Saya mahu berada di masjid apabila saya mati
Malah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud dan mengamalkannya sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua , saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,”
para penasihat ekonomi gajinya berjuta
tampil dengan idea yang sudah dijangka:
menambah cukai baharu.
Cukai dan cukai dan segala cukai
terus merantai
marhaen yang sehariannya keras bekerja
demi sebuah kehidupan sederhana.
Kita si miskin yang menyuap makanan ke mulut si kaya
dan mereka pula tidak akan kenyang selama-lamanya.
Kerana wang dan cukai yang dikutip
dicurah ke dalam poket bocor
agar pembaziran boleh dipertahan
agar ketirisan boleh dilanjutkan
agar projek-projek mega terus berjalan
agar para kroni menerima habuan
agar elaun bagi jawatan-jawatan
yang tidak bermakna dalam kerajaan boleh dijelaskan
agar mereka boleh menyimpan
buat dana pilihan raya seterusnya
agar orang-orang besar di atas sana dan kaum kerabatnya
boleh bermewah boleh bersenang-lenang selesa.
Mereka merompak kita dengan undang-undangnya
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
tinggal rakyat yang diutamakan untuk menanggung semua derita
bersama nasib yang tidak terbela
di kaki pemerintah zalim haloba.
* ‘Mereka merompak kita dengan undang-undangnya’ adalah satu baris daripada sajak ‘Salam Benua’ oleh Sasterawan Negara Usman Awang.
Sumber HD - 21-4-2014
Jika akar iman diri semakin kaku
sering diasak gangguan noda dunia
sering kering doa serta harapan
daun kasih ihsan bagaikan garing
gugur ke lembah rimba alpa asing
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
nilai diri bagaikan terkulai layu
dipindahkan ke dataran luka sepi
tekad & kudrat kenalah disemi erti.
Ada ketika sengketa itu mengajak ummah
agar segera memikirkan soal berhijrah
terpaksa pasrah bukan memutuskan ukhuwah
bukan diri mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara insan semakin goyah
menjadi gunting dalam lipatan kejam
menjadi musuh dalam selimut bungkam.
Di era wawasan terikat segala janji
sebaliknya sewenang-wenangnya diingkari
al-Quran dihumban al-Sunnah diabaikan
tindak-tanduk semakin terhimpit dan terjerat
apakah masih mahu setia sembah beradat.
Hutan warisan ini semakin gondol berlumpur
hutan batu ini pula semakin panas dan gugur
hakisan kian merubah dataran permai mulia
kerajaan mungkar akan digegar kemarau bencana
sementelah umat lalai tidak lagi mesra buana.
IDANRADZI
Kota Bharu, Perak
Sumber HD - 8-4-2014
(Hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin oleh regim kudeta tentera Mesir)
Kami di serata dunia menyaksikan
sebuah kecurangan
ini bukan penghakiman;
ini pembunuhan beramai-ramai.
Dalangnya, si bacul yang hanya biasa
menembak rakyat sendiri yang tidak bersenjata;
di depan tentera Israel mereka berlutut tiada bermaya.
Begitu sekali kehormatan direnggut
pejuang yang mesti tersungkur oleh helah para pengecut.
Penindas – mereka tidak lahir daripada kekuatan;
mereka berlaku zalim bagi menyembunyikan kelemahan.
Gugur syuhada disaksi dunia yang terus membisu
dicerca pelbagai dakwaan palsu
dan sang tirani, tidurnya tidak mampu lena
tangan serta wajahnya berdarah dipalit dosa.
Di tali gantung, ratusan nyawa terputus
tetapi kebenaran akan terus
hidup dan bernafas, untuk menunggu kebangkitan seterusnya
oleh ribuan pengganti yang bakal menjelma.
Irfan ES, Mac 2014
Sumber HD - 31-3-2014
Hari itu satu keluarga sedih
Lebih separuh negara sama bersedih
Hari ini beratus keluarga sedih
Separuh dunia turut bersedih
Seribu kesedihan
Adakah sama sedihnya?
