Pilgrims pour into Saudi undeterred by MERS fears
MAKKAH - Muslim pilgrims from around the world are pouring into the holy city of Mecca in Saudi Arabia, undeterred by the spread of the MERS virus which has killed 284 people in the kingdom.
The mysterious Middle East Respiratory Syndrome is considered a deadlier but less transmissible cousin of the SARS virus that appeared in Asia in 2003 and infected 8,273 people, nine percent of whom died.
MERS first appeared in Saudi Arabia in April 2012, and the kingdom remains the worst-hit country, accounting for the bulk of a global death toll.
But the faithful who dream of visiting the holy shrines in Mecca and Medina at least once in their lives continue to pour into Mecca to perform the lesser umrah pilgrimage.
Read the full story here
Sumber HD _ 6-6-2014

Empat cedera rempuhan berhampiran Kaabah
MAKKAH: Sekurang-kurangnya empat jemaah cedera ekoran insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram ketika operasi membersihkan Kaabah sedang dijalankan.
Jurucakap polis Makkah Lt Kol Atiyah Al-Qurashi berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan apabila jemaah berebut-rebut menghampiri pintu Kaabah untuk melihat bahagian dalamnya.
Beliau turut menafikan laporan di laman media sosial, yang mendakwa bahawa tiga orang cuba membunuh diri semasa membersih Kaabah, dan menyifatkannya sebagai khabar angin.
Empat yang cedera itu masing-masing seorang lelaki dan tiga wanita.
Al-Qurashi berkata, tiga wanita yang cedera itu telah diberi bantuan perubatan di tempat kejadian manakala lelaki tersebut cedera teruk di kepala dan dibawa ke hospital.
Bagaimanapun beliau dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.
Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.
Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah. - HARAKAHDAILY 30/5/2014
Sumber HD - 30-5-2014

Qaradhawi: Jangan pilih Presiden yang disenangi zionis
dakwatuna.com – Mesir. Ulama Mesir yang sekarang bermukim di Qatar, Syaikh Yusuf Qaradhawi, meminta rakyat Mesir untuk tidak memberikan suara pada pemungutan suara (26-27/5) dan memilih capres kudeta yang telah membuat senang zionis Israel.
Dalam rilis dari kantornya, Syaikh Qaradhawi mengimbau, “Janganlah kalian (rakyat Mesir) ambil bagian dalam kejahatan memilih laki-laki (As-Sisi) yang kedatangannya menggembirakan negara zionis, laki-laki yang mengotori tangan dan badannya dengan darah orang-orang baik dan tidak bersalah.”
“…Kalian tidak boleh memilih orang yang telah mengkhianati Allah dan amanah…kewajiban kalian mengatakan tidak kepadanya dan menolak untuk memilihnya…”
Syaikh Qaradhawi juga mengkritik sikap sejumlah ulama Al-Azhar dan berkata, “…Janganlah kalian mendengar fatwa orang-orang yang memakai sorban palsu karena mereka hanyalah ulama untuk penguasa dan polisi…” (islammemo/rem/dakwatuna
Sumber HD - 26-5-2014
Palestin memanggil muslim kembali kepada Islam
Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi.
Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza.
Insan sebenar itu realiti.
Fotonya hanya ilusi.
Realiti ada bau, ada rasa, ada makna.
Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang.
Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa lebih bermakna berbanding ilusi.
Ilusi Semasa Untuk Realiti Semalam
Seorang tokoh agung yang dipuja lagi disanjung, mati apabila tiba ajalnya. Kerana kasih pengikut kepadanya, sebuah patung diukir indah. Patung yang rupa parasnya tidak ubah seperti tokoh yang asal.
Patung itu dimuliakan, diletakkan di sebuah taman yang indah, menzahirkan rasa megah dan bangga terhadap tokoh itu semasa hayatnya. Patung yang mengekalkan rasa bangga dengan semalam.
Tiba-tiba datang seekor burung kecil, terbang petang seperti burung kecil yang lain. Burung yang penat singgah berehat, bertenggek di atas hidung ‘tokoh’ yang agung itu tadi.
Tanpa ada yang menghalang, si burung kecil melepaskan najisnya!
Betul-betul di hidung, di muka tokoh yang agung itu.
Si burung terbang menyambung perjalanan petang.
Tokoh tadi masih megah dengan sejarah semalam, semasa wajahnya berlumuran najis!
Tokoh itu tokoh yang agung. Namun dia hanya sebuah patung. Sebuah ilusi. Burung itu biar pun kecil, dia hidup, dia realiti.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara ilusi dan realiti, kemenangan sentiasa berpihak kepada realiti, biar sekecil mana pun realiti itu, dan sebesar mana pun sebuah ilusi.
Ila Al-Islam Min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam)
Ini adalah sebahagian daripada analogi yang dirumuskan oleh Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam), tentang hakikat yang perlu diberikan perhatian umat Islam terhadap akar umbi permasalahan hidup mereka.
Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Yahudi. Dan Yahudi di Palestin benar-benar seperti yang diceritakan. Yahudi di Palestin adalah Yahudi tulen. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Nasrani. Dan Nasrani di Amerika Syarikat dan blok Barat benar-benar seperti yang diceritakan. Nasrani itu adalah Nasrani tulen.
Al-Quran yang sama memperincikan tentang ciri-ciri Muslim.
Samakah Muslim seperti yang digambarkan oleh al-Quran?
Samakah kita seperti apa yang al-Quran gambarkan tentang kita?
Berapakah jarak di antara diri idaman kita dengan diri yang sebenar?
Syarat Kemenangan
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Isra' 17: 7]
Dalam pusingan kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh Yahudi kali ini, fasad mereka tidak kekal selamanya. Mereka akan tumpas, mereka akan tewas. Mereka akan kalah dengan kehinaan dan kemuraman wajah, dan yakinilah bahawa mereka juga mengetahui akan hakikat ini.
Namun kemenangan pemenang pada menumpaskan Yahudi di bumi Palestin adalah bersyarat.
Mereka memasuki Palestin seperti kemasukan mereka kali pertama dahulu.
Dengan kualiti yang sama.
Hanya Muslim tulen yang berhak menuntut kemenangan yang dijanjikan Tuhan.
Palestin menunggu Muslim kembali kepada Islam.
Yahudi tulen, Nasrani tulen, ‘menunggu’ kehadiran Muslim tulen.
Pertempuran antara dua realiti, memenangkan kebenaran atas kebatilan.
Pertempuran antara realiti vs ilusi, kita menipu diri sendiri!
“Jika kamu kembali, Kami kembali” [al-Isrā' 17: 8]
http://saifulislam.com/
Sumber HD - 22-5-2014

Jamaat-e-Islami Bangladesh senasib Ikhwanul Muslimin
SUATU ketika dahulu Bangladesh yang berkapasiti 165 juta penduduk adalah sebuah negara demokrasi. Bermula pada 1971 ia memulakan dasar kerajaan bermodelkan Westminster.
Sehingga kini ianya masih diamalkan, secara teorinya. Hak-hak fundamental masih dijamin di dalam perlembagaan sedia ada. Tetapi kuasa eksekutif yang mengawal sistem kehakiman dan undang-undang, menafikan hak-hak asasi kepada penduduknya.
Secara tidak langsung Bangladesh kini adalah negara satu parti.
Seramai 153 daripada 300 ahli parlimen telah menang tanpa bertanding ketika pilihan raya negara itu berlangsung Januari lalu. Manakala baki 147 kerusi lagi, seperti dilaporkan The Guardian dipilih oleh kurang 10 peratus rakyat yang keluar mengundi.
