PRK Kajang: PKR hampir sapu bersih undi anak muda
- Mar 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah PRK Dun Kajang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya meningkatkan sokongan pengundi Melayu dengan mengurangkan majoriti kekalahan di beberapa daerah mengundi majoriti Melayu Muslim seperti Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras, malah berjaya menawan dua kubu kuat Umno-BN iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima.
"Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah atas kemenangan di PRK N25 Kajang. Syabas juga diucapkan kepada pengundi Kajang kerana membuat pilihan yang bijak dengan sekali lagi memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi suara mereka di Dewan Negeri Selangor.
"Jelas di sini bahawa rakyat menolak kempen agresif dan provokatif yang penuh dengan unsur keganasan dan bibit-bibit perpecahan," tegas beliau.
Menteri Besar Selangor itu juga berkata, penurunan peratus keluar mengundi kepada 72.1% daripada 88.4% pada PRU13 adalah perkara biasa dalam sebarang pilihan raya kecil yang secara tidak langsung mengakibatkan penurunan majoriti.
Kemenangan calon PKR ini juga, tambah beliau membuktikan bahawa rakyat Selangor yakin dengan prinsip pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan penuh integriti kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
"Sebagai bukti Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi popular di Kajang kepada 60% pada PRK ini berbanding 58% pada PRU13 pada 5 Mei 2013," ujarnya.
Meskipun keputusan PRK Dun Kajang tidak mengubah struktur dan mekanisme pentadbiran, beliau yakin mandat yang diberikan penduduk Kajang akan menjadi pemangkin kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih gigih tanpa mengenal penat lelah dan jemu demi kebajikan rakyat.
"Kemenangan ini seolah-olah memberi restu kepada Kerajaan Selangor untuk terus komited dengan agenda reformasi dalam pentadbiran serta segala aspek sosio-ekonomi dan politik yang didokong oleh Pakatan Rakyat.
"Sekali lagi, selaku Pengarah Pilihanraya N25 Kajang, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap petugas pilihan raya daripada semua parti komponen Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan proses demokrasi ini berjalan lancar dan seterusnya kemenangan yang sememangnya wajar berpihak kepada Pakatan Rakyat," kata Abdul Khalid.
Sumber HD - 26-3-2014
Undi Melayu bertambah, Cina kekal objektif Pakatan
- Mar 24, 2014
- ANIS NAZRI
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata keadaan tersebut sememangnya ingin dicapai Pakatan Rakyat, dan hasilnya terbukti 'Langkah Kajang' itu sangat memberi jaminan dan pengukuhan untuk meneruskan langkah ke Putrajya.
"Kita berjaya menambah undi Melayu, selain sokongan anak muda yang meningkat serta kekalnya undi Cina kepada Pakatan Rakyat sangat memberi jaminan dan pengukuhan hingga mereka memberikan kepercayaan kepada kita untuk langkah seterusnya," kata beliau ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi, di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, malam tadi.
Tambah beliau, apa yang paling penting apabila sokongan daripada pengundi Melayu meningkat, bukan sahaja di kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno, malah di kawasan yang masih kuat hari ini Pakatan Rakyat dapat menurunkan majoriti BN.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang semalam.
"Kemenangan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu majoriti menurun kerana peratus kalau berkadarnya memang tidak ada apabila peratusan keluar mengundi hanya 72 peratus.
"Bahkan, jika kita lihat secara perinciannya, majoriti meningkat dengan melihat kadar peratusan keluar mengundi berbanding pilihan raya umum lalu," tegas beliau lagi.
Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu.
Sumber HD - 24-3-2014
Kajang telah memilih – Satu tinjauan pemantau pilihan raya
- Mar 24, 2014
- SYED IBRAHIM SYED NOH
DENGAN berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang pada 23 Mac 2014, maka berakhirlah satu lagi episod dalam pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan institusi awam terutama pasukan keselamatan kita, PDRM.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menang dengan majoriti 5,379 mengalahkan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Pada kali ini tidak timbul isu dakwat kekal yang tidak kekal mahupun isu pengundi hantu kerana barangkali SPR sudah belajar daripada kesilapannya dan majoriti yang diperolehi calon yang menang agak selesa.
Walau apa pun latar belakang kepada PRK Kajang ini sama ada ianya digelar ‘Langkah Kajang’ atau Langkah Taktikal seperti kata Anwar Ibrahim untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak, namun hakikatnya ialah PRK perlu diadakan kerana seorang ADUN meletak jawatan. Soalnya ialah sama ada PRK diadakan secara bebas dan adil?
Sebagai badan bebas pemantau pilihan raya, Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) meneliti setiap pilihan raya dengan mata dan telinganya sendiri berasaskan kepada amalan dan tatakelola terbaik yang diiktiraf badan-badan pemantau sedunia.
MAFREL melihat kepada kepentingan pengundi agar mereka bukan hanya memiliki hak kepada pilihan raya yang tulen malah mereka berhak untuk mengetahui sama ada proses pilihan raya memberi peluang untuk kebebasan ekspresi kemahuan mereka melalui ketepatan rekod dan penghormatan kepada kemahuan berkenaan.
Saya dan teman-teman sukarelawan MAFREL melakukan pemerhatian terhadap PRK Kajang, secara khusus hari mengundi pada 23 Mac 2014.
Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan MAFREL pada 10 Mac 2014, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah amalan rasuah, penjamuan, pembelian undi, salahguna sumber awam dan kerajaan, insiden keganasan atau kempen perkauman dan kebencian serta tahap keselamatan dan kekuatan pasukan keselamatan dalam mengawal suasana pilihan raya.
Laporan penuh sedang disediakan dan kebiasaannya akan siap dalam tempoh tiga hingga empat minggu, manakala laporan awal akan dikeluarkan lebih awal iaitu dalam satu atau dua hari selepas pilihan raya.
Tetapi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk terus berkongsi pengalaman saya melaksanakan pemantauan di beberapa pusat mengundi PRK Kajang pada hari mengundi.
Kebiasaannya sesebuah PRK itu akan hangat kerana semuanya akan tertumpu ke situ sama ada jentera parti, SPR, pasukan keselamatan atau orang awam.
PRK Kajang tiada bezanya, hangat dan tegang di tambah pula dengan cuaca yang baik lagi panas terik.
Tinjauan pertama saya ialah ke Pusat Mengundi Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras yang terletak di tepi jalan yang agak besar dengan laluan trafik yang sedikit sesak tetapi terkawal.
Seperti biasa, pekerja parti rancak berkempen menarik perhatian pengundi untuk memilih calon mereka walaupun tempoh kempen telah tamat pada jam 12 tengah malam hari sebelumnya.
Di Batu 10 ini, atas nasihat sukarelawan MAFREL yang bertugas, pihak PDRM telah memberi kerjasama yang baik untuk memisahkan penyokong parti daripada berhadapan antara satu sama lain dan dengan itu meredakan ketegangan yang mungkin timbul.
Begitu juga ‘pondok panas’ wujud dengan kaedah yang pelbagai dan kreatif iaitu daripada menggunakan bangunan atau gerai sedia ada kepada mendirikan khemah dan payung pacak.
Tujuannya mungkin baik iaitu untuk membantu pemilih menyemak nama dan saluran mereka dalam daftar pemilih walaupun di dalam pusat mengundi juga tersedia barung SPR untuk tujuan yang sama (pernah terdapat kes nama di luar ada tetapi di dalam pusat mengundi tiada).
Peraturan tentang pondok panas ini sebenarnya agak kabur. Saya menerima aduan daripada satu parti bertanding yang mengatakan pondok panas mereka telah dirobohkan walaupun ada persetujuan dengan SPR.
Bagi saya, sama ada ikut benar-benar apa yang termaktub dalam Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilih Raya) 1981 atau sediakan garis panduan yang jelas dengan penguatkuasaan yang adil.
Tinjauan saya seterusnya ialah ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Keadaan jalan amat sesak dan agak kecil berbanding di Pusat Mengundi Batu 10 tadi.
Ia tambah meriah, sesak dan hangat dengan pekerja parti yang berdiri di tepi jalan menuju ke pusat mengundi, sekali lagi untuk meraih pemilih pada saat-saat akhir.
Barangkali kerana emosi yang tinggi dan keterikan panas mentari, saya menyaksikan sedikit kekecohan antara penyokong parti yang bertanding berhampiran pusat mengundi sehingga mengundang kehadiran beberapa trak pasukan polis tambahan (FRU). Di fahamkan di tempat yang sama juga berlaku cubaan ‘menyerang’ Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau telah dilindungi.
Akibatnya, jalan menuju ke pusat mengundi berkenaan sesak teruk malah difahamkan penduduk di sekitar kawasan pusat mengundi berkenaan juga terjejas apabila pihak polis trafik menutup sebarang kenderaan daripada memasuki jalan menuju ke Sekolah dari jalan besar.
Lebih malang lagi, ia boleh menjejaskan pemilih daripada mengundi di pusat mengundi berkenaan oleh kerana kesesakan yang melampau, tekanan penyokong parti dan kehadiran pasukan keselamatan yang besar yang boleh dilihat sebagai intidimasi dan menakutkan.
Itulah juga pemerhatian saya di beberapa lagi pusat mengundi di sekitar Sungai Chua iaitu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua, Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua dan Dewan Orang Ramai Sungai Chua.
Ke empat-empat pusat mengundi berkenaan terletak dalam radius satu kilometer dengan jalan masuk yang sama dan sempit, yang hanya sesuai untuk kenderaan ringan.
Mengapakah sehingga empat pusat mengundi dalam kawasan yang berdekatan?
Mungkin SPR lebih mengetahui tetapi tanggapan saya ialah kerana kawasan berkenaan mempunyai jumlah pemilih yang ramai dan pembahagian banyak pusat mengundi membolehkan pemilih mengundi dengan selesa tanpa perlu berjalan jauh, teorinya.
Realitinya, dengan banyaknya pusat mengundi, jalan yang sempit dan penyokong parti yang tegar dan setia berkempen, mungkin teori itu ada baiknya dinilai semula.
Tambah buruk dan mungkin ini di luar kawalan SPR, saya sendiri menyaksikan secara tiba-tiba pada jam 3.15 petang, kehadiran satu konvoi bas dan trak pasukan FRU dan Light Strike Force (LSF) yang juga memasuki jalan ke pusat-pusat mengundi berkenaan. Saya bertanya dengan orang-orang parti dan orang awam di situ, apakah ada aduan berlakunya pergaduhan atau keganasan yang menyebabkan FRU datang? Jawapannya tiada malah semuanya tenang.
Pasukan konvoi berkenaan menuju ke pusat mengundi SRK (C) Sungai Chua dan memarkir kenderaan mereka di tepi jalan tetapi selepas lebihkurang 15 minit, mereka pun bergerak keluar kecuali beberapa trak LSF. Apakah itu satu langkah pencegahan dan berjaga-jaga pasukan keselamatan atau satu langkah menakutkan dan mengintidimasi pemilih, terutamanya dalam kawasan majoriti Cina?
Saya memahami kenapa parti bertanding masih berusaha meraih sokongan pemilih bagi calon mereka kerana segala usaha dan kudrat perlu dimanfaatkan untuk kemenangan dalam suasana pilihan raya yang dianggap berat sebelah dan tidak benar-benar adil. Apatah lagi media massa dilihat memberi liputan yang tidak adil.
Namun saya berharap semua pihak boleh menghormati tempoh bertenang (walaupun satu hari sahaja pada hari mengundi) supaya pemilih boleh keluar mengundi dengan tenang tanpa desakan, tekanan dan kesusahan. Bukankah pilihan raya satu proses untuk kepentingan rakyat sendiri?
Di sesetengah negara, tempoh bertenangnya mungkin selama satu, dua atau tiga hari. Di Indonesia, tempoh bertenang mereka selama dua hari iaitu sehari sebelum hari mengundi dan hari mengundi.
Saya juga memahami kepentingan pasukan keselamatan untuk memastikan suasana pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat namun kehadiran pasukan secara berlebihan boleh menjejaskan hak pemilih untuk keluar mengundi secara bebas dan tanpa tekanan atau rasa takut.
Barangkali jika dibuat kajian ‘survey’ mengapakah peratus keluar mengundi rendah (72.1% berbanding dengan 87.9% dalam PRU13), mungkin antara faktornya ialah ketegangan dan kesesakan.
Soal sama ada pilihan raya bebas dan adil masih terbuka.
Pada pendapat saya, jawapannya terletak kepada kemahuan pihak kerajaan pemerintah dan SPR yang perlu menanggapinya sebagai amanah, bukan keistimewaan atau kepentingan-kepentingan lain.
Yang pastinya, iltizam rakyat perlu dijadikan asas pemerintahan kerajaan; iltizam ini akan dizahirkan dalam pilihan raya yang berkala dan sah menerusi hak memilih yang saksama dan sejagat, dan akan diadakan secara undi rahsia atau dengan prosedur pengundian yang bebas.
______________
Penulis ialah Pengerusi Malaysians for Free and Fair Election (MAFREL).
Sumber HD - 24-3-2014
PRK Kajang terjemah sokongan rakyat kepada PR
- Mar 24, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan undi popular terhadap PKR hampir mencecah 60 peratus, ianya satu kejayaan yang sangat membanggakan.
Malah kata Anwar, lebih mengujakan apabila Pakatan Rakyat melalui calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi undi Melayu pada PRK tersebut.
"Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung, dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum.
"Sekarang dengan 60 peratus undi popular, ini satu breakthrough yang menunjukkan kekuatan sebenar kami (Pakatan Rakyat)," kata ketua pembangkang itu.
Beliau juga mendakwa, keputusan kali ini juga memberi penanda aras kepada MCA sama ada masih releven atau sebaliknya dalam politik negara.
"Pilihan raya ini juga medan menguji survival MCA. MCA yang mengatakan mewakili Cina di Malaysia, hanya dapat 25 peratus (undi) Cina sahaja, dan di kawasan Melayu mereka harap kepada Umno rasis berkempen, dan Alhamdulillah kita menang undi Melayu," kata beliau.
Turut ditanya wartawan berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan sekadar berkata, isu itu biar Selangor bincang dahulu.
Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu.
Sumber HD - 24-3-2014
TG Nik Aziz ucap terima kasih kepada pengundi Kajang
- Mar 24, 2014
- MIJIE YUSOF
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila ada banyak banyak universiti atau institusi pengajian tinggi serta bank ia menggambarkan penduduk di kawasan golongan cerdik.
“Terima kasih pengudi Kajang biar pun mereka berdepan kempen Umno dengan menggula-gulakan pelbagai projek dan bantuan namun mereka lebih matang.
“Syukur di atas keupayaan Pakatan Rakyat mempertahankan Dun Kajang. Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi,” katanya sebagai reaksi di atas kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Dun Kajang yang diumumkan malam tadi.
Presiden PKR itu menang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau mengatasi Datuk Seri Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
Pada pilihan raya kecil Dun Kajang semalam, Pakatan juga berjaya merobek kubu Umno di peti undi Sekamat dan Taman Delima.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, mengundi merupakan perkara baru kerana pada zaman lampau tidak ada proses pengundian, di mana pemerintah hanya diwarisi.
Menurutnya, sejak kerajaan Islam pertama diwujudkan di Madinah oleh Nabi Muhammad SAW sehingga Khalifah Othmaniah di Turki, tidak ada proses pilihan raya seperti sekarang.
“Perkara agak baru dalam kalangan orang Islam, namun masih ada yang tidak berapa faham keperluan mengundi dalam Islam,” ujarnya.
Sumber HD - 24-3-2014
Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang 7 April
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh memberitahu demikian pada sidang media di Pusat Pengiraan Undi, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, malam tadi.
Beliau menyatakan demikian selepas Dr Wan Azizah diumumkan memenangi PRK Dun Kajang.
Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang semalam dengan majoriti 5,379 undi selepas mendapat 16,741 undi berbanding pencabarnya dari BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengutip 11,362 undi.
Dengan kemenangan itu, beliau menggantikan Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.
Sumber HD - 24-3-2014
Kajang: Bukan saja majoriti, undi BN juga merosot
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, blogger Idaman mempersoalkan kenapa tidak ditulis jumlah undi yang didapati oleh calon BN daripada MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas berbanding dengan PRK kajang.
Pada PRU13 yang lepas, calon BN dari MCA memperolehi sebanyak 12,747 undi sementara pada PRK Kajang pula mendapat hanya 11,362 undi iaitu berkurangan sebanyak 1,385 Undi.
Bagaimanapun, peti undi di kawasan majoriti Melayu di mana pada PRU13 telah dimenangi oleh calon BN dari MCA iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima, kedua-dua peti undi tersebut pada PRK kali ini telah dimenangi oleh calon PKR.
Begitu juga dengan saluran 4, 5 dan 6 di semua daerah mengundi telah dimenangi oleh PKR berbanding PRU13 lepas.
PKR hanya menang saluran 4,5 dan 6 pada PRU13 di kawasan Cina dan India, tetapi kali telah menang bergaya di kawasan pengundi majoriti Melayu.
Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 34,290 pada PRU13 lalu.
Sumber HD - 24-3-2014
PKR Kajang meletak Pakatan Rakyat agregat 2-1
- Mar 24, 2014
- M FAQIH
MUNGKINKAH ia dikatakan sebagai kondisi politik baru apabila ada wakil rakyat sanggup meletak jawatan. Jarang benar berlaku sebelum ini, biar pun Umno memulakan dramatik itu di Selangor pada 1997.
Apa pun ia lebih bertanggungjawab berbanding kes hijrah sokongan di Perak pada 2009. Tentunya ramai masih ingat bekas Adun Jelapang, Changkat Jering dan Behrang enggan meletak jawatan biar pun meninggalkan Pakatan Rakyat.
Bekas Adun, Jelapang Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) tidak menghiraukan soal maruah selepas dirasuk meninggalkan perjuangan lama.
Ketika berada dalam kerajaan Pakatan, mereka ada kedudukan tinggi. Isunya sekarang adakah mereka lebih bermaruah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang.
Percaturan serupa juga pernah dilakukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh pada 31 Julai 2008. Kemudian diulangi Fairus Khairuddin di Penanti pada April 2009.
Ketika itu Fairus berada di kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Mungkin ia tidak pernah diimpikan anak muda Melayu sepertinya merasai kemuncak kedudukan di herarki kabinet negeri.
Persoalannya mengapa tindakan itu hanya berlengkar dalam kalangan PKR dan tidak parti lain. Dan semalam berulang semula di Kajang.
Namun sebenarnya ia bukan isu terpencil. Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib di Selangor.
Abu Hassan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang. Ketika itu Dun berkenaan disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
Abu Hassan dipanggil kembali ke Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar selepas Muhamad berdepan kes mahkamah di Australia.
Ekoran itu pilihan raya kecil diadakan di kedua-dua kerusi tersebut pada 29 Mei 1997. Barisan Nasional mengekalkan kemenangan. Akhirnya Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini sembang-sembang di kedai kopi, taktik serupa berulang dalam episod di Kajang. Ramai orang bercakap Tan Sri Khalid Ibrahim akan diganti tokoh lain sebagai CEO kerajaan Selangor.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membayangkan Khalid seperti tidak kekal di kedudukan sekarang. Namun darjah lencongan berlainan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, angkara episod liwat II.
Bagaimanapun percaturan baru itu dianggap Dr Takiyuddin Ismail dari UKM sebagai bukan politik baru. Sebaliknya dilabelnya dengan gelaran politik kurang berhemah.
“Apa pun tidak mudah untuk menambah majoriti PRU lepas di Kajang. Mungkin kurang sikit walau pun KeADILan boleh menang,” katanya ketika dihubungi kelmarin.
Baginya dalam situasi selepas ini Khalid tetap Menteri Besar Selangor.
Majoriti merosot
Malam tadi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disahkan menduduki kerusi Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Kak Wan mendapat 16,741 undi, manakala Datuk Seri Chew Mei Fun mewakili MCA memperolehi 11,362 undi.
Biar pun berdepan dengan kempen berat sebelah melalui media arus perdana, Pakatan Rakyat berjaya merebut semula hati pengundi Melayu.
Peti undi Sekamat dan Taman Delima mulai terkena tempias kondisi 1998. Episod penganiayaan terhadap Anwar berjaya menarik emosi simpati pengundi Melayu.
Sama seperti berlaku pada 1998 ketika Anwar dijatuh hukuman penjara enam tahun, angkara episod liwat I.
Majoriti Mei lalu sukar dipertahankan antara faktornya kerana hanya 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Sedangkan peratus keluar mengundi pada PRU13 - 87 peratus.
Move Kajang juga membolehkan PKR mengurangkan penguasaan Umno di Sungai Kantan dan Batu 10.
Ternyata bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh berjaya memulakan episod baru bagi politikus Cina, selepas tindakan meletak jawatan hanya berligar kalangan pemimpin politik Melayu sahaja.
Lee memecah royong daripada kelompok bukan Melayu. Bermula tindakan Lee itu pada 27 Januari lalu, BN dan rakan sekutu Pakatan diheret sama merasai suhu kemelut di Selangor.
Bagi pengamat politik pertengahan, langkah Lee dianggap menyusahkan. Namun politik perlu sentiasa diberi wajah baru, tanpa kekal stereotaip sejak merdeka.
Agregat 2-1
Berbeza dengan situasi pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan kerana terpaksa.
Pada Ramadan lepas PRK pertama diadakan pasca PRU-13 bermula di Kuala Besut.
Pilihan raya tersebut diadakan pada 20 Julai 2013 selepas Adun BN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia.
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mencatat jaringan 1-0 mengenepikan Endot @ Azlan Yusof dari PAS. Kemudian kedudukan terikat dengan 1-1 pula apabila muncul PRK Sungai Limau di Kedah.
Kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak mengundangkan kepada PRK kedua. Pada 4 November 2013 PAS melalui Ustaz Mohd Azam Abdul Samat mengekalkan kerusi diterajui Ustaz Azizan sejak 2004.
Beliau mengatasi bekas pensyarah UPSI, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Kedua-dua pilihan raya tersebut adalah kes stereotaip, diadakan kerana terpaksa ekoran berlaku kematian.
Kajian kes berlainan di Kajang dan Dun Balingian. Ia diadakan selepas dikosongkan. Penyandang di Balingian Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Abdul Taib bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak ini. Jelaslah di sini, rentak baru politik mulai menjalar perlahan-lahan dalam pada 28 Febuari lepas.
PRK Balingian ditetapkan pada 29 Mac melengkapkan herokan demokrasi di Malaysia.
Hujah untuk menghukum Lee dalam kes Kajang menjadi sukar kerana ia dibiarkan berlaku di Balingian dalam tempoh hampir sama. Biar pun pada awalnya Kajang dan Balingian sukar diramal untuk berlaku kes pengosongan kerusi.
Kalau ada pun riak di Sarawak kerana suhu politik Taib sudah lama mendidih sejak pilihan raya negeri April 2011. Ikrarnya untuk berundur sudah kedengaran.
Di Kajang langsung di luar percaturan pengamat politik matang, biar pun isu dalaman di Selangor sudah diketahui umum.
Penamatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 31 Disember lepas memulakan kronologi baru di Selangor.
Sarjana sains politik, Wan Nik Wan Yussof berkata, sebelum itu pun kepanasan iklim pentadbiran Selangor sudah terasa.
“Kak Wan mengosongkan kerusi di Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar. Kini giliran Wan Azizah pula mengisi kekosongan ditinggalkan Lee Chin Cheh.
“Kak Wan mempertahankan Permatang Pauh dua penggal pada 1999 dan 2004. Pakatan move di Kajang sekarang untuk memulakan langkah ke Putrajaya,” katanya.
Bagaimanapun baginya pertimbangan MCA di bawah Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai perlu diambil kira jentera Pakatan di Kajang.
Selain itu ketiadaan Anwar kerana kes mahkamah sedikit sebanyak memberi kesan kepada perubahan pelan awal yang diatur. Namun baginya Kak Wan bukan orang asing kerana jasa dengan keringatnya sudah dicatat sejarah.
Rakyat Kajang menjulang semula pasca reformasi. Pada PRU 1999 Barisan Alternatif melonjak kerana Anwar dipenjarakan.
Sekarang PRK Kajang berlangsung ketika Anwar sekali mahu diusung ke penjara. Apa pun Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Ab Kadir berkata, kemenangan sudah ada di hadapan mata.
Bekas pensyarah Sains Politik UKM, Wan Abdul Rahman Wan Latiff dalam mesejnya “Kajang kekal dalam mood 2013”.
Ketika telahan banyak pihak dirasai, agregat PRK nampaknya sudah dicatat 2-1. Namun harus ingat Balingian memberi ruang semula kepada BN untuk mengikat agregat 2-2.
Sumber HD - 23-2014
PRK Kajang: PR berjaya kembalikan sokongan Melayu
- Mar 24, 2014
- SALMIYAH HARUN
\
Kejayaan Wan Azizah diraikan bersama suami dan anak-anak.
KAJANG: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang semalam menyaksikan perkembangan baik buat Pakatan Rakyat apabila dua peti undi majoriti orang Melayu berjaya dimenangi.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, kemenangan dua peti undi di Sungai Sekamat dan Kantan Permai menggambarkan Pakatan Rakyat berjaya mengembalikan sokongan daripada pengundi Melayu.
"Ini satu berita yang menggembirakan, satu perubahan yang luar biasa," katanya.
Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat perlu melihat kembali terhadap penurunan undi kaum Cina kepada mereka dalam PRK ini.
Katanya, yang tidak menolak pengundi di kawasan Cina agak menurun khususnya di saluran anak muda berkemungkinan mereka tidak ada di dalam kawasan.
"Mungkin mereka merasakan tidak penting untuk kembali. Dan kita perlu lihat kedudukan sebenar perkara ini," katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi di Stadium Bangi malam tadi.
Mengulas berhubung dakwaan mengatakan PAS memboikot PRK Kajang, Hatta menafikan bahkan menjelaskan jentera PAS mula bergerak sejak awal lagi sebaik sahaja penamaan diumumkan.
Malahan katanya, PAS diberikan peranan besar di beberapa peti undi khususnya di kawasan Melayu.
"Tiada boikot sama sekali, malah kita buat yang terbaik," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Justeru katanya, walaupun undi untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menurun tetapi pencapaian peratusan undi kali ini meningkat kepada 65 peratus.
"Saya minta rakyat kena sedar bahawa kita buat penilaian awal terhadap kerajaan BN nampaknya mereka masih tidak sedar lagi bahawa mereka tidak popular. Inilah kesan PRK," katanya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
BERIKUT adalah keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang mengikut lokaliti/daerah mengundi:
TAMAN KOTA CHERAS
BN/MCA : 630
PR/PKR : 1202
UNDI ROSAK : 242
MAJORITI : 572
SUNGAI SEKAMAT
BN/MCA : 1603
PR/PKR : 1667
UNDI ROSAK : 0
MAJORITI : 64
SAUJANA IMPIAN
BN/MCA : 627
PR/PKR : 775
UNDI ROSAK : 35
MAJORITI : 148
TAMAN MESRA
BN/MCA : 422
PR/PKR : 557
UNDI ROSAK : 1
MAJORITI : 135
SUNGAI KANTAN
BN/MCA : 1038
PR/PKR : 813
UNDI ROSAK : 5
MAJORITI : 225 (KALAH)
TAMAN KAJANG BAHARU
BN/MCA : 927
PR/PKR : 1724
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : 797
KAJANG
BN/MCA : 569
PR/PKR : 1019
UNDI ROSAK : 3
MAJORITI : 450
SG CHUA SATU
BN/MCA : 826
PR/PKR : 2551
UNDI ROSAK : 12
MAJORITI : 1725
SG CHUA DUA
BN/MCA : 487
PR/PKR : 1475
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : 988
SG CHUA TIGA
BN/MCA : 124
PR/PKR : 410
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : 286
SG CHUA EMPAT
BN/MCA : 157
PR/PKR : 468
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : 311
SG CHUA LIMA
BN/MCA : 366
PR/PKR : 1099
UNDI ROSAK : 51
MAJORITI : 733
TAMAN DELIMA
BN/MCA : 627
PR/PKR : 630
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : 3
KANTAN PERMAI
BN/MCA : 1031
PR/PKR : 1351
UNDI ROSAK : 24
MAJORITI : 320
BANDAR KAJANG
BN/MCA : 285
PR/PKR : 548
UNDI ROSAK : 4
MAJORITI : 263
BATU 10 CHERAS
BN/MCA : 578
PR/PKR : 425
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : 153 (KALAH)
UNDI AWAL
BN/MCA : 999
PR/PKR : 66
MAJORITI : 933
UNDI POS
BN/MCA : 18
PR/PKR : 8
MAJORITI :10
JUMLAH UNDI
MC/BN
BIASA : 10,297
AWAL : 981
POS : 18
JUMLAH : 11,362
PR/PKR
BIASA : 16,701
AWAL : 57
POS : 8
JUMLAH : 16,741
MAJORITI : 5,379
Sumber HD - 24-3-2014
Kajang langkah awal ke Putrajaya – Dr Wan Azizah
- Mar 23, 2014
- ANIS NAZRI
KAJANG: Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebagai membuktikan keberkesanan 'Langkah Kajang'.
Beliau juga menyifatkan kemenangan ini sebagai langkah pertama menuju Putrajaya, dengan peningkatan undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda.
Kemenangan itu juga, katanya lebih manis apabila Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN.
"Peningkatan undi Melayu terhadap kita menunjukkan trend yang positif yang boleh memberikan kemenangan dan terus ke Putrajaya," kata beliau kepada media.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pusat penjumlahan undi, Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, sejurus selepas diumumkan sebagai Adun baru Kajang.
Dalam pada itu, Wan Azizah menjelaskan penurunan majoriti diperolehi PKR kali ini terkesan dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu.
Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi Dun Kajang yang memilih beliau sebagai wakil rakyat selain jentera parti dari PKR, PAS dan DAP yang bertungkus-lumus sepanjang kempen selama ini.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah PRK Kajang, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang berperanan sepanjang kempen ini," ujarnya.
Presiden PKR itu turut mengulangi komitmen untuk menunaikan semua perkara yang terkandung dalam manifestonya sebagai langkah awal khidmatnya kepada penduduk Kajang.
Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
YB Dr WAWI - https://www.youtube.com/watch?v=ObiSKch_0ZI
Sumber HD - 23-3-2014
Sah! Dr Wan Azizah Adun baru Kajang
Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
Proses penjumlahan undi berlangsung di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman sebentar tadi.
Sejumlah 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah 87 peratus.
PKR juga meningkatkan penguasaan di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima.
PPPRDUNKJG - https://www.youtube.com/watch?v=v85fUviMfFE
Sumber HD - 23-3-2014
Keputusan tidak rasmi: Dr Wan Azizah Adun Kajang
- Mar 23, 2014
- SALMIYAH HARUN & ANIS NAZRI
PKR dijangka memenangi kerusi itu dengan sedikit penurunan majoriti berbanding 6,824 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum (PRU) Mei tahun lalu.
Sehingga jam 8.42 malam tadi, Dr Wan Azizah mendahului dengan 11,267 undi dengan calon BN mendapat 7,124 undi.
Sejumlah 28 peti undi belum dikira.
Proses penjumlahan undi sedang berjalan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Keputusan rasmi bakal diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang seawal jam 9 malam.
Seramai 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah 87 peratus.
Sementara itu, Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan kemenangan PKR di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima, lapor Malaysiakini. PKR tewas di kedua-dua kawasan tersebut pada PRU lalu.
Sumber HD - 23-3-2014
Penyokong Wan Azizah berkumpul berhampiran Surau Ibnu Sina
- Mar 23, 2014
- SALMIYAH HARUN
Calon PRK Dun Kajang yang juga Presiden PKR dijangka sampai di lokasi perkumpulan selepas waktu Maghrib.
Kesemua 15 pusat mengundi PRK Dun Kajang ditutup pada 5 petang tadi setelah dibuka sejak 8 pagi.
Pengiraan undi bermula jam 6 petang tadi di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam ini.
Pilihan raya kecil ini, Dr Wan Azizah menghadapi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun. Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.
Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Sumber HD - 23-3-2014
Kekecohan tidak berlaku jika polis bertindak pantas
- Mar 23, 2014
- SALMIYAH HARUN
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli kekecohan ini timbul ekoran penyokong BN yang diletakkan di kedua-dua bahu jalan mengundang suasana yang tidak terkawal.
"Di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat penyokong BN duduk di dua-dua belah jalan dan memang tidak selamat ," katanya ketika ditemui di UPU Sungai Kantan.
Hatta juga mengesahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang penyokong BN ketika melawat UPU Sungai Sekamat.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu dilindungi beberapa pengawal peribadinya.
"Saya yang ada beberapa langkah di belakang Anwar hampir diserang oleh penyokong BN. Lepas itu beberapa minit kemudian barulah FRU dibawa masuk ke pusat pengundian ini,"katanya.
Bagaimanapun katanya suasana ini dapat dikawal jika sekiranya pihak berkuasa memainkan peranan awal dengan mengasingkan kedua-dua penyokong dan diletakkan dalam jarak yang agak jauh sedikit.
Hatta tidak menolak PRK yang melibatkan calon berprofil tinggi memang menjadi perhatian ramai tetapi bertindak menyerang mana-mana pemimpin bukan situasi zaman sekarang.
"Saya tidak terkejut kalau ramai yang datang merayu undi tetapi serang menyerang ke atas pemimpin kita kembali ke zaman dahulu. Sekarang kita sudah zaman moden. Hendak berkempen silalah tetapi serang menyerang ini adalah luar daripada sikap kita," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Beliau juga mengakui provokasi lucah datang daripada pihak sebelah BN yang dilihat tidak masuk akal bagi orang yang berbudaya.
"Saya mengatakan penyokong Pakatan Rakyat walaupun diprovokasi sebegitu yang boleh undang marah tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah untuk menyerang mereka.
"Mungkin mereka berkata-kata lucah dan kita tidak layan itulah membuatkan mereka bertambah marah,"ujar Hatta.
Beberapa pusat mengundi seperti di Sungai Chua dan Sungai Kantan turut dilaporkan berlaku kekecohan menyebabkan FRU dikerahkan untuk mengawal keadaan.
Berlaku perang mulut di antara dua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat.
Penyokong BN mengeluarkan perkataan lucah manakala penyokong Pakatan Rakyat membalas dengan menyebut 'kangkung'.
Sumber HD - 23-3-2014
Pelbagai aksi tarik perhatian pengundi
- Mar 23, 2014
- AFEEQA AFEERA
Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua menyindir pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.
Ia bagi menempelak upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat MH370 yang hilang.
Di Sekolah Kantan Permai, penyokong PKR membuat aksi ritual perbomohan dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.
Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung bagi menempelak ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.
Pihak lawan, BN pula menggunakan ungkapan lucah sebagai modal mengejek penyokong Pakatan Rakyat. – Selangor Kini
AKSI PETUGAS -
1. https://www.youtube.com/watch?v=InrfE7UAQsg
2. https://www.youtube.com/watch?v=tkzpUOPrDn8
Sumber HD - 23-3-2014
SPR hanya beri tumpuan pada kangkung dan buah kelapa
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
“Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.
“Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangorkini.
“Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian.
Sumber HD - 23-3-2014
Peratus keluar mengundi dijangka capai 80 peratus
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga 11 pagi, 12,288 atau 32.29 peratus daripada 38,055 pengundi telah keluar menunaikan hak masing-masing.
Pemerhatian SPR sejak pusat mengundi dibuka pada 8 pagi mendapati pengundi dan penyokong kedua-dua parti memberi kerjasama dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di sini hari ini.
Sebanyak 15 pusat mengundi dibuka untuk PRK Kajang dan akan ditutup pada pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 9 malam.
Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta pemimpin politik menasihatkan penyokong dan jentera parti yang hadir ke pusat-pusat pengundian supaya sentiasa berhemah, sopan dan mematuhi arahan bagi memastikan kelancaran proses pengundian selesai.
Beliau juga menasihatkan penyokong parti politik tidak menimbulkan provokasi yang boleh mengganggu proses pengundian dan ketenteraman awam.