Sedih dihina
Sedih kehilangan orang tersayang
Sedih milik berharga melayang
Sedih tidak kesampaian impian
Sedih melihat kesedihan
Sedih melihat ada orang bahagia
Di atas kesedihan orang
Paling hina manusia sebegini
Bangga membuat orang sedih
Sedih dihina lebih pedih
Dek luka yang dalam dan luas
Bahana suasana yang berbekas
Oleh beban yang menindas
Sedih kehilangan mampu dikurangkan
Dengan akur kepada suratan
Oleh berlalunya masa
Dek tekad dan agenda
Pencetus kesedihan bahagia sementara
Celaka berkekalan
Hingga Rabbul-Jalil memutuskan
Keadilan sabitan
Berkekalan siksaan
“Doa Untuk Kesejahteraan Semua”
Sumber HD - 12-3-2014
Hidup tak semestinya indah
ada ketika kita akan diuji
dengan kesukaran kedukaan
harus tabah & reda ihsan.
Amat rugi jika kita terleka
ada ketika ujian itu membara
tatkala dalam kemewahan
asyik lupa diri lupa zakat
sedar tak sedar diri di lahat
ghaib kesyukuran & kesetiaan.
Hidup tak semestinya indah
ada ketika kita perlu kendiri
arakian ukhuwah kian berpecah
tak lagi peka melerai gundah.
Meniti sabar jambatan iman
tanpa izin & niat keikhlasan
meratah hak orang dalam sedar
sesal & insaf meladeni syiar.
IDANRADZI
Kota Bharu, Perak
Sumber HD - 11-2-2014
Wajah manis seorang pejuang
Tarikh 25 Jan dikau disemadikan
Seluruh ummat menangis hiba
Atas pemergianmu di alam dunia.
Bersemadilah dengan tenang
Mendapat rahmat dari Pencipta Agung
Walau dikau ditangisi disisi manusia bumi
Namun dikau dinanti-nanti oleh makhluk langit.
Belasungkawa Tuanguruku yang dicintai
Perjuangan mu akanku terusi
Semoga ummat manusia mengerti
Islam harus dijulang tinggi.
Tegasmu dikenali lawan dan kawan
Penat lelah mu dalam berjuang tak kenal siang dan malam
Andaikata dicari ganti amat tak kesudahan
Doakan agar timbul pula pejuang sehebat tuan.
Suhazeli Abdullah
De Palma Kuala Lumpur
Sumber HD - 26-1-2014
MICHAEL JACKSON:
1. I AM A MUSLIM - https://www.youtube.com/watch?v=-4pICkkz4Os
2.1 GIVE THANKS TO ALLAH -
https://www.youtube.com/watch?v=bEA2F8I728Q
2.2 GIVE THANKS TO ALLAH -
https://www.youtube.com/watch?v=9GiDPWqo7Ko
3. MUHAMMAD S.A.W. - https://www.youtube.com/watch?v=j1rIjQNcgDo
LAGU-LAGU SAMI YUSUF: http://www.samiyusufofficial.com/main/
1. ASMAA ALLAHU ALHOSNA - https://www.youtube.com/watch?v=dksouUvHQaA
2. YA OMMI - https://www.youtube.com/watch?v=kEY6eF4-PUg
3. HASBI RABBI - https://www.youtube.com/watch?v=NguTypiXqqY
LAGU-LAGU MAHER ZAIN: http://www.maherzaintube.com/
1. MUHAMMAD - https://www.youtube.com/channel/UCBq5hp6DvwWam2XOXw6lYJA
2. BARAK ALLAHU LAKUMA - https://www.youtube.com/watch?v=mHpTdsBbYRM&list=ALYL4kY05133pW3VDFW_J9PGMIet_UNU5E&playnext=1
UNIC - YA HANANA:
https://www.youtube.com/watch?v=G858UFj84-g
A. SAMAD SAID 'PAK SAMAD'
1. KU LIHAT HIJAU -
https://www.youtube.com/watch?v=eBdinTqAgFc
2.GENERASI YANG GAGAH - HIMPUNAN HIJAU KEDAH -
https://www.youtube.com/watch?v=qQMtLNxQKIE&list=PLD4EA95DF91782852
Lagu : https://www.youtube.com/watch?v=j2qb_Rf0vps
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER!
PENYANYI - AMAR
LAGU P.RAAMLEE - https://www.youtube.com/watch?v=z-1u62v1d7s
Masih istiqomah berkarya demi anak bangsa dan agama... lagenda hidup
Malah beliau sering berpuasa selang sehari kerana mengikut amalan Nabi Daud dan mengamalkannya sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kebanyakan daripada hidup saya, saya telah berpuasa tetapi sebelum ini saya hanya berpuasa tiga hari sebulan. Kini dengan usia yang semakin tua , saya lebih hampir dengan kubur dan lebih hampir dengan kehidupan akan datang. Saya perlu lebih suci,”
Dia sering berada di Masjid Negara pada setiap hari Selasa dan Khamis. Pada hari Jumaat dia biasanya berada di masjid KLCC. Banyak masa dihabiskan untuk solat dan membaca al-Quran.