Dua parti politik utama negara tersebut iaitu Bangladesh Nationalist Party (BNP) dan Jamaat-e-Islami Bangladesh (Jamaat) telah memboikot pilihan raya tersebut dan menjadi sasaran utama kecaman oleh parti pemerintah.
Penahanan secara paksa, hilang ketika di dalam tahanan dan pembunuhan berasaskan undang-undang telah menjadi sesuatu yang normal di kalangan mereka. Sistem kehakiman negara tersebut seratus peratus berada di bawah telunjuk eksekutif.
Perbicaraan Jenayah Perang
Pada tahun 1971, Bangladesh diisytiharkan merdeka. Pada ketika itu, seramai 93,000 tentera Pakistan telah menyerah diri kepada kerajaan. Daripada jumlah itu, seramai 195 orang dikenal-pasti sebagai penjenayah perang.
Hubungan di antara Bangladesh dan Pakistan kini semakin pulih. Pada 1974, satu perjanjian termeterai di antara India, Pakistan dan Bangladesh. Menurut perjanjian tersebut, kesemua 195 tentera yang didakwa sebagai penjenayah perang perlu dihantar pulang ke Pakistan.
Sejak itu tiada siapa lagi yang mendengar mengenai perbicaraan jenayah perang ini sehingga Mac 2010 apabila kerajaan menubuhkan Tribunal Jenayah Perang. Berikutan itu, pada Jun 2010 seramai tiga pemimpin tertinggi Jamaat telah ditahan sebagai penjenayah perang.
Tidak lama selepas itu tujuh lagi pemimpin Jamaat dan tiga daripada BNP juga turut ditahan dan didakwa dengan tuduhan menentang hak kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.
Daripada 10 pimpinan Jamaat tersebut, seorang telah dijatuhkan hukuman mati pada Disember dan seorang lagi tahanan yang berusia 87 tahun meninggal ketika berada di dalam penjara.
Seramai empat pimpinan Jamaat termasuk Presiden dan Setiausaha Agungnya telah dijatuhkan hukuman mati. Manakala selebihnya sedang dibicarakan.
Reaksi daripada Pertubuhan Antarabangsa
Komunitiantarabangsa seperti Human Rights Watch, Amnesty International, International Center for Transitional Justice, Persatuan Peguam Antarabangsa dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Geneva, bersatu hati menyatakan bahawa mereka yang ditahan perlu dibicarakan. Bagaimanapun mereka turut mempertikaikan proses perbicaraan yang tidak mengikut piawaian nasional mahupun antarabangsa.
Dakwaan yang dihadapi mereka sudah tentu bertujuan politik. Perbicaraan jenayah perang di setiap negara selalunya menutup satu lembaran dan membuka lembaran baru, tetapi tidak di Bangladesh.
Perbicaraan jenayah perang di Bangladesh telah menggegarkan seluruh negara. Setiap kali keputusan tribunal diumumkan, banyak nyawa rakyat terkorban di jalanan akibat protes. Oleh kerana ini, pertubuhan hak asasi antarabangsa meminta agar perbicaraan dipindahkan ke negara berkecuali di bawah pemantauan badan antarabangsa.
Jamaat berhadapan pengharaman
Jamaat adalah sebuah parti politik yang berlandaskan Islam dan diperbadankan pada 1941. Ia telah menapak di dalam kerajaan Bangladesh semenjak tahun 1969 lagi. Semenjak itu ia telah menyertai hampir semua pilihan raya dan mempunyai wakil di parlimen.
Jamaat turut menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan pada sekitar tahun 2001 hingga 2006. Ia percaya kepada demokrasi, undang-undang dan perlembagaan.
Kerajaan sekarang yang mula memegang tampuk kuasa sejak tahun 2008 telah menafikan dan menutup semua ruang bagi parti Jamaat. Walaupun ia merupakan sebuah parti yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang, kesemua pejabat rasminya di seluruh negara telah ditutup secara paksa atas "sebab-sebab keselamatan".
Tiada ruang bagi parti itu untuk berpolitik lagi. Lebih kurang 50,000 pemimpin parti dan aktivis politik telah dihantar keluar masuk penjara. Dianggarkan seramai 500 aktivis politik telah dibunuh oleh polis dan pihak berkuasa.
Selain itu kerajaan Bangladesh turut menafikan hak parti Jamaat melalui berbagai cara lain seperti membeku asetnya dan mengisytiharkan Jamaat sebagai sebuah pertubuhan jenayah.
Demokrasi di dalam taruhan
Jamaat adalah parti ketiga terbesar di Bangladesh dan juga parti Islam terbesar Bangladesh. Jika ia diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram, ini boleh memberi kesan negatif kepada Bangladesh dan sistem demokrasi itu sendiri.
Ini kerana jika sebuah parti politik dinafikan hak berpolitik, ia akan menggalakkan tindakan tidak demokratik dan memungkin negara berada di bawah pemerintahan tentera.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berjumlah 165 juta orang (dengan 40% berumur di bawah 30 tahun) dan berkedudukan strategik di Asia Selatan, negara dan pertubuhan antarabangsa tidak boleh sama sekali menutup mata dengan apa yang berlaku di Bangladesh.
Negara Bangladesh memerlukan bantuan. Kerajaannya perlu didesak:
a) Menghormati undang-undang
b) Tidak mencampuri sistem kehakiman; dan
c) Memberi ruang berpolitik kepada parti politik lawan atau pembangkang. - Terjemahan bebas DANG FATIHAH AHMAD SUBKY
Sumber HD - 21-5-2014
QAS:Tawar Pengajian Perubatan di Uni Turki
Ramai lepasan SPM memasang impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang menjanjikan peluang karier yang cerah dengan menjanjikan pendapatan yang lumayan bahkan menjadi harapan kedua ibu bapa untuk memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin, dalam bidang kerjaya yang diceburi.
Namun bukan sedikit pengorbanan dan kekangan yang perlu dihadapi termasuklah, kewangan dan kelayakan yang tertentu untuk menyertai kursus dan pengajian yang dihajati. Ini termasuklah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam, apatah lagi sekiranya berhasrat untuk ke luar negara, bagi tujuan yang sama.
Bagi merealisasikan hasrat murni dan citia-cita tinggi ibu bapa dan pelajar, QAS Management Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan menawarkan khidmat perunding penempatan pelajar, yang telah diyakini matlamat dan rekod pencapaiannya.
QAS Management merupakan sebuah syarikat perunding penempatan pelajar yang ditubuhkan sejak tahun 1992, berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menempatkan pelajar khususnya dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh MMC dan JPA seperti di Turki,Russia, Indonesia dan Mesir.
Syarikat tersebut menumpukan khidmat untuk penempatan pelajar di universiti luar negara bermula dengan urusan dokumentasi seperti visa dan tiket penerbangan, pendaftaran pelajar, penginapan sehinggalah sesi pengajian dijalankan.
Lebih menarik, dengan hanya mendapat minimum B dalam semua subjek SPM, para lepasan dapat terus ke Tahun Pertama Fakulti Perubatan di Universiti yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, QAS amat memahami dan berpengalaman luas untuk mengatasi segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa samada dari aspek akademik, pinjaman pendidikan, tempat tinggal, keselamatan dan urusan birokrasi di luar negara.
