan 20 peratus royalti minyak daripada 5 peratus sebelum ini. Usul itu mendapat sokongan sebulat suara 68 ahli dewan yang hadir.
Nazri juga berkata, isu tersebut menjadi keutamaan perjuangan R Sabah sebelum ini.
“R mengucap tahniah kepada kepimpinan baru Sarawak yang amat berani dan konsisten memperjuangkan hak mereka dalam soal kadaulatan hasil bumi.
“Ia patut dicontohi semua negeri-negeri pengeluar minyak yang lain dengan membawa usul di DUN dalam persidangan terdekat,” katanya.
Menurutnya juga rakyat Kelantan masih dinafikan hak royalti 5 peratus, walaupun perjanjian yang sama ditandatangani di antara Petronas dengan Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Kata beliau juga kenaikan royalti itu amat wajar memandangkan negeri-negeri pengeluar minyak merupakan antara negeri termiskin dan ketinggalan aspek pembangunan di Malaysia.
Oleh itu kata beliau usul tersebut perlu mendapat sokongan penuh semua Adun melampaui batasan politik kepartian demi kepentingan rakyat.
Katanya juga, R Malaysia bersedia berbincang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri pengeluar minyak tersebut bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“R akan menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang dalam masa terdekat,” ujarnya.
Royalti 20 peratus sudah lama diperjuangkan R Malaysia dan Pakatan Rakyat memasukkannya sebagai manifesto pada pilihan raya umum ke-13. - HARAKAHDAILY 11/5/2014
Sumber HD - 11-5-2014
Projek Lebuh Raya Rakyat dibayar bermula 2017
KOTA BHARU: Kelkon Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab membina lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai mempunyai prestasi memberangsangkan dalam industri pembinaan.
Projek berskala besar pernah dibina Kelkon termasuk laluan bertingkat di Pasir Mas membabitkan kos kira-kira RM15.5 juta.
Laluan bertingkat itu sepanjang 750 meter menghubungkan Kampung Lemal dan Kubang Panjang, dianggap projek terbesar pernah dilaksanakan kerajaan negeri.
Kini Kelkon berganding dengan Atiqah Wira Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan juga berpengalaman dalam bidang kejuteraan dan pembinaan dipilih membina lebuh raya rakyat, selepas ia disisihkan kerajaan pusat sejak 1986.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad (gambar) berkata, projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh tiga setengah tahun.
Katanya, projek itu sepanjang 30.5 km bermula di Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai.
“Bayaran kepada kontraktor akan dibuat selepas projek berkenaan disiapkan. Bayaran pertama dijangka dibuat pada 31 Dis 2017.
“Bayaran pertama itu sebanyak RM50 juta dan bakinya akan dibayar sebanyak RM134 juta setahun bermula 2018 sehingga 31 Dis 2023,” katanya ketika ditemui di sini.
Pada peringkat awal kerajaan negeri merancang membina projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 km membabitkan kos kira-kira RM1.8 bilion.
Bagaimanapun selepas kerajaan negeri bersungguh-sungguh berusaha membinanya, kerajaan pusat mengkaji semula projek tersebut dan akhirnya meluluskan projek sejauh 7 km dari Pasir Hor ke Kadok membabitkan kos hampir RM170 juta.
Pecah tanah dipecah projek terbabit dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 April lalu di Kampung Tiong.
Projek melibatkan kos sebanyak RM168.5 juta membabitkan jajaran Pasir Hor ke Kadok sejauh kira-kira 7 km dijangka siap 2 April 2017.
Projek berkenaan merupakan sebahagian projek Central Spine Road di bawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Hanifa juga berkata, bayaran balik kepada kontraktor projek lebuh raya Machang-Kuala Krai didapati daripada punca-punca hasil negeri.
“Duit itu dikumpul dalam tempoh lima tahun dan akan dimasuk dalam bajet 2017 untuk membolehkan ia dibayar sebagai bayaran pertama kepada Kelkon pada akhir 2017,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan pusat dijangka menyiapkan pakej dari Kota Bharu sehingga ke Machang sejauh kira-kira 40 km dan akan bermula dengan jajaran dibina kerajaan negeri di Bukit Tiu, Machang.
Kata beliau juga pelancaran projek terbabit dijangka diadakan pada 14 Jun ini di lokasi berhampiran kampus UiTM di Bukit Tiu atau di Bukit Bakar.
“Manakala dana wakaf sebanyak RM3.1 juta yang dikumpul hasil sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membina jambatan di laluan berkenaan.
“Di jambatan itu nanti akan ditulis jambatan wakaf sebagai menghargai sumbangan orang ramai,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/5/2014
Sumber HD - 8-5-2014
Pelajar cemerlang: Kelantan belanja RM3.85 juta
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membelanjakan lebih RM3.85 juta kepada 7,704 orang pelajar cemerlang semua kategori peperiksaan sejak tahun 2006 sebanyak RM500 seorang.
Dalam peperiksaan 2013 sahaja, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM556,000 untuk diagihkan kepada pelajar cemerlang semua peperiksaan sama ada SPM YIK, SPM JPN, SPM (Mara), STAM (YIK), STPM (JPN).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada pelajar cemerlang yang diadakan di Putik.
Menurutnya, kerajaan negeri mengutamakan pendidikan Islam pada rakyatnya. Oleh sebab itu kerajaan negeri bersedia memperuntukkan sejumlah RM78 juta untuk tujuan itu sepanjang tahun ini termasuk peruntukan untuk Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias).
Katanya, jumlah RM78 juta bukan jumlah yang sedikit memandangkan ia membentuk kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014.
“Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan pada masa hadapan.
Turut berucap pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan. Hadir sama Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, penolong-penolong pengarah dan lain-lain jemputan.
Katanya, kerajaan negeri yang menitikberatkan pembinaan modal insan sentiasa mengekalkan agenda ini di dalam Bajet Kelantan 2014 sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72 juta kepada YIK.
“Ia merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah YIK berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Sumber HD - 8-5-2014
Dalam peperiksaan 2013 sahaja, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM556,000 untuk diagihkan kepada pelajar cemerlang semua peperiksaan sama ada SPM YIK, SPM JPN, SPM (Mara), STAM (YIK), STPM (JPN).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah menyampaikan sumbangan berkenaan kepada pelajar cemerlang yang diadakan di Putik.
Menurutnya, kerajaan negeri mengutamakan pendidikan Islam pada rakyatnya. Oleh sebab itu kerajaan negeri bersedia memperuntukkan sejumlah RM78 juta untuk tujuan itu sepanjang tahun ini termasuk peruntukan untuk Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias).
Katanya, jumlah RM78 juta bukan jumlah yang sedikit memandangkan ia membentuk kira-kira 13 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014.
“Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan pada masa hadapan.
Turut berucap pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan. Hadir sama Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, penolong-penolong pengarah dan lain-lain jemputan.
Katanya, kerajaan negeri yang menitikberatkan pembinaan modal insan sentiasa mengekalkan agenda ini di dalam Bajet Kelantan 2014 sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72 juta kepada YIK.
“Ia merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah YIK berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Sumber HD - 8-5-2014
Hudud: Ibarat kita baru nak beli kereta - Nik Amar
KUALA LUMPUR: Hasrat Kelantan untuk membawa usul berkaitan undang-undang Syariah ke Parlimen adalah usaha untuk meletakkan undang-undang Islam itu ke tempat yang betul.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana undang-undang syariah masih belum diterima di dalam negara ini.
"Cara mudah faham (ibaratnya) kita baru nak beli kereta bukan nak bawa kereta.
"Seperti hudud, kita baru nak cadang. Yang penting kita kena tengok meletakkan hudud pada tempat yang betul," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-27 yang bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?"
Menurut beliau lagi, Kelantan mengakui terdapat syarat ketat dan memerlukan penelitian sebelum perlaksanaan hudud.
Namun katanya, sebagai orang Islam meletakkan hudud ditempatnya adalah satu kewajipan.
"Sekarang kita usaha untuk melepasi halangan hudud, soal kita bersedia atau tidak itu kemudian," katanya lagi.
Ditanya moderator Dr Maszlee Malik, adakah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bukan 'sebuah kereta', Mohd Amar berkata ia sebuah kereta namun 'tiada lesen'.
Beliau turut membawa kata-kata Imam Ghazali dalam kitabnya yang menyuruh seorang ayah memberi rotan dan gantung di belakang pintu bagi menakutkan seorang anak dari melakukan kesilapan.
"Soal nak pukul ke tidak itu perkara kedua," katanya.
Turut serta sebagai panel dalam wacana itu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
Sumber HD - 7-5-2014
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ini kerana undang-undang syariah masih belum diterima di dalam negara ini.
"Cara mudah faham (ibaratnya) kita baru nak beli kereta bukan nak bawa kereta.
"Seperti hudud, kita baru nak cadang. Yang penting kita kena tengok meletakkan hudud pada tempat yang betul," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-27 yang bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?"
Menurut beliau lagi, Kelantan mengakui terdapat syarat ketat dan memerlukan penelitian sebelum perlaksanaan hudud.
Namun katanya, sebagai orang Islam meletakkan hudud ditempatnya adalah satu kewajipan.
"Sekarang kita usaha untuk melepasi halangan hudud, soal kita bersedia atau tidak itu kemudian," katanya lagi.
Ditanya moderator Dr Maszlee Malik, adakah Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 bukan 'sebuah kereta', Mohd Amar berkata ia sebuah kereta namun 'tiada lesen'.
Beliau turut membawa kata-kata Imam Ghazali dalam kitabnya yang menyuruh seorang ayah memberi rotan dan gantung di belakang pintu bagi menakutkan seorang anak dari melakukan kesilapan.
"Soal nak pukul ke tidak itu perkara kedua," katanya.
Turut serta sebagai panel dalam wacana itu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong. - HARAKAHDAILY 7/5/2014
Sumber HD - 7-5-2014
Kelkon Sdn Bhd dapat tender lebuh raya rakyat
KOTA BHARU: Debaran rakyat Kelantan untuk mengetahui syarikat yang akan mendapat tender projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai berakhir hari ini apabila dimenangi Kelkon Sdn Bhd.
Kelkon anak syarikat kerajaan Kelantan berganding dengan syarikat Afiqah Wira Sdn Bhd diberi tanggungjawab menyiapkan lebuh raya rakyat sepanjang 30.5 kilometer.
Tarikh tutup tender projet tersebut pada 24 Mac lalu. Ketika sesi taklimat pra-tender sebanyak 29 syarikat menyertainya.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pembinaannya dijangka dimulakan pada Jun di mana fasa pertama bermula di Bukit Bakar melibatkan 204.5 ekar tanah kerajaan.
“Pembinaan jalan empat lorong dua hala, di samping lapan jambatan bagi fasa pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Kesyukuran dan Merakyatkan Membangun Bersama Islam di KTC di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad, Datuk Abdul Fattah Mahmood serta pegawai kanan kerajaan.
Projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan negeri ekoran projek tersebut disisihkan kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Ke-5.
Bagaimanapun tahun lepas kerajaan pusat mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM200 juta.
Menteri Besar berkata, fasa pertama turut membabitkan pembinaan empat persimpangan dan dua tempat rehat dan rawat (R&R).
“Pembinaan mengambil masa enam tahun membabitkan kos sebanyak RM570 juta, bagaimanapun ia boleh meningkat kepada RM854 juta kerana tempoh siap dan lain-lain kos.
“Namun apa yang penting lebuh raya itu tanpa tol sebagaimana perancangan awal kerajaan negeri,” ujarnya.
- Foto Rizal Tahir
Sumber HD - 6-5-2014
Hampir 3,000 ekar penempatan Orang Asal diwarta
GUA MUSANG: Ketika masyarakat Orang Asal di negeri-negeri lain belum diberi jaminan bagi mendapat hak ke atas tanah, sebaliknya di Kelantan hampir 3,000 ekar diwartakan untuk mereka.
Sehinggga kini tiga kawasan di Gua Musang dan Jeli diwartakan meliputi Pos Jedip seluas 606 ekar, Mukim Ulu Nenggiri Daerah Bertam (577 ekar) dan Jeli Tepi Sungai (1,465 ekar).
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi membela masyarakat Orang Asal di Kelantan.
Katanya, sebelum ini kerajaan negeri melantik seorang pembantu Hal Ehwal Orang Asal dan penghulu-penghulu daripada kalangan Orang Asal.
“Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok) juga melaksanakan projek pembangunan dan kesejahteraan untuk masyarakat Orang Asal.
“Pada 29 Januari lalu Tatok menandatangani persefahaman dengan Golden Jullian Sdn Bhd bagi memajukan seluas 606 ekar di Kampung Jedip, Gua Musang.
“Kompenannya meliputi pembinaan pusat kemahiran, menyediakan 130 lot rumah, pembinaan Agro Resort yang dilengkapi 20 chalet, dewan serbaguna serta mengusahakan tanaman komersial,” katanya pada program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asal di Kampung Galang di sini semalam.
Teks ucapannya dibaca anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.
Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain, Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi, Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.
Selain itu Pemangku Pengurus Tatok, Rosli Abdullah, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Shuhaimi Mat Deris dan pemimpin masyarakat Orang Asal, Pandak Panjang.
Pada program itu Che Abdullah turut melancarkan NGO Badan Prihatin Hal Ehwal Orang Asal (Batin) yang dipengerusikan Dr Engku Mohd Nor Engku Mahmood.
Kampung Galang terletak kira-kira 47 km dari Gua Musang terpaksa melalui jalan pembalakan dan ladang kelapa sawit.
Program tersebut yang diadakan dua hari berakhir petang semalam. Petang kelmarin Mazlan mengetuai program ziarah masyarakat Orang Asal di beberapa perkampungan berdekatan. Dan pagi semalam pula diadakan gotong royong.
Solat berjemaah, tazkirah dan qiamulai diadakan di Madrasah Kampung Galang. Terdapat 12 rumah di kampung tersebut. Kampung itu juga termasuk dalam sembilan penempatan terletak di Pos Hau.
Menteri Besar berkata, Pos Jedip diwartakan pada 2 November 2011. Pada Oktober 2010 penduduk di Hendrop juga menerima surat pemilikan tanah.
“Terdapat seramai lebih 300 penduduk Orang Asal juga menerima dividen projek Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan,” katanya.
Sumber HD - 5-5-2014
Sehinggga kini tiga kawasan di Gua Musang dan Jeli diwartakan meliputi Pos Jedip seluas 606 ekar, Mukim Ulu Nenggiri Daerah Bertam (577 ekar) dan Jeli Tepi Sungai (1,465 ekar).
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi membela masyarakat Orang Asal di Kelantan.
Katanya, sebelum ini kerajaan negeri melantik seorang pembantu Hal Ehwal Orang Asal dan penghulu-penghulu daripada kalangan Orang Asal.
“Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok) juga melaksanakan projek pembangunan dan kesejahteraan untuk masyarakat Orang Asal.
“Pada 29 Januari lalu Tatok menandatangani persefahaman dengan Golden Jullian Sdn Bhd bagi memajukan seluas 606 ekar di Kampung Jedip, Gua Musang.
“Kompenannya meliputi pembinaan pusat kemahiran, menyediakan 130 lot rumah, pembinaan Agro Resort yang dilengkapi 20 chalet, dewan serbaguna serta mengusahakan tanaman komersial,” katanya pada program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asal di Kampung Galang di sini semalam.
Teks ucapannya dibaca anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.
Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain, Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Alwi, Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.
Selain itu Pemangku Pengurus Tatok, Rosli Abdullah, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Shuhaimi Mat Deris dan pemimpin masyarakat Orang Asal, Pandak Panjang.
Pada program itu Che Abdullah turut melancarkan NGO Badan Prihatin Hal Ehwal Orang Asal (Batin) yang dipengerusikan Dr Engku Mohd Nor Engku Mahmood.
Kampung Galang terletak kira-kira 47 km dari Gua Musang terpaksa melalui jalan pembalakan dan ladang kelapa sawit.
Program tersebut yang diadakan dua hari berakhir petang semalam. Petang kelmarin Mazlan mengetuai program ziarah masyarakat Orang Asal di beberapa perkampungan berdekatan. Dan pagi semalam pula diadakan gotong royong.
Solat berjemaah, tazkirah dan qiamulai diadakan di Madrasah Kampung Galang. Terdapat 12 rumah di kampung tersebut. Kampung itu juga termasuk dalam sembilan penempatan terletak di Pos Hau.
Menteri Besar berkata, Pos Jedip diwartakan pada 2 November 2011. Pada Oktober 2010 penduduk di Hendrop juga menerima surat pemilikan tanah.
“Terdapat seramai lebih 300 penduduk Orang Asal juga menerima dividen projek Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan,” katanya.
Sumber HD - 5-5-2014
Muslim tanpa mengira parti wajib sokong hudud – Ustaz Azhar
KOTA BHARU: Anda Muslim biar pun mendokong parti mana sekali pun adalah wajib menyokong pelaksanaan perundangan Islam yang merangkumi hudud, kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Beliau berkata, umat Islam wajib menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud.
“Di akhirat kelak Allah SWT akan tanya sama ada kamu telah berusaha atau tidak melaksanakan syariat-Nya. Kita hanya akan bernasib baik kalau telah berusaha tetapi masih ada halangannya.
“Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk melaksanakan dengan membawa usul hudud ke parlimen. Ketika itu kita akan tahu siapa dalam kalangan orang Islam yang bersifat munafik,” katanya pada program Haflah Ilmu anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Padang Perdana, malam 1 Mei.
Turut bertindak sebagai panelis pendakwah muda, Syed Nor Hisyam Tuan Padang, manakala Amin Idris dari TVHijrah bertindak sebagai moderator.
Program bermula solat Maghrib diimamkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Murabi ITPG, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengarah IPTG, Dr Che Shamsuddin Mohd Noor.
Ruang padang begitu sendat dengan kehadiran orang ramai sejak petang lagi. Program Haflah Ilmu tersebut merupakan siri ketiga anjuran kerajaan negeri.
Pada 2 April lepas kerajaan negeri mengumumkan akan membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen bagi membolehkan ia dapat dilaksanakan di Kelantan.
Semalam kerajaan Brunei mulai melaksanakan perundangan syariah bagi fasa pertama.
Ustaz Azhar berkata, orang Islam jangan memencilkan diri daripada terbabit untuk menyokong perundangan syariah kerana ia adalah perintah Allah SWT bagi kesejahteraan umat manusia.
“Kita sangat suka kerajaan Brunei sebuah pemerintah yang kaya mampu melaksanakan tuntutan agama biar pun berdepan kritikan di peringkat antarabangsa.
“Janganlah pula apabila ada halangan dan kritikan menjadikan kita takut untuk melaksanakan syariat Allah,” ujarnya.
Dr Fadzli sebelum itu berkata, sejarah baru bakal tercipta lagi tahun hadapan apabila Kelantan diberi keizinan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang telah diluluskan sejak 1993. - HARAKAHDAILY, 3/5/2014
Sumber HD - 3-5-2014
Tabiat membaca rakyat Kelantan tinggi
KOTA BHARU: Semenjak Pesta Buku diadakan bermula 23 April lalu sebanyak 300 sekolah mengunjunginya membabitkan rombongan pelajar dan guru-guru.
Pesta Buku itu terbesar di Pantai Timur diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB disertai 74 penerbit dari seluruh negara.
Acara tahunan itu dianjur SMO Bookstores dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (Pustaka) yang berakhir hari ini.
Pengarah Urusan SMO Bookstores, Ahmed Azim Othman berkata, sambutan yang menggalakkan itu menunjukkan minat dan tabiat membaca rakyat Kelantan begitu tinggi.
“Sepanjang pesta diadakan permintaan kuantiti buku semakin meningkat. Antara buku yang terlaris, iaitu Ahmad Ammar terbitan Karangkraf,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya selain pelajar dan guru-guru, belia dan mereka yang datang berkeluarga juga ramai terutamanya pada sebelah malam. Malah pelancong dari luar Kelantan juga hadir.
Kata beliau pelbagai jenis buku dipamerkan sesuai bacaan untuk semua peringkat umur dan golongan masyarakat.
Harga yang ditawarkan pula berpatutan dan ada serendah 50 sen, manakala pemegang kad SMO mendapat diskaun harga sehingga 30 peratus.
Ahmed Azim juga berkata, pemegang kad SMO sekarang mencecah 130,000 orang daripada Kelantan, Terengganu dan Selangor. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
Pesta Buku itu terbesar di Pantai Timur diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB disertai 74 penerbit dari seluruh negara.
Acara tahunan itu dianjur SMO Bookstores dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (Pustaka) yang berakhir hari ini.
Pengarah Urusan SMO Bookstores, Ahmed Azim Othman berkata, sambutan yang menggalakkan itu menunjukkan minat dan tabiat membaca rakyat Kelantan begitu tinggi.
“Sepanjang pesta diadakan permintaan kuantiti buku semakin meningkat. Antara buku yang terlaris, iaitu Ahmad Ammar terbitan Karangkraf,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya selain pelajar dan guru-guru, belia dan mereka yang datang berkeluarga juga ramai terutamanya pada sebelah malam. Malah pelancong dari luar Kelantan juga hadir.
Kata beliau pelbagai jenis buku dipamerkan sesuai bacaan untuk semua peringkat umur dan golongan masyarakat.
Harga yang ditawarkan pula berpatutan dan ada serendah 50 sen, manakala pemegang kad SMO mendapat diskaun harga sehingga 30 peratus.
Ahmed Azim juga berkata, pemegang kad SMO sekarang mencecah 130,000 orang daripada Kelantan, Terengganu dan Selangor. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
Sumber HD - 30-4-2014
Hudud: Kelantan beri penjelasan kepada PKR, DAP
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengadakan pertemuan bersama DAP dan PKR bagi memberi penjelasan khususnya tentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perbincangan hari ini lebih kepada memberi penjelasan kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat ingin tahu lanjut mengenai hasrat kerajaan Kelantan untuk membawanya ke Parlimen.
"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang Kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah.
"Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Malah katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing.
Tambahnya, Kerajaan Kelantan bersedia untuk memberi penjelasan lanjut mengenai enakmen itu bukan hanya kepada Pakatan Rakyat bahkan wakil-wakil daripada BN seperti MCA.
"Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan ada pihak yang mahukan penjelasan lebih lanjut kita bersedia. Kalau MCA hendak jumpa pun boleh.
"Siapa sahaja 'non muslim' ke... di mana sekali pun insya Allah kita akan datang kepada mereka jelaskan supaya mereka boleh memahami. Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya.
Turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok
Liew Ching Tong yang ditemui berkata, pihaknya telah mengutarakan pandangan dalam perbincangan itu bahawa isu hudud adalah bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun perbezaan pandangan katanya, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat akan mencari titik persamaan dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
"Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita telah terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya.
YB DNANA - http://www.youtube.com/watch?v=gaNTWz3Dpvc
Sumber HD - 29-4-2014
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perbincangan hari ini lebih kepada memberi penjelasan kerana rakan-rakan Pakatan Rakyat ingin tahu lanjut mengenai hasrat kerajaan Kelantan untuk membawanya ke Parlimen.
"Daripada apa yang kita jelaskan pada pandangan sayalah, positiflah... mereka faham apa yang Kerajaan Kelantan laksanakan walaupun pada dasarnya mereka tidak setuju, itu kita hormatilah.
"Sekurang-kurangnya mereka memahami pendirian dan keputusan kita," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Malah katanya, memberi pandangan yang berbeza adalah perkara biasa, yang penting mereka menghormati pendirian masing-masing.
Tambahnya, Kerajaan Kelantan bersedia untuk memberi penjelasan lanjut mengenai enakmen itu bukan hanya kepada Pakatan Rakyat bahkan wakil-wakil daripada BN seperti MCA.
"Kami di Kelantan bergantung kepada keperluan ada pihak yang mahukan penjelasan lebih lanjut kita bersedia. Kalau MCA hendak jumpa pun boleh.
"Siapa sahaja 'non muslim' ke... di mana sekali pun insya Allah kita akan datang kepada mereka jelaskan supaya mereka boleh memahami. Soal setuju atau tidak setuju itu hak masing-masing, kita tidak akan paksa," katanya.
Turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok
Liew Ching Tong yang ditemui berkata, pihaknya telah mengutarakan pandangan dalam perbincangan itu bahawa isu hudud adalah bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun perbezaan pandangan katanya, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat akan mencari titik persamaan dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
"Kita masih dalam perbincangan. Kita harap semua boleh memahami isu dan risiko politik dalam isu ini. Kita telah terangkan pendirian kita, dan kongsikan pandangan masing-masing," katanya.
YB DNANA - http://www.youtube.com/watch?v=gaNTWz3Dpvc
Sumber HD - 29-4-2014
Lebih mudah usul hudud dibawa MP Umno
KOTA BHARU: Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai hudud apabila dibentang di parlimen.
Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota parlimen Islam dari PKR.
Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).
Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal mahu menyokong enakmen berkenaan.
Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.
“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.
“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh malam tadi.
Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Bunut Payong.
Khalid juga berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.
Katanya ia dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul hudud yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditolak Speaker.
Sumber HD - 29-4-2014
SEBUAH KAPAL TERBANG RINGAN TERJATUH DI PADANG GOLF!!!
Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.
Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan juruterbang yang tersepit.
Pilot cedera agak parah kakinya patah dan di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut.
Kapal terbang ringan terjatuh di padang golf
SEBUAH KAPAL TERBANG RINGAN TERJATUH DI PADANG GOLF!!!
Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan juruterbang yang tersepit.
Pilot cedera agak parah kakinya patah dan di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 28-4-2014
Pesawat ni bunyinya agak lain, menjunam jatuh
KOTA BHARU: Sebuah pesawat ringan untuk tujuan latihan menjunam jatuh di sebuah padang kecil berhampiran Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Negeri Kelantan, Mohammad Norizalwan Badri, berkata pihaknya menerima laporan jam 12.47 tengah hari tadi berhubung perkara itu.
Menurutnya, lima anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.52 dan lima minit kemudian pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalamnya.
“Mangsa Shangar Muthu, 20, berbangsa India yang merupakan pelajar tahun akhir dari Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT),” ujarnya.
Menurut Norizalwan lagi, keadaan mangsa agak kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian muka dan badan.
Sementara itu seorang saksi ketika ditemui Mohd Zairie Ismail, 43 ketika ditemui memberitahu bunyi pesawat ringan itu agak lain berbanding biasa.
Katanya, kebetulan beliau berada di tingkat atas nampak dengan jelas pesawat tersebut menjunam jatuh.
“Saya kebetulan di tingkat atas sedang mengimpal bumbung, selalu tengok pesawat latihan ni, tapi hari ni pesawat ni bunyinya agak lain membuatkan saya rasa ingin melihat.
“Kebetulan bila saya tengok dia tengah nak menjunam jatuh, syukurlah di padang tempat yang tidak ada orang,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
Sumber HD - 28-4-2014
Umno tak bersungguh halangan utama hudud
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Kelantan bersedia menyertai Jawatankuasa Teknikal Khas mengenai hudud seperti dicadangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Ketuanya, Datuk Hassan Mohamood berkata, pihaknya bersedia duduk bersama dalam jawatankuasa seperti dicadangkan kerajaan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di Kelantan.
“Kita sokong apa sahaja usaha yang dilakukan bagi melicinkan lagi ke arah pelaksanaan perundangan terbabit di negeri ini.
“Lagi pun kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal pelaksanaan dan jawatankuasa teknikal pra pelaksanaan yang turut membabitkan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama wakil-wakil NGO Kelantan di JKR 10 di sini hari ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri mencadangkan Jawatankuasa Teknikal Khas membabitkan wakil kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan diwujudkan di peringkat kebangsaan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dibincangkan secara terperinci.
Menurut Muhyiddin perbincangan yang dibuat sistematik dan hudud dapat dikaji lebih teliti bagi melihat situasi sebenar sebelum usul mengenainya dibawa ke Parlimen.
Hassan juga berkata, halangan utama ke arah pelaksanaan hudud kerana sikap pemimpin itu sendiri yang tidak memperlihatkan kesungguhan sebelum ini.
“Kalau betul-betul pemimpin kerajaan di peringkat pusat mahu memastikan perundangan syariah dapat dilaksanakan, kerajaan sendiri boleh membawa usul di parlimen.
“Kalau kerajaan sendiri membawa rang undang-undang tersebut peluang untuk dilulus lebih besar berbanding usul yang dibawa secara persendirian,” ujarnya.
Hassan yang juga Adun Tawang berkata, isu hudud tidak akan merenggang hubungan dalam Pakatan Rakyat biar pun kelihatan banyak kenyataan bersifat negetif sebelum ini.
Malah kata beliau hudud diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam Pakatan apabila semua pihak memahami manfaat perundangan tersebut.
Menurutnya kenyataan negetif dikeluarkan pemimpin bukan Islam tidak menjadi masalah kerana mereka belum mendapat maklumat sepenuhnya lagi.
Sementara itu pada malam 30 April ini Dewan Ulamak PAS Kelantan bersama NGO akan menganjurkan program solat hajat dan penerangan mengenai hudud bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Kata Hassan pada program itu wakil-wakil NGO termasuk bukan Islam akan melafazkan ikrar mendokong pelaksanaan perundangan syariah di Kelantan. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
Sumber HD - 28-4-2014
Ketuanya, Datuk Hassan Mohamood berkata, pihaknya bersedia duduk bersama dalam jawatankuasa seperti dicadangkan kerajaan pusat bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di Kelantan.
“Kita sokong apa sahaja usaha yang dilakukan bagi melicinkan lagi ke arah pelaksanaan perundangan terbabit di negeri ini.
