FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Sunday, January 19, 2014

DR AZMAN IBRAHIM - KETUA LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS TERENGGANU (JILID 2)

“Dr dengar jugok ko berita radio Umno?”
Ha… haa... haaa… Soalan ni agak nakal. Mungkin ia timbul apabila ada isu-isu yang saya petik dari sumber berita radio dimasukkan dalam fb seperti kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan semalam berkenaan dengan peranan ‘orang tengah’ yang menjadi punca kenaikan harga barangan.

Sebenarnya bukan saya minat dengar radio. Tetapi kerana saya selalu bawak kereta keseorangan, radio yang ada dalam kereta tak kan nak dibiarkan begitu sahaja. Siarannya pun percuma, saya pasang je. Kalau kena bayar, kemungkinan saya tak dengar. Jika ada poin yang menarik untuk dibincangkan, saya stop saja kereta kat mana-mana tempat yang munasabah sekadar 5 minit untuk update status dalam fb.

Semalam, semasa siaran berita jam 5 petang di Nasional FM, saya baru sahaja selesai memberikan ceramah di Program Maulidurrasul Muslimat PAS Dun Bukit Besi, dalam perjalanan menuju ke Bandar Dungun melalui Kampung Pak Sabah, siaran berita jam 5 petang yang sedang ke udara saya amati.

Kedengaran di corong radio, fokus utama berita tersebut adalah isu kenaikan harga barangan.

Komen dari pelbagai kelompok masyarakat dipetik oleh pemberita tetapi komen Tengku Adnan yang saya catatkan atas kapasitinya sebagai menteri kabinet. Komen-komen lain yang disiarkan pun sebenarnya hampir senada dan sewaktu dengannya. Hah! Cari penyakit sungguh menteri yang minat dengan Hardrock Café ni. Kalau saya masukkan statement dia ini dalam fb, pastinya akan berjela dia kena kutuk, tetapi sebab dia sengaja nak tunjuk bodoh, statement beliau saya bagi tempat di fb dan fanpage. Tepat sebagaimana dijangka, rakyat yang semakin cerdik tentunya tak dapat menerima kenyataan sebegini dari seorang menteri.

Sebenarnya, tengok berita RTM dan TV3 serta baca akhbar Berita Harian, NST, The Star dan Sinar Harian dan lain-lain bukan satu isu besar bagi saya. Kita baca, tengok dan dengar untuk membuat pertimbangan. Walaupun saya mengamalkan sikap open minded dalam hal media, tetapi maaf… akhbar Utusan Malaysia saya tak dapat baca! Very low class!

Atas kapasiti saya sebagai Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen), sebuah NGO Media yang sedang meningkat naik di Terengganu, saya mengamalkan sikap terbuka dengan kawan-kawan media. KAMI mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan media cetak dan elektronik bertaraf ‘Media Arus Perdana’ yang beroperasi di Terengganu. Samada Berita Harian, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star, RTM, TV3, NTV7 dan beberapa lagi media yang semuanya KAMI anggap sebagai rakan dari satu profession.

Bagi KAMI, sekarang bukan lagi zaman demonstrasi bakar surat khabar. Ada sarjana media yang menyebut, “Kerajaan tidak boleh menjatuhkan media, tetapi peranan media boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.” Satu ungkapan yang menggambarkan bagaimana besarnya kuasa media.

Sikap berkonfrontasi dengan mana-mana media dikira tidak lagi menguntungkan di era teknologi maklumat tanpa sempadan sekarang. Sebab itulah ada ungkapan yang menyebut, “If you can’t beat it, you have to join it".

Tetapi prinsip KAMI sangat jelas. Walaupun kita berkawan baik, dalam hal menyiarkan apa sahaja bentuk pemberitaan sekalipun samada sebagai wartawan TV dan radio, pemberita akhbar, bloggers, facebookers, twitters dan sebagainya, KAMI menekankan prinsip keluhuran, kebenaran dan ketelusan supaya berita yang disebarkan tidak menjadi tiket untuk kita menuju ke neraka Allah!

Martabat kita sebagai penggiat media akan berada pada kedudukan yang paling rendah kalau kita sekadar berperanan sebagai penyiar, penulis dan pelapor yang ‘diremote control’ demi agenda tertentu oleh sesuatu pihak dengan mengenepikan prinsip yang luhur sebagai penyampai dan penyebar kebenaran. Maka tentunya kita layak menyalahkan diri sendiri jika profession kita tidak dihormati serta menerima pelbagai label negatif.

Walaupun kita mempunyai majikan yang membayar gaji dan elaun atas kerja yang dilakukan, jangan juga dilupa, pastinya kita sebagai seorang Muslim, kita amat mengharapkan ‘elaun pahala’ daripada Allah atas setiap titik peluh yang menitis semasa mencari rezeki sebagai insan media.

Adalah lumrah, setiap kita tentunya memiliki kecenderungan fahaman politik yang berbeza.

Perbezaan ini lumrah biasa dalam kehidupan dan ianya hak setiap individu. Cuma dalam persoalan asas akan kewajipan ditekankan prinsip ketelusan, kebenaran dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspek penyiaran berita, saya yakin kita akan sependapat tentang perlunya nilai-nilai luhur ini terus menjadi teras profession media.

Sumber HD - 19-1-2014

No comments:

Post a Comment