Pelbagai inisiatif dan pendekatan telah diambil oleh QAS untuk membantu pelajar-pelajar dengan mengadakan beberapa program sebelum berlepas dan semasa pelajar berada di luar negara.Kemudahan rumah pelajar yang lengkap dan selesa, keselamatan dan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar amat dititik beratkan oleh pihak syarikat.
Konsultan Pendidikan Nazeehah Zaini, 28 ketika ditemui Harakah berkata hasrat dan visi syarikat adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera Islam untuk mendapat pengalaman belajar di luar negara dan dalam masa yang sama dengan pengalaman tersebut dapat dicurahkan kembali kepada negara selepas mereka berjaya memiliki ijazah sekaligus mendapat kerjaya yang diidamkan.
Antara fokus utama syarikat adalah memastikan pelajar yang cemerlang mendapat tempat di universiti luar negara termasuklah daripada golongan anak-anak yatim dan juga yang cemerlang dalam bidang tahfiz al-Quran.
Terbaru, QAS Management menawarkan khidmat penempatan dan pengajian Perubatan di Universiti Turki, yang mana selain persekitaran kondusif di bumi Islam, yuran pengajiannya juga antara yang terendah berbanding universiti lain di luar negara.
"Untuk tahun seterusnya, kita akan berusaha mencari dana atau pembiayaan kepada para pelajar yang sudah mendapat tempat pengajian melalui khidmat syarikat kami.
"Kmi merupakan satu-satunya koordinator untuk YOS Exam bagi pengajian di Istanbul Universiti dan ini memberi kelebihan kepada para pelajar yang menggunakan khidmat kami,"katanya kepada Harakah ketika sesi temubual di pejabat QAS Mangement yang terletak di Subang Jaya, 21 April lalu.
Nazeehah juga menjelaskan, pihaknya sendiri akan menguruskan secara terus para pelajar, bermula di Malaysia sehinggalah ke negara yang dipilih tempat pengajiannya.
"Kami akan menguruskan mereka sehingga akhir, iaitu bermula daripada pendaftaran seterusnya ke tempat penginapan sehinggalah para pelajar memulakan pengajian di sana,"katanya.
QAS Management akan menghantar perunding pendidikan atau wakil, yang akan membawa sekumpulan para pelajar ke universiti terbabit dan untuk rekod, mencapai 40 orang pelajar dalam satu masa malah ada antara wakil syarikat yang berada di negara tersebut sehingga sebulan, untuk memastikan segala proses kemasukan dan pengajian para pelajar berjalan dengan lancar.
Cerita Nazeehah lagi, cabaran yang ditempuh ketika menguruskan hal pengajian anak-anaknya ke luar negara daripada mencari universiti yang sesuai hingga kepada pembiayaan, telah mencetus idea kepada pengasas QAS Mangement Norizah Ali dan Zaini Idris untuk menubuhkan syarikat bagi membantu ibu bapa yang menghadapi masalah sama.
Syarikat tersebut ditubuhkan bertujuan memberi perkhidmatan bagi membantu pelajar tempatan meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terpilih terutama di Indonesia, Rusia, Turki dan Mesir, kata Nazeehah.
"Berdasarkan pengalaman, perubatan merupakan bidang yang amat tinggi permintaannya tetapi tempat yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan amat terhad.
"Jadi secara tidak langsung sebenarnya kami membantu merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang berhasrat menjadi doktor dengan mendapatkan tempat di universiti di luar negara," kata Nazeehah
.
QAS yang beroperasi di 14-2 Jalan USJ 9/5R Subang Business Centre , Subang Jaya, Selangor, kini giat dalam memberi perkhidmatan pengurusan dan penempatan pelajar dalam bidang perubatan khususnya di Turki seperti di Universiti Istanbul, Universiti Ankara, Universiti Hacetteppe dan Universiti Ege, Izmir.
"Semua Universiti di luar negara yang disenaraikan oleh QAS Management diiktiraf oleh MQA dan JPA. Oleh itu jaminan kerjaya selepas pengajian, tidak perlu diragu sama sekali,"katanya.
Jelas Nazeehah, universiti-universiti tempatan tidak mampu untuk menampung permintaan dalam melatih doktor-doktor perubatan malah berdasarkan perangkaan terbaru, kerajaan hanya mampu menyediakan 53 peratus doktor di hospital kerajaan, manakala dalam bidang pergigian nisbahnya lebih kecil iaitu seorang doktor gigi untuk 800 pesakit.
Menyedari kekurangan itu, QAS mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan dengan menghantar pelajar perubatan ke negara terbabit dengan pembiayaan ibu bapa masing-masing.
Tambah Nazeehah, walaupun dengan pembiayaan sendiri, semasa berada di tahun kedua pelajar-pelajar boleh memohon bantuan kewangan melalui institusi seperti Yayasan Negeri, Pusat Zakat atau Baitulmal serta bank-bank tempatan.
"Walaupun pelajar sudah mengikuti pengajian, kami di QAS tidak lepas tangan sebaliknya pada setiap semester kami akan memantau pencapaian akademik mereka serta memberikan kursus tambahan dalam memotivasikan pelajar tersebut," katanya.
Sehubungan itu, bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke universiti luar negara bolehlah mendapatkan perkhidmatan agensi dan penempatan untuk memudahkan urusan di QAS Management (M) Sdn. Bhd.
"Kami di QAS Mangement sedaya upaya memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan masa depan dan impian ibu bapa dan pelajar tercapai sekaligus menjadi seorang muslim yang memberi manfaat dan berguna kepada agama dan masyarakat,"katanya mengakhiri perbualan lebih sejam.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian perubatan di Turki, Rusia, Indonesia dan Mesir, boleh hubungi talian bebas tol 1800-888-727 atau emel askme@qas.com.my .

Sumber HD - 20-5-2014
Turki : Sejarah sebuah republik
SETELAH kekalahan Pakatan German dan Ottoman-Turki di dalam peperangan dunia pertama, kerajaan Osman Turki dipaksa untuk melepaskan beberapa tanah kepada British (Istanbul, Barat Laut Hitam, Mosul dan Kirkuk), Perancis (Şanliurfa, Gaziantep, Kahramanmaraş), Itali dan Greece (Kawasan Laut Ege) dan Itali (Adana). Namun Mustafa Kemal pada masa itu adalah panglima tentera bersama kawan-kawannya telah memutuskan untuk melawan kuasa besar ini setelah membuat perbincangan di Ankara.
Dengan kemenangan besar Mustafa Kemal sebagai ketua panglima dalam peperangan Pembebasan Turki (İstiklal Harbi) 1919-1923 ini, Turki berjaya mempertahankan sebahagian besar tanah Anatolia daripada dijajah oleh barat. Ahmad Shawqi, seorang penyair terkenal arab-Mesir pada ketika itu telah menggelarkan Mustafa Kemal sebagai Khalid of theTurk, dinisbahkan kepada Khalid Al-Walid sahabat Nabi Muhammad SAW. Ketika itu Mustafa Kemal dilihat sebagai hero kerana telah menyelamatkan tanah Turki-Anatolia daripada barat.
Terbentuknya Republik Turki dan Legasi Kemalis
Setelah tamat peperangan, berlaku konflik dan pertembungan politik, budaya dan sosial, yang berakhir dengan penghapusan sistem Khalifah dan lahirnya sistem Republik. Republik Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal sebagai Presiden dan Ismet inönü sebagai Perdana Menteri di bawah satu parti iaitu Parti Republik Rakyat (Cumhuriyyet Halk Partisi) telah menggunakan kuasa tentera untuk menjalankan sistem sekular dengan menghapuskan semua unsur-unsur agama daripada negara.
