Guru insan terdekat diteladani murid
GELARAN guru sebenarnya paling sesuai diberi kepada seorang wanita. Ini kerana jiwa wanita itu lembut, lebih-lebih lagi dari sudut fitrahnya wanita memang mempunyai sifat keibuan.
Namun begitu pada hari ini kaum lelaki juga ramai yang menceburi bidang perguruan dan tidak dinafikan mereka boleh mendidik dan melahirkan pelajar yang bijak, berakhlak dan bertakwa.
Menjadi guru telah dijadikan sebagai satu profesyen yang mulia dan dihormati oleh masyarakat. Harapan tinggi diletakkan di bahu guru untuk melahirkan generasi yang berguna di masa akan datang.
Dari itu, mereka yang telah terpilih untuk memegang amanah sebagai guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seperti ikhlas, takwa, berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab. Ini adalah penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertakwa.
Perwatakan guru adalah contoh terdekat kepada muridnya untuk diteladani. Oleh itu, bukan mudah untuk menjadi guru yang dihormati dan disayangi oleh murid dan juga masyarakat. Meskipun pada hari ini telah ramai yang menjadi guru, namun begitu mengapa disiplin pelajar masih lagi di tahap yang membimbangkan dan sangat payah untuk dibendung?
Apakah ini salah guru atau salah ibu bapa?
Namun begitu bukanlah kita hendak menyalahkan guru secara keseluruhan. Tetapi mengapa tunjuk ajar para guru sekarang kurang meninggalkan kesan seperti yang dilakukan oleh para guru zaman nenek moyang kita dahulu?
Inilah yang perlu direnungkan bersama. Mungkinkah kemerosotan kualiti pengajaran dan pembelajaran kini diakibatkan oleh profesyen perguruan hanya disandang oleh graduan yang tidak ada pilihan lain bagi mendapat pekerjaan?
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai lepasan SPM, STPM dan graduan universiti mengambil keputusan menceburi bidang pendidikan hanya kerana memikirkan jaminan masa depan. Sebenarnya, minat yang mendalam serta keikhlasan adalah penting untuk memegang karier sebagai guru.
Jika tiada berminat, melakukannya dalam keadaan terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh, sudah tentu segala pengajaran tidak akan meninggalkan bekas ke atas murid yang diajar.
Seorang guru hendaklah membetulkan niatnya dengan mengikhlaskan diri bahawa segala yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah dan bukan memikirkan ganjaran yang bakal diterima.
Bila seorang guru itu ikhlas dalam menjalankan tugas, ia adalah asas iman dan dituntut oleh Islam. Allah tidak akan menerima mereka yang tidak melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas, apatah lagi mengurniakan pahala dan keredhaan-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pekerjaan itu dikira sah dengan niat dan setiap orang itu memperolehi pahala mengikut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila sesuatu pekerjaan dilakukan kerana Allah dan untuk menunaikan tanggung jawab yang ditentukan oleh Allah, maka ia menjadi ibadat. Niat yg ikhlas kerana Allah membezakan sesuatu pekerjaan itu sama ada sebagai ibadat atau adat dan budaya. Niatlah yang akan menentukan keikhlasan seseorang dan ia diketahui oleh orang itu sendiri.
Kesimpulannya,setiap orang mempunyai tanggung jawab dalam melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan. Seorang guru mempunyai tanggung jawab yang besar untuk mengajar dan mendidik muridnya menjadi manusia berguna.
Dia akan melakukan tugas dengan penuh keyakinan dan sentiasa mengambil berat perihal muridnya dengan mengawasi tingkah laku mereka.
Selamat Hari Guru.
________________
Mohd.Shokri Ahmad Fauzi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak. Seorang pesara guru dan pernah mengajar di bandar Miri, Sibu, Kuching, Mukah dan Segamat, Johor selama hampir 22 tahun. Berkelulusan Ijazah Pendidikan dalam Bahasa Inggeris (TESL) dan Ijazah dalam Psikologi.
Sumber HD - 16-5-2014
Terima kasih Cikgu 'selamatkan' saya…
IZINKAN saya mencoret secubit kisah, pengorbanan guru…
Ya, bagaimana mungkin sebilangan besar guru-guru di sebuah sekolah asrama di Perak akan melupakan seorang pelajar tingkatan dua tahun 1989, yang lari daripada sekolah di waktu malam, menaiki keretapi lalu ke utara tanah air tanpa diketahui oleh sesiapa.
Gamat satu sekolah keesokannya. Namun kisah 'pelarian' itu tidak bertahan lama. Dua hari selepas itu saya berjaya 'ditangkap'.
Tidak mungkin juga, mana-mana guru dapat menghilangkan wajah seorang Azamin yang terpaksa berdiri di hadapan ratusan pelajar pada hari perhimpunan Jumaat, kerana melanggar displin sekolah.
Digelar oleh guru displin sebagai P1 (Penjenayah, penjahat, perosak dan pelbagai perkataan P yang menunjukkan akhlak saya tidak elok).
Bukan sekali langgar. Acap kali. Antaranya mencederakan pelajar muda, bergaduh, pecah almari makmal, bawa 'lari' sebuah TV asrama ke bilik gerakan sekolah semata-mata untuk menonton video, meronda-ronda ke Asrama Puteri lewat malam dan aneka macam kelaku yang cukup memalukan.
Seringkali mata memandang serong apabila saya menuju ke bilik pengetua sekolah untuk menjalani hukuman sebatan rotan yang cukup menyakitkan. Lebih mengaibkan, ayahanda terpaksa datang sebab saya digantung selama seminggu kerana mencederakan pelajar.
Senarai panjang salah laku, tidak mungkin dapat memenuhi coretan ini. Cukup secebis, tanda pengakuan salah sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Saat itu, umpama sudah ada 'sayap untuk terbang'. Terlalu angkuh, padahal hijau lagi akal budi.
Cumanya paling menyayat hati dan tersentuh jiwa, walau setinggi mana gumpalan noda dan dosa, biar melangit saya melompat, dan tersungkur ke bumi sekalipun, guru-guru sekolah itu tidak pernah 'membuang' jauh sekali 'menyisih' saya.
Malah ketika saya 'jatuh', mereka mengutip saya, mengangkat lalu menjulang semula ke atas. Tanpa serik, saya kembali 'liar' melonjak ke sana ke mari mencabar jiwa naluri seorang guru.
Setelah lama, saya 'jatuh' terperusuk lagi. Sepi, sakit dan berdarah. Guru-guru, sekali lagi memapah, memeluk dan menyelamatkan saya sambil membasahkan bibir dengan kalimah kata-kata hikmat dan azimat. Tanpa peduli, siapa saya yang dikenali cukup bermasalah.
Tidak putus-putus, seorang demi seorang menasihati saya. Baik guru lelaki mahupun perempuan. Baik yang beragama Islam mahupun bukan. Tanpa kecuali guru kaunseling, silih berganti, menjadikan saya sebagai subjek bermasalah yang perlu ditangani dengan segera.
Selama setahun lebih guru-guru memulih dan menenangkan 'pemberontakan' saya.
Bayangkan tanpa ayah ibu di depan mata, guru-guru menjadi keluarga pengganti diri. Jika tidak sabar, sudah pasti tidak ada sekelumit nurani pun yang berhajat untuk membimbing saya ketika itu. Tanpa jemu, guru-guru terus memberi semangat juang yang tinggi untuk menjadikan saya, seorang pelajar yang baik.
Tahun 1990, terbit rasa insaf. Berjurai air mata tatkala mendengar kalimah tajam menusuk jiwa daripada guru-guru saya.
"Awak terlalu matang untuk membuat kerja-kerja bodoh ini. Seorang pemimpin, bukan begini kelakuannya," nasihat seorang guru perempuan kepada saya yang ketika itu berada di tingkatan tiga.
"Azamin, cara awak berkata-kata, bercerita menunjukkan tahap pemikiran yang sama sekali berbeza dengan sifat yang awak tunjukkan selama ini. Berubahlah, disebalik keburukan pasti ada cebis kebaikan awak," kata seorang guru kaunseling sambil menitiskan air mata.
Walaupun tercatat nama dalam buku hitam dispilin sekolah termasuk satu rekod di Balai Polis Ipoh kerana lari sekolah, saya 'bangkit' semula atas usaha jerit pedih cikgu-cikgu mendidik saya.
Ya, bukan senang menjadi guru. Siang malam bergelumang dengan karenah dan ragam pelajar yang kini cukup dasyat, menyeramkan dan meloyakan.
Saya, antara bukti yang masih hidup. Betapa payahnya, guru-guru melentur saya, namun akhirnya berjaya jua. Menjadikan saya seorang manusia.
Berapa ramai guru di seluruh negara, secara 'tidak sengaja' dan tanpa niat telah melahirkan beratus-ratus malah ribuan 'binatang' di luar sana. Perompak, perogol, penjenayah, penagih dan pembunuh yang asalnya juga daripada suci perut ibu mengandung, juga asalnya seorang pelajar sekolah. Pasti mengecewakan. Namun itu bukan salah cikgu.
Alhamdullilah, saya terselamat kerana guru-guru saya sempat dan cepat. Calar-balar dan lebam di tubuh serta tempeleng dan jerkahan guru menjadikan saya sedar kesilapan yang dilakukan.
Jika tidak, entah di kolong manalah saya melabuhkan lena, entah di longkang manalah saya terjaga. Lorong hitam manalah saya berkelana dan mungkin perginya tanpa nama, atau lebih pedih dihina.
Jikalau badan saya tidak berbirat dan tiada pekikan guru menerjah telinga saya, sudah pasti saya tidak berada di sini.
Mungkin tidak ada sesuatu pun boleh dibanggakan oleh guru-guru terhadap saya. Namun sejahat mana sekali pun saya, seteruk mana libasan guru ke tubuh saya, sekuat mana tempikan guru kepada saya…saya tidak pernah melawan guru.
Jauh sekali untuk mencalarkan kereta atau memancitkan tayar kereta cikgu atau mengajak cikgu 'bertempur' di luar sekolah. Biar apapun, dua jenis manusia yang tetap saya hormati sepanjang hayat - 'ayah ibu dan guruku'.
Mungkin guru-guru saya, di sekolah, di kolej atau di pondok pasti akan bersyukur dan merasa sungguh bangga apabila sebilangan besar anak-anak didik mereka telah menggapai 'bintang'.
Yang menjadi doktor, peguam, jurutera, pendidik, usahawan, pemimpin politik dan berada di puncak pasti akan menyejukkan hati guru-guru saya.
Saya? Masih mengharapkan doa yang tidak putus-putus daripada Cikgu.
Hajat di hati, ingin saya merakamkan nama-nama guru di coretan ini namun rasa tidak sampai hati dan tidak tergamak, mana tahu bakal 'terpalit lumpur' di sebabkan saya. Biarlah saya simpan kemas di sanubari.
Saya begitu berbesar hati untuk membariskan senarai semua guru-guru yang telah 'menyelamatkan' saya selama ini, namun hati kecil penuh sayu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu menyusahkan cikgu di kemudian hari.
Walau apapun tanggapan dan sangkaan, saya tetap menyanjung cikgu kerana telah 'menyelamatkan' saya dan kini saya berada di sini memperjuangkan apa yang saya percayai. Terima kasih Cikgu kerana tidak jemu.
Muridmu suka mencabar hati,
Asyik melawan, langgar arahan.
Budi baik guru kubawa mati,
Jasamu kutebus di depan Tuhan.
Selamat Hari Guru.
Sumber HD - 16-5-2014
Ya, bagaimana mungkin sebilangan besar guru-guru di sebuah sekolah asrama di Perak akan melupakan seorang pelajar tingkatan dua tahun 1989, yang lari daripada sekolah di waktu malam, menaiki keretapi lalu ke utara tanah air tanpa diketahui oleh sesiapa.
Gamat satu sekolah keesokannya. Namun kisah 'pelarian' itu tidak bertahan lama. Dua hari selepas itu saya berjaya 'ditangkap'.
Tidak mungkin juga, mana-mana guru dapat menghilangkan wajah seorang Azamin yang terpaksa berdiri di hadapan ratusan pelajar pada hari perhimpunan Jumaat, kerana melanggar displin sekolah.
Digelar oleh guru displin sebagai P1 (Penjenayah, penjahat, perosak dan pelbagai perkataan P yang menunjukkan akhlak saya tidak elok).
Bukan sekali langgar. Acap kali. Antaranya mencederakan pelajar muda, bergaduh, pecah almari makmal, bawa 'lari' sebuah TV asrama ke bilik gerakan sekolah semata-mata untuk menonton video, meronda-ronda ke Asrama Puteri lewat malam dan aneka macam kelaku yang cukup memalukan.
Seringkali mata memandang serong apabila saya menuju ke bilik pengetua sekolah untuk menjalani hukuman sebatan rotan yang cukup menyakitkan. Lebih mengaibkan, ayahanda terpaksa datang sebab saya digantung selama seminggu kerana mencederakan pelajar.
Senarai panjang salah laku, tidak mungkin dapat memenuhi coretan ini. Cukup secebis, tanda pengakuan salah sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Saat itu, umpama sudah ada 'sayap untuk terbang'. Terlalu angkuh, padahal hijau lagi akal budi.
