Kempen 'Ramadhan kembali, penoreh mohon simpati'
KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal (LPTPBHEOA) dengan kerjasama badan pertubuhan kerajaan (NGO), akan melancarkan kempen "Ramadhan Kembali Lagi, Penoreh Mohon Simpati", pada hari Sabtu, 8 Jun ini.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen yang diadakan dua bulan sehingga tamat Ramadhan ini adalah sebagai permulaan kepada usaha membantu golongan penoreh getah yang kini terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.
Menurut beliau, lebih 200,000 penoreh terkesan dengan kejatuhan harga getah yang menjadi punca rezeki golongan itu selama ini.
Ia ditambah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu yang menjadikan pendapatan golongan ini terjejas teruk.
Biarpun pelbagai usaha dibuat khususnya mendesak harga lantai getah ditetapkan, namun sehingga sekarang katanya kerajaan masih gagal bertindak.
"Kita sudah buat demo, serah memo, jumpa pihak Lembaga Getah Malaysia, buat pertemuan dengan orang kampung. Namun sehingga kini kita lihat respon kerajaan sangat dingin.
"Ramadhan hampir tiba, kehidupan mereka sangat daif dan kita tidak boleh tunggu lagi. Rakyat kena bersama kami bantu mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, pelancaran kempen itu pada jam 2.30 petang Sabtu ini dijadual disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mazlan dalam pada itu menyeru badan korporat serta individu perihatin untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban warga penoreh getah ini.
Sepanjang kempen ini juga, pihak penganjur akan mewujudkan pusat operasi bagi menguruskan sumbangan yang mahu diberikan oleh orang ramai.
Sumbangan-sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan penoreh yang daif di seluruh negara.
Maklumat tentang perjalanan kempen ini juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Harakah dan Harakahdaily. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen yang diadakan dua bulan sehingga tamat Ramadhan ini adalah sebagai permulaan kepada usaha membantu golongan penoreh getah yang kini terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.
Menurut beliau, lebih 200,000 penoreh terkesan dengan kejatuhan harga getah yang menjadi punca rezeki golongan itu selama ini.
Ia ditambah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu yang menjadikan pendapatan golongan ini terjejas teruk.
Biarpun pelbagai usaha dibuat khususnya mendesak harga lantai getah ditetapkan, namun sehingga sekarang katanya kerajaan masih gagal bertindak.
"Kita sudah buat demo, serah memo, jumpa pihak Lembaga Getah Malaysia, buat pertemuan dengan orang kampung. Namun sehingga kini kita lihat respon kerajaan sangat dingin.
"Ramadhan hampir tiba, kehidupan mereka sangat daif dan kita tidak boleh tunggu lagi. Rakyat kena bersama kami bantu mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, pelancaran kempen itu pada jam 2.30 petang Sabtu ini dijadual disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mazlan dalam pada itu menyeru badan korporat serta individu perihatin untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban warga penoreh getah ini.
Sepanjang kempen ini juga, pihak penganjur akan mewujudkan pusat operasi bagi menguruskan sumbangan yang mahu diberikan oleh orang ramai.
Sumbangan-sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan penoreh yang daif di seluruh negara.
Maklumat tentang perjalanan kempen ini juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Harakah dan Harakahdaily. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Sumber HD - 4-6-2014
Sekatan masuk Sarawak bermotif politik - Mazlan
- Feb 24, 2014
- HAZAYANI ZAKARIA
Menurut Mazlan, tindakan menyekat beliau masuk ke Sarawak atas alasan keselamatan tanpa menyatakan jenayah apa yang dilakukan adalah tuduhan jahat yang menjatuhkan reputasi beliau.
"Ia bermotif politik bagi melindungi kegiatan Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak yang merampas tanah rakyat dan menghalau mereka keluar secara zalim," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 pagi Sabtu lalu.
Mazlan berkata, beliau yakin sekatan ke atasnya itu ada kaitan dengan Perhimpunan Tanah Sarawak mengenai hak-hak tanah yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Beting Maro.
Namun katanya, selepas beliau ditahan di Lapangan Terbang Miri pada 6 Julai 2011, sekatan tersebut telah ditarik balik.
Semakan status yang dibuat di jabatan Imegrisen Sarawak juga menunjukkan beliau bebas untuk masuk ke Sarawak.
"Saya yakin, larangan saya diperbaharui semula baru-baru ini. Ia mungkin ada kaitan dengan penganjuran Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat dengan kerjasama PAS Sarawak iaitu Himpunan Tanah Sarawak di Beting Maro yang dirasmikan oleh Presiden PAS.
"Apapun, penganjuran tersebut mengikut peraturan pihak polis. Mengikut Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andre @ Hood Zulkarnain, persiapan mengambil kira peruntukan undang2 dan sensitiviti masyarakat. Lagipun ia hak asasi seseorang dan kebebasan demokrasi seperti jaminan dalam fasal 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sumber HD - 24-2-2014
Harga getah: Elak berulangnya demonstrasi Baling
- Feb 20, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Demonstrasi Baling 1974 boleh berulang jika kerajaan gagal menangani isu kejatuhan harga getah yang dihadapi pekebun kecil kini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.
Sehubungan itu, Mazlan (gambar) menyarankan agar 'harga lantai' getah ditetapkan kerajaan sebagai suatu mekanisme membantu penoreh getah.
"Kadar RM4.00 bagi setiap kg getah sekerap seperti mana cadangan banyak pihak adalah munasabah," ujar Mazlan.
Menurut beliau, meskipun negara pengeluar getah seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand mengambil langkah tertentu bagi membendung pasaran getah yang tidak menentu ekoran kemuraman ekonomi dunia, tindakan yang dilakukan begitu lambat malah gagal mengekang kejatuhan harga getah.