"Tempoh berkempen sudah tamat pada 12 tengah malam tadi. Hari ini pengundi hadir bagi membuat keputusan siapa yang patut dipilih, dan mereka tidak harus diganggu lagi," katanya. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Pusat pengundian PRK Kajang ditutup, keputusan seawal jam 9.00 malam
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Chua.
Proses pengundian turut berlangsung di Balai Raya JKKK Kg Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.
SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil itu mampu mencapai sehingga 80 peratus dan sehingga pukul 4 petang, 25,511 atau 67.04 peratus daripada 38,055 pengundi, keluar menunaikan hak masing-masing.
Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam ini.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun kedua-dua calon tidak mengundi.
Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
Lee menang kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Pusat mengundi SK Sungai Kantan kecoh
- Mar 23, 2014
- SALMIYAH HARUN & ANIS NAZRI
KAJANG: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal.
Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit.
Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara.
Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana.
Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN.
Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka.
Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal.
Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini.
Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN.
"Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya.
Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini.
PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat digodam
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.
"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadi hingga sekarang tak henti-henti.
"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ni," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.
Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; ”Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar” dan “Duit telah ada pada aku bila nak ambil”.
"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya,” katanya kepada Harakahdaily.
Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.
Ekoran itu, beliau telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms daripada penerima mesej itu sama ada Melayu, Cina, India termasuk pendatang asing yang bekerja di negara ini sehingga pagi ini.
Beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Celcom malam tadi.
Sumber HD - 23-3-2014
PRK Kajang: 15 pusat pengundian dibuka jam 8 pagi
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Pusat mengundi itu ialah Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat; SK Saujana Impian; Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang; SK Sungai Kantan; Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Tinggi Kajang; SMK Convent Kajang; dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C) Sungai Chua.
Balai Raya JKKK Kampung Baru Sungai Chua; Pusat Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan Sungai Chua; Dewan Orang Ramai Sungai Chua; SAR (KAFA Integrasi) Taman Delima; SK Kantan Permai; SK Kajang dan Kompleks Penghulu mukim Cheras.
Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.
SPR juga menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang. – Bernama
Sumber HD - 23-3-2014
Mesej ‘Demi Selangor’ fitnah, cubaan lagakan pimpinan PR
- Mar 23, 2014
- Mohd Ezli Mashut
Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat.
“Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru,” kata Abdul Khalid.
Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain.
Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang. - Selangorkini
Sumber HD - 23-3-2014
38,055 pengundi Dun Kajang buat keputusan hari ini
- Mar 23, 2014
- HARAKAHDAILY
PRK yang diadakan ekoran perletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lalu memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat dalam apa yang disifatkan sebagai “langkah Kajang”.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya dinamakan sebagai calon PKR bagi PRK Kajang bagaimanapun tidak layak bertanding selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah dalam perbicaraan segera yang diadakan enam hari sebelum penamaaan calon.
Tempat beliau kemudian diisi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah menghadapi calon ‘underdog’ iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mewakili BN.
Tempoh berkempen 12 hari yang ditetapkan SPR bagaimanapun ‘digerhanakan’ dengan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lepas.
Sejumlah 3,000 anggota dan pegawai polis bertugas sepanjang PRK Kajang berlangsung.
Pada PRU13, 5 Mei lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Lima belas pusat mengundi dibuka pada Ahad dari 8 pagi hingga pukul 5 petang membabitkan 84 saluran mengundi.
Sumber HD - 23-3-2014
PRK Kajang: Polis jamin keselamatan pengundi
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata orang ramai tidak perlu bimbang atau ragu-ragu untuk keluar mengundi kerana lebih 3,000 anggota polis, termasuk 800 polis trafik, telah ditempatkan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
"Di pihak polis, kami bersedia sepenuhnya. Saya ingin memberi jaminan kepada penduduk Kajang tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami akan membantu anda jika ada keperluan.
"Tiada perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku esok... kami bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Shukri berkata semua kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan memasuki kawasan Kajang bermula 12 tengah malam ini sehingga 4 petang esok untuk mengelak kesesakan lalu lintas selain memudahkan orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Semua kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kajang, khususnya di Bandar Kajang yang jalannya agak sempit, hanya bas awam dibenarkan," katanya.
Sementara itu, Mohd Shukri memberi amaran kepada parti bertanding agar tidak berarak untuk meraikan kemenangan selepas pengumuman keputusan rasmi dibuat esok.
"Sebarang perarakan dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan di kawasan Kajang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggugat ketenteraman awam," katanya.
Mohd Shukri berkata polis telah membuka tujuh kertas siasatan kerana melanggari Akta Kesalahan PIlihan Raya 1954 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit semasa kempen PRK Dun Kajang.
"Setakat ini, PRK Kajang berjalan dengan lancar dan teratur tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya sambil menambah bahawa sepanjang 12 hari berkempen, 272 aktiviti kempen dan ceramah telah diadakan. - Bernama
Sumber HD - 22-3-2014
Pemuda yakin anak muda Sg Sekamat undi PR
- Mar 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
Bagi pemuda Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda Keadilan Ampang dan Pandan dengan kerjasama Pemuda PAS Sungai Sekamat mempunyai program tersendiri untuk meraih undi anak muda.
Petang tadi mereka mengadakan aktiviti santai yang diberi nama Longgok-longgok Anak Muda Sungai Sekamat.
Aktiviti yang singkat itu turut menyediakan khidmat menukar minyak hitam percuma bagi 100 biji motorsikal pertama.
"Kita hanya bagi khidmat ini kepada pengundi di Sungai Sekamat sahaja, paling tidak mereka boleh tukar minyak hitam yang berharga RM20 sebotol. Ini percuma," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Hulu Langat Abdul Halim Abdullah.
Bukan itu sahaja mereka turut mengagihkan pisang goreng dengan resepi istimewa yang baru diperkenalkan iaitu pisang goreng bercoklat 'cheese'.
Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama- sama Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud turut tidak melepaskan peluang merasai resepi baru pisang goreng itu seterusnya mengagih-agih kepada pengundi.
"Saya dapat resepi baru yang tidak pernah saya cuba," Seloroh Dr Siti Mariah yang turut mengingatkan para pengundi agar keluar mengundi lebih awal.
Menurut Ketua AMK Cabang Ampang Daeng Mohd Ridhuan PKR yakin UPU Sungai Sekamat akan memberi undi kepada Wan Azizah berdasarkan culaan yang dibuat mereka.
Tambahan pula katanya, hasil kerjasama baik dengan PAS Sungai Sekamat memberi peluang besar untuk menang pada kali ini.
"Kita dapat kerjasama erat dengan PAS, culaan bersama kita target menang di UPU ini. Sebelum ini kita hanya harapkan PAS. Kali ini sokongan penuh PAS amat saya hargai," katanya ketika ditemui.
UPU Sungai Sekamat antara empat kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti 239 undi. Tiga kawasan lagi termasuk Sungai Kantan, Batu 10 Cheras dan Saujana Impian yang mana majoriti pengundinya adalah Melayu.
Sumber HD - 22-3-2014
Jangan 'over confident', keluar mengundi esok
- Mar 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud teruja dengan sambutan pengundi Kajang terhadap calon, PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang amat memberangsangkan.
"Jadi kita rasa calon kita menang tapi kita kena ingat jangan 'over confident' sehingga kita tidak keluar mengundi.
"Masing-masing kalau dah kata kita menang jadi tak payahlah keluar mengundi. Jangan tak keluar mengundi. Saya minta semua mesti keluar mengundi," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR petang tadi.
Bagaimanapun beliau menyeru agar para pengundi N25 Kajang keluar mengundi awal pagi esok kerana dijangkan hujan di sebelah petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di Dun itu pada pilihan raya lepas.
Esok adalah hari penentu bagi kedua-dua calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun untuk dipilih menjadi menjadi wakil rakyat Kajang yang baru.
Sumber HD - 22-3-2014
PRK Kajang dan 'cult politics'
- Mar 22, 2014
- A KADIR JASIN
Esok, Ahad 23 Mac pemilih Adun Kajang akan keluar mengundi. Berpandukan aliran semasa dan sejarah pengundian, Pakatan Rakyat melalui PKR akan mengekalkan kerusi itu.
Berbalik kepada kecenderungan yang semakin menular ke arah “cult politics,” adalah tidak memeranjatkan yang agenda, dasar dan peruntukan kewangan tidak dapat mengatasi isu watak dan peribadi.
Jadi tidak hairanlah kalau Anwar Ibrahim menjadi “cult figure” dalam PRK Kajang.
Kalau benar sekali pun laporan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Mohd Yassin, telah menggesa Puteri Umno supaya mengingatkan pengundi Kajang agar tidak terpengaruh dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sedang berdoa ia tidak akan memberi kesan besar kepada penyokong pembangkang.
Lagipun orang Islam digalakkan berdoa. Muhyiddin sebagai anak orang alim tentu mengakui dan menghormati doa dan hak seseorang berdoa.
Kalau PKR dan PR menggunakan perwatakan Anwar sebagai bahan kempen PRK Kajang, ia adalah perkara biasa kerana Umno dan BN pun melakukan hal yang sama.
Kita tentu masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak begitu yakin bahawa beliau popular dan boleh memberi kemenangan besar kepada BN walaupun parti campuran itu lemah.
Maka beliau menjadikan diri beliau sebagai matlamat dengan slogan seperti “Sokong Saya Undi BN” manakala para strategis beliau meniru kempen pilihan raya presiden Barrack Obama.
Tetapi tanggapan Mohd Najib meleset dan strategi pilihan raya ala-presiden Amerika tidak menjadi.
Sepatutnya, semakin maju pemikiran dan tahap sosial kita, semakin egalitarian pula pendirian kita. Kita akan memilih pemimpin yang berwibawa bukan yang dikenali kerana nama dan keturunan.
Sebaliknya kita masih dikhayalkan oleh nama dan keturunan walaupun kita tahu bahawa bukan semua anak rintik walaupun bapanya borek. Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber HD - 22-3-2014
PRK Kajang: Molokov cocktail diletak di bilik gerakan PKR
- Mar 22, 2014
- ANIS NAZRI
KAJANG: Sehari sebelum pengundi Kajang membuat pilihan untuk memilih wakil rakyat, kempen ganas dan kotor terus mencemari kempen pilihan raya kecil Dun Kajang.
Sebutir molokov cocktail didapati mencemari bilik gerakan PKR awal pagi tadi, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Insiden tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 3 hingga 6 pagi itu berlaku di Bilik Gerakan Taman Kajang Baru, bagaimanapun tidak meletup.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar pada sidang media, di Bilik Gerakan Utama di Sungai Sekamat, petang ini.
PKR telah membuat laporan polis pada jam 11 pagi tadi bagi menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut.
(Lanjut menyusul)
Sumber HD - 22-3-2014
PRK Kajang: SPR jangka lebih 80% keluar mengundi esok
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.
Pada masa sama beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.
Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di Dun itu melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.
Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.
Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.
Pilihan raya kecil DUN itu diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
Esok, pengundi di Dun itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu.
Sumber HD - 22-3-2014
Tampal logo DAP di papan tanda masjid untuk cetus provokasi
- Mar 21, 2014
- ANIS NAZRI
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga mendapat maklumat tentang kewujudan pelekat logo DAP di kawasan-kawasan majoriti Melayu.
Pelekat berlogo DAP itu diletakkan di papan tanda surau dan masjid berkenaan.
Kejadian dimaklumkan kepada pihak PKR awal pagi ini oleh calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.
Perkara tersebut turut diakui Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin yang menegaskan Pakatan Rakyat tidak sesekali membenarkan taktik kotor sebegini dilakukan.
"Kita beranggapan pihak tidak bertanggungjawab sengaja memainkan sentimen pengundi Melayu kerana melihat pertambahan sokongan yang diperolehi kita dengan pengundi Melayu," tegas beliau.
Justeru, beliau meminta pihak jawatankuasa masjid dan surau berkenaan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dikenal pasti dan di bawa ke muka pengadilan.
Sumber HD - 21-3-2014
PKR selar tindakan simbah cat poster calon BN
- Mar 21, 2014
- SALMIYAH HARUN
Billboard calon BN itu yang terletak di hadapan bangunan pusat membeli belah Tesco Extra Saujana Impian telah disimbah cat merah selepas jam 3.00 pagi tadi.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 9.00 pagi tadi.
"Saya dapat makluman sehingga jam 3.00 pagi belum ada cat di situ dan waktu itu juga ada sekatan jalan raya oleh polis.
"Tiba-tiba pagi ini calon kita maklumkan ada cat merah di calon BN,"katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, PKR sentiasa mengingatkan para petugas mereka agar mempunyai disiplin yang tinggi dan tidak melakukan politik kotor semasa berkempen.
Sementara itu, Ketua Bilik Operasi 11 Suhaimi Shafie mengerahkan jentera parti mengawasi penyebaran bahan-bahan fitnah dan propaganda oleh pihak lawan di masjid-masjid sekitar Kajang.
Katanya, tempoh baki berkempan yang tinggal sehari lagi pelbagai serangan yang akan dibuat oleh pihak lawan untuk meraih undi mereka.
"Semalam kita masih jumpa bahan kempen yang mencerca dan merendahkan calon kita. Kita tidak kempen macam itu.
"Kita akan pastikan ada petugas-petugas kita di masjid-masjid dan bersedia merampas risalah propaganda," katanya.
Sumber HD - 21-3-2014
- Mar 21, 2014
- ANIS NAZRI
KAJANG: Kira-kira 200 kain rentang serta 10 papan iklan kempen PKR diturunkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kerana didakwa mempunyai unsur hasutan.
Operasi menurunkan bahan kempen PKR itu dilapor berlaku sekitar jam 5 petang semalam, dan berterusan sehingga jam 3 pagi tadi.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin, berkata terdapat dua kain rentang yang dikatakan sensitif dan berbaur hasutan iaitu satu darinya memaparkan wajah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik jeriji besi penjara di sebelah kiri kain rentang tersebut.
Manakala, wajah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, di sudut sebelah kanan kain rentang sedang mengelap air mata, dengan kata-kata "You're Never Walk Alone" di bawahnya.
Sim berkata, apabila pihaknya mempersoal tindakan itu, petugas SPR mengatakan kain rentang tersebut berbaur hasutan dan bersifat provokatif.
"Kami tidak lihat di mana ia berbaur hasutan. Apa yang hasutan dan provakatif? Ia hanya memaparkan seorang isteri yang setia bersedih dengan nasib yang dialami suaminya," tegas beliau pada satu sidang media, di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, pagi ini.
Menyifatkan alasan tersebut sebagai satu gangguan terhadap kempen pilihan raya dan tindakan tidak profesional, Sim berkata ia juga merupakan penyalahgunaan kuasa SPR terhadap parti yang bertanding.
Selain kain rentang tersebut, satu lagi kain rentang yang diturunkan memaparkan wajah Anwar.
SPR ketika menjawab bantahan yang dikemukakan, berkata gambar Anwar tidak dibenarkan dipapar di kain rentang tersebut memandangkan Anwar bukanlah calon di Kajang.
"Alasan SPR itu mengarut. Kalau kita tengok di sekitar Kajang, terdapat semua gambar pimpinan BN, termasuk gambar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin yang juga bukan calon untuk kawasan ini," kata beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata ketika mendapat maklumat berkenaan operasi tersebut, beliau bersama beberapa pimpinan lain pergi ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 hingga 40 orang pegawai SPR dan polis berada di situ.
Beliau berpandangan sesuatu kain rentang itu boleh disifatkan sebagai hasutan sekiranya benar-benar terdapat ayat hasutan ataupun kata-kata menyerang calon lawan.
"Jika benar ada ayat-ayat hasutan dan juga perkataan yang menyerang calon lawan, kita boleh terima alasan SPR tersebut," kata Gooi.
Sumber HD - 21-3-2014
Pakatan ada cara kurangkan tarif elektrik - Husam
- Mar 21, 2014
- SALMIYAH HARUN
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.
Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.
"Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja.
"Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan transmition cable di mana dalam ekonomi haba arang batu lebih mahal daripada haba elektrik," katanya.
Tambahnya, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.
"Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah kita akan jimat kos," katanya.
Dengan penyelesaian ini, jelasnya harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kenapa kerajaan BN tidak buat macam ini kerana mereka ada kepentingan-kepentingan lain.
"Jadi kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya seluruh masalah-masalah lain dan ekonomi dalam negara kita boleh selesaikan," katanya.
Hari ini rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.
1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.
Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.
Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.
Sumber HD - 21-3-2014
OK, insya Allah tapi jangan terlalu yakin – Wan Azizah
- Mar 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah penting bukan sahaja kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, tetapi kepada Pakatan Rakyat dalam memperkukuh pengaruh mereka ke Putrajaya.
Wartawan Harakahdaily Mohd Nazri Abdullah, Muhammad Faizal serta jurufoto Wan Zahari mendapatkan Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan untuk potensi dan harapan beliau di Kajang ini.
Harakahdaily: PRK Kajang masih berbaki beberapa hari lagi, bagaimana kempen Kak Wan setakat ini serta penerimaan orang ramai.
Wan Azizah: Setakat ini Alhamdullilah penerimaan yang baik, memanglah ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang tegar. Tapi ini lebih kepada petugas-petugas yang dimasukkan khas untuk meraih undi. Yang lain tu ada tempat-tempat Kak Wan pergi memberikan harapan yang tinggi, Insyaallah.
Harakahdaily: Setakat ini kalau dikira peratusan jelajah Kak Wan untuk kempen ini sejauh mana sudah dicapai.
Wan Azizah: Mungkin lebih sedikit daripada sebelum ini, tapi saya tidak mahu menjangkakan selesa kerana itu akan mengganggu kerja. Tapi setakat ini terutamanya kawasan-kawasan Tionghua, lebih memerima Kak Wan. Melayu tu Alhamdullilah lebih daripada pilihanraya yang lalu.
Harakahdaily: Maksudnya dari sudut kawasan semua tempat Kak Wan sudah pergi.
Wan Azizah: Iya-iya semua kawasan, kita cuba pergi ke semua tempat. Kajang tak lah besar sangat.
Harakahdaily: Mungkin ada pendekatan berbeza untuk orang Cina, Melayu di sini, bagaimana pendekatan yang digunakan.
Wan Azizah: Orang Melayu, mungkin masa mula-mula saudara Anwar telah bermula dekat masjid dan surau seperti tazkirah, itu lebih menyentuh. Kalau ikut komuniti Melayu ini, persekitaran surau dan tazkirah, jadi kita telah bertemu di situ. Di pasar-pasar dengan kaum wanita.
Rumah ke rumah susah sikit kalau siang hari sebab kebanyakkan mereka bekerja, yang tinggal di rumah pun tak ramai tetapi kita dapat bertemu dengan mereka.
Pengundi Cina, alhamdullilah waktu malam, lepas kerja kita buat ceramah dan ceramah mereka lebih meriah dari Melayu dan respon mereka lebih berbanding dengan pengundi Melayu.
Kita juga pergi rumah ke rumah, kita tidak boleh memandang remeh jentera BN yang sudah lama bertapak dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun kalau lihat saingan, kita berikan cukup hebat, dari segi bilboard dari segi poster dan bunting, kita boleh rasa kehadiran PKR itu sekurang-kurangnya menandingi BN.
Harakahdaily: Dari sudut persefahaman dan bantuan rakan-rakan parti khususnya PAS dalam PRK Dun Kajang, bagaimana Kak Wan melihatnya.
Wan Azizah: Saya kira terbaik, Dr Hatta, Khalid Samad, Dr Siti Mariah setiap malam berada di sini. Sekarang sesi parlimen, memang mereka datang. Kalau dipandang dari segi tuan rumah Dr Che Rosli, memang saya melihat rata-rata beliau hadir termasuk YB Iskandar, PAS Selangor memang bersama saya.
Muslimat PAS datang berjumpa Kak Wan, bersama-sama meraih undi, membuat culaan termasuk juga masak memasak.
Harakahdaily: Dari sudut isu yang dibawa, apa yang menjadi agenda bila bertemu dengan pengundi.
Wan Azizah: Salah satunya dari sudut keadilan sebab kes saudara Anwar, satu lagi adalah kes biasa iaitu kesesakan lalu lintas, kebersihan, rawatan sisa pepejal dan anak muda yang kita akan berikan mereka satu ruang dan peluang untuk mereka menghabiskan masa riadah dan apa-apa peluang pekerjaan, di kawasan sini ramai yang menjadi suri rumah dan mereka mempunyai masa yang boleh dipenuhi.
Selain itu juga isu jenayah, saya bercakap dengan seorang pengundi di sini jangan tanya rumah dimasuki perompak atau pencuri, tetapi tanya berapa kali telah dimasuki. Ini menandakan isu kadar jenayah yang membimbangkan.
Harakahdaily: Kita juga melihat PRK kali ini menjadi modal untuk parti lawan menghentam Kak Wan, bagaimana Kak Wan berhadapan dengan serangan lawan?
Wan Azizah: Pada mula memang geram jugak, tetapi saya kira boleh dijawab kerana kalau ada isu membabitkan saya dan telah lalui ini dapat mematahkan isu-isu apa yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin. Sebab mereka juga ada isu yang lebih penting dari isu boneka ini, saya kira itu tak lah isu yang berat. Sebenarnya dalam isu ini telah menimbulkan simpati.
Harakahdaily: Dalam tempoh berkempen setakat ini, apa kenangan manis Kak Wan bila bertemu masyarakat di sini.
Wan Azizah: Cara mana mereka menerima Kak Wan, cara mana mereka kata "saya akan sokong, saya akan undi dan berikan sokongan", saya rasa sungguh terharu. Saya bukannya biasa sangat dengan Kajang, kalau Pematang Pauh itu lainlah dan kalau penerimaan sedemikian, pertama kali jumpa, saya cukup terharu dan berterima kasih.
Itupun kerana Kajang mempunyai kadar penembusan internet yang tinggi, jadi mereka membaca alternatif media, penduduk yang berpendidikan, celik mata hati (insyaallah) dan saya kira itulah menyebab mereka menerima Kak Wan.
Harakahdaily: Ada juga bertanya bagaimana Kak Wan berdepan dengan pelbagai isu khususnya dalam isu hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Wan Azizah: Kekuatan dari dulu lagi, kekuatan orang Islam kena sabar dan redha, bahagikan masa memang susah sebab kita selalu mengejar mana. Anak-anak Kak Wan semuanya sudah besar, bila pertama kali Kak Wan ceritakan mungkin menjadi calon Kajang, adalah sedih sikit, sebab bila jatuh hukum tu kami sugul la kan, biasalah. Bila Kak Wan kata "mama kemungkinan akan jadi calon", tapi mereka kata "takpa ma kami dah besar, ma boleh buat dan ma memang mampu lakukannya", jadi ini membuat saya kuat.
Harakahdaily: Datuk Seri Anwar sendiri, selepas dijatuhkan hukuman dan tidak dapat bertanding di Kajang, apa kata-kata Datuk Seri kepada Kak Wan untuk memberi inspirasi bertanding di sini.
Kak Wan: Dia kata akan sibuk, perbincangan akan terhad dan sama-sama mengetahui suasana politik di Malaysia mencabar sekali. Beliau suruh saya jaga kesihatan sebab saya ni tak la pergi aerobik atau apa-apa, beliau suruh saya jaga makan minum agar tidak letih sangat. Saya kadang kala tidak terdaya untuk aktif sangat, sebab saya biasa jadi calon dan kalau boleh akan bertemu dengan ke semua pengundi.
Harakahdaily: Hari sudah masuk hari ke sepuluh kempen, bagaimana Kak Wan melihat sokongan pengundi kepada Kak Wan.
Wan Azizah: Ok, insyaallah tapi jangan kita terlalu yakin dan rasa selesa sebab saya dah kena pada 2004. Masa itu memang, saya calon pilihan dan ada mereka kata memberi jaminan kemenangan tetapi bila dibuat kiraan dan disiarkan di televisyen saya dah kalah, sedangkan SPR kata saya dah menang kiraan pertama tapi diumumkan kalah. Sebab itu kita mesti bekerja kerana kita bertanding di atas sebuah padang yang tidak rata.
Harakahdaily: Bagaimana Kak Wan melihat PRK Kajang ini, adakah PRK Kajang ini untuk Kajang semata-mata dan habis di sini?
Wan Azizah: Tidak, tidak, langkah ini memang kita fikirkan untuk membuat satu impak dalam isu negara kita ini, terutamanya isu perbedaan agama. Dalam hidup Kak Wan tidak pernah timbul satu masa akan berlaku sesuatu yang melampau batas seperti simbah darah ayam, campakkan kepala khinzir, ini suatu yang tidak pernah kita terbayang. Bila jadi sedemikian kita bertelagah, termasuk isu kalimah Allah.
Kita kena perluaskannya dan kalau ini langkahnya ia merupakan langkah permulaan. Kajang boleh dijadikan sebagai model, Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, dengan pengurusan yang lebih baik akan diberi barakah oleh Allah, itu yang kita mahukan. Kita mesti lakukan sesuatu, kalau ini merupakan sumbangan yang sedikit dari Kak Wan, insyaallah saya akan lakukan.
Harakahdaily: Berhubung dengan langkah Kajang yang dikaitkan dengan pertukaran Menteri Besar, bila Anwar tidak dapat menjadi calon dan diganti dengan Kak Wan, bagaimana Kak Wan melihatnya.
Wan Azizah: Saya fikirkan ini masih berjalan lancar, semalam saya bertemu dengan Menteri Besar, dan bercakap tentang aduan yang diterima tentang sampah dan beliau bercakap dengan YDP, dan ia akan berikan kerjasama untuk memperbaiki keadaan.
Hubungan yang baik Anwar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kak Wan, serta exco-exco saya kira bahawa kerjasama ini berlaku dan kuat, pentadbiran yang baik dapat dibuktikan.
Harakahdaily: Itu dari sudut pentadbiran, bagaimana pula dari sudut kesatuan PKR sendiri di Selangor.
Wan Azizah: Perangai Kak Wan sebagai ibu, dalam keluarga itu ada perselisihan faham, ini biasalah. Apatah lagi dalam politik, Kak Wan akan tenteramkan keadaan, bila Kak Wan ada boleh lagi menyeleraikan perbezaan pendapat ini.
Harakahdaily: PRK Kajang menjadi medan penyatuan antara ahli komponen parti khususnya PKR, dan selepas ini akan ada kongres pemilihan. Adakah ini menjadi medan penyatuan atau saling mereka menonjol untuk berkempen.
Wan Azizah: Dua-dua boleh berlaku, sebab mereka mengambil peluang untuk sama-sama kempen. Lagipun ini merupakan ciri-ciri multi politik dan mereka datang untuk tolong Kak Wan, dalam masa yang sama mereka berkempen untuk pemilihan parti. Kempen yang sihat.
Harakahdaily: Pada pandangan Kak Wan, kongres akan datang mungkin Kak Wan melihat apa yang sedang berlaku dalam parti, apa Kak Wan lakukan.
Wan Azizah: Biasalah bila ada pemilihan akan wujud medan pertandingan serta kempen untuk mendapatkan sokongan kemenangan, itu perkara biasa tetapi jangan sampai kita berpecah. Walau apa berlaku, biar berlaku dengan sihat kerana kita masih ada urusan penting untuk dilakukan.
Harakahdaily: Tempoh kempen masih ada empat hari lagi, apa sentuhan terakhir Kak Wan?
Wan Azizah: Saya pasti kerajaan BN akan mainkan isu pesawat, saya kira orang Kajang tidak termakan isu tersebut. Insyaallah, Kak Wan akan mengulangi bertemu dengan pengundi dan setengahnya atas pagar itu kita jumpa mereka sekali lagi.
Harakahdaily: Apa pesanan Kak Wan kepada jentera dan petugas parti?
Wan Azizah: Pagi ini (kelmarin) Kak Wan sudah ke tempat pengundi awal, kita akan pastikan jentera kita menjaga peti undi tersebut sehingga sampai hari pembilangan undi. Kita tanya juga kenapa tidak mengira terus kertas undi tersebut, tetapi perkara itu tidak dilakukan kerana pengiraan perlu dilakukan serentak. Lagipun bukan ada apa-apa perbezaan pun.
Harakahdaily: Pendapat Kak Wan tentang penyebaran gambar super impose yang tidak senonoh mengenai calon BN.
Wan Azizah: Kita kutuk, kita tidak setuju sama sekali, kalau nak bertanding kita bercakap tentang isu. Tidak ada serangan peribadi, ini perlu ditegah. Mereka yang melakukannya perlu ditarbiyah.
Kita sudah menyimpang dari budaya yang sepatutnya kita lakukan. Kempen tersebut perlu dihentikan segera sama ada BN mahupun PKR.
Sumber HD - 21-3-2014
PRK Kajang: Pengundi digesa buat semakan awal
- Mar 20, 2014
- SALMIYAH HARUN
Menurut Ketua Bilik Operasi 11 PKR Suhaimi Shafie sehingga semalam pihaknya telah menerima aduan daripada seorang pengundi berbangsa Cina yang dipindahkan lokalitinya dari Kajang ke Bangi.
Jelas Suhaimi, pada PRU13 yang lalu dan sebelum itu pengundi terbabit tidak pernah mengundi di lokaliti selain Kajang.
"Apabila beliau pergi semak namanya di daftar pemilih SPR khas untuk PRK Kajang namanya tidak ada. Tetapi apabila semak di web SPR namanya di Semenyih sedangkan dia tidak pernah ubah tempat mengundi bahkan sudah empat kali pengundi itu mengundi di Kajang," katanya ketika ditemui Harakahdaily
Beliau tidak menolak akan ada lagi kes seperti itu khususnya membabitkan pengundi Cina kerana ia bukan kes terpencil.
Tambahnya kebiasaannya pengundi-pengundi akan mendapat slip maklumat mengundi termasuk saluran dan lokaliti mengundi.
"Jika pengundi tidak sedar mereka dipindahkan secara senyap ianya akan menyusahkan pengundi pada hari membuang undi. Kalau kita keluar mengundi jam 4 petang tiba-tiba tiada nama kita, sudah tentu kelam kabut dan tidak mustahil pengundi tidak jadi tunaikan tanggungjawab mereka," katanya.
Justeru, PKR menggesa para pengundi Kajang agar membuat semakan awal di mana lokaliti mereka melalui semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Buat semakan awal, jika ada berlaku masalah ini sila maklumkan kepada Bilik Gerakan Utama PKR. Insyallah kita boleh bantu," katanya.
Sumber HD - 20-3-2014
Konsert: Mei Fun perlu mohon maaf secara terbuka
- Mar 20, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa pada sidang media memberitahu, kenyataan Mei Fun itu memperlihatkan sifat peribadinya yang suka menuding jari secara sembarangan dengan mengaitkan Pakatan Rakyat.
"Kita tahu FMFA itu mendapat sokongan Kementerian Pelancongan menerusi Malaysia Major Events iaitu sebuah agensi di bawah kementerian tersebut.
"Namun tindakan Mei Fun itu tidak berasas langsung dan beliau sepatutnya tahu siapa penganjur sebenar," jelasnya di Bilik Gerakan Utama PKR.
Fariz turut menggesa agar Mei Fun memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas kenyataan yang tidak berasas dan tidak beretika itu.
"Kita menyeru pengundi Kajang menolak calon BN kerana sikap beliau yang tidak menggambarkan seorang pemimpin.
"Beliau sanggup mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sesuka hati semata-mata ingin menang dalam PRK Dun Kajang," sambungnya.
Sumber HD - 20-3-2014
‘Kita ingat bila pegang TPM kempen lebih profesional’
- Mar 20, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KAJANG: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyindir cara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak termakan dengan billboard yang memaparkan gambar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.
Saifuddin yang berucap di Stadium Kajang semalam memberitahu, Muhyiddin sebagai TPM sepatutnya cara berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.
"Kita ingatkan bila memegang jawatan TPM maka konsep kempen lebih profesional, ini tidak billboard Wan Azizah yang sedang berdoa pun nak dikomen.
"Sepatutnya TPM tak perlu la nak komen atau beri pesanan, itu bukan taraf orang nombor dua.
"Tapi nak buat macam mana, memang begitulah taraf pimpinan Umno. Kita tak boleh nak kata apa," ucap beliau.
Menurut beliau lagi, pada PRK Dun Kajang kali ini setiap jentera perlu bekerja keras bagi mempertahankan majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum yang lalu.
"Kita sedang bekerja keras untuk menembusi kawasan pengundi Melayu.
"Esok (hari ini) Wan Azizah ada 18 acara untuk kawasan-kawasan pengundi Melayu.
"Kita nak tunjuk, kita serius untuk menang, kita akan lakukan sentuhan dan kita kena dekati mereka serta memberi penjelasan tentang apa yang kita bawa serta lakukan," sambung beliau.
Saifuddin turut kesal dengan tindakan sebuah pasar raya besar yang tidak membenarkan Wan Azizah memasuki pasar raya tersebut.
Justeru, katanya kerajaan negeri perlu mengkaji balik program jom shopping yang menggunakan pasar raya itu sebagai tempat rakyat berbelanja.
Sumber HD - 20-3-2014
MH370, jerebu punca kempen PRK Kajang kurang panas
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pemerhatian, beberapa kempen parti politik kurang mendapat sambutan, termasuk ada ceramah yang hanya dihadiri 20 penyokong.
"Pada awal kempen ramai yang tidak begitu mengikuti, berkemungkinan kerana lebih berminat menunggu berita insiden pesawat MH370 di televisyen atau memilih duduk di rumah kerana jerebu.
"Bagaimanapun, tempoh berkempen yang berbaki tiga hari lagi, parti politik lebih agresif mengadakan ceramah dan kita harap mereka memanfaatkan tempoh itu serta menghentikan kempen tepat pada tengah malam sehari sebelum hari mengundi (23 Mac)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara 'Dalam Radar' kendalian Radio 24 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Selain itu, Abdul Aziz juga mengingatkan parti politik supaya mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan SPR dan pihak berkuasa pada hari pengundian supaya proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
"Proses pengundian awal hari ini berjalan dengan lancar dan kita harap momentum yang sama pada Ahad ini, tanpa ada penyokong parti meraih undi atau berhimpun di tempat mengundi atau bawa pemerhati sendiri," katanya.
Beliau berharap penyokong parti juga tidak bertindak menahan sesiapa yang disyaki warga asing, sebaliknya melaporan kejadian itu kepada SPR atau polis untuk tindakan selanjutnya.
"SPR bekerja keras mahu memastikan PRK ini berjalan dengan lancar dan aman," katanya.
PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh pada 27 Jan lalu.
Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon Barisan Nasional (BN) manakala calon PKR ialah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK itu.
Pengundian awal yang diadakan hari ini menyaksikan sejumlah 88.39 peratus atau 1,050 orang daripada 1,197 pengundi di kawasan DUN Kajang menunaikan tanggungjawab masing-masing. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
PRK Kajang: Hard battle, fokus hingga saat penghujung
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berbaki empat hari lagi. Bagi Pakatan Rakyat, fokus PRK kali ini sudah tentu tertumpu kepada 48 peratus pengundi Melayu tanpa mengambil mudah sokongan dari pengundi Cina, India dan lain-lain.
Wartawan Harakahdaily Nazri Abdullah dan Muhammad Faizal mendapatkan pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkampung lebih tiga minggu di Kajang mendekati pengundi Melayu.
Harakahdaily: Pada PRU13 lalu, kita lihat Pakatan Rakyat masih lagi bergelut untuk mendapat undi Melayu. Jadi bagaimana Tan Sri melihat mood pengundi Melayu untuk PRK Kajang kali ini.
Tan Sri Muhammad: Sebelum ini semasa PRU13, kita tidak fokus sangat di sini sebab dia terlalu umum. Kali ini kita dekati mereka dialog dengan dia dan dia tersedar lebih.
Di sini kumpulan cerdik pandai. Banyak benda kita cakap yang dia tahu. Isu keselamatan dia nampak kelemahan di peringkat kerajaan pusat. Dia nampak kerajaan gagal guna duit ikut prioriti.