Cumanya paling menyayat hati dan tersentuh jiwa, walau setinggi mana gumpalan noda dan dosa, biar melangit saya melompat, dan tersungkur ke bumi sekalipun, guru-guru sekolah itu tidak pernah 'membuang' jauh sekali 'menyisih' saya.
Malah ketika saya 'jatuh', mereka mengutip saya, mengangkat lalu menjulang semula ke atas. Tanpa serik, saya kembali 'liar' melonjak ke sana ke mari mencabar jiwa naluri seorang guru.
Setelah lama, saya 'jatuh' terperusuk lagi. Sepi, sakit dan berdarah. Guru-guru, sekali lagi memapah, memeluk dan menyelamatkan saya sambil membasahkan bibir dengan kalimah kata-kata hikmat dan azimat. Tanpa peduli, siapa saya yang dikenali cukup bermasalah.
Tidak putus-putus, seorang demi seorang menasihati saya. Baik guru lelaki mahupun perempuan. Baik yang beragama Islam mahupun bukan. Tanpa kecuali guru kaunseling, silih berganti, menjadikan saya sebagai subjek bermasalah yang perlu ditangani dengan segera.
Selama setahun lebih guru-guru memulih dan menenangkan 'pemberontakan' saya.
Bayangkan tanpa ayah ibu di depan mata, guru-guru menjadi keluarga pengganti diri. Jika tidak sabar, sudah pasti tidak ada sekelumit nurani pun yang berhajat untuk membimbing saya ketika itu. Tanpa jemu, guru-guru terus memberi semangat juang yang tinggi untuk menjadikan saya, seorang pelajar yang baik.
Tahun 1990, terbit rasa insaf. Berjurai air mata tatkala mendengar kalimah tajam menusuk jiwa daripada guru-guru saya.
"Awak terlalu matang untuk membuat kerja-kerja bodoh ini. Seorang pemimpin, bukan begini kelakuannya," nasihat seorang guru perempuan kepada saya yang ketika itu berada di tingkatan tiga.
"Azamin, cara awak berkata-kata, bercerita menunjukkan tahap pemikiran yang sama sekali berbeza dengan sifat yang awak tunjukkan selama ini. Berubahlah, disebalik keburukan pasti ada cebis kebaikan awak," kata seorang guru kaunseling sambil menitiskan air mata.
Walaupun tercatat nama dalam buku hitam dispilin sekolah termasuk satu rekod di Balai Polis Ipoh kerana lari sekolah, saya 'bangkit' semula atas usaha jerit pedih cikgu-cikgu mendidik saya.
Ya, bukan senang menjadi guru. Siang malam bergelumang dengan karenah dan ragam pelajar yang kini cukup dasyat, menyeramkan dan meloyakan.
Saya, antara bukti yang masih hidup. Betapa payahnya, guru-guru melentur saya, namun akhirnya berjaya jua. Menjadikan saya seorang manusia.
Berapa ramai guru di seluruh negara, secara 'tidak sengaja' dan tanpa niat telah melahirkan beratus-ratus malah ribuan 'binatang' di luar sana. Perompak, perogol, penjenayah, penagih dan pembunuh yang asalnya juga daripada suci perut ibu mengandung, juga asalnya seorang pelajar sekolah. Pasti mengecewakan. Namun itu bukan salah cikgu.
Alhamdullilah, saya terselamat kerana guru-guru saya sempat dan cepat. Calar-balar dan lebam di tubuh serta tempeleng dan jerkahan guru menjadikan saya sedar kesilapan yang dilakukan.
Jika tidak, entah di kolong manalah saya melabuhkan lena, entah di longkang manalah saya terjaga. Lorong hitam manalah saya berkelana dan mungkin perginya tanpa nama, atau lebih pedih dihina.
Jikalau badan saya tidak berbirat dan tiada pekikan guru menerjah telinga saya, sudah pasti saya tidak berada di sini.
Mungkin tidak ada sesuatu pun boleh dibanggakan oleh guru-guru terhadap saya. Namun sejahat mana sekali pun saya, seteruk mana libasan guru ke tubuh saya, sekuat mana tempikan guru kepada saya…saya tidak pernah melawan guru.
Jauh sekali untuk mencalarkan kereta atau memancitkan tayar kereta cikgu atau mengajak cikgu 'bertempur' di luar sekolah. Biar apapun, dua jenis manusia yang tetap saya hormati sepanjang hayat - 'ayah ibu dan guruku'.
Mungkin guru-guru saya, di sekolah, di kolej atau di pondok pasti akan bersyukur dan merasa sungguh bangga apabila sebilangan besar anak-anak didik mereka telah menggapai 'bintang'.
Yang menjadi doktor, peguam, jurutera, pendidik, usahawan, pemimpin politik dan berada di puncak pasti akan menyejukkan hati guru-guru saya.
Saya? Masih mengharapkan doa yang tidak putus-putus daripada Cikgu.
Hajat di hati, ingin saya merakamkan nama-nama guru di coretan ini namun rasa tidak sampai hati dan tidak tergamak, mana tahu bakal 'terpalit lumpur' di sebabkan saya. Biarlah saya simpan kemas di sanubari.
Saya begitu berbesar hati untuk membariskan senarai semua guru-guru yang telah 'menyelamatkan' saya selama ini, namun hati kecil penuh sayu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu menyusahkan cikgu di kemudian hari.
Walau apapun tanggapan dan sangkaan, saya tetap menyanjung cikgu kerana telah 'menyelamatkan' saya dan kini saya berada di sini memperjuangkan apa yang saya percayai. Terima kasih Cikgu kerana tidak jemu.
Muridmu suka mencabar hati,
Asyik melawan, langgar arahan.
Budi baik guru kubawa mati,
Jasamu kutebus di depan Tuhan.
Selamat Hari Guru.
Sumber HD - 16-5-2014
Hari Guru: Pentingnya penerapan pendidikan Islam
KUALA LUMPUR: Kepentingan pendidikan Islam di Malaysia ketika ini amat terdesak sebagai benteng utama dalam mencegah gajala sosial yang dihat seolah-olah satu wabak buat anak muda hari ini.
Sempena sambutan Hari Guru yang disambut pada hari ini (16 Mei), PAS menyeru kepada semua golongan pendidik supaya bekerjasama menggembeleng tenaga bagi memastikan sistem pendidikan negara ini dilengkapi dengan sistem pendidikan Islam.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, kepentingan penerapan pendidikan Islam amat penting kerana negara hari ini berhadapan dengan masalah sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan.
"Pergaulan bebas, minum arak dan pembuangan bayi antara gejala sosial yang sering kali berlaku.
"Bagi mencegah keadaan ini daripada berlarutan, salah satu benteng utama adalah melalui pendidikan Islam," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, pembangunan sesebuah negara dalam masyarakat madani bergantung kepada bagaimana rakyatnya dididik dengan akhlak selain penguatkuasaan undang-undang khsusunya mengatasi masalah jenayah.
"Keadaan ini selari dengan kesedaran pentingnya Undang-Undang Jenayah Syariah untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat dididik dengan Pendidikan Islam," tegas beliau.
Sehubungan itu katanya, institusi pendidikan Islam perlu melaksanakan usaha ini dengan bersungguh-sungguh untuk mendidik pelajar bukan sahaja daripada segi akademik malahan tidak mengabaikan aspek kerohanian.
Tambah beliau lagi, atas kesedaran inilah, Lajnah Pendidikan PAS Pusat sedang berusaha untuk menggabungkan komponen mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menjadi satu platform dalam perjuangan sistem pendidikan hari ini.
Beliau menjelaskan, teras pelajaran dalam Pendidikan Islam seperti mata pelajaran Tauhid, Feqah dan Akhlak ini perlu digabung jalin kerana pemahaman dalam pelajaran ini akan membantu pembentukan keperibadian seseorang pelajar.
Tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 Tahun 2014, adalah "Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi". - HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014
Sempena sambutan Hari Guru yang disambut pada hari ini (16 Mei), PAS menyeru kepada semua golongan pendidik supaya bekerjasama menggembeleng tenaga bagi memastikan sistem pendidikan negara ini dilengkapi dengan sistem pendidikan Islam.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, kepentingan penerapan pendidikan Islam amat penting kerana negara hari ini berhadapan dengan masalah sosial yang semakin meruncing dan membimbangkan.
"Pergaulan bebas, minum arak dan pembuangan bayi antara gejala sosial yang sering kali berlaku.
"Bagi mencegah keadaan ini daripada berlarutan, salah satu benteng utama adalah melalui pendidikan Islam," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, pembangunan sesebuah negara dalam masyarakat madani bergantung kepada bagaimana rakyatnya dididik dengan akhlak selain penguatkuasaan undang-undang khsusunya mengatasi masalah jenayah.
"Keadaan ini selari dengan kesedaran pentingnya Undang-Undang Jenayah Syariah untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat dididik dengan Pendidikan Islam," tegas beliau.
Sehubungan itu katanya, institusi pendidikan Islam perlu melaksanakan usaha ini dengan bersungguh-sungguh untuk mendidik pelajar bukan sahaja daripada segi akademik malahan tidak mengabaikan aspek kerohanian.
Tambah beliau lagi, atas kesedaran inilah, Lajnah Pendidikan PAS Pusat sedang berusaha untuk menggabungkan komponen mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menjadi satu platform dalam perjuangan sistem pendidikan hari ini.
Beliau menjelaskan, teras pelajaran dalam Pendidikan Islam seperti mata pelajaran Tauhid, Feqah dan Akhlak ini perlu digabung jalin kerana pemahaman dalam pelajaran ini akan membantu pembentukan keperibadian seseorang pelajar.
Tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 Tahun 2014, adalah "Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi". - HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014
Guru perlu berani buat anjakan paradigma
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menyeru para guru di seluruh negara agar 'berani’ membuat anjakan paradigma demi masa depan pelajar yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara.
Pengerusinya Normala Sudirman berkata, para guru perlu juga berani menyuarakan pendapat termasuk melalui lisan dan mata pena demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas.
Dengan tema tersendiri 'Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan' bagi sambutan Hari Guru tahun ini, beliau berkata, para pendidik perlu memantapkan jati diri dari aspek pembangunan rohani dan spiritual bagi menghadapi cabaran pendidikan semasa dalam era globalisasi.
"Guru adalah ejen perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai ’kemerdekaan’ tanah air.
"Gurulah yang membentuk jiwa dan minda merdeka’ dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu," katanya kepada Harakahdaily.
Kini katanya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik .
Tegasnya, perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.
Tambahnya, nasib dan kebajikan para guru juga kian diabaikan dan tiada pembelaan, mereka berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut untuk terus mendidik anak bangsa.
"Apa yang paling menyedihkan,hanya kepada para guru seolah- olah dibebankan segala tanggungjawab ini. Sebahagian pihak berperanan sebagai ’pembina’ malangnya sebahagian pihak pula menjadi ’peruntuh’ masa depan.
"Manakala peranan pihak kerajaan, media bercetak dan media elektronik selain institusi kekeluargaan seolah-olah semakin dikesampingkan. Sedangkan mereka juga berperanan mendidik masyarakat bagi melahirkan insan berjiwa rabbani. Bukankah tanggungjawab mendidik masyarakat mesti digalas secara kolektif dan bersepadu?" katanya.
Justeru, tegas Normala penghargaan dan pengiktirafan daripada masyarakat melalui kad ucapan , menaikkan banner atau majlis perayaan kepada golongan pendidik amat penting untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah mendidik masyarakat.
"Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem ’Pendidikan Rabbani,"tambahnya. HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014
Pengerusinya Normala Sudirman berkata, para guru perlu juga berani menyuarakan pendapat termasuk melalui lisan dan mata pena demi melihat kelangsungan masa depan anak bangsa menjadi lebih terarah dan memiliki halatuju yang jelas.
Dengan tema tersendiri 'Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan' bagi sambutan Hari Guru tahun ini, beliau berkata, para pendidik perlu memantapkan jati diri dari aspek pembangunan rohani dan spiritual bagi menghadapi cabaran pendidikan semasa dalam era globalisasi.
"Guru adalah ejen perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai ’kemerdekaan’ tanah air.
"Gurulah yang membentuk jiwa dan minda merdeka’ dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu," katanya kepada Harakahdaily.
Kini katanya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik .
Tegasnya, perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.
Tambahnya, nasib dan kebajikan para guru juga kian diabaikan dan tiada pembelaan, mereka berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut untuk terus mendidik anak bangsa.
"Apa yang paling menyedihkan,hanya kepada para guru seolah- olah dibebankan segala tanggungjawab ini. Sebahagian pihak berperanan sebagai ’pembina’ malangnya sebahagian pihak pula menjadi ’peruntuh’ masa depan.
"Manakala peranan pihak kerajaan, media bercetak dan media elektronik selain institusi kekeluargaan seolah-olah semakin dikesampingkan. Sedangkan mereka juga berperanan mendidik masyarakat bagi melahirkan insan berjiwa rabbani. Bukankah tanggungjawab mendidik masyarakat mesti digalas secara kolektif dan bersepadu?" katanya.