“Lagi pun kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal pelaksanaan dan jawatankuasa teknikal pra pelaksanaan yang turut membabitkan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama wakil-wakil NGO Kelantan di JKR 10 di sini hari ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri mencadangkan Jawatankuasa Teknikal Khas membabitkan wakil kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan diwujudkan di peringkat kebangsaan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dibincangkan secara terperinci.
Menurut Muhyiddin perbincangan yang dibuat sistematik dan hudud dapat dikaji lebih teliti bagi melihat situasi sebenar sebelum usul mengenainya dibawa ke Parlimen.
Hassan juga berkata, halangan utama ke arah pelaksanaan hudud kerana sikap pemimpin itu sendiri yang tidak memperlihatkan kesungguhan sebelum ini.
“Kalau betul-betul pemimpin kerajaan di peringkat pusat mahu memastikan perundangan syariah dapat dilaksanakan, kerajaan sendiri boleh membawa usul di parlimen.
“Kalau kerajaan sendiri membawa rang undang-undang tersebut peluang untuk dilulus lebih besar berbanding usul yang dibawa secara persendirian,” ujarnya.
Hassan yang juga Adun Tawang berkata, isu hudud tidak akan merenggang hubungan dalam Pakatan Rakyat biar pun kelihatan banyak kenyataan bersifat negetif sebelum ini.
Malah kata beliau hudud diharap dapat memperkukuhkan lagi hubungan dalam Pakatan apabila semua pihak memahami manfaat perundangan tersebut.
Menurutnya kenyataan negetif dikeluarkan pemimpin bukan Islam tidak menjadi masalah kerana mereka belum mendapat maklumat sepenuhnya lagi.
Sementara itu pada malam 30 April ini Dewan Ulamak PAS Kelantan bersama NGO akan menganjurkan program solat hajat dan penerangan mengenai hudud bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Kata Hassan pada program itu wakil-wakil NGO termasuk bukan Islam akan melafazkan ikrar mendokong pelaksanaan perundangan syariah di Kelantan. - HARAKAHDAILY 28/4/2014
Sumber HD - 28-4-2014
Hudud: Rakyat Kelantan solat hajat dan munajat
- Apr 27, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan dengan didukungi ulama dijangka menyertai program solat hajat dan munajat bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dapat dilaksanakan di negeri ini.
Selain golongan ulama, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga akan tampil memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri di majlis berkenaan, diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam 30 April ini.
Program bermula solat Isya, solat hajat dan munajat antara lain disertai Persatuan Peguam Muslim Kelantan, Pusat Pembangunan Pondok, institusi pengajian pondok, Dakwah Halaqat, Abim, guru-guru agama, Dewan Himpunan Penyokong PAS, wakil-wakil NGO bukan Islam dan pelbagai lagi.
Dewan Ulamak PAS Kelantan dan wakil-wakil NGO akan melafazkan ikrar sokongan dan menyerah memorandum mendukung pelaksanaan enakmen tersebut kepada Menteri Besar.
Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood berkata, pada program terbabit Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri akan memberi penjelasan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.
Katanya, program tersebut merupakan agenda sulung penerangan secara terbuka mengenai perundangan syariah sebelum usul itu dibawa pada persidangan parlimen untuk membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.
“Masyarakat bukan Islam juga dipelawa menyertai program berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat lebih jelas mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
“Dan selepas program tersebut Dewan Ulamak juga akan menganjurkan program jalinan mesra bersama pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam di seluruh Kelantan bagi menjelaskan mengenai perundangan syariah,” katanya di sini.
Beliau yang juga Adun Tawang berkata, Dewan Ulamak PAS bersama NGO-NGO yang hadir akan membentuk persemuafakatan NGO bagi mendukung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Menurutnya juga program-program penerangan seperti itu bukan perkara baru di Kelantan, sebaliknya sudah dilaksanakan sejak 1992 dan sekarang terus dipertingkatkan lagi. - HARAKAHDAILY 27/4/2014
Sumber HD - 27-4-2014
Benteng Umno di Buluh Kubu mulai robek
- Apr 26, 2014
- ASLANI M
Rumah flat tersebut dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Kelantan. Sejak 1990 sehingga sekarang, Umno mendominasi kawasan berkenaan. Namun malam tadi situasi itu tiba-tiba bertukar.
Seramai 62 ahli dan penyokong Umno yang menjadi penggerak jentera Umno di situ mulai menilai semula perjuangan lama. Diketuai bekas Setiausaha Cawangan Buluh Kubu, Mohd Nor Hashim Che Naim, 48 mereka menyerah borang menyertai PAS.
Borang tersebut diserah kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada ceramah yang diadakan di perkarangan flat tersebut. Ramai penduduk tempatan hadir.
Malam tadi mencatat sejarah baru apabila PAS berjaya mengadakan program ceramah di situ. Terdapat lebih 200 keluarga yang mendiami beberapa blok flat terbabit. Turut hadir meraikan penghuni anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.
Nor Hashim berkata, ramai lagi penghuni Flat Buluh Kubu tidak sempat mengisi borang menyertai PAS untuk diserah pada ceramah tersebut.
“Selepas ramai tahu saya mahu meninggalkan Umno dan menyertai PAS mereka datang menemui saya bagi mengikut jejak langkah saya.
“Saya tidak pernah menjanjikan mereka apa-apa tetapi kerana datang dengan kesedaran sendiri. Mereka tahu hanya sekadar menjadi alat setiap lagi kempen pilihan raya diadakan.
“Pemimpin peringkat bahagian hanya datang ketika musim kempen sahaja. Tetapi pemimpin PAS lain, biar pun mereka tahu di sini kubu Umno namun mereka tetap datang. Saya sudah lama perhatikan perkara itu,” katanya ketika ditemui .
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Umno Cawangan Buluh Kubu sejak empat penggal lalu. Beliau berada dalam Umno selama 25 tahun.
Menurutnya juga biar pun lama berada dalam Umno namun tidak pernah meminta diberi sebarang jawatan atau projek di bawah kerajaan pusat.
“Saya hanya ikhlas untuk membantu Umno. Kalau ada penduduk hendak dapatkan tandatangan pemimpin peringkat bahagian, saya pergi cari mereka untuk pastikan hasrat penduduk tercapai.
“Namun sekarang saya sudah menilai apa yang saya lakukan selama ini. Tidak selamanya saya membiarkan diri saya menjadi alat pemimpin. Saya memikirkan semula perjuangan lama, lebih-lebih lagi memikirkan soal agama,” ujarnya.
Katanya beliau bukan orang berada, hanya mencari rezeki dengan berniaga di pasar bagi mencari rezeki yang halal.
Pada majlis itu juga beberapa penghuni Flat Buluh Kubu yang uzur menerima kerusi roda dan tongkat disampaikan Pusat Khidmat Dun Kota Lama. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Sumber HD - 26-4-2014
Kelantan mahu jadikan Lojing tumpuan pelancongan & pendidikan
- Apr 25, 2014
- HARAKAHDAILY
GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan yakin pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing serta Pejabat Majlis Daerah Lojing di Pos Brooke kira-kira 100 km dari sini, akan memberi kemajuan yang lebih pesat di kawasan tanah tinggi itu menjelang tahun 2020.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pembinaan pejabat itu yang melibatkan kos RM2 juta, dijangka siap sebelum akhir tahun ini, bagi menggantikan pejabat sementara yang dibina di Lojing yang kurang selesa untuk kakitangan menjalankan tugas harian.
Beliau yakin apabila siapnya pejabat baharu itu akan memberi banyak kemudahan untuk membangunkan kawasan Lojing yang kini sedang diberi tumpuan sebagai pusat pelancongan kerana mempunyai keindahan alam semula jadi.
"Kita melihat Lojing yang bakal membangun itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam dan luar negara sebagaimana yang berlaku di Cameron Highlands,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing serta Pejabat Majlis Daerah Lojing di Pos Brooke hari ini.
Beliau berkata antara kemudahan yang telah siap dibina di kawasan tersebut ialah sebuah masjid manakala infrastruktur lain yang sedang dibangunkan ialah Hentian Rehat dan Rawat (R&R).
Ahmad berkata kerajaan negeri turut mewartakan kawasan seluas 40 hektar di kawasan tanah tinggi itu untuk perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan pelbagai spesis flora dan fauna bagi mengekalkan keindahan alam semula jadi yang menarik tumpuan pelancong.
“Selain itu, kita merancang untuk membina bandar pelajaran di sini termasuk membuka institut pengajian tinggi berkaitan dan menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh memajukan lagi bidang terbabit," katanya.
Beliau mengakui walaupun keadaan suhu di Lojing semakin berubah tetapi masih lagi sejuk dengan kedudukan suhunya antara 17 hingga 24 darjah Celcius dan sesuai untuk agrotourism. - Bernama
Sumber HD - 25-4-2014
- Apr 25, 2014
- M ZIN
TANAH MERAH: Pemimpin sebuah parti politik di Dun Gual Ipoh dikatakan memain peranan mengumpul tandatangani 31 penduduk bagi membolehkan aktiviti pembalakan dijalankan di Blok Ulu Kusial.
Sedangkan kira-kira empat tahun lalu penduduk membantah sebuah syarikat membalak di kawasan berkenaan kerana menjejaskan kawasan tadahan air bagi kegunaan mereka.
Penyelia Dun Gual Ipoh, Razali Yusof berkata, selepas bantahan penduduk kayu-kayu balak yang ditebang syarikat terbabit tidak sempat dibawa keluar.
Namun katanya, tiba-tiba ada pula usaha sulit dilakukan dipercayai diketuai seorang pemimpin di peringkat cawangan bagi mengumpul tandatangan untuk menyokong syarikat terbabit mengeluarkan kayu balak yang sudah ditebang.
“Bagaimanapun apa yang dikesan berlaku, syarikat terbabit secara senyap-senyap menebang pokok balak yang terdapat di sekitar kawasan tadahan air.
“Perkara itu disedari seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan yang dilakukan pembalakan. Ekoran itu penduduk berhimpun membantah kegiatan syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui di sini.
Sebuah akhbar kelmarin melaporkan permohonan lesen pembalakan di kawasan itu dipersetujui pemimpin masyarakat tempatan di Gual Ipoh dan dilulus pada 2009.
Rozali berkata, beliau bersama Adun Gual Ipoh, Bakri Mustapha, pegawai Jabatan Hutan Jajahan Kelantan Barat dan penduduk berkumpul di Lata Hujan, Blok Kusial kelmarin membantah kegiatan pembalakan tersebut.
Beliau juga berkata, aktiviti pembalakan terbabit sudah diketengahkan kepada Ketua Jajahan Tanah Merah.
“Penduduk berharap kawasan tadahan itu diwartakan secepat mungkin bagi mengelakkan ada kegiatan penebangan pokok dilakukan sehingga menjejaskan punca air kegunaan orang ramai,” ujarnya.
Beliau juga meluahkan rasa hairan bagaimana kegiatan pembalakan tersebut boleh dilakukan sekadar ada persetujuan segelintir pihak tertentu sahaja.
Oleh itu beliau berharap pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut memandangkan polisi kerajaan negeri sebelum ini tidak membenarkan pembalakan di kawasan tadahan air.
Sumber HD - 25-4-2014
Kelantan fokus merakyatkan Membangun Bersama Islam
- Apr 25, 2014
- ASLANI M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, gerakan bagi merakyatkan dasar MBI sedang diusahakan bagi membolehkan ia dihayati setiap anggota masyarakat.
Katanya beliau sebelum ini dasar MBI cuma difokus kepada jentera pentadbir kerajaan sahaja dengan penekanan kepada prinsip ubudiah, masuliah dan itqan (UMI) dalam melaksanakan tugas seharian mereka.
“Jadi sekarang kita mahu prinsip UMI diserap ke bawah. Kita hendak merakyatkan konsep tersebut.
“Kalau rakyat itu sebagai seorang peniaga, kita mahu dia muncul sebagai peniaga Muslim yang tahu batasan halal dan haram.
“Ini yang menjadi fokus saya sekarang iaitu hendak merakyatkan dasar MBI. Dasar MBI bukan perkara itu, cuma kita ia terus diperkasakan lagi supaya ia lebih segar,” katanya di sini.
Kata beliau matlamat kerajaan merakyatkan MBI bagi melahirkan rakyat yang benar-benar menghayati peraturan Islam dalam kehidupan harian mereka.
“Tujuan kerajaan supaya dasar MBI dirasai semua pihak. Ini sebagai satu cabaran kerajaan negeri bagi penggal ke-13,” ujarnya.
Menurutnya juga hampir setahun menerajui kerajaan negeri ia merupakan satu tanggungjawab besar, lebih-lebih lagi mahu memikirkan supaya Islam dapat diterjemahkan dalam kehidupan masyaakat.
“Itu yang saya fikir bagaimana setiap anggota masyarakat boleh memahami konsep MBI sebagaimana diterjemah pegawai dan kakitangan kerajaan dalam melaksanakan tugas harian mereka,” ujarnya.
Sumber HD - 25-4-2014
Tempoh setahun 1,000 rumah mampu milik dibina
- Apr 24, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bagi tempoh 2013 hingga 2018 kerajaan negeri mensasarkan 5,000 unit rumah jenis berkenaan bagi membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
“Rumah mampu itu dibina syarikat milik kerajaan negeri dan swasta. Harga rumah berkenaan sekitar RM100,000 dan RM90,000,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah Fasa 7 Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.
Pada majlis itu seramai 50 pemilik rumah teres dua tingkat menerima kunci daripada Mohd Amar.
Rumah teres terbabit melibatkan jualan bernilai RM14.32 juta disiapkan tujuh bulan awal berbanding jadual asal. Ia sepatutnya siap akhir tahun ini dibina Profil Impian Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Binaraya Sdn Bhd.
Hadir sama di majlis berkenaan, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Dr Ramli Mamat, wakil-wakil rakyat dan Ketua Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah.
Turut hadir Pengerusi Binaraya Sdn Bhd, Ustaz Abdul Rahman Yunus.
Pada majlis itu juga warga emas, armalah, anak yatim dan golongan miskin menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.
Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri mencari tapak yang sesuai bagi membolehkan lebih banyak lagi rumah mampu milik dibina.
Sumber HD - 24-4-2014
Rossem kendali balai kartun pertama di Malaysia
- Apr 22, 2014
- RATU SYAHADAH|FOTO RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Balai Kartun milik persendirian yang diurus kartunis terkenal, Rossem merupakan yang pertama seumpama itu di Malaysia.
Kartunis popular, Datuk Mohd Noor Khalid (Lat) berkata, Balai Kartun seperti diurus Rossem belum ada lagi di tempat-tempat lain di negara kita.
“Rossem berjaya mengadakan balai kartun sendiri yang dianggap sebagai pertama di negara ini,” katanya pada perasmian Balai Kartun Rossem, di Peringat dekat sini hari ini.
Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. (Gambar)
Hadir sama anggota-anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, Dr Ramli Mamat, karyawan, pelakon teater, penyair, pelukis dan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
Balai Kartun yang terletak di hadapan kilang padi Bernas di Peringat dimiliki Rosidi Semail yang lebih dikenali sebagai Rossem.
Sebelum ini beliau berkhidmat di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri sebagai Penolong Pengarah Penebitan.
Malah beliau juga pernah berkhidmat sebagai kartunis di akhbar The Sun selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Lat mengingatkan karyawan menjelmakan ilham berpandukan produk tempatan
kerana masyarakat dari luar ingin melihat keunikan yang ada di Malaysia.
Mohd Amar pula berkata, bidang sastera begitu tinggi nilainya sehingga ia boleh digunakan sebagai medan dakwah bagi menyampaikan risalah Islam.
“Menyedari hakikat itu, kerajaan Kelantan tidak pernah meminggirkan bidang seni selagi ia tidak bercanggah dengan syariat,” ujarnya.
Sumber HD - 22-4-2014
Peguam tidak yakin MP Umno sokong usul hudud
- Apr 22, 2014
- ASLANI M
Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya mahu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disifatkan hanya sekadar retorik politik semata-mata.
Katanya, banyak tindak tanduk sebelum ini tidak mencerminkan apa yang dinyatakan melalui media, kerana parti itu sendiri tidak berminat dengan perundangan Islam.
“Kalau benar pemimpin Umno mahu perundangan hudud dilaksanakan sudah tentu mereka sejak dari awal lagi menyokong enakmen tersebut dan bukan banyak berdolak dalih.
“Sekali sokong dan pada waktu lain pula tidak sokong, kononnya pula hudud PAS dan macam-macam lagi. Bagaimana mereka hendak beri keyakinan kepada orang ramai,” katanya yang juga seorang peguam veteran.
Pada 2 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan mahu membawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen melalui usul persendirian bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.
Sebelum itu beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan bersedia menyokong perundangan syariat apabila dibawa ke parlimen.
Wan Hashim berkata, rakyat boleh tengok nanti anggota parlimen Umno mana yang akan menyokong Enakmen Hudud apabila tiba masanya.
“Berdasar pengalaman lampau bermacam-macam alasan diberi anggota parlimen Umno dan kemungkinan yang tidak boleh ditolak, mereka tidak hadir ketika hari usul tersebut dibawa ke parlimen.
“Selepas ini ada yang akan kata sakit perut, demam dan seribu satu alasan lagi. Kenyataan mereka sekarang hanya sekadar gimik mahu berselindung di sebalik hudud,” katanya yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri.
Sementara itu bekas anggota parlimen Tanah Merah, Abdul Ghafar Ibrahim berkata, sudah sampai masanya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibawa ke parlimen bagi memperlihatkan sokongan anggota-anggota parlimen beragama Islam.
Katanya, keikhlasan dan hasrat sebenar anggota parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang dapat dilihat ketika undian dilakukan bagi menyokong usul tersebut.
Sumber HD - 22-4-2014
PBT di Kelantan berdikari tambah aset
- Apr 21, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR
TUMPAT: Konsep berdikari yang diperkenal membuahkan hasilnya apabila banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berusaha mencari sumber kewangan bagi menambah lagi aset.
Antaranya Majlis Daerah Tumpat (MDT) berjaya menyiapkan pejabat baru yang berharga RM2.8 juta.
Projek itu yang dimulakan pada 2010 siap sepenuhnya 13 Ogos 2012 dan mulai beroperasi Mac tahun lalu.
Ketua Jajahan Tumpat, Mohd Sobri Ramli berkata, MDT mengumpul sendiri dana bagi menyiapkan bangunan berkenaan yang dibina di Lot PT 627 Seksyen 1, Tumpat.
Katanya, ruang pejabat seluas 13,343 meter persegi setinggi dua tingkat diharap dapat memberi keselesaan kepada kakitangan bertugas.
Perasmian bangunan itu hari ini disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Timbalan Ketua Jajahan Takbai, Thailand Arinchai Deena.
Awal tahun ini Menteri Besar turut merasmikan bangunan baru pejabat Majlis Daerah Jeli. Dan tahun lepas Majlis Daerah Pasir Mas turut berpindah ke bangunan baru di Lubok Jong.
Mohd Sobri juga berkata, MDT turut memberi tumpuan pembangunan eko pelancongan bagi menarik lebih lagi lagi kedatangan pelancong ke Tumpat.
Sumber HD - 21-4-2014
Pemuda PAS bantu anak JKKKP terlantar sakit
- Apr 21, 2014
- YAAKUB DASAN
RANTAU PANJANG: Biar pun ayahnya, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun tidak menghalang pemuda PAS turut membantu anaknya Ezzat Nor Azam, 21, kini terlantar sakit.
Pelajar semester empat ijazah bidang pertanian di UiTM Kangar Perlis, terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat jangkitan kuman di bahagian otak sejak hampir setahun lalu.
Ibunya Latipah Yusof ketika ditemui berkata, anaknya dibawa ke HUSM bagi mendapat rawatan lanjut pada 12 April 2014.
“Ini kerana jahitan pada lubang yang ditebuk di bawah pusatnya terbuka. Kami bimbang dan terus membawanya ke HUSM,” katanya ketika ditemui di wad.
Ezzat anak sulung dari enam adik beradik pada awalnya demam selepas menyertai perkhemahan pelajar UiTM di Perlis sehingga dimasukkan ke wad Hospital Kangar.
“Dan selepas dimasukkan ke wad di sana dia tidak sedarkan diri. Selepas itu kami membawanya pulang ke rumah di Kampung Baruh Pial, Rantau Panjang,” ujar Latifah.
Ketika Ezzat terlantar sakit di rumah beliau dilawati isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid dan isteri Adun Gual Periuk.
Sebelum itu beliau juga diziarahi anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Dan terbaru rombongan Pemuda PAS Kelantan diketuai Shazuwan Che Hamid.
Shazuwan juga memberitahu Pemuda PAS merancang mengadakan solat hajat dan jamuan teh bagi mengumpul dana membantu Ezzat di rumahnya.
Latifah berkata, pada kunjungan itu mereka menghulur bantuan kewangan bagi meringankan bebanan keluarga untuk keperluan harian Ezzat.
Menurutnya juga Ezzat diberi susu debu jenis Peptamen sebagai diet harian. Setiap setin seberat 430 gm berharga RM81.90.
Kata beliau memandangkan kos begitu tinggi keluarganya tidak mampu bagi menyediakan keperluan harian Ezzat termasuk lampin pakai buang.
Oleh itu dermawan yang bersimpati boleh membantu keluaga terbabit dengan menyalurkan sumbangan melalui Bank Rakyat (220301198268 – Abdullah Hadi Yusoff) atau menghubungi di talian 013-9378100.
Sumber HD - 21-4-2014
Speaker Dun Kelantan rakam takziah kepada Nozula
- Apr 21, 2014
- ASLANI M
“Saya bagi pihak warga Dun Kelantan mengambil kesempatan merakam ucapan takziah kepada Dato' Nozula Mat Diah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan isterinya, Datin Maziah Din.
“Semoga Datuk dan anggota keluarga bersabar terhadap musibah yang menimpa tersebut. Hidup dan mati setiap hamba-Nya berada dalam ketentuan Allah SWT,” katanya di sini.
Pada kejadian petang Khamis lalu kenderaan yang dipandu Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit di KM 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Nozula mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, manakala isterinya Datin Maziah Din meninggal dunia di tempat kejadian.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Penyelia Dun Galas, Ustaz Abdullah Husain turut menziarahi Nozula yang juga Ketua Pembangkang di Dun Kelantan.
Sumber HD - 21-4-2014
MB Kelantan rakam takziah tragedi menimpa Adun Paloh
- Apr 18, 2014
- SALMIYAH HARUN
Kenyataan Ahmad Yakob yang dipetik di laman Facebook rasminya melahirkan rasa terkejut dengan kemalangan yang menimpa Ketua Pembangkang Dun Kelantan itu.
"Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini dan semoga roh isterinya ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.
"Sama-sama kita doakan Datuk Nozula segera sembuh dan kembali menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan ketua pembangkang di Dun Kelantan," katanya.
Semalam, kenderaan yang dipandu Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit di km 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, beliau mengalami kecederaan manakala isterinya Datin Maziah Din maut.
Turut berada dalam kenderaan anak lelaki pasangan itu yang berumur 20-an.
Mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.
Sumber HD - 18-4-2014
Selepas lebuh raya, projek stadium menyusul
- Apr 18, 2014
- ASLANI M
Projek terbabit diberi nafas baru kerajaan negeri selepas projek lebuh raya rakyat berada di fasa akhir pemilihan kontraktor yang layak.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pembinaan stadium di Bukit Merbau tetap akan diteruskan.
“Berdasar kepada perbincangan baru-baru ini keputusan terakhir yang dibuat stadium tersebut tetap akan dibina secepat mungkin,” katanya di sini.
Stadium baru yang bakal dilengkapi kompleks sukan dirancang kerajaan negeri awal 2013 lalu akan dibina di kawasan seluas 108.8 hektar mampu menampung 45,000 penonton.
Reka bentuk berbentuk rebana mempunyai ruang solat di setiap tingkat sebelum ini dianggar membabitkan kos kira-kira RM320 juta.
Menteri Besar berkata, beliau melahirkan rasa bersyukur kerana program-program besar yang dirancang di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini tidak tergendala.
Begitu juga katanya, projek lebuh raya rakyat menghubungkan Machang-Kuala Krai sudah di peringkat akhir pemilihan syarikat yang akan membinanya.
“Kita pilih syarikat yang berkelayakan berdasar kepada tender baru-baru ini. Cuma kita belum dapat dedah lagi nama syarikat terbabit.
“Apa yang penting Insya-Allah kita tetap teruskan. Kita rasa bersyukur kerana projek bersifat mega tersebut yang begitu mencabar dapat diteruskan.
“Ini kerana tidak ada sebuah negeri yang buat lebuh raya sendiri, tetapi kita komited terhadap apa yang diputus dan akan tetap diteruskan,” ujarnya.
Beliau juga berkata, hampir setahun kerajaan negeri pasca pilihan raya umum ke-13 ada perubahan yang dilakukan terutamanya memperkemaskan jentera pentadbiran kerajaan negeri.
Antaranya kata beliau, kerajaan negeri mewujudkan Sistem Perancangan dan Pemantauan Projek Kerajaan (SPARK) bagi memastikan 69 projek yang dirancang penggal ke-13 dapat dilaksanakan secara berkesan.
Sumber HD - 18-4-2014
Adun Paloh cedera, isteri maut dalam kemalangan
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.
Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.
"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.
Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. - Bernama
Sumber HD - 17-4-2014
Kelantan kempen Zon Bebas Asap Rokok
- Apr 17, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kempen itu dibuat memandangkan perbuatan menghisap rokok boleh memberi kesan kepada mereka yang berada berdekatan perokok.
“Insya-Allah melalui kempen tersebut kita akan dapat melindung bahaya asap rokok kepada mereka yang tidak menghisapnya.
“Ini selaras dengan kempen kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai Zon Bebas Asap Rokok,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) di Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Dr Ramli Mamat dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.
Menteri Besar berkata, di lokasi kempen larangan merokok akan dipasang papan tanda seperti “Anda Kini Berada Di Kawasan Larangan Merokok” sebagai peringatan kepada orang ramai.
Menurutnya juga kempen itu diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan lain pada masa akan datang.
Kata beliau juga kempen kesedaran tersebut dibuat memandangkan rokok didapati mengandungi 4,000 bahan kimia, di mana 200 daripadanya boleh menjadi faktor penyebab barah.
Menteri Besar juga berharap imam-imam di masjid atau surau menjelaskan kepada orang ramai tentang bahayanya merokok dan asapnya kepada kesihatan.
Sumber HD - 17-4-2014
Umat Islam perlu bangkit pertahan Masjidil Aqsa
- Apr 17, 2014
- ASLANI M
Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Syarafi Wan Mustaffa berkata, semalam berlaku pertempuran sehingga membunuh 30 pemuda murabithin yang menjaga Masjidil Aqsa.
Katanya, pemuda terbabit sanggup mengadaikan nyawa dan jiwa bagi mempertahankan kiblat pertama umat Islam.
“Tentera Israel bukan sekadar menyerang pemuda terbabit, malah semakin biadap dengan membedil menara Masjidil Aqsa.
“Suatu masa dahulu kita digemparkan dengan peristiwa pembakaran mimbar Masjid Al Aqsa, namun umat Islam diam membisu.
“Kini tidak mustahil tragedi yang lebih dashyat berlaku, sedangkan kita pula semakin lumpuh akal dan jiwa,” katanya di sini.
Masjidil Aqsa milik Palestin kini dikawal rejim Zionis. Yahudi juga menggali terowong di bawah pagar Masjid al-Aqsa yang diruntuhkan.
Penjajah Yahudi dikatakan berkerja siang dan malam menggali terowong yang tersembunyi dari pandangan umum.
Wan Mohd Syarafi berkata, umat Islam di seluruh dunia hendaklah bangkit tanpa mengharapkan sekumpulan anak muda Palestin sahaja mempertahankan Al Aqsa.
“Sedangkan kita di sini hanya mengeluh dan berpeluk tubuh. Memang benar apa yang dikatakan Prof Dr Yusof Qardhawi bahawa Al-Aqsa bakal berdepan dengan bahaya besar.
“Lihat sahajalah pemimpin negara Arab dan negara Islam hanya melihat sahaja tanpa tindakan yang proaktif.
“Persidangan demi persidangan diadakan, namun tiada hasil, hanya berani mengeluarkan resolusi dayus mengutuk kekejaman Israel dari jauh,” ujarnya.
Sementara itu Hamas dalam satu kenyataannya menyeru umat Islam membantu Masjidil Aqsa yang sedang dalam bahaya sekarang.
Jurucakapnya berkata, kiblat dan tempat suci umat Islam sedang dipijak-pijak musuh Allah.
Sumber HD - 17-4-2014
Hudud: Kelantan sedia beri taklimat kepada kabinet
- Apr 16, 2014
- Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, taklimat khas juga akan diberi kepada pemimpin PAS peringkat pusat yang tinggal di luar Kelantan.
“Apabila selesai di peringkat parti kita akan perluaskan taklimat kepada kompenan Pakatan Rakyat membabitkan PKR dan DAP.
“PAS Kelantan bukan hendak memaksa mereka, penjelasan diberikan bagi memberi alasan mengapa hudud perlu dilaksanakan,” ujarnya selepas perjumpaan dengan NGO di Dewan Teratai di sini, semalam.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan wakil-wakil NGO dari seluruh Kelantan.
Menurut Mohd Amar, PAS pusat bersetuju terhadap usaha yang dilakukan itu dan menyokong langkah kerajaan Kelantan.
