FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Wednesday, January 29, 2014

TENTANG TPPA (JILID 2)


KUALA LUMPUR: Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke Malaysia, yang dijangka April ini bakal mengundang satu lagi demonstrasi bantahan apabila kedatangan itu dipercayai bagi memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata atas sikap dan pendirian SAMM sebelum ini, 'sambutan' atau lebih tepat, bantahan terhadap kedatangan Obama itu akan diteruskan bagi menghantar isyarat kepada pemimpin negara bahawa rakyat Malaysia tidak menerima TPPA.

SAMM, salah sebuah NGO di bawah gabungan Badan Bertindak Bantah TPPA, sebelum ini konsisten dengan pendirian bahawa perjanjian itu tidak mendatangkan manfaat yang besar kepada negara, sebaliknya hanya menjadikan Malaysia sebagai budak suruhan AS.

"Bagi mewakili SAMM, yang juga berada bersama-sama dalam Bantah TPPA, kita akan terus menggerakkan kempen membantah kedatangan Obama ini, walaupun sebelum ini sudah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, demonstrasi dan kenyataan media.

"Namun, nampaknya Malaysia masih hendak bawa Obama, jadi kita akan menggerakkan kempen, mungkin pada Februari ini bagi meneruskan bantahan sehingga April ini, yang semuanya akan diperincikan badan-badan lain di bawah Bantah TPPA," tegas Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard kepada Harakahdaily, hari ini.

Biarpun negara ketika ini sedang hangat membicarakan soal pilihan raya kecil (PRK) Kajang, bagi Chegu Bard, gerakan massa bagi membantah TPPA ini tetp diterusan memandangkan ia satu isu besar yang perlu diberi perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia.

Malah, beliau beranggapan PRK ini sebagai satu kesempatan untuk kedua-dua pihak yang bakal bertanding untuk menyatakan pendirian masing-masing terhadap isu TPPA ini demi kepentingan dan kedaulatan negara.

Kehadiran Obama ke Asia pada April ini disahkan Penasihat Keamanan Nasional Obama Susan Rice pada November lalu.

Ianya sebagai menggantikan lawatan Oktober tahun lalu yang dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Saya gembira untuk mengumumkan hari ini bahwa Presiden Obama akan kembali ke Asia, April akan datang untuk mempererat hubungan," kata Susan Rice

Bagaimanapun Rice tidak memperincikan secara spesifik negara mana yang akan dikunjungi Obama nanti, namun menurut sumber salah satu negara yang akan dikunjungi adalah Malaysia.

Pada Oktober tahun lalu Obama membatalkan kunjungannya ke Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, dan Filipina dalam rangka Konfrensi Tingkat Tinggi APEC di Bali.

Sumber HD - 29-1-2014

No comments:

Post a Comment