Justeru, tegas Normala penghargaan dan pengiktirafan daripada masyarakat melalui kad ucapan , menaikkan banner atau majlis perayaan kepada golongan pendidik amat penting untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah mendidik masyarakat.
"Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem ’Pendidikan Rabbani,"tambahnya. HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014
Guruku bukan penceroboh
Assalamualaikum.
Saudara Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh.
Bayangkan saudara seorang guru beragama Islam berbangsa Melayu. Sekolah pertama saudara ditugaskan katakan sebuah sekolah aliran Cina. Atau sebuah sekolah aliran Tamil. Atau apa jua aliran asalkan bukan sekolah Melayu. Asalkan yang saudara bakal didik nanti bukan orang Islam.
Bayangkan pula sekolah pertama itu bukan sekadar sekolah pertama saudara ditugaskan. Bayangkan sekolah itu juga sekolah terakhir saudara. Bukan kerana saudara mati awal. Tetapi entah bagaimana sedar-sedar saudara sudah berkhidmat di sana sampai pencen. Ya, dari saat saudara pernah menjadi seorang jejaka yang bagak sehingga gigi saudara kini merongak. Rambut dahulu hitam berkilat kini menjadi putih yang amat.
Apa perasaan saudara rasa-rasanya?
Adakah saudara rasa terseksa? Rasa terkilan? Terasa bahawa saudara tidak berbakti pada leluhur saudara sendiri?
Kalau saudara ada rasa begitu, demi Allah, saudara harus rasa malu pada Tan Gim Hoe.
Siapa dia?
TAN GIM HOE PENCEROBOH?
Saudara tanyalah Suhaimi Sulaiman, Rafizi Ramli, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz hatta Nik Nazmi - siapa Tan Gim Hoe.
Mr. Tan Gim Hoe.
Seorang guru matematik tambahan bagi semua tokoh nasional itu. Juga guru saya. Guru pelajar-pelajar Melayu Islam Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak Mr. Tan menjejak kakinya ke ranah Kuala Kangsar, berkhidmat di sekolah pertamanya itu mulai tahun 1972 hingga bersara sekitar tahun 2006.
Ya, dia seorang Cina. Seorang Buddha. MCKK sekolah pertamanya. MCKK jugalah sekolah terakhirnya. Ini bermakna, tidak ada seorang pun anak didik rasminya bukan Melayu. Tidak ada seorang pun bukan Islam. Bahkan semuanya Melayu Islam.
Hampir setiap hari akan ada kertas soalan beserta jawapan di belakang, tulisan tangannya sendiri. Dia pergi ke bilik cerok berhabuk itu untuk fotostat. Kemudian, dengan peluh masih belum diseka, dia terlebih dahulu mengedarkan kertas-kertas itu kepada bakal calon-calon SPM. Kalau ada tiga jalan kira jawapan bagi satu soalan, maka tiga jalan kiralah dia tulis. Dan kami, pelajar-pelajar MCKK tidak dinafikan rata-rata malas untuk mengulangkaji gunungan kertas latihan Matematik Tambahan itu.
Tetapi Mr Tan Gim Hoe seakan mustahil untuk tidak rajin - sabar dengan karenah kami, seakan keletihan tiada dalam kamus kehidupannya.
Maka, atas segala cerita saya tentang sosok ini, adakah Mr Tan, seorang guru Cina, seorang penceroboh?
Benarlah, Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
HENG GAIK PENG, MR & MRS TAN JUGA PENCEROBOH?
Di Sekolah Kebangsaan Juara Cherok To'kun, Guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina saya, Miss Heng Gaik Peng, pernah berkata dengan penuh bangga di hadapan para muridnya :
“Dear students, this is my student, Za'im. He was just like you. Yesterday, he couldn't speak English that well but today, he sounds like a white man. He was a student like you but he will always be my student."
Seorang guru cina memberikan inspirasi kepada anak-anak didik Melayunya dengan menggunakan contoh seorang anak didik Melayunya juga.
Seorang penceroboh tidak akan pernah terlintas untuk melakukan sesuatu yang indah sebegini. Seorang penceroboh sepatutnya merobohkan motivasi anak-anak musuhnya.
Benarlah, Heng Gaik Peng bukan seorang penceroboh.
Saya jadi teringat pula pada sosok Mr Tan Taman Bukit Indah, guru kelas tambahan saya selama enam tahun yang bertanggungjawab menyebabkan saya menggondol 5A dalam UPSR –
"You makan coklat ini, jangan makan coklat tu. Itu coklat sudah buat sembahyang".
Seorang guru cina begitu beradab menjaga sensitiviti agama, halal haram makanan anak murid Melayunya meski tanpa kehadiran ibu bapa murid berkenaan juga adalah mustahil seorang penceroboh.
Benarlah, Mr dan Mrs Tan Taman Bukit Indah itu bukan seorang penceroboh.
APA SEBENARNYA HENDAK DISEBUT?
Apa yang sebenarnya hendak saya sebut? Saya tidak mahu panjang-panjangkan. Cukuplah saya petik kembali kata-kata rakan kami, Mud Luthfi, vlogger yang terkenal itu.
Kalau saudara tidak gembira dengan DAP. Cakap terang-terang, saudara tidak gembira dengan DAP.
Hakikatnya, tidak semua orang suka DAP. Malah, dalam kalangan Pakatan Rakyat juga, ada juga yang tidak gembira dengan DAP. Malah, tidak semua Cina undi DAP – dan saya kira, saudara sedar akan hal itu. Semua orang ada hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu, termasuk juga saudara (ISMA mungkin salah satu contoh).
Tetapi untuk saudara pukul rata semua dalam kalangan Bangsa Cina itu sebagai penceroboh, adakah ia sesuatu yang perlu dan bijaksana untuk mengatakan sedemikian. Kalau pun kenyataan itu benar (kerana ia bergantung kepada tafsiran naratif sejarah yang mana yang saudara imani), apa perlu hal itu ditonjolkan?
Saudara tidak akan berkata bahawa Allah itu Tuhan bagi khinzir sekalipun ia benar bukan? Ini soal adab.
Setiap perkara ada tempatnya.
Bangsa Cina – mereka itu antara kalangan guru-guru kita, rakan-rakan sekelas kita, mereka itu apek yang jual ‘sulat khaba lama’, ada juga yang jual ‘tilam tilam tilam’, juga Datuk Lee Chong Wei dan ada juga sudah menjadi saudara seakidah kita bagi yang memeluk agama Islam.
Lantaran itu, saudara tidak boleh sewenang-wenangnya mengazetkan, hanya kerana mereka itu Cina, maka mereka itu wajib DAP.
Saudara, pastikan saudara jelas dengan siapa saudara tidak setuju dan atas dasar apa saudara tidak setuju. Hal ini insyaAllah akan selamatkan saudara daripada kelihatan naïf, ataupun ‘grandiose’ mahupun daripada Akta Hasutan (masih ada lagi akta ini?).
Itu kata Mud Luthfi dengan beberapa editan. Dan saya bersama dengannya dalam hal ini.
SERU BERHIKMAH
Masalah “Cina Penceroboh” dan “Muslimat Demo Pelacur” itu punya satu titik temu. Masalah seruan. Apa yang ditutur dari benturan mulut. Bahasa yang diguna. Gelar-gelar apa yang dipak
ai.
Saya masih ingat tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Kata Tuan Guru, Nabi Muhammad tidak memanggil orang yang berhijrah ke Makkah sebagai Makkiyyun (orang-orang Makkah) atau yang membantu orang Makkah itu sebagai Ahlul Madinah (orang-orang Madinah).
Tetapi baginda memanggil dengan panggilan yang begitu mesra, Muhaajirin (orang-orang yang berhijrah) dan Ansar (orang-orang yang menolong). Semuanya, bagi mengalihkan pandangan manusia daripada memanggil sesuatu atas dasar ras dan kesukuan melampau kepada panggilan yang menghargai jasa dan bakti melalui perbuatan yang digerakkan tangan dan kaki.
Di sinilah mustahaknya rukun uslub (pendekatan) itu secara jujur difahami dan dilaksanakan dalam empat rukun dakwah selain daie (penyeru), mad’u (penerima seruan) dan maudu’ (subjek seruan). Termasuk dalam rukun uslub itu ialah sejauh mana berkesannya gelaran kita, panggilan dan seruan kita bagi mereka yang kita target sebagai penerima seruan.
Oh, saudara tentunya lebih arif kerana telah memegang pelbagai ijazah syariah. Namun, cukuplah saya mengingatkan bahawa Junta Burma bunuh Muslim Rohingya atas dasar 'sejarah' dan istilah 'pendatang'. Dan adalah ironi andai mulut kita marah pada Junta Burma sedangkan kaki dan tangan kita sedang menuruti langkah mereka.
Akhirnya, bersempena program Hujung Minggu Pelajar Tua MCKK hujung minggu ini di samping Hari Guru 16 Mei tidak lama lagi, saya kira rata-rata anak didik Mr Tan dengan bangganya akan mengatakan –
Saudara, Tan Gim Hoe itu guru kami.
Dan Tan Gim Hoe bukan seorang penceroboh.
Terima kasih, Saudara Sang Penuduh bahawa Bangsa Cina Penceroboh - kerana saudara, saya terkenang guru-guru saya semula. Ia amat berharga dan terlalu bernilai untuk diingati.
Selamat Hari Guru kepada semua guru tanpa mengira siapa pun anda!
Pinggiran Subang Jaya, Selangor
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014
Sumber HD -16-5-2014
Cikgu Izzat: Terkorban kerana PBS
- Apr 08, 2014
- MAJDAN DAGANG
Sejak tahun lepas namanya tiba-tiba muncul tatkala ibu bapa dan orang politik sibuk bercakap pasal Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebelumnya, hanya orang politik dari parti Pakatan Rakyat yang mengkritik sistem ini secara terbuka.
Pakatan Rakyat bercakap bagi menyampaikan suara hati para ibu bapa dan warga pendidik yang tidak puas hati akan pelaksanaan PBS itu. Sistem ini dilaksanakan dalam suasana warga pendidik, prasarana dan ibu bapa belum bersedia – maka jadilah caca marba. Ibarat peribahasa, “rumah siap, pahat berbunyi.”
Ketika itulah muncul sosok Cikgu Izzat, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Beliau menyatakan apa yang sepatutnya dinyatakan. Beliau bukan menentang kerajaan dan Umno-BN, tetapi menegur kelemahan sistem yang dikenakan terhadap warga pendidik.
Beliau yang mewakili suara hati para guru mahu pemerintah tidak melaksanakan sesuatu dasar itu tanpa menilai dahulu kemampuan yang ada – kemampuan sumber manusia dan prasarana. Tidak ada kepentingan politik baginya. Bahkan sepengetahuan saya ada Cikgu Izzat ada kaitan dengan mana-mana parti.
Hasil perjuangan beliau, PBS ditangguhkan oleh menterinya – walaupun tidak pasti sejauhmana penangguhan itu. Namun hasilnya ada.
Tetapi setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Mana ada perjuangan yang dibentang permaidani merah. Cikgu Izzat menerima bahana atas perjuangannya. Beliau menjadi hero dalam kalangan guru yang lain.
Beliau ditukarkan ke sekolah lain tanpa alasan yang munasabah. Cikgu Izzat bukanlah guru pertama yang ditukarkan serta-merta. Sebelum ini pun sudah ramai cikgu yang kena tukar kerana aktif menyokong dan terbabit dalam gerak kerja parti pembangkang. Yang kena tukar kerana masalah disiplin pun ramai juga.
Saya percaya, dalam tempoh terdekat ini tiada pembelaan yang sewajarnya diperoleh beliau. Setakat ini hanya Badan Bukan Kerajaan dan parti politik daripada Pakatan Rakyat yang berusaha membantunya.
Dalam sistem demokrasi di Malaysia hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik dasar kerajaan akan dikenakan tindakan oleh parti yang memerintah. Hal itu kita sedia maklum. Malaysia belum lagi mencapai tahap demokrasi yang dapat membezakan antara parti yang memerintah dan kerajaan. Parti yang memerintah ialah pengubal dasar sementara kakitangan kerajaan adalah pelaksana dasar.
Mengkritik dasar tidak semestinya tidak suka dengan parti. Boleh jadi Cikgu Izzat ahli dan penyokong Umno. Tetapi tidak semestinya beliau bersetuju dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN.
Namun, pertukaran Cikgu Izzat amat istimewa bagi saya. Sebabnya suara beliau adalah untuk mempertahankan kerjaya perguruan yang cuba dirojakkan oleh Umno-BN. Wajarlah beliau tidak mewakili mana-mana parti, sebab kerjaya perguruan wajar dipisahkan daripada politik kepartian ketika mengajar.
Saya percaya, tindakan Cikgu Izzat ialah demi masa depan generasi Malaysia. Beliau tentunya tidak mahu anak muridnya menjadi tikus ujian. Beliau berkorban diri dan kerjaya serta peluang kenaikan pangkat demi masa depan anak muridnya.