Katanya juga penerangan mengenai perkembangan terkini Enakmen Kanun Jenayah Syariah II turut akan diadakan membabitkan masyarakat bukan Islam.
“Taklimat akan dibuat kepada mereka sama ada yang tinggal di Kelantan dan luar untuk menjelaskan manfaat hukum hudud dan kesannya terhadap mereka.
“Program penerangan dibuat semula bukan bermakna kita menunggu 20 tahun baru hendak jelaskan kepada rakyat. Sebaliknya kita mahu menjelaskan perkembangan terkini,” katanya.
Kata beliau majoriti masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah memahami kerana perundangan tersebut tidak melibatkan mereka.
Sumber HD - 16-4-2014
Hudud di Kelantan perlu sokongan 112 ahli parlimen
- Apr 15, 2014
- ASLANI M
Takzir iaitu sebagai ganti hukuman hudud apabila keterangan tertuduh tidak memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan di bawah hudud.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, Enakmen Takzir akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Katanya, langkah tersebut sebagai usaha bagi memperkemaskan lagi Enakmen Kanun Jenayah Syariat II yang dilulus pada persidangan Dun Kelantan pada 1993.
“Pandangan dan teguran pelbagai pihak sebelum ini diambil kira bagi memperkemaskan lagi perundangan tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan,” katanya di sini.
Pada 2 April lalu Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kerajaan Kelantan akan membawa bil persendirian ke parlimen melalui anggota parlimen untuk membolehkan perundangan syariah dapat dilaksanakan.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Yusnan Yusof ketika ditemui berkata, Enakmen Takzir kini sedang disiapkan bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.
Katanya, Enakmen Takzir bagi membolehkan hukuman lebih luas dikenakan terhadap pesalah-pesalah di bawah seksyen terbabit.
Seksyen 47 bagi kesalahan takzir yang terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II menjelaskan keterangan yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh boleh dihukum dengan hukuman ta’zir.
Dr Yusnan yang juga Adun Melor berkata, beliau dipertanggungjawab menyiapkan draf enakmen tersebut sebelum diangkat kerajaan negeri untuk dibawa ke persidangan Dun.
Dr Fadzli juga berkata, dua bil persendirian yang akan dibawa ke parlimen bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dilaksanakan iaitu rang undang-undang bagi mendapat kebenaran Kelantan melaksanakan hudud.
Dan kedua, pindaan Akta Mahkamah Syariah bagi membolehkan kesalahan di bawah perundangan hudud dikenakan hukuman lebih setimpal.
“Rang Undang-Undang tersebut hanya memerlukan sokongan majoriti mudah iaitu sebanyak 112 anggota parlimen bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan,” ujarnya.
Bilangan anggota parlimen sekarang seramai 222 orang, manakala Pakatan Rakyat ada 89 wakil. Kelantan hanya memerlukan tambahan sokongan 33 anggota parlimen BN bagi membolehkan perundangan hudud dapat dilaksanakan di negeri ini.
Sumber HD - 15-4-2014
Pura-pura pengsan selamatkan lelaki dari dibaham beruang
- Apr 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi Sabtu.
"Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh.
"Ketika itu, tiada apa yang saya ingat...hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan.
"Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kota Baharu, Ahad.
Mohd Sulaiman berkata beliau bernasib baik kerana mampu menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya walaupun darah banyak keluar daripada kepalanya.
"Saya nekad tunggang motosikal pulang ke rumah walaupun dalam keadaan berlumuran darah.
"Sampai di rumah, saya hampir pengsan akibat pendarahan yang banyak. Saya dibawa menaiki lori Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rawatan ke hospital," katanya.
Mohd Sulaiman, yang cedera di mata kiri dan kepalanya akibat serangan itu, menerima 22 jahitan dan dilaporkan stabil.
Isterinya, Rokiah Abas, 50, berkata doktor mengesahkan penglihatan suaminya masih kabur.
"Apapun saya mengharap yang terbaik untuk suami saya memandangkan kami hanya bergantung kepadanya yang bekerja sebagai penoreh getah.
"Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana ini kali pertama penduduk di kawasan ini diserang beruang. Saya harap pihak berwajib memantau kawasan ini bagi mengelak perkara ini berulang," katanya. - Bernama
Sumber HD - 13-4-2014
375 pelajar cemerlang terima anugerah
- Apr 11, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN|Foto RIZAL TAHIR
Ustaz Ahmad menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar OKU cemerlang sambil diiringi Sanusi (kiri).
Sumbangan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu membabitkan 50 pelajar terpilih setiap tahun.
Bagaimanapun tahun ini, jumlah penerima meningkat kepada 75 orang.
Sumbangan disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu majlis di Dewan Teratai, dekat sini, Khamis lalu.
Ketika berucap, Ustaz Ahmad mengingatkan para pelajar supaya menyematkan lima elemen penting pada diri mereka iaitu melakonkan watak orang yang cemerlang; berkawan dengan orang berjaya; mendalami ilmu kecemerlangan; fokus kepada kemahuan; dan pelaziman minda yang positif.
Menurutnya, dengan melakonkan watak insan yang cemerlang akan tersemai hasrat ingin mencapai kejayaan seperti insan tersebut.
Pada masa yang sama, tambahnya berkawan dengan orang berjaya akan memutikkan harapan ingin berjaya manakala minda perlu difokuskan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Beliau juga berharap anak-anak didik Yayasan Islam Kelantan (Yik) mampu mewujudkan persekitaran yang merangsang takwa dan menjauhi elemen perosak yang menjauhkan diri dari Allah SWT.
Turut berucap pada majlis itu Timbalan Exco, Ustaz Muhammad Awang dan wakil Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Yunus.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PMBK, Sanusi Othman, berkata sebagai agensi korporat kerajaan negeri, PMBK bertanggungjawab mengusahakan pelaburan strategik berlandaskan syariat.
Seorang pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada Ustaz Ahmad Yakob
Sumber HD - 11-4-2014
Tukar guru bermotif politik tindakan bacul
- Apr 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary baru-baru ini yang mendakwa bahawa lebih 10 orang guru-guru di dalam kawasannya telah ditukar oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan atas sebab-sebab motif politik.
Ahmad Marzuk mendakwa mempunyai dokumen dalaman yang membuktikan bahawa pertukaran ini adalah hasil cadangan pimpinan Umno di peringkat cawangan.
“Saya suka mengingatkan bahawa hak memilih mana-mana parti di dalam pilihanraya adalah merupakan hak yang diiktiraf di dalam perlembagaan,” tegas Ahmad Fadhli.
Justeru, katanya pendedahan dokumen yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bachok adalah sesuatu yang benar-benar mengejutkan dan wajib disiasat dengan kadar yang segera.
Menurutnya, pihak terbabit belum membuat penafian terhadap kebenaran dokumen berkenaan sekaligus membuktikan wujudnya asas yang kukuh untuk rakyat mempercayai bahawa itu semua adalah permainan politik kotor Umno BN.
Ditambah pula, katanya dengan alasan-alasan yang tidak munasabah seperti 'suami mengetuai konvoi PAS' menambah lagi keyakinan rakyat bahawa Umno BN sudah benar-benar di dalam situasi terdesak pada hari ini.
“Saya suka mengingatkan kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan penganiayaan seperti ini, tidak selamanya penganiayaan ini boleh berkekalan,” ujarnya.
Tambahnya, ia hanya akan menyemarakkan dendam dan rasa tidak puas hati dan akhirnya menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat.
“Jika benarlah Umno berpandangan bahawa guru-guru yang cenderung kepada Pakatan Rakyat tidak boleh wujud dalam perkhidmatan awam, saya mencabar Umno sendiri mengarahkan ahli-ahlinya yang berkhidmat di dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Kelantan untuk keluar dengan sukarela kerana tidak sehaluan dengan kerajaan negeri,” ujarnya lagi.
Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mempunyai bukti yang cukup jelas wujudnya keterlibatan sebilangan kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan dengan kempen politik Umno Kelantan sendiri.
Sumber HD - 11-4-2014
Batu marmar Kelantan dieksport ke China
- Apr 11, 2014
- ASLANI M
GUA MUSANG: Biar pun dinafikan mendapat royalti petroleum sejak 2004 sehingga sekarang, namun bumi Kelantan dianugerah kekayaan pelbagai sumber galian lain.
Emas, besi, batu marmar, barite, alluvial, feldspar, batu kapur (limestone) dan pelbagai jenis mineral kini dimanfaatkan kerajaan negeri bagi menjana hasil negeri.
Misalnya emas yang dilombong di Sokor, Tanah Merah sejak 2010 sehingga sekarang telah ditemui lebih 300,000 gram.
Kerajaan negeri mendapat pulangan hasil melalui bayaran royalti sebanyak 5 peratus, manakala Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pula dibayar tribute (3 peratus) oleh syarikat yang diberi kebenaran melombong.
Selain emas kerajaan negeri juga kini memfokuskan perlombongan batu marmar, antara kawasan yang paling luas ditemui di Malaysia.
Perlombongan batu marmar dijalankan di Bukit Batu Bong, Mukim Ulu Nenggiri, Bertam membabitkan kawasan seluas 65 ekar.
Kerja-kerja perlombongan di kuari batu marmar tersebut dimulakan pada Jan 2011 bagi menghasilkan blok-blok mentah marmar.
Projek tersebut dibangunkan Kelstone Sdn Bhd, anak syarikat PKINK dengan kerjasama CEP Resources Entity Sdn Bhd sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.
Pengurus Besar Kelstone, Mohd Shah Ab Kadir berkata, CEP melabur sebanyak RM30 juta bagi melombong batu marmar di Bukit Batu Bong, Gua Musang.
Katanya, sejak beroperasi sehingga Febuari lepas sebanyak 647 blok seberat 8,276 metrik tan dihasilkan di lombong tersebut.
“Sebahagian daripada jumlah batu marmar tersebut telah dieksport ke China iaitu sebanyak 36 blok pada 2012 dan 48 blok tahun lepas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Selain Bukit Batu Bong, Kelstone juga menemui kawasan baru yang lebih luas bagi menghasil batu marmar berkualiti tinggi di Gua Air Sejuk dianggar seluas 182 ekar.
CEP Resources Entity juga kini dalam usaha menghasilkan marmar saiz kecil sehingga satu kaki. Ia bergantung kepada permintaan pelanggan.
Marmar yang sudah dipolish bersaiz 1 kaki persegi harga di pasaran lebih RM20 sekeping, manakala blok mentah yang dijual pukal lebih RM5,000 sebungkah.
Penyelia kuari CEP Resources Entity, Pon Cha Nnanu, 53 berkata, Gua Musang kini menjadi lokasi baru pengeluaran batu marmar di Malaysia selepas Simpang Pulai di Perak hampir kehabisan sumber.
Sumber HD - 11-4-2014
Al-Quran bukan ditilawah sahaja tanpa dihayati isinya
- Apr 07, 2014
- ASLANI M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kejayaan dasar tersebut jelas menggambarkan ajaran al Quran mampu direalisasikan bagi melahirkan kesejahteraan hidup rakyat.
“Inilah matlamat kita sebenarnya dan bukan hanya menjadikan al-Quran untuk ditilawah setiap tahun sahaja tanpa dihayati isi kandungnya,” kata beliau ketika merasmikan Tilawah al Quran peringkat negeri kali ke-57 di Balai Islam malam tadi.
Tilawah kali ini menggunakan tema “Al Quran Asas Perpaduan Ummah” diadakan sehingga 10 April ini. Seramai 20 peserta termasuk qariah akan memperdengarkan bacaan mulai malam ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Mufti, Datuk Shukri Mohamad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazin Nik Yusof.
Menteri Besar berkata, al Quran mengandungi pelbagai aspek sebagai panduan dalam kehidupan manusia.
Menteri Besar berkata, di Kelantan kerajaan negeri bergerak dalam ruang bidang kuasa yang ada dalam pelaksanaan perundangan syariah.
“Al-Quran menjadi pencetus kepada perkembangan ilmu dan sumber aspirasi bagi membina ketamadunan ummah. Islam pernah menguasai dua pertiga daripada dunia,” katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri turut menghargai guru-guru pondok dengan menyediakan insentif khas sebanyak RM250,000 sebagai menghargai jasa dan keringat mereka dalam bidang dakwah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap qari dan qariah Kelantan dapat mengembalikan kegemilangan dalam bidang berkenaan.
Sumber HD - 7-4-2014
Tiada undang-undang dibincang terperinci seperti hudud
- Apr 07, 2014
- ASLANI M
Malah sebelum rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 1993 telah diadakan seminar dan bengkel termasuk di Kuala Lumpur.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhamad Fadzli Hassan berkata, tidak ada satu undang-undang yang diluluskan dibincang sebegitu terperinci dalam seminar dan bengkel.
Katanya, rakyat di segenap pelusuk negeri dan negara diberi penjelasan sebelum Enakmen Hudud dibawa ke persidangan Dun Kelantan.
“Di Kuala Lumpur sahaja beberapa kali siri penjelasan dan seminar kepada masyarakat Islam dan bukan Islam diadakan.
“Dan setelah tidak dapat dilaksanakan, kerajaan negeri mengadakan pula sambutan Hari Hudud setiap tahun bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada rakyat,” katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penelitian harus dibuat dalam semua aspek termasuk persediaan prasarana bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam dibuat secara berkesan.
Menurutnya kerajaan Kelantan harus meneliti dengan mendalam sebelum melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di negeri ini.
Dr Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi berkata, selain itu program ceramah yang diadakan sejak tempoh itu diselit dengan penjelasan mengenai hudud.
“Saya sendiri seawal tahun 1990-an dijemput kerajaan Kelantan untuk memberikan penjelasan hudud kepada pelbagai pihak.
“Kerajaan negeri juga pernah mengadakan perbincangan dengan barisan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat terutamanya DAP bagi tujuan menjelaskan hudud,” ujarnya.
Oleh itu katanya tidak berbangkit kerajaan negeri baru hendak menjelaskan isu hudud setelah 23 tahun diluluskan di persidangan Dun.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, kerajaan pusat sepatutnya sudah lama mengalu-alukan usaha Kelantan untuk melaksanakan.
Katanya, kenyataan Datuk Seri Jamil Khir di Parlimen baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan mainan politik Umno semata-mata.
Beliau juga berharap kerajaan Persekutuan meminda Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan melaksanakan perundangan hudud.
Sumber HD - 7-4-2014
R harap dapat hak royalti melalui hudud
- Apr 07, 2014
- LAN JUSOH
Presidennya, Nazri Deraman berkata, sekiranya undang-undang Islam berjaya dilaksanakan, pihak yang melanggar perjanjian petroleum akan diseret untuk dibicarakan di bawah undang-undang tersebut.
Katanya, pihak yang melanggar perjanjian di antara kerajaan Kelantan dan Petronas perlu mendapat keadilan mengikut perundangan Islam.
“Rakyat lebih yakin dengan keadilan undang-undang Islam dan berharap tuntutan royalti menjadi kenyataan apabila diadili dengan cara Islam,” katanya di sini.
Minggu lepas kerajaan Kelantan mengumumkan akan membawa rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan hudud ke persidangan parlimen.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, private bill tersebut bagi mendapatkan kebenaran untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang syariah.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, kerajaan pusat bersedia bersama-sama Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud sekiranya dibentangkan di Parlimen.
Manakala ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula meminta pemimpin PAS membentangkan draf hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan perubahan besar pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.
Persidangan Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993, di mana ia turut disokong dua Adun BN dari Sungai Pinang dan Limbongan ketika itu.
Nazri juga berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan negeri meneruskan proses saman terhadap pihak terbabit.
Sehubungan itu beliau berharap semua pihak bangkit, menyokong dan membantu bagi memastikan perundangan Islam dapat direalisasikan.
Sumber HD - 7-4-2014
MB arah siasatan terperinci kebakaran di Gua Musang
- Apr 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Zaid Ahmad berkata Mohd Azman Hamat, 18, yang melecur 100 peratus, dan Tengku Ahmad Faqin Tengku Abdullah, 20, yang melecur 23 peratus, masih dalam keadaan kritikal.
"Kedua-dua mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HRPZII, mereka bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan pihak hospital akan merawat mangsa dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada Rabu lepas, 11 orang cedera akibat disambar api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di stesen minyak berhampiran gerai makan itu, kira-kira pukul 10.10 malam.
Zaid berkata dua lagi mangsa iaitu Nurul Isah Mohd Yusof, 20, dan Dayang Ilyana Abdul Rahim, 22, yang dirawat di hospital berkenaan pula dilaporkan stabil dan telah sedarkan diri.
"Sebelum ini Dayang Ilyana dirawat di Hospital Gua Musang dan dipindahkan ke HRPZII Khamis lepas, kedua-dua mangsa menunjukkan perubahan positif," kata Zaid.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, bapa kepada Mohd Azman, Hamat Teh, 62, berkata beliau dan anggota keluarga berharap pihak hospital mampu melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anak keenam daripada lapan beradik itu.
"Ketika melihat mangsa, saya tidak kenal kerana mangsa melecur 100 peratus, saya harap pihak hospital dapat merawat beliau sebaik mungkin.
"Saya dan anggota keluarga yang lain berada di sini, selama tiga hari tetapi tidak dapat bercakap dengan mangsa kerana beliau masih belum sedarkan diri dan memerlukan alat bantuan untuk bernafas," katanya.
Bapa kepada Tengku Ahmad Faqin, Tengku Abdullah Tengku Awang, 50, juga mempunyai harapan sama untuk melihat anak sulung daripada lima beradik itu kembali pulih.
"Hari ini pihak hospital beri taklimat kepada kami tentang keadaannya, saya berasa lega meskipun beliau masih belum sedarkan diri dan saya harap beliau pulih secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hadir ke HRPZII untuk melawat mangsa serta memberi sumbangan kepada keluarga ketika ditemui pemberita berkata, beliau telah pun mengarahkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci bagi mengetahui punca kebakaran selain mengelakkannya dari berulang. - Bernama
Sumber HD - 5-4-2014
Alumni pelajar K'tan Mesir anjur jelajah solidariti 529
- Apr 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohd Asri bin Daud, siri jelajah ini diadakan bagi mengajak masyarakat bersolidariti terhadap nasib 529 rakyat negara itu yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah regim kudeta.
Apa yang menarik, jelajah ini menggunakan pendekatan persembahan pidato, flashmob, pengkisahan selain dari tayangan video dan solat hajat.
"Setakat ini kami tidak putus-putus menerima undangan untuk mengadakan program ini," katanya.
Pihak mereka juga turut menampilkan penceramah berwibawa dan dekat dengan isu pergolakan Mesir seperti penganalisis isu Mesir, Ustaz Malik bin Abdul Karim dan lain-lain.
Menurut Mohd Asri, mana-mana pihak yang berminat boleh menjemput mereka untuk hadir.
"Pihak Parlimen atau DUN hanya perlu menyediakan kelengkapan logistik, manakala kami datang bersama pasukan kami termasuk Pengerusi Alumni KPKM, Ustaz Zulkipli Mat Yusoh," katanya lagi.
Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan mengharapkan Jelajah 529 ini sedikit sebanyak akan menyalurkan maklumat kepada orang ramai tentang kekejaman dan kezaliman kerajaan Mesir yang dikuasai oleh kudeta pimpinan Abdul Fattah As Sisi yang menjatuhkan hukuman gantung kepada 529 orang anggota ikhwanul Muslimin Mesir.
Jelajah terdekat ialah 7, 13 dan 15 April, masing-masing di Pasir Puteh, Kuala Krai dan Masjid Beijing Rantau Panjang.
Menyusul selepas itu pada 18 April di Tanah Merah dan 21 April di Kubang Kerian.
Sumber HD - 4-4-2014
Hudud: Persatuan Peguam Syarie sedia bantu Kelantan
- Apr 04, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusinya, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, pihaknya juga bersedia turun kepada mesyarakat dalam memberikan penerangan agar mereka faham berkaitan perlaksanaan undang-undang itu.
“Sebagai mewakili peguam syarie yang beramal di negeri Kelantan, pihak kami dengan ini beraku janji untuk memberi sepenuh komitmen,”ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berhubung hasrat kerajaan negeri untuk menguatkuasakan enakmen itu bermula Januari 2015 jika tiada halangan dari kerajaan pusat.
Pada masa yang sama, beliau berkata pihak PPSK bersedia membantu dalam memastikan keadilan tertegak terutamanya dalam kes-kes yang dibicarakan di bawah enakmen itu.
“Adalah diharapkan dengan pengumuman itu, hasrat majoriti rakyat Kelantan sejak sekian lama untuk melihat pelaksanaan Islam secara menyeluruh tercapai," jelas Bahrum.
Sumber HD - 4-4-2014
Mangsa terbakar seluruh badan berlari minta tolong
- Apr 03, 2014
- ASLANI M
Keadaan kedai makan yang musnah dijilat api dalam kejadian malam semalam yang turut memusnahkan empat kereta dan tiga motorsikal.
GUA MUSANG: Penyelia Dun Galas, Ustaz Abdullah Husain turut bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa kebakaran di Dataran Kesedar di sini malam tadi.“Seorang mangsa yang panik akibat terbakar di seluruh tubuh berlari bagi mendapat pertolongan sehingga ke belakang bangunan kedai.
“Kebetulan ketika itu saya berada tidak jauh dari situ dan terus turun dari kereta membantu mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Gua Musang.
“Orang ramai juga menghantar mangsa-mangsa lain ke hospital. Dan seorang daripada mereka yang kritikal kemudiannya dihantar ke hospital di Kota Bharu,” katanya di sini.
Pada kejadian tersebut 11 pelanggan yang sedang makan di sebuah kedai tidak jauh dari stesen minyak Shell disambar api selepas dipercayai minyak tumpah dari arah stesen minyak.
Tiga daripada mangsa kritikal. Kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu turut memusnahkan empat kenderaan termasuk milik pekedai dan pelanggan serta tiga motosikal.
Abdullah berkata, beliau difahamkan kejadian itu berlaku ekoran berlaku limpahan minyak dari tangki stesen minyak ketika sebuah lori sedang mengisi minyak.
Katanya, disebabkan kedudukan stesen minyak terbabit di kawasan agak tinggi menyebabkan minyak yang tumpah mengalir ke arah Dataran Kesedar.
“Minyak tersebut tiba-tiba menyambar sebuah gerai burger kemudian berjangkit kepada kenderaan dan motosikal yang terletak berdekatan.
“Keadaan itu menyebabkan api marak sehingga menjulang tinggi yang boleh dilihat dari jauh. Kejadian berlaku hanya dalam beberapa minit sebelum dapat dikawal sepenuhnya pasukan Bomba dan Penyelamat,” katanya.
Menurutnya juga beliau berada di Hospital Gua Musang sehingga jam 1 pagi bagi membantu mangsa dan keluarga mereka.
Sementara di Kota Bharu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
“Saya berkongsi rasa sedih di atas insiden tersebut dan Insya-Allah saya akan usahakan untuk melawat mereka terlibat dan menghulurkan bantuan.
“Buat masa sekarang saya dalam perjalanan ke Johor bagi mengikuti satu program di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau juga berharap kejadian seperti itu tidak berulang dan semua pihak berhati-hati menguruskan bahan-bahan yang mudah terbakar.
Katanya, sebarang kecuaian akan mendatangkan akibat yang tidak diduga.
Kedai makan di Dataran Kesedar yang marak dijilat api akibat tumpahan minyak dari stesyen minyak berhampiran.
Sumber HD - 3-4-2014
Hudud: Kelantan bawa 'private bill' ke parlimen
- Apr 02, 2014
- RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.
"Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli parlimen bukan kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
"Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu dibuat kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
"Kerajaan Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015,"
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :
1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.
4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.
Sekian, salam hormat.
Ustaz Dato Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan.
YAB DAY - https://www.youtube.com/embed/oY9ZneK5-wo?wmode=transparent&modestbranding=1&rel=0&theme=light
Sumber HD - 2-4-2014
Hudud: Asyraf hanya bermain politik
- Apr 01, 2014
- Ahmad Fadhli Shaari
Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Saya melihat kenyataan Asyraf hanyalah bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.
Menggesa PAS untuk membawa deraf hudud ke Parlimen membuktikan Asyraf hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. Sedarkah beliau bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian (private bill) perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul.
Ia berbeza dengan Menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan membentangkan rang undang-undang. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan deraf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.
kurang nilai Islam
Adakah ahli Majlis Tertinggi Umno ini mengakui bahawa Umno 'kurang nilai Islamnya' berbanding PAS sehingga walaupun mempunyai kerusi parlimen empat kali ganda melebihi PAS, Umno mewakilkan kepada PAS untuk membawa deraf hudud ke parlimen?
Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno? Bukankah Umno juga parti yang dianggotai orang Islam?
Tahukah Asyraf bahawa pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang.
Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
Pada Mac 2006 pula, Salahuddin Ayub (pada masa itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.
Justeru, apa jaminan apabila PAS mengemukakan rang undang-undang hudud, ia tidak akan ditolak? Dan tidakkah lebih terjamin sekiranya ia dikemukakan oleh pihak yang berkuasa sekarang, iaitu Umno?
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengulangi gesaan kepada kerajaan negeri Kelantan agar mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Pewartaan ini sangat penting sebagai menandakan langkah ke depan di dalam pelaksanaan hudud.
Saya sangat yakin komitmen yang tidak berbelah bahagi Kerajaan Kelantan di dalam pelaksanaan undang-undang ini. Justeru, ahli-ahli parlimen PAS juga khususnya perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang ini khususnya di Kelantan.
Sesungguhnya langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Namun, bagaimana mahu melangkah seribu jika berhenti selepas beberapa tapak melangkah?
__________________
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sumber HD - 1-4-2014
Menunggu jawapan Mahathir mengenai Memali
- Mar 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam sebuah forum anjuran kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu malam semalam, Musa yang ketika peristiwa Memali itu merupakan Menteri Dalam Negeri dan dipersalahkan oleh banyak pihak mengenainya, akhirnya mendedahkan bahawa ketika kejadian itu Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri, sebenarnya berada di dalam negara dan bukannnya di China sebagaimana yang diberitahu sebelum ini.
Malah Musa Hitam juga mendedahkan, dua tiga hari selepas kejadian itu pun, Mahathir masih berada di dalam negara.
“Kenapa Musa Hitam mengambil masa selama 30 tahun untuk mendedahkan perkara ini sedangkan ketika bersama Team B pada 1987 dahulu atau ketika hebat mengasak Mahathir ekoran pengharaman UMNO pada 1988, beliau tidak mendedahkannya?” tanya Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Soal beliau lagi, apakah pula signifikannya Musa memilih Kelantan dan berucap di sebuah forum anjuran kerajaan PAS untuk mendedahkan perkara yang tersembunyi selama ini?
Apakah ia bertujuan membersihkan dirinya daripada tanggapan buruk PAS selama ini terhadapnya?
“Setelah lebih 11 tahun bersara sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2003, apakah kerana Mahathir masih aktif, berpengaruh dan mencampuri banyak perkara dalam politik negara, maka tujuan Musa mendedahkan perkara ini ialah untuk menghentikan semua penglibatan Mahathir itu?” tanya Shahbudin lagi.
Baca lagi
Sumber HD - 29-3-2014
Musa Hitam sertai Diskusi Politik di Kota Bharu
- Mar 26, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN & MOHD NOR YAHYA
Isu Kajang dan hukuman penjara lima tahun ke Anwar Ibrahim akan dijelaskan sendiri anggota parlimen Permatang Pauh di Padang Perdana pada malam 28 Mac ini.
Manakala kupasan semasa mengenai MH370 akan disampaikan mantan Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, UPM, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada ceramah malam 27 Mac ini di padang Puteri Saadong Wakaf Bharu, Tumpat.
Ketua Penerangan PKR negeri, Ustaz Abdul Halim Haron berkata, siri ceramah Reformasi 2.0 turut mengundang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Program ceramah MH370 pula dianjurkan bersama Kelab Kebajikan dan Pembangunan Insan Tumpat (Kapit), Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Wakaf Bharu (Taksir) dan Majlis Tindakan Dun Wakaf Bharu.
Pengerusi Kapit, Abd Rahman Ariffin berkata, pada program itu juga akan diadakan solat hajat diimamkan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.
Turut diundang ulamak dari Mesir, Syeik Hanii Abd Aziz, Tokoh Ulamak Muda Kelantan, Ustaz Asri Daud dan Mudir Madrasah Pondok An-Nur Kuala Penor Pahang Ustaz Mokhtar Senik.
Pada malam 27 Mac juga akan diadakan Diskusi politik Malaysia membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Grand Ballroom, Hotel Renaissance.
Diskusi anjuran kerajaan negeri tersebut akan memperkatakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang dipengerusi Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM.
Sumber HD - 26-3-2014
Tragedi MH370: Kelantan rakam ucapan takziah
- Mar 26, 2014
- ASLANI M & ZAMANI MD ZAIN
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pengumuman Perdana Menteri, kelmarin yang mengesahkan pesawat tersebut hilang di selatan Lautan Hindi merupakan sesuatu yang cukup menyedihkan.
“Kami merakamkan rasa simpati yang teramat sangat di atas insiden yang berlaku itu. Dan dalam masa yang sama kita berharap gerakan mencari menemui natijah yang positif.
“Rakyat Malaysia hendaklah terus berdoa untuk penumpang dan anak kapal MH370. Kepada keluarga terbabit diharap bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang berlaku sekarang,” katanya di sini.
Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengumumkan pesawat MH370 dikesan hilang di selatan Lautan Hindi melalui Inmarsat, syarikat penyedia data satelit di Britain.
Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, berserahlah kepada Allah Taala, pastinya terselit hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan R Malaysia menganjurkan kempen mengumpul tandatangan sokongan rakyat Kelantan kepada MH370 di Dataran Stadium pada 24 Mac lalu.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, dalam masa yang singkat banner sokongan penuh dengan tandatangan dan kata-kata semangat serta doa.
“Ini menunjukkan rakyat Kelantan khususnya aktivis-aktivis R dan anak-anak muda begitu prihatin terhadap tragedi yang menimpa MH370.
“Ini antara bukti yang menyangkal R tidak sensitif dengan isu MH370 yang dimainkan pihak-pihak yang berniat jahat untuk merosakkan nama baik R,” ujarnya.
Nazri juga berkata, R akan meneruskan kempen tersebut pada Jumaat ini di Medan Ilmu bermula jam 8.30 hingga 11 pagi dan Padang Perdana (5-12 malam).
Menurutnya juga biarpun rakyat bersedih dengan tragedi menimpa pesawat MH370, namun aktivis R tetap bersemangat memperjuangkan tuntutan royalti.
Sumber HD - 26-3-2014
Kelantan-Qatar jalin kerjasama pendidikan
- Mar 26, 2014
- RIZAL TAHIR
DOHA: Kerajaan Kelantan mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan beberapa pusat pengajian tinggi di Qatar terutamanya kursus jangka pendek bahasa Arab.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama tersebut dijalinkan dengan Universiti Qatar dan Qatar Foundation.
Katanya, Presiden Universiti Qatar, Prof Dr Sheikha Abdulla Al-Misnad bersetuju mengadakan kerjasama dengan kerajaan Kelantan dalam bidang pembelajaran bahasa Arab.
“Selain menghantar pelajar ke sini, ia juga membabitkan program pertukaran pelajar bagi mendalami bahasa Arab dan penganjuran seminar bersama.
“Universiti Qatar telah menyatakan persetujuan dengan kita untuk mengadakan kerjasama bagi kursus jangka pendek bahasa Arab.
“Manakala Qatar Foundation pula bersetuju menerima pertukaran pelajar dan penganjuran seminar berkaitan pendidikan,” ujarnya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut kelmarin.
Turut sama pada lawatan dalam rangka meninjau peluang pendidikan di Qatar anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Melor, Dr Yusnan Yusof dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.
Turut bersama pada pertemuan itu ketua-Ketua Jabatan Fiqh, Syariah dan Hubungan Islam Qatar Foundation.
“Kita akan menghantar pelajar di bawah kerajaan negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ke sini,” ujarnya.
Menurutnya juga bagi kursus jangka pendek bahasa Arab dijangkakan bermula September hadapan untuk penghantaran pelajar pertama ke Qatar.
Sumber HD - 26-3-2014
Warga emas dapat manfaat takaful RM59 juta
- Mar 21, 2014
- ASLANI M
Jumlah pampasan tersebut dibayar kepada 32,212 peserta yang telah meninggal dunia.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd Abdul Shakur Sharrie berkata, sejak Febuari 2007 sehingga sekarang jumlah peserta yang berdaftar sejumlah 149,899 orang.
Katanya, bagi tahun ini fasa pertama penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada wasi (waris) diadakan semalam membabitkan peruntukan berjumlah RM1.6 juta.
“Pada program semalam turut diadakan taklimat dan dialog bersama pengerusi baru Kifaalah Sdn Bhd, Mumtaz Md Nawi.
“Beliau menggantikan Datuk Husam Musa yang mengasaskan penubuhan Takaful Kifaalah pada Feb 2007,” katanya di sini.
Pada program itu juga diadakan penyampaian sijil badal haji kepada keluarga peserta Skim Kifaalah Khaira Ummah seramai 10 orang.
Skim takaful tersebut terbuka kepada rakyat Kelantan berusia bawah 60 tahun dengan caruman sebanyak RM30 setahun.
Abdul Shakur berkata, pencarum skim berkenaan yang meninggal dunia akan mendapat manfaat badal haji dan khairat kematian berjumlah RM3,000.
Selain itu katanya, Kifaalah juga menguruskan skim Kifaalah Takaful Penghulu Kelantan sejak dua tahun lepas.
“Setakat ini 15 penghulu yang meninggal mendapat manfaat perlindungan takaful berjumlah RM10,000 seorang,” ujarnya.
Sumber HD - 21-3-2014
SPM 2013: 2 pelajar Maahad Perempuan dapat 12A
- Mar 20, 2014
- ASLANI M
Manakala tiga pelajar mendapat 10 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Mansor Daud berkata, 27 pelajar mendapat 11A dan 15 pelajar (10A).
“Gred Putara (GP) sekolah meningkat kepada 2.6 bagi keputusan tahun ini berbanding 2.7 tahun lepas,” katanya dihubungi di sini.
MMP antara sekolah kawalan di Kelantan yang berjaya mengekalkan pencapaian 100 peratus dalam peperiksaan tersebut.
Sementara itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakam ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM.
Katanya, semoga kejayaan yang diterima menjadi hadiah paling berharga atas usaha dilakukan selama ini khususnya kepada ibu bapa yang banyak berkorban demi kejayaan anak-anak.
“Tidak lupa kepada mereka yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan, janganlah keputusan ini dianggap sebagai satu noktah dalam perjuangan menuntut ilmu pengetahuan.
“Peluang masih ada di hadapan, tingkatkan usaha untuk berjaya dalam kehidupan. Saya yakin insya Allah, usaha dan ikhtiar tanpa henti akan menemui kejayaan juga akhirnya,” katanya.
Sumber HD - 20-3-2014
Industri pembinaan di Kelantan berkonsep hijau
- Mar 18, 2014
- TUAN HISSAM TUAN MAMAT
Katanya, projek pembangunan berkonsep kehijauan yang julung kali dibangunkan di di negeri ini bagi menggalakkan pembangunan persekitaran lebih mampan dan sesuai didiami.
“Tahap penarafan hijau tersebut termasuk aspek rekabentuk awal projek hartanah dan penggunaan teknologi baharu mesra alam.
“Usaha itu diterap bagi menghasilkan pembinaan bangunan cekap tenaga dan mesra pengguna,” katanya selepas merasmikan taklimat isu-isu semasa industri perumahan di sini semalam.
Program tersebut dianjur Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan (REHDA) negeri Kelantan.
Hadir sama Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Zainal Abd Rahim, Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar dan Setiausaha Agung REHDA Malaysia, Datuk Muztaza Mohamad.
Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata, industri perumahan di Kelantan akan memasuki fasa baharu yang lebih berkonsep hijau.
Oleh itu katanya, kerajaan negeri menggalakkan agensi kerajaan dan pemaju swasta melaksanakan pembangunan perumahan berkonsep teknologi hijau bagi mewujudkan persekitaran mesra alam.
“Di Kelantan sekarang terdapat kira-kira 120 pemaju berlesen. Oleh itu mereka disaran menggunakan teknologi hijau supaya industri perumahan di Kelantan lebih cekap dan praktikal,” katanya.
Sementara itu pada majlis penutup program berkenaan, Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Sabri Abdullah berkata, penglibatan dan sokongan semua pihak perlu bagi merealisasikan pembangunan perumahan berkonsep teknologi hijau.
Menurutnya juga langkah yang dilaksanakan di Kelantan tersebut diharap mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam usaha menyediakan industri mesra pengguna.
Sumber HD - 18-3-2014
Pelajar Sumatera Barat ikuti kursus perhotelan di Kelantan
- Mar 16, 2014
- MOHD NOR YAHYA
SUMATERA: Kelantan meningkatkan lagi hubungan dengan wilayah Sumatera Barat melalui perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan dan pelancongan.
Semalam perjanjian persefahaman ditandatangani bagi membolehkan Universiti Muhammadiyah Sumatera Barat (UMSB) menghantar pelajar dalam jurusan perhotelan dan pelancongan di Perdana Resort, Kota Bharu.
MoU yang mencatat sejarah itu ditandatangani Pengerusi Perdana Resort Drs Zainuddin Awang Hamat, manakala Timbalan Rektor UMSB Drs H Mirwan Pulungan mewakili universiti terbabit.
Turut sama menandatangi Mou tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman dan Rektor UMSB Prof Dr H Bustanuddin Agus.
Majlis terbabit turut disaksikan anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood dan ahli rombongan dari Kelantan.
Selain itu pegawai-pegawai kanan UMSB. Program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda pelancongan Islam yang dimanterai antara Kelantan dan wilayah Sumatera Barat.
Sementara itu Pengurus Perdana Resort Sdn Bhd, Zaidon Ismail berkata, pada peringkat awal UMSB akan menghantar 10 pelajar mengikuti latihan dalam bidang perhotelan dan pelancongan di Perdana Resort.
“Hubungan Perdana Resort dengan Universiti Muhammadiyah Sumatera Barat juga membabitkan penghantaran tukang masak Minang dan pelajar hafiz dari Sumatera Barat ke Perdana Resort pada Ramadan tahun ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Perdana Resort merupakan agensi perhotelan milik kerajaan Kelantan di bawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sumber HD - 16-3-2014
Kerjasama pelancongan Islam Kelantan-Sumatera Barat
- Mar 14, 2014
- MOHD NOR YAHYA
BUKIT TINGGI (Indonesia): Kerajaan Kelantan mengadakan kerjasama dalam bidang pelancongan Islam dengan wilayah Sumatera Barat memandangkan banyak persamaan di antara kedua-dua negeri terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, kerjasama tersebut diharap dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Kelantan dan Sumatera Barat.
“Kerjasama lebih mudah dijalinkan memandangkan terdapat persamaan kebudayaan dan kehidupan seharian masyarakat. Amalan keagamaan di kedua-dua wilayah juga ada persamaan yang rapat,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan pentadbir Universitas Muhammadyah Sumatera Barat (UMSB) di sini semalam.
Hadir sama pada pertemuan tersebut Rektor UMSB, Prof Dr Bustanuddin Agus dan pegawai-pegawai tinggi universitas.
Rombongan dari Kelantan turut disertai anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud, Adun Tawang, Datuk Hassan Mahmood, wakil Yayasan Islam Kelantan, Hotel Perdana dan agensi-agensi pelancongan.
Md Anizam berkata, misi ke Sumatera Barat juga bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari wilayah tersebut ke Kelantan, yang turut dikenali masyarakat tempatan di sini sebagai Serambi Mekah kedua.
“Keserasian di antara kedua-dua wilayah dapat dilihat apabila Kelantan ditadbir berasaskan Membangun Bersama Islam, manakala Sumatera Barat lebih dikenali dengan Adat Bersendikan Syariat Dan Syariat Bersendikan Kitab Allah,” katanya.
Menurutnya juga pelajar-pelajar bidang pelancongan di Universiti Muhammadyah turut ditawarkan mengikuti kursus pelancongan di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Sebelum ini Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra mengadakan program berkembar dengan beberapa unversiti di Sumatera bagi membolehkan pelajar dari Kelantan melanjut pengajian di tahun empat bagi melayakkan mereka mendapat ijazah.
Lawatan delegasi dari Kelantan turut mendapat liputan meluas media tempatan di Sumatera Barat.
Sumber HD - 14-3-2014
Royalti: R bangkit perjanjian 1975 di persidangan Bogor
- Mar 12, 2014
- ASLANI M
Presiden Petubuhan R Kelantan (Royalti), Nazri Deraman berkata, kezaliman terhadap rakyat Kelantan merupakan pencabulan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Tindakan itu akan memburukkan imej Malaysia di mata dunia ketika dunia sedang mengikuti tragedi MH370 yang berlaku Sabtu lepas.
”Bukan niat kami untuk memburuk-burukan nama Malaysia, kami hanya memperjuangkan nasib rakyat yang telah sekian lama tertindas,” katanya di sini.
R bersama Institute of Democracy And Economics Affairs (IDEAS) diundang ke persidangan perkongsian saksama hasil bumi membabitkan NGO dari negara-negara Asean di Bogor hari ini dan semalam.
R diwakili Timbalan Presidennya, Abdul Shakur Sharrie dan pegawai penyelidik, Mohd Fauzi Azmi.
Persidangan terbabit dianjur Revenue Watch Institute (RWI) membincangkan perkongsian saksama hasil bumi bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat untuk kesejahteraan dan pembangunan lestari secara mapan.
Nazri berkata, R telah mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, tentunya akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kerajaan Persekutuan dan Petronas.
”Peluang seminar itu membolehkan R mendedahkan segala kepincangan dan penafian hak rakyat oleh Petronas dan kerajaan Persekutuan.
“Sedangkan bayaran royalti kepada kerajaan Kelantan sudah termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.
“Sehigga sekarang jumlah tunggakan bayaran royalti kini dianggar melebihi RM12 bilion,” ujarnya.
Menurutnya juga R merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang memberi sokongan penuh terhadap perjuangan menuntut royalti.
Sumber HD - 12-3-2014
Royalti: R diundang ke persidangan Asean
- Mar 11, 2014
- ASLANI M
Mereka berjuang tanpa mengira penat dan lelah diketuainya presidennya, Nazri Deraman mendesak kerajaan pusat dan Petronas membayar royalti kepada Kelantan.
Hasil usaha dan kesungguhan itu menyebabkan mereka diundang ke persidangan perkongsian saksama hasil bumi membabitkan NGO dari negara-negara Asean yang diadakan di Bogor, Jakarta mulai hari ini.
Timbalan Presiden R, Abdul Shakur Sharrie berkata, persidangan tersebut membincangkan perkongsian saksama hasil bumi sama ada mineral atau petrolueum.
Katanya, peserta yang diundang dalam kalangan NGO memperjuangkan hak bagi mendapat keadilan dan kesaksamaan sumber bumi di tempat mereka.
“Hasil bumi tersebut bagi membolehkan masyarakat mendapat manfaat yang optimum untuk kesejahteraan dan pembangunan lestari secara mapan tanpa pemusnahan kehidupan dan alam sekitar,” katanya di sini.
Persidangan terbabit dianjur Revenue Watch Institute (RWI) akan berlangsung sehingga 13 Mac ini. Institute of Democracy And Economics Affairs (IDEAS) sebuah lagi NGO dari Malaysia turut diundang.
Kehadiran R ke persidangan di Jakarta turut mendapat sokongan padu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Pegawai Penyelidik R, Mohd Fauzi Azmi turut bersama delegasi itu. Mereka bertolak ke Jakarta hari ini.
Shakur berkata, pemilihan R memberi makna yang cukup besar kerana perjuangan NGO terbabit kini melangkui sempadan negara.
Katanya, R akan berkongsi pengalaman dengan NGO dari negara-negara Asean lain berkaitan kes-kes kajian dan pengalaman perjuangan menuntut hak royalti rakyat Kelantan.
“Ia merupakan agenda penting yang perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa terhadap keengkaran pihak berkuasa sehingga menafikan keadilan kepada rakyat Kelantan,” ujarnya.
Sumber HD _ 11-3-2014
Kerjasama Kelantan-Selangor pacu pembangunan negeri
- Mar 09, 2014
- WAN NIK WAN YUSSOF
Ia selari dengan komitmen bagi memenuhi mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Sehubungan itu, menerusi persetujuan penubuhan Sekretariat SPARK di Pejabat Menteri Besar telah menyenarai 69 projek keutamaan di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan setiap ahli majlis mesyuarat (EXCO) kerajaan Negeri Kelantan.
Bagi memastikan proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan setiap projek ini, masing-masing di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan ahli EXCO ditubuhkan pula Jawatankuasa SPARK bertujuan meneliti kemajuan projek, menilai maklum balas dan memantau dari segi pencapaian sasaran (KPI).
Sistem SPARK
SPARK adalah jenama bagi sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu sebutan ringkas Sistem Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan Negei Kelantan yang sebelum ini disebut S3P.
Jenama SPARK ini dilancarkan pada 16 Februari lalu oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob di Bilik Gerakan Negeri Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.
Penjenamaan SPARK adalah bermula dengan perlantikan Perunding Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) bagi mengendalikan bengkel strategik portfolio pentadbiran di bawah Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan semua ahli EXCO.
Siri bengkel tersebut bermula Ogos dan Oktober 2013 dan dikuti dengan dua siri mesyuarat serta penubuhan sakretariat pada Februari lalu.
Sebelum itu, beberapa orang Perunding ILMUAN sudah pun mengambil inisiatif meninjau beberapa ruang kerjasama dengan pihak-pihak yang berwibawa bagi menjayakan misi perancangan projek pembangunan Negeri Kelantan.
Di antara yang ditinjau ialah peluang kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Peluang itu terbuka menerusi layanan Perunding Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Raja Idris Raja Sulaiman. Hasilnya, susulan telah diambil oleh oleh Timbalan Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat.
Perundingan tersebut telah menumpukan kepada pembangunan berteraskan kepakaran dan kekuatan masing-masing (bagi Kelantan dan Selangor).
Justeru selepas pelancaran jenama SPARK, pihak Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan dan Tan Sri Menteri Besar Selangor telah bersetuju diadakan perundingan lanjutan ke arah melaksanakan kerjasama Kelantan-Selangor.
Tujuan kerjasama adalah bagi mendapat kepakaran dan kekuatan masing-masing demi pembangunan negeri di dalam pelbagai bidang. Maka melalui Perunding ILMUAN perbincangan dibuat dengan Raja Idris bagi mengenal pasti bidang pembangunan yang perlu diutamakan oleh kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor
Perjanjian persefahaman (MoU)
Sehubungan itu, pada tengahari 2 Mac, perundingan akhir antara agensi kerajaan negeri Kelantan dengan Selangor diadakan di Pejabat PKINK.
Perundingan itu melibatkan PKINK dan PMBK bersama-sama Haji Zulkifli Mamat dan dihadiri sama Raja Idris mewakili Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Selangor.
Berdasarkan perundingan tersebut diputuskan tujuh bidang kerjasama Kelantan-Selangor, iaitu:
1) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Machang.
2) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran mengenai pewartaan air mentah di Kelantan.
3) Selangor bersedia memberikan perundingan dan kepakaran bidang industri Hab Halal di Machang.
4) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran pelaksanaan Mikro Kredit untuk Selangor.
5) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai jaringan FIBERISATION di Selangor.
6) Kelantan bersedia memberi perkhidmatan perundingan dan kepakaran mengenai Pendidikan Islam di Selangor.
7) Selangor bersedia menyediakan kemudahan bagi Pusat Jualan Borong Kelantan di Selangor.
Memenuhi harapan rakyat
Justeru semasa sidang media sebaik selesainya majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara dua menteri besar bagi kerajaan negeri (Kelantan-Selangor)pada petang 2 Mac itu, Tan Sri Abdul Khalid menyatakan:
“Kami telah mengkaji semua perbincangan yang telah dibuat sebelum ini dan telah mengenal pasti tujuh bidang kerjasama antara Kelantan dan Selangor, berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing.”
Demikian pula Ustaz Dato’ Ahmad Yakob meletakkan harapan: “Kerjasama dengan Kerajaan Selangor ini dibuat demi memacu pembangunan Negeri Kelantan untuk memenuhi dasar Membangun Bersama Islam ke arah Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan semua rakyat.”
Sesungguhnya bagi Kelantan, kerjasama melalui MoU bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 kali ini adalah bukti komitmen kepimpinan baru Ustaz Dato’ Ahmad telah melaksanakan usaha terbaik demi memenuhi harapan semua rakyat.
________________
Penulis ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
Sumber HD - 9-3-2014
TG Nik Aziz ucap tahniah, keluar Umno jika lawan hudud
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
“Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, Datuk Alwi menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini,” tulis beliau yang merupakan Adun Chempaka menerusi facebook.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS sangat menghargai sokongan seperti itu dan itulah sikap sepatutnya yang wajib diambil oleh seorang Muslim.
“Tahniah saya rakamkan kepada beliau, harapan saya agar inilah juga pendirian pimpinan Umno Pusat.
“Semoga halangan-halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan akan hilang satu demi satu, Insya Allah,” ujar beliau lagi.
Saya pun tak mahu Umno kalau tolak hudud – Adun BN
Sumber HD - 7-3-2014
Ulama bimbang ada halangan turun hujan rahmat
- Mar 07, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan berhimpun sejak jam 4.30 pagi tadi di Padang Perdana, di sini untuk bermunajat dan menunaikan solat istisqa memandangkan kemarau agak panjang melanda Kelantan sejak awal tahun ini.
Cuaca di awal pagi begitu dingin sehingga sehingga ramai yang datang memakai jaket. Suasananya seperti awal Januari lalu. Biarpun cuaca agak sejuk, namun hujan tidak turun menyebabkan bendang kelihatan merekah.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob meminta rakyat Kelantan merapatkan hubungan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Kalau ada yang rasa bersalah hendaklah minta maaf. Ini kerana sudah ada sesuatu yang tidak kena sehingga Allah Taala tidak menurunkan hujan yang akan memberi rahmat kepada semua termasuk manusia, ternakan dan tumbuh-tumbuhan.
“Kalau ditengok kepada syarat-syarat solat Istisqa, menuntut umat Islam banyak beristighfar, menderma, puasa sunat dan mengeratkan perpaduan bagi mengelakkan ada halangan turunnnya rahmah dari Allah Taala,” katanya pada program tersebut.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat. Ruang padang penuh dengan kehadiran orang ramai biar pun masih awal pagi.
Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus menganggarkan kira-kira 10,000 orang berada di ruang padang menjelang solat Subuh.
Solat Istisqa dan khutbahnya disampaikan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. Solat dimulakan jam 7.50 pagi sebaik sahaja masuk waktu Dhuha.
Pensyarah Kias, Ustaz Zulkarnain Hassan pada taklimatnya sebelum itu memberitahu solat Istisqa sama seperti solat sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir rakaat kedua.
Program tersebut dianjurkan Dewan Ulamak PAS Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan kerajaan negeri.
Ada juga binatang ternakan iaitu lembu dan kambing dibawa ke tempat program, manakala sekumpulan veteran kaum Cina juga berada tidak jauh dari situ, sambil senaman.
Sebaik sahaja selesai solat Subuh, kuliah agama disampaikan Adun Melor, Dr Yusnan Yusof. Solat witir program akhir selepas munajat menjelang waktu Subuh.
Laungan azan seumpama di Makkah membuatkan orang ramai tidak berganjak biar pun berada di padang sejak jam 4.30 pagi. Ketika solat Istisqa matahari pagi mulai memancar dari ufuk timur.
Ustaz Nik Razi berkhutbah Istisqa sambil memegang tongkat bimbang rahmat tidak diturunkan Allah Taala kerana ada mereka yang engkar terhadap perintah-Nya. (Gambar atas)
“Di mana tokoh-tokoh nasionalis, tokoh sosialis, tokoh kapitalis ketika rakyat dilanda resah akibat kemarau sekarang. Kita bimbang orang seperti Kassim Ahmad menyebabkan rahmat hujan tidak diturunkan Allah Taala.
“Di belakang Kassim Ahmad kita percaya terhadap 1001 Kassim lagi yang tidak diambil sebarang tindakan oleh pemerintah. Betapa ego, sombongnya manusia apabila banyak wang dikutip tetapi masih ramai golongan dhaif,” ujarnya.
Menurutnya rakyat miskin bersesak sesak datang untuk mendapatkan wang zakat, namun pihak pengurusan nampak macam sombong terus membiarkan mereka yang susah terus terdesak.
Beliau juga melahirkan rasa bimbang apabila terdapat kajian menganggarkan kira-kira 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak solat, manakala 80 peratus wanita Islam tidak bertudung.
Sementara itu Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood meminta ulama menunaikan solat Istisqa di kawasan parlimen masing-masing sehingga diturunkan hujan rahmat dari langit.
Sumber HD - 7-3-2014
Saya pun tak mahu Umno kalau tolak hudud – Adun BN
- Mar 06, 2014
- ASLANI M
“Kalau perkara kecil seperti royalti Menteri Besar boleh jumpa PM, mengapa tidak perkara lebih besar iaitu hudud tidak boleh dilakukan.
“Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” kata Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dun hari ini.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Muhammad V berkata, beliau bersedia menemui lagi perdana menteri bagi membincangkan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan hudud.
“Saya tidak pernah takut untuk berjumpa Perdana Menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan,” ujarnya.
Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika menjelaskan panjang lebar usaha-usaha pelaksanaan hudud di Kelantan katanya, kerajaan negeri mewujudkan dua jawatankuasa berkaitan pelaksanaan hudud iaitu Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II dan Jawatankuasa Pra-Teknikal.
Kata beliau hasil perbincangan jawatankuasa berkenaan merumuskan empat halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan biar pun telah dilulus pada persidangan Dun sejak 1993.
Menurutnya halangan tersebut iaitu kerenah pemimpin politik, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah dan memperkasa pentadbiran syariah.
“Kerenah pemimpin politik dapat dilihat apabila Menteri Besar menerima surat amaran daripada Perdana Menteri ketika itu untuk mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan.
“Kita bukan takut kepada ugutan itu tetapi sekadar patuh kepada undang-undang. Sejarah masih kita ingat apabila kerajaan pusat mengisytiharkan Mageran di Kelantan pada 1977.
“Kes terbaru dapat dilihat apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dirampas bukan melalui cara demokrasi,” katanya menjawab soalan Mohd Alwi.
Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi ketika menerima hujah bertalu-talu Mohd Alwi akhirnya mengambil ketetapan bagi mendapat sokongan anggota-anggota Dewan untuk berjumpa Perdana Menteri untuk meminta sokongan pelaksanaan hudud.
“Adakah sekiranya Perdana Menteri menolak sokongan bagi mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan pembangkang di sini hendak keluar BN,” katanya.
Kemudian dijawab dengan lantang Mohd Alwi, “setuju”.
Sebelum itu Adun Kok Lanas tersebut berhujah kerajaan negeri sengaja mencari pelbagai alasan kerana tidak mahu melaksanakan hudud.
Namun selepas anggota Exco terbabit membuat ketetapan tersebut, Alwi tidak semena-mena menyatakan persetujuannya.
Menteri Besar juga memberitahu ketika berjumpa Perdana Menteri pada 28 November lepas isu hudud turut dibincangkan.
Katanya, hasil perjumpaan tersebut telah dipersetujui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan bagi melihat halangan-halangan pelaksanaan hudud.
Sumber HD - 6-3-2014
Agensi negeri, pusat berpadu basmi denggi
- Mar 06, 2014
- MOHD NOR YAHYA
KOTA BHARU: Lebih 40 agensi kerajaan negeri dan persekutuan hari ini menyertai gotong royong perdana dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menangani wabak denggi.
Program tersebut dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri membersihkan kawasan sekitar Bandar bermula di Kota Sultan Ismail Petra.
Ia dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Md Faudzi Che Mamat. Hadir sama anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Haji Ahmad Mahir dan Yang dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat.
Berucap pada perasmian itu Md Faudzi berharap semua pihak memberi kerjasama bagi menangani wabak denggi yang kini semakin serius melanda Kelantan.
Katanya, berdasar laporan Jabatan Kesihatan sehingga sekarang terdapat 652 kes denggi di negeri ini, di mana membabitkan tiga kematian, 10 orang dimasuk ke ICU dan 69 lagi dirawat di wad biasa.
“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 214 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 84.3 peratus berlaku di kawasan MPKB-BRI melibatkan 33 lokaliti,” katanya.
Sebelum ini MPKB BRI mengadakan gotong royong di beberapa lokasi di Kota Bharu dan Pengkalan Chepa bagi membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Malah beberapa masjid juga menganjurkan solat hajat.
Md Faudzi juga berkata, penguatkuasaan perlu dipertingkatkan bagi menyedarkan orang ramai terhadap bahayanya wabak denggi.
“Kita seharusnya memain peranan menjaga kebersihan persekitaran dan mementingkan gaya hidup sihat bagi menghindar wabak denggi dan kencing tikus,” katanya.
Sumber HD - 6-3-2014
Jika ada wanita tidak tutup aurat, mereka diarah pulang
- Mar 05, 2014
- ASLANI M
Dan sekiranya ada wanita tidak menutup aurat, mereka akan dilumurkan dengan cat hitam dan diarah balik semula ke rumah.
“Peraturan tersebut membuatkan wanita-wanita yang tidak tutup aurat takut hendak datang ke Bandar Kota Bharu,” kata anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau itu berkata, langkah kerajaan negeri sekarang tidaklah sampai ke tahap seperti berlaku pada era Sultan Mansor bagi memastikan wanita Islam menutup aurat.
Katanya, kerajaan negeri lebih mengutamakan pendekatan mendidik bagi menyedarkan wanita Islam terhadap tanggungjawab kepada agama.
Menjawab soalan Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini katanya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan juga mengenakan kompaun kepada mereka yang engkar.
Menurutnya pada 2012 terdapat 108 kes dikenakan kompaun terhadap wanita Islam yang tidak menutup aurat. Dan tahun lepas berkurangan kepada 21 kes.
“Bagaimanapun kakitangan wanita Islam yang bekerja dengan kerajaan negeri sudah mencapai tahap 100 peratus menutup aurat,” katanya.
Ekoran kesedaran itu beliau berkata, perniagaan busana Muslim sekarang semakin mendapat sambutan orang ramai di Kelantan.
Malah katanya, Pasar Besar Siti Khatijah, Bazar Tok Tok Guru dan Bazar Tengku Anis terkenal sebagai hub tudung dan pakaian menutup aurat di sini.
Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan memperagakan wanita sebagai model iklan hendaklah dipastikan menutup aurat bagi yang berusia 12 tahun ke atas.