Pada 30 tahun pertama Republik, Kemalis telah berjaya menguasai pentadbiran kerajaan dan tentera, kehakiman, media dan diplomatik. Beliau juga mengetuai syarikat-syarikat kewangan yang penting di dalam industri dan perniagaan, juga telah menubuhkan kelab persendirian dan kumpulan pemikir sama ada secara terang-terangan atau rahsia. Golongan Kemalis percaya bahawa hanya mereka yang mampu memerintah Republik Turki, hanya anak-anak mereka yang akan menyambung legasi ini dan menentukan apa yang rakyat perlukan. Anak-anak mereka dihantar ke pengajian tinggi yang berbeza dengan rakyat biasa dan menggunakan bahasa yang berbeza dengan rakyat biasa.
Pada 1945, selepas tamat perang dunia kedua dan setelah Turki menjadi anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerajaan Turki telah mengumumkan untuk lebih terbuka dan demokrasi dengan politik yang lebih terbuka dan kepelbagaian parti politik. Oleh sebab masa yang pendek di antara pengumuman itu dan pilihan raya, Republik Rakyat Parti (CHP) telah memenangi pilihan raya itu dan tidak berlaku perubahan yang ketara di dalam landskap politik Turki. Sehinggalah pada tahun 1950 Demokrasi Parti yang dipimpin oleh Adnan Menderes memenangi pilihan raya. Menariknya, selepas pilihanraya 1950, CHP tidak pernah memenangi satu pun pilihan raya sehingga sekarang, kecuali hanya dengan rampasan kuasa tentera mereka mampu menjadi kerajaan.
Adnan Menderes dan Kudeta
Adnan Menderes (Gambar kanan) dengan satu politik baru yang lebih bebas dan demokrasi telah berjaya menaikkan ekonomi Turki. Beliau juga telah mengubah kembali azan daripada bahasa Turki kepada bahasa Arab. Namun setelah 10 tahun pemerintahannya, setelah pelbagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Adnan Menderes, tentera yang dikuasai oleh Kemalis telah berjaya membuat satu rampasan kuasa yang pertama dalam sejarah Republik Turki. Adnan Menderes akhirnya dihukum gantung setelah disabit bersalah di mahkamah. Pemerintahan dikembalikan kepada Ismet Inönü oleh tentera.
Rampasan kuasa (kudeta) oleh tentera telah berlaku 4 kali di dalam sejarah Turki termasuk cubaan membunuh Perdana Menteri seperti Turgut Ozal yang akhirnya mati diracun. Pada tahun 1997 sekali lagi berlaku rampasan kuasa tentera daripada Perdana Menteri Necmettin Erbakan yang dikatakan menceroboh perlembagaan sekular Republik Turki dengan memasukkan unsur Islam di dalam sistem pemerintahan.
Recep Tayyip Erdoğan dan AKP
Pada tahun 2002, Recep Tayyip Erdoğan mengetuai Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi) telah berjaya memenangi pilihan raya dan memegang tampuk pemerintahan. Recep Tayyip Erdoğan dilihat mengambil pendekatan yang berbeza dengan gurunya, Necmettin Erbakan yakni AKP bukanlah mendokong mana-mana ideologi. Namun, pada masa yang sama tidak bermusuh dengan mana-mana ideologi. Programnya jelas untuk membawa Turki ke negara yang lebih demokrasi, bebas, sistem ekonomi pasaran terbuka, dan menamatkan monopoli kuasa, kekayaandan pengaruh oleh satu kumpulan sahaja. Langkah pertama yang AKP ambil ialah menjatuhkan dan menghadkan pergerakan ketenteraan, keselamatan dan kehakiman.
Walaupun sudah lebih satu dekad pemerintahan, Erdoğan (Gambar kiri) dan kerajaannya masih berjuang untuk membersihkan semua kuasa-kuasa ghaib di dalam negaranya yang disebut ‘devlet içinde devlet atau negara di dalam negara’. Tanggal 17 Disember 2014, sekali lagi kerajaan Erdoğan diuji dengan serangan yang disifatkan serangan kalah mati Erdoğan. Apakah Erdoğan akan berakhir seperti Adnan Menderes atau lebih berkuasa daripada sebelum ini?
17 Disember dan Pilihan Raya Tempatan 2014
Setelah serangan Gezi Park tidak berjaya, gerakan untuk menjatuhkan Erdoğan ini telah mengatur satu lagi serangan dengan membuka satu persatu rahsia kerajaan dan kes-kes rasuah. Serangan ini juga diketuai oleh satu kumpulan dakwah yang dilihat begitu berpengaruh di Turki yang dikenali sebagai Hizmet atau Jemaat diketuai oleh Fethullah Gülen.
Bermula dengan kes rasuah oleh ahli perniagaan dan bank yang rapat dengan AKP dan juga beberapa ahli parlimen AKP. Erdoğan segera bertindak dengan memecat semua orang yang terlibat dengan menggantikan dengan wajah baru. Kes itu masih di dalam perbicaraan mahkamah. Serangan itu diteruskan dengan rakaman telefon Erdoğan dengan anaknya yang berkaitan dengan duit berjumlah besar yang disimpan di dalam rumahnya, telah tersebar di youtube dan media sosial yang lain. Dan yang terakhir, rakaman mesyuarat tertutup Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu bersama ketua tentera di dalam isu Syria yang dianggap satu rahsia negara tersebar di Youtube. Isu ini telah memaksa kerajaan untuk menutup Youtube di seluruh Turki.
Menariknya, serangan yang dilakukan ini adalah tiga bulan sebelum Pilihan Raya Tempatan Turki. Jemaat atau Hizmet ini yang dahulunya menyokong penuh AKP kini telah mengambil keputusan untuk memilih parti selain AKP di dalam pillihan raya tempatan pada kali ini. Menurut beberapa penganilisis politik Turki, kumpulan dakwah ini mempunyai ahli sebanyak 8 peratus daripada penduduk Turki dan mampu mempengaruhi undi sebanyak 16 peratus. Namun ada juga penganalisis mengatakan kumpulan ini hanya mewakili 3 peratus daripada jumlah pengundi.
Keputusan pilihan raya tempatan pada 30 April 2014 telah berpihak Erdoğan dan partinya. AKP telah memenangi pilihanraya dengan 46 peratus berbanding hanya 39 peratus pada pilihan raya 2008. Semenjak 1950, belum ada satu parti yang mampu mencapai jumlah 40 peratus daripada undi kecuali AKP yang telah memenangi 49 bandar daripada 81 bandar yang ada di Turkey. Jumlah keluar mengundi juga mencatat satu angka yang tinggi iaitu 80 peratus atau 52 Juta penduduk. Dengan kemenangan besar ini, sekali lagi membuka pintu kepada Erdoğan bersama kerajaannya untuk terus berkhidmat membangunkan negaranya.
Pilihan Raya Presiden dan Visi 2023
Recep Tayyip Erdoğan telah mengorak satu lagi langkah bergaya dengan mengadakan pilihan raya Presiden pertama di negara republik ini. Jikalau sebelum ini Presiden Turki dipilih melalui parlimen dan parti yang menguasainya, kini Presiden akan ditentukan oleh rakyat. Ada apa dengan Pilihan raya Presiden ini?