Adalah perkara biasa seorang guru berkorban demi anak muridnya. Yang luar biasa ialah anak murid yang telah berjaya sanggup mengkhianati gurunya apabila sudah beroleh kuasa.
1.YB UAMS - http://www.youtube.com/watch?v=YN9YiVhL0Mw
2. YB K - https://www.youtube.com/watch?v=2SogCCRJCUg
Sumber HD - 8-4-2014
Kementerian perlu siasat ramai tercicir SPM 2013
- Mar 22, 2014
- HARAKAHDAILY
Jelas, ujarnya pelajar Malaysia jelas tidak boleh bersaing jika membandingkan prestasi negara di peringkat antarabangsa.
“Adakah keputusan SPM ini dimanipulasikan oleh kerajaan untuk mengabui mata rakyat?” tanya beliau yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.
Buat kesekian kalinya kita mendapat khabar keputusan SPM yang baik, dan memberangsangkan.
Secara keseluruhan, keputusan SPM 2013 adalah lebih baik jika dibandingkan dari segi keputusan Gred Purata Negara (GPN), iaitu pada 4.93 mata berbanding dengan 5.08 mata pada tahun 2012 (purata yang lebih kecil menunjukkan keputusan yang lebih baik).
Lebih ramai pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang A dalam semua subjek iaitu 13,970 pelajar berbanding 13,720 iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus dari tahun sebelumnya.
Keputusan juga menunjukkan peningkatan markah dalam subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.
Walau terdapat penurunan kecil dalam subjek Matematik, namun dalam subjek elektif, peningkatan telah didapati dalam 55 subjek termasuk Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains.
Pun begitu, bagaimanakah kita boleh yakin dengan keputusan ini adalah satu keputusan yang baik, sedangkan maklumat mengenai markah lulus dan gred dalam peperiksaan ini dikategorikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi?
Kita sepatutnya berhak menilai sejauh mana keputusan ini boleh memuaskan tahap pencapaian pendidikan negara.
Sebenarnya, peratusan kelulusan semakin menurun berbanding dengan dengan tahun lepas, dengan hanya 85.5 peratus daripada calon berjaya dalam peperiksaan tersebut, berbanding dengan 91.2 peratus pada tahun 2012.
Angka calon yang gagal amat besar sekali, iaitu kira-kira 68,208 orang calon daripada 470,395 calon. Kementerian perlu menyiasat kenapakah begitu ramai calon keciciran, dan seterusnya menjelaskan kenapakah keadaan ini berlaku.
Sebaiknya kita juga membandingkan prestasi negara di peringkat antarabangsa; Hal ini kerana; bila masa kita membandingkan dengan negara-negara lain, contohnya dalam keputusan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS) dan Programme for International Student Assessment (PISA), hakikatnya berlainan sama sekali.
Laporan TIMMS mendedahkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999. Laporan pada tahun 2011 telah mengatakan kedudukan Malaysia telah jatuh dari tahun 1999 dalam kedua-dua subjek Matematik dan Sains, iaitu bagi subjek Matematik 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).
Markah purata juga menurun, iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) dan 440 (2011) bagi subjek Matematik; sementara subjek Sains 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) dan 426 (2011).
Keputusan PISA pada tahun 2012 juga amat menakutkan sama sekali. Malaysia menduduki tempat ke 52, 53 dan 59 bagi subjek Matematik, Sains dan Pembacaan, jauh lebih teruk daripada Vietnam yang berada pada tahap 17, 18 dan 19 bagi subjek-subjek yang sama. Bagaimanakah sebuah negara yang tidak mempunyai sumber asli seperti Malaysia dapat menewaskan Malaysia dalam bidang pendidikan?
Yang jelas, keputusan SPM memberikan suatu gambaran yang kabur, yang tidak menunjukkan keadaan sebenar situasi pendidikan kita. Jelas pelajar Malaysia jelas tidak boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Adakah keputusan SPM ini dimanipulasikan oleh kerajaan untuk mengabui mata rakyat?
Demi anak-anak Malaysia, saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Menteri Pendidikan pada minggu lepas, antara lain meminta Yang Berhormat Menteri mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk wakil dari profession perguruan, ahli politik bipartisan dan wakil-wakil daripada kerajaan tentang cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah ini.
Krisis kontradiksi pendidikan sewajibnya mendesak kerajaan untuk mengambil sikap lebih terbuka dan inklusif dalam merangka polisi-polisi pendidikan, supaya penyelesaian yang terbaik dapat dicungkil dari minda-minda akademia tersohor di dalam dan luar negara. Perkara ini perlu diberi keutamaan agar Malaysia akan terus dapat bersaing dengan dengan negara-negara lain, terutama dalan era globalisasi ekonomi yang semakin rancak dari hari ke hari.
Sedarlah! Masa depan pendidikan anak anak berada di dalam tangan kita!
Sumber HD - 22-3-2014
SPM 2013: 13,970 peroleh gred A semua mata pelajaran
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat semua A daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sebanyak 11,892 calon berbanding 11,648 calon tahun sebelumnya.
"Bagi calon bukan KPM yang memperoleh semua A adalah sebanyak 2,078 untuk semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 2,072 calon pada 2012," katanya semasa mengumumkan Analisis Keputusan SPM 2013 di sini hari ini.
Daripada jumlah itu, Khair berkata sebanyak 405 calon iaitu 366 calon sekolah KPM dan selebihnya calon bukan KPM berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Beliau berkata jumlah keseluruhan calon yang menduduki SPM tahun lepas adalah sebanyak 442,588.
Khair berkata 883 daripada keseluruhan calon yang menduduki SPM adalah calon berkeperluan khas sama ada buta, pekak dan mengalami kecacatan lain.
Beliau berkata lapan daripadanya mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) dalam semua mata pelajaran diduduki, sekaligus menunjukkan semua calon tanpa mengira kekurangan, berpeluang untuk cemerlang dalam SPM.
Secara keseluruhan, pencapaian calon dalam SPM 2013 amat membanggakan berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) berbanding tahun-tahun sebelumnya, katanya.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai GPN 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.15 mata. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," jelas beliau.
Khair berkata berdasarkan GPN juga, calon bandar menunjukkan peningkatan 0.15 peratus mata iaitu daripada 4.83 mata pada 2012 kepada 4.68 mata tahun lepas, manakala calon luar bandar turut meningkat sebanyak 0.16 mata daripada 5.44 mata (2012) kepada 5.28 mata pada 2013.
Berdasarkan keputusan SPM 2013, Khair berkata enam daripada tujuh mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains, kecuali Matematik menurun sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013.
Bagi mata pelajaran elektif, 55 daripada 101 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi antaranya untuk elektif Sains seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains Gunaan.
Katanya mulai tahun lepas, selain mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah turut dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk calon layak mendapat sijil SPM.
"Sejumlah 378,490 calon sekolah KPM dan calon bukan KPM yang pertama kali menduduki SPM pada 2013 layak mendapat sijil berbanding 402,859 calon pada tahun sebelumnya," katanya.
Sementara itu, bagi memastikan peperiksaan SPM terus mendapat pengiktirafan antarabangsa, Khair berkata Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat pakar pentaksiran dari luar negara dan jaringan profesional antarabangsa untuk SPM 2013 iaitu Cambridge International Examinations (CIE) United Kingdom,New Zealand Qualifications Authority (NZQA) New Zealand dan dan London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) United Kingdom.
"Pakar pentaksiran terlibat amat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan berkredibiliti tinggi," katanya.
Dalam pada itu Khair mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan berharap mereka dapat meneruskan budaya kecemerlangan dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
"Kepada calon yang kurang berjaya, anggaplah kegagalan itu sebagai cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan lain pada masa akan datang," katanya. - Bernama
Sumber HD - 20-3-2014
Memo ke pejabat pendidikan untuk pertahan cikgu
- Mar 13, 2014
- HARAKAHDAILY
Pertukaran Cikgu Mohd Nor Izzat dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya arahan perpindahan atas keperluan perkhidmatan.
"Saya ingin menegaskan bahawa arahan pertukaran ini bertentangan dengan matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia terhadap warga pendidik dalam mengangkat martabat profesionalisme perguruan dalam persada pendidikan negara," ujar Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala.
Memorandum telah diterima oleh Rashidah Mohd. Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Pada awalnya Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Rosdi Ismail telah bersetuju menerima memorandum ini dalam satu temujanji yang dibuat sehari awal sebelum kunjungan dibuat, tetapi akhirnya terpaksa bergegas ke suatu mensyuarat lain 15 minit sebelum masa yabg dijanjikan.
Turut bersama dalam penyerahan memorandum tersebut adalah Mohd Zai Mustafa, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN).
Cikgu Mala juga melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan KPM menukarkan guru secara tergesa-gesa dan tanpa sebab yang kukuh sejak sekian lama. Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka.
Sumber HD - 13-3-2014
PBS: Syukur menteri sedar kesilapan, kata Izzat
- Mar 12, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Katanya, pengakuan tersebut menunjukkan kerajaan turut mengakui kesilapan terhadap pelaksanaan PBS itu.
"Saya sangat bersyukur kerana menteri sedar akan kesilapan yang dilakukan.
"Harapan saya agar PBS bentuk baharu yang bakal dilaksanakan pada April ini ditangguhkan bagi melaksanakan kajian rintis," ujarnya melalui sistem pesanan ringkas.
Beliau turut mengharapkan agar PBS bentuk baharu akan menjalani kajian rintis setidak-tidaknya tiga tahun.
"Tujuan diadakan kajian rintis ini supaya tidak berlaku kesilapan kali kedua dalam melaksanakan sesebuah dasar baharu.
"Ketika ini, lebih 450,000 orang murid tingkatan 3 masih dalam keadaan 'terawang-awangan' dek menanti PBS bentuk baharu yang masih tidak tahu hala tujunya," sambung beliau.
"Masalahnya adalah pelaksanaan dan saya akui dalam kita melaksanakan, kita mungkin terlalu ghairah," kata Idris ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber HD - 12-3-2014
Strok haba: Ubah aktiviti sukan pelajar ke waktu pagi
- Mar 02, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaa Normala Sudirman berkata, keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan pelajar dan guru ketika mengikuti aktiviti sukan sekolah atau kegiatan ko-kurikulum di padang sekolah atau ditempat terbuka pada waktu tengahari atau petang.
Beliau mencadangkan agar aktiviti ko-kurikulum, sukan sekolah atau sukan merentas desa diadakan pada waktu pagi dengan anjakan jadual yang fleksibel mengikut kesesuaian sekolah.
Ini adalah kerana mengambilkira keadaan cuaca yang terlalu panas terutama ketika jam 2 petang dan keadaan keselesaan pelajar serta guru muslimah yang bertudung di tengah matahari terik di padang sekolah.
" Kami menerima aduan warga pendidik yang meminta situasi ini dipanjangkan ke peringkat atasan agar diambil perhatian kerana atas faktor cuaca yang terlalu panas terutama ketika jam 2 petang."
"Saya sedar, ada sesetengah sekolah yang mensyaratkan aktiviti haruslah bermula petang dengan harapan tidak menganggu tumpuan pembelajaran dan pengajaran pelajar, tetapi ianya boleh dilakukan dengan pertimbangan anjakan jadual yang fleksibel oleh pengetua sekolah dan kebenaran daripada PPD dan JPN setiap negeri masing-masing," kata beliau.
Beliau merujuk aduan yang diterima dari Negeri Melaka yang mengadakan Sukan MSSM yang bermula jam 2 petang menyebabkan pelajar dan guru wanita yang bertudung tidak selesa akibat cuaca panas.
Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu , definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius.
Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Beliau juga menasihatkan agar orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
Sumber HD - 2-3-2014
Tangguh PBS hanya kelegaan sementara - SGMM
- Feb 28, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Namun kata Ketua Gerak Kerja (Penaja) SGMM, Mohd Izzat Mohd Johari, beliau khuatir penangguhan ini sekadar meredakan bahang kepincangan PBS.
"Saya tidak nampak apa yang dilakukan oleh menteri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari penangguhan tersebut.
"Apa yang kita lihat ada usaha dari pihak KPM ingin meneruskan PBS dalam masa terdekat.
"Umum penangguhan, tapi apa kajian yang dilakukan KPM terhadap PBS, kita sendiri tidak tahu," jelas beliau.
Mohd Izzat ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan PBS diterima seluruh masyarakat, berkata: "Idris kena tunjukkan bukti jelas kepada seluruh masyarakat tentang apa yang beliau katakan itu, apa bukti masyarakat terima.
"Hanya sekadar cakap dan tanpa bukti itu suatu yang tidak boleh diterima," katanya.
Beliau yang kecewa dengan sikap KPM yang tidak mempunyai pendirian tegas dalam soal PBS, sehinggakan seluruh guru di Malaysia berbelah bahagi sama ada hendak meneruskan PBS atau tidak.
"Jika tangguh, akan hadapi masalah lain iaitu pertindanan kerja yang terlalu banyak, malah murid pula akan dibebani banyak kerja.
"Saya mohon PBS ini dihentikan serta-merta bukannya ditangguh tanpa hala tuju.