“Iklan tersebut termasuk juga wanita bukan Islam yang dijadikan model,” tambahnya menjawab soalan tambahan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran).
Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah bagi melaksanakan dasar penjimatan ekoran kenaikan harga barang sekarang.
Antaranya mengeluarkan surat arahan supaya setiap jabatan dan agensi berbelanja mengikut keperluan dan secara bijaksana.
Selain itu mengedarkan 11 garis panduan berjimat cermat serta memupuk kesedaran berjimat cermat sejak 23 tahun lalu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penubuhan Perbadanan Pertanian Kelantan akan dibentang pada persidangan Dun akan datang.
Sumber HD - 5-3-2014
Projek Lebuh Raya Rakyat siap tempoh tiga tahun
- Mar 05, 2014
- ASLANI M
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sehingga 10 Febuari lalu sebanyak lapan syarikat telah membeli dokumen tender.
Tarikh tutup tender projet tersebut pada 24 Mac ini. Ketika sesi taklimat pra-tender dan lawatan ke tapak, sebanyak 29 syarikat menyertainya.
“Kerajaan negeri telah melantik konsultan pada 27 November lepas bagi membuat rekabentuk lebuh raya Machang-Kuala Krai dan penyediaan dokumen tender,” katanya menjawab soalan penyokong kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dun hari ini.
Semalam ketika bertitah merasmikan pembukaan persidangan Dun tersebut Sultan Muhammad V mahu projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan segera demi kepentingan rakyat.
Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan pusat sejak RMK-5, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Berikutan itu kerajaan negeri merancang membina sendiri lebuh raya berkenaan sejauh 73 km menggunakan dana wakaf. Sejak dilancar pada 2012 hampir RM3 juta disumbang orang ramai.
Tahun lepas kerajaan pusat turut mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM170 juta.
Hanifa juga berkata, sebanyak 380 lot tanah yang dimiliki 786 pemilik dengan keluasan 480 ekar terlibat dengan jajaran lebuh raya tersebut.
“Pengambilan tanah terbabit akan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah yang dijangka diwarta tidak lama lagi,” katanya.
Hanifa juga berkata, Kelantan berhasrat mengadakan kerjasama dengan kerajaan pusat bagi menjayakan projek terbabit.
“Kerajaan negeri mendapat jaminan jajaran jalan tersebut akan bertemu di satu titik di Machang memandangkan konsultan dilantik Kelantan dan pusat adalah syarikat sama,” ujarnya.
Beliau juga memberitahu persidangan Dun, kerajaan negeri mensyaratkan syarikat yang terbabit dengan pembinaan lebuh raya tersebut perlu menyiapkan pembinaan dalam tempoh tiga hingga tiga setengah tahun.
Kata beliau pembayaran dibuat kepada syarikat secara tertangguh di mana bayaran pertama sebanyak RM50 juta dijangka pada Januari 2018 apabila projek terbabit diserah kepada kerajaan.
Manakala bayaran seterusnya sebanyak RM50 juta akan dibuat secara tertangguh dalam tempoh enam tahun.
“Sumber pembalakan dan perlombongan akan digunakan bagi membayar kos projek lebuh raya Machang-Kuala Krai,” ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan sebuah NGO dipercayai ada hubungan dengan Umno Kelantan turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri ketika persidangan tersebut berhenti rehat.
Memorandum itu diserah Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), Kamaruddin Kassim kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff.
Memorandum yang dinamakan “Dokumen Kuning Catatan Rakyat: Lebuhraya Rakyat” menyentuh mengenai projek Lebuh Raya Rakyat.
Sumber HD - 5-3-2014
Baja cap dacing hangatkan sidang Dun Kelantan
- Mar 05, 2014
- ASLANI M & MOHD NOR YAHYA
Isu tersebut pada awalnya dibangkit Zulkifli Ali (BN-Selising) ketika mengemukakan soalan lisan, kemudian dihangat semula ketika Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang) membahas ucapan menjunjung kasih.
Sebelum itu Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) ketika mengemukakan soalan tambahan berkata, sekiranya agensi kerajaan pusat lebih telus mengagihkan baja subsidi pusat sudah tentu tidak berlaku pertindihan pengagihan baja subsidi.
“Jawatankuasa Kira-Kira Awam negeri telah memohon mendapatkan senarai penerima baja subsidi dikeluarkan kerajaan pusat daripada Kada.
“Namun sehingga sekarang senarai tersebut tidak diberi. Ini menyebabkan ada petani mendapat baja subsidi pusat dan baja dikeluarkan kerajaan negeri,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, dan Industri Desa, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan sendiri baja subsidi kerana ada petani dinafikan hak mendapat baja subsidi kerajaan pusat.
Menurutnya skim baja subsidi diwujudkan kerajaan pusat sejak 1989, bagaimanapun pada 1991 ada petani di Kelantan didiskriminasi daripada mendapat baja tersebut.
Kata beliau Laporan Audit Negara 1999 menemui kes ada petani yang sama mendapat baja subsidi keluaran pusat dan negeri.
“Sepatutnya Audit Negara atau SPRM bertindak menyelesaikan kes terbabit. Sebenarnya kerajaan negeri tidak perlu mengeluarkan baja subsidi memandangkan telah ada program berkenaan di bawah kerajaan pusat.
“Sepatutnya peruntukan tersebut boleh digunakan kerajaan negeri bagi tujuan lain untuk manfaat rakyat,” katanya.
Menghangatkan isu sama, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (PAS-Limbongan) berkata, selepas pilihan raya umum lepas seramai 33 petani yang mengusahakan sawah seluas 105 hektar di Pasir Puteh dinafikan mendapat baja subsidi di bawah kerajaan pusat.
Malah katanya, pernah seorang pemimpin Umno membuat kenyataan di Dun yang dimenangi PAS mereka tidak akan menurunkan tandatangan menyokong permohonan baja subsidi pusat.
Mohd Zaki juga memberitahu arahan tidak menyokong permohonan petani kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan dan Kampung Persekutuan (JKKKP) dipercayai datang daripada pemimpin bahagian Umno.
“Ketika berucap di persidangan Dun mereka memberi jaminan mahu menyelesaikan masalah tersebut tetapi di peringkat akar tidak berlaku demikian,” ujarnya.
Adun Tawang berkata, isu pengagihan baja subsidi semakin serius menyebabkan ramai petani yang mengusahakan sawah tidak dapat kemudahan tersebut.
Katanya, pimpinan Umno di peringkat kampung (JKKKP) sengaja tidak mahu menandatangani permohonan subsidi tersebut.
Sumber HD - 5-3-2014
Penerokaan: Kelantan dakwa stesen TV guna visual lama
- Mar 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa yang berlaku di kawasan Taman Negara itu sebenarnya tidak benar sama sekali dan penyiaran visual berkenaan dianggap cuba untuk memanipulasikan keadaan.
"Tidak benar ada penerokaan haram di situ. Memang ada kawasan yang ditanam dengan aktiviti pertanian tetapi ia dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar.
"Apa yang disiarkan oleh stesen tv berkenaan, kerajaan negeri difahamkan ia adalah gambar lama. Keadaan sebenar tidak berlaku seperti itu," katanya ketika menjawab soalan Abd Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Pemantauan dan Penguatkuasaan Sumber Asli Kelantan tidak lama lagi yang kini dalam proses mengenal pasti anggotanya.
Selain itu pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menangani sebarang kegiatan pencerobohan haram yang dilaporkan di negeri itu. - Bernama
Sumber HD - 5-3-2014
Kilang besi pertama dibina di Kelantan
- Mar 04, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR
Kilang tersebut yang pertama di Kelantan dibina dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di kawasan seluas 44.4 hektar.
Semalam berlangsung majlis menandatangani perjanjian membina kilang tersebut di antara PMBK dan Optimum Transform di pejabat Menteri Besar.
PMBK diwakili pengerusinya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, manakala Pengarah Urusan Optimum Transform, Steven Lee Seng On mewakili syarikat terbabit.
Menteri Besar berkata, kilang tersebut bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Katanya, tanah tersebut diberi dipajak selama 33 tahun kepada syarikat terbabit dijangka dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi Kelantan.
“Kuantiti bijih besi di Kelantan agak banyak dan dengan adanya kilang syarikat tidak perlu lagi mengeksport bijih mentah keluar negara untuk diproses,” katanya pada majlis berkenaan.
Sebelum ini tanah mengandungi bijih besi yang dilombong di Rantau Panjang dieksport ke China dan Vietnam melalui pelabuhan Tok Bali untuk diproses.
Sumber HD - 4-3-2014
Sultan Kelantan mahu lebuh raya KB-KK dibina segera
- Mar 04, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR
Oleh itu baginda berharap projek pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat disiapkan demi kepentingan rakyat.
Titah baginda masing-masing pihak hendaklah memperlihatkan keikhlasan serta rasa tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan projek tersebut.
Bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dun Kelantan ke-13 hari ini baginda turut berharap projek jalan persisiran pantai dan projek-projek infrastruktur lain hendaklah dilaksanakan segera.
“Beta difahamkan Kelantan diberi peruntukan sebanyak RM1.7 bilion bagi pelaksanaan pelbagai projek di bawah rolling plan ketiga RMK-10.
“Diharap juga kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek tebatan banjir di Sungai Golok untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku,” titah baginda.
Baginda bertitah kepentingan rakyat hendaklah diutamakan dengan meminggirkan kepentingan lain.
Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Kelima, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
Berikutan itu kerajaan negeri merancang membina sendiri lebuh raya berkenaan sejauh 68 km melalui dana wakaf.
Kerajaan negeri mengeluarkan tender bagi membina pakej Machang-Kuala Krai bermula 15 Febuari lalu.
Tahun lepas kerajaan pusat turut mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos hampir RM170 juta.
Sumber HD - 4-3-2014
280 ekar padi rosak akibat limpahan air masin
- Mar 04, 2014
- MOHD NOR YAHYA
Selepas terbiar dalam tempoh agak lama, seramai 30 petani di situ mengambil anisiatif memulihkan semula tanah tersebut ditanam padi.
Bagaimanapun disebabkan projek tebatan banjir yang dijanjikan kerajaan pusat sejak sekian lama belum menjadi kenyataan menyebabkan limpahan air banjir akhir tahun lepas membawa masuk air masin.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, benteng sedia ada berdekatan pintu air pecah ketika banjir menyebabkan limpahan air masin masuk ke sawah.
Katanya, kawasan tersebut merupakan bendang yang subur dengan tanaman padi, namun selepas dibina projek Kesban menyebabkan sawah tersebut tidak dapat digunakan.
“Namun kegigihan 30 petani di bendang Mukim Simpangan Hilir memulihkan semula sawah tersebut membolehkan padi boleh ditanam semula.
“Malangnya ketika banjir berlaku akhir tahun lepas benteng berhampiran pintu air rosak sehingga menyebabkan berlaku limpahan air masin dari Sungai Golok,” katanya ketika ditemui selepas melawat sawah berkenaan semalam.
Oleh itu beliau berharap KADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia menjejas sumber pendapatan penduduk.
Katanya, projek tebatan banjir yang dijanjikan kerajaan pusat perlu disegerakan bagi mengatasi masalah banjir dan limpahan air masin dari laut sehingga merosakkan tanaman.
Menurutnya padi yang tanam menjadi kemerahan akibat limpahan air masin. Hadir sama pada lawatan itu Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Roshdi Wan Ibrahim dan jurutera JPS Tumpat, Che Mahmud Che Mat.
Sumber HD - 4-3-2014
Ada pihak cuba sabotaj program R serah memo
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden R, Nazri Deraman berkata, memorandum yang dirancang mahu diserah kepada kerajaan negeri berhubung tuntutan royalti ke atas pengeluaran petroleum di pelantar Damar yang berada di perairan Kelantan.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya mendapat maklumat ada pihak-pihak tertentu cuba untuk membuat provokasi dengan menyertai program R tersebut.
“Kami melihat ada unsur-unsur sabotaj bagi merosakkan imej kerajaan negeri dan merosakkan nama dan hubungan baik R dengan kerajaan Kelantan.
“Sehubungan itu bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini, maka R akan menunda program penyerahan memorandum tersebut pada tarikh lain,” katanya di sini.
R yang dianggotai anak-anak muda bergabung di bawah nama Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan.
Kini NGO itu berdaftar secara sah dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan atas nama Pertubuhan R Kelantan.
Nazri berkata, pihaknya pada mesyuarat 26 Februari menetapkan 5 Mac bagi menyerah memorandum tersebut sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Namun katanya, pada hari yang sama pihaknya mendapat maklumat perhimpunan aman anjuran NGO SETIA akan diadakan di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Oleh itu R menunda program berkenaan kepada 6 Mac bagi mengelakkan pertembungan dengan perhimpunan yang dijangka dianjur NGO propembangkang.
“Kami mendapati pihak terbabit merancang untuk mencetak dan membeli baju R untuk dipakai semasa perhimpunan tersebut,” kata beliau.
Menurutnya juga beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengenai perancangan R menyerah memorandum tersebut dan telah mendapat persetujuannya,” tambahnya.
Sehubungan itu Nazri berkata, mana-mana pihak atau individu yang menyertai perhimpunan pada 5 Mac atau 6 Mac ini tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan R.
“Saya tegaskan bahawa tidak timbul pihak R terlibat atau akan terlibat dengan usaha-usaha yang cuba menjatuhkan imej kerajaan negeri yang ada sekarang.
“Perjuangan R dan pimpinan kerajaan negeri sekarang isu tuntutan Royalti,” katanya.
Sumber HD - 3-3-2014
Mustapha janji Lebuhraya KB-Kuala Krai diteruskan April ini
- Mar 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat telahpun mengeluarkan surat melaksanakan projek fasa 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, kepada sebuah syarikat tempatan.
"Masih terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan dan saya dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan akan memasuki tapak pada 7 April ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok (Wisbar) di sini semalam.
Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata pihaknya akan berusaha mempercepat proses fasa 2A iaitu pembinaan lebuh raya dari Kadok ke Ketereh, sejauh 6.4 kilometer.
"Kita tengah berusaha supaya tender dapat dikeluarkan lebih awal kerana kita tahu yang walaupun tender dikeluarkan awal, tetapi keputusan mungkin tahun depan," katanya.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata pihaknya akan mencari jalan bagi membina lebuh raya itu, keseluruhannya sepanjang 74 kilometer, yang menghubungkan negeri Terengganu.
"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh kerana kita tahu yang lebuh raya ini merupakan projek yang penting dan setakat ini ada dua fasa, projek ini tidak berakhir di sini sahaja," katanya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Datuk Makhtar Mustapha, Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan Datuk Mazlan Lazim. - Bernama
Sumber HD - 3-3-2014
Kelantan-Selangor laksana 7 projek usahasama
- Mar 03, 2014
- Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dan Selangor semalam mencapai persetujuan untuk melaksanakan tujuh projek usahasama bagi manfaat ekonomi kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kedua belah pihak bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10, dekat sini, semalam.
Daripada tujuh projek yang dirangka, empat bakal dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) membabitkan pusat halal hub bertaraf antarabangsa, pendidikan, rawatan air dan sistem horas.
Tiga lagi projek pula bakal dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mengembangkan Ar Rahn (sistem gadaian Islam) di Selangor, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.
MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.
Ustaz Ahmad, ketika berucap berharap MoU yang ditandatangani akan dilaksanakan secepat mungkin dan menjadi rahmat kepada kedua-dua belah pihak.
"(Sebagai contoh) masalah kapsul yang selama ini diragui status halalnya diharap dapat diatasi dengan terbinanya pusat hab halal," ujarnya.
Abdul Khalid pula berkata, proses pemantauan akan dilakukan setiap iga bulan oleh pegawai khas yamg dilantik untuk memastikan keberhasilan MoU yang ditandatangani.
Menurut beliau, Selangor juga telah mencontohi Kelantan dengan menubuhkan sekolah agama dan tahfiz yang mampu mendidik masyarakat pada ajar Islam yang murni.
YAB MB K & S -
http://www.youtube.com/watch?v=IVvFoXO35Pk
Abdul Khalid dan Ustaz Ahmad dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU
Sumber HD - 3-3-3014
SPRM sahkan tiada penyelewengan di Lembah Sireh
- Feb 27, 2014
- ASLANI M
Malah sebuah NGO yang diasas bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) menjuarai isu tersebut sehingga menganjurkan demonstrasi termasuk di hadapan Kota Darulnaim.
Kini selepas kira-kira dua tahun berlalu isu tersebut akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak ada elemen rasuah sebagaimana didakwa pihak tertentu di Lembah Sireh.
Pengarah SPRM Kelantan, Abd Aziz Aban dilaporkan berkata, SPRM menutup siasatan dakwaan berlaku penyelewengan projek di Lembah Sireh kerana tidak mempunyai elemen rasuah.
Dua tahun lepas Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan Ombak membangkitkan isu tersebut dengan dakwaan berlaku penyelewengan.
Mereka mendesak kerajaan Kelantan menjelaskan status perjanjian kerajaan negeri dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Lembah Sireh hampir sedekad lalu.
Mengulas itu tersebut Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, isu Lembah Sireh sengaja dijadikan modal politik pihak lawan biar pun mereka tahu kawasan kini semakin pesat membangun.
“Sebelum ini mereka juga menuduh Kelantan tidak membangun, tetapi apabila kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta mewujudkan bandar baru mereka pula kata ada penyelengan.
“Kawasan itu asalnya merupakan tanah pertanian yang sering ditenggelami air bah, namun sekarang muncul sebagai kawasan pertumbuhan baru.
“Bukan sedikit pelaburan dibuat pihak swasta biar pun ada terma perjanjian sebelum ini belum dilaksanakan syarikat,” katanya di sini.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, banyak pertuduhan negetif yang dilempar terhadap kerajaan negeri kini dibersihkan SPRM dan mahkamah.
Katanya, baru-baru ini Mahkamah Tinggi memerintah Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Azmi Che Ali membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Air Kelantan Sdn Bhd ekoran dakwaan fitnah.
Sumber HD - 27-2-2014
Hubungan ekonomi Kelantan-Linxia dipertingkat
- Feb 27, 2014
- RATU SYAHADAH
KOTA BHARU: Kelantan akan mempertingkatkan lagi kerjasama dalam ekonomi, pendidikan, senikraf dan kebudayaan dengan wilayah Linxia, China.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama awal dijalinkan dalam sektor ekonomi iaitu 20 usahawan Muslim daripada Linxia menyertai Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 (KelChef 2014).
Ekspo tersebut bermula semalam dan akan berakhir 1 Mac ini.
“Semoga ekspo ini menjadi permulaan kerjasama antara Kelantan dengan Linxia. Hubungan akan dipertingkatkan lagi dalam bidang pendidikan, seni dan budaya.
“Hal ini kerana hubungan antara kedua-dua negeri mempunyai sejarah yang panjang. Jadi amat wajar sekiranya rentetan sejarah itu diulangi lagi,” katanya ketika merasmikan eskpo tersebut di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV semalam.
Ekspo makanan halal tersebut disertai 400 agensi kerajaan, syarikat, usahawan tempatan dan China.
Mohd Amar berharap dengan adanya ekspo terbabit dapat memberi peluang melahirkan lebih ramai usahawan makanan halal di rantau ini.
Menurutnya juga kerajaan negeri mengkaji bagi menyediakan kawasan industri memproses makanan halal di Kelantan.
Rombongan dari Linxia diketuai Timbalan Gabenor, Wang Zheng Jun. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Linxia, Ma Zhengfu dan 16 anggota rombongan.
Hadir sama pada perasmian itu anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Abdullah Mat Nawi, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md Nawi.
Turut memeriahkan program berkenaan artis dan pengacara, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim.
Sementara itu, Pengarah Kelchef, Zulkifli Mamat berkata, seramai 10 chef terkenal dari India, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Palestin turut menjayakan program berkenaan.
Katanya juga masakan istimewa dari Palestin iaitu Nasi Maghlubah akan disajikan kepada orang ramai yang datang ke ekspo tersebut.
Sumber HD - 27-2-2014
Hot Burger Fizo dijual 100,000 biji sebulan di Kelantan
- Feb 27, 2014
- Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir
KOTA BHARU: Selebriti terkenal Fizo Omar bukan sahaja dikenali sebagai artis atau pengacara, sebaliknya beliau merupakan seorang usahawan berjaya.
Hot Burger miliknya berjaya dijual sehingga mencecah 100,000 biji sebulan di Kelantan, jauh lebih tinggi berbanding jualan di Selangor dan Kuala Lumpur.
Fizo atau nama sebenar Wan Hafizo Wan Omar memberitahu terdapat 30 kios Hot Burger miliknya di Kelantan yang dikendalikan secara francais, merupakan jumlah tertinggi berbanding di negeri lain.
“Saya ingat paling tinggi pun sekitar 60,000 hingga 70,000 keping sahaja burger yang terjual dalam sebulan di negeri-negeri lain,” katanya ketika ditemui di Ekspo Makanan Halal Antarabangsa Kelantan 2014 (Kelchef 2014) di sini.
Menurutnya sambutan menggalakkan Hot Burger keluarannya mungkin sebagai sokongan orang ramai kepada beliau sebagai pengusaha kelahiran Kelantan.
Ditanya keistimewaan Hot Bugernya, Fizo berkata, sos yang digunakan hasil citarasa sendiri, manakala daging burger dipelbagaikan termasuk arnab, rusa, kambing, burung unta, daging lembu dan ayam.
Beliau merupakan pelakon, pengacara, model dan penulis buku yang berasal dari Selising, Pasir Puteh pulang ke Kota Bharu dua hari lalu bagi menyertai ekspo tersebut.
Beliau juga dilantik ebagai Duta KelChef 2014 oleh pihak penganjur.
“Saya begitu teruja untuk pulang menjayakan program ini. Saya juga terkejut apabila melihat sepanduk Kelchef banyak dipasang di Bandar Kota Bharu.
“Pada masa yang sama juga ekspo ini memberi peluang kepada saya bagi memberi semangat anak-anak muda untuk terus maju dalam dunia perniagaan,” ujarnya.
Beliau hadir bersama isterinya, Mawar Abdul Karim yang juga merupakan Duta Tudung Fareda.
Ketika perasmian petang semalam Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menurunkan tandatangan di kios Hot Burger miliknya.
Sumber HD - 27-2-2014
Telaga Damar: Kelantan tunggu maklumat rasmi Petronas
- Feb 26, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan menunggu maklumat secara bertulis daripada pihak terbabit memandangkan lokasinya lebih dekat dekat dengan pantai negeri ini.
Baru-baru ini Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) mendakwa pelantar di Telaga Damai telah memulakan pengeluaran bermula 31 Januari lalu iaitu sebanyak 200 juta kaki padu sehari.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, berdasar sumber yang diperolehi operasi pengeluaran petroleum di Telaga Damar hanya terletak 109 km dari pantai Kelantan.
Mohd Amar berkata, kerajaan negeri hanya mengetahui operasi di Telaga Damar tersebut secara tidak rasmi.
“Tetapi tak kiralah dari telaga mana sekali pun, hasrat kerajaan negeri dan rakyat untuk memperolehi kesemua royalti dari telaga yang digerudi di perairan Kelantan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan rombongan dari Linxia, China di sini, hari ini.
Rombongan tersebut diketuai Timbalan Gabenor Linxia, Wang Zheng Jun.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Linxia, Ma Zhengfu dan 16 anggota rombongan.
Mohd Amar juga berkata, kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik tuntutan royalti yang dikemukakan sebelum ini sehingga ia membuahkan hasil.
“Kelantan sedang menunggu tarikh perbicaraan penuh daripada mahkamah. Hanya mahkamah yang dapat memutuskannya biar pun telah ada bukti Kelantan berhak mendapat royalti.
“Harapan kita begitu tinggi untuk mendapatkan hak yang sekian lama dinafikan,” ujarnya.
Sumber HD - 26-3-2014
Kelantan juara Festival Layang-Layang Sedunia
- Feb 25, 2014
- RIZAL TAHIR
PASIR GUDANG: Pasukan dari Kelantan mengekalkan juara keseluruhan tiga tahun berturut-turut kategori kebangsaan di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang.
Pengerusi Pelayang Kelantan, Nik Arif Nik Hassan berkata, pasukan Kelantan muncul juara kategori Wau Sobek dan Wau Bulan dengan mengumpul 40 mata.
Katanya, di tempat kedua iaitu Kedah hanya berjaya mengumpul 20 mata.
“Alhamdulilah pasukan Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut,” katanya di sini semalam.
Sebanyak 19 ketegori dipertandingkan di festival tersebut yang merupakan kali ke-19. Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang disertai lebih 200 peserta dari 40 negara. Dan ia dianggap festival layang-layang terbesar di dunia.
Selain menghantar pasukan layang-layang, Kelantan juga diundang mempersembahkan kebudayaan iaitu dikir barat, seni silat dan gasing terbang.
Nik Arif juga berkata, peserta yang dihantar untuk menyertai pertandingan di festival tersebut dipilih melalui saringan yang ketat.
Pelayang Kelantan menghantar kontingen seramai 40 orang iaitu 26 peserta dan selebihnya pegawai dan pengadil pertandingan.
Pelayang Kelantan turut menerima jemputan menyertai Festival Layang-Layang di Satun, Thailand bermula pada 28 Febuari ini.
Sementara itu pada program lain di Singapura, aktivis budaya Kelantan membuat persembahan kebudayaan dan kesenian di Malay Heritage Center, Kampung Glam Sabtu lalu.
Persembahan dikir barat, gasing terbang dan seni silat cantik ternyata memukau penduduk tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayan, Pelancongan dan Warisan negeri Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, program tersebut bertujuan memperkenalkan seni budaya Kelantan kepada masyarakat luar sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Turut hadir Timbalan Persuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Kamsiah Kamaruddin, Pengerusi Malay Haritage Foundtion, Zuraida Abdullah dan Pengarah Tourism Malaysia di Singapura, Zainul Abidin Rasheed.
Sumber HD - 25-2-2014
Pos Brook, Lojing bakal berubah wajah
- Feb 25, 2014
- MOHD NOR YAHYA
Kawasan seluas 85 ekar beriklim sederhana sejuk itu akan menjadi pusat pentadbiran kerajaan di Lojing, selepas diwujudkan sebagai jajahan kecil kira-kira empat tahun lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, fasa pertama projek pembangunan tersebut akan dimajukan sebagai pusat rehat dan rawat (R&R) membabitkan kawasan seluas satu ekar.
Katanya, R&R tersebut dibina berkonsep “cargo container texture”
merupakan yang pertama di Kelantan akan memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya Timur-Barat kedua.
“R&R tersebut akan dibangunkan syarikat I-Inai Venture Holding
dengan mewujudkan sembilan unit motel yang akan dilengkapi surau, tandas dan gerai-gerai jualan.
“Kawasan itu akan dikenali sebagai Eco-R&R Lojing dibangunkan dengan anggaran kos RM700,000. Kedudukannya begitu strategik di tepi jalan utama ke Cameron Highlands,” katanya ketika merasmikan pembinaan projek tersebut hari ini.
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat.
Selain itu Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Muhamad dan Ketua Jajahan Kecil Lojing, Nik Abdul Rahman Nik Yusof.
Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husain dan Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin dan Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhari Syed Alwi.
Mohd Amar juga berkata, kawasan yang akan dibangunkan tersebut menjadi tarikan utama pelancong di Lojing kerana mempunyai bunga refflesia dan terdapat air panas di Pos Ber.
Malah katanya, tidak jauh daripada kawasan itu akan dibangunkan Tabung Amanah Tok Kenali sebagai penempatan berkelompok yang akan dilengkapi dengan pusat latihan.
Sumber HD - 25-2-2014
Kelantan tidak perlu catu air buat masa ini - Hanifa
- Feb 25, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad, berkata sekiranya keadaan kemarau berlaku menjangkau tempoh sebulan, kemungkinan catuan air sebagaimana di negeri lain juga akan berlaku di negeri itu.
“Syukur setakat ini belum lagi ada tanda-tanda akan berlaku sedemikian. Malah dalam sesi perbincangan dengan (Air Kelantan Sdn Bhd) AKSB, kita merancang untuk membuat persiapan awal agar tidak menghadapi masaalah berpanjangan.
“Antaranya dengan menyediakan air dengan lori bergerak untuk dibawa ke kawasan yang bakal menghadapi masaalah kekurangan air sekiranya ia berlaku,”ujarnya.
Pada masa yang sama menurutnya, kerajaan negeri telah berjaya menyiapkan satu projek besar untuk menaik taraf air di Jajahan Tumpat setelah siapnya telaga jejari di Wakaf Bharu.
Katanya, dengan siapnya projek itu air dapat disalurkan sehingga ke kawasan yang lebih jauh berbanding sebelum ini.
Selain itu telaga jejari di Bachok bakal siap sebulan lagi manakala di Jeli, Wakaf Bharu, Pasir Putih telah beroperasi sepenuhnya.
Telaga jejari mula diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan melalui AKSB awal tahun lalu.
Sumber HD - 25-2-2014
Dun Kelantan terima 800 soalan lisan
- Feb 24, 2014
- ASLANI M
Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob (gambar) berkata, selain itu pihaknya juga menerima sebanyak 18 soalan bertulis daripada penyokong kerajaan dan pembangkang.
Katanya, biar pun soalan mulut begitu banyak, namun ia terpulang kepada pihak kerajaan untuk menjawab soalan-soalan yang dianggap relevan.
“Pihak kerajaan yang akan menentukan soalan mana yang perlu dijawab berdasar kepada peraturan Dewan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah dilaporkan mendakwa kerajaan negeri meletakkan soalan wakil rakyat BN di hujung bagi mengelak daripada menjawab disebabkan kesuntukan masa.
