Hudud: Setuju pelihara keharmonian dalam Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS, PKR dan DAP di Pejabat Agung PAS semalam menyaksikan ketiga-tiga parti bersetuju untuk terus menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat sekalipun berdepan isu Hudud.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.
"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.
"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.
Tiga wakil Kerajaan Negeri Kelantan hadir termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.
Selain Mustafa, turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Kita nak kekal kerjasama baik antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
"Masing-masing semalam memberi pandangan secara terbuka dan jujur," kata Mustafa lagi.
Dalam pada itu beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat semalam itu akan diangkat kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
Sumber HD - 30-4-2014
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar), berkata pertemuan khas antara ketiga-tiga parti dengan wakil kerajaan Kelantan itu, berlangsung dalam keadaan cukup harmoni.
"Ia satu penerangan yang sangat baik. Masing-masing telah mengutarakan pandangan mengikut perspektif masing-masing.
"Semua wakil ketiga-tiga parti mengutarakan pendirian bahawa perlu dipelihara suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat supaya kekal kuat untuk menghadapi suasana politik mendatang," kata beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, pertemuan khas semalam adalah anjuran Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bagi mendapat pandangan lebih jelas berhubung cadangan Kelantan yang mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri itu.
Tiga wakil Kerajaan Negeri Kelantan hadir termasuk Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan.
Selain Mustafa, turut bersama dalam perbicangan itu dua Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Tian Chua, wakil DAP iaitu Timbalan Setiausaha Agung Datuk Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
"Kita nak kekal kerjasama baik antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
"Masing-masing semalam memberi pandangan secara terbuka dan jujur," kata Mustafa lagi.
Dalam pada itu beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat semalam itu akan diangkat kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY 30/4/2014
Sumber HD - 30-4-2014
BN terus salah guna institusi kehakiman
- Mar 09, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan membuktikan Umno-BN terus menyalah guna institusi kehakiman, tegas Sekretariat Pakatan Rakyat.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Dato’ Saifuddin Nasution dan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, mereka menyifatkan Umno-BN tidak pernah belajar daripada ‘hukuman rakyat’ bermula sejak peristiwa 1998, sehingga mengulangi tindakan terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat ini.
“Enam tahun selepas berlakunya gelombang 8 Mac 2008, Umno-BN telah kehilangan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat pula jelas muncul sebagai kuasa yang terus mengancam hegemoni Umno-BN.
“Walaupun Umno-BN terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan mereka berterusan, yang ditunjukkan melalui keengganan melakukan reformasi tulen ke atas institusi-institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman.
“Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan Umno-BN untuk kekal berkuasa,” kenyataan itu dipetik.
Sekretariat Pakatan Rakyat yakin pengorbanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia malah akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan.
Kenyataan media itu juga turut memaklumkan ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk memulaukan siding Dewan Rakyat pada 11 Mac sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman oleh BN.
Tindakan ini juga sebagai tanda solidariti untuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bakal dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan untuk bersama calon Pakatan Rakyat pada penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Kajang.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagaimanapun akan hadir pada majlis pembukaan parlimen dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac.
Sumber HD - 9-3-2014
Majlis Presiden Pakatan Rakyat sokong inisiatif Abdul Khalid
- Mar 07, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menstrukturkan semula industri air negeri Selangor, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, 6 Mac lalu setelah menerima penjelasan Abdul Khalid (gambar) yang dipanggil kkusus untuk menyampaikan taklimat.
Hadir pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Anwar selaku Ketua Umum PKR.
"Di dalam mesyuarat tersebut, pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi serta memberikan nasihat dan pandangan bagi memastikan proses penstrukturan industri air ini memberikan pulangan dan natijah yang terbaik kepada Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat Selangor, termasuk perkara-perkara yang disentuh di dalam MoU di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan," jelas Anwar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau menambah, di dalam konteks penstrukturan industri air ini Kerajaan Negeri Selangor juga akan terus mendapatkan maklum balas daripada jawatankuasa khas Pakatan Rakyat yang diwakili Rafizi Ramli (PKR), Tony Pua (DAP)dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS).
