Topless Friday: Tiada permohonan kepada DBKL
- Apr 08, 2014
- HARAKAHDAILY
Demikian dinyatakan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Menurut kenyataan itu, semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.
“Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.
Justeru, DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.
Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.
Sumber HD - 8-4-2014
Budaya ‘rave’ & EDM cemari remaja Malaysia
- Mar 24, 2014
- HARAKAHDAILY
SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda–mudi masa kini, saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti 'rave' dan 'electronic dance music' (EDM) berkonsepkan konsert terbuka.
Konsert terbuka ini menampilkan persembahan utama DJ yang memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan artis membabitkan muzik house dan techno yang membawa budaya arak, dadah, dan pergaulan bebas.
Bukankah promosi jenama arak di tempat awam diharamkan di negara ini sedangkan penaja dan tema utama konsert ini melibatkan syarikat arak?
Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan rave, haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.
kaitan muzik elektronik dan Ecstasy
Pada hakikatnya dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun. Selain daripada muzik electronica yang menjadikan pesertanya berkhayal dan menari tanpa batas, konsert rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.
Ianya bermula pada awal 80-an di Chicago di kelab malam Warehouse, yang mana takrif 'Houze music' lahir.
Menjelang musim panas tahun 1985, apabila Amerika Syarikat mengklasifikasikan dadah MDMA sebagai barangan Kawalan Bahan - Jadual 1, ianya bertukar menjadi Ecstasy.
Party 'rave' bermula secara eksklusif dianjurkan kelab-kelab Eropah pada 1980-an. Ia selalunya dibuat secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.
Kehadiran terhad kepada jemputan sahaja. Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal dengan rapi. Hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan diberitahu beberapa jam sebelum bermula bagi menghalang kehadiran pelawat yang tidak diingini.
Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status “underground” di kalangan pengunjung konsert.
Selepas itu, satu budaya baru 'rave music' menular apabila remaja mula meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave dikomersilkan secara meluas.
trend muzik baru
Dari 2008 hingga 2011, muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend muzik baru muncul dengan DJ-nya mendapat sambutan dan status sehangat artis pop dan rock. Ia benar-benar menjadi kegilaan penggemar muzik antara akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi Festival.
Hari ini, antara ciri-ciri konsert rave adalah yuran kemasukan yang tinggi. Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan kelam, bilik 'chill' (sejuk) yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan berpesta tetapi selalunya disalahguna untuk perbuatan seks rambang.
Pemilik kelab dan penganjur di negara-negara Barat tampil untuk menggalakkan penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA. Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan bagi menguruskan hyperthermia dan dehidrasi. Ini termasuk puting untuk mengelakkan gigi terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya untuk meningkatkan kesan mengambil MDMA.
kejutan budaya
'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti yang pada kebiasaannya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi. Ia juga boleh menjadi lebih beberapa hari.
Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar alkohol dan dadah.
Garis pemisah di antara konsert , parti dan konsert rave sering kabur. Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya akan mendapat penerangan yang agak konsisten.
Menurut mereka yang hadir, pengalaman yang akan dialami adalah merasai rangsangan cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik, DJ dan dadah.
Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali, tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert parti rave.
Dadah yang sering dijumpai termasuk ganja, asid, GHB, ketamin, cendawan dan yang paling popular adalah Ecstasy atau X. Ada yang dari jenis hallucinogenics seperti Ketamin dan Ecstasy, yang kesannya dipertingkatkan dengan lampu berkelip.
Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak, namun konsert rave bagi mereka membawa kepada aspek
'kerohanian'. Ia tidak sukar untuk memahami mengapa. "Rolling" istilah ravers bagi melambangkan suasana 'high' atau khayal.
Dengan keghairahan yang berpanjangan, keintiman, dan kinesis: juga mendapat rangsangan dan galakan rentak muzik yang berkumandang; dengan kemegahan lampu berwarna, dan suasana yang puluhan ribu bersentuhan badan tidak megenal jantina;
dadah membuat muzik lebih baik, dan begitu juga sebaliknya.
pergaulan bebas
Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka. Untuk durasi 6 – 8 jam apa-apa boleh berlaku.
Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa penonton yang didapati mengalami 'overdose' arak dan dadah 'rekreasi'. Adakah Malaysia yang berteraskan konsep 1Malaysia dan 'wasatiyyah' akan membenarkan menularnya pengaruh sosial bebas ini?
Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?
Muzik budaya DJ juga berteraskan arak; dadah dan pil mengkhayalkan. Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk di anjurkan di khayalak umum ?