Abdullah juga berkata, perasmian pembukaan persidangan tersebut akan disempurnakan Sultan Muhammad V pada pagi 4 Mac, manakala persidangan penuh 5 dan 6 Mac.
Katanya, anggota-anggota Dewan juga berpeluang membahas titah ucapan diraja pada persidangan tersebut di samping mengemukakan soalan-soalan tambahan.
Pada persidangan tersebut juga Rang Undang-Undang Aktiviti Kerajaan Elektronik 2014 akan dibentang anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad untuk mendapat kelulusan dewan.
Dun Kelantan pada penggal ke-13 mempunyai seramai 12 Adun termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mewakili Dun Air Lanas. Terdapat 45 Dun di Kelantan.
Sumber HD - 24-2-2014
Kelantan lancar projek rumah kos rendah
- Feb 23, 2014
- MOHD NOR YAHYA
KOTA BHARU: Mengambil kira permintaan tinggi rumah kos rendah di Kelantan, kerajaan negeri hari ini melakukan pecah tanah membina 162 unit jenis berkenaan di Kampung Badang, Jalan PCB.
Rumah berbentuk aparment tersebut akan ditawarkan pada harga RM43,000. Projek berkenaan juga membabitkan pembinaan sebanyak 108 unit rumah kos sederhana dan 64 unit harga sederhana ditawarkan dengan harga RM99,000.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, projek itu dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membabitkan pembinaan sebanyak 334 unit.
“Sepanjang tempoh penggal ini kerajaan negeri memfokus membina lebih banyak rumah kos rendah memandangkan permintaannya begitu tinggi.
“Kerajaan akan memastikan mereka yang berpendapatan rendah dapat memiliki rumah tersebut,” katanya pada Pelancaran Program Rumah Mampu Milik Kelantan.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Adun Cempaka, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, rumah mampu milik juga akan dibina di Rantau Panjang dan Tumpat.
Sumber HD - 23-2-2014
Guru Kafa, j-QAF diarah hadir program Umno
- Feb 23, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Guru-guru pendidikan Islam, j-QAF dan Kafa diarah hadir ke program muzakarah isu-isu semasa anjuran Umno Bahagian Kota Bharu yang diadakan di Perhubungan Umno Kelantan semalam.
Arahan tersebut dihantar melalui surat kepada guru-guru besar ditandatangani
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Mohd Ezani Awang.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, amat malang sekali surat arahan itu dikeluarkan seorang pegawai kerajaan yang cuba memperalatkan kakitangan awam bagi kepentingan Umno.
“Pemuda PAS Kelantan menuntut penjelasan dari PPD Kota Bharu dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubungan arahan tersebut.
“Surat bertarikh 20 Februari itu ditujukan kepada guru besar sekolah-sekolah yang tersenarai di Kota Bharu. Ini satu penyalahgunaan kuasa yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini guru-guru pendidikan Islam terutamanya Kafa sering menjadi alat kerana diarah hadir pada program anjuran Umno.
Malah ada juga guru terbabit diarah menghantar nama-nama pengundi di kawasan mereka kepada pegawai di PPD.
Pada pilihan raya umum lepas seorang pegawai PPD Kota Bharu, Ustaz Mohd Fakrulrazi Abdul Rahim dicalon bertanding di Dun Bunut Payong mewakili Umno.
Ahmad Fadhli berkata, Umno sudah terlalu terdesak sehingga sanggup memperalatkan guru yang sudah terbeban dengan pelbagai tugasan untuk menghadiri program anjuran Umno.
“Pemuda PAS memberikan tempoh tiga hari kepada PPD Kota Bharu atau JPN Kelantan untuk memberi penjelasan.
“Sekiranya mereka mengambil sikap membisu, kami menganggap kebenaran surat tersebut dan kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan bantahan lebih besar terhadap agensi terbabit,” ujarnya.
Sumber HD - 23-2-2014
Fitnah Dinar: KGT tuntut ganti rugi Utusan RM150,000
- Feb 20, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) menuntut ganti rugi sebanyak RM150,000 daripada Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap agensi itu pada 2012.
Pada prosiding kes tersebut petang semalam KGT diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa menolak permohonan maaf Utusan tanpa dibayar sebarang kos.
Sehubungan itu Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 dan 28 April hadapan bagi perbicaraan kes tersebut yang dikendalikan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Zainal ketika ditemui berkata, Utusan yang diwakili peguam M Reza Hassan bersetuju untuk memohon maaf tanpa mahu membayar sebarang kos.
“Bagaimana pun anak guam saya tidak bersetuju dan mahu dibayar kos terhadap berita berunsur fitnah yang didakwa terhadap KGT dua tahun lepas,” katanya di sini.
Kelmarin bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamed membuat pengakuan maaf di mahkamah terhadap dakwaannya Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islamik seperti disiarkan Utusan.
Beliau juga memohon maaf kepada KGT terhadap sebarang kesulitan, terjejas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami akibat pemberitaan tersebut. Mahkamah menetapkan kos RM10,000 perlu dibayar terhadap plaintif.
Pada 25 Jun 2012 Nik Mahani dilaporkan mendakwa Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islam. Berita tersebut disiarkan Utusan dengan tajuk “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”.
Ekoran dakwaan terbabit KGT melalui peguam mengeluarkan notis tuntutan terhadap Nik Mahani sebagai defendan keempat, tiga lagi iaitu Utusan Melayu (pertama), Saifulizan Muhamad (kedua) dan Azran Fitri Rahim (ketiga).
Bagaimanapun defendan-defendan terbabit gagal dan enggan mematuhinya.
Berikutan itu KGT mengemukakan saman terhadap keempat-empat defendan dengan menuntut mereka memohon maaf kepada plaintif tanpa syarat.
Permohonan maaf hendaklah dibuat secara terbuka melalui Utusan dan menarik balik laporan ditulis. Selain itu ganti rugi am sebanyak RM10 juta serta ganti rugi teladan sebanyak RM5 juta.
Sumber HD - 20-2-2014
Kelantan tingkat usaha kutip dana Tabung Serambi Mekah
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
(Foto daripada facebook Datuk Ahmad Yakob)
PASIR PUTEH: Kerajaan Kelantan akan meningkatkan usaha mengutip dana bagi mengisi Tabung Serambi Mekah yang bertujuan membantu rakyat negeri itu yang ditimpa musibah.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut merayu anak Kelantan termasuk tokoh korporat menderma mengisi tabung itu bagi mengatasi kutipan tahun lepas yang berjumlah RM3 juta.
"Alhamdulillah, setakat ini rakyat Kelantan suka menderma," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang daripada dana Tabung Serambi Mekah berjumlah RM8,000 kepada mangsa kebakaran di Jalan Nara di sini, petang semalam.
Dua hari lepas, sederet rumah kedai enam pintu musnah dalam satu kebakaran menyebabkan pemilik kedai terbabit mengalami kerugian yang ditaksir RM300,000 hingga RM400,000.
Mengulas perkara lain, Ahmad meminta masjid-masjid di Kelantan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat ini memohon Allah menamatkan musim kemarau yang melanda sekarang.
"Selain memohon kepada Allah rakyat juga perlu memainkan peranan dengan tidak membuang puntung rokok di kawasan semak dan tidak melakukan pembakaran secara terbuka yang boleh menyebabkan kebakaran," katanya.
Ahmad berkata agensi kerajaan terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu turun padang untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang bahaya kebakaran dan kaedah mencegahnya.
Selasa lepas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata, sejak Januari lepas 12 kes kebakaran dilapor berlaku.
Azmi berkata antara kawasan yang berisiko tinggi ialah Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh yang mempunyai tanah gambut. – Bernama
Sumber HD - 20-2-2014
Terpaksa dengar ceramah Umno sebelum dapat RM100
- Feb 20, 2014
- ASLANI M
Terpaksa menunggu sehingga empat jam bagi mendapat bantuan tersebut yang disampaikan pemimpin Umno peringkat bahagian, perkara lumrah yang berlaku di Kelantan.
Pemimpin Umno pula mengambil peluang kehadiran ramai ibu bapa di sekolah, menyampaikan ucapan bagi menghentam pihak lawan.
Seorang bapa di sini memberitahu terpaksa menutup kedai hampir sehari kerana datang mengambil bantuan persekolahan dua anaknya.
Situasi tersebut juga berlaku tahun lepas di mana orang ramai terpaksa menunggu hampir sehari sebelum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500.
“Semua orang tahu pemimpin Umno menggunakan kesempatan kehadiran ramai ibu bapa ke sekolah untuk melebarkan pengaruh politik mereka.
“Hanya menggunakan peluang tersebut pemimpin Umno boleh berceramah di hadapan khalayak ramai. Mereka menggunakan peluang majlis penyampaian bantuan persekolahan untuk datang ke sekolah-sekolah.
“Mereka mengharap peluang serupa juga diberi untuk datang ke Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan,” kata Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat (gambar).
Sebuah akhbar semalam melaporkan Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman mendakwa Yayasan Islam Kelantan (Yik) melarang pemimpin Umno memasuki sekolah agama bagi menyampaikan bantuan awal persekolahan.
Menurutnya yang juga Adun Semerak, larangan itu disifatkan berbentuk politik dan cuba menyemai perasaan benci dalam kalangan pelajar.
Sumber kerajaan negeri pula memberitahu hanya pemimpin atau pegawai kerajaan sahaja dibenarkan hadir menyampaikan bantuan kerajaan pusat di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Sebelum ini difahamkan majlis penyampaian bantuan awal persekolahan kepada SABK Kampung Nering dilakukan seorang pemimpin Umno Bahagian Pasir Puteh yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja.
Dua lagi SABK di Pasir Puteh iaitu di Kampung Lepah dan Terosan. Sekolah terbabit diurus di bawah Yik.
Sumber HD - 20-2-2014
Pertumbuhan ekonomi Kelantan 5.9% sejak 2006
- Feb 19, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN | FOTO: RIZAL
KOTA BHARU: Kerajaan negeri muncul sebagai pendeposit terbesar Bank Islam di Kelantan sejak 1984 sehingga sekarang, kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat.
Sehubungan itu beliau merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dan rakyat negeri ini kerana memberi kepercayaan kepada bank tersebut.
“Nilaian deposit dan pembiayaan Bank Islam di Kelantan dicatat sebanyak RM1.670 bilion tahun lalu, berlaku peningkatan sebanyak 22.1 peratus berbanding sebelumnya.
“Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kerajaan negeri dan rakyat kepada Bank Islam,” katanya pada perasmian Bank Islam Cawangan Padang Garong di sini, semalam.
Cawangan itu merupakan yang ke-13 di Kelantan. Cawangan Bank Islam di seluruh negara sekarang 134, manakala jumlah terminal layan diri pula sebanyak 1,236.
Cawangan baru di Padang Garong tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Turut hadir Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamed dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Che Rahim Jusoh.
Zukri berkata, pertumbuhan ekonomi di negeri ini semakin sihat iaitu pada kadar 5.9 peratus setahun bagi tempoh 2006 hingga 2012 membolehkan Bank Islam mengembangkan operasinya.
Tambahnya juga Bank Islam akan menambahkan lagi rangkaian cawangan serta meningkatkan lagi ‘touch point’ bagi kemudahan pelanggan termasuk perbankan elektronik dan terminal layan diri.
“Tahun ini kami bercadang menambah tujuh lagi cawangan baru di beberapa negeri lain bagi mencapai hasrat 150 cawangan menjelang akhir 2015,” ujarnya.
Sumber HD - 19-2-2014
Dinar: Bekas Pengarah KGT mohon maaf di mahkamah
- Feb 18, 2014
- RIZAL TAHIR
Permohonan maaf secara bertulis itu diserahkan peguamnya, Mohamed Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Kenyataan permohonan maaf itu antara lain menyebut “Dengan suci hati menyatakan bahawa saya amat menyesali pemberitaan yang diterbitkan Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2012 yang dianggap telah disalah tafsir dari konteks sebenar”.
Beliau juga memohon maaf kepada KGT terhadap sebarang kesulitan, terjejas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami akibat pemberitaan tersebut.
Sebelum ini Nik Mahani dilaporkan membuat tiga laporan polis terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT.
Beliau juga dilapor mengatakan Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islam. Berita tersebut disiarkan Utusan pada 25 Jun 2012 dengan tajuk “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”.
Peguam plaintif, Zainal Abidin Mustaffa ketika ditemui berkata, defendan keempat tersebut dikehendaki menyiarkan permohonan maaf dalam salah sebuah akhbar tempatan dalam masa dua minggu.
Mahkamah juga memutuskan defendan terbabit perlu membayar kos sebanyak RM10,000.
Tiga lagi turut dinamakan sebagai defendan kes berkenaan iaitu Utusan Melayu sebagai defendan pertama, Saifulizan Muhamad (kedua) dan Azran Fitri Rahim (ketiga). Ketiga-tiga defendan tersebut diwakili peguam M Reza Hassan.
Sebelum itu peguam ketiga-tiga defendan meminta menangguhkan prosiding hari ini bagi merujuk kes tersebut kepada pihak Lembaga Pengarah Utusan Melayu di Kuala Lumpur.
M Reza berkata, pihaknya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak tertinggi Utusan Malaysia sama ada ingin meneruskan pembelaan atau meminta maaf.
Perbicaraan kes tersebut bersambung esok.
Sumber HD - 18-2-2014
Kelantan laksana S3PK bagi jayakan projek pembangunan
- Feb 16, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan Sistem Perancangan dan Pemantauan Pelaksanaan Projek atau ringkasnya S3PK bagi menjayakan projek pembangunan yang dirancang mencapai matlamat.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata program yang membabitkan portfolionya, timbalan menteri besar serta exco-exco kerajaan negeri bakal dilaksanakan bersama Pakar Perunding Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan).
Menurutnya, sistem itu sebagai bukti kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru untuk melaksanakan satu pentadbiran yang telus, berintegriti, cekap di dalam memperbaharui pengurusan dan pembangunan.
“Berkat kerjasama dengan Ilmuan kita sudah memutuskan terdapat 282 projek untuk dilaksanakan.
“Daripada jumlah itu, kita kenal pasti sebanyak 69 projek, program, dasar-dasar pilihan yang akan diberi keutamaan bagi tempoh 2014 hingga 2018,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat berkaitan dengan perkara itu dengan Ilmuan, di Bilik Gerakan Negeri, di sini petang tadi.
Sehubungan itu, katanya bagi memastikan kejayaan system S3PK itu, jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan S3PK telah ditubuhkan.
Sambungnya, pengerusinya adalah menteri besar, timbalan menteri besar dan anggota-anggota exconya sendiri.
Tambahnya, anggotanya pula terdiri dari sekurang-kurangnya dua orang Pegawai UPEN, Pegawai Khas masing-masing, wakil-wakil agensi pelaksana dan wakil ilmuan yang pakar dalam portfolio masing-masing.
“S3PK sebenarnya bermaksud pemacu kepada pelaksanaan projek, pemantauan dan penambahbaikan kea rah pencapaian hasil bagi projek-projek keutamaan setiap portfolio di bawah exco kerajaan negeri berdasarkan Membangun Bersama Islam,” ujarnya lagi.
Beliau seterusnya menambah kata, matlamatnya untuk mencapai Kelantan penuh keberkatan, kemakmuran dan kebajikan.
Sumber HD - 16-2-2014
Kelantan perkenal aktiviti berbasikal tarik pelancong
- Feb 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata aktivi berbasikal dapat membantu memperkenalkan kepada pelancong, destinasi pelancongan terkenal di negeri itu.
"Kita akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia Kelantan serta agensi pelancongan lain dalam usaha menggalakkan pelancong menaiki basikal dan melawat tempat-tempat menarik di negeri ini.
"Ini kerana pelancong dapat melawat ke tempat-tempat yang tidak dapat dilalui oleh kereta jika mereka menaiki basikal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Flag-Off Kayuhan Muhibah' di sini hari ini.
Turut Hadir Pengarah Tourism Malaysia Kelantan Nor Aida Ismail.
Sebanyak 70 peserta menyertai program kayuhan tersebut membabitkan jarak sejauh 25 kilometer sekitar daerah Kota Baharu termasuk melalui kampung-kampung yang menjadi tumpuan pelancong.
"Kayuhan akan bermula dari Kota Sultan Ismail Petra di sini dan peserta akan dibawa ke beberapa tempat menarik di kawasan Pantai Cahaya Bulan dan akan kembali ke Kota Sultan Ismail Petra," katanya.
Ketika ditanya mengenai sasaran enam juta pelancong melawat Kelantan tahun ini, beliau berkata setakat ini terdapat perkembangan positif dari segi jumlah kemasukan pelancong ke negeri itu.
Kelantan mencatat kedatangan pelancongan sebanyak 5.2 juta tahun lepas.
"Kita lihat jumlah penerbangan awal tahun ini bertambah dan kita akan aturkan beberapa program lain dalam usaha mencapai sasaran tersebut," katanya.
Sementara itu, Nor Aida berkata Tourism Malaysia Kelantan menyokong tindakan kerajaan negeri untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai acara tahunan di negeri itu.
"Kita akan bekalkan peta kepada pelancong yang ingin berbasikal bagi memudahkan mereka berkunjung ke beberapa lokasi menarik yang telah ditentukan," katanya. - Bernama
Sumber HD - 15-2-2014
Ibu cari anak perempuan keluar rumah sejak 6 Feb
- Feb 13, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Hasnah Awang, 52 tidak lagi berselera menjamah makanan selepas lapan hari anak kesayangannya, Siti Aisyah Abu Bakar, 21 tidak pulang ke rumah.
Katanya, ketika anak keenam itu keluar dari rumah beliau menghantar anaknya yang lain ke sekolah kira-kira jam 7 pagi.
“Apabila pulang ke rumah ibu saya, Minah Yusof memberitahu Cah (Aisyah) turun dari rumah tanpa memberitahu ke mana hendak pergi.
“Sejak hari itu kami sekeluarga puas mencari tidak jumpa. Saya merayu mana-mana orang yang terserempak dengannya supaya menghantarnya pulang,” katanya di sini.
Aisyah pelajar lepasan STAM di Maaahad Pengajian Islam pada 2012. Beliau sebelum ini berhasrat melanjut pelajaran ke Mesir selepas lulus peperiksaan tersebut, bagaimana menundanya selepas berlaku pergolakan di Kaherah.
Hasnah yang tinggal di Kampung Paya Bemban juga berkata, ketika menunggu peperiksaan STAM Aisyah bekerja sementara di sebuah kedai borong tidak jauh dari rumahnya.
Katanya, ketika bekerja di situ dia berkenalan dengan seorang pemuda Myanmar dan berkawan dengannya.
“Bagaimana pun keluarga tidak merestui hubungan mereka. Selepas itu ayahnya menghantar Aisyah tinggal bersama abangnya di Kuala Lumpur dan bekerja di sana.
“Selepas kira-kira sembilan bulan bekerja di sana dia balik pada 28 Januari lalu kerana cuti Tahun Baru Cina.
“Bagaimanapun pada 6 Febuari Aisyah tiba-tiba menghilang diri dan tidak balik rumah sampai sekarang. Kami sekeluarga amat bimbang keselamatannya,” katanya.
Suaminya, Abu Bakar Mat Ali, 56 bekerja mengambil upah menebang pokok. Mereka mempunyai 10 anak, empat perempuan dan enam lelaki.
Hasnah berkata, beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada 8 Febuari lalu, namun sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar berita.
Katanya, lelaki Myanmar yang dikenali anaknya itu masih lagi tinggal di Paya Bemban dan telah memeluk Islam selepas mengenali Aisyah.
Beliau juga memberitahu pada hari Aisyah menghilangkan diri dia ada menghantar sistem pesanan ringkas kepada kakaknya, Mah meminta supaya emak dan ayahnya tidak gusar tentang dirinya.
Oleh itu Hasnah berharap orang ramai yang menemui Aisyah supaya menghubungi keluarganya Mah (014 509 4924) dan Abu Bakar (013 933 2620).
Sumber HD - 13-2-2014
Kewangan punca Rela tiada lagi di stesen minyak
- Feb 13, 2014
- ASLANI M
“Sudah lebih sebulan lepas mereka tidak lagi bertugas di pam minyak di sini. Khabarnya kerajaan menarik balik pelantikan tersebut.
“Bagi saya sama sahaja ada anggota Rela atau tidak. Tugas mereka hanya mencatat nombor pendaftaran kenderaan dari Thailand yang datang mengisi minyak,” kata seorang petugas pam minyak di sini.
Sebelum ini stesen-stesen petrol di Pasir Mas, Rantau Panjang, Jeli dan Tumpat ditempatkan anggota-angota Rela yang bertugas secara bergilir-gilir siang dan malam.
Mereka lengkap berpakaian seragam Rela. Tugas mereka mencatat kenderaan asing yang datang mengisi minyak.
Difahamkan bagi anggota biasa dibayar sebanyak RM6 sejam. Manakala anggota Rela yang berpangkat lebih mahal lagi.
Bagaimanapun sejak akhir tahun lepas anggota Rela tidak lagi kelihatan di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan.
“Masalah kewangan menjadi antara punca utama kerajaan menarik balik khidmat anggota Rela bertugas di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan,” kata satu sumber di sini.
Sebelum ini media melaporkan seorang bekas anggota Rela di Gual Ipoh, Tanah Merah mendakwa khidmatnya ditamatkan secara tiba-tiba selepas pihak atasan mengetahui beliau menyertai PAS.
Sumber HD -13-2-2014
Projek tenaga solar RM50 juta di Rantau Panjang
- Feb 11, 2014
- YAAKUB DASAN
Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam.
Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata, cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 megawat sebagai sumber tenaga alternatif.
“Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta yang dibangunkan dua fasa.
“Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini,” katanya di sini.
Projek tersebut dibangunkan syarikat tempatan iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar berhampiran Bandar Baru Pasir Mas di Lubuk Jong.
Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal kuasa baru kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, projek tenaga solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya projek sumber tenaga alternatif terbaru di Kelantan.
“Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini semakin pesat membangun,” ujarnya.
Sumber HD - 11-2-2014
RM1.5 bilion manfaat migrasi bekalan air di Kelantan
- Feb 11, 2014
- MOHD NOR YAHYA
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, PAAB difahamkan akan memperuntuk dana tersebut bagi meningkatkan bekalan air bersih di Kelantan.
“Kita agak ketinggalan lebih 10 tahun kerana tidak mendapat sebarang dana bagi membangunkan projek bekalan air.
“Bukan disebabkan kerajaan negeri gagal mengurus bekalan air, sebaliknya dana yang tidak disalurkan kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama,” katanya pada Kempen Pemasangan Paip Bekalan Air Bersih Luar Bandar di Loji Rawatan Air Kelar dekat sini hari ini.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud dan Dr Ramli Mamat, Adun Kelaboran, Mohamed Zaki Ibrahim, wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun dan penghulu.
Kelantan hanya mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan pusat sebanyak RM600 juta pada 2000. Sejak 1990 sehingga 2000 kerajaan negeri terpaksa mencari dana sendiri.
Malah pada 1990 peruntukan bekalan air Kelantan utara yang diluluskan kerajaan pusat ditarik balik selepas Barisan Nasional bukan lagi mentadbir Kelantan.
Hanifa juga berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kini sedang meningkatkan liputan bekalan air bersih kepada rakyat di seluruh jajahan.
Katanya, tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta bagi membolehkan lebih ramai penduduk menikmati bekalan air bersih.
“Sehingga sekarang dianggar sebanyak 20,000 rumah terbabit dengan pemasangan paip projek bekalan air luar bandar melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Bagaimanapun sehingga kini hanya kira-kira 5,000 pemohonan baru diterima AKSB bagi mendapat bekalan air bersih,” katanya.
Menurutnya juga kempen tersebut hanya menawarkan bayaran RM50 bagi pemasangan paip ke rumah pengguna.
Pengurus Besar AKSB, Ir Mohd Hanapi Mahmood berkata, kempen tersebut bertujuan meningkatkan lagi bilangan pengguna bagi membolehkan mereka menikmati bekalan air bersih.
Sumber HD - 11-2-2014
Pelajar Tahfiz Sains ungguli majlis hafal al Quran
- Feb 10, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, sebaliknya pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Sains (MTS) Tanah Merah juga mengungguli pertandingan menghafal al Quran peringkat negeri.
Tiga pelajar sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) itu muncul pemenang utama majlis menghafal al Quran peringkat negeri kali ke-35 yang diadakan di Balai Islam, Lundang malam tadi.
Wardah Syamimah Silmi, 16 muncul juara bagi tahap 1 hingga 20 juzuk. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.
Manakala dua lagi pelajar sekolah sama menang di tempat kedua dan ketiga tahap 1 hingga 10 juzuk iaitu Wan Nurul Husna Wan Shukri, 15 serta Sakinah Shahnom, 15.
Nurul Husna menerima wang tunai RM2,000 dan Sakinah pula (RM1,000).
Mereka menerima hadiah disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Serantau, Datuk Mohd Nasuruddin Daud.
Selain itu anggota-anggota Exco, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
MTS diwujudkan kerajaan negeri bagi melahirkan profesional dalam bidang sains dan teknologi yang mampu menghafal al Quran.
Sehingga kini terdapat empat MTS di Kelantan iaitu MTS Bustanal Arifin di Tumpat; MTS Tanah Merah; MTS Nurul Aman, Kok Lanas dan MTS Al Muhammadi, Bachok.
Selain itu bekas pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong, Muhammad Syafee Hasan, 25 pula muncul juara kategori hafiz tahap 1 hingga 30 juzuk.
Beliau menerima wang tunai RM6,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan, manakala kategori hafizah tahap sama dimenangi Nur Munirah Mohd Nor, 25 dari Wakaf Bharu, Tumpat. Beliau juga menerima wang tunai RM6,000. Tiada pemenang kedua dan ketiga kategori hafizah.
Pelajar-pelajar Pusat Kebajikan Tahfiz Al Quran dan Pengajian Agama Islam Banggol Kulim Rantau Panjang pula membolot kesemua hadiah utama tahap 1 hingga 10 juzuk.
Johan tahap tersebut iaitu Muhammad Zulhilmi Ab Rahman, kedua, Muhammad Dehya Emir Mohamad Arrif Emir dan ketiga, Muhammad Amirul Qafiq Mazlan. Tempat pertama menerima wang tunai RM2,500, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000).
Pelajar sekolah sama juga memenangi tahap 1 hingga 20 iaitu Abdullah Ulwan Ismai, 17. Beliau menerima wang tunai RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.
Bagi tahap 1 hingga 20 juzuk kategori hafizah tiada pemenang di tempat kedua, manakala tempat ketiga, Farhana Fauzi, 18 dari Madrasah Tahfiz Darul Nisa’, Kampung Dangar, Pasir Mas.
Johan kategori hafizah tahap 1 hingga 10 iaitu Putri Aminah Mohd Hanif, 12 juga dari Madrasah Tahfiz Darul Nisa’.
Naib johan tahap 1 hingga 30 juzuk kategori hafiz iaitu Mohamad Ihsan Mohd Din, 24 pelajar Unisza, Kuala Terengganu.
Dan ketiga, Nu’man Zaki Mohd Zaki, 20 pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Berucap pada majlis tersebut Menteri Besar berkata, usaha kerajaan negeri mewujudkan sekolah-sekolah tahfiz bagi melahirkan modal insan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
“Kerajaan negeri berusaha mendekatkan golongan muda dengan al Quran dan mengiktiraf mereka sebagai hufaz. Pada jangka panjang diharap dapat melahirkan ulama muktabar yang mampu bersaing secara lebih kompetitif dalam masyarakat,” katanya.
Sumber HD - 10-2-2014
Sungai Lebir mengalir jernih di Taman Negara
- Feb 06, 2014
- M FAQIH | FOTO MOHD NOR YAHYA
GUA MUSANG: Air Sungai Lebir yang mengalir di Taman Negara Kuala Koh masih lagi jernih. Anak-anak ikan kelah yang berenang boleh dilihat dari atas jambatan gantung.
Suasana masih damai. Sungai Lebir yang mengalir berpangkal dari Hutan Simpan Lebir menghilir ke Kuala Pertang.
“Demo (awak) nampak ke kumpulan-kumpulan anak ikan kelah dalam air. Kalau air sungai keroh sudah tentu tidak nampak anak ikan,” ujar Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad kepada ahli-ahli rombongan di Taman Negara Kuala Koh semalam.
Biar pun kedudukan jambatan gantung agak tinggi, namun ikan-ikan kelah dan spesis lain boleh dilihat dengan jelas dalam air.
Azman bersama penghulu-penghulu dan Shah Aminudin dari PKR Gua Musang hairan mengapa ada pihak cuba menggambarkan seolah-olah Taman Negara tersebut sudah tercemar.
Pengurus Resort Taman Negara Kuala Koh, Nora Nik ketika diaju soalan sama, memberitahu air Sungai Lebir masih lagi jernih.
Malah katanya, aktiviti memancing disertai pelancong-pelancong yang datang masih lagi berjalan seperti biasa.
“Pelancong yang datang tidak menentu ada kalanya ramai. Mereka perlu membayar RM10 seorang kalau hendak memancing di sini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya.
Bagaimanapun beliau bimbang kejernihan Sungai Lebir boleh terjejas sekiranya aktiviti penerokaan hutan dilakukan tanpa kawalan.
Ketika kunjungan kami semalam pelancong masih memilih Taman Negara Kuala Koh untuk rekreasi. Ada yang datang dari Kuantan, Pahang.