Mazlan menambah, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) telah menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok di Parlimen pada 23 Oktober 2012, berhubung kejatuhan harga getah.
Antara kandungan memorandum tersebut, ujarnya adalah mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah segera bagi menangani kejatuhan harga komoditi getah dan sawit.
"Pada waktu itu harga getah sekerap tinggal RM3.00 sekilogram. Anak mencadangkan agar kerajaan mengumumkan langkah segera pemberian subsidi kepada 2 juta pekebun kecil yang terlibat.
"Jumlahnya mesti mengambil kira kos sara hidup yang tinggi. Ia pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tetapi jumlah peruntukannya amat kecil," jelasnya.
Mazlan menambah, kesan kejatuhan harga getah begitu dirasai masyarakat pekebun kecil termasuk di bawah agensi tanah seperti Felda, Felcra, Risda, Kesedar dan lain lain.
Beliau berkata, harga getah sekerap pada RM2.40 sekilogram kini lebih murah berbanding RM2.80 bagi sekilo gula.
"Ia hampir mengulangi suasana 1974 apabila demonstrasi dan mogok lapar yang diketuai pemimpin pelajar waktu itu Anwar Ibrahim. Harga getah pada tahun 1974 adalah 25 sen sekilogram dan hampir sama dengan harga sekati gula," ujarnya.
Kesan penurunan harga getah, tambah beliau lebih dirasai pekebun kecil pada musim kemarau apabila hasil susu getah menurun.
"Kemerosotan hasil dan harga ini memberi kesan kepada pekebun kecil warga emas yang mengupah pekerja bagi mengusahakan kebun mereka kerana hasil getah pada kebiasaannya dibahagi dua.
"Jika penoreh getah berupaya menoreh sekitar dua relong pun, purata pendapatan bulanan hanya lingkungan RM300 hingga RM400 sebulan. Ia jauh daripada paras kemiskinan. Lebih teruk lagi dengan kos kenaikan harga barang dan sara hidup, kehidupan para pekebun kecil begitu menyeksakan," ujar Mazlan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri pada sesi perasmian sidang Dewan Rakyat 14 Mac ini.
Mazlan turut memaklumkan cadangan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar untuk mengadakan himpunan 'Nostalgia Baling' pada 5 April akan datang bagi memobilisasi kesedaran rakyat terhadap isu kejatuhan harga getah.
"Pihak lajnah sangat menyokong usaha yang dilakukan dan akan bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat yang sangat terhimpit pada waktu ini," tegas beliau.
Sumber HD - 20-2-2014
PAS wujud NGO khas perjuang nasib Orang Asal
- Feb 13, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: PAS akan mewujudkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan nasib Orang Asal pada akhir April hadapan.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman berkata, NGO terbabit akan berperanan menangani setiap masalah membabitkan masyarakat terbabit termasuk pewartaan tanah.
Katanya, NGO berkenaan ditubuh bagi memudahkan kerajaan negeri dan Orang Asal menyelesaikan setiap masalah berbangkit.
“Paling bimbang ada pihak lain mengambil peluang yang tidak baik terhadap masyarakat Orang Asal yang tinggal di pedalaman bagi memburukkan kerajaan negeri.
“Laporan yang tidak seimbang itu sehingga mewujudkan salah sangka antara kedua-dua pihak,” katanya pada pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim petang semalam.
Hadir sama pada pertemuan itu, anggota Exco, Datuk Abdullah Mat Nawi, Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharuden Tengku Feissal dan Adun Kadok, Md Azami Mohd Nor.
Mazlan berkata, NGO berkenaan penting diwujudkan bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku membabitkan masyarkat Orang Asal sebelum ini.
“Dengan adanya NGO seumpama itu ia akan dapat membantu kerajaan negeri untuk berbincang dan mencari formula bersama dengan Lajnah Orang Asal.
“Apa yang penting komitmen kerajaan dalam mendokong kepentingan hak rakyat termasuk masyarakat,” ujarnya.
Sebelum ini ada pihak sering menggunakan masyarakat Orang Asal yang tinggal di pedalaman Kelantan bagi menghodohkan kerajaan negeri termasuk isu berkaitan tanah.
Sedangkan Kelantan merupakan negeri pertama di Malaysia mewartakan penempatan untuk Orang Asal di Gua Musang. Malah sekarang sedang dikenalpasti lagi kawasan lain yang akan diwartakan.
Sumber HD - 13-2-2014
Lebar pengaruh di Sabah, S'wak sebelum tawan P'jaya
- Feb 12, 2014
- Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
KOTA BHARU: Sokongan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung masih belum mencukupi untuk Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya, tanpa dokongan rakyat Sabah dan Sawarak.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sokongan dari Malaysia Timur cukup penting dalam misi menawan Putrajaya.
“Pakatan Rakyat perlu menyantuni masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan lebih dekat lagi. Usaha untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu perkara yang mudah.
“Pada masa yang sama kita juga perlu menjuarai masalah di tempat sendiri walau pun ia dianggap kecil. Paling penting istiqomah solat sunat tahajud bagi memantapkan rohani,” katanya di sini petang semalam.
Beliau berkata demikian ketika meraikan kunjungan Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal diketuai Mazlan Aliman di rumahnya di Kampung Banggol.
Baru-baru ini Abdul Halim yang juga bekas Bendahari PAS Pusat menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah tulang belakang.
Beliau sekarang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak di atas rumah. Kesihatannya kini beransur pulih.
Sementara itu, Mazlan menyifatkan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sebagai ”arkitek” PAS kerana berjaya meruntuhkan kerajaan BN di Kelantan pada 1990.
Sumber HD - 12-2-2014
No comments:
Post a Comment