Dia bukan baca akhbar harian sahaja, mereka banyak terdedah dengan maklumat, baca internet, dan mereka ni balance.
Mereka tahu apa berlaku. Cuma tak mahu nak expose. Tapi kalau kita datang rumah dia, dia akan luah yang dia tak puas hati. Maklumlah mereka ini bekas pegawai kerajaan.
Pada pandangan Tan Sri, apakah kelebihan Pakatan Rakyat berdepan PRK Kajang ini.
Tentunya rakyat sudah nampak pengalaman Pakatan Rakyat Selangor memerintah masuk dua penggal. Komitmen bagus, ketelusan bagus, nampak mereka betul-betul kerja.
Mereka boleh banding dengan kerajaan BN dahulu. Ini jadi bualan di kalangan pengundi. Nampaknya mereka berpuas hati dengan Pakatan Rakyat.
Cuma adalah propaganda dari tv dan media cetak yang dikontrol cuba mengelirukan pengundi. Tinggal lagi orang Kajang ni cerdik dan boleh menilai.
Dia orang tak nampak apa Umno punya perancangan. Dia nampak BN naik harga barang, mereka yakin kalau BN menang mereka lagi teruk. Saya fikir mereka akan bagi peluang kepada Pakatan supaya signal ini dirasai oleh kerajaan pusat.
Apa pandangan Tan Sri terhadap kredibiliti calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Calonnya terbaik, bukan sebab dia isteri Anwar tapi dia sendiri itu adalah seorang leader, presiden PKR, cuma sebab dia terlindung oleh aura Anwar. Dia ini seorang doktor pakar mata yang terbaik ketika belajar di Ireland. Dia pernah jadi Ketua Pembangkang. Dia calon yang paling sesuai. Walaupun pemimpin hebat tapi dia very simple, dekat dengan rakyat.
Bagi pengundi sini, saya rasa mereka nak calon yang mereka boleh harap. Mereka tak fikir soal MB ke apa sebab itu di luar ruang lingkup pemikiran mereka.
Apa pesanan Tan Sri kepada petugas dan jentera parti.
Jangan coplesant, walaupun kita menang dulu. Jangan over confident. Jentera perlu terus buat kerja. Kita jumpa seramai mungkin pengundi.
Alhamdulillah saya tengok jentera PKR teratur buat kerja. Dan jentera PAS membantu dengan cukup kuat. Setiap tempat saya pergi, jentera PAS semua ada membantu. Dari pemimpin tinggi sampai kepada petugas-petugas parti.
Apapun kita kena anggap semua pertarungan adalah hard battle. Fokus sehingga saat penghujung.
Kita kena damping pengundi, kalau tak damping itu bahaya. Kita kena dengar, jawab apa sahaja yang ditanya. Jelaskan apa yang keliru.
Seperkara lagi, kita dalam Pakatan jangan termakan propaganda Umno. Mereka sebenarnya dah letih. Mereka sekarang ini guna taktik kotor. Guna agensi kerajaan seperti Felda, Kemas Risda.
Mereka bukan jenis komited lagi nak buat kerja-kerja parti ni. Kalau parti itu dah swastakan kerja-kerja parti, maknanya parti itu sudah dipenghujung hayat. Sudah kurang upaya.
Sumber HD - 19-3-2014
- Mar 19, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar memanfaatkan maklumat-maklumat yang disampaikan dalam PRK Kajang termasuk dakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan PKR tetap berpendirian bahawa Daim perlu disiasat dengan segera oleh SPRM.
Tambahnya, apa yang dibangkit oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Daim itu ada benarnya kerana beliau telah mengenali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
"Sepatutnya pandangan Anwar tidak berhenti setakat itu. Kalau betul apa yang didakwa Anwar SPRM perlu manfaatkn dakwaan itu dan jalankan siasatan," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.
Shamsul berkata demikian bagi menjawab kononnya Anwar telah jadikan Daim tohmahan terbaru dalam kempen PRK Kajang.
Bahkan beliau pernah mempertikaikan mengapa Daim dan anaknya tidak tersenarai dalam 40 orang terkaya di Malaysia.
"Saya telah bangkitkan isu ini lebih awal ketika majalah Malaysia Business melaporkan 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi nama Daim tidak disenaraikan," katanya.
Justeru katanya, PKR akan mengumpul maklumat berkenaan dakwaan ini seterusnya mengetengahkan perkara ini kepada SPRM.
Ketika krisis ekonomi 1997, Daim yang ketika itu Menteri Kewangan berjaya menyelamatkan Malaysia keluar daripada kemelut global itu bersama Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Malah, Daim diakui sendiri oleh Mahathir sebagai arkitek ekonomi hebat dan banyak berjasa kepada kerajaan.
Sumber HD - 19-3-2014
Wan Azizah minta henti sebar gambar fitnah Mei Fun
- Mar 19, 2014
- NAZRI ABDULLAH
"Henti segera. Ini bukan cara kempen kita. Kita kutuk dan tidak bersetuju sama sekali dengan cara fitnah lucah ini,"
"Kita Melayu Asia, sopan santun budi bahasa, kita ada adab," katanya ketika ditemui Harakahdaily di bilik gerakan utama PKR di sini hari ini.
Presiden PKR itu juga berkata, bagi orang Islam, kaedah kempen lucah tersebut jelas berdosa dan menjatuhkan maruah wanita.
"Ini menyimpang dari sepatutnya. Kita kempen atas isu, bukan guna kaedah jahat sebegini.
"Mesti hentikan, tidak kira (ia dibuat terhadap) calon BN ke, calon Keadilan ke, kita tetap tidak setuju," tegas beliau.
Sebelum ini, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar gambar palsu separuh bogel calon BN itu yang dipercayai menggunakan teknik superimpose.
Gambar tersebut disebarkan secara meluas didalam laman sosial facebook dan blog dengan bertulis ''Undilah saya, Dun N25 Kajang''.
Penyebaran itu kemudian cuba mengaitkan jentera Pakatan Rakyat sebagai pihak yang bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, kempen lucah sebegini bukan baru malah berlaku sejak sebelum PRU13 lagi, dan rakyat sudah maklum pihak mana yang sononim dengan teknik kempen begini.
Dr WAWI - https://www.youtube.com/watch?v=DKwMfq_L7u0
Sumber HD - 19-3-2014
Tonjolkan kekuatan jentera PAS di Kajang
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Berucap pada ceramah di Saujana Impian di sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PRK kali ini bukan untuk Kajang semata-mata tetapi lebih besar dari itu adalah untuk melemahkan pengaruh BN.
"Bekerja PRK ni bukan untuk Kajang, tapi untuk hadapi Barisan Nasional.
"Alhamdulillah jentera paling kuat di PRK Kajang ni ialah PAS. Kita kena buktikan jentera kita paling kuat," kata beliau.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, kejayaan kesepakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah berjaya melemahkan penguasaan BN.
Malah kata beliau, Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua pertiga BN di parlimen dan mendapat lebih dua pertiga di Dun Selangor.
"Untuk pertahankan status ini, PRK Kajang mesti dipertahankan," kata beliau.
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan melalui tahaluf siyasi (persefahaman politik) dengan Pakatan Rakyat, PAS telah mendapat kejayaan besar.
Tahaluf yang dibuat zaman Rasulullah SAW kata beliau adalah untuk buka pintu supaya orang lain melihat keadilan Islam.
Ia kemudian diteruskan oleh ulamak Islam sejak zaman penjajah sehingga selepas merdeka.
Menurutnya, pada tahun 1959 PAS bertahaluf dengan Parti Negara walaupun PAS ketika itu parti paling kuat dengan memiliki 17 kerusi sedangkan Parti Negara hanya 4 kerusi.
Malah PAS juga memberi jalan kepada Dato Onn sehingga boleh masuk ke parlimen.
"Walaupun Parti Negara dah tak ada, tapi kesetiaan kita sebabkan ahli parti Negara masuk PAS," kata beliau.
Pada tahun 1969 PAS pula katanya menyertai kerajaan campuran.
Walaupun minoriti tapi pengaruh baik PAS masuk ke dalam kerajaan dan banyak institusi kerajaan.
Pada tahun 1990 pula PAS bekerjasama dengan Parti Semangat 46, dan hasilnya PAS berjaya tawan Kelantan dan bertahan hingga hari ini.
"Kita tidak pernah rugi dalam semua kerjasama disebabkan kita tunjukkan sikap yang baik," kata beliau.
Sumber HD - 19-3-2014
PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini
- Mar 19, 2014
- HARAKAHDAILY
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK Dun Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa. - Bernama
Sumber HD - 19-3-2014
PRK Kajang: 11 nombor telefon digodam
- Mar 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Antara pimpinan PKR yang nombor telefon mereka digodam adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Selain dari itu turut menjadi mangsa adalah, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskanda Mohd Akin, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing, Adun Seri Muda, Suhaimi Shafiei dan juga beberapa petugas PKR.
Jelas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada sidang media tindakan mengodam nombor telefon ini menunjukkan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"Ada dua laporan polis yang telah dibuat, kita berharap pihak polis akan melakukan siasatan segera terhadap apa yang berlaku.
"Sms yang dihantar itu kepada semua pengundi Kajang dan isi kandungan itu menunjukkan mereka cuba melaga-lagakan kita di dalam Pakatan Rakyat serta menimbulkan kekeliruan kepada pengundi," katanya di Bilik Gerakan Utama PRK Dun Kajang.
Sementara itu, Fuziah yang turut menjadi mangsa memberitahu beliau hanya menyedari nombor telefonnya digodam selepas menerima banyak panggilan dan sistem pesanan ringkas (sms) dari nombor yang tidak dikenali.
"Bila saya terima banyak panggilan dan sms, saya syaki bahawa nombor telefoan saya telah digodam.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini perlu diambil perhatian oleh pihak polis dan ia melibatkan soal keselamatan yang boleh mengundang kepada perkara yang lebih serius berlaku," jelasnya.
Adun Simpang Pulai yang turut hadir pada sidang media itu turut mengecam tindakan pihak yang terlibat dalam aktiviti mengodam kerana telah mencabul hak peribadi.
"Sepertimana Fuziah, saya mula sedar bila menerima banyak sms dan panggilan telefon dan sehingga pagi ini terdapat lebih 60 panggilan serta sms.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengugat keselamatan tetapi juga hak peribadi seseorang.
"Saya mendapat panggilan dan sms yang antara mereka telah memarahi saya dengan kata-kata yang tidak elok, saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka telah menjadi mangsa dari pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau yang menggesa agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.
"SKMM perlu tampil beri penjelasan bagaimana perkara ini boleh berlaku dan mereka perlu menghentikannya segera," sambung beliau.
Dalam pada itu, Fahmi yang berharap agar isu menggodam nombor telefon itu akan dihentikan dengan segera.
"Kalau SKMM mahupun pihak polis tidak bertindak, saya tidak pasti berapa ramai lagi pimpinan akan menjadi mangsa.
"Walaupun ia tidak mengugat sokongan pengundi kepada PKR, namum ia perlu dihentikan segera," kata beliau.
Sumber HD - 18-3-2014
Saya tidak akan maafkan Mei Fun - ibu pelajar
- Mar 18, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Kredibiliti calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA itu.
Beliau yang hadir pada sidang media PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh membela masyarakat.
"Saya pengundi dia dahulu. Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari.
"Saya sangat kecewa. Orang cina memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.
Isu penutupan SJKC Damansara yang dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada 2009 dengan nama SKJC Chung Hwa.
Pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Bagaimanapun, ia dibantah penduduk dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan.
Biarpun dikunci, mereka tetap bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.
"Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin.
"Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya.
Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara.
"Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau.
Turut hadir pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian,
Penasihat SJKC Damansara asal iaitu Bock Kei Hee dan bekas Adun Kajang Cikgu Lee Kim Sin.
Sumber HD - 18-3-2014
MH370: Rakyat keliru - Mahfuz
- Mar 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KAJANG: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menasihati agar pengundi Kajang memahami kemampuan pentadbiran Barisan Nasional (BN) berhubung isu kehilangan pesawat MAS MH370 sebelum memilih mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang nanti.
Beliau yang berucap di Stadium Kajang memberitahu insiden MH370 itu membuktikan kelemahan BN yang paling ketara dalam menyelesaikan isu membabit keselamatan negara dan juga kekeliruan kehilangan.
"Saya nak nasihat kepada pengundi di Kajang, tahu tak apa yang berlaku terhadap MH370, semua kelirukan.
"Tak tahu apa masalah sebenar, itu adalah berpunca dari kelemahan BN sendiri dalam menyelesaikan konflik dan kekeliruan apa yang berlaku terhadap MH370.
"Atas sebab itu, saya nasihat kepada semua pengundi, kalau soal keselamatan negara BN gagal tangani dengan baik, bagaimana mereka nak jaga rakyat Kajang dan jangan sampai kita pula di culik," ucap beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan dan bukannya menambahkan kekeliruan terhadap insiden kehilangan pesawat.
"Saya syak MH370 telah dirampas, sekarang Menteri Luar Negara tidak pernah hadir di parlimen dan mungkin sedang adakan rundingan.
"Kalau silap sangkaan saya ini, kerajaan perlu tampil membuat penafian dan kita tidak mahu rakyat terus keliru apatah lagi keluarga mangsa yang sehingga sekarang tidak tahu apa yang berlaku.
"Malah sejak Najib hadir pada sidang media berhubung insiden tersebut semakin bertambah kekeliruan dan pelbagai spekulasi yang timbul.
"Kita ingat bila Najib hadir memberi penerangan ia akan menyuraikan persoalan tapi tidak, malah menjadi semakin kusut," ucap beliau.
Jelasnya lagi, keengganan Najib membenarkan wartawan untuk bertanya soalan dan hanya membaca teks merupakan satu tindakan yang tidak profesional, malah turut memalukan negara ini.
"Kalau betul pesawat di rampas dan ada rundingan mahupun tebusan, kami Ahl Parlimen Pakatan Rakyat sedia menjadi pertukaran dengan penumpang-penumpang.
"Apa yang penting adalah mereka semua selamat dan dapat kembali kepangkuan keluarga, kami bersedia memikul tanggungjawab demi keselamatan penumpang," sambung beliau.
Mahfuz yang turut memberitahu insiden kehilangan pesawat ini bukan hanya membuktikan kelemahan negara, malah turut menghilangkan keyakinan negara-negara luar terhadap Malaysia.
Sumber HD - 18-3-2014
Boneka: Shahrizat perlu cermin diri - Wan Azizah
- Mar 18, 2014
- NAZRI ABDULLAH
Berucap di hadapan pengundi Cina di Sungai Chua malam tadi, calon PKR bagi PRK Kajang itu berkata, beliau simpati terhadap Ketua Wanita Umno itu yang kehabisan isu sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap beliau.
"Dia tuduh saya boneka. Kenapa dia nak sakit hati dengan saya?
"Saya, kalau wanita bertanding, saya bangga. Tak kisah la PAS ke, BN ke DAP ke, MCA ke, saya hormat.
"Kita berkempen atas isu, bukan serang peribadi," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan.
Shahrizat ketika berkempen di sini beberapa hari lalu berkata, Wan Azizah telah dijadikan alat kerakusan kuasa politik Anwar.
Beliau mendakwa, Wan Azizah diibaratkan sebagai boneka Anwar kerana menjadi payung terjun sejurus Ketua Pembangkang itu tidak dibenarkan bertanding pada kali ini.
Menjawab serangan itu, Kak Wan berkata beliau bertanding kerana mahu melawan ketidakadilan yang berlaku bukan sahaja terhadap suami, malah kepada rakyat keseluruhan.
Berbeza dengan Shahrizat kata beliau, yang selesa melihat suami mengguna wang rakyat dalam kes NFC, tanpa rasa bersalah.
"Saya bertanding sebab angkara Umno. Mereka zalimi keluarga saya.
"Hari ini hari saya, akan datang orang lain pun akan terima nasib yang sama.
"We must fight for justice," tegas beliau.
Ceramah dalam keadaan hujan renyai-renyai malam tadi turut dihadiri Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmod.
Sumber HD - 18-3-2014
Sokongan pengundi Melayu kepada PR meningkat
- Mar 17, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Timbalan Pengarah PRK PKR Dun Kajang, Zuraida Kamaruddin, angka peningkatan selepas seminggu tempoh berkempen telah mencecah 45 peratus.
"Sokongan pengundi Melayu sehingga semalam telah mencecah 45 peratus, bagi pengundi Cina pula sebanyak 75 peratus dan India dalam 55 peratus.
"Sasaran kita adalah untuk terus meningkatkan sokong, kita akan teruskan gerak kerja bagi mencapai sasaran tersebut," jelas beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, di sini.
Zuraida turut memberitahu, bagi sokongan keseluruhan sebanyak 65 peratus memihak kepada PKR, manakala 15 peratus masih kepada Barisan Nasional (BN).
"Baki 20 peratus lagi itu adalah 10 peratus masih ragu dan 10 peratus lagi kita akan hubungi untuk mengetahui kedudukan sebenar sokongan mereka," jelas beliau.
Beliau yang menyatakan PKR telah meletakkan sasaran 60 peratus kepada pengundi Melayu sehingga akhir tempoh berkempen.
"Konsep kempen yang sangat berbeza pada PRK kali ini, gerak kerja yang lebih kemas dalam mendekati pengundi serta menyampaikan maklumat.
"Saya pasti sasaran kita itu akan tercapai pada hari terakhir tempoh berkempen ini," katanya lagi.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kajang pada 23 Mac ini.
Sumber HD - 17-3-2014
Saya dilabel pengkhianat kerana lawan Umno - Shariff
- Mar 17, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata, beliau kini mendapat jolokan baru sebagai 'pengkhianat'.
Katanya, label baru itu diperolehinya selepas sehari mengumumkan menyertai PKR di Kajang pada Jumaat lalu.
"Ini jolokan yang saya dapat apabila saya menentang Umno. Hilang habis jasa kita ketika dalam Umno dulu.
"Dulu masa saya Umno depa cium tangan saya, bila keluar depa hina. Tak mengapa, saya terima sebab saya berani untuk lawan Umno," katanya pada ceramah di Tapak Karnival Usahawan Selangorku di pekarangan Metro Point di sini malam semalam.
Sepatutnya kata Mohd Shariff, pemimpin Umno yang rasuah, 'songlap' duit rakyat itulah pengkhianat sebenar.
"Hak tu (yang tu) depa puja, kita yang lawan orang-orang ini dituduh pengkhianat," ujarnya lagi.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata, tindakan beliau menyertai PKR kerana sudah meluat dengan Umno.
Katanya perjuangan Umno kini jauh terpesong dari perjuangan asal yang di bawa pemimpin terdahulu.
"Umno ini kita kena tolak. Dah tak ada apa kita boleh harap kat Umno.
"Kita orang Melayu sudah ada pilihan. Umno tak payah la. Kita ada parti lain iaiti Pakatan Rakyat yang boleh bela rakyat," tegas beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.
Sumber HD - 17-3-2014
Saya tak pernah percaya tuduhan terhadap Anwar - Mat Taib
- Mar 17, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Seri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak pernah percaya segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya seorang penduduk di Kampung Sg. Kantan dalam program Apa Khabar Orang Kampung di Perkarangan Balai Raya Awam di sini petang semalam.
Wanita itu bertanya, adakah Muhammad ketika berada dalam Umno, percaya segala tuduhan yang dibuat terhadap Ketua Pembangkang itu.
"Saya dengan Anwar ni kenal lama. Saya kenal dia seorang yang ada visi yang tinggi.
"Memang kita tak percaya, tapi masa itu you tahu lah siapa PM. Dia nak semua ikut cakap dia, sampai sekarang pun dia nak ikut cakap dia sahaja. Media semua dia kawal," kata Muhammad yang lebih dikenali sebagai Mat Taib.
Umno kata beliau, selagi boleh, mahu mengaitkan semua malah negara dengan Anwar.
"Ni dalam isu peasawat hilang ni, dah celaru tak dapat, dia kait dengan Anwar, selesai masalah," kata beliau.
Zaman songkok tinggi dah berakhir
Sementara itu, mengulas isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, beliau berkata zaman Umno letak songkok tinggi pun menang, sudah berakhir.
Katanya, dengan masalah kos hidup meningkat, harga barangan naik mendadak dan jenayah berleluasa menyebabkan rakyat berfikir bahawa masanya sudah sampai masanya untuk tukar pemerintah negara.
"Dulu Umno, letak songkok tinggi, batang pisang pun menang.
"Tapi sekarang orang Melayu dah cerdik. Zaman itu dah berakhir," katanya sambil berharap undi Melayu di Sg. Kantan meningkat mendadak pada PRK 23 Mac ini.
Sumber HD - 17-3-2014
Kasut saya dah kena pijak, dah lasak - Wan Azizah
- Mar 17, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Harakahdaily yang sempat bersama Presiden PKR itu ketika kunjungan beliau di pasar malam Taman Sri Jenaris turut mendapati kebanyakan pengunjung amat menyenangi sikap beliau itu.
Sikap ramah dan mengetepikan protokol membuatkan Wan Azizah senang didekati, malah beliau juga tanpa segan membeli kasut dari pasar malam itu untuk kegunaannya.
"Kasut saya dah kena pijak, dah lasak sebab berjalan jauh.
"Nak ganti baru ni, apa salahnya saya beli di pasar malam," jelas beliau kepada peniaga.
Dalam masa membeli belah di pasar malam tersebut, Wan Azizah turut berkempen agar memilih PKR pada 23 Mac nanti bagi menjadikan Kajang sebuah bandar terbaik.
Pada PRK Dun Kajang, Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
Tinjauan turut mendapati, kebanyakan penduduk Taman Sri Jenaris ini belum mengenali Wan Azizah secara dekat.
Namun dengan kehadiran calon PRK itu, mereka mula mengerti sikap dan ketabahannya dalam menempuhi cabaran hidup apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat II.
Sumber HD - 17-3-2014
Ingat apa janji BN sebelum PRU13 lalu - Iskandar
- Mar 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KAJANG: Pengundi Kajang dinasihatkan tidak termakan janji politik Umno BN yang ditabur sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, rakyat perlu ingat apa yang dijanjikan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, yang kemudian dimungkiri mereka.
Malah kata beliau penduduk Kajang boleh membandingkan sendiri perubahan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri sejak 2008.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat komited untuk mengembalikan hasil negeri agar dirasai rakyat.
Beliau berkata demikian ketika sarapan pagi bersama komuniti Sg Kantan di sebuah gerai depan Dewan Komuniti Sungai Kantan di sini pagi ini.
Turut serta, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sumber HD - 16-3-2014
Wan Azizah wanita solehah, pemimpin kredibiliti – Lim Guan Eng
- Mar 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KAJANG: DAP menyifatkan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang satu peluang yang terbaik kepada penduduk setempat dalam memilih pemimpin.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu program ceramah di Stadium Kajang berkata, Wan Azizah bukan sahaja mempunyai kredibiliti yang baik tetapi turut merupakan wanita solehah.
"Saya lihat Wan Azizah ini merupakan seorang wanita solehah dan pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
"Ini peluang terbaik untuk penduduk Kajang memilih pemimpin dan seterusnya menolak Barisan Nasional (BN) pada kali ini," ucap beliau di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.
Menurut beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK Kajang merupakan satu isyarat kepada BN agar mereka tahu dan sedar penolakan yang dilakukan rakyat akibat dari sikap mereka sendiri.
"Kemenangan kita merupakan isyarat bahawa rakyat menolak BN adalah kerana kesilapan mereka dalam usaha menjaga hak rakyat.
"Kita juga menunjukkan kemenangan ini sebagai kesediaan kita untuk mengambil Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
"Ini isyarat yang perlu kita hantar kepada BN agar mereka tidak lagi boleh berada dalam keadaan selesa untuk selama-lamanya," katanya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut bersimpati dengan kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac (Sabtu) lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
"Kita semua bersimpati dengan apa yang berlaku, walaupun masih belum tahu jawapan jelas dari kerajaan tapi kita doakan semuanya selamat.
"Pencarian sekarang terarah ke lautan Hindi dan Teluk Adaman, sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin, Pulau Pinang bersedia memberi kerjasama penuh dalam usaha pencarian ini.
"Saya pasti Pulau Pinang akan menjadi tempat operasi tersebut, kita buka pintu seluas-luasnya untuk kerajaan dan pasukan pencarian menjadikan Pulau Pinang sebagai penempatan operasi tersebut," sambung beliau lagi.
LGE - https://www.youtube.com/watch?v=1G1EYQo1UoI
Sumber HD - 16-3-2014
‘Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar’
- Mar 16, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak pengundi Kajang untuk memberikan mandat kepada beliau pada pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini.
Bercakap dalam ceramah di tapak karnival usahawan berhadapan Hospital Kajang di sini malam tadi beliau berkata, dalam berhadapan ujian khususnya tindakan terbaru terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memerlukan kekuatan luar biasa.
"Allah beri ujian pada saya. Nak bertanding saya bincang dengan anak-anak.
"Saya kata papa tak boleh bertanding, kena jatuh hukuman.
"Anak saya jawab, mama bertanding, kami dah besar, kami jaga mama," kata Wan Azizah dalam nada sebak.
Beliau mengakui apa yang menimpa Anwar memberi kesan mendalam dalam diri beliau dan mengingatkan apa yang pernah berlaku pada tahun 1998 dahulu.
Calon PKR itu berkata, tidak mudah untuk beliau menghadapi semua ujian ini jika tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
"Kalau orang Kajang bagi mandat pada saya, saya akan kuat, saya akan terus lawan kezaliman.
"Come with me, give us all the strength," tegas beliau.
Sumber HD - 16-3-2014
- Mar 15, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
KAJANG: PKR hari ini menyerang kredibiliti calon BN yang juga Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dalam membela nasib masyarakat Tionghua ketika menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).
Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong berkata, pada 2001 Mei Fun telah gagal dalam menyelesaikan isu membabitkan SJK(C) Damansara.
"Ketika isu sekolah ini timbul, Mei Fun yang merupakan Ahli Parlimen PJU bukan sahaja tidak membela nasib sekolah tersebut tetapi tidak pernah datang ke sekolah tersebut.
"SJK(C) Damansara ini terletak dalam kawasan parlimen beliau, tetapi beliau tidak mengambil berat dalam isu tersebut," jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Menurut, Chee Chong pada waktu itu kerajaan pusat ingin mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah.
Tetapi, telah mendapat tentangan dari penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan tersebut .
"Bagi menentang usaha tersebut penduduk telah menubuhkan satu jawatankuasa SOS Damansara.
"Masyarakat Tionghua di kawasan tersebut sanggup berjuang mempertahankan sekolah tersebut, namun Mei Fung sebagai Ahli Parlimen ketika itu gagal menyuarakan apa-apa bantahan terhadap kerajaan dan beliau juga dilihat gagal hadir walau sekali pun ke sekolah tersebut," katanya.
Tambah beliau, berbanding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional ketika itu telah mengunjungi sekolah tersebut sebanyak tiga kali sebagai sokongan beliau terhadap SOS Damansara.
"Bagi Pakatan Rakyat dalam isu membabitkan SJK kita mempunyai pendirian yang tegas dan kerajaan perlu membina mengikut keperluan.
"Kalau penduduk bertambah dan perlu sekolah-sekolah tersebut, kerajaan perlu membinanya, berbanding dengan polisi kerajaan pusat mereka langsung tidak membenarkan sekolah tersebut ditambah di negara ini," sambung beliau.
Chee Chong turut memberitahu pengundi Tionghua di Kajang perlu menilai kembali rekod prestasi Mei Fun sebelum ini.
Pada 2001, masyarakat Tionghua bersetuju untuk pembinaan sekolah yang baru di tapak yang telah disediakan, namum pada masa yang sama mereka menggesa agar sekolah yang lama dikekalkan serta menghalang pembinaan kondominium mewah di tapak sekolah tersebut.
Sumber HD - 15-3-2014
Kesesakan di Kajang sejak zaman Umno, bidas PKR
- Mar 15, 2014
- NAZRI ABDULLAH
KAJANG: PKR hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam yang menuduh kononya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'lepas tangan' dalam isu kesesakan lalu lintas di Kajang.
Sebaliknya, Timbalan Bendahari Agung PKR, low Chee Chong berkata, kesesakan lalu lintas di sini berlaku sejak tahun 90an iaitu ketika Umno memerintah Selangor lagi.
"Saya anak kelahiran di sini, dia (Wee) tak tahu apa berlaku di Kajang.
"Lalu lintas di Kajang sesak sejak 90an, dari zaman BN jadi kerajaan, bukan baru berlaku sejak PR perintah 2008," kata beliau.
Wee ketika membidas manifesto PKR semalam berkata, kerajaan negeri gagal menambah baik lalu lintas sehingga melumpuhkan bandar Kajang pada waktu puncak.
Dalam pada itu, Chee Chong turut membidas kenyataan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan kerajaan negeri kononnya tidak menyelesaikan masalah banjir di Kajang.
"Dia (Noh) tak tahu apa dia cakap. Kerajaan Selangor sudah ambil tindakan bersih dan memperbesar Sungai Jelok, jambatan diperbesar dan ditinggikan, bina semula tambak.
"Setakat ini, bila hujan pun tak berlaku lagi banjir," bidas Chee Chong.
Mengulas isu jenayah, beliau berkata itu dibawah kuasa kerajaan pusat melalui Kementerian Dalam Negeri, dan tidak wajar Kerajaan Negeri dipersalahkan.
Beliau juga mendakwa manifesto BN yang diumun semalam sebahagian besar menciplak manifesto Wan Azizah.
"Tiga daripada lima point itu copy kita punya. MCA dan BN ini parti yang meniru," kata beliau.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang termasuk membina jalan alternatif baru.
Sumber HD - 15-3-2014
Bekas timbalan menteri bantu kempen Wan Azizah
- Mar 15, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Shariff Omar mengumumkan untuk bersama-sama berjuang dalam PKR.
Shariff berkata, beliau juga akan membantu calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang.
"Saya berasa terpanggil untuk hadir pada malam ini untuk menyatakan sokongan saya secara terang-terangan kepada Pakatan Rakyat.
"Saya datang dari Pulau Pinang khusus untuk menyatakan sokongan saya kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Shariff yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyeru pengundi Kajang memilih Wan Azizah pada 23 Mac ini.
"Jadi marilah orang Kajang kita sokong calon PKR. Saya yakin dan percaya kita akan membuat pilihan dengan menyokong Datuk Seri Wan Azizah.
"Orang Pulau Pinang dah lama tolak Umno BN. Tahun 2008 tolak, tahun 2013 pun tolak," kata beliau pada ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Kajang, malam tadi.
Pada ceramah itu juga, beberapa pemimpin Umno setempat termasuk NGO Melayu Pro Umno menyerahkan borang untuk menyertai PKR.
Mereka ialah bekas Ketua Cawangan Umno Batu 9 Cheras, Ketua Belia Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Ketua Belia Taman Seri Minang, Ayahanda Don Sungai Jelok yang juga Pengerusi Ayahanda Hulu Langat, Ketua Wanita Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, Timbalan Ketua Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, Ketua Pemuda Cawangan Sungai Kantan Peringkat 3, dan Naib Yang Dipertua Pemadam bagi Daerah Hulu Langat.
Wakil mereka menyerahkan borang PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan Wan Azizah yang juga Presiden parti.
Ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 hadirin itu turut menampilkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Penasihat DAP, Lim Kit siang dan beberapa pimpinan muda PKR yang lain.
Sumber HD - 15-3-2014
Hospital Kajang antara terima manfaat Kajang Move - Azizah
- Mar 14, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan adanya PRK Kajang, kerajaan BN berusaha memenangi hati pengundi dengan pelbagai janji pembangunan.
Ini katanya termasuk cadangan menaik taraf Hospital Kajang dengan peruntukan RM10 juta oleh Kementerien Kesihatan.
Sambil menyambut baik cadangan tersebut, Wan Azizah berkata, Hospital Kajang memang perlu dinaik taraf memandangkan bangunannya sudah terlalu lama dan tidak dapat dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.
"Itulah kesan sampingan yang baik, apabila kita ada Kajang Move ini.
"Adalah dialu-alukan kerajaan nak naik taraf Hospital Kajang sebab saya memang pergi melihat dengan mata saya sendiri bahawa perlu sangat hospital ini dinaik taraf.
"Kalau Kajang Move memberi kesan sampingan yang baik, kita nak Putrajaya Move beri kesan yang positif kepada negara kita," kata beliau ketika ditemui di Hospital Kajang, dekat sini hari ini.
Terdahulu, Wan Azizah melawat pesakit-pesakit di dua Wad Perubatan Perempuan.
Beliau menghadiahkan bunga kepada mereka termasuk kepada jururawat dan ketua jururawat yang mengiringi beliau.
Bekas pengamal perubatan itu juga beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
"Saya faham tugas doktor dan jururawat yang sibuk dan perlu memastikan keadaan wad sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan tidak menganggu privasi pesakit.
"Beri saya peluang untuk melawat pesakit pun sudah cukup baik," kata beliau kepada salah seorang ketua jururawat yang meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan semua pengiringnya masuk ke wad termasuk wartawan dan jurugambar.
Sumber HD - 14-3-2014
PRK Kajang: Risalah fitnah pemimpin PR taktik kotor
- Mar 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Razaly Hassan (gambar) berkata, kempen di Kajang semakin panas dengan pelbagai risalah berunsurkan fitnah cuba dibuat oleh pihak tertentu yang telah dikenal pasti.
"Cetak risalah yang memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat adalah taktik kotor dan terang-terangan langgar peraturan pilihan raya.
"Sesiapa yang cetak risalah ini wajar dikenakan tindakan oleh SPR," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR.
Katanya, setiap parti yang bertanding perlu mengikuti garis panduan yang tetapkan oleh SPR dan pada ketika ini perkara ini tidak perlu berlaku lagi.
"Setiap parti bertanding pilihan raya harus mengikut saluran yang telah ditetapkan bentuk kempen seperti ini tidak relevan pada masa ini," katanya.
Razaly yang juga Adun Dusun Tua berkata SPR pula wajar bersikap adil dengan mengambil tindakan kepada mereka yang disyaki tanpa mengenepikan sama ada ianya adalah BN atau PR.
Mengikut Akta SPR 1954 bahan cetak yang tidak dimaklumkan penerbit dan pencetak akan dikenakan penjara lebih setahun.
Sumber HD - 14-3-2014
Risalah burukkan Anwar ditemui tersebar di Kajang
KAJANG: Kempen PRK Kajang yang kini sudah masuk hari keempat semakin panas dengan penemuan beberapa risalah dan buku yang memburuk-burukan dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan PKR Suhaimi Shafiei berkata, risalah yang ditemui itu tidak mempunyai penerbit dan pencetak.
"Kita pasti risalah ini jelas memfitnah dan bagi fakta salah.
"Penerbitan ini jelas untuk menghina dan cerca suami calon PKR," dakwanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.
Katanya, beberapa petugas parti telah menjumpai risalah tersebut di beberapa daerah mengundi iaitu di Sungai Chua, Saujana Impian, Sungai Sekamat, dan Sungai Kantan.
"Wakil kita yang ada di kawasan masing-masing ambil risalah-risalah ini di bilik gerakan BN yang dalam proses untuk diedarkan kepada pengundi-pengundi Kajang," katanya.
Jelas Suhaimi tindakan menerbitkan risalah seperti ini adalah salah sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954 yang boleh dipenjara lebih satu tahun.
Sementara itu Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin menyelar tindakan Umno BN yang menggunakan taktik kotor untuk berkempen.
"BN masih ditakuk lama, guna kempen yang tidak sihat. 10 Dalil, 50 dalil... ini 'outdated'," bidas Zuraida.
Ekoran penemuan risalah ini PKR akan membuat laporan Polis di Balai Polis Kajang pada jam 3.00 petang ini.
Risalah tabloid Wadah tertera 'Fitnah SPR Pakatan Kotorkan Daftar Pemilih, Bekas Adun Kajang Letak Jawatan Angkara Siapa?, dan buku kompilasi beberapa pandangan bekas ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan PKR.