Baru-baru ini beberapa akhbar dan media elektronik mendakwa kampung Orang Asal di Kuala Koh disodok bagi aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah.
Laporan itu mendakwa kira-kira 70 keluarga Orang Asal suku kaum Batek di Kuala Koh terancam dengan aktiviti tersebut.
Seorang pemuda berbangsa Cina datang dari Kuala Krai menaiki motosikal jenis Kriss. Beliau datang ke Taman Negara Kuala Koh bagi menikmati keindahan alam semulajadi.
Beliau mengakui teruja dengan keindahan alam semula jadi yang menjadi sumber oksijen rakyat Malaysia. Beliau sanggup menunggang motosikal seorang diri sejauh 46 km dari Simpang Tiga Ciku 3 ke Taman Negara.
Pemuda Orang Asal dari suku kaum Batek, Jamil Hadi, 24 mengakui khidmatnya sebagai pemandu pelancong bagi menjelajah sekitar Taman Negara masih lagi berjalan seperti biasa.
“Saya dibayar RM40 sehari. Sehingga sekarang masih lagi ada permintaan untuk membawa pelancong mendekati masyarakat kami yang tinggal di sekitar Taman Negara,” katanya.
Beliau juga hairan mengapa ada pihak mendakwa Taman Negara seolah-olah terancam teruk sehingga perlu diselamatkan.
Jamil juga memberitahu kontraktor yang bertanggungjawab memajukan tanah di lot PT 8775 tidak mengusik kawasan perkuburan masyarakatnya yang terletak berdekatan.
Bagaimanapun menurutnya ada beberapa batang pokok yang tersalah ditebang sebelum ini kerana kontraktor tidak tahu kawasan tersebut berdekatan tanah perkuburan mereka.
“Saya datang memberitahu kontraktor dan menandakan kawasan kubur dengan tanda pangkah merah. Selepas itu mereka tidak usik lagi,” tambahnya.
Jamil memberitahu mayat-mayat anggota keluarga mereka diletak di atas bangsal dibina di atas pokok dan bukan ditanam dalam tanah.
Beliau dan penduduk datang seminggu sekali melihat keadaan mayat tersebut.
Wakil syarikat, Ruslan Ramli, 33 memberitahu lebih 10 ekar direzabkan untuk kawasan perkuburan masyarakat Orang Asal yang tinggal berdekatan.
Menurutnya juga pihaknya tidak mengusik kawasan yang terdapat pokok getah dan buah-buahan yang ditanam penduduk Orang Asal biar pun tumbuh meliar dalam hutan.
Di bawah bukit tidak jauh dari kawasan perkuburan jarang-jarang kelihatan pokok getah dan buah-buahan. Pokok tersebut tumbuh meliar di celah-celah pokok hutan.
Jamil turut berharap kewujudan ladang kelapa sawit di kawasan itu tidak tidak lama memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
“Sekarang kami kerja cari rotan dan kayu gaharu sehingga masuk hutan berbulan-bulan. Adik saya masuk hutan Disember lalu tidak balik lagi sampai sekarang,” ujarnya dengan penuh pengharapan.
Azman juga berkata, tidak ada penempatan Orang Asal di situ disodok biar pun terletak tidak jauh daripada kawasan bakal dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.
Penempatan asal mereka terletak di simpang menghala ke Taman Negara. Kedudukannya lebih 1 km dari kawasan yang akan dimajukan dengan tanaman sawit.
Di situ kelihatan beberapa rumah batu dibina. Bagaimanapun sekarang kelihatan kosong. Mereka seperti lebih selesa tinggal dalam bangsal dibuat daripada kayu dan buluh.
Sumber HD - 6-2-2014
Qiadah papar peralihan kepimpinan di Kelantan
- Feb 06, 2014
- ASLANI M
Tajuk utama itu digandingkan dengan ucapan “Selamat Bertugas Ustaz Mat”, turut dipaparkan gambar Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersalam mesra dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Edisi ke-13 tersebut mulai diedar minggu lepas memuatkan pelbagai rencana menarik sekitar peralihan kepemimpinan utama kerajaan negeri selepas pilihan raya umum lalu.
Turut diketengahkan gambar-gambar sekitar pertemuan sulung Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya Disember lalu.
Rencana utama ditulis penulis tersohor, Dinsman mengetengahkan kembali model pemerintahan Islam di Kelantan di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Selain itu dimuatkan rakaman ucapan terima kasih daripada rakyat Kelantan pelbagai kaum dan agama kepada Tok Guru.
Pembaca Qiadah turut berpeluang mengenali lebih dekat barisan anggota Exco kerajaan negeri penggal ke-13, lengkap dengan biodata dan misi serta misi mereka.
Manakala bagi mereka yang belum mengenali dari dekat Menteri Besar Kelantan yang baru, turut dipaparkan siapa Ustaz Mat.
Keunikan Masjid Pulau Melaka, lokasi kediaman Tok Guru turut dipersembahkan kembali dengan mengungkitkan semula fakta-fakta sejarah awalnya.
Orang ramai yang berminat bagi mengikuti dari dekat majalah tersebut boleh melayari www.pmbk.gov.my.
Sumber HD - 6-2-2014
Kelantan sumbangan RM50,000 kepada Maahad Al-Azhar
- Feb 05, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, peruntukan itu bertujuan untuk membeli kelengkapan di bilik kuliah tersebut.
“Kelengkapan yang ada itu begitu terhad, kerajaan negeri merasakan tanggungjawab sosial itu perlu untuk membeli meja, komputer dan lain-lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Menurutnya, maahad tersebut merupakan sebuah pusat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Al-Quran dan qiraat.
“Keseluruhan pelajarnya lebih 300 orang dan majoritinya dari Kelantan.
“Sekarang kedutaan Malaysia di sana sedang berusaha untuk membeli kelengkapan itu dan meminta setiap negeri turut bekejasama menjayakan hasrat itu,” ujarnya.
Sambungnya, Kelantan akan menyalurkan keseluruhan dari peruntukan yang diperlukan itu sebanyak RM50,000.
“Kerajaan negeri dalam mesyuarat exco hari ini membuat keputusan untuk menyumbang keseluruhan peruntukan yang diperlukan dan sekiranya negeri-negeri lain juga berhasrat membantu boleh berbuat demikian,” ujarnya.
Menjawab soalan kenapa Kelantan bersedia memberikan bantuan keseluruhan peruntukan yang diperlukan, Fadzli berkata antaranya kerana sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar negeri ini.
Selain itu juga katanya, pendidikan Islam menjadi agenda utama di Kelantan dan ia begitu istimewa dirasakan oleh kerajaan negeri.
“Jadi atas sebab itu kerajaan negeri berhasrat untuk menyumbang keseluruhan peruntukan yang diperlukan,” ujarnya.
Sambungnya, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Pelajar di sana untuk diserahkan kepada maahad tersebut.
Sumber HD - 5-2-2014
6,000 hektar ladang Kesedar tiada kelulusan
- Feb 04, 2014
- ASLANI M
Manakala keluasan kawasan seluas 2,000 hektar lagi terlebih dimajukan agensi terbabit.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ada tanah yang hanya diberi kelulusan peringkat dasar, namun agensi itu membangunkan lebih daripada kawasan yang diluluskan.
“Malah ada juga kawasan yang tidak dilulus namun agensi tersebut membangunkan tanah berkenaan,” katanya di sini.
Kesedar sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 menggantikan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN).
Kesedar mengambil alih peranan LKTN selepas Barisan Nasional (BN) menerajui Kelantan pada pilihan raya umum 1978.
Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kerajaan negeri merancang mewujudkan jawatankuasa khas berunding dengan Kesedar untuk menyelesaikan kes-kes yang tertunggak.
“Kita harap selepas ini dapat menyelesaikannya dengan agensi terbabit. Lagi pun dengan Felda dan Felcra sudah banyak penyelesaian dicapai.
“Malah sudah ada premium yang dibayar agensi terbabit kepada kerajaan negeri,” ujarnya.
Beliau juga berkata, ada juga tanah yang dilulus secara dasar, namun Kesedar tidak memenuhi syarat ditetapkan iaitu perlu memasukkan peneroka.
Dan keuntungan daripada ladang tersebut menjadi milik sepenuhnya Kesedar dan bukannya peneroka.
Selain itu katanya juga tiga wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah Kesedar juga belum diselesaikan. Sekarang hanya dua orang sahaja yang telah dilantik.
Dua wakil kerajaan negeri yang dilantik iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah PTG, manakala cadangan pelantikan seorang Exco mengisi jawatan tersebut belum diterima Kesedar sehingga sekarang.
*Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang.
Sumber HD - 4-2-2014
Kelantan prihatin Orang Asli
- Feb 03, 2014
- Wan Nik Wan Yussof
Radio dan televisyen serta akhbar (RTA) bernada ‘warna biru pekat’ begitu lancang mengkritik usaha pembangunan di bahagian Kelantan Selatan.
Amat mendukacita, pemberitaan dengan sikap tohmahan, kononnya pembangunan (bertujuan membuka ladang pertanian) akan pasti mengancam dua sudut kehidupan masyarakat, iaitu Orang Asli dari suku Batek dan alam sekitar Taman Negara Kuala Koh.
Justeru dalam menguatkan tohmahan (baca: cerita rekaan) itu, skuad tinjau kumpulan media RTA biru pekat itu turut melibatkan pandangan Jabatan Alam Sekitar dan NGO Pencinta Alam Malaysia serta pandangan Penghulu suku Batek di sekitar Hutan Simpan Lebir berdekatan Kuala Koh itu.
Kesemuanya merupakan cetusan agenda perang saraf bagi memerangkap ruang pembangunan inisitif Kerajaan Negeri Kelantan mencetuskan konflik di mata rakyat. Ia seiras pendekatan RTA “Kelantan Gerhana” era Zainudin Maidin memimpin Kementerian Penerangan ketika pilihan raya umum 2004 dulu. Jangkaan mereka, menerusi cetusan agenda tersebut rakyat akan bangkit berkonflik dengan dasar-dasar pembangunan berteraskan pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan.
Sehubungan itu, seharusnya masyarakat berlapang dada dan sedia menilai ketelusan dan kebenaran daripada apa yang dilaporkan itu. Ini kerana latar bekalang politik pentadbiran dan demografi Negeri Kelantan sudah tentu berbeza dengan apa yang ditohmahkan. Sebaiknya masyarakat meneliti sejarah politik dan urus tadbir serta nilai-nilai keprihatinan yang ditunjukkan oleh kepimpinan ulama yang mentadbir Negeri ini.
Demografi Kelantan
Penduduk Kelantan tahun 2010 berjumlah 1,539,601 atau diunjurkan 1.85 juta (menjelang 2014), merupakan bilangan penduduk kesembilan tertinggi di Malaysia. Kepadatannya 102 orang setiap km persegi iaitu lebih padat berbanding Pahang (42) dan Terengganu (79).
Pembahagian mengikut kumpulan etnik pula terdiri daripada Melayu (1,426,400) dan Bumiputera lain majoritinya Orang Asli (16,100), Cina (51,600), India (3,800), kaum lain (9,200) dan bukan warganegara, khususnya pemastatutin yang berkahwin dan bekerja di Kelantan (32,500).
Pembahagian mengikut pegangan agama pula ialah 95% beragama Islam, diikuti Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama sebanyak 0.2%.
Sementara bagi kumpulan etnik Orang Asli, perangkaan (Banci Penduduk 2010) menunjukkan tiga suku terbesar iaitu Senoi (5,383 orang), Negrito (1,408 orang) dan Melayu Proto (42 orang).
Selain itu suku Senoi yang teramai ialah Temiar yang tinggal di Kelantan Selatan (khususnya di Gua Musang – menurut bancian jajahan kecil Lojing jumlah seramai 6,686 orang). Bagi suku Negrito pula suku utama ialah Jahai (Kelantan Barat), Mendring (Kelantan Tenggara) dan Batek (Kelantan Selatan).
Orang Asli merujuk kepada istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah. Takrif peribumi sebagai ‘penduduk asli’ dan juga bumiputera atau sebagai aboriginal iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi.
Takrifan masyarakat peribumi menurut klasifikasi perundangan pula ialah terdapat dua kelompok iaitu Bumiputera dan Orang Asli. Bumiputera di Kelantan merujuk kepada Melayu dan Siam peranakan Kelantan. Orang Asli ialah ‘masyarakat pertama’ yang mendiami wilayah tertentu, terutama di pedalaman Kelantan. Oleh sebab itu, Orang Asli tetap mendapat keistimewaan Bumiputera seperti mana Melayu.
Fitnah yang dicipta
Premis lusuh cuba dimainkan oleh RTA biru pekat itu meletakkan andaian kononnya aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah dikhuatiri mengancam ekosistem dan flora serta fauna di Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. Lalu diselitkan beberapa fakta yang bersifat prasangka daripada apa yang sebenar. Sehingga tergamak mendakwa pembangunan (bermula dengan kerja-kerja mengeluarkan kayu balak seluas 40.47 hektar (daripada 107.242 hektar keluasan untuk tapak perladangan kelapa sawit) boleh mengakibatkan “sekiranya tidak dikawal boleh memusnahkan ekosistem hutan berkenaan”.
Malah diselitkan pula hasil temu bual Orang Asli yang sepakat mendakawa penduduk terpaksa menggunakan sumber air dari parit di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran untuk kegunaan seharian selepas Sungai Balai dikatakan tercemar. Turut didakwa ada di antara mereka terutamanya kanak-kanak ada yang jatuh sakit akibat terpaksa menggunakan sumber air parit tersebut.
Persoalannnya, apakah benar ia tidak dikawal atau dilakukan di luar daripada kaedah-kaedah kawalan alam sekitar? Sedangkan kenyataan daripada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Gua Musang dilaporkan agak seimbang. Beliau merujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang memberi syarat sebarang aktiviti pembalakan perlu mendapat kelulusan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) daripada JAS terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang aktiviti berkaitan.
Syarat itu adalah selari dengan Perintah 6(b) iaitu pembalakan atau pengubahan penggunaan tanah hutan kepada kegunaan tanah lain di kawasan tadahan di kolam takungan air yang digunakan bagi bekalan air perbandaran, pengairan atau penjanaan kuasa hidro atau dalam kawasan yang bersempadan dengan taman negeri dan taman laut negara.
Oleh itu, pegawai berkenaan mengakui aktiviti pembalakan itu tidak melibatkan kawasan Taman Negara Kuala Koh dan air sungai didakwa tercemar sebelum ini tidak melalui taman terbabit sebaliknya hanya melalui kawasan bersebelahan taman negara itu. Sekaligus penjelasan pegawai JAS itu telah menafikan dakwaan masyarakat Orang Asli di Kuala Koh itu.
Jika benarlah apa yang ditohmahkan oleh RTA biru pekat itu, bermakna pihak yang bertanggungjawab (JAS, JAKOA dan Perhilitan) yang diamanahkan mengawal selia dan menguatkuasa undang-undang membabitkan aktiviti pembangunan kawasan hutan, sebenar-benarnya tidak menjalankan tugas secara tulus.
Sedangkan umum mengetahui, sebarang aktiviti pembangunan di kawasan hutan, termasuk di kawasan hutan simpan dan taman negara hendaklah terlebih duhulu memerlukan kelulusan dan pemantauan pihak yang berwajib tersebut. Bagi Kerajaan Negeri pula, kelulusan projek di kawasan hutan atau di mana sahaja yang melibatkan tanah hendaklah terlebih dahulu diperakui oleh agensi berwajib tersebut, terutama memerlukan penilaian impak alam sekitar (EIA).
Justeru sorotan pihak RTA biru pekat itu cuba merendah-rendahkan fungsi dan tanggung jawab pihak yang berwajib, khususnya amalan kelestarian dasar pembangunan tanah Kerajaan Negeri Kelantan masa kini.
Orang Asli dan tawaran pilihan raya
Bagi memahami amalan kelestarian dasar pembangunan tanah dan keprihatinan terhadap kehidupan masyarakat Orang Asli ada baiknya diteliti realiti pelaksanaannya oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Antaranya dapat difahami menerusi kandungan minifesto pilihan raya umum 2013 PAS Kelantan yang lalu mengandungi sembilan tawaran.
Dalam tawaran ke-3 disebutkan “Melaksanakan keadilan untuk semua rakyat” yang memberi tumpuan pembangunan untuk semua pihak dalam menikmati pembangunan seadanya. Ia termasuk juga tumpuan dan keprihatinan kepada masyarakat minoriti Orang Asal (baca: Orang Asli) menerusi satu komitmen iaitu akan “Menubuh urusetia khas bagi membangun komuniti Orang Asal dan non-Muslim dari pelbagai kaum”. Sekarang urusetia itu dipikul oleh Tabung Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan.
Bagi melengkapkan komitmen tersebut, pihak PAS yang mentadbir Negeri Kelantan turut menawarkan penubuhan Majlis Perundingan Tanah di bawah tawaran ke-6, “Pembangunan tanah dan wilayah serta merakyatkan hasil Negeri”.
Usaha Majlis ini antaranya ialah membuat perancangan pembangunan di kawasan Orang Asal, dan perancangan itu hendaklah “mengekalkan keseimbangan alam sekitar, sungai, tanah tinggi, flora dan fauna”. Ini merupakan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan ulama kepada Orang Asal dan demi keseimbangan alam sekitar – sebahagian daripada misi pentadbiran Membangun Bersama Islam.
Berpandukan nilai-nilai tawaran tersebut, munasabahnya Kerajaan Negeri Kelantan pasca kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan dan pembangunan Orang Asli dan penjagaan alam sekitar (keseimbangan ekosistem).
Sebelum ini pun, pihak Tuan Guru telah pun menubuhkan portfolio perpaduan masyarakat yang dipengerusikan oleh Datuk Anuar Tan Abdullah, di samping seorang pembantu hal ehwal Orang Asli serta turut melantik penghulu daripada suku Orang Asli. Malah dalam pemberian deviden projek Ladang Rakyat kira-kira 400 orang daripada suku Orang Asli dipilih sebagai penerima deviden.
Sementara itu, perkembangan terbaru pendekatan pembangunan untuk masa depan Orang Asli pihak Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob telah mengarahkan Tabung Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan (Tatok) melaksanakan projek pembangunan dan kesejahteraan untuk masyarakat Orang Asli.
Ia dibuktikan menerusi satu perjanjian persefahaman dimaterai pada 29 Januari lalu melibatkan Tatok dengan Golden Jullian Sdn Bhd bertujuan memajukan seluas 606 ekar tanah di Kampung Jedip, Gua Musang (yang diwartakan pada 2 November 2011) untuk dibangunkan pusat kemahiran, menyediakan sebanyak 130 lot rumah, pembinaan Agro Resort yang lengkap dengan 20 chalet dan dewan serbaguna dan mengusahakan tanaman komersial.
Usaha sama tersebut merupakan pendekatan terkini sebagai menyambung daripada usaha sebelum ini, iaitu Pusat Latihan Pertanian Belia Orang Asli Pos Brooke dan pewartaan tapak perkampungan dan kawasan rayau Orang Asli. Pewartaan itu dimaklumkan telah dibuat selain di Pos Jedip (606 ekar) adalah perkampungan Mukim Ulu Nenggiri Daerah Bertam (577.26 ekar) dan Jeli Tepi Sungai (1,464.88 ekar).
Justeru keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Ustaz Ahmad kali ini merupakan penambahbaikan usaha yang dirintis awal oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ia bertujuan bagi memastikan semua warga negeri sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli dilayan secara adil demi memastikan menikmati ruang pembangunan yang ada.
Oleh sebab itu, semua lapisan masyarakat tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan rekaan agenda pihak RTA biru pekat yang mungkin menyesatkan.
_________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 3-2-2014
Jeli tetap dibangun biar pun kubu Umno
- Jan 30, 2014
- ASLANI M
Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sehingga kini membangunkan tiga kawasan perumahan di bandar Jeli termasuk projek rumah kos rendah.
Taman Kifayah Binaraya PKINK ternyata membuatkan Jeli semakin deras membangun. Biar pun kedudukan Jeli agak di pedalaman, namun pertumbuhan penduduk semakin pesat, di mana permintaan projek perumahan bertambah.
Bandar Jeli yang agak sunyi sebelum ini sekarang semakin meriah. Kesibukannya makin terasa seperti juga bandar-bandar lain di Kelantan.
Malah bangunan-bangunan baru dibina Majlis Daerah Jeli (MDJ), pihak swasta dan Mara semakin bertambah. Tenaga Nasional Bhd (TNB) juga mempunyai resort yang turut menjadi tumpuan orang ramai.
Terbaru kerajaan negeri membina pejabat MDJ bernilai RM2.5 juta terletak bersebelahan Padang Kemahkotaan. Bangunan baru itu dibina Kelkon Sdn Bhd, anak syarikat PKINK dengan usahasama MDJ.
Yang Dipertua MDJ, Abdul Manan Ali berkata, projek tersebut diletak batu asas pada 9 November 2009 oleh bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“MDJ mengalu-alukan hubungan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memberi impak pembangunan kepada rakyat di Jeli.
“Sekarang Jeli bandar sudah dianggap setanding dengan bandar-bandar lain, di mana bangunan-bangunan baru semakin banyak dibina,” katanya pada program penyerahan bangunan baru MDJ yang disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.
Pada majlis itu Pengerusi Kelkon, Wan Ismail Wan Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah menyerahkan gambar pejabat baru MDJ kepada Menteri Besar sebagai gimik perasmian.
Pada majlis itu juga mangsa-mangsa banjir di enam mukim di Jeli pada awal Januari lalu menerima sumbangan daripada kerajaan negeri. Penduduk miskin dan warga emas juga menerima sumbangan yang turut disumbang Majlis Jaksa Pendamai Kelantan.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.
Abdul Manan juga berkata, MDJ merancang meluaskan lagi kawasan pentadbirannya bagi membolehkan lebih banyak lagi hasil dapat dipungut.
Menteri Besar pula memberitahu kerajaan negeri membeku sementara permohonan hak milik tanah di jajahan Jeli bagi membolehkan pensrukturan semula dilakukan.
“Ini bagi mengelakkan seseorang pemohon memiliki sehingga berpuluh ekar tanah, sedangkan orang lain dapat sedikit. Pembekuan sementara ini bagi membolehkan kelulusan permohonan tanah diberi secara lebih adil dan telus,” ujarnya.
Sebelum itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco mendengar taklimat mengenai pembangunan jajahan Jeli di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.
Sumber HD - 30-1-2014
Penempatan Orang Asal di Kelantan diwarta
- Jan 29, 2014
- ASLANI M
Katanya, Kelantan merupakan negeri negeri pertama di negara ini mengambil langkah tersebut bagi memastikan kehidupan masyarakat Orang Asal lebih terbela.
“Sehingga sekarang dua penempatan sudah diwartakan termasuk Pos Jedip di Gua Musang. Dua lagi kawasan yang baru dilulus di peringkat jawatankuasa.
“Kerajaan negeri mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi lain,” katanya di sini.
Baru-baru ini beberapa akhbar dan media elektronik mendakwa kampung Orang Asal di Kuala Koh disodok bagi aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah.
Laporan itu mendakwa kira-kira 70 keluarga Orang Asal suku kaum Batek di penempatan tersebut terancam dengan aktiviti tersebut.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli berkata, selepas lokasi dan keluasan dikenal pasti kerajaan akan mengangkat kertas cadangan untuk digazetkan.
Beliau juga memberitahu setakat ini tidak ada projek pembangunan ladang atau pembalakan dilulus di kawasan penempatan Orang Asal di Kelantan.
“Kalau ada penempatan Orang Asal kerajaan negeri tidak lulus sebarang projek. Kita terlebih dahulu mendapat laporan Pejabat Tanah dan Jajahan, PTG dan agensi-agensi berkaitan.
“Begitu juga kawasan hutan simpan tidak dibenarkan sebarang aktiviti. Kawasan hutan simpan juga dijadikan sebagai zon penampang,” katanya.
Beliau juga memberitahu setiap kelulusan bagi projek pembangunan tanah perlu mematuhi syarat ditetapkan termasuk laporan kesan alam sekitar (EIA).
Oleh itu katanya, sekiranya berlaku pelanggaran syarat tersebut agensi penguatkuasa perlu bertindak berdasar bidang kuasa mereka.
Sumber HD - 29-1-2014
Kelantan bela nasib rakyat minoriti
- Jan 29, 2014
- ASLANI M | FOTO ZAM
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dengan baik tentunya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
“Sebab itulah kita buka pintu kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan tanah di kawasan hulu Kelantan bagi manfaat masyarakat Orang Asal.
“Perancangan itu termasuk melalui projek usahasama,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian projek pembangunan tanah di penempatan Kampung Jedip Gua Musang di antara Tabung Amanah Tok Kenali dan Golden Jullian Sdn Bhd di sebuah hotel di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Pegawai Kewangan Negeri, Nik Kazin Nik Yusof.
Selain itu anggota Exco, Dr Ramli Mamat, Pemangku Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok), Rosli Abdullah, Pengarah Golden Jullian, Kim Swee Sin, Ketua Jajahan Gua Musang, Nazran Mohamad dan anggota-anggota pengarah Tatok.
Ahmad juga berkata, usaha kerajaan negeri melalui Tatok membangunkan Pos Jedip dapat memberi peluang lebih luas masyarakat Orang Asal terutamanya dari aspek ekonomi.
Sebanyak 200 daripada 606 ekar penempatan tersebut akan dibangunkan pusat kemahiran Orang Asal dan menyediakan sebanyak 130 lot rumah.
Selain itu dibangunkan Tatok Agro Resort yang lengkap dengan 20 chalet dan dewan serbaguna. Manakala 400 ekar lagi dibangunkan Golden Jullian dengan tanaman komersial.
“Usaha dilakukan itu menggambarkan kerajaan negeri tidak pernah menyinsihkan masyarakat Orang Asal biar pun mereka tinggal jauh di pedalaman,” ujarnya.
Menurutnya juga sebelum ini ada usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba merenggangkan hubungan masyarakat Orang Asal dengan kerajaan negeri.
Pada program berkenaan wakil Golden Jullian menyerahkan cek bernilai RM1 juta sebagai sewaan tanah kepada Menteri Besar.
Sumber HD - 29-1-2014
Tiada kampung Orang Asal terbabit ladang sawit
- Jan 27, 2014
- ASLANI M
Selain itu Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Pertanian.
Pengarah Baitul Taubah, Ubaidah Yaakub (gambar) berkata, tanah tersebut seluas 500 ekar dilulus kerajaan negeri sejak 2012, namun beberapa kali diukur semula kerana ada penerokaan haram di kawasan itu.
Katanya, tanah-tanah yang diteroka secara haram oleh penduduk dan kawasan penempatan Orang Asal dikeluarkan daripada projek perladangan.
“Ini menyebabkan beberapa kali kawasan itu diukur semula biar pun sudah diluluskan kerajaan negeri pada 2012.
“Cuma pada tahun lepas kerja-kerja pembersihan hutan (kawasan sudah kerja) dilakukan syarikat yang mengadakan kerjasama dengan Baitul Taubah,” katanya di sini.
Sebelum ini beberapa akhbar dan media elektronik mendakwa kampung Orang Asal di Kuala Koh disodok bagi aktiviti pembalakan dan penerokaan tanah.
Laporan itu mendakwa kira-kira 70 keluarga Orang Asal suku kaum Batek di Kuala Koh terancam ekoran penempatan mereka terancam dengan aktiviti tersebut.
Baitul Taubah ditubuh kerajaan negeri pada 2008 sebagai pusat pemulihan dadah secara Islam di Jeram Pasu, Pasir Puteh.
Pusat tersebut sekarang mempunyai seramai 60 pelatih yang datang dari seluruh negara menjalani rawatan dan pemulihan dadah.
Ubaidah juga berkata, kerajaan negeri melulus tanah kepada Baitul Taubah sebagai punca kewangan bagi mengurus pusat pemulihan tersebut.
Oleh itu beliau menafikan pembangunan ladang tersebut turut melibatkan penempatan Orang Asal di Kuala Koh.
Sementara itu Penghulu Bandar Ciku, Gua Musang, Muhsin Mahmood berkata, pembangunan ladang sawit di Aring 11 tidak membabitkan penempatan Orang Asal.
Katanya, kawasan yang dimajukan tersebut merupakan tanah kerajaan dan bukan hutan simpan seperti didakwa media.
Sumber HD - 27-1-2014
Saman RM230 juta: Tiada kontrak ditandatangani - Exco
- Jan 27, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit hanya diberi surat tawaran sahaja sebelum ini.
Malah katanya, syarikat terbabit juga telah dihantar surat pada 15 Mei 2013 bagi menjawab sama ada masih berminat meneruskan projek terbabit atau sebaliknya.
“Bagaimanapun sehingga 15 Jun 2013 syarikat itu tidak jawab apa-apa sama ada setuju atau tidak dengan projek berkenaan.
“Jadi kerajaan negeri menganggap syarikat itu tidak lagi berminat sehingga akhirnya dibuat keputusan menamatkan tawaran awal yang diberi sebelum ini,” katanya di sini.
Semalam DHI memfailkan saman terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan atas dakwaan gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya terbabit.
Projek lebuh raya rakyat dirancang kerajaan negeri ekoran kerajaan pusat menyinsihkan projek tersebut sejak Rancangan Malaysia Kelima.
Ekoran itu pecah tanah projek tersebut dilakukan pada 28 Mei 2012 di Machang. Lebuh raya berkenaan sejauh 68 km dirancang kerajaan negeri membabitkan kos kira-kira RM1.8 bilion.