"Walaupun PBS baharu akan wujud, ianya wajib dikaji dan dilaksanakan perintis terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun kajian rintis," kata beliau.
Beliau berharap, mana-mana individu yang mengaku sebagai guru berpuluh tahun yang cuba menyokong PBS agar tidak hipokrit, kerana seluruh guru Malaysia tahu kepincangan pelaksanaan PBS sejak 2011 hingga 2013.
Sumber HD - 28-2-2014
PBS: Jangan perjudikan masa depan pelajar
- Feb 27, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, pada sidang media menjelaskan idea di belakang PBS merupakan satu idea yang baik dalam melahirkan pelajar yang lebih holistik berbanding dengan sistem sebelum ini.
Namun, pelaksanaan dasar ini telah mendedahkan pelbaga kelemahan sehingga menimbulkan masalah buat guru-guru, ibu bapa dan juga pelajar.
"Saya tidak menolak pelaksanaan PBS tetapi pelaksanaan dasar ini menimbulkan pelbagai masalah serta menjejaskan tugas guru sebagai pendidik.
"Pelajar dan ibu bapa tidak pasti bagaimana mereka akan dinilai, khususnya pelajar tingkatan tiga yang menjadi golongan pertama melalui PBS," jelas beliau di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Tambah beliau, kekeliruan timbul apabila ada mengatakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan diadakan, namum mereka akan dinilai dengan penilaian seakan-akan PMR.
"Lantas, matlamat PBS itu sendiri terjejas, apa yang perlu dilakukan oleh pelajar tingkatan tiga, ujian dalam bentuk apa perlu mereka lalui.
"Ini membuktikan sekali lagi anak-anak kita menjadi bahan ujikaji pendidikan setengah masak," sambung beliau.
Beliau yang turut meminta agar KPM mencari sistem penilaian yang lebih adil dan praktikal untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga agar corak pembelajaran mereka lebih terpelihara.
Nik Nazmi ketika ditanya mengenai tindakan yang dikenakan ke atas guru ketika perhimpunan Bantah PBS pada 22 Februari lalu.
Katanya, KPM perlu menghentikan sebarang tindakan kepada guru-guru yang terlibat dalam membantah PBS.
"Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana prihatin tentang kebajikan mereka tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak didik mereka.
"KPM perlu hentikan tindakan tersebut, apa yang perlu dilakukan KPM adalah meneliti kembali PBS sama ada dirombak ataupun dikurangkan perkara yang mahu dianalisa," jelasnya.
Menurut beliau, perubahan struktur PBS ini memerlukan perbincangan yang meluas dengan penglibatan pakar-pakar pendidikan, ibu bapa dan guru, selain penerangan meluas di semua peringkat.
"Kepincangan pelaksanaan PBS sama seperti PPSMI sebelum ini, yang meninggalkan kesan besar kepada pelajar-pelajar menengah rendah.
"Rakyat mesti mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk kesilapan-kesilapan tersebut," katanya.
Beliau yang turut menekankan agar KPM mengenalpasti dasar pendidikan yang sebenarnya dalam membantu pembangunan sesebuah negara.
"Cukup jadikan pelajar sebagai bahan ujikaji, KPM perlu ada satu kajian baru dalam memastikan dasar pendidikan dapat membantu pembangunan negara.
"Pelaksanaan dasar perlu melalui perbincangan secara keseluruhan di semua peringkat sebelum ia dilaksanakan," jelasnya.
Sumber HD - 27-2-2014
Cikgu Izzat mahu terus mengajar di Damak
PBS: NGO gesa KPM anjur dialog, libat semua pihak
- Feb 25, 2014
- SALMIYAH HARUN
Gabungan NGO yang diwakili Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (Makpen) Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk menyertai dialog meja bulat tersebut.
"Kita minta adakan dialog ini bagi mencari dimana silapnya pelaksanaan PBS yang ditentang sendiri oleh guru-guru," katanya kepada media.
Menurut Mohd Zai, dialog ini perlu diadakan secara terbuka bukan hanya menjemput kesatuan guru-guru di bawah kementerian semata-mata sebaliknya wajar melibatkan seluruh kesatuan sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
"Masing-masing sekolah tidak kiralah sekolah mana semua ada pelajar sendiri, misalnya Sekolah Agama Rakyat ada murid seramai 300,000 seluruh negara. Mereka pun terlibat dalam PBS.
"Saya mohon KPM jangan ketepikan kami dalam siri dialog yang akan diadakan," katanya.
Dengan dialog ini, katanya paling tidak para guru mengetahui hala tuju mereka sama ada mahu meneruskan orientasi peperiksaan ataupun pentaksiran menengah rendah khusunya kepada pelajar tingkata tiga.
"Kalau betul-batul tangguh bermakna penilaian tidak dibuat. Apa akan berlaku kepada pelajar tingkatan tiga sekiranya sistem ini ditangguhkan.
"Adalah lebih baik dimansuhkan sehingga kajian terperinci dibuat bersama-sama pakar akademik,"katanya.
Hari ini gabungan lebih 20 NGO telah mengadakan pertemuan bersama Timbalan Ketua Pengarah KPM Datuk Shufaat Tumin serta menyerahkan memorandum Deklarasi Himpunan 222 yang diadakan di Bangi pada Sabtu lalu.
Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman, wakil Dong Zong Shum Thin Khee, dan Pengerusi Tamil Foundation Usha Rani.
Sumber HD - 25-2-2014
NUTP: Guru perlu mendidik bukan isi data PBS
- Feb 25, 2014
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata sistem PBS merugikan pelajar kerana guru boleh hilang fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana perlu memeriksa kertas ujian serta mengisi data berkenaan setiap hari.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan NUTP menyambut baik penangguhan pelaksanaan PBS seperti yang diumum Kementerian Pendidikan kelmarin.
"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Kementerian Pendidikan berkata penangguhan itu adalah bagi meneliti semula pelaksanaan PBS dalam usaha mengurangkan beban tugas guru selain memfokus kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan memasukkan data, termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid. - Bernama
Sumber HD - 25-2-2014
PBS: Muhyiddin, Idris bercanggah guru makin pening
- Feb 24, 2014
- SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara dua Menteri Pendidikan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Idris Jusoh berhubung status terkini Pentaksiran Berasaskan Sekokah (PBS) membuatkan guru-guru bertambah pening.
Sebelum ini guru-guru sudah cukup pening dan tertekan dengan sistem PBS yang carca marba kini mereka bertambah pening apabila kenyataan Menteri Pendidikan yang tidak sekata.
Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengakui ada kepincangan di kalangan Menteri Pendidikan apabila Muhyiddin bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan PBS ditangguh serta merta malangnya sehari selepas itu Idris pula berkata PBS tetap berjalan seperti biasa.
"Mana satu yang patut diikut dan yang mana satu terpakai. Cukuplah buat cikgu-cikgu pening dengan PBS ni pula pening dengan kenyataan menteri yang bercanggah," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, kementerian akan meneruskan sistem PBS kerana pelaksanaan itu dimahukan semua rakyat di negara ini.
Katanya, sebelum ini rakyat Malaysia meminta kementerian menukar sistem Pendidikan Malaysia untuk tidak berorientasikan peperiksaan.
Sumber HD - 24-2-2014
Tiada arahan tukar guru yang menentang PBS - Muhyiddin
- Feb 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.
Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.
"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim .
"Guru bukan tidak boleh bersuara...boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.
Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.
Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. – Bernama
Sumber HD - 24-2-2014
Tindakan pindahkan guru bukti sistem PBS zalim
- Feb 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya mengecam tindakan Kementerian Pendidikan itu dan menuntut kerajaan mendengar maklum balas SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang dialami Cikgu Izzat.
“Walaupun falsafah di sebalik PBS itu mungkin bagus, tetapi sepertimana banyak lagi perkara lain di Malaysia, pelaksanaannya sangat buruk dari awal lagi.
“Saya telah mendengar keluhan bagaimana para guru terpaksa berjaga sehingga jam dua atau tiga pagi hanya untuk memasukkan gred ke dalam sistem kerana sistem tersebut tidak sesak pada waktu-waktu tersebut.
“Malah ada juga guru yang mengadu data yang mereka masukkan hilang,” kata beliau.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dilaporkan turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem SPPBS dan memerlukan dua minit untuk memasukkan data seorang murid.
“Mengandaikan sistem tersebut tidak ‘sangkut’ seorang guru dengan 30 murid untuk satu matapelajaran memerlukan minimum tiga jam seminggu hanya untuk memasukkan data gred tersebut,” tambah Strategis Pilihan Raya DAP itu.
Beliau turut menggesa pihak Kementerian supaya segera menghentikan sistem terbabit buat masa ini dan membatalkan arahan perpindahan Cikgu Izzat.
“Kementerian harus menunjukkan bahawa mereka bukan hanya tahu menghukum pihak yang berani memberi kritikan tetapi harus sedia mendengar pandangan mereka dan bekerjasama,” kata Kian
Sumber HD - 23-2-2014
SGMM akan ke Istana Negara jika...
- Feb 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengerusi SGMM Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata satu Memorandum Memansuhkan PBS akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat ini.
Namun katanya, sekiranya Perdana Menteri tidak memberi respons dalam masa seminggu pihaknya akan berusaha bertemu dengan Istana Negara.
"Saya akan hantar terus kepada PM dengan pelagai cara dan penyerahan ini kami terpaksa rahsiakan paling cepat kami serahkan selepas himpunan hari ini, kerana saya rasa terancam bukan dengan penjenayah," katanya ketika membacakan memorandum berkenaan.
Tegasnya, jika kerajaan melaksanakan sistem PBS ini menepati perjanjian Unesco iaitu satu guru nisbah 25 pelajar beliau akan tutup SGMM.
Cikgu Izzat turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pihaknya mahu menggulingkan kerajaan kerana berlawan arus dengan kerajaan dalam isu ini.
"Saya sayang kerajaan saya bukan mahu jatuhkan kerajaan tetapi saya bersuara untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Saya tidak ada kepentingan mana-mana pihak hanya satu sahaja soal pendidikan negara semata-mata," katanya.
Sumber HD - 22-2-2014
Deklarasi Himpunan 222 desak mansuh PBS serta merta
- Feb 22, 2014
- SALMIYAH HARUN
Deklarasi Himpunan 222 Mansuh PBS menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan penggunaan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah PBS dalam sistem Pendidikan Malaysia dengan serta merta.
Antara NGO dan individu yang menyatakan sokongan terhadap Himpunan 222 iaitu Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidik, Teras, Dong Zong, Tamil Foundation, Abim, Jingga 13 dan tokoh akademik Prof Madya Dr Agus Yusof.
Justifikasi pendirian Himpunan 222 berdasarkan kepada, KPM gagal menyediakan kemudahan yang lengkap dari sudut infrastruktur, sistem atas talian dan nisbah guru pelaksana di sekolah-sekolah sebagaimana perjanjian Kerajaan Malaysia bersama UNESCO.
Sistem PBS gagal kerana tiada keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang masih berteraskan kefahaman peperiksaan sedangkan PBS dilaksanakan berteraskan kefahaman, analisis, intuitif dan inovasi.
KPM gagal menunjukkan bukti dan hasil kajian rintis terhadap sistem PBS di mana-mana sekolah menyebabkan sistem ini telah manjadi carca-marba setelah dilaksanakan selama tiga tahun.
Sitem PBS gagal kerana menyebabkan tugas utama mengajar guru semakin menjadi kurang pengajaran dan pembelajaran kerana beban merekod maklumat pelajar terlalu banyak seperti SPS, APDM dan Prestasi PBS pelajar.
Sistem PBS gagal kerana mewujudkan murid yang pasif, malas berfikir, tidak berdaya saing dan hilang sifat kreativiti.
KPM dan sistem PBS telah menggagalkan Demokrasi Pendidikan Negara kerana sistem ini secara halusnya telah mengenepikan institusi Sekolah Agama Rakyat yang berjumlah hampir 300,000 pelajar dan sekolah pelbagai aliran (SJKC, SJKT) kerana gagal ditaklimatkan dan gagal dalam mengupayakan sistem infrastruktur ICT.
Sumber HD - 22-2-2014
Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor diarah tukar sekolah
- Feb 21, 2014
- SALMIYAH HARUN
Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.
"Saya diarah bertukar ke sebuah sekolah di luar Jerantut, di daerah lain," katanya.
Namun katanya, pihak JPN tidak pula menyatakan sebab utama pertukaran sekolah berlaku.
Namun, Izzat melahirkan rasa kecewa apabila hari ini terbukti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan kuasa diluar batasan mereka dalam usaha mematahkan semangat guru untuk mendidik anak bangsa dengan acuan yang betul.
"Saya tonggak utama bagi usaha memansuhkan PBS setelah mendapati sistem ini sangat merugikan masa dan tenaga.
"Walaupun pihak KPM hendak kenakan tindakan biarlah pada saya seorang jangan pada guru-guru lain, anggaplah ini yang terakhir pihak kementerian buat sesuka hati mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau merayu kepada semua guru agar jangan takut dan jangan patah semangat kerana mereka berada di pihak yang benar.