Sumber HD - 14-3-2014
Undi wanita memihak Dr Wan Azizah
- Mar 14, 2014
- SALMIYAH HARUN
Menurut Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dr Wan Azizah akan menjadi pilihan pengundi memandangkan BN telah mengetengahkan calon dari kalangan MCA.
"Saya percaya pengundi Melayu di kalangan wanita tidak cenderung untuk pilih calon daripada MCA, banyak sentimen yang di bawa oleh MCA.
"Lagipun bagi mereka kita lihat wanita ini agak sukar untuk memilih pemimpin bukan dari kalangan mereka. Calon BN tidak ada sebab untuk dipilih,"katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Justeru katanya, Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan boleh mengimbangi kecenderungan untuk dipilih pengundi wanita sebagai wakil rakyat pada 23 Mac ini.
Bahkan katanya, majoriti kemenangan yang diperolehi Dr Wan Azizah diyakini meningkat kerana para pengundi cenderung untuk menghantar isyarat kepada kerajaan tentang keputusan mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Ianya adalah referendum rakyat untuk menyatakan sikap rakyat terhadap apa yang berlaku. Saya percaya isu ini akan memberi kredit kepada Pakatan Rayat di Kajang,"katanya.
Dalam pada itu, seorang Imam di Batu 10 Cheras yang mahu dikenali sebagai Raslan yakin Wan Azizah mampu menyaingi calon BN Chew Mei Fun berdasarkan isu mahkamah yang disifatkan beliau mengulangi “skrip lama” untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Rata-rata orang marah sebab skrip yang sama yang digunakan oleh BN, rakyat sudah nampak. Boleh jatuh hukum dalam masa dua jam," katanya yang mengundi di UPU Cheras Utara.
Malah katanya, "mood" rakyat Kajang pada hari ini agak luar biasa memberi sokongan kepada Wan Azizah khususnya di kalangan anak muda walaupun Anwar tidak layak bertanding.
Tambahnya, pertukaran calon Pakatan Rakyat daripada PKR di saat-saat akhir tidak akan menjejaskan sokongan kepada Wan Azizah.
"Wan Azizah ramai orang kenal dan orang tahu personaliti dia. Dan kalau dia berkempen tanpa suami dia ianya tidak ada masalah. Pengundi Kajang akan tetap sokong dia," katanya.
Sebelum itu, Wan Azizah turut menghadiri majlis tazkirah wanita yang diadakan di rumah Raslan.
Tazkirah yang dikendalikan oleh isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Tinah dihadiri kira-kira 30 wanita dari kawasan sekitar.
Sumber HD - 14-3-2014
Antara Rosmah dan Wan Azizah
- Mar 13, 2014
- SHAHBUDIN HUSIN
Sebelum Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998, Wan Azizah hanyalah seorang suri rumah yang barangkali tidak pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia politik sehingga sejauh ini. Beliau ketika itu hanyalah seorang peneman kepada suaminya di majlis-majlis rasmi dan lebih banyak tersenyum dari berkata-kata.
Wataknya sebagai isteri seorang pemimpin yang sentiasa menyokong perjalanan karier suaminya tidak banyak beza dengan penampilan yang ditonjolkan oleh Dr Siti Hasmah Mohd Ali kepada Mahathir Mohamad. Beliau hanya menonjolkan dirinya setelah suaminya dipenjarakan.
Hanya setelah Anwar dipenjarakan dan terlihat keperluan untuk beliau menggalas perjuangan reformasi yang diasaskan oleh suaminya, Wan Azizah kemudian terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam politik melalui PKR yang ditubuhkannya bersama pengikut-pengikut Anwar yang meninggalkan UMNO.
Beliau menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan dan berpeluang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kali ini, setelah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2011 untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di kawasan itu dan lebih banyak menyerahkan kerja-kerja politik untuk digalas oleh Anwar, Wan Azizah kembali semula bertanding di Dun Kajang berikutan Anwar yang berhasrat bertanding di situ dihalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara selama lima tahun.
Dengan bertanding di Kajang, sekali lagi Wan Azizah menunjukkan ketaatannya sebagai seorang isteri dan pejuang reformasi yang masih belum selesai.
Jika tidak kerana Anwar dihalang daripada bertanding, Wan Azizah bukan saja akan mengundurkan diri sebagai Presiden PKR pada pemilihan Mei ini, bahkan lebih selesa mengharungi sisa-sisa usianya sebagai suri rumah sahaja. Walaupun masih kekal untuk memberi laluan kepada Anwar pula menerajui PKR, Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sedang ditunggu dengan tugas baru sebagai Adun Kajang pula.
Berbeza pula dengan Rosmah Mansor, beliau berkahwin dengan Najib ketika anak Tun Razak itu sudah menjadi menteri. Ketika Najib menjadi menteri pula, kelibat Rosmah jarang kelihatan walaupun ada juga sesekali beliau muncul menemani suaminya di beberapa majlis rasmi. Hanya ketika Najib mengadakan jamuan bertemu penyokong-penyokongnya di kediaman mereka, barulah selalu wajah Rosmah yang mesra dan suka bergaul kerap kelihatan.
Tetapi setelah Najib menjadi Perdana Menteri, penonjolan Rosmah agak luar biasa. Di akhbar dan tv, wajah dan beritanya kerap muncul. Beliau juga mengasaskan Permata yang membolehkannya mendapat peruntukan khas beratus juta daripada kerajaan dan kerap mempromosikan program pendidikan untuk kanak-kanak itu di dalam dan luar negara.
Rosmah juga lebih selesa dengan gelaran First Lady berbanding gelaran biasa isteri Perdana Menteri dan mengadakan Persidangan Wanita-Wanita Pertama Sedunia untuk membiasakan masyarakat dunia dengan gelaran barunya itu. Beliau juga kerap hadir ke pelbagai persidangan peringkat antarabangsa dengan membawa gelaran First Lady serta menggunakan kemudahan jet kerajaan.
Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi satu-satunya isteri Perdana Menteri yang pernah turun berkempen secara langsung membantu UMNO dan BN dalam pilihanraya. Jika ketika Najib sekadar menteri biasa, kekerapan Rosmah menemani suaminya tidak sekerap mana, tetapi setelah bergelar Perdana Menteri pula beliau jarang membiarkan Najib muncul keseorangan.
Rosmah akhirnya berjaya membentuk persepsi sebagai wanita yang berkuasa. Bukan saja pemimpin UMNO kerap memuji dan menjemputnya untuk merasmikan pelbagai acara, Najib sendiri memuji Rosmah dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tentang peranan yang pernah dimainkannya untuk kepentingan negara. Mereka yang mencium tangannya juga ramai, walaupun sesetengahnya lebih berusia daripadanya.
Lalu melekatlah tanggapan bahawa beliau benar-benar berkuasa dalam negara ini, meskipun hakikatnya Rosmah hanyalah seorang suri rumah sahaja.
Apabila Wan Azizah bertanding semula di Kajang, beliau lalu dikatakan menghidupkan semula amalan nepotisme. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin malah melabelnya sebagai boneka kepada Anwar yang tidak seharusnya diberikan rasa simpati oleh pengundi Dun Kajang pada 23 Mac ini.
Jika benar pun ini merupakan sebahagian daripada nepotisme tetapi haruslah disedari bahawa kemunculan Wan Azizah dalam dunia politik tidak sesekali melalui permaidani merah seperti mana ahli keluarga pemimpin UMNO yang lain. Laluannya penuh dengan darah, air mata dah kerikil-kerikil tajam. Hanya kerana hasrat Anwar bertanding di Kajang "dikejangkan" melalui keputusan Mahkamah Rayuan, maka muncullah Wan Azizah sebagai pengganti.
Jika Anwar tidak dipecat oleh Mahathir, beliau mungkin akan kekal dengan peranannya sebagai suri rumah, peneman dan pendukung di belakang tabir kerjaya suaminya. Begitu juga jika KajangMove ini tidak dihalang melalui keputusan mahkamah, Wan Azizah tentunya lebih selesa berada di rumah.
Hanya atas nama perjuangan, meneruskan reformasi dan keinginan untuk memberikan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat dan negara, maka tercatatlah nama Wan Azizah sebagai salah seorang pejuang politik yang tidak pernah pun terfikir untuk diceburinya suatu ketika dahulu.
Jika KJ mengatakan Wan Azizah hanyalah boneka kepada Anwar tetapi yang membanggakan kita ialah beliau tidak pernah "membonekakan" kedudukan dan jawatan suaminya seperti mana wanita yang seorang lagi itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Sumber HD - 13-3-2014
Wan Azizah penerus Langkah Kajang
- Mar 13, 2014
- Wan Nik Wan Yussof
PENGUMUMAN Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku calon pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac lalu mengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menepati suasana kemelut ‘Langkah Kajang’ (Kajang Move).
Ia berlaku berikutan Anwar dikira ‘hilang kelayakan’ setelah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara atas kes liwat II oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas. Kini Wan Azizah dilihat sebagai penerus agenda Langkah Kajang yang sebelum ini dipikul Anwar.
Sudah tentu senario politik itu amat menarik perhatian ramai pihak, terutama apabila dilihat Langkah Kajang itu sebagai tindakan come back––kembalinya Wan Azizah di pentas pilihan raya kecil.
Ia suatu imbauan sejarah politik, tatkala sebelum ini Wan Azizah yang popular dengan panggilan ‘Kak Wan’ pernah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, kira-kira enam tahun dulu.
Pengosongan itu bertujuan memberi laluan kepada Anwar tampil di parlimen selepas tamat tempoh ‘pantang lima tahun’ akibat dipenjarakan. Kini giliran Wan Azizah pula mengisi kekosongan yang dibuat Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Tujuan pengosongan, menurut Lee adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor. Justeru tugas Kak Wan adalah menjayakan misi ini.
Mengimbau senario tahun 1999, Anwar dipenjara atas tuduhan rasuah ketika Dr. Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri. Maka Anwar hilang hak bertanding, dan menyebabkan Wan Azizah bertanding di kerusi Permatang Pauh, kerusi yang sepatutnya Anwar bertanding.
Selama dua penggal (1999-2004 dan 2004-2008) Wan Azizah mewakili kerusi itu. Sehingga pilihan raya umum 8 Mac 2008, Wan Azizah sekali lagi bertanding dan menang. Apa pun kemenangan itu tidaklah lama, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan untuk Anwar.
Ia difikirkan wajar demi mengembalikan maruah politik Anwar yang kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, dan Anwar memimpin perjalanan menuntut keadilan untuk mencapai Putrajaya pada pilihan raya umum 2013 lalu.
Namun langkah dari Permatang Pauh ke Putrajaya belum tercapai. Lalu langkah itu cuba disambung menerusi agenda Langkah Kajang. Namun Langkah Kajang dikira terganggu ekoran pihak kerajaan BN membawa semula kes Liwat II ke Mahkamah Rayuan.
LONGGOKAN ISU
Ternyata ia suatu gangguan, kerana pada 7 Mac lalu Anwar disabit dengan hukuman lima tahun penjara dan bayaran jaminan RM10,000. Kini beliau didorong pula untuk berdepan dengan proses Mahkamah Persekutuan yang belum pasti bila kesudahannya.
Apa yang pasti rancangan Langkah Kajang tidak lagi untuk Anwar. Proses pilihan raya kecil sedang berjalan, pengundian bakal berlaku pada 23 Mac. Begitu pun, di sana berlonggok-longgok isu yang harus dikobarkan untuk rakyat menilai, agar kesinambungan dominasi kerusi Kajang pasti memenangkan Pakatan Rakyat.
Antara isu utama adalah isu-isu defensif pihak BN ekoran tekanan ekonomi dan sosial yang gagal diurus oleh kerajaan BN menyebabkan kos hidup meningkat ekoran kenaikan harga barang yang tidak terkawal, dan juga pemulihan imej MCA (parti yang bertanding) selepas dipimpin oleh kepimpinan baru.
Namun isu paling penting adalah isu proses keadilan terhadap Anwar (kes liwat II) dilihat bergelumang dengan konspirasi politik, dan apa yang tersirat di sebalik agenda Langkah Kajang sendiri––rakyat ingin tahu penyelesaian isu-isu pentadbiran negeri Selangor yang sebelum ini dimomokkan dengan persoalan ‘perbalahan’ sesama sendiri.
Maka kesempatan kempen pilihan raya kecil adalah perlu dimanfaatkan bagi menerangkan kemajuan penyelesaian, termasuk isu MoU air Selangor dengan Pusat, pertikaian dalam PKNS dan peranan untuk Wan Azizah sendiri dalam kerajaan Selangor jika menang nanti.
Meskipun di sebalik Langkah Kajang itu pelbagai isu bakal dibangkitkan untuk menarik pengundi, apa yang penting kini, seluruh tenaga Pakatan Rakyat dan waktunya harus ditumpukan bagi memenangkan Dr Wan Azizah.
Kemenangan amat bermakna dalam memastikan segala-gala kebobrokan politik kerajaan BN hari ini harus ditolak oleh majoriti rakyat. Jadikan keputusan daripada pilihan raya kecil Kajang ini sebagai tanda aras amaran rakyat, menerima atau menolak Langkah Kajang.
Sekaligus ia menatijahkan pengiktirafan rakyat kepada Wan Azizah, penerus Langkah Kajang selaku ikon kepimpinan yang amat tabah dan begitu teruji dalam menghadapi segala macam cabaran perjuangan.
Semoga pengundi Kajang sedia melangkah bersama-sama kepayahan rakyat dengan menolak BN pada 23 Mac nanti.
__________________
Wan Nik Wan Yussof ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 13-3-2014
Bekas pesakit teruja jumpa Wan Azizah di Pasar Kajang
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Lawatan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Pasar Kajang, hari ini dikejutkan dengan sapaan bekas pesakitnya yang teruja dapat bertemu pemimpin itu.
Salbiah Bakar, 67, berkata dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Wan Azizah yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atasnya sekitar 1980-an.
Dia yang tiba-tiba menyapa Wan Azizah kelihatan teruja sebelum memeluk pemimpin berkenaan sambil menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR itu pada PRK yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini.
“Pertemuan itu sudah berlangsung sangat lama sekitar 1980-an sewaktu saya membuat pembedahan membuang batu karang di Hospital Kuala Lumpur dan ketika itu saya bertugas di Keramat.
“Tidak sangka dapat bertemu beliau lagi kerana saya tinggal di Taman Jasmin dalam kawasan ini (Kajang). Ya, saya akan memberi sokongan kepada beliau dalam PRK nanti,” katanya dipetik Selangor Kini.
Wan Azizah kelihatan gembira dapat bertemu bekas pesakitnya itu dan mereka dilihat berbual mesra selepas disapa Salbiah dalam sesi lawatan berkenaan.
Sumber HD - 13-3-2014
Peniaga kata tiada ayam RM1 seekor – Wan Azizah
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
KAJANG: Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.
"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.
Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.
"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.
"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.
Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar Kajang.
"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.
Pasar Kajang merupakan satu-satunya pasar yang ada di sini, menyebabkan ianya menjadi tumpuan utama penduduk Kajang.
Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang dari barangan basah, kering, serta pakaian juga terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan para peniaga kecil-kecilan.
Sumber HD - 13-3-2014
Manifesto: PKR perinci kesesakan lalu lintas di Kajang
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi mengatasi masalah lalulintas yang kritikal di Kajang ini, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan memimpin satu pasukan yang akan ditubuhkan untuk menyiapkan Plan Traffic Kajang 2018.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang turut memperincikan manifesto berhubung masalah lalu lintas memberi gambaran perlu ada satu plan di bawah Wan Azizah nanti.
"Kita akan melihat untuk masa akan datang keperluan ini menjadi tanggungjawab kita. Kita kena detailkan dan lihat pada keseluruhan plan trafik pada lima tahun akan datang," kata Rafizi dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.
Tambahnya, masalah trafik di Kajang menjadi lebih kritikal apabila ada banyak pembinaan yang sedang berjalan dan ianya perluka plan yang bijak bagi mengatasi masalah ini.
Beliau tidak menolak masalah pembinaan yang sedang berjalan memberi kesan kepada berlakunya banjir.
"Banyak masalah kerana spesifikasi saliran air yang dibuat sejak 20 dan 30 tahun yang lalu. Selepas tempoh itu saliran yang sedia ada tidak mencukupi mengakibatan banjir berlaku," katanya.
Jelasnya, Wan Azizah akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang paling kronik dan berisiko besar untuk banjir supaya ia boleh diatasi sebaik mungkin.
Dalam menghadapi masalah ini, PKR akan membina platform interaktif "Kajang Traffic Update' melalui laman twitter, facebook dan SMS bagi membolehkan pengguna dan pihak berkuasa melaporkan keadaan trafik dari semasa ke semasa dan cadangan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
Hari ini Wan Azizah melancarkan Manifesto Kajang yang berbentuk poskad. Setiap poskad masing-masing tertera manifesto yang ditandatangan oleh beliau.
Sumber HD - 12-3-2014
PRK Kajang: Pelan trafik bandar elak kesesakan
- Mar 12, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Calon PKR N25 Kajang melahirkan komitmen untuk melantik juru runding trafik bebas bagi menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di bandar Kajang.
Bagi mengatasi masalah lalu lintas yang kritikal di Kajang ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan memimpin satu pasukan yang akan ditubuhkan untuk menyiapkan Plan Traffic Kajang 2018.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang turut memperincikan manifesto berhubung masalah lalu lintas memberi gambaran paling tidak perlu ada satu pelan di bawah Wan Azizah nanti.
"Kita akan melihat untuk masa akan datang keperluan ini menjadi tanggungjawab kita. Kita kena perincikan dan lihat pada keseluruhan pelan trafik pada lima tahun akan datang," kata Rafizi dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Kajang.
Tambahnya, masalah trafik di Kajang menjadi lebih kritikal apabila ada banyak pembinaan yang sedang berjalan dan ia perlukan pelan yang bijak bagi mengatasi masalah ini.
Beliau tidak menolak masalah pembinaan yang sedang berjalan memberi kesan kepada berlakunya banjir.
"Banyak masalah kerana spesifikasi saliran air yang dibuat sejak 20 dan 30 tahun yang lalu. Selepas tempoh itu saliran yang sedia ada tidak mencukupi mengakibatkan banjir berlaku," katanya.
Jelasnya, Wan Azizah akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang paling kronik dan berisiko besar untuk banjir supaya ia boleh diatasi sebaik mungkin.
Dalam menghadapi masalah ini, PKR akan membina platform interaktif "Kajang Traffic Update' melalui laman twitter, facebook dan SMS bagi membolehkan pengguna dan pihak berkuasa melaporkan keadaan trafik dari semasa ke semasa dan cadangan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
Hari ini Wan Azizah melancarkan Manifesto Kajang yang berbentuk poskad. Setiap poskad masing-masing tertera manifesto yang ditanda tangan oleh beliau.
Sumber HD - 12-3-2014
- Mar 12, 2014
- MAJDAN DAGANG
Secara rasminya gelanggang Pilihan Raya Kecil Kajang (PRK Kajang) dibuka. Walaupun perancangan awalnya Anwar Ibrahim akan bertanding, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sementara lawannya dari Barisan Nasional (BN) ialah Datin Paduka Chew Me Fun daripada Malaysian Chinese Association (MCA). Gembar-gembur calon bebas tidak timbul langsung.
1. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Lee Chin Cheh yang mewakili PKR menang bergaya dengan majoriti 6,824 mengalahkan Lee Ban Seng daripada MCA dan empat calon bebas. Pada PRU12 PKR telah berjaya merampas kerusi ini daripada MCA yang diwakili Datin Paduka Low Lee Leng. Lee Kim Sin dari PKR menang dengan majoriti 3,268. Yang menariknya, pada PRU11 Datin Paduka Low Lee Leng menang dengan majoriti 2,773 undi!
Pada kali ini sekali lagi kira-kira 38 ribu pengundi akan menentukan siapakah yang layak menduduki kerusi Dun Kajang. Daripada jumlah tersebut pengundi Melayu mewakli 46 peratus, Cina 44 peratus dan selebihnya lain-lain bangsa.
2. Pertarungan dua wanita. Wan Azizah sekali lagi menjadi galang ganti kepada suaminya yang hilang kelayakan bertanding kerana kalah dalam rayuan dalam kes Liwat II. Tentunya kita masih ingat bagaimana beliau memimpin kemenangan di Permatang Pauh. Wanita besi ini telah menempuh banyak ujian dan cubaan sebagai isteri kepada orang politik yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana isteri di Malaysia.
Lawan Chew Me Fun juga bukan calang-calang calon daripada MCA. Beliau juga dikelaskan dalam wanita yang berkarisma sebagai pemimpin dan mempunyai pendirian yang tegas. Pertarungan ini tentunya bukan mudah bagi Chew kerana sudah tentu simpati terhadap Wan Azizah memberi kelebihan kepada Pakatan.
3. Kubu atau kubur kepada MCA. Dahulunya kawasan ini merupakan kubu kepada MCA. Namun sejak PRU10, kawasan ini tiba-tiba berubah angin dan menyokong pembangkang (kini Pakatan Rakyat). Dahulunya kubu kini sudah menjadi kubur.
Jika mood rakyat masih lagi kekal seperti PRU13 yang lalu, tidak mustahil Dun Kajang terus menjadi kubur bagi MCA.
4. Siapakah rasis di Kajang? Jika benarlah orang Cina bersikap rasis. Tentunya Wan Azizah berdepan laluan sukar. Namun sikap pengundi Cina yang kritikal menyebabkan MCA hilang kawasan kubu mereka. Orang Cina Kajang tidak begitu mudah memberi undi kepada MCA.
Dalam dua pertembungan sebelum ini, pertarungan antara wakil Cina MCA dan wakil Cina PKR. Situasi ini tidak memberi apa-apa masalah kerana kedua-dua berbangsa Cina.
Namun, situasi kali ini jauh berbeza – Melayu berentap dengan Cina di kawasan penduduk bercampur. Berdasarkan peratusan kaum – jika semua Melayu mengundi Melayu, maka Wan Azizah masih boleh menang dengan majoriti tipis.
5. Umno tidak berjuang untuk Melayu. Saya pasti, tidak semua orang Melayu akan mengundi Wan Azizah khususnya para penyokong Umno. Walaupun Umno mendabik dada bahawa mereka berjuang demi bangsa Melayu. Namun semua itu lebih kepada penyedap kata.
Sejarah juga telah membuktikan dalam banyak kali pilihan raya, pengundi Melayu Umnolah yang memenangkan calon MCA. Hal ini diakui sendiri oleh MCA. Berbeza dengan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat – semua bangsa boleh menyertainya dan lebih praktikal dalam suasana politik matang pada hari ini.
6. Faktor ekonomi penentu kemenangan. Jika dilihat dari sudut pembangunan, Kajang merupakan kawasan semi bandar. Sudah pasti kempen yang menjadi modal asas BN iaitu jalan raya, air mahupun elektrik tidak boleh digunakan di sini. BN juga sukar mengumpan pengundi dengan wang ringgit kerana wang bukan segalanya di Kajang – walaupun segalanya memerlukan wang!
Pengundi Kajang tentunya mahu iklim kehidupan yang lebih baik, kos hidup yang tidak tinggi, jenayah yang terkawal, dasar kerajaan yang tidak flip-flop dan banyak lagi. Mereka bukan mudah menerima alasan “...masih murah berbanding negara jiran,” dan sebagainya. Mereka bukan seperti sesetengah pengundi yang tunduk hanya kerana mahukan BR1M.
7. Jentera parti. Pakatan tentunya bukan sahaja mahu mengekalkan kerusi ini ditangannya malah mahukan majoriti yang lebih tinggi. Tugas ini tentunya bukan mudah dan jentera PAS, PKR dan DAP perlulah bekerja keras memberi penerangan kepada rakyat.
Yang pasti jentera pilihan raya Pakatan, khususnya PAS mampu bekerja dalam suasana wang yang paling minimum, tanpa upah, tanpa habuan. Saya pasti Umno tidak mampu menggerakkan pekerja pilihan raya tanpa wang.
8. Kuasa undi wanita. Separuh daripada pengundi berdaftar ialah wanita. Jadi tidak timbul isu wanita perlu undi wanita. Ada baiknya juga bukan Anwar Ibrahim yang bertanding. Namun, saya menjangkakan hal gender tidak menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon dalam PRK kajang ini.
9. Pergolakan dalaman Pakatan Rakyat. Sehingga kini, sebarang bentuk pergeseran telah berjaya diredakan. Apatah lagi telah berlangsung konvensyen Pakatan Rakyat minggu lalu. Saya percaya pergeseran dan berbeza pendapat dalam mana-mana gabungan tidak boleh dielakkan. BN juga tidak dapat lari daripada berlakunya pergeseran dalaman. Namun kebiasaannya, apabila berlaku pertembungan dengan pihak lawan, segala perasaan tidak puas hati akan diketepikan terlebih dahulu.
Cuma, media berperanan penting untuk membesar dan mengecilkan sesuatu perbalahan itu.
10. Peranan media sosial dan internet. Dalam pertarungan dunia moden hari ini, peranan media baharu tidak boleh diketepikan begitu sahaja – apatah lagi kawasan Kajang yang mendapat liputan internet sepenuhnya.
Umno-BN tidak mudah mempengaruhi rakyat melalui berita dan laporan yang berat sebelah. Sebarang cubaan memburukkan pihak lawan melalui cara yang tidak berhemah akan mudah dipatahkan.
11. Saya bukanlah ahlul nujum yang mampu meneka siapa yang bakal menang. Hal ini kerana suasana politik di Selangor pada hari ini tidak sama dengan 10 atau 20 tahun dahulu. Secara umumnya, pengundi di Selangor lebih kritikal terhadap apa-apa isu. Mereka bukan lagi sekelompok masyarakat yang menelan bulat-bulat maklumat yang diterima. Untuk tempoh seminggu ini pastinya perang media dan perang saraf akan berlangsung dengan rancak – di samping tentunya peristiwa kehilangan MH370 turut bergerak seiring. Selamat berkempen.
Sumber HD - 12-3-2014
- Mar 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) dalam satu kenyataan media hairan dengan sikap Khairy yang cuba berlagak hero kononnya pilihan raya Kajang sengaja dibuat sedangkan PRK Dun Balingian turut diadakan setelah penyandangnya daripada BN meletakkan jawatan.
Beliau turut membidas tuduhan Khairy kononnya calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'boneka' sedangkan boneka sebenar dalam PRK Kajang ialah calon BN, Chew Mei Fun yang diletakkan oleh Umno-BN bagi menjustifikasikan amalan perkauman, kelemahan pentadbiran dan kezaliman Umno selama ini.
"Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang jelas merupakan parti pelbagai kaum, diasaskan dan terus berjuang untuk menambah kecekapan pentadbiran serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada kezaliman Umno-BN selama ini," tegasnya.
Menurut Shamsul, pemilihan Presiden PKR, Dr Wan Azizah menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dibuat berdasarkan pengalaman beliau sebagai ahli parlimen, berpendidikan dan teruji dalam menggalas perjuangan rakyat.
Beliau menambah, usaha menggagalkan pencalonan Anwar di Kajang melalui mahkamah secara tergesa-gesa sangat janggal sehingga dikritik badan-badan antarabangsa.
"AMK menyeru para pengundi di N25 Dewan Undangan Negeri Kajang untuk memilih Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu sokongan untuk reformasi dan penolakan terhadap politik jijik Umno-BN," tegas beliau lagi.
Sumber HD - 12-3-2014
Saya bukan boneka - Wan Azizah
- Mar 12, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
KAJANG: Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak faham erti kezaliman, kata calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu yang menyifatkan beliau sebagai boneka kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Khairy adalah orang yang berpendidikan tinggi, dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.
"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, dekat sini hari ini.
Semalam Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian mendakwa Azizah hanyalah boneka dalam politik.
Wan Azizah juga menegaskan, tindakan beliau bertanding di Kajang adalah untuk membela nasib Anwar dan menentang kezaliman.
"Bagi orang Islam, menentang kezaliman itu satu jihad," katanya.
Beliau menggantikan Anwar sebagai calon Kajang selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat 2.
Sumber HD - 12-3-2014
- Mar 11, 2014
- SALMIYAH | FOTO: SK
Bercakap kepada media selepas selesai penamaan calon hari ini, beliau mahu pengundi Kajang menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai referendum terhadap ketidakadilan dan sistem kehakiman yang berlaku dalam negara ini
"Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini.
"Saya ajak pengundi-pegundi Kajang bersama saya," kata beliau.
Terdahulu Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengesahkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
Proses penamaan calon berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi jam 9 pagi tadi.
Mengulas lanjut, Wan Azizah turut melahirkan rasa terharu beliau di atas sokongan yang ditunjukan rakan Pakatan Rakyat yang lain iaitu PAS dan DAP yang hadir pada penamaan calon hari ini.
"Saya sungguh terharu. Ini memberi suntikan baru kepada apabila melihat begitu kuat sokongan daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.
"InsyaAllah pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pertandingan ini berlaku di atas padang yang sama rata.
"Saya harap SPR berlaku adil dalam PRK Kajang," tegas beliau.
DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=IqtHVcMuUzA
Dr SMM - http://www.youtube.com/watch?v=sJAWIY5t4ls
PRK KJG - http://www.youtube.com/watch?v=cCk4WuYRmow
YAB TSKI - https://www.youtube.com/watch?v=kX2aORSMb-w
PSPR - https://www.youtube.com/watch?v=qx2V894R8Wg
NG SUEE LIM -
https://www.youtube.com/watch?v=L5PgiJz6LCU
Sumber HD - 11-3-2014
Sah satu lawan satu di Kajang
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Dua calon yang telah mengumumkan penyertaan awal masing-masing Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes Liwat II dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.
PRK Kajang yang disebut juga sebagai 'Langkah Kajang' dalam usaha memperkukuh Pakatan Rakyat negeri Selangor, menarik perhatian banyak pihak sejak ianya dilontarkan sebulan lalu.
Kerusi DunKajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu.
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
LAPORAN LANGSUNG
10.20 am: Anwar dan Wan Azizah mengambil peluang bersalaman dengan penyokong PR. Sebahagian mula beransur-ansur keluar dari stadium.
10.15 am: Datuk Hassan Nawawi mengumumkan hanya dua calon yang disahkan bertanding iaitu Wan Azizah dari PKR dan Chew Mei Fun dari BN.
Pengumuman disambut sorakan dan takbir dari kedua-dua belah penyokong yang berhimpun.
Tiada calon bebas dan bermakna satu lawan satu di Kajang.
10.05 am: Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.
10.03 am: Dr Siti Mariah berpendapat, PRK kajang lebih kepada merebut undi wanita. Beliau optimis pengundi wanita Kajang bersama PR.
"Di kajang, wanita-wanitanya celik maklumat. Dengan banyak janji yang tidak ditunaikan BN seperti dijanji sebelum PRU lalu, kita yakin wanita Kajang bersama PR.
"Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup yang semakin mengkat ini, sangat menekan golongan wanita khususnya suri rumah," katanya.
9.50 am: Dr Hatta ketika ditemui berkata;
"Sepertinya PRK ini satu lawan satu antara PKR dan BN. Itu lebih mudah rakyat buat pilihan.
"PRK juga sebagai medan referendum terhadap isu-isu yang PR bangkitkan.
"Melihat kepada minat sebelum penamaan ini, saya jangka mood untuk keluar mengundi mungkin tinggi," kata Hatta.
9.45 am: Sekumpulan penyokong PKR dan DAP yang menaiki bas khas juga dilihat turun berjalan kaki dari plaza tol ke stadium.
9.40 am: Kenderaan pemimpin DAP Tony Pua antara yang terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza tol Bangi.
Beliau dilihat turun dari kenderaan dan dibawa menaiki motosikal ke pusat penamaan calon.
9.35 am: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tiba di khemah Pakatan Rakyat bersama AJK PAS Pusat Dr Dzulkefley Ahmad.
9.30 am: Akibat kesesakan teruk, pihak plaza tol Bangi menambah kaunter di bahagian laluan tunai.
Kesesakan itu juga menyebabkan pasukan trafik terpaksa berkawal di plaza tol.
9.25 am: Bulatan selepas tol Bangi menuju ke kompleks sukan ditutup separuh ekoran keksesakan. Kebanyakan penyokong meletakkan kenderaan berhampiran plaza tol dan berjalan kaki menuju ke stadium.
9.20 am: Setakat ini hanya Wan Azizah dan Mei Fun dilihat mengemukakan borang pencalonan. Belum ada mana-mana calon bebas berbuat demikian.
Pencadang kepada Wan Azizah adalah Muhammad Fazli Ahmad dari PAS manakala penyokong pula Sia Wei Shien dari DAP.
Masa penyerahan penyerahan borang pencalonan dijangka tamat jam 10 pagi ini.
9.15 am: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di khemah Pakatan Rakyat. Turut bersama beliau Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Pemimpin PAS yang turut berada di khemah itu termasuk Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Siti Mariah, serta Dr Che Rosli.
9.10 am: Sementara itu Pimpinan Pakatan Rakyat mula mengambil tempat. Menunggu di khemah yang disediakan.
9.00 am: Wan Azizah dilihat masuk ke dewan penamaan calon. Difahamkan calon BN masuk lebih awal kira-kira jam 8.50 pagi tadi.
8.58 am: Kedua-dua belah penyokong mula memenuhi kawasan yang ditetapkan masing-masing sementara polis dan anggota FRU berkawal ditengah-tengah antara mereka.
Mereka dipisahkan dalam jarak 100 meter.
Selain meletakkan kon penghadang, pihak keselamatan juga turut memasang kawat berduri sekitar kawasan perkumpulan penyokong kedua-dua belah pihak.
8.55 am: Wan Azizah tiba di kompleks sukan ditemani Anwar Ibrahim. Mereka bertemu penyokong sebelum bergerak ke dewan penamaan.
8.50 am: Kelihatan khemah yang disediakan untuk calon dan pemimpin BN di atas padang berhampiran dewan penamaan sudah dipenuhi oleh pemimpin utama mereka, manakala khemah yang disediakan untuk Pakatan Rakyat masih kosong.
Difahamkan, calon dan pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak masuk ke kawasan kompleks sukan sebentar lagi.
8.45 am: Penyokong kedua-dua parti dilihat mula tiba di kawasan kompleks sukan.
Penyokong BN dilihat menggunakan pintu sebelah lebih raya untuk ke kawasan padang tempat berkumpul yang ditetapkan manakala penyokong Pakatan Rakyat masuk melalui pintu sebelah kawasan perumahan.
8.20 am: Jalan masuk ke LHDN juga ditutup dengan menggunakan kon oleh pihak keselamatan.
Para penyokong dilihat meletakkan kenderaan di luar kawasan di tepi jalan dan berjalan kaki ke tempat berkumpul.
Azmin Ali antara pimpinan terawal dilihat tiba disini. Kelihatan juga Adun Meru Dr Abdul Rani Othman.
Sejurus kemudian Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga tiba dan bersalaman dengan penyokong.
8.15 am: Penyokong Pakatan Rakyat juga semakin ramai tiba di Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Bangi.
Mereka berkumpul di kawasan letak kereta sementara menunggu pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon Wan Azizah tiba.
Dari sini, mereka akan bergerak menuju ke pusat penamaan calon.
8.00 am: Semua jalan masuk menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dilapor sesak.
Di Lebuhraya PLUS, kesesakan dilaporkan lebih 1 kilometer sebelum plaza tol Bangi.
[lanjut menyusul]
Sumber HD - 11-3-2014
Penamaan calon Pilihan raya Kecil Dun Kajang dibuka
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Proses dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan nama calon yang bakal bertanding dalam PRK itu pada 23 Mac ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyat sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan. - Bernama
Sumber HD - 11-3-2014
PRK Kajang: Jalan ke Bangi sesak sejak awal pagi
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Dua calon yang telah mengumumkan penyertaan awal masing-masing Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.
PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon pengganti kepada Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan bertanding ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes Liwat II dan dikenakan hukuman lima tahun penjara.