“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati ,”
Allahuakbar...
“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati ,”
Allahuakbar...
Sumber HD - 8-5-2014
Apr 21, 2014
IRFAN ES
(Sempena Himpunan Tolak GST-TPPA 1 Mei 2014)
‘Mereka Merompak Kita Dengan Undang-undangnya’
Kini mereka memikirkan cara seterusnya
Para menteri yang berkuasa
tampil dengan idea yang sudah dijangka:
menambah cukai baharu.
Cukai dan cukai dan segala cukai
terus merantai
marhaen yang sehariannya keras bekerja
demi sebuah kehidupan sederhana.
Kita si miskin yang menyuap makanan ke mulut si kaya
dan mereka pula tidak akan kenyang selama-lamanya.
Kerana wang dan cukai yang dikutip
dicurah ke dalam poket bocor
agar pembaziran boleh dipertahan
agar ketirisan boleh dilanjutkan
agar projek-projek mega terus berjalan
agar para kroni menerima habuan
agar elaun bagi jawatan-jawatan
yang tidak bermakna dalam kerajaan boleh dijelaskan
agar mereka boleh menyimpan
buat dana pilihan raya seterusnya
agar orang-orang besar di atas sana dan kaum kerabatnya
boleh bermewah boleh bersenang-lenang selesa.
Mereka merompak kita dengan undang-undangnya
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
tinggal rakyat yang diutamakan untuk menanggung semua derita
bersama nasib yang tidak terbela
di kaki pemerintah zalim haloba.
* ‘Mereka merompak kita dengan undang-undangnya’ adalah satu baris daripada sajak ‘Salam Benua’ oleh Sasterawan Negara Usman Awang.
Sumber HD - 21-4-2014
- Apr 08, 2014
- IDANRADZI
sering diasak gangguan noda dunia
sering kering doa serta harapan
daun kasih ihsan bagaikan garing
gugur ke lembah rimba alpa asing
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
nilai diri bagaikan terkulai layu
dipindahkan ke dataran luka sepi
tekad & kudrat kenalah disemi erti.
Ada ketika sengketa itu mengajak ummah
agar segera memikirkan soal berhijrah
terpaksa pasrah bukan memutuskan ukhuwah
bukan diri mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara insan semakin goyah
menjadi gunting dalam lipatan kejam
menjadi musuh dalam selimut bungkam.
Di era wawasan terikat segala janji
sebaliknya sewenang-wenangnya diingkari
al-Quran dihumban al-Sunnah diabaikan
tindak-tanduk semakin terhimpit dan terjerat
apakah masih mahu setia sembah beradat.
Hutan warisan ini semakin gondol berlumpur
hutan batu ini pula semakin panas dan gugur
hakisan kian merubah dataran permai mulia
kerajaan mungkar akan digegar kemarau bencana
sementelah umat lalai tidak lagi mesra buana.
IDANRADZI
Kota Bharu, Perak
Sumber HD - 8-4-2014
Tragedi 529
- Mar 31, 2014
- IRFAN ES
Kami di serata dunia menyaksikan
sebuah kecurangan
ini bukan penghakiman;
ini pembunuhan beramai-ramai.
Dalangnya, si bacul yang hanya biasa
menembak rakyat sendiri yang tidak bersenjata;
di depan tentera Israel mereka berlutut tiada bermaya.
Begitu sekali kehormatan direnggut
pejuang yang mesti tersungkur oleh helah para pengecut.
Penindas – mereka tidak lahir daripada kekuatan;
mereka berlaku zalim bagi menyembunyikan kelemahan.
Gugur syuhada disaksi dunia yang terus membisu
dicerca pelbagai dakwaan palsu
dan sang tirani, tidurnya tidak mampu lena
tangan serta wajahnya berdarah dipalit dosa.
Di tali gantung, ratusan nyawa terputus
tetapi kebenaran akan terus
hidup dan bernafas, untuk menunggu kebangkitan seterusnya
oleh ribuan pengganti yang bakal menjelma.
Irfan ES, Mac 2014
Sumber HD - 31-3-2014
Seribu Kesedihan
- Mar 12, 2014
- HJARIB
Lebih separuh negara sama bersedih
Hari ini beratus keluarga sedih
Separuh dunia turut bersedih
Seribu kesedihan
Adakah sama sedihnya?