"Saya mohon guru-guru sama-sama menyatakan kesepakatan kita demi masa depan anak murid kita. Himpunan 222 akan tetap diteruskan esok," katanya.
Sebelum ini Izzat telan mendapat surat peringatan pertama daripada Pejabat Pendidikan Daerah berikutan, Himpunan 222 yang akan diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.
Sumber HD - 21-2-2014
PBS: Kalau tangguh, kenapa taklimat diteruskan?
- Feb 20, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menjelaskan tindakan KPM itu merupakan satu pembaziran kerana PBS sememangnya ada percanggahan berhubung cara pelaksanaannya.
"Saya sekali lagi minta Timbalan Perdana Menteri (TPM) memansuhkan PBS ini serta merta kerana Malaysia memang telah diperakui tidak mampu melaksanakannya mengikut teori sebenar PBS itu sendiri.
"Apa yang dibuat oleh KPM adalah menutup segala kelemahan PBS yang telah saya ajukan. Antaranya pengurangan eviden, pemampatan diskriptor dan mewujudkan peperiksaan berpusat bagi beberapa subjek sahaja.
"Semua ini hanya menutup kelemahan yang telah berlaku pada tahun 2012 dan 2013 semata-mata," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Tambahnya, usaha ini bukan menambahbaik PBS tetapi menambahkan lagi kecelaruan tentang pelaksanaan PBS.
Malah dalam tempoh tiga tahun, PBS berubah-ubah sesuka hati.
Mengulas migrasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bersama Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), beliau melahirkan kebimbangan kerana SPS sudah maklum gagal dan lemah.
"Baru-baru ini, semua guru terpaksa memasukkan data murid ke dalam SPS dan diberi tarikh akhir akan tetapi laman web berkenaan gagal berfungsi dengan baik," sambung beliau.
"Adakah SPPBS yang dimigrasi dalam SPS juga akan hadapi masalah yang sama apabila dibuka pada April ini," soal beliau.
Jika berlaku katanya, ianya sudah terlambat untuk semua pihak dan sekaligus menambah bebanan kepada guru yang terpaksa menyiapkan kerja yang telah tertangguh sejak September 2013 sehingga April 2014.
Dalam pada itu, beliau memberitahu 'Himpunan 222: Mansuh PBS' di Bandar Baru Bangi ini adalah kemuncak kepada kebangkitan suara guru dan masyarakat berkaitan permasalahan pendidikan negara sekaligus sebulat suara mahu PBS ini dimansuhkan serta merta.
Beliau berharap agar TPM tidak terlalu mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai Menteri Pendidikan semata-mata tetapi berfikir untuk masa depan generasi akan datang.
Sumber HD - 20-2-2014
Kuasa di tangan mu, cikgu
- Feb 19, 2014
- HAMBALI AKRAM
Isu PBS ini sudah berlarutan beberapa tahun iaitu sejak mula diperkenalkan. Namun, semakin hari suara bantahan ini semakin kuat dan ini ialah kemuncaknya – apabila TPM merangkap Menteri Pendidikan sendiri meminta PBS dikaji semula.
Walaupun cuba diberi gambaran buruk oleh parti pemerintah melalui media rasminya – hingga mengatakan perhimpunan itu bertujuan mengguling Umno-BN daripada menerajui kerajaan – saya berharap perhimpunan ini dapat diteruskan dalam suasana yang aman dan bebas daripada sebarang provokasi dan ugutan.
Perlu diingat, para guru ini hakikatnya bukan membantah kerajaan yang ada tetapi membantah PBS itu sendiri. Cuma, mungkin para guru ini sedar bahawa jika Umno-BN gagal mendengar suara hati mereka maka langkah seterusnya ialah menukar parti pemerintah kepada parti baru yang sudi mendengar luahan hati mereka.
Hakikatnya memang rakyat memang mahu menukar parti yang menerajui kerajaan tetapi bukanlah melalui himpunan jalan raya – sebaliknya melalui pilihan raya.
Umno-BN sepatutnya sedar bahawa para guru juga punya hati dan perasaan. Jangan jadikan mereka dan murid sekolah sebagai bahan uji kaji setiap dasar yang mahu diperkenalkan. Jangan bazirkan masa, tenaga dan wang para guru dengan dasar yang sentiasa berubah-ubah dalam tempoh 3 - 4 tahun.
Untuk para guru sekalian, selamat berhimpun!
Sumber HD - 19-2-2014
PBS: Kenapa tidak martabat tokoh pendidikan kita
- Feb 19, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sistem PBS ini dilihat seolah-olah tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan menyebabkan para guru terpaksa membebankan dan menumpukan kerja-kerja teknikal seperti memasukkan penilaian maklumat pelajar secara online sehingga lewat pagi,” kata pengerusinya, Mohd Bukhairy Sofian (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Akhirnya, ujar beliau guru-guru tidak lagi dapat menumpukan pengajaran kepada para pelajar kerana menumpukan kerja itu.
Tambahnya, tekanan itu bukan sahaja dirasai oleh guru yang lama telah mengajar,bahkan turut dirasai mahasiswa yang tamat pengajian dan berkhidmat sebagai guru.
Katanya lagi, SMM turut mempersoal mengapa kerajaan mengambil sistem pendidikan yang direka oleh orang luar yang tidak tahu keadaan pendidikan di Malaysia, bahkan memperuntukkan sejumlah yang besar untuk sistem itu.
“Kita patut memartabatkan pemikir-pemikir yang ada dari dalam negara kita untuk membincangkan pendidikan dalam negara sendiri,” ujarnya.
Katanya, keberadaan tokoh-tokoh pendidikan dalam negara harus dimanfaatkan.
“Kita bukan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan terhadap sistem ini, cuma jangan jadikan pelajar sekolah bahan eksperimen terhadap sistem ini. Ini adalah soal masa depan pelajar,” ujarnya yang juga Naib Presiden Gamis.
Beliau berkata, rundingan dan perbincangan terhadap sistem ini perlu melibatkan semua wakil pihak yang terbabit sama ada kementerian, guru, ibu bapa dan mahasiswa.
Sehubungan itu, ujar beliau SMM menyatakan sokongan dan mengajak mahasiswa dalam bidang apa-apa sahaja termasuk pendidikan dan perguruan untuk terlibat sama di atas himpunan itu dan berharap kerajaan tidak memandang remeh isu PBS demi mendidik generasi yang berguna di masa hadapan.
Sumber HD - 19-2-2014
Mansuh PBS: Gamis sokong Himpunan 222
- Feb 18, 2014
- HARAKAHDAILY
“Keluhan demi keluhan yang diutarakan oleh warga pendidik membuktikan bahawa sistem yang telah dilaksanakan sejak dua tahun yang lalu ini tidak dikaji secara mendalam, bahkan tidak mendapatkan pandangan para pendidik sebelum dilaksanakan,” ujar Presidennya, Abdul Malik Ab Razak (gambar) kepada Harakahdaily.
Gamis juga, katanya menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM), Shafruddin Ali Hussin yang membuat kesimpulan melulu bahawa penganjur himpunan ini menjadi alat kepada pihak yang tertentu, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Menurutnya, Gamis melihat bahawa dakwaan yang tidak matang sebegini sudah mula diwarisi daripada menteri kepada pegawai-pegawai kerajaan yang enggan mendengar keluhan serta masalah rakyat.
Sehubungan itu, Gamis menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran himpunan #MansuhPBS: 222 ini yang digerakkan oleh NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Tambahnya, Gamis juga komited untuk turut sama berpartisipasi di dalam himpunan ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa turut sama menolak sistem yang bukan sahaja member kesan negatif terhadap warga pendidik pada masa kini, bahkan juga mampu memberikan kesan yang sama terhadap mahasiswa perguruan yang akan turut sama melalui sistem yang sama suatu hari nanti.
Sumber HD - 18-2-2014
Hapuskan PBS, henti guna kaedah cuba jaya
- Feb 18, 2014
- MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Exco Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, kegagalan mengkaji secara menyeluruh sebelum satu-satu dasar pendidikan dilaksanakan hanya akan memangsakan guru dan pelajar malah tidak mampu menepati Falsafah Pendidikan Negara.
Sepanjang tiga tahun pelaksanaan sistem secara tergesa-gesa ini katanya, kelihatan seperti maklum balas negatif lebih mendominasi dalam memperkatakan isu ini.
"Perkara ini seperti mengulangi kesilapan besar kerajaan di bawah pimpinan BN dalam melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akhirnya gagal dan membazir berjuta-juta wang negara selepas 10 tahun dilaksanakan.
"Apakah perkara ini masih tidak memberi pengajaran kepada pihak kementerian dalam mengambil tindakan sebelum satu-satu perkara besar dilaksanakan?," katanya kepada Harakahdaily.
Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, sistem PBS bukan hanya melibatkan pelajar dan guru malah pihak lain seperti ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang juga sebenarnya terheret dalam permasalahan ini.
Jelas Hakim, sepanjang tiga tahun pelaksanaan sistem ini, PIBG juga telah membelanjakan ribuan ringgit untuk menampung kos-kos dan program-program yang berkaitan dengan PBS kerana percaya kepada jaminan kementerian yang mengatakan sistem ini sistem terbaik.
Namun jelasnya, hakikatnya PIBG juga terheret kepada pembaziran di mana setiap tahun yuran dikutip di kalangan ibu bapa untuk menampung sistem yang carca merba ini.
"Perubahan dasar yang dilihat kerap berlaku dengan bertukarnya Menteri khususnya di Kementerian Pendidikan perlulah dihentikan. Pendidikan negara terpaksa menanggung risiko dengan kegelojohan menteri pendidikan semasa yang mahu dilihat sebagai menteri terbaik di kalangan menteri-menteri sebelumnya dengan pelbagai idea sedangkan idea sedia ada belum menampakkan apa-apa hasil.
"Kesesakan idea yang tidak realistik dan bermotifkan politik haruslah dihentikan kerana perkara ini akan membawa kepada jurang pendidikan yang semakin melebar antara bandar dan luar bandar.
"Adalah memadai bagi seorang Menteri Pendidikan untuk meneruskan dasar sedia ada dengan penambahbaikan yang bersesuaian bagi memastikan perjalanan pendidikan negara tidak dijadikan bahan eksperimen yang akhirnya membawa kepincangan," tegasnya.
Dengan perkembangan semasa berkaitan PBS, beliau berkata, Pemuda PAS manggesa pihak kerajaan dengan keazaman politik yang tinggi dapat membebaskan sistem pendidikan daripada cengkaman politik dan ahli politik yang tidak mahir dalam bidang pendidikan.
Jelasnya, jangan menggunakan pendidikan sebagai alat politik dan peluang memperkaya pihak-pihak tertentu kerana pendidikan adalah satu bidang yang sangat penting dalam kelangsungan pembangunan negara.
"Kita semua perlu sedar bahawa pendidikan haruslah diurus dan ditadbir dengan sistem yang bebas daripada campur tangan politik supaya dasar-dasar yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan semua pihak.
"Pihak kementerian juga harus sedar bahawa setiap dasar yang ingin dijalankan, penglibatan pihak yang paling bawah (pelaksana) juga harus diambil kira. Para guru yang menjadi kumpulan pelaksana merupakan sumber terbaik dalam mengambil kira realiti sebenar kesesuaian sesuatu dasar sebelum dilaksanakan," jelasnya dengan panjang lebar.
Justeru, Hakim berkata, pihaknya menegaskan sekali lagi bahawa pihak kementerian yang diterajui oleh Muhyiddin harus bertanggungjawab terhadap semua kepincangan yang berlaku.
"Kami juga menyarankan agar pihak kementerian hadir dalam himpunan aman 22 Februari ini bagi mendengar rintihan sekumpulan guru yang mewakili seluruh warga pendidik berkaitan isu yang dibangkitkan sebagai sikap bertanggungjawab pihak kementerian terhadap dasar yang dibuat," jelasnya lagi.
Sumber HD - 18-2-2014
Ibu bapa bimbang implikasi negatif buku teks digital
- Feb 17, 2014
- HARAKAHDAILY
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pelancaran buku teks digital menunjukkan inovasi baru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tetapi ia bakal membimbangkan warga pendidik dan ibu bapa kesan implikasi negatif terhadap pelajar di sekolah.
Katanya, beliau banyak menerima banyak aduan tentang kebimbangan ibu bapa dan warga pendidik jika pemberian kemudahan buku teks itu disalahguna yang akhirnya memberi implikasi negatif merosakkan masa depan anak bangsa.
"Saya berpendapat harus dikaji mekanisme penggunaan, tahap umur pelajar dan kawalan guru terhadap pelajar serta kematangan pelajar dari segi umur untuk mengelakkan pelajar melayari video pornografi dan bermain 'game' ketika guru sedang mengajar,” katanya.
Menurutnya lagi, rungutan yang pernah diterima sebelum ini berkaitan e-book adalah apabila sedang belajar menggunakan kemudahan itu, bateri habis separuh jalan dan banyak yang rosak.
Ini, ujarnya kerana kesesuaian tahap umur untuk memiliki buku teks digital yang dibekalkan, serta penjagaan kemudahan yang dibekalkan ini perlu mendapat tumpuan rapi di kalangan warga pendidik dan pemantauan ibu bapa.