Tambah pula lagi dengan penggalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Bukankah promosi di tempat awam diharamkan kepada semua jenama minuman keras?
Pihak yang meluluskan kosert terbuka ini sebenarnya menjadi pencetus budaya tidak sihat di kalangan muda-mudi generasi akan datang.
Antara syarikat penaja dan institusi kerajaan yang menyokong penganjuran Festival Future Music Asia March 2014 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sumber HD - 24-3-2014
Muzik bukan dadah, dadah bukan muzik
- Mar 23, 2014
- Mahdzir Ibrahim
BARU-BARU ini pesta konsert muzik Future Music Festival Asia yang berlangsung di kawasan Stadium Putra Bukit Jalil tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila 6 orang anak muda telah meninggal dunia dipercayai berpunca dari pengambilan dadah yang berlebihan, 3 orang lagi berada dalam keadaan kritikal.
Ini merupakan suatu tragedi hitam bagi kita semua. Kita tidak lagi dapat berbohong bahawa memang wujud tabiat pengambilan dadah atau alkohol di kalangan pemuzik termasuk peminatnya baik sebelum, semasa atau selepas persembahan gig, konsert dan sebagainya.
Contoh-contoh memang banyak sejak dari zaman hippies 70-an, Woodstock di US, Battle of The Band di tanah air pada era 80-an dan sebagainya.
Namun itu tidak memberikan apa-apa indikasi jelas bahawa muzik menjadi penyebab kepada tabiat ini. Kerana pada hakikatnya, apa jua muzik, akhirnya adalah untuk dinikmati oleh pendengar, itu sahaja.
Keseronokan, kemeriahan mahupun ‘kemabukan’ hanyalah kesan yang mana ianya ditentukan oleh individu itu sendiri. Bukan ditentukan oleh muzik atau lagu.
Gaya atau trend yang menjadi ikut-ikutan anak muda juga bukanlah atas ‘dakwah’ pemuzik itu sebaliknya dipilih dan ditentukan sendiri oleh si peminat menerusi segala macam bahan promosi dan iklan yang ‘menggangu citarasa’ jiwa muda.
Samalah seperti ideologi, Karl Marx tak pernah ‘berdakwah’ kepada masyarakat bahawa ideanya betul dan perlu diikuti, sebaliknya idea beliau minta dicabar untuk difahami.
Industri Hiburan
Di sebalik semua permasalahan ini, isunya bukanlah muzik lagi tetapi ‘industri’ hiburan yang memain peranan membentuk segala macam pilihan buat anak muda. Persoalannya, pilihan yang mana akan dipilih oleh orang muda.
Apabila kita bercakap tentang industri hiburan, ia termasuklah industri filem malah termasuk permainan video. Industri hiburan ini bersifat trending yang tidak kekal pada satu-satu masa. Ia akan berubah mengikut citarasa yang dicipta oleh golongan pemodal demi menjual lebih banyak lagi jenama-jenama baru buat hiburan pelanggan. Ini aksesori, bukan lagi bersifat keperluan manusia.
Dari laporan International Federation of the Phonographic Industry (IFPI), keuntungan dari industri hiburan bagi muzik sahaja berjumlah USD 16.5 bilion pada 2012. 57 peratus darinya adalah hasil dari jualan album muzik secara fizikal. Sejumlah 36 peratus lagi dari jualan secara digital (online) sahaja, selebihnya dari keuntungan persembahan (konsert), televisyen dan sebagainya. Ini hanya di US, tidak termasuk di Eropah, Afrika dan Asia.
Jika diterjemah dalam ringgit jumlahnya sekitar RM54 bilion. Jika keuntungan ini jatuh ke tangan BN, ia pasti dapat menampung bayaran BR1M RM 4.6 bilion sebanyak 11 kali (tahun). Tersenyum Najib.
Kegiatan dadah
Jika kita tinjau pula masalah penyalahgunaan dadah. Menurut Pengarah Eksekutif, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) Yury Fedotov dalam kenyataan medianya sempena International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking pada June 2013 menyifatkan;
“ Amphetamine-type stimulant use is widespread with Methamphetamine pills the most predominant form of ATS in East and South-East Asia”.
Beliau turut menyatakan “..demand has not been substantially reduced and around 200,000 people continue to die every single year due to illicit drugs”.
Ini merupakan satu indikasi yang tidak baik. Statistik rampasan dadah di Malaysia sahaja pada tahun 2011 berjumlah RM RM243.32 tidak termasuk yang gagal di rampas. Pastinya jumlah dadah yang gagal dikesan, mungkin boleh mencecah lebih dari setengah billion ringgit.