Sebelum ini pada 30 Disember 2009 kerajaan Kelantan diperintah membayar sebanyak RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd ekoran pembatalan kawasan pembalakan di hulu Kelantan pada 1974.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan supaya kerajaan Kelantan membayar RM800 juta termasuk melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika itu, banyak pihak menyerang kerajaan Kelantan kerana gagal mematuhi perjanjian yang ditandatangani.
Bagaimanapun katanya, pada 23 Julai 2012 Mahkamah Rayuan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta syarikat Timbermine.
Minggu lepas kerajaan negeri menjelaskan 50 syarikat berminat terhadap projek lebuh raya rakyat. Dan sejak tender dibuka bermula 15 Januari lalu 15 daripada 50 syarikat terbabit telah mengemukakan permohonan mereka.
Sumber HD - 27-1-2014
Kelantan lakar kemenangan kedua
- Jan 26, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Melalui penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe yang berjaya menyambut baik hasil hantaran Mohammed Ghaddar dan meledak gol kemenangan pada minit ke-90 untuk memastikan pasukan itu mengumpul 6 mata dan berada di takhta liga.
Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) gagal memperolehi mata di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila tunduk kepada pasukan berstatus kelab, T-Team dengan jaringan 1-0.
Walaupun JDT dibayangkan sebagai pasukan harapan yang memiliki pemain yang berstatus bintang namun, T-Team melalui penyerang berbisa dari Indonesia, Patrich Wanggai memusnahkan harapan pasukan tersebut pada minit ke-71.
Lain-lain keputusan, Sime Darby FC turut melakar kejutan apabila menundukan juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sime Darby melalui Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-50 berjaya menjaringkan gol dan berjaya memperolehi mata penuh.
Manakala, Perak yang turut mengutip tiga mata penuh di Stadium Perak, Ipoh setelah mengalahkan Terengganu 1-0 yang diperolehi pada minit ke-90 melalui tandukan pemain import Brazil, Eliel Da Cruz.
Dalam pada itu, Selangor pada Jumaat lepas pulang hampa apabila gagal mendapat mata penuh di Stadium Jalan Besar, Singapura apabila Khairul Amri yang mewakili Singapura menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan minit ke-93 setelah terikat 1-1, menjadikan kedudukan 2-1.
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu membuka tirai jaringan pada minit ke-44 menerusi Shakir Hamzah sebelum Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi Fitri Shazwan Raduwan.
Sumber HD - 26-1-2014
Kebersihan Pasar Siti Khadijah tidak memuaskan
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA BAHARU: Sebahagian besar peniaga di Pasar Siti Khadijah masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai kebersihan premis mereka, demikian menurut Jabatan Kesihatan Kelantan.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata 90 peratus premis makanan di pasar berkenaan dikategori kotor berdasarkan hasil penilaian tahap kebersihan yang dilakukan jabatan itu.
"Sikap mereka mungkin akan mencalarkan imej negeri sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kerana negeri ini menjadi satu daripada tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara.
"Kami kategorikan tahap kebersihan di sini sebagai Gred B ke bawah dan peniaga harus memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas Ops Penggredan premis makanan di pasar itu, di sini semalam.
Ahmad Razin berkata peniaga seharusnya mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga premis masing-masing agar sentiasa bersih dan selamat.
"Jangan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja. Kebersihan premis adalah tanggungjawab peniaga jadi mereka harus bertanggungjawab terhadap kebersihan premis masing-masing," tegasnya.
Dalam operasi itu, Dr Ahmad Razin berkata sebanyak 49 daripada 84 premis makanan di pasar berkenaan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup hari ini mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
"Lima lagi peniaga premis makanan dikompaun kerana tidak bersih," katanya yang memaklumkan operasi itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di negeri itu berada pada tahap memuaskan. - Bernama
Sumber HD - 23-1-2014
Pasar baharu tempatkan peniaga mangsa kebakaran Rantau Panjang
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pembinaan pasar baharu berhampiran lokasi lama itu, dijangka siap pada Mac depan bagi membolehkan peniaga memulakan perniagaan secepat mungkin.
"Kita akan tawarkan kepada mereka yang benar-benar layak dan saya rasa masalah ini akan selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Negeri di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Perbadanan Sistem Pepejal Negeri Kelantan Datuk Afandi Hamzah.
Dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 11.30 malam itu, kira-kira 60 buah kedai kayu yang beroperasi sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran yang membabitkan kerugian kira-kira RM2 juta.
Sementara itu, Ahmad menafikan laporan bahawa kawasan Taman Negara Kuala Koh di Gua Musang bakal mengalami kemusnahan seperti yang didakwa sesetengah pihak sebaliknya menjelaskan kawasan yang diteroka tidak membabitkan taman negara berkenaan.
"Kawasan itu membabitkan tanaman kelapa sawit yang jaraknya sejauh 300 meter daripada taman negara. Ia tidak terlibat dengan taman negara. Tidak ada kesalahan di sana dan laporan yang kata telah menceroboh taman negara itu satu laporan yang saya rasa tidak betul," katanya.
Beliau berkata mesyuarat Exco hari ini juga telah memutuskan untuk membentuk pasukan sukarelawan bagi menyelidik dan mendapatkan maklumat terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau menceroboh kawasan hutan simpan.
"Kerajaan akan guna saluran yang ada untuk bertindak selepas mendapat maklumat," tegasnya. - Bernama
Sumber HD - 23-1-2014
Tiada penerokaan haram di Taman Negara
- Jan 22, 2014
- Muhammad Yusri Amin | Foto Zam
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, tanah yang sedang dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dilulus kepada sebuah NGO mengendalikan pusat pemulihan dadah cara Islam (Baitul Taubah).
“Itu tanah kerajaan, bukan hutan simpan. Tanah tersebut diusahakan Baitul Taubah dengan tanaman kelapa sawit dengan usahasama sebuah syarikat swasta,” katanya selepas pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Negeri di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Sebuah akhbar harian pada 12 Januari lalu melaporkan Taman Negara di Kuala Koh dan perkampungan Orang Asal terancam ekoran penerokaan tanah secara berleluasa.
Laporan khas tersebut disiarkan dua hari berturut-turut tanpa ada maklumat rasmi daripada agensi berkaitan.
Menjelang pilihan raya umum lalu akhbar sama turut memainkan isu penggondolan bukit di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan.
Bagaimanapun dakwaan itu tidak berasas di mana gambar yang disiarkan merupakan kawasan yang sedang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.
Ahmad juga berkata, kerajaan negeri telah mewujudkan pasukan sukarelawan bagi mendapatkan maklumat terhadap dakwaan berlaku pencerobohan di kawasan Hutan Simpan Kekal atau mana-mana tanah kerajaan.
Sumber HD - 22-1-2014
15 syarikat sertai tender Lebuh Raya Rakyat
- Jan 22, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad bagaimanapun berkata, sebanyak 15 daripada 50 syarikat terbabit telah mengemukakan permohonan mereka.
Sehubungan itu katanya, taklimat khas oleh pihak konsultan yang dilantik kepada penender terbabit akan diadakan di Kota Darulnaim esok.
“Taklimat diadakan bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas berhubung jajaran jalan yang akan dibina dan lot-lot yang terlibat dengan pengambilan semula.
“Kita akan gazet lot tersebut dan akan memanggil pemiliknya bagi urusan selanjutnya,” kata beliau selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dirancang kerajaan negeri ekoran projek tersebut disisihkan kerajaan pusat sejak Rancangan Malaysia Ke-5.
Bagaimanapun tahun lepas kerajaan pusat mengeluarkan tender bagi membina pakej Kota Bharu-Kadok sejauh 7 km membabitkan kos sebanyak RM200 juta.
Sebelum ini sebuah syarikat dari Korea terbabit dengan kerja-kerja awal membina projek berkenaan, bagaimanapun menarik diri kemudiannya.
Berikutan itu sebuah syarikat dari Emeriah Arab Bersatu berminat untuk meneruskan projek tersebut.
Namun difahamkan kerajaan negeri tidak berminat terhadap pakej tawaran dikemukakan syarikat itu kerana melibatkan kos agak besar.
Hanifa juga berkata, pada petang esok penender terbabit akan dibawa lawatan ke tapak pembinaan lebuh raya berkenaan di Machang.
Katanya, projek tersebut melibatkan jajaran Kuala Krai-Machang sejauh 30 km bagi fasa pertama. Tawaran tender dijangka berakhir 27 Febuari ini.
Sumber HD - 22-1-2014
Janji projek tebatan banjir sejak RMK-7
- Jan 22, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Sejak Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK-7) projek tebatan banjir di Sungai Golok yang diuar-uarkan kerajaan pusat, malangnya sehingga sekarang belum menjadi kenyataan.
Ekoran itu tebing Sungai Golok di sebelah Rantau Panjang mudah ditenggelami air bah setiap kali berlaku banjir. Malah tebingnya sering runtuh sehingga menyebabkan keluasan sungai melebar ke sebelah Malaysia.
Sedangkan Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa memisahkan Malaysia dan Thailand. Bagaimanapun tembok batu sudah lama dibina di sebelah Thailand
Sehubungan itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob meminta Kerajaan Persekutuan menyegerakan projek pembinaan tebatan banjir di Rantau Panjang bagi mengurangkan limpahan air dari Sungai Golok.
“Tebatan banjir dijangka dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung rakyat yang tinggal di pinggir Sungai Golok terutamanya di Rantau Panjang dan Tumpat,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Sebelum ini anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sejak akhir tahun lepas sehingga tahun baru sudah beberapa kali air Sungai Golok melimpah. (Gambar atas)
Katanya ekoran banjir menyebabkan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan terlibat lumpuh kerana perniagaan di kawasan bebas cukai tidak dapat dijalankan.
Ahmad juga berkata, projek tebatan hendaklah turut meliputi jajahan Jeli memandangkan hulu Sungai Golok bermula di Jeli dan berakhir di Pengkalan Kubur.
“Kita harap kerajaan pusat mempercepatkan projek tersebut demi keselesaan rakyat,” ujarnya.
Kerajaan pusat sebelum ini dilihat lebih berminat membina pagar elektronik bagi mencegah kegiatan penyeludupan berbanding projek tebatan banjir.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, pagar elektronik akan dibina bagi menyekat jenayah yang mengundang kerugian besar kepada negara.
Sumber HD - 22-1-2014
K'tan sumbang RM144,000 kepada mangsa kebakaran
- Jan 22, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pada kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, 72 lot kedai yang dibuat daripada kayu musnah sama sekali. Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak memusnahkan sebuah musala yang terletak berhampiran.
Penghulu Bandar Rantau Panjang, Wan Idris Wan Deraman berkata, sehingga kini pelbagai pihak tampil membantu mangsa-mangsa kebakaran terbabit termasuk PAS kawasan yang mewujudkan tabung khas.
“Dan kelmarin Menteri Besar datang menyampaikan bantuan kepada mangsa terlibat.
Selaku penghulu di sini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu.
“Ucapan tidak terhingga kepada Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan wakil rakyat yang cukup prihatin,” katanya di sini.
Bantuan kepada mangsa tersebut disampaikan Ustaz Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan kerja ke Rantau Panjang. Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.
Berucap pada program berkenaan Menteri Besar berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung mangsa kebakaran.
Katanya, biar pun bantuan itu tidak dapat menampung kerugian dialami mereka, namun setidak-tidaknya dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.
“Kita juga memikir sumbangan dalam bentuk lain bagi membantu mangsa membangunkan semula perniagaan mereka,” katanya.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, pihaknya mewujudkan dana khas bagi membantu mangsa kebakaran terbabit.
Katanya, orang ramai boleh menderma melalui Tabung Pendidikan, Kemiskinan dan Bencana Alam PAS Rantau Panjang.
Sumbangan boleh disalur melalui Bank Islam dengan nombor akaun 03027010034243. Atau derma boleh disumbangkan terus kepada Pejabat PAS Rantau Panjang.
Sumber HD - 22-1-2014
Arab Saudi kagum Kelantan pertahan pendidikan Islam
- Jan 22, 2014
- Salmah Mat Husain | Foto Zam
KOTA BHARU: Kerajaan Arab Saudi kagumi sistem pendidikan agama yang dipertahankan di Kelantan dengan mengutamakan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Ketua Unit Bahagian Malaysia, Pertubuhan Antarabangsa Bagi Kemukjizatan Al-Quran dan Sunnah, Arab Saudi, Syeikh Ali Mohamad Al Subaiyyil dari Arab Saudi berkata, biar pun sebuah negeri yang kecil namun berusaha mengutamakan pendidikan Islam.
“Saya kagum dengan usaha kerajaan Kelantan memartabatkan al Quran dan pendidikan Islam. Saya berharap ia dapat dipertingkatkan lagi.
“Pendidikan Islam yang diajar turut dilengkapi pemahaman al Quran pastinya akan menyelamatkan manusia daripada penyakit sosial,” katanya ketika mengunjungi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim semalam.
Pada kunjungan itu beliau juga menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru.
Syeikh Ali berkata, Kelantan turut mengunguli dalam bidang pendidikan tahfiz dan sains.
Beliau dalam kunjungan ke Kelantan bagi melihat dari dekat sistem pendidikan Islam di negeri ini.
Beliau turut melawat beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah Ugama (Arab) Madrasah Tarbiah Mardhiah Panchor dan Maahad Muhammadi Perempuan.
Sumber HD - 22-1-2014
Kelantan bantu lebih 9,300 OKU sejak 2010
- Jan 21, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, peruntukan diberi dalam bentuk bantuan bulanan kepada 9,331 OKU.
“Ini secara jelas menggambarkan kerajaan Kelantan tidak pernah menyisihkan golongan berkenaan. Malah kerajaan negeri mempelbagaikan usaha murni untuk kebajikan mereka.
“Kita juga setiap tahun meraikan golongan OKU pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri, di samping mengadakan bengkel ibadah OKU,” katanya pada sambutan Hari OKU Peringkat Negeri di sini hari ini.
Hadir sama pada program julung kali diadakan itu anggota Exco, Dr Ramli Mamat, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, wakil-wakil rakyat, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Zainiah Halim.
Selain itu Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyrakat, Norazman Abdul Manaf dan Yang Dipertua Majlis Persefahaman Persatuan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Yusof.
Mumtaz juga berkata, usaha lain dilaksanakan termasuk melantik Penyelaras Pembangunan OKU Negeri, Skuad Kita Cakna membantu OKU terlantar dan program Takaful Ihsan berkelompok.
Beliau turut mengingatkan masyarakat tidak mengasingkan golongan OKU kerana mereka sebahagian daripada anggota masyarakat yang wajib disantuni.
“Mereka yang mengejek OKU merupakan orang yang tidak berilmu. Malah perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Pencipta-Nya,” ujarnya.
Sementara itu Naib Johan Program Realiti TV ‘Adik-Adikku’ musim pertama 2010, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi diberi Anugerah Khas OKU berdasar kecemerlangan dan pencapaiannya sempena program berkenaan.
Beliau mengungungi beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan sejak 2010 sehingga akhir tahun lalu. Qayyim pernah muncul Johan Tilawah Al-Quran Braille 2011-2012.
Selain ituj johan Majlis Tilawah al Quran Peringkat Negeri kategori sekolah menengah. Manakala Allahyarham Mat Darus Sulaiman atau M Hayat pula disampaikan Anugerah Khas Tokoh Aktivis OKU.
Allahyarham yang cacat penglihatan aktif dalam bidang penulisan khususnya skrip drama radio dan puisi sekitar tahun 1970-an. Allahyarham meninggal dunia 11 Disember lalu.
Kerajaan negeri juga menyampaikan anugerah kepada empat lagi tokoh OKU iaitu Tokoh Atlit OKU, Sharifah Raudzah Syed Akil, Razani Ramli (Tokoh Aktivis OKU), Mohd Rajuna Yahya (Tokoh Usahawan OKU) dan Amy Suzaimi Mohd Ainuddin (Tokoh Akademik OKU).
Mumtaz turut menyampaikan cenderahati kepada pelajar OKU cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.
Sumber HD - 21-1-2014
R lebar sayap ke seluruh Kelantan
- Jan 20, 2014
- ASLANI M
Timbalan Presiden R, Abdul Shakur Sharrie berkata, markas R dibuka sebagai pusat kegiatan rakyat setempat bagi membolehkan mereka memahami lebih dekat perjuangan menuntut royalti.
Beliau berkata, R mahu semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik terbabit dengan perjuangan menuntut royalti kerana ia adalah hak mereka bersama.
“Markas R akan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk sembang rakyat, jamuan di musim buah-buahan, tayangan bola, pusat agihan bantuan banjir dan sebagainya.
“Akhir tahun lepas bantuan banjir ke Kemaman digerakkan dari markas R Pasir Puteh,” katanya di sini.
R Pasir Puteh diketuai Zarir Yaakob, manakala Ketua Cabang R PKR Pasir Puteh, Nor Sedik bertindak sebagai setiausaha.
Markas R Pasir Puteh beroperasi di Jalan Belakang Masjid Ibrahimi. Ia dijangka dirasmikan pada malam 1 Feb ini oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Shakur berkata, program pemimpin bersama rakyat itu akan disediakan jamuan gulai kawah dan ceramah isu semasa pada sebelah malam.
Baru-baru ini sempena kedatangan tahun baru dan Maulidur Rasul, R mengedar kalendar 2014 yang tertera maklumat perjuangan menuntut royalti ke wad-wad di Hospital Tengku Anis di sini.
Shakur berkata, sebanyak 100 keping kalendar diagih di wad tersebut sempena lawatan mahabbbah Maulidur Rasul R ke hospital terbabit.
Sumber HD - 20-1-2014
Pengetahuan pelajar Yik atasi lulusan SMKA
- Jan 20, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Di Kedah sembilan Maktab Mahmud diserah kerajaan negeri kepada Kementerian Pelajaran, kini dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Episod itu berlaku selepas kerajaan Kedah bukan lagi ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.
Sejarah tersebut dianggap mengulangi apa yang pernah berlaku ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini pada 1978-1990.
Beberapa SAR diserah sepenuhnya kepada kerajaan pusat sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Kemungkinan SABK di Kedah akan bertukar kepada SMKA tidak lama lagi mengulangi apa yang pernah berlaku di Kelantan.
Sedangkan berdasarkan kajian prestasi pelajar-pelajar lepasan SMKA berbeza dengan pelajar lulusan sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Pensyarah Universiti Malaya, Dr Lokman Abdullah berkata, berdasar kajian pengetahuan agama pelajar-pelajar lepasan Yik berbeza dengan pelajar SMKA.
“Setiap tahun UM menerima pelajar baru termasuk lepasan sekolah Yik dan SMKA. Namun pelajar dari sekolah yang menggunakan silibus al Azhar lebih ke hadapan pengetahuan mereka,” katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu pada Ijtimak Ulama Nusantara di sini, semalam. Ijtimak tersebut mengumpulkan ulama dari Indonesia, Thailand dan tempatan.
Dr Lokman yang juga Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Bhd berkata, punca utama institusi pondok malap selepas kematian tok-tok guru kerana tidak mempunyai mekanisme pengurusan.
“Di Kelantan terdapat 150 institusi pondok tradisional sebelum merdeka, namun sekitar tahun 1980-an banyak pondok malap selepas pengasasnya meninggal dunia.
“Oleh itu pondok perlu mempunyai organisasi yang lengkap dan bukan hanya bergantung kepada seorang individu sahaja,” katanya.
Sementara itu malam tadi berlangsung majlis solat hajat dan Mahabbah Rasul di Balai Islam.
Program bermula solat Maghrib diimamkan Kiyai Zhen Zhen Zainal dari Nahdatul Ulama Indonesia. Manakala Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bentani pula mengupas kitab Tafsir Al Jalani.
Turut hadir Sheikh Dr Mohamed Fadzil al Jalani dari Turki, Ketua Umum Rabitah Azmat Indonesia, Kiyai Dr M Dhiyauddin Qushwandi Azamat Khan, Setiausaha Persatuan Pondok Pattani, Dr Wan Qadier Wan Ahmad dan Mudir Maahad Tahfiz Darul Hadis, Alor Setar, Syeikh Mohd Zainal Asri Ramli.
Orang ramai yang memenuhi dewan Balai Islam juga menikmati persembahan qasidah disampaikan Anak-Anak Kumpulan Kasih dan nasihat daripada ulama-ulama yang hadir.
Sumber HD - 20-1-2014
Mana kajian JK Khas Royalti yang dijanji 6 bulan
- Jan 20, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memberi penjelasan berhubung janji beliau untuk menyelesaikan tuntutan royalti melalui satu jawatankuasa khas yang diumumkan Ogos 2012.
Presiden R, Nazri Deraman berkata, jawatankuasa yang dibentuk itu sebelum ini menjanjikan penyelesaian keputusan dalam masa enam bulan.
“Bagaimanapun dari tarikh tersebut hingga kini ianya telah melewati setahun lima bulan,” ujarnya pada satu media hari ini.
Pada 4 Ogos 2012 lalu, Najib mengumumkan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Menurut Najib, Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan.
Menurut Nazri, namun sehingga kini rakyat tidak mengetahu apa status kajian oleh jawatankuasa itu.
"Tidak dinafikan, pihak kami menolak sejak awal lagi jawatankuasa itu.
“Bagaimanapun kami bertanggungjawab melahirkan desakan rakyat yang memohon penjelasan berhubung perjanjian tuntutan melalui jawatankuasa khas berkenaan,”ujarnya sambil menambah, pendirian mereka adalah jelas iaitu Petronas wajib membayar ikut perjanjian yang telah ditandatangani pada 9 Mei 1975.
Sehubungan itu, Nazri memberitahu pihak R akan merangka tiga tindakan susulan seandainya jawatankuasa itu tidak diselesaikan dalam masa terdekat.
Katanya, R akan mengadakan satu gerakan rakyat dari negeri-negeri pengeluar minyak di Puterajaya atau di KLCC secara besar-besaran.
Pada masa yang sama, katanya R akan memohon pertemuan dengan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa tersebut, Tengku Mahkota Kelantan.
Jelasnya lagi, pihaknya akan memohon pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan.
Nazri berharap setiap lapisan masyarakat terus peka dan bangkit dalam nenuntut maruah hasil bumi Kelantan.
Sumber HD - 20-1-2014
Penerbangan terus AirAsia Kuching-KB tiga kali seminggu
- Jan 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd memperkenalkan penerbangan terus tiga kali seminggu dari Kuching ke Kota Baharu bermula 22 Mac.
Ketua Komersialnya Kenny Wong dalam kenyataan semalam berkata perkhidmatan itu ditawarkan pada Selasa, Khamis dan Sabtu.
AirAsia menawarkan tempat percuma yang boleh ditempah menerusi laman web www.airasia.com. bermula hari ini hingga 2 Feb, katanya. - Bernama
Sumber HD - 20-1-2014
Kelantan pusat kebangkitan Islam di nusantara
- Jan 19, 2014
- ASLANI M
KOTA BHARU: Kelantan dicadang dijadikan pusat kebangkitan Islam akhir masa (KIAM) bagi nusantara memandangkan kedudukannya dianggap sebagai jantung rantau ini.
Ketua Umum Rabitah Azmat Indonesia, KH Dr M Dhiyauddin Qushwandi Azamat Khan berkata, Kelantan sesuai dijadikan sebagai pusat penyatuan ulama rantau ini.
“Kelantan sebagai jantung ummah di nusantara. Ia juga dianggap sebagai cermin (serambi) bagi pusat pengembangan dakwah.
“Malah di sini juga ada ulama kasyaf. Dan ditambah pula dengan kekuatan kerajaan negeri yang ditadbir berpandu ajaran Islam,” katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Ijtimak tersebut dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB).
Hadir sama ulama terkenal dari Turki, Dr Sheikh Mohamed Fadzil al Jailani dan wakil Persatuan Pondok Pattani. Sebahagian peserta merupakan pelajar-pelajar pondok, imam dan guru-guru Yayasan Islam Kelantan.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco.
Selain itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Pengerusi PPPB, Dr Lokman Abdullah.
Dan malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan mahabbah Rasul di Dewan Besar Balai Islam, Lundang. Turut dianjurkan kuliah Tafsir al Jailani disampaikan Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bentani.
Dr Dhiyauddin juga berkata, Bukit Panau, Tanah Merah pernah menjadi pusat Islam di nusantara sebelum Islam tersebar ke Melaka dan Jawa.
Menurutnya Syeikh Jamaludin Akbar Ahmad Jalal dan Syeikh Tsanuadin Ahmad Jalal menjadikan Bukit Panau sebagai kerajaan cermin bagi pusat kegiatan pendidikan dan dakwah.
Manakala Syeikh Isa Nurullah Ahmad Jalal pula menjadikan Pulau Besar, Melaka sebagai kegiatan dakwah.
“Ketiga-tiga ulama tersebut menjadi perintis dalam permulaan eskpensi dakwah di nusantara,” ujarnya.
Beliau juga menggaris problematika umat Islam di rantau ini sekarang iaitu lemah ketakwaan, luntur ukhuwah dan semangat dakwah yang rendah.
Menteri Besar ketika berucap sebelum itu berkata, kebangkitan Islam di nusantara sebagai menyambung obor Islam yang malap di Andalusia.
Malah katanya juga, golongan ulama lebih awal bagi menentang penjajah termasuk Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Tok Kenali.
Nassuruddin pula berkata, pada zaman lampau ramai pelajar dari seluruh nusantara datang ke Kelantan untuk menuntut ilmu agama.
Misalnya Tok Kenali mempunyai ratusan anak murid yang datang daripada kepulauan Melayu bagi menuntut ilmu di pondoknya di Kubang Kerian.
Sumber HD - 19-1-2014
Tubuh Majlis Penghulu Dun untuk selesai masalah rakyat
- Jan 18, 2014
- Mohd Nor Yahya
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, majlis tersebut sebagai satu mekanisme bagi menyelesaikan masalah rakyat melalui penglibatan penghulu.
“Dengan adanya majlis seperti itu segala permasalahan yang dibangkit penghulu dapat diselesaikan secara berjemaah.
“Saya sebenarnya tertarik badan seumpama itu yang telah diwujudkan di Dun Tendong atas inisiatif wakil rakyat dan penghulu dikenali Majlis Penghulu Dun Tendong,” katanya pada majlis meraikan persaraan penghulu di sebuah hotel di sini semalam.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob, anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi; anggota parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Muhamad, Adun Tendong Mohd Rozi Muhamad; bekas Exco, Datuk Omar Mohamed.
Selain itu Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof dan Pengarah Urusetia Hal Ehwal Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak.
Pada majlis tersebut seramai 111 penghulu yang bersara diraikan kerajaan negeri. Selain itu lima keluarga penghulu yang meninggal dunia tahun lepas menerima cek Takaful.
Kelantan mempunyai seramai 764 penghulu di 45 kawasan Dun.
Sumber HD - 18-1-2014
Bekas TMB Kelantan terlantar di hospital
- Jan 16, 2014
- ASLANI M
Menantunya, Zuraidin Abdullah berkata, bapa mertuanya dikesan menghidapi masalah tersebut akibat terjatuh selepas menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur tahun lepas.
“Beliau terjatuh ketika hendak turun dari kereta. Selepas seminggu kejadian baru beliau terasa sakit. Kini beliau lebih banyak berbaring kerana tidak boleh duduk lama.
“Duduk dalam seminit dua dah terasa sakit. Sekarang badannya pun agak kurus berbanding sebelumnya kerana sudah lima minggu terlantar di hospital,” katanya di sini.
Sebelum ini Abdul Halim yang juga bekas anggota parlimen Pengkalan dan Adun Kijang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat masalah jantung.
Beliau dirawat di CCU selama dua minggu. Sekarang keadaan jantungnya semakin pulih. Beliau juga mengidap diabetis sejak beberapa tahun lalu.
Ketika di HUSM beliau diziarahi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Zuraidin berkata, selepas empat minggu dirawat di HUSM Ustaz Abdul Halim kemudian dipindahkan ke HRPZ II bagi menjalani rawatan tulang punggung retak.
Sumber HD - 16-1-2014
Adun disaran wujud Majlis Penghulu Dun
- Jan 16, 2014
- MOHD NOR YAHYA
KOTA BHARU: Wakil-wakil rakyat di Kelantan disaran mengambil inisiatif mewujudkan Majlis Penghulu peringkat Dun sebagai saluran terbaik bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, majlis tersebut sebagai satu mekanisme bagi menyelesaikan masalah rakyat melalui penglibatan penghulu.
“Dengan adanya majlis seperti itu segala permasalahan yang dibangkit penghulu dapat diselesaikan secara berjemaah.
“Saya sebenarnya tertarik badan seumpama itu yang telah diwujudkan di Dun Tendong atas inisiatif wakil rakyat dan penghulu dikenali Majlis Penghulu Dun Tendong,” katanya pada majlis meraikan persaraan penghulu di sebuah hotel di sini malam tadi.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob, anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi; anggota parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Muhamad, Adun Tendong Mohd Rozi Muhamad; bekas Exco, Datuk Omar Mohamed.
Selain itu Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof dan Pengarah Urusetia Hal Ehwal Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak.
Pada majlis tersebut seramai 111 penghulu yang bersara diraikan kerajaan negeri. Selain itu lima keluarga penghulu yang meninggal dunia tahun lepas menerima cek Takaful.
Kelantan mempunyai seramai 764 penghulu di 45 kawasan Dun.
Sumber HD - 16-1-2014
No comments:
Post a Comment