Sedih dihina
Sedih kehilangan orang tersayang
Sedih milik berharga melayang
Sedih tidak kesampaian impian
Sedih melihat kesedihan
Sedih melihat ada orang bahagia
Di atas kesedihan orang
Paling hina manusia sebegini
Bangga membuat orang sedih
Sedih dihina lebih pedih
Dek luka yang dalam dan luas
Bahana suasana yang berbekas
Oleh beban yang menindas
Sedih kehilangan mampu dikurangkan
Dengan akur kepada suratan
Oleh berlalunya masa
Dek tekad dan agenda
Pencetus kesedihan bahagia sementara
Celaka berkekalan
Hingga Rabbul-Jalil memutuskan
Keadilan sabitan
Berkekalan siksaan
“Doa Untuk Kesejahteraan Semua”
Sumber HD - 12-3-2014
- Feb 11, 2014
- IDANRADZI
ada ketika kita akan diuji
dengan kesukaran kedukaan
harus tabah & reda ihsan.
Amat rugi jika kita terleka
ada ketika ujian itu membara
tatkala dalam kemewahan
asyik lupa diri lupa zakat
sedar tak sedar diri di lahat
ghaib kesyukuran & kesetiaan.
Hidup tak semestinya indah
ada ketika kita perlu kendiri
arakian ukhuwah kian berpecah
tak lagi peka melerai gundah.
Meniti sabar jambatan iman
tanpa izin & niat keikhlasan
meratah hak orang dalam sedar
sesal & insaf meladeni syiar.
IDANRADZI
Kota Bharu, Perak
Sumber HD - 11-2-2014
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Tarikh 25 Jan dikau disemadikan
Seluruh ummat menangis hiba
Atas pemergianmu di alam dunia.
Bersemadilah dengan tenang
Mendapat rahmat dari Pencipta Agung
Walau dikau ditangisi disisi manusia bumi
Namun dikau dinanti-nanti oleh makhluk langit.
Belasungkawa Tuanguruku yang dicintai
Perjuangan mu akanku terusi
Semoga ummat manusia mengerti
Islam harus dijulang tinggi.
Tegasmu dikenali lawan dan kawan
Penat lelah mu dalam berjuang tak kenal siang dan malam
Andaikata dicari ganti amat tak kesudahan
Doakan agar timbul pula pejuang sehebat tuan.
Suhazeli Abdullah
De Palma Kuala Lumpur
Sumber HD - 26-1-2014
MICHAEL JACKSON:
1. I AM A MUSLIM - https://www.youtube.com/watch?v=-4pICkkz4Os
2.1 GIVE THANKS TO ALLAH -
https://www.youtube.com/watch?v=bEA2F8I728Q
2.2 GIVE THANKS TO ALLAH -
https://www.youtube.com/watch?v=9GiDPWqo7Ko
3. MUHAMMAD S.A.W. - https://www.youtube.com/watch?v=j1rIjQNcgDo
LAGU-LAGU SAMI YUSUF: http://www.samiyusufofficial.com/main/
1. ASMAA ALLAHU ALHOSNA - https://www.youtube.com/watch?v=dksouUvHQaA
2. YA OMMI - https://www.youtube.com/watch?v=kEY6eF4-PUg
3. HASBI RABBI - https://www.youtube.com/watch?v=NguTypiXqqY
LAGU-LAGU MAHER ZAIN: http://www.maherzaintube.com/
1. MUHAMMAD - https://www.youtube.com/channel/UCBq5hp6DvwWam2XOXw6lYJA
2. BARAK ALLAHU LAKUMA - https://www.youtube.com/watch?v=mHpTdsBbYRM&list=ALYL4kY05133pW3VDFW_J9PGMIet_UNU5E&playnext=1
UNIC - YA HANANA:
https://www.youtube.com/watch?v=G858UFj84-g
A. SAMAD SAID 'PAK SAMAD'
1. KU LIHAT HIJAU -
https://www.youtube.com/watch?v=eBdinTqAgFc
2.GENERASI YANG GAGAH - HIMPUNAN HIJAU KEDAH -
https://www.youtube.com/watch?v=qQMtLNxQKIE&list=PLD4EA95DF91782852
Lagu : https://www.youtube.com/watch?v=j2qb_Rf0vps
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER!
PENYANYI - AMAR
LAGU P.RAAMLEE - https://www.youtube.com/watch?v=z-1u62v1d7s
No comments:
Post a Comment