PRK Kajang yang disebut juga sebagai 'Langkah Kajang' dalam usaha memperkukuh Pakatan Rakyat negeri Selangor, menarik perhatian banyak pihak sejak ianya dilontarkan sebulan lalu.
Kerusi DunKajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu.
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
LAPORAN LANGSUNG
9.00 am: Kedua-dua belah penyokong mula memenuhi kawasan yang ditetapkan masing-masing sementara polis dan anggota FRU berkawal ditengah-tengah antara mereka.
Mereka dipisahkan dalam jarak 100 meter.
Selain meletakkan kon penghadang, pihak keselamatan juga turut memasang kawat berduri sekitar kawasan perkumpulan penyokong kedua-dua belah pihak.
8.50 am: Kelihatan khemah yang disediakan untuk calon dan pemimpin BN di atas padang berhampiran dewan penamaan sudah dipenuhi oleh pemimpin utama mereka, manakala khemah yang disediakan untuk Pakatan Rakyat masih kosong.
Difahamkan, calon dan pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak masuk ke kawasan kompleks sukan sebentar lagi.
8.45 am: Penyokong kedua-dua parti dilihat mula tiba di kawasan kompleks sukan.
Penyokong BN dilihat menggunakan pintu sebelah lebuh raya untuk ke kawasan padang tempat berkumpul yang ditetapkan manakala penyokong Pakatan Rakyat masuk melalui pintu sebelah kawasan perumahan.
8.20 am: Jalan masuk ke LHDN juga ditutup dengan menggunakan kon oleh pihak keselamatan.
Para penyokong dilihat meletakkan kenderaan di luar kawasan di tepi jalan dan berjalan kaki ke tempat berkumpul.
8.15 am: Penyokong Pakatan Rakyat juga semakin ramai tiba di Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Bangi.
Mereka berkumpul di kawasan letak kereta sementara menunggu pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon Wan Azizah tiba.
Dari sini, mereka akan bergerak menuju ke pusat penamaan calon.
8.00 am: Semua jalan masuk menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dilapor sesak.
Di Lebuhraya PLUS, kesesakan dilaporkan lebih 1 kilometer sebelum plaza tol Bangi.
[lanjut menyusul]
Sumber HD - 11-3-2014
Pemuda PAS kerah jentera turun ke Kajang esok
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, himpunan solidariti itu juga penting bagi memperlihatkan rasa amarah terhadap kebobrokan sistem perundangan negara yang tempang serta permainan politik kotor Umno-BN.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Mohd Sany berkata, Pemuda PAS di semua peringkat juga telah diarahkan untuk membantu gerakerja pilihan raya Kajang mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Jentera Operasi Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia.
"Kami menyifatkan penghakiman 7 Mac 2014 lalu sebagai mengulangi episod hitam kegagalan dan kerosakan sistem perundangan negara dalam kes Liwat I tahun 1998.
"Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia amat yakin dan percaya keputusan penghakiman terpilih yang dibuat secara tergesa-gesa ini telah dibayangi dan dicemari oleh tangan-tangan dalang yang akan terkesan jawatan dan kuasa mereka sekiranya Anwar tidak diperosokkan di dalam kandang orang yang bersalah," tegas beliau.
Beliau turut merakamkan simpati kepada Anwar dan keluarga di atas musibah yang melanda dan berharap mereka terus bersabar serta memperbanyakkan doa.
"Kami memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba merosakkan sistem perundangan negara dan demokrasi berpilihan raya di dalam negara ini supaya bertaubat dan memohon maaf di atas segala perancangan jahat dan fitnah yang telah dilakukan selama ini kerana sesungguhnya kematian itu adalah sangat hampir dan azab Allah Taala adalah sangat pedih," kata Mohd Sany.
Sumber HD - 10-3-2014
PAS, DAP sifatkan Azizah calon pengganti paling sesuai
- Mar 10, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, jentera PAS akan meneruskan operasi mereka bagi memastikan kemenangan Dr Wan Azizah.
"Jentera (pilihan raya) kita dari awal lagi sudah bersedia. Kita sudah lancar minggu lepas dan mereka akan terus bekerja untuk memastikan BN kalah," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, PRK Kajang, semalam.
Jelas Hatta, PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun secara tergesa-gesa oleh tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu setelah didapati bersalah dalam perbicaraan yang memakan masa dua hari.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) turut bersetuju dengan keputusan PKR itu dan menyifatkan Wan Azizah sebagai calon yang sangat sesuai bagi menggantikan Anwar.
"Mungkin dalam PRK ini kita boleh mencapai target agar calon BN hilang wang deposit. Kalau ini berlaku kita berjaya membuatkan rakyat bersetuju bahawa masa depan mereka gelap jika terus menyokong BN," tegas beliau.- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Permulaannya adalah di Kajang tetapi selepas itu bahangnya perlu menyelinap ke seluruh negara, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Oleh itu, katanya adalah penting kepada pengundi Kajang untuk terus memberikan sokongan yang bulat kepada siapa saja calon PR di sana.
Bagi beliau, hanya kemenangan dengan undi yang lebih besar dapat dianggap sebagai mesej yang jelas kepada Najib dan BN bahawa rakyat menolak segala bentuk ketidakadilan sama ada atas nama undang-undang, kehakiman atau apa saja.
Tetapi, menurutnya jika BN menang di Kajang atau hanya kalah dengan undi tipis, mereka akan menganggap bahawa segala perlakuan selama ini direstui dan diterima baik oleh rakyat.
“Sudah tentu selepas itu lebih banyak lagi pembulian akan dilakukan. Permulaan yang ditunjukkan di Kajang sebenarnya adalah sangat penting,” tulisnya.
Selepas Kajang pula, ujarnya rakyat boleh terus menunjukkan perasaan mereka melalui pelbagai cara seperti demo aman, luahan di media sosial dan menyatakan bantahan atas apa juga perlakuan pemimpin dan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat.
Justeru, beliau menyeru jika ada mana-mana pilihanraya kecil, teruslah memberi sokongan serta undi kepada calon pembangkang.
Hanya dengan cara itu, katanya keseimbangan politik dapat dijelmakan dan sekaligus merupakan mesej yang jelas kepada Najib dan kerajaan agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati.
Baca di sini
Sumber HD - 9-3-2014
Wan Azizah calon PRK Kajang
- Mar 09, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengumuman berhubung pemilihan Azizah dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Bilik Gerakan Umum PKR, Bangunan Mat Saman, dekat sini, sebentar tadi.
Keputusan itu, ujar Anwar telah mendapat muafakat pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.
Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.
"Mahkamah Rayuan diperalat oleh Umno untuk halang saya jadi calon maka Pakatan Rakyat telah memutuskan Wan Azizah menjadi calon Kajang," kata Anwar.
Sementara itu Wan Azizah dengan hati terbuka menerima keputusan itu dan menyifatkan ianya bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia.
"Saya akan bawa suara rakyat dan ajak bersama-sama saya untuk menolak Umno-BN. Marilah kita bersama-sama jangan tunduk dan kita teruskan perjuangan," kata Wan Azizah.
Malah katanya, inilah waktu yang terbaik untuk bersama-sama mengangkat keadilan bagi rakyat negara ini.
Ketika diajukan soalan mengapa Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution tidak dipilih bagi menggantikan Anwar di Kajang.
"Dia lebih cenderung untuk kerja-kerja setiausaha (agung)," tambah Anwar.
Anwar turut menjelaskan beliau akan berkempen seperti biasa sebagaimana kempen yang diadakan sebelum ini.
Sehingga hari ini, PRK Kajang bakal menyaksikan pertandingan di antara calon wanita PKR dan BN. Wan Azizah akan dicabar oleh calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS menyokong penuh pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang.
Sumber HD - 9-3-2014
23 Mac ini, kita ajar orang korup - Anwar
- Mar 09, 2014
- SALMIYAH HARUN
Menurut Anwar perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri ketiga-tiga pimpinan parti termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya akan berada di sini (Selangor). Wakil Kajang akan kita umumkan esok (hari ini)," kata Anwar dalam majlis Makan Malam di Sungai Chua malam tadi.
Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan Anwar bersalah dan dikenakan hukuman penjara lima tahun sekaligus beliau tidak layak bertanding dalam PRK Kajang pada 23 Mac ini.
"Kita kena bagi mesej jelas 11 Mac ini, kawan-kawan datang pada penamaan calon. 23 Mac ini kita bagi ajar orang-orang yang korup! Biar BN ini kita ajar.
"Malam esok Lim Guan Eng bagitahu orang Penang berhimpun supaya Umno BN jangan ingat dia boleh buli rakyat.
"Please, pelase... orang Kajang 'you' ajar ini orang ini 'election' bahawa rakyat boleh fikir dan mahu hak mereka," tegas Anwar sambil diikuti sorakan lebih 5,000 mereka yang hadir.
Jelas Anwar, Kajang akan menjadi platform untuk mengangkat Selangor sebagai model yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Dalam pada itu, majlis tersebut turut melancarkan gimik setiap mereka yang hadir memakai topeng wajah Anwar sebagai simbolik 'satu Anwar yang pergi beribu-ribu Anwar yang akan muncul'.
Turut bersama dalam majlis itu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sumber HD - 9-3-2014
PKR sudah ada nama calon ganti Anwar di Kajang
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini susulan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira enam tahun lepas.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata terdapat beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh parti itu.
"Tidak kisah siapa yang akan bertanding, orang itu akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.
"Kami akan terus membangunkan Selangor dan saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya dekat sini, hari ini. - Bernama
Sumber HD - 7-3-2014
Jentera PAS ambil pengalaman K.Besut, Sg Limau
- Mar 05, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, PRK Kajang adalah berbeda daripada PRK yang lain kerana ia menampilan calon yang berprofil tinggi dan cukup dikenali ramai.
"Pakatan Rakyat akan letak calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih baik daripada MCA sekali gus kita jangka pengundi yang ada di dalam Kajang ini akan keluar melebihi 80 peratus," kata Hatta dalam program Pelancaran Jentera PRK PAS Kajang semalam.
Bahkan katanya, dengan kesediaan jentera pilihan raya di peringkat negeri serta jentera dari seluruh negara khsusnya daripada PAS akan membantu untuk memberi pertambahan majoriti calon Pakatan Rakyat.
"Kita dapat membentuk jentera parti dan keseluruhan jentera ini kita lancarkan. Jentera kita telah siap sedia dalam PRK ini, dengan pengalaman dalam siri beberapa PRK di Kuala Besut dan Sungai Limau.
"Jentera ini akan melaksanakan lagi tugas mereka dalam PRK kali ini dengan lancar," katanya.
Pelancaran jentera PAS hari ini, bagi Hatta ianya membuktikan PAS memberi sokongan besar kepada Pakatan Rakyat sekali gus menolak tohmahan Umno BN bahawa komponen parti berpecah.
"Dalam setiap PRK yang berlaku kita berkerja sebagai satu pasukan yang kuat, demi menumbangkan Umno BN," katanya.
YB Dr HR - https://www.youtube.com/watch?v=VonG-502cFQ
Sumber HD - 5-3-2014
PRK Kajang: Biar majoriti 'meletup', kata Mat Taib
- Mar 05, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.
Berucap pada pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat.
"Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit.
"Saya minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut gelak ketawa para hadirin.
Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media PAS berkata, sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata.
Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini.
"Dulu waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya. Disekat dengan apa cara pun.
"Janganlah disekat, ini bukan zaman 50an dahulu. Rayat sudah pandai, ada citarasa.
"Saya lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus, tapi sekarang saya nampak Umno tak bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat," jelasnya.
TS MMT - https://www.youtube.com/watch?v=TWwRgIaRRoQ
Sumber HD - 5-3-2014
Anwar hargai muafakat PAS dalam Pakatan Rakyat
- Mar 05, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Ketua Umun PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai muafakat dan kerjasama PAS di dalam Pakatan Rakyat walaupun menerima tekanan paling kuat di kawasan orang Malayu.
"Terima kasih kawan-kawan pimpinan PAS yang bagi kerja sama luar biasa untuk kita pertahankan Kajang walaupun mereka menerima tekanan yang kuat," katanya.
Malah Anwar terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang sama-sama turun di Kajang pada 28 Febuari lalu.
"Hari itu saya ke Jepun. Tuan Guru Hadi Awang sudah turun di Kajang sebelum penamaan calon, ini menunjukkan semangat setia kawan yang terus utuh.
"DAP pun sudah turun malah Kit Siang pun sudah bagi arahan tegas kepada jenteranya bagi membantu PRK Kajang," katanya dalam ceramah sempena Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang, di sini malam tadi.
Namun katanya, tekanan propaganda luar yang banyak menimbulkan beberapa masalah kepada Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, Anwar turut mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi di Kajang antaranya jenayah, ekonomi dan prasarana.
Bagaimanapun katanya, untuk pengurusan ekonomi di Kajang perlu ada prinsip kepedulian.
Beliau yang juga akan membangkitkan permasalahan yang berlaku di Kajang dalam sidang parlimen yang akan bermula pada 10 Mac ini.
" 11 Mac penamaan. Giliran saya berucap pada hari itu juga. Jam 2.30 petang saya akan berucap di parlimen. Saya akan bangkitkan soal Kajang dalam ucapan saya nanti," katanya yang juga Ketua Pembangkang.
DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=v0O0bAxAyW0
Sumber HD - 5-3-2014
PRK Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur
- Mar 05, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
"Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.
Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat.
"Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.
"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang.
"Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.
Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS, Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN dalam PRK ini".
Salahuddin bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti nyanyian lagu PAS beramai-ramai.
HJ SA - https://www.youtube.com/watch?v=_-En3b-KfrU
Sumber HD - 5-3-2014
PRK Kajang: Muhyiddin akui BN 'underdog'
- Mar 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan perdana menteri berkata kemenangan di Kajang tidak mustahil berikutan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai rekod prestasi yang baik sebagai timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini.
"Orang kata kita masuk dalam PRK ini sebagai ‘underdog’ seolah-olah kita tidak akan menang, jadi bila kita buat keputusan untuk bertanding, kita mahu menang!," katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Kajang, di Taman Saujana Impian di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengarah BN bagi PRK DUN Kajang Datuk Seri Noh Omar dan wakil parti komponen BN.
Muhyiddin berkata oleh itu, beliau menyeru semua jentera Wanita BN di DUN Kajang untuk turun padang dan pergi ke semua 16 pusat daerah mengundi di Kajang bagi membantu masyarakat yang mengundi di sini.
“Supaya dengan pilihan raya kecil ini kita boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk di Kajang,” kata timbalan perdana menteri.
Sementara itu Chew ketika ditemui pada majlis sama berkata jentera wanita BN memainkan peranan penting dalam setiap pilihan raya kerana mereka boleh disifatkan sebagai tulang belakang BN.
“Dari segi pilihan raya semua kaum wanita memainkan peranan penting. Merekalah yang pergi rumah ke rumah, dan kita akan bekerja keras bukan hanya menumpukan kepada pengundi muda, tetapi semua anggota masyarakat," katanya.
Pilihan raya kecil Kajang dijadual 23 Mac ini yang menyaksikan Chew bakal berdepan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Bebas, antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding. - Bernama
Sumber HD - 4-3-2014
PRK Kajang: Anwar mungkin kalah jika PR tidak bersatu
- Mar 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, majoriti kecil adalah satu kekalahan, justeru Pakatan Rakyat mesti mensasarkan satu kemenangan bersejarah, yang akan membuka pencapaian dan kejayaan yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang.
Menurut beliau PRK Kajang adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia kerana ia bukan hanya penentu masa depan Kajang dan Selangor, malah seluruh negara.
“Ia bukan sekadar tentukan siapa yang akan menjadi wakil di Dewan Undangan Negeri serta corak kepimpinan dalam politik Selangor, malah paling penting, corak politik di Putrajaya.
“Maka, ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat perlu memastikan kemenangan besar Anwar, yang pasti akan memberikan mesej bahawa (kerajaan pusat) Putrajaya sedang menunggu perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14,” kata Ketua Parlimen DAP itu dipetik Roketkini.
Dalam wawancara bersama Roketkini kelmarin, Karpal menggesa jentera DAP agar berusaha ‘berhabis-habisan’ bagi memastikan Anwar mendapat majoriti besar pada PRK itu nanti.
Anwar bakal berhadapan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun dan kemungkinan besar bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pada 23 Mac nanti.
Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah meminta PKR, PAS dan DAP bersatu padu bagi mencapai matlamat itu.
Menurutnya, ada kebimbangan melihat perkembangan Pakatan dan PKR di Selangor kebelakangan ini.
“Musuh sebenar Anwar bukan calon BN atau pun Bebas, tetapi perselisihan dalaman parti,” ujarnya.
Justeru beliau menggesa ketiga-tiga parti supaya segera menyelesaikan sebarang masalah yang ada dan mengenepikan perbezaan agar tidak menjejaskan kemenangan pada PRK Kajang, yang boleh menutup sebarang peluang perubahan politik daripada berlaku.
Sumber HD - 2-3-2014
PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum
- Mar 01, 2014
- SALMIYAH HARUN
KAJANG: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.
Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.
"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.
"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar," katanya.
Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.
"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi. (Foto facebook)
Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.
DSTGAHHA - http://www.youtube.com/watch?v=4FF5mn6-jUg&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
TSMTM - http://www.youtube.com/watch?v=u6mK1TOVeUA
Sumber HD - 1-3-2014
Kajang: Zaid tak relevan, bakal hilang deposit – Karpal
- Feb 28, 2014
- ROKETKINI
Beliau berkata demikian pada sesi wawancara Roketkini di pejabat guamannya, di sini, semalam.
Malah, katanya lagi, Zaid berkemungkinan besar akan kehilangan wang deposit jika meneruskan niatnya bertanding.
Pada 16 Februari lalu, Zaid mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRK itu, dengan alasan untuk mematahkan apa yang dipanggil sebagai ‘langkah Kajang’.
Mengulas lanjut, Karpal berkata lagi, beliau tidak melihat ada sebarang sebab untuk bekas Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bertanding di sana.
“Tentunya, kecuali untuk kacau Anwar Ibrahim,” kata ahli politik veteran itu lagi.
“Namun ia tidak akan berjaya. Beliau tubuhkan parti KITA dan keluar. Dia bukan ancaman kepada sesiapa, termasuk kepada dirinya sendiri,” katanya sinis.
Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu. Keesokannya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk bertanding bagi kerusi itu.
Dalam pada itu, beliau menyeru jentera DAP berusaha ‘habis-habisan’ untuk membantu PKR mencapai kemenangan besar pada PRK itu.
“Anwar pasti menang. Persoalannya adalah jumlah majoriti yang bakal dimenangi. Kita perlu berusaha habis-habisan untuk pastikan calon BN hilang deposit.
Jentera DAP perlu bekerja keras untuk itu,” katanya lagi.
Sumber HD - 28-2-2014
Presiden PAS turun ke Kajang malam esok
- Feb 27, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijadualkan akan turun ke Taman Mesra, Kajang pada malam esok.
Beliau dijangka akan melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Pakatan Rakyat di Padang Rekreasi Taman Mesra pada jam 9 malam.
Menurut Pengarah PRK PAS Kajang Dr Hatta Ramli barisan pemuda adalah pemangkin bagi menentukan sokongan pengundi muda dalam satu-satunya pilihan raya.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang dihubungi berkata, pihaknya akan menurunkan jentera bagi membantu pilihan raya kecil Kajang.
"Kami akan turun pada 28 Febuari ini melancarkan jentera Pemuda Pakatan Rakyat dan akan menyediakan jentera untuk berkempen," katanya.
PRK Kajang berlaku ekoran perletakan jawatan oleh Adun Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Ekoran itu, Majlis Pimpinan Selangor telah memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi kerusi tersebut, manakala BN telah memilih calon wanita daripada MCA Chew Mei Fun bagi mencabar Anwar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian manakala 11 Mac ini hari penamaan calon.
Presiden PAS / PKR - http://www.youtube.com/watch?v=vFqkOHoyecc
Sumber HD - 27-2-2014
Daim terus kritik Najib menjelang PRK Kajang
- Feb 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam wawancaranya dengan Kinibiz, Daim meneruskan kritikannya dengan menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang rapuh dan kurang tegas.
Penulis blog Shahbudin Husin berpandangan Daim juga dilihat cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dengan berkata, sementara rakyat masih selesa dengan kerajaan tetapi secara majoritinya, luahan yang kedengaran di peringkat bawahan ialah seperti masih banyak yang tidak betul di mana-mana serta perlu diperbetulkan dengan segera.
Menruutnya, kritikan terbaru Daim ini dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan tanpa menunggu keputusan Kajang.
“Kritikan yang dilakukan ketika bahang kempen baru saja bermula boleh juga digambarkan sebagai isyarat bahawa jika beliau berdiam diri dan tidak mengkritik Najib pun, BN tetap mustahil untuk mencapai kemenangan,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.
Oleh itu, menurutnya sementara kekalahan BN sudah dijangka, Daim seperti ingin mengukuhkan lagi keyakinan umum bahawa kelemahan Najib adalah sesuatu yang sukar diperbaiki, meskipun sudah banyak kali diperingatkan mengenainya.
Baca di sini
Sumber HD - 27-2-2014
BN melanggar pantang di Kajang
- Feb 26, 2014
- AHMAD TAJDID
Bukanlah sesuatu yang ‘memeranjatkan’ jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan ‘masa menunggu’ PRK Kajang.
Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah ‘hit and run’ beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.
(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)
Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN.
Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ memberikan komen masing-masing.
Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.
SPR pada 5 Februari lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac. Pengundian awal berlangsung pada 19 Mac.
Tindakan Anwar memberikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Kajang juga mengundang rasa tidak puas hati pemimpin BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro-BN yang membuat laporan polis berhubung majlis tazkirah yang disampaikan Anwar.
(Gambar kiri: Calon BN, Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al-Falah bertemu pengundi. Foto Utusan Online)
Malah portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.
Laman portal yang sama juga mempersoalkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan gagal menyembahkan titah Sultan Selangor kepada Anwar.
“Tidak perlu ulas panjang, kerana titah Tuanku Sultan sudah jelas manakala Anwar memulakan kempen dengan mempertikai arahan Sultan Selangor.
“Pesan buat Anwar dan jentera kempennya: Masuk kandang kambing biar mengembek, masuk kandang harimau biar mengaum.
“... Dan Khalid sebagai Menteri Besar patut tahu arahan ini dan wajar menasihatkan Anwar jangan berkempen di masjid atau surau kerana tiada tauliah.
“Jika Anwar yang ingin bersultan dihati, teruskanlah kempen di masjid-masjid dan surau,” bidas laman portal BNBBC lagi.
Bagaimanapun segala kritikan dan ‘pantang’ BN itu nampaknya terburai dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno ke Kajang. Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan sahaja berkempen awal dengan memperkenalkan calon BN bagi PRK N25 Kajang pada 25 Februari, malah majlis BN itu berlangsung di pekarangan Surau Al-Falah Bukit Dukong, Kajang – lokasi yang dianggap tabu oleh BN bagi kempen politik. Tidak sekadar itu, dengan kehadiran Muhyiddin, BN turut mengadakan majlis di dalam surau manakala calon BN dari MCA, , Datin Paduka Chew Mei Fun turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan para pengundi.
Muhyiddin ketika berucap berkata, BN mahu mengambil kesempatan dan peluang melalui sistem demokrasi untuk menyertai PRK Kajang.
Menyifatkan PRK Kajang sebagai ujian kepada pemimpin MCA yang baru dipilih, Muhyiddin menganggap PRK Kajang sebagai medan menguji pengaruh MCA yang disifatkan punya intergriti dan memperjuangkan hak semua kaum.
“ Saya sedar kita bertanding sebagai underdog tapi semangat kita dan kesungguhan semua peringkat, mudah - mudahan kita dapat sokongan. Apa pun masalah di sini tak jadi masalah. Kita akan lihat perkara itu. Kita akan bantu. Kita kena selesaikan tugas kita untuk berjaya di PRK ini,” katanya ketika berucap di laman futsal Surau Al-Falah.
Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mewarwarkan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai ‘jeneral’ BN bagi PRK Dun Kajang.
Dalam ucapannya juga, Muhyiddin turut menyerang rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya.
"Dia ingat dia menang di Kajang dia boleh ke Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri?" sindir Muhyiddin yang tentunya ditujukan kepada Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar.
Apa juga sindiran dan kecaman Muhyiddin kepada Anwar, BN nampaknya telah melanggar pantangnya sendiri di Kajang. BN nampaknya sudah berkempen awal dan menggunakan surau sebagai lokasi kempen.
Jika belum pun tiba hari penamaan calon, BN sudah pun ‘cakap tak serupa bikin’, bolehkan kita mengharapkan parti itu untuk melaksanakan janji-janji yang bakal dihamburkan sepanjang kempen PRK Kajang nanti?
Jawapannya terletak dihujung jari 39,278 pengundi Dun Kajang.
Sumber HD - 26-2-2014
Bila PRK baru BN sedar Hospital Kajang 125 tahun
- Feb 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Termasuklah menjelang PRK Kajang kali ini, tidak semena-mena Kementerian Kesihatan mengumumkan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.
Malah, dicadangkan juga agar bangunan hospital itu diganti bangunan baru yang lebih moden dan selesa kerana usia bangunan itu kini lebih 125 tahun.
Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sekiranya kerajaan BN ikhlas mahu membantu rakyat, projek tersebut sudah dibuat lama dahulu dan bukannya menunggu PRK Kajang baru hendak diumumkan.
“Ini menyebabkan rakyat mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Pusat kerana sebelum ini kerajaan bukan tidak tahu tetapi tak nampak perlunya adakan projek sebegitu rupa.
“Ini menunjukkan sikap kurang profesional dengan menganggap projek untuk memancing undi, bukan kerana bertanggungjawab dan tugas yang perlu dilaksanakan,” katanya di petik SelangorKini.
Masalah Hospital Kajang yang didakwa tidak mampu lagi menampung bilangan pesakit dan kemudahan yang terhad menjadi rungutan masyarakat Kajang sejak sekian lama.
Sepanjang tempoh itu tiada apa-apa pengumuman dibuat pihak kerajaan, sehinggalah menjelang PRK Kajang kali ini.
Biarpun BN selama ini menolak dakwaan bahawa janji projek yang sering diumumkan mereka ketika pilihan raya sebagai umpan politik, namun hakikatnya rakyat melihat itulah yang berlaku.
Ketika kempen PRK Kuala Besut, Terengganu Julai tahun lalu, kerajaan BN mengumumkan beberapa projek yang keseluruhannya bernilai hampir RM500 juta.
Pada PRK Sungau Limau, Kedah pula, BN didakwa telah berbelanja lebih RM15.15 juta menerusi pengumuman projek dan bantuan segera sepanjang tempoh kempen.
Sumber HD - 25-2-2014
PRK, lalat khinzir dan masuk gereja
- Feb 25, 2014
- A KADIR JASIN
Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.
Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.
Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”
Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.
1. Ketika saya kanak-kanak, di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.
2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.
3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.
4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:
(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok daging babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.
(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?” Maksudnya disembelih ikut cara Islam.
5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:
(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.
(b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ’s sake. Amen.
Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil. Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.
NOTA KAKI: Hari ini, 25 Feb, 2013 genaplah lapan tahun usia blog kita. Terima kasih kepada pelawat, pembahas dan "followers". - http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber HD - 25-2-2014
PRK Kajang: Anwar jangka beliau akan disabotaj
- Feb 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Malah kata beliau, tindakan sabotaj itu sudah boleh dilihat apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan calon iaitu sama dengan hari giliran beliau membahaskan titah ucapan DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.
Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan sabotaj pihak lawan yang memang sudah dijangka awal.
“Sebaik selesai penamaan calon saya akan bergegas ke Parlimen untuk serang dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat.
“Walaupun pada masa itu saya baru jadi calon, saya akan bawa isu nasional di Kajang ke Parlimen,” ujar Anwar ketika berceramah di Taman Impian Murni di Kajang malam tadi.
Beliau turut mempersoal penetapan tarikh mengundi yang terlalu jauh sehingga penghujung tempoh 60 hari yang ditetapkan.
“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.
“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar.
Sumber HD - 24-2-2014
Bertanding di Kajang untuk ukur pengaruh MCA
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.
"Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).
"Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kepimpinan baharu MCA juga diberi kesempatan untuk membuktikan kepada pengundi di situ dan masyarakat Tionghua bahawa mereka bersedia membantu kaum itu.
"Saya fikir ada baiknya kita beri peluang (kepada MCA) walaupun ada cadangan untuk kawasan itu diberikan pada wakil parti komponen (BN) yang lain," katanya.
Menurutnya Chew merupakan calon yang sesuai bagi kerusi DUN Kajang kerana beliau berpengalaman menyandang jawatan kerajaan dan seorang yang berprinsip dari segi perjuangannya dan mempunyai perwatakan baik.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN tidak mahu memberi laluan mudah kepada pembangkang dengan tidak bertanding, meskipun dilihat sebagai "bukan pilihan" pada pilihan raya kecil itu. - Bernama
Sumber HD - 23-2-2014
PRK Kajang: Naib Presiden MCA calon BN
- Feb 21, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang media berhubung PRK Kajang di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan.
"Strategi kita pastilah mencapai kemenangan. Walaupun kita tahu akan berhadapan dengan tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat atau lain-lain pihak tapi kita anggap ini suatu peluang untuk BN tawarkan seorang calon.
"Calon BN yang dipilih ini, saya kira berwibawa, berpengalaman, (dan) pernah berada dalam kerajaan, (serta) menjawat jawatan sebagai naib presiden MCA," katanya. - Bernama
Sumber HD - 21-2-2014
PRK Kajang medan protes rakyat kepada BN
- Feb 21, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, rakyat ketika ini sedang dibebankan dengan peningkatan kos kehidupan seharian setelah kerajaan menaikkan harga minyak petrol, gula, tarif elektrik dan sebagainya.
Menurutnya, platfrom PRK Kajang ini perlu dijadikan medan protes rakyat terhadap kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah dan kesensaraan yang dihadapi oleh rakyat di semua peringkat di negara ini.
"Walaupun keputusan di Kajang nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ia adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di mata rakyat.
"PRK Kajang ketika ini menjadi perhatian dan penilaian pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar negara oleh kerana ianya memberi impak baru kepada landskap politik di negara ini terutama di negeri Selangor," katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh pengundi di Dun tersebut untuk menghukum kerajaan melalui kertas undi bagi memberi isyarat kepada kerajaan BN yang gagal membela nasib rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Pengundi di Dun Kajang, kata beliau memegang amanah rakyat Malaysia untuk menzahirkan ketidakpuashatian terhadap BN dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
PIMPINAN PR -
https://www.youtube.com/watch?v=K2iPSuRbFsk
Sumber HD - 21-2-2014
BN tak perlu tanding PRK Kajang - penganalisis politik
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Beberapa ahli politik dan penganalisis politik berpendapat BN perlu membuat kajian mendalam agar tidak terperangkap dalam permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah terdapat desakan supaya Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak memegang ketetapan pucuk pimpinan BN yang tidak bertanding pada PRK Dun Penanti, Pulau Pinang pada tahun 2009 kerana kekosongan kerusi itu bukan disebabkan oleh peruntukan perlembagaan.
PRK Dun Penanti pada tahun 2009 diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR dengan alasan melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah.
Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat BN perlu lebih fokus kepada usaha meringankan beban rakyat dan menyusun struktur ekonomi negara daripada melayan kerenah politik pembangkang.
"Pada pandangan saya secara peribadi, biarlah Pakatan Rakyat terus bermain dengan politik mereka sementara BN terus berkhidmat pada negara dan membela nasib rakyat," katanya dalam laman blog beliau hari ini.
Salleh berkata BN perlu menimbang untuk tidak meletakkan calon di Kajang kerana PRK itu pada realitinya diadakan untuk memenuhi politik nafsu Anwar.
"Oleh kerana Kajang dikatakan kawasan (kerusi tradisi) MCA, kita berpandangan MCA perlu fokus kepada usaha memperkukuh parti di bawah kepimpinan baharu dan memberi tumpuan persediaan menghadapi PRU akan datang," katanya.
PRK Dun Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan lepas.
PKR menamakan Anwar sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon pada 11 Mac.
Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie pula berkata PRK Kajang merupakan satu pembaziran yang hanya diwujudkan secara paksa demi menyelesaikan krisis dalam PKR.
Beliau menyifatkan PRK yang 'dicipta' pembangkang dengan memaksa seorang wakil rakyat meletak jawatan tanpa sebarang alasan munasabah demi kepentingan rakyat sebagai menghina demokrasi negara.
"Maklum balas yang saya terima daripada akar umbi, kalau kita bertanding, kita akan mengikut rentak mereka. Ia merugikan negara sedangkan wang itu boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan bantuan kepada orang miskin," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, MCA yang baru sahaja selesai menjalani pemilihan parti perlu diberi lebih peluang dan usaha untuk fokus kepada transformasi parti dan seterusnya menambah baik penyampaian kepada rakyat.
Dalam pada itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata lebih baik PRK Dun itu diboikot semua pihak jika peletakan jawatan penyandangnya tanpa alasan kukuh tidak disiasat dan diambil tindakan perundangan.
"Bukan niat kita hendnak memboikot demokrasi tetapi perlu ada penghormatan kepada undang-undang.
"Ini bukan soal takut, atau soal siapa hero atau tidak. Kalau nak jadi hero lebih baik masuk gusti, ini lebih kepada strategi politik, kalau tak ada keperluan dan kepentingan maka lebih baik sahaja elak pertandingan," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian pula berkata BN sebelum ini pernah tidak bertanding di Penanti berikutan senario yang agak sama yang berlaku di Kajang ketika ini.
"Presiden dah pernah buat ketetapan di Penanti, pada ketika itu beliau berkata BN tidak akan bertanding kerusi itu yang sengaja dikosongkan dan bukannya disebabkan faktor-faktor seperti dalam peruntukan perlembagaan," katanya.
Sivamurugan berpendapat BN seeloknya terus berpegang kepada ketetapan itu yang secara tidak langsung dapat mempamerkan kematangan yang lebih berkualiti.
Sementara itu, Persatuan Alumni UiTM dalam satu kenyataan menyifatkan PRK DUN Kajang suatu yang tidak perlu dan dipaksakan ke atas pengundi kawasan itu yang baru sahaja mengundi tidak sampai setahun lepas.
"Ia menodai prinsip dan amalan demokrasi. Oleh demikian, BN tidak perlu mengambil bahagian dalam PRK tersebut," menurut kenyataan itu.
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir turut menyokong dengan berkata pilihan raya kecil Dun Kajang hanya membazirkan wang, lebih-lebih lagi ketika kerajaan berusaha untuk berjimat dalam perbelanjaan. – Bernama
Sumber HD - 20-2-2014
Sultan S'gor larang kerabat Diraja terlibat PRK Kajang
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda juga berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.
"Titah larangan ini dikeluarkan berikutan terdapatnya laporan akhbar sama ada di media cetak atau media elektronik beserta gambar pemimpin parti tertentu bersama dengan ahli Kerabat Diraja Selangor dengan komen yang mempamerkan kononnya penglibatan ahli Kerabat Diraja Selangor dalam kempen pilihan raya berkenaan.
"Titah ini dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif rakyat mengenai penglibatan pihak istana dalam arena politik yang seharusnya tidak berlaku dan perlu dielakkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Munir berkata baginda sultan turut menegaskan bahawa pihak istana akan kekal sebagai satu institusi bebas yang tidak condong kepada mana-mana parti politik dan hanya berlandaskan kepada peruntukan undang-undang serta kuasa yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan undang-undang yang berkaitan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas. – Bernama
Sumber HD - 18-2-2014
PRK Kajang: Biar Zaid yang jelaskan, kata Anwar
- Feb 18, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
PETALING JAYA: PKR hari ini menetapkan tujuh keutamaan isu setempat yang perlu ditekankan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media memberitahu keutamaan tersebut diperolehi daripada pengalaman beliau yang berinteraksi dengan penduduk sekitar.