"Ini juga kan menyebabkan beban tugas warga pendidik dan ibu bapa semakin bertambah kerana ini melibatkan disiplin pelajar itu sendiri dalam menggunakan kemudahan yang dibekalkan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, adalah lebih baik Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti kembali makmal komputer di sekolah-sekolah dan menaiktaraf prasarana itu demi kebaikan semua pelajar secara holistik berbanding pelaksanaan memberi kemudahan penggunaan buku teks digital itu.
Tambahnya, mereka akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara berjadual setiap minggu dangan pengawasan dan pemantauan guru berbanding membekalkan buku teks digital yang belum dikaji baik buruk kesannya apabila pelajar dibenarkan membawa pulang ke rumah atau menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
Sumber HD - 17-2-2014
Guling k'jaan: Kenyataan Shafruddin hina guru
- Feb 17, 2014
- SALMIYAH HARUN
Sedangkan, tegas Presiden Pendidik Normala Sudirman, hasrat sebenar 'himpunan 222' adalah untuk membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan bukan mahu menggulingkan kerajaan atau mengugat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sehubungan itu, beliau menggesa Shafruddin agar memohon maaf atas kenyataan yang bersifat naif, menghina dan 'tidak cermat' itu yang telah merendahkan martabat warga pendidik di Malaysia.
Sejak 2012 lalu , katanya NGO Pendidik konsisten membantah pelaksanaan PBS termasuk menghantar memorandum ke Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana ia jelas membebankan guru dan menzalimi warga pendidik.
Beliau berkata demikian mengulas kepada kenyataan pegawai pendidikan berkenaan yang tidak mahu guru-guru menyertai bantahan PBS pada 22 Febuari ini.
Sejak PBS diperkenalkan jelas Normala, guru dilayan seperti robot dan masa rehat mereka dirampas bahkan terpaksa bangun malam,selain KPM gagal menyediakan maklumat yang jelas untuk warga pendidik mengurus aplikasi PBS ini.
"Masa depan pendidikan anak bangsa menjadi 'caca marba' akibat dasar pendidikan yang tidak konsisten dan bercelaru.
"Jangan lupa bagaimana kesan Dasar PPSMI dan kerugian 6 billion namun akhirnya para pelajar menjadi mangsa akibat dasar yang tidak dikaji sebelum dilaksana," katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau menyeru agar rakyat yg prihatin terhadap masa depan pendidikan anak bangsa termasuk warga pendidik, tokoh akademik dan ibu bapa serta rakyat Malaysia digesa hadir dalam himpunan tersebut yang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Bangi untuk menzahirkan suara hati rakyat.
Sumber HD - 17-2-2014
Bantah PBS: Himpunan 222 gugat kerajaan hanya dakyah
- Feb 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) memberitahu "Himpunan 222: Mansuh PBS" akan diadakan di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi pada jam 1 petang berikutan terdapat satu arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pegawai Pendidik Daerah Malaysia (MPPDM) yang meminta agar guru-guru tidak hadir himpunan yang diadakan di Putrajaya.
Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta akan turut dihadiri 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan juga 10 orang tokoh pendidik negara ini bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada satu sidang media petang semalam, berikutan arahan tersebut SGMM mengambil pendekatan untuk mengubah lokasi himpunan tersebut.
"Himpunan yang kita jadualkan akan diadakan di pekarangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya telah kita ubah ke Masjid Bandar Baru Bangi.
"Ini berikutan satu arahan yang telah dikeluarkan oleh MPPDM yang mengarahkan agar guru-guru tidak hadir pada himpunan di Putrajaya itu.
"Berubahnya lokasi ini, KPM mahupun MPPDM tidak lagi boleh mengeluarkan apa-apa arahan agar guru tidak hadir kerana arahan mereka hanya tertumpu himpunan di Putrajaya sahaja, bukannya di Bandar Baru Bangi," jelas beliau.
Tegasnya lagi, apa-apa arahan yang dikeluarkan itu tidak terpakai kerana arahan pertama telah pun dikeluarkan dan jika masih terdapat arahan kedua ia adalah bertujuan untuk mengagalkan himpunan yang akan diadakan itu.
Beliau yang juga Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS turut kesal dengan tuduhan Yang Dipertua MPPDM, Shafruddin Ali Hussin yang berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.
"Saya di sini selaku Ketua Gerak Kerja untuk SGMM menegaskan beliau tidak sewenang-wenangnya menuduh gerakan ini dengan menyatakan untuk menjatuhkan kerajaan.
"Sikap beliau yang memutar belit cerita amat memalukan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, saya dengan tegas mendesak beliau untuk memohon maaf kepada seluruh guru Malaysia kerana menuduh kami ingin menjatuhkan kerajaan.
"Sebelum kita dari awal menyatakan ini adalah gerakan untuk menjamin masa depan anak-anak kita baik di sekolah atau di luar, ia berkaitan pendidikan bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Ini jelas dan perlu faham," tegas beliau.
Katanya lagi, semua pihak sama ada menteri atau Pegawai Pendidikan Daerah juga perlu hadir pada himpunan tersebut bagi melihat sendiri pengisian yang akan dilaksanakan.
"Kita minta semua hadir, ibu bapa dan juga termasuk mereka dari KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk melihat sendiri apa yang kita lakukan pada himpunan tersebut.
"Himpunan itu bukan hanya desakan mansuh PBS tetapi kita akan sertai dengan program-program penerangan tentang pendidikan, kelemahan PBS yang sudah tidak dapat diperbaiki sehingga pelajar menjadi mangsa," sambung beliau.
Jelas beliau, himpunan tersebut akan dibatalkan serta merta jika KPM mengeluarkan arahan rasmi dalam memansuhkan pelaksanaan PBS sebelum himpunan itu diadakan.
Namun, tegas beliau jika KPM masih berdiam diri dan bertegas dengan pendirian serta alasan mereka, himpunan 222 ini merupakan satu permulaan kepada gerakan yang lebih besar di seluruh negara.
"Kita mahu kebaikan dalam sistem pendidikan negara, kita bukan ingin menentang kerajaan tetapi ingin menjadikan ia yang terbaik.
"Kita gesa segerakan pemansuhan PBS, sayangi anak-anak kita dan jangan jadikan mereka mangsa kepada sistem yang nazak itu," jelasnya.
Beliau yang turut mengulangi, gerakan ini bukannya berlandaskan politik dan hanya bertujuan untuk kebaikan pendidikan, namun dalam masa yang sama beliau mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuk parti politik.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO Pendidik), Normala Sudirman.
Sumber HD - 16-2-2014
Walau 10 orang bantah PBS tetap menggugat - SGMM
- Feb 14, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Himpunan 222: Mansuh PBS itu akan diadakan di hadapan pekarangan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya bermula jam 2.20 petang.
Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta yang menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari ketika dihubungi, beliau tidak berhajat untuk ‘menghasut’ kalangan guru untuk hadir bersama menyatakan sokongan.
Namun, katanya sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak, para pendidik perlu hadir untuk memberi sokongan atas usaha tersebut.
"Kita dari SGMM berasakan walaupun hanya sepuluh orang yang hadir pada himpunan 222 itu nanti, ia merupakan satu kejayaan besar serta mampu mengugat pendirian KPM dalam soal pelaksanaan PBS yang dilihat banyak kepincangan.
"Saya tidak akan menghasut para pendidik untuk hadir tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa, mereka perlu hadir dalam usaha kita mengembalikan sistem pendidikan yang semakin nazak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga merupakan Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS itu turut memberitahu, walaupun perbincangan telah diadakan dengan KPM dengan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh pada 24 Disember tahun lalu secara tertutup.
Namun, tiada penyelesaian diperolehi sebaliknya segala maklum balas yang diperolehi dari perbincangan itu digunakan untuk menutup segala kelemahan di dalam PBS.
"Tidak ada apa perkembangan diperolehi dari perbincangan secara tertutup itu, sebaliknya pihak kementerian mengambil segala topik perbincangan itu untuk mengubah fakta dan menutup kelemahan PBS.
"Bagi kami dari SGMM perbincangan itu gagal mencapai apa yang kami kehendaki, kita bukan ingin menghalang sesuatu pelaksanaan sistem tetapi biarlah ia menepati segala apa yang kita kehendaki.
"Adalah lebih baik dimansuhkan dan kembalikan kepada sistem lama, demi masa depan pelajar biarlah mereka belajar seperti mana sebelum in dan kita yang diberitanggungjawab mendidik anak bangsa hanya mahukan yang terbaik untuk mereka," sambung beliau.
Beliau yang juga merupakan seorang guru di Pahang turut didatangi pihak polis di sekolah tempat beliau bertugas, disebabkan pada waktu itu beliau tidak berada di sekolah, pihak polis hanya mengambil nombor telefon dari rakan beliau.
Sumber HD - 14-2-2014
Kaji semula PBS: “Satu lagi projek BN...”
- Feb 12, 2014
- FUAD KASSIM
Saya berpandangan, keadaan ini berlaku akibat tiada perancangan yang jelas daripada parti pemerintah dalam hala tuju pendidikan negara. Belumpun cerita PPSMI selesai sepenuhnya, kini anak-anak kita berhadapan dengan kecelaruan PBS pula.
Sepatutnya sebelum sesuatu dasar itu ditukar atau digubal, perlu suatu kajian yang menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dilaksanakan. Kajian tersebut mestilah juga mengambil kira kemampuan tenaga pendidik yang terbabit secara langsung dalam menjayakan sesuatu dasar tersebut.
Jika kajian mendapati dasar tersebut masih belum mampu ditanggung oleh para guru, kerajaan mestilah mempersiapkan dulu mereka, kemudian baru langkah percubaan dilakukan dalam skala kecil. Semasa tempoh tersebut kajian akan dijalankan untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki.
Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada kegagalan PPSMI dahulu. Dasar tersebut dilaksanakan tanpa kajian yang secukupnya dan akibatnya menyusahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa.
Dasar setengah masak itu akhirnya gagal di tengah jalan kerana tidak memahami masalah sebenar situasi pendidikan di Malaysia.
Terkini, PBS dilaksanakan tanpa mengambilkira kemampuan guru dan keperluan teknologi semasa.
Terlalu banyak perkara yang berbangkit yang tidak dapat diselesaikan akibat kegopohan kerajaan melaksanakan sistem yang belum tentu sesuai dengan keperluan semasa pendidikan Malaysia.
Ditambah pula, kegagalan sistem ini turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem yang ada.
Nampak, suatu lagi “projek Barisan Nasional” akan menjadi projek “sakit” seperti PPSMI dahulu.
Sumber HD - 12-2-2014
Himpunan serah memo bantahan PBS diteruskan
- Feb 12, 2014
- SALMIYAH HARUN
Menurut Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) himpunan guru itu akan berjalan seperti mana jadual yang ditetapkan sebagai tanda keprihatinan kepada masa depan pendidikan anak bangsa.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Pendidik, Normala Sudirman kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Pendidik salah satu NGO yang akan turut serta dalam himpunan guru-guru sebagai menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan sistem pendidikan yang bagus untuk generasi akan datang.
Sementara itu, hasil tinjauan Harakahdaily di sebuah blog memberitahu sasaran peserta guru yang akan mengikuti himpunan itu seramai 200 orang manakala jangkaan guru yang membantah PBS hanya sekitar 50 orang sahaja.
Difahamkan, kumpulan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengadakan bantahan pada hari Sabtu itu nanti bagi memberi peluang lebih ramai guru menyertainya dan tidak lupa menjalankan tanggungjawab itu.
Memorandum mendesak Putrajaya memansuhkan program penilaian tiga tahun pelajar PBS 2014 akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya.
Semalam Muhyiddin menyatakan kerajaan memutuskan akan mengkaji semula PBS setelah mendapat reaksi buruk dari golongan guru yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi hujung bulan ini.
Katanya keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS.
Sumber HD - 12-2-2014
NGO Pendidik sedia bersama guru bantah PBS 22 Feb
- Feb 11, 2014
- SALMIYAH HARUN
Pengerusinya, Normala Sudirman juga menyeru seluruh warga guru dan pendidik agar tidak gentar untuk turun menyatakan suara bantahan demi masa depan mereka dan pelajar-pelajar.
"Seru agar guru-guru semua berpakat-pakat turun ke himpunan itu nanti sebagai menzahirkan protes mereka dengan sistem yang banyak menyusahkan mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Normala, isu beban tugas guru, kelemahan akses internet untuk masukkan data yang telah disuarakan sebelum ini tidak dipedulikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Pelbagai usaha dan bantahan yang dibuat, namun kerajaan seolah-olah tidak menghiraukan luahan hati guru. Dan inilah masanya untuk mereka meluahkan ketidapuasan hati mereka.
Bahkan katanya, tiada gunanya dasar pendidikan negara dianggap terbaik dan bertaraf dunia sedangkan masyarakat dan warga pendidik ini sendiri tidak mengiktiraf dasar ini.
Akibatnya, kata beliau pelajar pula dijadikan eksperimen untuk program-program dan dasar yang tidak konsisten dan bercelaru ini.