Faktor-faktor lain
Kembali kita melihat mangsa-mangsa yang meninggal dunia dan kritikal akibat penggunaan dadah jenis Methamphetamine ini, termasuk para pengunjung (peminat) muzik yang membanjiri konsert Future Music Festival Asia, difahamkan kehadirannya mencecah sekitar 50,000 penonton. Dan hampir separuh daripadanya adalah pelancong dari luar.
Tarikan pesta ini pastinya menggamit lebih banyak pelancong apatah lagi ia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Ini jelas menunjukan bahawa pesta konsert ini menjadi tarikan oleh semua pihak termasuk pengedar dadah untuk turut sama berniaga dan mengedar produknya.
Dalam hal ini, muzik dijadikan alat untuk menghimpunkan segala macam aktiviti perniagaan termasuk kegiatan haram iaitu pengedaran dadah.
Paling penting untuk tidak salah faham, isu ini harus dilihat secara objektif berdasarkan fakta semasa bahawa isu dadah adalah isu ketagihan, isu jenayah dan isu keselamatan yang harus ditangani dengan cara-cara yang telah ditetapkan oleh undang-undang.
Permasalahan industri hiburan juga jelas bahawa setiap penganjur pesta atau konsert, mereka wajib mengawal acara khususnya dalam aspek keselamatan pemuzik dan pengunjungnya sama seperti pengurus/pengawal stadium mengawal penyokong bolasepaknya.
Hal ini boleh diurus dengan cara yang betul tanpa menutup pintu rezeki pemuzik dan menutup peluang untuk masyarakat berhibur. Semua benda ada hadnya, semua pihak harus hormati garis-garis ini. Bukan untuk keuntungan sahaja, tetapi untuk kelangsungan budaya kita.
Muzik adalah sumber hiburan, jangan rosakan sumber ini sama sepertimana jangan merosakan sumber alam seperti sumber tadahan air kita, jika tidak, kemarau pendek pun kita tak mampu nak survive. Janganlah kotorkan muzik, muzik bukan dadah dan dadah bukan muzik.
________________________
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan dan juga seorang pendukung seni dan kebudayaan.
Sumber HD - 23-3-2014
Konsert maut: Mengapa Shabery terus membisu?
- Mar 22, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Katanya, sepatutnya menteri itu tampil memberi penjelasan kerana program tersebut mendapat kelulusan daripada kementerian tersebut.
"Saya hairan kenapa mereka terus membisu sedangkan insiden tersebut telah seminggu berlalu.
"Sepatutnya kementerian bertanggungjawab dalam isiden itu kerana mereka yang memberi kelulusan dan lagi satu kenapa perlu program sedemikian untuk mempromosikan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.
Mahfuz yang menegaskan, sepatutnya kerajaan lebih prihatin dan tahu apa budaya yang harus diketengahkan untuk menarik pelancong dari luar.
"Kita ada banyak budaya tradisi yang boleh diketengahkan dan dapat menarik minat pelancong luar.
"Kenapa muzik liar yang hendak dipromosikan, ini amat bertentangan dengan budaya timur yang kita miliki serta peliharai selama ini," sambung beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mengambil tindakan kepada pihak penganjur.
"Isu kematian akibat dadah, tidak ada tindakan tegas diambil terhadap pihak penganjur.
"Dadah baru tapi kenapa membisu, sepatutnya pihak polis telah membuat halangan bila mengetahui wujud penggunaan dadah pada acara itu," katanya.
Beliau berharap setiap pihak yang terlibat dalam acara FMFA perlu tampil segera memberi penjelasan dan bukannya membisu tanpa rasa bersalah.
Dilaporkan, kematian enam remaja ketika menonton konsert itu akibat daripada pengambilan dadah.
Sumber HD - 22-3-2014
PAS sokong langkah polis batal permit konsert
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu (gambar) berkata, keputusan itu adalah tepat dan melegakan keresahan rakyat tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya program hiburan itu diteruskan.
"Belajar dari insiden yang berlaku di Bukit Jalil baru-baru ini apabila enam remaja meninggal dunia adalah satu langkah tepat yang diambil pihak polis supaya perkara sama tidak berulang.
"Kenyataan seorang menteri bahawa pengambilan dadah adalah pilihan individu dan tidak ada kena mengena degan konsert adalah kurang tepat. Seolah-olah pihak penganjur cuba diberi perlindungan daripada sebarang tindakan,” kata Andansura yang juga Yang Dipertua PAS Indera Mahkota.