Jelasnya, tiga perkara utama dalam tujuh keutamaan yang memerlukan perhatian segera adalah keselamatan penduduk akibat jenayah, permasalahan trafik dan kebersihan setempat.
"Saya berpeluang mendekati penduduk Kajang sejak beberapa minggu lalu dan mendengar sendiri masalah dan harapan mereka.
"Dari pengalaman yang diperolehi, menunjukkan tiga perkara utama dari tujuh keutamaan yang memerlukan perhatian segera di Kajang adalah soal keselamatan akibat jenayah, masalah trafik dan juga tahap kebersihan," jelasnya di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Katanya lagi, selain tiga perkara utama terdapat empat keutamaan iaitu masalah sosial, bantuan kepada keluarga berpendapat rendah, pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil serta perkhidmatan Majlis Perbandaraan Kajang.
"Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu setempat ini.
"Saya yakin bahawa jalan yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat setempat dan memberdayakan mereka menguruskan hal ehwal masyarakat setempat," jelasnya lagi.
Tambah Ketua Pembangkang itu lagi perbincangan telah diadakan dengan Institut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk mengkaji amalan terbaik yang digunapakai di tempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah yang perlu diberikan keutamaan di Kajang.
"Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama penduduk supaya kita dapat menggembleng tenaga semua pihak untuk jadikan Kajang selamat, bersih dan lancar," sambungnya lagi.
Ketika mengulas mengenai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Bebas yang dilihat sebelum ini menyokong keputusan Anwar bertanding di Kajang, beliau menghormati keputusan itu.
"Dua minggu lalu beliau (Zaid) menyokong saya bertanding di Kajang dan sekarang beliau pula buat keputusan untuk bertanding.
"Kita menghormati keputusan dan proses demokrasi, tentang pensetujuan beliau sebelum ini dan tindakan beliau sekarang biar dia yang jelaskan, saya tidak nak komen apa-apa," katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak meletakkan sebarang sasaran pengundi mana yang menjadi undi penentu kepada kemenangan beliau di Kajang.
Katanya, semua kaum merupakan penentu kepada faktor kemenangan, setiap kaum mahupun kategori pengundi mempunyai hak mereka untuk menentukan siapa yang mereka pilih.
Beliau yang dalam pada itu menekankan dakwaan mengatakan wujud pertelagahan di dalam Pakatan Rakyat berikutan PRK Kajang hanya merupakan spekulasi dari Umno semata-mata.
"Kerjasama setiap jentera parti PAS, PKR dan DAP berada pada tahap memuaskan, mereka bekerja untuk memastikan kemenangan kita.
"Mana ada pertelagahan, itu semua dakwaan dari Umno semata-mata untuk melihat kita (Pakatan Rakyat) ini tidak sehaluan," ujar beliau lagi.
Sumber HD - 18-2-2014
MCA yakin jadi calon BN PRK Kajang
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Walaupun belum diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau yakin BN akan diwakili calon daripada MCA kerana parti itu bertanding di kawasan itu sebelum ini.
"Walaupun kita kalah pada pilihan raya umum lepas, khidmat kita kepada masyarakat di Dun Kajang diteruskan. Kita tidak berputus asa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis MCA Kelantan Bersama Media di sini, malam tadi.
Dr Hou yang juga Pengerusi MCA Kelantan berkata parti itu akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk membantu calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Menurutnya maklumat yang diterimanya menunjukkan BN mempunyai peluang untuk memenangi pilihan raya itu dan kepimpinan baharu MCA yang diterajui Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dapat memberi keyakinan kepada para pengundi di Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac ini.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu. – Bernama
Sumber HD - 18-2-2014
Dilema BN: Calon Umno, MCA atau taja Bebas di Kajang
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan beberapa kenyataan pemimpin Umno yang seolah-olah memberi bayangan bahawa BN sedang meneliti faktor-faktor lain yang akan memberi sedikit kelebihan kepada mereka jika Umno bertanding di kerusi tradisi MCA ini..
Sebagai contoh, kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada mahu meletakkan calon atau tidak pada PRK yang akan diadakan bulan depan itu.
Bercakap di Kota Belud semalam, Mohd Shafie berkata pucuk pimpinan akan membuat keputusan terbaik.
"Kita harus tunggu dan kita yakin pucuk pimpinan akan membuat keputusan (terbaik)," katanya kepada pemberita.
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pula membayangkan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat satu pengumuman penting mengenai keputusan bertanding atau tidak dan parti mana wakili BN dalam pilihanraya kecil itu.
“Saya tidak mahu mendahului presiden, apa yang saya boleh katakan, keputusannya dijangka secepat mungkin… minggu depan,”ujarnya semalam.
Difahamkan bahawa Dewan Tertinggi BN akan bermesuyuarat malam ini bagi membincangkan perkara tersebut.
Selain beliau, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga mempersoal kelewatan BN menyatakan pendirian sama ada mahu bertanding atau tidak pada PRK yang ditetapkan 23 Mac nanti.
Kata beliau, jentera BN kini tertanya-tanya sama ada perikatan itu akan bertanding atau tidak.
"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.
"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya dipetik Utusan Malaysia.
Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan kerusi Kajang yang akan berdepan pilihan raya kecil itu kekal milik parti tersebut.
Menurutnya, tiga nama termasuk seorang wanita telah disenarai pendek oleh MCA untuk diserahkan kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum diumumkan sebagai calon kerusi DUN Kajang.
Taja calon Bebas
Dalam pada itu, ada juga pihak yang melihat kenyataan-kenyataan pimpinan Umno tersebut memberi gambaran bahawa BN berkemungkinan tidak meletakkan calon pada PRK Kajang kali ini.
Sebaliknya mereka mendakwa bahawa parti itu mungkin akan menaja calon Bebas untuk berdepan Anwar yang juga Ketua Umum PKR.
Pandangan ini juga dilihat selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution pada sidang media di Kajang hari ini.
Saifuddin mempersoalkan sama ada Umno di sebalik keputusan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang secara tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
"Persoalannya, adakah Umno di sebalik Zaid bertanding (di Kajang).
"Sekiranya Umno di belakang keputusan itu, saya cabar Umno letak calon mereka daripada menghantar Zaid Ibrahim," kata Saifuddin.
Sejarah tidak meletakkan calon ini pernah dilakukan BN ketika Pilihan Raya Kecil Dun Penanti, Pulau Pinang pada tahun 2009 yang ketika itu juga berdepan calon PKR, Datuk Mansor Othman.
Biarpun tidak bertanding, jentera BN dilihat turun berkempen pada pilihan raya yang menyaksikan perlawanan empat penjuru dengan tiga calon Bebas.
Sumber HD - 17-2-2014
Nanti keluar pula Anwar terlibat perang dunia ke-2
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, apa sahaja masalah yang berlaku di negara ini, pada pandangan Umno BN adalah 'semuanya salah Anwar'.
“Ops Lalang, pertama kali saya dengar semua salah Anwar. Semalam saya diberi satu artikel (kononnya) saya terlibat dalam 13 Mei.
“Lepas ini, keluar pula cerita Anwar terlibat perang dunia kedua,” katanya ketika berucap di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja di sini, semalam yang dipetik SelangorKini .
Lontaran sinis beliau itu sebagai membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dr Mahathir berkata, sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar juga perlu bertanggungjawab terhadap insiden yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan.
Dr Mahathir juga menyifatkan ketua umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.
Sumber HD - 17-2-2014
Mahasiswa turun Kajang, kempen 'undi selain BN'
- Feb 15, 2014
- HARAKAHDAILY
Pelancaran itu dibuat pada satu sidang media di Bangsar semalam.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang mengepalai gerakan itu berkata, keputusan turun berkempen itu dibuat selepas mengambil kira janji jang dimungkiri BN selepas PRU ke-13 lalu.
"Janji-janji manis Umno-BN dalam PRU-13 dikotakan dengan kenaikan harga minyak, tarif elektrik yang jelas bercanggah dengan Aku Janji PRU-13.
"Tahun 2014 boleh disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat dengan polisi-polisi yang dilihat memberikan beban yang cukup berat kepada rakyat," kata Pengerusi SMM Mohamed Bukhairy Sufian.
Antara kumpulan mahasiswa yang menyokong tuntutan ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Malaysian Youth and Student Democratic Movement (DEMA).
Sumber HD - 15-2-2014
FORUM 'LEGASI TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ'
Panel - YB Dr Hatta Ramli -
https://www.youtube.com/watch?v=y9U6yUnQ_d8
Panel - YAB TS Khalid Ibrahim -
https://www.youtube.com/watch?v=F5hj3oR9FFc&feature=c4-overview&list=UUiqdR78bc6Tu7jRpZH7xB5A
Panel - YAB TS Khalid Ibrahim -
https://www.youtube.com/watch?v=F5hj3oR9FFc&feature=c4-overview&list=UUiqdR78bc6Tu7jRpZH7xB5A
PSM putus tidak bertanding di PRK Kajang
- Feb 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim hari ini berkata alasan PRK itu diadakan adalah satu amalan yang tidak baik kepada sistem demokrasi dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.
"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan hanya kerana anggota DUN Negeri (DUN) meletak jawatan tanpa sebab," katanya pada sidang media di ibu pejabatnya di sini.
Nasir berkata keputusan itu juga diambil selepas mendapat pandangan daripada anggota PSM dan menimbang saranan daripada pemimpin pakatan pembangkang.
Katanya PSM yang dianggap sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tidak berhasrat untuk memecah undi di PRK DUN Kajang, seperti yang pernah berlaku di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
PSM sebelum ini dilaporkan akan meletakkan calon mereka di DUN Kajang bagi memberi 'pengajaran' kepada PKR.
Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan berkata PSM tidak akan merestui mana-mana calon dan menyerahkan kepada pengundi di DUN Kajang untuk membuat keputusan.
"Buat masa ini, kami akan beri fokus kepada siri jelajah sahaja. Jika mereka minta bantuan, kami akan timbangkan. Tetapi buat masa ini, bantuan terbesar PSM ialah dengan tidak bertanding dan memecah undi," katanya.
Arutchelvan berkata PKR tidak memerlukan bantuan PSM untuk berkempen di PRK DUN Kajang kerana PSM hanya sebuah parti yang kecil dan tidak mempunyai sumber besar.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota DUN daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Jan.
PKR kemudian menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kerusi itu. - Bernama
Sumber HD - 12-2-2014
Beri penerangan di Kajang, Anwar langgar akta mana?
- Feb 11, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Jelas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran tidak ada sebarang perkara yang bertentangan undang-undang dilakukan oleh Anwar sepanjang beliau mengadakan penerangan.
Katanya, bukan suatu masalah kepada seseorang itu untuk memberi penerangan kepada rakyat sama ada berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) atau pun tidak.
"Apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak bertentang dengan perundangan, beliau hadir untuk memberi penerangan dan bukan berkempen.
"Bagi saya bukan satu kesalahan kalau kita hendak membuat penerangan sama ada berlakunya PRK atau pun tidak.
"Saya meminta agar SPR dan kerajaan memberi penjelasan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan di bawah undang-undang serta akta yang manakah telah beliau langgari," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang merupakan seorang peguam turut kesal apabila tindakan hanya dikenakan kepada Ketua Pembangkang dengan dakwaan Anwar telah berkempen sebelum hari penamaan calon.
"Pihak berkuasa mengambil tindakan mengatakan Anwar telah berkempen sebelum hari penamaan calon.
"Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) juga telah mula berkempen melalui media arus perdana kenapa tidak dikenakan tindakan. Kenapa perlu pilih kasih dalam soal ini," tegas beliau.
Ketika ditanya mengenai siasatan yang dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Naib Presiden PKR itu meminta pihak polis memberi penjelasan khusus berhubung dengan dakwaan tersebut.
Sebelum itu, pihak polis telah membuka tiga kertas siasatan terhadap Ketua Umum PKR berhubung tindakan beliau berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Kajang 11 Mac depan.
Perkara itu disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
Bagaimanapun, Anwar membidasnya dengan tidak akan melayan dakwaan tidak berasas itu bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.
Sumber HD - 11-2-2014
Anwar gesa henti ulas isu PKNS, elak manipulasi media BN
- Feb 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Anwar berkata, semua pihak tidak perlu memanjangkan isu itu kepada media dengan pandangan masing-masing kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Tidak benar mengatakan saya tidak buat apa-apa mengenai pertelagahan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. saya sudah nasihati, tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini,”
"Saya minta dihentikan, Khalid masih lagi Menteri Besar," kata beliau.
Nafi mula kempen
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang itu juga menafikan telah memulakan kempen sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Mengulas kehadirannya dalam beberapa program di Kajang sebelum ini Anwar berkata, ia sekadar kunjungan bertemu rakyat termasuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2014 anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong), semalam..
“Apa yang kempen? Saya setiap tahun datang ke sini (Kajang) begitu juga majlis yang dianjurkan Dong Zong,” katanya.
Sebelum ini beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap Anwar yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya kerana telah berkempen sebelum masa kempen yang ditetapkan.
Sumber HD - 10-2-2014
PR Dun Kajang: Nalla buat laporan polis
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang semalam.
Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.
PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. - Bernama
Sumber HD - 9-2-2014
Najib kena ‘penampar’ Hindraf menjelang PRK Kajang
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini, menurut beliau, ditambah dengan adanya serangan terbuka terhadap Najib daripada dalam Umno sendiri, sokongan rakyat secara keseluruhan tidak bertambah baik, pengundi Cina kekal menolak BN, Pakatan Rakyat makin meningkatkan tekanan menghadapi PRU14, dan kini Hindraf pula memutuskan ikatannya lantaran kecewa kerana janji-janji tidak ditunaikan.
“Hindraf pula, melakukan tamparan kepada Najib ini bukannya kerana adanya ganjaran terbuka yang ditawarkan oleh Anwar atau Pakatan Rakyat tetapi barang kali dengan berbuat demikian, faedah untuk kaum India sudah boleh dibayangkan untuk diperolehi melalui Selangor yang bakal mendapat ketua kerajaan yang baru selepas ini, sebelum manfaat selebihnya akan dikutip selepas PRU14 nanti,” tulisnya di dalam blognya, seperti di bawah.
Sementara ramai tertunggu-tunggu siapakah yang berani menyahut cabaran untuk menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok demi untuk mendapatkan ganjaran wang tunai RM1,200 yang ditawarkan oleh sebuah NGO, secara tiba-tiba keluar berita mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 10 Februari ini.
Meletak jawatan dalam suasana politik tidak menentu sambil menuduh Najib dan Putrajaya sebagai pemungkir janji, pedihnya lebih memeritkan berbanding tamparan yang singgah di pipi.
Sebagaimana yang dipetik daripada kenyataan Setiausaha Hindraf, P Ramesh bahawa perletakan jawatan itu adalah kerana kegagalan Putrajaya menunaikan janjinya kepada masyarakat India seperti yang dimeterai antara Najib dengan Waytha, beberapa hari sebelum pilihan raya umum lalu.
Dengan adanya perjanjian itu yang didapati menyaksikan beralihnya sebahagian sokongan pengundi India kepada BN sebagaimana yang dibuktikan melalui kemenangan MIC yang lebih baik berbanding pilihan raya 2008 dan juga melalui peti undi di kawasan yang didiami mereka, Waytha kemudian telah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun hanya kira-kira lapan bulan berada dalam kerajaan dan menunggu janji-janji kepada kaum India masih seperti menunggu buah yang tak gugur, Hindraf akhirnya memutuskan Waytha perlu "mencampakkan" semua jawatan yang diberikan Najib itu berikutan tiada tanda-tanda ianya akan ditunaikan oleh kerajaan.
Menurut Ramesh lagi, pihaknya telah melakukan segala yang boleh, menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata untuk kepentingan masyarakat India serta dengan kepercayaan segala janji yang ditandatangani akan menjadi kenyataan.
Malangnya, tambah Ramesh, setelah lapan bulan menanti dan bersabar, Hindraf sudah putus asa dengannya.
Di ketika kepimpinan Najib begitu dipertikaikan sebagai lemah, tidak tegas, gagal menunaikan janji, tidak mengutamakan rakyat sebagaimana yang dijanjikan sebelum pilihanraya, melupakan beberapa akujanjinya sendiri serta banyak lagi, peletakan jawatan pemimpin Hindraf itu yang bermakna mereka sudah menarik balik sokongan yang pernah diberi sebelum ini, keadaan ini tentunya merupakan tamparan yang menyakitkan bagi Perdana Menteri.
Ditambah dalam suasana BN perlu menghadapi pilihanraya kecil Dun Kajang pada 23 Mac depan, putusnya ikatan kasih antara kerajaan dengan Hindraf ini pastinya juga bakal menyaksikan sebahagian lagi daripada jumlah 10 peratus pengundi India di Dun Kajang tidak akan memberikan undinya kepada BN.
Jika Teresa Kok sedang kerisauan kiranya cabaran menamparnya disambut oleh mana-mana pihak yang pendek akal, lebih-lebih lagi setelah Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa ganjaran yang ditawarkan oleh sebuah NGO mengenainya tidak boleh dikira sebagai ugutan serta tidak perlu disiasat polis, tamparan yang dilakukan oleh Hindraf ini jauh lebih menyakitkan Najib.
Dengan adanya serangan terbuka terhadap Najib daripada dalam Umno sendiri, sokongan rakyat secara keseluruhan tidak bertambah baik, pengundi Cina kekal menolak BN, Pakatan Rakyat makin meningkatkan tekanan menghadapi PRU14, dan kini Hindraf pula memutuskan ikatannya lantaran kecewa kerana janji-janji tidak ditunaikan, kedudukan BN atau kerajaan bukan saja dilihat sukar di Kajang, bahkan juga untuk mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya akan datang.
Hindraf pula, melakukan tamparan kepada Najib ini bukannya kerana adanya ganjaran terbuka yang ditawarkan oleh Anwar atau Pakatan Rakyat tetapi barang kali dengan berbuat demikian, faedah untuk kaum India sudah boleh dibayangkan untuk diperolehi melalui Selangor yang bakal mendapat ketua kerajaan yang baru selepas ini, sebelum manfaat selebihnya akan dikutip selepas PRU14 nanti.
Sumber HD - 9-2-2014
PRK Kajang makin hangat, anak Zahid Hamidi tawar diri
- Feb 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Dengan alasan tinggal di Kajang kerana rumah Zahid Hamidi terletak di Country Height, Nurul bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya.
Nurul juga turut memberitahu mengenai hasratnya itu kepada rakan-rakannya.
“Jika akhirnya BN memilih anak perempuan Zahid bertanding di Kajang, bermakna pilihanraya kecil ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri di mana kedua-dua calon BN dan PKR iaitu Nurul Hidayah dan Anwar Ibrahim, sama-sama menggunakan alamat tempat tinggal di Country Height, sebuah kawasan kediaman elit dan mewah di pinggir ibu kota,” tulis blogger itu lagi.
Bagi beliau, walaupun mungkin hasrat Nurul Hidayah hanya suka-suka untuk menguji UMNO dan BN yang seolah-olah ketandusan pemimpin untuk berhadapan dengan Anwar dan barangkali sebagai isyarat awal penonjolan dirinya dalam dunia politik selepas ini, tetapi semua ini akan menjadikan perbualan mengenai Kajang tambah hangat lagi.
Cuma, menurutnya jangan sampai keghairahan anak Zahid menonjolkan diri ini akan menjadikan masa depan politik bapanya turut ‘kejang’ akhirnya.
Baca di sini
Sumber HD - 8-2-2014
Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang'
- Feb 08, 2014
- DR DZULKEFLY AHMAD
2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.
3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.
4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.
5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.
6.RK tentunya mempunyai perhitungan yang berbeza dan punya kelainan latarbelakang dan tidak perlu mengambil insiden terdahulu sebagai ‘precedent’.
7.Mungkin sebab ada yang membaca tindakan politik ini hanya dalam ruang-lingkup cakupan “Real Politik” sahaja, maka ada membuat rumusan bahawa ia salah kerana sebab menghabiskan wang rakyat dan merugikan rakyat. Penulis mahu berbeza pandangan.
8.Penulis mahu mengungkapkan RK sebagai satu ‘Forward Defence’ atau satu ‘Pre-Emptive Attack’ dalam bahasa strategi, apabila jelas bacaan politik seluruhnya (terdahulu, terkini dan mendatang) mengisyaratkan satu unjuran (prognosis) yang mengancam dan menggugah keutuhan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
9.Bagi penulis, kemuncak tujuan atau ‘Matlamat Strategik’ RK ialah: Satu pendekatan bagi mempastikan bukan sahaja negeri Selangor dapat ‘Menangkis Serangan’ seterunya bahkan akan terus dilonjakkan menjadi ‘Negeri Pelopor dalam Persekutun Malaysia“ atau “The Leading State of the Federation”.
10.Dari kedudukan Selangor sebagai ‘Iconic State’ atau ‘Negeri Ikon atau Negeri Contoh’, Pakatan terus mahu diberi ‘mandat rakyat’ mengurus Putrajaya sebagaimana Pakatan mentadbir Selangor.
11.Maka kecemerlangan Selangor akan menjadi hujjah dan bukti bahawa Pakatan bersedia untuk kini mengangkat negara pula supaya berada dalam “Liga Negara yang dihormati dan Maju”.
12.Penulis secara ilmiah mahu melihat ‘Rencana Kajang’ ini dari perspektif “Political Islam” dan ‘Siyasah Syar’iah’- (bukan sekadar langkah rencana ‘Real Politik’). Dalam bahasa ‘Fiqhus Siaysah’nya, ia adalah ‘bacaan politik menyeluruh’ (Al-Istikraq) yang lantas menuntut, antara lain, supaya diambil tindakan yang bersifat “Menutup pintu-pintu Kemudharatan” (Sadda Dzari’ah) yang terkadangkali membawa kepada risiko sebaliknya, yakni “ Membuka Pintu-Pintu Kemudharatan (Fathul Dzari’ah)”. Namun ia wajar diharungi bagi kemaslahatan yang lebih besar.
13.Penulis mengandaikan pembaca memahami serta mengikuti bagaimana seteru atau lawan politik telah pun dan terus akan menyerang negeri ini dengan pelbagai kaedah dan penjuru. Pertentangan agama atas isu Kalimah Allah semakin sengit dan api perkauman saja ditiupkan oleh unsur-unsur ekstremis dan pelampau.
14.Mereka tidak segan silu mengheret institusi Sultan meskipun pun semua warga tahu bahawa negara mengamalkan “Raja Berperlembagaan”. Isu-isu yang lain seperti isu migrasi air dan pentadbiran serta tata-kelola juga perlu ditangani secara berkesan supaya tidak dapat dibolosi anasir ‘subversion’. Penulis tidak mengunjur senario yang lebih buruk kerana akan dituduh mengambil mengambil pendeketan ‘Alarmist’ (Gempak) bagi menjustifikasi Rencana Kajang ini.
15.Dalam bahasa mudahnya, RK adalah strategi yang terpaksa diambil bagi sesuatu Kemaslahatan Perjuangan yang disepakati mampu menyampaikan kepada Matlamat Strategik di atas. Laluannya (Maslak) ialah Kajang yang sekaligus merupakan ‘Faktor Kritikal Kejayaan’ atau “Critical Success Factor” (CSF) dalam menjayakan rencana ini.
16.Apakah semudah itu? Tentunya tidak! Risikonya besar dan bukan kepalang. Dalam bahasa Pelaburan.. “Risiko Besar, Pulangan Besar” atau ‘High Risk High Return’. Tidak sukar menjangka bahawa seteru politik Pakatan akan merancang pelbagai ‘strategi’ bagi menggagalkan rencana ini.
17.Maka cakap-cakap tentang kerugian wang rakyat mesti diimbangi dengan ‘laba’ yang lebih lumayan seandainya RK berjaya dilaksanakan. Pulangannya pula melampaui hanya garis ‘kebendaan’ tetapi melepasi tuntutan terhadap ‘Quality of Life’ atau ‘Kualiti Kehidupan’ yang lebih baik dan bermaruah.
18.Seperkara tentang penjelasan isu. Benar perang ‘Khalid-Azmin’ sudah tidak boleh disorok lagi. Menjustifikasi “Rencana Kajang” sebagai kaedah penyelesaian adalah amat tidak wajar dan mungkin juga tidak tepat. PAS (dan DAP) akan pasti menolak kalau kesemua ini hanyalah untuk memenangkan satu-satu pihak.
19.Dengan kata lain juga PAS akan juga awal-awalnya menolak rencana ini, andainya itu sahaja Kepentingan (Maslahah) yang hendak dicapai atau itu sahaja kemudaratan yang hendak ditangkis kerana tidak setimpal dengan ‘risiko berat’ atau kemudaratnnya (Mafasid) yang bakal diterima bagi menjayakan rencana ini termasuk berlaku krisis pentadbiran.
20.Sebabnya jelas kerana ‘Qawaid Fiqhiyah’ menegaskan “Menolak Kemudaratan adalah lebih awla (penting) dari Mengambil Kepentingan”. Kemudaratan besar yang mahu ditolak adalah ‘Menolak dan ‘Menangkis Serangan’ dari seteru.
21.Namun perlu dipastikan tindakan ini tidak mencetuskan kemudharatan yang lebih besar yakni seumpama berlaku krisis kepimpinan di mana undang-undang tubuh negeri akan digantung. Kesemua itu mesti digarap dalam satu derap-langkah yag bersepadu.
22.Wajar juga diingatkan bahawa RK harus direalisasikan kerana Kemaslahatan yang hendak dicapai yakni di segi “Matlamat Strategik”, membina ‘Negeri Contoh’ dengan memperkukuhkan gandingan kepimpinan ekonomi Tan Sri Khalid Ibrahim - akumen politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu mewajarkan dan mengharuskan Rencana Kajang ini digerakkan dengan membuka laluan mendepani risiko - “Fathul Dzari’ah. Jangan lupa akan kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.
23.Inilah metodologi atau laluan (maslak) pemikiran “Al-Istishraaf Al-Istiqbaly” (Futuristic Thinking – Menerobos Realiti Kedepan) yang sangat dihajati oleh pemikir pemikir “Political Islam”. Ia berlawanan dengan realiti Gerakan Islam yang sentiasa terperangkap dalam jajaran bertindak secara Infi’ali atau “Reaksionari”.
24.Bertindak bagi membangunkan ‘dua kepentingan utama’ yang diijtihadkan oleh Syeikh Tahir bin Ashur yang menghuraikan karya agung ‘Al-Muwafaqat’ karangan Imam al-Shatibi yakni ‘Al-‘Adalah wa Al-Hurriyyah’atau ‘Keadilan dan Kebebasan’ adalah pendekatan "Maqasidiy" yang perlu dipelopori oleh Gerakan Islam Kontemporari. Pakatan Rakyat adalah pengalaman (tajribah) wadah PAS selaku Gerakan Islam dalam Tahaaluf Siyasi atau 'Politik Koalisi'.
25.Mengingatkan bahawa lima Kemestian Utama (Dhorruriyah Al-Khmsah) dalam Maqasid Syar’iyah yakni menjaga Agama, Aqal, Nyawa, Keturunan dan Harta-Benda kini ditambah dengan kepentingan Keadilan dan Kebebasan menjadikan Gerakan Islam lebih komprehensif dan menyeluruh lagi dalam persaingan global ini. Penulis mahukan ini sekaligus digarap dalam agenda RK.
26.Maka tindakan ‘Rencana Kajang’ mesti keluar dari paradigma persaingan ‘kepompong pemikiran lama’ yang mengheret Pakatan kepada ‘Politik Longkang dan Jelek’ (Gutter Politics). Penulis mahukan PAS/Pakatan Rakyat khasnya untuk membawa negara ke arah satu Politik Baru yang lebih ‘Bersih dan Adil’ supaya benar-benar dapat menjayakan ‘Agenda Islah’ (Penambahbaikan) serta mengangkat “Karamah Insaniyyah” (Kemuliaan Manusiawi) yang sebenarnya.
27.Meskipun tidak diminta dan mungkin juga tidak berapa diperkenan pelbagai pihak, namun inilah pandangan penulis yang menjadikan beliau sangat teruja dan sangat bersemangat dengan ‘Rencana Kajang’ ini. Kalau ada yang berpandangan penulis “apologist” kepada rencana PKR atau sesiapa pun, tuduhan itu sangat malang dan meleset.
28.Dalam erti dan maksud itu juga, Penulis dalam Forum”Kajang Move” di Empire Hotel, Subang Jaya, bersama panelis lain termasuk Pengarah Strategik PKR, YB Rafizi dan YB Tony Pua menegaskan bahawa ‘Rencana Kajang adalah Laluan Strategik Pakatan Rakyat Ke Putrajaya’!
29.Maka adalah sangat tepat bagi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera parti bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk seri Anwar Ibrahim.
Dr Dzulkefly Ahmad
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Sumber HD - 8-2-2014
PRK Kajang: Adakah paling kotor atau paling bersih?
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Katanya, kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.
“Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Apakah pilihanraya kecil Kajang akan menjadi pilihanraya paling kotor atau paling bersih dalam sejarah Malaysia?
Kedua-dua kemungkinan itu ada dan ia bergantung kepada calon-calon yang bertanding, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan badan penyelia seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan sebagainya.
Pilihanraya kecil Kajang menjanjikan banyak kejutan.
Hakikat bahawa pilihanraya itu akan diadakan sendiri adalah satu kejutan.
Kejutan pertama, sehari selepas perletakan jawatan secara mengejut oleh Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihanraya kecil Kajang sebagai percaturan politik utama untuk menempatkan Selangor sebagai tapak peluncuk gerakan menawan Putrajaya dalam PRU14.
Kejutan kedua muncul apabila Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tanpa merasa malu telah mengumumkan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan melancarkan kempen menyerang peribadi Anwar dan mengungkit semua dakwaan seksual yang pernah dibuat sejak lebih sedekad yang lalu ke atas Ketua Pembangkang itu.
Kejutan ketiga ialah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya memutuskan untuk mencipta sejarah dengan membuat penangguhan paling lama bagi pilihanraya kecil, menyebabkan Kajang akan terbiar selama 55 hari tanpa wakil rakyat, memandangkan pencalonan hanya akan dibuat pada 11 Mac dan hari pengundian pula ditetapkan pada 23 Mac – berbeza dengan pilihanraya kecil Kuala Besut yang diadakan 28 hari selepas kematian Abdul Rahman Mokhtar dan pilihanraya kecil Sungai Limau yang diadakan 39 hari selepas kematian Azizan Abdul Razak.
Tiada siapa percaya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya 'bermurah hati' memperuntukkan tempoh lebih lama untuk Kajang kerana badan itu percaya bahawa masa kempen pilihanraya memerlukan masa yang cukup agar ia dapat dijalankan secara bebas, saksama dan bersih – bukannya kerana Umno/BN telah memberi isyarat jelas bahawa pilihanraya kecil Kajang perlu dilengahkan untuk membolehkan perbezaan pandangan berkenaan pelaksanaan pilihanraya kecil meningkat dalam PKR, Pakatan Rakyat, serta di kalangan orang awam bagi menjejaskan pencalonan Anwar.
Penetapan 11 Mac sebagai hari pencalonan juga sudah tentu ada kena-mengena dengan acara pembukaan rasmi sesi kedua bagi Parlimen ke-13 pada 10 Mac oleh Yang di-Pertuan Agong serta dengan permulaan perbahasan Titah Diraja pada 11 Mac.
Tidakkah tarikh itu ditetapkan dengan tujuan mensabotaj penyertaan Anwar memandangkan beliau adalah pembahas utama Titah Diraja bagi Pakatan Rakyat yang akan bermula pada 11 Mac itu? Atau apakah ini hanya satu kebetulan?
Selain itu, masa berbaki selama 45 hari sehingga 23 Mac adalah cukup banyak untuk Umno BN mencipta pelbagai ‘kejutan’ dan ‘serangan’ ke atas Anwar, PKR dan PR – dengan matlamat utama untuk meningkatkan perselisihan dalam PKR dan PR.
Tiada siapa akan terkejut jika pilihanraya kecil Kajang berakhir sebagai pilihanraya kecil paling kotor dalam sejarah Malaysia – banjir politik wang; penyalahgunaan sumber dan jentera kerajaan persekutuan; pelacuran media di bawah kawalan Umno BN serta gerombolan cybertrooper mereka; lambakan pembohongan menerusi taktik serang peribadi ke atas Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR dan PR yang lain; dan tidak ketinggalan juga usaha mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan bagi mewujudkan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan berlakunya satu lagi peristiwa seperti 13 Mei.
‘Ibu segala kejutan’ ialah jika pilihanraya kecil Kajang berakhir sebagai pilihanraya kecil paling bersih dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, di mana politik wang tidak berlaku, sumber dan jentera kerajaan serta media tidak disalahgunakan; serangan peribadi tidak dibuat berasaskan pembohongan, serta semangat perkauman dan keagamaan tidak diapi-apikan!
Pakatan Rakyat komited sepenuhnya untuk menjadikan pilihanraya kecil Kajang sebagai pilihanraya paling bersih dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Namun cita-cita ini hanya akan tercapai jika Umno BN memberikan komitmen yang sama dengan sokongan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis.
Saya menyarankan supaya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat segera melantik wakil untuk menganggotai Jawatankuasa Bersama bagi Memastikan Pilihanraya Kecil Kajang sebagai Pilihanraya Kecil Terbersih dalam Sejarah dengan mandat khusus untuk memastikan piihanraya kecil Kajang menjadi pilihanraya kecil paling bersih dan bukan paling kotor dalam sejarah.
Apakah Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak sanggup untuk memberikan jawapan segera dan positif terhadap saranan ini?
Pilihanraya kecil Kajang akan menjadi ujian terbesar buat Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat di semua peringkat dan daripada ketiga-tiga parti PKR, PAS, dan DAP perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin paling tinggi dalam pertempuran pilihanraya kecil Kajang sebagai sebuah kesatuan yang teguh – kerana Anwar bukan saja perlu menang dalam pilihanraya kecil Kajang, malah beliau perlu menang dengan majoriti lebih besar daripada yang diperolehi oleh Lee Chin Cheh dalam PRU13 bagi membuka jalan ke arah perubahan dan menuju Putrajaya dalam PRU14.
Sumber HD - 6-2-2014
Pakatan jangan selesa, waspada segala kemungkinan
- Feb 06, 2014
- SALMIYAH HARUN
Namun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam tempoh itu Pakatan Rakyat tidak seharusnya berasa selesa dan perlu berwaspada dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
"Kita selalu minta tempoh berkempen yang panjang, oleh kerana masa yang lumayan ini diberikan kita gunakan untuk 'berkenalan' dengan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, dalam tempoh ini juga jentera Pilihan Raya Pakatan Rakyat boleh menfaatkan untuk menjalankan proses simulasi sebagai persediaan sebelum PRK itu.
"Oleh kerana tempoh kempen selama 13 hari selepas penamaan. Kita mahukan 14 hari atau 21 hari berkempen. Tapi kita akan gunakan kesempatan tempoh sebulan ini untuk perkuat jentera pilihan raya. Kita guna sebaik mungkin," katanya.
Bagaimanapun, Hatta kurang gembira dengan penetapan hari penamaan calon pada hari bekerja yang agak menyusahkan para penyokong parti masing-masing.
Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Dun Kajang pada 11 Mac manakala hari membuang undi pada 23 Mac ini.
SPR turut menjelaskan PRK Kajang diadakan lewat kerana banyak persediaan yang perlu dilakukan.
"Kita banyak persediaan. SPR tidak menjangka langsung ada pilihan raya kecil ini. Kita menumpukan perhatian kita kepada urusan-urusan yang lain di bawah tanggungjawab SPR.
"Tetapi apabila ada pengumuman yang tidak disangka-sangka ada wakil rakyat yang meletak jawatan, kita kena ubah 'gear' dan buat persediaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat SPR, pada Rabu.