Tegas Normala, apabila sistem pendidikan ini menjadi 'cacamarba' akhirnya telah memusnahkan nasib dan masa depan anak bangsa sendiri.
"Jangan memperjudikan harapan dan generasi masa hadapan untuk suatu dasar yang merugikan masa depan negara.
"Akhirnya ternyata KPM akan berdepan dengan amarah warga pendidik, masyarakat ,ibu bapa dan pelajar jika isu ini tidak ditangani secepat mungkin," ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Mala.
Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.
Sumber HD - 11-2-2014
Tangguh dahulu PBS, dengar keluhan guru
- Feb 10, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, berkata Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menghormati hak dan pandangan guru-guru dengan memanggil mereka berbincang sebelum sesuatu keputusan mengenai PBS diputuskan.
Katanya lagi, bantahan yang dilakukan oleh guru-guru mengenai PBS membuktikan sistem tersebut telah merumitkan mereka serta menimbulkan bebanan tambahan kepada tugas yang dilakukan mereka sebelum ini.
"Kerajaan kena akur dengan desaakn oleh guru-guru mengenai pelaksanaan PBS yang telah menimbulkan pelbagai masalah serta bebanan kepada mereka.
"Kerajaan perlu menghormati mereka sebagai pelaksana sistem tersebut, mendengar setiap pandangan serta pendirian mereka dengan panggil berbincang sebelum PBS dilaksanakan sepenuhnya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Menurut beliau, tidak semua pelan perancangan pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat memenuhi semua perkara dan dapat meringankan bebanan guru.
Jelasnya lagi, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai contoh, telah membuktikan kegagalan apabila keputusan dibuat tanpa mengambil kira pandangan golongan guru.
"PPSMI telah terbukti gagal, kita bukan menolak untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan melalui perbincangan semua.
"Begitu juga PBS perbincangan perlu dilakukan kemudian dapatkan ke semua pandangan baru ia diputuskan untuk dilaksanakan atau tidak," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya memahami bebanan yang ditanggung oleh guru ketika menggunakan PBS dan justeru cuba memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) akan mengadakan demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 pada 22 Februari nanti di hadapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.
DMO - https://www.youtube.com/watch?v=4BhEzd_nlPI
Sumber HD - 10-2-2014
STAM 2013: 60.4% dapat Maqbul 10 mata pelajaran
- Jan 30, 2014
- HARAKAHDAILY
Keputusan itu menurun 7.1 peratus berbanding 2012 apabila daripada 5,819 yang menduduki peperiksaan, 3,927 atau 67.5 lulus semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2013 ialah sebanyak 369 orang berbanding 385 orang pada tahun 2012.
"Bilangan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan Jayyid (baik) serta Maqbul turut menurun," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2013 di sini hari ini.
Katanya penurunan pencapaian dari segi bilangan calon yang paling banyak ialah dalam kategori Jayyid Jiddan iaitu sebanyak 1,091 (1,264 pada 2012), calon yang mendapat pangkat Jayyid ialah 1,270 orang dan pangkat Maqbul 333 orang.
Khair berkata secara keseluruhan, pencapaian calon STAM 2013 menunjukkan penurunan sebanyak 0.12 mata, iaitu daripada indeks gred purata nasional (GPN) 3.08 mata pada 2012 kepada indeks GPN 3.20 mata pada 2013.
Ditanya mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan STAM di masa akan datang, beliau berkata pihaknya kini merancang untuk mendapatkan penutur jati dari negara timur tengah untuk mengajar subjek Bahasa Arab.
"Kami mendapati terdapat penurunan pada keputusan STAM 2013 dan pengurangan ini lebih kepada subjek-subjek untuk Bahasa Arab dan kami rasa terdapat keperluan untuk memberi sokongan kepada guru-guru Bahasa Arab bagi meningkatkan pencapaian para pelajar di masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata cadangan sama untuk subjek Bahasa Inggeris masih dalam peringkat perancangan. - Bernama
Sumber HD - 30-1-2014
Denda pelajar: Kementerian lain jangan campur
- Jan 29, 2014
- ANIS NAZRI
Presidennya, Normala Sudirman, berkata campur tangan daripada pihak lain akan menghilangkan integriti kementerian dalam menangani isu perguruan dan pendidikan tanahair dan perlu menghormati bidang kementerian masing-masing.
"Biarpun kesal dengan kejadian tersebut, biarlah kementerian berkaitan yang menanganinya, selain menghormati bidang kementerian masing-masing dalam membuat apa jua kenyataan dn pandangan," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Apatah lagi, tambah beliau guru yang mengenakan denda sedemikian telahpun memohan maaf serta ditukarkan ke sekolah lain ekoran perbuatan tersebut.
Normala berpendapat guru terbabit perlu dilayan secara adil dan diberi hak dengan membuka peluang agar membuat kenyataan di media berkaitan isu sebenar.
"Tidak sewajarnya hanya memberi peluang kepada satu pihak semata-mata, tanpa masyarakat memahami apa yang sebenarnya berlaku pada guru ini. Kebimbangan kami adalah isu ini dispekulasikan tanpa siasatan terperinci dilakukan.
"Sedangkan dalam masa sama, etika perkhidmatan awam dalam Perintah Am, melarang guru mengeluarkan kenyataan tentang apa jua isu pendidikan dan menghalang pendidik membuat kenyataan media untuk membela diri mahupun mengenakan tindakan saman atau guaman untuk membela diri," jelas beliau.
Perintah Am tersebut, tambah Normala merupakan satu dilema yang membelenggu jiwa dan minda pendidik, selain mengongkong hak pendidik selama ini.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar Perintah Am dikaji semula agar apa jua isu dan soal kebajikan warga pendidik, hak dan masa depan pendidikan anak didik terbela.
"Dalam masa sama, guru dilayan secara adil dari sudut kebajikan, perundangan dan hak untuk mendapat pembelaan jika dianiaya dan dizalimi. Ini penting agar keadilan bagi pelajar, guru dan ibu bapa ditangani bersama dalam usaha memartabatkan dunia pendidikan dan profesionalisme keguruan dipandang mulia dan terpelihara," tegas beliau, selain menggesa satu jawatankuasa harus dibentuk bagi meneliti semula Perintah Am ini.
Dalam pada itu, Normala yang juga bekas seorang guru turut menasihati agar warga pendidik berhati-hati dalam menghukum, walaupun bertujuan untuk mendidik kerana sedikit kesilapan yang dilakukan akan mengundang kesal yang berpanjangan.
Katanya, warga pendidik harus sentiasa menjaga imej dan profesionlisme keguruan agar tidak menjadi seperti peribahasa melayu, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.
Sebelum ini, dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Perak, dikenakan hukuman oleh seorang guru bahasa Inggeris di sekolah terbabit kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Guru terbabit dikatakan mendenda kedua-dua pelajar terbabit dengan menggantung loceng di leher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, yang kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.
Sumber HD - 29-1-2014
Guru denda murid makan rumput ditukar sekolah
- Jan 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.
"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.
Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.
Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.
Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. - Bernama
Sumber HD - 26-1-2014
Takkan cari kutu murid juga kerja guru [gambar]
- Jan 26, 2014
- http://www.ekeleh.com
Aikk! Takkan cari kutu murid juga kerja guru!! [Gambar]
Itulah guru, kutu di kepala murid pun guru terpaksa cari. Apa-apa kerja berkaitan murid dan sekolah guru terpaksa buat. Apa kerja mak bapak di rumah sehingga kepala anak sendiri tak sempat selak?
Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 terpaksa mengadakan program khas mencari kutu. Acara berpasukan mencari kutu beramai-ramai.
Foto yang dikongsikan oleh Nazatushima Mohd Suhut di Facebook.
Bangun…terima kasih cikgu!!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumber HD - 26-1-2014
Keputusan STAM 2013 diumum 30 Jan
- Jan 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi.
"Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 8,613 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM 2013 di 116 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 4,094 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 2,601 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 685 dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 1,185 calon persendirian manakala baki 48 calon adalah dari Sekolah Menengah Swasta.
Menurut kenyataan itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Jan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Feb ini. - Bernama
Sumber HD - 23-1-2014
Ambil iktibar, jangan sampai menteri pula kena tumbuk
- Jan 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Beliau yang mesra disapa dengan penggilan Cikgu Mala menegaskan bahawa peristiwa itu jangan dianggap kes terpencil kerana menumbuk atau ingin mencederakan seorang yang bergelar Timbalan Menteri Pendidikan adalah suatu yang mendukacitakan.
“Saya mewakili NGO Pendidik ingin merakamkan rasa simpati atas apa yang dihadapi oleh YB P.Kamalanathan, tetapi apa persoalan yang menjadi sebab utama hingga terjadinya peristiwa yang memalukan ini wajar diteliti dengan penuh keprihatinan oleh Kementerian Pendidikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, insiden yang berlaku itu telah melakar titik hitam dalam sejarah pendidikan negara dan kajian terperinci perlu dibuat mengapa sehingga terjadinya peristiwa seperti itu.
“Kita harus faham, guru bukannya robot. Mereka mempunyai perasaan. Ada keluarga dan ada anak. Jika penempatan guru yang tidak diambil perhatian hingga terpisah bertahun lamanya sedangkan ada cara untuk membantu guru ini, pasti siapa pun akan berasa marah,” katanya.
Beliau berkata, jaminan Pakatan Rakyat dalam PRU13 untuk mewujudkan solusi 'mesra kelurga' dengan membantu mengkaji semula penempatan warga pendidik yang telah berkahwin dan tinggal berjauhan dari pasangan harus menjadi contoh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurutnya lagi, 'Penempatan Mesra Keluarga' akan diberi keutamaan kepada pasangan guru yang berkahwin bukannya pengumuman kerajaan untuk mengkaji pasangan yang telah berkahwin tetapi hanya sekadar retorik politik dan melepaskan batuk di tangga saja.
Tambahnya, emosi guru dan beban tugas guru perlu diambil perhatian. Kerja semakin bertambah, kebajikan mereka kurang dijaga. Kemungkinan ini menimbulkan kemarahan warga pendidik, jangan sampai Menteri Pendidikan pula kena tumbuk pula selepas ini,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkenaan agar mengambil iktibar bagaimana peristiwa demo PPSMI yang telah berlaku di mana rakyat marhaen termasuk profesor, Sasterawan Negara, guru-guru, ibu bapa dan pelajar turun berarak ke jalanraya bertujuan untuk menghantar 'Memorandum Rakyat' dan mengadap Yang di-Pertuan Agong beberapa tahun lalu agar dasar PPSMI dimansuhkan.
Terkini, ujarnya isu SPPBS juga mengundang polemik yang berpanjangan.
“Saya berasa bimbang jika Dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak diatasi dengan sewajarnya berkemungkinan dibimbangi akan akan mengulangi sejarah Demo PPSMI sebelum ini. Bertindak sebelum terlambat,” ujarnya.
Sumber HD - 20-1-2014
Isu tudung: Pengurusan sekolah SJKC Nan Ya mohon maaf
- Jan 18, 2014
- HARAKAHDAILY
Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.
Ia dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Phang berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya.
Sementara itu Chiew berkata sebagai guru besar sekolah itu, beliau tidak pernah menghalang guru berkenaan ataupun mana-mana pelajar Islam di sekolah itu memakai tudung.
Menurutnya sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan pelbagai kaum dan agama, beliau memahami sensitiviti terhadap perkara itu dan faham memakai tudung adalah wajib untuk wanita beragama Islam.
"Sebagai guru besar, saya pasti menghormati agama Islam, guru serta murid
beragama Islam tanpa mengira kaum.
"Sebagainya penjawat awam pula, saya berjanji akan mematuhi sepenuhnya semua peraturan dalam perintah kerajaan tanpa keraguan dan saya akan menguruskan hal sekolah dengan lebih peka dan berhati-hati.
"Segala salah faham daripada segi perbualan dan kata-kata yang tidak munasabah yang diperkatakan sebelum ini secara tidak sengaja sehingga menjadi gangguan emosi bagi mana-mana pihak, saya mohon ampun dan maaf," katanya.
Guru mualaf yang terlibat pula berkata beliau menganggap kes itu telah selesai dengan permohonan maaf yang dilakukan secara terbuka oleh pihak pengurusan sekolah semalam.
Katanya, beliau berhasrat untuk menumpukan perhatiannya pada karier sebagai pendidik dan seorang muslimah sejati.
"Saya terima permohonan maaf ini dengan hati terbuka dan tidak mahu melanjutkannya lagi dan berharap semua pihak yang telah mengambil berat tentang perkara itu sebelum ini supaya tidak lagi memperbesarkan kes ini memandangkan ia isu yang sensitif," katanya yang bakal mendirikan rumahtangga pada bulan depan.
Sementara itu, Rahmat berkata polis telahpun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu dan akan menyerahkannya untuk dipertimbangkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada pertuduhan akan diteruskan atau sebaliknya.
"Kita berharap kes ini selesai namun selagi mana pihak pengadu tidak menarik balik laporan kes ini selagi itu kes ini berjalan," katanya. - Bernama
Sumber HD - 18-1-2014
No comments:
Post a Comment