Di dalam menjayakan visi 2023 yang digariskan oleh AKP, Erdoğan memerlukan kuasa yang mampu untuk mengubah perlembagaan Turki. Beliau ingin membentuk negara Turki yang lebih bebas terutamanya bebas daripada kuasa tentera, memberi keadilan kepada semua rakyat termasuk golongan minoriti dan lebih bebas untuk mengamalkan agama di negara ini. Ini juga adalah antara syarat untuk memasuki Kesatuan Eropah iaitu salah satu visi 2023.
*Penulis merupakan pelajar di Necmettin Erbakan University (Master of Islamic Philosphy) dan telah menetap di Turki selama 2 tahun.
Sumber HD - 12-5-2014

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda dan pemudi
1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai kesero...nokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
sumber: http://on.fb.me/1nMNN04
Aku merasakan seakan-akan Syeikh Ahmad Yasin memperingatkan golongan muda islam untuk bersedia menghadapi perang akhir zaman atau perang armagedom yang akan melibatkan tentera berekutu yang diketuai oleh dajal dengan tentera islam.Semoga Allah menempatkan Syeikh bersama-sama para syuhada Amin..
Sumber HD - 3-5-2014
Hudud Brunei: PBB tak perlu campur tangan
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat berpandangan bahawa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu campur tangan dalam perlaksanaan hukuman hudud di Brunei.
Ketua penerangannya Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar), berkata PBB tidak wajar untuk prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama mereka.
"Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.
"Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong," katanya.
Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
1. Saya merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) PBB yang mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu.
2. Kenyataan itu menyebut dengan jelas kritikan PBB mengenai hukuman mati dalam pelaksanaannya itu sebagai bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
3. Malah, PBB juga mengklasifikasikan hukuman rejam sampai mati itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ini ditambah pula dengan tindakan boikot oleh kumpulan LGBT terhadap sebuah hotel di Brunei.
4. Perlu ditegaskan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak perlu prejudis terhadap hak asasi umat Islam dalam melaksanakan undang-undang agama dan kenegaraan mereka.
5. Bantahan PBB terhadap hak negara berdaulat Brunei mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menggambarkan kegagalan PBB memahami erti hak asasi manusia yang sebenar.
6. Malah banyak tindakan-tindakan oleh PBB di pentas antarabangsa membayangkan sikap "double standard" dalam isu-isu hak asasi manusia dan tidak mencerminkan mereka memahami konsep keadilan dan slogan ‘human right’ yang dilaung-laungkan. Ia hanya menjadi omongan kosong.
7. Saya mendesak PBB untuk tidak campur tangan terhadap keputusan yang diambil oleh Brunei yang mahu melaksanakan hukuman hudud di negara itu apatah lagi menjadi ‘hero’ kononnya atas nama hak asasi manusia atau ‘human right’.
8. Masih banyak isu-isu kemanusiaan sebenar yang tertunggak tidak diuruskan oleh PBB terutamanya melibatkan jenayah kemanusiaan oleh negara haram Yahudi yang telah merampas tanah, mengusir serta membunuh umat Islam Palestine sejak sekian lama untuk tempoh yang panjang melebihi 60 tahun. Apakah ianya bertepatan dengan prinsip ‘human right’ yang sering digembar-gemburkan?
9. Rampasan kuasa di Mesir terhadap pemerintahan presiden Dr Muhammad Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir melalui jalan demokrasi, adakah ianya juga seiring dengan slogan ‘human right’ yang kononnya diperjuangkan PBB? Tiada pula tindakan atau sekatan ekonomi dibuat.
10. Begitu juga isu penghapusan etnik umat Islam di Myanmar dan Republik Afrika Tengah yang hanya didiamkan PBB walaupun mereka mempunyai kuasa untuk bertindak lebih daripada itu.
11. Ironinya, tiba-tiba PBB tampil membuat kenyataan berhubung ‘human right’ kepada sebuah negara yang ingin mengamalkan undang-undang Islam. Saya kira tindakan itu tidak perlu. Brunei juga tidak memerlukan nasihat dan pandangan daripada PBB.
12. Malah, saya juga ingin menegaskan dalam pentadbiran PBB itu sendiri mengalami krisis ‘human right’. Kuasa veto dan kuasa pembatal yang diberikan ‘khas’ kepada 5 negara tetap anggota keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, United Kingdom dan Perancis sebenarnya juga tidak bertepatan dengan semangat demokrasi dan ‘human right’.
13. Saya juga menggesa mana-mana pihak yang tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai hukuman jenayah Islam khususnya Hudud tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang menyeleweng terhadap pelaksanaan hukuman hudud.
Sumber HD - 23-4-2014
Biar betul Erdogan buat kerja macam ni (gambar)
- Apr 23, 2014
- http://naimnikmat.blogspot.com
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumber HD - 23-4-2014
Makanan di kem pelarian Palestin, Yarmouk kehabisan
- Apr 20, 2014
- MANIK MEHTA
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya berhubung bekalan makanan yang semakin berkurangan dan mungkin kehabisan di kem pelarian Palestin di Yarmouk akibat kepungan berlarutan di kawasan itu berikutan perang saudara yang sedang melanda Syria.
Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) memberi amaran tentang kekurangan makanan yang begitu mencemaskan di kem Pelarian itu sehingga Sabtu apabila pertempuran antara pihak yang terlibat dalam perang saudara di Syria semakin memuncak dan sekali gus menyekat penghantaran bekalan yang amat diperlukan.
Menurut jurucakap UNRWA Chris Gunness, agensi itu tidak dibenar mengagihkan bantuan makanan pada 18 April di Yarmouk, tempat yang menjadi tumpuan lebih 20,000 orang awam bagi mendapatkan bantuan daripada PBB.
Gunness dengan penuh terharu berkata "ini hari kesepuluh berturut-turut UNRWA tidak dapat mengagihkan bantuan makanan di Yarmouk”.
Katanya memandangkan makanan yang dibekalkan UNRWA boleh bertahan paling lama hanya 10 hari, maka bekalan yang telah disumbangkan PBB kepada kem itu akan kehabisan.
Yarmouk menempatkan lebih 160,000 pelarian Palestin sebelum tercetusnya perang saudara di Syria pada Mac 2011.
Sejak Disember 2012, antara 140,000 dan 145,000 pelarian Palestin dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Yarmouk apabila tentera puak penentang meningkatkan kehadiran mereka di kawasan itu dan tentera kerajaan pula menguasai kawasan sekelilingnya.
Gunness berkata UNRWA “teramat bimbang” dengan keadaan manusia yang begitu memerlukan bantuan di Yarmouk dan ingin memaklumkan bahawa pertikaian bersenjata yang tidak putus-putus berlaku sejak sebulan lepas, mengganggu usahanya untuk meringankan penderitaan orang awam yang terperangkap di kawasan itu.
UNRWA dapat memasuki Yarmouk hanya sebanyak 10 hari dalam tempoh 30 hari antara 11 Mac dan 10 April dan oleh itu, hanya dapat mengagihkan 3,390 bungkusan makanan.
Gunness mengulangi harapan UNRWA agar semua pihak menamatkan permusuhan dan mencari penyelesaian terhadap perselisihan mereka secara aman dan agensi itu pula dapat memasuki kawasan berkenaan secara kerap dan terus menerus bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
Dalam perkembangan berasingan, ketua Misi Bersama Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia dan PBB (OPCW-UN) mengumumkan pada Sabtu bahawa sehingga 19 April, Syria telah membuang atau memusnahkan kira-kira 80 peratus bahan senjata kimianya.