Menurut Anwar, pimpinan Pakatan Rakyat juga bersetuju agar pakar perundangan, Tommy Thomas dilantik sebagai wakil bebas mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang guna menjaga kepentingan rakyat Selangor.
"Mereka akan bertanggungjawab bekerjasama dengan Kerajaan Selangor di dalam pelaksanaan penstrukturan industri air ini termasuklah menyemak dan memberi maklum balas kepada perjanjian-perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Kerajaan Selangor di dalam isu ini," tegas Anwar.
Kenyataan media Anwar ini dikeluarkan bagi menjawab dakwaan liar media massa pro-BN khususnya Utusan Malaysia semalam yang mendakwa kononnya wujud perbalahan antara Abdul Khalid dan para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Anwar dalam proses penstrukturan semula industri air Selangor.
Sumber HD - 7-3-2014
MoU Air: Pakatan Rakyat hantar tiga wakil jumpa MB
- Mar 05, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Tiga mereka yang mewakili parti masing-masing adalah Timbalan Presiden DAP Tan Kok Wai, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini turut meminta agar Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tergesa-gesa menandatangi perjanjian awal dengan kerajaan pusat berhubung MoU itu.
"Pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan (Pakatan) sebelum ditandatangi perjanjian.
"Kita memberi ruang kepada Khalid untuk memberi penjelasan, sebelum ini kita nyatakan sokongan terhadap langkah-langkah yang telah diambil," jelasnya.
Tambah beliau, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bermaksud untuk mencampuri urusan kerajaan negeri tetapi setiap keputusan yang diambil perlu memberi keutamaan kepentingan rakyat.
Sementara itu, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat belum melihat kandungan MoU tersebut.
"Perkara ini perlu diambil, apa-apa keputusan dibuat biar lebih teratur sebab itu pimpinan haru tahu isi kandungan.
"Kita ada persefahaman setiap apa yang dibuat perlu diketahui semua dan dari itu kita akan dapat melihat apa kesan yang dialami oleh rakyat," kata beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid memberi jaminan bahawa perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak akan menyebabkan pengguna menanggung kos lebih tinggi.
"Tidak," kata Khalid ringkas pada sidang media hari ini tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenainya.
Khalid berkata, Perjanjian Awal menyatakan tiada kenaikan tarif air dalam tempoh tiga tahun akan datang.
1. DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=HiQmintR3PQ
2. MA - https://www.youtube.com/watch?v=AYHnpsYdEws
3.DSAI / MA - http://www.youtube.com/watch?v=Yxh67bsD3wY
Sumber HD - 5-3-2014
KDN, ROS digesa segera luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat
- Feb 18, 2014
- SALMIYAH HARUN
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk mendaftar tetapi sehingga hari ini belum diterima oleh ROS.
"Kita harap dapat sebelum konvensyen kali ini, kalau dapat kita akan lancar dalam konvensyen itu nanti.
"Sudah lima kali kita buat konvensyen paling tidak tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS," katanya dalam sidang media bersama Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution di Pejabat Agung PAS.
Menurut Anthony, setiap kali berlaku pilihan raya Pakatan Rakyat menghadapi masalah apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan bendera dan logo Pakatan Rakyat.
"Alasan mereka kerana parti yang bertanding adalah satu parti bukan ketiga-tiga parti," katanya.
Sementara itu, Mustafa menegaskan permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak beberapa tahun lalu.
Bahkan jelas Saifuddin, kali terakhir mereka membuat permohonan pendaftaran pada bulan Januari lalu dan sering membuat susulan dengan ROS bagi memastikan permohonan segera diluluskan.
"Saya difahamkan hampir 20 parti politik baru diluluskan oleh ROS!," tambah Saifuddin.
http://www.youtube.com/watch?
SUA PAS/PKR/DAP -v=N803BQ4INgw&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&feature=c4-overview
SUODAP - http://www.youtube.com/watch?v=59PX7voDCII&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&feature=c4-overview
SUA PAS / DAP - http://www.youtube.com/watch?v=58e4hw3W7xA&feature=c4-overview&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Sumber HD - 18-2-2014
Konvensyen PR tak bincang isu PRK Kajang
- Feb 18, 2014
- SALMIYAH HARUN
Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang dibarisi Datuk Mustafa Ali (PAS), Datuk Saifuddin Nasution (PKR) dan Anthony Loke (DAP) menegaskan konvensyen ini akan dijadikan platform untuk membangkitkan isu-isu rakyat termasuklah harga padi, PBS, kenaikan harga barang, permit penerbitan, dan isu rasuah.