Sumber HD - 6-2-2014
PAS Perak mahu Dun Kajang terus milik Pakatan
- Feb 06, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Ketua Penerangannya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, kemenangan Pakatan Rakyat di Dun tersebut adalah sangat penting bagi memastikan penguasaan gabungan parti itu semakin utuh dan sukar digugat di samping menggagalkan hasrat BN untuk menambah kerusi di Dun Selangor.
"PAS Perak menyahut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menurunkan jentera bagi memastikan Pakatan Rakyat kekal di kerusi itu," katanya kepada Harakahdaily.
Kata beliau, pertembungan Dun Kajang ini boleh menjadi medan penilaian tahap sokongan rakyat ke atas Pakatan Rakyat di Selangor dengan segala kemelut yang diperbesarkan oleh media.
"Rakyat masih ada ruang dan peluang mengundi bagi memilih siapa wakil rakyat pilihan mereka dalam pilihanraya kecil nanti," jelasnya lagi.
Ujar beliau, kerajaan sedia ada tetap akan kekal kerana ianya tidak berisiko untuk mengubah landskap pemerintahan di negeri itu oleh kerana majoriti di antara kerajaan dan pembangkang sangat besar namun Pakatan Rakyat tekad untuk mempertahankan kemenangan di Dun tersebut.
PRK Kajang itu juga, kata beliau adalah peluang untuk menjelaskan isu semasa dalam kempen di samping mendekatkan pemimpin dengan rakyat.
Sumber HD - 6-2-2014
PRK Kajang: Kemuncak protes rakyat kepada Kerajaan BN
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kita telah melalui pelbagai episod suka duka sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya ke-13 yang lalu.
“Dari gerakan Lynas, Anak, Bersih, Blackout 505 hingga ke Turun semuanya menunjukkan bahawa momentum perjuangan rakyat masih tidak pernah luntur,” ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad kepada Harakahdaily.
Pun begitu, katanya, kerajaan BN seolah tidak peduli dengan perit jerih rakyat terbanyak sehingga menjadikan 2014 ini merupakan tahun getir buat rakyat.
Menurutnya, belanja dapur terus meningkat, perbelanjaan harian melambung tinggi, rakyat dikenakan kadar kenaikan yang mendadak pada keperluan harian seperti air, tarif elektrik, astro, pengangkutan awam dan harga rumah semakin menaik malahan lebih teruk apabila GST diperkenalkan.
Tambahnya, yang amat mendukacitakan tangga gaji tidak berubah namun kos sara hidup semakin meninggi.
Katanya, demokrasi kita terus diperjudikan, pelbagai tuntutan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dipandang sebelah mata seolah tidak berguna.
Namun begitu, ujar beliau impaknya dapat dilihat.
“Segala bantahan dan desakan kita selama ini telah berupaya membuatkan Barisan Nasional berfikir panjang dan menangguhkannya. Percayalah bahawa kini rakyat semakin cerdik,” ujarnya.
Kerusi Dun Kajang telah dikosongkan, justeru apa yang lebih utama pada 23 Mac nanti, Kajang mestilah terus menjadi milik Pakatan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar.
“Gelanggang telah disediakan, dalam usaha untuk terus mematangkan proses demokrasi rakyat signifikannya Kajang adalah medan terbaik untuk seluruh rakyat bangkit dan bertindak,” tegasnya
Sumber HD - 6-2-2014
PRK Kajang: PAS Selangor sudah buka bilik gerakan
- Feb 06, 2014
- SALMIYAH HARUN
Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sekaligus telah melantik Jaafar Shamsuddin sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Selangor bagi Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Negeri Kajang.
Sehubungan itu, bilik Gerakan Utama PAS Selangor beroperasi di Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat, G20-1A, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang.
"Petugas-petugas PAS dari dalam dan luar Selangor yang akan bertugas di Kajang bolehlah menghubungi Mohd Shariff Din, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Dewan Negeri Kajang di 013 3883700 untuk penyelarasan," katanya dalam kenyataan ringkas di laman Facebooknya.
Pilihan Raya N25 Kajang diadakan berikutan wakil rakyatnya Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dimumkan sebagai calon PKR oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala 23 Mac pula adalah hari membuang undi.
Sumber HD - 6-2-2014
PRK Kajang: Logik ke jawapan SPR atau lawak jenaka?
- Feb 06, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam ekoran SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi PRK Dun Kajang pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula 11 Mac.
“Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi Dun Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian,” tulisnya.
Menurutnya, penamaan calon bagi pilihan raya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu Dun Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.
“Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Sumber HD - 6-2-2014
PRK Kajang peluang pengundi hukum Umno BN
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa,” kata beliau dipetik KeadilanDaily.
Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan menghadapi ujian yang besar.
“Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” kata beliau kepada Keadilandaily.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
“PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
“Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
“Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac.
Sumber HD - 5-2-2014
PRK Kajang: Mengundi 23 Mac, penamaan calon 11 Mac
- Feb 05, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat pengumuman itu selepas mesyuarat khas bagi membincangkan kekosongan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota DUN Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.- Bernama
Sumber HD - 5-2-2014
FORUM - THE KAJANG MOVE
Sumber DSAI FB - https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan#!/anwaribrahim.keadilan/photos/pb.16194831839.-2207520000.1391569954./10152003603206840/?type=3&theater
PRK Kajang: PAS jadi jentera pembantu paling kuat
- Feb 04, 2014
- ANIS NAZRI
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Mohd Ramli, berkata semua jentera parti di setiap peringkat dan negeri-negeri akan bergerak semaksima mungkin, khususnya jentera PAS Selangor bagi memenangkan calon PKR di Dun Kajang.
"Kita sokong dan sememangnya memberikan komitmen untuk membantu semaksima mungkin sepanjang kempen PRK ini. Saya nasihatkan semua jentera di peringkat dewan-dewan dan juga negeri-negeri untuk turun membantu dan mengikut perancangan yang diatur," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Selain itu, Dr. Hatta yang turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya bagi PRK itu turut mengingatkan jentera parti membantu selagi boleh untuk PRK ini, sama ada dari bentuk kewangan, buah fikiran, kerja-kerja kempen dan sebagainya bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Katanya, beliau akan membentuk satu jawatankuasa pilihan raya di peringkat pusat, selain satu jawatankuasa di peringkat negeri yang akan dikendalikan dari kalangan PAS Selangor.
Pada 27 Jan lalu, Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan.
Dun itu mempunyai 38,965 pemilih, merangkumi 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan 10 peratus India.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.
Sumber HD - 4-2-2014
Dewan Ulamak alu-alukan tidak berbangkit isu MB S’gor
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, kenyataan Presiden PAS itu hasil keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat meredakan keresahan pelbagai pihak yang bimbang ia menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Begitu juga, katanya dalam satu kenyataan atas semangat Pakatan Rakyat dan menolak segala polisi pincang kerajaan BN, PAS akan membantu jentera PKR dalam PRK Kajang itu berdasarkan keperluannya.
Sementara itu, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat juga mengambil prihatin kezaliman terhadap Ameer Jamaat Islami Bangladesh yang dinafikan perbicaraan yang adil seperti yang dibangkitkan oleh Presiden PAS.
“Berikutan itu semua pihak digesa membanyakkan memo bantahan kepada kedutaan Bangladesh sebagai tambahan kepada memo yang sudah dihantar oleh PAS sebelum ini untuk menggambarkan solidariti umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap sesiapa sahaja yang dizalimi,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Sumber HD - 4-2-2014
PKR lantik Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, selain Khalid, parti itu juga melantik Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya, dan Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.
Perlantikan khusus itu katanya dibuat untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihanraya parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.
"InshaAllah dengan ini jentera pilihanraya KEADILAN akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat, dan rakyat Malaysia," katanya.
Sumber HD - 4-2-2014
PRK Kajang: Pemuda gesa henti polemik kerusi MB
- Feb 04, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Tegasnya dalam hal ini, Pemuda PAS tidak akan memberi kemenangan percuma kepada BN dalam PRK itu nanti.
"Kita menghormati muafakat Pakatan Rkayat yang memberi hak mengurs Dun kepada parti yang menang dalam pilihan raya lepas. Justeru kami meminta agar mana-mana komponen Pakatan Rakyat tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang," katanya.
Bagaimanapun, Pemuda PAS Malaysia mendesak agar isu Menteri Besar Selangor dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.
"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret Pakatan Rakyat membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang baru, kerana ia akan menjejaskan isu kebajikan rakyat," tegas Suhaizan.
Jelasnya, kesediaan Pemuda PAS untuk bersama-sama turun di Kajang tidak bermakna ianya turut menyokong sebarang perubahan di dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor khususnya kerusi menteri besar.
Pemuda PAS Malaysia juga katanya telah bersetuju untuk melantik Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor Hairul Nizam Tohar sebagai Ketua Penyelaras Pilihan Raya Kecil N25 Kajang.
Suhaizan turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pilihan raya dengan bersih, adil dan saksama.
"Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mengelakkan pembaziran berlaku. Kerajaan Pusat dan Selangor perlu mengelakkan projek-projek 'mee segera' yang akan mengorbankan wang rakyat," katanya.
Beliau juga percaya rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang akan menghukum mana-mana pihak yang dilihat membazir.
SK - http://www.youtube.com/watch?v=RzyMJ7A8OEM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&feature=c4-overview
Sumber HD - 4-2-2014
Usaha Khalid bangun S'gor mesti dikekalkan - Anwar
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, Abdul Khalid telah meletakkan asas yang kukuh di negeri itu sejak menerajuinya pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu.
Malah kata beliau, prestasi ekonomi Selangor di bawah Khalid adalah yang terbaik dalam sejarah pentadbiran negeri itu.
"Usaha Khalid angkat ekonomi Selangor mesti dikekalkan kerana perubahan itu akan dikuti oleh pimpinan lain lain, yang penting kita menang dulu Dun Kajang.
"Ia (kedekut dan cermat) bukan satu kelemahan, kerana sejarah Selangor di mana pimpinan silih berganti, pretasi ekonomi di bawah Khalid yang terbaik di Selangor," katanya dipetik Sinar Harian ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, semalam.
Namun kata beliau seperti dipetik akhbar bahasa Melayu itu lagi, kekuatan ekonomi sahaja tidak cukup jika pada masa sama tidak ada kekuatan politik.
Justeru katanya, kekuatan ekonomi perlu seiring dengan kekuatan politik bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negeri itu yang diterajui Pakatan Rakyat.
"Kekuatan ekonomi itu penting namun perubahan dan kekuatan politik juga penting, baru orang akan yakin kita boleh tawan Putrajaya," katanya.
CERAMAH UMUM DI DEWAN TAMAN MESRA KAJANG : https://www.youtube.com/watch?v=jb01-mL_ArM
Sumber HD - 4-2-2014
Ahmad Maslan kena tibai setiap penjuru
- Feb 04, 2014
- http://greenboc.blogspot.com
Ahmad Maslan Kena Tibai Setiap Penjuru, Dalam Islam Beliau Perlu Dikenakan Hukuman Sebat!
SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang
Sumber HD - 4-2-2014
BN tidak beri laluan mudah di Kajang - Muhyiddin
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon.
"Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding)," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.
Beliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Anwar yang juga Penasihat PKR sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.
Mengenai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak selaku pengerusi BN dengan mendapat pandangan daripada pemimpin parti komponen BN selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Secara peribadi (tradisi) kawasan itu adalah kawasan MCA, ada yang berpandangan dengan kepimpinan baharu MCA, kemungkinan kita nak bagi peluang, nak menguji penerimaan pengundi disitu tentang kepimpinan baharu MCA," katanya.
Sementara itu, mengenai persekolahan empat anak pasangan Malaysia yang sedang ditahan di Sweden, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah mengeluarkan surat membolehkan mereka meneruskan pelajaran mereka.
"Isu ini tidak jadi masalah bagi kita. Kita bagi segala tempat bagi mereka belajar di sekolah yang dekat dengan tempat kediaman mereka.
"Kalau mereka kurang fasih Bahasa Melayu (BM), dalam tempoh pembelajaran nanti kita bagi sedikit penekanan supaya mereka boleh tumpu pada penguasaan BM," katanya.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba di tanah air Sabtu lepas. Mereka kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah di Peringat, Kelantan.
Bapa dan ibu mereka, Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman pihak berkuasa Sweden sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. - Bernama
Sumber HD - 4-2-2014
PRK Kajang: PAS bantu PKR, jawatan MB tidak berbangkit
- Feb 04, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK Kajang.
“Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS, malam tadi.
Mesyuarat itu, jelasnya telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah PRK di Dun N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan Adun Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.
Mesyuarat juga, kata beliau merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami.
“Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sehubungan itu, tegasnya PAS mendesak agar pihak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.
Sumber HD - 4-2-2014
Nurul Izzah alu-alukan Khalid dilantik Pengarah PRK Kajang
- Feb 03, 2014
- SELANGOR KINI
Beliau berkata, kehadiran Abdul Khalid sebagai Pengarah PRK Kajang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu gandingan erat bagi melicinkan jentera PRK Kajang nanti.
“Tan Sri Abdul Khalid dengan rekod cemerlangnya menguruskan ekonomi negeri Selangor membabitkan pelbagai program untuk rakyat dan Datuk Seri Anwar selain rekod cemerlang ketika menjawat Menteri Kewangan juga cukup dikenali sebagai ahli politik tegar memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Saya yakin gandingan Abdul Khalid dan Anwar bakal menjadi satu gandingan yang mampu menggerakkan jentera kempen dengan lebih berkesan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Nurul Izzah turut menemplak kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang membuktikan kecenderungan parti itu melakukan fitnah termasuk menggunakan politik seks sebagai bahan kempen politik mereka.
“Dia sekadar mendendangkan irama Umno yang gemar memfitnah dan menggunakan politik kotor seperti fitnah seks bagi meraih kemenangan.
“Ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dalam mendidik mentaliti yang sihat kepada masyarakat. Beginikah kita sebagai pemimpin membentuk mentaliti masyarakat? Lebih malang lagi seruan seperti ini dikeluarkan menteri sendiri dan inilah mentaliti menteri yang kita ada,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Kajang mampu menilai, sekali gus menolak permainan politik kotor yang dibawakan Umno dalam PRK itu nanti.
Sumber HD - 3-2-2014
Kajang: Ahmad Maslan hanya tambah hodoh wajah Umno
- Feb 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran Umno Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan isu video yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti.
Mengulas kenyataan Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu, blogger Shahbudin Husin menyifatkan dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di Dun Kajang, ia tidak lain memperlihatkan Umno dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi PRK itu.
Menurutnya, isu liwat yang melibatkan Anwar telah gagal mempengaruhi pengundi dan langsung tidak mendatangkan kesan untuk melemahkan kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat berdasarkan keputusan PRU13 lalu.
Justeru ulas Shahbudin, melalui CGPA 3.85 yang dimilikinya, Ahmad Maslan sepatutnya juga harus sedar bahawa kemenangan BN di banyak kerusi dalam pilihanraya umum lalu adalah atas sumbangan pengundi luar bandar dan kampung yang tidak terdedah kepada maklumat internet dan ia berbeza sama-sekali dengan pengundi Kajang.
“Bagi kebanyakan pengundi Kajang dan rakyat ketika ini, isu yang membelenggu mereka ialah berkenaan kenaikan harga barang dan beban kos hidup serta beberapa isu lain seperti kerajaan yang baik, pentadbiran yang telus, pemimpin yang berjiwa rakyat dan seumpamanya,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/ semalam.
Bagi beliau, dengan tidak menjaja isu video itu sekurang-kurangnya wajah hodoh Umno dan kerajaan kerana ‘terlebih cerdiknya’ Ahmad dapat dielakkan.
Baca lagi
Sumber HD - 3-2-2014
PAS gesa anggota Pakatan Rakyat turun PRK Kajang
- Feb 03, 2014
- AHMAD DANIAL
"Ayuh kita semua turun ke Kajang bantu rakan kita PKR pada PRK Kajang tidak lama lagi, ini bukan soal PKR, ini semua tanggungjawab kita untuk memastikan PR menang.
"Memang kita semua sedar ada masalah kecil di Kajang, tetapi kita mesti selesaikan masalah ini dengan memenangkan PKR di Kajang dan kita pastikan BN kecundang," ujar beliau pada ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Melaka di Taman Seri Telok Mas, dekat sini malam tadi.
Menyentuh soal politik semasa, Mohamad menggesa BN khususnya Umno supaya tidak mencampuradukkan isu ekonomi dengan perkauman sempit.
"Isu kangkung adalah isu ekonomi, tidak ada kaitan langsung dengan isu perkauman, mengapa Umno mengaitkan isu ini dengan isu perkauman.
"Ada di kalangan Pemuda Umno yang memberi amaran dengan berkata apakah Cina mahu peristiwa 13 Mei, mereka mengaitkan himpunan kangkung di Pulau Pinang dengan 13 Mei," ujarnya lagi.
Justeru, beliau mengingatkan pemimpin Umno agar jangan mengulangi kesilapan lama menggunakan isu perkauman untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu.
Dalam pada itu, Mohamad turut menyokong kenyataan polis untuk membanteras dan menangkap sesiapa yang terlibat mencetuskan ketegangan kaum di negara kita.
"Saya menyokong penuh kenyataan Polis untuk membenteras dan menangkap mereka yang terlibat dengan isu perkauman sempit ini.
"Perkara ini amat merbahaya kerana ia akan membangkit semangat perkauman dan kita bimbang ketegangan akan berlaku," tambah beliau.
Turut berceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Penolong Setiausaha PKR Melaka, Wahab Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohammed.
Sumber HD - 3-2-2014
Kajang: Kit Siang anggap tuduhan Zam kebudak-budakan
- Feb 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Zainuddin dalam blognya semalam bahawa PRK kali ini adalah peluang masyarakat Cina memperbetulkan persepsi orang Melayu bahawa mereka tidak boleh dipercayai sebagai rakan politik.
Bekas menteri yang dikenali sebagai Zam juga berkata, “sesungguhnya tidak dapat dinafikan keyakinan ini telah dicarik-carikkan oleh Tsunami Cina”.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kenyataan itu menunjukkan sikap perkauman yang ada pada pemerintah dan pihak yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi punca sebenar polarisasi kaum yang semakin buruk di Malaysia.
“Zam boleh berharap agar majoriti pengundi yang memilih Pakatan pada PRU lalu berpihak kepada BN nanti, tapi apa logik beliau menjadikan PKR sebagai isu perkauman?
“Beliau perlu hormat hak demokrasi majoriti yang mengundi Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan paling penting 51 peratus atau 5,624,084 yang mengundi Pakatan seluruh negara, tanpa menjadikannya isu kaum,” tegasnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.
Beliau yang menyifatkan tuduhan itu sebagai kebudak-budakan, berkata, tindakan Zam yang cuba menghidupkan persepsi ‘Tsunami Cina’ juga bercanggah dengan ‘Rekonsiliasi Nasional’ yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Persepsi itu juga disangkal oleh banyak pihak dan tokoh, antaranya bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin yang menyatakan BN ditolak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Pendapat itu juga dikongsi Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Datuk Dr Shamsul Amri yang menjelaskan BN ditolak majoriti penduduk bandar dan golongan kelas pertengahan.
Sehubungan itu Kit Siang menggesa kerjasama antara BN dan Pakatan perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani isu kaum dan agama, selepas Kabinet Rabu lalu memberi maklum balas positif terhadap pelwaan Pakatan berhubung isu itu.
Sumber HD - 3-2-2014
Kajang: Usah libat Chong Wei dengan politik kotor BN
- Feb 03, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, tindakkan mencalonkan Chong Wei dalam politik bukan sahaja dilihat sebagai memperalatkan tokoh badminton itu, malah turut merugikan sukan badminton negara.
“Saya setuju dengan kenyataan YB Khairy bahawa kepakaran Chong Wei bukanlah politik tetapi sukan badminton. Dia wajar meneruskan kariernya sebagai pemain badminton nombor satu negara sekaligus membantu memajukan lagi badminton di negara ini,” ujarnya dipetik Selangor Kini.
Justeru, ujarnya BN tidak wajar menggunakan Chong Wei yang rakyat anggap sebagai aset negara untuk kepentingan politik semata-mata.
“Lagipun politik bukanlah bidang dia di mana keadaan ini akan merugikan masyarakat Kajang juga,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Beliau menambah, reputasi Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dianggap ikon bagi golongan belia negara ini akan tercalar sekiranya terlibat dalam politik kotor BN.
Sumber HD - 3-2-2014
Perjuangan Anwar masih mengalir dalam tubuh Zahid?
- Feb 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Pendirian dan sikap tegas Zahid itu tidak ada yang peliknya, malah itulah kewajaran yang sepatutnya bagi mana-mana juga pemimpin politik, tulis Shahbudin Husin.
“Tetapi yang menimbulkan sedikit pelik dan tanda-tanya ialah bila mana Zahid menggunakan ungkapan ‘lawan tetap lawan’ kerana semua orang tahu ungkapan itu begitu sinonim digunakan oleh Anwar Ibrahim sejak dipecat daripada Umno dan kerajaan pada 1998 lagi,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/.
Menurutnya, dalam kempen PRU 13, ungkapan itu menjadi lebih popular kerana Anwar hampr menyebutnya dalam setiap ceramahnya bagi menaikkan semangat dan menggelegakkan lagi darah perjuangan pengikut serta penyokongnya.
Baginya, apabila Zahid tiba-tiba menggunakan ungkapan itu, sedangkan beliau boleh memilih menggunakan ungkapan lain atau setidak-tidaknya mengulangi frasa-frasa kata yang kerap disebut oleh Najib, timbul tanda-tanya mengenai kecenderungan dan kekagumannya terhadap Anwar Ibrahim.
“Apakah beliau masih mengkagumi Anwar Ibrahim seperti dahulu?” tanya Shahbudin
Menurutnya lagi, menyanjung ungkapan ‘lawan tetap lawan’ yang dipinjamnya daripada Anwar Ibrahim sebagai menunjukkan nilai perjuangan yang seharusnya didukung oleh Umno dan BN sekarang, ia turut menunjukkan pengiktirafan dan adanya kebersamaan beliau dengan bekas ‘taukenya’, malah seperti menunjukkan darah perjuangan Anwar masih mengalir dalam tubuhnya.
Baca di sini
Sumber HD - 2-2-2014
Cadang Chong Wei calon BN PRK Kajang idea karut – DAP
- Feb 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan Umno itu dianggap mengarut sehingga sanggup menjadi Chong Wei sebagai alat politik mereka.
Ahli Parlimen Seputeh itu juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana tidak menghargai Chong Wei yang ketika ini sibuk membawa nama negara ke kejohanan badminton serata dunia.
Baginya, cadangan itu membuktikan BN ketandusan pemimpin.
“Cadangan itu bukan sahaja membuktikan BN dan MCA gagal mencari calon yang sepadan dan mampu menyaingi Anwar, sehingga sanggup menggunakan populariti Chong Wei sebagai alat politik menyelamatkan mereka pada PRK ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kelmarin dengan alasan MCA tidak memiliki tokoh yang mampu menandingi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK Kajang.
Sumber HD - 2-2-2014
Anwar akan buat penjelasan sebab tanding di Kajang
- Feb 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, penjelasan itu akan dibuat pada satu majlis di Kajang esok bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, lapor Bernama.
"Dia (Lee Chin Cheh) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam semalam.
Beliau juga memaklumkan, keputusan tersebut merupakan satu strategi oleh PKR dalam berdepan masalah dalaman khususnya di Selangor.
Biarpun mengakui wujud masalah dalaman parti itu di Selangor, namun Anwar berkata ianya masih dalam keadaan terkawal.
Keputusan bertanding itu juga katanya sebagai mahu membantu menyelesaikan beberapa masalah dalam pentadbiran negeri Selangor.
"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (perletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya.
Sumber HD - 2-2-2014
PRK Kajang: Umno lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah
- Feb 02, 2014
- ASLANI M
“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.
Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.
Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.
“Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN,” katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.
Diskusi sebagai gelanggang baru menggantikan wacana mengupas tajuk 'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.
Khalid pula berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuhkan lagi Pakatan di Selangor ekoran berlaku beberapa isu sebelum ini.
Menurutnya juga Umno kini berhempas pulas mahu merampas Selangor selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat beliau boleh berperanan dengan lebih rasmi lagi.
“Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Sumber HD - 2-2-2014
Kajang: Prinsip BN 'lawan tetap lawan', kata Zahid
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata walaupun secara lazimnya kerusi Dun Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK Dun Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di Dun itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.
"Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi 'lawan tetap lawan' kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (Pena) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi Mara hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 27 Jan lepas dan sehari selepas itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum sebagai calon pada PRK berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 1-2-2014
Kajang: PR ada kelebihan isu, BN serang peribadi Anwar
- Feb 01, 2014
- SELANGOR KINI
Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik, berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
“Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini.
Dr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor.
Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
Katanya, isu perletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR.
“Ramai terkejut dengan perletakkan jawatan, tidak kira penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pengundi biasa di peringkat akar umbi tetapi kita lihat dua tiga hari ini penjelasan oleh Rafizi, Dr Manuaty, Khalid Samad dan kepimpinan PR lain akan meredakan suasana. Jadi isu letak jawatan ini akan hilang.
“Manakala, isu prestasi Adun lama bukan isu besar sebab bila Anwar bertanding, banyak isu nasional yang timbul,” katanya.
Dr Maszlee berkata, BN tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggunakan strategi politik tipikal mereka dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PR dalam PRK Kajang itu.
“Tun Mahathir sendiri sudah mula tidak menekankan isu persoalan perletakan jawatan Adun PKR tetapi main isu peribadi Anwar. Menyerang peribadi Anwar juga bukan isu yang besar sebenarnya tetapi hanya itu sahaja pilihan yang BN ada ketika ini,” katanya.
Sumber HD - 1-2-2014
Khairy sayang Chong Wei, tidak izin bertanding di Kajang
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi blogger Shahbudin Husin, Khairy nampaknya sangat sayangkan masa depan dan reputasi gemilang Chong Wei serta mahukan ia kekal dalam sanjungan rakyat sampai bila-bila.
“Memilih Chong Wei sebagai calon sebenarnya adalah membunuh reputasi dan masa depannya,” tulis beliau di dalam blognya.
Bagi beliau, sekiranya benar ingin menghargai jasa dan sumbangan Chong Wei kepada negara selama ini, sebaik saja bersara nanti, jaguh badminton negara itu sepatutnya dilantik sebagai Senator supaya beliau sekurang-kurangnya boleh bersuara dan memberi idea di peringkat tertinggi mengenai kemajuan sukan negara.
“Jika tidak cukup dengan itu, selepas dilantik sebagai Senator, Chong Wei juga boleh pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sebagai orang nombor dua kepada KJ,” tulisnya lagi.
Bayangkan betapa bersinarnya Kementerian Belia dan Sukan apabila kementerian itu diterajui oleh KJ dan dibantu oleh Chong Wei.
Menruutnya, itulah sebenarnya cara yang betul untuk menghargai dan membalas jasa Chong Wei selama bertahun-tahun beliau mencurahkan keringatnya mengharumkan nama negara melalui dunia badminton dan bukannya dengan menyediakan ‘tali gantung’ di Kajang sebagai anugerah kepada persaraannya.
Baca lagi
Sumber HD - 1-2-2014
Chong Wei calon BN di Kajang? Ini jawapan beliau...
- Feb 01, 2014
- http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Chong Wei calon BN di Kajang?.. Ini jawapan Chong Wei..
Semalam, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan MCA meletakkan Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang kerana populariti jaguh badminton dunia itu mampu menandingi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca di sini
Sumber HD - 1-2-2014
Pengkritik 'Serampang Kajang' gagal fahami politik demokrasi
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini, katanya tidak bercanggah dengan hasrat dan kemahuan rakyat; malah, ianya adalah demi kepentingan rakyat.
Beliau menyatakan demikian merujuk kritikan berkenaan perletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan keputusan PKR untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.
“Banyak kritikan yang diterima hingga kini lebih bersifat reaksi menyentap, belum difikirkan dengan mendalam dan kurang memahami politik kepartian dan pilihanraya,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menjelaskan, pilihanraya merupakan asas strategi bagi mana-mana parti politik di dalam sesebuah demokrasi moden.
Kata beliau, ia hak sesebuah parti politik untuk meminta rakyat membuat pilihan sebagai satu langkah strategi politik, sama ada melalui pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Menurutnya, gengan menggunakan pilihanraya untuk meraih kelebihan politik, PKR/Pakatan Rakyat sebenarnya memperkukuh sistem demokrasi sedia ada.
Katanya, penggunaan pilihanraya sebagai langkah strategi yang sihat perlu dipupuk dan digalak.
“Pakatan Rakyat berniat menambah kekuatan dengan penggunaan sistem pilihanraya secara sah; ini berbeza apabila dibandingkan dengan BN yang melemahkan pilihanraya, dan menyalahguna kuasa eksekutif untuk menindas dan menganiaya musuh untuk terus memegang kuasa,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, pilihanraya kecil merupakan satu cara yang amat baik untuk mendengar suara rakyat; setiap pilihanraya kecil yang diadakan mengukuhkan demokrasi, dan mengiakan demokrasi penyertaan.
Justeru, katanya pengkritik 'Serampang Kajang' mungkin gagal mengamati bahawa sebuah demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti-parti politik yang menginginkan kelebihan politik.
“Kelebihan ini boleh diperolehi melalui cara-cara yang sah dan dibenarkan, termasuklah pilihanraya kecil,” jelasnya lagi.
Menurutnya, mereka turut terlupa kata-kata dan semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menimbang malah membenarkan situasi-situasi sebegini.
“Perkara 51 membenarkan seseorang wakil rakyat untuk meletakkan jawatan tanpa sebab atau syarat. Perkara 51 ditulis untuk membolehkan pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik,” katanya lagi.
Pengamal undang-undang itu menambah, memaksa berlakunya pilihanraya kecil adalah strategi politik yang diamalkan di pelbagai negara demokrasi matang.
Jelasnya, pada 2008, Ahli Parlimen David Davis telah meletakkan jawatan dari House of Commons, UK untuk memaksa berlakunya pilihanraya kecil demi memberi fokus kepada isu kebebasan awam.
Pada tahun 1986, katanya kesemua Ahli Parlimen Unionist telah meletakkan jawatan dari parlimen UK sebagai satu strategi politik.
Beliau berkata, berbeza dari apa yang dikatakan pengkritik, tiada apa-apa kesalahan dalam memaksa berlakunya pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.
“Mereka yang berkata pilihanraya kecil itu membazir wang ringgit mungkin tidak faham bahawa tidak dapat tidak wang ringgit memang terpaksa dibelanjakan demi menghidupkan sesebuah demokrasi.
“Fokus mereka sepatutnya kepada pilihanraya yang bersih, bukannya demokrasi yang murah,” katanya lagi.
Sumber HD - 1-2-2014
Kuasa mutlak Sultan Selangor lantik MB - bekas hakim
- Feb 01, 2014
- CHANDRAVATHANI SATHASIVAM
Keputusan itu menimbulkan pelbagai persepsi termasuk hasrat Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor, namun persoalan yang sering diutarakan ialah adakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak dilantik memegang jawatan itu.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menerangkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar negeri itu.
Beliau berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya kepada pemberita di Menara Felda di sini, baru-baru ini.
Jelas Mohd Noor, Sultan berhak untuk melantik seorang anggota Dun sebagai menteri besar yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan, dan syarat kedua, seorang menteri besar yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) serta berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama," katanya.
Dalam erti kata lain, katanya, perlembagaan memperuntukkan kuasa berada di tangan rakyat dalam proses demokrasi di mana Sultan hanyalah merupakan pemerintah perlembagaan dan mempunyai kuasa melantik menteri besar berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, Sultan tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.
"Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu PAS dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain," katanya.
Namun, Mohd Noor berkata calon yang dicadangkan itu mesti daripada parti yang menang dan dalam situasi di Selangor, misalnya, Sultan Selangor boleh menentukan sama ada calon itu pemimpin parti PAS atau PKR.
Katanya, Sultan juga tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelantikan itu.
"Namun, sebagai contoh, sekiranya wakil A yang mendapat majoriti undi, tetapi wakil B pula menjadi pilihan Sultan, maka parti akan membuat keputusan siapa menjadi menteri besar melalui proses lobi antara satu sama lain. Jadi, apabila wakil B dipilih, maka wakil B akan berjumpa Sultan dan mendapatkan perkenan Sultan.
"Ini bermakna (satu daripada) parti beralah. Tapi, kalau parti tetap dengan keputusan majoriti untuk memilih wakil A, maka Sultan tidak boleh lantik B. Ini kerana sekiranya wakil B dilantik dan kemudian mendapat undi tidak percaya, dia kena buang juga," terang beliau.
Dalam situasi sekarang, Mohd Noor berkata Dun Selangor sudah bersidang dan katakan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu, maka boleh diusulkan di dewan, beliau dicalonkan jadi menteri besar.
"Menteri Besar sedia ada (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menjadi MB atas perkenan Sultan untuk lima tahun. Kalau beliau hendak meletak jawatan sebelum lima tahun, beliau boleh menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan.
"Sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan, maka adakan usul undi tidak percaya terhadap beliau sebagai menteri besar dan (jika) usul (itu) menang, beliau kalah. Maka, beliau kena lepaskan jawatan," terang Mohd Noor.
Katanya selepas melantik menteri besar, Sultan juga diperuntukkan kuasa untuk melantik Exco kerajaan negeri berdasarkan cadangan menteri besar.
Berdasarkan Undang-undang dan Perlembagaan negara, Mohd Noor berkata kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi Dun, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis dan tidak pernah dipenjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).
"Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang, mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor. Tetapi, undang-undang tidak menyatakan berapa lama calon perlu duduk di Selangor," katanya.
Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.
Kepada persoalan sekiranya keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap kes liwat Anwar nanti berpihak kepada kerajaan, adakah ia akan menjejaskan peluang Anwar untuk bertanding, Mohd Noor berkata ia tidak terjejas kerana Anwar masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"(Namun), sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan tuduhan itu adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjayanya sebagai ahli politik atau profesion yang lain akan berakhir," jelasnya.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara.
Bagaimanapun, pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Pada 20 Jan 2012, Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan rayuan terhadap pembebasan Anwar dijangka didengar pada 12 dan 13 Feb ini di Mahkamah Rayuan. - Bernama
Sumber HD - 1-2-2014
Gerakan Kajang: Biduk lalu kiambang bertaut
- Feb 01, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagi blogger Abu Hassan Adam, pihak Umno yang sentiasa ‘memainkan’ berita-berita negatif berkaitan negeri Selangor yang mana hampir setiap malam TV arus perdana semacam milik Umno akan menayangkan berita-berita mengenai negeri Selangor dan Pulau Pinang juga yang memaparkan berita dari sudut yang tidak menyenangkan.
Menurutnya, apa saja yang ‘tidak menyenangkan’ berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat tentunya tertanya-tanya apakah kesemua perkara ‘buruk’ hanya berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
“Kisah sampah yang tidak berkutip berlaku di Selangor. Kisah serbuan Jais ke atas gereja dan merampas Bible hanya berlaku di Selangor. Kisah ‘serangan’ ke atas gereja juga berlaku di Pulau Pinang. Pendek kata apa saja yang tidak menyenangkan berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
“Rakyat tentunya akan bertanya juga bahawa apakah tidak adakah berlaku perkara yang sedemikian di negeri-negeri lain,” tulis beliau di dalam blognya, sebagaimana di bawah.
Amat sesuai rasanya peribahasa ini dirujukkan kepada keadaan kemelut politik yang berlaku di Selangor kini. Walau apa pun tohmahan yang dilemparkan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat ekoran daripada kekosongan Dun Kajang, namun percayalah kesemua isu yang dibangkitkan akan reda dan keadaan akan pulih seperti sedia kala. Dan sekiranya dizinkan Allah, DS Anwar Ibrahim akan muncul dengan kemenangan majorti yang lebih besar. berpeganglah kepada peribahasa Melayu bahawa ‘biduk lalu kiambang bertaut’.