Sigrid Kaag, penyelaras khas misi bersama OPCW-UN, dalam kenyataannya berkata hasil perbincangan yang diadakan dijangka dapat "mengekalkan momentum itu dan menyelesaikan sepenuhnya operasi pembuangan bahan berkenaan dalam masa beberapa hari lagi".
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat memenuhi tempoh yang ditetapkan majlis eksekutif OPCW, termasuk tarikh akhir 30 Jun 2014 bagi memusnahkan sepenuhnya program senjata kimia Syria.
Kaag menyifatkan "pembaharuan fasa dalam gerakan itu" sebagai sesuatu yang "positif dan perlu dilakukan" bagi memastikan wujud kemajuan ke arah menepati tempoh yang ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Kaag berkata Syria juga selesai memusnahkan semua bekas gas mustard kosong dan mencapai kemajuan dalam menghentikan pengeluaran senjata kimia serta tempat penyimpanan senjata itu.
Pembuangan bahan paling kritikal bermula pada awal Januari, sejajar dengan persetujuan yang diatur Rusia dan Amerika yang mewajibkan Syria membuang bahan senjata kimianya dan menyertai Konvensyen mengenai Pencegahan, Pembangunan, Pengeluaran, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Nuklear 1992. - Bernama
Sumber HD - 20-4-2014
Iraq umum tutup 'pusat penyeksaan' Abu Gharib
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
"Kementerian Kehakiman telah memindahkan semua 2,400 penghuni ke pusat tahanan lain di Iraq utara dan tengah," kata Menteri Kehakiman Hassan al- Shammari dalam satu kenyataan.
Penjara itu terkenal dengan penyeksaan banduan oleh tentera Amerika Syarikat khususnya banduan-banduan muslim yang ditahan tanpa bicara.
Ia juga bertindak sebagai pusat penyiksaan ditakuti di bawah pepimpin Iraq yang digulingkan Saddam Hussein satu masa dahulu.
Selepas Saddam digulingkan melalui serangan Amerika Syarikat pada 2003, maklumat dari penjara itu bocor dengan menunjukkan penyiksaan banduan oleh pegawal penjara Amerika Syarikat.
Gambar-gambar penyiksaan terhadap tahanan juga tersebar secara meluas di internet yang menunjukkan tahanan diseksa seperti binatang tanpa peri kemanusiaan.
Juga turut tersebar sikap tentera Amerika Syarikat yang menghina al-Quran di penjara tersebut.
Ianya mencetuskan kemarahan masyarakat Iraq dan juga antarabangsa termasuk pertubuhan hak asasi dunia.
Bairpun ditutup dan banduan dipindahkan, banyak pihak melihat kekejaman dan penderaan terhadap banduan tidak akan diberhentikan.
Perpindahan itu hanya dilihat sebagai cara meredakan kemarahan masyarakat dunia terhadap mereka.
Sumber HD - 16-4-2014
Doktor termuda di dunia berasal dari Palestin
- Apr 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.
Haniyah menegaskan Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.
Guinness World Records menetapkan Asa’d sebagai doktor termuda di dunia, dipetik blog Kembara Hadi.
Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon.
Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun.
Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.
Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.
"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun," tulis Mi’raj News Agency.
Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.
"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya," tulis Mi’raj .
Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya.
Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.
Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar.
Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.
Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.
Sumber HD - 8-4-2014
Erdogan syukur AKP menang p'raya tempatan Turki
- Mar 31, 2014
- HARAKAHDAILY
TURKI: Parti Pembangunan dan Keadilan Turki (AKP) pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menang besar pada pilihan raya tempatan yang diadakan pada Ahad.
Dalam keputusan itu, AKP memperoleh 47 peratus undi berbanding pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP) yang memenangi 28 peratus.
Selain itu, dua lagi parti yang turut bertanding Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) masing-masing memperoleh 13.28 peratus dan 2.79 peratus.
Erdogan ketika berucap dihadapan penyokongnya di Ankara berkata, keputusan itu merupakan satu referendum rakyat menolak "politik tidak bermoral" dan "politik tidak bermatlamat".
Beliau juga menyifatkan parti yang memperjuangkan demokrasi dan keadilan telah menang pada pilihan raya ini.
"Jangan sesiapa bersedih hari ini, hendaklah tiap-tiap orang daripada 77 juta rakyat tahu bahawa Turki memenangi hari ini.
"Kami akan membawa demokrasi yang lebih kukuh," kata Erdogan disambut sorakan penyokong di ibu pejabat parti itu.
Pilihan raya kali ini berlaku di tengah-tengah tuduhan rasuah dan kebocoran keselamatan yang menggongcangkan pemerintahan 12 tahun AKP.
Beberapa siri tunjuk perasaan anti kerajaan dilakukan pada tahun lepas yang dipanggil sebagai protes 'Gezi'.
Penunjuk perasaan Gezi kebanyakannya dilabel sebagai kumpulan pemuda yang tidak puas hati dengan peraturan 12 tahun Erdogan.
Bagaimanapun dengan majoriti 52 juta pengundi termasuk yang aktif dalam protes ' Gezi ', ia dilihat sebagai meluluskan peraturan Erdogan .
Dalam pada itu Erdogan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana menuntut kembali perjuangan 'untuk kebebasan di Turki baru'.
"Anda berdiri untuk cita-cita Turki ... untuk politik, bagi pihak anda dan Perdana Menteri," kata Erdogan.
Sumber HD - 31-3-2014
Kesan hudud di Brunei dilihat selepas 3 tahun
- HARAKAHDAILY
Abdul Hamid yang turut menjadi penasihat dalam perangkaan undang-undang hudud di Brunei berkata dalam tempoh itu para pengkaji dan negara yang ingin mengikut jejak langkah Brunei boleh menilai sama ada pelaksanaan hukuman itu mampu mengurangkan kadar jenayah atau sebaliknya.
"Kita belum boleh membuat penilaian mengenai pelaksanaan undang-undang itu di Brunei kerana ia belum dilaksanakan.
Mungkin dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi kita boleh melihat bagaimana pelaksanaan sebenar dan kesannya.
"Adakah negara Brunei, yang sudah pun aman tenteram itu, akan menjadi lebih aman dan tenteram? Setakat ini negara-negara yang melaksanakan hukuman hudud, seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan nampaknya masih jauh di belakang berbanding dengan negara-negara yang tidak melaksanakan hukuman hudud seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika berucap dalam ceramah awam bertajuk 'Kesan Hudud di Brunei: Perbezaan Antara Brunei dan Malaysia' di International Institute Of Advance Studies (IAIS), di sini.
Brunei akan menguatkuasakan hudud secara berperingkat-peringkat, bermula dengan kesalahan-kesalahan ta’zir (seperti kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan) April ini.
"Peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan akan berjalan seperti biasa dan kes-kes itu akan terus dibicarakan oleh Mahkamah Sivil. Ini kerana kerja-kerja mengemaskini undang-undang berkaitan seperti acara jenayah, undang-undang keterangan dan lain-lain masih belum selesai," katanya.
Abdul Hamid berkata sekiranya hudud hendak dikenakan di negara ini, bagi kesalahan jenayah, ia hanya boleh dilakukan sekiranya dipinda sebagai undang-undang persekutuan dan bukan kesalahan terhadap suruhan agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Perlembagaan tidak menghalang untuk pelaksanaan sedemikian dan Parlimen boleh memilih apa-apa hukuman kepada kesalahan jenayah, termasuk hukuman mengikut Syariah.
"Dengan cara itu, penguatkuasaannya boleh meliputi orang Islam dan bukan Islam (undang-undang persekutuan). Sebagai undang-undang jenayah ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dan bukan Islam.