Isu-isu ini akan dibangkitkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijemput dalam konvensyen itu nanti yang akan diadakan di Setia City Centre Shah Alam.
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 18-2-2014
Konsensus Nasional, BN masih berdiam
- Feb 13, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Jelas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media, walaupun terdapat maklum balas dari pimpinan BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun perjalanan ke arah Konsensus Nasional itu terlalu perlahan walaupun negara ini terus berdepan dengan isu ketegangan kaum yang semakin serius.
Katanya, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP telah pun menyatakan pendirian persetujuan konsensus ini dan berharap ia perlu disegerakan oleh BN demi keharmonian seluruh rakyat negara ini.
"Kita dalam Pakatan Rakyat konsisten dengan agenda Konsensus Nasional bagi membincangkan isu-isu berkaitan rakyat, ketegangan kaum serta soal ekonomi dalam mencari penyelesaian.
"Namun proses ini berjalan dengan perlahan walaupun ada sambutan dari BN tetapi tiada keputusan dilakukan oleh BN untuk menyegerakan konsensus tersebut.
"Kita harap ia disegerakan apatah lagi, negara ini terus dilanda isu ketegangan kaum yang semakin serius olah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya di Ibu Pejabat PKR pagi ini.
Menurutnya lagi, rakyat ingin melihat satu langkah penyelesaian dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan BN dalam isu yang melanda negara ini.
Namun, kepimpinan tertinggi BN tidak menunjukkan komitmen yang serius apa yang diharapkan oleh rakyat.
"Kita harap konsensus ini dapat dilaksanakan dengan segera, isu yang melanda negara ini tidak lagi boleh dipandang ringan.
"Kita juga berharap BN akan bertindak serta dapat memberi jawapan dalam cadangan konsensus ini, sekarang bukan lagi pada tahap penilaian tetapi masalah negara perlu dicari jalan penyelesaian," sambung beliau.
Saifuddin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai usaha untuk menyegerakan konsensus tersebut selain menghantar surat rasmi.
"Setiap minggu kita dihidangkan dengan isu-isu ketegangan, sikap tidak mengambil berat dalam isu ini boleh menyebabkan suasana ini sukar dikawal.
"Saya telah bertemu dengan Ahmad Zahid bagi membincangkan cadangan tersebut selain kita menghantar surat rasmi, Pakatan Rakyat harap ia akan disegerakan oleh BN," katanya.
Beliau yang menegaskan isu Konsensus Nasional ini hanya bergantung kepada BN sama ada mereka bersetuju atau tidak.
Namun bagi pihak Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP telah bersedia untuk duduk berbincang dalam menyelesaikan apa yang berlaku.
DSAI - http://www.youtube.com/watch?v=H4Dw1GYkjT8&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&feature=c4-overview
Sumber HD - 13-2-2014
'Pakatan Membela Rakyat' tema konvensyen kelima 8 Mac
- Feb 12, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan konvensyen kali kelima pada 8 Mac nanti yang bertemakan 'Pakatan Membela Rakyat'.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen berkata, konvensyen kali ini telah menetapkan beberapa objektif sebagai agenda utama.
Jelasnya, antara objektif konvensyen adalah untuk mengumpul para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen tahunan.
"Mesyuarat para pimpinan utama Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan konvensyen tahunan seperti biasa.
"Konvensyen akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu) di Selangor dan tempat itu akan diputuskan kemudian, kita mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang perwakilan.
"Objektif konvensyen kali ini adalah untuk mengumpulkan para aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat serta menunjukkan kesatuan dan menaikan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan Rakyat, selain itu kita mahu memberi pengarahan muktahir kepada para aktivis dan penggerak parti," jelasnya pada sidang media di Bilik Media Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Selain Iskandar, Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie turut dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 dan Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim dilantik sebagai Timbalan Pengarah 2.