"Kita perlu melihat perkara ini secara holistik, penganjuran konsert terbuka dan bebas sebegini rupa sebenarnya membuka ruang yang amat luas untuk para belia melakukan perkara-perkara negatif. Persoalannya kenapa kita perlu membuka ruang tersebut,” soalnya.
Tambah Andansura, lebih buruk lagi apabila sesuatu konsert dianjurkan atas nama menggalakkan pelancong datang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM).
"Ini menunjukkan kita mengutamakan keuntungan ekonomi daripada melindungi nilai-nilai murni yang diajar kepada rakyat negara ini sejak kecil," ujarnya.
Penganjuran konsert liar juga, jelas beliau adalah bercanggah dengan matlamat Visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan generasi yang menyeluruh merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sebelum ini konsert yang bakal diadakan di Kuantan itu menimbulkan perdebatan pro dan kontra di kalangan orang ramai.
Ada pihak mahu meneruskan program berkenaan atas alasan ia mampu menarik kehadiran pelancong manakala ada yang membantah kerana dirasakan kurang sesuai dengan budaya masyarakat negeri ini.
Sumber HD - 20-3-2014
Kerajaan BN perlu bertanggung jawab promosi "konsert maut"
- Mar 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN perlu bertanggung jawab terhadap insiden kematian dan penyalahgunaan dadah serta alkohol pada acara Future Music Festival Asia (FMFA) kerana ia membabitkan kelulusan dan dokongan dua menteri pusat.
Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah menyempurnakan majlis pelancaran senarai artis FMFA 2014, 17 Oktober lalu manakala Pengarah Livescape Sdn. Bhd., Iqbal Ameer telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi memohon menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi program.
Malah tambah beliau, Nazri menganggap FMFA 2014 sebagai acara penting Tahun Melawat Malaysia 2014 manakala Khairy dalam kenyataannya pada 16 Mac memaklumkan Iqbal memohon untuk menggunakan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi FMFA.
"Khairy mahupun Nazri tidak boleh lepas tangan dalam hal ini," tegas beliau.
Menurut Nik Nazmi, kematian enam pengunjung FMFA adalah peristiwa yang amat menyedihkan apatah lagi di masa yang sama, 14 pengunjung dirawat di tiga hospital di sekitar Kuala Lumpur akibat penyalahgunaan dadah dan penggunaan arak secara berlebihan.
Sejumlah 40 orang telah ditangkap polis berkaitan pemilikan dadah ecstacy, ganja dan jenis yang belum dikenal pasti.
"Tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa. FMFA tahun ini adalah kali ketiga diadakan di Malaysia. Tahun ini, dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut," ujar beliau.
FMFA mendapat dokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.
"Menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Major Events ditugaskan menjadikan Malaysia destinasi utama acara-acara sedunia," jelas Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.
Beliau seterusnya mempersoalkan dokongan Kerajaan Persekutuan terhadap acara tersebut dan mahukan penjelasan sama ada pihak berkuasa telah meletakkan kawalan keselamatan dan seliaan yang sewajarnya.
Mengulas isu yang sama, PAS Sarawak kesal dengan insiden kematian pada konsert FMFA 2014 di saat negara bersedih atas kehilangan serta ketidaktentuan nasib penumpang pesawat MH370.
"Konsert tersebut kononnya berperanan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai hab muzik antarabangsa sekaligus menaikkan nama Malaysia di persada pelancongan bagi masyarakat Eropah.
"PAS Negeri Sarawak mendesak kerajaan agar memberhentikan setiap bentuk hiburan ketika ini bagi menjaga sensitiviti rakyat malah mencadangkan agar segala bentuk konsert seperti ini diharamkan," tegas Pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid (gambar).
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, beliau mahu kerajaan mengkaji semula aktiviti yang terkandung dalam kalendar TMM2014 terutama membabitkan konsert-konsert liar dan artis luar negara.
"Banyak lagi konsert hiburan yang boleh kerajaan Malaysia anjurkan untuk dipersembahkan sebagai daya tarikan pelancong.
"Pelancong yang datang bukan semata-mata ingin berhibur tetapi ingin melihat budaya masyarakat berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia yang tidak dapat mereka temui di negara mereka.
"Hiburan import dari negara mereka bukan sebenarnya tarikan utama pelancong Barat untuk melawat Malaysia," tegas Adam.
PAS Sarawak berharap kerajaan dapat mencari keadah terbaik bagi mempromosikan Malaysia sebagai "sebuah negara Islam contoh".
Sumber HD - 20-3-2014
No comments:
Post a Comment