"Sekiranya Parlimen Malaysia hendak membuat undang-undang seperti itu, tidak ada pindaan perlembagaan yang perlu dibuat dan rang undang-undang itu hanya perlu diluluskan dengan majoriti.
"Jika ia hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, ia akan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana itu adalah satu diskriminasi atas alasan agama dan oleh itu tak berperlembagaan, tak sah dan batal," katanya.
Abdul Hamid turut menegaskan bahawa perbezaan penetapan undang-undang antara negara ini dan Brunei juga menjadi faktor kesukaran untuk mengikut jejak langkah melaksanakan hudud.
Katanya Brunei memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk menggubal dan meminda perundangan tetapi Malaysia adalah negara Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa tertentu termasuk kerajaan negeri.
"Mungkin Brunei akan membuktikan sesuatu kelak. Kita tunggu dan lihat. Sekurang-kurangnya di Brunei ada satu perbezaan. Di Brunei pelaksanaannya bukanlah kerana survival politik atau untuk memenangi pilihan raya yang terdekat. Kerja-kerja ke arahnya (pengkajian hudud) telah berjalan kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai," katanya.
Ditanya pemberita berhubung pendapatnya sama ada hudud sesuai dilaksanakan di Malaysia, Abdul Hamid berkata: "Saya memberi pendapat berasaskan undang-undang. Kajilah kesannya." - Bernama
Sumber HD - 12-2-2014
Tiada rakyat M’sia terbabit kebakaran hotel di Madinah
- Feb 09, 2014
- HARAKAHDAILY
"Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu," kata Kementerian Luar dalam kenyataan.
Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.
Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang manakala 130 lagi cedera. – Bernama
Sumber HD - 9-2-2014
Rakyat Malaysia terbunuh di Kabul
- Jan 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengarah Urusan Adam Smith International bagi London, Delhi dan Nairobi William Morrison berkata Gnanathurai, Penasihat Polisi dan Pembaharuan Bajet merupakan seorang daripada penasihat paling kanan projek itu dan beliau membantu dalam melakukan pembaharuan terhadap proses bajet negara Afghanistan.
"Sesiapa yang pernah bekerja dengan Gnana (Gnanathurai) dan terdedah dengan daya fikirnya yang cerdas, banyak pengalaman dan baik hati pasti akan menyukai dan menghormati beliau.
"Gnana, warganegara Malaysia, menerima ijazah sarjana ekonomi bagi kajiannya mengenai keupayaan kerajaan-kerajaan untuk mengawal perbelanjaan untuk jangka pendek dan jangka panjang," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web firma http://www.adamsmithinternational.com/.
Seorang lagi mangsa yang juga bekerja sebagai penasihat firma itu ialah Dharmender Phangurha Singh, bagaimanapun kewarganegaraannya tidak dinyatakan dalam kenyataan itu. - Bernama
Sumber HD - 20-1-2014
Iraq: Realiti perjuangan yang disembunyikan
- Jan 19, 2014
- SHARAFUDDIN AL-BAGHDADY
Pencerobohan dan pendudukan Amerika ke atas Iraq pada April 2003 telah membuka lembaran hitam dalam sejarah negara tersebut dan penduduknya, di mana mereka telah dizalimi dan diperlakukan dengan berbagai bentuk penganiayaan dan kekejaman, dan situasi tersebut menjadi bertambah buruk apabila Iraq diambil alih kerajaan boneka yang dipilih Amerika, yang mana mereka ini adalah golongan pengkhianat yang diupah oleh barat dan merupakan pertualang politik yang hidup dalam buangan di Iran sejak sekian lama setelah melarikan diri dari berbagai jenayah politik.
Pembentukan kerajaan palsu pseudo ini yang di mata dunia kononya mengikut proses perjalanan politik yang adil, pada hakikatnya adalah satu perancangan jahat Paul Bremer, seorang pentadbir awam dan ejen Amerika yang didalangi Amerika dan barat dengan kerjasama Iran. Kerajaan yang bertulang belakangkan kelompok Syiah ini dijadikan alat untuk memecah belahkan umat Islam dengan mensasarkan masyarakat Sunni yang sebelum ini merupakan golongan dominan dengan memerangi dan mengusir mereka dari kediaman, serta melakukan berbagai bentuk penindasan seperti ugutan, merampas dan menghancurkan harta benda awam dan persendirian serta menafikan hak kerakyatan yang dinikmati sebelum ini. Kerajaan boneka ini juga telah menangkap dan menjalankan penderaan ke atas majoriti golongan Sunni dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab yang berasas. Bilangan rakyat Iraq yang telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga kini mencecah ribuan orang lelaki dan wanita. Mereka ditahan dan didera tanpa ada waran tangkap dan sebarang pertuduhan.
Kerajaan boneka ini membiarkan pasukan tenteranya yang pada asalnya golongan militan Syiah yang telah dilatih oleh Iran untuk melakukan keganasan dan penghinaan secara terbuka ke atas tahanan Sunni di dalam penjara dengan mencabul dan merogol tahanan wanita, mendera dan menyeksa tahanan lelaki hingga ada yang mati dan mengalami kecacatan seumur hidup. Ramai tahanan yang hilang tanpa khabar berita. Bukan setakat itu, malah kaum keluarga tahanan juga tidak terlepas dari diperas dan diugut, ada yang terpaksa menjual harta benda untuk membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelamatkan mangsa tahanan dari sebarang bentuk hukuman dan penderaan. Ada juga yang terpaksa berpindah ke tempat lain demi keselamatan kaum keluarga dari ancaman dan penganiayaan golongan militan dan masyarakat Syiah setempat.
Kemuncak dari segala keganasan dan penganiayaan yang berlaku, rakyat Iraq mula bangkit membantah dengan mengadakan protes dan demonstrasi secara aman yang dianjurkan dengan berkumpul di medan-medan yang terbuka. Tujuan perkumpulan dan demonstrasi ini adalah untuk menyatakan bantahan dan protes terhadap polisi kerajaan yang didalangi oleh konspirasi syiah Iran. Majoriti rakyat ini bangkit untuk menegur dan menzahirkan ketidakpuasan hati mereka atas sikap dan layanan kerajaan boneka ini yang zalim dan rakus menindas serta tidak memperdulikan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi rakyat, di samping mengemukakan tuntutan, antaranya supaya kerajaan bersikap telus, adil dan dikembalikan hak rakyat Iraq yang telah dirampas dan dinafikan.
Malangnya, protes dan demonstrasi secara aman yang telah dianjurkan di beberapa lokasi perhimpunan yang berlangsung serentak di hampir setiap negeri ini dan mendapat sambutan majoriti rakyat yang telah turut serta menyokong dan datang membanjirinya, pihak berkuasa telah melihatnya sebagai satu ancaman, lantas setelah mendapat restu dan arahan dari Iran kerajaan boneka ini dengan bongkaknya telah menghantar pasukan tentera untuk mengepung medan-medan perhimpunan ini dan mengarahkan supaya meleraikan para peserta demonstrasi yang duduk berkumpul di dalamnya.
Selepas pengepungan dan amaran selama lima hari, di salah satu lokasi perhimpunan di Hawiijah yang terletak di wilayah Ta’mim, di tapak perhimpunan yang dinamakan sebagai Medan Perjuangan Harga Diri dan Kehormatan ساحة الغيرة والشرف)) pihak tentera telah diberikan arahan supaya menyerang dan meleraikan perhimpunan dengan keganasan. Pihak tentera telah melepaskan tembakan dengan menggunakan peluru hidup secara terbuka ke atas para peserta demonstrasi walaupun mereka berhimpun secara aman dan tidak melakukan apa-apa bentuk keganasan serta tiada membawa sebarang bentuk senjata di tangan.
Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang kejam ini telah meragut ratusan jiwa yang tidak berdosa gugur sebagai syuhada dan ramai yang tercedera, selain kerugian harta benda seperti kenderaan dan barangan para peserta yang dirampas dan khemah-khemah yang dibakar tanpa belas kasihan. Mayat para korban diseret dan diperlakukan seperti haiwan dengan bentuk penghinaan yang diluar batas kemanusiaan, ada yang berkecai dan tak dapat dikenali. Mangsa yang cedera juga diperlakukan seperti haiwan, para petugas perubatan dilarang untuk memberi bantuan dan ada yang dibiarkan mati dengan sengaja, kononnya sebagai pengajaran kepada yang masih hidup. Tragedi buruk ini menjadikan kerajaan boneka dan militan syiah bertambah angkuh dan makin ganas menindas rakyat. Mereka menyangka tindakan ini menjadikan rakyat takut dan patah semangat.
Setelah beberapa bulan, pihak kerajaan dan militan ini merancang untuk melakukan operasi serangan yang sama untuk mematahkan semangat penduduk Fallujah, di wilayah Anbar yang penduduknya majoriti golongan Sunni, setelah mendapati bahawa Tragedi Hawijah tidak mematahkan semangat para penduduk yang masih berhimpun dan berdemonstrasi menyatakan protes dan bantahan secara aman.
Pihak kerajaan dan militan Syiah mula menjalankan operasi yang sama dengan mengepung dan menyekat perhimpunan demonstrasi yang berlangsung aman lokasi yang dinamakan sebagai Medan Perjuangan Menuntut Kehormatan dan Kemuliaan ( ساحة العزّة والكرامة). Pada kali ini rakyat yang sudah begitu kecewa dan melihat sudah tiada harapan lagi untuk pintu rundingan dengan pihak kerajaan yang semakin zalim dan rakus menghancurkan kehidupan rakyat dan negara telah mengambil langkah berjaga-jaga dan dapat merasakan tragedi Hawiijah akan berulang semula jika dibiarkan. Para pemimpin masyarakat mula mengarahkan para penduduk supaya bersiap sedia akan kemungkinan buruk yang mungkin berlaku apabila mendapat berita yang pasukan tentera sedang bergerak besar-besaran menuju ke wilayah Anbar dengan disertai oleh militan Syiah Iran.
Jangkaan tersebut ternyata tepat apabila pasukan tentera dan militan secara rambang tanpa sebarang amaran mula melancarkan bedilan mortar dan menghancurkan beberapa kawasan kediaman sebagai tanda amaran bahawa mereka telah sampai dan berada di Fallujah. Kerajaan boneka Iran dan Amerika ini menyangka tindakan sebegini akan menakutkan rakyat dan akan mengambil sikap sebagai golongan yang pengecut apabila melihat pasukan tentera yang lengkap dengan berbagai kelengkapan persenjataan yang hebat seperti kereta kebal, hummer, mortar dan sebagainya. Malangnya perkiraan mereka salah dan meleset apabila dikejutkan dengan serangan balas rakyat Sunni yang berani demi mempertahankan kemuliaan Islam dan Iman dan kedaulatan tanah air serta kehormatan dan maruah mereka.
Serangan dan tindakbalas dari penduduk Anbar yang bersatu dan begitu tersusun atas nama Majlis Mujahiden Puak kekeluargaan Anbar yang sungguh tak dapat dijangka itu menyebabkan ramai anggota tentera para militan Syiah yang rupa-rupanya pengecut, sebelum ini mereka yangbegitu sombong dan angkuh mempamerkan kekuatan senjata kecut perut dan bertempiaran lari meninggalkan medan pertempuran. Ramai juga yang menyerah diri. Kerajaan boneka yang diketuai oleh Perdana Menteri Siah Nouri Al-Maliki dengan nasihat dan bantuan militan Syiah Iran melancarkan tindak balas dengan menghantar lebih banyak bantuan ketumbukan ketenteraan, namun kejayaan masih berpihak kepada para mujahiden Anbar.
Cetusan semangat perjuangan yang berlaku di Anbar akhirnya merebak ke seluruh negara. Dalam masa yang begitu singkat rakyat Sunni yang selama ini tertindas mula bersatu dan bangkit menyatakan tentangan mereka dalam bentuk bersenjata, setelah melihat pintu rundingan secara aman dan diplomasi sudah tertutup. Beberapa wilayah yang didominasi oleh rakyat Sunni mula bangkit di bandar-bandar utama seperti di Mosul, Tikrit, Kirkuk, Baghdad, Diyala dan Ta’mim.
Para pejuang ini bersatu atas nama jihad demi mempertahankan kemuliaan Islam dan iman menentang kekufuran Imperialis barat dan tali barut Iran yang sebelum ini mencemarkan maruah dan kemulian rakyat dan negara Iraq. Perjuangan ini adalah satu revolusi rakyat yang bangkit menentang penindasan dan kekejaman kerajaan boneka yang menjadi alat oleh musuh Islam seperti Amerika dan Syiah Iran yang menjadi dalang dibelakangnya. Perjuangan ini tiada kaitan langsung dengan puak pengganas ISIL (ISLAMIC STATE IN IRAQ AND THE LEVANT) atau dalam bahasa arabnya الدولة الإسلامية في العراق و الشام داعش)) yang didalangi Al-Qaeda mendakwa mereka adalah pejuang yang sebenarnya, bahkan golongan inilah yang giat mengkhianati perjuangan jihad suci mujahiden rakyat Iraq dan Syria. Sesungguhnya inilah hakikat yang pahit yang perlu diketahui oleh umat Islam seluruh dunia.
Kerajaan boneka Maliki cuba menutup realiti yang pahit ini dengan memanipulasi berita bahawa pihak kerajaan dengan kerjasama majoriti rakyat sedang memerangi puak pengganas ISIL yang kononnya telah menguasai beberapa bandar di Anbar dan wilayah yang lain sebagaimana yang disiarkan oleh agensi berita antarabangsa, dan menggambarkan perjuangan jihad yang sedang hebat berlangsung sekarang adalah antara kerajaan Iraq yang bekerjasama dengan rakyat menentang pengganas ISIL. Realiti dan hakikat sebenar yang cuba diputar belit oleh kerajaan boneka dan ISIL adalah kerjasama kerajaan adalah bersama ISIL yang saban hari bertanggung jawab membunuh dan cuba menghapuskan perjuangan para mujahiden Sunni yang sedang bangkit melancarkan jihad menentang kekufuran dan pengkhianatan golongan musuh umpama musang berbulu ayam ini.
Fitnah perjuangan yang dibawa oleh ISIL sesungguhnya begitu bahaya yang merupakan konspirasi Amerika, barat dan Iran untuk menghancurkan Islam dan Jihad dari muka bumi Iraq dan Syam.
Para mujahiden Sunni di Iraq bersumpah untuk terus berjuang demi mempertahankan kesucian aqidah, iman dan syariat Islam yang telah diwarisi dari generasi ke generasi hingga titisan darah yang terakhir, sesungguhnya janji Allah itu pasti. Doakan kejayaan para mujahiden dalam perjuangan yang suci ini.
Sumber HD - 19-1-2014
No comments:
Post a Comment