Iskandar turut menyatakan sempena konvensyen ini, jawatankuasa penganjur turut mengadakan pertandingan mencipta logo konvensyen kali ini yang dibuka kepada seluruh warga Malaysia dengan tema warna jingga, yang menyediakan hadiah utama sebanyak RM1,500.00.
Tarikh tutup pertandingan itu adalahan pada 25 Februari (Selasa) jam 5 petang dan penyertaan boleh dihantar ke email sektretariatpakatan@gmail.com .
Beliau yang ketika ditanya mengenai isu-isu yang dijangkakan panas pada perbahasan konvensyen akan datang, jelasnya objektif konvensyen telah ditetapkan oleh pimpinan tertingggi Pakatan Rakyat dan jawatankuasa penganjur.
Namun, katanya apa jua isu yang akan dibahaskan itu bergantung kepada para perwakilan.
"Kita tidak menjangkakan apa isu yang menjadi panas, tetapi pihak jawatankuasa penganjur dan pimpinan tertinggi telah pun menetapkan objektifnya.
"Kita menghormati hak perwakilan dan terpulang kepada mereka untuk membahas apa jua isu," sambung beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor.
Negeri Selangor menjadi tuan rumah kali ketiga Konvensyen Pakatan Rakyat selepas konvensyen kedua di Pulau Pinang dan ketiga di Kedah.
Iskandar mengharapkan konvensyen kali ini menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat untuk terus mendominasi politik dalam negara ini.
YB IR IS - http://www.youtube.com/watch?v=2m43tzfH7UY
Sumber HD - 12-2-2014
Konsensus Nasional: PAS sambut baik, gesa k'jaan kemuka terma
- Feb 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.
Berikut kenyataan penuh beliau;
Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.
PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara.
Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
Lanjutan dari itu, maka PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak ke hadapan.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Sumber HD - 8-2-2014
Pakatan gesa Konsensus Nasional diadakan segera
- Jan 30, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu konsensus itu merupakan langkah terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlaku terutama membabitkan ketegangan kaum.
"Pakatan Rakyat masih lagi dengan pendirian agar Konsensus Nasional dalam membincangkan perkara-perkara membabitkan soal keselamatan dan masalah rakyat perlu disegerakan.
"Majlis Pakatan memandang ia suatu perkara yang serius dan perlu perbincangan segera kerana kita tidak mahu apa yang berlaku sekarang ini terutama membabitkan soal perkauman terus berpanjangan," jelasnya.
Katanya, perbincangan di dalam konsensus perlu meliputi semua perkara terutamanya membabitkan rakyat dan bukannya kepada isu membabitkan kalimah Allah dan Bible.
Anwar menambah, Pakatan Rakyat tidak menetapkan tempoh dan masa dialog tersebut dan sedia bertemu pada bila-bila masa, agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut menyambut baik konsensus tersebut berharap kerajaan perlu menyegerakannya agar rakyat berada dalam keadaan aman.
Kata beliau, senario yang berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan.
"Kita hendak selesai isu perkauman serta semakin hari semakin menjadi-jadi. Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang sehingga sekarang belum ada penyelesaian.
"Kita ingin redakan perasaan takut rakyat atas apa yang berlaku sekarang ini, konsensus ini perlu disegerakan, penyelesaian perlu dicari," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Dr Dzulkefli - https://www.youtube.com/watch?v=T5OzO7wXQ-M
Sumber HD - 30-1-2014
Pakatan ajak BN bincang formula redakan ketegangan kaum
- Jan 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengajak BN mengadakan perbincangan segera bagi menangani masalah ketegangan kaum yang tidak pernah berjaya diselesaikan selama ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah perkauman ini sering ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah mahu mencetuskan semula peristiwa 13 Mei.
"Apabila berlaku isu ini selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat diperingkat bawah," tegasnya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Menurut Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyambut gesaan ini bagi mencari jalan bagaimana hendak meredakan ketegangan kaum ini.
DSAI - https://www.youtube.com/watch?v=n2N7LPpf-6M
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 22-1-2014
No comments:
Post a Comment