Dikatakan terdapat ‘perbalahan politik’ antara TS Khalid Ibrahim dan Azmin. Peribahasa Melayu juga ada ‘menyentuh’ tentang isu yang sebegini. ‘Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga’. Maknanya sekiranya terdapat perbalahan antara dua saudara ‘ seibu-sebapa’ maka perbalahan sedemikian tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Apatah lagi ‘perbalahan’ itu merupakan ‘perbalahan politik’. Lagi senang dan cepat untuk diselesaikan.
Dan apatah lagi apabila dicampuri pula oleh ‘pihak ketiga’ iaitu Umno yang merupakan ‘musuh’ yang sama bagi kedua-dua ‘adik-beradik’ yang sedang bermusuhan. Pantang orang Melayu yang pergaduhan adik-beradik dicampuri oleh pihak ketiga. Bagi ‘adik-beradik’ yang bermusuhan tetap menganggap bahawa ‘cubit peha kiri, peha kanan akan terasa sakitnya’ dan sebagaimana peribahasa orang Cina pula blood is thicker than water.
Aku nampak itulah gambaran suasana yang berlaku di Selangor kini. ‘Dua beradik’ bergaduh. Betul. Pergaduhan politik. Sekiranya kepimpinan UMNO bijak berpolitik seharusnya jangan mencampuri pergaduhan itu. Biarkan. Biarkan ‘si luncai terjun dengan labu-labunya’. Sepatutnya UMNO membiarkan pergaduhan itu berlarutan agar UMNO akan mendapat ‘hasil’ yang lumayan. Tetapi disebabkan ‘perkiraan’ dan ‘perhitungan’ yang salah maka UMNO cuba ‘kacau daun’ dalam perbalahan ‘adik-beradik’ itu. Kesannya ialah kedua ‘adik beradik dan kaum kerabat’ berbaik semula dan rakyat Selangor khususnya akan menuding jari ke arah UMNO yang sepatutnya dipersalahkan.
Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor nampak dengan jelas percubaan UMNO untuk memporak-perandakan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kini. Pihak UMNO yang sentiasa ‘memainkan’ berita-berita negatif berkaitan negeri Selangor. Hampir setiap malam TV arus perdana (semacam milik UMNO) akan menayangkan berita-berita mengenai negeri Selangor (dan Pulau Pinang juga) yang memaparkan berita dari sudut yang tidak menyenangkan.
Apa saja yang ‘tidak menyenangkan’ berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat tentunya tertanya-tanya apakah kesemua perkara ‘buruk’ hanya berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Kisah sampah yang tidak berkutip berlaku di Selangor. Kisah serbuan Jais ke atas gereja dan merampas Bible hanya berlaku di Selangor. Kisah ‘serangan’ ke atas gereja juga berlaku di Pulau Pinang. Pendek kata apa saja yang tidak menyenangkan berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
Rakyat tentunya akan bertanya juga bahawa apakah tidak adakah berlaku perkara yang sedemikian di negeri-negeri lain? Apakah pemerintahan di negeri-negeri yang diuruskan oleh Barisan Nasional itu laksana pimpinan ‘malaikat’. Pasti rakyat akan berfikiran sedemikian.
Aku yakin rakyat boleh terima kritikan-kritikan yang dilemparkan ke atas pentadbiran Selangor itu dengan syarat kebaikan yang dilakukan oleh Selangor dan Pulau Pinang itu dilaporkan juga. Sekurang-kurangnya rakyat tahu dan sedar bahawa kelemahan sesebuah negeri itu disebabkan kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan pemimpinnya.
Mungkin pada anggapan kepimpinan Pakatan Rakyat ‘campurtangan’ pihak tertentu dalam pentadbiran di negeri Selangor sudah sampai ke peringkat ‘mencucuk mata’. Perselisihan pendapat ‘adik-beradik’ sudah dilihat cuba dieksploitasi oleh pihak UMNO yang hanya menunggu sebagai ‘vultures’ untuk menguasai negeri ini. Atas dasar itulah sesuatu tindakan drastik dan luar biasa dilakukan oleh pucuk pimpinan yang membawa kepada tindakan mengosongkan Dun Kajang dan memberi laluan kepada DS Anwar bertanding di Dun berkenaan.
Di sinilah letaknya betapa perlunya cara berfikir secara waras pihak-pihak tertentu yang menganggap bahawa tindakan PKR di Dun Kajang ini sesuatu yang membazirkan wang rakyat. Atau ada juga yang mengatakan bahawa mereka (sekutu Pakatan Rakyat) akan memulaukan PRK berkenaan atas sebab-sebab tertentu.
Aku fikir dalam menangani isu yang sebegini memerlukan pemikiran yang amat terbuka dan memerlukan renungan dan menungan yang amat mendalam dari pihak pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya pemimpin muda yang akan terus menerus berjuang untuk mencapai hasrat perjuangan mereka. Golongan ini perlu melihat sesuatu senario politik itu dalam suasana menyeluruh dan tidak seharusnya dikuasai oleh emosi dan pemikiran yang sempit.
Anak muda terutamanya, jangan terburu-buru membuat keputusan. Tunggu dan lihat cara ‘abang-abang’ bertindak. Walau secerdik dan sepandai mana sekalipun tindakan golongan muda, namun kadang-kadang tewas juga berbanding dengan tindakan ‘abang-abang’ dan ‘kakak-kakak’ yang sudah agak berpengalaman.
Semoga terus berjuang. - http://abuhassanadam.blogspot.com/
Sumber HD - 1-2-2014
PRK Dun Kajang: Belum apa-apa dah berebut nak jadi calon
- Jan 31, 2014
- AHMAD TAJDID
Walaupun para pemimpin BN termasuk Pengerusinya menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang itu sebagai ‘penghinaan terhadap proses demokrasi’ dan ‘satu pembaziran’, tiada tanda-tanda bahawa BN akan menuruti nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak bertanding.
"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam entrinya di laman Facebook.
Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 28 Januari lalu awal-awal lagi mahu pemilihan calon BN bagi PRK Dun Kajang tidak terikat dengan ‘formula lama’.
Beliau membayangkan calon bakal dipilih BN mungkin tidak datang dari MCA walaupun Dun Kajang merupakan kerusi tradisi parti Cina itu.
"Kita perlu bertanding. Tapi kita berharap calon yang dipilih bukan dipilih berdasarkan 'formula lama'," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Kuala Lumpur.
"Saya tidak kata MCA tak baik... Beri kita calon yang terbaik."
Pandangan Khairy itu mengundang kemarahan MCA. Ketua Pemudanya, Chong Sin Woon mengingatkan Khairy supaya tetap menghormati semangat kebersamaan dalam gabungan 14 parti itu.
“Kita mempunyai matlamat sama, tetapi (Khairy) tidak patut secara terbuka berkata ia tidak akan mengikut formula lama (pemilihan calon),” kata Chong berang.
“Dia (Khairy) jelas kata (Kajang) tidak semestinya akan ditandingi oleh MCA,” kata Chong dalam satu sidang media.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menegaskan pendirian MCA untuk sekali lagi meletakkan calonnya di Dun Kajang.
Menurut Liow, selaras dengan semangat dan formula (lama) BN, DUN Kajang akan sentiasa menjadi kerusi MCA dan parti perlu bekerja keras jika ingin menawan semula Dun berkenaan yang terlepas ke tangan PKR pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
"Kita (MCA) akan cadangkan nama calon kepada parti komponen BN yang lain selepas SPR umumkan bila tarikh (penamaan calon dan) pengundian," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, 29 Januari lalu.
Liow yakin MCA mampu memenangi semula kerusi Kajang dan parti pimpinannya telah menubuhkan jawatankuasa khas peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk mengatur strategi dan membuat segala persiapan bagi menghadapi PRK itu.
Menurutnya, jawatankuasa peringkat pusat akan dipengerusikan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, manakala Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Ban Seng masing-masing mempengerusikan jawatankuasa peringkat negeri dan bahagian.
Semangat dan keyakinan MCA itu bagaimanapun tidak dikongsi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau malah secara terbuka menyokong cadangan Khairy supaya BN mengubah formula memilih calonnya bagi PRK Dun Kajang.
Zahid berkata kepimpinan BN perlu mengubah kaedah pemilihan calon itu untuk membolehkan BN menawan semula kawasan itu kerana ia mempunyai lebih 40 peratus pengundi Melayu.
Menteri Dalam Negeri itu mendakwa langkah ini penting bagi menjamin kemenangan BN selain menimbang faktor Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR.
Lee Chin Cheh memenangi kerusi Dun Kajang pada PRU lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Statistik Daftar Pemilih SPR menunjukkan komposisi pengundi Dun Kajang adalah Melayu sebanyak 48.48 peratus, Cina (40.46 peratus) dan India (10.15 peratus).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 28 Januari lalu mengumumkan Anwar sebagai calon PKR bagi PRK Dun Kajang.
Perbalahan antara Umno dan MCA dalam menentukan parti yang paling layak mewakili BN dalam PRK Dun Kajang menunjukkan BN masih gagal melepaskan diri daripada sentimen politik kaum dan bangsa.
Umno yang masih mengekalkan penguasaan dalam BN (dengan dokongan pengundi Melayu luar bandar dan masyarakat Felda) yakin bahawa parti itu akan berjaya meraih sokongan 48.48 peratus pengundi Melayu di Dun Kajang berbanding calon Melayu PKR jika diberi peluang bertanding di kerusi marginal itu.
Malah para pemimpin parti Melayu itu tetap mencurigai kemampuan MCA bagi meraih sokongan pengundi Cina yang dilihat masih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
Baru pulih daripada krisis kepimpinan, kemampuan MCA bagi meraih sokongan masyarakat Melayu juga diragui Umno apatah lagi dengan kemunculan kumpulan-kumpulan pendesak Melayu pro-Umno seperti Perkasa.
PRK Dun Kajang akan menjadi medan untuk Pakatan Rakyat dan BN menguji sejauh mana kesepaduan pakatan politik masing-masing. Ia bukan sekadar PRK yang bakal menentukan corak pentadbiran Selangor; malah ia memberi isyarat kepada pihak mana yang lebih dipercayai rakyat untuk membentuk kerajaan pusat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Sumber HD - 31-1-2014
PRK Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional
- Jan 31, 2014
- HARAKAHDAILY
“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.
Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.
Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.
PPM juga, tegas beliau menolak kerja sama politik kepartian antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Katanya, agenda anak muda Malaysia adalah penting dalam pemuafakatan nasional kerana merekalah yang berdepan dengan isu pengangguran, pendidikan, peningkatan kos sarahidup, perumahan dan lain-lain.
“Mereka mewakili 40 hingga 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini. Membelakangkan agenda anak muda akan melebarkan jurang mereka dengan pembangunan negara serta menjadi sebab kegagalan agenda ini,” katanya.
Beliau berkata, agenda agama juga penting bagi menyelesaikan masalah yang sedang melanda rakyat negara ini seperti isu khalimah Allah.
Tambahnya, sentimen membenci antara agama sedang merebak dan sangat merbahaya kepada negara di samping ada pihak sengaja bermain dengan isu sensitif ini untuk mendapat keuntungan peribadi kumpulannya.
Dalam perlaksanaan agenda ini, ujarnya PPM mencadangkan supaya Kaukus Parlimen diwujudkan untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dan isu-isu utama perlu dibincang.
Selain itu, katanya agenda pemuafakatan ini perlu diwujudkan sehingga ke peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Justeru, beliau mencadangkan agar wakil semua parti politik dan NGO perlu dilibatkan sama dalam soal pembangunan negara, negeri dan daerah.
PPM juga, ujarnya berpandangan anak muda Malaysia perlu dilibatkan secara langsung dalam merangka agenda pemuafakatan ini.
“Penglibatan ini bukan hanya sekadar dari aspek inisiatif semata-mata. Keseimbangan ini bagi membina sebuah negara yang benar-benar mapan, maju dan berdaya saing dengan penglibatan semua pihak,” katanya lagi.
Menurutnya, sebagai bukti kepada komitmen agenda pemuafakatan nasional ini, anak muda Malaysia mahu melihatnya dalam pilihan raya kecil Kajang dalam waktu terdekat ini.
“Kami mahu melihat politik fitnah, rasuah, kebencian, sentimen agama, perkauman dan ketidakadilan dihentikan dan ditukar kepada budaya politik baru yang lebih harmoni,” ujarnya.
Sumber HD - 31-1-2014
Pengundi Dun Kajang taruh harapan besar kepada Anwar
- Jan 30, 2014
- SALMIYAH HARUN
Bermacam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan ada yang positif dan negatif.
Tidak kurang juga ada yang cuba melontarkan spekulasi untuk melaga-lagakan komponen parti dalam Pakatan Rakyat, kononnya keputusan perletakan jawatan oleh bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dan pemilihan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang sudah dirancang untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.
Namun, apa jua yang diutarakan oleh mereka yang tidak bersangkut paut dengan keputusan pilihan raya kecil Kajang ianya tidak ke mana.
Ini kerana para pengundilah yang akan memilih dan menentukan siapa yang mereka suka dan siapa yang diharapkan untuk membela nasib mereka pada masa akan datang.
Jika di luar sana ramai yang mempertikaikan PKR kerana meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang namun suasana ini berbeza sama sekali dengan pengundi-pengundi di Kajang.
Keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat memilih Anwar untuk bertanding di Dun Kajang nampaknya disambut baik oleh para pengundi di Dun ini.
Bahkan ada di kalangan pengundi berbesar hati apabila Anwar yang cukup disegani di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa sanggup turun ke Kajang.
"Satu kebanggaan apabila kita dapat tahu Anwar hendak bertanding di sini," kata Amir Abidin, 36.
Beliau yang juga salah seorang pengundi di Dun Kajang bersyukur apabila bekas Adun Kajang Lee berbesar hati untuk berundur kerana sememangnya tinggal jauh dari Kajang.
Jika sebelum ini bekas wakil rakyat Cikgu Lee Kim Sin yang cukup mesra dengan rakyat selalu datang berjumpa dengan masyarakat waima ketika umat Islam menunaikan solat tarawikh.
"Waktu kita solat tarawikh pun Cikgu Lee datang melawat kita. Walaupun dia tidak solat tapi dia datang jenguk kita," katanya ketika ditemui di Sungai Sekamat.
Malangnya Lee Chin Cheh dikatakan turun ke kawasan lebih kerap menggunakan orang tengah untuk bertemu dengan rakyat.
"Lee ini, dia OK buat kerja tetapi banyak menggunakan orang tengah. Dia akan turun sekali sekala apabila ada program yang besar-besar sahaja," luah Amir.
Namun untuk Anwar mendapat tempat di hati pengundi Kajang beliau perlu memenuhi permintaan pengundi.
Anwar juga diharap tidak mengulangi 'track record' Lee Chin Cheh kerana harapan pengundi di situ kepada Ketua Umum PKR itu cukup besar.
"Kita cuma harapkan Anwar turun melawat kawasan kita. Beliau sudah glamour. Janganlah dia guna orang tengah untuk jumpa kita. Jadi beliau turunlah untuk perkenalkan diri dengan orang kampung.
"Jangan datang sekali sahaja kemudian selepas itu guna orang tengah. Kita mahu setiap kali ada program Anwar mesti ada sekali," kata Amir.
Beliau percaya kehadiran Anwar di sini bakal memberi sinar baru kepada penduduk Kajang seterusnya kepada rakyat negeri Selangor.
Kamaruzzaman Saaba, 50, juga berbangga apabila Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bersama-sama penduduk Kajang.
"Lagi bagus, segala-galanya dia (Anwar) boleh bawa untuk Kajang. Saya berbangga dia hendak bersama-sama saya di Kajang," kata Kamaruzzaman.
Melihat perwatakan dan pencapaian Anwar selama ini, Kamaruzzaman begitu teruja untuk melihat Anwar membawa suara rakyat Kajang selepas ini apatah lagi calon PRK kali ini adalah di kalangan orang Melayu.
Sebagai pengundi sudah tentulah mahu memilih seorang pemimpin yang berkaliber, berkarisma dan boleh membawa suara rakyat.
Bagi Saiful Mohd Ali, 30, kehadiran Anwar di Kajang bermakna Anwar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab demi rakyatnya.
"Saya harap jika beliau menjadi pemimpin di Kajang dia boleh ubah apa yang tidak baik di sini menjadi lebih baik.
"Saya tidak nafikan semua pemimpin yang diamanahkan rakyat kena turun di kawasan mereka namun untuk Anwar ini saya harap beliau boleh tunjukkan yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin lain," katanya.
N25 Kajang mempunyai komposisi pengundi iaitu 48 peratus Melayu dan 42 peratus Cina selebihnya India dan lain-lain kaum.
Sumber HD - 30-1-2014
'Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa'
- Jan 30, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, jika Umno BN berani untuk bertanding di Kajang, mereka harus meletakkan Presiden Umno Najib Tun Razak sebagai calon.
"Umno kalau berani turun di Kajang jangan letak MCA, MIC atau Gerakan. Kalau mereka hebat letak Najib. Setuju?
"Kita makan sate Kajang, kemudian kita lawan habis-habisan. Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa?" soal Azmin kepada para petugas parti ketika berucap dalam majlis Taklimat Jentera Pilihan Raya di Sungai Sekamat semalam.
"Rosmah!," sahut para hadirin.
Majlis itu turut dihadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Ketua Wanita Zuraida Kamarudin, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Azmizan Zaman Huri dan beberapa pimpinan peringkat negeri Selangor.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh. Beliau telah menghantar notis peletakan jawatan pada 27 Januari dan perkara itu disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Sumber HD - 30-1-2014
Serampang Kajang: Selangkah ke Putrajaya
- Jan 30, 2014
- RAFIZI RAMLI
Mohon maaf
Maka sebaiknya saya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kajang khususnya atas perkara ini. Pilihanraya Kecil (PRK) ini sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat tatkala kita bersusah payah dengan kemelut harga barang naik.
Tidak ada alasan yang baik apabila wang rakyat dibazirkan kecualilah dengan memohon maaf. Parti saya juga perlu bersedia dan pasrah sekiranya pengundi Kajang mengambil pendirian menghukum kami.
Sebagai salah seorang yang paling kuat menyokong serampang politik ini, sejujurnya saya memikul tanggungjawab yang paling besar di atas keputusan tersebut.
Dinamik dalaman Umno, permainan perkauman dan agama
Namun, atas kejujuran kepada diri sendiri dan rakyatlah kita harus mengakui bahawa ada beberapa masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campur tangan segera.
Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang cemerlang selama enam tahun yang lepas memang membuatkan rakyat senang dengan beliau. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh dibaiki terutamanya mengambil kira dinamik dalaman Umno yang sedang berlaku.
Gerakan dalam Umno untuk memecat Dato’ Seri Najib Razak sudah bermula. Sebagai Pengarah Strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan Dato’ Seri Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Mahathir Mohamad.
Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor akan bermula sebaik sahaja Dato’ Seri Najib yang lemah itu dipecat oleh Umno. Setakat ini pun, jelas bahawa tangan-tangan Umno menjadi dalang kepada pelbagai kontroversi agama dan perkauman di Selangor sejak beberapa bulan lepas.
Sekiranya Dato’ Seri Najib tumbang, wajarlah kita bersedia untuk berdepan dengan manipulasi perkauman dan agama secara besar-besaran untuk mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada kerajaan Selangor.
Negeri contoh model ke Putrajaya
Pada masa yang sama, walaupun pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi contoh dari segi amanahnya dan berjimatnya dalam menggunakan wang rakyat, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ada perkara-perkara yang boleh ditambahbaik.
Kita perlukan penyelesaian radikal untuk menangani masalah trafik yang meruncing; lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina segera. Perancangan depan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memastikan kelangsungan khidmat bekalan air yang lebih baik di Selangor. Kita perlu lebih tegas mempertahankan hak kumpulan minoriti yang menjadi sasaran permainan politik Umno.
Sebagai Ahli Parlimen, saya yakin kita boleh tawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat terutamanya bersabit kebersihan dan persekitaran hidup rakyat. Kita mempunyai potensi menjadi negeri contoh yang mempunyai jalanraya yang terbaik di seluruh negara.
Maknanya, Selangor perlu tawarkan khidmat yang dua kali ganda lebih baik dari sekarang jika kita mahu menjadikannya negeri contoh dan model ke Putrajaya. Seperti mana Istanbul adalah loncatan Erdogan dan Jakarta bakal menjadi loncatan Jokowi, Selangor boleh menjadi loncatan Pakatan untuk mengambilalih Putrajaya.
Menguatkan kubu Pakatan di Selangor
Tugas membela rakyat dan melangkah ke Putrajaya belum selesai dan kini kita berdepan dengan satu lagi siri serangan adu domba dan permainan kotor Umno untuk merampas Selangor.
Justeru, walaupun tindakan membazirkan wang rakyat dengan memaksa satu PRK menimbulkan kemarahan rakyat, duduk menunggu serangan Umno tanpa berbuat apa-apa adalah satu pengabaian amanah rakyat yang dosanya lebih besar.
PKR dan Pakatan perlu menguatkan kubu kita di Selangor supaya kita boleh mempercepatkan pelaksanaan reformasi pro-rakyat dan pada masa yang sama mematahkan serangan politik dan adu domba Umno. Kita perlukan seberapa ramai pimpinan utama Pakatan di sekitar Selangor untuk mempertahankan negeri mahkota ini.
Atas dasar itulah keputusan untuk mencalonkan Dato’ Seri Anwar bertanding di kerusi Kajang dibuat bertujuan mewujudkan satu pilihan politik yang boleh dilaksanakan segera sekiranya ada keperluan.
Adakah ini bermakna kerajaan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru? Mungkin ya, mungkin tidak. Persoalan itu tidak timbul sekarang. Tetapi jika keperluan itu timbul, Pakatan mempunyai pilihan segera untuk menggunakan keseluruhan tenaga pimpinan kita untuk melawan Umno.
Yang penting adalah mewujudkan pilihan itu terlebih dahulu. Adanya pilihan bermakna kita ada ruang untuk mengambil langkah politik yang menyekat permainan politik Umno, terutamanya yang bersabit isu perkauman dan agama.
Elakkan pengalaman Kedah
Saya tahu bahawa penerangan ini tidak akan berjaya memadamkan kemarahan rakyat pada ketika ini. Saya hanya memohon supaya kami diberikan masa untuk menerangkan rasional dan ruang untuk melakukan yang perlu demi kepentingan Pakatan di Selangor.
Saya juga perlu memohon maaf bagi pihak parti saya kerana perbezaan pendapat di kalangan kami sering merunsingkan rakyat. Kami sedang berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan perbezaan itu kerana melengahkan penyelesaian perbezaan dalaman akan mengheret kita mengulangi perkara sama di Kedah yang berakhir dengan kekalahan. Kami faham bahawa sebarang perbezaan dalaman perlulah diselesaikan segera kerana parti perlu utuh menghadapi Umno.
Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya
Pemimpin yang baik tidak selalunya popular. Saya sayu melihat bagaimana nama baik Dato’ Seri Anwar Ibrahim terheret di dalam perkiraan ini dan menjadi sasaran kemarahan rakyat. Namun, kesanggupan beliau mengambil amanah ini walaupun pahit terus meyakinkan saya akan nilai pengorbanan beliau sebagai seorang pemimpin.
Sejak beberapa hari yang lalu, saya meyakinkan diri saya bahawa Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) juga terpaksa mengharungi kemarahan rakyat Britain apabila terus menggesa bermusuh dengan Nazi pada ketika sentimen popular adalah untuk berbaik dengan Nazi. Di kemuncak kuasa Nazi, Churchill berdiri keseorangan menentang Nazi pada ketika keseluruhan Eropah tunduk kepada Nazi.
Keyakinan untuk terus mempertahankan tindakan yang betul, walaupun dikritik hebat dan berdepan kemarahan umum, adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang jujur.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan utama Pakatan yang memahami keputusan ini. Saya berterima kasih kepada rakan saya dalam kepimpinan pelapis Pakatan yang terus memberi sokongan moral dan politik untuk melaksanakan tindakan ini.
Saya harap satu hari kelak apabila kita di Putrajaya, kita boleh mengingati hari-hari sukar ini yang saya anggap “Serampang Kajang” sebagai loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya.
Saya mungkin budak mentah dan ditertawakan atas kurangnya pengalaman bersilat politik, tetapi sekurang-kurangnya saya berlaku jujur dengan menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat.
Sama-sama kita melihat ke hadapan ke arah Putrajaya dengan semakin kukuhnya Pakatan Rakyat selepas PRK Kajang ini.
Penulis ialah Pengarah Strategi PKR.
Sumber HD - 30-1-2014
PRK Dun Kajang: Khalid nafi jadi mangsa
- Jan 30, 2014
Beliau berkata pilihan raya kecil Kajang, yang akan diadakan berikutan peletakan jawatan anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh dari PKR pada Isnin lepas, merupakan usaha berterusan pakatan pembangkang untuk meraih keyakinan dan rasa hormat daripada rakyat.
"Saya tak rasa yang saya diperlakukan secara tidak adil dalam keseluruhan episod ini (berikutan perletakan jawatan Lee).
"Kerana (pilihan raya kecil) ini, ada tanda-tanda yang kami menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk Kajang, tetapi politik haruslah diteruskan dan penduduk Kajang berpeluang membuat pilihan.
"Berhubung dengan politik, ia sentiasa mengenai mempengaruhi orang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai program misi angkasa i-City di pusat rekreasi itu di sini, hari ini.
Abdul Khalid diminta mengulas khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.
Lee, yang meletakkan jawatannya pada Isnin lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat "demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat." - Bernama
Sumber HD - 30-1-2015
Saya akan berkempen PRK Kajang - Mohd Sabu
- Jan 30, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau memberitahu, PAS dari sudut Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah siapa yang dicalonkan oleh PKR memandangan kerusi tersebut merupakan milik parti itu.
Kelmarin, mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan bagi mewakili PKR pada PRK Dun Kajang.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan PKR.
"Saya akan turut sama turun berkempen pada PRK Kajang nanti jika yang bertanding itu atas tiket Pakatan Rakyat.
"Bagi kita dari PAS soal kerusi atau calon bukan satu masalah dan PKR boleh mengemukakan siapa juga calon mereka, kita akan menyokong," jelasnya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR petang semalam.
Ketika ditanya mengenai pandangan beberapa pimpinan dalam PAS yang mempertikai keputusan tersebut, jelas beliau selaras dengan prinsip demokrasi setiap pihak boleh menyatakan pandangan peribadi.
"Ada pun pandangan peribadi pemimpin di peringkat Pemuda, Ulamak dan Selangor saya meraikan sebagai pandangan peribadi sebagai menghormati demokratik.
"Kita dari PAS mesti menunggu keputusan rasmi dari selepas mesyuarat Jawatankauasa PAS Pusat yang dipengerusi oleh Presiden PAS nanti.
"Walaupun ada pandangan suara tertentu keputusan muktamad adalah arahan dari Presiden, kita kena patuh keputusan yang dikeluarkan," sambung beliau.
Tambah beliau lagi, spekulasi mengenai kedudukan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dan tuntutan PAS kepada jawatan tersebut tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat atau peringkat PAS Pusat.
Timbalan Presiden PAS itu menggesa agar semua ahli dan pimpinan di semua peringkat supaya bertenang dan jangan mengeruhkan suasana serta menunggu keputusan daripada mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang minggu hadapan.
Sumber HD - 30-1-2014
PRK Kajang ukur kelemahan, bukan kekuatan Najib
- Jan 29, 2014
- HARAKAHDAILY
“Semua orang mahu mengambil bahagian, termasuk kalangan yang sebelum ini kuat mempertahankan Najib seperti Perkasa dan beberapa NGO yang lain,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Tetapi, tambah beliau sebaik saja pilihanraya kecil Kajang ini berakhir nanti, isu itu tentunya akan bangkit semula.
Oleh itu, menurutnya pilihanraya kecil Kajang ini adalah ukuran pertama yang akan menentukan sama ada kelemahan dan keupayaan Najib yang dipertikaikan selama ini turut melekat di hati rakyat atau sebaliknya.
“Lebih-lebih dengan komposisi pengundi Kajang yang meliputi 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 pengundi Cina dan 10.15 pengundi India, ia adalah hampir menyamai realiti sebenar pecahan kaum di negara ini,” tulisnya lagi.
Berikut tulisan penuh beliau.
Selepas PRU13, isu yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia tidak saja diselak dan dijaja oleh pembangkang, diperkatakan oleh rakyat biasa, malah secara perlahan-lahan turut diakui oleh banyak kalangan dalam Umno sendiri.
Pelbagai isu yang berlaku, daripada kenaikan harga barang, perkauman, keselamatan, kalimah Allah dan sebagainya lagi ternyata lebih menyerlah kelemahan Najib berikutan tiada satu pun isu-isu tersebut cuba diselesaikannya secara tegas dan berani. Beliau bukan saja gemar menangguhkan masalah, malah responsnya dalam banyak isu juga sering ketinggalan bas.
Tidak saja banyak blogger menyarankannya agar segera meletakkan jawatan bagi mengelakkan BN terus kalah dalam pilihanraya akan datang, malah bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin mulai lantang menggariskan beberapa kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN lebih berpotensi kecundang dalam pilihanraya akan datang jika tiada sebarang perubahan.
Sementara Mahathir Mohamad bersetuju dengan pandangan Daim itu, anaknya Mukhriz dan Marina juga turut bersuara. Dalam isu kenaikan harga, Mukhriz turut mengingatkan bahawa BN akan kalah dalam PRU14 jika kepentingan rakyat terus diabaikan. Tegurannya itu dilihat cukup memberi kesan sehingga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor segera menegurnya agar menggunakan saluran yang betul jika ingin menegur kerajaan dan pucuk pimpinan.
Marina pula mengkritik Najib dan kerajaan yang dianggapnya begitu lemah dan lambat bertindak menyelesaikan kemelut isu kalimah Allah sehingga berlakunya beberapa kejadian tidak diingini antara kedua penganut Islam dan Kristian.
Kelemahan lain Najib yang turut dipertikaikan ialah pergantungannya yang keterlaluan terhadap sekian ramai penasihatnya serta Pemandu yang dilihat lebih banyak menyusahkan berbanding memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Kelemahan Najib menjadi lebih hangat diperbualkan apabila adiknya sendiri, Nazir Razak menulis sebuah rencana sempena 38 tahun pemergian Allahyarham Tun Razak, sambil menitipkan satu persatu ingatannya mengenai sikap ayahnya yang begitu cermat dan berhemah dalam berbelanja dan menggunakan wang rakyat sehingga ia dilihat merupakan sindiran tepat yang ditujukan ke dahi Najib dan Rosmah Mansor.
Pendeknya isu kelemahan Najib dan perlunya beliau segera berundur adalah isu ruji sebelum meletusnya isu pilihanraya kecil Kajang ini. Semua orang mahu mengambil bahagian, termasuk kalangan yang sebelum ini kuat mempertahankan Najib seperti Perkasa dan beberapa NGO yang lain.
Tetapi sebaik saja pilihanraya kecil Kajang ini berakhir nanti, isu itu tentunya akan bangkit semula.
Oleh itu, pilihanraya kecil Kajang ini adalah ukuran pertama yang akan menentukan sama ada kelemahan dan keupayaan Najib yang dipertikaikan selama ini turut melekat di hati rakyat atau sebaliknya. Lebih-lebih dengan komposisi pengundi Kajang yang meliputi 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 pengundi Cina dan 10.15 pengundi India, ia adalah hampir menyamai realiti sebenar pecahan kaum di negara ini.
Selain kerana komposisi kaum, pilihanraya kecil ini juga diadakan di ketika isu kenaikan harga barang, kalimah Allah, hubungan kaum dan lain-lain sedang hangat menjadi perbualan dan keresahan. Oleh itu, ia akan menjadi ukuran kepada kepimpinan Najib yang banyak dipertikaikan selama ini.
Jika di Kajang ini menyaksikan BN tewas dan mendapat undi yang lebih buruk, maka ramalan Daim bahawa BN akan kalah jika pilihanraya umum diadakan dalam suasana seperti sekarang, ada kebenarannya dan Najib tidak harus kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri.
Begitu juga, jika di Kajang ini pengundi Cina kekal menolak BN, bermakna dasar keterbukaan, liberal, 1Malaysia dan sogokan peruntukan atau habuan berjuta-juta kepada komuniti itu sebagaimana menjadi amalan Najib sebelum ini kekal umpama "mencurah air ke daun keladi". Dan sekiranya sepanjang kempen pilihanraya nanti, Najib meneruskan juga amalan yang sama, ia pasti akan menyebabkan pengundi Melayu lebih jauh hati dengan BN dan kerajaan.
Begitu juga pengundi Melayu bandar dan separa bandar di Kajang kekal menolak BN, ia juga isyarat jelas pergantungan BN hanya tinggal pengundi luar bandar dan kampung yang sentiasa berkurangan dalam tempoh empat tahun akan datang.
Najib mungkin hanya terselamat daripada serangan dan asakan yang mahunya berundur jika beliau berupaya menunjukkan perolehan undi yang lebih baik dalam pilihanraya ini, suatu misi yang sangat-sangat sukar dan hampir mustahil.
Muhyiddin Yassin juga sebenarnya menyedari pilihanraya kecil Kajang ini lebih memberi tekanan dan impak kepada Najib. Sebab itu, sementara ramai yang mempertikaikan PKR kerana membenarkan calonnya, Lee Shin Sheh meletakkan jawatan untuk memberi ruang Anwar bertanding dengan menganggapnya mengabaikan mandat rakyat serta mengundang pembaziran wang rakyat, Muhyiddin adalah orang pertama yang menegaskan BN akan tetap meletakkan calon meskipun ramai yang berpandangan sebaliknya.
Tanpa menunggu mesyuarat Umno atau BN membuat keputusan atau menunggu sehingga Najib memberi reaksinya, Muhyiddin terlihat amat pantas memutuskan tentang penyertaan BN dalam pilihanraya Kajang ini sedangkan pada pilihanraya kecil Dun Penanti 2009, BN pernah tidak meletakkan calonnya kerana tidak mahu membazir masa, tenaga dan wang ringgit.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula bertegas mengatakan, meskipun pihaknya membantah pendekatan PKR ini yang dianggapnya semata-mata untuk kepentingan politik Anwar, tetapi bantahan itu mesti dinyatakan dengan cara BN meletakkan calon.
Patutnya kalau bantah, janganlah letak calon. Tapi entah macam mana, bagi KJ, kerana membantah, maka BN mesti letak calon. Bak kata Shuib yang merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sepahtu, "peninglah...."
Hanya dengan tidak meletakkan calon boleh dianggap sebagai bantahan, selain dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat sepanjang kempen pilihanraya diadakan. Dengan beria-ia mahu BN meletakkan calon, bermakna BN bukan saja sedang meraikan permainan politik yang sedang dipapan-caturkan oleh Anwar, bahkan akan menyebabkan BN sentiasa menari mengikut lagu yang dialunkan oleh pihak lain.
Berbanding tidak meletakkan calon, sebaliknya turut bertanding dan kemudian kalah lebih memudaratkan reputasi Umno, BN, kerajaan dan Najib sendiri. Sebagaimana ukuran kelemahan Najib dan penerimaan rakyat terhadapnya sedang diperkata dan diperhatikan sejauh mana teruk atau tidaknya, ukuran ketepatannya mungkin boleh dibaca berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Kajang ini.
Jika Pakatan Rakyat boleh menunggu sehingga tahun 2018 untuk menghukum Najib dan BN berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Kajang, keputusan pilihanraya yang sama mungkin menjadikan gerakan menyingkirkan beliau menjadi bertambah agresif lagi selepas ini.
Sumber HD - 29-1-2014
TG Nik Aziz cabar BN jangan letak calon di Kajang
- Jan 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.
"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang.
"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.
"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.
Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.
"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.
"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.
Sumber HD - 29-1-2014
Dun Kajang: Jangan buat kenyataan bersifat spekulatif
- Jan 29, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.
Sumber HD - 29-1-2014
No comments:
Post a Comment